The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia (2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-22 00:51:49

Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia (2021)

Kajian Pelaksanaan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia (2021)

diperkenalkan ke dalam kurikulum program pada bulan April 2018 bagi menyediakan
kanak-kanak dan remaja dengan kemahiran untuk menghentikan tabiat mencuri
mereka.59

Kanak-kanak atau orang muda yang berjaya mematuhi GP sehingga selesai akan
diberi Amaran Bersyarat dan tidak dihukum sebagaimana lazim jika didapati bersalah
di mahkamah. Tahap pematuhan sehingga selesai GP adalah menggalakkan iaitu
secara purata adalah 86.88% bagi tempoh lima tahun (2014-2018).60 Peratus
pengulangan semula (recidivism) adalah rendah, daripada 14.9% pada tahun 2010
menurun ke 7.8% pada 2014. Ini membayangkan GP adalah berkesan di dalam
mengawal tindakan mengulang semula kesalahan.61

b. Enhanced Streetwise Program (ESWP)

Streetwise Programme (SWP) telah dilancarkan pada 1997 bersama dengan program
GP dan merupakan Program Intervensi awal bersifat sukarela bagi remaja yang
terlibat dengan geng. Pada tahun 2012 SWP telah dinaiktaraf sebagai program
Diversion pra-perbicaraan. Program ini khusus dirangka bagi pesalah-pesalah muda
yang berperanan kecil di dalam kesalahan-kesalahan yang melibatkan geng (gang-
related offences). Ia melibatkan komponen seperti berikut:

i. Melapor diri secara sendiri dan berkala di Pasukan Polis Singapura (SPF);
ii. Sekatan-sekatan bagi tempat-tempat di mana pesalah muda mungkin pergi

yang merupakan tempat-tempat geng sering berkumpul; dan
iii. Sekatan-sekatan terhadap mana-mana orang (ahli-ahli geng) yang mana

pesalah muda tersebut mungkin berinteraksi.

59 Ibid.
60 Ibid, di hal.42.
61 MSF telah menjejaki graduan GP selama 3 tahun selepas selesai program. Pengulangan semula
diukur dari peratus kanak-kanak/orang muda melakukan kesalahan dalam tempoh 3 tahun setelah
selesai mengikuti program.

9. 294

10.

Semasa berada di bawah ESWP, seorang pekerja kes (case worker) akan melibatkan
remaja dengan sesi-sesi individu, berkumpulan dan bersama keluarga. Semasa sesi-
sesi ini berjalan, remaja akan dibimbing untuk melepaskan diri dari geng,
menyelesaikan konflik dengan bertindak secara pro-sosial dan membentuk hubungan
yang sihat dengan rakan sebaya yang lebih bersikap positif.

Seperti remaja yang melalui GP, sebuah Amaran Bersyarat akan diberikan oleh
kepada remaja yang diletakkan di bawah ESWP.

c. Triage System (TS)

Sistem ini merupakan strategi terkini yang ditambah kepada program Diversion pra-
perbicaraan yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan mengenai latar belakang
sosial seseorang kanak-kanak/orang muda tersebut. Sistem triage ini dilaksanakan di
balai-balai polis sejak Mac 2016 oleh Pejabat Peguam Negara, MSF dan SPF bagi
kanak-kanak dan remaja yang ditangkap.62 Sistem ini membantu Pendakwa Raya
membuat keputusan yang lebih tepat contohnya sama ada untuk meletakkan kanak-
kanak atau remaja tersebut di bawah program Diversion dengan menggunakan
maklumat-maklumat mengenai later belakang remaja, risiko-risiko dan keperluan-
keperluan remaja tersebut yang dikumpulkan oleh Pegawai Triage (yang dilantik oleh
MSD). Penilaian juga dibuat berkenaan kebarangkalian seseorang kanak-kanak atau
remaja tersebut akan mengulang kesalahan. Sistem triage ini juga bertindak
mengesan permasalahan sosial di peringkat awal dan menghubungkan pesalah muda
dan keluarga mereka dengan khidmat-khidmat sokongan seperti Pusat Khidmat
Keluarga dan Pejabat Khidmat Sosial. Pada bulan April 2017, Sistem Triage ini
dilanjutkan kepada remaja yang sedang disiasat oleh Biro Narkotik Pusat.63

62 The National Committee on Prevention, Rehabilitation and Recidivism, Report on Youth Delinquency:
Key Trends & Upstream Measures, 2020, hal.45.
63 Ibid.

9. 295

10.

Jadual 8.4 Pendekatan-pendekatan Diversion Pra-Perbicaraan

SISTEM TRIAGE

PESALAH MUDA DIRUJUK KEPADA TEMUBUAL BAGI MENDAPATKAN
PERKHIDMATAN SOKONGAN MAKLUMAT

(Seperti Pusat Khidmat Keluarga dan Pejabat Latar belakang sosial, risiko & keperluan agar
Khidmat Masysarakat) jika diperlukan intervensi bersesuaian dapat disyorkan

GUIDANCE PROGRAMME (GP) ENHANCED STREETWISE PROGRAMME
(ESWP)
Program 6 bulan GP-PAST (Positive
berdasarkan Model Adolescent Sexuality Bagi remaja muda yang melakukan kesalahan
Pengurusan Kes bagi kecil yang berkaitan dengan geng
mengembangkan Treatment)
pemikiran pro-sosial bagi remaja yang Mengandungi sesi-sesi secara individu,
remaja dan kemahiran melakukan kesalahan berkumpulan dan bersama keluarga; melapor
seksual yang kurang diri secara sendiri dan berkala di SPF(polis).
hidup Sekatan-sekatan terhadap mana-mana orang
serius
(ahli-ahli geng) yang mana pesalah muda
tersebut mungkin berinteraksi

Remaja diberi Amaran Bersyarat dan bukan dihukum setelah berjaya menyelesaikan program dan
mengelakkan diri dari kesalahan

8.6.4 Jenis Kesalahan yang Boleh Melalui Diversion

Pada dasarnya hanya pelaku kanak-kanak yang terlibat dengan kesalahan-kesalahan
kecil sahaja yang boleh dipertimbangkan bagi Diversion. Antaranya adalah mencuri
(shoplifting);64 ceroboh jenayah;65 berhimpun secara tidak sah (secara pasif dan
bebas dari elemen kongsi gelap);66 pecah rumah;67 merompak68 atau mengugut,69
tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau keganasan dan mana-mana kesalahan
kecil yang disyorkan oleh polis. Dua lagi jenis kesalahan yang boleh dipertimbangkan

64 Seksyen 378, Kanun Keseksaan. 9. 296
65 Seksyen 441, Kanun Keseksaan.
66 Seksyen 141, Kanun Keseksaan.
67 Seksyen 445, Kanun Keseksaan.
68 Seksyen 390, Kanun Keseksaan.
69 Seksyen 383, Kanun Keseksaan.

10.

adalah perlakuan seks di bawah umur di antara dua orang di bawah umur dan
kesalahan merusuh tahap rendah.70

8.6.5 Pengajaran

Setelah bermulanya program Diversion pra-perbicaraan sejak tahun 1997, statistik-
statistik dan kajian-kajian yang dibuat di Singapura membuktikan bahawa program-
program ini telah berjaya untuk:-

a. Memulihkan pesalah muda bergantung bersesuaian dengan risiko-risiko dan
keperluan mereka yang berbeza;

b. Mengelakkan stigma terdedah kepada sistem pengadilan jenayah pada usia
muda; dan

c. Menjimatkan sumber Mahkamah dan membolehkan ia digunakan bagi
menampung perbelanjaan memulihkan orang muda yang berisiko lebih tinggi
untuk mengulang kesalahan semula.71

Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil daripada pengalaman pelaksanaan
program-program Diversion pra-perbicaraan di Singapura adalah:-

a. Mewujudkan Sebuah Jawatankuasa Khusus Peringkat Domestik untuk
Memantau Isu-Isu Berkaitan Dengan Permasalahan Kanak-kanak yang
mempunyai konflik dengan undang-undang

National Committee on Prevention, Rehabilitation and Recidivism (NCPR) merupakan
sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada April 2018 bagi tujuan memantau usaha-
usaha di peringkat nasional bagi mengurangkan perlakuan jenayah dan pengulangan

70 Seksyen 147, Kanun Keseksaan.
71 Maklumat mengenai tiga kesan positif utama program Diversion Pra -Perbicaraan ini boleh didapati
di mana-mana website atau dokumen rasmi MSF. Sebagai contoh, sebuah infografik rasmi boleh
dimuat turun di <file:///C:/Users/Admin/Downloads/MSF%20Pre-
Court%20Diversion%20Infographic_FA_Digital%20(1).pdf>

9. 297

10.

semula jenayah serta meningkatkan pemulihan pesalah-pesalah. Skop NCPR
termasuk kanak-kanak berisiko dan remaja dan juga pesalah.

Jawatankuasa ini dipengerusikan secara bersama oleh Menteri-menteri yang
mengetuai Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian
Sumber Manusia serta Menteri Kedua bagi Dalam Negeri. Ini merupakan suatu
langkah yang strategik bagi meletakkan kepentingan isu ini sebagai keutamaan
kerana di dalam permasalahan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan
undang-undang, ketiga-tiga Kementerian adalah berkait rapat. Di dalam konteks
Malaysia ia merupakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Manusia
khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam.

b. Mengadakan Triage System

Perlu diwujudkan satu lantikan bagi Pegawai Triage yang menjalankan kerja-kerja
penilaian seawal kanak-kanak ditangkap dan dibawa ke balai polis. Ini akan
memudahkan kedua-dua pihak polis dan Pendakwa Raya di dalam membuat
keputusan yang wajar tentang langkah seterusnya yang patut diambil dan bukan
sahaja menjimatkan masa tetapi mengurangkan kertas kerja dan proses yang terlibat.

c. Mengadakan Program Intervensi Khusus (Specialised) bagi Jenis
Kesalahan yang Khusus

Sepertimana di Singapura terdapat program-program khusus bagi kanak-kanak dan
remaja yang terlibat dengan perlakuan seks, mencuri dan aktiviti bersama geng,
program-program yang sama wajar juga diadakan di Malaysia agar kanak-kanak akan
mendapat intervensi sewajarnya bersesuaian dengan kecenderungan kesalahan
yang mereka lakukan serta memberi keyakinan kepada pihak polis dan Pendakwa
Raya untuk mengalihkan kanak-kanak dan tidak menuduh mereka di mahkamah.

9. 298

10.

8.7 RUMUSAN PERBANDINGAN AMALAN TERBAIK DI NEG

Jadual berikut merumuskan perbandingan asas-asas Diversion ya
kepada Diversion, dan jenis kesalahan yang layak dipertimba
penandaarasan:

Jadual 8.5 Perbandingan asas-asas Diversion di an

Peruntukan MALAYSIA NEW ZEALAND THAIL
Perundangan &
Garis Panduan Tiada. Children, Young Juvenile and
Persons and Their Court Act 19
Families Act 1989

SOP dalaman agensi. • Police Youth Aid and • Peraturan
Youth Development dan garis p
Operational garis pand
Guidelines 2013

• Alternative Actions
that Work: Guidelines
for Police Alternative
Action with Children
and Young People
2011

Had umur untuk 10 hingga 18 tahun. Diversion terpakai 18 tahun ke b
pengalihan kepada kepada kedua-dua
Diversion kumpulan ini ‘children’
(berusia 10-14 tahun)

1 Youth Justice Board for England and Wales. (2019, February
https://www.gov.uk/government/publications/national-standards-for-youth-justic

GARA-NEGARA PENANDAARASAN
ang meliputi peruntukan perundangan, had umur untuk pengalihan
angkan untuk Diversion di antara Malaysia dan negara-negara

ntara Malaysia dan negara-negara penandaarasan

LAND AUSTRALIA ENGLAND & SINGAPURA

d Family • Children, Youth and WALES Bahagian XVII Kanun
991 Families Act 2005 Prosedur Jenayah
(Victoria) • Children and Young Singapura hanya
n-peraturan Persons Act 1969 memperuntukkan
panduan- • Young Offenders Act Diversion bagi peringkat
duan DJOP 1997 (NSW) • Legal Aid Sentencing pasca-perbicaraan.
and Punishment of
bawah. • Young Offenders Act Offenders Act 2012 Tiada peruntukan
1993 (South Australia) (LASPO 2012) Diversion di peringkat
pra-perbicaraan

Victoria • Garispanduan dan 10 hingga 18 tahun.
standard untuk kanak-
kanak dalam sistem
keadilan kanak-kanak
yang dikeluarkan oleh
Youth Justice Board
(Dokumenyang terkini
dan masih terpakai
adalah Guidance
Standards for children
in the youth justice
system 2019)1

10 hingga 18 tahun.

10-18 tahun ketika
kesalahan dilakukan;
dan berusia tidak

25). Standards for children in the youth justice system. GOV.UK.
e-services.

299

MALAYSIA NEW ZEALAND THAIL

and ‘young persons’
(berusia 14 -18 tahun)

Jenis Kesalahan Amaran Polis • Tiada senarai khusus. Diverson pr
yang boleh • Kesalahan Trafik perbicaraan
dipertimbangkan • Atas pertimbangan
untuk Diversion dan Pendaftaran. sejajar dengan Kesalahan-k
pertimbangan tentang yang diangga
Amaran Keras Polis sifat kesalahan di dan boleh dih
& Program Intervensi dalam seksyen 209 dengan pem
CYPF 1989. bagi tempoh
• Kesalahan yang 5 tahun.
layak untuk diberi • Warning -umumnya
Amaran Polis, dilaksanakan bagi Diverson pa
tetapi di mana kesalahan-kesalahan perbicaraan
laporan diterima ringan.
polis. Kesalahan-k
• Alternative Action yang boleh d
• Semua kesalahan sehingga pen
di mana hukuman dan FGC maksimum s
adalah di bawah tahun.
14 tahun penjara dipertimbangkan jika
atau denda sahaja Warning dirasakan
(kecuali tidak memadai untuk
melibatkan mengendalikan kanak-
kesalahan kanak/orang muda
imigresen). yang melakukan
kesalahan.
• Rogol statutori.

LAND AUSTRALIA ENGLAND & SINGAPURA
WALES
melebihi 19 tahun ketika
prosiding di mahkamah
dimulakan bagi
kesalahan tersebut.

NSW

10-18 tahun ketika
kesalahan dilakukan;
dan berusia bawah 21
tahun ketika tindakan di
ambil di bawah Akta.

South Australia

Kanak-kanak berusia
10-18 tahun

ra- Victoria • Tiada senarai Kesalahan-kesalahan
n khusus tetapi Youth kecil sahaja yang boleh
Semua kesalahan • Offending Teams seperti :
kesalahan jenayah kecuali: dan polis akan
ap ringan merujuk kepada • Mencuri;
hukum • Kesalahan yang boleh Gravity/Skor Graviti. (shoplifting);
menjaraan dihukum dengan
maksimum hukuman minimum Hanya kes-kes yang • ceroboh jenayah;
atau tetap di bawah mempunyai Skor • berhimpun
asca- Road Safety Act Graviti bawah skor 4
n 1986. layak secara tidak sah,
dipertimbangkan (secara pasif dan
kesalahan • Kesalahan yang boleh untuk Diversion bebas dari
dihukum dihukum dengan seperti gangguan elemen kongsi
njara pembatalan atau ketenteraman awam, gelap);
selama 20 penggantungan lesen kesalahan berkaitan • pecah rumah;
memandu kenderaan kenderaan bermotor, • merompak atau
di bawah Road Safety kesalahan seksual mengugut,
Act 1986 &Sentencing dan dadah (ini tanpa melibatkan
Act 1991. tertakluk kepada sebarang
jenis dan sifat kecederaan atau
kesalahan tersebut keganasan;
juga) • perlakuan seks
di bawah umur di

NSW

300

MALAYSIA NEW ZEALAND THAIL

LAND AUSTRALIA ENGLAND & SINGAPURA
WALES
Kesalahan jenayah yang antara dua orang
dikategorikan sebagai di bawah umur;
summary offences atau • kesalahan
jenayah yang dinyatakan merusuh tahap
di bawah Bab 5 Criminal rendah; atau
Procedure Act 1986 • mana-mana
tidak termasuk: kesalahan kecil
• Kesalahan trafik oleh yang disyorkan
oleh polis
kanak-kanak berumur
16 tahun ke atas;
• Kesalahan yang
menyebabkan
kematian mana-mana
orang;
• Kesalahan seksual di
bawah seksyen
tertentu di dalam
Crimes Act 1900; dan
• Kesalahan-kesalahan
di bawah Drug Misuse
and Trafficking Act
1985 melainkan yang
dinyatakan sebaliknya
di bawah seksyen 2
dan seksyen 2A
Young Offenders Act
1997

South Australia

Terpakai bagi ‘kesalahan
kecil’ -suatu kesalahan,
yang pada pendapat
pegawai polis yang
menjalankan siasatan

301

Perbandingan seterusnya pula bertumpu kepada amalan-amalan
amalan semasa di Malaysia berhubung dengan Amaran Polis, Am
boleh dipertimbangkan sebagai asas kepada cadangan penambah

Jadual 8.6 Perbandingan Amalan Terbaik Berhubung deng

NEW ZEALAND THAILAND

KAEDAH • Sekiranya pegawai penguat
DIVERSION kuasa tersebut kurang pasti
tentang rekod kanak-kanak,
• Amaran sebuah Amaran Bersyarat
Polis akan diberi, dan kes akan
dirujuk kepada Police Youth
• Amaran Aid Officers (YAO).
Keras

n terbaik di negara-negara penandaarasan yang berbeza dengan

maran Tegas dan Program Intervensi. Amalan-amalan terbaik ini
hbaikan Diversion di Malaysia.

gan Amaran Polis, Amaran Keras dan Program Internvensi

AUSTRALIA ENGLAND & SINGAPURA

South Australia WALES

Pegawai polis diberi kuasa •Di bawah seksyen 66ZA
untuk memberi amaran secara Crime dan Disorder Act,
formal serta menjalankan polis boleh memberi
mana-mana satu atau lebih Youth Caution (Amaran
kuasa-kuasa berikut: berbentuk formal)
✓ mengehendaki kanak-
•disimpan dalam rekod
kanak membayar
pampasan kepada •polis mesti memastikan
mangsa; kanak-kanak terdapat
✓ mengehendaki kanak- bukti dan keterangan
kanak menjalankan yang cukup mengatakan
khidmat masyarakat bahawa kanak-kanak itu
dengan suatu tempoh boleh dituduh.
yang ditetapkan tidak
melebihi 75 jam; •Code of Practice for
✓ mengehendaki kanak- Youth Conditional
kanak tersebut Cautions (2019) telah
mengemukakan menggariskan kaedah
permohonan maaf kepada pelaksanaan Youth
mangsa; atau Conditional Caution.

• amaran dengan satu

atau lebih syarat yang
ditetapkan oleh seorang
pegawai polis atau
pegawai yang diberi
kuasa (lazimnya pegawai
Child Protection
Services).

•Sekiranya pesalah remaja
dapat memenuhi syarat
yang ditetapkan,
prosiding jenayah tidak
akan diteruskan.

•sekiranya syarat amaran
tersebut tidak dipenuhi,
prosiding jenayah akan

302

NEW ZEALAND THAILAND

• Program Alternative Actions Family Group
Diversion Conference/Persidangan
Tindakan alternatif yang boleh Kumpulan Keluarga
dilaksanakan adalah:

AUSTRALIA ENGLAND & SINGAPURA

✓ mengehendaki kanak- WALES
kanak melakukan apa-apa
perkara lain yang sesuai diteruskan untuk salah
mengikut keadaan kes. laku.

NSW

• Amaran keras boleh
diberikan oleh dua pihak
iaitu polis dan mahkamah.

• Bagi amaran keras
mahkamah, syarat-
syaratnya adalah:

✓ Kanak-kanak t telah
membuat pengakuan
salah;

✓ Tidak boleh diberikan
sekiranya telah
diberikan Amaran keras
melebihi 3 kali
(termasuk amaran keras
polis); dan

✓ Mahkamah selanjutnya
akan membatalkan
prosiding dan
memastikan sebarang
rekod cap jari, gambar
kanak-kanak bagi rekod
polis dihapuskan.

Persidangan Keluarga Community Resolution Guidance Program (GP)
(South Australia) atau Penyelesaian
Komuniti • Program Diversion pra-
• Persidangan keluarga akan perbicaraan selama 6
dihadiri oleh Penyelaras bulan bagi pesalah muda

303

NEW ZEALAND THAILAND

(i) Surat permohonan • Dilakukan selepas siasatan

maaf kepada mangsa; DJOP dan dengan

(ii) Pampasan; persetujuan Pendakwa

(iii) Derma kepada Raya dan kanak-kanak

sebuah tabung yang terlibat.

ditetapkan; • FGC dihadiri oleh mangsa,

(iv) Kerja-kerja komuniti; kanak-kanak yang

(v) Program atau sesi melakukan kesalahan, ibu

kaunseling; bapa atau saudara kanak-

(vi) Masuk semula ke kanak tersebut, pakar

sekolah atau ke sebuah psikologi, pekerja sosial,

program latihan; dan satu atau lebih wakil

(vii) Menetapkan waktu daripada komuniti, pengarah
curfew atau apa-apa sekatan
DJOP, pegawai polis
lain yang akan menjarakkan
penyiasat, seorang
kanak-kanak/orang muda
pendakwa raya dan
daripada kanak-kanak/orang
fasilitator persidangan.
muda lain yang mungkin
• Kedua-dua mangsa dan
memberi pengaruh buruk
kanak-kanak diberi peluang
kepada mereka
untuk menjelaskan dan

berkongsi pandangan dan

Family Group perasaan mereka
Conference/Persidangan
Kumpulan Keluarga • Antara kesepakatan yang

• Terdapat FGC yang berbeza boleh dicapai:
boleh dilakukan di peringkat ✓ Permohonan maaf;
pra-perbicaraan, semasa atau ✓ khidmat masyarakat;
pasca-perbicaraan, ✓ pampasan kewangan;
antaranya: ✓ penyeliaan oleh

✓ Child Offender FGC – DJOP yang boleh
Terpakai untuk kes-kes
yang melibatkan kanak- berlanjutan sehingga
kanak dipercayai
memerlukan jagaan dan 2 tahun dan secara
perlindungan
amnya memerlukan
✓ Intention to Charge
FGC – Terpakai di pertemuan berkala
tahap untuk kes-kes di
mana pihak polis dengan seorang
berhasrat untuk
mendakwa kanak-kanak pekerja sosial
di Mahkamah
/Pegawai Akhlak;
✓ pentahbisan kanak-

kanak tersebut

sebagai seorang

Sami Buddha; atau
✓ menulis esei tentang

akibat-akibat

kemudaratan yang

telah dilakukan serta

berjanji untuk

mengelakkan dari

AUSTRALIA ENGLAND & SINGAPURA

n Keadilan Belia (bertindak WALES yang telah ditangkap bagi
n selaku Pengerusi Sidang), kesalahan kecil.
a pesalah kanak-kanak, pihak • Kaedah penyelesaian di • Ia bertujuan untuk
k yang dijemput di bawah luar mahkamah yang membantu pesalah muda
seksyen 10 YOA 1993, dan tidak melibatkan proses untuk mewujudkan sikap
, wakil Pesuruhjaya Polis. kehakiman jenayah yang pro-sosial serta
g• formal kepada pesalah kemahiran-kemahiran
u Pesalah kanak-kanak juga remaja. hidup.
- berhak mendapatkan • Menekankan kepada
r nasihat daripada pengamal • Penyelesaian ini adalah pemulihan dan
, undang-undang ketika informal dan bukan kaunseling, dengan
l• persidangan. berkanun, dan pesalah penglibatan aktif ibu bapa.
h remaja tidak akan • Contoh GP-
s Kuasa Persidangan mempunyai rekod
g Keluarga yang jenayah sekiranya melalui ✓ GP (FRIENDS)
n diperuntukkan di bawah penyelesaian ini. berfokus kepada
YOA 1993 adalah:- kanak-kanak yang
n • Pendekatan ini berbeza terlibat dengan
g ✓ Memberi amaran mengikut lokaliti dan kesalahan seksual
n formal; lazimnya dlaksanakan sebagai sasaran.
n oleh pihak Polis pada
✓ Mengehendaki kanak- point-of –arrest ✓ Modul intervensi
g kanak tersebut memberi mencuri diadakan
aku janji untuk bagi menyediakan
membayar pampasan kanak-kanak dan
kepada mangsa; remaja dengan
kemahiran untuk
✓ khidmat masyarakat menghentikan tabiat
dengan suatu tempoh mencuri mereka
yang ditetapkan tidak
melebihi 300 jam; Enhanced Streetwise
Program (ESWP)
✓ permohonan maaf • Program Intervensi awal
kepada mangsa; atau
bersifat sukarela bagi
✓ Mengehendaki kanak- remaja yang terlibat
kanak melakukan apa- dengan geng.
apa perkara lain yang • Semasa berada di bawah
sesuai mengikut ESWP, seorang pekerja
keadaan kes. kes (case worker) akan
melibatkan remaja
Program ROPES (Victoria)- dengan sesi-sesi individu,
berkumpulan dan
• Program ini bersasar bersama keluarga.
kepada pesalah kanak- • Remaja akan dibimbing
kanak kali pertama. untuk melepaskan diri dari

• Kanak-kanak akan terlibat di 304
dalam program mendaki

NEW ZEALAND THAILAND

✓ Court-Referred FGC – aktiviti-aktiviti atau
FGC atas perintah orang-orang tertentu.
mahkamah semasa
perbicaraan • Ibu bapa juga boleh
dijadikan sebagai pihak di
• FGC melibatkan keluarga luas dalam perjanjian/akujanji
whanau
atau kanak-

kanak/orang muda boleh turut

serta dalam membincangkan

kesnya dan mencapai kata

putus tentang langkah yang

terbaik yang patut diambil.

• Perbezaan utama di antara
Alternative Action dan FGC

adalah dari segi amalan, di

mana mangsa kesalahan

akan dilibatkan dengan lebih

aktif dengan pelan yang

dibentuk melalui FGC.

AUSTRALIA ENGLAND & SINGAPURA
WALES
tembok (rock-climbing) atau geng, menyelesaikan
latihan tali serta program konflik dengan bertindak
pendidikan. secara pro-sosial dan
h membentuk hubungan
i yang sihat dengan rakan
sebaya yang lebih
Right Step (Victoria) bersikap positif

• Program yang khusus bagi
kanak-kanak yang terlibat
dalam kesalahan yang lebih
serius.

• Khususnya bagi menangani
isu kesihatan mental,
perpecahan keluarga,
penyalahgunaan dadah,
gelandangan, keciciran
pelajaran atau kekurangan
perhubungan sosial.

• Kanak-kanak terbabit akan
bertemu dengan Pengurus
kes setiap minggu selama 8
minggu.

305

Perbandingan selanjutnya merupakan amalan-amalan terbaik d
tindakan wajar yang boleh diperkenalkan bagi melancarkan serta m

Jadual 8.7 Perbandingan Amalan T

NEW ZEALAND THAILAND

TINDAKAN-
TINDAKAN WAJAR
LAIN YANG

✓ Sistem
Saringan

✓ Pewujudan Police Youth Aid Officers Department of Juvenile
Penyelaras Observation and Protection

di negara-negara penandaarasan berhubung dengan tindakan-
memantapkan lagi proses keseluruhan Diversion di Malaysia.

Terbaik Berhubung Tindakan Wajar

AUSTRALIA ENGLAND & SINGAPURA
WALES
Triage System (TS)
Vulnerable Persons
• Dilaksanakan di balai-
Assessment (VPA) oleh balai polis sejak Mac
YOT 2016 oleh Pejabat
Peguam Negara, MSF
dan SPF bagi kanak-
kanak dan remaja yang
ditangkap.

• Sistem triage ini juga
bertindak mengesan
permasalahan sosial di
peringkat awal dan
menghubungkan
pesalah muda dan
keluarga mereka
dengan khidmat-
khidmat sokongan
seperti Pusat Khidmat
Keluarga dan Pejabat
Khidmat Sosial.

• Sistem ini membantu
Pendakwa Raya
membuat keputusan
yang lebih tepat.

Di setiap wilayah, terdapat Youth Offending Teams National Committee on
n Penyelaras program yang (YOT) Prevention, Rehabilitation
and Recidivism (NCPR)
bertanggungjawab dalam
306

Program NEW ZEALAND • THAILAND
Diversion / •
Jawatankuasa Sebuah pasukan khas berfokus • Jabatan ini berada di
khusus/ hanya kepada kerja-kerja bawah Kementerian
Pasukan khas pencegahan jenayah dalam Kehakiman.
kalangan kanak-kanak/orang Pegawai-pegawai dilatih
muda, serta mengendalikan khusus untuk menangan
kes-kes mereka yang telah pun kes-kes berkaitan kanak
mempunyai konflik dengan kanak dan juvana.
undang-undang. Pegawai-pegawai tidak
terbeban dengan
tugasan-tugasan lain
yang melibatkan isu-isu
kanak-kanak yang lain.

✓ Publisiti

AUSTRALIA ENGLAND & SINGAPURA

penyelarasan proses, WALES Sebuah jawatankuasa
dokumentasi dan tindakan: yang ditubuhkan pada
• Merupakan satu • bagi tujuan memantau
h • Children’s Court Youth usaha-usaha di
ni Diversion Service pasukan terdiri daripada peringkat nasional bagi
k- (CCYD) (Victoria) mengurangkan
pelbagai agensi yang perlakuan jenayah dan
• Pentadbir Sidang pengulangan semula
Keadilan Belia (NSW) terdiri daripada sektor jenayah serta
meningkatkan
• Penyelaras Keadilan pendidikan, kesihatan, pemulihan pesalah-
Belia (South Australia) probation, penahanan pesalah.
Skop NCPR termasuk
dan polis. kanak-kanak berisiko
dan remaja dan juga
• memudahkan proses pesalah.
kerja dari segi logistik
YOT dan juga
koordinasi.



• Maklumat mengenai
tatacara, booklet,
laporan dan juga
penerangan mengenai
YOT, YJS dan juga
Diversion mudah
diperoleh melalui laman
sesawang, pamphlet,
booklet dan laporan

• Terdapat penyelarasan
maklumat di semua
peringkat dari Parlimen
sehinggalah ke YOT
tempatan.

307

BAB 9
KESIMPULAN

PENILAIAN
PELAKSANAAN

9. BAB 9
KESIMPULAN PENILAIAN PELAKSANAAN

9.1 PENILAIAN TIGA JENIS KAEDAH DIVERSION

9.1.1 Amaran Polis

Secara umumnya, Amaran Polis diterima oleh pegawai-pegawai di lapangan sebagai
satu langkah untuk mengalihkan kanak-kanak yang didapati bersalah melakukan
mana-mana lima kesalahan yang layak diberi Amaran Polis kerana kes-kes ini
merupakan kes yang tidak serius dan tidak memerlukan tindakan punitif yang keras
diambil.

Namun terdapat dua permasalahan yang perlu diatasi di dalam pelaksanaan Amaran
Polis di dalam Projek Rintis:

a. Ketiadaan Sistem Pendataan secara Digital
Maklum balas daripada pegawai-pegawai di lapangan serta ketua-ketua bahagian di
Bukit Aman dan di negeri serta statistik terperinci yang diperolehi daripada PDRM
mengesahkan ketiadaan Sistem Pendataan secara digital dan komprehensif bagi
tujuan merekod/mengesan kanak-kanak yang telah mengulang kesalahan. Maklumat
pengulangan tertera di Bab 6. Untuk perincian yang lebih lanjut, di antara kes-kes
pengulangan semula kesalahan, terdapat kanak-kanak yang melakukan kesalahan
berulang dua hari berturut-turut. Berikut ialah dua contoh kes secara terperinci di
mana pengulangan semula telah berlaku, tanpa tindakan susulan yang berkesan
diambil bagi menghalang kanak-kanak mengulangi kesalahan yang sama atau pun
melakukan kesalahan yang lain pula.

308

Jadual 9.1: Contoh Kes-Kes Amaran Polis yang Berulang

KES 1 Kanak- Umur Tarikh-tarikh Kesalahan
KES 2 Kanak 17 thn Kesalahan
AKMD 18/01/2020 Tidak memiliki lesen
16 thn memandu
MHIA 19/01/2020
06/03/2020 Gagal membawa dan
mengemukakan kad
15/03/2020 pengenalan
Tidak memiliki lesen
memandu; dan
Gagal membawa dan
mengemukakan kad
pengenalan

Keadaan ini menggambarkan masalah tentang keberkesanan pemberian Amaran
Polis kerana polis tidak dapat mengetahui sama ada kanak-kanak yang berhadapan
dengan mereka merupakan pesalah berulang kerana maklumat kesalahan terdahulu
tidak ada dengan polis. Anggota-anggota di lapangan juga tidak dimaklumkan
mengenai keperluan untuk mereka menggunakan budi bicara mereka dalam kes-kes
yang berulang. Perkara ini berlaku walaupun SOP Antara Agensi menyatakan bahawa
para pegawai boleh mengalihkan kes untuk dinilai bagi pelaksanaan Amaran Keras
atau Program Intervensi sekiranya mereka mendapati bahawa kes itu tidak sesuai
untuk Amaran Polis. Faktor ini dan kesukaran yang dihadapi untuk mengesan kes
berulang membawa implikasi kepada keberkesanan pelaksanaan Amaran Polis. Ia
sekali gus menjadi kurang efektif sebagai suatu langkah yang mendidik kanak-kanak
untuk tidak melakukan kesalahan. Kesan daripada ini juga, anggota-anggota polis di
lapangan terdorong untuk mempersoalkan keberkesanan Amaran Polis.

309

b. Pemberian Amaran Polis bagi Kesalahan-Kesalahan yang Tidak
Tergolong Layak bagi Amaran Polis

Statistik terperinci yang diperolehi daripada Bukit Aman juga merekodkan pemberian
Amaran Polis bagi kesalahan-kesalahan trafik lain selain daripada empat kesalahan
trafik yang tersenarai sebagai layak untuk diberikan Amaran Polis. Merujuk kepada
Jadual 5.1 di Bab 5 yang mengandungi bilangan keseluruhan Amaran Polis yang
dikeluarkan dari Disember 2019 hingga 31 Julai 2021, didapati bahawa Amaran Polis
turut diberikan bagi kesalahan-kesalahan seperti tidak memasang cermin belakang;1
tidak pamer “L” di hadapan kenderaan;2 tidak memberi laluan kepada kenderaan yang
berjalan terus sebelum melintasi laluan kenderaan;3 gagal mempamerkan nombor
pendaftaran/nombor tidak jelas atau mengelirukan /tidak mengikut saiz yang
ditetapkan.4 Terdapat juga kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan5
yang lazimnya layak untuk dipertimbangkan untuk diberikan Amaran Keras atau
dialihkan ke Program Intervensi. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah pihak polis
menggunakan budi bicara mereka di dalam kes-kes yang boleh dikompaun secara
umum kepada kanak-kanak juga dan tidak menghadkan kepada lima kesalahan yang
telah tersenarai di dalam SOP Antara Agensi dan SOP dalaman PDRM.

c. Pengeluaran Amaran Polis kepada Golongan yang Tidak Layak

Statistik PDRM juga merekodkan pemberian Amaran Polis kepada seorang kanak-
kanak berusia 9 tahun dan tiga orang yang sudah mencapai usia 18 tahun. Menurut
takrifan kanak-kanak di dalam Projek Rintis ini, kanak-kanak yang mempunyai konflik
dengan undang-undang mesti mencapai usia 10 tahun menurut seksyen 82 Kanun
Keseksaan. Oleh itu kanak-kanak yang berusia 9 tahun dikira belum mencapai usia
mampu melakukan kesalahan jenayah maka tidak wajar diberikan Amaran Polis.
Menurut takrifan kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, ia merujuk kepada

1 Ln170/59-021.
2 Pu(A)409/92-015(3)A.
3 R3(2)(b) LN166/59.
4 Seksyen 14 (1) APJ 1987.
5 Seksyen 42(1) APJ 1987.

310

mana-mana orang di bawah 18 tahun. Maka ketiga-tiga orang yang diberikan Amaran
Polis tidak wajar diberikan sedemikian kerana dianggap bukan lagi seorang kanak-
kanak. Kekeliruan ini mungkin berpunca dari takrifan ‘pesalah kanak-kanak’ di dalam
SOP Dalaman PDRM yang bermaksud ‘kanak-kanak yang berumur lapan belas
tahun ke bawah.’ Sewajarnya ia dinyatakan ‘kanak-kanak yang berumur di bawah
lapan belas tahun.’

9.1.2 Amaran Keras

Secara keseluruhan, pegawai-pegawai di lapangan berpendapat bahawa Amaran
Keras wajar dilaksanakan untuk kes-kes yang juga layak untuk Amaran Polis dan yang
dihukum dengan denda sahaja atau dengan pemenjaraan bagi tempoh kurang satu
tahun. Namun begitu, pegawai-pegawai tidak begitu setuju dengan pelaksanaan
Amaran Keras untuk kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan denda dan
pemenjaraan kurang 14 tahun, kes-kes narkotik dan juga rogol statutori. Sebaliknya,
mereka lebih bersetuju bahawa Program Intervensi lebih sesuai untuk kesalahan-
kesalahan ini dengan kes-kes narkotik dialihkan ke Program Intervensi yang
mengkhusus kepada pemulihan penagihan kanak-kanak.

Amaran Keras lazim diberikan kepada kanak-kanak yang melakukan kesalahan lebih
berat daripada kesalahan-kesalahan yang layak diberi Amaran Polis. Sejak Projek
Rintis Diversion berjalan, didapati bahawa jumlah pemberian Amaran Keras oleh
pihak PDRM jauh lebih rendah berbanding dengan Amaran Polis. Walaupun keadaan
ini dapat dijangka kerana kanak-kanak lebih cenderung melakukan kesalahan-
kesalahan yang ringan, namun Amaran Keras diadakan sebagai suatu tindakan yang
lebih serius agar kanak-kanak yang melakukan kesalahan yang lebih berat seperti
menunggang motosikal secara berbahaya dan memudaratkan orang lain boleh
mendapat kesedaran dan menjadi insaf apabila dikenakan Amaran Keras.
Sementelahan pula, kesalahan-kesalahan yang layak diberi Amaran Polis jika diulangi
wajar dikenakan Amaran Keras. Tindakan ini adalah sebagai langkah susulan agar
kanak-kanak tidak merasakan seolah-olah Amaran Polis hanyalah sekadar amaran
dan tidak memberi sebarang kesan kepadanya. Namun begitu, seperti yang
dinyatakan dalam Bab 6, ini tidak berlaku kerana anggota-anggota polis di lapangan
tidak dilatih bahawa mereka boleh menilai kes menurut budi bicara mereka. Jumlah

311

Amaran Keras bagi keseluruhan lokasi rintis adalah terlalu kecil iaitu 9 kes sahaja
untuk tempoh setahun setengah dan ini menggambarkan bahawa terdapat isu-isu
mengenai sifat dan prosedur kaedah ini yang perlu diperketat lagi agar pihak PDRM
dan TPR lebih terdorong untuk mempertimbangkan kaedah ini.

Bagi pihak PDRM, terdapat kekangan-kekangan yang memberi kesan kepada
keberkesanan pengeluaran Borang Amaran Keras. Pertama ialah kerjasama daripada
ibu bapa/penjaga kanak-kanak semasa dipanggil ke balai polis untuk tujuan
pengeluaran Borang Amaran Keras. Ini merupakan tuntutan SOP, namun ada kalanya
ibu bapa/penjaga enggan datang ke balai dan memberi kerjasama. Kedua adalah
kekangan infrastruktur, di mana polis tidak boleh menahan kanak-kanak sama ada di
tempat kejadian/balai polis sementara menunggu kehadiran ibu bapa/penjaga kerana
tidak ada tempat yang sesuai bagi menempatkan kanak-kanak di balai. Selain
daripada menjejaskan penugasan polis, kekangan ini juga tidak memberi impak yang
bermakna kepada kanak-kanak dan mendedahkan mereka kepada pengulangan
semula.

Pihak polis juga ada mengutarakan isu berkenaan KPI yang pada masa ini,
berdasarkan kadar kes-kes yang dibawa TPR ke mahkamah. Mereka melihat
pelaksanaan Amaran Keras sebagai sesuatu kekangan terhadap prestasi mereka.
Petunjuk Prestasi Utama mereka juga terkesan kerana pengeluaran keputusan
mengambil tempoh yang lama kerana TPR perlu memanjangkan IP ke PPN atau ke
ibu pejabat di Putrajaya. Hal ini menyebabkan pelangkauan tempoh yang ditetapkan
di dalam SOP serta menyebabkan banyak fail yang tidak ditutup untuk tempoh yang
agak lama.

Berkenaan hal ini, TPR juga menyatakan bahawa ianya memakan masa yang lama
dan menambah beban kertas kerja memandangkan TPR perlu menyediakan
ringkasan kes bagi setiap fail untuk rujukan pihak penilai.

312

9.1.3 Program Intervensi

Program Intervensi dilihat sebagai suatu langkah positif dalam usaha mengubah sikap
dan kelakuan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang kerana
ia berasaskan pendekatan-pendekatan yang membina sahsiah kanak-kanak tersebut
melalui pelbagai program dan pendekatan yang dirangka khusus untuk setiap kanak-
kanak yang terlibat. Bagi kesemua kanak-kanak yang sudah melalui atau sedang
melalui Program Intervensi, mereka telah menunjukkan perubahan sikap yang ketara,
sama ada dari segi peribadi dengan ahli keluarga mahupun sikap terhadap pentingnya
pelajaran bagi bekalan mereka untuk masa hadapan. Pegawai-pegawai di lapangan
bersetuju dengan pelaksanaan Program Intervensi bagi skop kesalahan yang sedia
ada, termasuk kesalahan yang boleh dihukum dengan denda dan pemenjaraan tidak
melebihi 14 tahun dan rogol statutori.

Kekangan utama oleh JKM, selaku pihak pengendali utama, dalam menjalankan
Program Intervensi ialah jumlah pegawai yang tidak mencukupi. Garis masa JKM
untuk mengembalikan LPR telah ditetapkan dalam tempoh 7 hari bekerja. Namun,
seperti yang dinyatakan sebelum ini, tempoh tersebut sukar dipenuhi. Setakat 30 April
2021, terdapat 29 kes yang telah melampaui 7 hari bekerja dari tarikh menerima
permohonan penilaian risiko hingga penghantaran LPR. Antara sebabnya ialah
komitmen dan kesediaan klien untuk hadir temu janji; dan situasi pandemik Covid-19
yang mengancam keselamatan klien dan menyekat pergerakan klien.

JKM juga mengalami kesukaran apabila tempoh yang diambil oleh TPR melangkaui
tempoh masa yang ditetapkan SOP. Garis masa untuk keputusan TPR dikemukakan
kepada JKM bagi menjalani intervensi Diversion telah ditetapkan dalam tempoh 14
hari bekerja. Setakat 30 April 2021, terdapat 38 bilangan kes yang telah melangkaui
14 hari bekerja apabila JKM menerima keputusan TPR. Antara kesan terhadap klien
ialah umurnya menjadi lebih daripada 18 tahun, sukar untuk mereka menentukan hala
tuju, mereka terdedah kepada ketidakpatuhan intervensi yang telah dirancang dan
sukar untuk mereka menilai kesan intervensi Diversion yang dijalankan.

313

Para Pegawai Akhlak juga ada menekankan kepentingan komunikasi secara rasmi.
Terdapat 4 bilangan kes yang dimaklumkan keputusan oleh TPR kepada JKM melalui
telefon tanpa menggunakan borang yang ditetapkan (Borang 5). Ini memberi kesan
kepada dokumentasi kes dan sukar untuk membuat semakan bagi kes berulang. Ini
sebenarnya tidak wajar berlaku kerana SOP memperuntukkan dengan jelas bahawa
komunikasi harus dibuat secara e-mel atau diminitkan seperti komunikasi antara
PDRM dan TPR.

Bagi Program Intervensi, PDRM telah mengalami satu keadaan di mana perkara ini
tidak ada dasar dan panduan khusus di dalam SOP. Ini berlaku dalam satu kes di
mana kanak-kanak yang berumur 13 tahun disiasat di bawah seksyen 323 KK
(kesalahan mencederakan orang) di Daerah Sepang, Selangor. Pihak JKM telah
menolak permohonan kanak-kanak untuk dimasukkan ke Program Intervensi kerana
tempat tinggal kanak-kanak tersebut di Kuala Lumpur yang tidak terlibat dalam 3
daerah yang menjalankan Projek Rintis Diversion. Bagi pihak JKM pula, mereka
menolak kerana mereka rasa akan timbul kesukaran bagi kanak-kanak untuk
mematuhi syarat-syarat Program Intervensi, terutama sekali untuk menjalani program-
program yang ditetapkan secara berkala kerana masalah logistik di antara Sepang
dan Kuala Lumpur. Selain itu, mereka juga merasakan bahawa proses mendapatkan
LPR agak sukar kerana mereka terpaksa bertindak sebagai orang tengah untuk
kesemua agensi yang terlibat akibat tiadanya pangkalan data integrasi bagi kesemua
pihak. Pihak polis terpaksa meluangkan masa untuk mendapatkan dan
menyampaikan LPR secara fizikal. TPR juga memaklumkan tentang penambahan
beban kertas kerja kerana mereka perlu menghantar fail-fail kepada pihak PPN atau
ke ibu pejabat AGC di Putrajaya.

Isu berkenaan KPI yang dibincangkan dalam Bab 6 diutarakan pihak polis berkaitan
Program Intervensi. Pihak polis turut mencadangkan bagi kanak-kanak yang dialihkan
tetapi tidak hadir/gagal mengikuti Program Intervensi tanpa sebarang alasan yang
munasabah, wajar diteruskan pertuduhan terhadapnya atas arahan TPR mengikut
peruntukan undang-undang yang sedia ada.

314

9.2 PENILAIAN PENERIMAAN AGENSI-AGENSI TERLIBAT

Pada dasarnya, kesemua agensi yang terlibat, terutama sekali TPR dan JKM, akur
bahawa Projek Rintis Diversion bagi kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan
undang-undang ialah satu langkah yang bermanfaat bagi memelihara kepentingan
terbaik bagi kanak-kanak, tertakluk kepada syarat bahawa kekangan-kekangan yang
dihadapi dapat diatasi. Umumnya, pihak TPR dan JKM merasakan bahawa terdapat
banyak kes yang kanak-kanak sebenarnya tidak wajar dituduh di mahkamah sebelum
ini, namun tiada pilihan lain kerana belum ada sistem gantian selain daripada
prosedur-prosedur konvensional yang telah diamalkan bertahun-tahun lamanya.

Walaupun mereka bersetuju dengan konsep Diversion secara umumnya seperti yang
telah diutarakan dalam Bab 6, pada tahap Projek Rintis Diversion ini, masih ada antara
pihak polis yang tidak begitu yakin dengan keberkesanan kaedah-kaedah Diversion
kerana ramai yang bertanggapan bahawa kanak-kanak akan lebih insaf dan
mendapat pengajaran apabila dituduh, melalui proses perbicaraan dan dijatuhi
hukum. Apabila dimaklumkan tentang jumlah kajian yang banyak yang membuktikan
bahawa kanak-kanak yang terlibat dengan sistem keadilan jenayah, terutama sekali
mereka yang telah dikendalikan secara negatif, lebih cenderung untuk mengulangi
kesalahan sama ada yang sama atau yang lebih berat, para anggota PDRM mengakui
bahawa mereka tidak diberitahu terlebih dahulu mengenai maklumat seperti ini.
Mereka hanya diarahkan untuk melaksanakan langkah-langkah Diversion tanpa
mempunyai kefahaman dan pengetahuan yang mencukupi serta menyeluruh tentang
aspirasi, kebaikan dan manfaatnya. Bagi anggota PDRM yang mengendalikan
Amaran Polis pula, ada antara mereka yang berpendapat bahawa apabila kanak-
kanak disaman mereka lebih terkesan berbanding dengan setakat diberi Borang
Amaran Polis. Kedua-dua pendapat ini menunjukkan bahawa kelemahan yang timbul
adalah bukan kerana sifat kaedah itu sendiri tetapi kelemahan dari segi perancangan
sumber manusia dan infrastruktur serta cara pengendalian kaedah-kaedah ini.

Bagi pegawai-pegawai penyiasat PDRM pula, mereka merasakan bahawa apabila
mereka diarahkan untuk mengalihkan kanak-kanak secara kaedah Diversion, ia
seolah-olah tidak memperakui kerja keras mereka semasa menyediakan IP terutama
sekali apabila kesalahan tersebut jelas mempunyai mangsa dan banyak masa dan

315

tenaga telah digunakan untuk berjumpa, merakam keterangan dan sebagainya.
Kejayaan penugasan bagi mereka adalah apabila sesuatu kesalahan berjaya dituduh
dan berakhir dengan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah. Sikap ini dapat
difahami kerana ia merupakan asas latihan mereka dalam sistem polis bertahun-tahun
lamanya dan didokongi pula oleh KPI kerja mereka, yang antara lainnya,
berlandaskan jumlah tuduhan yang dibuat. Sikap dan tanggapan ini dapat diubah
sekiranya mereka diberi penerangan dan latihan yang mencukupi tentang asas dan
prinsip Diversion itu sendiri dan juga mengubah KPI penyiasatan dalam menerima
arahan TPR untuk mengalihkan kanak-kanak sebagai satu bentuk pengakhiran
(‘closure’) yang setaraf dengan kes-kes yang berjaya dituduh di mahkamah.

9.3 PENILAIAN PENERIMAAN KETUA-KETUA KOMUNITI, PENGELOLA
PERKHIDMATAN PENGADILAN, KANAK-KANAK DAN AHLI KELUARGA

Secara umumnya, semua golongan yang ditemu bual menerima Diversion sebagai
alternatif kepada sistem pengadilan jenayah yang ada dengan hati terbuka. Pendirian
ini berpaksi kepada dapatan umum yang merasakan bahawa proses-proses yang
terlibat di dalam sistem pengadilan jenayah adalah lazimnya keras dan tidak sesuai di
dalam pengendalian kanak-kanak yang belum mencapai kematangan yang
sewajarnya. Sistem pengadilan jenayah hanya sesuai kepada golongan kanak-kanak
yang lazim dianggap incorrigible atau sering terdorong melakukan kesalahan dan
memerlukan pendekatan yang lebih serius bagi memulihkan mereka.

Kebanyakan responden merasakan bahawa punca yang lazim mendorong kanak-
kanak terlibat dengan salah laku adalah keadaan keluarga yang tidak kondusif kepada
pembesaran dan pemantauan mereka sebagai kanak-kanak; rasa ingin mencuba
yang kuat; terpengaruh dengan rakan-rakan atau mereka yang mereka hormati; jati
diri yang tidak kuat dan kadar kematangan yang tidak cukup untuk membuat penilaian
yang sewajarnya. Ini menjadikan kanak-kanak wajar diberi peluang kedua agar boleh
berubah ke arah kebaikan dan pendekatan Diversion dan bukan pendedahan kepada
unsur-unsur negatif di dalam sistem pengadilan jenayah yang mampu berperanan ke
arah ini. Kanak-kanak turut berpendapat bahawa pendekatan Diversion yang diambil
mesti sesuatu yang boleh memberi pengajaran dan bukan setakat sesuatu intervensi
minimal. Pada pendapat mereka, apabila kanak-kanak melakukan sesuatu yang salah

316

atau tidak bertanggungjawab, mereka mesti belajar daripada pengalaman tersebut
supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan.

Para pengelola perkhidmatan pengadilan yang berpengalaman lama dengan kanak-
kanak yang ‘bermasalah’ merasakan berdasarkan pengalaman mereka, ada kanak-
kanak yang hadir di mahkamah bagi tuduhan atau berakhir di institusi merupakan
kanak-kanak yang tidak bernasib baik dan sering berada di tempat yang salah pada
waktu yang salah (being at the wrong place at the wrong time) lalu terjebak sama
dengan natijah yang berlaku. Kejadian ini amat malang sekali dan jika intervensi tidak
berlaku sebaik mungkin, dari kanak-kanak yang tiada firasat berbuat salah boleh
menjadi kanak-kanak yang terdorong membuat kesalahan kerana terdedah kepada
pengaruh negatif yang ada di dalam proses sistem yang konvensional. Prinsip ini
lazim dikenali sebagai ‘contamination’ atau pencemaran. Dengan adanya pendekatan
Diversion, kes-kes seperti ini mampu ditapis dengan lebih berkesan sebelum kanak-
kanak dikendalikan dengan lebih lanjut di dalam sistem.

Golongan komuniti pula terbukti pernah menggunakan kaedah intervensi Diversion
secara tidak rasmi namun membuahkan hasil yang bernas. Contoh-contoh khusus
telah diperincikan di dalam Bab 7. Bagi ketua-ketua kampung dan guru-guru, mereka
turut merasakan bahawa intervensi di peringkat awal tanpa melibatkan pihak polis
mampu memberi kesedaran kepada kanak-kanak tetapi memerlukan penglibatan dari
ibu bapa dan ahli komuniti agar ianya berkesan. Dengan adanya kekangan sumber
tenaga manusia di pihak berkuasa, tentunya menjadi satu pendekatan yang baik jika
golongan komuniti yang terdiri daripada guru-guru, ketua-ketua kampung, imam-imam
dan ahli jawatankuasa masjid, ahli jawatankuasa penduduk dan kejiranan turut
memberi kerjasama dan diserapkan di dalam usaha-usaha intervensi terhadap kanak-
kanak yang terlibat dengan salah laku. Selain itu, responden juga turut mencadangkan
badan bukan kerajaan dan ahli komuniti yang mempunyai kepakaran dalam bidang
yang berkaitan dengan pemulihan kanak-kanak ini juga sepatutnya turun padang
membantu Program Intervensi ini.

317

9.4 PENILAIAN KAPASITI DAN KEUPAYAAN SUMBER

9.4.1 Pangkalan Data

Kajian yang telah dilaksanakan sehingga peringkat ini mengesahkan bahawa masalah
ketiadaan data mewujudkan satu kekangan untuk memastikan kelancaran dan
keberkesanan Projek Rintis Diversion. Masalah pangkalan data ini berlaku pada
kedua-dua peringkat kerja di lapangan dan juga pentadbiran antara ketiga-tiga agensi
yang terlibat dalam proses Projek Rintis Diversion ini.

Ketiadaan sistem pangkalan data dalam bentuk Aplikasi di atas talian bagi Amaran
Polis bukan sekadar menjejaskan sistem perekodan kes, malahan lebih penting lagi,
ia melonggarkan pelaksanaan kaedah Amaran Polis itu sendiri. Seperti yang
dinyatakan dalam Bab 5 laporan ini, kes-kes pengulangan semula bagi kanak-kanak
yang sudah diberi Amaran Polis tidak akan dapat dikesan.

Seperti juga yang telah dibincangkan dalam Bab 6, terdapat keperluan untuk satu
sistem pendataan yang komprehensif secara digital untuk kegunaan agensi
berkenaan iaitu KPWKM, AGC, PDRM dan JKM bagi tujuan rekod, semakan dan
pengesanan kedudukan status seseorang kanak-kanak dan kertas siasatan. Dengan
adanya Sistem Pendataan yang komprehensif dan di atas talian, ia membolehkan
kerjasama yang lebih bersepadu antara ketiga-tiga agensi dan juga dapat
mengurangkan keperluan kertas kerja dan dokumentasi yang berlebihan dan
memakan masa. Seperti contoh masalah yang dihadapi oleh Bahagian Siasatan
Jenayah IPD Sepang, mereka terpaksa membawa Kertas Siasatan secara bersemuka
ke pejabat TPR di Shah Alam, Selangor kerana ketiadaan pejabat TPR di Sepang
maka arahan TPR perlu diperolehi dari PPN Selangor. Proses ini bukan sahaja
membazir waktu tetapi tenaga kerja pegawai-pegawai polis yang terlibat.

Kesan daripada ketiadaan satu Sistem Pendataan yang komprehensif juga
menyebabkan kesukaran untuk memastikan kesahihan data berkenaan kes-kes yang
terlibat dengan Program Diversion. Sebagai contoh, semasa data mengenai kes
Amaran Keras diperolehi daripada dua agensi yang terlibat iaitu PDRM dan AGC,
terdapat percanggahan data berkenaan jumlah kes yang ketara kerana sehingga 31

318

Mac 2021, PDRM merekodkan 8 kes Amaran Keras yang sudah diberikan dan
kesemua kes adalah di Sepang, manakala AGC melaporkan setakat 21 Mei 2021,
terdapat hanya satu kes yang diarahkan untuk diberi Amaran Keras di Port Dickson.
Ketiadaan kes di Port Dickson dalam data PDRM dapat difahami kerana data PDRM
adalah sehingga 31 Mac 2021 dan mungkin satu kes yang sudah diluluskan di Port
Dickson belum lagi dimaklumkan kepada PDRM semasa data PDRM dikumpul.
Namun, ketiadaan 8 kes Amaran Keras yang sudah diberikan oleh PDRM dalam rekod
data AGC adalah agak menghairankan kerana mengikut arahan dalaman AGC,
kesemua kes mesti dirujuk kepada ibu pejabat AGC di Putrajaya sebelum sebarang
arahan boleh diberikan oleh TPR lokasi rintis.

Dengan adanya sistem pendataan yang bersepadu secara digital juga akan
membantu pihak JKM di dalam membuat penilaian risiko bagi seseorang kanak-kanak
yang sedang dinilai. Sebagai contoh, sekiranya seorang kanak-kanak didapati ada
rekod mendapat Amaran Polis beberapa kali, ini memungkinkan pengalihan secara
Program Intervensi lebih sesuai jika berbanding dengan Amaran Keras yang lazimnya
tidak ada langkah sokongan atau pengukuhan sahsiah bagi kanak-kanak.

9.4.2 Bilangan Pegawai

Secara umumnya, keperluan bilangan pegawai ialah berbeza bergantung kepada
kaedah tertentu. Sebagai contoh, Amaran Polis sememangnya memerlukan
anggota/pegawai yang ramai di lapangan kerana kadar kanak-kanak yang
mempunyai konflik dengan undang-undang bagi kesalahan-kesalahan yang layak
diberi Amaran Polis adalah jauh lebih ramai daripada kanak-kanak yang melakukan
kesalahan-kesalahan yang layak dipertimbangkan untuk Amaran Keras dan
Program Intervensi. Pihak PDRM tidak mempunyai kekangan bagi kaedah ini dari
segi bilangan pegawai. Bagi kedua-dua kaedah yang lain juga tidak ada kekangan
khusus dalam bilangan pegawai.

Pihak TPR juga tidak mengutarakan kekangan yang khusus mengenai bilangan
pegawai dan ini berkemungkinan juga kerana bilangan kes yang memerlukan
pertimbangan TPR adalah tidak banyak di lokasi-lokasi rintis yang terlibat.

319

Kekangan bilangan pegawai paling dirasai oleh pihak JKM kerana mereka yang perlu
melaksanakan penilaian-penilaian secara berperingkat bagi setiap kanak-kanak dan
mereka terbeban dengan tugasan lain selain daripada kes-kes Diversion. Ini juga
menyebabkan kelewatan berlaku dalam mematuhi tempoh masa yang telah
ditetapkan bagi penilaian dan penyediaan laporan yang diperlukan. Pihak PDRM
memberi contoh berlakunya situasi di mana kertas siasatan terbengkalai kerana
maklum balas LPR kanak-kanak daripada JKM melangkaui garis masa yang telah
ditetapkan dan tiada mekanisme penyelarasan dan pemantauan yang efektif. Pada
masa yang sama, Pegawai Akhlak juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab
mengendalikan program-program yang sudah bermula selama tempoh tidak melebihi
enam bulan dan memantau kanak-kanak setelah selesai tempoh tersebut.

9.4.3 Latihan

Kedua-dua hasil dapatan daripada kajian soal selidik dan lapangan jelas menunjukkan
bahawa kekurangan latihan dan pendedahan tentang Program Diversion secara
umumnya dan kaedah-kaedah Diversion secara khususnya kepada pegawai-pegawai
di lapangan merupakan satu fakta yang banyak mempengaruhi tahap kefahaman,
sikap dan amalan ketiga-tiga agensi yang terlibat dengan Projek Rintis Diversion. Bagi
PDRM, hanya pegawai-pegawai kanan dan ketua-ketua bahagian sahaja yang pernah
menghadiri taklimat antara agensi (inter-agency) yang diadakan di Putrajaya tidak
lama sebelum Projek Rintis bermula, iaitu pada bulan November dan awal Disember
2019. Kedua-dua latihan/taklimat ini lebih bersifat Training of Trainers (TOT) dan
menurut perancangan KPWKM, latihan-latihan dalaman (intra-agency) sepatutnya
diadakan selepas kedua-dua latihan Training of Trainers tersebut. Hanya JKM sahaja
yang berjaya mengadakan latihan dalaman tersebut manakala AGC atau khususnya
unit TPR tidak mengadakan sebarang latihan.

Ini menjejaskan kefahaman tentang kebaikan Program Diversion secara umumnya
serta sikap dan amalan akan turut terjejas tanpa pemahaman yang menyeluruh
tentang Program Diversion, terutama sekali tentang aspirasi, dasar, prinsip dan
kebaikan-kebaikan mengalihkan kanak-kanak daripada sistem keadilan jenayah
konvensional yang lazim menjadi amalan bertahun-tahun lamanya.

320

Kefahaman tentang kaedah-kaedah Diversion juga tidak mantap walaupun mereka
sendiri terlibat dengan kaedah tersebut secara langsung dan kekurangan kefahaman
lebih nyata apabila berkenaan kaedah yang mereka tidak terlibat secara langsung.
Contohnya, para anggota/pegawai trafik mempunyai pengetahuan yang terhad
tentang Program Intervensi dan pihak JKM mengalami perkara yang sama dengan
Amaran Polis. Pengetahuan dan kefahaman tentang semua kaedah adalah penting
agar kesinambungan berlaku apabila melaksanakan kesemua kaedah bagi
kepentingan terbaik kanak-kanak.

Amalan-amalan yang dibuat adalah berdasarkan arahan daripada pihak atasan dan
dilaksanakan dalam kerangka amalan sistem yang lazim dilakukan. Ini juga
menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dalam amalan yang dilaksanakan
antara agensi yang sama. Sebagai satu contoh, terdapat sebuah Ibu Pejabat Daerah
PDRM (IPD PDRM) rintis yang tidak mengamalkan pemberian salinan Amaran Polis
kepada ibu bapa sedangkan ia merupakan prosedur khusus bagi pemberian Amaran
Polis dan diamalkan oleh dua IPD PDRM rintis yang lain.

9.4.4 Prosedur Operasi Standard (SOP)

SOP merupakan dokumen yang sangat penting kerana ia memastikan tatacara kerja,
koordinasi dan kolaborasi antara pegawai dalam agensi sendiri dan agensi luar
berlaku secara sempurna. SOP hendaklah jelas dan tatacara kerja mesti
memperuntukkan aliran dan jangka masa proses yang bersesuaian dengan sumber
kerja yang ada. Terdapat SOP antara agensi bagi Projek Rintis Diversion yang
menjadi dokumen rujukan asas bagi kesemua agensi terlibat. Namun, dapatan kajian
menunjukkan bahawa SOP tersebut perlu disemak semula untuk mengambil kira
pengalaman pelaksana Projek Rintis terutama sekali dari segi tempoh masa yang
diperuntukkan.

SOP dalaman bagi setiap agensi juga amat diperlukan supaya proses kerja menjadi
selaras tidak kira di mana lokasi Program Diversion dibuat. Kajian ini mendapati
bahawa hanya PDRM dan JKM yang mempunyai SOP dalaman khusus bagi
memastikan tatacara kerja konsisten untuk setiap kaedah yang berkaitan. Dapatan
kajian menunjukkan dengan adanya SOP dalaman ini, ia sangat membantu pihak

321

PDRM terutama sekali Ketua-Ketua Bahagian untuk mengarah dan memantau anak
buah mereka untuk melaksanakan prosedur-prosedur bagi kaedah-kaedah yang
berbeza. Walaupun ada kesilapan proses, namun ianya tidak ketara dengan adanya
SOP dalaman bagi PDRM.

Tiada SOP dalaman yang khusus bagi TPR. Oleh itu, berlakunya ketidakselarasan
kerja semasa pertimbangan dibuat. Ada lokasi yang TPR Daerah akan merujuk
kepada Pejabat Pendakwaan Negeri yang kemudiannya akan merujuk pula kepada
Ibu Pejabat Pendakwa Raya, Unit Kesalahan Kanak-Kanak dan Keganasan Domestik
yang akan memberi arahan selanjutnya. Ada lokasi lain yang akan berhenti setakat
Pejabat Pendakwaan Negeri sahaja tanpa memerlukan rujukan seterusnya. Keadaan
ini jelas menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk suatu SOP dalaman yang
dirangka khusus bagi mengendalikan kes-kes Diversion ini supaya tidak berlaku
percanggahan prosedur. Ia juga memberi keyakinan kepada pihak TPR bahawa
pertimbangan bagi kes melibatkan kanak-kanak adalah tidak sama dengan kes yang
melibatkan orang dewasa. SOP dalaman yang lengkap juga akan membantu TPR
lokasi untuk mengendalikan kes dengan lebih yakin tanpa perlu merujuk kepada
pegawai kanan yang lain apabila tidak pasti dengan tindakan yang perlu diambil.

Pihak JKM walaupun mempunyai sebuah SOP dalaman namun ia kurang terperinci
dan pegawai-Pegawai Akhlak melaksanakan tatacara kerja berlandaskan 8 Prosedur
Kerja yang ada mengenai Projek Rintis Diversion yang tidak menetapkan langkah-
langkah kerja secara terperinci. Pegawai-Pegawai Akhlak yang telah ditemu bual
menyatakan bahawa mereka menyempurnakan tugas berasaskan fahaman umum
sebagai seorang Pegawai Akhlak untuk memelihara kepentingan dan kebajikan
kanak-kanak dan orang muda yang diamanahkan kepada mereka. Walaupun ini jelas
membuahkan hasil di lokasi-lokasi rintis yang terlibat, keperluan untuk SOP dalaman
yang terperinci bagi setiap peringkat kerja dan bagi setiap Program Intervensi perlu
dibentuk dan dirangka khusus agar mana-mana Pegawai Akhlak yang
bertanggungjawab bagi sesuatu kes dapat melaksanakan tanggungjawab dengan
sesempurna yang mungkin kerana mereka mempunyai panduan yang jelas. Langkah
ini akan memastikan bahawa Program Diversion akan berjaya kerana ia bersifat
‘system-based’ dan bukannya ‘champion-based.’ Sebuah program yang bersifat
‘system-based’ akan berlangsung dan berterusan mengikut sistem yang jelas dan

322

nyata sedangkan program yang bersifat ‘champion-based’ akan bergantung kepada
individu yang melaksanakannya.

SOP antara agensi yang kini digunakan juga perlu ditambahbaik dengan penjelasan
secara terperinci tentang perkara seperti had bilangan Amaran Polis berulang untuk
kes yang sama untuk membolehkan anggota dan pegawai polis di lapangan untuk
membuat penilaian sepatutnya berkenaan sama ada sesuatu kes wajar dirujuk untuk
penilaian Amaran Keras oleh TPR.

9.4.5 Sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

Dalam kalangan polis, pelaksanaan proses Amaran Keras dan Program Intervensi
menjejaskan aliran kerja mereka di bahagian penyiasatan. Berbeza dengan TPR dan
Pegawai Akhlak, kerja pegawai penyiasat terkesan dari aspek tempoh masa yang
panjang diambil oleh proses-proses yang terlibat dalam prosedur kerja program
Diversion. Pihak polis memaklumkan bahawa aliran kerja mereka tersangkut dengan
proses-proses bagi Diversion dan prestasi kerja mereka terkesan apabila kes tidak
dapat dimuktamadkan. Pegawai yang menyiasat kes terpaksa memegang IP
sekurang-kurangnya enam bulan sehingga kanak-kanak tersebut tamat Program
Intervensi. Apabila PKP dilaksanakan, tempoh ini akan berlanjutan lebih lama. Di
samping itu, prestasi mereka dalam suatu tahun dinilai menurut kadar kes yang
dituduh oleh TPR di mahkamah. Pelaksanaan Amaran Keras dan pengalihan kanak-
kanak ke Program Intervensi tidak diambil kira untuk penilaian. Hal ini membuahkan
kekecewaan dalam kalangan polis di mana terdapat sasaran bilangan tuduhan
bulanan yang perlu dicapai, contohnya bagi kes rogol, mereka perlu mendapatkan
80% daripada kes yang disiasat berakhir dengan tuduhan. Oleh yang demikian, satu
pengecualian khusus sewajarnya diadakan bagi kes-kes yang dialihkan secara
kaedah Diversion dan dikira sebagai muktamad juga sama seperti kes yang dituduh.

323

9.5 PENILAIAN KEPERLUAN PINDAAN PERUNDANGAN

Salah satu persoalan yang lazim diutarakan dalam perbincangan mengenai Diversion
ialah sama ada perlu peruntukan khas bagi menjalankan amalan-amalan berkaitan
Diversion bagi membolehkan pelaksanaan dibuat dengan lebih berkesan. Terdapat
perbezaan mengenai keperluan ini dari segi amalan di negara-negara lain. Di
Singapura contohnya, mengalihkan kanak-kanak melalui kaedah Diversion sudah
lama dibuat dan dikira berjaya walaupun tidak ada perundangan khusus bagi
pelaksanaannya. Di Australia dan New Zealand, kebanyakan undang-undang
berkaitan dengan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang telah
memasukkan peruntukan mengenai Diversion dalam undang-undang mereka.
Umumnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa ramai pegawai daripada setiap
agensi terutamanya PDRM merasakan bahawa terdapat keperluan bagi pindaan
perundangan berdasarkan dua tujuan utama.

Pertama, terdapat keperluan untuk peruntukan yang memberi punca kuasa yang
khusus kepada PDRM bagi menjalankan prosedur Diversion dan bukan prosedur
pentadbiran jenayah seperti yang lazim diamalkan. Setakat ini, hanya TPR yang
mempunyai kuasa am yang besar di bawah Perkara 145(3), Perlembagaan
Persekutuan untuk memulakan, mengendalikan dan menghentikan sebarang
prosiding jenayah. Lazimnya, polis mempunyai kuasa tangkapan, penahanan dan
penyiasatan untuk mana-mana kesalahan seperti diberi oleh Akta Polis 1967 dan
Kanun Prosedur Jenayah. Setakat ini, tidak ada kuasa khusus bagi polis untuk
mengalihkan mana-mana kanak-kanak daripada prosedur keadilan jenayah biasa dan
menggantikannya dengan tindakan alternatif yang lain. Amalan Diversion yang
dijalankan dalam tempoh Projek Rintis adalah dengan menggunakan kuasa budi
bicara yang dianggap wujud (inherent) mengikut tetapan undang-undang common,6
serta menggunakan kuasa pentadbiran di bawah persetujuan antara agensi-agensi
yang terlibat dan juga arahan daripada Ketua Polis Negara. Dengan adanya
peruntukan khusus, contohnya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, ia bukan sahaja

6 Sebagai contoh, walaupun polis mempunyai kuasa untuk menyaman tuanpunya kenderaan yang
memparkir kereta di tempat-tempatan jalanraya umum mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,
lazimnya polis tidak berbuat demikian pada hari Jumaat sewaktu solat Jumaat berjalan dan ramai yang
memparkir kereta di jalanraya awam sehingga 2 atau 4 lorong. Ini berlaku kerana polis menggunakan
budibicara yang ada bagi memberi kelonggaran semasa waktu solat Jumaat yang wajib ditunaikan oleh
para lelaki yang beragama Islam.

324

menggalakkan pihak anggota dan pegawai polis untuk lebih cenderung menggunakan
langkah-langkah alternatif apabila mengendalikan kes-kes berkaitan dengan kanak-
kanak, malahan ia dapat mengelakkan tohmahan dibuat, bukan sahaja terhadap pihak
PDRM tetapi juga pihak TPR, terutama sekali bagi kesalahan-kesalahan yang bersifat
mempunyai mangsa yang khusus dan merupakan pengadu bagi kesalahan terhadap
mereka.

Kedua, beberapa anggota dan pegawai polis daripada BSJ juga mengusulkan agar
diadakan peruntukan khusus yang menyenaraikan jenis-jenis kesalahan yang boleh
dialihkan. Mereka berpendapat bahawa selain daripada golongan kes-kes yang sedia
ada, wajar dimasukkan kesalahan-kesalahan khusus di bawah Akta Kesalahan
Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, selaras dengan peningkatan kesalahan-
kesalahan bersifat seksual dalam kalangan kanak-kanak yang pada masa ini tidak
boleh dipertimbangkan kerana hukuman yang diperuntukkan berat sedangkan
kesalahan tersebut lazim dilakukan kanak-kanak seperti amang seksual fizikal atau
bukan fizikal.

Sebagai kesimpulan, disarankan dua pendekatan yang boleh dipertimbangkan.
Pertama, sekiranya sebuah penggubalan akta khusus mengenai Diversion diadakan,
ia mesti dibuat setelah kajian terperinci dibuat setelah mengambil kira pengalaman-
pengalaman dari negara-negera yang mempunyai peruntukan-peruntukan khusus
mengenai Diversion. Kekuatan sebuah akta yang bersifat ‘stand-alone’ adalah ia
mampu mengandungi segala hal-hal yang perlu ada di dalam pelaksanaan Diversion
yang berkesan seperti berikut:-

a. Senarai kesalahan-kesalahan yang layak dipertimbangkan;
b. Kaedah-kaedah yang wajar menurut kategori kesalahan yang

diperuntukkan;
c. Kesan kepada kanak-kanak setelah kaedah Diversion diguna pakai;
d. Punca-punca kuasa yang jelas bagi agensi yang terlibat;
e. Tatacara dalaman yang jelas bagi setiap agensi agar jelas memberikan

pengecualian dari proses kerja melibatkan pesalah dewasa;
f. Tatacara antara agensi yang jelas dan bersepadu;

325

g. Kebenaran penglibatan golongan komuniti yang bertanggungjawab bagi
menjalankan Diversion di peringkat komuniti dan sekolah; dan

h. Peruntukan umum yang menjadikan akta ini mengatasi akta-akta
mengenai jenayah dan tatacara jenayah yang ada.

Kedua adalah meminda akta yang sedia ada iaitu Akta Kanak-Kanak 2001 yang
terpakai kepada semua kanak-kanak di Malaysia tidak mengira status mereka.
Kekuatan pindaan akta terletak kepada mengadakan peruntukan-peruntukan umum
yang dipanggil ‘enabling provisions’ yang membolehkan pendekatan Diversion dibuat
dengan lebih kelonggaran tanpa terikat kepada peruntukan undang-undang yang
bersifat rigid. Namun, keberkesanan kepada pendekatan ini terletak kepada keperluan
utama bagi garis panduan-garis panduan yang jitu dan terperinci dirangka agar segala
tindakan dapat diambil dengan yakin dan teratur. Prasarana-prasarana yang
bersesuaian juga perlu dipertingkatkan bagi membolehkan kaedah Diversion dibuat
sebagaimana dirancang.

9.6 PENILAIAN STRATEGI KOMUNIKASI BAGI MENINGKATKAN
KESEDARAN DAN PENERIMAAN KOMUNITI DAN ORANG AWAM
TERHADAP PROGRAM DIVERSION

Meningkatkan kesedaran serta penerimaan komuniti setempat dan orang awam
terhadap program Diversion ini adalah antara kunci kepada kejayaan program ini.
Perkara ini dapat dilihat di negara-negara seperti New Zealand, England dan Wales,
Australia dan juga Singapura. Malah, berdasarkan kajian, responden-responden juga
bersetuju bahawa pemerkasaan komunikasi adalah sangat penting dalam
meningkatkan kesedaran dan penerimaan Diversion. Bagi meningkatkan kesedaran
dan penerimaan komuniti dan orang awam terhadap Diversion, terdapat juga
keperluan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan
orang awam tentang kepentingan mematuhi undang-undang bagi memastikan
keselamatan seluruh anggota masyarakat terpelihara.

Berikut adalah antara cadangan-cadangan bagi strategi komunikasi yang boleh
dilaksanakan bagi mencapai tujuan-tujuan di atas:-

326

9.6.1 Kesedaran terhadap Hak Kanak-Kanak dan Pengalaman yang
Ditempuhi Kanak-Kanak yang Mempunyai Konflik dengan Undang-
Undang

Sebelum sebarang penerangan mengenai Diversion dilakukan, adalah lebih wajar
untuk menerangkan mengenai hak seorang kanak-kanak dan juga pengalaman yang
ditempuhi kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang di Malaysia.
Sekiranya kita menekankan tentang kewujudan Program Diversion tanpa
meningkatkan kesedaran terhadap hak kanak-kanak dan pengalaman kanak-kanak
yang mempunyai konflik dengan undang-undang tersebut, mungkin masyarakat akan
tersalah faham atau akan terdapat “backlash” seperti menganggap Diversion itu
sebagai satu peluang untuk kanak-kanak yang telah membuat salah laku untuk
mengelak daripada diadili melalui proses pengadilan formal yang sedia ada. Diversion
boleh diperkenalkan semasa menerangkan proses pengadilan seorang kanak-kanak
itu. Penerangan ini adalah amat penting untuk masyarakat dan komuniti setempat
secara umumnya kerana sekiranya masyarakat mengetahui dan memahami tentang
hak kanak-kanak dan proses pengadilan keadilan kanak yang mempunyai konflik
dengan undang-undang, secara langsung masyarakat dan komuniti setempat juga
akan memahami peranan dan tanggungjawab mereka dalam membantu memulihkan
kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang ini.

9.6.2 Advokasi di Tempat-Tempat Awam

Untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai hak kanak-kanak, sistem pengadilan
kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang dan juga Diversion,
advokasi di tempat-tempat awam boleh diadakan seperti meletakkankan brosur dan
poster infografik di lobi, mengadakan pesanan khidmat masyarakat melalui
Pendengaran awam atau “public hearing” atau menayangkan video di tempat-tempat
menunggu awam seperti di hospital, perhentian bas, LRT dan stesen-stesen
pengangkutan awam. Selain itu, kempen kesedaran juga boleh dilakukan seperti
dalam bulan menyambut Hari Kanak-Kanak dan juga membuat “roadshow.”

327

9.6.3 Mengenalpasti Individu-Individu, Badan-badan dan Agensi-Agensi yang
Mempunyai Kepakaran Khusus

Untuk menjayakan program Diversion ini, pemegang taruh juga boleh mengenalpasti
individu-individu, badan-badan dan agensi-agensi yang dapat mempunyai kepakaran
dan berkongsi ilmu, pengalaman dan input kepada masyarakat dan komuniti
setempat mengenai Hak Kanak-kanak, Sistem Pengadilan Kanak-Kanak yang
mempunyai konflik dengan undang-undang dan program Diversion ini dengan
mengadakan ceramah, webinar dan kempen secara fizikal mahupun menggunakan
media semasa. Tujuannya agar mereka dapat berkongsi ilmu , pengalaman dan input
kepada komuniti tentang Hak Kanak-Kanak, sistem pengadilan kanak-kanak yang
mempunyai konflik dengan undang-undang dan Program Diversion

Selain topik hak kanak-kanak, sistem pengadilan kanak-kanak yang mempunyai
konflik dengan undang-undang dan program Diversion adalah penting juga untuk
masyarakat dan komuniti setempat didedahkan dengan prinsip kerahsiaan kerana
apabila menangani kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang ,
prinsip kerahsiaan adalah amat penting untuk mengelakkan stigma dan penlabelan
yang boleh menjejaskan masa depan kanak-kanak tersebut.

9.6.4 Memperkasakan Laman Sesawang Agensi-Agensi yang Terlibat

Peranan laman sesawang agensi-agensi terlibat juga adalah penting sebagai media
komunikasi. Ini kerana laman sesawang agensi ini akan menjadi salah satu sumber
rujukan utama masyarakat awam untuk mendapatkan maklumat mengenai sistem
pengadilan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang dan juga
Diversion ini. Di England dan Wales, semua maklumat mengenai Diversion dapat
diperoleh dari laman sesawang agensi terlibat sama ada dari segi perundangan,
prosedur, pihak berkuasa terlibat dan nombor dan emel yang boleh dihubungi
sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. Maklumat tidak terhad hanya di laman
sesawang agensi-agensi terlibat tetapi juga laman sesawang NGO. Brosur, infografik
dan carta aliran juga boleh didapati untuk maklumat orang awam. Laman sesawang
agensi-agensi juga perlulah mesra pengguna dan maklumat mudah dicapai.

328

9.6.5 Menggunakan Media Sosial
Antara strategi yang paling berkesan adalah menggunakan media sosial seperti
Facebook, Instagram, TikTok dan Whatsapp untuk menyampaikan kempen
kesedaran dan maklumat berkaitan hak kanak-kanak, sistem dan proses pengadilan
kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang dan juga mengenai
Diversion. Video berdurasi pendek dan juga poster infografik dapat ditularkan dengan
mudah. Ini merupakan cara yang terbaik memandangkan rata-rata masyarakat dari
pelbagai peringkat umur menggunakan media sosial.

Sebagai contoh, pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dan
maklumat mengenai vaksin Covid-19 melalui media sosial yang membolehkan
kerajaan mencapai sasaran untuk memberi vaksinasi 80% rakyat Malaysia untuk
menjadikan imuniti berkelompok. Dapat dilihat pelbagai kempen kesedaran telah
dilakukan melalui segala media sosial utama. Ini juga termasuk iklan di televisyen.

Gambar 9.1

Gambar di atas adalah contoh pesanan khidmat masyarakat mengenai Sindir Badan
ataupun Body Shaming yang dibuat oleh RTM melalui media sosial RTM. Artis dan
juga social influencer juga boleh dijemput untuk bersama menjayakan kempen atau
pesanan khidmat masyarakat mengenai hak kanak-kanak, sistem dan proses
pengadilan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang dan juga
Diversion.

329

9.6.6 Melibatkan Social Influencer dan Selebriti dalam Usaha Advokasi dan
juga Program Intervensi Diversion

Penglibatan Social Influencer dan artis selebriti bukan sahaja terhad di media sosial
malah mereka juga boleh terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti advokasi mengenai
hak kanak-kanak, sistem dan proses pengadilan kanak-kanak yang mempunyai
konflik dengan undang-undang dan juga Diversion. Berdasarkan dapatan kajian,
“Social Influencer” dan selebriti merupakan antara pengaruh yang kuat bagi kanak-
kanak. Ini disokong oleh guru-guru dan kanak-kanak dari Majlis Perwakilan Kanak-
Kanak.

Agensi-agensi yang terlibat boleh mengadakan kerjasama bersama-sama “Social
Influencer” dan artis selebriti ini dalam menjalankan aktiviti-aktiviti advokasi dan juga
Program Intervensi. Ini akan memberi motivasi dan semangat kepada kanak-kanak
yang terlibat dengan program-program advokasi dan intervensi. Penglibatan mereka
bukan terhad kepada advokasi tetapi juga dalam Program Intervensi.

Ada guru yang berkongsi bahawa terdapat seorang selebriti yang terlibat dalam
membuat program bersama-sama pelajar sekolahnya dan mengikuti perkembangan
kanak-kanak yang mengalami masalah disiplin dan membimbing kanak-kanak
tersebut. Pada hemat guru tersebut ia membuahkan hasil positif dan dapat membantu
kanak-kanak yang bermasalah tersebut.

9.6.7 Penglibatan Guru-Guru Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru
(PIBG)

PIBG dan sekolah boleh bekerjasama untuk mengadakan seminar atau webinar
mengenai hak kanak-kanak, sistem dan proses pengadilan kanak-kanak yang
mempunyai konflik dengan undang-undang dan juga Diversion. Melalui seminar atau
webinar ini guru-guru juga dapat berkongsi idea untuk menyelesaikan masalah kanak-
kanak yang terlibat dalam jenayah dan berbincang tentang usaha-usaha yang boleh
dilakukan untuk mengatasi penglibatan kanak-kanak ini dalam jenayah atau
pengulangan penglibatan mereka di dalam jenayah. Selain itu, mereka juga boleh

330

memikirkan program-program yang boleh dicadangkan untuk pemulihan atau
Program Intervensi.

9.6.8 Program Ops Didik yang Dianjurkan oleh Pegawai Perhubungan
Awam BPJKK dan Sekolah-Sekolah

Ops Didik merupakan sebuah program yang dilaksanakan oleh Pegawai
Perhubungan Awam BPJKK dan sekolah secara aktif. Ops Didik ini juga boleh menjadi
salah satu platform bagi kesedaran, pemahaman tentang sistem pengadilan kanak-
kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang dan juga penerimaan
Diversion di kalangan guru-guru dan juga kanak-kanak. Namun, apabila menerangkan
Diversion kepada kanak-kanak, penekanan seharusnya diberi terhadap proses dan
sistem pengadilan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang
sebelum menerangkan tentang Diversion secara berhati-hati untuk mengelakkan
kanak-kanak melihat Diversion sebagai jalan untuk mengelak dari sistem pengadilan
pesalah yang konvensional. Kanak-kanak juga perlu diajar mengenai tanggungjawab
mematuhi undang-undang untuk kebaikan bersama dan hak-hak mereka sebagai
kanak-kanak.

9.6.9 Topik mengenai Hak Kanak-Kanak, Sistem Pengadilan Kanak-
Kanak yang Mempunyai Konflik dengan Undang-Undang dan
Diversion Diajar melalui Pendidikan Sivik

Selain daripada program-program di luar kelas, topik mengenai tanggungjawab dan
hak kanak-kanak, sistem pengadilan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan
undang-undang dan Diversion boleh juga diajar melalui Pendidikan Sivik sebagai satu
topik di dalam kurikulum.

331

9.6.10 Program Kesedaran dengan Kerjasama Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Setiap universiti mempunyai program-program Service-Based Learning (SULAM) dan
jaringan masyarakat. Sebagai salah satu cara, agensi-agensi boleh bekerjasama
dengan IPTA/IPTS untuk menghasilkan program advokasi mengenai Hak Kanak-
Kanak, Sistem Pengadilan Kanak-Kanak yang mempunyai konflik dengan undang-
undang dan Diversion. Ini akan menjadikan program itu bermanfaat kepada bukan
sahaja masyarakat, tetapi kepada agensi dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS itu sendiri.

9.6.11 Menjadikan Hak Kanak-Kanak, Sistem Pengadilan Kanak-Kanak
yang Mempunyai Konflik dengan Undang-Undang dan Diversion
sebagai Satu Topik dalam Seminar atau Webinar Keibubapaan

Salah satu cadangan adalah menjadikan topik Hak Kanak-Kanak, Sistem Pengadilan
Kanak-Kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang dan Diversion dalam
seminar atau webinar keibubapaan seperti mana dibuat untuk kesihatan mental dan
topik-topik keibubapaan yang lain. Oleh yang demikian, penceramah dan kaunselor
mengenai keibubapaan juga perlu diberikan pendedahan tentang topik ini kerana
mereka juga boleh menjadi medium komunikasi untuk meningkatkan kesedaran
mengenai Hak Kanak-Kanak, Sistem Pengadilan Kanak-Kanak yang mempunyai
konflik dengan undang-undang dan Diversion dan penerimaan terhadap topik-topik
ini.

9.6.12 Peranan Para Ahli Politik

Tidak dapat dinafikan, politik mempunyai pengaruh dalam masyarakat setempat dan
boleh menyatukan sesuatu komuniti tersebut atau memecahkan komuniti tersebut.
Oleh yang demikian, ahli politik juga boleh berganding tenaga dengan komuniti
setempat untuk lebih fokus kepada permasalahan dan bukan menekankan agenda
politik dalam menyokong pelaksanaan program Diversion termasuklah bekerjasama
dengan badan-badan berkaitan untuk mengadakan program-program yang boleh
dimasukkan ke dalam Program Intervensi dan juga mengadakan satu usaha untuk

332

memastikan kanak-kanak ini diterima masuk kembali ke dalam masyarakat dengan
mewujudkan program berunsur “after-care.”

9.6.13 Mengenalpasti Kekuatan Individu di dalam Komuniti Tersebut
Komuniti-komuniti terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pelbagai
personaliti, latar belakang dan kekuatan tersendiri. Dengan mengenalpasti individu-
individu yang mempunyai kekuatan dan kebolehan untuk membantu menangani
masalah-masalah berkaitan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-
undang ini, dapat memperkasakan komuniti tersebut dan membantu untuk
menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan kanak-kanak yang mempunyai
konflik dengan undang-undang ini. Kadangkala, kanak-kanak lebih senang dengan
pendekatan individu daripada pendekatan berkelompok.
Dapat disimpulkan di sini, masyarakat perlu bekerjasama untuk menjayakan program
Diversion ini dan tidak hanya bergantung kepada pemegang taruh sistem pengadilan
kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang sahaja. Strategi-
strategi di atas adalah lebih bersifat holistik dan kerjasama secara kolektif.

333


Click to View FlipBook Version