d. Apakah reaksi anak/jagaan anda semasa menerima arahan tersebut?
e. Apakah aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk anak/jagaan anda?
i. Boleh ceritakan mengenai proses yang anda lalui untuk
mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang sesuai?
ii. Adakah pandangan anda dan anak/jagaan anda diperolehi
terlebih dahulu mengenai jenis-jenis aktiviti tersebut?
iii. Adakah anda merasakan jenis aktiviti sesuai dengan anak/jagaan
anda?
iv. Apakah tempoh yang ditetapkan untuk Program Intervensi?
v. Adakah anda merasakan tempoh untuk sesuai?
f. Adakah anda dan anak/jagaan anda telah dimaklumkan sepenuhnya
tentang tujuan Program Intervensi ini dan kesan-kesannya?
g. Adakah anda dan anak/jagaan anda telah diminta menandatangani
akujanji?
6. Boleh ceritakan pengalaman anda semasa melalui Program Intervensi?
a. Berapa kerap anak/jagaan anda perlu menghadiri aktiviti?
i. Adakah aktiviti dilakukan semasa cuti sekolah sahaja?
ii. Adakah anda diminta memastikan anak/jagaan anda menghadiri
aktiviti yang ditetapkan?
b. Adakah aktiviti dilaksanakan secara atas talian atau perjumpaan
bersemuka?
i. Sekiranya aktiviti dilakukan secara atas talian, adakah
anda/jagaan menghadapi sebarang kekangan?
ii. Sekiranya aktiviti dilakukan secara bersemuka, adakah anda
menghadapi sebarang kekangan?
c. Adakah anda dilibatkan secara langsung atau diberi apa-apa arahan
oleh pihak JKM?
d. Adakah Program Intervensi tamat mengikut kerangka masa yang telah
dipersetujui?
432
e. Apakah pendapat anda tentang pelaksanaan Program Intervensi yang
telah dijalani oleh anak/jagaan anda?
i. Adakah anda merasakan bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan
itu bermanfaat bagi anak/jagaan anda? Kenapa?
ii. Apakah aktiviti yang anda rasa paling bermanfaat antara yang
telah dilaksanakan? Kenapa?
iii. Adakah ruangan atau kemudahan yang disediakan oleh pihak
JKM, sama ada di atas talian ataupun secara bersemuka,
memadai?
iv. Apakah kekurangan yang anda rasa wujud semasa anak/jagaan
anda menjalani Program Intervensi?
f. Adakah pihak lain, seperti guru-guru (sekiranya bersekolah)
dimaklumkan mengenai penglibatan anak anda dalam Program
Intervensi?
E. PENGALAMAN SELEPAS PROGRAM INTERVENSI
7. Boleh anda ceritakan apa proses yang anda lalui selepas tamatnya Program
Intervensi?
8. Adakah ada sebarang sesi taklimat akhir dilaksanakan bersama anda,
anak/jagaan anda dan pihak JKM? Apakah yang dibincangkan semasa sesi
tersebut?
F. KESAN PROGRAM INTERVENSI
9. Adakah terdapat sebarang perubahan kepada anda, anak/jagaan anda atau
keluarga anda, sama ada positif atau sebaliknya, selepas Program Intervensi?
Bolehkah anda terangkan perubahan tersebut secara terperinci?
10. Adakah anak/jagaan anda mengulangi sebarang kesalahan sejak selesai
menjalani Program Intervensi?
433
G. PENDAPAT UMUM MENGENAI PROGRAM INTERVENSI
11. Adakah anda merasakan bahawa Program Intervensi ini wajar dilaksanakan
bagi kanak-kanak yang melakukan kesalahan? Kenapa?
12. Apakah antara aktiviti yang ada rasakan patut dimasukkan di bawah Program
Intervensi?
13. Apakah sebarang penambahbaikan yang anda boleh cadangkan bagi
pelaksanaan Program Intervensi?
14. Adakah anda merasakan bahawa ketua-ketua komuniti seperti guru, ketua
kampung/penghulu dan ketua agama wajar dimaklumkan dan dilibatkan dalam
melaksanakan Intervensi bagi kanak-kanak?
15. Pada pendapat anda, adakah suatu punca kuasa undang-undang khusus patut
diwujudkan bagi melaksanakan Diversion?
16. Pada pendapat anda, apakah jenis kesalahan yang layak untuk Diversion?
H. PENDAPAT UMUM TENTANG KANAK-KANAK BERKONFLIK DENGAN
UNDANG-UNDANG
17. Pada pendapat anda, apakah faktor yang mendorong kanak-kanak untuk
membuat kesalahan?
18. Apakah langkah-langkah yang wajar diambil apabila kanak-kanak melakukan
kesalahan (tentunya bergantung kepada jenis kesalahan)?
19. Pada pendapat anda, siapakah yang mempunyai pengaruh yang paling besar
di dalam kehidupan seorang kanak-kanak? (ibu/bapa/guru/guru agama/adik-
beradik/ keluarga luas/ rakan sebaya)?
20. Pada pendapat anda, apakah jenis kesalahan yang layak untuk Diversion?
434
LAMPIRAN 9: PROTOKOL TEMU BUAL BERSAMA BEKAS MAJISTRET,
MAHKAMAH KANAK-KANAK
A. PEMERHATIAN UMUM
1. Adakah anda percaya bahawa terdapat permasalahan di dalam sistem
keadilan kanak-kanak secara konvensional?
2. Adakah anda percaya bahawa sistem keadilan kanak-kanak secara
konvensional berkesan di dalam melaksanakan pemulihan di antara kanak-
kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang?
3. Umumnya, berapa lama tempoh masa yang diambil untuk menutup kes di
Mahkamah Kanak-Kanak?
a. Adakah kanak-kanak berada di dalam tahanan dalam masa ini?
4. Adakah anda percaya bahawa sistem keadilan kanak-kanak secara
konvensional menggalakkan terjadinya stigma kepada kanak-kanak?
5. Mengikut pemerhatian anda, adakah kanak-kanak yang melalui sistem
keadilan secara konvensional sering mengulang kesalahan?
C. PERSEPSI DAN PENERIMAN TERHADAP MENGENAI DIVERSION
6. Apakah pendapat anda mengenai Diversion terhadap kanak-kanak?
a. Adakah anda berpendapat bahawa Diversion adalah pendekatan yang
berkesan di dalam sistem keadilan kanak-kanak? Mengapa?
b. Adakah anda berpendapat bahawa Diversion mampu menurunkan
kadar pengulangan kesalahan semula?
i. Adakah anda berpendapat bahawa Diversion mampu
membuahkan penyesalan dan pemulihan di kalangan kanak-
kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang?
435
ii. Adakah anda berpendapat bahawa proses keadilan kanak-kanak
secara konvensional boleh dipertingkatkan dengan pengenalan
kepada Diversion? Kenapa?
c. Adakah anda mempercayai bahawa amaran adalah memadai bagi
mengendalikan kes-kes melibatkan kanak-kanak yang tertentu?
i. Apakah jenis-jenis kes yang anda berpendapat sebagai wajar
untuk diberikan amaran? Kenapa?
ii. Siapa yang wajar diberi budibicara bagi memberikan amaran-
amaran (ketua-ketua kampung, anggota/pegawai
polis/pendakwaraya/Pegawai Akhlak)? Kenapa?
iii. Pada tahap manakah di dalam sistem keadilan kanak-kanak
amaran wajar diberikan?
iv. Adakah anda berpendapat bahawa pengakuan kanak-kanak
perlu ada sebelum mereka tertakluk kepada amaran-amaran?
d. Adakah anda percaya bahawa program-program alternatif wajar
diperkenalkan bagi mengendalikan kes-kes melibatkan kanak-kanak?
i. Apakah jenis program-program wajar diadakan? Kenapa?
ii. Siapakah yang wajar untuk megendalikan program-program
tersebut?
iii. Apakah jenis-jenis kes yang patut dijadikan sasaran program-
program ini?
iv. Pada tahap manakah di dalam sistem keadilan kanak-kanak
program-program alternatif ini wajar diarahkan terhadap kanak-
kanak?
v. Adakah anda berpendapat bahawa pengakuan kanak-kanak
perlu ada sebelum mereka diarahkan ke program-program ini?
7. Adakah anda berpendapat pengenalan peruntukan undang-undang khusus
tentang Diversion merupakan suatu keperluan?
436
8. Apakah langkah-langkah yang wajar diambil bagi membantu meningkatkan
keberkesanan Diversion secara umum di Malaysia?
a. Wajarkah golongan komuniti secara umum, termasuk guru-guru,
dilibatkan bgi memastikan keberkesanan? Bagaimana sewajarnya?
b. Apakah kemudahan logistik yang anda rasakan wajar ada bagi
membantu pelaksanaan?
9. Pada pendapat anda, bagaimanakah reaksi orang ramai terhadap Diversion?
10. Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran bagi melaksanakan Diversion
di Malaysia?
437
LAMPIRAN 10: PROTOKOL TEMU BUAL INFORMAN UTAMA BERSAMA BEKAS
PENGETUA, SEKOLAH TUNAS BAKTI
A. PEMERHATIAN UMUM
1. Adakah anda percaya bahawa terdapat permasalahan di dalam sistem
keadilan kanak-kanak secara konvensional?
2. Adakah anda percaya bahawa sistem keadilan kanak-kanak secara
konvensional berkesan di dalam melaksanakan pemulihan di antara pesalah-
pesalah?
3. Adakah anda percaya bahawa sistem keadilan kanak-kanak secara
konvensional menggalakkan stigma terhadap kanak-kanak?
4. Berdasarkan kepada pemerhatian anda, adakah kanak-kanak yang melalui
sistem keadilan secara konvensional sering menjadi mengulangi salahlaku?
5. Berdasarkan pengalaman anda, apakah latarbelakang demografi secara
umum kanak-kanak yang lazim mempunyai konflik dengan undang-undang?
B. PERSEPSI MENGENAI DIVERSION & KESEDIAAN
6. Apakah pendapat anda mengenai Diversion terhadap kanak-kanak?
a. Adakah anda berpendapat bahawa Diversion adalah pendekatan yang
berkesan di dalam sistem keadilan kanak-kanak? Kenapa?
i. Adakah anda berpendapat bahawa Diversion mampu
menurunkan kadar pengulangan kesalahan semula?
ii. Adakah anda berpendapat bahawa Diversion mampu
membuahkan penyesalan dan pemulihan dalam kalangan kanak-
kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang?
438
iii. Adakah anda berpendapat bahawa proses keadilan kanak-kanak
secara konvensional boleh dipertingkatkan dengan pengenalan
kepada Diversion? Kenapa?
b. Adakah anda mempercayai bahawa amaran adalah memadai bagi
mengendalikan kes-kes melibatkan kanak-kanak yang tertentu?
i. Apakah jenis-jenis kes yang anda berpendapat sebagai wajar
untuk diberikan amaran? Kenapa?
ii. Siapa yang wajar diberi budi bicara bagi memberikan amaran-
amaran (ketua-ketua kampung, anggota/pegawai
polis/pendakwaraya/Pegawai Akhlak)? Kenapa?
iii. Pada tahap manakah di dalam sistem keadilan kanak-kanak
amaran wajar diberikan?
iv. Adakah anda berpendapat kanak-kanak perlu mengaku
sebelum mereka tertakluk kepada amaran-amaran?
c. Adakah anda percaya bahawa program-Program Intervensi yang sedia
ada cukup untuk mengendalikan kes-kes melibatkan kanak-kanak?
Kenapa?
i. Apakah jenis program-program yang wajar diadakan? Kenapa?
ii. Siapakah yang wajar untuk mengendalikan program-program
tersebut?
iii. Apakah jenis-jenis kes yang patut dijadikan sasaran program-
program ini?
iv. Pada tahap manakah di dalam sistem keadilan kanak-kanak
program-program alternatif ini wajar diarahkan terhadap kanak-
kanak? Adakah mahkamah patut dilibatkan pada apa-apa
tahap?
439
v. Adakah anda berpendapat bahawa kanak-kanak perlu
mengaku sebelum mereka diarahkan ke program-program ini?
7. Pada pendapat anda, adakah peruntukan undang-undang khusus tentang
Diversion perlu diperkenalkan?
8. Apakah langkah-langkah yang wajar diambil bagi membantu meningkatkan
keberkesanan Diversion secara umum di Malaysia?
a. Wajarkah golongan komuniti secara umum, termasuk guru-guru,
dilibatkan bagi memastikan keberkesanannya? Bagaimana
sewajarnya?
b. Apakah kemudahan logistik yang anda rasakan wajar ada bagi
membantu pelaksanaan?
9. Pada pendapat anda, apakah reaksi orang ramai terhadap Diversion?
10. Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran bagi melaksanakan Diversion
di Malaysia?
440
LAMPIRAN 11: PROTOKOL PERBINCANGAN KUMPULAN BERFOKUS
BERSAMA PENGHULU & WAKIL-WAKIL MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI
KAMPUNG
A. PEMERHATIAN & AMALAN
1. Adakah anda pernah menerima laporan tentang kanak-kanak yang melakukan
kesalahan undang-undang?
a. Bagaimana anda mengendalikan kes tersebut?
i. Adakah anda terus melaporkan kepada pihak berkuasa?
ii. Adakah anda mengambil langkah-langkah sendiri seperti
memberi amaran atau kaunseling/nasihat kepada kanak-kanak
dan keluarga mereka?
b. Apakah pertimbangan anda semasa merancang sama ada untuk
merujuk kes kepada pihak berkuasa atau untuk mengendalikan kes
secara sendiri?
2. Adakah anda kenal mana-mana kanak-kanak di dalam komuniti anda yang
terlibat dalam Projek Rintis Diversion?
a. Adakah mereka mengulangi kesalahan? Kenapa?
b. Adakah mereka menyesal melakukan kesalahan? Kenapa?
3. Adakah ada kenal mana-mana kanak-kanak di dalam komuniti anda yang
pernah melalui proses keadilan jenayah yang biasa?
a. Adakah mereka mengulangi kesalahan? Kenapa?
b. Adakah mereka menyesal melakukan kesalahan? Kenapa?
441
B. PANDANGAN & PENERIMAAN
4. Apakah pendapat anda tentang Diversion?
a. Adakah anda merasakan Diversion merupakan satu langkah baik untuk
mengendalikan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-
undang?
b. Adakah anda merasakan bahawa Diversion boleh mengurangkan
bilangan kes kesalahan berulang?
c. Adakah anda merasakan Diversion boleh memupuk rasa menyesal
dalam kalangan mereka?
d. Adakah anda merasakan Diversion dapat menambahbaik proses
keadilan kanak-kanak yang seadanya?
5. Adakah anda merasakan Diversion wajar dilaksanakan untuk kanak-kanak
yang mempunyai konflik dengan undang-undang?
6. Apakah pendapat anda tentang Amaran Polis?
a. Adakah skop kesalahan bersesuaian?
b. Adakah Amaran Polis sesuai untuk mengendalikan kanak-kanak yang
melaukan kesalahan tersebut?
c. Adakah anda ada sebarang cadangan untuk menambahbaik Amaran
Polis?
7. Apakah pendapat anda tentang Amaran Keras?
a. Adakah skop kesalahan bersesuaian?
b. Adakah Amaran Keras sesuai untuk mengendalikan kanak-kanak yang
melaukan kesalahan tersebut?
c. Adakah anda ada sebarang cadangan untuk menambahbaik Amaran
Keras?
442
8. Apakah pendapat anda tentang Program Intervensi?
a. Adakah skop kesalahan bersesuaian?
b. Adakah Program Intervensi sesuai untuk mengendalikan kanak-kanak
yang melaukan kesalahan tersebut?
c. Adakah program-program yang dilaksanakan di bawah Program
Intervensi bersesuaian?
i. Apakah aktiviti lain yang anda rasakan bersesuaian?
d. Adakah tempoh masa pelaksanaan program bersesuaian?
e. Adakah anda ada sebarang cadangan untuk menambahbaik Program
Intervensi?
9. Adakah sebuah peruntukan undang-undang spesifik perlu diwujudkan untuk
pelaksanaan Diversion?
10. Dalam pendapat anda, apakah yang dapat dilakukan untuk melaksanakan
Diversion secara berkesan di Malaysia?
11. Dalam pendapat anda, adakah komuniti harus terlibat dalam Diversion?
Bagaimanakah mereka harus dilibatkan?
12. Dalam pendapat anda, apakah akan menjadi reaksi orang ramai tentang
Diversion?
13. Dalam pendapat anda, apakah halangan-halangan untuk melaksanakan
Diversion?
443
LAMPIRAN 12: PROTOKOL PERBINCANGAN KUMPULAN BERFOKUS
BERSAMA GURU-GURU
A. PEMERHATIAN DAN AMALAN
1. Pernahkan kesalahan undang-undang melibatkan kanak-kanak yang
mempunyai konflik dengan undang-undang dilaporkan kepada anda?
a. Bagaimana anda mengendalikan kes tersebut?
i. Adakah anda terus melaporkan kes tersebut kepada pihak
berkuasa?
ii. Adakah anda mengambil langkah-langkah sendiri, termasuk
memberi amaran atau kaunseling kepada kanak-kanak yang
terlibat atau keluarga mereka?
b. Bagaimana anda memilih untuk sama ada merujuk kes kepada pihak
berkuasa atau untuk mengambil langkah-langkah lain?
2. Adakah anda kenal mana-mana pelajar di sekolah anda yang pernah melalui
Projek Rintis Diversion, sama ada Amaran Polis, Amaran Keras atau Program
Intervensi?
a. Adakah mereka mengulangi kesalahan? Kenapa?
b. Adakah anda percaya bahawa mereka telah membentuk perasaan insaf
terhadap kesalahan yang telah dilakukan dan telah berubah? Kenapa?
3. Adakah anda kenal mana-mana pelajar di sekolah anda yang telah melalui
sistem keadilan kanak-kanak yang biasa?
a. Adakah mereka mengulangi kesalahan? Kenapa?
b. Adakah anda percaya bahawa mereka telah membentuk perasaan insaf
terhadap kesalahan yang telah dilakukan dan telah berubah? Kenapa?
B. PERSEPSI DAN KESEDIAAN
4. Apakah pendapat anda tentang Diversion kanak-kanak?
444
a. Adakah anda berpendapat bahawa Diversion merupakan mod keadilan
kanak-kanak yang berkesan? Kenapa?
b. Adakah anda percaya bahawa Diversion dapat mengurangkan kadar
pengulangan kesalahan dalam kalangan kanak-kanak?
c. Adakah anda berpendapat bahawa Diversion dapat memupuk rasa insaf
dan perubahan dalam kalangan kanak-kanak?
d. Adakah anda merasakan proses-proses dalam sistem keadilan kanak-
kanak yang biasa dapat ditambahbaik melalui pengenalan Diversion?
Kenapa?
5. Adakah anda percaya bahawa amaran cukup untuk mengendalikan kes-kes
melibatkan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang?
a. Apa jenis kes yang anda percaya patut diberikan amaran?
b. Dalam pendapat anda, apakah pihak yang patut diberi budi bicara untuk
memberi amaran (ketua kampung, polis, TPR, Pegawai Akhlak dll?)
Kenapa?
6. Adakah anda percaya bahawa program-program alternatif patut diperkenalkan
untuk mengendalikan kes-kes melibatkan kanak-kanak yang mempunyai
konflik dengan undang-undang?
a. Dalam pendapat anda, apakah jenis program yang patut diperkenalkan?
Kenapa?
b. Apakah sifat kes yang patut diletakkan di bawah program alternatif?
7. Dalam pendapat anda, adakah peruntukan undang-undang spesifik mengenai
Diversion satu keperluan?
8. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menambahbaikkan
keberkesanan Diversion di Malaysia?
9. Adakah komuniti patut dilibatkan untuk menambahbaikkan Diversion?
Bagaimana?
445
10. Dalam pendapat anda, apakah reaksi masyarakat awam terhadap Diversion?
11. Dalam pendapat anda, apakah cabaran untuk melaksanakan Diversion di
Malaysia?
446
LAMPIRAN 13: PROTOKOL PERBINCANGAN KUMPULAN BERFOKUS
BERSAMA WAKIL-WAKIL MAJLIS PERWAKILAN KANAK-KANAK
A. PENDAPAT UMUM TENTANG KANAK-KANAK BERKONFLIK DENGAN
UNDANG-UNDANG
1. Pada pendapat anda, apakah faktor yang mendorong kanak-kanak untuk
membuat kesalahan?
2. Apakah langkah-langkah yang wajar diambil apabila kanak-kanak melakukan
kesalahan (tentunya bergantung kepada jenis kesalahan)?
a. Adakah tindakan mahkamah wajar untuk kesemua jenis kesalahan yang
dilakukan kanak-kanak?
b. Jika tidak, apakah tindakan yang patut diambil?
3. Pada pendapat anda, siapakah yang mempunyai pengaruh yang paling besar
di dalam kehidupan seorang kanak-kanak? (ibu/bapa/guru/guru agama/adik-
beradik/ keluarga luas/ rakan sebaya)
B. PENDAPAT UMUM TENTANG DIVERSION
Diversion merupakan sebuah langkah alternatif untuk mengendalikan kanak-kanak
yang mempunyai konflik dengan undang-undang. Tujuan Diversion adalah untuk
melencongkan kanak-kanak daripada melalui proses mahkamah dan tahanan di
institusi-institusi tahanan kanak-kanak. Antara program Diversion yang dilaksanakan
di bawah Projek Rintis Diversion adalah Amaran Polis, Amaran Keras dan Program
Intervensi.
Amaran Polis diberikan untuk kes-kes melibatkan kanak-kanak yang melakukan
kesalahan seperti memandu tanpa lesen, tidak memakai topi atau tali pinggang
keledar atau gagal mengemukakan kad pengenalan. Amaran diberi secara lisan dan
sebuah borang Amaran diberikan kepada polis, dan salinan diposkan kepada ibu
bapa/penjaga.
447
Amaran Keras diberikan untuk kes-kes sama dengan Amaran Polis di mana ada
laporan polis dibuat, dan juga kes-kes yang lebih berat (dihukum dengan penjara
kurang 14 tahun dan rogol statutori di mana tiada unsur kesalahan). Amaran diberi
oleh pihak polis dengan kehadiran ibu bapa/penjaga. Mereka difahamkan bahawa
kanak-kanak tersebut tidak mengulangi kesalahan dan kesan sekiranya mereka
mengulanginya, termasuk dakwaan di Mahkamah. Borang Amaran akan dikeluarkan
kepada kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga.
Program Intervensi dilaksanakan untuk kes-kes sama dengan Amaran Keras, tetapi
untuk kanak-kanak yang dirasakan lebih mendapat manfaat daripada melalui program
seperti permohonan maaf, program pemulihan seperti kaunseling, program dalam
komuniti seperti kerja-kerja amal dan program membina kapasiti seperti kelas
kemahiran. Ibu bapa/penjaga diminta hadir dan membantu anak-anak mereka dalam
menjalani program ini, yang dilaksanakan dalam untuk tempoh 6 bulan. Ibu
bapa/penjaga dan kanak-kanak menandatangani akujanji untuk menturuti program.
Program ini dilaksanakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekiranya kanak-
kanak gagal untuk menturuti program seperti dirancang, kanak-kanak akan didakwa
di Mahkamah untuk kesalahan yang dilakukannya.
4. Adakah anda merasakan Diversion wajar dilaksanakan untuk kanak-kanak
yang mempunyai konflik dengan undang-undang?
5. Apakah pendapat anda tentang Amaran Polis?
a. Adakah skop kesalahan bersesuaian?
b. Adakah Amaran Polis sesuai untuk mengendalikan kanak-kanak yang
melaukan kesalahan tersebut?
c. Adakah anda ada sebarang cadangan untuk menambahbaik Amaran
Polis?
448
6. Apakah pendapat anda tentang Amaran Keras?
a. Adakah skop kesalahan bersesuaian?
b. Adakah Amaran Keras sesuai untuk mengendalikan kanak-kanak yang
melaukan kesalahan tersebut?
c. Adakah anda ada sebarang cadangan untuk menambahbaik Amaran
Keras?
7. Apakah pendapat anda tentang Program Intervensi?
a. Adakah skop kesalahan bersesuaian?
b. Adakah Program Intervensi sesuai untuk mengendalikan kanak-kanak
yang melaukan kesalahan tersebut?
c. Adakah program-program yang dilaksanakan di bawah Program
Intervensi bersesuaian?
ii. Apakah aktiviti lain yang anda rasakan bersesuaian?
d. Adakah tempoh masa pelaksanaan program bersesuaian?
e. Adakah anda ada sebarang cadangan untuk menambahbaik Amaran
Keras?
449
LAMPIRAN 14: PROTOKOL TEMU BUAL BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI POLIS
DIRAJA MALAYSIA
A. PEMERHATIAN UMUM
1. Adakah anda percaya bahawa terdapat permasalahan di dalam sistem
keadilan kanak-kanak secara konvensional?
2. Adakah anda percaya bahawa sistem keadilan kanak-kanak secara
konvensional berkesan di dalam pemulihana di antara pesalah-pesalah?
3. Adakah anda percaya bahawa sistem keadilan kanak-kanak secara
konvensional menggalakkan stigma terhadap kanak-kanak?
4. Berdasarkan kepada pemerhatian anda, adakah kanak-kanak yang melalui
sistem keadilan secara konvensional mengulangi salahlaku?
5. Berdasarkan pengalaman anda, apakah latarbelakang demografi secara
umum kanak-kanak yang lazim mempunyai konflik dengan undang-undang?
B. SOALAN-SOALAN BERDASARKAN DAPATAN KAJIAN DI LAPANGAN
I. POLICE WARNING
6. Apakah pendapat Tuan/Puan mengenai sistem saman yang terpakai terhadap
kelima-lima jenis kesalahan yang kini boleh diberikan Amaran Polis?
7. Adakah Tuan/Puan bersetuju dengan skop kelima-lima kesalahan yang
tergolong layak untuk diberi Amaran Polis? Adakah wajar ditambah atau
dikurangkan?
8. Adakah terdapat cukup pegawai/anggota di lapangan bagi menjalankan
pemberian Amaran Polis?
450
9. Terdapat cadangan daripada pegawai di lapangan bahawa terdapat keperluan
bagi Aplikasi Khas untuk tujuan perekodan dan pemantauan kes-kes yang
diberi Amaran Polis. Adakah Tuan/Puan bersetuju?
i. Ya / Tidak
ii. Alasan
iii. Adakah Aplikasi Khas ini dapat diadakan oleh pihak PDRM?
iv. Apakah peruntukan yang diperlukan untuk mewujudkan
Aplikasi tersebut? (Sebagai contoh: dari segi kewangan atau
keperluan mewujudkan sebuah Pasukan Khas bagi
membangunkan dan/atau menguruskan Aplikasiatau keperluan-
keperluan lain?)
v. Apakah jangkaan tempoh masa yang diperlukan
memandangkan terdapat perancangan untuk meluaskan
program Diversion ke seluruh negara sebelum tamat tempoh
pelaksanaan Projek Rintis?
II. AMARAN KERAS & PROGRAM INTERVENSI
10. Adakah Tuan/Puan bersetuju dengan skop kesalahan-kesalahan yang
tergolong di dalam kelayakan bagi pertimbangan untuk Diversion? Adakah
wajar ditambah atau dikurangkan?
11. Adakah pegawai mencukupi untuk menjalankan proses penugasan bagi
Diversion?
12. Apakah permasalahan yang ketara dialami pegawai di dalam penugasan bagi
Diversion?
451
13. Menurut pegawai-pegawai di lapangan, penugasan Diversion menjejaskan
moral mereka kerana mereka tidak mencapai kepuasan di dalam penugasan
yang selama ini meletakkan kejayaan/penamatan sesuatu kes yang disiasat
adalah apabila ianya dituduh di mahkamah. Pada mereka, Diversion tidak
membuahkan suatu closure bagi kes yang disiasat sedangkan kerja-kerja
penyiasatan sudah dibuat. Pandangan ini juga berkait rapat dengan sistem
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang meletakkan penuduhan kes di mahkamah
sebagai satu petunjuk penugasan. Apa pndapat Tuan/Puan berkenaan dengan
pandangan ini?
14. Bagi mencapai kelangsungan program Diversion yang jelas diperkenalkan
untuk memberi kanak-kanak peluang kedua, adakah sistem Putunjuk Prestasi
Utama ini boleh diubah khusus bagi kanak-kanak yang mempunyai konflik
dengan undang-undang?
15. Terdapat juga cadangan bagi mengadakan Sistem Pendataan Bersepadu
secara digital bagi melicinkan proses penugasan Program Diversion yang pada
masa ini dilakukan secara kendiri/manual lantas membuang masa dan tenaga
pegawai-pegawai penyiasat.
a. Apa pendapat Tuan/Puan tentang perkara ini?
b. Adakah Sistem Pendataan Bersepadu ini dapat diadakan oleh pihak
PDRM?
c. Sekira jawapan adalah ya, apakah jangkaan tempoh masa yang
diperlukan memandangkan terdapat perancangan untuk meluaskan
program Diversion ke seluruh negara sebelum tamat tempoh
pelaksanaan Projek Rintis?
d. Apakah peruntukan yang diperlukan untuk mewujudkan sistem ini?
(Sebagai contoh: dari segi kewangan atau keperluan mewujudkan
sebuah Pasukan Khas bagi membangunkan dan/atau menguruskan
Sistem Pendataan Bersepadu ini atau keperluan-keperluan lain?)
16. Selepas kanak-kanak ditangkap, terdapat cadangan dari lapangan bahawa
perlu diadakan tempat menunggu yang mesra kanak-kanak di balai kerana
452
pegawai merasakan tidak sesuai kanak-kanak diletakkan di lokap sementara
menantikan ibubapa atau penjaga mereka datang ke balai.
a. Apa pendapat Tuan/Puan tentang perkara ini?
b. Adakah ruangan khas ini boleh diwujudkan?
c. Sekira jawapan adalah ya, apakah jangkaan tempoh masa yang
diperlukan memandangkan terdapat perancangan untuk meluaskan
program Diversion ke seluruh negara sebelum tamat tempoh
pelaksanaan Projek Rintis?
Apakah peruntukan yang diperlukan untuk menubuhkan sistem ini? (Sebagai contoh:
dari segi kewangan atau keperluan-keperluan lain)
C. PERSEPSI UMUM MENGENAI DIVERSION & KESEDIAAN
17. Apakah pendapat anda mengenai Diversion terhadap kanak-kanak?
a. Adakah anda berpendapat bahawa Diversion adalah pendekatan yang
berkesan di dalam sistem keadilan kanak-kanak? Kenapa?
i. Adakah anda berpendapat bahawa Diversion mampu
menurunkan kadar pengulangan kesalahan semula?
ii. Adakah anda berpendapat bahawa Diversion mampu
membuahkan penyesalan dan pemulihan dalam kalangan kanak-
kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang?
iii. Adakah anda berpendapat bahawa proses keadilan kanak-kanak
secara konvensional boleh dipertingkatkan dengan pengenalan
kepada Diversion? Kenapa?
b. Adakah anda mempercayai bahawa amaran adalah memadai bagi
mengendalikan kes-kes melibatkan kanak-kanak yang tertentu?
453
i. Apakah jenis-jenis kes yang anda berpendapat sebagai wajar
untuk diberikan amaran? Kenapa?
ii. Siapa yang wajar diberi budi bicara bagi memberikan amaran-
amaran (ketua-ketua kampung, anggota/pegawai
polis/pendakwaraya/Pegawai Akhlak)? Kenapa?
iii. Pada tahap manakah di dalam sistem keadilan kanak-kanak
amaran wajar diberikan?
iv. Adakah anda berpendapat kanak-kanak perlu mengaku
sebelum mereka tertakluk kepada amaran-amaran?
c. Adakah anda percaya bahawa program-Program Intervensi yang sedia
ada cukup untuk mengendalikan kes-kes melibatkan kanak-kanak?
Kenapa?
i. Apakah jenis program-program yang wajar diadakan? Kenapa?
ii. Siapakah yang wajar untuk mengendalikan program-program
tersebut?
iii. Apakah jenis-jenis kes yang patut dijadikan sasaran program-
program ini?
iv. Pada tahap manakah di dalam sistem keadilan kanak-kanak
program-program alternatif ini wajar diarahkan terhadap kanak-
kanak? Adakah mahkamah patut dilibatkan pada mana-mana
tahap?
v. Adakah anda berpendapat bahawa kanak-kanak perlu
mengaku sebelum mereka diarahkan ke program-program ini?
12. Terdapat negara-negara seperti England dan Australia di mana terdapat
pasukan polis khas yang mengendalikan kes kanak-kanak yang mempunyai
konflik dengan undang-undang secara khusus. Pada pendapat pendapat
Tuan/Puan, adakah terdapat kemungkinan bagi pasukan khas polis diwujudkan
bagi tujuan ini?
454
13. Pada pendapat anda, adakah peruntukan undang-undang khusus tentang
Diversion perlu diperkenalkan?
14. Apakah langkah-langkah yang wajar diambil bagi membantu meningkatkan
keberkesanan Diversion secara umum di Malaysia?
a. Wajarkah golongan komuniti secara umum, termasuk guru-guru,
dilibatkan bagi memastikan keberkesanannya? Bagaimana
sewajarnya?
b. Apakah kemudahan logistik yang anda rasakan wajar ada bagi
membantu pelaksanaan?
15. Pada pendapat anda, apakah reaksi orang ramai terhadap Diversion?
16. Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran bagi melaksanakan Diversion
di Malaysia?
455
LAMPIRAN 15: JADUAL KERJA-KERJA LAPANGAN YANG DILAKUKAN PIHAK
PERUNDING
BIL. TARIKH AKTIVITI KAJIAN DI LAPANGAN
1 30 Mac 2021
2 31 Mac 2021 • Temu bual bersama Timbalan Pendakwa Raya, Seremban.
3 6 April 2021 • Perbincangan kumpulan berfokus bersama pegawai/anggota polis,
4 7 April 2021
5 12 April 2021 Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.
6 13 April 2021
7 15 April 2021 • Perbincangan kumpulan berfokus bersama pegawai/anggota polis,
8 16 April 2021 Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.
9 19 April 2021
10 3 Mei 2021 • Perbincangan kumpulan berfokus bersama pegawai/anggota polis,
11 25 Jun 2021 Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.
12 6 Julai 2021 • Temu bual bersama Timbalan Pendakwa Raya, Port Dickson.
13 11 Julai 2021 • Temu bual bersama Ketua Unit, Unit Pendakwaan Jenayah Seksual
& Keganasan Domestik, Pejabat Peguam Negara.
• Temu bual bersama Timbalan Ketua Unit, Unit Pendakwaan Jenayah
Seksual & Keganasan Domestik, Pejabat Peguam Negara.
• Perbincangan kumpulan berfokus bersama pegawai/anggota polis,
Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.
• Perbincangan kumpulan berfokus bersama Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung Sepang.
• Temu bual bersama Pegawai Akhlak, Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Sepang.
• Temu bual bersama Pegawai Akhlak, Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Port Dickson.
• Temu bual bersama Timbalan Pendakwa Raya, Shah Alam.
• Temu bual bersama Pegawai Akhlak, Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Seremban.
• Perbincangan kumpulan berfokus bersama Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung Port Dickson.
• Temu bual bersama kanak-kanak yang telah melalui Program
Intervensi (Sepang).
• Temu bual bersama ibu kanak-kanak yang telah melalui Program
Intervensi (Sepang).
• Temu bual bersama kanak-kanak yang telah melalui Program
Intervensi (Sepang).
• Temu bual bersama ibu kanak-kanak yang telah melalui Program
Intervensi (Sepang).
456
BIL. TARIKH AKTIVITI KAJIAN DI LAPANGAN
14 17 Julai 2021 • Temu bual bersama kanak-kanak yang telah melalui Program
Intervensi (Port Dickson).
15 18 Julai 2021
16 24 Julai 2021 • Temu bual bersama ibu kanak-kanak yang telah melalui Program
17 27 Julai 2021 Intervensi (Port Dickson).
18 28 Julai 2021
19 4 Ogos 2021 • Temu bual bersama dua orang kanak-kanak yang telah melalui
20 14 Ogos 2021 Program Intervensi (Sepang).
21 15 Ogos 2021 • Temu bual bersama ibu kepada salah seorang kanak-kanak yang
telah melalui Program Intervensi (Sepang).
22 19 Ogos 2021
23 20 Ogos 2021 • Perbincangan kumpulan berfokus bersama Majlis Perwakilan Kanak-
24 23 Ogos 2021 Kanak Kebangsaan.
25 25 Ogos 2021
• Temu bual bersama Mantan Pengetua, Sekolah Tunas Bakti Kota
Kinabalu.
• Perbincangan kumpulan berfokus bersama guru-guru di Seremban,
Port Dickson dan Sepang.
• Temu bual bersama Bahagian Dasar dan Antarabangsa, Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
• Temu bual bersama Mantan Majistret, Mahkamah Kanak-Kanak.
• Perbincangan kumpulan berfokus bersama Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung Seremban.
• Temu bual bersama kanak-kanak yang telah melalui Program
Intervensi (Seremban).
• Temu bual bersama ibu kanak-kanak yang telah melalui Program
Intervensi (Seremban).
• Temu bual bersama kanak-kanak yang telah melalui Program
Intervensi (Seremban).
• Temu bual bersama ibu kanak-kanak yang telah melalui Program
Intervensi (Seremban).
• Perbincangan kumpulan berfokus bersama Jabatan Pencegahan
Jenayah & Kesalamatan Komuniti, Polis Di-Raja Malaysia (PDRM)
Selangor.
• Temu bual bersama Ketua, Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan
Trafik, PDRM Negeri Sembilan.
• Perbincangan kumpulan berfokus bersama Jabatan Siasatan
Narkotik, PDRM Bukit Aman.
• Perbincangan kumpulan berfokus bersama Jabatan Siasatan
Jenayah, PDRM Bukit Aman.
• Temu bual bersama Mantan Pengetua, Sekolah Tunas Bakti Teluk
Air Tawar, Butterworth.
457
BIL. TARIKH AKTIVITI KAJIAN DI LAPANGAN
26 29 Ogos 2021
• Perbincangan kumpulan berfokus bersama Jabatan Siasatan &
Penguatkuasaan Trafik, PDRM Bukit Aman.
458