Penglibatan dalam Kes
KK4 tidak pernah terlibat
ke sekolah. KK4 juga tid
kesalahan undang-undan
Latar Belakang Keluarg
KK4 merupakan anak sul
ibu bapanya. Ayah KK4
menghadapi masalah ke
kelahiran adik kepada KK
rawatan di hospital, term
Pada tempoh ini, ayah K
tidak boleh mengurus d
kadangkala terlepas ma
kesalahan ini hanya berk
Penglibatan dalam Kes
KK4 mengaku bahawa
rakan-rakannya untuk m
minat memodifikasi moto
5.
salahan Lain
dalam masalah disiplin sekolah, kecuali kadang kala lambat datang
dak pernah ponteng sekolah. KK4 juga tidak pernah terlibat dalam
ng lain.
ga
lung daripada 2 orang adik beradik dan tinggal bersama kedua-dua
bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di KLIA. Ibu KK4
esihatan berkaitan usus dan juga masalah “slipped disc”. Sejak
K4 yang kini berusia 13 tahun, ibu KK4 kerap kali perlu menerima
asuk pembedahan, dan duduk di wad untuk tempoh yang panjang.
KK4 perlu bekerja dan menguruskan ibunya yang pada ketika itu,
diri. Semasa di rumah, ibu kepada KK4 mengaku bahawa dia
arah terhadap KK4 kerana terpaksa menahan sakit. Masalah
kurangan sejak 2 atau 3 tahun dahulu.
salahan yang Membawa kepada Program Intervensi
dia merupakan kanak-kanak yang telah mencadangkan kepada
mencuri motor dengan tujuan untuk mengambil “spare part”. KK4
or dan ingin menggunakan bahagian yang dicuri untuk melakukan
161
modifikasi kepada motor
dicuri, KK4 telah membu
PORT DICKSON Kanak-Kanak Latar Belakang Asas
5 (KK5) KK5 merupakan kanak-k
memandu secara melulu
1 sesi kaunseling lagi un
Latar Belakang Pendidi
Menurut pegawai JKM,
sekolah sejak Tingkatan
bekerja.
Latar Belakang Keluarg
KK5 merupakan anak bo
Ayahnya bekerja sebaga
dengan ibu bapa dan juga
masalah bersama merek
5.
rnya. Selepas mengambil bahagian-bahagian daripada motor yang
uang rangka motor tersebut ke dalam sungai.
kanak lelaki berumur 15 tahun ketika melakukan kesalahan, iaitu
u. Pada masa melaksanakan temu bual, kanak-kanak hanya tinggal
ntuk menamatkan program.
ikan
KK5 mempunyai masalah pembelajaran dan telah pun berhenti
2. KK5 menyatakan bahawa dia tidak minat untuk belajar dan ingin
ga
ongsu daripada 8 adik beradik dan duduk bersama ibu bapanya.
ai seorang nelayan. KK5 menyatakan bahawa dia sangat rapat
a adik beradik, dan merasakan bahawa dia boleh berkongsi tentang
ka.
162
Penglibatan dalam Kes
KK5 menyatakan dia tida
merokok. Semasa berse
Oleh sebab ini, KK5 men
ke rumah untuk menangk
SEREMBAN Kanak-Kanak Penglibatan dalam Kes
6 (KK6) KK5 telah keluar bersam
menonton video-video t
rakannya telah mengga
ditangkap terus, tetapi ha
selepas polis menerima l
Latar Belakang Asas
KK6 merupakan kanak-k
rogol statutori.
Latar Belakang Pendidi
KK6 kini berada di Tingka
baru selesai menjalani P
akademik, dia aktif bersu
5.
salahan Lain
ak pernah melakukan kesalahan undang-undang sebelum ini kecuali
ekolah, KK5 juga tidak pernah melakukan kesalahan disiplin besar.
nyatakan bahawa keluarganya sangat terkejut apabila polis datang
kapnya.
salahan yang Membawa kepada Program Intervensi
a rakan-rakannya menaiki motor. KK5 dan rakan-rakannya ini telah
tular di media sosial yang memaparkan aksi “wheely”. Rakan-
alakkannya untuk melakukan aksi tersebut. Kanak-kanak tidak
anya ditangkap jam 4 pagi apabila dia baru sahaja pulang ke rumah,
laporan.
kanak lelaki berumur 15 tahun semasa melakukan kesalahan, iaitu
ikan
atan 5 mengambil subjek seni. Semasa melakukan kesalahan, KK6
PT3. KK6 menyatakan bahawa walaupun tidak begitu baik dalam
ukan di sekolah.
163
Latar Belakang Keluarg
KK6 merupakan anak ke
pesara tentera yang tela
rumah.
Penglibatan dalam Kes
KK6 tidak pernah terliba
bergaduh dengan guru-g
keluarga KK6. KK6 juga
disenanginya. KK6 juga m
Penglibatan dalam Kes
KK6 menyatakan bahawa
terlibat. Namum, merek
paksaan (walaupun KK6
Malah, apabila ibu kepad
itu, ibu kanak-kanak te
beranggapan bahawa pe
Oleh itu, KK6 dan kelua
menangkap KK6. KK6 m
5.
ga
e-2 daripada 7 orang adik beradik. Ayah kepada KK6 merupakan
ah mula memandu bas sekolah dan ibunya pula merupakan suri
salahan Lain
at dalam kesalahan undang-undang lain. Di sekolah, KK6 banyak
guru di sekolah apabila guru-guru tersebut membangkitkan tentang
a kerap kali ponteng kelas yang diajari guru-guru yang kurang
mengaku mula menghisap rokok ketika di Darjah 6.
salahan yang Membawa kepada Program Intervensi
a dia bukanlah teman lelaki kepada kanak-kanak perempuan yang
ka telah bersetuju untuk melakukan hubungan dan tiada unsur
6 enggan menceritakan secara mendalam berkenaan kejadian).
da kanak-kanak perempuan tersebut mengetahui tentang perkara
ersebut telah hadir ke rumah KK6 untuk berbincang dan KK6
erkara sudah pun selesai. KK6 juga telah dinasihati ibu dan bapanya.
arga terkejut apabila polis hadir beberapa hari selepas itu untuk
menyatakan dia terdorong untuk melakukan kesalahan tersebut
164
SEREMBAN Kanak-Kanak kerana digalak dan dica
7 (KK7) hubungan.
Latar Belakang Asas
KK7 merupakan kanak-k
rogol statutori.
Latar Belakang Pendidi
KK7 kini telah menamatk
Kelana Resort (F&B).
Latar Belakang Keluarg
KK7 mempunyai 7 orang
kepada KK7 merupakan
merupakan jururawat Kli
keluarga. Berdasarkan
bermasalah di rumah. Se
dan berjumpa dengan ka
Penglibatan dalam Kes
KK7 mengakui bahawa
disaman polis untuk kesa
5.
abar oleh rakan-rakan dan abang angkatnya untuk melakukan
kanak lelaki berumur 16 tahun semasa melakukan kesalahan, iaitu
ikan
kan persekolahan dan berumur 18 tahun. Beliau kini bekerja di
ga
g adik beradik dan hubungan antara adik beradik adalah rapat. Ayah
n penghantar (despatch) syarikat courier J&T dan ibunya pula
inik Kesihatan di Seremban. KK7 tinggal bersama-sama dengan
ibunya, KK7 merupakan seorang anak yang baik dan tidak
ebelum ini, pada masa lapangnya dia suka bermain game di rumah
awan-kawan di taman dan jumpa mereka di hadapan rumah.
salahan Lain
sewaktu dia bersekolah beliau ada ponteng sekolah dan pernah
alahan berkaitan dengan motor
165
Penglibatan dalam Kes
KK7 menyatakan bahaw
yang terlibat. Namun, m
sukarela dan tanpa paks
teman wanita (walaupu
perempuan itu telah m
seksual tersebut daripad
kanak-kanak perempuan
dan menangkap KK7 dan
5.
salahan yang Membawa kepada Program Intervensi
wa dia merupakan teman lelaki kepada kanak-kanak perempuan
mereka telah bersetuju untuk melakukan hubungan seksual secara
saan kerana mereka memang ada hubungan sebagai teman lelaki-
un KK7 enggan menceritakan kejadian itu). Ibu kanak-kanak
melaporkan kepada polis setelah mengetahui tentang hubungan
da abang kanak-kanak tersebut. Perihal itu diketahui oleh abang
n itu daripada rakan-rakan abangnya. Polis telah hadir di rumah KK7
n di bawa ke Balai Polis Seremban.
166
b. Semasa Proses Penilaian
Pegawai-Pegawai Akhlak telah menyatakan bahawa masalah utama yang mereka
hadapi ialah mereka tidak dapat menjalankan penilaian risiko secara lengkap dalam
tempoh masa yang diberikan. Ini kerana mereka mempunyai beban kerja yang lain
daripada mengendalikan kanak-kanak untuk tujuan Diversion. Mereka berpendapat
bahawa menghubungi ibu bapa/penjaga tidak memadai untuk mendapat gambaran
situasi sebenar yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Walaupun lawatan rumah
tidak diperlukan di dalam SOP, Pegawai Akhlak berpendapat bahawa ini perlu
dijalankan untuk mendapatkan gambaran sebenar. Tempoh masa yang agak suntuk
menghalang lawatan seperti ini dijalankan. Selain itu, Pegawai-Pegawai Akhlak juga
menyatakan bahawa mereka terpaksa menunggu untuk tempoh yang agak lama
untuk mendapat keputusan TPR mengenai suatu kes, dan ini mungkin berkaitan
dengan keperluan dalam kalangan TPR untuk merujuk kes kepada Pejabat
Pendakwaan Negeri atau PPN dan juga seterusnya kepada ibu pejabat.
Para anggota dan pegawai polis juga menyatakan perkara yang sama bahawa IP
tergantung untuk tempoh yang agak lama kerana mereka terpaksa menunggu
keputusan sama ada pihak TPR meluluskan untuk Program Intervensi setelah menilai
LPR, atau untuk Amaran Keras, atau untuk mendakwa kes tersebut. Ini memberi
impak kepada proses kerja dan bagi pihak polis, terhadap KPI mereka. Jadual-jadual
berikut menggambarkan garis masa yang diambil untuk proses pertimbangan ini
berdasarkan maklumat yang diperolehi tentang Program Intervensi yang sudah
selesai dijalankan:-
Jadual 5.9: Garis Masa Program Intervensi di Sepang
5 KANAK-KANAK DI SEPANG
*Kelima-lima kanak-kanak terlibat dalam kesalahan yang sama.
Permohonan untuk LPR 20 Januari 2020
Keluarga hadir ke JKM untuk Penilaian 23 Januari 2020
Risiko
LPR dihantar kepada pihak polis 29 Januari 2021
Keputusan TPR 27 Ogos 2020
167
6.
Jadual 5.10: Garis Masa Program Intervensi di Port Dickson
1 KANAK-KANAK DI PORT DICKSON
Permohonan untuk LPR 17 September 2020
Keluarga hadir ke JKM untuk Penilaian 22 September 2020
Risiko
LPR dihantar kepada pihak polis 25 September 2020
Keputusan TPR 28 Disember 2020
Jadual 5.11: Garis Masa Program Intervensi di Seremban
2 KANAK-KANAK DI SEREMBAN
*Kedua-dua kanak-kanak terlibat dalam kesalahan yang sama.
Permohonan untuk LPR 17 Februari 2020
Keluarga hadir ke JKM untuk Penilaian 21 Februari 2020
Risiko
LPR dihantar kepada pihak polis 24 Februari 2020
Keputusan TPR 26 Februari 2021
Di samping itu, para anggota dan pegawai polis menyatakan bahawa mereka terpaksa
bertindak sebagai pengantara antara TPR dan JKM dan harus berulang alik untuk
mengambil dan menghantar IP dan LPR. Di sini, jelas bahawa proses kerja di dalam
SOP yang mengarahkan pihak berkomunikasi secara e-mel tidak berkesan kerana
segala dokumentasi masih lagi dikendalikan secara fizikal.
Pegawai Akhlak dan Polis juga menghadapi masalah dari segi kefahaman yang
berbeza. Kedua-dua pihak melaporkan tentang sebuah kes di mana Pegawai Akhlak
dan Polis tidak bersetuju berkenaan sama ada seorang kanak-kanak, yang beralamat
di sebuah daerah yang bukan daerah rintis, telah melakukan kesalahan di daerah
rintis. Pegawai Akhlak berpendapat bahawa mereka tidak mempunyai bidang kuasa
untuk menyediakan LPR bagi kes tersebut, manakala pihak Polis berpendapat
bahawa mereka berkuasa untuk menyediakan LPR.
168
6.
Pegawai-Pegawai Akhlak juga menyatakan bahawa mereka hanya diberi maklumat
asas mengenai program-program yang boleh dilaksanakan (seperti yang dijelaskan di
atas), dan tidak diberi kerangka kerja yang mendalam mengenai program yang sesuai
berdasarkan jenis-jenis kes. Walaupun Pegawai-Pegawai Akhlak bersetuju bahawa
mereka patut diberi kuasa untuk menentukan program yang paling sesuai
memandangkan mereka merupakan pihak yang mengenali kanak-kanak dan keluarga
mereka, selain fakta-fakta kes, mereka percaya bahawa latihan dan manual khusus
perlu diwujudkan untuk tujuan ini. Ini penting, khususnya, untuk Pegawai-Pegawai
Akhlak baru yang harus merujuk kepada pegawai-pegawai kanan kerana tidak cukup
berpengalaman tentang cara-cara mengendalikan kes.
Pegawai-Pegawai Akhlak menyatakan bahawa ibu bapa/penjaga dan kanak-kanak
menerima Program Intervensi dengan baik dan bekerjasama pada setiap tahap
proses penilaian.
c. Selepas Proses Penilaian/Melaksanakan Program Intervensi
Menurut Pegawai Akhlak, kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga mereka memberi
kerjasama yang baik dengan menghadiri perjumpaan, membantu dalam membentuk
program khusus untuk anak-anak mereka, menandatangani Akujanji dan memantau
anak-anak mereka seperti diarahkan oleh pihak JKM. Kanak-kanak dan ibu
bapa/penjaga yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka berterima kasih dengan
peluang kedua yang diberi kepada mereka/anak mereka.
Namun begitu, Pegawai-Pegawai Akhlak juga menyatakan bahawa pelaksanaan
Program Intervensi terhalang oleh faktor-faktor seperti kanak-kanak terpaksa mencari
kerja di lokaliti lain atau sedang membuat persediaan untuk peperiksaan besar seperti
SPM, yang menyebabkan kelewatan yang agak lama dalam pelaksanaan. Di samping
itu, wujud juga ketidakpastian polisi tentang sama ada program boleh dikendalikan
untuk kanak-kanak yang sudah pun mencapai umur 18 tahun, dan program terpaksa
dijalankan sedikit lewat kerana perlu mendapat kepastian polisi daripada pihak atasan.
169
6.
Selain perkara di atas, aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk enam orang kanak-kanak
yang terlibat dalam Program Intervensi di Sepang, Seremban dan Port Dickson ini
amat terkesan dengan PKP yang dilaksanakan untuk mengawal penyebaran wabak
Covid-19 dan menyebabkan Pegawai Akhlak terpaksa mengadaptasi dengan
melakukan kerja secara atas talian.
Misalnya, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di Sepang bagi 5 orang kanak-kanak yang
terlibat ialah dua sesi kaunseling keluarga yang melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa
mereka, dan satu sesi sembang santai. Hanya seorang kanak-kanak sahaja yang
dapat menghadiri sesi kaunseling secara bersemuka, dan ini hanya dilakukan sekali
sahaja. Sesi kaunseling seterusnya untuk kanak-kanak ini dan kedua-dua sesi
kaunseling untuk kanak-kanak yang lain terpaksa dijalankan melalui telefon sahaja
memandangkan kawalan pergerakan masih berkuat kuasa. Untuk sesi melalui telefon
ini, kedua-dua kanak-kanak dan ibu bapa mereka diwajibkan menghadiri setiap sesi,
di mana mereka sama-sama membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh
kanak-kanak dan ibu bapa dan mereka diberi nasihat tentang cara-cara
menyelesaikannya. Sebuah kumpulan di dalam aplikasi Whatsapp juga diwujudkan
bersama kaunselor, di mana kanak-kanak dan ibu bapa mereka boleh berkongsi
sebarang masalah dan mengajukan pertanyaan. Ibu bapa juga dibenarkan dan ada
berhubung secara terus dengan kaunselor tentang permasalahan mereka dari segi
bagaimana mereka patut mengendalikan anak-anak mereka.
Sesi sembang santai pula diadakan melalui aplikasi Google Meet di mana pihak
JKM mengundang wakil-wakil daripada polis dan juga daripada AADK. Kedua-dua
kanak-kanak dan ibu bapa mereka diwajibkan hadir secara bersama. Mereka dialu-
alukan untuk berkongsi dan membuat pertanyaan. Wakil-wakil daripada agensi
terlibat juga memberi taklimat dan nasihat untuk memberi kesedaran kepada kanak-
kanak untuk tidak melakukan sebarang kesalahan undang-undang yang lain dan
untuk tidak berkecimpung dalam penyalahgunaan bahan.
Kanak-kanak dan ibu bapa di Sepang yang ditemu bual menyatakan bahawa program
ini telah memperbaiki hubungan mereka, kerana kanak-kanak tidak lagi keluar
sehingga lewat malam dengan rakan-rakan mereka. Kanak-kanak yang ditemu bual
170
6.
juga mempunyai lebih banyak kawalan terhadap emosi mereka dan tidak lagi
bergaduh dengan ibu bapa mereka sekerap dahulu. Komunikasi antara ibu bapa dan
kanak-kanak juga lebih terbuka selepas Program Intervensi dilaksanakan. Tiga
daripada empat orang kanak-kanak yang ditemu bual kini melanjutkan pelajaran di
kolej kemahiran, manakala seorang telah mula bekerja.
Bagi satu kes di Port Dickson pula, sebanyak dua sesi kaunseling dirancang dan lima
sesi kerja komuniti telah dijalankan. Sesi kaunseling di Port Dickson tidak terkesan
teruk dengan PKP, dan dilaksanakan secara bersemuka. Berlainan dengan
kaunseling yang dilangsungkan di Sepang, sesi kaunseling di Port Dickson tidak
melibatkan ibu bapa kanak-kanak tersebut. Sesi khidmat masyarakat pula dirancang
untuk dijalankan di Pusat Warga Emas di Seremban. Namun, akibat sekatan
pergerakan antara daerah, tiga sesi khidmat masyarakat telah dijalankan di pejabat
JKM sendiri, di mana kanak-kanak tersebut melakukan kerja-kerja pembersihan,
mengecat dan memotong rumput. Dua sesi lagi melibatkan program Ihya Ramadhan
yang dianjurkan oleh JKM, di mana kanak-kanak tersebut diminta untuk membantu
dalam persediaan program tersebut pada hari sebelum dan semasa pelaksanaan
program, seperti memasak bubur lambuk untuk diedarkan. Sepanjang lima sesi ini,
kanak-kanak tersebut menceritakan bahawa dia dapat berkongsi tentang
kehidupannya dengan pegawai JKM yang mendengar dan memberi nasihat. Penjaga
kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa pegawai JKM akan melaporkan
kepadanya tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi setiap sesi.
Kanak-kanak tersebut dan penjaganya menyatakan bahawa Program Intervensi amat
bermanfaat baginya. Walaupun kanak-kanak ini tidak kembali bersekolah, dia kini
bekerja tetap. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa dia tidak lagi mengikut rakan-
rakan yang telah bersamanya dan mempengaruhinya semasa melakukan kesalahan.
Dia juga menjelaskan bahawa dia telah menetapkan ‘curfew’ untuk diri sendiri, iaitu
pulang sebelum jam 7 malam jika dia keluar rumah. Kanak-kanak ini melaporkan juga
bahawa dia kini lebih suka berkawan dengan orang yang lebih tua dengannya yang
lebih matang dan tidak lagi kerap melakukan aktiviti-aktiviti seperti melepak, yang
dilakukan bersama rakan-rakannya dahulu.
171
6.
Bagi salah satu kes di Seremban, program-program yang dirancang adalah program
kerohanian sebanyak dua kali (Satu sesi perbaiki solat dan satu sesi usrah santai yang
dilaksanakan pegawai JKM sendiri), taklimat cabaran era digital untuk ibu bapa
sahaja, sesi kaunseling kerjaya, Teen Cafe di bawah Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan taklimat bersama pegawai polis
tentang kesedaran jenayah.
Semasa temu bual dilaksanakan, hanya dua sesi kerohanian dan juga taklimat era
digital dijalankan. Kedua-dua sesi kerohanian itu dapat dilaksanakan secara
bersemuka di pejabat JKM sendiri di mana kanak-kanak diberi tugasan berkaitan
hafazan dan memperbetulkan cara solat. Kanak-kanak juga bersembang dan diberi
nasihat oleh pegawai terlibat. Namun begitu, sesi taklimat bersama ibu bapa terpaksa
dilaksanakan secara atas talian atas sebab kekangan pandemik Covid-19. Semasa
sesi bersama kanak-kanak dan ibunya, mereka juga telah dimaklumkan bahawa sesi
seterusnya, iaitu kaunseling kerjaya, akan juga dilaksanakan secara atas talian kerana
sekatan pergerakan yang masih lagi berkuat kuasa.
Secara keseluruhannya, kanak-kanak menyatakan bahawa program telah
mengajarnya untuk lebih pandai memilih rakan-rakan. Dia tidak lagi keluar malam, di
mana dia kerap kali pulang lewat pagi sebelumnya kerana melepak di rumah kawan.
Ibu kanak-kanak juga melaporkan bahawa dia lebih terbuka untuk menerima nasihat
seperti untuk pergi mendirikan solat, di mana dahulunya, kanak-kanak akan melenting
apabila ditegur.
Kes kedua di Seremban, antara program-program yang telah dirancang adalah
aktiviti-aktiviti kerohanian seperti program perbaiki solat, usrah santai, sesi intervensi
psikologi (ibu bapa bersama kanak-kanak), sesi bimbingan bersama pegawai
psikologi, pembinaan kerjaya, Program Teen Cafe LPPKN, dan taklimat bersama
pegawai polis untuk program kesedaran jenayah. Namun, untuk kes kedua di
Seremban ini, Program Intervensi tergendala oleh kerana PKP. Setakat ini, program
yang telah disempurnakan oleh beliau adalah program perbaiki solat. Ketika ditemu
bual, responden memaklumkan bahawa sesi kaunseling akan dimulakan pada 18
Ogos 2021.
172
6.
Responden merasakan program perbaiki solat yang diadakan adalah bermanfaat bagi
dirinya. Program diadakan di pejabat JKM Daerah bersama-sama pegawai di sana.
Ibu responden juga menyatakan selepas responden menyertai Program Intervensi ini,
terdapat perubahan kepada responden seperti responden sudah jarang keluar dan
lebih banyak meluangkan masa bersama-sama keluarga. Kedua-dua responden dan
ibu responden menyatakan bahawa hubungan kekeluargaan antara responden, ibu
bapa dan adik-beradik menjadi lebih rapat setelah menyertai Program Intervensi ini.
Responden juga menyatakan bahawa beliau telah sedar dan menyesal atas
kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan dan tekad untuk berubah.
Dapat dilihat daripada kajian kes dan jawapan responden-responden yang telah
ditemu bual ini, bahawa Program Intervensi ini berpotensi untuk membimbing pesalah
kanak-kanak untuk menjadi lebih baik.
5.10 DAPATAN KAJIAN: PERMASALAHAN YANG MENGHALANG
PELAKSANAAN DIVERSION SECARA EFEKTIF
58 orang responden (69.9%) berpendapat bahawa para pegawai tidak dilatih dengan
secukupnya. Fakta ini disokong oleh para anggota dan pegawai-pegawai PDRM yang
ditemu bual yang rata-rata mengatakan bahawa mereka tidak jelas tentang tujuan dan
manfaat sebenar Diversion dan amalan-amalan yang dilaksanakan bagi menjalankan
proses-proses Diversion adalah menurut arahan-arahan yang diterima daripada
ketua-ketua unit mereka, yang telah menghadiri taklimat berkenaan Diversion di
Putrajaya. Perkara yang sama turut dialami dalam kalangan TPR yang daripada 3
orang yang ditemu bual hanya seorang yang telah menghadiri taklimat di Putrajaya.
Bagi Pegawai-Pegawai Akhlak pula mereka diberi pendedahan oleh pihak KPWKM
dan melaksanakan tugas-tugas mereka menurut SOP yang terpakai.
173
6.
Carta 5.96: Pegawai Tidak Dilatih Secukupnya
Pegawai tidak dilatih secukupnya
tentang Diversion
30.1% Ya
69.9% Tidak
54 orang responden (65.1%) percaya bahawa salah satu faktor yang menghalang
pelaksanaan Diversion dengan baik merupakan komunikasi yang tidak berkesan
antara pihak-pihak yang terlibat dalam Diversion. Permasalahan ini diakui semasa
sesi FGD dan KII. Bagi pelaksanaan Amaran Polis, permasalahan ini tidak ketara
kerana Amaran Polis hanya melibatkan para anggota dan pegawai PDRM sahaja.
Namun bagi kedua-dua Amaran Keras dan Program Intervensi, kerjasama yang utuh
antara ketiga-tiga agensi amat penting bagi menjayakan kaedah Diversion ini. Bagi
pihak PDRM dan TPR, komunikasi antara mereka adalah melalui IP di mana setiap
proses dan arahan akan diminitkan dalam IP tersebut. Bagi pihak JKM pula, mereka
berhubung dengan kedua-dua agensi lain, terutama PDRM melalui e-mel atau
panggilan telefon. Sekiranya komunikasi berlaku secara panggilan telefon, rekod
komunikasi tidak dapat disimpan sedangkan ia melibatkan proses yang penting, sama
ada memberitahu langkah-langkah seterusnya seperti TPR memberi arahan untuk
Amaran Keras ataupun Program Intervensi. Walaupun banyak komunikasi dilakukan
melalui e-mel atau telefon, pihak polis mengutarakan bahawa mereka masih perlu
bertindak sebagai orang tengah dari segi mengambil dan menghantar salinan fizikal
LPR. Hal ini juga disahkan oleh Pegawai Akhlak sendiri.
174
6.
Carta 5.97: Komunikasi Tidak Berkesan Antara Agensi
Komunikasi yang tidak berkesan antara
agensi-agensi yang terlibat dalam Diversion
34.9% Ya
Tidak
65.1%
45 orang (54.2%) percaya bahawa bebanan kertas kerja (paperwork) merupakan
faktor menghalang pelaksanaan Diversion dengan baik. Pihak PDRM merasakan
bahawa dalam Program Diversion mereka seperti orang tengah antara kanak-kanak,
ibu bapa, TPR dan JKM. Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana pihak PDRM
merupakan barisan hadapan yang bersemuka dengan kanak-kanak bagi kesemua
kaedah Diversion. Mereka juga merupakan pihak yang perlu mengepos sesalinan
borang Amaran Polis kepada ibu bapa. Bagi kaedah Amaran Keras dan Program
Intervensi pula, mereka juga yang perlu mengemukakan IP kepada TPR bagi arahan
selanjutnya dan setelah arahan diterima, mereka perlu bertindak seterusnya. Mereka
juga yang berkomunikasi dengan pihak JKM bagi mendapatkan Laporan Penilaian
Risiko bagi tujuan pertimbangan TPR. Bagi PDRM di IPD Sepang pula, mereka harus
membawa kertas siasatan dari Sepang ke PPN di Shah Alam kerana Sepang tidak
mempunyai TPR khusus.
Pihak TPR juga menyatakan bahawa proses Program Diversion menjadi agak rumit
apabila mereka tertakluk kepada beberapa rangkaian pertimbangan sebelum mereka
dapat memberi arahan selanjutnya kepada pihak PDRM dan ini melibatkan proses
menyediakan ringkasan-ringkasan kes (case summaries and briefings) kepada ketua-
ketua mereka. Ini berkemungkinan juga kerana program Diversion baru dimulakan
dan proses ini memerlukan pengesahan pihak atasan sebelum keputusan muktamad
dapat dibuat. Di samping itu, berdasarkan amalan semasa, sebelum TPR boleh
175
6.
membuat sebarang keputusan sama ada untuk memberi Amaran Keras, pengalihan
ke Program Intervensi atau pendakwaan, rujukan perlu dilakukan kepada Pejabat
Pendakwa Raya Negeri (PPN). Sekali gus, perkara ini menjejaskan garis masa yang
disyorkan di dalam SOP.
Carta 5.98: Beban Kertas-Kertas Kerja dan Pentadbiran
Beban kertas-kertas kerja dan
pentadbiran
45.8% Ya
Tidak
54.2%
53 orang responden (63.9%) percaya bahawa ibu bapa/penjaga mengambil ringan
apa-apa tindakan berlandaskan Diversion. Dalam pelaksanaan FGD, tanggapan ini
adalah paling dominan dalam kalangan pegawai dan anggota BPST dan BPJKK
berkaitan pelaksanaan Amaran Polis. Mereka mempercayai bahawa pengeposan
borang sahaja tidak mungkin memadai sebagai langkah untuk memberi kesedaran
kepada ibu bapa atau penjaga kerana kanak-kanak mungkin bertindak
menyembunyikan borang yang sampai ke alamat mereka.
Namun begitu, dalam kalangan Pegawai-Pegawai Akhlak, mereka berpendapat
bahawa ibu bapa/penjaga memberi kerjasama yang amat baik terhadap pelaksanaan
Program Intervensi kerana mereka ‘terhutang budi’ yang anak-anak mereka tidak
dikenakan tindakan Mahkamah. Malah, mereka juga memberi kerjasama dari tahap
penilaian risiko sehingga pelaksanaan program seperti memantau anak-anak mereka
menurut arahan yang diberi oleh Pegawai-Pegawai Akhlak yang terlibat. Ibu
176
6.
bapa/penjaga juga berpendapat bahawa pihak JKM ialah pihak yang wajar untuk
menasihati anak-anak mereka.
Carta 5.99: Ibu Bapa/Penjaga Mengambil Ringan
Ibu bapa/penjaga mengambil ringan apa-apa
tindakan berlandaskan Diversion
36.1% Ya
Tidak
63.9%
48 orang responden (57.8%) percaya bahawa kanak-kanak yang mengambil ringan
Diversion merupakan faktor yang menghalang pelaksanaan Diversion dengan baik.
Sikap kanak-kanak yang mengambil ringan Diversion lebih menjurus kepada kes-kes
yang diberi Amaran Polis kerana amaran yang diberi hanya melibatkan pemberian
sekeping notis yang tidak mempunyai kesan sampingan yang lain. Oleh kerana tiada
sistem aplikasi atas talian yang dapat merekodkan maklumat kanak-kanak yang
sudah diberi Amaran Polis, pemberian notis Amaran Polis tidak memberi sebarang
kesan yang bermakna. Sebagai contohnya, seorang kanak-kanak diberi Amaran Polis
pada pagi Isnin kerana kesalahan tidak memakai topi keledar di Seremban. Pada
petang hari yang sama, kanak-kanak yang sama mungkin mengulangi kesalahan
yang sama di Senawang dan mendapat sekeping lagi notis Amaran Polis dan ini
mungkin berulang pada masa hadapan di mana-mana lokasi yang sama mahupun
yang lain. Sekiranya ibu bapa/penjaga yang mendapat salinan notis Amaran Polis ini
mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap perbuatan anak mereka, kemungkinan
mereka akan mengambil langkah pemantauan yang lebih ketat namun lazimnya sikap
ibu bapa/penjaga yang tidak mengambil berat tentang anak-anak mereka membuka
jalan bagi kanak-kanak untuk tidak menghormati undang-undang yang ada. Ada
kalanya ibu bapa/penjaga turut menyumbang kepada ketidakpatuhan anak-anak
177
6.
mereka terhadap undang-undang kerana mereka membeli motosikal untuk anak-anak
mereka tanpa memastikan lesen yang sah diperolehi oleh kanak-kanak tersebut
mahupun motosikal yang dinaiki. Ini antara contoh-contoh yang dikongsi oleh pihak
PDRM. Pendapat ini mungkin kerana anggota dan pegawai polis tidak dilatih bahawa
mereka sebenarnya mempunyai bidang kuasa untuk mengalihkan kanak-kanak yang
tegar melakukan kesalahan walaupun berkali-kali diberi Amaran Polis, untuk dinilai
bagi pelaksanaan Amaran Keras. Jika diluluskan untuk Amaran Keras, ibu
bapa/penjaga kanak-kanak tersebut terpaksa hadir semasa pemberian Amaran Keras
dan akan dimaklumkan tentang tindakan undang-undang yang mungkin diambil
terhadap anak mereka (pendakwaan di mahkamah yang boleh membawa kepada
denda atau pemenjaraan) sekiranya mereka gagal mengawal anak-anak mereka
daripada mengulangi kesalahan.
Namun begitu, Pegawai-Pegawai Akhlak menyatakan bahawa kanak-kanak akur
dengan Program Intervensi yang telah dirangkakan untuk mereka. Seperti yang
dinyatakan, dalam kalangan lima kanak-kanak yang telah melalui Program Intervensi
di Sepang, ada perubahan dalam kalangan kanak-kanak, dan kesemua mereka
menyambung pelajaran mereka, sama ada secara aliran perdana atau pun
vokasional, daripada tidak mengendahkan tentang pelajaran mereka seperti sebelum
mereka terlibat di dalam Program Intervensi.
Carta 5.100: Kanak-Kanak Mengambil Ringan
Kanak-kanak mengambil ringan apa-apa
tindakan berlandaskan Diversion
42.2% Ya
Tidak
57.8%
178
6.
37 orang responden (44.6%) percaya bahawa bilangan pegawai yang terhad
merupakan faktor. Faktor ini turut disahkan semasa sesi FGD dan KII terutama sekali
bagi pihak JKM. Pegawai JKM yang terlibat ialah Pegawai Akhlak yang pada waktu
yang sama turut terlibat dengan kes-kes pesalah muda (18-21 tahun) dan terikat
dengan kes-kes penyelenggaraan mereka seperti hadir di mahkamah dan
menguruskan proses sekiranya mereka diperintahkan oleh mahkamah untuk
menjalankan kerja khidmat komuniti di bawah Kanun Prosedur Jenayah. Selain
daripada kerja-kerja khusus sebagai Pegawai Akhlak, mereka juga terikat dengan
kerja-kerja asas seorang pegawai Kebajikan Masyarakat seperti, antara lainnya,
menguruskan pemberian Bakul Makanan kepada mereka yang terkesan dengan
wabak Covid-19. Fakta ini turut diakui oleh pihak PDRM dan TPR yang menyatakan
bahawa sering berlaku kelewatan dalam penyediaan Laporan Penilaian Risiko yang
dipohon bagi tujuan pertimbangan kes. Tempoh masa yang diberi selama 7 hari sering
menjadi 2 minggu atau lebih. Para Pegawai Akhlak yang ditemui rata-rata akur
bahawa kelewatan ini sering berlaku kerana mereka perlu mendapatkan maklumat
tentang latar belakang kanak-kanak dan keluarga yang terlibat dan ini memakan
masa. Walaupun SOP menyatakan tidak ada keperluan untuk melawat rumah kanak-
kanak, namun pegawai-Pegawai Akhlak merasakan bahawa lawatan merupakan satu
prosedur yang penting untuk membuat penilaian yang adil kerana ada kalanya,
percakapan melalui telefon tidak akan memberikan gambaran yang sebenar.
Tindakan ini amat penting untuk memastikan maklumat yang holistik dapat disalurkan
kepada TPR bagi membantu TPR dalam mempertimbangkan sama ada untuk
mengalihkan kes kepada Diversion, atau sebaliknya untuk dibawa kepada
pendakwaan.
179
6.
Carta 5.101: Bilangan Pegawai Terhad
Bilangan pegawai yang terhad
44.6% Ya
Tidak
55.4%
35 orang responden (42.2%) percaya bahawa Diversion tidak dapat dilaksanakan
dengan efektif kerana pegawai-pegawai tidak percaya bahawa Diversion cukup serius
untuk mengendalikan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang.
Pendapat ini telah diperakui oleh para anggota dan pegawai PDRM yang ditemu bual.
Secara dasarnya, mereka merasakan bahawa mengalihkan kanak-kanak secara
Diversion tidak memberi kesedaran kepada kanak-kanak akan keseriusan kesalahan
yang telah mereka lakukan. Contohnya, bagi Amaran Polis, dengan memberi notis
bertulis tanpa sebarang pengukuhan lain ia tidak meninggalkan sebarang kesan
kepada kanak-kanak berbanding dengan memberi saman sebagaimana lazim
sebelum Projek Rintis dilaksanakan. Mereka menyatakan bahawa dengan memberi
saman, sekurang-kurangnya nama dan maklumat mereka direkodkan secara rasmi
dan sekiranya mereka tidak menjelaskan saman tersebut ia akan menyebabkan
mereka dipanggil ke mahkamah dan juga selama mana mereka masih tidak
menjelaskan saman, ia akan memberi kesan kepada permohonan pada masa
hadapan, contohnya permohonan untuk mendapatkan lesen dan sebagainya. Seperti
yang telah dinyatakan, ini mungkin kerana anggota dan pegawai di lapangan tidak
diberi pendedahan bahawa mereka sebenarnya boleh menggunakan budi bicara
mereka untuk merujuk kes yang berulang untuk Amaran Keras, di mana ibu
bapa/penjaga juga akan terlibat.
180
6.
Bagi Amaran Keras dan Program Intervensi, pihak PDRM di JPT dan BPJKK
berpendapat ia lebih memberi kesan kepada kesalahan-kesalahan trafik yang lebih
berat. Namun, bagi BSJ dan BSJN mereka kurang bersetuju kerana merasakan
bahawa langkah-langkah memberi Amaran Keras atau Program Intervensi adalah
tidak setegas tindakan mendakwa mereka di mahkamah. Mereka bersependapat
bahawa didakwa di mahkamah lebih efektif untuk memberi kesedaran yang lebih
ampuh kepada kanak-kanak dan bertindak sebagai langkah pencegahan daripada
mengulangi kesalahan pada masa hadapan.
Carta 5.102: Pegawai-Pegawai Tidak Percaya Diversion Cukup Serius
Pegawai-pegawai tidak percaya bahawa
Diversion cukup serius untuk kanak-kanak
berkonflik dengan undang-undang
42.2% Ya
Tidak
57.8%
5.11 DAPATAN KAJIAN: CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN
67 orang responden (80.7%) percaya bahawa pegawai-pegawai perlu didedahkan
dengan lebih mendalam tentang kepentingan Diversion, untuk memastikan
pelaksanaan yang lebih baik. Kesemua agensi berpendapat bahawa bukan sahaja
anggota dan pegawai malahan golongan masyarakat harus diberi pendedahan yang
cukup mengenai kepentingan Diversion untuk memelihara kepentingan terbaik
kanak-kanak yang telah mempunyai konflik dengan undang-undang. Pendedahan ini
amat wajar memandangkan ramai antara anggota dan pegawai PDRM khususnya
merasakan bahawa program Diversion ini dianggap seolah-olah pihak berkuasa
181
6.
melepaskan dengan mudah dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap
kanak-kanak yang telah melakukan jenayah.
Carta 5.103: Pegawai-Pegawai Didedahkan Lebih Mendalam tentang Kepentingan Diversion
Pegawai-pegawai didedahkan dengan lebih
mendalam tentang kepentingan Diversion
19.3% Ya
80.7% Tidak
Majoriti tinggi responden, iaitu seramai 60 orang (72.3%) percaya bahawa pegawai
perlu dilatih tentang pelaksanaan Diversion dengan lebih baik. Fakta ini turut diberi
penekanan semasa sesi FGD dan KII dilaksanakan terutama sekali oleh pihak PDRM.
Ada yang menegaskan bahawa tidak ada pendedahan langsung tentang Diversion
sebelum Projek Rintis bermula dan ini memberi kesan kepada pelaksanaan program
kerana mereka merasakan bahawa prosedur kerja berubah dengan signifikan, namun
pemahaman tentang keperluan dan kepentingan perubahan dibuat tidak diperjelaskan
kepada mereka. Hanya beberapa ketua Unit di IPD yang berpeluang menghadiri
taklimat berkenaan Diversion di Putrajaya pada bulan Disember 2019 dan pada bulan
yang sama, Projek Rintis telah dimulakan. Kesuntukan masa di antara taklimat dan
permulaan program tentunya tidak memberi ruang masa yang mencukupi untuk
memberi penerangan dan latihan kepada ramai anggota di lapangan yang diarahkan
untuk melaksanakan kaedah-kaedah Diversion yang ditetapkan, terutama sekali bagi
JPT dan BPJKK yang melibatkan ramai anggota dan pegawai di lapangan khususnya
yang menangani lima kesalahan trafik yang layak untuk diberikan Amaran Polis.
182
6.
Carta 5.104: Pegawai-pegawai Dilatih Tentang Pelaksanaan Diversion dengan Lebih Baik
Pegawai-pegawai dilatih tentang pelaksanaan
Diversion dengan lebih baik
27.7% Ya
72.3% Tidak
54 orang responden (65.1%) percaya bahawa sebuah sistem pendataan bersepadu
secara digital untuk menambahbaik komunikasi antara agensi-agensi yang terlibat
perlu diperkenalkan. Ini merupakan suatu keperluan penting yang telah diutarakan
oleh ketiga-tiga agensi bagi melicinkan lagi pelaksanaan Diversion dan meningkatkan
tahap keberkesanan pemantauan kes-kes yang melibatkan kanak-kanak. Status
setiap kes akan dapat diketahui dengan lebih berkesan dan tindakan yang betul juga
dapat diambil terhadap kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, di Sepang telah
berlaku suatu kes di mana seorang kanak-kanak sedang dipertimbangkan untuk diberi
langkah Diversion bagi kesalahan rogol statutori namun pada masa yang sama, dalam
tempoh pertimbangan masih dibuat dan kanak-kanak dilepaskan atas jamin polis, dia
telah melakukan kesalahan yang sama dengan mangsa yang berlainan. Oleh itu,
pertimbangan untuk Diversion telah dilucutkan dan kanak-kanak ini diarahkan oleh
TPR untuk dituduh di mahkamah. Oleh kerana kedua-dua kesalahan berlaku dalam
daerah yang sama, maka BSJ di IPD Sepang dapat mengesan bahawa ini merupakan
kes pengulangan semula dan menjejaskan pertimbangan untuk program Diversion.
Kalau kesalahan kali kedua dibuat di luar daerah dan melibatkan IPD yang lain,
contohnya di Seremban, kemungkinan besar ia akan dianggap sebagai kes yang
pertama dan tidak akan memberi sebarang kesan terhadap pertimbangan.
183
6.
Carta 5.105: Pengenalan Sistem Pendataan Bersepadu Digital
Pengenalan sistem bersekutu secara digital
antara semua agensi-agensi terlibat untuk
komunisasi yang lebih baik
34.9% Ya
Tidak
65.1%
44 orang responden (53.0%) percaya bahawa terdapat keperluan untuk sebuah
perundangan yang membentuk punca kuasa pelaksanaan Diversion diperkenalkan.
Perkara ini dianggap penting kerana ia akan menyokong tindakan barisan hadapan,
PDRM khususnya, dalam menangani isu-isu berkaitan pihak awam yang menyoal
tindakan PDRM kerana tidak bertindak sebagaimana lazimnya, contohnya pihak
mangsa kes mempersoalkan tindakan PDRM apabila kanak-kanak tidak ditangkap
dan dialihkan ke Program Diversion. Setakat ini kuasa khusus diberikan kepada TPR
di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Prosedur Jenayah namun kuasa
yang sama tidak jelas diberikan kepada pihak PDRM sedangkan mereka yang berada
di barisan hadapan dan bersemuka secara terus dengan mangsa dan/atau keluarga
mangsa, dan juga masyarakat secara umumnya. Dengan adanya punca kuasa yang
jelas di dalam Akta Kanak-Kanak 2001, ia akan melicinkan prosedur kerja pihak
PDRM kerana Akta Kanak-kanak 2001 yang bersifat undang-undang yang khusus
akan melangkaui (override) peruntukan-peruntukan umum di dalam Kanun Prosedur
Jenayah dan Akta Polis 1967 tentang kuasa-kuasa polis berkaitan tangkapan,
penyiasatan dan tahanan pesalah-pesalah yang lazim.
184
6.
Carta 5.106: Pengenalan Perundangan Sebagai Punca Kuasa
Pengenalan perundangan sebagai punca
kuasa pelaksanaan Diversion
47.0% 53.0% Ya
Tidak
44 orang responden (53.0%) juga percaya bahawa bilangan pegawai yang terlibat
untuk melaksanakan Diversion perlu ditambah. Isu ini paling memberi kesan pihak
JKM kerana pegawai-pegawai yang terlibat bukan sahaja mengendalikan kes kanak-
kanak tetapi juga fungsi-fungsi lain. Pegawai-Pegawai Akhlak mencadangkan
kewajaran mewujudkan jawatan khusus untuk pengendalian Diversion sekiranya
program ini diperluaskan ke seluruh negara.
185
6.
Carta 5.107: Menambah Bilangan Pegawai yang Terlibat
Menambah bilangan pegawai yang
terlibat dengan Diversion
47.0% 53.0% Ya
Tidak
41 orang responden (49.4%) percaya bahawa kertas-kertas kerja dan pentadbiran
harus dikurangkan untuk membolehkan pelaksanaan Diversion dengan lebih baik.
TPR menyatakan bahawa keperluan untuk menghantar IP kepada Pejabat
Pendakwaan Negeri dan juga ke PPN menyebabkan pertambahan kerja dari segi
keperluan untuk menyediakan ringkasan-ringkasan kes. Anggota dan pegawai polis
pula menyatakan bahawa mereka masih perlu mengendalikan dokumen, seperti LPR
secara fizikal, seperti menghantar dan menyerahkan. Ini mungkin kerana tiada
komunikasi yang efisien dan lancar apabila menggunakan e-mel, seperti yang
disarankan di dalam SOP.
Carta 5.108: Pengurangan Kertas-Kertas Kerja dan Pentadbiran
Pengurangan kertas-kertas kerja
dan pentadbiran
50.6% 49.4% Ya
Tidak
186
6.
BAB 6
DAPATAN KAJIAN
MENGENAI KAPASITI DAN
KEUPAYAAN SUMBER BAGI
PELAKSANAAN DIVERSION
YANG BERKESAN
6. BAB 6
DAPATAN KAJIAN MENGENAI KAPASITI DAN KEUPAYAAN SUMBER BAGI
PELAKSANAAN DIVERSION YANG BERKESAN
6.1 PENGENALAN
Pihak Kerajaan berhasrat untuk memperluaskan skop pelaksanaan program
Diversion secara menyeluruh di Malaysia. AGC juga turut berhasrat supaya projek
Diversion ini dilaksanakan secara menyeluruh sebelum tempoh pelaksanaan projek
rintis ini berakhir. Bagi memastikan pelaksanaan Diversion dapat dijalankan secara
berkesan di seluruh negara, amat penting untuk mengenalpasti jurang-jurang
pelaksanaan dan perancangan untuk mengatasinya, terutamanya dari segi
keupayaan sumber-sumber manusia, kewangan dan prasarana. Bab ini akan menilai
kapasiti dan keupayaan sumber-sumber daripada perspektif agensi-agensi utama
yang terlibat di dalam pelaksanaan Diversion iaitu PDRM, AGC dan JKM. KII telah
diadakan dengan pihak pengurusan ibu pejabat agensi masing-masing.
6.2 POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
Seperti yang telah diterangkan di dalam Bab 4 dan 5, pihak PDRM terlibat dengan
kesemua kaedah-kaedah Diversion terutama sekali bagi Amaran Polis dan Amaran
Keras. Peringkat-peringkat proses yang terbabit boleh disimpulkan di dalam Jadual
seperti berikut:-
Jadual 6.1: Penglibatan PDRM di dalam Proses Diversion
KAEDAH DI PENUGASAN POLIS ARAHAN
DIVERSION LAPANGAN PROSEDUR-PROSEDUR BAGI DIVERSION
TANGKAPAN SIASATAN RUJUK IP TERIMA LAKSANA √
AMARAN LAKSANA
POLIS AMARAN KE TPR ARAHAN AMARAN
AMARAN TPR
KERAS √
PROGRAM √ √ √√ √
INTERVENSI
√ √ √ √√
187
6.
6.2.1 Masalah Kapasiti
a. Amaran Polis
Amaran Polis merupakan kaedah Diversion yang paling ringkas dan hanya pihak polis
sahaja yang terlibat. Dari segi sumber anggota dan pegawai, pemberian Amaran Polis
tidak memerlukan sebarang penambahan kerana bilangan anggota dan pegawai yang
bertugas di lapangan bagi lima kes yang tersenarai layak untuk diberi Amaran Keras
adalah mencukupi. Kertas kerja (paperwork) juga tidak banyak terlibat kerana sudah
ada borang-borang yang berkenaan dan pihak polis hanya perlu menguruskan
pemberian satu salinan kepada kanak-kanak, satu salinan dihantar secara pos
kepada ibubapa atau penjaga dan satu salinan lagi dibiarkan di dalam buku Amaran
Polis yang tersedia.
Namun bagi kelangsungan dan keberkesanan Amaran Polis, penambahan prasarana
perlu diadakan di dalam bentuk satu Aplikasi di atas talian yang membolehkan identiti
kanak-kanak direkodkan agar sekiranya berlaku pengulangan semula kesalahan,
pihak polis akan dimaklumkan terus oleh Aplikasi tersebut. Pengulangan semula
kesalahan yang sama wajar mempunyai kesan tertentu agar kanak-kanak tidak
memandang remeh pemberian Amaran Polis. Ketiadaan Aplikasi dianggap polis
sebagai sia-sia kerana kanak-kanak boleh mengulang kesalahan yang sama atau
dalam kategori yang sama berkali-kali pada hari yang sama di tempat-tempat yang
berbeza. Pihak polis telah berkongsi kegusaran mereka dan merasakan tanpa Aplikasi
dan kesan natijah yang khusus kepada kesalahan yang dibuat berulang, sistem
saman yang digunakan sebelum Projek Rintis adalah lebih berkesan untuk mengawal
tingkahlaku dalam mematuhi peraturan-peraturan trafik dan pengenalan diri kerana
sekurang-kurangnya jika saman tidak dibayar, mereka tidak akan dapat membuat atau
memperbaharui lesen kenderaan atau motorsikal yang tentunya akan menimbulkan
kesusahan kepada mereka lantas pematuhan akan lebih berkesan. Jadual 6.2 berikut
menunjukkan kadar dan sifat pengulangan semula kes bagi Amaran Polis.
188
6.
Jadual 6.2: Kes Pengulangan Semula Kesalahan yang Diberi Amaran Polis
KES DIBERIKAN AMARAN POLIS DI KETIGA-TIGA LOKASI
SIFAT KESALAHAN BILANGAN
Kanak-Kanak Mengulang Kesalahan 27
Kanak-Kanak Mengulang Kesalahan Yang Sama 12
Kanak-Kanak Mengulang Kesalahan Yang Berbeza 15
TEMPOH MASA PENGULANGAN
Mengulang Dalam Masa 6 Bulan 22
Mengulang Melebihi 6 Bulan 5
b. Amaran Keras & Program Intervensi
Bagi pengendalian kanak-kanak yang layak untuk dipertimbangkan bagi Amaran
Keras mahupun Program Intervensi, kekangan utama pihak polis adalah prasarana
yang mesra kanak-kanak setelah tangkapan dibuat. Ini adalah kerana bukan semua
ibu bapa yang cakna dan bergegas datang mengambil anak mereka apabila
dimaklumkan oleh polis. Pihak polis lazimnya enggan memasukkan kanak-kanak ke
dalam lokap walaupun diasing daripada pesalah dewasa kerana ianya tidak sesuai
dengan kanak-kanak. Namun, jika ibu bapa tidak atau enggan hadir, polis tidak
mempunyai pilihan lain selain meletakkan mereka di dalam lokap juga. Mereka
berpendapat perlu ada sesuatu tempat khusus untuk transit kanak-kanak di dalam
tempoh menunggu, sama ada sementara menunggu ibu bapa atau pun menunggu
siasatan selesai.
6.2.2 Prasarana yang Diperlukan
Berdasarkan 6.2 (a) dan (b) di atas, berikut merupakan prasarana yang diperlukan
oleh pihak polis:-
a. Aplikasi Di Atas Talian
Terdapat dua jenis aplikasi di atas talian yang diperlukan seperti berikut:-
189
6.
i. Aplikasi Khusus bagi Amaran Polis
Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat keperluan kepada suatu Aplikasi khusus
sekiranya kaedah Amaran Polis ingin dilaksanakan di seluruh negara.
ii. Sistem Pendataan yang Bersepadu yang
Menghubungkan Ketiga-Tiga Agensi Terlibat dengan
Diversion
Bagi meningkatkan keupayaan penyelarasan kes-kes berkaitan kanak-kanak yang
mempunyai konflik dengan undang-undang, suatu sistem pendataan yang bersepadu
secara digital perlu diadakan. Ini bukan sahaja menjimatkan masa yang terbuang bagi
pihak polis membawa Kertas Siasatan secara manual kepada TPR dan
mengambilnya semula setelah arahan dibuat. Ini juga akan membolehkan status
sesuatu kes itu dijejaki oleh ketiga-tiga agensi yang terlibat.
b. Tempat Transit yang Sesuai untuk Kanak-Kanak Selepas
Dibawa ke Balai
Apabila seseorang kanak-kanak tersebut itu ditangkap dan dibawa balik ke balai, polis
tidak mempunyai tempat transit yang sesuai bagi kanak-kanak sementara
menunggu kedatangan ibu bapa untuk mengambil mereka. Prasarana ini penting
diadakan bagi mewujudkan suatu tempat yang selesa yang mana tidak
mendedahkan kanak-kanak kepada unsur negatif dan tidak meninggalkan stigma
kepada kanak-kanak seperti lazimnya berlaku bila mereka ditahan di lokap polis.
Bagi kes jenayah, seorang pegawai kanan PDRM memaklumkan bahawa Bilik Triage
boleh digunakan sebagai bilik menunggu namun bukan semua balai mempunyai
prasarana ini tertakluk kepada kedudukan kewangan dan struktur bangunan
sesebuah balai tersebut.
190
6.
c. Latihan yang Khusus mengenai Diversion
Seperti dilaporkan di dalam Bab 5 tentang pelaksanaan, ramai di antara anggota-
anggota serta pegawai-pegawai yang ditemubual tidak pernah didedahkan dengan
sebarang latihan khusus mengenai Diversion dan kebaikannya kepada kanak-kanak.
Walaupun terdapat SOP yang khusus bagi polis yang amat membantu di dalam
pelaksanaan Diversion di peringkat PDRM, namun kefahaman tentang kebaikan
Diversion adalah amat penting bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan. Di
mana ketua-ketua bahagian tertentu di lokasi rintis tertentu telah didedahkan kepada
latihan Diversion di Putrajaya sebelum Program Rintis bermula, terdapat penerimaan
yang lebih baik di antara anggota dan pegawai polis terhadap pendekatan Diversion.
Latihan berkala di antara agensi juga wajar diadakan dari masa ke semasa bagi ketua-
ketua bahagian agar sebarang permasalahan atau kekeliruan di dalam pelaksanaan
tugas dapat dirungkaikan.
Ketiadaan latihan yang khusus juga mengakibatkan pelaksanaan yang tidak mengikut
peraturan dan garispanduan yang dtetapkan seperti, memberikan Amaran Polis
melangkaui lima kesalahan yang layak diberikan dan kepada kanak-kanak di bawah
usia 10 tahun dan juga pada yang berusia melangkaui usia kanak-kanak; membuat
pertimbangan bagi pengalihan bagi kes-kes yang tidak terangkum di dalam SOP
Dalaman PDRM dan tidak mematuhi jangka waktu yang ditetapkan di dalam SOP
Antara Agensi.
d. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang Berbeza bagi Kes Melibatkan
Kanak-Kanak
Di dalam penugasan pegawai penyiasat polis, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka
bergantung kepada bilangan kes yang disiasat berjaya dituduh di mahkamah kerana
ini lazimnya membuktikan bahawa penyiasatan kes telah dibuat dengan sempurna
dan pihak TPR merasa yakin bahawa kes tersebut mampu dibuktikan di mahkamah
melampaui keraguan yang munasabah. Situasi ini telah menjejaskan moral polis
penyiasat yang ditemubual kerana mereka merasakan bahawa dengan arahan TPR
bagi kes kanak-kanak dialihkan secara Amaran Keras atau ke Program Intervensi,
191
6.
kerja keras mereka menyiasat dan mendapatkan keterangan-keterangan tidak
membuahkan sebarang hasil. Persepsi ini perlu diubah kerana apabila berhadapan
dengan kanak-kanak, keutamaan kes sudah beralih dari memastikan kes dituduh di
mahkamah kepada kebajikan kanak-kanak perlu diletakkan sebagai kepentingan
utama. Perubahan persepsi ini oleh berlaku hanya dengan kefahaman yang jitu
tentang Diversion dan kebaikan-kebaikannya serta perubahan dibuat terhadap
Petunjuk Prestasi Utama penugasan para penyiasat polis.
6.3 PEJABAT PEGUAM NEGARA (AGC)
Di dalam program Diversion bagi kesalahan-kesalahan yang lebih berat berbanding
dengan kesalahan-kesalahan yang boleh diberi Amaran Polis, pihak yang mempunyai
budi bicara penuh bagi menentukan kewajaran kanak-kanak dialihkan ke program
Diversion atau dituduh di mahkamah adalah pihak TPR. Mereka yang akan
mempertimbangkan IP bagi setiap kes bersama LPR yang disediakan oleh Pegawai
Akhlak. Kajian berkenaan pelaksanaan telah mengenalpasti tiga perkara yang perlu
diberi perhatian bagi meningkatkan penyelarasan proses Diversion.
6.3.1 Keputusan mengenai Kuasa Khusus bagi Menentukan Tindakan
yang Diambil bagi Kes
Kertas Siasatan yang diserahkan oleh pihak polis kepada TPR daerah akan diberi
pertimbangan oleh beliau dan sebuah Case Brief akan disediakan untuk diserah pula
kepada TPR di PPN. Terdapat kes yang mana TPR berkenaan akan merujuk pula
kepada ketua mereka sebelum kes dirujuk kepada TPR di ibu pejabat bagi keputusan
kes. Ada kes yang terus dirujuk kepada TPR ibu pejabat. Proses mendapatkan
kelulusan di beberapa peringkat jelas memakan masa yang panjang dan menjejaskan
matlamat Diversion yang memerlukan kes diselesaikan seberapa segera yang
mungkin. Suatu keputusan perlu dibuat agar penentuan arahan bagi setiap kes
ditetapkan bagi keputusan dibuat oleh TPR daerah, atau TPR Negeri atau TPR di ibu
pejabat. Sekiranya rujukan masih perlu dibuat kepada pihak atasan, ketetapan
tempoh mesti dibuat agar kes tidak tertunggak menantikan arahan seterusnya terlalu
lama.
192
6.
6.3.2 Keperluan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Dalaman
Dari dapatan kajian lapangan mengenai proses pelaksanaan Projek Rintis didapati
bahawa tidak terdapat SOP khusus bagi perjalanan proses dalaman bagi pihak TPR.
Pelaksanaan proses Diversion adalah tertakluk kepada SOP Antara Agensi dan
amalan-amalan dalaman yang biasa diamalkan oleh TPR bagi membuat
pertimbangan dan memberi arahan mengenai kes-kes jenayah yang biasa. Ini juga
menyebabkan ketidakdakseragaman berlaku di antara satu lokasi rintis dan lokasi
rintis yang lain seperti yang dinyatakan di Bahagian 6.3.1 di atas.
6.3.3 Keperluan kepada Senarai Program-Program Intervensi oleh JKM
Antara faktor yang menyebabkan kelewatan berlaku di dalam membuat pertimbangan
bagi kes-kes kanak-kanak yang dirujuk oleh polis adalah ketiadaan maklumat
terperinci berkaitan Program-Program Intervensi yang ada disediakan oleh pihak
JKM. Sekiranya pihak TPR mempunyai maklumat program-program yang ada
disediakan, keputusan untuk mengalihkan kanak-kanak dapat dibuat dengan lebih
yakin kerana pihak TPR perlu membuat keputusan yang terbaik bagi kepentingan
kedua-dua pihak iaitu kanak-kanak dan mangsa yang terlibat. Sekiranya kes
tersebut tidak mempunyai mangsa khusus seperti kes pengambilan dadah
contohnya, pihak TPR akan mempertimbangkan Program Intervensi yang
mempunyai ciri-ciri pemulihan bagi penagihan kerana program seperti khidmat
masyarakat secara umumnya dengan sendiri tidak berupaya dapat memulihkan
masalah penagihan kanak-kanak.
6.4 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
Pihak JKM, khususnya Pegawai Akhlak, merupakan pihak yang berperanan besar di
dalam dua peringkat program Diversion iaitu bertanggungjawab menyediakan LPR
bagi kes-kes yang layak diberi pertimbangan Diversion dan sekiranya kes diarah untuk
dialihkan ke Program Intervensi, Pegawai Akhlak juga yang bertanggungjawab untuk
menyediakan program-program yang sesuai sepanjang tempoh enam bulan Program
Intervensi berjalan. Kedua-dua tugas ini memerlukan mereka meneliti fakta-fakta kes
193
6.
yang berlaku, menyiasat latar belakang kanak-kanak dan keluarga yang terlibat dan
merangka program-program yang bersesuaian bagi menimbulkan kesedaran dan
seterusnya memulihkan kanak-kanak tersebut. Tentunya tugas-tugas yang berat ini
memerlukan penambahbaikan setelah Projek Rintis berjalan hampir setahun
setengah lamanya. Penambahbaikan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:-
6.4.1 Memanjangkan Tempoh Menyediakan Laporan Penilaian Risiko
dari 7 kepada 14 hari
Menurut SOP Antara Agensi yang digunapakai oleh ketiga-tiga agensi yang
mengendalikan Projek Rintis Diversion, tempoh bagi penyedian LPR adalah 7 hari.
Tempoh ini didapati terlalu pendek bagi membuat penilaian yang berkesan. Menurut
SOP penilaian hanya perlu dibuat dengan membuat panggilan telefon tanpa perlu
membuat lawatan ke rumah pun namun dari pengalaman kes-kes yang sudah
dipertimbangkan, panggilan telefon tidak memadai bagi semua kes kerana terdapat
masalah-masalah di luar kawalan Pegawai Akhlak seperti ibu bapa atau keluarga atau
kanak-kanak sendiri enggan bekerjasama dan tidak mengangkat telefon. Adakalanya,
jika mereka menjawab panggilan maklumat-maklumat yang diberi adalah tidak tepat,
tidak jelas atau pun tidak mencukupi dan ini memberi masalah apabila pihak TPR
meminta maklumat lanjut daripada Pegawai Akhlak tersebut. Para Pegawai Akhlak
yang ditemui rata-rata menegaskan bahawa lawatan ke rumah perlu dilakukan untuk
membuat penilaian awal yang mencukupi kerana keadaan keluarga dan rumah itu
sendiri dapat membayangkan banyak perkara mengenai kenak-kanak tersebut.
6.4.2 Keperluan kepada Pegawai Akhlak yang Lebih Ramai Terutama
Sekali di Lokasi yang Berkepadatan Penduduk Lebih Tinggi
Lazim diketahui bahawa ketiga-tiga lokasi rintis bukan merupakan lokasi yang
mempunyai bilangan kes kanak-kanak terlibat dengan salah laku jenayah yang tinggi.
Dengan kadar yang tidak begitu tinggi kedua-dua Pegawai Akhlak berpendapat
bahawa keadaan pengendalian kes masih lagi terurus namun mereka
membayangkan bahawa sekiranya terdapat banyak kes, pengendalian Diversion
akan menjadi mencabar kerana Pegawai Akhlak bukan setakat mengendalikan
194
6.
kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang sahaja tetapi mereka
juga bertanggungjawab ke atas pesalah-pesalah muda yang berusia di antara 18
hingga 21 tahun seperti yang ditakrifkan di bawah KPJ. Mereka turut
bertanggungjawab di dalam pengurusan pesalah-pesalah muda dan perlu ke
mahkamah sekiranya prosiding mahkamah berjalan terhadap mereka. Selain
daripada dua tugasan khusus ini sebagai pegawai kebajikan masyarakat daerah
(PKMD) mereka tertakluk kepada tugas-tugas umum sebagai seorang PKMD seperti
penyelarasan bakul-bakul makanan di waktu pandemik Covid-19 ini sebagai satu
contoh. Apabila mereka mengendalikan kes-kes yang sudah diluluskan untuk
Program Intervensi pula, mereka secara tidak langsung bertindak sebagai sistem
sokongan kepada kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat di mana mereka dihubungi
oleh kanak-kanak dan ibu bapa secara berterusan dan turut serta dalam program yang
diadakan. Tugasan mereka tidak terhad kepada merangkakan program sahaja.
Kesemua ini mengambil masa dan memberi impak kepada proses penyediaan LPR
bagi permohonan-permohonan lain yang diterima daripada PDRM dan juga kapasiti
mereka untuk menjalanakan tugasan sebagai PKMD. Dapatan-dapatan perjalanan
kes seperti di Jadual 6.3 berikutnya menunjukkan bahawa kelewatan tempoh masa
penyediaan LPR adalah terlalu lama dan ini bercanggah dengan salah satu matlamat
utama Diversion iaitu penyelesaian kes melibatkan kanak-kanak dalam tempoh masa
sesingkat yang boleh.
Bagi membolehkan seorang Pegawai Akhlak menyempurnakan kesemua penugasan
yang terlibat dengan program Diversion, perlu diadakan pejawatan khusus iaitu
Pegawai Akhlak khusus bagi Program Diversion agar mereka tidak terbeban dengan
tugas-tugas sebagai PKMD yang lazim dan mampu menumpu perhatian mereka
kepada tugasan-tugasan yang terbabit di dalam program Diversion seperti
penyediaan LPR yang melibatkan mengadakan persidangan kes dengan kanak-
kanak dan ibu bapa, perangkaan program-program yang bersesuaian bagi setiap
kanak-kanak yang dialihkan dan pemantauan kanak-kanak ini semasa Program
Intervensi berjalan dan setelah tamat program.
Sekiranya Projek Diversion ingin dipanjangkan ke seluruh Malaysia, pertimbangan
terhadap sumber manusia ini perlu diberi penekanan khusus.
195
6.
6.4.3 Keperluan kepada Latihan-Latihan yang berkaitan dengan Program
Diversion
Oleh kerana Projek Diversion merupakan suatu inisiatif yang baru pendedahan
kepada tatacara-tatacara yang terlibat seperti cara-cara membuat penilaian risiko
kanak-kanak; penyediaan LPR itu sendiri; penyediaan Program Intervensi yang
bersesuaian dengan latar belakang dan kecenderungan kanak-kanak itu sendiri dan
sebagainya. Kemahiran-kemahiran ini perlu diperkukuhkan supaya keputusan yang
memihak kepada kepentingan terbaik kanak-kanak dapat dibuat oleh mereka dan juga
pihak-pihak yang turut terlibat seperti polis dan TPR. Latihan-latihan berkala ini wajar
dibuat di peringkat dalaman JKM dan juga latihan yang berbentuk antara agensi agar
setiap agensi akan lebih memahami kekangan-kekangan yang dihadapi oleh dan
sesama agensi.
6.4.4 Keperluan untuk Menambah Bilangan Kaunselor di Daerah
Kekurangan kaunselor yang terlatih turut merencat kelicinan Program Intervensi yang
dijalankan. Kebanyakan Program Intervensi yang dirangka akan mengandungi
komponen sesi kaunseling kerana ia merupakan satu aspek penting di dalam
pemulihan. Sesi ini ada pelbagai sama ada secara individu, bersama keluarga atau
rakan sebaya jika sama-sama terlibat dengan kesalahan yang sama. Tentunya ini
memerlukan tenaga kaunselor yang mencukupi kerana sesi kaunseling adalah secara
umumnya bersifar ‘labour intensive’ dan ‘time consuming.’ Sesi-sesi yang diadakan
tidak boleh disegerakan hanya kerana terdapat klien lain yang menunggu maka
bilangan kaunselor amat diperlukan bagi menyokong Program Intervensi Diversion.
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, JKM turut mencadangkan bahawa
pendedahan program Diversion kepada kaunselor di daerah yang bertugas di agensi
lain atau badan bukan kerajaan perlu diperluaskan untuk meningkatkan aksesibiliti
perkhidmatan dan mengurangkan tempoh program.
196
6.
6.4.5 Keperluan kepada Sistem Pendataan yang Bersepadu yang
Menghubungkan Ketiga-Tiga Agensi terlibat dengan Diversion
Pihak JKM bersetuju bahawa perlunya sebuah pengkalan data untuk kegunaan
bersama ketiga-tiga agensi. Ini akan memudahkan kerja-kerja menyemak status kes.
Melalui sistem ini juga, pihak JKM turut berpendapat bahawa kerja-kerja
penghantaran borang boleh dimudahkan kerana pegawai tidak perlu bergantung
kepada anggota-anggota polis, dan boleh memuatnaik dokumen untuk semakan terus
TPR bersama Kertas Siasatan yang dimuatnaik oleh pihak polis.
Pihak JKM juga berpendapat bahawa pengkalan maklumat ini harus juga
mengandungi fungsi di mana mereka dapat berkongsi rekod kanak-kanak antara
agensi secara lebih komprehensif. Antara contoh yang diberikan adalah situasi di
mana pihak JKM mendapati bahawa seorang kanak-kanak yang dipertimbangkan
pernah dilepaskan dengan jaminan, namun pihak polis tidak melaporkan hal ini kerana
mereka tiada mempunyai maklumat tersebut. Sekiranya ada pengkalan maklumat ini,
pihak JKM dapat menyediakan LPR yang lebih komprehensif untuk membolehkan
pertimbangan lebih baik dijalankan, termasuk untuk kaedah Diversion yang paling
bersesuaian, berdasarkan keadaan sebenar kanak-kanak.
Keperluan kepada sistem pendataan yang bersepadu perlu disegerakan jika Program
Diversion ingin diluaskan ke seluruh Malaysia. Selain dari masalah yang diutarakan
oleh pihak JKM seperti di atas, penelitian terhadap rekod kes-kes juga mendapati
bahawa banyak masa yang terbuang di dalam perjalanan proses bermula dari Kertas
Siasatan dibuka sehingga kes dialihkan sama ada secara diberi Amaran Keras atau
pun Program Intervensi. Namun, perlu ditekankan prinsip kerahsiaan perlu difahami
dan terpakai kepada semua agensi-agensi yang mempunyai akses kepada sistem
pedataan bersepadu ini untuk mengelakkan penyalahgunaan data dan demi
melindungi identiti kanak-kanak tersebut.
Berikut disimpulkan perjalanan proses beberapa kes di dalam bentuk Jadual 6.3 bagi
kesalahan-kesalahan trafik, narkotik dan jenayah.
197
6.
a. Kes Trafik
Kes trafik merupakan bilangan terkecil yang diberi pertimbangan untuk Diversion iaitu
hanya sejumlah 16 kes dari 134 jumlah keseluruhan kes Ini mungkin kerana
kebanyakan kes trafik merupakan kes-kes yang kurang serius dan diselesaikan
secara pemberian Amaran Polis. Bagi kes trafik terdapat kelewatan juga di dalam
keseluruhan proses. Siasatan mengambil masa 13 hari sebelum IP diserahkan
kepada TPR. Tiada kelewatan di peringkat ini kerana TPR telah mengarahkan IO
mendapatkan LPR segera namun di sini berlaku kelewatan di mana IO mengambil
masa lapan hari untuk membuat permohonan tersebut. JKM hanya mengambil masa
enam hari untuk menyiapkan LPR namun serahan LPR kepada TPR mengambil masa
40 hari, suatu tempoh yang terlalu lama kerana ia hanya melibatkan penyerahan tanpa
ada sebarang prosedur lain. TPR mengambil masa 26 hari untuk membuat keputusan
dan kelewatan ini dijangka kerana mungkin TPR daerah terpaksa merujuk kepada
TPR negeri bagi pertimbangan dan arahan selanjutnya. Keseluruhan proses
mengambil masa 11 bulan iaitu suatu tempoh yang sangat panjang dan bertentangan
dengan tujuan Diversion diadakan.
b. Kes Narkotik
Kes ini merupakan satu-satunya kes di ketiga-tiga lokasi rintis yang dialihkan ke
Program Intervensi. Kes-kes narkotik yang lain banyak yang dituduh di mahkamah;
ada yang tidak diteruskan kerana ujian makmal adalah negatif atau kes masih lagi di
dalam siasatan. Setelah IP dibuka, lazimnya IO akan mengambil sedikit masa untuk
menyiasat dan menyiapkan IP kerana bagi kes narkotik, sampel urin perlu dihantar ke
makmal bagi mengesahkan pengambilan dadah. Begitu juga bagi milikan dadah
kerana ia perlu dihantar ke Jabatan Kimia. Di dalam kes ini, IO mengambil masa 42
hari iaitu suatu tempoh yang sangat lama. Setiap proses bagi kes ini mengambil masa
yang lama terutama sekali penyediaan LPR yang memakan masa lebih kurang 6
bulan, menjadikan keseluruhan tempoh adalah 16.5 bulan.
198
6.
c. Kes Jenayah
Seperti juga kes narkotik, siasatan bagi kes jenayah mengambil masa yang lebih lama
dari trafik kerana lazimnya melibatkan pihak-pihak lain terutamanya sekira kes
mempunyai mangsa. Namun di dalam kes yang diekstrak sebagai contoh di bawah,
kes merupakan kes amang seksual bukan fizikal dan kanak-kanak baru berusia 13
tahun. Namun seperti kes narkotik di atas, kelewatan yang ketara berlaku semasa
penyediaan LPR oleh JKM menjadikan tempoh proses keseluruhan adalah 11 bulan.
Jadual 6.3: Tempoh Proses Pertimbangan sehingga Keputusan Kes Kanak-Kanak bagi Kesalahan
Trafik, Narkotik dan Jenayah.
JENIS Laporan IP TPR PROSES TERLIBAT TPR beri Arahan Tuduh/ Tempoh
KESALAHAN / kepada kepada keputusan TPR Amaran Seluruh
IO IO Serahan ke atas Keras diberi/ Proses
/ LOKASI Buka IP TPR IO mohon terima Laporan Program Program
mohon Laporan Laporan Penilaian PKK Intervensi Intervensi
TRAFIK/ 23.8.20 8.9.20 Laporan Penilaian Penilaian Risiko bermula
PORT Penilaian Risiko Risiko kepada 11.12.20 -
DICKSON 13 hari Risiko daripada daripada TPR 22.1.2020 –
s 42(1) APJ 21.7.2021
1987 8.9.2020 JKM JKM
Jangkamasa
17.9.20 25.9.20 5.11.20
- 8 hari 6 hari 40 hari 26 hari 30 hari 11
bulan
NARKOTIK/ 12.3.20 10.5.20 26.6.20 29.7.20 11.2.21 10.5.21 29.7.2021 Program 29.7.2021
SEREMBAN 42 hari 35 hari 24 hari 6 bulan Intervensi (tiada tarikh
s 15(1)(a) 2.5 2 bulan dicatat bila
ADB 1952 bulan seminggu
tempoh
Jangkamasa berakhir)
16.5
bulan
JENAYAH/ 26.2.20 04/03/2 04/03/20 06.03.20 24.12.20 06.01/.1 06.01.21 06/01/21 Diberi
SEPANG 0 - - Amaran
s 15 AKSTK Keras
2017 12 hari - 2 hari 9 bulan 2 11.1.2021 11
5 hari bulan
Jangkamasa
minggu
199
6.
BAB 7
DAPATAN KAJIAN BAGI
PERSEPSI TERHADAP KANAK-
KANAK YANG MEMPUNYAI
KONFLIK DENGAN UNDANG-
UNDANG DAN PENERIMAAN
TERHADAP DIVERSION
7. BAB 7
DAPATAN KAJIAN BAGI PERSEPSI TERHADAP KANAK-KANAK YANG
MEMPUNYAI KONFLIK DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PENERIMAAN
TERHADAP DIVERSION
7.1 PENGENALAN
Kajian bagi mendapatkan persepsi umum tentang kanak-kanak yang mempunyai
konflik dengan undang-undang dilaksanakan bagi memahami dinamik dan latar
belakang permasalahan yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak ini. Penerimaan
Diversion dan prospek intervensi turut ditanya setelah penerangan ringkas diberikan
kepada golongan yang tidak terlibat dengan Program Rintis Diversion. Bagi
mendapatkan maklum balas yang bermakna serta memberi gambaran yang sebenar
dan objektif kepada pasukan perunding, golongan dan individu berikut telah ditemu
bual, secara aplikasi atas talian memandangkan PKP masih berkuat kuasa:-
a. Kanak-kanak yang terlibat secara langsung dengan program Diversion
b. dan ibu bapa atau penjaga mereka;
c. Kanak-kanak yang merupakan ahli-ahli Majlis Perwakilan Kanak-Kanak
d. dari seluruh Malaysia;
e. Timbalan Pendakwa Raya yang bertanggungjawab dengan golongan
f. kanak-kanak ini di peringkat ibu pejabat;
Pegawai-pegawai kanan PDRM yang mengetuai jabatan-jabatan yang
g. berkenaan serta pegawai penyiasat kanan;
h. Mantan Majistret yang pernah mengendalikan kes berkaitan kanak-
kanak di Mahkamah selama 6 tahun;
6. Mantan pengetua Sekolah Tunas Bakti (STB) yang salah seorang
daripada mereka merupakan juga bekas pegawai kanan yang
bertanggungjawab untuk hal ehwal kanak-kanak daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat;
Guru-guru sekolah menengah; dan
Ketua-ketua Kampung dan wakil-wakil Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung.
200
7.2 PERSEPSI TERHADAP KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI KONFLIK
DENGAN UNDANG-UNDANG
7.2.1 Faktor-Faktor yang Mendorong Kanak-Kanak Melakukan
Kesalahan
Kanak-kanak yang terlibat dalam Program Intervensi yang telah ditemu bual
menyatakan bahawa faktor-faktor yang mendorong kanak-kanak melakukan
kesalahan ialah mereka tidak mendapat apa-apa yang diinginkan dan mereka juga
dipengaruhi oleh media sosial. Kanak-kanak berpendapat bahawa faktor-faktor ini
umumnya mendorong mereka untuk melakukan kesalahan seperti mencuri dan untuk
terlibat dalam aktiviti rempit.
Faktor media sosial ini disokong oleh pendapat kanak-kanak yang menyertai FGD.
Mereka juga menyatakan kanak-kanak mungkin terdorong disebabkan:-
a. Persekitaran termasuk keluarga dan kanak-kanak;
b. Pengaruh rakan sebaya;
c. Sifat kanak-kanak itu sendiri yang takut gagal dan ingin mencuba;
d. Kebosanan;
e. Ketiadaan ‘coping mechanism’ apabila dilanda masalah seperti
mengalami stres kekeluargaan;
f. Kemahuan untuk perhatian;
g. Keinginan untuk diterima;
h. Kompas moral yang lemah yang memudahkan mereka tersentap
apabila diprovokasi atau dicalari maruah mereka;
i. Jati diri yang lemah;
j. Keinginan kuat untuk mencuba sesuatu; dan
k. Kekurangan pemantauan daripada ibu bapa atau penjaga apabila diberi
kebebasan tanpa had.
Ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat dalam Program Intervensi yang ditemu
bual bersetuju bahawa kanak-kanak terdorong kerana mereka memberontak akibat
201
6.
tidak mendapat apa yang mereka hendaki. Mereka juga menyatakan bahawa faktor
yang mendorong kanak-kanak untuk melakukan kesalahan ialah pengaruh rakan-
rakan.
Faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi, kurangnya perhatian ibu bapa serta
sifat kanak-kanak yang ingin mencuba tanpa memikirkan natijahnya juga dipersetujui
oleh guru-guru yang telah ditemu bual. Pelbagai masalah disiplin di sekolah,
termasuklah yang menjadi kes jenayah, juga didorong oleh faktor-faktor tersebut.
7.2.2 Jenis-Jenis Kesalahan yang Lazim Dilakukan oleh Kanak-Kanak
Wakil-wakil Majlis Perwakilan Kanak-Kanak berpendapat bahawa berikut merupakan
kesalahan yang lazim dilakukan oleh kanak-kanak:-
a. Kesalahan-kesalahan trafik
Kesalahan-kesalahan ini lazim berlaku di kawasan luar bandar di mana
pihak penguat kuasa tidak begitu mengendahkan undang-undang trafik.
Kesalahan-kesalahan ini juga kerap dilakukan oleh kanak-kanak secara
terpaksa kerana ibu bapa/penjaga mereka sibuk bekerja dan tidak dapat
menghantar mereka ke sekolah atau tidak dapat mengambil mereka.
b. Buli dalam kalangan kanak-kanak sendiri (termasuk buli siber).
Hal ini berlaku kerana kanak-kanak kerap kali mewujudkan peranan
‘predator’ dan ‘prey’ dalam kalangan sendiri.
c. Penyalahgunaan bahan.
Kesalahan ini dilaporkan dilakukan oleh kanak-kanak di sekolah rendah
juga.
202
6.