70
perisian, peralatan dan sebagainya. Keberhasilan daripada penggunaan IoT dijangka
dapat menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM9.5
bilion pada tahun 2020 dan menyediakan 14,270 peluang pekerjaan (Mosti, 2017).
Transformasi yang berlaku pada industri 4.0 yang berbeza daripada revolusi yang
terdahulu kerana ianya: (i) inovasi yang dilakukan dalam era Industri 4.0 dapat
dikembangkan dan disebarkan lebih cepat dari sebelumnya, (ii) penjimatan kos
pengeluaran tetapi meningkatkan hasil pengeluaran, (iii) revolusi ini berlaku pada
peringkat global dan akan mempengaruhi, serta dibentuk oleh hampir semua negara dan
(iv) revolusi industri 4.0 ini sistematik kerana wujudnya jaringan komunikasi yang
saling berhubung diseluruh dunia mewujudkan kesetaraan (Raymond, 2016). Kesan
Industri 4.0 ini kepada masyarakat dan negara dapat dilihat menerusi perubahan pola
kehidupan seperti penggunaan aplikasi telefon pintar untuk tujuan membeli belah di
seluruh dunia, dapat menangani sesuatu masalah teknikal menerusi Youtube dan
muncul sistem pintar seperti smart home yang mana pelbagai fungsi kawalan seperti
pensuisan perkakasan elektrik dan elektronik dikawal menerusi aplikasi dalam telefon
pintar.
Perkembangan industri dalam revolusi ini akan meningkatkan kepentingan dan
peranan teknousahawan untuk memacu industri negara agar seiring dengan negara
maju. Selain itu, dengan berlakunya revolusi industri yang baharu ini, akan menjadi
wadah dan motivasi kepada teknousahawan untuk mengetengahkan inovasi-inovasi
baharu yang mempunyai nilai komersial untuk dipasarkan di seluruh dunia,
mewujudkan peluang pekerjaan baharu, dan akan meningkatkan penggunaan teknologi
tinggi dalam perindustrian negara. Di samping itu, di peringkat UNESCO juga telah
melancarkan beberapa gagasan baharu untuk menangani kesan daripada Revolusi
71
Industri 4.0. Antara gagasan tersebut adalah seperti Matlamat Pembangunan Milenium
(MDGs), Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), dan Technical and Vocational
Education and Training 2016-2021. Menurut McArthur (2014), Matlamat
Pembangunan Milenium (MDGs) yang dilancarkan pada tahun 2000 sebagai langkah
menangani pelbagai cabaran dunia kerana kemunculan alaf baharu. MDGs
bertunjangkan kepada lapan teras utama iaitu: (i) membasmi kemiskinan dan
kebuluran, (ii) mencapai pendidikan rendah sejagat, (iii) mempromosikan
kesamarataan jantina dan memperkasakan wanita, (iv) mengurangkan kematian kanak-
kanak, (v) memperbaiki kesihatan ibu, (vi) memerangi HIV / AIDS, malaria, dan
penyakit lain, (vii) memastikan kemampanan alam sekitar, dan (viii) membangunkan
perkongsian global untuk pembangunan (United Nations, 2016). Malaysia sebagai
anggota UNESCO harus bersama-sama negara lain untuk menjayakan matlamat ini dan
untuk mejayakannya memerlukan perancangan yang teliti, kestabilan politik serta
ekonomi yang mampan dan berdaya maju.
Manakala Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) pula dilancarkan pada tahun
2015 yang berteraskan 17 matlamat iaitu: (i) membasmi kemiskinan, (ii) membasmi
kebuluran, (iii) kesihatan dan kesejahteraan yang baik, (iv) pendidikan berkualiti, (v)
kualiti jantina, (vi) air bersih dan sanitasi (sistem kawalan kebersihan awam), (vii)
tenaga yang berpatutan dan bersih, (viii) mewujudkan pekerjaan yang baik dan
mengalakkan pertumbuhan ekonomi, (ix) inovasi industri dan infrastruktur, (x)
mengurangkan ketidaksamaan, (xi) kelestarian dan masyarakat, (xii) pengguna dan
pengeluar yang bertanggungjawab, (xiii) climate action, (xiv) kehidupan di bawah air,
(xv) kehidupan di darat, (xvi) keamanan, keadilan dan institusi yang kuat, (xvii)
perkongsian matlamat untuk pembangunan (McArthur, 2014). Selain program
72
kelestrian, UNESCO juga perihatin dalam pembangunan TVET. Untuk
memperkasakan TVET dalam kalangan negara membangun UNESCO telah
melancarkan Technical and Vocational Education and Training (2016-2021) pada
tahun 2016. Gagasan ini menyarankan peranan aktif institusi pendidikan dan latihan
vokasional dalam menggalakkan teknokeusahawanan dalam kalangan belia. UNESCO
melihat keusahawanan belia merupakan laluan berdaya maju dan harus dijadikan
agenda nasional terutamanya di negara-negara membangun (UNESCO, 2016). Gagasan
tersebut berfokuskan kepada tiga perkara teras iaitu: (i) meningkatkan kemahiran dan
keusahawanan, (ii) menggalakkan ekuiti dan kesaksamaan jantina serta (iii) peralihan
kepada ekonomi hijau (teknologi hijau) dan masyarakat yang mampan. Gagasan dan
agenda UNESCO ini memberikan satu lonjakan kepada inovasi dan membuka peluang-
peluang baharu dalam keusahawanan serta memaksa industri bergerak seiring dengan
agenda tersebut.
2.2.1 Teknousahawan di Luar Negara
Pelbagai istilah yang digunakan untuk mengambarkan keusahawanan yang berasaskan
teknologi. Di Malaysia dan Singapura istilah yang sinonim adalah 'teknousahawan'
(technopreneur) (Foo & Foo, 2000). Di luar negara teknokeusahawanan dikenali
dengan pelbagai istilah seperti di USA dikenali dengan keusahawanan teknologi tinggi
(high technology entrepreneurship) (Robert & Aaron, 2011). Di Eropah pula,
teknokusahawanan diistilahkan sebagai keusahawanan yang didorong oleh teknologi
(technology-driven entrepreneurship) (Luca, 2008). Di negara lain seperti di Romania
istilah yang digunakan untuk teknousahawan adalah keusahawanan teknologi
73
(technology entrepreneurship) (Roja & Nåstase, 2014). Manakala di Sweden,
teknousahawan dikenali dengan istilah keusahawanan berasaskan teknologi
(Dahlstrand, 2007). Di samping itu, terdapat juga beberapa istilah lain untuk
teknousahawan di negara luar seperti keusahawanan teknikal, keusahawanan tekno dan
keusahawanan teknologi ekosistem (Therin, 2007). Manakala dari segi definisi pula,
Dorf dan Byers (2005) menyatakan teknousahawan sebagai gaya kepimpinan
perniagaan yang melibatkan sumber manusia berpotensi tinggi, permodalan, peluang
komersial berorientasikan teknologi, menguruskan pertumbuhan perniagaan yang
pantas dan pengambilan risiko yang munasabah. Menurut Shane dan Venkataraman
(2004), teknousahawanan sebagai proses mengumpulkan sumber, sistem dan strategi
teknikal untuk mencari peluang baharu. Di Singapura, teknokeusahawanan adalah
aktiviti keusahawanan yang menjadi keutamaan Kerajaan Singapura dengan
menyediakan banyak program yang dapat meningkatkan bilangan teknousahawan (See,
2010). Strategi tersebut merupakan pemangkin terhadap pertumbuhan ekonomi
Singapura (Wong et al., 2005).
Di Amerika Syarikat perkembangan teknokeusahawanan didokong oleh
wujudnya program spin-offs (Irdayanti, 2016). Kisah kejayaan lembah silikon adalah
hasil program spin-offs universiti-universiti di Amerika Syarikat dan kerjasama pelabur
komersial (Ramlee, 2010). Universiti-universiti terkemuka di Amerika Syarikat seperti
Universiti Harvard, Institut Teknologi Massachusetts, Universiti Stanford, Universiti
Arizona, Universiti California, Universiti Berkeley, Universiti Maryland, Universiti
North Carolina, dan Universiti Utah mewujudkan technology transfer office untuk
program spin-offs universiti (Boh et al., 2012). Di universiti-universiti tersebut,
penyelidik, pensyarah dan pelajar adalah peserta dan pencetus dalam program spin-
74
offs universiti (Boh et al., 2012). Technology transfer office di universiti
bertanggungjawab dalam menilai ciptaan, pemasaran ciptaan kepada pemegang lesen
yang berpotensi, mempatenkan ciptaan, dan pelesenan ciptaan kepada pihak yang
berminat. Menurut Boh et al. (2012), terdapat enam peringkat pembangunan spin-offs
iaitu: (i) menjana idea, (ii) pengkomersialan, (iii) penjanaan prototaip dan penubuhan
pengkomersilan teknologi daya maju, (iv) penubuhan pasukan pengasas, (v) strategi
dan proses pengkomersialan, (vi) strategi untuk meyakinkan pelabur bahawa teknologi
baharu yang dijana berdaya maju. Ndonzuau et al. (2002) pula mengemukakan model
spin offs berdasarkan hasil kajian di 15 universiti terkemuka. Model spin-offs ini terdiri
daripada (i) menghasilkan idea perniagaan dari penyelidikan, (ii) melaksanakan projek
baharu daripada idea, (iii) melancarkan firma spin-offs dari projek, dan (iv)
meningkatkan nilai ekonomi oleh syarikat spin offs. Model ini dijelaskan dalam Rajah
2.1.
Menjana idea Membuat keputusan Melancarkan Meningkatkan
Idea Projek Firma
perniagaan baharu Spin off
Hasil Penyelidikan Nilai ekonomi
Rajah 2.1. Model Spin-Offs (Ndonzuau et al., 2002)
Namun demikian fenomena spin-offs adalah agak baharu kepada majoriti
universiti di Eropah dan Asia. Menurut Saetre et al. (2006), kelewatan ini disebabkan
tindakan dan pindaan perundangan yang dibuat di Eropah dan Asia untuk memberikan
kebenaran kepada universiti untuk mengkomersialkan harta intelek mereka . Pindaan
75
perundangan ini hanya dilakukan setelah sepuluh hingga lima belas tahun selepas Akta
Bayh-Dole diluluskan di Amerika Syarikat pada tahun 1980 (Saetre et al., 2006).
Menurut Saetre et al. (2006), United Kingdom telah mencatatkan peningkatan yang
paling pesat dalam bilangan syarikat spin-offs selepas Amerika Syarikat. Manakala di
Korea Selatan syarikat-syarikat teknologi telah telah mengadakan program spin-offs
dengan universiti selepas kerajaan mengubah undang-undang berkaitan harta intelek
pada bulan Jun 2002 di mana hak cipta untuk penemuan baharu yang dibuat oleh
universiti dan institusi akademik kini dipegang oleh institusi, bukan kerajaan Korea
Selatan (Paik, 2002). Selain daripada program spin-offs, teknousahawan di Amerika
Syarika juga berkembang kerana kewujudan inkubator perniagaan yang berteraskan
teknologi. Menurut Lalkaka (2002), inkubator perniagaan di Amerika Syarikat telah
berkembang pesat daripada jumlah kurang daripada 100 buah pada tahun 1980, kepada
kira-kira 1,000 buah pada tahun 2002 dan yang terbesar di dunia. Peningkatan jumlah
inkubator perniagaan yang berteraskan teknologi telah menjadikan Amerika Syarikat
perintis dalam industri teknologi bermula dengan konsep perkilangan yang diasaskan
oleh Thomas Edison kepada konsep spin-offs oleh Frederick Terman dari Universiti
Stanford (Lalkaka, 2002).
Menurut Bailetti (2012), seorang usahawan dikenalpasti sebagai
teknousahawan adalah berdasarkan beberapa aspek seperti: (i) mewujudkan firma spin-
offs yang dimiliki oleh jurutera atau saintis, (ii) mencari masalah atau aplikasi untuk
teknologi tertentu; (iii) melancarkan usaha baharu dengan mengeksploitasi hasil kajian
termaju di univerisiti, dan (iv) bekerjasama (collaboration) dengan pelabur untuk
menghasilkan teknologi baharu. Perkembangan teknokeusahawanan di negara-negara
maju memberi impak kepada kemajuan dan perkembangan teknologi. Menurut Roja
76
dan Nåstase, (2014), kemajuan sesetengah wilayah (negara) bergantung kepada
kejayaan penggunaan teknologi baharu dan ini berlaku kerana peranan teknousahawan
dalam memperkenal serta memperkembangkan inovasi teknologi tersebut. Nama-nama
besar yang terkenal sebagai teknousahawan berjaya diperingkat dunia adalah seperti
Akio Marita, Andres Grove, Bill Gates, Steve Job, Hosain Rahman dan Mark
Zuckerberg. Akio Marita seorang berbangsa Jepun yang berjaya menempah nama
sebagai antara teknousahawan yang terkenal di dunia. Pada tahun 1946, beliau
menyertai Syarikat Tokyo Tsushin Kogyo yang mengeluarkan produk pita rakaman
(Type-G) buatan Jepun yang pertama dan syarikat ini telah ditukar nama kepada Sony.
Akio membangunkan Sony sehingga menjadi syarikat peneraju utama dalam industri
hiburan dunia seperti walkman, telefon bimbit, konsul permainan - play station (PS1,
PS2, PS3 & PS4), play station portable (PSP), television, alat pemain muzik MP3, dan
production perfileman Columbia Pictures (Dheeman, 2012). Dalam bidang
perkomputeran, nama Andrew Grove dan intel adalah sangat sinonim dengan sejarah
perkembangan dan kemajuan sistem komputer kerana syarikat intel merupakan antara
syarikat terawal dalam pengeluaran semi konduktor microprocessor seterusnya
menjadi pengeluar terbesar di dunia. Beliau memulakan kerjaya dengan syarikat intel
pada tahun 1968 dan merupakan seorang pensyarah di Universiti Stanford (Richard,
2006).
Jika Andrew Grove terlibat dalam bidang komputer sebagai pengeluar
microprocessor (hardware) sistem komputer yang terkenal iaitu intel. Seorang lagi
teknousahawan yang terlibat dalam bidang komputer tetapi dalam bidang
pengoperasian komputer (software) iaitu Bill Gates. Syarikat Microsoft milik beliau
membangunkan dan memasarkan sistem pengendalian komputer seperti sistem operasi
77
microsoft windows, perisian produktiviti microsoft Office, permainan komputer,
konsol permainan komputer xbox, dan enjin carian Bing. Bill Gates mula berkecimpung
dalam bidang teknokeusahawanan pada tahun 1975 (Herbold, 2002). Setahun (1976)
selepas penglibatan Bill Gates dalam bidang pembangun perisian komputer, muncul
seorang lagi teknousahawan dalam bidang komputer iaitu Steve Jobs dengan produk
Komputer Apple. Steve Job merupakan pengasas bersama Steve Wozniak tetapi beliau
dipecat dari Apple pada tahun 1985. Selepas meninggalkan Apple, Steve Jobs bersama
beberapa rakan menyertai NeXT, syarikat pembangunan platform komputer yang
mengkhususkan diri dalam komputer canggih untuk pasaran pendidikan tinggi dan
perniagaan. Pada tahun 1997, Syarikat Next bergabung dengan Apple dan Steve Jobs
dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif. Steve Job membangunkan semula Apple
yang hampir muflis ketika itu dengan slogan Think Different. Pada tahun 1998, Apple
melancarkan komputer iMac pertama dan melakukan inovasi sehingga sekarang
dengan produk yang unik seperti komputer iMac, laptop mac book, iTunes dan iTunes
Store, iPod, iPhone, App Store, dan iPad serta sistem operasi komputer OS boleh
dirangkaikan secara bersama (Karen, 2012).
Sebagai pelengkap kepada kemajuan komputer dari segi hardware dan
software, muncul seorang teknousahawan muda dengan inovasi baharu yang menjurus
kepada alat tambah komputer seperti pembesar suara tanpa wayar (wifi), alat dengar
bluetooth dan alat audio mudah alih. Teknousahawan muda ini adalah Hosain Rahman
anak kepada seorang immigrant pakistan dan berkelulusan Universiti Stanford. Beliau
terlibat dengan bidang teknokeusahawanan apabila menubuhkan syarikat Jawbone pada
tahun 2004 dengan produk berjenama Jawbone (John, 2016). Selain ciptaan tersebut,
berlaku juga inovasi dari segi kepenggunaan komputer dan telefon pintar. Pada era 70an
78
dan 80an, penggunaan komputer hanya tertumpu melakukan kerja-kerja pejabat,
menyimpan data bertulis dan kerja-kerja simpan kira manakala telefon hanya untuk
bercakap dan menghantar mesej dalam bentuk teks. Tetapi setelah dicipta internet oleh
Robert Kahn dan Vinton Cerf pada tahun 1985 (Cohen, 2011). Tim Bernes pula
melancarkan The World Wide Web pada tahun 1991 (Cohen, 2011). Setelah bermulanya
era internet, peranan komputer dan telefon pintar telah berubah. Pelbagai aplikasi
dibangunkan untuk kegunaan pelbagai urusan termasuk hubungan sosial. Pada tahun
2004, seorang teknousahawan muda bernama Mark Zuckerberg telah membawa satu
revolusi baharu dalam internet dunia komputer dan telefon pintar dengan
memperkenalkan halaman dan aplikasi sosial facebook. Selain memiliki facebook,
beliau juga telah membeli dua lagi aplikasi sosial yang lain iaitu whatapps dan
instagram yang dirangkaikan bersama facebook serta mengabungkan elemen muzik,
gambar, video dan teks dalam satu aplikasi (Mc Girt, 2010). Sumbangan-sumbangan
teknousahawan tersebut telah mensejahterakan manusia sejagat dan menjadikan dunia
tanpa sempadan serta mengubah lanskap perniagaan. Seterusnya perbincangan tentang
teknousahawan di Malaysia.
2.2.2 Teknousahawan di Malaysia
Penggunaan terminologi 'teknousahawan' (technopreneur) di Malaysia bermula seiring
dengan pelancaran Super Koridor Multimedia (MSC) pada Ogos 1996. Teknousahawan
(Technopreneur) di Malaysia menurut Azahari et al. (2013) biasanya merujuk kepada
usahawan ICT. Menurut Gonzales (2008) dan Dinah et. al (2011), istilah
teknousahawan adalah gabungan dari perkataan teknologi (technology) dan usahawan
79
(entrepreneur). Namun demikian, di Malaysia dan Singapura terminologi
teknousahawan digunakan untuk menerangkan keusahawanan yang berasaskan
teknologi (Foo & Foo, 2000). Di negara membangun lain, terminologi yang digunakan
untuk menerangkan komuniti teknousahawan adalah usahawan berasaskan teknologi
(Foo & Foo, 2000).
Selain dari istilah tersebut, terdapat beberapa perkataan yang digunakan untuk
menerangkan teknousahawan antaranya adalah usahawan teknikal (Prodan, 2007).
Menurut Baumol (2002), seorang teknousahawan adalah seorang yang berani,
imaginative deviator dari kaedah dan amalan perniagaan konvensional yang dijalankan
dan sentiasa mencari peluang untuk mengkomersilkan proses, produk, teknologi dan
perkhidmatan baharu. Dorf dan Byers (2008) menyatakan teknousahawan sebagai gaya
kepimpinan perniagaan berdasarkan proses mengenal pasti potensi tinggi, peluang
perniagaan teknologi intensif, pengumpulan sumber-sumber seperti bakat dan
kewangan, menguruskan pertumbuhan pesat menggunakan prinsip dan kemahiran
membuat keputusan yang tepat.
Nichlos dan Amstrong (2003) memberikan definisi ringkas teknousahawan
sebagai individu yang menganjurkan, menguruskan dan menanggung risiko
menjalankan perniagaan berasaskan teknologi. Teknousahawan di Malaysia
menggunakan teknologi sebagai faktor memandu mereka dalam mengubah sumber
kepada barangan dan perkhidmatan, mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi
pertumbuhan industri dan ia adalah satu proses menggabungkan kehebatan teknologi
dan bakat keusahawanan serta kemahiran (Azahari et al., 2013). Terdapat dua kategori
utama teknokeusahawanan (Kamariah et al., 2009 & Azahari et al., 2013) iaitu: (i)
80
pembangun teknologi - usahawan yang membangunkan teknologi unik untuk memacu
perniagaan baharu (penciptaan), (ii) pengguna teknologi - usahawan yang melihat
pembangunan teknologi baharu dan memahami bagaimana ia boleh digunakan untuk
memenuhi keperluan pasaran (penginovasian).
Dalam situasi negara menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020 dan ke
arah negara berpendapatan tinggi kepentingan teknokeusahawanan tidak dapat
disangkal lagi ini kerana ia akan menjadi pemangkin yang utama. Menurut Oukil
(2011), keusahawanan berasaskan teknologi dan inovasi bukan sahaja sangat menarik
tetapi juga penting serta berguna untuk memberi impak kepada perindustrian,
pertumbuhan ekonomi, daya saing dan pembangunan teknologi. Teknokeusahawanan
merupakan sumber utama kemajuan ekonomi dan sosial dengan wujudnya peluang
pekerjaan baharu, menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, menjana kekayaan
bagi pemiliknya seterusnya meningkatkan pendapatan negara. Syarikat-syarikat ini
juga merupakan pembuat perubahan dalam industri masing-masing kerana mereka
membawa paradigma dalam teknologi baharu yang mengubah persaingan dinamik dan
peraturan persaingan (Willie et al., 2011).
Dari sudut pembangunan teknousahawan di Malaysia bermula apabila di
bangunkan Super Koridor Multimedia (MSC) di Cyberjaya pada tahun 1996 yang
memfokuskan pembangunan ICT dalam industri kecil dan sederhana (Aida Rahayu,
2010). Ini membuktikan betapa pentingnya pembangunan teknousahawan kepada
kemajuan negara. Untuk membentuk dan membangunkan teknousahawan, terdapat
empat perkara yang perlu diberi penekanan dalam pembangunan teknousahawan iaitu
pembangunan budaya, mewujudkan persekitaran yang sesuai, program latihan
81
teknousahawan dan program sokongan teknousahawan (Ab. Aziz, 2010). Menurut
Aida Rahayu (2010) pula, pembangunan teknousahawan di Malaysia dipengaruhi oleh
faktor-faktor iaitu: (i) pembinaan Super Koridor Multimedia (MSC), (ii) polisi
Kerajaan, (iii) nilai-nilai sosial, (iv) peranan Institusi Pengajian Tinggi dan Pusat
Penyelidikan, (v) pembudayaan budaya menggalakkan semangat keusahawanan, (vi)
persekitaran yang sesuai, (vii) latihan teknousahawan dan (xi) program sokongan
teknousahawan seperti sokongan kewangan dan jaringan. Di Malaysia terdapat
beberapa agensi-agensi kerajaan yang menganjurkan program pembentukan dan
pembangunan teknousahawan. Di antara agensi-agensi yang terlibat dan program yang
dianjurkan seperti pembangunan teknousahawan MARA, inkubator ditunjukkan dalam
Jadual 2.6.
Jadual 2.6
Agensi Kerajaan Yang Terlibat dengan Pembentukan dan Pembangunan
Teknousahawan di Malaysia
Agensi Program
MARA
1. Program Usahawan Teknikal (PUTEK)
Universiti Kuala Lumpur 2. Inkubator Teknologi Perkilangan Bumiputera (Intep)
3. Pusat Teknologi Industri Perabot (Fitec)
4. Teknousahawan:
Teknoputra Grooming Big Programme
Kementerian Sains dan Menyediakan Dana Penyelidikan (R & D) kepada usahawan-
Teknologi Hijau (MOSTI) teknousahawan.
Sumber: Azahari et al. (2013)
82
Jadual 2.7 menunjukkan Pusat Inkubator Teknousahawan yang terdapat di Malaysia.
Berdasarkan jadual tersebut, kebanyakan pusat inkubator teknousahawan di Malaysia
tertumpu di kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Jadual 2.7
Pusat Inkubator Teknousahawan Di Malaysia
Pusat Inkubator Bidang/ Teknologi Lokasi
MSC Malaysia Technology ICT/ Multimedia Cyberjaya, Selangor
Commercialisation Centre
Kulim Technology Park ICT/ Multimedia/ Bio- Kulim Hi-Tech, Kedah
Corporation Sdn. Bhd technology Cyberjaya, Selangor
BT Multimedia (Malaysia) Sdn. Bhd
N2N Venture Solution Sdn. Bhd ICT/ Multimedia
YTL E- Solutions Sdn. Bhd
Ispring Capital Sdn. Bhd ICT/ Multimedia Kuala Lumpur
Usains Tech Services Sdn. Bhd
ICT/ Multimedia Kuala Lumpur
Johor K- Economy Incubator
ICT/ Multimedia Petaling Jaya, Selangor
BioEnterprise Asia Sdn. Bhd
ICT/ Multimedia Universiti Sains
SIRIM Technology Incubator Malaysia, Pulau Pinang
SKALI E-Ventures Sdn. Bhd ICT/ Multimedia/ Ayer Keroh, Melaka
Biotechnology/
Bureau of Innovation & Bioinformatics
Consultancy (BIP)
Bio- Technology/ Life Kuala Lumpur
Sumber: Azahari et al. (2013) Sciences
Biotechnology/ electrical & Sepang, Selangor
electronic, ICT
ICT/ Biotechnology/ e- Serdang, Selangor
business, Virtual based
incubator
ICT/ Advanced Universiti Teknologi
Manufacturing Malaysia, Johor.
83
Di Malaysia ketika ini, teknokeusahawanan yang sedang berkembang pesat adalah
seperti bioteknologi, agroteknologi, ICT, automotif, aeroangkasa dan lain-lain. Tetapi
kebanyakan teknousahawan Bumiputera terlibat dengan sektor perkilangan seperti
penghasilan produk makanan, pakaian dan bidang kejuruteraan seperti elektrik dan
mekanikal. Dari segi penglibatan pula, teknousahawan di Malaysia lebih cenderung
kepada lelaki, agak muda, dengan lebih separuh di bawah umur 40 tahun dan
kebanyakannya mempunyai latar belakang teknikal yang mana 48 peratus dengan
ijazah sains atau kejuruteraan (Mohd. Hassan, 2002). Berdasarkan maklumat daripada
MSC Malaysia bilangan syarikat yang berjaya mendapat geran status MSC sehingga
Mac 2008 adalah sebanyak 2006 buah syarikat (Aida Rahayu, 2010). Namun, menurut
Aida Rahayu (2010), syarikat yang aktif dari tahun 1997 sehingga 2008 adalah
sebanyak 1917 buah sahaja yang melibatkan sektor multimedia kreatif, pembangunan
perisian, perkhidmatan sokongan, reka bentuk perkakasan, e-dagang dan aplikasi
khusus berteknologi tinggi.
Di peringkat tempatan, teknousahawan yang berjaya dan mengembangkan
perniagaan di peringkat global adalah seperti Zulkifli Harun, Mark Chang, Tengku
Farith Rithaudden, Ganesh Kumar Bangah, Richard Tan, dan Tony Fernandes. Zulkifli
Harun mula dikenali sebagai seorang perekacipta dalam bidang teknologi automasi.
Beliau mula menceburi bidang teknousahawanan setelah menubuhkan syarikat Zull
Design Autotronic dan mengeluarkan produk di bawah jenama ZDA. Syarikat beliau
mengeluarkan produk berdasarkan permintaan dan spesisifikasi pelanggan (customize)
yang berteraskan teknologi robotik dan automasi seperti mesin membuat kueh untuk
kegunaan IKS, dan kerusi roda automatik (MARA, 2016).
84
Di saat kegawatan negara pada tahun 1997, seorang teknousahawan Malaysia lulusan
MIT USA telah melancarkan syarikat pencarian pekerjaan dalam talian yang dikenali
dengan nama Jobstreet. Mark Chang melihat kegawatan ekonomi ketika itu sebagai
peluang untuk menjana keuntungan dengan konsep keusahawanan sosial iaitu
membantu rakyat Malaysia mencari pekerjaan disamping memperolehi keuntungan.
Kini Jobstreet menjadi syarikat pencarian pekerjaan dalam talian terbesar di Asia
Tenggara (Prystay & Cris, 2012), Berkonsepkan keusahawanan sosial, Tengku Farith
Rithauddeen teknousahawan merupakan bekas seorang pegawai bank yang mendapat
idea untuk membantu kerajaan mengurangkan kos dan meningkatkan perkhidmatan
dengan aplikasi e-goverment seterusnya konsep ini dikembangkan kepada e-
perniagaan. Beliau telah melancarkan syarikat SKALI pada tahun 1997. Syarikat
SKALI popular pada pertengahan tahun sembilan puluhan apabila ia berjaya
melancarkan laman web berasaskan Asia untuk enjin pencari Alta Vista yang paling
popular di dunia sebelum kemunculan Yahoo dan Google (Tengku Farith, 2007).
Pada tahun 1999, negara masih lagi dalam kancah krisis kegawatan ekonomi
dan rakyat begitu tertekan untuk menambah punca pendapatan. Situasi ini telah
memberi ilham kepada seorang teknousahawan untuk membangunkan sebuah
perniagaan portal lelongan online di mana pengguna boleh melelong barang-barang
terpakai seperti telefon bimbit, komputer dan kelengkapan rumah dengan harga yang
berpatutan. Richard Tan adalah pengasas syarikat Interbase Resources Sdn. Bhd pada
tahun 1999 dengan perniagaan portal lelongan online terbesar iaitu lelong.my dan pusat
e-dagang harga tetap dalam talian iaitu SuperBuy.my (Karamjit Singh, 2013).
85
Di Malaysia era tahun 90an, permainan dalam talian adalah sesuatu yang baharu dan
menjadi kegilaan remaja ketika itu. Seorang teknousahawan muda Ganesh Kumar
Bangah ketika itu bekerja sebagai pengurus cyber cafe mendapat idea untuk
membangunkan sistem pembayaran secara online MOL (money online) digunakan
untuk pembelian dan pembayaran permainan online pada tahun 1999 (techniasia,
2013). Seorang lagi teknousahawan yang terkenal dalam bidang perkhidmatan
penerbangan itu Tony Fernandes mendapat ilham untuk memulakan perniagaan
penerbangan tambang dengan slogan now everyone can fly yang mensasarkan semua
golongan masyarakat. Beliau mula terlibat dalam bidang teknokeusahawanan apabila
membeli Syarikat Air Asia daripada DRB Hicom dengan harga hanya RM1 pada tahun
2001. Untuk membangunkan Air Asia, Tony terpaksa melunaskan hutang Air Asia
sebanyak RM40juta. Beliau menjana keuntungan Air Asia dengan penawaran
penerbangan tambang murah melalui platform website dan aplikasi telefon pintar (Arif
et al., 2013). Sumbangan teknousahawan ini terhadap perkembangan teknologi dalam
memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia dalam pelbagai segi seperti kemudahan
membeli belah, meningkatkan produksi dalam kalangan IKS, mencari pekerjaan dan
juga urusan perkhidmatan kerajaan.
2.2.3 Teknousahawan, Pendidikan dan Latihan Vokasional di Malaysia
Sejarah pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia bermula pada tahun 1887
dengan penuubuhan awal pusat latihan kemahiran oleh kerajaan Inggeris. Tujuan
penubuhan pusat latihan kemahiran ini bertujuan melatih mekanik dan juruteknik yang
bekerja untuk menyelia dan menyelenggara landasan keretapi (Ramlee, 2017).
86
Seterusnya, pada tahun 1906 kerajaan Inggeris menubuhkan sekolah vokasional
pertama untuk melatih juruteknik. Menyedari keperluan tenaga mahir dan separa mahir
dalam sektor pekerjaan, kerajaan Inggeris ketika itu telah menubuhkan jawatankuasa
Lemon untuk meneliti keperluan pendidikan teknikal, voksional dan kemahiran. Maka,
pada tahun 1926 Treacher Technical School (TTS) ditubuhkan di Jalan Gurney, Kuala
Lumpur sebagai permulaan dalam sistem pendidikan teknikal dan vokasional awam di
Malaysia dengan hanya menawarkan empat kursus iaitu: juruteknik, tukang kayu,
tukang jahit dan buruh (Ramlee, 2017). Namun begitu, pada tahun 1942, Treacher
Technical School (TTS) di naik taraf menjadi Kolej Teknikal. Sebagai galakan kepada
pelajar untuk mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional maka pada tahun 1947,
Junior Technical Trade Schools telah ditubuhkan. Junior Technical Trade Schools
menyediakan latihan selama tiga tahun bagi kurus pemesinan, pemasangan perkakasan
elektrik, kajisawat motor, pertukangan kayu serta pembuatan kabinet.
Sistem pendidikan teknikal dan vokasional negara terus berkembang seiring
dengan Dasar Pendidikan Negara yang mengalami beberapa perubahan melalui laporan
Razak (1956) dan laporan Rahman Talib (1960). Hasil laporan Razak (1956) dan
Rahman Talib (1960), maka pada tahun 1968 tiga buah sekolah teknik dibina untuk
meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang kejuruteraan (Yahya, 2005). Untuk
memastikan kesinambungan pendidikan teknikal dan vokasional, kerajaan berhasrat
untuk membina lebih banyak sekolah vokasional. Untuk mencapai hasrat tersebut,
kerajaan memerlukan lebih ramai tenaga pengajar dalam bidang teknikal dan
vokasional. Oleh itu, pada tahun 1962 Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur telah
ditubuhkan. Maktab Perguruan Teknik di tubuhkan berperanan untuk melahirkan
tenaga pengajar dalam jurusan seni perusahaan, sains pertanian, perdagangan dan sains
87
rumah tangga dan pada tahun 1970 Maktab Perguruan Teknik mula menawarkan
Kursus Pertukangan (Yahya, 2005). Setelah penubuhan Maktab Perguruan Teknik,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Bahagian Teknikal dan Vokasional
pada tahun 1964 di mana bahagian ini berfungsi untuk memastikan kesinambungan
polisi pendidikan dan perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia.
Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan politeknik yang pertama pada tahun 1969
yang dikenali sebagai Politeknik Ungku Omar (Keow, 2008). Penubuhan politeknik ini
bertujuan untuk meneruskan kesinambungan pendidikan teknikal dan vokasional ke
tahap yang lebih tinggi. Pada ketika ini terdapat 34 buah politeknik di seluruh Malaysia
(KPM, 2018).
Untuk mengembangkan pendidikan teknikal dan vokasional dalam kalangan
masyarakat setempat, pada tahun 2001 kerajaan telah menubuhkan 10 buah kolej
komuniti dan telah betambah sehingga 42 buah pada ketika ini. Menurut KPM (2018),
Kolej Komuniti menawarkan kursus sepenuh masa seperti: Diploma Teknologi
Automotif, Diploma Teknologi ELektrik dan lain-lain kursus lagi serta kursus jangka
pendek seperti Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Hotel Katering (KPM, 2018).
Selain usaha kerajaan untuk meningkatkan serta memperkembangkan
pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia, terdapat juga usaha beberapa badan
pendidikan teknikal dan vokasional daripada negara-negara maju yang membantu serta
mengembangkan sistem latihan masing seperti: Malaysia Malaysia France Institute
(MFI), Germany Malaysian Institute (GMI), British Malaysian Institute (BMI) dan
Japan Malaysian Technology Institute (JMTI). Pada ketika ini Malaysia France
Institute dan British Malaysian Institute telah bergabung di bawah Universiti Kuala
88
Lumpur (UNIKL). Kelebihan institut yang bernaung di bawah Universiti Kuala
Lumpur adalah mendedahkan pelajar-pelajarnya dengan teknologi tinggi dan terini
serta memenuhi kehendak industri. Pendedahan kepada teknologi tinggi dan terkini
penting kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menceburi bidang teknousahawan.
Menurut Aida Rahayu (2010), majoriti teknousahawan di Malaysia adalah bekas
pelajar pusat latihan teknikal. Hasil perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional,
institut latihan teknikal dan vokasional bukan sahaja melahirkan teknokrat tetapi juga
melahirkan teknousahawan-teknousahawan yang berjaya dalam pelbagai bidang
perniagaan yang berasaskan teknologi (Aida Rahayu, 2010). Untuk tujuan melahirkan
lebih ramai teknousahawan dalam kalangan bekas pelajar pusat latihan teknikal dan
vokasional, pada tahun 2015 kerajaan telah menlancarkan program e-Usahawan yang
melibatkan kerjasama MDEC dan institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional
bagi memperkasakan keusahawanan digital. Kerjasama ini melibatkan penerapan ilmu
keusahawanan digital ke dalam kurikulum pendidikan. Program eUsahawan
melibatkan 76 buah institusi latihan teknikal seperti: politeknik, Institut Kemahiran
MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Profesional MARA, Institut
Kemahiran Belia Negara, GIATMARA DAN Kolej Komuniti. Setakat ini, seramai
34,235 orang pelajar telah berjaya mengikuti kursus eUsahawan (MDEC, 2018).
Pendidikan teknikal dan vokasional terus ditambah baik untuk meningkatkan
keupayaan menghasilkan pelajar kompeten dalam kemahiran dengan beberapa
penstrukturan baharu. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) telah menstruktur semula PTV pada tahun
1995 dengan menaik taraf 69 Sekolah Menengah Voksional (SMV) menjadi sekolah
Menengah Teknik (SMT). Pada tahun 2010, pendidikan teknikal dan vokasional
89
mengalami transformasi secara menyeluruh di mana sekolah menengah vokasional
dinaik taraf menjadi kolej vokasional Malaysia (BPTV, 2011). Menurut BPTV (2011),
intipati transformasi pendidikan teknikal dan vokasional ini adalah memberi penekanan
kepada amalan industri atau amali teknikal dan mengurangkan komposisi akademik.
Menerusi tranformasi ini, pelajar mula didedahkan kepada asas mata pelajaran
vokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun. Kerajaan
berusaha menjadikan pendidikan vokasional (TEVT) sebagai pilihan utama pelajar-
pelajar terbaik di negara ini seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju.
Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa (reengineering)
sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina sistem pendidikan vokasional
baharu yang dapat menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai negara
berpendapatan tinggi (BPTV, 2011).
Transformasi pendidikan vokasional ini akan menyumbang kepada: (i) sistem
pendidikan vokasional baharu digerakan oleh sumber manusia yang responsif kepada
pelbagai inisiatif Kerajaan dan berkolaborasi dengan industri bagi menginovasikan
pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan
usahawan, (ii) tenaga kerja mahir serta usahawan yang dihasilkan berdaya saing,
memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri, berwatak profesional
serta diterima oleh pasaran kerja (BPTV, 2011). Transformasi ini dilakukan pada
peringkat menengah rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4) yang dikenali sebagai
Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan pasca menengah yang dikenali sebagai Kolej
Vokasional (KV). Model skematik kurikulum PAV adalah pada Rajah 2.2 dan Model
skematik kurikulum KV adalah pada Rajah 2.3.
90
Keusahawanan
Jati
diri
Kemahiran Vokasional Pengetahuan Vokasional
Rajah 2.2. Model Kurikulum Pelajaran Aliran Vokasional (BPTV, 2011)
Kompetensi Jati Kompetensi
Bekerja diri Keusahawanan
Kreativiti Inovasi
Ilmu Kompetensi
Aplikasi Insaniah
Rajah 2.3. Model Kurikulum Kolej Vokasional (BPTV, 2011)
91
Menurut BPTV (2011), kedua-dua model kurikulum vokasional PAV dan KV ini selain
daripada melatih pelajar-pelajar dalam bidang kemahiran vokasional tetapi juga
menerapkan kemahiran keusahawanan sebagai pendedahan awal kepada pelajar untuk
menceburi bidang keusahawanan terutamanya teknokeusahawanan. Dalam
transformasi yang dilakukan terhadap pendidikan vokasional ini, teknousahawan
mempunyai peranan dan tanggungjawab sebagai penyedia tempat untuk pelajar-pelajar
menjalani latihan di industri dan juga peluang pekerjaan setelah pelajar menamatkan
alam persekolahan (BPTV, 2011). Di samping itu, transformasi pendidikan vokasional
ini akan membantu teknousahawan dari sudut menyediakan tenaga kerja yang
berkemahiran dan sesuai dengan kehendak industri serta teknologi masa kini.
Perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia adalah kesan daripada
perkembangan perindustrian yang berlaku dalam negara daripada fokus kepada
ekonomi berasaskan komoditi pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian
berat.
Perubahan ke arah perindustrian berat adalah kerana impak yang dibawa oleh
teknousahawan (teknologi tinggi). Teknologi tinggi yang diperkenalkan oleh
teknousahawan memerlukan tenaga pekerja yang mahir, berpengetahuan, kreatif dan
berinovatif. Untuk menyediakan tenaga pekerja yang memenuhi kehendak industri,
pihak kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah membangunkan satu
garisan panduan kebangsaan iaitu National Occupational Standard Skill (NOSS) atau
Standard Kemahiran Pekerjaaan Kebangsaan (JPK, 2017). NOSS adalah dokumen
yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang
berkerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk
mencapai ketrampilan tersebut (JPK, 2017).
92
Garis panduan ini adalah berasaskan keperluan dan struktur sesuatu bidang pekerjaan
yang dibangunkan oleh pakar industri dan pekerja mahir. Selain membangunkan
standard untuk bidang kemahiran di Malaysia JPK juga telah membangunkan satu
sistem latihan untuk bidang kemahiran yang perlu dipatuhi oleh kolej-kolej yang
menyediakan latihan kemahiran sebelum layak dianugerahkan dengan persijilan Sijil
Kemahiran Malaysia (JPK, 2017). Menerusi sistem latihan ini, JPK telah menyediakan
beberapa platform untuk mempersijilkan pelajar pusat latihan mahu pun pekerja mahir
di industri seperti Pusat Bertauliah (PB), Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Persijilan melalui kaedah Pusat Bertauliah
(PB) menerusi keadah latihan yang dilakukan sepenuh masa di intstitut latihan
kemahiran. Manakala Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) pula adalah
mempersijilkan pengalaman terdahulu pekerja-pekerja mahir di industri dengan
membangunkan portfolio sahaja.
Di samping itu untuk membantu industri perkilangan mempersijilkan pekerja
mahir, JPK pada tahun 2005 telah memperkenalkan Sistem Latihan Dual Nasional.
SLDN diperkenalkan bertujuan menyediakan tenaga mahir negara (k-Pekerja) melalui
satu kaedah latihan komprehensif dan terkini yang memenuhi kehendak industri semasa
di mana 30 peratus latihan teori di pusat latihan SLDN dan 70 peratus latihan praktikal
di industri. Sistem latihan ini memberi pendedahan kepada awal kepada pelajar situasi
sebenar pekerjaan di industri dan memberi pengalaman bagaimana sesuatu perniagaan
di urus tadbir. Menurut Man dan Lau (2005), pendedahan awal kepada teknousahawan
penting untuk mereka berdaya saing. Sebagai rumusan, pendidikan, latihan teknikal,
vokasional dan kemahiran dalam sistem TVET di Malaysia bukan sahaja melahirkan
teknokrat tetapi juga teknousahawan.
93
2.3 Konsep, Teori dan Model berkaitan Teknousahawan
Dalam bahagian ini akan membincangkan konsep, teori dan model yang berkaitan
dengan teknokeusahawanan dalam kajian ini seperti pemikiran inovatif, kemahiran
menyelesai masalah, kemahiran berfikir, pemikiran strategik, inovasi, ciri-ciri dan
kompetensi keusahawanan, pembangunan usahawan dan teori-teori yang lain. Teori-
teori tersebut perlu dibincangkan untuk memahami dengan lebih mendalam isu-isu
yang dikaji.
2.3.1 Pemikiran Inovatif
Pemikiran inovatif adalah merupakan kesepaduan set minda yang meresapi individu
dan organisasi dengan cara yang berkesan untuk meningkatkan prestasi dengan
melakukan perkara-perkara baharu, penciptaan teknik dan kaedah, keupayaan untuk
berfikir diluar daripada kebiasaan (di luar kotak) dan kesediaan untuk mencuba
pelbagai penyelesaian yang berbeza (Kuratko et al., 2012). Weiss dan Legrand (2011)
menyatakan pemikiran inovatif merupakan proses penyelesaian masalah dengan
menemui, penggabungan, mengatur pandangan, idea-idea dan kaedah dengan cara
yang baharu. Muhammad ‘Abdul Jawwad (2004) pula menyatakan pemikiran inovatif
adalah suatu aktiviti yang menghasilkan cara-cara atau idea-idea yang muncul daripada
pengalaman yang telah kita lalui berkaitan dengan maklumat-maklumat yang
bersumber dari lingkungan sekitarnya. Menurut Muhammad ‘Abdul Jawwad (2004),
seseorang yang berfikiran inovatif memiliki empat sifat berikut iaitu: (i) memiliki
kemampuan yang tinggi untuk merasakan persoalan-persoalan di mana tidak semua
94
orang memiliki kemampuan tersebut, (ii) memiliki kemampuan yang tinggi untuk
berkata-kata, maksudnya memiliki kemampuan untuk memberikan beberapa jawaban
atau penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan, (iii) memiliki kemampuan yang
tinggi dalam berfikir, maksudnya memiliki kemampuan untuk mengeluarkan pelbagai
idea dan (iv) memiliki kemampuan yang tinggi untuk menilai keaslian sesuatu,
maksudnya mempunyai kemampuan untuk menghasilkan idea-idea lain dan baharu
yang belum diketahui (Muhammad ‘Abdul Jawwad, 2004).
Menurut Weiss dan Legrand (2011), terdapat empat langkah proses pemikiran
inovatif iaitu: (i) merangka kerja (memahami isu perniagaan), (ii) mengenalpasti isu -
latarbelakang isu-isu asas, (iii) menjana idea - meliputi satu atau lebih penyelesaian
yang lebih inovatif kepada sesuatu masalah dan (iv) melaksanakan perancangan -
menilai idea yang terbaik dan mengurangkan risiko. Weiss dan Legrand (2011) juga
menyatakan terdapat lima faktor utama kejayaan pemikiran inovatif iaitu: (i)
menggunakan langkah-langkah proses pemikiran inovatif, (ii) pemikiran inovatif
bermula dengan percembahan idea kemudian mengumpulkan idea tersebut, (iii)
menseimbangkan di antara kerja individu dan kerja berkumpulan dalam organisasi, (iv)
mengurangkan risiko dalam proses pemikiran inovatif dan (v) memastikan handoff
berkesan di antara penemuan penyelesaian inovatif dan perubahan pelaksanaan.
Berdasarkan teori-teori tersebut, penyelidik telah menyepadukan dan menyesuaikan
elemen-elemen berikut: (i) kemahiran berfikir kritis, (ii) kemahiran menyelesai
masalah, (iii) pemikiran strategik dan (iv) inovasi sebagai set minda pemikiran inovatif
yang perlu wujud dalam diri individu teknousahawan yang berjaya. Elemen-elemen
tersebut perlu wujud dalam diri teknousahawan kerana setiap inovasi yang berlaku
sama ada dalam bentuk produk atau perkhidmatan adalah kerana wujudnya suatu
95
masalah yang menjadi kekangan atau ketidak cekapan sesuatu produk atau
perkhidmatan. Untuk menanganinya memerlukan seseorang teknousahawan itu
mempunyai kemahiran berfikir kritis untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setiap
penyelesaian yang diambil itu sebenarnya adalah inovasi sama ada ianya disedari atau
tidak oleh teknousahawan.
2.3.1.1 Kemahiran Berfikir Kritis
Kemahiran berfikir kritis adalah kemahiran berkaitan proses intelektual secara aktif dan
mahir mengkonseptualisasikan, memohon, menganalisis, mensintesis dan menilai
maklumat yang diperoleh daripada, atau dihasilkan melalui pemerhatian, pengalaman,
refleksi, pemikiran, atau komunikasi, sebagai panduan untuk melakukan sesuatu
tindakan (Scriven & Paul, 2007). Sehingga kini, banyak permasalahan yang telah dapat
diselesaikan menggunakan pemikiran kritis yang bukan sahaja menimbulkan persoalan
mengenai bagaimana ia diukur malahan menimbulkan tanda tanya mengenai
kewujudan definisi pemikiran kritis yang pelbagai (Norfarhana, 2012). Pemikiran kritis
telah lama wujud dan bertapak kukuh dalam peradaban manusia sejak zaman Socrates,
Aristotle, dan Plato (Nasruddin et al., 2012). Menurut Nasruddin et al. (2012), pada
zaman Socrates, Aristotle, dan Plato lagi mereka telah memberi pandangan tentang
berfikir kritis yang menekankan kepada analisis, perdebatan dan penghakiman.
Kemahiran berfikir secara kritis penting kerana individu yang berfikir secara kritis akan
menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya (Maimunah, 2005).
Terdapat beberapa definisi pemikiran kritis berdasarkan pendapat penyelidik-
penyelidik terdahulu seperti dewey (1933), Bennis (1995), Robert (2006), Lipman
96
(2003), Bloom (1956), Scriven dan Paul (2004), Yahaya et al. (2005) serta Norfarhana,
2012. Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius
(mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bennis (1995)
mendefinisikan pemikiran kritis sebagai pembelajaran yang berkaitan dengan
pemikiran, bagaimana menggunakan dan menghubungkannya supaya menjadikan lebih
bermakna.
Menurut Robert (2006), pemikiran kritis adalah pemikiran yang munasabah dan
reflektif berfokus pada menentukan apa yang harus dipercayai atau dilakukan. Bagi
Lipman (2003) pemikiran kritis adalah pemikiran yang bertanggungjawab serta
kondusif untuk penilaian yang baik kerana sensitif terhadap konteks, bergantung pada
kriteria, dan membetulkan diri. Bloom (1956) pula menyatakan bahawa pemikiran
kritis adalah pemikiran yang melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan
penilaian. Definisi oleh Scriven dan Paul (2007) pula, pemikiran kritis adalah suatu
proses pemikiran tentang apa jua perkara, isi kandungan atau masalah di mana pemikir
meningkatkan mutu pemikirannya dan menetapkan piawaian secara intelektual ke atas
pemikiran mereka.
Yahaya et al. (2005) telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai suatu bentuk
pemikiran yang jelas dan bijaksana, yang memberikan kita satu pemahaman baru
berkenaan suatu perkara, konsep ataupun idea. Pemikiran kritis merupakan proses
intelektual secara berdisiplin serta aktif dan berkemahiran dalam mengkonsepsikan,
mengaplikasikan, menganalisis, mensintesiskan atau menilai maklumat yang diperoleh
hasil daripada pemerhatian, pengalaman, refleksi, penaakulan, atau komunikasi sebagai
panduan kepada sesuatu kepercayaan dan tindakan (Norfarhana, 2012). Menurut
97
Yahaya et al. (2005), pemikiran kritis adalah sebahagian daripada proses
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan menentukan kemunasabahan sesuatu
hujah ataupun idea serta membuat refleksi. Nasruddin et al. (2012) menyatakan
pemikiran berfikir kritis melibatkan tiga aktiviti mental seperti analisis, sintesis dan
penilaian. Pemikiran kritis dapat dikenalpasti berdasarkan beberapa ciri: (i) reaktif, (ii)
Menilai, (iii) meneliti idea dengan fakta yang telah diketahui (Jamidin, 1999). Dalam
konteks teknousahawan, kemahiran pemikiran kritis penting kerana mereka perlu
menganalisis sesuatu idea sebelum merealisasikannya menjadi perniagaan baharu. Di
samping itu juga, kemahiran berfikir kritis merupakan suatu elemen yang perlu dan
penting dalam diri individu teknousahawan kerana dalam organisasi yang mereka
pimpin, teknousahawan merupakan pemikir yang menggerakan organisasi ke arah
kejayaan, kestabilan dan mampu berdaya saing.
2.3.1.2 Kemahiran Menyelesai Masalah
Dalam membincangkan kemahiran menyelesai masalah terdapat tiga perkara penting
yang perlu diberi penjelasan iaitu masalah, penyelesaian masalah dan kaedah
penyelesaian masalah. Menurut Krulik dan Runnick (1996), masalah didefinisikan
sebagai kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan
penyelesaian akan tetapi cara penyelesaian itu tidak begitu nyata atau ketara. Razak
(2007) pula menyatakan masalah adalah tugasan yang perlu diselesaikan yang mana
pada peringkat awalnya tidak diketahui cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Untuk mengatasi halangan yang wujud dalam menyelesaikan masalah,
seseorang teknousahawan itu perlu memikirkan langkah-langkah yang sesuai untuk
98
menangani halangan yang wujud dan menyelesaikan masalah. Kemahiran menyelesai
masalah adalah satu proses bagaimana seseorang itu memahirkan dirinya untuk
menggunakan pengetahuan sedia ada, kemahiran dan segala pemahamannya untuk
mengenal pasti sesuatu keadaan yang berbeza dan luar biasa dari keadaan yang
lazimnya berlaku. Kemahiran menyelesai masalah digunakan untuk mencari jawapan
berdasarkan pernyataan atau soalan yang memerlukan suatu proses analisis dan sintesis
(Devlin, 2008). Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan lima langkah iaitu:
(i) kenal pasti masalah, fahami masalah, baca masalah, (ii) jelaskan masalah, tulis atau
lakarkan masalah, (iii) cari jawapan atau kaedah atau alternatif dan rancang
penyelesaian masalah, (iv) lakukan operasi penyelesaian masalah, dan (v) nilaikan,
semak semula penyelesaian masalah (Krulik & Rudnick, 1996). Untuk mencari
penyelesaian suatu masalah memerlukan teknousahawan memahami punca ia berlaku
dan menentukan kriteria yang dianggap perlu bagi menghasilkan penyelesaian.
Proses mencari penyelesaian melibatkan dua komponen utama iaitu memahami
masalah dan mencari serta menentukan cara-cara terbaik dalam mengatasi masalah
(Azizi et al. 2005 & Jeffrey, 2011). Untuk menyelesaikan sesuatu masalah terdapat
beberapa model penyelesaian masalah yang boleh digunakan yang mana model-model
ini adalah gabungan beberapa strategi penyelesaian masalah (Foster, 2000). Di antara
model-model tersebut ialah adalah Model Penyelesaian Masalah Polya (1957), Model
Penyelesaian Masalah Model Edward dan Monika (1995), Model Penyelesaian
Masalah Stenberg (1986), dan Model Penyelesaian Masalah Krulik dan Rudnick
(1996). Menurut Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat
langkah iaitu: (i) memahami masalah, (ii) menyediakan rancangan penyelesaian, (iii)
melaksanakan rancangan dan (iv) menyemak jawapan. Edward dan Monika (1995)
99
menyatakan terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah iaitu: (i) mengenal pasti
masalah, (ii) menganalisis masalah, (iii) membuat keputusan, (iv) mengenal pasti
penyelesaian yang terbaik dan (v) melaksanakan keputusan. Menurut Stenberg (1986)
pula, penyelesaian masalah hanya berlaku apabila seseorang itu diberi tugasan atau
masalah dengan melalui beberapa peringkat seperti kenalpasti masalah, takrifkan
masalah, membentuk stratgi, mengumpul maklumat dan data, mencari sumber
maklumat, pemantauan dan penilaian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4.
Kenal pasti Takrifkan
masalah Masalah
Penilaian
Pemantauan Membentuk
Strategi
Sumber
Maklumat Mengumpul
Maklumat dan
Data
Rajah 2.4. Model Penyelesaian Masalah Stenberg (1986)
Krulik dan Rudnick (1996) pula mencadangkan lima langkah penyelesaian
masalah iaitu: (i) Mengenal pasti masalah, (ii) meneroka dan merancang, (iii) memilih
strategi, (iv) membuat penyelesaian dan (v) membuat semakan dan refleksi. Dalam
suatu organisasi perniagaan yang berteraskan teknologi, banyak permasalahan yang
perlu ditangani oleh teknousahawan seperti masalah pemasaran, persaingan dan lain-
lain lagi dan perkara ini memerlukan mereka mempunyai kemahiran untuk menyelesai
masalah.
100
2.3.1.3 Pemikiran Strategik
Menurut Ridgley (2015), pemikiran strategik memberikan fokus kepada mencari dan
membina peluang-peluang yang unik untuk mencipta sesuatu nilai dengan
membolehkan suatu provokatif dan dialog kreatif yang melibatkan individu-individu
yang berperanan dalam hala tuju organisasi. Kaufman et al. (2003) pula berpendapat
pemikiran strategik adalah satu cara yang membolehkan individu-individu dalam
sesebuah organisasi bersama-sama memikirkan sesuatu yang bermanfaat, matlamat,
pandangan dan mencipta masa depan untuk organisasi. Amanor-Boadu (2004) pula
menyatakan pemikiran strategik ialah suatu proses untuk memformulakan,
berkomunikasi dan menerangkan idea dengan jelas, dan strategi-strategi yang mantap
bertujuan mencapai matlamat yang diinginkan.
Seseorang yang memiliki pemikiran strategik mempunyai keupayaan
merancang, mengenalpasti, membentuk dan mencapai sesuatu keputusan atau kejayaan
yang diinginkan mengikut skala masa tertentu (Haziah et al. (2013). Menurut Stacey
(1992), pemikiran strategik adalah penggunaan analogi dan kesamaan kualitatif untuk
membangunkan idea-idea baharu yang kreatif dan bentuk tindakan berdasarkan
pembelajaran yang baharu. Pemikiran strategik sangat penting kepada individu yang
terlibat dengan perniagaan kerana ia memberi kelebihan kepada usahawan dari sudut
daya saing dan meletakan organisasi lebih kompetitif (Goldman et al., 2015; Haycock
et al., 2012). Pemikiran strategik adalah pemikiran yang luas, umum dan konsep yang
menyeluruh untuk memberi tumpuan kepada hala tuju masa depan sesebuah organisasi
berdasarkan persekitaran semasa (Haycock et al., 2012). Menurut Lan dan Heracleous
(2010), Mintzberg (2009) serta Haycock et al. (2012), pemikiran strategik adalah satu
101
kaedah yang sangat kreatif, inovatif, dan tidak konvensional (pemikiran cara lama) serta
boleh digunakan dalam mana-mana organisasi yang ingin mendapatkan kelebihan daya
saing. Pemikiran strategik dikategorikan kepada dua peringkat berbeza iaitu: (i)
individu dan (ii) organisasi. Pemikiran strategik di peringkat individu terdiri daripada
tiga elemen utama iaitu; (a) satu pemahaman yang menyeluruh terhadap organisasi dan
persekitarannya, (b) kreativiti dan (c) satu wawasan untuk masa depan organisasi.
Manakala pemikiran strategik di peringkat organisasi pula adalah mewujudkan
struktur, proses dan sistem yang bercirikan seperti: (a) memupuk dialog strategik yang
berterusan dalam kalangan organisasi, (b) mengambil kesempatan daripada kepintaran
dan kreativiti setiap individu pekerja (Bonn, 2001).
Menurut Zand (2010), terdapat tiga proses pemikiran strategik yang digunakan
untuk merungkaikan masalah iaitu: (i) tanya soalan yang difahami orang lain tentang
keadaan semasa dan realiti masa depan supaya boleh menjana dan menilai pilihan set
strategik yang kreatif, (ii) merangka semula dan memudahkan set strategik tersebut
untuk tujuan kajian semula, menyatakan intipati isu agar difahami oleh pihak
pengurusan, dan (iii) mempertimbangkan andaian alternatif dan implikasi siasatan
untuk berfikir secara strategik mengenai masa depan firma. Pemikiran strategik bukan
sekadar menetapkan matlamat dan menuju ke arahnya tetapi bagaimana mencapai
matlamat tersebut (Wheeler, 2006). Wheeler (2006) juga menyatakan terdapat empat
pemacu pemikiran strategik iaitu: (i) visi - matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai, (ii) bahan-bahan - sumber kewangan, tempoh masa, sumber manusia, peralatan
dan kemahiran , (iii) nilai-nilai - nilai-nilai yang wujud atau terdapat dalam setiap diri
individu yang ada dalam organisasi tersebut sama ada positif atau negitif dan (iv)
jangkaan awal - apabila kita memikirkan tentang masa depan, kita akan membuat
102
jangkaan awal sama ada positif atau negitif dan sekiranya jangkaan awal kita positif
ianya akan memacu ke arah positif untuk mencapai matlamat tetapi sekiranya jangkaan
awal tersebut adalah negitif ianya akan menjadi penghalang untuk mencapai matlamat.
Pemacu-pemacu ini digambarkan seperti sebuah mesin yang mempunyai empat gear
yang saling berkait dan sekiranya salah satu gear mengalami kerosakan atau tidak
berfungsi dengan baik akan menyebabkan mesin tersebut tidak mampu beroperasi.
Rajah 2.5 menunjukkan model Pemacu Pemikiran Strategik berdasarkan pendapat
Wheeler (2006).
Visi
Bahan-bahan Nilai-nilai
Jangkaan awal
Rajah 2.5. Pemacu Pemikiran Strategik (Wheeler, 2006)
Dunia perniagaan moden hari ini telah mengetegorikan strategi kepada dua
konsep iaitu: (i) pemikiran Strategik dan (ii) perancangan Strategik. Zahn (1999)
menyatakan bahawa pemikiran strategik ialah suatu proses penerokaan minda
mengenai sesuatu perkara manakala perancangan strategik pula ialah proses yang
menukarkan hasil penerokaan tersebut kepada tindakan-tindakan. Pemikiran strategik
103
adalah mengenai sintesis manakala perancangan strategik adalah mengenai analisis dan
perjalanan tindakan tersebut. Ini berbeza daripada perancangan strategik yang memberi
tumpuan kepada mengikut peraturan diprogramkan. Mintzberg (1994) menyatakan
bahawa perancangan strategik adalah satu proses yang berlaku selepas pemikiran
strategik di mana pemikiran strategik menghasilkan perancangan strategik.
Perancangan Strategik adalah mewujudkan dan memformalkan sistem dan prosedur.
Sejak 1960an, ahli-ahli teori telah menekankan bahawa kejayaan pembangunan dan
pelaksanaan pelan strategik, matlamat formal serta objektif organisasi, penting untuk
kelangsungan sesebuah organisasi. Perancangan konvensional menganggap bahawa
untuk menentukan hala tuju strategik terutamanya analisis adalah sesuatu yang
mencabar. Analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT), adalah satu
aktiviti utama yang dijalankan di peringkat organisasi dan membantu menyokong
perancangan pembangunan (Mintzberg, 1994).
Perancangan strategik adalah bidang yang linear atau sistematik dan sesuatu
yang inovatif dengan fokus utama untuk memecahkan matlamat kepada langkah-
langkah tertentu, mengenal pasti kesan-kesan yang mungkin bagi setiap langkah dan
menentukan tindakan yang perlu dilakukan. Pelan strategik mempunyai misi serta visi
yang jelas, nilai-nilai organisasi dan matlamat atau objektif yang perlu dicapai
(Haycock et al., 2012). Perbincangan tentang pemikiran strategik dan perancangan
strategik agak mengelirukan. Menurut Lan dan Heracleous (2010), pemikiran strategik
dan perancangan strategik melibatkan proses pemikiran yang berbeza, di mana
perancangan strategik adalah analisis dan fokus, manakala pemikiran strategik adalah
sintetik dan pelbagai. Rajah 2.6 menunjukkan perbezaan pemikiran strategik dan
perancangan strategik berdasarkan pendapat Lan dan Heracleous (2010).
104
Peraturan Pemikiran strategik: Peraturan
perancangan strategik: Sintetik, berbeza, kreatif, pemikiran strategik:
Menyedari dan intuitif, inovatif Untuk mencari inovasi
menyokong strategi dan membayangkan
yang dibangunkan PENGURUSAN perniagaan yang
STRATEGIK baharu dan sangat
melalui proses berbeza yang boleh
pemikiran strategik Perancangan strategik: membawa syarikat
dan mengintergrasikan Logik, sistematik, untuk menilai semula
kembali ke dalam strategik utama dan
konvensional, preskriptif, juga industri
perniagaan menumpu
Rajah 2.6. Perbezaan Pemikiran dan Perancangan Strategik (Heracleous, 2010)
Pengurusan organisasi yang menggunakan pendekatan pengurusan Strategik
haruslah mengaplikasikan elemen perancangan strategik yang berpaksikan pemikiran
strategik sebagai ‘nadi’ pengeraknya. Walaupun perancangan merupakan fungsi utama
dalam proses membuat keputusan organisasi secara keseluruhan, pemikiran strategik
memerlukan sintesis yang lebih besar serta kreatif dan inovatif apabila membentuk
satu wawasan yang baharu. Aktiviti-aktiviti untuk mencetuskan pemikiran strategik
adalah terbuka serta bebas dan memfokuskan kepada cadangan baharu serta perspektif
yang berbeza. Amatibh dan Sahay (2012) menyatakan bahawa pemikiran strategik
adalah pelengkap kepada perancangan strategik dan pengurusan strategik, tetapi
membenarkan maklum balas yang lebih pantas serta kreatif untuk berubah kerana
105
perancangan strategik adalah berdasarkan rasional pemikiran strategik. Liedtka (2010)
menyatakan terdapat perbezaan di antara pemikiran strategik dan perancangan
strategik. Walaupun pemikiran strategik memberi tumpuan untuk satu matlamat tetapi
ia tertakluk kepada masa depan, pelan strategik melihat masa depan sebagai sesuatu
yang boleh diramal dan diukur secara terperinci. Hamel dan Prahalad (2011) juga
menyatakan strategi kreatif jarang muncul dari dalam perancangan tahunan kerna
strategi tahun depan selalunya menggunakan strategi tahun ini dengan
penambahbaikan sebagai tambahan dan kebanyakkan organisasi terperangkap dengan
situasi ini walaupun wujud peluang-peluang baharu. Dalam konteks
teknokeusahawanan, memerlukan usahawan memiliki pemikiran strategik untuk
menghasilkan perancangan strategik syarikat menghadapi halangan dan persaingan
perniagaan.
A. Model-model Pemikiran Strategik
Terdapat beberapa model pemikiran strategik yang dikenalpasti berdasarkan kajian
literatur. Antara model-model pemikiran strategik tersebut adalah seperti: (i) model
elemen pemikiran strategik dan (ii) model pemikiran rethinking.
(i) Model Elemen Pemikiran Strategik
Dalam model elemen pemikiran strategik menerangkan tentang perkaitan antara idea
dan kemungkinan baharu. Model ini dicadangkan oleh Liedtka (1998) yang
106
mengabungkan beberapa elemen iaitu: (i) perspektif yang sistematik - merujuk kepada
keupayaan seseorang dalam memahami peranan serta kesan tingkah lakunya terhadap
organisasi, (ii) fokus kepada matlamat - keupayaan seseorang untuk memanfaatkan
seluruh tenaga, perhatian dan usahanya bagi mencapai sesuatu matlamat, (iii) berfikir
dengan pantas - keupayaan seseorang untuk menghubungkan masa lampau, sekarang,
dan masa depan sebagai sumber dalam menjana sesuatu tindakan, (iv) dipandu oleh
hipotesis - keupayaan untuk berfikir dan menilai secara kritikal dan analitikal, (v)
mengambil peluang - keterbukaan dalam mencari, menerima dan memanfaatkan
sesuatu keadaan. Model Elemen Pemikiran Strategik digambarkan seperti dalam Rajah
2.7.
Perspektif PEMIKIRAN Fokus kepada
yang sistematik STRATEGIK matlamat
Mengambil Dipandu oleh hipotesis berfikir dengan
peluang pantas
Rajah 2.7. Model Elemen Pemikiran Strategik (Liedtka, 1998)
Menurut Liedtka (1998), organisasi yang berjaya menerapkan pemikiran
strategik di semua peringkat operasi untuk mencipta satu sumber baharu mempunyai
kelebihan seperti berikut: (i) holistik - perspektif yang sistematik membolehkan
organisasi mereka bentuk semula proses yang cekap dan berkesan, (ii) fokus kepada
matlamat - membuatkan organisasi berusaha lebih gigih untuk memenangi pesaingan,
107
meningkatkan kualiti, membuat keputusan dan pelaksanaan dengan cepat, (iii)
keupayaan untuk menjana hipotesis dan ujian yang menggabungkan pemikiran kreatif
dan kritikal dalam proses mereka dan (iv) mengambil peluang supaya organisasi lebih
responsif kepada peluang setempat. Kesan dari hasil kesepaduan model ini adalah: (i)
mewujudkan nilai unggul untuk pelanggan, (ii) menimbulkan kesukaran pesaing untuk
meniru, dan (iii) membuatkan organisasi lebih cepat menyesuaikan diri kepada
perubahan (Liedtka, 1998). Abraham (2005), menyatakan bahawa pemikiran strategik
adalah satu aspek yang penting bagi setiap pemimpin sesebuah organisasi kerana
mereka perlu memenangi persaingan. Jadual 2.8 menunjukkan konsep dan teknik yang
berkaitan dengan strategi yang digunakan untuk setiap elemen pemikiran strategik.
Jadual 2.8
Konsep dan Teknik yang Berkaitan dengan Strategi
Elemen Pemikiran Strategik Konsep dan Teknik Yang berkaitan Dengan Strategi
Perspektif yang sistematik
- Pemetaan pihak berkepentingan
Fokus kepada matlamat - Analisis sistem nilai
Berfikir dengan pantas - Persidangan carian masa depan
Didorong oleh hipotesis - Menu
Mengambil peluang - Senario pembangunan
- Analisis jurang
Sumber: Liedtka (1998) - Menggunakan analogi
- Bagaimana jika....jika kemudian
- Memang diketahui, tidak diketahui, dianggap
- Soalan alexander's
- Koongsi dan banding
- Teknik simluasi
108
(ii) Model Pemikiran Rethinking
Model Rethinking dicadangkan oleh Wheeler (2006) yang mengabungkan beberapa
gaya pemikiran seperti pemikiran strategik, pemikiran analitikal, kuasa pemikiran dan
pemikiran kreatif. Model ini terdiri daripada beberapa elemen seperti: (i) pemikiran
srategik - ia adalah pemikiran yang digunakan untuk merancang masa depan yang
menghubungkan hari ini dan esok dalam satu tindakan yang bersepadu, (ii) kuasa
pemikiran - menumpukan kepada sumber atau perkara yang positif dalam pelbagai
situasi yang membantu untuk mendapatkan gambaran tentang halangan-halangan
dalam membuat perancangan masa depan dan membuat keputusan yang betul, (iii)
pemikiran kreatif - membuka ruang atau menjana kaedah untuk melihat masa depan
dan penyelesaian dari sudut yang terbaik, (iv) pemikiran analitikal - adalah perlu bagi
kita untuk terus atau sentiasa mencari-cari jawapan yang terbaik untuk menjadikan
kita lebih berjaya (Wheeler, 2006).
Dalam konteks teknousahawan, pemikiran-pemikiran yang menunjangi model
rethinking penting untuk mereka membuat keputusan yang betul dan tepat dalam
menyelesaikan sesuatu maslaah yang muncul dalam perniagaan. Di samping itu,
apabila teknousahawan ingin membuat perancangan jangka panjang, mereka perlu
kepada pemikiran strategik untuk menghasilkan pelan tindakan. Kuasa pemikiran pula
membantu teknousahawan untuk mengatasi halangan. Pemikiran kreatif memberikan
teknousahawan banyak pilihan penyelesaian dan pemikiran analitikal membantu
mereka menganalisa tindakan yang terbaik. Rajah 2.8 menunjukkan elemen dalam
model Rethinking.
109
Pemikiran Strategik
Pemikiran Kuasa
Analitikal Pemikiran
Pemikiran Kreatif
Rajah 2.8. Model Rethinking (Wheeler, 2006)
2.3.1.4 Inovasi
Perkataan inovasi berasal daripada perkataan latin innovat yang bermaksud
memperbaharui atau mengubah (Mckeown, 2014). Istilah inovasi diperkenalkan buat
pertama kalinya oleh pakar ekonomi dan pemenang hadiah Nobel dari Austria yang
bernama Joseph Schumpeter. Menurut Schumpeter (1934), inovasi ialah komersialisasi
terhadap semua kombinasi baharu berdasarkan aplikasi berikut: (i) material dan
komponen baharu (teknologi), (ii) pengenalan proses baharu (aplikasi), (iii) membuka
pasaran baharu (pasaran), dan (iv) memperkenalkan pembentukan organisasi baharu
(organisasi). Apabila sesuatu pembaharuan atau perubahan melibatkan teknologi, maka
ia dikenali sebagai rekacipta tetapi apabila melibatkan dunia perniagaan, ia bertukar
menjadi inovasi, bagaimanapun kedua-dua konsep ini adalah sinonim dalam konteks
masa kini (Schumpeter, 1971). Pusat Paten Amerika Syarikat menyatakan bahawa era
rekacipta telah lama berakhir kerana semua idea sudah diciptakan menggunakan
kreativiti serta kepintaran manusia dan perubahan yang berlaku ketika ini adalah
110
inovasi (Mohd. Azhar et al., 2006). Dekad 1950an dan 1960an ialah dekad
keberkesanan, 1970an dan 1980an ialah dekad kualiti, 1980an hingga 1990an adalah
dekad keluwesan dan kini adalah dekad inovasi (Janszen, 2000). Inovasi tidak bersifat
statik tetapi beterusan dalam pemikiran tamadun manusia (Sufean, 2002: Mohd.Azhar
et al., 2006). Menurut Zaini (2010), inovasi tidak terhad kepada komuniti saintifik, seni,
kelompok profesional dan yang berpendidikan tinggi sahaja, tetapi ia juga berkait rapat
dengan aktiviti merekacipta sesuatu karya, peralatan, kemudahan, perisian, sistem atau
idea. Inovasi sebenarnya boleh dilakukan sesiapa saja dengan syarat mereka berani
mencuba dan melakukannya. Di era baharu yang serba canggih dan mencabar, invosi
merupakan suatu kaedah untuk memberi nafas baharu kepada sesuatu penciptaan
seperti yang dinyatakan oleh Kinicki dan Williams (2003) iaitu inovasi adalah
merupakan kaedah bagi mencari jalan untuk menghasilkan sesuatu penciptaan baharu,
produk baharu atau perkhidmatan yang lebih baik serta sempurna.
Inovasi merupakan perkara penting dalam sesuatu kegiatan keusahawanan dan
merupakan nilai tambah kepada sesuatu perkhidmatan, produk mahu pun nilai ekonomi
itu sendiri (Schumpeter, 1934). Inovasi adalah teras dan inti kepada kegiatan
keusahawanan di mana inovasi dan pembaharuan ini dilaksanakan oleh individu yang
bergelar usahawan. Ini bermakna sistem ekonomi tidak berada dalam suasana serta
keadaan yang statik dan inovasi adalah kunci kepada kemajuan ekonomi dan sosial
(Ramlee, 2017). Sebelum seseorang usahawan berupaya mengilhamkan produk,
perkhidmatan dan proses baharu yang unik, seseorang usahawan itu memerlukan
kekuatan idea. Menurut Kuratko dan Hodgetts (2008) serta Drucker (1985), sesuatu
inovasi boleh diilhamkan daripada perkara-perkara seperti peristiwa yang tidak
dijangka, konsep berasaskan pengetahuan baharu, perubahan ciri-ciri demografi dan
111
perubahan dari segi proses keperluan. Zimmer dan Scarborough (2005) serta Norita et
al. (2010) pula menyatakan bahawa inovasi adalah merupakan kebolehan untuk
mengaplikasikan penyelesaian kreatif kepada masalah dan peluang untuk
meningkatkan serta memperbaiki kehidupan manusia. Menurut Zaini (2010), inovasi
mampu mengubah peluang kepada idea yang boleh dikomersialkan dan terdapat lima
pendekatan untuk membina budaya inovatif bagi meningkatkan daya saing Malaysia
menerusi ekonomi nilai tinggi iaitu: (i) mewujudkan kelompok teras dalam kalangan
individu serta organisasi yang Inovatif, (ii) menyediakan persekitaran akademik yang
mementingkan kreativiti serta inovasi, (iii) mewujudkan skim galakan menerusi
penyediaan insentif bagi sektor swasta dengan objektif bagi membolehkan mereka
mencuba, memaju dan membangunkan produk, perkhidmatan, konsep, idea serta
persekitaran yang inovatif sifatnya, (iv) penyediaan kemudahan kewangan oleh institusi
kewangan dan sektor awam untuk menjana hiliran yang berdaya maju, termasuk dalam
aspek pembangunan mesin prototaip serta aktiviti pemasaran, dan (v) keberanian
pengguna sama ada dalam kalangan individu, sektor swasta mahu pun awam untuk
mencuba dan menggunakan hasil inovasi khususnya ciptaan tempatan.
Kuratko et al. (2012) mengkategorikan inovasi kepada tiga jenis iaitu: (i)
inovasi produk, (ii) inovasi proses, dan (iii) inovasi perkhidmatan. Weiss et al. (2011)
pula menyatakan terdapat empat jenis inovasi iaitu: (i) inovasi proses, (ii) inovasi
produk, (iii) inovasi pasaran, dan jualan serta (iv) inovasi pengurusan. Manakala Keeley
et al. (2016) pula mengketagorikan inovasi kepada sepuluh jenis iaitu: (i) model
keuntungan, (ii) jaringan, (iii) struktur, (iv) proses (v) prestasi produk, (vi) sistem
produk, (vii) perkhidmatan, (viii) saluran, (ix) jenama dan (x) penglibatan pelanggan.
112
Menurut Kuratko dan Hodgetts, (2007) serta Kuratko et al. (2012), terdapat empat
kategori inovasi iaitu: (i) penciptaan (rekaan), (ii) perluasan (perubahan &
penambahbaikan), (iii) penyalinan (duplikasi) dan (iv) penggabungan (Sintesis).
Hisrich et al. (2008) pula menyatakan terdapat tiga jenis inovasi iaitu: (i) pembaharuan
yang cemerlang, (ii) inovasi teknologi dan (iii) inovasi biasa. Seorang teknousahawan
memerlukan kekuatan sumber idea sebelum berupaya mengilhamkan inovasi produk,
perkhidmatan atau pun proses yang baharu serta unik. Sesuatu inovasi boleh diilhamkan
daripada perkara-perkara seperti berikut (Drucker, 1985; Kuratko & Hodgetts, 2007)
iaitu: (i) peristiwa yang tidak dijangka, (ii) konsep berasaskan pengetahuan baharu, (iii)
perubahan ciri-ciri demografi dan (iv) perubahan dari segi proses keperluan. Tetapi
walaupun usahawan mempunyai banyak idea-idea yang inovatif, terdapat juga
halangan kepada perkembangan inovasi (Syed Zamberi, 2009) seperti: (i) organisasi
tidak mendorong pembaharuan, (ii) kekurangan sumber dan (iii) tingkahlaku
pengurusan tradisional.
Selain itu, inovasi juga menghadapi halangan daripada diri seseorang itu sendiri
seperti: (i) takut mencuba, (ii) takut untuk melakukan kesilapan, (iii) motivasi yang
salah, (iv) takut kepada perubahan, (v) takut kepada kegagalan, dan (vi) tidak percaya
kepada diri sendiri kerana individu tersebut merasa diri mereka terlalu tua atau tidak
pandai melakukan tugas tersebut yang mengakibatkan beliau tidak mencuba untuk
mencari jalan inovasi bagi mengatasi masalah tersebut (Nurul ‘Ula Noor ‘Aaisa, 2011).
Inovasi penting dalam dunia keusahawanan untuk: (i) memastikan organisasi
perniagaan terus beroperasi, (ii) meneroka pasaran baharu, dan (iii) mengeksploitasi
sumber alam (Syed Zamberi, 2009). Dalam sesuatu organisasi, terdapat tujuh ciri yang
amat diperlukan oleh setiap pengurus organisasi dan pekerja-pekerja yang mendokong
113
organisasi tersebut agar pemikiran yang kreatif dan idea-idea berkaitan inovasi akan
dapat dikeluarkan apabila diperlukan dalam apa jua keadaan iaitu: (i) kesungguhan, (ii)
mengatasi sekatan mental, (iii) berani mengambil risiko dan membuat kesilapan, (iv)
zon selesa, (v) tulis dan ambil catatan, (vi) idea dari idea dan (vii) ingin tahu
(Shuhairimi et al., 2012). Menurut Carol (2000), kewujudan idea baharu inovasi adalah
pengaplikasian idea yang kreatif (kreativiti individu). Kuratko et al.(2012) menyatakan
kreativiti terdiri dari pada tiga elemen iaitu: (i) domain kemahiran, (ii) kemahiran
berfikir kreatif dan (iii) motivasi instrinsic. Proses kreativiti menurut Kuratko et al.
(2012) adalah terdiri beberapa fasa iaitu: (i) pengumpulan pengetahuan, (ii) proses
inkubasi, (iii) penjanaan idea, dan (iv) penilaian serta pelaksanaan. Rajah 2.9
menunjukan proses pemikiran kritis.
Inkubasi
Pengumpulan PROSES Penjanaan
Pengetahuan KREATIVITI Idea
Penilaian dan
Perlaksanaan
Rajah 2.9. Proses Pemikiran Kritis (Kuratko et al., 2012)
Dalam konteks psikologi dan sosiologi, kejayaan sesuatu inovasi dapat
dirancang dan diramalkan. Terdapat mekanisme yang boleh membantu meramal sama
ada sesuatu inovasi itu boleh berjaya atau tidak. Teori ini boleh diaplikasikan dalam
inovasi teknologi maklumat, artifak dan teknik. Menurut Rogers (1962), inovasi
teknologi disampaikan melalui saluran tertentu, dari masa ke masa, dalam kalangan
114
komuniti menerusi lima tahap iaitu: (i) Pengetahuan (pendedahan individu terhadap
kewujudan inovasi dan memahami fungsinya), (ii) pemujukan (individu membentuk
sikap suka atau sebaliknya tentang kewujudan sesuatu inovasi), (iii) keputusan
(individu meletakan komitmen untuk melakukan peniruan), (iv) pelaksanaan (individu
menggunakan inovasi secara praktis) dan (v) pengesahan (individu melakukan
penilaian terhadap peneguhan dengan berasaskan hasil yang positif yang diperoleh
daripada inovasi). Inovasi sinonim dengan transformasi atau perubahan. Inovasi
berlaku apabila berlaku atau wujud suasana transformasi atau perubahan. Transformasi
menyediakan ruang dan peluang untuk input demi menghasilkan output yang kreatif.
Transformasi berlaku apabila wujudnya situasi dan suasana kerja yang kondusif untuk
berkreatif (Mohd. Azhar et al., 2006) dan ditunjukkan dalam Rajah 2.10
INPUT TRANSFORMASI OUTPUT
Individu kreatif, Proses Kreatif Produk Kreatif
kumpulan kreatif dan Situasi dan kaedah kerja
Kreatif
dan organisasi
kreatif
Rajah 2.10. Input, Transformasi dan Output Inovasi (Mohd.Azhar et al., 2006)
Menurut Mohd.Azhar et al. (2006), terdapat tiga pemboleh ubah inovasi yang
penting untuk merangsang pembangunan dan perkembangan inovasi dalam sesebuah
organisasi iaitu: (i) pemboleh ubah struktural (struktur organik, komunikasi berkesan
antara unit) (ii) pemboleh ubah budaya (toleransi kabur, toleransi tidak praktikal,
kawalan dalaman yang rendah, toleran rendah, toleran konflik, fokus matlamat), dan
(iii) pemboleh ubah sumber manusia (komitmen yang tinggi terhadap latihan dan
115
pembangunan, keselamatan kerja yang tinggi, manusia kreatif). Pemboleh ubah inovasi
dijelaskan seperti dalam Rajah 2.11.
Pemboleh ubah Struktural
1. Struktur organik.
2. Komunikasi berkesan antara unit.
Rangsangan Pemboleh ubah Budaya
Inovasi 1. Toleransi kabur.
2. Toleransi tidak praktikal.
3. Kawalan dalaman yang rendah.
4. Toleran rendah.
5. Toleran konflik.
6. Fokus matlamat.
7. Fokus sistem terbuka.
Pemboleh ubah Sumber Manusia
1. Komitmen yang tinggi terhadap latihan
dan pembangunan.
2. Keselamatan kerja yang tinggi.
3. Manusia kreatif.
Rajah 2.11. Pemboleh ubah Inovasi (Mohd. Azhar et al., 2006)
Dalam konteks pembangunan produk baharu, terdapat tujuh tahap bagaimana
proses pembangunan boleh dilaksanakan dengan jayanya (Crawford, 1994) iaitu: (i)
tahap 1 - penjanaan idea, (ii) tahap 2 - tapisan idea, (iii) tahap 3 - pengujian dan
pembangunan konsep, (iv) tahap 4 - analisis Perniagaan, (v) tahap 5 - pengujian beta
dan pasaran, (vi) tahap 6 - pelaksanaan teknikal, dan (vii) tahap 7 - komersialisasi.
Menurut Ainon dan Abdullah (1995), dalam dunia keusahawanan sesuatu inovasi
dilakukan kerana beberapa objektif seperti: (i) mengurangkan kos, (ii) meningkatkan
kualiti, (iii) meningkatkan prestasi, (iv) memberikan ciri-ciri prestasi tambahan, (v)
memberikan prestasi baharu, (vi) memaksimumkan kepuasan pelanggan, (vii)
116
memperbaiki prestasi kerja dan (viii) membina produk serta konsep perkhidmatan
baharu. Narayanan (2001) dan Mohd. Azhar et al. (2006) telah mengklasifikasikan
inovasi kepada empat kategori iaitu: (i) inovasi inkremental - inovasi ini bermaksud
berlakunya perubahan kecil terhadap elemen produk yang sedia ada, (ii) inovasi
modular - inovasi ini merujuk kepada perubahan signifikan terhadap elemen produk
dan amalan organisasi terhadap pengetahuan serta sistem komponen contohnya
perubahan daripada peralatan analog kepada peralatan digital, (iii) inovasi reka bentuk
- inovasi ini merujuk kepada perubahan yang berlaku terhadap reka bentuk produk
tetapi ia tidak melibatkan perubahan teknologi, pengetahuan baharu dan amalan
organisasi, dan (iv) inovasi radikal - inovasi ini merujuk kepada perubahan revolusi
terhadap produk yang memerlukan perubahan baharu dalam amalan organisasi dan
teknologi. Rajah 2.12 menunjukkan klasifikasi inovasi.
Perubahan Inkremental Reka Bentuk Perubahan
Kecil
Modular Radikal Dalam
Perubahan Kekal Asli Pengetahuan
Asli
Penyesuaian Komponen
Rajah 2.12. Klasifikasi Inovasi (Mohd. Azhar et al., 2006)
Menurut Mohd. Azhar et al. (2006), sebelum melakukan sesuatu inovasi,
seorang inovator haruslah memahami prinsip inovasi iaitu: (i) analisis peluang sumber,
(ii) inovasi mestilah mudah, (iii) inovasi yang berkesan bermula daripada kecil-kecilan,
(iv) inovasi memerlukan pengetahuan, (v) inovasi digiatkan dalam satu bidang, (vi)
117
inovasi memerlukan bakat, fokus serta komitmen, dan (vii) inovasi memerlukan nilai
keusahawanan. Terdapat tujuh tahap untuk melakukan inovasi iaitu: (i) tahap pertama
(kecekapan) - lakukan sesuatu dengan betul, (ii) tahap kedua (keberkesanan); lakukan
sesuatu yang betul, (iii) tahap ketiga (penyingkiran) - lakukan sesuatu itu seterusnya,
(iv) tahap keempat (pembaikan) - lakukan sesuatu yang terbaik, (v) tahap kelima (tanda
Aras) - lakukan sesuatu yang dilakukan oleh orang lain, (vi) tahap keenam (kebezaan)
- lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan, dan (vii) tahap ketujuh (mustahil) -
lakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan (Mohd. Azhar et al., 2006).
Menurut Tracy (2015), terdapat tujuh sumber inovasi seperti (i) peristiwa yang
tidak dijangka, (ii) kejanggalan; antara sumber inovasi ialah kejanggalan di antara
realiti apa yang ada dan apa yang sepatutnya yang memerlukan pengubasuaian, (iii)
proses keperluan - terdapat teknologi, teknik, atau sistem di dalam sesbuah syarikat
untuk mengatasi masalah atau kelemahan, yang sering memerlukan proses
pengubahsuaian dengan aplikasi komersial, ia perlu dilakukan untuk menguasai
pasaran, (iv) perubahan struktur industri - contoh yang terbaik ialah apabila Syarikat
Apple memperkenalkan Iphone pada tahun 2006, ianya telah ‘merangsang’ Syarikat
Samsung memasuki pasaran dengan telefon pintar berasaskan sistem android,
persaingan antara Apple dan Samsung pada ketika ini telah membawa banyak inovasi
dalam gajet telefon pintar, (v) perubahan demografi - perubahan demografi adalah
antara penjana utama inovasi dalam sektor awam dan swasta dalam negara dan juga
dunia seperti kadar kelahiran bayi yang meningkat dalam membawa kepada inovasi-
inovasi yang baharu dalam bidang perubatan, pengangkutan dan juga dalam bidang-
bidang yang lain, (vi) perubahan dalam nilai dan persepsi - purata jangka hayat manusia
telah meningkat dari 60 tahun pada tahun 1935 hingga 80 tahun pada tahun 2014, lebih
118
ramai orang ingin hidup lebih lama, lebih baik dan lebih sihat berbanding sebelum ini
dan ini telah menyebabkan banyak produk kesihatan, peralatan riadah serta keperluan
yang sesuai untuk hidup yang lebih sihat dihasilkan di pasaran, dan (vii) pengetahuan
baharu - pengetahuan baharu, saintifik dan bukan saintifik mengwujudkan trend
ekonomi baharu, peluang dan industri yang baharu. Larry (2002) dan Mohd. Azhar et
al. (2006) menyatakan inovasi merupakan pemacu globalisasi dan ditunjukkan dalam
Jadual 2.9.
Jadual 2.9
Inovasi: Perbandingan Trend Lama dan Baharu
Perkara Trend Lama Trend Baharu
Persaingan Fokus Nasional
Pemacu pertumbuhan Buruh/ modal Fokus Global
Kemahiran pekerja Pengkhususan kerja
Pengetahuan/ kreativiti
Pendidikan Ijazah/ kemahiran Kerja
Struktur organisasi Bertingkat Luas/ kepelbagaian
Pasaran Stabil latihan
Pengeluaran Pengeluaran massa
Penyelidikan Keutamaan rendah Pembelajaran berterusan
Pemacu teknologi Mekanikal Berangkai/ mendatar
Kelebihan saingan Kos rendah/ kecekapan
Dinamik/ perubahan
Fleksibel
Berterusan/ Keutamaan
tinggi
Digitalisasi
Inovasi, kualiti tinggi dan
kepantasan
Sumber: Larry (2002) & Mohd. Azhar et al. (2006)
119
Apabila membincangkan inovasi, dua elemen iaitu kreatif dan keusahawanan yang
pasti berkaitan dengannya kerana menurut Mohani et al. (2008), individu atau pasukan
yang kreatif merupakan permulaan bagi inovasi. Manakala Drucker (1985) pula
memperkatakan bahawa inovasi adalah instrumen khusus keusahawanan yang mana
usahawan menggunakannya bagi mewujudkan kekayaan baharu, mengeluarkan atau
menukar sumber yang mempunyai potensi untuk mewujudkan kekayaan. Dalam erti
kata lain inovasi adalah proses menukar peluang (idea) kepada penyelesaian yang boleh
dikomersialkan serta mengubah idea kepada hasil (produk). Usahawan menjadikan
inovasi sebagai pemangkin kepada sesuatu perubahan. Para penyelidik dalam bidang
inovasi mentakrifkan inovasi sebagai proses untuk membuat perubahan, besar dan
kecil, radikal dan meningkatkan kualiti produk, proses dan perkhidmatan yang
mengakibatkan kemunculan sesuatu yang baharu dalam organisasi sebagai nilai tambah
serta penambahbaikan.
Kuratko et al. (2012) pula definisi inovasi sebagai suatu rekacipta yang telah
dieksploitasi secara komersial dan merupakan pendekatan yang sistematik untuk
mewujudkan penemuan kreatif, ciptaan dan eksploitasi idea komersil yang memenuhi
keperluan yang belum dipenuhi. Walau bagaimanapun, terdapat jutaan inovasi yang
biasanya adalah dalam skala yang lebih kecil, tidak melibatkan suatu rekacipta atau
tidak semestinya dieksploitasi untuk komersial. Kuratko et al. (2012) merumuskan
Inovasi = Kreativiti + Ekploitasi. Menurut Kuratko at el. (2012), sesuatu inovasi
adalah berkait rapat dengan rekabentuk serta keusahawanan dan hubungan tersebut
adalah seperti dalam Rajah 2.13.