The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengumpulan artikel pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Sains (Mod Cuti Sekolah) Sesi 2020/2022 Universiti Kebangsaan Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matsyahir, 2022-01-22 22:45:47

PROSIDING e-KOLOKIUM PENDIDIKAN SAINS 2022

Pengumpulan artikel pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Sains (Mod Cuti Sekolah) Sesi 2020/2022 Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords: Pendidikan Sains,e-Kolokium

kawasan tumbuhan seperti taman botanikal, hutan dan kawasan pertanian. Hal ini mungkin
berkaitan dengan ini melihat sikap pelajar terhadap tumbuhan sekeliling mereka.

Trend sampel kajian pula didapati dijalankan kepada pelbagai peringkat umur. Namun
majoriti kajian dijalankan pada pelajar sekolah rendah dan menengah. Hal ini adalah berkaitan
dengan situasi pelajar yang wajib mempelajari mengenai tumbuhan disekolah berbanding
pelajar universiti yang telah mempunyai jurusan yang tetap (Wells et al 2021, Kaasinen 2019).
Selain itu, terdapat kajian yang menambah guru juga sebagai sampel (Panitsa et al 2021,
Sobieszczuk-Nowicka et al 2018) kerana ingin melihat respon guru terhadap kajian yang
dijalankan kepada pelajar dan pebezaan antara guru dan pelajar.

Instrumen yang kerap digunakan adalah soal selidik. Soal selidik yang diberi
kebiasaannya mempunyai ujian-pre dan pos. Hal ini berkaitan dengan peningkatan tahap
pengetahuan pelaajr terhadap nama, fungsi dan kepentingan tumbuhan di sekeliling mereka
selepas pendekatan pembelajaran dijalankan. Selain itu, temubual juga digunakan dalam
segelintir kajian (Melis C. et. al, 2020., Lampert P. et. al. 2020., Amprazis A. et. al, 2019)
kerana mengira faktor usia seperti kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah.

Sikap pelajar terhadap tumbuhan

Hasil daripada kajian-kajian ini menunjukkan bahawa sikap pelajar terhadap tumbuhan
masih berada di tahap tidak memuaskan. Kebanyakkan kajian ini mendapati bahawa pelajar
bersikap tidak prihatin terhadap tumbuhan dikeliling mereka. Terdapat tiga kajian (Pedrera et
al 2021, Kubiatko et al 2021) dijalankan bagi melihat perbandingan sikap pelajar terhadap
tumbuhan dan haiwan. Kajian juga mendapati bahawa pelajar lebih mengetahui spesis haiwan
dan kepentingan haiwan tersebut berbanding tumbuhan. Ini menunjukkan bahawa tajuk
mengenai haiwan adalah lebih menarik bagi pelajar berbanding tumbuhan.

Selain itu, terdapat kajian mendapati pelajar bukan sahaja tidak mengetahui nama dan
jenis tumbuhan berdekatan mereka. Malah kajian oleh Amprazis et. al (2019) menyatakan
terdapat pelajar tidak mengetahui bahawa tumbuhan merupakan benda hidup. Hal ini dapat
dikesan semasa ujian-pra dijalankan. Setelah melakukan pendekatan pembelajaran, majoriti
kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam tahap kefahaman pelajar terhadap tumbuhan
tetapi dari aspek sikap terhadap tumbuhan tiada signifikan. Dua kajian (Melis et al 2020 &
Bakar et al 2020) mendapati bahawa tiada pebezaan yang signifikan terhadap jantina apabila
mempelajari tajuk tumbuhan. Ini menunjukkan jantina tidak memberi kesan pada sikap pelajar
terhadap tumbuhan.

Oleh itu, berdasarkan kajian-kajian lepas, sikap pelajar terhadap topik tumbuhan
menunjukkan adalah masih ditahap yang kurang memuaskan. Pelbagai pendekatan
pembelajaran digunakan untuk meningkatkan sikap pelajar terhadap tumbuhan.

Pendekatan pembelajaran yang digunakan untuk mengajar topik tumbuhan.

Majoriti pengkaji menggunakan pendekatan penerokaan ataupun pembelajaran luar bilik
darjah untuk mengajar mengenai tumbuhan (Panitsa et al 2021,Wells et al 2021, Borsosa et al
2021, Bakar et al 2020, Comeau et al 2019) . Hasil kajian ini banyak menunjukkan perubahan
sikap pelajar terhadap pengetahuan nama tumbuhan di sekeliling mereka. Selain itu, beberapa

392

kajian mendapati bahawa pendekatan ini juga meningkatkan kefahaman pelajar. Ini
menunjukkan pendekatan ini sesuai dijalankan untuk mengajar tumbuhan.

Sebuah lagi kajian pula mendapati semasa melakukan pendekatan pembelajaran
berasaskan projek, semakin meningkat umur pelajar semakin kurang minat pelajar terhadap
tumbuhan (Amprazis et al 2019). Ini menunjukkan sikap pelajar terhadap pembelajaran dalam
topik tumbuhan berkurangan apabila umur pelajar semakin meningkat.

Pendekatan secara permainan juga didapati dapat meningkatkan semangat pelajar dan
melahirkan suasana seronok untuk belajar (Borsos 2018, Kissi L. & Dreesmann D. 2018).
Permainan juga dapat meningkatkan tahap pengetahuan pelajar mengenai sistematik
tumbuhan.

Berdasarkan analisis, boleh disintesiskan bahawa pendekatan berdasarkan penerokaan
dan pemerhatian dikawasan sekeling ataupun taman botanikal adalah yang paling berkesan dan
diikuti dengan pembelajaran berasaskan projek dan permainan. Kaedah ini boleh mengubah
sikap pelajar menjadi positif terhadap tumbuhan.

Kesan pendekatan pembelajaran yang digunakan untuk mengajar topik tumbuhan.

Pengkaji telah menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran untuk meningkatkan
tahap minat pelajar, kefahaman dan sikap pelajar terhadap tumbuhan. Fokus utama pendekatan
pembelajaran ini dijalankan adalah untuk melihat sikap pelajar dari aspek kesedaran, minat dan
kefahaman pelajar mengenai tumbuhan di sekeliling mereka.

Beberapa pengkaji telah didapati menggunakan kaedah pembelajaran luar bilik darjah
dimana pelajar akan meneroka dan memerhati tumbuhan yang terdapat di sekeliling mereka
(Panitsa et al 2021,Wells et al 2021, Borsosa et al 2021, Bakar et al 2020, Comeau et al 2019).
Pelajar akan melukis pemerhatian mereka ataupun menjawab soal selidik bagi pengkaji
membuat analisis. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa pembelajaran melalui
penerokaan dapat meningkat semangat dan motivasi pelajar untuk belajar mengenai tumbuhan.
Pendekatan melalui projek juga memberi kesan kepada pelajar seperti peningkatan sikap
pelajar terhadap kefahaman mengenai tumbuhan.

Berbeza dengan pembelajaran konvensional, dimana pelajar mengikuti kelas dan
makmal sahaja, kajian oleh Sobieszczuk-Nowicka et. al. (2018), mendapati pengajaran
konvensional ini menyebabkan miskonsepsi terhadap tajuk tropisma meningkat setelah ujian
pasca dijalankan. Malah didapati bahawa guru yang mengajar tidak dapat mengesan
miskonsepsi yang di dihadapi pelajar. Hal ini, menunjukkan bahawa guru tidak bersedia dan
cakna terhadap masalah yang dihadapi pelajar dan guru perlu kreatif dengan pendekatan yang
diambil untuk mengajar topik tumbuhan.

Tuntasnya, pendekatan yang sesuai amat penting bagi membantu pelajar memahami
tajuk tumbuhan dengan lebih mudah, mengenali tumbuhan di sekeling mereka dan kepentingan
tumbuhan tersebut. Malah pendekatan pembelajaran yang seronok pula boleh meningkatkan
sikap dan minat pelajar terhadap tumbuhan

.

393

KESIMPULAN.

Sikap pelajar terhadap tumbuhan bukanlah sesuatu yang perlu dipandang enteng.
Tumbuhan mempunyai banyak kepentingan pada keseimbangan biodiversiti. Objektif kajian
ini ada untuk melihat trend lima tahun semasa dimasa sikap tumbuhan terhadap tumbuhan dan
pembelajaran sains tumbuhan. Dapatan menunjukkan bahawa tahap sikap pelajar terhadap
tumbuhan dan topik berkaitan tumbuhan masih berada di tahap tidak memuaskan. Oleh itu,
sikap positif terhadap tumbuhan oleh pelajar perlulah diterapkan dalam diri pelajar bukan untuk
alam sekitar sahaja tetapi untuk masa depan juga. Selain itu, kajian sistematik ini mendapati
bahawa cara untuk meningkatkan semangat dan minat pelajar dalm topik tumbuhan yang kerap
dilakukan lima tahun kebelakangan ini adalah pembelajaran berasaskan penerokaan dan
pemerhatian sekeliling. Oleh demikian, guru memainkan peranan yang penting bagi memupuk
minat pelajar terhadap tumbuhan dengan pendekatan dalam mengajar topik tumbuhan yang
sesuai digunakan didalam kelas agar memberikan kesan kepada sikap pelajar terhadap
tumbuhan.. Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru di Malaysia mengetahui cara
pendekatan yang sesuai untuk di implikasikan dalam topik berkaitan tumbuhan agar pelajar
mereka lebih bersikap positif terhadap topik tumbuhan. Kajian ini juga diharapkan dapat
membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengetahui trend semasa isu sikap pelajar
terhadap topik tumbuhan dan pengajaran guru. Walaupun kajian ini mempunyai kekurangan
seperti satu pangkalan data sahaja yang diakses. Pengkaji mencadangkan agar kajian lanjut
dijalankan seperti mengkaji tahap sikap pelajar terhadap topik tumbuhan dan pengajaran guru
di Malaysia. Kajian ini wajar dijalankan kerana kurang kajian yang melibatkan sains tumbuhan
dalam pembelajaran sains. Seterusnya, mengkaji kekerapan penggunaan nama saintifik
tumbuhan, gambar tumbuhan dan tumbuhan sebagai contoh dalam pembelajaran sains dan
buku teks sains. Akhirnya sebuah kajian yang mengukur tahap plant blindness juga wajar
dilakukan di Malaysia bagi melihat tahap sikap, kesedaran dan kepentingan tumbuhan di
sekeliling pada pelajar.

RUJUKAN

Amprazis, A., Papadopoulou, P., & Malandrakis, G. (2019). Plant blindness and children’s
recognition of plants as living things: A research in the primary schools context.
Journal of Biological Education, 55(2), 139–154.

Ang, Boon Su. 2014. Miskonsepsi fotosintesis dan respirasi pelajar sekolah menengah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, K. 2016. DSKP Sains Tingkatan2. Putrajaya:

Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bakar, F., Avan, Ç., Şeker, F. & Aydinli, B. 2020. Plant and animal awareness in nature

education perspectives: Where is blindness? International Electronic Journal of
Environmental Education 10(2): 122–135.
Bakar, M. 2012. Masalah pembelajaran pelajar sekolah menengah dalam mata pelajaran sains
tingkatan 2 tajuk: fotosintesis. Eprints.Utm.My (1996).
Borsos, E. (2018). The gamification of Elementary School Biology: A case study on increasing
understanding of plants. Journal of Biological Education, 53(5), 492–505.

394

Borsos, É., Borić, E., & Patocskai, M. (2021). What can be done to increase future teachers’
plant knowledge? Journal of Biological Education, 1–11.

Brownlee, K., Parsley, K. M., & Sabel, J. L. (2021). An analysis of plant awareness disparity
within introductory biology textbook images. Journal of Biological Education, 1–10.

Comeau, P., Hargiss, C. L., Norland, J. E., Wallace, A., & Bormann, A. (2019). Analysis of

children's drawings to gain insight into plant blindness. Natural Sciences Education,

48(1).

Iri, F. G. & Çil, E. 2020. Attitudes toward plants: Comparing the impact of instruction through
writing and through a Botanical Garden Trip. American Biology Teacher 82(4): 218–

226.

Kaasinen, A. (2019). Plant species recognition skills in Finnish students and teachers.

Education Sciences, 9(2), 85.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. DSKP KSSR TAHUN 6. Putrajaya: Bahagian

Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Melaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -

2025. Education. Retrieved from

http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0742051X10001435

Kissi, L., & Dreesmann, D. (2017). Plant visibility through mobile learning? implementation

and evaluation of an interactiveflower huntin a Botanic Garden. Journal of Biological
Education, 1–20.
Kissi, L., & Dreesmann, D. (2020). Flowers with powers – conception and evaluation of
an ‘educational seed mix.’ Journal of Biological Education, 1–16.
Kubiatko, M., Fančovičová, J., & Prokop, P. (2021). Factual knowledge of students about

plants is associated with attitudes and interest in botany. International Journal of
Science Education, 43(9), 1426–1440.
Lampert, P., Müllner, B., Pany, P., Scheuch, M., & Kiehn, M. (2020). Students’ conceptions

of plant reproduction processes this paper was presented at the ERIDOB conference
2020. Journal of Biological Education, 54(2), 213–223.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2020. Laporan Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) Tahun 2019. Laporan Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun

2019. Retrieved from https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-

statistik/lp/3324-laporan-analisis-keputusan-spm-2019/file

Melis, C., Wold, P.-A., Billing, A. M., Bjørgen, K., & Moe, B. (2020). Kindergarten
children’s perception about the ecological roles of living organisms. Sustainability,

12(22), 9565.

Mohamad, A. L. 2015. Dasar kepelbagaian biologi negara. Institut Alam Sekitar dan
Pembangunan (35): 1–24.

Mohamed Yusoff, A. F., Yaacob, N. & Mokter, M. 2019. Penerimaan pelajar terhadap

pelaksanaan kursus sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam di Politeknik. Journal
of Quran Sunnah Education & Special Needs 3(1): 37–48.

Moussouri, T. 2018. Learning Theory and Botanic Garden Education Practice. Putting theory

into practice Applications for the LearnToEngage Science Communication module
15(1): 6–8.

395

Nor Hamidah, A. M. & Zanaton, H. I. 2014. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan
projek dan hubungannya dengan sikap pelajar terhadap sains. International Seminar On
Global Education II: Educational Transformationtowards A Developed Country., hlm.
2440–2451.

Norazilawati, A., Noraini, M. N. & Mahizer, H. 2013. Memperkasakan dasar pembudayaan
sains. Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 75–92.

Nur Amelia Adam. 2019. Faktor keberkesanan guru cemerlang sains dalam proses pengajaran
dan pemudahcaraan. National Conference of Educational Research (September): 1–29.

Nurhayati, D., Bahtiar & Arini Zahrotun, N. 2019. Improving student’s cognitive learning
outcome through discovery learning model in structure and function of plant tissues
subject. Florea 6(1): 10–15.

Panitsa, M., Iliopoulou, N., & Petrakis, E. (2021). Citizen science, Plant Species, and
communities’ diversity and conservation on a mediterranean biosphere reserve.
Sustainability, 13(17).

Patrick, P. & Tunnicliffe, S. D. 2011. What plants and animals do early childhood and primary
students’ Name? Where do they see them? Journal of Science Education and
Technology 20(5): 630–642.

Pedrera, O., Ortega, U., Ruiz-González, A., Díez, J. R., & Barrutia, O. (2021). Branches of
plant blindness and their relationship with biodiversity conceptualisation among
Secondary Students. Journal of Biological Education, 1–26.

Rahman N., Yassin S., Y. N. . 2016. Pembelajaran secara inisiatif kanak-kanak tumbuhan ke
sekaki payung (Learning Initiation of Children through Project Approach : From Plants
to Umbrella.) Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak 5: 78–95.

San, T. P. & Azman, N. 2011. Hubungan antara komitmen terhadap alam sekitar dengan
tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti. Jurnal Personalia
Pelajar 14(9): 1689–1699.

Sarabi, M. K. & Gafoor, K. A. 2018. Student perception on nature of subjects : impact on
difficulties in learning high school physics , chemistry and biology. Innovations and
Researches in Education 8(1): 42–55.

Sobieszczuk-Nowicka, E., Rybska, E., Jarmużek, J., Adamiec, M., & Chyleńska, Z. (2018).
Are we aware of what is going on in a student’s mind? understanding wrong answers
about plant tropisms and connection between student’s conceptions and metacognition
in teacher and Learner Minds. Education Sciences, 8(4), 164.

Shipunov, A. 2021. Introduction to botany. USA: Minot State University
Strgar, J. 2007. Increasing the interest of students in plants. Journal of Biological Education

42(1): 19–23.
Suriyati, S., Zanaton, H. I. & Nur Akmal, I. 2014. Miskonsepsi terhadap konsep fotosintesis

dalam kalangan bakal guru biologi. International Seminar On Global Education II :
Education Transformation Towards a Developed Country, hlm. 3037–3046.
Wells, C. N., Hatley, M., & Walsh, J. (2021). Planting a native pollinator garden impacts the
ecological literacy of undergraduate students. The American Biology Teacher, 83(4),
210–213.

396

Wynn, A. N., Pan, I. L., Rueschhoff, E. E., Herman, M. A. B. & Archer, E. K. 2017. Student
misconceptions about plants: A first step in building a teaching resource. Journal of
Microbiology & Biology Education 18(1).

Siti Nuradlin Lina Binti Zaid
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: [email protected]
Dr. Zanaton Iksan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: [email protected]

397

PORTAL DELIMa: PENGETAHUAN DAN SIKAP
MURID DALAM PEMBELAJARAN KIMIA

(DELIMa PORTAL: STUDENT KNOWLEDGE AND ATTITUDE IN
CHEMISTRY LEARNING)

Suriati bt A Rashid 1* , Siti Nurdiyana bt Mahmud2

ABTSRAK

Portal Pembelajaran DELIMa ialah persekitaran pembelajaran berasaskan web yang fleksibel dari segi masa,
lokasi, kaedah dan bahan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan persekitaran
pembelajaran maya (DELIMa) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kimia dalam kalangan pelajar
menengah empat. Terdapat dua objektif yang bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan dan kimia sikap
pelajar terhadap aplikasi platform portal DELIMa dalam pembelajaran mereka. Sampel kajian merangkumi 111
orang pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan soal selidik yang dibangunkan dan diubah
suai daripada soal selidik yang direka oleh Abtar Kaur (2004) sebagai alat. Data diproses menggunakan pakej
statistik perisian Sains Sosial versi 26.0 (SPSS) dengan menyediakan frekuensi, peratusan dan min.Hasil kajian
menunjukkan pengetahuan dan sikap pelajar darjah empat terhadap aplikasi platform portal DELIMa dalam
pembelajaran kimia berada pada tahap sederhana. Oleh itu, kajian ini memberikan beberapa cadangan untuk
kajian lanjutan bagi menyiasat penggunaan portal DELIMa secara lebih menyeluruh merentas semua disiplin di
sekolah.

Kata kunci: Pengetahuan, Sikap, Pembelajaran Maya, Portal DELIMa

ABSTRACT

DELIMa learning portal is a web -based learning environment that is flexible in terms of time, place, methods
and learning materials. This study aims to examine the use of virtual learning environment (DELIMa) in
teaching and learning (PdP) Chemistry form 4 students. There are two objectives designed to identify the level
of knowledge and attitudes of students towards the application of DELIMa portal platform in learning
Chemistry. The study sample consisted of 111 students. This study is a quantitative study in which a
questionnaire developed and modified from a questionnaire designed by Abtar Kaur (2004) is used as an
instrument. Data were processed using Statistical Package for the Social Science Version 26.0 (SPSS) software
by providing frequency, percentage and mean values. The results show that the level of knowledge and attitude
of Form Four students towards the application of the DELIMa portal platform in the learning of Chemistry is at
a moderate level. Therefore, this study provides some suggestions for further research so that the use of
DELIMa portal can be studied more comprehensively in all subjects in schools.

Keywords: Knowledge, Attitude, Virtual Learning, Portal DELIMa

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Pelbagai perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan negara, daripada pembelajaran
secara tradisional, kaedah chalk and talk hinggalah kepada pembelajaran maya sejajar dengan
perkembangan teknologi komunikasi semasa. Mengintegrasikan sistem pendidikan abad ke-
21 ke dalam sistem pendidikan negara merupakan satu langkah yang amat mencabar, dengan
perkembangan pesat teknologi dan ICT, kesan daripada perkembangan liberalisasi dan
globalisasi di negara ini (Halili & Suguneswary, 2017). Pengenalan terhadap pembelajaran
secara maya atau e-pebelajaran kepada semua warga pendidik seluruh negara telah
disebarkan dengan aktifnya bagi tujuan mencapai sistem pendidikan yang mampan. E-

398

pembelajaran atau pembelajaran secara maya merupakan salah satu agenda Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mencapai matlamatnya dengan menyediakan dan
menambah baik infrastruktur pendidikan khususnya penggunaan ICT dalam PdP bagi
menjamin kualiti pendidikan. Proses pendidikan masa kini adalah dalam alam digital, dan
tidak seperti tuntutan sebelum ini, penggunaan teknologi sebagai sokongan pembelajaran
adalah perlu (Iberahim, Mahamod dan Mohamad, 2017).

Kementerian Pendidikan Malaysia berkata setiap pelajar memerlukan akses kepada
pendidikan dan teknologi berkualiti yang membentuk dunia hari ini. Oleh itu, Kementerian
Pendidikan percaya bahawa setiap pelajar perlu dididik berteraskan teknologi maklumat dan
komunikasi agar tidak ketinggalan. Berdasarkan kualiti dan teknologi yang membentuk dunia
hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah bekerjasama dengan Google untuk
melancarkan Persekitaran Pembelajaran Maya DELIMa atau Portal DELIMa. Portal ini telah
direka bentuk untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan melengkapkan pelajar dengan
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai. Portal DELIMa ini boleh
diibaratkan sebagai portal ilmu. Portal DELIMa boleh disifatka sebagai sebuah pusat sehenti
di mana pelajar boleh mendapatkan semua bahan dan maklumat yang mereka perlukan unutk
meningkatkan kemahiran dan kefahaman dalam pembelajaran. Ia juga dikenali sebagai
aplikasi e-pembelajaran dan pengajaran atau e-pembelajaran berasaskan web. Ia juga
merupakan bukti kepada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, yang telah
membawa pelbagai senario pembelajaran seperti perkongsian maklumat, interaksi,
kandungan terkini, dan kos interaksi. Teknologi portal DELIMa ini mewujudkan suasana
pembelajaran baharu yang lebih fleksibel dan juga mempunyai ciri dinamik dari segi masa,
tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991). Justeru, dalam sistem
pendidikan sekarang, tidak hairanlah pelajar dan warga pendidik mesti celik ICT. Maka,
peggunaan portal DELIMa perlu diperkasakan setiap sekolah di Malaysia untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada di dalam bilik darjah atau selepas waktu
persekolahan.

Artikel ini akan memfokuskan tentang penggunaan portal DELIMa sebagai medium
peembelajaran dalam kalangan murid yang mengikuti proses PdP bagi subjek Kimia. Murid
yang difokuskan adalah murid tingkatan empat dan mengambil subjek Kimia sebagai elektif.
Persepsi murid pula dilihat dari aspek sikap dan tahap pengetahuan murid terhadap portal
DELIMa dalam pembelajaran Kimia

Masalah Kajian

Penyelidik lepas telah melakukan banyak kajian mengenai pembelajaran melalui virtualisasi
(Ida Nurini, 2013; Burnett, 2010; Alessi dan Trollip, 2001).Walau bagaimanapun, ketika
membuat persekitaran pembelajaran maya dan pembelajaran maya, halangan utama yang
telah dijumpai adalah kemudahan akses Internet (Norazilawati et al., 2013). Sebagai
tambahan kepada persiapan guru untuk menguasai kemahiran ICT, persediaan murid juga
merangkumi pengetahuan dan kemahiran pelajar yang tidak tahu banyak tentang kemudahan
ICT, dan juga mempengaruhi tahap penguasaan dan pemahaman mereka terhadap subjek
tersebut. Kajian sebelumnya yang dilakukan oleh Altun dan Cakun (2006) menyokong
perkara ini. Mereka menunjukkan bahawa sikap, minat, dan prestasi akademik generasi murid
semasa sangat dipengaruhi oleh penggunaan komputer dan Internet. Pengetahuan, sikap,
motivasi, kesedaran, minat dan aspek lain akan mempengaruhi persediaan pelajar untuk
menggunakan e-pembelajaran. Oleh yang demikian, penyelidik akan mengkaji penggunaan
portal pembelajaran DELIMa sebagai salah satu media e-pembelajaran dari tiga aspek
penting, iaitu: tahap pengetahuan, sikap dan keberkesanan penggunaan platform e-learning
DELIMa.

399

Penulisan ini akan memberi fokus kepada persoalan-poersoalan kajian yang
mengukur tahap pengetahuan dan sikap murid Tingkatan Empat terhadap keberkesanan
penggunaan portal DELIMa dalam meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dalam
matapelajaran Kimia khususnya.

SOROTAN LITERATUR

PENGINTEGRASIAN TMK DALAM PENGAJARAAN DAN PEMUDAHCARAAN
(PDPc)

Menurut kajian yang dijalankan Salisbury (1996), teknologi adalah penerapan sistematik
pengetahuan saintifik atau tersusun dalam tugas praktikal. Dengan kata lain, apabila
mengembangkan sesuatu produk, prosedur, alat-alat dan teknik disatukan untuk
menghasilkan satu inovasi, ianya disebut teknologi. Dalam konteks pendidikan, menurut
Ishak & Dani (2015) teknologi merupakan aplikasi sistematik sains dan pengetahuan lain
dalam tugasan pendidikan . Manakala menurut Logan(2016), media baru merujuk kepada
medium perantara yang digunakan oleh guru dalam proses PdP. Ia merangkumi media digital
yang berinteraktif, melibatkan komunikasi dua hala, berbentuk virtual serta menggabungkan
teknologi digital dan komputer. Media baru idefinisikan sebagai bahan berteknologi baru
yang mempunyai karektor digital, interaktif, hiperteks, virtual, rangkaian dan simulasi
menurut Lister, Dovey, Giddings, Grant & Kelly(2009). Menurut Gane dan Beer (2008),
media baru merupakan anjakan daripada media lama yang bersifat analog kepada komunikasi
media digital. Ia merupakan pembaharuan kepada teknologi berasaskan komputer yang
mempunyai ciri rangkaian, informasi, arkib, interaktiviti dan simulasi.

TEORI KONSTRUKTIVISME DAN TEORI KOGNITIF

Koohang (2009) telah memperkenalkan model yang berasaskan teori pembelajaran
konstruktivis dalam persekitaran pembelajaran maya. Reka bentuk aktiviti pembelajaran yang
diperkenalkan termasuk kolaborasi, kolaborasi pelbagai perspektif, contoh dunia sebenar,
perancah, refleksi kendiri, pelbagai ekspresi idea dan perundingan sosial. Elemen penilaian
pembelajaran termasuk penilaian guru, penilaian kolaboratif, dan penilaian kendiri. Peranan
guru ialah membimbing, membimbing, mengarahkan, mengiktiraf, memberi maklum balas,
dan menilai pembelajaran murid. Tumpuan kepada proses mental yang terlibat dalam
pemerhatian, pengetahuan, dan pemahaman merupakan akar tunjang kepada teori kognitif.
Ahli psikologi terkenal seperti Kohler, Cofa, Piaget, Brunner, Ausuble, dan Gagne percaya
bahawa proses pembelajaran adalah proses yang berlaku jauh di dalam diri, dan tidak boleh
diperhatikan secara langsung oleh tingkah laku manusia. Berdasarkan teori ini, kedua-dua
guru dan pelajar akan lulus tanpa masalah. Malah pengetahuan berkembang kerana ia mudah
diakses dan saling berkaitan.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah jenis tinjauan kuantitatif menggunakan borang soal selidik
yang diedarkan secara atas talian. Satu set soal selidik telah digunakan untuk tujuan
pengumpulan data. Menurut Elangkumaran (2009), satu set soal selidik mempunyai ciri
saintifik dan khusus serta boleh merangkumi populasi yang besar dengan sampel yang kecil
tetapi logik. Data primer tentang tahap pengetahuan dan sikap yang digunakan untuk
mengkaji keberkesanan penggunaan portal DELIMa dalam pembelajaran kimia diperoleh

400

melalui soal selidik. Manakala sumber buku rujukan dan bacaan boleh diakses Internet
digunakan untuk mendapatkan data tambahan.

Kajian telah dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di daerah Bentong. Menurut Ary
et al.(2002) dalam Hamidah (2007), penyelidik dinasihatkan untuk menjalankan kajian
terhadap populasi sasaran. Oleh kerana kajian ini direka untuk mengkaji hubungan antara
pembolehubah yang dikaji, populasi kajian terdiri daripada pelajar menengah empat. Peserta
kajian yang dipilih adalah pelajar Tingkatan 4 yang memilih mata pelajaran kimia. Kajian
terhadap 111 orang responden akan dipilih secara rawak dari beberapa buah sekolah
menengah di Bentong. Ciri-ciri khusus sekolah yang dipilih untuk sampel adalah seperti
berikut: sekolah terletak di kawasan bandar/dengan kemudahan rangkaian yang baik, sekolah
harian biasa/semi-asrama, mata pelajaran sains tulen (kimia, fizik, biologi) )

Kajian ini menggunakan alat tinjauan yang diadaptasi daripada kajian lepas dan
merujuk model penerimaan teknologi Davis (1989). Digunakan dalam kajian oleh Ika
Destiana et al. (2013), Saiful et al. (2014) Dalam kajian ini, penyelidik membina soal selidik
berdasarkan kajian lepas. Selain itu, soal selidik dalam kajian ini telah diubah suai dan
ditambah baik mengikut keperluan kajian. Dalam kajian ini, soal selidik yang digunakan
adalah seperti berikut:

i. Bahagian A: Maklumat demografi. Bahagian A berkaitan jantina dan nama
kategori sekolah

ii. Bahagian B: Pengetahuan murid terhadap persekitaran pembelajaran maya
DELIMa. Bahagian ini membincangkan tentang pengetahuan murid terhadap
cara pengoperasian dan juga isi kandungan portal DELIMa

iii. Bahagian C: Sikap murid terhadap persekitaran pembelajaran maya DELIMa.
Bahagian ini menguji tingkah laku murid sama ada seronok, bosan dan menguji
sama ada pembelajaran melalui portal DELIMa membantu dalam pembelajaran
Kimia.

Kajian awal telah dijalankan sebelum kajian sebenar. Mohd Majid (2000) menyatakan
bahawa dalam setiap kajian, adalah penting untuk menjalankan kajian rintis terlebih dahulu,
kerana ia dapat menentukan kesahan dan kebolehpercayaan alat tersebut. Dalam kajian ini,
kajian rintis telah dijalankan di sekolah berhampiran yang mempunyai makmal komputer dan
pembelajaran melalui portal DELIMa yang aktif, dan responden yang dipilih bukanlah
responden sebenar Oleh. Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak untuk
menyertai kajian rintis. Konsistensi dalaman instrumen telah diuji menggunakan perisian
SPSS versi 26.0. Menurut Mohd Majid (2000), item yang mempunyai nilai alfa melebihi
0.600 diklasifikasikan sebagai mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil kajian rintis
yang dijalankan mendapati:

JADUAL 4.1 : Ujian Kesahan Item

Item Bilangan Nilai Cronbach
Item Alfa, α

Tahap Pengetahuan Murid Tingkatan Empat Terhadap 10 0.963
Pengaplikasian Pelantar Portal Delima Dalam Pembelajaran
Kimia

401

Sikap murid Tingkatan Empat terhadap pengaplikasian pelantar 8 0.963
portal DELIMa dalam pembelajaran matapelajaran Kimia

Data kajian diperoleh oleh penyelidik yang bekerjasama dengan guru di sekolah
terpilih, melalui alamat Googleform untuk membantu mengedarkan soal selidik kepada
pelajar di sekolah yang terlibat. Masa yang diperuntukkan untuk mendapatkan maklum balas
daripada soal selidik adalah sebulan. Semua data yang dikumpul dianalisis menggunakan
kaedah kuantitatif dalam Statistical Package for the Social Sciences (SPSS Window versi
26.0). Dengan menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi, keputusan semua analisis akan
dipersembahkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan peratusan, frekuensi, nilai
min.Dalam kajian ini, analisis deskriptif digunakan untuk menjawab dua persoalan kajian.
Tahap pengetahuan dan sikap pelajar untuk pembelajaran maya melalui portal DELIMa
dianalisis menggunakan nilai kekerapan, peratusan dan min, dan kemudian
mempertimbangkan analisis tahap konstruk daripada lima mata, seperti ditunjukkan dalam
Jadual 1. Purata metrik penerangan yang digunakan adalah yang digunakan dalam kajian
Jamil (2002).

JADUAL 4.2: Interpretasi min

Julat Min Interpretasi
1.00-2.33 Rendah
2.34-3.67
3.68-5.00 Sederhana
Tinggi

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam Jadual 2, hasil dapatan yang diperoleh melalui instrumen soal selidik pula mendapati
ketiga-tiga konstruk yang diuji berada di tahap sederhana. Bagi konstruk tahap pengetahuan
murid tingkatan empat terhadap pengaplikasian pelantar portal delima dalam pembelajaran
kimia berada pada nilai min 3.57 dan sisihan piawai .0.981. Begitu juga dengan konstruk
sikap murid tingkatan empat terhadap pengaplikasian pelantar portal delima dalam
pembelajaran matapelajaran kimia mencatatkan bacaan nilai min 3.60 dan sisihan piawai
0.878. Untuk kosntruk yang ketiga iaitu persepsi murid terhadap keberkesanan penggunaan
portal delima dalam pembelajaran kimia, bacaan yang dicatatkan bagi nilai min ialah 3.53
dan sisihan piawai 0.860. ketiga-ketiga konstruk yang diuji berada di tahap sederhana.

JADUAL 4.3: Rumusan Analisis Deskriptif Keseluruhan

Domain N Min Sisihan Paiwai

PENGETAHUAN 111 3.57 0.981
SIKAP 111 3.60 0.878

402

A. Tahap Pengetahuan Murid Tingkatan Empat Terhadap Keberkesanan
Pengaplikasian Pelantar Portal Delima Dalam Pembelajaran Kimia

Berdasarkan hasil analisis dapatan kajian, tahap pengetahuan murid masih berada di tahap
sederhana. Hanya tiga item daripada sepuluh item yang terdapat dalam konstruk pengetahuan
memberikan bacaan tinggi manakala tujuh item yang selebihnya berada di tahap sederhana.

Jadual 4.4 : Tahap pengetahuan murid Tingkatan Empat terhadap pengaplikasian pelantar portal
DELIMa dalam pembelajaran Kimia

No Item Purata Sisihan Interpretasi
Piawai

1 Saya tahu mengakses Portal DELIMa 3.86 1.132 Tinggi
(sangat bersetuju)

2 Saya tahu fungsi setiap icon dan widget dalam 3.45 1.166 Sederhana
Portal DELIMa

3 Saya tahu mencari sumber pembelajaran subjek 3.30 1.226 Sederhana
Kimia melalui Rakan DELIMa

4 Saya tahu mengakses emel melalui Portal 3.75 1.222 Tinggi
DELIMa 1.245 Sederhana
1.187 Sederhana
Saya tahu menggunakan aplikasi Aktiviti bagi
5 mencari video pembelajaran dalam talian subjek 3.66

Kimia

6 Saya tahu menggunakan setiap “widget” untuk 3.18
membina dashboard

7 Saya tahu menghantar tugasan subjek Kimia 3.30 1.326 Sederhana
menggunakan Portal DELIMa

8 Saya mahir membuka (sign in) dan menutup 3.90 1.228 Tinggi
(sign out) Portal DELIMa Sederhana
3.36 1.235
Saya mahir memuat turun gambar dan video 3.36 1.291 Sederhana
9 dalam dashboard yang berkaitan dengan subjek 3.51 1.041 Sederhana

Kimia

10 Saya mahir memuat turun kerja sekolah dalam
Portal DELIMa

Keseluruhan dapatan pengetahuan

B. Sikap murid Tingkatan Empat terhadap keberkesanan pengaplikasian pelantar
portal DELIMa dalam pembelajaran matapelajaran Kimia

Jadual 3 menunjukkan skor min bagi tahap sikap pelajar terhadap pengaplikasian pelantar
portal DELIMa dalam pembelajaran matapelajaran Kimia. Min keseluruhan ialah 3.60, iaitu
berada pada tahap sederhana. Item 5 dan item 6, mencatatkan bacaan nilai min yang tinggi
iaitu 3.73 dan 3.70 masing-masing, manakala item 7 merupakan item yang paling min rendah
nilai min, iaitu 3.23.

403

Jadual 4.4: Taburan min sikap murid tingkatan empat terhadap pengaplikasian pelantar

No portal DELItMema dalam pembelajaran matapPeularajataran KSimisiahan Interpretasi

1 Saya suka belajar menggunakan persekitaran 3.36 P1i.a0w9a3i Sederhana

pembelajaran Portal DELIMa 3.33 1.114 Sederhana
2 Saya mudah mempelajari Kimia menggunakan

melalui Portal DELIMa

3 Saya suka menggunakan Portal DELIMa untuk 3.38 1.113 Sederhana
mendapatkan bahan P&P

4 Saya menganggap Portal DELIMa sebagai salah 3.54 1.085 Sederhana
satu pilihan cara pembelajaran

5 Saya suka berhubung menggunakan forum 3.44 1.117 Sederhana
dalam Portal DELIMa melalui aplikasi Meet

6 Saya suka menggunakan aplikasi 3.76 1.127 Tinggi
Quizziz/Kahoot untuk menjawab soalan Kimia

dalam talian

Saya suka menggunakan antara muka pengguna

7 grafik (widget) yang tersedia di dalam Portal 3.42 1.053 Sederhana
DELIMa bagi meningkatkan pengetahuan saya

dalam matapelajaran Kimia

Keseluruhan dapatan sikap 3.46 .949 Sederhana

A. Tahap Pengetahuan Murid Tingkatan Empat Terhadap Keberkesanan
Pengaplikasian Pelantar Portal Delima Dalam Pembelajaran Kimia

Daripada analisis hasil kajian, tahap pengetahuan pelajar masih berada pada tahap sederhana.
Namun secara umumnya, boleh dikatakan kebanyakan murid sedar akan kepentingan
pembelajaran maya melalui platform portal DELIMa seperti dapat meningkatkan penguasaan
Kimia, meningkatkan kemahiran komputer dan Internet dan juga dapat meningkatkan
pengetahuan memuat naik dan memuat turun bahan pembelajaran daripada Internet

Namun, mereka kurang keyakinan untuk menggunakan portal DELIMa. Ini kerana
murid sekolah menengah masih terbiasa dengan kaedah tradisional mendapatkan maklumat
bersama mereka sepanjang masa berbanding menggunakan aplikasi pembelajaran maya
(seperti portal DELIMa). Ini selaras dengan pandangan Simpson dan Richards (2015), yang
mendapati cabaran utama melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui portal
pembelajaran maya adalah berkaitan dengan penentangan murid terhadap model pengajaran
baharu. Murid sudah biasa dengan kaedah tradisional dan sukar untuk menyesuaikan diri
dengan kaedah pengajaran baharu. Oleh itu, murid ini perlu menggunakan aplikasi
pembelajaran maya portal DELIMa untuk latihan atau seminar sebagai satu cara untuk
meningkatkan pengetahuan mereka dan memastikan akses yang berkesan kepada kursus
pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Oblinger & Oblinger (2007), yang percaya
bahawa generasi semasa adalah persekitaran ICT "generasi rangkaian" yang sedang
berkembang. Oleh itu, sikap, minat, dan pencapaian pembelajaran generasi ini dipengaruhi
oleh penggunaan Internet (Lapammu, S., & Mahamod, Z. 2018). Pihak sekolah dan warga
pendidik boleh terus mengukuhkan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam membentuk
proses pembelajaran.

404

B. Sikap Murid Tingkatan Empat Terhadap penpaplikasian

Dengan bacaan min keseluruhan yang berada di tahap sederhana, dapat dirumuskan bahawa
murid tingkatan 4 di empat buah sekolah menengah di Bentong ini mempunyai sikap suka
menggunakan forum dalam Portal DELIMa melalui aplikasi Meet untuk berhubung dan
berkomunikasi dengan guru-guru dan kawan-kawan dan murid gemar untuk menjawab
soalan-soalan kuiz dalam talian yang berbentuk permainan sepeti yang ditawarkan oleh
aplikasi-aplikasi yang tersedia di dalam portal DELIMa seperti Quizziz dan Kahoot

Secara keseluruhanya, walaupun sikap murid berada di paras sederhana namun
mereka masih boleh dikatakan mempunyai sikap yang baik terhadap penggunaan portal
DELIMa sebagai salah satu wadah untuk memnjalani proses pembelajaran khususnya dalam
meningkatkan pemahaman dalam subjek Kimia.

KESIMPULAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan sikap murid terhadap
keberkesanan penggunaan portal DELIMa dalam pembelajaran Kimia, berada pada tahap
yang sederhana. Terdapat perhubungan yang positif anatar pengetahuan dan sikap murid
terhadap persepsi keberkesanan penggunaan portal DELIMa dalam pembelajaran Kimia.
Proses pembelajaran menggunakan platform portal DELIMa adalah satu cara untuk
menyelesaikan kepelbagaian gaya pembelajaran, yang memberi kesan positif kepada
kemahiran pelajar. Kelebihan kaedah pembelajaran ini masih tidak dapat menarik minat guru
untuk menggunakan portal DELIMa sebagai platform pembelajaran utama sekolah.
Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji yang mendapati
secara keseluruhannya berada di paras sederhana. Maka beberapa implikasi dari kajian telah
dapat digarap. Pencerahan kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan portal DELIMa perlu
diperbaiki dan diperkasakan lagi penggunaannya oleh guru dan murid di sekolah. Oleh itu,
aspek usaha tertentu perlu dilaksanakan di bawah penyeliaan berterusan barisan pentadbiran
sekolah khususnya. Pelan pelaksanaan yang jelas perlu dibangunkan untuk semua warga
sekolah memainkan peranan sebagai guru dan berfikir secara aktif. Bukan itu sahaja, menurut
Ummu Salma Mohiddin dan Fariza Khalid (2014), guru harus dilatih secara berterusan
supaya mereka memahami sepenuhnya penggunaan portal DELIMa, bertujuan untuk
meningkatkan minat guru menggunakan portal DELIMa dalam proses pdp. Kajian lanjutan
yang akan di jalankan di masa akan datang menggunakan pelbagai kaedah penyelidikan yang
bersesuaian dengan pengumpulan data. Bahkan fokus kajian lanjutan juga boleh
dipelbagaikan dengan menggunakan faktor seperti latar geografi dan sosioekonomi yang
berbeza.

405

RUJUKAN

Abdullah, N., Mohamed Noh, N., Nik Yusof, N. A., & Mansor, R. (2019). APLIKASI
PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM KALANGAN
GURU SAINS. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 3(2), 63-76.
Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2118
[15 September 2021]

Abtar, K. 2004. The effectiveness of online discussion forum at OUM. Research
Paper funded by OUM. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Retrieved
from:
https://www.researchgate.net/publication/229045963_E-
learning_challenges_as_perceived_by_communities_of_practice_Open_University_
Malaysia's_experiences [3 September 2021]

Alessi andTrollip. 2001. Multimedia for learning. 3rd Edition. Los Angeles, CA: Pearson
Education. Retrieved from:
https://www.pearson.com/us/higher-education/program/Alessi-Multimedia-for-
Learning-Methods-and-Development-3rd-Edition/PGM144366.html
[15 September 2021]

Ally, M. 2004. Using Learning Theories to Design Instruction for Mobile Learning
Devices. Kertas prosiding MLEARN 2004, Rome, Italy. Retrieved
from: http://www.mobilearn.org/mlearn2004/ [10 Julai 2021]

Ary, D., Jacobs, L. and Razavieh, A. 2002. Introduction to Research. 6th Edition,
Wadsworth, Belmont. Retrieved from:
https://www.scirp.org/(S(lz5mqp453edsnp55rrgjct55))/reference/ReferencesPapers.as
px?ReferenceID=1062624 [21 April 2021]

Bdiwi, R., Runzb C., Faizc S. and Ali C.A. 2019. Smart learning environment: teacher’s
role in assessing classroom attention. Research in Learning Technology
27: 2072.
https://journal.alt.ac.uk/index.php/rlt/article/view/2072 [21 April 2021]

Burnett C. 2010. Technology and literacy in early childhood educational settings: A review
of research. Journal of Early Childhood Literacy. 2010;10(3). Retrieved from:
https://journals.sagepub.com/doi/10.1177/1468798410372154 [10 Julai 2021]

Chin Hai Leng. 2009. Pembangunan dan Penilaian Laman Portal Pembelajaran
Tatabahasa Bahasa Melayu Tingkatan Dua. Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang
tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Retrieved from:
https://www.semanticscholar.org/paper/Pembangunan-dan-penilaian-laman-portal-
pembelajaran-Chin/ca8e15aa373419ca24dff117dad92f57d9361220
[21 April 2021]

Cronbach, L. J. 1946. Response setsand test validity.Educational and psychological
measurement 6:672-683.;
https://journals.sagepub.com/doi/10.1177/001316444600600405 [21 April 2021]

406

Davis, F. 1989. Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use, and User Acceptance of
Information Technology. MIS Quarterly, 13(3),.
https://www.jstor.org/stable/249008?origin=crossref
[20 April 2021]

Dewey, J. 1916. How we think. Boston, MA: Houghton Mifflin Company. Retrieved

from: https://ajguesdon.wordpress.com/john-dewy-how-we-think-reflective-practice-

journals-and-learning-logs/ [21 Mac 2021]

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP).
https://www.moe.gov.my/en/moe-staff/education-services-officer/dskp
[22 Oktober 2021]

Elangkumaran Davarajoo. 2009. Hubungan antara kepimpinan pengajaran guru besar
dengan komitmen kerja dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di zon Tanjung
Karang. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia. [10 April 2021]

Halili S.H., & Suguneswary, R. (2016).Teachers' Acceptance On Using Information
Communication And Technology (ICT) In Teaching Tamil Language, The
Online Journal of New Horizons in Education, 6 (2), 101-111.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/8197 [22 Oktober 2021]

Iberahim, A. R., Mahamod, Z., & Mohamad, W. M. R. W. (2017). Pembelajaran Abad Ke-

21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu
Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu –JPBM (Malay
Language Education Journal–MyLEJ), 7(2), 77-88.

https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/152 [22 Oktober 2021]

Ida Norini Mahamad Tajudin. 2013. Kajian tinjauan mengenai keberkesanan

penggunaan konsep persekitaran pengajaran maya frog (VLE Frog) dikalangan

pelajar SK Haji Mahmud Chemor, Perak. Kertas Projek Penyelidikan. Fakulti

Bahasa dan Komunikasi, Universiti Perguruan Sultan Idris.

https://ir.upsi.edu.my/doc.php?t=d&id=70c9e0e62a3cf4d5c8843646c43428a661ec16

d54da52 [10 April 2021]

Ika Destiana, Ali Salman & Mohd. Helmi Abd. Rahim. 2013. Penerimaan media
sosial: kajian dalam kalangan pelajar universiti di Palembang. Jurnal
Komunikasi, 29 (2):125- 140. http://journalarticle.ukm.my/6912/ [22 Oktober 2021]

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran Kimia Tingkatan Lima. Bahagian Pembangunan Kurikulum,

Putrajaya. Retrieved from:

https://www.moe.gov.my/korporat/bahagian-dan-unit/bahagian-pembangunan

kurikulum [21 Jun 2021]

Khalid Johari. 2003.Penyelidikan dan Pendidikan: Konsep dan Prosedur.
Selangor: Prentice Hall. Retrieved from:
http://etd.uum.edu.my/4753/2/s86940_abstract.pdf [10 April 2021]

407

Koohang, A. 2009. A learner-centered model for blended learning design. International
Journal of Innovation and Learning, 6(1), 76-91. Retrieved from:
https://www.researchgate.net/publication/240295885_A_learner-
centred_model_for_blended_learning_design [10 April 2021]

Lu, J., Yu, C., Liu, C., & Yao, J.E. 2003. Technology acceptance model for wireless
Internet. Internet Res., 13, 206-222. Retrieved from:
https://www.semanticscholar.org/paper/Technology-acceptance-model-for-wireless-
Internet-Lu-Yu/15cffd3a1fda212e64e5e9f6fc884e5e5aca22ab [15 Jun 2021]

Mark A. Runco. 2003. Education for Creative Potential, Scandinavian Journal of Educational
Research,47:3,317324.
https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/00313830308598 [12 April 2021]

Mohd Majid, K. 1998. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Retrieved from:
https://www.scirp.org/(S(351jmbntvnsjt1aadkposzje))/reference/ReferencesPapers.asp
x?ReferenceID=2384367 [15 Jun 2021]

Neuman, W.L. 2000. Social Research Methods Qualitative and Quantitative
Approaches. 4th Edition, Allyn & Bacon, Needham Heights. Retrieved from:
https://www.scirp.org/(S(vtj3fa45qm1ean45vvffcz55))/reference/ReferencesPapers.as
px?ReferenceID=668021 [10 April 2021]

Abdullah, N., Mohamed Noh, N., Nik Yusof, N. A., & Mansor, R. 2019. APLIKASI
PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM KALANGAN
GURU SAINS. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 3(2), 63-76.
Retrievedfrom
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2118 [10 April 2021]

Nunnally, J.C. and Bernstein, I.H. 1994. The Assessment of Reliability. Psychometric
Theory, 3, 248-292. retrieved from:
https://www.scirp.org/(S(i43dyn45teexjx455qlt3d2q))/reference/ReferencesPapers.as
px?ReferenceID=1960143 [22 Oktober 2021]

Oblinger, D.G. dan Oblinger, J.L. 2007. Educating the net generation.
https://www.educause.edu/ir/library/PDF/pub7101.PDF [20 April 2021]

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). 2013. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia
https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/pelan-pembangunan-pendidikan-
2013-2025 [21 Mac2021]

Rahaman, A. A., Abd Rahman, M. J., Alias, S. A. M., dan Ayu, N. 2018. APLIKASI
STEM DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN DI SEKOLAH
LUAR BANDAR: PELUANG DAN CABARAN. Retrieved from:
http://icerd2018.conference.upi.edu/wp-content/uploads/sites/30/2018/12/Lengkap-
Full-paper-ICERD-2018-Nov-2018-min.pdf [16 Jun 2021]

408

Rumelhart, D. E., and Norman, D. A. 1978. Accretion, tuning and restructuring: Three
models of learning. Dalam Anderson, R.C., Spiro, R.J. dan Montague, W.E.
(ed.). Semantic factors in cognition. Hilldale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
Retrieved from:
https://www.dsoergel.com/UBLIS571DS-06.1a
1Reading10RumelhartAccretionTuningAndRestructuring.pdf [15 April 2021]

Rusdiana, A., Abdul Muin, Ara Hidayat dan Yaya Suryana. 2020. POE2WE learning
management based on Google Classroom blended learning.
International Journal of Psychosocial Rehabilitation 24 (8): 1475-7192. Retrieved
from:
http://digilib.uinsgd.ac.id/31014/1/14_a_POE2WE_Learning_Management_Based_on
_1.pdf [15 Jun 2021]

Rusmini Ku Ahmad. 2012. Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Retrieved from:
https://www.academia.edu/528136/Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi
_Dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran [10 April 2021]

Salaberry, M. 2001. The use of technology for second language learning and teaching:
retrspective. The Modern Language Journal, 85 910, 41-56.
https://www.researchgate.net/publication/227627397_The_Use_of_Technology_for_
Second_Language_Learning_and_Teaching_A_Retrospective [22 Oktober 2021]

Ummu Salma Mohiddin, dan Fariza Khalid. 2014. Tahap Pengetahuan Guru Sekolah

Rendah Dalam Penggunaan Vle-Frog Untuk Pengajaran & Pembelajaran. The 4th

International Conference On Learner Diversity (Iceld 2014) Education For

Diverse Learners.

https://www.researchgate.net/publication/285264314_Tahap_Pengetahuan_Guru_Sek

olah_Rendah_dalam_Penggunaan_VLE-Frog_untuk_Pengajaran_Pembelajaran/stats

[[16 Jun 2021]

Vygotsky, L. 1978. Mind in society. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Retrieved from:
https://link.springer.com/content/pdf/bfm%3A978-1-4615- 5939-
9%2F1.pdf [10 Jun 2021]

Woolfolk, A. E. 1993. Educational psychology. Boston: Allyn and Bacon. Retrieved
from:https://www.worldcat.org/title/educational-psychology/oclc/26161372
[12 April 2021]

Zarina Mustafa. 2010. Teachers' levels of use in the adoption of task-based language teaching
in Malaysian classrooms. The International Journal of Interdisciplinary Social
Sciences, 5(3), 127–137. https://cgscholar.com/bookstore/works/teachers-levels-of-
use-in-the-adoption-of-taskbased-language-teaching-in-malaysian-classrooms. [16
Jun 2021]

409

Zarina Mustafa. 2012. Teachers' encountered challenges in the adoption of task-based
language teaching in Malaysian classrooms. The International Journal of Arts and
Sciences, 5(3), 269–279.
http://www.universitypublications.net/ijas/0503/html/RMA28.xml
[18 September 2021]

Suriati bt A Rashid
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
Dr Siti Nur Diyana bt Mahmud
Fakulti Pendidian Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

410

Persepsi Pelajar Terhadap Kesediaan Guru Sains Dalam
Pelaksanaan PdPR

(Students' Perceptions on Science’s Teacher Readiness in the
Implementation of PdPR)

SUZINURSOLAHAH SALEH* & LILIA HALIM

ABSTRAK

Pandemik COVID-19 telah mengubah guru ke arah pengajaran dan pembelajaran dirumah. Kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap kesediaan kogntif, pedagogi dan motivasi guru Sains dalam
pelaksanaan PdPR dalam kalangan pelajar di daerah Besut, Terengganu. Selain itu, kajian ini juga untuk
mengenal pasti perbezaan antara jantina dan peringkat persekolahan terhadap kesemua dimensi kesediaan guru.
Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik hasil daripada instrumen yang
diubahsuai dan diadaptasi dengan nilai kepercayaan alpha cronbach 0.93. Model Proses Pendidikan (1974) telah
digunakan dalam kerangka kajian ini. Seramai 366 orang pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 4 telah terlibat sebagai
responden dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Window versi 26.0. Analisis deskriptif
melibatkan frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan demografi
responden, tahap kesediaan (i) kogntif, (ii) pedagogi dan (iii) motivasi. Analisis inferensi pula melibatkan analisis
MANOVA Dua Hala. Hasil kajian deskriptif menunjukkan secara keseluruhannya, responden mempunyai tahap
kesediaan kogntif dan pedagogi yang sederhana tinggi. Manakala tahap kesediaan motivasi guru pula berada
pada tahap yang tinggi. Analisis MANOVA dua hala menunjukkan ketiga-tiga pemboleh ubah tidak bersandar
iaitu kesediaan kogntif, pedagogi dan motivasi tidak memberi kesan perbezaan yang signifikan antara jantina
dan peringkat persekolahan dalam pelaksanaan PdPR. Namun begitu, peringkat persekolahan mempunyai
perbezaan yang signifikan secara statistik ke atas kesediaan motivasi guru Sains dalam pelaksanaan PdPR.
Implikasi kajian, penerapan elemen kesediaan guru seperti bengkel pedagogi digital perlu ditingkatkan bagi
memastikan profesionalisme guru dan kecemerlangan pelajar dalam Sains yang boleh dicapai.

Kata Kunci: Kesediaan Guru; Persepsi pelajar; PdPR

ABSTRACT

The COVID-19 pandemic has shifted teachers towards teaching and learning at home. This study aims to identify
the stages of students' perceptions of the cognitive readiness, pedagogy and motivation of science teachers in
implementing PdPR among students in the Besut area, Terengganu. In addition, this study is also to identify the
differences between gender and schooling rank on all dimensions of teacher willingness. This study uses a review
design that uses research questions from the results of an instrument that is adjusted and adapted with a Cronbach
alpha confidence value of 0.93. The Educational Process Model (1974) has been used in the framework of this
study. A total of 366 students from grades 1, 2 and 4 have been involved as respondents in this study. Data were
analyzed using SPSS Window version 26.0. Descriptive analysis involving frequency, percentage, min score and
standard of expertise was carried out to determine respondent's demographics, (i) Knowledge, (ii) pedagogical and
(iii) motivational stages. Inference analysis also involves two-way MANOVA analysis. The results of the
descriptive study show that overall, the respondents have a moderately high level of cognitive and pedagogical
readiness. When the level of willingness of the teacher's motivation is also at a high stage. The two-way MANOVA
analysis showed that the three independent variables, namely cognitive readiness, pedagogy and motivation, did
not give the impression of a significant difference between gender and schooling rank in the implementation of
PdPR. However, the school rankings have a statistically significant difference in the willingness of science teachers
to be motivated in implementing PdPR. The implication of the study is that the application of elements of teacher
readiness such as digital pedagogical workshops need to be improved to ensure teacher professionalism and student
brilliance in science can be achieved.

Key Words: Teacher Readiness; Student’s Perception; PdPR

411

PENGENALAN

Pandemik COVID-19 telah menggemparkan dunia dan mengganggu sistem pendidikan negara.
Sebanyak 94% populasi pelajar dunia lebih daripada 190 negara mengalami gangguan
pembelajaran bersemuka (UNESCO, 2020). Menurut Rohamyati Junaidi et al. (2020) dan
Lekhraj Rampal (2020) menyatakan sosioekonomi khususnya bidang pendidikan dan kesihatan
manusia di semua negara juga terancam akibat dari pandemik ini. Peningkatan mendadak
sejumlah 190 kes direkodkan pada 15 Mac 2020 dan pada 16 Mac 2020, 125 kes tambahan
telah dicatatkan. Ekoran itu, pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan
bermula 18 Mac di seluruh negara oleh Perdana Menteri Malaysia. Hal ini menyebabkan
penutupan semua universiti, sekolah dan tempat keagamaan sepanjang tempoh PKP bagi
mencegah penularan virus Covid-19 (Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia, 2020).
Justeru, sangat penting untuk sistem sekolah di seluruh dunia untuk segera beralih kepada
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

PdPR merupakan strategi pengajaran jarak jauh yang digunapakai bagi menghadapi
cabaran penutupan sekolah diluar jangkaan (UNESCO, 2020). Ia juga dirujuk sebagai
pembelajaran dari rumah (Lee Yong, Shu-Shing & Kalaivani 2021; Azlin Mansor et al. 2021;
Shelina Bhamani et al. 2020 Malchiel Ravanelli et al. 2020). Kementerian Pendidikan Malaysia
(2020) mengistilahkan PdPR sebagai pengajaran jarak jauh dan telah menyediakan garis
panduan umum pelaksanaan PdPR bagi memastikan keberlangsungan pembelajaran dan
pengajaran walaupuno dalam tempoh pandemik. Terdapat empat mod kaedah alternatif yang
disenaraikan dalam garis panduan tersebut. Antaranya ialah dalam talian, luar talian, gabungan
dalam dan luar talian, serta di luar laman web. PdPR juga bersifat inklusif iaitu menggabungkan
pendekatan yang sesuai, mengembangkan peraturan pembelajaran jarak jauh, menghadkan
bilangan aplikasi dan platform yang digunakan serta memantau secara aktif pembelajaran yang
berlaku (UNESCO, 2020). Namun begitu, inisiatif ini sejajar dengan Du dan Chaaban (2020)
mengatakan wujudnya cabaran tersendiri, terutama dari aspek kesediaan guru sebagai agen
pelaksana PdPR.

World Bank (2020) menegaskan bahawa kesediaan guru seharusnya tidak boleh
dilupakan semasa fasa kritikal ini kerana mereka adalah pekerja barisan hadapan dalam
pelaksanaan PdPR. Hal ini disokong oleh Vu et al. (2020) menyatakan Covid-19 telah memberi
impak kepada guru dalam menghadapi masalah kewangan, fizikal dan mental. Sehubungan itu,
Mok Soon Sang (2008) mendefinisikan kesediaan ini ialah guru perlu sentiasa bersedia dari
aspek kogntif, afektif dan psikomotor untuk memulakan sesuatu PdPR. Manakala, Kamarul
dan Sharifah (2011) juga mentakrifkan kesediaan dengan kata adjektif atau sifat yang
menggambarkan telah ada, siap, lengkap, keinginan, kesanggupan, kerelaan, keredaan,
kemampuan dan kemahuan. Walaubagaimanapun, Agus (2020), berpendapat bahawa
walaupun belajar dan mengajar dari rumah, kogntif, keupayaan, motivasi dan kemahiran
mereka boleh meningkat jika seseorang guru mempunyai kesediaan yang tinggi bagi membantu

412

murid dan guru itu sendiri. Oleh itu, kesediaan guru memainkan peranan utama dalam konteks
perubahan semasa.

Menurut UNESCO (2020), seseorang guru mempunyai tanggungjawab besar dalam
mempraktikkan pedagogi baru, memaksimumkan penyertaan dan keselamatan pelajar. Hal ini
adalah bagi memastikan keberkesanan dalam melaksanakan PdPR. Namun begitu, penguasaan
dalam kogntif dan kemahiran menggunakan komputer dalam PdPR adalah lemah iaitu
sebanyak 39 peratus guru di sekolah telah dibuktikan dalam kajian Mohd Noh et al. (2016).
Sehubungan itu, Sokal et al. (2020) menegaskan bahawa penggunaan komunikasi yang
mencukupi dengan pelajar, penyesuaian diri bagi pengajaran dalam talian, penerimaan
sokongan pembelajaran dan pengukuhan pelajar juga adalah cabaran besar yang dihadapi oleh
guru. Apabila guru bersedia menghadapi perubahan, mereka mungkin mempunyai sikap positif
dan mempunyai rintangan yang lebih rendah serta memaksimumkan penglibatan mereka
sendiri (Hung, M.L., 2016).

Kajian terdahulu mendapati bahawa faktor utama keberkesanan strategi PdPR adalah
kesediaan guru dari aspek kogntif, kandungan, pedagogi, sokongan dari rumah, pemantauan
dan penilaian dalam melakukan kerja dari rumah (Rasmitadila, R., et al., 2020). Oleh itu,
kesediaan guru dalam melaksanakan segala pendekatan dalam PdPR perlu diteliti dengan lebih
mendalam bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan ini. Walaupun para penyelidik masa
lalu telah meneliti secara mendalam mengenai pembelajaran dari rumah dari perspektif guru
sendiri (Mansor et al., 2020; Bahami et al., 2020; Tay et al., 2021) dan kesediaan guru untuk
berubah (Hung, M.L., 2016), hanya beberapa kajian yang membincangkan kesediaan guru
untuk PdPR, terutama dalam konteks pandemik (Mansor et al., 2020; Bahami et al., 2020).
Namun, sangat sedikit kajian (Kulal & Nayak, 2020) yang dilakukan bagi meneliti kesediaan
guru dari persepsi pelajar dalam fasa peralihan PdPR yang menggunakan teknologi
sepenuhnya. Ini meninggalkan jurang dalam penyelidikan yang harus diatasi terutama
mengenai persepsi pelajar terhadap kesediaan guru dalam PdPR.

Berdasarkan kajian-kajian lepas mengenai kesediaan guru, masih belum ada kajian
yang memberi tumpuan pelajar sekolah menengah di Terengganu. Oleh itu, tujuan kajian ini
adalah untuk mengenal pasti tahap dan pengaruh persepsi pelajar sekolah menengah daerah
Besut, Terengganu terhadap kesediaan guru Sains dari aspek kogntif, pedagogi dan motivasi
dalam pelaksanaan PdPR semasa pandemik Covid-19. Oleh hal demikian, kajian ini perlu
dilaksanakan bagi menghadapi krisis ini dan berupaya meningkatkan keberkesanan PdPR.
Dapatan kajian ini akan dapat menjelaskan persepsi kesediaan guru Sains dalam pelaksanaan
PdPR antara pelajar sekolah menengah di negeri ini. Oleh itu, ini boleh menjadi input berguna
bagi pihak KPM bagi menyusun perancangan latihan dan kursus khas untuk guru. Hal ini bagi
memastikan perkembangan pendidikan negara mampu bersaing dan berdaya maju pada
peringkat global. Kajian ini mungkin hanya menyentuh masalah asas sahaja, tetapi berpotensi
menjadi panduan dan rujukan yang lebih mendalam kepada kajian pada masa hadapan.

413

Selanjutnya, hasil kajian ini dapat membantu guru meningkatkan kualiti guru agar modal insan
yang akan dilahirkan dan mampu bersaing di persada antarabangsa.

Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji objektif dan hipotesis
kajian seperti yang berikut:

1. Mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap kesediaan kogntif, pedagogi dan
motivasi guru Sains dalam pelaksanaan PdPR.

2. Mengenal pasti perbezaan kesediaan kogntif, pedagogi dan motivasi guru Sains
dalam pelaksanaan PdPR berdasarkan jantina dan peringkat persekolahan
pelajar.

H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persepsi pelajar terhadap
kesediaan kogntif, pedagogi dan motivasi guru Sains dalam pelaksanaan PdPR
berdasarkan jantina dan peringkat persekolahan pelajar.

SOROTAN LITERATUR

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah adalah pembelajaran yang dijalankan di rumah atau di
mana-mana lokasi yang dianggap bersesuai (KPM, 2020). Tiga kaedah pelaksanaan ynag boleh
berlaku iaitu dalam talian, luar talian atau off-site sama ada berstruktur dan terancang.
Kepelbagaian kaedah adalah disebabkan halangan bagi pelajar tidak dapat hadir dalam sesuatu
tempoh disebabkan wabak. Hal ini selari dengan Nurbaizura dan Nurfaradilla (2020) yang
mendefinisikan PdPR ialah suatu pendekatan pembelajaran dalam talian yang telah menjadi
satu keperluan kepada guru setelah COVID-19 melanda dunia. Sementara itu, Hazirah dan
Masayu (2020) mengatakan kaedah pembelajaran secara dalam talian merupakan.aktiviti PdP
mereka semasa di rumah ketika perintah kawalan pergerakan. Mengikut Khairah (2020),
peranan pentadbir, guru, ibubapa dan pelajar telah disediakan dan diperincikan oleh
Kementerian Pendidikan dalam garis panduan bagi membantu kelangsungan sesi pembelajaran
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Howard et al. (2020) juga berpendapat tindak
balas terhadap pandemik yang belum pernah terjadi sebelum ini iaitu Covid-19 merupakan satu
peralihan pesat dari pengajaran bersemuka ke dalam talian dalam pendidikan menengah. Dapat
disimpulkan PdPR ini adalah alternatif yang dilakukan bagi memastikan pembelajaran
diperoleh secara berterusan sama ada secara segerak, tidak segerak atau offsite.

Kesediaan guru ditakrifkan oleh Elena et al. (2015) iaitu harta dinamik yang tidak dapat
dipisahkan dari seseorang bagi mencerminkan kesatuan dalam kesediaan kogntif, motivasi, dan
praktikal dalam aktiviti pendidikan diri. Armenakis, Harris & Mossholder, (1993) juga
mendefinisikan kesediaan guru sebagai kepercayaan, sikap dan niat individu berkaitan sejauh
mana keupayaan bagi menjayakan perubahan tersebut. Kesediaan kemahiran dan pedagogi
amatlah penting dalam menghadapi pandemik ini. Kemahiran teknologi dan pedagogi yang
berbeza daripada pengajaran bersemuka amatlah diperlukan bagi menyokong PdPR (Gurley,
2018). Penerokaan ciri kesediaan guru dalam beberapa kajian (Phan & Dang, 2017; Che Azizan
& Mohamad Nasri, 2020; Dadze-Arthur & Raine, 2016) juga dikaitkan dengan pelaksanaan
pembelajaran dalam talian. Namun, Kajian Martin et al., (2019) hanya tertumpu kepada ciri
individu dan pendidikan tinggi pendidik. Akhir sekali, komponen utama kesediaan guru bagi
pengajaran dalam talian dalam kajian Hung (2016) ialah efikasi kendiri.

414

Pada tahun 2015, Andreyeva di Belgorod telah melakukan kajian bagi mengkaji
kesediaan guru prasekolah dalam penggunaan ICT. Dalam kajian ini, ternyata majoriti guru
menggunakan komputer dalam penulisan rancangan pelajaran, penggunaan ICT hanya untuk
menulis rancangan pengajaran sebanyak 33.4, tanpa penggunaan ICT dalam pekerjaan mereka
dengan jumlah 16.6%. Al-Awidi & Aldhafeeri (2017) menjalankan kajian ke atas 532 guru
yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru untuk melaksanakan kurikulum
digital di sekolah Kuwait dari perspektif guru. Selanjutnya, kajian ini juga meneroka faktor-
faktor yang mempengaruhi kesediaan mereka dalam mengembangkan serta melaksanakan
tinjauan kesediaan teknologi dalam dua domain (teknikal dan pedagogi). Hasil kajian
menunjukkan bahawa guru cukup bersedia untuk melaksanakan kurikulum digital dalam
kedua-dua komponen kesediaan (teknikal dan pedagogi). Hasil kajian juga menunjukkan
bahawa guru mengenal pasti beberapa faktor yang menghalang kesediaan mereka. Faktor-
faktor ini ada kaitan kepada kekangan masa, kogntif dan kemahiran, infrastruktur, dan
sokongan teknikal. Teori perkembangan psikososial Erik Erikson (1958, 1963) mencadangkan
bahawa personaliti perlu berkembang melalui lapan peringkat, dari peringkat bayi hingga usia
tua. Untuk menjadi ahli masyarakat yang berfungsi sepenuhnya dan yakin, guru mesti berjaya
menyelesaikan setiap peringkat dan menyelesaikan dua keadaan yang bercanggah; contohnya,
kepercayaan berbanding ketidakpercayaan dan autonomi berbanding rasa malu. Apabila
berjaya, guru memperoleh kebaikan asas manusia dan keperibadian yang sihat; guru akan
menyesuaikan diri dengan baik dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran di kemudian hari.

Sebagai kesimpulan, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pelaksanaan PdPR
dapat dikaitkan dengan kesediaan guru. Walaupun begitu, kerana kesukaran dalam mencari
kajian yang mengaitkan persepsi pelajar terhadap kesediaan guru dalam pelaksanaan PdPR,
para penyelidik menggunakan kajian yang berkaitan dengan PdPR dan kesediaan guru untuk
menjelaskan masalahnya. Persepsi merupakan sebuah proses yang berkaitan dengan
kemasukan informasi atau maklumat ke dalam otak manusia dan terus mengadakan hubungan
dengan persekitarannya melalui persepsi manusia. Hubungan tersebut dibentuk melalui
rangsangan yang diperoleh melalui pancaindera daripada persekitaran (Slameto,2010).
Memandangkan kekurangan kajian persepsi pelajar terhadap kesediaan guru dalam
pelaksanaan PdPR di Malaysia, kajian-kajian lain yang berkaitan dengan PdPR digunakan bagi
menjelaskan perbezaan antara persepsi pelajar terhadap pelaksanaan PdPR. Kajian-kajian ini
merangkumi penyelidikan oleh Mohd Amin & Mohamad Nasri (2021), Akalili dan
Nurfaradilla (2021) dan begitu juga Izzat et al. (2021). Walaupun begitu, secara keseluruhan,
kajian yang mengaitkan pemboleh ubah persepsi pelajar terhadap kesediaan guru dalam
pelaksanaan PdPR di Malaysia masih jarang (Kulal & Nayak, 2020) dan jumlahnya terhad.
Sebilangan besar kajian yang melibatkan pemboleh ubah kesediaan guru telah dibincangkan
terutamanya dalam konteks sikap, emosi, kemahiran sosial dan kemahiran pedagogi serta
kemahiran teknologi. Oleh yang demikian, kajian yang melibatkan pemboleh ubah kogntif,
pedagogi dan motivasi menjadi asas perbincangan dalam kajian ini.

METODOLOGI

Rekabentuk Kajian

Reka bentuk bagi kajian ini adalah berbentuk tinjauan rentas silang (cross-sectional survey)
yang mana data diambil pada satu peringkat dalam satu masa sahaja (Creswell 2008). Ini
bermakna penilaian tentang kesediaan guru dalam pelaksanaan PdPR dari aspek pelajar
dijalankan sekali sahaja sepanjang tempoh kajian. Penggunaan kaedah rentas silang adalah

415

sesuai untuk mengukur sikap, pandangan, pencapaian, persepsi dan tingkah laku dalam masa
yang singkat (Chua 2011). Tambahan pula, kajian ini akan ditadbir dengan pengumpulan data
yang cepat walaupun melibatkan saiz responden yang besar dan paling penting adalah
keupayaan keputusan kajian digeneralisasikan kepada populasi. Namun begitu, soal selidik
bentuk terbuka digunakan bagi menjelaskan dan mendapatkan pandangan pelajar mengenai
cadangan bagi menjadikan PdPR lebih berkesan. Kajian ini telah mendapat kelulusan daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia (Rujukan: KPM.600-3/2/3-eras (10935)) dan Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu (Rujukan: JPNT.SPS.500-8/3/2 JLD. 2 (22)) dan turut
mendapat kebenaran daripada pentadbir sekolah yang terlibat

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi sasaran bagi kajian ini adalah pelajar tingkatan satu, dua, dan empat pelbagai zon di
20 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Besut, Terengganu. Sekolah menengah
kebangsaan harian biasa merupakan sekolah yang paling banyak disediakan dan menggunakan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Persampelan dilakukan
menggunakan kaedah persampelan rawak mudah Justeru, data yang diperoleh daripada
statistik KPM (2021), jumlah populasi pelajar tingkatan satu, dua dan empat di sekolah
menengah ialah seramai 7323 orang. Mengikut jadual penentuan Krejcie dan Morgan (1970),
jika populasi ialah 7,323, saiz sampel yang diperlukan ialah 366.

Kaedah Pengumpulan Data/Instrumen

Soal selidik mengenai persepsi pelajar terhadap kesediaan guru Sains yang diionovasi daripada
McKenzie (1999) dan Shahril (2005). Soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian utama:
Bahagian A ialah demografi kajian, Bahagian B terdiri daripada persepsi pelajar terhadap
kesediaan guru dan Bahagian C mengenai pendapat pelajar mengenai keberkesanan PdPR.
Jumlah keseluruhan item adalah 38 item. Penggunaan skala Likert 5 mata bagi menilai
kesemua item dalam soal selidik ini iaitu daripada Sangat tidak setuju, Tidak Setuju, Kurang
Setuju, Setuju dan Sangat Setuju dengan diberi skor setiap skala masing-masing 1, 2, 3, 4 dan
5. Pandemik COVID-19 menyebabkan data dikumpul dalam bentuk pautan google form yang
hanya diedarkan secara dalam talian.

Setiap item telah menjalani proses kesahan oleh tiga panel kesahan yang dilantik Pakar
tersebut terdiri daripada tiga orang pensyarah kanan dalam bidang Pendidikan Sains. Maklum
balas mereka mengenai item telah diperhalusi untuk memastikan mereka mengukur setiap
faktor dengan tepat dan memastikan instrumen adil dan sesuai untuk ditadbir kepada
responden. Setelah mendapat kesahan, instrumen diperbaiki dari segi penulisan item soalan
berdasarkan cadangan daripada panel kesahan. Seterusnya kajian rintis dijalankan melibatkan
40 orang murid yang mempunyai ciri persamaan dengan responden dan tidak terlibat dengan
kajian sebenar. Nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi setiap konstruk bagi kajian rintis
ini juga diperoleh dengan julat sekitar 0.83 sehingga 0.93.

Kaedah Analisis Data

Data yang diperolehi adalah berbentuk skor markah ujian yang kemudian ditukarkan kepada
bentuk peratus. Analisis deskriptif dijalankan untuk mendapatkan nilai min skor ujian dan
sisihan piawai bagi menjawab soalan pertama. Ujian normaliti dilakukan bagi menganalisis
taburan data kemudian ujian parametrik MANOVA Dua Hala dijalankan bagi menjawab

416

persoalan kajian kedua iaitu menguji perbezaan antara pemboleh ubah bebas (kesediaan
kogntif, pedagogi dan motivasi guru Sains) dan pemboleh ubah bersandar (jantina dan
peringkat persekolahan pelajar). Kesemua analisis dijalankan menggunakan program
Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi memproses data. Tafsiran
skor purata yang dibangunkan oleh Nunnally dan Bernstein (1994), seperti ditunjukkan dalam
Jadual 1 digunakan bagi menentukan tahap kesediaan guru Sains.

JADUAL 1. Interpretasi tahap kesediaan guru ((Nunnally dan Bernstein 1994)

Tahap kesediaan guru Interpretasi

1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana rendah
3.01 – 4.00 Sederhana tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini telah mengukur persepsi pelajar terhadap kesediaan guru Sains dalam pelaksanaan
PdPR yang terdiri daripada tiga dimensi iaitu; a) kogntif, b) pedagogi dan c) motivasi. Secara
keseluruhannya, sampel kajian menunjukkan bersetuju bahawa kesediaan guru yang positif
yang berada pada tahap tinggi bagi kesediaan motivasi. Dapatan kajian menunjukkan dua
dimensi kesediaan guru dalam pelaksanaan PdPR a) kogntif dan b) pedagogi mempunyai tahap
sederhana tinggi. Kesediaan guru ditakrifkan oleh Elena et al. (2015) iaitu harta dinamik yang
tidak dapat diasingkan lagi dari individu bagi menggambarkan kesediaan dari segi kognitif,
motivasi dan praktikal dalam aktiviti pendidikan guru. Kemahiran teknologi dan pedagogi yang
berbeza daripada pengajaran bersemuka amatlah diperlukan bagi menyokong PdPR (Gurley,
2018). Oleh itu adalah penting bagi meningkatkan tahap kesediaan kogntif dan pedagogi ini di
dalam kalangan guru Sains agar pelajar boleh melibatkan diri secara aktif dan menjadikan lebih
cemerlang dalam pendidikan Sains. Bagi dimensi kesediaan motivasi guru Sains didapati
adalah pada tahap yang tinggi. Dimensi ini membuktikan pelajar lebih sukakan guru yang
beretika, bersedia serta lebih suka guru yang bersikap positif dalam pelaksanaan PdPR.
Dapatan ini membayangkan pembelajaran Sains yang dialami oleh pelajar dalam suasana yang
lebih bermotivasi dan semangat.

Profil Responden Kajian

Profil keseluruhan pelajar sekolah menengah terhadap kesediaan guru Sains dalam pelaksanaan
PdPR ditunjukkan pada Jadual 2.

JADUAL 2. Taburan Demografi Responden.

Jantina Lelaki Tingkatan 1 Tingkatan Tingkatan 4 Jumlah
Perempuan 72 Tingkatan 2 47 183
Kemudahan 50 75 183
peranti Ya 107 64 117 335
58
Kaedah 111 31
PdPR 27
Tidak 15 11 5
Google meet sahaja 12 6 9

417

WhatsApp dan 11 12 13 36
85
Telegram
21
Google meet, 28 37 20 197

WhatsApp dan

Telegram

Modul bertulis 11 2 8

sahaja

Modul bertulis, 60 65 72

Google meet,

WhatsApp dan

Telegram

Berdasarkan Jadual 2, didapati responden perempuan sama ramai antara lelaki dan
perempuan. Terdapat 366 orang pelajar yang belajar mata pelajaran Sains yang terdiri daripada
183 orang pelajar (50%) adalah perempuan dan 183 orang pelajar (50%) adalah lelaki. Pelajar
perempuan tingkatan 4 adalah paling ramai responden manakala bagi tingkatan 1 dan 2 ialah
pelajar lelaki yang mendahului dengan niai masing-masing 39% dan 35% bagi keseluruhan
pelajar lelaki. Sampel yang mewakili umur dalam kajian ini adalah sama bilangannya sebanyak
122 orang (33.3%) bagi 13 tahun, 14 tahun dan 16 tahun masing-masing. Hal ini menunjukkan
bahawa sampel dalam kajian ini menggambarkan demografi pelajar secara amnya iaitu
bilangan pelajar antara tingkatan 1, 2 dan 4 bagi daerah Besut adalah terdiri daripada pelajar
yang sama banyak bilangannya. Selain itu, kaedah PdPR yang digunakan guru responden
kajian. Seramai 197 orang responden (53.8%) yang menggunakan Modul bertulis, Google
meet, WhatsApp dan Telegram, manakala responden yang menggunakan Modul bertulis sahaja
hanya 21 orang (5.7%). Secara keseluruhan didapati 85 (23.2%) responden yang menggunakan
Google meet, WhatsApp dan Telegram terlibat dalam kajian ini. Maklumat berkenaan
kemudahan peranti responden kajian dalam menjalani PdPR. Seramai 335 orang responden
(91.5%) mempunyai kemudahan peranti, manakala seramai 31 orang responden (8.5%) yang
tidak mempunyai sebarang kemudahan peranti sendiri. Dapatan menunjukkan majoriti
responden kajian yang terlibat dalam kajian ini mempunyai kemudahan peranti sendiri.
Persepsi pelajar terhadap kesediaan guru Sains telah dibahagikan kepada tiga dimensi
kesediaan meliputi kesediaan a) kogntif, b) pedagogi dan c) motivasi. Peratusan dan purata
setiap item di bawah dimensi tertentu keseluruhan akan diteliti berdasarkan jantina dan jenis
peringkat persekolahan pelajar (Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4).

Tahap Persepsi Pelajar terhadap Kesediaan Kogntif, Pedagogi dan Motivasi Guru

JADUAL 3. Intepretasi setiap dimensi kesediaan guru Sains

Dimensi N Min Sisihan piawai Interpretasi
Keseluruhan (Kogntif) 366
3.87 0.675 Sederhana
Penggunaan Multimedia 366
Penggunaan ICT 366 Tinggi

Keseluruhan (Pedagogi) 4.03 0.720 Tinggi

Keseluruhan (Motivasi) 3.71 0.789 Sederhana
Etika
Persediaan Tinggi

3.98 0.629 Sederhana

tinggi

4.26 0.513 Tinggi

4.04 0.790 Tinggi

4.49 0.609 Tinggi

418

Sikap 4.18 0.616 Tinggi

Jadual 3 menunjukkan skor min, sisihan piawai dan interpretasi bagi setiap aspek
kesediaan kogntif yang telah dijalankan terhadap 336 orang guru Sains. Hasil kajian mendapati
aspek kogntif dalam penggunaan multimedia bagi kesediaan guru terhadap pelaksanaan PdPR
dalam kalangan guru Sains merupakan paling tinggi dengan nilai min 4.03 dan sisihan piawai
0.720. Ia diikuti dengan aspek kogntif dalam penggunaan ICT dengan nilai min 3.71 dan
sisihan piawai 0.789. Secara keseluruhan hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap
kesediaan kogntif guru terhadap pelaksanaan PdPR dalam kalangan guru Sains di daerah Besut,
Terengganu adalah berada pada tahap sederhana tinggi sebagaimana yang ditunjukkan dalam
Jadual 3. Berdasarkan jadual berkenaan, nilai min keseluruhan tahap kesediaan kogntif adalah
3.87 dengan sisihan piawai bersamaan dengan 0.675. Tahap kesediaan kogntif guru Sains dikaji
berdasarkan kepada dua aspek iaitu penggunaan multimedia dan ICT. Kogntif dalam
menggunakan multimedia dilihat melalui perisian yang mengintegrasikan teks dengan bahan-
bahan media yang lain seperti audio, imej grafik (gambar tak bergerak), animasi, klip video
dan sebagainya (Vaughn, 1993). Kogntif dalam menggunakan ICT dinilai berdasarkan
teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks) sama ada yang nyata
(komputer, servers, router, kabel) ataupun tidak nyata (software) (Ward & Peppard, 2003).

Selain itu, interpretasi tahap kesediaan pedagogi guru Sains ditentukan dan hasil kajian
mendapati bahawa tahap kesediaan pedagogi guru Sains pada keseluruhannya adalah berada
pada tahap sederhana tinggi (min = 3.98, SP = 0.629). Sebanyak 10 item telah dikemukakan
untuk mengenalpasti tahap kesediaan pedagogi guru Sains. Soal selidik bahagian B2
menyatakan item-item tersebut. Pedagogi merupakan satu proses, amalan atau kaedah dalam
pengajaran dan pembelajaran (Hamed dan Fayiz, 2017). Nina et al. (2017) juga mendefinisikan
pedagogi ialah proses organisasi pembelajaran jarak jauh. Berdasarkan tahap yang diperoleh
tersebut adalah tahap yang sederhana. Dapatan ini menunjukkan rasa bimbang pengkaji
terhadap bakal guru Sains memandangkan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang,
permulaannya perlu dimiliki oleh guru seperti pedagogi yang kreatif dan menarik perhatian
pelajar. Hal ini diperkukuhkan dengan kajian yang dijalankan oleh Medynska et al., (2020)
membuktikan bahawa komponen kesediaan pedagogi menunjukkan tahap sederhana semasa
penyelidikan kuasi ekperimen dan penyampaian pedagogi dalam kitaran latihan profesional
umum dijalankan.

Hasil kajian secara keseluruhannya mendapati bahawa tahap kesediaan motivasi guru
Sains adalah tahap tinggi dengan min = 4.26 dan SP = 0.513. Terdapat 10 soalan skala likert
yang merangkumi aspek etika, persediaan dan sikap. Aspek persediaan adalah paling tinggi
iaitu nilai min 4.49 dan sisihan piawai 0.609. Seterusnya, diikuti aspek sikap dengan nilai min
4.18 dan sisihan piawai 0.616. Aspek etika pula merupakan paling rendah dengan nilai min
4.04 dan sisihan piawai=0.790. Walau bagaimanapun, tahap bagi ketiga-tiga aspek tersebut
berada pada tahap tinggi. Ini memberi gambaran bahawa keseluruhan persepsi pelajar bersetuju
bahawa guru Sains mereka berada pada tahap tinggi dalam kesediaan motivasi untuk
pelaksanaan PdPR. Kajian Rasouli, Rahbania dan Attaran, (2016) menyatakan bahawa sistem
pembelajaran digital ini amat memerlukan individu yang bermotivasi tinggi dan mempunyai
tanggungjawab belajar yang mencukupi. Dapatan ini selaras dengan teori motivasi pencapaian
McClelland (1978) mengatakan keinginan untuk bersusah-payah bagi mencapai sesuatu
pencapaian tinggi adalah individu yang bermotivasi. Namun, dapatan ini berbeza dengan kajian
yang dilakukan oleh Hassan et al. (2018) terhadap 865 orang guru sekolah yang menunjukkan

419

sikap guru terhadap perubahan dalam aspek kogntif, afektif dan tingkah laku berada pada tahap
sederhana. Hassan et al. (2018) mendapati aspek sikap bertahap sederhana adalah disebabkan
keselesaan budaya sekolah dengan keadaan semasa cenderung kepada guru bersikap sederhana
dalam kesediaan motivasi dari aspek sikap.

Jadual 4 menunjukkan dapatan deskriptif bagi semua persepsi pelajar terhadap konstruk
kesediaan guru Sains terhadap pelaksanaan PdPR.

JADUAL 4. Item-item dalam setiap dimensi kesediaan guru Sains

Dimensi Item STS (%) TS (%) KS (%) S (%) SS (%)
Kesediaan kogntif Item 1 121
Item 2 11 6 34 124 (52.2)
Item 3 (3.0) (1.6) (9.3) (33.9) 168
Item 4 20 14 52 112 (45.9)
Item 5 (5.5) (3.8) (14.2) (30.6) 146
Item 6 36 16 63 105 (39.9)
Item 7 (9.8) (4.4) (17.2) (28.7) 151
Item 8 32 23 59 101 (41.3)
Item 9 (8.7) (6.3) (16.1) (27.6) 161
Item 10 15 15 63 112 (44.0)
(4.1) (4.1) (17.2) (30.6) 220
14 12 32 (60.1)
(3.8) (3.3) (8.7) 88 130
60 27 58 (24.0) (35.5)
(16.4) (7.4) (15.8) 142
42 32 69 91 (38.8)
(11.5) (8.7) (18.9) (24.9) 192
50 20 33 (52.5)
(13.7) (5.5) (9.0) 81 72
64 61 105 (22.1) (19.7)
(17.5) (16.7) (28.7)
71 145
(19.4) (39.6)
178
64 (48.6)
(17.5) 162
(44.3)
Kesediaan Item 1 22 22 67 110 181
pedagogi Item 2 (6.0) (6.0) (18.3) (30.1) (49.5)
Item 3 13 14 105 101
Item 4 (3.6) (3.8) 56 (28.7) (27.6)
Item 5 12 16 (15.3) 118 198
Item 6 (3.3) (4.4) (32.2) (54.1)
Item 7 10 10 58 116 184
Item 8 (2.7) (2.7) (15.8) (31.7) (50.3)
Item 9 51 38
Item 10 (13.9) (10.4) 49 84 86
12 (13.4) (23.0) (23.5)
6 (3.3) 116 149
(1.6) 15 92 (31.7) (40.7)
27 (4.1) (25.1) 228
(7.4) 44 91 (62.3)
60 (12.0) 34 (24.9)
(16.4) 18 (9.3)
24 (4.9) 49 88
(6.6) (13.4) (24.0)
9 88 107
6 (2.5) (24.0) (29.2)
(1.6) 68
(18.6) 97
26 (26.5)
(7.1)

420

Kesediaan Item 1 4 4 40 121 197
motivasi Item 2 (1.1) (1.1) (10.9) (33.1) (53.8)
Item 3 31 23 124
Item 4 (8.5) (6.3) 96 92 (33.9)
Item 5 (26.2) (25.1) 224
Item 6 3 5 110 (61.2)
Item 7 (0.8) (1.4) 24 (30.1) 221
Item 8 10 (6.6) 101 (60.4)
Item 9 7 (2.7) 27 (27.6) 251
Item 10 (1.9) (7.4) (68.6)
2 20 85 253
8 (0.5) (5.5) (23.2) (69.1)
(2.2) 16 247
5 (4.4) 90 (67.5)
2 (1.4) 22 (24.6)
(0.5) (6.0) 77
2 97 92 (21.0)
3 (0.5) (26.5) (25.1) 150
(0.8) 47 77 (41)
51 (12.8) (21) 94 249
(13.9) 16 19 (25.7) (68.0)
12 (4.4) (5.2) 111
(3.3) (30.3)
3
3 (0.8) 92
(0.8) (25.1)

Dapatan deskriptif bagi item-item kesediaan kogntif seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 4 mengikut aspek multimedia dan ICT. Hasil daripada analisis, penyelidik
mengenalpasti majoriti daripada responden mempunyai tahap kesediaan kogntif sangat setuju
(SS) dan setuju (S) terhadap aspek kogntif dalam penggunaan multimedia dan ICT kerana lebih
daripada 50 peratus jumlah responden memberikan responden tahap kesediaan kogntif sangat
setuju (SS) dan setuju (S). Seterusnya bagi aspek kogntif dalam penggunaan multimedia,
keseluruhan item yang mempunyai respon sangat tidak setuju (STS) dengan kurang daripada
10 peratus, iaitu item 1 (11 orang, 3.0%), item 2 (20 orang, 5.5%), item 3 (36 orang, 9.8%),
item 4 (32 orang, 8.7%) dan item 5 (15 orang, 4.1%). Akhir sekali bagi aspek kogntif dalam
penggunaan ICT, skala sangat tidak setuju (STS) menunjukkan 2 item melebihi 10 peratus
daripada jumlah responden dan hanya satu item minoriti frekuensi sangat tidak setuju (STS)
iaitu seramai 14 orang (3.8%). Maka ini jelas terbukti bahawa majoriti guru Sains daerah besut
bersedia dan tahu dalam menggunakan ICT dan multimedia dengan baik. Berdasarkan kajian
yang telah dijalankan oleh Fedlina et al., (2017) dalam kajiannya menunjukkan penggunaan
komputer dalam rancangan pelajaran harian adalah sebanyak 50%, penggunaan ICT hanya
untuk menulis rancangan pengajaran sebanyak 33.4, tanpa penggunaan ICT dalam pekerjaan
mereka dengan jumlah 16.6%. Menurut kajian itu juga mendapati 33% guru mempunyai tahap
kesediaan yang tinggi dalam penggunaan ICT, sementara 50% guru bertahap sederhana, namun
17% dari guru bertahap rendah.

Namun terdapat satu item yang mempunyai majoriti frekuensi tahap kesediaan kogntif
sangat setuju (SS) dan setuju (S) kurang daripada 50 peratus iaitu item 10 sangat setuju (SS)
(72 orang, 19.7%) dan setuju (S) (64 orang, 17.5%) iaitu penggunaan aplikasi Breakout Room
semasa perbincangan dalam talian yang termasuk dalam aspek ICT. Walau bagaimanapun
dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian lain yang menunjukkan bahawa guru turut
mempunyai masalah dalam infrastruktur dan kemahiran menggunakan ICT yang berkurang
(Nurfaradilla, 2020). Sebagai contoh, platform pendidikan atas talian, e-mel dan media sosial
yang tidak mempunyai akses internet yang stabil. Pengkaji mendapati bahawa guru masih
kekurangan kogntif ICT dalam beberapa perkara.

421

Hasil daripada analisis, penyelidik mengenalpasti majoriti daripada responden
mempunyai penilaian kendiri sangat setuju (SS) terhadap item 6, item 7 dan item 10 kerana
lebih daripada 50 peratus jumlah responden memberikan responden tahap penilaian kendiri
kesediaan pedagogi sangat setuju (SS). Respoden dilihat bersetuju menyatakan guru mereka
membuat penilaian dengan menggunakan aplikasi (Contoh: kahoot, Wordwall, quizizz, padlet)
dan website yang menarik dan interaktif. Bagi aspek kaedah pengajaran pula, pengkaji
berpendapat bahawa guru-guru Sains mementingkan dalam kepelbagaian kaedah mengikut
kesesuaian pelajar dalam melaksanakan PdPR dan boleh membimbing pelajar kerana sesuatu
tugasan akan lebih bermakna sekiranya melibatkan bimbingan dan tunjuk ajar guru.

Pendapat ini selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Elena et al. (2015) yang telah
membuktikan bahawa penggunaan teknologi pembelajaran interaktif seperti teknologi
organisasi permainan dan aktiviti projek yang memerlukan penglibatan aktif pelajar dalam
penyelidikan dan interaksi pengajaran antara guru dan pelajar dalam membuat keputusan yang
sesuai dalam pelbagai situasi. Hal ini dikaitkan melalui kajiannya berkaitan keberkesanan
teknologi pembelajaran interaktif dalam latihan melatih bakal guru sebagai kaedah membentuk
kesediaan mereka untuk pendidikan diri profesional. Kaedah pengajaran inovatif seperti
pembelajaran kolaboratif perbincangan dalam talian dan penceritaan digital adalah
penyumbang kepada peningkatan tahap penglibatan pelajar (Hamed dan Fayiz, 2017).
Seterusnya, kajian Nurbaizura Azizan dan Nurfaradilla Nasri (2020) mengenai bahan
pembelajaran yang diperolehi dari internet seperti Youtube dan modul bercetak telah
membuktikan guru mampu bersedia jika pelajar mempunyai kekangan dalam capaian intenet.
Justeru, kecekapan guru terbukti dalam menyelesaikan masalah kaedah pedagogi berpunca dari
masalah yang wujud dalam pengajaran dalam talian.

Namun begitu, terdapat 2 item yang mempunyai majoriti frekuensi tahap penilaian
kendiri kesediaan pedagogi yang negative dengan jumlah 45 peratus responden iaitu item 5
(101 orang, 27.6 %) dan item 8 (86 orang, 23.5 %). Item 5 iaitu “guru dan saya berinteraksi
secara individu dalam talian” manakala bagi item 8 iaitu “guru saya meminta pelajar membuat
video inovasi produk berkaitan pembelajaran Sains daripada bahan terbuang”. Respon yang
negatif iaitu interaksi secara individu dan penghasilan video inovasi daripada bahan terbuang.
Pengkaji berpendapat bahawa ketidakcukupan masa dalam menjadi penghalang bagi
melengkapkan kesediaan pedagogi guru dan hal ini selari dengan kajian Hamed dan Fayiz
(2017). Kemampuan dalam pengintegrasian teknologi kurikulum terbantut akibat daripada
beban kerja guru yang berat dan masa yang terhad dalam penyediaan rancangan pengajaran.
Sekiranya masa yang diberikan mencukupi dan beban yang tidak terlalu berat, mungkin guru
mampu menambahkan lagi teknik dan aktiviti pengajaran yang kreatif dan yang bersifat dua
hala bagi memastikan interaksi antara pelajar berlaku. Kajian ini juga menyamai dengan
dapatan Nurbaizura dan Nurfaradilla (2020) yang mendapati komunikasi dua hala dan
penglibatan aktif sukar diwujudkan antara pelajar jika kepelbagaian aktiviti PdPR tidak
dilaksanakan.

Akhir sekali, dapatan deskriptif menunjukkan item-item kesediaan motivasi guru Sains
mengikut konstruk etika, persediaan dan sikap. Sesuatu perbuatan dan strategi yang mendorong
guru berusaha melakukan pengajaran dgn penuh minat adalah kesediaan motivasi guru.
Pelaksanaan tugasan dengan baik dan ketekunan dalam pembelajaran akan dicapai jika
motivasi diberikan secara konsisten dalam PdPR (Mohamad Jackie et al., 2016). Hasil daripada
analisis, penyelidik mengenalpasti majoriti daripada responden mempunyai tahap kesediaan

422

motivasi sangat setuju (SS) terhadap aspek persediaan dan sikap kerana lebih daripada 60
peratus jumlah responden memberikan responden tahap kesediaan motivasi sangat setuju (SS).
Namun terdapat 4 item yang mempunyai majoriti jumlah frekuensi tahap kesediaan motivasi
yang negatif dengan jumlah 25 peratus iaitu item 8 (195 orang, 51.2%), item 2 (150 orang,
41%) dan item 9 (105 orang, 28.7%). Elena et al. (2015) juga membuktikan bahawa kaedah
pujian dan token ekonomi berkesan bagi meningkatkan minat pelajar, kawalan kelas dan
perubahan tingkah laku suka tidur di dalam kelas dapat dihentikan. Kaedah kajian kes,
teknologi situasional latihan, kuliah bermasalah dan persidangan kuliah-akhbar adalah contoh
penggunaan teknologi pembelajaran interaktif.

Namun demikian, terdapat beberapa item yang menunjukkan respon negatif iaitu item
etika berpakaian dan juga interaksi guru dengan sokongan pelajar iaitu ibubapa yang melebihi
40%. Cabaran ibubapa dalam mendepani PdPR ialah penyediaan bahan atau kemudahan,
kogntif, kemahiran dan pengurusan keluarga (Faiza & Ruqia, 2021). Pengkaji berpendapat
bahawa pemantauan daripada pihak guru dan ibubapa terhadap pelaksanaan PdPR amat penting
bagi memastikan kemenjadian pelajar. Jadi guru haruslah konsisten dalam menjaga
profesionalisma dan mengambil berat mengenai pelajar. Hal ini adalah selari dengan dapatan
kajian Sumitra dan Roshan (2021) mendapati PdPR secara tidak langsung telah menjadikan
guru dan ibu bapa mempunyai hubungan yang kuat berbanding sebelumnya. Segelintir guru
merasakan masih sukar untuk mereka menguruskan VLE, maka mereka memerlukan bengkel
latihan dan sokongan dayang lebih banyak bagi membiasakan diri mereka dalam penggunaan
alatan VLE (Haziqah et al., 2021). Justeru, sokongan yang padu dan kepimpinan yang utuh
dalam pengitegrasian teknologi digital dapat meningkatkan motivasi guru untuk berubah,
walhal kurangnya komitmen untuk berubah pada peringkat organisasi dapat meruntuhkan
semangat guru dalam mendepani perubahan mendadak (Howard, 2019).

Perbezaan Dimensi Kesediaan Kogntif, Pedagogi Dan Motivasi Guru Sains Terhadap
Pelaksanaan PdPR Dalam Kalangan Pelajar Berdasarkan Peringkat Persekolahan Dan
Jantina.

JADUAL 5. Ujian Multivariate: Wilks’ Lambda perbezaan kesediaan kogntif, pedagogi
dan motivasi berdasarkan jantina dan peringkat persekolahan

Kesan Nilai Wilks’ F Sig
Lambda
Persilangan 0.014 8329.624 0.000
Jantina 0.995 0.646 0.586
Peringkat persekolahan 0.972 1.689 0.121
Jantina * Peringkat 0.989 0.666 0.678
persekolahan

Ujian Multivariate pada Jadual 5 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

semua pembolehubah bersandar dengan jantina dan peringkat persekolahan. Terdapat beberapa

kaedah statistik yang boleh digunakan, namun kaedah statistik yang biasa digunakan adalah
Wilks’ Lambda. Kaedah statistik Wilks’ Lambda juga telah dicadangkan oleh Tabachnik dan

Fidell (2007). Data bagi saiz sampel yang kecil, nilai N yang tidak sama atau memesong

daripada salah satu andaian yang sepatutnya dipenuhi, maka kajian tidak boleh digunakan
dengan nilai Wilks’s Lmbda sebaliknya Pillais’ Trace. Data Ujian Multivariate diatas
menunjukkan nilai Wilk’s Lambda iaitu 0.989 dengan nilai signifikan 0.678 dimana ia lebih

423

besar daripada 0.05. Maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dan
peringkat persekolahan dari segi persepsi pelajar terhadap kesediaan kognirtif, pedagogi dan
motivasi guru dalam pelaksanaan PdPR. Secara keseluruhannya, hasil analisis telah
menunjukkan tidak mempunyai perbezaan antara kesediaan kogntif, pedagogi dan motivasi
guru Sains dalam pelaksanaan PdPR terhadap jantina dan peringkat persekolahan. Namun,
terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan motivasi guru merentas peringkat persekolahan
sekaligus menolak nul hipotesis kajian. Kajian merumuskan peringkat persekolahan pelajar
mempunyai implikasi yang penting kepada kecenderungan persepsi pelajar tehadap
kesediaan motivasi guru dalam pelaksaanaan PdPR.

Berdasarkan Jadual 6, analisis inferensi setiap dimensi persepsi pelajar terhadap
kesediaan guru Sains terhadap pelaksanaan PdPR dijalankan berdasarkan jantina dan peringkat
persekolahan. Tiada perbezaan signifikan bagi dimensi kesediaan motivasi guru berdasarkan
jantina. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Ellen (2012) yang mendapati tidak terdapat
perbezaan kecerdasan pelbagai merentas jantina pelajar kolej. Walaubagaimanapun begitu
juga hal ini bercanggah dengan Deal (2003) dan Rasoal et al. (2012) mengatakan pelajar
perempuan lebih empati dan memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi berbanding pelajar
lelaki. Manakala Meng L. dan Onwuegbuzie (2015) membuktikan pelajar lelaki lebih
berkemahiran berbanding dengan pelajar perempuan.

JADUAL 6. Ujian Kesan Antara Subjek Bagi Konstruk Kesediaan Guru Terhadap Jantina Dan
Peringkat Persekolahan.

Pemboleh ubah Jumlah Min
Kuasa Kuasa
Jantina Kogntif Dua Df Dua F Sig.
Pedagogi 0.755 1 0.755 1.658 0.199

0.518 1 0.518 1.317 0.252

Motivasi 0.360 1 0.360 1.376 0.242

Peringkat Kogntif 0.647 2 0.323 0.710 0.492
Persekolahan
Pedagogi 2.292 2 1.146 2.913 0.056

Motivasi 1.690 2 0.845 3.232 0.041

Jantina * Peringkat Kogntif 1.184 2 0.592 1.301 0.274

Persekolahan Pedagogi 0.638 2 0.319 0.810 0.446

Motivasi 0.204 2 0.102 0.390 0.677

Namun jika dilihat nilai sig. bagi pembolehubah peringkat persekolahan ke atas
kesediaan motivasi guru Sains dalam pelaksanaan PdPR dalam Jadual 6 ialah 0.041. Jadi,
kajian ini perlu menolak hipotesis nol dan membuat kesimpulan bahawa peringkat
persekolahan mempunyai kesan yang signifikan secara statistik ke atas kesediaan motivasi guru
Sains dalam pelaksanaan PdPR Disebabkan keputusan ujian F menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan atau menerima H1, maka ujian dan juga Ujian Pos Hoc dan ANOVA
sehala perlu diteruskan ke peringkat seterusnya. Keputusan analisis adalah signifikan, pengkaji
menentukan nilai signifikan (alpha) yang tinggi bagi mengurangkan ralat. Kaedah yang mudah
dan biasa diamalkan ialah Ujian Tukey HSD dan LSD. Pengkaji membahagikan nilai signifikan
yang asal dengan bilangan pembolehubah bersandar untuk mendapatkan nilai signifikan yang
baru. Nilai signifikan ini akan digunakan untuk menentukan keputusan kajian sama ada

424

signifikan atau tidak signifikan. Hasil Uji Post Hoc menunjukkan ada perbezaan variabel
bersandar iaitu kesediaan motivasi guru berdasarkan variabel bebas iaitu peringkat
persekolahan apabila mempunyai tanda bintang dan nilai sig <0.05 iaitu bagi Tingkatan 1 dan
4 dengan nilai p=0.05, tingkatan 2 dan 4 dengan nilai p=0.042 dan tingkatan 4 dan 2 dengan
nilai p=0.042.

JADUAL 7. Anova dalam setiap peringkat persekolahan bagi kesediaan motivasi guru Sains

Tingkatan N Min Sisihan piawai
Tingkatan 1 122 4.29 0.50
Tingkatan 2 122 4.30 0.49
Tingkatan 4 122 4.17 0.52
Jumlah 366 4.25 0.51

Akhir sekali, persepsi pelajar tingkatan 1 (M=4.29, S. P=0.50) dan pelajar tingkatan 2
(M=4.30, S. P=0.49) lebih tinggi berbanding persepsi pelajar tingkatan 4 (M=4.17, S.P=0.52)
seperti yang ditunjukkan pada Jadual 7. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya perbezaan
signifikan bagi kesediaan motivasi guru antara peringkat persekolahan. Bagi dimensi kesediaan
motivasi guru mengenai persepsi pelajar terhadap guru Sains, pelajar Tingkatan 4
menunjukkan persepsi terhadap kesediaan motivasi guru Sains yang lebih rendah dibandingkan
dengan pelajar Tingkatan 2 dan 1. Hal ini adalah mungkin disebabkan pelajar Tingkatan 4 baru
mula diperkenalkan dengan KSSM yang agak sukar dan memerlukan penyesuaian diri dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di rumah jika dibandingkan dengan pengajaran dan
pembelajaran Sains di Tingkatan 2 dan 1. Selain itu juga, pengkaji berpendapat bahawa pelajar
tingkatan 1 dan 2 masih lagi ghairah dalam mempelajari Sains walaupun PdPR kerana mereka
baharu sahaja lagi berada dalam alam persekolahan menengah. Lagipun, kepelbagaian
pedagogi guru berdasarkan dapatan yang ditunjukkan dalam kajian ini mudah menambat hati
para pelajar dan secara tidak langsung memotivasi para pelajar untuk terus menyertai PdPR.

Dalam konteks teori perkembangan Erik Erikson pelajar tingkatan 1 baru sahaja
melepasi peringkat Kerajinan lawan Kerendahan diri (6 – 12 tahun) dimana pelajar mula
memasuki alam persekolahan. Pelajar lebih suka terhadap ganjaran dan menjadikan pelajar
berminat dan lebih tekun dalam pelajaran. Sebaliknya, jika keinginan mereka dihalangi mereka
akan merasa rendah diri dan kecewa. Pelajar tingkatan 4, berada pada pertengahan peringkat
remaja. Mereka cuba mewujudkan identiti dan kestabilan diri mereka dalam masyarakat. Oleh
itu, sewajarnyalah persepsi pelajar tingkatan 4 mempunyai tahap kesediaan motivasi dalam
Sains dalam kalangan pelajar-pelajar berkenaan adalah rendah. Justeru, guru perlu mengetahui
minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak mengikut kesesuaian peringkat umur bagi
mengekalkan momentum pelajar supaya kekal memberi kerjasama terhadap guru dalam
mengikuti PdPR Sains.

KESIMPULAN

Guru-guru Sains perlu memiliki elemen-elemen kesediaan guru seperti bengkel pedagogi
digital dan menjadi suatu yang penting kerana guru merupakan agen perubahan dan pemimpin
dalam bidang pendidikan. Oleh itu, guru perlu memperlengkapkan diri dengan kogntif tentang

425

kemahiran yang diperlukan semasa menerapkan elemen-elemen pengajaran digital kepada
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Hasil kajian telah memberi gambaran awal secara sistematik dan saintifik tentang tahap
(i) kesediaan kogntif guru, (ii) kesediaan pedagogi guru, (iii) kesediaan motivasi guru, serta
perbezaan dimensi kesediaan kogntif, pedagogi dan motivasi guru Sains terhadap pelaksanaan
PdPR dalam kalangan pelajar berdasarkan peringkat persekolahan dan jantina. Besarlah
harapan supaya kajian ini dapat memberikan dan menambah input yang berguna dan manfaat
kepada sistem pendidikan di Malaysia dan seterusnya meletakkan mata pelajaran Sains pada
satu tahap yang sepatutnya dalam hierarki sistem pendidikan di Malaysia. Selain itu, terdapat
beberapa kekangan dan limitasi yang hanya melibatkan pelajar daerah Besut sahaja.
Diharapkan pengkaji masa akan datang akan memperluaskan dapatanm hasil kajian ke seluruh
negeri bagi mendapatkan data yang lebih jitu. Di samping itu, dimensi yang terlibat hanya
kogntif, pedagogi dan motivasi sahaja. Penyelidik akan datang boleh mempelbagaikan lagi
dimensi seperti sokongan pihak sekolah atau jabatan luar bagi mendapatkan kesediaan guru
secara meluas,

Sebagai rumusannya, adalah diharapkan kajian ini dapat membantu pengkaji akan
datang serta menambah kepada literatur yang sedia ada tentang kesediaan kogntif, pedagogi,
motivasi guru serta perbezaan dimensi kesediaan kogntif, pedagogi dan motivasi guru Sains
terhadap pelaksanaan PdPR dalam kalangan pelajar berdasarkan peringkat persekolahan dan
jantina. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat penting kepada penggubal
dasar, pentadbir sekolah, jabatan-jabatan pendidikan, perancang dan pelaksana kurikulum agar
dapat membantu mengadakan program, latihan, kursus dan bengkel yang boleh memupuk dan
mengembangkan potensi profesionalisme dalam kalangan guru Sains. Akhir sekali, adalah
diharapkan supaya kajian ini dapat menggalakan dan membantu guru-guru Sains agar
menyedari dan meningkatkan potensi kesediaan guru dalam diri masing-masing.

Rujukan

Bhamani, S., Makhdoom, A., Bharuchi, V., Ali, N., Kaleem, S., & Ahmed, D. 2020. Home
Learning in Times of COVID: Experiences of Parents. Journal Of Education And
Educational Development, 7(1): 9-26.

Du, X.; Chaaban, Y. 2020. Teachers’ readiness for a statewide change to PjBL in primary
education in Qatar. Interdiscip. J. Probl. Based Learn. 14: 1–14.

Hung, Min-Ling. 2015. Teacher Readiness for Online Learning: Scale Development and
Teacher Perception. Computers & Education. 94.

Junaidi, Rohayati & Tengku Mohd Ali, Tengku Intan Marlina & Mamat, Madiawati. 2020.
Pandemik COVID-19 dalam Persekitaran Kanak-kanak menerusi Engkaulah
Adiwiraku. 11: 31-45.

Kulal, A. and Nayak, A. 2020. "A study on perception of teachers and students toward online
classes in Dakshina Kannada and Udupi District", Asian Association of Open
Universities Journal, Vol. 15 No. 3, pp. 285-296. https://doi.org/10.1108/AAOUJ-07-
2020-0047

426

Malchiel Ravanelli, D., Purnama Ersani Putri, R., Karyna Putri, Z., & Miftahul Jannah, L.
2020. Teacher's Readiness Level in Implementing Work from Home Policy in
Indonesia. Iapa Proceedings Conference. :637-661.

Mansor, A. N., Zabarani, N. H., Jamaludin, K. A., Mohd Nor, M. Y., Alias, B. S., & Mansor,
A. Z. 2021. Home-Based Learning (HBL) Teacher Readiness Scale: Instrument
Development and Demographic Analysis. Sustainability .13(4): 2228.

Ministry of Education Malaysia. 2020. Manual Pembelajaran di Rumah [Home Based
Teaching and Learning Manual]. Sustainability.

Mohd Noh, Mohd Amin & Ilias, Mohd & Husain, Kalthom & Sulaiman, Muhammad Syakir
& Abdullah, Murihah. 2016. Inisiatif dan Usaha Guru dalam Meningkatkan Kogntif
Semasa Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (Teachers' Initiatives and Efforts to
Improve Knowledge in Using Teaching Aids). Journal of Social Science and
Humanities (e-Bangi). Special Issue. 133-144.

Rampal, L & Liew, BS. 2020. Coronavirus disease (COVID-19) pandemic. The Medical
journal of Malaysia. 75: 95-97.

Rasmitadila, R, Aliyyah, R.R., Rachmadtullah, R., Samsudin, A., Syaodih, E., Nurtanto, M. &
Tambunan, A.R.S. The perceptions of primary school teachers of online learning during
the COVID-19 pandemic period: A case study in Indonesia. J. Ethn. Cult. Stud. 2020.
7: 90–109.

Sharifah Nor Puteh, and Kamarul Azman Abd Salam. 2011. Tahap kesediaan penggunaan ICT
dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah
(Level of readiness in using ICT for teaching and its effect on the work and behaviour
of preschool pupils). Jurnal Pendidikan Malaysia, 36 (1). pp. 25-34. ISSN 0126-6020 /
2180-0782

Tay, L.: Y., Lee, SS. & Ramachandran, K. 2021. Implementation of Online Home-Based
Learning and Students’ Engagement During the COVID-19 Pandemic: A Case Study
of Singapore Mathematics Teachers. Asia-Pacific Edu Res.

UNESCO. 2020. Distance Learning Strategies in Response to COVID-19 School Closures;
UNESCO Education Sector’s Issue Notes. Paris, France: UNESCO.

Vu, Cam-Tu & Hoang, Anh-Duc & Than, Van-Quan & Nguyen, Manh-Tuan & Dinh, Viet-
Hung & Le, Quynh-Anh & Le, Thu-Trang & Pham, Hiep-Hung & Nguyen, Yen-Chi.
2020. Dataset of Vietnamese teachers’ perspectives and perceived support during the
COVID-19 pandemic.

World Bank. 2020. Guidance Note on Education Systems’ Response to COVID19

427

Suzinursolahah binti Saleh*
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: [email protected]
Lilia Halim
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: [email protected]

*Pengarang untuk surat-menyurat, email; [email protected]

428

LAMPIRAN

Item Kogntif

1. Guru saya berkomunikasi dengan menggunakan audio dan visual dalam talian dengan jelas.
2. Guru saya kerap mengggunakan sumber Internet sebagai bahan pengajaran Sains.
3. Guru saya cekap menggunakan perisian persembahan seperti PowerPoint, Powtoon, whiteboard

Tools dan lain – lain
4. Guru saya menayangkan video YouTube semasa sesi pengajaran Sains.
5. Guru saya mahir menukarkan kandungan bahan cetak kepada bentuk digital untuk digunakan dalam

pengajaran Sains.
6. Guru saya melaksanakan pengajaran Sains dengan menggunakan video conferencing tools

(Contoh: Microsoft, Skype, Google Meet, dan lain - lain.
7. Guru saya menggunakan media sosial (Contoh: Facebook, Youtube, Instagram, Tiktok) dalam

melaksanakan pengajaran Sains secara offline.
8. Guru saya menggunakan bahan pengajaran Sains melalui Google Classroom.
9. Guru saya menggunakan aplikasi poll telegram atau google form untuk menanda kehadiran pelajar.
10. Guru saya mahir menggunakan aplikasi Breakout Room semasa perbincangan dalam talian.

Item Pedagogi
1 Guru saya menggunakan pelbagai kaedah/ teknik pengajaran Sains semasa menggunakan ICT.
2 Guru saya membahaskan kesalahan konsep, menyelesaikan tugasan, membuat amali dan ujian

bersama pelajar.
3 Guru meminta saya menonton video dan mencatatkan fakta penting dan mengemukakan soalan.
4 Guru membimbing saya dan rakan - rakan menyiapkan tugasan penyelesaian masalah secara

perbincangan kumpulan.
5 Guru dan saya berinteraksi secara individu dalam talian.

6 Guru saya memberikan maklum balas terhadap persoalan pelajar dengan segera.

7 Guru saya membuat penilaian dengan menggunakan aplikasi ( Contoh: kahoot, Wordwall,
quizizz, padlet) dan website yang menarik dan interaktif.

8 Guru saya meminta pelajar membuat video inovasi produk berkaitan pembelajaran Sains daripada
bahan terbuang.

9 Guru saya menggunakan pelantar Delima sebagai sumber, panduan dan maklumat dalam
pengajaran Sains.

10 Guru membekalkan bahan pengajaran Sains (Contoh: modul) dan meminta pelajar menyelesaikan
tugasan yang diberikan.
Item Motivasi

1. Guru saya memulakan kelas Sains tepat pada waktunya.
2. Guru saya sentiasa memakai pakaian kerja ketika sesi PdPR Sains.
3. Guru saya membuat persiapan awal untuk PdPR Sains.
4. Guru saya selalu memberi peringatan awal supaya membuat persediaan sebelum memulakan

kelas Sains
5. Guru saya menggunakan kaedah offline (Contoh: WhatsApp, Telegram dan lain-lain) sekiranya

terdapat kekangan sewaktu PdPR atas talian.
6. Guru Sains sentiasa berusaha untuk memperbetulkan kesalahan pelajar walaupun atas talian.
7. Guru saya dapat mengawal emosi dengan baik sewaktu kelas atas talian dijalankan walaupun

mempunyai masalah (Contoh: gangguan internet dan lain-lain)
8. Guru Sains saya sentiasa berkomunikasi dengan ibu bapa mengenai pencapaian akademik saya.
9. Guru saya membimbing interaksi antara saya dan rakan - rakan terlibat dalam aktiviti kolaboratif

sebagai kaedah pembelajaran Sains.
10. Guru saya sentiasa bersemangat menerangkan kandungan pembelajaran Sains yang sukar

difahami.

429

Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Guru Sains Terhadap
Penggunaan Powerpoint Sebagai Alat Pembelajaran
Interaktif

(Knowledge, Attitudes And Practices Of Science Teachers Towards The
Use Of Powerpoint As An Interactive Learning Tool)

SYAHIR BAHIRAN HILMI* & LILIA HALIM

ABSTRAK

Penggunaan perisian Powerpoint masih menjadi satu pilihan kepada guru-guru sains bagi menghasilkan bahan
pembelajaran yang interaktif dan menarik melalui penggunaan elemen seperti audio, video, pautan, animasi dan
grafik teks yang digunakan dalam sesi pembentangan isi kandungan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian
adalah bertujuan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan guru serta perbezaan berdasarkan
pengalaman mengajar. Kajian berbentuk tinjauan telah dijalankan terhadap 123 orang guru sains di sekolah
menengah. Pengumpulan data telah dijalankan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada responden yang
dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan berada pada tahap sederhana tinggi (Min =
3.34 , SP =1.38 ), tahap sikap berada pada tahap tinggi (Min = 4.19 , SP = 0.66 ), manakala tahap amalan guru
berada pada tahap sederhana tinggi (Min = 3.90 , SP = 0.89 ). Ujian T Tidak Bersandar yang dijalankan mendapati
terdapat perbezaan yang signifikan bagi pengetahuan dan amalan guru-guru yang berpengalaman mengajar antara
0 - 15 tahun dan 16 tahun ke atas, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap guru-guru yang
berpengalaman mengajar antara 0 - 15 tahun dan 16 tahun ke atas. Kajian menunjukkan guru-guru mempunyai
pengetahuan, sikap dan amalan yang positif terhadap penggunaan Powerpoint sebagai suatu alat bagi
menghasilkan alat pembelajaran interaktif yang dapat digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran
sains di dalam bilik darjah. Implikasi kajian dapat membantu guru-guru sekolah dalam bentuk penghasilan modul
e-pembelajaran dan bengkal-bengkel yang dapat membantu guru lebih berkemahiran dalam penggunaan fungsi
Powerpoint bagi menghasilkan bahan pengajaran yang lebih interaktif dan menarik.

Kata kunci: Pengetahuan, Sikap Dan Amalan (KAP). Pembelajaran Interaktif, Powerpoint

ABSTRACT

The use of Powerpoint software is still a good selection for science teachers to produce interactive and interesting
learning materials through the use of elements such as audio, video, links, animations and text graphics used in
the presentation of learning content sessions in the classroom. The study aims to identify the level of knowledge,
attitudes and practices of teachers as well as differences based on teaching experience. A survey study was
conducted on 123 science teachers in secondary schools. Data collection was conducted using a questionnaire
distributed to randomly selected respondents. The findings showed that the level of knowledge is at a moderately
high level (Mean = 3.34, SP = 1.38), the level of attitude is at a high level (Mean = 4.19, SP = 0.66), while the
level of teacher practice is at a moderately high level (Mean = 3.90, SP = 0.89). The Independent T test conducted
found that there is a significant difference in the knowledge and practice of teachers with teaching experience
between 0 - 15 years and 16 years and above, while there is no significant difference in the attitude of teachers
with teaching experience between 0 - 15 years and 16 years and above. Studies show that teachers have positive
knowledge, attitudes and practices towards the use of Powerpoint as a tool to produce interactive learning tools
that can be used to assist the teaching and learning of science in the classroom. The implications of the study can
help school teachers in the form of the production of e-learning modules and workshops that can help teachers
become more skilled in the use of Powerpoint functions to produce more interactive and interesting teaching
materials.

Keywords: Knowledge, Attitude And Practice (KAP). Interactive Learning, Powerpoint

430

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) adalah merupakan suatu keperluan dalam
pendidikan melalui penggunaan pelbagai teknologi terkini yang diterapkan ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi membawa maksud penggunaan teknologi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan keberkesanan dengan kaedah
yang kemas dan tersusun (Hasin & M Nasir 2021). Pada era ledakan maklumat yang berlaku
di seluruh dunia, kebanyakan negara telah membuat perancangan dan pelaksanaan penerapan
teknologi maklumat dalam Pendidikan (Y. C. Hsu 2020). Penglibatan dan galakan terhadap
ICT yang diterapkan ke dalam sistem pendidikan Malaysia dapat dilihat melalui pelbagai
penggunaan ICT di dalam bilik darjah dengan pelbagai insentif yang disediakan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia. Penggunaan ICT adalah suatu proses penggunaan pelbagai
teknologi terkini yang digunakan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah (Hasin & M Nasir 2021). Pembelajaran interaktif adalah
salah satu bentuk pembelajaran ICT di mana pelajar boleh berinteraksi dengan media yang
digunakan semasa proses pembelajaran.

Kajian Pengetahuan, Sikap dan Amalan (Knowledge, Attitude and Practice atau KAP)
terhadap guru dilakukan bagi menilai penggunaan perisian PowerPoint sebagai alat
pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Kajian
akan menggunakan model KAP yang menggunakan adaptasi dari model KAP oleh Ramsey
and Rickson, 1976. Kajian KAP mengukur pengetahuan, sikap dan amalan suatu komuniti
(Kaliyaperumal 2015). Berdasarkan model KAP, tahap pengetahuan guru terhadap elemen-
elemen penting perisian PowerPoint dapat dikenalpasti, pengetahuan ini yang membawa
kepada sikap guru bagi menggunakan perisian ini dan seterusnya membentuk amalan atau
kebiasaan terhadap kekerapan penggunaan perisian ini di dalam bilik darjah atau semasa
pengajaran atas talian. Penghasilan bahan pengajaran dapat dipertingkatkan dengan
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki guru bagi menarik minat, meningkatkan motivasi
dan pencapaian pelajar menerusi penggunaan alat pembelajaran interaktif. Berdasarkan
perolehan kajian KAP yang dikumpulkan, maklumat pengetahuan, sikap dan amalan guru
dapat dikenalpasti dan dianalisis bagi memahami tahap sedia ada yang dimiliki guru.

Masalah Kajian

Ramai guru bersetuju pelajar mereka suka diajar menggunakan alat pembelajaran
interaktif atau bila aktiviti semasa proses pembelajaran itu dilakukan dengan kaedah yang
menarik, pelajar akan menjadi lebih aktif, selesa, berkesan, terdorong dan mempengaruhi sikap
pelajar (Dudaitė & Prakapas 2019). Kajian menunjukkan pelbagai bentuk perisian dapat
digunakan sebagai pembangun alat pembelajaran interaktif yang menggunakan pelbagai teknik
salam pembelajaran sains. Pembelajaran interaktif berasaskan laman web dengan pelbagai
tajuk pengetahuan seperti zoologi, botani, cendawan, geologi, etnologi dan arkeologi dapat
meningkatkan motivasi dan keberkesanan pelajar (T. Y. Hsu 2012). Pembelajaran flip
berasaskan Augmented Reality untuk topik pembelajaran Keelektromagnetan bagi subjek sains
semula jadi dapat meningkatkan motivasi dan kecenderungan berfikir secara kritikal dan
efikasi kumpulan (Chang & Hwang 2018). Penggunaan animasi bagi pelajar mempelajari tajuk
Analisis Litar Elektrik dapat meningkatkan motivasi dan meningkatkan kesedaran pelajar
(Ozogul et al. 2013). Kemahiran berfikir dan motivasi diri pelajar dapat ditingkatkan
menggunakan pembelajaran berasaskan filem animasi bagi topik pembelajaran yang berkenaan

431

dengan fenomena harian pelajar seperti gerakan dan daya, kehidupan di bumi dan isu alam
sekitar (Barak et al. 2011). Suatu peranti mudah alih digunakan dalam proses pembelajaran
melalui pembangunan kriteria secara interaktif (Lai & Hwang 2015). Penggunaan Peta Konsep
Interaktif Berasaskan Perkakasan Minda bagi pembelajaran mudah alih dapat memupuk minat
dan kesungguhan pelajar dalam pembelajaran bagi tajuk Ekologi Rama-rama (Hwang et al.
2011). Penggunaan perkakasan bantuan pengaturcaraan seperti RoboMind, Scratch dan B#
dapat membantu pengaturcara dalam bidang pendidikan (Koorsse et al. 2015).

Kajian-kajian tersebut menunjukkan elemen utama yang menjadikan alat pembelajaran
interaktif ini dapat menjadi tarikan kepada pelajar adalah kerana ianya mempunyai elemen
berbentuk didik hibur di samping pelajar dapat berinteraksi dengan perisian. Kebanyakan alat
pembelajaran interaktif yang dikaji oleh pengkaji mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai
paparan video, audio, bentuk bahan sama ada 2D atau 3D dengan grafik yang menarik,
berbentuk animasi, berasaskan permainan, menggunakan peranti elektronik yang biasa
digunakan oleh pelajar seperti komputer dan telefon bimbit dan juga menggunakan talian
internet.

Salah satu perisian yang biasa digunakan oleh guru di sekolah bagi menghasilkan bahan
pengajaran dan pembelajaran pelajar adalah perisian PowerPoint. Kebiasaannya perisian ini
digunakan sebagai alat bagi membuat pembentangan isi kandungan pengajaran kepada pelajar
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau pembentangan secara atas
talian. Perisian PowerPoint adalah suatu perisian yang sebenarnya menjadi pilihan bagi
pendidik di seluruh dunia semasa proses pengajaran di sekolah. Penggunaan persembahan
Powerpoint dalam bentuk multimedia semakin meningkat di seluruh dunia (Nouri & Shahid
2005). Pelajar juga berminat untuk belajar dari modul yang disediakan melalui Powerpoint.
Pelbagai kajian dalam jurnal artikel ilmiah menunjukkan pelajar suka diajar menggunakan
Powerpoint kerana berpendapat gaya persembahan Powerpoint menarik, membantu kefahaman
dan ingatan terhadap pembelajaran (Craig & Amernic 2006). Bagaimanapun, penggunaan
PowerPoint hanya digunakan pada peringkat asas tanpa guru-guru menyedari bahawa perisian
PowerPoint juga dapat digunakan untuk menghasilkan bahan pembelajaran interaktif bagi
pelajar kerana mengandungi elemen-elemen dan ciri-ciri yang sama dengan perisian media
pembangunan bahan interaktif yang lebih kompleks terutama yang bercirikan pengaturcaraan
dan berteknologi terkini.

Perisian PowerPoint mengandungi elemen yang dapat digunakan bagi meningkatkan
kesan interaktif perisian untuk membangunkan perisian berbentuk interaktif yang dapat
digunakan oleh pelajar melalui elemen seperti video, audio, bentuk grafik 2D dan 3D, animasi
dan dapat digunakan melalui pelbagai peranti seperti komputer meja, komputer riba, telefon
bimbit dan juga tablet. PowerPoint juga dapat dipautkan dengan pelbagai rangkaian luar
menerusi internet seperti Google Form, Facebook, laman-laman web serta pautan ke perisian-
perisian untuk pelajar menjawab soalan penilaian seperti Quizziz, Kahoot dan sebagainya.
Penggunaan Powerpoint juga menjadi pilihan bagi syarikat-syarikat penerbit buku juga
bekerjasama dengan perekabentuk bagi menyediakan slaid khusus bersama buku jualan untuk
meningkatkan kebolehpasaran buku mereka (Apperson et al. 2006) yang menunjukkan
penggunaan PowerPoint adalah suatu yang masih releven untuk diguna pakai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Kajian

1. Untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan guru sains sekolah
menengah terhadap penggunaan Powerpoint sebagai perisian pembelajaran interaktif.

432

2. Untuk mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan, sikap dan amalan guru sains
sekolah menengah terhadap penggunaan Powerpoint sebagai suatu perisian
pembelajaran interaktif berdasarkan pengalaman mengajar.

Persoalan Kajian

1. Apakah tahap pengetahuan sikap dan amalan guru sains sekolah menengah terhadap
penggunaan Powerpoint sebagai suatu perisian pembelajaran interaktif?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan, sikap dan amalan guru sains sekolah
menengah terhadap penggunaan Powerpoint sebagai suatu perisian pembelajaran
interaktif berdasarkan pengalaman mengajar?

Hipotesis kajian

Ho: Tidak terdapat perbezaan antara pengetahuan, sikap dan tingkah laku guru sains terhadap
penggunaan Powerpoint sebagai perisian pembelajaran interaktif berdasarkan pengalaman
mengajar.

SOROTAN LITERATUR

Pengetahuan, Sikap dan Amalan (KAP)

Tiga ukuran dalam kajian KAP adalah Pengetahuan, Sikap dan Amalan. Kajian akan
menggunakan model Pengetahuan (Knowledge), Sikap (Attitudes) dan Amalan (Practices)
yang menggunakan adaptasi dari model KAP oleh Ramsey and Rickson, 1976. Kajian KAP
mengukur pengetahuan, sikap dan amalan suatu komuniti (Kaliyaperumal 2015). Menurut
Organisasi Kesihatan Sedunia, tinjauan KAP dilakukan bagi mendapatkan data bagi tujuan
mengenal pasti jurang pengetahuan, kepercayaan budaya dan jenis amalan bagi memahami
keperluan, cabaran dan masalah bagi menjalankan perancangan dan intervensi lanjutan,
memfokuskan pengetahuan kepada maklumat, sikap dan punca asas yang mempengaruhi
amalan, mendapatkan tahap asas dan mengukur perubahan serta membuat penilaian dan
mengenal pasti proses dan sumber komunikasi yang dapat digunakan untuk perjalanan dan
kejayaan program (World Health Organization 2014).

Pelbagai kajian KAP dijalankan terhadap guru dan pelajar dalam bidang pendidikan di
sekolah merangkumi pelbagai isu. Kajian KAP dijalankan ke atas guru sekolah menengah yang
berisiko sindrom metabolik bagi memahami kesan pemakanan dengan menggunakan teori
penentuan nasib sendiri (self-determination theory) (Jafar et al. 2020). Tinjauan pengetahuan,
sikap dan amalan (KAP) dalam kalangan pelajar sekolah dijalankan melalui bahan
pembelajaran dengan pendekatan permainan Schisto and Ladder serta Snake and Ladder
mengunakan soalan berstruktur berkaitan dengan penyebaran, pengendalian dan pencegahan
Schistosomiasis (masalah kesihatan) (Ejike et al. 2017). Kajian KAP perlu bagi guru yang
menjadi pemain utama dalam pendidikan perubahan iklim bagi memahami apa yang diketahui
oleh guru, sikap dan amalan yang mereka lakukan mengenai topik ini (Karami et al. 2017).
Kajian untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap
kesedaran tentang pesakit dengan masalah Epilepsi dijalankan terhadap guru, didapati kurang
kajian mengenai konteks ini dilakukan (Gebrewold et al. 2016). Penilaian terhadap
pengetahuan, sikap dan amalan guru terhadap kanak-kanak Epilepsi dijalankan kerana terdapat
kurangnya kesedaran dan sikap negatif yang ditunjukkan oleh guru terhadap pengidap Epilepsi
(Bhesania et al. 2014). Kajian mengenai Pengetahuan, Sikap dan Amalan (KAP) terhadap ubat-
ubatan dalam kalangan guru sekolah telah dilakukan bagi memberi membuat perancangan dan

433

intervensi yang boleh memberi kesedaran kepada guru tentang kepentingan penggunaan ubat
dengan cara yang betul dan selamat (Jha et al. 2013). Kajian lepas yang menggunakan model
KAP bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan populasi terhadap sesuatu isu
menunjukkan model ini sesuai bagi digunakan dalam kajian pendidikan.

Perisian Interaktif

Interaktif merupakan tindak balas pelajar ke atas stimulasi yang dirangsang melalui
pemerhatian dari penggunaan skrin peranti semasa proses pembelajaran bersama dengan proses
pengendalian dan pengawalan media (Anwariningsih & Ernawati 2013). Pelbagai kajian telah
dijalankan bagi menguji keberkesanan penggunaan pembelajaran berasaskan kaedah interaktif
terutama bagi menguji minat dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran sains. Sistem
pembelajaran interaktif menggunakan Arduino yang digabungkan dengan perisian lain bagi
mempelajari tajuk aliran udara dan angin bagi membantu pelajar belajar berdasarkan
pengalaman praktikal dibangunkan bertujuan bagi menambahkan motivasi dan meningkatkan
aktiviti didik hibur dalam pembelajaran (Wang 2018). Papan putih interaktif Activinspire
digunakan dalam pembelajaran sains dan matematik (Dudaitė & Prakapas 2019). Argumented
Reality (AR) secara Flipped Classroom digunakan sebagai kaedah pembelajaran bagi topik
Keelektromagnetan untuk mencapai objektif pembelajaran memahami subtopik Kesan dan
Aplikasi Elektromagnet bagi subjek sains semulajadi (Chang & Hwang 2018). Pembangunan
permainan digital dijalankan melalui persekitaran interaktif bagi mempelajari komponen-
komponen dan fungsi sebuah tapak industri dalam sektor pembuatan, pembelajaran juga
meliputi pengetahuan mengenai cara membuat keputusan dan teknik-teknik yang dapat
memberi keuntungan kepada syarikat (Perini et al. 2017). Kajian menunjukkan pembelajaran
menggunakan perisian interaktif digunakan melalui pelbagai cara dan pelbagai matlamat
terutama dalam penghasilan bahan pembelajaran sains dan ianya dapat menarik minat serta
motivasi pelajar terhadap pembelajaran di samping meningkatkan kemahiran-kemahiran
penting kepada pelajar.

Perisian Powerpoint

Powerpoint adalah satu perisian yang selalu digunakan oleh guru di sekolah dan menjadi salah
satu pilihan utama bagi guru menyampaikan kandungan pembelajaran kepada pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan persembahan
Powerpoint dalam bentuk multimedia semakin meningkat di seluruh dunia (Nouri & Shahid
2005). Pelbagai kajian dalam jurnal artikel ilmiah menunjukkan pelajar suka diajar
menggunakan Powerpoint kerana berpendapat gaya persembahan Powerpoint menarik,
membantu kefahaman dan ingatan terhadap pembelajaran (Craig & Amernic 2006). Justeru,
kajian KAP akan digunakan bagi menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan guru yang
menggunakan powerpoint sama ada mereka menggunakan powerpoint dengan cara biasa atau
menghasilkan bahan menggunakan elemen interaktif yang tersedia di dalam perisian
powerpoint.

METODOLOGI

Reka bentuk Kajian

Kajian dijalankan menggunakan kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik di mana
data diperolehi dari guru-guru yang mengajar subjek sains di sekolah menengah dengan
pelbagai tahap pengalaman mengajar. Instrumen kajian diedarkan kepada responden selama

434

dua minggu melalui aplikasi Telegram. Populasi kajian terdiri guru-guru sains yang mengajar
di 52 buah sekolah menengah di daerah Kinta Utara, Perak.

Sampel Kajian

Sebanyak 123 responden telah menjawab soal selidik ini. Kumpulan ini dipilih kerana
mewakili guru-guru sains yang mengajar subjek sains yang sudah biasa menggunakan perisian
Powerpoint dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, persekitaran
sekolah juga berada dalam lingkungan kawasan bandar dan pinggir bandar yang mempunyai
kemudahan serta prasarana yang baik terutama dari segi kemudahan internet. Teknik
persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah. Dalam persampelan jenis ini,
guru-guru dibahagikan kepada kumpulan berdasarkan pengalaman mengajar.

Kaedah Pengumpulan Data/Instrumen Kajian

Instrumen utama yang digunakan adalah menggunakan soal selidik. Soal selidik ini terbahagi
kepada empat bahagian utama: Bahagian A mengandungi maklumat guru-guru termasuk tahap
pengalaman mengajar guru, Bahagian B mengandungi soal selidik mengenai pengetahuan guru
yang dibina berdasarkan fungsi-fungsi yang terdapat pada perisian Powerpoint, Bahagian C
mengandungi soal selidik berkenaan sikap guru yang diadaptasi dan diubahsuai dari kajian
sikap pelajar dalam penggunaan Powerpoint dalam bilik darjah (Dalshad Abdullah et al. 2015)
manakala Bahagian D mengandungi soal selidik berkenaan amalan guru yang diadaptasi dan
diubahsuai dari kajian amalan guru dalam aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
sains (Surif et al. 2014).

Jumlah item yang terdapat pada bahagian B ialah 20 item, Bahagian C sebanyak 10
item dan Bahagian D adalah sebanyak 10 item. Soalan-soalan pada bahagian B menggunakan
Skala Likert bermula daripada Sangat Setuju (5), Setuju (4), Kurang Setuju (3), Tidak Setuju
(2), Sangat Tidak Setuju (1) dan Tidak Tahu (0), manakala soalan-soalan pada Bahagian C
menggunakan Skala Likert bermula daripada Sangat Setuju (5), Setuju (4), Kurang Setuju (3),
Tidak Setuju (2) dan Sangat Tidak Setuju (1), Soalan-soalan pada bahagian D pula
menggunakan Skala Likert bermula daripada Sangat Kerap (5), Kerap (4), Kurang Kerap (3),
Tidak Kerap (2) dan Sangat Tidak Kerap (1).

Kajian Rintis telah dijalankan bagi mengukur kesahan dan kebolehpercayaan item
sebelum soal selidik diedarkan kepada responden sebenar di lapangan. Dua pakar telah dilantik
untuk membuat pengesahan item dan kajian rintis telah dijalankan terhadap tiga puluh orang
responden bagi mendapatkan maklumbalas dan melakukan penambahbaikan kepada items
soalan. Menerusi kajian rintis ini didapati nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach (a) bagi
tahap pengetahuan, sikap dan amalan berada dalam julat antara 0.78 – 0.96.

Analisis Data Kajian

Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif menggunakan frekuensi, peratusan, min dan
sisihan piawai, manakala analisis inferensi adalah menggunakan ujian T Tidak Bersandar bagi
menguji tahap perbezaan berdasarkan pengalaman guru. Data yang dikumpulkan direkod dan
dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 24.

435

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Profil Responden

Jadual 1 menunjukkan bilangan responden lelaki adalah sebanyak 12 orang (9.8%) manakala
responden perempuan adalah sebanyak 111 orang (90.2%). Bilangan responden kajian
perempuan adalah lebih ramai berbanding dengan responden lelaki. Sebanyak 9 orang guru
kanan (7.3%), 36 ketua panitia (29.2%) dan 78 guru sains biasa (63.5%) terlibat sebagai
responden kajian. Ini menunjukkan kajian ini telah dijawab oleh guru sains yang merangkumi
pelbagai jawatan di sekolah. Sebanyak 56 guru mempunyai pengalaman mengajar antara 0
hingga 15 tahun (46%), manakala 67 orang guru berpengalaman mengajar antara 16 tahun ke
atas (54%). Sebanyak 108 responden mempunyai taraf Pendidikan Ijazah Sarjana Muda
(87.8%), manakala sebanyak 15 responden pula mempunyai taraf pendidikan dengan Ijazah
Sarjana (12.2%). Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai Ijazah Sarjana
Muda manakala tiada responden yang mempunyai diploma dan PhD. Sebanyak 49 responden
adalah dalam pengkhususan Sains (39.8%), 17 responden bagi pengkhususan Fizik (13.8%),
24 responden bagi pengkhususan Kimia (19.5%), 32 responden bagi pengkhususan Biologi
(26.1%), manakala 1 responden dari lain-lain pengkhususan (0.8%). Dapatan kajian
menunjukkan, majoriti responden adalah mempunyai tahap pengkhususan Sains.

JADUAL l. Taburan Responden.

Kategori Profil responden Kekerapan (f) Peratus (%)
Jantina 9.8
Jawatan Lelaki 12 90.2
7.3
Pengalaman Mengajar Perempuan 111 29.2
Taraf Pendidikan 63.5
Guru Kanan 9 46
Pengkhususan 54
Ketua Panitia 36 0
87.8
Guru Sains Biasa 78 12.2
0
0 – 15 tahun 56 39.8
13.8
16 tahun ke atas 67 19.5
26.1
Diploma 0 0.8

Ijazah Sarjana Muda 108

Ijazah Sarjana 15

PhD 0

Sains 49

Fizik 17

Kimia 24

Biologi 32

Lain-lain 1

Responden yang terlibat juga mempunyai pelbagai pengalaman mengajar dengan
majoritinya telah mengajar lebih 16 tahun iaitu pada gred perkhidmatan DG48 yang lebih tinggi
berbanding gred guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang dari 16 tahun iaitu pada gred
perkhidmatan DG44, DG41 atau lebih rendah. Demografi latar belakang responden
menunjukkan ramai responden terdiri dari guru yang berpengkhususan, berpendidikan,
berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengajar subjek sains.

436

Tahap pengetahuan guru sains terhadap penggunaan Powerpoint sebagai alat
pembelajaran interaktif.

Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian bagi tahap pengetahuan guru sains terhadap
penggunaan Powerpoint sebagai alat pembelajaran interaktif berdasarkan item. Secara
keseluruhannya, tahap pengetahuan guru sains adalah berada pada tahap sederhana tinggi
dengan min = 3.34 dan Sisihan Piawai = 1.38.

JADUAL 2. Peratusan, frekuensi, min dan sisihan piawai pengetahuan guru sains berdasarkan item.

Bil Item TT STS TS KS S SS Min Sisihan

% % %%%% Piawai

(f) (f) (f) (f) (f) (f)

BAHAGIAN B:

PENGETAHUAN

1 Tujuan utama penggunaan 0.0 0.8 0.0 5.7 35.0 58.5 4.50 0.68
(1) (0) (7) (43) (72)
Powerpoint adalah untuk (0)

membuat pembentangan isi

kandungan pembelajaran.

2 Penggunaan Bevel adalah untuk 27.6 6.5 4.15 20.3 26.0 15.4 1.77 1.47
(8) (5) (25) (32) (19) 1.23
membuat bayang pada perkataan. (34) 17.9 16.3 43.1 13.8 5.7 3.07 1.14
(2) (20) (53) (17) (7) 1.93
3 Font yang sesuai digunakan 3.3 3.3 8.1 13.0 43.9 30.1 3.85
(4) (10) (16) (54) (37) 1.04
adalah 11. (4) 20.3 16.3 17.9 10.6 4.9 2.46
(25) (20) (22) (13) (6) 1.41
4 Cara lain menulis teks adalah 1.6 1.65
1.6 4.1 13.0 42.3 37.4 4.05 1.72
menggunakan WordArt. (2) (2) (5) (16) (52) (46) 0.99
1.27
5 B, I, dan U digunakan untuk 30.1 2.4 3.3 12.2 38.2 36.3 3.81
(3) (4) (15) (47) (45) 1.67
mengedit gambar dalam (37) 12.2 11.4 17.9 26.0 22.0 3.02 1.69
(15) (14) (22) (32) (27) 1.77
Powerpoint 1.6 4.1 6.5 43.9 27.6 3.43 1.69
(2) (5) (8) (54) (34)
6 Video online boleh ditonton 1.6 1.6 2.4 9.8 45.5 39.0 4.13 1.18
(2) (3) (12) (56) (48)
secara terus dengan menggunakan (2) 1.6 4.1 14.6 45.5 28.5 3.78 1.76
(2) (5) (18) (56) (35)
link pada Text.
39 17.9 19.5 8.1 4.9 3.46
7 Sebuah video boleh dihasilkan 7.3 (48) (22) (24) (10) (6)
12.2 16.3 18.7 13.8 8.1 1.97
menggunakan PowerPoint. (9) (15) (20) (23) (17) (10)
5.7 10.6 13.0 37.4 16.3 2.97
8 Penggunaan Transitions adalah 10.6 (7) (13) (16) (46) (20)
1.6 8.1 6.5 39.8 29.3 3.43
untuk menukar gambar atau teks. (13) (2) (10) (8) (49) (36)

9 Fungsi Fly In boleh ditambah 16.3 1.6 2.4 9.8 43.9 38.2 4.02
(2) (3) (12) (54) (47)
melalui Animation Pane. (20)
17.9 20.3 18.7 16.3 5.7 2.65
10 Pergerakan objek boleh dikawal 1.6 (22) (25) (23) (20) (7)

melalui penggunaan Animations. (2)

11 Pelbagai bentuk objek 3D sedia 5.7

ada untuk digunakan terdapat (7)

dalam Powerpoint

12 Chart untuk graf tidak terdapat 10.6

dalam Powerpoint. (13)

13 Penggunaan Slide Zoom adalah 30.9

sama dengan Hyperlink. (38)

14 Objek 3D boleh dihasilkan 17.1

menggunakan Powerpoint. (21)

15 Animasi suatu objek yang 14.6

berputar boleh dihasilkan (18)

menggunakan Powerpoint.

16 Fungsi naratif suara boleh 4.1

dimasukkan ke dalam (5)

persembahan Powerpoint.

17 Slide Show Powerpoint tidak 21.1

berfungsi bagi digunakan (26)

menerusi telefon bimbit.

437

18 Infographic dan poster boleh 1.6 0.8 3.3 9.8 40.7 43.9 4.19 0.99
(1) (4) (12) (50) (54) 1.72
dihasilkan menggunakan (2) 1.63
39.0 14.6 20.3 9.8 4.1 3.38 1.38
Powerpoint. (48) (18) (25) (12) (5)

19 Slaid Powerpoint tidak boleh 12.2 22.0 11.4 22.0 22.0 11.4 2.76
(27) (14) (27) (27) (14)
disimpan menggunakan format (15)
Purata 3.34
PDF.

20 Hyperlink hanya menghubungkan 11.4

slaid dengan pautan luar sahaja. (14)

Dapatan ini menunjukkan, majoriti guru mempunyai pengetahuan yang baik dalam
pengetahuan mengenai perisian Powerpoint. Ini adalah disebabkan, guru sudah biasa
menggunakan perisian Powerpoint dalam menghasilkan bahan bantu mengajar dan bahan
pembentangan di dalam bilik darjah mahu pun semasa mereka belajar. Pengetahuan yang baik
amat penting bagi membolehkan guru menggunakan perisian Powerpoint secara optima
menggunakan pelbagai item yang terkandung di dalam perisian untuk menghasilkan bahan
pengajaran berbentuk multimedia interaktif yang menarik. Bagaimanapun, terdapat juga
sebilangan guru yang masih belum menguasai dan hanya menggunakan item asas sahaja dalam
perisian Powerpoint dalam menghasilkan bahan bantu mengajar. Menurut Maria (2019),
Multimedia mempunyai atribut yang dapat membantu pelajar meningkatkan pembelajaran dan
motivasi mereka dengan melibatkan diri dalam persekitaran pembelajaran yang aktif dan
konstruktivis.

Tahap sikap guru sains terhadap penggunaan Powerpoint sebagai alat pembelajaran
interaktif.

Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian bagi tahap sikap guru sains terhadap penggunaan
Powerpoint sebagai alat pembelajaran interaktif. Secara keseluruhannya, didapati tahap sikap
guru sains adalah berada pada tahap tinggi (min = 4.19, Sisihan Piawai = 0.66).

JADUAL 3. Peratusan, frekuensi, min dan sisihan piawai tahap sikap guru sains.

Bil Item STS TS KS S SS Min Sisihan

% %%%% Piawai

(f) (f) (f) (f) (f)

BAHAGIAN C: SIKAP

1 Pembentangan PowerPoint yang 0.0 0.8 8.4 43.1 48.0 4.38 0.67

disediakan menarik perhatian pelajar. (0) (1) (10) (53) (59)

2 Guru selalu menggunakan persembahan 0.0 3.3 17.9 28.5 50.4 4.26 0.87

PowerPoint dalam pengajaran di dalam (0) (4) (22) (35) (62)

kelas.

3 Pengedaran bahan PowerPoint 0.0 0.8 10.6 48.8 39.8 4.28 0.68

membantu pelajar mencatat lebih baik (0) (1) (13) (60) (49)

semasa pembelajaran di kelas

4 Makluman yang dicetak daripada 0.0 0.0 13.0 48 39 4.26 0.68

PowerPoint membantu pelajar belajar (0) (0) (16) (59) (48)

untuk memahami isi pelajaran dengan

lebih berkesan.

5 Guru yang menggunakan PowerPoint 0.0 0.0 6.5 39.8 53.7 4.47 0.62

menyampaikan pembentangan mereka (0) (0) (8) (49) (66)

dengan lebih teratur.

6 Guru biasanya menggunakan bullet- 5.7 16.3 28.5 35 14.6 3.37 0.10

point dan teks PowerPoint sahaja (7) (20) (35) (43) (18)

438

berbanding persembahan dengan audio,

video dan grafik.

7 Imej visual yang disampaikan 0.0 0.0 9.8 43.1 47.2 4.37 0.66
(0) (0) (12) (53) (58) 0.90
menggunakan PowerPoint membantu 0.63
0.8 4.9 30.9 38.2 25.2 3.82 0.77
pelajar mengingat kembali isi (1) (6) (38) (47) (31) 0.66

kandungan pelajaran semasa 0.0 0.0 8.1 46.3 45.5 4.37
(0) (0) (10) (57) (56)
peperiksaan.
0.8 1.6 9.8 44.7 43.1 4.28
8 Guru menyediakan bahan pengajaran (1) (2) (12) (56) (53)

berbentuk slaid Powerpoint dan Purata 4.19

mengedarkannya kepada pelajar

sebelum kelas bagi membolehkan pelajar

membuat persediaan awal.

9 Saya berpendapat bahawa slaid

Powerpoint mengukuhkan kefahaman

pelajar terhadap apa yang disampaikan

oleh guru di kelas.

10 Guru menggalakkan pelajar

menghasilkan bahan pembelajaran dan

pembentangan menggunakan

PowerPoint semasa proses pengajaran

dan pembelajaran.

Ini menunjukkan guru-guru sains menunjukkan sikap yang baik terhadap penggunaan
Powerpoint yang dapat digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi subjek sains di dalam
bilik darjah. Pengetahuan guru terhadap perisian Powerpoint banyak membantu guru dalam
menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan perisian ini dalam pembelajaran sains.
Guru memahami dengan jelas keperluan perisian Powerpoint sebagai suatu alat bantu mengajar
yang dapat membantu pelajar memahami pembelajaran sains dengan lebih berkesan melalui
pelbagai kriteria menarik yang dimiliki oleh perisian powerpoint seperti paparan berunsur
grafik, animasi, video dan juga audio. Sikap guru adalah merupakan suatu elemen penting yang
dapat mendorong sikap pelajar untuk bersikap positif dalam pengajaran di dalam dan di luar
bilik darjah (Iksan et al. 2006).

Tahap amalan guru sains terhadap penggunaan Powerpoint sebagai alat pembelajaran
interaktif.

Jadual 4 menunjukkan dapatan bagi tahap amalan guru sains terhadap penggunaan Powerpoint
sebagai alat pembelajaran interaktif. Secara keseluruhannya, didapati tahap amalan guru sains
adalah berada pada tahap sederhana tinggi (min = 3.90, Sisihan Piawai = 0.89).

JADUAL 4. Peratusan, frekuensi, min dan sisihan piawai tahap amalan guru sains

Bil Item STK TK KK K SK Min Sisihan

% %%%% Piawai

(f) (f) (f) (f) (f)

BAHAGIAN D: AMALAN

1 Saya memberi tunjuk ajar kepada pelajar 0.0 3.3 16.3 41.5 39 4.16 0.81

untuk memahami konsep sains yang sukar (0) (4) (20) (51) (48)

difahami dengan bantuan Powerpoint.

2 Saya mengajar konsep sains yang sukar 0.0 4.1 11.4 48 36.6 4.17 0.79

difahami melalui bentuk visual (0) (5) (14) (59) (45)

menggunakan Powerpoint.

3 Saya menggunakan bahan simulasi 0.0 0.8 10.6 48.8 39.8 3.92 0.88

berkomputer bagi memberi kefahaman (0) (1) (13) (60) (49)

439

kepada pelajar menggunakan PowerPoint. 0.90
4 Saya mengintegrasikan pelbagai elemen 0.8 8.1 21.1 47.2 22.8 3.83
0.95
seperti bunyi, ilustrasi dan animasi dalam (1) (10) (26) (58) (28)
bentuk Powerpoint bagi memudahkan 1.08
pelajar memahami topik yang sukar 0.92
5 Saya mendapatkan maklumat dengan 2.4 3.3 23.6 39.0 31.7 3.94 0.82
menggunakan pelbagai rujukan elektronik (3) (4) (29) (48) (39) 0.83
sebagai bahan pengajaran untuk dimuatkan 0.93
dalam persembahan Powerpoint. 0.89
6 Saya ada membuat eksperimen dalam 6.5 15.4 35.0 30.1 13.0 3.28
bentuk simulasi bagi pengajaran (8) (19) (43) (37) (16)
menggunakan PowerPoint.
7 Saya biasa melontarkan soalan kemahiran 0.8 6.5 32.5 36.6 23.6 3.76
berfikir aras tinggi kepada pelajar dalam (1) (8) (40) (45) (29)
pengajaran menggunakan PowerPoint.
8 Saya menggunakan PowerPoint untuk 0.8 4.1 13.8 52.0 29.3 4.05
menjadikan pelajar lebih aktif semasa (1) (5) (17) (64) (36)
pengajaran dan pembelajaran sains.
9 Saya menggunakan PowerPoint untuk 0.8 4.9 17.1 52.0 25.2 3.96
menjadikan pelajar lebih berdikari semasa (1) (6) (21) (64) (31)
pengajaran dan pembelajaran sains.
10 Saya menggunakan PowerPoint untuk 1.6 6.5 17.1 45.5 29.3 3.94
menjadikan pelajar belajar secara kendiri (2) (8) (21) (56) (36)
semasa pengajaran dan pembelajaran.

Purata 3.90

Ini menunjukkan guru menunjukkan kekerapan penggunaan Powerpoint yang baik di
dalam bilik darjah. Amalan penggunaan Powerpoint oleh guru amat penting bagi memberi
kefahaman kepada pelajar terutama melibatkan topik-topik yang memerlukan penerangan
dalam bentuk visual dalam bentuk grafik dan animasi. Penggunaan multimedia interaktif dalam
pengajaran menyediakan lebih daripada satu modaliti pembelajaran yang boleh menjadi lebih
berkesan dalam memenuhi keperluan pembelajaran pelajar (Georgiou 2019). Sesetengah
kandungan pembelajaran sains melibatkan perkara yang abstrak dan sukar difahami dan
memerlukan teknik yang dapat membantu kefahaman pelajar termasuk melalui penggunaan
gambar berwarna yang lebih menarik dan mudah difahami. Penggunaan Powerpoint sebagai
bahan yang interaktif mampu membantu guru dan pelajar dalam penyediaan slaid
pembentangan yang memudahkan fahaman pelajar untuk memahami kandungan pelajaran.
Bahan yang dibina dengan menggunakan media interaktif dapat meningkatkan keputusan dan
minat pelajar dalam proses pembelajaran (Liliana et al. 2020).

Perbezaan tahap pengetahuan, sikap dan amalan guru sains sekolah menengah terhadap
penggunaan powerpoint sebagai suatu perisian pembelajaran interaktif berdasarkan
pengalaman mengajar.

Dalam kajian ini, taburan tahap pengetahuan, sikap dan amalan guru sains berdasarkan
pengalaman mengajar ditunjukkan dalam Jadual 5 manakala analisis Ujian T Tidak Bersandar
ditunjukkan seperti dalam Jadual 6. Berdasarkan Jadual 6, bagi Pengetahuan didapati terdapat
perbezaan yang signifikan antara kumpulan 0 – 15 tahun (M=3.49, SD=0.63) dan kumpulan
16 tahun ke atas (M = 3.21, SD = 0.66) ; t(121), p = .018 . Bagi kategori Sikap didapati tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan 0 – 15 tahun (M=4.24, SD=0.46) dan
kumpulan 16 tahun ke atas (M = 4.14, SD = 0.51) ; t(121) = 1.14, p = .256 , manakala bagi
kategori amalan didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan 0 – 15 tahun

440

(M=4.04, SD=0.59) dan kumpulan 16 tahun ke atas (M = 3.79, SD = 0.77) ; t(121) = 2.03, p =
.044 .

JADUAL 5. Tahap pengetahuan, sikap dan amalan guru sains berdasarkan pengalaman mengajar.

Pengalaman Mengajar N Min SisihanPiawai

Pengetahuan 0 – 15 tahun 56 3.49 0.63

16 tahun ke atas 67 3.21 0.66

Sikap 0 – 15 tahun 56 4.24 0.46

16 tahun ke atas 67 4.14 0.51

Amalan 0 – 15 tahun 56 4.04 0.59

16 tahun ke atas 67 3.79 0.77

JADUAL 6. Ujian T Tidak Bersandar bagi tahap pengetahuan, sikap dan amalan
Ujian T

Pengetahuan Equal variances t df Sig. (2-tailed)
assumed 2.41 121 .018

Equal variances 2.42 118.77 .017
not assumed

Sikap Equal variances 1.14 121 .256

assumed

Equal variances 1.15 120.066 .252
not assumed

Amalan Equal variances 2.03 121 0.044
assumed

Equal variances 2.08 120.401 0.040
not assumed

Dapatan kajian menunjukkan min bagi tahap pengetahuan guru 0 - 15 tahun (min= 3.49, SD =
0.63) lebih tinggi berbanding guru berpengalaman mengajar lebih dari 16 tahun (min = 3.21,
SD = 0.66). Guru-guru baharu dilihat lebih memahami penggunaan perisian Powerpoint
berbanding guru-guru yang sudah lama mengajar. Perbezaan ini boleh ditafsirkan dengan
kemahiran guru-guru bawah 16 tahun yang lebih terdedah dan bersedia menerima perubahan
yang berlaku dalam perkembangan teknologi semasa berbanding guru-guru yang sudah lama
berkhidmat. Ujian T Tidak bersandar bagi sikap guru pula tidak menunjukkan perbezaan antara
guru berpengalaman mengajar 0 - 15 tahun (min = 4.24, SD = 0.46) dengan yang
berpengalaman mengajar lebih 16 tahun (min = 4.14, SD 0.51). Ini menunjukkan guru-guru
berpengalaman 0 - 15 dan 16 tahun ke atas menunjukkan sikap yang sama dalam pengunaan
perisian Powerpoint sebagai alat pembelajaran interaktif. Perubahan sikap guru perlu dalam
pelaksanaan pengajaran dari menggunakan kaedah tradisional kepada amalan baru melalui
pengintegrasian komputer dan multimedia (Abdul Said Ambotang 2006). Dapatan kajian juga
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi amalan antara guru berpengalaman 0 -
15 tahun dengan guru 16 tahun ke atas. Min bagi tahap amalan guru 0 - 15 tahun (min= 4.04,
SD = 0.59) lebih tinggi berbanding guru berpengalaman mengajar lebih dari 16 tahun (min =

441


Click to View FlipBook Version