217
peserta. Menurut Mohd. Saleh (1992), penyemakan data adalah penting bagi
memastikan tidak berlaku kesilapan dan dapat menjamin kebolehpercayaan hasil
dapatan kajian. Crabtree dan Miller (1992) mengemukakan dua jenis analisis kualitatif
iaitu jenis kerangka dan suntingan. Kedua-dua jenis analisis ini menggunakan prinsip
asas yang sama tetapi berbeza dari segi pengekodan dan cara intepretasi dibuat.
Dalam analisis kualitatif jenis kerangka, penyelidik menyediakan kerangka, kod atau
tema lebih awal sebelum analisis terperinci dilakukan. Manakala dalam analisis jenis
suntingan kod, kategori atau tema muncul setelah analisis terhadap data kualitatif
dibuat. Untuk menganalisis data temu bual kajian ini, penyelidik menggunakan
pendekatan jenis kerangka. Berdasarkan kepada pendekatan jenis ini, penyelidik
menyediakan kerangka, kod, dan tema lebih awal sebelum analisis terperinci dibuat
terhadap transkrip temu bual. Analisis temu bual menggunakan pendekatan ini dipilih
kerana ia bersifat terbuka, boleh disemak semula, penjanaan tema, pola serta
perkaitannya bersifat interpretif iaitu dengan memberi makna kepada teks yang dibaca
(Noraini, 2010). Proses analisis jenis kerangka digambarkan seperti dalam Rajah 3.2.
Kerangka
Laporan TRANSKRIP TEMU BUAL
Kenal pasti unit atau konstruk
Semak kategori/tema
Kenal pasti perkaitan
Sahkan
Rajah 3.2. Analisis Jenis Kerangka (Crabtree & Miller, 1992)
218
Analisis yang dilakukan dengan membaca serta memahami transkrip temu bual
peserta kajian dan merekodkan dalam jadual yang dibina menggunakan Microsoft
Office Excel 2011. Proses seterusnya adalah mengenal pasti unit atau konstruk,
mengenal pasti perkaitan dengan teori serta model subjek yang dikaji dan pengesahan.
Pengesahan dilakukan dengan membandingkan dapatan analisis akhir dengan
transkrip peserta kajian bagi memastikan tema-tema yang muncul sesuai dan menepati
maksud disampaikan oleh peserta kajian. Sekiranya terdapat tema yang tidak termasuk
dalam mana-mana unit atau konstruk dan kategori maka ianya adalah dapatan baharu
dalam kajian ini. Semua dapatan data temu bual (kualitatif) digabungkan dengan
dapatan kuantitatif dalam setiap persoalan kajian yang berkenaan. Langkah ini adalah
seperti yang disarankan oleh Gall et al. (2003) yang mana dapatan kuantitatif
diperlengkap, diperjelas dan diperkukuhkan menerusi sumber data kualitatif seperti
soalan terbuka, temu bual, pemerhatian mahu pun verifikasi dokumen.
3.6.2.2 Analisis Dapatan Pemerhatian
Data-data pemerhatian yang dikumpulkan dalam bentuk senarai semak. Untuk proses
menganalisis data pemerhatian ini, beberapa langkah dilakukan iaitu menyemak hasil
pemerhatian seperti pengendalian permis, pengurusan akaun, pengurusan pekerja,
jaringan, inovasi yang dilakukan, anugerah keusahawanan dan komunikasi dalam
syarikat. Hasil pemerhatian tersebut dipaparkan dalam bentuk kekerapan dan
peratusan. Untuk kesahan data, analisis yang telah dilakukan disemak semula oleh
peserta kajian bagi memastikan setiap maklumat yang diperolehi adalah tepat.
Dapatan pemerhatian ini ditriangulasikan dengan dapatan profil teknousahawan, temu
219
bual dan soalan terbuka sebagai kesahan data. Menurut Othman (2014), pemerhatian
yang dijalankan bersama dengan temu bual dan verifikasi dokumen boleh digabung
serta ditriangulasi untuk menjelaskan dapatan dengan lebih mendalam untuk
meningkatkan kesahan.
3.6.2.3 Analisis Verifikasi Dokumen
Penganalisisan data verifikasi dokumen direkodkan dalam borang yang disediakan
oleh penyelidik. Verifikasi dokumen ini adalah bertujuan mengenal pasti kewujudan
dokumen seperti sijil akademik, sijil kemahiran, sijil keusahawanan, sijil kursus
peningkatan, lesen perniagaan, sijil penghargaan atau anugerah yang berkaitan dengan
kejayaan dalam perniagaan. Verifikasi dokumen adalah merupakan triangulasi kepada
data-data yang diperolehi melalui profil teknousahawan sebagai kesahan data. Othman
(2006) menyatakan verifikasi dokuman penting sebagai triangulasi bersama temu
bual, pemerhatian serta data dapatan lain untuk menjelaskan maklumat yang
diperolehi dengan lebih mendalam serta meningkatkan kesahan.
3.6.2.4 Analisis Soalan Terbuka
Dalam kajian ini analisis soalan terbuka diperoleh daripada soal selidik yang terdiri
daripada lapan soalan. Analisis soalan terbuka ini menggunakan pendekatan jenis
suntingan (Crabtree & Miller, 1992). Rajah 3.3 menunjukkan analisis jenis
penyuntingan yang digunakan dalam kajian ini.
220
Laporan Penyuntingan
JAWAPAN SOALAN TERBUKA
Kenal pasti unit atau konstruk
Bina kategori/tema
Kenal pasti perkaitan
Sahkan
Rajah 3.3. Analisis Jenis Suntingan (Crabtree & Miller, 1992)
Melalui pendekatan ini, analisis dimulakan membaca transkrip jawaban
peserta kajian dan merekodkannya dalam jadual yang dibina dalam Microsoft office
Excel 2011 untuk mendapatkan data mentah. Data-data ini kemudiannya dikenalpasti
unit atau konstruk untuk tujuan mengkodkannya serta membina kategori secara
manual dan disusun mengikut tema yang khusus. Setelah itu, data-data tersebut akan
dikenalpasti perkaitan dari sudut teori atau model berkaitan dengan subjek yang dikaji
berdasarkan literatur kajian dan pengesahan.
Pengesahan dilakukan dengan membuat perbandingan dapatan analisis akhir
dan jawapan soalan terbuka peserta kajian untuk memastikan tema-tema yang muncul
sesuai dan menepati maksud yang hendak disampaikan oleh peserta kajian. Tema-
tema yang terhasil disusun, dianalisis secara kes demi kes dan seterusnya dihitung
frekuensi bagi setiap tema dan menentukan peratusannya. Menurut Weber (1990),
bagi membuat inferensi yang sah daripada teks, prosedur klasifikasi haruslah
221
konsisten supaya orang lain boleh memberi kod yang sama kepada teks tersebut.
Dapatan soalan terbuka ini untuk digunakan untuk menyokong dan mengukuhkan
lagi dapatan kajian data kuantitatif dan juga dapatan temu bual.
3.7 Paparan Data Kajian
Dapatan data kajian ini terdiri daripada: (i) data kuantitatif dan (ii) data kualitatif.
Data-data kuantitatif dan data-data kualitatif yang diperolehi dipersembahkan dalam
dua keadaan iaitu; data kuantitatif dipaparkan dalam bentuk statistik seperti min dan
sisihan piawai manakala data kualitatif yang terdiri daripada dapatan temu bual,
pemerhatian, verifikasi dokumen dan soalan terbuka pula dipaparkan dalam bentuk
tema-tema, naratif, jadual dan senarai semak untuk menggambarkan keseluruhan
fenomena yang dikaji berdasarkan kepada tema yang muncul. Dapatan kualitatif
dilaporkan dalam bentuk naratif. Menurut Jennifer (2002), data kualitatif adalah data
yang berbentuk kata-kata, bukan dalam bentuk angka maka ia harus dipaparkan dalam
bentuk naratif dan tema-tema.
Di dalam kajian ini, nama sebenar peserta kajian dirahsiakan dan hanya
diwakili dengan kod TU1 hingga TU32 seperti contoh: TU1, TU2, TU3, TU4, TU5,
TU6, dan TU32. Subtema-subtema yang muncul dalam kajian ini dimasukkan dalam
bentuk ciri-ciri yang dipaparkan dalam bentuk jadual. Pernyataan-pernyataan setiap
peserta kajian dikodkan seperti berikut: TU1:TB16 yang mana kod TU1 mewakili
Teknousahawan satu, kod TB adalah singkatan daripada perkatan temu bual dan angka
16 adalah merujuk kepada nombor item temu bual.
222
3.8 Rumusan
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti pemikiran inovatif, ciri-ciri dan
kompetensi keusahawanan seterusnya mencadangkan elemen-elemen yang sesuai
untuk diterapkan dalam kerangka baharu pembangunan teknousahawan. Bab ini telah
memperincikan mengenai metodologi kajian. Perincian metodologi termasuk
pendekatan serta rekabentuk kajian kes, persampelan, prosedur pengumpulan data,
kajian rintis, kesahan data, prosedur penganalisisan dan paparan data. Kajian
dijalankan secara pendekatan kuantitatif dan kualitatif ini menggunakan pelbagai
instrumen penyelidikan seperti soal selidik, temu bual, pemerhatian, verifikasi
dokumen dan soalan terbuka. Penggunaan pelbagai instrumen kajian ini bertujuan
untuk mengekploitasi pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi keusahawanan
teknousahawan IKS Bumiputera.
Di samping bertujuan untuk mengekploitasi pelbagai maklumat, penggunaan
pelbagai instrumen juga bertujuan sebagai triangulasi dalam kajian ini untuk
meningkatkan kesahan kajian. Pemilihan peserta kajian pula adalah persampelan
nonprobabiliti iaitu teknik bola salji dan persampelan bertujuan. Dapatan kajian ini
terdiri daripada dapatan kuantitatif dan kualitatif. Bagi data kajian kuantitatif, analisis
berkisar kepada min, sisihan piawai dan peratusan manakala data kajian kualitatif pula
analisis memfokuskan kepada tema-tema yang muncul hasil temubual, pemerhatian,
verifikasi dokumen dan juga soalan terbuka.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan
Bab ini mengemukakan dapatan kajian setelah kesemua data yang diperolehi
dikumpulkan dan dianalisis menggunakan tata cara atau kaedah seperti yang telah
dinyatakan dalam bab 3. Perbincangan dalam bab ini terbahagi enam bahagian utama
iaitu: (i) profil teknousahawan, (ii) pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi
keusahawanan, (iii) latar belakang keluarga, pendidikan, pengetahuan dan sokongan
yang mempengaruhi pemikiran inovatif, (iv) elemen-elemen yang menyokong
pemikiran inovatif, (v) hubungan pemikiran inovatif dengan ciri-ciri dan kompetensi
keusahawanan, dan (vi) elemen-elemen kerangka baharu pembangunan pemikiran
inovatif teknousahawan di Malaysia.
224
Perbincangan bahagian pertama adalah tertumpu kepada demografi teknousahawan
IKS Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran seperti jantina, umur, latar belakang
pendidikan akademik, latar belakang latihan vokasional, latihan keusahawanan,
pengalaman bekerja, jenis pemilikan perniagaan, kategori bidang teknokeusahawanan
berdasarkan industri, tempoh menjalankan perniagaan dan sumber modal kewangan
perniagaan.
Pada perbincangan di bahagian kedua, tumpuan adalah kepada dapatan
konstruk pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi keusahawanan teknousahawan
IKS Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran yang terdiri daripada analisis
dapatan kuantitatif dan dapatan kualitatif. Dapatan kuantitatif bahagian ini
dikemukakan dalam bentuk min dan sisihan piawai manakala dapatan kualitatif
dikemukakan dalam bentuk tema-tema yang muncul, petikan temu bual
teknousahawan IKS dan juga analisis soalan terbuka. Konstruk pemikiran inovatif
terdiri daripada domain-domain kemahiran berfikir kritis, kemahiran menyelesai
masalah, pemikiran strategik dan inovasi. Manakala dapatan konstruk ciri-ciri
teknokeusahawanan terdiri daripada domain-domain mengambil risiko yang
munasabah, motivasi, mempunyai matlamat, kecekalan, komitmen mutu kerja yang
tinggi dan suka kepada pembaharuan. Konstruk kompetensi teknokeusahawanan pula
terdiri daripada domain-domain kompetensi peluang, kompetensi hubungan,
kompetensi kepimpinan, kompetensi strategik, kompetensi komitmen dan kompetensi
mencari idea baharu. Perbincangan yang menumpukan kepada konstruk pemikiran
inovatif, ciri-ciri dan kompetensi teknokeusahawanan adalah untuk menjawab
persoalan kajian pertama, kedua dan ketiga.
225
Manakala perbincangan bahagian ketiga, memperihalkan tentang hasil dapatan
analisis latar belakang keluarga, pendidikan, pengetahuan dan sokongan yang
mempengaruhi pemikiran inovatif teknousahawan. Bahagian ini mengemukakan
dapatan data yang diperolehi melalui temu bual, verifikasi dokumen dan soalan
terbuka. Perbincangan di bahagian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian
keempat. Perbincangan seterusnya adalah bahagian keempat yang mengutarakan
dapatan pemerhatian untuk mengenalpasti elemen-elemen yang menyokong
pemikiran inovatif teknousahawan. Perbincangan di bahagian keempat ini adalah
untuk menjawab persoalan kajian kelima.
Di bahagian kelima pula perbincangan memfokuskan kepada dapatan analisis
statistik inferensi untuk melihat hubungan ciri-ciri dan kompetensi
teknokeusahawanan dengan pemikiran inovatif. Hasil perbincangan bahagian kelima
ini adalah untuk menjawab persoalan kajian keenam dan ketujuh. Akhir sekali adalah
perbincangan bahagian keenam yang mengemukakan elemen-elemen baharu untuk
kerangka pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan di Malaysia berdasarkan
data empirikal dari kajian ini. Bahagian ini digunakan untuk menjawab persoalan
kajian kelapan iaitu: Apakah elemen-elemen baharu berdasarkan dapatan empirikal
kajian untuk kerangka baharu pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan di
Malaysia?
226
4.1 Bahagian Pertama: Profil Teknousahawan
Bahagian yang pertama dalam bab ini menganalisis data demografi usahawan
teknologi yang diperolehi melalui instrumen profil teknousahawan. Demografi
tersebut terdiri daripada aspek latar belakang peribadi, latar belakang keluarga, latar
belakang pendidikan, latihan keusahawanan, pengalaman bekerja, latar belakang
perniagaan, pengetahuan dan sokongan. Setelah dianalisis, dapatan tersebut akan
digunakan sebagai triangulasi dengan dapatan dari sumber yang lain seperti temu bual
dan verifikasi dokumen untuk menjawab persoalan kajian keempat.
4.1.1 Demografi Peserta Kajian
Demografi peserta kajian yang dibincangkan di ruangan ini adalah hasil dapatan soal
selidik profil teknousahawan yang terdiri daripada latar belakang peribadi, latar
belakang keluarga, latar belakang pendidikan, latihan keusahawanan, pengalaman
bekerja, latar belakang perniagaan, pengetahuan dan sokongan. Jadual 4.1
menunjukkan demografi teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan
kemahiran. Majoriti teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran
terdiri daripada lelaki 96.1% (31 orang) dan hanya seorang peserta kajian adalah
perempuan. Dari segi umur, bilangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat
latihan kemahiran yang teramai adalah berumur di antara 38 hingga 47 tahun iaitu
46.9% (15 orang), manakala individu yang dikaji berumur di antara 48 hingga 57
tahun adalah 25% (8 orang), usahawan tekno yang berumur di antara 28 hingga 37
tahun adalah sebanyak 15.6% (5 orang) manakala mereka yang berumur di antara 18
227
hingga 27 tahun adalah seramai 6.3% (2 orang) dan selebihnya berumur 58 tahun ke
atas iaitu 6.3% (2 orang). Kebanyakan teknousahawan yang dikaji memiliki tahap
akademik hanya di peringkat SPM iaitu 40.6% (13 orang), di peringkat sijil pula
adalah 31.1% (10 orang), manakala di peringkat diploma sebanyak 18.8% (6 orang)
dan hanya dua orang sahaja (6.3%) yang memiliki pendidikan di peringkat ijazah
sarjana muda.
Dari sudut latihan vokasional, majoriti teknousahawan IKS Bumiputera yang
dikaji iaitu seramai 20 orang (62.5%) mendapat latihan vokasional semasa di sekolah
menengah vokasional. Selain dari itu terdapat peserta kajian yang mendapat latihan
vokasional dari IKBN iaitu 9.4% (3 orang) dan lain-lain pusat latihan kemahiran 9.4%
(3 orang). Selebihnya pula mendapat latihan vokasional dari GIATMARA atau IKM
iaitu dua orang (6.3%), ILP juga seramai dua orang (6.3%) dan seorang (3.1%) dari
Kolej Komuniti. Terdapat seorang teknousahawan (3.1%) tidak pernah mendapat
latihan vokasional secara formal. Daripada keseluruhan kumpulan usahawan yang
dikaji, 56.3% (18 orang) pernah mengikuti latihan keusahawanan manakala 43.8%
(14 orang) tidak pernah mengikuti latihan keusahawanan. Dari segi pengalaman
bekerja, 30 responden (93.8%) pernah bekerja dan hanya dua orang (6.3%) sahaja
tidak pernah bekerja. Pemilikan syarikat memaparkan sebanyak 78.1% (25 orang)
teknousahawan yang dikaji merupakan pemilik tunggal dan 21.9% (7 orang)
merupakan pemilik syarikat perkongsian. Berdasarkan kategori industri, majoriti
peserta kajian terlibat dalam perniagaan berasaskan perkhidmatan 78.1% (25 orang)
dan hanya 21.9% (7 orang) terlibat dengan perniagaan berasaskan pembuatan.
228
Dari aspek tempoh menjalankan perniagaan, kebanyakan peserta terlibat menjalankan
perniagaan antara 11 hingga 15 tahun iaitu 37.5% (12 orang), manakala 28.1% (9
orang) telah menjalankan perniagaan antara 6 hingga 10 tahun. Terdapat juga antara
yang telah menjalankan perniagaan dalam tempoh antara 16 hingga 20 tahun iaitu
seramai tujuh orang (21.9%). Selebihnya telah berkecimpung dalam perniagaan antara
setahun hingga lima tahun iaitu 3 orang (9.4%) dan hanya seorang yang terlibat
dengan perniagaan selama tempoh antara 21 hingga 25 tahun. Dari segi modal
perniagaan dalam kajian ini daripada beberapa sumber seperti 65.6% (21 orang)
menggunakan modal sendiri, 25% (8 orang) mendapat modal permulaan daripada
pinjaman bank dan 9.4% (3 orang) mendapat modal permulaan daripada pinjaman
dengan saudara mara atau keluarga.
Jadual 4.1
Demografi Teknousahawan IKS Lepasan Pusat Latihan Kemahiran
Demografi Kekerapan (f) Peratus (%)
Jantina Lelaki 31 96.1
Umur Perempuan 1 3.1
2 6.3
18-27 Tahun 5 15.6
15 46.9
28-37 Tahun 8 25
6.3
38-47 Tahun 2 40.6
13 3.1
48-57 Tahun 1 31.1
10 18.8
Latar belakang 58 Tahun ke atas 6 6.3
Pendidikan Akademik SPM/SPVM/SPMV 2 (bersambung)
STPM
Sijil
Diploma
Ijazah Sarjana Muda
229
Jadual 4.1 (sambungan)
Demografi Kekerapan (f) Peratus (%)
1 3.1
Latar Belakang Tidak Pernah 20 62.5
Latihan Vokasional Sekolah Vokasional 2 6.3
2 6.3
GIATMARA / IKM 3 9.4
1 3.1
ILP 3 9.4
14 43.8
IKBN 18 56.3
2 6.3
Kolej Komuniti 30 93.8
Lain-lain 25 78.1
7 21.9
Latihan Keusahawanan Tidak Pernah Mengikuti 25 78.1
7 21.9
Pernah Mengikuti 3 9.4
9 28.1
Pengalaman Bekerja Tidak Pernah Bekerja 12 37.5
Sebelum Menceburi Pernah Bekerja 7 21.9
Perniagaan
1 3.1
Jenis Pemilikan Milikan Persendirian 21 65.6
Perniagaan Perkongsian 8 25
Kategori Industri Perkhidmatan 3 9.4
Tempoh Perniagaan Pembuatan
1 – 5 Tahun
Sumber Modal 6 – 10 Tahun
Perniagaan 11 – 15 Tahun
16 – 20 Tahun
21 – 25 Tahun
Modal Sendiri
Pinjaman Bank
Pinjaman Saudara Mara/
Keluarga
230
4.2 Bahagian Kedua: Pemikiran Inovatif, Ciri-ciri dan Kompetensi
Teknokeusahawanan
Bahagian kedua adalah analisis data yang melibatkan aspek-aspek berikut iaitu
pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi keusahawanan. Setiap daripada analisis
tersebut akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian pertama (pemikiran
inovatif), persoalan kedua (ciri-ciri keusahawanan) dan persoalan ketiga (kompetensi
keusahawanan).
4.2.1 Analisis Data Konstruk Pemikiran Inovatif
Persoalan Kajian Pertama:
Apakah pemikiran inovatif dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan
pusat latihan kemahiran?
Pada bahagian ini, analisis disusun mengikut persoalan kajian yang memfokuskan
kepada konstruk pemikiran inovatif dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera.
Analisis data ini terdiri daripada analisis deskriptif (kuantitatif) dan analisis temu bual
(kualitatif). Analisis deskriptif adalah menggunakan min dan sisihan piawai bagi
memperjelaskan data kuantitatif yang diperolehi melalui soal selidik. Konstruk
pemikiran inovatif terdiri daripada empat domain iaitu: (i) kemahiran berfikir kritis,
(ii) kemahiran menyelesai masalah, (iii) pemikiran strategik, dan (iv) inovasi.
Manakala analisis kualitatif pula dianalisis berdasarkan tema-tema utama yang
muncul berkaitan dengan pemikiran inovatif. Dapatan kualitatif diperolehi melalui
temu bual yang dilakukan bersama-sama dengan sembilan orang peserta kajian. Hasil
231
analisis deskriptif dan kualitatif ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang
pertama iaitu: Apakah pemikiran inovatif dalam kalangan teknousahawan IKS
Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran?
4.2.1.1 Analisis Kuantitatif Domain Kemahiran Berfikir kritis
Analisis deskriptif skor min dan sisihan piawai yang pertama bagi konstruk pemikiran
inovatif adalah domain kemahiran berfikir kritis. Hasil analisis deskriptif bagi domain
ini dinyatakan dalam bentuk min dan sisihan piawai dan ditunjukkan seperti dalam
Jadual 4.2. Berdasarkan kepada nilai purata skor min dan sisihan piawai (min=4.55,
S.P=0.47) menunjukkan bahawa responden percaya mereka memiliki kemahiran
berfikir kritis sebagai sebahagian daripada konstruk pemikiran inovatif penting
kepada teknousahawan yang berjaya. Hasil analisis dapatan bagi item pertama
usahawan tekno mengakui (min=4.44, S.P=0.50) mereka berminat dengan pendapat
orang lain sebagai salah satu pencetus idea.
Item kedua, kumpulan usahawan teknologi yang dikaji sangat berkebolehan
(min=4.75, S.P=0.44) mengaplikasikan kemahiran berfikir kritis untuk mencari
peluang baharu dalam perniagaan. Seterusnya item ketiga, usahawan tekno sangat
percaya (min=4.75, S.P=0.51) bahawa mereka berkemahiran menjana idea baharu.
Dalam item keempat, teknousahawan mengakui (min=4.78, S.P=0.49) bahawa
mereka mengumpul maklumat sokongan untuk idea-idea baharu. Dari aspek
mengurus maklumat, usahawan tekno sangat yakin (min=4.91, S.P=0.30) bahawa
mereka berkebolehan membuat, mentafsir serta menilai data, dan mengumpul
232
maklumat (item kelima). Namun demikian dalam item keenam, usahawan tekno
hanya sekadar bersetuju (min=3.69, S.P=0.59) bahawa mereka berkemahiran untuk
membanding serta membeza, meringkas, membuat keputusan, menganalisis dan
membuat inferens. Dari hasil kajian, didapati kesemua nilai sisihan piawai yang
diperolehi adalah rendah. Ini menunjukkan terdapat keseragaman dalam jawapan yang
diberikan oleh responden.
Jadual 4.2 Min S.P
4.44 0.50
Skor Min dan Sisihan Piawai Kemahiran Berfikir Kritis
4.75 0.44
Item Pernyataan 4.75 0.51
1 Saya berminat dengan pendapat orang lain sebagai salah 4.78 0.49
satu pencetus idea. 4.91 0.30
3.69 0.59
2 Saya mengaplikasikan kemahiran berfikir kritis untuk mencari
peluang baharu dalam perniagaan 4.55 0.47
3 Saya berkemahiran menjana idea baharu.
4 Saya mengumpul maklumat sokongan untuk idea-idea
saya.
5 Saya berkebolehan mentafsir dan menilai data, idea
serta maklumat.
6 Saya berkemahiran membanding dan membeza,
meringkaskan, membuat keputusan, menganalisis dan
membuat inferens.
Jumlah Purata Min
233
4.2.1.2 Analisis Kualitatif Domain Kemahiran Berfikir Kritis
Selain daripada dapatan kuantitatif, terdapat juga dapatan kualitatif (temu bual) yang
turut memperjelaskan tentang domain kemahiran berfikir kritis. Dari aspek dapatan
kualitatif ini, peserta kajian yang ditemu bual seramai sembilan orang telah
menyatakan bahawa mereka memerlukan rangsangan luar untuk memacu minda
berfikir kritis apabila kebuntuan idea. Rangsangan luar yang dimaksudkan adalah
seperti menenangkan fikiran, menjana idea (brainstorming) melalui perbincangan,
menggunakan pengalaman lepas, mengaplikasikan amalan spirituality, membaca
buku dan melayari internet. Menurut penyelidik yang terdahulu, kemahiran berfikir
kritis ditakrifkan satu kemahiran memproses atau mengerak minda untuk mencapai
tujuan tertentu. Ianya boleh dirumuskan sebagai kecekapan menggunakan akal
menjalankan proses pemikiran.
Dalam analisis di bahagian ini, petikan-petikan temu bual yang utarakan
adalah merupakan beberapa contoh temu bual yang dilakukan terhadap kumpulan
usahawan teknologi yang dikaji. Temu bual pertama adalah bersama peserta kajian
TU1. Beliau merupakan teknousahawan yang menceburi bidang perniagaan berkaitan
dengan pemasangan sistem audio video secara custom made mempunyai latar
belakang pendidikan teknikal di peringkat sekolah dan diploma dalam bidang elektrik
dari UITM. Usahawan tekno TU1 pernah menceburi bidang pembinaan dan terlibat
dengan pembangunan Putrajaya sebelum beralih kepada bidang audio dan video.
Dalam temu bual tersebut, usahawan TU1 menyatakan apabila kebuntuan idea, beliau
memerlukan rangsangan yang memacu minda untuk berfikir kritis menggunakan
pelbagai kaedah seperti menenangkan fikiran, menjana idea (brainstorming) melalui
234
perbincangan, mengimbas kaedah penyelesaian masalah yang lalu dan melakukan
ibadat seperti sembahyang sunat hajat, tasbih, membaca Al-Quran serta tawakal
kepada Allah S.W.T. Daripada temu bual bersama dengan peserta kajian TU1 ini,
muncul tema-tema seperti menenangkan fikiran, menjana idea (brainstorming)
melalui perbincangan, mnggunakan pengalaman lepas, dan mengaplikasikan amalan
spirituality. Tema-tema yang muncul dalam temu bual tersebut merupakan elemen-
elemen yang membantu merangsang minda beliau untuk berfikir kritis. Individu yang
dikaji (TU1) menjelaskan perkara tersebut seperti berikut:
“Apabila buntu idea saya akan relaks sebentar dan cari rakan-rakan
dipercayai untuk berbincang permasalahan, cari kaedah penyelesaian melalui
pengalaman yang lepas yang ada persamaan, buat sembahyang sunat hajat
atau tasbih, membaca Al-Quran, berdoa dan tawakkal“ (TU1:TB11)
Terdapat juga individu usahawan tekno yang menggunakan internet dan
melakukan pembacaan sebagai rangsangan minda untuk berfikir kritis apabila
kebuntuan idea seperti temu bual yang dilakukan bersama individu TU6. Beliau
mempunyai latar belakang sebagai mekanik kenderaan berat selama 10 tahun dan
telah menjalankan perniagaan sendiri selama 12 tahun. Temu bual yang dilakukan
bersama dengan responden TU6, muncul tema-tema seperti menggunakan internet
dan membaca buku. Menggunakan internet dan membaca buku adalah elemen yang
kritikal untuk merangsang minda peserta kajian TU6 untuk berfikir kritis mencari
jalan penyelesaian apabila menghadapi kebuntuan idea. Usahawan TU6 telah
memberikan pandangannya berasaskan perkara tersebut seperti berikut:
235
“Apabila menghadapi kebuntuan idea, saya akan mencari-cari di internet
dan membaca” (TU6:TB11)
4.2.1.3 Analisis Kuantitatif Domain Kemahiran Menyelesai Masalah
Analisis deskriptif yang berikutnya adalah analisis domain kemahiran menyelesai
masalah. Kemahiran menyelesai masalah merupakan suatu proses yang menggunakan
minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau
masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara, pertimbangan dan
keputusan serta refleksi yang logikal. Untuk menganalisis dapatan kuantitatif
kemahiran menyelesai masalah, skor min serta sisihan piawai digunakan dan
ditunjukkan dalam Jadual 4.3. Secara keseluruhannya, nilai skor purata min dan
sisihan piawai bagi domain kemahiran menyelesai masalah adalah min=4.21 dan
S.P=0.56. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa responden sangat yakin bahawa
mereka memiliki kemahiran menyelesai masalah.
Berdasarkan hasil analisis item ketujuh, usahawan tekno berkeupayaan
(min=4.78, S.P=0.42) untuk menyelesaikan masalah perniagaan secara berperingkat.
Selain itu, dalam item kelapan usahawan mahir (min=4.34, S.P=0.55) mencuba
pelbagai kaedah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan yakin. Bagi item
kesembilan, kumpulan usahawan yang dikaji hanya sederhana mahir (min=3.63,
S.P=0.61) dalam menganalisis masalah perniagaan untuk mengenal pasti punca.
Analisis seterusnya adalah bagi item 10, individu-individu yang dikaji mengakui
(min=4.00, S.P=0.44) bahawa mereka menggunakan pengetahuan sedia ada untuk
236
menyelesaikan masalah perniagaan. Selain menggunakan pengetahuan sedia ada,
mereka juga mahir (min=4.22, S.P=0.71) menggunakan pengalaman lalu untuk
menyelesaikan masalah perniagaan (item 11). Di samping itu, usahawan tekno juga
mencatat (min=4.28, S.P=0.63) setiap penyelesaian masalah yang diambil untuk
rujukan di masa akan datang (item 12). Keseluruhannya, nilai sisihan piawai dalam
domain ini adalah rendah. Ini menunjukkan wujud kesepakatan dalam jawapan yang
diberikan oleh responden.
Jadual 4.3 Min S.P
Skor Min dan Sisihan Piawai Kemahiran Menyelesai Masalah 4.78 0.42
Item Pernyataan
7 Saya menyelesaikan masalah perniagaan secara berperingkat.
8 Saya mencuba pelbagai kaedah untuk menyelesaikan sesuatu 4.34 0.55
masalah.
9 Saya menganalisis masalah perniagaan untuk mengenal pasti punca. 3.63 0.61
10 Saya menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah 4.00 0.44
perniagaan.
11 Saya menggunakan pengalaman untuk menyelesaikan masalah 4.22 0.71
perniagaan.
12 Saya mencatat setiap masalah dan penyelesaian yang diambil untuk 4.28 0.63
rujukan di masa akan datang.
Jumlah Purata Min 4.21 0.56
237
4.2.1.4 Analisis Kualitatif Domain Kemahiran Menyelesai Masalah
Kemahiran menyelesai masalah adalah satu proses bagaimana seseorang itu
memahirkan dirinya untuk menggunakan pengetahuan sedia ada, kemahiran dan
segala pemahamannya untuk mengenal pasti sesuatu keadaan yang berbeza dan luar
biasa dari keadaan yang lazimnya berlaku. Ia digunakan untuk mencari jawapan
berdasarkan pernyataan atau soalan yang memerlukan suatu proses analisis dan
sintesis. Sebagai seorang teknousahawan, kemahiran menyelesai masalah amat
penting sebagai salah satu komponen kemahiran untuk membantu mereka menempuh
halangan mahu pun cabaran, untuk bersaing dengan usahawan yang lainnya sudah
pasti setiap hari akan datang pelbagai masalah yang perlu diselesaikan. Petikan-
petikan temu bual yang diutarakan dalam bahagian analisis dapatan kualitatif domain
kemahiran menyelesai masalah ini merupakan beberapa contoh temu bual yang
dilakukan terhadap kumpulan usahawan tekno seramai sembilan orang. Berdasarkan
kepada dapatan temu bual, usahawan tekno menyatakan bagaimana mereka
menggunakan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah. Kepelbagaian kaedah
yang digunakan ini menunjukkan bahawa teknousahawan IKS Bumiputera lepasan
pusat latihan kemahiran memiliki kemahiran menyelesai masalah.
Temu bual yang pertama adalah dengan individu yang dikaji (TU1) yang
menggunakan pelbagai kaedah untuk mencari jalan menyelesai masalah seperti
mengadakan perbincangan dengan Board of Director, pekerja, dan sesama rakan-
rakan berniaga, menggunakan khidmat nasihat konsultan berbayar, membaca buku,
melayari internet atau membaca Al-Quran. Melalui temu bual tersebut, muncul tema-
tema seperti brainstorming, khidmat nasihat, pembacaan, penggunaan internet dan
238
spirituality. Tema-tema tersebut merupakan rangsangan dan bantuan yang dapat
memudahkan responden TU1 untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang
dihadapi. Pernyataan beliau diungkapkan seperti berikut:
“Apabila saya menghadapi masalah dalam perniagaan saya akan berbincang
sesama board of director, berbincang sesama pekerja, menggunakan khidmat
nasihat konsultan berbayar, berbincang dengan rakan-rakan yang sama
berniaga dan membaca buku, internet atau Al-Quran” (TU1:TB4)
Terdapat juga dalam kalangan individu usahawan yang dikaji menggunakan
kaedah meminta pandangan mentor atau mereka yang lebih arif untuk mencari
penyelesaian masalah perniagaan yang dihadapi seperti yang dilakukan oleh peserta
kajian TU2. Teknousahawan ini menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan
bidang mekanikal, elektrik dan pembangunan perisian. Beliau mempunyai latar
belakang pendidikan di peringkat sarjana muda dalam bidang elektrikal dari sebuah
universiti di England. Perniagaan yang sedang dijalankan ketika ini diasaskan oleh
ayah yang merangkap mentor beliau dalam perniagaan.
Tema yang muncul hasil temu bual bersama peserta kajian TU2 adalah
pementoran. Dengan adanya pementoran ini, individu yang dikaji (TU2) dapat
rangsangan minda untuk berfikir dan bantuan yang sewajarnya untuk menyelesaikan
masalah di samping mempelajari perkara-perkara seperti pengurusan organisasi,
pengurusan perakaunan dan juga perkara yang berkaitan dengan teknokeusahawanan.
Teknousahawan TU2 mengungkapkan perkara tersebut seperti berikut:
239
“Apabila menghadapi sesuatu masalah dalam perniagaan saya minta
pandangan dari mentor atau mereka yang lebih arif“ (TU2:TB4)
Bagi temu bual bersama responden TU3 pula, beliau menyatakan apabila
menghadapi masalah yang tidak boleh diselesaikan beliau merujuk kepada rakan-
rakan yang berniaga sebagai langkah untuk mencari jalan penyelesaian masalah. TU3
menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan dies seperti dies stroge, servis dan
penyelenggaraan dies dan merupakan pembekal untuk Perodua dan Proton (customize
part). Beliau mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat Proton selama 10 tahun
sebagai tool dies maker. Hasil temu bual tersebut, muncul tema jaringan rakan
teknousahawan. Melalui jaringan rakan teknousahawan, peserta kajian TU3 meminta
pandangan atau pendapat rakan-rakan niaga yang boleh membantu untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Pernyataan TU3 diutarakan seperti berikut:
“Saya mudah je apabila ada masalah yang tidak boleh selesai, rujuk kepada
kekawan yang berniaga” (TU3:TB4)
4.2.1.5 Analisis Kuantitatif Domain Pemikiran Strategik
Pemikiran strategik merupakan pemikiran inovatif dan kreatif yang menggalakkan
percembahan idea serta penyelesaian dinamik untuk memenuhi cabaran tidak menentu
yang dihadapi dalam perniagaan. Item-item soal selidik untuk mengukur pemikiran
strategik telah dibangunkan. Jadual 4.4, menunjukkan nilai purata skor min=4.06 dan
sisihan piawai= 0.56 bagi domain pemikiran strategik. Dapatan ini menunjukkan
240
bahawa usahawan teknologi yang dikaji mengakui pemikiran strategik penting
kepada mereka untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Berdasarkan kepada data soal
selidik, bagi item 13 kumpulan usahawan teknologi yang dikaji yakin (min=4.78,
S.P=0.49) bahawa mereka tahu rancangan untuk tempoh lima tahun akan datang.
Dalam item 14, usahawan teknologi mahir (min=4.00, S.P=0.25) menggadakan sesi
brain storming dalam organisasi untuk merancang strategi yang baharu. Selain
mengadakan sesi tersebut, mereka juga mengadakan (min=4.03, S.P=0.18)
perbincangan tentang strategi baharu dengan organisasi (item 15). Namun dalam
analisis item 16, kumpulan usahawan yang dikaji hanya sederhana (min=3.69,
S.P=0.64) untuk menganalisa kekuatan organisasi untuk merangka strategi syarikat
dan tetapi mereka cekap (min=4.03, S.P=0.40) dalam menganalisa kelemahan
organisasi untuk merangka strategi syarikat (item 17).
Selain itu, teknousahawan berkebolehan (min=3.91, S.P=0.64) dalam
menganalisa peluang untuk merangka strategi syarikat (item 18). Dalam item 19,
peserta kajian berkeupayaan (min=4.06, S.P=0.44) menganalisa ancaman organisasi
untuk merangka strategi syarikat. Item 20 menunjukkan responden yakin (min=4.06,
S.P=0.44) bahawa mereka mengetahui kelemahan organisasi atau syarikat mereka.
Bagi item 21, usahawan teknologi yang dikaji percaya (min=3.97, S.P=0.65) bahawa
mereka tahu di mana keperluan memperbaiki kemahiran yang ada dan mereka juga
mampu (min=4.00, S.P=0.67) mengenal pasti pekerja yang mempunyai pemikiran
inovatif (item 22). Akhir sekali adalah analisis item 23, individu usahawan yang dikaji
mengalakkan (min=4.16, S.P=0.45) pekerja bawahan untuk mengemukakan cadangan
sebagai penambahbaikan strategik syarikat. Hasil dapatan pada item-item dalam
241
domain pemikiran strategik ini, didapati sisihan piawai yang rendah. Sisihan piawai
yang rendah menunjukkan persetujuan yang tinggi.
Jadual 4.4
Skor Min dan Sisihan Piawai Pemikiran Strategik
Item Pernyataan Min S.P
4.78 0.49
13 Saya tahu apakah rancangan saya untuk tempoh lima tahun akan
datang.
14 Saya menggadakan sesi brain storming dalam organisasi untuk 4.00 0.25
merancang strategi yang baharu.
15 Saya berbincang tentang strategi baharu dengan organisasi saya. 4.03 0.18
16 Saya menganalisa kekuatan organisasi untuk merangka strategi 3.69 0.64
syarikat.
17 Saya menganalisa kelemahan organisasi untuk merangka strategi 4.03 0.40
syarikat.
18 Saya menganalisa peluang yang ada untuk merangka strategi 3.91 0.64
syarikat.
19 Saya menganalisa ancaman organisasi untuk merangka strategi 4.06 0.44
syarikat.
20 Saya tahu di mana kelemahan organisasi /syarikat saya. 4.06 0.44
21 Saya tahu di mana keperluan memperbaiki kemahiran yang 3.97 0.65
mereka ada.
22 Saya mengenal pasti pekerja yang mempunyai pemikiran inovatif 4.00 0.67
23 Saya mengalakkan pekerja bawahan untuk mengemukakan 4.16 0.45
cadangan sebagai penambahbaikan strategik syarikat.
Jumlah Purata Min 4.06 0.48
242
4.2.1.6 Analisis Kualitatif Domain Pemikiran Strategik
Pemikiran strategik memfokuskan kepada mencari dan membina peluang-peluang
yang unik untuk mencipta sesuatu nilai dengan membolehkan suatu provokatif dan
dialog kreatif yang melibatkan individu-individu yang berperanan dalam hala tuju
organisasi. Pemikiran strategik juga merupakan satu cara yang membolehkan
individu-individu dalam sesebuah organisasi bersama-sama memikirkan sesuatu yang
bermanfaat, matlamat, pandangan dan mencipta masa depan untuk mereka sendiri dan
juga yang bersangkutan dengan mereka. Ia lebih daripada bertindak balas ke atas
tindakan harian sebaik mungkin dengan permasalahan jangka panjang, dan peluang-
peluang baharu.
Pemikiran strategik juga berorientasikan kepada bagaimana untuk mencipta
masa depan yang lebih baik dengan pro-aktif dan penambahan nilai kepada
organisasi. Ia merupakan proses untuk memformulakan, berkomunikasi dan
menerangkan idea dengan jelas, strategi-strategi yang padat serta jelas yang
disasarkan untuk mencapai sesuatu hasil yang diinginkan. Sebagai seorang
teknousahawan, pemikiran strategik adalah komponen yang menjadikan mereka unik
kerana pemikiran tersebut merangkumi bagaimana untuk mencipta peluang,
memikirkan strategik dan teknik memasarkan produk atau perkhidmatan serta
bagaimana mengatasi persaingan dari kalangan usahawan lain. Dalam konteks
pemikiran strategik, temu bual yang dilakukan terhadap kumpulan usahawan
teknologi mendapati terdapat pelbagai teknik yang dijalankan untuk mengatasi
halangan-halangan yang merintangi perniagaan mereka. Kepelbagaian teknik yang
tersebut memberi gambaran bahawa teknousahawan yang dikaji memiliki pemikiran
243
strategik dalam diri mereka. Pernyataan-pernyataan temu bual yang diutarakan dalam
analisis ini adalah merupakan beberapa contoh temu bual yang dilakukan bersama-
sama dengan sembilan orang peserta kajian. Temu bual yang pertama dalam konteks
pemikiran strategik, dilakukan bersama individu yang dikaji (TU1), beliau
menyatakan kaedah yang diambil untuk mengatasi halangan yang dihadapi dalam
perniagaan adalah mempelajari teknik pemasaran dan membina jaringan yang
berkesan dengan pelanggan sebagai langkah-langkah strategik untuk mengatasi
halangan kelemahan pemasaran. Merujuk kepada kenyataan usahawan TU1, muncul
tema-tema penting seperti kemahiran pemasaran dan membina jaringan.
Mempertingkatkan kemahiran pemasaran dan berusaha untuk membina jaringan
dengan dengan pelanggan adalah tindakan atau langkah yang diambil oleh individu
tersebut untuk mengatasi permasalahan dalam memperkenal dan memasarkan produk
serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Individu yang dikaji (TU1)
menjelaskan perkara tersebut seperti berikut:
“Saya dapat mengatasi halangan tersebut dengan mempelajari teknik
pemasaran dan cara bagaimana dapat berbaik dengan pelanggan”
(TU1:TB3)
Dalam sesi temu bual bersama usahawan teknologi TU2 pula, beliau
berfikiran positif dan mengagihkan tugas dalam kalangan pekerja sebagai kaedah
langkah-langkah strategik untuk mengatasi halangan yang ditempuhi dalam
perniagaan. Bagi teknousahawan TU2, beliau perlu untuk berfikiran positif dalam
menghadapi sesuatu halangan agar dapat berfikir dengan tenang bagaimana mengatasi
halangan yang dihadapi dan memainkan peranan sebagai seorang pemimpin yang
244
dapat mengawal selia perniagaan dengan sebaik mungkin dan petikan pernyataan
beliau adalah seperti berikut:
“Untuk mengatasi halangan-halangan tersebut saya sentiasa berfikiran positif
dan mengagihkan tugas dalam kalangan staf bawahan” (TU2:TB3)
Seterusnya jenis-jenis halangan yang dihadapi dalam perniagaan juga yang
ditanya kepada peserta kajian. Usahawan IKS Bumiputera TU3, telah menyenaraikan
halangan-halangan yang sering dihadapinya dalam perniagaan seperti kekurangan
bahan mentah, persaingan dalam perniagaan serta masalah mencari pekerja mahir.
Beliau dapat mengatasi halangan-halangan tersebut dengan menjalinkan hubungan
yang baik dengan ramai pembekal bahan mentah, berbaik dengan peniaga bukan
Bumiputera dan melatih pekerja baharu dalam kalangan Bumiputera sebagai langkah-
langkah strategik. Dalam temu bual ini, muncul tema-tema seperti membina daya
tahan, membina jaringan dan melatih pekerja baharu. Daya tahan yang wujud dalam
diri, membuatkan teknousahawan kuat untuk menghadapi halangan dan berusaha
membina jaringan dengan pembekal bahan mentah serta peniaga yang lain di samping
melatih pekerja baharu dalam bidang-bidang yang kritikal. Responden TU3 telah
memperjelaskan perkara tersebut seperti berikut:
“Saya mengatasi halangan-halangan ini dengan kekal dalam perniagaan ini,
perbanyakkan pembekal bahan mentah dengan menjalinkan hubungan yang
baik dengan peniaga Cina dan melatih pekerja baharu di kalangan
Bumiputera” (TU3:TB3)
245
Temu bual yang berikutnya adalah bersama seorang pengusaha bengkel kereta
mewah (TU4). Beliau menyatakan halangan dihadapi dalam perniagaan adalah
kekurangan modal. Bagi mengatasi masalah tersebut, beliau berusaha mendapatkan
dana pinjaman daripada agensi-agensi kerajaan, pihak berwajib dan bank. Data
kualitatif temu bual mencerminkan tema-tema utama seperti membina jaringan
dengan pihak bank dan agensi pinjaman kewangan. Oleh kerana perniagaan
berasaskan teknologi memerlukan dana yang besar, TU4 berusaha membina jaringan
tersebut untuk kemudahan membuat pinjaman kewangan untuk kegunaan
mempertingkat serta mengembangkan perniagaan. Pernyataan tentang cara mengatasi
masalah kekurangan dana adalah seperti berikut:
“Saya menyelesaikan masalah ini dengan mendapatkan dana atau pinjaman
dengan agensi-agensi kerajaan, pihak berwajib dan bank” (TU4:TB3)
Selain masalah modal, persaingan dengan syarikat yang mengeluarkan produk
yang sama juga adalah cabaran yang sering dihadapi oleh usahawan tekno. Usahawan
tekno TU5 menyatakan beliau menghadapi persaingan yang sengit daripada peniaga
lain dan berusaha mencari idea yang bernas untuk bersaing dengan usahawan lain.
Justeru, mencari idea baharu merupakan tema utama yang muncul. Mencari idea
baharu ini merupakan strategi yang diambil oleh beliau untuk menghadapi persaingan
daripada peniaga lain di samping meningkatkan daya saing syarikat:
“Untuk mengatasinya saya perlu mencari idea yang bernas untuk turut
bersaing bersama usahawan lain” (TU5:TB3)
246
Salah satu idea baharu yang dapat diaplikasikan adalah meluaskan servis dengan
mempelbagaikan perkhidmatan seperti yang disarankan oleh teknousahawan TU7.
Langkah ini perlu untuk mengatasi halangan persaingan daripada usahawan yang lain.
Memenuhi kehendak pelanggan merupakan tema yang muncul dari hasil temu bual.
Menurut usahawan teknologi TU7, usaha untuk memenuhi kehendak pelanggan
dengan cara meluaskan dan mempelbagaikan perkhidmatan adalah strategi yang
berkesan untuk bersaing dalam pasaran terbuka:
“Untuk mengatasi halangan tersebut saya meluaskan servis dengan
mempelbagaikan perkhidmatan” (TU7:TB3)
Peserta terakhir (TU9) dalam analisis dapatan kualitatif domain pemikiran
strategik ini adalah merupakan seorang teknousahawan yang terlibat dengan
perniagaan menservis dan membaik pulih kapal dagang di Pelabuhan Klang. Beliau
pernah melalui pengalaman ditipu melibatkan jumlah kerugian yang besar. Sebagai
langkah untuk mengelakkan perkara tersebut berulang di masa depan, teknousahawan
IKS tersebut, menyatakan setiap urusan jual beli atau kontrak perniagaan yang besar
mesti dilakukan melalui peguam sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi
syarikat daripada penipuan. Melalui temu bual tersebut, muncul tema protection atau
perlindungan. Tema ini penting kepada beliau untuk mengelakkan perniagaan beliau
daripada ditipu. Selain dari itu, teknousahawan juga perlu perlu berhati-hati agar
produk mereka tidak ditiru dan hak intelektual mereka dijaga. Perkara tersebut
diperjelaskan oleh TU9 seperti berikut:
247
“Setiap urusan jual beli atau kontrak perniagaan yang besar, saya lakukan
melalui peguam sebagai langkah strategik untuk melindungi daripada
penipuan” (TU9:TB3)
4.2.1.7 Analisis Kuantitatif Domain Inovasi
Sesuatu penciptaan baharu berkaitan dengan pembangunan dan penggunaan teknologi
yang lebih baik mengikut kehendak ekonomi semasa merupakan satu inovasi. Inovasi
melibatkan penciptaan, produk atau perkhidmatan baharu yang lebih baik atau lebih
efisyen. Aspek inovasi ini adalah domain terakhir bagi konstruk pemikiran inovatif.
Berdasarkan data soal selidik, skor min dan sisihan piawai bagi domain ini
ditunjukkan dalam Jadual 4.5. Secara umumnya domain inovasi menunjukkan
kumpulan teknousahawan yang dikaji bersetuju (min=3.90, S.P=0.54) bahawa mereka
memiliki inovasi sebagai sebahagian daripada konstruk pemikiran inovatif yang
penting untuk menjadi teknousahawan yang berjaya. Dapatan empirikal item 24,
menunjukkan bahawa usahawan tekno yang dikaji mengakui (min=4.34, S.P=0.48)
bahawa mereka mengambil kira maklum balas pelanggan untuk tujuan melakukan
inovasi.
Dalam item 25, usahawan teknologi lemah (min=3.56, S.P=0.67) dalam
melakukan post mortem terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan untuk tujuan
melakukan inovasi. Mereka juga menyatakan (min=3.63, S.P=0.61) mendapat idea
inovasi melalui pembacaan (item 26). Pada item 27 usahawan yang dikaji mampu
(min=3.59, S.P=0.61) untuk mendapatkan idea inovasi melalui peristiwa yang tidak
248
dirancang. Dari aspek inovasi, peserta kajian yakin (min=4.00, S.P=0.36) bahawa
mereka berkebolehan melakukan inovasi dalam pengurusan organisasi agar syarikat
mampu berdaya saing (item 28). Mereka juga percaya (min=3.91, S.P=0.64) bahawa
inovasi yang dilakukan terhadap produk atau perkhidmatan dapat meningkatkan daya
saing syarikat (item 29). Berdasarkan item 30, kumpulan usahawan yang dikaji
berkemampuan (min=4.00, S.P=0.51) untuk mengenal pasti peluang-peluang
perniagaan yang baharu melalui inovasi yang dilakukan. Selain daripada itu,
responden juga berkebolehan (min=4.13, S.P=0.34) melakukan inovasi secara
berperingkat-peringkat (item 31). Item yang terakhir (item 32), responden
berkeyakinan (min=3.94, S.P=0.67) untuk melakukan inovasi yang mempunyai impak
tinggi kepada produk mereka. Dapatan item-item dalam domain inovasi ini, didapati
sisihan piawai yang rendah. Sisihan piawai yang rendah menunjukkan wujud
kesepakatan dalam jawapan responden.
Jadual 4.5
Skor Min dan Sisihan Piawai Inovasi
Item Pernyataan Min S.P
24 Saya mengambil kira maklum balas pelanggan untuk melakukan 4.34 0.48
inovasi. 3.56 0.67
25 Saya melakukan post mortem kelemahan sesuatu
produk atau perkhidmatan untuk tujuan melakukan inovasi.
26 Saya mendapat idea inovasi melalui pembacaan. 3.63 0.61
27 Saya mendapat idea inovasi melalui peristiwa yang tidak 3.59 0.61
dirancang.
28 Saya melakukan inovasi dalam pengurusan organisasi syarikat 4.00 0.36
agar ia mampu berdaya saing.
(bersambung)
249
Jadual 4.5 (sambungan)
Item Pernyataan Min S.P
29 Saya melakukan inovasi terhadap produk atau perkhidmatan untuk 3.91 0.64
meningkatkan daya saing.
30 Saya mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang baharu 4.00 0.51
melalui inovasi. 4.13 0.34
31 Saya melakukan inovasi secara berperingkat – peringkat.
32 Saya melakukan inovasi yang mempunyai impak tinggi kepada 3.94 0.67
produk saya. 3.90 0.54
Jumlah Purata Min
4.2.1.8 Analisis Kualitatif Domain Inovasi
Inovasi adalah merupakan kaedah bagi mencari jalan untuk menghasilkan sesuatu
penciptaan baharu, produk baharu atau perkhidmatan yang lebih baik. Inovasi tidak
terhad kepada komuniti saintifik, seni, kelompok profesional dan yang berpendidikan
tinggi sahaja. Istilah yang berasal daripada bahasa latin innovare yang bererti
mengubah dan memperbaharui adalah berkait rapat dengan aktiviti mereka cipta
sesuatu karya, peralatan, kemudahan, perisian, sistem atau idea. Inovasi merupakan
ciptaan daripada tawaran baharu yang berdaya maju.
Inovasi memerlukan seseorang mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya
secara sistematik. Dalam situasi seorang teknousahawan, inovasi yang dilakukan
bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa proses menghasilkan
produk, sistem atau perkhidmatan. Di samping itu, inovasi juga merupakan
pembaharuan ke atas produk dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pelanggan.
250
Selain soal selidik, data temu bual juga dianalisis. Data kualitatif diperolehi daripada
temu bual yang dilakukan terhadap sembilan orang peserta kajian. Hasil temu bual
tersebut menunjukkan bagaimana responden melakukan pelbagai inovasi produk atau
perkhidmatan yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing serta menyelesaikan
masalah dalam perniagaan. Temu bual yang dilakukan bersama dengan
teknousahawan industri audio video iaitu TU1 menunjukkan beliau melakukan
inovasi yang melibatkan sistem audio visual yang berkaitan dengan perniagaan yang
beliau jalankan iaitu pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio visual.
Berdasarkan temu bual tersebut, muncul tema inovasi pengubahsuaian. Tema ini
adalah berkait rapat dengan perniagaan responden TU1 iaitu pemasangan dan
penyelenggaraan audio visual yang dilakukan secara customize atas permintaan
pelanggan dan disesuaikan dengan situasi, tempat serta penggunaan sistem audio
visual tersebut. Individu yang dikaji (TU1) memperkatakan perkara tersebut seperti
berikut:
“Di awal pembabitan saya dalam perniagaan ini, inovasi yang saya telah
lakukan adalah inovasi ‘sistem audio visual’ iaitu bagaimana sistem bunyi
dan gambar boleh membantu sistem pendidikan dan sistem bermesyuarat”
(TU1:TB5)
Bagi temu bual bersama teknousahawan dalam bidang sistem kawalan jauh
(TU2) pula, beliau menyatakan inovasi terawal yang lakukan adalah menghasilkan
satu sistem yang dinamakan Remote monitoring system. Sistem ini digunakan untuk
mengawal sesuatu sistem panel seperti di kilang perindustrian, hotel mahu pun di
rumah melalui internet sahaja. Inovasi penciptaan merupakan tema yang muncul
251
daripada temu bual tersebut. Tema ini mengambarkan inovasi yang telah dilakukan
oleh individu usahawan TU2. Pernyataan temu bual usahawan TU2 adalah seperti
berikut:
“Inovasi terawal saya lakukan adalah produk “Remote monitoring system”
di mana sistem panel boleh dikawal satu dunia selagi mempunyai sambungan
internet” (TU2:TB5)
Bagi usahawan TU3, beliau melakukan inovasi untuk mengurangkan kos
pembelian mesin-mesin baharu dengan mengubahsuai dan menambahbaik mesin
sedia ada. Inovasi yang dilakukan oleh responden merupakan inovasi pengubahsuaian
dan penambahbaikan. Ia merupakan tema yang muncul berdasarkan pendapat yang
diutarakan oleh usahawan teknologi TU3. Ungkapan yang dipetik daripada temu bual
tersebut adalah seperti berikut:
“Di peringkat awal saya membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan
yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain terhadap mesin-mesin bertujuan
untuk mengurangkan kos” (TU3:TB5)
Selain melakukan inovasi yang berbentuk fizikal, terdapat juga teknousahawan
yang melakukan inovasi terhadap sistem atau kaedah promosi seperti yang dilakukan
responden TU6. Dalam temu bual tersebut, beliau menyatakan telah melakukan
penambahbaikan terhadap kaedah untuk mempromosikan porduk dan perkhidmatan
beliau yang tidak pernah dilakukan oleh peniaga lain, dan menerusi pernyataan
tersebut juga, muncul tema inovasi penambahbaikan:
252
“Inovasi yang mula-mula saya lakukan ialah inovasi yang berkaitan dengan
promosi” (TU6:TB5)
4.2.1.9 Analisis Data Soalan Terbuka Yang Berkaitan Dengan Konstruk
Pemikiran Inovatif
Selain daripada dapatan soal selidik (kuantitatif) dan temu bual terdapat juga dapatan
daripada instrumen lain iaitu soalan terbuka yang memberi input berkenaan dengan
pemikiran inovatif teknousahawan. Dalam instrumen tersebut, lapan soalan telah
dibangunkan untuk meninjau pendapat peserta kajian. Dari aspek pemikiran inovatif,
satu soalan dibangunkan berkaitan dengan pemikiran inovatif iaitu: Apakah pemikiran
inovatif perlu diaplikasikan dalam pengurusan perniagaan? Jika perlu bagaimana?
Untuk memperolehi respons usahawan tekno berkaitan soalan ini, seramai 32
orang peserta kajian telah menyatakan pendapat dan hasil dapatan tersebut
ditunjukkan dalam Jadual 4.6. Berdasarkan kepada adalah analisis yang dilakukan
terhadap soalan terbuka ini, pemikiran inovatif perlu diaplikasikan dalam pengurusan
perniagaan dengan beberapa kaedah seperti pemberian insentif, bekerja dalam satu
pasukan dan pendedahan melalui kursus. Kaedah tersebut merupakan tema-tema yang
muncul hasil respons usahawan. Pemberian insentif merupakan tema utama yang
muncul. Dengan pemberian insentif teknousahawan memberi galakan dan motivasi
kepada pekerja dalam organisasi yang mengaplikasikan pemikiran inovatif dalam
kerja mereka. Manakala untuk mengaplikasikan pemikiran inovatif dalam pengurusan
perniagaan, teknousahawan perlu memberi pendedahan melalui latihan kepada
253
pekerja bawahan dan perlu memupuk semangat kerja berpasukan agar setiap misi
untuk mengaplikasikan pemikiran inovatif dapat direalisasikan.
Jadual 4.6
Keperluan Pengaplikasian Pemikiran Inovatif dalam Pengurusan Perniagaan
Soalan Pernyataan Pengaplikasian pemikiran Kekerapan (f) Peratus(%)
terbuka inovatif
4 Apakah pemikiran Pemberian insentif 12 38
10 31
inovatif perlu 10 31
32 100
diaplikasikan dalam Bekerja dalam satu
pengurusan pasukan
perniagaan?
Bagaimana? pendedahan melalui
kursus.
Jumlah
4.2.2 Analisis Data Konstruk Ciri-ciri Keusahawanan
Persoalan Kajian Kedua:
Apakah ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera
lepasan pusat latihan kemahiran?
Analisis data dalam bahagian ini dipersembah berdasarkan persoalan kajian yang
menumpukan kepada ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS
Bumiputera. Analisis data tersebut terdiri daripada analisis deskriptif (kuantitatif) dan
analisis temu bual (kualitatif). Dari sudut analisis deskriptif adalah menggunakan min
dan sisihan piawai yang terdiri daripada enam domain iaitu: (i) mengambi risiko yang
254
munasabah, (ii) motivasi, (iii) mempunyai matlamat, (iv) kecekalan, (v) komitmen
dan (vi) suka kepada pembaharuan. Manakala analisis kualitatif pula dianalisis
berdasarkan tema-tema utama yang muncul berkaitan dengan ciri-ciri keusahawanan.
Dapatan kualitatif diperolehi melalui temu bual yang dilakukan bersama-sama dengan
sembilan orang peserta kajian. Dapatan analisis deskriptif dan kualitatif ini bertujuan
untuk menjawab persoalan kajian yang kedua.
4.2.2.1 Analisis Kuantitatif Domain Mengambil Risiko yang Munasabah
Ciri mengambil risiko yang munasabah adalah kesanggupan seorang teknousahawan
dalam mengambil sesuatu risiko dalam perniagaan setelah mengambil kira kelebihan
serta kekurangan dalam diri dan organisasi. Mengambil risiko yang munasabah adalah
merupakan domain pertama bagi konstruk ciri-ciri teknokeusahawanan. Jadual 4.7
menunjukkan nilai purata skor min dan sisihan piawai bagi domain mengambil risiko
yang munasabah iaitu min=4.78 dan S.P=0.39. Dapatan ini menunjukkan bahawa
usahawan teknologi yang dikaji percaya ciri mengambil risiko antara ciri
teknokeusahawanan yang penting.
Berdasarkan dapatan kajian bagi item 33, teknousahawan mengakui
(min=4.50, S.P=0.51) bahawa mereka tidak mudah merasa kecewa jika perniagaan
gagal dan mereka berani (min=4.78, S.P=0.42) melabur dalam perniagaan yang telah
dikenal pasti untung serta ruginya (item 34). Dalam item 35, kumpulan usahawan
yang dikaji mahir (min=4.81, S.P=0.40) dalam mencari punca kenapa perniagaan
tidak menunjukkan keuntungan. Selain itu, responden suka (min=4.88, S.P=0.34)
255
menceburi bidang yang baharu (item 36). Item terakhir (item 37), teknousahawan
sangat berkebolehan (min=4.91, S.P=0.30) dalam membuat pelaburan di dalam
sesuatu perniagaan dan tidak mengharapkan pulangan yang cepat. Secara umumnya,
nilai sisihan piawai dalam domain ini adalah rendah dengan polarisasi jawapan
menunjukkan wujud keselarasan dalam jawapan yang diberikan oleh usahawan.
Jadual 4.7
Skor Min dan Sisihan Piawai Mengambil Risiko Yang Munasabah
Item Pernyataan Min S.P
4.50 0.51
33 Saya tidak mudah merasa kecewa jika perniagaan saya gagal. 4.78 0.42
34 Saya akan melabur dalam perniagaan yang telah dikenal pasti 4.81 0.40
untung dan ruginya.
4.88 0.34
35 Saya akan mencari punca kenapa perniagaan saya tidak 4.91 0.30
menunjukkan keuntungan. 4.78 0.39
36 Saya suka menceburi bidang yang baharu bagi saya.
37 Saya membuat pelaburan di dalam sesuatu perniagaan dan tidak
mengharapkan pulangan yang cepat.
Jumlah Purata Min
4.2.2.2 Analisis Kualitatif Domain Mengambil Risiko Yang Munasabah
Mengambil risiko yang munasabah merupakan sifat keberanian teknousahawan.
Sebagai seorang individu yang terlibat dengan perniagaan berasaskan teknologi,
usahawan tekno bersedia mengambil setiap risiko dan menghadapi keadaan
ketidakpastian dengan penuh rasa yakin. Mereka juga cuba mengurus risiko dengan
baik agar ia dapat memberikan pulangan yang setimpal. Kajian penyelidik terdahulu
256
telah membuktikan bahawa dalam kalangan usahawan teknologi yang berjaya, mereka
memiliki ciri mengambil risiko yang munsabah dalam perniagaan. Mereka gemarkan
cabaran dan kejayaan mengatasi cabaran tersebut akan menimbulkan kepuasan dalam
diri. Bagi seorang teknousahawan, mengambil risiko yang munasabah merupakan
keadaan di mana mereka perlu membuat suatu keputusan yang yang agak berisiko
tetapi minima dan munasabah. Pernyataan-pernyataan yang terdapat dalam analisis
kualitatif bagi domain mengambil risiko yang munsabah ini adalah contoh beberapa
temu bual yang dilakukan bersama-sama sembilan orang individu usahawan yang
dikaji. Berdasarkan dapatan daripada temu bual tersebut, menunjukkan bahawa ciri
keusahawanan mengambil risiko yang munasabah merupakan antara ciri positif yang
menyumbang kepada kejayaan kumpulan usahawan dalam bidang perniagaan di
samping ciri-ciri positif lain yang bertindak sebagai pemangkin kepada ciri tersebut
seperti sentiasa bersemangat, mengambil peluang yang ada dan menyelesaikan
masalah dengan bijak.
Dalam situasi seorang usahawan automobil seperti peserta kajian TU4,
menghadapi risiko yang munasabah merupakan ciri positif yang wujud di samping
ciri-ciri yang lain seperti bersemangat, merebut peluang dan menyelesaikan masalah
dengan bijak. Ciri-ciri tersebut yang merupakan tema yang timbul dalam temu bual
tersebut dan ia penting sebagai kekuatan dalaman kepada responden TU4 dalam
mengharungi persaingan daripada peniaga automobil yang lain. Pernyataan individu
usahawan TU4 dalam temu bual ini adalah seperti yang berikut:
257
“Ciri-ciri positif yang wujud dalam diri saya yang menyumbang kepada
kejayaan dalam perniagaan adalah sentiasa bersemangat, mengambil peluang
yang ada, sanggup menghadapi risiko yang mendatang dan selesaikan
masalah dengan bijak”. (TU4:TB21)
Manakala bagi usahawan teknologi dalam bidang baik pulih kapal dagang
(TU9) pula ciri menghadapi risiko munasabah yang wujud dalam diri beliau adalah
kekuatan dalaman yang digabung jalin dengan ciri lain seperti bersemangat serta jujur
dan dua ciri tersebut adalah tema yang muncul dalam temu bual berdasarkan
pernyataan rseponden TU9:
“Sanggup berdepan dengan risiko untung dan rugi, semangat tinggi untuk
berjaya serta kejujuran adalah ciri-ciri positif dalam diri saya”. (TU9:TB21)
4.2.2.3 Analisis Kuantitatif Domain Motivasi
Domain motivasi merupakan keinginan atau kecenderungan teknousahawan untuk
melakukan sesuatu dengan cepat dan berkualiti, meliputi keinginan untuk mencapai
sesuatu yang sukar serta bebas. Motivasi adalah domain kedua bagi konstruk ciri-ciri
teknokeusahawanan. Jadual 4.8 adalah skor min dan sisihan piawai bagi domain
motivasi usahawan yang dikaji. Secara keseluruhannya berdasarkan kepada nilai
purata skor min dan sisihan piawai, menunjukkan bahawa peserta kajian meyakini
(min=4.27, S.P=0.53), bahawa ciri motivasi adalah penting dalam diri teknousahawan.
Berdasarkan dapatan item 38, usahawan tekno hanya sederhana (min=3.78, S.P=0.66)
258
dalam melakukan kerja untuk berjaya tetapi mereka gigih (min=4.84, S.P=0.37)
bekerja demi kebahagian keluarga (item 39). Item yang 40, usahawan teknologi
mengakui (min=4.38, S.P=0.55) bahawa mereka tidak bertangguh-tangguh dalam
melaksanakan tugasan dan mereka sukakan (min=3.69, S.P=0.64) cabaran dalam
perniagaan (item keempat). Selain itu, dalam item 41 pula usahawan berusaha
(min=4.09, S.P=0.39) menyelesaikan tugasan walaupun keletihan dan mereka
seronok (min=4.31, S.P=0.64) melakukan sesuatu tugasan walaupun ianya sukar (item
42). Berikutnya adalah item 43, kumpulan individu yang dikaji mengakui (min=4.25,
S.P=0.62) bahawa mereka suka melakukan kerja yang dilceburi sekarang (item 44).
Bagi item 45 pula, usahawan teknologi sangat yakin (min=4.84, S.P=0.62) bahaw
mereka terlibat dalam perniagaan kerana impian untuk menjadi teknousahawan yang
berjaya. Secara umumnya dapatan sisihan piawai bagi item-item dalam domain
motivasi ini adalah rendah. Ini menunjukkan bahawa wujud keseragaman dalam
jawapan yang diberikan oleh kumpulan usahawan teknologi yang dikaji.
Jadual 4.8 Min S.P
Skor Min dan Sisihan Piawai Motivasi 3.78 0.66
Item Pernyataan 4.84 0.37
38 Saya bekerja keras untuk berjaya. 4.38 0.55
3.69 0.64
39 Saya bekerja keras demi kebahagian keluarga saya. 4.09 0.39
40 Saya tidak bertangguh-tangguh dalam melaksanakan tugasan. (bersambung)
41 Saya sukakan cabaran dalam perniagaan.
42 Saya akan selesaikan tugasan walaupun keletihan.
259
Jadual 4.8 (sambungan) Min S.P
4.31 0.64
Item Pernyataan 4.25 0.62
43 Saya akan melakukan sesuatu tugasan, walaupun ianya sukar. 4.84 0.37
44 Saya suka melakukan kerja saya yang sekarang. 4.27 0.53
45 Saya terlibat dalam perniagaan kerana impian saya untuk
menjadi teknousahawan yang berjaya.
Jumlah Purata Min
4.2.2.4 Analisis Kualitatif Domain Motivasi
Motivasi merupakan keinginan atau kecenderungan seorang usahawan untuk
melakukan sesuatu dengan cepat dan seberapa baik yang boleh. Ia juga meliputi
keinginan untuk mencapai sesuatu yang sukar dengan cepat dan bebas. Usahawan
adalah individu yang mempunyai motivasi pencapaian yang tinggi. Dalam konteks
seorang teknousahawan, motivasi adalah suatu pendorong yang meyebabkan mereka
berusaha mencapai sesuatu matlamat untuk berjaya dalam perniagaan. Temu bual-
temu bual yang dinyatakan dalam analisis dapatan kualitatif domain motivasi ini
adalah contoh-contoh temu bual yang dilakukan bersama-sama dengan sembilan
usahawan yang dikaji. Temu bual yang dilakukan bersama dengan usahawan
teknologi menunjukkan ciri keusahawanan motivasi adalah sesuatu yang penting
dalam diri mereka untuk menempuh rintangan dan halangan sepanjang menjalankan
perniagaan. Selain itu, ciri tersebut memerlukan dorongan yang akan mencetuskannya
seperti bersemangat, sokongan keluarga, dan jaringan rakan teknousahawan.
Dorongan-dorongan tersebut merupakan tema-tema yang muncul daripada temu bual
260
bersama kumpulan usahawan yang dikaji. Semangat yang diinspirasikan daripada
slogan ‘Malaysia Boleh’ telah memotivasikan individu TU1 untuk berusaha dengan
gigih dalam memajukan perniagaan beliau. Temu bual bersama teknousahawan TU1
menunjukkan beliau cenderung menyatakan bahawa faktor yang membantu menjadi
teknousahawan berjaya adalah semangat yang kuat, dan ianya merupakan satu bentuk
dorongan yang memotivasikan peserta kajian tersebut. Tema yang boleh dikaitkan
dengan pernyataan tersebut adalah bersemangat. Perkara tersebut dinyatakan seperti
di bawah:
“Bagi diri saya faktor yang membantu menjadi teknousahawan yang berjaya
adalah semangat yang kuat untuk berjaya ‘ Malaysia Boleh’“. (TU1:TB1)
Terdapat pula dalam kalangan peserta kajian yang mendapat dorongan
daripada ahli keluarga seperti yang berlaku kepada usahawan TU2. Beliau mendapat
dorongan yang kuat daripada ayah dan keluarga dan ianya menjadi motivasi untuk
berjaya dalam perniagaan. Sokongan keluarga adalah tema mucul dan sesuai dengan
situasi yang berlaku kepada responden TU2. Untuk berjaya dalam perniagaan,
teknousahawan memerlukan sokongan keluarga kerana keluarga seperti isteri, adik
beradik serta ayah dan ibu adalah komuniti yang paling hampir dengan mereka.
Penyataan individu yang dikaji (TU2) adalah seperti berikut:
“Pendorong yang kuat kepada diri saya untuk berjaya dalam perniagaan
ialah ayah dan keluarga” (TU2:TB22)
261
Selain daripada dorongan keluarga, rakan-rakan juga merupakan komuniti yang
hampir dengan usahawan dan mampu menjadi pendorong yang boleh memotivasikan
mereka. Ini adalah situasi yang dilalui oleh usahawan tekno TU7, dimana rakan-
rakan perniagaan merupakan pendorong yang memotivasikan beliau untuk berjaya
dalam perniagaan. Selain daripada itu, rakan-rakan perniagaan juga penting kerana
mereka boleh bertindak sebagai mentor, idola, dan pencetus idea inovasi, kepada
responden yang dikaji. Tema yang muncul untuk daripada pernyataan beliau adalah
jaringan rakan-rakan teknousahawan:
“Rakan perniagaan adalah pendorong saya yang paling kuat” (TU7:TB22)
4.2.2.5 Analisis Kuantitatif Domain Mempunyai Matlamat
Ciri mempunyai matlamat adalah penting kepada usahawan tekno sebagai pemandu
arah yang hendak dituju dalam jangka waktu yang ditetapkan dan akan sentiasa
berusaha untuk mencapainya. Ciri ini adalah domain ketiga bagi konstruk ciri-ciri
teknokeusahawanan berjaya. Secara umumnya, responden bersetuju (min=3.95,
S.P=0.43) bahawa mereka mempunyai matlamat yang jelas untuk berjaya. Secara
khususnya seperti dalam item 46, individu usahawan yang dikaji yakin (min=4.03,
S.P=0.18) bahawa matlamat yang jelas membawa syarikat menuju kecemerlangan dan
mengakui (min=4.03, S.P=0.31) bahawa mereka dapat mencapai matlamat untuk
menjadi teknousahawan yang berjaya tempoh lima tahun (item 47).
262
Namun demikian dalam item 48, teknousahawan kurang yakin (min=3.63, S.P=0.66)
dalam memastikan setiap perancangan seiring dengan matlamat mereka tetapi
usahawan berkeyakinan (min=4.13, S.P=0.34) bahawa setiap matlamat mereka, adalah
mengambil kira kekuatan serta kelemahan (item 49). Dalam item terakhir (item 50),
responden bersetuju (min=3.94, S.P=0.67) bahawa mereka harus cekal untuk
mencapai matlamat yang dirancang. Keseluruhannya, dapatan sisihan piawai bagi
item-item dalam domain mempunyai ini adalah rendah. Ini menunjukkan bahawa
wujud kesepakatan dalam jawapan yang diberikan oleh usahawan teknologi yang
dikaji.
Jadual 4.9 Min S.P
4.03 0.18
Skor Min dan Sisihan Piawai Mempunyai Matlamat 4.03 0.31
Item Pernyataan 3.63 0.66
46 Matlamat saya adalah membawa syarikat menuju kecemerlangan.
4.13 0.34
47 Matlamat saya untuk tempoh lima tahun ialah menjadi
teknousahawan yang berjaya. 3.94 0.67
3.95 0.43
48 Saya memastikan setiap perancangan seiring dengan matlamat
saya.
49 Setiap matlamat saya, adalah mengambil kira kekuatan dan
kelemahan saya.
50 Saya harus cekal dalam mencapai matlamat yang dirancang.
Jumlah Purata Min
263
4.2.2.6 Analisis Kualitatif Domain Mempunyai Matlamat
Teknousahawan yang berjaya tahu hala tuju perniagaannya, mempunyai matlamat
yang jelas serta boleh diukur pencapaiannya dan berwawasan. Dengan adanya
matlamat yang jelas, mereka sentiasa terdorong untuk bertindak dengan memfokuskan
segala usaha dalam mencari dan memilih peluang-peluang baharu yang bersesuaian.
Ciri tersebut menjelaskan bahawa seseorang usahawan yang berjaya adalah individu
yang mempunyai matlamat untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Dapatan
temu bual menunjukkan bahawa mempunyai matlamat merupakan antara ciri positif
yang menyumbang kepada kejayaan dan kemenjadian peserta kajian dalam
perniagaan. Dalam perbincangan tentang ciri ini juga, dipaparkan beberapa petikan
penyataan yang merupakan contoh temu bual yang dilakukan terhadap sembilan orang
individu usahawan yang dikaji. Dalam usaha teroka yang berasaskan teknologi, ciri
tersebut akan mewujudkan ciri positif seperti sentiasa berusaha dan tidak mudah asa
kerana didorong oleh keinginan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ciri
tersebut merupakan daya tahan seorang teknousahawan. Menurut responden TU5,
beliau sentiasa berusaha serta tidak mudah berputus asa dalam mencapai sesuatu
matlamat dan ia merupakan ciri yang baik dalam dirinya. Daripada pernyataan temu
bual tersebut, ianya mengambarkan tema daya tahan. Responden telah
mengungkapkan pernyataan tersebut seperti berikut:
“Ciri-ciri positif yang wujud dalam diri saya yang menyumbang kepada
kejayaan dalam perniagaan adalah sentiasa berusaha dalam mencapai
sesuatu matlamat dan tidak mudah berputus asa”. (TU5:TB21)
264
Tetapi bagi usahawan teknologi TU6 pula, beliau sentiasa fokus kepada matlamat
yang ditetapkan dan menjadi seorang yang tidak mudah berputus asa apabila
berhadapan dengan dugaan dalam perniagaan. Dalam situasi ini, usahawan TU6
mempunyai matlamat dalam perniagaan dan cekal berusaha untuk mencapai matlamat
tersebut. Kedua-dua ciri itu merupakan tema-tema utama hasil pernyataan yang
diutarakan dalam temu bual tersebut dan dipetik seperti berikut:
“Sentiasa fokus kepada matlamat dalam perniagaan dan tidak mudah putus
asa apabila berdepan dengan dugaan adalah ciri-ciri positif dalam diri saya”.
(TU6:TB21)
4.2.2.7 Analisis Kuantitatif Domain Kecekalan
Kecekalan merupakan ketahanan dalaman seorang usahawan tekno dalam berusaha
untuk mencapai cita-cita ingin berjaya dalam perniagaan. Domain ini merupakan
domain keempat dalam konstruk ciri-ciri teknokeusahawanan. Hasil analisis deskriptif
domain kecekalan dinyatakan Jadual 4.10. Secara umumnya, dapatan empirikal
menunjukkan kumpulan usahawan yang dikaji percaya (min=4.07, S.P=0.52) bahawa
ciri kecekalan adalah kunci kepada daya tahan mereka dalam menempuh halangan
dalam perniagaan. Berdasarkan analisis dapatan item 51, peserta kajian bersetuju
(min=4.06, S.P=0.44) bahawa mereka cekal dalam menyelesaikan masalah yang
rumit. Teknousahawan juga mengakui (min=4.09, S.P=0.47) bahawa mereka cekal
dalam menjalankan perniagaan sekarang walaupun pernah mengalami kegagalan (item
52). Analisis item 53 pula, teknousahawan berkemampuan (min=3.94, S.P=0.67)
265
melaksanakan apa yang ingin dilakukan walau pun ada rintangan dan usahawan juga
berkeyakinan (min=3.97, S.P=0.69) untuk mencuba pelbagai kaedah bila berhadapan
masalah (item 54). Bagi item 55, usahawan teknologi gigih (min=4.09, S.P=0.39)
mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan usahawan tekno
mempunyai kekuatan (min=4.28, S.P=0.46) untuk bersabar apabila berhadapan
dengan masalah (item 56). Item-item yang telah dibina untuk mengukur domain
kecekalan (Jadual 4.10) menunjukkan bahawa jawapan responden wujud keseragaman
yang menyebabkan sisihan piawai rendah. Ini menunjukkan bahawa usahawan yang
dikaji percaya ciri kecekalan penting kepada mereka untuk menjadi teknousahawan
yang berjaya.
Jadual 4.10 Min S.P
4.06 0.44
Skor Min dan Sisihan Piawai Kecekalan 4.09 0.47
Item Pernyataan 3.94 0.67
51 Saya cekal dalam menyelesaikan masalah yang rumit.
3.97 0.69
52 Saya cekal dalam menjalankan perniagaan sekarang 4.09 0.39
walaupun pernah mengalami kegagalan.
4.28 0.46
53 Saya melaksanakan apa yang ingin dilakukan walau pun ada 4.07 0.52
rintangan.
54 Saya mencuba pelbagai kaedah bila berhadapan masalah.
55 Saya mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan
produktiviti syarikat.
56 Saya sabar apabila berhadapan dengan masalah.
Jumlah Purata Min
266
4.2.2.8 Analisis Kualitatif Domain Kecekalan
Teknousahawan merupakan individu yang cekal berusaha mencapai matlamat
mereka. Kecekalan penting bagi membolehkan mereka melihat serta menganalisis
sesuatu peluang dan mengambil tindakan wajar dengan berusaha berterusan tanpa rasa
jemu. Bagi peserta Kajian ini, kecekalan merupakan faktor dalaman yang menjadi
kekuatan dan menyebabkan mereka berdaya tahan untuk meneruskan usaha dalam
perniagaan. Beberapa petikan temu bual yang diutarakan dalam analisis ini
merupakan antara temu bual dilakukan terhadap dengan sembilan orang individu
usahawan teknologi. Bagi usahawan yang ditemu bual, beliau (TU5) menyatakan
bahawa faktor dalaman yang menjadi kekuatan diri untuk berjaya adalah tidak mudah
putus asa dan sentiasa berusaha. Faktor tersebut merupakan ciri-ciri yang membentuk
sifat kecekalan dalam diri seorang usahawan tekno dan ia adalah tema yang muncul
berdasarkan pernyataan usahawan tersebut. Ungkapan yang diutarakan oleh usahawan
TU5 adalah seperti berikut:
“Faktor dalaman diri yang menjadi kekuatan diri saya untuk berjaya ialah
tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha”. (TU5:TB20)
Manakala bagi usahawan teknologi TU6 pula, kecekalan adalah merupakan
kekuatan dalaman beliau dalam menempuh cabaran perniagaan sehingga berjaya.
Bagi usahawan ini, ciri tersebut menyebabkan beliau berdaya tahan untuk terus
berusaha mencapai apa yang dihajati dalam perniagaan. Apa yang dinyatakan oleh
teknousahawan TU6 adalah adalah tema daya tahan yang dinyatakan seperti berikut: