The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK Tansau Putatan SKTs, 2021-12-10 05:48:43

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

PBM satu kajian

Keywords: eBOOK Pembelajaran Berasaskan Masalah

demikian adalah penjelasan yang dikemukakan oleh pensyarah lebih dalam mengupas setiap isu
yang dibangkitkan. Tutur kata dan cara penyampaian pensyarah juga lebih teratur dan mudah
difahami kerana setiap isi yang dihuraikan dan diterangkan yang disertai dengan contoh-contoh
berdasarkan ilmu penyarah yang meluas dan pengetahuan yang lebih mendalam terhadap setiap
topik yang dibincangkan. Tambahan pula forum dan perbahasan yang dikendalikan oleh pelajar
kadang-kadang kurang memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar lain berbanding pensyarah.

Sementara satu pertiga daripada responden bersetuju tetapi perlu disertai bersama
dengan kaedah forum dan perbahasan. Ini kerana menurut mereka kadang-kadang idea yang
diketengahkan oleh pelajar adalah pelajar dalam forum adalah pelbagai dan dapat member
gambaran yang menyeluruh. Namun begitu menurut mereka, topik-topik yang dianggap sukar
sewajarnya diajar dan diberi penerangan oleh pensyarah kerana ia kurang sesuai dengan tahap
seorang pelajar.

Selebihnya, iaitu sebahagian kecil sahaja daripada responden yang menganggap kuliah
yang disampaikan oleh pensyarah kurang berkesan berbanding teknik forum dan kuliah. Alasan
mereka adalah pengajaran dan pembelajaran satu hala kurang menarik sehingga menyebabkan
terdapat pelajar kurang memberi perhatian kepada topik yang diajar serta menyebabkan pelajar
tertidur. Bagi mereka teknik forum dan perbahasan, pelajar lebih memahami tentang sesuatu
topik dengan lebih jelas kerana komunikasi dua hala di samping teknik tersebut tidak
menyebabkan pelajar merasa mengantuk serta saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Selain itu, pendekatan ini juga memberi peluang kepada pelajar interaksi antara ahli panel dan
pendengar. Bahkan sesetengah responden membuat ulasan bahawa teknik syarahan dan kuliah
membosankan berbandingkan forum dan perbahasan. Tambahan pula menurut mereka,
pengajaran perlu diselitkan dengan unsur-unsur jenaka yang boleh menarik perhatian pelajar.

Antara punca yang menyebabkan berlakunya kekeliruan dan ketidaktentuan pelajar
dalam membuat keputusan tentang keberkesanan kaedah pengajaran secara kuliah atau kaedah
forum dan perbahasan adalah disebabkan jawapan yang dikemukakan oleh responden terhadap
pernyataan tersebut agak seimbang. Ini kerana separuh daripada responden yang bersetuju
bahawa kaedah forum dan perbahasan kurang sesuai dipraktikkan ke atas pelajar baru
berbanding pelajar lama. Menurut mereka, pelajar baru kurang didedahkan dengan pengalaman
forum dan perbahasan serta belum pernah belajar tamadun sama ada secara formal ataupun tidak.
Manakala separuh daripada responden yang lain pula kurang bersetuju dengan pernyataan ini.
Bagi mereka, tiada bezanya antara pelajar baru dan lama untuk menyertai mana aktiviti yang
dianjurkan oleh pensyarah dalam usaha untuk mencari pengalaman dan memupuk kemahiran
mereka walaupun menghadapi kesulitan untuk menyesuaikan diri.

Selain menggambarkan keberkesanan kaedah pengajaran, kajian juga mengenal pasti
kaitannya dengan minat pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan separuh daripada responden
bersetuju bahawa kaedah penyampaian pengajaran pensyarah adalah lebih jelas dan lebih
menarik minat pelajar. Bagi mereka, dengan kuliah yang disampaikan oleh pensyarah ia dapat
difahami secara lebih mendalam dan lebih mendatang minat untuk belajar.

Terdapat sebahagian responden iaitu seramai sebahagian kecil responden bersetuju
bahawa kaedah kuliah adalah lebih jelas tetapi kurang menarik minat pelajar pada tahap yang
sebenarnya sehingga boleh menyebabkan kurang tumpuan daripada pelajar. Menurut mereka,

ada beberapa tindakan yang perlu dilakukan, antaranya ialah pensyarah perlu kerap berinteraksi
seperti sesi soal jawab dengan pelajar, persembahan video, gambar-gambar yang menarik.

Namun begitu, terdapat segelintir pelajar iaitu sebahagian kecil daripada responden
mengatakan kaedah kuliah yang disampaikan oleh pensyarah kurang jelas dan kurang
mendatangkan minat kepada pelajar kerana pensyarah hanya tertumpu kepada slide show (nota
power point) sahaja tanpa membawa contoh-contoh, isu-isu semasa yang sesuai serta sistem
audio kurang memuaskan.

Bagi mengukuhkan lagi dapatan di atas, kajian mendapati kebanyakan pelajar iaitu
separuh daripada responden yang menunjukkan tidak setuju bahawa kaedah forum dan
perbahasan lebih menarik berbanding pembentangan oleh pensyarah dengan alasan yang
dianggap mempunyai persamaan sebagaimana di atas iaitu kuliah yang disampaikan oleh
pensyarah ia dapat difahami secara mendalam dan mendatang minat untuk belajar. Seramai
sebahagian kecil daripada responden yang mengatakan bersetuju tetapi mereka perlu
menunjukkan persembahan yang meyakinkan iaitu dengan membuat persediaan yang cukup, cara
persembahan yang menarik, perlu disokong dengan power point, dan sebagainya.

Manakala selebihnya, satu pertiga daripada responden menyatakan setuju bahawa
kaedah forum dan perbahasan lebih menarik berbanding pembentangan oleh pensyarah. Alasan
mereka adalah teknik forum dan perbahasan, pelajar diberi peluang untuk mengkaji dan
mempamerkan kebolehan dan gelagat mereka derta mengembangkan idea mereka kerana berlaku
komunikasi dua hala di samping teknik tersebut tidak menyebabkan pelajar merasa mengantuk.

Kesimpulannya, kaedah pengajaran forum dan perbahasan sedikit sebanyak memberi
kesan yang positif kepada pelajar serta boleh menanamkan minat pelajar dan memberi
pembelajaran secara mendalam. Ia juga mampu meningkatkan keupayaan pelajar dalam
menyelesaikan masalah dan menggalakkan komunikasi yang membina di kalangan pelajar.
Walau bagaimanapun, faktor-faktor kelemahan dari sudut kemahiran, pengalaman dan
pengetahuan dalam kalangan pelajar yang membuat persembahan dalam forum dan perbahasan
menyebabkan minat pendengar atau pelajar berkurangan sehingga keberkesanannya kurang
menyerlah jika hendak dibandingkan dengan persembahan daripada pensyarah. Dalam masa
yang sama, pensyarah perlu mengambil pelbagai inisiatif terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran agar pelajar tidak merasa bosan dan kurang berminat dengan kursus TITAS.

CADANGAN

Berdasarkan penemuan analisis kajian, beberapa cadangan telah dibuat:

i. Persediaan Pelajar Yang Mencukupi

Salah satu sebab pelajar menanggap forum dan perbahasan kurang berkesan dan
menarik adalah kerana pelajar kurang bersedia untuk membuat suatu
persembahan yang menarik dan meyakinkan. Justeru pensyarah perlu
mewujudkan semi mini forum terlebih dahulu dalam kelas toturial agar mereka
dapat berbincang antara satu sama lain, megemukakan idea dan bertukar-tukar

pendapat. Perbincangan tersebut mampu membantu mereka membuat
persembahan yang baik dalam forum atau perbahasan yang akan diadakan.

ii. Forum dan Perbahasan Dalam Laman Web

Pengajaran dan pembelajaran tidak seharusnya terhadap di dalam bilik kuliah
sahaja. Bahkan forum dan perbahasan juga boleh dilakukan dengan
menggunakan teknologi maklumat seprti dalam SPIN dan seumpamanya.
Pensyarah boleh mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isu-isu
yang dibincangkan. Pelajar juga boleh mengemukakan pertanyaan atau
persoalan mengenai tamadun pada bila-bila masa.
iii. Mewujudkkan Pembelajaran Secara Kontekstual

Pertandingan forum dan perbahasan yang dianjurkan perlu dipertingkatkan agar
minat pelajar terhadap pembelajaran ilmu ketamdunan atau secara khususnya
TITAS dapat dipupuk. Ini kerana mereka bukan sahaja mempelajari ilmui
ketamadunan secara fakta dan sejarah tetapi mereka juga perlu menghayati
kesesuaian pembelajaran ilmu ketamadunan dengan kehidupan mereka. Justeru
dicadangkan pensyarah dan mereka yang terlibat agar memperkasakan modul
TITAS untuk menggalakkan pembelajaran kontekstual dan mampu
menyesuaikan bahan bacaan yang diajar dengan kehidupan mereka.

PENUTUP

Generalisai dapatan kajian ini adalah berrdasarkan respon 60 sampel pelajar terhadap 7
soalan selidik bagi pendengar dan 4 soalan selidik bagi pelajar yang mengambil bahagian
dalam aktiviti forum dan perbahasan. Oleh itu kajian yang lebih menyeluruh perlu
dijalankan melibatkan sampel yang lebih ramai dan bilangan soalan selidik juga perlu
ditambah bagi mendapatkan gambaran yang lebih tepat.

MENINGKATKAN AKTIVITI PERPADUAN DI KALANGAN PELAJAR
FAKULTI PENDIDIKAN UKM

Prof. Madya Datin Dr. Zahara Aziz
Dr Arba’at Hassan
Halimah Harun
Zarina Md Yasin

ABSTRAK

Konsep 1Malaysia yang bertujuan untuk membawa aspirasi dan memperbaiki hubungan kaum
serta bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat, maka perkara
asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati,
keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
sejauhmana interaksi dan pergaulan antara kaum yang berbeza bagi mencapai perpaduan di
kalangan pelajar-pelajar yang sedang berada di Tahun 2, khasnya kursus GE 2113 di Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka digalakkan agar aktif dalam menyertai
program dan aktiviti perpaduan bagi meningkatkan hubungan etnik di kalangan pelajar-pelajar.
Kajian ini turut membina, memperkemas dan mentadbir beberapa strategi program dan aktiviti
berkaitan dengan perpaduan dan hubungan etnik di UKM. Kajian ini bertujuan mengumpul
maklumat tentang Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah ketika dalam Tingkatan
Lima. Objektif kajian ini dibina berdasarkan kepada persoalan yang menggunakan kajian
tindakan melalui kaedah pendekatan pengajaran koperatif yang melibatkan pelajar bekerjasama
dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulan. Kaedah pengumpulan data diperolehi
berdasarkan soal selidik, pemerhatian dalam kelas dan kaedah temubual kumpulan berfokus.

PENGENALAN

Perpaduan negara dan integrasi nasional merupakan sesuatu yang kompleks kerana perpaduan
dan integrasi merangkumi berbagai-bagai unsur seperti sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap,
pemikiran dan tingkah laku individu dan golongan dalam sesebuah masyarakat dan negara.
Yakni mereka yang berada dalam masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum,
dan keturunan serta mengamalkan dan menganuti agama yang berbeza. Lantaran kepada konsep
1Malaysia yang bertujuan untuk membawa aspirasi dan memperbaiki hubungan kaum serta bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat, maka perkara asas yang
perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan
dan sikap saling mempercayai antara kaum. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin
antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih
aman, maju, selamat dan makmur.

RASIONAL KAJIAN

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka
sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar
dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi
bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep
1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri,
adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan
apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara
(Bahagian Penerbitan Dasar Negara). 1Malaysia membawa aspirasi untuk membaiki hubungan
kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas
yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati,
keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

Isu perpaduan sering dipersoalkan ketika ini. Ini berikutan seakan terhakisnya budaya
saling menghormati di kalangan masyarakat dan keadaan itu sangat membimbangkan. Faktor
perbezaan agama dan budaya serta kejahilan tentang kebudayaan dan adat resam kaum lain
menguatkan prasangka serta menghalang pergaulan antara kaum.

Dalam hal ini, dan dari pengalaman pensyarah-pensyarah UKM sendiri hubungan antara
kaum dilihat tidak mencapai perpaduan yang dikehendaki. Status pelajar dari pemerhatian awal
semasa sesi kuliah atau kelas dijalankan rata-rata pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia
khasnya, akan duduk dan memilih tempat yang berhampiran dengan rakan yang sama bangsa,
sama negeri, sama jantina atau sama kursus dengan mereka sahaja. Keadaan ini
menggambarkan seakan tidak wujud perhubungan antara kaum di kalangan mereka. Begitu juga
ketika sesi pembahagian kerja kumpulan, pembinaan rancangan mengajar serta pengajaran
mikro. Pelajar-pelajar ini akan memilih pasangan dan ahli kumpulan yang sama bangsa dan
agama mereka sahaja. Berdasarkan kepada empat ciri tersebut maka satu kajian tindakan diambil
agar perlaksanaan 1 Malaysia dapat mencapai maksudnya seperti yang disarankan oleh Perdana
Menteri.

Dalam hal ini perpaduan kaum turut menjadi perkara penting dalam ucaptama Perdana
Menteri pada Persidangan Agung UMNO Oktober 2009 yang baru berlalu. Beliau menyatakan
bahawa perpaduan amat penting agar kita tidak mudah lupa kepada trajedi 13 Mei 1969 yang
menggugat keharmonian dan merosakkan reputasi Malaysia pada mata dunia, dan sebagai
masyarakat pelbagai kaum yang hidup bersama secara aman. Kenyataan ini turut disokong oleh
Abd Rahim (2001). Menurutnya peristiwa 13 Mei telah membuka mata pihak kerajaan tentang
hakikat betapa rapuhnya perpaduan dan hubungan kaum antara masyarakat pelbagai kaum di
negara ini. Justeru, pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan ke arah mewujudkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Perpaduan juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang
kaum dan untuk menghilangkan prasangka buruk mengenai perkara yang menyentuh sensiviti
masyarakat seperti soal agama. Ini bagi mengelakkan menularnya keresahan jika perkembangan
spiritual itu tidak difahami dan diambil kira oleh semua pihak. Masyarakat perlu untuk
mengamalkan hubungan mesra antara satu sama lain tanpa mengikis jati diri mereka. Setiap
masyarakat juga perlu saling menghormati agama lain walaupun berbeza pegangan agama.
Negara yang bertamadun, memerlukan budaya dan nilai murni walaupun mereka berbeza agama
dan pendapat. Sehubungan itu, jika kita ingin tahu apakah maksud perkauman yang sebenar, lihat

sahaja sejarah Afrika Selatan sewaktu dicengkam apartheid. Bahkan di Amerika Syarikat pun,
amalan perkauman secara terang-terangan berlaku sehingga pertengahan tahun 60-an. Sekolah,
bilik air, tempat makan di restoran malah tempat duduk dalam bas antara kaum ternyata dibeza-
bezakan. Semuanya ini, hanya berakhir setelah keputusan pengasingan kaum, institusi
pendidikan tahun 1954 oleh Mahkamah Agong melalui kes Brown lawan Lembaga Pendidikan
Kansas, Akta Hak Sivil tahun 1964 dan Akta Hak Mengundi tahun 1965 digubal.

Dalam konteks ini, nampaknya berbeza benar, keadaan kita di Malaysia dengan realiti di
dunia luar. Ehwalnya, penduduk Malaysia adalah bangsa yang bersifat amat inklusif dan
merangkumi semua kaum. Kajian Morsin Peraman (1991) di UKM pada 1991 mendapati sikap
ingin berkompromi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar bukan Melayu dikatakan belum benar-
benar jujur kerana masih bertindak untuk kepentingan diri sendiri, kurang memberi kerjasama di
dalam membuat kerja lapangan dan menyembunyikan buku-buku di perpustakaan. Pelajar bukan
Melayu juga mahukan agar kuasa pelajar-pelajar kampus dikongsi bersama. Seterusnya pelajar-
pelajar bukan Melayu berpendapat bahawa mereka seharusnya diberi layanan dan perhatian yang
sama diterima oleh pelajar-pelajar Melayu sebagaimana termaktub dalam Artikal 153
Perlembagaan Negara. Beliau turut mendapati penempatan di kampus yang menyediakan
suasana untuk berinteraksi dan kenal mengenal nampaknya telah diabaikan begitu sahaja.
Hubungan yang wujud di antara mereka yang berlainan etnik, kebanyakannya setakat kenal
muka sahaja dan tiada hubungan yang terjalin mesra. Tiap-tiap pelajar bercampur gaul hanya
dengan anggota etniknya sahaja. Perkara ini berlaku dalam banyak aktiviti sehinggalah polarisasi
kaum dapat dilihat dengan jelas di kawasan kampus.

Salah satu punca utama yang menyebabkan berlakunya hubungan kaum yang tidak
harmoni ialah sikap prasangka. Prasangka etnik boleh menimbulkan beberapa kemungkinan
tingkah laku. Pada peringkat awal, seseorang yang berprasangka hanya memperlihatkan sikap
negatifnya secara lisan. Kemudian dia cuba menjauhkan diri daripada bergaul dengan anggota
kaum yang tidak disukainya.

Dalam hal ini, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan turut memainkan peranan penting
dalam mewujudkan perpaduan dalam sistem pendidikan. Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan telah diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. Kurikulum ini
mula diperkenalkan mulai tahun 2005. Didefinisikan oleh Zahara Aziz (1989) sebagai bertujuan
untuk mendidik pelajar-pelajar sekolah supaya menjadi warganegara yang boleh memberi
sumbangan positif serta membangun, kepada bangsa dan negaranya. Butts (1988) juga bersetuju
bahawa Pendidikan Kewarganegaraan melibatkan perkembangan kemahiran untuk membuat
keputusan mengenai isu-isu semasa dan kepentingan awam. Pendapat ini turut disokong oleh
Andizejewski dan Alessi (1999) bahawa Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dapat
meluaskan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran seseorang warganegara dalam
melaksanakan tanggungjawab dan peranan sosial.

Oleh kerana itu juga penerapan nilai kewarganegaraan melalui pendidikan sivik
merupakan agenda yang menjadi tumpuan negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat,
Jepun, dan Australia. Beberapa instisusi ditubuhkan bagi menjalankan kajian dalam bidang
kewarganegaraan. Hahn (1993) melalui satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa
pelajar-pelajar United Kingdom (UK) mempunyai kecenderungan negatif dalam hal sikap minat
terhadap topik kenegaraan.

Kajian yang dijalankan di Jepun menunjukkan program Pendidikan Kewarganegaraan
lebih menenkankan konsep ‘negara’ lebih daripada ‘warganegara’ berdasarkan elemen
kefahaman identiti, pengetahuan mengenai hak mereka, perlaksanaan tanggungjawab yang
digariskan dalam undang-undang, penglibatan dalam hubungan sosial dan penerimaan nilai-nilai
masyarakatnya.

Manakala di Thailand pula, pendidikan kewarganegaraan berkait rapat dengan
hubungan kekeluargaan dan kemanusiaan yang dibangunkan menurut konsep moral dan
kerohanian. Keadaan tersebut banyak dipengaruhi oleh ajaran Buddha yang menjadi pegangan
majoriti masyarakat di sana (Cogan & Derricott 1998).

KERANGKA KONSEPTUAL

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti adakah wujud perpaduan di kalangan pelajar-
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Berdasarkan kerangka konseptual dibawah, perkara
utama yang hendak dikaji dalam kajian ini berkaitan dengan perpaduan yang wujud dan meliputi

ciri-ciri i) persepsi perpaduan, ii) perpaduan semasa sesi kuliah mahu pun di luar, iii)
perpaduan dalam pengajaran dan pembelajaran sivik dan kewarganegaraan semasa di
tingkatan 5, iv) perpaduan secara umum. Kajian ini menggunakan model Pembelajaran
Koperatif yang diguna pakai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ke atas pelajar-pelajar
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuh ciri pembelajaran koperatif
diaplikasikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Berdasarkan kepada soal selidik
maka penilaian dilakukan bagi mendapat jawapan kepada persoalan perpaduan dikalangan

pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

RAJAH 1: Kerangka Konseptual

Demografi Pelajar
Melayu
Cina
India
Lain-lain

Perpaduan Pelajar Penilaian

Persepsi Perpaduan semasa Perpaduan dalam Sivik Perpaduan
Perpaduan sesi kuliah mahu dan Kewarganegaraan secara umum
pun di luar semasa di tingkatan 5

Pembelajaran Koperatif

Saling Bergantungan Penilaian
Interaksi Bersemuka
Akauntibiliti Individu
Penglibatan Saksama
Pemprosesan Kumpulan

Kemahiran Sosial
Interaksi Serentak

Perpaduan di UKM

Aktiviti Perpaduan Di Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan UKM
TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmana pelajar-pelajar sains dan sosial sains yang
sedang berada di Tahun 2 di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia aktif dalam

menyertai program dan aktiviti perpaduan bagi meningkatkan hubungan etnik. Sebagai
tambahan ia dijangka membina, memperkemas serta memperkukuhkan program dan aktiviti
hubungan etnik dikalangan pelajar-pelajar dan kemudiannya mengimplementasi perpaduan
tersebut dikalangan pelajar-pelajar berkaitan dengan hubungan etnik terlibat melakukan
aktiviti, melaksanakan tindakan dan menilai hasil tindakan. Hasil kajian diharap dapat
mengenalpasti interaksi untuk dijadikan panduan menjalinkan hubungan etnik dengan lebih
rapat, di samping memberi kesedaran tentang peri pentingnya hubungan antara kaum untuk
dipupuk dan dipraktikkan sepanjang hayat.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif dibina berdasarkan langkah dalam kajian tindakan:

1. Mengenalpasti penilaian pelajar-pelajar Tahun 2 tentang kurikulum yang disertai di
Fakulti Pendidikan khasnya dalam kursus GE 2113 di Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Mewujudkan interaksi dan pergaulan antara kaum yang berbeza bagi mencapai
perpaduan di kalangan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Membina, memperkemas dan mentadbir beberapa strategi program dan aktiviti
berkaitan dengan perpaduan dan hubungan etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

4. Mengumpul maklumat tentang pendidikan sivik dan kewarganegaraan di sekolah ketika
pelajar-pelajar berada dalam tingkatan lima.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap persepsi pelajar yang melibatkan perpaduan pelajar UKM secara umum?
2. Bagaimanakah pandangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap perpaduan

dan hubungan kaum?
3. Adakah tahap perpaduan dan hubungan kaum dari segi kerja kumpulan di kalangan

pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dapat dicapai?
4. Adakah modul pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan perhubungan

kaum dikalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia?
5. Apakah cadangan-cadangan untuk memperbaiki kursus-kursus di Universiti Kebangsaan

Malaysia bagi meningkatkan hubungan kaum di kalangan pelajar?
6. Apakah pandangan pelajar terhadap keberkesanan Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan semasa di sekolah?

KEPENTINGAN

Kajian ini penting untuk menegaskan bahawa isu perpaduan di kalangan penuntut Universiti
Kebangsaan Malaysia perlu dalam kurikulum universiti bagi usaha yang berorentasikan acuan
Malaysia. Kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan hubungan perpaduan yang baik antara
kaum dan pemupukannya dalam konteks pembelajaran akan dapat melahirkan sebuah

masyarakat Malaysia baru (1Malaysia). Pelaksanaan dalam usaha memperkukuhkan lagi soal
perpaduan dikalangan penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia di harap dapat mengurangkan
konflik serta pergaduhan dan perasaan ‘tak puas hati’ di antara mereka. Ini bagi mewujudkan
kerukunan masyarakat dan keharmonian kaum di peringkat pengajian tinggi. Maka kajian ini
diharapkan bukan sahaja dapat melahirkan penuntut yang berilmu malahan masyarakat yang
mementingkan perpaduan.

INSTRUMENT KAJIAN / TATACARA PENGANALISISAN DATA

Kajian ini dibentuk berdasarkan kepada pendekatan pengajaran koperatif yang melibatkan
pelajar seramai 135 orang yang mengandungi bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Mereka
dipertanggungjawabkan agar bekerjasama dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulan
dalam melaksanakan segala tugasan dalam kuliah. Satu set borang diberikan berdasarkan kepada
soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian turut diperolehi melalui kaedah temubual
yang dijalankan semasa minggu pertama kuliah dan minggu akhir. Rekabentuk penyelidikan
mengenai kajian tindakan yang menggunakan pengutipan data adalah seperti berikut:

Untuk objektif 1: Menjawab soal selidik yang diberikan kepada pelajar tentang aktiviti
perpaduan di Fakulti Pendidikan UKM. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian
A mengandungi maklumat diri iaitu jantina, bangsa, umur, lokasi sekolah rendah dan menengah,
pekerjaan ibubapa, pendapatan ibubapa, dan kawasan perumahan yang didiami. Bahagian B, C,
dan D mengandungi 65 item soalan. Item-item soalan berdasarkan kepada tiga domain utama
iaitu konstruk perpaduan, perkembangan individu Bloom dan tahap-tahap perpaduan. Responden
dikehendaki memberi respons kepada pernyataan-pernyataan dalam soal selidik dengan memilih
salah satu daripada 5 skala iaitu sangat tidak setuju (1) kepada sangat setuju (5).

Penyelidik telah membuat penilaian semula ke atas 65 item soal selidik di atas
berdasarkan aspek bahasa, skala pengukuran dan senario semasa. Beberapa item yang kurang
relevan relevan dengan situasi kini dan yang dilihat agak mengelirukan telah diubah bentuk ayat
untuk memudahkan proses menganalisis data. Hasilnya satu set soal selidik kajian yang baru
telah dibentuk. Soal selidik ini telah diujikan pada kajian rintis ke atas pelajar sarjana Fakulti
Pendidikan UKM seramai 32 orang dan memperoleh indeks kebolehpercayaan Cronbach Alpha
0.97 (sangat tinggi).

Untuk objektif 2: Pengumpulan data secara tinjauan (survey). Pensyarah akan
melibatkan pelajar dengan menjalankan aktiviti pembelajaran bersama rakan dari etnik lain.
Oleh yang demikian semua kumpulan mestilah terdiri daripada etnik pelbagai kaum (Melayu,
Cina dan India). Di samping itu pelbagai cara boleh dilakukan dan dilaksanakan kepada pelajar
antaranya perbincangan pengajaran mikro secara kumpulan dan soal jawab. Seterusnya aktiviti–
aktiviti berkaitan seni dan kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum dijalankan boleh
dijadikan sebagai wadah penyatuan antara mereka.

Data yang dikumpulkan akan disusunatur (organize), terjemah, analisis dan
dibentangkan. Data analisis menggunakan Statistic Package Social Science (SPSS) versi 12
untuk mendapatkan peratusan min, mod, median dan sisihan piawai dan lain-lain yang berkenaan
Laporan penyelidikan akan dikumpul , dijilid dan dikemukakan kepada pihak-pihak yang

berkenaan. Hasil penyelidikan akan dibentangkan pada seminar, persidangan dan sebagainya.
Manakala penulisan akan dilakukan dan diterbitkan dalam bentuk prosiding dan jurnal.

KAJIAN RINTIS

Menurut Borg dan Gall (1983), kaian rintis adalah satu percubaan awal dengan sebilangan
subjek yang kecil sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Kajian rintis dapat menjimatkan kos
dan masa kerana melalui kajian tersebut, pengkaji dapat mengidentifikasikan sebarang masalah
dan kelemahan yang tidak disedari sebelum kajian sebenar dijalankan. melalui maklumat-
maklumat daripada responden kajian rintis pengkaji dapat memperbaiki mutu alat kajian dan
ubah apa-apa pendekatan yang perlu dalam pengumpulan data kajian tersebut. Tujuan utama
kajian rintis disyorkan dalam kajian ini adalah untuk menguji keesahan dan kebolehpercayaan
instrument kajian.

Daripada satu kajian rintis yang dijalankan ke atas 32 orang pelajar menunjukkan
keesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian di mana responden kajian rintis dapat
memahami set soal selidik dengan baik serta tiada item-item yang meragukan.

TATACARA PENGUMPULAN DATA

Data kajian ini diperolehi dengan mengutip maklumat yang berkaitan dengan menggunakan
borang soal selidik dan temubual. Sebelum kajian ini dijalankan beberapa langkah telah dibuat
iaitu:

i. Pemerhatian awal.
ii. Pengalaman pensyarah.
iii. Mengenal pasti tajuk yang sesuai.
iv. Pengumpulan maklumat.
v. Pembahagian tugasan kumpulan.
vi. Menemubual dengan responden secara berasingan dalam jangka masa 15 hingga

20 minit.
vii. Menjalankan kajian terhadap responden dengan soal selidik yang disediakan, di

mana responden akan menjawab soal selidik tersebut dengan serta merta untuk
pengumpula data yang seterusnya.

Penyelidik juga telah mengikut prosedur kajian tindakan berdasarkan model Cohen dan
Manion (1994). Antara prosedurnya ialah:

1. Pada peringkat awal, penyelidik perlu mengenal pasti masalah.
2. Kemudiannya penyelidik menyediakan draf tindakan berdasarkan kepada perbincangan

dengan pihak-pihak yang terlibat.
3. Membuat tinjauan literatur mengenai masalah yang dikaji.
4. Membuat pernyataan masalah atau hipotesis kajian.
5. Memilih metodologi serta langkah-langkah kajian.

6. Memilih prosedur–prosedur penilaian.
7. Mengumpul data, membuat analisa serta memberi maklum balas.
8. Menginterpretasi data, membuat implikasi dan menilai.

RUMUSAN

Metodologi ini diharapkan dapat memandu pengkaji ke satu hala tuju kajian secara lebih terarah.
Bab ini menjelaskan segala aspek penting yang perlu disediakan dalam kajian ini. Diharapkan
kajian ini dapat menghasilkan dapatan seperti yang dikehendaki.

KEBERKESANAN PENYAMPAIAN KULIAH

Zaharah Hassan, Fazilah Idris, Khalim Zainal
Pusat Pengajian Umum

Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Kuliah merupakan kaedah pengajaran yang paling popular di kalangan pensyarah di kebanyakan
institut pengajian tinggi termasuklah di UKM. Bagi pensyarah di Pusat Pengajian Umum yang
terlibat dengan kursus-kursus U2, kuliah merupakan kaedah utama kerana jumlah pelajar yang
ramai. Kesesuaian dan keberkesanan kaedah ini masih diperdebatkan hingga ke hari ini. Kertas
kerja ini akan membentangkan dapatan awal mengenai kriteria penyampaian kuliah yang baik
dari perspektif pelajar. Sumber data adalah dari temu bual berfokus dan analisis kandungan
dengan tiga kumpulan pelajar (30 orang) yang mengambil kursus ini. Dapatan awal
menunjukkan kuliah yang berkesan bagi pelajar adalah kuliah yang mempunyai ciri tertentu
berkaitan persediaan pensyarah, tempoh kuliah dan teknik-teknik penyampaian kuliah.

PENGENALAN

Kuliah sebagai satu kaedah pengajaran mempunyai sejarah yang sangat lama. Hingga kini ianya
sering dikaitkan dengan kaedah pembelajaran di universiti. Hampir semua pensyarah di
universiti menggunakan kaedah ini sebagai satu cara pengajaran. Kuliah dalam bentuk
tradisional, ialah satu cara di mana ilmu pengetahuan yang ada pada pensyarah disampaikan
kepada pelajar dan mereka menerimanya secara pasif. Kaedah ini mewakili pendekatan
pendidikan yang melihat ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh dipindahkan dari seorang
individu kepada individu yang lain (Ramsden, 1992). Walaupun dengan kehadiran kaedah-
kaedah pembelajaran yang lain seperti Problem based learning (PBL), Student centered learning
dan lain-lain lagi, kuliah masih kekal sebagai satu kaedah yang masih digunakan secara meluas
di universiti-universiti seluruh dunia. Mengikut Steinert (1999) dan Cantillon (2003), kuliah, jika
disampaikan dengan baik boleh menjadi satu kaedah yang efisien, efektif dan dinamik untuk
memperkenalkan tajuk atau konsep yang baru, mengorganisasi idea yang kompleks,
mempromosikan pemikiran kritikal dan ia juga dapat membangkitkan minat kepada subjek yang
sedang dipelajari. Seperti juga kaedah pengajaran yang lain, ada berbagai-bagai pendapat
mengenai kekuatan dan kelemahan kuliah. Di UKM, seperti juga universiti-universiti yang lain,
kaedah ini digunakan secara meluas termasuklah di Pusat Pengajian Umum.

Pusat Pengajian Umum (PPU) adalah sebuah pusat akademik yang menawarkan kursus-
kursus wajib universiti dan kursus elektif bagi seluruh pelajar di UKM. Antara kursus yang
ditawarkan adalah kursus Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal (KKI). Biasanya jumlah
pelajar yang mendaftar bagi mengikuti kursus ini adalah besar sekitar 60 hingga 80 orang bagi
setiap kelas atau set dan bagi setiap semester terdapat tiga atau empat set kursus. Walaupun
mempunyai pelajar yang ramai, pensyarah di PPU tidak mempunyai tutor untuk membantu

mereka dalam kelas-kelas tutorial dan lain-lain lagi. Berdasarkan senario ini, kuliah merupakan
alternatif paling praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran disamping memastikan kandungan
silibus dapat dicakupi dalam masa yang ditetapkan.

Sejauh manakah keberkesanan kuliah yang disampaikan? Sekiranya keberkesanan itu
diukur berdasarkan pencapaian akademik pelajar (taburan gred yang diperolehi), maka dapatlah
disimpulkan bahawa dari segi pemahaman kandungan, pencapaiannya adalah memuaskan.
Begitu juga dengan penilaian yang dibuat oleh pelajar secara atas talian di mana purata markah
yang diperolehi oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam kursus ini adalah 8.5. Namun
demikian maklum balas dari pihak-pihak yang berkepentingan menunjukkan bahawa pelajar
yang melalui kursus ini masih tidak menunjukkan penguasaan dari segi kemahiran atau ilmu
kepimpinan. Sehubungan itu penyelidikan ini wajar dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat
yang lebih tepat bagi memperbaiki mutu kuliah yang disampaikan dan seterusnya memastikan
kualiti pelajar yang mengambilnya.

Penyelidikan ini secara khusus akan melihat keberkesanan penyampaian kuliah bagi
kursus KKI dari perspektif pensyarah (rakan sepasukan yang mengajar kursus yang sama tetapi
berlainan set) dan juga pelajar yang mengikuti kursus ini. Penilaian rakan mengenai cara
penyampaian kuliah ditambah dengan penilaian dari pelajar akan dapat membantu pensyarah
mengetahui kemahiran penyampaian kuliah mereka dalam usaha memperbaiki mutu pengajaran.
Walau bagaimanapun perbincangan dalam kertas kerja ini adalah terhad kepada mengenal pasti
apakah kriteria kuliah yang berkesan dari perspektif pelajar sahaja.

KAEDAH

Penyelidikan di peringkat awal ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan penyelidikan
kualitatif di mana teknik temu bual berfokus dan analisis kandungan merupakan teknik utama
yang digunakan untuk mendapatkan data. Responden terdiri dari 2 kumpulan pelajar yang
mengambil kursus KKI pada semester 2 sesi 2008/2009 dan satu kumpulan pelajar dari semester
1 sesi 2009 dan 2010. Setiap kumpulan mengandungi 10 orang yang terdiri dari pelajar berbagai
bangsa, jantina dan fakulti yang berbeza. Setiap peserta diminta menjawab soalan yang sama
tetapi 2 kumpulan pelajar diminta menulis jawapan mereka sedangkan satu kumpulan lagi
memberi jawapan secara terbuka melalui temubual berfokus. Data dari temu bual berfokus
ditranskripkan untuk dianalisis.

SOROTAN KAJIAN MENGENAI KULIAH YANG BERKESAN

Mengikut ramai sarjana, kuliah merupakan kaedah pengajaran yang sangat popular terutama di
institut pengajian tinggi kerana ia mempunyai beberapa kelebihan seperti berikut:

1. Ia dapat memindahkan maklumat yang banyak dalam masa yang singkat
2. Ia juga membolehkan maklumat yang sukar diperolehi (contohnya maklumat yang tidak

diterbitkan) disebarkan
3. Ianya membolehkan pensyarah mengawal sepenuhnya kandungan, kepantasan,

penyusunan dan arah maklumat yang disampaikan.

4. Ianya dapat melengkapkan aktiviti pembelajaran yang lain, contohnya memberikan asas
kepada sesuatu aktiviti yang akan dijalankan

5. Ia merupakan kaedah pembelajaran yang disukai oleh sesetengah pelajar

Walaupun mempunyai banyak kebaikan seperti yang diterangkan, sarjana seperti Gibbs &
Jenkins (1984); McKeachie (1999) dan Brown & Monogue (2001) berpendapat bahawa kuliah
sebenarnya mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah
seperti:

1. Pelajar yang pasif kerana hanya pensyarah yang menyampaikan kuliah dan pelajar hanya
mengambil catatan.

2. Pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza dan mempunyai keperluan pembelajaran
yang berbeza. Ini tidak diambil kira dalam kuliah kerana dalam merancang dan
menyampaikan kuliah, pensyarah sendiri membuat keputusan apa yang perlu
disampaikan dan bagaimana ia dilaksanakan.

3. Komunikasi sehala antara pensyarah dan pelajar.
4. Pelajar terlalu bergantung pada pensyarah.
5. Maklum balas yang sangat terhad mengenai bagaimana pelajar memahami kandungan

kuliah.
6. Pembelajaran lepas yang dialami oleh pelajar tidak diambil kira.

Mengikut Davis, B.G (1993) menyampaikan kuliah bukanlah semata-mata berdiri di hadapan
kelas dan menyampaikan apa yang diketahui oleh seseorang pensyarah. Kuliah merupakan satu
bentuk komunikasi di mana suara, pergerakan, gesture, air muka eye contact boleh
mempengaruhi konsentrasi atau menghalang pelajar memahami atau meningkatkan kefahaman
mengenai apa yang sedang dikuliahkan. Doyle (2009) pula menyenaraikan lapan langkah yang
perlu diambil untuk memastikan kuliah yang berkesan. Langkah-langkah tersebut adalah seperti
berikut:

1. Kenali pelajar - mengetahui perkara-perkara penting berkaitan pelajar seperti nama,
gaya pembelajaran, sebab mengapa mereka mengambil kursus tersebut dan juga tahap
pengetahuan dan kemahiran yang mereka ada.

2. Sediakan kerangka kursus dan jadual kuliah yang boleh dijadikan panduan oleh pelajar
dalam membuat persediaan.

3. Dapatkan perhatian pelajar – permulaan kuliah adalah mustahak untuk menimbulkan
rasa ingin tahu. Pensyarah perlu kreatif dalam soal ini.

4. Ketahui attention span pelajar.
5. Rancangkan aktiviti selingan yang boleh dilakukan dalam masa kuliah. Contohnya

selepas 20 minit kuliah bahagikan pelajar dalam kumpulan kecil untuk berbincang,
merumus, menyelesaikan masalah berkaitan kuliah.
6. Gunakan alat bantu mengajar, pergerakan atau intonasi suara untuk mendapatkan
perhatian pelajar.
7. Pastikan setiap kuliah mempunyai penutup yang biasanya mengandungi ringkasan
perkara-perkara utama, ringkasan soalan dan jawapan yang dikemukakan oleh pelajar,
penyelesaian kepada masalah sekiranya berbangkit dan aktiviti yang dilakukan pada hari
tersebut.
8. Galakkan pelajar melakukan sesuatu dengan bahan kuliah yang disampaikan pada hari
berkenaan kerana penggunaan akan meningkatkan pembelajaran. Contohnya galakkan

mereka membuat peta minda dengan maklumat yang mereka perolehi atau menyediakan
soalan ujian berasaskan kuliah yang disampaikan.

Andrews, P. H. dari Campus International Consulting, Indiana University Bloomington
(2006) pula menyenaraikan langkah pembaikan seperti berikut untuk memastikan kuliah yang
berkesan:

1. Atasi rasa gemuruh kerana ini akan memberi kesan kepada penyampaian kuliah.
2. Selang selikan kaedah menyampaikan kuliah dengan kaedah pengajaran yang lain.
3. Susunkan kuliah secara berkesan – permulaan, kandungan dan penutup
4. Gunakan alat bantu mengajar yang sesuai.
5. Sampaikan kuliah dengan berpandukan outline bukan teks lengkap. Ini akan

menampakkan pensyarah lebih bersemangat dan membolehkan beliau menggunakan
komunikasi verbal dan bukan verbal dengan lebih berkesan.
6. Tunjukkan rasa hormat pada pendapat yang diutarakan oleh pelajar.
7. Dapatkan maklum balas mengenai pengajaran dari pelajar dan rakan setugas mengenai
kejelasan penyampaian, kandungan persediaan dan sebagainya.

Untuk menyampaikan kuliah dengan jelas dan berkesan, Cashin (1985) memberikan
panduan berikut:

1. Bercakap dengan jelas dan nada suara yang dapat didengari oleh semua pelajar. Minta
pelajar maklumkan sekiranya mereka kurang mendengar apa yang sedang dikuliahkan.

2. Jangan bercakap dengan laju.
3. Elakkan kelakuan yang mengganggu seperti terlalu banyak menggunakan “ah” dan

sebagainya.
4. Mulakan dengan pengenalan yang memberi gambaran keseluruhan mengenai kuliah

yang akan disampaikan.
5. Paparkan kerangka(outline) kuliah.
6. Beri penekanan pada prinsip dan generalizations. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

inilah yang paling diingati oleh pendengar/pelajar
7. Ulangkan points melalui dua atau tiga cara yang berlainan.
8. Beri penekanan pada point/maklumat mustahak.
9. Jangan bercakap terus menerus. Berhenti seketika untuk membolehkan pendengar

memproses maklumat yang diterima.
10. Kerapkan menukar aktiviti kerana attention span bagi orang dewasa adalah di antara 15

hingga 20 minit sahaja.

Cadangan-cadangan yang dibentangkan oleh pengkaji-pengkaji di atas mengenai kuliah yang
berkesan sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa tahap seperti berikut:

1. Tahap persediaan – ini termasuklah merancang persembahan dan perjalanan kuliah.
Merancang dan mengorganisasi kuliah dengan baik akan membolehkan seseorang
pensyarah mengetahui apakah maklumat yang tidak perlu diterangkan semasa kuliah dan
manakah maklumat yang perlu diberi penekanan. Pada peringkat ini juga, pensyarah
perlu mengetahui tentang kumpulan pelajar yang disasarkan (apakah tahap ilmu
pengetahuan semasa, bias, andaian dan lain-lain), hasilkan outline, memilih contoh-
contoh yang akan digunakan dan menyemak bahan-bahan pengajaran.

2. Tahap penyampaian kuliah – kuliah menjadi tambah berkesan sekiranya teknik-teknik
tertentu diaplikasikan semasa kuliah disampaikan. Antaranya ialah cara bercakap,
intonasi, memulakan kuliah dengan sesuatu yang dapat menarik perhatian dan
menimbulkan sifat ingin tahu, menyediakan pemikiran pelajar ke arah yang ingin
dibawa, menangani pelajar dengan berhemah, pelbagaikan kaedah pengajaran, dan
sebagainya.

3. Tahap mengakhiri kuliah - Pastikan setiap kuliah mempunyai penutup yang biasanya
mengandungi ringkasan perkara-perkara utama, ringkasan soalan dan jawapan yang
dikemukakan oleh pelajar, penyelesaian kepada masalah sekiranya berbangkit dan
aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut.

Sekiranya sesuatu kuliah itu mempunyai semua sifat-sifat di atas maka ianya bolehlah
dianggap sebagai satu kuliah yang berkesan.

DAPATAN KAJIAN

Data yang telah dianalisis menunjukkan bahawa pelajar mempunyai idea yang tersendiri
mengenai apakah yang dianggap sebagai kuliah yang berkesan. Jadual 1 menunjukkan antara
pandangan pelajar mengenai kekuatan dan kelemahan pensyarah dalam menyampaikan kuliah.
Berasaskan jadual tersebut dapatlah diandaikan bahawa bagi pelajar, sesuatu kuliah itu dianggap
berkesan sekiranya ia mempunyai kriteria-kriteria seperti di Jadual 2.

JADUAL 1 Pandangan Pelajar Mengenai Kekuatan dan
Kelemahan Penyampaian Kuliah Kursus ZT2413

Kekuatan Kelemahan
Sukatan yang bagus dan lengkap Pengajaran terlalu pantas
Isi kandungan kuliah yang relevan Tempoh kuliah terlalu lama
dengan tahap penguasaan pelajar
Kuliah sangat difahami, jelas dan Pensyarah hanya menggunakan kaedah
lengkap memberi kuliah sahaja
Perancangan pembelajaran tersusun Terlalu banyak teori
Pensyarah dapat menjawab soalan Terlalu banyak tajuk kecil
dengan meyakinkan
Pensyarah memberi penjelasan yang Slide terlalu ringkas
mendalam
Menggalakkan pembelajaran dan Tidak ada kuiz selepas kuliah
komunikasi 2 hala
Pensyarah mengikut sukatan pelajaran Tidak selalu mengaitkan pelajaran
yang dirangka mengikut waktu yang lepas sebelum memulakan tajuk kuliah
ditetapkan yang baru
Pensyarah teliti dalam merangka apa Isi kandungan kuliah terlalu panjang
yang ingin diajar dan membebankan
Kuliah tidak bosan kerana pensyarah Waktu rehat (break) tidak mencukupi
banyak bercerita dan memberi contoh
Pensyarah tidak membaca slide Kuliah waktu petang tidak sesuai

Penerangan teori dikaitkan dengan Tiada praktikal apa yang dipelajari
perkembangan semasa dalam kelas
Pensyarah memberi keyakinan untuk
menghadapi alam pekerjaan
Penyampaian pensyarah bagus kerana
menerangkan point-point dan bukan
sekadar memberi point sahaja
Penggunaan alat bantu mengajar yang
sesuai dan menarik
Pensyarah ada “sense of humour”
Suara yang kuat dan lantang
Pensyarah tahu cara untuk menarik
minat pelajar
Pensyarah bersemangat

JADUAL 2 Ciri-ciri Kuliah yang Berkesan Dari Perspektif Pelajar

Ciri ciri kuliah yang berkesan

1. Kuliah berpandukan sukatan 2. Pensyarah tidak bercakap terlalu

pelajaran yang bagus dan lengkap – laju semasa menyampaikan kuliah

T1 – T2

3. Kuliah mengikut sukatan pelajaran 4. Pensyarah mengulang sedikit

yang dirangka dan berjalan pelajaran lepas sebelum

mengikut waktu yang ditetapkan – memulakan tajuk kuliah yang baru

T1 - T2

5. Kuliah perlulah lengkap, jelas dan 6. Pensyarah mempelbagaikan kaedah

mudah difahami – T1 pengajaran bukan hanya memberi

kuliah sahaja -T2

7. Pensyarah mesti bersemangat 8. Pensyarah tidak memberi kuliah

supaya pelajar juga turut teruja – secara berterusan melebihi 20

T1 minit. Selepas tempoh tersebut buat

aktiviti berlainan - T2

9. Kandungan kuliah mestilah yang 10.Pensyarah mengadakan kuiz

relevan dengan tahap penguasaan selepas kuliah – T2

pelajar – T1

11.Berlakunya Pembelajaran dan 12.Pensyarah memberikan waktu rehat

komunikasi 2 hala semasa kuliah - yang pendek dari masa ke masa. –

T2 T2

13.Pensyarah dapat menjawab soalan 14.Kuliah tidak dijadualkan pada

dengan meyakinkan – T2 waktu petang. –T1

15.Pensyarah perlu menyelitkan cerita 16.Banyakkan praktikal apa yang

dan memberi banyak contoh dipelajari dalam kelas T1

semasa kuliah – T2

17.Pensyarah tidak hanya membaca 18.Pensyarah tahu cara untuk menarik

slide semasa kuliah – T2 minat pelajar - T2

19.Penerangan mengenai teori perlu 20.Pensyarah menyampaikan kuliah

dikaitkan dengan perkembangan dengan suara yang lantang dan
semasa – T2 jelas –T2
21.Pensyarah perlu meyakinkan 22. Beri penjelasan lengkap kepada
pelajar mengenai kerelevanan setiap point yang dipaparkan pada
kursus dalam menghadapi alam power point – T2
pekerjaan – T2
23. Pensyarah menggunakan alat bantu 24. Pensyarah perlu ada “sense of
mengajar yang sesuai dan menarik humour” semasa berkuliah –T1
supaya pelajar tidak bosan –T2

Sekiranya diteliti dengan lebih terperinci nyatalah apa yang menjadi tumpuan pelajar
dalam menentukan keberkesanan kuliah adalah faktor ditahap persediaan (T1) dan tahap
penyampaian kuliah (T2). Tidak ada sebarang teguran atau cadangan yang dibuat mengenai
bagaimana pensyarah mengakhiri kuliah mereka.

PENUTUP

Penyampaian kuliah yang berkesan sebenarnya bermula dengan persiapan yang rapi di pihak
pensyarah. Perancangan teliti mengenai penggunaan masa, penyusunan topik, kepelbagaian
teknik pengajaran, persediaan alat bantu mengajar perlulah diberi keutamaan. Semasa
penyampaian kuliah, pensyarah perlu memastikan bahawa kuliah yang disampaikan menarik
perhatian, menimbulkan rasa ingin tahu dikalangan pelajar dan menjadikan pembelajaran lebih
bermakna.

RUJUKAN

Andrews, P. H. 2006. Improving lecturing skills: some insights from speech communication.
http://www.indiana.edu/~teaching/allabout/pubs/lectskills.shtml [31 Oktober 2009].

Brown. G & Monogue, M. 2001. AMEE Medical Education Guide no 22: Refreshing lecturing: a
guide for lecturer. Medical Teacher 23: 231-244.

Cantillon, P. 2003. ABC of learning and teaching in medicine: teaching large groups. BMJ. 326:
437-440.

Cashin, W. 1985. Improving Lectures. IDEA Papers.

Davis, B.G 1993. Tools for teaching: delivering a lecture.
http://teaching.berkey.edu/bgd/delivering.html [31 Oktober 2009].

Doyle, T. 2009. Developing effective lectures: eight steps to active lecturing.
http://www.ferris.edu/fctl/Teaching_and_Learning_Tips/Developing%20Efective%20Le…
[31 Oktober 2009]

Gibbs, G. & Jenkins, A. 1984. Break up your lectures: or christaller sliced up. Journal of
Geography in Higher Education 8: 27-39.

McKeachie, W.J. 1999. McKeachie’s teaching tips: strategies, research and theory for college
and university. Boston: Houghton Mifflin Company.

Ramsden, P. 1992. Learning to teach in higher education. London: Routledge.

Steinert, Y. 1999. Interactive lecturing: Strategies for increasing participation in large group
presentation. Med Teach 21: 37-42.

ASPEK AMALI DALAM KURSUS-KURSUS PROGRAM DIPLOMA PENTADBIRAN
KEHAKIMAN DAN GUAMAN ISLAM (DPKGI)31

Zaini Nasohah, Anwar Fakhri Omar, Mohd Zaini Yahya
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Program DPKGI mula tawarkan pada semester satu sesi 1996/ 1997. Semenjak itu, program ini
sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan sama ada daripada pelajar sepenuh masa
dalam UKM mahupun calon separuh masa dari luar UKM. Lulusan diploma lepasan ijazah ini
juga mendapat peluang yang amat baik dipasaran sama ada di sektor awam ataupun swasta. Bagi
sektor awam, lulusan diploma ini kini mendominasi perjawatan-perjawatan berkaitan dengan
syariah dan undang-undang. Bagi sektor swasta pula, ramai lulusan diploma ini yang telah
meneruskan kerjaya sebagai Peguam Syar’ie yang berjaya di firma-firma guaman. Pada waktu
ini kelulusan diploma seumpama DPKGI merupakan syarat wajib bagi melayakkan seseorang
graduan syariah memohon jawatan dalam kumpulan Pegawai Syariah. Demikian juga bagi
permohonan untuk beramal / mendapatkan Sijil Guaman Syar’ie di kebanyakan negeri
sebagaimana yang ditetapkan di dalam enakmen dan Kaedah-Kaedah Peguam Syar’ie. Kekuatan
utama program ini boleh dilihat dalam konteks sejauhmana ia dapat memasukkan pendekatan
berbentuk amali dalam pengajaran dan pembelajaran kursus yang sesuai dengan aplikasi semasa.
Kertas ini merupakan hasil tinjauan awal terhadap kandungan kursus-kursus sedia dalam
program DPKGI. Kertas ini bertujuan melihat aspek-aspek amali yang telah diberikan
penekanan. Ia adalah hasil penelitian awal yang dibuat berdasarkan kandungan kursus dan
rancangan pengajaran dalam fail-fail kursus yang berkenaan.

PENGENALAN

Pembangunan sumber manusia dalam pembangunan sesebuah negara adalah penting . Ia bukan
sahaja tertumpu kepada sektor indusrti yang memacu ekonomi tetapi juga sektor-sektor lain yang
turut menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran sesebuah negara itu. Ada negara yang
gagal kerana kelemahan pembangunan sumber manusianya (Rahmah, 1999). Menurut Saedah
(2006), beliau setuju dengan kenyataan bahawa pendidikan memainkan peranan yang amat
penting dalam proses pembangunan sumber daya manusia di sebuah negara. Untuk itu pelbagai
sudut pendekatan dan penembahbaikan perlu dibuat bagi mencapai piawai yang telah ditetapkan.
Ia termasuklah dalam hal pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Lazimnya sebuah negara yang makmur juga dikaitkan dengan perjalanan sistem
keadilannya yang baik. Justeru, Pentadbiran kehakiman dan guaman sama ada dalam sistem

31 Kertas ini disediakan untuk Kongres Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia
2009 , Awana Porto Malai, Langkawi, 14-16 Disember 2009.

syariah atau sivil dilihat perlu sentiasa bergerak seiring dengan keperluan semasa sesuai dengan
keperluan menyelesaikan konflik atau kes-kes yang semakin kompleks. Dalam konteks
pentadbiran Mahkamah Syariah dan Guaman Syar’ie di Malaysia, aspek-aspek berkaitan
kecekapan, kemahiran dan kesiapsiagaan untuk kes-kes yang lebih mencabar perlu kepada satu
rangka penyediaan ilmu asas serta ilmu bersifat amali yang mantap di peringkat pengajian tinggi
terutamanya.

Pendedahan yang maksima terhadap aspek-aspek berkenaan akan memberikan impak
yang lebih besar dari sudut kesediaan para graduan memasuki alam kerjaya sebenar dengan
penuh keyakinan. UKM menerusi program Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam
yang mula diperkenalkan pada sesi 1996/1997 berusaha mengambil tanggungjawab menyediakan
calon-calon yang berwibawa untuk menerajui dan mengendalikan perkara-perkara berkaitan
pentadbiran kehakiman dan guaman Islam atau guaman syar’ie. Matlamat ini dapat dicapai
antaranya menerusi pengajaran dan pembelajaran secara amali.

Pembelajaran secara amali dijelaskan sebagai pendekatan yang memberi peluang kepada
setiap individu mengaplikasikan sesuatu. Dalam konteks kursus-kursus berkaitan undang-
undang, aspek amali yang dimaksudkan lebih menjurus kepada pelaksanaan apa yang dipelajari
secara teori atau melaksanakan apa yang diperuntukkan di dalam arahan, peraturan, enakmen,
akta atau yang seumpama dengannya. Ia merangkumi aspek-aspek di luar mahkamah dan di
dalam mahkamah. Demikian juga dengan kemahiran-kemahiran generik yang tidak bersifat
rasmi dan tidak diajar menerusi suatu kursus yang khusus tetapi diperolehi menerusi sesi
pembelajaran kursus-kursus lain di dalam program.

SASARAN PEMBELAJARAN PROGRAM

Program ini telah meletakkan tujuh hasil pembelajaran selaras dengan keperluan semasa
sebagaimana berikut:

a) Beriman dan bertaqwa melalui penguasaan dan aplikasi ilmu serta penyelidikan dalam
bidang kehakiman & guaman Islam

b) Menunjukkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan
daripada tahap sarjana muda dan membangun mengguna idea dalam konteks praktikal.

c) Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan
bidang kehakiman dan guaman Islam dengan mengambilkira situasi semasa.

d) Mengintegrasi pengetahuan, mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi.
e) Menilai dan membuat keputusan secara sistematik secara bertanggungjawab dari segi

sosial, etika dan akhlak.
f) Meneruskan pembelajaran sepanjang hayat di samping menyebarkan ilmu secara

rasional serta bermakna kepada ahli bidang dan masyarakat umum.
g) Memimpin, mengurus dan berkerja dalam satu pasukan dengan berkesan

Daripada tujuh hasil pembelajaran program di atas, sebahagiannya menyentuh aspek amali
semasa. Bagi memastikan matlamat tersebut tercapai, maka sudah tentu corak pengajaran dan
pembelajaran kursus-kursus yang berkenaan perlu mendedahkan kepada pelajar tentang aspek-
aspek amali yang diperlukan. Pendekatan secara amali tersebut bukan sahaja melibatkan kursus-

kursus bersifat agak teknikal seperti tatacara mahkamah dan seumpamanya tetapi juga dalam
aspek-aspek pendedahan ilmu turath untuk bidang kehakiman dan guaman Islam. Pelajar perlu di
bawa ke arah kemampuan untuk mengaplikasikan teori-teori dalam kitab-kitab dalam
menyelesaikan permasalahan yang dihadapkan ke mahkamah sama ada seseorang itu dalam
keadaan bertindak sebagai paguam ataupun sebagai hakim.

KURSUS-KURSUS YANG PERLU DIAMBIL OLEH SETIAP CALON PROGRAM

Program DPKGI dilaksanakan dihujung minggu selama empat semester. Pada waktu ini, semua
kursus yang ditawarkan adalah bertaraf wajib, justeru perlu diambil oleh setiap calon mengikut
semester yang telah ditetapkan.

Nama Kursus dan Penawaran
Mengikut Semester

Semester I

PPPK5113 – Pentadbiran Kehakiman
Islam

PPPK5213 – Guaman Islam
PPPK5313 – Metodologi Teks Fiqh

Semester II

PPPK5123 – Undang2 Keterangan Di
Mahkamah Syariah

PPPK5223 – Pentadbiran Harta Di
Mahkamah Syariah

PPPK5333 – Bacaan Kes

Semester III

PPPK5133 – Acara Jenayah Di
Mahkamah Syariah

PPPK5233 - Acara Mal Di Mahkamah
Syariah

PPPK5323 – Konflik Undang-Undang
Syariah dan Sivil Di
Malaysia
Semester IV

PPPK5143 – Pengurusan Konflik
PPPK5243 – Perbicaraan Moot/Mock

dan Penempatan Di

Mahkamah Syariah

SINOPSIS KURSUS

a. PK5113 Pentadbiran Kehakiman Islam

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada calon mengenai sistem kehakiman Islam
yang wujud di Malaysia. Sebagai pengenalan kursus ini akan membincangkan
latarbelakang Mahkamah Syariah di Malaysia, undang-undang yang berkaitan dengan
undang-undang Islam dalam perkara jenayah dan sivil (mal). Tumpuan secara mendalam
mengenai organisasi pentadbiran kehakiman, perlantikan mufti, jawatankuasa
perundingan hukum syarak, penubuhan Mahkamah Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah,
perlantikan hakim, pendaftar-pendaftar Mahkamah, pendakwaan, perwakilan, unit
kaunseling keluarga dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya sepertimana yang
terdapat dalam enakmen negeri-negeri.

b. PK5213 Guaman Islam

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada calon mengenai teori dan amali
guaman Islam dalam konteks Mahkamah Syariah Negeri-negeri di Malaysia, dengan
memberi penekanan kepada konsep dan amalan guaman dalam Islam, konsep wakalah,
wakalah fi al-khusumah, peranan peguan syarie, syarat-syarat perlantikan dan
perlucutan. Disamping itu, kursus ini akan mendedahkan calon kepada amalan guaman
syarie di Mahkamah Syariah di Malaysia, seperti wakalah perlantikan, syarat-syarat,
perlucutan, etika, peraturan-peraturan guaman, pengendalian kes dan perkara-perkara
yang berkaitan. Kursus ini akan merujuk secara langsung kepada Enakmen Pentadbiran
Undang-undang Islam Negeri-negeri dan Kaedah-kaedah Peguam Syarie di Negeri-
negeri di Malaysia.

c. PK5313 Methodologi Teks Fiqh

Kursus ini bertujuan memberi panduan kepada calon cara memahami teks fiqh bagi
melengkapi keupayaan di dalam pentadbiran kehakiman dan guaman Islam. Penjelasan
dan kefahaman perlu diberikan mengenai tokoh fuqaha dari keempat-empat mazhab
Sunni, maratib dan autoriti mereka di dalam bidang-bidang tertentu; kitab-kitab
muktabar yang utama, metod penulisan dan penyusunannya; istilah-istilah yang dipakai
oleh fuqaha, nas-nas hukum, sumber-sumbernya yang merangkumi pendalilannya, illah-
illah bagi setiap hukum, kaedah-kaedah usuliyyah dan fiqhiyyah yang berkaitan dan
hujah-hujah setiap pendapat yang berbeza.

d. PK5123 Undang-Undang Keterangan di Mahkamah Syariah

Kursus ini merangkumi konsep, persoalan dan pelaksanaan yang berkaitan dengan
keterangan (bayyinah), shahadah, qarinah, iqrar dan sumpah. Seterusnya bukti yang

merangkumi nyataan yang tidak perlu dibuktikan, keterangan lisan, keterangan suratan,
surat awam, beban membukti, saksi (ciri dan bilangan) dan seterusnya pemeriksaan saksi
(pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula), soalan-soalan
memimpin, pemeriksaan rahsia dan terbuka.

e. PK5223 Pentadbiran Harta Di Mahkamah Syariah

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada calon mengenai undang-undang
dan pentadbiran harta orang-orang Islam yang terletak di bawah bidang kuasa
Mahkamah Syariah. Ini termasuk peruntukan Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa
negeri-negeri membuat dan mentadbir undang-undang mengenai harta, pertikaian
mengenai harta dan penyelesaiannya, pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam, harta
sepencarian, harta wasiat, harta wakaf, harta hibah, harta nazar, harta khairat dan peranan
baitulmal dalam konteks pembangunan dan pengagihan harta orang-orang Islam. Di
samping itu, kursus ini akan mengkaji undang-undang yang berkaitan dengan
pentadbiran harta seperti Akta Harta Puska Kecil (Pembahagian) 1955, Akta Probet dan
Pentadbiran 1959, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri-negeri dan
seumpamanya.

f. PK5333 Bacaan Kes

Kursus ini bertujuan untuk memahirkan calon dengan rujukan kepada kes-kes yang telah
diputuskan oleh mahkamah, di samping membuat penganalisaan dan penilaian terhadap
kes-kes tersebut. Kes-kes yang dijadikan bahan bacaan mestilah mempunyai ciri-ciri
berikut iaitu kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi/Rayuan Syariah dan kes-
kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan; kes-kes yang
berhubung dengan pertentangan antara undang-undang sivil dan syariah; kes-kes yang
berhubung dengan pertentang bidang kuasa mahkamah dan kes-kes yang berhubung
dengan acara.
g. PK5133 Acara Jenayah di Mahkamah Syariah

Kursus ini meliputi perbincangan mengenai tangkapan, melarikan diri dan menangkap
semula, saman, waran, siasatan, aduan, pertuduhan, perbicaraan, penghakiman,
pembebasan, rayuan dan muraja’ah, pendakwaan, jaminan, bon, peruntukan khas
berhubung dengan keterangan dan perkara-perkara am.

h. PK5233 Acara Mal di Mahkamah Syariah

Kursus ini meliputi perbincangan mengenai pihak-pihak di dalam kes mal (yang
menuntut dan yang kena tuntut), saman, wakalah peguam syarie, penyampaian, surat
guaman, sulh, penyelesaian dan tarik balik, sapina, afidavit, perbicaraan, penghakiman
dan perintah, interplider, rayuan dan peruntukan-peruntukan am.

i. PK5323 Konflik Undang-Undang Syariah dan Sivil di Malaysia

Kursus ini bertujuan memberi kefahaman tentang masalah konflik antara undang-undang
Islam (Syariah) dan undang-undang sivil di Malaysia dalam semua aspek undang-
undang. Calon akan didedahkan dengan aspek-aspek percanggahan atau pertentangan
yang terdapat masakini antara dua sistem undang-undang tersebut dan implikasinya
terhadap orang-orang Islam. Isu-isu yang dibincang ialah sumber undang-undang di
Malaysia, kedudukan undang-undang Islam dari perspektif Perlembagaan Persekutuan;
sistem federalisme dan kesannya terhadap undang-undang Islam, pentadbiran kehakiman
Islam dan sivil, implikasi pindaan perkara 121(1A), undang-undang negara yang
bercanggah dengan syariah dan usaha-usaha untuk mengatasinya.

j. PK5143 Pengurusan Konflik

Kursus ini membincangkan sejarah konflik di kalangan manusia, punca-punca konflik
dan mekanisma pengurusan konflik. Tumpuan akan diberikan kepada tajuk-tajuk seperti
perdamaian (sulh), perundingan, timbangtara (tahkim) dan perantara (mediasi).
Pendekatan yang akan digunakan adalah secara perbandingan antara pendekatan menurut
perspektif Islam dan amalan biasa.

k. PK5243 Mahkamah Mock / Moot & Penempatan di Mahkamah Syariah

Mahkamah Moot / Moot akan diadakan pada semester IV iaitu selepas pelajar-pelajar
menamatkan kursus-kursus pada semester I, II dan III. Manakala penempatan di
Mahkamah Syariah akan dilakukan dalam tempoh 8 minggu di Jabatan Kehakiman
Syariah Negeri-negeri (Mahkamah Syariah). Di samping itu juga, pelajar boleh membuat
latihan amali ini Bahagian Penguatkuasaan atau Bahagian Pendakwaan di Jabatan
Agama Islam Negeri-negeri, Biro Bantuan Guaman dan firma-firma guaman yang
mengendalikan kes-kes syariah.

ASPEK-ASPEK AMALI YANG TELAH DIKENAL PASTI

Penelitian awal yang dibuat terhadap fail-fail pengajaran kursus terbabit telah mengenal pasti
beberapa aspek amali yang diberi penekanan menerusi topik-topik yang disampaikan. Ada
diantaran aspek amali tersebut boleh ditemui dalam satu kursus tertentu sahaja manakala yang
lain daripada gabungan beberapa kursus. Aspek-aspek amali yang dimaksudkan adalah seperti
berikut:

1) Seni kepeguaman / penghujahan
2) Penghakiman dan alasan penghakiman
3) Tatacara mal di Mahkamah Syariah
4) Tatacara jenayah di Mahkamah Syariah
5) Teknik perundingan dalam Sulh dan Mediasi
6) Teknik Penyiasatan dan memberi / mendapatkan keterangan

7) Teknik Pendakwaan
8) Kaedah mensabitkan hukum dan hukuman
9) Penyediaan fail kes mal dan jenayah (proses-proses pra bicara)

Sembilan aspek seperti yang disenaraikan di atas merupakan tunjang kepada amalan pentadbiran
kehakiman dan guaman sama ada syariah ataupun sivil. Oleh yang demikian, penguasaan dalam
setiap aspek amali yang dinyatakan itu adalah amat penting bagi memastikan setiap calon
bersedia dengan aplikasi sebenar di alam kerjaya.

KAEDAH PENERAPAN ASPEK AMALI DALAM PROGRAM

Berdasarkan tinjauan awal, penerapan aspek amali dalam program ini telah berlaku dalam
pengajaran kursus-kursus yang berkenaan. Dalam sesetengah kursus, pelajar akan diminta cuba
mengaplikasi teori yang didapati dalam bentuk kumpulan ataupun individu. Dalam aktiviti secara
berkumpulan, kaedah jigsaw (Felder & Brent, 2004 ; Hafizah Husain, 2006) misalnya banyak
digunakan. Dalam aspek amali tatacara mal misalnya, pelajar akan dikehendaki menyediakan
contoh pliding, tuntutan balas, wakalah dan lain-lain lagi secara bergilir. Pelajar yang berkenaan
akan diminta pula menerangkan kepada ahli kumpulannya yang lain. Kaedah ini sebenarnya
dalam masa yang sama dapat melahirkan aspek-aspek kolaboratif. Ini kerana ia adalah salah satu
cabang daripada kaedah pembelajaran melalui kerjasama dalam kumpulan tertentu ( Johnson &
Johnson ,2000).

Jadual : Kaedah penerapan aspek amali dalam Program Diploma Pentadbiran Kehakiman &
Guaman Islam

Bil ASPEK AMALI KAEDAH PENERAPAN

1 Aplikasi seni kepeguaman / • Mahkamah Mock / Moot
pliding / penghujahan • Latihan amali diinstitusi kehakiman / guaman

2 Aplikasi penghakiman / alasan • Amali dalam pengajaran kursus Bacaan Kes
penghakiman • Latihan amali di institusi kehakiman / guaman

3 Aplikasi tatacara mal • Amali dalam pengajaran kursus Acara Mal
• Mahkamah Mock / Moot
4 Aplikasi tatacara jenayah • Latihan amali diinstitusi kehakiman / guaman
• Amali dalam pengajaran kursus Acara Jenayah
5 Aplikasi Sulh dan Mediasi • Mahkamah Mock / Moot
• Latihan amali diinstitusi kehakiman / guaman
6 Aplikasi penyiasatan • Amali dalam pengajaran kursus Pengurusan

Konflik
• Mahkamah Mock / Moot
• Latihan amali diinstitusi kehakiman / guaman
• Amali dalam pengajaran kursus Acara Jenayah

7 Aplikasi pendakwaan & Pentadbiran Kehakiman Islam
• Mahkamah Mock / Moot
8 Aplikasi istinbat / memahami • Latihan amali diinstitusi kehakiman / guaman
teks fiqh • Amali dalam pengajaran kursus Acara Jenayah

9 Aplikasi penyediaan fail kes & Pentadbiran Kehakiman Islam
mal dan jenayah • Mahkamah Mock / Moot
• Latihan amali diinstitusi kehakiman / guaman
• Amali dalam pengajaran kursus Metodologi

Teks Fiqh
• Persediaan Mahkamah Mock / Moot
• Latihan amali diinstitusi kehakiman / guaman
• Persediaan Mahkamah Mock / Moot
• Latihan amali diinstitusi kehakiman / guaman

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Hasil tinjauan awal ini mendapati aspek-aspek amali yang semestinya diterapkan ke dalam
program akademik berkaitan bidang pentadbiran kehakiman dan guaman Islam, telah dan sedang
berjalan sejak 10 tahun lalu. Tinjauan berdasarkan fail pengajaran seterusnya mendapati,
pendekatan amali yang digunakan untuk setiap kursus didapati tidak semuanya sama. Malah
masa yang diperuntukkan oleh pensyarah berkenaan bagi tujuan amali juga tidak begitu spesifik.
Kedua-dua perkara di atas memerlukan penelitian lanjut untuk kemungkinan ruang bagi sebarang
penambahbaikan. Disebabkan kebanyakan kursus dikendalikan secara bersama oleh pensyarah
dalam dan profesional luar, maka sudah tentu aspek penyelarasan pengajaran dan pembelajaran
menyentuh aspek amali ini amat penting. Dalam pada itu suatu yang amat positif ialah, di dalam
program ini sendiri telah terdapat dua kursus khusus yang menekankan aspek amali bertujuan
memberi latihan semaksima mungkin kepada pelajar di lapangan. Kursus-kursus tersebut ialah
Mahkamah Mock / Moot dan Penempatan di institusi kehakiman atau guaman. Kursus-kursus
tersebut bukan sekadar pelengkap kepada program tetapi dinilai secara bergred bagi
membolehkan seseorang calon dianugerahkan Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman
Islam.

RUJUKAN

Buku Panduan Pasca Siswazah Fakulti Pengajian Islam 2009

Fail Pengajaran Kursus Program Diploma Pentadbiran Kehakiman & Guaman Islam

Felder, R.M. and Brent, R. 2004. The ABC’s of Engineering Education: ABET, Bloom’s
Taxonomy, cooperative learning. American Society for Engineering Education.

Hafizah Hisain dll. Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatik Teknik Jigsaw di Kalangan Pelajar
Kejuruteraan, UKM. Prosiding Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2006. UKM.

Johnson, D.W. and Johnson, R.T. 1999. Cooperation and Competition: Theory and Reseach.
Edina MN: Interaction Book Company

Muhd Fauzi Aminuddin dll. Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Kertas kerja,
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM. T.th.

Saedah Siraj & Nurhayati Ishak. Peningkatan Kualiti Pengajaran di Institusi Pengajian Tinggi di
Acheh. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Acheh. UKM Bangi. 26-27
Disember 2006.

Wan Zah Wan Ali dll. Pembelajaran Kolaboratif: Bekerja Sebagai “Satu Kumpulan” atau
“Bekerja Dalam Kumpulan”. Prosiding Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di
Peringkat Institusi Pengajian Tinggi 2007. The Palace of Golden Horses, Seri Kembangan. 12-
14 Disember 2007.

KEBOLEHBACAAN TEKS SASTERA ARAB DALAM KURSUS SASTERA ZAMAN
ABBASIAH : KAJIAN DI JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM,

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Zamri Arifin, Kaseh Abu Bakar, Maheram Ahmad dan Zulazhan Ab. Halim
Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian tentang pengukuran tahap kebolehbacaan teks
sastera Arab yang digunakan sebagai bahan pengajaran untuk kursus Sastera Zaman Abbasiah di
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia sesi 2009/2010. Kajian ini menggunakan ujian kloz sebagai instrumen untuk
mengumpulkan data. Sorotan terhadap kajian terdahulu menunjukkan ujian kloz mempunyai
tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan diakui sebagai salah satu alat ukur
kebolehbacaan yang utama. Responden kajian ialah 15 orang pelajar tahun tiga yang mendaftar
kursus berkenaan manakala teks yang diukur tahap kebolehbacaannya diambil daripada buku
Muzakkirah fi tarikh al-adab al-cArabi oleh Zainal Abidin bin Hj. Abdul Kadir. Data kajian
menunjukkan kesemua responden memperoleh skor ujian kloz pada tahap kecewa. Dapatan ini
menunjukkan tahap kebolehbacaan teks-teks sastera Arab berkenaan berada pada tahap
kesukaran yang mengatasi tahap kebolehan membaca responden, dan seterusnya menunjukkan ia
tidak sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran untuk mereka.

PENGENALAN

Teks bacaan merupakan suatu elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pemindahan ilmu dan maklumat sangat berkait rapat dengan penggunaan teks bacaan yang
sesuai dan berkesan. Oleh itu perhatian perlu diberikan kepada penggunaan teks bacaan yang
sesuai dan tidak sukar difahami agar tujuan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Dalam
hal ini Fulcher (1997) menyatakan bahawa secara asasnya guru menyedari bahawa dengan
memberikan teks bacaan yang terlalu sukar kepada pelajar proses pembelajaran akan terganggu
dan motivasi mereka untuk belajar juga akan menurun.

Salah satu isu yang berkait dengan teks bacaan ialah kebolehbacaan atau dalam bahasa
Inggeris diistilahkan sebagai Readability (Istilah Pendidikan 1988) dan dalam bahasa Arab
sebagai Maqru’iyyah atau Inqira’iyyah (Tucaymah & al-Thucaybi 2006). Menurut Khadijah
Rohani (1987), kebolehbacaan ialah keupayaan dan tahap senang-susahnya sesuatu bahan bacaan
itu difahami. Sementara Marohaini (1999) pula menjelaskan kebolehbacaan ialah satu konsep
yang merujuk kepada tahap atau darjah senang-susahnya sesuatu bahan untuk dibaca. Bahan
yang susah untuk dibaca dikatakan mempunyai tahap kebolehbacaan yang tinggi sementara
bahan bacaan yang senang dibaca pula dikatakan mempunyai tahap kebolehbacaan yang rendah.

Dalam konteks pengajian bahasa Arab di Malaysia, sorotan terhadap kajian-kajian
terdahulu hanya menemukan satu kajian sahaja yang boleh dianggap sebagai kajian
kebolehbacaan teks bacaan, iaitu kajian kebolehbacaan buku teks Bahasa Arab Tinggi (BAT)
tingkatan empat oleh Kamarulzaman, Hassan Basri dan Nik Rahimi (2008). Ini merupakan suatu
kekurangan kerana kajian tentang kebolehbacaan dapat memberi maklumat berguna dalam
menghasilkan teks bacaan yang dapat membantu pelajar menguasai sesuatu bahasa. Penyediaan
teks bacaan bahasa Arab yang kurang sesuai dengan tahap dan kebolehan membaca pelajar
mungkin boleh menghilangkan minat dan motivasi mereka untuk mendalami bahasa ini
(Kamarulzaman et al. 2006).

Namun demikian, terdapat beberapa kajian yang menilai penggunaan buku teks bahasa
Arab di sekolah. Walaupun ia bukanlah kajian kebolehbacaan tetapi dapatan kajian berkenaan
boleh menjustifikasi kenapa perlunya dilakukan kajian kebolehbacaan teks bacaan. Antaranya,
Ishak (1993) menyatakan antara punca permasalahan pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab
di Malaysia adalah penggunaan buku teks yang kurang sesuai. Ab. Halim (2002), dalam kajian
beliau terhadap buku teks nahu di sekolah-sekolah menengah agama (Arab) Yayasan Islam
Kelantan (YIK), mendapati sebahagian besar responden menyatakan ia tidak dan kurang sesuai.
Beberapa kekurangan dan kelemahan juga dapat dikesan oleh Azharudin (2005) dalam kajian
beliau terhadap penggunaan buku teks bahasa Arab tahun enam di sekolah-sekolah rendah agama
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Antara kekurangan tersebut ialah penerapan kemahiran
bahasa yang tidak lengkap, pemilihan struktur ayat yang terlalu panjang dan jumlah latihan yang
sedikit dan tidak dipelbagaikan bentuknya. Sementara Abdul Hakim (2003) mendapati
sebahagian besar penerangan dan kupasan yang dibuat terhadap topik-topik dalam buku teks
balaghah di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) agak kompleks dan sukar
difahami oleh pelajar. Permasalahan yang sama juga dikesan oleh Azhar et al. (2006). Mereka
mendapati pelajar tingkatan lima di sekolah-sekolah menengah agama Kerajaan Negeri Johor
menghadapi masalah ketika menggunakan buku teks BAT sebagai sumber utama semasa
mempelajari ilmu balaghah sehingga menyebabkan mereka terpaksa merujuk kepada buku-buku
lain.

Dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam penggunaan buku
teks sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah. Dapatan kajian ini
menimbulkan satu persoalan utama kepada kajian ini, iaitu adakah teks sastera Arab yang
digunakan di peringkat universiti sesuai dijadikan bahan pengajaran untuk pelajar Melayu?
Adakah tahap kebolehbacaannya sepadan dengan tahap kebolehan membaca pelajar? Adakah
pelajar mendapati teks-teks sastera Arab yang mereka pelajari sukar untuk dibaca dan difahami
atau sebaliknya?

Sehubungan dengan itu, adalah wajar dijalankan satu kajian bagi mengukur tahap
senang-sukar teks-teks sastera Arab di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Objektif kajian adalah : i) untuk mengukur
tahap kebolehbacaan teks-teks yang dikaji, dan ii) menentukan adakah ia sesuai dijadikan bahan
pengajaran untuk responden yang terlibat dalam kajian ini.

KAJIAN LITERATUR

Berikut adalah sorotan terhadap beberapa kajian lepas yang melibatkan pengukuran tahap
kebolehbacaan teks bacaan bahasa Arab menggunakan ujian kloz sebagai alat ukur.

Tucaymah (1978) telah melakukan kajian tentang penggunaan ujian kloz untuk
mengukur keupayaan membaca lima buah petikan teks Arab di kalangan 40 orang pelajar bukan
penutur Arab di tiga buah universiti di Amerika Syarikat. Dapatan kajian beliau yang penting
ialah ujian kloz adalah alat ukur yang sesuai digunakan dalam bidang bahasa Arab sebagai
bahasa kedua atau asing. Kajian beliau ini adalah kajian pertama direkodkan yang melibatkan
penggunaan prosedur ujian kloz terhadap bahan bacaan bahasa Arab (Tucaymah 1984).

Abanami (1982) telah melakukan kajian untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan
prosedur ujian kloz dalam mengukur kefahaman membaca buku teks sains dalam bahasa Arab.
Kajian ini melibatkan 157 orang pelajar gred 11 dan 152 orang pelajar gred 12 dari enam buah
sekolah menengah di Riyadh, Arab Saudi. Data dikumpulkan melalui satu set soalan kefahaman
dalam bentuk aneka pilihan jawapan dan satu set soalan ujian kloz yang dibina dari tiga buah
petikan yang dipilih dari buku yang dikaji. Setelah dilakukan analisa data, kajian ini mendapati
prosedur ujian kloz adalah satu bentuk ujian yang sesuai untuk mengukur kefahaman membaca
pelajar terhadap buku teks sains dalam bahasa Arab.

Al-Sisi (1982) telah membuat kajian tentang kesahan dan kebolehpercayaan ujian kloz
sebagai alat ukur kebolehbacaan bahan bacaan bahasa Arab. Kajian beliau yang dijalankan di
Baghdad telah memilih 240 orang pelajar sebagai sampel dan 9 teks bacaan daripada buku teks
bahasa Arab. Hasil kajian beliau mendapati ujian kloz merupakan alat ukur yang terbukti
kesahan dan kebolehpercayaannya dalam mengukur tahap kebolehbacaan bahan bacaan bahasa
Arab.

Dacna (1988) telah mengkaji kebolehbacaan buku teks sains peringkat sekolah rendah di
Jordan. Bahan kajian beliau ialah 72 buah petikan yang diambil daripada tiga buah buku teks
sains gred empat, lima, dan enam. Manakala sampel kajian pula ialah para pelajar dari 148 buah
kelas. Data dikumpul menggunakan satu set ujian kefahaman dan satu set ujian kloz. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa prosedur ujian kloz sesuai digunakan untuk mengukur
kebolehbacaan buku sains dalam bahasa Arab.

Naqrash (1991) telah melakukan kajian untuk mengukur tahap kebolehbacaan buku teks
bahasa Arab darjah enam di kalangan pelajar sekolah rendah di Jordan. Kajian beliau melibatkan
sampel seramai 250 orang pelajar lelaki dan 250 orang pelajar perempuan yang dipilih dari
empat buah sekolah. Sementara data kajian pula dikumpul menggunakan prosedur ujian kloz
yang melibatkan empat petikan dari buku yang dikaji. Kajian beliau ini mendapati tahap
kebolehbacaan buku berkenaan bersesuaian dengan tahap kebolehan membaca pelajar walaupun
penyusunan teks mengabaikan unsur pemeringkatan tahap daripada senang kepada sukar. Kajian
beliau juga mendapati jantina pelajar tidak mempengaruhi tahap kebolehbacaan buku yang
dikaji.

Al-Huwaydi (2007) telah mengkaji kebolehbacaan nota kaki laporan kewangan tahunan
dua syarikat korporat di Kuwait, iaitu National Bank of Kuwait dan Kuwait Real Estate
Corporation. Sampel kajian adalah 400 orang pelajar tahun tiga dari Universiti Kuwait.
Manakala data kajian dikumpulkan melalui prosedur ujian kloz dan ujian kefahaman berbentuk
aneka pilihan jawapan. Setelah dijalankan analisa data, dapatan kajian ini menyokong kajian

terdahulu di Barat yang mendapati tahap kebolehbacaan laporan kewangan syarikat adalah tinggi
dan sukar difahami.

Kamarulzaman et al. (2008) telah mengkaji kebolehbacaan buku teks BAT tingkatan
empat dan hubungannya dengan ciri-ciri linguistik, persembahan teknikal dan motivasi pelajar.
Sampel pelajar yang dipilih adalah seramai 390 orang dari 13 buah sekolah menengah
kebangsaan agama di Semenanjung Malaysia. Data kajian dikumpul melalui empat instrumen,
iaitu prosedur ujian kloz, senarai semak guru, soal selidik pelajar dan analisa linguistik terhadap
15 petikan bacaan yang terdapat dalam buku teks tersebut. Selepas dilakukan analisa data, kajian
beliau mendapati kebolehbacaan buku berkenaan berada pada tahap kecewa, faktor ayat dan isi
teks secara konsisten banyak mempengaruhi kesukaran teks, persembahan teknikal berada pada
tahap sederhana, dan motivasi pelajar berada pada tahap tinggi. Namun analisis korelasi
menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor kebolehbacaan yang diukur
dengan ujian kloz dengan tiga faktor yang ditinjau. Ini bermakna terdapat faktor lain yang lebih
dominan mempengaruhi tahap kebolehbacaan buku teks yang dikaji.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian kebolehbacaan teks sastera Arab ini merupakan satu kajian kes yang menggunakan
kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif. Perbincangan bahagian ini akan menyentuh tentang
bagaimana data kajian dikumpul dan bagaimana ia dianalisa bagi mencapai objektif kajian.
Aspek-aspek yang akan disentuh ialah reka bentuk kajian, subjek kajian, sampel dan lokasi
kajian, dan instrumen kajian.

Menurut Chua (2006), hasil kajian ditentukan oleh reka bentuk kajian, dan reka bentuk
kajian pula ditentukan oleh tujuan kajian. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, tujuan atau
objektif kajian ialah : i) untuk mengukur tahap kebolehbacaan teks-teks sastera Arab yang dikaji,
dan ii) menentukan adakah ia sesuai dijadikan bahan pengajaran untuk responden yang terlibat
dalam kajian ini. Untuk mencapai objektif pertama, ujian kloz dipilih sebagai alat ukur
berdasarkan kelebihan, kesahan dan kebolehpercayaannya yang telah diakui (Alderson 2000;
Carroll et al 1959; Daud 1977; Gilliland 1972; Hassan Basri 2002; Jadcan 1989; Klare et al.
1972; Moyle 1971; Al-Sisi 1982; Tucaymah 1978, 1984, 1985). Manakala untuk mencapai
objektif kedua, data yang dikumpulkan melalui ujian kloz akan dipadankan dengan jadual
penentuan tahap kebolehbacaan teks bacaan sebagaimana yang dicadangkan oleh Rye (1982).
Dapatan padanan tersebut akan menjelaskan hasil daripada kajian ini.

Subjek kajian ini ialah teks-teks sastera Arab zaman Abbasiah yang diambil dari buku
Muzakkirah fi tarikh al-adab al-cArabi oleh Zainal Abidin bin Hj. Abdul Kadir. Ia diterbitkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987 setebal 215 muka surat dan merangkumi topik-
topik yang berkait dengan lima zaman sastera Arab, iaitu zaman Jahiliah, zaman permulaan
Islam, zaman Umawiah, zaman Abbasiah, dan zaman moden. Kajian ini hanya melibatkan teks-
teks di bawah topik zaman Abbasiah bermula dari muka surat 122 hingga muka surat 161.
Manakala sampel dan lokasi kajian pula melibatkan 15 orang pelajar tahun tiga di Jabatan
Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah satu set ujian kloz. Ujian kloz
merupakan satu bentuk ujian mengisi tempat kosong. Ia dibina dengan menggugurkan beberapa
perkataan dalam petikan yang diuji dan mereka yang mengambil ujian tersebut dikehendaki
mengisi tempat kosong berkenaan berpandukan kepada konteks ayat (Rye 1982). Teknik ini telah
diasaskan oleh seorang sarjana German yang bernama Ebbinghaus pada tahun 1897. Ia
bagaimanapun menjadi popular setelah Wilson Taylor memperkenalkan teknik ini sebagai alat
ukur kebolehbacaan pada tahun 1953 (De Santi 1986; Harris & Sipay 1980).

Dalam konteks kajian ini, beberapa prosedur telah dipatuhi dalam membina instrumen
ini. Cadangan dan saranan Tucaymah (1984,1985) dijadikan sebagai panduan utama di samping
mengambil kira pandangan al-Naji (t.th), Klare et al. (1971), Harrison (1980), Rye (1982),
Hughes (1989), dan Marohaini (1999). Prosedur pembinaan yang dimaksudkan ialah pemilihan
tiga teks di awal, tengah dan akhir bahagian yang melibatkan topik sastera Arab zaman
Abbasiah, setiap perkataan dalam setiap teks diletakkan baris, jumlah patah perkataan setiap teks
ialah 350 patah perkataan ke atas, setiap perkataan ketujuh digugurkan sehingga berjumlah 150
tempat kosong (50 tempat kosong untuk setiap teks), tempat perkataan yang digugurkan itu
diganti dengan satu garisan yang sama panjang, sebanyak tiga pilihan jawapan disediakan dan
nombor mengikut turutan diletakkan selepasnya untuk tujuan penyemakan jawapan, dan taklimat
tentang objektif, masa dan pelaksanaan ujian serta sistem pemarkahan diberikan secara lisan dan
bertulis sebelum ujian bermula.

ANALISIS

Untuk mendapatkan tahap kebolehbacaan bagi teks sastera Arab zaman Abbasiah dalam buku
teks yang diuji, min skor kebolehbacaan keseluruhan yang diperoleh dipadankan dengan tahap
kebolehbacaan bahan bacaan sebagaimana dalam jadual 1.

JADUAL 1 Tahap Kebolehbacaan Bahan Bacaan (Rye 1982).

Tahap Kebolehbacaan Jawapan Aneka Pilihan

Bebas 90% -100%
Pengajaran 75% - 89%
0% - 74%
Kecewa

Jadual 1 menunjukkan tahap kebolehbacaan bahan bacaan berdasarkan ujian kloz dengan
jawapan aneka pilihan. Tahap kecewa ialah tahap bahan bacaan yan diuji tidak dapat difahami
langsung walaupun dengan bantuan pihak lain seperti orang dewasa atau guru. Tahap pengajaran
pula ialah tahap bahan bacaan dapat difahami tetapi melalui bimbingan pihak lain manakala
tahap bebas ialah tahap bahan bacaan dapat dibaca dan difahami dengan mudah tanpa
memerlukan bantuan dan bimbingan dari orang ketiga (Rye 1982). Menurut Tucaymah (1985)
sekiranya purata yang diperolehi berada pada tahap bebas, ia menunjukkan buku teks yang dikaji
mempunyai tahap kebolehbacaan yang rendah dan sesuai untuk kegunaan pelajar yang diuji.

Jadual 2 berikutnya menunjukkan taburan kekerapan (f) dan peratusan (%) skor tahap
kebolehbacaan berdasarkan teks-teks ujian dan skor keseluruhan. Jadual berkenaan menunjukkan

kesemua teks memperoleh skor kebolehbacaan pada tahap kecewa. Tiada satupun teks mendapat
skor pada tahap pengajaran mahupun bebas. Ini menunjukkan tahap kebolehbacaan semua teks
berada pada tahap kecewa bagi kesemua responden.

JADUAL 2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Skor Tahap Kebolehbacaan

Tahap Teks 1 Teks 2 Teks 3 Skor
Kebolehbacaan keseluruhan
f% f% f%
Bebas 00 00 00 f%
Pengajaran 00 00 00
15 100 15 100 15 100 00
Kecewa 00
15 100

Dalam jadual 3, ditunjukkan min dan sisihan piawai skor kebolehbacaan berdasarkan
teks dan skor keseluruhan. Min skor kebolehbacaan berdasarkan teks tidak menunjukkan
perbezaan yang ketara. Teks A memperoleh nilai min=60.40, iaitu 60% skor kebolehbacaan.
Teks B pula memperoleh nilai min=54.80 (55% skor kebolehbacaan), dan teks C memperoleh
nilai min=55.47 (55% skor kebolehbacaan). Manakala min skor kebolehbacaan keseluruhan
ujian pula berada pada nilai min=56.89 (57%)

JADUAL 3 Min dan Sisihan Piawai Skor Kebolehbacaan

Teks A Min Sisihan Piawai
Teks B
Teks C 60.40 2.95
Skor keseluruhan 54.80 8.65
55.47 8.67
56.89 4.83

HASIL KAJIAN

Jelas daripada analisis di atas bahawa skor kebolehbacaan keseluruhan yang diperoleh
ialah 57%. Apabila dipadankan dengan tahap kebolehbacaan bahan bacaan sebagaimana dalam
jadual 1, didapati ia berada pada tahap kecewa. Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap
kebolehbacaan teks-teks sastera Arab zaman Abbasiah dalam buku teks yang dikaji berada pada
tahap sukar dan tidak dapat difahami langsung oleh responden kajian ini walaupun dengan
bantuan pihak ketiga. Ia seterusnya merumuskan bahawa teks-teks berkenaan tidak sesuai
dijadikan sebagai bahan pengajaran untuk mereka.

RUJUKAN

Ab. Halim Mohamad. 2002. Pembelajaran frasa bahasa Arab di kalangan pelajar Melayu: Satu
analisis kesalahan. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Abanami, cA. cA. 1982. Readability analysis of the 11th and 12th grade earth science textbooks
used in the public schools in Saudi Arabia. Disertasi Ph.D. University of Houston, Texas.

Abdul Hakim Abdullah. 2003. Pengajaran balaghah di peringkat STPM di sekolah menengah
kebangsaan agama (SMKA): pelaksanaan dan permasalahannya. Tesis Ph. D. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Alderson, J.C. 2000. Assessing Reading. Cambridge : Cambridge University Press.

Al-Huwaydi, A.M. 2007. Readability of financial statement footnotes of Kuwaiti corporations.
European Journal of Economics, Finance and Administrative Sciences 8: 18-28.

Al-Sisi, G.H.1982. Validity of cloze procedure as an index of readability of Arabic language
reading materials. Tesis Ph.D. Wayne State University.

Azhar Muhammad, Abdul Hafiz Abdullah, Bushrah Basiron, Kamarul Azmi Jasmi & Sulaiman
Shakib Mohd Nor. 2006. Penguasaan Pelajar Sekolah Menengah Aliran Agama Terhadap
Pengajian Ilmu Retorik (Balaghah) Arab. Skudai: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan
Sosial, Universiti Teknologi Malaysia.

Azharudin Ahmad Zakaria. 2005. Penggunaan buku teks dalam pengajaran bahasa Arab du
sekolah rendah agama: satu kajian kes. Disertasi Sarjana Fakulti Bahasa dan Linguistik
Universiti Malaya.

Carroll, J.B., Aaron S.C. & Claudia P.W. 1959. An investigation of cloze items in the
measurement of achievement in foreign languages. A report conducted under a grant from
the College Entrance Examination Board, Laboratory for Research in Instruction. Graduate
School of Education, Harvard University, Cambridge, Mass. ERIC ED 021 513.

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan statistik penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Dacna, cA.Y. 1988. Maqru’iyyah kutub al-culum li sufuf al-marhalah al-ibtida’iyyah al-‘ula. Tesis
Sarjana Pendidikan University of Jordan.

Daud, B.cA. 1977. cAlaqah al-maqru’iyyah bi bacd al-mutaghayyirat al-lughawiyyah. Tesis
Sarjana University of Baghdad.

De Santi, R.J. 1986. The De Santi cloze reading inventory. Boston: Allyn and Bacon, Inc.

Fulcher, G. 1997. Text difficulty and accessibility: reading formulae and expert judgement.
System 25(4): 497-513.

Gilliland, J. 1972. Readability. London: University of London Press Ltd.

Harris, A.J. & Sipay, E.R. 1980. How to increase reading ability. Ed. ke-7. New York:
Longman.

Harrison, C. 1980. Readability in the classroom. Cambridge: Cambridge University Press.

Hassan Basri Awang Mat Dahan. 2002. Language testing: the construction and validation. Kuala
Lumpur: University of Malaya Press.

Hughes, A. 1989. Testing for language teachers. Cambridge: Cambridge University Press.

Ishak Mohd. Rejab. 1993. Masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Dlm.
Ismail Ab. Rahman (pnyt.). Pendidikan Islam Malaysia, hlm. 225-245. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Istilah Pendidikan. 1988. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jadcan, N.cA. 1989. Mustawa maqru’iyyah nusus al-mutalacah al-takwiniyyah al-muqarrarah li
al-saff al-khamis al-ibtida’i. Tesis Sarjana University of Jordan.

Kamarulzaman Abdul Ghani, Hassan Basri Awang Mat Dahan & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff.
2006. Mengukur kebolehbacaan bahan-bahan bacaan bahasa Arab: satu keperluan dalam
konteks pendidikan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 5), hlm. 107-114.

Kamarulzaman Abdul Ghani, Hassan Basri Awang Mat Dahan & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff.
2008. Kebolehbacaan buku teks bahasa Arab tinggi: tinjauan terhadap beberapa faktor
kebolehbacaan. Prosiding Seminar pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Instituís
Pengajian Tinggi Malaysia, hlm. 80-91.

Khadijah Rohani Md. Yunus. 1982. An assessment of structural variables in Malay: a readability
formula. Tesis Ph.D University of Miami.

Klare, G.R., Sinaiko H.W. & Stolurow L.M. 1971. The cloze procedure: a convenient readability
test for training materials and translations. Virginia: Institute for Defence Analyses Science
and Technology Division.

Marohaini Yusoff. 1999. Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Moyle, D. 1971. Readability: the use of cloze procedure. Dlm. Merrit, J. (pnyt.). Reading and the
curriculum. Ward Lock.

Al-Naji, Hasan. t.th. Mustawa maqru’iyyah wa darajah ishrakiyyah kitab al-lughah al-cArabiyyah
li al-saff al-sadis al-ibtida’i fi al-Imarat al-cArabiyyah al-Muttahidah.
http://faculty.ksu.edu.sa/aljarf/Documents/36.doc [2 Disember 2008]

Naqrash, KH. S. 1991. Mustawa maqru’iyyah kitab al-lughah al-cArabiyyah al-muqarrar li al-saff
al-sadis al-asasi. Tesis Sarjana University of Yarmouk, Jordan.

Rye, J. 1982. Cloze procedure and the teaching of reading. London: Heinemann Educational
Books.

Tucaymah, R.A. 1978. The use of cloze to measure the proficiency of students of Arabic as a
second language in some universities in the United States. Ph.D Thesis, University of
Minnesota.

Tucaymah, R.A. 1984. Ikhtibar al-tatimmah wa taclim al-cArabiyyah ka lughah thaniyah.
Majallah Machad al-Lughah al-cArabiyyah, Jamicah Umm al-Qura 2: 513-556.

Tucaymah, R.A. 1985. Dalil camal fi ‘icdad al-mawadd al-taclimiyyah li baramij taclim al-
cArabiyyah. Mekah al-Mukarramah: Universiti Umm al-Qura.

Tucaymah, R.A. & al-Thucaybi, M.cA 2006. Taclim al-qira’ah wa al-adab: istiratijiyyah
mukhtalifah li jumhur mutanawwic. Kaherah: Dar al-Fikr al-cArabi.

KEMAHIRAN LISAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA DALAM
KALANGAN PELAJAR MELAYU DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA:

SATU LAPORAN AWAL

Oleh

Shahidi A.H (PPBKKM, FSSK),
Zulkifley Hamid (PPBKKM, FSSK),
Rahim Aman (PPBKKM, FSSK) &
Mohammad Fadzeli Jaafar (PPBL, FSSK)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ABSTRAK

Kertas kerja ini bertujuan menyerlahkan sebahagian dari penemuan penting dalam analisis
pertuturan bahasa Inggeris dan Melayu di UKM. Objektif utama kajian ini ialah memerihalkan
pola fonetik dan fonologi bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh pelajar di
institusi berkenaan. Analisis pertuturan subjek (20 orang penuntut di UKM) dari aspek fonetik
dilakukan dengan menggunakan perisian Praat (i.e. analisis spektrografik). Pada dasarnya,
kajian-kajian terdahulu ke atas ciri-ciri fonetik Bahasa Melayu berasaskan pendekatan fonetik
akustik amat terhad dan terbatas. Justeru, kertas ini turut memaparkan hasil analisis spektrografik
bunyi plosif /p, b, t, d, k, g/ bahasa Melayu yang wujud di posisi awal dan tengah kata. Kajian
ini juga (menerusi analisis spektrografik bunyi plosif bahasa Inggeris yang dihasilkan oleh
pelajar Melayu) menyerlahkan beberapa perkara penting berkaitan dengan realisasi kontras
penyuaraan bunyi plosif bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Antara lain, ia menyerlahkan
fenomena keserupaan pola akustik plosif bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang dipertuturkan
oleh pelajar Melayu, misalnya ciri VOT Singkat atau Serta-merta (Short Voicing Lag; SVL) bagi
bunyi plosif tak bersuara dan VOT Awalan (Voicing Lead; VLd) bagi bunyi plosif bersuara (pola
yang sama dimiliki oleh sesetengah bahasa di dunia seperti bahasa Sepanyol, Polish, Finnish, dan
Perancis). Penemuan ini juga ternyata membezakan bahasa Inggeris Melayu dengan variasi
bahasa Inggeris lain (misalnya, RP atau Standard British English) yang merupakan bahasa
bersistem VOT Panjang (Long Voicing Lag; LVL) vs. SVL.

Kata Kunci: Fonetik, Analisis Spektrografik, Bahasa Inggeris Melayu, pembelajaran bahasa
kedua

PENDAHULUAN

Isu memperkasakan bahasa Inggeris (BI) sebagai wahana komunikasi global khususnya dalam
wacana perdagangan dan hubungan antarabangsa, akan terus menjadi salah satu agenda utama di
Malaysia. Justeru, kerajaan Malaysia menerusi polisi pendidikannya sentiasa menitikberatkan
kepentingan menguasai kemahiran berbahasa Inggeris oleh para pelajar di semua peringkat
pendidikan, dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Kemahiran ini akan
membolehkan para pelajar menghayati perbincangan akademik dan professional, di samping
berdialog dalam seminar dan persidangan di peringkat antarabangsa (Malaysian Ministry of

Education, 2001: 5). Memandangkan para pelajar peringkat sekolah menengah diharuskan
bertutur “internationally intelligible English with correct pronunciation and intonation”
(Malaysian Ministry of Education 2001), para pelajar di universiti dijangkakan mampu
menguasai bahasa Inggeris lisan dengan baik.

Walau bagaimanapun, realitinya masih ramai pelajar yang berjaya masuk ke UKM,
khasnya di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM)
memiliki tahap penguasaan bahasa Inggeris lisan yang lemah. Pihak fakulti dalam usaha
menangani masalah ini telah berusaha untuk mengadakan program intervensi, iaitu pelajar yang
memperoleh MUET tahap 1 & 2 diwajibkan mengambil dua kertas bahasa Inggeris tambahan.
Sejajar dengan usaha ini, tindakan yang lebih lanjut perlu dilakukan untuk mencapai hasrat UKM
agar semua graduannya menguasai kemahiran lisan berbahasa Inggeris.

2.0 Tujuan dan Objektif Kajian

Secara umum, bahasa Melayu (BM) dan bahasa Inggeris (BI) mempunyai realisasi fonologi
bunyi plosif yang serupa iaitu konsonan bersuara dan tak bersuara. Namun demikian,
hakikatnya pola realisasi konsonan berkenaan (iaitu berdasarkan kedudukan alofonik bunyi-
bunyi berkenaan, pada posisi akhir kata misalnya) adalah berbeza antara kedua-dua bahasa
tersebut. Keadaan ini lantas menimbulkan persoalan tentang sejauh mana penutur Melayu dapat
merealisasikan pola fonetik konsonan BI ketika berbahasa Inggeris.

Pada dasarnya, kosa ilmu kajian akustik bunyi bahasa Inggeris Melayu32 mahupun BM
amat sukar ditemui (lihat juga Shahidi 1996, 2006, 2008), lantas fenomena sebenar tentang
realisasi fonetik konsonan bahasa Inggeris ketika penutur Melayu berbahasa Inggeris masih lagi
kabur. Justeru, satu kajian terperinci sedang diusahakan bagi mengenalpasti realiti bahasa
Inggeris lisan oleh penutur Melayu serta membantu ke arah mengekalkan dan memantapkan lagi
kemahiran lisan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pelajar Melayu di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), khasnya di PPBKKM. Sebagai permulaan kepada kajian lanjutan yang lebih
tuntas, penulisan ini berusaha melaporkan penemuan atau dapatan awal penyelidikan ini.
Objektif kajian ini secara khusus ialah:

1) Menganalisis aspek fonetik dan fonologi bahasa Inggeris (realisasi kontras bunyi
plosif) dalam pertuturan pelajar Melayu.

2) Mendeskripsikan pola fonetik bahasa Inggeris-bahasa Melayu lisan.
3) Mengenalpasti tahap keupayaan kemahiran lisan bahasa Inggeris pelajar Melayu.
4) Mengenalpasti masalah dan langkah penambahbaikkan pengajaran dan pembelajaran

bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi pelajar PPBKKM dalam konteks
penguasaan kemahiran lisan bahasa Inggeris oleh pelajar Melayu UKM.

Objektif di atas cuba dicapai berasaskan pola realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif yang
dihasilkan oleh penutur (pelajar) Melayu di UKM.

3.0 Metodologi

32 Variasi bahasa Inggeris yang dituturkan oleh penutur Melayu di semenanjung Malaysia.

Terdapat tiga kaedah kajian yang utama yang diterapkan dalam penyelidikan ini, iaitu kaedah
kajian kepustakaan, kajian lapangan dan kajian makmal. Ketiga-tiga kaedah ini dimanfaatkan
bagi memperoleh satu hasil yang dapat dipertanggungjawabkan. Fokus kajian ini ialah pada
analisis data fonetik dan fonologi. Data diperoleh menerusi kajian lapangan dan makmal. Data
fonetik dianalisis berasaskan pendekatan fonetik akustik (melibatkan Ujian Penghasilan).

3.1 Pemaklum

Seramai 20 orang pemaklum terlibat sebagai subjek kajian dalam Ujian Penghasilan. Menerusi
satu sesi pertemuan awal, pengkaji telah menemu bual pemaklum bagi mendapatkan sedikit
maklumat latar belakang pemaklum yang relevan dengan kajian ini. Temu bual ini mengesahkan
bahawa kesemua pemaklum kajian ini tidak mempunyai masalah pendengaran atau pertuturan.
Mereka ialah penutur natif dialek KL/Selangor, penuntut universiti di Malaysia, berumur dalam
lingkungan antara 20 hingga 23 tahun, dan tidak menghadapi masalah untuk bertutur dan
memahami bahasa Inggeris dengan baik. Bahasa pertama (B1) pemaklum adalah BM dan bahasa
kedua (B2) mereka adalah BI. Pemaklum memperoleh BM sebagai bahasa ibunda dalam situasi
semula jadi, dan mereka mempelajari B2 seawal usia 5 tahun (pendidikan pra-sekolah). Mereka
tergolong dalam kelompok sosio-ekonomik kelas pertengahan dan berasal dari keluarga
berpendidikan sederhana atau tinggi. Mereka dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia dan tidak
pernah tinggal di luar negara.

Sesi pertemuan awal itu juga membolehkan pengkaji memperkenalkan pemaklum
tentang kajian ini, misalnya, proses rakaman dalam makmal audio-lingual, bahan linguistik
(senarai daftar kata tunggal bahasa Melayu dan Inggeris) yang akan digunakan ketika proses
rakaman, dan apakah yang perlu mereka lakukan dalam makmal berkenaan. Di samping itu,
pengkaji juga turut memastikan bahawa pemaklum berupaya mengujarkan perkataan-perkataan
yang terdapat dalam bahan linguistik. Pada penghujung sesi pertemuan ini, satu tarikh tertentu
untuk rakaman telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pemaklum dan pengkaji.

Ujian Penghasilan dimanfaatkan sepenuhnya di sini dengan tujuan untuk menyelidik
ciri-ciri akustik bunyi plosif /p, b, t, d, k, g/ yang wujud di posisi awal dan tengah kata BM dan
BI yang dihasilkan oleh penutur Melayu dan selanjutnya melakukan analisis perbandingan ciri-
ciri akustik bunyi berkenaan dengan data penutur natif bahasa Inggeris dari kajian-kajian lepas.
Tegasnya, analisis akustik dijalankan ke atas sampel BM dan BI yang dihasilkan oleh penutur
Melayu dan seterusnya memperbandingkan ciri-ciri akustik /p, b, t, d, k, g/ awal kata antara
kedua-dua bahasa berkenaan. Sampel BI yang dihasilkan oleh penutur Melayu ini seterusnya
dibandingkan dengan sampel pertuturan penutur natif bahasa Inggeris dari penyelidikan lepas.

3.2 Bahan Linguistik

Ujian Penghasilan dalam kajian ini melibatkan analisis segmen tertentu dalam posisi awal dan
tengah kata tunggal. Untuk tujuan ini, dua senarai daftar kata yang masing-masing mengandungi
12 kata tunggal BM dan 12 kata tunggal BI digunakankan sebagai data bahasa kajian. Kesemua
perkataan (data bahasa kajian) ini mengandungi bunyi plosif /p, b, t, d, k, g/ di posisi awal kata,
sepertimana yang dipaparkan dalam Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Data bahasa kajian yang mengandungi bunyi plosif /p, b, t, d, k, g/ di posisi awal
dan tengah kata tunggal

Bahasa Segmen Posisi Awal Kata Posisi Tengah Kata
Melayu (Antara Dua Vokal)
p [pas] /pas/
Inggeris b [bas] /bas/ [api] /api/
t [tas] /tas/ [abi] /abi/
d [das] /das/ [pati] /pati/
k [kah] /kah/ [padi] /padi/
g [gah] /gah/ [baki] /baki/
[bagi] /bagi/
p [phd] /pad/
b [bd] /bad/ [hpi] /happy/
t [thb] /tab/ [hbi] /habby/
d [db] /dab/ [fti] /fatty/
k [khp] /cap/ [fdi] /faddy/
g [gp] /gap/ [hki] /hacky/
[hgi] /haggy/

Data bahasa dalam kedua-dua senarai daftar kata (i.e. BM dan BI) kajian ini disusun

secara rambang dan digandakan sebanyak lima kali (setiap perkataan akan diulang baca oleh

pemaklum sebanyak lima kali). Senarai ini juga turut memuatkan beberapa perkataan tambahan
di awal dan dipenghujungnya33.

3.1.3 Prosedur Rakaman and Analisis

Kedua-dua senarai daftar kata dibaca dengan tenang dan tertib oleh pemaklum. Pemaklum
terlebih dahulu akan dimaklumkan untuk membaca senarai berkenaan dengan tenang, tertib dan
dengan kadar kelajuan yang selesa, iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Rakaman
dijalankan di studio rakaman FSSK, UKM Bangi yang dilengkapi dengan peralatan rakaman
seperti alat perakam TASCAM 202 MK III dan mikrofon Sony Condenser. Setiap individu
pemaklum menjalani proses rakaman secara solo. Sebelum bermulanya rakaman, pengkaji
terlebih dahulu meletakkan senarai daftar kata di hadapan pemaklum. Pengkaji menjadi
pemerhati di luar bilik rakaman ketika proses rakaman sedang berlangsung. Ini bertujuan agar

33 Perkataan tambahan ini bagaimanapun hanya bertindak sebagai membantu memelihara kestabilan
kadar kelajuan ujaran data bahasa kajian (kadar kelajuan setara) dan tidak akan terlibat sebagai data
untuk dianalisis. Lihat juga Caramazza et al.1973, Flege, J.E. 1992.

subjek merasa selesa (tidak terlalu terkawal), tenang dan tidak mewujudkan perubahan nada
pertuturan yang di luar kebiasaan mereka.

Terdapat dua sesi rakaman bagi setiap pemaklum iaitu pertama, sesi bahasa Melayu dan
kedua, sesi bahasa Inggeris (masing-masing dirujuk sebagai Ujian penghasilan ujaran bahasa
Melayu dan Ujian penghasilan ujaran bahasa Inggeris). Suasana rakaman dalam setiap sesi ujian
dijalankan sepenuhnya dalam satu-satu bahasa; bahasa Melayu sepenuhnya dalam sesi pertama
dan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam sesi kedua.

Ujian Penghasilan juga melibatkan penghasilan berkomputer akustik bunyi bahasa.
Justeru, kesemua rakaman dibuat secara digital (dengan kadar persampelan ialah 22 KHz dan 32
bit resolusi) dan disimpan dalam bentuk cakera padat. Bahagian yang khusus menjadi token
kajian dianalisis secara teliti dengan menggunakan sistem perisian PRAAT (pakej pemprosesan
signal gelombang bunyi/pertuturan). Token ini menjadi asas analisis kajian ini dalam bentuk
signal gelombang bunyi dan spektrogram jalur-lebar. Parameter bagi semua spektrogram
distrtukturkan mengikut nilai standardnya iaitu 0-5000Hz bagi julat frekuensinya, 0-005 saat
bagi Kepanjangan Tetingkapnya dan 50dB bagi julat Daya-Geraknya.

3.1.4 Pengukuran Akustik Bunyi

Bahagian ini memperincikan prosedur segmentasi dan pengukuran akustik bunyi plosif iaitu
segmen yang menjadi fokus dalam kajian ini. Pengukuran dilakukan ke atas segmen kajian yang
hadir di posisi awal kata tunggal. Kaedah segmentasi ujaran dan pemerolehan nilai bagi setiap
pengukuran akustik adalah berasaskan analisis data signal gelombang dan spektrogram. Secara
umum, pengukuran ini dilakukan dengan meletakkan kedua-dua penunjuk dalam paparan
berkomputer signal gelombang dan spektrogram bagi setiap satu sampel kajian. Justeru,
permulaan dan penghujung bagi setiap bunyi yang dikaji diperoleh/ditetapkan menerusi
penggunaan signal gelombang dan spektrogram ujaran data kajian.

Tempoh Sela Suara34 (Voice Onset Time) adalah satu-satunya nilai ukuran yang dapat
diperoleh dalam kajian ke atas bunyi plosif yang hadir di posisi awal kata. Menurut Lisker et al.
(1964) VOT merujuk kepada maklumat tentang jangkamasa sela antara mulanya pelepasan
sekatan sehingga ketika mulanya penyuaraan. Dengan kata lain, ia membekalkan maklumat
tempoh sela (dalam kiraan jangkamasa permillisaat) antara sekatan bunyi plosif dilepaskan
dengan saat permulaan pita suara bergetar.

Maklumat dari VOT ini amat penting bagi mengenalpasti kontras penyuaraan bunyi
plosif khususnya di lingkungan awal kata35. Dengan kata lain, kepelbagaian bunyi plosif bukan
sahaja disebabkan perbezaan daerah artikulasinya malahan juga kerana kontras penyuaraannya,
iaitu bunyi bahasa bersuara atau tak bersuara. Umumnya, /p, t, k/ dikenali sebagai bunyi plosif
tak bersuara manakala /b, d, g/ adalah bunyi plosif bersuara. Kontras penyuaraan bunyi plosif ini
dapat diserlah dengan maklumat VOT.

34 Selepas ini akan digunakan singkatan VOT.

35 Kepentingan inilah yang diaplikasikan ke atas data L1 dan L2 penutur Melayu dan menyerlahkan
jawapan kepada persoalan serta objektif kajian.

Bunyi plosif boleh dikategorikan sebagai sama ada memiliki VOT panjang (Long
Voicing Lag; LVL), VOT singkat/serta-merta (Short Voicing Lag; SVL) atau VOT awalan
(Voicing Lead; VLd). LVL merujuk kepada sela masa penyuaraan (selepas pelepasan sekatan)
yang panjang (lazimnya sekitar atau melebihi 35 ms [lihat Kent, et al. 2002: 141]. SVL
membawa maksud sela masa penyuaraan (selepas pelepasan sekatan) yang singkat (lazimnya
kurang dari 30ms) atau penyuaraan bermula serentak dengan pelepasan sekatan, manakala VLd
pula merujuk kepada sela masa penyuaraan yang berlaku sebelum pelepasan sekatan. Nilai VLd
diberi tanda ‘negatif’ berbanding dengan jenis-jenis VOT lain (Lisker et al. 1964).

Penyelidikan terhadap bunyi plosif BM di lingkungan tengah kata (antara dua vokal)
pula meliputi analisis ke atas Nilai-Panjang Vokal (VD), Jeda Sekatan (CD), Penyuaraan
Sewaktu Sekatan (VC) di samping VOT. Kajian-kajian lepas (antara lainnya, Chen 1970, Borden
et al. 1994, Shriberg et al. 1995, Maddieson 1997 dan Kent et al. 2002) menunjukkan bahawa
VD secara relatifnya panjang apabila mendahului bunyi plosif bersuara dan lebih singkat apabila
mendahului bunyi plosif tak bersuara, manakala nilai CD secara relatifnya lebih panjang bagi
bunyi plosif tak bersuara dan menjadi sebaliknya bagi bunyi plosif bersuara. Penemuan ini
diperoleh menerusi kajian-kajian lepas, misalnya, Lisker (1957), Slis et al. (1969) and Suen et al.
(1974). Data kajian Suen et al. (1974: 126) misalnya, menunjukkan bahawa nilai CD bagi
bahasa Inggeris /p/, /b/, /t/, /d/, /k/ dan /g/ masing-masing ialah 117.64(ms), 85.58(ms),
102.04(ms), 68.59(ms), 113.09 (ms) dan 79.97(ms). Ringkasnya, nilai CD bagi bunyi plosif tak
bersuara (bahasa Inggeris) sentiasa lebih tinggi daripada bunyi plosif bersuara. Penyuaraan
Sewaktu Sekatan (VC) pula kepada kehadiran Palang Suara (voice bar/VB)36 yang wujud dalam
ruang CD bagi bunyi plosif bersuara sahaja.

4.0 Analisis Data dan Dapatan

Bahagian ini memaparkan keputusan dan hasil penemuan analisis akustik ke atas bunyi plosif
awal dan tengah kata BM dan BI yang dihasilkan oleh penutur Melayu di UKM37.

4.1 Bunyi Plosif Posisi Awal Kata (BM dan ME)

Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa VOT merupakan satu-satunya elemen akustik
yang berwibawa untuk menyerlahkan ciri-ciri akustik bunyi plosif di posisi awal kata. Analisis
akustik terhadap bunyi plosif BM dan ME di posisi awal kata dalam kajian ini menunjukkan
bahawa nilai VOT bunyi plosif tak bersuara awal kata bagi kedua-dua bahasa tersebut adalah
kecil iaitu antara 10(ms) hingga 30(ms). Analisis akustik dalam kajian ini membuktikan bahawa
bunyi plosif tak bersuara awal kata BM dan ME adalah bercirikan SVL. Bunyi plosif

36 Secara akustiknya (berasaskan spektrogram), VB terserlah sebagai jaluran melintang berhampiran
dasar spektrogram yang merujuk kepada kewujudan tenaga akustik berfrekuensi rendah sebelum
sekatan dilepaskan.

37 Pertuturan BI yang dihasilkan oleh penutur Melayu selepas ini akan disebut sebagai bahasa Inggeris
Melayu atau ringkasnya ME (Malaysian English).

bersuaranya pula menunjukkan kehadiran nilai VOT negatif secara konsisten – iaitu pita suara
mula bergetar kuat lebih awal daripada saat mula pelepasan sekatan. Penemuan ini membuktikan
bahawa bunyi plosif bersuara awal kata BM dan ME adalah bercirikan VLd.

Kajian ini menunjukkan bahawa VOT berupaya menyerlahkan kontras penyuaraan bunyi
plosif BM di posisi awal kata. Begitu juga halnya dengan ME.Tegasnya, perbezaan antara bunyi
plosif bersuara dan tak bersuara di posisi awal kata dalam BM dan ME dapat diperjelaskan
dengan bantuan maklumat analisis VOT.

Kajian ini juga membuktikan bahawa bunyi plosif BM dan ME berada dalam kelompok
bahasa yang mempunyai kategori SVL vs. VLd. Dengan kata lain, kedua-dua bahasa berkenaan
memiliki realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif (awal kata) yang sama. Tegasnya, penutur
Melayu tidak menampakkan unsur perbezaan pola antara B1 dan B2 dalam pertuturan mereka,
setidak-tidaknya berasaskan penemuan realisasi plosif awal kata dalam kedua-dua bahasa yang
mereka hasilkan. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa BI memiliki pola LVL vs. SVL.

Justeru, perbezaan pola fonetik antara kedua-dua bahasa tersebut (BI dan BM) seharusnya
wujud dalam pertuturan penutur bilingual (pelajar Melayu UKM yang bertutur BI misalnya).
Penemuan ini sekaligus membuatkan pengkaji berandaian bahawa pola sedemikian (ME) boleh
mengundang masalah intelligibility dalam komunikasi antara penutur ME dengan penutur
Inggeris lain (mengundang masalah ketidakfahaman penutur ME terhadap ujaran BI yang
dihasilkan oleh penutur Inggeris lain). Namun demikian, kesahihan andaian ini hanya dapat
dibuktikan selepas Ujian Penanggapan (Perception Test) dijalankan ke atas penutur ME
berkenaan. Ujian Penanggapan ini, bagaimanapun, masih sedang berjalan dan hasil
penemuannya akan dipersembahkan dalam laporan akan datang.

4.2 Bunyi Plosif Posisi Tengah Kata (BM dan ME)

Penyerlahan ciri akustik bunyi plosif BM dan ME di posisi tengah kata (berdasarkan nilai VD,
CD, VC dan VOT) pula dipaparkan seperti berikut:

(i) Nilai-Panjang Vokal (VD)

Kajian ini mendapati bahawa nilai-panjang vokal yang mendahului bunyi plosif bersuara BM
dan ME di posisi tengah kata kelihatan sentiasa lebih tinggi daripada bunyi plosif tak bersuara.
Penemuan ini sejajar dengan dapatan kajian lepas (misalnya, Chen 1970, Maddieson 1997, Kent
et al. 2002) berhubung kemampuan VD sebagai isyarat akustik yang menyerlahkan kontras
penyuaraan bunyi plosif – iaitu, bunyi vokal lebih panjang dalam konteks mendahului bunyi
plosif bersuara dan lebih pendek apabila mendahului bunyi plosif tak bersuara.

Kajian ini turut membuktikan bahawa nilai VD bagi kedua-dua bahasa ini iaitu BM dan
ME adalah hampir sama. Data menunjukkan bahawa bunyi plosif tak bersuara BM dan ME
masing-masing mempunyai nilai min VD sebanyak 117 ms dan 118 ms, dan 96 ms bagi bunyi
plosif tak bersuara BM dan ME. Kajian lepas menunjukkan bahawa nisbah VD bagi bunyi plosif
bersuara dan tak bersuara BI yang dihasilkan oleh penutur natif Inggeris ialah 3:2 (lihat Hogan et
al. 1980, Peterson et al. 1960 dan Chen 1970). Data penyelidikan ini pula menunjukkan bahawa
nisbahnya ialah 2:1. Tegasnya, pola VD bagi ME lebih mirip BM, dan ia berbeza dengan variasi
BI lain.

(ii) Jeda Sekatan (CD)

Data kajian menyerlahkan perbezaan nilai CD yang ketara antara bunyi plosif bersuara dan tak
bersuara BM dan ME di posisi tengah kata; sama seperti yang ditemui dalam bahasa-bahasa lain
di dunia. Sebagai contoh, bahasa Inggeris (Lisker 1957, Suen et al. 1974) dan bahasa Belanda
(Slis et al. 1969). Penemuan ini ternyata membuktikan bahawa CD mampu menjadi isyarat
akustik yang jelas bagi kontras penyuaraan bunyi plosif BM dan ME di posisi tengah kata.

Data menunjukkan bahawa pola CD bagi BM dan ME adalah serupa. Di sini, aktiviti CD
bagi bunyi plosif tak bersuara BM dan ME akan diikuti dengan VOT singkat (ciri VOT yang
sama sepertimana yang ditemui di posisi awal kata), manakala bagi bunyi plosif bersuara BM
dan ME pula, wujud ciri penyuaraan yang berterusan (tidak terputus-putus) di sepanjang ruang
CD bagi kedua-dua bahasa tersebut. Ciri ini ternyata berbeza dengan dapatan kajian lepas
terhadap variasi BI lain yang menunjukkan bahawa tiada penyuaraan langsung atau penyuaraan
terputus-putus di sepanjang ruang CD (lihat Docherty 1992, Borden et al.1994 dan Kent et al.
2002).

(iii) Penyuaraan Sewaktu Sekatan (VC)

Kajian ini mendapati bahawa secara relatifnya tidak wujud aktiviti VC dalam ruang CD bagi
bunyi plosif tak bersuara di posisi tengah kata BM dan ME. Situasi yang berbeza pula berlaku
pada bunyi plosif bersuara. Data kajian menunjukkan dengan jelas bahawa aktiviti penyuaraan
berlaku secara berterusan di sepanjang tempoh masa sekatan (i.e. ruang CD) bagi bunyi plosif
bersuara di posisi tengah kata BM dan ME. Dapatlah ditegaskan di sini bahawa VC mampu
menjadi isyarat akustik yang nyata bagi kontras penyuaraan bunyi plosif BM dan ME di posisi
tengah kata (antara dua vokal). Kajian ini juga membuktikan persamaan pola VC bagi kedua-dua
bahasa berkenaan. Bagaimanapun, sepertimana yang telah dinytakan di atas, ciri pola VC bagi
ME ternyata berbeza dengan variasi BI lain yang menunjukkan bahawa tiada penyuaraan
langsung atau penyuaraan terputus-putus di sepanjang ruang CD (lihat Docherty 1992, Borden et
al.1994 dan Kent et al. 2002).

(iv) Tempoh Sela Suara (VOT)

Analisis ke atas VOT bunyi plosif di posisi tengah kata BM dan ME menyerlahkan persamaan
dapatan dengan VOT bunyi plosif di posisi awal kata. Sama sepertimana yang dipaparkan dalam
topik 4.1, bunyi plosif tak bersuara BM dan ME di posisi tengah kata juga memiliki ciri nilai
VOT yang kecil iaitu di antara 10(ms) hingga 30(ms), manakala bunyi plosif bersuara pula
mempunyai nilai negatif – VLd. Hakikat ini berdasarkan bukti kewujudan VB secara konsisten
(tidak terputus) di sepanjang ruang CD sebelum aktiviti TBN. Dapatan ini dengan jelas
mengukuhkan lagi kenyataan di awal analisis bahawa BM dan ME berada dalam kelompok
bahasa yang mempunyai kategori bunyi plosif SVL vs. VLd. Secara tidak langsung, ia juga
membuktikan bahawa kedua-dua bahasa berkenaan tidak berbeza dari segi pola VOT di posisi
tengah kata. Pola SVL vs. VLd yang terserlah dalam pertuturan ME ternyata membezakannya
dengan variasi BI lain (mempunyai pola LVL vs. SVL; lihat Lisker et al. 1967, Suomi 1980 dan
Docherty 1992).

5.0 Kesimpulan

Tujuan utama penulisan ini untuk mempersembahkan laporan awal penyelidikan ke atas BI lisan
pelajar Melayu UKM. Memandangkan penulisan ini merupakan suatu bentuk laporan awal maka
ia tertumpu kepada suatu aspek yang khusus tetapi penting dalam penguasaan lisan bahasa kedua
iaitu realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif (analisis pola realisasi kontras penyuaraan bunyi
plosif BI dan BM yang dituturkan oleh pelajar Melayu di UKM). Sepertimana yang telah
dinyatakan sebelum ini bahawa meskipun BM dan BI mempunyai realisasi fonologi bunyi plosif
yang serupa iaitu konsonan bersuara dan tak bersuara namun pola realisasi konsonan berkenaan
adalah berbeza antara kedua-dua bahasa tersebut.

Bunyi plosif menjadi pilihan kajian ini kerana ia adalah bunyi konsonan yang paling
kerap wujud dalam bahasa-bahasa di dunia (lihat Henton et al. 1992, Edwards 1992, Ladefoged
et al. 1996 dan Kent et al. 2002). Bunyi plosif /p, b, t, d, k, g/ juga adalah bunyi yang paling
lazim dikaji berbanding dengan bunyi-bunyi lain. Antara faktor utama yang menyebabkan ia
sering menjadi bahan kajian ialah kekhususan ciri-ciri akustiknya (acoustical characteristics)
dan isyarat-isyarat akustiknya (acoustic cues) yang terserlah dengan bantuan konteks
persekitaran kewujudannya38. Sifat-sifatnya yang sedemikian bukan sahaja membezakannya
dengan kelompok bunyi bahasa yang lain (bunyi frikatif, misalnya) malahan antara bunyi-bunyi
dalam kelompok bunyi plosif itu sendiri. Keadaan sedemikian sangat membantu para pendengar
untuk menanggapi gelombang-gelombang pertuturan dengan jelas dan mudah. Sesungguhnya,
pendengar (penerima gelombang pertuturan) dapat menanggapi bunyi plosif (serta bunyi yang
bersebelahannya) berdasarkan pertalian atau rangkaian antara bunyi plosif tersebut dengan bunyi
yang mendahului atau mengikutinya.

Laporan awal ini menyerlahkan ciri keserupaan pola realisasi kontras penyuaraan bunyi
plosif BI dan BM yang dituturkan oleh pelajar Melayu di UKM. Secara tidak langsung, ia juga
membuktikan bahawa pola realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif BI yang dituturkan oleh
pelajar Melayu di UKM tidak bertepatan dengan pola BI yang sewajarnya dihasilkan. Tegasnya,
ciri lisan ME tidak menyamai RP atau North American English (atau variasi BI yang setara
dengan bahasa Inggeris standard yang bersifat internasional). Hipotesis awal pengkaji
berdasarkan dapatan awal ialah:

i) Pengaruh B1 (BM) ke atas B2 (BI) amat kuat kelihatan dalam pertuturan ME.
ii) Penutur ME akan menghadapi masalah pemahaman sewaktu berkomunikasi lisan

bersama penutur BI lain (misalnya, Standard British English atau North American
English).

38 Tegasnya, isyarat-isyarat akustik bunyi plosif dapat disaksikan dengan melihat keseluruhan keadaan
akustik persempadanan antara bunyi plosif tersebut dengan bunyi yang bersebelahan dengannya, sama
ada vokal atau konsonan. Bagaimanapun, kertas kerja ini hanya memberi tumpuan khusus kepada
isyarat-isyarat akustik bunyi plosif yang amat berkait-erat dengan fenomena realisasi kontras
penyuaraannya sahaja.

Kedua-dua hipotesis tersebut adalah sebahagian daripada keseluruhan hipotesis yang akan dan
sedang diuji menerusi kajian lanjutan (sedang berjalan) dan selanjutnya akan dipersembahkan
dalam laporan akan datang.

Bibliografi

Bohn, Ocke-Schwen & Murray, J.M (eds). 2007. Language experience in second language
speech learning. In honor of James Emil Flege. Philadelphia: John Benjamins Publishing
Co.

Borden, G.J., Harris, K.S. & Raphael, L.J. 1994. Speech science primer: physiology, acoustics,
and perception of speech. 3rd edn. USA: Williams & Wilkins.

Chen, M. 1970. Vowel length variation as a function of the consonant environment. Phonetica.
22.129-159.

Cho, T. & Ladefoged, P. 1999. Variation and universals in VOT: evidence from 18 languages.
Journal of Phonetics. 2. 207-229.

Docherty, G.J. 1992. The timing of voicing in British English obstruents. Berlin: Foris
Publications.

Flege, J.E. 1995. Second language speech learning theory, findings and problems. In Strange, W.
(ed.). Speech perception and linguistic experience: issues in cross-language research.
Maryland: New York Press.

Gimson, A.C. 1978. An introduction to the pronunciation of English. England: Edward Arnorld
Publishers Ltd.

Green, K.P., Zampini, M.L. & Magloire, J. (1997). An examination of word-initial stop closure
intervals in English. Spanish and Spanish-English bilinguals. Journal of the Acoustical
Society of America. 102. 3136

Kacru,B.B. 2008. Symposium on intelligibility and cross-cultural communication in world
Englishes: introduction (The first step: the smith paradigm for intelligibility in world
Englishes). World Englishes. 27(3/4). 293-296.

Kent, R. D. & Read, C. 2002. The acoustic analysis of speech. 2nd edn. United Kingdom:
Singular Thomson Learning.

Lisker, L. & Abramson, A.S. 1967. Some effects of context on voice onset time in English stops.
Language and Speech. 10. 1-27.

Lisker, L. & Abramson, A.S. 1964. A cross-language study of voicing in initial stops: acoustical
measurements. Word. 20. 384-422.

Lisker, L. 1957. Closure duration and the intervocalic voiced-voiceless distinction in English .
Journal of the Linguistic Society of America. 33- 42.

Luce, P.A. & Charles-Luce, J. 1985. contextual effects on vowel duration, closure duration, and
the consonant/vowel ratio in speech production. Journal of Acoustical Society of America.
78 (6). 1949-1957.

M.Yunus Maris. 1980. The Malay sound system. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Malaysian Ministry of Education. 2001. Sukatan pelajaran bahasa Inggeris KBSM. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Repp, B.H. 1984. Closure duration and release burst amplitude cues to stop consonant manner
and place of articulation. Language and Speech. 27. (3). 245-255.

Shahidi, A.H. 2008. Perception of English final stops by Malay learners: a preliminary study.
Paper Conference on Malaysian study of Islam, Lampeter, United Kingdom.

Shahidi, A.H. 2006. Learning English in an L1 Context: a Study of the Voicing Contrast in
Malay-accented English. Paper (Poster Presentation) British Association of Academic
Phoneticians (BAAP) 2006 Conference, Edinburgh, United Kingdom.

Shahidi, A.H. 1996. Nasalisation pattern in Kelantanese: an experimental phonetic analysis.
Dissertation MA. (Unpublished) University of Leeds, United Kingdom.

Suen, C. Y. & Beddoes, M.P. 1974. The silent interval of stop consonants. Language and
Speech. 3 .126-134.

Suomi, K. 1980. Voicing in English and Finnish stops: a typological comparison with an
interlanguage study of the two languages in contact. Turku :n.p.

Wayland, R. & Jongman, A. 2003. Acoustic correlates of breathy and clear vowels: the case of
Khmer. Journal of Phonetics. 31. 181-201.

Weinreich, U. 1953. Languages in contact: findings and problems. New York: The Linguistic
Circle of New York.

Zampini, M.L. & Green, K.P. 2001. The voicing contrast in English and Spanish: the relationship
between perception and production. In J.L. Nicol (ed.) One Mind, Two Languages. Oxford:
Blackwell. 23-48.


Click to View FlipBook Version