267
“Faktor dalaman diri yang menjadi kekuatan saya adalah kecekalan dalam
membuat sesuatu pekerjaaan” (TU6:TB20)
4.2.2.9 Analisis Kuantitatif Domain Komitmen Kerja
Data kuantitatif kajian menunjukkan teknousahawan yang berjaya mempunyai
komitmen kerja yang tinggi dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
bermutu tinggi agar dapat bersaing dalam pasaran terbuka. Dalam domain komitmen
kerja terdapat enam item yang telah dibina untuk mengukur domain tersebut. Nilai
purata skor min iaitu min=3.78 dan sisihan piawai=0.50, ini menunjukkan bahawa
usahawan tekno mengakui mereka memiliki ciri komitmen kerja. Analisis item 57
menunjukkan peserta kajian agak merasa gelisah (min=3.53, S.P=0.62) apabila suatu
kerja tidak berjalan dengan baik dan mereka juga mementingkan (min=3.53,
S.P=0.57) kualiti kerja yang bermutu tinggi (item 58).
Di samping itu, dalam item 59 responden bersetuju (min=3.56, S.P=0.62)
bahawa mereka mengambil masa yang panjang untuk memperbaiki kerja. Bagi item
60, usahawan tekno yakin (min=4.06, S.P=0.25) bahawa mereka menumpukan
sepenuh perhatian ke atas kerja dan mereka juga mampu (min=3.88, S.P=0.61)
bekerja lebih masa untuk menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan (item
61). Seterusnya, teknousahawan IKS Bumiputera percaya (min=4.13, S.P=034)
mereka akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk menyiapkan kerja. Dalam
Jadual 4.11, didapati semua sisihan piawai bagi item-item domain komitmen kerja ini
adalah rendah dan ini menunjukkan bahawa jawapan responden wujud kesepakatan.
268
Justeru, dapat disimpulkan bahawa kumpulan usahawan yang dikaji mempercayai
bahawa domain komitmen kerja merupakan ciri keusahawanan yang mengambarkan
komitmen terhadap mutu kerja yang tinggi.
Jadual 4.11
Skor Min dan Sisihan Piawai Komitmen Kerja
Item Pernyataan Min S.P
57 Saya gelisah bila suatu tidak berjalan dengan baik. 3.53 0.62
58 Saya mementingkan kualiti kerja yang bermutu tinggi. 3.53 0.57
59 Saya tidak gunakan masa yang panjang untuk memperbaiki kerja 3.56 0.62
saya.
60 Saya menumpukan sepenuh perhatian ke atas kerja. 4.06 0.25
61 Saya bekerja lebih masa untuk siapkan tugasan mengikut tempoh. 3.88 0.61
62 Saya lakukan apa sahaja yang termampu untuk menyiapkan kerja. 4.13 0.34
Jumlah Purata Min 3.78 0.50
4.2.2.10 Analisis Kualitatif Domain Komitmen Kerja
Kumpulan individu usahawan merupakan komuniti yang berpegang kepada janji.
Bagi teknousahawan setiap kerja yang dilaksanakan adalah amanah yang diberikan
masyarakat di sekeliling khasnya para pelanggan dan ia merupakan komitmen kerja.
Komitmen kerja dalam bidang perniagaan melibatkan beberapa perkara seperti
menjamin kualiti perkhidmatan atau produk, menepati janji dengan pelanggan,
berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan atau produk (inovasi), mematuhi undang-
269
undang atau peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan agensi yang lain seperti yang dinyatakan
oleh usahawan yang dikaji. Data kualitatif ini merupakan beberapa dapatan temu bual
yang yang dilakukan terhadap sembilan orang usahawan tekno yang dikaji. Untuk
memastikan sesuatu produk memenuhi kualiti serta memenuhi kehendak pelanggan,
responden berusaha memastikan persekitaran kilang dan tempat kerja bersih, tersusun.
Di samping itu, keselamatan serta kesihatan pekerja juga harus mematuhi kod
etika seperti yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib untuk menjamin kebersihan
produk yang dihasilkan. Kesemuanya memerlukan komitmen yang jitu seperti yang
dilakukan oleh teknousahawan TU3. Beliau memperkatakan bahawa mewujudkan
susana kerja yang sihat, cekap, dan produktif memerlukan komitmen kerja dan ianya
haruslah menjadi budaya dalam sesbuah organisasi perniagaan. Hasil ungkapan beliau
dalam temu bual tersebut, muncul tema-tema amalan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan, serta produktiviti. Tema pertama ini merupakan kod piawai yang
dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia
Malaysia yang perlu dipatuhi oleh pihak industri untuk melindungi keselamatan dan
kesihatan pekerja di seluruh negara manakala tema produktiviti pula adalah daya
pengeluaran sesuatu industri atau tahap kualiti tinggi yang dihasilkan oleh sesebuah
syarikat:
“Komitmen saya adalah mewujudkan suasana kerja yang sihat, cekap dan
produktif agar kualiti perkhidmatan atau produk akan meningkatkan”
(TU3:TB9)
270
Selain daripada komiten mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan
meningkatkan produktiviti, terdapat juga dalam kalangan mereka melakukan inovasi
untuk memenuhi kehendak pelanggan sebagai komitmen yang harus dilaksanakan.
Menurut responden TU6, komitmen beliau untuk melakukan inovasi adalah untuk
memuaskan hati pelanggan yang memerlukan perkhidmatannya dan ia merupakan
tema yang muncul dalam temu bual tersebut. Petikan pernyataan beliau adalah seperti
berikut:
“Komitmen saya adalah melakukan inovasi berdasarkan maklumbalas yang
diterima daripada pelanggan jadi ini akan memenuhi kehendak pelanggan”
(TU6:TB9)
Bagi usahawan yang berikutnya iaitu teknousahawan TU7 pula, beliau
menyatakan begitu komited dalam melakukan inovasi untuk tujuan meningkatkan
kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Ini perlu dilakukan kerana perkhidmatan yang
berkualiti, pasti mengamit pelanggan untuk repeat order dan seterusnya
meningkatkan daya aing syarikat. Tema yang sesuai dengan pernyataan beliau adalah
daya saing. Beliau mengutarakan pandangan seperti petikan di bawah:
“Komitmen saya terhadap inovasi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan
yang membuatkan pelanggan akan membuat “repeat order” (TU7:TB9)
Dalam melakukan perubahan atau memperbaiki kualiti produk atau
perkhidmatan, peranan rakan perniagaan tidak boleh diabaikan. Ini kerana mereka
merupakan mentor dan juga pencetus idea yang hampir dengan teknousahawan. Bagi
271
usahawan teknologi TU8 komitmen beliau untuk mengadakan perbincangan dengan
rakan perniagaan bertujuan mencari kelemahan dalam perkhidmatan yang ditawarkan
agar penambaikan serta perubahan yang dilakukan dapat memenuhi kehendak
pelanggan. Petikan temu bual tersebut dinyatakan seperti berikut:
“Komitmen saya melakukan perbincangan bersama rakan perniagaan untuk
mencari kelemahan yang wujud dalam perkhidmatan yang ditawarkan agar
dapat memenuhi mengikuti kehendak pelanggan” (TU8:TB9)
4.2.2.11 Analisis Kuantitatif Domain Suka Kepada Pembaharuan
Domain Suka kepada pembaharuan adalah merupakan ciri unik seorang
teknousahawan yang berjaya. Ciri tersebut berkaitan dengan inovasi dalam
teknokeusahawanan. Dalam Jadual 4.12 menunjukkan hasil analisis deskiptif (skor
min dan sisihan piawai) domain suka kepada pembaharuan dalam kalangan usahawan
tekno. Secara keseluruhannya, nilai purata bagi skor min adalah 4.06 dan sisihan
piawai 0.53. Dapatan ini menunjukkan bahawa teknousahawan IKS Bumiputera yakin
bahawa domain suka kepada pembaharuan merupakan ciri keusahawanan yang
mengerakkan minda mereka untuk melakukan inovasi dalam perniagaan. Salah satu
sumber inovasi adalah menghadiri kursus atau seminar. Dalam item 63,
teknousahawan mengakui (min=4.09, S.P=0.30) bahawa mereka suka menghadiri
seminar atau pelancaran produk yang berasaskan teknologi terkini. Dari aspek
teknologi baharu, kebanyakan usahawan tekno bersetuju (min=3.88, S.P=0.66)
bahawa mereka melakukan pembaharuan dalam syarikat dengan memperkenalkan
272
teknologi baharu (item 64) dan mereka juga sering (min=4.06, S.P=0.72)
memperbaharui Standard Prosedur Operasi syarikat untuk meningkatkan
keberkesanan perkhidmatan (item 65). Selain itu, usahawan juga suka (min=4.19,
S.P=0.40) melakukan pembaharuan (upgrade) terhadap perkhidmatan untuk kekal
bersaing dalam pasaran (item 66). Analisis item 67, usahawan teknologi yang kaji
juga berkemampuan (min=3.94, S.P=0.67) untuk mengawal dan melihat
perkembangan pembaharuan. Dalam item terakhir (item 68), kumpulan usahawan IKS
Bumiputera mengakui (min=4.22, S.P=0.42) bahawa mereka dimotivasikan oleh visi
yang kuat untuk melakukan pembaharuan. Nilai sisihan piawai yang rendah kesemua
item-item domain ini menunjukkan wujud konsensus dalam jawapan yang diberikan
oleh kesemua kumpulan usahawan yang dikaji.
Jadual 4.12 Min S.P
4.09 0.30
Skor Min dan Sisihan Piawai Suka Kepada Pembaharuan
3.88 0.66
Item Pernyataan 4.06 0.72
63 Saya suka menghadiri seminar atau pelancaran produk yang 4.19 0.40
3.94 0.67
berasaskan teknologi terkini. 4.22 0.42
4.06 0.53
64 Saya melakukan pembaharuan dalam syarikat dengan
memperkenalkan teknologi baharu.
65 Saya memperbaharui Standard Prosedur Operasi syarikat untuk
meningkatkan keberkesanan perkhidmatan.
66 Saya suka melakukan pembaharuan (upgrade) perkhidmatan
untuk kekal bersaing dalam pasaran.
67 Saya mengawal dan melihat perkembangan pembaharuan.
68 Saya dimotivasikan oleh visi yang kuat untuk membuat
pembaharuan
Jumlah Purata Min
273
4.2.2.12 Analisis Kualitatif Domain Suka Pembaharuan
Ciri-ciri unik yang jelas dalam diri teknousahawan adalah suka kepada pembaharuan
dan menjadi salah seorang yang mengawal serta melihat perkembangan pembaharuan.
Pembaharuan dalam situasi seorang usahawan adalah merupakan inovasi yang
bertujuan untuk meningkatkan daya saing perniagaan, menyelesai masalah yang
dihadapi syarikat, dan mengurangkan kos. Ia merupakan ciri yang didorong oleh sifat
kreatif serta inovatif dan menyebabkan mereka suka melakukan perubahan dan
pembaharuan sama ada pada peralatan, mesin mahu pun sistem dalam perniagaan
seperti promosi, kaedah pembayaran, dan juga servis selepas jualan. Ini seperti yang
dinyatakan oleh responden TU2. Beliau menyatakan suka melakukan suatu
pembaharuan yang berbeza daripada peniaga lain dan mengakui beliau seorang
kreatif. Komitmen yang dilakukan oleh beliau merupakan inovasi dan ianya adalah
tema yang muncul dalam temu bual tersebut:
“Ya mungkin juga saya seorang yang kreatif tetapi yang pasti saya suka
melakukan sesuatu yang berbeza dari orang lain sebagai pembaharuan”.
(TU2:TB12)
Usahawan TU3 juga mengakui bahawa beliau seorang yang kreatif dan suka
membuat pembaharuan dalam perniagaan. Tetapi pembaharuan yang beliau lakukan
bertujuan untuk memastikan syarikat mampu bersaing dengan peniaga yang lain.
Tema-tema yang muncul berdasarkan pernyataan beliau adalah inovasi dan daya
saing. Perkara tersebut telah dinyatakan seperti berikut:
274
“Ya, kreatif, kerana saya sentiasa suka membuat pembaharuan dalam
perniagaan agar syarikat mampu bersaing. (TU3:TB12)
4.2.2.13 Analisis Data Soalan Terbuka yang Berkaitan dengan Konstruk Ciri-
ciri Keusahawanan
Analisis soalan terbuka secara kualitatif dengan mengenal pasti tema-tema yang
muncul seperti yang disarankan oleh Miles dan Huberman (1994) dan Bogdan dan
Biklen (2003). Dari aspek ciri-ciri utama pada diri teknousahawan, kebanyakan
peserta menyatakan kerajinan sebagai ciri utama diikuti oleh semangat bekerja yang
kuat serta berilmu. Faktor ketabahan dan kesabaran juga merupakan kekuatan
dalaman yang ada pada seseorang teknousahawan. Namun, peserta kajian diihat tidak
begitu menekankan aspek kejujuran dan intergriti untuk menjadi teknousahawan yang
berjaya, hanya segelintir peserta yang menekankan aspek tersebut. Jadual 4.13
menunjukkan ciri-ciri terpenting seorang teknousahawan.
Jadual 4.13
Ciri-Ciri Terpenting Seorang Teknousahawan
Soalan Pernyataan Ciri-ciri terpenting Kekerapan (f) Peratus (%)
terbuka
38
1 Apakah ciri-ciri Rajin 12 16
5 16
terpenting yang perlu Bersemangat 5 13
ada pada diri seorang 4 9
3 9
teknousahawan pada Berilmu 3 100
pendapat anda? Tabah 32
Sabar
Jujur dan berintergriti
Jumlah
275
4.2.3 Analisis Data Konstruk Kompetensi Keusahawanan
Persoalan Kajian Ketiga:
Apakah kompetensi keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera
lepasan pusat latihan kemahiran?
Bahagian ini, analisis memfokuskan kepada dapatan konstruk kompetensi
keusahawanan untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga. Analisis data dalam
bahagian ini terdiri daripada analisis deskriptif (kuantitatif) dari soal selidik dan
analisis temu bual (kualitatif). Dalam analisis ini, nilai min dan sisihan piawai
digunakan untuk memperjelaskan data deskriptif yang terdiri daripada enam domain
iaitu: (i) kompetensi mencari peluang, (ii) kompetensi membina hubungan, (iii)
kompetensi kepimpinan, (iv) kompetensi strategik, (v) kompetensi komitmen dan (vi)
kompetensi mencari idea baharu. Manakala perbincangan berdasarkan tema-tema
penting yang muncul berkaitan dengan kompetensi keusahawanan digunakan untuk
analisis kualitatif. Dapatan kualitatif diperolehi melalui temu bual yang dilakukan
bersama-sama dengan sembilan orang peserta kajian. Kedua-dua dapatan analisis
tersebut digunakan untuk menjawab persoalan kajian ketiga.
4.2.3.1 Analisis Kuantitatif Domain Kompetensi Mencari Peluang
Aspek kompetensi mencari peluang adalah keupayaan teknousahawan mengenal pasti
barangan atau perkhidmatan yang diperlukan pelanggan dengan melakukan
penyelidikan untuk mengenal pasti dan merebut peluang perniagaan. Analisis
276
deskriptif bagi kompetensi ini ditunjukkan dalam Jadual 4.14. Secara umumnya, hasil
analisis deskriptif menunjukkan kumpulan usahawan yang dikaji yakin bahawa
kompetensi mencari peluang membantu mereka berjaya dalam perniagaan (min=4.04,
S.P=0.55). Secara khususnya item 69, menunjukkan peserta kajian mahir (min=4.16,
S.P=0.45) dalam mengenal pasti barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh
pengguna serta mereka juga yakin (min=3.94, S.P=0.67) melihat kehendak pengguna
yang masih belum dipenuhi (item 70).
Selain mengenal pasti barangan atau perhidmatan dan peluang baharu,
responden kajian juga berkemampuan (min=4.00, S.P=0.67) merebut peluang
perniagaan yang berkualiti tinggi (item 71). Dalam item 72, teknousahawan
berkeupayaan (min=3.97, S.P=0.54) menilai kelebihan serta kekurangan peluang-
peluang perniagaan baharu yang berpotensi. Manakala item terakhir (item 73),
menunjukkan bahawa responden berkebolehan untuk membuat kajian atau
penyelidikan terlebih dahulu (min=4.13, S.P=0.42) untuk mengenal pasti peluang
baharu. Dalam analisis domain ini, sisihan piawai setiap item adalah rendah. Ini dapat
disimpulkan bahawa jawapan usahawan teknologi wujud keseragaman dan mereka
yakin bahawa domain mencari peluang penting kepada usahawan teknologi untuk
berjaya dalam perniagaan.
277
Jadual 4.14 Min S.P
4.16 0.45
Skor Min dan Sisihan Piawai Kompetensi Mencari Peluang
Item Pernyataan
69 Saya mengenal pasti barangan atau perkhidmatan yang diperlukan
oleh pengguna.
70 Saya melihat kehendak pengguna yang masih belum dipenuhi. 3.94 0.67
4.00 0.67
71 Saya merebut peluang perniagaan yang berkualiti tinggi. 3.97 0.54
72 Saya menilai kelebihan dan kekurangan peluang-peluang 4.13 0.42
perniagaan yang berpotensi. 4.04 0.55
73 Saya membuat kajian atau penyelidikan terlebih dahulu untuk
mengenal pasti peluang.
Jumlah Purata Min
4.2.3.2 Analisis Kualitatif Domain Kompetensi Mencari Peluang
Kompetensi mencari peluang adalah kemahiran individu usahawan mengesan peluang
baharu dengan pelbagai cara dan seterusnya meningkatkan keuntungan perniagaan.
Dengan kompetensi ini, teknousahawan mampu mengenal pasti barangan dan
perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan, melihat keperluan pelanggan yang
belum dipenuhi, mencari produk serta perkhidmatan yang memberikan manfaat
kepada pelanggan. Dalam konteks kajian ini, kompetensi mencari peluang dalam
kalangan usahawan yang dikaji menyebabkan mereka memperolehi kesempatan untuk
menceburi dan seterusnya berjaya dalam bidang perniagaan. Petikan temu bual yang
dinyatakan dalam analisis ini adalah merupakan beberapa contoh temu bual yang
dilakukan bersama dengan sembilan orang usahawan yang berjaya. Antara ciri
278
usahawan yang memiliki kompetensi ini adalah tidak mudah mengalah menyebabkan
mereka sentiasa berusaha untuk mengesan dan mengenal pasti peluang baharu yang
wujud di sekeliling mereka seperti responden TU2. Dalam temu bual tersebut, beliau
menyatakan bahawa ciri positif tidak mudah mengalah telah menarik kepercayaan
ayahnya, dan seterusnya memberikan peluang untuk menerajui perniagaan tesebut.
Tema-tema seperti kecekalan dan kemahiran mencari peluang antara tema utama yang
muncul dalam temu bual tersebut. Pandangan yang diutarakan oleh usahawan TU2
adalah seperti berikut:
“Tidak mudah mengalah adalah ciri positif dalam diri saya yang menarik
kepercayaan ayah untuk memberi peluang kepada saya mengambil alih
perniagaan beliau’. (TU2:TB21)
Terdapat juga dalam kalangan mereka berjaya dalam perniagaan kerana
peluang-peluang yang diperolehi melalui hubungan baik dengan pelanggan-pelanggan
sepanjang menjalankan perniagaan. Sebagai seorang usahawan teknologi yang terlibat
dengan perniagaan berkonsepkan perkhidmatan, teknousahawan TU4 sering
berurusan dengan ramai pelanggan ini memberi peluang kepada beliau untuk
meneroka dan mengembangkan perniagaan.
Menurut responden TU4, peluang-peluang yang diperolehi sepanjang
menjalankan perniagaan adalah kerana hubungan baik dengan pelanggan-pelanggan
beliau. Selain kompetensi mencari peluang, jaringan dengan pelanggan juga adalah
tema yang muncul dalam temu bual tersebut. Usahawan berjaya TU4 telah
menjelaskan perkara tersebut seperti yang berikut:
279
“Faktor – faktor yang membantu saya menjadi teknousahawan yang berjaya
adalah peluang yang saya perolehi melalui hubungan baik dengan pelanggan
saya”. (TU4:TB1)
4.2.3.3 Analisis Kuantitatif Domain Kompetensi Membina Jaringan
Domain kompetensi membina jaringan adalah merujuk kepada kebolehan seorang
usahawan dalam membangunkan rangkaian sosial yang meliputi pekerja-pekerja
bawahan, rakan-rakan perniagaan, agensi kerajaan mahu pun masyarakat sekitarnya.
Dalam Jadual 4.15, menunjukkan hasil analisis deskriptif domain kompetensi
membina jaringan. Nilai purata skor min=3.93 dan sisihan piawai=0.67 bagi
kompetensi tersebut menunjukkan teknousahawan menyedari bahawa kompetensi
tersebut penting kepada mereka dalam meningkatkan daya saing syarikat. Hasil
analisis item 74 jelas menunjukkan usahawan tekno mengambil berat (min=3.97,
S.P=0.69) kepentingan membina hubungan jangka panjang dari aspek perniagaan
dengan pihak-pihak lain.
Item 75 menunjukkan responden mahir (min=3.50, S.P=0.84) dalam membina
perhubungan jangka pendek dari aspek perniagaan dengan pihak-pihak lain. Selain
itu, teknousahawan juga mampu (min=3.97, S.P=0.65) berinteraksi dengan pihak-
pihak lain untuk meluaskan jaringan perniagaan (item 76). Manakala dalam item 77,
peserta kajian mengakui (min=3.91, S.P=0.64) mengekalkan jaringan peribadi yang
sedia ada sebagai satu strategi meningkatkan perniagaan dan seterusnya membina
perhubungan jangka pendek dari aspek perniagaan dengan pihak-pihak lain.
280
Di samping itu, individu usahawan yang dikaji juga berkemampuan (min=4.13,
S.P=0.49) untuk memahami kehendak pelanggan (item 78) dan berusaha (min=4.09,
S.P=0.73) membina hubungan yang baik dengan kakitangan dalam organisasi untuk
mengelak konflik dalaman (item 79). Secara umumnya, nilai sisihan piawai kesemua
item yang dibina untuk mengukur kompetensi membina jaringan ini adalah rendah
dan ianya menunjukkan bahawa wujud kesepakatan dalam jawapan yang
dikemukakan oleh usahawan. Ini jelas bahawa usahawan tekno yakin bahawa
kompetensi ini adalah penting kepada mereka untuk berjaya dalam perniagaan.
Jadual 4.15
Skor Min dan Sisihan Piawai Kompetensi Membina Jaringan
Item Pernyataan Min S.P
74 Saya membina perhubungan jangka panjang dari aspek 3.97 0.69
perniagaan dengan pihak-pihak lain.
75 Saya membina perhubungan jangka pendek dari aspek perniagaan 3.50 0.84
dengan pihak-pihak lain.
76 Saya berinteraksi dengan pihak-pihak lain untuk meluaskan 3.97 0.65
jaringan perniagaan saya.
77 Saya mengekalkan jaringan peribadi sebagai satu strategi 3.91 0.64
meningkatkan perniagaan.
78 Saya mampu memahami kehendak pelanggan. 4.13 0.49
79 Saya membina hubungan yang baik dengan kakitangan dalam 4.09 0.73
organisasi untuk mengelak konflik dalaman. 3.93 0.67
Jumlah Purata Min
281
4.2.3.4 Analisis Kualitatif Domain Kompetensi Membina Jaringan
Kompetensi membina jaringan berkait rapat dengan kebolehan usahawan tekno
membina rangkaian sosial dengan individu atau masyarakat yang berkepentingan
dengan perniagaan mereka. Di samping itu, kompetensi ini juga adalah keupayaan
mereka untuk berinteraksi dan mengemukakan idea-idea perniagaan kepada orang
lain. Sebagai seorang individu yang terlibat dengan bidang perniagaan berasaskan
teknologi, usahawan berusaha untuk melebarkan jaringan komunikasi mereka dengan
rakan-rakan perniagaan, pelanggan-pelanggan, pekerja-pekerja bawahan serta orang-
orang yang berkepentingan dengan perniagaan demi kelangsungan perusahaan
mereka. Pernyataan-pernyataan temu bual yang dipaparkan dalam analisis dapatan
kualitatif ini adalah contoh temu bual yang dilakukan terhadap sembilan orang
individu usahawan.
Dapatan temu bual yang dilakukan menunjukkan kompetensi membina
jaringan mereka adalah menjurus kepada hubungan komunikasi antara rakan
perniagaan, pekerja dan pelanggan. Selain daripada menyajikan perkhidmatan dan
produk yang berkualiti, hubungan komunikasi yang baik sesama rakan perniagaan,
pekerja mahu pun pelanggan juga adalah penting kerana mereka akan menjadi
testimoni kepada bakal pelanggan yang lain. Usahawan yang mempunyai hubungan
dengan pelanggan akan memanafaatkannya sebaik mungkin untuk perniagaan mereka
seperti responden kajian TU6. Beliau menyatakan bahawa inovasi yang dilakukan
adalah berdasarkan kepada maklumbalas daripada pelanggan. Ini berlaku kerana
hubungan yang baik antara beliau dengan pelanggan. Tema yang muncul hasil temu
282
bual tersebut, adalah kompetensi membina jaringan. Pernyataan temu bual
teknousahawan TU6 adalah seperti yang berikut:
“Saya melakukan inovasi melalui maklumbalas daripada pelanggan”.
(TU6:TB9)
Selain hubungan yang baik dengan pelanggan, teknoushaawan juga perlu
membina komunikasi yang baik dengan rakan-rakan perniagaan dan pekerja bawahan.
Bagi peserta kajian TU8, menyatakan bahawa beliau mengadakan perbincangan
bersama rakan perniagaan dan pekerja bagaimana untuk memenuhi kehendak
pelanggan. Kesan daripada hubungan yang baik dengan rakan-rakan teknousahawan
yang lain dan pekerja, beliau mendapat manafaat dari sudut bertukar-tukar pendapat.
Daripada pernyataan beliau ini, muncul tema kompetensi membina jaringan. Beliau
menjelaskan perkara tersebut seperti yang berikut:
“Saya melakukan perbincangan bersama rakan perniagaan dan pekerja
bagaimana untuk memenuhi kehendak pelanggan”. (TU8:TB9)
4.2.3.5 Analisis Kuantitatif Domain Kompetensi Kepimpinan
Kepimpinan merupakan kompetensi yang menjelaskan keupayaan seorang
teknousahawan untuk memimpin dan mengurus organisasinya agar mencapai
kejayaan. Jadual 4.16. menunjukkan nilai purata skor min dan sisihan piawai bagi
dapatan analisis deskriptif kompetensi kepimpinan. Nilai purata skor min adalah
283
min=3.92 dan sisihan piawai=0.54, menunjukkan bahawa teknousahawan menyakini
kompetensi kepimpinan penting kepada mereka dalam usaha memimpin syarikat ke
arah kejayaan. Hasil analisis item 80, usahawan teknologi yang dikaji berkeupayaan
(min=4.34, S.P=0.48) untuk memastikan organisasi syarikat berjalan dengan lancar
dan mereka mahir (min=3.56, S.P=0.67) dalam mengurus sumber manusia dalam
syarikat (item 81). Selain mahir dalam mengurus sumber manusia, usahawan juga
percaya (min=3.63, S.P=0.61) bahawa mereka mampu mengenal pasti bakat
kepimpinan dalam kalangan kakitangan organisasi sebagai pelapis (item 82) dan
mereka juga trampil (min=3.59, S.P=0.61) dalam mengurus aset syarikat (item 83).
Dalam item 84, responden berkebolehan (min=4.00, S.P=0.36) dalam mengelakkan
pertindahan tugas kakitangan dengan menyusun tenaga manusia secara efektif dalam
syarikat. Manakala dalam item 85, kumpulan usahawan yang dikaji bersetuju
(min=3.91, S.P=0.64) bahawa mereka merancang operasi perniagaan dan mereka
mengakui (min=4.00, S.P=0.51) menyelia pekerja bawahan (item 86).
Di samping menyelia pekerja bawahan, teknousahawan juga berkemampuan
(min=4.13, S.P=0.34) untuk membimbing orang bawahan menggunakan teknologi
terkini (item 87). Item 88 pula, kumpulan individu yang dikaji mampu (min=4.16,
S.P=0.37) bertindak balas terhadap kritikan yang membina. Bagi item 89, peserta
kajian yakin (min=3.88, S.P=0.66) untuk memantau aliran tunai (cash flow) kewangan
syarikat dan usahawan yakin (min=3.91, S.P=0.64) bertindak di atas kekurangan diri
sendiri (item 90). Berdasarkan kepada dapatan empirikal kajian, nilai sisihan piawai
kesemua item-item kompetensi ini adalah rendah dan wujud kesepakatan dalam
jawapan yang dikemukakan oleh responden. Ini jelas menunjukkan bahawa
284
teknousahawan IKS Bumiputera percaya bahawa kompetensi ini penting kepada
mereka untuk memimpin syarikat ke arah kejayaan dalam perniagaan.
Jadual 4.16
Skor Min dan Sisihan Piawai Kompetensi Kepimpinan
Item Pernyataan Min S.P
80 Saya memastikan organisasi syarikat berjalan dengan lancar. 4.34 0.48
81 Saya mahir mengurus sumber manusia dalam syarikat. 3.56 0.67
82 Saya mengenal pasti bakat kepimpinan dalam kalangan 3.63 0.61
kakitangan organisasi sebagai pelapis kepimpinan.
83 Saya mahir mengurus aset dalam syarikat. 3.59 0.61
84 Saya berjaya mengelakkan pertindahan tugas kakitangan dengan 4.00 0.36
menyusun tenaga manusia secara efektif dalam syarikat.
85 Saya merancang operasi perniagaan. 3.91 0.64
86 Saya menyelia orang bawahan. 4.00 0.51
87 Saya membimbing orang bawahan untuk menggunakan teknologi 4.13 0.34
terkini.
88 Saya bertindak balas terhadap kritikan yang membina. 4.16 0.37
89 Saya memantau aliran tunai (cash flow) kewangan syarikat. 3.88 0.66
90 Saya mengakui dan bertindak di atas kekurangan diri sendiri. 3.91 0.64
Jumlah Purata Min 3.92 0.54
4.2.3.6 Analisis Kualitatif Domain Kompetensi Kepimpinan
Keupayaan mengurus organisasi manusia, sumber fizikal, kewangan dan teknologi
adalah elemen yang berkait rapat dengan kompetensi kepimpinan. Ia termasuk tugas-
285
tugas seperti mengambil tindakan, memberi arahan dan bertanggungjawab ke atas hal
ehwal syarikat. Untuk data kualitatif mengenai kompetensi kepimpinan, temu bual
telah dijalankan terhadap sembilan orang peserta kajian. Berdasarkan dapatan temu
bual, satu peranan utama teknousahawan sebagai pemimpin dalam syarikat adalah
menerap dan membudayakan inovasi dalam organisasi. Dalam perniagaan yang
berterasakan teknologi, inovasi adalah suatu keperluan dan ianya memerlukan
kepimpinan dalam syarikat untuk menjadikannya sebagai budaya. Responden TU3
menyatakan bahawa sebagai seorang pemimpin dalam syarikat, beliau menerapkan
budaya inovasi berkaitan pengubahsuaian dan penambahbaikan bersama-sama dengan
pekerja. Sebagai seorang pemimpin, beliau telah mengabungkan aspek kepimpinan
dan komunikasi sebagai elemen untuk membudayakan inovasi bersama-sama dengan
para pekerja. Dalam temu bual ini, muncul tema kompetensi kepimpinan dan
komunikasi. Responden TU3 pula memperjelaskan bahawa elemen kompetensi
kepimpinan adalah penting seperti pernyataan beliau yang berikut:
“Ya, saya menerapkan inovasi berkaitan pengubahsuaian, penambahbaikan
bersama-sama dengan pekerja saya”. (TU3:TB7)
Seorang lagi pengusaha iaitu teknousahawan TU8 pula memilih strategi
memberi kebebasan kepada pekerja untuk melontarkan idea sebagai satu cara
menerapkan budaya inovasi dalam syarikat beliau. Strategi tersebut membantu
syarikat beliau membudayakan inovasi dan kreativiti. Di samping itu, beliau (TU8)
juga menaruh kepercayaan kepada pekerja untuk memberi idea-idea baharu bagi
mengubahsuai produk syarikat tersebut. Daripada kenyataan beliau tentang perkara
286
tersebut, muncul tema-tema seperti kompetensi kepimpinan dan menaruh kepercayaan
kepada pekerja. Pernyataan tembual tersebut adalah seperti berikut:
“Ya, saya menerapkan budaya inovasi dalam organisasi dengan memberi
kebebasan kepada pekerja untuk melontarkan idea inovasi untuk produk atau
perkhidmatan saya”. (TU8:TB7)
4.2.3.7 Analisis Data Soalan Terbuka yang Berkaitan dengan Domain
Kompetensi Kepimpinan
Selain daripada dapatan menerusi soal selidik dan temu bual yang mengambarkan
tentang domain kompetensi kepimpinan, terdapat juga dapatan lain yang diperolehi
daripada soalan terbuka. Dalam dapatan tersebut, muncul tema-tema yang
menjelaskan tentang elemen-elemen domain kompetensi kepimpinan yang perlu
dalam diri usahawan tekno sebagai pemimpin dalam sebuah organisasi perniagaan.
Tema-tema tersebut merupakan dapatan yang diperolehi daripada soalan terbuka
seperti keutamaan dalam mengurus dan mengendalikan syarikat, usaha yang
dilakukan untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan usaha yang dilakukan untuk
melahirkan pelapis teknousahawan. Dalam Jadual 4.17, menunjukkan analisis soalan
terbuka kedua iaitu keutamaan peserta kajian sepanjang mengurus dan mengendalikan
syarikat menurut pandangan peserta kajian. Daripada pendapat peserta kajian terhadap
soalan terbuka tersebut telah muncul beberapa tema seperti mengurus kewangan,
mengurus sumber manusia, memenuhi kehendak pelanggan, mengurus masa, menjaga
kebajikan pekerja. Mengurus kewangan, mengurus sumber manusia, dan memenuhi
287
pelanggan adalah merupakan keutamaan peserta kajian dalam mengurus dan
mengendalikan syarikat. Di samping itu, mengurus masa dengan baik dan menjaga
kebajikan pekerja juga merupakan keutamaan mereka sepanjang mengurus dan
mengendalikan syarikat. Tetapi teknousahawan dilihat kurang memberi penekanan
kepada mengurus organisasi sepanjang mengurus dan mengendalikan syarikat. Tema-
tema tersebut merupakan antara elemen penting dalam kompetensi kepimpinan.
Jadual 4.17
Keutamaan dalam Mengurus dan Mengendalikan Syarikat
Soalan Pernyataan Keutamaan Kekerapan (f) Peratus(%)
terbuka mengurus syarikat 6 19
6 19
2 Apakah perkara Mengurus kewangan
6 19
yang menjadi
keutamaan anda Mengurus sumber
sepanjang mengurus manusia
dan mengendalikan
syarikat?
Memenuhi kehendak
pelanggan
Menjaga kebajikan 5 16
pekerja
Mengurus masa dengan 5 16
baik
Mengurus organisasi 4 13
Jumlah 32 100
Di samping keutamaan sepanjang mengurus dan mengendalikan syarikat,
menurut pandangan peserta kajian usaha untuk meningkatkan produktiviti syarikat
juga merupakan antara elemen penting dalam kompetensi kepimpinan.
Teknousahawan sebagai seorang pemimpin organisasi perniagaan berusaha untuk
288
meningkatkan produktiviti perniagaan mereka. Segala usaha-usaha yang dilakukan
oleh usahawan teknologi untuk meningkatkan produktiviti syarikat diperjelaskan
dalam Jadual 4.18. Daripada analisis yang dilakukan terhadap dapatan soalan terbuka
kelima, muncul tema-tema penting seperti memberi insentif, mempercayai pekerja
bawahan, up to date, mengadakan sesi brainstroming, dan mengikuti latihan
teknokeusahawanan sebagai usaha untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Tema
memberi insentif merupakan usaha utama yang dilakukan oleh responden untuk
meningkatkan produktiviti. Dengan memberi insentif, pekerja akan merasa dihargai
dan berusaha lebih gigih untuk meningkatkan produktiviti syarikat agar meraih
keuntungan yang banyak.
Selain itu, tema mempercayai pekerja bawahan dan up to date juga penting
dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Apabila majikan mempercayai
pekerja bawahan, ini merupakan satu bentuk penghargaan dan dapat memotivasikan
pekerja agar berusaha untuk mempertingkatkan produktiviti syarikat. Teknousahawan
sebagai pemimpin dan majikan harus sentiasa up to date dengan teknologi dan
pengetahuan yang baharu agar dapat mengesan kelemahan wujud dalam syarikat yang
membantutkan peningkatan produktiviti. Tetapi langkah yang diambil seperti
mengadakan sesi brain storming dan mengikuti latihan teknokeusahawanan pula
kurang berkesan untuk meningkatkan produktiviti syarikat.
289
Jadual 4.18
Usaha Yang Dilakukan Untuk Meningkatkan Produktiviti Syarikat
Soalan Pernyataan Usaha yang dilakukan Kekerapan (f) Peratus(%)
terbuka untuk meningkatkan
produktiviti 10 31
5 Apakah usaha yang 7 22
anda lakukan untuk Memberi insentif 7 22
meningkatkan
produktiviti Up to date
syarikat?
Mempercayai pekerja
bawahan.
Mengadakan sesi 4 13
brainstroming
Mengikuti latihan 4 13
teknokeusahawanan
Jumlah 32 100
Sebagai seorang pemimpin, mereka juga berusaha untuk memastikan kesinambungan
perniagaan yang dijalankan. Untuk itu, terdapat usaha yang dilakukan oleh kumpulan
usahawan yang dikaji untuk melahirkan pelapis teknousahawan. Berdasarkan kepada
respons usahawan terhadap soalan terbuka keenam, beberapa langkah dan strategik
seperti mendedahkan pekerja kepada teknokeusahawanan, dan menghadiri latihan
teknokeusahawanan. Langkah dan strategi yang diambil oleh individu usahawan yang
dikaji merupakan tema-tema yang muncul daripada soalan terbuka tersebut. Majoriti
mereka mengambil pendekatan mendedahkan pekerja kepada teknokeusahawanan
sebagai langkah dan strategi untuk melahir pelapis teknousahawan. Terdapat juga
dalam kalangan usahawan yang dikaji memilih untuk menghantar pekerja-pekerja
yang berpotensi mengikuti latihan teknokeusahawanan. Jadual 4.19 menunjukkan
usaha yang dilakukan untuk melahirkan pelapis teknousahawan.
290
Jadual 4.19
Usaha Yang Dilakukan Untuk Melahirkan Pelapis Teknousahawan
Soalan Pernyataan Usaha melahirkan pelapis Kekerapan (f) Peratus(%)
terbuka teknousahawan 22 69
6 Apakah usaha yang Mendedahkan 10 31
anda lakukan untuk pekerja kepada 32 100
melahirkan teknokeusahawanan
teknousahawan
sebagai pelapis
untuk meneruskan Menghantar
pekerja-pekerja
kesinambungan
mengikuti latihan
usaha yang telah
teknokeusahawanan
anda lakukan?
Jumlah
4.2.3.8 Analisis Kuantitatif Domain Kompetensi Strategik
Selain menerapkan inovasi, kemahiran merancang secara strategi adalah penting bagi
seorang teknousahawan. Kemahiran dalam menetap, menilai dan melaksanakan
strategik firma adalah merupakan kebolehan yang berkait rapat dengan kompetensi
strategik. Kompetensi tersebut merupakan domain keempat yang dibincangkan dalam
konstruk kompetensi teknokeusahawanan. Domain soal selidik seterusnya dibina
untuk mengukur kompetensi strategik usahawan yang dikaji. Nilai purata skor min
dan sisihan piawai (min=3.98, S.P=0.53) kompetensi strategik menunjukkan
teknousahawan percaya, bahawa kompetensi strategik merupakan elemen penting
dalam usaha mereka untuk mendepani halangan dan persaingan dalam perniagaan.
Hasil dapatan analisis deskriptif item 91, menunjukkan kumpulan individu yang dikaji
mengakui (min=4.22, S.P=0.49) bahawa mereka mengkaji isu-isu, masalah serta
291
peluang untuk membentuk strategi jangka panjang syarikat dan mereka juga
mengikuti (min=4.06, S.P=0.67) halatuju industri dan bagaimana ianya memberi
impak kepada syarikat (item 92). Bagi analisis item 93, peserta kajian sangat bersetuju
(min=4.22, S.P=0.42) kerap mengkaji strategi syarikat untuk memenuhi objektif serta
perubahan jangka panjang dan mereka berkeupayaan (min=3.72, S.P=0.68) untuk
menyelaraskan tindakan-tindakan semasa dengan matlamat-matlamat strategik (item
94). Mereka sering (min=3.88, S.P=0.49) menilai serta menghubungkan tugas-tugas
jangka pendek dengan tugas-tugas seharian dalam konteks halatuju jangka panjang
(item 95).
Di samping itu, dalam item 96, usahawan yakin (min=4.09, S.P=0.39) untuk
memantau kemajuan syarikat agar mencapai matlamat dan mereka mahir (min=3.84,
S.P=0.51) menilai semula setiap operasi yang berlawanan dengan matlamat strategik
syarikat (item 97). Dalam item 98, responden berkebolehan (min=3.84, S.P=0.51)
untuk mengambil tindakan strategik berdasarkan faedah, pulangan serta kos dan
mereka berkemampuan (min=3.97, S.P=0.65) untuk membentuk hala tuju jangka
panjang untuk syarikat (item 99). Jadual 4.20, menunjukkan nilai sisihan piawai setiap
item yang dibangunkan untuk mengukur domain kompetensi strategik dan nilai
sisihan piawai kesemua item adalah rendah. Ini menunjukkan wujud keseragaman
dalam jawapan yang diberikan oleh teknousahawan dan ini bermaksud mereka yakin
bahawa kompetensi tersebut perlu dimiliki oleh setiap usahawan teknologi.
292
Jadual 4.20
Skor Min dan Sisihan Piawai Kompetensi Strategik
Item Pernyataan Min S.P
4.22 0.49
91 Saya mengkaji isu-isu, masalah atau peluang untuk membentuk
strategi jangka panjang syarikat.
92 Saya mengikuti halatuju industri dan bagaimana ianya memberi 4.06 0.67
impak kepada syarikat saya. 4.22 0.42
3.72 0.68
93 Saya kerap mengkaji strategi syarikat untuk 3.88 0.49
memenuhi objektif dan perubahan jangka panjang.
4.09 0.39
94 Saya menyelaraskan tindakan-tindakan semasa 3.84 0.51
dengan matlamat-matlamat strategik syarikat. 3.84 0.51
3.97 0.65
95 Saya menilai dan menghubungkan tugas-tugas 3.98 0.53
jangka pendek, tugas-tugas seharian dalam konteks
halatuju jangka panjang.
96 Saya memantau kemajuan syarikat agar mencapai matlamat.
97 Saya menilai semula setiap operasi yang berlawanan
dengan matlamat strategik syarikat.
98 Saya mengambil tindakan strategik berdasarkan
faedah, pulangan dan kos.
99 Saya membentuk hala tuju jangka panjang untuk syarikat.
Jumlah Purata Min
4.2.3.9 Analisis Kualitatif Domain Kompetensi Strategik
Keupayaan teknousahawan untuk menetapkan, menilai dan melaksanakan strategi
syarikat merupakan kompetensi strategik. Ia merupakan antara kompetensi utama
dalam menghadapi persekitaran perniagaan yang mencabar dan tidak dapat
diramalkan. Usahawan yang berjaya menggunakan kompetensi strategik yang
293
digabung jalin dengan pengalaman dan pengetahuan untuk merangka suatu strategi
atau rancangan jangka panjang untuk syarikat. contohnya, ketika syarikat
menghadapi beberapa masalah seperti persaingan, kekurangan bahan mentah dan
masalah tenaga mahir. Temu bual-temu bual yang dinyatakan dalam analisis dapatan
kualitatif ini adalah merupakan contoh temu bual yang dilakukan bersama dengan
sembilan orang usahawan teknologi. Berdasarkan hasil analisis kualitatif ini,
kumpulan usahawan yang dikaji mengambil beberapa langkah yang bertujuan untuk
menjadikan syarikat perniagaan mereka berdaya saing dan sebagai langkah strategik
untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku.
Antara langkah tersebut adalah melibatkan semua pekerja dalam organisasi
untuk merangka perancangan jangka panjang, melakukan inovasi terhadap kaedah
pemasaran dan bersikap terbuka terhadap pekerja serta pelanggan yang memberi
maklumbalas terhadap produk atau perkhidmatan yang diberikan. Langkah tersebut
telah diambil oleh teknousahawan TU3. Beliau merancang strategi, plan pemasaran
dan perancangan jangka panjang yang melibatkan semua pekerja dalam organisasi
bertujuan untuk menghadapi persaingan. Semangat berpasukan dan kepimpinan
adalah tema yang muncul dalam daripada pernyataan beliau:
“Untuk menghadapi persaingan dengan syarikat lain, saya melibatkan semua
pekerja dalam organisasi untuk merangka stategik, plan pemasaran dan plan
jangka panjang syarikat”. (TU3:TB3)
Terdapat juga dalam kumpulan usahawan yang dikaji menggunakan pendekatan
strategik sentiasa terbuka terhadap teguran dan pendapat pekerja atau pelanggan
294
tentang perkhidmatan serta produk yang ditawarkan oleh syarikat beliau, dan ini
penting bagi membantu syarikat melakukan penambahbaikan. Ia digunakan oleh
peserta kajian TU6. Pendekatan tersebut menyebabkan pekerja mahu pun pelanggan
selesa untuk mendekati dan memberi pendapat yang baik untuk membantu usahawan
teknologi TU6 mempertingkatkan produk atau perkhidmatan beliau. Pernyataan
peserta kajian TU6 untuk menjelaskan perkara tersebut adalah seperti berikut:
“Saya sentiasa terbuka dengan pekerja dan pelanggan yang memberi teguran
atau pendapat tentang perkhidmatan atau produk yang syarikat saya tawarkan,
ini membantu saya untuk melakukan penambahbaikan terhadap syarikat.
(TU6:TB3)
Selain mengambil pendekatan seperti yang dilakukan oleh responden TU3 dan
TU6, terdapat peserta kajian yang lain mengambil pendekatan melakukan inovasi
terhadap produk dan perkhidmatan serta mencuba kaedah promosi yang baharu
sebagai langkah strategik untuk meningkatkan daya saing syarikat. Pendekatan ini
digunakan oleh individu usahawan TU7 untuk memenangi persaingan dalam pasaran
terbuka. Menerusi temu bual ini muncul tema-tema seperti inovasi, dan kompetensi
kepimpinan. Beliau telah menyatakan perkara tersbut seperti yang berikut:
“Syarikat saya selalu melakukan inovasi atau pembaharuan terhadap produk
atau perkhidmatan serta mencuba kaedah promosi yang baharu sebagai satu
kaedah pemasaran syarikat”. (TU7:TB3)
295
4.2.3.10 Analisis Kuantitatif Domain Kompetensi Komitmen
Dalam usaha untuk meningkatkan prestasi syarikat dalam jangka masa panjang,
teknousahawan perlu kepada kompetensi komitmen kerana ia memberi penekanan
kepada keupayaan usahawan untuk memproses tingkah laku yang yang khusus untuk
membuat kerja-kerja usaha. Berdasarkan analisis deskriptif yang ditunjukkan dalam
Jadual 4.21, nilai purata yang diperolehi skor min=4.15 dan sisihan piawai=0.65. Ini
menunjukkan usahawan tekno IKS Bumiputera yakin bahawa kompetensi komitmen
merupakan elemen yang kritikal kepada peserta kajian kerana kompetensi tersebut
mengambarkan bagaimana mereka berusaha dan bekerja keras dalam menyelesaikan
suatu tugasan dalam perniagaan.
Analisis deskriptif bagi item 100, teknousahawan percaya (min=4.03,
S.P=0.69) bahawa mereka komited untuk memastikan projek perniagaan sentiasa
berjalan lancar dan kumpulan usahawan yang dikaji juga mengakui (min=4.16,
S.P=0.77) bahawa mereka sentiasa berusaha untuk memastikan perniagaan tidak akan
gagal (item 101). Komitmen yang dilakukan agar perniagaan tidak akan gagal adalah
kerana usahawan teknologi bersetuju (min=4.28, S.P=0.46) bahawa mereka
mempunyai dorongan dalaman diri yang kuat (item 102). Manakala item 103, peserta
kajian yakin (min=4.09, S.P=0.73) bahawa mereka komited terhadap matlamat
perniagaan jangka panjang dan mereka berani (min=4.28, S.P=0.46) melakukan
pengorbanan peribadi yang besar untuk memastikan perniagaan berjaya (item 104).
Di samping itu, dalam item terakhir (item 105) responden kajian mampu (min=4.06,
S.P=0.76) bekerja di dalam persekitaran yang penuh dengan tekanan. Secara
keseluruhannya, kesemua item yang digunakan untuk mengukur kompetensi
296
komitmen teknosuahawan IKS Bumiputera ini mempunyai nilai sisihan piawai yang
rendah. Ini dapat disimpulkan bahawa wujud keseragaman terhadap jawapan yang
dikemukakan oleh kumpulan individu usahawan dan mereka mengakui bahawa
kompetensi tersebut penting kepada kejayaan dalam perniagaan.
Jadual 4.21 Min S.P
4.03 0.69
Skor Min dan Sisihan Piawai Kompetensi Komitmen
4.16 0.77
Item Pernyataan 4.28 0.46
100 Saya komited untuk memastikan projek perniagaan 4.09 0.73
4.28 0.46
sentiasa berjalan lancar. 4.06 0.76
4.15 0.65
101 Saya sentiasa berusaha memastikan perniagaan
tidak akan gagal.
102 Saya mempunyai dorongan dalaman diri yang kuat.
103 Saya komited terhadap matlamat perniagaan
jangka panjang.
104 Saya melakukan pengorbanan peribadi yang besar
untuk memastikan perniagaan berjaya.
105 Saya mampu bekerja di dalam persekitaran yang
penuh dengan tekanan.
Jumlah Purata Min
4.2.3.11 Analisis Kualitatif Domain Kompetensi Komitmen
Kompetensi komitmen mencerminkan sikap teknousahawan terhadap usaha yang
dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan. Kompetensi tersebut
menunjukkan kegigihan teknousahawan dalam berusaha dan mengembelengkan
297
tenaga untuk memajukan syarikat mereka dan digambarkan seperti beberapa petikan
yang diutarakan daripada tembual yang dilakukan terhadap sembilan orang
teknousahawan yang dikaji. Berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap ungkapan-
ungkapan yang diutarakan oleh kumpulan usahawan yang dikaji menunjukkan
tentang kompetensi komitmen mereka semasa memulakan perniagaan seperti
mengumpul modal awal, meyediakan tapak perniagaan dan mendisiplinkan diri. Ini
penting kerana tanpa komitmen awal, teknousahawan IKS Bumiputera tidak mampu
untuk meneruskan perniagaan. Apabila seorang individu ingin menceburi sesuatu
perniagaan, beberapa perkara yang harus dilakukan sebagai persediaan untuk
menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.
Persediaan awal tersebut merupakan komitmen usahawan agar segala
perancangan yang direncanakan tidak sia-sia seperti yang dilakukan oleh responden
kajian TU1. Beliau menyatakan bahawa komitmen awal semasa memulakan
perniagaan adalah menyediakan modal awal sebagai persediaan kewangan,
pengetahuan tentang bidang yang hendak diceburi dan perancangan perniagaan.
Tema-tema yang muncul dalam temu bual seperti modal, pengetahuan dan
perancangan perniagaan merupakan elemen yang kritikal untuk bakal teknousahawan
dan elemen-elemen tersebut memberi gambaran bahawa mereka telah bersedia untuk
menceburi bidang teknokeusahawanan:
“Komitmen semasa memulakan perniagaan ialah mengumpul modal
kewangan awal belanja untuk persediaan dan kewangan awal untuk pusingan
perniagaan, produk atau inovasi technical knowledge-specialist dan Business
plan paperwork as our handbook own writing” (TU1: TB32)
298
Bagi usahawan yang ingin menceburi bidang perniagaan berasaskan produk,
pemilihan tapak perniagaan adalah merupakan komitmen awal mereka. Ini kerana
perniagaan melibatkan penghasilan produk yang memerlukan tapak untuk
membangunkan kilang pemprosesan. Ini merupakan komitmen awal individu
usahawan TU3 dan tema yang muncul daripada pernyataan beliau adalah persediaan
awal. Pernyataan beliau dalam temu bual tersebut seperti yang dinyatakan di bawah:
“Komitmen semasa memulakan perniagaan adalah mencari tapak
perniagaan” (TU3: TB32)
Manakala bagi usahawan teknologi TU4 pula, komitmen awal sebelum
memulakan perniagaan adalah membulatkan tekad, bersemangat tinggi dan berfikiran
positif. Apa yang dilakukan oleh beliau merupakan satu kaedah untuk memotivasikan
diri agar diri memiliki daya tahan untuk menempuh segala halangan dalam
memulakan perniagaan. Daripada temu bual tersebut telah muncul tema motivasi dan
ianya adalah kekuatan dalaman beliau. Beliau telah memperjelaskan perkara tersebut
seperti berikut:
“Komitmen semasa memulakan perniagaan adalah mempunyai semangat
yang tinggi dan berfikiran positif sebagai persediaan awal sebelum menceburi
perniagaan” (TU4: TB32)
Di samping itu bagi individu usahawan TU6, komitmen awal beliau semasa
memulakan perniagaan adalah kecekalan hati dan fikiran. Berdasarkan hasil dapatan
tembual bersama usahawan teknologi TU6 ini muncul tema seperti ciri keusahawanan
299
kecekalan. Kecekalan juga merupakan kekuatan dalaman yang menjadikan beliau
tabah untuk mendepani halangan serta masalah semasa memulakan perniagaan dan
pernyataan temu bual beliau adalah seperti berikut:
“Komitmen semasa saya memulakan perniagaan adalah mempunyai
kecekalan hati dan fikiran” (TU6: 32)
4.2.3.12 Analisis Kuantitatif Domain Kompetensi Mencari Idea Baharu
Keupayaan teknousahawan untuk berfikir inovatif dan kreatif dalam menangani
keadaan yang memerlukan sikap terbuka kepada idea-idea serta pengalaman baharu,
dan diaplikasikan kepada usaha yang baharu adalah mencerminkan peranan
kompetensi mencari idea baharu. Kompetensi tersebut merupakan domain terakhir
bagi konstruk kompetensi teknokeusahawanan kajian ini dan ditunjukkan dalam
Jadual 4.22. Secara umumnya, nilai purata skor min dan sisihan piawai bagi domain
ini adalah min=4.10 dan S.P=0.51. Nilai purata bagi skor min dan sisihan piawai
menunjukkan menunjukkan bahawa usahawan teknologi yakin mereka memiliki
kompetensi tersebut dan merupakan elemen penting dalam usaha untuk melakukan
inovasi. Secara khususnya seperti item 106, peserta kajian berkebolehan (min=4.06,
S.P=0.35) untuk menangani masalah yang berlarutan dengan pendekatan baharu. Bagi
item 107, teknousahawan IKS Bumiputera mengakui (min=4.06, S.P=0.76) bahawa
mereka rajin membaca untuk mendapat idea-idea baharu dan usahawan tekno
bersetuju (min=4.31, S.P=0.47) bahawa mereka mencari idea-idea baharu dengan
bertanya kepada pakar-pakar dalam bidang teknologi (item 108). Seterusnya item 109
300
kumpulan usahawan teknologi mampu (min=3.88, S.P=0.55) melihat suatu masalah
sebagai peluang baharu dan mereka berusaha (min=4.06, S.P=0.25) mendapatkan
idea baharu dari pelbagai sumber (item 110). Item 111, responden yang dikaji
berkemampuan (min=4.16, S.P=0.77) untuk berusaha mencari kaedah alternatif untuk
menyelesaikan masalah dan mereka yakin (min=4.19, S.P=0.40) mengaplikasikan
kemahiran serta pengetahuan baharu yang diperolehi dari pelbagai sumber (item
112). Daripada Jadual 4.22, jelas menunjukkan nilai sisihan piawai bagi kesemua
item yang dibina untuk mengukur kompetensi tersebut adalah rendah dan ini
menunjukkan bahawa usahawan tekno bersetuju bahawa kompetensi mencari idea
baharu penting untuk melakukan inovasi.
Jadual 4.22 Min S.P
4.06 0.35
Skor Min dan Sisihan Piawai Kompetensi Mencari Idea Baharu
4.06 0.76
Item Pernyataan 4.31 0.47
106 Saya menangani masalah yang berlarutan
3.88 0.55
dengan pendekatan baharu. 4.06 0.25
4.16 0.77
107 Saya rajin membaca untuk mendapat idea-idea baharu.
4.19 0.40
108 Saya mencari idea-idea baharu dengan bertanya dengan pakar-
pakar dalam sesuatu bidang teknologi. 4.10 0.51
109 Saya melihat suatu masalah sebagai peluang baharu.
110 Saya mendapat idea baharu dari pelbagai sumber.
111 Saya berusaha mencari kaedah alternatif
untuk menyelesaikan masalah.
112 Saya mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan baharu yang
saya perolehi dari pelbagai sumber.
Jumlah Purata Min
301
4.2.3.13 Analisis Kualitatif Domain Kompetensi Mencari Idea Baharu
Dalam usaha untuk mengkoordinasi dan mengintegrasikan segala aktiviti perniagaan
ke arah pencapaian matlamat, melibatkan keupayaan menjangka, mengenal pasti
masalah, memulih keadaan, membuat keputusan dan memantau usaha memajukan
perniagaan memerlukan teknousahawan memiliki kompetensi mencari idea baharu.
Dengan kompetensi tersebut, mereka berupaya untuk berfikir secara inovatif dan
kreatif dalam menjana idea inovasi baharu sama ada melalui cadangan atau cetusan
rakan-rakan, keluarga, pembacaan mahu pun laman sesawang. Dapatan yang
diutarakan dalam analisis dapatan kualitatif ini adalah merupakan contoh temu bual
yang dilakukan bersama dengan sembilan orang peserta kajian. Temu bual tersebut
adalah untuk menyelami dan memahami kompetensi mencari idea baharu dalam
kalangan usahawan tekno dan menunjukkan bagaimana tercetusnya idea untuk
melakukan inovasi yang baharu.
Antara perkara yang mencetuskan idea untuk melakukan inovasi menurut
responden yang ditemu bual adalah kerana inginkan perubahan yang lebih baik,
mengikut keperluan industri, menyelesaikan masalah, menepati kehendak pelanggan,
dan menstabilkan perniagaan. Bagi usahawan yang terlibat dalam perniagaan yang
berasaskan audio video (peserta kajian TU1), beliau mendapat idea untuk melakukan
inovasi adalah kerana ingin melakukan perubahan atau transformasi penting untuk
menjadi lebih baik dan berjaya. Memandangkan teknologi audio video mengalami
perubahan yang drastik dengan kemunculan gajet dan teknologi sokongan, inovasi
perlu agar dilakukan agar perniagaan beliau seiring dengan kehendak semasa. Oleh
itu, kompetensi tersebut sebenarnya adalah suatu penghijrahan ke arah yang lebih
302
baik, sempurna dan mempertingkatkan kemampuan syarikat untuk memperolehi
keuntungan di samping memenuhi kehendak pelanggan. Tema yang sesuai dengan
pernyataan usahawan ini adalah kompetensi mencari idea baharu. Beliau telah
memperkatakan tentang perkara tersebut seperti berikut:
“Tercetusnya idea untuk melakukan inovasi yang baharu adalah kerana saya
inginkan perubahan atau transformasi penting untuk lebih baik dan berjaya”
(TU1:TB17)
Di samping ingin melakukan perubahan atau transformasi ke arah yang lebih
baik, terdapat juga dalam kalangan mereka yang ditemu bual mendapat idea untuk
melakukan inovasi baharu kerana mengikut trend semasa pasaran. Menurut
teknousahawan TU3, beliau mendapat idea untuk melakukan inovasi kerana
mengikut keperluan pasaran semasa agar perniagaan mampu untuk bersaing. Ini
adalah kerana perniagaan yang beliau ceburi adalah berkaitan dengan penghasilan
produk alat ganti kenderaan yang sudah pasti sentiasa mengalami perubahan.
Pernyataan beliau dalam temu bual tersebut, muncul tema kompetensi mencari idea
baharu. Dalam situasi yang dihadapi oleh individu ini, kompetensi mencari idea
baharu sangat penting kerana tanpa kompetensi ini, beliau akan tertinggal dalam
perniagaan serta tidak mampu bersaing. Pernyataan temu bual tersebut dinyatakan
seperti berikut:
“Idea untuk melakukan inovasi baharu adalah kerana mengikut keperluan
pasaran semasa” (TU3:TB17)
303
Manakala bagi responden TU4 pula, beliau menyatakan mendapat idea untuk
melakukan suatu inovasi yang baharu kerana hendak menyelesaikan masalah yang
dialami semasa menjalankan perniagaan seperti masalah mesin atau peralatan yang
tidak sesuai dengan kerja yang dilakukan. Tema yang muncul berdasarkan temu bual
dengan TU4 adalah kompetensi mencari idea baharu. Tema kompetensi mencari idea
baharu ini adalah berkait rapat dengan inovasi kerana tujuan teknousahawan mencari
idea baharu adalah untuk melakukan inovasi terhadap produk atau pun perkhidmatan.
Pernyataan TU4 adalah seperti berikut:
“Saya mendapat idea untuk melakukan sesuatu inovasi yang baharu itu untuk
tujuan menyelesaikan masalah” (TU4:TB17)
Selain mendapat idea untuk melakukan inovasi baharu, mereka juga mendapat
idea untuk melakukan perubahan yang menepati kehendak pelanggan seperti yang
nyatakan teknousahawan TU6. Daripada pernyataan individu yang dikaji (TU6) ini,
muncul tema kompetensi mencari idea baharu. Tema kompetensi mencari idea baharu
dalam situasi beliau adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan agar dapat
memenangi hati mereka untuk terus menggunakan produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh syarikat. Beliau telah mengungkapkan pernyataannya seperti yang
berikut:
“Saya melakukan sesuatu inovasi baharu itu untuk tujuan menepati kehendak
pelanggan” (TU6: TB17)
304
Selain itu, bagi individu usahawan tekno TU7 pula, beliau menyatakan mendapat idea
inovasi baharu penting untuk memastikan perniagaan yang dijalankan sentiasa stabil.
Ini bermaksud individu ini sentiasa memperbaiki produk atau perkhidmatan dari masa
ke semasa. Berdasarkan pernyataan beliau dalam temu bual tersebut, muncul tema
kompetensi mencari idea baharu. Kompetensi tersebut memberi ilham kepada
responden TU7 untuk melakukan inovasi yang boleh menstabilkan perniagaan beliau.
Pernyataan beliau adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
“Saya mendapat idea inovasi yang baharu untuk memastikan peniagaan
sentiasa stabil” (TU7: TB17)
4.2.3.14 Analisis Data Soalan Terbuka yang Berkaitan dengan Konstruk
Kompetensi Keusahawanan
Analisis seterusnya adalah analisis soalan terbuka yang berkaitan dengan konstruk
kompetensi keusahawanan. Analisis soalan terbuka ini adalah merupakan soalan
kedua yang dibina untuk meninjau pendapat usahawan teknologi berkenaan dengan
kompetensi yang perlu ada pada diri seorang usahawan tekno dan dapatan tersebut
ditunjukkan dalam Jadual 4.23. Berdasarkan analisis tersebut, muncul tema-tema
seperti kompetensi mencari idea baharu, kompetensi strategik, kompetensi hubungan,
kompetensi komitmen, kompetensi mencari peluang, dan kompetensi kepimpinan.
Tema yang utama adalah kompetensi mencari idea baharu di samping kompetensi
strategik dan kompetensi hubungan. Terdapat juga peserta kajian yang menyatakan
bahawa kompetensi terpenting adalah kompetensi komitmen dan kompetensi mencari
305
peluang. Tetapi kelemahan yang nyata dalam kalangan teknousahawan adalah dari
aspek kompetensi kepimpinan, berdasarkan kepada kurangnya peserta kajian yang
melihat kepentingan kompetensi tersebut.
Jadual 4.23
Kompetensi yang Perlu Ada Pada Seorang Teknousahawan
Soalan Pernyataan Ciri-ciri terpenting Kekerapan (f) Peratus(%)
terbuka
2 Apakah kompetensi Kompetensi mencari 7 22
yang perlu ada pada idea baharu 6 19
5 16
diri seorang
teknousahawan pada Kompetensi strategik
pendapat anda?
Kompetensi mencari
peluang
Kompetensi komitmen 5 16
Kompetensi Hubungan 5 16
Kompetensi kepimpinan 4 13
Jumlah 32 100
4.2.4 Analisis Deskriptif Konstruk Pemikiran Inovatif, Ciri-Ciri dan
Kompetensi Teknokeusahawanan IKS Bumiputera Lepasan Pusat
Latihan Kemahiran
Analisis deskriptif bagi nilai purata skor min dan sisihan piawai bagi konstruk
pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi keusahawanan ditunjukkan dalam Jadual
4.24. Berdasarkan data tersebut, didapati kumpulan usahawan yang dikaji
berkeyakinan (min=4.14, S.P=0.18) bahawa mereka memiliki pemikiran inovatif
sebagai konstruk penting kepada teknousahawan untuk berjaya dalam perniagaan.
306
Manakala dari aspek ciri-ciri keusahawanan pula, responden yang dikaji mengakui
(min=4.14, S.P=0.18) bahawa mereka memiliki ciri-ciri keusahawanan sebagai
konstruk yang kritikal perlu dimiliki oleh teknousahawan yang berjaya. Di samping
itu, usahawan teknologi IKS Bumiputera yakin (min=4.01, S.P=0.37) bahawa mereka
juga memiliki kompetensi keusahawanan yang merupakan elemen penting kepada
teknousahawan yang berjaya.
Jadual 4.24
Analisis Nilai Purata Skor Min dan Sisihan Piawai Konstruk Pemikiran Inovatif,
Ciri-ciri dan Kompetensi Teknousahawan
Konstruk Min S.P
Pemikiran Inovatif 4.14 0.18
Ciri-ciri Keusahawanan 4.14 0.18
Kompetensi Kesuahawanan 4.01 0.37
307
4.3 Bahagian Ketiga: Latar Belakang Keluarga, Pendidikan, Pengetahuan
dan Sokongan yang Mempengaruhi Pemikiran
Inovatif
Di bahagian ketiga ini analisis berkisar tentang latar belakang keluarga, pendidikan,
pengetahuan dan sokongan teknousahawan. Data-data yang dianalisis melalui dapatan
profil teknousahawan, temu bual, pemerhatian dan verifikasi dokumen. Hasil analisis
bahagian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian keempat.
4.3.1 Analisis Data Latar Belakang Keluarga, Pendidikan, Pengetahuan dan
Sokongan Teknousahawan yang mempengaruhi pemikiran inovatif
Persoalan Kajian Keempat:
Adakah latar belakang keluarga, pendidikan, pengetahuan dan sokongan
mempengaruhi pemikiran inovatif teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat
latihan kemahiran?
Analisis bahagian ini adalah berkisar kepada aspek latar belakang keluarga, latar
belakang pendidikan, pengetahuan dan sokongan yang mempengaruhi pemikiran
inovatif. Analisis data tersebut terdiri daripada analisis deskriptif (kuantitatif) dan
analisis temu bual serta verifikasi dokumen (kualitatif). Dari aspek elemen latar
belakang keluarga, data yang dianalisis adalah daripada dapatan profil teknousahawan
dan temu bual manakala elemen latar belakang pendidikan data yang dianalisis hasil
dapatan temu bual dan verifikasi dokumen. Data-data yang dari aspek pengetahuan
dan sokongan pula adalah dapatan profil teknousahawan dan temu bual. Maklumat
profil teknousahawan dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan (kuantitatif).
Manakala data temu bual dianalisis berdasarkan tema-tema yang muncul dan
308
ditriangulasikan dengan data verifikasi dokumen. Kesemua profil teknousahawan
diperolehi daripada 32 orang peserta kajian manakala data temu bual dan verifikasi
dokumen daripada sembilan orang peserta kajian sahaja. Data yang dianalisis
merupakan faktor yang membentuk sifat-sifat teknokeusahawanan yang berjaya
seperti pendidikan, persekitaran dan faktor-faktor sosiologi lain seperti keluarga,
keinginan bekerja sendiri, jaringan dan faktor kematangan usia yang mempengaruhi
pemikiran inovatif. Faktor utama yang dikenalpasti oleh penyelidik terdahulu
mempengaruhi pemikiran inovatif teknousahawan seperti latar belakang keluarga di
samping perkembangan akademik dan pengalaman-pengalaman yang diperolehi
semasa bekerja. Aspek pengetahuan dan sokongan juga sebagai antara elemen penting
untuk pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan berdasarkan kajian literatur.
Hasil analisis bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang keempat.
4.3.2 Latar Belakang Keluarga dari Analisis Kuantitatif
Analisis latar belakang keluarga data kuantitatif ini diperolehi melalui instrumen
profil teknousahawan. Analisis ini adalah untuk mengenal pasti penglibatan ahli
keluarga dalam perniagaan seperti ayah, ibu, adik beradik dan ahli keluarga yang lain
peserta kajian. Berdasarkan Jadual 4.25, majoriti teknousahawan mempunyai latar
belakang keluarga yang terlibat dengan perniagaan iaitu 66% (21 orang) dan hanya
34% (11 orang) daripada mereka tidak mempunyai latar belakang keluarga yang
terlibat dengan perniagaan. Berdasarkan kajian literatur, usahawan yang mempunyai
latar belakang keluarga berniaga memiliki kelebihan dari aspek pemikiran inovatif.
309
Hasil dapatan ini menunjukkan latar belakang keluarga berniaga majoriti
teknousahawan mempengaruhi pemikiran inovatif mereka.
Jadual 4.25 Kekerapan (f) Peratus (%)
Keluarga yang Terlibat dengan Perniagaan 11 34
2 6
Keluarga Yang Terlibat Dengan Perniagaan 9 28
Tiada keluarga yang terlibat dengan perniagaan 1 3
Datuk 5 16
Ayah 2 6
Ibu 2 6
Abang
Adik 32 100
Lain-lain
Jumlah
4.3.3 Latar Belakang Keluarga dari Analisis Temu bual
Latar belakang keluarga daripada analisis dapatan temu bual ini adalah melihat
pengaruh dari sudut latar belakang keluarga terdapat pemikiran inovatif
teknousahawan yang memberi kesan kepada perniagaan yang sedang dijalankan
sekarang. Keluarga merupakan komuniti yang paling hampir dan berperanan sebagai
institusi pendidikan tidak formal bagi sesorang teknousahawan daripada beberapa
aspek seperti personaliti diri, kemampuan berfikir kritis, dan kemahiran menyelesai
masalah. Keluarga juga terutamanya ibu dan ayah adalah guru pertama yang
menerapkan pelbagai disiplin, sikap dan menyemaikan minat, cita-cita serta hala tuju
kehidupan seseorang individu. Inilah yang dilalui oleh usahawan TU6. Beliau
310
menyatakan bahawa selain daripada faktor minat yang mendalam terhadap bidang
teknokeusahawanan, faktor menyambung lagasi perniagaan keluarga juga
menyumbang kepada kejayaan beliau dalam perniagaan. Selain itu, asuhan ibu bapa
dalam kemampuan berfikir secara inovatif juga merupakan kekuatan beliau dalam
menempuh halangan dalam perniagaan. Berdasarkan temubual TU6, keluarga
berperanan dalam mempengaruhi beberapa aspek seperti menyemai minat
keusahawanan dan pemikiran inovatif teknousahawan. Pandangan yang telah
diutarakan dalam temu bual tersebut, muncul tema-tema seperti keinginan menjadi
teknousahawan dan sokongan keluarga. Beliau telah memperjelaskan perkara tersebut
seperti yang berikut:
“Antara faktor yang membantu saya menjadi teknousahawan yang berjaya
adalah minat yang mendalam dalam bidang ini hasil pendedahan serta
asuhan ibu bapa di samping pendedahan dalam aspek berfikir dan
menyambung tradisi keluarga”. (TU6:TB1)
4.3.4 Latar Belakang Pendidikan dari Analisis Temu bual
Perbincangan dalam bahagian ini adalah analisa latar belakang pendidikan hasil
dapatan temu bual dari sudut pendidikan akademik dan vokasional yang membantu
peserta kajian dalam menjalankan perniagaan. Selain faktor keluarga, latar belakang
pendidikan juga memainkan peranan dalam menyemai minat terhadap perniagaan.
Berdasarkan dapatan hasil temu bual ini, kumpuan usahawan yang dikaji menyatakan
telah memilih bidang teknokeusahawanan kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor
311
seperti minat, latar belakang teknikal, latar belakang vokasional dan kemahiran
berniaga. Menurut usahawan TU1, beliau memilih untuk menceburi bidang
teknokeusahawanan ini adalah kerana minat dan latar belakang teknikal yang dimiliki
yang membantu beliau untuk melakukan inovasi. Beliau merupakan bekas seorang
pelajar sekolah menengah teknik dan telah menyambung pengajian peringkat diploma
di UITM dalam bidang elektrik kuasa. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap
bidang perniagaan, beliau memulakan perniagaan dalam kontraktor bidang pembinaan
dan elektrik setelah tamat pengajian. Tetapi responden TU1 telah beralih kepada
bidang audio visual setelah melihat peluang dan perkembangan audio visual di
Malaysia. Pandangan beliau yang diutarakan dalam temu bual tersebut, muncul tema-
tema utama seperti keinginan menjadi teknousahawan dan pengetahuan teknikal.
Peserta kajian ini memilih bidang teknokeusahawanan kerana keinginan menjadi
teknousahawan yang didorong oleh minat beliau dan pengetahuan teknikal yang
dimiliki. Petikan pernyataan beliau adalah seperti yang berikut:
“Saya memilih bidang ini kerana minat dan mempunyai latar belakang
pendidikan teknikal yang membantu saya untuk melakukan inovasi”.
(TU1:TB16)
Manakala bagi teknousahawan TU2, beliau menyatakan bahawa kemahiran
bertukang dan grafik membantu beliau untuk berjaya dalam bidang
teknokeusahawanan yang diceburi ketika ini. Kedua-dua bidang ini juga menurut TU2
memberikan beliau idea baharu dalam perniagaan. Berdasarkan temu bual bersama
teknousahawan TU2, muncul tema kemahiran vokasional dan pemikiran inovatif.
312
Bagi beliau kemahiran vokasional memberi kelebihan dari sudut mereka bentuk
produk yang dihasilkan dan pernyataan tersebut adalah seperti berikut:
“Kemahiran yang membantu saya untuk berjaya dalam bidang yang saya
ceburi sekarang adalah kemahiran bertukang dan grafik, kedua-dua bidang
ini juga menjadikan saya mampu memikirkan idea-idea baharu dalam
perniagaan”. (TU2:TB24)
Selain itu, individu TU4 pula menyatakan bahawa selain kemahiran berniaga,
kemahiran vokasional juga membantu beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan
kerana kemahiran ini menjadikan beliau seorang yang kreatif. Ini kerana perniagaan
berasaskan teknologi yang diceburi sekarang adalah berasaskan kemahiran vokasional
yang dimiliki. Tema-tema yang muncul dalam tersebut adalah kemahiran vokasional.
Kemahiran tersebut adalah penting kepada peserta kajian kerana bidang
teknokeusahawanan berkait rapat dengan teknologi dan temu bual bersama beliau
dinyatakan seperti berikut:
“Kemahiran yang membantu saya selain kemahiran berniaga adalah
kemahiran vokasional kerana kemahiran ini menjadikan saya seorang yang
kreatif”. (TU4:TB24)
Hasil temubual TU1, TU2 dan TU4 menunjukkan latar belakang pendidikan
sama ada akademik mahu pun vokasional mempunyai pengaruh terhadap pemikiran
inovatif peserta kajian. Melalui pendidikan, teknousahawan diterapkan aspek
kemahiran berfikir kritis, menyelesai masalah, pemikiran strategik, dan inovasi.
313
4.3.5 Latar Belakang Pendidikan dari Data Verifikasi Dokumen
Dapatan kajian dari aspek latar belakang pendidikan pula diperoleh daripada
verifikasi dokumen sembilan orang peserta kajian sebagai sebahagian sumber data
kualitatif. Proses verifikasi dokumen melibatkan dokumen-dokumen peserta kajian
seperti sijil-sijil akademik, sijil-sijil kemhiran, sijil-sijil kursus keusahawanan, sijil-
sijil kursus agensi-agensi kerajaan dan sijil-sijil peningkatan kemahiran. Daripada
hasil verifikasi tersebut, kebanyakan peserta kajian yang ditemu bual hanya memiliki
pendidikan di peringkat SPM sahaja iaitu 56% (5 orang). Manakala selebihnya adalah
memiliki pendidikan di peringkat ijazah sarjana muda 22% (2 orang) dan diploma
22% (2 orang). Selain itu, terdapat seorang peserta kajian iaitu 11% (1 orang) tidak
memiliki sijil akademik. Majoriti teknousahawan memiliki sijil-sijil kemahiran
daripada pusat latihan iaitu 89% (8 orang) dan hanya seorang 11% (1 orang) yang
tidak ada sijil kemahiran. Kursus keusahawanan pula terdapat 78% (7 orang) daripada
mereka pernah dan memiliki sijil keusahawanan dan hanya 22% (2 orang) yang tidak
memiliki sijil keusahawanan.
Ada juga di antara mereka yang mengambil inisiatif untuk mengambil kursus-
kursus pendek yang berkaitan dengan kemahiran anjuran agensi-agensi kerajaan
seperti CIDB dan NIOSH untuk menambah pengetahuan iaitu 44% (4 orang). Di
samping itu, terdapat juga teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan yang
mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui kursus-
kursus anjuran CIDB dan JPK iaitu 22% (2 orang). Hasil dapatan verifikasi dokumen
ini menunjukkan bahawa pendidikan terutamanya yang berkaitan dengan
keusahawanan dan kemahiran penting kepada teknousahawan IKS Bumiputera untuk
314
bersaing dalam perniagaan. Dapatan data verifikasi dokumen menunjukkan majoriti
teknousahawan yang dikaji memiliki kelulusan akademik sama ada di peringkat
sekolah mahu pun universiti. Terdapat hanya seorang peserta kajian yang tidak
memiliki kelulusan akademik kerana gagal menamatkan persekolahan di peringkat
menengah tetapi beliau memiliki kelulusan kemahiran daripada pusat latihan
kemahiran. Selain itu, responden juga pernah mengikuti kursus-kursus pendek untuk
menambah pengetahuan mereka. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa pendidikan
akademik mahu pun vokasional penting untuk mencorakan daya fikir inovatif
teknousahawan seterusnya berjaya dalam perniagaan. Jadual 4.26 menunjukkan
verifikasi dokumen yang dilakukan terhadap peserta kajian yang ditemu bual.
Jadual 4.26
Verifikasi Dokumen yang Dilakukan Terhadap Peserta Kajian yang Dite
Bil Dokumen TU1 TU2 TU3 TU4
1 Sijil-sijil SPMV SPM
SPM, Ijazah
Akademik STPM, sarjana muda
Diploma SPM (T)
2 Sijil-sijil UITM
kemahiran Tiada TWI – SKM T1
Telekom- Welding
Fiberoptik,
CIAST- (G3)
Instrument
Control
3 Sijil- sijil MDEC, Tiada MARA Sijil
kursus CIDB Pengurusa
keusahawanan MNEF- Perniagaan
Pengurusan Tiada
4 Sijil-sijil kursus Tiada CIDB
agensi-agensi
kerajaan
5 Sijil-sijil CIDB, Tiada Tiada Tiada
peningkatan NIOSH
kemahiran
315
emu Bual
TU5 TU6 TU7 TU8 TU9
Ijazah Tiada SPMV
Sarjana Diploma, Sek Agama,
Muda SPMV SRP
SPM(T) SPVM
Tiada
Sijil Marine Sijil 6G Welding
MARA kemahiran engineering kecekapan TWI
an
n malaysia certificate ketukangan.
TNB (SKM) Pemasangan
Tiada Tahap NGV traktor
1,2 & 3 academy.
Lembaga
latihan
industri.
Tiada CIDB,DKK Batu pahat MARA
Tiada 1990.
MITI 2010.
Tiada Sijil NIOSH,CIDB
keusahawanan
Parlimen batu
pahat
Tiada Tiada JPK, UPM, Tiada
SLDN
315