The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK Tansau Putatan SKTs, 2021-12-10 05:48:43

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

PBM satu kajian

Keywords: eBOOK Pembelajaran Berasaskan Masalah

SOSIAL 09
Seminar Pendidikan Sains Sosial

2009

Pengukuhan Pengajaran dan
Pembelajaran Dalam Pendidikan

Sains Sosial

SOSIAL 09
Pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam Pendidikan Sains Sosial

Prosiding
Seminar Pendidikan Sains Sosial 2009

Dianjurkan Oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia

Disunting Oleh
Prof. Dr. Zaharani Ahmad
Prof. Datuk Dr. Tamby Subahan Mohd. Meerah

Prof. Dr. Lilia Halim
Prof. Madya Dr. Rohimi Shapiee
Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus
Prof. Madya Dr. Saemah Binti Rahman
Prof. Madya Dr. Ruhizan Bt. Mohammad Yasin

Pn. Zaharah Zainal

UNVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI · 2009

Cetakan Pertama 2009
Hak cipta

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk
atau dengan sebarang alat juga pun, sama dengan cara elektronik, gambar serta

rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis dari
Universiti Kebangsaan Malysia

Diterbitkan di Malaysia oleh
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

KANDUNGAN

KATA ALU-ALUAN NAIB CANSELOR i
PROF. TAN SRI DATO' DR. SHARIFAH HAPSAH SYED ii
HASAN SHAHABUDIN iii

KATA ALU-ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR 1
PROF. IR. DR. HASSAN BASRI 5

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 11
GUGUSAN SAINS SOSIAL
18
ISI KANDUNGAN
29
1. KEPERLUAN PENILAIAN SEMULA PROGRAM KHIDMAT SOSIAL 37
SEBAGAI KAEDAH AMALI DAKWAH JABATAN PENGAJIAN
DAKWAH DAN KEPIMPINAN(JPDK) 45
Abdul Ghafar Don

2. KEBERKESANAN MODUL KEMAHIRAN BERFIKIR ZZZT2423:
MENINGKATKAN KREATIVITI PELAJAR MELALUI KAEDAH
SIMULASI
Abdul Salam Yussof, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Nasruddin Yunos dan
Hamdzun Haron

3. SUMBANGAN STRATEGI PEMBELAJARAN DALAM MEREALISASIKAN
KEPERLUAN PASARAN : KAJIAN TERHADAP GRADUAN-GRADUAN
PRA SISWAZAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA.
Ahmad Munawar Ismail, Zakaria Stapa, Roziah Sidek dan Salasiah Hanin Hamjah

4. PENILAIAN PELAJAR TERHADAP KURSUS PRA PENEMPATAN
LATIHAN AMALI/INDUSTRI, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Badlihisham Mohd Nasir,
Kamarudin Hj. Salleh, Zaini Nasohah, Md. Nor Abdullah dan
Mohd Akil Muhamed Ali

5. PROFESSIONALISM AMONG ACADEMICIANS: A LITERATURE REVIEW
Ahmad Zamri Mansor, Roosfa Hashim, Maharam Mamat, Johari Talib
dan Mohamad Mohsin Mohamad Said

6. CABARAN MEMANTAPKAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENGUKURAN PEMBOLEHUBAH
DALAM PENYELIDIKAN KUANTITATIF
Chang Peng Kee, Lilia Abd. Halim, Faridah Ibrahim, Kamisah Osman,
Fauziah Ahmad dan Mat Pauzi Abdul Rahman

7. PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBL) DALAM PENGAJARAN
& PEMBELAJARAN TAHUN 1 FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM :
KAJIAN KEBERKESANAN & MAKLUMBALAS PIHAK
BERKEPENTINGAN (PELAJAR)
Che Norlia Mustafa, Sakina Shaik Ahmad Yusoff dan Suzanna Mohamed Isa

8. ENHANCING EMPLOYABILITY OF UNDERGRADUATES THROUGH 57
EFFECTIVE COVER LETTERS: A PRELIMINARY STUDY 65
Chia Loy Khim, Wee Siok Eng, Norma Aida Abdullah dan 76
Mohd Zafri Osman 88
99
9. MEMBINA KEMAHIRAN ADVOKASI PELAJAR: MENCARI KAEDAH 116
YANG SESUAI. 127
Anisah Che Ngah, Faridah Jalil (K), Mahmud Zuhdi Mohd Nor, 135
Rohaida Nordin dan Nor Adura 153

10. A PRELIMINARY STUDY TOWARDS ENHANCING STUDENTS’ 161
CRITICAL THINKING SKILLS USINGDIALOGICAL-THINKING 168
READING LESSONS (D-TRL) APPROACH 177
Faridah Musa, Ng Yong Kiang, Nani Rahayu Salihuddin, Roslina Salim dan Azlina Aris 185

11. PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM) BAGI
KURSUS ZT 1043 (HUBUNGAN ETNIK): SATU KAJIAN
TINDAKAN AWAL DI UKM
Fazilah Idris, Mohamad Taha dan Mashitoh Yaacob

12. KERJA LAPANGAN SEBAGAI WADAH BUDAYA PENYELIDIKAN:
RESPONS PELAJAR
Habibah Ahmad,Hamzah Jusoh , Ari Kurnia dan Kamisah Othman

13. TASIK CHINI SEBAGAI MAKMAL HIDUP PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN DALAM PENGAJIAN PEMBANGUNAN
Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad, Ishak Yussof, Mushrifah Idris
dan Ari Kurnia

14. CHALLENGES FOR CORPORATE LAW TEACHERS IN
INTEGRATING BETWEEN THEORY AND PRACTICE
Hasani Mohd Ali

15. IMPAK KELAS MODEL DEMONSTRASI AUTISMA KE ATAS
GURU-GURU PELATIH
Hasnah Toran

16. PENSTRUKTURAN SEMULA JABATAN SYARIAH SEBAGAI SEBUAH
FAKULTI: UFUK BARU DALAM PADUAN PENGAJIAN SAINS ISLAM
KHUSUSNYA ASTROFIQH
Ibnor Azli Ibrahim,Mohd Nasran Mohamad ,Muhammad Adib
Samsuddin, Anwar Fakhri Omar dan Mohammad Zaini Yahaya

17. MEMPERMUDAHKAN PENGAJARAN BALAGHAH DI KALANGAN PELAJAR
MELAYU
Idris Abdullah

18. AMALAN PENAKSIRAN DALAM SANGGAR KERANGKA KELAYAKAN
MALAYSIA DARI PERSPEKTIF PERSEPSI PELAJAR
Kamisah Osman

19. LATIHAN ILMIAH: KEENGGANAN PELAJAR UNTUK BERTEMU PENSYARAH
Fauziah Ahmad ,Normah Mustafa, Wan Amizah Wan Mahmud,
dan Chang Peng Kee

20. CRITICAL LITERACY OF POSTGRADUATE STUDENTS:
VOICES AND DISCOURSES
Koo Yew Lie, Kemboja Ismail and Wong Fook Fei

21. KESAN PENGGUNAAN MODUL HUBUNGAN ETNIK TERHADAP SIKAP 192
PERKAUMAN DALAM KALANGAN PELAJAR KURSUS HUBUNGAN 198
ETNIK DI UKM 205
Khalim Zainal, Taip Abu dan Zulkifli Mohamad 213
225
22. KESEDARAN, PENGETAHUAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP ISU-ISU 231
PERSEKITARAN DAN KESIHATAN 243
Latifah Amin, Rozita Ibrahim, Mashitoh Yaacob dan Sulaiman Osman 256
265
23. INTEGRASI KAJIAN TINDAKAN DALAM LATIHAN INDUSTRI: 274
IMPAK KE ATAS PROSES PENYELIAAN DAN PEMBELAJARAN 280
LATIHAN INDUSTRI 289
Lilia Halim, T. Subahan Mohd Meerah dan Nor Aishah Buang 293
301
24. KEBERKESANAN PENGAJARAN MENULIS ESEI SATU PERBANDINGAN
DUA STRATEGI PENGAJARAN: COACHING DAN TUNJUKCARA
Maharam Mamat, Johari Talib dan Maznah Ibrahim

25. INTEGRATING GENERIC COMPETENCIES (GCs) INTO UNIVERSITY
COURSES: A REVIEW
Mashitoh Yaacob, Ahmad Zamri Mansor, Fazilah Idris dan
Mohamad Mohsin Mohamad Said

26. APLIKASI ELEARNING DI KALANGAN PELAJAR KURSUS ZT 2393
PENGURUSAN MASA: SATU REFLEKSI
Maznah Hj Ibrahim, Zarina Othman dan Fatin Hazwani @ Hasidah Siran

27. PENGAJARAN UNTUK KREATIVITI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM
Mohamad Mohsin Mohamad Said, Abdul Hj. Yussof,
Syaidatun Nazirah Abu Zahrin dan Nor Afian Yusof.

28. DEVELOPING READER RESPONSE ACTIVITIES TO PROMOTE MULTIPLE
INTELLIGENCE IN THE LITERATURE CLASSROOM: AN ACTION RESEARCH
Nackeeran Sivapunniam, Shahizah Ismail Hamdan dan Noraini Md.Yusof

29. THE IMPLEMENTATION OF BLOGS IN ESL CLASSROOM FOR LOW
PROFICIENCY STUDENTS
Nadzrah Abu Bakar (PhD), Hafizah Latif dan Azizah Ya’acob

30. KEBERKESANAN PENGAJARAN KURSUS ZZZT1033 TITAS DAN HUBUNG
KAIT DENGAN PENGETAHUAN ISLAM DI KALANGAN PELAJAR NON
MUSLIM DI UKM
Nik Yusri Musa, Fatin Hazwani Siran, Aminudin Basir @ Ahmad

31. MENINGKATKAN KEMAHIRAN FASILITATIF PENSYARAH DALAM KAEDAH
PEMBELAJARAN PENYELESAIAN MASALAH (PBL) BAGI KURSUS GR6223
MELALUI PENYELIDIKAN TINDAKAN
Nor Aishah Buang, Lilia Halim dan Subhan T. Meerah

32. HUBUNGAN ANTARA GAYA PERAPATAN PELAJAR PRASISWAZAH UKM
DAN KESEJAHTERAAN PSIKOSOSIAL
Nor Ba’yah Abdul Kadir, Fatimah Omar, Asmawati Desa dan Fatimah Yusooff

33. INVOLVING STUDENTS IN ONLINE DISCUSSION: PROCESS AND STRATEGIES
Nor Fariza Mohd. Nor, Noraini Ibrahim, Radha Nambiar dan Tan Kim Hua

34. THE EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING IN ENHANCING
COMMUNICATIVE SKILLS
Nor Hasni Mokhtar, Saripah Mamat, Huzaiffa Mastura Mohd Supian dan
Norazha Paiman

35. PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM) BAGI KURSUS ZT 1043 309
(HUBUNGAN ETNIK): SATU KAJIAN TINDAKAN AWAL DI UKM 321
Fazilah Idris, Mohamad Taha dan Mashitoh Yaacob 331
339
36. KERELEVANAN BAHASA DALAM UNDANG-UNDANG : KE ARAH 347
PEMANTAPAN KURSUS SKBL 2033 (LINGUISTIK DAN APLIKASI) 358
Noraini Ibrahim, Radha Nambiar dan Nor Fariza Mohd. Nor 367
372
37. VIRTUAL VOICES: ENHANCING ON-LINE PUBLICATION IN CREATIVE 377
WRITING COURSE
Noraini Md Yusof, Ruzy Suliza Hashim, Ravichandran Vengadasamy 386
dan Nackeeran K. Sivapunniam 394
405
38. PELAKSANAAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN KONSULTASI 414
DALAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN
Norasmah Hj. Othman

39. THE LECTURERS’ PRACTICE AND ACTION STUDY ON BLENDED LEARNING
AND TEACHING TO PROMOTE THE INTEGRATION OF ICT AND PEDAGOGY
Norazah Mohd. Nordin, T. Subahan Mohd. Meerah, Ruhizan Mohd. Yassin,
Saemah Rahman

40. IMPAK TEKNOLOGI TANPA WAYAR DI KALANGAN PELAJAR UKM
Norizan Abdul Razak, Mahamod Ismail, Abdul Razak Hamdan,
Mohamed Amin Embi, Othman A. Karim, Sulaiman Jalil dan Normah Sulaiman

41. KEPENTINGAN KOMUNIKASI TANPA LISAN DALAM PENGAJARAN
DI UNIVERSITI
Normah Mustaffa, Wan Amizah Wan Mahmud dan Fauziah Ahmad

42. LANGUAGE ENHANCEMENT THROUGH PARTICIPATION IN ONLINE
FORUMS: UTILIZATION, ISSUES AND FUTURE DIRECTIONS AMONG
UNDERGRADUATES AT UKM
Pramela Krish, Supyan Hussin dan Nackeeran Sivapuniam

43. ACADEMIC LITERACY SOCIALIZATION: A CASE STUDY OF
INTERNATIONAL UNDERGRADUATES IN UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA.
Radha Nambiar, Noraini Ibrahim, Nor Fariza Mohd Nor,
dan Tamby Subahan Mohd Meerah

44. PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PROGRAM SARJANA UNDANG-UNDANG :
CABARAN DAN TRANSFORMASI
Rahmah Ismail, Nazura Abdul Manap dan Rohimi Shapiee

45. PENGAJARAN MENDALAM (DEEP TEACHING) DAN KEANTARABANGSAAN
PELAJAR: KE ARAH PENGALAMAN BILIK KULIAH YANG MENGAMBARKAN
REALITI DUNIA DALAM KURSUS SARJANA UNDANG-UNDANG
Rohimi Shapiee, Rahmah Ismail dan Nazura Abdul Manap

46. PEMBANGUNAN MODEL E-LATIHAN HIBRID BERMAKNA:
APLIKASI PERMODELAN PERSAMAAN BERSTRUKTUR
Rosseni Din, Mohamad Shanudin Zakaria, Khairul Anwar Mastor,
Norizan Abdul Razak dan Siti Rahayah Ariffin.

47. KELEMAHAN PENULISAN PELAJAR INDONESIA DI UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) DALAM KURSUS KEMAHIRAN
BAHASA MELAYU
Rusdi Abdullah, Azlan Ahmad dan Md. Suhada Kadar

48. KAJIAN SEMULA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNDANG-UNDANG 425
KEWANGAN ISLAM DALAM MEMENUHI TUNTUTAN SISTEM KEWANGAN 436
ISLAM DI MALAYSIA
Ruzian Markom 443

49. MEMBIMBING PENDIDIK TUNAS PERMATA UKM MELAKSANAKAN 460
PENDEKATAN BERASASKAN PROJEK MELALUI KAEDAH KAJIAN T 475
INDAKAN KOLABORATIF 481
Saemah Rahman, Ruhizan Mohd Yassin, Siti Fatimah Mohd Yassin 496
dan Faridah Yunus 509
519
50. KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBL): 526
PENGAJARAN &PEMBELAJARAN UNDANG-UNDANG BAGI KURSUS 535
TAHUN 1 FAKULTI UNDANG-UNDANG UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA
Che Norlia Mustafa, Sakina Shaik Ahmad Yusoff dan Suzanna Mohamed Isa

51. FAKTOR PENINGKATAN MOTIVASI BELAJAR DALAM KALANGAN
PELAJAR UNIVERSITI
Salasiah Hanin Hamjah, Zainab Ismail, Rosmawati Mohamad
Rasit dan Ermy Azziaty Rozali

52. CUTTING EDGE RESEARCH: OVERCOMING PROBLEMS IN PROPOSAL
WRITING AND PROMOTING HIGH QUALITY PROPOSALS
Ruzy Suliza Hashim, Noraini Md Yusof, Zalina Md Lazim,
Shahizah Ismail @ Hamdan dan Farah Azizah Omar

53. DEVELOPING UNDERSTANDING AND APPRECIATION OF LITERATURE
AND CRITICAL READING CONCEPTS THROUGH MULTIMODAL
APPROACHES
Shanthini Pillai, Ganakumaran Subramaniam dan Ravichandran Vengadasamy

54. EFFECTIVE TEACHING MATERIALS FOR INTERPERSONAL
COMMUNICATION : ZZZE 3012 WORKPLACE COMMUNICATION 1
Sharifah Zurina Syed Kamarulzaman, Norlaila Mufti, Fauzanita Kasim,
Normilah A Wahab dan Aida Abdul Rashid

55. THE USE OF BLOG IN ENGLISH FOR LAW: TO ENHANCE STUDENTS’
REFLECTION
Sithaletchemy A/P S Krishnaiyer, Raja Hanani Raja Mushahar dan
Nuretna Asurah Ahmad

56. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HOLISTIK (PPH) BERTERASKAN
JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK (JERI) : PERANCANGAN
DAN PELAKSANAAN DI FAKULTI PENDIDIKAN
Siti Rahayah Ariffin, Abdul Ghafur Ahmad, Rosseni Din dan Jamil Ahmad

57. AN ATTEMPT TO IMPROVE STUDENTS’ RESEARCH SKILLS
THROUGH ACTION RESEARCH
T. Subahan Mohd. Meerah dan Md. Mustafizur Rahman

58. MOSORS (MALAYSIAN SURVEY ON ONLINE READING STRATEGIES)
– AN INSTRUMENT FOR THE IDENTIFICATION OF CONSTRUCTS
OF EFFICIENT ONLINE READING STRATEGIES
Tan Kim Hua, Ravichandran Vengadasamy, Fadhil Mansor dan Norfariza Md. Nor

59. A DIAGNOSTIC RESULT IN THE IDENTIFICATION OF STUDENTS’ 542
AREAS OF WEAKNESSES IN THEIR LANGUAGE USE OF FORMS AND 550
FUNCTIONS IN CONVERSATIONAL DIALOGUES. 563
Zarina Othman, Taufik Rashid, Sharifah Zurina Syed Kamarulzaman dan Johari Taib
579
60. THE EFFECTIVENESS OF TEACHING REFERENCE WORDS USING 589
TWO STRATEGIES TO MUET BAND 3 STUDENTS AT UKM: 598
PRELIMINARY FINDINGS 606
Taufik Rashid, Harieza Hussin, Michi Farida Abdul Halim, Nor Huda Md Anuar dan 615
Sharifah Salmah Syed Ali 624

61. PERANCANGAN STRATEGIK PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP)
DALAM PENINGKATAN KPI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SEBAGAI UNIVERSITI PENYELIDIKAN
Wan Kamal Mujani (K), Laily b. Din, Mohd. Hafiz Mohd. Sukor, Yazlina Saduri, Noor
Inayah Yaakub, Zinatul Ashiqin Zainol, Ezad Azraai Jamsari, Wan Mohd.
Hirmani Wan Hussain, Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari
dan YM Raja Noor Azri Raja Noor Afandi

62. KAJIAN KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BAGI KURSUS ZT1033
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS) DI UKM SERTA KAITANNYA
DENGAN MINAT PELAJAR
Wan Zulkifli Wan Hassan, Prof. Madya Dr. Arip Kasmo dan Azizi Umar

63. MENINGKATKAN AKTIVITI PERPADUAN DI KALANGAN PELAJAR
FAKULTI PENDIDIKAN UKM
Zahara Aziz, Arba’at Hassan, Halimah Harun dan Zarina Md Yasin

64. KEBERKESANAN PENYAMPAIAN KULIAH
Zaharah Hassan, Fazilah Idris dan Khalim Zainal

65. ASPEK AMALI DALAM KURSUS-KURSUS PROGRAM DIPLOMA
PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN ISLAM (DPKGI)
Zaini Nasohah, Anwar Fakhri Omar dan Mohd Zaini Yahya

66. KEBOLEHBACAAN TEKS SASTERA ARAB DALAM KURSUS
SASTERA ZAMAN ABBASIAH : KAJIAN DI JABATAN PENGAJIAN
ARAB DAN TAMADUN ISLAM, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Zamri Arifin, Kaseh Abu Bakar, Maheram Ahmad dan Zulazhan Ab. Halim

67. KEMAHIRAN LISAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA
DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU DI UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA: SATU LAPORAN AWAL
Shahidi A.H (PPBKKM, FSSK), Zulkifley Hamid (PPBKKM, FSSK),
Rahim Aman (PPBKKM, FSSK) & Mohammad Fadzeli Jaafar (PPBL, FSSK)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera

Saya bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Kongres Pengajaran dan
Pembelajaran UKM 2009, di atas inisiatif menganjurkan kongres ini yang bertemakan
‘Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di Pengajian Tinggi’. Saya berasa amat
bertuah kerana dapat bersama-sama warga UKM yang begitu gigih memberi sumbangan dan
mencipta kejayaan untuk meningkatkan peranan UKM di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pelan Transformasi UKM yang telah dilancarkan adalah kesinambungan daripada Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara yang memberi panduan kepada semua warga UKM untuk
mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang tahun 2018. Sebagai sebuah universiti
penyelidikan, UKM seharusnya bergerak seiring dengan berpandukan transformasi ini bagi
menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi bertaraf dunia.

Jesteru, bagi mencapai matlamat ini, peranan ahli akademik UKM amat dituntut dalam
mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguhkan penyelidikan dan
inovasi, memperbanyakkan penerbitan jurnal dan buku serta mempergiat pengantarabangsaan.
Pembudayaan kualiti dalam aspek ini perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi
memastikan modal insan yang dilahirkan dapat menjayakan konsep 1 Malaysia dalam
pembangunan Negara.

Saya berharap semua fakulti yang terlibat dengan kongres ini dapat berkongsi pengalaman antara
satu sama lain dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di UKM.

Sekian.

Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia 

U K MNIVERSITI EBANGSAAN ALAYSIA

National University of Malaysia

Kata Alu-aluan

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan kongres ini.

Buat julang kalinya, UKM menganjurkan kongres ini yang bertujuan untuk
berkongsi pengalaman dari pelbagai fakulti mengenai amalan terbaik dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kongres ini melibatkan empat gugusan iaitu
Gugusan Sains Sosial; Gugusan PEKA (Fakulti Kejuruteraan); Gugusan
Sains dan Teknologi; dan Gugusan Kesihatan.

Saya amat berbangga kerana walaupun pertama kali dianjurkan, sebanyak
118 kertas kerja akan dibentangkan dalam kongres ini. Ini merupakan satu
petanda positif kepada UKM untuk menggalakkan lebih ramai kakitangan
akademik melibatkan diri dalam penyelidikan dan penulisan ilmiah.

Saya berharap melalui kongres ini, pembudayaan penyelidikan dan penulisan
dapat diperkukuhkan dan seterusnya berjaya diaplikasikan dalam setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran seluruh fakulti di UKM.

Sekian.

Prof. Ir. Dr. Hassan Basri
Timbalan Naib Canselor
(Hal-ehwal Akademik & Antarabangsa)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk
Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM 2009

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan
Salam Sejahtera

Refleksi permasalahan yang dihadapi di sepanjang kelangsungan
proses pengajaran dan pembelajaran yang kemudiannya didorong oleh iltizam yang tinggi untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran merupakan penggerak utama perlaksanaan
penyelidikan tindakan dalam kalangan pensyarah khususnya dalam bidang sains sosial. Dengan
melaksanakan penyelidikan tindakan, bukan hanya pelbagai permasalahan yang bersangkutan
dengan pengajaran dan pembelajaran akan dapat ditangani, malahan ianya turut menyediakan
laluan kepada pensyarah untuk mengintegasikan dapatan penyelidikan terkini dan seterusnya
menggunakannya untuk kemanfaatan pelajar secara keseluruhannya.

Bertemakan “Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di Pengajian Tinggi”,
Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2009 yang julung kali diadakan merupakan
kemuncak kesinambungan usaha peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang berterusan
dalam kalangan pensyarah sekaligus menyediakan platform untuk semua pensyarah berkongsi
pengalaman dan amalan-amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai
pendekatan pengajaran, yang antara lain melibatkan Pembelajaran Berasaskan Projek, Kaedah
Cabar Mencabar dan Service Learning telah dilaksanakan dan dibuktikan keberkesanannya
bukan hanya ke atas peningkatan pencapaian, malahan pemupukan kemahiran-kemahiran
generik seperti kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua Ahli Jawatankuasa Gugusan Sains Sosial yang telah berusaha gigih dan
menunjukkan komitmen yang padu untuk bersama-sama menrealisasikan Kongres seperti mana
yang diharapkan. Tidak ketinggalan juga sokongan yang diberikan oleh semua pembentang
kertas kerja, warga akademik dan sokongan dalam memastikan kelancaran perancangan
Kongres. Saya amat berharap agar Kongres yang dirancangkan bakal memberikan impak
seperti mana yang diharapkan, khususnya ke arah meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan dalam kalangan pensyarah khususnya dalam Gugusan Sains
Sosial sekaligus menambahkan pengetahuan dan kemahiran berhubung teori dan amalan yang
bersangkutan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Sekian, Terima Kasih

PROF DATUK DR T. SUBAHAN MOHD MEERAH
PENASIHAT
GUGUSAN SAINS SOSIAL

KEPERLUAN PENILAIAN SEMULA PROGRAM KHIDMAT SOSIAL SEBAGAI KAEDAH
AMALI DAKWAH

JABATAN PENGAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN(JPDK)

Abdul Ghafar Bin Don
Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan,

Fakulti Pengajian Islam,
43600 UKM, Bangi
[email protected]

ABSTRAK

Latihan Amali Dakwah (LAD) adalah sebahagian daripada keperluan kursus PM2022-Metodologi
Dakwah kepada Non-Muslim Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Perlaksanaan kepada latihan amali ini dilaksanakan melalui Program
Khidmat Sosial (PAKAI). Setelah lebih 15 tahun melaksanakan LAD melalui PAKAI, adalah perlu untuk
dilihat dan dinilai semula kaedah perlaksanaan PAKAI bagi mengetahui kekuatan dan kelemahannya bagi
mencari satu pendekatan dan formula kearah memantapkan LAD sesuai dengan hasrat melahirkan
graduan dengan kemahiran generic yang tinggi. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui
soal selidik yang akan diedarkan kepada responden yang terdiri daripada para pensyarah jabatan
Pengajian dakwah dan Kepimpinan yang terlibat secara langsung dengan penyeliaan amali dakwah serta
graduan terpilih yang telah mengikuti amali dakwah. Temubual dengan Penggerak Masyarakat Orang
Asli(PMOA) JAKIM, Pegawai-pegawai JAKIM di Bahagian Dakwah, Pegawai-Pegawai jabatan Agama
Bahagian Dakwah serta Pegawai Jabatan hal Ehwal Orang Asli juga dilakukan bagi mendapatkan
pandangan mereka tentang PAKAI yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan.
Dapatan kajian penting bagi memantapkan perlaksanaan LAD di masa akan datang.

PENDAHULUAN

Hasil Pembelajaran (HP) atau Programme Outcome (PO) Jabatan Pengajian Dakwah yang pertama ialah
“beriman, bertakwa, berkebolehan menguasai dan mempraktikkan ilmu asas pengajian Islam dalam
bidang Dakwah dan Kepimpinan” Panduan PraSiswazah FPI 2009-2010:182). HP atau PO ini adalah
selaras dengan tujuan penubuhan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JPDK) untuk memberi
pengajaran dalam bidang falsafah dakwah dan kepimpinan, gerakan pemikiran dakwah, kajian social
kemasyarakatan, pengorganisasian dakwah, penyiaran, penerbitan dan psikologi sesuai dengan
perkembangan tuntutan dakwah semasa di samping mengeluarkan siswazah yang berkebolehan dalam
ilmu dakwah dan kepimpinan serta menghayati nilai-nilai Islam untuk memberi sumbangan maknawi-
maddi kepada pembangunan masyarakat dan Negara (Panduan PraSiswazah FPI 2006-2007:134). Justeru,
bagi memenuhi keperluan PO dan mencapai objektif kewujudan JPDK, kursus-kursus teras seperti

1

Metodologi Dakwah kepada Muslim dan Non-Muslim ditawarkan kepada para pelajar. Pelengkap bagi
keperluan kursus ini ialah pelajar-pelajar dikehendaki mengikuti Latihan Amali Dakwah (LAD) di lokasi
yang ditetapkan. Kertas ini hanya memberi focus kepada Latihan Amali dakwah Non-Muslim bagi subjek
PM2022-Metodologi Dakwah Non-Muslim dengan melihat aspek penilaian semula Program Khidmat
Sosial sebagai kaedah atau modus operandi LAD.

PENGALAMAN PERLAKSANAAN LAD

JPDK telah melaksanakan LAD di pelbagai tempat di seluruh Malaysia sejak 20 tahun yang lalu. Antara
LAD yang dilaksanakan oleh di JPDK ialah seperti dalam jadual 1 di bawah:

JADUAL 1: LAD yang dilaksanakan JPDK

Bil. Lokasi Tahun
1. Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan 1989
2. Pulau Ketam, Kelang, Selangor 1990
3. Bukit Tadom, Banting, Selangor 1991
4. Sg.Berjuang, Jerantut, Pahang 1994
5. Tanah Abang, Mersing, Johor 1996
6. Kg.Bukit Bangkong, Sepang, Selangor 1998
7. Kg.Kuala Mu, Sg.Siput, Perak 1999
8. Kg.Sayong Pinang, Kota Tinggi, Johor 2005
9. Kg. Bukit Lepas, Rompin, Pahang 2006
10. Kg.Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang 2009
Sumber: Fail LAD

Kesemua lokasi di atas adalah melibatkan perkampungan Orang Asli, kecuali item no.2, iaitu Pulau
Ketam yang melibatkan komuniti Cina. Kebanyakan LAD yang dilaksanakan tersebut Berjaya
mengIslamkan golongan Non-Muslim kecuali di Sayong Pinang dan Kuala Koyan. Antara faktor mereka
tidak bersedia menerima Islam berkemungkinan pengaruh animism dan ajaran nenek moyang yang masih
menebal di kalangan komuniti kedua-dua tempat tersebut walaupun mengalami arus permodenan.

KHIDMAT SOSIAL DALAM LAD

JPDK telah melaksanakan LAD lebih daripada 20 tahun. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai
pengalaman, cabaran, kejayaan telah dicapai dalam konteks pengIslaman mahupun pengurusan program.
Sesuai dengan aspirasi hikmah dalam dakwah, JPDK telah mengambil pendekatan dakwah bil hal, iaitu
mengadakan format latihan dalam bentuk khidmat masyarakat yang biasanya dinamakan PROGRAM
KHIDMAT SOSIAL (PKS). Pengisian dalam adalah seperti berikut:

2

 Keluarga angkat – Melalui program anak angkat, setiap para pelajar akan diagihkan kepada
keluarga angkat masing-masing. Biasanya, setiap keluarga nagkat mendapat 2-4 orang anak
angkat. Anak angkat (pelajar) akan berperanan dalam hal-ehwal keluarga angkatnya. Pelajar perlu
mempunyai kemahiran membina rapport dengan keluarga nagkat supaya ia menjadi teladan
dakwah.

 Ziarah – Program ziarah adalah program berkaitan dengan keluarga angkat. Pelajar yang
diagihkan kepada keluarga angkat diminta menziarahi keluarga angkat dari semasa ke semasa.
Selain daripada itu, program ziarah ini juga diadakan dalam bentuk kelompok, iaitu pelajar dalam
kumpulan 4-10 akan berjalan menziarahi penduduk kampong tempat latihan. Dalam ziarah,
pelbagai topik perbualan dibincangkan. Biasanya berkaitan dengan rutin kehidupan harian. Dalam
pada itu, pelajar melalui ziarah ini boleh mengambil kesempatan menyampaikan mesej Islam
kepada penduduk kampong (biasanya Orang Asli)

 Gotong Royong- Program gotong royong diadakan bagi merapatkan lagi hubungan pelajar
dengan masyarakat tempat latihan.

 Sukaneka – Sukaneka akan melibat pelajar dan semua lapisan penduduk kampong dan
mempunyai tujuan yang sama seperti gotong royong.

 Makan Bersama – Makan bersama adalah satu kaedah merapatkan lagi hubungan mesra pelajar
dengan komuniti tempat latihan dan juga bertujuan mendekatkan jurang perbezaan antara pelajar
dengan penduduk.

 Program Kesenian – Program kesenian yang biasnya dinamakan Malam Kesenian Islam. Ia
mempunyai tujuan menyebarkan mesej islam secara halus melalui aspek kesenian seperti sajak,
puisi, busana Muslim, pentomin, nasyid dan lain-lain.

 Khidmat Kesihatan – Kerjasama diadakan antara JPDK dengan pihak pejabat Kesihatan daerah
bagi memberikan rawatan kesihatan kepada penduduk kampung

 Motivasi Pendidikan – Antara bentuk motivasi pendidikan ialah Motivasi Peperiksaan bagi
pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR. Motivasi kesedaran tentang ‘parenting
skills’ juga diadakan.

Bentuk-bentuk program tersebut telah dilaksanakan dalam siri-siri amali dakwah pelajar JPDK di
pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia. Para pelajar melalui program khidmat social tersebut
dikehendaki menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran mereka dalam berdakwah. Dalam hal ini,
semngat bekerja sebagai satu ‘team’ sangat-sangat diperlukan bagi memastikan kecekapan proses
penyampaian mesej dakwah. Ini sesuai dengan semangat dakwah Islamiah yang menuntut dan menggesa
supaya kerja dilakukan secara ‘jama’ie’ (collective).

KEPERLUAN PENILAIAN SEMULA PKS

Perlaksanaan PKS adalah satu bentuk gerak kerja yang baik dalam konteks dakwah kepada Non-Muslim
khususnya kepada komuniti Asli. Namun demikian, setelah 20 tahun LAD dilaksanakan, bentuk atau
formatnya melalui PKS tidak banyak berubah. Justeru, kertas ini melihat bahawa LAD melalui format

3

PKS perlu dilihat dan dinilai semula bagi memperkemaskan kaedah penyampaian dakwah sesuai dengan
tuntutan dakwah semasa dan latarbelakang sasaran dakwah. Apakah format yang ada tersebut sesuai dan
perlu diteruskan pada masa akan datang? Atau adakah ia memerlukan kepada ‘modifikasi’ di sana sini?
Atau ia perlu kepada satu model baru? Untuk itu, satu kajian perlu dilakukan bagi melihat semula
kesesuaian format atau bentuk PKS sebagai kaedah amali dakwah khususnya di perkampungan Orang
Asli.

KESIMPULAN
Perlaksanaan LAD melalui PKS adalah satu kaedah yang telah digunapakai oleh JPDK bagi menyediakan
medan latihan atau wadah kepada para mahasiswa JPDK mengaplikasikan ilmu dakwah mereka di lokasi-
lokasi terpilih. LAD melalui PKS ini telah menghasilkan produk JPDK dalam pelbagai profesion. Namun
demikian, setelah lebih 20 tahun dilaksanakan, PKS sebagai satu kaedah dalam amali dakwah wajar
dinilai semula dari sudut kesesuaiannya dengan tuntutan dakwah semasa.

RUJUKAN:
Abdul Ghafar Don. 2008. “Dakwah Berorientasikan Latihan: Pengalaman Jabatan Pengajian Dakwah dan

Kepimpinan”, Jurnal ILIM, Bil.1.
Buku panduan Siswazah FPI, Sesi 2006-2007.
Fail Latihan Amali dakwah (LAD).

4

KEBERKESANAN MODUL KEMAHIRAN BERFIKIR ZZZT2423:
MENINGKATKAN KREATIVITI PELAJAR MELALUI KAEDAH SIMULASI

Abdul Salam Yussof, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Nasruddin Yunos dan Hamdzun Haron
[email protected], [email protected], [email protected] & [email protected]
Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dibentuk untuk menambahbaik modul Kemahiran Berfikir ZZZT 2423. Menurut
peredaran zaman, kajian mengenai subjek berfikir sentiasa berubah dan berkembang. Justeru kajian
tindakan ini bertujuan menambahbaik kandungan modul yang sedia dengan berpandukan dapatan kajian-
kajian terkini. amnya dalam pemikiran kreatif dan khususnya dari aspek penggunaan kaedah simulasi
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pemikiran kreatif amat diperlukan oleh pelajar di dalam
proses pembelajaran di universiti dan juga di dalam realiti kehidupan. Justeru bagi tujuan kajian tindakan
ini, kaedah simulasi di dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam Kursus Kemahiran Berfikir
bagi membantu meningkatkan mutu P&P dan menambaik kandungan modul yang sedia ada. Tinjauan
dibuat di kalangan para pelajar dan para pensyarah yang mengajar subjek ini bagi meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam pengolahan modul dan keperluan terhadap kaedah
simulasi yang digunapakai di dalam kelas. Kertas kerja ini menampilkan konsep dalam kajian tindakan
yang merangkumi pernyataan masalah, objektif kajian, kajian kepustakaan, metodologi kajian dan
pelaksanaan kajian.

PENGENALAN

Kursus Kemahiran Berfikir ZZZT 2423 di Pusat Pengajian Umum UKM telah mula-mula diperkenalkan
pada tahun 1996 dengan seorang tenaga pengajar. Kini, kursus ini diajar oleh lima orang tenaga pengajar
dengan pelajar yang mendaftar lebih dari 200 orang pada setiap semester. Modul Kursus Kemahiran
Berfikir telah mula digunakan di dalam P&P dari tahun 2008 dan ia telah mengalami perubahan semasa
ke semasa dari sudut isi kandungan, keadaan fizikal dan aktiviti-aktiviti yang diperkenalkan. Di antara isi
kandungan kursus ini ialah menyediakan para pelajar dengan pengetahuan asas mengenai fungsi otak,
kaedah berfikir dan aplikasi pemikiran. Tajuk-tajuk yang dibincangkan termasuk perkembangan dan
kemampuan otak manusia, konsep dualism otak dan minda terancang dan terpendam, peringkat-peringkat
ingatan dan daya pemusatan berfikir. Ia juga turut membincangkan kaedah pemikiran kreatif, kritis dan
penyelesaian masalah.

5

PERNYATAAN MASALAH

Tinjauan mengenai pelbagai corak dan kaedah pengajaran berdasarkan pengalaman para pensyarah yang
mengajar kursus ini mendapati kaedah pengajaran konvensial di kelas (menyampaikan nota kuliah
melalui syarahan dan powerpoint) masih belum mampu meningkatkan minat dan kefahaman pelajar
terhadap kursus ini. Dari tinjauan ini juga mendapati modul kursus yang sediaada perlu ditambahbaik dari
segi isi kandungan dan keadaan fizikalnya, juga aktiviti-aktiviti yang disediakan bagi tujuan P&P. Untuk
itu, langkah-langkah bagi mengatasi kekurangan di dalam P&P kursus Kemahiran Berfikir perlu
dilaksanakan bagi menjamin keberkesanan modul dan kursus yang ditawarkan kepada para pelajar di
UKM. Di antara langkah yang dikenalpasti ialah menggunakan kaedah simulasi dalam kursus Kemahiran
Berfikir ZZZT 2423 bagi meningkatkan minat dan kefahaman terhadap topik-topik yang dibincangkan
dalam Modul ZZZT 2423. Dan khusus bagi kajian tindakan ini, topik Pemikiran Paralel telah dipilih.

OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Objektif Am

Meningkatkan kefahaman pelajar dalam tajuk Pemikiran Paralel (Pemikiran
Kreatif).

2.2 Objektif Khusus

Justeru itu, objektif khusus kajian ini ialah:
1) untuk menarik minat pelajar Kemahiran Berfikir mengikuti sesi

pengajaran Pemikiran Paralel;
2) untuk meningkatkan bilangan pelajar yang memahami secara

praktikalnya Pemikiran Paralel;
3) untuk mempelbagaikan teknik pengajara n dan pembelajaran.

2.3 Fokus Kajian

Fokus kajian ini ialah untuk memperbaiki kaedah P&P dalam Modul Kemahiran Berfikir ZZZT
2423 dan melihat keberkesanannya ke atas minat dan kefahaman para pelajar. Secara khususnya,
kaedah simulasi digunakan dalam topik Pemikiran Paralel.

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelbagai pendekatan kreatif boleh digunakan untuk
mempertingkatkan mutu kaedah pengajaran kuliah dan juga modul yang sedang digunakan di dalam
kelas. Salah satunya ialah melalui kaedah simulasi, yang juga dikenali sebagai “role play” atau

6

melakonkan watak tertentu berdasarkan topik-topik yang terpilih telah dikenalpasti sebagai teknik yang
berjaya menarik minat dan kefahaman pelajar. Ini disokong oleh kajian-kajian yang dijalankan oleh
Yamasaki (2004), Carnes (2004) dan Porter (2008).

Norzihan (t.th.) di dalam kajiannya terhadap murid-muris tingkatan 1 SMK Sri Tapah mendapati
pelajar lebih berminat mengikuti teknik simulasi berbanding teknik penceritaan dan teknik syarahan.
Norzihan mendapati selepas kajian tindakan dijalankan di sekolah tersebut, keputusan ujian meningkat
secara mendadak setelah teknik simulasi digunakan. Teknik simulasi ternyata dapat menarik minat pelajar
dan juga meningkatkan kefahaman mereka.

Jamal (2008) yang berpengalaman mengajar Creative Thinking Skills di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (diperkenalkan sejak semester 2 1996/1997), mendapati pengajaran Kemahiran
Kreatif perlulah menekankan pemikiran visual (visual thinking) dan kepelbagaian aktiviti di dalam atau di
luar kelas. Rentetan dari itu, kaedah simulasi adalah salah satu cara yang dapat merangsang keupayaan
berfikir secara visual dan meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari kursus ini. De Bono (1991: 225-
233) turut menyatakan kepentingan simulasi dalam keupayaannya untuk mengukur pemikiran kreatif
berbanding dengan kaedah permainan dan puzzle:

If we teach thinking with abstract games and puzzles and simulations, it is no use testing
the general improvement in thinking skill with games and puzzles, because that tells us
nothing about transferable skills. But if we teach thinking with problems and situations
that are very similar those which the pupil is going to have to think about in the outside
world (careers, social behavior, relationship with parents, shopping), the difficulty does
not arise. We can use these same areas to test any improvement in thinking skills.

Memandangkan kaedah simulasi memberi ruang kepada para pelajar untuk memilih corak
lakonan dan kebebasan membuat keputusan ke atas lakonan yang hendak dijalankan, maka ini akan
merangsang motivasi intrinsik dalam diri mereka. Oleh itu, kebebasan yang diberikan oleh tenaga
pengajar kepada para pelajar di dalam bertindak dan membuat keputusan akan memberikan impak yang
besar kepada motivasi intrinsik dalam diri pelajar, sebagaimana yang diperkatakan oleh Amabile (dipetik
dari Jamal, 2008):

Research shows that teacher’s orientation toward control can have a significant impact
on children’s intrinsic motivation. In one study, children showed low levels of motivation
if their teachers were controlling, and high levels of motivation if their teachers allowed
them more autonomy. It makes sense, then, to expect that there will be lower levels of
creativity in classrooms with control-oriented teachers.

Justeru itu, para pensyarah kursus Kemahiran Berfikir ZZZT 2423 membuat keputusan di dalam
kajian tindakan ini, kaedah simulasi digunakan sebagai salah satu cara bagi meningkatkan mutu P&P dan
juga kandungan modul yang sediaada.

7

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian dilaksanakan melalui satu kajian tindakan mengikut prosedur iaitu menjalankan tinjauan awal,
merancang, pelaksanaan tindakan, penilaian dan refleksi.
Bagi tahap pertama kajian, sampel kajian diambil bagi mengisi jurnal refleksi di kalangan para pelajar
Kursus Kemahiran Berfikir ZZZT 2423 Semester 1 2009/2010. Tujuan refleksi jurnal ini adalah untuk
mengenalpasti perkara-perkara yang boleh meningkatkan mutu modul dan kursus.

Empat orang pensyarah yang mengajar kursus ini turut terlibat untuk membuat refleksi terhadap
modul dan P&P kursus.
Bagi tahap kedua kajian, sampel kajian dipilih di kalangan para pelajar Kursus Kemahiran Berfikir ZZZT
2423 Semester 2 2009/2010. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian post, borang
pemerhatian dan nota kuliah.

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Intervensi

Intervensi bagi kajian ini terbahagi kepada dua tahap iaitu:
Tahap 1 - Usaha-usaha menambahbaik modul yang sedia ada melalui jurnal refleksi para pelajar
dan para pensyarah yang mengajar ZZZT 2423;
Tahap 2 - Untuk menambahbaiki modul ini khususnya bagi topik Pemikiran Paralel, kaedah
simulasi digunakan sebagai medium untuk menambahkan minat dan kefahaman pelajar terhadap
kreativiti. Para pelajar diminta untuk menghasilkan video klip berdasarkan nota kuliah di dalam
modul bagi menguji daya kreativiti dan kefahaman mereka terhadap topik yang terpilih untuk
dilakonkan.

Berikut adalah langkah-langkah yang akan diambil bagi menjalankan kajian tindakan tahap 2-

5.1 Tinjauan Awal
Tinjauan awal dilakukan dengan mengumpulkan data-data yang diperolehi daripada dua set ujian pra
mengenai topik pemikiran paralel serta pemerhatian terhadap reaksi pelajar semasa pensyarah
mengajar.

5.2 Merancang
5.2.1 Menjalankan ujian pra kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman
mereka
5.2.2 Menjalankan pemerhatian terhadap amalan pengajaran pensyarah dan

8

reaksi pelajar semasa pensyarah mengajar.

5.3 Pelaksanaan tindakan
Pelaksanaan kajian tindakan dengan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan
dua teknik pengajaran yang berlainan, iaitu teknik syarahan dan teknik simulasi.

5.4 Tindakan yang dijalankan

5.4.1 Untuk minggu pertama, pensyarah menggunakan teknik syarahan
5.4.2 dengan powerpoint untuk mengajar topik pemikiran paralel. Selepas
satu teknik pengajaran digunakan, para pelajar akan menduduki satu
ujian post untuk menilai teknik pengajaran tersebut.
Untuk minggu seterusnya, pensyarah meminta para pelajar menggunakan teknik simulasi
bagi memahami dan mengaplikasikan topik pemikiran paralel. Selepas teknik ini
digunakan, mereka dikehendaki menduduki satu ujian post untuk menilai teknik
pembelajaran tersebut.

5.5 Pelaksanaan dan pemerhatian

5.5.2 Peningkatan dari segi kefahaman para pelajar diukur melalui dua ujian pra dan post
5.5.3 mengenai topik pemikiran Paralel.
Akhir sekali, pemerhatian dilakukan terhadap respon pelajar mengenai topik yang telah
diajarkan oleh pensyarah.

KESIMPULAN

Menurut kajian-kajian tindakan yang lepas, kaedah simulasi didapati dapat meningkatkan minat dan
kefahaman para pelajar terhadap topik yang dipelajari. Memandangkan kaedah simulasi memerlukan
para pelajar untuk menggunakan daya imaginasi dan daya kreativiti yang tinggi, mereka berpeluang untuk
mengaplikasikan kefahaman terhadap topik sekaligus dapat menggunakan kefahaman tersebut ke dalam
aktiviti-aktiviti seharian. Adalah diharapkan kaedah simulasi ini bukan sahaja dapat digunapakai di dalam
topik pemikiran paralel, tetapi ia turut dapat meningkatkan keberkesanan P&P dan Modul Kursus
Kemahiran Berfikir ZZZT 2423.

RUJUKAN

Carnes, M. 2004. “The Liminal Classroom.” The Chronicle Review, October 8, pp. 22-24.
De Bono. 1991. Teaching Thinking. London: Penguin Books.
Jamal Ahmed Badi. Teaching Creative Thinking Skills and Its Challenges, Strategies and Future
Implications: A Narrative of IIUM Experience. Journal of Islam in Asia, Vol. 5, No. 1 July 2008, pp. 169-

9

188.
Mohamad Mohsin, Abdul Salam Yussof, Nasruddin Yunos dan Syaidatun Nazirah Abu Zahrin. 2008.

Modul Kemahiran Berfikir ZZZT 2423.
Norzihan Zakaria. Penggunaan Teknik Simulasi Dalam Meningkatkan Pemahaman Pelajar Dalam Mata

Pelajaran Sejarah. SMK Sri Tapah.
Porter A. L. Role-Playing and Religion: Using Games to Educate Millennials. Teaching Theology and

Religion. 2008, Vol. 11 No. 4, pp. 230-235.
Yamasaki, G. 2004. Acts: The Game- An Experiment in Student Engagement. AAR/SBL conference

presentation. San Antonio, Texas.

10

SUMBANGAN STRATEGI PEMBELAJARAN DALAM MEREALISASIKAN KEPERLUAN
PASARAN : KAJIAN TERHADAP GRADUAN-GRADUAN PRA SISWAZAH FAKULTI
PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Ahmad Munawar Ismail, Zakaria Stapa, Roziah Sidek dan Salasiah Hanin Hamjah
Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Secara umumnya, objektif asas sesebuah institusi pendidikan itu ditubuhkan adalah untuk melahirkan
individu-individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia menyerap pengetahuan dan
kemahiran itu ke dalam pelbagai sektor dan organisasi. Aspirasi seseorang individu untuk menyalurkan
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki itu pula harus seiring dengan strategi pembelajaran yang
komprehensif dan berkesan sejajar dengan keperluan pasaran dan negara. Hasil kajian Institut
Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (2003) mendapati, pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi
tidak mempunyai tahap-tahap kematangan dari segi hal-hal kerjaya. Pelajar-pelajar khususnya graduan
dari bidang sastera tidak merancang kerjaya mereka sehingga mengambil masa yang lama untuk memiliki
kerjaya yang stabil dan sesuai dengan tahap pengetahuan, kemahiran dan personaliti yang mereka miliki.
Faktor-faktor ini yang meletakkan graduan-graduan institusi pendidikan tinggi dalam keadaan yang
dipertikaikan pasaran. Kemahiran-kemahiran yang dimiliki lazimnya tidak memperlihatkan profisiensi
kemahiran penting yang diperlukan oleh sektor-sektor pekerjaan. Justeru, kertas kerja ini akan
membincangkan peranan dan kepentingan strategi pembelajaran sebagai medium penting dalam
merealisasikan keperluan pasaran.

PENGENALAN

Secara umumnya, usaha mempertingkatkan pendidikan individu lazimnya datang dari keinginan manusia
untuk memenuhi dan menyesuaikan diri dengan perubahan sosio ekonomi. Selain dari kesedaran
mengenai kepentingan ilmu pengetahuan, peningkatan dalam pendidikan ini juga sangat penting dalam
melahirkan manusia-manusia yang berilmu, dinamik, bijaksana dan kreatif dalam mengatur perancangan
serta membuat keputusan. Dalam hal ini, penubuhan lebih banyak institusi-institusi pengajian tinggi di
Malaysia sama ada awam atau swasta penting bagi menampung keperluan dan permintaan terhadap
pendidikan tinggi yang meningkat pada setiap tahun. Pendidikan peringkat tingi ini pula penting dalam
menghasilkan manusia yang sentiasa peka pada setiap inci perkembangan ilmu dari segenap aspek
kehidupan dalam usaha memenuhi barisan pelapis kepimpinan, bidang-bidang profesional dan memenuhi

11

kehendak serta keperluan semasa pasaran. Senario yang berlaku adalah peningkatan jumlah universiti
awam dari 11 buah kepada 18 buah dan lambakan institusi pendidikan tinggi swasta tidak berupaya
membentuk graduan-graduan yang memenuhi aspirasi pasaran sebaliknya peningkatan jumlah
pengangguran yang ketara. Graduan dikaitkan dengan kegagalan memiliki profisiensi kemahiran penting
yang diperlukan pasaran khususnya kumpulan graduan beraliran sains sosial. Justeru kajian ini bertujuan
melihat sama ada perbezaan strategi pembelajaran yang digunakan di kalangan pelajar-pelajar Fakulti
Pengajian Islam mempunyai pengaruh dalam peningkatan pencapaian akademik dan seterusnya
memenuhi aspirasi pasaran.

KAJIAN LITERATUR

Perubahan pesat yang berlaku dalam senario pengajian tinggi di negara ini membawa bersama-samanya
persaingan baru yang lebih mencabar dan bersifat kompetitif. Kualiti, inovasi, jatidiri, kecemerlangan dan
keseimbangan dalam semua hal terutama pada graduan-graduan yang dihasilkan adalah sangat penting
dalam membentuk kualiti sesebuah IPT sekaligus mempengaruhi penerimaan pasaran terhadap
kebolehupayaan seseorang graduan. Hal ini selaras dengan apa yang terdapat dalam objektif Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) teras 2 yang telah menentukan Generic Students Attribute
(GSA) adalah indikator penting dalam menentukan sejauhmana IPT berjaya menghasilkan graduan
berkualiti dan mempunyai ciri-ciri kebolehdapatan pekerjaan. Graduan yang berkualiti, yang mampu
memenuhi aspirasi pasaran lazimnya adalah graduan yang memiliki kualiti kendiri yang tinggi, pintar
dalam pengurusan masa dan bijak merencana strategi pembelajaran untuk mencapai matlamat-matlamat
yang diingini.

Tajul (1989) menjelaskan, strategi pembelajaran yang berkesan mampu meningkatkan prestasi
dan kualiti seseorang pelajar. Strategi pembelajaran yang betul merangkumi kawalan kepada aspek-aspek
seperti interaksi dan prioriti. Interaksi bermaksud kemampuan mewujudkan hubungan atau bagaimana
seseorang pelajar itu mampu membina, memelihara dan mengoptimumkan jaringan dengan guru-gurunya
sama ada dalam pembelajaran formal (kuliah dan tutorial) atau di luar pembelajaran formal. Manakla
prioriti pula bermaksud bagaimana seseorang pelajar itu meletak, memilih dan mengaplikasi keutamaan
yang dipilh dalam proses pembelajaran. Kelemahan dalam membentuk dan menyelesaikan proses dan
strategi ini akan menjejaskan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Penjelasan ini selari dengan teori yang
dikemukakan oleh Weinstein dan Mayer (1986). Weinstein dan Mayer (1986) menyatakan kejayaan
seseorang dalam mencapai apa jua matlamat banyak dipengaruhi oleh sejauhmanakah penggunaan dan
pelaksanaan strategi pembelajaran yang berkesan. Teori ini juga menepati hasil kajian yang dibuat oleh
Abdul Rahman dan Sobri (2000) yang menyatakan, perbezaan strategi pembelajaran memberi kesan yang
berbeza pada pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

Dalam hal ini, Dansereau (1985) Kardash et al. (1991) menyatakan strategi pembelajaran
merupakan satu proses tingkahlaku yang tersusun untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu sama
ada yang zahir atau yang tersembunyi semasa pembelajaran. Proses ini melibatkan beberapa aktiviti yang
digunakan oleh pelajar dalam memperolehi ilmu pengetahuan dalam pembelajaran seperti kaedah

12

perolehan, kaedah penyimpanan dan kaedah pengaplikasian. Strategi pembelajaran ini berbeza mengikut
kemahiran kognitif, sikap dan tingkahlaku, dorongan dan motivasi serta latarbelakang seseorang individu.
Ia juga sering dikaitkan dengan kemampuan individu untuk memilih dan mempelbagaikan strategi dalam
usaha mencapai matlamat-matlamat yang ingin dicapai. Weinstein dan Mayer (1986) telah
menyenaraikan 10 ciri penting dalam merangka dan membina startegi pembelajaran iaitu, sikap, motivasi,
pengurusan masa, tahap kebimbangan, tahap penumpuan, kemampuan memproses maklumat,
kemampuan memilih idea utama, kemampuan memilih bahan-bahan sokongan, kemampuan penilaian
kendiri dan strategi menghadapi peperiksaan. War dan Allan (1998) pula telah menggariskan satu model
strategi pembelajaran yang melibatkan tiga strategi utama iaitu;

i. Strategi pembelajaran kognitif
a. Melibatkan strategi mendapatkan maklumat secara latihan, menyenaraikan semula
maklumat itu secara kasar atau pembelajaran secara permukaan (surface learning) tanpa
mencari makna sesuatu (meaning orientation).
b. Melibatkan strategi mengorganisasi dan menganalisa maklumat dalam bentuk yang jelas,
tersusun, padat dan kemas.
c. Melibatkan strategi menghurai maklumat dengan lebih terperinci dengan mengambil
berat maklumat-maklumat terkini pada perkara yang berkaitan dalam proses
menghuraikan dan menghasilkan dapatan maklumat yang segar.

ii. Strategi pembelajaran tingkahlaku
a. Melibatkan strategi mendapatkan maklumat dari bahan-bahan konkrit seperti buku,
dokumen, laman sesawang dan sebagainya.
b. Melibatkan strategi mendapatkan maklumat dari sumber individu seperti kawan, guru dan
sebagainya.
c. Melibatkan usaha mengaplikasi dan meningkatkan penggunaan maklumat-maklumat
yang diperolehi secara latihan, perbahasan atau perbincangan serta membuat rumusan
konkrit terhadap maklumat-maklumat tersebut.

iii. Strategi pengurusan kendiri
a. Strategi mengawal emosi; mengelakkan kebimbangan dengan menanam sikap ingin
berjaya atau sebaliknya.
b. Strategi mengawal motivasi; mengekalkan motivasi diri (dalaman dan luaran) pada tahap
yang positif yang dikehendaki.
c. Strategi penilaian kendiri; membuat penilaian terhadap kemampuan diri dan bersedia
untuk melakukan perubahan berdasarkan keputusan penilaian

13

RAJAH 1: Model Strategi Pembelajaran War dan Allan (1998)

Dalam hal yang berkaitan, Razali (2009) pula menyatakan, graduan-graduan pengajian Islam
seharusnya memiliki ciri-ciri seperti yang diatas kerana mereka telah melalui satu proses yang mantap
melalui pelbagai metode pembelajaran dari pelbagai dasar dan institusi yang telah dibentuk oleh kerajaan.
Shukur (2009) berpendapat, bagi mengelakkan pengangguran, graduan-graduan Pengajian Islam tidak
boleh hanya bergantung kepada minat dan penguasaan ilmu semata-mata tetapi perlu memiliki nilai
tambah yang komprehensif yang memenuhi tuntutan pasaran semasa. Kemahiran-kemahiran seperti
bahasa, komunikasi dan kreatif akan mudah diterima pasaran dan mampu berinteraksi dengan masyarakat
dengan lebih yakin dan sempurna. Mohamed Khalid (2009) juga menegaskan, aspek kebolehpasaran
graduan adalah agenda kritikal yang perlu dicapai dan mesti dimainkan peranannya oleh pihak universiti.
Ini membolehkan graduan-graduan yang dihasilkan nanti mampu bersaing dalam pasaran yang semakin
mencabar. Graduan yang memiliki kemahiran-kemahiran seperti ini hanya akan diperolehi jika pihak
universiti dan pelajar-pelajar berkerjasama merancang pembelajaran dan menetapkan halatuju yang jelas
dan fokus kenapa dan mengapa mereka perlu menagmbil seberapa banyak kesempatan semasa berada di
ke institusi pengajian tinggi. Kajian-kajian yang berkaitan dengan kemampuan graduan memenuhi
aspirasi pasaran juga perlu sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi membeolehkan graduan-
graduan ini secara sedar merasai cabaran-cabaran yang akan mereka tempuh semasa dan selepas proses
pembelajaran.

Bagi Graduan-graduan pengajian Islam, persepsi negatif yang sekian lama membelenggu mereka
mesti dihapuskan. Gelaran ustaz atau ustazah yang sering dikaitkan oleh masyarakat terhadap graduan-
graduan pengajian Islam perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas tidak hanya mengetuai acara-acara
keagamaan semata-mata sebaliknya berkeupayaan menguruskan sektor-sektor lain secara yang lebih
profesional dengan ciri-ciri dan nilai-nilai Islam yang tinggi. Pandangan-pandangan yang dangkal dan

14

sempit terhadap graduan ini seharusnya tidak mempengaruhi prestasi dan kekuatan graduan-graduan
pengajian Islam. Graduan-graduan ini seharusnya keluar dari kelompok tradisi dan bangun menguasai
sepenuhnya bidang yang dipelajari di samping mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang
dikehendaki pasaran dan kehendak semasa. Bagi Razali (2009), hasil analisis Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terdapat lima kriteria penting yang mesti dimiliki oleh
graduan pengajian Islam dalam memenuhi aspirasi pasaran, iaitu;

i. Menguasai ilmu fokus teras, iaitu menguasai sepenuhnya dari segenap sudut bidang ilmu yang
dipelajari di universiti di samping peka dengan masalah-masalah dan cabaran-cabaran semasa
yang berlaku sama ada di peringkat nasional atau diperingkat antarabangsa yang berkaitan
dengan bidang ilmu dipelajari.

ii. Memperkayakan diri dengan ilmu-ilmu kemahiran (softskills), iaitu memperkayakan diri dengan
pelbagai kemahiran yang diperlukan dalam sektor pekerjaan seperti aplikasi ICT, pengucapan
awam, penulisan ilmiah, kemahiran bahasa dan kemahiran-kamahiran lain yang dilihat perlu
bagi sektor-sektor yang ingin diceburi.

iii. Mempertajamkan diri dengan nilai-nilai kemahiran kepimpinan, iaitu menyediakan diri dengan
nilai-nilai yang diperlukan dalam kepimpinan dan berorganisasi. Nilai-nilai ini adalah satu
aset besar yang dikehendaki pasaran bagi memiliki pekerja-pekerja yang cekap bertindak dan
mempunyai kompentasi yang tinggi apabila bekerja.

iv. Mempunyai pengetahuan ilmu elektif dan isu semasa, iaitu mempunyai pengetahuan secara asas
ilmu-ilmu lain khususnya yang mempunyai kaitan dengan bidang yang dipelajari tetapi diluar
bidang yang dikuasai di universiti seperti psikologi, sosiologi, ekonomi, pengurusan,
pendidikan dan sebagainya. Pengetahuan yang luas akan menjadikan graduan-gradua ini
matang ketika dalam sikap dan tindakan khususnya ketika membuat sesuatu keputusan.

v. Memiliki Akhlak dan disiplin yang tinggi, iaitu mempertahankan akhlak dan disiplin yang tinggi
yang merupakan ciri-ciri asas jaran Islam. Pemilikan integriti yang tinggi, sikap dan kualiti
sakhsiah yang dimiliki sewajibnya mengammbarkan imej dan ajaran Islam yang dibawa.
Kualiti inilah yang akan menjadi aset dan nilai tambah yang menjadikan setiap graduan itu
aspirasi pasaran.

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Rekabentuk kajian yang dipilih adalah kajian Kualitatif melibatkan Temubual kumpulan Fokus (focus
group) yang jumlah keseluruhan informan adalah seramai 72 orang yang dipilih dari jabatan-jabatan di
Fakulti Pengajian Islam (FPI). Di samping itu temubual terhadap individu yang berkait dengan dapatan
data kehendak pasaran turut dilaksanakan melibatkan individu-individu yang berautoriti seperti Tuan Haji

15

Razali Shahabudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mejar
Burhanuddin Jalal, Bahagian Penyelidikan Kor KAGAT, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan lain-
lain individu yang difikirkan berkaitan. Lokasi yang dipilih Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Penganalisisan data data-data temubual akan dianalisis menggunakan pendekatan emerging design.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian ini akan memberi tumpuan kepada mengenalpasti tahap kesedaran kerjaya
(career awareness) dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir pra siswazah Fakulti pengajian Islam dan
hubungannya dengan kursus-kursus yang berasaskan problem based learning (PBL) yang dilaksanakan
oleh jabatan-jabatan di Fakulti Pengajian Islam serta strategi pembelajaran yang dilaksanakan oleh
pelajar-pelajar Fakulti Pengajian Islam. Dapatan kajian diandaikan memberi implikasi yang penting
kepada pengajaran dan pembelajaran serta keperluan pembangunan kemahiran siswazah Fakulti
Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.

RUJUKAN

Abdul Halim Ali, Abdul Halim Ibrahim & Zuraini Ramli (pnys). 2006. Menanggapi keberkesanan dan
perubahan. Tanjong malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Raman Aziz dan Sobri Sudin. 2000. Budaya kehidupan pelajar universiti: pengamatan antara tiga
etnik utama, kepelbagaian pelajar: cabaran dan strategi pengajaran. Seminar Pendidikan
Kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia 31 Oktober – 1 November.

Abdul Shukor Husin. 2009. Halatuju, matlamat dan cabaran pengajian Islam di Malaysia sekarang.
Seminar Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia 22 julai 2009.

Dansereau, D.F. 1985. Learning strategy research. Dlm. Segal J.W., Chipman S.F. & Glaser, R. (pnyt.)
Thingking and learning skills, hlm. 209-239. Hilsdale, NJ: Erlbaum.

Hasliza Hassan. 2003. Kemahiran siswazah tidak tepati kehendak pasaran. Berita Harian, 25 April.

Ibn Khaldun, Abd al-Rahman bin Muhammad Khaldun al-Hadrami. t.t. Mukaddimah Ibn Khaldun.
Bayrut, Lubnan: Dar al-Kitab al-Ilmiyyah.

Kardash, C.M & Amlund, J.T. 1991. Self reported learning strategies and learning expository text.
Contemporary Educational Psychology, 16:117-138.

Laporan Akhir kajian masalah-masalah pengangguran di kalangan siswazah. Institut Penyelidikan
Pendidikan Tinggi Negara, febuari 2003.
16

Neuman, William Lawrence. 2003. Social research methods: Qualitative and quantitative aproaches. 5th
ed. USA: Pearson Education, Inc.

Razali Shahabudin. 2009. Persepsi majikan terhadap graduan pengajian Islam. Seminar Pengajian Islam.
Universiti Kebangsaan Malaysia 22 Julai 2009.

Tajul Ariffin Nordin. 1989. Tinjauan masalah-masalah pembelajaran di kalangan pelajar berpencapaian
rendah: kaedah perbincangan. Jurnal personalia Pelajar 2:3-9.

Warr, P.B & Allan, C. 1998. Learning strategies and occupational training. Dlm C.L. Cooper & T.T.
Robertson (pnyt.), International Review of Industrial and organizational Psychology, 13 :83-121.

Weinstein, C.E & Mayer, R.E. 1986. The teaching of learning strategies. Dlm M.C., Wittrosk (pnyt.).
Handbook of research on teaching (3rd ed.) hlm 315-327. New York: MacMillan Publishing
Company.

17

PENILAIAN PELAJAR TERHADAP KURSUS PRA PENEMPATAN LATIHAN
AMALI/INDUSTRI, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Badlihisham Mohd Nasir, Kamarudin Hj. Salleh, Zaini Nasohah, Md.
Nor Abdullah dan Mohd Akil Muhamed Ali
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor Malaysia

ABSTRAK

Kursus Pra Penempatan Latihan Amali Industri telah diadakan setiap tahun sejak 1996 sebelum para
pelajar menjalani Latihan Amali/Industri sewaktu semester IV sesi pengajian di agensi yang bersesuaian
dengan bidang pengajian. Kursus ini diadakan selama satu hari dengan mengundang para penceramah
yang bersesuaian dengan tajuk ceramah yang ditetapkan di dalam kursus tersebut. Untuk melihat
penilaian para pelajar terhadap kursus tersebut, maka satu set soal selidik telah diedarkan kepada setiap
responden yang hadir dalam kursus tersebut pada tahun 2009. Kajian ini melibatkan seramai 297
responden di mana mereka telah mengisi dan mengembalikan semula borang soal selidik tersebut. Item
yang diminta untuk dipenuhi oleh para pelajar ialah berkenaan penilaian terhadap penceramah, kursus
yang diadakan, tempat kursus dan penilaian terhadap urusetia. Skala yang digunakan dalam soal selidik
ini ialah 1-2 (Amat Tidak Baik (ATB)), 3-4 (Kurang Baik (KB)), 5-6 (Sederhana (S)), 7-8 (Baik (B)), 9-
10 (Amat Baik AB)). Hasil kajian ini bertujuan untuk melihat Penilaian Para Pelajar Terhadap Kursus Pra
Penempatan Latihan Amali/Industri, yang telah dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam.

PROFIL RESPONDEN

Responden kajian terdiri daripada semua pelajar tahun dua Fakulti Pengajian Islam UKM meliputi semua
jabatan yang berjumlah 346 orang. Dalam kajian ini, responden yang diperolehi dengan persampelan
rawak mudah adalah 297 orang dan ianya mewakili populasi kajian.

PENILAIAN RESPONDEN TERHADAP PENCERAMAH KURSUS

Hasil kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor min, kekerapan, peratus dan
sisihan piawai. Hasil analisis deskriptif juga diukur berdasarkan interpretasi skor min bagi menentukan
sejauhmana tahap yang dinyatakan baik daripada responden. Oleh itu, skor min bagi 1.00 hingga 2.33
adalah tahap rendah responden terhadap item yang diajukan. Bagi skor min 2.34 hingga 3.66 adalah tahap

18

sederhana responden terhadap item dan skor min 3.67 hingga 5.00 adalah tahap tinggi responden seperti
ditunjukkan dalam Jadual 1.1.

JADUAL 1.1 Interpretasi skor min

Skor Min Interpretasi

1.00 hingga 2.33 Tahap Rendah

2.34 hingga 3.66 Tahap Sederhana

3.67 hingga 5.00 Tahap Tinggi

Sumber: Ubahsuai daripada Jamil Ahmad. 1993. Tinjauan tentang kekangan-kekangan dalam
pelaksanaan sains KBSM di sekolah-sekolah menengah Negeri Kedah Darul Aman. Disertasi
Sarjana Fakulti Pendidikan UKM.

Jadual 1.2 menunjukkan tentang penilaian terhadap penceramah pertama kursus pra penempatan
program Latihan Amali/Industri untuk pelajar Fakulti Pengajian Islam UKM. Penilaian peserta kursus
terhadap penceramah ini adalah tinggi mengikuti purata interpretasi min (4.20 = 3.67 – 5.00). Ini
menunjukkan penilaian peserta terhadap penceramah ditahap baik dan amat baik. Malah nilai min kelima-
lima item berada ditahap 4.xx dan kesemua nilai purata hampir sama jumlahnya.

Menurut Alias Baba (1992:33-34), ukuran pertengahan min juga masih tidak mencukupi untuk
menjelaskan perbezaan kumpulan data. Walaupun nilai min yang hampir sama dalam dua kumpulan,
namun sebaran itu tidak begitu meluas. Justeru pengiraan melalui sisihan piawai (std. deviation) dengan
punca kuasa dua varians boleh memberikan gambaran taburan skor. Dalam hal ini, item ketepatan masa
menunjukkan nilai min yang agak rendah (min = 4.1145) dan sisihan piawai yang tinggi (S.P = .80980),
berbanding item-item lain. Ini bererti taburan skor ketepatan masa adalah terserak lebih jauh daripada
nilai skor min dalam taburannya berbanding dengan taburan pada item lain sepertimana yang ditunjukkan
dalam Jadual 1.2. Ini menunjukkan sesetengah responden menyatakan penilaian sangat baik dan
sesetengah responden juga menyatakan penilaian yang amat tidak baik kepada penceramah dalam aspek
ketepatan masa.

JADUAL 1.2: Penilaian terhadap penceramah pertama

Item N Min Sisihan Piawai

A- Isi Kandungan 297 4.1380 .76525
B- Kaitan Kesesuaian Isi kandungan 297 4.1178 .74633
C- Cara Penyampaian 297 4.2357 .74755

19

D- Ketepatan Masa 297 4.1145 .80980
E- Kesesuaian contoh yang diberikan 297 4.2323 .79050

Purata Min = 4.20

Sekiranya dilihat tahap penilaian kekerapan terhadap penceramah pertama dari segi isi
kandungan, kesesuaian isi, persembahan, ketepatan masa dan kesesuaian contoh yang diberikan, di dapati
hampir 85% daripada responden menyatakan penilaian baik terhadap penceramah pertama seperti
ditunjukkan dalam Jadual 1.3. Ini bermaksud slot motivasi yang disampaikan oleh penceramah pertama
memberikan kesan yang baik kepada diri responden yang bakal menjadi pelatih sementara di dalam
organisasi kerajaan dan swasta. Namun terdapat nilai kekerapan yang mencapai tahap ‘amat tidak baik’,
walaupun ianya menunjukkan nilai kekerapan dan peratus yang kecil. Perkara tersebut adalah aspek isi
kandungan (3 responden, 1%), kaitan kesesuaian isi kandungan (1 responden, 0.3%), cara penyampaian (2
responden, 0.7%) dan kesesuaian memberi contoh (4 responden, 1.3%) sepertimana ditunjukkan dalam
Jadual 1.3.

JADUAL 1: Kekerapan dan peratus terhadap penceramah pertama

Item 1 2 3 45
ATB KB S B AB

Isi Kandungan 3 5 36 157 96
(1.0%) (1.7%) (12.1%) (52.9%) (32.3%)

Kaitan Kesesuaian Isi kandungan 1 6 43 154 93
(0.3%) (2%) (14.5%) (51.9%) (31.3%)

Cara Penyampaian 2 2 38 137 118
(0.7%) (0.7%) (12.8%) (46.1%) (39.7%)

Ketepatan Masa - 14 40 141 102
(4.7%) (13.5%) (47.5%) (34.3%)

Kesesuaian contoh yang diberikan 4 3 33 137 120
(1.3%) (1.0%) (11.1%) (46.1%) (40.4%)

ATB = Amat tidak baik KB = Kurang baik S = Sederhana B = Baik
AB = Amat baik

Jadual 1.4 pula menyatakan mengenai penilaian responden terhadap slot etika dan peraturan
dalam perkhidmatan awam. Penilaian ini dilakukan melalui penceramah kedua. Hasil analisis
menunjukkan penilaian responden terhadap penceramah kedua di tahap purata min yang agak tinggi

20

berdasarkan interpretasi skor min (4.20 = 3.67 – 5.00). Ini menunjukkan keseluruhan item yang dinilai
mendapat kesan yang baik di kalangan responden.

Namun dalam item “persembahan atau cara penyampaian” untuk penceramah kedua
menunjukkan nilai min yang rendah (min = 3.9966), dan nilai sisihan piawai yang tinggi (.73750)
berbanding item yang lain. Ini bermaksud taburan skor ketepatan masa adalah terserak lebih jauh daripada
nilai skor min dalam taburannya berbanding dengan taburan pada item lain. Ini menunjukkan terdapat
sesetengah responden menyatakan penilaian yang tidak baik dan terdapat juga sesetengah responden yang
menyatakan baik terhadap cara penyampaian penceramah kedua. Dalam hal ini, cara penyampaian yang
baik dapat memberi kesan terhadap emosi, fikiran dan tindakan pendengar. Namun proses penyampaian
maklumat ini juga tidak terlepas daripada gangguan, sama ada berbentuk fizikal ataupun sekeliling. Jaafar
Muhamad (2001:135) menjelaskan aspek gangguan selalunya memberi kesan kefahaman kepada
pendengar atau penerima.

Selain itu, dalam hasil analisis ini juga menunjukkan, cara penyampaian penceramah kedua turut
mempengaruhi sikap ‘ambil peduli’ responden kerana ianya berkait langsung dengan etika dalam
perkhidmatan awam. Ini disebabkan, aspek etika dalam perkhidmatan awam sangat penting untuk
difahami oleh responden kerana ianya dapat menggelakkan daripada berlaku salah faham tindakan yang
serba sedikit boleh menjejaskan imej perkhidmatan dan universiti semasa menjalani Latihan
Amali/Industri. Penilaian responden terhadap penceramah kedua adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual
1.4.

JADUAL 1.4: Penilaian terhadap penceramah kedua

Item N Min Sisihan Piawai

A- Isi Kandungan 297 4.2525 .65775
B- Kaitan Kesesuaian Isi kandungan 297 4.2458 .66031
C- Cara Penyampaian 297 3.9966 .73750
D- Ketepatan Masa 297 4.1987 .69574
E- Kesesuaian contoh yang diberikan 297 4.2256 .71633

Purata Min = 4.20

Sekiranya dilihat dalam bentuk kekerapan dan peratus didapati 86% daripada responden
menyatakan penilaian baik terhadap penceramah kedua sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 1.5.
Namun terdapat satu kekerapan (0.3%) dalam penilaian ‘amat tidak baik’ terhadap aspek ‘kesesuaian
memberi contoh’. Barangkali dalam penyampaian ceramah, penceramah terlepas pandang terhadap
beberapa isu yang dianggap sensitif oleh responden dalam memberikan contoh. Perkara ini juga telah
mengambil perhatian sesetengah responden kerana dianggap tidak sesuai ataupun tiada kaitan dalam
ceramah yang disampaikan.

21

JADUAL 1.5: Kekerapan dan peratus terhadap penceramah kedua

Item 1 2 3 45
ATB KB S B AB

Isi Kandungan - 2 30 153 109
(0.7%) (10.1%) (52.5%) (36.7%)

Kaitan Kesesuaian Isi kandungan - 1 34 153 109
(0.3%) (11.4%) (51.5%) (36.7%)

Cara Penyampaian - 7 60 157 73
(2.4%) (20.2%) (52.9%) (24.6%)

Ketepatan Masa - 6 30 160 101
(2%) (30.1%) (53.9%) (34%)

Kesesuaian contoh yang diberikan 1 4 32 150 110
(0.3%) (1.3%) (10.8%) (50.5%) (37%)

ATB = Amat tidak baik KB = Kurang baik S = Sederhana B = Baik

AB = Amat baik

Jadual 1.6 menunjukkan tentang penilaian responden terhadap slot ceramah berkaitan prosedur,

penyeliaan dan pemarkahan Latihan Amali/Industri. Slot ceramah ini disampaikan oleh Penyelaras LAI.

Hasil analisis menunjukkan purata min bagi penceramah ketiga adalah tinggi (4.80 = 3.67-5.00). Ini

menunjukkan isi kandungan, kaitan kesesuaian isi kandungan, cara penyampaian, ketepatan masa dan

kesesuaian contoh yang diberikan oleh penceramah telah memberi kesan yang sangat baik kepada

responden. Hasil penilaian terhadap penceramah ketiga dapat dilihat dalam Jadual 1.6.

JADUAL 1.6: Penilaian responden terhadap penceramah ketiga

Item N Min Sisihan Piawai

A- Isi Kandungan 297 4.7643 .46318
B- Kaitan Kesesuaian Isi kandungan 297 4.7677 .44634
C- Cara Penyampaian 297 4.7576 .44473
D- Ketepatan Masa 297 4.7508 .44098
E- Kesesuaian contoh yang diberikan 297 4.7508 .47063

22

Purata Min = 4.80

Jadual 1.7 menunjukkan penilaian responden terhadap penceramah yang keempat. Hasil analisis
menunjukkan purata min bagi slot ini di tahap yang agak tinggi (4.23 = 3.67 – 5.00). Ini menunjukkan
aspek yang berkaitan dengan isi kandungan ceramah, kaitan kesesuaian dalam isi kandungan, cara
penyampaian oleh penceramah dan kesesuaian contoh yang diberikan oleh penceramah diterima dengan
baik oleh responden Penilaian responden terhadap penceramah keempat dapat dilihat dalam Jadual 1.7.

JADUAL 1.7: Penilaian responden terhadap penceramah keempat

Item N Min Sisihan Piawai

A- Isi Kandungan 297 4.2155 .62658
B- Kaitan Kesesuaian Isi kandungan 297 4.2290 .64313
C- Cara Penyampaian 297 4.0606 .69968
D- Ketepatan Masa 297 4.3333 .66799
E- Kesesuaian contoh yang diberikan 297 4.2896 .66551

Purata Min = 4.23

Sekiranya dilihat dalam kekerapan dan peratus terhadap penceramah keempat, didapati 88%
daripada responden menyatakan penilaian baik terhadap penceramah keempat sepertimana ditunjukkan
dalam Jadual 1.8. Namun terdapat juga nilai kekerapan yang menunjukkan penilaian ditahap ‘amat tidak
baik’ (0.3%) iaitu aspek ‘ketepatan masa’. Keseluruhan penilaian terhadap penceramah keempat dapat
dilihat dalam Jadual 1.8.

JADUAL 1.8: Kekerapan dan peratus terhadap penceramah keempat

Item 1 2 3 45
ATB KB S B AB

Isi Kandungan - 1 30 170 96
(0.3%) (10.1%) (57.2%) (32.3%)

Kaitan Kesesuaian Isi kandungan - 1 33 162 102
(0.3%) (10.8%) (54.5%) (34.3%)

Cara Penyampaian - 5 49 166 77
(1.7%) (16.5%) (55.9%) (25.9%)

Ketepatan Masa 1 2 21 149 127
(0.3%) (0.7%) (7.1%) (49.2%) (42.8%)

23

Kesesuaian contoh yang diberikan 0 2 29 147 119
(0%) (0.7%) (9.8%) (49.5%) (40.1%)

ATB = Amat tidak baik KB = Kurang baik S = Sederhana B = Baik
AB = Amat baik

Dalam jadual 1.9 pula menunjukkan tentang penilaian responden terhadap penceramah yang
kelima. Hasil analisis menunjukkan purata min bagi slot ini di tahap yang tinggi (4.53 = 3.67 – 5.00). Ini
menunjukkan aspek yang berkaitan dengan isi kandungan ceramah, kaitan kesesuaian dalam isi
kandungan, cara penyampaian oleh penceramah dan kesesuaian contoh yang diberikan oleh penceramah
telah memberi kesan positif kepada responden. Penilaian responden terhadap penceramah kelima dalam
dilihat dalam Jadual 1.9.

JADUAL1.9: Penilaian responden terhadap penceramah kelima

Item N Min Sisihan Piawai

A- Isi Kandungan 297 4.5354 .55714
B- Kaitan Kesesuaian Isi kandungan 297 4.5118 .57011
C- Cara Penyampaian 297 4.5253 .57557
D- Ketepatan Masa 297 4.5286 .58704
E- Kesesuaian contoh yang diberikan 297 4.5657 .56643

Purata Min = 4.53

Jadual 1.10 menunjukkan penilaian responden terhadap penceramah yang keenam. Hasil analisis
menunjukkan purata min bagi slot ini di tahap yang tinggi (4.40 = 3.67 – 5.00). Ini menunjukkan aspek
yang berkaitan dengan isi kandungan ceramah, kaitan kesesuaian dalam isi kandungan, cara penyampaian
oleh penceramah dan kesesuaian contoh yang diberikan oleh penceramah telah memberi kesan positif
kepada responden. Penilaian responden terhadap penceramah keenam dapat dilihat dalam Jadual 1.10.

JADUAL 1.10: Penilaian responden terhadap penceramah keenam

Item N Min Sisihan Piawai

A- Isi Kandungan 297 4.3872 .61642
B- Kaitan Kesesuaian Isi kandungan 297 4.3367 .59935
C- Cara Penyampaian 297 4.3906 .61703
D- Ketepatan Masa 297 4.4377 .62897
E- Kesesuaian contoh yang diberikan 297 4.4175 .63732

24

Purata Min = 4.40

Secara keseluruhannya, peserta kursus pra penempatan LAI telah memberikan penilaian yang
baik kepada semua penceramah yang diundang. Namun terdapat sebilangan kecil daripada responden
yang merasakan penyampaian maklumat di kalangan penceramah masih kurang berkesan dan
memerlukan kepada penekanan di masa akan datang. Hal ini dapat dilihat dengan penilaian responden
terhadap penceramah pertama dalam slot motivasi (min =4.20), penceramah kedua dalam slot etika dan
peraturan dalam perkhidmatan awam (min = 4.20) dan penceramah keempat (min =4.23). Hasil analisis
deskriptif terhadap ketiga-tiga slot tersebut mendapati penilaian responden mencapai tahap ‘amat tidak
baik’ dalam isi kandungan, kaitan kesesuaian isi kandungan, cara penyampaian, ketepatan masa dan
kesesuaian contoh yang diberikan. Walaubagaimanapun jumlah nilai tidaklah terlalu tinggi dan hampir
keseluruhan responden merasakan kursus pra penempatan LAI ini memberi kesan yang positif untuk
dirinya yang akan menghadapi Latihan Amali/Industri.

PENILAIAN RESPONDEN TERHADAP KURSUS

Dalam kursus pra penempatan program Latihan Amali Industri (LAI), responden diberi peluang untuk
menilai secara umum keseluruhan kursus. Jadual 1.11 menunjukkan hasil analisis deskriptif penilaian
responden terhadap kursus yang dihadiri selama satu hari. Hasil analisis menunjukkan pandangan
responden terhadap kursus pra penempatan adalah amat baik. Perkara ini dapat dilihat, di mana hampir
58% daripada responden memberi penilaian amat baik dan 38.4% daripada responden pula memberikan
penilaian ditahap baik terhadap kursus. Ini menunjukkan responden berpuashati terhadap kursus yang
diadakan bagi pendedahan awal sebelum menjadi pelatih di institusi yang dipilih.

Selain itu, hampir 96% daripada responden menyatakan sangat baik dalam aspek kesesuaian
kursus dengan penceramah yang diundang. Namun hanya sebilangan kecil sahaja yang menolak
terdapatnya kesesuaian di antara kursus dan penceramah yang diundang (0.3%) seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 1.11.

Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa responden bersetuju kursus ini mencapai objektif yang telah
dirancangkan (96%) serta ianya berkesan untuk disampaikan kepada orang lain sebagai maklumat penting
sebelum menjadi pelatih dalam program LAI (95%).

JADUAL 1.1: Penilaian responden terhadap kursus

Item 1 2 3 45
ATB KB S B AB

Pandangan anda terhadap kursus - - 11 114 172
(3.7%) (38.4%) (57.9%)

25

Kesesuaian kursus dengan penceramah - 1 12 124 160
yang diundang (0.3%) (4%) (41.8%) (53.9%)

Pencapaian objektif kursus - - 11 115 171
(3.7%) (38.7%) (57.6%)

Pemakluman kursus atau ceramah ini - - 14 132 151
kepada orang lain (4.7%) (44.4%) (50.8%)

ATB = Amat tidak baik KB = Kurang baik S = Sederhana B = Baik
AB = Amat baik

Secara keseluruhannya, hampir keseluruhan daripada responden memberi penilaian di tahap
‘baik’ dan ‘amat baik’ terhadap kursus pra penempatan. Melalui kursus ini juga, responden merasakan
maklumat yang disampaikan dapat diterima dengan baik untuk dipraktikkan dalam institusi-institusi LAI
yang telah dipilih.

PENILAIAN TERHADAP TEMPAT KURSUS

Kursus pra penempatan program LAI diadakan di DK 43.101 Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh
UKM. Dalam hal ini, kemudahan tempat atau dewan merupakan sebahagian faktor yang membantu untuk
mencapai objektif serta perjalanan kursus dengan baik. Jadual 1.12 menunjukkan analisis deskriptif
penilaian responden terhadap tempat kursus. Hasil analisis menunjukkan sebilangan besar responden
(98%) menyatakan ‘sangat baik’ dengan kemudahan di tempat kursus. Ini disebabkan kemudahan yang
disediakan amat memuaskan dan memberi kesan positif kepada responden seperti ditunjukkan dalam
Jadual 1.12.

JADUAL 1.12: Penilaian responden terhadap tempat kursus

Item 1 2 3 45
ATB KB S B AB

Susun atur ruang - 1 8 103 185
(0.3%) (2.7%) (34.7%) (62.3%)

Lampu - - 4 110 183
(1.3%) (37%) (61.6%)

Penyaman udara - - 1 (0.3%) 94 202

(31.6%) (68%)

26

Alat pandang dengar - - 8 (2.7%) 99 190

(33.3%) (64%)

ATB = Amat tidak baik KB = Kurang baik S = Sederhana B = Baik
AB = Amat baik

Secara keseluruhannya, peserta kursus pra penempatan program LAI berpuashati dengan tempat
kursus yang disediakan oleh pihak penganjur. Hal ini dapat dilihat dengan persediaan dan pengurusan
kursus yang baik oleh pihak penganjur dalam aspek susun atur ruang, lampu, penyaman udara serta alat
pandang dengar yang berfungsi dengan baik.

PENILAIAN TERHADAP URUSETIA

Dalam kursus ini, beberapa orang telah dilantik sebagai urusetia bagi membantu perjalanan kursus. Ianya
bertujuan untuk memudahkan peserta kursus dalam khidmat yang berkaitan kemudahan dan sebagainya.
JADUAL 1.13 menunjukkan mengenai analisis deskriptif penilaian responden terhadap urusetia kursus.
Hasil analisis menunjukkan 90% daripada responden menyatakan baik terhadap urusetia dalam mengawal
selia keseluruhan kursus. Dalam hal ini, responden turut berpuashati terhadap urusetia dalam memberi
perkhidmatan semasa kursus dijalankan. Penilaian responden terhadap urusetia kursus dalam dilihat
dalam Jadual 1.13.

JADUAL 1.13: Penilaian terhadap urusetia kursus

Item 1 2 3 45
ATB KB S B AB

Penilaian terhadap urusetia kursus - 1 28 141 127
(0.3%) (9.4%) (47.5%) (42.8%)

Secara keseluruhannya, responden berpuashati dengan urusetia kursus ini. Walaubagaimanapun
analisis soalan terbuka (open question) yang dikemukakan kepada responden mendapati, sesetengah
responden tidak rasa berpuashati terhadap pengurusan jamuan yang disediakan oleh penganjur.
Kebanyakan responden memberikan cadangan agar pengurusan jamuan dapat disusun dengan sistematik
untuk masa akan datang bagi menggelakkan faktor ‘gangguan’ dalam perancangan kursus seperti aspek
ketepatan masa dan sebagainya.

KESIMPULAN

27

Kursus pra penempatan program Latihan Amali Industri merupakan pendedahan awal di kalangan pelajar
sebelum menjalani latihan sebagai pelatih di institusi-institusi yang dipilih. Hasil daripada analisis, kursus
ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar tahun dua Fakulti Pengajian Islam UKM.
Selain itu, kursus ini telah memberikan kesan yang positif kepada kefahaman responden terhadap realiti
pekerjaaan yang akan dilalui akan datang. Walaubagaimanapun terdapat juga aspek-aspek yang harus
diberi perhatian bagi penambahbaikkan kursus ini di masa akan datang seperti aspek yang berkaitan
dengan penceramah dan pengurusan kursus.

RUJUKAN
Alias Baba. 1992. Statistik penyelidikan dan pendidikan dan sains sosial. Universiti Kebangsaan

Malaysia Bangi: Penerbit UKM.
Jamil Ahmad. 1993. Tinjauan tentang kekangan-kekangan dalam pelaksanaan sains KBSM di sekolah-

sekolah menengah Negeri Kedah Darul Aman. Disertasi Sarjana Fakulti Pendidikan UKM.
Jaafar Muhamad. 2001. Asas pengurusan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

28

PROFESSIONALISM AMONG ACADEMICIANS: A LITERATURE REVIEW

Ahmad Zamri Mansor, Roosfa Hashim, Maharam Mamat, Johari Talib dan Mohamad Mohsin Mohamad
Said

Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRACT

UKM is committed to be a leading university that pioneers innovation in the construction of knowledge to
achieve the aspiration of producing a society imbued with dynamic, learned and civic leadership. In
achieving the vision, professionalism among staff, particularly the academicians is deemed to be primary
concern. In building understanding about professionalism among academicians, one needs to be well-
grounded in related literature. This article offers review of related literature on professionalism among
academicians from 1999. Among the issues emerged from the literature are perception of academicians
towards teaching profession, professional development, enhancement of teaching profession, and ethical
challenges.
Keywords: academician, professionalisme, teaching profession.

INTRODUCTION

UKM is committed to be a leading university that pioneers innovation in the construction of knowledge to
achieve the aspiration of producing a society imbued with dynamic, learned and civic leadership. In
building understanding about professionalism among academicians, one needs to be well-grounded in
related literature. This paper presents a review of literature relating to the topic that the researchers are
inquiring, i.e “Professionalism Among Academicians.” The very first question that preoccupied their
discussion was the definition of the term “academician’ itself. Who and what is an academician?
The term “academician” is used in three senses, i.e. “a member of an academy of art, science or literature”
(Cambridge Dictionary of English, Merriam Webster Online Dictionary), “a scholar who is skilled in
academic disputation” (Online Free Dictionary), and “a follower of an artistic or philosophical tradition or
a promoter of its ideas” (Merriam Webster Online Dictionary).

In this context of this presentation, the researchers would like to use the term “academician” as an
alternative term to lecturer. The usage of the term “academician” is subject to further debate, as almost all
researchers around the globe prefer the term “lecturer”. The only exception that the researchers have
come accross with were that of Kamaruzzaman and Siti Akmar (2009) who deliberate on the issue of

29

developing academicians’ professional tracks, and Sin et al. (2005) who examines moral judgment
competence of academic staff of privately funded higher institutions in Malaysia.
The researchers’ observe that the literature reviewed are characterised by the following features, that (a)
teaching as a dominant aspect in academician’s profession, (b) significant contribution from researchers
of critical theorists researchers, and (c) the centrality of ethics and moral dimension of academicians’
profession.

Related studies in Malaysian context have been on perception of those in teaching profession, for
instance, the university lecturers (Ahmad Johari & Zaitun, 2008; Sunarti & Shamsuddin, 2005) and
teachers (Azhar et al., 2007); and on moral and ethics of academicians (Shamsuddin et al., 2008; Sin et al.
2008).

For the sake of clarity, the researchers organized the literature reviewed into four themes:
defining professionalism, conceptualizing professionalism, Academicians’ Perspective about Teaching
Profession, Challenges in Teaching Profession, and moral and ethics.

DEFINING PROFESSIONALISM

According to International Cambridge Dictionary, professionalism is “the combination of all the qualities
that are connected with trained and skilled people”. This is reflected in the Jarvis’ (1983, cited in
MarFarlane, 2001) conception which views professionalism as the mastery of knowledge of an area or
skill and service beneficial to public. Scholars reviewed attribute the term “professionalism” to the idea of
expertise (Zulhambri & Threadgold, 2008).
Regarding the criteria of “professionalism”, the views held by Flexner (1914, cited in Shamsuddin et al.,
2006) and Rice and Duncan (2006) are worth quoting. According to Flexner (1914, cited in Shamsuddin
et al., 2006), professions involve essentially intellectual operations with large individual responsibility;
they derive their raw material from science and learning; this material they work up to a practical and
definite end; they possess an educationally communicable technique; they tend to self-organization; they
are becoming increasingly altruistic in motivation.
Rice and Duncan (2006) view profession, among other, as a value system and as an ideology, mastery of
knowledge governed by codes of ethics and commitment to competence, as encapsulated in their
synthesis:

• Mastery of complex body of knowledge and skills used in the service of others

• Accountability to public and profession: satisfies minimum standard of competence and ethics

• Governed by code of ethics

• Demonstrates commitment to competence and maintains integrity of the moral and collegial
nature of the profession

30

• Demonstrates autonomy in practice and judgment; accepts responsibility of self-regulation
through certification, licensure, and accreditation

• Exhibits professional spirit: contributes to advancement of the professional group

The mentioned literature highlight the conception of “profesionalism” as involving the two primary
notions of mastery of skill and knowledge, and ethics and responsibility. Evetts (2003), using her
sociological analysis, theorizes the notion of professionalism as a value system and an ideology.
Professionalism as a value system entails the idea that the concept contributes towards stability and
civility of social systems whereas the latter envisions a monopoly, status and upward mobility in social
order (Evetts, 2005).

CONCEPTUALIZING PROFESSIONALISM

Cervero (cited in Sunarti & Shamsuddin, 2005) propose three important dimensions regarding the concept
of professionalism, i.e views about profession, what constitutes a profession, and how the professionals
build their profession. Regarding the view of the profession, there are three views: functional, conflict and
critical views. Regarding what constitutes a profession, Cervero (cited in Sunarti & Shamsuddin, 2005)
puts forward static, process and socio-economic approaches. Professionals build their expertise using
three models: Technical Rationality, Knowing-in-action, and Reflection-in-action.

Nik Yusri (2008), in his discussion contents that the Islamic framework of professionalism should
be grounded in our appreciation of the values inspired by al-Asma ul Husna or the 99 Names of Allah and
the Tradition of the Prophet or Hadis, i.e striving towards perfection, the effective record system,
accountability (al Mas ulah), subservient to the Almighty Allah (al Ubudiyyah), and being trustworthy.
The functional view held indicates that the academicians hold positive view about their profession. The
static approach held means that the academicians felt that their profession has fullfilled the six criteria put
forward by Flexner (1915, cited in Sunarti & Shamsuddin, 2005) which are: (a) professional activity is
based on intellectual action along with personal responsibility, (b) the practice of a profession is based on
knowledge, not routine activities, (c) there is practical application rather than just theorizing, (d) there are
techniques that can be taught, (e) a profession is organized internally, (f) a profession is motivated by
altruism, with members working in some sense for the good of society. Using Reflection-in-action means
applying thir past experience in solving problems in their profession. The academicians also
acknowledged that the problems that they faced were uncertain in nature and do not resemble examples in
text books.

ACADEMICIANS’ PERSPECTIVE ABOUT TEACHING PROFESSION

Ahmad Johari and Zaitun’s (2008) study of University of Technology (UTM) academicians indicated that
the respondents surveyed were of learning facilitation rather than teaching as knowledge transmission

31

view. This means that the lecturers view teaching and learning as a process to facilitate learning. The
researcher contented that the view held was a result of the respondents’ interaction with their teaching
environment. Sunarti and Shamsuddin’s (2005) study show that the respondents held functional view
about their profession, defined their profession using static approach, and build their expertise through
Reflection-in-action model.
Avis and Bathmaker (2004) examined trainee lecturers’ perception of teaching and learning at an English
new university. They explored relationship between critical pedagogy, performativity and a politics of
hope.

Avis et al. (2002) discuss about conceptualization of the learning professionals where they
associate it with the notions of didactic pedagogy and community of practice. Walker (2001) raises the
issue of crisis in professional identity where academicians should prepare students for the workplace.
Walker (2001) also proposes the notion of “critical professionalism” (p. 6) where academicians should be
creative agents in bringing about learning in students.

Wood and Harding (2007) propose the use of peer review, peer observation, and self-reflection in
assessing performance in teaching. Peer review is suggested for quality assurance and reward purposes
whereas peer observation is for the purpose of professional development and the dissemination of good
practice.

CHALLENGES IN TEACHING PROFESSION

In terms of challenges in teaching profession, the global change (Abdul Rahim, 2001), adaptability and
adjustment of new academicians (Nor Wahiza, 2005), dissatisfaction with work condition and the
relatively lower status of teaching as compared to that of research. Abdul Rahim (2001) concerns about
the challenges faced by teachers in the globalized world. In order to face the challenges, Abdul Rahim
(2001) emphasised the need for the teachers to master and be fluent in English language.
Regarding the issue of adaptability and adjustment of new academicians, Nor Wahiza (2005) reported that
respondents that she studied faced the following problems: unable to fulfill all job demands and
dissatisfaction with work conditions. For the former, the new academicians only fulfill the teaching
components of their profession. They felt that they were lacking behind in the research component.. This
is resulted in their dissatisfaction with their work conditions which they perceived as not conducive to
their professional advancement.

Lomas and Nicholls (2005), in echoing the same concern about the perceived lower status of
teaching compared with research. They raise the concern that the perception is resulted in academicians
just transmit their knowledge didactically to students. In order to enhance the academicians’ teaching,
Lomas and Nicholls (2005) emphasise the need for peer review in teaching.
Hemmings and Kay (2008), in their examination of Lecturer self-efficacy, research skills, and publication
output of academicians of an Australian university contends that rewards such as tenure, promotion and

32

professional standing favour those who publish scholarly work rather than those focusing on teching and
service activities.

Emotional aspects of academic growth among academicians in a Turkish university were the
focus of a focus group study by Sarvan and Karakas (2001). They found that there were three factors
related to emotional experiences of the academicians, i.e the personal growth factor with academic skills
and scientific competence dimensions; relation factor with formal, informal and academic relations
dimensions; and context factor with HRM system, physical environment and resources and supportive
scientific climate dimensions.

MORAL AND ETHICS

MacFarlane (2001) views ethics as central to teaching profession and teaching ethics to new lecturers can
sensitize them with ethical dilemma that they face. Avis and Bathmaker’s (2004) study shows that the
“ethic of care and respect” (p. 305) appears to be an important identity as a lecturer.
Regarding ethics, there have been two studies done in Malaysian context, i.e by Sin et al. (2005) and
Shamsuddin et al. (2008). Sin et al.’s (2005) study was to determine level of moral competence judgment
of 1000 academicians in privately funded istitutes of higher learning in Malaysia. The found that those
who have higher level of moral judment have the following characteristics: female, those with higher
level of education, senior lecturers, those with ten years of tenure, with higher level of religious
commitment, higher codes of ethics, and have undergone ethics training.

A more recent study of academicians in a government-funded university done by Shamsuddin et
al. (2006) show that academicians regard ethics is very important in their profession. The academicians
saw religion as constitutes core values and the importance of self monitoring in guarding oneself against
committing unethical practices.

CONCLUDING REMARKS

The literature reviewed enhance researchers understanding about the concept of professionalism in a
number of ways, among other, regarding the usage of the term “academicians”, the predominance
discussion on teaching aspect of the profession, and the centrality of the moral and ethical dimension of
the profession.

The usage of the term “academician” in this paper warrants serious consideration as this term
denotes specialization in a specific area rather than a job appointment as a lecturer. The researchers reach
the understanding that by subscribing to this view, a lecturer is only considered as an academician if he or
she is an expertise in a chosen area.

The second issue, i.e regarding the predominance discussion of teaching aspect is stemmed from
the understanding that role of academicians is not in teaching, but also in research, publication and
community service. The literature reviewed raise the concern about the emphasis is given to research

33

component at the expense of teaching aspect. A local literature reviewed cited the concern of new
academicians that their professionals advance in research area has noot been looked after by their
employer.

The researchers have also been taken by the centrality of moral and ethics theme in discussion on
professionalism. In Malaysian public univarsity context, academicians regard ethics as important in their
profession and self monitoring mechanism as a way to curb unethical practices.The review provides a
basis for the development of interview guide which is the next stage of the inquiry.

REFERENCES

Abdul Rahim Abd Rashid. (2001). Cabaran profesionalisme perguruan dalam era k-ekonomi. Issses in
Education, 24, 53-72.

Ahmad Johari Hj. Sihes and Zaitun Hj. Sidin. (2008, June). Konsepsi pengajaran pensyarah dan
hubungannya dengan persekitaran pengajaran pensyarah. Jurnal Teknologi, 48(E), 141–159.

Avis, J. & Bathmaker, A. (2004). Critical pedagogy, performativity and a politics of hope: Trainee further
education lecturer practice. Research in Post-Compulsory Education, 9:2,301 — 316

Avis, J., Bathmaker, A., & and Parsons, J. (2002). Communities of practice and the construction of
learners in post-compulsory education and training. Journal of Vocational Education &
Training,54:1,27 — 50

Azhar Bin Muhammad, Abdul Hafiz Bin Abdullah, Azmi Shah Bin Suratman,. Kamarul Azmi Bin Jasmi,
and Mohd Ismail Bin Mustari (2007). Tahap profesionalisme guru-guru pelatih pendidikan Islam
dalam latihan praktikum. Research report, Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial,
Universiti Teknologi Malaysia.

Evetts, J. (2003). The sociological analysis of professionalism: Occupational change in the modern world.
International Sociology, 18(2), 395–415.

Hemmings, B., and Kay, R. (2008). Lecturer self-efficacy, research skills, and publication output. Paper
presented at AARE 2008 Conference, Queensland University of Technology – Kelvin Grove,
Brisbane.

Hill, R. 2000. A Study of the views of full-time further education lecturers regarding their college
corporations and agencies of the further education sector. Journal of Further and Higher
Education, 24(1), 67-75.

Kamaruzzaman Jusoff and Siti Akmar Abu Samah (2009, July). Developing Professional Track towards
Excellence in Academician’s Career Path. Asia Culture and History, 1(2), 75-81.

Lomas, L., & Nicholls, G. 2005. Enhancing Teaching Quality Through Peer Review of Teaching. Quality
in Higher Education,11(2),137- 149.

MacFarlane, B. 2001. Justice and lecturer professionalism. Teaching in Higher Education, 6(2), 141-152.
Nazri Muslim, Zaharah Hassan, Abdul Latif Samian, Zarina Othman, and Khalim Zainal. (2008). In

Abdul Latif Samian, Mohamad Sabri Haron, Nor Afian Yusof, and Zarina Othman, Persidangan
Serantau Nilai dan Profesionalisme (Vol. 1, pp. 257-268). Bangi: Pusat Pengajian Umum,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

34

Nik Yusri bin Musa. (2008). In Abdul Latif Samian, Mohamad Sabri Haron, Nor Afian Yusof, and Zarina
Othman, Persidangan Serantau Nilai dan Profesionalisme (Vol. 2, pp. 105-114). Bangi: Pusat
Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Wahiza Abdul Wahat. (2005). A model for job performance and work adjustment of newly
employed lecturers in Malaysia public universities. In Aminah Ahmad, Zoharah Omar, Nor
Wahiza Abdul Wahat, and Maimunah Ismail, Human resource development: Practices for a
developed Malaysia. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press.

Norun Najjah Ahmat. (2008). In Abdul Latif Samian, Mohamad Sabri Haron, Nor Afian Yusof, and
Zarina Othman, Persidangan Serantau Nilai dan Profesionalisme (Vol. 3, pp. 277-286). Bangi:
Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rice, V. J. and Duncan, J. R. (2006, June 20). What does it mean to be a “professional” ... and what does
it mean to be an ergonomics professional? FPE Position Paper: Professionalism, pp. 1-11.

Sarvan, F., and Karakas, K. (2001). An approach to the emotional aspects of professional growth in
academic organizations. Akdeniz İ.İ.B.F. Dergisi 1, 106-130.

Shamsudin Ahmad, Khairuddin Idris and Azhari Ismail. (2008). Dimensi amalan etika profesion. In
Abdul Latif Samian, Mohamad Sabri Haron, Nor Afian Yusof, and Zarina Othman, Persidangan
Serantau Nilai dan Profesionalisme (Vol. 1, pp. 47-66). Bangi: Pusat Pengajian Umum,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sharifah Hayaati Syed Ismail, Asmak Ab Raghman, Mohd Izani Mohd Zain, and Nurzahidah Haji Jaafar.
(2008). In Abdul Latif Samian, Mohamad Sabri Haron, Nor Afian Yusof, and Zarina Othman,
Persidangan Serantau Nilai dan Profesionalisme (Vol. 3, pp. 25-46). Bangi: Pusat Pengajian
Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Skelton, A. 2002. Towards Inclusive Learning Environments in Higher Education? Reflections on a
Professional Development Course for University Lecturers. Teaching in Higher Education, 7(2),
193 — 214.Johari, 2008, vol.2, p. 157

Sin Chek Neng, Asma Ahmad, Rahim M. Sail, and Jegak Uli. (2005). An empirical investigation of moral
judgment competence among academic staff in their workplace. In Aminah Ahmad, Zoharah
Omar, Nor Wahiza Abdul Wahat, and Maimunah Ismail, Human resource development:
Practices for a developed Malaysia. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press.

Sunarti Mokhtar and Shamsuddin Ahmad. (2005). Konsep profesion: Persepsi pensyarah di institut
pengajian awam terpilih. In Aminah Ahmad, Zoharah Omar, Nor Wahiza Abdul Wahat, and
Maimunah Ismail, Human resource development: Practices for a developed Malaysia. Serdang:
Universiti Putra Malaysia Press.

Walker, M. (2001) . Towards a new professionalism in university teaching. In M. Walker (ed.),
Reconstructing professionalism in university teaching: teachers and learners in action.
Buckingham: SRHE and Open University Press.

Winnocur, S., Schoen, L. G., and Sirowatka1, A. H. (1989). Perceptions of male and female academics
within a teaching context. Research in Higher Education, 30(3), 317.

Wood, L. N., and Harding, A. (2007). Can you show you are a good lecturer? International Journal of
Mathematics Education in Science and Technology, 38/7, 939-947.

35

Zulhambri, A, and Threadgold, T. (2008). Towards the professionalisation of public relations in Malaysia:
Perception management and strategy development [Short communication]. Public Relations
Review, 34, 285–287.

36

CABARAN MEMANTAPKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGUKURAN PEMBOLEHUBAH DALAM PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Chang Peng Kee, Lilia Abd. Halim, Faridah Ibrahim, Kamisah Osman,
Fauziah Ahmad dan Mat Pauzi Abdul Rahman
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Analisis statistik merupakan komponen yang tidak dapat dielakkan dalam penyelidikan kuantitatif.
Pengamatan awal mendapati pelajar di institusi pengajian tinggi sering menghadapi masalah dalam
penganalisisan data kuantitatif yang berpunca dari kekeliruan pemahaman pengukuran pembolehubah.
Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian perbandingan antara dua kaedah yang diaplikasikan untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran statistik. Seramai 194 orang pelajar prasiswazah
bidang komunikasi terlibat sebagai peserta dalam kajian ini. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan,
iaitu kumpulan “kuiz berkumpulan” dan kumpulan “cabar-mencabar.” Kesan intervensi yang diberikan
diukur melalui perbandingan pemahaman pelajar mengenai pengukuran pembolehubah sebelum dan
selepas intervensi. Tindakan yang dilakukan adalah penting khususnya dalam usaha memantapkan
pengajaran dan pembelajaran pengukuran pembolehubah dalam penyelidikan kuantitatif.

PENGENALAN

Metodologi penyelidikan dan analisis data merupakan matapelajaran wajib bagi semua pelajar universiti.
Berdasarkan pemerhatian penyelidik sepanjang pengajaran kedua-dua kursus ini, didapati pelajar kurang
mantap dari segi pemahaman dan aplikasi pengukuran kuantitatif yang tepat sehingga menjejaskan kualiti
projek penyelidikan pada tahun akhir pengajian. Kekurangan pemahaman pengukuran data iaitu nominal,
ordinal, interval, dan ratio telah membawa kepada kecacatan aplikasi dalam kajian seperti mana yang
dijalankan.

Penyelidik sebagai pengajar kursus Metodologi Penyelidikan di samping kursus Analisis
Kuantitatif memang memandang serius terhadap perkara tersebut. Tindakan pernah diambil dengan
mengadakan kuiz tanpa pemberitahuan awal atau pop quiz demi mengukuh pemahaman pelajar
berhubung empat tahap pengukuran tersebut. Tanpa pengukuran penyelidikan yang saintifik, tindakan
mengadakan kuiz dalam pengajaran didapati mendatangkan kesan yang lebih baik berbanding kaedah

37


Click to View FlipBook Version