The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by janainbburut, 2021-09-11 20:30:14

Pemikiran Inovatif, Ciri-ciri dan Kompetensi Teknokeusahawanan IKS Bumiputera Lepasan Pusat Latihan Kemahiran

Tesis Penyelidikan PhD UPSI Tahun 2018

120

Rekabentuk Inovasi
Keusahawanan

Kreativiti

Proaktiviti

Rajah 2.13. Hubungan di antara Inovasi, Rekabentuk dan Keusahawanan
(Kuratko et al., 2012)

2.3.2 Ciri-ciri Teknokeusahawanan

Istilah ciri-ciri didefinisikan sebagai kualiti khas atau sifat yang membuat orang, benda,
atau kumpulan yang berbeza daripada orang lain (Merriam-Webster Dictionary, 2017).
Dalam konteks keusahawanan ciri-ciri merupakan kualiti, sifat atau tingkahlaku yang
membezakan seseorang usahawan dengan bukan usahawan. Apabila membicarakan
ciri-ciri yang terdapat pada usahawan didapati definisi ciri-ciri keusahawanan sering
berubah-ubah di antara penyelidik, namun apa yang jelas adalah mereka mempunyai
imaginasi, dapat mengenalpasti potensi dan peluang yang tidak disedari oleh orang lain
dan mereka adalah pemimpin (Daniela et al., 2007). Ciri-ciri usahawan yang berjaya
banyak dinyatakan dalam banyak kajian terdahulu seperti yang dinyatakan oleh Daniela
et al. (2007) dalam Jadual 2.10.

121

Jadual 2.10
Ciri-ciri Keusahawanan

Ciri-Ciri Keushaawanan Penyelidik
Mengambil Risiko
Usahawan akan dapat menguruskan risiko dan menjadi pengambil
risiko (Zeromillion, 2007; Boyett & Boyett, 2001; Thompson, 1999).

Pemimpin Usahawan sering dipanggil pemimpin dengan kebolehan kepimpinan
Kreatif & Inovatif yang besar (Landstrom, 2005; Burn, 2005; Boyett, 1997).

Usahawan adalah individu yang mengubah impian menjadi kenyataan
(Landstrom, 2005; Thompson, 1999; Burn, 2005; Howorth et
al.,2005).

Optimis Seorang usahawan sebagai optimis dengan pandangan positif terhadap
kehidupan (Landstrom, 2005; Boyett & Boyett, 2001; McCarty, 2003).

Konsisten Berterusan berusaha dengan konsisten dan tidak mudah mengalah
(Thompson, 1999; Boyett & Boyett, 2001; Landstrom, 2005).

Mengambil Peluang Seni atau amalan mengambil kesempatan daripada peluang-peluang
atau keadaan atau mencari kelebihan serta-merta tanpa mengambil kira
kesan muktamad (Thompson, 1999; Boyett & Boyett, 2001;
Landstrom; 2005; Burns, 2005).

Sumber: Daniela et al. (2007)

Hisrich et al. (2008) membahagikan ciri-ciri keusahawanan kepada beberapa
kompenen seperti; pendidikan, nilai-nilai peribadi, umur, pengalaman kerja, rangkaian
sokongan moral dan rangkaian sokongan profesional. Sorensen dan Chang (2006) pula
menyatakan bahawa ciri-ciri keusahawanan yang menentukan kejayaan seseorang
usahawan itu adalah: (i) faktor psikologi: faktor psikologi memberikan kesan terhadap
prestasi perniagaan termasuk keperluan untuk pencapaian, lokus kawalan dan sifat
peribadi , (ii) pendidikan dan pengalaman: tahap pendidikan pengasas atau pemilik
perniagaan sering dikaitkan dengan prestasi sesuatu perniagaan.

122

Manakala Blackman (2003) pula membahagikan ciri-ciri keusahawanan kepada dua
kategori iaitu: (i) sifat: sifat adalah ciri-ciri peribadi usahawan termasuk; umur, jantina,
agama dan latarbelakang keluarga dan (ii) kelayakan: Kelayakan yang dimaksudkan
seperti pendidikan dan pengalaman perniagaan. Kewujudan watak usahawan (ciri-ciri
keusahawanan) dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran, iaitu alam
sekitar, pendidikan, nilai-nilai peribadi dan pengalaman kerja (Shane et al. 2003).

Menurut Mc Clelland (1985), Timmos (1994) serta Zimmerer dan Scarborough
(1996), antara ciri-ciri seorang usahawan adalah seperti: mempunyai komitmen dan
keazaman, keinginan untuk bertanggungjawab, terlalu menginginkan peluang, berani
mengambil risiko yang terhitung, keyakinan diri, daya kreativiti dan fleksibiliti,
keinginan kepada maklum balas segera, tahap tenaga yang tinggi, motivasi untuk
mencapai kecemerlangan, berorientasikan masa depan, kesanggupan mempelajari
daripada kesilapan dan berkeupayaan memimpin. Beberapa orang pakar dan pengkaji
telah mencuba untuk mendapatkan maklumat daripada usahawan. Usahawan-usahawan
yang dikaji itu telah diminta menyenaraikan ciri-ciri yang mereka fikir paling penting
untuk berjaya. Sehingga kini terdapat 42 ciri yang dikaitkan dengan usahawan berjaya
(Hornaday, 1990; Nader & Mohammad Reza, 2012) seperti yang dinyatakan dalam
Jadual 2.11

123

Jadual 2.11
Ciri-Ciri Sering Dikaitkan Dengan Usahawan

Bil Ciri –ciri keusahawanan Bil Ciri –ciri keusahawanan

01 Yakin 22 Tanggungjawab

02 Ketabahan, Keazaman 23 Pandangan jauh

03 Bertenaga, Tekun 24 Ketepatan, Ketelitian

04 Kepintaran 25 Kekoperasian (cooperativeness)

05 Keupayaan untuk mengambil kira risiko 26 Berorientasikan keuntungan

06 Dinamisme 27 Keupayaan belajar dari kesilapan

07 Optimis 28 Kuasa Deria (sense of power)

08 Keperluan pencapaian 29 Personaliti yang menyenangkan

09 Serba boleh, pengetahuan produk 30 keegoan

10 Kreativiti 31 Keberanian

11 Keupayaan untuk mempengaruhi orang 32 Imaginasi
lain

12 Keupayaan untuk bergaul dengan baik 33 Ketajaman daya persepsi.
bersama orang lain.

13 Inisiatif 34 Toleransi untuk kekaburan

14 Fleksibiliti 35 Keagresifan

15 Kebijaksanaan 36 Kapasiti untuk keseronokan

16 Berorientasikan matlamat yang jelas 37 Keberkesanan

17 Tindak balas positif kepada cabaran 38 Komitmen

18 Kebebasan 39 Keupayaan untuk mempercayai pekerja

19 Bertindakbalas kepada cadangan 40 Sensitiviti kepada orang lain

20 kecekapan mengurus masa 41 Jujur, integriti

21 Keupayaan membuat keputusan dengan 42 Kematangan, kewarasan
cepat

Sumber: Hornaday (1990); Nader & Mohammad Reza (2012)

Sehubungan itu, Mc Grath et al. (1992) dan Sabri (2002) telah meneliti hasil
kajian tentang ciri-ciri usahawan yang unik dan hampir sama antara satu sama lain.
Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu berhasrat menjadi usahawan yang berjaya,
maka ia mesti mengubah sikapnya supaya menjadi menghampiri dengan sikap atau ciri-
ciri mereka yang telah berjaya. Tetapi Zaidatol dan Habibah (1997) menyatakan
bahawa terdapat juga kajian yang menunjukkan tidak semestinya usahawan yang

124

berjaya akan memiliki kesemua ciri-ciri tersebut. Untuk mengetahui ciri-ciri usahawan
berjaya, pengkaji menurunkan semula pandangan, pendapat dan rumusan kajian
daripada beberapa orang penulis dan pengkaji-pengkaji terdahulu berkaitan ciri-ciri
keusahawanan usahawan berjaya di antaranya ialah Ahmad (1976), King (1983), Mc
Clelland dan McBer (1985), Gibb (1993), Moorman dan Halloran (1993), Hutt (1994),
Zaharuddin Yahya (1995), Cunningham (1996), Teo (1996), Khaairuddin (1996),
Zaidatol dan Habibah (1997), Vaught dan Hoy (1981), Shapero (1975), Sabri (2002)
dan Manakani (2003). Ciri-ciri usahawan berjaya menurut penulis-penulis dan
pengkaji-pengkaji yang dinyatakan di atas dapat dilihat dalam Jadual 2.12.

Jadual 2.12
Ciri-Ciri Usahawan Berjaya

Penulis/Pengkaji Ciri-ciri Usahawan Berjaya
Ahmad (1976)
Ada banyak sifat penting yang wajib ada pada diri seseorang usahawan.
King (1985) Antaranya ialah mengambil risiko yang diperhitungkan, tidak puas hati
dengan kejayaannya, sentiasa mahu belajar dan tidak mempunyai
Mc Clelland & Mc Ber kompleks diri. Selain itu, usahawan juga mesti bersifat dinamik dan
(1987) melibatkan diri dengan penciptaan serta pembaharuan (inovasi). Malah
usahawan juga mesti pandai menjual idea, menarik kawan dan
mempengaruhi orang serta punya daya usaha, sanggup menghadapi serta
mengatasi krisis. Usahawan juga merupakan orang yang boleh
dipercayai.

Hasil kajiannya yang membandingkan dua kumpulan, iaitu kumpulan
usahawan yang berjaya dan tidak berjaya dalam perniagaan
menunjukkan min bagi usahawan yang berjaya adalah lebih tinggi dalam
pengarahan diri, motivasi pencapaian, lokus kawalan, kuasa dan
penyelesaian masalah.

Menyatakan sifat-sifat usahawan yang berjaya ialah mengambil risiko
sederhana, bertenaga, ingin mengetahui keputusan sesuatu hasil,
berkebolehan mengurus, ada tujuan jangka panjang, melihat wang
sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu dan bertanggungjawab.

(bersambung)

125

Jadual 2.12 (sambungan)

Penulis/Pengkaji Ciri-ciri Usahawan Berjaya
Gibb (1993)
Telah mengenal pasti 9 ciri usahawan yang berjaya hasil temu duganya
dengan usahawan-usahawan yang berjaya tersebut, iaitu kebolehan
menanggung risiko, keinginan untuk bersaing, kebolehan
mengendalikan tekanan, menganggap bekerja sebagai keseronokan,
berupaya menyelesaikan masalah secara kreatif, berkebolehan mengenal
pasti peluang, berorientasikan matlamat, komited terhadap perniagaan
dan berfikiran optimistik.

Cunningham (1996) Menjalankan satu kajian terhadap 96 orang usahawan Kanda yang
berjaya dan merumuskan bahawa mereka mempunyai ciri personaliti
yang unik seperti keinginan untuk melakukan sesuatu dengan baik,
bermotivasi untuk melakukan sesuatu dengan baik, bermotivasi,
berkeyakinaan diri bersikap positif, komited dan sabar.

Teo (1996) Berdasarkan kajiannya terhadap usahawan wanita di Singapura, beliau
telah mengenal pasti 6 ciri personaliti di kalangan wanita Singapura,
iaitu lokus kawalan dalaman, mempunyai keperluan pencapaian yang
tinggi sangat berdikari dan sanggup menanggung risiko yang tinggi
tetapi mereka tidak terlalu bersifat pendesak dan tipu helah.

Moorman & Halloran Berpendapat ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang usahawan berjaya
(1993) ialah berkeyakinan semasa membuat sesuatu keputusan, mempunyai
Hutt (1994) keazaman dan ketabahan serta kreatif.

Zaharuddin Yahya (1995) Usahawan yang berjaya merupakan individu yang sanggup mengambil
risiko sederhana, mempunyai keyakinan diri, berdaya usaha,
berorientasikan matlamat, bertanggunajawab dan inovatif.

Ciri-ciri usahawan yang berjaya ialah bertanggungjawab, belajar
daripada maklum balas, berorientasikan perancangan, bersahabat
dengan orang yang membantu, menggunakan waktu untuk kerja
berfaedah dan konstruktif serta meminta nasihat daripada pakar-pakar.

Khaairuddin (1996) Usahawan juga merupakan individu yang berorientasikan tindakan,
kreatif dan berinovatif, bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan.
Usahawan menggunakan segala ilmu dan kepandaian untuk lebih
produktif dan menguntungkannya. Usahawan juga berkebolehan
menggabungkan segala sumber yang diperlukan agar dapat
dimanafaatkan. Usahawan ialah pencetus kepada usaha-usaha baharu
dalam dunia perniagaan.

Zaidatol & Habibah Enam ciri asas usahawan yang inginkan kejayaan ialah bertenaga,
(1997) bertanggungjawab, yakin kendiri, keinginan untuk berjaya, kreatif dan
inovatif serta berkepimpinan.
Zaidatol & Habibah
(1997) Enam ciri asas usahawan yang inginkan kejayaan ialah bertenaga,
bertanggungjawab, yakin kendiri, keinginan untuk berjaya, kreatif dan
inovatif serta berkepimpinan.

(bersambung)

126

Jadual 2.12 (sambungan)

Penulis/Pengkaji Ciri-ciri Usahawan Berjaya
Vaught & Hoy (1981)
Ciri-ciri usahawan yang berjaya ialah mahukan pencapaian, inginkan
kebebasan, bermotivasi untuk bekerja dalam organisasi besar, bercita-
cita tinggi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berorientasikan masa
hadapan, mengharapkan ganjaran yang tinggi, boleh bertolak ansur
dengan kesukaran dan kepayahan serta sanggup berkorban apa sahaja
demi kejayaan.

Shapero (1975) Antara sifat-sifat peribadi usahawan berjaya ialah mempunyai
keyakinan diri, mampu menyelesaikan masalah, mempunyai wawasan,
sederhana dalam mengambil risiko, mempunyai harapan untuk
cemerlang, berinisiatif dan bertanggungjawab.

Sabri (2002) Individu yang berjaya dalam bidang keusahawanan mempunyai ciri-
ciri unik yang kesemuanya hampir sarna tanpa rnengira sarna ada
usahawan atau sebaliknya.

Mankani (2003) Perbezaan yang ketara antara usahawan biasa dengan teknousahawan
ialah usahawan biasa suka kepada persaingan tetapi teknousahawan suka
kepada pembaharuan.

Sumber: Mankani (2003) & Nurul Huda (2006)

Sikap berinisiatif amat penting kepada seseorang yang ingin memulakan
perniagaan. Pada peringkat permulaan perniagaan, bakal usahawan itu perlu banyak
melakukan usaha-usaha sendiri tanpa diminta melakukannya. Dengan inisiatifnya
individu itu akan berusaha mencari peluang tanpa mengharapkan peluang tersebut
datang bergolek. Justeru itu, Lye Sok Ha (1991) merumuskan bahawa terdapat dua
faktor yang mendorong usahawan cina untuk memulakan atau menubuhkan perniagaan
dan salah satu daripadanya ialah daya usaha sendiri atau pun inisiatif. Oleh itu, untuk
mempertingkatkan daya inisiatif kita mestilah menjadi penggerak dan menanamkan
sikap atau tabiat memulakan usaha-usaha dan tindakan-tindakan walaupun dalam
bidang yang belum pernah diterokai atau belum ada jejak-jejak yang boleh ditiru atau
diikuti. Perniagaan sentiasa melibatkan risiko dan risiko ini berlaku disebabkan
ketidaktentuan masa hadapannya. Perkara ini seterusnya mungkin akan menyebabkan

127

usahawan menghadapi ketidakpastian dalam perkara-perkara tertentu seperti
kewangan, sosial, keluarga, emosi, fizikal, kerjaya, kemungkinan pertumbuhan dan
kejatuhan organisasi (Bird, 1989). Namun begitu, Barjoyai (2000) berpendapat sebagai
usahawan, seseorang itu akan sentiasa bersedia menghadapi risiko itu sebagai
keperluan perniagaan. Lebih tinggi risiko maka lebih tinggilah kemungkinan untung
atau pulangan perniagaan. Jadi risiko bertindak sebagai cabaran dan bukannya halangan
kepada usahawan. Menurut Finley (1990), usahawan yang berjaya sentiasa berikhtiar
mengurus risiko perniagaan yang mereka hadapi. Sebaliknya Timmons et al. (1997),
melihat risiko sebagai satu peluang yang munasabah dan mencabar untuk berjaya.
Risiko juga merupakan suatu situasi di mana hasil tindakan dipengaruhi oleh keupayaan
dan daya usaha seseorang. Justeru, usahawan yang berjaya cenderung mengambil risiko
yang sederhana di mana peluang untuk mendapat kejayaan tidak terlalu kecil atau
terlalu besar. Seterusnya Meredith et al. (1982) berpendapat seseorang usahawan akan
mengelak daripada situasi yang berisiko rendah kerana kekurangan cabaran. Begitu
juga usahawan akan mengelakkan diri daripada situasi yang berisiko tinggi kerana
mereka inginkan kejayaan.

Oleh sebab seseorang usahawan itu bertanggungjawab terhadap segala kejayaan
dan kegagalan dalam kehidupannya, maka ia memilih risiko yang sederhana kerana
kejayaan adalah mudah dicapai sekiranya mengambil risiko yang sederhana.
Sehubungan ini, Zimmerer dan Scarborough (1996) mengatakan usahawan berjaya
bukanlah penjudi. Mereka tidak mengambil risiko yang tinggi sebaliknya mereka bijak
dalam menguruskan sesuatu risiko dan memastikan risiko yang ditanggung adalah
bersesuaian dengan ganjaran yan diterima. Mereka seronok dengan keterujaan cabaran
tetapi mereka tidak mempertaruhkan wang dalam perniagaan. Menurut Ab. Aziz

128

(2000), setiap usahawan mempunyai kekuatan kreativiti yang tersendiri yang
dibangunkan melalui kekuatan imaginasi, pengalaman dan pendedahan kepada
persekitaran. Kreatif merupakan nadi kepada kejayaan usahawan kerana melaluinya
memungkinkan usahawan melihat permasalahan yang dihadapi daripada pelbagai
perspektif. Sehubungan ini, Silver (1983) telah membuat kajian dan mendapati
usahawan yang kreatif menghadapi masalah berbanding dengan mereka yang bukan
usahawan.

Wan Liz Ozman dan Sulzari (2002) berpendapat seseorang usahawan percaya
bahawa mereka boleh melakukan sesuatu yang berlainan daripada orang lain dan suatu
yang baharu atau lebih baik daripada yang sedia ada. Oleh sebab itulah, mereka dapat
membuka perniagaan melalui kewujudan produk dan perkhidmatan baharu yang tidak
wujud atau belum terfikir oleh orang lain. Biasanya, mereka mendahului orang lain dari
segi kebolehan untuk mengenal pasti dan merebut peluang. Menurut Abdul Rahman
(1977), motivasi dapat memperbaiki pencapaian seseorang, sentuhannya dapat
menjadikan orang lemah bertenaga semula, orang gagal giat berusaha untuk mengejar
kejayaan dan orang malas menjadi berusaha. Motivasi adalah dorongan untuk
mengubah sikap mental manusia, kerana apabila sikap mental bertukar, bertukarlah
tindakan manusia. Justeru motivasi merupakan usaha yang perlu dilakukan secara
berterusan untuk membangkitkan kesedaran dalam diri seseorang agar mereka giat
berusaha untuk mencapai kejayaan. Kesedaran dapat dibangkitkan dengan membawa
individu meneroka potensi dirinya. Pemahaman terhadap aspek motivasi membolehkan
seseorang individu memperkukuhkan ciri-ciri positif dalam dirinya dan mengatasi
punca kegagalan. Arnof dan Litwin (1971) telah mengusahakan satu program latihan
motivasi pencapaian di Amerika Syarikat dan hasilnya menunjukkan ada peningkatan

129

yang positif dalam motivasi pencapaian para usahawan. Kajian susulan daripada
program tersebut menunjukkan bahawa para peserta telah berjaya meningkatkan aras
kegiatan perniagaan mereka. Dapatan yang selari juga diperoleh daripada kajian Morris
dan Fargher (1974) di Australia yang melaporkan bahawa usahawan yang mempunyai
perniagaan yang sangat pesat kemajuannya mendapat markah motivasi pencapaian
yang hampir dua kali ganda daripada usahawan yang memiliki perniagaan yang rendah
kadar pertumbuhannya. Malahan daripada kajian di negara-negara yang kurang maju
pun didapati ada perkaitan antara motivasi pencapaian dengan kegiatan ekonomi. Hasil
kajian Sinha dan Chaubey (1972) telah menunjukkan bahawa orang dewasa di
kampung-kampung yang maju berdekatan Alahabad di India mendapat markah
motivasi pencapaian dua kali ganda tingginya jika dibandingkan dengan markah orang
dewasa di kampung-kampung yang sangat mundur.

Zaidatol dan Habibah (1997) berpendapat usahawan yang ingin mencapai
kejayaan memiliki ciri-ciri yang cemerlang dalam kerja usahawan. Usahawan mesti
mempunyai aras tenaga yang tinggi dalam usaha kerjanya. Masa yang diperuntukkan
untuk perniagaan adalah amat besar berbanding dengan keperluan diri dan keluarga.
Berkeyakinan dan mempercayai akan kebolehan diri sendiri merupakan sifat penting
yang membentuk kepada sikap optimis dalam setiap pandangan serta keputusan yang
di ambil dalam keadaan perniagaan yang stabil lebih-lebih lagi dalam keadaan
bermasalah. Ketegasan dan kebijaksanaan akan mengiringi kawalan dalaman seseorang
usahawan yang seterusnya membentuk aras keyakinan tinggi dan cekal dalam dirinya.
Mereka juga berpendapat bahawa usahawan berjaya adalah seorang yang boleh
memimpin dengan berkesan organisasi perniagaannya, mampu mengurus isu-isu yang
ditimbulkan di samping boleh menjadi teladan terbaik dalam organisasi perniagaan.

130

Sekiranya ciri-ciri ini dipertingkatkan lagi ia boleh melahirkan lebih ramai usahawan
dari kalangan graduan (T. Ramayah & Zainon, 2005).

2.3.2.1 Perbandingan Ciri-Ciri Usahawan Biasa dan Teknokeusahawanan

Secara umumnya tidak terdapat perbezaan antara ciri-ciri keusahawanan biasa dan
teknokeusahawanan tetapi menurut Ab.Aziz (2004), ciri-ciri asas teknokeusahawanan
yang telah di kenal pasti ialah: (i) mempunyai daya inisiatif yang tinggi, (ii) berupaya
untuk mencari dan merebut peluang-peluang perniagaan, (iii) bersikap cekal dalam
menghadapi kesukaran, (iv) mampu mencari maklumat dan bertindak serta
mempelajari daripada maklum balas pasaran, (v) komitmen terhadap perjanjian kerja,
(vi) menitikberatkan mutu kerja yang baik, (vii) berorientasikan kecekapan, (viii)
membuat perancangan yang sistematik, (ix) mempunyai keyakinan diri yang tinggi, (x)
mampu meyakinkan dan mempengaruhi pihak lain, (xi) menyelesaikan masalah
secara jujur dan (xii) memiliki kekuatan kreativiti dan inovatif. Mankani (2003)
pula menyatakan bahawa perbezaan yang ketara antara usahawan dan teknousahawan
adalah ciri-ciri yang inovatif. Jadual 2.13 menunjukkan perbandingan di antara
usahawan biasa dan teknousahawan menurut Mankani (2003).

131

Jadual 2.13

Perbandingan di antara Usahawan Biasa dan Teknousahawan

Usahawan Teknousahawan
Suka bersaing. Suka pembaharuan.

Mulakan sesuatu (pencetus). Anggota dalam kumpulan.

Boleh melaksanakan banyak tugasan dalam satu Boleh melaksanakan banyak tugasan dalam satu
masa. masa tetapi memilih untuk menyerah
tanggungjawab kepada orang lain.

Kreatif, mempunyai impian dan matlamat. Seorang inovatif dan mempunyai visi yang
besar.

Bekerja untuk diri sendiri dan mampu Menjadi salah seorang mengawal pembaharuan
mengawalnya. dan melihat perkembangan pembaharuan.

Dimotivasikan oleh keinginan untuk mencapai dan Dimotivasikan oleh visi yang kuat dan inginkan

memperoleh kejayaan kewangan. pembaharuan.

Fokus terhadap peluang berjaya daripada Menerima kegagalan dan membetulkannya
kegagalan. supaya berjaya.

Sumber: Mankani (2003)

Kajian Bygrave dan Zacharakis (2003) telah mengenal pasti beberapa faktor
membentuk sifat-sifat teknokeusahawanan berjaya iaitu: (i) ciri-ciri peribadi, (ii) faktor
persekitaran dan (iii) faktor-faktor sosiologi lain seperti: (a) keluarga, (b) keinginan
bekerja sendiri, (c) jaringan dan (d) faktor usia. Dalam konteks kajian ini penyelidik
memilih enam ciri-ciri keusahawanan sahaja yang sering disebut atau ditemui dalam
hampir setiap kajian terdahulu. Jadual 2.14 menunjukan ciri-ciri keusahawanan yang
digunakan untuk penyelidikan ini.

132

Jadual 2.14
Enam Ciri-Ciri Keusahawanan yang Dipilih Penyelidik

Bil Ciri-ciri Ciri-ciri keusahawanan berdasarkan pendapat
keusahawanan penyelidik-penyelidik terdahulu

1 Kecekalan Usahawan merupakan individu yang gigih dan sentiasa bekerja keras
mencapai matlamat mereka. Menurut Syed Zamberi (2009) kecekalan
penting bagi membolehkan usahawan cenderung melihat dan menganalisis
sesuatu keadaan dan mengambil pelan tindakan yang perlu, berusaha scara
berterusan tanpa rasa putus asa. Kecekalan membuatkan seseorang
usahawan berusaha mencari peluang dengan gigih dan menerokai bidang-
bidang yang belum diterokai oleh orang lain.

2 Mengambil risiko Mengambil risiko yang munasabah merupakan sifat keberanian usahawan.
yang munasabah Seorang usahawan adalah mereka yang sentiasa bersedia mengambil setiap
risiko yang bakal dihadapi dan akan menghadapi keadaan ketidakpastian
dengan penuh rasa yakin. Usahawan yang berjaya akan cuba menguruskan
risiko dengan baik agar ia dapat memberikan pulangan kepada usahawan itu
sendiri. Kajian telah membuktikan bahawa kalangan usahawan yang berjaya
adalah mempunyai ciri kesanggupan mengambil risiko dalam perniagaan
(Gorman at el. ,1997). Mereka gemarkan cabaran dan kejayaan mengatasi
cabaran akan menimbulkan kepuasan pada diri mereka (Syed Zamberi,
2009).

3 Motivasi Motivasi ditakrifkan oleh Murray dalam Zaidatol dan Habibah (1997)
sebagai keinginan atau kecenderungan seseorang untuk melakukan sesuatu
dengan cepat dan seberapa baik yang boleh. Ia juga meliputi keinginan
untuk mencapai sesuatu yang sukar dengan cepat dan bebas. Menurut Mc
Clelland (1961) usahawan adalah individu yang mempunyai motivasi
pencapaian yang tinggi. Mereka lebih suka mengambil tanggungjawab
untuk mencapai sesuatu matlamat dengan daya usaha sendiri.

4 Komitmen mutu Usahawan merupakan kumpulan komuniti yang mesti berpegang kepada
kerja yang tinggi janji. Dia akan memastikan setiap janji yang dibuat mesti ditunaikan. Bagi
usahawan setiap kerja yang dilaksanakan adalah amanah yang diberikan
masyarakat di sekelilingnya khasnya para pelanggan. Oleh sebab itu
usahawan akan memastikan komitmen penuh harus diberikan terhadap
setiap tugasan yang diamanahkan kepada usahawan tersebut dan juga
memastikan setiap tugasan dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah
ditetapkan dan berkualiti (Khaairuddin Khalil, 1996).

5 Mempunyai Usahawan yang berjaya tahu hala tuju usaha terokanya, mempunyai
matlamat matlamat yang jelas serta boleh diukur pencapaiannya dan berwawasan.
Dengan matlamat ini mereka sentiasa terdorong untuk bertindak dan
memfokuskan segala usaha dan tenaga dalam memilih peluang-peluang
yang bersesuaian dan boleh mencapai matlamat mereka (Hoe et al. (2005).
Dalam kajian ini adalah bagaimana teknousahawan menetapkan matlamat
dan bertindak untuk mencapai matlamat tersebut.

6 Suka Ciri-ciri yang jelas dalam diri teknousahawan adalah suka kepada
pembaharuan
pembaharuan dan menjadi salah seorang mengawal pembaharuan dan
melihat perkembangan pembaharuan (Mankani, 2003).

133

2.3.3 Kompetensi Teknokeusahawanan

Kompetensi menurut Miller et al. (2001) adalah gambaran tentang apa yang harus
diketahui atau dilakukan supaya seseorang dapat melakukan sesuatu pekerjaan dengan
baik. Stoof (2005) pula menyatakan kompetensi adalah gabungan pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang diperlukan oleh seseorang pekerja untuk melaksanakan
sesuatu tugasan atau pekerjaan. Kompetensi merupakan tingkah laku, sikap, ciri-ciri,
pengetahuan dan kemahiran (Mitchelmore & Rowley, 2010). Kompetensi juga
merupakan kecekapan teras, individu dan pengurusan (Abraham et al., 2001). Dari
sudut keusahawanan pula kompetensi merujuk kepada kemampuan usahawan untuk
melakukan sesuatu yang berkaitan dengan keusahawanan dengan berkesan dan
menerapkan konsep-konsep berkaitan pengurusan perniagaan dan ilmu keusahawanan
(Mohani et al., 2008). Kompetensi keusahawanan juga diterjemahkan sebagai
penggabungjalinan elemen-elemen tingkah laku, perwatakan, ciri-ciri keperibadian,
pengetahuan, peranan sosial, hasrat dan kemahiran seseorang individu yang mendasari
tindakannya dalam meneroka, membina dan mengembangkan sesuatu usaha
perniagaan (Bird, 1995).

Kompetensi keusahawanan sebagai ciri-ciri peringkat tinggi yang merangkumi
sifat-sifat, kemahiran dan pengetahuan, yang boleh dilihat sebagai keupayaan
usahawan untuk melaksanakan kerja dengan jayanya (Man et al., 2002). Kompetensi
keusahawanan juga adalah sifat, personaliti, sikap, peranan sosial dan imej diri;
kemahiran, pengetahuan dan pengalaman (Man & Lau, 2005). Konseptual kompetensi
keusahawanan menghimpunkan sejumlah sifat-sifat, kepercayaan, pengetahuan,
kemahiran, kebolehan, personaliti, kepakaran dan kecenderungan tingkah laku yang

134

diperlukan untuk berjaya dan mengekalkan keusahawanan (Kiggundu, 2002).
Disamping itu ramai terdapat juga beberapa definisi yang diberikan oleh penyelidik-
penyelidik terdahulu seperti dalam Jadual 2.15.

Jadual 2.15
Definisi-definisi Kompetensi Keusahawanan

Definisi Kompetensi Keusahawanan Penyelidik
Pengalaman, pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap Pickett (1998)
Sifat-sifat, pengetahuan, kebolehan, sifat personaliti, motif dan imej diri Kanungo & Misra (1992)
Kemahiran / kebolehan, pengetahuan / pengalaman dan sikap / sifat Bartlett & Ghoshal (1997)
Pengetahuan, motif, sifat, imej diri, peranan sosial dan kemahiran Bird (1995)

Sumber: Penchev & Salopaju (2011).

Para penyelidik bidang keusahawanan telah mengenal pasti komponen-
komponen yang terdapat dalam kompetensi keusahawanan. Menurut Endi et al. (2013),
kompetensi keusahawanan terdiri daripada dua komponen yang utama iaitu: (i)
komponen pertama yang melibatkan di latar belakang usahawan (contoh: sifat,
personaliti, sikap, imej diri dan peranan sosial) dan (ii) komponen kedua adalah
komponen yang diperolehi oleh usahawan di tempat kerja atau melalui pembelajaran
teori atau praktikal (contoh: kemahiran, pengetahuan dan pengalaman).

Man et al. (2002) pula telah mengenalpasti dan mengetegorikan kompetensi
keusahawanan kepada enam komponen utama iaitu: (i) kompetensi strategik, (ii)
kompetensi komitmen, (iii) kompetensi mencari idea baharu, (iv) kompetensi peluang,
(v) kompetensi Kepimpinan dan (vi) kompetensi Hubungan. Mohani et al. (2008) juga
telah mengutarakan tiga kompetenesi yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan

135

iaitu: (i) kompetensi perilaku - nilai keusahawanan, sikap dan motivasi menyumbang
ke arah beberapa kompetensi perilaku yang diamalkan sepanjang penglibatan seseorang
dalam bidang keusahawanan, (ii) kompetensi memulakan perniagaan - persiapan rapi
perlu ada pada usahawan bagi menceburi bidang keusahawanan yang paling sesuai
dengan mengambil kira beberapa perkara yang berikut iaitu: (a) perancangan
perniagaan, (b) pasaran, (c) perletakan harga, (d) pemasaran, (e) tenaga kerja yang
berkemahiran dan (f) kos projek, (iii) kompetensi pengurusan perniagaan - seorang
usahawan perlu memiliki beberapa kemahiran tertentu untuk menguruskan aktiviti
keusahawanan seperti: (a) kemahiran teknikal, (b) kemahiran kemanusiaan dan (c)
kemahiran konseptual.

Menurut Man et al. (2002), kepentingan dan keperluan kompetensi
keusahawanan kepada seseorang teknousahawan tidak dapat disangkal kerana
kompetensi keusahawanan adalah berkait rapat dengan prestasi dan daya saing serta
mempengaruhi kejayaan sesuatu perniagaan. Kompetensi keusahawanan juga sebagai
peramal kejayaan perniagaan IKS di Malaysia (Ahmad et al., 2010). Dalam Model
Daya Saing IKS yang dikemukakan oleh Man et al. (2002) menjelaskan kompetensi
keusahawanan mempunyai tiga peranan penting dalam mewujudkan daya saing sesuatu
syarikat iaitu: (i) membentuk skop persaingan, (ii) mewujudkan keupayaan organisasi
dan (iii) menetapkan matlamat dan mengambil tindakan. Rajah 2.14 menunjukan
Model Daya Saing IKS yang mana kompetensi keusahawanan mempunyai peranan
yang begitu penting dalam menentukan prestasi syarikat.

Skop 136
Persaingan
Prestasi
Tugas 1: Membentuk skop Syarikat
Persaingan

Kompetensi Tugas 3: Menetapkan
Keusahawanan matlamat dan
mengambil
tindakan

Tugas 2: Mewujudkan
keupayaan

organisasi

Keupayaan
Organisasi

Rajah 2.14. Model Daya Saing IKS (Man et al., 2002)

Menurut Baum et al. (2001), usahawan yang mempunyai kompetensi seperti
kemahiran mengurus dan kemahiran teknikal mempunyai kesan langsung kepada
prestasi syarikat, berbanding usahawan yang tidak mempunyai kompetensi tersebut.
Sony dan Iman (2005) pula menyatakan bahawa kompetensi keusahawanan yang terdiri
daripada kemahiran pengurusan, kemahiran industri, kemahiran mencari peluang dan
kemahiran teknikal mempunyai kesan positif ke atas prestasi syarikat. Ini disokong oleh
Endi et al. (2013) bahawa ciri-ciri dan kompetensi keusahawanan berperanan sebagai
penentu prestasi perniagaan. Hubungan di antara kompetensi dan ciri-ciri
keusahawanan dengan prestasi perniagaan dapat dijelaskan seperti dalam Rajah 2.15.

137

Ciri-ciri
Keusahawanan

Kompetensi Prestasi
Keusahawanan Perniagaan

Rajah 2.15. Perkaitan di antara Ciri-ciri Keusahawanan, Kompetensi Keusahawanan
dan Prestasi Perniagaan (Endi et al., 2013)

Dalam kajian ini, penyelidik telah mengadaptasi kompetensi keusahawanan
yang diutarakan oleh Man et al. (2002). Jadual 2.16 menunjukan kompetensi
keusahawanan yang digunakan dalam kajian ini.

Jadual 2.16

Kompetensi Keusahawanan dalam Konteks Kajian Ini

Bil Kompetensi keusahawanan Kompetensi keusahawanan berdasarkan
1 Kompetensi peluang pendapat penyelidik-penyelidik terdahulu

2 Kompetensi hubungan Kompetensi peluang adalah keupayaan yang berkaitan
dengan mengiktiraf peluang pasaran melalui pelbagai cara
(Man et al., 2002). Mengenal pasti barangan dan
perkhidmatan yang pelanggan mahu, melihat keperluan
pelanggan dipenuhi, mencari produk dan perkhidmatan yang
memberikan manfaat kepada pelanggan dan merebut
peluang-peluang berkualiti tinggi (Ahmad, 2007). Dalam
kajian ini kompetensi peluang adalah keupayaan
teknousahawan untuk mengenal pasti peluang-peluang
perniagaan, pasaran dan juga peluang untuk melakukan
inovasi.

Kompetensi hubungan yang berkaitan kemahiran hubungan
komunikasi dengan personal ke personal atau interaksi
individu ke kumpulan yang berpusat (Man et al., 2002).
Kemampuan untuk berinteraksi dan mengemukakan idea-
idea perniagaan kepada orang lain (Bartram, 2000). Dalam
kajian ini kompetensi hubungan adalah kemampuan
teknousahawan untuk berkomunikasi dan juga membina
jaringan sama ada dengan pekerja, pelanggan atau orang lain.

(bersambung)

138

Jadual 2.16 (sambungan)

Bil Kompetensi keusahawanan Kompetensi keusahawanan berdasarkan
3 Kompetensi kepimpinan pendapat penyelidik-penyelidik terdahulu

Kompetensi kepimpinan berkaitan dengan organisasi
manusia dalaman dan luaran yang berbeza, sumber fizikal,
kewangan dan teknologi termasuk pembinaan pasukan (Man
et al., 2002). Ia termasuk tugas-tugas seperti mengambil
tindakan, memberi arahan dan bertanggungjawab (Bartram,
2000). Dalam kajian ini, kompetensi kepimpinan adalah
keupayaan teknousahawan untuk memimpin syarikat mereka
ke arah kejayaan.

4 Kompetensi strategik Kompetensi strategik adalah berkaitan dengan penetapan,
menilai dan melaksanakan strategik firma (Man et al., 2002).
Salah satu kompetensi utama dalam menghadapi persekitaran
perniagaan yang mencabar dan tidak dapat diramalkan
(Thompson, 1996). Dalam kajian ini kompetensi strategik
adalah keupayaan teknousahawan untuk merancang dan
melaksanakan perancangan tersebut.

5 Kompetensi komitmen Kompetensi komitmen mencerminkan sikap usahawan
terhadap kejayaan dan pencapaian. Kompetensi ini memberi
penekanan kepada keupayaan seseorang usahawan untuk
memproses tingkah laku yang yang khusus untuk membuat
kerja-kerja usaha (Ahmad, 2007). Dalam kajian ini
kompetensi komitmen adalah kemampuan sesorang
teknousahawan berusaha dan mengembelengkan tenaga
untuk memajukan syarikat mereka.

6 Kompetensi mencari idea Kompetensi mencari idea baharu berkaitan dengan
baharu kemampuan mengkoordinasi dan mengintegrasikan segala
aktiviti perniagaan ke arah pencapaian matlamat, melibatkan
Sumber: Man et al. (2002) keupayaan menjangka, mengenalpasti masalah, memulih
keadaan, membuat keputusan dan memantau dalam usaha
untuk memajukan perniagaan (Mohani et al., 2008). Ia juga
mencerminkan keupayaan usahawan untuk berfikir inovatif
dan kreatif (Bartram, 2000). Ia boleh memainkan peranan
utama bagi usahawan dalam menangani keadaan yang
memerlukan sikap terbuka kepada idea-idea dan pengalaman
baharu, yang terpakai kepada usaha baharu. Dalam kajian ini,
kompetensi mencari idea baharu adalah keupayaan
teknousahawan mencari idea kreatif dan inovatif dan
bagaimana mereka mengkomersialkan idea tersebut.

139

2.3.4 Teori dan Model-model Keusahawanan

Dalam bahagian ini membincangkan model-model keusahawanan yang berkaitan
dengan pembangunan keusahawanan, membentukan teknousahawan, pembangunan
usahawan Bumiputera, dan model inkubator.

2.3.4.1 Teori Pembangunan Keusahawanan

Teori pembangunan keusahawanan boleh dilihat daripada dua dimensi iaitu pendekatan
psikologi dan pendekatan sosiologi. Pendekatan psikologi digunakan oleh Schumpeter
(1971) dan McClelland (1961) manakala pendekatan sosiologi digunakan oleh Weber
(1930) dan Cochran (1971). Menurut Schumpeter (1971), penyertaan individu dalam
bidang keusahawanan didorong oleh faktor-faktor peribadi. Contohnya, individu yang
menjadi usahawan mempunyai tujuan untuk mengaut keuntungan dan mencari kuasa
di mana fenomena ini wujud dalam setiap etnik masyarakat. Keinginan tersebut
didorong oleh ciri-ciri khusus seperti kebolehan rasa hati untuk meramal peluang-
peluang masa hadapan, mempunyai keupayaan berfikir secara luar biasa dan kebolehan
untuk melakukan sesuatu yang berlawanan dengan norma-norma masyarakat.

Keupayaan usahawan untuk bergerak aktif dalam masyarakat didorong oleh
kebolehan mereka untuk menghadapi halangan-halangan sosial (Swayne & Tucker,
1973). McClelland (1961) menyokong pendapat Schumpeter, menyatakan bahawa
usahawan didorong kemahuan untuk mencapai sesuatu (the need for achievement) di
mana beliau memasukkan unsur-unsur zaman kanak-kanak yang menekankan faktor-

140

faktor kecemerlangan, keibuan, berdikari dan dominasi bapa yang rendah. Kajian beliau
mendapati bahawa kanak-kanak di negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang
pesat lebih cenderung untuk menerima pendapat orang lain berbanding dengan kanak-
kanak di negara membangun. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa kehendak untuk
pencapaian individu terbentuk pada zaman kanak-kanak. Justeru, dorongan terhadap
minat untuk melakukan sesuatu pekerjaan boleh dilakukan pada masa tersebut.

Weber (1930) yang mempelopori pendekatan sosiologi pula menyatakan
bahawa usahawan adalah individu yang mencetuskan inovasi berdasarkan ciri-ciri
rasionaliti sebuah syarikat perniagaan (Kirby, 2004). Menurut Weber (1930), nilai-
nilai keagamaan yang universal seperti kejujuran menjadi faktor yang penting dalam
menggerakkan aktiviti keusahawanan. Kepercayaan dalam kehidupan beragama ini
melahirkan sikap tekun dan bertanggungjawab dalam bekerja dan menjadi pendorong
kepada pengumpulan aset-aset yang produktif. Menurutnya, dalam Protestant, terdapat
kepercayaan tentang kepentingan kerajinan dan kerja keras untuk memakmurkan bumi
ciptaan tuhan. Paradigma Weber ini kemudian dikenali sebagai the development ethic
and the spirit of religion. Jika Weber (1930) menekankan aspek-aspek keagamaan,
Cochran (1971) pula menekankan kepada aspek individu yang menjadi model dalam
menerangkan pembentukan usahawan. Beliau mengutarakan Tradisi Parsonian
menyatakan bahawa tiga elemen utama dalam pembangunan usahawan iaitu nilai-nilai
kebudayaan, faktor jangkaan dan dorongan masyarakat. Justeru itu, usahawan bukanlah
individu yang memiliki keupayaan luar biasa tetapi berperanan untuk mewakili
masyarakat di mana proses pembentukan mereka turut dipengaruhi oleh zaman kanak-
kanak dan budaya masyarakat. Prestasi seseorang usahawan akan ditentukan oleh
beberapa faktor iaitu sikap individu terhadap perniagaan dan tanggapan masyarakat.

141

Perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat, teknologi dan nilai akan
mewujudkan keperluan-keperluan baharu sama ada tanggungjawab keusahawanan
menjadi lebih kreatif atau pun tidak mengalami apa-apa perubahan. Gibb (1983)
menyatakan proses yang dialami oleh seorang usahawan adalah: (i) mencari motivasi
untuk berniaga, (ii) mencari idea, (iii) menilai idea, (iv) mengenal pasti sumber-sumber,
(v) perundingan untuk memulakan perniagaan dan (vi) memulakan dan kekal dalam
perniagaan. Kesimpulannya, perbincangan terhadap teori yang telah dikemukakan
menjelaskan pembentukan budaya keusahawanan dipengaruhi oleh faktor psikologi
dan sosiologi. Teori pembangunan keusahawanan menunjukkan bahawa pembentukan
budaya keusahawanan merupakan proses evolusi yang memerlukan sokongan
pentadbiran mahu pun infrastruktur daripada pelbagai pihak. Dari sudut proses
keusahawanan dan teknokeusahawanan, terdapat perbezaan yang ketara di mana proses
keusahawanan biasa terdapat lima peringkat manakala proses teknokeusahawanan
melibatkan tujuh peringkat (Azahari et al., 2013). Jadual 2.17 menunjukkan perbezaan
proses antara keusahawanan biasa dan teknokeusahawanan.

Jadual 2.17

Perbezaan di antara Proses Keusahawanan dan Teknokeusahawanan

Proses Keusahawanan Biasa Proses Teknokeusahawanan
1. Analisis peluang 1. Penjanaan idea
2. Perancangan perniagaan 2. Penapisan idea
3. Mengumpul sumber-sumber 3. Menguji konsep
4. Pelaksanaan 4. Analisis perniagaan
5. Mendaki dan menuai 5. Prototaip
6. Ujian pemasaran komersial
Sumber: Azahari et al. (2013) 7. Pemantauan

142

Di samping itu terdapat beberapa ciri-ciri yang membezakan di antara keusahawanan
biasa dan teknokeusahawanan. Ciri-ciri teknokeusahawanan menurut Willie et al.
(2011) ialah: (i) peluang potensi tinggi, (ii) peluang teknologi tinggi, (iii) teknologi
unik mampu memandu perniagaan baharu, (iv) risiko kegagalan tinggi, (v) masa yang
lebih panjang ke pasaran dan (vi) permintaan infrastruktur, kemudahan dan sumber.
Aggarval dan Esposito (2001) menyatakan objektif kerjaya yang dikenal pasti dalam
kalangan teknousahawan iaitu: (i) untuk menyelesaikan masalah yang wujud di pasaran
- teknousahawan yang sentiasa mencari untuk mengisi jurang dan kelebihan di pasaran,
sama ada pengenalan produk revolusioner atau prosess, peningkatan yang sedia ada,
atau untuk lebih berani, penciptaan pasaran baharu atau industri, dan (ii) untuk
mewujudkan nilai jangka panjang - teknousahawan bermatlamat untuk mencipta
sesuatu utiliti yang berpanjangan tetapi bukan sekadar meraih keuntungan dari
pelaburan.

2.3.4.2 Teori Keusahawanan Leibenstein

Teori ini dipopularkan oleh Leibenstein (1968) yang membezakan agihan sumber
dengan kecekapan yang timbul hasil daripada unsur-unsur lain yang dinamakan
kecekapan-x. Kecekapan pembahagian akan mencapai tahap yang paling tinggi dalam
keadaan persaingan sempurna kerana semua faktor menghasilkan tahap keluaran paling
tinggi. Manakala monopoli iaitu persaingan tidak sempurna akan merendahkan
kecekapan agihan sumber kerana keluaran yang lebih tinggi boleh dicapai jika
persaingan dibenarkan.

143

Liebenstein (1968) menjelaskan bahawa kecekapan-x adalah kecekapan yang
menyumbang kepada tahap pengeluaran sesuatu barang atau perkhidmatan. Sebagai
contoh, menurut Liebenstein (1968), firma-firma yang mempunyai kemudahan yang
sama menunjukkan perbezaan dari segi kos pengeluaran mereka. Ada firma yang
mempunyai maklumat tidak mengendalikan maklumat tersebut dengan berkesan.
Proses pengeluaran akan mengalami kemerosotan jika kecekapan-x diterima.
Sebenarnya situasi beginilah yang mewujudkan ruang untuk keusahawanan. Usahawan
perlulah mengambil peluang daripada jurang yang wujud kerana ketidakcekapan itu.
Daripada huraian tersebut, Leibenstein (1968) telah merumuskan empat peranan
usahawan iaitu: (i) menghubungkan pasaran-pasaran yang berbeza, (ii) membaiki
kelemahan pasaran dengan memenuhi jurang dalam proses pemasaran, (iii)
melengkapkan input dengan menyelaraskan input yang diperlukan untuk pengeluaran,
serta (iv) mewujudkan atau membesarkan firma sebagai saluran pengeluaran.

2.3.4.3 Teori Moore

Teori Moore (1986) menerangkan mengenai fasa dalam proses keusahawanan yang
mempengaruhi tingkahlaku usahawan. Penyelidikan tentang keusahawanan mestilah
didahului dengan mengkaji proses keusahawanan iaitu apa yang perlu dilakukan untuk
menjadi usahawan (Gartner, 1989). Gartner (1989) menekankan dalam kajian
keusahawanan, proses keusahawanan harus diutamakan. Vesper (1980) menyatakan
proses keusahawanan ini berlaku mengikut urutan dan terdapat berbagai tahap. Tahap
ini terdiri daripada: (i) mendapat pengetahuan teknikal, (ii) menjana idea baharu, (iii)
membentuk jaringan hubungan, (iv) mendapat sumber fizikal dan manusia, dan (v)

144

mendapat pesanan daripada pelanggan. Gartner (1985) pula memberi tumpuan kepada
peringkat-peringkat berikut: (i) mencari peluang untuk berniaga, (ii) mendapatkan
sumber, (iii) menjual barang-barang dan perkhidmatan, (iv) menghasilkan barangan,
(v) menubuhkan organisasi dan (vi) sensitif kepada masyarakat dan kerajaan.
Pandangan Vesper dan Gartner dirumuskan kepada tiga fasa oleh Moore (1986) iaitu:
(i) inovasi, (ii) pelaksanaan, (iii) pembesaran. Tiap-tiap fasa ini mempunyai pengaruh
terhadap tingkahlaku usahawan hasil perhubungan dengan persekitaran. Fasa inovasi
dalam proses keusahawanan berlaku apabila seseorang usahawan menjana idea baharu
tentang produk atau perkhidmatan. Sifat-sifat usahawan yang mempengaruhi inovasi
seseorang ialah kreativiti, ketahanan menghadapi ketidaktentuan dan prihatin dengan
maklumat.

Petukaran sesuatu idea baharu kepada kegiatan perniagaan dikenali sebagai fasa
pelaksanaan. Fasa ini penting dan seorang usahawan yang berada dalam tahap ini
mestilah tekun dan terpaksa menanggung risiko yang tinggi. Inovasi adalah penting
kerana ia mempengaruhi fasa pelaksanaan dan pembesaran. Selalunya untuk
mengeluarkan suatu barangan yang baharu adalah memerlukan modal permulaan yang
besar. Para pelabur yang terlibat akan mengkaji dan menyelidik potensi barangan
baharu yang akan dikeluarkan. Di samping itu juga, ahli-ahli yang menganggotai suatu
organisasi juga mempengaruhi fasa pelaksanaan. Faktor kejayaan sesuatu barangan
yang baharu bergantung pada kebijaksanaan usahawan menggabungkan sumber
manusia dan kewangan yang dimiliki.

145

2.3.4.4 Model Tekad Keusahawanan

Teori ini adalah berdasarkan Model Ekonomi dan Psikologi Penentu Tekad
Keusahawanan oleh Davidsson (1995). Model ini merupakan gabungan daripada
pelbagai teori dan model yang berkaitan dengan pembentukan tekad. Ia dipengaruhi
oleh kajian model pembentukan tekad keusahawanan dan tingkah laku keusahawanan,
ciri-ciri keusahawanan, pengaruh budaya dalam pembentukan firma baharu termasuk
Teori Psikologi (Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Tingkah Laku Terancang). Teori
ini menggunakan konsep keyakinan sebagai proksi penting kepada pembentukan tekad
keusahawanan. Konsep keyakinan ini menggabungkan konsep norma subjektif, efikasi
kendiri dan kebolehlaksanaan. Davidsson (1995) mendefinisikan keyakinan sebagai
kepercayaan seseorang terhadap kerjaya usahawan adalah sesuai sebaginya. Pengaruh
sikap merupakan penentu kepada elemen keyakinan iaitu semakin tinggi seseorang itu
yakin bahawa kerjaya usahawan itu sesuai baginya, semakin tinggi kadar tekad
keusahawanannya. Rajah 2.16 menunjukkan Model Tekad Keusahawanan (Zaidatol &
Hisyamuddin, 2010).

Latar Belakang Sikap terhadap Tekad
Peribadi perubahan Keusahawanan
Jantina, persaingan, wang,
Pengalaman Role autonomi dan
Model, pencapaian
Pendidikan,
Umur Keyakinan

Imej Keusahawanan Faktor Situasi-Sosial
seperti status
pekerjaan, sokongan
institusi

Rajah 2.16. Model Tekad Keusahawanan (Zaidatol & Hisyamuddin, 2010)

146

2.3.4.5 Model Pembangunan Usahawan Teknikal

Edward (1991) telah membangunkan model usahawan teknikal berdasarkan hasil
kajian yang telah dilakukannya. Menurut beliau, faktor utama yang mempengaruhi
individu untuk menjadi usahawan teknikal ialah latar belakang keluarga. Faktor yang
lain ialah aspek orientasi matlamat, pesonaliti dan motivasi. Sementara itu, aspek
perkembangan akademik dan umur juga menjadi salah satu faktor di samping
pengalaman-pengalaman yang diperolehi semasa bekerja. Faktor-faktor latar belakang
keluarga, perkembangan akademik dan umur, serta pengalaman bekerja mempengaruhi
pemikiran inovatif teknousahawan (Edward, 1991). Model pembangunan yang
dikemukakan oleh Edward (1991) dapat dilihat dalam Rajah 2.17.

Latar belakang keluarga

Orientasi matlamat, Perkembangan:
personaliti dan motivasi Akademik dan umur

Pengalaman bekerja
KEUSAHAWANAN TEKNIKAL
Rajah 2.17. Model Pembangunan Usahawan Teknikal (Edward, 1991)

147

2.3.4.6 Model Keusahawanan Teknologi

Model keusahawanan teknologi pula diperkenalkan oleh Prodan (2007). Menurut
Prodan (2007), terdapat tujuh elemen penting dalam keusahawanan teknologi iaitu: (i)
teknousahawan, (ii) universiti, (iii) syarikat korporat, (iv) modal, (v) pasaran atau
pelanggan, (vi) kerajaan, dan (vii) penasihat (konsultan). Elemen-elemen tersebut
saling berkait dan mempunyai peranan membantu melahirkan teknousahawan-
teknousahawan yang baharu.

(i) Teknousahawan

Menurut Rothwell dan Zelgveld (1982), teknousahawan adalah pemangkin utama
dalam proses pembentukan dan pertumbuhan industri. Dalam proses penubuhan firma
yang berasaskan teknologi baharu adalah membabitkan penglibatan beberapa
teknousahawan yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri lain yang berbeza
daripada usahawan bukan teknologi. Seorang teknousahawan mempunyai pengetahuan
teknikal yang mencukupi tetapi mereka kurang kemahiran dalam perniagaan. Namun,
kelemahan tersebut diimbangi dengan faktor motivasi yang tinggi untuk berjaya dalam
perniagaan (Oakey, 2003). Menurut Oakey (2003), tiga motif utama teknousahawan
memulakan perniagaan baharu adalah 'kebebasan', 'kekayaan' dan 'eksploitasi'.
Kewujudan sumber yang dipacu oleh jaringan keusahawanan dapat meningkatkan
potensi dan pertumbuhan firma baharu dan jaringan sosial seperti kawan, saudara dan
kenalan sangat penting (Liaoa & Welsch, 2003).

148

(ii) Universiti

Berdasarkan model keusahawanan teknologi (Prodan, 2007) ini, peranan utama
universiti adalah seperti: (i) menyediakan pendidikan teknikal dan keusahawanan, (ii)
mewujudkan syarikat berteknologi tinggi baharu berdasarkan hasil penyelidikan dan
pembangunan teknologi yang kompetatif, spin-offs dan inkubator universiti, dan (iii)
menjalinkan bekerjasama dengan syarikat berteknologi tinggi (Pradon, 2007). Untuk
memastikan bahawa teknousahawan berjaya mewujudkan firma berasaskan teknologi
baharu, pensyarah teknikal perlu bekerjasama dengan pensyarah perniagaan untuk
melatih pelajar menjadi teknousahawan. Menurut Pordan (2007), istilah spin-offs
bermaksud sebuah syarikat baharu yang muncul dari organisasi induk (inkubator) .
Biasanya, pekerja akan meninggalkan organisasi induk dan membawa teknologi yang
berfungsi sebagai tiket untuk memulakan syarikat baharu dalam industri teknologi
tinggi. Spin-offs juga dikenali sebagai start-up dan spin-out (Steffensen et al., 2000).
Faktor penting yang menentukan kejayaan syarikat spin-offs adalah bergantung kepada
tahap sokongan yang diterima daripada organisasi induknya.

Menurut Pena (2002), tujuan penubuhan inkubator universiti adalah untuk
mempromosikan ciptaan baharu dalam kalangan pelajar, penyelidik dan pensyarah.
Inkubator universiti menyediakan kepakaran, jaringan dan alatan yang diperlukan
untuk membantu teknousahawan berjaya dalam perniagaan yang dijalankan. Inkubator
ditakrifkan sebagai proses sokongan perniagaan yang akan mempercepatkan kejayaan
pembangunan syarikat baharu dengan menyediakan pelbagai sumber dan perkhidmatan
sokongan. Perkhidmatan-perkhidmatan ini biasanya dibangunkan atau dirancang oleh
pengurusan inkubator dan ditawarkan melalui jaringannya. Matlamat utama inkubator

149

adalah untuk membangunkan firma baharu dan memastikan mereka berjaya dalam
perniagaan yang diceburi setelah meninggalkan program tersebut. Graduan inkubator
ini mempunyai potensi untuk mencipta pekerjaan, merancakkan semula sesuatu
kawasan komuniti, mengkomersialkan teknologi baharu dan memperkuat ekonomi
sesuatu negara. Kerjasama antara universiti, pusat penyelidikan, syarikat korporat, IKS
dan firma berasaskan teknologi baharu, serta jaringan antara mereka, adalah asas
kejayaan firma berasaskan teknologi baharu di pasaran global. Bagi teknousahawan
terutamanya, kelompok dan taman teknologi adalah penting.

(iii) Syarikat

Dalam model Prodan (2007) ini, pihak korporat mempunyai peranan yang sangat
penting dalam usaha mewujudkan perniagaan baharu dan intrapreneurship penting
memulih dan meningkatkan prestasi syarikat (Antoncic & Hisrich, 2001).
Intrapreneurship wujud hasil penyelidikan dan pembangunan korporat.
Intrapreneurship merupakan percubaan menerapkan budaya keusahawanan dalam
persekitaran korporat. Menurut Thornberry (2003), syarikat-syarikat yang ingin
memacu inovasi dan mencari peluang pasaran baharu berminat untuk menerapkan
budaya keusahawanan dengan mewujudkan intrapreneurs. Melalui intrapreneurship,
spin-offs korporat diwujudkan. Spin-offs korporat adalah pembentukan perniagaan
baharu berdasarkan idea-idea perniagaan yang dibangunkan dalam firma induk yang
dibawa ke firma autonomi (Parhankangas & Arenius, 2003). Biasanya, jika penubuhan
firma baharu dimulakan oleh sebuah syarikat, perbadanan juga merupakan sumber
modal penting.

150

(iv) Modal

Menerusi model yang dikemukakan oleh Prodan (2007), pembiayaan perniagaan
diperolehi menerusi beberapa sumber seperti: (i) syarikat, (ii) pelabur, (iii) pemodal,
(iv) bank, tawaran saham awam, (v) jaringan sosial seperti kawan-kawan, saudara mara
serta kenalan, dan (vi) teknousahawan sendiri. Pembiayaian bergantung pada jenis
syarikat yang ditubuhkan oleh teknousahawan, kelayakan kreditnya, kecenderungan
pengusaha terhadap pengambilan risiko, pelbagai kemungkinan akses kepada ekuiti
atau dana penghutang dan syarat-syarat yang wujud di dalamnya (Ronstadt, 1988).
Sebuah syarikat memperoleh ekuiti dalam pelbagai cara, bergantung pada peringkat
perkembangannya. Apabila sebuah syarikat ditubuhkan, biasanya para usahawan dan
keluarga mereka yang melabur di dalamnya. Ekuiti jenis ini biasanya menggalakkan
pemilik usahawan untuk melakukan segala-galanya dengan kuasa untuk syarikat itu
beroperasi dengan jayanya.

Di peringkat seterusnya syarikat boleh mendapatkan ekuiti dalam beberapa cara
dan dari sumber yang berlainan, yang bergantung pada satu tangan pada struktur
organisasi syarikat dan sebaliknya keupayaan keusahawanan (atau ketidakupayaan)
syarikat (Mramor, 1993). Adalah amalan biasa dalam pembiayaan ekuiti bagi pelabur
untuk mendapatkan bahagian pemilikan syarikat. Kelebihan pembiayaan ini adalah
bahawa usahawan tidak bertanggungjawab terhadap dana yang diperoleh dengan dana
syarikat sejak membayar balik pelabur bergantung kepada keuntungan syarikat.
Bahagian bawah pembiayaan ekuiti adalah bahawa ia membawa kepada kehilangan
kawalan ke atas syarikat, kerana usahawan bukan sahaja memberi bahagian pemilikan
syarikat kepada pelabur, tetapi juga hak yang berkadar dalam mengawal pengurusan

151

syarikat. Teknousahawan boleh memperoleh beberapa modal yang diperlukan untuk
menubuhkan firma berasaskan teknologi baharu dari rakan, saudara atau kenalan, tetapi
itu tidak mencukupi. Terutama jika teknousahawan mahu mengembangkan perniagaan,
mereka memerlukan modal tambahan. Sumber utama modal luar bagi teknousahawan
adalah syarikat syarikat korporat, modal kapitalis, terbitan saham awam, geran kerajaan
dan bank. Cara utama untuk membiayai syarikat teknologi baharu adalah modal teroka.
Seorang kapitalis teroka melabur modal dalam syarikat-syarikat tertentu bagi pihak
pelabur. Sebagai balasan untuk modal yang dilaburkan beliau menerima saham biasa,
saham keutamaan dan bon. Pulangan daripada pertumbuhan syarikat direalisasikan
dengan penjualan saham ekuiti. Pelabur institusi, bank, dana pencen, syarikat insurans
dan kerajaan semuanya boleh membentuk dana. Pada masa yang sama terdapat dana
bebas yang diuruskan oleh pasukan profesional modal teroka. Pelabur dalam dana
modal teroka mengharapkan pelaburan mereka meningkat dalam jangka panjang.

Purata jangka hayat dana adalah lebih kurang sepuluh tahun. Para kapitalis yang
baik perlu: (a) menguasai teknologi yang berbeza, (b) menjadi pengurus yang berjaya,
(c) bertanggungjawab ke atas pulangan syarikat, (d) menilai kualiti pengurus dan
kepimpinan firma, (g) mengetahui cara menangani perubahan teknologi dan pasaran,
dan (h) mempunyai pengetahuan dan kepakaran tentang keadaan pasaran. Selain
pembiayaan ekuiti, syarikat-syarikat teknologi baharu juga boleh memohon pinjaman
kewangan. Walau bagaimanapun, jenis pembiayaan ini biasanya agak terhad kerana
IKS tidak mempunyai kelayakan yang sesuai untuk pihak bank memberi pinjaman
jangka panjang, walaupun pada kenyataannya projek tersebut berdaya maju. Dalam
pembiayaan hutang, teknousahawan bertanggungjawab membayar pinjaman asas dan

152

faedah. Kelebihan pembiayaan hutang adalah teknousahawan tidak perlu membayar
jumlah keseluruhan sekaligus, tetapi menunda beberapa pembayaran untuk masa
depan.

(v) Pelanggan dan Pasaran

Fokus utama semua teknousahawan untuk memperkembangkan perniagaan adalah
pelanggan dan pasaran. Walaupun teknousahawan sering menumpukan kepada cabaran
teknologi dan pembangunan produk, mereka juga perlu memberi tumpuan kepada
maklum balas pasaran, bagaimana untuk berjaya dalam pengkomersilan dan pemasaran
produk berteknologi tinggi, strategi pertumbuhan yang tinggi, isu-isu antarabangsa, isu
alam sekitar dan banyak isu berkaitan pasaran yang lain. Pemasaran produk
berteknologi tinggi abad ini menyaksikan pembaharuan yang ketara dengan
penggunaan pelbagai teknik pemasaran yang baharu (Davis et al., 2001; Easingwood
& Koustelos, 2000; Traynor & Traynor, 1994; Traynor & Traynor, 1997).

Walaupun syarikat berteknologi tinggi bergantung kepada kelebihan teknologi
mereka yang unik untuk terus berdaya saing, tetapi firma-firma tersebut mendapati
bahawa semakin sukar untuk mengekalkan daya saing melalui kelebihan teknologi
sahaja (Davis et al., 2001; Easingwood & Koustelos, 2000; Traynor & Traynor, 1994;
Traynor & Traynor, 1997). Ini menunjukkan bahawa pemasaran dan pengunaan
teknologi terkini dalam mewujudkan saya saing adalah sama pentingnya (Traynor &
Traynor, 2004).

153

(vi) Kerajaan

Dalam model ini, kerajaan juga mempunyai peranan penting untuk mewujud dan
memperkembangkan perniagaan berasaskan teknologi iaitu: (i) membantu
mempercepat pembentukan firma, (ii) merangsang pertumbuhan firma IKS, dan (iii)
mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan persekitaran perniagaan yang
kondusif. Menurut Prodan (2007), perkembangan firma IKS boleh dirangsang oleh: (i)
dasar makroekonomi, khususnya persekitaran ekonomi yang stabil, (ii) undang-undang
yang meletakkan syarat-syarat yang baik untuk firma kecil dan sederhana, (iii)
menawarkan sokongan yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah firma kecil dan
sederhana, dan (iv) menggalakkan perniagaan dan keusahawanan serta membangunkan
budaya keusahawanan.

Glas dan Psenicny (2000) menyatakan kerajaan mesti menggabungkan tiga
aspek yang penting agar firma baharu berjaya iaitu: (i) perpaduan strategi (dasar), (ii)
institusi (organisasi), dan (iii) program perkhidmatan. Kerajaan juga berperanan
menyediakan sokongan seperti: (i) membangunan persekitaran perniagaan yang
merangsang keusahawanan, (ii) memudahan prosedur dan pemotongan cukai, (iii)
membangunan unit baharu untuk teknousahawan, (iv) menyediakan akses sumber
kewangan, (v) memberi maklumat, perundingan dan bimbingan, (vi) membantu
menyelesaikan masalah teknikal dan teknologi, (vii) mewujudkan jaringan antara firma
kecil, sederhana dan besar, dan (viii) membangunan jaringan pengedaran dan sokongan
dengan pengantarabangsaan perniagaan (Glas & Psenicny, 2000). Kerajaan juga boleh
menawarkan sokongan kepada firma di peringkat tempatan, serantau dan tempatan
dengan membantu firma individu dengan pinjaman yang menggalakkan (kadar faedah

154

bersubsidi, jaminan yang lebih rendah, tempoh pembayaran balik yang lebih lama),
potongan cukai, kos pelunasan yang menggalakkan, manfaat pekerjaan yang tidak
dapat dikembalikan dan rendah kos bagi firma yang ingin membeli atau menyewa ruang
dan peralatan perniagaan, dan juga dengan membangunkan infrastruktur perniagaan:
institusi kewangan (dana) khas, dewan, pusat teknologi, inkubator, zon perniagaan dan
selebihnya.

(vi) Penasihat (Konsultan)

Penyelidikan mengenai masalah firma-firma kecil menunjukkan terdapat jurang yang
tipikal dalam kebolehan firma-firma kecil, dan mereka perlu dibantu dengan pelbagai
jenis khidmat nasihat dan latihan. Menurut Bolton (1971), jurang ini seperti berikut:
(i) jurang maklumat, (ii) jurang dalam menyelesaikan masalah, dan (iii) jurang
pembelajaran. Peranan penasihat dalam model ini adalah mengurangkan jurang-jurang
tersebut. Peranan penasihat sangat penting bagi kejayaan seorang teknousahawan untuk
mempunyai penasihat yang berbeza dari jaringan sosialnya (kawan, saudara, kenalan
dan sebagainya) dan perunding profesional. Nasihat daripada orang dalam rangkaian
sosial usahawan teknologi amat penting dalam proses penubuhan sebuah firma
berasaskan teknologi baru kerana sumber kewangan terhad usahawan baru. Penasihat
profesional sangat penting apabila syarikat berasaskan teknologi baru berkembang
dengan pesat. Rajah 2.18 menunjukkan Model Keusahawanan Teknologi (Pradon,
2007).

Kerajaan dan institusi sokongan (undang-undang, percukaian, insfrastrutur, paten dan Pendidikan Pengetahuan & kemahiran teknikal, c
sistem perlesenan serta sokongan teknologi yang dipilih)
TEKNOUSAHAW

Universiti R&D R&D
Universiti Individu

Spin Off
Universiti

Inkubator
Universiti

Modal

Pusat Teknologi Baharu Berasaska
Penyelidikan
Pengkomersialan & t
Strategi; Pertumbuhan pemasaran produk high-tech
Tinggi; Kegagalan

Pasaran / Pelangg

Rajah 2.18. Model Keusahawanan Teknologi (Pradon, 2007)

155

ciri-ciri, faktor motivasi Jaringan keusahawanan

WAN Kawan-kawan, saudara
mara dan kenalan

R&D Syarikat Pelabur,
Korporat
pemodal,
Intrapreneurship bank, tawaran
Spin Off
Korporat saham awam

Inkubator Jaringan dusters
Persendirian Taman Teknologi
Konsultan-konsultan (Penasihat)
an Firma (NTBF) IKS
Maklumbalas
R&D yang berterusan Global;
terhadap Produk high-tech isu alam sekitar
gan

155

156

2.3.4.7 Model Pembangunan Keusahawanan Teknologi

Model Pembangunan Keusahawanan Teknologi ini diperkenalkan oleh Willie et al.
(2011). Model ini diguna pakai untuk membangunkan keusahawanan teknologi di
Nigeria. Model ini menunjukkan satu proses keusahawanan tekno yang bermula dari
(i) penjanaan idea, (ii) penemuan, (iii) pemeriksaan idea, (iv) pembangunan prototaip,
(v) paten dan kelulusan, (vi) pengkomersialan, (vii) pemasaran dan (viii) penggunaan /
penerimaan.

Proses-proses ini telah disepadukan dengan faktor-faktor fiskal seperti dasar,
pendidikan, kewangan dan intitusi sokongan. Model ini juga menjelaskan bahawa
inovasi dan keusahawanan tidak boleh dipisahkan dalam membincangkan mengenai
keusahawanan teknologi. Menurut Willie et al. (2011), keusahawanan teknologi adalah
usaha ke arah ciptaan baharu untuk mengeksploitasi inovasi teknologi dan penemuan.
Faktor-faktor seperti dasar (polisi), institusi sokongan, pendidikan dan kewangan
penting kerana ia akan mempengaruhi pemikiran inovatif teknousahawan (Willie et al.,
(2011). Rajah 2.19 menunjukkan Model Pembangunan Keusahawanan Teknologi oleh
Willie et al. (2011).

157

Penjanaan idea Penemuan

Penggunaan/ TEKNOLOGI Pemeriksaan idea
Penerimaan
Polisi/ Pembangunan
Pemasaran Dasar prototaip

Kewangan Institusi
Sokongan

Pendidikan
KEUSAHAWANAN

Pengkomersialan Paten dan
kelulusan

Rajah 2.19. Model Pembangunan Keusahawanan Teknologi (Willie et al., 2011)

2.3.4.8 Model Pembangunan Usahawan Bumiputera Di Malaysia

Tindakan seorang individu menjadi seorang usahawan secara umumnya dipengaruhi
oleh beberapa faktor iaitu faktor luaran, motivasi dan juga diri (Zaidatol, 2004). Faktor
luaran adalah disebabkan masalah yang berlaku pada diri seseorang usahawan, faktor
motivasi merupakan faktor yang disebabkan oleh keinginan atau keperluan terhadap
sesuatu yang memotivasikan seseorang usahawan mana kala faktor diri pula adalah
faktor yang disebabkan oleh sesuatu kelebihan pada diri seseorang usahawan. Jadual
2.18 menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi individu menjadi usahawan
(Zaidatol, 2004).

158

Jadual 2.18

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Individu Menjadi Usahawan

Faktor Luaran Faktor Motivasi Faktor Diri
a. Jantina
a. Berpindah atau berhijrah. a. Untuk menambah wang. b. Ras etnik
c. Umur
b. Diberhentikan kerja. b. Untuk menjadi ketua. d. Tahap pendidikan

c. Tempat kerja ditutup. c. Untuk merasai kebebasan.

d. Terdapat perubahan d. Untuk mempunyai satu kerjaya.
organisasi. e. Untuk dihormati.
f. Melihat ada peluang berniaga.
e. Tidak mahu ditukarkan kerja
ke tempat lain.

f. Baharu berhenti kerja atau g. Untuk mendapatkan cabaran dan
selesai belajar. kepuasan peribadi.

g. Baharu bercerai. h. Perniagaan ini sesuai dengan diri.

h. Umur meningkat. i. Kerja sebelumnya tidak
i. Dipengaruhi kawan. menjamin kemajuan.

j. Ada kawan memberi pinjaman.

k. Telah ada pelanggan yang
menggalakkan diri untuk berniaga.

l. Jemu dengan kerja dahulu.

m. Mahukan lebih keselamatan
untuk keluarga.

Sumber: Zaidatol (2004)

Dari aspek pembentukan usahawan-usahawan Bumiputera menurut Wan Liz
(2000), banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran yang melingkungi
kehidupan mereka. Antara faktor dalaman yang penting ialah faktor sikap, latar
belakang keluarga, pengalaman, nilai, minda (pemikiran inovatif), emosi, pandangan
hidup, rohani, peribadi, kontak dan ilmu yang dapat diterjemahkan dalam bentuk
kemahiran. Faktor-faktor tersebut diperkuatkan lagi dengan faktor luaran seperti sistem
budaya niaga Bumiputera, institusi kewangan, pasaran domestik yang terhad, lokasi

159
kependudukan luar bandar yang tidak strategik, jaringan dan cengkaman perniagaan
global, dasar, program pendidikan kerajaan serta sistem dan struktur ekonomi. Wan Liz
(2000) mengemukakan model usahawan Melayu alaf baharu seperti Rajah 2.20.

USAHAWAN
MELAYU

Rajah 2.20. Model Usahawan Melayu Alaf Baharu (Wan Liz, 2000)

Humam (1988) menyatakan bahawa kajian berkaitan usahawan perlu
ditumpukan kepada latar belakang dan budaya. Latar belakang usahawan Bumiputera
secara individu boleh dilihat daripada pekerjaan keluarga mereka yang banyak
tertumpu dalam sektor pertanian dan perkhidmatan awam. Daripada perspektif faktor
budaya pula budaya masyarakat Melayu (Bumiputera) tidak menggalakan persaingan
untuk mendapatkan harta kekayaan sebaliknya mudah berpuas hati dengan apa yang

160

ada. Beliau telah mengemukakan isu penting iaitu: (i) kewujudan pngaruh persekitaran
secara umum mempengaruhi usahawan Bumiputera, (ii) peranan yang dimainkan oleh
program latihan keusahawanan, (iii) pengaruh latar belakang keluarga dan (iv)
halangan faktor budaya terhadap penglibatan Bumiputera dalam perniagaan. Model ini
seperti Rajah 2.21.

Persekitaran am +
kuasa ekonomi

Kuasa kerajaan rakyat

Latar belakang

INDIVIDU
BUMIPUTERA

Budaya

Pendidikan Perniagaan
& latihan & kewangan

Politik Sosial

Rajah 2.21. Kerangka Konsep Keusahawanan Bumiputera (Humam, 1988)

2.3.4.9 Inkubator

Inkubator perniagaan adalah organisasi yang direka untuk menyokong penubuhan yang
berjaya dan pembangunan perusahaan. Ia sering menawarkan akses kepada

161

infrastruktur perniagaan fizikal, perkhidmatan sokongan perniagaan yang disesuaikan
secara individu dan peluang rangkaian. Sejarah inkubator perniagaan boleh
dibahagikan kepada tiga tempoh berasingan, bagaimanapun, inkubator perniagaan
dunia pertama bermula pada tahun 1959 di Pusat Perindustrian Batavia di New York,
USA. Ini adalah titik permulaan tiga generasi inkubator iaitu (i) pertama - 1959 hingga
awal 80an, (ii) kedua- hujung 80an hingga awal 90an, dan (iii) ketiga - hujung 90an
hingga sekarang (Anna & Charlotte, 2008). Inkubator perniagaan, yang berkembang
pada awal 1980-an dari pengalaman dengan perkhidmatan pembangunan perniagaan
lain, bertujuan untuk membantu proses penciptaan usaha baharu, menyediakan ruang
kerja yang sesuai serta berkongsi kemudahan, khidmat kaunseling, latihan, berkongsi
maklumat dan akses kepada jaringan untuk kumpulan keusahawanan (Lalkaka, 2002).

Konsep inkubator sering digunakan sebagai suatu organisasi yang membentuk
atau mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan firma-firma baharu
(Chan & Lau, 2005). Inkubator telah menjadi fenomena di beberapa buah negara seperti
USA, Kanda, UK, dan Jerman (Anna & Charlotte lie, 2008). Pembuat dasar di peringkat
nasional dan tempatan telah melihat inkubator sebagai instrumen untuk
mempromosikan pembangunan ekonomi, inovasi dan kemunculan firma pertumbuhan
berasaskan teknologi baharu. Menurut European Commission (1990), inkubator
perniagaan ditakrifkan sebagai tempat di mana firma yang baharu diwujudkan tertumpu
di ruang yang terhad dan matlamatnya adalah untuk meningkatkan peluang
pertumbuhan dan survival firma-firma baharu dengan menyediakan mereka dengan
bangunan modular dengan kemudahan biasa (telefax, kemudahan pengkomputeran,
dan sumber lain) serta sokongan pengurusan dan perkhidmatan sokongan.

162

National Business Incubator Association (2001) menyatakan inkubator perniagaan
adalah proses pembangunan perniagaan yang dinamik, memupuk firma baharu dengan
membantu untuk bertahan dan berkembang. Inkubator menyediakan bantuan
pengurusan kendiri, akses kepada pembiayaan dan pendedahan yang dirancang untuk
perniagaan sokongan atau perkhidmatan sokongan teknikal. Inkubator juga
menawarkan firma keusahawanan yang berkongsi perkhidmatan pejabat, akses kepada
peralatan, pajakan yang fleksibel dan ruang yang boleh diperkembangkan dan
semuanya di bawah satu bumbung. Menurut Humaira (2014), inkubator dibangunkan
bergantung kepada jenis perkhidmatan yang ditawarkan, struktur organisasi dan
pelanggan. Inkubator dibangunkan untuk membantu teknousahawan membuat
perancangan dan cadangan, membantu teknousahawan membina jaringan pembiayaan,
dan membantu mendapat insurans murah. Bagaimanapun, kebanyakan inkubator itu
sendiri bukan pelabur tetapi perkhidmatan yang disediakan adalah dalam bentuk
perkhidmatan dan sokongan tidak langsung. Inkubator yang mudah disesuaikan
mempunyai matlamat tertentu, termasuk mempelbagaikan ekonomi luar bandar,
menyediakan pekerjaan dan memindahkan teknologi dari universiti dan syarikat besar.

Teknousahawan yang terlibat dengan inkubator berperanan untuk
membangunkan teknologi baharu dan inovatif, mewujudkan produk serta perkhidmatan
yang dapat meningkatkan kualiti hidup dalam sesuatu komuniti. Inkubator yang lebih
berjaya biasanya menyediakan perkhidmatan berikut: (i) sewaan yang berpatutan, (ii)
akses kepada sumber fizikal, (iii) akses kepada sumber kewangan, (iv) sokongan
permulaan dan perkhidmatan pengurusan keusahawanan, (v) latihan dan pendidikan,
(vi) akses kepada jaringan, dan (vii) bantuan teknikal (Humaira, 2014). Menurut
European Commission (2002), inkubator adalah strategi untuk mempercepat dan

163

memudahkan proses mewujudkan perusahaan yang berjaya dengan menyediakan
pelbagai sokongan yang komprehensif dan terintegrasi, ruang inkubator, perkhidmatan
sokongan perniagaan, dan peluang membina jaringan. Inkubator dikategorikan kepada
beberapa jenis iaitu pusat perindustrian, taman perniagaan, taman sains, bengkel yang
diuruskan, pusat perniagaan, pusat inovasi, inkubator pelbagai perniagaan, pusat
perniagaan dan inovasi, serta pusat teknologi (European Commission, 2002).

Rajah 2.22 menunjukkan topologi inkubator perniagaan. Rajah tersebut
menjelaskan semakin tinggi tahap teknologi yang diaplikasikan dalam inkubator maka
bantuan pengurusannya akan tinggi. Inkubator jenis pusat perindustrian secara
umumnya mempunyai pengambilan bukan selektif, memberi sokongan pengurusan
sedikit serta aktiviti perniagaan tidak mempunyai kriteria khusus dan tumpuan
teknologi adalah rendah. Tetapi inkubator bagi pusat teknologi mempunyai kriteria
kemasukan yang sangat selektif, memberikan sokongan pengurusan yang tinggi, serta
menjalankan aktiviti perniagaan yang khusus (teknousahawan) dan memberikan
tumpuan kepada teknologi tinggi. Inkubator jenis pusat teknologi adalah sinonim
dengan situasi teknousahawan.

164

Rendah TAHAP TEKNOLOGI Tinggi
Pertengahan Taman Sains

SOKONGAN PENGURUSAN Pusat Perindustrian Taman Perniagaan
Tinggi Pertengahan Rendah
Bengkel yang Pusat Perniagaan Pusat Inovasi
diuruskan Pusat Teknologi

Inkubator Pelbagai Pusat Perniagaan
Perniagaan dan Inovasi

Rajah 2.22. Topologi Inkubator Perniagaan (European Commission, 2002)

Menurut Humaira (2014), pembangunan perniagaan di inkubator melibatkan
beberapa peringkat: (i) peringkat permulaan perniagaan, (ii) peringkat pembangunan
perniagaan, dan (iii) peringkat matang perniagaan. Pusingan ini akan berlaku
seandainya berlaku penambahbaikan disetiap peringkat. Rajah 2.23 menunjukkan
proses pembangunan perniagaan di inkubator.

Peringkat
permulaan
perniagaan

Peringkat matang Peringkat
perniagaan pembangunan

perniagaan

Rajah 2.23. Proses Pembangunan Perniagaan di Inkubator (Humaira, 2014)

165

Humaira (2014) menyatakan kejayaan inkubator perniagaan bergantung kepada
beberapa faktor seperti: (i) matlamat yang jelas, khusus, realistik dan konsisten dengan
persekitaran pasaran serta sumber yang ada, (ii) mempunyai mandat dan pelan
perniagaan yang realistik, (iii) penawaran kos sumber yang berpatutan kepada para
pelanggannya dalam jangka panjang dan secara berterusan, (iv) mampu memberi
perkhidmatan sokongan pengurusan, (v) mampu menyediakan bantuan perkhidmatan
seperti pembukuan dan bantuan undang-undang, (vi) menyediakan latihan dalam
perancangan perniagaan dan organisasi, (vii) pengurusan dan pentadbiran inkubator
yang yang berkesan membantu dalam mencapai misi inkubator serta mempunyai
keupayaan untuk membantu syarikat berkembang, (viii) bantuan mentoring daripada
kumpulan orang yang mempunyai kepakaran yang relevan, bersemangat serta bersedia
untuk menawarkan nasihat dan panduan, (ix) mempunyai jaringan dengan institusi
pendidikan dan syarikat-syarikat besar, (x) lokasi inkubator yang strategik, dan (xi)
faktor lain adalah ketersediaan modal, kecekapan pembuatan, kemahiran pemasaran,
pengedaran, sokongan teknikal, komponen dan ketersediaan bahan.

European Commission (2002) telah mencadangkan model inkubator
perniagaan. Berdasarkan Rajah 2.24, model ini menggabungkan dimensi input -
keluaran inkubator bersama-sama dengan isu amalan kecekapan, kelestarian dan
keberkesanan. Dalam dimensi operasi, projek yang dikenal pasti sama ada memenuhi
kriteria yang ditetapkan untuk menentukan pasaran sasaran inkubator (contohnya
projek yang memfokuskan teknologi tertentu). Selepas penilaian yang lebih terperinci,
teknousahawan digalakkan melalui proses 'pra-inkubator' yang mengabungkan latihan
dan perancangan perniagaan, sebelum masuk ke inkubator. Proses inkubator
menyatukan tiga kategori perkhidmatan sokongan perniagaan - latihan, nasihat

166

mengenai isu-isu perniagaan, sokongan kewangan (baik dari sumber inkubator sendiri
atau dari pihak luar), dan sokongan teknologi. Penyediaan unit inkubator dan jaringan
(secara dalaman antara penyewa dan luaran dengan organisasi lain, misalnya universiti,
syarikat besar) merupakan ciri asas inkubator. Ciri utama inkubator ialah tempoh
bantuan terhad dengan kriteria tamat latihan biasanya setelah pelatih lulus selepas
tempoh masa yang ditetapkan. Sesetengah firma tentu akan meninggalkan inkubator
lebih awal jika perniagaan mereka berkembang pesat dan inkubator tidak mampu
menyediakan ruang permis yang lebih luas. Walau bagaimanapun, inkubator akan
dikekalkan hubungan dengan bekas pelatih melalui khidmat selepas latihan jaringan
yang berterusan kepada teknousahawan.

D

Kecekapan

Kewangan INPUT
Objektif
Pemegang kepentingan Utiliti
Kemahiran pengurusan
Kriteria kemasukan
Projek
Latihan Nas
Pasaran sasaran perni

Pra - inkubator

Ruang fizikal

Rajah 2.24. Model Inkubator Perniagaan (European Commissio

167

Dimensi Serantau Relevan
Keberkesanan Kesan/ Impak

Kelestarian KELUARAN
PROSES

INKUBATOR Kriteria tamat latihan Graduasi

sihat Sokongan Sokongan Khidmat selepas
iagaan kewangan teknologi latihan

Jaringan

Dimensi Operasi

on, 2002)

167


Click to View FlipBook Version