Hanya kanak-kanak yang “boleh dididik” sahaja yang akan diterima masuk ke program-program
pendidikan khas (Peraturan 3(1))
Klausa “boleh dididik” (educable) bermaksud kanak-kanak yang sudah pandai ke bilik air dan
mampu menguruskan diri sendiri. Dengan klausa ini, kanak-kanak yang mengalami autism tersisih dari
sistem pendidikan umum.
Hanya pada tahun 2008, kerajaan telah meluluskan Akta Orang Kurang Upaya, yang menyatakan
bahawa kanak-kanak dan orang-orang kurang upaya mempunyai hak yang sama rata untuk mendapatkan
pendidikan. Ini bermakna akta tersebut menyokong polisi “Zero Reject,” yakni pihak sekolah tidak lagi
mempunyai hak untuk menolak mana-mana permohonan pendaftaran sekolah oleh kanak-kanak
berkeperluan khas, tidak kira apa tahap kekurang upayaan mereka.
AUTISMA
Autisma atau nama klinikalnya, Kecelaruan Spektrum Autisma adalah sejenis kecelaruan perkembangan
dimana ciri-ciri utamanya adalah terdiri daripada tiga kecacatan ataupun disebut oleh Wing dan Gould
(1979) sebagai triad of kecacatan. Tiga kecacatan ini adalah kecacatan dari segi sosial, komunikasi dan
imaginasi (Wing & Gould, 1979). Walaupun kecelaruan ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor
biologikal, diagnosis untuk kecelaruan ini dibuat melalui kriteria tingkah laku (American Psychiatric
Association, 2000).
Dari segi kecacatan sosial, kanak-kanak yang mengalami autism jarang atau tidak pernah
membawakan objek-objek untuk ditunjukkan kepada ibu atau bapa, tidak menunjukkan minat untuk
bercampur gaul dengan kanak-kanak lain, tidak meniru perbuatan orang disekeliling mereka, dan tidak
memberi respons apabila nama mereka dipanggil (Robins, Fein, Barton, & Green, 2001; Osterling &
Dawson, 1994). Manakala dari segi kecacatan komunikasi pula, sebahagian besar dari individu-individu
yang mengalami autism mempunyai kekurangan dari segi komunikasi ekspresif (Mitchell, Brian, &
Zwaigenbaum, 2006) dan ada juga yang langsung tidak dapat bertutur (Fombonne, 1999). Maka untuk
berkomunikasi, mereka menggunakan tingkah laku yang tidak konvensional atau pun pelik seperti
bersikap agresif, mengamuk dan mencederakan diri mereka sendiri (Wetherby, Woods, Allen, Cleary,
Dickson & Lord, 2004). Dari segi kecacatan imaginasi pula, kanak-kanak yang mengalami autism
mengalami had kepada imaginasi yang menyebabkan di antaranya, mereka sering melakukan aktiviti-
aktiviti yang sama secara berulang-ulang (Lord, 1995), seperti menggoyang-goyangkan badan, berputar-
putar dan mengipas-ngipaskan tangan.
Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa prevalens kejadian autism sedang meningkat secara
drastik. Pada tahun 1990-an, kadar prevalens di Amerika Syarikat adalah 4 atau 5 kejadian bagi setiap
10,000 kanak-kanak. Pada tahun 2007 pula, kadar prevalens autism di Amerika Syarikat adalah 1
kejadian bagi setiap 150 kanak-kanak (Center for Disease Control, 2007). Kadar prevalens terkini pada
tahun 2009 pula adalah 1 kejadian bagi setiap 91 kanak-kanak (Kogan, Blumberg, Schieve, Boyle, Perrin,
Ghandour, Singh, Strickland, Trevathan, van Dyck, 2009). Di United Kingdom pula, kajian terkini
menunjukkan bahawa kadar prevalens autism adalah 1 kejadian bagi setiap 66 orang kanak-kanak (Baron-
Cohen, Scott, Allison, Williams, Bolton, Matthews, & Brayne, 2009).
The National Center on Birth Defects and Developmental Disabilities of U.S. (NCBDDD)
menganggarkan bahawa kos program pendidikan khas bagi kanak-kanak yang mengalami autism adalah
di antara USD8,000 and USD30,000 setahun. Manakala kos bagi program yang menyediakan tempat
tinggal adalah di antara USD80,000-USD100,000 setahun. Kos biayaan yang diperlukan bergantung
kepada tahap keterukan autisma yang dialami (NCBDDD, 2000).
Walaupun penyebab autism masih lagi belum dipastikan, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan
bahawa autisma adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti faktor-faktor genetik, gangguan kepada
perkembangan otak yang disebakan oleh penyakit yang dihidapi oleh ibu sewaktu mengandung atau
masalah yang dihadapi semasa proses kelahiran, atau ibu bapa atau kanak-kanak terdedah kepada bahan-
bahan kimia toksik (Newschafter, et al. 2006). Buat masa ini, disebabkan punca-punca autism masih
belum dikenalpasti, autism masih belum boleh dicegah.
Sejak peningkatan kejadian autism secara mendadak, bidang ini telah dihujani dengan pelbagai
strategi yang dijamin dapat membantu kanak-kanak yang mengalami autism untuk mengatasi masalah-
masalah pembelajaran yang mereka hadapi. Pelbagai kajian saintifik telah dijalankan untuk mengkaji
keberkesanan strategi-strategi pengajaran ini kerana adalah sangat penting bahawa hanya strategi-strategi
pengajaran yang telah terbukti berkesan secara saintifik sahaja yang digunakan di kelas-kelas supaya
kanak-kanak yang mengalami autisma ini dapat dibantu demi menjamin masa depan yang cerah untuk
mereka dan dana-dana digunakan tanpa membazir (Simpson, 2004).
Di Malaysia, sebuah kelas model demonstrasi untuk kanak-kanak autisma telah dibangunkan di
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menjalankan kajian mengenai “evidence-
based practices” dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autisma di Malaysia. Makmal ini
merupakan sebuah makmal pembelajaran autism yang julung kali ditubuhkan di sebuah institut pengajian
tinggi di Malaysia. Makmal ini juga berpotensi sebagai sebuah model tempat praktikum untuk latihan
“hands-on” dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru preservis dan inservis.
MAKMAL PEMBELAJARAN AUTISMA UKM/HULU LANGAT (MPAUH)
Makmal Pembelajaran Autisma UKM/Hulu Langat (MPAUH) telah mula beroperasi pada Januari 2009.
MPAUH ditubuhkan melalui dana universiti penyelidikan yang diperolehi sebanyak RM310, 240.00 bagi
tempoh 3 tahun penyelidikan. Tujuan utama penubuhan MPAUH adalah untuk mengenal pasti
keberkesanan kaedah Pengajaran Berstruktur (Strutured Teaching), Latihan Percubaan Diskret (Discrete
Trial Training) dan Pivotal Response Training dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
autisma.
Sehingga kini MPAUH mempunyai 16 orang pelajar berusia antara 3 hingga 16 tahun yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang. Daripada jumlah berkenaan, 15 orang daripadanya merupakan pelajar
lelaki dan hanya seorang pelajar perempuan. MPAUH mempunyai 5 orang guru yang berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda dan 4 orang pembantu guru yang berkelulusan diploma. Dua orang daripada guru MPAUH
mempunyai pengalaman lebih daripada 2 tahun sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (Pendidikan Khas)
di sekolah menengah kerajaan, manakala 2 orang lagi guru MPAUH sedang melanjutkan pelajaran di
peringkat Ijazah Sarjana (Pendidikan Khas).
Keperluan setiap pelajar adalah tidak sama. Oleh yang demikian, di MPAUH setiap pelajar
mempunyai objektif pembelajaran yang berbeza-beza. Untuk mencapai objektif-objektif pembelajaran
yang berbeza-beza ini, pelan pendidikan individu dibina bagi setiap pelajar di makmal ini. Lazimnya,
matlamat dan objektif ini ditetapkan berdasarkan perbincangan yang diadakan bersama pihak ibu bapa.
Ini kerana, pihak pengurusan MPAUH mengamalkan pendekatkan berpusatkan keluarga (family centered
approach) dan percaya keluarga berhak dalam menentukan apa yang terbaik untuk anak mereka.
Secara keseluruhannya, aktiviti pembelajaran di MPAUH merangkumi aktiviti fizikal, serta
pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran menyeluruh pelajar dari segi kognitif,
komunikasi, sosial dan emosi. Kebiasaanya para pelajar mula tiba di MPAUH antara jam 8.30 hingga 9
pagi. Tepat jam 9 pagi aktiviti senaman/regangan fizikal akan dilakukan. Aktiviti ini dilakukan secara
individu, dimana setiap pelajar akan diawasi oleh seorang guru atau pembantu guru. Setelah selesai
aktiviti senaman/regangan fizikal, pelajar akan bersarapan dan seterusnya bersedia untuk “morning
circle”. Activiti ini dijalankan secara beramai-ramai dan ia memerlukan penglibatan daripada semua guru
dan pembantu guru. Antara perkara-perkara yang diajar dalam “morning circle” ialah mengenai hari,
bulan, tahun, cuaca, dan rakan-rakan; mengira dan mengenali warna. Selain itu, pelajar juga diajar
menyanyi berdasarkan lagu yang telah dipilih oleh mereka sendiri dan mereka juga perlu mengisi carta
kehadiran mereka untuk hari tersebut. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemahiran
sosial para pelajar seperti menerima arahan di dalam kumpulan, menunggu giliran, memberi respons
apabila nama dipanggil, memberikan jawapan dan sebagainya. Peningkatan kemahiran sosial ini adalah
satu langkah penting sebagai persediaan pelajar-pelajar ini sebelum dimasukkan ke dalam program
inklusif di sekolah-sekolah kerajaan.
Setelah selesai “morning circle”, para pelajar akan ke ruangan masing-masing bersama guru
mereka bagi proses pembelajaran yang seterusnya. Dalam proses pembelajaran, pendekatan pengajaran
berstruktur (Mesibov, Shea, & Schopler, 2007) digunakan. Pendekatan ini diaplikasikan melalui jadual
visual bagi memudahkan para pelajar memahami apa tugasan mereka dan bagaimana tugasan tersebut
perlu disiapkan. Tugasan-tugasan yang disediakan adalah bersesuaian dengan tahap kemahiran mereka.
Di antara tugasan yang perlu disiapkan oleh pelajar mempunyai objektif yang pelbagai seperti memasang
butang dan menulis untuk meningkatkan kemahiran motor halus, menyuaikan objek, warna dan bentuk
untuk meningkatkan kemahiran kognitif, dan menyusun sudu dan garfu untuk meningkatkan kemahiran
adaptif. Proses pembelajaran ini akan tamat pada jam 12.30 tengahari. Dimana pada waktu ini pelajar
akan makan tengahari dan tidur atau berehat. Pada jam 2 petang “afternoon circle” akan dijalankan
sehingga jam 3 petang. Selepas itu, para pelajar perlu bersiap kerana mereka akan mengikuti kelas renang
di Danau UKM pada jam 3.30 hingga 5.30 petang.
PERSOALAN KAJIAN
Dengan tertubuhnya MPAUH ini, para penyelidik projek ini berpendapat adalah merugikan jika para
pelajar jurusan Pendidikan Khas tidak diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman mendidik
kanak-kanak yang mengalami autisma di sebuah kelas yang mengamalkan strategi-strategi pengajaran
dan pembelajaran yang terbukti berkesan. Maka, pelajar-pelajar yang mengambil kursus Penaksiran dan
Strategi Pengajaran Satu Kategori Keperluan Khas telah digalakkan untuk berkhidmat di MPAUH selama
2 jam setiap minggu sepanjang semester pengajian mereka.
Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada pengalaman mereka di MPAUH:
i) meningkatkan pengetahuan mereka mengenai autisma?
ii) mendatangkan kesan positif ke atas sikap mereka terhadap kanak-kanak yang mengalami
autisma?
iii) meningkatkan kemahiran mereka untuk mendidik kanak-kanak yang mengalami autisma?
iv) meningkatkan kemahiran mereka dalam berkomunikasi dan berkoloborasi dengan ibu
bapa dan profesional lain di dalam kelas itu?
METODOLOGI
SAMPEL
Sampel kajian terdiri daripada 30 orang mahasiswa/i yang sedang mengikuti pengajian di Fakulti
Pendidikan, pengkhususan dalam bidang Pendidikan Khas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ke semua
mahasiswa/i ini telah berkhidmat sebagai guru pelatih di Makmal Pembelajaran Autisma UKM/Hulu
Langat selama satu semester.
INSTRUMEN
Satu set soalan temubual semi-struktur telah dibina bagi menemubual guru-guru pelatih yang berkhidmat
di Kelas Model Demonstrasi. Set temubual ini mengandungi 12 soalan yang berkait dengan pengalaman
dan pengetahuan yang diperolehi oleh guru pelatih sepanjang berkhidmat di Kelas Model Demonstrasi.
KITARAN KAJIAN TINDAKAN
Kajian ini telah dijalankan dalam beberapa peringkat, iaitu:
Mengenal pasti fokus utama: Pengumpulan data
Temubual telah dijalankan secara berperingkat dan melibatkan 20 orang mahasiswa/i.
Mengenal pasti permasalahan: Menganalisis data
Temubual yang dijalankan ditranskrip dan seterusnya beberapa tema dibentuk bagi membolehkan
masalah yang wujud dikenal pasti.
Membangunkan rancangan tindakan
Satu rancangan tindakan telah dibangunkan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul
berdasarkan analisis yang diperolehi daripada temubual tahap pertama.
Penilaian semula
Seramai 10 responden telah terlibat dalam temubual tahap kedua ini. Data yang diperolehi
dianalisis dan beberapa tema kajian telah dibentuk. Setelah itu, perbandingan antara dapatan
temubual tahap pertama dan tahap kedua dilakukan bagi melihat keberkesanan perancangan
tindakan yang telah dibangunkan.
DAPATAN KAJIAN
Maklumat Demografi Responden
Seramai 30 responden telah terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut, 20 responden terlibat
dalam kajian tahap pertama dan 10 responden lagi terlibat dalam kajian tahap kedua. Bagi kajian tahap
pertama, didapati 1 responden (5%) adalah lelaki dan 19 responden (95%) adalah perempuan. Bagi faktor
bangsa, didapati 16 responden (80%) berbangsa Melayu, 3 responden (15%) berbangsa Cina dan 1
responden (5%) berbangsa India. Manakala bagi item agama, didapati 16 responden (80%) adalah
beragama islam, 2 responden (10%) beragama buddha dan masing-masing 1 responden (5%) yang
beragama hindu dan kristian. Ke semua responden yang terlibat dalam kajian tahap pertama ini, berusia
22 tahun ke bawah dan sedang berada di tahun kedua pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan.
Ke semua responden yang terlibat dalam kajian tahap kedua adalah pelajar perempuan yang
sedang berada di tahun pertama pengajian peringkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Di
mana 7 responden (70%) adalah berusia antara 23 hingga 25 tahun dan 3 responden (30%) berusia antara
26 hingga 28 tahun. Bagi faktor bangsa, didapati 9 responden (90%) beragama islam dan 1 responden
(10%) beragama kristian.
JADUAL 3.1 Maklumat Demografi Responden
Item Temubual Tahap Pertama Temubual Tahap Kedua
n f (%) n f (%)
Jantina 1 50 0
Lelaki
Perempuan 19 95 10 100
Umur 20 100 0 0
0 07 70
22 tahun dan ke bawah 0 03 30
23 – 25 tahun 0 00 0
26 – 28 tahun
29 tahun dan ke atas
Bangsa 16 80 9 90
Melayu 3 15 1 10
Cina
India
Lain-lain
1 50 0
0 00 0
Agama Responden 16 80 9 90
Islam 2 10 0 0
Buddha 1 50 0
Hindu 1 51 10
Kristian
Tahap Pengajian yang 20 100 0 0
sedang diikuti 0 0 10 100
Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan
Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah (DPLI) 0 0 10 100
20 100 0 0
Tahun Pengajian 0 00 0
1 0 00 0
2
3
4
Temubual Tahap Pertama: Mengenal pasti masalah
Hasil daripada temubual yang dijalankan, tema-tema yang berikut telah dibentuk.
PENGETAHUAN MENGENAI AUTISM
‘Pengetahuan mengenai autisma’ merujuk kepada tahap pengetahuan dan pemahaman responden tentang
autism sebelum menjadi guru pelatih di MPAUH. Hasil daripada temubual yang dijalankan didapati tahap
pengetahuan responden mengenai autism adalah rendah. Dimana, majoriti responden menyatakan mereka
hanya tahu tentang wujudnya autism, tetapi tidak pernah tahu secara teperinci dan mendalam
mengenainya. Terdapat juga sebilangan kecil responden yang tidak pernah mendengar mengenai autism
sehinggalah mereka mula memasuki universiti dan mengambil bidang pendidikan, pengkhususan dalam
pendidikan khas. Daripada temubual yang dijalankan, terdapat juga responden yang tidak memahami
mengenai tingkah laku yang ada pada kanak-kanak autis. Ini menyebabkan mereka takut untuk mendekati
kanak-kanak berkenaan.
Berikut merupakan pernyataan R1:
“Sebab kan Pelajar G ni takut sikit sebab kadang-kadang kalau kita tak ikut dia boleh pukul…bukan dia
pukul kita ke, kadang-kadang kalau dia nak ke, dia akan keluar dan ambil kasut dia dan ball…ball…dia
akan macam tu…so, kita macam takut juga kalau macam tu…kadang-kadang ada sesetengah cikgu dia
akan, mula datang lah…diaorang pun takut Pelajar G…sebab Pelajar G ni besar kan…dia macam
tengok gaya dia cakap pun huuu…jangan aaa…haaa, dah takut dah…”
R8 menyatakan sebelum memasuki universiti beliau tidak pernah tahu tentang autism. Sepanjang
mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan pengkhususan pendidikan khas, R8 hanya mengetahui
tentang autism secara teori dan tidak pernah berjumpa mahupun berinteraksi dengan kanak-kanak autism
ini. Sehinggalah diberi peluang untuk menjadi guru pelatih di MPAUH, barulah R8 betul-betul
memahami dan mengenali masalah yang dialami oleh kanak-kanak yang mempunyai autism ini. Pendapat
ini turut diutarakan oleh R9, R12 dan R14.
Berikut merupakan pernyataan R8:
“Kalau saya, sebelum saya pergi U ni la. Saya memang tak tahu ada juga kanak-kanak autism ke, apa
ke…tapi disini baru tahu. Then, saya juga tak pernah jumpa kanak-kanak betul-betul ada autism yang
severe tu, yang teruk tu. Jadi saya hm…saya pergi sini macam MPAUH tu satu contoh untuk saya lah,
saya mengenali macam mana kanak-kanak autism yang ringan ke, yang teruk ke. Jadi kalau autism bagi
saya orang macam dia lah, ada masalah tingkah laku terutamanya masalah komunikasi lah…”
PENGALAMAN DI MPAUH
‘Pengalaman di MPAUH’ merujuk kepada pengalaman yang diperolehi oleh guru pelatih sepanjang
berkhidmat di MPAUH. Kesemua responden yang ditemubual menyatakan pengalaman di MPAUH
banyak memberi manfaat dan faedah kepada mereka sebagai seorang bakal guru. R2 menyatakan
pengalaman di MPAUH banyak menambah pengetahuannya mengenai gambaran sebenar dunia kanak-
kanak autism.
Berikut merupakan pernyataan R4:
“Bagi saya macam…contohlah kita datang dekat MPAUH tu, macam ilmu kosong kan…bila…bila kita
apa…macam dibagi peluang nak…nak mengajar kanak-kanak autism ni…kita rasa macam…oh macam
ni, macam ni kita kena buat kan…sebelum ni kita tak tahu, jadi macam ilmu tu…macam
bertambahlah…rasa bertuahlah sebab bagi peluang macam ni…”
Manakala R3 pula menganggap pengalaman di MPAUH sebagai satu pendedahan awal kepada
dunia pendidikan khas yang sebenar sebelum beliau bergraduasi dan menjalankan tanggungjawab sebagai
seorang guru pendidikan khas. Beliau juga mengambil kesempatan berkhidmat di MPAUH untuk
mempraktikan teori-teori yang telah dipelajari selama 2 tahun semasa kuliah. Pendapat R3 turut
dipersetujui oleh R10, R11 dan R12 menyatakan pendirian yang sama berhubung pengalamannya di
MPAUH.
Berikut merupakan pernyataan R12:
“Macam situasi kita nak berhadapan dengan budak tu macam mana…saya pun pernah jugak…macam
kat MPAUH kan ada budak yang kadang-kadang dia memberontakkan…macam pukul-pukul diri
dia…saya rasa takut sangat…nanti cedera ke apa ke…pastu sekarang ni bila dah tahu…bila dia buat
macam tu ada sebab kan…jadi bolehlah nak tangani dia macam mana…sikit-sikit.. ”
Bagi R7 pula pengalaman MPAUH dapat membantu beliau untuk menjadi seorang guru
pendidikan khas yang baik pada masa akan datang. Ini kerana, beliau dapat mengaplikasikan apa yang
telah dipelajari di MPAUH ke sekolah tempat beliau mengajar pada masa akan datang. Bagi R15
pengalaman yang di alami di MPAUH dapat membantu mereka untuk menghadapi kanak-kanak kurang
upaya di sekolah pada masa akan datang. Selain itu, R18 turut mengutarakan pendapat yang sama.
Berikut merupakan pernyataan R18:
“Saya rasa macam banyaklah benefit. Dia macam prapraktikal lah juga..jadinya nanti bila saya dah
ditugaskan, posting ke…tak pun macam bila saya nak praktikal nanti, andai kata ada budak autism,
insya-Allah lah boleh handle lah kan…insya-Allah lah dah boleh handle kalau kita dah boleh budak
autism ni…dan saya rasa macam baguslah adakan MPAUH tu kiranya..dapat pengalamanlah kita
sebagai seorang bakal guru nanti…”
Peningkatan Pelajar MPAUH
‘Peningkatan pelajar MPAUH’ merujuk kepada peningkatan yang ditunjukkan oleh pelajar MPAUH
setelah menerima intervensi selama 4 bulan. Peningkatan ini sememangnya sukar untuk dinilai,
memadangkan MPAUH baru sahaja beroperasi selama 4 bulan semasa temubual dijalankan. Walau
bagaimanapun, guru-guru pelatih menyatakan terdapat pelajar MPAUH yang menunjukkan peningkatan
positif.
R6 menyatakan bahawa pelajar-pelajar MPAUH telah menunjukkan peningkatan positif
walaupun hanya baru 4 bulan beroperasi. Menurut R6 terdapat pelajar yang sebelum ini tidak pandai
memegang pen/marker, sudah boleh memegang pen/maker dan menulis. R5 pula menyatakan, sebelum
ini terdapat pelajar yang tidak boleh berkomunikasi, tetapi setelah 4 bulan di MPAUH pelajar berkenaan
sudah mula boleh menyebut perkataan-perkataan mudah.
Berikut merupakan pernyataan R5:
“Macam Pelajar A daripada yang tak boleh nak sbeut, dia dah boleh sebut…macam air…dia nak air, dia
dah boleh sebut dah “air…macam dulu …masa mula-mula dulu…memang tak boleh nak sebut…kalau
dia nak satu benda tu dia nangis ke, ketuk-ketuk kepala...”
R10 pula menyatakan dia melihat Pelajar B dan Pelajar C telah menunjukkan peningkatan positif
dalam tingkah lakunya. Dimana sebelum ini Pelajar B dan Pelajar C dilihat sering menjerit dan enggan
menurut arahan yang diberikan oleh guru. Tetapi kini Pelajar B dan C kelihatan lebih tenang, tidak lagi
menjerit dan mula menuruti arahan yang diberikan oleh guru. Dengan yang demikian aktiviti
pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Pendapat R10 ini disokong oleh R8, R7 dan R16.
Berikut merupakan pernyataan R16:
“Setakat ini, masa yang mula-mula dululah saya jaga Pelajar B…masa tu dia baru mula-mula
masukkan…memang macam susah jugaklah. Sebab masa tu bila kita nak ajar, dia macam menjerit
jer…tak nak dengar cakap orang kan..tapi bila dah lama-lama tu, saya tengok bolehlah…dia macam
slow, dah tak jerit…”
R11 pula berpendapat Pelajar D menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Pada
peringkat awal dahulu, pelajar D hanya duduk di atas karpet kecil dan enggan berganjak daripadanya,
enggan melakukan tugasan dan sering menangis. Walaubagaimanapun, kini pelajar D tidak lagi hanya
duduk di karpet dan sudah mula melakukan tugasan/kerja sekolah di meja. Kenyataan R11 ini disokong
oleh R12 dan R19.
Interaksi antara guru pelatih dan guru MPAUH
Terdapat beberapa responden yang berpendapat tidak wujud komunikasi dua hala yang baik antara guru-
guru MPAUH dengan guru-guru pelatih. Menurut R8, sikap guru MPAUH yang tidak mesra
menyebabkan mereka sukar untuk meminta pendapat ataupun tunjuk ajar sepanjang berkhidmat secara
sukarela di MPAUH. Pendapat R8 turut disokong oleh R15, R17 dan R20. Menurut mereka guru-guru
MPAUH seharusnya lebih bersikap ramah dan menghormati guru-guru pelatih yang lebih tua/berusia
daripada mereka.
Berikut merupakan pernyataan R20:
“Pastu cikgu-cikgu kat MPAUH tu bila nak tegur, dia terus jer tegur…dia tak jaga hati orang
lain…walaupun ada cikgu kat kelas kami yang lebih tua daripada dia…”
Berikut merupakan pernyataan R17:
“Macam…bukan nak suruh dilayan macam siapa-siapa pun kan…tapi macam sekurang-kurangnya
kitaorang yang mula-mula macam tak tahu…kena macam bagitahulah dulu…”
Pengalaman Pelbagai
‘Pengalaman pelbagai’ merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh guru-guru pelatih dalam
berhadapan dengan kanak-kanak kurang upaya sebelum berkhidmat di MPAUH. Daripada temubual yang
dijalankan, didapati majoriti responden mempunyai pengalaman bergaul dengan kanak-kanak kurang
upaya menerusi khidmat sukarela/kebajikan dan latihan praktikum. Disamping itu, terdapat sebilangan
kecil responden yang mempunyai saudara mara kurang upaya. Berdasarkan pengalaman yang telah
dilalui, majoriti responden merasakan bahawa kanak-kanak autis di Malaysia tidak menerima
perkhidmatan yang sepatutnya dan sering menjadi mangsa diskriminasi.
Berikut merupakan pernyataan R18:
“Yang paling saya nampak tak lah…yang nampak ada diskriminasi untuk kemasukan budak ni ke sekolah
kan…kita pun tengok…kita tak tahu sebenarnya ada jugak…kiranya saya rasa ramai jugak budak-budak
autism dekat dalam Malaysia ni…tapi tak nampak bersekolah…saya tak pernah, sepanjang saya pergi
dekat sekolah-sekolah buat assignment ke apa benda…saya tak pernah lagi tengok kelas tu ada budak
autism…dekat sekolah yang pergi tu lah…yang kita tahunya masalah pembelajaran, hyperactive,
sindrom down tu familial lah…yang autism ni saya nampak lebih banyak kepada home-based rasanya…
”
Manakala R5 pula berpendapat kanak-kanak autis sepatutnya ditempatkan dikelas-kelas inklusif
bagi membolehkan mereka meningkatkan kemahiran sosial, tetapi senario dalam pendidikan di Malaysia
kini adalah sebaliknya. Dimana, kanak-kanak autis ditempatkan di kelas berasingan dan seterusnya
menyebabkan masalah komunikasi yang dialami oleh mereka terus berkembang. Selain daripada R5, R1,
R12, R18, dan R19 turut mengutarakan pendapat yang sama.
Bagi R10 pula, proses pengklasifikasian kanak-kanak autis dilihat tidak dilakukan dengan telus.
R10 yang berpengalaman sebagai guru pendidikan khas menyatakan, di Malaysia pelajar learner diversity
dan autism sering diklasifikasikan sebagai sama sedangkan ianya adalah dua jenis kekurang upayaan yang
berbeza. Selain itu, beliau juga menyatakan guru-guru aliran perdana tidak mempunyai kesedaran dan
pemahaman yang tinggi mengenai autism. Dimana, kebanyakkan guru-guru enggan menerima pelajar-
pelajar kurang upaya yang dianggap sudah ‘pulih’ untuk berada di kelasnya. Pada pandangan mereka,
kehadiran pelajar-pelajar ini hanya akan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung. Pendapat ini turut disokong oleh R2, R4, R5, R6, R11, R13, R15, dan R20.
CADANGAN UNTUK MPAUH
Terdapat beberapa cadangan yang diutarakan oleh guru-guru pelatih ini bagi membaiki kualiti pengajaran
dan pembelajaran di MPAUH.
i. Bangunan dan ruang
Majoriti responden yang ditemubual mengutarakan pendapat agar MPAUH ditempatkan dibangunan yang
lebih besar dan selesa. R4 dan R11 merasakan bagunan yang sedia ada sekarang sangat sempit untuk
menampung 16 orang pelajar. R5 dan R10 turut mengutarakan pandangan yang sama. Menurut mereka
ruangan yang sempit akan mendatangkan rasa tidak selesa kepada pelajar-pelajar.
R20 pula berpendapat ruang yang sempit mengakibatkan bahan pengajaran tidak dapat disusun
dengan teratur. Ini mengakibatkan bahan-bahan tersebut berada dalam keadaan tidak tersusun serta
berserabut. Keadaan sebegini akan melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana bahan
pengajaran sukar dicari. Menurut R4, kekadang beliau terpaksa mencari berkali-kali sesuatu bahan/benda
disebabkan oleh kedudukan yang tidak teratur dan sentiasa berubah-ubah. Selain itu, R1 dan R2, R15 dan
R17 turut mengutarakan pendapat yang sama berhubung perkara ini. Menurut R15, ruang yang sempit
menyebabkan kanak-kanak tidak dapat dibahagikan/dipisahkan berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh
mereka. Menurut beliau lagi, kanak-kanak bermain diruangan yang sama dengan kanak-kanak yang
sedang belajar adalah sangat tidak sesuai.
Berikut merupakan pernyataan R2:
“Cadangan…kalau yang boleh diperbaiki samalah macam bangunan tu…macam tak sesuailah kat
situ…terlalu kecik…kan banyak dia nak buat seksyen-seksyen reading, writing tu kan…jadi macam
kadang-kadang bahagian untuk writing masuk dekat reading semua hmmm…dari segi kaedah tu macam
masa sekarang ni mungkin terabur lagilah…”
ii. Latihan guru
R5 mencadangkan agar lebih banyak latihan guru diadakan bagi memastikan guru-guru yang berkhidmat
di MPAUH benar-benar mahir dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru pendidikan khas.
Ini kerana, bagi responden guru-guru MPAUH yang sedia ada sekarang kelihatan seperti kekurangan
pengetahuan mengenai pendidikan khas amya dan autism khasnya. Pendapat R5 turut disokong oleh R10
dan R11. Ketiga-tiga responden ini percaya, dengan adanya latihan guru yang berkala dan berkesan,
kualiti pengajaran dan pembelajaran pastinya dapat dipertingkatkan. Selain itu, R10 turut mencadangkan
agar guru-guru MPAUH memperbanyakkan pembacaan mengenai pendidikan khas kerana kekurang
upayaan terdapat dalam pelbagai bentuk dan tahap.
Berikut merupakan pernyataan R5:
“Dari segi latihan guru pun kena jugak tingkatkan…sebab nak jaga budak-budak ni bukan senang,
susah…so kena ada skill yang lebihlah kan…pastu lagi satu, kalau guru-guru part time yang tak ada
basic tentang pendidikan khas kan, kalau dia datang jaga, diaorang pun tak tahu nak buat apa…so
kadang-kadang rasa kesian dekat budak tulah…sebab kita yelah…rasa kesian dekat budak tu…rasa
kesian dekat cikgu dia…tenaga pengajar nak kena bagitahu balik apa benda yang kena buat…so macam
diaorang kadang-kadang tak tahu apa benda yang nak kena buat…so macam, budak tu pun kadang-
kadang pun tak terikut jadual yang telah ditetapkan…”
Bagi R9 pula, dia merasakan latihan guru perlu diadakan kerana guru-guru yang sedia ada
sekarang tampak kurang insiatif dalam menjalankan tugas dan tangungjawab mereka. Oleh itu, R9
mencadangkan kaedah agar semangat dan inisiatif guru dapat dipertingkatkan. Dengan ini, proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pendapat R9 ini, disokong oleh R8.
Menurut R8 guru-guru MPAUH mungkin kurang insiatif/usaha/semangat disebabkan oleh factor letih.
Oleh yang demikian, mereka menyarankan agar pihak pengurusan MPAUH mengambil langkah yang
efektif dalam menangani masalah ini.
iii. Proses pengajaran dan pembelajaran
Terdapat juga responden yang mengutarakan pendapat berkenaan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut R3, kekadang terdapat pelajar yang tidak mengikut jadual yang telah disediakan
dan melakukan sesuatu perkara mengikut kemahuanya sahaja. Selain itu R12, mencadangkan agar bahan
pengajaran dan pembelajaran ditambah kerana terdapat pelajar yang dilihat sudah mahir menggunakan
bahan-bahan tersebut.
Berikut merupakan penyataan R3:
“Bagi saya jadual waktu itu sangat penting r…sebab macam saya nampak ada yang tak ikut jadual
waktulah…macam Pelajar G dia suka bola kan…aaa, main bola saja…tak banyak belajarlah…kalau
ikutkan, saya pernah jaga Pelajar G…kalau ikutkan jadual waktu dia, dia pun tak banyak buatlah…dia
macam ada writing, ada lagi yang matching semua tu lah…ada yang pelbagai, jadual waktu ni sangat
pentinglah…kalau mengikut, mungkin perkembangan dia lagi baguslah…”
PROSES TRANSFORMASI
Anne Moon-Glenn mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun dalam bidang pendidikan khas di
Oregon, Amerika Syarikat dan kini beliau merupakan seorang guru pendidikan khas di Spring Creek
Elementary School, Oregon. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Psikologi) daripada
Universiti South Oregon dan Ijazah Sarjana (Intervensi Awal) daripada Universiti Oregon. Beliau
mempunyai kepakaran mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah gangguan emosi seperti autisma.
Beliau telah berada di Malaysia selama 6 minggu pada 25 Julai hingga 9 Ogos 2009.
Sepanjang 6 minggu berada di MPAUH, banyak perubahan dan transformasi yang telah
dilakukan oleh pakar ini terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta latihan guru.
Selain itu, beliau juga banyak menyumbangkan idea bagi menghasilkan bahan P&P berkualiti yang
dapat merangsang perkembangan pelajar-pelajar MPAUH. “Morning circle activity” dan “evening circle
activity” merupakan aktiviti baru yang dicadangkan olehnya dan ia telah dijadikan aktiviti harian di
MPAUH. Selain itu, kaedah penyimpanan bahan-bahan P&P juga diberi perhatian khusus oleh beliau. Di
mana, setiap set bahan P&P perlu diletakkan dalam satu bakul bagi memudahkan pelajar mengambil
tugasan mereka.
Sepanjang sesi pembelajaran, Puan Moon-Glenn menjalankan pemerhatian ke atas kaedah
pengajaran yang diaplikasikan oleh guru-guru di MPAUH. Setelah tamat waktu persekolahan pada jam
5.30 petang, beliau akan meluangkan masa selama satu jam bagi melatih guru-guru MPAUH dan
menyediakan bahan-bahan P&P yang baru. Selain itu, beliau juga akan membetulkan kesalahan-
kesalahan yang telah dilakukan oleh guru-guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Satu bengkel latihan guru secara intensif telah diadakan selama 4 hari 3 malam pada 4 hingga 7
Ogos 2009. Bengkel ini dikenali sebagai Bengkel Analisis Data dan Refleksi. Tujuan utama bengkel ini
adalah untuk melatih guru-guru MPAUH tentang strategi koloborasi, menjalankan proses refleksi dan
menghasilkan garis panduan bagi membolehkan guru-guru ini menjadi mentor kepada pelajar-pelajar
yang berkhidmat sebagai guru pelatih di MPAUH. Seramai 5 orang guru dan 4 orang pembantu guru telah
mengikuti bengkel ini dan jurulatih bagi bengkel ini adalah Puan Moon-Glenn. Ketika ini guru-guru dan
pembantu guru juga didedahkan dengan pelbagai kaedah dan teknik dalam mengajar kanak-kanak
autisma. Selain itu, mereka juga berpeluang mengutarakan pandangan mengenai masalah-masalah yang
dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Semasa bengkel ini, para guru dan pembantu guru menunjukkan respons positif terhadap bengkel
yang dijalankan serta dapat menerima tanggung jawab mereka sebagai mentor dengan lebih baik. Dimana
mereka berpendapat, latihan yang diperolehi di bengkel ini banyak membantu meningkatkan kefahaman
dan kemahiran mereka dalam menangani masalah tingkah laku dikalangan kanak-kanak autisma. Ini
seterusnya membantu mereka menjadi seorang guru yang lebih berkualiti. Mereka juga mendapati
bahawa latihan ini membantu mereka untuk lebih bersedia menjadi mentor kepada pelajar-pelajar jurusan
Pendidikan Khas yang datang berkhidmat di MPAUH.
TEMUBUAL TAHAP KEDUA: PENILAIAN SEMULA
Hasil daripada temubual yang dijalankan tema-tema berikut telah dibentuk
PENGETAHUAN MENGENAI AUTISM
Hasil daripada temubual yang dijalankan didapati, pengetahuan responden mengenai autisma adalah pada
peringkat asas sahaja dan mereka tidak mengetahui ciri-ciri diagnostik kanak-kanak autisma. Pengalaman
dan pengetahuan sama ada daripada pembacaan dan internet dilihat sebagai penyumbang kepada
pengetahuan responden tentang autisma. Antara responden yang mempunyai pengetahuan tentang
autisma ini adalah responden D1, D4, D6, D7, D8 dan D10.
Berikut merupakan pernyataan D1:
“Pada awalnya memang saya tak tahu tapi sejak jadi guru sandaran tidak terlatih, saya telah didedahkan
dengan beberapa ciri kurang upaya termasuk autisma ni...”
Manakala D2, D3, D5 dan D9 langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang autisma.
Keempat-empat responden ini langsung tidak tahu, tidak pernah mendengar mahu pun membaca artikel
mengenai kanak-kanak autisma ini.
Berikut merupakan pernyataan D3:
“Sebelum saya pergi ke MPAUH, saya memang tak tahu apa itu Autisma sebab sebelum ini saya kurang
terdedah kepada pengetahuan ini, so selepas saya pergi MPAUH saya dapat serba sedikit tentang apa itu
Autisma laa...”
Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden didapati bahawa tahap pengetahuan ke
semua responden tentang autisma sebelum dan selepas menjadi guru pelatih di MPAUH adalah berbeza
sama sekali. Jika sebelum ini responden langsung tidak mengetahui apa itu autisma, namun selepas
berkhidmat di MPAUH mereka mula memahami autisma dan ciri-cirinya.
PENGALAMAN DI MPAUH
Persoalan temubual yang seterusnya berkisar tentang perkara-perkara yang telah dipelajari oleh responden
sepanjang berkhidmat sebagai guru pelatih di MPAUH. Setelah dianalisis didapati bahawa input yang
telah diperolehi oleh guru pelatih DPLI boleh dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu input dari segi
kaedah pengajaran, pengurusan tingkahlaku (kawalan kelas) dan kesediaan untuk menjadi guru
pendidikan khas.
Bagi aspek pertama iaitu kaedah pengajaran, terdapat 3 responden yang menyatakan bahawa
mereka telah mempelajari kaedah pengajaran yang sesuai untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak
berkeperluan khas khususnya kanak-kanak autisma. Responden D1, D2 dan D8 memberikan maklum
balas yang positif terhadap kaedah pengajaran yang dilaksanakan di Kelas Demonstrasi Autisma. Mereka
menyatakan kaedah yang digunakan adalah satu kaedah yang bagus kerana ianya sistematik dan
dilakukan secara terancang. Selain itu, susun atur kelas serta penjadualan analisis tugasan yang telah
disediakan kepada setiap kanak-kanak autisma merupakan satu ilmu baru kepada guru-guru pelatih
memandangkan kaedah pengajaran yang dijalankan di Kelas Demonstrasi Autisma ini adalah diadaptasi
daripada kaedah pengajaran yang diaplikasi di luar negara.
Berikut merupakan pernyataan D1:
“Ok...masa kat MPAUH diaorang ada dedahkan kiteorang cara pendidikan yang Cik Ann buat kan...
Maksudnya oversea punyalah, tapi tengok dari segi tu dia memang sangat bagus, sistematik dan boleh
macam follow la maksudnya cikgu-cikgu boleh jadikan tu bagus macam tersusun, ada jadual untuk
diaorang, aktiviti, time rehat, makan...”
“banyak la saya belajar kat MPAUH ni...salah satunya cara macam mane cikgu-cikgu ni sediakan jadual
untuk setiap pelajar ni...lepas tu tempat diaorang belajar, cara susunan jadual diaorang...macam mane
cikgu nak handle, susun atur kelas..”
Aspek kedua adalah berkaitan dengan input yang telah diperolehi oleh guru pelatih DPLI ketika
berkhidmat di Kelas Demonstrasi Autisma ini ialah daripada segi pengurusan tingkahlaku atau kawalan
kelas. Pengurusan tingkahlaku ialah tingkahlaku yang dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak
tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu
tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat.
Hasil daripada temubual yang telah dijalankan, seramai 6 responden telah menyatakan bahawa
salah satu aspek penting yang dipelajari melalui pemerhatian di Kelas Demonstrasi Autisma ialah
daripada segi pengurusan tingkahlaku kanak-kanak Autisma. Responden-responden yang dimaksudkan
itu adalah responden D4, D5, D6, D7, D9 dan D10.
Berikut merupakan pernyataan D4:
“Ya...saya juga dapat lihat cara guru-guru diaorang uruskan pelajar masa dalam kelas dan juga masa
aktiviti luar yang dijalankan, macam mane nak handle budak ketika menjalankan aktiviti luar contohnya
masa buat terapi air...”
Manakala D3 menyatakan. Pendedahan di MPAUH telah mempengaruhi tahap kesediaannya
dalam menjadi guru khas. Menurut beliau pendedahan seumpama ini adalah penting supaya bakal guru
pendidikan khas mendapat gambaran awal tentang kanak-kanak khas supaya mereka tidak terlalu tertekan
apabila di tempatkan di sekolah selepas tamat menjalani kursus ini.
Berikut merupakan pernyataan D3:
“Setelah pergi ke MPAUH saya dapat mempelajari bahawa untuk menjadi guru pendidikan khas
memang bukan satu kerja yang senang disebabkan budak-budak berpendidikan khas ini memang
pelbagai dan kita sebagai bakal guru perlu mengambil masa yang panjang untuk memahami mereka...”
PENGALAMAN PELBAGAI
Daripada temubual yang dijalankan didapati 3 daripada 10 orang responden mempunyai pengalaman dan
pernah terlibat secara langsung dalam beberapa aktiviti sosial yang melibatkan kanak-kanak khas iaitu
responden D1, D7 dan D9. Ketiga-tiga responden menyatakan, mereka terlibat secara langsung dengan
aktiviti sosial ini semasa mereka berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dalam kelas
pendidikan khas sebelum mengikuti kursus DPLI. Pengalaman seperti ini tentunya akan memberi
kelebihan dan seterusnya membantu guru-guru pelatih DPLI ini mengenal dan serasi dengan kanak-kanak
khas dalam masa yang singkat.
Berikut merupakan pernyataan D7:
“Saya pernah menjadi guru sandaran dan saya pernah menjadi cikgu untuk kelas Bahasa Melayu untuk
kelas Pendidikan Khas di SMK Semantan, masalah pembelajaran laa...tapi dalam kelas tu ada student
autism, Down Sindrom...”
Manakala 7 responden lagi langsung tidak mempunyai pengalaman berdamping dan terlibat
dalam aktiviti sosial bersama kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh latar
belakang pendidikan mereka yang datang daripada pelbagai bidang.
Berikut merupakan pernyataan D7:
“Ermm...tidak pernah sebab saya tidak pernah terfikir akan terlibat dengan budak-budak khas seperti
sekarang dan responden D8 pula menyatakan sebelum masuk DPLI ni memang tak pernah la, tak tau pun
ada penyakit autism ni...masuk ni baru tahu...”
CADANGAN UNTUK MPAUH
Hasil temubual yang seterusnya mebincangkan tentang cadangan yang telah diutarakan oleh guru pelatih
DPLI untuk meningkatkan lagi kelancaran perjalanan kelas Demonstrasi Autisma. Majoriti responden
iaitu terdiri daripada responden D2, D3, D6, D7, D8, D9 dan D10 mencadangkan supaya bangunan dan
kawasan Kelas Demonstrasi Autisma diubahsuai dan diperbesarkan memandangkan kawasan sedia ada
sekarang ini agak terhad dengan bilangan kanak-kanak khas yang ada.
Berikut merupakan pernyataan D2:
“Ermmm...bagi saya, dari segi ruang laa...ruang kat MPAUH tu apa yang saya lihat kecik sangat pas tu
bilangan pelajar yang agak ramai ditambah lagi dengan kepelbagaian sifat budak-budak tu...jadi ruang
yang sempit tu macam kurang sesuai dan agak terhad laa untuk jalankan P&P selain aktiviti-aktiviti lain,
terapi-terapi yang dijalankan di MPAUH...”
Selain daripada keluasan kawasan dan infrastruktur, terdapat 2 responden iaitu responden D4 dan
D5 yang berpendapat supaya perkhidmatan Kelas Demonstrasi Autisma ini dikembangkan dengan
mewujudkan cawangan ditempat ain.Kedua-dua responden ini melihat Kelas Demonstrasi Autisma
sebagai salah satu medium terbaik yang boleh diperluaskan bagi membantu kanak-kanak Autisma supaya
mendapat perkhidmatan yang sewajarnya.
Berikut merupakan pernyataan D5:
“Ermmm...perlukan penubuhan yang lebih banyak lagi, maksudnya sekarang ni MPAUH ni hanya ada
satu kita perlu besarkan lagi dan dari segi bajet dan promotion....mungkin ianya sesuatu yang sukar dan
mengambil masa untuk memantapkan lagi MPAUH, namun kalau ada sokongan dan komitmen pelbagai
pihak ianya tak mustahil kan...”
Selain itu, terdapat seorang responden yang mencadangkan supaya kaedah pengajaran yang
dilaksanakan berpusatkan pelajar. Hal ini kerana, pada pendapat responden pengajaran dan pembelajaran
yang berlangsung di Kelas Demonstrasi Autisma adalah lebih kepada teacher centered. Sebagai contoh,
dalam aktiviti menyanyi suara cikgu-cikgu menyanyi adalah lebih kuat berbanding suara kanak-kanak
autisma. Menurut beliau lagi, sepatutnya guru-guru cuba menarik perhatian kanak-kanak tersebut untuk
terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
ISU BERKAITAN PERKHIDMATAN DAN IBU BAPA KANAK-KANAK AUTIS
Daripada temubual yang dijalankan, didapati majoriti responden mempunyai pendapat yang sama tentang
isu-isu berkaitan dengan kanak-kanak autisma. Setelah dianalisis jawapan yang diberikan oleh responden,
didapati terdapat 8 orang responden iaitu responden D1, D2, D3, D4, D5, D6, D8 dan D9 mengutarakan
pendapat berkenaan kekurangan penyebaran maklumat tentang autisma. Terdapat sesetengah responden
yang berpendapat kekurangan maklumat yang tepat dan betul telah menyebabkan ibu bapa yang
mempunyai anak-anak autisma tidak tahu tentang perkhidmatan yang patut diterima oleh anak mereka.
Berikut merupakan pernyataan D5:
“Isu-isu saluran yang patut diaorang hantar la... contohnya jika takde penubuhan MPAUH ni dia orang
pun tak tahu anak dia orang ni nak diberi latihan kat mane dan bagi family yang educated dia orang tahu
la kan nak salurkan anak dia orang kat mane kan? Bagi yang tak tahu autism macam mane kan...
maknanya saluran maklumat laa...”
Selain daripada isu ini, seorang responden iaitu responden D7 telah membangkitkan isu yang
berkaitan dengan kekurangan pengetahuan mencirikan kanak-kanak autisma ini. Kekurangan pengetahuan
ini berlaku kepada keluarga yang mungkin tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan autisma. Apabila
sesetengah ibu bapa yang melihat anak mereka berperangai agak pelik berbanding kanak-kanak
sebayanya, ibu bapa ini mungkin akan mengandaikan bahawa anak mereka itu mengalami
ketidaksempurnaan dan sekaligus melabelkan anak itu sebagai bodoh dan tidak layak menerima
pendidikan.
PENUTUP
Kajian tindakan ini akan diteruskan secara tidak formal di mana para pelajar kursus Penaksiran dan
Strategi Pengajaran Satu Kategori Keperluan Khas di masa akan datang akan terus digalakkan untuk
berkhidmat di MPAUH untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengajar mereka. Kumpulan
penyelidik MPAUH juga merancang untuk membuka pemuang kepada guru-guru inservis untuk menimba
ilmu dan pengalaman di MPAUH dalam masa yang terdekat ini.
Dari segi perkembangan MPAUH pula, strategi kedua dalam pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak autisma, iaitu Latihan Percubaan Diskret akan dimulakan pada Januari 2010. Maka, guru-
guru preservis dan inservis yang menjalani latihan di MPAUH akan berpeluang untuk belajar dua strategi
pada tahun hadapan.
RUJUKAN
American Psychiatric Association, (2000).Miller, W. R. (Ed.). (2000).
Integrating spirituality into treatment: Resources for practitioners.
Baron-Cohen, S., Scott, F.J., Allison, C., Williams, J.G., Bolton, P., Matthews, F.E., & Brayne, C. 2009).
Estimating autism spectrum prevalence in the population: A school based study from the UK.,
British Journal of Psychiatry, 194, 500-9.
Center for Disease Control. Prevalence of Autism Spectrum Disorders ---
Autism and Developmental Disabilities Monitoring Network, 14 Sites, 2002. MMWR CDC
Surveillance Summaries, February 9, 2007, Vol. 56, No. SS-1. (1 in 150)
Fombonne, E. (1999). The epidemiology of autism: a review. Psychological
Medicine 29, 769 786.
Kilgo, J., & Bruder, M. B. (1997). Creating new visions in institutions of higher education:
Interdisciplinary approaches to personnel preparation in early intervention. In P. J. Winton, J. A.
McCollum, & C. Catlett (Eds.), Reforming personnel preparation in early intervention: Issues,
models, and practical strategies (pp. 81-101). Baltimore: Brookes.
Kogan, M.D., Blumberg, S.J., Schieve, L.A., Boyle, C.A., Perrin, J.M., Ghandour, R.M., Singh, G.K.,
Strickland, B.B., Trevathan, E., & van Dyck, P.C. (2009). Prevalence of Parent-Reported
Diagnosis of Autism Spectrum Disorder Among Children in the US, 2007. Pediatrics. Diakses
dari http://pediatrics.aappublications.org/cgi/content/abstract/peds.2009-1522v1 pada October 5,
2009.
Lord, C. (1995) Follow-Up of Two-Year-Olds Referred for Possible Autism. Journal of Child Psychology
and Psychiatry. Volume 36 Issue 8, Pages 1365 - 1382.
McCollum, J., & Stayton, V. (1996). Preparing early childhood special educators. In D. Bicker & A.
Widerstrom (Eds.), Preparing personal to work with infants and young children and their
families (pp. 67-90). Baltimore, MD: Paul Brooks.
Mesibov, G.B., Shea, V., & Schopler, E. (2007) The TEACCH Approach to Autism Spectrum Disorders.
Kluwer Academic/Plenum Publishers.
Miller, S., & Stayton, V.D. (2006). Interdisciplinary Teaming in Teacher Preparation. Teacher Education
and Special Education: The Journal of the Teacher Education Division of the Council for
Exceptional Children, Vol. 29, No. 1, 56-68.
Mitchell S, Brian J, & Zwaigenbaum L. (2006). Early Language and Communication Development of
Infants Later Diagnosed with Autism Spectrum Disorder. Journal of Development and
Behaviour Pediatrics, Vol. 27.
Murray, M. M., & Mandell, C. J. (2004) Evaluation of a family-centered early
childhood special education preservice model by program graduates. Topics in Early Childhood
Special Education, 24(4), 238-249.
Osterling, J., & Dawson, G. (1994). Early recognition of children with autism:
A study of first birthday home video tapes. Journal of Autism and Developmental Disorders, 24,
247– 257.
Robins, D.L., Fein, D., Barton, M. L., & Green, J. A. (2001). The Modified
Checklist for Autism in Toddlers: An Initial Study Investigating the Early Detection of Autism
and Pervasive Developmental Disorders. Journal of Autism and Developmental Disorder,
31(22): 131-144
Simpson, R. (2004) Finding Effective Intervention and Personnel Preparation
Practices for Students with autism spectrum disorders. Exceptional Children; Winter 2004; 70,
2. The National Center on Birth Defects and Developmental Disabilities of U.S. (NCBDDD
2000).
Straka, E., Losardo, A., & Bricker, D. (1998). Early intervention preservice preparation: Program
evaluation and reflections. Infant Toddler Intervention, 8, 345-363.
Wetherby, A. M., Woods, J., Allen, L., Cleary, J., Dickson, H., & Lord, C.
(2004). Early Indicators of Autism Spectrum Disorders in the Second
Year of Life. Journal of Autism and Developmental Disorders, 34(5): 473-493.
Wing, L. & Gould, J. (1979). Severe Impairments of Social Interaction and
Associated Abnormalities in Children: Epidemiology and Classification. Journal of Autism
and Developmental Disorders 9 (1): 11–29.
PENSTRUKTURAN SEMULA JABATAN SYARIAH SEBAGAI SEBUAH FAKULTI:
UFUK BARU DALAM PADUAN PENGAJIAN SAINS ISLAM KHUSUSNYA ASTROFIQH
Ibnor Azli Ibrahim
Prof. Dr Mohd Nasran bin Mohamad
Muhammad Adib bin Samsuddin
Anwar Fakhri bin Omar
Mohammad Zaini bin Yahaya
(KOD:UKM-PTS-034-2009)
ABSTRAK
Ruang lingkup syariah amat luas meliputi kehidupan harian manusia seperti ekonomi dan kewangan,
perundangan, sains angkasa, sains pemakanan, bioteknologi, politik, pentadbiran, pendidikan dan
sebagainya. Kertas ini adalah sebahagian dari penyelidikan kami (KOD:UKM-PTS-034-2009).
Penyelidikan tersebut akan memperlihatkan peri pentingnya kewujudan sebuah Fakulti Syariah yang
terdiri daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Fiqh, Usul dan Fatwa, Jabatan Muamalat dan Kewangan,
Jabatan Kehakiman dan Perundangan, Jabatan Siyasah dan Pentadbiran Islam, Jabatan Astrofiqh dan
Sains Angkasa dan lain-lain. Kajian ini juga akan cuba mengumpulkan statistik berkaitan dengan
permohonan memasuki IPTA/S dalam bidang syariah di seluruh negara. Dengan itu, UKM perlu
mengambil langkah proaktif dengan menstrukturkan semula Jabatan Syariah sebagai sebuah fakulti
berasingan untuk menyediakan satu prasarana yang lengkap dan kondusif bagi menampung permintaan
yang kian meningkat. Kertas ini hanya akan membincangkan tentang masa depan pengajaran dan
pembelajaran Astrofiqh di Jabatan Syariah semenjak ia ditawarkan, dan melihat potensinya untuk
bersaing dengan IPTA lain yang kini menawarkannya dengan modul baru dan kelengkapan yang lebih
terkehadapan. Sedangkan idea penawaran kursus ini dicetuskan diperingkat awalnya di UKM. Kajian ini
juga memberikan kami semangat baru untuk meneruskan usaha ulama-ulama silam khasnya tokoh-tokoh
falak yang pernah memberikan sumbangan di Jabatan ini. Kami akan menjalankan kajian perpustakaan
dengan melihat semula dokumen-dokumen yang masih tersimpan bersangkutan penawaran kursus ilmu
Falak Syarie atau astrofiqh di Jabatan Syariah dan kertas kerja yang pernah dibentangkan dalam tajuk ini.
PENDAHULUAN
Kertas ini adalah sebahagian dari tajuk Penyelidikan kami KOD:UKM-PTS-034-2009 bertajuk :
Penstrukturan semula Jabatan Syariah sebagai sebuah fakulti: Satu impak terhadap ekosistem akademik
UKM dari sudut ilmu dan komersil. Kami memilih untuk membentangkan isu berkaitan kursus Astrofiqh
ini adalah sebagai satu model kemampuan Jabatan Syariah untuk dijadikan sebagai sebuah fakulti
berasingan. Ia sebagai justifikasi terhadap kepentingan kajian ini terutama apabila disentuh dalam kajian
menyeluruh terhadap bidang-bidang lain yang lebih besar seperti Ekonomi, Undang-undang dan Sains
Permakanan Islam.Sudah tiba masanya skop-skop kajian Syariah yang berkaitan mula diperkenalkan
dalam bentuk Syariah Gunaan (Applied Syariah) dan bukan hanya dalam bentuk teori semata-mata. Jika
ia dapat dilaksanakan maka UKM adalah univerisiti pertama yang mempunyai Pusat Kecemerlangan
Syariah Amali di dunia.
ASTROFIQH DAN KAITANNYA DENGAN SYARIAH
Percubaan untuk mensepadukan antara sains dan Islam telah lama dibuat, namun belum pernah pula ia
dijayakan dalam bentuk yang serius dan sistematik dalam sebuah Universiti. Ia terus ditinggalkan sebagai
satu minat (field of interest) bagi individu yang mengambil berat terhadap hal ini, iaitu mereka yang cuba
mencari jawapan terhadap persoalan yang timbul dalam sains tabi'ie mengikut perspektif Akidah dan
Syariah. Kesarjanaan Islam silam telah meletakkan batu asas yang kukuh dalam menggerakkan legasi
ilmu iaitu menjadikan al-Quran, al-Sunnah, Akidah dan Syariah sebagai asas. Lantaran itu sains telah
berjaya ditundukkan di bawah pengawasan Syariah secara komprehensif.
Ilmuan Islam seperti, al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Qurra, Ibn Yunis dan al-Khawarizme adalah antara
nama-nama besar yang telah menyatukan kekuatan Syariah dengan pengetahuan sains moden. Hasilnya
Islam pernah muncul sebagai gergasi ilmu yang menerajui Timur dan Barat. Pemisahan sains dan Islam
pula mula mendapat tempat setelah kebangkitan Eropah (Revolusi Eropah) yang berlaku di abad ke-17.
Kini hasilnya melata di muka bumi temasuk di institusi pengajian tinggi yang dikelola oleh umat Islam.
Sedangkan jika kita lihat dengan sejujurnya, sains tidak lebih dari satu "proses(amaliah)",
"pengamatan(mulahazat wa al-rasd)" dan pembuktian "sebab musabbab(cause and effect)"10.
Oleh yang demikian bukanlah suatu yang sukar untuk meletakkan Syariah dan Akidah sebagai
asas kepada aktiviti ilmu seperti ini. Sebagai contoh ilmu falak Syarie atau Astrofiqh, ia adalah berasal
dari ilmu Astronomi dalam kumpulan ilmu sains tabi'e. Apabila ia mula digunakan untuk tujuan
peribadatan umat Islam ia dikenali dengan nama Falak Syarie. Ia memberikan gambaran tentang khidmat
sains astronomi terhadap Islam (King A.David: 1991). Dari situ al-Quran dan Hadis dikaji dan
dipersembahkan dalam bentuk yang "mudah hadam" sekaligus menjawab banyak persoalan tentang
kosmologi, angkasa dan kehidupan di sana.
Takrifan yang diberikan kepada Astronomi tidak banyak bezanya di kalangan para saintis, ia
adalah kajian dan ilmu terhadap cakerawala dan pergerakannya.11 Semua takrifan ini membebaskan ilmu
dari agama atau dari sebarang bentuk keagamaan. Namun takrifan di sudut keIslaman akan menjadikan ia
murni dan luhur. Ilmu Falak Syarie ditakrifkan sebagai:" Ilmu yang membahaskan kedudukan
cakerawala untuk menentukan taqwim, mencari arah, menetapkan waktu yang berkaitan dengan hukum
hakam syariat, seterusnya membawa kepada tafakkur tentang ciptaan Allah s.w.t dan mengingatinya
sebagai jalan untuk memperkukuh Iman". (Ibnor Azli 2009).
10 Process, Observation, Cause and Effect
11 Astronomy has been defined as a study of stars, planets, and other objects in the universe.- S.Waqar Ahmed Husaini,
Qur'an for Astronomy and Earth Exploration from Space. Lazwal, ALIGARH 202 002 India. P.33.
Astronomy ia about exploring and understanding the universe. Outer space contains matter in many shapes and forms:
dusts and gas, planets and comets, our moon and other moons, the sun and other stars, the milky way and other galaxies,
Young Oxford Books- Astronomy. Simon and Jaqueline Mitton. Oxford University Press, 1994, London. p 8.
Astronomy is the observational and theoretical study of celestial bodies, of the interverning regions of space, and the
univers as whole.- The Macmilan Dictionary of Astronomy, edited by: Valerie Illingworth, 1979 London. Page.27
Astronomy is strictly speaking, in general term embracing all aspects of the study of the heavens. It therefore includes
practical, theoretical and historical studies of classical astronomy (concerned mainly with the positions, dimensions and
motions of heavenly bodies); astrophysics; cosmochemistry; astrobiology; cosmology. Its also overlape geophysics;
solar – terrestrial relationships and cosmic rays.- Astronomy is the study of the space beyond the earth and its contents;
phenomena in the earth's upper atmosphere that have their origin in space, such as aurorae and meteors, are also
included. - Oxford Dictionary of Astronomy, Ian Ridpath, Oxford University Press, Revised Edition, London.2003.
Page. 34.
Takrif di atas sebenarnya merangkumi perbahasan kosmologi, falsafah syarak, dan tafsiran nas
terhadap alam semesta. Ia juga membawa kepada kajian terhadap perkara ghaib termasuk astrologi sama
ada ia harus atau tidak. Ia juga menghubungkan astronomi dengan akidah dan syariah dan hal-hal
bersangkutan dengan akhlak(tasawwuf). Ia pasti akan menjawab sebarang persoalan mengenai kosmos
dan hakikat penciptaannya. (Ibnor Azli:2009).
Inilah daerah yang tidak mampu dicapai oleh ilmu astonomi yang berlandaskan akal semata-mata.
Ia dinyatakan dalam Readers Digest seperti berikut:
12
1F
Apa yang telah dinyatakan tadi menggambarkan betapa ilmu seperti ini bahkan sebarang ilmu
lain menurut Islam adalah amat perlu kepada kawalan Syarie yang akan mengharmonikan halatujunya
dan mengukuhkan akidah pengamalnya. Adalah tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa disudut
ibadah, falak menyentuh 80% dari rukun Islam yang lima. (Ibnor Azli Ibrahim:2004).
FALAK SYARIE (ASTROFIQH) DI JABATAN SYARIAH
Menyentuh topik ini, kami akan membuat satu sorotan sejarah dan melihat semula dokumen-dokumen
yang masih tersimpan bersangkutan penawaran kursus ilmu Falak Syarie di Jabatan Syariah. Kami juga
akan cuba mendapatkan bahan kertas kerja yang berkaitan dan berdasarkan pengalaman kami dalam
perkembangan ilmu ini di Jabatan Syariah.
PERKEMBANGAN FALAK SYARIE DI JABATAN SYARIAH DARI TAHUN 1985-1995.
PENUBUHAN PERSATUAN FALAK SYARIE BERALAMAT DI JABATAN SYARIAH
Persatuan Falak Syarie Malaysia (PFSM) telah ditubuhkan sebagai suatu pertubuhan di bawah seksyen 7
Akta Pertubuhan 1966 dan nombor pendaftarannya ialah 3782/85 (Selangor). Tarikh penubuhannya ialah
29 November 1985. Perasmian pelancaran penubuhan PFSM telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Mohd
Yusof Noor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 17 Ramadhan 1406 bersamaan 26 Mei
1986, Hari Isnin dan bertempat di Kuala Lumpur. Ekoran dari itu satu Muktamar Agong telah diadakan
buat kali pertamanya pada 19 Syawal 1406 bersamaan 28 Jun 1986 bertempat di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Dengan keahlian seramai 22 orang Jawatankuasa PFSM telah dibentuk. Persatuan ini telah
menggunakan alamat Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, 43600 UKM sebagai alamat
perhubungannya.
SUMBANGAN JABATAN SYARIAH TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU FALAK SYARIE
12 The answer to these questions are not final. Like any science, astronomy is more a way of investigating the universe
than a conclusive list of facts about it. Astronomy can never be complete because our quest to know how the universe
works will never reach an end-Astronomy, Readers Digest Explorer, New York, p.9.
Dengan menggunakan alamat Jabatan Syariah sebagai alamat perhubungannya maka bermulalah
lembaran baru dalam penyebaran Ilmu Falak Syarie yang bersepadu antara kedua-dua organisasi ini.
Sebagai langkah permulaan dalam usaha meyebarkan ilmu ini di Malaysia khususnya maka pada tahun
1981 Jabatan Syariah telah menawarkan kerusi Karyawan Tamu dalam bidang Falak Syarie di Fakulti
Pengajian Islam. Tuan Hj. Mohd Khair Taib ( KMN, AMK ) adalah tokoh yang sesuai untuk memenuhi
keinginan Jabatan ini. Sehubungan dengan itu, beliau telah di lantik sebagai Karyawan Tamu Fakulti
Pengajian Islam dalam bidang Falak Syarie bermula pada 1 Jun.1981 sehingga 5 Okt.1984 di mana
tempoh itu dilanjutkan dari setahun ke setahun.(Ibnor Azli Ibrahim :2002).
FAKTOR DAN KESAN KEMEROSOTAN ILMU INI DI JABATAN SYARIAH
Semenjak berakhirnya penglibatan tokoh-tokoh penting falak di Jabatan ini bermula tahun 1990
perkembangan ilmu ini mula terbantut. Persatuan Falak Syarie Malaysia juga tidak lagi menjadikan
Jabatan ini sebagai pusat perancangan aktivitinya. Tambahan pula tiada lagi AJK persatuan yang
dianggotai oleh ahli akademik Jabatan ini kecuali Almarhum Ust. Alwi Abdul Rahman yang ketika itu
menghadapi masalah kesihatan dan tidak dapat menumpukan kepada aktiviti penyebaran ilmu ini.
Satu demi satu tokoh-tokoh falak telah mula meninggalkan Jabatan ini kerana sebab-sebab tertentu
seperti Tuan Hj.Mohd Khair yang tamat khidmatnya sebagai Karyawan Tamu, Prof Dato' Harun Din pula
bersara dan Almarhum Prof Madya Dr. Abdullah Ibrahim telah berpindah ke INSANIAH, sebuah institusi
pengajian yang terletak di Negeri Kedah. Tuan Hj.Mohd Kamari dan Tuan Hj.Mohd Khair Taib telah
meninggal dunia dalam tempoh itu. Prof.Dr.Dato' Mazlan Othman telah berpindah ke BAKSA dan
dengan itu tiada lagi ahli falak yang berada di persekitaran Bangi yang boleh menyumbang dalam bidang
ini.
Terdapat juga ahli-ahli falak yang lain yang menyumbangkan ilmu di bidang ini di Jabatan seperti, Ust
Mustafa dari MPI (Maktab Perguruan Islam)13 dan Syed Kamarulmzaman Syed Kabir. Namun begitu
Ust.Mustafa menghadapi masalah kesihatan yang tidak memungkinkan beliau aktif .
Kesan dari itu, Ilmu Falak Syarie terus mengalami kemunduran setelah kehilangan tokoh-tokoh ini
apabila kursus elektif Falak Syarie telah dihentikan penawarannya sejak tahun 1993. Masalah yang
dihadapi ialah ketiadaan pensyarah jabatan yang menjurus di bidang itu. Dalam suasana yang suram itu,
Persatuan Falak Syarie telah memindahkan alamat pehubungannya ke Ibu pejabat Yayasan Muslimin
yang terletak di Gombak kerana kesukaran untuk berhubung memandangkan tiada kemudahan untuk
Pesatuan yang disediakan di samping tiada AJK dan ahlinya yang bergerak aktif di Jabatan tersebut.
Akhirnya Ilmu ini hampir pupus kedudukannya di Jabatan malah hanya tinggal sebutan.(Ibnor Azli
Ibrahim:2005).
DRAF PENSTRUKTURAN SEMULA JABATAN SYARIAH UNTUK TAHUN 2011 DAN
KESANNYA KEPADA ILMU ASTROFIQH
13 Sekarang dikenali sebagai Institut Perguruan Islam.
Pada tahun 1999 kali pertama kursus ini ditawarkan semula atas nama Allahyarham Ust.Alwi Abdul
Rahman. Namun begitu beliau hanya dapat menyampaikan dua kuliah sahaja akibat masalah kesihatan
yang beliau hadapi.
Pada tahun 1999 juga Allahyarham Ust. Alwi telah menolak perlantikannya sebagai AJK dalam
Mesyuarat Agong Persatuan Falak Syarie di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 9 Ogos
1999. Allah yarham seterusnya mencalonkan nama salah seorang pensyarah Jabatan Syariah sebagai AJK
persatuan dan sehingga kertas ini ditulis beliau masih menjadi AJK persatuan Falak Syarie Malaysia.
Hasrat untuk mengembalikan pengajaran Ilmu Falak Syarie di Jabatan Syariah mula menjadi isu dalam
beberapa perbincangan tidak rasmi di kalangan pensyarah Jabatan khususnya selepas Allahyarham
Ust.Alwi meninggal dunia. Secara tidak langsung galakan dari pihak Jabatan adalah amat
memberansangkan.
Dalam penstrukturan baru Modul Syariah di Fakulti Pengajian Islam ini, kursus Falak Syarie telah
dikekalkan seperti yang terkandung dalam modul lama. Ia merupakan satu Kursus Elektif bagi Modul
Perundangan Islam sahaja, manakala pelajar Modul Muamalat dan Kewangan Islam dan Modul Undang-
undang perbandingan tidak dibenarkan mendaftar di Kursus ini sebagai kursus elektif (Ibnor Azli
Ibrahim:2007).
Pengasingan ini telah juga memberi impak kepada minat pelajar, secara kasarnya pelajar dari modul
muamalat, kewangan dan undang-undang perbandingan juga wajar diberi pendedahan terhadap ilmu ini
kerana mereka juga mempunyai kemampuan yang sama dalam kemahiran membuat rujukan dalam
Bahasa Inggeris dan Arab. Modul Undang-undang Perbandingan adalah lebih relevan dengan kursus ini
memandangkan ia berkaitan dengan perundangan dan mahkamah. Astrofiqh pula akan melibatkan isu-isu
kekeluargaan seperti tempoh eddah, kiraan istbat nasab dan lain-lain di samping isu-isu kemasyarakatan
seperti penentuan qiblat, pensabitan puasa Ramadahan, Raya Shawwal dan Haji. Disamping terdapat
enakmen yang menyentuh ketidakpatuhan terhadap ketua Agama negeri-negeri yang berkaitan
perselisihan dalam menentukan kenampakan hilal.14
PENUBUHAN UNIT FALAK SYARIE
Ilham untuk menubuhkan Unit Falak ini adalah hasil pengajaran Falak yanag telah mula di jalankan
kembali di jabatan ini. Ahli mesyuarat merasakan telah tiba masanya Pihak Jabatan mengorak langkah
untuk menubuhkan satu lagi pusat kecemerlangan seperti Klinik Hukum Syarak yang telah lama tertubuh
dan menjadi lambang kecemerlangan Jabatan ini. Dalam mesyuarat Jabatan Syariah kali yang ke 259
bertarikh 13 March 2002, bertempat di Bilik Persidangan dan Dokumentasi Jabatan Syariah, ahli
mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan satu Unit Falak Syarie yang di ketuai oleh Ust.Ibnor Azli
Ibrahim ( Ketua Penyelidikan ini ).
Kajian ini mendapati bahawa ilmu ini kurang diminati oleh para pensyarah dan pelajar memandangkan
promosi yang kurang dan sifatnya yang bersepadu dengan sains dan matematik menjadikan ia suatu
perkara yang menjadi alahan kepada pelajar agama. Kajian ini mencadangkan agar syarat lulus matematik
dan sains perlu diambil kira untuk kemasukan ke Jabatan Syariah khususnya bagi mereka yang ingin
14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Negeri Johor di dalam Fasal 9 menyatakan bahawa tindakan menyambut
tarikh berpuasa dan berhari raya tidak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemerintah boleh didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit (RM 3000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya
sekali.
mengikuti kursus yang bersepadu seumpama ini. Ia telah dilaksanakan di USIM dalam pakej Falak
Syarienya di Jabatan Syariah dan Undang-Undang.
Kini, Unit Falak yang ditubuhkan masih dalam keadaan tidak rasmi kerana ia bukan diletakkan
dibawah fakulti dan bukan juga di bawah jabatan Syariah kerana tiada peruntukan untuk menubuhkannya.
Akhirnya ia diletakkan dibawah Klinik Hukum Syarak sepertimana yang diputuskan oleh satu mesyuarat
Jabatan.
HUBUNGAN PERSATUAN FALAK SYARIE DENGAN JABATAN SYARIAH KINI
Pada tarikh 14 Feb.2002 bersamaan 1 Zulhijjah 1422 satu pertemuan antara AJK Persatuan Falak Syarie
dan penasihat Persatuan telah diadakan. Penasihat tersebut ialah Prof.Madya Ust Mohd Ridzuan Awang
yang telah dipilih oleh persatuan menjadi salah seorang penasihat di samping tiga orang penasihat yang
lain. Dengan perlantikan itu diharapkan hubungan antara kedua-dua pihak akan kembali kukuh setelah
lama terbiar. Majlis ini juga diharap akan membuka lembaran baru dalam usaha memajukan semula
bidang ini di kalangan anak-anak mahasiswa di Fakulti Pengajian Islam khususnya dan warga UKM
amnya. Namun apa yang dilihat dalam penstrukturan baru Jabatan Syariah ilmu Falak Syarie masih lagi
terasing dan tidak mendapat tempat sesuai dengan sejarah dan kepentingan di Jabatan ini.
CADANGAN DAN SARANAN
Setelah diteliti perkembangan ilmu Falak Syarie di Jabatan Syariah ini bermula dari tahun 1985 sehingga
kini dapatlah dirumuskan bahawasanya ilmu ini bakal mendapat tempat di kalangan pensyarah dan pelajar
khasnya dan warga UKM dan masyarakat umumnya. Kursus ini juga boleh dipertingkatkan penyampaian
dan mutunya jika diberi ruang dan peruntukan yang mencukupi disudut latihan pensyarah dan peralatan.
Sehubungan dengan itu kajian ini mencadangkan perkara-perkara berikut :
(a) Memperkukuh hubungan dua hala antara Jabatan Syariah dengan badan-badan yang berkaitan
dengan Astrofiqh seperti Persatuan Falak Syarie, JAKIM, BAKSA, JUPEM dan Jabatan-Jabatan
Mufti yang berkait secara langsung dalam aktiviti Falak secara rasmi.
(b) Mengintegrasikan pengajaran Astrofiqh dengan kursus dan aktiviti yang diadakan di Fakulti Sains
dan Teknoloji UKM, seperti yang telah dimulakan di Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya.
(c) Mengkaji semula silibus yang digunakan dalam pengajaran ilmu di Jabatan Syariah termasuk
rujukan-rujukan asas yang dicadangkan itu.
(d) Menyegerakan pembelian peralatan Falak untuk tujuan pengajaran dan cerapan.
(e) Menjalankan latihan untuk pensyarah yang terlibat dari semasa ke semasa untuk meningkatkan
kualiti pengajaran dan ilmunya.
(f) Menjadikan Kursus Astrofiqh ini sebagai kursus elektif bagi semua modul dan bukan terhad
kepada Modul Perundangan Islam sahaja.
(g) Melantik Karyawan Tamu dari negara Arab yang mahir dalam falak tradisi kerana kemahiran
falak moden boleh diperolehi melalui kursus-kursus dalam negara.
(h) Menyegerakan pembentukan Jabatan Syariah sebagai sebuah fakulti berasingan yang boleh
mewujudkan pusat kecemerlangan falaknya yang tersendiri seperti yang ingin dibangunkan oleh
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
(i) Sebuah balaicerap sendiri untuk UKM perlu dibina oleh Pusat Kajian Angkasa UKM sebagai
pusat latihan dan penyelidikan pelajar Syariah.
Semoga ilmu ini akan kembali suatu hari nanti sebagai ilmu yang menjadi kebanggaan kaum Muslimin
dan kegemilangannya seperti suatu masa dahulu dapat dinikmati sebagai lambang keagungan ISLAM.
RUJUKAN
Ibnor Azli Ibrahim. 2001. Astronomi dan Islam. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke V.
3-5 April.2001. Pusat Kembangan Pendidikan. Anjuran: Persatuan Penolong Pegawai Sains UKM
dan UKM. Kuala Lumpur: Penerbit UKM.
Ibnor Azli Ibrahim, 2002, Perkembangan Ilmu Falak Syarie di Jabatan Syariah, FPI UKM: Antara
Cabaran dan Harapan. - Isu Syariah dan Undang-undang., , Pengarang, Siri ke 11. Hal.114, Jabatan
Syariah UKM, Kuala Lumpur, Malaysia, 01, Salinan Keras (Kertas).
Ibnor Azli Ibrahim & Badri Hussin, 2004, Pengenalan Ilmu Falak Syarie dan Kepentingannya,
Pengarang, Siri 13, Siri 13, 51-64, Jabatan Syariah, FPI UKM, UKM, 01, Salinan Keras (Kertas).
Ibnor Azli Ibrahim & Mohd faizal Jani, 2006. Tuan Haji Mohd Khair bin Taib (1922-1989) dan
Sumbangannya Dalam Pembangunan Ilmu Falak di Malaysia, Seminar Nadwah Ulama Nusantara ke
3, 15-17.04.2006, Dewan Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), Kepala Batas, Pulau Pinang.
Ibnor Azli Ibrahim & Radzuan bin Nordin 2005. Peranan Balai Cerap al-Khawarizmi sebagai medium
dakwah berasaskan sains di Malaysia, Seminar Internasional Dakwah Serumpun Malaysia-Indonesia,
23-26.8.2005, IAIN Imam Bonjol, Padang, Indonesia.
Ibnor Azli Ibrahim, 2004. Penyelarasan Taqwim Hijrah Sebagai Satu Mekanisme Perpaduan, Seminar
Agama Sebagai Wadah Keharmonian Masyarakat dan Negara, 21.8.2004, UNTAG University,
Surabaya. - Serantau
Ibnor Azli Ibrahim, 2005. Ilmu falak Syarie di Jabatan Syariah selepas Tuan Hj.Mohd Khair bin Taib.
Seminar Munaqasyah Falak: Pengkisahan Tokoh Falak: Al Marhum Tuan Hj.Mohd Khair bin
Hj.Mohd Taib. 23.4.2005. Hotel Sri Malaysia Ipoh. (Kertas).
Ibnor Azli Ibrahim & Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi 2007. Peranan Ilmu Usul Fiqh dalam
Menyelesaikan Isu-isu Falak. Prosiding Seminar Ilmu Falak Sempena Sambutan dua Dekad
Persatuan Falak Syarie Malaysia, 13-14 Julai 20087, Dewan COIT UNITEN, Kajang.
Ibnor Azli Ibrahim, Badri Hussain & Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi 2007. Tokoh Ilmu Falak
Melayu Sebelum Kemerdekaan : 1710-1935. Prosiding Seminar Ilmu Falak Sempena Sambutan dua
Dekad Persatuan Falak Syarie Malaysia, 13-14 Julai 20087, Dewan COIT UNITEN, Kajang.
Ab.Rahaman Hussin & Ibnor Azli Ibrahim 2007. Kepentingan Ilmu Falak Dalam Akidah. Koleksi Kertas
Kerja Seminar Persatuan Falak Syarie Malaysia 1986-2004.
Ibnor Azli Ibrahim & Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi 2007. Sumbangan Ulama Andalus Dalam
Perkembangan Ilmu Falak Pada Abad Pertengahan: Satu Tinjauan Sejarah. Simposium Tamadun
Islam Abad Petengahan II. 17 Mac.2007. Bilik Senat, Bangunan Cancelori UKM, Bangi.
Ibnor Azli Ibrahim 2007. Pendidikan dan Penyelidikan Ilmu Falak di Jabatan Syariah UKM: Satu
Tinjauan. Prosiding Seminar Ilmu Falak Sempena Sambutan dua Dekad Persatuan Falak Syarie
Malaysia, 13-14 Julai 20087, Dewan COIT UNITEN, Kajang.
Ibnor Azli Ibrahim, 2007. . Prosiding Seminar Seminar
Penyelidikan dalam Pengajian Islam, 27-28 Julai 2007, Bilik Senat dan Bilik Majlis, UKM, Bangi.
Ibnor Azli Ibrahim, 2007. . PHD Thesis, International Islamic University
of Malaysia. Kuala Lumpur.
STATUT
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Negeri Johor di dalam Fasal 9.
MEMPERMUDAHKAN PENGAJARAN BALAGHAH DI KALANGAN PELAJAR MELAYU
Dr. Idris bin Abdullah
Jabatan Pengajian Arab dan Tam. Islam
Fakulti Pengajian Islam
PENDAHULUAN
Setiap bahasa di dunia ini mempunyai unsur Balaghah (rhetorik)nya yang tersendiri. Bahasa Arab
merupakan suatu bahasa yang kaya dengan perkataan dan ungkapan yang indah dan menarik dan di
samping mempunyai ilmu Balaghah yang lengkap dan tersusun. Walaupun pada mulanya ilmu Balaghah
Arab dicipta untuk kepentingan pengajian al-Quran, iaitu menilai “I’jaz Bayaniy” al-Quran dari sudut-
sudut yang berbeza mengikut pembahagian ilmu al-Balaghah. Tetapi pada akhirnya ilmu Balaghah
digunakan bagi kepentingan keseluruhan hasil sastera, sama ada puisi atau prosa, di samping untuk
mengkritik atau menilai sesuatu ungkapan sama ada indah atau sebaliknya.
PENGAJIAN BALAGHAH DI MALAYSIA
Tiada bukti yang jelas tentang bila pengajaran Balaghah mula diperkenalkan di negara ini. (Azhar bin
Muhammad & Abdul Hafiz Abdullah 2006: 40) Sungguhpun begitu ramai di kalangan sarjana Islam
tempatan berpendapat pengajian Balaghah di negara ini bermula serentak dengan kedatangan Islam
(Azhar Muhammad 2008: 99) yakni sejak pengajian Islam diperkenalkan di rantau ini. Perselisihan
pendapat juga berlaku dalam menentukan masa kemasukan Islam di negara ini. Para sarjana Islam dan
sarjana tempatan lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan Islam tersebar di Tanah Melayu
pada abad pertama hijrah lagi, berdasarkan kepada bukti-bukti terdapatnya pertempatan orang-orang Arab
di Sumatera Timur pada tahun 55H/674M, begitu juga berdasarkan kepada kerajaan Islam Perlak
didirikan pada tahun 225H/840M. (Gang Giong Suk 1993: xix), manakala mengikut pendapat ahli sejarah
barat, Islam tersebar di negeri ini pada kurun kesebelas dengan kedatangan pedagang-pedagang Arab ke
kawasan sebelah sini untuk berdagang. Pada tahun 1347, seorang pelayar Maghribi, Ibn Batutta
terserempak dengan pendakwah dari anak tempatan. (Hub de Jonge and Nico Kaptein 2002:1) Apa yang
penting ialah pengajian bahasa Arab dan antaranya Balaghah yang merupakan sebahagian daripada
pengajian Bahasa Arab, berkembang disebabkan tuntutan yang kuat untuk memahami al-Quran dan al-
Hadith.
Bagi memenuhi keperluan pengajian tersebut, tumbuhlah pusat-pusat pengajian yang dikenali
sebagai pengajian pondok, yang menjadikan pengajian Balaghah sebagai satu mata pelajaran penting. Ia
tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan berterusan hingga ke hari ini di semua peringkat pengajian,
termasuk peringkat sekolah menengah, kolej dan universiti.
Kota pemerintahan Kesultanan Melayu telah menjadi pusat pendidikan dan kebudayaan.
Antaranya Kerajaan Samudera-Pasai (1280 – 1400M), Aceh (1511 – 1650M), Patani (1564 – 1782M) dan
Johor-Riau (1650 – 1800M). Pusat pendidikan tersebut telah melahirkan ramai tokoh yang terkenal dalam
bidang agama, bahasa Arab dan kesusasteraan Melayu Arab. Antara mereka yang terkenal ialah Hamzah
Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari, Syeikh Daud al-Fatani dan Raja Ali
Haji. (Ismail Hamid 1985: 28-32)
Sekitar abad kelapan belas, sembilan belas dan dua puluh, orang Melayu di Malaysia, atau
Semenanjung Tanah Melayu khususnya mempelajari ilmu bahasa Arab di samping pengajian Islam
melalui institusi keilmuan seperti rumah, surau dan masjid. Sistem pembelajaran ini merupakan lanjutan
pembelajaran tradisional yang diwarisi oleh masyarakat Melayu sejak mereka menerima kedatangan
Islam. Biasanya, rumah guru atau ulama yang mengajar akan menjadi tumpuan untuk mendapatkan ilmu
termasuk ilmu bahasa Arab. Lanjutan pembelajaran dari rumah guru ini seterusnya diadakan disurau atau
masjid yang berdekatan dengan rumah kediaman guru tersebut. Biasanya ilmu Bahasa Arab yang
disampaikan merangkumi pelajaran Nahu dan Saraf. (Azhar Muhammad 2008: 107)
Ketika menggambarkan suasana pembelajaran tesebut di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz Nik
Hassan (dlm. Khoo Kay Kim 1980:31) menceritakan bahawa Tok Khurasan, salah seorang tokoh ulama
Kelantan yang mengajar di rumahnya dan di sebuah surau berdekatan rumahnya sejak tahun 1917M telah
memperkenalkan beberapa ilmu baru dalam konteks pengajian agama. Ilmu yang dimaksudkan itu
termasuk ilmu Falsafah, Mantiq dan Balaghah.
Bertitik tolak daripada sistem pengajian ini, lahirlah sistem madrasah hasil idea gerakan islah dari
Timur Tengah yang dibawa pulang oleh pelajar Melayu yang belajar di sana. Madrasah mempunyai
sukatan pelajaran tersendiri dan peringkat kelas pembelajaran dibahagikan kepada ibtida’iy (rendah) dan
thanawiy (menengah). Antara madrasah perintis ialah Madrasah al-Misriyyah di Bukit Mertajam,
Seberang Prai, Pulau Pinang (1906M), Madrasah al-Khariyyah al-Islamiyyah (1907M), dan Madrasah al-
Iqbal, Singapura (1908M). Selepas itu madrasah-madrasah dibuka di merata-rata negeri di Malaysia.
Sistem persekolahan ini terus berkembang dari hari ke hari, sehinggalah perlaksanaan dasar
pelajaran kebangsaan (Penyata Pelajaran Razak 1956 dan Penyata Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960)
telah memulakan pengubahsuaian terhadap kurikulum sekolah agama dan madrasah selaras dengan dasar
pelajaran kebangsaan. (Azhar Muhammad 2008: 113)
Hari ini Balaghah merupakan satu pelajaran wajib bagi semua pelajar yang mengambil mata
pelajaran Bahasa Arab apabila mereka memasuki tingkatan empat, lima dan enam di negara ini. Balaghah
telah diberikan kedudukan yang baik dalam kurikulum pendidikan Islam negara pada hari ini. Di
peringkat SPM, matlamat pembelajaran Balaghah adalah sebagai asas bagi menyuburkan kemahiran,
penguasaan dan cita rasa terhadap bahasa Arab. (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 2000)
PENDIDIKAN PONDOK
Hasil kajian Abdullah Ishak (1995: 208 – 215) mengenai institusi pondok mendapati kaedah pengajaran
yang digunakan berbentuk tradisional, iaitu dalam bentuk bulatan (halaqah). Guru akan membaca kitab
yang dipelajari kepada murid-murid dan menghuraikannya satu persatu. Murid-murid akan membuat
catatan apa yang disampaikan oleh guru sebagai peringatan. Struktur pembelajaran seumpama ini disebut
juga dengan istilah “menadah kitab”. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk ini dapat
disamakan dengan kaedah kuliah atau syarahan. Namun beberapa kaedah lain turut digabungjalin dan
diamalkan seperti huraian, perbincangan, hafalan dan soaljawab. Kajian juga mendapati terdapat
persamaan bentuk kurikulum di seluruh institusi pengajian tradisional.
Kajian ini juga mendapati struktur kurikulum bagi negeri-negeri Kedah, Kelantan dan
Terengganu adalah hampir-hampir sama. Cuma terdapat beberapa perbezaan dari segi kitab yang
digunakan semasa pengajaran sahaja.
Mengenai kitab-kitab yang digunakan dalam pengajian nahu ialah kitab al-Mutammimat, Matn
al-Ajurumiyat, Mughniy al-Labib, Minhaj al-Masalik al-Asymuniy dan Hasyiyat Ala Syarh al-Asymuniy.
Manakala kitab Saraf lalah al-Tasrif dan Matn al-Tasrif, sementara kitab ‘Arud ialah Tashil al-‘Arud fi
‘Ilm al-‘Arud, al-Mizan al-Zahabiy dan Matn al-Kafiy. Sementara kitab Balaghah pula ialah Jawhar al-
Maknun, Mukhtasar al-Ma’aniy dan Jawahir al-Balaghat.
TUJUAN UTAMA PENGAJIAN BALAGHAH
Pengajian Balaghah di kalangan pelajar atau pengkaji bahasa mempunyai tiga tujuan asas yang sangat
penting iaitu:
Tujuan Keagamaan: Tujuan inilah yang menjadi asas kepada pembentukan ilmu Balaghah di
kalangan bangsa Arab. Ia berkait rapat dengan kajian I’jaz Bayani dalam al-Quran, atau dengan kata lain,
bagi memahami ketinggian bahasa, uslub, susunan ayat dan sebagainya yang terdapat dalam al-Quran al-
Karim, seterusnya melahirkan segenap keindahan itu dengan istilahnya yang tersendiri.
Tujuan Pembelajaran: Tujuan inilah yang menjadi teras kepada pusat-pusat pengajian tinggi, iaitu
mengajar pelajar-pelajar seni berucap dan menulis, lebih-lebih lagi setelah berlakunya percampuran
antara bangsa Arab dan bukan Arab yang menyebabkan berlakunya banyak kesalahan dalam pengunaan
bahasa itu sendiri. Dalam hal ini Balaghah berperanan memperbetulkan sebarang kesalahan bahasa yang
dilakukan.
Tujuan Mengkeritik: Tujuan ini berperanan sebagai kayu ukur kepada sesuatu hasil karya atau
ucapan, sama ada baik atau buruk. Setelah dikenal pasti, baharulah pengkeritik melahirkan keritiknya
berpandukan ukuran yang terdapat dalam ilmu Balaghah. (Matlub, Ahmad 1973 :32-36)
Pengajian Balaghah pada hari ini sama ada di peringkat menengah atau universiti, banyak
menekankan kepada tujuan kedua iaitu mengajar pelajar-pelajar seni berucap dan menulis, dan Balaghah
berperanan untuk memperbetulkan sebarang kesalahan yang berbentuk pemilihan perkataan dan
mengelakkan berlakunya kesalahn kepada uslub sesuatu ayat. Selebihnya di peringkat yang lebih tinggi,
iaitu peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, baharulah Balaghah ini dapat dihayati dengan lebih baik dan
dapat digunakan sebagai alat untuk menilai ketinggian bahasa dan uslub al-Quran atau dinamakan sebagai
I’jaz Bayani, di samping bagi tujuan mengkeritik sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi atau prosa.
LANGKAH-LANGKAH MEMPERMUDAHKAN PENGAJARAN BALAGHAH
Bagi menjadikan Balaghah suatu mata pelajaran yang mudah difahami, sehubungan dengan itu ianya
menjadi suatu mata pelajaran yang diminati oleh pelajar-pelajar Melayu, maka beberapa langkah perlu
dilakukan bagi memastikan perkara tersebut. Di antara usaha-usaha yang difikirkan perlu adalah seperti
berikut:
PERMUDAHKAN CONTOH-CONTOH
Kebanyakan contoh-contoh dalam perbincangan Balaghah adalah terdiri daripada bait-bait syair
Arab klasik dan moden, kata-kata hikmah dan sebagainya, yang sukar difahami oleh segenap lapisan
pelajar-pelajar. Oleh itu pelajar-pelajar menganggap kesukaran itu adalah disebabkan subjek Balaghah itu
sendiri yang sukar dipelajari, dengan tidak memikirkan kesukaran itu hanya daripada contoh-contoh yang
dibawa. (lihat http://university.arabsbook.com)
Sebagai contoh, kebanyakan buku Balaghah Arab mengemukakan contoh “al-Jinas” umpamanya,
daripada bait-bait syair:
Terdapat dua perkataan yang hampir sama huruf-hurufnya iaitu “ ” dan “ ” yang
diistilahkan sebagai “Jinas Ghair Tam”.
Manakala contoh “al-Tauriah” pula ialah kata-kata penyair:
Yang menjadi perbincangan “al-Tauriah” di sini ialah perkataan “ ”, iaitu satu perkataan yang
membawa dua makna. Makna biasa iaialah seorang hamba, sedangkan makna yang jarang digunakan
ialah “halus”, manakala yang dimaksudkan di sini ialah makna yang kedua iaitu “halus”.
Meskipun Balaghah berperanan menilai sesuatu teks sastera itu baik atau sebaliknya, tetapi untuk
mereka yang baharu belajar Balaghah, tidak sepatutunya dikemukakan contoh-contoh yang sukar
difahami dalam mengenali cabang-cabang ilmu Balaghah ini. (Muwaffaq Abdullah, Idris Abdullah
2006:182) Adalah dikira sesuai sekiranya contoh-contoh itu dibawa dari suasana perbualan seharian,
daripada masyarakat sekeliling pelajar-pelajar, supaya mereka dengan mudah dapat memahaminya.
MEMPERMUDAHKAN ISTILAH BALAGHAH
Istilah Balaghah berkembang dari satu generasi ke satu generasi hingga dianggap sempurna dengan
terkarangnya kitab ‘Miftah al-‘Ulum” oleh al-Sakkakiy, kemudian diikuti oleh kitab “al-Talkhis” oleh al-
Qazwiniy. (Matlub, Ahmad 1972: 7)
Para ulama’ Balaghah berselisih pendapat dalam penggunaan beberapa istilah Balaghah itu
sendiri, kerana bagi mereka terdapat beberapa istilah yang menyukarkan pembaca untuk memahaminya.
(lihat http://university.arabsbook.com)
UU
Kalau dikaji penggunaan istilah yang terdapat dalam Balaghah, sememangnya banyak yang
bergantung kepada tafsiran falsafah. Sebab itulah para pengkaji membahagikan penggunaan istilah-istilah
ini kepada dua bahagian, iaitu “Falsafah Balaghah” dan “Balaghah yang difalsafahkan”. Falsafah
Balaghah ialah penghuraian kaedah Balaghah serta perbahasan mengenai rahsia dan tujuannya, begitu
juga dengan nilai keindahan yang terdapat di dakamnya. Manakala Balaghah yang difalsafahkan ialah
Balaghah yang bercampur dengan pendapat, gambaran dan istilah Balaghah. Ianya merupakan Balaghah
yang bercampur aduk dengan falsafah. (Abbas, Fadl Hassan 1989: 299)
Contoh istilah-istilah “Isti’arah” yang digunakan sekarang ini:
----
---
Bilangan ini boleh diperkecilkan sekiranya pengajian mengenai Balaghah dipermudahkan.
MENTERJEMAHKAN ISTILAH BALAGHAH KE BAHASA MELAYU
Oleh kerana istilah-istilah Balaghah yang ada sekarang, banyak yang hampir sebutannya antara
satu sama lain, begitu juga dengan pengertiannya yang seakan-akan serupa, keadaan ini menyebabkan
pelajar lebih sukar mengingatinya, malah memahaminya. Bagi memudahkan pelajar-pelajar Melayu
memahaminya, adalah dikira baik sekiranya istilah-istilah tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu. Setakat ini usaha penterjemahan istilah-istilah tersebut tidak dilakukan dengan baik dan kemas.
Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka contohnya, menterjemahkan sebahagian istilah-istilah Balaghah adalah
dianggap tidak memenuhi kehendak pengajian Balaghah itu sendiri. Hasilnya lahirlah sebuah buku istilah
yang tidak lengkap yang diberi nama “Glosari Bahasa dan Kesusasteraan Arab”, diterbitkan pada tahun
1996. Selepas itu tiada lagi usaha menterjemahkan istilah Balaghah dengan cara yang lebih baik dan
lengkap oleh mana-mana pihak sekalipun.
Sebagai contoh, istilah-istilah Balaghah yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dalam
glosari tersebut ialah:
: Puisi
: simile
: Kata sulam
Manakala kebanyakan istilah-istilah Balaghah belum diterjemahkan lagi ke dalam bahasa Melayu
seperti:
Dan lain-lain yang jumlahnya mengikut glosari, hampir 1000 istilah. Menyediakan istilah
Balaghah dalam bahasa Melayu ini penting kepada pelajar-pelajar Melayu, kerana istilah-istilah
berbahasa Arab, yang selama ini digunakan oleh para guru dan pensyarah semasa mengajar pelajar-
pelajar Melayu, didapati sangat sukar difahami oleh mereka semasa belajar. Bahkan istilah-istilah ini juga
sukar difahami oleh pelajar-pelajar Arab sendiri.
Walaupun pengajaran dijalankan dalam bahasa Arab sepenuhnya, tetapi adalah disarankan untuk
menterjemahkan istilah-istilah Balaghah itu ke dalam bahasa Melayu, supaya pelajar Melayu cepat
memahaminya.
MEMBANDINGKAN BALAGHAH ARAB DENGAN BALAGHAH MELAYU
Peranan guru atau pensyarah juga amat penting dalam menjalankan pengajaran ilmu Balaghah ini kepada
pelajar-pelajar Melayu, supaya mereka mudah memahaminya. Antara cara-cara pengajaran tersebut ialah
membandingkan Balaghah Arab dengan Balaghah yang terdapat dalam masyarakat Melayu. Contohnya
dalam Balaghah Arab terdapat “al-Saj’”, “al-Syi’r” dan sebagainya, manakala guru semasa
menerangkannya kepada pelajar, sebaik-baiknya membandingkannya dengan “Sajak” dan “syair” yang
terdapat dalam masyarakat Melayu. Ini kerana pelajar-pelajar Melayu selalu terkeliru antara kedua-
duanya. Sedangkan kedua-dua bidang tersebut mempunyai perbezaan dan persamaan yang ketara. Ini juga
dapat membantu pelajar-pelajar lebih memahami pengertian yang dikehendakki.
PENUTUP
Oleh kerana mata pelajaran Balaghah adalah suatu mata pelajaran yang sangat penting bagi pelajar-
pelajar bahasa Arab, lebih-lebih lagi bagi menguasai zauq bahasa Arab yang sebanar, di samping dapat
menghayati keindahan sesuatu ucapan atau penulisan dengan baik, dan akhirnya menikmati keindahan al-
Quran yang diturunkan oleh Allah kepada manusia yang dikenali sebagai “I’jaz Bayaniy”, maka sebarang
usaha bagi mempermudahkan pelajaran Balaghah ini adalah sangat bernilai dan patut diberi sokongan
padu, bagi membantu para pelajar mendapatkan kefahaman yang betul. Di samping itu dapat menukar
anggapan mereka kepada mata pelajaran Balaghah, yang selama ini dikatagorikan sebagai mata pelajaran
yang sukar dipelakari, kepada suatu pelajaran yang menarik dan mudah dipelajari.
RUJUKAN
Abbas, Fadl Hassan. 1989. Al-Balaghah al-Muftara Alaiha Bain al-Asalat wa al-Tab’iyyat. Beyrut: Dar
al-Nur.
Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Azhar bin Muhammad & Abdul Hafiz Abdullah. 2006. Kesediaan Pelajar Aliran Agama Terhadap
Pengajian Ilmu Balaghah Arab Peringkat Awal: Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah Agama Negeri
Johor dlm Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Bangi: Pusat Penerbitan
dan Percetakan UKM.
Gang Giong Suk. 1993. Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hub de Jonge and Nico Kaptein. 2002. Arabs, Politics, Trade and Islam in Southeast Asia. Leiden:
KITLV Press.
Ismail Hamid. 1985. Peradaban Melayu dan Islam. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (2000), Sukatan Pelajaran BAT.
Matlub, Ahmad. 1973. Manahij Balaghiyah. Kuwait: Wakalat al-Matbu’at al-Jami’iyyah.
Matlub, Ahmad. 1972. Mustalahat Balaghiyah. Baghdad: Maktabah al-‘Ani.
Muwaffaq Abdullah, Idris Abdullah. 2006. Al-Dalil al-‘Ilmi fi Ta’lim al-Lughah al-Arabiyah wa
Adabiha. Kuala Lumpur: Dar al-Tajdid.
Nik Abdul Aziz Nik Hassan. 1980. “Islam dan Masyarakat kota Bharu di Antara Tahun 1900 – 1933”
dlm. Khoo Kay Kim (ed). Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
http://university.arabsbook.com. Bin Isa Batahir. Taisir al-Balaghah fi Kutub al-Turath.
AMALAN PENAKSIRAN DALAM SANGGAR KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA DARI
PERSPEKTIF PERSEPSI PELAJAR
Kamisah Osman
Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Peranan penaksiran dalam kontinum perlaksanaan sesuatu kurikulum pengajaran memang tidak
disangsikan lagi. Dalam konteks perlaksanaan kurikulum pendidikan guru di Fakulti Pendidikan selaras
dengan tuntutan dan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia, dimensi penilaian merupakan salah satu
dimensi yang amat dititikberatkan dan perlu diberi perhatian dan wajaran sepenuhnya khususnya dalam
mencetuskan pembelajaran mendalam lagi bermakna dalam kalangan pelajar. Kertas kerja ini akan
membentangkan analisis persepsi pelajar berhubung amalan penaksiran yang dilaksanakan dalam
kalangan pensyarah di Fakulti Pendidikan dari aspek jangkaan, amalan penaksiran baru, amalan
penaksiran traditional, amalan penaksiran organisasi dan amalan pelaporan penaksiran merentas tahun
pengajian dan disiplin pengkhususan masing-masing 614 orang pelajar Tahun 1, 2, 3 dan 4. Usaha
emperikal ini penting sebagai salah satu tindakan strategik untuk memastikan standard penandaarasan
(benchmark) dan standard pengukuhan (enhanced) penaksiran pelajar seperti mana yang telah diwartakan
oleh Kerangka Kelayakan Malaysia dihayati dan seterusnya direalisasikan oleh pensyarah dalam amalan
penaksiran yang dilaksanakan.
PENGENALAN
Refleksi amalan penaksiran yang dilaksanakan oleh pensyarah tidak menafikan amalan penaksiran yang
dilaksanakan bukan hanya memandu arah tentang cara bagaimana pelajar belajar, malahan turut
mempengaruhi apa serta bagaimana pelajar belajar. Implisitnya, amalan penaksiran yang diamalkan oleh
pensyarah juga memberikan pelajar maklumat berhubung apa yang penting untuk dikuasai melalui
pengalaman pembelajaran yang dilalui. Amalan penaksiran turut memberitahu pelajar aspek yang diambil
wajaran dalam pengreddan. Maklumat yang diperolehi melalui amalan penaksiran seterusnya
mencorakkan pengisian masa pembelajaran pelajar yang seterusnya mempengaruhi bagaimana mereka
melihat diri mereka sebagai pelajar. Justeru, tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa sekadar menukar
cara pelajar belajar atau kaedah pengajaran yang digunakan tidak akan memberikan impak seperti mana
yang diharapkan seandainya kaedah penaksiran yang digunakan kekal sama (Havnes, 2004). Dalam
konteks yang sama, Black dan William (1998) merumuskan bahawa amalan penaksiran mempengaruhi
pembelajaran pelajar melalui empat cara: i) menyuntik sentimen kejayaan, keyakinan diri dan motivasi,
ii) memberikan maklum balas penilaian untuk membantu pensyarah dan pelajar menentukan apa yang
perlu dan sepatutnya dipelajari, iii) mempengaruhi pemilihan strategi pembelajaran dan memupuk
pengawalan diri, dan iv) menilai pembelajaran mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, pensyarah perlu
melihat penaksiran sebagai satu proses yang dinamik dan seterusnya menggunakan penaksiran sebagai
platform untuk membolehkan pelajar mempelajari sesuatu dengan cara dan pengalaman yang baru.
Sorotan literatur bersangkutan persepsi pelajar mengenai amalan penaksiran yang diamalkan di
institusi pendidikan tinggi menyaksikan tumpuan diberikan kepada satu atau dua kaedah penaksiran.
Umpamanya Orsmond, Merry dan Reiling (1997) mengkaji persepsi pelajar berhubung penilaian kendiri.
Hanrahan dan Issacs (2001) mengkaji persepsi pelajar mengenai penilaian kendiri dan penilaian rakan
sebaya manakala Kniveton (1996) mengkaji persepsi pelajar berhubung peperiksaan akhir dan penilaian
berterusan. Dalam konteks yang lebih luas, Ababaneh (1998) mengkaji persepsi pelajar berhubung
prosedur yang berkaitan dengan pentadbiran ujian (persediaan, pentadbiran dan penskoran). Persamaan
yang dapat dicungkil dari kajian-kajian lepas ini ialah ruang kebertanggungjawaban yang diberikan
kepada pelajar untuk menentukan hala tuju penaksiran yang dilaksanakan sesuai dengan pendekatan
sosial konstruktivisme yang menekankan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, tidak hairanlah mengapa Leach, Neutze and Nepke (2001) menekankan bahawa pelajar perlu
diberi peranan yang salah dalam penaksiran yang dilaksanakan sekaligus merapatkan jurang persepsi
antara pensyarah dan pelajar.
Amalan penaksiran yang dilaksanakan di institusi pendidikan tertiari menyaksikan penggunaan
pelbagai mod penilaian dengan kecenderungan kepada mod tertentu. Analisis yang dilakukan oleh
Goubeaud dan Yan (2004) terhadap amalan penaksiran yang dilaksanakan di 31 354 Fakulti Pendidikan
di institusi pengajian tinggi yang melibatkan komitmen 524 pensyarah Fakulti Pendidikan di Amerika
Syarikat mendapati 54.8% menggunakan ujian aneka pilihan dengan kekerapan selalu dan kadang-
kadang. 57.4% sentiasa dan kadang-kadang menggunakan ujian berbentuk esei, 53.6% menggunakan
kertas penyelidikan, 35.8% menggunakan penilaian rakan sebaya dan 31.4% menggunakan draf
penulisan. Kajian ini kemudiannya merumuskan bahawa kaedah penaksiran yang lazimnya digunakan di
institusi pendidikan tinggi ialah soalan esei jenis gerak balas lanjutan dan esei jenis gerak balas terhad
serta soalan aneka pilihan. Manakala kaedah penaksiran yang jarang digunakan ialah penilaian rakan
sebaya dan draf penulisan pelajar.
Menyedari hakikat peranan penaksiran yang tidak diragukan lagi khususnya dalam mencetuskan
pembelajaran yang mendalam dalam diri pelajar, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) turut menekankan
penaksiran pelajar sebagai salah satu komponen yang dititikberatkan dalam penilaian dengan
menggariskan standard penandaarasan (benchmarked) dan standard pengukuhan (enhanced) yang perlu
dicapai. Sehubungan itu, penerokaan persepsi pelajar berhubung amalan penaksiran yang dilaksanakan di
Fakulti Pendidikan merupakan suatu usaha strategik ke arah meningkatkan amalan pengajaran dengan
menggunakan data amalan penaksiran sebagai titik permulaan. Tegasnya usaha ini adalah relevan dan
koheren ke arah proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan seterusnya menrealisasikan visi
dan misi serta hasilan pembelajaran program seperti mana yang dihasratkan.
KAEDAH KAJIAN
Rekabentuk Kajian
Kajian dilakukan secara tinjauan rentas silang (cross-sectional survey) dimana responden yang terlibat
dalam kajian disegregasikan mengikut i) tahun pengajian dan ii) kaedah pengkhususan. Kaedah tinjauan
rentas silang merupakan rekabentuk yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam konteks tujuan dan
objektif kajian sekaligus membenarkan generalisasi berhubung isu yang menjadi fokus kajian (Gall, Gall
dan Borg, 2003)
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian merupakan instrumen yang diadaptasikan daripada instrumen
Persepsi Pelajar berhubung Amalan Penaksiran (PPAP) di Institusi Pengajian Tinggi (Mahmoud Fisal,
2007). Instrumen terdiri daripada 30 item secara keseluruhannya dan ditaburkan kepada lima konstruk
jangkaan amalan penaksiran, amalan penaksiran baru, amalan penaksiran traditional, amalan penaksiran
organisasi dan amalan pelaporan penaksiran (lihat Jadual 1).
Dari aspek kesahan, instrumen PPAP telah disahkan dalam melalui beberapa siri Analisis Faktor
Pengesahan dalam fasa pembinaannya manakala kebolehpercayaannya dijustifikasikan melalui
pendekatan ketekalan dalaman (Cronbach Alpha). Jadual 1 meringkaskan indeks kebolehpercayaan
instrumen PPAP merentas konstruk dan bilangan item yang diwakilinya. Berdasarkan Jadual 1, didapati
nilai indeks kebolehpercayaan untuk keseluruhan item ialah .900 dan tinjauan merentas sub-konstruk
mendapati nilai pekali kebolehpercayaan adalah dalam julat antara .656 hingga .825. Oleh itu, dapat
dirumuskan bahawa instrumen PPAP mempunyai ketekalan dalaman dan secara kolektif dapat digunakan
sebagai instrumen yang sah dan boleh dipercayai dalam mengukur PPAP.
JADUAL 1: Gagasan PPAP
Konstruk Bilangan Item Cronbach Alpha
Jangkaan Amalan Penaksiran 11 .825
Amalan Penaksiran Baru 4 .720
Amalan Penaksiran Traditional 5 .749
Amalan Penaksiran Organisasi 6 .734
Amalan Pelaporan Penaksiran 4 .656
PPAP 30 .900
Secara keseluruhannya terdapat 30 item yang dibahagikan kepada lima sub-konstruk. Nilai indeks
kebolehpercayaan untuk keseluruhan item ialah .900 dan tinjauan merentas sub-konstruk mendapati nilai
pekali kebolehpercayaan dalam julat antara .656 hingga .825. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa soal
selidik mempunyai ketekalan dalaman dan secara kolektif dapat digunakan sebagai instrumen yang boleh
dipercayai dalam mengukur PPAP.
Sampel Kajian
Sampel kajian dipilih untuk mewakili populasi pelajar Tahun 1 dan 2 serta Tahun 3 dan 4. Pemilihan
sampel dilakukan secara rawak berstrata dengan mempertimbangkan i) Tahun pengajian (Tahun 1 dan 2;
Tahun 3 dan 4); dan ii) Program Pengajian (Pendidikan Sains; Pendidikan Khas, Pendidikan Sukan dan
Rekreasi; TESL, Pendidikan Islam; Pendidikan Al Quran).
Data Analisis
Berdasarkan tujuan dan objektif kajian, analisis akan ditumpukan kepada: i) analisis deskriptif; dan ii)
analisis inferensi. Dalam konteks analisis yang pertama, tumpuan akan diberikan kepada pemerihalan
deskriptif persepsi pelajar terhadap amalan penaksiran yang dilaksanakan merentas tahun pengajian dan
disiplin pengkhususan. Selanjutnya, analisis statistik inferensi yang menyusul akan melibatkan Analisis
Varians Dua Hala yang bertujuan mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap
amalan penaksiran yang dilaksanakan di Fakulti Pendidikan mengikut tahun pengajian dan disiplin
pengkhususan (Green dan Salkind, 2008).
DAPATAN KAJIAN
Profil Demografi Responden.
Seperti mana yang diringkaskan dalam Jadual 1 di atas, daripada jumlah keseluruhan 614 orang pelajar
yang terlibat dalam kajian, 16.3% adalah pelajar Tahun 1. Pelajar Tahun 2 dan 3 adalah 9.6% dan 58%
masing-masing. Pelajar Tahun 4 yang terlibat hanyalah 0.8%. Di tinjau dari aspek pengkhususan, pelajar
Pendidikan Sains mewakili 22.8%, Pendidikan Khas (27.4%), Sukan dan Rekreasi (7.5%), Pendidikan
Islam (16%), Pendidikan Al Quran (9.1%) dan TESL (17.3%). Berdasarkan maklumat jumlah bilangan
pelajar yang sebenar, dapat dirumuskan bahawa pola segregasi responden yang terlibat dalam kajian
mencirikan populasi yang sebenar sekaligus meningkatkan generalisasi yang bakal dijana rentetan
dapatan kajian.
JADUAL 2 : Profil Demografi Responden Kajian
Program Tahun Tahun Pengajian Tahun Jumlah
Pengajian 1 Tahun Tahun 4
12 2 32
Pendidikan Lelaki 43 23 1 108
5 13
Sains Perempua 7 16 48
29
n 13 27
8 25 65
Pendidikan Lelaki 11 47
13 2 121
Khas Perempua 11 14
53
n 10
4 24
Sukan dan Lelaki 16 21
6 25
Rekreasi Perempua 194 50
n 11
75
Pendidikan Lelaki 21
59 356 77
Islam Perempua
n
Pendidikan Lelaki 6
50
Al Quran Perempua
n
TESL Lelaki 15
91
Perempua
n
Jumlah 5 614
Deskripsi Persepsi Pelajar Merentas Tahun dan Program Pengajian
JADUAL 3 : Deskripsi Persepsi Pelajar merentas Tahun dan Program Pengajian
Tahun Program Jangkaan Penaksiran Penaksiran Pengurusan Pelaporan Jumlah
Pengajian Pengajian Baru Traditional Penaksiran Penaksiran PPAP
Min SP Min SP Min SP Min SP Min SP
Sains 3.03 .62 Min SP 2.91 .43 3.29 .39 2.76 .57 3.05 .31
Tahun 1 Khas 3.06 .63 3.01 .51 3.03 .35 3.20 .42 2.62 .78 3.02 .33
3.30 .35 2.97 .58 2.81 .55 3.51 .33 2.77 .71 3.33 .34
dan 2 Sukan 3.23 .42 3.25 .53 3.07 .33 3.41 .36 2.88 .61 3.16 .25
Islam 3.23 .51
Al Quran 3.12 .36 3.08 .65 3.30 .33 2.48 .62 3.30 .22
TESL 3.12 .54 2.73 .64 2.99 .42 3.33 .33 2.73 .66 3.12 .30
3.05 .56
Jumlah
Sains 3.06 .43 3.05 .59 3.02 .46 3.25 .42 2.49 .73 3.02 .42
Khas 3.13 .37 3.02 .47 2.83 .42 3.19 .42 2.47 .72 3.04 .30
Tahun 3 Sukan 3.18 .37 3.17 .46 3.00 .46 3.31 .47 2.95 .59 3.18 .33
dan 4 Islam 3.20 .42 3.02 .33 2.98 .36 3.36 .39 2.70 .65 3.13 .32
Al Quran 3.22 .34 3.09 .49 2.99 .37 3.25 .31 2.67 .68 3.10 .24
TESL 3.26 .40 3.03 .53 2.82 .37 3.28 .38 2.73 .57 3.08 .31
Jumlah 3.18 .39 3.05 .50 2.91 .41 3.29 .38 2.62 .67 3.08 .32
Berdasarkan Jadual 3, oleh kerana min skor yang tertinggi adalah 4, maka min skor yang kurang dari 2.5
dikonsepsikan sebagai rendah dan sehubungan itu, tindakan penambahbaikkan perlu dilakukan ke atas
amalan penaksiran tersebut.
Ditinjau dari aspek amalan penaksiran yang dilaksanakan, secara keseluruhannya didapati min persepsi
amalan penaksiran yang dizahirkan oleh kohort pelajar Tahun 1 dan 2 mengikut program secara relatif
adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan persepsi pelajar Tahun 3 dan 4 pelajar program yang sama.
Jika dilihat dari aspek amalan penaksiran secara terperinci, didapati pola yang sama turut ditunjukkan
melainkan untuk konstruk jangkaan dimana min yang ditunjukkan oleh kohort Tahun 1 dan 2 (Min =
3.12) adalah lebih rendah berbanding kohort Tahun 3 dan 4 (Min=3.18). Pola yang lebih kurang sama
turut ditunjukkan merentas program pengajian yang diikuti oleh pelajar.
Analisis terperinci Jadual 2 menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, pelajar mempunyai persepsi
yang positif terhadap amalan penaksiran yang diamalkan khususnya dalam aspek pengurusan penaksiran
dan jangkaan penaksiran. Pelajar turut berpersepsi positif dalam aspek pengamalan teknik penaksiran
baru berbanding dengan mod penaksiran traditional. Meskipun demikian, pelajar menunjukkan persepsi
yang kurang positif berhubung pelaporan penaksiran yang dilaksanakan tanpa mengira disiplin
pengkhususan mahupun tahun pengajian masing-masing.
KESAN UTAMA TAHUN DAN PROGRAM PENGAJIAN TERHADAP PERSEPSI PELAJAR
BERHUBUNG AMALAN PENAKSIRAN
JADUAL 4: Ujian ANOVA Dua Hala Kesan Tahun Pengajian dan Program
Pengajian
Sumber Jenis III dk Min Kuasadua F Sig.
Model Disuaikan Jumlah 10 112.193 1.303 .230
Intercept Kuasadua 1 1382207.650 1.605E4 .000
Tahun Pengajian 1 216.291 2.512 .114
Program 1121.931a
Pengajian 1382207.650 5 204.115 2.370 .040
TP * PP
Ralat 216.291 4 60.051 .697 .595
Jumlah
Jumlah disuaikan 1020.573 216 86.116
240.202 227
18601.021
1975613.000 226
19722.952
JADUAL 4: Ujian ANOVA Dua Hala Kesan Tahun Pengajian dan Program
Pengajian
Sumber Jenis III dk Min Kuasadua F Sig.
Model Disuaikan Jumlah 10 112.193 1.303 .230
Intercept Kuasadua 1 1382207.650 1.605E4 .000
Tahun Pengajian 1 216.291 2.512 .114
Program 1121.931a
Pengajian 1382207.650 5 204.115 2.370 .040
TP * PP
Ralat 216.291 4 60.051 .697 .595
Jumlah
1020.573 216 86.116
240.202 227
18601.021
1975613.000
Berdasarkan Jaduan 4 di atas, didapati persepsi pelajar berhubung amalan penaksiran secara
keseluruhannya tidak dipengaruhi oleh peningkatan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang
dilalui oleh pelajar (F=2.51; p>.05). Sebaliknya, persepsi tersebut dipengaruhi oleh disiplin pengkhususan
pelajar berkenaan (F=2.37; p<.05). Seterusnya, seperti yang dijangkakan, tidak terdapat kesan interaksi
antara tahun pengajian dan disiplin pengkhususan pelajar dalam menentukan persepsi pelajar terhadap
amalan penaksiran di Fakulti Pendidikan seperti mana yang diukur dalam kajian. Analisis lanjutan
selanjutnya mendapati bahawa perbezaan persepsi amalan penaksiran yang dilaksanakan di Fakulti
Pendidikan adalah dalam aspek jangkaan, pengurusan dan pelaporan.
RAJAH 1: Plot Kesan Utama Tahun Pengajian dan Displin Penkhususan
PERBINCANGAN
Analisis deskriptif persepsi pelajar berhubung amalan penaksiran yang dilaksanakan di Fakulti
Pendidikan menyaksikan min persepsi terhadap amalan penaksiran yang menurun untuk kohort pelajar
Tahun 3 dan 4 berbanding kohort Tahun 1 dan 2. Didapati penurunan persepsi secara keseluruhannya
merentas tahun pengajian adalah dicetuskan oleh penurunan persepsi khususnya dalam domain
penaksiran traditional, pengurusan penaksiran dan pelaporan. Manakala persepsi pelajar berhubung
amalan penaksiran baru tidak berubah dan dalam aspek jangkaan pola yang bertentangan ditunjukkan.
Ditinjau dari perspektif amalan penaksiran yang terbaik, penurunan persepsi berhubung amalan
penaksiran traditional dan pengekalan persepsi berhubung amalan penaksiran baru merupakan suatu
penambahbaikkan yang positif dimana pelajar mendapati amalan penaksiran traditional yang diamalkan
oleh pensyarah berkurangan dengan pertambahan kefungsian pengalaman penaksiran yang dilaluinya.
Pengurangan persepsi dalam aspek pengurusan turut disusuli dengan penurunan dalam aspek pelaporan.
Kemungkinannya, pelajar semasa di Tahun 1 dan 2 masih mengharapkan bahawa amalan pelaporan akan
ditingkatkan, tidak seperti kohort pelajar Tahun 3 dan 4 yang berpendapat bahawa amalan pelaporan dan
pentadbiran penaksiran tidak banyak perubahannya dari apa yang mereka alami dalam tahun pengajian
sebelumnya.
Dapatan turut menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap amalan penaksiran yang diamalkan
berubah mengikut tabulasi disiplin pengkhususan yang diikuti oleh pelajar khususnya dalam aspek
pengurusan penaksiran dan pelaporan. Perbezaan persepsi mengikut program pengajian kemungkinannya
dicetuskan oleh saiz kelas yang relatif mengikut program. Tegasnya, aspek pentadbiran dan pelaporan
akan lebih mudah ditangani dalam kelas yang bersaiz besar dan tidak hairanlah ramai yang berpendapat
bahawa pelaporan penaksiran merupakan suatu cabaran khususnya dalam kelas yang bersaiz besar dan
melibatkan bilangan pelajar yang ramai (Lipnevich, 2007). Persepsi yang rendah dalam aspek pelaporan
menuntut maklum balas yang konsisten berhubung prestasi pelajar di sepanjang kelangsungan proses
pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas amat penting khususnya dalam menjana pembelajaran
bermakna dan mendalam dalam kalangan pelajar. Pelajar perlu mengetahui alasan mengapa jawapan yang
mereka kemukakan salah dan bagaimana ia seharusnya dapat diperbaiki. Dalam konteks ini, secara tidak
langsung proses penaksiran dapat membantu peningkatkan prestasi pelajar melalui tindakan kolektif
sepanjang kelangsungan proses pembelajaran, berbanding penumpuan yang sering diberikan diakhir
proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru tidak hairanlah mengapa maklum balas yang sistematik dan
terancang dapat meningkatkan orientasi kendiri pelajar (Latham dan Locke, 1991), motivasi (Kluger dan
DeNisi, 1996) dan kecekapan diri (Bandura dan Locke, 2003) secara keseluruhannya.
Dari aspek teori, kepentingan pelaporan dapat dihuraikan menurut perspektif konstuktivist sosial.
Berdasarkan perspektif konstuktivist, pelajar merupakan rakan aktif yang menavigasi proses pengajaran,
pembelajaran dan penaksiran yang seterusnya meningkatkan autonomi dan motivasi pelajar melalui
perkongsian tugasan pembelajaran, penaksiran mahupun pengreddan dengan pensyarah (Leach, Neutze
dan Zepke, 2001). Justeru, tidak hairanlah ramai yang mencadangkan agar kajian lanjutan dilakukan
berhubung strategi bagaimana melibatkan pelajar dalam penaksiran yang dilaksanakan (Ecclestone dan
Swan, 2004; Sivan, 2000) merentas kepelbagaiam mod penaksiran yang seringkali digunapakai dalam
konteks pendidikan tinggi secara umumnya.
KESIMPULAN
Kajian yang telah dilakukan menyajikan data emperikal asas berhubung amalan penaksiran yang
dilaksanakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Meskipun persepsi pelajar adalah
positif secara keseluruhannya, penambahbaikkan perlu dilakukan khususnya dari aspek pengurusan dan
pelaporan skor penaksiran. Usaha ini penting untuk memastikan jangkaan pelajar terhadap amalan
penaksiran kekal positif di sepanjang pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang diikuti. Kajian
lanjutan yang meneroka secara spesifik keberkesanan kaedah penaksiran tertentu diperlukan ke arah
maklumat yang lebih bermakna. Apa yang penting ialah perancangan dan perlaksanaan tindakan susulan
ke arah pembudayaan amalan penaksiran yang berkesan dalam kalangan pensyarah.
RUJUKAN
Ababaneh, M. 1998. Evaluation of Yarmouk University students’ for faculty members assessment
practices of their academic achievement. Unpublished Phd thesis, Yarmouk University, Jordan
Alquraan, M.F. 2007. Students’ perception of assessment practices in higher education in Jordan,
Unpublished Phd thesis, University of Alabama, USA
Bandura, A., and Locke, E. A. (2003). Negative self-efficacy and goal effect revisited. Journal of
Applied Psychology, 88: 87–99.
Black, P. and William, D. 1998. Assessment and classroom learning. Assessment in education:
Principles, policies and practice. 5(1): 68-75
Ecclestone, K. and Swann, J. 1999. Ligitation and learning: tension in improving university lecturers’
assessment practice. Assessment in education. 6(3): 377-389
Frank, A. dan Barzilai, A. 2004. Integration alternative assessment in a project based learning course and
technology teachers. Assessment and Evaluation in Higher Education, 29(1): 41-61.
Gall,M., Gall, J. dan Borg, W. 2003. Education research: An introduction. Boston: Pearson Education
Ltd
Goubeaud, K. and Yan, W. 2004. Teacher educators’ teaching methods, assessment and grading: A
comparison of higher education faculty’s instructional practices. The Teacher Educator, 40(1): 41-61
Green, S.B. and Salkind, N.J. 2008. Using SPSS for Windows and Macintosh: Understanding and
analysing Data. London: Pearson Education Ltd.
Havnes, A. 2004. Examination and teaching: An activity-theoretical analysis of the relationship between
assessment and educational practices, Assessment and Evaluation in Higher Education, 29(2): 159-176
Kluger, A. N., and DeNisi, A. 1996. The effects of feedback interventions on performance: Historical
review, a meta-analysis and a preliminary feedback intervention theory. Psychological Bulletin, 119:
254–284.
Kniveton, B. 1996. Students’ perception of assessment methods. Assessment and Evaluation in Higher
Education,21(3): 229-238
Latham, G. P., and Locke, E. A. 1991. Self-regulation through goal setting.
Organizational Behavior and Human Decision Processes, 50: 212-247.
Leach, L., Neutze, G. and Zepke, N. 2001. Assessment and empowerment: Some critical questions.
Clarifying different types of portfolio use. Assessment and Evaluation in Higher Education, 26(4):
293-305
Lipnevich, A.A. 2007. Response to assessment feedback: The effect of grades, praise and source of
information. Unpublished Phd thesis, The State University of New Jersey, USA.
Orsmond, P., Merry, S., and Reiling, K.1997. A study in self-assessment: Tutor and students’ perception
of performance criteria. Assessment and Evaluation in Higher Education, 22(4): 357-369
Sivan, A. 2000. The implementation of peer assessment: an action research approach. Assessment in
Education, 7(2): 193-213
LATIHAN ILMIAH: KEENGGANAN PELAJAR UNTUK BERTEMU PENSYARAH
Dr. Fauziah Ahmad ,Dr. Normah Mustafa,
Dr. Wan Amizah Wan Mahmud, En. Chang Peng Kee
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti kebangsaan Malaysia
[email protected], [email protected],
[email protected],[email protected]
ABSTRAK
Pelajar-pelajar tahun 2 dan 3 mengambil kursus Latihan Ilmiah untuk memenuhi kelayakan untuk tamat
pengajian di universiti. Latihan ilmiah ini adalah kemuncak pengalaman pembelajaran pelajar untuk
mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperolehi dalam program untuk melakukan dan menghasilkan
penyelidikan yang sistematik dan saintifik. Harapan para pensyarah ialah untuk menyelia pelajar dengan
rapi untuk menjalankan penyelidikan tentang permasalahan/isu yang dipilih dan kemudian membuat
laporan lengkap tentangnya. Penyeliaan pelajar adalah setiap minggu atau setiap dua minggu dimana
pelajar akan berjumpa dengan penyelia dan berbincang dan minta pendapat penyelia tentang penyelidikan
dan penulisan yang sedang dijalankan. Berdasarkan pada pengalaman penyelidik, pelajar-pelajar biasanya
berat dan seterusnya enggan untuk datang berjumpa pensyarah. Kajian ini adalah penting dalam usaha
untuk memantapkan penulisan pelajar dan menghasilkan penyelidikan yang sistematik dan saintifik.
Beberapa intervensi akan diberikan untuk melihat kekerapan pelajar yang datang berjumpa pensyarah.
Kesan intervensi yang diberikan akan diukur melalui perbandingan kekerapan pelajar datang berjumpa
pensyarah sebelum dan selepas intervensi.
Kata kunci: Pensyarah-pelajar, penyeliaan, keengganan, intervensi, latihan ilmiah
PENGENALAN
Semua pelajar diwajibkan untuk membuat latihan ilmiah sebagai pra-syarat pengijazahan. Ini selaras
dengan hasrat Fakulti untuk menjadikan pengajian di universiti sebagai medan memperkuatkan asas-asas
ilmu bagi disiplin tertua ini. Mekanisme pemantauan perkembangan latihan ilmiah yang efektif amatlah
dituntut untuk memudahkan pembaca mengikutinya secara berkesan. Latihan Ilmiah merupakan 1
matapelajaran wajib bagi semua pelajar universiti. Di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, pra-syarat untuk mengambil kursus Latihan Ilmiah ialah pelajar
diwajibkan mengambil kursus Metodologi Penyelidikan dan Kaedah Penyelidikan Komunikasi. Tujuan
kedua-dua kursus ini ialah untuk melengkapkan pelajar dengan dengan elemen-elemen asas seperti
latarbelakang kajian, tinjauan literatur, metodologi penyelidikan, kerangka kajian, teori berkaitan,
kajiankajian analsis data, lepas, rumusan kajian, perihalan statistik, instrumen kajian, responden dan
sebagainya yang boleh melengkapkan, memantapkan dan memurnikan lagi kertas Latihan Ilmiah sebenar
mereka.
Kursus Metodologi Penyelidikan dan Kaedah penyelidikan Komunikasi adalah kursus pra-syarat
Latihan Ilmiah dimana diakhir kusus ini pelajar diwajibkan menghantar satu usulan penyelidikan
sebanyak 10-15 muka surat. Semasa kajian sebenar Latihan Ilmiah pelajar diwajibkan menghantar satu
laporan penyelidikan yang lebih lengkap dan kemas didalam lingkungan 50-60 muka surat.
Pelajar memang memerlukan seorang pensyarah untuk menyelia dan memandu mereka supaya
penulisan mereka tidak terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan oleh Kertas MPFSSK Bil. 341/2009
(Pindaan bertarikh 8/9/2009) Prosedur Menguruskan Latihan Ilmiah Pelajar Prasiswazah Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan untuk dilaksanakan mulai sesi 2009-2010. Terdapat 18 item yang tertera didalam
prosedur ini. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat mengapa ramai pelajar enggan untuk
berjumpa pensyarah dalam menyiapkan kertas penulisan Latihan Ilmiah mereka. Berdasarkan pada
pengalaman penyelidik, pelajar-pelajar biasanya berat untuk datang berjumpa pensyarah kecuali jika
mereka amat terdesak dan memerlukan penjelasan. Ini berlaku bukan hanya dalam kelas metodologi
penyelidikan tetapi berlaku dalam kelas-kelas lain juga.
Sukar untuk pensyarah mengagak kenapa pelajar bersikap sedemikian. Adakah mereka takut,
malu atau tidak ada masa dan berkesempatan kerana terlalu subuk dengan tugasan masing-masing
sehingga tidak kesempatan berjumpa pensyarah? Adakah mereka tidak menghadapi apa-apa masaalah
dalam proses penulisan mereka untuk menyiapkan tesis? Atau adakah sebaliknya pensyarah yang tidak
bersikap terbuka dan tidak mesra dengan pelajar? Sikap dan perangai pelajar adalah berbeza dan
pelbagai. Ada yang datang setiap minggu, dua minggu sekali tetapi ada juga yang tidak datang langsung
untuk berjumpa dengan penyelia. Bagi semester ini untuk kedua-dua kursus ini, pensyarah kerap pesan
dengan pelajar supaya datang berjumpa pensyarah dibilik jika ada kemusykilan atau persoalan. Namun
hanya segelintir atau 5% saja pelajar yang datang daripada 120 orang pelajar. Ini adalah amat
mengecewakan.
TINJAUAN LITERATUR
Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif;
dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan
dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan
kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan
Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan
melibatkan empat peringkat -tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.
McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki
atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih
sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk
mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru
lain secara bersama. Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap
situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk
memperbaiki kualiti amalan masing-masing Grundy dan Kemmis (1981) menyenaraikan tiga pra syarat
iaitu membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh
diperbaiki dan mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti merancang, bertindak,
memerhati dan merefleks. Ia dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti
tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang kawalan ke atas proses
penyelidikan.
Kajian tindakan adalah wajar membantu pengurusan universiti mencapai matlamat-matlamat
yang berkaitan dengan pendidikan khususnya melakukan inovasi dan penambahbaikan. Faedah yang
boleh didapati dalam melaksanakan usaha intervensi ini ialah untuk mendapat maklumat yang penting
untuk memahami amalan penyeliaan pensyarah, kehadiran pelajar, sikap pelajar dan suasana interaksi itu
sendiri. Usaha intervensi untuk memastikan pelajar datang berjumpa pensyarah harus dinilai dari segi
keberkesanannya. Dari segi perancangan pelaksanaan teknik atau intervensi adalah untuk tujuan
penambahbaikan.. Dalam konteks ini, penyelia memainkan peranan penting sebagai moderator dalam
penstrukturan sistem maklumat dan rangkaian di samping memerhatikan sikap dan kehadiran pelajar di
sepanjang perlaksanaannya dalam kursus Latihan Ilmiah.
Drs Sidi Gazalba dalam bukunya bertajuk 'Pembimbing Latihan Ilmiah dan Tesis' (Kuala Lumpur :
Penerbitan Pustaka Antara, 1981:8) menyenaraikan ciri-ciri ilmiah sesebuah penyelidikan sebagai:
“…kaedah kajian melalui penyelidikan yang hati-hati dan lengkap atas semua kenyataan yang dapat
diperoleh mengenai masalah yang dihadapi, dengan jalan mana orang mencapai kesimpulan tentang
masalah itu. Dengan membina kesimpulan dikumpulkan bukti-bukti dengan cara yang sistematik, jelas
dan terkawal. Dan kesimpulan hanya dirumuskan dan dibenarkan atas bukti-bukti yang meyakinkan.
Dengan demikian bertambah jelaslah perbezaan kaedah ilmiah dari kaedah-kaedah tak ilmiah…”
Kursus Latihan Ilmiah ialah kursus penulisan berbentuk saintifik di mana pelajar mencatat secara
terperinci proses penyelidikan mereka. Penulisan ciri ilmiah pada esei menuntut kepada penggunaan daya
fikir yang kritis, analitis dan juga objektif. Di samping itu juga pelajar perlu melatih menjana pemikiran
yang asli dan segar. Maknanya bukan dengan mencedok idea atau kajian orang lain lalu memuatkan
dalam esei yang sedang pelajar tulis. Semasa menulis laporan penyelidikan, pelajar harus berhati-hati
dalam mengeluarkan satu hasil penulisan ilmiah yang bertanggungjawab. Ringkasnya, esei hanya boleh
terhasil apabila pelajar boleh berfikir sendiri dan mempunyai alas an dan pembuktian yang mencukupi
sebelum kesimpulan yang konklusif dibuat. Oleh itu bagi membantu pelajar menulis esei mengikut
kaedah dan tertib ilmiah kursus metodologi adalah penting untuk memastikan pelajar sudah jelas dengan
aspek-aspek teknikal penulisan ini. Oleh itu pertemuan antara pensyarah dan pelajar adalah penting untuk
memastikan segala persoalan dan kemusykilan pelajar terjawab agar pelajar tidak terpesong dari landasan
yang betul.
Terdapat pelbagai cara temujanji untuk pelajar datang berjumpa pensyarah untuk sesi penyeliaan.
Dengan arus teknologi yang canggih dan pantas, pelajar boleh sms, telefon pejabat atau telefon bimbit,
menggunakan SPIN atau tinggalkan nota di luar bilik pensyarah dan tetapkan tarikh dan waktu temujanji.
Tidak ada sebab jika pelajar mengatakan mereka tidak dapat berjumpa pensyarah. Pensyarah sentiasa ada
di dalam bilik dan pejabat untuk pelajar membuat temu janji untuk berjumpa. Masaalah sebenarnya
memang pelajar enggan berjumpa atau tidak ada waktu lapang untuk berjumpa pensyarah bagi sesi
penyeliaan. Sebagai buktinya ialah pada semester yang baru selesai ini, hanya lima orang sahaja pelajar
yang datang untuk berjumpa salah seorang dari tiga pensyarah yang mengajar kursus SKKP 3043
Metodologi Penyelidikan (n =94) dan SKKP 2014 Kaedah Penyelidikan Komunikasi (n=100).
3
Walaubagaimanapun, ada yang bertanyakan kemusykilan tentang topik kertas cadangan atau
usulan mereka semasa di akhir kelas tutorial atau di akhir waktu kuliah. Namun untuk datang ke bilik atau
ke pejabat pensyarah, bilangan agak kurang. Ini yang agak merungsingkan pensyarah kerana jika keadaan
ini berlaku untuk sesi penyeliaan bagi kertas Latihan Ilmiah, ini dikira agak serius. Bahan kandungan
penulisan Latihan Ilmiah mempunyai 5 bab yang berkaitan. Setiap bab mempunyai topik tersendiri.
Pensyarah mengambil sekurang-kurangnya satu ke dua minggu untuk membaca deraf penulisan pelajar.
Jika pelajar yang diselia tidak atau jarang datang untuk sesi penyeliaan, amat sukar untuk pensyarah
mengikuti perkembangan penulisan mereka. Justeru, hal kehadiran atau ketidakhadiran pelajar saling
berkait rapat dengan sikap dan motivasi pelajar.
Tindakan yang penyelidik ingin cadangkan supaya mereka datang berjumpa ialah:
i. Menetapkan tarikh dan masa temujanji
ii. Pelajar datang berjumpa penyelia secara berpasangan atau berkumpulan
iii. Jika mereka tidak datang berjumpa sebanyak tiga kali berturut-turut, penyelia akan menghantar
surat amaran kepada pelajar.
iv. Jika mereka hadir ke semua sesi penyeliaan, mereka akan diberi ganjaran
Objektif kajian tindakan ini ialah untuk:
a. Untuk menambahbaik prestasi kehadiran penyeliaaan pelajar
b. Untuk menambahbaik cara penyeliaan penyelia
c. Untuk menambahbaik mutu kertas metodologi penyelidikan mereka
d. Untuk mengoptimumkan keberkesanan penyeliaan
e. Untuk mengenalpasti sebab pelajar enggan bertemu dengan pensyarah
METODOLOGI PENYELIDIKAN
Seramai 32 pelajar akan menjadi responden. Responden terdiri dari pelajar-pelajar kursus Latihan Ilmiah
dibawah penyeliaan 3 orang lagi penyelidik bersama kajian tindakan ini. Pelajar adalah terdiri dari pelajar
Media dan Komunikasi, FSSK. Kajan ini akan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif iaitu
pemerhatian. Penyelidik sendiri dan 3 orang lagi pensyarah dan penyelia pelajar (juga penyelidik kajian
ini) yang akan menyertai kajian ini untuk memerhati kekerapan kedatangan pelajar berjumpa dengan
pensyarah. Penyelidik akan menggunakan borang checklist dan borang kehadiran pelajar untuk melihat
kekerapan kedatangan pelajar untuk berjumpa dengan penyelia. Sumber data kajian ini adalah hasil
penulisan pelajar, dokumen penyeliaan, jadual kehadiran seperti yang ditetapkan dan temubual dengan
pelajar. Cara mengutip data ialah memerhati tingkah laku pelajar, menganalisis dokumen dan membuat
refleksi.
4
MEREFLEK
Data
Tujuan / objektif kajian
Mengenalpasti Sumber Cara mengutip data
isu / masalah / pemasalahan
Untuk kepastian Dokumen / Video / Pemerhatian tingkah
isu / masalah mesti ada data. Gambar laku
Hasil kerja murid, Analisis dokumen
Pelajar enggan/keberatan berjumpa analisis Borang
pensyarah untuk penyeliaan kertas peperiksaan , komen/cadangan
Latiahn Ilmiah bagi 3 program di Pemerhatian, Dokumen pelajarr
SKKD3206/SKKA3206/SKKC3206 penyeliaan , jadual Refleksi pensyarah
kedatangan ,temubual
Pelajar tahun 2 dan 3
MERANCANG
(Kaedah untuk
merawat
masalah)
Hebah pada
pelajar dibawah
penyeliaan
pensyarah
tertentu untuk
kerap datang ke
sesi penyaliaan
(kaedah
perancangan
untuk merawat
masalah
Jenis perancangan
(Mengubah suai cara /
keadah yang sedia ada).
Kaedah yang sedia ada –
pensyarah hanya tunggu
pelajar tanpa membuat
hebahan
Mencipta cara baru
(inovasi pensyarah
terhasil di sini)
i. Sediakan checklist
borang kehadiran
ii.Perhatikan tingkahlaku
pelajar
ii. Borang
komen/cadangan pelajar
iv.Refleksi pensyarah
5
BERTINDAK
Melaksanakan
perubahan.
( tindakan / rawatan )
MEMERHATI
Sesi rawatan atau tindakan ini
mungkin melibatkan semua
penyelia/penyelidik
Catat segala tindakan
dan buat refleksi
bagi setiap aktiviti
semasa pelaksanaan
Membuat penilaian keberkesanan
proses tindakan dan mengukur
pencapaian objektif kajian.
Pemerhatian Pensyarah membuat Laporan juga ditulis di
dilakukan oleh renungan peringkat ini. Dokumentasi
pensyarah sendiri atau refleksi terhadap penting. Sekiranya
sebagai penyelidik kajian program
yang telah dilakukan tindakan tersebut berjaya,
samaada berjaya atau tidak maka bolehlah disebarkan
Dapatkan data sekali lagi
Gunakan cara mengutip
kepada guru-guru lain. Jika
tidak berjaya, perlu
data yang sama semasa dirancang
peringkat awal merefleks. semula.
(temubual, soal selidik,
pemerhatian)
6
RUMUSAN
Kertas kerja ini hanyalah satu cadangan awal. Kajian sebenar akan dilakukan terhadap pelajar-pelajar
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi tahun 2 dan 3 pada semester 2 sesi 2009/2010. Pada semester ini,
pelajar akan mengambil kursus SKKD3206/SKKA3206/SKKC3206 atau Latihan Ilmiah di mana pelajar
akan mencari satu tajuk sesuai yang mereka minat untuk membuat satu kajian penyelidikan saintifik.
Mereka akan diberi seorang pensyarah sebagai penyelia mereka yang akan sentiasa memandu dan
memantau perkembangan penulisan penyelidikan mereka selama satu semester atau 14 minggu agar tidak
terkeluar dari landasan yang telah ditentukan oleh Fakulti. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat
kekerapan kehadiran pelajar bertemu penyelia dan melihat kes-kes dimana pelajar yang enggan berjumpa
dan berbincang dengan penyelia mengenai kertas penulisan penyelidikan mereka.
7
RUJUKAN
Ashton, P. T., & Webb, R. B. (1986). Making a difference: Teachers’ sense of efficacy and student
achievement. New York: Longman.
Bandura, A. (1977). Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review,
84, 191-215.
Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman. Camp,
N.Gibson, S., & Dembo, M.H. (1984). Teacher Efficacy: a construct validation. Journal of Educational
Psychology, 76(4), 569-582.Woolfolk, A. E., & Hoy, W. K. (1990). Prospective teachers’ sense of
efficacy and beliefs about control. Journal of Educational Psychology, 82(1), 81-91.
Somekh, B. (1989). Action research and collaborative school development. In, McBride, R. (Ed). The
inservice training of teachers: some issues and perspectives. Brighton: Falmer Press.
8
CRITICAL LITERACY OF POSTGRADUATE STUDENTS:
VOICES AND DISCOURSES
Koo Yew Lie, Kemboja Ismail and Wong Fook Fei
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor, Malaysia
ABSTRAK
This paper reports the preliminary findings of an action research which examines postgraduate student
voices and experiences in terms of a course committed to building critical literacy through a Critical
Literacy Awareness framework. The course focuses on engaging students to reflect on texts in literacy
events as political and contested in terms of the struggle of power and of meanings between social groups
who have differential access to material, linguistic and symbolic power. Data gathered in this research
comprised student reflections of their journey through critical literacy while negotiating the meanings of
recommended texts as well as student reflective logs of literacy events involving teacher and text. The
initial findings indicate that for it to be empowering, teacher’s talk around critical literacy awareness
pedagogy has to engage with student’s situated experiences which are culturally and linguistically
diverse, for it to have impact and to make a difference.
INTRODUCTION
The main aim of this research is to improve the critical reading of postgraduate students in a content
course Language and Literacy (SKBI 6153) through Critical Literacy Awareness (CLA) instructional
method. The key thrusts of the Malaysian Higher Education Action Plan (MoHE 2007, 2008 b) is aimed
at developing first class human capital as part of a wider global priority on sustainable Higher Education
for employability and citizenship (Dam-Mieras, 2005; Ryden, 2005). The Ministry of Higher Education
Action Plan 2007-10 calls for strengthening teaching and learning, one of the seven strategic thrusts to
sustain national competitivenss and relevance. To this end, several key priorities are emphasised
including the innovation, delivery and implementation of quality and relevant curricula and pedagogy in
Higher Education. Critical and independent thinking (MoHE Action Plan 2007:29) is considered a vital
attribute for first class human capital.
The reality is that the majority of undergraduate and postgraduate students admit that they are not
able to read critically. Gatekeepers like teachers also attest to the same. This has been further supported in
the theoretical (Freire & Macedo 1987; Pandian 2007; Koo 2003; 2008, Mukudan 2003) and empirical
literature (Pandian 2007; Koo 2003, 2008 ). The researchers themselves have observed the lack of critical
reading ability in their content and English Language proficiency classes. This has also been widely
reported in Malaysian media and is a sad fact of Malaysian education. At the same time, students on a
previous Masters’ course, Language and Literacy (SKBI 6153) articulated their own lack of critical
literacy citing the examination system, the dominant system of rote learning and their own habits as some
of the key reasons accounting for this. There is a therefore a crucial need for effective teaching and
learning methods to improve the critical reading ability of students. The research therefore, aims at
addressing this need using Critical Literacy Awareness (CLA) Instruction (Kress 2003 ; Wallace 1988,