The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia (2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-22 00:51:49

Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia (2021)

Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia (2021)

VICTORIA NEW SO
dengan keluarga kerana ia p
penting bagi kehidupan kanak- t
kanak tersebut;
(iii) m
(f) Kanak-kanak perlu diberi m
landasan yang menghubungkan
pendidikan, latihan dan (d) mena
pekerjaan. melan
kanak
Strait
keadi

s.7
Prinsip-p
pelaksan
(a) bahaw

kanak
berda
keper
Akta;
(b) bahaw
diberi
mend
perun

6.

OUTH WALES SOUTH AUSTRALIA

pesalah atas perlakuan dan dari apa-apa keganasan dan

tindakannya; salah laku.

memenuhi keperluan/kehendak

mangsa Selagi mana ia adalah dibolehkan

mengikut keadaan, polisi berikut

angani representasi yang mestilah dilaksanakan:
ngkaui (over representation)

k-kanak orang asal dan Torres (a) Pampasan dan restitusi mestilah

t Islander di dalam sistem diadakan untuk mangsa;

ilan jenayah. (b) Pampasan dan restitusi

diadakan untuk pihak yang telah

mengalami kerugian atau

prinsip yang memandu kerosakan akibat kesalahan

naan Akta adalah : tersebut;

wa hukuman terhadap pesalah (c) Hubungan antara keluarga dan

k-kanak perlu dikurangkan kanak-kanak perlu dijaga dan

asarkan kehendak dan dikukuhkan;

rluan yang termaktub di dalam (d) Kanak-kanak tidak boleh

diasingkan dari keluarga

wa pesalah kanak-kanak berhak sewenang-wenangnya;

itahu hak mereka untuk (e) Tiada sebarang halangan yang

dapatkan khidmat nasihat tidak wajar kepada pelajaran

ndangan dan diberi peluang atau pekerjaan kanak-kanak;

dan

251

VICTORIA NEW SO
untuk
6. terseb

(c) bahaw
wajar
kanak
yang

(d) bahaw
pesal
diken
komu
semu
denga
kanak

(e) bahaw
dalam
adala
diliba
penga

(f) bahaw
maklu
dan p
ambil

OUTH WALES SOUTH AUSTRALIA identiti
k mendapatkan khidmat (f) Tidak menjejaskan budaya
but; bangsa, etnik atau
wa Prosiding jenayah tidak kanak-kanak.
r dikenakan kepada kanak-
k sekiranya terdapat alternatif

lebih bersesuaian;
wa dalam keadaan tertentu,
lah kanak-kanak perlu
ndalikan di dalam kalangan
unitinya bagi membantu integrasi
ula dan menjaga hubungan
an komuniti dan keluarga kanak-
k itu;
wa tanggungjawab ibu bapa
m perkembangan kanak-kanak
ah diakui dan mereka perlu
atkan di dalam proses
adilan;
wa mangsa berhak menerima
umat berkenaan keterlibatan
perkembangan tindakan yang di
l di bawah Akta.

252

VICTORIA NEW SO

Umur s.3 s.7A

(a) Kanak-kanak berusia 10-18 tahun (a) Kan

ketika kesalahan dilakukan; dan ketik

(b) berusia tidak melebihi 19 tahun (b) beru

ketika prosiding di mahkamah tind

dimulakan bagi kesalahan

tersebut.

6.

OUTH WALES SOUTH AUSTRALIA

s.4(1)

nak-kanak berusia 10-18 tahun Kanak-kanak berusia 10-18 tahun

ka kesalahan dilakukan; dan

usia bawah 21 tahun ketika

dakan di ambil di bawah Akta

253

Pihak yang berkepentingan di dalam pelaksanaan Diversion di ket

berikut:-

Jadual 8.2: Pihak Berkepentingan dala

VICTORIA NE

Agensi yang Department of Justice and Community The Departm
Safety (DJCS). Juvenile Just
memberi bertanggungja
DJCS bertanggungjawab menyediakan
perkhidmatan perkhidmatan keadilan belia (youth • Menyelia
justice service). pusat k
keadilan belia perintah
Kesemua kanak-kanak yang terlibat
(youth justice dengan sistem keadilan jenayah akan • Menyedi
dikendalikan dan diselia oleh seorang pertimba
service) pekhidmat. Pekhidmat tersebut antara hukuman
lain akan memberi motivasi dan
sokongan kepada kanak-kanak untuk • Menguru
kehidupan yang lebih baik dengan cara: iaitu prog
✓ Pertemuan yang kerap bersama
• Menjalan
kanak-kanak. (youth ju
✓ Memastikan bahawa kanak-kanak
• Menyelia
mematuhi perintah mahkamah. Order” b
✓ Menilai risiko dan keperluan kanak-
• Merangk
kanak. intervens
pengulan

6.

tiga-tiga wilayah Australia adalah dirangkumkan di dalam Jadual

am Pelaksanaan Diversion di Australia

EW SOUTH WALES SOUTH AUSTRALIA

ment of Justice menubuhkan Department of Human Services ini
tice NSW, sebuah agensi yang (DHS). Antara polisi utama agensi
awab untuk: adalah:

a kanak-kanak yang ditahan di • Pengurusan kes yang komprehensif
komuniti atau ditahan menurut dan criminogenic.

mahkamah. • Merangka dan melaksanakan
iakan laporan untuk mahkamah program yang responsif terhadap
angkan dalam menentukan kanak-kanak yang berisiko untuk
n yang sesuai mengulang semula kesalahan,
uskan Program Intervensi awal kompleks dan/atau mempunyai
gram “Youth on Track”. keperluan khusus.
nkan persidangan keadilan belia
ustice conferencing). • Mewujudkan kerjasama untuk
a skim “Work and Development membantu proses transisi kanak-
bagi pesalah muda. kanak keluar dari sistem keadilan
ka dan melaksana apa-apa dan kembali kepada komuniti.
si bagi mengurangkan
ngan semula kesalahan. • Kanak-kanak yang melakukan
kesalahan diberi peluang untuk
membetulkan keadaan / restoratif
kepada mangsa dan komuniti.

254

VICTORIA NE

✓ Merancang serta membantu kanak- Juvenile Jus

kanak dalam mengakses Program tanggungjawa

Intervensi. dalam men

✓ Koordinasi bersama agensi-agensi termasuklah:

berkanun yang lain bagi akses • Justic

keperluan lain seperti pendidikan • Menta

dan tempat tinggal. • Depar
Servic

• Depar
Austra
Centre

• Depar

dan
• Depar

Busin

Polis Polis diberi kuasa budi bicara untuk Polis diberi ku

6. memberi amaran dan/atau terus Act 1997 unt

membawa kanak-kanak mendapatkan amaran, ama

perkhidmatan intervensi. Antaranya persidangan
conferences).
bentuk intervensi adalah Perkhidmatan terus merujuk
Sokongan Belia (Youth Support Intervensi awa
Service)(YSS), yang berfokus sebagai

intervensi awal untuk mengelakkan

proses mahkamah yang diuruskan oleh

EW SOUTH WALES SOUTH AUSTRALIA

stice NSW juga menggalas • Memastikan sokongan diberi
ab bersama-sama agensi lain kepada keluarga dan kanak-kanak
nangani isu pesalah muda ketika penahanan.

ce Health and Forensic
al Health Network (JHFMHN);
rtment of Family and Community
ces;
rtment of Education and the
alian Government through
elink;
rtment of Education and Training;

rtment of Jobs and Small Polis boleh mengeluarkan amaran secara
ness.
uasa di bawah Young Offenders formal atau informal kepada pesalah kanak-
tuk memilih sama ada memberi
aran keras atau merujuk kepada kanak. Polis juga boleh mengalihkan kanak-

keadilan belia (youth justice kanak yang mengakui kesalahan kepada
Di samping itu, Polis juga boleh persidangan keluarga (family conference)
k kanak-kanak kepada Program
al Youth on Track. yang disediakan oleh Pihak Berkuasa

Pentadbiran Mahkamah (Courts

Administration Authority).

255

VICTORIA NE

Youth Justice dan dilaksanakan oleh

organisasi-organisasi komuniti.

Mahkamah Mahkamah boleh mengarahkan supaya Mahkamah dib
kanak-kanak dibawa kepada Diversion menurut seks

menurut peruntukan-peruntukan di mengaku sa
dalam Children, Youth and Families Act mahkamah ak
2005.

6.

EW SOUTH WALES SOUTH AUSTRALIA

beri kuasa untuk memberi amaran Mahkamah hanya akan terlibat sekiranya
syen 31 sekiranya kanak-kanak kes tidak sesuai untuk Diversion; kegagalan
alah dan selanjutnya prosiding menuruti amaran; dan/atau pesalah kanak-
kan digugurkan. kanak gagal menghadiri atau menuruti
persetujuan/ atau aku janji Program
Intervensi.

256

8.4.3 Kaedah-Kaedah Diversion

a. Victoria

i. Amaran

Pihak polis boleh mengeluarkan amaran dengan mengambil kira perkara-
perkara berikut:-

• tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan;
• keadaan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang

dan juga mangsa;
• takat kerosakan atau kecederaan yang telah dilakukan;
• sama ada kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-

undang boleh dihalang dari melakukan pengulangan semula kesalahan;
• bilangan orang yang terkesan dengan kesalahan yang dilakukan; dan
• sama ada terdapat amaran terdahulu yang telah diberikan.

Walau bagaimanapun, tindakan amaran ini tidak diperuntukkan di dalam
perundangan, tetapi hanya bersandarkan kepada prosedur operasi polis.1 Hal
ini telah menyebabkan ia dikritik kerana terdapat tindakan atau implementasi
yang tidak seragam oleh pihak polis.2

ii. Program Intervensi

Kerajaan wilayah Victoria telah memberi dana kepada Mahkamah Kanak-
kanak untuk menubuhkan program rintis Diversion sekitar tahun 2015. Program
rintis tersebut telah berlangsung pada Jun 2015 hingga Disember 2016 dan

1 Victoria Police Manual – Procedures and Guidelines; dinyatakan di dalam Kimberley Shirley, The
Cautious Approach: Police Cautions And The Impact On Youth Reoffending, (Crime Statistics Agency,
2017).
2 Jessica Dean, The Use of Diversion in Juvenile Justice Settings in Australia: with particular focus on
the state of Victoria, (Institute for Criminal Justice Reform (ICJR), 2018)

257

7.

telah mendapat maklum balas dan penilaian yang positif.3 Lanjutan itu, dana
sebanyak AUD 5.6 juta telah diberi oleh kerajaan wilayah Victoria bagi
membolehkan program Diversion diteruskan. Program ini diselaraskan oleh
Children’s Court Youth Diversion Service (CCYD). Di samping itu, peruntukan
khas berkenaan Diversion juga telah dipinda masuk ke dalam Children, Youth
and Families Act 2005 (CYFA 2005) pada tahun 2017.

Menurut seksyen 356D CYFA 2005, Diversion boleh dipertimbangkan oleh
Mahkamah atas usulnya sendiri; melalui permohonan kanak-kanak yang
mempunyai konflik dengan undang-undang; atau atas permohonan dari
Pendakwa Raya. Keputusan sama ada untuk kes dialihkan kepada Program
Intervensi bergantung pada pertimbangan yang berikut:-

• tahap keseriusan kesalahan yang telah dilakukan;
• tahap keseriusan kesalahan-kesalahan lampau;
• kesan ke atas mangsa (jika ada);
• kepentingan keadilan dan perkara-perkara lain yang Mahkamah fikirkan

sesuai.4

Selanjutnya, Penyelaras CCYD akan menghadiri ke semua perbicaraan kanak-
kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang yang dijadualkan bagi
menjalankan penilaian dan mengadakan konsultasi bersama kanak-kanak dan
ibu bapa atau penjaga yang terlibat, pihak polis dan Pendakwa Raya dan
seterusnya memberikan saranan kepada Mahkamah Kanak-kanak berhubung
dengan kesesuaian kes tersebut dialihkan kepada Program Intervensi.

Antara Program Intervensi yang dijalankan di wilayah Victoria adalah:-

• Program ROPES

3 Professor Stuart Thomas, Dr Marg Liddell and Dr Diana Johns, Justice and Legal Studies RMIT
University, Melbourne, Evaluation of the Youth Diversion Pilot Program (YDPP: Stage 3) (16th
December 2016).

4 Sekyen 356D(4), CYFA 2005.

258

7.

Program ini merupakan program Diversion mahkamah yang melibatkan
pihak polis, Mahkamah kanak-kanak dan pekhidmat belia (youth workers).
Program ini bersasar kepada pesalah kanak-kanak kali pertama. Kanak-
kanak tersebut akan terlibat di dalam program mendaki tembok (rock-
climbing) atau latihan tali serta program pendidikan berkenaan kesan rekod
jenayah dan cara mengelak kelakuan anti-sosial.

Kriteria kanak-kanak yang dibolehkan menyertai program ini adalah:-

✓ di bawah umur 18 tahun ketika kesalahan dilakukan;
✓ kesalahan yang dilakukan boleh dibicarakan secara ringkas;
✓ kanak-kanak mengakui kesalahan yang dilakukan dan hanya

menerima amaran terdahulu atau telah dihadapkan ke mahkamah buat
kali pertama;
✓ kanak-kanak belum pernah menyertai program ROPES;
✓ kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga bersetuju untuk menyertai
program tersebut; dan
✓ kanak-kanak tersebut adalah sesuai untuk mengikuti program.

Program ini memberi penekanan kepada semangat sepasukan, saling
menyokong dan saling mempercayai. Setelah kanak-kanak selesai
mengikuti program ROPES, pihak polis akan membuat saranan kepada
mahkamah untuk mengetepikan pertuduhan dan tiada keputusan berkenaan
kebersalahan mahupun hukuman akan direkodkan.

• Right Step

Program Right Step merupakan program yang intensif untuk kanak-kanak
berusia 10 hingga 17 tahun. Ia melibatkan kanak-kanak yang terlibat dalam
kesalahan yang lebih serius. Ini termasuklah menangani isu kesihatan
mental, perpecahan keluarga, penyalahgunaan dadah, gelandangan,
keciciran pelajaran atau kekurangan perhubungan sosial.

259

7.

Kanak-kanak terbabit akan bertemu dengan Pengurus kes setiap minggu
selama lapan minggu dan Pengurus kes akan melengkapkan laporan untuk
dihantar kepada Majistret berkenaan perkembangan kanak-kanak tersebut.
Sekiranya program tersebut berjaya dilengkapkan, tiada pertuduhan akan
dibuat.

• Persidangan Keadilan Kumpulan Belia (Youth Justice Group
Conferencing)

Persidangan ini adalah bersandarkan kepada konsep keadilan restoratif
yang bertujuan untuk mengimbangi antara keperluan pesalah kanak-
kanak, mangsa dan komuniti. Ia dilakukan dengan cara berdialog. Di
samping itu, objektif persidangan ini adalah:-
- mengeratkan hubungan kanak-kanak bersama keluarga dan integrasi

bersama komuniti;
- mengadakan rundingan apa tindakan yang dipersetujui semua pihak

berhubung dengan tindakan perlu dilakukan oleh pesalah kanak-kanak
untuk membetulkan keadaan;
- meningkatkan kepuasan mangsa; dan
- mengalihkan kanak-kanak daripada hukuman yang lebih intensif.

b. New South Wales

Di wilayah New South Wales, Diversion dipandu oleh peruntukan di dalam Young
Offenders Act 1997 (YOA 1997).

i. Amaran (Warnings)

Amaran boleh diberikan oleh polis atau mana-mana orang yang dilantik di
bawah YOA 1997 yang berperanan untuk menyiasat atau mencegah jenayah
(selepas ini dirujuk sebagai “pegawai berkenaan”).5 Amaran tersebut boleh
diberikan di mana-mana termasuklah di tempat kanak-kanak dijumpai. Amaran

5 Seksyen 15 dibaca bersama s.4 YOA 1997. 260

7.

tersebut mestilah tidak disertakan dengan sebarang syarat mahupun sekatan
atau hukuman (sanction). Amaran ini juga boleh diberikan kepada lebih
daripada satu kanak-kanak pada masa yang sama. Pegawai berkenaan perlu
memastikan bahawa kanak-kanak tersebut faham akan tujuan, sifat dan kesan
amaran yang diberi.6 Selanjutnya ibu bapa kanak-kanak terlibat boleh
dimaklumkan berkenaan amaran tersebut sama ada secara bertulis, lisan atau
bersemuka, melainkan jika sekiranya pemakluman tersebut akan memberi
risiko kepada keselamatan dan kebajikan kanak-kanak tersebut.7 Setiap
amaran juga perlu direkodkan.8

Amaran ini hanya boleh diberikan sekiranya ia melibat kesalahan-kesalahan
yang dikategorikan sebagai summary offences yang termaktub di bawah
seksyen 8 YOA 1997.9 Walau bagaimanapun, amaran tidak boleh diberikan
sekiranya:-

• Kesalahan atau kejadian melibatkan keganasan; atau
• Pada pendapat pegawai berkenaan, kes tersebut lebih sesuai

diselesaikan dengan cara lain bersandarkan kepada kepentingan
keadilan.10

Sekiranya amaran tidak diberikan atas sebab (b) di atas, pegawai berkenaan
perlulah mempertimbangkan sama ada kes tersebut wajar untuk diberikan
Amaran Keras atau merujuk kepada pakar menurut seksyen 21(2) untuk
menentukan kesesuaian kes diselesaikan secara persidangan keadilan belia
(youth justice conferences).11

6 Seksyen 16A, (1) YOA 1997. 261
7 Seksyen 16A (2), YOA 1997.
8 Seksyen 17, YOA 1997.
9 Seksyen 13, YOA 1997.
10 Seksyen 14(2), YOA 1997.
11 Seksyen 14(4), YOA 1997.

7.

ii. Amaran keras (Cautions)

Amaran keras boleh diberikan oleh dua pihak iaitu polis dan mahkamah.

✓ Amaran keras polis
Amaran keras polis boleh diberi sekiranya ia melibatkan kesalahan yang
diperuntukkan di bawah YOA 1997, kecuali kesalahan grafiti; dan kanak-
kanak tersebut telah mengakui kesalahan yang dilakukan dan bersetuju
untuk diberikan Amaran keras.12 Pihak polis juga perlu mempertimbangkan
kesesuaian Amaran keras polis bersandarkan kepada pertimbangan-
pertimbangan berikut:-

- tahap keseriusan kesalahan yang telah dilakukan;
- tahap keganasan yang terlibat;
- kesan ke atas mangsa;
- jumlah dan jenis kesalahan dan bilangan tindakan terhadap kanak-

kanak yang pernah diambil menurut YOA 1997; dan
- perkara-perkara lain yang polis fikirkan sesuai mengikut keadaan.13

Sebelum Amaran keras polis dikeluarkan, perkara-perkara berikut perlu
dijelaskan kepada kanak-kanak terlibat:-

- jenis kesalahan dan kejadian yang menyebabkan kesalahan
tersebut;

- kanak-kanak terlibat berhak untuk mendapatkan nasihat guaman
dan di mana nasihat guaman tersebut boleh didapati;

- kanak-kanak berhak untuk memilih kesnya diadili di mahkamah;
- tujuan, sifat dan kesan amaran keras tersebut.14

12 Seksyen 18 & 19, YOA 1997. 262
13 Seksyen 20(3), YOA 1997.
14 Seksyen 22(1), YOA 1997.

7.

Penerangan di atas, sekiranya boleh, hendaklah dibuat dengan kehadiran:-
- orang yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak itu; atau
- seorang dewasa (selain daripada polis) yang dibenarkan hadir oleh
orang yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak itu; atau
- sekiranya kanak-kanak tersebut berumur lebih dari 14 tahun,
seorang dewasa yang dipilih oleh kanak-kanak itu; atau
- seorang pengamal undang-undang Australia yang dipilih kanak-
kanak itu.15

Pemberian Amaran keras akan dimulakan dengan notis yang menyatakan,
antara lain, kesalahan yang telah dilakukan, pihak yang boleh hadir ketika
Amaran keras polis diberikan, tarikh, tempat dan masa amaran keras akan
diberikan, kesan kegagalan hadir pada waktu yang ditetapkan dan hak untuk
mendapatkan khidmat nasihat guaman.16

Amaran keras selanjutnya akan diberikan dalam tempoh tidak kurang
daripada 10 hari dan tidak melebihi 21 hari daripada tarikh notis di atas.17 Ia
hendaklah berlangsung di balai polis, melainkan jika tidak sesuai pada
keadaan itu, ia boleh diberikan di tempat lain.18

✓ Amaran keras mahkamah

Mahkamah boleh memberi amaran keras bagi kesalahan yang disenaraikan
di bawah YOA 1997 dan kanak-kanak terlibat telah membuat pengakuan
salah.19 Amaran keras mahkamah tidak boleh diberikan sekiranya telah
diberikan Amaran keras melebihi 3 kali (termasuk amaran keras polis) tanpa

15 Seksyen 22(2), YOA 1997. 263
16 Seksyen 24, YOA 1997.
17 Seksyen 26(1), YOA 1997.
18 Seksyen 26(2)(3), YOA 1997.
19 Seksyen 31(1), YOA 1997.

7.

mengira ia adalah kesalahan yang sama atau berbeza.20 Mahkamah
selanjutnya akan membatalkan prosiding dan memastikan sebarang rekod
cap jari, gambar kanak-kanak bagi rekod polis dihapuskan. 21

iii. Persidangan keadilan belia (youth justice conferences)

Persidangan keadilan belia dilaksanakan menurut Bahagian 5 YOA 1997.
Persidangan ini membawa kanak-kanak dan keluarganya untuk bersemuka
bersama-sama mangsa dan polis bagi membincangkan kesalahan yang telah
dilakukan dan natijah kepada pihak-pihak yang terkesan.22 Pakar dan ahli
komuniti yang dihormati juga boleh turut serta di dalam persidangan tersebut.23
Perbincangan akan bertumpu kepada mencari solusi yang dipersetujui
termasuklah permohonan maaf, penyertaan dalam program tertentu, restitusi
dan integrasi semula kanak-kanak dengan komuniti bagi mengelakkan
pengulangan semula.24

Tujuan utama pelaksanaan persidangan keadilan belia ini termasuklah:
✓ Menjadikan pertanggungjawaban kepada kanak-kanak atas kesalahan
yang dilakukannya dan juga membantunya menggalas tanggungjawab
tersebut;
✓ Mengembangkan hak dan keterlibatan mangsa di dalam proses
keadilan;
✓ Memberi kuasa kepada keluarga dan mangsa untuk membuat
keputusan berkenaan kesalahan yang dilakukan;
✓ Menyediakan koreksi dan restitusi kepada mangsa; dan
✓ Memberi sokongan kepada kanak-kanak untuk menjadi seorang individu
yang berautonomi. 25

20 Seksyen 31(5), YOA 1997. 264
21 Seksyen. 31(1A), S.32 & S.33, YOA 1997.
22 Tatacara pelaksanaan dinyatakan di dalam Penggal 2, Bahagian 5, YOA 1997.
23 Seksyen 47, YOA 1997.
24 Seksyen 52, YOA 1997.
25 Seksyen 34, YOA 1997.

7.

Semasa persidangan, kanak-kanak tidak boleh diwakili oleh pengamal undang-
undang, kecuali dengan kebenaran pengerusi sidang (conference convenor).
Pengerusi sidang juga boleh menentukan takat atau syarat penglibatan
pengamal undang-undang tersebut.26

Kini, persidangan keadilan belia ini diimplementasi di 17 pejabat komuniti
sekitar wilayah New South Wales.27 Persidangan ini ditadbir oleh Pentadbir
Sidang28 dan disokong dengan pengerusi-pengerusi sidang yang dilantik
menurut seksyen 60 YOA 1997.

c. South Australia

Di wilayah South Australia, Diversion dipandu oleh peruntukan di dalam Young
Offenders Act 1993 (YOA 1993).

i. Tindakan informal (Amaran)

Amaran diberi secara informal jika pada pendapat pihak polis bahawa kesalahan yang
diakui dilakukan oleh kanak-kanak adalah kesalahan kecil menurut seksyen 4(1) YOA
1993 dan perkara tersebut tidak mewajarkan tindakan formal di bawah Akta
tersebut.29 Amaran informal ini perlu direkodkan, namun tidak boleh dijadikan sebagai
rekod jenayah lampau dan tidak boleh dirujuk di dalam mana-mana prosiding
mahkamah tanpa kebenaran kanak-kanak tersebut.30

26 Seksyen 50, YOA 1997.
27 NSW Governement, ‘Youth Justice Conference Convenor Portal’,
<http://www.juvenile.justice.nsw.gov.au/Pages/youth-justice/conferencing/conferencing.aspx> diakses
pada 24 Julai 2021
28 Seksyen 61, YOA 1997.
29 Seksyen 6(1), YOA 1993.
30 Seksyen 6(3), YOA 1993.

265

7.

ii. Tindakan formal

Sekiranya pesalah kanak-kanak mengakui kesalahan kecil yang dilakukan, pihak polis
mempunyai tiga pilihan, sama ada:-

• Mengambil tindakan menurut Penggal 2 Bahagian 2 Akta;
• Memaklumkan kepada Penyelaras Keadilan Belia (Youth Justice Co-

ordinator) untuk memulakan persidangan keluarga; atau
• Membawa tindakan ke Mahkamah untuk pertuduhan.31

Sebelum tindakan di atas diambil, pegawai polis hendaklah menerangkan kepada
kanak-kanak tersebut:-

• sifat serta keadaan yang menyebabkan kesalahan;
• kanak-kanak berhak untuk mendapatkan nasihat undang-undang;
• kanak-kanak berhak untuk kesnya dibawa terus ke mahkamah; dan
• sekiranya kanak-kanak tidak berkehendakan kes dibawa ke mahkamah,

pegawai polis hendaklah mendapatkan pengakuan secara bertulis yang
ditandatangani oleh kanak-kanak tersebut.32

Penerangan di atas, sekiranya boleh, mestilah di hadapan penjaga kanak-kanak
tersebut; atau sekiranya tiada penjaga, seorang dewasa yang dipilih oleh kanak-
kanak sama ada kerana mempunyai hubungan rapat atau telah memberi
kaunseling, nasihat atau membantu kanak-kanak tersebut.33

• Tindakan menurut Penggal 2 Bahagian 2 YOA 1993
Pegawai polis diberi kuasa untuk mengendalikan kes kesalahan kecil
dengan memberi amaran secara formal serta menjalankan mana-mana
satu atau lebih kuasa-kuasa berikut:-

31 Seksyen 7(1), YOA 1993. 266
32 Seksyen 7(2), YOA 1993.
33 Seksyen 7(3) YOA 1993.

7.

✓ mengehendaki kanak-kanak tersebut memberi aku janji untuk
membayar pampasan kepada mangsa;

✓ mengehendaki kanak-kanak tersebut memberi aku janji
membayar pampasan kepada pihak yang mengalami kerugian
atas kerosakan kerana kesalahan yang dilakukan;

✓ mengehendaki kanak-kanak tersebut memberi aku janji
menjalankan khidmat masyarakat dengan suatu tempoh yang
ditetapkan tidak melebihi 75 jam;

✓ mengehendaki kanak-kanak tersebut memberi aku janji untuk
mengemukakan permohonan maaf kepada mangsa;

✓ mengehendaki kanak-kanak tersebut memberi aku janji untuk
mengemukakan permohonan maaf kepada pihak yang
mengalami kerugian atas kerosakan kerana kesalahan yang
dilakukan; dan/atau

✓ mengehendaki kanak-kanak melakukan apa-apa perkara lain
yang sesuai mengikut keadaan kes.34

Sekiranya amaran formal ini diberikan, pegawai polis hendaklah
menerangkan:-

✓ sifat serta keadaan yang menyebabkan kesalahan;
✓ amaran tersebut boleh, sekiranya kanak-kanak melakukan

kesalahan mendatang, dijadikan sebagai bukti bahawa kesalahan
pernah dilakukan.35

Seperti amaran informal, amaran formal mestilah di hadapan penjaga kanak-
kanak tersebut; atau sekiranya tiada penjaga, seorang dewasa yang dipilih
oleh kanak-kanak sama ada kerana mempunyai hubungan rapat atau telah
memberi kaunseling, nasihat atau membantu kanak-kanak tersebut.36

34 Seksyen 8(1), YOA 1993. 267
35 Seksyen 8(2)(a), YOA 1993.
36 Seksyen 8(2)(b), YOA 1993.

7.

Setiap aku janji tersebut mestilah ditandatangani oleh kanak-kanak tersebut,
wakil Pesuruhjaya Polis dan sekiranya boleh, ibu bapa atau penjaga kanak-
kanak tersebut.37 Permohonan maaf pula hendaklah di hadapan seorang
dewasa yang dibenarkan oleh pegawai polis.38

Sekiranya kanak-kanak tersebut tidak memenuhi perkara yang dikehendaki
polis di bawah seksyen 8(1), pihak polis boleh sama ada:-

✓ Memaklumkan kepada Penyelaras Keadilan Belia (Youth Justice Co-
ordinator) untuk memulakan persidangan keluarga; atau

✓ Membawa tindakan ke Mahkamah untuk pertuduhan.39

• Persidangan Keluarga

Persidangan Keluarga merupakan kaedah yang berteraskan keadilan
restoratif di mana pesalah kanak-kanak, keluarga, mangsa, polis
dikumpulkan bagi membincangkan penyelesaian. Ia adalah fleksibel
mengikut masa dan di tempat yang dipersetujui secara kolektif oleh pihak-
pihak.40

Persidangan ini diselaraskan oleh Penyelaras Keadilan Belia yang terdiri
daripada Majistret Mahkamah Kanak-kanak dan mana-mana orang yang
dilantik menurut Courts Administration Act 1993.41

Pihak polis akan mengemukakan nama dan alamat pihak-pihak berikut
kepada Penyelaras Keadilan Belia untuk tindakan selanjutnya:-

37 Seksyen 8(6), YOA 1993.
38 Seksyen 8(5) & (5a), YOA 1993.
39 Seksyen 8(7), YOA 1993.
40 Courts Administration Authority of South Australia, ‘Family Conferences’
<http://www.courts.sa.gov.au/OurCourts/YouthCourt/Pages/Family-Conferences.aspx> diakses pada
23 Julai 2021.
41 Seksyen 9, YOA 1993.

268

7.

✓ penjaga pesalah kanak-kanak;
✓ ahli keluarga yang, pada pendapat pihak polis, boleh bekerjasama

dan menyertai persidangan keluarga;
✓ mana-mana orang yang mempunyai hubungan rapat dengan

kanak-kanak dan boleh bekerjasama dan menyertai persidangan
kanak-kanak;
✓ mangsa, dan sekiranya mangsa adalah kanak-kanak, penjaga
kepada mangsa; dan
✓ mana-mana orang yang telah mengalami kerugian atau kerosakan
akibat kesalahan yang dilakukan kanak-kanak.

Penyelaras Keadilan Belia akan selanjutnya menetapkan masa dan tempat
persidangan dan mengeluarkan notis kepada pihak-pihak di atas. Bagi
mangsa atau pihak yang mengalami kerugian atau kerosakan adalah kanak-
kanak, dia boleh ditemani oleh seorang dewasa yang boleh memberikan
bantuan dan sokongan.42

Persidangan keluarga akan dihadiri oleh Penyelaras Keadilan Belia
(bertindak selaku Pengerusi Sidang), pesalah kanak-kanak, pihak yang
dijemput di bawah seksyen 10 YOA 1993, dan wakil Pesuruhjaya Polis.
Pesalah kanak-kanak juga berhak mendapatkan nasihat daripada pengamal
undang-undang ketika persidangan.43

Antara kuasa Persidangan Keluarga yang diperuntukkan di bawah YOA
1993 adalah:-

✓ Memberi amaran formal supaya kesalahan tidak berulang lagi
✓ Mengehendaki kanak-kanak tersebut memberi aku janji untuk

membayar pampasan kepada mangsa;

42 Seksyen 10, YOA 1993. 269
43 Seksyen 11, YOA 1993.

7.

✓ Mengehendaki kanak-kanak tersebut memberi aku janji membayar
pampasan kepada pihak yang mengalami kerugian atas kerosakan
kerana kesalahan yang dilakukan;

✓ Mengehendaki kanak-kanak tersebut memberi aku janji menjalankan
khidmat masyarakat dengan suatu tempoh yang ditetapkan tidak
melebihi 300 jam;

✓ Mengehendaki kanak-kanak tersebut memberi aku janji untuk
mengemukakan permohonan maaf kepada mangsa;

✓ Mengehendaki kanak-kanak tersebut memberi aku janji untuk
mengemukakan permohonan maaf kepada pihak yang mengalami
kerugian atas kerosakan kerana kesalahan yang dilakukan; dan/atau

✓ Mengehendaki kanak-kanak melakukan apa-apa perkara lain yang
sesuai mengikut keadaan kes.44

Dalam menjalankan kuasa-kuasa di atas, persidangan keluarga mestilah
mengambil kira hukuman terhadap kesalahan tersebut. Setiap aku janji
mempunyai jangka hayat tidak melebihi 12 bulan. Salinan aku janji akan
difailkan oleh Pendaftar.45

Keputusan persidangan keluarga hanya akan menjadi sah sekiranya
pesalah kanak-kanak dan wakil Pesuruhjaya bersetuju dengan keputusan
tersebut.46 Sekiranya pesalah kanak-kanak gagal hadir persidangan
keluarga, tidak mematuhi keperluan persidangan keluarga; atau tidak
mematuhi aku janji, pegawai polis boleh membawa kes untuk di dakwa di
Mahkamah.47 Begitu juga sekiranya persidangan tidak mencapai kata putus,
Penyelaras akan membawa tindakan kepada Mahkamah.48

44 Seksyen 12, YOA 1993. 270
45 Ibid.
46 Seksyen 11(3), YOA 1993.
47 Seksyen 12(8), YOA 1993.
48 Seksyen 11(5), YOA 1993.

7.

8.4.4 Jenis Kesalahan Yang Boleh Melalui Diversion

Jadual 8.3 Kesalahan yang boleh di

VICTORIA NEW SOU

s.356B CYFA 2005 s.8 YOA 1997
Semua kesalahan jenayah kecuali: Kesalahan jenayah ring
jenayah yang dinyataka
• Kesalahan yang boleh dihukum dengan Procedure Act 1986 yan
hukuman minimum atau tetap di bawah Road ringkas. Walau bagaima
Safety Act 1986. Kesalahan Trafik oleh
tahun ke atas.
• Kesalahan yang boleh dihukum dengan
pembatalan atau penggantungan lesen • Kesalahan yang
memandu kenderaan di bawah Road Safety mana-mana oran
Act 1986.
• Kesalahan seksu
• Kesalahan yang boleh dihukum dengan 61L, 61M, 61N, 6
larangan mendapatkan lesen atau permit 78Q, 80, 81A, d
memandu kenderaan di bawah Sentencing 1900.
Act 1991.
• Kesalahan di
(Apprehended V
1900.

• Kesalahan-kesal
and Trafficking
dinyatakan seba
dan seksyen 2A

8.

ibawa kepada Diversion di Australia

UTH WALES SOUTH AUSTRALIA

gan (summary offences) atau s.4 YOA 1993
an di bawah Bab 5 Criminal
ng boleh dibicarakan secara Terpakai bagi ‘kesalahan kecil’.
anapun ini tidak termasuk:
h kanak-kanak berumur 16 Seksyen 4(1) Young Offenders Act 1993

g menyebabkan kematian memberi tafsiran ‘kesalahan kecil’ sebagai
ng.
ual di bawah seksyen 61E, suatu kesalahan, yang pada pendapat
61O(1), (1A) or (2), 66C, 66D,
dan 81B of the Crimes Act pegawai polis yang menjalankan siasatan

bawah Bahagian 15A terhadap kesalahan itu, hendaklah
Violence) of the Crimes Act
dikendalikan sebagai kesalahan kecil kerana:

a. Kesan mudarat akibat kesalahan

tersebut adalah terhad;

b. Karakter serta anteseden pesalah;

c. Kebarangkalian pesalah

mengulangi kesalahan; dan

d. Jika relevan, sikap ibu bapa atau

penjaga pesalah kanak-kanak.

lahan di bawah Drug Misuse
Act 1985 melainkan yang
aliknya di bawah seksyen 2
Young Offenders Act 1997.

271

8.4.5 Pengajaran

Amalan Diversion di Malaysia adalah secara amnya bersesuaian dengan amalan di
Wilayah New South Wales yang merangkumi tindakan amaran, amaran keras dan
Program Intervensi. Namun demikian, berdasarkan analisis amalan di ketiga-tiga
wilayah Australia yang dipilih, perkara berikut boleh dijadikan sandaran untuk
menambah baik dan memperkasakan Diversion di Malaysia:-

a. Peruntukan Perundangan yang Jelas

Pada ketika ini, tiada peruntukan perundangan khas berkenaan Diversion. Bagi
melancarkan proses secara keseluruhan, amat disarankan supaya peruntukan
diadakan supaya pelaksanaan Diversion adalah berpandu dan seragam. Di ketiga-
tiga wilayah Australia yang dipilih, Akta yang berkenaan secara jelas menggariskan
prinsip serta tujuan Diversion yang perlu dititik berat oleh pelaksana dan pihak
berkepentingan dalam Diversion. Di samping itu, Akta-akta tersebut turut
menggariskan kuasa dan tatacara pihak yang terlibat.

b. Kuasa Polis yang Luas

Amalan terbaik ini dapat dilihat menerusi pelaksanaan Diversion di South Australia. Di
samping memberikan amaran kepada pesalah kanak-kanak, pihak polis juga diberi
kuasa untuk memberikan arahan lanjutan seperti memberi aku janji untuk membayar
pampasan kepada mangsa, mengehendaki kanak-kanak menjalani khidmat
masyarakat, atau mengemukakan permohonan maaf kepada mangsa.

Tambahan lagi, di ketiga-tiga wilayah, peruntukan perundangan memberikan kuasa
kepada polis untuk mengeluarkan amaran keras tanpa rujukan kepada pihak
Pendakwa Raya. Ini amat disarankan untuk diadaptasi bagi melancarkan dan
mempercepatkan proses Diversion secara keseluruhan.

9. 272

10.

c. Mahkamah Boleh Menangguhkan Prosiding dan
Mengehendaki Pesalah Kanak-Kanak Dirujuk kepada
Program Diversion

Amalan terbaik ini merupakan amalan di Victoria. CYFA 2005 memperuntukkan
Diversion boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah atas usulnya sendiri; melalui
permohonan pesalah kanak-kanak; atau atas permohonan dari Pendakwa Raya.
Keputusan sama ada untuk kes dialihkan kepada Program Intervensi bergantung
pada pertimbangan tertentu seperti tahap keseriusan kesalahan yang telah dilakukan,
kesan ke atas mangsa dan kepentingan keadilan.

Berbanding dengan amalan di dalam Projek Rintis di Malaysia kini, Diversion ini
adalah di bawah kuasa polis dan/atau Pendakwa Raya. Tiada ruang untuk kanak-
kanak itu sendiri yang memohon untuk kesnya dialihkan kepada program Diversion.

d. Program Diversion yang Pelbagai

Di ketiga-tiga wilayah Australia yang dipilih, terdapat pelbagai bentuk program
Diversion dan intervensi bagi pesalah kanak-kanak. Ini termasuklah program bina diri
seperi program ROPES di Victoria. Juga program yang khusus bagi menangani isu
yang dihadapi kanak-kanak itu sendiri seperti program Right Step di Victoria.

Tambahan lagi, konsep keadilan restoratif turut ditekankan. Ini dapat dilihat menerusi
pelaksanaan persidangan keadilan belia di New South Wales dan persidangan
keluarga di South Australia. Persidangan yang membabitkan pesalah kanak-kanak,
keluarga, mangsa, polis dan wakil komuniti dilakukan bagi membincangkan
penyelesaian yang terbaik dan dipersetujui semua pihak. Tindakan ini amat baik
kerana memberi ruang kepada mangsa untuk terlibat dalam proses keadilan di
samping menekankan pertanggungjawaban kepada pesalah kanak-kanak.

9. 273

10.

e. Penyelaras Program Diversion

Amalan terbaik ini dapat dilihat menerusi penubuhan Children’s Court Youth Diversion
Service (CCYD) di Victoria, Pentadbir Sidang Keadilan Belia di New South Wales dan
Penyelaras Keadilan Belia di South Australia. Penyelaras program ini amat diperlukan
bagi tujuan koordinasi antara agensi dan pihak berkepentingan serta kelancaran
pelaksanaan Diversion secara keseluruhannya. Penyelaras ini juga penting bagi
urusan perekodan dan dokumentasi.

8.5 ENGLAND DAN WALES

8.5.1 Perkembangan Diversion

Dalam era 1970-an, Diversion mula muncul sebagai alternatif kepada penghukuman
kanak-kanak di United Kingdom apabila kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-
kanak bawah umur semakin kerap terjadi dan dilaporkan.1 Pada era tersebut, terdapat
juga sokongan empirikal mengenai teori “labelling” dan kefahaman bahawa kanak-
kanak yang melakukan kesalahan-kesalahan pertama lebih cenderung untuk
mengulangi kesalahan sekiranya melalui proses mahkamah.2

Oleh itu, di bawah Children and Young Persons Act 1969 (CYP 1969), suatu polisi
telah digubal yang menekankan penggunaan amaran sebagai respon yang utama
diguna pakai untuk kesalahan-kesalahan pertama.3 Di bawah CYP 1969, amaran
melibatkan suatu teguran rasmi yang diberikan oleh seorang pegawai polis (biasanya
yang berpangkat lebih kanan) untuk memaklumkan kanak-kanak tersebut bahawa
pelanggaran undang-undang telah berlaku dan pengulangan selanjutnya akan
mengakibatkan pendakwaan.4

1 Rutter M, Giller H and Hagell A, “Antisocial Behaviour by Young People”, (1998), Cambridge University
Press.
2 Ibid.
3 Marlow, “The Policing of Young People”, (2005) The RHP Companion to Youth Justice, Russell
House; Children and Young Persons Act 1969 (c. 54, 1969).
4 Ibid.

9. 274

10.

Jabatan Perhubungan Juvana/Juvenile Liaison Department telah ditubuhkan sebagai
badan pra-mahkamah yang membuat keputusan sama ada:-

a. Kanak-kanak perlu menerima amaran;
b. Tiada tindakan lanjut; atau
c. Kanak-kanak dikenakan tindakan tidak rasmi.5

Jabatan ini merangkumi pelbagai pihak seperti pihak polis, Pegawai Akhlak, pegawai
pendidikan, pegawai khidmat sosial dan khidmat belia.6 Dua pekeliling utama oleh
Home Office menggalakkan penggunaan amaran polis dan amaran tidak rasmi
sebagai strategi Diversion untuk mengurangkan jumlah kanak-kanak dan anak muda
yang didakwa dan diproses melalui mahkamah.7

Walau bagaimanapun, pelbagai masalah timbul daripada pelaksanaan amaran ini.
Bukti menunjukkan bahawa tingkah laku yang dahulunya tidak dianggap sebagai satu
kesalahan yang patut dikenakan tindakan daripada polis kini dikenakan satu tindakan
rasmi.8 Selain itu, ia juga dilaporkan bahawa terdapat unsur diskriminasi daripada
pelaksanaan amaran kerana amaran lebih banyak dikenakan untuk kanak-kanak
perempuan dan lebih jarang digunakan untuk anak muda penganggur atau yang
mempunyai latar belakang sebagai kaum minoriti.9
Oleh hal yang demikian, Crime and Disorder Act 1998 (CDA 1998) telah
memperkenalkan pendekatan yang lebih sistematik untuk Diversion.10 Amaran telah
digantikan dengan “Youth Caution” (Amaran yang Lebih Bersifat Teguran) dan “Youth

5 Pitts, J, “The recent history of youth justice in England and Wales”, (2005), The RHP Companion to
Youth Justice, Russell House. (“Pitts”)
6 Ibid.
7 Goldson, B, “Excavating Youth Justice Reform: Historical Mapping and Speculative Prospects”,
(2020), The Howard Journal 59(3), hlmn. 324.
8 Smith, Roger, “Diversion, Rights and Social Justice, (2020) Special Issue Article Youth Justice,
hlmn. 2.
9 Pitts, supra 322.

10 Piper, C, “The Crime and Disorder Act 1998: Child and Community ‘Safety’”, (1999), The Modern
Law Review 62(3), hal. 397-408. Crime and Disorder Act 1998 (c. 37, 1998).

9. 275

10.

Conditional Caution” (Amaran Bersyarat) di bawah seksyen 65 dan 66 CDA 1998.
Youth Caution boleh disampaikan oleh pihak polis tanpa merujuk kepada Youth
Offending Team (YOT) namun mereka masih perlu memaklumkan hal tersebut
kepada YOT dalam masa satu hari bekerja. Seorang pesalah kanak-kanak yang
menerima Youth Conditional Caution akan dirujuk kepada YOT untuk penilaian dan,
dalam kebanyakan kes, pelan intervensi yang formal akan digubal untuk menangani
tingkah laku individu tersebut.

Kedua-dua pendekatan ini memerlukan persetujuan rasmi daripada anak muda
tersebut.11 Ketidakpatuhan dengan mana-mana pendekatan ini tidak dianggap
sebagai kesalahan. Namun ia boleh dibangkitkan di dalam prosiding pada masa
hadapan. Had yang ketat dikenakan terhadap polis untuk mengeluarkan hanya satu
Youth Caution formal untuk kesalahan pertama dan Youth Conditional Caution yang
kedua.

Akta 1998 ini juga menubuhkan Lembaga Keadilan Belia (Youth Justice Board)
sebagai suatu agensi ‘non-departmental’ (bukan di bawah Home Office) yang
bertanggungjawab untuk menyelia dan menganjurkan amalan yang baik dalam YOT
tempatan, serta mengambil alih tanggungjawab untuk menugaskan tempat tahanan
untuk pesalah muda pada tahun 2000.12

Pendekatan di bawah CDA 1998 mempunyai pelbagai merit namun ia dikritik kerana
tidak memberikan fleksibiliti kepada polis atau YOT untuk memutuskan sama ada
Diversion patut dikenakan terhadap seorang pesalah kanak-kanak.13
Oleh itu, pada tahun 2012, Legal Aid Sentencing and Punishment of Offenders Act
2012 (LASPO 2012) telah digubal dan ia menggantikan pendekatan yang diambil oleh
CDA1998. Youth Caution dan Youth Conditional Caution diperbaiki dengan proses

11 Ibid.
12 Ellis, Tom & Kyo, Akira, “Youth Justice in England & Wales: Past, Present & Future”, (2018) 8
Ryukoku Corrections and Rehabilitation Center Journal, hal.68.
13 Case, S, “Youth Justice: A Critical Introduction”, (2018), Routledge, hal.242.

9. 276

10.

pra-mahkamah yang baru yang berdasarkan prinsip-prinsip Diversion. Ini disanjung
tinggi sebagai ‘era baharu untuk Diversion’.14

8.5.2 Kerangka Undang-Undang Diversion

Di bawah CDA 1998, tujuan sistem pengadilan pesalah kanak-kanak adalah untuk
mencegah kanak-kanak melakukan salah laku dan mengulangi salah laku.15 Pelbagai
penambahbaikan sistem pengadilan pesalah kanak-kanak telah dilakukan di England
dan Wales sejak kewujudan akta ini.

Di England dan Wales, di dalam sistem pengadilan, terma “youth” (belia) adalah
digunakan untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun.16 Umur kanak-kanak yang boleh
dipertanggungjawabkan adalah umur 10 tahun.17 Ini bermaksud bahawa kanak-kanak
yang di bawah umur 10 tahun tidak akan dikenakan sebarang hukuman.

Secara amnya, struktur pentadbiran pengadilan kanak-kanak ada seperti carta aliran
di bawah:-

14 Smith, R, “Re-inventing Diversion”, (2014), Youth Justice 14(2), hal. 109-121. 9. 277
15 Seksyen 37, CDA 1998.
16 Section 117, CDA 1998.
17 Seksyen 50, Children & Young Person Act 1933.

10.

Carta 8.1: Carta Aliran Struktur Youth Justice Services18

Seperti yang dapat dilihat di atas, Parlimen menetapkan melalui Akta Crime and
Disorder 1998, bahawa Setiausaha Negara Kehakiman dan Youth Justice Board
(YJB) bertanggung jawab terhadap prestasi Youth Justice Services (YJS).19

Youth Justice Board ini dipantau oleh Setiausaha Negara untuk Kehakiman dengan
cara ia menetapkan standard yang perlu digunapakai oleh Youth Justice Services,
mengelola serta memberikan nasihat kepada Youth Justice Board.20

Youth Justice Board ini mempunyai skop tugasan untuk memantau sistem
termasuklah penahanan pesalah muda, menentukan dan mengongsikan cara kerja

18 Ellis, supra 321, hal. 73. 9. 278
19 Ibid.
20 Ibid.

10.

yang terbaik, memberi nasihat kepada Setiausaha Negara dan menyalurkan
peruntukan kepada Youth Offending Teams.

Youth Justice Board juga mempunyai kuasa bersama dengan Setiausaha Negara
(kecuali Setiausaha Negara untuk Kesihatan) untuk memasuki perjanjian yang
melibatkan peruntukan tahanan, termasuklah penempatan kanak-kanak yang
melibatkan Pemberi Perlindungan (Custody Providers).

Youth Offending Teams pula bertanggungjawab secara terus kepada pihak berkuasa
tempatan dan mempunyai tugasan untuk menyelaraskan peruntukan yang diperolehi
oleh Youth Justice Services kepada pihak berkuasa tempatan yang memerlukannya.
Youth Offending Teams ada satu pasukan pelbagai agensi yang terdiri daripada
sektor pendidikan, kesihatan, probation, penahanan dan polis.21 Ini menunjukkan
kerjasama secara kolektif pihak-pihak tersebut dalam menangani kes-kes pesalah
kanak-kanak dengan lebih efektif kerana mereka ditangani secara holistik. Kewujudan
kerjasama antara agensi adalah satu contoh yang wajar Malaysia contohi.

Pemberi Perlindungan pula bertanggungjawab untuk menyampaikan khidmat
perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan. Ini termasuklah institusi Rumah
Kanak-Kanak Selamat (Secured Children’s Homes), Pusat Latihan Selamat (Secure
Training Centres) dan Institut bagi Pesalah Remaja (Youth Offenders Institute).
Pemberi Perlindungan ini bertanggungjawab kepada Youth Justice Board dan
Setiusaha Negara untuk Kehakiman.22

Youth Offending Teams (YOT) dan Pemberi Perlindungan ini tertakluk kepada Local
Safeguarding Children’s Board yang mana ia memantau penjagaan dan
perlindungan kanak-kanak di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan termasuk
kanak-kanak di bawah penyeliaan Youth Offending Teams dan juga yang berada
dalam tahanan. Standard bagi Youth Offending Teams dan Pemberi Perlindungan

21 Section 37, Crime dan Disorder Act 1998. 9. 279
22 Ellis, supra 321.

10.

ini telah ditetapkan melalui Dokumen Working Together 2015 (DIC) dan 2005
(Wales).23

Pemantauan bagi Youth Offending Teams dan Pemberi Perlindungan ini dilakukan
oleh Inspektorat seperti HMI Constabulary, HMI Probation, HMI Prisons, CQC, Ofsted
(England), Estyn (Wales), PPO, IMBs dan Reg 44 Visitors yang mana badan-badan
ini akan memeriksa dan menyiasat secara bersama atau bersendirian Youth Justice
Services dan memberi nasihat kepada pihak berkuasa tempatan, Pesuruhjaya Tinggi
Polis dan Jenayah, Youth Justice Board dan Setiausaha Negara Kehakiman berkenan
keperluan intervensi.24

CDA 1998 telah menubuhkan YOT25 di peringkat tempatan oleh pihak berkuasa
tempatan. yang merupakan antara elemen yang paling penting dalam menangani
pesalah kanak-kanak ini.

Dalam pelaksanaan Diversion, YOT memainkan peranan penting. Siapakah YOT ini?
YOT terdiri daripada profesional daripada pelbagai sektor penting untuk menangani
kanak. YOT terdiri daripada:-26

a. Polis;
b. Penguat kuasa tempatan seperti Pegawai Sosial, Pegawai Pendidikan

dan lain-lain;
c. Probation officers (Pegawai Akhlak)/ Offender managers (Pegawai yang

menangani pesalah);
d. Pegawai kesihatan seperti doktor, psikiatri, jururawat dan lain-lain; dan

23 Ibid. 9. 280
24 Ibid.
25 Seksyen 39, CDA 1998.
26 Ibid.

10.

e. Lain-lain profesional juga mungkin terlibat dalam YOT atau mungkin bersetuju
untuk membantu YOT termasuk pegawai kesihatan mental, pegawai
perumahan, pekerja yang terlibat dalam pemulihan salah guna dadah, pegawai
kesihatan mental dan profesional yang mengendalikan “Learning disability”.27

Dapat dilihat bahawa YOT merupakan kerjasama antara agensi yang bertujuan untuk
menangani pesalah kanak-kanak secara holistik yang meliputi semua aspek berkaitan
kanak-kanak dengan memfokuskan pengendalian dan layanan terhadap pesalah
kanak-kanak itu sebagai seorang kanak-kanak.28 Ini selaras dengan pegangan “Child
First, Offender Second” oleh Youth Justice Board.29 Selain itu YOT ini dikoordinasikan
secara setempat. Ini membuatkan YOT itu lebih peka dengan keadaan dan isu
semasa tempatan dan boleh memikirkan pendekatan yang terbaik kerana YOT ini juga
duduk di kawasan di mana pesalah kanak-kanak itu membesar dan terlibat dalam
kesalahan-kesalahan yang dilakukan mereka.

YOT akan diuruskan dan diselaraskan oleh Pengurus YOT dan YOT Management
Board yang akan menerajui aktiviti-aktiviti pasukan YOT.30 YOT ini mendapatkan
peruntukan bersama agensi-agensi yang tersebut di atas dan Youth Justice Board.31

YOT ini berkhidmat bukan sahaja bersama pesalah kanak-kanak, tetapi juga
bersama-sama kanak-kanak yang mempunyai risiko melalukan kesalahan undang-
undang. YOT melakukan kerja mereka di dalam komuniti dan julat lokasi adalah dalam
komuniti itu sendiri seperti sekolah untuk mencegah jenayah, balai polis, di
mahkamah, tempat-tempat penahanan dan juga memantau pesalah kanak-kanak

27 B. Serena & M. Glynis, How Youth Offending Teams can help if your son/daughter with learning
disability is involved in the criminal justice system, Safe IDD,
<https://www.kent.ac.uk/tizard/sotsec/CJSbooklets/YOT%20booklet_SAFER%20IDD.pdf>
28The Youth Justice Board for England and Wales, Strategic Plan 2021-2024, 2021,
<https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/9
66200/YJB_Strategic_Plan_2021_-_2024.pdf>
29 Ibid.
30 B. Serena, supra 344.
31 Ibid.

9. 281

10.

yang telah diberi perintah mahkamah atau baru selesai dibebaskan dari pusat tahanan
kanak-kanak.32

Carta 8.2: Carta Aliran Tatacara Diversion oleh Cheshire33

32Ibid.
33 G. (2021, March 11). Diversion Strategy, Assessment Tool and Pathway Flowchart - Cheshire YJS
(February 2021) - Youth Justice Resource Hub. Youth Justice Resources Hub.
<https://yjresourcehub.uk/out-of-court-disposals-and-prevention/item/862-Diversion-strategy-
assessment-tool-and-pathway-flowchart-cheshire-yjs-february-2021.html>.

9. 282

10.

Di atas adalah contoh carta aliran tatacara Diversion yang diamalkan di Daerah
Cheshire. Dapat dilihat di atas bahawa terdapat tiga cara Diversion yang diamalkan
iaitu Community Resolution, Youth Caution dan Youth Conditional Caution. YOT akan
berkerjasama untuk membuat penilaian dan melihat Skor Gravity kesalahan sebelum
menentukan sama ada kanak-kanak tersebut layak untuk dialihkan dari sistem
pengadilan atau akan di bawa melalui proses pengadilan pesalah kanak-kanak yang
formal. Sebelum kanak-kanak tersebut dialihkan, Polis sebagai orang pertama yang
berkontak rapat dengan kanak-kanak tersebut hendaklah melihat kriteria-kriteria
berikut sebelum mengamalkan Diversion:-34

a. Kanak-kanak tersebut antara umur 10-17 tahun;
b. Terdapat bukti dan keterangan yang menunjukkan bahawa kanak-kanak

tersebut telah melakukan kesalahan yang substantif;
c. Wujud pengaduan yang telah dilakukan dan wujud bukti dan keterangan

yang cukup untuk menuduh kanak-kanak tersebut dengan kesalahan
yang diadu;
d. Ada pengakuan oleh kanak-kanak tersebut secara sukarela;
e. Berpuas hati bahawa kes tersebut tidak sesuai untuk kanak-kanak
tersebut didakwa atas kepentingan awam;
f. Keluarga kanak-kanak tersebut telah bersetuju untuk berkomunikasi
dengan YOT (juga dikenali sebagai Youth Justice Service (YJS); dan
g. Pendapat mangsa juga telah ditanya dan dipertimbangkan dalam
melakukan Diversion.

Namun, adalah diambil maklum bahawa kesalahan trafik untuk umur 17 tahun tidak
sesuai untuk dialihkan ke Diversion.35

34 Ibid. 9. 283
35 Ibid.

10.

8.5.3 Kaedah-Kaedah Diversion

Di dalam sistem perundangan England dan Wales, terdapat pelbagai saluran selain
hukuman formal seperti Out-of-Court Disposals atau penyelesaian di luar mahkamah
bagi pesalah kanak-kanak. Ini bermaksud pesalah tidak dihadapkan dalam
mahkamah, tetapi pesalah menjalani pelbagai metod Diversion yang dijalankan oleh
polis pada point-of-arrest.36 Ini merupakan bentuk Diversion yang dikenal pasti di
England dan Wales.

Kaedah-kaedah Diversion yang telah dilaksanakan termasuklah community
resolutions (penyelesaian komuniti), youth caution (amaran remaja) dan youth
conditional caution (amaran remaja bersyarat).

Amalan penyelesaian komuniti berbeza mengikut lokaliti tetapi tidak menyebabkan
seseorang pesalah kanak-kanak direkodkan sebagai telah melakukan jenayah.
Amaran dan amaran bersyarat pula diambil kira sebagai kesalahan yang boleh
direkodkan dan muncul/dipaparkan dalam Police National Computer.37 Pendekatan-
pendekatan ini digariskan dalam LASPO 2012.38

Sebelum kaedah Out-Of-Court Disposals (Penyelesaian Luar Mahkamah atau OOCD)
dipilih, tiga syarat berikut perlu dipenuhi: sesuatu salah laku telah berlaku; pesalah
laku telah dikenal pasti; dan pesalah laku telah mengakui kesalahan tersebut. OOCD
adalah tanggungjawab Polis, tetapi sekiranya pihak Polis telah memberikan amaran
remaja (youth caution) atau akan mempertimbangkan amaran remaja bersyarat
(youth conditional caution), mereka perlu memaklumkan YOT setempat.39 Sekiranya
seseorang pesalah remaja telah diberikan youth caution atau penyelesaian komuniti,

36 Parliament UK. (2020, November 12). Children and Young People in Custody (Part 1): Entry into
the youth justice system - Justice Committee - House of Commons,
<https://publications.parliament.uk/pa/cm5801/cmselect/cmjust/306/30607.htm>.
37 Ibid.
38 Ibid.
39 Ibid.

9. 284

10.

mereka tidak perlu terlibat dengan YOT; namun, sekiranya dia telah diberikan youth
conditional caution, penglibatan YOT adalah mandatori dan boleh dikuatkuasakan.

a. Community Resolution

Community Resolution atau Penyelesaian Komuniti adalah salah satu kaedah
penyelesaian di luar mahkamah yang tidak melibatkan proses kehakiman jenayah
yang formal kepada pesalah remaja. Penyelesaian ini adalah informal dan bukan
berkanun, dan pesalah remaja tidak akan mempunyai rekod jenayah sekiranya
melalui penyelesaian ini. Pendekatan ini berbeza mengikut lokaliti dan lazimnya
dlaksanakan oleh pihak Polis pada point-of –arrest.40

b. Youth Caution41

Di bawah seksyen 66ZA Crime dan Disorder Act, polis boleh memberi Youth Caution
(Amaran) kepada pesalah kanak-kanak sekiranya polis mendapati kanak itu
berdasarkan bukti dan keterangan yang cukup mengatakan bahawa kanak-kanak itu
boleh dituduh.

Youth Caution adalah satu bentuk amaran formal yang disimpan dalam rekod polis42.
Youth caution diberikan kepada pesalah remaja di bawah usia 18 tahun yang telah
membuat salah laku jenayah. Pesalah remaja yang dikenakan youth caution
berkemungkinan akan berjumpa dengan mangsa perbuatannya untuk
membincangkan kesalahan yang dibuat.

Walaupun tiada syarat ditetapkan untuk youth caution, YOT akan mencadangkan
beberapa langkah yang boleh diambil pesalah remaja untuk mengelak daripada
mengulangi kesalahan yang dilakukan. Langkah ini tidaklah wajib diambil, tetapi

40 Ibid.
41 Seksyen 66ZA Akta Crime dan Disorder 1998.
42 Youth Conditional Caution (YCC) and Youth Caution (YC). (2021). Dimuat turun dari
<https://www.redbridge.gov.uk/young-people/youth-conditional-caution-ycc-and-youth-caution-yc/>

9. 285

10.

sekiranya tidak diambil ia mungkin akan memberi kesan kepada hukuman yang akan
dikenakan kepada pesalah remaja sekiranya membuat salah laku selepas itu.

Sepertimana youth conditional cautions, youth caution memerlukan penilaian
mandatori yang wajib dijalankan oleh pekerja kehakiman remaja yang terlatih. Pihak
Polis YOT juga perlu turut serta dalam memberikan penilaian dan siasatan bagi
menentukan OOCD yang terbaik untuk pesalah remaja43.

c. Youth Conditional Caution44

Code of Practice for Youth Conditional Cautions (2019)45 telah menggariskan kaedah
pelaksanaan Youth Conditional Caution. Kaedah ini memberikan peluang untuk
seseorang pesalah remaja menerima amaran dengan satu atau lebih syarat yang
ditetapkan oleh seorang pegawai polis atau pegawai yang diberi kuasa (lazimnya
pegawai Child Protection Services). Sekiranya pesalah remaja dapat memenuhi
syarat yang ditetapkan, prosiding jenayah tidak akan diteruskan. Walau
bagaimanapun, sekiranya syarat amaran tersebut tidak dipenuhi, prosiding jenayah
akan diteruskan untuk salah laku.

Kaedah ini boleh dilaksanakan ke atas pesalah remaja berusia 10 hingga 17 tahun
sahaja. Pesalah yang berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima amaran bersyarat
oleh pihak Polis.

Kaedah ini penting bagi mencapai respon positif daripada pesalah remaja yang
mengaku dengan salah laku mereka. Kaedah ini menjurus kepada memberi peluang
kepada pesalah remaja untuk berubah dan berhenti daripada membuat salah laku.
Kaedah ini dilihat lebih setimpal, di mana pesalah remaja dapat mengakui dan
membuat reparasi dengan serta-merta kepada mangsa dengan beberapa syarat
termasuk secara kewangan.

43 Sandwell, M. (2014). The Role of the YOT Police Officer. Youth Justice Board of England and Wales.
44 Seksyen 6A, CDA 1998.
45 Dibentangkan di dalam Parlimen merujuk kepada Seksyen 66G, Crime and Disorder Act 1998.

9. 286

10.

Kaedah ini ditentukan melalui nasihat pihak pendakwaan dan dirujuk kepada
pendakwa dari Child Protection Services. Ada lima syarat penting yang perlu diambil
kira dalam membuat keputusan bagi Youth Conditional Caution. Seorang pegawai
penguat kuasa perlulah mempunyai bukti bahawa pesalah remaja telah melakukan
salah laku. Penguat kuasa atau pihak pendakwa perlu memastikan bukti ini cukup
untuk pesalah remaja disabitkan kesalahan. Pesalah remaja juga perlu mengakui
salah laku yang beliau lakukan. Apabila memaklumkan youth conditional caution,
pegawai penguat kuasa perlu menerangkan kesan conditional caution tersebut
kepada pesalah remaja; sekiranya pesalah berusia 16 tahun dan ke bawah, seorang
dewasa yang sesuai perlu hadir sama. Pesalah kanak-kanak juga perlu

menandatangani satu dokumen yang mengandungi butiran salah laku, pengakuan
kepada pegawai penguat kuasa, penerimaan untuk youth conditional caution dan
butiran syarat-syarat amaran yang dikenakan.

Antara isu mengenai penyelesaian luar mahkamah adalah kekurangan data yang
menunjukkan jumlah penyelesaian serta keberkesanan pendekatan ini. Youth Justice
Board tidak menyimpan data yang menunjukkan keberkesanan pendekatan
penyelesaian luar mahkamah, dan dikhuatiri kesalahan-kesalahan serius seperti
melibatkan senjata seperti pisau telah dihukum menggunakan pendekatan
penyelesaian di luar mahkamah. Pendekatan dan peruntukan bagi penyelesaian luar
mahkamah juga tidak konsisten. Penyelesaian di luar mahkamah juga tidak
mengambil kira keperluan kewangan. Peruntukkan kewangan adalah sedikit dan tidak
meliputi kos-kos penyelesaian tidak formal apabila melaksanakan Diversion pra-
mahkamah secara informal.

Adalah penting untuk memastikan pesalah bawah umur dewasa dielakkan daripada

dimasukkan dalam sistem pengadilan jenayah dan intervensi perlu dilakukan seawal
mungkin (Ministry of Justice, YJU0057).46 Ini termasuklah Liaison and Diversion
services yang meliputi balai polis dan mahkamah di seluruh England. Liaison and
Diversion adalah lebih khusus kepada pesalah-pesalah yang mengalami masalah

mental dan sebarang masalah pembelajaran.

46 Ibid. 9. 287

10.

National Health Service telah memperuntukkan 13 Community Child and Adolescent
Mental Service Teams di seluruh England bagi remaja yang menunjukkan kelakuan
yang berisiko dimasukkan dalam Criminal Justice System atau remaja di dalam Youth
Justice System yang mempunyai masalah kesihatan mental.47

Youth Liaison and Diversion Service berperanan untuk mengenal pasti mereka yang
berisiko untuk menjurus ke arah kelakuan jenayah termasuk mereka yang mempunyai
isu kesihatan mental, masalah pembelajaran, ketidakseimbangan personaliti dan
penyalahgunaan bahan terlarang. Akan tetapi, hanya 17% daripada pelaku yang
dikenal pasti mempunyai masalah mental mendapat rawatan yang sepatutnya. Ini
mungkin bermakna sistem Liaison and Diversion ini tidak dapat mengenal pasti
masalah mental yang belum mencapai nilai ambang (threshold) untuk diagnosis.48

8.5.4 Jenis Kesalahan Yang Boleh Melalui Diversion

Di England dan Wales, undang-undang tidak menyenaraikan secara spesifik
kesalahan-kesalahan yang layak untuk dipertimbangkan untuk Diversion. Namun,
YOT dan polis akan merujuk kepada Gravity/Skor Graviti.49 Skor Graviti ini
menyenaraikan kesalahan-kesalahan dan meletakkan skor kepada kesalahan-
kesalahan tersebut. Untuk pesalah kanak-kanak, kesalahan yang mempunyai skor
lebih daripada 4 akan dipertimbangkan untuk tuduhan formal.50 Hanya kes-kes yang
mempunyai Skor Graviti bawah skor 4 layak dipertimbangkan untuk Diversion.
Contoh kes yang berskala 1-4 adalah seperti gangguan ketenteraman awam,

47 Ibid.
48 Ibid.

49 Youth Justice Board. (2021, January 28). Youth Justice Statistics 2019/20 England and Wales Youth
Justice Board / Ministry of Justice Statistics bulletin.
Https://Assets.Publishing.Service.Gov.Uk/Government/Uploads/System/Uploads/Attachment_data/Fil
e/956621/Youth-Justice-Statistics-2019-2020.Pdf.
https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/95
6621/youth-justice-statistics-2019-2020.pdf
50 G. (2021, March 11). Diversion Strategy, Assessment Tool and Pathway Flowchart - Cheshire YJS
(February 2021) - Youth Justice Resource Hub. Youth Justice Resources Hub.
https://yjresourcehub.uk/out-of-court-disposals-and-prevention/item/862-Diversion-strategy-
assessment-tool-and-pathway-flowchart-cheshire-yjs-february-2021.html

9. 288

10.

kesalahan berkaitan kenderaan bermotor, kesalahan seksual dan dadah (ini tertakluk
kepada jenis dan sifat kesalahan tersebut juga).51

8.5.5 Pengajaran

a. Kerangka Undang-Undang yang Jelas

Melihat kepada undang-undang dan tatacara pelaksanaan Diversion di England dan
Wales, dapat dilihat wujudnya undang-undang dan punca kuasa yang jelas di dalam
sistem undang-undang di England dan Wales membolehkan pelaksanaan Diversion
dilaksanakan dengan berjaya dan berkesan. Ini dapat dilihat dengan peruntukkan
Seksyen 39 Akta Crime and Disorder 1998 di mana jelas diperuntukkan anggota dan
pembentukan YOT juga punca kuasanya. Contohnya dengan kewujudan Youth
Offending Team yang menyediakan platform yang jelas kepada kerjasama antara
agensi seperti polis, pegawai kesihatan (doktor), Pegawai Akhlak dan pengawai
pendidikan (guru-guru) membolehkan masalah pesalah kanak-kanak ditangani secara
holistik dari segi undang-undang, mental, emosi dan juga pendidikan terhadap kanak-
kanak tersebut. Ini juga selaras dengan moto “Child First, Offender Second” oleh YJS.
Ini menunjukkan bahawa mereka faham tentang psikologi seseorang kanak-kanak
dan cara yang terbaik untuk menangani seorang pesalah kanak-kanak tersebut.
Selain itu, dengan mewujudkan YOT di peringkat penguat kuasa tempatan adalah
lebih mudah untuk dilaksanakan memandangkan mereka lebih faham suasana
persekitaran dan juga komuniti setempat. Ini juga memudahkan kerja dari segi logistik
YOT dan juga koordinasi. Adalah wajar untuk Malaysia juga mengambil pengajaran
dari England dan Wales kerana dalam kajian ini dapat dilihat keperluan untuk
kerjasama antara agensi dan terdapat kekangan dari segi koordinasi dan juga punca
kuasa.

51 Youth Justice Board. (2021, January 28). Youth Justice Statistics 2019/20 England and Wales Youth
Justice Board / Ministry of Justice Statistics bulletin.
Https://Assets.Publishing.Service.Gov.Uk/Government/Uploads/System/Uploads/Attachment_data/Fil
e/956621/Youth-Justice-Statistics-2019-2020.Pdf.
https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/95
6621/youth-justice-statistics-2019-2020.pdf

9. 289

10.

b. Penerangan yang Jelas dan Telus mengenai Diversion dan
Agensi-Agensi Terlibat

Sekiranya kita menggunakan laman sesawang, secara mudahnya kita akan mendapat
makluman mengenai tatacara, booklet, laporan dan juga penerangan mengenai YOT,
YJS dan juga Diversion ini. Ini kerana wujudnya keselarasan maklumat di semua
peringkat dari Parlimen sehinggalah ke YOT tempatan. Mana-mana orang awam juga
dapat mencapai maklumat secara mudah dan berkesan dan kontak dan email juga
disediakan. Ini membuatkan maklumat-maklumat mengenai Diversion dan pelaksana
mesra orang awam (public-friendly) dan orang awam lebih sedar tentang proses ini.

8.6 SINGAPURA

8.6.1 Perkembangan Diversion

Sistem pengadilan jenayah di Singapura lazim dikenali di peringkat antarabangsa
sebagai suatu sistem yang keras kerana masih kekal menggunakan hukuman mati
dan sebatan sebagai hukuman serta tidak berkompromi dengan jenayah
keganasan.52 Namun begitu, fakta yang kurang diketahui ramai adalah Singapura
telah banyak melabur di dalam pendekatan dan strategi yang lebih bersifat holistik
seperti program-program Diversion dan hukuman berlandaskan masyarakat. Kanak-
kanak dan orang muda merupakan antara penerima manfaat yang paling ketara
kerana terdapat program-program khusus bagi mengalihkan kanak-kanak dari sistem
pengadilan jenayah tanpa bersandarkan sebarang peruntukan undang-undang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan telah banyak usaha yang dilakukan oleh
Singapura untuk menangani pesalah bawah umur di luar sistem peradilan jenayah.
Pelbagai perkhidmatan dan program serta institusi telah digunakan di Singapura untuk
memulihkan pesalah remaja53. Program Diversion yang dilaksanakan di Singapura

52 Lihat secara umum Amirthalingam, K., Criminal Justice and Diversionary Programmes in Singapore,
Crim Law Forum (2013) 24:527:559. DOI 10.1007/s10609-013-9216-6.
53 Chen Zhang, K., Choo, A. & Lim, L. 2009. Services for young offenders, interventions with young
female offenders and teenage girls at risk: alternative educational services in a Singapore girls’ home.
Support for Learning, 24(3):137-143.

9. 290

10.

bertujuan untuk memulihkan kanak-kanak dan orang muda yang berisiko mengalami
kenakalan serta mereka yang telah melakukan kesalahan. Antara program yang
dilaksanakan ialah program bimbingan, perintah khidmat masyarakat, perintah
penahanan hujung minggu, perintah latihan berkala dan perintah percubaan.
Manakala program Diversion lain untuk membantu remaja dan keluarga mereka pula
adalah seperti Program Streetwise, Program Penjagaan Keluarga Remaja dan
Mahkamah-Percubaan Sekolah. Program-program ini digunakan dalam kerangka
undang-undang, Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda. Program yang disebutkan di
atas bertujuan untuk pemulihan dan melibatkan keluarga dalam intervensi yang
dianggap bermanfaat bagi pemulihan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan
undang-undang dan remaja.

8.6.2 Kerangka Undang-Undang Diversion

Bahagian XVII Kanun Prosedur Jenayah Singapura hanya memperuntukkan
Diversion bagi peringkat pasca-perbicaraan dengan mengadakan perintah
berasaskan khidmat masyarakat. Tidak ada langsung sebarang peruntukan undang-
undang bagi Diversion di peringkat pra-perbicaraan di dalam mana-mana undang-
undang. Kejayaan Singapura melaksanakan program-program Diversion sejak 1997
adalah melalui pendekatan pentadbiran semata-mata.

Children and Young Persons Act,54 akta utama berkaitan kanak-kanak dan orang
muda memperuntukkan takrifan-takrifan yang berlainan bagi kanak-kanak, juvana dan
orang muda menurut seksyen 2 seperti berikut:-

a. Kanak-kanak adalah seseorang yang di bawah usia 14 tahun;
b. Juvana adalah seseorang di antara 10 hingga 16 tahun; dan
c. Orang muda adalah seseorang di antara 14 hingga 18 tahun.

54 Cap 38, 2001 Rev Ed yang dipinda oleh Akta 30 tahun 2019 dan mula berkuatkuasa pada 1 Julai
2020.

9. 291

10.

Seksyen 82 Kanun Keseksaan55 pula memperuntukkan bahawa sebarang tindakan
oleh kanak-kanak di bawah 10 tahun bukan merupakan suatu kesalahan manakala
seksyen 83 pula memperuntukkan bahawa sebarang tindakan oleh kanak-kanak di
antara 10 tahun hingga 12 tahun yang belum mencapai kematangan yang mencukupi
untuk menilai sifat dan kesan perbuatannya, bukan merupakan suatu kesalahan.56

Pendekatan yang diambil bagi tujuan program-program Diversion adalah dengan
menganggap orang muda sebagai mereka yang di bawah usia 21 tahun.57

8.6.3 Kaedah-Kaedah Diversion

Terdapat beberapa pendekatan Diversion yang diadakan seperti berikut:-

a. Guidance Program (GP)

GP merupakan program Diversion pra-perbicaraan selama 6 bulan bagi pesalah muda
yang telah ditangkap bagi kesalahan kecil. Ia bertujuan untuk membantu pesalah
muda untuk mewujudkan sikap pro-sosial serta kemahiran-kemahiran hidup. Ia
menekan kepada pemulihan dan kaunseling, dengan penglibatan aktif ibu bapa. GP
telah diperkenalkan pada tahun 1997 susulan dari cadangan-cadangan yang dibuat
oleh Inter-Ministry Committee on Dysfunctional Families, Juvenile Delinquency and
Drug Abuse Inter-Ministry Committee on Dysfunctional Families, Juvenile Delinquency
and Drug Abuse, yang ditubuh bagi menangani peningkatan kadar jenayah juvana.

55 Cap 224, 2008 Rev Ed.
56 Pindaan telah dibuat pada seksyen 82 dan 83 pada pertengahan tahun 2019 untuk menaikkan usia
7 tahun ke 10 tahun.
57 Amirthalingam, K., Criminal Justice and Diversionary Programmes in Singapore, Crim Law Forum
(2013) 24:527:559. DOI 10.1007/s10609-013-9216-6 di hal 551.

9. 292

10.

GP bertujuan agar kanak-kanak atau orang muda tersebut:-

i. Memperaku kesalahan yang dibuat sebagai perbuatan jenayah;
ii. Membuat keputusan untuk membantu dirinya sendiri agar tidak

melakukan kesalahan berulang;
iii. Berkomitmen untuk berusaha meningkatkan kemampuan dirinya bagi

menangani kelemahan dirinya untuk berbuat kesalahan di masa
hadapan;
iv. Memperkasakan dirinya dengan meningkatkan kemahiran hidup,
kemahiran sosial dan jati diri; dan
v. Berhubung dengan keluarganya serta orang berkepentingan yang lain.

Agensi utama yang memegang tanggungjawab mengendalikan GP adalah
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dengan penglibatan agensi-
agensi lain seperti Pejabat Peguam Negara, Polis, Kementerian Pembangunan
Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS), Agensi Khidmat Sosial (SSAs) dan pihak
sekolah. Agensi Khidmat Sosial yang dilantik oleh MSF melaksanakan GP dan aktiviti-
aktiviti yang dibuat adalah bersifat individu, berkumpulan dan bersama keluarga.

Pada tahun 2014, GP (FRIENDS) telah dijadikan projek rintis dengan menjadikan
kanak-kanak berusia 10 hingga 18 tahun terlibat dengan kesalahan seksual sebagai
sasaran. Ia dijalankan oleh Child Guidance Clinic di bawah Institute of Mental Health.
MSF telah mengambil alih pengurusan program dan memulakan GP Positive
Adolescent Sexuality Treatment (PAST) dalam bulan April 2018 bagi remaja yang
terlibat dengan kesalahan seksual. Program ini bertujuan untuk menangani faktor-
faktor risiko berkaitan dengan kesalahan seksual dan merangkumi isu-isu seperti
seksualiti yang sihat, batasan-batasan (boundaries) dan kemahiran pengurusan diri.58

Mengenal pasti bahawa mencuri merupakan kesalahan yang paling kerap dilakukan
oleh kanak-kanak dan remaja di bawah GP, modul intervensi mencuri telah

58 The National Committee on Prevention, Rehabilitation and Recidivism, Report on Youth Delinquency:
Key Trends & Upstream Measures, Ministry of Social and Family Development,2020, hal.41.

9. 293

10.


Click to View FlipBook Version