The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by janainbburut, 2021-09-11 20:30:14

Pemikiran Inovatif, Ciri-ciri dan Kompetensi Teknokeusahawanan IKS Bumiputera Lepasan Pusat Latihan Kemahiran

Tesis Penyelidikan PhD UPSI Tahun 2018

PEMIKIRAN INOVATIF, CIRI-CIRI DAN
KOMPETENSI TEKNOKEUSAHAWANAN

INDUSTRI KECIL SEDERHANA
BUMIPUTERA

JANAIN BIN BURUT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2018

PEMIKIRAN INOVATIF, CIRI-CIRI DAN KOMPETENSI
TEKNOKEUSAHAWANAN INDUSTRI KECIL
SEDERHANA BUMIPUTERA

JANAIN BIN BURUT

TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK
MEMPEROLEH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
(PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL)

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2018

JANAIN BURUT

DOKTOR
FALSAFAH
(PENDIDIKAN
TEKNIKAL DAN
VOKASIONAL)

UPSI
2018

ii

UPSI/IPS-3/BO 32
Pind : 00 m/s: 1/1

Sila tanda (√)
Kertas Projek
Sarjana Penyelidikan
Sarjana Penyelidikan dan Kerja Kursus
Doktor Falsafah

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Perakuan ini telah dibuat pada …1…2…(hari bulan)……0…9…….. (bulan) 20…18…..

i. Perakuan pelajar :

Saya, ______________J_A__N_A__IN___B_I_N__B__U_R__U_T_,__N__O__._M__A_T_R__I_K__P_2__0_1_0_2__0_0_1_2_2__0_,__F_P__T_V________________ (SILA
NYATAKAN NAMA PELAJAR, NO. MATRIK DAN FAKULTI) dengan ini mengaku bahawa
disertasi/tesis yang bertajuk ____________________________________________________________________________
______________________________P__E_M__I_K_I_R__A_N__I_N__O_V__A_T_I_F_,_C__I_R_I_-C__I_R_I__D_A__N__K__O_M__P__E_T_E__N_S__I__________________________
_____________________T__E_K__N__O_K__E_U__S__A_H__A_W__A__N__A_N___IN__D_U__S__T_R__I _K_E__C__IL__S__E_D__E_R__H__A_N__A__B__U_M__I_P_U__T_E__R__A____________
adalah hasil kerja saya sendiri. Saya tidak memplagiat dan apa-apa penggunaan mana-mana
hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi
maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula
daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dinyatakan
dengan sejelasnya dan secukupnya

_________________________
Tandatangan pelajar

ii. Perakuan Penyelia:

Saya, ________P__R_O__F_.__D_R__._R__A_M__L__E_E__B__I_N__M__U_S__T_A__P_H__A_________ (NAMA PENYELIA) dengan ini
mengesahkan bahawa hasil kerja pelajar yang bertajuk ___________________________________________
______________________________P__E_M__I_K_I_R__A_N___IN__O__V_A_T__IF__, _C_I_R__I-_C__IR__I_D__A__N__K_O__M__P__E_T_E__N__S_I___________________
_____________________T_E__K__N_O__K__E_U__S_A__H__A_W__A__N_A__N__I_N_D__U__S_T__R_I__K_E__C_I_L__S_E__D__E_R__H_A__N__A__B__U__M__IP__U_T__E_R__A_____________
(TAJUK) dihasilkan oleh pelajar seperti nama di atas, dan telah diserahkan kepada Institut
Pengajian Siswazah bagi memenuhi sebahagian/sepenuhnya syarat untuk memperoleh Ijazah
_________________________________D__O_K__T_O__R__F__A_L__S_A__F_A__H____________________________ (SLA NYATAKAN NAMA
IJAZAH).

____________________ ________________________
Tarikh Tandatangan Penyelia

iii

UPSI/IPS-3/BO 31
Pind.: 00 m/s: 1/1

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH /
INSTITUTE OF GRADUATE STUDIES

BORANG PENGESAHAN PENYERAHAN TESIS/DISERTASI/LAPORAN KERTAS PROJEK
DECLARATION OF THESIS/DISSERTATION/PROJECT PAPER FORM

Tajuk / Title: _P_E_M_IK_I_R_A_N_I_N_O_V_A_T_IF_,_C_IR_I_-C_I_R_I _D_A_N_K_O_M__P_E_TE_N__SI_______________
_T_E_K_N_O_K_E_U_S_A_H_A_W_A_N_A__N_IN_D__U_S_TR__I K_E_C_I_L_S_E_D_E_R_H_A_N_A__B_U_M_I_P_U_TE_R__A_

No. Matrik /Matric’s No.: _P_2_0_1_0_20_0_1_2_2_0________________________________________
Saya / I : _J_A_N_A_I_N_B_I_N__B_U_R_U_T____________________________________

(Nama pelajar / Student’s Name)

mengaku membenarkan Tesis/_D_i_s_e_r_ta__s_i/_L_a_p__o_r_a_n__K__e_r_t_a_s__P__r_o_je__k (Doktor Falsafah/_S_a_r_ja__n_a_)* ini
disimpan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perpustakaan Tuanku Bainun) dengan syarat-syarat
kegunaan seperti berikut:-

acknowledged that Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tuanku Bainun Library) reserves the right as follows:-

1. Tesis/Disertasi/Laporan Kertas Projek ini adalah hak milik UPSI.

The thesis is the property of Universiti Pendidikan Sultan Idris

2. Perpustakaan Tuanku Bainun dibenarkan membuat salinan untuk tujuan rujukan sahaja.

Tuanku Bainun Library has the right to make copies for the purpose of research only.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan Tesis/Disertasi ini sebagai bahan pertukaran
antara Institusi Pengajian Tinggi.

The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

4. Perpustakaan tidak dibenarkan membuat penjualan salinan Tesis/Disertasi ini bagi kategori
TIDAK TERHAD.

The Library are not allowed to make any profit for ‘Open Access’ Thesis/Dissertation.

5. Sila tandakan ( √ ) bagi pilihan kategori di bawah / Please tick ( √ ) for category below:-

SULIT/CONFIDENTIAL Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Rahsia Rasmi 1972. /

Contains confidential information under the Official Secret Act 1972

TERHAD/RESTRICTED Mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan ini dijalankan. / Contains
restircted information as specified by the organization where research
was done.

TIDAK TERHAD / OPEN ACCESS

(Tandatangan Pelajar/ Signature) (Tandatangan Penyelia / Signature of Supervisor)
Tarikh: _________________ & (Nama & Cop Rasmi / Name & Official Stamp)

Catatan: Jika Tesis/Disertasi ini SULIT @ TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

Notes: If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and
reasons for confidentiality or restriction.

iv

DEDIKASI

Tesis ini didedikasikan khas untuk,

Isteri tercinta,
Terima kasih kerana memahami, susah senang bersama dan

sentiasa menyokong dalam menyiapkan tesis ini:
Ardiana Binti Abdul Rahim

Anak-anak yang tersayang,
Semoga kejayaan ayah menyiapkan tesis dan memperolehi

PhD menjadi pendorong, motivasi dan merintis jalan
untuk mencipta kejayaan di masa hadapan:

Muhammad Jazli & Nur Athirah Binti Janain

Kedua ibu bapa,
Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kejayaan dan

mendidikku menjadi insan yang tabah dan sabar:
Burut Bin Haris & Asiah Binti Okri

Kedua ibu bapa mertua,
Terima kasih kerana mendoakan dan sentiasa memahami

kesibukan untuk menyiapkan tesis ini:
Abdul Rahim Bin Ismail & Muridah Binti Hussin

Abang & Bapa Angkat,
Terima kasih kerana sentiasa mendoakan yang terbaik:

Zuromar Bin Mursidi & Md. Yusof Bin Kayat

Adik Beradik, kawan-kawan,
guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajarku:

Kejayaan ini adalah memilik anda semua

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah Dengan nama Allah S.W.T Yang Maha Pengasih Dan Penyayang,
segala pujian bagi Allah S.W.T, dengan taufik dan hidayahNya dapatlah saya
menyempurnakan kajian tesis PhD ini.

Sekalung doa dan penghargaan serta ucapan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada yang disanjung tinggi 'sifu' Prof. Dr. Ramlee Mustapha selaku
penyelia utama yang banyak memberikan bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, perangsang
dan bantuan sepanjang tempoh perlaksanaan kajian ini. Tidak lupa juga ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa selaku penyelia kedua
yang banyak mencurahkan ilmu sepanjang pengajian di Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Kepada pensyarah-pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris khususnya
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional juga diucapkan ribuan terima kasih hanya
Allah S.W.T yang membalas segala jasa tuan puan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima
kasih kepada keluarga tercinta khasnya buat isteri tersayang Ardiana Abdul Rahim serta
anak-anak Muhammad Jazli dan Nur Athirah. Tidak lupa ucapan terima kasih yang
tidak terhingga juga buat ayah, ibu, ayah mertua dan ibu mertua, abang Zuromar
Mursidi sekeluarga, rakan-rakan sekerja serta kepada sesiapa sahaja yang telah
memberikan semangat dan sokongan kepada saya sepanjang penyelidikan tesis PhD
ini.

vi

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah mengenalpasti pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi
dalam kalangan teknousahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera lepasan
pusat latihan kemahiran. Berdasarkan teori keusahawanan Leibenstein dan Katarzyna
serta model keusahawanan Prodan, Man, dan model inovasi Kuratko, tiga konstruk
utama kajian dipilih iaitu pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi
teknokeusahawanan. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes dan data dikumpul
menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pemilihan peserta kajian ini adalah
dalam kalangan 32 teknousahawan Bumiputera yang berjaya di Semenanjung Malaysia
serta memiliki latar belakang teknikal dan vokasional. Teknik teknik bola salji
digunakan untuk memilih peserta kajian. Instrumen kajian terdiri daripada profil
teknousahawan, soal selidik, temubual, pemerhatian dan verifikasi dokumen. Data
empirikal kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif untuk data
kuantitatif dan data kualitatif menggunakan analisis tematik. Dapatan utama kajian ini
menunjukkan bahawa peserta kajian percaya bahawa mereka memiliki pemikiran
inovatif (M=4.14, SP=0.18), ciri-ciri teknokeusahawanan (M=4.14, SP=0.18) dan
kompetensi teknokeusahawanan (M=4.01, SP=0.37). Namun demikian kelemahan
utama teknousahawan yang dikenalpasti dalam kajian ini adalah daripada aspek kurang
sokongan dan jaringan, kompetensi kepimpinan yang rendah, kelemahan pemasaran,
kekurangan bahan mentah serta sumber manusia (pekerja mahir), dan masalah
kewangan. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa untuk menjadi
teknousahawan yang berjaya, mereka perlu memiliki pemikiran inovatif, ciri-ciri dan
kompetensi teknokeusahawan serta elemen-elemen lain seperti daya tahan, spirituality,
sokongan keluarga, dan kemahiran teknikal. Implikasi kajian ini adalah penghasilan
satu kerangka baharu pembangunan pemikiran inovatif untuk teknousahawan. Untuk
membangunkan pemikiran tersebut, elemen-elemen utama seperti pemikiran kritis dan
strategik, kemahiran menyelesaikan masalah, ketahanan dalaman, jaringan serta
penyediaan inkubator adalah penting untuk meningkatkan nilai tambah yang akan
menjadikan teknousahawan lebih berkeyakinan untuk berjaya dalam dunia perniagaan
yang kompetitif.

vii

INNOVATIVE THINKING, CHARACTERISTICS AND COMPETENCIES
OF BUMIPUTERA TECHNOPRENEURS IN SMALL AND MEDIUM
ENTERPRISES

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify innovative thinking, characteristics and
competencies of Bumiputera Small and Medium Entrprises (SME) technopreneurs who
graduated from skills training centres. Based on the entrepreneurship theories by
Leibenstein and Katarzyna and the entrepreneurship models by Prodan and Man, and
Kuratko innovation model, the three main constructs of the study were selected namely
innovative thinking, characteristics and competencies of entrepreneurship. The
research design used this study was a case study and collected data by qualitative and
quantitative approaches. The participants in this study were 32 successful Bumiputera
technopreneurs in Peninsular Malaysia with technical and vocational background. The
snowballing technique was used to select the participants. The research instruments
consisted of entrepreneur profiles, questionnaires, interview protocols, observations
and verification of documents. Empirical data were analysed using descriptive analysis
for quantitative data and for qualitative data, thematic analysis was employed. The main
findings show that the participants believe that they have innovative thinking (M = 4.14,
SD = 0.18), possess characteristics of technopreneurship (M = 4.14, SD = 0.18) and
have the competencies of technopreneurship (M = 4.01, SD = 0.37). However, the major
weaknesses of the technopreneurs as identified in this study included the lack of support
and networking, low leadership competence, poor marketing, lack of raw materials and
human resources (skilled workers), and financial difficulties. The conclusion from this
study suggests that to be successful technopreneurs, they need to have innovative
thinking, technopreneurial traits and competencies as well as other elements such as
endurance, spirituality, family support, and technical skills. The implication of this
study is the creation of a new framework of innovative thinking for technopreneurs. To
develop such thinking, key elements such as critical and strategic thinking, problem-
solving skill, internal endurance, networking as well as having incubator are important
to enhance the value-added for the technopreneurs to be more confident to succeed in
the competitive business world.

viii

KANDUNGAN Muka Surat
ii
PENGAKUAN iii
BORANG PENGESAHAN PENYERAHAN TESIS v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN xvii
SENARAI JADUAL xxi
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN xxiii
SENARAI LAMPIRAN xxv

BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 7
1.1 Latar Belakang Kajian 13
1.2 Pernyataan Masalah 18
1.3 Tujuan dan Objektif Kajian 19
1.4 Persoalan Kajian 21
1.5 Kerangka Konseptual Kajian 27
1.6 Kepentingan Kajian 28
1.7 Batasan Kajian 30
1.8 Definisi Operational Kajian 40
1.9 Rumusan

BAB 2 LITERATUR KAJIAN ix

2.0 Pengenalan 42
45
2.1 Dasar dan Pembangunan Perindustrian Negara 51
55
2.1.1 IKS di Malaysia 63
67
2.1.2 Cabaran-cabaran IKS di Malaysia 69
72
2.1.3 Prestasi Semasa IKS 78
85
2.1.4 Prestasi Usahawan Bumiputera
93
2.2 Teknousahawan dan Revolusi Industri 4.0 93
95
2.2.1 Teknousahawan di Luar Negara 97
100
2.2.2 Teknousahawan di Malaysia 109
120
2.2.3 Teknousahawan, Pendidikan dan Latihan 133
Vokasional di Malaysia 139
139
2.3 Konsep, Teori dan Model berkaitan Teknousahawan 142
143
2.3.1 Pemikiran Inovatif 145
146
2.3.1.1 Kemahiran Berfikir Kritis
147
2.3.1.2 Kemahiran Menyelesai Masalah 156

2.3.1.3 Pemikiran Strategik 157

2.3.1.4 Inovasi 160

2.3.2 Ciri-ciri Teknokeusahawanan

2.3.3 Kompetensi Teknokeusahawanan

2.3.4 Teori dan Model-model Keusahawanan

2.3.4.1 Teori Pembangunan Keusahawanan

2.3.4.3 Teori Keusahawanan Leibenstein

2.3.4.4 Teori Moore

2.3.4.2 Model Tekad Keusahawanan

2.3.4.5 Model Pembangunan Usahawan
2.3.4.6 Teknikal

Model Keusahawanan Teknologi

2.3.4.7 Model Pembangunan Keusahawanan
2.3.4.8 Teknologi

Model Pembangunan Usahawan
Bumiputera Di Malaysia

2.3.4.9 Inkubator

2.4 Kajian-kajian Lepas x
2.4.1 Kajian-kajian Lepas Di Luar Negara
2.4.2 Kajian-kajian Lepas Di Dalam Negara 168
168
2.5 Rumusan 171
175
BAB 3 METODOLOGI
3.0 Pengenalan 178
3.1 Reka Bentuk Kajian 179
3.2 Peserta Kajian 180
3.2.1 Kriteria Pemilihan Peserta Kajian 183
3.3 Instrumen Kajian 186
3.3.1 Instrumen Kuantitatif 187
3.3.2 Temu bual 192
3.3.3 Pemerhatian 194
3.3.4 Verifikasi Dokumen 195
3.4 Kesahan Kajian 196
3.4.1 Kesahan Instrumen Kajian 197
3.4.2 Kajian Rintis 198
3.4.3 Triangulasi Kajian 201
3.5 Prosedur Kajian 207
3.5.1 Tinjauan Awal 207
3.5.2 Prosedur Menjalankan Kajian 207
3.5.3 Perancangan Kajian 208
3.5.4 Tatacara Pemerolehan Data 209
3.6 Tatacara Penganalisisan Data 211
3.6.1 Penganalisisan Data Kuantitatif 212
3.6.1.1 Statistik Deskriptif 212
3.6.2 Penganalisisan Data Kualitatif 214
3.6.2.1 Analisis Dapatan Temu bual 216
3.6.2.2 Analisis Dapatan Pemerhatian 218
3.6.2.3 Analisis Verifikasi Dokumen 219
3.6.2.4 Analisis Soalan Terbuka 219

xi

3.7 Paparan Data Kajian 221
3.8 Rumusan 222

BAB 4 DAPATAN KAJIAN 223
226
4.0 Pengenalan 226
230
4.1 Bahagian Pertama: Profil Teknousahawan
230
4.1.1 Demografi Peserta Kajian 231

4.2 Bahagian Kedua: Pemikiran Inovatif, Ciri-ciri dan 233
Kompetensi Teknokeusahawanan
235
4.2.1 Analisis Data Konstruk Pemikiran Inovatif
237
4.2.1.1 Analisis Kuantitatif Domain
Kemahiran Berfikir Kritis 239

4.2.1.2 Analisis Kualitatif Domain Kemahiran 242
Berfikir Kritis
247
4.2.1.3 Analisis Kuantitatif Domain 249
Kemahiran Menyelesai Masalah 252

4.2.1.4 Analisis Kualitatif Domain Kemahiran 253
Menyelesai Masalah 254

4.2.1.5 Analisis Kuantitatif Domain 255
Pemikiran Strategik
257
4.2.1.6 Analisis Kualitatif Domain Pemikiran 259
Strategik 261

4.2.1.7 Analisis Kuantitatif Domain Inovasi

4.2.1.8 Analisis Kualitatif Domain Inovasi

4.2.1.9 Analisis Data Soalan Terbuka
Yang Berkaitan dengan Konstruk
Pemikiran Inovatif

4.2.2 Analisis Data Konstruk Ciri-ciri Keusahawanan

4.2.2.1 Analisis Kuantitatif Domain
Mengambil Risiko yang Munasabah

4.2.2.2 Analisis Kualitatif Domain
Mengambil Risiko yang Munasabah

4.2.2.3 Analisis Kuantitatif Domain Motivasi

4.2.2.4 Analisis Kualitatif Domain Motivasi

4.2.2.5 Analisis Kuantitatif Domain
Mempunyai Matlamat

xii

4.2.2.6 Analisis Kualitatif Domain 263
Mempunyai Matlamat 264
266
4.2.2.7 Analisis Kuantitatif Domain 267
Kecekalan 268
271
4.2.2.8 Analisis Kualitatif Domain Kecekalan 273
274
4.2.2.9 Analisis Kuantitatif Domain
Komitmen Kerja 275
275
4.2.2.10 Analisis Kualitatif Domain Komitmen 277
Kerja 279
281
4.2.2.11 Analisis Kuantitatif Domain Suka 282
Kepada Pembaharuan 284
286
4.2.2.12 Analisis Kualitatif Domain Suka
Pembaharuan 290
292
4.2.2.13 Analisis Data Soalan Terbuka yang 295
Berkaitan dengan Konstruk Ciri-ciri 296
Keusahawanan

4.2.3 Analisis Data Konstruk Kompetensi
Keusahawanan

4.2.3.1 Analisis Kuantitatif Domain
Kompetensi Mencari Peluang

4.2.3.2 Analisis Kualitatif Domain
Kompetensi Mencari Peluang

4.2.3.3 Analisis Kuantitatif Domain
Kompetensi Membina Jaringan

4.2.3.4 Analisis Kualitatif Domain
Kompetensi Membina Jaringan

4.2.3.5 Analisis Kuantitatif Domain
Kompetensi Kepimpinan

4.2.3.6 Analisis Kualitatif Domain
Kompetensi Kepimpinan

4.2.3.7 Analisis Data Soalan Terbuka
yang Berkaitan dengan Domain

Kompetensi Kepimpinan

4.2.3.8 Analisis Kuantitatif Domain
Kompetensi Strategik

4.2.3.9 Analisis Kualitatif Domain
Kompetensi Strategik

4.2.3.10 Analisis Kuantitatif Domain
Kompetensi Komitmen

4.2.3.11 Analisis Kualitatif Domain
Kompetensi Komitmen

xiii

4.2.3.12 Analisis Kuantitatif Domain 299
Kompetensi Mencari Idea Baharu 301
304
4.2.3.13 Analisis Kualitatif Domain
Kompetensi Mencari Idea Baharu 305

4.2.3.14 Analisis Data Soalan Terbuka 307
yang berkaitan dengan Konstruk
307
Kompetensi Keusahawanan
308
4.2.4 Analisis Deskriptif Konstruk Pemikiran Inovatif, 309
Ciri-Ciri dan Kompetensi Teknokeusahawanan 310
IKS Bumiputera Lepasan Pusat Latihan 313
316
Kemahiran 319
321
4.3 Bahagian Ketiga: Latar Belakang Keluarga, Pendidikan,
Pengetahuan dan Sokongan yang Mempengaruhi 321
337
Pemikiran Inovatif 337
337
4.3.1 Analisis Data Latar Belakang Keluarga,
Pendidikan, Pengetahuan dan Sokongan
Teknousahawan Yang Mempengaruhi Pemikiran
Inovatif

4.3.2 Latar Belakang Keluarga dari Analisis Kuantitatif

4.3.3 Latar Belakang Keluarga dari Analisis Temu bual

4.3.4 Latar Belakang Pendidikan dari Analisis
Temu bual

4.3.5 Latar Belakang Pendidikan dari Data Verifikasi
Dokumen

4.3.6 Pengetahuan dan Sokongan dari Analisis
Kuantitatif

4.3.7 Pengetahuan dan Sokongan dari Analisis
Temu bual

4.4 Bahagian Keempat: Elemen-elemen yang Menyokong
Pemikiran Inovatif Pengetahuan dan Sokongan dari

Analisis Pemerhatian

4.4.1 Analisis Data Pemerhatian

4.5 Bahagian Kelima: Hubungan Pemikiran Inovatif,
Ciri-ciri dan Kompetensi Keusahawanan

4.5.1 Analisa Data Korelasi

4.5.2.1 Analisis Korelasi Pemikiran Inovatif
dan Ciri-Ciri Keusahawanan dalam
Kalangan Teknousahawan IKS
Bumiputera Lepasan Pusat Latihan
Kemahiran

xiv

4.5.2.2 Analisis Korelasi Pemikiran Inovatif 338
dan Kompetensi Keusahawanan
dalam Kalangan Teknousahawan IKS 339
Bumiputera Lepasan Pusat Latihan
340
Kemahiran 340

4.6 Bahagian Keenam: Elemen-elemen Kerangka Baharu 350
Pembangunan Pemikiran Inovatif Teknousahawan di
351
Malaysia 352
352
4.6.1 Analisis Elemen-elemen Kerangka Baharu 353
Pembangunan Pemikiran Inovatif Teknousahawan 355
357
4.6.1.1 Elemen-Elemen yang dicadangkan 359
Untuk Kerangka Baharu 361
Pembangunan Pemikiran Inovatif
Teknousahawan 364
365
4.7 Rumusan 367
368
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 369
370
5.0 Pengenalan 371
372
5.1 Perbincangan Dapatan Kajian

5.1.1 Pemikiran Inovatif Teknousahawan IKS
Bumiputera

5.1.1.1 Kemahiran Berfikir Kritis

5.1.1.2 Kemahiran Menyelesai Masalah

5.1.1.3 Pemikiran Strategik

5.1.1.4 Inovasi

5.1.1.5 Tema-Tema yang Muncul berdasarkan
Dapatan Kajian Mengenai Pemikiran
Inovatif

5.1.2 Ciri-ciri Teknokeusahawanan IKS Bumiputera

5.1.2.1 Mengambil Risiko yang Munasabah

5.1.2.2 Motivasi

5.1.2.3 Mempunyai Matlamat

5.1.2.4 Kecekalan

5.1.2.5 Komitmen Kerja

5.1.2.6 Suka Kepada Pembaharuan

5.1.2.7 Tema-Tema yang Muncul
Berdasarkan Dapatan Kajian
Mengenai Ciri-Ciri
Teknokeusahawanan

xv

5.1.3 Kompetensi Teknokeusahawanan IKS Bumiputera 376
377
5.1.3.1 Kompetensi Mencari Peluang 378
379
5.1.3.2 Kompetensi Membina Jaringan 381
383
5.1.3.3 Kompetensi Kepimpinan 384
385
5.1.3.4 Kompetensi Strategik
388
5.1.3.5 Kompetensi Komitmen
389
5.1.3.6 Kompetensi Mencari Idea Baharu 390
392
5.1.3.7 Tema-Tema yang Muncul 393
Berdasarkan Dapatan Kajian 394
Mengenai Kompetensi
Teknokeusahawanan 397
398
5.1.4 Pengaruh Latar Belakang Keluarga, Pendidikan, 399
Pengetahuan Teknikal dan Sokongan Terhadap 400
Pemikiran Inovatif Teknousahawan IKS
Bumiputera

5.1.4.1 Latar Belakang Keluarga Sebagai
Moderator

5.1.4.2 Latar Belakang Pendidikan Sebagai
Moderator

5.1.4.3 Pengetahuan Teknikal Sebagai
Moderator

5.1.4.4 Sokongan Dalaman dan Luaran
Sebagai Moderator

5.1.4.5 Tema-Tema yang Muncul
Berdasarkan Dapatan Kajian
Mengenai Latar Belakang Keluarga,
Pendidikan, Pengetahuan Teknikal dan
Sokongan Teknousahawan IKS
Bumiputera

5.1.5 Elemen-elemen yang Menyokong Pemikiran
Inovatif Teknousahawan

5.1.6 Hubungan di antara Ciri-ciri Teknokeusahawanan
dan Pemikiran Inovatif

5.1.7 Hubungan di antara Kompetensi
Teknokeusahawanan dan Pemikiran Inovatif

5.1.8 Elemen-Elemen Baharu Berdasarkan Data
Empirikal Kajian untuk Kerangka Pembangunan

Pemikiran Inovatif Teknousahawan di Malaysia

5.1.8.1 Personaliti Teknousahawan dan xvi
Kompetensi Teknousahawan
401
5.1.8.2 Sokongan Luaran dan Dalaman
407
5.1.8.3 Jaringan 411
416
5.1.8.4 Inkubator 426
430
5.2 Kesimpulan Kajian 431
439
5.3 Implikasi Kajian 451
456
5.3.1 Implikasi Teoritikal 465
467
5.3.2 Implikasi Praktikal 468
468
5.3.3 Implikasi kepada Kurikulum Keusahawanan 468

5.4 Sumbangan Kajian 469
509
5.5 Cadangan

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

5.7.1 Metodologi Kajian

5.7.2 Sampel Kajian

5.7.3 Analisa Kajian

RUJUKAN
LAMPIRAN

xvii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Muka Surat

1.1 Perbandingan Malaysia dengan Negara-Negara di Asia 4
Berdasarkan Rekabantuk Industri dan Paten

1.2 Pertumbuhan KDNK dan Sumbangan IKS mengikut 11
Aktiviti Ekonomi Utama

1.3 Aktiviti Keusahawanan di Pelbagai Peringkat di 12
Malaysia

2.1 Klasifikasi Industri Kecil Sederhana 52

2.2 Perbandingan Statistik Utama IKS di beberapa negara 53

2.3 Pertumbuhan Nilai Tambah IKS Berdasarkan Aktiviti 65
Ekonomi Utama, Perubahan Tahunan dalm Peratusan

(Harga Malar Tahun 2000)

2.4 Bilangan IKS Berdasarkan Negeri 66

2.5 Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat 68
Berhad (1970-2008)

2.6 Agensi Kerajaan Yang Terlibat dengan Pembentukan 81
dan Pembangunan Teknousahawan di Malaysia

2.7 Pusat Inkubator Teknousahawan Di Malaysia 82

2.8 Konsep dan Teknik yang berkaitan dengan Strategi 107

2.9 Inovasi: Perbandingan Trend Lama dan Baharu 118

2.10 Ciri-ciri keusahawanan 121

2.11 Ciri-ciri Sering Dikaitkan Dengan Usahawan 123

2.12 Ciri-ciri Usahawan Berjaya 124

2.13 Perbandingan di antara Usahawan Biasa dan 131
Teknousahawan

2.14 Enam Ciri-ciri Keusahawanan yang Dipilih Penyelidik 132

2.15 Definisi-definisi Kompetensi Keusahawanan xviii

2.16 Kompetensi Keusahawanan dalam Konteks Kajian ini 134
137
2.17 Perbezaan di antara Proses Keusahawanan dan 141
Teknousahawanan
158
2.18 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Individu Menjadi
Usahawan 189
189
3.1 Bilangan Item Profil Teknousahawan 190
201
3.2 Bilangan Item Soal Selidik
206
3.3 Konstruk Setiap Bahagian untuk Soal Selidik 213

3.4 Nilai Alpha Kajian Rintis Bagi Setiap Konstruk untuk 214
Instrumen Soal Selidik 228

3.5 Triangulasi Matriks 232
236
3.6 Interprestasi Skor Min Bagi Pemikiran Inovasi, Ciri-
ciri dan Kompetensi Teknokeusahawanan 241
248
3.7 Nilai Pekali Korelasi dan Kekuatan Hubungan 253

4.1 Demografi Teknousahawan IKS Lepasan Pusat 255
Latihan Kemahiran
258
4.2 Skor Min dan Sisihan Piawai Kemahiran Berfikir 262
265
4.3 Skor Min dan Sisihan Piawai Kemahiran Menyelesai
Masalah

4.4 Skor Min dan Sisihan Piawai Pemikiran Strategik

4.5 Skor Min dan Sisihan Piawai Inovasi

4.6 Keperluan Pengaplikasian Pemikiran Inovatif dalam
Pengurusan Perniagaan

4.7 Skor Min dan Sisihan Piawai Mengambil Risiko yang
Munasabah

4.8 Skor Min dan Sisihan Piawai Motivasi

4.9 Skor Min dan Sisihan Piawai Mempunyai Matlamat

4.10 Skor Min dan Sisihan Piawai Kecekalan

xix

4.11 Skor Min dan Sisihan Piawai Komitmen Mutu Kerja 268
yang Tinggi 272
274
4.12 Skor Min dan Sisihan Piawai Suka Kepada 277
Pembaharuan 280
284
4.13 Ciri-ciri Terpenting Seorang Teknousahawan 287
289
4.14 Skor Min dan Sisihan Piawai Kompetensi Mencari 290
Peluang 292
296
4.15 Skor Min dan Sisihan Piawai Kompetensi Membina 300
Jaringan 305
306
4.16 Skor Min dan Sisihan Piawai Kompetensi Kepimpinan
309
4.17 Keutamaan dalam Mengurus dan Mengendalikan 315
Syarikat 316
317
4.18 Usaha yang dilakukan Untuk Meningkatkan
Produktiviti Syarikat

4.19 Usaha yang dilakukan Untuk Melahirkan Pelapis
Teknousahawan

4.20 Skor Min dan Sisihan Piawai Kompetensi Strategik

4.21 Skor Min dan Sisihan Piawai Kompetensi Komitmen

4.22 Skor Min dan Sisihan Piawai Kompetensi Mencari
Idea Baharu

4.23 Kompetensi yang Perlu ada Pada Seorang
Teknousahawan

4.24 Analisis Nilai Purata Skor Min dan Sisihan Piawai
Konstruk Pemikiran Inovatif, Ciri-ciri dan Kompetensi
Teknousahawan

4.25 Keluarga yang Terlibat dengan Perniagaan

4.26 Verifikasi Dokumen yang dilakukan Terhadap Peserta
Kajian yang ditemu bual

4.27 Faktor Menceburi Bidang Teknousahawanan

4.28 Faktor Memilih Perniagaan Sekarang

4.29 Pengalaman Bekerja Teknousahawan xx

4.30 Khidmat Tunjuk Ajar dan Pementoran 318
318
4.31 Pementoran dan Tunjuk Ajar 319
327
4.32 Pemerhatian ke Atas Teknousahawan yang ditemu 336
bual 338
339
4.33 Elemen-elemen yang Dikenalpasti Menyokong 346
Pemikiran Inovatif Berdasarkan Pemerhatian
349
4.34 Hubungan antara Ciri-ciri Keusahawanan dan 460
Pemikiran Inovatif

4.35 Hubungan antara Kompetensi Keusahawanan dan
Pemikiran Inovatif

4.36 Strategi Pihak yang Berwajib Harus Lakukan untuk
Melahirkan atau Membentuk Teknousahawan yang
Berjaya

4.37 Keperluan Pusat Inkubator Khas untuk Melatih dan
Membentuk Bakal Teknousahawan

5.1 Elemen dalam Kerangka Konseptual Kajian Asal dan
Cadangan Kerangka Baharu Pembangunan
Teknousahawan

xxi

SENARAI RAJAH Muka Surat
No. Rajah 26
74
1.1 Kerangka Konseptual Kajian 90
2.1 Model Spin Offs 90
2.2 Model Kurikulum Pelajaran Aliran Vokasional 99
2.3 Model Kurikulum Kolej Vokasional 102
2.4 Model Penyelesaian Masalah Stenberg 104
2.5 Pemacu Pemikiran Strategik 106
2.6 Perbezaan Pemikiran dan Perancangan Strategik 109
2.7 Model Pemikiran Strategik 113
2.8 Model Rethinking 114
2.9 Proses Pemikiran Kritis 115
2.10 Input, Transformasi dan Output Inovasi 116
2.11 Pemboleh Ubah Inovasi 120
2.12 Klasifikasi Inovasi
2.13 Hubungan di antara Inovasi, Rekabentuk dan 136
137
Keusahawanan
2.14 Model Daya Saing IKS 145
2.15 Perkaitan di antara Ciri-ciri Keusahawanan, 146
155
Kompetensi Keusahawanan dan Prestasi Perniagaan 157
2.16 Model Tekad Keusahawanan
2.17 Model Pembangunan Usahawan Teknikal
2.18 Model Keusahawanan Teknologi
2.19 Model Pembangunan Keusahawanan Teknologi

2.20 Model Usahawan Melayu Alaf Baharu xxii
2.21 Kerangka Konsep Keusahawanan Bumiputera
2.22 Topologi Inkubator Perniagaan 159
2.23 Proses Pembangunan Perniagaan di Inkubator 160
2.24 Model Inkubator Perniagaan 164
3.1 Triangulasi Data Kuantitatif Dengan Kualitatif 164
3.2 Analisis Jenis Kerangka 167
3.3 Analisis Jenis Suntingan 203
5.1 Cadangan Kerangka Baharu Pembangunan 217
220
Teknousahawan Di Malaysia 461

xxiii

AFTA SENARAI SINGKATAN
AIM ASEAN Free Trade Area
CIDB Amanah Ikhtiar Malaysia
DEB Construction Industry Development Board
ETP Dasar Ekonomi Baharu
GEM Economic Transformation Programme
GLC Global Entrepreneurial Monitor
GTP Government Linked Company
HIP Goverment Transformation Programme
ICT High Impact Programme
IKBN Information Comunication Technology
IKM Institut Kemahiran Belia Negara
IKS Institut Kemahiran Mara
JPK Industri Kecil Sederhana
KDNK Jabatan Pembangunan Kemahiran
MARA Keluaran Dalam Negara Kasar
MATRADE Majlis Amanah Rakyat
MIDF Malaysia External Trade Development Corporation
MITI Malaysian Industrial Development Finance Berhad
MKM Ministry of International Trade and Industry
MOSTI Maktab Koperasi Malaysia
MPC Ministry of Science, Technology and Inovation
Malaysia Productivity Corporation

MSC xxiv
NGO
NOSS Malaysia Super Coriddor
PEMANDU Non Government Organization
PUNB National Occupational Skill Standard
RMK Performance Management and Delivery Unit
SME Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
SPED Rancangan Malaysia
TEKUN Small Medium Entrepreneur
UNESCO Skim Pembiayaan Ekonomi Desa
UNEVOC Tabung Kumpulan Usahawan Niaga
WIPO United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
United Nations Educational, Vocational Centre
World Intellectual Property Organization

xxv

SENARAI LAMPIRAN
A Instrumen Kajian
B Surat Pakar Instrumen
C Cadangan Istilah Teknousahawan (Dewan Bahasa dan Pustaka)
D Surat Permohonan Statistik Usahawan Bumiputera
E Surat Memohon Persetujuan Teknousahawan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan
Pembangunan teknousahawan merupakan isu semasa yang hangat diperkatakan bukan
sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat global. Di peringkat global pada
tahun 2000, UNESCO telah melancarkan Matlamat Pembangunan Milenium
(Millennium Development Goals) sebagai tindak balas kepada pelbagai cabaran dunia
kerana kemunculan alaf baharu tahun 2000 (McArthur, 2014). Matlamat ini berteraskan
lapan teras dan salah satu daripada matlamat tersebut adalah Perkongsian Global yang
memfokuskan kepada perkongsian pelbagai aspek seperti perdagangan, sistem
kewangan dan keusahawanan. Perkongsian global dari sudut keusahawanan adalah
perkongsian pelbagai maklumat berkaitan pembangunan, sistem, bantuan kewangan
dan peluang keusahawanan (United Nations, 2016). Selain itu, UNESCO juga telah

2

melancarkan satu gagasan yang dinamakan Matlamat Pembangunan Lestari
(Sustainable Development Goals) pada tahun 2015. Gagasan ini berteraskan 17
matlamat yang mana matlamat ke 9 iaitu membina infrastruktur berdaya tahan,
menggalakkan perindustrian inklusif dan mampan serta menggalakkan inovasi adalah
berkaitan dengan isu teknousahawan. Matlamat ke 9 ini adalah merupakan matlamat
yang menjurus kelestarian dari aspek keusahawanan. Matlamat ini boleh dicapai
melalui sokongan kewangan, teknologi, teknikal antarabangsa dan domestik,
penyelidikan, inovasi, akses kepada teknologi maklumat dan peningkatan komunikasi
dan jaringan global (United Nations, 2016). Di samping meningkatkan bilangan
usahawan di negara-negara membangun, UNESCO juga memfokuskan kepada
pembangunan belia dan teknokeusahawanan. Di persidangan maya UNESCO-
UNEVOC pada Oktober 2015, UNESCO melancarkan gagasan membina laluan yang
berdaya maju untuk golongan belia. Gagasan ini menyarankan peranan aktif institusi
pendidikan dan latihan vokasional dalam menggalakkan teknokeusahawanan dalam
kalangan belia. UNESCO melihat keusahawanan belia sebagai satu laluan yang berdaya
maju dan wajar dijadikan agenda nasional terutamanya di negara-negara membangun
(UNESCO, 2015). Pada tahun 2016 juga, UNESCO telah melancarkan strategi untuk
Technical and Vocational Education and Training 2016-2021 (UNESCO, 2016).

Intipati strategi ini adalah memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu
meningkatkan kemahiran dan keusahawanan, menggalakkan ekuiti dan kesaksamaan
jantina dan memudahkan peralihan kepada ekonomi hijau dan masyarakat yang
mampan. Gagasan-gagasan UNESCO ini memberikan satu lonjakan kepada inovasi
dan membuka peluang-peluang baharu dalam keusahawanan. Di Malaysia pula, pada
bajet negara tahun 2011, Perdana Menteri Malaysia juga telah mengumumkan gagasan

3

baharu untuk Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Gagasan ini
dilakukan untuk mengerakkan negara seiring dengan wawasan 2020 yang akan
menjelang tiba beberapa tahun lagi. Untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi
seperti Singapura, Jepun dan Korea banyak perkara yang perlu dilakukan di antaranya
ialah merancakkan sektor keusahawanan sama ada yang berskala besar mahu pun
berskala sederhana dan kecil. Negara berpendapatan tinggi seperti Jepun, Singapura
dan Korea merupakan negara maju yang tidak mempunyai hasil bumi tetapi kekurangan
tersebut dapat diimbangi dengan kerancakan sektor keusahawanan di negara tersebut
(Janain, 2008). Jadual 1.1 menunjukkan perbandingan antara Malaysia dengan negara-
negara berpendapatan tinggi seperti Jepun, Singapura dan Korea dari suduk rekabentuk
perindustrian dan paten berasaskan teknologi (teknokeusahawanan).

Jadual 1.1 jelas menunjukkan bahawa teknousahawan telah merancakkan
industri di negara maju seperti Jepun, Singapura dan Korea dengan cara meningkatkan
rekabentuk perindustrian dan paten seterusnya menjadi antara negara maju Asia
mendahului Malaysia. Di samping itu juga, Malaysia pada tahun 2015 mengalami
penurunan yang begitu ketara dalam rekabentuk peindustrian dan paten berasaskan
teknologi berbanding tahun 2014. Untuk meningkatkan ekonomi negara sesuatu perlu
dilakukan untuk memperkasakan teknokeusahawanan tempatan seperti negara-negara
Jepun, Korea dan Singapura.

4

Jadual 1.1

Perbandingan Malaysia dengan Negara-Negara Maju di Asia Berdasarkan
Rekabentuk Industri dan Paten

2011 2012 2013 2014 2015

Negara Rekabentuk
Perindustrian
Paten
Rekabentuk
Perindustrian
Paten
Rekabentuk
Perindustrian
Paten
Rekabentuk
Perindustrian
Paten
Rekabentuk
Perindustrian
Paten

Jepun 72,509 475,051 73,715 490,271 71,043 473,141 70,167 465,971 66,106 454,285

Korea 70,845 187,747 83,618 203,836 85,730 223,527 87,482 230,553 98,016 238,015

Singapura 2,136 4,572 1,819 4,884 2,824 5,471 3,333 5,927 2,636 6,137

Malaysia 1,285 1,948 1,308 1,975 1,035 2,299 1,135 2,661 876 2,293

Sumber: WIPO (2016)

Peranan yang dimainkan oleh sektor keusahawanan di negara berpendapatan
tinggi seperti Jepun, Singapura dan Korea sangat kompetatif bukan sahaja menjana
ekonominya malah lebih dari itu ianya telah dapat mengembelengkan usaha ke arah
melahirkan modal insan berinovasi (WIPO, 2016). Namun sektor keusahawanan di
Malaysia kurang menyerlah jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara pada tahun
2009 (Jabatan Perangkaan Negara, 2009), peratusan usahawan di Malaysia agak kecil
iaitu tidak melebihi 26 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja dalam tempoh
25 tahun, peratusan usahawanan ini juga didapati menunjukkan berlaku penurunan
daripada 25.1 peratus pada tahun 1982 kepada 20.9 peratus pada 2008. Kadar
penyertaan penduduk sebagai usahawan yang rendah secara tidak langsung
menggambarkan penduduk di Malaysia kurang berminat untuk menyertai bidang
keusahawanan dan lebih cenderung untuk bekerja ‘makan gaji’ di sektor kerajaan atau

5

swasta. Untuk mengatasi permasalahan tersebut, kerajaan melalui Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang telah diperkenalkan pada tahun 1970, berusaha untuk
membangunkan usahawan-usahawan terutamanya usahawan Bumiputera melalui
program-program yang dijalankan dan bantuan keusahawanan yang disalurkan melalui
agensi-agensi kerajaan seperti Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN), Majlis
Amanah Rakyat (MARA), UDA Holdings Bhd, Bank Pembangunan, SME Bank,
Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Bank Rakyat, Jabatan Pembangunan Koperasi
(JPK), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan Syarikat Pembangunan Ekonomi
Negeri (SEDCs) (Che Mohd Zulkifli & Nurdiana, 2015). Namun keberkesanan
program keusahawanan yang dijalankan oleh agensi-agensi tersebut diragui kerana
menurut laporan antarabangsa Global Entrepreneurs Monitor (GEM) pada tahun 2015
di Malaysia hanya 3 peratus usahawan yang baharu berjaya dihasilkan (Niels et al.,
2016).

Di Malaysia, bilangan graduan yang bergraduasi dari universiti awam serta
swasta saban tahun yang memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya adalah rendah
walaupun telah diberi pendedahan awal di peringkat universiti menerusi pelbagai
program keusahawanan sama ada dari segi kurikulum dan kokurikulum (Abdullah
Azhar et al., 2010; Norfadhilah & Halimah, 2010; Nor Aishah (2013). Berdasarkan
Laporan Statistik Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi 2014,
trend pilihan sektor pekerjaan pada tahun 2014 (254,120 graduan 2014) menunjukkan
10.6 peratus sahaja daripada graduan memilih usahawan sebagai kerjaya manakala
majoriti memilih untuk bekerja di sektor swasta tempatan 44.5 peratus, kerajaan atau
badan berkanun 20.6 peratus, swasta multinational 17.70 peratus, syarikat GLC atau
NGO dan lain-lain 6.6 peratus (Suhaila et al., 2015). Di samping itu, hasrat negara untuk

6

mencapai status negara maju pada tahun 2020, memerlukan sekitar 300,000 pekerja
mahir pelbagai bidang (JPK, 2012). Namun oleh kerana kelembapan eknonomi yang
melanda negara pada ketika ini, maka telah menyebabkan peningkatan kadar statistik
pengangguran negara dari 3.4 peratus pada Disember 2015 meningkat kepada 3.5
peratus Julai 2016 (Jabatan Perangkaan Negara, 2016).

Habshah et al. (2012) pula menyatakan hanya 13.1 peratus dari 61 orang
graduan sarjana muda keusahawanan memulakan perniagaan sendiri dalam tempoh
enam bulan selepas tamat pengajian. Untuk mengatasi permasalahan ini, sektor
keusahawanan perlu dirancakkan dengan suntikan yang seiring dengan perkembangan
teknologi semasa (inovasi). Menurut Abdullah Azhar et al. (2010), aktiviti-aktiviti
keusahawanan dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk diisi oleh masyarakat
seterusnya mengurangkan kadar pengangguran. Tidak dapat disangsikan bahawa
keusahawanan memainkan peranan yang amat kritikal dalam ekonomi dunia di mana
keusahawanan merupakan daya penggerak kepada pertumbuhan ekonomi dan mencipta
peluang pekerjaan (Mohd Hafeez Al-Amin, 2013). Oleh itu, kajian berkaitan
pembangunan teknokeusahawanan perlu dilakukan untuk melihat elemen-elemen yang
perlu diterapkan dalam program latihan teknousahawan kerana untuk menjadi negara
maju, teknokeusahawanan haruslah diperkukuhkan agar setanding dengan negara-
negara maju yang lain.

7

1.1 Latar Belakang Kajian

Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk mengalak dan menarik golongan
Bumiputera menyertai dan menceburi bidang keusahawanan (Yahya, 2014) . Kerajaan
telah merangka dan melaksanakan pelbagai dasar serta program dan menyediakan
kemudahan infrastruktur untuk memudahkan laluan usahawan Bumiputera ke dunia
perniagaan, menanam semangat keusahawanan dan mendidik usahawan berpotensi
melalui pendidikan dan latihan serta memberi sokongan dalam bentuk kewangan dan
bukan kewangan. Namun demikian, penekanan yang serius terhadap pembangunan
kemahiran usahawan di semua peringkat pendidikan dan latihan untuk membantu
mewujudkan masyarakat usahawan perlu dimantapkan (Norasmah et al., 2012 & Syed
Zamberi, 2013).

Menurut Ketua Pegawai Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dari
tahun 2000 hingga 2005 sebanyak 13 peratus daripada usahawan Bumiputera gagal
dalam perniagaan. Sebanyak 65 peratus gagal disebabkan disiplin dan integriti yang
lemah manakala 35 peratus gagal kerana masalah perniagaan yang diceburi (Aida
Rahayu, 2010). Pada tahun 2005, sebanyak 107 daripada 1040 usahawan Bumiputera
lahir daripada skim PUNB yang diperkenalkan sejak tahun 2000 didapati gagal dalam
perniagaan mereka (Aida Rahayu, 2010). Aida Rahayu (2010) menyatakan 90 peratus
usaha perlu datang daripada diri usahawan itu sendiri manakala institusi hanya
membantu 10 peratus sahaja. Oleh yang demikian, seharusnya usahawan itu perlu
mempunyai pemikiran yang inovatif, ciri-ciri usahawan yang berjaya, mempunyai
daya saing dan berdaya tahan. Seorang usahawan yang berjaya haruslah sentiasa
mencari perubahan serta bertindakbalas terhadapnya dan mengeksploitasinya sebagai

8

satu peluang keusahawanan (Drucker, 1999). Tetapi apa yang berlaku kepada usahawan
Bumiputera, mereka terlalu lesu dan beku serta pemikiran inovatif yang rendah untuk
bersaing dengan usahawan bukan Bumiputera (Khairunnisa et al., 2013). Menurut
Khairunnisa et al. (2013), masyarakat Bumiputera sering dianggap tersisih dan jauh
ketinggalan di belakang dalam semua aspek berbanding dengan golongan lain. Oleh
itu, golongan Bumiputera kini perlu mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan
dan transformasi yang drastik dari semua aspek khususnya dari segi pemikiran inovatif
dan mentaliti untuk menceburi bidang keusahawanan bagi meningkatkan kekuatan dan
kemantapan ekonomi untuk bersaing secara sihat dengan kaum lain dan tidak terus
ketinggalan dalam perjalanan negara menuju negara berpendapatan tinggi.

Dalam ekonomi yang semakin mencabar, peningkatan daya saing dan daya
tahan merupakan matlamat utama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Kesepuluh
dan Kesebelas. Dalam ketiga-tiga Rancangan Malaysia ini (RMK9, RMK10 &
RMK11) agenda utama kerajaan adalah memartabatkan usahawan Bumiputera melalui
pembangunan IKS Bumiputera yang berdaya saing dan berdaya tahan, yang dilengkapi
dengan keupayaan dan inovasi yang mantap, serta kemahiran pengurusan dan
perniagaan di samping memperkenalkan beberapa strategi seperti bantuan pembiayan,
latihan keusahawanan serta galakan pemasaran di dalam dan di luar negara menerusi
agensi-agensi kerajaan seperti SME Bank, MARA dan MITI (Muhamad Asri &
Zaimah, 2012). Namun demikian, sikap kebergantungan usahawan Bumiputera kepada
bantuan kerajaan, menyalahgunakan kekayaan yang diperolehi, sikap suka bermewah-
mewah, tidak menggunakan keuntungan perniagaan untuk menambahkan aset
perniagaan atau menyimpan keuntungan perniagaan untuk masa depan perniagaan
sehingga mengakibatkan ada di antara usahawan Bumiputera tersebut terpaksa ’gulung

9

tikar’ apabila berlakunya kemelesetan ekonomi global pada tahun 1997-1998 (Buerah
& Hussin, 2014). Masalah sikap ini menjadikan usahawan Bumiputera tidak berdaya
saing dan tiada daya tahan. Sikap ini juga tidak boleh diubati dengan hanya memberi
bantuan dan sokongan tetapi memerlukan satu program yang bersepadu antara bantuan,
sokongan dan juga pembentukan jadi diri seorang usahawan Bumiputera. Umar Haiyat
et al. (2010) menyatakan faktor yang mempengaruhi kelestarian teknousahawan
Bumiputera di Malaysia termasuk kemahiran seorang usahawan, pengalaman,
pengetahuan, motivasi, dan latar belakang keluarga.

Dalam Rancangan Malaysia (RMK9, RMK10 & RMK11) ini juga kerajaan
berhasrat untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor perkilangan dan
berusaha melahirkan teknousahawan Bumiputera melalui kerjasama dengan institusi
penyelidikan dan perusahaan berasaskan teknologi yang lebih besar. Usaha ini
bertujuan untuk memupuk dan mewujudkan masyarakat usahawan Bumiputera yang
inovatif, yang terlibat dalam pembangunan teknologi yang berpotensi untuk
dikomersialkan serta menghasilkan kekayaan. Tetapi berdasarkan kepada tahap inovasi
dalam kalangan 60 buah negara yang menyertai Global Entrepreneurship Monitor
(GEM) pada tahun 2015, Malaysia berada pada kedudukan 58 daripada 60 buah negara
berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Filipina (15), Thailand (42),
Indonesia (46) dan Vietnam (50) (Kelley et al., 2016). Tahap inovasi ini diukur
berdasarkan inovasi produk yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat berada di negara
terlibat. Laporan GEM 2015 ini menunjukkan bahawa tahap pemikiran inovatif
usahawan-usahawan di Malaysia adalah rendah. Oleh yang demikian, kerajaan harus
melakukan sesuatu untuk meningkatkan tahap pemikiran inovatif dalam kalangan
usahawan agar menjadi teknousahawan khususnya dalam kalangan Bumiputera agar

10

mampu menghasilkan produk atau menyajikan perkhidmatan yang mampu bersaing di
peringkat global. Usaha kerajaan untuk memperkasakan IKS dalam tiga siri Rancangan
Malaysia tersebut agar dapat meningkatkan penglibatan golongan Bumiputera dalam
sektor IKS. Di samping itu, Muhamad Asri dan Zaimah (2012) mendapati bahawa IKS
merupakan penggerak kepada perkembangan ekonomi. Namun demikian, hasrat
kerajaan untuk memperkasakan IKS gagal mencapai matlamatnya berbanding dengan
kos yang dikeluarkan untuk pembangunan keusahawanan (Sufian, 2006).

Pertumbuhan KDNK IKS mengikut aktiviti ekonomi utama (SME, 2016)
menunjukkan hanya sedikit peningkatan. Sumbangan IKS kepada KDNK keseluruhan
mengikut aktiviti ekonomi utama juga hanya mengalami peningkatan yang sedikit. Di
samping itu juga, jurang produktiviti antara IKS dan firma besar adalah tinggi secara
relatifnya kerana produktiviti pekerja IKS adalah 3.3 peratus lebih rendah berbanding
produktiviti firma besar, kemerosotan produktiviti IKS berbanding firma besar seperti
sektor perkhidmatan (5.6 peratus), sektor pertanian (2.2 peratus) dan sektor pembinaan
(1.2 peratus) sementara sektor pembuatan kekal tidak berubah (1.2 peratus) (SME,
2016). Jadual 1.2 menunjukkan pertumbuhan KDNK IKS di antara tahun 2011
sehingga tahun 2015 menunjukkan kesemua sektor mengalami penyusutan kecuali
sektor pembinaan. Dalam sektor pembinaan berlaku meningkat dari 4.4 peratus pada
tahun 2011 meningkat ke 7.6 peratus pada tahun 2015. Manakala jumlah keseluruhan
KDNK IKS 2015 juga mengalami penurunan kepada 6.1 peratus pada 2015 berbanding
7.3 peratus pada tahun 2011.

11

Jadual 1.2
Pertumbuhan KDNK dan Sumbangan IKS mengikut Aktiviti Ekonomi Utama

2011 2012 2013 2014 2015

Aktiviti Pertumbuhan KDNK
Ekonomi Utama IKS

Sumbangan IKS
kepada KDNK
Pertumbuhan KDNK

IKS
Sumbangan IKS
kepada KDNK
Pertumbuhan KDNK

IKS
Sumbangan IKS
kepada KDNK
Pertumbuhan KDNK

IKS
Sumbangan IKS
kepada KDNK
Pertumbuhan KDNK

IKS
Sumbangan IKS
kepada KDNK

Pertanian 6.6 4.3 1.3 4.1 2.3 4.0 17.3 4.5 2.0 4.3

Perlombongan 7.3 0.05 14.5 0.1 8.1 0.1 182.8 0.1 8.9 0.2

pembinaan 4.4 0.9 16.6 1.0 14.0 1.1 97.8 2.0 7.6 2.1

Pembuatan 7.8 7.4 6.2 7.4 5.0 7.5 10.9 7.8 6.0 7.9

Perkhidmatan 7.1 19.9 6.2 20.0 7.2 20.5 8.7 21.1 6.6 21.4

Jumlah KDNK IKS 7.3 32.8 6.0 33.0 6.4 33.5 13.5 35.9 6.1 36.3

Sumber: SME (2016)

Menurut Laporan Tahunan IKS 205/2016, isu ini adalah serius terutamanya
dalam sektor perkhidmatan kerana kebanyakan IKS adalah dalam aktiviti nilai
ditambah IKS yang rendah terutamanya dalam subsektor perdagangan pengedaran,
makanan dan minuman serta penginapan berbanding aktiviti perkhidmatan perniagaan
dan kewangan (SME, 2016). Jadual 1.3 menunjukkan aktiviti keusahawanan di
pelbagai peringkat di Malaysia yang dilaporkan oleh Global Entrepreneurship Monitor
2015/2016. Berdasarkan Jadual 1.3, semua aktiviti keusahawanan di pelbagai
peringkat di Malaysia pada tahun 2015/2016 mengalami penurunan berbanding tahun
2011 kecuali kadar pemilikan perniagaan kekal 5 peratus. Ini menunjukkan kadar
perkembangan keusahawanan di Malaysia pada ketika ini mengalami penguncupan
walau pun pelbagai usaha dan program telah dijalankan oleh kerajaan.

12

Jadual 1.3
Aktiviti Keusahawanan di Pelbagai Peringkat di Malaysia

Aktiviti
Keusahawanan
Kadar keusahawanan peringkat
permulaan
Kadar pemilikan perniagaan baharu
Aktiviti keusahawanan Tahap Awal
(Total Early-stage entrepreneurial activity
- TEA)
Kadar pemilikan perniagaan yang
sudah ditubuhkan
Perniagaan yang tidak diteruskan
Dipacu keperluan (% TEA)
Peluang dipacu Penambahbaikan (%
TEA)

2011 3 3 5 5 3 10 72

2012 3 4 7 7 2 13 61

2013 2 5 7 6 2 18 65

2014 1 5 6 8 2 18 64

2015/2016 1 2 3 5 1 14 67

Sumber: SME (2016)

Berdasarkan statistik pertumbuhan KDNK IKS yang mengalami penguncupan
ini menunjukkan perkembangan keusahawanan mengalami kemerosotan (SME, 2016).
Pihak-pihak yang berkepentingan haruslah melakukan sesuatu untuk mengatasi dan
memperbaiki kelemahan yang wujud. Dalam sektor teknousahawan pula, masalah yang
sering dihadapi oleh kebanyakan teknousahawan di beberapa negara adalah masalah
modal pusingan pada peringkat awal perniagaan (Lerner, 2010). Masalah ini berlaku
kerana kos untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan adalah tinggi di
samping kos penyelidikan dan pembangunan produk atau perkhidmatan juga tinggi
(Musibau & Kamariah, 2013). Menurut Mason (2010), Mason dan Brown (2011) serta
Mason dan Pierrakis (2011), hasil pulangan jualan produk atau perkhidmatan yang

13

lambat dan tidak konsisten juga menyumbang kepada masalah modal pusingan. Oleh
itu, teknousahawan seharusnya memiliki pemikiran inovatif yang mampu untuk
mengatasi kekangan ini (Mason, 2010; Mason & Brown, 2011; Mason & Pierrakis,
2011).

Di Malaysia pula, Edwin (2008) menyatakan akses pasaran bagi teknousahawan
tempatan untuk mendapatkan tawaran dan kontrak adalah satu cabaran yang besar.
Ketika ini, 80 peratus daripada teknousahawan tempatan berada pada peringkat awal
pembangunan, tetapi ramai daripada mereka tidak mampu mengembangkan perniagaan
kerana kekurangan dana (Edwin, 2008). Melihat kepada beberapa kelemahan dan
cabaran teknousahawan di Malaysia, satu kajian yang menyeluruh perlu dilakukan
untuk mengenalpasti elemen-elemen yang perlu disuntik untuk meningkatkan
perkembangan keusahawanan khususnya teknokeusahawanan.

1.2 Pernyataan Masalah

Semenjak kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970
rentetan daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969 kerana ketidakseimbangan di antara
kumpulan etnik, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program pembangunan
usahawan Bumiputera antaranya ialah program keusahawanan di bawah kelolaan
MARA (Ratnam, 1998). Selain daripada pelbagai program pembangunan usahawan,
kerajaan juga menyediakan pakej bantuan modal untuk disalurkan kepada bakal
usahawan dan juga usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. Tetapi
sering diperkatakan penglibatan Bumiputera dalam keusahawanan secara

14

keseluruhannya masih lagi berada pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan
kaum bukan Bumiputera (Norasmah & Halimah, 2007). Kaum Bumiputera dilihat
lemah dan jauh ketinggalan dari segi penyertaannya dalam aktiviti ekonomi, iaitu dari
segi pemilikan equiti dan dari segi pekerjaan (Humam, 1992 & Wan Liz Othman,
2000). Namun dalam tempoh 30 tahun pelaksanaan DEB, hasrat kerajaan tidak tercapai
sepenuhnya berdasarkan kepada petunjuk pemilikan ekuiti dalam sektor korporat hanya
20.6 peratus, ini berlaku kerana pegangan ekuiti tersebut tertumpu kepada sebilangan
kecil Bumiputera yang terlibat dengan sektor korporat dan keusahawanan sahaja
(Norasmah & Halimah, 2007). Untuk mengatasinya, keterlibatan Bumiputera dalam
sektor korporat dan keusahawanan haruslah dipertingkatkan. Dalam RMK-10 lima
inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera telah dirangka
oleh kerajaan yang seperti meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui
penginstitusian dan menambah baik program pembangunan kemahiran dan
keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.

Menurut Rahmah (2006), walaupun bilangan Bumiputera yang terlibat dalam
sektor perdagangan dan perindustrian ini semakin meningkat, namun penglibatan
mereka masih lagi rendah dan terhad kepada sektor yang kurang berpotensi serta
beroperasi pada saiz yang kecil. Halangan utama yang dihadapi oleh para usahawan
ialah kekurangan modal dan kemahiran keusahawanan yang rendah. Di samping
masalah kekurangan modal dan kemahiran keusahawanan yang rendah, usahawan juga
gagal apabila terlalu fokus terhadap masalah dan mudah puas hati terhadap kejayaan
yang diperolehi, menyebabkan mereka tidak dapat membangunkan diri dan bersaing
dalam perniagaan Rahmah et al. (2006). Oleh itu, golongan usahawan Bumiputera kini
perlu mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan dan transformasi yang drastik

15

dari semua aspek khususnya dari segi pemikiran inovatif dan mentaliti untuk menceburi
bidang keusahawanan bagi meningkatkan kekuatan dan kemantapan ekonomi untuk
bersaing secara sihat dengan bangsa lain dan tidak terus ketinggalan dalam perjalanan
negara menuju negara berpendapatan tinggi (Suhaila et al., 2014). Pada masa yang sama
beberapa penyelidik mendapati beberapa faktor yang menyebabkan usahawan
Bumiputera kurang berjaya iaitu kelemahan individu (tahap pemikiran inovatif rendah),
masalah modal dan pasaran serta pengurusan (Abd. Aziz & Ab. Latif, 1977; Mohd.
Fauzi 1978; Humam 1992; Badrul Hisham 1995; Mohd. Amir 1990; Norfadzilah 2003).
Raduan et al. (2006) menyatakan antara faktor penting yang mempengaruhi kejayaan
usahawan Bumiputera adalah ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki. Kegagalan
membentuk ciri-ciri keusahawanan yang jitu dalam diri usahawan Bumiputera menjadi
faktor kelemahan yang ketara (Mohd. Nasir, 2006). Menurut Mohd. Nasir (2006),
persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah memerlukan tahap pemilikan ciri-ciri
keusahawanan dan kompetensi keusahawanan yang tinggi dalam kalangan usahawan
bumiputera.

Kajian-kajian lepas (Radiah et al. 2007; Visser et al. 2005; Beugelsdijk &
Noorderhaven 2005; Mastura et al. 2004; Littunen & Storhammar 2000 & Gadenne
1999) jelas menunjukkan prestasi sesuatu perusahaan mempunyai hubungan yang
positif dengan ciri-ciri keusahawanan dan kompetensi keusahawanan. Namun
usahawan Bumiputera dilihat kurang berdaya saing dan berdaya maju (Mohd. Nasir,
2006) serta tidak berani mengambil risiko (Haron & Mohamed Dahlan, 2004). Rosman
dan Mohd. Rosli (2011) menyatakan bahawa kelemahan dalam amalan pengurusan
(kompetensi keusahawanan) juga dikaitkan dengan faktor sikap usahawan Melayu yang
kurang inovatif. Pemikiran inovatif dalam kalangan usahawan merupakan teras kepada

16

pembangunan keusahawanan berdasarkan Teori Pembangunan oleh Schumpeter (1934)
yang masih signifikan dalam pembangunan ekonomi sehingga kini. Dalam dunia
keusahawanan, pemikiran inovatif bagi usahawan IKS untuk lebih kompetatif dan
menghasilkan tahap prestasi yang lebih tinggi (Shu-Fang at el., 2011). Seiring dengan
hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju pelbagai usaha dilakukan untuk
memperkasakan keusahawanan yang berasaskan teknologi (teknousahawan) seperti
program teknokeusahawanan MARA, namun demikian pendedahan ini hanya
bertujuan menyemai teori perniagaan dan nilai keusahawanan yang baik dalam
kalangan pelatih untuk melahirkan usahawanan berpengetahuan dan berkebolehan dari
aspek teknologi tetapi kurang berkesan untuk meningkatkan pemikiran inovatif
teknousahawan (Norhasni Zainal Abidin & Bukryman Sabri, 2009).

Di samping itu, Sufian (2006) menyatakan pembangunan teknousahawan di
Malaysia tidak selaras dan berlaku pembaziran sumber kerana dilaksanakan oleh
pelbagai kementerian, agensi dan kurikulum yang berbeza menyebabkan usaha untuk
meningkatkan pemikiran inovatif dalam kalangan teknousahawan gagal. Di samping
itu juga, program yang dijalankan tidak memfokuskan kepada kemahiran teknikal,
perniagaan dan pemikiran inovatif yang merupakan teras teknokeusahawanan (Sufian,
2006). Justeru itu, untuk membangunkan teknousahawan perlu ada satu kerangka
pembangunan yang bersepadu antara kemahiran teknikal, kemahiran keusahawanan
dan elemen jati diri di samping pemikiran inovatif. Dalam ekonomi Malaysia,
teknousahawan memainkan peranan sama seperti usahawan biasa. Malah,
teknousahawan lebih terbeban kerana mereka menggunakan teknologi tinggi dan
pemikiran inovatif dalam mewujudkan dan meningkatkan produk, perkhidmatan serta
proses pengeluaran (Mohd Abdullah & Hazianti, 2006). Oleh itu, pembangunan

17

teknousahawan memerlukan perhatian dan program khas yang lebih fokus. Syed
Zamberi (2009) pula menyatakan majoriti teknousahawan di Malaysia adalah
usahawan IKS yang terlibat dengan industri pembuatan. Dengan merujuk kepada
Laporan SME 2016, pertumbuhan KDNK IKS bagi industri pembuatan telah
mengalami penurunan 1.4 peratus pada tahun 2015 berbanding pada tahun 2011 (SME,
2016). Penurunan pertumbuhan KDNK IKS bagi industri pembuatan memberi kesan
kepada penurunan jumlah KDNK IKS dari 7.3 peratus pada tahun 2011 kepada 6.1
peratus pada tahun 2015. Ini menunjukkan sektor industri pembuatan di Malaysia
mengalami penurunan dan memerlukan suntikan dari segi pemikiran inovatif agar
pengusaha mampu melakukan inovasi terhadap produk yang dihasilkan seterusnya
meningkatkan daya saing dipasaran (Chin, 2010).

Menurut Lee dan Lee (2007), di Malaysia syarikat bersaiz kecil dan baharu lebih
cenderung berinovasi berbanding yang lama. Ini mungkin disebabkan kemungkinan
syarikat baharu perlu cepat meningkatkan daya saing mereka di pasaran terbuka. Di
samping itu, Lee dan Lee (2007) juga menyatakan syarikat bersaiz kecil lebih
berinovatif berbanding yang sederhana kerana firma kecil memiliki pekerja yang lebih
selektif untuk berinovatif. Ini menunjukkan bahawa inovasi di IKS bergantung kepada
faktor persaingan dan pekerja. Dalam kalangan Bumiputera pula, penglibatan mereka
dalam bidang teknokeusahawanan adalah rendah berbanding dengan bukan Bumiputera
iaitu 40.6 peratus sahaja berbanding 59.4 peratus teknousahawan bukan Bumiputera
(Chin, 2010). Menurut Chin (2010), bilangan penglibatan Bumiputera dalam sektor
teknokeusahawanan menunjukkan bahawa pemikiran inovatif mereka lebih rendah
berbanding teknousahawan bukan Bumiputera. Oleh itu, adalah kritikal kajian terhadap
teknousahawan Bumiputera dilakukan untuk mengenalpasti elemen-elemen yang boleh

18

melonjakkan pemikiran inovatif teknousahawan Bumiputera di semua peringkat sama
ada industri kecil mahu pun sederhana setanding dengan teknousahawan bukan
Bumiputera.

1.3 Tujuan dan Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran inovatif, ciri-ciri dan
kompetensi dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan
kemahiran dan mencadangkan kerangka yang sesuai untuk pembangunan pemikiran
inovatif dalam kalangan teknousahawan Bumiputera. Berdasarkan kepada pernyataan
masalah yang dinyatakan, objektif kajian adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti pemikiran inovatif dalam kalangan teknousahawan IKS
Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran.

ii. Mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS
Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran.

iii. Mengenal pasti kompetensi keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS
Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran.

iv. Mengenalpasti pengaruh latar belakang keluarga, latar belakang pendidikan,
pengetahuan dan sokongan terhadap pemikiran inovatif teknousahawan IKS
Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran.

19
v. Mengenalpasti elemen-elemen yang menyokong pemikiran inovatif

teknousahawan dari analisis pemerhatian.

vi. Mengenalpasti hubungan di antara ciri-ciri keusahawanan dengan pemikiran
inovatif teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran.

vii. Mengenalpasti hubungan di antara kompetensi keusahawanan dengan
pemikiran inovatif teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan
kemahiran.

viii. Mencadangkan elemen-elemen baharu berdasarkan dapatan empirikal kajian
untuk kerangka pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan di Malaysia.

1.4 Persoalan Kajian

Untuk memberi penumpuan penuh ke atas tujuan penyelidikan ini, objektif-objektif di
atas dinyatakan dalam bentuk persoalan seperti di bawah:

i. Apakah pemikiran inovatif dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera
lepasan pusat latihan kemahiran?

ii. Apakah ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS
Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran?

20

iii. Apakah kompetensi keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS
Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran?

iv. Adakah latar belakang keluarga, pendidikan, pengetahuan dan sokongan
mempengaruhi pemikiran inovatif teknousahawan IKS Bumiputera lepasan
pusat latihan kemahiran?

v. Apakah elemen-elemen yang menyokong pemikiran inovatif teknousahawan
dari analisis pemerhatian?

vi. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri-ciri keusahawanan dan
pemikiran inovatif dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan
pusat latihan kemahiran?

vii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara kompetensi keusahawanan
dan pemikiran inovatif dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan
pusat latihan kemahiran?

viii. Apakah elemen-elemen baharu berdasarkan dapatan empirikal kajian untuk
kerangka pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan di Malaysia?

21

1.5 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual kajian merupakan idea asas tentang apa yang hendak dikaji dan
menjadi panduan dalam penyelidikan ini. Kerangka konseptual perlu mengandungi idea
asas yang dikaji, pembolehubah yang terlibat dan sampel kajian. Dalam bahagian ini,
penyelidik menjelaskan kerangka konseptual kajian yang telah dibentuk bagi
memastikan objektif kajian dapat dicapai berpandukan pelbagai teori dan model.

Kerangka konseptual kajian ini terdiri daripada pembolehubah tidak bersandar,
pembolehubah bersandar dan pembolehubah moderator yang diadaptasi daripada
beberapa teori dan model keusahawanan seperti yang dikemukakan oleh McClelland
dan McBer (1985), Moore (1986), Edward (1991), Man (2001), Man et al. (2002),
Mankani (2003), Bygrave (2004), Wheeler (2006), Prodan (2007), Ab. Aziz (2010),
Chiew et al. (2011), Willie et al. (2011), Weiss dan Legrand (2011), Kuratko et al.,
2012), Wattanasupachoke (2012) dan Katarzyna (2014).

Teori-teori keusahawanan yang digunakan dalam kajian ini adalah teori Moore
(1986), Mankani (2003), Ab. Aziz (2010), Chiew et al. (2011), Wattanasupachoke
(2012) dan Katarzyna (2014) menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengenalpasti
pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi teknokeusahawanan IKS Bumiputera
lepasan pusat latihan kemahiran. Moore (1986) mengutarakan teori proses
keusahawanan yang memfokuskan kepada fasa dalam proses keusahawanan. Menurut
Moore (1986), terdapat beberapa fasa dalam proses keusahawanan yang
mempengaruhi tingkahlaku usahawan. Fasa tersebut terdiri daripada fasa inovasi,
perlaksanaan, dan pembesaran. Fasa inovasi berlaku apabila seseorang usahawan

22

menjana idea baharu tentang produk atau perkhidmatan. Pertukaran sesuatu idea baharu
kepada kegiatan perniagaan dikenali sebagai fasa pelaksanaan. Manakala fasa terakhir
iaitu pembesaran melibatkan para pelabur yang terlibat akan mengkaji dan menyelidik
potensi barangan baharu yang akan dikeluarkan untuk tujuan memperkembangkan
perniagaan. Faktor kejayaan sesuatu barangan yang baharu bergantung pada
kebijaksanaan usahawan menggabungkan sumber manusia dan kewangan yang
dimiliki.

Mankani (2003) pula menyatakan antara ciri-ciri teknousahawan yang jelas
adalah suka kepada pembaharuan. Menurut Ab. Aziz (2010), ciri-ciri teknousahawan
yang dimiliki oleh seseorang usahawan menjadi penentu kejayaan, bersemangat kental
dan bersedia untuk berhadapan dengan cabaran serta kegagalan. Chiew et al. (2011)
menyatakan bahawa ciri-ciri keusahawanan yang unik membezakan usahawan dengan
orang lain dan menjadikan mereka berkemampuan untuk melaksanakan tugas-tugas
keusahawanan dengan berkesan. Manakala Wattanasupachoke (2012) pula menyatakan
pemikiran inovatif penting untuk merangsang minda usahawan ‘berfikir di luar kotak’
seterusnya menyumbang kepada inovasi dalam organisasi dan perlu digabungkan
dengan kompetensi keusahawanan yang lain untuk menyediakan rangka kerja,
mewujudkan visi serta idea baharu. Kepentingan ciri-ciri dan kompetensi
teknokeusahawan dalam meningkatkan pemikiran inovatif teknousahawan tidak dapat
disangkal lagi berdasarkan teori yang diutarakan oleh Katarzyna (2014). Menurut
Katarzyna (2014), ciri-ciri dan kompetensi teknokeusahawanan mempengaruhi
pemikiran inovatif usahawan untuk meningkatkan daya saing syarikat dan mencari
peluang-peluang perniagaan yang baharu.

23

Dalam kajian ini, pemboleh ubah tidak bersandar terdiri daripada konstruk ciri-ciri dan
kompetensi teknokeusahawanan. Dimensi-dimensi yang terkandung dalam ciri-ciri
teknokeusahawanan adalah adaptasi daripada Model McClelland dan McBer (1985)
serta model keusahawanan teknologi (Prodan, 2007). Menurut McClelland dan McBer
(1985), kejayaan seseorang usahawan bergantung kepada ciri-ciri keusahawanan yang
mereka miliki dan faktor motivasi yang membawa kepada prestasi membanggakan.
McClelland dan McBer (1985) telah menyenaraikan 13 elemen yang penting kepada
usahawan iaitu: inisiatif, merebut peluang, kegigihan, mencari maklumat, komitmen
terhadap kualiti kerja dan kontrak, orientasi kecekalan, perancangan sistematik,
menyelesai masalah, keyakinan diri, ketegasan, keupayaan mempengaruhi serta
pengunaan strategi pengaruh. Prodan (2007) dalam model keusahawanan teknologi
menyatakan bahawa teknousahawan menceburi bidang perniagaan berasaskan
teknologi kerana mereka memiliki pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri
teknokeusahawanan yang membezakan dengan individu yang lain. Berdasarkan model-
model McClelland dan McBer (1985) dan model keusahawanan teknologi (Prodan,
2007) maka dimensi-dimensi ciri-ciri teknokeusahawanan seperti mengambil risiko
yang munasabah, motivasi, mempunyai matlamat, kecekalan, komitmen mutu kerja
yang tinggi dan suka kepada pembaharuan telah dikenalpasti.

Manakala dimensi-dimensi kompetensi teknokeusahawanan pula adalah
adaptasi daripada model daya saing IKS (Man et al., 2002). Man et al. (2002) melalui
model daya saing IKS menjelaskan kompetensi teknokeusahawanan mempunyai tiga
peranan penting dalam mewujudkan daya saing syarikat iaitu: (i) membentuk skop
persaingan, (ii) mewujudkan keupayaan organisasi, dan (iii) menetapkan matlamat
serta mengambil tindakan. Model daya saing IKS (Man et al., 2002) menyatakan


Click to View FlipBook Version