bapanya, untuk mematuhi syarat-syarat tertentu sebagai langkah-langkah gantian
kepada dakwaan di mahkamah. Akujanji Diversion akan dikhususkan kepada setiap
kanak-kanak, berdasarkan penilaian JKM terhadap risiko dan keperluan mereka. Ia
boleh disertakan satu atau lebih syarat yang ditujukan ke arah pemulihan, pembinaan
kapasiti dan kebertanggungjawaban seperti dirumuskan di dalam Jadual berikut:-
Jadual 4.3: Jenis-Jenis Program di bawah Program Intervensi
Keperluan ini juga dapat dilihat di dalam Prosedur Kerja Terima Keputusan TPR
Kanak-Kanak Menjalani Program Diversion yang digunakan JKM, yang menyatakan
bahawa JKM harus mengadakan perbincangan dengan kanak-kanak dan
ibu/bapa/penjaga kanak-kanak bagi mendapatkan persetujuan mereka untuk
mengambil bahagian dalam Program Diversion. Ia juga menyatakan bahawa anak-
kanak dan ibu/bapa/penjaga kanak-kanak perlu menandatangani borang Akujanji
mengambil bahagian program Diversion.
Prosedur Kerja Perancangan Pelan Intervensi Program Diversion pula membutirkan
jenis-jenis aktiviti yang wujud di dalam Program Intervensi seperti berikut:-
a. Pampasan komuniti bertujuan untuk beri kesedaran diri terhadap tingkah
lakunya. Di antara programnya:-
i. Permohonan maaf; dan
ii. Program Dalam Komuniti seperti membantu sukarelawan
Homehelp/PAWE.
68
3.
b. Pemulihan salah satu tujuan untuk mengurangkan tekanan klien contohnya,
program kaunseling.
c. Pembinaan kapasiti salah satu tujuan untuk memperkasakan kanak-kanak
contohnya menyertai aktiviti yang dikendalikan oleh Pasukan Kebajikan Kanak-
Kanak (P3K).
Pihak JKM juga mempunyai prosedur kerja bagi setiap aktiviti yang wujud di dalam
Program Intervensi Diversion contohnya Prosedur Kerja Permohonan Maaf, Prosedur
Kerja Program dalam Komuniti; Prosedur Kerja Pemulihan dan Prosedur Kerja
Pembinaan Kapasiti.
Dalam merangka sebuah Program untuk kanak-kanak, Pegawai Akhlak harus
mengambil kira perkara-perkara berikut:-
a. Perjanjian Diversion mesti setimpal
i. Setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan keperluan
kanak-kanak, sambil mengambil kira prinsip intervensi minimal.
ii. Diversion bertujuan untuk menjadi sebuah intervensi yang ringan
dan berjangka pendek.
iii. Bilangan, tempoh dan intensiti intervensi Diversion patut
disesuaikan dengan risiko atau keperluan kanak-kanak yang
dikenal pasti, dan tidak memberi kewajipan yang membebankan
ke atas kanak-kanak atau ibu bapa.
b. Perjanjian Diversion mesti realistik dan boleh dicapai
i. Segala syarat dalam Perjanjian Diversion harus dapat
diselesaikan dalam tempoh maksimum enam bulan.
ii. Dalam proses menentukan syarat apa untuk disertakan, pegawai
JKM harus mengambil kira usia, kapasiti/keupayaan, dan
keadaan kanak-kanak.
iii. Intervensi tidak boleh mengganggu pendidikan, pekerjaan kanak-
kanak serta kewajipannya terhadap keluarga.
69
3.
c. Kanak-Kanak mesti memberi Kebenaran Bermaklum
Inti pati Diversion adalah sebuah ‘perjanjian’ dengan kanak-kanak dan
ibu bapa. ”Kebenaran Bermaklum” merujuk kepada sesebuah
kebenaran yang diberikan setelah pihak yang terbabit memahami
sepenuhnya perkara-perkara yang terbabit di dalam perjanjian. Bagi
tujuan ini, penjelasan harus diberi dalam bahasa yang mudah difahami
oleh kanak-kanak tersebut dan pegawai JKM harus memastikan
bahawa kedua-dua kanak-kanak dan ibu atau bapa/penjaga memahami
sepenuhnya sebelum mereka menandatangani Akujanji tersebut.
Kanak-kanak dan ibu bapa harus memberi kebenaran bermaklum
kepada pengalihan kanak-kanak, dan kepada setiap syarat yang
disertakan dalam Akujanji tersebut. Syarat-syarat Diversion tidak boleh
dikenakan – hanya mahkamah yang boleh mengenakan syarat ke atas
pesalah.
Penjelasan secara penuh oleh Pegawai JKM melibatkan:-
i. Perkara yang dikehendaki oleh setiap syarat terhadap kanak-
kanak, dan bagaimana kepatuhan akan dipantau dan disahkan;
ii. Bahawa jika kanak-kanak tersebut memenuhi semua syarat
dalam Akujanji Diversion dengan memuaskan, segala dakwaan
akan digugurkan;
iii. Bahawa jika kanak-kanak gagal, tanpa sebab yang munasabah,
untuk memenuhi kewajipannya di bawah Akujanji tersebut,
kanak-kanak itu akan didakwa berkaitan dengan kesalahan asal;
iv. Bahawa ia merupakan tanggungjawab kanak-kanak dan ibu
bapa/penjaga untuk memaklumkan pegawai JKM sekiranya
terdapat sebarang masalah yang timbul dalam pematuhan
syarat-syarat Akujanji tersebut; dan
v. Bahawa kanak-kanak mempunyai hak kepada nasihat undang-
undang dan boleh berunding dengan seorang peguam sebelum
memutuskan sama ada untuk bersetuju kepada Akujanji tersebut,
dan yang khidmat nasihat perundangan percuma boleh didapati
70
3.
melalui Majlis Peguam (Bar Council) dan Jabatan Bantuan
Guaman (JBG).
d. Pemantauan, pematuhan dan implikasi Program Intervensi
JKM bertanggungjawab untuk memantau kemajuan kanak-kanak di
sepanjang tempoh Diversion. Jika pada bila-bila masa jelas bahawa
kanak-kanak tersebut tidak mematuhi atau menunjukkan kemajuan
yang mencukupi terhadap satu atau lebih syarat, pegawai JKM akan
bertemu dengan kanak-kanak dan ibu bapa untuk:-
i. Memastikan sama ada terdapat alasan yang munasabah untuk
ketidakpatuhan tersebut, dan untuk membuat perubahan, di
mana boleh, untuk menangani sebarang masalah atau rintangan
dalam pematuhan kanak-kanak; dan
ii. Mengeluarkan amaran bertulis (Borang 10) kepada kanak-kanak
dan ibu atau bapa tentang kewajipan mereka dan kesan-kesan
ketidakpatuhan.
Jika kanak-kanak tersebut, selepas usaha yang munasabah gagal
menunjukkan respons terhadap usaha JKM untuk berkomunikasi atau
gagal menunjukkan sebarang kemajuan dalam pematuhan Perjanjian,
maka pegawai JKM boleh menutup fail dan menghantar Borang 8 –
Laporan Pematuhan Diversion kepada TPR untuk menyatakan
kegagalan kanak-kanak untuk mematuhi Akujanji tersebut.
Pada akhir tempoh intervensi Diversion, Pegawai JKM akan bertemu
dengan kanak-kanak dan ibu atau bapa untuk:-
i. Mengkaji semula pematuhan Akujanji oleh kanak-kanak; dan
ii. Menggalakkan refleksi diri dan memastikan kanak-kanak dan ibu
bapa melengkapkan Temu Bual Penghentian (Borang 11).
71
3.
Jika mana-mana syarat belum dipenuhi, pastikan sama ada kanak-
kanak mempunyai sebarang alasan yang munasabah di sebalik
ketidakpatuhannya dan berikan kanak-kanak dan ibu atau bapa/penjaga
peluang untuk melengkapkan Borang 9 – Penjelasan untuk
Ketidakpatuhan.
“Alasan Yang Munasabah” merujuk kepada hal-hal yang lazimnya
sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau berada di luar kawalan kanak-
kanak. Contohnya adalah seperti kanak-kanak mengalami suatu tempoh
kesakitan atau kecederaan yang signifikan; kematian seorang ahli
keluarga yang dekat; kanak-kanak berpindah semasa tempoh Diversion
dan tidak mendapat akses kepada aktiviti-aktiviti Diversion yang
dirancang atau program yang telah dijadualkan untuk kanak-kanak
tersebut tidak ada.
Jika pegawai JKM berpuas hati bahawa kanak-kanak tersebut
mempunyai alasan yang munasabah, dia boleh mencadangkan kepada
TPR bahawa tempoh masa untuk intervensi Diversion dilanjutkan;
dan/atau satu atau lebih syarat dalam Akujanji diubah.
JKM akan menyediakan sebuah Laporan Pematuhan Diversion
(Borang 8) dan bersama dengan Penjelasan Ketidakpatuhan (jika
berkaitan), akan diemelkan kepada Pegawai Penyiasat dan TPR.
Jika kanak-kanak berjaya memenuhi semua syarat dalam Akujanji, TPR
akan:-
i. Meminitkan pematuhan dalam Kertas Siasatan; dan
ii. Menandakan fail sebagai tiada tindakan lanjut, dan
mengembalikan Kertas Siasatan kepada polis untuk penutupan.
72
3.
Jika kanak-kanak belum memenuhi semua syarat dalam Akujanji,
TPR akan memutuskan, mengambil kira cadangan pegawai JKM dan
penjelasan yang diberi kanak-kanak, sama ada untuk:-
i. Melanjutkan tempoh masa untuk memenuhi Akujanji; atau
ii. Meneruskan dengan dakwaan berkaitan dengan kesalahan asal.
Jika TPR puas hati bahawa kanak-kanak tersebut tidak mempunyai
alasan yang munasabah, TPR akan meneruskan pendakwaan untuk
kesalahan asal. Sebaik sahaja prosiding dimulakan, Akujanji tidak
mempunyai apa-apa kesan lagi dan sebarang pengakuan yang dibuat
oleh kanak-kanak semasa Diversion tidak boleh digunakan oleh TPR
semasa perbicaraan.
Proses ini juga sejajar dengan Prosedur Kerja Pematuhan Dengan
Program Intervensi Diversion Yang Telah Dirancang yang merupakan
antara 8 Proses Kerja dalaman JKM di mana prosedur dibutirkan seperti
berikut:-
i. Setelah selesai mengikuti Program Intervensi Diversion, Pegawai JKM
perlu menyemak laporan Pemantauan, kemajuan dan perjanjian
Diversion daripada kanak-kanak dan ibu/bapa/penjaga mengenai
program Diversion.
ii. Jika didapati kanak-kanak tidak patuh atau tidak mencapai sebarang
kemajuan seperti perjanjian yang telah dipersetujui, kanak-kanak perlu
memberi penjelasan dan kanak-kanak boleh memohon untuk diberi
lebih masa atau membuat perubahan kepada pelan
intervensi/perjanjian. Ibu/bapa/penjaga dan kanak-kanak perlu
menandatangani Borang Penjelasan Ketidakpatuhan. JKM
bertanggungjawab memaklumkan kepada TPR mengenai kepatuhan
atau ketidakpatuhan kanak-kanak menyertai program Diversion.
73
3.
Di samping itu, Prosedur Kerja Penamatan Program Diversion turut
menyatakan:-
i. Di akhir tempoh program Diversion setelah kanak-kanak mematuhi
kesemua syarat yang wajib dalam perjanjian.
ii. Pegawai JKM perlu mendapatkan maklum balas daripada kanak-kanak
dan ibu/bapa/penjaga mengenai Program Intervensi Diversion yang
telah dijalani.
iii. Perkara ini kemudiannya dimaklumkan kepada TPR bersama Laporan
Kepatuhan Diversion.
4.4 KESAN DIVERSION
Bagi kanak-kanak yang diberi Amaran Keras atau dialihkan kepada sebuah Program
Intervensi mematuhi Akujanji tersebut sepenuhnya, TPR akan menandakan fail
tersebut sebagai NFA, dan mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk
penutupan. Proses ini tidak ada bagi Amaran Polis kerana bagi kes-kes yang layak
diberi Amaran Polis, tidak ada sebarang Kertas Siasatan maka tidak ada fail khusus
melainkan rekod salinan Amaran Polis yang dikeluarkan di dalam buku Amaran Polis
tersebut. Rekod Amaran Keras dan penglibatan di dalam Program Intervensi akan
disimpan dalam fail dan boleh diambil kira, sekiranya kanak-kanak tersebut
mengulangi kesalahan, dalam memutuskan sama ada kanak-kanak tersebut patut
diberi amaran atau dialihkan untuk kesalahan yang baharu itu. Namun Amaran Polis,
Amaran Keras dan penglibatan di dalam Program Intervensi bukan merupakan
sebuah dapatan bersalah lampau,4 atau menyumbang kepada rekod jenayah kanak-
kanak. Rekod ini juga tidak boleh dirujuk dalam sebarang laporan akhlak seterusnya
yang berkaitan dengan kanak-kanak tersebut.
4 Menurut seksyen 91(2) Akta Kanak-Kanak 2001, perkataan-perkataan “sabitan” dan “hukuman” tidak
boleh digunakan berhubungan dengan kanak-kanak yang sedang ditangani oleh Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak dan sebarang rujukan dalam sebarang undang-undang bertulis terhadap orang yang
disabitkan, sabitan dan hukuman akan, dalam kes seseorang kanak-kanak, diertikan bahawa kanak-
kanak tersebut didapati bersalah, terdapat dapatan bersalah dan sebuah arahan dikeluarkan setelah
dia didapati bersalah.
74
3.
BAB 5
DAPATAN KAJIAN BAGI
PELAKSANAAN PROJEK
RINTIS DIVERSION
5. BAB 5
DAPATAN KAJIAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK RINTIS DIVERSION
5.1 PENGENALAN
Bahagian ini akan membincangkan tentang kes-kes yang telah melalui Program
Diversion berdasarkan statistik-statistik rasmi serta dapatan-dapatan kajian daripada
pegawai-pegawai pelaksana Projek Rintis Diversion. Ini merangkumi kefahaman,
sikap dan amalan mereka dalam melaksanakan Amaran Polis, Amaran Keras dan
Program Intervensi terhadap kanak-kanak. Bahagian ini juga mengandungi maklumat
tentang permasalahan yang telah dikenalpasti oleh pegawai-pegawai di lapangan ini
dalam melaksanakan Diversion serta cadangan mereka untuk membolehkan mereka
melaksanakan program dengan lebih efektif.
5.2 JUMLAH KES DIVERSION
Analisa di bahagian ini adalah berasaskan statistik yang diperolehi daripada pihak
PDRM yang mengendalikan kesemua kes melibatkan kesalahan yang dilakukan oleh
kanak-kanak yang layak untuk dialihkan secara Diversion. Statistik adalah
berdasarkan data yang dikumpul sejak Program Rintis Diversion bermula pada 16
Disember 2019 sehingga 31 Julai 2021. Data yang dikumpul oleh PDRM adalah paling
sistematik dan terperinci kerana secara umumnya, ia merekodkan dari tarikh
kesalahan dilakukan atau laporan polis dibuat sehingga kes selesai di pihak mereka
sama ada secara diberi Amaran atau dialihkan ke Program Intervensi.1 Data PDRM
juga melibatkan semua kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang
maka terdapat juga kes di mana kanak-kanak tidak dialihkan setelah pertimbangan
dibuat oleh TPR dan kes tersebut sama ada diarah supaya dituduh di mahkamah NFA.
Data yang dikumpul oleh pihak AGC dan JKM tidak akan mengandungi Amaran Polis
1 Namun terdapat juga kelompongan data bagi sesetengah kes terutama dari segi perekodan kesemua
tarikh-tarikh bagi proses-proses berlainan dan juga ketiadaan pengkalan data yang bersepadu
membuatkan pengemaskinian data sukar dilakukan secara sistematik.
75
3.
kerana pihak mereka tidak terlibat langsung dengan kaedah ini.2 Data yang dikumpul
oleh JKM pula akan hanya melibatkan kes-kes yang dirujuk kepada mereka bagi
mendapatkan Laporan Penilaian Risiko dan seterusnya, jika arahan diberi TPR, akan
menjalankan Program Intervensi. Berikut adalah bilangan kes yang direkodkan oleh
PDRM bagi semua kanak-kanak yang dialihkan sama ada dengan diberi Amaran
Polis, Amaran Keras atau Program Intervensi.
5.2.1 Bilangan Kes Amaran Polis
Jadual 5.1 menunjukkan bahawa setakat 31 Julai 2021, terdapat sejumlah 569
Amaran Polis yang telah dikeluarkan oleh pihak polis di ketiga-tiga lokasi rintis, namun
data ini turut merekodkan tiga orang yang sudah mencapai usia 18 tahun. Daripada
jumlah 566 yang berbaki ini, kanak-kanak lelaki merangkumi sejumlah 497 orang
manakala kanak-kanak perempuan pula sejumlah 68 orang. Walaupun kanak-kanak
yang mempunyai konflik dengan undang-undang merujuk kepada mereka yang
berusia 10 tahun ke atas, terdapat seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun yang
turut diberikan Amaran Polis kerana tidak memakai topi keledar. Kanak-kanak ini
tidak sewajarnya dikira di dalam statistik mahupun diberi Amaran Polis kerana usia
9 tahun tidak boleh dianggap berkeupayaan untuk melakukan sebarang kesalahan.
Dari segi kumpulan etnik, bilangan kaum Melayu jauh lebih ramai berbanding kaum
lain iaitu merangkumi 77.7%, diikuti kaum India 17.5% dan kaum Cina hanya 3.9%.
Bagi jenis-jenis kesalahan pula, didapati bahawa Amaran Polis turut diberikan bagi
kesalahan-kesalahan yang melangkaui lima kategori yang disenaraikan layak
menerima Amaran Polis.
2 Bilangan kes dan bilangan kanak-kanak juga mungkin berbeza kerana bilangan kes merujuk kepada
bilangan Kertas Siasatan manakala satu Kertas Siasatan mungkin melibatkan lebih dari seorang kanak-
kanak.
76
3.
Jadual 5.1: Bilangan Amaran Polis Yang Dik
BIL KESALAHAN 9
1
AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987
1 LN170/59-021 - Kenderaan tiada memasang cermin pandang
belakang
2 PU(A)043/73-004 - Tidak memakai topi keledar
3 Pu(A)409/92-015(3)A - Tidak pamir “L” di hadapan kenderaan
4 R3(2)(b) LN166/59 - Tiada memberi laluan kepada kenderaan
yang berjalan terus sebelum melintasi laluan kenderaan
Sek. 14 (1) APJ 1987 - Gagal mempamerkan nombor
5 pendaftaran / Nombor tidak jelas atau mengelirukan / Tidak
mengikut saiz yang ditetapkan
6 Sek. 15(1) APJ 1987 - Menggunakan kenderaan tanpa lesen
7 Sek. 26(1) APJ 1987 - Tidak memiliki lesen memandu
8 Sek. 42(1) APJ 1987 - Memandu secara melulu dan
membahayakan
9 Sek. 58(2) APJ 1987 - Gagal menunjukkan lesen semasa
pemeriksaan
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN NEGARA 1990 (PINDAA
10 Sek. 25 (1)(n) - Gagal membawa dan mengemukakan kad
pengenalan
JUMLAH KESELURUHAN 1
Sumber: PDRM (Se
4.
keluarkan Disember 2019 Hingga Julai 2021
PECAHAN UMUR (TAHUN)
JUMLAH
10 11 12 13 14 15 16 17 18
4 4
2 2 6 17 24 36 37 12 137
22
136633
1 1
2
11 5
380
1211 3
1
1 2 5 25 72 126 111 36 2
14
12 1 569
3
1
AN 2001) 6 6
105 177 153 63
1
4 5 13 45
etakat 31 Julai 2021)
77
Carta 5.1: Bilangan Amaran Polis Mengikut Jantina Dan Kumpulan Etnik
Bilangan Amaran Polis Menurut Jantina Dan Kumpuan Etnik
LELAKI PEREMPUAN
379
61 92 7 0 1 0 0
0 0 0 2 2
22
Sumber: PDRM (Setakat 31 Julai 2021)
5.2.2 Bilangan Kes Amaran Keras
Jadual 5.2 menunjukkan bahawa setakat 31 Julai 2021, terdapat hanya sejumlah
enam Amaran Keras yang telah dikeluarkan oleh pihak polis di ketiga-tiga lokasi rintis.
Kesemua kesalahan-kesalahan adalah di dalam lingkungan yang dikategorikan layak
bagi pertimbangan pengalihan secara Diversion. Didapati bahawa kesemua
kesalahan adalah dari kategori jenayah dan tidak ada satu pun kesalahan dari kategori
trafik atau narkotik yang diberikan Amaran Keras. Didapati bahawa terdapat satu kes
yang diberi Amaran Keras melibatkan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap
Kanak-Kanak 2017 sedangkan menurut SOP Dalaman PDRM hanya kesalahan
tertentu di bawah tiga Akta sahaja iaitu APJ, ADB dan KK yang layak diberi
pertimbangan untuk dialihkan. Carta 5.2 di bawah juga mencatatkan kesemuanya
adalah kanak-kanak lelaki dan berbangsa Melayu.
78
4.
Jadual 5.2: Bilangan Amaran Keras Yang Dikeluarkan Disember 2019 Hingga 31 Julai 2021
BIL KESALAHAN 9 PECAHAN UMUR (TAHUN) JUMLAH
10 11 12 13 14 15 16 17 18
KANUN KESEKSAAN
1 s 323: Sengaja 11
menyebabkan cedera
2 s 457/511: Cubaan Pecah 1 12
Rumah
3 s 379A: Mencuri 11 2
kenderaan motor
AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017
4 s 15 (b): Amang seksual 1 1
bukan fizikal atas kanak-
kanak
JUMLAH KESELURUHAN 11 22 6
Sumber: PDRM (Setakat 31 Julai 2021)
Carta 5.2: Bilangan Amaran Keras Mengikut Jantina Dan Kumpulan Etnik
Bilangan Amaran Keras menurut Jantina dan Kumpulan
Etnik
6
6
4 000
2 00
0 CINA INDIA Category 4
MELAYU
Sumber: PDRM (Setakat 31 Julai 2021)
5.2.3 Bilangan Kes Dialihkan ke Program Intervensi
Jadual 5.3 mencatatkan sejumlah 17 kanak-kanak yang sudah dialihkan ke Program
Intervensi setakat 31 Julai 2021 di ketiga-tiga lokasi rintis. Berbeza dengan Amaran
Keras, terdapat juga kanak-kanak yang dialihkan setelah didapati terlibat dengan
kesalahan narkotik dan trafik, bukan setakat jenayah sahaja. Hampir separuh (8
orang) dialihkan ke Program Intervensi kerana melakukan kesalahan memandu
secara melulu dan membahayakan di bawah seksyen 42(1) APJ. Terdapat lima orang
kanak-kanak yang dialihkan kerana mencuri kenderaan motor di bawah seksyen 379A
KK dan ini merupakan tangkapan bersama. Carta 5.3 pula menunjukkan bahawa
seperti Amaran Keras, kesemua kanak-kanak yang terlibat adalah kanak-kanak lelaki
namun berbeza dari kumpulan etnik kerana terdapat juga kanak-kanak yang
79
4.
berbangsa Cina (3 orang), India (2 orang) dan seorang dari kumpulan etnik
Sabah/Sarawak
Jadual 5.3: Bilangan Amaran Keras Yang Dikeluarkan Disember 2019 Hingga 31 Julai 2021
BIL KESALAHAN 9 10 PECAHAN UMUR (TAHUN) 17 18 JUMLAH
11 12 13 14 15 16
KANUN KESEKSAAN
1 Sek. 435: Khianat dengan 1 1
api atan benda letupan
dengan niat hendak 131 5
menyebabkan kerosakan 11 2
yang berharga sebanyak
RM50
2 Sek. 379A: Mencuri
kenderaan motor
3 Sek. 376 KK: Rogol
AKTA DADAH MERBAHAYA 1952
4 Sek. 15(1)(a) ADB 1952 - 11
Memasukkan dadah ke
dalam badan
AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987
5 Sek. 42(1): Memandu 1421 8
secara melulu dan
membahayakan
JUMLAH KESELURUHAN 0 0 0 0 0 2 9 4 2 0 17
Sumber: PDRM (Setakat 31 Julai 2021)
Carta 5.3: Bilangan Kanak-kanak Dialihkan ke Program Intervensi menurut Jantina
Bilangan Kanak-Kanak Dialihkan ke Program Intervensi
menurut Jantina dan Kumpulan Etnik
20 11 0 0 0 0
3 2 1
0
LELAKI PEREMPUAN
Sumber: PDRM (Setakat 31 Julai 2021)
80
4.
5.2.4 Pertimbangan bagi Kes-Kes yang Layak untuk Diversion
Terdapat sejumlah 132 kesalahan-kesalahan yang melibatkan kanak-kanak di ketiga-
tiga lokasi rintis. Kesalahan bahagian trafik merupakan bilangan kes terkecil iaitu 16
kes (12%). Ini berlaku kerana kebanyakan kesalahan trafik yang dilakukan kanak-
kanak merupakan kesalahan yang layak diberikan Amaran Polis. Bahagian narkotik
merekodkan jumlah kes tertinggi sebanyak 70 kes kesemuanya (53%) dan ini
merupakan satu keadaan yang membimbangkan kerana keterlibatan ramai kanak-
kanak dengan penyalahgunaan bahan. Kes jenayah juga agak tinggi iaitu sebanyak
46 kes (35%) dan kadar ini dapat dijangka memandangkan skop kesalahan jenayah
yang terbesar berbanding kesalahan trafik dan narkotik.
a. Kesalahan Bahagian Trafik
Bagi kesalahan trafik, tindakan yang lazim diarahkan oleh TPR adalah kes diarahkan
bagi pengalihan ke Program Intervensi. Kebanyakan kesalahan trafik yang dilakukan
kanak-kanak adalah kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan di
bawah seksyen 42 APJ, iaitu sebanyak 14 dari 16 kes (87.5%). Satu kes adalah di
bawah seksyen 43(1) APJ iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak
bertimbangrasa manakala satu kes lagi adalah tidak memberi laluan kepada
kenderaan yang berjalan terus sebelum melintasi laluan kenderaan itu.3 Tidak ada kes
trafik yang dituduh di mahkamah.
Jadual 5.4: Tindakan PDRM bagi Kesalahan Trafik di Ketiga-Tiga Lokasi Rintis
Tindakan Diambil PDRM Port Seremban Sepang Jumlah
Dickson 1 8
- 0
1 Masih dalam siasatan 25 - 0
- 0
2 Tiada tindakan lanjut (NFA)/dibebaskan - - - 8
1 16
3 Dituduh di mahkamah -- 16
4 Diarah diberi Amaran Keras --
5 Diarah dialihkan ke Program Intervensi 1 7
Jumlah 3 12
Jumlah Kes Trafik Keseluruhan
Sumber: PDRM (Setakat 31 Julai 2021)
3 R3(2), LN 166/59. 81
4.
b. Kesalahan Bahagian Jenayah
Bahagian Siasatan Jenayah merekodkan sejumlah 46 kes yang melibatkan kanak-
kanak di ketiga-tiga lokasi rintis, namun 15 kes masih di dalam siasatan polis. Sepang
merekodkan kadar kes tertinggi iaitu sebanyak 83% dari keseluruhan kes. Terdapat
tujuh kes di mana NFA direkodkan dan kanak-kanak tersebut dilepaskan dan ini
selalunya berlaku apabila pengadu menarik balik laporan.
10 kes dituduh di mahkamah dan sembilan kes melibatkan kesalahan rogol di bawah
seksyen 376 KK manakala satu kes amang seksual fizikal di bawah seksyen 15(1)
Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Terdapat satu
keputusan yang agak aneh di mana bagi salah satu daripada kes yang dituduh serta
diperintahkan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran
sejumlah RM3000 oleh seorang penjamin, TPR telah mengarahkan Pegawai
Penyiasat agar kanak-kanak diletakkan di bawah Program Intervensi. Namun tidak
direkodkan sama ada arahan ini diteruskan lantas diterima oleh Pegawai Akhlak atau
sebaliknya.
Terdapat tiga kes di Seremban di mana arahan pengalihan ke Program Intervensi
diberikan oleh TPR namun tidak direkodkan status terkini ketiga-tiga kes tersebut.
Menurut Pegawai Akhlak di lokasi tersebut, dua daripada tiga kes tersebut sedang
berlangsung. Bagi lima kes di Sepang, kesemuanya telah pun selesai menjalankan
Program Intervensi dengan berjaya serta membuahkan hasil yang positif. Amaran
Keras pula diberikan di dalam enam kes dan kesemuanya adalah di Sepang. Dua kes
melibatkan kesalahan mencuri kenderaan motor di bawah seksyen 379A KK dua kes
lagi merupakan kesalahan cubaan pecah rumah di bawah seksyen 457/511 KK; satu
kes kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan di bawah seksyen 323 KK dan satu
kes kesalahan amang seksual bukan fizikal terhadap kanak-kanak di bawah seksyen
15(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
82
4.
Jadual 5.5: Tindakan PDRM bagi Kesalahan Jenayah di Ketiga-Tiga Lokasi Rintis
Tindakan Diambil PDRM Port Seremban Sepang Jumlah
Dickson 11 15
6 7
1 Masih dalam siasatan -4 10 10
6 6
2 Tiada tindakan lanjut (NFA)/dibebaskan - 1 5 8
38 46
3 Dituduh di mahkamah -- 46
4 Diarah diberi Amaran Keras --
5 Diarah dialihkan ke Program Intervensi - 3
Jumlah 08
Jumlah Kes Jenayah Keseluruhan
Sumber: PDRM (Setakat 31 Julai 2021)
c. Kesalahan Bahagian Narkotik
Kebanyakan kes-kes narkotik yang selesai disiasat dituduh di mahkamah (65%).
Namun begitu, bagi kes yang sudah mendapat perintah mahkamah, lazimnya perintah
sesudah didapati bersalah adalah denda bersama pengawasan atau bon berkelakuan
baik dengan cagaran. Hanya satu kes sahaja yang dialihkan ke Program Intervensi
dan ini melibatkan kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan di bawah seksyen
15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Statistik ini adalah sejajar dengan dapatan temu
bual dengan pegawai-pegawai polis bahagian narkotik di mana mereka berpendapat
bahawa kes narkotik tidak sesuai untuk diberi Amaran Keras sahaja tanpa sebarang
tindakan susulan. Begitu juga dengan Program Intervensi. Menurut mereka,
kesalahan narkotik lazimnya berpunca dari penagihan maka pendekatan pemulihan
kanak-kanak mesti bersifat khusus bagi memulihkan penagihan dan bukan
pendekatan yang lazim digunakan bagi memulihkan kanak-kanak bagi kesalahan-
kesalahan lain. Bagi kes yang dikelaskan sebagai tiada tindakan lanjut atau NFA, ia
berpunca daripada sama ada keputusan urin adalah negatif atau kanak-kanak
dibebaskan untuk menjadi saksi pendakwa.
Jadual 5.6: Tindakan PDRM bagi Kesalahan Narkotik di Ketiga-Tiga Lokasi Rintis
Tindakan Diambil PDRM Port Seremban Sepang Jumlah
Dickson 2 24
7 15
1 Masih dalam siasatan 14 8 8 30
- 0
2 Tiada tindakan lanjut (NFA)/dibebaskan 8 - - 1
17 70
3 Dituduh di mahkamah 16 6 70
4 Diarah diberi Amaran Keras --
5 Diarah dialihkan ke Program Intervensi - 1
Jumlah 38 15
Jumlah Kes Jenayah Keseluruhan
Sumber: PDRM (Setakat 31 Julai 2021)
83
4.
5.3 DAPATAN KAJIAN: UMUM
5.3.1 Demografi Responden Soal Selidik
Seperti yang dijelaskan di Bab 3, seramai 83 orang pegawai daripada ketiga-ketiga
agensi telah memberi maklum balas kepada soal selidik yang diedarkan. Daripada
jumlah ini, 76 orang responden (91.6%) adalah anggota dan pegawai PDRM; tiga
orang responden (3.6%) adalah TPR dan empat orang responden (4.8%) adalah
Pegawai Akhlak. Pecahan ini digambarkan di bawah:-
Carta 5.4: Pekerjaan Responden
Pekerjaan
4.8% Pegawai Polis
3.6% Timbalan Pendakwa Raya
Pegawai Akhlak
91.6%
Daripada keseluruhan jumlah yang telah memberi maklum balas, seramai 14 orang
responden merupakan pegawai/anggota polis di BPST, 37 orang responden (44.6%)
merupakan pegawai/anggota polis di BSJN, 16 orang responden (19.3%) merupakan
anggota dan pegawai di BPJKK dan 9 orang responden (10.8%) merupakan anggota
dan pegawai di BSJ. Ini digambarkan di Carta 5.5 di bawah:-
84
4.
Carta 5.5: Bahagian Penugasan Responden
Bahagian
8.4% 16.9% Penguatkuasaan & Siasatan
19.3% Trafik
Siastan Jenayah Narkotik
10.8%
Siasatan Jenayah
44.6%
Pencegahan Jenayah &
Keselamatan Komuniti
Bukan Pegawai Polis
Seperti yang digambarkan di dalam Carta 5.6 di bawah, daripada keseluruhan jumlah
yang telah memberi maklum balas, 16 orang (19.3%) hanya bertugas di lokasi semasa
bagi tempoh kurang daripada 1 tahun.
Carta 5.6: Tempoh Responden Bertugas di Lokasi Semasa
Tempoh Bertugas Di Lokasi
6.0% Kurang 1 Tahun
10.8% 1.02%% 19.3% 1-5 Tahun
15.7% 6-10 Tahun
11-15 Tahun
47.0% 16-20 Tahun
21 Tahun Ke Atas
85
4.
5.3.2 Demografi Responden Perbincangan Berkumpulan Fokus (FGD) &
Temu Bual Informan Utama (KII)
Seperti yang telah dijelaskan di Bab 3, KII telah dilaksanakan bersama 3 orang TPR
(seorang di setiap lokasi) dan 6 orang Pegawai Akhlak (2 orang di setiap lokasi). FGD
pula telah dijalankan bersama anggota dan pegawai polis yang keseluruhannya
berjumlah 63 orang, daripada empat bahagian utama yang terlibat dengan Diversion,
seperti yang telah dinyatakan. Pecahan-pecahan jumlah pegawai menurut daerah dan
bahagian adalah seperti berikut:-
Jadual 5.7: Jumlah Responden Perbincangan Berkumpulan Fokus & Temu Bual Informan Utama
Sepang Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian Jumlah
Seremban Siasatan Siasatan Penguatkuasaan & Pencegahan (Daerah)
Port Jenayah Jenayah Jenayah &
Dickson Narkotik Siasatan Trafik Keselamatan 20
Jumlah (BSJ) (BSJN) (BPST) 22
(Bahagian) Komuniti 21
5 6 4 (BPJKK)
3 3 7 63
3 1 12 5
9
11 5
10 23 29
86
4.
5.4 PENGETAHUAN TENTANG PENGENALAN PROJEK RINTIS DIVERSION
Carta 5.7 di bawah menggambarkan bahawa seramai 55 orang (66.3%) mengetahui
tentang pengenalan Projek Rintis Diversion, manakala 15 orang (18.1%) tidak tahu,
dan 13 orang (15.7%) menyatakan bahawa mereka tidak pasti.
Carta 5.7: Jumlah Responden yang Mengetahui tentang Projek Rintis Diversion
Mengetahui Tentang Projek Rintis
Diversion
18.1%
15.7% Ya
Tidak
66.3% Tidak Pasti
Sejajar dengan maklumat soal selidik ini, FGD bersama anggota dan pegawai polis
mendapati bahawa terdapat kalangan mereka yang tidak tahu tentang Projek Rintis
Diversion, terutamanya kerana mereka baru sahaja dipindahkan ke lokasi semasa
mereka dan tidak diberi sebarang taklimat tentang wujudnya program ini serta
penglibatan mereka.
87
4.
5.5 LATIHAN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK RINTIS DIVERSION
Seperti yang digambarkan di dalam Carta 5.8 di bawah, hanya 9 orang (10.8%)
menyatakan bahawa mereka telah menerima latihan khusus untuk mengendalikan
Diversion, manakala majoriti responden, iaitu 63 orang (75.9%), menyatakan bahawa
mereka tidak menerima latihan khusus, dan 11 orang (13.3%) menyatakan bahawa
mereka tidak pasti sama ada mereka pernah menerima latihan.
Carta 5.8: Jumlah Responden yang Menerima Latihan Khusus untuk Mengendalikan Diversion
Menerima Latihan Khusus Untuk
Mengendalikan Diversion
13.3% 10.8%
Ya
Tidak
Tidak Pasti
75.9%
Maklumat ini konsisten dengan maklumat kualitatif yang diperolehi daripada anggota
dan pegawai polis yang telah memaklumkan bahawa mereka tidak dilatih secara
khusus mengenai Diversion. Mereka melaksanakan prosedur Projek Rintis mengikut
arahan ketua-ketua unit masing-masing dan ketua-ketua unit pula memberi arahan
berpandukan Kertas Ketua Polis Negara No. 140 (KPN No. 140) yang
memperuntukkan tatakerja khusus pihak polis dalam Projek Rintis Diversion.
Pegawai-Pegawai Polis yang baru sahaja ditukarkan juga tidak didedahkan.
Walaupun TPR dan Pegawai Akhlak secara umumnya telah menerima latihan,
pertukaran pegawai yang berlaku dalam tempoh pelaksanaan Projek Rintis Diversion
ini bermaksud tiada kesinambungan dalam kefahaman mengenai Diversion dan
pegawai-pegawai terpaksa mempelajari tentang Diversion ketika melaksanakan
tugas.
88
4.
5.6 KEFAHAMAN UMUM
Untuk menguji kefahaman asas responden-responden mengenai Projek Rintis
Diversion, beberapa soalan umum telah dikemukakan di dalam soal selidik atas talian
yang diedarkan, khususnya mengenai jenis-jenis program Diversion yang
dilaksanakan, punca kuasa Diversion dalam undang-undang serta penerimaan
tanggungjawab oleh kanak-kanak yang hendak dialihkan.
Seperti yang digambarkan di dalam Carta 5.9 di bawah, majoriti responden, iaitu
seramai 59 orang responden (71.1%) mengetahui bahawa Amaran Polis membentuk
sebahagian daripada Diversion. Ini boleh dijangka kerana sejumlah besar responden
yang menjawab soal selidik terdiri daripada anggota dan pegawai PDRM daripada unit
BSPT dan BPJKK yang terlibat secara langsung dengan kes-kes yang layak diberi
Amaran Polis. Melihat kepada Jadual 2, statistik Jumlah Kes Amaran Polis juga
menunjukkan bahawa berbanding dengan kaedah-kaedah lain, Amaran Polis
merangkumi jumlah kes terbesar melibatkan kanak-kanak dalam Projek Rintis
Diversion.
Carta 5.9: Amaran Polis Sebahagian Daripada Diversion
Adakah Amaran Polis sebahagian daripada
Diversion di dalam kerangka kerja yang sedia ada?
28.9% Tidak
71.1% Ya
89
4.
Namun begitu, seperti yang digambar di dalam Carta 5.10 dan 5.11 di bawah, majoriti
responden tidak mengetahui tentang Amaran Keras dan Program Intervensi. 70 orang
responden (84.3%) pula tidak mengetahui bahawa Amaran Keras membentuk
sebahagian daripada Diversion, manakala 48 orang (57.8%) tidak mengetahui tentang
Program Intervensi. Kedua-dua ini dapat dilihat seperti berikut:-
Carta 5.10: Amaran Keras Sebahagian Daripada Diversion
Adakah Amaran Keras sebahagian daripada
Diversion dalam kerangka kerja yang sedia ada?
15.7% Tidak
84.3% Ya
90
4.
Carta 5.11: Program Intervensi Sebahagian Daripada Diversion
Adakah Program Intervensi oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat sebahagian daripada Diversion dalam
kerangka kerja yang sedia ada?
42.2% Tidak
Ya
57.8%
Dapatan ini juga dapat dijangka kerana tidak banyak kes-kes kanak-kanak yang layak
untuk Projek Rintis Diversion, jika dibandingkan dengan Amaran Polis.
Seperti yang digambarkan di dalam Carta 5.12 di bawah, hanya 57 orang responden
(68.7%) mengetahui bahawa kanak-kanak perlu mengambil tanggungjawab terhadap
kesalahan yang dilakukan untuk Diversion dipertimbangkan.
Carta 5.12: Kanak-Kanak Perlu Menerima Tanggungjawab
Sebelum Diversion dilaksanakan, kanak-kanak
yang terlibat mesti menerima tanggungjawab
terhadap kesalahan yang dilakukan
31.3% Tidak
68.7% Ya
4. 91
Dapatan ini berpunca daripada kekurangan pemahaman tentang prinsip asas serta
kebaikan pendekatan Diversion kepada kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan
undang-undang. Ini pula merupakan kesan langsung daripada kurangnya atau tiada
latihan asas yang diberikan tentang kebaikan pendekatan Diversion dalam
pengendalian kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang.
Maklumat-maklumat asas ini terkandung di dalam modul latihan/taklimat antara
agensi yang telah diadakan di Putrajaya namun tidak semua pegawai telah dilibatkan.
Seperti yang digambarkan di dalam Carta 5.13 di bawah, hanya 12 orang responden
(14.5%) mengetahui bahawa tiada undang-undang khusus wujud sebagai punca
kuasa untuk melaksanakan Diversion.
Carta 5.13: Kewujudan Punca Kuasa Khusus Dalam Undang-Undang
Adakah punca kuasa khusus untuk
melaksanakan Diversion wujud di dalam
mana-mana undang-undang?
14.5% Ya
85.5% Tidak
Keadaan ini sekali lagi menunjukkan bahawa pengetahuan dan kefahaman asas
tentang keperluan untuk Diversion bukan merupakan suatu perkara yang lazim antara
majoriti responden. Telahan yang boleh dibuat ialah ia merupakan anggapan umum
bahawa sekiranya sesuatu Projek Rintis sudah dipersetujui pelaksanaannya, tentunya
ada punca kuasa untuk menjalankannya.
92
4.
5.7 DAPATAN KAJIAN: AMARAN POLIS
5.7.1 Kefahaman
Untuk menilai kefahaman pegawai-pegawai di lapangan mengenai Amaran Polis,
soalan-soalan mengenai prosedur kerja untuk Amalan Polis seperti yang tertera dalam
SOP telah diajukan melalui soal selidik. Markah keseluruhan untuk soalan-soalan
yang dijawab dengan betul adalah sebanyak 19 mata. Seramai 2 orang responden
(2.4%) hanya memperolehi skor sebanyak 0 hingga 6 mata, manakala 62 orang
responden (74.7%) telah memperolehi skor sebanyak 7-13 mata, dan 19 orang
responden (22.9%) telah memperolehi skor sebanyak 14-19 mata. Ini boleh dilihat di
Carta 5.14 di bawah:-
Carta 5.14: Skor Keseluruhan Kefahaman Amaran Polis
Skor Keseluruhan Kefahaman:
Amalan Polis
20.%4% 0-6 Mata
22.9% 7-13 Mata
14-19 Mata
74.7%
Umumnya, para pegawai tidak dapat mengenalpasti kesemua kesalahan yang layak
untuk diberi Amaran Polis dengan betul. Markah penuh bagi bahagian ini adalah
sebanyak 10 mata. Majoriti responden, iaitu seramai 57 orang (68.7%) hanya
memperoleh 6-8 mata, manakala 17 orang (20.5%) memperoleh 3-5 mata dan 9 orang
responden (10.8%) memperoleh 9-10 mata. Ini boleh dilihat di Carta 5.15 di bawah:-
93
4.
Carta 5.15: Skor Mengenal pasti Kesalahan yang Layak untuk Amaran Polis
Skor untuk Mengenal Pasti Kesalahan yang
Layak untuk Amaran Polis
10.8% 20.5% 3-5 Mata
68.7% 6-8 Mata
9-10 Mata
Daripada sesi secara FGD yang diadakan, ia didapati bahawa sebahagian besar
daripada anggota PDRM mengetahui secara umum jenis kesalahan yang boleh diberi
Amaran Polis. Namun begitu, pegawai-pegawai yang bukan merupakan pegawai
daripada unit BSPT dan BPJKK, TPR dan Pegawai Akhlak tidak mengetahui
kesalahan-kesalahan dengan tepat kerana mereka tidak terlibat secara langsung
dengan kesalahan-kesalahan yang melayakkan Amaran Polis diberi.
Seperti yang digambarkan di dalam Carta 5.16 di bawah, hanya 38 orang responden
(45.8%) mengetahui bahawa kanak-kanak tidak perlu dibawa ke Balai Polis untuk
tujuan Amaran Polis. Oleh kerana tiada taklimat khusus yang diberikan tentang Projek
Rintis Diversion, dapatan ini dapat dijangka kerana prosedur terperinci sesebuah
kaedah mungkin tidak lazim diketahui oleh pihak yang menjawab soal selidik
melainkan mereka terlibat secara langsung dengan proses kaedah tersebut.
94
4.
Carta 5.16: Sama ada Kanak-Kanak yang Diberi Amaran Polis perlu dibawa ke Balai Polis
Adakah kanak-kanak yang diberi Amaran
Polis perlu dibawa ke Balai Polis?
45.8% 54.2% Ya
Tidak
Hanya 22 orang responden (26.5%) mengetahui bahawa ibu bapa/penjaga tidak perlu
hadir semasa Amaran Polis dijalankan. Ini dapat dilihat di dalam Carta 5.17 di bawah:-
Carta 5.17: Sama ada ibu bapa/penjaga perlu hadir semasa Amaran Polis
Adakah ibu bapa/penjaga perlu hadir semasa
Amaran Polis tersebut diberi?
26.5% Ya
73.5% Tidak
Dapatan ini bercanggah dengan amalan yang dilaksanakan oleh pihak anggota dan
pegawai PDRM kerana menurut SOP, ibu bapa tidak perlu hadir. Hal ini mungkin
menggambarkan ketidakpastian dalam kalangan pegawai tentang apa prosedur
sebenar yang terpakai.
95
4.
Seperti yang digambarkan di dalam Carta 5.18 di bawah, majoriti responden, iaitu
seramai 76 orang (91.6%) mengetahui bahawa ibu bapa/penjaga perlu dimaklumkan
mengenai Amaran Polis yang diberikan.
Carta 5.18: Sama ada Ibu Bapa/Penjaga Perlu Dimaklumkan tentang Amaran Polis
Adakah ibu bapa/penjaga perlu dimaklumkan
mengenai Amaran Polis yang diberikan?
8.4% Tidak
91.6% Ya
Pengetahuan majoriti pegawai adalah selaras dengan kehendak SOP yang
memperuntukkan bahawa ibu bapa mesti dimaklumkan tentang pemberian Amaran
Polis kepada anak mereka dengan diberikan satu salinan Borang Amaran Polis
tersebut.
Majoriti responden, iaitu 59 orang responden (71.1%) mengetahui bahawa ibu
bapa/penjaga tidak perlu dimaklumkan mengenai Amaran Polis secara bersemuka.
Dapatan ini selaras dengan peruntukan di dalam SOP bahawa pemakluman tidak
perlu dibuat secara bersemuka. Ini dapat dilihat di dalam Carta 5.19 di bawah:-
96
4.
Carta 5.19: Sama ada Ibu Bapa/Penjaga Perlu Dimaklumkan Bersemuka tentang Amaran Polis
Jika ya, adakah ibu bapa/penjaga perlu
dimaklumkan tentang Amaran Polis secara
bersemuka?
28.9% Ya
71.1% Tidak
Seperti yang digambarkan di Carta 5.20 di bawah, majoriti responden, iaitu seramai
64 orang (77.1%) mengetahui bahawa kanak-kanak perlu menandatangani borang
untuk tujuan Amaran Polis. Dapatan ini selaras dengan peruntukan di dalam SOP
bahawa pemakluman tidak perlu dibuat secara bersemuka.
Carta 5.20: Sama ada Kanak-Kanak yang Diberi Amaran Polis Perlu Menandatangani Dokumen
Adakah kanak-kanak yang diberi Amaran Polis
perlu menandatangani sebarang dokumen?
22.9% Tidak
77.1% Ya
97
4.
Majoriti responden, iaitu 57 orang (68.7%) menyatakan bahawa ibu bapa/penjaga
tidak perlu menandatangani sebarang dokumen untuk tujuan Amaran Polis.
Pengetahuan majoriti responden selaras dengan peruntukan SOP yang tidak
memerlukan ibu bapa/penjaga untuk menandatangani sebarang dokumen dalam
proses pengendalian Amaran Polis.
Carta 5.21: Sama ada ibu bapa/penjaga kepada kanak-kanak yang diberi Amaran Polis perlu
menandatangani dokumen
Adakah ibu bapa/penjaga kepada kanak-kanak
yang diberi Amaran Polis perlu menandatangani
sebarang dokumen?
31.3% Ya
68.7% Tidak
Seperti yang digambarkan di Carta 5.22 di bawah, seramai 27 orang responden
(32.5%) tidak mengetahui bahawa Amaran Polis tidak merangkumi rekod jenayah
kanak-kanak. Peratus yang tidak begitu besar ini menunjukkan bahawa majoriti
responden mengetahui bahawa Amaran Polis tidak merangkumi rekod jenayah
kanak-kanak.
98
4.
Carta 5.22: Sama ada Rekod Amaran Polis Membentuk Rekod Jenayah
Adakah rekod Amaran Polis
membentuk sebahagian rekod jenayah
kanak-kanak tersebut?
32.5% Ya
Tidak
67.5%
Seramai 67 orang responden (80.7%) tidak mengetahui bahawa rekod Amaran Polis
tidak boleh dirujuk dalam Laporan Akhlak yang disediakan untuk kesalahan lain. Ini
dapat dilihat di Carta 5.23 di bawah. Dapatan ini dapat dijangka kerana perkara ini
merupakan maklumat mengenai Projek Rintis Diversion yang agak terperinci dan
mungkin tidak terangkum sebagai suatu pengetahuan asas bagi majoriti responden.
Namun begitu, kefahaman pegawai dalam aspek ini penting kerana ia memberi kesan
kepada proses-proses yang akan datang yang melibatkan kanak-kanak tersebut.
Carta 5.23: Sama ada Rekod Amaran Polis Boleh Dirujuk dalam Laporan Akhlak
Adakah rekod Amaran Polis boleh dirujuk
dalam Laporan Akhlak yang disediakan oleh
Pegawai Akhlak berkenaan seorang kanak-
kanak untuk kesalahan lain yang dilakukannya
19.3% Ya
80.7% Tidak
4. 99
5.7.2 Sikap
Umumnya, pegawai-pegawai merasakan bahawa Amaran Polis wajar dilaksanakan.
Seramai 44 orang responden (53.0%) bersetuju dengan pelaksanaan Amaran Polis,
manakala 16 orang responden (19.3%) sangat bersetuju. Seramai 27.7% pula memilih
kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Ini dapat dilihat di Carta 5.24 di
bawah.
Namun begitu, semasa temu bual secara FGD diadakan, ada yang menyatakan
bahawa Amaran Polis tidak memberi kesan yang efektif kepada kanak-kanak kerana
ia tidak membawa sebarang natijah langsung berbanding dengan saman yang
dikeluarkan dahulu sebelum Projek Rintis Diversion dilaksanakan. Ini adalah kerana
ketidakpatuhan kepada saman akan membawa kesan tertentu kepada kanak-kanak
tersebut, contohnya ia akan menimbulkan kesulitan apabila permohonan atau
pembaharuan lesen dibuat.
Carta 5.24: Amaran Polis Wajar Dilaksanakan
Amaran Polis wajar dilaksanakan
19.3% 9.6%
02.0.4%%
Sangat Tidak Setuju
15.7% Tidak Setuju
Kurang Setuju
53.0% Setuju
Sangat Setuju
Secara umumnya dan seperti yang digambar di dalam Carta 5.25 di bawah, para
responden tidak percaya dengan kenyataan bahawa pelaksanaan Amaran Polis boleh
meningkatkan kadar salah laku undang-undang dalam kalangan kanak-kanak.
Khususnya, 19 orang responden (22.9%) kurang setuju dengan kenyataan tersebut,
100
4.
manakala 16 orang responden (19.3%) tidak setuju dan 9 orang lagi (10.8%) sangat
tidak setuju. Dapatan ini menggambarkan hampir sama jumlah peratus bagi yang
kategori-kategori bersetuju dan tidak bersetuju. Bagi yang bersetuju, mereka
berkemungkinan daripada golongan yang tidak mengetahui prosedur dan kesan
Amaran Polis kerana tidak terlibat secara langsung. Maklumat yang diperolehi
daripada FGD ialah majoriti pegawai bersetuju bahawa Diversion boleh meningkatkan
kadar salah laku dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu, ini bukanlah kerana
mereka merasakan pelaksanaan Amaran Polis secara konsepnya tidak berkesan.
Pendapat negatif ini adalah kesan daripada ketiadaan aplikasi khusus yang
membolehkan PDRM memantau rekod Amaran Polis kanak-kanak, dan juga kerana
mereka tidak mengetahui bahawa SOP membolehkan mereka menggunakan budi
bicara untuk mengalihkan kes kepada Amaran Keras apabila Amaran Polis telah
kerap kali diulangi untuk kanak-kanak yang sama bagi kesalahan yang sama.
Carta 5.25: Amaran Polis Berpotensi Meningkatkan Salah Laku
Saya percaya bahawa pelaksanaan Amaran Polis
berpotensi meningkatkan kadar salah laku
undang-undang dalam kalangan kanak-kanak
10.8% Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
9.6% Kurang Setuju
Setuju
19.3% Sangat Setuju
37.3%
22.9%
Seperti di bawah Carta 5.26, majoriti responden percaya bahawa Amaran Polis dapat
menghalang stigma. Khususnya, 52 orang (62.7%) bersetuju dengan pernyataan
tersebut, manakala 7 orang (8.4%) sangat setuju. Majoriti bersetuju dengan fungsi
Amaran Polis dalam menghalang stigma terhadap kanak-kanak dan ini selaras
dengan dapatan daripada kajian kualitatif.
101
4.
Carta 5.26: Amaran Polis Dapat Menghalang Stigma
Saya percaya bahawa Amaran Polis dapat
menghalang stigma terhadap kanak-kanak
berkonflik dengan undang-undang
6.0% Sangat Tidak Setuju
8.4% Tidak Setuju
Kurang Setuju
3.6% Setuju
19.3% Sangat Setuju
62.7%
Majoriti responden percaya bahawa Amaran Polis dapat menghalang kanak-kanak
daripada dipengaruhi dengan kanak-kanak lain yang berada di dalam tahanan.
Khususnya, 57 orang responden (68.7%) setuju, manakala 6 orang (7.2%) sangat
setuju. Ini boleh dilihat di Carta 5.27 di bawah.
Dapatan ini juga selaras dengan dapatan daripada kajian kualitatif cuma pihak PDRM
menegaskan bahawa bagi kesalahan-kesalahan yang layak diberi Amaran Polis, ia
tidak menjadi amalan polis untuk menahan mereka kerana lazimnya mereka
dilepaskan setelah saman diberikan.
102
4.
Carta 5.27: Amaran Polis Dapat Menghalang Pengaruh Kanak-Kanak dalam Tahanan
Saya percaya bahawa Amaran Polis dapat
menghalang kanak-kanak berkonflik dengan
undang-undang daripada dipengaruhi kanak-
kanak lain yang berada di dalam tahanan
4.8% Sangat Tidak Setuju
7.2% 3.6% Tidak Setuju
Kurang Setuju
15.7% Setuju
Sangat Setuju
68.7%
Umumnya, majoriti responden merasakan bahawa Amaran Polis tidak berpotensi
untuk menjejaskan keselamatan komuniti. Khususnya, seperti di Carta 5.28 di bawah,
seramai 17 orang responden (20.5%) kurang setuju dengan pernyataan, manakala 24
orang (28.9%) tidak setuju dan 10 orang responden (12.0%) sangat tidak setuju.
Majoriti tidak bersetuju dan ini selaras dengan sifat kesalahan-kesalahan tersebut.
Walaupun terdapat kemungkinan untuk melibatkan keselamatan komuniti seperti tidak
mempunyai lesen memandu atau menaiki motosikal, kesalahan-kesalahan lebih
menjurus kepada ketidakpatuhan peribadi dan memberi kesan yang lebih kepada
empunya diri sekiranya berlaku kemalangan di jalan raya.
103
4.
Carta 5.28: Amaran Polis Berpotensi Menjejaskan Keselamatan Komuniti
Saya percaya bahawa pelaksanaan Amaran Polis
berpotensi menjejaskan keselamatan komuniti
6.0% 12.0% Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
32.5% 28.9% Kurang Setuju
Setuju
20.5% Sangat Setuju
Majoriti responden merasakan bahawa Amaran Polis tidak dapat melahirkan rasa
sesal dalam kalangan kanak-kanak. Khususnya, seramai 31 orang responden
(37.7%) bersetuju dengan pernyataan ini, manakala 9 orang (10.8%) sangat setuju.
Begitu juga dengan isu tentang tanggapan terhadap pengulangan semula kesalahan
oleh kanak-kanak. Ini dapat dilihat di Carta 5.29 di bawah. Umumnya, para responden
tidak percaya bahawa kanak-kanak yang diberi Amaran Polis akan mengulangi
kesalahan. Khususnya, seramai 33 orang (39.8%) kurang setuju, manakala 9 orang
responden (10.8%) tidak setuju dan 3 orang responden (3.6%) sangat tidak setuju.
Peratus yang menunjukkan dapatan yang lebih kurang sama menggambarkan
bahawa kesemua responden mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Apabila
ditanya semasa sesi FGD, ada dalam kalangan anggota dan pegawai daripada PDRM
menitikberatkan tentang ketiadaan sebarang mekanisme pemantauan seperti aplikasi
atas talian, yang menyebabkan kanak-kanak kurang terkesan dengan pemberian
Amaran Polis mengikut prosedur yang sedia ada. Di samping itu, anggota dan
pegawai tidak dimaklumkan dan dilatih bahawa mereka sebenarnya boleh menilai
sama ada Amaran Polis itu masih sesuai dengan kanak-kanak tersebut berdasarkan
faktor-faktor seperti pengulangan. Oleh kerana tiada latihan dalam aspek ini, kanak-
kanak diberi Amaran Polis berkali-kali, tanpa ia memberi kesan kepadanya. Sekiranya
anggota dan pegawai dilatih mengenai aspek ini, ibu bapa juga boleh dilibatkan
kerana mereka wajib menghadiri sesi Amaran Keras.
104
4.
Carta 5.29: Amaran Polis Tidak Melahirkan Rasa Sesal
Saya percaya bahawa Amaran Polis tidak dapat
melahirkan rasa sesal dalam kanak-kanak
berkenaan kesalahan undang-undang yang
dilakukannya
10.8% 6.0% Sangat Tidak Setuju
18.1% Tidak Setuju
Kurang Setuju
37.7% Setuju
27.7% Sangat Setuju
Carta 5.30: Kanak-Kanak yang Diberi Amaran Polis Mengulangi Kesalahan
Saya percaya bahawa kanak-kanak yang
diberi Amaran Polis akan mengulangi
kesalahan yang dilakukannya
6.0% 3.6% 10.8% Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
38.8% Kurang Setuju
Setuju
39.8% Sangat Setuju
Majoriti responden iaitu 51 orang responden (61.4%) bersetuju dengan pelaksanaan
Amaran Polis untuk kesalahan memandu kenderaan motor tanpa lesen jika tiada
Laporan Maklumat Pertama, manakala 8 orang responden (9.6%) sangat setuju. Ini
mungkin sejajar dengan sifat kesalahan yang tidak begitu berat. Maklumat ini boleh
dilihat di Carta 5.31 di bawah:-
105
4.
Carta 5.31: Amaran Polis Sesuai untuk Kesalahan Memandu Tanpa Lesen
Saya percaya bahawa Amaran Polis sesuai
dilaksanakan untuk kes-kes melibatkan
kesalahan memandu kenderaan motor tanpa
lesen (di mana tiada Laporan Maklumat
Pertama/First Information Report)
6.0% Sangat Tidak Setuju
9.6% 20.%4% Tidak Setuju
Kurang Setuju
20.5% Setuju
Sangat Setuju
61.4%
Carta 5.32 di bawah menggambarkan bahawa majoriti responden iaitu 57 orang
(68.7%) bersetuju bahawa Amaran Polis sesuai dilaksanakan untuk kesalahan tidak
memakai topi atau tali pinggang keledar (jika tiada FIR) manakala 8 orang responden
(9.6%) sangat setuju. Ini juga mungkin sejajar dengan sifat kesalahan yang tidak
begitu berat.
Carta 5.32: Amaran Polis Sesuai untuk Kesalahan Tidak Memakai Topi/Tali Pinggang Keledar
Saya percaya bahawa Amaran Polis sesuai
dilaksanakan untuk kes-kes melibatkan
kesalahan tidak memakai topi atau tali pinggang
keledar (di mana tiada Laporan Maklumat
Pertama/First Information Report)
9.6% 4.8% Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
2.4% 14.5% Kurang Setuju
Setuju
68.7% Sangat Setuju
106
4.
Majoriti responden, iaitu 57 orang (68.7%) bersetuju bahawa Amaran Polis sesuai
dilaksanakan untuk kesalahan gagal mengemukakan kad pengenalan (jika tiada FIR),
manakala 7 orang responden (8.4%) sangat setuju. Maklumat ini dijangka
memandangkan kesalahan tersebut tidak begitu berat.
Carta 5.33: Amaran Polis Sesuai untuk Kesalahan Gagal Mengemukakan Kad Pengenalan
Saya percaya bahawa Amaran Polis sesuai
dilaksanakan untuk kes-kes melibatkan kesalahan
gagal mengemukakan kad pengenalan (di mana
tiada Laporan Maklumat Pertama/First
Information Report)
6.0% 6.0% Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
8.4% Kurang Setuju
Setuju
10.8% Sangat Setuju
68.7%
5.7.3 Amalan
Maklumat berkenaan amalan melaksanakan Amaran Polis ini mengambil kira maklum
balas yang telah diberikan oleh anggota dan pegawai polis di BPJKK dan BSPT
sahaja, memandangkan, seperti yang telah dinyatakan di atas, hanya dua bahagian
ini sahaja yang ditugaskan untuk melaksanakan Amaran Polis. Amaran Polis lazimnya
dikeluarkan ketika anggota PDRM menjalankan rondaan atau operasi di lapangan.
Majoriti responden, iaitu seramai 13 orang (43.3%) menyatakan bahawa ketika proses
Amaran Polis, mereka selalu menjelaskan kepada kanak-kanak tentang kesalahan
yang telah dilakukan, kesan pengulangan kesalahan dan bahawa Amaran Polis akan
direkodkan. Ini sejajar dengan keperluan di dalam SOP. 10 orang responden (33.3%)
pula kerap berbuat demikian, manakala 4 orang responden (13.3%) kadang-kadang,
2 orang (6.7%) jarang-jarang dan 1 orang (3.3%) tidak pernah.
107
4.
Carta 5.34: Pegawai Polis Menjelaskan Amaran Polis kepada Kanak-Kanak
Pegawai Polis menjelaskan kepada kanak-kanak
tentang kesalahan yang dilakukannya, kesan
sekiranya kesalahan itu diulangi dan bahawa
Amaran Polis yang diberi akan direkodkan
3.3% Tidak Pernah
Jarang
6.7% Kadang-Kadang
Selalu
33.3% 13.3% Kerap
43.3%
Seramai 24 orang responden (80.0%) menyatakan bahawa selaras dengan SOP,
mereka tidak pernah menangkap dan meletakkan kanak-kanak di dalam tahanan
sebelum memberi Amaran Polis. 3 orang responden (10.0%) jarang-jarang berbuat
demikian, manakala 2 orang responden (6.7%) selalu dan 1 orang responden (3.3%)
kadang-kadang. Anggota dan pegawai menjelaskan bahawa Amaran Polis kerap
diberikan semasa sekatan jalan raya atau operasi di sekolah (OPS Didik) dan Borang
Amaran Polis akan terus dikeluarkan oleh pegawai sebagai gantian kepada saman
yang kebiasaannya dikeluarkan.
108
4.
Carta 5.35: Kanak-Kanak Ditangkap dan Diletak di dalam Tahanan sebelum Amaran Polis
Sebelum memberi Amaran Polis, kanak-kanak
ditangkap dan diletakkan di dalam tahanan
6.7% Tidak Pernah
3.3% Jarang-Jarang
10.0% Kadang-Kadang
Selalu
80.0% Kerap
Atas sebab yang sama, seperti di Carta 5.36 di bawah, majoriti responden, iaitu
seramai 12 orang (40.0%) menyatakan mereka juga tidak pernah membawa kanak-
kanak yang diberi Amaran Polis ke Balai Polis, manakala 7 orang responden (23.3%)
menyatakan mereka berbuat demikian kadang-kadang, 6 orang responden (20.0%)
jarang-jarang dan 5 orang responden (16.7%) selalu.
Carta 5.36: Kanak-Kanak yang Diberi Amaran Polis Dibawa ke Balai Polis
Kanak-kanak yang diberi Amaran Polis
dibawa ke Balai Polis
16.7% 40.0% Tidak Pernah
23.3% Jarang-Jarang
Kadang-Kadang
20.0% Selalu
Kerap
109
4.
Seperti di Carta 5.37 di bawah, 18 orang responden (60.0%) menyatakan bahawa
mereka tidak pernah menangkap dan kemudian melepaskan kanak-kanak dengan
jaminan apabila melaksanakan Amaran Polis, manakala 8 orang responden (26.7%)
selalu berbuat demikian, 2 orang responden (6.7%) kadang-kadang dan 1 orang
(3.3%) masing-masing jarang-jarang dan kerap. Ini adalah selaras dengan peruntukan
prosedur di bawah SOP.
Carta 5.37: Kanak-Kanak Ditangkap dan Dilepaskan dengan Jaminan sebelum Amaran Polis
Sebelum memberi Amaran Polis, kanak-
kanak yang ditangkap akan dilepaskan
dengan jaminan
3.3% Tidak Pernah
26.7% Jarang-Jarang
Kadang-Kadang
6.7% 60.0% Selalu
3.3% Kerap
Majoriti responden, iaitu seramai 11 orang (36.7%) tidak meminta supaya ibu
bapa/penjaga hadir semasa Amaran Polis dilaksanakan, manakala 7 orang
responden (23.3%) kadang-kadang, dan 6 orang responden (20.0%) masing-masing
jarang-jarang dan selalu. Menurut SOP, tiada keperluan bagi kehadiran ibu bapa
semasa pelaksanaan Amaran Polis. Ini dapat dilihat di Carta 5.38 di bawah:-
110
4.
Carta 5.38: Ibu Bapa/Penjaga Diminta Hadir Semasa Amaran Polis
Ibu bapa/penjaga kanak-kanak diminta hadir
semasa Amaran Polis dilaksanakan
20.0% Tidak Pernah
Jarang-Jarang
36.7% Kadang-Kadang
Selalu
23.3% Kerap
20.0%
Majoriti responden, iaitu 16 orang (53.3%) selalu mengisi borang dan mendapatkan
tandatangan kanak-kanak untuk tujuan Amaran Polis, manakala 8 orang (26.7%)
selalu, 3 orang (10.0%) kadang-kadang, 2 orang (6.7%) tidak pernah dan 3 orang
(3.3%) jarang-jarang. Sewajarnya semua anggota dan pegawai yang terlibat mesti
mengisi borang dan mendapatkan tandatangan kanak-kanak kerana ini bukan sahaja
dituntut di dalam SOP malahan sedia tercetak di dalam Borang Amaran Polis yang
dikeluarkan.
111
4.
Carta 5.39: Pegawai Polis Mengisi Borang dan Mendapatkan Tandatangan untuk Amaran Polis
Pegawai Polis yang memberi Amaran Polis
mengisi borang dan mendapatkan tandatangan
kanak-kanak yang terlibat
6.7% 10.0% Tidak Pernah
26.7% 3.3% Jarang-Jarang
Kadang-Kadang
53.3% Selalu
Kerap
9 orang responden (30.0%) menyatakan mereka selalu atau kadang-kadang
mengepos borang Amaran Polis kepada ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat
seperti yang diperlukan dalam kerangka kerja. 6 orang responden (20.0%) tidak
pernah, manakala 4 orang responden (13.3%) jarang-jarang dan 2 orang responden
(6.7%) kerap. Salinan Borang Amaran Polis yang diberikan iaitu salinan berwarna
kuning sepatutnya diposkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut.
Maklumat ini selaras dengan dapatan daripada kajian kualitatif yang dibuat di
lapangan. Malahan, terdapat satu IPD di mana prosedur ini tidak dibuat langsung
kerana anggota dan pegawai merasakan ianya sia-sia memandangkan kanak-kanak
dapat mencari jalan agar ibu bapa/penjaga tidak menerima salinan yang dipos apabila
ia sampai di rumah.
112
4.
Carta 5.40: Pegawai Polis Mengepos Salinan Borang Amaran Polis kepada Ibu Bapa/Penjaga
Pegawai Polis mengepos borang tersebut kepada
ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat
6.7%
20.0% Tidak Pernah
Kerap
30.0% 13.3% Kadang-Kadang
Selalu
30.0%
15 orang responden (50.0%) selalu menyimpan borang dan merekodkan Amaran
Polis yang telah diberi, manakala 12 orang (40.0%) kerap berbuat demikian, dan 3
orang (10.0%) kadang-kadang. Ini adalah selaras dengan keperluan di dalam SOP.
Walaupun ia tidak menjadi rekod jenayah kanak-kanak tersebut, semasa FGD
dijalankan, majoriti responden mencadangkan supaya satu bentuk rekod diadakan. Ini
kerana berdasarkan pengalaman mereka menjalankan penguatkuasaan, dengan
ketiadaan rekod yang boleh dirujuk, Amaran Polis mungkin diberi kepada kanak-kanak
secara berterusan dan berulang. Hal ini menjejaskan keberkesanan Amaran Polis
tersebut.
113
4.
Carta 5.41: Pegawai Polis Menyimpan Salinan Borang Amaran Polis dan Merekodkannya
Pegawai Polis menyimpan sesalinan borang
tersebut dan merekodkan Amaran Polis
10.0% Tidak Pernah
40.0% Jarang-Jarang
Kadang-Kadang
50.0% Selalu
Kerap
14 orang responden (46.7%) selalu menjelaskan kepada ibu bapa/penjaga secara
bersemuka tentang salah laku kanak-kanak dan bahawa Amaran Polis telah diberi,
manakala 9 orang (30.0%) kadang-kadang, 3 orang (10.0%) tidak pernah dan 2 orang
(6.7%) masing-masing jarang-jarang dan kerap. Dapatan ini agak bercanggah kerana
penjelasan secara bersemuka hanya mungkin berlaku jika kanak-kanak ditahan dan
ibu bapa ada bersama mereka. Dari segi amalan polis, ini tidak berlaku kerana kanak-
kanak didapati membuat kesalahan semasa ditahan di sekatan-sekatan jalan raya
atau di sekolah yang lazimnya ibu bapa tidak ada bersama mereka. Malah, anggota
dan pegawai sendiri telah menzahirkan kebimbangan mereka tentang keberkesanan
Amaran Polis kerana tiada makluman tegas yang dapat disampaikan bersama ibu
bapa, selain daripada mengepos borang. Kepincangan ini mungkin sekali
menggambarkan ketidakpastian dalam kalangan anggota dan pegawai polis tentang
amalan mereka dan tentang keperluan sebenar menurut SOP.
114
4.
Carta 5.42: Pegawai Polis Menjelaskan kepada Ibu Bapa/Penjaga tentang Amaran Polis secara
Bersemuka
Pegawai Polis menjelaskan kepada ibu
bapa/penjaga tentang salah laku kanak-kanak
tersebut dan bahawa Amaran Polis telah diberi,
secara bersemuka
10.0%
6.7% 6.7% Tidak Pernah
Jarang-Jarang
46.7% 30.0% Kadang-Kadang
Selalu
Kerap
15 orang responden (50.0%) menyatakan mereka tidak pernah memaklumkan guru-
guru sekolah atau ketua-ketua komuniti bahawa Amaran Polis telah diberikan kepada
kanak-kanak tertentu, manakala 11 orang (36.7%) jarang-jarang berbuat demikian
dan 4 orang (13.3%) selalu. Dapatan bahawa majoriti tidak pernah memberitahu pihak
sekolah atau ketua-ketua komuniti adalah sejajar dengan SOP yang tidak menetapkan
keperluan bagi prosedur ini.
115
4.