The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK Tansau Putatan SKTs, 2021-12-10 05:48:43

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

PBM satu kajian

Keywords: eBOOK Pembelajaran Berasaskan Masalah

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PROGRAM SARJANA UNDANG-UNDANG :
CABARAN DAN TRANSFORMASI

Rahmah Ismail
Nazura Abdul Manap

Rohimi Shapiee
Fakulti Undang-undang

UKM

ABSTRAK

Secara umumnya, pengajaran & pembelajaran di peringkat program Sarjana memerlukan kelainan
daripada sistem pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasiswazah. Mengambil kira latar
belakang pelajar yang berbeza dari segi tahap keintelektualnya, warganegaranya, budayanya dan
sistem perundangan yang berbeza, satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mampu
memenuhi dan menangani perbezaan yang wujud di kalangan pelajar perlu dibangunkan, supaya
graduan yang dikeluarkan itu boleh memberi sumbangan kepada negara masing-masing. Oleh yang
demikian, kertas kerja ini akan mengupas sistem pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai di
Fakulti Undang-undang dan cabaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut
serta penambaikan yang sedang dan akan dijalankan melalui data yang diperoleh daripada
pensyarah yang menjalankan kursus program Sarjana Undang-undang.

PENGENALAN

Program Sarjana Undang-undang telah dimulakan di Fakulti Undang-undang (FUU)semenjak sesi
akademik 1997/1998. Program ini dimulakan dengan penawaran dua jenis pengajian iaitu Kerja
kursus dan tesis serta Tesis sahaja. Dalam sesi akademik 2002/2003, jenis pengajian Program
Sarjana Undang-undang ditambah lagi iaitu dengan menambahkan jenis pengajian Kerja kursus
sahaja. Lantaran itu, terdapat tiga jenis pengajian dalam Program Sarjana Undang-undang yang
terdiri daripada:

i. Kerja kursus dan tesis;
ii. Tesis sahaja; dan
iii. Kerja kursus sahaja.

Program Sarjana Undang-undang dikendalikan berdasarkan kepada sasaran yang hendak
dicapai dalam hasil pembelajaran program yang terdiri daripada:

1. Graduan yang berkebolehan menunjukkan pengetahuan dan kefahaman mendalam dalam
bidang undang-undang;

2. Graduan yang berkebolehan membangun dan mengaplikasi pengetahuan undang-undang
berdasarkan pendekatan yang saintifik dan berstruktur;

3. Graduan yang berkebolehan menyelesaikan masalah dalam bidang undang-undang secara
kritis;

4. Graduan yang berkebolehan mengurus isu undang-undang yang kompleks melalui
pengintegrasian pengetahuan;

5. Graduan yang berkebolehan membuat penilaian dan keputusan dengan mengambil kira
tanggungjawab sosial dan etika perundangan;

6. Graduan yang berkebolehan menjelaskan prinsip undang-undang secara kritis dalam
pelbagai situasi; dan

7. Graduan yang menguasai kemahiran pembelajaran secara berterusan dengan autonomi yang
tinggi.

Pelajar yang mengikuti program Sarjana Undang-undang terdiri daripada tiga latar
belakang sistem pendidikan akademik undang-undang yang berbeza iaitu:

i. pendidikan undang-undang yang berdasarkan pada sistem common law seperti Malaysia
dan Singapura;

ii. pendidikan undang-undang yang berdasarkan pada sistem civil law seperti China dan
Indonesia; dan

iii. pendidikan undang-undang yang berdasarkan pada kombinasi Syariah dan sivil yang
berdasarkan pada sistem civil law.

Sistem pendidikan undang-undang yang berdasarkan kepada sistem common law menitik
beratkan keputusan mahkamah dalam menginterpretasikan sesuatu peruntukan undang-undang.

Sementara itu, pelajar juga berasal dari pelbagai negara seperti Indonesia, Singapura,
China, Iran, Iraq, Jordan, Sudan, Filipina dan Nigeria yang mempunyai perbezaan dari segi latar
belakang keluarga. Rajah 1 menunjukkan bilangan pelajar Sarjana Undang-undang. Pelajar juga
terdiri daripada pelajar sepenuh masa dan separuh masa. Faktor-faktor ini telah menjadi satu
cabaran kepada pengendalian pengajaran dan pembelajaran program Sarjana Undang-undang.
Cabaran atau masalah yang amat besar ialah bagaimana hendak mewujudkan sistem pengajaran dan
pembelajaran yang boleh memuaskan kehendak pelajar yang mempunyai latar belakang akademik,
negara dan keluarga serta yang dapat memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif am:

Untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran program Sarjana
Undang-undang

Objektif khusus
i. mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran program Sarjana Undang-undang;
ii. menganalisis cabaran / masalah kaedah pengajaran dan pembelajaran program Sarjana
Undang-undang; dan
iii. mencadangkan transformasi / penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
program Sarjana Undang-undang.

METODOLOGI KAJIAN

Penyelidikan ini merupakan jenis kajian kualitatif yang mengguna pakai kaedah temu bual dan soal
selidik. Ketika data hanya diperoleh daripada pensyarah yang mengajar program Sarjana Undang-
undang dengan mengedar borang soal selidik bagi mengetahui kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan dan masalah / cabaran yang dihadapi serta penambahbaikan / transformasi yang
sedang dan akan dilakukan.

RAJAH 1:Jumlah pelajar Sarjana Undang-undang berdasarkan negara

SENARIO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA KINI
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai oleh pensyarah. Antaranya ialah:

i. kuliah;
ii. perbincangan;
iii. pembentangan kertas seminar;

iv. kajian kes;
v. PBL – pembelajaran berasaskan masalah;
vi. aktiviti berkumpulan;
vii. pembentangan berkumpulan;
viii.peperiksaan olok-olok (mock examination);
ix. projek mini;
x. gabungan antara beberapa metod di atas.

Kuliah

Ini merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional yang masih diamalkan sama ada di
peringkat prasiswazah atau sarjana. Namun di peringkat sarjana, kepentingan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang sedemikian semakin hilang kepentingannya. Namun, terdapat juga
pensyarah yang mengendalikan program sarjana mengguna pakai kaedah ini dengan alasan bahawa
silibus agak luas dan perlu dihabiskan dalam masa yang singkat iaitu 14 minggu. Pelajar bertindak
sebagai pendengar manakala pensyarah bertindak sebagai penyampai. Interaktif antara pensyarah
dan pelajar adalah kurang.

Perbincangan

Kaedah ini digunakan dalam kebanyakan kursus program Sarjana Undang-undang. Dalam kaedah
ini, perbincangan dilakukan dalam kelas yang melibatkan penyertaan yang aktif daripada pelajar.
Pelajar perlu membuat persediaan awal sebelum datang ke kelas dengan membuat pembacaan
berhubung dengan topik yang akan dibincangkan dalam kelas. Suasana dalam kelas adalah
interaktif. Biasanya di akhir jam kuliah pensyarah akan memberi rumusan tentang perbincangan
pada hari tersebut.

Pembentangan Kertas Seminar

Pelajar perlu menyediakan kertas kerja bagi tajuk tertentu. Penetapan tajuk kertas kerja dilakukan
dengan dua cara iaitu:

i. pensyarah memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih tajuk yang mereka minat
asalkan tajuk tersebut termasuk dalam skop kursus; atau

ii. tajuk ditentukan oleh pensyarah.

Pembentangan biasanya dilakukan di akhir semester di hadapan pensyarah dan pelajar-pelajar yang
lain.

Kajian kes

Pelajar akan diberi satu atau beberapa kes untuk dianalisis dan membincangkannya di dalam kelas.

PBL – pembelajaran berasaskan masalah

Dalam metod pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar akan diberikan soalan / masalah di awal
kuliah. Biasanya pelajar akan diberikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan
soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Oleh itu kaedah aktiviti berkumpulan dan
pembentangan berkumpulan juga diguna pakai dalam PBL ini. Selepas itu, setiap kumpulan akan
diminta untuk membentangkan hasil perbincangan tersebut.

Peperiksaan olok-olok (mock examination)

Terdapat juga kursus yang mengguna pakai kaedah ini. Tujuan peperiksaan olok-olok diadakan
ialah mendedahkan para pelajar kepada situasi peperiksaan. Selain itu, pelajar juga dapat
mengetahui tahap persediaan mereka sebelum peperiksaan. Melalui cara ini ia akan memberi
peluang kepada pelajar untuk memperbaiki lagi persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan.

Projek mini

Hampir kesemua kursus program Sarjana mengkehendaki pelajar menyediakan satu projek mini
mengikut kursus yang diikuti oleh pelajar. Terdapat dua cara penetapan tajuk untuk projek mini:

i. tajuk ditetapkan oleh pensyarah; atau
ii. tajuk dipilih oleh pelajar – pelajar bebas untuk memilih tajuk mereka sendiri asalkan tajuk

tersebut berada dalam skop sesuatu kursus yang diikuti itu.

Pensyarah akan menetapkan masa bila projek itu perlu dihantar. Biasanya komen berhubung
dengan projek ini akan diberitahu kepada pelajar sebelum minggu peperiksaan.

Gabungan antara beberapa metod di atas

Terdapat juga pensyarah yang menggabungkan beberapa kaedah di atas untuk pengajaran dan
pembelajaran kursus mereka. Bagi PBL contohnya, metod pengajaran dan pembelajaran secara
aktiviti berkumpulan dan pembentangan berkumpulan digabungkan.

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam mencapai objektif Program Sarjana Undang-undang di Fakulti Undang-undang, UKM,
terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pensyarah antaranya;

i. Latarbelakang pengajian undang-undang yang berbeza dalam kalangan pelajar.

Masalah ini adalah merupakan cabaran yang paling besar yang perlu diatasi oleh hampir
semua pensyarah yang mengendalikan kursus di peringkat sarjana. Seperti yang dinyatakan di atas,
pelajar-pelajar mempunyai latar belakang pengajian undang-undang yang berbeza, maka sudah
tentu ini memberi kesan dalam pembelajaran mereka di Fakulti undang-undang, UKM. Adalah
besar kemungkinan, pelajar-pelajar yang mempunyai asas undang-undang common law tidak atau
kurang menghadapi masalah dalam memahami subjek yang diajar. Ini berbeza dengan pelajar-
pelajar yang mempunyai latar belakang pengajian yang berteraskan sistem berbeza seperti pelajar
dari Timur Tengah ( Iran, Iraq, Jordan, Sudan), China dan Indonesia, mereka menghadapi
kesukaran dalam memahami subjek yang diajar. Ini adalah kerana sistem yang diguna pakai oleh
pensyarah di Fakulti Undang-undang, UKM adalah sistem common law yang sangat berbeza
dengan sistem pengajian undang-undang di negara mereka.

ii. Masalah penggunaan bahasa.
Seperti sedia maklum, pelajar pelbagai bangsa dari pelbagai negara mempunyai kemahiran bahasa
Inggeris yang berbeza. Bagi kursus yang mempunyai pelajar dari Malaysia, Indonesia dan pelajaran
antarabangsa dari Timur Tengah, kuliah dan perbincangan diadakan dalam bahasa Inggeris. Di
sinilah cabaran timbul dalam proses pembelajaran dan pengajaran apabila pelajar terbabit sangat
kurang kemahiran berbahasa Inggeris sama ada secara komunikasi ataupun menulis. Masalah ini
menimbulkan kesukaran bagi pensyarah memahami apa yang cuba disampaikan oleh pelajar, malah
ada kalanya soalan yang diutarakan tidak dapat difahami dengan jelas oleh pensyarah akibat
penggunaan bahasa yang kurang betul. Pensyarah bukan sahaja menghadapi kemelut untuk
menyampaikan ilmu dengan seefektif mungkin kepada pelajar, tetapi juga terpaksa bergelut bagi
memahami setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh pelajar. Ini bukan sahaja menyukarkan
pensyarah tetapi juga pelajar-pelajar lain yang tidak menghadapi masalah dalam bahasa Inggeris.

Bagi kursus yang hanya terdiri daripada pelajar Malaysia dan Indonesia, biasanya
pensyarah boleh sama ada mengendalikan kelas dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia.
Walaupun masalahnya tidaklah ketara seperti kursus yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris,
pensyarah juga menghadapi kesukaran memahami apa yang diutarakan oleh pelajar dari Indonesia,
terutamanya, jika pensyarah tidak begitu biasa dengan penggunaan perkataan yang lebih
keIndonesiaan daripada keMelayuan.

Kekurangan kemahiran ataupun kefasihan dalam ke dua-dua bahasa ini memberi impak
yang besar bukan sahaja menyebabkan sesuatu kelas tidak dapat dijalankan dengan efisien tetapi
juga pelajar gagal mempersembahkan jawapan yang baik sama ada dalam persembahan dan
penulisan tugasan serta dalam skrip jawapan peperiksaan. Ini menyebabkan pelajar mendapat
markah yang kurang dalam kursus yang diikuti.

iii. Disiplin pelajar .
Secara asasnya, pelajar Sarjana Fakulti Undang-undang, UKM terdiri daripada pelajar sepenuh dan
separuh masa. Bagi pelajar separuh masa, terdapat masalah di kalangan pelajar kategori ini dalam
memberi komitmen kepada pembelajaran. Oleh kerana kesibukan bekerja, pelajar tidak dapat
memberi sepenuh perhatian kepada kursus yang diambil. Antara masalah yang timbul di kalangan

pelajar kategori ini ialah ketidakhadiran yang kerap, kelewatan ke kelas dan kegagalan menyiapkan
tugasan dalam waktu yang ditetapkan.

iv. Bahan bacaan yang terhad.
Terdapat beberapa subjek dalam program Sarjana yang sangat memerlukan rujukan terkini dalam
bidang tersebut. Bahan-bahan ini terutamanya buku dan jurnal agak terhad jumlahnya di
perpustakaan, malah ada kalanya tiada langsung dalam simpanan perpustakaan. Ini menjadi
masalah kepada pelajar terbabit dalam usaha mereka mencari rujukan yang tepat dan terkini.

v. Menyediakan metod pengajaran yang sesuai.
Perbezaan sistem pengajian undang-undang yang dipelajari dan diamalkan oleh pelajar merupakan
cabaran bagi pensyarah dalam mengenal pasti dan mengguna pakai sistem yang paling sesuai.
Pensyarah perlu lebih kreatif bagi memastikan kelompok berbeza di kalangan pelajar dapat
dikendalikan dengan baik dan adil. Ini bukan merupakan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

vi. Keperluan spesifik sesuatu kursus.
Terdapat sebahagian kursus yang memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan asas atau kemahiran
dalam bidang tertentu. Sebagai contoh, kursus UK6144/UK6145 Undang-undang Teknologi
Maklumat memerlukan pelajar sekurang-kurangnya mahir menggunakan komputer dan teknologi
Internet. Walaupun tidak dinafikan dewasa ini ramai pelajar yang tidak mempunyai masalah dalam
penggunaan teknologi komputer dan komunikasi, terdapat sesetengah pelajar yang agak veteran
yang kurang mahir dalam mengguna pakai teknologi ini. Ini merupakan satu lagi halangan dalam
memastikan kursus dijalankan dengan lancar dan efektif.

TRANSFORMASI / PENAMBAHBAIKAN

Melihat kepada cabaran / masalah yang dihadapi oleh para pelajar, beberapa transformasi /
penambahbaikan sedang dan akan dilakukan oleh para pensyarah dan juga pihak pengurusan
program siswazah. Penambahbaikan yang berikut sedang dan akan dilakukan.

Penambahbaikan yang sedang dijalankan

Mengadakan kuliah pengenalan Sistem Perundangan Malaysia dan Sistem Perlembagaan
Malaysia

Kuliah pengenalan Sistem Perundangan Malaysia dan Sistem Perlembagaan Malaysia diadakan
dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar luar negara terutama mereka yang
mempunyai latar belakang sistem undang-undang sivil / civil law system tentang sistem undang-
undang di Malaysia. Ini adalah kerana terdapat perbezaan yang ketara antara sistem common law
yang dianuti oleh Malaysia dengan sistem undang-undang sivil. Sistem common law sangat
bergantung pada keputusan kes mahkamah dalam mendapatkan prinsip undang-undang dan
pentafsiran statut. Binding precedent merupakan ciri penting dalam sistem common law yang mana
keputusan mahkamah yang lebih tinggi mengikat mahkamah yang lebih rendah. Keputusan kes

merupakan sumber undang-undang primer di samping statut. Manakala dalam sistem undang-
undang sivil, keputusan kes mahkamah bukan merupakan sumber primer dan tidak terdapat sistem
binding precedent. Jika pun ada keputusan kes berhubung dengan sesuatu perkara, keputusan
mahkamah tersebut tidak mengikat mahkamah yang lain. Melalui kuliah pengenalan Sistem
Perundangan Malaysia dan Sistem Perlembagaan Malaysia diharapkan pelajar luar negara akan
dapat memahami sistem perundangan dan sistem perlembagaan negara ini bagi membolehkan
mereka memahami apa yang dipelajari semasa kuliah.

Mengadakan kuliah dalam dwibahasa

Bagi menangani masalah pelajar, terutamanya pelajar Indonesia yang tidak dapat memahami kuliah
dalam bahasa Inggeris dengan baik dan pelajar antarabangsa lain yang tidak boleh sama sekali
berbahasa Melayu, terdapat di kalangan pensyarah yang menjalankan kuliah dalam dwibahasa.
Dalam situasi ini, pensyarah mempunyai beban yang lebih berat dan ditakuti keupayaan pensyarah
untuk menyelesaikan silibus kursus akan terjejas.

Mengadakan aktiviti berkumpulan yang menggabungkan pelajar tempatan dan luar negara

Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk membolehkan pelajar tempatan bersama-sama membantu
pelajar luar negara yang tidak begitu arif tentang metod pengajaran dan pembelajaran yang diguna
pakai di samping dapat bersama-sama membantu pelajar luar negara untuk memahami perkara
penting dalam perbincangan.

Menggalakkan pelajar luar negara menjawab beberapa soalan peperiksaan lepas dan
menyerahkan kepada pensyarah kursus

Pelajar luar negara digalakkan untuk mencuba menjawab beberapa soalan lepas dan menyerahkan
kepada pensyarah kursus untuk disemak. Pensyarah akan memberi komen kepada pelajar untuk
diperbaiki. Melalui cara ini, pelajar luar negara akan mendapat gambaran mengenai soalan yang
akan diberikan semasa peperiksaan.

Menunjukkan contoh jawapan / mini projek yang baik kepada pelajar

Metod ini dijalankan agar ia dapat memberi panduan kepada pelajar bagaimana hendak
menghasilkan satu jawapan / satu projek yang baik. Pelajar juga boleh berbincang bersama-sama
dengan pensyarah teknik-teknik untuk menjawab soalan peperiksaan yang betul

Memberikan motivasi kepada pelajar

Bagi program Siswazah Undang-undang, para pelajar akan diletakkan di bawah penasihat akademik
yang dilantik oleh Fakulti. Penasihat akademik ini berperanan untuk menasihati pelajar berhubung
dengan masalah akademik yang dihadapi oleh pelajar. Dalam keadaan tertentu, penasihat akademik
ini juga berperanan untuk memberikan motivasi kepada pelajar.

Penambahbaikan yang akan dijalankan

Bengkel teknik pembacaan kes

Hasil daripada pertemuan dengan pelajar luar negara mendapati bahawa mereka tidak arif untuk
membaca kes. Mereka tidak tahu di mana fakta kesnya, di mana isunya, di mana keputusannya dan
sebagainya. Mereka merasakan adalah perlu untuk diadakan satu bengkel untuk mengajar mereka
cara membaca kes dengan betul. Lantaran itu, pihak pengurusan siswazah bercadang untuk
mengadakan bengkel pada awal semester depan (semester 2, 2009/2010).

Bengkel teknik menjawab soalan

Terdapat rungutan daripada para pensyarah yang mengatakan bahawa jawapan daripada pelajar
antarabangsa amat lemah sekali. Mereka tidak memberikan autoriti yang relevan bagi menyokong
hujah-hujah mereka. Dalam sistem common law yang diamalkan di Malaysia, hujah-hujah yang
dikemukakan perlu disokong dengan autoriti yang relevan sama ada keputusan kes atau peruntukan
statut. Bagi pelajar dari negara yang mengamalkan sistem civil law, amalan ini tidak menjadi suatu
kebiasaan.

KESIMPULAN

Fakulti Undang-undang sentiasa berusaha mengambil langkah-langkah perlu untuk memperbaiki
lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran program Sarjana Undang-undang. Melalui penyelidikan
tindakan ini diharapkan akan dapat menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
efektif.

PENGAJARAN MENDALAM (DEEP TEACHING) DAN KEANTARABANGSAAN
PELAJAR: KE ARAH PENGALAMAN BILIK KULIAH YANG MENGAMBARKAN

REALITI DUNIA DALAM KURSUS SARJANA UNDANG-UNDANG

Rohimi Shapiee
Rahmah Ismail
Nazura Abdul Manap
Fakulti Undang-Undang

UKM

ABSTRAK

Kertas ini membincangkan dapatan berterusan penyelidikan yang menggunakan metod
penyelidkan tindakan, pengajaran mendalam, dan gabungan beberapa metod penyampaian
pengajaran untuk menjawab dua persoalan penyelidikan: Bagaimana saya mewujudkan suasana
dan pengalaman bilik seminar (kuliah) bagi mencerminkan dunia realiti bagi pelajar-pelajar yang
datang dari pelbagai Negara membangun/Islam? Dan kedua; Bagaimana saya boleh
mengalakkan pelajar supaya lebih bertanggung jawab ke atas pembelajaran dan hasil kerja
mereka sendiri? Kursus yang dipilih bagi menjalankan kajian adalah kursus undang-undang
antarabangsa di peringkat sarjana, yang banyak dari kandungannya adalah bersifat ‘kritikan’ dan
analisis mendalam ke atas undang-undang. Pengalaman semester sebelumnya digunakan sebagai
titik penanda bagi dibuat penambahbaikan ke atas penyampaian, aktiviti pembelajaran dan
penilaian supaya matlamat pengajaran mendalam dan pembentukan profesionalisme pelajar
pelbagai latarbelakang dari segi sistem undang-undang, persediaan, sikap, dan tahap pemikiran
tercapai. Dapatan dan rumusan akhir kajian berpotensi untuk menjadi panduan bagi
penambahbaikan untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bilik seminar yang reflektif dan
mengamalkan amalan terbaik.

PENGENALAN

Projek penyelidikan tindakan yang menjadi asas kepada kertas ini masih di awal proses
perlaksanaannya. Buat masa ini kertas ini akan memberi perhatian kepada latarbelakang asas
permasalahan kajian, iaitu kepentingan bagi dikenal pasti fokus dan pendekatan pengajian subjek
undang-undang antarabangsa berdasarkan kepada keperluan profesyen (pelajar); kepentingan
bidang pengajian kepada negara dunia Islam/membangun; dan, masalah kelayakan dan keupayaan
pelajar sebagai asas kepada penguasaan kemahiran yang cuba diterapkan di dalam kursus-kursus
yang dikenal pasti, iaitu subjek undang-undang antarabangsa. Ini dilakukan berdasarkan kepada
sumber-sumber kualitatif dari kajian kepustakaan dan pengalaman pengajaran subjek undang-
undang ekonomi antarabangsa dan undang-undang antarabangsa dan dunia ketiga bagi dua semester
yang lepas.

PROGRAM SARJANA UNDANG-UNDANG (LLM)15

Di kebanyakan negara hanya ijazah sarjanamuda undang-undang (LLB16 atau JD17) yang
melayakkan seseorang didaftarkan sebagai peguam professional. Pelajar undang-undang dan ahli
professional selalunya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana bagi memperolehi kemahiran
khusus di bidang undang-undang, misalnya di bidang undang-undang komersan atau undang-
undang antarabangsa. Banyak firma guaman, terutamanya di negara maju yang mengutamakan
calon peguam yang mempunyai ijazah sarjana kerana ia menunjukkan bahawa peguam tersebut
telah memperolehi latihan lanjutan di bidang undang-undang dan telah membuat pengkhususan, dan
ini melayakkan seseorang itu untuk bekerja dalam suasana perundangan yang bersifat multinasional
dan lebih mencabar.18

Keperluan graduasi bagi ijazah sarjana undang-undang (LLM) berbeza di antara institusi
dengan institusi yang lain, bergantung kepada model dan pendekatan yang dipakai oleh universiti
masing-masing. Sesetengah program adalah berorientasikan penyelidikan yang memerlukan pelajar
menyiapkan tesis, manakala yang lain hanya setakat menawarkan sebilangan mata kursus yang
perlu diambil oleh pelajar bagi menyempurnakan pengajian. Ada di antara program sarjana yang
menyepadukan kursus dengan penyelidikan. Pengajian separuh masa juga kadangkala ditawarkan
bagi membolehkan ahli professional yang bekerja sepenuh masa mengikuti program sarjana.
Program sarjana undang-undang Fakulti Undang-Undang, UKM mengamalkan model di atas, iaitu
mempunyai trek tesis sahaja, tesis dan kerja kursus dan kerja kurusus sahaja.19 Sungguhpun begitu
buat masa ini, tiada program LLM khusus yang ditawarkan tetapi hanya satu program yang umum
sahaja yang ditawarkan.

LATARBELAKANG DAN KELAYAKAN PELAJAR YANG MENDAFTAR

15 Latin - Legum Magister, yang bermaksud Master of Laws atau Sarjana Undang-Undang. Dalam Bahasa
Latin, kata ganda bagi sesuatu perkataan dibentuk dengan menggunakan singkatan melalui pengulangan
huruf sebanyak dua kali. Justeru, “LL.” Adalah singkatan untuk Legum yang bermakna “laws” atau “undang-
undang”. Legum adalah kata ganda tetap bagi perkataan Latin, lex, yang bermaksud suatu “undang-undang
khusus.”

16 Latin - Legum Baccalaureus (Bachelor of Laws atau Sarjana Muda Undang-Undang).

17 Juris doctor, or doctor of Jurisprudence, yang disingkatkan kepada J.D., adalah ijazah yang selalunya
dikeluarkan oleh sekolah-sekolah undang-undang di Amerika Syarikat.

18 LLM Guide, What is LLM? At: http://www.llm-guide.com/what-is-an-llm

19 Panduan Siswazah Fakulti Undang-Undang, UKM, Sesi Akademik 2009-2010, hlm 31.

Kajian ini hanya mengkhusus kepada kursus undang-undang antarabangsa. Untuk dua semester
yang lepas, dua kursus undang-undang antarabangsa yang dikendalikan oleh penyelidik mendapat
sambutan mengalakkan dari pelajar antarabangsa dan juga tempatan. Antara sebab mengapa ia
mendapat sambutan pelajar luar negara kerana ia dipandang lebih bermanfaat dari segi kegunaan
untuk profesyen berbanding kursus-kursus yang khusus menekankan undang-undang domestik
(Malaysia). Tambahan, dalam sistem pendidikan undang-undang berasaskan sistem sivil
‘continental’ yang kebiasaannya diikuti oleh majoriti pelajar luar negara di UKM,20 kursus-kursus
undang-undang antarabangsa adalah diberi penekanan, tidak seperti sistem pengajian undang-
undang di Malaysia.

Di semester kedua sesi 2008/2009, untuk kursus Undang-Undang Ekonomi Antarabangsa
(UK 6254), 17 pelajar mendaftar dan dari tujuh belas ini, sembilan adalah pelajar luar negara,
manakala lapan adalah pelajar tempatan. Dari sembilan pelajar luar negara, lapan adalah dari
Indonesia dan seorang dari Iran. Manakala bagi kursus Undang-Undang Antarabangsa dan Dunia
Ketiga (UK 6174), dari 24 pelajar yang mengikuti kursus, 12 adalah pelajar tempatan manakala 12
adalah pelajar antarabangsa. Di kalangan pelajar antarabangsa majoritinya adalah dari Indonesia
iaitu seramai 6 orang, 4 dari Iran, seorang dari Iraq dan seorang dari Sudan.

Manakala, di semester pertama sesi 2009/2010, untuk kursus Undang-Undang Ekonomi
Antarabangsa (UK 6254), seramai 16 mendaftar (seorang tarik diri kerana masalah kesihatan) dan
dari 15 yang kekal, 6 adalah pelajar tempatan, 9 pelajar luar Negara, iaitu 4 dari Indonesia, 3 dari
Iran, seorang dari Iraq dan seorang dari Nigeria. Manakala bagi kursus Undang-Undang
Antarabangsa dan Dunia Ketiga (UK 6174), dari 17 pelajar yang mengikuti kursus, 5 adalah pelajar
tempatan dan 12 adalah dari luar Negara. Di kalangan pelajar luar negara, bilangan teramai adalah
dari Indonesia, iaitu 10 orang diikuti oleh Iran seorang dan Iraq seorang.

Kebanyakan pelajar luar Negara mempunyai pengalaman mempelajari kursus-kursus
undang-undang antarabangsa di negara masing-masing di peringkat ijazah sarjanamuda.21 Ada di
kalangan pelajar tempatan yang tiada pengalaman ini. Walaupun begitu, keupayaan Bahasa Inggeris
di kalangan pelajar asing, terutamanya dari Indonesia dan Negara Arab dan juga sebahagian yang
datang dari Iran adalah agak lemah. Ini membataskan keupayaan mereka untuk memahami teks
yang kadangkala agak sukar dan juga untuk mereka melibatkan secara aktif di dalam perbincangan.

20 Majoriti adalah dari Indonesia dan Iran yang mengamalkan system undang-undang sivil.

21 Contohnya, Fakultas Hukum Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia mewajibkan 3 kursus undang-
undang antarabangsa sebagai Wajib Fakulti. Disamping wajib fakulti, Padjadjaran menawarkan 7
pengkhususan seperti perdata, Alam sekitar, Ekonomi, Undnag-Undang Antarabangsa, Petadbiran,
Perlembagaan dan Pidana. Bagi setiap pengkhususan akan ada sekurang-kurangnya satu lagi tambahan
kursus undang-undang antarabangsa. Lihat, Petunjuk Penyelenggaraan Program Pendidikan, Fakultas
Humum, Universitas Padjadjaran, bandung, 2005.

Kadangkala, penyelidik membenarkan mereka berbicara dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Indonesia disamping bahasa Inggeris untuk mengalakkan perbincangan.

BIDANG PENGAJIAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

Undang-undang antarabangsa moden muncul dan menjadi penting apabila ia berperanan dalam
membantu menangani konflik di antara Negara. Ini adalah kerana peraturan atau undang-undang
boleh mewujudkan keaturan dan membantu mengurangkan konflik yang biasanya menyebabkan
kerosakan. Undang-undang antarabangsa terbentuk berasaskan beberapa sumber. Pertama, ia
seringkali terhasil akibat daripada perjanjian antarabangsa atau triti antara negara. Triti adalah
sumber terpenting undang-undang antarabangsa dan juga menjadi asas kepada kewujudan
pertubuhan antara-kerajaan (intergovernmental organizations (IGOs), yang juga sebenarnya
menjadi penghasil penting sumber undang-undang antarabangsa pada hari ini. Kedua, amalan adat
yang telah berkembang buat suatu jangka waktu dan seringnya dikodifikasikan sebagai undang-
undang. Ketiga, prinsip umum undang-undang yang dikongsi bersama oleh sebahagian besar negara
boleh juga menjadi sebahagian daripada korpus undang-undang antarabangsa. Akhir sekali,
undang-undang antarabangsa boleh terhasil akibat daripada perbahasan sarjana undang-undang
antarabangsa. Dalam banyak keadaan, pendapat mereka diterima oleh pemimpin politik apabila ia
menyentuh isu-isu teknikal mengenai undang-undang.

Kewujudan undang-undang antarabangsa tidak bermakna bahawa konflik akan menjadi
lebih mudah diselesaikan. Sebaliknya, undang-undang kini menjadi terlalu menyeluruh dan
mengekang, dan sebaliknya ia semakin menjadi sumber kepada perbalahan. Negara berpengaruh
tidak bersedia untuk dibataskan keupayaan mereka untuk bertindak balas terhadap ancaman. Pada
waktu yang sama, negara membangun melihat sebahagian besar undang-undang antarabangsa
dihasilkan tanpa input mereka, terutamanya kerana disebabkan oleh apa yang dikatakan sebagai
defisit demokrasi di dalam pertubuhan antara-kerajaan (IGOs), yang pada hari ini menjadi pusat
utama bagi dirundingkan penghasilan undang-undang baru.

Contohnya, walaupun Negara membangun mewakili 75 peratus keahlian di dalam
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan dari segi teori akan semakin berupaya untuk
mempengaruhi arah tuju perundingan yang biasa didominasi oleh negara maju, tetapi sebaliknya
yang berlaku. Disebalik beroperasi atas sistem satu negara satu undi dan mekanisme sebulat suara
(consensus) yang dikatakan member perhatian kepada hak yang saksama, realiti perundingan dan
cara membuat keputusan yang berlaku adalah amat kompleks dan sentiasa tertakluk kepada
percaturan kuasa politik dan ekonomi. Kesannya, dalam banyak keadaan negara membangun perlu
bertindak secara sepakat bagi memperolehi suara yang mencukupi – dan sesetengah negara menjadi
hilang suara langsung jikalau tidak bersepakat dengan negara lain. Justeru, walaupun keanggotaan
dan aktiviti mereka dalam WTO semakin meningkat, mereka masih berasa dikesampingkan dan

menghadapi masalah dalam menghubungkaitkan agenda pembangunan mereka dengan perundingan
perdagangan multilateral.22

Sejak era kemerdekaan lagi, ‘international rule of law’ telah berkembang dengan pesat
sekali. Sejak beberapa dekad yang lalu masyarakat antarabangsa menyaksikan kelahiran sejumlah
badan kehakiaman antarabangsa, samaada di peringkat serantau maupun global. Tidak kurang
daripada 16 badan sedemikian pada masa kini aktif dalam bidang-bidang - dari undang-undang
antarbangsa umum sehinggalah kepada hak asasi manusia, perdagangan, undang-undang laut, dan
undang-undang jenayah antarabangsa. Badan-badan ini telah menghasilkan sejumlah besar
penghakiman, pendapat nasihat (advisory opinions), arahan, dan waran dan sebagainya. Disamping
badan-badan kehakiman ini, terdapat tidak kurang daripada 70 institusi antarabangsa lain yang
melaksanakan fungsi kehakiman dan separa-kehakiman. Perubahan di atas juga memperlihatkan
dalam beberapa dekad yang lalu peningkatan ketara dalam penggunaan badan/tribunal penyelesaian
pertikaian antarabangsa sedia ada oleh negara membangun. Prosedur penyelesaian pertikaian
terutamanya dalam Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Pertubuhan Perdagangan
Antarabangsa (WTO) memperlihatkan peningkatan aktiviti yang diakibatkan oleh penglibatan
negara-negara selatan.23 Perkembangan ini dilihat sebagai suatu yang positif dan menjadi bukti
tentang pandangan bahawa badan-badan ini mendatangkan kebaikan kepada anggotanya yang lebih
luas.24

BEBERAPA PERMASALAHAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA BAGI DUNIA
ISLAM/MEMBANGUN

Perbezaan ketara di antara undang-undang domestik dengan undang-undang antarabangsa ialah
undang-undang antarabangsa selalunya kurang dari segi mekanisme penguatkuasaan. Tiada
kerajaan yang akan menguatkuasakan undang-undang, seperti mana dalam sitem domestik. Begitu
juga undang-undang antarabangsa dalam banyak keadaan adalah juga punca kepada konflik
disamping menjadi punca penyelesaian. Dalam hubungannya dengan negara kuasa besar, ia selalu
tidak akan dapat dikuatkuasakan melainkan negara tersebut melihat ianya adalah selari dengan
kepentingannya. Tambahan pula perbezaan di antara budaya menyebabkan tafsiran dan
perlaksanaannya kerap menjadi sukar. Satu persoalan lain ialah samada undang-undang
antarabangsa boleh dianggap sebagai undang-undang jika ia tidak dipindahkan menjadi undang-
undang domestik di mana terdapat lebih kemungkinan yang ia akan dikuatkuasakan.

22 Sonia E. Rolland, Developing Country Coalitions at the WTO: In Search of Legal Support, 48 HARV. INT'L L.J. 2
(2007).

23 Kes yang dirujukkan ke Badan Penyelesaian Pertikaian telah kini mencecah angka 400. Lihat, Press release:
http://www.wto.org/english/news_e/pres09_e/pr578_e.htm

24 Cesare P.R. Romano, International Justice and Developing Countries: A Quantitative Analysis, The Law
and Practice of International Courts and Tribunals, 1: 367–399, di 369 (2002).

Disebalik semua ini, undang-undang antarabangsa pada umumnya diikuti dan dihormati.
Sebahagiannya, mungkin kerana ia disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia, tetapi juga kerana
sebahagian besar undang-undang antarabangsa diasaskan di atas amalan adat. Undang-undang
anatarabangsa boleh dikuatkuasakan oleh negara melalui tindakan sepihak (unilateral) jikalau itu
berada di dalam kepentingan negara tersebut atau melalui tindakan multilateral jika kesepakatan
yang cukup wujud. Timbal balas juga boleh memainkan peranan, di mana faedah di bidang lain
boleh diperolehi melalui pematuhan undang-undang. Disamping usaha-usaha ad hoc untuk
menguatkuasakan undang-undang, berapa mahkamah formal juga telah ditubuhkan bagi tujuan
tersebut.

Negara maju membina dan memiliki kepakaran yang tinggi dalam segenap bidang undang-
undang antarabangsa. Mereka memahami kepentingan untuk mewujudkan pakar-pakar bagi
memenuhi keperluan di sektor swasta dan awam. Dalam segenap pasukan yang dihantar untuk
berunding bagi memelihara kepentingan antarabangsa mereka, akan terdapat peguam undang-
undang antarabangsa yang mencukupi bagi membantu mencapai matlamat mereka. Justeru, segenap
penglibatan mereka menunjukkan keberkesanan dari segi pemeliharaan kepentingan awam dan
swasta dalam hal-hal politik, ekonomi dan strategik.

Secara umumnya dirasakan bahawa berlaku ketidakendahan di kalangan peguam-peguam
di dunia Islam/membangun mengenai betapa pentingnya peranan dan pengaruh undang-undang
antarabangsa ke atas masyarakat setempat. Sekelompok bidang undang-undang antarabangsa secara
langsung mempengaruhi kandungan undang-undang domestik di sektor-sektor kritikal yang turut
melibatkan pembuatan keputusan oleh kerajaan yang berdaulat, seperti isu keselamatan, pelaburan
asing, teknologi, perdagangan barangan dan perkhidmatan, polisi keewangan (monetary), alam
sekitar dan buruh. Lantaran, Negara-negara maju sejak dua dekad yang lalu berusaha mewujudkan
instrumen undang-undang bagi mengekalkan monopoli mereka dalam aspek keselamatan dunia,
dan membebaskan modal dan keusahawanan antarabangsa dari halangan tempat dan masa. Kuasa
veto dipaksakan ke atas Majlis Keselamatan, dan beratus-ratus perjanjian dwi-pihak bagi
melindungi pelaburan, penubuhan Agensi Jaminan Pelaburan Multilateral, Garis Panduan Bank
Dunia Mengenai Pelaburan Asing, Perjanjian Tindakan Pelaburan Berkait Perdagangan, Perjanjian
mengenai Aspek Harta Intelek berkait Perdagangan, Perjanjian Umum Mengenai Perdagangan
Perkhidmatan, dan syarat-syarat yang dikenakan IMF adalah langkah-langkah ke arah mencapai
perkara tersebut.25

Ini jelas apabila kebanyakan undang-undang berkaitan keselamatan sejagat dihasilkan oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan Majlis Keselamatan dipastikan memiliki pengaruh
terbesar bagi mempengaruhi hala tuju undang-undang tersebut. Dalam konteks ekonomi pula,
berlaku usaha negara maju untuk memasukkan persoalan perdagangan dan pelaburan di dalam

25 B.S. Chimni, Lawyers for International Justice, International law Forum, at:
http://www.swaraj.org/multiversit y/internationallaw.htm

agenda Perundingan Perdagangan Pusingan Doha. Di permukaannya, perjanjian atau peraturan di
bawah undang-undang antarabangsa dari segi teorinya telah diterima secara sukarela oleh setiap
negara membangun. Sungguh pun begitu, penerimaan mereka adalah sukarela dari segi resminya
sahaja. Seringkalinya negara membangun tiada pilihan lain dan terpaksa menerima dan
melaksanakan peraturan-peraturan tersebut (contohnya, persyaratan yang dikenakan oleh IMF).
Dalam keadaan lain negara-negara membangun didorong supaya menerima sesuatu regim
perundangan. Ini berlaku berkaitan dengan penyertaan mereka ke dalam Pertubuhan Perdagangan
Dunia setelah dijanjikan dengan pelbagai manfaat yang bakal diperolehi jikalau mereka menerima
mekanisme penerimaan tunggal (single undertaking), dan dengan itu mereka dikenakan pelbagai
tekanan ekonomi dan politik untuk menerima satu perjanjian yang tidak saksama. Kadangkala pula,
elit pimpinan negara dunia membangun secara sukarela bersekongkol dengan negara Barat tanpa
berunding dan memikirkan nasib yang bakal ditanggung oleh rakyat mereka. Undang-undang
perdagangan bukan sahaja menekan dari segi liberalisasi tetapi kini pula dikaitkan dengan aspek-
aspek sampingan seperti standard, harta intelek, alam sekitar dan hak asasi manusia yang
memerlukan kemahiran tinggi di kalangan peguam negara membangun bagi bertindak balas
terhadap politik baru ini.

Jika pun berlaku pemglibatan peguam-peguam negara membangun/Islam dalam forum
antarabangsa, kebanyakannya memperlihatkan kurang berlakunya pemikiran kritikal di kalangan
mereka. Seringkali di kalangan peguam negara membangun, tiada kemahiran teknikal yang
mencukupi bagi mereka mengambil faedah dari sistem yang ada, misalnya sistem penyelsaian
pertikaian di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan WTO. Sikap ini mengkin dapat dijelaskan
berdasarkan dua sebab utama. Pertama, tiada tradisi penyelidikan dan amalan yang luas di bidang
undang-undang antarabangsa yang kukuh wujud. Kedua, sistem pembelajaran undang-undang yang
ada gagal untuk secara berkesan mengaitkan hubungan penting di antara undang-undang
antarabangsa dengan undang-undang domestik. Dan ketiga, pembelajaran subjek undang-undang
antarabangsa gagal melampaui stereotaip Barat dengan mendedahkan prinsip dan konsep
melampaui tafsiran dan skop kepentingan Barat.

Justeru, wujud keperluan bahawa undang-undang antarabngsa perlu dipelajari secara
kritikal dan menjadi bindang amalan ramai peguam-peguam di negara membangun/Islam. Satu
rangkaian global bagi menghubung peguam-peguam ini perlu diwujudkan bagi digagaskan
penolakan ke atas undang-undang antarabngsa yang tidak adil. Rangkain dunia ini akan
memudahkan penglibatan dan membawa peguam-peguam untuk terlibat di dalam kajian-kajian
sistematik dalam menyuarakan bantahan kepada undang-undang dan institusi antarabangsa semasa
yang tidak menghiraukan kepentingan negara dunia membangun/Islam. Pergerakan ini haruslah
bersifat ilmiah dan diplomasi yang memberi penekanan kepada hujah-hujah logika dan
mengamalkan nilai-nilai demokratik yang mementingkan keharmonian, persefahaman dan tolak
ansur bukan sahaja konfrontasi seperti yang biasa menjadi amalan di Barat.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENDALAM YANG MENCERMIN DUNIA REALITI

Kajian ini menfokus kepada dua kursus undang-undang antarabangsa yang diajar di peringkat
sarjana. Iaitu kursus undang-undang ekonomi antarabangsa dan undang-undang antarabangsa dan
dunia ketiga seperti di atas. Deskripsi tentang apa yang dimaksudkan sebagai pengalaman kelas
pembelajaran yang mengambarkan realiti dunia, memberi penekanan kepada bagaimana dicorak
struktur, matlamat pedagogi dan falsafah pengajian bagi mewujudkan pemikiran mendalam atau
kritikal di kalangan pelajar. Ia perlu memberi peluang kepada pelajar untuk membentuk kefahaman
komprehensif mengenai peranan dan status negara dalam sistem antara-negara dan sistem sejagat,
dalam konteks undang-undang antarabangsa baerdasarkan kepelbagaian rantau, budaya dan ras.

Pengalaman Kelas Pembelajaran Mengambarkan Realiti Dunia Secara Mendalam perlu
melibatkan gabungan beberapa jenis aktiviti termasuk perbincangan, lawatan ke tempat-tempat
berunsurkan perundangan yang penting seperti yang menfokuskan secara khusus terhadap isu
keadilan sosial, begitu juga penglibatan pensyarah jemputan di kalangan sarjana-sarjana (termasuk
dari FUU, UKM sendiri), peguam, hakim, penjawat awam atau aktivis keadilan sosial.

KURSUS UNDANG-UNDANG EKONOMI ANTARABANGSA

Ini telah dimulakan apabila penyelidik menjemput peguam di Jabatan Peguam Negara memberi
kuliah dalam topik tertentu dalam kursus undang-undang ekonomi antarabangsa. Perancangan
dibuat untuk membawa aktivis dan peguam dalam bidang-bidang alam sekitar (WWF),
kesukarelaan (Mercy) dan pedagangan (MITI) untuk mendedahkan pelajar kepada suasana sebenar
pemakaian undang-undang antarabangsa. Mereka juga akan dibawa melawat ke tempat-tempat yang
ada kaitan dengan perlaksanaan undang-undang ekonomi antarabangsa bagi mencapai tujuan yang
sama. Kes-kes yang ada kaitan dengan negara dari mana datangnya pelajar diberi perhatian khusus
supaya minat dan kepentingan kursus dapat ditimbulkan dengan lebih mendalam. Misalnya, isu-isu
mengapa Iran dan Sudan belum dapat menyertai WTO dan mengapa Malaysia terpaksa
mengenakan halangan ekspot secara sendiri ke atas ekspot udang dan makanan laut ke Kesatuan
Eropah diketengahkan.

Bagi kursus ini, sebilangan pelajar terpaksa bekerja lebih gigih kerana mereka terpaksa
memahami isu-isu dan konsep ekonomi sebagai asas bagi memahami undang-undang di sektor
ekonomi yang khusus. Kursus dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu: perdagangan barangan dan
perkhidmatan, hubungan matwang dan kewangan dunia dan kerjasama pembagunan.

KURSUS UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DAN DUNIA KETIGA

Isu yang dibincangkan di dalam kelas/seminar bagi kursus ini adalah komponen-komponen
teoretikal bagi topik-topik penting aspek undang-undang antarbangsa awam dalam hubungannya
dengan Dunia Ketiga. Isu-isu tersebut adalah seperti sejarah dan fenomena kemunculan bidang
pengajian undang-undang antarabangsa yang dikatakan berpusatkan Barat atau bermodelkan sistem
Westphalia; keamanan dan keselamatan antarabangsa; ekonomi, alam sekitar dan pembangunan
antarabangsa; hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa; pelarian (refugee) dan imigran;

penyelesaian pertikaian antarabangsa dan sebagainya. Pakar dan pengamal dari agensi kerajaan dan
bukan kerajaan akan dijemput untuk terlibat dalam perbincangan bagi mendedahkan pelajar kepada
suasana amalan sebenar di lapangan mengenai isu-isu tersebut. Tetapi oleh kerana kursus ini
bersifat agak umum dan tidak terfokus kepada aspek khusus undang-undang antarabangsa awam,
beberapa fokus sahaja akan dipilih dan ini pun tertakluk kepada masa dan sumber kewangan yang
ada.

Contohnya, apabila topik khusus dikaji, misalnya hak asasi manusia, pelajar akan dibawa
meneliti triti-triti hak asasi manusia, institusi terlibat, dan mekanisme penguatkuasaan dengan
menerokai teori, doktrin, dan institusi yang penting kepada regim undang-undang hak asasi manusia
dengan dikaitkan dengan suasana amalan sebenar. Kumpulan pakar dan pengamal undang-undang
hak asasi manusia, terutamanya dari badan antarabangsa bukan kerajaan dirancang untuk dipanggil
bagi mendedahkan pelajar kepada pengalaman di lapangan mengenai undang-undang hak asasi
antarabangsa.

Secara umumnya, sudah semestinya jika pelajar diberi peluang untuk ditempatkan
(placement) di lapangan bersama-sama dengan organisasi bukan kerajaan yang sedang
melaksanakan aktiviti, atau yang membawa kes di mahkamah/tribunal atau melakukan penyiasatan
bagi melindungi dan mempromosi aspek-aspek undang-undang antarabangsa boleh memberikan
imput praktikal sebagai tambahan kepada komponen teori dan perbincangan isu yang dilakukan di
dalam kelas. Ini dapat mendedahkan pelajar kepada gabungan dan kompleksiti isu-isu di era
globalisasi yang saling berkait antara perdagangan, pembangunan, pemeliharaan alam sekitar,
demokrasi, hak asasi manusia, konflik awam dan intervensi kemanusiaan, keadilan dan
kebertanggunjawapan terhadap kekejaman lampau, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan
dan genosid, hak wanita, kanak-kanak dan golongan minoriti dan isu berkaitan dengan pelarian,
migrant dan pemerdagangan manusia. Namun, perlaksanaannya belum dapat dilakukan secara
menyeluruh kerana isu-isu kewangan dan logistik masih belum dapat diselesaikan dan memerlukan
perancangan yang lebih teliti dilakukan.

Berbeza dengan kursus undang-undang ekonomi antarabangsa, kursus ini mempunyai
hambatan yang besar kerana ia amat bersifat umum iaitu, pengkajian undang-undang antarabangsa
awam secara topikal. Ia tidak memberi perhatian kepada suatu topik khusus di bawah undang
antarabangsa seperti ekonomi dan pembangunan atau hak asasi manusia atau kemanusiaan
antarabangsa. Jikalau ia lebih khusus, maka penekanan aspek klinikal undang-undang dapat diberi
perhatian. Justeru, ia tidak dapat mendedahkan pelajar mengenai kompleksiti suatu aspek khusus
undang-undang antarabangsa secara menyeluruh dan menyediakan sekelompok ahli professional
bagi menyumbang kepada perkembangan bidang khusus tersebut di negara masing-masing dan di
peringkat antarabangsa. Walaupun begitu, matlamat kursus tetap tercapai kerana sifat kursus
memang ingkin mendedahkan isu-isu di atas secara umum.

RUMUSAN

Memandangkan kajian masih di peringkat awal, penyelidik hanya berpaya memikirkan semula
pengalaman pengajaran dua semester yang lepas dan membuat perancangan bagi dilakukan
perubahan dan percubaan baru bagi melihat keberkesanan penyampaian. Dari sini jelas
pengkhususan kepada suatu bidang undang-undang antarabangsa akan menjadi lebih berkesan dari
aspek pengalaman kelas yang mengambarkan realiti dunia. Pengkhususan akan membolehkan
pelajar memperolehi ilmu yang khusus dan kemahiran undang-undang yang selaras dengan
keperluan amalan di bidang undang-undang tersebut. Ia akan menjadi mantap lagi jika pelajar
ditempatkan di firma-firma guaman dan dengan mahkamah/tribunal yang membicarakan kes-kes
dibidang tersebut. Penempatan tersebut pula diselia oleh seorang penyelia bagi memastikan semua
asaingmen diarahkan bagi mencapai matlamat program. Di sekolah undang-undang di negara maju,
kepelbagaian pendekatan pengajaran sebegini memang sudah lama dilakukan dan mendapat
sambutan yang mengalakan.

PEMBANGUNAN MODEL E-LATIHAN HIBRID BERMAKNA: APLIKASI
PERMODELAN PERSAMAAN BERSTRUKTUR

Rosseni Din1, Mohamad Shanudin Zakaria2, Khairul Anwar Mastor3,
Norizan Abdul Razak4 & Siti Rahayah Ariffin5.
Fakulti Pendidikan 1, 5
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 2
Pusat Pengajian Umum 3
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 1, 5
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membangun dan mengesahkan model dan instrumen yang mengandungi tiga
bahagian iaitu (i) pembelajaran bermakna, (ii) e-latihan hibrid dan (iii) stail pembelajaran.
Kebolehpercayaan dan kesahan kandungan instrumen didapati mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi dan sah untuk mengukur program e-latihan hibrid. Data dipungut dari 213 orang jurulatih
ICT dan dianalisis menggunakan ujian pengesahan faktor dengan perisian AMOS 7.0 bagi
memperoleh tiga model pengukuran dengan padanan terbaik. Dapatan utama menunjukkan
kesahan model pengukuran untuk e-latihan hibrid, pembelajaran bermakna dan gaya pembelajaran
di samping dapatan empirikal berkaitan pertalian yang kuat antara e-latihan hibrid dengan
pembelajaran bermakna; pertalian positif antara gaya pembelajaran dengan e-latihan hibrid dan
pertalian negatif antara gaya pembelajaran dengan pembelajaran bermakna.

PENGENALAN

E-Latihan secara hibrid menyediakan misi yang jelas ke arah mencapai perubahan strategik dalam
pendidikan melalui pendidikan sepanjang hayat dan pembentukan masyarakat berilmu. Fenomena
ini telah membuka jalan bagi kebanyakan institusi pengajian tinggi untuk memperakukan, memberi
dana, mereka bentuk malah menyampaikan terus pendidikan alternatif atau program pembangunan
professional. Pembelajaran Berasaskan Web merupakan salah satu program yang banyak
dilaksanakan di pelbagai institusi latihan dan pengajian tinggi di mana pengajar boleh
mengembangkan profesionalisme mereka melalui pemerolehan pengetahuan secara terus mahupun
secara tersirat. Pengenalan e-latihan di Malaysia merupakan satu pengorakan langkah yang besar
tetapi harus diterajui sebagai satu pelaburan yang menjanjikan pulangan terhadap produktiviti
tenaga kerja masa depan. Sungguh pun begitu, tinjauan rapi terhadap beberapa program baru e-
latihan secara hibrid menunjukkan wujud lompang di antara teknologi yang berkembang pesat ini
dengan model-model pedagogi yang bersesuaian bagi menjamin kualiti latihan. Justeru, kajian ini
bertujuan untuk mereka bentuk, membina, mengimplementasi dan menguji satu sistem bagi

menghasilkan model 2-peringkat e-latihan hibrid bermakna. Kerangka kerja awal model ini telah
memandu pembinaan instrumen kajian.

Tujuan utama kajian adalah untuk membina sebuah model e-latihan hibrid yang bermakna
untuk pelajar-pelajar yang mempunyai gaya belajar yang berbeza. Secara khusus, objektif kajian
adalah untuk (1) menguji secara empirikal, kebarangkalian wujud: (a) model 5-faktor bagi e-latihan
hibrid, (b) model 5-faktor bagi e-latihan bermakna dan (c) model 6-faktor bagi gaya pembelajaran;
(2) untuk mengenalpasti jika (a) e-latihan hibrid mempengaruhi e-latihan bermakna. (b) gaya
pembelajaran mempengaruhi e-latihan hibrid dan (c) terdapat pertalian antara gaya pembelajaran
pilihan (LSP), e-latihan hibrid (HiTs) dan e-latihan bermakna (MeT).

ISU BERKAITAN KEPERLUAN PENERAPAN STRATEGI E-LATIHAN HIBRID

Dengan kepesatan ekonomi berasaskan pengurusan pengetahuan, pembelajaran sepanjang hayat
sebagai batu asas pembinaan masyarakat berpengetahuan telah menjadi satu keperluan yang
mendesak. Ini adalah kerana sumber manusia akan terus-menerus berusaha mengemaskini
pengetahuan dan kemahiran untuk sentiasa berada di barisan hadapan dalam saingan ekonomi
global masa kini (Sharifah Hapsah 2003). Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) menyediakan
struktur bagi merealisasikan pembelajaran sepanjang hayat kerana dalam program ini, pelajar akan
dimudahcara dalam memilih satu laluan pembelajaran yang paling tepat dengan diri dan kebolehan
sendiri (Sharifah Hapsah 2003, 2004). Ini boleh dilaksanakan melalui kaedah pembelajaran projek
berorientasikan masalah yang diaplikasikan dalam kajian ini dengan strategi pembelajaran hibrid.
Pelaksanaan kaedah ini adalah selari dengan respon terhadap usaha mewujudkan budaya akademik
untuk menghasilkan pelajar berkualiti yang memiliki kompetensi dari aspek kemahiran generik,
akademik, dan atribut afektif di samping kemahiran teknikal dan professional.

Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor dan Rektor Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
(2006) telah merangka empat statategi untuk mewujudkan budaya akademik yang dicita-citakan
iaitu melalui (i) staf akademik yang kompeten dan professional, (ii) penyediaan kemudahan yang
kondusif, (iii) pelaksanaan kurikulum terkini dan relevan merangkumi kaedah yang dipelbagaikan
serta (iv) inisiatif untuk memperbaiki dan memantau indikator kunci pencapaian (KPI). Tiada
kerangka atau model khusus yang disediakan untuk pelaksanaan strategi ketiga walaupun pelbagai
inisiatif telah dilaksanakan oleh Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan lain-lain pusat pembangunan professional pelbagai institusi pengajian tinggi di
Malaysia. Pelaksanaan strategi kedua merupakan satu proses berterusan di UKM di mana pelbagai
kemudahan diwujudkan, disenggarakan dan dinaiktaraf samada melalui pelunjuran tahunan,
pelunjuran jangka panjang mahupun berdasarkan keperluan dengan menggunakan peruntukan one-
off. Bagi strategi ketiga, semua warga akademik perlu melaksanakan strategi masing-masing untuk
melonjak mencapai visi bersama universiti iaitu untuk mewujudkan budaya akademik setara
piawaian antarabangsa dalam masa yang sama mampu mendidik dan membangunkan insan pelajar
secara holistik.

Selain strategi yang digariskan sebelum ini, masyarakat umumnya telah menerima
hakikat bahawa kewujudan infrastruktur ICT membolehkan pelaksanaan e-pembelajaran atau e-
latihan samada secara keseluruhan mahupun secara hibrid dijayakan dengan baik. Pendekatan
hibrid yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pengajaran dan pembelajaran menggunakan
teknologi dalam talian yang dipelbagaikan dengan kaedah pembelajaran kendiri dan pembelajaran
konvensional secara bersemuka. Walaupun teknologi mampu mengurangkan kos pentadbiran
universiti dan memberi kemudahan kepada pelajar, namun para akademik merasa tidak cukup
sekiranya program e-latihan ini tidak dapat menghasilkan pelajar yang mampu berhujah
menggunakan pemikiran aras tinggi bagi menyelesaikan masalah yang autentik dalam dunia
pekerjaan sebenar. Sekiranya ini tidak dapat dihasilkan, maka menurut Govindasamy (2002) serta
Jonassen, Peck dan Wilson (1999), pelaksanaan program e-latihan atau e-pembelajaran itu tidak
dapat menghasilkan nilai yang cukup baik. Justeru, dalam proses perancangan strategik untuk
melaksanakan program e-latihan atau menambah nilai apa yang telah tersedia, fokus kita tidak
harus berkisar tentang bagaimana teknologi tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak universiti
misalnya SPIN di UKM telah digunakan oleh semua staf akademik dan pelajarnya. Sebaliknya,
fokus utama kita seharusnya perlulah terhadap aspek emosi, rohani, kognitif dan sosial pelajar dan
pengajar bagi tujuan pemerolehan ilmu yang bermanfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan apa jua teknologi yang mampu menjadi mangkin kearah pencapaian matlamat
tersebut sesuai dengan gaya belajar dan mengajar mereka yang terlibat. Bagi memenuhi lompang
penyelidikan dalam pelaksanaan stategi pembelajaran menggunakan teknologi ini, kertas kerja ini
akan membincangkan sedikit tentang dapatan kajian yang menjurus kepada pembinaan model e-
latihan hibrid yang bermakna. Pelaksanaan kajian ini adalah berlandaskan teori pembelajaran
andragogi menggunakan kaedah projek berorientasikan masalah untuk mencapai matlamat bersama
bagi pencapaian pembelajaran bermakna dalam kalangan pelajar yang pelbagai dari aspek gaya
pembelajaran pilihan.

ASAL USULAN MODEL E-LATIHAN HIBRID

Kerangka model e-latihan hibrid (HiT) yang dibangunkan dalam kajian ini adalah berasal dari
sebuah model yang telah berjaya dibangun dan digunakan dengan meluas di Kanada. Model asal
yang dinamakan Demand-Driven Learning Model (DDLM) yang dihasilkan oleh MacDonald et al.
(2001) mengandungi alat pengukuran untuk mereka bentuk dan menilai sistem, kursus, program
atau modul dalam talian (MacDonald et al. 2002). Pembangunan DDLM melibatkan kolaborasi
antara ahli akademik dan pakar-pakar dari sektor komersial dan industri awam serta swasta. Proses
pembangunan model tersebut adalah berlandaskan matlamat kebolehgunaan dan keterkininian.
Deraf awal model DDLM melibatkan organisasi nasional dan antarabangsa yang disegani di
Kanada, antaranya termasuk Nortel Networks, Alcatel, Lucent Technologies, Cisco Systems,
Arthur D. Little Business School, Learnsoft Corporation, Lucent Corporation, dan KGMP
Consulting Services (Breithaupt and MacDonald 2003). Kumpulan pakar ini mewakili sampel
stakeholder paling berpengaruh dan inovatif bagi bidang teknologi dalam talian dan pendidikan di

Kanada. Kumpulan pakar yang dipilih telah memberi maklumbalas yang menggalakkan serta
menunjukkan minat yang mendalam terhadap pelaksanaan DDLM dan alat pengukurannya dalam
operasi organisasi masing-masing. DDLM adalah satu model pembelajaran berasaskan web yang
direka bentuk untuk golongan dewasa khususnya pelajar yang bekerja untuk menyara hidup dan
pengajian mereka. Model tersebut dikonsepsualisasikan oleh 5 konstruk iaitu Struktur, Kandungan,
Penyampaian, Perkhidmatan dan Hasil.

Matlamat pembelajaran menggunakan model DDLM adalah untuk menghasilkan satu
struktur pembelajaran yang baik. Struktur yang baik dilihat sebagai satu piawaian berkualiti tinggi
yang hanya boleh dicapai oleh program dalam talian yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Pencapaian kriteria ini boleh diunjurkan melalui nilaian kecemerlangan kandungan, penyampaian,
perkhidmatan dan hasil yang diperoleh dari pengalaman mengikuti sesuatu program menggunakan
teknologi yang diukur bagi tujuan pembelajaran. Hubungan dinamik antara konstruk-konstruk
DDLM boleh digambarkan seperti dalam Rajah 1. Kandungan yang berkualiti dalam model ini
didefinisikan sebagai kandungan yang komprehensif, autentik atau berlandaskan keperluan
pengguna dan berasaskan penyelidikan. Penyampaian yang berkualiti pula didefinisikan sebagai
penyampaian yang benar-benar mengambilkira perkakasan yang tinggi kebolehgunaan dan
interaktivitinya manakala perkhidmatan menyediakan kemudahan pembelajaran dari aspek sumber
pembelajaran, pentadbiran serta sokongan teknikal yang diperlukan. Perkhidmatan sebegini
disokong oleh staf yang berkemahiran dengan sifat empati, responsif dan mudah diakses. Program
yang berkualiti tinggi pula memberi hasil pembelajaran yang berguna dan bermanfaat terhadap
pembangunan modal insan pelajar dengan kos yang rendah kepada penganjur atau organisasi yang
mebiaya pelajar. Penerbitan serta penyebaran maklumat daripada dapatan kajian berlandaskan
DDLM menyumbang kepada teori dan praktis maka penilaian berterusan akan memastikan
ketekalan dan kesahan struktur piawaian yang disarankan. Implikasi evolusi definisi operasional
bagi komponen-komponen yang terlibat dalam DDLM ialah keperluan mengadaptasi model dan
kursus atau program, justeru usaha kearah penilaian program haruslah mengambilkira pengukuran
hasil pembelajaran khusus kepada program yang sedang dinilai (MacDonald et al. 2001). Maka
yang demikian, kajian ini menggunakan satu model pelaksanaan dan pengukuran yang telah
diadaptasi mengikut keperluan lokaliti dengan berlandaskan model DDLM.

KAEDAH KAJIAN

Kerangka awal model asal telah memandu pembangunan sistem dan instrumen kajian. Instrumen
kajian terdiri daripada tiga bahagian utama tidak termasuk bahagian demografi, yang mengukur (i)
pembelajaran bermakna, (ii) e-latihan hibrid dan (iii) stail pembelajaran. Kebolehpercayaan
instrumen menggunakan ujian Alpha Cronbach dan Model Rasch (Jadual 1) menunjukkan
instrumen mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ujian kebolehpercayaan serta pengesahan
pakar isi kandungan menunjukkan instrumen kajian sah untuk mengukur program e-latihan hibrid
bermakna. Data kajian diperoleh dari 213 pelatih guru yang bakal menjadi jurulatih ICT dalam
pendidikan. Mereka merupakan pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan UKM. Data kajian telah diuji

dengan ujian confirmatory factor analysis menggunakan AMOS 7.0 untuk memperoleh tiga model
pengukuran yang sah dan paling sepadan dengan data. Seterusnya, analisis permodelan persamaan
berstruktur dilaksanakan untuk memperoleh model e-latihan hibrid bermakna.

RAJAH 1: Model DDLM (Mac Donald et al. 2001)

JADUAL 1: Kebolehpercayaan Responden dan Item: Konstruk MeT, HiT dan LSP

Maklumat Statistik Konstruk MeT Konstruk HiT Konstruk

LSP

a. Kebolehpercayaan .86 .97 .85

responden

b. Kebolehpercayaan item .87 (α=.88)* .97 (α=.93)* .94

(α=.93)*

* Koefisien kebolehpercayaan alfa menggunakan ujian kebolehpercayaan Cronbach

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini akan memaparkan dapatan analisis berkaitan data demografi diikuti dapatan dari
analisis permodelan persamaan berstruktur seperti berikut:
1) Taburan responden mengikut pilihan gaya pembelajaran utama adalah seperti berikut: (i)

visual - 37.7% (n=80), (ii) berkumpulan - 25.8% (n=55), (iii) individu - 13.6% (n=29), (iv)
auditori - 12.2% (n=26), (v) kinestetik - 8% (n=16) dan (vi) taktail - 2.8% (n=6). Dapatan

menunjukkan majoriti responden adalah pelajar yang mengutamakan gaya pembelajaran visual
dan kumpulan.
2) Kajian berjaya mengesahkan konstruk pengukuran e-latihan hibrid seperti yang diusulkan iaitu
kandungan, penyampaian, perkhidmatan, hasil dan struktur (McDonald et al. 2001). Model 5-
dimensi ini menjana data dengan padanan yang baik walaupun responden adalah dari pelbagai
budaya dan negara.
3) Kajian berjaya mengesahkan konstruk pembelajaran bermakna seperti yang diusulkan iaitu
kooeperatif, bertujuan, konstruktif, aktif dan autentik (Jonassen, Peck and Wilson (1999).
Model 5-dimensi ini menjana data dengan padanan yang baik walaupun responden adalah dari
pelbagai budaya dan negara.
4) Kajian berjaya mengesahkan 5 dari 6 konstruk pengukuran gaya pembelajaran (Dunn dan Dunn
1978, 1979, 1993; Rosmidah 2008; Reid 1978, 1984) seperti yang diusulkan iaitu visual,
auditori, kinestetik, taktual dan kumpulan. Konstruk individu tidak menepati kriteria yang
ditetapkan sepenuhnya maka tidak diambilkira sebagai salah satu dimensi untuk model yang
diuji dalam kajian ini. Model 5-dimensi ini didapati dapat menjana data dengan padanan yang
lebih baik berbanding model usulan 6-dimensi apabila dilaksanakan dengan sampel kajian ini
yang terdiri daripada responden dari pelbagai budaya dan negara Asia.
5) Terdapat hubungan dan pengaruh positif yang kuat antara e-latihan hibrid dengan pembelajaran
bermakna.
6) Terdapat hubungan dan pengaruh yang positif antara gaya pembelajaran dengan e-latihan
hibrid. Dalam kata lain, semakin pelbagai gaya pembelajaran yang boleh diamalkan oleh
pelajar, pembelajaran secara hibrid menjadi semakin bermanfaat.
7) Terdapat hubungan yang negatif antara gaya pembelajaran dengan pembelajaran bermakna.
Dalam kata lain, semakin kurang kebergantungan pelajar terhadap satu-satu gaya pembelajaran
yang biasa diamalkannya, pembelajaran akan menjadi semakin bermakna (Felder 1995; Reid
1987). Kajian lanjutan berkaitan moderating mediator perlu dilaksanakan untuk memahami
dengan lebih lanjut tentang fenomena dapatan kajian ini.

Rajah 2 menunjukkan padanan yang baik apabila ketiga-tiga model pengukuran ini diuji
untuk memperoleh model berstruktur. Statistik menunjukkan semua parameter boleh diterima
(semua kecuali satu > .7 iaitu dari .52 hingga .95). nilai CFI = .94 dan TLI = .93 (> dari kriteria
penerimaan iaitu .9) begitu juga nilai RMSEA = .08 (setara dengan nilai yg ditetapkan untuk
padanan yang baik iaitu < .08; kriteria yang ditentukan dalam kajian ini ialah RMSEA <.08 untuk
padanan yang baik dan menolak nilai yg lebih dari .1 (Hair et al. 2006)). Normed chi-square (χ2)
yang diperoleh iaitu 2.471 untuk padanan yang baik juga telah diperoleh (Kriteria yang ditetapkan
dalam kajian ini < 3). Indeks padanan dalam ujian terakhir menunjukkan ujian gagal menolak
model hipotesis. Maka itu, kajian ini menerima model akhir seperti dalam Rajah 2 sebagai model
persamaan berstruktur bagi e-latihan hibrid bermakna yang sah. Semua objektif kajian dapat
dijawab (HiT (model 5-dimensi) mempengaruhi MeT (model 5-dimensi); LSP (model baru 5-
dimensi) mempengaruhi HiT dan LSP mempengaruhi MeT).

Normed Chi-Square 2.394
RMSEA .081
CFI .945
TLI .929
p .000

e15 content e17 e16
deliver MeT
.37 .79 coop e1
.80 .51 .62 e2
e14 .52 e3
.84 HiTs .49 e4 -.95
-.25 e13 .75 inten e5
struc
.43 e12 .84
.87
e11 const
serv .89 .15 -.25
.84
outcm
.95 activ

authen

.75 .67 LSP

.84

audio visual kines tactil Group

e10 e9 e8 e7 e6

.57

Rajah 2: Dapatan akhir menunjukkan struktur pertalian antara HiT, MeT dan LSP

PENUTUP

Aplikasi e-latihan hibrid di peringkat pengajian tinggi bergantung kepada banyak faktor
terutamanya berkaitan perlaksanaannnya. Dalam kajian ini sebuah model yang mengesahkan 5
konstruk untuk e-latihan hibrid telah dihasilkan. Seterusnya model lengkap yang melibatkan gaya
pembelajaran dan pembelajaran bermakna diuji serentak dengan model pengukuran e-latihan hibrid.
Dapatan menunjukkan terdapat pertalian antara ketiga-tiga model pengukuran tersebut yang
mempunyai implikasi terhadap teori, pelatih, jurulatih, staf akademik, pereka bentuk dan
pembangun sistem pengurusan pengetahuan untuk mencapai matlamat pembelajaran bermakna.

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Prof. Mohamad Sahari Nordin, Dekan Pusat
Pengurusan Penyelidikan IIUM; Dr. Norlide Abu Kassim dan Dr. Tunku Badariah Tunku Ahmad
dari Institut Pendidikan IIUM; Dr. Igusti Darmawan dari Adelaide University; Dr. Nur Riza Suradi
dan rakan-rakan dari DELTA, UKM; Dr. Haniza Yon, Ketua Jabatan Pusat Psikometriks dan
Pembelajaran, MIMOS; dan Dr. Karuthan Chinna, President SPSS Malaysia yang juga pensyarah
di UiTM atas segala bantuan dan perkongsian ilmu berkaitan RASCH, SEM dan psikometrik
moden semasa kajian ini dilaksanakan. Sekalung penghargaan kepada UKM dan kerajaan Malaysia
yang telah membiaya penyelidikan ini melalui dana universiti penyelidikan (UKM-GUP-TMK-08-

03-308). Semoga dapatan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan rakyat Malaysia
khususnya warga UKM.

RUJUKAN

Breithaupt, K. & MacDonald , C. J. 2003. Quality standards for e-learning: Cross validation study
of the Demand-Driven Learning Model (DDLM). Testing International. 13(1), 8-12.

Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor dan Rektor Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. 2006.
Strategi dan Piawaian Pengajaran dan Pembelajaran IPTA.

Dunn, R., Dunn, K. & Price, G. E. 1979. Identifying individual learning styles. In J. Keefe (Ed.).
Student learning styles: Diagnosing and prescribing programs. Reston, VA: National
Association of Secondary School Principals.

Dunn, R. & Dunn, K. 1978. Teaching students through their individual learning styles- a practical
approach. Boston: Reston Publishing Company Inc.

Dunn, R. & Dunn, K. 1993. Teaching secondary students through their individual learning styles.
Boston: Allyn and Bacon.

Govindasamy, T. 2002. Successful implementation of e-learning: pedagogical considerations.
Internet and Higher Education. 4, 287-299.

Hair, J.F., Black, W.C., Babin, B.J., Anderson, R.E. & Tatham, R.L. 2006. Multivariate data
analysis. 6th Ed. Upper Sadle, New Jersey: Pearson.

Jonassen, D.H., Peck, K.L. & Wilson B.G. 1999. Learning with technology: A Constructivist
Perspective. NJ: Merrill Prentice Hall.

MacDonald, C. J., Breithaupt, K., Stodel, E., Farres, L. & Gabriel, M. A. 2002. Evaluation of web-
based educational programs: a pilot study of the demand-driven learning
model. International Journal of Testing , 2(1), 35 – 61.

MacDonald, C. J., Stodel, E., Farres, L., Breithaupt, K. & Gabriel, M. A. 2001. The Demand
Driven Learning Model: A framework for web-based learning. The Internet and Higher
Education, 1(4), 9-30.

Reid, J. 1984. Perceptual learning style preference questionaire. [Online]. Retrieved December
12th , 2006 from http://lookingahead.hienle.com/filing/l-styles.htm.

Reid, J. 1987. The learning style preferenses of ESL students. TESOL Quarterly 21(1), 87-111.

Reid, J. 1984. Perceptual learning style preference questionaire. [Dalam talian]. Dicapai
12.12.2006 dari http://lookingahead.hienle.com/filing/l-styles.htm.

Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. 2003. The development of a Malaysian Qualifications
Framework (MQF). Ad-hoc Inter Agency Meeting. Kementerian Pendidikan Malaysia, 6
November.

Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. 2004. The development of a Malaysian Qualifications
Framework (MQF). Kementerian Pendidikan Malaysia.

KELEMAHAN PENULISAN PELAJAR INDONESIA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA (UKM)

DALAM KURSUS KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Rusdi Abdullah
Azlan Ahmad
Md. Suhada Kadar

ABSTRAK

Penyelidikan ini mengkaji dan mengenal pasti kelemahan para pelajar Indonesia di UKM dalam
kemahiran penulisan bahasa Melayu. Dalam tugas penulisan kemahiran bahasa Melayu, sebahagian
besar pelajar tidak menunjukkan tahap kemahiran bahasa Melayu yang sepatutnya dikuasai oleh
pelajar pascasiswazah yang berasal dari negara yang menggunakan bahasa Melayu (Indonesia)
sebagai bahasa kebangsaan yang hanya ada sedikit perbezaan dengan bahasa Melayu Malaysia.
Secara keseluruhan, ada tugas penulisan pelajar sukar difahami kerana terdapat banyak kesalahan
bahasa seperti kesalahan ejaan, pemilihan kata yang tidak tepat, penggunaan kata yang tidak lazim,
kesalahan tatabahasa, struktur ayat yang salah dan lain-lain. Oleh itu, penyelidikan ini hendak
menggolongkan kesalahan dan cuba mencari jawapan mengapa kelemahan tersebut berlaku dengan
cara mengenal pasti apakah kelemahan pelajar semasa menulis dalam bahasa Melayu. Analisis
kesalahan bahasa terhadap skrip ujian penulisan pelajar bertujuan untuk melihat pengetahuan
pelajar menggunakan bahasa Melayu Malaysia dan melihat penguasaan gaya bahasa penulisan
pelajar. Tugas penulisan ini juga bertujuan untuk melihat kesalahan-kesalahan bahasa yang
dilakukan oleh pelajar.

PENGENALAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan pelajar supaya langkah-langkah
penambahbaikan kursus ZZZM1053 dan ZZZM1063 (Bahasa Melayu Untuk Keperluan Akademik
I dan II) dapat dilakukan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam tugasan penulisan berbahasa
Melayu. Pelajar Indonesia merupakan fokus utama kursus kemahiran bahasa Melayu kerana
terdapat sekurang-kurangnya 95 peratus pelajar dari Indonesia yang mengambil kedua-dua kursus
tersebut pada setiap semester. Penambahbaikan kursus akan dapat membantu kumpulan pelajar
tersebut memahami dan meningkatkan kemahiran berbahasa dan penulisan mereka.

Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti apakah bentuk kesalahan terbanyak
yang dilakukan oleh pelajar semasa menulis dalam bahasa Melayu dan mengenal pasti apakah
kesukaran pelajar semasa menulis dalam bahasa Melayu. Fokus penyelidikan adalah untuk
mendapatkan jawapan mengapa pelajar Indonesia lemah dalam kemahiran bahasa Melayu dalam
kedua-dua kursus yang ditawarkan.

Kajian ini sangat penting kerana pelajar dari Indonesia merupakan golongan terbesar yang
sedang belajar di UKM pada peringkat prasiswazah dan pascasiswazah (Pusat Pengajian Siswazah,
UKM 2008). Bilangan ini akan bertambah kerana Malaysia merupakan pilihan utama pelajar
Indonesia yang hendak belajar di negara luar yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Bilangan pelajar dari Indonesia bertambah dari semester ke semester menyebabkan
kemahiran berbahasa yang baik akan memberi banyak manfaat kepada pelajar khasnya dan UKM
secara umumnya. Kajian ini juga akan dapat membantu penambahbaikan kursus kemahiran bahasa
untuk meningkatkan kecekapan pelajar Indonesia dalam penulisan ilmiah selama belajar di UKM.

TIGA PERSOALAN PENYELIDIKAN

1. KELEMAHAN PELAJAR DALAM KEMAHIRAN BAHASA

2. PUNCA KELEMAHAN PELAJAR DALAM KEMAHIRAN BAHASA

3. BAGAIMANA HENDAK MENAMBAH BAIK PRESTASI PELAJAR

Ketiga-tiga persoalan ini merupakan kunci utama untuk mendapatkan satu bentuk
pengajaran yang sesuai dan bahan pengajaran yang bermutu untuk membantu pelajar memahirkan
diri dalam kemahiran penulisan.

PERNYATAAN MASALAH

Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berasal daripada bahasa yang sama, Walaupun begitu lama
kelamaan kedua-dua bahasa semakin berbeza dalam aspek tatabahasa Melayu, sosiolinguistik
(kesopanan bahasa, neka bahasa dan ragam bahasa), kata-kata sapaan sosial dan akademik, pilihan
kata yang tepat, ejaan dan, kata-kata yang tabu digunakan dalam komunikasi bahasa. Pengguna
bahasa Indonesia masih berpendapat bahawa bahasa Indonesia dan bahasa Melayu adalah sama dan
mereka tidak akan menghadapi apa-apa masalah dalam berkomunikasi.

Pelajar Indonesia yang menyambung pengajian di Malaysia khususnya di UKM tidak
membuat apa-apa persedian bahasa sehingga satu kejutan bahasa berlaku pada awal semester
mereka belajar di UKM. Para pelajar juga berpendapat bahawa kemahiran berbahasa Melayu bukan

perkara yang sangat penting berbanding pengetahuan mereka dalam bidang ilmu yang mereka
pelajari di UKM. Sikap ini menyebabkan mereka tidak mempunyai keterampilan bahasa dalam
penyampaian ilmu. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak sedar bahawa mereka telah melakukan
banyak kesalahan semasa menulis sehingga banyak tugasan akademik dalam bentuk tulisan mereka
tidak difahami atau mengelirukan para pensyarah dan rakan-rakan mereka dari Malaysia.

Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis sangat penting untuk menguasai
satu-satu bahasa. Kemahiran bertutur dan menulis merupakan kemahiran yang diperlukan untuk
menyampaikan pendapat, isi hati atau perasaan. Kemahiran mendengar dan membaca pula ialah
kemahiran yang diperlukan untuk menerima luahan isi hati atau memahami fikiran seseorang dalam
satu-satu komunikasi bahasa. Pelajar mesti menguasai kemahiran penulisan untuk membolehkan
mereka mahir menyampaikan hujah, pendapat dan daya cipta pemikiran mereka dan lain-lain dalam
bentuk tulisan.

Sebahagian pelajar melakukan pelbagai kesalahan bahasa secara berulang. Antara
kelemahan dan kesalahan bahasa yang ketara ialah penyebutan kata, ejaan, pemilihan kata,
tatabahasa, struktur ayat dan kesopanan bahasa (kata sapaan). Mereka juga tidak mengetahui
bahawa secara umum bahasa Melayu Malaysia (BMM) boleh dibezakan dengan bahasa Indonesia
(BI) berdasarkan empat kategori perbezaan dalam penggunaannya. Kategori-kategori tersebut ialah
seperti berikut:

Kategori I: Rujukan (makna) yang sama tetapi kata berbeza. Contohnya:

(BMM) - (BI)
basikal - sepeda
kasut - sepatu
kereta - mobil
pemutar skru - obeng
tayar – ban

Kategori II: Kata dan makna yang sama tetapi ada perbezaan bunyi. Contohnya:

(BMM) - (BI)
bahawa - bahwa
beza - beda
erti - arti
isteri - istri
khuatir – khawatir

Kategori III: Kata yang sama tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Contohnya:

1. Punggung dalam Melayu Malaysia bermaksud bahagian tubuh badan di bawah
pinggang, di atas pangkal peha. Dalam bahasa Indonesia punggung bermaksud bahagian
belakang badan, iaitu di bawah tengkuk hingga di atas pinggang.
2. Kata mesra dalam bahasa Melayu Malaysia bermaksud satu hubungan yang akrab dan
baik antara seseorang dengan seorang yang lain. Dalam bahasa Indonesia kata mesra
bermaksud satu hubungan kasih sayang antara pasangan suami isteri.
3. Kata lumayan dalam bahasa Melayu Malaysia dikaitkan dengan keadaan yang serba
banyak atau berlebih-lebihan dalam pemilikan sesuatu seperti wang, harta dan lain-lain.
Dalam bahasa Indonesia pula, kata lumayan digunakan untuk menunjukkan maksud
pemilikan sesuatu dalam kadar yang sederhana sahaja.

Kategori IV: Ungkapan yang berbeza tetapi sama maksudnya. Contohnya:

Tiket pergi balik (BBM) – tiket pulang pergi (BI).
Lebih kurang (BMM) – kurang lebih (BI).
Timbul tenggelam (BMM) – tenggelam timbul (BI)
Ulang kaji (BMM) – kaji ulang (BI)

REFLEKSI KAJIAN

Pelajar banyak melakukan kesalahan dalam ayat. Kesalahan tersebut merangkumi kesalahan seperti
kesalahan ejaan(KE), kesalahan kata sendi nama (KKSN), kesalahan pemilihan perkataan (KPP),
kesalahan struktur ayat (KSA), Kesalahan Huruf Besar Kecil (KHBK), kesalahan imbuhan (KI),
kesalahan tanda baca (KTB), Kata Tidak Lengkap (KTL), dan lain-lain. Contohnya adalah seperti
berikut:

1. Kuala Lumpur Pusat Bandar (KPP) Malaysia. ada (KPP) satu tempat yang saya suka ialah
(KKSN) menara petronas (KHBK) kerana menara petronas (KHBK) tempatnya strategis
(KPP) dan di lengkapi (KKI) dengan taman taman (KTB) bermain (KKI) untuk Budak-
budak (KPP).

Ayat cadangan: Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia. Terdapat satu tempat yang saya
suka iaitu Menara Petronas kerana Menara Petronas tempatnya strategik dan dilengkapi
dengan taman-taman permainan untuk kanak-kanak.

2. Budak (KPP) saya kalau saya ajak (KKI) bermain (KPPP) ke menara (KTL) pasti yang
paling suka bermain di tempat berenang tersebut. Kerana (KKI) budak bisa (KPP) main
air bebas, selesa dan tidak bagus (KPP).

Ayat cadangan: Anak saya kalau saya mengajaknya bersiar-siar ke Menara Petronas, pasti
aktiviti yang paling disukainya ialah berenang di tempat tersebut. Ini kerana anak saya
boleh bebas bermain air dan tempatnya yang selesa.

3. Di Malaysia, juga ada 14 Negeri KHBK), dan masing-masing (KPP) negeri mempunyai
ciri-ciri khas tersendiri tetapi bersatu. Dan (KKSN) menjadi satu Negeri (KHBK) iaitu
Negeri (KPP) Malaysia.

Ayat Cadangan: Di Malaysia, terdapat 14 buah negeri dan setiap negeri mempunyai ciri-
ciri khas tersendiri dan bersatu di bawah satu negara iaitu Malaysia.

4. Misalnya pada masa kita ke tandas, hormati atau permisi (KPP) kepada penjaga tandas
awam, setelah selesai semestinya tandas di bersihkan (KKI) dan kalau (KPP) di minta
(KKI) ongkos (KPP), berikan kepada penjaganya.

Ayat cadangan: Misalnya pada masa kita ke tandas, hormati atau minta kebenaran kepada
penjaga tandas awam tersebut. Setelah selesai digunakan, semestinya tandas itu dibersihkan
dan sekiranya diminta bayaran, maka berikanlah kepada penjaga tandas berkenaan.

KAJIAN PUSTAKA

Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis sangat penting untuk menguasai satu-satu
bahasa. Kemahiran bertutur dan menulis merupakan kemahiran yang diperlukan untuk
menyampaikan pendapat, isi hati atau perasaan. Kemahiran mendengar dan membaca pula ialah
kemahiran yang diperlukan untuk menerima luahan isi hati atau memahami fikiran seseorang dalam
satu-satu komunikasi bahasa.

Azman Wan Chik ( 1994) membahagikan bahasa kepada dua bahagian iaitu bahasa lisan
dan bahasa tulisan yang disampaikan secara bercakap dan diterima secara mendengar. Manakala
bahasa tulisan disampaikan dengan cara menulis atau mengarang bahasa dengan menggunakan
simbol atau aksara dan diterima dengan membaca. Oleh yang demikian setiap orang yang ingin
menguasai empat aspek kemahiran bahasa iaitu mendengar (dan memahami), bertutur, membaca
dan menulis. Penekanan kepada kemahiran menulis sangat penting kerana kemahiran menulis
merupakan satu kemahiran yang paling kompleks. Seseorang belum dapat dikatakan mahir dalam
satu-satu bahasa jika belum dapat menulis dalam bahasa tersebut dengan baik.

Chaedar Alwasilah (1995) berpendapat bahawa walau di manapun satu-satu bahasa
digunakan, akan berlaku masalah ketidakfahaman. Hal ini disebabkan berlakunya ketidaklancaran
dalam komunikasi. Oleh itu tujuan dan matlamat untuk komunikasi tidak akan tercapai. Ini
disebabkan oleh makna kata yang digunakan oleh penutur daripada tempat yang berlainan biasanya
berbeza pula. Makna kata ditetap dan disepakati oleh pengguna bahasa dalam lingkungan tertentu.

Tidak menjadi sesuatu yang ganjil apabila satu kata yang sama tetapi berbeza maknanya di dua atau
lebih tempat yang berbeza.

Menurut Asmah Hj Omar (1979), istilah bahasa untuk kedua-dua bahasa Melayu Malaysia
dan bahasa Indonesia dan beliau mengatakan kedua-dua bahasa sepatutnya dirujuk sebagai dialek
atau loghat. Hal ini disebabkan bahasa Indonesia berkembang daripada bahasa Melayu Riau.
Perbezaan yang berlaku kepada kedua-dua bahasa tersebut berpunca daripada arus perkembangan
antara kedua-dua bahasa.

Dalam kajian lain, Asmah Hj (2002) menyatakan bahawa terdapat tembok bahasa yang
memisahkan bahasa Malaysia dengan bahasa Indonesia sehingga berlaku semakin banyak
kesalafahaman antara kedua-dua pengguna bahasa. Penyimpangan ini digerakkan oleh laluan
sosiopolitik, perkembangan budaya hidup dan lingkungan kaum yang berbeza.

Dari sejarah budaya, Malaysia dan Indonesia mengalami pengaruh Hindu dan Islam tetapi
bahasa Melayu lebih banyak dipengeruhi oleh bahasa Arab berbanding bahasa Indonesia yang lebih
dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Inilah merupakan salah satu daripada punca yang menyebabkan
kedua-dua bahasa mengalami perbezaan. Asmah juga berpendapat bahawa bahasa Indonesia banyak
dipengaruhi oleh budaya suku kaum bumiputeranya yang mencorakkan perkembangan bahasa
tersebut. Hal ini berbeza keadaannya di Malaysia disebabkan kurangnya pengaruh bahasa Cina dan
India yang kerana kedua-dua kaum itu lebih banyak terlibat dengan peladangan dan ekonomi
bukannya bahasa dan budaya. Oleh yang demikian bahasa Melayu lebih banyak mendapat pengaruh
daripada dialek-dialeknya sendiri apabila semakin banyak kata-kata dialek tempatan dibakukan.

Mohd Afif Abidin (1998) menyatakan bahawa bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
merupakan bahasa mempunyai kekerabatan tetapi kemudiannya sedikit demi sedikit mengalami
beberapa perbezaan dalam pola sintaksis kedua-dua bahasa. Perubahan yang membawa kepada
perbezaan ini berpunca daripada kecenderungan pengguna bahasa kedua-dua bahasa yang
cenderung menunjukkan perbezaan masing sebagai satu jati diri bangsa.

Nor Hashimah Jalaluddin dan Halimah Ahmad (2005) menyatakan bahawa terdapat
perbezaan istilah yang digunakan dalam bidang ilmu di kedua-dua negara walaupun kedua-duanya
menganggotai MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Indonesia Malaysia) yang antara lain menggubal
istilah akademik untuk kegunaan bersama. Kajian ini telah melebelkan perbezaan-perbezaan kedua-
dua bahasa sebagai telus, konflik (samar-samar) dan legap.

Kategori telus ialah ungkapan dan perkataan yang terdiri daripada kata-kata pinjaman
bahasa Inggeris yang kemudiannya ditrasliterasikan ke dalam bahasa Melayu Malaysia dan
Indonesia. Contohnya majoriti – majoritas, minoriti – minoritas dan lain-lain. Kategori
konflik/samar ialah ungkapan dan perkataan yang kelihatan sama dari segi bentuk dan ejaan tetapi
mempunyai makna yang bebeza dalam kedua-dua bahasa. Contohnya kata lewat dalam bahasa
Melayu Malaysia bermakna lambat tetapi lewat dalam bahasa Indonesia bermaksud melalui dan
lain-lain. Kategori legap ialah kata-kata yang tidak dapat difahami oleh pengguna bahasa Melayu

Malaysia. Perkataan ini termasuk perkataan yang tidak pernah didengar, menggunakan singkatan
kata yang dicipta sendiri oleh pengguna bahasa. Contohnya kata kata bahasa Indonesia gratis
bermaksud percuma, ganteng bermaksud kacak dan lain-lain.

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan berdasarkan teori konstruktivisme sosial (Vygotsky 1978) yang berkaitan
dengan dua strategi yang dipilih iaiatu strategi latih pimpin (coaching) dan tunjuk ajar. Kedua-dua
strategi ini memerlukan kumpulan pelajar yang lebih kecil, sentiasa berlaku interaksi sosial sesama
rakan sebaya dan dengan pengajar bahasa. Proses bimbingan berlaku secara terus dan proses tunjuk
cara, pengajar akan menggunakan model bahan tulisan yang baik.

Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan para pelajar Indonesia di UKM yang mengikuti kursus ZZZM1053
Bahasa Melayu untuk Keperluan Akademik I pada Semester I, Sesi 2009-2010 dan pelajar
ZZZM1063 Bahasa Melayu untuk Keperluan Akademik II pada Semester II, Sesi 2009-2010.
Bidang kemahiran yang dikaji hanya melibatkan kajian tentang kemahiran menulis dalam bahasa
Melayu Malaysia.

Sampel Kajian

Sampel dipilih secara diagnostik yang terdiri daripada pelajar Indonesia di UKM yang sedang
mengikuti program diploma siswazah, sarjana dan doktor falsafah. Pelajar ialah pelajar yang
mengikuti kursus kemahiran bahasa Melayu secara berurutan iaitu ZZZM1053 pada Semester I dan
ZZZM1063 pada Semester II, Sesi 2009-2010. Sampel pelajar akan dipilih secara rawak daripada
kumpulan yang berkenaan.

Kaedah Kajian

Kajian tindakan ini dijalankan berdasarkan teori konsturktivisme sosial (Vygotsky, 1978) yang
berkaitan dengan dua strategi yang dipilih iaitu: strategi coaching (latih pimpin) dan tunjuk cara.
Kedua-duanya memerlukan kumpulan pelajar yang lebih kecil, berlaku interaksi sosial sesama
rakan sebaya dan pengajar, berlaku proses bimbingan secara terus dan bagi tunjuk cara pengajar
akan menggunakan model bahan tulisan yang baik, yakni yang boleh dijadikan model.

PROSEDUR KAJIAN

Tahap 4 Tahap 1
Laporan Analisis Siap Ujian Diagnostik

Tahap 3 Tahap 2
Pemilihan Sampel Akhir Analisis Kesalahan

Tahap 1:

Ujian diagnostik diadakan secara menyeluruh kepada semua pelajar yang mengikuti kursus
ZZZM1053 pada Semester I, Sesi 2009-2010. Empat tugas penulisan secara spontan diadakan pada
minggu 3, 5, 7 dan 9. Pelajar diminta menulis satu karangan pendek berdasarkan tajuk yang
diberikan secara spontan. Setiap skrip tulisan akan dianalisis dan kesalahan bahasa akan
dibincangkan di dalam kelas sebelum penulisan spontan seterusnya dibuat. Pada masa sekarang,
penyelidikan berada pada tahap ini.

Tahap 2:

Pada semester II, Sesi 2009-2010, hanya pelajar yang mengambil ZZZM1063 setelah mengikuti
ZZZM1053 pada semester sebelumnya (mengikuti kedua-dua kursus secara berterusan tanpa
menunda) dipilih sebagai sampel kajian. Empat tugas penulisan secara spontan diadakan pada
minggu 3, 5, 7 dan 9. Setiap skrip tulisan akan dianalisis dan kesalahan bahasa akan dibincangkan
di dalam kelas sebelum penulisan spontan seterusnya dibuat. Pada tahap ini, pelan intervensi
dijalankan oleh tenaga pengajar kepada sampel yang dipilih.

Tahap 3:

Diagnostik kedua dijalankan untuk melihat keberkesanan pelan atau langkah intervensi yang
dilakukan.

Tahap 4:

Langkah penambahbaikan kursus dilakukan berdasarkan keputusan diagnostik langkah intervensi.

PENUTUP

Intervensi yang sesuai dipilih berdasarkan langkah yang sesuai untuk mengatasi kelemahan pelajar
yang telah dikenal pasti dalam penemuan refleksi kajian. Penyelidikan ini mencadangkan supaya
latihan kemahiran bahasa yang lebih kerap patut diadakan secara formal untuk mengatasi masalah
kecekapan berbahasa dalam bentuk tulisan. Latihan ini akan membantu pelajar menguasai bahasa
Melayu dengan lebih cepat. Pelajar patut dilibatkan dalam kegiatan pelajar di dalam kampus
supaya mendapat lebih banyak pengalaman bahasa dengan penutur jati bahasa Melayu. Sekali
sekala pelajar patut dipisahkan daripada kelompok besar pelajar Indonesia supaya sikap mereka
terhadap bahasa Melayu berubah. Pelajar patut mengadakan program luar kampus yang melibatkan
penduduk tempatan supaya mereka memahami sosiobudaya penutur bahasa Melayu dan
keanekaragaman dialek Melayu di Malaysia.

RUJUKAN

Asmah Hj. Omar. 2002. Wujudkah Tembok Bahasa Antara Malaysia dan Indonesia? Dlm. Setia
dan santun bahasa. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Asmah Hj. Omar. 2005. Alam dan penyebaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Azman Wan Chik. 1994. Pengujian bahasa: kes bahasa Melayu edisi kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chaedar Alwasilah. 1995. Sosiologi bahasa. Bandung: Penerbit Angkasa

Mohd Afif Abidin. 1998. Persamaan dan Perbezaan Antara Bahasa Malaysia Dengan Bahasa
Indonesia: Tinjauan Kekerabatan dan Sistem Tatabahasa. Dlm Jurnal Dewan Bahasa.
September: 778-789.

Nor Hashimah Jalaluddin dan Halimah Hj. Ahmad. 2005. Perbezaan Istilah Malaysia-Indonesia:
Satu Analisis Linguistik. Kertas kerja di Persidangan antarabangsa leksikologi dan
leksikografi Melayu (PALMA). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Pengurusan Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia. 2008. Statistik Pelajar
Antarabangsa. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Vygotsky, L.S. 1978. Mind in society: The development of higher psychological processes.
Cambridge, MA: Harvard University Press.

LAMPIRAN

Contoh-contoh penulisan ayat yang salah dari segi ejaan, pemilihan perkataan, penggunaan huruf
besar, tanda baca, struktur ayat, sistem perenggan dan lain-lain lagi dalam penulisan secara spontan
oleh pelajar asing (Indonesia) yang mengambil kursus ZZZM1053 dan ZZZM1053 di Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Ayat Contoh

1 Kuala Lumpur Pusat Bandar Malaysia. ada satu tempat yang saya suka ialah menara petronas
kerana menara petronas tempatnya strategis dan di lengkapi dengan taman taman bermain untuk
Budak-budak.

2 Budak saya kalau saya ajak bermain ke menara pasti yang paling suka bermain di tempat berenang
tersebut. Kerana budak bisa main air bebas, selesa dan tidak bagus.

3 Kerana budak saya bermain kalau belum puas hati tak nak pergi.

4 Tetapi walaupun berbeza-beza adat, bahasa, budaya tetap satu negeri iaitu Negeri Indonesia.

5 Di Malaysia, juga ada 14 Negeri, dan masing-masing negeri mempunyai ciri-ciri khas tersendiri
tetapi bersatu. Dan menjadi satu Negeri iaitu Negeri Malaysia.

6 Kita harus berusaha untuk bersatu dan bekerja sama seperti dalam pepatah di sebutkan di mana
bumi pinjak di situ langit di junjung.

7 Kita perlu mengadakan kegiatan-kiatan dalam masyarakat untuk membina pengaruh-pengarah dari
media masa yang boleh menghakis sopan santun di masyarakat

8 Kita sebagai warga masyarakat mempunyai tanggung jawab untuk menjaga tandas Awam. Maka
kita harus faham sikap penggunaan tandas awam.

9 Misalnya pada masa kita ke tandas, hormati atau permisi kepada penjaga tandas awam, setelah
selesai semestinya tandas di bersihkan dan kalau di minta ongkos, berikan kepada penjaganya.

10 Sebelum meninggalkan tandas periksa air sudah di padam kan belum. Kalau belum semestinya di
padam kan dulu, untuk penjimatan air.

11 Perpustakaan awam kini dapat kita jumpai pada hampir setiap kareyah dan hampir seluruh kareyah
yang ada di Malaysia, khususnya di Wilayah-Wilayah Bandar.

12 KeMalaysia ini, saya langsung ke Kuala Lumpur. Kuala Lumpur adalah Bandar raya kota ini.

KAJIAN SEMULA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNDANG-UNDANG
KEWANGAN ISLAM DALAM MEMENUHI TUNTUTAN SISTEM KEWANGAN ISLAM

DI MALAYSIA

Ruzian Markom
,Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Matlamat utama pengajaran dan pembelajaran undang-undang kewangan Islam di Fakulti Undang-
undang ialah melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam mengaplikasikan undang-undang
perbankan Islam menurut kehendak industri. Pendekatan yang telah diambil oleh Fakulti Undang-
undang yang menawarkan kursus Undang-undang Kewangan Islam adalah bersifat teoritikal.
Pelajar hanya didedahkan kepada konsep asas muamalat Islam dan produk-produk yang ditawarkan
oleh bank-bank Islam. Pelajar khususnya pelajar undang-undang tidak didedahkan langsung kepada
dokumentasi perundangan dalam kewangan Islam secara praktikal. Ini telah menimbulkan
kekeliruan kepada lepasan undang-undang yang terlibat dalam pengamalan dan penggubalan
dokumentasi perbankan Islam. Justeru itu, penyelidikan ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan
kaedah pengajaran dan pembelajaran undang-undang kewangan Islam yang diamalkan di FUU
UKM dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Penyelidikan akan menggunakan kaedah
penyelidikan kualitatif dan kuantitatif dengan soal selidik sebagai instrumen utama.Soal selidik
telah diedarkan kepada kepada pelajar undang-undang Tahun 3 yang mengambil kursus Undang-
undang Perbankan Islam dan Takaful. Adalah diharapkan hasil dapatan penyelidikan ini dapat
menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran undang-undang kewangan yang sedia ada.

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) undang-undang meliputi pemahaman yang sistematik dan
kritikal terhadap undang-undang dan latihan kemahiran. ( Maizatun, 2005). Antara kemahiran yang
perlu digarap oleh seorang pelajar undang-undang ialah kemahiran membuat penyelidikan . ( Emily
& Stefan Fafinski, 2007). Kemahiran membuat penyelidikan penting bagi seorang pelajar undang-
undang dalam pembelajaran, penulisan,tugasan dan esei, penyelesaian masalah, peperiksaan, moot,
klien kaunseling dan perundingan. Pelajar perlu ada kemahiran dalam membuat carian,
memanfaatkan sumber undang-undang seperti pembacaan kes, statut dan mengaplikasikannya
dalam kes yang baru. Bagi memenuhi keperluan tersebut, kaedah P & P yang sesuai adalah dicari.
Kaedah P&P secara perkuliahan tidak dapat membantu membina kemahiran tersebut.( Maizatun,
2005). Ini adalah kerana sistem kuliah menjurus kepada P& P satu arah di mana penyertaan pelajar
terhad kepada kehadiran dan pengambilan nota, adakalanya terdapat sesi tanya dan jawab secara
ringkas tanpa memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri secara membuat penyelidikan.
Justeru itu, salah satu cara untuk membantu pelajar khususnya pelajar undang-undang untuk
membina kemahiran menyelidik ialah melalui kaedah pembelajaran berdasarkan masalah (PBL).

Kaedah PBL adalah pelengkap kepada kaedah perkuliahan dalam melahirkan graduan undang-
undang yang kritis dan mahir.

Kaedah PBL telah diperkenalkan dalam Kursus Undang-undang Perbankan Islam dan
Takaful mulai Semester II ( 2007/2008) menggunakan Rangka Kursus yang digunakan berdasarkan
kaeadah perkuliahan-tutorial. Mulai Semester II (2009/2010), Rangka Kursus telah dibuat
penambahbaikkan bertujuan membantu pelajar menggarap kemahiran memahami, menyelidik dan
menderaf dokumentasi perundangan perbankan Islam. Menurut perancangan kursus, 7 minggu
pertama telah diselesaikan menggunakan kaedah perkuliahan –tutorial untuk memberi kefahaman
tentang prinsip dan membina minda kritikal. Kaedah PBL telah diterapkan 7 minggu selanjutnya .
Tindakan ini merupakan projek percubaan untuk melihat keberkesanan kaedah PBL dalam
melahirkan pelajar yang boleh faham kandungan dokumen, membuat penyelidikan dan menderaf
dokumentasi perundangan.

OBJEKTIF

Kajian ini secara keseluruhannya ialah melihat keberkesanan kaedah PBL dalam pengajaran
dan pembelajaran undang-undang kewangan Islam di FUU, UKM.

1. Mendefinisi kaedah PBL dalam pengajaran dan pembelajaran undang-undang kewangan
Islam di FUU;

2. Melihat pemahaman pelajar dalam Kursus ini melalui kaedah PBL ;

3. Melihat kelemahan PBL dalam kursus Undang-undang kewangan Islam;

4. Mencadangkan penambahbaikkan dan tindakan yang lebih baik untuk kursus ini.

KAJIAN LITERATUR

Penyelidikan tindakan berkait rapat dengan amalan sosial, bermatlamatkan peningkatan
sesuatu,proses berulang, maklumat diperolehi daripada pertanyaan yang sistematik, melibatkan
refleksi dan penyertaan pelbagai pihak.(Kember). P&P secara aktif dan tindakan aakan
meningkatkan kualiti P&P. (Kember). Penyelidikan tindakan telah dilakukan terhadap pelbagai isu
termasuk gender (Grayson de witt) dan penggunaan komputer dalam pendidikan sains (Jane L.
Halls). Dalam bidang perundangan, penyelidikan tindakan ada dilakukan dalam mengenalpasti
strategi jenayah. (National Institute of Justice, US Department of Justice). Tidak ada penyelidikan
tindakan yang menjurus kepada P& P dalam bidang perundangan kecuali berkenaan dengan PBL
meningkatkan kemahiran penyelidikan oleh pelajar (Maizatun, 2005). Kajian tindakan ini berbeza

daripada yang sebelumnya kerana ia melihat sejauhmana PBL meningkatkan kemahiran
penyelidikan dan menderaf dokumentasi.

METODOLOGI

Penyelidikan tindakan ini telah dilakukan melalui 6 fasa seperti di bawah:

JADUAL I : Fasa Penyelidikan Tindakan Kursus Undang-undang Perbankan Islam dan
takaful

Fasa Pertama Pemilihan danPengenalpastian bidang
Fasa Kedua P&P Kursus Undang-undang Perbankan Islam
Fasa Ketiga dan Takaful
Fasa Keempat Kelemahan dalam memahami kandungan
dokumentasi perundangan perbankan Islam
Fasa Lima Pengumpulan data daripada Buku Panduan
Fakulti Undang-undang, UKM dan Fail Kursus
mengenai perkembangan kursus, kandungan
kursus, objektif kursus dan pemarkahan
Penyusunan dan penganalisaan data kepada
pihak pembuat keputusan.
Kedekanan bersetuju kandungan kursus diubah
dengan memasukkan elemen penderafan
dokumentasi perundangan.
Gabungan P&P undang-undang yang melibatkan
kuliah dan PBL selaras dengan kaedah P&P
undang-undang yang menghasilkan graduan
undang-undang yang kritis dan mahir dalam
membuat penyelidikan dan penderafan
dokumentasi perundangan.
Tindakan telah diambil dengan mengambil
seorang pengamal undang-undang yang
merupakan seorang yang berpengalaman dan
mahir dalam penderafan dokumentasi
perundangan perbankan Islam sebagai pensyarah
sambilan yang mengendalikan kelas PBL pada 8
minggu terakhir pengajian semester satu sesi
2009/10
Pengedaran Soal selidik kepada semua pelajar
yang mengambil kursus ini selepas Peperiksaan
Akhir. Hanya 101 orang yang hadir. Dan soal
selidik diberikan kepada mereka yang hadir

Fasa Enam sahaja.
Menulis Laporan

JADUAL II: Contoh soalan yang diberikan

Instruction for GROUP 1
Lim Chee Meng (“the Customer”) needs a fund in the sum of RM40,000-00 to assist his daughter,
Lim Pei Pei to pay her tuition fee in University of London as well as for his daughter’s living cost
in London. The Customer approaches Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (“the Bank”) to
apply for a financing to enable him to secure the fund. The Customer does not have any
unencumbered asset and therefore the only option that he has is to apply for a personal financing
under the concept of Bai’ Al-Inah. The Customer’s capacity to pay, however does not fulfil the
Bank’s requirement and therefore, the Customer proposes to bring his cousin, namely, Lim Goh
Tong to provide personal guarantee to guarantee the payment of the indebtedness under the
financing.
After due consideration of the Customer’s credit ability, the Bank then approved the Customer’s
application and thereafter, issues a letter of offer to the Customer subject to the following terms and
conditions:-
Underlying Asset
The Bank’s shares of 20,000 units in Angkasaraya Development Sdn. Bhd.
The Bank’s Selling Price
RM58,400-00
The Bank’s Purchase Price
RM40,000-00
Tenure
8 years.
Instalment
To pay monthly instalments of RM609-00 per month for 95 months and the final instalment of
RM545-00.
Security Documents
(a) Asset Sale Agreement
(b) Asset Purchase Agreement
(c) Letter of Guarantee
The Bank instructs your legal group to prepare the security documents for the Bank’s and the
Customer’s execution based on the Bank’s standard legal documents. Upon preparation and
finalisation of the security documents, your group is required to explain the terms and conditions
related to the financing as well as those incorporated in the security documents, to the Bank and the
Customer before their execution of the same.
Contoh soalan 2
Your legal team is required to draft security documents for securing the financing facilities to be
granted by a bank to its customers. The security documents shall include a legal charge under the
National Land Code 1965, assignment under the Civil Law Act 1956, power of attorney, deed of

debenture under the Companies Act 1965 and Contract Act 1950 as well as Letter of Guarantee.
You are required to look into the terms and conditions to be stipulated in those security documents
in order to safeguard the interest of the bank.

ANALISIS

Berikut adalah keputusan soal selidik yang telah diberikan kepada pelajar yang mengambil kursus
ini pada Semester 1 sesi 2009/2010. Seramai 102 orang telah mendaftar untuk kursus ini, tetapi
seramai 101 orang sahaja yang telah hadir pada hari peperiksaan. Soal selidik ini telah diberikan
kepada pelajar setelah mereka selesai menjalankan peperiksaan akhir di Dewan Peperiksaan
(Panggung Seni, UKM) pada 2 hb. November 2009 jam 10. 45 pagi.

JADUAL III: Respon Pelajar Terhadap Soal Selidik

Soalan/Item Peratus Bilangan
Pelajar
1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sendiri, adakah 88.1%
PBL yang telah anda lalui dalam kursus ini mencapai 89/101
maksud di bawah : ( tanda sebanyak yang boleh) 24.7%
i. Membolehkan anda memahami kursus ini dengan lebih 25/101
baik 83.1%
ii. Tidak ada bezanya / atau saya lebih suka kaedah kuliah 84/101
biasa 15.8%
iii. PBL menolong saya meningkatkan persembahan saya 92% 16/101
dalam peperiksaan 93/101
iv. PBL tidak menolong saya dalam peperiksaan 6.9%
v. Meningkatkan kemahiran menyelidik, berkomunikasi dan 92% 7/101
bekerja dalam kumpulan 93/101
vi. Tidak meningkatkan kemahiran tersebut 10.8%
vii. Meningkatkan kefahaman membaca kandungan 82.1% 11/101
dokumentasi perundangan perbankan Islam 83/101
viii. Tidak meningkatkan kefahaman 14.8%
ix. Meningkatkan kemahiran menderaf dokumentasi 85.1% 15/101
86/101
perundangan perbankan Islam 11.8%
x. Tidak meningkatkan kemahiran 12/101
xi. Menyebabkan saya berminat untuk mencari dan 86.1%
meningkatkan ilmu 87/101
xii. Tidak menyebabkan saya berminat untuk mencari dan
meningkatkan ilmu
xiii. Kemahiran yang didapati melalui PBL berguna untuk
Kursus yang lain

xiv. Kemahiran yang diperolehi akan dilupakan apabila 22.7% 23/101
semester berakhir

xv. Kemahiran yang diperolehi dalam PBL sangat berguna 88.1% 89/101
dalam karier kehidupan saya 7.9% 8/101
xvi. Kemahiran yang diperolehi dalam PBL tidak penting 25.7% 26/101
untuk karier kehidupan saya.
2. Kaedah PBL sangat penting kepada saya kerana : (tanda 24.7% 25/101
satu sahaja) 12.8% 13/101
a. ia menolong saya memahami subjek dengan lebih baik 4.9% 5/101
b. ia menolong saya memperoleh kemahiran yang penting 3.9% 4/101
yang saya tidak boleh dapati dalam kaedah perkuliahan 6.9% 7/101
c. ia membantu saya untuk meningkatkan markah saya 1.9% 2/101
dalam peperiksaan kerana saya lebih faham kursus tersebut
d. ia melatih saya menjadi aktif dan vocal
e. ia seronok dan menggembirakan kerana kelas PBL tidak
formal
f. ia membenarkan saya menjadi seorang yang boleh bekerja
sendiri, suka bertanya dan aktif
g. yang lain
………………………………………………………………

Jadual di atas menunjukkan pendapat pelajar tentang kepentingan kaedah PBL dalam P & P
mereka termasuk kemahiran menyelidik dan menderaf. Maklumat yang dikumpul daripada soal
selidik di atas bersama pemerhatian semasa PBL dilaksanakan sangat bermanfaat untuk
meningkatkan penggunaan kaedah PBL dalam kursus ini.

Secara umumnya terdapat dua pandangan yang berbeza tentang PBL berdasarkan kepada
soalan pertama soal selidik di atas. Kumpulan pertama berpendapat kaedah PBL membantu mereka
dalam P&P untuk kursus ini. Kumpulan yang lain pula berpandangan kaedah PBL tidak membantu
mereka dalam P&P. Ini menunjukkan kaedah PBL telah berjaya meningkatkan kefahaman pelajar
terhadap kursus ini, meningkatkan kemahiran mereka dalam penyelidikan dan menderaf
dokumentasi perundangan. 92% pelajar merasakan kaedah PBL meningkatkan kemahiran mereka
dalam penyelidikan , komunikasi dan kerja berkumpulan. Juga , meningkatkan kefahaman mereka
membaca kandungan dokumentasi perundangan perbankan asal. Berdasarkan kepada peratus
tersebut, menunjukkan terdapat kesan positif dalam tindakan penambahbaikan yang telah dilakukan
kepada Kursus ini. Walau bagaimanapun, hanya 83.1 % pelajar berpendapat PBL membantu
mereka dalam peperiksaan dan hanya 82.1 peratus sahaja pelajar yang ada kemahiran menderaf
dokumentasi perundangan. 24.7 peratus pelajar menganggap kaedah PBL tidak ada bezanya atau
lebih suka kepada kaedah perkuliahan biasa. Namun begitu, hanya 6.9% pelajar yang tidak mahir
dalam penyelidikan, komunikasi dan kerja berpasukan. Tetapi, agak menyedihkan apabila 22.7%
pelajar akan melupakan kemahiran ini apabila semester berakhir. Bagi soalan 2, hanya 82 orang

pelajar sahaja yang membuat satu tandaan. 31.7 % sahaja yakin bahawa kaedah PBL menolong
mereka memahami kursus ini. Seramai 30.4 peratus merasakan mereka belajar sesuatu yang baru
dari PBL yang tiada dalam kuliah. Namun hanya 4.8 % sahaja yang seronok kerana kelas PBL tidak
formal. 2 pelajar telah menulis bahawa mereka faham dan belajar dokumentasi perbankan Islam
daripada kaedah PBL.

Jawapan-jawapan melalui soalan subjektif menunjukkan kaedah PBL membantu pelajar
memahami kursus ini dengan lebih baik. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran menyelidik,
berkomunikasi, bekerjasama dan menderaf dokumen dengan baik. Cara pelajar menjawab soalan
subjektif juga menunjukkan pelajar bersikap kritis, terbuka dan berani menyuarakan pendapat sama
ada yang positif atau sebaliknya. Pelajar juga telah berjaya mencadangkan penambahbaikan untuk
kursus ini pada masa akan datang.

Penyelidik telah memilih jawapan yang menarik seperti berikut:

Bagaimana kamu dapati kaedah PBL menolong kamu memahami sesuatu topik /kursus?

Jawapan:
Melalui kes soalan permasalahan, cara kita mengaplikasikan dengan pembacaan, rujukan dan
perbincangan.

PBL libatkan penglibatan peserta dalam projek/proses pembelajaran. Maka ia dapat
membantu memahami kursus sedikit sebanyak. Selain itu, mendorong pelajar untuk berani
mengutarakan pandangan dan persoalan.

Proses pembelajaran sendiri meningkatkan daya kefahaman, pelajar lebih mengingati apa
yang dicari sendiri berbanding dari bergantung pada nota pensyarah

Melalui kaedah PBL, bentuk soalan yang dikemukakan adalah lebih mencabar yang
memerlukan lebih banyak kajian. Melalui ini, pemahaman akan lebih mendalam.

Melalui penyelidikan sendiri , seseorang lebih mudah ingat. Dapat mengingati langkah atau
prosedur yang terlibat dalam penderafan dengan lebih mudah kerana praktikal sukar dilupakan dari
membaca sahaja.

Sejauh manakah PBL menolong kamu mengaplikasi dan meningkatkan kemahiran
menyelidik dan menderaf berbanding kuliah?

Kuliah sesuatu yang membosankan. Hanya mendengar dan biasanya tidak akan difahami atau
diingati. PDBL memudahkan fahaman dan ingatan.
Lebih praktikal berbanding dengan pengajaran. Berpeluang membaca buku yang tiada dalam
silibus.

Kuliah hanya secara teori, PBL dapat melaksanakan secara praktikal.

Mampu membuat saya lebih faham cara menderaf kerana dalam kelas hanya sekadar teori tetapi
dalam PBL belajar secara praktikal.

Pendekatannya lebih berdasarkan perkembangan masa kini dan bersesuaian dengan keperluan di
luar sana.

Kemahiran menyelidik dan menderaf lebih berbentuk praktikal, mudah diingati berbanding
teori (kuliah)Pertanyaan dan membuat draf kemudian jika salah diperbetulkan di mana ada
kesilapan. Barulah saya tahu yang mana betul.

Kuliah biasa bagi subjek lain tidak mempunyai slot yang mengajar kemahiran ini. Saya
rasakan ia amat berguna.PBL melibatkan penglibatan pelajar dalam menderaf dan menyelidik,
maka melalui itu pelajar dapat mengaplikasikan dan mencuba sendiri pengalaman tersebut.
Kuliah memfokuskan kepada teori tetapi PBL lebih menumpu kepada pengaplikasian dan ia
praktikal sekiranya keluar bekerja.Lebih sistematik kerana dilakukan secara praktikal dengan
bantuan rakan dan pensyarah.

Apakah faedah lain yang kamu dapati melalui PBL?

Cara penyampaian baik, berkeyakinan.Tingkatkan semangat kerjasama.Dapat mengenali dan
mendalami sedikit sebanyak cara menderaf dokumen.PBL membantu saya belajar secara
berpasukan.Daya komunikasi meningkat dan keyakinan diri bertambah. Boleh banyak faham dan
tahu.Dapat mengaitkan produk yang diperkenalkan dan tujuan utama sistem perbankan Islam
diwujudkan. Pengetahuan tentang sesuatu produk lebih mendalam . Dapat diaplikasi dalam
kehidupan seharian. Membuka minda pelajar untuk meneroka bidang undang-undang yang lebih
luas. Soft skill, kemahiran advokasi.Kemahiran berkomunikasi, menderaf dokumen, memahami
dokumen yang diperlukan dalam sesetengah produk Islam. Membantu memahami subjek dengan
membuat tugasan. Melatih semangat bekerjasama. Dapat mempelajari ‘soft skill’ yang tidak dapat
dalam kuliah.Lebih berani bercakap di khalayak ramai. Kemahiran menyampaikan pembentangan
secara berkesan tanpa merujuk kertas. Merapatkan diri dengan pensyarah daripada kuliah biasa.

Adakah terdapat kelemahan terhadap PBL yang perlu penambahbaikan?

Bilangan ahli perlu dikurangkan. Seseorang ahli terhad kepada kerja yang sedikit sahaja kerana
ramai yang perlu diagih tugas. Kerap berjumpa lecturer lebih baik.Pelajar hanya bagi tumpuan
kepada produk yang diberi tugasan. Perlu wujudkan satu kaedah yang membolehkan pelajar
mendalami semua produk yang ada walaupun bukan tajuk tugasannya. Perlu adakan tutorial yang
lebih efektif-perbincangan produk persamaan dan perbezaan produk, aplikasi produk secara
praktikal, kaitkan pembelajaran teori dan isu semasa. Dapat lahirkan pelajar yang berpengetahuan
luas dan berkualiti.

Tempoh masa tidak cukup. Proses pembelajaran untuk draf dokumen perlu dipanjangkan
atau fokus kepada perkara basic sahaja. Ini disebabkan kekangan masa menyebabkan pelajar kurang
memahami cara menderaf dokumen bagi semua produk yang ditawarkan.

PBL dijalankan secara berterusan dan tidak ditangguhkan sehingga minggu-minggu
terakhir. Pensyarah hanya sebagai fasilitator dan pelajar yang harus mengambil inisiatif untuk
berhujah atau mengemukakan idea. Markah diberikan sebagai galakan kepada pelajar yang petah
atau mahir dengan mengemukakan idea yang tepat mengenai kursus.

Perlu penyelarasan sistematik antara PBL, kerja kursus dan kuliah. Kadang-kadang pelajar
berasa penat untuk melakukan semua kerja dalam jangka waktu yang sangat singkat.
Mengakibatkan persembahan atau kualiti kerja dan peperiksaan menurun.

HASIL KAJIAN

JADUAL IV: Definisi kaedah PBL dalam kursus kewangan Islam

Sebelum Penyelidikan Selepas Penyelidikan Penambahbaikkan

Tindakan Tindakan Masa : Bermula dari awal
semester
Masa: 7 minggu terakhir Masa : 8 minggu terakhir Dua orang pensyarah atau
lebih
Seorang Pensyarah Seorang Pensyarah Penyediaan Modul untuk
pensyarah
Pemberian Soalan Pemberian Soalan Pembentukan kumpulan:
Kumpulan lebih kecil untuk
Pembentukan kumpulan Pembentukan Kumpulan pelajar
Pembentangan berterusan
Pembentangan (3 minggu Konsultasi sepanjang semester

terakhir) Penyediaan Dokumen untuk

Penyerahan tugasan penyelidikan dan pembacaan

Lawatan ke Institusi Kewangan oleh pensyarah

Penderafan dokumen dan

penyediaan dokumen mengikut

soalan yang diminta oleh pelajar

Penyerahan tugasan bertulis

mengikut soalan yang diberi

Pembentangan di hadapan

pensyarah dan pelajar tanpa

melihat nota.

JADUAL V:Pemahaman Pelajar Terhadap PBL Dalam Kursus Kewangan Islam

Sebelum Penyelidikan Selepas Penyelidikan Penambahbaikkan

Tindakan Tindakan Pelajar akan diberi lebih masa
untuk menghayati dokumen
Pelajar faham teori dan produk Pelajar faham kontrak Islam tersebut.

perbankan Islam dalam produk perbankan Islam

Pelajar faham jenis-jenis

dokumen perundangan

perbankan Islam mengikut

produk

Pelajar faham kandungan

dokumen perundangan

perbankan Islam mengikut

produk

Pelajar faham kaedah

menderaf dokumentasi

Perundangan perbankan Islam

JADUAL VI: Masalah dalam Pengendalian PBL Dalam Kursus Kewangan Islam

Sebelum Penyelidikan Selepas Penyelidikan Penambahbaikkan

Tindakan Tindakan Kumpulan akan dikecilkan.
Pelajar juga akan diberikan
Kumpulan pelajar besar Kumpulan pelajar besar 9-10 Penilaian Rakan Sekursus di
mana rakan satu kumpulan akan
orang satu kumpulan memberikan markah untuk
rakan yang lain. Bagi
- masalah pertemuan semua memantau semua pelajar
membuat tugasan yang
ahli diberikan.
PBL akan dijalankan secara
-masalah perbincangan berterusan menggunapakai
kaedah bengkel mengikut
-masalah kerjasama kumpulan dan konsultasi yang
dikendalikan oleh 2 orang
Masa PBL di hujung semester Masa PBL pensyarah atau lebih
Terlalu singkat
Tumpuan kepada hujung
semester
Terbeban dengan tugasan oleh
semua kursus

Pelajar tahu semua produk Pelajar tertumpu pada satu Mewajibkan pelajar hadir

secara umum sahaja produk secara mendalam dan semasa pembentangan

bukan semuanya

KESIMPULAN

Penyelidikan tindakan adalah peningkatan kepada sesuatu yang lebih baik dan ia berpusingan.
Penyelidikan ini telah memberikan implikasi positif terhadap kerjaya saya sebagai seorang
pensyarah. Ia telah mengajar saya bahawa seorang pensyarah bukan sekadar memberi kuliah dan
memberikan soalan PBL kepada pelajar sahaja tetapi lebih daripada itu. Pendidikan adalah satu
proses yang berangkaian yang melibatkan pensyarah- pelajar, pelajar- pensyarah, pensyarah-
pensyarah dan pelajar-pelajar. Ia memerlukan persefahaman, keikhlasan, perkongsian maklumat,
komitmen, kesungguhan dan doa dalam mencapai sesuatu matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Setelah proses refleksi dilakukan terhadap respon pelajar melalui soalselidik yang diberikan, saya
akan melakukan pusingan kajian sekali lagi untuk meningkatkan kualiti P&P dalam kursus ini.
Adalah diharapkan penyelidikan ini dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam P&P juga komitmen
pensyarah terhadap kursus yang dipertanggungjawabkan. Fakulti juga memainkan peranan yang
penting dalam memberi sokongan kepada pensyarah dalam membuat sesuatu tindakan.

RUJUKAN:

Buku:

David Kember. Action Learning and action research: Improving the quality of teaching and
learning. London: Routledge Taylor & Francis Group.
Emily Finch & Stefan Fafinski. Legal Skills. 2007. New York: Oxford University Press.
Phillip H Kenny. Fourth Edition. 1994. Studying Law, London: Butterworth.
Rebecca Huxley-Binns. Leon Riley & Chris Turner. Unlocking Legal Learning, 2005, London:
Hodder Arnold.

Kertas Kerja

Bashiran Ali & Sharifah Zubaidah Abdul Kader, Implementing PBL in AIKOL, IIUM: A paradigm
shift?. International Conference on Problem Based Learning. Lahti, Finland. 9-11 June 2005.
Maizatun Mustafa, A First Attempt At PBL As complementary Tool For Teaching Environmental
Law: The Beneficial Factor of Promoting Research Skill Among The Undergraduates. International
Conference on Problem Based Learning. Lahti, Finland. 9-11 June 2005.
Prof. Dr T Subahan Mohd Meerah & Prof Dr. Kamisah.Kertas Kerja Penyelidikan Tindakan: Apa,
Siapa, Mengapa, Bagaimana dan So What? . Ceramah Pengenalan Kepada Penyelidikan Tindakan .
Fakulti Undang-undang, Jun 2009.

Modul

Modul Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Baru IPTA. 2005. Shah Alam: Pusat
Penerbitan Universiti UITM.
Bahan internet:
__________, Defining Problem based learning: http://www.ukcle.ac.uk/resources/pbl/index.html.
Allan Feldman & Tarin Weiss. Suggestions for Writing the Action Research Report, http://www-
unix.oit.umass.edu, 30/10/2009.
Grayson De Witt. Gender and class participation.
http://people.umass.edu/afeldman/ARpapaersfall20000/DeWitt.html. 30/10/2009.
Laporan
Jane L Hollis. Effect of Technology on Enthusiasm for Learning Science. Lake City Middle School.
Florida.


Click to View FlipBook Version