The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia (2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-22 00:51:49

Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia (2021)

Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia (2021)

d. Kesalahan-kesalahan berkaitan seks sama ada serangan seksual
atau perlakuan sesama sendiri.

Kanak-kanak dikatakan terdedah kepada elemen-elemen seks melalui
aplikasi seperti aplikasi ‘gaming’. Terdapat juga kanak-kanak yang
berani menunjukkan aksi ‘soft porn’ melalui TikTok di mana mereka
terdedah dan mula berjinak-jinak dengan ‘virtual sex’.

e. Judi yang lazimnya bermula daripada berjudi di atas talian.

f. Kesalahan-kesalahan disiplin sekolah seperti ponteng, bergaduh
dan sebagainya.

Menurut mantan Majistret pula, kes-kes yang sering dibuat oleh kanak-
kanak yang bersifat berulang ialah kes pengambilan dadah di bawah
seksyen 15 ADM 1952 dan kes curi motor yang pada pendapat beliau
sering dilakukan dengan tidak disengaja kerana kanak-kanak ini selalu
meminjam motosikal orang lain tanpa mengetahui bahawa motosikal
yang dinaiki ialah barang curi.

Guru-guru pula menyatakan bahawa kesalahan-kesalahan jenayah
yang pernah dilaporkan ialah mencuri wang, motosikal, barang-barang
berharga seperti iPad, dan kesalahan seksual seperti cabul dan
hubungan luar tabii, serta penyalahgunaan dadah.

7.2.3 Pengaruh Utama terhadap Kehidupan Kanak-Kanak

Menurut kanak-kanak yang terlibat dalam Program Intervensi yang telah ditemu bual
dan ibu bapa/penjaga mereka, pengaruh-pengaruh utama dalam hidup seorang
kanak-kanak ialah ibu bapa dan rakan-rakan mereka. Ini dipersetujui oleh wakil-wakil
daripada Majlis Perwakilan Kanak-Kanak. Mereka mengenal pasti bahawa ibu bapa
merupakan pembimbing utama yang membina moral dan sahsiah kanak-kanak. Ada
dalam kalangan ibu bapa juga yang sendiri merupakan contoh yang tidak baik dari
segi moral kerana mereka melakukan kesalahan undang-undang dan secara
langsung memberi impak kepada moral dan sahsiah kanak-kanak tersebut. Perkara

203

6.

yang sama juga ditekankan oleh guru-guru. Ini kerana pihak sekolah dan guru-guru
hanya mempunyai kuasa dan kawalan ketika kanak-kanak berada di sekolah. Masa
selebihnya di bawah tanggungjawab ibu bapa. Terdapat kes yang berlaku di mana
pelajar telah terdorong untuk menyalahgunakan dadah kerana keterlibatan ibu bapa
dalam jenayah yang sama.

Ada kanak-kanak juga yang berpendapat bahawa adik-beradik dan ahli keluarga juga
merupakan pengaruh utama bagi mereka. Ini kerana jarak umur yang tidak jauh dan
keakraban antara adik-beradik boleh menjadi pengaruh positif atau pengaruh negatif
kepada mereka.

Ada kanak-kanak yang berpendapat bahawa pada zaman media sosial seperti
sekarang, golongan selebriti juga memainkan peranan yang besar dalam
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Sekiranya nilai-nilai positif yang ditularkan
tentunya ia akan menjadi ikutan kanak-kanak, begitu juga sebaliknya dengan nilai-
nilai negatif.

Seorang kanak-kanak yang terlibat dalam Program Intervensi dan juga ibunya
menyatakan bahawa selain ibu bapa, rakan-rakan juga merupakan pengaruh besar
kerana dorongan dan cabaran oleh mereka membawa kanak-kanak tersebut untuk
melakukan kesalahan. Menurut pengalaman seorang mantan pengetua STB, kanak-
kanak yang bersih dari pengaruh dadah selama dua tahun di STB dan dibenarkan
pulang bercuti hari raya selama dua minggu hanya mampu bertahan seminggu sahaja
sebelum terjebak semula dengan pengambilan dadah kerana dorongan kuat rakan-
rakan sebaya.

7.2.4 Langkah-Langkah yang Diambil untuk Menangani Kanak-Kanak
Apabila Membuat Kesalahan

Kanak-kanak yang terlibat dalam Program Intervensi yang ditemu bual menyatakan
bahawa kanak-kanak yang melakukan kesalahan tidak patut dibawa ke Mahkamah
dan wajar dimasukkan dalam program-program yang mereka telah lalui sendiri. Ibu
bapa/penjaga mereka bersetuju dan menyatakan bahawa kanak-kanak yang

204

6.

melakukan kesalahan kecil patut dinasihati terlebih dahulu. Kanak-kanak dan ibu
bapa/penjaga ini merasakan tidak wajar untuk melibatkan keluarga luas ataupun
komuniti, termasuk guru-guru sekolah untuk mengendalikan kanak-kanak tersebut. Ini
termasuklah sekiranya program-program dijalankan di masjid atau pusat-pusat
komuniti. Hal ini berasaskan pendapat mereka bahawa ini akan melahirkan stigma
terhadap kanak-kanak tersebut yang akan merumitkan proses kanak-kanak untuk
berubah, terutamanya memandangkan kanak-kanak masih bawah umur dan perlu
berhadapan dengan komuniti sepanjang hidup mereka. Salah seorang kanak-kanak
yang telah ditemubual menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan penglibatan
guru-guru ataupun komuniti berdasarkan pengalamannya sendiri. Selepas pihak polis
datang ke sekolah untuk mengambil maklumat tentangnya daripada guru disiplin.
Guru disiplin ini telah memanggil dan menasihatinya. Namun begitu, tidak lama
kemudian, penglibatannya dalam kesalahan telah tersebar antara segelintir guru-guru
lain, yang menurut kanak-kanak ini, bertindak untuk memandang serong terhadapnya,
walaupun mereka tidak menyatakan apa-apa secara terus.

Wakil-wakil daripada Majlis Perwakilan Kanak-Kanak pula berpendapat bahawa
tatacara pengendalian kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang
secara konvensional tidak patut dilaksanakan terhadap semua kes kerana ianya
melahirkan stigma terhadap kanak-kanak yang terlibat. Mereka juga berpendapat
bahawa kanak-kanak tidak memahami perkara yang dilakukan oleh mereka. Langkah-
langkah yang diambil untuk kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-
undang perlu dibentuk mengikut keperluan kanak-kanak itu sendiri memandangkan
sesetengah kanak-kanak memang memerlukan pendekatan yang lebih tegas. Mereka
juga berpendapat bahawa keluarga kanak-kanak harus dilibatkan dalam sebarang
langkah yang diambil. Di samping itu, mereka bersetuju bahawa guru-guru juga harus
dilibatkan dalam proses ini.

Guru-guru selanjutnya berpendapat bahawa sekiranya kesalahan dilakukan ketika di
bawah pengawasan pihak sekolah atau dilakukan di luar sekolah tetapi telah
dilaporkan kepada guru, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin
Sekolah. Segala tindakan perlu menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh

205

6.

pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, dan/atau
Pejabat Pendidikan Daerah.

Lembaga Disiplin Sekolah terdiri daripada Pengetua, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Kaunselor, Guru Disiplin, dan/atau wakil guru. Pada pendapat mereka, tindakan yang
akan diambil adalah mengikut jenis kesalahan. Bagi kesalahan-kesalahan berat,
terutamanya kesalahan melibatkan dadah, ia akan dirujuk terus kepada pihak
berkuasa dan Pejabat Pendidikan Daerah. Bagi kesalahan-kesalahan lain, tindakan
yang diambil perlulah responsif terhadap kesalahan yang dilakukan serta mengambil
kira latar belakang kanak-kanak itu. Lazimnya, siasatan terhadap kesalahan yang
dilaporkan akan dilakukan oleh Lembaga Disiplin Sekolah. Kaunselor selanjutnya
akan bertindak mendapatkan maklumat terperinci berkenaan latar belakang kanak-
kanak tersebut.

Terdapat sekolah yang mengambil tindakan yang lebih proaktif, iaitu dengan membuat
“ziarah cakna” lawatan ke rumah kanak-kanak bagi mendapatkan gambaran yang
lebih jelas berkenaan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak yang terlibat.
Tindakan ini juga mendapat kerjasama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan
anggota PDRM yang menjadi Pegawai Perhubungan Sekolah di kawasan berkenaan.
Pada hemat mereka, tindakan ini amat penting bagi memastikan punca sebenar
penglibatan kanak-kanak dengan jenayah serta memastikan tindakan yang bakal
diambil responsif terhadap pelajar itu secara holistik (sahsiah, kebajikan, spiritual dan
sebagainya).

Selepas itu, ibu bapa kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang
serta pihak yang relevan seperti mangsa, dan jika mangsa ialah rakan sekolah, ibu
bapa mangsa akan turut dipanggil untuk membincangkan penyelesaian dan tindakan
susulan. Antara tindakan lain termasuklah memberi amaran, kaunseling kepada
kanak-kanak dan ibu bapa, serta gantung sekolah. Guru-guru telah menegaskan
bahawa bidang kuasa guru terhad di sekolah. Mereka amat menekankan penglibatan
ibu bapa dalam segala tindakan bagi memastikan keberkesanannya. Hal ini demikian
kerana terdapat kes di mana kanak-kanak telah diberikan amaran mahupun digantung

206

6.

sekolah, tetapi masih terus melakukan pengulangan semula kesalahan di luar sekolah
kerana tiada pengawasan oleh ibu bapa.

Di samping itu, guru-guru menyatakan bahawa terdapat kegusaran untuk tindakan-
tindakan yang diambil kerana tiada peruntukan perundangan khusus untuk melindungi
guru-guru daripada sebarang ancaman (seperti ancaman keselamatan) serta
perlindungan daripada sebarang tindakan undang-undang. Terdapat kes yang pihak
sekolah dan guru juga telah diancam untuk disaman.

Penghulu-penghulu serta wakil-wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung
menyatakan bahawa sistem kini perlu menerapkan semula nilai-nilai komuniti
terdahulu, di mana komuniti-komuniti saling bekerjasama dalam mendidik anak-anak.
Mereka melaporkan bahawa mereka masih lagi memberi amaran kepada kanak-
kanak yang melakukan kesalahan seperti mencuri dan bertemu dengan keluarga
mereka untuk menjelaskan kesalahan yang dilakukannya daripada melaporkan isu
tersebut kepada polis. Mereka juga melaporkan bahawa mereka juga pernah
bertindak sebagai perantara antara kanak-kanak yang telah melakukan kesalahan
melibatkan harta benda dan juga mangsa. Namun begitu, mereka jarang
mempraktikkan langkah-langkah sebegini kerana mereka tidak mempunyai kuasa
khusus di bawah undang-undang untuk berbuat demikian.

Mereka turut berpendapat bahawa sebuah jawatankuasa tempatan khas perlu
diwujudkan yang melibatkan pihak polis, JKM dan juga wakil Majlis Pengurusan
Komuniti, di mana anggota-anggota jawatankuasa ini bertemu untuk membincangkan
langkah-langkah bagi setiap kanak-kanak yang telah melakukan kesalahan jenayah.
Kanak-kanak dan keluarga mereka juga perlu turut serta dalam sebuah sesi
rundingan. Menurut mereka, dengan cara ini, wakil-wakil komuniti boleh membantu
dalam melaksanakan program-program untuk kanak-kanak tersebut. Dalam hal ini,
wakil-wakil berpendapat bahawa perlu ada punca kuasa dan jaminan untuk mereka
melaksanakan aktiviti-aktiviti intervensi sedemikian.

Seorang ketua komuniti, yang juga mempunyai pengalaman dalam mengendalikan
perlindungan kanak-kanak bersama NGO, telah mengetengahkan isu berkenaan

207

6.

koordinasi antara agensi. Selain peruntukan punca kuasa ketua komuniti yang jelas,
peruntukan undang-undang juga perlu diadakan bagi memandu tindakan bersepadu
antara komuniti dan pihak berkepentingan seperti PDRM, JKM dan sebagainya.
Tambahan lagi, ia amat penting bagi mengelakkan kerenah birokrasi yang boleh
merencatkan dan melambatkan proses tindakan. Hal ini boleh, secara tidak langsung,
membawa prejudis terhadap kesejahteraan kanak-kanak yang terlibat kerana
kelewatan tindakan serta ia membuka ruang untuk campur tangan yang tidak
sepatutnya.

Seorang mantan Pengetua STB yang berpengalaman terlibat secara langsung di
dalam Jawatankuasa Kanak-kanak Daerah (JKKD) (kini terbahagi kepada dua dan
dikenali sebagai Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan
Kanak-Kanak (PKKK)), berpendapat bahawa jawatankuasa ini boleh dilibatkan di
dalam Diversion. Ini adalah kerana jawatankuasa ini diwujudkan sebagai sistem
sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak berasaskan komuniti dan
keperluan masyarakat setempat. Antara peranan Jawatankuasa ketika beliau
berkhidmat adalah untuk memastikan kanak-kanak yang terdedah atau yang telah
mempunyai konflik dengan undang-undang diberikan peluang mendapatkan
pendidikan atau latihan industri secara berterusan di samping menyediakan aktiviti-
aktiviti untuk perkembangan kanak-kanak setempat. Beliau selanjutnya
mencadangkan jawatankuasa ini boleh diperkasakan dengan cara pelantikan ahli-
ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang komuniti. Tambahan lagi, beliau
juga menegaskan bahawa ahli-ahli yang dilantik hendaklah dari kalangan yang
mempunyai kesedaran dan kesungguhan di dalam memberikan perlindungan kanak-
kanak.

208

6.

7.3 PERSEPSI TENTANG SISTEM KEADILAN JENAYAH YANG SEDIA ADA

Kanak-kanak yang mewakili Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Kebangsaan merasakan
bahawa sistem pengadilan jenayah pada dasarnya terlalu keras bagi menangani
kanak-kanak dan akan meninggalkan kesan terhadap psikologi mereka. Mereka
berpendapat bahawa setiap kanak-kanak berbeza dan wajar dikendalikan menurut
peribadi masing-masing dan bukannya ditangani dengan sistem umum yang
digunakan terhadap semua orang. Menurut mereka, perkara yang paling penting ialah
mengenal pasti sebab yang mendasari perlakuan jenayah mereka.

Seorang bekas Majistret merasakan bahawa sistem pengadilan jenayah amat tidak
sesuai untuk menangani kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-
undang. Pertama, suasana mahkamah itu sendiri menggerunkan bagi kanak-kanak
dan ini akan memberi kesan terhadap keupayaan kanak-kanak tersebut untuk
berinteraksi dengan hakim dan peguam-peguam yang ada. Terdapat kanak-kanak
yang enggan bercakap kerana suasana mahkamah yang tidak menggalakkan.

Kedua, kanak-kanak berada di mahkamah untuk pelbagai sebab. Adakalanya mereka
tidak mempunyai niat pun untuk membuat kesalahan tersebut tetapi mereka berada
di tempat yang salah pada waktu yang salah. Contohnya, sekiranya mereka mengikut
kawan-kawan yang sedang di dalam pemerhatian polis kerana disyaki melakukan
kesalahan, apabila ditangkap polis, mereka turut dianggap bersubahat walaupun tidak
berbuat apa-apa. Ada kalanya mereka meminjam motosikal kawan dan tanpa
pengetahuan mereka, motosikal tersebut merupakan motosikal yang dicuri dan
apabila ditangkap polis, mereka yang akan dituduh.

Ketiga, kanak-kanak lebih cenderung untuk mengaku salah apabila dibawa ke
mahkamah walaupun mereka pada hakikatnya mungkin tidak bersalah kerana mereka
tidak memahami proses pengadilan jenayah dengan sepenuhnya dan akan mengaku
bersalah kerana merasakan mereka memang berbuat salah apabila ditangkap polis.
Lazimnya fakta sebenar akan terbongkar sebelum perintah dijatuhkan oleh
Mahkamah iaitu sewaktu mitigasi terhadap perintah dibuat. Apabila fakta sebenar
diketahui Majistret, lazimnya Majistret akan memerintahkan untuk dikenakan bon

209

6.

berkelakuan baik. Dalam ketiga-tiga situasi ini jelas ketidakadilan berlaku dan tujuan
sistem pengadilan jenayah untuk menghukum mereka yang benar-benar bersalah
tidak akan tercapai. Lebih malang lagi, kanak-kanak terpaksa menghadapi sebarang
kesan dan akibat setelah didapati bersalah oleh mahkamah.

Terdapat persamaan antara pendapat mantan Majistret dan kedua-dua mantan
Pengetua STB. Beliau berpendapat, berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan
kanak-kanak secara khusus untuk lebih kurang 20 tahun, terdapat tiga kategori kanak-
kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang:

a. Kanak-kanak yang sememangnya nakal kerana latar belakang dan
persekitaran mereka;

b. Kanak-kanak yang boleh dianggap seperti lalang, yang membuat kesalahan
kerana terikut-ikut orang lain terutama rakan sebaya; dan

c. Kanak-kanak yang sememangnya tidak berbuat kesalahan langsung dan
terjebak dengan tangkapan kerana berada di tempat yang salah pada waktu
yang salah.

Kategori yang pertama sahaja yang memerlukan tindakan yang lebih tegas serta
bersifat memulihkan agar ia tidak terus menyebabkan stigma terhadap kanak-kanak.
Bagi kategori kedua pula, mereka lebih mudah untuk dipulihkan kerana mereka
sekadar terikut-ikut sahaja manakala bagi kategori ketiga, mereka dianggap amat
malang dan justeru itu, wajar dialihkan terus kerana mereka langsung tidak
mempunyai alasan untuk ditangkap. Sistem pengadilan jenayah yang masa kini
berasaskan sistem punitif tentunya tidak sesuai langsung untuk mengendalikan
kanak-kanak dalam kedua-dua kategori ini.

Guru-guru juga bersependapat bahawa setiap kanak-kanak perlu dikendalikan
mengikut latar belakang serta persekitaran dan fakta kesalahan yang dilakukan. Hal
ini kerana impak melalui proses keadilan jenayah kadangkala tidak padan dengan
kesalahan yang dilakukan dan meninggalkan stigma terhadap kanak-kanak. Hal ini
terutamanya bagi kesalahan-kesalahan kecil yang biasanya dilakukan kerana sifat

210

6.

ingin mencuba dan pengaruh rakan sebaya. Tindakan yang lebih wajar adalah dengan
memberi amaran dan bimbingan.

Para pegawai kanan PDRM memberikan maklum balas yang berbeza berkenaan
dengan keberkesanan sistem pengadilan jenayah konvensional, bergantung kepada
jenis kesalahan yang dilakukan dan juga keadaan kesalahan itu berlaku. Bagi
kesalahan-kesalahan trafik yang diberi Amaran Polis, mereka berpendapat sistem
saman adalah lebih berkesan kerana terdapat penguatkuasaan undang-undang yang
lebih tegas terhadap kedua-dua kanak-kanak dan ibu bapa yang terpaksa membayar
saman. Rekod kesalahan juga ada tercatat di dalam sistem. Bagi mereka sekiranya
ingin Amaran Polis menjadi berkesan, perlu ada sistem perekodan yang mantap dan
mesti melibatkan ibu bapa supaya penguatkuasaan undang-undang dapat dijalankan.
Begitu juga kesalahan-kesalahan trafik yang lebih berat. Pengalihan secara Diversion
hanya sesuai jika kesalahan merupakan perbuatan kali pertama atau kanak-kanak
terlibat kerana terikut-ikut dengan rakan-rakan yang lebih dewasa. Namun jika
kesalahan bersifat pengulangan maka pendekatan sistem pengadilan jenayah
konvensional adalah lebih sesuai.

Bagi kesalahan narkotik, pegawai merasakan bahawa pendekatan Amaran Keras
semata-mata tidak berkesan kerana asas perlakuan kesalahan narkotik adalah
penagihan maka isu tersebut mesti ditangani. Begitu juga dengan Program Intervensi
yang perlu mengadakan opsyen pemulihan melalui kerjasama dengan AADK atau
seumpamanya agar penagihan dapat dipulihkan.

Bagi kesalahan bersifat seksual, pegawai PDRM bersetuju pendekatan secara
Diversion diberi pertimbangan mengikut fakta kes masing-masing. Sekiranya pelaku
merupakan jenis tegar maka pendekatan sistem konvensional adalah lebih sesuai
manakala jika kesalahan merupakan jenis kali pertama akibat sifat ingin tahu dan
mencuba maka wajar diberi peluang kedua.

211

6.

7.4 PENERIMAAN MENGENAI DIVERSION

7.4.1 Kewajaran Diversion sebagai Langkah Alternatif untuk
Mengendalikan Kanak-kanak yang Mempunyai Konflik dengan
Undang-Undang

Semua kanak-kanak yang mewakili Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Kebangsaan
amat bersetuju dengan pendekatan Diversion sebagai langkah alternatif untuk
mengendalikan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang.
Alasan-alasan yang diberi oleh mereka adalah seperti berikut:-

a. Memberi peluang kedua;
a. Mengelakkan impak negatif;
b. Menjaga kebajikan mereka sebagai kanak-kanak;
c. Mengelakkan stigma yang mungkin terkesan daripada keterlibatan dalam

sistem pengadilan jenayah;
d. Kanak-kanak berhak mendapat bimbingan dan bukannya hukuman;
e. Mengajar kebaikan dan bukan kebencian dan hukuman; dan
f. Memberi peluang untuk kanak-kanak bermuhasabah diri.

Umumnya, kanak-kanak yang melalui Program Intervensi serta ibu bapa/penjaga
mereka bersetuju dengan pelaksanaan Diversion kerana ia memberi peluang kedua
untuk kanak-kanak bermula semula dengan bimbingan dan juga mengelakkan stigma.
Ini disokong oleh Penghulu-penghulu serta wakil-wakil Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung, dan juga wakil-wakil Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Kebangsaan.

Mantan Majistret juga bersetuju sepenuhnya dengan Diversion atas dasar memberi
peluang kedua kepada kanak-kanak. Diversion juga mampu menyelamatkan kanak-
kanak daripada ketidakadilan sistem yang mungkin terjadi. Beliau berkongsi satu kes
yang pernah berlaku di mana seorang kanak-kanak lelaki dituduh mencuri peralatan-
peralatan kosmetik wanita dari pasar raya. Didesak oleh rasa curiga kerana kejadian
mencuri kosmetik wanita itu dilakukan oleh seorang kanak-kanak lelaki, mantan
Majistret telah menggesa Timbalan Pendakwa Raya untuk menyiasat lebih lanjut

212

6.

berkenaan kes tersebut. Hasil siasatan membongkar fakta sebenar bahawa kanak-
kanak tersebut sebenarnya lari dari sekolah asrama dan semasa di dalam bas, beliau
telah diacukan pisau di perut oleh seorang wanita dan digertak untuk mencuri
peralatan-peralatan tersebut. Jika Diversion diadakan, situasi ini mungkin dapat
dielakkan pada peringkat awal lagi kerana adanya keterlibatan Pegawai Akhlak yang
akan menyiasat latar belakang kes semasa menyediakan Laporan Penilaian Risiko
untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi pertimbangan beliau.

Mantan pengetua STB turut mempunyai pendapat yang sama kerana daripada
pengalaman beliau intervensi Diversion amat diperlukan bagi menyelamatkan kanak-
kanak yang umumnya “tidak berfikir mengikut neraca kematangan orang dewasa.”

Menurut ketua-ketua kampung pula mereka ada mengamalkan Diversion mengikut
cara mereka. Di salah sebuah lokasi rintis, seorang ketua kampung telah berkongsi
satu contoh intervensi yang beliau pernah laksanakan apabila berhadapan dengan
kanak-kanak yang melakukan kesalahan tanpa merujuk pihak polis:-

“Tiga orang kanak-kanak yang berusia 9, 10 dan 14 tahun telah mencuri
wang daripada tabung masjid. Identiti mereka dikenal pasti dan ketiga-tiga
kanak-kanak telah dipanggil bersama dengan ibu bapa mereka masing-
masing. Ketua kampung telah memberi mereka pilihan bagi menyelesaikan
kes, sama ada dengan merujuk kes kepada pihak polis dengan membuat
laporan polis atau menyelesaikan kes menurut syarat ketua kampung.
Kesemua ibu bapa memilih untuk menyelesaikan kes menurut syarat ketua
kampung. Oleh itu, ketua kampung mensyaratkan bahawa untuk tempoh 3
bulan, ketiga-tiga kanak-kanak mesti mendirikan solat subuh setiap hari di
masjid, membersihkan masjid mengikut jadual yang ditetapkan dan
mengikuti program-program kuliah subuh yang diadakan pada hujung
minggu. Setelah tamat tempoh 3 bulan, ketiga-tiga kanak-kanak tersebut
dengan sukarela sering ke masjid dan tidak lagi terlibat dengan tingkah laku
devian”.

213

6.

Contoh di atas merupakan suatu bentuk intervensi yang amat baik di peringkat
komuniti dan dijalankan oleh mereka yang dihormati oleh ahli-ahli komuniti juga.
Dalam contoh di atas, terdapat juga seorang kanak-kanak yang berusia bawah 10
tahun dan kalau kes ini berlaku di tempat lain untuk jenayah yang lain sekalipun, tiada
tindakan undang-udang yang dapat diambil kerana kanak-kanak bawah 10 tahun
dianggap tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan kesalahan jenayah. Dalam
situasi ini tidak akan ada sebarang intervensi yang lazimnya akan berlaku. Dengan
adanya Diversion oleh pihak masyarakat, perbuatan devian ini dapat diperbetulkan
dari awal lagi.

Guru-guru juga bersetuju bahawa Diversion merupakan mod keadilan yang berkesan
dan memberi peluang kedua kepada pelajar. Seorang guru telah berkongsi
pengalaman beliau mengendalikan kes cabul yang telah dilaporkan kepada pihak
sekolah. Pihak sekolah telah mengadakan sesi permuafakatan secara sulit dan
tertutup bersama pelaku dan mangsa yang merupakan murid di sekolah berkenaan
serta ibu bapa mereka. Seusai sesi permuafakatan dilakukan, penyelesaian telah
dicapai tanpa dibawa kepada pihak berkuasa. Guru berkenaan berkongsi
pengamatan beliau ketika sesi berkenaan. Menurutnya, ia telah menimbulkan kesan
yang mendalam kepada kanak-kanak itu apabila melihat sendiri ibu bapanya
dipersoalkan dan berunding dengan sedaya upaya untuk mencapai penyelesaian
terbaik untuk masalah tersebut. Kanak-kanak berkenaan telah menzahirkan keinsafan
dalam dirinya, memohon maaf kepada mangsa, ibu bapa mangsa, ibu bapanya dan
berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan.

Di samping itu, guru-guru juga berpendapat bahawa penglibatan dua pihak (pelaku
dan mangsa) serta ibu bapa mereka ialah langkah yang amat baik. Hal ini kerana
mungkin wujud situasi di mana ibu bapa berada dalam penafian dan enggan
mempercayai keterlibatan anak-anak mereka dalam kesalahan yang dilaporkan.
Sebaliknya, ibu bapa akan menyalahkan pihak-pihak lain serta enggan memberi
kerjasama. Oleh itu, dengan adanya Diversion seperti sesi permuafakatan ini,
penyelesaian yang lebih baik dan berkesan dapat dicapai kerana ibu bapa akan
mendengar sendiri luahan kedua-dua pihak.

214

6.

Para ketua kampung juga menyarankan agar mereka dilibatkan dalam usaha
Diversion, melalui jawatankuasa-jawatankuasa kampung yang sedia ada. Masyarakat
perlu diperkasakan dengan maklumat dan pengetahuan agar mereka boleh turut
menyumbang kepada usaha memperkukuhkan moral dan sahsiah kanak-kanak di
kampung masing-masing. Mereka juga menyarankan agar kesemua pihak yang
berkepentingan dilibatkan seperti ibu bapa, guru-guru dan ketua-ketua keagamaan
masing-masing serta disokong oleh proses kerja yang teratur agar intervensi dapat
berlaku dengan sistematik di semua daerah.

Terdapat maklumbalas yang berbeza di antara pegawai-pegawai kanan PDRM
berkenaan penerimaan mereka terhadap Diversion. Bagi yang terdedah dengan
Program Rintis Diversion secara langsung seperti ketua-ketua BSJN, BPJKK dan
BJPT di peringkat negeri, mereka lazimnya menyokong program Diversion dikekalkan
dan diperluaskan tertakluk dengan penambahbaikan yang diperlukan. Malahan ada
yang berkata sewajarnya kanak-kanak dialihkan sebelum terlibat dengan penyiasatan
polis lagi kerana pada mereka, pencemaran yang terkesan dari sistem pengadilan
jenayah konvensional itu berlaku bukan setakat di peringkat mahkamah tetapi di
peringkat penyiasatan polis juga. Menurut mereka, sekiranya dapat diadakan
pengalihan awal oleh pasukan polis khas atau pasukan khas yang terdiri dari JKM,
kaunselor dan polis terlatih dengan hak-hak kanak-kanak sejurus selepas tangkapan
atau laporan polis dibuat, ini merupakan langkah terbaik bagi kanak-kanak.

Bagi bilangan kecil pegawai polis yang tidak bersetuju dengan pendekatan secara
Diversion dan memihak kepada pengekalan pendekatan konvensional, mereka
didapati tidak terlibat langsung dengan Program Rintis Diversion dan merasakan
bahawa pendekatan Diversion ini memberi gambaran seolah-olah polis tidak
bertindak kerana unsur negatif seperti rasuah dan sebagainya dan mewujudkan
tohmahan pada tanggapan masyarakat.

215

6.

7.4.2 Kewajaran Amaran Polis

Kanak-kanak yang mewakili Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Kebangsaan
berpendapat bahawa setakat memberi Amaran Polis sahaja tidak akan memberi
kesan terhadap kanak-kanak yang melakukan kesalahan. Alasan yang diberikan
mereka ialah ia boleh disamakan seperti mereka mendapat Surat Amaran Ponteng
daripada pengurusan sekolah yang selalunya tidak akan diendahkan oleh kanak-
kanak dan mereka akan terus memonteng sekolah. Mereka merasakan bahawa
Amaran Polis wajar digandingkan dengan perintah khidmat masyarakat supaya ia
lebih berkesan bagi mengelakkan kesalahan yang sama berulang.

Guru-guru pula berpendapat bahawa amaran tidak seharusnya dihadkan untuk pihak
polis sahaja. Sebaliknya, Pengetua, Ketua Kampung dan Pegawai Akhlak patut diberi
kuasa untuk memberi amaran. Namun demikian, punca kuasa yang jelas perlu
diperuntukan. Guru-guru turut mencadangkan supaya tindakan susulan seperti denda
boleh dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan tindakan. Hal ini kerana terdapat
pengalaman di mana amaran guru semata-mata tidak diendahkan.

Perkara yang sama juga dinyatakan oleh para ketua komuniti yang menyarankan
supaya diadakan peruntukan khusus yang memberi kuasa yang jelas kepada ketua
komuniti untuk memberi amaran.

7.4.3 Kewajaran Amaran Keras

Kanak-kanak yang mewakili Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Kebangsaan
berpendapat bahawa memberi Amaran Keras semata-mata tidak akan memberi
kesan sekiranya ia tidak digandingkan bersama syarat tambahan, seperti memberi
Amaran Polis.

Mantan Majistret pula berpendapat sebaliknya kerana daripada pengalaman beliau,
Amaran boleh memberi kesan sekiranya cara Amaran tersebut diberikan secara
serius dan disulami dengan nasihat untuk masa hadapan secara tegas. Menurut
pengalaman beliau, perintah yang paling ringan yang boleh diberikan di dalam

216

6.

mahkamah setelah dapatan bersalah dibuat ialah memberi amaran sama ada dengan
digandingkan bersama syarat ataupun tidak dan beliau lazim memberikan Amaran
seperti ini apabila berpendapat bahawa kanak-kanak wajar diberi peluang kedua
berdasarkan fakta kejadian kes.

7.4.4 Kewajaran Program Intervensi

Kanak-kanak yang telah menjalani Program Intervensi dan ibu bapa/penjaga mereka
berpendapat bahawa program seperti Program Intervensi wajar sebagai langkah awal
dan tindakan mahkamah boleh dijalankan sekiranya program gagal mencapai
matlamat.

Kedua-dua mantan Majistret dan Pengetua-pengetua STB merasakan Program
Intervensi amat bermanfaat untuk memulihkan perlakuan kanak-kanak yang
berkecenderungan untuk melakukan kesalahan walau atas alasan apa sekali pun.
Program-Program Intervensi yang pelbagai dapat diselaraskan mengikut keperluan
kanak-kanak tersebut. Menurut mantan Majistret, bagi menjayakan Program
Intervensi, kerjasama yang padu mesti diadakan antara agensi-agensi lain yang
berkemampuan untuk menangani permasalahan yang berbeza. Menurut pengalaman
beliau, ibu bapa yang meminta nasihat mengenai penagihan dadah anak mereka yang
menyebabkan mereka terdorong membuat kesalahan lain dinasihatkan untuk
membuat permohonan di pusat-pusat pemulihan dadah persendirian yang ada di
laman web AADK kerana sifat pusat-pusat tersebut adalah secara sukarela dan
permohonan harus dibuat oleh pemohon sendiri dan bukan atas saranan pihak
berkuasa.

Selanjutnya, guru-guru telah mencadangkan beberapa program yang boleh digarap
di dalam Program Intervensi. Program Intervensi yang dilaksanakan perlulah
menekankan aspirasi kemenjadian kanak-kanak yang meliputi pembangunan bakat,
kemahiran berfikir, pembangunan sahsiah, rohani dan etika, identiti diri serta
kebertanggungjawaban. Program tersebut perlu meliputi strategi jangka masa pendek
dan jangka masa panjang. Misalnya, bagi penyelesaian segera, sesi permuafakatan
boleh diadakan. Contoh program lain yang boleh memberi kesan masa panjang ialah

217

6.

latihan industri, latihan kemahiran, latihan bina diri atau ketenteraan (seperti khidmat
negara) dan sebagainya. Saranan ini juga telah disokong oleh Mantan Majistret
Mahkamah Kanak-Kanak yang menyokong program berunsur latihan industri, latihan
vokasional seperti kimpalan masakan dan juga program-program yang boleh
menganugerahkan sijil kepada kanak-kanak ini untuk membolehkan mereka
menggunakan kemahiran dan sijil ini untuk masa hadapan.

Di samping itu, guru-guru juga menyarankan supaya saringan serta intervensi
kesihatan mental kanak-kanak dapat diadakan. Bagi guru-guru, mereka amat
mengalu-alukan sebarang kerjasama antara agensi. Setakat ini, belum ada sebarang
kerjasama dengan JKM namun mereka mengalu-alukan sebarang kerjasama
bersama JKM. Guru-guru juga ada mencadangkan untuk mengadakan kerjasama
antara agensi seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) dan
universiti-universiti untuk mengadakan program-program bersama kanak-kanak di
sekolah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan LPPKN yang disarankan oleh
guru-guru ialah program mengenai kesihatan seksual, kesan aktiviti seksual dan juga
aktiviti-aktiviti penolakan aktiviti seksual. Guru-guru juga menyarankan lebih banyak
kerjasama dengan universiti-universiti untuk mengadakan aktiviti-aktiviti kesedaran
dan intervensi. Di samping itu, pelajar-pelajar di universiti juga boleh menjadi
pembimbing kepada kanak-kanak ini.

7.4.5 Skop Kesalahan-Kesalahan yang Boleh Dipertimbangkan untuk
Diversion

Kanak-kanak yang terlibat dalam Program Intervensi dan ibu bapa/penjaga mereka
berpendapat bahawa Diversion bergantung kepada sama ada pihak-pihak boleh
berkompromi dan fakta-fakta yang terlibat. Umumnya, mereka juga berpendapat
bahawa Diversion patut dilaksanakan untuk kes-kes yang tidak begitu berat, tetapi
mereka tidak dapat mengenal pasti contoh-contoh kesalahan yang dikatakan ringan
atau berat. Untuk kes rogol statutori yang melibatkan kanak-kanak yang rapat dari
segi umur dan tiada unsur kekerasan, ada antara ibu bapa yang merasakan bahawa
Diversion wajar, tetapi proses rehabilitasi ini harus juga melibatkan pihak kanak-kanak
perempuan. Namun begitu, salah seorang kanak-kanak ini yang telahpun terlibat

218

6.

dengan jenayah berunsurkan seksual menyatakan bahawa sama ada kanak-kanak
perempuan itu terlibat dengan program adalah berdasarkan sukarela kanak-kanak
tersebut dan ibu bapa/penjaganya.

Umumnya, penghulu-penghulu serta wakil-wakil Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung berpendapat bahawa kesalahan-kesalahan trafik wajar untuk dirangkumkan
di bawah skop Diversion kerana saman yang terkumpul akan mewujudkan masalah
bagi kanak-kanak untuk mendapatkan lesen kelak.

Mantan Majistret pula berpendapat bahawa jenis-jenis kesalahan yang ada wajar
diperluaskan lagi kerana kanak-kanak amat memerlukan peluang kedua dan hanya
langkah Diversion yang membolehkan pertimbangan dibuat dengan lebih serius. Jika
tiada pilihan untuk melaksanakan Diversion, kesalahan-kesalahan yang lain yang di
luar batasan Diversion sekarang perlu melalui proses pengadilan jenayah yang
lazimnya keras dan kanak-kanak akan bercenderungan untuk mengaku salah
walaupun fakta kejadian sebenar hanya mungkin diketahui Majistret sebelum perintah
dijatuhkan. Bila ini berlaku, ini sudah agak terlambat kerana kanak-kanak tersebut
sudah melalui proses-proses yang terdahulu seperti tahanan sewaktu siasatan dan
semasa perbicaraan (jika tidak dijamin dan kanak-kanak mohon bicara), tempoh
perbicaraan yang lazim memakan masa yang lama, berpotensi tidak pergi ke sekolah
semasa tempoh tahanan dan hari-hari perbicaraan dan sebagainya.

Pegawai kanan PDRM dari JPJKK dan JSPT merasakan bahawa skop kesalahan
yang diberikan Amaran Polis wajar dikurangkan kerana kesalahan tidak mempunyai
lesen adalah satu kesalahan yang mempunyai implikasi besar kepada diri dan orang
lain maka perlu diberi penguatkuasaan yang lebih keras.

7.4.6 Keperluan untuk Peruntukan Perundangan yang Khusus bagi
Diversion

Kedua-dua mantan Majistret dan Pengetua-pengetua STB berpendapat bahawa
peruntukan perundangan yang khusus diperlukan sebagai punca kuasa bagi
menjalankan Diversion secara lebih efektif. Namun begitu mantan Majistret

219

6.

merasakan bahawa terdapat keperluan untuk membuat kajian yang mendalam dan
menyeluruh terlebih dahulu mengenai bentuk perundangan yang sesuai termasuk
jenis-jenis kesalahan yang boleh dipertimbangkan untuk Diversion.
Guru-guru serta ketua-ketua komuniti juga menyarankan agar mereka dapat
diperkasakan melalui peruntukan undang-undang. Hal ini amat penting supaya
penglibatan mereka dalam Diversion jelas dan berpandu, di samping ia tidak
bercanggah mahupun bertindih dengan mana-mana bidang kuasa pihak berkuasa.
Selain itu, mereka juga mencadangkan supaya diadakan peruntukan undang-undang
untuk melindungi mereka dari kemungkinan yang tidak diingini supaya mereka dapat
menjalankan peranan dan tanggungjawab dengan lebih yakin dan efisien.
Guru-guru juga berpendapat peruntukan undang-undang itu perlu jelas
memperihalkan pihak-pihak yang bertanggungjawab dan tidak setuju diberi bebanan
yang lebih sekiranya Diversion ini dijalankan di peringkat sekolah. Guru-guru
menyarankan kerjasama empat dimensi di peringkat sekolah yang melibatkan pihak-
pihak seperti Pengetua, PIBG, ibu bapa dan pelajar-pelajar di sekolah tersebut selain
daripada kerjasama antara agensi.

220

6.

BAB 8
PENANDAARASAN
AMALAN DIVERSION
DI NEGARA-NEGARA

TERPILIH

8. BAB 8

PENANDAARASAN AMALAN DIVERSION DI NEGARA-NEGARA TERPILIH

8.1 PENGENALAN

Diversion, sebagai salah satu pendekatan keadilan restoratif, merupakan elemen
sistem pengadilan jenayah yang didapati memberi banyak manfaat kepada pelaku
salah, terutama sekali jika kesalahan yang dibuat tidak terlalu berat dan berpotensi
memberi peluang kedua kepada pelaku salah untuk berubah. Bagi tujuan
penandaarasan amalan Diversion di Malaysia, lima negara telah dipilih berdasarkan
keistimewaan masing-masing. New Zealand merupakan antara pelopor awal amalan
keadilan restoratif yang meletakkan keluarga termasuk keluarga luas sebagai elemen
penting di dalam penyelesaian pertikaian tanpa melibatkan sistem pengadilan
jenayah. Pendekatan di New Zealand menjadi ikutan banyak negara kerana ia tidak
nampak seolah-oleh suatu pendekatan yang baru dan ganjil, lalu menjadi lebih mudah
untuk diikuti dan diadaptasi khususnya di negara-negara Asia yang masih kuat
berpegang kepada adat resam dan budaya berkeluarga yang erat. Thailand antara
negara yang mengikuti kaedah yang diguna pakai di New Zealand dan menambah
elemen komuniti di dalam persidangan mereka sebagai langkah penyelesaian
pertikaian seperti amalan turun-temurun dahulu di mana ahli-ahli komuniti yang saling
mendokong antara satu sama lain. Australia turut dianalisis amalannya kerana
terdapat undang-undang yang mantap berkenaan Diversion dan mempunyai undang-
undang dan pendekatan yang agak berlainan di antara satu wilayah dengan wilayah
yang lain. England dan Wales juga menjadi satu contoh kerana asal usul sistem
pengadilan jenayah yang ada berasal dari negara ini selain turut berjaya di dalam
pendekatan Diversion mereka bagi menangani kanak-kanak dan orang muda yang
mempunyai konflik dengan undang-undang. Negara yang terakhir dikaji adalah jiran
terdekat iaitu Singapura yang keunikannnya terletak pada amalan Diversion yang
sangat sistematik dan berjaya menurunkan kadar pengulangan semula kesalahan
tanpa sebarang peruntukan undang-undang yang menyokong amalan ini.

221

6.

8.2 NEW ZEALAND

8.2.1 Perkembangan Diversion

Sebelum kedatangan British, masyarakat Maori mengamalkan sistem Tikanga I Nga
Hara/undang-undang kesalahan di mana pendamaian antara mangsa dan pesalah
ditekankan.1 Keluarga luas dan komuniti dilibatkan secara aktif dalam proses
menentukan penyelesaian yang paling baik bagi sesebuah konflik.2 Di samping itu,
kaedah-kaedah penyelesaian adalah berlandaskan keadilan restoratif, di mana
pesalah akan diarah untuk menawarkan barangan kepada mangsa atau untuk
melakukan kerja untuk mereka.3

Dengan kedatangan British, sistem ini digantikan dengan sistem baru. Di bawah
Neglected and Criminal Children Act 1867, kanak-kanak yang didapati melakukan
kesalahan diletakkan di bawah sekolah-sekolah industri.4 Dengan pengenalan Child
Welfare Act 1925 pula, kanak-kanak yang melakukan kesalahan perlu menjalani
prosedur di Mahkamah Kanak-Kanak.5

Sistem Diversion kanak-kanak di New Zealand bermula secara rasmi dengan
pengenalan Children and Young Persons Act 1974 (CYPA 1974). Di bawah akta ini,
konsep ‘child’ atau kanak-kanak dan ‘young person’ iaitu orang muda dibezakan, di
mana ‘child’ merujuk kepada individu berusia di bawah 14 tahun, manakala ‘young
person’ merujuk kepada individu berusia di bawah 17 tahun.6

1 Nadzriah Ahmad, Diversion of Child Offenders from the Criminal Justice System in Malaysia and
Reforms in the Child Act 2001: Lessons from New Zealand, (Thesis PhD, Universiti Islam
Antarabangsa, Gombak, 2017), p.302.
2 Nadzriah, supra 1, hal.303.
3 Nadzriah, supra 1, hal.304.
4 Nadzriah, supra 1, hal.305; Neglected and Criminal Children Act 1867 (Akta 31 Victoriae No. 14
Tahun 1867).
5 Nadzriah, supra 1, hal.306; Child Welfare Act 1925 (Akta 16 Geo V No.22 Tahun 1925).
6 Seksyen 2, Children and Young Persons Act 1974 (Akta No. 72 Tahun 1974) (“CYPA 1974”).

222

6.

CYPA 1974 memperuntukkan bahawa kanak-kanak tidak boleh dibawa ke Mahkamah
bagi kesalahan yang dilakukannya, melainkan jenis dan keberatan kesalahan serta
bilangan salah laku menunjukkan bahawa kanak-kanak adalah di luar kawalan ibu
bapa/penjaganya serta menunjukkan bahawa kepentingan umum atau
perkembangan sosial kanak-kanak tersebut akan lebih terpelihara sekiranya melalui
proses Mahkamah.7 Namun begitu, kes kanak-kanak yang dibawa ke Mahkamah
harus melalui pertimbangan Lembaga Kanak-Kanak terlebih dahulu bagi menentukan
sama ada kanak-kanak tersebut patut didakwa atau dikendalikan di dalam sistem tidak
rasmi seperti salah satu dari tindakan berikut:-

a. Mengeluarkan amaran terhadap kanak-kanak dan ibu
bapa/penjaga/mana-mana individu yang menjaga kanak-kanak;8

b. Mengarahkan supaya kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga/mana-mana
individu yang menjaga kanak-kanak menjalani kaunseling bersama
polis, pekerja sosial, atau pegawai kebajikan Maori;9

c. Mengarahkan supaya kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga/mana-mana
individu yang menjaga kanak-kanak menerima bantuan perubatan,
psikologi atau psikiatri;10 dan

d. Mengarahkan supaya pegawai yang bertugas membuat permohonan
untuk Mahkamah mempertimbangkan kes sebagai kes kanak-kanak
yang memerlukan jagaan, perlindungan dan kawalan.11

7 Seksyen 27(2)(f) CYPA. 223
8 Seksyen 15(1)(a), CYPA.
9 Seksyen 15(1)(b), CYPA.
10 Seksyen 15(1)(c), CYPA.
11 Seksyen 15(1)(d), CYPA.

6.

Orang muda pula boleh didakwa untuk sebarang kesalahan. Namun begitu, rundingan
perlu diadakan antara pihak polis, pekerja sosial dan pegawai kebajikan Maori
sebelum sebarang dakwaan dibuat.12

Menurut Nadzriah, peruntukan di bawah CYPA 1974 didapati gagal untuk
melaksanakan Diversion secara berkesan atas beberapa faktor seperti kanak-kanak
masih ditangkap sebelum sebarang rujukan dibuat (termasuk untuk kesalahan-
kesalahan kecil), sistem dilihat tidak sesuai untuk kanak-kanak Maori dan bantuan
guaman tidak membantu kanak-kanak menegakkan hak mereka untuk terlibat dalam
proses mencari penyelesaian kes.13 Pegawai-pegawai juga didapati masih
membelakangkan konsep kebajikan.14 Sesi rundingan bersama pekerja sosial juga
didapati tidak berkesan memandangkan hanya polis yang didapati lebih tahu
mengenai kes.15

Kesan daripada kelemahan yang timbul, Children’s and Young Person’s Well-being
Act 1989 (CYPW 1989) diperkenalkan dengan pembaharuan dibuat terhadap
Diversion. Pada tahun 2017, akta ini dinamakan semula sebagai Children, Young
Persons and Their Families Act 1989 (CYPF 1989), yang merupakan undang-undang
yang terpakai sehingga kini.16 Pembaharuan yang dibawa oleh CYPW 1989 (yang
kemudiannya disambung di bawah CYPF 1989) termasuk pengenalan sistem
Warning/Amaran, Alternative Action/Kaedah Alternatif dan juga Family Group
Conferencing/Persidangan Kumpulan Keluarga, yang dibincangkan dengan lebih
mendalam di bawah.

12 Seksyen 26(1)(a)-(b). CYPA.
13 Nadzriah, supra 1, p.311.
14 Ibid.
15 Ibid.
16 Children, Young Persons and Their Families Act 1989 (Akta No. 24 Tahun 1989) (CYPF 1989). Akta
ini dinamakan semula pada 2017 daripada nama asalnya, iaitu Children’s and Young Person’s Well-
being Act 1989.

224

6.

8.2.2 Kerangka Undang-Undang Diversion

Umumnya, di New Zealand, kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tidak boleh didapati
bersalah bagi sebarang kesalahan.17 Di bawah CYPF 1989, kanak-kanak yang
berusia 10 tahun dan ke atas hanya boleh didakwa di Mahkamah bagi kesalahan-
kesalahan tertentu, yang tersenarai seperti berikut:-

a. Berumur 10 hingga 11 tahun – hanya boleh dituduh di Mahkamah
sekiranya melakukan kesalahan bunuh atau menyebabkan kematian
seseorang dengan salah;18

b. Berumur 12 hingga 13 tahun – hanya boleh dituduh bagi kesalahan yang
boleh didakwa dengan hukuman maksimum penjara lebih 14 tahun, atau
hukuman maksimum penjara lebih 10 tahun sekiranya kesalahan
berulang;19 dan

c. Berumur 14 tahun ke atas – boleh didakwa bagi sebarang kesalahan.

Seperti CYPA di atas, CYPF 1989 juga menggunakan terma ‘young person’ dan juga
‘child’. Umumnya, ‘young person’ ditafsirkan di dalam CYPF 1989 sebagai individu
berusia 14 tahun ke atas tetapi bawah 18 tahun.20 ‘Child’ pula ditafsirkan sebagai
individu yang berusia bawah 14 tahun.21 Berkaitan prosedur Diversion, berbeza
dengan CYPA, CYPF 1989 tidak membezakan di antara kedua-dua kumpulan ini dan
menggunakan frasa ‘children and young persons’.

Seksyen 208 CYPF 1989 memperuntukkan bahawa mahkamah atau mana-mana
orang yang menjalankan kuasa di bawah Bahagian 4, Bahagian 5, dan seksyen 351
hingga seksyen 360 (yang secara umumnya berkaitan dengan cara-cara kanak-
kanak/orang muda dikendalikan sekiranya melakukan kesalahan), perlu menilai 4

17 Seksyen 21(1), Crimes Act 1961 (Akta No.43 Tahun 1961). 225
18 Seksyen 272(1)(a), CYPF 1989.
19 Seksyen 272(1)(b)-(c), CYPF 1989.
20 Seksyen 2, CYPF 1989.
21 Ibid.

6.

faktor-faktor umum yang disenaraikan di bawah seksyen 4A(2). Faktor-faktor ini
adalah:-

a. Kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak/orang muda;
b. Kepentingan awam (termasuk keselamatan awam);
c. Kepentingan mana-mana mangsa; dan
d. Sama ada kanak-kanak/orang muda menerima tanggungjawab

terhadap perlakuan mereka.22

Selain faktor-faktor asas di atas, CYPF 1989 juga menyenaraikan sembilan lagi faktor
yang berteraskan Diversion yang perlu dipertimbangkan, iaitu:-

a. Melainkan dituntut oleh kepentingan awam, prosiding jenayah tidak
patut dilaksanakan sekiranya ada cara lain untuk mengendalikan kanak-
kanak/orang muda tersebut;23

b. Prosiding jenayah tidak wajar dilaksanakan semata-mata untuk
memberi bantuan atau apa-apa pertolongan yang diperlukan untuk
kesejahteraan kanak-kanak/orang muda atau keluarga, whanau,24
hapu25 atau kumpulan keluarga mereka;26

c. Sebarang langkah yang diambil perlu menguatkan hubungan
kekeluargaan, whanau, hapu, iwi27 dan kumpulan keluarga kanak-
kanak/orang muda dan membantu unit-unit tersebut untuk membentuk
sistem atau cara mereka sendiri untuk mengendalikan kanak-
kanak/orang muda yang telah membuat salah laku;28

22 Seksyen 4A(2)(a)-(d), CYPF 1989. 226
23 Seksyen 208(1)(a), CYPF 1989.
24 Perkataan ini digunakan dalam masyarakat Moari untuk merujuk kepada keluarga besar.
25 Perkataan ini digunakan dalam masyarakat Maori untuk merujuk kepada suku atau puak.
26 Seksyen 208(1)(b), CYPF 1989.
27 Perkataan ini digunakan dalam masayarakat Maori untuk merujuk kepada komuniti Maori
.
28 Seksyen 208(1)(c), CYPF 1989.

6.

d. Selagi mana boleh dan tidak menjejaskan keselamatan komuniti, kanak-
kanak/orang muda perlu dikekalkan di dalam komuniti;29

e. Umur kanak-kanak/orang muda wajar dipertimbangkan dalam
menentukan sama ada sanksi dilaksanakan untuk kanak-kanak/orang
muda dan jenis sanksi yang sesuai;30

f. Bentuk sanksi yang dilaksanakan kepada kanak-kanak/orang muda
harus mengekalkan atau menggalakkan pembesaran kanak-
kanak/orang muda di dalam keluarga, whanau, hapu atau kumpulan
keluarga mereka, dan kurang mengekang kanak-kanak/orang muda
tersebut;31

g. Langkah-langkah yang diambil, harus sejauh mana yang boleh,
menangani faktor yang mendorong kanak-kanak/orang muda untuk
melakukan kesalahan;32

h. Pendapat dan kepentingan mangsa harus diambil kira (secara
menggalakkan mangsa terlibat dalam proses);33 dan

i. Kanak-kanak/orang muda yang terancam berhak untuk diberikan
perlindungan khas di dalam proses penyiasatan kesalahan yang
dilakukan.34

Dalam kes-kes yang tidak memerlukan waran tangkap, pegawai-pegawai penguat
kuasa tidak dibenarkan untuk menangkap kanak-kanak/orang muda melainkan
mereka percaya atas sebab yang munasabah, bahawa tangkapan perlu untuk:-

a. Memastikan kanak-kanak hadir ke Mahkamah;
b. Menghalang kanak-kanak daripada melakukan kesalahan lain; atau

29 Seksyen 208(1)(d), CYPF 1989. 227
30 Seksyen 208(1)(e), CYPF 1989.
31 Seksyen 208(1)(f), CYPF 1989.
32 Seksyen 208(1)(fa), CYPF 1989.
33 Seksyen 208(1)(g), CYPF 1989.
34 Seksyen 208(1)(h), CYPF 1989.

6.

c. Menghalang kanak-kanak daripada memusnahkan bukti atau campur
tangan dengan saksi kesalahan.35

Di mana kanak-kanak/orang muda melakukan/disyaki melakukan kesalahan di bawah
Kategori 336 atau Kategori 437 yang boleh dihukum dengan hukuman penjara seumur
hidup atau sekurang-kurangnya 14 tahun, pegawai penguat kuasa boleh menangkap
kanak-kanak tanpa waran tangkap hanya di mana mereka percaya bahawa
tangkapan perlu untuk kepentingan awam.38

8.2.3 Kaedah-Kaedah Diversion

Umumnya, di New Zealand terdapat 3 kaedah umum Diversion bagi mengendalikan
kanak-kanak/orang muda. Ketiga-tiga kaedah Diversion ini dibincangkan seperti
berikut:-

a. Warning/Amaran

Salah satu kaedah Diversion yang dilaksanakan di New Zealand adalah sistem
pemberian Warning atau amaran. Seksyen 209 CYPF 1989 menyatakan bahawa
semasa seorang pegawai penguat kuasa sedang menentukan sama ada prosiding
jenayah patut dimulakan, mereka harus mempertimbangkan sama ada pemberian
amaran adalah memadai untuk kanak-kanak/orang muda tersebut.39 Seksyen 209
juga menyatakan bahawa pertimbangan harus diberikan kepada tahap keseriusan

35 Seksyen 214(1)(a)(i)-(iii), CYPF 1989.

36 Menurut S.6(1), Criminal Procedure Act 2011 (Akta No. 81, Tahun 2011) (“CPA 2011”), kesalahan
Kategori 3 merupakan kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara seumur hidup, atau
tidak kurang daripada 2 tahun.

37 Menurut S.6(1) dibaca bersama Jadual 1 CPA 2011, kesalahan-kesalahan di bahawa Kategori 4
merupakan kesalahan-kesalahan yang lebih berat seperti bunuh, cubaan membunuh, menyebabkan
kematian.

38 Seskyen 214(2), CYPF 1989.

39 Seksyen 209, CYPF 1989.

228

6.

dan sifat kesalahan, dan bilangan kesalahan yang pernah dilakukan kanak-
kanak/orang muda sebelumnya.40

Amaran terhadap kanak-kanak/orang muda dikendalikan oleh pegawai penguat
kuasa.41 Pegawai yang membuat pertimbangan boleh mengeluarkan amaran secara
sendiri, atau mengaturkan bagi seorang pegawai lain untuk melaksanakannya.42
Sekiranya pegawai penguat kuasa tersebut kurang pasti tentang rekod kanak-kanak,
sebuah Conditional Warning atau Amaran Bersyarat akan diberi, dan kes akan dirujuk
kepada Police Youth Aid Officers (YAO) untuk semakan dan pertimbangan tentang
sama ada perlunya tindakan lain seperti Alternative Action atau penangkapan untuk
tindakan Mahkamah seterusnya.43

Selepas pemberian amaran, pegawai yang telah mengeluarkan amaran tersebut
harus, seberapa segera yang mungkin, menyediakan dan menyerahkan satu notis
bertulis yang membutirkan kesalahan yang telah dilakukan kanak-kanak/orang muda
dan menyatakan bahawa amaran telah dilaksanakan, kepada ibu
bapa/penjaga/mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak/orang muda tersebut.44
Notis tersebut harus diberi dalam bahasa yang difahami kanak-kanak/orang muda
tersebut dan juga ibu bapa/penjaga/mana-mana orang yang menjaga mereka.45
Seksyen 213(a) CYPF 1989 memperuntukkan bahawa apa-apa maklumat berkaitan
pemberian amaran tidak boleh digunakan di dalam prosiding jenayah, melainkan oleh

40 Di sini, Nadzriah dan Lynch menyatakan bahawa penggunaan frasa ‘whether to institute criminal
proceedings’ di dalam seksyen 209 bermaksud bahawa ‘children’ atau kanak-kanak di bawah umur 14
tahun. Ini bermasuk Warning hanya boleh dilaksanakan untuk kesalahan-kesalahan di mana kanak-
kanak di bawah umur 14 tahun boleh dibawa ke Mahkamah seperti yang dibincangkan di atas.
Lihat Nadzriah’s Diversion of Child Offenders, supra 70, p.331 dan Nissa Lynch, Youth Justice in New
Zealand (Wellington: Thompson Reuters, 2012), p.91.
41 Seksyen 209, CYPF 1989.
42 Seksyen 210 CYPF 1989.
43 Stephen J. O’Driscoll, “Youth Justice in New Zealand: A Restorative Justice Approach to Reduce
Youth Offending”, 136th International Training Course Visiting Experts’ Papers, p.59, (“O’Driscoll”).
44 Seksyen 212(1), CYPF 1989.
45 Seksyen 212(2), CYPF 1989.

229

6.

pihak pembelaan.46 Keterangan mengenai pemberian amaran yang diberikan untuk
pihak pendakwaan juga tidak boleh diterima masuk oleh mahkamah.47

b. Alternative Action/Kaedah Alternatif

Selain kaedah yang diperuntukkan secara khusus di bawah CYPF 1989 New Zealand
juga mempunyai sebuah sistem Alternative Action atau Kaedah Alternatif. Alternative
Action tidak diperuntukkan secara jelas di dalam CYPF 1989, tetapi dikatakan
berasaskan peruntukan umum untuk pegawai menggunakan “alternative means” atau
kaedah-kaedah lain terhadap kanak-kanak/orang muda di bawah seksyen 208(a).48

Walaupun punca kuasa bagi Alternative Action tidak diperuntukkan secara terperinci,
polis New Zealand telah mengeluarkan dua garis panduan iaitu:-

i. Police Youth Aid and Youth Development Operational Guidelines 2013; dan
ii. Alternative Actions that Work: Guidelines for Police Alternative Action with

Children and Young People 2011 (berdasarkan kajian Alternative Action that
Works 2011 yang dilaksanakan oleh pihak polis New Zealand sendiri).

Garis panduan ini memperuntukkan prinsip-prinsip asas seperti menggalakkan
pegawai untuk menggunakan Alternative Action; kanak-kanak yang lebih berisiko
harus diberi lebih banyak intervensi; serta keperluan untuk melibatkan kanak-kanak
dan keluarga secara lebih aktif.49

Bagi memastikan sama ada kes sesuai untuk Alternative Action, sebuah penilaian
risiko akan dilaksanakan oleh YAO menggunakan Youth Offending Risk Screening

46 Seksyen 213(a), CYPF 1989.
47 Seksyen 213(b), CYPF 1989.
48 Kaye McLaren, Alternative Actions that Work (Youth Services Group, New Zealand Police National
Headquarters, 2011), hal.14 (“Alternative Action that Works”).
49 Alternative Actions that Work: Guidelines for Police Alternative Action with Children and Young
People, (New Zealand Police National Headquarters, 2011), hal.9-10.

230

6.

Tool (YORST).50 Tujuan penilaian ini adalah untuk mengenal pasti risiko seseorang
kanak-kanak/orang muda itu untuk mengulangi salah laku.51 YAO akan juga
mendapatkan latar belakang kanak-kanak/orang muda tersebut dan situasi semasa
kehidupan mereka, dan ini boleh dilakukan oleh pegawai dengan melaksanakan
lawatan ke rumah.52

Antara perkara yang dinilai melalui YORST adalah rakan-rakan anti-sosial yang
dimiliki kanak-kanak/orang muda yang terlibat; penglibatan mereka dalam sistem
pendidikan atau pekerjaan; sama ada mereka mempunyai masalah penyalahgunaan
bahan; status sosioekonomi; pendidikan di rumah dan juga faktor keluarga lain.53
Berdasarkan faktor-faktor tersebut, YAO akan menilai sama ada kanak-kanak
merupakan risiko rendah, sederhana atau tinggi, di mana peruntukan sumber yang
lebih banyak akan disasarkan untuk kes-kes berisiko lebih tinggi.54

Pelan aktiviti bagi kanak-kanak/orang muda dibincangkan semasa perjumpaan
Alternative Action yang diadakan antara ibu bapa/penjaga, kanak-kanak/orang muda
sendiri dan YAO.55 Pelaksanaan kaedah alternatif ini kemudian dipantau oleh YAO.56
Kajian Alternative Actions that Works, menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti yang lazim
dilaksanakan di New Zealand di bawah kaedah alternatif adalah seperti berikut:-

i. Surat permohonan maaf kepada mangsa;
ii. Pampasan;
iii. Derma kepada sebuah tabung yang ditetapkan;
iv. Kerja-kerja komuniti;

50 McLaren’s Alternative Action that Works, supra 48, hal.16. 231
51 Ibid.
52 McLaren’s Alternative Action that Works, supra 48, hal.15.
53 McLaren’s Alternative Action that Works, supra 48, hal.16.
54 Ibid.
55 McLaren’s Alternative Action that Works, supra 48, hal.15.
56 Ibid.

6.

v. Program atau sesi kaunseling;
vi. Masuk semula ke sekolah atau ke sebuah program latihan; dan
vii. Menetapkan waktu curfew atau apa-apa sekatan lain yang akan

menjarakkan kanak-kanak/orang muda daripada kanak-kanak/orang
muda lain yang mungkin memberi pengaruh buruk kepada mereka. 57

c. Family Group Conference/Persidangan Kumpulan Keluarga

Umumnya, terdapat beberapa jenis Family Group Conference (FGC) yang
dilaksanakan sama ada pada tahap pra-Mahkamah atau selepas tindakan
mahkamah. Jenis-jenis FGC, seperti yang telah dikupaskan oleh Nadzriah, dijelaskan
secara ringkas di bawah:-58

i. Child Offender FGC
Terpakai untuk kes-kes yang dirujuk kepada polis di mana-mana kanak-
kanak telah melakukan kesalahan berulang atau jenis atau tahap
keberatannya menimbulkan kekhuatiran besar terhadap
kesejahteraan/well-being kanak-kanak tersebut.59 FGC dilaksanakan
dalam kes-kes ini kerana kanak-kanak dipercayai memerlukan jagaan
dan perlindungan.60 FGC di sini dijalankan untuk mengenal pasti
langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi kanak-kanak
tersebut, di samping menerapkan langkah-langkah untuk kanak-kanak
mengambil tanggungjawab ke atas apa yang dilakukannya.61

57 McLaren’s Alternative Action that Works, supra 48, hal.15-16 232
58 Nadzriah, supra 1, 356-362.
59 Seksyen 14(4), CYPF 1989.
60 Ibid.
61 Seksyen 260, CYPF 1989.

6.

ii. Intention to Charge FGC

Terpakai di tahap untuk kes-kes di mana pihak polis berhasrat untuk
mendakwa kanak-kanak di Mahkamah.62 Sebarang tindakan Mahkamah
tidak akan dimulakan selagi FGC ini belum dilaksanakan.63

iii. Court-Referred FGC
Di mana kanak-kanak/orang muda didakwa di Mahkamah dan
kesalahan tidak dinafikan, Mahkamah akan mengarahkan untuk FGC
dilaksanakan untuk memastikan sama ada kes lebih wajar dikendalikan
dengan cara lain atau patut melalui proses Mahkamah.64 Sekiranya FGC
mendapati bahawa kes wajar dikendalikan melalui proses lain, pelan
akan diformulasi dan disokong oleh Mahkamah. Kanak-kanak/orang
muda diberi masa untuk mengikuti pelan tersebut dan sekiranya mereka
berjaya, dakwaan tidak akan diteruskan.65

Di mana kanak-kanak tidak mengaku melakukan kesalahan, Court-
Referred FGC juga dilaksanakan selepas tamat perbicaraan, di mana
FGC bertujuan untuk mengenal pasti cara-cara terbaik untuk
mengendalikan kanak-kanak/orang muda tersebut untuk sebagai
perintah mahkamah.66 Mahkamah tidak akan mengeluarkan apa-apa
perintah sebelum FGC dilaksanakan.67

iv. Custodial Placement FGC
Dilaksanakan untuk menentukan sama ada kanak-kanak yang
ditangkap harus kekal di dalam tahanan.68

62 Seksyen 251(1), CYPF 1989. 233
63 Seksyen 245(1)(c), CYPF 1989.
64 Seksyen 258(d) CYPF 1989.
65 Nadzriah, supra 1, p.359; s.282(2), CYPF 1989.
66 Seksyen 258(1), CYPF 1989.
67 Seksyen 281(1), CYPF 1989.
68 Seksyen 247(c), CYPF 1989.

6.

v. Discretion FGC
Dilaksanakan atas arahan mahkamah pada mana-mana tahap prosiding
di mahkamah jika mahkamah merasakan perlu.

Bagi Intention to Charge FGC (yang paling relevan di sini sebagai langkah Diversion
di luar Mahkamah), antara pihak yang layak menyertai Family Group Conference
adalah seperti berikut:-

i. Kanak-kanak/orang muda (melainkan jika pegawai penyelaras merasakan
bahawa kehadiran kanak-kanak/orang muda tersebut tidak memihak kepada
kepentingan kanak-kanak/orang muda, atau kanak-kanak/orang muda tidak
akan memahami persidangan di atas faktor usia umur atau kematangan);69

ii. Ibu bapa/menjaga/mana-mana individu yang menjaga kanak-kanak/orang
muda tersebut (melainkan pegawai penyelarasan merasakan bahawa
kehadiran mereka tidak wajar);70

iii. Youth Justice Coordinator (YJC) (pegawai-pegawai ini merupakan pegawai
khas yang bertugas untuk mengadakan persidangan) atau mana-mana
pegawai yang bertindak bagi pihak pegawai tersebut;71

iv. YAO;72

v. Mangsa;73 dan

69 Seksyen 251 (1)(a), CYPF 1989. 234
70 Seksyen 251(1)(b), CYPF 1989.
71 Seksyen 251(1)(c), CYPF 1989.
72 O’Driscoll, supra 43, hal.68.
73 Ibid.

6.

v. Mana-mana yang menurut pendapat keluarga, atau keluarga besar, atau
kanak-kanak/orang muda itu sendiri harus dilibatkan.74

Tafsiran yang luas diberikan kepada frasa ‘family group’ yang turut merangkumi
keluarga luas atau whanau kepada kanak-kanak/orang muda.75 Ini bermaksud
bahawa keluarga luas atau whanau kanak-kanak/orang muda boleh turut serta dalam
membincangkan kesnya dan mencapai kata putus tentang langkah yang terbaik yang
patut diambil.76

Pada permulaan Intention to Charge FGC, YJC harus melakukan sebuah penilaian
sama ada kanak-kanak/orang muda mengaku telah melakukan kesalahan dan
persidangan tidak akan disambung sekiranya didapati bahawa kanak-kanak/orang
muda tersebut tidak mengaku.77

Sebuah perbincangan umum mengenai matlamat-matlamat untuk kanak-kanak/orang
muda tersebut akan dilaksanakan dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh
kanak-kanak/orang muda itu untuk memulihkan sebarang kesan buruk daripada
kesalahannya.78 Sebuah Formal Police Caution juga boleh diarahkan ke atas kanak-
kanak/orang seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 211 CYPF 1989.

Berbeza dengan sistem amaran yang diperjelaskan di atas, keputusan untuk
mengeluarkan sebuah Formal Police Caution ini hanya dibuat berdasarkan syor

daripada FGC, dan bukan dikeluarkan atas budi bicara pegawai penguat kuasa
sendiri.79 Selain itu, berbeza juga dengan sistem amaran, Formal Police Caution harus

dilaksanakan oleh seorang anggota polis yang berpangkat Sarjan atau lebih tinggi,

74 Seksyen 251(1)(o), CYPF 1989. 235
75 O’Driscoll, supra 43, hal.66.
76 Ibid..
77 Seksyen 259(1)-(2), CYPF 1989.
78 Nadzriah, supra 1, p.368.
79 Seksyen 211(1), CYPF 1989.

6.

dan sekiranya tiada pegawai tersebut, ianya harus dilaksanakan oleh konstabel yang
berpangkat paling tinggi.80 Sekiranya boleh, pelaksanaan Formal Police Caution ini
harus dibuat di balai polis.81 Berbeza lagi juga dengan sistem amaran, pemberian
Formal Police Caution ini juga memerlukan kehadiran ibu bapa/penjaga/mana-mana
orang yang menjaga kanak-kanak/orang muda tersebut, atau dengan kehadiran
mana-mana orang dewasa yang dinamakan oleh kanak-kanak/orang muda yang
terlibat.82 Di sini, keperluan untuk pengeluaran notis bertulis di bawah dan juga
sekatan penggunaan Formal Police Caution sebagai keterangan di Mahkamah seperti
yang dibincangkan di atas turut terpakai.83

Namun begitu, maklumat yang dikeluarkan oleh pihak polis New Zealand sendiri pada
tahun 2011 menyatakan bahawa proses Formal Police Caution ini jarang dimasukkan
ke dalam pelan di bawah FGC kerana arahan untuk melalui program-program di
bawah Kaedah Alternatif secara keseluruhannya dianggap seakan-akan sebuah
amaran kepada kanak-kanak/orang di bawah Formal Police Caution.84

Sebarang pelan yang akan dipersetujui semasa FGC akan mengambil kira
pertimbangan yang dibutirkan di dalam seksyen-seksyen 4A dan 5 (seperti yang
dibincangkan di atas).85

Setelah tamat FGC, pihak-pihak yang terlibat akan diberikan sesalinan pelan dan
seorang pekerja sosial akan ditugaskan untuk melaksanakan pelan tersebut.86
Sekiranya tiada persetujuan dapat dicapai semasa FGC, pihak polis boleh

80 Seksyen 211(2)(b), CYPF 1989.
81 Seksyen 211(2)(a), CYPF 1989.
82 Seksyen 211(3)(c)(i)-(ii), CYPF 1989.
83 S.212-213, CYPF 1989. Peruntukan menyatakan bahawa keperluan dan sekatan ini terpakai untuk
Warning di bawah seksyen 209 dan Formal Police Caution di bawah seksyen 211.
84 Alternative Action that Works, supra 48, hal.14.
85 Seksyen 29(1)-(2), CYPF 1989.
86 Nadzriah, supra 1, p.372.

236

6.

mengarahkan supaya sebuah FGC diadakan semula atau untuk merujuk kes bagi
prosiding Mahkamah.87

Keterangan mengenai apa-apa kenyataan atau pengakuan semasa FGC dan
sebarang rekod mengenai mana-mana perkara tersebut tidak boleh diterima masuk
oleh Mahkamah.88

Perbezaan utama di antara Alternative Action dan FGC adalah dari segi amalan, di
mana mangsa kesalahan akan dilibatkan dengan lebih aktif dengan pelan yang
dibentuk melalui FGC.89 Kanak-kanak/orang muda akan berjumpa dengan mangsa
secara bersemuka, iaitu sesuatu yang jarang dilaksanakan dalam Alternative Action.90

8.2.4 Jenis Kesalahan yang Boleh Melalui Diversion

Undang-undang di New Zealand tidak menyenaraikan jenis kesalahan yang khusus
dan layak untuk melalui Diversion. Ini bermaksud pihak penguat kuasa perlu
mempertimbangkan kaedah-kaedah Diversion bagi apa-apa kesalahan yang
dilakukan kanak-kanak/orang muda di mana tindakan mahkamah boleh diambil
terhadap mereka. Sejajar dengan pertimbangan tentang sifat kesalahan dalam
seksyen 209 yang dibincangkan di atas, Warning umumnya dilaksanakan bagi
kesalahan-kesalahan ringan.91 Alternative Action dan FGC pula dipertimbangkan di
mana Warning dirasakan tidak memadai untuk mengendalikan kanak-kanak/orang
muda yang melakukan kesalahan.92

87 Alternative Action that Works, supra 48, hal.17. 237
88 Seksyen 37(1)-(2), CYPF 1989.
89 Nadzriah, supra 1, hal.338.
90 Ibid.
91 O’Driscoll, supra 43, hal.59.
92 O’Driscoll, supra 43, hal.59-60; Nadzriah, supra 1, p.357.

6.

8.2.5 Pengajaran

Terdapat beberapa pengajaran umum yang boleh diambil daripada pelaksanaan
Diversion di New Zealand seperti berikut:-

a. Undang-Undang dan Garis Kerja Diversion

Seperti yang dibincangkan di atas, CYPF 1989 memperuntukkan punca kuasa
pegawai yang terlibat dengan Diversion secara jelas dan menyenaraikan bukan
sahaja pertimbangan yang perlu diambil tetapi juga proses-proses bagi kaedah-
kaedah Diversion yang berlainan. Undang-undang di New Zealand memperuntukkan
secara jelas bagi pegawai-pegawai di lapangan mengutamakan kaedah-kaedah
pengendalian yang tidak berasaskan Mahkamah. Ini bermaksud langkah-langkah
yang diambil pegawai adalah berlandaskan matlamat akhir untuk menghalang kanak-
kanak/orang muda daripada terlibat dengan mahkamah, sama ada melalui amaran,
Alternative Action atau Family Group Counseling, di mana kanak-kanak/orang muda
yang berisiko tinggi akan diberi peruntukan yang lebih. Sebelum prosiding Mahkamah
dilaksanakan, Family Group Counseling harus dicuba terlebih dahulu.

Di mana undang-undang tidak membutirkan proses-proses tersebut secara jelas,
agensi yang terlibat mempunyai garis kerja dalaman yang jelas untuk membantu
pegawai dalam pelaksanaan tugas mereka. Kerangka kerja ini turut mengenal pasti
amalan-amalan terbaik atau/dan menggariskan nilai-nilai yang wajar diguna pakai
oleh pegawai.

Adanya undang-undang atau garis panduan-garis panduan yang jelas ini amat
membantu di dalam penstrukturan kerja-kerja berkaitan Diversion, menerap
pemahaman dan penghargaan terhadap kepentingan Diversion serta memastikan
kelangsungan di dalam penugasan kerja-kerja berkaitan Diversion.

b. Pasukan/Pegawai Khas untuk Mengendalikan Kes-Kes
Kanak-Kanak/Orang Muda yang Mempunyai konflik dengan
Undang-Undang

Sebuah pasukan khas telah diperkenalkan iaitu YAO, yang bertugas melaksanakan
kerja-kerja pencegahan jenayah dalam kalangan kanak-kanak/orang muda, serta

238

6.

mengendalikan kes-kes mereka yang telah pun mempunyai konflik dengan undang-
undang.93 Ini bermaksud kes kanak-kanak/orang muda dikendalikan oleh pegawai-
pegawai yang terlatih bukan sahaja mengenai hak kanak-kanak/orang muda sendiri,
tetapi juga dalam proses Diversion (termasuk pertimbangan kes, penilaian risiko dan
pemantauan kanak-kanak). Penubuhan pasukan khas ini juga bermaksud pegawai-
pegawai tidak akan terbeban dengan tugasan-tugasan lain. Amalan ini berbeza
dengan kerangka kerja Projek Rintis Diversion di Malaysia, di mana kes dikendalikan
oleh 3 bahagian yang berbeza yang tidak kesemuanya dilatih secara khusus untuk
mengendalikan kes kanak-kanak mempunyai konflik dengan undang-undang. Ini
juga menyebabkan pegawai-pegawai tersebut terbeban dengan tugas-tugas lain
yang tidak berkaitan dengan kanak-kanak sahaja.

Begitu juga dengan pegawai YJC, yang dilantik khas bagi tugas melaksanakan FGC
dengan kanak-kanak/orang muda dan keluarga mereka. Sebagai pihak yang tidak
berkepentingan (bukan berpihak kepada polis atau kanak-kanak/orang muda atau
keluarga mereka), YJC juga boleh melaksanakan FGC unsur-unsur berat sebelah.

c. Penglibatan Keluarga Luas

Seperti yang dibincangkan di atas, proses Diversion di New Zealand menggalakkan
agar kanak-kanak kekal bersama keluarga dan komuniti mereka dan juga
membolehkan keluarga luas dilibatkan di dalam perbincangan tentang kes dan
langkah-langkah seterusnya. Sistem ini dapat memupuk sikap bertanggungjawab di
kalangan kanak-kanak/orang muda kerana wujudnya mekanisma di dalam keluarga
kanak-kanak/orang muda itu sendiri bagi memastikan bahawa kanak-kanak/orang
muda mengambil tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukannya. Sekiranya
diguna pakai di Malaysia, ini membolehkan kanak-kanak untuk memperbaiki tingkah
laku mereka tanpa perlu melalui proses mahkamah.

93 O’Driscoll, supra 43, hal.60. 239

6.

8.3 THAILAND

8.3.1 Perkembangan Diversion

Di Thailand, pendekatan keadilan restoratif digunakan sebagai langkah Diversion
pra-perbicaraan bagi kanak-kanak dan juvana yang mempunyai konflik dengan
undang-undang.94 Sejak zaman dahulu kala di Thailand, keadilan restoratif
merupakan suatu amalan tradisi kerana kebanyakan orang Thai tinggal bersama
keluarga luas mereka dan lebih gemar kepada pendekatan secara perundingan di
dalam menyelesaikan sebarang pertelingkahan mahupun pertikaian. 95 Sebelum
sistem keadilan Thai melalui proses modenisasi pada kurun ke-19, mangsa-mangsa
hanya melibatkan pihak berkuasa di dalam kes-kes yang serius sahaja seperti
bunuh, atau rompakan. Bagi kes-kes yang bersifat kurang serius, mereka akan pergi
berjumpa jawatankuasa mediasi yang bersifat tradisional dan tidak formal yang
terdiri daripada ketua kampung dan kalangan orang-orang tua di dalam masyarakat
tersebut di mana kedua-dua pihak tinggal, bagi menyelesaikan pertikaian mereka
secara restoratif. Pihak-pihak yang terlibat, keluarga mereka dan ahli masyarakat
akan mengambil bahagian di dalam proses perundingan tersebut. Keputusan yang
dibuat pula diterima kerana jawatankuasa tersebut mendapat mandat daripada
seluruh kampung bagi mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar kepada
keputusan jawatankuasa. Namun amalan ini menjadi terhakis sedikit demi sedikit
dengan proses modenisasi sistem perundangan Thai yang berlaku pada kurun
ke-19, yang berasaskan model-model dari negara-negara Barat seperti sistem sivil
dan common law.96 Tiada perundangan khusus yang ada bagi menyokong amalan
tradisi ini di samping terdapat tanggapan bahawa penentuan keadilan merupakan

94 Casey, supra 16, hal.17-19; Anderson, M., & Ratanadilok, K., Diversion and Restorative Justice as
Tools to Protect Children from the Violence of Criminal Justice Involvement: Lessons from Thailand, in
O’Brien, W. & Foussard, C (eds) “Violence against Children in the Criminal Justice System: Global
Perspectives on Prevention,“ Routledge, (2020) hal.198-215.

95 Roujanavong, W., Restoratif Justice: Family and Community Group Conferencing (FGC) in Thailand,
(2005) Paper presented at "The Next Step: Building Restoratif Communities", IIRP 7th International
Conference on Conferencing, Circles and other Restoratif Practices, 9-11 November, Manchester,
England, UK. <https://www.iirp.edu/pdf/man05_roujanavong.pdf>.

96 Kittayarak, K., Restorative Justice: The Thai Experience, a presentation at the 123rd UNAFEI Seminar
on Victim Rights Protection and Restorative Justice Approach, 8 January- 14 February, 2003, Fuchu,
Japan.

240

6.

tugas khusus bagi mahkamah dan hakim-hakim sahaja yang berhak membuat
keputusan bagi semua kes.97

Pada tahun 2000, kerajaan New Zealand melalui program Good Governance telah
menjemput Wanchai Raujanovong, Ketua Pengarah Jabatan Pengawasan dan
Pelindungan Juvana (Department of Juvenile Observation and Protection/DJOP),
Thailand bersama-sama rakan-rakan sejawat beliau ke New Zealand untuk menjalani
latihan mengenai prosedur-prosedur mesra kanak-kanak bagi kanak-kanak yang
didera dan dianiayai. Semasa latihan ini, Family Group Conferencing (FGC) atau
Persidangan Keluarga secara Berkumpulan atau telah diperkenalkan.98 Pada bulan
Mac 2003 berikutnya DJOP telah menyediakan peraturan-peraturan dan garis
panduan-garis panduan serta memberi latihan intensif kepada pelaksana-pelaksana
FGC dengan disokong oleh UNICEF. Projek rintis FGC dilancarkan di mana FGC yang
pertama telah diadakan pada 1 Jun 2003. Ini diikuti oleh pelaksanaan amalan di 52
Pusat Pengawasan dan Pelindungan Juvana di seluruh negara.

Pusat-pusat ini menggunakan pendekatan model Persidangan Keluarga seperti di
New Zealand dengan membuat pengubahsuaian secara memasukkan komuniti
sebagai bahagian penting di dalam proses. Pendekatan ini dibuat memandangkan di
Thailand, komuniti memainkan peranan yang amat penting di dalam hampir kesemua
aspek kehidupan dan sosial masyarakat Thai.

8.3.2 Kerangka Undang-Undang Diversion

Sebenarnya telah lama ada peruntukan umum berkenaan kuasa polis dan Pendakwa
Raya yang membolehkan Diversion dibuat terhadap kanak-kanak yang mempunyai
konflik dengan undang-undang. Perkara 50 dan 63 Akta Mahkamah Juvana dan
Keluarga 1991 (Juvenile and Family Court Act 1991/ JFCA 1991) memperuntukkan
seperti berikut:-

97 Roujanavong, W., supra 95, hal.127-128.
98 Roujanavong, W., Restorative Justice: Family and Community Group Conferencing (FGC) in
Thailand, (2005) Paper presented at "The Next Step: Building Restorative Communities", IIRP 7th
International Conference on Conferencing, Circles and other Restorative Practices, 9-11 November,
Manchester, England, UK, <https://www.iirp.edu/pdf/man05_roujanavong.pdf>.

241

6.

a. Perkara 50: Apabila seseorang kanak-kanak ditangkap, polis mesti
menghantar kanak-kanak tersebut ke Pusat Pengawasan (Probation
Centre) dalam masa 24 jam.

b. Perkara 63: Pengarah Pusat Pengawasan mempunyai kuasa untuk
mengesyorkan suatu perintah tiada dakwaan (non-prosecutorial order)
kepada pendakwa raya yang berkenaan.

Di dalam membuat syor tersebut, Pengarah Pusat Pengawasan mesti menggunakan
budi bicara beliau berasaskan tiga faktor:-

a. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh kanak-kanak tersebut adalah:-
i. Kesalahan yang dilakukan boleh dihukum tidak lebih dari 5 tahun
pemenjaraan;
ii. Kesalahan tersebut pertama kali dilakukan oleh kanak-kanak
tersebut;
iii. Kanak-kanak telah membuat pengakuan salah dan ingin
memperbaiki kemudaratan yang telah dilakukan; dan
iv. Mangsa telah memberi persetujuan untuk menggunakan FGC.

b. Pengarah berpendapat bahawa kanak-kanak boleh dipulihkan tanpa
perlu didakwa di mahkamah.

c. Kanak-kanak telah memberi persetujuan untuk berada di bawah
kawalan Pengarah bagi pemantauan susulan.

Undang-undang ini tidak digubal khusus bagi tujuan membolehkan FGC diadakan
tetapi lebih kepada memberi ruang kepada pendekatan alternatif diambil di dalam kes-
kes penangkapan kanak-kanak. Namun, sebelum tahun 2003, para Pengarah DJOP
jarang sekali menggunakan budi bicara mereka untuk mengesyorkan tiada
pendakwaan dibuat di bawah peruntukan-peruntukan kerana mereka gusar untuk
menggunakan budi bicara secara bersendirian. Namun, keadaan ini berubah kerana
menurut proses FGC, syor yang sama dibuat secara kolektif, setelah mengambil kira
pendapat dan buah fikiran para peserta persidangan dan tugas Pengarah hanya
menyampaikan keputusan bersama kepada pendakwa raya. Semenjak model FGC

242

6.

diperkenalkan sehingga 2014, lebih 10,000 kanak-kanak telah dialihkan dari sistem
pengadilan juvana.99

Disebabkan kejayaan program FGC, Thailand telah memasukkan Diversion ke dalam
pindaan kepada Akta Mahkamah Juvana dan Keluarga100 pada tahun 2011.101
Terdapat satu bab khusus bertajuk “Langkah-langkah Khas Menggantikan
Pendakwaan Jenayah” (Special Measures in Place of Criminal Prosecution”).
Seksyen 86 memperuntukkan seperti berikut:-

a. Kanak-kanak atau juvana dituduh melakukan kesalahan jenayah yang
boleh dihukum dengan pemenjaraan lima tahun maksimum.

b. Kanak-kanak atau juvana telah menunjukkan penyesalan di atas
perlakuannya sebelum pendakwaan, dan Pengarah Pusat Pemerhatian
Juvana menimbangkan dengan mengambil kira usia, rekod peribadi,
kelakuan, tahap kecerdikan, latar belakang pendidikan, keadaan fizikal
dan mental, pekerjaan, status kewangan dan punca kesalahan, dan
kanak-kanak atau juvana mampu berubah tanpa perlu adanya
pendakwaan.

c. Penilaian bagi Risiko dan Keperluan adalah rendah.
d. Penyediaan Pelan Pemulihan adalah tertakluk kepada persetujuan

mangsa-mangsa and kanak-kanak atau juvana.
e. Pelaksanaan Pelan Pemulihan mesti dilaporkan kepada mahkamah.
f. Sekiranya mahkamah mendapati bahawa proses penyediaan Pelan

Pemulihan adalah tidak sah, mahkamah boleh mengeluarkan suatu
perintah yang dianggap bersesuaian.

99 Ratanadilok K., Restorative Justice Practices in Thailand, kertas kerja yang dibentangkan di National
and Regional Conference “Towards Comprehensive and Effective Juvenile Justice System in Thailand
and the Region,” Bangkok, Thailand, 12-15 June 2021, boleh dimuat turun di
https://violenceagainstchildren.un.org/sites/violenceagainstchildren.un.org/files/expert_consultations/r
estorative_justice/kattiya_ratanadilok.pdf
100 B.E. 2553.
101 Casey, S., Diversion of Children in Conflict with the Law: International Standards and Practices,
UNICEF, (2015), hal.17-19.

243

6.

Seksyen 87 pula memperincikan tentang penyediaan Pelan Pemulihan yang
diperuntukkan di bawah seksyen 86. Pihak-pihak yang terlibat dengan penyediaan
Plan Pemulihan adalah:-

a. Kanak-kanak atau juvana dan pihak-pihak yang bersamanya;
b. Pihak-pihak bagi mangsa;
c. Pakar psikiatri atau pekerja-pekerja sosial;
d. Wakil komuniti boleh dijemput atau agensi yang mempunyai tugas-tugas

khusus atau yang terkesan dengan kesalahan tersebut; atau
e. Seorang Pegawai Pendakwa Raya.

Pelan ini mesti disiapkan dan dikemukakan kepada Pegawai Pendakwa Raya bagi
pertimbangan dalam masa 30 hari dari tarikh kanak-kanak atau juvana menunjukkan
penyesalan bagi tindakannya.

Seksyen 90 pula memperuntukkan tentang pendakwaan terhadap kanak-kanak atau
juvana bagi kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh
maksimum 20 tahun.102

Bagi kedua-dua kategori kes, sekiranya Pelan Pemulihan telah dipatuhi dengan
sepenuhnya, Pengarah akan memaklumkan mahkamah dan mahkamah akan
mengeluarkan perintah bagi kes tersebut dikeluarkan dari senarai kes.

Secara kesimpulannya, peruntukan undang-undang memberi ruang bagi Diversion
berlaku namun tidak semestinya disusuli oleh pendekatan keadilan restoratif. Walau
bagaimanapun dari segi amalannya, protokol DJOP telah mewujudkan FGC sebagai
mekanisma bagi mengalihkan kanak-kanak pada tahap pra-perbicaraan.103

102 Rujuk perbincangan berikutnya di Bahagian (d).
103 Anderson, M., & Ratanadilok, K., Diversion and Restorative Justice as Tools to Protect Children from
the Violence of Criminal Justice Involvement: Lessons from Thailand, di dalam O’Brien, W. & Foussard,
C (eds) “Violence against Children in the Criminal Justice System: Global Perspectives on Prevention,“
Routledge, (2020) hal. 198-215, di hal 208.

244

6.

8.3.3 Kaedah-Kaedah Diversion

Di Thailand, kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang diberi
peluang melalui Diversion secara dialihkan ke FGC sekiranya memenuhi syarat-
syarat yang tercatat seperti di bahagian di atas. Proses yang berlaku setelah
seseorang kanak-kanak ditangkap adalah seperti berikut:-

a. Jabatan Pengawasan dan Pelindungan Juvana (DJOP) akan menjalankan
b. sebuah penyiasatan sosial, yang mengambil masa di antara 15-25 hari.
c. Pengarah DJOP akan menggunakan penyiasatan tersebut sebagai asas
d. bagi menentukan keputusan sama ada untuk mengesyorkan tiada tindakan
e. pendakwaan dibuat.
Sekiranya pendakwa raya dan kanak-kanak bersetuju, perkara tersebut
6. akan dirujuk ke FGC bagi tujuan penyelesaian.
FGC dihadiri oleh mangsa, kanak-kanak yang melakukan kesalahan, ibu
bapa atau saudara kanak-kanak tersebut, seorang pakar psikologi, seorang
pekerja sosial, satu atau lebih wakil daripada komuniti, pengarah DJOP,
pegawai polis penyiasat, seorang pendakwa raya dan fasilitator
persidangan.
Kedua-dua mangsa dan kanak-kanak diberi peluang untuk menjelaskan
peristiwa-peristiwa yang berlaku sehingga membawa kepada penangkapan
kanak-kanak dan juga untuk berkongsi pandangan dan perasaan mereka.
Para ahli persidangan mesti mencapai kata sepakat tentang apa yang perlu
dibuat oleh kanak-kanak tersebut bagi memperbaiki kemudaratan yang
telah dilakukan. Antara pilihan-pilihan yang ada termasuk: memohon
kemaafan daripada mangsa; khidmat masyarakat; pampasan kewangan;
dan penyeliaan oleh DJOP yang boleh berlanjutan sehingga dua tahun dan
secara amnya memerlukan pertemuan berkala dengan seorang pekerja
sosial atau seorang Pegawai Akhlak. Terdapat juga perjanjian yang
berbentuk lebih kreatif seperti pentahbisan kanak-kanak tersebut sebagai
seorang Sami Buddha; menulis esei tentang akibat-akibat kemudaratan
yang telah dilakukan serta berjanji untuk mengelakkan dari aktiviti-aktiviti
atau orang-orang tertentu. Selain dari tindakan yang perlu dibuat oleh

245

kanak-kanak tersebut, ibu bapa juga boleh dijadikan sebagai pihak di dalam
perjanjian dan mesti mengambil langkah-langkah yang wajar bagi
menangani masalah-masalah yang mendorong kepada keterlibatan kanak-
kanak tersebut dengan kesalahan.104

8.3.4 Jenis Kesalahan yang Boleh Melalui Diversion

Terdapat dua kategori kesalahan yang wajar dipertimbangkan bagi Diversion di dua
peringkat yang berbeza.105

a. Diversion di Peringkat Pra-Perbicaraan

Menurut perundangan, Diversion dibenarkan di peringkat ini bagi kesalahan-
kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh maksimum lima
tahun.106 Namun wujud batasan di mana Diversion hanya dibenarkan bagi kesalahan-
kesalahan yang dianggap ringan sahaja. Kajian yang dilakukan oleh DJOP telah
mengenal pasti situasi-situasi di mana para penguat kuasa telah memohon agar
Diversion tidak dipertimbangkan bagi kanak-kanak yang terlibat dengan pengedaran
dadah, salah guna bahan secara berulang (terutama sekali di kawasan-kawasan di
mana keselamatan awam mungkin terjejas) atau kesalahan-kesalahan trafik seperti
memandu di dalam keadaan mabuk dan berlumba motosikal. Pihak penguat kuasa
ingin menangkis persepsi bahawa mereka tidak berlaku tegas di dalam kes-kes
seumpama ini. Sikap ini didapati menghadkan penggunaan Diversion dan tidak dapat
melindungi kanak-kanak dari terdedah kepada unsur-unsur negatif sistem keadilan
jenayah yang formal.107

104 Casey, supra 101, hal.17-19.
105 Tongkachok, K., Samati, A. & Tongkachok, T., Restorative Juvenile Justice System in the Southern
Border Thailand, Psychology And Education (2021) 58(2): 2544-2556.
106 Seksyen 56, Akta Mahkamah Juvana dan Keluarga, B.E. 2553.
107 Ratanadilok, K. (forthcoming), Increasing the Use of the Special Measure in Place of Criminal
Prosecution in Juveniles Entering to the Justice System (Phase 2), DJOP, Bangkok, disebut di dalam
Anderson, M., & Ratanadilok, K., Diversion and Restorative Justice as Tools to Protect Children from
the Violence of Criminal Justice Involvement: Lessons from Thailand, di dalam O’Brien, W. & Foussard,
C (eds) “Violence against Children in the Criminal Justice System: Global Perspectives on Prevention,“
Routledge, (2020) hal. 198-215 di hal 208.

246

6.

b. Diversion di Peringkat Setelah Pendakwaan Dibuat

Jika mana-mana kanak-kanak dituduh di mahkamah di atas kesalahan yang boleh
dihukum sehingga penjara maksimum selama 20 tahun, Mahkamah mesti
mempertimbangkan faedah-faedah bagi kanak-kanak atau juvana dan orang yang
mengalami kemudaratan tersebut (mangsa).108 Sekiranya didapati bahawa
seseorang kanak-kanak tersebut mampu insaf dan kemudaratan terhadap mangsa
dapat dipulihkan, Mahkamah boleh mengeluarkan perintah terhadap Pengarah Pusat
Pengawasan Juvana atau mana-mana orang yang dirasakan Mahkamah sesuai,
untuk menyediakan Pelan Pemulihan. Pelan tersebut boleh meletakkan syarat-syarat
yang mesti dipatuhi oleh juvana, ayah, ibu, penjaga, mana-mana orang atau entiti di
mana juvana tersebut tinggal. Pengarah Pusat Pengawasan perlu mengemukakan
pelan tersebut bagi pertimbangan Mahkamah dalam masa 30 hari dari tarikh
mahkamah mengeluarkan perintah. Sekiranya Mahkamah meluluskan pelan tersebut,
Mahkamah akan mengeluarkan perintah terhadap juvana dan mana-mana orang
yang terlibat untuk melaksanakan pelan tersebut. Di samping itu Mahkamah akan
mengenepikan kes tersebut buat sementara waktu.

8.3.5 Pengajaran

Tujuan FGC adalah untuk mengalih kanak-kanak yang terlibat dengan kesalahan-
kesalahan berskala rendah dari sistem keadilan yang rasmi serta mengembalikan
keadaan harmoni di kalangan mangsa, kanak-kanak yang terlibat serta komuniti
secara amnya. Thailand telah mewujudkan FGC berdasarkan model pendekatan
keadilan restoratif yang ada di peringkat antarabangsa namun telah mengubah suai
amalan persidangan dengan memasukkan elemen nilai tradisional masyarakat Thai
yang banyak bersandarkan kepada penglibatan komuniti di dalam menyelesaikan
pertelingkahan. FGC yang diamalkan boleh dianggap sebagai suatu proses yang
bersifat hybrid bagi mewujudkan pendekatan Diversion yang unik dan berasaskan
amalan budaya masyarakat Thai.

108 Seksyen 90, Akta Mahkamah Juvana dan Keluarga, B.E. 2553. 247

6.

Pengajaran yang boleh diambil dari amalan Diversion di Thailand adalah seperti
berikut:-

a. Kewujudan Punca Kuasa di dalam Perundangan secara Umum bagi
Membolehkan Diversion diadakan di Peringkat Pra Perbicaraan

Thailand berjaya memperkenalkan FGC sebagai langkah Diversion sebelum
perbicaraan kerana sudah ada peruntukan umum bagi membolehkan kanak-kanak
dialihkan dari proses sistem keadilan jenayah. Setelah FGC berjaya dilaksanakan,
peruntukan khusus bagi Diversion dimasukkan tetapi tidak menetapkan kaedah
Diversion secara khusus. Ini membolehkan sebarang pendekatan dibuat secara
pentadbiran dan juga secara kreatif tanpa perlu dikekang oleh mana-mana
peruntukan akta.

b. Terdapat Jabatan Khusus Mengendalikan Hal-Hal Berkaitan
dengan Kanak-Kanak yang Mempunyai Konflik dengan Undang-
Undang

Adanya DJOP memudahkan pelaksanaan Diversion secara bersepadu dan berkesan
kerana pelaksana-pelaksana yang terlibat dilatih khusus untuk menangani kes-kes
berkaitan kanak-kanak dan juvana. Jabatan ini berada di bawah Kementerian
Kehakiman maka pegawai-pegawai tidak akan terbeban dengan tugasan-tugasan lain
yang melibatkan isu-isu kanak-kanak yang lain.

248

6.

8.4 AUSTRALIA

8.4.1 Perkembangan Diversion

Di Australia, sistem keadilan jenayah yang melibatkan kanak-kanak tidak
diperuntukkan di bawah perundangan tempatan. Sebaliknya, ia adalah di bawah
bidang kuasa negeri dan wilayah. Oleh yang demikian, terdapat perbezaan dari aspek
peruntukan perundangan dan sistem pelaksanaan Diversion di setiap negeri dan
wilayah di Australia. Analisis di dalam bahagian ini akan mengupas struktur dan
pelaksanaan Diversion di tiga wilayah iaitu Victoria, South Australia dan New South
Wales. Ketiga-tiga wilayah ini dipilih kerana Diversion dilaksanakan menurut kerangka
undang-undang yang jelas. Di samping itu, Victoria telah diakui sebagai wilayah yang
mempunyai pendekatan yang efektif terhadap kes juvana kerana jumlah peratusan
rendah untuk kanak-kanak yang direman atau menjalani pemenjaraan serta
peratusan rendah bagi kes-kes pengulangan semula kesalahan.109 South Australia
pula terkenal dengan skim persidangan belia (youth conference scheme) sebagai
langkah Diversion utama. New South Wales selanjutnya merupakan antara wilayah
pertama memperuntukkan secara jelas turutan tindakan amaran, amaran keras serta
persidangan belia (youth conference) bagi mengalihkan dari pelaksanaan keadilan
jenayah secara konvensional.

8.4.2 Kerangka Undang-Undang Diversion

Diversion di ketiga-tiga wilayah di Australia ini diperuntukkan di bawah undang-undang
bertulis. Matlamat serta prinsip Diversion dinyatakan dengan jelas bagi memandu
pelaksanaan Diversion secara efektif. Jadual berikut merumuskan peruntukan
berkenaan prinsip Diversion di bawah Akta berkenaan serta pemakaian secara umum.

109 Jessica Dean, The Use of Diversion in Juvenile Justice Settings in Australia: with particular focus on
the state of Victoria, (Institute for Criminal Justice Reform (ICJR), 2018); Lucinda Jordan and James
Farrell, ‘Juvenile Justice Diversion in Victoria: A Blank Canvas?’, [2013] Current Issues in Criminal
Justice, vol.24, 419-437.

249

6.

Jadual 8.1: Perbandingan Nama Akta, Prin

Nama Akta VICTORIA NEW SO
Children, Youth and Families Act 2005 Young O
Matlamat, Tujuan dan (CYFA 2005) (No. 96/2005) (No. 54/1
Prinsip Diversion s.356D(1) s.3
Matlamat
(a) Kanak-kanak perlu dialihkan (a) untuk
dari sistem keadilan jenayah
pada keadaan yang semungkin meny
boleh dan sesuai; kepad
kanak
(b) Risiko stigma ke atas kanak- kesal
kanak yang melalui sistem keadi
keadilan jenayah perlu confe
dikurangkan; amara
(b) menu
(c) Kanak-kanak perlu digalakkan meny
untuk bertanggungjawab ke kepad
atas tindakan yang melanggar kanak
undang-undang; (c) menu
persid
(d) Salah laku kanak-kanak perlu (i) m
ditangani dengan cara
memperakui keperluan kanak- b
kanak itu dan membantunya m
dengan rehabilitasi; (ii) m
k
(e) Kanak – kanak perlu diberi
peluang untuk mengukuhkan
dan memelihara hubungan

6.

nsip dan Pemakaian Diversion di Australia

OUTH WALES SOUTH AUSTRALIA

Offenders Act 1997 (YOA 1997) Young Offenders Act 1993 (YOA

1997) 1993) (No. 57/1993)

s.3

t Akta adalah: Matlamat Akta adalah untuk

k menubuhkan satu skim yang menyediakan penjagaan, koreksi

yediakan proses alternatif serta bimbingan yang perlu kepada

da prosiding mahkamah bagi pesalah kanak-kanak demi

k-kanak yang melakukan perkembangan mereka sebagai ahli

lahan melalui persidangan komuniti yang bertanggungjawab di

ilan belia (youth justice samping merealisasikan potensi

erence), amaran (caution) dan mereka.

an keras (warning);

ubuhkan satu skim bagi tujuan Polisi statutori yang perlu ditekankan

yediakan tindakan responsif adalah:

da perlakuan kesalahan oleh (a) Pesalah kanak-kanak mestilah

k-kanak; diberi kesedaran tentang

ubuhkan dan melaksanakan tanggungjawab mereka di

dangan keadilan belia bagi: bawah undang-undang dan

membolehkan rundingan natijah sekiranya mereka

berasaskan komuniti yang melanggar undang-undang;

melibatkan pihak yang terkesan; (b) Komuniti dan individu di

menekankan restitusi dan dalamnya mestilah dilindungi

kebertanggungjawaban kepada

250


Click to View FlipBook Version