The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia (2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-22 00:51:49

Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia (2021)

Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia (2021)

BAB 10

CADANGAN-CADANGAN
STRATEGIK BAGI
PELAKSANAAN

PROGRAM DIVERSION
KE SELURUH NEGARA

10. BAB 10
CADANGAN-CADANGAN STRATEGIK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM

DIVERSION KE SELURUH NEGARA
Tujuan Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion bagi Kanak-Kanak yang
Mempunyai Konflik dengan Undang-Undang ini adalah untuk menilai pelaksanaan
Projek Rintis di ketiga-tiga lokasi rintis iaitu Sepang, Seremban dan Port Dickson sejak
16 Disember 2019 hingga Disember 2021, namun dilanjutkan ke bulan Jun 2022.
Pelanjutan ini dibuat mengambil kira keadaan Projek Rintis yang digantung
pelaksanaannya dari bulan Mac 2020 hingga September 2020, kesan dari
pelaksanaan PKP akibat penularan pandemik Covid-19. AGC pula berhasrat agar
Projek Diversion dilaksanakan secara menyeluruh sebelum tempoh pelaksanaan
Projek Rintis ini berakhir. Bagi kedua-dua tujuan tersebut, kajian ini menggariskan
cadangan-cadangan strategik yang perlu dibuat bagi memperluaskan skop
pelaksanaan program Diversion secara menyeluruh di Malaysia. Strategi-strategi ini
bersifat jangka masa pendek, sederhana dan panjang seperti yang tertera secara
ringkas di dalam carta tersebut:-

Carta 10.1: Cadangan-Cadangan Strategik bagi Pelaksanaan Diversion

334

10.1 STRATEGI JANGKAMASA PENDEK

Strategi jangka masa pendek merupakan langkah-langkah yang perlu dibuat dalam
masa enam bulan sebelum pelaksanaan Program Diversion diperluaskan ke seluruh
negara. Strategi-strategi ini mesti dilaksanakan pada kadar segera bagi memastikan
kelangsungan dan keberkesanan kaedah-kaedah Diversion yang dilaksanakan.

10.1.1 Menyemak Prosedur Operasi Standard Antara Agensi (SOP Antara
Agensi)

SOP antara agensi yang dibangunkan khusus bagi pelaksanaan Projek Rintis
Diversion dan menjadi rujukan amalan utama bagi ketiga-tiga agensi yang terlibat
perlu disemak semula bagi membuat pindaan-pindaan yang perlu dan pembaharuan-
pembaharuan yang boleh melicinkan lagi pelaksanaan Program Diversion di seluruh
negara. Sebagai contoh, semakan semula tempoh masa penyediaan LPR oleh
Pegawai Akhlak dan tempoh pertimbangan TPR serta pengendalian kes-kes yang
bertindan daerah (kes berlaku dalam kawasan namun kanak-kanak tinggal di luar
kawasan daerah).

10.1.2 Mengadakan SOP Dalaman Khusus bagi Timbalan Pendakwa Raya
(TPR) dan Menyemak Semula SOP Dalaman Polis Di-Raja Malaysia
(PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

SOP Dalaman bagi setiap agensi yang terlibat dengan Program Diversion adalah
penting bagi mewujudkan kepastian di dalam penugasan dan membuat keputusan. Ia
perlu mengandungi kriteria-kriteria khusus di dalam membuat pertimbangan agar
proses berjalan secara lancar dan seragam serta bukan bergantung kepada budi
bicara pegawai semata-mata.

SOP dalaman bagi TPR mesti diwujudkan sebagai satu keperluan utama yang
menetapkan secara khusus bahawa TPR daerah diberi budi bicara untuk membuat
pertimbangan dan sejurusnya memberi arahan bagi Diversion agar tidak
menimbulkan kelewatan yang menjejaskan kelicinan kes serta tersasar dari tujuan
asal Diversion untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan kanak-kanak dengan

335

kadar segera. Kelewatan yang jelas berlaku semasa pengendalian kes-kes antaranya
banyak disebabkan oleh kelewatan tempoh pertimbangan dibuat oleh pihak TPR dan
ini membuatkan tujuan Diversion diadakan terjejas kerana masa yang terlalu lama
diambil. Dengan adanya panduan-panduan yang jelas di dalam SOP dalaman ia
membolehkan keputusan dibuat segera oleh TPR daerah.

Terdapat juga keperluan bagi menyemak semula SOP Dalaman PDRM dan JKM bagi
menambahbaik dan menyelaraskan skop dan prosedur kerja berdasarkan
pengalaman yang dialami semasa Program Rintis Diversion. Sebagai contoh,
menyelaraskan jenis-jenis kesalahan yang boleh dialihkan bagi PDRM kerana
dapatan pelaksanaan mendapati terdapat percanggahan di dalam jenis-jenis
kesalahan yang dialihkan. Terdapat juga kesilapan di dalam takrifan ‘kanak-kanak’
yang terlibat di dalam Projek Rintis dan ini memberi kesan kepada pelaksanaan. Bagi
JKM pula, SOP Dalaman perlu diperincikan agar ia dapat menjadi rujukan utama yang
mantap bagi Pegawai-Pegawai Akhlak di lapangan. Bagi pegawai PDRM, walaupun
95% pelaksana tidak pernah didedahkan kepada latihan-latihan khusus mengenai
Diversion namun dengan adanya SOP Dalaman yang terperinci ia menjadi sumber
rujukan asas di dalam pelaksanaan penugasan mereka.

10.1.3 Membangun Sebuah Aplikasi atas Talian Khusus bagi Amaran
Polis

Kajian mendapati bahawa tidak terdapat sebarang sistem di atas talian yang dapat
diakses oleh pihak PDRM di dalam mengendalikan pemberian Amaran Polis kepada
kanak-kanak yang melakukan mana-mana lima kesalahan yang dibolehkan Amaran
Polis diberi tanpa syarat. Natijah dari ketiadaan ini adalah pengulangan semula
kesalahan boleh dibuat tanpa had kerana tiada sebarang sistem atas talian yang ada
sekarang bagi merekod Amaran yang diberi. Disarankan agar diadakan suatu Aplikasi
ringkas yang dapat merekodkan maklumat khusus kanak-kanak serta dapat memberi
notifikasi yang jelas sekiranya kanak-kanak yang sama melakukan kesalahan sekali
lagi.

336

10.1.4 Mengadakan Tempat Menunggu Khusus di Balai Polis

Terdapat keperluan bagi mengadakan tempat menunggu khas bagi kanak-kanak
selepas ditangkap dan sementara menantikan ibu bapa atau penjaga mereka tiba di
balai. Polis merasakan lokap bukan suatu tempat yang sesuai bagi kanak-kanak,
walaupun diasingkan daripada pesalah dewasa. Masa menunggu juga tidak menentu,
bergantung kepada ibu bapa atau penjaga masing-masing. Sekiranya terdapat tempat
yang sesuai, kanak-kanak sekurang-kurangnya akan merasa selesa dan tenang
sementara menanti. Bilik Triage yang ada di beberapa IPD sekarang wajar turut
diadakan di semua balai bagi memenuhi tujuan ini.

10.1.5 Menyemak Semula Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Pegawai
Polis

Kajian mendapati bahawa bagi kesalahan-kesalahan yang layak dipertimbangkan
sama ada untuk Amaran Keras atau Program Intervensi, pihak polis agak keberatan
untuk mengalih kanak-kanak ke Program Diversion. Ini berpunca dari beberapa
sebab, antaranya tidak memahami kebaikan Diversion bagi jangka masa pendek dan
panjang kanak-kanak secara khusus, dan sistem pengadilan jenayah secara umum.
Namun sebab yang utama adalah kerana mereka merasakan pengalihan ke Diversion
akan menjejaskan KPI mereka yang berasaskan kejayaan kes-kes dituduh di
mahkamah. KPI perlu disemak dengan kadar segera bagi mengubah petunjuk ini
khusus bagi kes-kes yang melibatkan kanak-kanak. Pengalihan kanak-kanak mesti
diterima sebagai suatu bentuk closure kepada kes dan bukannya suatu kegagalan
siasatan di pihak polis atau, diadakan ruangan khusus bagi semua kes melibatkan
kanak-kanak agar tidak memberi kesan kepada kadar tuduhan yang dicapai setiap
bulan oleh pihak polis.

10.1.6 Mengkaji Keperluan Penambahan Pegawai Akhlak Khusus bagi
Diversion di Lokasi-Lokasi Tinggi Keterlibatan Kanak-Kanak
dengan Jenayah

Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga lokasi rintis secara umumnya mempunyai kadar
keterlibatan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang adalah

337

rendah berbanding dengan tempat-tempat lain yang mempunyai kepadatan penduduk
yang lebih tinggi. Seremban contohnya, dinobatkan sebagai Bandar Selamat
manakala dalam sepanjang tempoh rintis setakat ini, Port Dickson tidak merekodkan
sebarang kes jenayah langsung dan kes yang ada hanya bersifat kes trafik atau
narkotik.

Walaupun sedemikian, para Pegawai Akhlak yang ditemui di lokasi-lokasi rintis semua
berpendapat bahawa tuntutan tugasan-tugasan sebagai PKMD tidak memberi ruang
yang cukup untuk mereka memberi perhatian yang sewajarnya terhadap proses-
proses Projek Rintis Diversion. Ini menjejaskan tempoh-tempoh waktu yang
ditetapkan bagi proses yang melibatkan mereka seperti penyediaan LPR, merangka
aktiviti-aktiviti yang sewajarnya bagi melunaskan tujuan Program Intervensi serta
membuat pemantauan terhadap kanak-kanak yang terlibat. Rekod polis juga
menunjukkan bahawa terdapat kes di mana pihak polis terpaksa menunggu
penyediaan LPR sehingga enam bulan. Seandainya mereka dibenarkan untuk
menumpukan perhatian kepada Program Diversion sepenuhnya, keberkesanan
Program dapat dipertingkatkan lagi. Berdasarkan situasi yang dialami di lokasi-lokasi
rintis ini, terdapat suatu keperluan untuk menilai sama ada terdapat Pegawai-Pegawai
Akhlak yang mencukupi di tempat-tempat lain di seluruh negara terutamanya di mana
kepadatan penduduk adalah lebih tinggi. Ini adalah kerana ia berpotensi mempunyai
kadar keterlibatan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang
yang tinggi juga.

10.1.7 Membuat Penilaian Khusus terhadap Keperluan Kapasiti Sumber yang
Bersesuaian dengan Kadar Jenayah Semasa bagi Penempatan Pegawai
oleh Ketiga-Tiga Agensi

Terdapat keperluan bagi suatu penilaian khusus dibuat bagi tujuan di atas bagi
memastikan kelangsungan Program Diversion di lapangan. Jadual 6.3 di Bab 6 jelas
menunjukkan bahawa berlaku kelewatan tempoh prosedur di hampir setiap proses
utama Diversion seperti penyediaan IP oleh Pegawai Siasatan PDRM, pertimbangan
kertas siasatan oleh TPR dan penyediaan LPR oleh Pegawai Akhlak yang disebabkan
oleh ketiadaan pegawai yang mencukupi atau bertugas khusus untuk melaksanakan
proses-proses tersebut. Pegawai-pegawai lazimnya turut dikekang oleh tugasan-

338

tugasan hakiki lain sebagai PKMD dan ini menyebabkan kes-kes Diversion terjejas
dengan signifikan. Maka, setiap agensi perlu membuat penilaian khusus ini
berdasarkan kadar jenayah semasa di setiap daerah yang terbabit.

10.1.8 Memberi Latihan-Latihan Pengenalan dan Persediaan mengenai
Diversion kepada Kesemua Pegawai di Ketiga-tiga Agensi yang Terlibat

Sebelum Program Diversion ini diperluaskan ke seluruh negara, antara langkah utama
yang mesti diambil adalah memberi latihan-latihan yang sewajarnya kepada kesemua
pegawai-pegawai di ketiga-tiga agensi yang terlibat secara langsung dengan program
Diversion. Latihan-latihan ini mesti mengandungi dua komponen penting kepada
Program Diversion:-

a. Pengenalan kepada konsep Diversion dan kepentingan
memperkasakan hak-hak kanak-kanak; dan

b. Kaedah-kaedah Diversion yang ada dan semua proses yang terlibat
serta kesan kepada setiap kaedah tersebut.

Kedua-dua komponen di atas adalah amat penting untuk dipelajari agar pihak
pelaksana mempunyai keyakinan yang tinggi tentang keperluan kepada Diversion dan
mahir dengan semua proses dan prosedur yang terlibat.

Kajian mendapati kurangnya latihan sebagai persediaan sebelum Program Rintis
berjalan telah memberi impak terhadap kesediaan dan kepercayaan pelaksana-
pelaksana yang ditemui khususnya pihak polis, terhadap Projek Rintis Diversion.
Penekanan kepada keperluan untuk menjauhkan kanak-kanak dari sistem pengadilan
konvensional yang membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan, terutama sekali
bagi kes-kes yang tidak begitu serius mesti dibuat agar pihak polis lebih cenderung
untuk memahami manfaat Diversion lantas melaksanakannya dengan lebih berkesan.
Kurang atau ketiadaan latihan langsung bagi anggota dan pegawai polis pelaksana
menyebabkan berlakunya percanggahan prosedur yang dibuat malahan memberi
Amaran Polis atau mengalihkan kes bagi pertimbangan bagi Amaran Keras atau

339

Program Intervensi melangkaui kesalahan-kesalahan yang disenaraikan layak di
dalam SOP.

Selain latihan di atas yang perlu diikuti oleh pegawai yang terlibat, latihan praktikal di
lapangan yang mempunyai lebih tinggi bebanan kes adalah perlu bagi
mempertingkatkan kemahiran kepada pegawai yang mengendalikan intervensi
kepada kanak-kanak.

10.1.9 Mengadakan Sistem Pendataan yang Bersepadu secara Digital bagi
Penyelarasan Kerjasama Antara Agensi

Kajian mendapati bahawa mekanisma sistem pendataan yang bersepadu secara
digital di antara ketiga-tiga agensi yang terlibat secara langsung di dalam Program
Diversion iaitu PDRM, TPR dan JKM mesti diadakan bagi menyelaraskan dan
memudah cara kerja-kerja yang terlibat. Banyak masa dan tenaga menjadi terbuang
kerana sistem yang ada adalah secara manual. Ia juga menjejaskan sistem perekodan
kes serta penyelarasan data-data kes yang dikendalikan. Sekiranya sistem pendataan
yang bersepadu secara digital ini diadakan, ia membolehkan proses berikut berlaku
secara mudah dan efisien:-

a. Perekodan data mengenai kanak-kanak yang terlibat dan membolehkan
penilaian dibuat dengan lebih berkesan sekiranya kes berulang;

b. Perkongsian maklumat dapat berjalan secara lebih berkesan;
c. Menjimatkan masa membawa IP dari balai polis ke pejabat TPR dan

mengambil semula setelah arahan dibuat;
d. Menjimatkan masa memohon LPR secara manual dari Pegawai Akhlak

dan penyerahan LPR setelah dibuat; dan
e. Perekodan proses yang dibuat dapat direkod secara langsung apabila

terdapat sistem bersepadu.

Walaupun pembangunan suatu mekanisma seperti ini mungkin memakan masa
namun ia mesti dijadikan keutamaan bagi mengatasi permasalahan-permasalahan

340

dari segi proses yang telah dikenal pasti di dalam perjalanan Projek Rintis yang ada
sekarang.

10.2 STRATEGI JANGKA MASA SEDERHANA

Strategi jangka masa sederhana merupakan langkah-langkah yang wajar diambil bagi
tempoh di antara enam bulan sehingga dua tahun setelah tamat tempoh pelaksanaan
Projek Rintis Diversion. Langkah-langkah ini wajar diambil bagi memperkasakan
pelaksanaan Program Rintis di dalam proses pelaksanaan ke seluruh negara.

10.2.1 Meminda Akta Kanak-Kanak 2001
Sementara menantikan sebuah Program Diversion yang bersifat holistik seperti
melibatkan intervensi rasmi di peringkat sekolah dan/atau di dalam komuniti
dibangunkan, kaedah-kaedah yang ada sekarang, terutama sekali bagi membolehkan
kes-kes yang boleh dipertimbangkan untuk Amaran Keras dan Program Intervensi
dijalankan tanpa mendedahkan pihak PDRM atau TPR kepada tohmahan kerana tidak
mengambil tindakan sewajarnya, perlu diletakkan secara khusus di dalam bentuk
perundangan. Akta yang paling sesuai adalah Akta Kanak-Kanak 2001 kerana sifat
Akta yang khusus bagi kanak-kanak dan terdapat satu bahagian khusus bagi kanak-
kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang. Seperti yang dibincangkan di
dalam Bab 9, peruntukan yang perlu diadakan di dalam Akta Kanak-Kanak 2001
adalah peruntukan yang bersifat ‘enabler’ iaitu peruntukan yang membuka jalan
membenarkan intervensi Diversion dibuat. Peruntukan ini bersifat umum dan
sebarang peraturan terperinci tambahan boleh diadakan oleh Menteri yang berkenaan
di bawah seksyen 128(1) dan 128(2)(t-v) Akta yang sama.

341

Contoh peruntukan yang dicadangkan adalah seperti berikut:-

BAHAGIAN X
TATACARA JENAYAH BAGI KANAK-KANAK

BAB 1
DIVERSION KANAK-KANAK

83A. Pengalihan kanak-kanak secara kaedah Diversion

(1) Apabila seseorang kanak-kanak disyaki melakukan sesuatu kesalahan ringan iaitu kesalahan yang
boleh disaman atau didenda atau, suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman tidak melebihi
7-14 tahun penjara atau tidak termasuk dalam kategori jenayah berat yang ditakrifkan di bawah akta ini,
polis atau timbalan pendakwa raya boleh membenarkan kanak-kanak diberi Amaran Keras atau
dialihkan untuk secara menjalani mana-mana kaedah Diversion yang ditetapkan oleh Peraturan-
Peraturan di bawah Akta ini sebagai ganti kepada tatacara jenayah di Mahkamah.
(2) Pada bila-bila masa dalam tempoh masa Program Diversion, kanak-kanak yang tidak bersetuju
dengan Program Diversion atau gagal menjalani perintah dalam Program Diversion, hendaklah merujuk
kembali kes tersebut kepada Polis untuk diadili melalui tatacara jenayah di Mahkamah sebagaimana
dalam Akta ini.

10.2.2 Pendayaupayaan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (Child Welfare
Teams) di bawah Akta Kanak-Kanak 2001

Pindaan kepada Akta Kanak-Kanak 2001 pada tahun 2016 telah mewujudkan satu
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak (P3K) bagi seluruh Malaysia, dengan tujuan
yang khusus bagi menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan peringkat tempatan
(locally-based services) sekiranya kanak-kanak adalah, atau disyaki memerlukan
perlindungan dan pemulihan, atau kanak-kanak yang didapati bersalah di atas
sebarang kesalahan. Pasukan ini terdiri daripada:

a. Tidak lebih daripada 7 orang yang mempunyai pengalaman yang berkaitan,
pengetahuan dan kepakaran mengenai perlindungan dan pemulihan kanak-
kanak (dilantik oleh Menteri);

b. Seorang pegawai pendidikan; dan
c. Seorang pegawai polis kanan.

342

Penubuhan P3K adalah berdasarkan kepada Seksyen 7A Akta Kanak-Kanak 2001
iaitu di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak yang dipengerusikan oleh YB
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Setakat ini terdapat
sejumlah 133 P3K di seluruh negara. Pasukan ini berada di bawah penyeliaan
seorang Pegawai Akhlak atau seorang Pelindung dan boleh meminta mana-mana
orang yang mempunyai pengalaman atau kepakaran khusus mengenai faktor-faktor
berkenaan etnik, orang asal, kebudayaan atau keagamaan untuk memberi nasihat
dan panduan.7

Peranan dan Peranan dan prosedur bagi P3K ini boleh didapati di dalam Peraturan-
Peraturan Kanak-Kanak (Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak Dan Pasukan
Kebajikan Kanak-Kanak) 2017 dan dirumuskan seperti di dalam Rajah berikut:-

Carta 10.2: Peranan dan Tanggungjawab P3K

Berdasarkan Carta 10.2 di atas, peranan dan tanggungjawab P3K dilihat amat besar
sedangkan pasukan ini lebih bersifat sukarela. Bagi memastikan P3K ini mampu
melunaskan semua peranan dan tanggungjawab di atas, penstrukturan P3K perlu
dipertimbangkan untuk mengandungi ahli-ahli atau staf yang bersifat tetap bagi
memastikan pemantauan dan pengendalian kanak-kanak berlaku secara konsisten
dan sistematik. Sekiranya struktur Pasukan ini dapat diperincikan dan diperkukuhkan,
ia mampu menjadi suatu mekanisma yang penting bagi menyokong Program

7 Seksyen 7A(4).

343

Diversion di peringkat komuniti. Ia boleh bertindak secara berkesan dan melibatkan
ketua-ketua komuniti dan ahli-ahli masyarakat yang dihormati seperti guru-guru, imam
dan sebagainya. Proses membina struktur dan memperincikan tugas dan
tanggungjawab Pasukan boleh dibuat sebagai strategi jangka masa sederhana
kerana ia bukan sahaja melibatkan pembinaan struktur dan tugasan tetapi juga
pelantikan ahli-ahli yang bersesuaian dan memberi latihan-latihan khusus berkenaan
kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang dan program
Diversion.

Disarankan agar ahli-ahli yang dilantik turut diberikan imbuhan atau insentif kewangan
bagi menjalankan tugas seperti mana yang lazim diamalkan bagi pelantikan Penasihat
Mahkamah dan lain-lain lantikan yang berelaun. Selain daripada itu, latihan-latihan
khusus wajar diberi kepada ahli P3K atau mana-mana orang (Pesara Pegawai Akhlak)
yang difikirkan sesuai oleh P3K untuk membantu menjalankan Program Intervensi
Diversion dengan diberi token atas perkhidmatan tersebut sementara latihan khusus
dikendalikan oleh institusi latihan yang diiktiraf oleh JKM sebagai contoh MAKPEM.

Dengan struktur yang sedia ada sekarang, P3K hanya mampu untuk membantu di
dalam pengawasan kes yang dialihkan ke Program Intervensi dan bertindak sebagai
sokongan kepada program-program yang diatur oleh Pegawai Akhlak berkenaan.
Sebagai contoh, sekiranya salah satu program merupakan program khidmat komuniti,
mungkin P3K daerah boleh merangka program yang sesuai yang boleh
memanfaatkan kedua-dua pihak iaitu kanak-kanak dan komuniti.

10.3 STRATEGI JANGKA MASA PANJANG

Bagi mengadakan suatu sistem yang terarah dan bersepadu tanpa melibatkan
pegawai-pegawai yang mempunyai tanggungjawab-tanggungjawab yang bertindan,
dan mengambil iktibar dari pengalaman kajian penandaarasan negara-negara terpilih,
strategi jangka masa panjang selama dua hingga tiga tahun turut dirancang seperti
berikut:

344

10.3.1 Mengadakan Satu Agensi Khusus bagi Kanak-Kanak yang
Mempunyai Konflik dengan Undang-Undang

Kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang sekarang berada di
bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
khususnya JKM. Keadaan ini wujud sejak sebelum merdeka lagi, seawal pasca
pemerintahan Jepun bila mana Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan pada tahun
1946. Keadaan ini tidak begitu kondusif kerana kanak-kanak yang mempunyai konflik
dengan undang-undang lazimnya akan terlibat dengan polis yang berada di bawah
Kementerian Dalam Negeri dan TPR di bawah AGC. Bagi mengadakan suatu sistem
yang terarah dan bersepadu tanpa melibatkan pegawai-pegawai yang mempunyai
tanggungjawab-tanggungjawab yang bertindan, terdapat keperluan kepada satu
agensi yang khusus mengendalikan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan
undang-undang agar gerak kerja lebih tersusun dan terarah. Contoh terbaik bagi
amalan ini adalah di Thailand di mana terdapat sebuah Jabatan Pengawasan dan
Pelindungan Juvana (Department of Juvenile Observation and Protection/DJOP)
khusus bagi mengendalikan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-
undang dan menyelaraskan segala institusi, proses dan prosedur yang terlibat.
Jabatan ini juga mampu untuk menjadi penyelaras bagi segala usaha-usaha Program
Diversion. Di Thailand, Jabatan ini berada di bawah naungan Kementerian
Kehakiman. Di Malaysia belum ada Kementerian yang sedemikian oleh itu buat masa
ini, selagi mana tidak ada Kementerian Khusus bagi Undang-Undang, Jabatan ini
boleh dibentuk di bawah Kementerian Dalam Negeri.

10.3.2 Merangka Akta Khusus bagi Program Diversion

Bagi meningkatkan lagi keupayaan Program Diversion sebagai suatu program
pencegahan dan pengendalian kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan
undang-undang, dicadangkan agar satu Akta khusus dirangka bagi membolehkan
semua aspek Program Diversion diadakan. Akta yang khusus dapat memperuntukkan
bidang kuasa kepada anggota-anggota komuniti lain selain agensi-agensi yang sedia
ada bagi mengendalikan Diversion seperti guru-guru, ketua-ketua kampung, ketua-
ketua keagamaan dan sebagainya. Struktur yang kemas juga dapat dibentuk bagi
memperkasakan golongan ini. Program Diversion juga dapat diadakan di sekolah-

345

sekolah dan ini tentunya merupakan langkah terbaik bagi menangani permasalahan
disiplin pelajar di sekolah tanpa melibatkan sistem pengadilan jenayah. Akta yang
khusus juga dapat menangani kelompongan yang ada sekarang di mana kanak-kanak
di bawah 10 tahun yang mempunyai konflik dengan undang-undang tidak mempunyai
kaedah pengendalian langsung. Sekiranya Program Diversion yang tidak menghukum
sifatnya dapat diadakan bagi golongan ini, tentunya ia dapat menyelesaikan
permasalahan keterlibatan jenayah awal di antara kanak-kanak. Namun, usaha ini
bersifat jangka masa panjang kerana ia memerlukan kajian yang mendalam tentang
kesanggupan serta kebolehan ahli-ahli komuniti di dalam melaksanakan tugas
mereka di dalam kerangka Program Diversion; jenis-jenis kesalahan yang sesuai
untuk dibenarkan pendekatan ini diambil serta struktur dan prosedur yang terperinci
dan teliti mesti turut dirangka.

10.4 CADANGAN-CADANGAN BAGI KAJIAN LANJUT DI MASA HADAPAN

Bagi memperkasakan Program Diversion, perlu diadakan kajian-kajian yang lebih
lanjut serta mengkhusus di masa hadapan bagi perkara-perkara berikut:

a. Membuat perbandingan ratio di antara kanak-kanak, kadar jenayah dan
bilangan Pegawai Akhlak setempat bagi seluruh negara bagi memastikan
Program Diversion mampu diadakan;

b. Membuat kajian mendalam tentang profil kanak-kanak yang mempunyai konflik
dengan undang-undang yang telah terlibat dengan ketiga-tiga kaedah
Diversion di dalam Program Rintis;

c. Membuat kajian susulan terhadap semua kanak-kanak yang telah melalui
Diversion dan mengkaji tren perlakuan mereka (mengulang semula, atau tidak
dan sebagainya);

d. Mengkaji peranan P3K di seluruh negara dengan tujuan untuk menjadikan ia
suatu mekanisma tetap (bukan sukarela) bagi mengendalikan kanak-kanak
yang mempunyai konflik dengan undang-undang;

346

e. Mengkaji penglibatan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam
melaksanakan Diversion ; dan

f. Mengkaji keberkesanan pelaksanaan Diversion selepas lima tahun
pelaksanaannya dan potensi untuk meluaskan skop pemakaian Diversion.

347

PENGHARGAAN

Pihak UPUM Sdn. Bhd. ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada
semua agensi, organisasi, bahagian, dan individu yang telah terlibat dan
memberikan kerjasama dan sumbangan, secara langsung dan tidak langsung,
sepanjang kajian ini dilaksanakan terutamanya kepada:-

Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
1. ASP Khor Yi Shuen, ASP Perundangan, Urus Setia Ketua Polis Negara
(Perundangan) PDRM, Bukit Aman
2. Urusetia Ketua Polis Negara (Perundangan)
3. Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)
4. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)
5. Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
6. Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)
7. Bahagian Siasatan Wanita dan Kanak-Kanak, D11
8. Ketua-ketua Bahagian-bahagian di Sepang, Port Dickson dan Seremban
9. Semua anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis di lapangan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
10. Institut Sosial Malaysia (ISM)
11. Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
12. Jabatan Kebajikan Masyarakat
13. Pegawai-Pegawai Akhlak Daerah Sepang, Port Dickson dan Seremban
14. Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa
15. Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Malaysia

Pejabat Peguam Negara (AGC)
16. Unit Jenayah Seksual dan. Keganasan Domestik
17. Timbalan-Timbalan Pendakwaraya Daerah Port Dickson, Seremban dan
Selangor

348

Kementerian Pendidikan Malaysia
18. Dr. Shahrizal Norwawi, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
19. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
20. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia
21. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
22. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
23. Guru-Guru Sekolah Menengah yang terlibat di Daerah Sepang, Port Dickson
dan Seremban
24. Ketua-ketua Komuniti bagi Seremban, Port Dickson dan Sepang
25. Puan Zilfinaz Abas
26. Encik Umadi Polot
27. Encik Mohd Faizal Abu Bakar

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga dirakamkan untuk lain-lain pihak yang
turut sama memberikan bantuan, dorongan dan nasihat dalam proses kajian
dilaksanakan sehingga selesai. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

349

RUJUKAN

Akta

England dan Wales
Children & Young Person Act 1933 (c.12, 1933)
Children and Young Persons Act 1969 (c. 54, 1969)
Crime and Disorder Act 1998 (c. 37, 1998)
Legal Aid Sentencing and Punishment of Offenders Act 2012 (c.10, 2012)

Malaysia
Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)

New Zealand
Child Welfare Act 1925 (Akta 16 Geo V No.22 Tahun 1925)
Children and Young Persons Act 1974 (Akta No. 72 Tahun 1974)
Children, Young Persons and Their Families Act 1989 (Akta No. 24 Tahun 1989)
Children’s and Young Person’s Well-being Act 1989 (Akta No. 24 Tahun 1989)
Crimes Act 1961 (Akta No.43 Tahun 1961)
Criminal Procedure Act 2011 (Akta No. 81 Tahun 2011)
Neglected and Criminal Children Act 1867 (Akta 31 Victoriae No. 14 Tahun 1867)

Singapura
Children and Young Persons Act (Cap 38)
Kanun Keseksaan (Cap 224)
Kanun Prosedur Jenayah (Cap 68)

Thailand
Juvenile and Family Court Act 2010 (B.E.2553)

Australia
New South Wales

Young Offenders Act 1997 (No. 54/1997)

350

South Australia
Young Offenders Act 1993 (No. 57/1993)

Victoria
Children, Youth and Families Act 2005 (No. 96/2005)

Instrumen Antarabangsa

Convention on the Rights of the Child (Adopted through General Assembly resolution
44/25 of 20 November 1989).

CRC, General Comment No. 10 (2007), Children’s Right in Juvenile Justice, UN Doc.
CRC/C/GC/10, 25th April 2007.

CRC, General Comment No. 24 (2019), Children’s Right in Juvenile Justice, UN Doc.
CRC/C/GC/24,18 September 2019.

United Nations Guidelines for the Prevention of Juvenile Delinquency (Adopted
through General Assembly resolution 45/112 of 14 December 1990).

United Nations Rules for the Protection of Juveniles Deprived of their Liberty (Adopted
through General Assembly resolution 45/113 of 14 December 1990).

United Nations Standard Minimum Rules for Non-custodial Measures (Adopted
through General Assembly resolution 45/110 of 14 December 1990).

United Nations Standard Minimum Rules for the Administration of Juvenile Justice
1985 (Adopted through General Assembly resolution 40/33 of 29 November
1985).

Laporan Rasmi

Casey, S., Diversion of Children in Conflict with the Law: International Standards and
Practices, UNICEF, (2015).

Courts Administration Authority of South Australia, ‘Family Conferences’
<http://www.courts.sa.gov.au/OurCourts/YouthCourt/Pages/Family-
Conferences.aspx> diakses pada 23 Julai 2021.

Farah Nini Dusuki et. al, A Critical Study On The Commission Of Statutory Rape By
Those Below 18 Years Old: Should Punishment or Protection Prevail?,

351

hlmn.23, laporan tidak diterbitkan untuk Bahagian Undang-undang, Jabatan
Perdana Menteri, 2013.
G. (2021, March 11). Diversion Strategy, Assessment Tool and Pathway Flowchart -
Cheshire YJS (February 2021) - Youth Justice Resource Hub. Youth Justice
Resources Hub. <https://yjresourcehub.uk/out-of-court-disposals-and-
prevention/item/862-Diversion-strategy-assessment-tool-and-pathway-
flowchart-cheshire-yjs-february-2021.html>.
Jessica Dean, The Use of Diversion in Juvenile Justice Settings in Australia: with
particular focus on the state of Victoria, (Institute for Criminal Justice Reform
(ICJR), 2018).
Kaye McLaren, Alternative Actions that Work (Youth Services Group, New Zealand
Police National Headquarters, 2011).
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat & UNICEF Malaysia,
The Malaysian Juvenile Justice System: A Study of Mechanism for Handling
Children in Conflict with the Law, 2013.
N. M. Nazri, Report on Diversion: Opportunities and Challenges in Malaysia, laporan
yang tidak diterbitkan untuk UNICEF dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia, Mei 2013.
NSW Governement, ‘Youth Justice Conference Convenor Portal’,
<http://www.juvenile.justice.nsw.gov.au/Pages/youth-
justice/conferencing/conferencing.aspx> diakses pada 24 Julai 2021.
Parliament UK. (2020, November 12). Children and Young People in Custody (Part
1): Entry into the youth justice system - Justice Committee - House of
Commons,
<https://publications.parliament.uk/pa/cm5801/cmselect/cmjust/306/30607.ht
m>.
Professor Stuart Thomas, Dr Marg Liddell and Dr Diana Johns, Justice and Legal
Studies RMIT University, Melbourne, Evaluation of the Youth Diversion Pilot
Program (YDPP: Stage 3) (16th December 2016).
Sandwell, M. (2014). The Role of the YOT Police Officer. Youth Justice Board of
England and Wales.
Shelly Casey, Laporan yang Tidak Diterbitkan, Diversion of Children in Conflict with
the Law: International Standards and Practises, (UNICEF).
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, 2018 Annual Report, (Kuala Lumpur, 2018).

352

The National Committee on Prevention, Rehabilitation and Recidivism, Report on
Youth Delinquency: Key Trends & Upstream Measures, Ministry of Social and
Family Development, 2020, hal.41.

The Youth Justice Board for England and Wales, Strategic Plan 2021-2024, 2021,
<https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads
/attachment_data/file/966200/YJB_Strategic_Plan_2021_-_2024.pdf>

UNICEF, Diversion Not Detention – Alternative Measures for Children in Conflict with
the Law in East Asia and Pacific.

Victoria Police Manual – Procedures and Guidelines; dinyatakan di dalam Kimberley
Shirley, The Cautious Approach: Police Cautions And The Impact On Youth
Reoffending, (Crime Statistics Agency, 2017).

Youth Conditional Caution (YCC) and Youth Caution (YC). (2021). Dimuat turun dari
<https://www.redbridge.gov.uk/young-people/youth-conditional-caution-ycc-
and-youth-caution-yc/>

Youth Justice Board. (2021, January 28). Youth Justice Statistics 2019/20 England
and Wales Youth Justice Board / Ministry of Justice Statistics bulletin.
<https://Assets.Publishing.Service.Gov.Uk/Government/Uploads/System/Uplo
ads/Attachment_data/File/956621/Youth-Justice-Statistics-2019-2020.Pdf>.

Buku

Anderson, M., & Ratanadilok, K., Diversion and Restorative Justice as Tools to Protect
Children from the Violence of Criminal Justice Involvement: Lessons from
Thailand, in O’Brien, W. & Foussard, C (eds) “Violence against Children in the
Criminal Justice System: Global Perspectives on Prevention,“ Routledge,
(2020).

B. Serena & M. Glynis, How Youth Offending Teams can help if your son/daughter
with learning disability is involved in the criminal justice system, Safe IDD,
<https://www.kent.ac.uk/tizard/sotsec/CJSbooklets/YOT%20booklet_SAFER
%20IDD.pdf>.

Case, S, “Youth Justice: A Critical Introduction”, (2018), Routledge.
Chapin, D.A dan Griffin, P.A. Juvenile Diversion, dalam Heilbrun, K., Sevin Goldstein,

N. E. dan Redding, R. E., (eds)., Juvenile Delinquency: Prevention,
Assessment, and Intervention, (New York: Oxford University Press, 2005).

353

Evans, R. in B. Goldson (Ed.), Dictionary of youth justice. Devon: Willan Publishing,

2008).
Hasseltine, K. & Howells, K., Community-Based Corrections, Crime & Justice: A Guide

to Criminology, Marmo, M., Lint, W.D. & Palmer, D. (Eds), (Canada: Thompson

Reuters, 2012).
Heilbrun, K., Sevin, Goldstein, N. E., & Redding, R. E. (Eds.), Juvenile delinquency:

prevention, assessment, and intervention (New York: Oxford University Press,

2005).
Jackson, M. S. dan Knepper, P. Delinquency and justice: A cultural perspective,

(United States of America: Pearson Education Inc, 2003).
Krisberg, B. dan Austin, J. F. Reinventing Juvenile Justice. (United States of America:

Sage Publications, 1993).
Marlow, “The Policing of Young People”, (2005) The RHP Companion to Youth

Justice, Russell House.
Nissa Lynch, Youth Justice in New Zealand (Wellington: Thompson Reuters, 2012).
Pitts, J, “The recent history of youth justice in England and Wales”, (2005), The RHP

Companion to Youth Justice, Russell House.
Ratanadilok, K. (forthcoming), Increasing the Use of the Special Measure in Place of

Criminal Prosecution in Juveniles Entering to the Justice System (Phase 2),
DJOP, Bangkok, disebut di dalam Anderson, M., & Ratanadilok, K., Diversion

and Restorative Justice as Tools to Protect Children from the Violence of

Criminal Justice Involvement: Lessons from Thailand, di dalam O’Brien, W. &
Foussard, C (eds) “Violence against Children in the Criminal Justice System:
Global Perspectives on Prevention,“ Routledge, (2020).

Rutter M, Giller H and Hagell A, “Antisocial Behaviour by Young People”, (1998),
Cambridge University Press.

Artikel

Aminuddin Mustafa, “Diversion under the Malaysian Juvenile Justice System in
Malaysia: A Case of a Little Too Late?”, (2016) 11 Asian Criminology 135-153.

Aminuddin Mustaffa & Nazli Nawang @ Ismail, “Pre-Trial Detention of Children: A

Comparative Analysis between Malaysian Juvenile Justice System and

International Standards”, 2017 35(9) World Applied Sciences Journal.

354

Amirthalingam, K., Criminal Justice and Diversionary Programmes in Singapore, Crim
Law Forum (2013) 24:527:559. DOI 10.1007/s10609-013-9216-6.

Chen Zhang, K., Choo, A. & Lim, L. 2009. Services for young offenders, interventions

with young female offenders and teenage girls at risk: alternative educational
services in a Singapore girls’ home. Support for Learning, 24(3):137-143.

Ellis, Tom & Kyo, Akira, “Youth Justice in England & Wales: Past, Present & Future”,
(2018) 8 Ryukoku Corrections and Rehabilitation Center Journal, hal.68.

Goldson, B, “Excavating Youth Justice Reform: Historical Mapping and Speculative
Prospects”, (2020), The Howard Journal 59(3).

Kittayarak, K., Restorative Justice: The Thai Experience, a presentation at the 123rd

UNAFEI Seminar on Victim Rights Protection and Restorative Justice

Approach, 8 January- 14 February, 2003, Fuchu, Japan.
Lucinda Jordan and James Farrell, ‘Juvenile Justice Diversion in Victoria: A Blank

Canvas?’, [2013] Current Issues in Criminal Justice, vol.24, 419-437.

Muzaffar Syah Mallow, “Juvenile Deliquency in Malaysia: Current Issues and
Promising Approaches”, Proceedings of INTCESS15- 2nd International
Conference on Education and Social Sciences, (Istanbul, Turkey, 2-4 February

2015).

Nadzriah Ahmad, “The Administration of Juvenile Justice System in Malaysia”, (June
2011) 1 Jurnal Intelek (6) No. 1.

Nadzriah Ahmad, Abdul Ghafur Hamid dan Saodah Wok, “Reoffending among the

Child Offenders in Malaysia: It’s Time to Open Our Doors to the Theories
Underpinning Diversionary Measures”, (2016) 11 (Special Issues 6) Social
Sciences 7274-7278.

Piper, C, “The Crime and Disorder Act 1998: Child and Community ‘Safety’”, (1999),
The Modern Law Review 62(3), hal. 397-408.

Ratanadilok K., Restorative Justice Practices in Thailand, kertas kerja yang
dibentangkan di National and Regional Conference “Towards Comprehensive
and Effective Juvenile Justice System in Thailand and the Region,” Bangkok,

Thailand, 12-15 June 2021, boleh dimuat turun di

https://violenceagainstchildren.un.org/sites/violenceagainstchildren.un.org/file

s/expert_consultations/restorative_justice/kattiya_ratanadilok.pdf

Roujanavong, W., Restoratif Justice: Family and Community Group Conferencing

(FGC) in Thailand, (2005) Paper presented at "The Next Step: Building

355

Restoratif Communities", IIRP 7th International Conference on Conferencing,
Circles and other Restoratif Practices, 9-11 November, Manchester, England,
UK. <https://www.iirp.edu/pdf/man05_roujanavong.pdf>.
Smith, Roger, “Re-inventing Diversion”, (2014), Youth Justice 14(2), hal. 109-121.
Smith, Roger, “Diversion, Rights and Social Justice, (2020) Special Issue Article Youth
Justice.
Stephen J. O’Driscoll, “Youth Justice in New Zealand: A Restorative Justice Approach
to Reduce Youth Offending”, 136th International Training Course Visiting
Experts’ Papers.
Taufik Mohammad & Azlinda Azman, “Perspectives of Juvenile Offenders Undergoing
Victim-Offender Mediation with their Own Family Members: A Qualitative
Study”, 2018 Victims & Offenders 13(7) 995-1012.
Tongkachok, K., Samati, A. & Tongkachok, T., Restorative Juvenile Justice System
in the Southern Border Thailand, Psychology And Education (2021) 58(2):
2544-2556.

Tesis Kedoktoran

Aminuddin Mustafa, Rights of Children in Criminal Proceedings: A Comparative
Analysis on the Compatibility of the Malaysian Juvenile Justice System with the
Standards of the Convention on Rights of Children (CRC), (PhD Tesis,
University of Lancaster, United Kingdom, 2016)

Mohd Taufik bin Mohammad, The Readiness of Stakeholders in the Criminal Justice
System on the Implementation of Restorative Justice in Malaysia, (PhD Tesis,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2015)

Nadzriah Ahmad, Diversion of Child Offenders from the Criminal Justice System in
Malaysia and Reforms in the Child Act 2001: Lessons from New Zealand,
(Tesis PhD, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, 2017)

Paul Linus Andrews, Children in Conflict with the Law: Is There a Basis for a Rights-
Based Argument for Diversion in Malaysia?, (PhD Tesis, University of
Lancaster, United Kingdom, 2018)

356

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1: SOALAN SOAL SELIDIK ATAS TALIAN UNTUK POLIS, TIMBALAN
PENDAKWA RAYA & PEGAWAI AKHLAK

357

358

359

360

361

362

363

364

365

366

367

368

369

370

371

372

373

374

375

376

377

378

379

380

381


Click to View FlipBook Version