KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT MALAYSIA
(KPWKM)
KAJIAN
PELUANG PEKERJAAN
ORANG KURANG UPAYA
(OKU) DI MALAYSIA
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
KAJIAN PELUANG PEKERJAAN ORANG
KURANG UPAYA (OKU) DI MALAYSIA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
MALAYSIA
i
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pengenalan: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran Orang
Kurang Upaya (OKU) dalam bidang pekerjaan yang sekali gus dapat membantu banyak
pihak; golongan OKU, majikan, keluarga OKU khususnya, dan masyarakat serta negara
umumnya. Golongan OKU adalah merupakan sebahagian daripada kita. Mereka terdiri
daripada ahli keluarga, ahli komuniti atau setidak-tidaknya ahli masyarakat kita. OKU
dianggarkan merangkumi 15% daripada populasi penduduk dunia. Di Malaysia, seramai
549,554 OKU telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (data Jun 2019),
di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Pelbagai isu berkaitan OKU sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat, terutama
mereka yang sentiasa berada di sekeliling OKU. Antara isu penting yang menjadi tumpuan
adalah peluang pekerjaan OKU di Malaysia.
Malaysia sudah mempunyai dasar dan perundangan untuk OKU. Namun, masih lemah
daripada sudut pelaksanaan. Ini terbukti kerana dasar 1% peluang pekerjaan dalam
perkhidmatan awam kepada OKU masih belum dapat dipenuhi sehingga kini dan juga tiada
tindakan yang dibuat kepada majikan atau agensi kerajaan yang tidak menggaji OKU.
Pendekatan Kajian: Kajian ini menggunakan beberapa pendekatan utama bagi
pengumpulan data. Kaedah kaji selidik menggunakan borang soal selidik, sorotan kajian
berkaitan peluang pekerjaan OKU, Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan
penandaarasan dengan negara Australia dan Thailand adalah antara pendekatan utama
yang telah diambil. Pengumpulan data yang menggunakan borang soal selidik melibatkan
seramai 756 OKU, 289 ahli keluarga dan 386 ahli masyarakat dan 426 majikan. Kesemua
data dan maklumat yang diperoleh dikaji dan dianalisis melalui beberapa teknik dengan
menggunakan perisian SPSS dan Atlas ti.
Penemuan Hasil Soal Selidik: Kajian peluang pekerjaan OKU mendapati terdapat masalah
dalaman dan luaran yang mereka hadapi di tempat kerja. Dari segi dalaman, masalah utama
ialah kurang yakin pada diri sendiri, dan juga berasa tidak mampu untuk bekerja. Ini juga
disebabkan oleh tahap pendidikan OKU, kerana kebanyakan OKU tiada pendidikan formal.
Sementara masalah luaran adalah sokongan dan kemudahan ke tempat kerja. Penemuan
mendapati lebih ramai OKU bekerja sepenuh masa tanpa mengira jenis pekerjaan.
Sebahagian besar OKU yang bekerja tetap (98%) bekerja sepenuh masa, manakala lebih
80% daripada mereka yang bekerja secara kontrak turut bekerja sepenuh masa.
Kebanyakan responden OKU bekerja di sektor swasta (46%), diikuti dengan bekerja sendiri
sebanyak 21% dan bekerja di sektor awam sebanyak 16%. Hampir 9% daripada responden
OKU bekerja dengan keluarga dan 8% bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Separuh daripada responden OKU yang berpendapat mereka boleh bekerja, sedang
mencari pekerjaan manakala separuh lagi berpendapat mereka boleh bekerja tetapi tidak
mahu mencari pekerjaan. Antara alasan yang sering diberikan oleh OKU berkenaan adalah
mereka ‘kurang yakin’ dengan kebolehan diri sendiri, dan ‘ada komitmen lain’.
Purata pendapatan kasar bagi OKU yang bekerja adalah rendah iaitu sebanyak RM1,560
sebulan. Kebanyakan responden (91%) berada dalam kategori B40 iaitu bergaji kurang
daripada RM3,860 sebulan. Didapati bahawa keadaan tempat kerja yang paling baik untuk
OKU adalah di sektor NGO kerana 88% daripada responden menyatakan majikan mereka
i
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
menyediakan kemudahan yang sangat mesra OKU. Manakala bengkel terlindung juga
didapati bagus dalam menyediakan kemudahan seperti yang dinyatakan oleh 43%
responden OKU. Persekitaran tempat kerja yang paling tidak mesra bagi OKU adalah di
sektor swasta, terutamanya di premis perniagaan keluarga dan perniagaan sendiri masing-
masing 64% dan 55%. Kesemua responden OKU yang bekerja di bengkel terlindung
menyatakan bahawa majikan mereka menyediakan tandas mesra OKU, dan 67% daripada
mereka juga menyatakan majikan di bengkel terlindung menyediakan laluan khas dan
tempat parkir kepada pekerja OKU. Responden OKU yang bekerja di sektor NGO pula
menyatakan majikan mereka menyediakan jadual waktu fleksibel kepada pekerja OKU
(sebanyak 74%) di samping tandas mesra OKU (81%) dan laluan khas dan tempat parkir
untuk pekerja OKU (69%). Antara motivasi utama OKU untuk bekerja adalah kerana mahu
‘berdikari’ (66.3%), diikuti dengan motivasi kedua untuk ‘membantu keluarga’ (57%) dan
motivasi ketiga adalah untuk ‘menyara keluarga’ (52%).
Hanya 39% daripada kesemua responden OKU mengetahui tentang Skim Penggajian OKU
(SPOKU) atau JobsMalaysia dan daripada jumlah itu, hanya 16% pernah menggunakannya
untuk membuat permohonan pekerjaan. Hasil kajian juga mendapati, semakin tinggi
kelayakan akademik seseorang OKU, semakin sukar untuk dia mendapatkan peluang
pekerjaan yang sejajar dengan kelulusannya dan korelasi ini amat ketara. Hal ini mungkin
disebabkan oleh dua faktor: (1) jenis pekerjaan yang ditawarkan, dan (2) persepsi
masyarakat. Terdapat lapan faktor-faktor yang telah dikenal pasti oleh ahli keluarga OKU
sebagai cabaran utama yang dihadapi oleh OKU sebelum memohon pekerjaan. Akses ke
tempat temu duga (16.1%) dan kesihatan (15.1%) telah dikenal pasti sebagai faktor-faktor
utama diikuti dengan kemudahan fizikal untuk OKU (14%), lokasi (14%), pengangkutan
(12.7%) dan insentif kewangan (11.4%).
Penemuan daripada pihak majikan pula, mereka tidak diberi pendedahan tentang kelebihan
atau insentif yang diberi oleh kerajaan jika mereka menggaji OKU, dan tiada kesedaran
untuk mengambil OKU bekerja. Bagi majikan yang menggaji OKU, kebanyakan mereka
tiada masalah, malah mereka mengatakan dengan menggaji OKU dapat meningkatkan
produktiviti pekerja lain.
Terdapat dua sebab utama syarikat/institusi menggaji OKU iaitu pekerja OKU itu sendiri
mempunyai kelayakan atau kemahiran yang diperlukan oleh syarikat/institusi dan majikan
melihatnya sebagai sumbangan sosial syarikat/institusi mereka. Sejumlah 91% majikan
yang menggaji OKU sebenarnya tidak mempunyai dasar rasmi untuk menggaji mereka.
Walau bagaimanapun, hampir 43% daripada mereka merancang untuk membuat dasar
rasmi dalam masa terdekat ataupun dalam beberapa tahun lagi. Mereka juga menyatakan
institusi mereka tidak dapat memberi kemudahan yang diperlukan dan juga kurang
maklumat tentang OKU menyebabkan syarikat atau institusi mereka tidak mengambil OKU
sebagai pekerja. Pekerja OKU tidak dapat menyesuaikan diri di tempat kerja adalah alasan
utama bagi majikan yang pernah menggaji OKU tetapi tidak lagi mengambil pekerja OKU
bekerja di tempat mereka.
Kebanyakan majikan di semua sektor atau industri, sama ada yang sedang atau pernah
menggaji OKU, tiada kaedah tertentu yang digunakan dalam merekrut pekerja OKU.
Penyertaan pameran kerjaya bukan merupakan kaedah yang utama bagi majikan swasta.
Bagi sektor swasta, syarikat mereka mendapat kerjasama daripada organisasi yang
ii
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
berkaitan dengan OKU untuk mendapat pekerja OKU. Ada juga yang berhubung dengan
kolej, institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah atau pusat vokasional dalam urusan merekrut
pekerja OKU. Untuk majikan kerajaan, mereka mendapat kerjasama daripada Pihak
Berkuasa Melantik (PBM). Kebanyakan majikan menyatakan pekerjaan yang sesuai bagi
OKU adalah pekerjaan di bawah kumpulan (i) perkhidmatan, pekerja kedai atau jurujual; (ii)
pekerjaan asas; atau (iii) perkeranian. Hanya sebilangan kecil sahaja yang menyatakan
golongan OKU boleh bekerja sebagai pekerja profesional, dan terhad kepada guru atau
pensyarah.
Penemuan daripada pihak keluarga dan masyarakat juga didapati agak menarik. Mereka
beranggapan OKU perlu lebih diberi peluang dan juga bantuan sokongan untuk
membolehkan OKU bekerja. Terdapat juga keluarga yang risau tentang keselamatan
anaknya menyebabkan mereka enggan membenarkan anak mereka bekerja di luar.
Persekitaran adalah elemen yang sangat penting bagi membantu OKU bersaing dalam
pasaran kerja. Masalah kesedaran menjadi isu dan pemasalahan utama dalam hasil kajian
ini. Sikap dan penerimaan persekitaran amatlah penting bagi membantu OKU mencapai
kehidupan yang lebih baik. Masyarakat lebih menyokong OKU untuk bekerja jika
dibandingkan dengan ahli keluarga OKU itu sendiri iaitu 98% berbanding dengan 72%.
Penemuan Hasil FGD: Berhubung FGD, sebanyak empat zon atau lokasi kumpulan
perbincangan telah berjaya dilakukan. Sesi FGD di setiap zon telah melibatkan 15-25 ahli
panel/wakil jemputan yang merupakan pemegang taruh yang telah dikenal pasti berkaitan
dengan kebolehpasaran OKU dalam sektor guna tenaga. Semua maklumat ini telah
dianalisis menggunakan perisian Atalas.ti dan sebahagian penemuan terutamanya
mengenai isu-isu yang dibangkitkan dipaparkan dalam laporan.
Penemuan Sistem Pangkalan Data: Kajian mendapati satu sistem pangkalan data yang
berkesan perlu dibangunkan untuk kemudahan golongan OKU di Malaysia mendapatkan
peluang pekerjaan. Dalam hal ini, ‘Sistem Padanan Peluang Pekerjaan Kurang Upaya
(S3PKP)’ dikemukakan. S3PKP merupakan sistem yang meningkatkan kesedaran
mengenai OKU dan membolehkan OKU mendapat semua maklumat. Maklumat tersebut
termasuklah mengenai pekerjaan, program, sokongan dan lain-lain, mendapatkan
pekerjaan, membolehkan majikan mengiklankan pekerjaan kosong, majikan merekrut calon
pekerja yang sesuai, majikan mendapatkan bimbingan dan informasi daripada agensi-
agensi yang berkenaan, membolehkan agensi menyebarkan maklumat mengenai pekerjaan,
program, sokongan dan lain-lain (pelepasan cukai berganda, Elaun Pekerja Cacat (EPC)
dll.), dan juga membuat pendekatan yang sesuai kepada OKU dan sebaliknya.
Penemuan Hasil Penanda Aras: Lawatan di kedua-dua negara iaitu Australia dan Thailand
telah memberi banyak informasi yang membolehkan penanda aras dibuat. Penemuan
daripada penanda aras mendapati Australia mempunyai sistem perundangan dan
pelaksanaan yang berkesan, dan efektif di samping mempunyai ekosistem penggalakan
pekerjaan yang kondusif dalam membantu golongan OKU mendapat pekerjaan. Di Thailand
juga didapati sistem perundangan begitu mantap dan pelaksanaan yang begitu berkesan
dengan adanya Akta OKU 1981 dan Akta Pemerkasaan OKU 2007 dan 2013. Sebahagian
besarnya telah diguna pakai dalam cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam laporan
kajian. Penemuan penanda aras menjurus kepada empat komponen utama iaitu kesediaan
dasar mengenai OKU, kesediaan majikan, kesediaan OKU dan persekitaran kondusif untuk
OKU.
iii
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Cadangan Kajian: Cadangan penambahbaikan dasar pekerjaan OKU lebih tertumpu
kepada pindaan Akta OKU 2008. Cadangan-cadangan yang dikemukakan melihat kepada
dasar yang lebih berkesan dari segi polisi/akta, pelaksanaan dan pemantauan. Cadangan-
cadangan tersebut melibatkan bukan sahaja pihak majikan awam tetapi juga swasta, di
samping cadangan dasar bersifat punitif kepada majikan yang enggan menggaji OKU.
Sementara itu, Sistem Sokongan Bersepadu OKU juga turut dicadangkan dengan slogan
‘Pekerjaan untuk Semua’ dan ‘Laluan Sepanjang Hayat’. Sistem Sokongan Bersepadu OKU
mencadangkan ekosistem sokongan pelbagai dimensi yang merangkumi kesedaran tentang
ketidakupayaan OKU, aksesibiliti bangunan, kemudahan awam & pengangkutan awam, di
samping sistem perundangan bagi menghapuskan diskriminasi terhadap OKU.
Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan empat komponen utama perlu diberi
perhatian, iaitu Komponen Perundangan dan Pelaksanaan Undang-Undang, Komponen
Pendidikan, Komponen Sistem Sokongan OKU dan Komponen Majikan.
Komponen Perundangan dan Pelaksanaan Undang-Undang untuk kepentingan OKU
merangkumi dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU dan
pindaan Akta OKU (2008) perlu diambil kira dengan mewajibkan semua majikan termasuk
sektor swasta dan kerajaan mengambil pekerja OKU beserta pemerkasaan
pelaksanaannya.
Komponen Pendidikan dikemukakan supaya semua OKU mendapat pendidikan dan sukatan
pelajaran khas untuk pelajar Murid Berkeperluan Khas (MBK). Melahirkan guru
berkemahiran tinggi dan Job Coach yang kompeten dan profesional. Latihan industri yang
bersifat komtemporari (seperti industry 4.0 dan e-commerce).
Komponen Sistem Sokongan OKU pula merangkumi Pusat Sehenti (One Stop Agency for
OKU) yang menempatkan semua jenis sokongan dan sebagai tempat rujukan OKU dan
majikan yang ingin dan sedang menggaji OKU. Sementara itu, Skim Pengubahsuaian
Kenderaan OKU, aksesibiliti bangunan dan pengangkutan turut dicadangkan. Selain itu,
latihan dan kemahiran ICT, pusat rehabilitasi OKU di seluruh negara dan Program Kembali
Bekerja turut dicadangkan dengan sistem permohonan kerja dalam talian yang
menyediakan sistem padanan dan permohonan pekerjaan khusus untuk OKU.
Komponen cadangan bagi Majikan pula meliputi peruntukan khas bagi penyesuaian
munasabah tempat kerja di pejabat kerajaan yang menggaji OKU, memperbanyakkan
program kesedaran majikan, masyarakat/ibu bapa terhadap OKU, pemantauan
pembangunan dan pelaksanaan Pelan Tindakan Aksesibiliti OKU Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), penambahbaikan prosedur kelulusan Pelan Bangunan, serta menyediakan dan
melaksanakan Pelan Induk Sistem Pengangkutan Mesra-OKU adalah antara cadangan-
cadangan yang dikemukakan. Sementara itu, program keusahawanan dan mentor
usahawan OKU juga turut dicadangkan.
Cadangan yang dikemukakan adalah berdasarkan hasil penemuan keseluruhan kajian yang
telah ditriangulasi dan diharapkan kajian ini dapat membantu pihak kerajaan dalam
membuat penambahbaikan yang sewajarnya demi mencapai satu ekosistem yang lebih
utuh, mantap dan berkesan bagi golongan OKU di Malaysia.
iv
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
PASUKAN PERUNDING
IIUM Entrepreneurship and Consultancies Sdn. Bhd., Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia:
1. Prof. Dr. Moha Asri Abdullah (Ketua Perunding)
2. Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin
3. Prof. Dr. Selamah Abdullah Yusof
4. Assoc. Prof. Dr. Noorihsan Mohamad
5. Assoc. Prof. Dr. Norsaremah Salleh
6. Asst. Prof. Dr. Lili Marziana Abdullah
7. Asst. Prof. Dr. Mohd Nizam Barom
8. Asst. Prof. Dr. Intan Zanariah Zakaria
9. Asst. Prof. Dr. Izyani Zulkifli
v
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
SENARAI ISI KANDUNGAN i
vi
RINGKASAN EKSEKUTIF ix
SENARAI ISI KANDUNGAN xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
BAB 1: PENGENALAN 1
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Objektif Kajian 2
1.3 Skop Kajian 3
1.4 Pendekatan Umum Kajian dan Sumber Data 4
BAB 2: SOROTAN KAJIAN 5
2.1 Pengenalan 5
2.2 Isu Dan Cabaran OKU dalam Sektor Pekerjaan 7
2.3 Tahap Penyertaan OKU dalam Tenaga Kerja dan Faktor-Faktornya 10
2.4 Inisiatif dan Program Sokongan Sedia Ada Bagi OKU di Malaysia 10
2.5 Program Sokongan bagi Meningkatkan Penyertaan Pekerjaan dalam Kalangan
OKU 29
2.6 Sorotan Sistem Pangkalan Data Sedia Ada 34
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 36
3.1 Pengenalan 36
3.2 Peringkat dan Aliran Pengumpulan Data dan Maklumat 36
3.3 Sumber Data 37
3.4 Penyediaan Borang Soal Selidik 39
3.5 Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) 44
3.6 Penanda Aras 46
3.7 Pembangunan Pangkalan Data 49
3.8 Triangulasi Analisis daripada Pelbagai Kaedah yang Digunakan 52
BAB 4: PENEMUAN HASIL KAJIAN OKU 53
4.1 Pengenalan 53
4.2 Demografi Responden 53
4.3 Maklumat Ketidakupayaan 55
4.4 Persepsi OKU Terhadap Tahap Ketidakupayaan Dan Kesihatan Mereka 56
4.5 Maklumat Pekerjaan 57
4.6 Persepsi OKU Tidak Bekerja Terhadap Kemampuan Bekerja 59
vi
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
4.7 Maklumat Penggajian 60
4.8 Maklumat Bantuan Sara Hidup 61
4.9 Pengalaman Memohon Pekerjaan 62
4.10 Statistik Permohonan Pekerjaan 67
4.11 Maklumat Keusahawanan 68
4.12 Pengalaman Pekerjaan OKU 70
4.13 Kebolehpasaran OKU dan Peluang Pekerjaan 75
4.14 Rumusan Kajian OKU 80
BAB 5: PENEMUAN HASIL KAJIAN KELUARGA DAN MASYARAKAT 83
83
5.1 Keluarga 87
5.2 Masyarakat 89
5.3 Perbandingan antara Tanggapan Ahli Keluarga dan Masyarakat
5.4 Harapan Ahli Keluarga dan Masyarakat Mengenai Kemudahan yang Perlu 93
93
Disediakan untuk Membantu OKU Bekerja 94
5.5 Faedah Menggaji OKU
5.6 Rumusan Kajian Ahli Keluarga OKU dan Masyarakat
BAB 6: PENEMUAN HASIL KAJIAN MAJIKAN DAN DATA BERKAITAN 95
6.1 Pengenalan 95
6.2 Penemuan Daripada Kaji Selidik Majikan: Menggaji, Tidak Menggaji, atau Pernah
Menggaji OKU 95
6.3 Sektor Kerajaan: Analisis Khusus 117
6.4 Data LHDN: Analisis 123
6.5 Data JobsMalaysia: Analisis 127
6.6 Ringkasan Hasil Kajian 138
BAB 7: PERBINCANGAN KUMPULAN BERFOKUS (FGD) 142
7.1 Pengenalan 142
7.2 Dapatan Kajian Tema 1: Isu, Permasalahan Semasa dan Cabaran 143
7.3 Dapatan Kajian Tema 2: Potensi, Cadangan dan Harapan 168
7.3.3 Harapan Berkaitan Kebolehpasaran Pekerja OKU 191
BAB 8: PENANDAARASAN 193
193
8.1 Pengenalan 194
8.2 Penandaarasan Australia 204
8.3 Penandaarasan Thailand
8.4 Adaptasi Amalan Terbaik bagi Ekosistem Penggalakan Pekerjaan OKU 211
213
di Malaysia
8.5 Kesimpulan
vii
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
BAB 9: PEMBANGUNAN SISTEM PANGKALAN DATA 214
9.1 Pengenalan 214
9.2 Spesifikasi Keperluan Perisian (SKP) 214
9.3 Analisis Dan Reka bentuk Logik 230
9.4 Ujian Prototaip 237
9.5 Manual Pengguna Untuk Prototaip 241
9.6 Rumusan dan Cadangan 258
BAB 10: PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 260
10.1 Pengenalan 260
10.2 Isu dan Cabaran 261
10.3 Perbincangan dan Cadangan 265
10.4 Kesimpulan 304
RUJUKAN 307
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1: Borang Soal Selidik
1A - Majikan yang Menggaji OKU
1B - Majikan yang Pernah Menggaji OKU
1C - Majikan yang Tidak Pernah Menggaji OKU
1D - OKU yang Bekerja
1E - OKU yang Tidak Bekerja
1F - Keluarga
1G - Masyarakat
LAMPIRAN 2: Senarai Jemputan Peserta FGD
LAMPIRAN 3: Soalan FGD
LAMPIRAN 4A: Jadual 4A: Senarai Keseluruhan Kod dan Definisi bagi Tema 1 (Isu,
Masalah dan Cabaran Berkaitan Kebolehpasaran Pekerja OKU)
LAMPIRAN 4B: Jadual 4B: Senarai Keseluruhan Kod, Definisi dan Kekerapan bagi Tema 2
(Cadangan, Pencapaian dan Harapan Berkaitan Kebolehpasaran Pekerja
OKU)
LAMPIRAN 5A: Ringkasan Lawatan Penanda Aras ke Agensi-agensi di Australia
LAMPIRAN 5B: Ringkasan Lawatan Penanda Aras ke Agensi-agensi di Thailand
viii
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia 9
37
SENARAI RAJAH 49
50
Rajah 2.1: Ekosistem Pekerjaan OKU 55
Rajah 3.1: Proses Kaedah Kajian 56
Rajah 3.2: Ekosistem Pekerjaan OKU yang Kondusif 57
Rajah 3.3: Metodologi Dynamic System Development 57
Rajah 4.1: Jenis Ketidakupayaan 58
Rajah 4.2: Tahap Ketidakupayaan bagi Setiap Kefungsian Mengikut Kategori OKU 59
Rajah 4.3: Maklumat Pekerjaan Mengikut Kategori OKU 59
Rajah 4.4: OKU Bekerja Mengikut Kategori OKU dan Sektor Pekerjaan 60
Rajah 4.5: Status Pekerjaan Mengikut Jenis Pekerjaan 60
Rajah 4.6: Sektor Pekerjaan 61
Rajah 4.7: OKU Tidak Bekerja yang Merasakan Mereka Boleh Bekerja 61
Rajah 4.8: Sebab Berhenti Kerja 62
Rajah 4.9: Peratus OKU yang Menerima Gaji Minima Mengikut Status Pekerjaan 62
Rajah 4.10: Bantuan Sara Hidup Secara Keseluruhan 63
Rajah 4.11: Bantuan Sara Hidup di Kalangan OKU Bekerja dan Tidak Bekerja 64
Rajah 4.12: Cara Memohon Pekerjaan Sekarang 65
Rajah 4.13: Cara Mendapat Tahu Tentang Pekerjaan Sekarang 66
Rajah 4.14: Cabaran Semasa Memohon Pekerjaan 67
Rajah 4.15: Faktor yang Membimbangkan Keluarga Apabila OKU Bekerja 68
Rajah 4.16: Cabaran Semasa Temu Duga Kerja Mengikut Jenis Ketidakupayaan 69
Rajah 4.17: Penggunaan Aplikasi Dalam Talian untuk Memohon Pekerjaan 69
Rajah 4.18: Sebab Tidak Menggunakan Aplikasi Dalam Talian 70
Rajah 4.19: Sebab Tidak Memohon Geran Pelancaran 71
Rajah 4.20: Sebab Tidak Memohon SBGP-OKU 72
Rajah 4.21: Tahap Kesedaran Mengikut Bangsa 73
Rajah 4.22: Keadaan Tempat Kerja OKU 74
Rajah 4.23: Kemudahan yang Disediakan Untuk Pekerja OKU 74
Rajah 4.24: Keadaan Tempat Kerja Mengikut Sektor Pekerjaan 75
Rajah 4.25: Kemudahan untuk Pekerja OKU Mengikut Sektor Pekerjaan 75
Rajah 4.26: Masalah yang Dihadapi oleh OKU dalam Pekerjaan 76
Rajah 4.27: Insentif Kepada Pekerja OKU 77
Rajah 4.28: Insentif Kepada Majikan 78
Rajah 4.29: Motivasi OKU untuk Bekerja 78
Rajah 4.30: Cadangan untuk Meningkatkan Produktiviti Pekerja OKU 79
Rajah 4.31: Tahap Keberkesanan JobsMalaysia 80
Rajah 4.32: Cadangan Ciri-Ciri Sistem Permohonan Pekerjaan Dalam Talian 84
Rajah 4.33: Pendapat Mengenai Peluang Pekerjaan OKU 85
Rajah 4.34: Kelayakan Akademik dan Peluang Pekerjaan 85
Rajah 4.35: Cadangan untuk Meningkatkan Lagi Peluang Pekerjaan OKU 86
Rajah 5.1: Faktor-Faktor yang Diambil Kira OKU Sebelum Memohon Pekerjaan 86
Rajah 5.2: Cabaran Ketika Memohon Pekerjaan 88
Rajah 5.3: Kebimbangan dalam Kalangan Ahli Keluarga 89
Rajah 5.4: Kesediaan Ahli Keluarga Membantu OKU Mencari Pekerjaan 89
Rajah 5.5: Kesedaran Tentang SPOKU atau JobsMalaysia 90
Rajah 5.6: Pengetahuan Tentang OKU dalam Kalangan Masyarakat
Rajah 5.7: Pekerjaan yang Sesuai untuk OKU daripada Persepsi Masyarakat
Rajah 5.8: Pengalaman Menerima Perkhidmatan daripada OKU
Rajah 5.9: Sokongan Terhadap OKU Bekerja
ix
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Rajah 5.10: Faktor-Faktor Menggalakkan OKU Bekerja 90
Rajah 5.11: Faktor-Faktor yang Tidak Menggalakkan OKU Bekerja 91
Rajah 5.12: Persepsi Tentang Kemampuan OKU untuk Bekerja 92
Rajah 5.13: Kemudahan yang Perlu Disediakan untuk OKU 93
Rajah 5.14: Faedah Menggaji OKU 93
Rajah 6.1: Taburan Pekerja OKU Mengikut Kategori (%) 97
Rajah 6.2: Taburan Pekerja OKU Mengikut Jantina, Etnik dan Umur (%) 98
Rajah 6.3: Taburan Pekerja OKU Mengikut Tahap Pendidikan dan Pekerjaan (%) 98
Rajah 6.4: Taburan Pekerja OKU Mengikut Jenis dan Status Pekerjaan, dan
99
Pendapatan (%) 99
Rajah 6.5: Dasar Rasmi Menggaji OKU (%) 100
Rajah 6.6: Rancangan untuk Dasar Rasmi Menggaji OKU (%) 100
Rajah 6.7: Sebab-Sebab Menggaji OKU (%) 101
Rajah 6.8: Sebab-Sebab Tidak Menggaji OKU (%) 102
Rajah 6.9a: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU - Pendengaran (%) 103
Rajah 6.9b: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU - Penglihatan (%) 103
Rajah 6.9c: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU - Pertuturan (%) 104
Rajah 6.9d: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU - Fizikal (%) 104
Rajah 6.9e: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU - Mental dan Pembelajaran (%) 105
Rajah 6.9f: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU - Pelbagai (%) 105
Rajah 6.10: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU Secara Terperinci 106
Rajah 6.11: Kaedah Merekrut Pekerja OKU (%) 107
Rajah 6.12a: Prestasi Kerja OKU (%) 108
Rajah 6.12b: Prestasi Kerja OKU (%) 109
Rajah 6.13: Penyesuaian dan Kemudahan Tempat Kerja untuk OKU (%) 110
Rajah 6.14: Tahap Cabaran Pengambilan OKU Sebagai Pekerja 111
Rajah 6.15: Tahap Cabaran Mengekalkan OKU Sebagai Pekerja 112
Rajah 6.16: Tahap Persetujuan Majikan Berkaitan OKU dan Pekerjaaan
Rajah 6.17: Sedia Maklum Mengenai Program Bantuan/Insentif Berkaitan OKU 113
114
(% Majikan) 115
Rajah 6.18: Sistem JobsMalaysia dan Sistem Dalam Talian 116
Rajah 6.19: Ciri-Ciri yang Harus Ada dalam Sistem Dalam Talian 118
Rajah 6.20: Maklumat yang Dapat Menarik Minat untuk Menggaji OKU (% Majikan) 118
Rajah 6.21: Sebab-Sebab Menggaji OKU (%) 119
Rajah 6.22: Sebab-Sebab Tidak Menggaji OKU (%)
Rajah 6.23: Peratus Majikan yang Mempunyai Dasar Rasmi dalam Menggaji OKU 119
Rajah 6.24: Tahap Komitmen dan Rancangan untuk Mempunyai Dasar Rasmi 120
120
Menggaji OKU
Rajah 6.25: Cabaran Pengambilan OKU Sebagai Pekerja 121
Rajah 6.26: Cabaran Mengekalkan OKU Sebagai Pekerja 122
Rajah 6.27: Sedia Maklum Tentang Bantuan/Insentif Kerajaan dan Sistem Dalam 122
123
Talian JobsMalaysia
Rajah 6.28: Deskripsi Penjawat Awam OKU 124
Rajah 6.29: Peratus Pekerja OKU dalam Kementerian
Rajah 6.30: Peratus Pekerja OKU di Pentadbiran Kerajaan Negeri 125
Rajah 6.31: Peratus Majikan yang Membuat Tuntutan OKU – Mengikut Industri dan
126
Saiz
Rajah 6.32: Peratus Majikan yang Membuat Tuntutan OKU – Mengikut Negeri dan
Kategori Lain-Lain
Rajah 6.33: Bilangan OKU yang Berdaftar dengan LHDN Mengikut Jantina, Umur
dan Negeri
x
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Rajah 6.34: OKU yang Berdaftar dengan LHDN Mengikut Pendapatan (%) 127
Rajah 6.35: Majikan Berdaftar dengan JobsMalaysia yang Berminat Menggaji
128
OKU Mengikut Negeri
Rajah 6.36: Pendaftaran Kekosongan Jawatan oleh Majikan yang Berminat Menggaji 129
OKU di JobsMalaysia Mengikut Negeri 130
Rajah 6.37: Pendaftaran Kekosongan Jawatan di JobsMalaysia yang Terbuka kepada
131
OKU Mengikut Negeri
Rajah 6.38: Majikan Berdaftar dengan JobsMalaysia yang Berminat Menggaji OKU 132
Mengikut Sektor 132
Rajah 6.39: Pendaftaran Kekosongan Jawatan oleh Majikan yang Berminat Menggaji
133
OKU di JobsMalaysia Mengikut Sektor
Rajah 6.40: Pendaftaran Kekosongan Jawatan di JobsMalaysia yang Terbuka 134
Kepada OKU Mengikut Sektor 134
Rajah 6.41: Pendaftaran Kekosongan Jawatan oleh Majikan yang Berminat Menggaji 135
136
OKU di JobsMalaysia Mengikut Kategori Pekerjaan 137
Rajah 6.42: Taburan Pekerja di Malaysia Mengikut Kategori Pekerjaan, Suku 3, 137
143
2019 (%) 169
Rajah 6.43: Pendaftaran Kekosongan Jawatan di JobsMalaysia yang Terbuka
212
Kepada OKU Mengikut Kategori Pekerjaan 218
Rajah 6.44: Deskripsi Pendaftar OKU 231
Rajah 6.45: Kelayakan Akademik Pencari Kerja OKU dengan JobsMalaysia (%) 232
Rajah 6.46: Pilihan Kategori Pekerjaan Utama Pencari Kerja OKU (%) 233
Rajah 6.47: Permohonan Kategori Pekerjaan Pencari Kerja OKU (%) 234
Rajah 7.1: Gambaran Keseluruhan Struktur Dapatan untuk Tema 1 235
Rajah 7.2: Gambaran Keseluruhan Struktur Dapatan untuk Tema 2 236
Rajah 8.1: Adaptasi Kekuatan Dasar dan Amalan di Australia dan Thailand bagi 237
299
Penggalakan Penggajian OKU di Malaysia 302
Rajah 9.1: Use-Case Diagram
Rajah 9.2: Seni Bina Aplikasi S3PKP (Model-View-Controller)
Rajah 9.3: Panduan Memohon Kerja
Rajah 9.4: Permohonan Kerja Berdasarkan Kesesuaian Padanan Kerja
Rajah 9.5: Padanan Pekerjaan
Rajah 9.6: Hebahan Maklumat Pekerjaan
Rajah 9.7: Pentadbir Sistem Mengurus Tadbir Sistem
Rajah 9.8: Rajah Perhubungan Entiti S3PKP
Rajah 10.1: Sistem Sokongan Bersepadu OKU – Pekerjaan
Rajah 10.2: Sistem Sokongan Bersepadu OKU – Laluan Sepanjang Hayat
xi
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
SENARAI JADUAL
Jadual 2.1: Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Negeri 6
Jadual 2.2: Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Kategori 6
Jadual 2.3: Senarai Institusi Kebajikan 13
Jadual 2.4: Skim Bantuan Kewangan yang Disediakan oleh JKM 16
Jadual 2.5: Perbandingan Fungsi Dalam Sistem Sedia Ada 35
Jadual 3.1: Pensampelan Majikan (Sasaran dan Capaian) 41
Jadual 3.2: Pensampelan OKU (Sasaran dan Capaian) 42
Jadual 3.3: Kaedah yang telah Dilakukan 42
Jadual 3.4: Pensampelan Berstrata yang telah Dijalankan 43
Jadual 3.5: Pensampelan Keluarga dan Masyarakat (Sasaran dan Capaian) 43
Jadual 3.6: Senarai Sesi FGD bagi Setiap Zon 44
Jadual 3.7: Bilangan Peserta bagi Setiap Zon 45
Jadual 3.8: Fasa Analisis Tematik 46
Jadual 3.9: Peratusan Penyertaan OKU Dalam Bidang Pekerjaan di Negara-Negara
48
Maju yang Terpilih 51
Jadual 3.10: Aktiviti Mengikut Fasa 54
Jadual 4.1: Taburan Responden OKU 55
Jadual 4.2: Deskripsi Responden OKU 64
Jadual 4.3: Masalah Semasa Menghadiri Temu Duga 67
Jadual 4.4: Statistik Permohonan Pekerjaan 83
Jadual 5.1: Latar Belakang Ahli Keluarga OKU 87
Jadual 5.2: Latar Belakang Masyarakat 96
Jadual 6.1: Deskripsi Sampel 96
Jadual 6.2: Majikan yang Menggaji atau Pernah Menggaji OKU 97
Jadual 6.3: Taburan Penggajian OKU Mengikut Industri dan Lokasi 117
Jadual 6.4: Sampel Majikan Sektor Kerajaan 137
Jadual 6.5: Permohonan Pencari Kerja OKU 142
Jadual 7.1: Senarai Sesi FGD bagi Setiap Zon
Jadual 7.2: Tema dan Kekerapan untuk Halangan dan Cabaran oleh 144
151
Agensi/Organisasi bagi Membantu Kebolehpasaran OKU
Jadual 7.3: Tema dan Kekerapan Berkaitan Dasar Pendidikan OKU 154
Jadual 7.4: Tema dan Kekerapan bagi Faktor-Faktor yang Membantu Kebolehpasaran
156
Pekerja OKU
Jadual 7.5: Tema dan Kekerapan bagi Faktor Membantu Pekerja OKU di Tempat 159
Kerja dan Kebolehpasaran Pekerja OKU 162
Jadual 7.6: Tema dan Kekerapan untuk Cabaran Membantu Kebolehpasaran 162
Pekerja OKU yang Berkaitan dengan Majikan 163
Jadual 7.7: Tema dan Kekerapan bagi Sikap, Prestasi dan Kualiti Kerja OKU yang
164
Berkaitan dengan Majikan
Jadual 7.8: Tema dan Kekerapan Prosedur Penggajian Pekerja OKU oleh Majikan 164
Jadual 7.9: Tema dan Kekerapan bagi Sistem Aplikasi Dalam Talian untuk
165
Kebolehpasaran OKU yang Berkaitan dengan Majikan
Jadual 7.10: Tema dan Kekerapan untuk Kesedaran Majikan Mengenai Pekerjaan
Berkaitan OKU
Jadual 7.11: Tema dan Kekerapan untuk Faktor yang Membantu Kebolehpasaran
OKU dan Faktor Membantu Pekerja OKU di Tempat Kerja
Jadual 7.12: Tema dan Kekerapan untuk Cabaran-Cabaran yang Dihadapi oleh OKU
Semasa Proses Permohonan Kerja dan Tempoh Kerja
xii
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Jadual 7.13: Tema dan Kekerapan Berkaitan dengan Perspektif OKU Mengenai
Sistem Pendidikan untuk OKU 167
Jadual 7.14: Tema dan Kekerapan Berkaitan Perspektif OKU Mengenai Sistem
Aplikasi Dalam Talian untuk Kebolehpasaran OKU 168
Jadual 7.15: Tema dan Kekerapan untuk Pencapaian, Kekuatan dan Pembaharuan
oleh Agensi-Agensi dan Organisasi OKU 169
Jadual 7.16: Tema Dan Kekerapan Untuk Akses Dan Perlindungan Kepada OKU untuk
Mendapat Pekerjaan dan Kekal Dalam Pekerjaan 177
Jadual 7.17: Tema dan Kekerapan bagi Dasar Pendidikan OKU 181
Jadual 7.18: Tema dan Kekerapan Berkaitan dengan Pendaftaran OKU 183
Jadual 7.19: Tema dan Kekerapan untuk Penambahbaikan untuk Pekerja OKU
daripada Pandangan Majikan 184
Jadual 7.20: Tema dan Kekerapan untuk Faktor Pengambilan Pekerja OKU Berkaitan
Majikan 187
Jadual 7.21: Tema dan Kekerapan Melibatkan OKU Berkaitan Penambahbaikan
Peluang Pekerjaan untuk OKU dan OKU yang Bekerja Sendiri 188
Jadual 8.1: Statistik OKU di Australia 195
Jadual 8.2: Ringkasan Ekosistem Penggalakan Pekerjaan OKU di Australia 203
Jadual 8.3: Statistik OKU di Thailand 205
Jadual 8.4: Ringkasan Ekosistem Penggalakan Pekerjaan OKU di Thailand 209
Jadual 9.1: Ringkasan Hasil Ujian Prototaip 238
Jadual 10.1: Isu dan Cabaran 261
Jadual 10.2: Pelan Tindakan Peluang Pekerjaan OKU di Malaysia 283
xiii
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
SENARAI SINGKATAN
4IR Revolusi Industri 4.0
ADAAA Americans with Disabilities Act Amendments Act
ADE Australia Disability Enterprises
ADEs Australian Disability Enterprises
ADHD Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif
AGEFIPH Organisasi Pengurusan Dana untuk Integrasi Profesional bagi
Golongan OKU
AnIS Anak Istimewa Selangor
APCD Asia-Pacific Development Center on Disability
BIM Bahasa Isyarat Malaysia
CBR Community-Based Rehabilitation
CPD Continuous Professional Development
CRPD Rights of Persons with Disabilities
CRS Commonwealth Rehabilitation Services
DDA Disability Discrimination Act
DEA Disability Employment Australia
DES Disability Employment Services
DET Disability Equality Training
DOSM Jabatan Perangkaan Malaysia
DPN Dasar Pengangkutan Negara
DSP Disability Support Pension
DSS Department of Social Services,
EAF Employment Assistance Fund
EEP Economy Employment Project
EIP Early Intervention Programs
EPC Elaun Pekerja Cacat
FGD Perbincangan Kumpulan Berfokus
GP Geran Pelancaran
HRDF Pembangunan Sumber Manusia Berhad
ILC Independent Living Centre
IPT Institusi Pengajian Tinggi
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
ISM Institut Sosial Malaysia
JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
JPA Jabatan Perkhidmatan Awam
JPOKU Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya
JTK Jabatan Tenaga Kerja
KABIM Kursus Asas Bahasa Isyarat Malaysia
KBS Kementerian Belia dan Sukan
KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar
KDSC Kiwanis Disability Information and Support Centre
KKMM Kementerian Komunikasi & Multimedia
KKM Kementerian Kesihatan Malaysia
KPKM Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
KPKT Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
KPWKM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
KSM Kementerian Sumber Manusia
KWP Kementerian Wilayah Persekutuan
LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri
MAB Malaysian Association for the Blind
MBK Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
xiv
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
MDEC Malaysia Digital Economy Corporation
MEA Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
MEDAC Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi Malaysia
MFD Malaysian Federation of the Deaf
MIND Malaysia Information Network for the Disabled
MKBOKU Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya
MOA Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
MOF Kementerian Kewangan
MOT Kementerian Pengangkutan
MTOS Majlis Tindakan OKU Selangor
NDIS National Disability Insurance Scheme
NDRC National Disability Recruitment Coordinator
NGO Pertubuhan Bukan Kerajaan
OKU Orang Kurang Upaya
OTEP OKU Talent Enhancement
PBC Performance Based Contract
PBM Phak Berkuasa Melantik
PBN Pihak Berkuasa Negeri
PBT Pihak Berkuasa Tempatan
PDK Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
PDPA Personal Data Protection Act
PERDA Penang Regional Development Authority
PLPP Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan
PPT Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
PSK Pusat Sehenti Keusahawanan
PSK Pertubuhan Sukarela Kebajikan
RMK12 Rancangan Malaysia Ke 12
S3PKP Sistem Padanan Peluang Pekerjaan Kurang Upaya
SBGP-OKU Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya
SEN Special Education Needs
SKM Sijil Kemahiran Malaysia
SMOKU Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya
SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
SPOKU Skim Penggajian Orang Kurang Upaya
SPP Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
TSH Taman Sinar Harapan
TUBE Tunas Usahawan Belia Bumiputera
xv
BAB 1
PENGENALAN
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008, ‘orang kurang upaya termasuklah mereka
yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang
apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan
berkesan mereka dalam masyarakat’. Pelbagai isu berkaitan OKU sering dibincangkan
dalam kalangan masyarakat, terutama mereka yang sentiasa berada di sekeliling OKU
seperti ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat setempat. Antara isu penting yang
menjadi tumpuan adalah peluang pekerjaan OKU di Malaysia.
Golongan OKU tidak selalu dianggap sebagai ahli tenaga kerja yang berpotensi pada
sesetengah pihak. Ini berpunca daripada persepsi dan prasangka yang negatif yang
membataskan penerimaan OKU untuk mendapat pekerjaan, seperti OKU tidak
berkebolehan untuk bekerja dengan baik atau tidak produktif, dan kos yang tinggi untuk
menampung OKU di tempat kerja. Tanggapan sebegini adalah tidak berasas kerana ramai
majikan telah mendapati bahawa OKU mampu dan berupaya untuk memberi sumbangan
yang besar kepada sesebuah organisasi.
Seperti orang lain, OKU juga ingin kehidupan yang bermaruah dan produktif. Pekerjaan
bukan sahaja memberi pendapatan tetapi juga peluang untuk penyertaan sosial. Peruntukan
sistem dan kemudahan untuk OKU bukan satu keistimewaan yang diberikan kepada satu
golongan minoriti kecil, tetapi ia adalah pelaburan yang memberi manfaat kepada semua
golongan masyarakat. Selain daripada mendapat tenaga kerja, sesebuah syarikat akan
mendapat manfaat dalam bentuk reputasi yang baik jika ia memberi peluang pekerjaan
kepada OKU. Bagi OKU pula, pekerjaan merupakan sumber untuk mereka menampung
kehidupan mereka sendiri, memberi peluang untuk menggunakan kemahiran mereka, dan
untuk penyertaan yang lebih aktif dalam kehidupan masyarakat. Bagi pihak kerajaan pula,
peluang pekerjaan untuk OKU akan menjimatkan wang kerajaan melalui pengurangan
pemberian elaun-elaun sara hidup kepada OKU yang tidak berkemampuan.
Di Malaysia, jabatan kerajaan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal golongan OKU
adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sehingga Jun 2019, seramai 549,554 OKU
telah berdaftar dengan JKM. Jabatan ini bernaung di bawah Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Terdapat juga institusi-institusi lain yang
banyak membantu golongan OKU seperti Taman Sinar Harapan (TSH), Pusat Latihan
Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Bengkel Daya, Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) dan Pusat Pertuturan Kiu (Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia).
Kerajaan Malaysia juga telah menyediakan beberapa insentif kepada majikan untuk
menggalakkan mereka mengambil pekerja daripada golongan OKU. Salah satu daripada
insentif ini adalah Job Coach Service Programme yang membolehkan majikan mendapat
khidmat Job Coach untuk membantu pekerja kurang upaya yang memerlukan sokongan
pekerjaan. Kerajaan juga telah menyediakan sistem penempatan pekerjaan yang
membolehkan majikan mengiklankan kekosongan dalam syarikat mereka supaya OKU
boleh memohon pekerjaan. Selain daripada itu, insentif potongan cukai juga diberikan
kepada majikan supaya boleh mendapat potongan dua kali ganda bagi gaji yang dibayar
kepada pekerja kurang upaya. Mereka juga layak mendapat geran latihan, dan mendapat
manfaat daripada potongan berganda bagi perbelanjaan latihan untuk pekerja kurang upaya
1
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
termasuk penyediaan peralatan untuk membantu pekerja OKU. Walaupun pelbagai insentif
telah diberikan, peluang pekerjaan untuk OKU di sektor swasta tidak memberangsangkan.
Begitu juga dengan sektor kerajaan kerana sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya
1% daripada pekerjaan OKU dalam perkhidmatan awam masih belum tercapai.
Memandangkan situasi peluang pekerjaan dan penggajian OKU di sektor swasta dan awam
masih jauh daripada sasaran, kajian komprehensif diperlukan untuk menganalisis secara
terperinci keadaan daripada perspektif semua pemegang taruh. Sehubungan itu, data dan
maklumat mengenai pekerjaan yang berkaitan dengan OKU perlu dikumpulkan, kerana
pada masa ini ia masih tidak lengkap. Pemeriksaan ke atas amalan negara-negara lain juga
akan memberi manfaat dalam menyediakan cadangan untuk memastikan OKU di Malaysia
boleh mengambil bahagian dalam pasaran buruh secara efektif.
1.2 Objektif Kajian
Terma rujukan kajian peluang pekerjaan OKU di Malaysia menyenaraikan kepentingan
kepada pengkajian, penelitian, dan penganalisaan lapan komponen utama sebagai objektif
umum kajian. Ini termasuklah:
i. Mengenal pasti peluang pekerjaan bagi OKU mengikut kategori di setiap sektor
ekonomi di negara ini, termasuk pekerjaan formal dan tidak formal (demand);
ii. Mengenal pasti kebolehpasaran OKU mengikut tujuh (7) kategori OKU (supply);
iii. Mengenal pasti isu dan cabaran untuk menggaji OKU di setiap sektor ekonomi di
negara ini;
iv. Mengenal pasti sistem sokongan dan faedah kepada majikan di setiap sektor ekonomi
untuk menggaji OKU;
v. Mengenal pasti masalah dan halangan OKU untuk mendapat pekerjaan;
vi. Mengenal pasti sistem sokongan dan faedah kepada OKU untuk kekal dalam
pekerjaan;
vii. Membuat penanda aras (benchmarking) dasar penggajian dan guna tenaga dari
negara lain; dan
viii. Mengemukakan cadangan dasar dan pelan tindakan penggajian dan guna tenaga
OKU di Malaysia.
2
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
1.3 Skop Kajian
Berdasarkan kepada lapan objektif umum tersebut, skop kajian ini merangkumi pengkajian,
penelitian dan penganalisaan komponen-komponen berikut iaitu:
i. Mendapatkan data mengikut kategori OKU dan membuat analisis mengenai aspek
penawaran dalam sektor formal dan tidak formal mengikut tahap kebolehupayaan,
tahap kesihatan, kelayakan pendidikan dan pengalaman, serta lain-lain kategori yang
berkaitan;
ii. Mendapatkan data dan membuat analisis mengenai aspek permintaan, iaitu majikan
(perkhidmatan awam dan swasta), melalui indikator persepsi terhadap
kebolehkerjaan OKU mengikut kategori, peluang pekerjaan bagi golongan OKU
mengikut sektor formal atau tidak formal, kesediaan majikan dan industri untuk
membuat pelaburan bagi membolehkan golongan OKU dapat bekerja dengan baik
seperti menyediakan persekitaran tempat kerja mengikut reka bentuk sejagat
(universal design), permasalahan, isu dan halangan daripada kedua-dua pihak untuk
menggaji OKU, kos-kos lain yang perlu ditanggung, kemampuan majikan dan industri
untuk memberikan fleksibiliti, serta indikator lain yang berkaitan;
iii. Mengkaji dan menganalisis tanggapan (perception) dan harapan (expectation)
golongan OKU, keluarga, masyarakat, dan majikan terhadap kesesuaian dan
kebolehkerjaan OKU mengikut sektor formal dan tidak formal, sistem sokongan yang
ada, kesesuaian persekitaran dan penyediaan infrastruktur sedia ada bagi
meningkatkan kesejahteraan hidup serta memberikan peluang untuk golongan OKU
berdikari;
iv. Mengenal pasti sistem sokongan dan faedah yang diperlukan oleh kedua-dua
golongan OKU dan majikan untuk memastikan golongan OKU diberi peluang untuk
bekerja dan kekal dalam tenaga kerja;
v. Mengenal pasti program, bantuan dan infrastruktur yang telah disediakan di
peringkat kerajaan persekutuan, negeri dan PBT bagi menggalakkan peluang
penggajian golongan OKU;
vi. Membuat kajian perbandingan amalan terbaik dengan negara lain yang bersesuaian
termasuk lawatan penanda aras ke Thailand dan / atau satu negara di Eropah dalam
penyediaan ekosistem dan persekitaran untuk guna tenaga OKU;
vii. Melaksanakan FGD bersama pemegang taruh di seluruh Malaysia bagi
mendapatkan input;
viii. Mencadangkan pembangunan satu pangkalan data berpusat mengenai pekerjaan
bagi golongan OKU, yang akan merangkumi padanan peluang pekerjaan dengan
keupayaan OKU serta pendaftaran majikan yang bersedia menggaji pekerja OKU;
dan
ix. Membuat cadangan pindaan dasar dan program sedia ada termasuk pindaan /
pewujudan perundangan sedia ada / baru serta membangunkan satu pelan tindakan
berkaitan penggajian dan guna tenaga OKU di Malaysia bagi menggalakkan industri
serta majikan menggaji pekerja OKU, dan menggalakkan kehidupan yang aktif dan
berdikari bagi golongan OKU.
3
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
1.4 Pendekatan Umum Kajian dan Sumber Data
Dalam usaha untuk memastikan objektif-objektif penyelidikan dan pengumpulan serta
pengutipan data berkaitan dapat dicapai, beberapa kaedah utama telah digunakan. Secara
umumnya, terdapat empat sumber utama digunakan dalam kajian ini. Pertama,
pengumpulan dan pengutipan sumber data kedua atau secondary data sources. Ini
melibatkan pelbagai sumber rujukan, penerbitan, data daripada pelbagai pihak termasuk
jabatan kerajaan, bukan kerajaan, penulisan ilmiah, laporan berskala dan tidak berskala.
Kedua, mendapatkan data melalui sumber primary melalui borang soal selidik yang
disediakan khusus untuk beberapa kategori responden termasuklah OKU, keluarga mereka,
masyarakat dan juga majikan. Ketiga, FGD di beberapa lokasi terpilih dengan wakil-wakil
daripada pihak kerajaan, NGO, wakil majikan dan wakil OKU. Keempat, lawatan penanda
aras dalam usaha mendapatkan maklumat terpilih dengan agensi-agensi kerajaan, bukan
kerajaan dan majikan di dua negara iaitu Australia dan Thailand. Kesemua data dan
maklumat yang diperoleh dikaji dan dianalisis melalui beberapa teknik dengan
menggunakan perisian SPSS dan Atlas ti. Ini dilakukan bagi memberi ruang yang
mencukupi bagi menghasilkan laporan yang berwibawa mengenai kajian peluang pekerjaan
OKU di Malaysia.
4
BAB 2
SOROTAN
KAJIAN
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
BAB 2: SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Komuniti OKU dianggarkan merangkumi 15% daripada populasi penduduk dunia (World
Report on Disability, 2011). UN ESCAP (2015) menganggarkan di rantau Asia Pasifik sahaja
terdapat seramai 650 juta OKU. Sekiranya menggunakan anggaran peratusan yang sama,
Malaysia diandaikan mempunyai kira-kira 4.86 juta (15% x 32.385 juta penduduk) komuniti
OKU (KPWKM, 2015). Walau bagaimanapun, angka OKU yang didaftarkan di Malaysia
adalah sekitar 1.26% (0.409/32.385 juta) daripada jumlah populasi penduduk negara
antaranya kerana kurangnya kesedaran dan kekangan OKU dalam melaporkan kepada
pihak berwajib (UN Regional Meeting - Disability Measurement & Statistics, 2016).
OKU seringkali dipinggirkan daripada pelbagai aspek kehidupan arus perdana, termasuk
dalam bidang ekonomi dan tenaga kerja. Oleh itu, program-program yang bersifat inklusif di
peringkat kebangsaan dan juga global adalah penting dalam menangani masalah yang
dihadapi oleh OKU. Selaras dengan ini, Tonggak 2 dalam Rancangan Malaysia Ke-12
(RMK-12) dan Matlamat 1 dalam Strategi Incheon menerusi Pelan Tindakan OKU 2016-
2022 sangat menekankan prinsip inklusif (Kajian Separuh Penggal RMK-11, 2018; UN
ESCAP, 2012; KPWKM, 2016). Agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2030
juga menekankan pembangunan ekonomi berasaskan kepada prinsip inklusif yang
mampan. Salah satu daripada komponennya adalah untuk menegakkan hak OKU (UN,
2015). Dalam konteks ini, salah satu jalan penyelesaian utama yang terbaik buat pihak
kerajaan, komuniti OKU dan masyarakat keseluruhan dalam merealisasikan matlamat-
matlamat berkenaan adalah penerimaan dan penyertaan OKU dalam tenaga kerja pada
skala yang lebih besar. Tambahan pula, ketidaksertaan OKU dalam pasaran buruh akan
membawa kepada kehilangan bakat dalam tenaga kerja, yang seterusnya memberi kesan
kepada KDNK negara (Turcotte, M., 2014). Metts, R. (2004) untuk Bank Dunia
menganggarkan kerugian julat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global setiap tahun
disebabkan kurang upaya adalah antara $1.71 trilion dan $2.23 trilion.
Kebanyakan potensi OKU kurang diberi perhatian apabila dilihat menerusi Model Perubatan
dan bukannya Model Sosial. MacKenzie et al. (2009) menjelaskan kurang upaya sebagai
kelemahan sosial yang dilabelkan oleh persekitaran yang tidak memihak kepada
ketidakupayaan seseorang individu. Justeru, menangani persekitaran yang tidak menyokong
(sama ada dari segi cabaran fizikal mahupun sosial) akan membolehkan OKU menyertai
pasaran tenaga kerja dengan lebih efektif dan seterusnya menjadi aset dalam
pembangunan ekonomi negara. Banyak kajian mendapati potensi OKU adalah sama
dengan bukan OKU jika kekurangan yang ada dapat diurus dengan baik (World Report on
Disability, 2011). Dapatan-dapatan kajian tertentu juga mendapati OKU lebih setia dan rajin
berbanding bukan OKU (Junaidah, Saodah, 2014; ILO, 2007). Di samping itu, penyertaan
OKU juga akan meningkatkan kepelbagaian integrasi sosial dalam persekitaran kerja
(Othman, R., 2012), yang merupakan aset kepada sesebuah organisasi.
5
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Jadual 2.1 dan 2.2 menunjukkan statistik pendaftaran OKU dengan JKM di Malaysia
mengikut negeri dan kategori sehingga 30 Jun 2019.
Jadual 2.1: Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Negeri
Bil. Perkara Jumlah
1 Johor 63,794
2 Kedah 48,913
3 Kelantan 39,733
4 Melaka 25,353
5 Negeri Sembilan 25,166
6 Pahang 32,625
7 Pulau Pinang 33,151
8 Perak 50,428
9 Perlis 7,000
10 Selangor 87,691
11 Terengganu 26,643
12 Sabah 34,748
13 Sarawak 36,145
14 W.P. Kuala Lumpur 36,536
15 W.P. Labuan 1,528
549,554
Jumlah
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Jadual 2.2: Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Kategori
Bil. Perkara Jumlah
1 Pendengaran 38,434
2 Penglihatan 47,876
3 Pertuturan
4 Fizikal 2,982
5 Pembelajaran 204,711
6 Mental 184,307
7 Pelbagai
Jumlah 46,107
25,137
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 549,554
6
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
2.2 Isu Dan Cabaran OKU dalam Sektor Pekerjaan
Mengikut Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (PTOKU) 2016- 2022, kerajaan optimis
untuk meningkatkan penyertaan OKU dalam pasaran pekerjaan terbuka, inklusif dan boleh
diakses bagi menggalakkan golongan ini hidup berdikari sekali gus menyumbang kepada
pembangunan negara (Saidi et al., 2019). Dalam merealisasikan penyertaan OKU yang
lebih menyeluruh dalam sektor pekerjaan, adalah penting untuk mengenal pasti isu-isu dan
cabaran yang menghalang penyertaan berkesan OKU dalam pasaran buruh. Tinjauan awal
terhadap kajian lepas mendapati isu dan cabaran utama yang membelenggu OKU adalah
persepsi majikan dan stereotaip, ketidakberkesanan dasar polisi dan perundangan yang
sedia ada, infrastruktur dan persekitaran kerja yang kurang mesra OKU, dan kurangnya
latihan berdaya saing, pendidikan dan program mentor.
i. Persepsi majikan dan stereotaip
Secara umumnya, kajian berkaitan persepsi majikan terhadap OKU di Malaysia adalah
terhad (Ang, M.A., 2017). Oleh itu, dalam bahagian ini, penelitian telah dilakukan terhadap
kajian luar negara, yang penemuannya boleh diterima pakai dalam konteks Malaysia.
Semua kajian berkaitan persepsi majikan yang ditinjau setakat ini mendapati majikan kurang
cenderung untuk mengambil OKU sebagai pekerja berbanding bukan OKU. Tambahan pula,
terdapat beberapa bentuk diskriminasi yang dihadapi oleh golongan OKU untuk mendapat
pekerjaan (Callis, 2016). Kajian juga mendapati majikan mempunyai tanggapan stereotaip
terhadap OKU sebagai seorang yang lemah dan tidak produktif (Bell & Klein, 2001).
Manakala kajian daripada Saidi et al., (2019) melaporkan bahawa majikan terpengaruh
dengan stigma masyarakat yang menganggap bahawa OKU penglihatan tidak berupaya
untuk bekerja menyebabkan mereka tidak mahu menggajikan mereka. Hasil kajian lain juga
menunjukkan kebimbangan majikan dalam pengambilan pekerja OKU terutamanya dalam
isu melibatkan kos kebolehcapaian (kos menyediakan peralatan bantuan dan persekitaran
kerja yang selamat) (Olson et al., 2001). Kajian lain mendapati kurang kesedaran majikan
tentang keperluan dasar polisi OKU dalam persekitaran kerja (Tiun, Lee, Khoo, 2011).
Namun begitu, terdapat beberapa kes terpencil yang menunjukkan peluang kenaikan
pangkat yang lebih tinggi untuk OKU berbanding bukan OKU (Ang, M.A., 2012). Tetapi ia
dianggap sebagai ‘norma kebaikan’ (majikan menunjukkan kebaikan yang lebih kepada
OKU berbanding bukan OKU) (Bell & Klein, 2001).
ii. Ketidakberkesanan dasar polisi dan perundangan sedia ada
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Kurang Upaya
(UNCRPD) 2006 telah menggariskan hak-hak OKU dalam pasaran buruh. Dalam Artikel 27,
UNCRPD mengiktiraf hak OKU untuk bekerja, secara saksama dengan orang lain; ini
termasuk peluang untuk mendapatkan kehidupan yang baik melalui pekerjaan yang dipilih
atau diterima secara bebas dalam pasaran buruh dan persekitaran kerja yang terbuka,
inklusif dan dapat diakses oleh OKU. Malaysia menandatangani UNCRPD pada tahun 2008
dan kemudian mengesahkannya pada tahun 2010 (Ikmal, Khairil, 2017). Malaysia juga telah
memperkenalkan dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU
(Jabatan Perkhidmatan Awam). Walau bagaimanapun, Khor (2002) mendapati penyertaan
OKU dalam sektor awam adalah rendah. Walaupun diketahui umum bahawa sektor swasta
7
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
banyak menyumbang kepada komuniti OKU melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR),
mereka dilihat jauh terkebelakang dalam penggajian pekerja OKU (Dibben et al., 2002).
Tahap penyertaan komuniti OKU yang sangat rendah dalam kedua-dua sektor awam dan
swasta menggambarkan polisi dan insentif yang sedia ada dalam pengambilan pekerja OKU
seolah-olah tidak berkesan.
iii. Infrastruktur dan persekitaran kerja yang tidak selamat
OKU sentiasa dikaitkan dengan keselamatan pekerjaan kerana golongan ini mempunyai
risiko bahaya yang lebih tinggi. Kebanyakan organisasi pada umumnya tidak mempunyai
persekitaran yang mesra OKU, sebahagiannya disebabkan oleh kos pemasangan dan
penyelenggaraan yang tinggi. Akibatnya, lebih ramai OKU tawar hati dan mengundur diri
daripada pasaran buruh (Turcotte, M., 2014). Faktor ini menyebabkan OKU memilih untuk
bekerja sendiri daripada menyertai pasaran buruh (Rozali et al., 2017). Di samping itu juga,
Tiun & Khoo (2013) mendapati isu pengangkutan menjadi penghalang utama dalam
penyertaan tenaga kerja OKU.
iv. Kurang latihan berdaya saing, pendidikan dan program mentor
OKU selalunya akan melalui satu siri proses sama ada menimba ilmu menerusi pendidikan,
latihan teknikal dan vokasional mahupun program mentor daripada pelatih sebagai
persediaan sebelum menyertai alam pekerjaan. Beberapa kajian yang lepas juga dapat
membuktikan bahawa dengan adanya pendidikan atau pun kemahiran akademik atau
sekurang-kurangnya menamatkan pengajian di peringkat sekolah, akan membuka lebih
banyak peluang pekerjaan kepada OKU penglihatan. Walau bagaimanapun, satu kajian
menunjukkan walaupun terdapat dalam kalangan OKU penglihatan mempunyai tahap
pendidikan tinggi akan tetapi peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka masih
berada dalam lingkungan yang sempit seperti bekerja sebagai operator (Saidi et al., 2019).
Banyak kajian mendapati kekurangan kualiti dalam peringkat ini selalunya mengakibatkan
penyertaan OKU yang sangat rendah dalam tenaga kerja. Selain itu, kekurangan kakitangan
pengajar dan infrastruktur yang berkualiti tinggi juga dilihat sebagai antara isu utama
(Sarimah, Norshahril, Rohana, 2012; Azlina, 2005). Kajian mendapati majikan dilaporkan
mendakwa masalah-masalah di atas telah menghalang mereka daripada mengambil pekerja
OKU (Ang, M.A., 2017). Latihan atau program yang kurang memuaskan juga antara sebab
OKU sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan (Saidi et al., 2019).
v. Kurang kesedaran dalam kalangan ahli keluarga dan rakan OKU
Terdapat penulisan yang mengaitkan bahawa keluarga dan rakan OKU juga menjadi
penghalang kepada pekerjaan ekosistem OKU. Terdapat segelintir ahli keluarga OKU tidak
membenarkan anak-anak mereka atau saudara mereka bekerja kerana tidak yakin dengan
kebolehan mereka dan ini secara tidak langsung menyebabkan kurang motivasi dalam
kalangan OKU. Terdapat juga ibu bapa kepada OKU yang bimbang tentang keselamatan
anak-anak OKU mereka yang ingin bekerja. Jarak tempat kerja dengan rumah ibu bapa
mereka juga menyumbang kepada halangan anak-anak OKU untuk bekerja. Ini semua
termasuk dalam halangan-halangan ekosistem pekerjaan yang dihadapi oleh OKU untuk
bekerja (Nicolas et.al. 2018).
8
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
vi. Halangan pekerjaan OKU berkaitan kategori dan ciri-ciri OKU
Kategori OKU mempunyai kaitan rapat dengan peluang dan bidang pekerjaan. Tujuh
kategori OKU mempunyai peluang dan ruang yang berbeza dari segi pekerjaan kerana
keupayaan, kesediaan, pengetahuan dan kemahiran yang berbeza. Faktor-faktor jantina,
status sosioekonomi dan kepelbagaian budaya, tahap pencapaian pendidikan, pengalaman
pekerjaan, dan kapasiti dalaman bangunan juga mempunyai ukuran kebolehpasaran
tertentu terhadap pekerjaan OKU.
vii. Kepelbagaian halangan dalam ekosistem pekerjaan OKU
Kepelbagaian halangan ini melibatkan beberapa komponen besar yang tercetus hasil
daripada tahap perhubungan OKU dengan masyarakat umumnya. Menurut Nicholas et.al.
(2018), perkara ini juga melibatkan isu makro yang merangkumi tahap pembangunan
sesebuah masyarakat, struktur masyarakat, peranan institusi yang memberi sokongan
kepada OKU serta sikap masyarakat dan majikan umumnya dalam memberi ruang dan
peluang kepada OKU untuk bekerja. Sementara itu, kedudukan ekonomi dan pasaran buruh
sesebuah negara juga memainkan peranan penting. Dalam masa ekonomi menguncup,
pasaran perdana buruh boleh mengurangkan pengambilan pekerjaan di pasaran yang boleh
menjejaskan pekerjaan OKU.
Secara kesimpulan, halangan pekerjaan untuk OKU adalah hasil daripada sistem yang
kompleks yang diwujudkan oleh persekitaran sosial. Tiada satu faktor yang menjelaskan
mengapa penyertaan ekonomi OKU lebih rendah daripada yang lain. Halangan ini harus
dilihat dalam 'ekosistem pekerjaan' yang mengakui bahawa halangan wujud di semua
peringkat ekosistem dan strategi diperlukan di semua peringkat untuk menangani mereka
(Nicholas, Mitchell, Dudley, Clarke, dan Zulla, 2018). Rajah 2.1 menggariskan ekosistem
pekerjaan OKU sebagai satu konsepsi penting dalam menyelami isu ini.
Rajah 2.1: Ekosistem Pekerjaan OKU
Makro: Tahap institusi-
masyarakat, struktur,
prasarana, sikap
Tahap komuniti, majikan,
perniagaan, pembekal
perkhidmatan
Tahap
hubungan
Mikro: Tahap
individu,
keluarga dan
kawan
Sumber: Nicholas, Mitchell, Dudley, Clarke, dan Zulla (2018)
9
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
2.3 Tahap Penyertaan OKU dalam Tenaga Kerja dan Faktor-Faktornya
Tinjauan awal kajian kuantitatif mendapati penghalang utama dalam menyediakan hasil
kajian yang padat dan menyeluruh adalah set data yang tidak komprehensif dan konklusif.
Contohnya, hasil kajian di Malaysia yang bersifat khusus dengan pilihan sampel yang kecil
tidak dapat memberikan gambaran sebenar mengenai tahap penyertaan OKU dalam tenaga
kerja negara. Kajian yang dijalankan di negara-negara maju juga menghadapi cabaran yang
sama. Contohnya, Sarimah, et al. (2012) menjalankan kajian ke atas OKU pendengaran
dengan menggunakan pelajar lepasan sekolah vokasional sebagai sampel. Siti Suhaila et
al. (2013) menjalankan kajian mengenai persepsi majikan terhadap OKU di Johor dan Voo
(2014) mengenai OKU penglihatan di Sabah. Saiz sampel OKU yang digunakan untuk
semua kajian di atas adalah kurang daripada 50. Namun begitu, kita perlu memahami
bahawa untuk mendapatkan set data yang komprehensif dan padat, ia melibatkan sokongan
modal insan dan kos penyelidikan yang besar.
Persoalan penting yang perlu ditangani demi menyediakan prospek peluang kerjaya untuk
OKU ialah ‘apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyertaan OKU dalam tenaga
kerja negara kita?’. Jenis ketidakupayaan, tahap keseriusan ketidakupayaan, latar belakang
pendidikan, umur, jantina, etnik, kawasan kediaman (bandar/luar bandar), umur awal
ketidakupayaan (semasa kecil, dewasa dan sebagainya), jenis kerja (sepenuh
masa/separuh masa) dan gaji/upah yang ditawarkan adalah antara faktor-faktor yang
dianalisis dalam kajian-kajian yang ditinjau. Banyak kajian telah memuatkan faktor-faktor ini
dalam analisis statistik mereka untuk mengenal pasti punca penyertaan pekerja OKU yang
rendah. Sebagai contoh, satu kajian di Malaysia antara lain mendapati majikan (perniagaan
PKS) lebih cenderung memilih OKU kurang upaya fizikal berbanding ketidakupayaan lain
(Ang M.A., 2017). Kajian luar negara umumnya mendapati ketidakupayaan intelek adalah
golongan yang paling kurang diambil bekerja.
Usaha memahami penyertaan pekerja OKU yang rendah dapat dijelaskan dengan
menggunakan teori pasaran buruh di mana kedua-dua permintaan dan penawaran OKU
adalah dalam keadaan terbatas. Daripada sudut permintaan, majikan akan terhalang untuk
mengambil OKU sebagai pekerja kerana pembiayaan kos pengambilan adalah lebih tinggi.
Manakala daripada sudut penawaran, gaji yang lebih rendah akibat cabaran produktiviti,
diskriminasi atau isu-isu lain didapati tidak menarik minat OKU untuk menyertai tenaga kerja
(World Report on Disability, 2011).
2.4 Inisiatif dan Program Sokongan Sedia Ada Bagi OKU di Malaysia
Dalam usaha meningkatkan penghasilan tenaga kerja di Malaysia, beberapa inisiatif telah
diambil untuk meningkatkan penyertaan OKU dalam menyumbang tenaga kerja dalam
segenap sektor pekerjaan. Kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-
2015) telah memperkenalkan pembangunan inklusif sebagai agenda nasional. Dalam
rancangan ini pihak kerajaan telah menekankan semangat 1Malaysia dengan perpaduan
nasional sebagai salah satu objektif utama untuk dicapai. Pelbagai program dan usaha
penglibatan telah dilaksanakan dan dirancang oleh kerajaan Malaysia berkaitan dengan
OKU (Rezaul Islam, 2015). Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) pula, kerajaan
berazam memperkukuhkan kesejahteraan OKU dengan memperluaskan lagi peluang
10
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan kepada mereka. Melalui rancangan ini
juga, pihak kerajaan dengan kerjasama sektor swasta menyasarkan penambahbaikan tujuh
(7) lagi pusat kehidupan berdikari baharu di seluruh negara, yang akan memberi manfaat
kepada sejumlah hampir 11,000 OKU. Menurut Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu,
kerajaan juga komited mencapai sasaran penyertaan OKU untuk mengisi lebih 16,000
jawatan dalam sektor awam melalui pertimbangan khas.
Pada tahun 1988, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan dasar 1% peluang pekerjaan
dalam perkhidmatan awam kepada OKU. Dasar ini bertujuan untuk membantu OKU yang
berkelayakan untuk diambil bekerja dan memegang jawatan yang bersesuaian dalam sektor
awam. Pada tahun 2010, dasar ini telah disemak dan dipertingkatkan untuk memasukkan
tindakan afirmatif bagi memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan. Pada Disember
2012, terdapat 1,754 OKU yang bekerja di sektor awam berbanding dengan 1,294 OKU
pada tahun 2009 (Rezaul Islam, 2015).
Di Malaysia, terdapat beberapa kementerian yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan
bagi OKU. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
(KPWKM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) , Kementerian Sumber Manusia
Malaysia (KSM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA), Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MEDAC), Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (KKMM), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Kementerian
Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Malaysia (KPKT), dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Selain itu, Malaysia
juga mempunyai program sokongan daripada pelbagai NGO.
2.4.1 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
(KPWKM)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diamanahkan
dengan peranan untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan wanita dan institusi
keluarga dalam menyumbang ke arah pembangunan negara. Selain itu, kementerian juga
bertanggungjawab untuk mencipta dan mempromosikan program kesedaran komuniti dan
sosial, serta objektif pembangunan sosial negara, khususnya yang berkaitan dengan
kebajikan sosial. Agensi utama di bawah kementerian yang bertanggungjawab untuk
pengurusan OKU adalah JKM. Salah satu inisiatif yang terhasil adalah Sistem Pengurusan
Maklumat untuk Orang Kurang Upaya atau lebih dikenali sebagai 'SMOKU', telah
dibangunkan untuk memudahkan perkhidmatan pendaftaran untuk komuniti OKU dalam
talian.
Perkhidmatan yang disediakan oleh JKM ini adalah untuk warga OKU meliputi perkara
berikut:
a. Pendaftaran OKU
b. Menyediakan alat tiruan, elaun khas, skim bantuan kewangan dan lain-lain
c. Program Pemulihan Dalam Komuniti
d. Kemasukan ke Institusi Kebajikan OKU
e. Latihan Vokasional
11
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
f. Kaunseling dan khidmat nasihat
g. Penempatan Kerja dalam konteks membantu OKU mendapatkan peluang pekerjaan.
JKM juga menyediakan perkhidmatan pemulihan bagi OKU kanak-kanak dalam kategori
berikut:
i. Kecacatan fizikal yang teruk
ii. Gangguan Mental yang sederhana dan teruk
iii. Kecacatan lain yang menghalang kanak-kanak untuk mengambil bahagian di sekolah
yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
2.4.1.1 Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU)
MKBOKU yang dinyatakan di bawah Seksyen 3(1), Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta
685) telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada
bulan Ogos 2008. Ini merupakan satu lagi medium untuk membincangkan isu-isu OKU di
peringkat atasan kerana Majlis ini dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat.
Majlis ini adalah untuk menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan negara yang
berhubungan dengan OKU dan membuat syor kepada kerajaan mengenai perkara-perkara
yang berhubungan dengan OKU seperti sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi,
pembangunan dan kesejahteraan OKU, memantau aktiviti semua kementerian, agensi,
badan atau pertubuhan, kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam pelaksanaan dasar
negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan OKU, dan mengesyorkan
sebarang cadangan penambahbaikan kepada kerajaan.
Selain itu, MKBOKU juga berperanan untuk membangunkan program dan strategi yang
bertujuan untuk mendidik masyarakat bagi meningkatkan kesedaran berhubung dengan
OKU, menasihati kerajaan mengenai isu ketidakupayaan termasuk perkembangan di
peringkat antarabangsa, mengumpul data dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan
yang berkaitan dengan OKU.
Enam jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membantu Majlis dalam memainkan peranan
dan fungsinya dalam membangunkan OKU di negara Malaysia iaitu:
1. Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina
2. Jawatankuasa Pengangkutan
3. Jawatankuasa Pekerjaan
4. Jawatankuasa Pendidikan
5. Jawatankuasa Quality Life Care (QLC)
6. Jawatankuasa Pendaftaran OKU
Melalui jawatankuasa ini, satu sistem pangkalan data yang komprehensif tentang OKU yang
pertama di Malaysia telah berjaya dibangunkan iaitu Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya
(SMOKU) yang telah dilancarkan pada 1 Ogos 2011.
12
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
2.4.1.2 Institusi Kebajikan OKU
Selain itu juga, terdapat pelbagai institusi kebajikan yang ditubuhkan bagi membantu
golongan OKU. Antaranya ialah:
Jadual 2.3: Senarai Institusi Kebajikan
No. Institusi Penerangan Objektif
Kebajikan
1. Pusat Latihan Sebuah institusi di bawah JKM yang • Memberikan perkhidmatan yang
Perindustrian memberikan perkhidmatan kepada komprehensif kepada OKU
dan Pemulihan OKU fizikal melalui latihan vokasional anggota untuk mendapatkan
Bangi (PLPP) serta pemulihan perubatan. latihan vokasional dan pemulihan
perubatan.
• Mengembalikan kemahiran yang
telah hilang akibat kemalangan
bagi meningkatkan kemampuan
mereka bekerja dan berdikari.
• Mengambil langkah awal untuk
pemulihan bagi mengelakkan
kurang upaya menjadi bertambah
teruk.
• Menyediakan tempat
perkhidmatan sebagai rujukan
dan sumber latihan penuntut
perubatan, jurupulih, juruteknik
prostetik dan ortotik serta lain-lain
kakitangan yang memerlukan.
• Menjadi tempat rujukan untuk
menjalankan kajian berkaitan
OKU.
2. Taman Sinar • Institusi di bawah Jabatan • Memberi penjagaan, pelindungan
Harapan Kebajikan Masyarakat yang dan pemulihan kepada kategori
memberi penjagaan, pelindungan OKU Pembelajaran.
dan pemulihan kepada OKU • Memberi latihan Aktiviti
pembelajaran Kehidupan Seharian (Activity
• Merupakan Tempat Selamat untuk Daily Living) kepada penghuni
pelindungan khususnya kepada supaya berupaya menguruskan
kanak-kanak OKU pembelajaran di diri sendiri.
bawah Akta Kanak-Kanak 2001. • Memberi latihan pravokasional
• Pada masa ini terdapat tujuh (7) kepada penghuni bagi
buah Taman Sinar Harapan di meningkatkan kemahiran ke arah
seluruh negara. kehidupan berdikari.
• Penghuni ditempatkan di Taman • Memberi peluang kepada
Sinar Harapan bagi tempoh tiga (3) penghuni untuk berinteraksi
tahun atau sehingga mencapai dengan penghuni lain dan
umur 18 tahun. masyarakat melalui aktiviti-aktiviti
• Penghuni akan diberi penjagaan, bersosial.
pelindungan dan pemulihan yang • Memberi latihan kemahiran sosial
sewajarnya mengikut Kaedah- dan aktiviti kemasyarakatan bagi
Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan tujuan integrasi dengan komuniti.
Cacat Akal 1977.
13
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
No. Institusi Penerangan Objektif
Kebajikan
3. Bengkel Daya • Dikhususkan bagi OKU yang tidak • Mewujudkan peluang pekerjaan
/ Terlindung berdaya saing untuk mendapat kepada OKU yang sukar
pekerjaan di pasaran terbuka. mendapatkan pekerjaan di
• Bengkel Daya menyediakan
pasaran terbuka.
peluang pekerjaan di unit-unit kerja • Meningkatkan tahap keupayaan,
kepada pekerja OKU seperti jahitan, kebolehan, pengetahuan dan
sulana, roti dan pastri, dobi, kemahiran pekerja OKU.
peruncitan dan restoren. • Memberi sumber pendapatan
• Bengkel Daya diurus dan beroperasi kepada pekerja OKU.
mengikut Kaedah-Kaedah
Workshop Terlindung 1979.
• Pada masa ini terdapat dua (2) buah
BD iaitu:
1. Bengkel Daya Klang
2. Bengkel Daya Sungai Petani
2.4.1.3 Pendaftaran OKU
Pendaftaran OKU dibuat secara sukarela di seluruh negara. Agensi yang terlibat dalam
pendaftaran adalah JKM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pendaftaran OKU
hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
Objektif pendaftaran OKU:
1. Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud
merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan
rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
2. Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
3. Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian
menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.
2.4.1.4 Program Perkhidmatan Job Coach.
Program ini diwujudkan di bawah JKM untuk menawarkan sokongan pekerjaan kepada
OKU. Bagi meningkatkan peluang mendapat pekerjaan, syarikat yang berhasrat untuk
mengambil OKU bekerja tidak perlu menanggung kos perkhidmatan Job Coach kerana
elaun perkhidmatan Job Coach ditanggung oleh JKM sepenuhnya (Sumber:
http://www.jkm.gov.my/) iaitu menyediakan elaun sebanyak RM15.00 sejam kepada Job
Coach yang memberi sokongan pekerjaan kepada OKU dan boleh mencapai RM900 jumlah
maksima bagi seorang OKU yang disokong.
Job Coach adalah individu yang dilatih, mempunyai pengalaman dan profesional dalam
memberi sokongan kepada OKU. Peranan Job Coach adalah untuk membantu OKU dan
majikan dalam membuat penyelarasan terhadap persekitaran kerja dan kawasan pekerjaan,
dengan mengambil kira keupayaan OKU supaya mereka dapat bekerja dengan selesa dan
dalam keadaan produktif. Job Coach menjadi penghubung antara OKU dan majikan dengan
menyediakan sokongan untuk kedua-dua belah pihak seperti:
14
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
i. Penilaian OKU: Membuat penilaian dan memahami keadaan OKU
ii. Penilaian Tempat Kerja: Membuat penilaian persekitaran tempat kerja
iii. Job Matching: Mengubah keadaan kerja dan menyusun semula tugas-tugas yang
bersesuaian dengan OKU atas kebenaran majikan
iv. Sokongan Intensif: Menyediakan sokongan untuk OKU dan majikan di tempat kerja
v. Natural Support: Mewujudkan sokongan rakan sekerja OKU untuk mengurangkan
sokongan Job Coach secara beransur- ansur.
vi. Follow-up: Sokongan berkala untuk mengekalkan OKU dalam pekerjaan.
2.4.1.5 Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK)
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau ‘Community-Based Rehabilitation’ (CBR)
telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). JKM telah terlibat secara
langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan
mengubahsuai pelaksanaan program ini.
Objektif program ini adalah untuk menggalakkan sikap berdikari, prihatin, dan
tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan OKU. Selain itu juga, ia
bertujuan untuk mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk
pemulihan OKU.
PDK One Stop Centre sebagai focal point kerana ianya satu program yang menggunakan
pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.
Melalui PDK One Stop Centre, perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat
bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat
nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.
Peranan PDK One Stop Centre:
● Pusat Intervensi Awal OKU.
● Pusat Sumber maklumat OKU.
● Pusat Rujukan OKU.
● Pusat Pendaftaran OKU.
● Pusat Advokasi.
Seterusnya pula, PDKNet merupakan pelaksanaan program IT dan Multimedia bagi
membantu golongan kurang upaya seperti kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak
yang menghadapi masalah pembelajaran.
Secara umumnya program ini berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan
membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain daripada itu, program PDKNet
ini juga diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran OKU untuk mengendalikan
program perisian komputer.
15
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
2.4.1.6 Disability Equality Training (DET)
DET merupakan satu kaedah yang komprehensif untuk memahami isu-isu berkaitan
ketidakupayaan berasaskan pada perspektif Model Sosial. Di Malaysia, DET diperkenalkan
pada tahun 2005 oleh Japan International Cooperate Agency (JICA) dalam projek kerjasama
Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membangunkan pelbagai perkhidmatan bagi
menyokong penyertaan penuh dan berkesan OKU dalam masyarakat. Sejak tahun 2010,
sebanyak 73 program DET telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang
Upaya (JPOKU) yang mensasarkan pelbagai peserta terutama majikan awam dan swasta.
Matlamat utama DET ialah mengubah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap isu
ketidakupayaan (disability) di samping dapat mengenal pasti puncanya. Bukan itu sahaja,
peserta latihan tersebut juga dapat membezakan antara kekurangan/kecacatan (impairment)
dengan ketidakupayaan (disability).
2.4.1.7 Skim Bantuan Kewangan
Beberapa insentif lain yang ditawarkan untuk mendaftarkan OKU di Malaysia termasuklah
bantuan pembelian peralatan sokongan untuk membantu OKU yang tidak dapat
membelinya. Bantuan ini disediakan untuk mempertingkatkan mobiliti dan keupayaan OKU
agar dapat mempunyai kehidupan yang bebas dan mampu berdikari. Antara skim bantuan
kewangan yang disediakan oleh Jabatan kepada OKU adalah bantuan yang layak seperti
berikut:
Jadual 2.4: Skim Bantuan Kewangan yang Disediakan oleh JKM
No. Jenis Kadar Tujuan Keperluan Kelayakan
Bantuan Bayaran Khusus
1. Elaun Pekerja RM400 • Sebagai insentif untuk • Warganegara, bermastautin
Cacat (EPC) Sebulan menggalakkan OKU dan bekerja di Malaysia;
Seorang untuk bekerja, hidup • Berumur 16 tahun dan ke atas;
berdikari dan menjadi • Pemegang kad OKU JKM;
masyarakat yang • Pendapatan bulanan
produktif. RM1,200.00 dan ke bawah;
ATAU
• Mana-mana kes yang
berkeperluan, layak
dipertimbangkan dengan
kelulusan Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat (KPKM)
2. Bantuan RM350 • Meringankan bebanan • Warganegara dan bermastautin
Penjagaan Sebulan keluarga/ penjaga di Malaysia;
OKU terlantar / Seorang • Menggalakkan • Pemohon adalah penjaga
Pesakit Kronik keluarga/ penjaga untuk sepenuh masa/ memberikan
Terlantar menjaga ahli keluarga penjagaan rapi kepada OKU
(BPT) yang OKU terlantar/ terlantar/ pesakit terlantar/
sakit terlantar/ sakit pesakit kronik yang
kronik. memerlukan pengawasan dan
penjagaan;
• Pendapatan bulanan isi rumah
16
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
No. Jenis Kadar Tujuan Keperluan Kelayakan
Bantuan Bayaran Khusus
tidak melebihi RM3,000;
ATAU
• Mana-mana kes yang
berkeperluan, layak
dipertimbangkan dengan
3. Bantuan OKU RM250 kelulusan KPKM.
• Membantu OKU yang • Warganegara dan bermastautin
Tidak Sebulan tidak berupaya bekerja. di Malaysia
Berupaya Seorang • Mengggalakkan OKU • Berumur 16 tahun dan ke atas
Bekerja (BTB) • Pemegang Kad OKU JKM
terus tinggal bersama • Tidak berupaya bekerja.
keluarga. • Pemohon bukan penghuni/
pelatih:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/
berkediaman yang
menyediakan perkhidmatan/
kemudahan secara percuma;
atau
- Program Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK);
• Sumber kewangan bulanan
individu OKU tidak melebihi
kadar Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) Purata
Miskin Per Kapita Semasa.
ATAU
• Mana-mana kes yang
berkeperluan, layak
dipertimbangkan dengan
kelulusan KPKM.
• Nota:
Sumber kewangan seperti
pencen/ PERKESO/ bantuan
4 Bantuan Alat Mengikut • Membantu kumpulan dan lain-lain
• Warganegara dan bermastautin
Tiruan / Alat harga sebenar sasar JKM yang kurang di Malaysia;
Sokongan alat tiruan
sekali gus yang telah berkemampuan dan • Kumpulan sasar JKM;
berkeperluan untuk • Tidak melebihi Pendapatan
ditetapkan membeli anggota palsu Garis Kemiskinan (PGK) Purata
atau alat sokongan Miskin Isi Rumah Semasa atau
seperti yang disyorkan PGK Purata Miskin Per Kapita
oleh Pegawai atau Semasa;
Pengamal Perubatan • Disyorkan oleh pegawai atau
(kerajaan/ swasta) atau pakar perubatan (kerajaan/
Pegawai JKM mengikut swasta)/ Pegawai JKM
jenis ketidakupayaan mengikut jenis ketidakupayaan;
• Membolehkan
ATAU
kumpulan sasar JKM • Mana-mana kes yang
meningkatkan berkeperluan, layak
17
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
No. Jenis Kadar Tujuan Keperluan Kelayakan
Bantuan Bayaran Khusus
keupayaan dan mobiliti
5 Geran Maksimum bagi menjalani dipertimbangkan dengan
Pelancaran RM2,700 kehidupan. kelulusan KPKM.
(GP) sekali gus • Pemerkasaan ekonomi
kumpulan sasar JKM • Warganegara dan bermastautin
yang produktif, di Malaysia;
mempunyai minat,
kemahiran dan potensi • Kumpulan sasar JKM;
untuk menjana • Tidak melebihi Pendapatan
pendapatan individu/
keluarga. Garis Kemiskinan (PGK) Purata
• Mewujudkan program Miskin Isi Rumah semasa atau
pembangunan dan PGK Purata Miskin Per Kapita
pengintergrasian bagi Semasa; ATAU
membantu klien • Mana-mana kes yang
mencapai matlamat ke berkeperluan, layak
arah berdikari. dipertimbangkan dengan
kelulusan KPKM.
2.4.1.8 TASKA OKU
Salah satu inisiatif kerajaan dalam menggalakkan intervensi awal kanak-kanak OKU adalah
dengan mengadakan kerjasama NGO bagi perkhidmatan TASKA OKU.
• TASKA OKU bagi 6 kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi sindrom down, autisma,
penglihatan, pendengaran, fizikal dan pembelajaran. TASKA OKU berkonsepkan
penyertaan bersama NGO, ibu bapa, kanak-kanak, agensi kerajaan, badan swasta dan
komuniti setempat. Membantu ibu bapa/penjaga dan kanak-kanak OKU mendapat
perkhidmatan yang sesuai dengan ketidakupayaan yang dihadapi, pada masa yang sama
keperluan bagi pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak dapat dipenuhi;
• Membantu mengurangkan beban ibu bapa/penjaga kanak-kanak OKU terutama kepada
ibu bapa / penjaga yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan pengasuhan yang
sempurna dan berkualiti bagi anak-anak OKU mereka.
2.4.1.9 Institut Sosial Malaysia (ISM)
Institut Sosial Malaysia (ISM), sebuah agensi di bawah KPWKM yang bertaraf Institut
Latihan Awam, merupakan sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang kerja sosial dan
pembangunan sosial yang mula beroperasi pada tahun 2002. ISM bukan hanya
menawarkan program latihan yang berkualiti, tetapi turut menjalankan penyelidikan dan
menghasilkan penerbitan terkini yang mengetengahkan isu-isu sosial sejagat. Untuk
melengkapkan lagi peranan ISM sebagai pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat
negara dan antarabangsa, ISM turut menjalinkan kolaborasi strategik dengan pihak
berkepentingan untuk menyebarluaskan lagi perkhidmatannya kepada setiap lapisan
masyarakat.
18
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
2.4.2 Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Pihak kerajaan amat menggalakkan majikan untuk menggaji OKU dengan menyediakan
pelbagai skim atau insentif sebagai sokongan terhadap majikan yang memberi peluang
pekerjaan kepada OKU seperti berikut:
- Potongan Cukai Berganda iaitu:
i) Potongan cukai bagi majikan yang menggaji OKU
- Potongan cukai bagi penggajian OKU (Rules 1982)/ Potongan Tambahan atau
Lanjutan (P.U(A)73/1982).
- Potongan cukai tahunan berganda berdasarkan gaji pekerja OKU
ii) Potongan bagi cukai latihan yang diluluskan
- Potongan Berganda (Double Deduction) P.U.(A) 61/1992 Cukai pendapatan
(Potongan bagi Latihan Yang Diluluskan) dan P.U.(A) 111 Cukai Pendapatan
(Potongan bagi Latihan Yang Diluluskan) (Perubahan) Undang - Undang 1995.
- Potongan dua kali ganda amaun apa-apa perbelanjaan yang ditanggung dalam
latihan, mana-mana OKU yang berdaftar dengan Jabatan kebajikan Masyarakat
- Potongan Tunggal / Khas
Pengubahsuaian bangunan atau keperluan alat sokongan OKU-Sub-Sek 34(6)(e) ITA
1967. Iaitu amaun yang sama dengan jumlah perbelanjaan bagi penyediaan kelengkapan
yang perlu untuk membantu mana-mana OKU yang bekerja dengan majikan tersebut.
2.4.3 Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KSM)
Kementerian Sumber Manusia (KSM) mempunyai beberapa program untuk membantu OKU.
Ini termasuklah Program OKU Talent Enhancement (Skim OTEP) yang dikelolakan di bawah
Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).
i) Skim ini menawarkan bantuan/insentif kewangan kepada majikan yang menyediakan
program latihan yang bersesuaian kepada OKU untuk memperolehi pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka memasuki alam pekerjaan.
ii) Bantuan kewangan yang dibenarkan di bawah OTEP adalah seperti berikut:
(1) Yuran kursus
(2) Kos alat bantuan latihan
(3) Bahan latihan guna habis; dan
(4) Elaun bulanan untuk setiap pelatih OKU
Sementara itu, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), di bawah KSM telah memperkenalkan
pendaftaran pekerjaan dalam talian dan sistem sepadan yang dikenali sebagai Sistem
Penempatan Pekerjaan Orang Kurang Upaya (SPOKU) untuk sektor swasta. Sistem ini
membolehkan pengenalpastian kesesuaian pekerjaan untuk OKU yang sepadan dengan
jenis ketidakupayaan yang dialami. Semenjak daripada pengenalan sistem pada tahun
19
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
1990, sejumlah 13,339 OKU telah berdaftar dan seramai 9,074 telah berjaya ditempatkan
bekerja dalam sektor swasta. Untuk membantu dan mengekalkan OKU dalam pekerjaan
mereka dan tenaga kerja, Kerajaan Malaysia, pada tahun 2008, telah mewujudkan
perkongsian pintar dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) melalui Project to
Support Participation of Persons With Disabilities (Phase II) JKM-JICA bagi melaksanakan
sebuah program yang dikenali sebagai Program Khidmat Job Coach. Job Coach yang dilatih
di bawah program ini menyediakan sokongan yang diperlukan untuk menghubungkan OKU
ini dengan rakan-rakan sekerja mereka bagi memudahkan penerimaan mereka ke dalam
sesebuah organisasi. Di samping itu, Job Coach ini juga memainkan peranan yang penting
untuk meyakinkan majikan tentang kemampuan golongan OKU ini.
Selain melaksanakan program promosi untuk penempatan pekerjaan dalam sektor swasta
dalam kalangan OKU di Malaysia, JTK juga menawarkan Skim Bantuan Galakan
Perniagaan bagi OKU (SBGP-OKU) untuk menggalakkan usahawan baru daripada
kalangan OKU dan membolehkan mereka mengembangkan perniagaan. Usahawan juga
dikehendaki untuk mengupah OKU apabila mereka mahu mengembangkan perniagaan
mereka. Sejak pelaksanaannya pada tahun 2007, sejumlah 914 OKU menerima bantuan ini,
yang berjaya mewujudkan peluang pekerjaan bagi 1,597 OKU (Wan Arnidawati, 2014).
2.4.4 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Program sokongan kepada OKU juga terdapat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM menyediakan khidmat nasihat berterusan, pemeriksaan dan perkhidmatan sokongan
yang meliputi keseluruhan kategori Special Education Needs (SEN) iaitu keperluan
pendidikan khas untuk kanak-kanak dan OKU. Perkhidmatan ini termasuklah:
i. Terapi Carakerja
ii. Pemeriksaan Perubatan
iii. Rawatan Susulan
iv. Terapi Pertuturan
v. Rawatan Psikologi
vi. Pemakanan
vii. Fisioterapi
Bagi mereka yang bermasalah mental, Perkhidmatan Psikiatri KKM turut menawarkan
khidmat melalui Pusat Kesihatan Mental Masyarakat atau dikenali sebagai MENTARI.
MENTARI ialah suatu inovasi KKM untuk memasyarakatkan Perkhidmatan Kepakaran
Psikiatri bagi meningkatkan aksesibiliti, meningkatkan integrasi semula pesakit mental
dalam masyarakat serta membendung stigma atau pandangan negatif terhadap mereka.
Mentari mula ditubuhkan pada 2011 iaitu Mentari Putrajaya. Pada masa kini terdapat 25
buah MENTARI yang telah beroperasi di seluruh negara, sekurang-kurangnya sebuah
MENTARI di setiap negeri. Program Perubatan menyasarkan untuk memperkembangkan
MENTARI kepada 40 buah pada 2025 dengan pertambahan sebanyak 3-4 buah MENTARI
setahun. Perkhidmatan MENTARI adalah lebih fokus kepada pesakit mental dalam komuniti
dengan cara:
i) menjalankan program rehabilitasi yang berorientasikan pekerjaan seperti ‘Individual
Placement and Support - Supported Employment (IPS-SE)’ dan ‘Employment Transition
Program’. Usaha ini diambil sebagai langkah dalam proses pra pekerjaan serta untuk
20
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
menangani risiko penyakit berulang apabila memasuki alam pekerjaan. Program
sokongan pekerjaan ini berkait rapat dengan pengurusan kesihatan mental pesakit
termasuklah dalam aspek pengendalian ubat-ubatan serta pengurusan tekanan.
Program ini mempunyai kerjasama yang erat dengan ahli keluarga serta majikan
pesakit. Di bawah ‘Employment Transition Program’, terdapat pelbagai aktiviti yang
dijalankan di premis MENTARI seperti aktiviti bakeri, ‘coffee corner’, penjualan buah-
buahan, aktiviti seni dan kraftangan, dan sebagainya.
ii) menjalankan program rehabilitasi psikosial dan memberikan rawatan psikiatri di premis
MENTARI mahupun di rumah pesakit.
iii) menjalankan intervensi awal – iaitu masyarakat dan pesakit boleh mendapatkan
konsultasi tentang masalah kesihatan mental yang mereka hadapi tanpa surat rujukan.
Peratus pesakit program sokongan pekerjaan (supported employment) yang diserap bekerja
di pasaran terbuka merupakan KPI bagi perkhidmatan di MENTARI. Bagi program tersebut,
MENTARI telah mensasarkan 30% pesakit bekerja pada tahun 2016, dan ia telah dinaikkan
kepada 60% mulai tahun 2019. Secara keseluruhan, sasaran 60% tersebut telah dicapai
sejak 2017,2018 dan 2019. Pada masa kini, terdapat seramai 607 pesakit telah menjalani
program sokongan pekerjaan di MENTARI pada 2019 berbanding 300 pesakit pada 2017.
Sementara itu program yang sama telah dijalankan oleh pihak USM di bawah
Mentari@USM. Mentari@USM adalah sebuah Pusat Sehenti Psikiatri yang ditubuhkan pada
bulan Januari 2016. Unit ini meyediakan penjagaan dan rawatan yang berkaitan kesihatan
mental merangkumi perkhidmatan saringan, mendiagnosis, memberi rawatan awal dan
pemulihan kepada pesakit mental. Masyarakat yang mengalami permasalahan mental dan
emosi boleh hadir ke Mentari@USM tanpa surat rujukan bagi memudahkan mereka
mendapatkan rawatan di samping mengurangkan stigma.
Terdapat juga beberapa aktiviti telah dijalankan yang melibatkan pemulihan di samping
melatih pesakit ke arah perkembangan ekonomi seperti:
i) Bengkel Cuci Kereta Mentari@USM
Melatih kira-kira 10 pesakit menumpu perhatian, menjalankan aktiviti fizikal serta
memupuk kesabaran melalui aktiviti mencuci kereta dan mereka diberi insentif atas
usaha mereka itu.
ii) Mentari@USM Rest Corner
Sebuah kafe mini yang menjadi pusat latihan bagi pesakit berkomunikasi dengan
masyarakat dan menimba ilmu perniagaan secara kecil-kecilan.
iii) Bakeri@MentariUSM
Aktiviti membuat roti dan biskut yang dapat memberi latihan untuk membuat sesuatu
perancangan, latihan fizikal, meningkatkan tumpuan, kesabaran dan menjana ekonomi
pesakit secara tidak langsung.
iv) Mengadakan aktiviti promosi kesihatan mental, saringan dan pengesanan awal penyakit
mental, memberi intervensi awal dan segera untuk mengelakkan penyakit menjadi serius
dan sukar dirawat.
21
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
v) Menyediakan perkhidmatan pasukan kesihatan mental komuniti yang merawat pesakit
dalam komuniti mereka sendiri selain turut menyediakan pelbagai intervensi psikososial
seperti sokongan keluarga, pendidikan pesakit, kaunseling, relaksasi, terapi kumpulan
dan pelbagai lagi mengikut keperluan pesakit. (sumber: http://www.medic.usm.my)
2.4.5 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Menjadi dasar kerajaan bahawa pendidikan bagi OKU menjadi salah satu perancangan
pendidikan nasional, pembangunan kurikulum dan organisasi sekolah (Akta Orang Kurang
Upaya, 2008). Berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
2013 Murid Berkeperluan Khas (MBK) ialah murid yang diperakukan oleh pengamal
perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang
berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang
mempunyai ketidakupayaan penglihatan; ketidakupayaan pendengaran; ketidakupayaan
pertuturan; ketidakupayaan fizikal; masalah pembelajaran; atau mana-mana kombinasi
ketidakupayaan (KPM, 2015).
MBK boleh mengikuti pendidikan di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), sekolah yang
melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Program Pendidikan Inklusif
(PPI), pada peringkat pendidikan prasekolah; pendidikan rendah; pendidikan menengah;
atau pendidikan lepas menengah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan (KPM,
2015).
Dengan peningkatan jumlah OKU pada setiap tahun, KPM sentiasa berusaha untuk
menyediakan perkhidmatan terbaik yang bersesuaian bagi golongan ini. Bagi memastikan
pendidikan yang berkualiti dapat diakses oleh golongan OKU dalam sistem pendidikan, KPM
telah memantapkan lagi pendidikan khas dengan melaksanakan Dasar Sifar Penolakan
(DSP) bagi MBK. DSP merujuk kepada penempatan persekolahan MBK di sekolah kerajaan
dan bantuan kerajaan tanpa menafikan hak MBK untuk menerima pendidikan. DSP
merupakan dasar sedia ada yang dimantapkan dari segi pelaksanaannya bagi memastikan
MBK menerima pendidikan yang relevan dengan keupayaan mereka selaras dengan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002.
KPM turut komited melengkapkan sekolah dan institusi pendidikan dengan kemudahan
mesra OKU secara berperingkat. Perkhidmatan sokongan yang berterusan daripada
pegawai bidang khusus di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) turut dilakukan bagi
memastikan MBK menerima intervensi, rehabilitasi serta sokongan yang menyeluruh seperti
terapi carakerja, terapi pertuturan bahasa, psikologi, peripatetik, audiologi, fisioterapi dan
pegawai intervensi.
KPM turut menyediakan sokongan kepada MBK seperti yang berikut:
i) Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) sebanyak RM150.00 sebulan;
ii) bayaran makanan asrama dikecualikan bagi MBK di asrama SPK;
iii) pelanjutan tempoh belajar maksimum dua tahun dan tambahan satu tahun jika murid
mengikuti pendidikan vokasional di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
(SMPKV);
iv) tambahan masa semasa menduduki peperiksaan awam;
v) menerima bantuan dan sokongan semasa menduduki peperiksaan awam;
22
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
vi) menyediakan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
2.4.6 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA)
Melaui hasil bacaan seimbas lalu, tiada aktiviti atau inisiatif yang tetap yang telah dijalankan
oleh pihak MOA dalam membantu golongan OKU, tetapi Agrobank telah melancarkan
program pembiayaan mikro terbaharu, Agro Bakti, yang diperkenalkan khusus buat
golongan OKU. Pembiayaan ini bertujuan bagi memberi modal kerja kepada golongan OKU
yang berminat untuk menjalankan perniagaan berasaskan pertanian dan industri asas tani.
Program pembiayaan Agro Bakti telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Dato’ Sri Ahmad
Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan YB Dato’ Sri Rohani Abdul
Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2016 ketika itu.
Agro Bakti menyediakan pembiayaan mikro untuk golongan OKU mengembangkan
perniagaan dengan jumlah minimum RM3,000 sehingga RM50,000 tanpa sebarang
cagaran. Pembiayaan ini terbuka kepada golongan OKU yang berdaftar di bawah JKM atau
mana-mana pertubuhan OKU yang berdaftar. Berbanding dengan harga pembiayaan mikro
yang lain, kadar keuntungan bagi pembiayaan Agro Bakti adalah tetap pada 5.5%. Untuk
fasa pertama, Agrobank telah memperuntukkan RM5 juta untuk program pembiayaan Agro
Bakti, namun tiada portal tertentu untuk bacaan lanjut mengenai pembiayaan ini.
2.4.7 Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi Malaysia (MEDAC)
Pelbagai bantuan dan modul pelajaran disediakan untuk membantu usahawan OKU agar
terus berdaya saing sama seperti usahawan lain. MEDAC berusaha membantu usahawan
OKU dalam usaha memperkukuh ekonomi golongan berkenaan. Sebagai contoh, menerusi
program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), daripada 500 usahawan menyertai
program ini, 50 usahawan OKU terlibat dan kesemuanya merupakan usahawan berjaya.
MEDAC juga telah melancarkan Pusat Sehenti Keusahawanan (PSK) sebagai salah satu
inisiatif untuk mendekati rakyat melalui program outreach. PSK berperanan sebagai pusat
rujukan setempat bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapatkan maklumat,
mengumpul maklumbalas dan memberi khidmat nasihat kepada usahawan. Pusat ini turut
bertindak sebagai pemudahcara kepada usahawan dan orang awam yang menyokong
kepada pembangunan usahawan di Malaysia. Sejak dilancarkan pada 15 Oktober 2018,
lima PSK ditubuhkan di Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Selangor serta Johor, dan dijangka
akan diwujudkan di seluruh negeri menjelang akhir Februari 2019.
Bagi memantapkan penyampaian PSK kepada rakyat, MEDAC juga melancarkan PSK
dalam talian dilengkapi dengan ‘Integrated Entrepreneurial System’. Ini membolehkan
usahawan dan bakal usahawan mendapatkan informasi daripada 180 agensi
keusahawanan dengan 700 maklumat berkaitan usahawan dengan hanya melayari pautan
psk.med.gov.my atau di kiosk PSK MEDAC di seluruh negara.
23
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
2.4.8 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
Bagi pendaftar rasmi domain .MY di Malaysia, diskaun khas 50% iaitu daripada RM120
kepada RM60 akan diberikan kepada golongan OKU untuk pendaftaran baharu nama
domain .MY mulai 1 Januari 2020.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata antara kelebihan
menggunakan nama domain .MY adalah pencarian laman sesawang oleh pelanggan akan
menjadi mudah dan pantas, dan keselamatan laman lebih terjamin dan sekali gus
meningkatkan kebolehpercayaan pelanggan.
Inisiatif ini akan menggalakkan golongan OKU menggunakan internet untuk meningkatkan
aktiviti dalam talian supaya mereka boleh mendapat manfaat daripada aktiviti ekonomi
digital sekarang ini.
Melalui pengumuman diskaun khas itu, ia akan memastikan bahawa tiada golongan yang
terpinggir dalam revolusi digital global dan era Revolusi Industri 4.0 (4IR), di mana
penggunaan pelbagai aplikasi teknologi akan menjadi sebahagian daripada hidup seharian
masyarakat.
2.4.9 Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
Dalam usaha pertumbuhan sektor pengangkutan yang inklusif dan mudah akses oleh
rakyat, Dasar Pengangkutan Negara (DPN) telah menjadi rangka kerja pentadbiran tunggal
yang menjadi sumber rujukan sektor swasta dan awam. DPN 2019- 2030 telah digubal
dengan lima teras dasar, dan strategi-strategi khusus yang memanfaatkan rakyat termasuk
penduduk kawasan luar bandar dan golongan terpinggir, Sabah dan Sarawak serta
keperluan industri. DPN 2019-2030 juga dapat bertindak sebagai teras dasar untuk
melonjakkan negara dalam aspek logistik dengan penambahbaikan sektor jalan, rel, udara
dan maritim serta ketersambungannya di antara satu sama lain bagi menjadikan Malaysia
sebagai sebuah Pusat Pengedaran Serantau. Dengan itu, DPN 2019-2030 dapat
menyumbang dalam aspek ekonomi serta menjadikan Malaysia kekal mesra perniagaan
dan mampu menjadi pesaing global dalam industri pengangkutan.
Teras Dasar 3 menyentuh mengenai usaha meningkatkan aspek keselamatan, integrasi,
ketersambungan dan kebolehcapaian bagi melancarkan perjalanan termasuk meningkatkan
aksesibiliti di terminal penumpang dan pengangkutan awam untuk golongan OKU (universal
access).
2.4.10 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia (KPLB)
KPLB telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB). Dasar yang
digubal merangkumi semua golongan termasuk OKU. Di antara dasar yang berkaitan OKU
adalah:
24
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
i. Dasar Pembangunan Kapasiti yang Inklusif, Fleksibel dan Berorientasikan
Keperluan Setempat.
Dasar ini memberi penekanan kepada penghasilan modal insan yang berkemahiran tinggi
selari dengan 4IR. Ini dapat dicapai dengan mewujudkan pembangunan kapasiti yang
inklusif, fleksibel dan memenuhi keperluan setempat. Pembangunan kapasiti yang inklusif
turut mengambil kira keperluan golongan terpinggir seperti pelajar yang tercicir, Orang Asli,
Komuniti Anak Negeri Sabah di pedalaman, Natives of Sarawak, OKU, ibu tunggal, pesara
dan warga emas.
ii. Dasar Peningkatan Kesedaran dan Pemerkasaan Komuniti Luar Bandar Terhadap
Aspek Cara Hidup Sihat
Antara strategi di bawah dasar ini adalah menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan
yang berkualiti dan komprehensif seperti seperti menyediakan infrastruktur dan kemudahan
mesra pengguna (reka bentuk yang lebih universal) bagi golongan warga emas dan OKU.
Selain itu, kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO bersama
masyarakat tempatan juga diperkukuhkan dalam memberi perkhidmatan penjagaan bagi
warga emas, ibu terabai, OKU dan tanggungan (dependent).
2.4.11 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT)
KPKT telah memperkenalkan Dasar Komuniti Negara pada tahun 2018 bermatlamat untuk
mendaya upaya komuniti di kawasan perumahan khususnya di kawasan perumahan
berstrata supaya terlibat secara aktif dalam usaha penyenggaraan dan pengurusan harta
awam dan harta bersama. Dasar ini juga memberi fokus untuk membangunkan komuniti
secara inklusif demi mencapai kesejahteraan hidup.
Bagi membolehkan pelaksanaan Dasar Komuniti Negara yang efektif, tiga (3) strategi di
bawah Kluster 5 telah dirancang, iaitu:
i. mempertingkatkan inklusiviti golongan kanak-kanak, warga emas, OKU, wanita, ibu
tunggal dan daif dalam pembangunan komuniti;
ii. memupuk rasa keprihatinan dan sikap penyayang terhadap golongan sasar khusus
kanak-kanak, warga emas, OKU, wanita, ibu tunggal dan daif; dan
iii. menggalakkan jalinan kerjasama strategik dengan pihak luar dalam membantu golongan
ini.
Selain itu, satu pekeliling di bawah KPKT telah diluluskan bertujuan untuk memberi
penjelasan serta panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) mengenai pemakaian Pelan Tindakan Aksesibiliti Orang Kurang Upaya di
bawah Aspek Persekitaran Fizikal bagi Panduan Pelaksanaan oleh PBT.
Objektif utama wujudnya Pelan Tindakan Aksesibiliti tersebut adalah:
1. Sebagai panduan yang standard dalam pembangunan pelan tindakan aksesibiliti
setiap PBT.
2. Sebagai panduan untuk meningkatkan aksesibiliti kemudahan dalam dan luar
bangunan serta ruang awam di setiap PBT.
Pelan Tindakan Aksesibiliti mempunyai 3 matlamat utama iaitu:
1. Persekitaran fizikal dalam komuniti adalah universally accessible.
25
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Kerajaan (persekutuan, negeri dan PBT) hendaklah mengangkat kepentingan
kebolehsampaian sebagai satu ciri penting dalam pembangunan.
2. Terminal pengangkutan yang boleh memenuhi keperluan masyarakat pelbagai.
Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
akan menasihat dalam mempertingkat dan menambah baik kebolehsampaian
perkhidmatan pengangkutan. PBT pula akan bertindak untuk mengkoordinasi di
antara hub pengangkutan dan kemudahan awam bagi membolehkan
kebolehsampaian bagi semua pihak.
3. Mencapai ketelusan dan akauntabiliti dalam pelaksanaan Pelan Tindakan
Aksesibiliti.
Setiap PBT akan membangunkan sendiri Pelan Tindakan Aksesibiliti untuk
dilaksanakan. Setiap PBT akan menyediakan laporan tahunan pencapaian strategi
aksesibiliti yang dicapai dan di hantar kepada KPKT.
2.4.12 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)
Bulan Sukan Negara adalah inisiatif terbaharu KBS dalam merealisasikan hasrat Malaysia
Sebagai Negara Bersukan. Program yang dilaksanakan sepanjang bulan Oktober 2019
untuk memastikan konsistensi penglibatan rakyat Malaysia untuk melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti sukan serta pergerakan fizikal. Seramai 20,000 orang direkodkan menyertai
program Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan
di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pelbagai aktiviti sukan telah diadakan dan berjaya menarik
minat pelbagai lapisan masyarakat secara kolektif terutama anak muda, kanak-kanak, warga
emas. Golongan OKU turut memeriahkan acara yang diadakan. Majlis Sambutan Bulan
Sukan Negara hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan di Kuala Lumpur Sport
City, Bukit Jalil dengan tema ‘Sukan Untuk Semua. Malaysia, We Challenge You’.
Program OKU Engagement: Persatuan Sukan OKU telah diadakan pada 6 dan 7 April 2018
bertempat di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bangi. Program ini
merupakan inisiatif KBS melalui Cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya,
Bahagian Pembangunan Sukan bersama persatuan yang terlibat dengan Pembangunan
Sukan OKU. Hampir 70 peserta daripada seluruh negara turut hadir dalam program ini.
Empat jenis topik turut dibincangkan sepanjang program ini berlangsung iaitu Sukan Untuk
Semua, Fasiliti, Kemahiran dan Sukarelawan. Semua peserta diagihkan mengikut minat dan
kefahaman masing-masing dalam memberi idea dan pandangan dalam Pembangunan
Sukan OKU mengikut topik. Persatuan Sukan OKU menjadi pemangkin kepada semua
penggerak sukan dalam memainkan peranan masing-masing dalam memastikan golongan
OKU ini tidak ketinggalan dalam sukan.
Kursus Bahasa Isyarat Tahap 2 dan 3 telah dilaksanakan selama 3 hari bermula 26 hingga
28 Januari 2018 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kursus ini
merupakan kesinambungan daripada Tahap 1 yang telah dilaksanakan pada 22 hingga 24
Disember tahun 2017. Kursus ini merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Sukan,
Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Persatuan Sukan Pekak Kebangsaan
(MSDeaf). Seramai 20 peserta yang lulus Tahap 1 berpeluang mengikuti Kursus Bahasa
Isyarat Tahap 2 dan 3. Kursus ini memberi peluang kepada pegawai dan orang ramai untuk
menguasai bahasa isyarat bagi memudahkan berkomunikasi dengan OKU pendengaran.
26
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian sijil kepada peserta yang lulus bagi kursus ini
telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang
Upaya.
2.4.13 Program Sokongan Daripada Pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
Di samping itu juga, NGO dan sektor swasta memainkan peranan penting dalam bidang
Pendidikan, kerana terdapat pembelajaran tanpa untung dan pusat penjagaan yang
menyediakan campur tangan yang lebih awal, pembelajaran, pemulihan dan program latihan
untuk kanak-kanak yang memiliki kecacatan. Beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh
pelbagai NGO yang berkaitan dengan OKU termasuklah:
a. Penubuhan Pusat Penjagaan Harian dan Latihan
b. Pemulihan Berasaskan Komuniti
c. Early Intervention Programs (EIP)
d. Pelbagai aktiviti disiplin di peringkat komuniti
e. Program pendidikan awal dan kemahiran sosial
f. Khidmat nasihat dan sokongan melalui laman sesawang
g. Kumpulan sokongan ibu bapa
h. Bahasa Isyarat dan kelas Braille
i. Kaunseling
j. Kelab Sosial
k. Pusat Sumber
l. Perkhidmatan Rujukan
2.4.14 Lain-Lain Program, Bantuan dan Infrastruktur Daripada Kerajaan Negeri
1. Johor
Selain peruntukan yang diberi oleh JKM, sejumlah kira-kira RM76 juta telah disalurkan untuk
golongan OKU di negeri Johor. Kerajaan Johor juga masih meneruskan pemberian Elaun
Tambahan kepada Penyelia dan Petugas PDK Johor berjumlah RM200 sebulan selain
Bantuan Khas Kewangan RM2,000 seorang sepertimana diterima kakitangan awam Johor
yang lain. Terdapat 29 Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) OKU bagi negeri Johor yang
menerima peruntukan geran daripada kerajaan persekutuan dengan jumlah keseluruhan
RM2.73 juta. Kerajaan juga menyediakan penjagaan dan pemulihan OKU termasuk OKU
terlantar di Taman Sinar Harapan, Tampoi dan Taman Sinar Harapan Jubli. Jumlah
penghuni adalah seramai 267 orang dan melibatkan peruntukan daripada kerajaan
persekutuan. Kursus Asas Bahasa Isyarat Malaysia (KABIM) merupakan salah satu inisiatif
kerajaan Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) bertujuan
mewujudkan perkhidmatan mesra OKU. Dalam masa yang sama katanya, inisiatif itu dapat
meningkatkan bilangan penjawat awam Johor yang mahir menggunakan Bahasa Isyarat
Malaysia (BIM) apabila berurusan dengan pelanggan OKU kategori pendengaran.
Selain itu, terdapat juga Program Keusahawanan Golongan Orang Kurang Upaya yang
dikendalikan oleh kerajaan negeri Johor seperti:
27
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
i. Program Latihan dan Promosi (PLP)
Program Latihan dan Promosi adalah satu program untuk membantu golongan OKU, ibu
tunggal dan keluarga berpendapatan rendah meningkatkan ekonomi & pendapatan dengan
melakukan aktiviti perniagaan yang sesuai dengan keupayaan. Selain itu, program ini
bertujuan meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan perniagaan bagi memberi nilai
tambah dalam urusan perniagaan. Program ini berkonsepkan kursus kemahiran dan
pengurusan khas bagi golongan OKU, ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah
melaksanakan perniagaan yang sesuai dengan keupayaan mereka. Setiap peserta hanya
boleh memilih satu kursus kemahiran sahaja. Peserta akan dipantau sepanjang program ini
dijalankan. Bantuan peralatan akan diberikan kepada perserta yang menunjukkan
kesungguhan dalam bidang masing-masing.
Objektif program adalah untuk:
➢ Melatih golongan OKU, Ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah mahir dalam
pelbagai bidang secara teknikal.
➢ Meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan
Negara terhadap sumber tenaga asing bagi memenuhi pasaran kerja tempatan ekonomi
Negara.
➢ Vendor yang dilantik akan membantu peserta dari segi latihan, promosi peningkatan
kemahiran serta pemantauan.
➢ Menggalakkan golongan OKU, Ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah
bekerjasama sebagai faedah di bidang ekonomi supaya taraf hidup golongan tersebut
dipertingkatkan.
➢ Mewujudkan usahawan dan produk- produk perniagaan di bawah YPKDT.
➢ Memudahkan pencarian tenaga kerja oleh pihak industri serta perkhidmatan yang
disediakan oleh YPKDT melalui laman sesawang YPKDT.
ii. Program Zero to Hero: Melestari Pembangunan Sosio-Ekonomi Golongan OKU
Kursus kemahiran dan pengurusan perniagaan ini dikhaskan untuk golongan OKU yang
kurang berkemampuan, sukar memperolehi kerja dan mempunyai limitasi dalam
pergerakan. Setiap kursus yang dibangunkan ini akan membantu bukan sahaja daripada
aspek kemahiran teknikal mengendalikan perniagaan tetapi juga dalam aspek pengurusan
perniagaan.
Objektif program adalah untuk:
➢ Memberi latihan dan kursus yang boleh OKU gunakan untuk menjalankan perniagaan
yang sesuai dari rumah
➢ Meningkatkan pendapatan ekonomi OKU dengan mewujudkan bantuan ilmu dan peluang
perniagaan yang sesuai dengan keupayaan mereka
➢ Memberikan maklumat terkini tentang bantuan-bantuan perniagaan yang boleh OKU
mohon untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka
➢ Membantu meningkatkan jaringan kerjasama antara OKU dengan pihak YPKDT dan
kerajaan negeri Johor Darul Ta’zim
28
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
2. Selangor
Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh kerajaan negeri Selangor. Pada tahun 2019, sebanyak
RM30.3 juta peruntukan telah digunakan untuk membantu penduduk negeri Selangor,
termasuk bantuan untuk OKU. Sebanyak 10 program telah dianjurkan oleh Majlis Tindakan
OKU Selangor (MTOS) dan penyertaan peserta sebanyak 915 orang dengan peruntukan
berjumlah RM269 ribu. Selain itu, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM550 ribu
dana kepada Pusat Pemulihan dalam Kominiti (PPDK), sejumlah 100 penerima sumbangan
di 55 buah PPDK. Selain itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM500 ribu bantuan khas
Anak Istimewa Selangor (AnIS) kepada 200 penerima yang layak. Bantuan khas ini dibuka
kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka
sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan
pendiidkan yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga. Sejumlah RM671 ribu juga telah
diperuntukkan untuk program Cikgu Anak Istimewa Selangor (AnIS) bagi mendidik anak-
anak kelainan upaya di 452 taska seluruh negeri. Kerajaan negeri juga telah mewujudkan
program Didik Anak Istimewa Selangor (AnIS) bagi membantu mengurangkan kos
pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di pusat intervensi awal di negeri itu.
Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bantuan kewangan dalam bentuk subsidi yuran
sebanyak RM200 akan diberi kepada anak-anak istimewa melalui pembiayaan terus kepada
pusat intervensi terbabit setiap bulan.
3. Pahang
Pada tahun 2018, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM94.1 juta bagi
menyalurkan pelbagai bantuan kepada penerima yang layak. Manakala kerajaan negeri
telah memperuntukkan sebanyak RM15.1 juta kepada golongan OKU yang sentiasa diberi
perhatian oleh kerajaan untuk membantu meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik.
Peruntukan itu membabitkan tiga kategori penerima iaitu OKU yang bekerja, bantuan
pesakit terlantar dan OKU tidak bekerja.
4. Pulau Pinang
Inisiatif kerajaan negeri dalam membantu golongan yang memerlukan termasuk OKU
melalui sistem i-Sejahtera. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk kewangan mengikut
jenis program yang dipohon antaranya ialah Program Penghargaan Warga Emas, Program
Bantuan Ibu Tunggal, Program Bantuan OKU, Program Anak Emas dan Program Bantuan
Ibu Emas. Bagi Program Bantuan Ibu Tunggal, Ibu Emas dan OKU, sumbangan wang
sebanyak RM100 setahun sekali diberikan. Sekiranya Ibu tunggal atau OKU meninggal
dunia, sumbangan wang sebanyak RM1,000 secara one-off diberikan kepada waris Ibu
tunggal dan OKU.
2.5 Program Sokongan bagi Meningkatkan Penyertaan Pekerjaan dalam Kalangan
OKU
OKU boleh memainkan peranan dan berpotensi dalam menyumbang tenaga kerja dalam
sesebuah negara. Sebahagian daripada mereka boleh digunakan untuk menggantikan
buruh asing dalam negara (Ang, J.W, Athreya, M., Chai, Y.W, 2018). Banyak penyelidikan
29
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
mendapati potensi OKU adalah sama dengan bukan OKU jika limitasi OKU dapat diuruskan
dengan baik lagi sistematik (World Report on Disability 2011). Terdapat pandangan yang
OKU juga lebih setia dan rajin berbanding bukan OKU (Junaidah, Saodah, 2014, ILO, 2007).
Selain itu, ketidaklibatan OKU akan membawa kepada kehilangan peluang dalam tenaga
kerja, seterusnya memberi kesan kepada KDNK negara (Turcotte, M., 2014). Menurut Metts,
R. (2004) global KDNK dianggarkan kekurangan sebanyak US$1.71 trilion dan US$2.23
trilion setiap tahun kerana ketidakupayaan mengurus OKU dalam bidang pekerjaan.
Di samping itu, penglibatan OKU juga akan meningkatkan kepelbagaian integrasi sosial
dalam persekitaran kerja (Othman, R., 2012). Kebanyakan pandangan kebolehpasaran OKU
dilihat daripada perspektif ketidakupayaan berdasarkan Model Perubatan dan bukannya
melalui Model Sosial. Menurut MacKenzie et al. (2009) ketidakupayaan OKU dilihat sebagai
kelemahan sosial yang melibatkan persekitaran yang tidak menentu pada kemerosotan
individu. Justeru, mengurus persekitaran yang tidak tersokong sama ada cabaran fizikal
atau cabaran sosial boleh membawa kebolehpasaran OKU ke arah yang lebih baik bagi
sesebuah negara.
Sorotan kajian mendapati bahawa penyediaan persekitaran kerja yang sesuai untuk OKU
boleh membantu menggalakkan penyertaan yang baik dalam tenaga buruh dan pasaran
kerja. Secara ringkasnya, penyertaan buruh OKU yang kurang baik dapat dijelaskan dengan
menggunakan teori pasaran buruh di mana kedua-dua penawaran dan permintaan OKU
dalam keadaan terhad. Bagi pihak permintaan, majikan mempunyai pilihan yang terbatas
kerana kos pengambilan OKU yang lebih tinggi dan persepsi OKU yang kurang produktif.
Seterusnya, kos yang tinggi untuk menyediakan infrastruktur dan mengekalkan persekitaran
kerja selamat untuk OKU banyak diperkatakan. Daripada sudut penawaran, upah yang lebih
rendah disebabkan oleh produktiviti yang lebih rendah, diskriminasi atau isu-isu lain
nampaknya tidak menarik OKU untuk terlibat dalam tenaga kerja (World Report on
Disability, 2011).
Dalam konteks ini, menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, sesuai dan etika yang
unik boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak, pihak permintaan (majikan) dan pihak
penawaran (OKU). Kesediaan undang-undang pro-OKU, insentif yang disediakan oleh
pembuat dasar, rekaan program sokongan dan pelaksanaannya yang berkesan boleh
dijadikan pemacu utama dalam menetapkan ekosistem yang baik dalam menggalakkan
penglibatan OKU dalam pasaran buruh (World Report on Disability, 2011) (ILO 2007).
Oleh yang demikian, sorotan terhadap kajian lepas ke atas ekosistem pekerjaan OKU
menunjukkan pelbagai program sokongan. Kepelbagaian dalam ekosistem ini membolehkan
kesemuanya dikategorikan kepada empat tonggak utama.
2.5.1 Tonggak 1: Kesediaan dasar/polisi
Kesediaan dasar/polisi adalah tonggak utama dan inisiatif penting dalam ekosistem ini.
Pembuat dasar/polisi daripada peringkat antarabangsa ke peringkat kebangsaan bekerja
keras untuk merangka dasar yang betul demi mencapai matlamat ini. Kesediaan dasar dan
polisi ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu: -
30
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
i. Langkah-langkah perundangan
Terdapat dasar/polisi antarabangsa yang dibuat oleh ILO dan PBB, yang perlu dipatuhi
oleh negara-negara anggota yang berada dalam perjanjian untuk melindungi pekerja
golongan kurang upaya. Contohnya, Artikel 27 dalam Konvensyen PBB mengenai Hak
Orang Kurang Upaya (UNCRPD) 2006 telah memperincikan hak-hak utama golongan
kurang upaya (Ikmal & Khairil, 2017).
Di samping itu, raktifikasi ILO Artikel 159 yang berkaitan dengan Konvesyen Vokasional
dan Pemulihan Pekerjaan OKU 1986 juga merupakan sumber rujukan penting dalam
mengenal pasti kesungguhan dan komitmen negara-negara terbabit dalam membantu
kebolehpasaran OKU dalam bidang pekerjaan.
Berdasarkan ratifikasi dasar/polisi antarabangsa, negara-negara anggota telah
meluluskan undang-undang yang dibentuk demi menunjukkan komitmen mereka dalam
mengggalakkan penglibatan OKU dalam bidang pekerjaan. Contohnya, Americans with
Disabilities Act Amendments Act (ADAAA) 2009 telah menunjukkan respon yang baik
dalam penglibatan OKU sejak ia diwujudkan (US BLS, 2019).
ii. Sistem kuota
Kuota minima telah dibentuk demi memastikan jaminan minima penglibatan OKU dalam
bidang pekerjaan. Terdapat sistem kuota yang berlainan cara yang diamalkan oleh
negara-negara tertentu. Jenis dan jumlah kuota adalah berbeza daripada satu negara ke
negara lain. Contohnya, ada sesetengah negara yang mengenakan denda kepada
majikan yang tidak mematuhi sistem kuota yang telah ditetapkan (European Commission,
2000).
iii. Sistem sokongan pencen bagi golongan kurang upaya
Secara umum, banyak negara yang menyediakan pencen sokongan golongan kurang
upaya kepada OKU. Sesetengah negara menggalakkan OKU bekerja dengan memberi
tempoh percubaan untuk OKU cuba bekerja tanpa risiko kehilangan pencen (Mont,
2004).
2.5.2 Tonggak 2: Kesediaan majikan/peluang perniagaan
Sorotan kajian mendapati bahawa tidak semua majikan berminat untuk menggaji OKU.
Sebahagian tidak berminat kerana semata-mata atas dasar persepsi yang negatif terhadap
OKU. Sebahagian lagi disebabkan tidak mengetahui kelebihan-kelebihan menggaji OKU.
Terdapat majikan yang enggan menggaji disebabkan tidak mengetahui kelebihan
menggunakan khidmat OKU. Di samping itu terdapat juga majikan yang tidak mengetahui
faedah-faedah daripada pihak berkuasa apabila mereka menggaji OKU (Ang M.A., 2017).
Oleh itu, keterbukaan dan kesedaran majikan seolah-olah menjadi tonggak penting dalam
menyediakan ekosistem yang kondusif. Dalam hal ini, terdapat beberapa komponen utama
dalam Tonggak 2, iaitu:
i. Forum majikan berkenaan golongan OKU
Satu inisiatif yang diterajui oleh negara UK, dipercayai telah menyebabkan peningkatan
sebanyak 8% dalam penyertaan tenaga kerja OKU. Forum ini terdiri daripada
sekumpulan majikan yang menyatakan isu-isu yang menyebabkan kurang penyertaan
31