24
komponen-komponen kompetensi teknokeusahawanan yang penting kepada usahawan
adalah seperti kompetensi mencari peluang, kompetensi hubungan, kompetensi
mencari idea baharu, kompetensi kepimpinan, kompetensi strategik dan kompetensi
komitmen mempunyai peranan yang penting kerana ianya berkait rapat dengan
prestasi dan daya saing serta mempengaruhi kejayaan sesuatu perniagaan (usahawan).
Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah pemikiran inovatif. Dimensi-
dimensi yang terkandung dalam pemikiran inovatif ini adalah adaptasi dari model-
model seperti pemikiran rethinking (Wheeler, 2006), pemikiran inovatif (Weiss &
Legrand, 2011), Kuratko et al. (2012). Model pemikiran rethinking yang dikemukakan
oleh Wheeler (2006) menyepadukan beberapa gaya pemikiran seperti pemikiran
strategik, pemikiran analitikal dan pemikiran kreatif. Menurut Weiss dan Legrand
(2011), pemikiran inovatif merupakan proses penyelesaian masalah dengan menemui,
menggabungkan, mengatur pandangan, idea-idea dan kaedah dengan cara yang baharu.
Kuratko et al. (2012) pula menyatakan pemikiran inovatif adalah kesepaduan set minda
yang meresapi individu dan organisasi dengan cara yang berkesan untuk meningkatkan
prestasi dengan melakukan perkara-perkara baharu, penciptaan teknik dan kaedah,
keupayaan dan kesediaan untuk mencuba sesuatu penyelesaian yang baharu dan
berbeza. Berdasarkan model-model pemikiran rethinking, pemikiran inovatif, model
inovasi dimensi-dimensi yang dipilih konstruk pemikiran inovatif kajian ini adalah
kemahiran berfikir, kemahiran menyelesai masalah, pemikiran strategik dan inovasi.
Selain pembolehubah tidak bersandar dan bersandar, moderator merupakan
pembolehubah ketiga dalam kajian ini. Pembolehubah tersebut memberi kesan ke atas
pekali korelasi antara pebolehubah tidak bersandar dan bersandar namun kesan tersebut
25
hanya sekadar mengubah kekuatan hubungan antara kedua-dua tidak bersandar dan
bersandar tetapi tidak membentuk perkaitan (Noraini, 2010). Berdasarkan kajian lepas,
pemboleh ubah moderator yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah demografi
teknousahawan. Dimensi-dimensi yang terkandung di dalam demografi teknousahawan
adalah adaptasi daripada model-model yang dikemukakan oleh model pembangunan
usahawan teknikal (Edward, 1991), proses keusahawanan (Bygrave, 2004),
pembangunan keusahawanan teknologi (Willie et al., 2011).
Menurut Edward (1991), antara faktor utama yang mempengaruhi pemikiran
inovatif teknousahawan ialah latar belakang keluarga di samping perkembangan
akademik dan pengalaman-pengalaman yang diperolehi semasa bekerja (Edward,
1991). Bygrave (2004) menyatakan faktor yang membentuk pemikiran inovatif
teknousahawan didorong oleh faktor-faktor pendidikan, persekitaran dan faktor-faktor
sosiologi lain seperti keluarga, keinginan bekerja sendiri, jaringan dan faktor
kematangan usia. Manakala Willie et al. (2011) pula menyatakan bahawa aspek
pengetahuan dan sokongan sebagai antara elemen penting yang mempengaruhi
perkembangan pemikiran inovatif teknousahawan. Dalam konteks kajian ini,
penyelidik memilih dimensi-dimensi seperti latar belakang keluarga, latar belakang
pendidikan, pengetahuan dan sokongan sebagai elemen yang mempengaruhi
perkembangan pemikiran inovatif teknousahawan. Rajah 1.1 menunjukan kerangka
konseptual yang digunakan untuk kajian ini.
Pembolehubah Tidak Bersandar DEMOGRAFI
CIRI-CIRI TEKNOKEUSAHAWANAN • Latar belak
• Latar belak
• Mengambil Risiko yang Munasabah • Pengetahua
• Motivasi • Jaringan
• Mempunyai Matlamat
• Kecekalan (Edward, 1
• Komitmen Kerja & Wil
• Suka Kepada Pembaharuan
Pembole
(McClelland & McBer, 1985; Prodan, 2007;
Mankani, 2003; Ab. Aziz, 2010; Chiew et al., 2011
& Katarzyna, 2014)
KOMPETENSI TEKNOKEUSAHAWANAN
• Kompetensi Mencari Peluang
• Kompetensi Membina Jaringan
• Kompetensi Kepimpinan
• Kompetensi Strategik
• Kompetensi Komitmen
• Kompetensi Mencari Idea Baharu
(Man et al., 2002; Katarzyna, 2014)
Rajah 1.1. Kerangka Konseptual Kajian
26
Pembolehubah Bersandar
PEMIKIRAN INOVATIF
• Kemahiran Berfikir Kritis
• Kemahiran Menyelesai Masalah
• Pemikiran Strategik
• Inovasi
(Wheeler, 2006; Weiss & Legrand, 2011;
Kuratko et al., 2012; Moore, 1986 &
Wattanasupachoke, 2012)
I TEKNOUSAHAWAN
kang Keluarga
kang Pendidikan
an Teknikal
1991; Bygrave, 2004
llie et al., 2011),
ehubah Moderator
26
27
1.6 Kepentingan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran inovatif, ciri-ciri dan
kompetensi keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan
pusat latihan kemahiran dan mencadangkan kerangka model pembangunan
teknousahawan Bumiputera. Kajian ini mengenal pasti konstruk-konstruk yang
meliputi pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi keusahawanan yang perlu untuk
sesorang teknousahawan yang berjaya. Kajian ini perlu dilakukan kerana pada ketika
ini tidak terdapat satu model yang sesuai dan komprensif untuk membangunkan
pemikiran inovatif teknousahawan IKS Bumiputera. Kerangka model baharu yang
dicadangkan dalam kajian ini adalah untuk diterapkan di pusat latihan kemahiran
kerana tumpuan kaum Bumiputera pada ketika ini untuk mendapatkan kemahiran
vokasional dan keusahawanan di pusat-pusat latihan kemahiran seperti Institut
Kemahiran MARA, GIATMARA, Institut Latihan Perindustrian dan Institut
Kemahiran Belia Negara.
Kajian ini juga perlu dilakukan untuk membantu teknousahawan IKS
Bumiputera mengesan kelemahan mereka dan diharapkan kajian sebegini dapat
menyuntik sesuatu yang baharu dalam perusahaan mereka. Hasil kajian ini diharap
dapat memberi manafaat kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk menyedarkan
teknousahawan industri kecil sederhana tentang kekuatan diri mereka yang boleh
dimanfaatkan dan kelemahan diri mereka yang boleh diperbaiki. Seterusnya
meningkatkan aspirasi dan motivasi pelajar serta bakal teknousahawan untuk
menjadikan bidang keusahawanan yang berasaskan teknikal sebagai kerjaya. Dengan
cara ini, pelajar serta bakal teknousahawan dapat melengkapkan dan mempersiapkan
28
diri untuk menjadi seorang teknousahawan yang berjaya pada suatu hari nanti. Dapatan
kajian ini juga diharapkan akan dapat membantu guru-guru, pengubal kurikulum dan
pihak yang berkaitan untuk mengenal pasti elemen-elemen positif dan kemahiran yang
penting pada pelajar-pelajar yang perlu diterapkan dan disemai untuk
memperkembangkan lagi ciri-ciri keusahawanan yang sedia ada. Kajian sebegini
mungkin dapat memberi hala tuju kepada pihak-pihak yang terlibat dengan
pembangunan teknousahawan seperti MARA dan agensi yang lain dalam mengenal
pasti jenis-jenis latihan atau kursus yang sesuai pada masa hadapan serta mengenal pasti
kumpulan sasar yang sesuai untuk mengikuti program-program tersebut. Oleh yang
demikian, penyelidikan sebegini adalah perlu untuk melihat faktor-faktor yang dapat
meningkatkan tahap pemikiran inovatif dalam kalangan teknousahawan. Dengan ilmu
yang dimiliki oleh golongan teknousahawan industri kecil sederhana ini adalah
diharapkan untuk membantu golongan ini menguruskan perniagaan mereka yang
berasaskan teknikal.
1.7 Batasan Kajian
Terdapat beberapa batasan kajian yang telah dikenal pasti dalam kajian ini. Peserta
kajian ini terdiri daripada teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan
kemahiran seperti IKM, ILP, GIATMARA dan pusat latihan kemahiran. Kesukaran
untuk mengesan teknousahawan yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan,
penyelidik telah memilih seramai tiga puluh orang teknousahawan. Kajian ini adalah
terhad dan tidak boleh digenerlisasikan kepada mana-mana populasi teknousahawan
29
IKS Bumiputera di Malaysia. Pemilihan peserta kajian seramai 32 orang adalah
berdasarkan pandangan Roscoe (1975) yang menyatakan bahawa saiz sampel haruslah
tidak kurang daripada 30 orang kerana data yang diperoleh daripada sampel yang
kurang daripada itu akan mengakibatkan kesan anggaran yang tidak begitu tepat atau
bermakna. Bilangan peserta kajian yang ditetapkan seramai 32 orang adalah mencukupi
untuk membolehkan penyelidik meneroka dan meneliti persoalan kajian untuk
mendapat gambaran mendalam tentang pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi
keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan
kemahiran. Bagi pelaksanaan kajian kes seperti ini, bilangan peserta yang kecil
mencukupi memandangkan tujuan utama kajian kes adalah untuk membuat
penyelidikan secara holistik tentang gaya pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi
keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan
kemahiran.
Peserta yang dipilih terdiri daripada pelbagai ciri dan latar belakang demografi
yang berbeza. Kesemua peserta yang dipilih adalah terdiri daripada golongan
teknousahawan IKS yang berjaya sahaja. Kajian ini memfokuskan kepada pemikiran
inovatif, ciri-ciri keusahawanan dan kompetensi keusahawanan sahaja yang wujud
dalam diri peserta kajian. Dimensi-dimensi ciri-ciri keusahawanan dalam kajian ini
hanya menumpukan kepada enam ciri-ciri keusahawanan sahaja iaitu: mengambil risiko
yang munasabah, motivasi, mempunyai matlamat, kecekalan, komitmen kerja dan suka
kepada pembaharuan. Manakala dimensi-dimensi yang terkandung dalam kompetensi
keusahawanan dalam kajian ini pula hanya menumpukan kepada enam kompetensi
keusahawanan sahaja iaitu: kompetensi mencari peluang, kompetensi membina
30
jaringan, kompetensi mencari idea baru, kompetensi kepimpinan, kompetensi strategik
dan kompetensi komitmen. Peserta kajian ini terbatas kepada teknousahawan IKS
Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran sahaja. Maka segala rumusan hanya terhad
kepada teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran sahaja.
Dapatan dan keputusan kajian ini tertakluk kepada persepsi dan kejujuran peserta.
Sebarang pemberian maklumat yang palsu akan mempengaruhi keputusan kajian.
Penumpuan kajian kepada usahawan IKS kerana teknousahawan di Malaysia
kebanyakannya terlibat dengan industri pembuatan yang mana lebih 90 peratus IKS
terlibat dengan industri pembuatan (Syed Zamberi, 2009).
Pemilihan teknousahawan IKS Bumiputera dalam kajian ini tidak dipilih secara
rawak tetapi dipilih menggunakan teknik bola salji dan persampelan bertujuan kerana
bilangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran adalah
terhad. Untuk persoalan kajian keempat iaitu: Apakah elemen-elemen yang menyokong
pemikiran inovatif teknousahawan dari analisis pemerhatian? Data yang digunakan
untuk mengenalpasti elemen-elemen yang menyokong pemikiran inovatif
teknousahawan hanya melalui dapatan pemerhatian sahaja.
1.8 Definisi Operational
Definisi operational kajian adalah melibatkan definisi terhadap istilah-istilah
operational dalam kajian ini. Definisi-definisi yang digunakan adalah bersumberkan
definisi-definisi yang digunakan oleh penyelidik-penyelidik yang terdahulu dan
diadaptasikan dalam kajian ini.
31
1.8.1 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Bruch dan Hiemenz (1984) mendefinisikan IKS di negara sedang membangun sebagai
sebuah organisasi industri yang menggunakan pekerja sehingga 99 orang. Acs dan
Audretsch (1990) pula mendefinisikan IKS sebagai sebuah industri yang menggunakan
pekerja kurang daripada 500 orang. Di Jepun, IKS ialah syarikat yang menggunakan
tenaga kerja tidak melebihi 200 orang (Nirmal, 1992). Di Malaysia, definisi IKS dalam
sektor pembuatan iaitu sesebuah syarikat yang jualan tahunannya tidak melebihi RM50
juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang. Dalam sektor
perkhidmatan dan sektor lain pula sesebuah syarikat di mana jualan tahunannya tidak
melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
Dalam konteks kajian ini, IKS yang dimaksudkan adalah sebuah syarikat yang
menggunakan tenaga kerja tidak melebihi 200 orang (SME, 2013).
1.8.2 Keusahawanan
Menurut Coulter (2000), keusahawanan ialah satu proses di mana individu atau
sekumpulan individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang
mencipta nilai dan pertumbuhan dengan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Kuratko dan Hodgetts (2004) menyatakan keusahawanan sebagai satu proses inovasi
dan penciptaan perniagaan baharu melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi,
persekitaran dan proses yang dibantu oleh jaringan kerjasama kerajaan, pendidikan dan
institusi-institusi. Keusahawanan mengikut Adibu dan Dedekuma (2006), adalah proses
mencipta sesuatu yang baharu dengan nilai komersial dan memerlukan komitmen masa,
32
usaha, risiko kewangan, psikik serta sosial dan menerima ganjaran kewangan, kepuasan
peribadi dan kebebasan. Dalam konteks kajian ini, keusahawanan adalah satu proses di
mana IKS Bumiputera mengembelengkan tenaga dan idea menggunakan elemen
inovasi untuk mencari peluang-peluang perniagaan serta memasarkannya secara
komersial.
1.8.3 Teknokeusahawanan
Teknokeusahawanan adalah istilah yang dicadangkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
untuk istilah Technopreneurship. Menurut Dutse et al. (2013), teknokeusahawanan
adalah merujuk kepada keusahawanan yang bersandarkan kepada teknologi atau
teknikal sama ada dalam pengurusan, proses mahupun pengeluaran produk. Manakala
Dorf dan Byers (2005) pula mentakrifkan teknokeusahawanan sebagai gaya
kepimpinan perniagaan yang melibatkan proses mengenal pasti peluang perniagaan
berpotensi tinggi, peluang komersial teknologi intensif, mengumpul sumber seperti
bakat dan modal serta menguruskan pertumbuhan pesat dan risiko besar menggunakan
prinsip kemahiran membuat keputusan. Shane dan Venkataraman (2004) mentakrifkan
teknokeusahawanan sebagai proses keusahawanan menggunakan sumber organisasi,
sistem teknikal dan strategi untuk mengejar peluang perniagaan berasaskan teknologi.
Dalam kajian ini, teknokeusahawanan adalah aktiviti keusahawanan yang dijalankan
oleh IKS Bumiputera berteraskan teknologi terbaharu dan inovasi.
33
1.8.4 Teknousahawan
Istilah ‘teknousahawan’ merupakan istilah yang masih baharu di Malaysia dan telah
diwartakan sebagai istilah baharu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Teknousahawan
merupakan gabungan daripada dua perkataan iaitu usahawan dan teknologi. Menurut
Ab. Aziz dan Zakaria (2004), teknousahawan adalah individu atau sekumpulan individu
yang bersedia untuk mengambil risiko yang melibatkan aspek teknikal dan kejuruteraan
untuk menghasilkan pendapatan. Teague (2000) menyatakan teknousahawan sebagai
seorang usahawan yang cuba menjadi orang pertama menggunakan teknologi terbaharu
yang diperkenalkan oleh pihak lain dan disesuaikan dengan keupayaannya untuk
merevolusikan perniagaan dan industri yang diceburinya.
Dutse et al. (2013) pula menyatakan teknousahawan adalah seseorang usahawan
yang mengabungkan kemahiran keusahawanan dan teknologi. Dalam konteks kajian
ini, teknousahawan ialah individu usahawan Bumiputera IKS yang menggunakan
pemikiran inovatif untuk membina (pencipta) atau melakukan inovasi untuk tujuan
perniagaan yang berteraskan teknologi baharu sama ada dalam urusan penghasilan,
pemasaran atau pun pengurusan atau mengubahsuai (uppgrading) teknologi sedia ada
menjadi lebih baik sesuai dengan kehendak semasa.
1.8.5 Kajian Kes
Kajian kes merupakan penerangan dan penganalisisan terperinci sesuatu fenomena atau
unit sosial seperti seorang individu, sebuah kumpulan, sebuah intitusi atau sebuah
34
komuniti. Setiap kes merupakan sistem unik yang mempunyai sempadan dan had
(Merriam, 1998 & Stake, 1995). Creswell (1998) pula menyatakan kajian kes
merupakan eksplorasi ke atas satu sistem yang mempunyai batasan atau satu kes atau
beberapa kes yang diselidik dalam jangka masa yang agak panjang dan bukan sahaja
melibatkan proses kutipan data secara terperinci dan mendalam malah data juga
diperoleh dari sumber yang berbeza-beza. Yin (1994) menyatakan kajian kes
merupakan satu inkuiri bagi menyiasat sesuatu fenomena dalam konteks sebenar
dengan penggunaan pelbagai cara untuk memperoleh data. Stake (2000) telah mengenal
pasti tiga jenis kajian kes iaitu kajian intrinsik, kajian kes instrumental dan kajian kes
kolektif. Kajian kes boleh menggunakan pelbagai metodologi yang sesuai sama ada
pendekatan kualitatif mahupun pendekatan kuantitatif (Othman Lebar, 2006). Dalam
konteks kajian ini, kajian kes menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif yang
mengunakan pelbagai instrumen kajian seperti soal selidik, temu bual, pemerhatian dan
verifikasi dokumen untuk menyiasat fenomena dalam konteks sebenar untuk
memperoleh data.
1.8.6 Bumiputera
Menurut Mohamed Suffian (1987), orang-orang Melayu adalah dianggap sebagai
Bumiputera di Semenanjung Malaysia. Mengikut Perkara 160 (2) Perlembagaan
Malaysia (Pindaan 1971), orang Melayu ditakrifkan sebagai seseorang yang menganut
agama Islam, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu serta lahir
sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau ibu atau bapanya lahir di
Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari Merdeka dan dia adalah domisil di
35
Persekutuan dan Singapura. Di Sabah dan Sarawak pula, Bumiputera adalah merujuk
kepada kaum asal seperti Kadazan, Murut, Bisaya, Iban dan lain-lain lagi. Dalam
konteks kajian ini, teknousahawan Bumiputera yang dimaksudkan ialah
teknousahawan Melayu IKS lepasan pusat latihan kemahiran.
1.8.7 Latihan Kemahiran
Latihan kemahiran menurut Laird (1990) sebagai pengalaman, disiplin atau rejimen
yang menyebabkan individu memperoleh tingkah laku baharu untuk melaksanakan
sesuatu tugas. Ishak (1999) menyatakan latihan kemahiran adalah aktiviti untuk
mendapatkan kemahiran fizikal yang mudah sehingga membentuk dan mengubah sikap
yang kompleks. Goldstein dan Gessner (1988) pula menyatakan latihan kemahiran
sebagai langkah secara sistematik bagi memperbaiki kecekapan fizikal yang melibatkan
peraturan, konsep serta sikap dan seterusnya meningkatkan prestasi kerja. Dalam
konteks kajian ini, latihan kemahiran yang dinyatakan adalah latihan vokasional yang
diikuti di pusat-pusat latihan seperti sekolah vokasional, IKM, IKBN, GIATMARA,
CIDB dan lain-lain.
1.8.8 Pemikiran Inovatif
Pemikiran inovatif adalah merupakan kesepaduan set minda yang meresapi individu
dan organisasi dengan cara yang berkesan untuk meningkatkan prestasi bertujuan
melakukan perkara-perkara baharu, penciptaan teknik dan kaedah baharu, keupayaan
36
untuk berfikir keluar daripada kebiasaan (di luar kotak) serta kesediaan untuk mencuba
penyelesaian yang berbeza bertujuan membawa pelbagai idea kreatif (Kuratko et al.,
2012). Pemikiran inovatif juga adalah proses menyelesaikan masalah dengan menemui,
menggabungkan dan mengatur pandangan, idea-idea serta kaedah dalam cara yang
baharu (Weiss & Legrand, 2011). Dalam konteks kajian ini, pemikiran inovatif adalah
kesepaduan kemahiran menyelesai masalah, kemahiran berfikir kritis, pemikiran
strategik dan kemahiran inovasi dalam diri teknousahawan IKS Bumiputera lepasan
pusat latihan kemahiran untuk mencetus sesuatu idea mencipta, mengubahsuai atau
menambahbaik suatu produk atau sistem bertujuan meraih keuntungan dalam
perniagaan beteraskan teknologi.
1.8.9 Inovasi
Menurut Moore (1986), inovasi adalah merupakan kaedah bagi mencari jalan untuk
menghasilkan sesuatu penciptaan baharu, produk baharu atau perkhidmatan yang lebih
baik. Istilah inovasi berasal daripada bahasa latin innovare yang bererti ‘mengubah
atau memperbaharui' itu berkait rapat dengan aktiviti mereka cipta sesuatu karya,
peralatan, kemudahan, perisian, sistem atau idea (Mckeown, 2014). Keeley et al. (2013)
menyatakan bahawa inovasi adalah ciptaan daripada tawaran baharu yang berdaya
maju. Inovasi memerlukan seseorang mengenal pasti masalah yang penting dan
menganalisis secara sistematik untuk mencari penyelesaian yang terbaik (Kuratko et al.,
2012). Inovasi sebenarnya boleh dilakukan sesiapa saja dengan syarat mereka berani
mencuba dan melakukannya (Zaini, 2010). Dalam konteks kajian ini, inovasi adalah
pengubahsuaian, penambahbaikan atau penciptaan sesuatu produk, promosi, sistem
37
pengurusan atau penghantaran sesuatu produk untuk tujuan peningkatan kecekapan,
mutu dan kualiti serta penjimatan kos.
1.8.10 Kemahiran Menyelesai Masalah
Menurut Wheeler (2006) dan Rosnanaini et al. (2011), kemahiran menyelesai masalah
ialah suatu proses yang menggunakan minda untuk mencari jalan mengatasi sesuatu
keraguan atau halangan yang dihadapi dengan menggunakan pelbagai cara dan
pertimbangan seterusnya mengambil keputusan yang terbaik dan munasabah. Manakala
Azizi et al. (2005) pula menyatakan kemahiran menyelesai masalah adalah kemahiran
mengarahkan minda ke arah merungkai sesuatu kesulitan atau halangan tertentu yang
melibatkan pembentukan jawapan dan pilihan di antara jawapan yang terbaik. Dalam
konteks kajian ini, kemahiran menyelesai masalah yang dimaksudkan adalah
bagaimana teknousahawan IKS Bumiputera mengaplikasikan kemahiran tersebut untuk
mengatasi masalah yang berkaitan dengan perniagaan mereka.
1.8.11 Kemahiran Berfikir Kritis
Menurut Kuratko el at. (2012), kemahiran berfikir merupakan proses menghakimi nilai,
ketulenan dan ketepatan sesuatu pengetahuan. Weiss dan Legrand (2011) pula
menyatakan kemahiran berfikir kritis sebagai pemikiran yang tajam dan munasabah
difokuskan untuk memastikan apa yang hendak dibuat atau dipercayai. Yahaya et al.
(2005) mentakrifkan pemikiran kritis sebagai suatu bentuk pemikiran yang jelas dan
38
bijaksana, yang memberikan satu pemahaman baharu berkenaan suatu perkara, konsep
ataupun idea. Dalam konteks kajian ini, kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan
teknousahawan IKS Bumiputera untuk mencari idea baharu, mencari penyelesaian
masalah dan mengatasi sesuatu halangan dalam perniagaan untuk meningkatkan daya
saing.
1.8.12 Pemikiran Strategik
Menurut Center for Applied Research (2010), pemikiran strategik adalah satu proses
yang menentukan cara bagaimana seseorang individu berfikir, menilai, melihat, dan
mencipta masa depan untuk diri sendiri dan orang lain. Weiss dan Legrand (2011) pula
berpendapat pemikiran strategik merupakan satu cara yang membolehkan individu-
individu dalam sesebuah organisasi bersama-sama memikirkan sesuatu yang
bermanfaat, matlamat yang dapat mencipta masa depan untuk mereka dan organisasi
mereka. Pemikiran strategik merupakan suatu proses untuk menerangkan idea dengan
jelas untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan (Wheeler, 2006). Dalam
konteks kajian ini, pemikiran strategik adalah bagaimana teknousahawan IKS
Bumiputera memikirkan suatu perancangan jangka panjang untuk syarikat mereka,
menanggani persaingan dan cabaran yang dihadapi.
39
1.8.13 Ciri-ciri Keusahawanan
Ciri-ciri keusahawanan adalah merupakan ciri-ciri dan profil unik yang dimiliki oleh
seorang usahawan yang membezakan mereka dengan orang lain. Mohd. Asri (2015)
dan Ab. Aziz (2010) menyatakan ciri-ciri keusahawanan adalah ciri-ciri unik yang
terdapat dalam diri seseorang individu yang terlibat dan berjaya dalam bidang
keusahawanan. Ciri-ciri ini menjadikan teknousahawan berkemampuan untuk
melaksanakan tugas-tugas usaha teroka dengan berkesan (Chiew et al., 2011). Di antara
contoh-contoh ciri-ciri keusahawanan seperti berani risiko yang munasabah,
bermotivasi, mempunyai matlamat, cekal dan komited kepada mutu kerja yang tinggi
serta suka kepada pembaharuan. Dalam konteks kajian ini, ciri-ciri keusahawanan
adalah mengambil risiko yang munasabah, bermotivasi, mempunyai matlamat,
mempunyai inisiatif dan kecekalan, komitmen mutu kerja yang tinggi serta suka kepada
pembaharuan.
1.8.14 Kompetensi Keusahawanan
Menurut Mitchelmore dan Rowley (2010), kompetensi merupakan tingkah laku, sikap,
ciri-ciri, pengetahuan dan kemahiran. Kompetensi keusahawanan adalah merujuk
kepada kemampuan peniaga untuk melakukan dan melaksanakan tugas usaha teroka
dengan berkesan dan menerapkan konsep-konsep berkaitan pengurusan perniagaan dan
ilmu keusahawanan (Mohani et.al, 2008). Kompetensi keusahawanan juga adalah
merupakan sifat, personaliti, sikap, peranan sosial dan imej diri yang dikategorikan
kepada kemahiran, pengetahuan dan pengalaman (Man et al., 2002). Dalam konteks
40
kajian ini, kompetensi keusahawanan adalah kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan
sikap teknousahawan IKS Bumiputera dalam mengendalikan perniagaannya sehingga
berjaya.
1.9 Rumusan
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi
keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan
kemahiran seterusnya mencadangkan kerangka model pembangunan pemikiran inovatif
teknousahawan Bumiputera di Malaysia. Sorotan Literatur menunjukkan pelbagai
program pembangunan teknousahawan Bumiputera oleh agensi-agensi kerajaan tidak
selaras dan kurang berkesan. Kajian ini terbatas dalam kalangan teknousahawan IKS
Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran yang menceburi sektor
teknokeusahawanan pembuatan dan perkhidmatan sahaja.
Kerangka konseptual kajian ini diadaptasi daripada beberapa teori dan model
iaitu McCelland dan McBer, Prodan, Leibenstein, Chiew et al., Manakani, Ab. Aziz,
Katarzyna dan Man et al. Dalam kajian ini pembolehubah tidak bersandar adalah terdiri
daripada ciri-ciri teknokeusahawanan dan kompetensi teknokeusahawanan. Daripada
teori dan model Wattanasupachoke, Willie et al., Kuratko et al., Wheeler, Moore serta
Weiss dan Legrand pula terbentuk pembolehubah bersandar iaitu: pemikiran inovatif.
Berdasarkan teori dan model Bygrave, Edward, dan Willie et al. pula terbentuk
pembolehubah moderator iaitu faktor-faktor demografi teknousahawan. Diharapkan
dapatan kajian dapat membantu pihak-pihak yang berkepentingan untuk
41
membangunkan pemikiran inovatif teknousahawan Bumiputera berdasarkan kepada
elemen-elemen dari kaca mata teknousahawan IKS Bumiputera yang berjaya. Pada
ketika ini, kajian empirikal berkenaan dengan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan
pusat latihan kemahiran adalah kurang. Justeru, adalah kritikal kajian ini dilakukan
untuk mengenalpasti elemen-elemen yang penting dan sesuai untuk dicadangkan dalam
kerangka pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan IKS Bumiputera.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Sejak Schumpeter memperkenalkan konsep inovasi pada tahun 1934, idea
teknousahawan mula berkembang sehingga melahirkan beberapa teknousahawan yang
terkenal seperti Henry Ford, Steve Job dan Bill Gates. Di peringkat global,
pembangunan teknousahawan merupakan isu semasa yang hangat diperkatakan. Ia
semakin pesat setelah UNESCO melancarkan beberapa gagasan seperti Millennium dan
Sustainable Development Goals (McArthur, 2014). Millennium Development Goals
memfokuskan kepada perkongsian pelbagai aspek maklumat berkaitan pembangunan,
sistem, bantuan kewangan dan peluang keusahawanan (United Nations, 2016).
Sustainable Development Goals pula memfokus kepada membina infrastruktur berdaya
tahan, menggalakkan perindustrian inklusif dan mampan serta menggalakkan inovasi
43
(kelestarian dari aspek keusahawanan). Matlamat ini memerlukan sokongan kewangan,
teknologi, teknikal antarabangsa dan domestik, penyelidikan, inovasi, akses kepada
teknologi maklumat dan peningkatan komunikasi dan jaringan global (United Nations,
2016). Selain isu berkaitan teknokeusahawanan, UNESCO juga memfokuskan kepada
pembangunan belia dan teknokeusahawanan menerusi Technical and Vocational
Education and Training 2016-2021 (UNESCO, 2016). Bidang teknokeusahawanan
adalah merupakan bidang keusahawanan yang agak baharu di Malaysia. Menurut
Azahari et al., (2013), bidang teknokeusahawanan bermula seiring dengan pelancaran
Super Koridor Multimedia (MSC) pada Ogos 1996.
Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
memainkan peranan penting membantu dan memberi galakan kepada usahawan
(teknousahawan) menceburi bidang sains dan teknologi untuk diaplikasikan dalam
perniagaan (Noor Hanisa & Che Rugayah, 2013). Antara dasar yang diperkenalkan
MOSTI untuk tujuan tersebut seperti, meningkatkan keupayaan dan kapasiti negara di
dalam pengambilalihan serta penyelidikan dan pembangunan teknologi, menggalakkan
kerjasama di antara organisasi awam dan industri serta firma tempatan dan firma luar
negara di dalam kerjasama teknologi, meningkatkan perpindahan pengetahuan ke
dalam produk, proses dan perkhidmatan untuk memberi nilai tambah kepada industri
dan memposisikan Malaysia sebagai penyedia teknologi di dalam bidang bioteknologi,
bahan berteknologi, pengeluaran berteknologi, microelektronik, teknologi maklumat
dan komunikasi, aeroangkasa, tenaga kuasa, farmasi, teknologi nano dan fotonik
(Mosti, 2015). Selain MOSTI, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI) juga terlibat secara tidak langsung dengan perkembangan IKS
(teknousahawan). MITI bertanggungjawab membuat perancangan, melaksanakan
44
aktiviti pembangunan perdagangan dan perindustrian terutamanya di peringkat
antarabangsa. Lima agensi di bawah MITI iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(MATRADE), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Perbadanan Perusahawan
Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) dan Industrial Development
Finance Berhad (MIDF). MITI memfokuskan dalam memberi kemudahan terbaik
kepada pedagang dan usahawan Bumiputera. Menerusi agensi-agensi ini, pelbagai
kemudahan ditawarkan seperti kemudahan kewangan, pinjaman dan geran,
menyediakan insentif, galakan, pembangunan eksport, bantuan IKS, program bina
upaya, serta program khidmat nasihat (MITI, 2015).
Peranan yang dimainkan oleh kementerian-kementerian tersebut tidak dapat
disangkal sebagai sesuatu yang penting dalam mempopularkan dan mengembangkan
bidang ini di Malaysia akan tetapi peranan ini tidak akan membawa memberi kesan ke
atas negara seandainya pembangunan dan latihan untuk melahirkan teknousahawan
yang memiliki pemikiran inovatif dan ciri-ciri usahawan berjaya berjaya tidak diberi
perhatian yang khusus. Dalam bab ini perbincangan adalah memfokuskan kepada
dasar-dasar kerajaan yang mempengaruhi perkembangan perindustrian dan
teknokeusahawanan, perkembangan IKS dan teknousahawan di Malaysia, latihan
vokasional di Malaysia, teori-teori yang berkaitan dengan teknokeusahawanan dan
kajian-kajian yang lepas.
45
2.1 Dasar dan Pembangunan Perindustrian Negara
Semenjak merdeka 1957, program perindustrian di negara ini dijalankan sebagai usaha
untuk mempelbagaikan asas ekonomi negara pada ketika itu yang bergantung kepada
hasil komoditi getah dan timah (Yuniarti et al., 2004). Perubahan yang ketara dalam
perkembangan perindustrian ialah perubahan dari era sebelum merdeka yang
menumpukan kepada petanian kepada era selepas merdeka yang mempelbagaikan
sumber ekonomi seperti pertanian serta perindustrian. Dalam tahun 1970-an, kerajaan
telah telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung
kehendak-kehendak pekerjaan dan DEB (Masuyama et al., 1997). Menurut Masuyama
et al. (1997), DEB (Dasar Ekonomi Baharu) telah dilancarkan oleh kerajaan pada tahun
1970 dengan agenda untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan
menambah pendapatan menerusi pengwujudan peluang pekerjaan kepada semua
rakyat tanpa mengira kaum di samping menyusun semula masyarakat dengan
mengurangan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada industri-industri yang
berasaskan kepada eksport dan industri yang menggunakan buruh yang banyak (Mohd.
Rosli, 2000). Mulai tahun 1980 pula, penggalakan industri berat telah dimasukan ke
dalam program perindustrian negara. Perkara ini bertujuan memperkukuhkan lagi asas
perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat dalam bidang yang lebih
tinggi. Sektor perindustrian akan terus memainkan peranan utama dalam pembangunan
negara. Untuk tujuan tersebut, matlamat-matlamat jangka panjang serta strategi-strategi
yang baharu perlu diwujudkan dalam sektor perindustrian negara. Untuk mencapai
matlamat jangka panjang ini, Kerajaan telah menggubal Pelan Induk Perindustrian
46
(PIP) yang meliputi tempoh sepuluh tahun iaitu daripada tahun 1986 hingga tahun 1995
(Siti Norliza, 2010). Penggubalan dasar perindustrian negara menerusi PIP
melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses perindustrian
negara agar dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi
negara. PIP yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada
3 Februari 1986, telah menggariskan tiga matlamat, iaitu: (i) merangka secara terperinci
kegiatan sektor perindustrian dan sektor industri kecil untuk menghasilkan penggunaan
sumber secara optimum, (ii) menyediakan profil industri yang sesuai seperti keluasan
pasaran dan keupayaan yang sedia ada, kedudukan permintaan serta penawaran
berbagai jenis barang, (iii) merangka keperluan teknologi sektor dengan melengkapkan
program yang menyeluruh (Siti Norliza, 2010). Untuk melaksanakan PIP, kerajaan
telah merangka beberapa strategi meliputi perkara-perkara seperti: (i) menggalakkan
perindustrian yang berorientasikan pasaran luar, (ii) memberikan perhatian yang khusus
kepada industri berat, (iii) memajukan kawasan-kawasan tertentu yang telah
dikenalpasti (Siti Norliza, 2010).
Menerusi PIP, 12 sektor telah dikenalpasti untuk diberi galakan dan mempunyai
potensi yang luas. Sektor-sektor tersebut adalah: (i) barangan getah, (ii) barangan
kelapa sawit, (iii) pemprosesan makanan, (iv) keluaran berasaskan kayu balak, (v)
kimia dan petrokimia, (vi) barangan logam bukan besi, (vii) keluaran galian bukan
logam, (viii) elektronik dan elektrikal, (ix) peralatan pengangkutan, (x) keluaran
kejuruteraan dan mesin, (xi) keluaran berasaskan logam besi dan keluli dan (xii) tekstil
dan pakaian (Siti Norliza, 2010). Menurut Siti Norliza (2010), dengan perkembangan
pesat sektor perindustrian negara menerusi dasar PIP ini telah merancakkan lagi bidang
keusahawanan negara cepat dengan munculnya syarikat-syarikat multinasional seperti
47
DRB Hicom, Proton, Perwaja Steel dan Perodua di samping syarikat-syarikat yang lain
seperti Naza, Tan Chong Motor, serta Adabi. Di samping itu, PIP juga telah memberi
impak kepada perkembangan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia kerana
syarikat-syarikat yang muncul ketika era tersebut memerlukan tenaga kerja mahir.
Untuk tujuan melatih pekerja mahir yang diperlukan oleh industri, kerajaan menerusi
Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia Malaysia telah
menstrukturkan sistem latihan kemahiran dengan memperkenalkan National
Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan
oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap
pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut (JPK, 2012). Setelah Dasar
Ekonomi Baharu (DEB) berakhir pada penghujung tahun 1990, menandakan
berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) (Mardiana &
Hasnah, 2014). Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah melancarkan Dasar
Pembangunan Nasional pada 17 Jun 1991. Berasaskan Dasar Pembangunan Nasional
ini, kerajaan telah mengubal Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000.
Intipati dasar ini adalah menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia
mencapai taraf sebuah negara maju dalam semua segi iaitu; keadilan sosial, nilai, etika
dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan serta
kecemerlangan ekonomi (Mardiana & Hasnah, 2014).
Untuk mempersiapkan ke arah negara maju, kerajaan juga melancarkan satu
gagasan yang dinamakan Wawasan 2020 pada tahun 1991. Matlamat Wawasan 2020
adalah untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. Ia telah
menggariskan hala tuju untuk mencapai status negara maju dengan mensasarkan
48
pertumbuhan ekonomi pada kadar tujuh peratus setahun sehingga tahun 2020 (EPU,
2010). Untuk menyediakan platform menjadi negara maju, kerajaan telah
membangunkan prasarana yang setanding dan seiring dengan negara maju dengan
melancarkan Multimedia Super Coridor (MSC) di Cyberjaya, Selangor pada tahun
1996 yang mengambil konsep Lembah Silikon di Califonia, Amerika Syarikat (Aida
Rahayu, 2010). Pada ketika itu adalah merupakan zaman ledakan ICT dan industri
dunia berada pada fasa revolusi industri ketiga yang dikenali sebagai era digital. Untuk
melonjakkan ekonomi negara sejajar dengan Wawasan 2020, pada tahun 2010 kerajaan
telah melancarkan Model Ekonomi Baharu menerusi Economic Transfomation
Programme (ETP). Model Ekonomi Baharu yang ditunjangi ETP berperanan untuk
meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan tiga matlamat utama iaitu (i) berpendapatan
tinggi-sasaran pendapatan perkapita USD$15,000-20,000 pada 2020, (ii)
ketrangkuman-membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara
sepenuhnya, dan (iii) kemampanan- memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan
generasi akan datang (EPU, 2010). Untuk mencapai hasrat Model Ekonomi Baharu ini,
kerajaan juga memperkenalkan Goverment Transformation Programme (GTP). GTP
merupakan plan tindakan tunggal kerajaan yang telah dibahagikan kepada tiga fasa
yang berbeza dengan setiap satunya mempunyai tumpuan masing-masing. Fasa-fasa
GTP terdiri daripada (i) GTP 1.0: Fasa pertama (2010-2013), (ii) GTP 2.0:
meningkatkan perubahan (2013-2015), dan (iii) GTP 3.0: Untuk masa hadapan dan
seterusnya (2015-2020) (PEMANDU, 2010).
Kerajaan juga telah melancarkan Dasar Utama SME (2010-2020) yang
bermatlamat untuk (i) untuk meningkatkan pembentukan perniagaan, (ii) untuk
meningkatkan produktiviti pekerja, (iii) untuk mengembangkan bilangan firma
49
pertumbuhan dan inovasi yang tinggi, dan (iv) untuk pengesahan intensiti. Plan utama
SME ini merupakan plan jangka panjang Malaysia untuk mencapai sasaran menjadi
negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Terdapat enam program berimpak
tinggi (High Impact Programme-HIP) dirangka untuk menjayakan plan ini iaitu (i)
HIP1: Integrasi pendaftaran dan pelesenan pertubuhan perniagaan, (ii) HIP2: Platform
pengkomersialan teknologi, (iii) HIP3: Program pelaburan SME, (iv) HIP4: Melangkah
program eksport, (v) HIP5: Program pemangkin, dan (vi) HIP6: Inovasi inklusif. High
Impact Programme memfokuskan kepada (i) inovasi dan teknologi, (ii) pembangunan
modal insan, (iii) akses kepada pembiayaan, (iv) pasaran akses, (v) rangka kerja
perundangan dan peraturan dan (vi) infrastruktur dan keselamatan (SME, 2012). Dasar
ini mampu meningkatkan jumlah teknousahawan kerana program yang dirancang
melaluinya memfokuskan industri teknologi tinggi dan inovasi.
Selain dasar utama SME (2010-2020), kerajaan meneruskan usaha untuk
memperkasakan IKS menerusi Bajet 2018 yang dibentangkan di parlimen pada 27
Oktober 2017. Menerusi petunjang bajet tersebut kerajaan akan merancakkan
pelaburan, perdagangan dan industri melalui (i) pelaburan berimpak tinggi, (ii)
mengukuhkan IKS, (iii) pembiayaan mikro, dan (iv) meningkatkan eksport
(Kementerian Kewangan Malaysia, 2017). Pengukuhan IKS adalah menerusi Skim
Jaminan Pembiayaan Perniagaan Modal Kerja dan Sektor Perkhidmatan, Skim
Pembiayaan IKS Patuh Syariah, Geran Latihan dan Pinjaman Mudah IKS serta
Pembangunan Industri dan Produk Hala di pelbagai agensi. Bagi pembiayaan mikro
pula, kerajaan memperuntukkan dana sekitar RM500 juta menerusi Pinjaman dana
Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), RM500 juta melalui Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM) dan RM80 juta disalurkan melalui Skim Pembiayaan Ekonomi
50
Desa (SPED) bagi usahawan bumiputera desa (Kementerian Kewangan Malaysia,
2017). Untuk meningkatkan eksport, kerajaan akan mempromosikan dan
memperluaskan esksport serta memperkenalkan pinjaman untuk mengautomasikan
pengeluaran perabot tempatan untuk tujuan eksport. Usaha yang dilakukan kerajaan
menerusi bajet ini adalah sebagai galakan dan sokongan kepada usahawan IKS
terutamanya Bumiputera untuk mempertingkat serta mengembangkan perniagaan.
Perubahan pola kehidupan impak daripada Industri 4.0 menyebabkan kerajaan
memperkukuhkan lagi plan sedia ada seperti ETP dan GTP dengan melancarkan satu
gagasan yang dinamakan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Gagasan TN50 ini dilancarkan pada 19 Januari 2017 yang bertunjangkan tujuh
teras utama iaitu: (i) nilai murni, (ii) urus tadbir, (iii) persekitaran, (iv) pendidikan atau
pembelajaran, (v) pekerjaan, (vi) gaya hidup, dan (vii) Malaysia di pentas global (Lee,
2017). Gagasan yang diilhamkan oleh kerajaan ini merupakan satu langkah ke hadapan
untuk meningkatkan ekonomi negara, mengurangkan kebergantungan kepada industri
berasaskan komoditi hasil bumi seperti pertanian, hasil galian dan lain-lain seterusnya
mengembangkan industri berteknologi tinggi seiring dan senada dengan negara maju
yang lain. Di samping itu, gagasan yang dicakna oleh kerajaan ini penting dalam
perkembangan teknokuesahawanan di Malaysia kerana perubahan ke arah industri yang
teknologi tinggi berkait rapat dengan pembangunan serta perkembangan
teknokeusahawanan (Lee, 2017).
51
2.1.1 IKS di Malaysia
Jenis Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terdapat di Malaysia bergantung pada
objektif dan tujuan penubuhannya yang boleh dibuat berdasarkan ukuran kuantitatif
seperti jualan, output, bilangan pekerja, jentera yang digunakan, stok modal dan aset.
Secara umumnya, IKS boleh dibahagikan kepada dua, iaitu industri kecil dan
sederhana. Dalam konteks Malaysia, pelbagai definisi berkaitan dengan IKS diutarakan
oleh pelbagai pihak. Mengikut Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MITI)
dalam laporannya pada tahun 1994 mendefinisikan industri kecil sebagai industri yang
mempunyai modal kurang daripada RM500,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa
kurang daripada 25 orang (SME, 2013). Sementara industri sederhana pula merupakan
industri yang mempunyai modal antara RM500,000 hingga RM2.5 juta atau
mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa antara 25 orang hingga 100 orang (SME,
2013). Bank Negara pula mendefinisikan industri kecil sebagai mempunyai jumlah
modal yang kurang daripada RM250,000 ataupun mempunyai jumlah aset tetap
pelaburan kurang daripada RM500,000 (Ab. Aziz , 2009).
Tetapi pada 11 Julai 2013, kerajaan telah mengumumkan definisi baharu bagi
IKS di Malaysia. Takrif baharu ini bertujuan untuk menghasilkan lebih banyak firma
yang dikelaskan sebagai IKS, terutamanya dari sektor perkhidmatan. Ini akan
memudahkan transformasi negara ke negara berpendapatan tinggi melalui inisiatif di
bawah Pelan Induk IKS. Hasil daripada perubahan dalam definisi, jumlah pertubuhan
IKS dijangka meningkat dari 97.3 peratus pada masa ini, kepada 98.5 peratus (SME,
2013). Definisi baharu untuk IKS di Malaysia adalah seperti dalam Jadual 2.1
52
Jadual 2.1
Klasifikasi Industri Kecil Sederhana
Kateori Pembuatan Perkhidmatan dan sektor lain
Perusahaan Jualan tahunan kurang daripada RM300,000 Jualan tahunan kurang daripada
Mikro atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang RM300,000 atau bilangan pekerja
daripada sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
5 orang.
Perusahaan Jualan tahunan daripada RM300,000 kepada Jualan tahunan daripada RM300,000
Kecil kurang daripada RM15 juta atau bilangan kepada kurang daripada RM3
pekerja sepenuh masa daripada 5 orang juta atau bilangan pekerja sepenuh masa
kepada kurang daripada 75 orang. daripada 5 orang kepada kurang daripada
30 orang.
Perusahaan Jualan tahunan daripada RM15 juta kepada Jualan tahunan daripada RM3 juta
Sederhana tidak melebihi RM50 juta atau bilangan kepada tidak melebihi RM20 juta atau
pekerja sepenuh masa daripada 75 orang bilangan pekerja sepenuh masa daripada
kepada tidak melebihi 200 orang. 30 orang kepada tidak melebihi 75 orang.
Sumber: SME (2013)
Industri kecil dan sederhana terlibat dalam pelbagai bidang aktiviti ekonomi
yang luas seperti pengeluaran makanan, perabot, kraftangan, produk buatan logam,
produk berasaskan kayu, tekstil dan pakaian. Menurut Syed Zamberi (2009), lebih 90
peratus industri pembuatan adalah terdiri daripada IKS dan Syed Zamberi (2009) juga
mengketegorikan IKS kepada dua kategori iaitu: (i) Pembuatan, Pembuatan berkaitan
perkhidamtan dan Industri Agro, (ii) Perkhidmatan, Pertanian dan ICT. Kebanyakan
IKS yang beroperasi di kawasan luar bandar kurang mempunyai kemudahan
infrastruktur. Kerajaan sedang berusaha mengumpulkan IKS secara berkelompok di
satu-satu kawasan. Kawasan tersebut akan disediakan dengan pelbagai infrastruktur
dan pengangkutan untuk membantu industri kecil dan sederhana dalam menjalankan
operasinya. Menurut Beaver (2002), IKS berperanan dalam mempengaruhi prestasi
keseluruhan ekonomi domestik bukan sahaja dapat dilihat dalam proses pembangunan
di negara membangun tetapi juga di negara maju. Malah peranan dan sumbangan sektor
tersebut dalam pembangunan ekonomi di sesetengah negara lebih besar daripada
53
sumbangan industri besar (Kotey & Meredith, 1997). IKS menjadi penyumbang kepada
bilangan pertubuhan perniagaan di kebanyakan negara. Merujuk kepada Jadual 2.2,
sektor IKS membentuk 90 peratus dariapda jumlah pertubuhan perniagaan yang
berdaftar. Di negara maju seperti Jepun dan Jerman, sektor IKS menguasai 99.7 peratus
daripada jumlah pertubuhan perniagaan. Keadaan yang sama berlaku di negara lain
seperti Taiwan (97.8 peratus), Korea (99.8 peratus), Thailand (99.68 peratus),
Singapura (91.5 peratus), Indonesia (99.9 peratus), China (99.0 peratus) dan Filipina
(99.6 peratus).
Jadual 2.2
Perbandingan Statistik Utama IKS di Beberapa Negara
Negara % daripada % daripada % sumbangan
jumlah pertubuhan jumlah gunatenaga kepada KDNK
Malaysia 99.2 56.4 32.0
71.0 55.3
Jepun 99.7 76.9 40.0
69.0 38.9
Taiwan 98.0 45.0 25.0
79.0 49.0
Thailand 99.6 99.6 57.0
75.0 56.0
Singapura 90.0 70.0 32.0
Jerman 99.7
Indonesia 99.7
China 99.0
Filipina 99.6
Sumber: Rosman dan Mohd. Rosli (2011)
IKS adalah sektor ekonomi yang paling penting di Malaysia kerana IKS
memainkan peranan penting dalam menyediakan pekerja, pengabungan serta
pergantungan antara industri dengan pembaharuan keluaran. Dengan itu, kerajaan
melaksanakan beberapa program seperti galakan pasaran, kemudahan kewangan,
54
insentif, infrastruktur, sokongan teknikal serta penyelidikan dan pembangunan. IKS
yang menguasai 84 peratus daripada keseluruhan sektor perkilangan perlu lebih
dinamik, efektif dan produktif (Ab. Aziz, 2009), lebih 93 peratus daripada pengilang di
Malaysia adalah IKS (Schaper & Volery, 2004). Pada tahun 2006, Malaysia
mempunyai lebih daripada 200,000 IKS, kebanyakannya dalam sektor penjualan
borong dan runcit.
Perubahan-perubahan dalam IKS amat penting bagi mengekalkannya dalam
pasaran tempatan yang kini semakin dikuasai oleh produk luar negara. Sekiranya IKS
masih berada pada tahap lama, tidak mustahil IKS tempatan akan lenyap daripada
industri tempatan. Usahawan perlu berinovasi dan menyediakan strategi bagi
pembangunan dan perkembangan yang berterusan, memasukan dan mendapatkan
teknologi baharu, menggunakan rakan kongsi teknikal bagi pemindahan teknologi,
membangunkan keupayaan dan kemahiran teknologi sendiri, membaiki dan mereka
bentuk proses pembuatan serta cuba memasuki pasaran global (Ab. Aziz, 2009). Sektor
perusahaan kecil yang kukuh dan dinamik akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan
menyumbang kepada pencapaian pembangunan ekonomi (Rosman & Mohd. Rosli,
2011). Di negara maju, peranannya lebih bersifat makro kerana mampu membantu
perkembangan eksport dan menjana inovasi, di samping pemindahan teknologi
sedangkan peranannya di negara membangun lebih bersifat mikro seperti menggalakan
agihan pendapatan yang lebih adil, mewujudkan pembangunan yang lebih seimbang,
membasmi kemiskinan, menyediakan peluang pekerjaan serta membentuk rantaian
antara industri (Rosman & Mohd. Rosli, 2011).
55
2.1.2 Cabaran-cabaran IKS di Malaysia
IKS di Malaysia ketika ini merupakan salah satu industri yang sedang membangun dan
perlu berkembang dan mengalami transformasi untuk memastikan mereka dapat
mengharungi arus globalisasi dengan jayanya. Namun begitu, terdapat pelbagai cabaran
yang dihadapi oleh usahawan IKS. Menurut Ab. Aziz (2009), antara cabaran IKS di
Malaysia adalah seperti kekangan sumber pembiayaan, kelemahan pengurusan sumber
manusia, kelemahan peningkatan produktiviti dan kualiti, kelemahan pengurusan tidak
cekap serta cabaran globalisasi.
(i) Kekangan Sumber Pembiayaan
Cabaran ini merupakan salah satu cabaran yang amat besar bagi usahawan IKS.
Menurut Ab. Aziz (2000), IKS mempunyai modal kumpulan pemegang saham bernilai
RM2.5 juta ke bawah. Kebanyakan sumber modal IKS terdiri daripada simpanan
sendiri pemilik ataupun pinjaman daripada rakan-rakan dan saudara mara. Oleh yang
demikian modal mereka adalah kecil. Tanpa sumber kewangan yang mencukupi,
mereka tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan berkesan dan seterusnya
mengembangkan perniagaan mereka. Perubahan ke arah meningkatkan produktiviti
juga tidak dapat dilakukan. Sumber pembiayaan ini penting bagi membolehkan
usahawan IKS melakukan perubahan untuk menarik lebih ramai tenaga kerja mahir,
menggunakan peralatan yang lebih canggih, memasarkan produk ke luar negara,
menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan sebagainya. Kebanyakan
bank komersial enggan memberikan pinjaman kepada IKS kerana mereka tidak yakin
56
dengan keupayaan IKS. Bank-bank ini mengenakan syarat-syarat pinjaman yang ketat.
IKS tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini kerana perniagaan mereka masih baharu.
Kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 memburukkan lagi keadaan. Bank-
bank komersial ini menghadapi masalah Non Performing Loan (NPL) yang tinggi
menyebabkan bank-bank terpaksa mengetatkan lagi syarat-syarat pinjaman yang sedia
ada. Kadar pinjaman bank menurun sehingga 1.3 peratus pada tahun 1998 dan 01.
Peratus pada tahun berikutnya (Laporan Rancangan Malaysia Ke-8). Keadaan ini
menyukarkan para usahawan IKS untuk membuat pinjaman daripada bank-bank
komersial dan seterusnya membantutkan pertumbuhan industri ini (Ab. Aziz, 2009).
(ii) Kelemahan Pengurusan Sumber Manusia
Usahawan IKS yang ingin melaksanakan perubahan dalam syarikat mereka juga
menghadapi masalah pengurusan modal insan. Kebanyakan usahawan IKS tidak
mempunyai kemahiran untuk mengurus sumber manusia kerana mereka tidak
mendapat pendidikan dalam bidang ini. Pengurusan modal insan penting untuk
meningkatkan produktiviti syarikat dan mewujudkan suasana kerja yang
memberangsangkan. Kebanyakan pekerja yang bekerja di industri ini merupakan
pekerja yang kurang mahir dan biasanya mereka merupakan pelajar lepasan sekolah
ataupun menengah. Kebanyakan pelajar lepasan institusi pengajian tinggi kurang
berminat untuk bekerja dalam industri kecil dan sederhana. Hal ini disebabkan ganjaran
yang diberikan kepada pekerja dalam industri ini kurang menarik berbanding dengan
syarikat-syarikat besar (Mohd. Rosli, 2000). Menurut Rosman dan Mohd. Rosli (2011),
walaupun terdapat pekerja mahir yang bekerja dalam sektor ini, tetapi mereka tidak
57
kekal lama. Mereka lebih tertarik untuk bekerja di industri yang lebih besar yang
menawarkan pelbagai kemudahan yang lebih menarik. Pekerja yang mempunyai
kemahiran dan pengetahuan mementingkan peluang untuk mengembangkan bakat dan
potensi mereka serta peluang kenaikan pangkat. Mereka berpendapat bahawa IKS tidak
dapat memberikan peluang tersebut dan pada pandangan mereka, operasi IKS yang
kecil dan modal yang terhad akan membantutkan perkembangan dan menghalang cita-
cita mereka yang tinggi itu.
Menurut Nor Aini (2009), usahawan IKS menghadapi masalah sukar untuk
mengubah persepsi pekerja bahawa IKS kini sudah berubah dan mempunyai cita-cita
untuk berkembang maju. Selain itu, usahawan IKS juga menghadapi kesukaran untuk
mengekalkan sumber tenaga mahir dalam syarikat mereka akibat daripada sikap pekerja
yang mementingkan suasana pekerjaan yang lebih baik dan persaingan daripada firma-
firma besar yang menyediakan ganjaran yang lebih lumayan. Suasana persekitaran
dalam syarikat IKS juga kurang memuaskan. Tempat mereka beroperasi lebih kecil dan
kemudahan yang disediakan tidak memuaskan. Kekurangan pekerja yang mahir akan
membantutkan proses perubahan. Pekerja mahir dan berpengetahuan ini diperlukan
bagi merealisasikan penggunaan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti.
Aktiviti penyelidikan dan pembangunan juga tidak dapat dilaksanakan. Oleh sebab
sumber manusia merupakan aset syarikat yang paling berharga, maka usahawan IKS
perlu meningkatkan kemahiran mereka dalam mengurus sumber dengan mengambil
kursus-kursus yang sesuai di institusi pengajian tinggi. Mereka juga perlu mengambil
berat terhadap kebajikan pekerja dengan menyediakan suasana tempat kerja yang selesa
seperti kemudahan kantin, perkhidmatan bas, kawasan rehat, tempat kerja yang
berhawa dingin dan sebagainya (Nor Aini, 2009). Sistem ganjaran yang menarik juga
58
akan membantu syarikat untuk memotivasikan, menarik dan megekalkan pekerja yang
berpengetahuan dan berkemahiran. Pekerja yang kurang mahir juga perlu diberikan
latihan sama ada latihan jangka panjang atau jangka pendek mengikut kemampuan
syarikat. Pekerja-pekerja ini bukan sahaja dilatih dari aspek kemahiran teknikal tetapi
juga kemahiran dan perubahan kepada sikap yang positif. Usahawan perlu mempunyai
hubungan yang baik dengan dengan pekerjanya agar perubahan dapat dilakukan dengan
lebih berkesan dan mendapat kerjasama daripada pekerja. Hubungan ini boleh
dilakukan melalui proses komunikasi yang lebih berkesan (Ab. Aziz, 2009).
(iii) Kelemahan Produktiviti dan Kualiti
Usahawan IKS perlu memberikan tumpuan khusus terhadap isu ini memandangkan
semua pihak mahukan produk atau perkhidmatan setimpal dengan jumlah wang yang
dibelanjakan. Kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh usahawan IKS masih belum
dapat mencapai tahap yang memuaskan. Menurut Ab. Aziz (2009), statistik yang
dikeluarkan oleh pihak SIRIM menunjukkan kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh
IKS kurang bermutu dan sukar untuk diiktiraf sebagai barang yang berkualiti.
Kekurangan ini menyebabkan IKS sukar untuk bersaing di pasaran tempatan dan
antarabangsa. Daripada 653 usahawan yang berusaha mendapat pengiktirafan, hanya
234 usahawan yang berjaya (Ab. Aziz, 2009). Pengeluaran produk yang tidak berkualiti
ini berpunca daripada sikap usahawan IKS itu sendiri yang tidak mengikuti
perkembangan teknologi bagi menghasilkan pengeluaran yang lebih baik dab bermutu
(Ab. Aziz, 2009). Menurut Ab. Aziz (2009), usahawan IKS sendiri tidak yakin dengan
produk mereka. Ini terbukti apabila usahawan IKS tidak berminat menyertai pameran
59
perdagangan yang diadakan. Penggunaan peralatan yang ketinggalan zaman
menyebabkan proses pengeluaran produk lambat dan kurang berkualiti. IKS juga
kurang menggalakan usaha penyelidikan dan pembangunan (Ab. Aziz, 2009). Dalam
laporan Rancangan Malaysia Ke lapan, didapati bahawa hanya satu pertiga IKS yang
menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Hal ini berlaku disebabkan
kekurangan tenaga kerja mahir.
Aktiviti penyelidikan dan pembangunan amat penting dalam usaha
meningkatkan kualiti dan produktiviti. Penghasilan produk yang tidak berkualiti juga
akan menyebabkan IKS ketinggalan di belakang. Usahawan IKS juga akan menghadapi
kesukaran untuk memasarkan produk mereka. Di samping itu, hasrat usahawan IKS
untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar juga tidak akan tercapai. Syarikat-
syarikat multinasional yang besar juga tidak akan berminat untuk bekerjasama dengan
IKS kerana berpendapat bahawa produk mereka tidak berkualiti. Usaha kerajaan untuk
menggalakan pembangunan rakan strategik dan usaha sama dengan syarikat-syarikat
besar dari luar negara dengan IKS tempatan juga pasti akan gagal. Bagi menghadapi
cabaran ini, usahawan IKS perlu melengkapkan diri mereka dengan teknologi moden
dan inovasi. Usahawan IKS juga perlu sentiasa peka terhadap teknologi baharu dan
memilih teknologi yang sesuai dengan industri mereka (Rosman & Mohd. Rosli, 2011).
Selain itu, setiap syarikat dalam industri IKS perlu mewujudkan satu bahagian
untuk penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk yang berkualiti serta
dapat bersaing di pasaran. Di samping itu, pekerja juga perlu mempunyai kemahiran
dalam menggunakan teknologi moden dan ini boleh dilakukan dengan menghantar
pekerja untuk mengikuti latihan bagi mempelajari cara-cara untuk mengendalikan
60
teknologi ini dengan lebih berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti. Latihan ini juga akan dapat mengurangkan kesilapan yang dilakukan oleh
pekerja (Ab. Aziz, 2009).
(iv) Pengurusan Tidak Cekap
Kebanyakan usahawan IKS masih tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi bagi
menguruskan sesuatu perniagaan. Ramai antara mereka mempunyai tahap pendidikan
yang rendah dan sekali gus menyebabkan mereka sukar untuk menerima perubahan
dalam sistem. Oleh sebab itu mereka mewarisi perniagaan daripada keluarga mereka
turut terikat dengan sistem yang sudah ketinggalan zaman. Usahawan IKS perlu
menganggap ini sebagai satu cabaran penting dalam melaksanakan perubahan kerana
tanpa perubahan dari aspek pengurusan, maka tiadalah perubahan dari aspek yang lain
(Ab. Aziz, 2009).
Menurut Rosman dan Mohd. Rosli (2011), usahawan IKS kurang memberi
perhatian terhadap aspek amalan pengurusan dalam aktiviti perniagaan mereka dan
kelemahan yang jelas dalam aspek ini adalah pengurusan kewangan, pemasaran dan
operasi. Mereka perlu mengubah sikap mereka kepada lebih positif, iaitu sentiasa
berusaha untuk berjaya dan tidak berputus asa. Perubahan ke arah pengurusan yang
lebih sistematik dengan bantuan penggunaan teknologi moden seperti komputer dan
internet amat penting. Usahawan IKS juga tidak sepatutnya bergantung pada bantuan
kerajaan sahaja. Mereka sepatutnya mengambil inisiatif sendiri dengan mengikuti
kursus-kursus pengurusan yang disediakan oleh intitusi pengajian bagi melengkapkan
61
diri mereka dengan sistem yang baharu seperti pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM).
Dengan adanya pendidikan secara formal dalam bidang pengurusan, usahawan IKS
dapat mempelajari dan memilih bentuk pengurusan yang paling sesuai untuk
diadaptasi. Mereka boleh memilih sistem daripada Barat ataupun Jepun atau dengan
menggabungkan kedua-dua sistem tersebut untuk hasil yang lebih baik.
Sistem yang baik perlu diikuti dan dicontohi. Dalam hal ini, usahawan perlu
bersikap terbuka terhadap semua sistem. Ramai usahawan IKS yang mengambil jalan
pintas seperti mengalibabakan permit-permit untuk mencapai cita-cita mereka. Hal ini
menyebabkan kerja-kerja dilakukan tanpa pengetahuan asas yang kukuh berkaitan
dengan bidang pekerjaan yang diceburi (Mohd. Rosli, 2000). Mereka tidak
menjalankan analisis tentang sesuatu bidang keusahawanan sebelum menyertai sesuatu
bidang keusahawanan kerana melihat kejayaan orang lain dalam bidang tersebut tanpa
mengambil kira masalah yang dihadapi dan strategi yang perlu diambil. Selain itu,
usahawan IKS perlu melakukan perubahan dalam sistem mereka.
Untuk berdaya saing, usahawan IKS perlu mengalihkan budaya syarikat supaya
lebih berfokuskan keusahawanan. Usahawan juga perlu mempunyai banyak idea yang
bernas yang boleh membantu IKS dalam melaksanakan perubahan dengan lebih
berkesan. Usahawan IKS boleh meminta pandangan daripada usahawan berkaitan
dengan kualiti produk yang dikeluarkan. Kehendak-kehendak usahawan ini bolehlah
dijadikan panduan untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Di samping itu,
pengurusan pemasaran produk juga amat penting. Usahawan IKS perlu menukar
strategi pemasaran produk melalui orang tengah kepada pemasaran secara terus.
Strategi pemasaran melalui orang tengah akan merugikan usahawan IKS kerana orang
62
tengah akan memanipulasikan harga untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi.
Usahawan IKS juga boleh menjalankan usaha sama dengan usahawan syarikat-syarikat
multinasional yang besar bagi menembusi pasaran antarabangsa. Untuk kerjasama
dengan syarikat-syarikat multinasional yang besar, IKS perlu mempunyai sistem yang
cekap dan profesional agar mendapat kepercayaan syarikat-syarikat ini (Ab. Aziz,
2009).
(v) Cabaran Globalisasi
Proses globalisasi pada masa kini sudah tidak dapat dielakkan lagi. Semua industri
terdedah pada arus globalisasi. IKS juga tidak terkecuali. Usahawan IKS perlu sedar
bahawa proses globalisasi ini akan memusnahkan industri mereka jika tidak ditangani
dengan baik. Dunia kini seolah-olah tiada sempadan lagi. Dalam ekonomi globalisasi,
tiada tempat untuk peniaga kecil bersaing. Besar kemungkinan, kuasa besar dengan
kekuatan ekonomi yang besar akan menguasai pentas ekonomi. Industri IKS
menghadapi persaingan sengit dengan syarikat-syarikat Multinasional yang besar.
Penggabungan dan pengambilalihan syarikat-syarikat besar ke atas syarikat-syarikat
kecil juga menjadi ancaman kepada industri kecil dan sederhana. Pelaksanaan AFTA
pada tahun 2003 akibat daripada proses globalisasi ini juga menjadi cabaran kepada
IKS untuk melakukan perubahan (Rosman & Mohd. Rosli, 2011). Perlu dijelaskan
bahawa proses globalisasi bukan hanya membawa keburukan kepada IKS, tetapi turut
membolehkan IKS menembusi pasaran antarabangsa tanpa sekatan lagi. Proses
globalisasi membolehkan usahawan IKS mendapat pekerja dari luar negara. Usahawan
IKS perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan persekitaran kerja yang sesuai bagi
63
pekerja dan cuba memahami mereka untuk mengelakkan kesulitan. Usahawan IKS juga
perlu sedar bahawa tenaga kerja yang pelbagai lebih sukar untuk diuruskan, tetapi jika
mereka dapat diuruskan dengan baik, syarikat akan dapat melahirkan pekerja yang
berdaya saing tinggi. Selain itu, usahawan IKS perlu mengambil kesempatan daripada
globalisasi ini dengan menggunakan pendekatan lingkungan strategik dan usaha sama
dengan syarikat-syarikat multinasional. Kerjasama dengan syarikat-syarikat
multinasional ini amat penting bagi membolehkan IKS memasarkan produk mereka ke
luar negara serta dapat berkongsi kepakaran dengan mereka. Usahawan IKS perlu
menganggap globalisasi ini bukan ancaman kepada mereka tetapi sebagai cabaran. Jika
mereka dapat mengatasi cabaran ini, maka mereka akan mempunyai masa depan yang
amat cerah (Ab. Aziz, 2009).
2.1.3 Prestasi Semasa IKS
Peranan IKS dalam mempengaruhi prestasi keseluruhan ekonomi domestik bukan
sahaja dapat dilihat dalam proses pembangunan di negara membangun, tetapi juga di
negara maju (Beaver, 2002). IKS menjadi penyumbang kepada bilangan pertumbuhan
perniagaan di kebanyakan negara (Rosman & Mohd. Rosli, 2011). Berdasarkan Jadual
2.3, pertumbuhan nilai tambah IKS di Malaysia berdasarkan aktiviti ekonomi utama,
perubahan tahunan dalam peratusan (harga malar tahun 2000) telah mengalami
peningkatan jika dibandingkan sejak tahun 2001. Sektor yang mengalami peningkatan
yang ketara adalah dalam sektor Pembuatan. Peningkatan ini adalah disebabkan
sokongan dan program Transformasi Ekonomi dan Inisiatif Pembaharuan Strategik
yang dilancarkan oleh kerajaan. Jadual 2.4 pula menunjukkan pecahan bilangan IKS
64
berdasarkan negeri. Statistik tersebut menunjukkan Selangor dan Wilayah Pesekutuan
Kuala Lumpur merupakan dua buah negeri yang mempunyai bilangan IKS paling ramai
iaitu Selangor 98,523 atau 18 peratus dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 96,818
atau 17.7 peratus manakala negeri Perlis pula adalah negeri yang paling sedikit bilangan
IKS iaitu 5,920 atau 1.1 peratus (Jabatan Perangkaan, 2005). Jika dilihat daripada
statistik ini menunjukkan bahawa bilangan IKS bertambah saban tahun dan
pertambahan ini semestinya memberi impak kepada ekonomi negara dan peluang
pekerjaan kepada belia serta beliawanis yang baharu menamatkan pengajian sama ada
di peringkat sekolah menengah, pusat-pusat latihan, IPTA mahu pun IPSTS.
Jadual 2.3
Pertumbuhan Nilai Tambah IKS Berdasarkan Aktiviti Ekonomi U
(Harga Malar Tahun 2000)
Tahun 2001 2002 2003
Pertanian 3.8 2.1 3.4
Perlombongan & Kuari -0.3 4.1 1.1
5.2
Pembinaan 4.6 5.9 9.9
Pembuatan -6.4 3.1 2.9
Perkhidmatan 2.2 5.1
5.2
Jumlah Nilai Ditambah -0.4 4.6
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2011)
65
Utama, Perubahan Tahunan dalam Peratusan
Kadar Pertumbuhan (%)
2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010
8.5 -1.4 7.3 2.2 5.0
3.6 7.4
9.5 1.4 6.2 5.7
-3.6 -1.1 0.9 13.2 3.7 7.2 8.6
6.3 0.5 -6.6 11.8
1.0 4.7 3.2 12.8 8.8 2.5 7.1
10.3 5.7 8.3
6.8 8.0 7.8 10.0 6.4 0.4 8.4
8.3 6.9 7.4
65
Jadual 2.4
Bilangan IKS Berdasarkan Negeri
Sektor Mikro Kecil
Johor 45,630 9,485
Kedah 33,531 3,066
Kelantan 34,075 1,528
Melaka 16,520 2,696
Negeri Sembilan 14,911 2,275
Pahang 24,917 2,742
Pulau Pinang 21,422 4,527
Perak 37,872 5,567
Perlis 5,549 340
Selangor 73,273 22,396
Terengganu 22,112 1,415
Sabah 18,915 4,901
Sarawak 25,377 6,601
WP Kuala Lumpur 60,835 33,069
Jumlah IKS 434,939 100,608
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2005)
66
Sederhana Jumlah IKS %
1,356 56,471 10.3
432 37,029 6.8
198 35,801 6.5
407 19,623 3.6
369 17,555 3.2
399 28,058 5.1
803 26,752 4.9
691 44,130 8.0
31 5,920 1.1
2,854 98,523 18.0
207 23,734 4.3
978 24,794 4.5
1,081 33,059 6.0
2,914 96,818 17.7
8 12,720 548,267 100.0
66
67
2.1.4 Prestasi Usahawan Bumiputera
Menerusi DEB kerajaan mensasarkan pemilikan ekuiti pada tahun 1990 bagi
Bumiputera, bukan Bumiputera dan rakyat asing pada nisbah 30:40:30. Merujuk
kepada Jadual 2.3, sehingga tamat DEB (1971-1990), kaum Bumiputera hanya
memiliki 19.3 peratus, berbanding 46.8 peratus bagi bukan Bumiputera dan 25.4
peratus dimiliki rakyat asing. Walaupun terdapat peningkatan dari permulaan DEB
tetapi ia tidak mencukupi dengan usaha dan tempoh masa pelaksanaan dasar tersebut.
Meskipun matlamat tersebut diteruskan di bawah Dasar Pembangunan Nasional (1991-
2000) matlamat mencapai 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera masih tersasar lagi
malah mengalami kemorosotan kepada 18.9 peratus pada tahun 2000 dan meningkat
semula pada 21.9 peratus pada tahun 2008. Bilangan usahawan Bumiputera yang
menubuhkan perniagaan sendiri dan terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan semakin
meningkat, tetapi kemajuan yang dicapai mereka jauh daripada sasaran (Malaysia,
2006; Rosman & Mohd.Rosli, 2011).
Menurut Rosman dan Mohd. Rosli (2011) lagi pada 2008, syarikat Bumiputera
mencatatkan 16 peratus sahaja daripada jumlah tawaran awam permulaan (initial public
offerings) tempatan sedangkan jumlah penduduk Bumiputera adalah 66 peratus. Selain
daripada industri herba dan jualan langsung, kejayaan usahawan Bumiputera khususnya
bidang pembuatan dan perkhidmatan berimpak tinggi sukar untuk dibanggakan.
Kebanyakan perniagaan baharu Bumiputera hanya terlibat dalam subsektor atau aktiviti
yang rendah nilai tambahnya dan tentunya ia bertentangan dengan objektif ekonomi
berpendapatan tinggi negara. Jadual 2.5 menunjukan Hak Milik Modal Saham (Pada
Nilai Tara) Syarikat Berhad (1970-2008).
Jadual 2.5
Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat Berhad (197
Kumpulan Hak Milik 1970 1990
RM juta % RM juta
2.4 20,877.
Bumiputera 125.6 1.6 15,322.
Individu & Institusi 84.4
0.8 5,555.5
Agensi Amanah 41.2
28.3 50,754.
Bukan Bumiputera 1506.4 27.2 49,296.
Cina 1450.5
1.1 1,068.0
India 55.9
- 389.5
Lain-lain -
6.0 9,220.4
Syarikat Nomini 320.1 63.4 27,525.
Rakyat Asing 3377.1
Sumber: Rosman dan Mohd.Rosli (2011)
68
70-2008) 2000 2008 %
RM juta % RM juta 21.9
a% 62,976.0 18.9 127,407.60 20.8
.5 19.3 57,173.6 17.2 120,793.60 1.1
.0 14.2 36.7
5 5.1 5,802.4 1.7 6,614.10 34.9
.0 46.8 1.6
.5 45.5 137,412.8 41.3 213,355.50 0.1
0 1.0 129,318.3 38.9 203,092.10 3.5
37.9
0.3 5,136.8 1.5 9,564.60
4 8.5
.5 25.4 2,957.7 0.9 698.80
28,119.4 8.5 20,547.20
103,909.4 31.3 220,530.80
68
69
2.2 Teknousahawan dan Revolusi Industri 4.0
Sejak bermulanya revolusi industri pertama pada tahun 1765 (pengenalan peralatan
pengeluaran mekanikal yang dipacu oleh kuasa air dan wap), dikuti oleh revolusi
industri kedua pada tahun 1870 (industri menggunakan buruh dan peralatan
pengeluaran dipacu oleh tenaga elektrik) dan revolusi industri ketiga berlaku pada
tahun 1969 (IT dan automasi untuk penegeluaran di industri) bidang
teknokeusahawanan sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan teknologi dan
industri (Eric, 1983). Pada tahun 2011, industri sekali lagi mengalami revolusi yang
keempat iaitu transformasi dari era teknologi digital (revolusi industri Ketiga) kepada
sistem fizikal siber (cyber physical systems). Revolusi keempat ini dikenali sebagai
industri 4.0 dipelopori oleh industri di Jerman (Mohd. Aiman, 2016). Kerajaan
Persekutuan Jerman memperkenalkan Industri 4.0 sebagai struktur yang baharu muncul
di mana sistem pembuatan dan logistik dalam bentuk Cyber-Physical Production
Systems (CPPS) secara intensif menggunakan rangkaian maklumat dan komunikasi di
seluruh dunia untuk pertukaran maklumat secara automatik dan proses produksi serta
perniagaan dipadankan (Adolph, 2016). Industri 4.0 adalah inovasi ke atas Revolusi
Digital (Revolusi Industri Ketiga).
Industri 4.0 dicirikan oleh percambahan komputer, automasi dan jaringan dalam
semua bidang. Menurut Raymond (2016), keunikan industri 4.0 adalah terjadinya
'kecerdasan buatan' (artificial intelligence). Klaus (2016) pula menyatakan revolusi
Industri 4.0 adalah berbentuk siber-fizikal yang mana kegunaan robot terus meningkat
selaras dengan perkembangan kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan
kesepaduan Internet of Things (IoT) yang merangkaikan (jaringan) pelbagai peranti,