The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by janainbburut, 2021-09-11 20:30:14

Pemikiran Inovatif, Ciri-ciri dan Kompetensi Teknokeusahawanan IKS Bumiputera Lepasan Pusat Latihan Kemahiran

Tesis Penyelidikan PhD UPSI Tahun 2018

316

4.3.6 Pengetahuan dan Sokongan dari Analisis Kuantitatif

Analisis pengetahuan dan sokongan ini membincangkan berkenaan pengetahuan dan
sokongan yang dimiliki oleh teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan
kemahiran membantu untuk memajukan dan mewujudkan daya saing perniagaan
berdasarkan dapatan instrumen profil teknousahawan. Analisis hasil dapatan Jadual
4.27 menunjukkan faktor usahawan tekno menceburi bidang perniagaan. Majoriti
kumpulan usahawan yang dikaji menceburi bidang perniagaan teknologi kerana
mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diceburi iaitu 53% (17 orang), manakala
kebanyakan peserta kajian menceburi bidang teknokeusahawanan kerana ingin
menambah pendapatan untuk hidup selesa adalah iaitu 25% (8 orang) dan hanya tiga
orang teknousahawan 9% (3 orang) menceburi bidang perniagaan kerana ingin
berdikari. Di samping itu, terdapat juga daripada mereka yang terlibat dengan bidang
ini kerana kecewa dengan pekerjaan dulu 6% (2 orang) dan tidak mahu terikat
dengan pihak atasan atau majikan 6% (2 orang).

Jadual 4.27 Kekerapan (f) Peratus (%)

Faktor Menceburi Bidang Teknokeusahawanan 17 53
8 25
Sebab menceburi bidang teknousahawanan 3 9
Mempunyai pengetahuan dalam bidang 2 6
Menambah pendapatan untuk hidup selesa 2 6
Ingin Berdikari
Kecewa terhadap pekerjaan dulu 32 100
Tidak terikat dengan pihak atasan atau majikan

Jumlah

317

Dalam Jadual 4.28 pula menunjukkan faktor usahawan teknologi memilih perniagaan
sekarang. Majoriti daripada mereka memilih bidang perniagaan sekarang adalah
kerana pernah menerima latihan atau kursus dalam bidang tersebut iaitu 66% (21
orang). Terdapat juga dalam kalangan peserta kajian yang memilih bidang
perniagaan sekarang kerana melihat potensi pasaran yang luas 13% (4 orang) dan
mengikut jejak usahawan yang berjaya 9% (3 orang). Di samping itu, 9% (3 orang)
daripada mereka yang memilih bidang sekarang kerana mempunyai kepakaran dan
3% (1 orang) kerana mewarisi perniagaan keluarga.

Jadual 4.28 Kekerapan (f) Peratus (%)

Faktor Memilih Perniagaan Sekarang 21 66
3 9
Sebab memilih perniagaan sekarang 1 3
Menerima latihan / kursus dalam bidang berkenaan 4 13
Mengikuti jejak usahawan yang berjaya 3 9
Mewarisi perniagaan keluarga
Mempunyai potensi pasaran yang luas 32 100
Mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut

Jumlah

Berdasarkan Jadual 4.29, majoriti teknousahawan IKS Bumiputera lepasan
pusat latihan kemahiran mempunyai pengalaman bekerja (pernah bekerja) iaitu 94%
(30 orang) dan terdapat dua orang daripada mereka tidak pernah bekerja 6% (2 orang)
sahaja.

318

Jadual 4.29 Kekerapan (f) Peratus (%)
Pengalaman Bekerja Teknousahawan
2 6
Pengalaman Bekerja 30 94
Tidak pernah bekerja 32 100
Pernah bekerja

Jumlah

Dari Jadual 4.30, menunjukkan majoriti peserta kajian yang mendapat tunjuk
ajar dan pementoran iaitu 56% (18 orang) berbanding mereka yang tidak mendapat
tunjuk ajar dan pementoran iaitu 43% (14 orang).

Jadual 4.30 Kekerapan (f) Peratus (%)
Khidmat Tunjuk Ajar dan Pementoran
14 43
Khidmat Tunjuk ajar dan Pementoran 18 57
Tidak Mendapat Tunjuk ajar dan pementoran 32 100
Mendapat tunjuk ajar dan pementoran

Jumlah

Manakala Jadual 4.32, menunjukkan teknousahawan yang mendapat mendapat
tunjuk ajar dan pementoran dari ahli keluarga 19% (6 orang), 22% (7 orang) pula
mendapat tunjuk ajar dan pementoran dalam kalangan sahabat baik, di samping itu
terdapat 16% (5 0rang) mendapat tunjuk ajar dan pementoran daripada rakan peniaga
yang lain. Manakala terdapat 14 orang peserta kajian yang tiada pementoran atau
tunjuk ajar.

319

Jadual 4.31 Kekerapan (f) Peratus (%)
6 19
Pementoran dan Tunjuk ajar 7 22
5 16
Mentor 14 43
Ahli keluarga
sahabat baik 32 100
Rakan niaga
Tiada pementoran atau tunjuk ajar

Jumlah

4.3.7 Pengetahuan dan Sokongan dari Analisis Temu bual

Analisis pengetahuan dan sokongan ini adalah hasil dapatan temu bual terhadap
sembilan orang kumpulan usahawan yang dikaji menjurus kepada pengetahuan dan
sokongan yang membantu kumpulan usahawan teknologi untuk memajukan
perniagaan serta kekal berdaya saing. Dari aspek pengetahuan, usahawan teknologi
yang dikaji menyatakan antara faktor-faktor mereka berjaya kerana kepakaran serta
kemahiran dalam bidang yang diceburi.

Manakala dari aspek sokongan pula, keluarga terutamanya ayah dan ibu
merupakan pendorong yang utama yang menyokong untuk maju dalam perniagaan.
Bagi seorang yang berpengalaman dalam bidang pembuatan kereta dengan syarikat
automotif negara, individu usahawan TU3 menyatakan antara faktor pengetahuan dan
kemahiran vokasional dalam bidang yang diceburi membantu beliau untuk berjaya
dalam bidang teknokeusahawanan. Tema-tema seperti pengetahuan dan kemahiran
vokasional yang muncul daripada pernyataan beliau mencerminkan pengetahuan

320

mempunyai peranan dalam mencorakkan hala tuju dan kejayaan responden dalam
perniagaan. Pengalaman bekerja memberikan peserta kajian TU3 pengetahuan serta
kemahiran vokasional dan memberi kelebihan kepada beliau apabila menceburi
bidang teknokeusahawanan. Penyataan beliau adalah seperti bawah:

“Di antara faktor-faktor yang membantu saya untuk menjadi teknousahawan
yang berjaya adalah kepakaran dan kemahiran dalam bidang ini”. (TU3:TB1)

Manakala bagi seorang usahawan muda (TU2) berkelulusan dalam bidang
kejuruteraan elektrik dari sebuah universiti di England, faktor sokongan keluarga dan
minat membantu beliau menjadi teknousahawan yang berjaya dalam perniagaan
berdasarkan pernyataan beliau dalam temu bual. Dalam temu bual tersebut, tema-tema
yang muncul seperti sokongan luaran dan keinginan menjadi teknousahawan
mengambarkan bahawa faktor sokongan mempunyai kesan terhadap kejayaan
responden yang dikaji dalam perniagaan. Kedua-dua tema tersebut merupakan faktor-
faktor yang membantu beliau untuk berjaya dalam bidang teknokeusahawanan dan
pernyataan beliau adalah seperti berikut:

“Faktor-faktor yang membantu saya menjadi teknousahawan yang berjaya
adalah kerana sokongan penuh keluarga dan minat”. (TU2:TB1)

321

4.4 Bahagian Keempat: Elemen-elemen yang Menyokong Pemikiran Inovatif

Di bahagian keempat ini analisis berkisar tentang elemen-elemen yang menyokong
pemikiran inovatif hasil dapatan daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap
sembilan orang peserta kajian. Data yang dianalisis adalah dapatan pemerhatian
terhadap peserta kajian. Hasil analisis bahagian ini adalah untuk menjawab persoalan
kajian kelima.

4.4.1 Analisis Data Pemerhatian

Persoalan Kajian Kelima:
Apakah elemen-elemen yang menyokong pemikiran inovatif teknousahawan dari
analisis pemerhatian?

Analisis data di bahagian kelima ini berkisar tentang elemen-elemen yang menyokong
pemikiran inovatif hasil dapatan daripada pemerhatian. Jadual 4.32 menyatakan
dapatan dari sumber pemerhatian ini menunjukkan usahawan teknologi mempunyai
pengetahuan dari beberapa aspek seperti kepimpinan, pengurusan perniagaan, inovasi,
dan teknikal. Pemerhatian yang dilakukan adalah meliputi aspek seperti carta
organisasi, misi visi yang jelas, persekitaran permis, susun atur peralatan serta mesin,
lokasi yang dipilih, rekod akaun serta kewangan syarikat, rekod urusan jual beli
syarikat, rekod stok inventori, pelaporan, maklumbalas pekerja, keselamatan pekerja,
rekod penginovasian, suasana persekitaran kerja, jadual bertugas pekerja, peti
cadangan pekerja, sistem perakam waktu bekerja, rekod latihan pekerja, rekod

322

peningkatan kualiti produk serta perkhidmatan, pengiktirafan SIRIM serta ISO, tarikh
luput produk, MOU dengan agensi-agensi kerajaan seperti MITI, MARA dan lain-lain
agensi serta anugerah yang diterima oleh syarikat. Elemen-elemen tersebut
menyokong pemikiran inovatif teknousahawan. Melalui pemerhatian terhadap
teknousahawan IKS didapati 88.9% (8 orang) daripada mereka memilih lokasi yang
strategik untuk perniagaan mereka dan sentiasa mengemaskinikan rekod jual beli.
Daripada keseluruhan usahawan teknologi yang dikaji, 55.6% (5 orang) daripadanya
menggunakan khidmat juru audit luar untuk mengaudit laporan kewangan mereka dan
88.9% (8 orang) daripada mereka mengambil risiko yang munasabah dengan
memulakan perniagaan yang jarang dibuat oleh orang lain. Dari sudut komitmen
88.9% (8 orang) daripadanya memberikan komitmen yang penuh dalam memajukan
perniagaan mereka dan masalah perniagaan yang mereka hadapi dapat diatasi dengan
semangat kerjasama antara responden dan pekerja berdasarkan maklumbalas daripada
pekerja.

Kebanyakan daripada mereka iaitu 88.9% (8 orang) mempunyai rekod
penginovasian yang mereka lakukan dan sentiasa melakukan penambahbaikan setiap
produk atau perkhidmatan. Majoriti daripada individu yang dikaji iaitu 77.8% (7
orang) mengadakan mesyuarat dengan para pekerja berdasarkan minit mesyuarat yang
direkodkan dan menyediakan perakam waktu bekerja. Dari sudut urus niaga
perniagaan pula 88.9% (8 orang) daripadanya mempunyai rekod urus niaga yang
sistematik dan 66.7% (orang) daripada mereka mempunyai rekod latihan pekerja. Ada
di antara mereka iaitu 44.4% (4 orang) menyediakan peti cadangan untuk
menggalakan pekerja mengemukakan idea baharu serta maklum balas dan 33.3% (3
orang) daripadanya mengadakan majlis penganugerahan pekerja cemerlang. Ada juga

323

di antara mereka iaitu 66.7% (6 orang) pernah memperolehi pengiktirafan daripada
SIRIM atau ISO dan 22.2% (2 orang) daripadanya pernah mendapat penganugerahan
berkaitan keusahawanan. Produk mereka juga iaitu 77.8% (7 orang) daripadanya
mendapat pengiktirafan daripada SIRIM dan 44.4% (4 orang) daripada mereka
mengadakan MOU dengan agensi-agensi kerajaan seperti MITI, MARA dan agensi
lain serta menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi seperti GIATMARA, IKM
dan lain-lain berdasarkan rekod. Berdasarkan dapatan pemerhatian, beberapa elemen
yang menyokong pemikiran inovatif peserta kajian telah dikenalpasti seperti matlamat
syarikat, pengurusan permis, pengurusan akaun, pengurusan sumber manusia,
mengambil risiko yang munasabah, disiplin, komitmen, komunikasi, inovasi sistem,
pengurusan organisasi, promosi, jaringan, pembudayaaan inovasi, kualiti kerja,
pemikiran kritis, produktiviti, motivasi, dan up to dated. Elemen-elemen tersebut
adalah merupakan sebahagian daripada konstruk pemikiran inovatif, ciri-ciri dan
kompetensi teknokeusahawanan.

Dapatan pemerhatian item 5 menunjukkan peserta kajian TU9 tidak memilih
lokasi perniagaan yang strategik tetapi beliau mampu bersaing kerana mempunyai
pelanggan tetap yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan di samping
faktor promosi. Dalam item pemerhatian 9, TU9 tidak mengemaskinikan rekod jual
beli tetapi beliau menyimpan kesemua dokumen berkaitan urusan perniagaan.
Terdapat juga teknousahawan yang tidak menggunakan khidmat juru audit (TU6,
TU7, TU8 & TU9) untuk mengaudit laporan kewangan (item pemerhatian 10) kerana
mereka menggunakan khidmat keluarga seperti isteri, adik atau ibu bapa. Pada item
pemerhatian 9, TU6 didapati tidak berani mengambil risiko memulakan perniagaan
yang jarang dibuat oleh orang lain dan beliau hanya meneruskan legasi perniagaan

324

keluarga. Dari segi komitmen dalam memajukan perniagaan (item 14), TU9 kurang
memberi komitmen penuh dalam memajukan perniagaan tetapi memberi kepercayaan
kepada pekerja yang dipercayai untuk membantu beliau sebagai latihan serta
pendedahan untuk melahirkan pelapis teknousahawan. TU9 juga tidak menyelesaikan
masalah perniagaan berdasarkan maklumbalas daripada pekerja (item 14) tetapi lebih
selesa berbincang bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Dalam item pemerhatian
18, didapati TU9 tidak melakukan penambahbaikan pada setiap produk keluaran atau
perkhidmatan untuk bersaing tetapi beliau melakukan pengubahsuaian berdasarkan
kehendak pelanggan dan beliau tidak menetapkan tempoh masa untuk mengadakan
mesyuarat bersama pekerja (item pemerhatian 19) tetapi mengadakan perbincangan
apabila terdapat masalah yang perlu diselesaikan.

Selain itu, terdapat teknousahawan yang tidak menyediakan peti cadangan
untuk pekerja mengemukakan idea baharu (item 23) tetapi lebih selesa serta
menggalakkan pekerja mengemukakan cadangan terus kepada mereka (TU1, TU4,
TU6, TU8 & TU9). Dari aspek urus niaga (item 24), didapati TU9 tidak mempunyai
rekod urus niaga lebih selesa menyimpan dokumen yang berkaitan dengan perniagaan
seperti resit atau invois. Berkenaan dengan kewujudan syarikat (item 25), terdapat
dua syarikat (TU1 & TU2) yang orang ramai tidak ketahui kerana syarikat ini tidak
terdapat dalam carian dilaman sesawang tetapi kedua-dua syarikat ini mendapat
promosi daripada pelanggan yang pernah mendapat khidmat mereka. Untuk
mendisiplinkan pekerja teknousahawan menyediakan sistem perakam waktu bekerja
(item 26) tetapi terdapat dua teknousahawan (TU4 & TU6) menggunakan sistem
manual iaitu menulis kedatangan dalam buku yang disediakan. TU4, TU6, dan TU8
tidak menghantar pekerja menjalani kursus yang berkaitan dengan tugas mereka (item

325

27) tetapi memberi pendedahan melalui pembacaan serta laman sesawang.
Kebanyakan teknousahawan yang diperhatikan tidak menjalinkan kerjasama dengan
agensi-agensi Kerajaan seperti GIATMARA, IKM dan lain-lain agensi (item 28)
kerana tidak selesa dengan karenah biokrasi. Walaupun demikian mereka lebih selesa
menjalinkan kerjasama dengan sesama teknousahawan untuk tujuan berkongsi
maklumat (TU1, TU2, TU4, TU6 & TU7). Dari segi pembudayaan inovasi dalam
syarikat (item 30), TU9 tidak menjadikan inovasi sebagai budaya syarikat kerana
setiap arahan kerja yang memerlukan pengubahsuaian haruslah mendapat kebenaran
beliau. Dari aspek pengiktirafan SIRIM/ ISO (item 31) pula, terdapat beberapa
syarikat (TU3, TU6 & TU9) tiada pengiktirafan agensi seperti SIRIM atau ISO kerana
perkhidmatan mereka adalah berdasarkan permintaan pelanggan. Untuk menghargai
pekerja yang cemerlang (item 32) terdapat beberapa syarikat (TU1, TU2, TU4, TU6,
TU7 & TU8) tidak mengadakan majlis penganugerahan Pekerja Cemerlang tetapi
mereka mengadakan sistem point (kenaikan gaji berdasarkan prestasi).

Item pemerhatian 33 iaitu berkenaan dengan tarikh luput produk (TU2, TU4 &
TU9) tidak mempunyai tarikh luput produk kerana mereka menawarkan perkhidmatan
berdasarkan permintaan pelanggan. Untuk cetusan idea menghasilkan produk pula
(item 34), kebanyakannya adalah idea teknousahawan sendiri tetapi bagi TU4 dan
TU6 idea untuk menghasilkan produk berdasarkan maklumbalas pelanggan serta
rakan-rakan perniagaan. Dari sudut jaringan dengan agensi-agensi seperti MITI,
MARA dan lain-lain agensi (item 40) didapati majoriti syarikat tidak menjalin
kerjasama dengan agensi-agensi tersebut (TU2, TU4, TU6, TU7 & TU8) kerana
kekangan biokarasi. Item pemerhatian terakhir iaitu item 40 (sijil penganugerahan)
majoriti syarikat tidak pernah mendapat penganugerahan. Berdasarkan dapatan

326

pemerhatian, hanya dua syarikat sahaja yang pernah mendapat pengiktirafan iaitu
TU3 dan TU5. Jadual 4.33 menunjukkan data pemerhatian, elemen-elemen yang
dikenalpasti menyokong pemikiran inovatif teknousahawan adalah seperti inovasi
sistem, pembudayaan inovasi, pemikiran kritis dan inovasi. Elemen-elemen seperti
mengambil risiko yang munasabah, disiplin, komitmen, kualiti kerja, produktiviti,
motivasi, dan up to dated merupakan aspek yang berkaitan dengan konstruk ciri-ciri
teknokeusahawanan. Selain itu, terdapat juga beberapa elemen yang berkaitan dengan
konstruk kompetensi teknokeusahawanan seperti matlamat syarikat, pengurusan
permis, pengurusan akaun, pengurusan sumber manusia, komunikasi, pengurusan
organisasi, promosi, dan jaringan. Jadual 4.33 menunjukkan hasil pemerhatian dan
Jadual 4.34 menunjukkan ringkasan elemen-elemen yang dikenalpasti menyokong
pemikiran inovatif.

Jadual 4.32 TU3
Pemerhatian Ke Atas Teknousahawan yang Ditemu Bual

TU1 TU2

Bil Perkara Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

1 Syarikat ini mempunyai carta organisasi ✔ ✔ ✔
yang lengkap.

2 Syarikat ini mempunyai misi dan visi ✔ ✔ ✔

yang jelas.

3 Premis berada dalam persekitaran yang ✔ ✔ ✔
bersih dan selesa.

4 Susun atur peralatan dan mesin kelihatan ✔ ✔ ✔
kemas dan tersusun.

5 Lokasi yang dipilih adalah strategik. ✔ ✔ ✔

6 Syarikat mempunyai rekod akaun dan ✔ ✔ ✔

kewangan yang teratur serta

bersistematik.

7 Teknousahawan sentiasa merekodkan ✔ ✔ ✔

segala urusan jual beli.

327

3 TU4 TU5 TU6 TU7 TU8 TU9 Skor

Peratus (%)

Kekerapan (f)
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100

✔ ✔✔ ✔ ✔ ✗ 8 89

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100
(bersambung)

327

Jadual 4.32 (sambungan) TU1 TU2 TU3
Bil Perkara
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

8 Syarikat mempunyai rekod stok dan ✔ ✔ ✔
inventori.

9 Rekod jual beli sentiasa dikemaskinikan. ✔ ✔ ✔

10 Teknousahawan menggunakan khidmat ✔ ✔ ✔
juru audit untuk mengaudit laporan
kewangan perniagaan.

11 Kebajikan para pekerja dijaga dengan ✔ ✔ ✔

sebaik yang mungkin berdasarkan

maklum balas daripada pekerja.

12 Teknousahawan berani mengambil risiko ✔ ✔ ✔
dengan memulakan perniagaan yang
jarang dibuat oleh orang lain.

13 Teknousahawan mendisiplinkan para ✔ ✔ ✔

pekerjanya supaya sentiasa menjaga

keselamatan.

328

3 TU4 TU5 TU6 TU7 TU8 TU9 Skor

Peratus (%)

Kekerapan (f)
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100

✔✔ ✔✔✔ ✗8 89
✔✔ ✗✗ ✗ ✗5 56

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100

✔✔ ✗ ✔ ✔ ✔ 9 100

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100
(bersambung)

328

Jadual 4.32 (sambungan) TU1 TU2 TU3
Bil Perkara
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

14 Teknousahawan memberikan komitmen ✔ ✔ ✔
yang penuh dalam memajukan
perniagaan beliau.

15 Masalah perniagaan yang dihadapi dapat ✔ ✔ ✔
diatasi dengan semangat kerjasama
antara teknousahawan dan pekerja
berdasarkan maklum balas daripada para
pekerja.

16 Teknousahawan melakukan ✔ ✔✔

penginovasian terhadap produk yang

dihasilkan berdasarkan penelitian rekod

yang lalu.

17 Persekitaran kerja yang bersih ✔ ✔✔

mewujudkan suasana harmoni

di kalangan ahli-ahli dalam organisasi

berdasarkan maklum balas pekerja.

329

3 TU4 TU5 TU6 TU7 TU8 TU9 Skor

Peratus (%)

Kekerapan (f)
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

✔✔✔✔✔ ✗ 8 89
✔✔✔✔✔ ✗ 8 89

✗ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100
✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100

(bersambung)

329

Jadual 4.32 (sambungan) TU1 TU2 TU3
Bil Perkara
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

18 Teknousahawan sentiasa melakukan ✔ ✔ ✔
penambahbaikan setiap produk keluaran
syarikatnya supaya dapat bersaing
dengan produk lain berdasarkan
penelitian rekod yang lalu.

19 Setiap minggu, teknousahawan akan ✔ ✔ ✔
mengadakan mesyuarat/ rundingan
bersama dengan pekerja untuk
membincangkan hal-hal yang berbangkit
berdasarkan pada minit mesyuarat
syarikat/ maklumbalas daripada pekerja.

20 Pekerja ditemuduga terlebih dahulu ✔ ✔ ✔
sebelum diambil bekerja.

21 Setiap pekerja menjalankan tugas ✔ ✔✔

mengikut jadual bertugas yang telah

ditetapkan.

330

3 TU4 TU5 TU6 TU7 TU8 TU9 Skor

Peratus (%)

Kekerapan (f)
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

✔✔✔✔✔ ✗ 8 89

✔✔ ✗✔ ✔ ✗ 7 78

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100
✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100

(bersambung)

330

Jadual 4.32 (sambungan) TU1 TU2 TU3
Bil Perkara
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

22 Syarikat menyediakan bonus kepada ✔ ✔✔
pekerja setiap tahun berdasarkan rekod
kewangan yang baik. ✗✔ ✔

23 Teknousahawan menyediakan peti ✔ ✔✔
cadangan untuk menggalakan pekerja ✗ ✗✔
mengemukakan idea baharu dan
memberi maklumbalas.

24 Urus niaga yang direkodkan adalah
secara sistematik mengikut tempoh
perakaunan.

25 Apabila ditanya tentang syarikat ini
kepada orang ramai, kebanyakan
daripada mereka mengetahui akan
kewujudan syarikat ini.

331

3 TU4 TU5 TU6 TU7 TU8 TU9 Skor

Peratus (%)

Kekerapan (f)
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100

✗✔ ✗✔ ✗ ✗ 4 44

✔✔✔✔✔ ✗ 8 89

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 7 78

(bersambung)

331

Jadual 4.32 (sambungan) TU1 TU2 TU3
Bil Perkara
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

26 Teknousahawan menyediakan sistem ✔ ✔ ✔

perakam waktu bekerja (Punch Card)

untuk mendisiplinkan para pekerja

menepati masa.

27 Setiap tahun teknousahawan akan ✔ ✔✔

menghantar pekerja menjalani kursus

yang berkaitan dengan tugasan mereka

berdasarkan rekod syarikat.

28 Teknousahawan menjalinkan kerjasama ✗ ✗✔
dengan agensi-agensi seperti
GIATMARA, IKM dan lain-lain untuk
melatih para pekerjanya.

29 Teknousahawan mengadakan ✔ ✔✔

perbincangan dengan para pekerja untuk

meningkatkan kualiti produk dan

perkhidmatan.

332

3 TU4 TU5 TU6 TU7 TU8 TU9 Skor

Peratus (%)

Kekerapan (f)
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

✗✔ ✗ ✔ ✔ ✔ 7 78

✗✔ ✗✔ ✗✔ 6 67

✗✔ ✗ ✗ ✔ ✔ 4 44

✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 9 100
(bersambung)

332

Jadual 4.32 (sambungan) TU1 TU2 TU3
Bil Perkara
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

30 Teknousahawan menjadikan inovasi ✔ ✔ ✔
sebagai budaya dalam syarikat dalam
menghasilkan produk yang terkini.

31 Produk-produk yang dijual bermutu dan ✔ ✔ ✗
berkualiti tinggi berdasarkan
pengiktirafan daripada SIRIM/ ISO
dalam bidang tertentu.

32 Teknousahawan mengadakan majlis ✗ ✗✔
penganugerahan ‘Pekerja Cemerlang’
untuk pekerja yang paling berdedikasi
pada setiap tahun.

33 Semua produk yang ada dalam premis ini ✔ ✗✔
mempunyai tarikh luput.

34 Produk-produk yang dihasilkan ✔ ✔✔

merupakan cetusan idea teknousahawan

sendiri.

333

3 TU4 TU5 TU6 TU7 TU8 TU9 Skor

Peratus (%)

Kekerapan (f)
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

✔✔✔✔✔ ✗ 8 89
✗ 6 67
✗✔ ✔ ✗✔ ✔

✗✔ ✗ ✗ ✗ ✔ 5 56

✗✔ ✔ ✔ ✔ ✗ 6 67

✗✔ ✗ ✔ ✔ ✔ 7 78

(bersambung)

333

Jadual 4.32 (sambungan) TU1 TU2 TU3
Bil Perkara
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

35 Teknousahawan sentiasa mengutamakan ✔ ✔✔
produktiviti untuk memajukan syarikat. ✔✔
✔✔
36 Teknousahawan seorang yang komited ✔ ✔✔
dalam menjalankan urusan perniagaan.
✗✔
37 Teknousahawan selalu memotivasikan ✔
pekerja.

38 Produk yang dijual adalah mengikut ✔
kehendak pasaran semasa dan terkini.

39 Syarikat ini mempunyai jaringan yang ✔

baik dengan agensi-agensi kerajaan

seperti MITI, MARA dan lain-lain agensi

berdasarkan MOU yang termetri antara

syarikat dengan agensi tersebut.

334

3 TU4 TU5 TU6 TU7 TU8 TU9 Skor

Peratus (%)

Kekerapan (f)
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

✔✔ ✔✔✔✔ 9 100
✔✔ ✔✔✔✔ 9 100
✔✔ ✔✔✔✔ 9 100
✔✔ ✔✔✔✔ 9 100
4 44
✗✔ ✗ ✗ ✗✔

(bersambung)

334

Jadual 4.32 (sambungan) TU1 TU2 TU3
Bil Perkara
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

40 Syarikat ini pernah mendapat anugerah ✗ ✗✔
peringkat kebangsaan dan antarabangsa

kualiti (Sijil Anugerah)

335

335 3 TU4 TU5 TU6 TU7 TU8 TU9 Skor Peratus (%) ✗ ✗ ✗ ✗ 2 22

Kekerapan (f) ✗✔
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya

336

Jadual 4.33

Elemen-elemen yang Dikenalpasti Menyokong Pemikiran Inovatif Berdasarkan
Pemerhatian

Bil Elemen-elemen yang dikenalpasti Konstruk Item pemerhatian
1 Matlamat syarikat 1, 2
2 Pengurusan premis Kompetensi
3 Pengurusan akaun teknokeusahawanan 3, 4, 5
4 Pengurusan sumber manusia
5 Mengambil risiko yang munasabah Kompetensi 6,7, 8, 9, 10
6 Disiplin teknokeusahawanan
7 Komitmen 11
8 Komunikasi Kompetensi
9 Inovasi sistem teknokeusahawanan 12
10 Pengurusan organisasi
11 Promosi Kompetensi 13, 17
12 Jaringan teknokeusahawanan
13 Pembudayaan inovasi 14, 37
14 Kualiti kerja Ciri-ciri
15 Pemikiran kritis teknokeusahawanan 15, 29
16 produktiviti
17 Motivasi Ciri-ciri 16
18 Up to dated teknokeusahawanan 19, 20, 21, 22,
19 Inovasi 23, 24, 26, 27, 32
Ciri-ciri 25
teknokeusahawanan
28, 39
Kompetensi
teknokeusahawanan 30
31, 33, 40
Pemikiran inovatif
34
Kompetensi 35
teknokeusahawanan
37
Kompetensi
teknokeusahawanan 38

Kompetensi 18
teknokeusahawanan

Pemikiran inovatif

Ciri-ciri
teknokeusahawanan

Pemikiran inovatif

Ciri-ciri
teknokeusahawanan

Ciri-ciri
teknokeusahawanan

Ciri-ciri
teknokeusahawanan

Pemikiran inovatif

337

4.5 Bahagian Kelima: Hubungan Pemikiran Inovatif, Ciri-ciri dan
Kompetensi Keusahawanan

Bahagian kelima menganalisis data inferensi. Analisis tersebut bertujuan menguji
hubungan antara pemikiran inovatif dengan ciri-ciri dan kompetensi keusahawanan.
Daripada hasil dapatan anaisis bahagian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian
yang kelima dan keenam.

4.5.1 Analisis Data korelasi

Pada bahagian ini, analisis disusun mengikut persoalan kajian yang memfokuskan
kepada melihat hubungan antara pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi
keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera. Data dianalisis
menggunakkan korelasi. Hasil analisis yang diperolehi digunakan untuk menjawab
persoalan kajian keenam dan ketujuh.

4.5.2.1 Analisis Korelasi Pemikiran Inovatif dan Ciri-Ciri Keusahawanan Dalam
Kalangan Teknousahawan IKS Bumiputera Lepasan Pusat Latihan
Kemahiran

Persoalan Kajian Keenam:
Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri-ciri keusahawanan dan
pemikiran inovatif dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat
latihan kemahiran?

338

Analisis inferensi pemikiran inovatif, dan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan
teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran ini adalah untuk
menguji hubungan di antara ciri-ciri keusahawanan dan pemikiran inovatif dalam
kalangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran. Hasil
analisis ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.34. Hasil dapatan analisis menunjukkan
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri keusahawanan dan
pemikiran inovatif di mana r = - 0.15 ( 0< r < 0.29. Dapatan ini juga menunjukkan
bahawa hubungan ciri-ciri keusahawanan dan pemikiran inovatif adalah lemah.

Jadual 4.34

Hubungan Antara. Ciri-ciri Keusahawanan dan Pemikiran Inovatif

Pemikiran Inovatif

Pekali Korelasi (r) Kekuatan Hubungan

Ciri-ciri Keusahawanan -0.15 Lemah

4.5.2.2 Analisis Korelasi Pemikiran Inovatif dan Kompetensi Keusahawanan
Dalam Kalangan Teknousahawan IKS Bumiputera Lepasan Pusat
Latihan Kemahiran

Persoalan Kajian Ketujuh:
Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara kompetensi keusahawanan dan
pemikiran inovatif dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat
latihan kemahiran?

339

Analisis inferensi yang kedua adalah untuk menguji hubungan antara pemikiran
inovatif, dan kompetensi keusahawanan dalam kalangan teknousahawan IKS
Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran. Jadual 4.35 pula adalah analisis
korelasi antara kompetensi keusahawanan dengan pemikiran inovatif. Dapatan analisis
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi keusahawanan
dan pemikiran inovatif di mana r = 0.56 (0.30 < r < 0.69). Hasil dapatan ini
menunjukkan bahawa hubungan antara pemikiran inovatif dan kompetensi
keusahawanan adalah sederhana.

Jadual 4.35

Hubungan Antara Kompetensi Keusahawanan dan Pemikiran Inovatif

Pemikiran Inovatif

Pekali Korelasi (r) Kekuatan Hubungan

Kompetensi Keusahawanan 0.56 Sederhana

4.6 Bahagian Keenam: Elemen-elemen Kerangka Baharu Pembangunan
Pemikiran Inovatif Teknousahawan Di Malaysia

Bahagian terakhir iaitu bahagian enam dalam kajian ini akan menganalisis dapatan
dan tema-tema utama yang muncul dalam kajian ini yang sesuai untuk diterapkan
dalam kerangka cadangan pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan yang
baharu. Analisis di bahagian ini adalah bertujuan untuk menjawab persoalan kajian
yang kelapan.

340

4.6.1 Analisis Elemen-elemen Kerangka Baharu Pembangunan Pemikiran
Inovatif Teknousahawan

Persoalan Kajian Kelapan:
Apakah elemen-elemen baharu berdasarkan dapatan empirikal kajian untuk kerangka
baharu pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan di Malaysia?

Analisis dapatan dalam bahagian ini adalah berdasarkan kepada persoalan
kajian yang memfokuskan kepada elemen-elemen yang dicadangkan untuk kerangka
baharu pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan. Elemen-elemen tersebut
dianalisis berdasarkan dapatan yang diperolehi menerusi instrumen profil
teknousahawan, temu bual, pemerhatian dan verifikasi dokumen. Analisis bahagian
ini adalah untuk menjawab persoalan kajian ketujuh.

4.6.1.1 Elemen-Elemen yang Dicadangkan Untuk Kerangka Baharu
Pembangunan Pemikiran Inovatif Teknousahawan

Berdasarkan data empirikal kajian, beberapa elemen dicadang untuk diterapkan dalam
kerangka baharu pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan. Elemen-elemen
tersebut merupakan tema-tema penting yang diperolehi menerusi dianalisis terhadap
instrumen profil teknousahawan, temu bual, pemerhatian, verifikasi dokumen dan
soalan terbuka. Elemen-elemen tersebut terdiri daripada empat aspek penting iaitu:
personaliti teknousahawan, sokongan dalaman dan luaran, jaringan serta inkubator.

341

(a) Personaliti Teknousahawan

Personaliti teknousahawan merupakan elemen pertama kerangka pembangunan
teknousahawan yang baharu berdasarkan hasil dapatan kajian ini. Elemen personaliti
teknousahawan adalah merujuk kepada individu yang ingin menceburi bidang
perniagaan berasaskan teknologi. Dalam elemen tersebut menggariskan seorang
individu bakal teknousahawan harus memiliki beberapa aspek penting seperti yang
telah dinyatakan oleh peserta kajian ini. Aspek-aspek tersebut adalah ciri-ciri dan
kompetensi teknokeusahawanan, keinginan menjadi teknousahawan, mempunyai
pemikiran inovatif, dan daya tahan. Aspek-aspek tersebut penting kepada bakal
teknousahawan sebagai pesediaan awal sebelum menceburi bidang
teknokeusahawanan berdasarkan kepada dapatan kajian.

Menerusi dapatan temu bual dan soalan terbuka, elemen-elemen ciri-ciri dan
kompetensi teknokeusahawanan merupakan antara elemen penting dan kritikal perlu
dimiliki oleh peserta kajian kerana ianya adalah gambaran yang unik seorang
teknousahawan. Antara aspek ciri-ciri teknokeusahawanan yang dikesan dalam diri
peserta-peserta kajian seperti mengambil risiko yang munasabah, bermotivasi,
mempunyai matlamat, kecekalan, mempunyai komitmen kerja, suka kepada
pembaharuan, rajin, bersemangat, tabah, sabar, jujur dan berintergiriti. Manakala dari
aspek kompetensi teknokeusahawanan yang dikesan wujud dalam diri peserta–peserta
kajian adalah mencari peluang, membina jaringan, kepimpinan, strategik, komitmen
dan mencari idea baharu. Seorang individu menjadi teknousahawan kerana dorongan
dalaman di samping dorongan-dorongan yang lain. Dorongan dalaman tersebut adalah
merupakan keinginan untuk menjadi teknousahawan. Dapatan temu bual

342

menunjukkan majoriti daripada mereka mengakui mempunyai keinginan untuk
menjadi teknousahawan sebelum menceburi bidang teknokeusahawanan dan ia
muncul kerana beberapa faktor seperti faktor seperti minat, latar belakang teknikal,
latar belakang vokasional dan kemahiran berniaga (pendedahan keluarga berniaga).
Oleh itu, individu yang ingin menceburi bidang teknokeusahawanan haruslah
disebabkan oleh keinginan menjadi teknousahawan barulah diikuti dengan sebab-
sebab yang lain seperti mengambil alih perniagaan keluarga dan sebagainya. Selain
mempunyai keinginan menjadi teknousahawan, seseorang yang ingin menceburi
perniagaan berasaskan teknologi haruslah memiliki daya tahan dalam diri mereka
sebagai kekuatan dalaman. Dengan adanya daya tahan dalam diri individu
teknousahawan, mereka akan cekal dan sabar serta gigih untuk mendepani sesuatu
kesulitan dalam perniagaan. Ini penting kepada teknousahawan untuk kelangsungan
perniagaan mereka.

Di samping itu, terdapat satu lagi elemen yang dinyatakan oleh teknousahawan
menerusi dapatan temu bual sebagai kesediaan bakal teknousahawan sebelum
menceburi bidang perniagaan iaitu mempunyai pemikiran inovatif. Pemikiran
inovatif yang terdiri daripada beberapa aspek seperti kemahiran berfikir kritis,
kemahiran menyelesai masalah, pemikiran strategik dan inovasi penting untuk
menceburi bidang perniagaan yang berasaskan teknologi kerana teknousahawan perlu
memikirkan apakah bentuk teknologi baharu yang diperlukan atau jenis produk yang
mampu bersaing di pasaran. Selain itu, mereka juga perlu mengatasi halangan-
halangan dalam perniagaan seterusnya bersaing dengan usahawan yang lain.

343

(b) Sokongan Dalaman dan Luaran

Elemen kedua kerangka pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan adalah
sokongan dalaman dan luaran yang terdiri daripada pengetahuan teknikal, kemahiran
vokasional, spirituality, dan keluarga. Elemen ini adalah merupakan dapatan daripada
profil teknousahawan, temu bual dan soalan terbuka. Elemen sokongan luaran adalah
terdiri aspek pengetahuan teknikal, kemahiran vokasional, keluarga, dan sokongan
dalaman pula adalah aspek spirituality. Aspek pengetahuan teknikal yang merupakan
dapatan profil teknousahawan dan soalan terbuka ini penting kepada teknousahawan
untuk berfikir secara inovatif agar dapat mendepani cabaran serta halangan dalam
usaha untuk memperkembangkan perniagaan. Di samping itu juga, kebanyakan
peserta kajian menyatakan bahawa mereka memilih untuk berkecimpung dalam
perniagaan yang berasaskan teknologi kerana pengetahuan teknikal dalam bidang
tersebut memudahkan mereka untuk menjalankan perniagaan.

Menurut mereka lagi pengetahuan teknikal diperolehi melalui pelbagai sumber
seperti pembacaan, seminar, kursus jangka pendek, pengalaman kerja, dan juga
penggunaan internet. Oleh kerana kajian ini memberi fokus kepada bekas pelajar
lepasan pusat latihan kemahiran, aspek kemahiran vokasional adalah merupakan
kekuatan dan kelebihan peserta kajian. Kumpulan teknousahawan yang dikaji
menyatakan bahawa antara faktor kekuatan mereka dalam menjalankan perniagaan
adalah kerana memiliki kemahiran vokasional. Kemahiran vokasional membantu
mereka menyesuaikan teknologi terkini dengan kemahuan pelanggan bagi tujuan
untuk mempertingkatkan produktiviti. Manakala elemen keluarga merupakan antara
sumber motivasi kepada seseorang teknousahawan di samping berperanan sebagai

344

pembentuk ciri-ciri keusahawanan dalam diri teknousahawan. Majoriti
teknousahawan yang ditemu bual mengakui bahawa keluarga merupakan pendorong
yang memotivasikan mereka untuk berjaya dalam perniagaan dan terdapat juga
peserta kajian yang menjadikan ahli keluarga sebagai mentor dalam perniagaan.
Sokongan dalaman yang terdiri daripada elemen spirituality adalah elemen yang
melibatkan kerohanian. Aspek spirituality seperti solat istikharah, berdoa, berzikir,
dan membaca Al-Quran merupakan kaedah segelintir usahawan yang dikaji untuk
mencari idea, ketika menghadapi masalah atau ketika kebuntuan idea. Bagi Non
Muslim pula elemen spirituality adalah melibatkan amalan agama masing-masing.
Elemen-elemen yang terdapat dalam sokongan luaran dan dalaman ini penting kepada
teknousahawan sebagai ramuan untuk menjadikan perniagaan mereka berdaya saing.

(c) Jaringan

Jaringan adalah merujuk kepada rangkaian komunikasi yang wujud antara
teknousahawan dengan pihak lain. Berdasarkan dapatan empirikal dan kajian literatur
elemen jaringan penting untuk teknousahawan merealisasikan idea yang dicetuskan
oleh pemikiran inovatif serta kelangsungan sesuatu perniagaan. Melalui dapatan profil
teknousahawan dan temu bual, usahawan tekno menyatakan bahawa jaringan dengan
agensi kerajaan, bank atau agensi pinjaman, persatuan teknousahawan mahu pun
rakan-rakan teknousahawan adalah penting untuk kelangsungan perniagaan yang
dijalankan. Dalam usaha untuk berjaya teknousahawan perlu mempunyai jaringan
dengan agensi-agensi kerajaan seperti MARA, MITI dan agensi kerajaan yang lainnya
kerana agensi-agensi tersebut telah mempunyai program-program yang dirangka khas

345

untuk membantu teknousahawan. Oleh itu, teknousahawan sepatutnya mengambil
peluang di atas kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi tersebut. Agensi-
agensi yang terlibat dalam pembangunan teknousahawan ini juga mengadakan
program pementoran khas untuk bakal dan juga teknousahawan yang sedia ada.
Jaringan dengan pihak bank atau agensi pinjaman untuk perniagaan seperti Tekun,
MARA, PNUB, SME Bank dan lain-lain perlu mengatasi masalah dari sudut
kekangan modal untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan. Jaringan yang
baik dengan pihak-pihak tersebut akan memudahkan teknousahawan untuk mencari
peluang dari sudut pinjaman kewangan.

Dalam temu bual dengan peserta kajian, terdapat dalam kalangan mereka yang
terpaksa mencagarkan rumah dan membuat pinjaman kewangan kepada pihak ketiga
yang mengenakan kadar faedah yang tinggi. Ini berlaku kerana tidak ada jaringan
yang baik dengan pihak bank atau agensi pinjaman. Persatuan dan rakan-rakan dalam
kalangan teknousahawan pula akan menjadi medan untuk mencari peluang, mencari
pasaran, pencetus idea-idea yang baharu dan juga sebagai medan untuk bertukar-tukar
pandangan, pengetahuan dan khidmat nasihat secara tidak langsung.

(i) Kepentingan Jaringan Daripada Dapatan Soalan Terbuka

Dalam dapatan soalan terbuka yang ke tujuh, peserta kajian mengemukakan beberapa
saranan kepada pihak yang berwajib dalam usaha untuk melahir dan membentuk
teknousahawan yang berjaya. Saranan ini adalah berdasarkan respons mereka
terhadap soalan terbuka yang dikemukakan iaitu tindakan pihak yang berwajib harus

346

lakukan untuk melahirkan atau membentuk teknousahawan yang berjaya. Respons
usahawan tekno terhadap soalan tersebut, muncul tema-tema seperti mewujudkan
program pementoran, meluaskan program latihan teknokeusahawanan,
mempermudahkan pinjaman modal kewangan, dan mewujudkan inkubator.
Kebanyakan mereka menyarankan agar pihak berwajib mengadakan program
permentoran di samping memperbanyakkan latihan teknokeusahawanan sebagai
strategi untuk melahir dan membentuk teknousahawan yang berjaya. Manakala
beberapa responden yang menyarankan agar mempermudahkan proses untuk
memohon pinjaman modal dan mewujudkan inkubator di pusat-pusat latihan. Jadual
4.36 adalah dapatan strategi pihak yang berwajib harus lakukan untuk melahirkan atau
membentuk teknousahawan yang berjaya. Semua saranan usahawan tekno ini tidak
bermakna dan berkesan seandainya mereka tidak mempunyai jaringan yang baik
dengan pihak yang berwajib.

Jadual 4.36

Strategi Pihak Yang Berwajib Harus Lakukan Untuk Melahirkan Atau Membentuk
Teknousahawan Yang Berjaya

Soalan Pernyataan Tindakan pihak berwajib Kekerapan (f) Peratus(%)
terbuka 10 31
Mewujudkan program 8 25
7 Apakah tindakan pementoran
pihak yang berwajib 7 22
harus lakukan pada Meluaskan program
pendapat anda untuk latihan
melahirkan atau teknokeusahawanan
membentuk
Mempermudahkan
teknousahawan yang pinjaman modal
berjaya? kewangan

Mewujudkan inkubator 7 22
Jumlah 32 100

347

(d) Inkubator

Elemen yang terakhir yang dicadangkan dalam kerangka pembangunan
teknousahawan ini adalah elemen inkubator. Berdasarkan dapatan soalan terbuka,
peserta kajian menyarankan agar diwujudkan inkubator khas untuk melatih bakal
mahu pun teknousahawan sedia ada. Untuk pengisian program di inkubator ini
berdasarkan hasil dapatan temu bual bersama peserta kajian adalah seperti pemikiran
inovatif, latihan teknokeusahawanan, kemahiran pemasaran, perakaunan, kemahiran
ICT, pengurusan organisasi, dan asas perniagaan. Aspek-aspek tersebut adalah
merupakan nilai tambah kepada kekuatan elemen-elemen lain yang dicadangkan
dalam kerangka pembangunan teknousahawan.

Di samping itu, terdapat dua lagi elemen yang dinyatakan oleh teknousahawan
menerusi dapatan temu bual sebagai kesediaan bakal usahawan sebelum menceburi
bidang teknokeusahawanan iaitu modal perniagaan dan perancangan perniagaan.
Modal perniagaan penting untuk memulakan sesuatu perniagaan seperti untuk
mendaftarkan perniagaan, menyewa permis perniagaan atau untuk membeli peralatan
dan mesin sebelum memulakan perniagaan. Manakala perancangan perniagaan pula
adalah merupakan perancangan awal yang meliputi bajet perniagaan, perancangan
pemasaran, dan yang paling penting adalah produk atau perkhidmatan yang akan
ditawarkan. Perancangan perniagaan penting kepada bakal teknousahawan untuk
mengelakan mereka daripada hilang arah dan tujuan apabila menceburi bidang
perniagaan. Di inkubator ini bakal dan teknousahawan sedia ada boleh menjalani
latihan teknokeusahawanan secara teori dan praktikal untuk memberi pendedahan dan
memberi pengalaman kepada mereka. Kemahiran pemasaran dan perakaunan

348

merupakan dua kelemahan yang nyata wujud dalam kalangan teknousahawan
berdasarkan dapatan temu bual dengan peserta kajian. Di inkubator yang
menawarkan kemahiran pemasaran dan perakaunan, teknousahawan boleh
memperbaiki kelemahan tersebut. Dalam bidang perniagaan yang berteraskan
teknologi, penggunaan ICT merupakan sesuatu yang penting kerana kebanyakan
teknologi seperti mesin mahupun peralatan berasaskan ICT, sekiranya wujud
inkubator yang menawarkan latihan kemahiran ICT, ini akan membantu bakal dan
juga teknousahawan yang sedia ada.

Pengurusan organisasi dan asas perniagaan pula memberikan pengalaman
kepada bakal dan teknousahawan sedia ada pengetahuan bagaimana memimpin
sesuatu organisasi dan konsep asas perniagaan. Konsep inkubator yang dicadangkan
dalam kerangka pembangunan teknousahawan dalam kajian ini adalah berfungsi one
stop centre untuk teknousahawan memperolehi pelbagai maklumat selain daripada
pusat untuk menjalani latihan teknokeusahawanan. Sebagai one stop centre
teknousahawan boleh menjalani latihan teknokeusahawanan sebelum atau sesudah
menceburi bidang keusahawanan dan pada bila-bila masa yang dirasakan perlu.
Inkubator ini haruslah bebas dari pengaruh politik, memberi pengalaman kerja, dan
fleksibel dari segi kemasukan ke pusat tersebut.

(i) Keperluan Inkubotar Daripada Dapatan Soalan Terbuka

Saranan tentang pengwujudan inkubator adalah berdasarkan dapatan yang diperolehi
daripada soalan terbuka kelapan. Seperti yang dinyatakan dalam dapatan tersebut,

349

peserta kajian menyarankan agar diwujudkan pusat inkubator khas untuk melatih dan
membentuk bakal teknousahawan. Tetapi inkubator khas itu haruslah bebas daripada
pengaruh politik, fleksibel dari segi kemasukan, dan berperanan sebagai pusat
maklumat. Majoriti daripada mereka menyarankan agar inkubator khas tersebut bebas
pengaruh politik dan segelintir daripada mereka pula menyarankan agar inkubator
khas yang diwujudkan tetapi kemasukan pelatih ke pusat tersebut haruslah fleksibel
mengikut keperluan teknousahawan dan juga haruslah berperanan sebagai pusat
maklumat. Tetapi terdapat juga beberapa peserta kajian yang menyatakan tiada
keperluan untuk mewujudkan inkubator khas tetapi cukup dengan pengalaman kerja
yang pernah dilalui oleh teknousahawan. Jadual 4.38 menunjukkan keperluan pusat
inkubator khas untuk melatih dan membentuk seorang bakal teknousahawan.

Jadual 4.37

Keperluan Pusat Inkubutor Khas Untuk Melatih Dan Membentuk Seorang Bakal
Teknousahawan

Soalan Pernyataan Usaha yang dilakukan Kekerapan (f) Peratus(%)
terbuka untuk meningkatkan 11 34
produktiviti 8 25
8 Apakah perlu Perlu, tetapi bebas 7 22
ditubuhkan satu daripada pengaruh politik
pusat inkubutor
khas untuk melatih Tidak perlu, cukup
dan membentuk dengan pengalaman kerja
seorang bakal
teknousahawan pada Perlu, tetapi fleksibel dari
pendapat anda? segi kemasukan

Perlu sebagai pusat 6 19
maklumat 32 100

Jumlah

350

4.7 Rumusan

Bab ini meliputi hasil dapatan daripada instrumen profil teknousahawan, soal selidik,
temu bual, pemerhatian, verifikasi dokumen dan soalan terbuka. Hasil dapatan
tersebut untuk menjawab tujuh persoalan kajian yang telah diketengahkan dengan
menggunakan analisis statistik iaitu deskriptif dan inferensi untuk data kuantitatif.
Manakala data-data kualitatif yang terdiri daripada data temu bual, pemerhatian,
soalan terbuka dan verifikasi dokumen melalui proses transkripsi, reduksi, koding dan
paparan data. Penganalisisan data-data kualitatif ini melibatkan tugas membersihkan
data, memahami data dan menghasilkan kategori serta konsep yang analitikal
berdasarkan tema-tema yang telah dikenalpasti. Setiap persoalan kajian dihuraikan
dan interprestasikan ke dalam bentuk data dan jadual agar mudah difahami oleh
penyelidik lain.

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan
Bab ini mengemukakan perbincangan dapatan kajian, rumusan kajian, implikasi kajian,
sumbangan kajian, cadangan kerangka pembangunan teknousahawan di Malaysia, dan
cadangan kajian lanjutan. Perbincangan dapatan kajian mengandungi pengolahan
mengikut objektif kajian berasaskan teori-teori, model-model dan kajian-kajian
terdahulu. Bahagian implikasi kajian pula merangkumi huraian implikasi kajian ini dari
aspek teoritikal, praktikal dan kurikulum latihan kemahiran. Dari aspek sumbangan
kajian, perbincangan tertumpu kepada sumbangan dari sudut pembangunan
teknousahawan dan kurikulum TVET. Manakala bahagian cadangan kerangka baharu
pembangunan teknousahawan di Malaysia membincangkan elemen-elemen yang

352

sesuai untuk diterapkan dalam kerangka baharu pembangunan teknousahawan
berdasarkan dapatan empirikal kajian. Beberapa cadangan dikemukakan berdasarkan
hasil dapatan daripada kajian ini dan cadangan kajian lanjutan dari aspek metodologi
kajian, analisis kajian serta sampel kajian turut dikemukakan dan dibincangkan di
bahagian cadangan kajian lanjutan.

5.1 Perbincangan Dapatan Kajian

Bagi memudahkan perbincangan dapatan kajian yang dijalankan, penyelidik
menghuraikan mengikut subtopik berdasarkan persoalan kajian. Perbincangan hasil
dapatan kajian ini dihuraikan secara terperinci seperti berikut:

5.1.1 Pemikiran Inovatif Teknousahawan IKS Bumiputera

Persoalan Kajian Pertama:
Apakah pemikiran inovatif dalam kalangan teknousahawan IKS Bumiputera lepasan
pusat latihan kemahiran?

Persoalan kajian yang pertama adalah berkenaan dengan pemikiran inovatif
teknousahawan IKS Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran. Untuk menjawab
persoalan kajian ini, metodologi yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan
kualitatif digunakan untuk mengenalpasti pemikiran inovatif dalam kalangan
teknousahawan IKS Bumiputera. Pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal

353

selidik manakala kualitatif pula menggunakan protokol temu bual, pemerhatian,
verifikasi dokumen dan soalan terbuka. Perbincangan di bahagian ini, memfokuskan
kepada empat domain dalam konstruk pemikiran inovatif kajian ini iaitu (i) kemahiran
berfikir kritis, (ii) kemahiran menyelesai masalah, (iii) pemikiran strategik dan (iv)
inovasi. Secara umumnya, dapatan soal selidik menunjukkan teknousahawan yakin
mereka mempraktikkan pemikiran inovatif untuk menghadapi halangan, menyelesai
masalah serta meningkatkan daya saing. Secara khususnya, dapatan kuantitatif (soal
selidik) menunjukkan teknousahawan sangat yakin mereka memiliki kemahiran
berfikir untuk menyelesai masalah, halangan atau meningkatkan daya saing. Namun
teknousahawan kurang mengaplikasikan inovasi untuk menyelesai masalah,
menghadapi halangan atau meningkatkan daya saing syarikat. Selain daripada dapatan
kuantitatif, terdapat juga tema-tema yang muncul hasil daripada analisis data kualitatif.
Tema-tema tersebut akan dibincangkan dalam bahagian 5.1.1.5 (tema-tema yang
muncul berdasarkan dapatan kajian mengenai pemikiran inovatif).

5.1.1.1 Kemahiran Berfikir Kritis

Kemahiran berfikir kritis merupakan suatu kemahiran menggerakkan minda bagi
mencapai sesuatu tujuan (Nasruddin et al., 2012). Hasil dapatan kuantitatif (soal
selidik) kajian ini mendapati teknousahawan IKS Bumiputera memiliki kemahiran
berfikir kritis di mana kemahiran tersebut merupakan elemen yang perlu dan penting
dalam diri individu teknousahawan sebagai pemimpin dalam organisasi, pemikir yang
menggerakan organisasi ke arah kejayaan dan kestabilan perniagaan yang mampu
berdaya saing. Di samping juga, dapatan empirikal data kuantitatif menunjukkan

354

teknousahawan berminat dengan pendapat orang lain sebagai satu pencetus idea untuk
berfikir kritis. Dengan menggunakan kemahiran berfikir kritis peserta kajian mampu
mengaplikasikan kompetensi tersebut untuk mencari peluang baharu dalam perniagaan.
Dengan adanya kemahiran tersebut, responden mampu menjana idea baharu. Justeru
itu, kebolehan responden untuk mentafsir, menilai data, idea, dan kebolehan
mengumpul maklumat sokongan kepada idea-idea adalah sangat penting dalam
kemahiran berfikir kritis. Dapatan kualitatif yang menggunakan protokol temu bual
pula mendapati teknousahawan IKS Bumiputera menggunakan pelbagai kaedah untuk
memacu minda berfikir kritis seperti menenangkan fikiran, menjana idea
(brainstorming) melalui perbincangan, menggunakan pengalaman yang lepas,
mengaplikasikan kaedah spirituality, membaca buku, dan melayari internet. Dapatan
data kajian ini menunjukkan bahawa teknousahawan IKS Bumiputera perlu memiliki
kemahiran berfikir kritis untuk mencari penyelesaian yang terbaik terhadap sesuatu
permasalahan, mencari idea baharu, dan memikirkan inovasi yang perlu dilakukan
bertujuan mempertingkatkan mutu produk atau perkhidmatan.

Hasil kajian yang diperolehi juga menunjukkan bahawa kemahiran berfikir
kritis memerlukan rangsangan dari luar yang akan mengerakkan minda mereka agar
bertindakbalas terhadap rangsangan dari aspek mencari penyelesaian masalah atau idea
baharu yang bermanafaat kepada mereka untuk tujuan melakukan inovasi. Dapatan ini
menyokong hasil kajian penyelidik terdahulu bahawa proses berfikir kritis berlaku
kerana kewujudan rangsangan, khasnya semasa berlaku keraguan dan masalah yang
timbul serta tujuan berfikir kritis seseorang individu adalah mentafsir rangsangan
dengan membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang rasional terhadapnya
atau menyelesaikan masalah yang dihadapinya (Rosnanaini et al., 2011).

355

5.1.1.2 Kemahiran Menyelesai Masalah

Berdasarkan kerangka konseptual kajian, elemen kedua dalam pemikiran inovatif
adalah kemahiran menyelesai masalah. Apabila membincangkan kemahiran
menyelesai masalah terdapat tiga perkara penting yang wujud iaitu masalah,
penyelesaian masalah dan kaedah penyelesaian masalah (Polya, 1957; Krulik &
Rudnick, 1996; Azizi et al., 2005; Jeffrey, 2011). Dapatan kajian yang diperolehi
menerusi soal selidik menunjukkan usahawan yang dikaji yakin bahawa mereka
memiliki kemahiran menyelesai masalah di mana mereka menyelesaikan masalah
perniagaan secara berperingkat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan mencatat
setiap masalah tersebut serta penyelesaiannya sebagai rujukan di masa akan datang.
Responden juga menggunakan pengetahuan serta pengalaman mereka untuk
menyelesai dan menganalisis masalah perniagaan bertujuan untuk mengenalpasti
puncanya.

Dapatan soal selidik (kuantitatif) juga menunjukkan bahawa penyelesaian
masalah dalam konteks teknousahawan memerlukan proses dan langkah-langkah
tertentu. Ianya seiring dengan pendapat Shahat et al. (2013) iaitu penyelesaian sesuatu
masalah melibatkan beberapa peringkat seperti mengenal pasti serta merumuskan
masalah, mengaktifkan preknowledge yang berkaitan dengan masalah, menentukan
atau mewakili masalah, merumuskan keputusan yang dijangkakan, meneroka kaedah
penyelesaian masalah, melaksanakan proses penyelesaian yang dipilih, melihat semula
idea penyelesaian masalah dan membuat keputusan terakhir.

356

Manakala hasil dapatan temu bual pula mendapati peserta kajian menggunakan
pelbagai kaedah untuk mencari penyelesaian yang terbaik terhadap masalah perniagaan
yang dihadapi. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti melakukan perbincangan
bersama rakan-rakan perniagaan, pekerja bawahan, mentor dan mengaplikasikan
amalan spirituality seperti berdoa, solat dan membaca Al-Quran. Terdapat juga dalam
kalangan usahawan tekno yang menggunakan khidmat nasihat konsultan berbayar,
melayari laman sesawang dan melalui pembacaan sebagai kaedah untuk mencari jalan
menyelesaikan masalah. Langkah-langkah tersebut merupakan strategi peserta kajian
dalam mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Dapatan ini
memberi gambaran yang jelas bahawa seseorang usahawan tekno yang berjaya harus
mahir dan memiliki kemahiran menyelesai masalah agar setiap masalah serta rintangan
dapat diatasi dengan cepat dan langkah yang diambil adalah tepat.

Selain itu, hasil penemuan dalam kajian ini juga menunjukkan bahawa individu
usahawan tekno yang berjaya haruslah mempunyai hubungan (komunikasi) yang baik
dengan dengan pekerja, rakan-rakan niaga, pelanggan dan masyarakat sekelilingnya.
Dengan adanya hubungan yang baik dengan komuniti sekeliling, usahawan tersebut
dapat suntikan idea terutamanya ketika mereka mengalami kebuntuan idea, dan
masalah dalam perniagaan seperti yang dinyatakan oleh Kassim dan Fatimah (2010)
bahawa pada era abad ke-21 ini kemahiran berkomunikasi, inovasi, dan menyelesaikan
masalah yang menggunakan pelbagai kaedah adalah satu keperluan yang penting untuk
dimiliki oleh usahawan. Hasil kajian ini juga menyokong pendapat Razak (2007) dan
Scare (2002) yang menyatakan bahawa proses menyelesai masalah perlu dijalankan
mengikut langkah-langkah yang sesuai kerana ia adalah satu proses yang kompleks


Click to View FlipBook Version