457
keinginan menjadi teknousahawan, ciri-ciri dan kompetensi teknokeusahawanan, daya
tahan, modal perniagaan, perancangan perniagaan, pengetahuan, pendidikan,
pengalaman, latihan teknokeusahawanan, kemahiran vokasional, kemahiran ICT,
membina jaringan, asas perniagaan, penglibatan agensi kerajaan, keluarga dan juga
aspek kerohanian. Terdapat beberapa aspek baharu yang tidak termasuk dalam
kerangka konseptual kajian asal seperti keinginan menjadi teknousahawan, daya tahan,
modal kewangan, perancangan perniagaan, latihan teknokeusahawanan, kemahiran
vokasional, kemahiran ICT, membina jaringan, asas perniagaan, penglibatan agensi
kerajaan, dan juga aspek kerohanian.
Aspek-aspek tersebut merupakan hasil ekplorasi yang dilakukan terhadap
konstruk-konstruk pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi teknokeusahawanan
serta demografi yang terdapat dalam kerangka kajian menggunakan pelbagai instrumen
kajian seperti soal selidik, temu bual, pemerhatian dan verifikasi dokumen. Dalam
kerangka konseptual kajian yang asal, perbincangan tertumpu kepada aspek pemikiran
inovatif, ciri-ciri dan kompetensi teknokeusahawanan dan demografi teknousahawan.
Tetapi berbeza dalam cadangan kerangka baharu pembangunan pemikiran inovatif
teknousahawan di mana pemikiran inovatif, ciri-ciri serta kompetensi
teknokeusahawanan dan demografi hanya merupakan sebahagian kecil aspek yang
membentuk cadangan kerangka tersebut. Aspek pemikiran inovatif merupakan pra
syarat untuk seseorang individu menceburi bidang keusahawanan teknologi di samping
ciri-ciri serta kompetensi teknokeusahawanan wujud dalam elemen personaliti
teknousahawan cadangan kerangka yang baharu. Aspek demografi pula membentuk
elemen-elemen sokongan dalaman dan luaran cadangan kerangka baharu pembangunan
pemikiran inovatif teknousahawan. Perbezaan yang ketara antara kerangka konseptual
458
kajian dan cadangan kerangka baharu pembangunan teknousahawan adalah wujudnya
elemen jaringan dan inkubator di samping beberapa aspek lain. Adalah diharapkan
elemen-elemen yang dicadangkan dalam kerangka baharu pembangunan pemikiran
inovatif teknousahawan ini menjadi panduan kepada agensi-agensi yang terlibat dengan
program pembangunan usahawan khususnya teknousahawan.
Pihak yang terlibat dengan pengubalan kurikulum, penganjur kursus
pembangunan teknousahawan dan juga pengubal dasar boleh menggunakan dapatan
serta cadangan kerangka baharu pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan
kajian ini sebagai maklumat tambahan untuk memperkukuhkan kurikulum, program
serta dasar sedia ada. Dewasa ini, pembangunan usahawan bukan lagi sekadar
membangunkan minat dan pengetahuan yang berkaitan dengan teknokeusahawanan
tetapi juga seharusnya melibatkan pengetahuan teknikal, kemahiran vokasional serta
sikap terhadap teknokeusahawanan sendiri. Kurikulum yang melibatkan TVET
haruslah dimasukan elemen teknokeusahawanan sebagai nilai tambah agar lebih
bersifat holistik, mempunyai lebih kebolehpasaran dan matlamat serampang dua mata.
Dalam kajian ini, kerangka baharu pembangunan pemikiran inovatif
teknousahawan yang dicadangkan ini adalah berdasarkan data-data empirikal dan tema-
tema yang muncul dari kajian ini terdiri daripada elemen-elemen personaliti
teknousahawan, sokongan luaran dan dalaman, jaringan serta inkubator. Elemen
personaliti teknousahawan terdiri daripada aspek keinginan menjadi teknokeusahawan,
ciri-ciri serta kompetensi teknokeusahawanan, dan pemikiran inovatif, dan daya tahan.
459
Aspek-aspek tersebut perlu dimiliki oleh individu bakal teknousahawan sebagai
kekuatan dalaman untuk mereka mengharungi cabaran dan rintangan untuk berjaya
dalam perniagaan.
Aspek-aspek yang terdapat dalam elemen sokongan luaran dan dalaman pula
terdiri daripada pengetahuan teknikal, kemahiran vokasional, spirituality dan keluarga.
Aspek pengetahuan teknikal, kemahiran vokasional, spirituality dan keluarga
merupakan sokongan yang akan membantu bakal teknousahawan untuk mendepani
cabaran, halangan serta rintangan yang bakal ditempuhi apabila menceburi bidang
perniagaan berasaskan teknologi. Dari sudut jaringan, elemen ini terdiri daripada aspek-
aspek agensi kerajaan, mentor, jaringan bank atau agensi pinjaman, persatuan usahawan
serta rakan-rakan teknousahawan. Aspek-aspek yang terdapat dalam elemen jaringan
ini merupakan talian hayat kepada teknousahawan untuk mengembangkan perniagaan,
keluar dari kemelut permasalahan perniagaan ataupun sebagai medan untuk mereka
mencari sesuatu yang boleh membantu meningkatkan daya saing perniagaan.
Elemen yang terakhir dalam cadangan kerangka baharu pembangunan
pemikiran inovatif teknousahawan adalah inkubator. Elemen inkubator terdiri daripada
aspek-aspek modal perniagaan, perancangan perniagaan, latihan teknokeusahawanan,
kemahiran pemasaran, perakauanan, kemahiran ICT, pengurusan organisasi dan asas
perniagaan. Elemen inkubator dalam kerangka pembangunan teknousahawan yang
baharu ini berperanan sebagai inkubator dan juga One Stop Centre untuk
teknousahawan memperbaiki kelemahan atau menambah kemahiran yang perlu untuk
mereka mengembangkan perniagaan. Jadual 5.1 menunjukkan elemen yang terdapat
dalam kerangka konseptual kajian asal dan cadangan kerangka baharu pembangunan
460
pemikiran inovatif teknousahawan dan Rajah 5.1 menunjukkan kerangka cadangan
pembangunan pemikiran inovatif teknousahawan di Malaysia berdasarkan hasil
dapatan kajian ini.
Jadual 5.1
Elemen dalam Kerangka Konseptual Kajian Asal dan Cadangan Kerangka Baharu
Pembangunan Teknousahawan
Bil Elemen Dalam Kerangka Elemen Cadangan
Konseptual Kajian Yang Asal
Kerangka Baharu Pembangunan
Pemikiran Inovatif Teknousahawan
1 Demografi teknousahawan Personaliti Teknousahawan
• Latar Belakang Keluarga • Keinginan Menjadi Teknousahawan
• Latar Belakang Pendidikan • Ciri-Ciri Teknokeusahawanan
• Pengetahuan Teknikal • Kompetensi Teknokeusahawanan
• Sokongan • Pemikiran Inovatif
• Daya Tahan
2 Ciri-ciri Teknokeusahawan Sokongan Luaran Dan Dalaman
• Mengambil Risiko Yang Munasabah • Pengetahuan Teknikal
• Motivasi • Kemahiran Vokasional
• Mempunyai Matlamat • Spirituality
• Kecekalan • Keluarga
• Komitmen Kerja
• Suka Kepada Pembaharuan Jaringan
3 Kompetensi Teknokeusahawanan • Agensi Kerajaan
• Mentor
• Kompetensi Mencari Peluang • Jaringan Bank Dan Pinjaman
• Kompetensi Membina Jaringan • Persatuan Teknousahawan
• Kompetensi Kepimpinan • Rakan-rakan Teknousahawan
• Kompetensi Strategik
• Kompetensi Komitmen
• Kompetensi Mencari Idea Baharu
4 Pemikiran Inovatif Inkubator
• Kemahiran Berifikir Kritis • Modal Perniagaan
• Kemahiran Menyelesai Masalah • Perancangan Perniagaan
• Pemikiran Strategik • Pemikiran Inovatif
• Inovasi • Latihan Teknousahawan
• Kemahiran Pemasaran
• Perakaunan
• Kemahiran ICT
• Pengurusan Organisasi
• Asas Perniagaan
SOKONGAN PERSONALITI DAN K
DALAMAN DAN TEKNOUSAH
LUARAN • Keinginan Menjadi T
• Ciri-Ciri Teknokeusa
• Pengetahuan Teknikal • Kompetensi Teknoke
• Kemahiran Vokasional • Mempunyai Pemikira
• Spirituality
• Keluarga - Kemahiran Berfik
- Kemahiran Menye
- Pemikiran Strategi
- Inovasi
• Mempunyai Daya Ta
INKUBATO
• Perancangan Pernia
• Modal Perniagaan
• Latihan Teknokeusa
• Kemahiran Pemasar
• Perakaunan
• Kemahiran ICT
• Pengurusan Organis
• Asas Perniagaan
Rajah 5.1. Cadangan Kerangka Baharu Pembangunan Pemikiran
KOMPETENSI 461
HAWAN
JARINGAN
Teknousahawan • Agensi Kerajaan
ahawanan • Mentor
eusahawanan • Jaringan Bank & Agensi Pinjaman
an Inovatif • Persatuan Teknousahawan
kir Kritis • Rakan-Rakan Teknousahawan
elesai Masalah
ik
ahan
R 461
agaan
ahawanan
ran
sasi
Inovatif Teknousahawan Di Malaysia
462
5.5 Cadangan
Hasil dapatan empririkal kajian, penyelidik mencadangkan kepada pihak yang
berkenaan agar mengambil inisiatif untuk memperbaiki beberapa perkara seperti
pembangunan, penambahbaikan dan memperkasa teknousahawan di Malaysia. Antara
cadangan tersebut adalah seperti berikut:
(i) Data empirikal kajian menunjukkan aspek-aspek seperti peribadi, sokongan,
jaringan dan latihan keusahawanan penting kepada pembentukan pemikiran inovatif
teknousahawan berjaya. Oleh itu, dicadangkan agar pihak yang menjalankan program
pembangunan teknousahawan harus mengambil kira faktor-faktor seperti personaliti,
sokongan dalam dan luaran, jaringan serta inkubator sebagai teras latihan yang seragam
untuk semua agensi kerajaan.
(ii) Berdasarkan dapatan temu bual kajian ini, teknousahawan mencadangkan agar
diwujudkan inkubator khas untuk teknousahawan yang bebas daripada pengaruh
politik, fleksibel dari segi kemasukan (mengikut keperluan usahawan) dan berperanan
sebagai pusat maklumat. Dapatan kajian ini mendapati, dicadangkan elemen-elemen
seperti modal perniagaan, perancangan perniagaan, latihan teknokeusahawanan,
kemahiran pemasaran, kemahiran perakaunan, kemahiran digital, pengurusan
organisasi, dan asas perniagaan sebagai antara pengisian yang boleh dilaksanakan di
inkubator.
(iii) Selain mewujudkan inkubator, berdasarkan dapatan soalan terbuka
teknousahawan juga mencadangkan agar kerajaan mewujudkan program pementoran
463
dalam kalangan teknousahawan berjaya untuk membimbing usahawan baharu dalam
bidang teknologi. Di samping membimbing teknousahawan, mentor-mentor yang
terlibat dengan program tersebut akan menjadi role model kepada usahawan-usahawan
baharu untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburi.
(iv) Dapatan empirikal kajian (soalan terbuka) menunjukkan teknousahawan yang
dikaji menghadapi masalah untuk mendapatkan modal kewangan untuk tujuan
mengembangkan perniagaan. Dicadangkan pihak yang terlibat dengan pembangunan
teknousahawan mewujudkan skim khas pinjaman untuk usahawan baharu dalam
bidang teknologi dan akses kepada skim tersebut dipermudahkan.
(v) Selain dari menyediakan modal, program pementoran dan skim pinjaman khas,
berdasarkan kepada dapatan empirikal kajian dicadangkan agar pihak kerajaan
memberi pelepasan cukai pendapatan dan cukai barangan import untuk mesin atau
peralatan berteknologi tinggi dalam tempoh tertentu kepada teknousahawan yang
baharu memulakan perniagaan sebagai galakan.
(vi) Dapatan kajian ini juga mendapati tidak terdapat kurikulum khusus untuk
teknousahawan. Dicadangkan agar diwujudkan kurikulum khusus yang bersepadu
antara kurikulum keusahawanan dan pendidikan teknikal serta vokasional untuk
membangunkan teknousahawan berfokuskan kepada pemikiran inovatif, ciri-ciri dan
kompetensi teknokeusahawanan.
(vii) Berdasarkan kepada dapatan kajian, kebanyakan teknousahawan yang dikaji
tidak pernah mengikuti latihan keusahawanan. Dicadangkan agar pusat-pusat latihan
464
kemahiran memberi latihan keusahawanan sebelum pelatih menamatkan latihan
sebagai persediaan mereka untuk menceburi bidang teknousahawan.
(viii) Di samping mengadakan latihan keusahawanan, pusat-pusat latihan kemahiran
juga dicadang mewujudkan inkubator untuk tujuan memberi pendedahan, pengalaman
dan sebagai pusat untuk mengkomersialkan produk atau perkhidmatan yang
diinovasikan oleh pelatih dan pengajar.
(ix) Dapatan soalan terbuka menunjukkan bahawa kaedah pemberian insentif
berkesan sebagai galakan untuk mengaplikasikan pemikiran inovatif dalam pengurusan
perniagaan. Dicadangkan agar diwujudkan skim pemberian geran kepada
teknousahawan yang melakukan penciptaan pembaharuan atau penambahbaikan
secara komersial terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk tujuan
memberi galakan kepada mereka agar melakukan inovasi.
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan
Untuk tujuan kajian lanjutan, penyelidik mencadangkan beberapa aspek agar kerangka
pembangunan teknousahawan dalam kajian ini lebih komprehensif di masa akan
datang. Aspek-aspek tersebut adalah meliputi (i) metodologi, (ii) sampel kajian, dan
(iii) analisis kajian.
465
5.6.1 Metodologi kajian
Reka bentuk kajian asal menggunakan pendekatan kajian kes. Untuk kajian lanjutan
dicadangkan menggunakan pendekatan seperti Delphi untuk meneroka domain-domain
baharu yang sesuai dengan kehendak semasa. Melalui pendekatan Delphi, dapatan
baharu boleh digunakan untuk penambahbaik elemen-elemen yang terdapat dalam
cadangan kerangka baharu pembangunan teknousahawan.
5.6.2 Sampel kajian
Kajian yang dijalankan hanya melibatkan 32 orang peserta kajian. Dicadangkan agar
kajian lanjutan melibatkan bilangan peserta kajian yang lebih ramai dan dari pelbagai
cabang teknokeusahawanan yang berasaskan teknologi yang terkini agar dapatan kajian
boleh digeneralisasikan kepada semua teknousahawan yang ada di Malaysia.
5.6.3 Analisis kajian
Dalam kajian ini, analisis data yang digunakan adalah deskriptif, inferensi, dan
kualitatif. Untuk kajian lanjutan, dicadangkan agar mempelbagaikan penggunaan
analisis data seperti Persamaan Struktural Berseruktur (SEM), dan lain-lain analisis
agar data-data yang diperolehi boleh digunakan untuk membentuk model-model yang
lebih komprehensif serta menguji kerangka pembangunan teknousahawan yang
dihasilkan kelak.
469
RUJUKAN
Aamir Iqbal Umrani, Satirenjut Kaur Johl & Mohammad Yussoff Ibrahim. (2015).
Corporate governance practices and problems faced by SMEs in Malaysia.
Global Business and Management Research: An International Journal 7(2),
71-77.
Ab.Aziz Yusof & Zakaria Yusuf. (2004). Prinsip keusahawanan. Malaysia:
Prentice Hall.
Ab. Aziz Yusof & Ab. Latif. (1977). Technology development in small and
medium industries. Utara Management Review 1(2), 18-19.
Ab. Aziz Yusuf. (2000). Usahawan dan keusahawanan: Satu penilaian.
Kuala Lumpur: Prentice Hall.
Ab. Aziz Yusof. (2010). Usahawan dan keusahawanan. Kuala Lumpur: Scholar
Mind Publishing.
Abdullah Azhar, Annum Javaid, Mohsin Rehman & Asma Hyder. (2010).
Entrepreneurial intentions among business students in pakistan. Journal of
Business Systems, Governance and Ethics, 5(2), 13-21.
Adolph, L. Rothe, I, & Windel, A. (2016). German standardization roadmap:
Industry 4.0. Berlin: DIN e.V.
Abd.Rahman Ahmad. (2006). Pembangunan modal insan. Kuala Lumpur:
Human Resources Academy.
Abraham, S.E., Karns, L.A., Shaw K., & Mena, M.A. (2001). Managerial
competencies and managerial performance appraisal process. The Journal of
Managament Development, 20(9/10), 842-852.
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah pendidikan dan
kurikulum. Tanjung Malim, Perak: Quantum Books.
Abraham, Stan. (2005). Stretching strategic thinking: Strategy and leadership.
Business Source Complete database, 33(5), 5-12.
Abdul Rahman Aziz. (1977). Motivasi dan pembangunan diri. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Acs, Z.J. & Audretsch, D.B (1990). Small firms in the 1990s, in economics of
small firms: A European challenge. Netherlands: Kluwer Academic
Publishers.