Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Rajah 6.34: OKU yang Berdaftar dengan LHDN Mengikut Pendapatan (%)
70 65.7
60
50
40
30
20 17.7
8.9
10
4.2
1.6 0.5 0.3 0.6 0.3 0.2 0.0 0.0
0
Pendapatan (RM)
0-12,000
12,001-36,000
36001-60000
60,001-84,000
84,001-108,000
108,001-132,000
132,001-156,000
156,001-250,000
250,001-500,000
500,001-750,000
750,001-1,000,000
>1,000,000
OKU* 4334 1169 587 274 108 36 19 38 19 13 2 2
Nota: OKU* menunjukkan bilangan OKU berdaftar dengan LHDN untuk setiap kategori pendapatan.
6.5 Data JobsMalaysia: Analisis
JobsMalaysia telah menyediakan data berkaitan dengan majikan yang telah berdaftar
dengannya sehingga 30 November 2019. Majikan yang berdaftar dikategorikan sebagai aktif
atau tidak aktif. Majikan yang berstatus aktif ialah mereka yang berdaftar dalam tempoh satu
tahun hingga 30 November 2019, atau yang mengaktifkan semula pendaftaran mereka
dalam tempoh satu tahun ini. Pecahan data mengikut negeri, sektor dan kategori pekerjaan
juga disediakan. Majikan yang berdaftar dengan JobsMalaysia diberi ruang untuk menanda
sama ada berminat atau tidak untuk menggaji OKU. Majikan juga boleh menyatakan sama
ada jawatan kosong yang mereka daftarkan terbuka atau tidak untuk pencari kerja OKU.
Data berkaitan pencari kerja OKU juga telah disediakan oleh JobsMalaysia. Pencari kerja
juga dikategorikan sebagai aktif atau tidak, sama seperti majikan. Data pencari kerja OKU
yang berdaftar adalah mengikut kategori OKU, umur, bangsa, tahap akademik, negeri,
pilihan kategori pekerjaan pilihan dan jumlah permohonan yang dibuat.
Analisis untuk bahagian ini tertumpu kepada majikan dan pencari kerja OKU yang berdaftar
dengan JobsMalaysia yang berstatus aktif sahaja. Penemuan berdasarkan analisis majikan
akan dibentangkan dahulu, diikuti dengan penemuan untuk pencari kerja OKU.
127
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
6.5.1 Majikan: Taburan Mengikut Negeri
Terdapat 24,047 majikan yang berdaftar dengan JobsMalaysia. Daripada jumlah ini, hanya
1,330 (5.5%) yang menyatakan bahawa mereka berminat untuk menggaji OKU. Taburan
mengikut negeri menunjukkan secara relatif, majikan yang berdaftar di Perlis lebih menerima
untuk menggaji OKU di mana lebih 15% daripada mereka berminat untuk menggaji OKU.
Tetapi, Perlis merupakan negeri yang paling kecil jumlah majikan yang berdaftar (0.2%)
dengan JobsMalaysia. Sebaliknya, Selangor merupakan negeri yang paling ramai majikan
yang berdaftar (22.9%) dengan JobsMalaysia, tetapi hanya 7.3% sahaja yang menyatakan
minat mereka untuk menggaji OKU. Sabah adalah negeri yang paling tidak berminat untuk
mengambil OKU sebagai pekerja. Hanya 1% daripada 4,081 pendaftar menandakan minat
untuk berbuat demikian. (Lihat rajah 6.35).
Kekosongan jawatan yang didaftarkan di JobsMalaysia adalah sebanyak 922,336
kekosongan. Tetapi hanya 6.1% atau 56,435 sahaja yang didaftarkan oleh majikan yang
berminat untuk menggaji OKU. Secara keseluruhan, jumlah pendaftaran kekosongan
jawatan yang terbesar ialah daripada majikan yang berlokasi di Selangor, diikuti oleh
majikan dari negeri Johor. Tetapi hanya 6.5% and 9.0%, masing-masing di Selangor dan
Johor, yang mendaftar kekosongan jawatan oleh majikan yang berminat untuk menggaji
OKU. Ini berbeza dengan majikan yang berlokasi di Kelantan di mana 18.2% daripada
kekosongan jawatan didaftarkan oleh majikan yang berminat untuk menggaji OKU. Walau
bagaimanapun, jumlah keseluruhan kekosongan jawatan untuk negeri Kelantan adalah
jumlah yang sangat kecil (1.3%) berbanding dengan negeri yang lain. (Lihat rajah 6.36).
Rajah 6.35: Majikan Berdaftar dengan JobsMalaysia yang Berminat Menggaji OKU Mengikut
Negeri
25 22.9
20 17.0
15 14.0 15.4
10 6.8 6.1 7.0 6.3 5.6 6.7 6.4 7.3 10.3
4.8 4.6 5.9 9.8
3.1 3.8 4.2 3.5 0.2 1.0 4.2
5 2.0 3.4 8.6
5.0 5.5
0
1.6
0.2
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
WP-KL
W-Labuan
SEMUA
Jumlah majikan minat=1,330; Jumlah semua majikan=24,047
%minat/pendaftar negeri %negeri/semua pendaftar
128
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Rajah 6.36: Pendaftaran Kekosongan Jawatan oleh Majikan yang Berminat Menggaji OKU
di JobsMalaysia Mengikut Negeri
26.9
18.2 18.2
12.5
9.0 8.3
7.3 7.4
5.5 6.6 5.3 5.7 6.5 6.6 6.1
5.7 5.1
2.7 3.1 3.9 4.0 1.5 2.0 3.3 3.3
1.3 1.7 0.1 0.9 1.0 0.1
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
WP-KL
W-Labuan
SEMUA
Jumlah pendaftaran kekosongan jawatan bagi majikan berminat=56,435; Jumlah semua pendaftaran kekosongan
jawatan=922,336
kekosongan jawatan: %minat/negeri kekosongan jawatan:negeri/semua
Majikan yang berdaftar dengan JobsMalaysia diminta untuk menyatakan sama ada jawatan
yang ditawarkan terbuka kepada pencari kerja OKU atau tidak. Daripada 149,531 jumlah
kekosongan jawatan, 23,926 atau 16.0% sahaja terbuka kepada OKU. Selainnya, iaitu
jumlah yang besar adalah untuk pencari kerja yang bukan OKU.
Majikan yang menawarkan kekosongan jawatan kepada golongan OKU adalah berlokasi di
Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Kecuali Johor, majikan di negeri-negeri
ini merupakan majikan yang tidak menawarkan bilangan kekosongan jawatan yang besar
secara amnya. Selangor merupakan negeri di mana majikan-majikan yang berlokasi di sana
mendaftarkan kekosongan jawatan yang tertinggi. Walau bagaimanapun, hanya 10.8%
sahaja daripada jumlah tersebut terbuka kepada OKU (Rajah 6.37)
129
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Rajah 6.37: Pendaftaran Kekosongan Jawatan di JobsMalaysia yang Terbuka kepada OKU
Mengikut Negeri
29.4 29.8 29.2 30.1
25.7
18.3 15.8 15.9 16.0
11.4 2.6 3.0 13.4
8.3 10.8
1.8 8.4 9.1
8.0
5.2 3.0 5.8 3.8
3.3 3.6 2.3
1.9 1.0 0.00.0
0.1
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
WP-KL
W-Labuan
SEMUA
Jumlah kekosongan jawatan yang terbuka kepada OKU=23,926; Jumlah semua kekosongan jawatan=149,531
kekosongan jawatan: %minat/negeri kekosongan jawatan:negeri/semua
6.5.2 Majikan: Taburan Mengikut Sektor
Sektor yang mempunyai paling ramai majikan berdaftar dengan JobsMalaysia ialah sektor
pembuatan (26.5%) dan sektor pertanian, perhutanan dan perikanan (21.6%). Walau
bagaimanapun, majikan di dua sektor ini merupakan antara yang paling tidak berminat untuk
menggaji OKU. Sebagai contoh, hanya 3.8% sahaja daripada majikan dalam sektor
pembuatan menyatakan minat untuk menggaji OKU.
Sebaliknya, majikan daripada sektor pendidikan, dan sektor maklumat dan komunikasi,
aktiviti kewangan dan hartanah merupakan majikan yang paling berminat berbanding
dengan lain untuk menggaji OKU. Tetapi, peratusan majikan yang berminat tidaklah besar,
masing-masing hanya 17.1% and 15.3% sahaja (Rajah 6.38).
130
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Rajah 6.38: Majikan Berdaftar dengan JobsMalaysia yang Berminat Menggaji OKU Mengikut
Sektor
SEMUA 5.5
Kesihatan kemanusiaan/kerja sosial/kesenian/rekreasi/dll 12.6
7.8
Pendidikan
Profesional/saintifik/teknikal/pentadbiran/khidmat 1.0
17.1
sokongan/pertahanan/keselamatan
Maklumat/komunikasi/kewangan/hartanah 5.0
Pengangkutan/penginapan/penyimpan/perkhidmatan 10.8
makanan/minuman 3.3
Perdagangan borong/runcit/pembaikan kenderaan 15.3
Bekalan elektrik/gas/wap/pendingin udara/air/dll &
15.6
pembinaan 8.0
Pembuatan
4.2
Pertanian/perhutanan/perikanan/perlombongan/pengkuarian 6.8
10.3
3.4
26.5
3.8 21.6
2.1
% minat/sektor % sektor/semua
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kekosongan jawatan yang didaftarkan di JobsMalaysia
adalah sebanyak 922,336 kekosongan. Jumlah pendaftaran kekosongan jawatan yang
terbesar ialah daripada pembuatan (36%) diikuti oleh sektor pertanian, perhutanan,
perikanan, perlombongan dan pengkuarian. Tetapi kebanyakan kekosongan ini ditawarkan
oleh majikan yang tidak berminat untuk menggaji OKU. Contohnya, hanya 5.5% daripada
majikan sektor pembuatan yang berminat untuk menggaji OKU. Majikan yang berdaftar
daripada sektor perdagangan borong dan runcit, dan pembaikan kenderaan bermotor dan
motorsikal adalah antara kumpulan sektor paling kecil pendaftaran kekosongan kerja tetapi
mereka membentuk peratusan terbesar majikan yang berminat menggaji OKU (25.4%) (lihat
rajah 6.39). Corak dan trend yang sama didapati daripada analisis berdasarkan kekosongan
jawatan yang terbuka kepada OKU (lihat rajah 6.40).
131
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Rajah 6.39: Pendaftaran Kekosongan Jawatan oleh Majikan yang Berminat Menggaji OKU
di JobsMalaysia Mengikut Sektor
SEMUA 6.1%
Jumlah pendaftaran kekosongan jawatan=922,336 Kesihatan kemanusiaan/kerja sosial/kesenian/rekreasi/dll. 7.8%
6.2%
Pendidikan
Profesional/saintifik/teknikal/pentadbiran/khidmat 0.3% 7.7%
sokongan/pertahanan/keselamatan 7.2%
Maklumat/komunikasi/kewangan/hartanah 5.0%
Pengangkutan/penginapan/penyimpan/perkhidmatan
2.9% 18.8%
makanan/minuman
Perdagangan borong/runcit/pembaikan kenderaan 11.9%
9.0%
Bekalan elektrik/gas/wap/pendingin udara/air/dll & pembinaan
2.3% 25.7%
4.0%
15.3%
Pembuatan 5.5% 36.0%
Pertanian/perhutanan/perikanan/perlombongan/pengkuarian 2.1%
21.3%
% sektor/semua % minat/sektor
Rajah 6.40: Pendaftaran Kekosongan Jawatan di JobsMalaysia yang Terbuka Kepada OKU
Mengikut Sektor
SEMUA 16.0%
Kesihatan kemanusiaan/kerja sosial/kesenian/rekreasi/dll. 11.3%
10.6%
Pendidikan
Jumlah kekosongan jawatan=149,531 0.6% 19.0%
Profesional/saintifik/teknikal/pentadbiran/khidmat
sokongan/pertahanan/keselamatan 10.1%
10.2%
Maklumat/komunikasi/kewangan/hartanah
8.2% 28.4%
Pengangkutan/penginapan/penyimpan/perkhidmatan
makanan/minuman 11.5% 23.4%
Perdagangan borong/runcit/pembaikan kenderaan 3.1% 53.5%
Bekalan elektrik/gas/wap/pendingin udara/air/dll & 12.1%
pembinaan 8.8%
Pembuatan 26.4%
19.5%
Pertanian/perhutanan/perikanan/perlombongan/pengkuarian
4.8% 16.8%
% sektor/semua % minat/sektor
132
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
6.5.3 Majikan: Taburan Mengikut Kategori Pekerjaan
Lebih daripada dua pertiga daripada kekosongan jawatan yang didaftarkan oleh majikan
adalah di bawah klasifikasi yang terendah, iaitu pekerja asas. Seterusnya, yang kedua
terbesar ialah jawatan kategori operator mesin dan loji, dan pemasangan (15.1%).
Kekosongan jawatan untuk kategori yang lain, terutamanya yang memerlukan skil atau
kemahiran yang tinggi sangat kurang didaftarkan (Rajah 6.41). Taburan pendaftaran
kekosongan jawatan di JobsMalaysia amat berbeza dengan komposisi sebenar pekerja
Malaysia mengikut pekerjaan (Rajah 6.42). Pekerjaan yang ditawarkan di JobsMalaysia
amat tertumpu pada pekerjaan asas. Sebaliknya, bidang perkeranian, sebagai contoh,
walaupun merupakan bidang yang paling utama di Malaysia, hanya sedikit sahaja
ditawarkan. Bgitu juga bagi pekerjaan yang berkemahiran tinggi seperti di bawah klasifikasi
pengurus dan profesional di mana hanya sejumlah 4.4% daripada 922,336 jawatan kosong
adalah di bawah dua kategori ini (Rajah 6.41). Kekosongan jawatan yang besar untuk
kategori pekerja asas mungkin juga disebabkan oleh peraturan kerajaan yang mewajibkan
semua majikan yang mempunyai kekosongan jawatan untuk pekerjaan asas atau tidak
mahir wajib ditawarkan kepada warganegara Malaysia dahulu melalui JobsMalaysia
sebelum merekrut pekerja asing. Kekosongan jawatan untuk pekerjaan mahir dikecualikan
daripada peraturan ini, dan boleh terus ditawarkan kepada ekspatriat.
Untuk kekosongan jawatan sebagai pekerja asas, hampir semua (96.1%) didaftarkan oleh
majikan yang tidak berminat untuk menggaji OKU. Untuk kategori pekerjaan lain juga,
tawaran pekerjaan kebanyakannya adalah daripada majikan yang tidak berminat untuk
mengambil OKU sebagai pekerja. Peratus yang lebih sedikit adalah untuk jawatan yang
diklasifikasikan sebagai pengurus di mana 26.2% daripada majikan berdaftar adalah yang
menyatakan minat untuk menggaji OKU (Rajah 6.41). Perkara yang sama didapati untuk
kekosongan jawatan yang terbuka kepada OKU seperti yang digambarkan di rajah 6.43.
Rajah 6.41: Pendaftaran Kekosongan Jawatan oleh Majikan yang Berminat Menggaji OKU
di JobsMalaysia Mengikut Kategori Pekerjaan
Semua [922336] 6.1 67.7
Pekerja asas [624651]
Operator mesin&loji/pemasang [139506] 3.9 26.2
Kemahiran/pertukangan [29696] 10.215.1
Pertanian/perhutanan/penternakan/perikanan [1942]
Perkhidmatan/Jualan [41170] 3.25.9
0.2 5.5
Perkeranian [11148]
Juruteknik/profesional bersekutu [34161] 4.5 13.3
1.2 13.0
Profesional [30977]
Pengurus [9085] 3.77.4
3.4 12.8
1.0
%sektor/semua %minat/sektor
Nota: [.] jumlah kekosongan jawatan.
133
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Rajah 6.42: Taburan Pekerja di Malaysia Mengikut Kategori Pekerjaan, Suku 3, 2019 (%)
25 23.2
20
15 12.5 8.5 12 12.8
10
10
10 6.1
4.9
5
0
Sumber:https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=ZHZsSDdkbk9TRURsTHArdlV2eW55dz9
Rajah 6.43: Pendaftaran Kekosongan Jawatan di JobsMalaysia yang Terbuka Kepada OKU
Mengikut Kategori Pekerjaan
Semua [149531] 16.0
Pekerja asas [86476]
Operator mesin&loji/pemasang [24746] 9.5 29.9 57.8
Kemahiran/pertukangan [3416] 16.5 32.1 59.8
Pertanian/perhutanan/penternakan/perikanan [470]
Perkhidmatan/Jualan [11065] 2.3 10.5
0.3
Perkeranian [2647] 21.9
Juruteknik/profesional bersekutu [8447] 7.4 21.2
Profesional [9542] 1.7
Pengurus [2802]
5.6 21.0
12.3
6.4
1.9
%sektor/semua %minat/sektor
Nota: [.] jumlah kekosongan jawatan.
134
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
6.5.4: Pencari Kerja: OKU yang Berdaftar dengan JobsMalaysia
Terdapat 297,168 pencari kerja aktif (sehingga 30 November 2019) yang berdaftar dengan
JobsMalaysia. Daripada jumlah tersebut, hanya 1,147 (0.47%) adalah daripada golongan
OKU yang terdiri daripada 716 (62.4%) lelaki dan 431 (37.6%) perempuan. Majoriti daripada
OKU berdaftar adalah daripada kategori OKU fizikal dan dalam lingkungan umur 20 hingga
24 tahun. Pencari kerja OKU aktif majoriti (80%) adalah berbangsa Melayu dan 15% dari
negeri Selangor. (Lihat Rajah 6.44). Jumlah OKU yang berdaftar mungkin lebih daripada
jumlah yang dinyatakan kerana mungkin ada OKU yang tidak mendaftarkan diri mereka
sebagai OKU.
Rajah 6.44: Deskripsi Pendaftar OKU
Jumlah semua pendaftar=297,168
Jumlah pendaftar OKU=1,147 – Lelaki=716; Perempuan=431
50.7 Kategori OKU Umur49.2
44.1 62.6
60 70
50 60
40 50
30 40
20 30
10 20
10
0
4.2 0
7.7 15 - 19 20 - 24 25 - 29 30 - 34 35 - 39 40 - 44 45 - 49
16.6 13.5
22.7 10.9
2.9 23.6
3.5 19.0
6.4
12.6 2.8
14.8 3.5
1.8 3.5
1.6 1.7
11.2 0.7
5.6 2.1
0.5
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Bangsa Negeri
79.5
80.7
90 18 115.5.14
80 16 5.8 9.8 9.510.6
8.0 11.1
70 14 3.9 5.9
4.7 9.7 0.0.26
60 12 4.42.7
50 10
40 8 4.9 6.4
30 6.74.2
7.0 8.5
6 7.48.6
20
10 4 4.56.3
5.5.26
02
0
7.1 11..89
6.3
6.0
6.3
4.1
4.2
2.8
1.9
0.6
0.7
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
135
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Hampir 30% daripada pencari kerja OKU perempuan memiliki ijazah sarjana muda, tetapi
kurang sedikit (22.6%) untuk OKU lelaki. Selain itu, ramai juga yang mempunyai diploma
atau diploma lanjutan, atau berkelulusan SPM atau setaraf dengannya (Rajah 6.45).
Bersesuaian dengan kelulusan akademik, pilihan kategori pekerjaan utama pencari kerja
OKU aktif adalah profesional, juruteknik dan profesional bersekutu, dan perkeranian (Rajah
6.46).
Permohonan kerja yang dibuat juga adalah dalam kategori pilihan mereka (Rajah 6.47).
Jumlah permohonan yang telah dibuat oleh pencari kerja OKU aktif adalah sebanyak 5,334
dalam jangka masa satu tahun sehingga 30 November 2019. Ini bermakna secara purata,
satu pencari kerja OKU aktif membuat sebanyak 4.7 permohonan, dan tiada beza antara
lelaki dan perempuan (Jadual 6.5).
Rajah 6.45: Kelayakan Akademik Pencari Kerja OKU dengan JobsMalaysia (%)
Tiada pendidikan formal 2.6
Pendidikan rendah 2.4
PMR/LCE/SRP 0.5
2.5
3.0
5.6
SPM/SPMV/MCE/O-level 23.2
24.7
Sijil 6.7 10.9
Sijil kemahiran/kelulusan bidang kemahiran 7.0
5.8
STPM/STAM/HSC/A-level 5.6
3.1
Diploma/diploma lanjutan 19.3
19.0
Ijazah sarjana muda 29.2
22.6
Ijazah sarjana 3.9
2.2
Doktor falsafah 0.2
0.0
0.0 5.0 10.0 15.0 20.0 25.0 30.0 35.0
Perempuan Lelaki
136
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Rajah 6.46: Pilihan Kategori Pekerjaan Utama Pencari Kerja OKU (%)
Pekerja asas 5.5
Operator mesin&loji/pemasang 8.1
Kemahiran/pertukangan 0.1
Pertanian/perhutanan/penternakan/perikanan 2.1
Perkhidmatan/Jualan 0.6
2.2
0.2
0.9
4.2
5.8
Perkeranian 29.0 39.4
19.8 40 45
Juruteknik/profesional bersekutu 11.4
31.8
Profesional 26.7
Pengurus 6.8 15 20 25 30 35
0 5.4
5 10
Perempuan Lelaki
Rajah 6.47: Permohonan Kategori Pekerjaan Pencari Kerja OKU (%)
Permohonan yang dibuat
Pekerja asas 8.4 13.2
Operator mesin&loji/pemasang
2.95.1
Kemahiran/pertukangan 00..37
Pertanian/perhutanan/penternakan/perikanan 00..02
Perkhidmatan/Jualan 2.38.8
Perkeranian
33.8 46.8
Juruteknik/profesional bersekutu
Profesional 1166.0.7
Pengurus 15.6 19.5
2.4 11.7
0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50
Perempuan Lelaki
Jadual 6.5: Permohonan Pencari Kerja OKU
Jumlah pencari kerja OKU aktif Lelaki Perempuan Semua
Jumlah permohonan kerja 716 413 1,147
Purata 3,329 2,005 5,334
4.6 4.9
4.7
137
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
6.6 Ringkasan Hasil Kajian
Jumlah pekerja OKU dalam sesebuah syarikat atau institusi adalah sangat kecil
Kaji selidik majikan:
• 1.2% daripada jumlah pekerja sepenuh masa.
JPA:
• 0.33% daripada penjawat awam.
• Sangat kurang di pentadbiran kerajaan negeri khususnya di Sabah dan Kelantan.
LHDN:
• 0.1% daripada individu yang berdaftar dengan LHDN.
• 0.36% membuat tuntutan OKU daripada jumlah syarikat yang berdaftar dengan
LHDN – paling banyak daripada sektor pembuatan, dan paling sedikit daripada
sektor perkhidmatan.
Deskripsi pekerja OKU
Kategori
Kaji selidik majikan & JPA:
• Kategori fizikal – paling ramai, selaras dengan OKU berdaftar dengan JKM.
• Kategori penglihatan – peratus lebih tinggi daripada jumlah OKU penglihatan yang
berdaftar dengan JKM. 16.2% daripada kaji selidik majikan, berbanding dengan
7.2% pendaftaran dengan JKM7.
Kelayakan akademik
Kaji selidik majikan:
• Tiada – 20.1%; SPM – 30.9%; sarjana muda atau lebih tinggi – 13.2%.
Pekerjaan
Kaji selidik majikan:
• Pengurus/profesional – 9.9%; Perkhidmatan/penjualan – 29.8%; Pekerjaan asas –
22.3%.
Kaji selidik majikan dan JPA:
• Kerja tetap dan sepenuh masa.
Pendapatan kasar bulanan
Kaji selidik majikan:
• < RM 1,100 – 37.4%; < RM 2,000 – 72.3%.
LHDN:
• < RM 1,100 – 65.7%; RM1,000 – RM3,000 – 17.7%.
Dasar rasmi menggaji OKU
Kaji selidik majikan:
• 91% tiada dasar rasmi.
• Majoriti tidak mempunyai perancangan untuk membuat dasar rasmi.
7 Pendaftaran sehingga Oktober, 2018. Maklumat diperolehi daripada Kementerian Sumber Manusia, Statistik
Pekerjaan & Perburuhan Siri 19 Bil. 1/2019.
138
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Sebab utama menggaji OKU
Kaji selidik majikan:
• Pekerja OKU mempunyai kelayakan atau kemahiran yang diperlukan.
• Sebagai sumbangan sosial syarikat atau institusi.
• Ini adalah sama dengan responden majikan kerajaan.
Sebab utama tidak menggaji OKU
Kaji selidik majikan:
• tidak pernah terfikir untuk menggaji OKU.
• tiada pekerjaan sesuai.
• kurang maklumat tentang OKU.
• tidak dapat memberi kemudahan yang diperlukan oleh OKU.
• OKU tidak dapat menyesuaikan diri.
• Bukan sebab utama: Pekerja lain atau pelanggan tidak selesa, dan terpaksa
menanggung kos yang tinggi.
• Untuk majikan kerajaan khususnya, sebab utama adalah kurang maklumat
tentang OKU, dan tidak dapat memberi kemudahan yang diperlukan
Pekerjaan atau tugas yang sesuai untuk pekerja OKU berdasarkan persepsi majikan
Kaji selidik majikan:
• Majoriti menyatakan tiada.
• Jika ada, kebanyakan untuk pekerjaan dalam bidang;
o perkhidmatan, pembantu kedai atau jurujual
o pekerjaan asas
o perkeranian
Kaedah merekrut pekerja OKU
Kaji selidik majikan:
• majoriti tidak mempunyai kaedah tertentu.
• Selainnya, mendapatkan kerjasama daripada organisasi OKU.
Prestasi kerja OKU berbanding dengan pekerja lain
Kaji selidik majikan:
Majikan yang ada pekerja OKU:
• Secara amnya prestasi kerja OKU sama dengan yang lain.
• pekerja OKU mempunyai kesan positif terhadap tahap motivasi pekerja lain,
• berpuas hati dengan prestasi pekerja OKU.
• Tetapi, tahap dan jangkamasa latihan kerja yang diperlukan oleh pekerja OKU
adalah lebih daripada pekerja lain.
Majikan yang pernah tapi tidak lagi menggaji OKU, dan majikan yang tidak pernah
menggaji OKU:
• memberi penilaian yang kurang sedikit daripada majikan yang ada pekerja OKU.
139
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Penyesuaian dan kemudahan tempat kerja untuk OKU yang telah dilakukan
Kaji selidik majikan:
• fleksibiliti waktu kerja.
• penyesuaian persekitaran fizikal (seperti tangga, meja, kerusi, ramp, dll).
• penyesuaian khusus (kedudukan tempat kerja yang sesuai, bilik air khusus,
tempat letak kereta khusus) memberi latihan tambahan.
• menggunakan kaedah mentor.
Cabaran pengambilan dan mengekalkan OKU
Kaji selidik majikan:
• Tahap cabaran adalah rendah.
• Langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran:
• memberi latihan dan menyediakan sistem mentor.
• berbincang dan berkomunikasi.
• Meringankan beban kerja.
• Cabaran majikan kerajaan: peruntukan kos untuk kemudahan pekerja OKU dalam
mengekalkan OKU sebagai pekerja.
Program bantuan dan insentif berkaitan OKU
Kaji selidik majikan:
• tidak ramai majikan yang sedia maklum tentang program dan insentif yang telah
disediakan.
• Ini termasuk majikan daripada sektor kerajaan.
Maklumat yang boleh menarik minat untuk menggaji OKU
Kaji selidik majikan:
• berkaitan dengan kos peruntukan kemudahan OKU.
• bagaimana menggaji OKU boleh memberi manfaat kepada syarikat atau institusi.
• testimoni daripada syarikat yang telah menggaji OKU.
• pusat sehenti atau agensi yang memberi khidmat nasihat atau rujukan tentang
pengambilan OKU sebagai pekerja.
JobsMalaysia
Sedia maklum tentang JobsMalaysia?
Kaji selidik majikan:
• Majoriti, termasuk majikan kerajaan, tidak mengetahui tentangnya.
• hanya separuh sedia menawarkan pekerjaan kepada OKU secara dalam talian.
• kebanyakan majikan yang pernah menggunakan JobsMalaysia menyatakan ia
berkesan untuk mendapatkan pekerja OKU.
Majikan yang berdaftar dengan JobsMalaysia
Minat menggaji OKU dan kekosongan kerja terbuka kepada OKU?
• Daripada 24,507 majikan berdaftar aktif, 5.5% sahaja menyatakan berminat untuk
menggaji OKU. Daripada 149,531 jumlah kekosongan kerja, hanya 16% yang
terbuka kepada OKU.
140
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Sektor
• Sektor pembuatan dan sektor pertanian, perhutanan dan perikanan adalah dua
sektor yang paling ramai majikan mendaftar dan mempunyai jumlah pendaftaran
kekosongan jawatan paling tinggi, tapi antara yang paling tidak berminat untuk
menggaji OKU.
• Sebaliknya, pendaftaran kekosongan jawatan antara yang terkecil adalah daripada
sektor perdagangan borong dan runcit, dan pembaikan kenderaan, dan sektor
maklumat, komunikasi, kewangan dan hartanah tetapi mempunyai lebih ramai
majikan yang berminat untuk menggaji OKU.
Kekosongan jawatan
• Lebih daripada dua pertiga daripada kekosongan jawatan yang didaftarkan adalah
untuk pekerjaan asas.
• Yang kedua terbesar ialah jawatan kategori operator mesin dan loji, dan
pemasangan (15.1%).
• Kekosongan jawatan untuk kategori yang lain, terutamanya yang memerlukan skil
atau kemahiran yang tinggi sangat kurang didaftarkan.
Pencari kerja yang berdaftar dengan JobsMalaysia
• Daripada 297,168 pencari kerja aktif yang berdaftar dengan JobsMalaysia, hanya
0.47% adalah OKU.
• 50% daripada kategori OKU fizikal.
• Majoriti dalam lingkungan umur 20-24 tahun dan berbangsa Melayu.
Kelayakan akademik pencari kerja OKU aktif dan jawatan yang dimohon
• Lebih 28% mempunyai kelulusan ijazah atau lebih tinggi.
• berminat dengan jawatan di bawah kategori profesional, perkeranian atau
juruteknik dan profesional bersekutu.
• Sehubungan itu, mereka memohon jawatan di bawah kategori-kategori tersebut.
141
BAB 7
PERBINCANGAN
KUMPULAN BERFOKUS
(FGD)
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
BAB 7: PERBINCANGAN KUMPULAN BERFOKUS (FGD)
7.1 Pengenalan
Sesi FGD merupakan platform untuk menjana perbincangan dan pandangan secara kolektif
berkaitan dengan isu-isu peluang pekerjaan OKU berdasarkan pengalaman dan kepakaran
ahli pemegang taruh. Sesi FGD ini juga dilaksanakan untuk memahami dengan lebih
mendalam cabaran daripada pelbagai sudut persepsi pemegang taruh serta cadangan
untuk penambahbaikan proses dan strategi ke arah peningkatan kebolehpasaran peluang
pekerjaan golongan OKU.
Bagi memastikan proses pelaksanaan berjalan lancar dan memenuhi sasaran objektif, sesi
perbincangan dengan wakil kementerian dan agensi berkaitan OKU telah diadakan pada 26
Julai 2019 bagi meneliti rangka akhir pelaksanaan logistik sesi. Beberapa cadangan baru
dan tambahan senarai pemegang taruh juga telah diperhalusi dengan tujuan untuk
mengoptimalkan dapatan input daripada sesi FGD yang dirancang.
Laporan FGD ini adalah berdasarkan dapatan daripada 4 sesi FGD meliputi Zon Tengah,
Utara, Selatan dan Wilayah Timur yang diadakan pada bulan Ogos 2019. Senarai penuh
sesi FGD yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
Jadual 7.1: Senarai Sesi FGD bagi Setiap Zon
Zon Tempat Tarikh
7 Ogos 2019
Zon Tengah Kementerian Pembangunan Wanita, 20 Ogos 2019
Keluarga dan Masyarakat, Presint 4, 22 Ogos 2019
Zon Utara Putrajaya 27 Ogos 2019
Pusat Khidmat Setempat Orang Kurang
Zon Selatan Upaya, Bedong, Kedah
Zon Wilayah Timur
(Sabah) Taman Sinar Harapan Jubli
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Johor
Bahru
Hotel Le Meridian, Kota Kinabalu
Secara keseluruhan, sesi FGD yang telah diadakan melibatkan ahli pemegang taruh yang
terdiri daripada 3 kumpulan komposisi utama iaitu:
1. Pembuat dan pelaksana dasar
2. Majikan dan organisasi bengkel terlindung
3. Individu OKU, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Sokongan
Senarai jemputan dan kehadiran sesi FGD dilampirkan dalam Lampiran 2 sebagai rujukan.
142
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Perbincangan adalah berdasarkan tema yang tertumpu kepada 2 sudut dan fokus utama iaitu:
TEMA 1: Isu, Permasalahan Semasa dan Cabaran
TEMA 2: Potensi, Harapan dan Cadangan
Perbincangan dikupas berdasarkan perspektif daripada lensa 1) pembuat dan pelaksana
dasar; 2) majikan dan organisasi bengkel terlindung (Sheltered Workshop) dan; 3) individu
OKU, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan sokongan. Sesi FGD merangkumi
perbincangan dan interaksi antara kumpulan sasar dan rumusan perbincangan dibentangkan
pada akhir sesi bagi mendapat input susulan.
7.2 Dapatan Kajian Tema 1: Isu, Permasalahan Semasa dan Cabaran
Sesi pertama FGD membincangkan tentang isu, masalah dan cabaran dalam memastikan
kebolehpasaran OKU di Malaysia. Seksyen bagi tema 1 dikategorikan kepada tiga
subbahagian iaitu (1) perkara yang berkaitan dengan polisi, (2) majikan serta (3) OKU
sendiri. Rajah 7.1 menunjukkan gambaran keseluruhan struktur dapatan untuk Tema 1.
Rajah 7.1: Gambaran Keseluruhan Struktur Dapatan untuk Tema 1
TEMA 1: ISU, PERMASALAHAN SEMASA & CABARAN
SUB-TEMA 1 SUB-TEMA 2 SUB-TEMA 3
BERKAITAN POLISI BERKAITAN MAJIKAN BERKAITAN OKU
1. Halangan & cabaran untuk 1. Faktor yang membantu pekerja 1. Faktor yang membantu OKU di
agensi/organisasi OKU di tempat kerja dan tempat kerja dan kebolehpasaran
kebolehpasaran pekerja OKU OKU
2. Dasar Pendidikan OKU
2. Cabaran dalam membantu 2. Cabaran OKU semasa proses
3. Faktor-faktor yang boleh kebolehpasaran pekerja OKU permohonan kerja dan semasa
membantu kebolehpasaran bekerja
pekerja OKU 3. Sikap, prestasi dan kualiti kerja
OKU 3. Pendapat OKU berkenaan
sistem pendidikan bagi OKU
4. Prosedur penggajian pekerja OKU
4. Pendapat OKU berkenaan
5. Sistem aplikasi dalam talian untuk Sistem aplikasi dalam talian
kebolehpasaran OKU untuk kebolehpasaran OKU
6. Kesedaran majikan mengenai
pekerjaan berkaitan OKU
143
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
7.2.1 Berkaitan Polisi dan Dasar
7.2.1.1 Halangan dan Cabaran oleh Agensi/Organisasi
Jadual 7.2 menunjukkan tema dan kekerapan bagi halangan dan cabaran yang dihadapi
oleh agensi kerajaan dan organisasi OKU dalam membantu kebolehpasaran pekerja OKU
dan berkaitan dengan dasar dan polisi berkaitan OKU. Antara perkara yang paling kerap
dinyatakan ialah berkaitan dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada
OKU (n=29), diikuti dengan perkara berkaitan penguatkuasaan dan pelaksanaan dasar
berkaitan OKU (n=25). Turut dibincang adalah kategori dan sikap OKU (n=20), EPC dan
dasar gaji minimum (n=19). Seterusnya adalah berkaitan dana dan kewangan agensi
kerajaan dan organisasi berkaitan OKU (n=1). Selain itu, aksesibiliti, fasiliti dan kemudahan
untuk OKU (n=14) juga dibincangkan.
Jadual 7.2: Tema dan Kekerapan untuk Halangan dan Cabaran oleh Agensi/Organisasi bagi
Membantu Kebolehpasaran OKU
Tema Kekerapan
a) Berkaitan dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam 29
kepada OKU 25
b) Berkaitan penguatkuasaan dan pelaksanaan dasar berkaitan OKU 20
c) Berkaitan kategori dan sikap OKU 19
d) Berkaitan EPC dan dasar gaji minimum 15
e) Berkaitan dana dan kewangan agensi kerajaan dan organisasi 14
f) Berkaitan capaian dan kemudahan untuk OKU 10
g) Berkaitan sistem sokongan OKU 7
h) Berkaitan interaksi dan koordinasi 7
i) Berkaitan majikan 6
j) Berkaitan Job Coach 6
k) Berkaitan akta bangunan dan modifikasi bangunan 5
l) Berkaitan pendaftaran OKU 2
m) Berkaitan insentif kepada majikan
a) Berkaitan Dasar 1% Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam kepada OKU
(Dasar 1% Pekerja OKU)
Peserta menyatakan bahawa pelaksanaan dasar 1% pekerja OKU memerlukan
kelengkapan perkara asas seperti memberi pendidikan awal kepada OKU dan bukan OKU,
aksesibiliti, kemudahan dan tenaga pengajar yang mencukupi. Seterusnya perkara yang
dibangkitkan adalah ketiadaan statistik terkini berkaitan pencapaian dasar 1% pekerja OKU.
Ini menyebabkan kesukaran bagi mencapai sasaran seterusnya. Antara halangan dan
cabaran lain adalah kekurangan peluang dan jawatan bersesuaian bagi OKU di agensi
kerajaan. Sebagai contoh, terdapat jawatan di KKM (bahagian klinikal) memerlukan kriteria
tertentu yang tidak bersesuaian dengan OKU. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk
mengambil mereka bekerja di jabatan kerajaan seperti KKM. Begitu juga bagi OKU yang
mempunyai kelayakan tinggi, peluang mendapat tempat di jabatan kerajaan juga sukar bagi
mereka.
144
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Selain daripada itu, sektor awam dilihat tidak bersungguh-sungguh melaksanakan dasar 1%
pekerja OKU. Peserta menyatakan hanya sedikit agensi kerajaan yang mengambil pekerja
OKU dan dasar 1% pekerja OKU dilihat perlu mewakili setiap kementerian dan bukan
mewakili keseluruhan sektor awam seperti keadaan kini. Cabaran seterusnya adalah apabila
kerajaan tidak berjaya mencapai sasaran 1% pekerja OKU, ini mungkin menyebabkan pihak
daripada sektor swasta merasakan pelaksanaan dasar tersebut adalah sukar untuk dicapai
dan dilaksanakan oleh mereka.
Dasar 1% pekerja OKU juga dinyatakan tidak merangkumi tujuh kategori OKU. Kerajaan
perlu memastikan kesemua kategori OKU diberi peluang di sektor awam. Sebagai contoh
OKU mental dilihat masih kurang mendapat peluang bekerja di jabatan-jabatan kerajaan.
Peluang mereka bekerja lebih banyak di hotel atau restoran seperti restoran makanan
segera, sebagai contohnya Restoran McDonald’s. Peserta turut menyatakan bahawa OKU
lebih banyak mendapat peluang di sektor swasta berbanding di sektor awam.
Cabaran seterusnya adalah diskriminasi terhadap pekerja OKU dalam kalangan pegawai
kerajaan. Ketua jabatan dilihat tidak mahu pekerja OKU ditempatkan di jabatan mereka. Ini
menyebabkan terdapat pekerja OKU terpaksa bertukar-tukar jabatan dan berhenti kerja
kerana tidak disukai oleh ketua jabatan. Seterusnya, cabaran lain adalah pegawai SPA tidak
didedahkan dengan cara untuk mengendalikan OKU. Apabila pegawai SPA tidak
mengetahui tentang kemampuan dan kesesuaian OKU, pekerja OKU akan ditempatkan di
mana-mana jabatan kerajaan tanpa mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka. Oleh
itu, pendedahan perlu diberikan kepada pegawai SPA tentang OKU (berkaitan kemampuan
dan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan). Ini boleh membantu pegawai SPA membuat
pengagihan pekerjaan kepada pekerja OKU mengikut kesesuaian dan keperluan sekali gus
mengelakkan diskriminasi daripada ketua jabatan atau rakan sekerja yang lain.
Seterusnya adalah penerimaan dasar 1% pekerja OKU daripada agensi-agensi kerajaan.
Terdapat banyak agensi kerajaan yang tidak menerima dasar tersebut sepenuhnya. Mereka
tidak mengetahui tentang petisyen dasar 1% dan cara melaksanakannya. Maklumat
berkaitan dasar 1% pekerja OKU juga dilihat tidak cukup tersebar. Sebagai contoh agensi
dan jabatan kerajaan tidak mengetahui tentang kewujudan Job Coach yang boleh
membantu mereka mencari dan mengendalikan pekerja OKU.
Seterusnya adalah cabaran yang dilalui oleh OKU tertentu berkaitan dengan dasar 1%
pekerja OKU. OKU pendengaran dan pertuturan mengalami cabaran dari segi kelulusan
mata pelajaran Bahasa Melayu untuk memohon di sektor awam. Oleh itu, peserta meminta
agar kelonggaran syarat kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu diberikan kepada OKU
pendengaran dan bisu. Seterusnya adalah kekurangan pekerja OKU di sekolah dilihat
sebagai kerugian dalam pelaksanaan dasar 1% pekerja OKU. Ini kerana terdapat banyak
peluang pekerjaan di sekolah yang boleh diberikan kepada OKU seperti tukang cuci/tukang
kebun bagi memenuhi dasar 1% pekerja OKU.
b) Berkaitan Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Dasar Berkaitan OKU
Halangan dan cabaran yang dikenal pasti adalah ketiadaan penguatkuasaan dan
pemantauan yang betul bagi dasar 1% pekerja OKU. Proses pelaksanaan dan
penguatkuasaan dasar 1% pekerja OKU dilihat tidak cukup kuat dan lemah. Ini
menyebabkan banyak agensi kerajaan tidak mencapai target dasar 1% pekerja OKU dan
145
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
tidak berusaha untuk mencapai target tersebut. Selain itu, dasar 1% pekerja OKU juga tidak
dimasukkan dalam mana-mana akta atau undang-undang. Ini bermakna tiada sebarang
tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mana-mana agensi atau majikan yang
tidak melaksanakan dasar tersebut. Perkara ini menyebabkan banyak agensi kerajaan atau
majikan swasta yang tidak kisah atau terdesak untuk melaksanakannya kerana
menganggap dasar tersebut tidak wajib. Kesan lain adalah dasar tersebut boleh diubah
sekiranya kerajaan yang memerintah bertukar tangan. Perkara ini boleh menjejaskan
kepentingan OKU. Seterusnya, tiada penguatkuasaan dasar 1% pekerja OKU juga
menyebabkan terdapat pihak yang mengambil kesempatan. Contohnya, ketua jabatan di
agensi-agensi kerajaan lebih berkuasa daripada SPA dalam menentukan pekerja OKU yang
ingin diambil. Perkara ini boleh menyebabkan diskriminasi berlaku kepada pekerja OKU.
Seterusnya berkaitan dengan penguatkuasaan akta PERKESO. Peserta menyatakan tiada
akta yang mewajibkan majikan mengambil semula OKU yang telah dilatih oleh PERKESO.
Terdapat OKU daripada program RTW yang diterima bekerja semula, tetapi tidak disukai
oleh majikan. Selain itu, terdapat majikan yang memanipulasikan polisi seperti tidak
memberi gaji atau membuat potongan separuh gaji kepada pekerja OKU yang terpaksa
masuk hospital atau tinggal di rumah kerana sakit.
Pihak kerajaan diminta untuk memperketatkan dasar berkaitan pekerja OKU dan
mengenakan penalti dan tindakan undang-undang (provision act) kepada majikan yang
melakukan kesalahan. Sebagai contoh, majikan yang tidak mahu mengambil pekerja OKU,
majikan yang mengambil OKU sekadar untuk mengelak cukai, majikan yang memanipulasi
gaji minima OKU dan majikan yang melakukan diskriminasi ke atas pekerja OKU. Bagi
dasar 1% pekerja OKU, penguatkuasaan dan pemantauan diperlukan bagi memastikan
semua agensi kerajaan dapat melaksanakannya. Di samping itu SPA perlu
menguatkuasakan dasar 1% bagi pengambilan pekerja sektor awam dan memulakan
kempen kesedaran berkaitan dasar 1%. Seterusnya terdapat peserta mencadangkan kuota
pekerja OKU dikenakan ke atas sektor awam dan swasta. Sekiranya tidak dipenuhi, penalti
perlu dikenakan. Penalti boleh dibayar kepada JKM untuk dikembalikan kepada kebajikan
OKU, seperti menyediakan perkhidmatan Job Coach kepada OKU).
c) Berkaitan Kategori dan Sikap OKU
Peserta dari pusat latihan OKU (seperti bengkel terlindung) menyatakan bahawa sikap OKU
menjadi cabaran dan halangan untuk membantu kebolehpasaran OKU. Antara sikap OKU
yang menghalang mereka mendapat tempat di pasaran kerja luar adalah keyakinan diri
yang rendah (sentiasa memikirkan kekurangan diri mereka), mempunyai masalah disiplin,
kesukaran untuk menerima orang lain dan bergaul dengan rakan sekerja. Hal ini
menyebabkan OKU sukar menyesuaikan diri dengan dunia pekerjaan sebenar. Peserta juga
menyatakan sebahagian pelatih OKU sukar dilatih untuk membuat kerja dan bekerja
mengikut keadaan emosi mereka. Ini menyebabkan OKU sukar untuk bersaing dengan
pasaran luar selain daripada bekerja di bengkel terlindung atau pusat latihan.
Seterusnya peserta menyatakan projek yang dirancang sukar dilaksanakan kerana masalah
yang dihadapi oleh OKU seperti pembelajaran dan fizikal. Ini menyebabkan OKU sukar
untuk belajar dan menerima arahan. Sebagai contoh, projek seperti Economy Employment
Project (EEP) untuk PDK tidak boleh dilaksanakan kerana OKU mempunyai masalah
pembelajaran.
146
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Seterusnya adalah cabaran yang dihadapi oleh OKU mental. OKU mental menghadapi
cabaran berkaitan stigma masyarakat dan majikan terhadap mereka. Mereka menghadapi
kesukaran untuk diterima oleh orang sekeliling termasuk majikan. Ini adalah kerana OKU
mental bergantung kepada ubat untuk mengawal diri dan kekal bekerja secara normal.
Pekerja OKU mental juga berasa ragu-ragu dengan diri mereka dan bimbang mereka boleh
menimbulkan masalah di tempat kerja. Ini membuatkan diri mereka tertekan untuk terus
bekerja. Selain itu, NGO OKU dan sesetengah agensi OKU seperti JKM tidak mempunyai
kepakaran mengenal pasti dan mengendalikan OKU mental. Jabatan kerajaan juga
berhadapan dengan cabaran apabila OKU mental bekerja di jabatan kerajaan tanpa
deklarasi sebagai pemegang kad OKU. Ini menyebabkan masalah mereka tidak boleh
dikenal pasti di tempat kerja dan tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.
d) Berkaitan EPC dan Dasar Gaji Minimum
Peserta berpendapat bahawa EPC yang diberikan tidak bersesuaian dengan keperluan dan
kesesuaian OKU. Contohnya, bantuan EPC untuk pekerja bujang dan berkeluarga adalah
sama. Oleh itu, peserta mencadangkan bantuan EPC diberi mengikut kesesuaian dan
keperluan OKU, seperti mengikut kategori status perkahwinan dan kategori ketidakupayaan.
Ini bertujuan agar OKU tidak meminta bantuan daripada banyak tempat kerana bantuan
EPC perlu bertindak sebagai motivasi agar OKU mencari kerja dan bekerja. Selain itu,
bantuan EPC berdasarkan tahap ketidakupayaan boleh membantu OKU yang lebih
memerlukan.
Seterusnya, peserta juga menyatakan tentang ketiadaan sistem pemantauan bantuan EPC
yang diterima terus oleh OKU menerusi akaun bank dan sikap penjaga kad bank yang tidak
amanah. Sebagai contoh, terdapat ibu bapa pekerja/pelatih OKU yang mengambil bantuan
EPC untuk kegunaan sendiri atau kegunaan keluarga.
Gaji minimum untuk penerima bantuan EPC juga dibincangkan oleh peserta FGD. Dasar
yang mengehadkan OKU daripada menerima bantuan EPC apabila menerima gaji RM1,200
menyebabkan beberapa masalah timbul. Sebagai contoh, terdapat OKU yang masih
memerlukan bantuan EPC walaupun telah bergaji RM1,200 sebulan. OKU memerlukan
bantuan tersebut untuk kegunaan harian seperti kos pengangkutan ke tempat kerja. Had
gaji minimum RM1,200 juga menyebabkan OKU tidak mahu menceburi bidang
keusahawanan kerana bimbang akan kehilangan bantuan EPC.
Cabaran lain dalam akta gaji minimum (gaji minimum pekerja RM1,100) adalah majikan di
bengkel terlindung merasakan akta tersebut tidak sesuai untuk dilaksanakan ke atas
bengkel-bengkel terlindung. Ini kerana bengkel terlindung berperanan memberi pekerjaan
kepada OKU yang tidak mendapat peluang di pasaran luar dan bergantung kepada
produktiviti pekerja OKU. Majikan menyatakan prestasi pekerja OKU di bengkel terlindung
tidak mencapai tahap untuk melayakkan mereka diberikan gaji minimum RM1,100.
e) Berkaitan Dana dan Kewangan Agensi Kerajaan dan Organisasi NGO OKU
Peserta menyatakan dana lebih besar diperlukan bagi menguruskan OKU dengan lebih
baik. Sebagai contoh, PDK yang mempunyai operasi besar memerlukan perbelanjaan yang
147
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
lebih berbanding PDK yang beroperasi lebih kecil. Oleh itu, peserta mencadangkan
peruntukan kewangan diberi mengikut kesesuaian perbelanjaan bengkel terlindung.
Kekangan kewangan juga menyebabkan pusat latihan/bengkel terlindung dan NGO OKU
sukar untuk menjalankan program yang dirancang walaupun program tersebut memberi
manfaat kepada OKU. Sebagai contoh, program kesedaran berkaitan OKU. NGO
menjalankan program kesedaran berkaitan OKU iaitu kategori-kategori OKU kepada agensi-
agensi dan korporat dengan kerjasama KKM. Walaupun program tersebut bagus untuk
kesedaran berkaitan OKU, namun terdapat kekangan kewangan untuk melaksanakannya.
Faktor kekekangan kewangan turut mempengaruhi program yang dirancang oleh guru
sekolah. Guru-guru sekolah pendidikan khas menyatakan bahawa mereka menggunakan
duit sendiri untuk membawa murid-murid OKU mendapatkan latihan di syarikat-syarikat.
Selain itu, peserta menyatakan ketiadaan subsidi khas yang mencukupi untuk Job Coach
menjadi cabaran untuk pelaksanaan dasar kebolehpasaran pekerja OKU.
f) Berkaitan Capaian dan Kemudahan untuk OKU
Capaian dan kemudahan OKU memainkan peranan penting untuk membantu
kebolehpasaran pekerja OKU. Antara isu yang dibincangkan adalah kesukaran untuk OKU
memohon tapak gerai untuk berniaga. Ini adalah kerana permohonan untuk tapak gerai
berniaga terbuka kepada semua dan tiada keistimewaan diberi kepada pemohon OKU.
Selain itu, cabaran lain yang dihadapi adalah kebenaran untuk OKU mendapatkan lesen
kereta dan kebenaran mengubahsuai kereta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Peserta menyatakan OKU akan berasa gembira sekiranya isu lesen kenderaan boleh
diselesaikan kerana apabila OKU mendapatkan lesen kereta dan kebenaran untuk
mengubahsuai kenderaan, mereka boleh bergerak sendiri dan berdikari untuk menambah
pendapatan.
Peserta turut menyatakan mengenai cabaran mengendalikan pusat latihan seperti bengkel
terlindung. Terdapat ibu bapa yang menghantar anak OKU mereka ke bengkel terlindung
kerana menganggap bengkel tersebut sebagai pusat penjagaan. Selain itu, peserta turut
membincangkan cabaran yang dihadapi oleh OKU dari segi kekurangan pengangkutan
awam di kawasan tertentu atau kawasan pedalaman dan juga majikan yang tidak
menyediakan pengangkutan dan penginapan berdekatan tempat kerja OKU. Hal ini
menyebabkan OKU kehilangan peluang untuk bekerja dan menghadiri program yang
dianjurkan kerajaan untuk golongan OKU. Peserta menyatakan tentang keperluan
penempatan berpusat dan pengangkutan awam yang baik untuk memudahkan OKU pergi
ke tempat kerja. Selain itu, peserta juga menyatakan mengenai kekurangan kemudahan
pejalan kaki untuk OKU terutamanya di Sabah dan Sarawak, di mana kemudahan untuk
pejalan kaki OKU tidak lengkap dari point A ke point B. Perkara ini menyukarkan OKU untuk
bergerak sendiri dan terpaksa meminta bantuan dari orang lain.
Cabaran lain berkaitan kemudahan adalah, tidak banyak bangunan agensi kerajaan
menyediakan lif bersuara untuk memudahkan pergerakan OKU terutama OKU penglihatan.
Oleh itu peserta berpendapat bahawa lif bersuara perlu disediakan di setiap bangunan
agensi kerajaan. Seterusnya, terdapat peserta yang menyatakan bahawa Malaysia masih
kekurangan fasiliti dari segi pengangkutan awam untuk golongan seperti OKU, warga tua
dan pelajar sekolah. Oleh itu, kerajaan perlu membina sistem pengangkutan dan sistem
148
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
aksesibiliti yang efisien bagi OKU, warga tua dan juga rakyat biasa. Kekurangan fasiliti turut
dikenal pasti di tempat kerja OKU. Antara cabaran yang dihadapi oleh OKU yang bekerja
ialah ketiadaan fasiliti mesra OKU di tempat kerja (seperti tandas duduk, laluan sempit untuk
kerusi roda, dan tiada tempat letak kereta untuk OKU).
g) Berkaitan Sistem Sokongan OKU
Ketiadaan sistem sokongan untuk OKU baru (orang normal yang menjadi OKU kerana
kemalangan atau masalah kesihatan) turut dibincangkan. Antara cabaran yang dilalui oleh
OKU baru adalah mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas menjadi OKU dan
doktor yang merawat juga kekurangan maklumat untuk membantu OKU. Selain itu, peserta
juga menyatakan mengenai caruman PERKESO, di mana terdapat OKU yang tidak
membuat caruman PERKESO dan kehilangan peluang mendapatkan pampasan PERKESO
sekiranya perkara tidak diingini berlaku. Ketiadaan agensi kerajaan yang khusus untuk
memantau kebajikan setiap kategori OKU seperti yang diamalkan di negara luar juga dilihat
sebagai halangan dan cabaran dalam kebolehpasaran OKU.
h) Berkaitan Interaksi dan Koordinasi
Koordinasi dan interaksi antara agensi kerajaan berkaitan pelaksanaan program bagi OKU
dilihat masih kurang dan longgar. Hal ini menyebabkan berlaku pertindihan dari segi
program dan belanjawan di antara agensi kerajaan. Agensi kerajaan juga tidak bekerjasama
dalam proses pengumpulan maklumat OKU menyebabkan banyak maklumat berkaitan OKU
tidak dapat dikumpul. Koordinasi antara agensi kerajaan juga dilihat masih longgar di
peringkat negeri dan terdapat keperluan untuk mengkoordinasi daripada peringkat pusat
hingga peringkat bawah. Kebanyakan agensi seperti NGO, JTK dan JKM hanya melakukan
interaksi berkaitan seminar dan geran. Koordinasi dan interaksi masih kurang dari segi
program untuk Job Coach dan latihan kebolehpasaran pekerjaan untuk OKU.
Cabaran seterusnya adalah berkaitan maklumat sulit bakal pekerja OKU yang mempunyai
rekod sensitif seperti pesakit OKU. Terdapat konflik bagi Job Coach untuk melaporkan rekod
kesihatan pekerja OKU kepada majikan. Oleh itu, koordinasi antara agensi kerajaan (seperti
hospital), majikan dan OKU sendiri amat penting untuk memastikan maklumat ini digunakan
dan memberi manfaat kepada semua pihak. Pada masa yang sama hak peribadi pekerja
OKU dapat dipastikan. Seterusnya, faktor undang-undang dan akta dalam setiap agensi
dilihat sebagai cabaran kepada interaksi dan koordinasi antara agensi-agensi kerajaan.
Sebagai contoh proses memohon pengecualian cukai bagi OKU selain daripada 7 kategori
utama OKU mengalami kesukaran kerana akta yang telah ditetapkan oleh JKM.
i) Berkaitan Majikan
Antara halangan dan cabaran berkaitan majikan yang dinyatakan oleh pekerja OKU adalah
sikap majikan memilih kategori OKU tertentu sebagai pekerja. Sebagai contoh, OKU
penglihatan dan fizikal (berkerusi roda) sentiasa dipilih sebagai tele-reporter, manakala OKU
pendengaran dan pertuturan sebagai pekerja kemasukan data. Hal ini berlaku kerana
majikan curiga terhadap kemampuan OKU. Seterusnya, terdapat majikan yang tidak tahu
cara berkomunikasi dengan pekerja OKU seperti pekerja am. Selain itu, menggaji pekerja
149
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
OKU dilihat sebagai satu kos tambahan dan membebankan syarikat. Majikan juga tidak
terdedah kepada teknologi dan kemudahan-kemudahan baru yang boleh memudahkan
mereka menggaji OKU.
j) Berkaitan Job Coach
Antara cabaran yang dinyatakan oleh OKU adalah maklumat berkaitan Job Coach bagi
sektor awam tidak meluas. Terdapat peserta yang tidak mengetahui bahawa agensi-agensi
di sektor awam boleh mendapatkan perkhidmatan Job Coach daripada JKM. Jabatan
kerajaan boleh memohon perkhidmatan Job Coach untuk membantu OKU menyesuaikan
diri, namun tidak ramai yang mengetahui tentang maklumat tersebut. Seterusnya adalah
cabaran untuk mengekalkan keperluan job matching dan job coaching dalam jangka masa
panjang. Peserta menyatakan cabaran berkaitan insentif kepada Job Coach untuk terus
memberi perkhidmatan dalam jangka masa panjang. Seterusnya adalah cabaran
menyediakan profesional Job Coach untuk membantu OKU bekerja. Proses membantu OKU
menerima latihan dan masuk ke dunia pekerjaan mengambil masa yang lama, Job Coach
daripada NGO dan agensi kerajaan tidak mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada
proses tersebut. Oleh itu, Job Coach profesional boleh membantu OKU menyesuaikan diri
dari segi latihan dan dunia pekerjaan memandangkan proses tersebut memakan masa.
k) Berkaitan Akta Bangunan dan Modifikasi Bangunan
Peserta menyatakan bahawa audit akses perlu dilakukan semasa proses pembinaan dan
bukan setelah bangunan siap dibina seperti yang sering dilakukan pada masa kini.
Pembinaan bangunan tanpa mengambil pendapat OKU dan memenuhi keperluan OKU
akan menyebabkan pertambahan kos untuk pengubahsuaian bangunan. Selain itu, terdapat
juga arkitek dan perunding bangunan yang tidak memahami infrastruktur yang sesuai bagi
OKU dan tidak tahu tentang akta bangunan yang berkaitan reka bentuk sejagat.
Seterusnya adalah berkaitan dengan cabaran modifikasi bangunan oleh majikan. Peserta
menyatakan majikan menganggap kos modifikasi kemudahan OKU adalah mahal. Oleh itu,
majikan tidak mampu atau sanggup untuk mengeluarkan belanja untuk melakukan
modifikasi bangunan dan kemudahan untuk OKU di tempat kerja. Selain daripada itu,
terdapat juga majikan yang meminta modifikasi yang berlebihan daripada agensi-agensi
seperti PERKESO.
l) Berkaitan Pendaftaran OKU
Terdapat sesetengah keluarga OKU berasa malu untuk mendaftarkan anak OKU mereka.
Perkara ini menyebabkan OKU tercicir daripada mendapat manfaat kad OKU, tercicir
daripada menerima bantuan EPC dan peluang pendidikan. Bagi keluarga OKU dan OKU
yang tinggal di kawasan pedalaman, faktor seperti kesukaran dan kos yang tinggi untuk
pergi ke bandar menjadi halangan kepada mereka untuk mendaftar. Selain itu, kurang
kesedaran individu OKU tentang faedah yang boleh diperoleh daripada kad OKU seperti
bantuan EPC, diskaun pengangkutan dan lain-lain juga dinyatakan sebagai cabaran dan
halangan untuk pendaftran OKU. Peserta juga menyatakan keperluan interaksi dan
kerjasama antara KKM, KPM dan JKM bagi melancarkan proses pendaftaran OKU.
150
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
m) Berkaitan Insentif kepada Majikan
Pengecualian cukai adalah antara insentif yang diberikan oleh kerajaan bagi menarik minat
agensi dan majikan untuk menggaji OKU. Walau bagaimanapun, peserta menyatakan
terdapat dua isu yang timbul iaitu, insentif untuk majikan tidak dimasukkan sebagai akta dan
isu majikan meminta lebih banyak insentif diberikan kepada mereka apabila menggaji OKU.
7.2.1.2 Dasar Pendidikan OKU
Jadual 7.3 menunjukkan tema dan kekerapan berkaitan dasar pendidikan OKU yang boleh
membantu atau menghalang kebolehpasaran OKU. Isu berkaitan program transisi dan
integrasi OKU daripada sekolah/pusat latihan kepada dunia pekerjaan adalah yang paling
kerap dinyatakan oleh peserta FGD (n=11). Diikuti dengan isu berkaitan fasiliti, infrastruktur
dan kemudahan untuk pendidikan OKU (n=6) dan berkaitan sukatan pelajaran dan latihan
OKU (n=5).
Jadual 7.3: Tema dan Kekerapan Berkaitan Dasar Pendidikan OKU
Tema Kekerapan
a) Berkaitan program transisi dan integrasi 11
b) Berkaitan fasiliti, infrastruktur dan kemudahan untuk pendidikan 6
OKU 5
c) Berkaitan sukatan pelajaran dan latihan OKU 3
d) Berkaitan program khusus kategori OKU 2
e) Berkaitan pendidikan mengenai kesedaran tentang OKU 1
f) Berkaitan pendidikan asas OKU
a) Berkaitan Program Transisi dan Integrasi
Terdapat OKU yang tidak dapat berintegrasi dengan masyarakat setelah tamat belajar dan
mereka tidak bersedia untuk bekerja dan berdikari. Kekurangan peluang dan bimbingan
untuk remaja OKU menyebabkan mereka sukar berdikari dan berintegrasi dalam
masyarakat.
Selain itu, peserta menyatakan sistem pendidikan OKU juga belum mampu membantu
sepenuhnya pelajar OKU untuk masuk ke dalam masyarakat (kebanyakannya hanya untuk
pembelajaran di sekolah). Sistem pendidikan di sekolah yang mengasingkan pelajar OKU
dan pelajar bukan OKU juga menyebabkan OKU bersendiri, tidak biasa bergaul dengan
bukan OKU dan mengalami masalah untuk bersosial. Dalam isu latihan industri bagi pelajar
OKU, peserta menyatakan ketiadaan/kekurangan jaringan (network) antara majikan dan
pihak sekolah menyebabkan pelajar OKU tidak mendapat peluang untuk menyesuaikan diri
dengan masyarakat dan dunia pekerjaan sebenar. Kekurangan program transisi dan pusat
latihan untuk melatih OKU yang boleh bekerja juga antara cabaran kepada proses transisi
dan integrasi OKU.
Terdapat juga program yang dirancang untuk membantu proses transisi dan integrasi OKU
seperti program Yayasan Gamuda dan projek rintis KBS (program untuk kemahiran belia
autisme seperti program teknologi maklumat dan program bakeri). Walau bagaimanapun,
151
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
projek rintis KBS menghadapi cabaran apabila tiada penginapan diberikan kepada peserta
menyebabkan ramai peserta menolak tawaran untuk mengikuti projek yang dirancang
kerana faktor jauh dari rumah mereka. Selain itu, peserta memaklumkan bahawa ibu bapa
kepada OKU berharap agar program anjuran KBS seperti Kafe Austisme @ KBS atau
Rimau Cafe diperluaskan ke negeri lain.
Cabaran seterusnya adalah ketiadaan tracing system bagi mengesan perkembangan pelajar
OKU sebelum dan selepas tamat belajar. Begitu juga ketiadaan data berkaitan pekerja OKU
yang menghadiri karnival kerjaya atau yang berjaya masuk ke dalam sektor awam.
b) Berkaitan Fasiliti, Infrastruktur dan Kemudahan untuk Pendidikan OKU
Peserta menyatakan antara cabaran yang dihadapi adalah berkaitan infrastruktur seperti
peralatan untuk pembelajaran kemahiran yang tidak mencukupi dan bersesuaian. Sebagai
contoh, dapur untuk memasak yang disediakan di sekolah adalah kecil dan tidak mencukupi.
Peserta juga menyatakan tentang cabaran untuk membuat modifikasi bagi sekolah-sekolah
di Malaysia. Ini adalah kerana kebanyakan sekolah di Malaysia adalah bangunan lama yang
kurang fasiliti dan kemudahan OKU. Seterusnya cabaran timbul dari segi menempatkan
pelajar OKU menghadiri kelas teknikal di makmal sains dan kelas komputer di sekolah
menengah. Kebanyakan kelas ini ditempatkan di tingkat lebih tinggi kerana faktor
keselamatan. Oleh itu terdapat keperluan untuk menyediakan akses yang bersesuaian untuk
pelajar OKU.
Selain itu, terdapat cabaran berkaitan kekurangan pusat latihan atau rehabilitasi bagi OKU
mental seperti di luar negara. Contohnya, OKU mental di Jepun mendapat perhatian dan
penjagaan di mana mereka mendapat peluang latihan dan pekerjaan. Selain itu, peserta
menyebut kekurangan kemudahan latihan seperti bengkel terlindung di negeri Sabah.
Berkaitan tenaga pengajar untuk pendidikan OKU, antara halangan dan cabarannya adalah
kekurangan tenaga pengajar dan guru mahir dalam bidang yang berbeza bagi setiap
kategori OKU dan keperluan OKU.
c) Berkaitan Sukatan Pelajaran dan Latihan OKU
Peserta menyatakan tentang polisi pendidikan yang baru menjurus kepada memperolehi sijil
kemahiran apabila tamat pempelajaran di sekolah adalah baik. Namun begitu, terdapat juga
halangan dan cabaran berkaitan sukatan pelajaran pembelajaran dan latihan untuk OKU
iaitu ketiadaan sukatan pelajaran khusus di sekolah untuk OKU dengan pelbagai
ketidakupayaan (contohnya OKU penglihatan, autism dan sindrom down). Ketiadaan
sukatan pelajaran khusus bagi mereka menyebabkan tempoh pembelajaran di sekolah
selama tujuh tahun akan menjadi sia-sia kerana kebanyakan mereka tidak dapat
menyambung pelajaran ke peringkat IPT, sebaliknya hanya mendapat kursus di bawah
seliaan NGO setelah tamat belajar. Ketiadaan subjek self-advocacy (cara berkomunikasi,
sikap, cara bergaul dengan rakan-rakan, majikan, dan orang luar) di sekolah juga antara
halangan kepada kebolehpasaran pekerja OKU. Peserta menyatakan subjek self-advocacy
perlu diajar di sekolah untuk membantu membentuk pekerja OKU yang bersedia dan
berdikari.
Cabaran yang lain adalah berkaitan sukatan pelajaran di PDK. Peserta menyatakan sukatan
pelajaran untuk OKU di PDK tidak sama dengan pendidikan di sekolah disebabkan
152
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
kekangan dari segi ketidakupayaan mereka. Ini menyebabkan kesukaran untuk pelatih OKU
daripada PDK mendapatkan pekerjaan kerana ketinggalan dari segi pembelajaran dan sijil
kemahiran. Peserta juga menyebut tentang kursus yang ditawarkan di Pusat Latihan
Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) adalah tidak efisien dan tidak menghasilkan
pekerja/pelatih OKU yang berkualiti. Sebagai contoh, latihan yang diberi adalah membaiki
TV hitam putih dan kaki palsu. Oleh itu, sukatan pelajaran dan latihan kepada OKU di PLPP
perlu disemak semula. Jenis latihan perlu ditingkatkan supaya lebih mengikut trend semasa
(dari segi teknologi) dan berkualiti.
d) Berkaitan Program Khusus untuk Kategori OKU
Terdapat juga isu berkenaan program untuk pelbagai kategori OKU. Contohnya, terdapat
pusat latihan OKU mental yang tidak mengikuti program yang telah dikaji dan disediakan
untuk pelatih, sebaliknya mereka mengadakan program sendiri. Seterusnya adalah cabaran
kepada OKU pendengaran, di mana peserta menyatakan OKU pendengaran kurang
berpeluang untuk belajar ke peringkat lebih tinggi. Pendidikan paling tinggi adalah sijil
kemahiran di sekolah vokasional atau sijil di sekolah politeknik. Ini adalah kerana tiada
tenaga pengajar yang boleh berkomunikasi dengan mereka di kolej kemahiran seperti di
GIATMARA.
Bagi OKU penglihatan pula, walaupun mereka mempunyai peluang yang lebih tinggi dari
segi akademik, tetapi tiada sukatan pelajaran kemahiran khusus disediakan kepada OKU
penglihatan. Kebanyakan sukatan pelajaran kemahiran adalah disediakan secara alternatif
oleh guru-guru di sekolah. Peserta juga menyatakan bahawa sukatan pelajaran akademik
yang disediakan tidak berkaitan dengan keperluan majikan.
e) Berkaitan Pendidikan Mengenai Kesedaran Tentang OKU
Terdapat ibu bapa kepada OKU tidak mendapat pendidikan berkaitan kesedaran tentang
OKU (kepentingan pendidikan untuk OKU dan kepentingan mengenal pasti kemahiran
OKU). Kekurangan pendidikan berkaitan OKU untuk keluarga dan masyarakat
menyebabkan ramai ibu bapa tidak tahu tentang peluang pendidikan untuk anak-anak OKU
mereka dan kegagalan mengenal pasti kemahiran dan bakat anak-anak OKU.
f) Berkaitan Pendidikan Asas OKU
Peserta menyatakan terdapat OKU yang mendaftar sebagai pekerja OKU, tetapi tidak
mendapat pendidikan asas membaca, menulis dan mengira (3M). Untuk memastikan
kebolehpasaran pekerja OKU, terdapat NGO yang mengajar semula pendidikan asas 3M
kepada OKU terbabit.
7.2.1.3 Faktor-Faktor yang Boleh Membantu Kebolehpasaran Pekerja OKU
Jadual 7.4 menunjukkan tema dan kekerapan bagi faktor-faktor yang membantu
kebolehpasaran pekerja OKU. Dana dan geran bagi OKU adalah faktor membantu yang
paling kerap dinyatakan oleh peserta FGD (n=15). Diikuti dengan perkara berkaitan Job
Coach (n=11), faktor jenis latihan dan program yang disediakan (n=11). Faktor-faktor
153
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
membantu yang lain adalah berkaitan sokongan kepada OKU (n=6), peranan pusat latihan
yang bersesuaian (n=4) dan mewujudkan pusat rujukan kerjaya (n=2).
Jadual 7.4: Tema dan Kekerapan bagi Faktor-Faktor yang Membantu Kebolehpasaran
Pekerja OKU
Tema Kekerapan
a) Berkaitan dana dan geran 15
b) Berkaitan Job Coach 11
c) Berkaitan jenis latihan dan program 11
d) Berkaitan sokongan kepada OKU 6
e) Berkaitan peranan pusat latihan yang bersesuaian (PDK dan pusat 4
latihan OKU) 2
f) Berkaitan pusat rujukan kerjaya
a) Berkaitan Dana dan Geran kepada OKU dan NGO OKU
Bantuan dana dan geran merupakan faktor membantu kebolehpasaran OKU yang paling
banyak dinyatakan oleh peserta FGD. Bantuan seperti ‘exit policy’ di bawah JKM boleh
membantu OKU untuk menambah pendapatan tanpa perlu menunggu peluang pekerjaan
tiba. Exit policy melibatkan bantuan geran pelancaran dan kursus-kursus kepada OKU yang
ingin keluar daripada masalah kemiskinan dan bantuan JKM. PDK juga menerima geran
daripada kerajaan iaitu Economy Employment Project (EEP) bertujuan membantu OKU di
bengkel terlindung memperolehi pekerjaan dan pada masa yang sama tidak perlu keluar
daripada bengkel terlindung.
Seterusnya peserta mencadangkan agar ujian psikometrik dijalankan ke atas OKU yang
ingin memulakan perniagaan. Ini dapat membantu OKU mencari bidang perniagaan yang
bersesuaian dengan mereka. Di samping itu, menyediakan modal serta latihan perniagaan
secara dalam talian kepada OKU juga dinyatakan dapat membantu kebolehpasaran OKU.
Sebagai contoh terdapat program e-usahawan bersama Malaysia Digital Economy
Corporation (MDEC) yang memberi latihan kepada OKU berkaitan penggunaan media sosial
sebagai platform pemasaran.
Selain itu, peserta juga mencadangkan supaya geran tahunan (bukan bantuan jangka
pendek) untuk program NGO disediakan. Peserta juga mencadangkan agar NGO
menjalankan perniagaan bagi menyokong operasi. NGO OKU juga boleh memohon geran
perniagaan bagi membuka perniagaan yang dapat memberi peluang pekerjaan kepada
OKU. Cadangan yang lain adalah memberi dana bagi membantu OKU dan NGO OKU
mengembangkan perniagaan dan seterusnya dapat membuka peluang pekerjaan kepada
OKU.
b) Berkaitan Pekerja Sosial dan Job Coach
Dasar berkaitan pekerja sosial dan Job Coach dilihat sebagai faktor yang boleh membantu
kebolehpasaran pekerja OKU. Pekerja sosial boleh membantu OKU dalam banyak aspek
seperti membantu majikan mendapatkan pekerja OKU yang bersesuaian dengan
kekosongan jawatan dan juga membantu OKU membiasakan diri dengan dunia pekerjaan.
154
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Peserta berpendapat bahawa kerajaan perlu memperkasakan peranan Job Coach dengan
mengiktirafkan mereka sebagai satu kerjaya. Selain itu, persijilan kepada pekerja sosial dan
Job Coach turut dianggap penting untuk dilaksanakan. Pekerjaan Job Coach boleh
diperkasakan dengan meningkatkan elaun yang diperoleh (Job Coach menerima elaun
daripada JKM sebanyak RM15 sejam). Di samping itu, peserta memberi cadangan bagi
mewujudkan pusat latihan kepada Job Coach. Seterusnya adalah penguatkuasaan akta
pekerja OKU juga penting untuk mewujudkan permintaan daripada syarikat dan kerajaan
untuk menggaji OKU sekali gus kedua-dua sektor (awam dan swasta) boleh menggaji Job
Coach untuk membantu mereka mencari pekerja OKU yang berkemahiran dan
berkemampuan.
c) Berkaitan Sijil, Latihan dan Program bagi OKU
Peserta mencadangkan supaya OKU diberi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), terutamanya
kepada OKU yang tidak habis belajar atau ketinggalan dalam pelajaran bagi membantu
mereka mendapatkan pekerjaan. Peserta menyatakan berkenaan kerjasama dengan JTK
untuk memberi sijil SKM kepada OKU.
Seterusnya memberi latihan dan kemahiran yang bersesuaian dengan keupayaan OKU.
Peserta menyatakan tentang keperluan menilai kemahiran dan bakat yang ada pada OKU
bagi menyediakan kursus yang bersesuaian. Agensi kerajaan, sekolah/pusat latihan dan
NGO perlu mengadakan program/bengkel latihan yang sesuai dengan bakat, kemahiran dan
kemampuan OKU. Hal ini akan membantu OKU mendapat pekerjaan yang sesuai dan
memudahkan majikan menggajikan mereka. Sebagai contoh, GIATMARA turut
menganjurkan kursus mengikut kesesuaian OKU.
Seterusnya adalah berkaitan program dan kursus perniagaan bagi OKU. Memberi kursus
dan galakan kepada OKU untuk membuka perniagaan sendiri akan mengurangkan
pengangguran di kalangan OKU dan membantu kebolehpasaran pekerja OKU.
d) Berkaitan Sokongan kepada OKU
Program berkaitan kesedaran tentang OKU seperti penganjuran pertandingan membaca
Braille di peringkat IPT dapat membantu mempromosi dan menonjolkan kemahiran dan
potensi yang ada pada OKU. Selain itu, pendidikan kesedaran tentang OKU kepada pelajar
sekolah seperti pengajaran subjek bahasa isyarat kepada pelajar sekolah rendah normal
boleh membantu mewujudkan masyarakat yang empati terhadap OKU. Seterusnya, peserta
menyatakan mengenai keperluan menyediakan sokongan dari segi psikologi kepada OKU
kerana ia dapat dapat membantu mengubah mentaliti dan sikap negatif pada diri OKU.
e) Berkaitan Peranan Pusat Latihan yang Bersesuaian (PDK Dan Pusat Latihan
OKU)
Peranan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan pusat latihan untuk semua kategori
OKU dilihat boleh membantu kebolehpasaran pekerja OKU. Peranan PDK adalah memberi
fokus kepada OKU pembelajaran yang tidak dapat bersaing dengan dunia luar. Antara cara
yang boleh membantu OKU PDK kembali ke masyarakat dan boleh bekerja sendiri adalah
dengan menyediakan peluang untuk mereka mendapatkan sijil SKM. Faktor membantu yang
lain adalah pemberian dana asas (bayaran makan, gaji dan utiliti) kepada PDK supaya
155
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
mereka boleh melaksanakan program yang dirancang untuk OKU. Bagi Sabah dan
Sarawak, peserta menyatakan keperluan memperbanyakkan bilangan PDK bagi OKU low
function. Seterusnya, terdapat peserta yang menyatakan tentang pusat latihan bagi semua
OKU, seperti PDK bagi membantu OKU mendapat peluang pekerjaan. Pusat latihan
tersebut perlu dimasukkan latihan bersesuaian dengan tahap OKU dan diselit bersama
peluang pekerjaan.
f) Berkaitan Pusat Rujukan Kerjaya
Mewujudkan pangkalan data syarikat yang ingin menggaji OKU dilihat sebagai salah satu
faktor yang dapat membantu kebolehpasaran OKU. Pangkalan data ini boleh dijadikan
rujukan kepada Job Coach untuk membantu mencari pekerjaan kepada OKU. Selain itu,
peserta mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat rujukan kerjaya untuk rujukan NGO.
7.2.2 Berkaitan Majikan
7.2.2.1 Faktor-Faktor yang Membantu Pekerja OKU di Tempat Kerja dan
Kebolehpasaran Pekerja OKU
Jadual 7.5 menunjukkan senarai tema dan kekerapan yang diperoleh. Antara tema yang
paling kerap dinyatakan adalah berkaitan sistem sokongan OKU (n=7), diikuti dengan tema
berkaitan fasiliti, aksesibiliti dan infrastruktur membantu kebolehpasaran pekerja OKU (n=5),
persediaan majikan menerima pekerja OKU (n=5). Lain-lain tema adalah berkaitan faktor
membantu lain (n=3), berkaitan portfolio OKU (n=3) dan berkaitan jaringan antara pihak
OKU dan pihak industri (n=2).
Jadual 7.5: Tema dan Kekerapan bagi Faktor Membantu Pekerja OKU di Tempat Kerja dan
Kebolehpasaran Pekerja OKU
Tema Kekerapan
a) Berkaitan sistem sokongan OKU 7
b) Berkaitan fasiliti, aksesibiliti dan infrastruktur membantu kebolehpasaran 5
OKU 5
c) Berkaitan persediaan majikan menerima pekerja OKU 3
d) Berkaitan faktor membantu lain (insentif majikan, pusat membantu OKU,
3
tambah nilai diri OKU) 2
e) Berkaitan portfolio OKU
f) Berkaitan jaringan antara pihak OKU dan pihak industri
a) Berkaitan Sistem Sokongan OKU
Antara isu yang dibincangkan adalah keperluan mempunyai badan khas atau pegawai khas
untuk menjaga kepentingan pekerja OKU, sistem sokongan daripada rakan-rakan OKU dan
juga sokongan kepada pekerja OKU daripada segi psikologi dan mental.
Peserta menyatakan mengenai kepentingan mempunyai badan atau organisasi yang boleh
berhubung dengan pengurusan tertinggi syarikat untuk membincangkan sebarang isu dan
syarat yang diperlukan untuk menggaji OKU. Selain itu, pegawai khas juga diperlukan untuk
156
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
membantu majikan mengendalikan sebarang masalah yang berlaku berkaitan dengan
pekerja OKU.
Seterusnya adalah sistem sokongan untuk OKU daripada rakan-rakan OKU yang lain.
Peserta berpendapat OKU memerlukan sistem sokongan rakan-rakan OKU bagi memberi
motivasi kepada mereka untuk terus bekerja dan berkongsi masalah. Sebagai contoh OKU
pembelajaran berhubung dangan rakan-rakan OKU yang lain melalui facebook untuk
bertanya khabar dan memberi motivasi kepada rakan yang mengalami masalah untuk
berhenti kerja.
Berkaitan dengan sistem sokongan dari segi psikologi, peserta berpendapat OKU
memerlukan sokongan daripada kaunselor untuk meningkatkan keyakinan diri. Memberi
motivasi dan menyediakan platform kepada OKU untuk mendapatkan motivasi dan
meningkatkan keyakinan diri. Majikan juga boleh membuat aktiviti mingguan (aktiviti rekreasi
atau perkhemahan) kepada pekerja OKU untuk lebih memahami pekerja OKU dan
berkongsi sebarang masalah yang dihadapi di tempat kerja.
Di samping itu, peserta menyatakan perkhidmatan seperti di Hospital Permai yang
membantu pesakit OKU mental mencari kerja perlu diperbanyakkan. Ini boleh membantu
pesakit OKU memperoleh pekerjaan dengan segera setelah selesai mendapatkan rawatan
di hospital.
b) Berkaitan Fasiliti, Aksesibiliti dan Infrastruktur Membantu Kebolehpasaran OKU
Peserta menyatakan tentang faedah mewujudkan group home atau penempatan berpusat
bagi OKU yang terpaksa bekerja jauh dari rumah mereka. Perkara ini telah dijalankan di
negara luar seperti di Jepun. Di samping itu, peserta juga menyatakan bahawa faktor lokaliti
dan aksesibiliti kepada OKU adalah penting. Sebagai contoh OKU boleh dibantu dengan
mendapatkan pekerjaan yang berdekatan dengan tempat tinggal tetap mereka. Ini dapat
membolehkan OKU sentiasa dekat dengan sistem sokongan mereka iaitu keluarga atau
rakan-rakan OKU.
Selain itu, menyediakan aksesibiliti seperti tempat letak kereta OKU dan ramp juga boleh
membantu OKU untuk bekerja. Sebagai contoh, LHDN membantu pekerja OKU mereka
dengan memastikan setiap tingkat bangunan mempunyai fasiliti OKU dan juga memastikan
pekerja OKU mereka mudah untuk bergerak.
Berkaitan dengan modifikasi fasiliti dan bangunan, perkara yang dapat membantu dalam
menyediakan fasiliti kepada OKU adalah dengan membuat modifikasi berkos rendah dan
tidak kekal. Terdapat persepsi majikan bahawa pengambilan pekerja OKU memerlukan kos
yang tinggi bagi mengubahsuai fasiliti dan aksesibiliti di tempat kerja. Peserta berpendapat
majikan boleh mengubahsuai tempat kerja OKU tanpa kos yang tinggi apabila ianya
dilakukan secara tidak kekal. Walaupun OKU mempunyai beberapa limitasi, mereka masih
boleh dibantu untuk bekerja dengan membuat pengubahsuaian fasiliti yang sedikit tetapi
bersesuaian.
157
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
c) Berkaitan Persediaan Majikan Menerima Pekerja OKU
Bagi membantu kebolehpasaran pekerja OKU, peserta yang juga Job Coach menyarankan
supaya OKU diberi tempoh selama 6 bulan untuk lebih memahami skop pekerjaan mereka
dan membolehkan majikan melihat cara OKU bekerja dan mendapat keyakinan terhadap
kemampuan bekerja OKU. Terdapat peserta daripada kalangan majikan yang menyatakan
mereka sentiasa membuka peluang kepada OKU untuk menjadi pelatih latihan industri di
syarikat mereka. Selain itu, majikan juga perlu mengetahui mengenai tahap ketidakupayaan
OKU yang diambil bekerja. Ini membolehkan majikan mengendalikan pekerja OKU mereka
dengan cara yang betul. Majikan juga perlu mengubahsuai pekerjaan ataupun jawatan yang
ingin diberikan kepada OKU. Sebagai contoh, majikan pekerja OKU program RTW
PERKESO diminta untuk mengubah pekerjaan dahulu kepada pekerjaan yang bersesuaian
dengan situasi pekerja OKU program RTW. Pihak PERKESO dengan kerjasama pihak
hospital kerajaan mengeluarkan surat perakuan dan sokongan kepada OKU program RTW
untuk membenarkan mereka mengambil pekerjaan yang bersesuaian dengan tahap
keupayaan.
d) Faktor-Faktor Lain yang Membantu (Insentif bagi Majikan, Pusat Bantuan OKU,
Tambah Nilai Diri OKU)
Pengecualian cukai boleh membantu kebolehpasaran pekerja OKU. Peserta menyatakan
bahawa insentif pengecualian cukai adalah antara faktor yang menggalakkan majikan
mengambil pekerja OKU. Selain itu, pihak majikan berpendapat bahawa OKU boleh dibantu
dengan mewujudkan pusat yang membantu OKU memohon pekerjaan. Seterusnya, pihak
majikan berpendapat OKU perlu menambah kemahiran atau kelebihan pada diri mereka
(value added) bagi membezakan mereka dengan orang biasa dan menghadapi persepsi
negatif majikan.
e) Berkaitan Portfolio OKU
Antara faktor yang boleh membantu OKU mendapat pekerjaan adalah dengan menyediakan
portfolio atau resume lengkap semasa sesi temu duga bersama majikan diadakan. Peserta
menyarankan supaya portfolio OKU dibangunkan semasa OKU menjalani latihan di sekolah,
pusat latihan atau bengkel latihan sehinggalah di peringkat IPT. Portfolio tersebut perlu
menekankan aspek fizikal dan menunjukkan perkara yang dilatih kepada OKU mengikut
keperluan industri. Apabila majikan melihat portfolio OKU yang membuktikan latihan yang
telah dijalani oleh OKU serta kemampuan OKU, maka majikan tidak akan teragak-agak
untuk mengambil OKU tersebut bekerja.
f) Berkaitan Jaringan antara Pihak OKU dan Pihak Industri
Perkara yang boleh membantu kebolehpasaran OKU adalah dengan mengadakan jaringan
antara pihak OKU (sekolah/NGO OKU/agensi OKU) dan pihak industri. Pemadanan kerja
atau job matching boleh diadakan antara pihak OKU dan pihak industri. Pemadanan kerja
juga dapat membantu memberi pekerjaan yang bersesuaian untuk OKU, contohnya
pemadanan kerja antara sekolah vokasional dan industri. Pihak industri sentiasa menunggu
pelajar vokasional tamat belajar untuk ditawarkan pekerjaan kepada mereka. Perkara yang
sama perlu dilakukan kepada pelajar OKU untuk membantu kebolehpasaran mereka.
158
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
7.2.2.2 Cabaran Membantu Kebolehpasaran Pekerja OKU yang Berkaitan Dengan
Majikan
Jadual 7.6 menunjukkan tema dan kekerapan berkaitan cabaran-cabaran yang
dibincangkan dalam FGD. Antara tema yang paling kerap dinyatakan adalah berkaitan
persepsi majikan terhadap pekerja OKU (n=21), berkaitan persediaan majikan menerima
pekerja OKU (n=14), berkaitan infrastruktur, fasiliti dan insuran (n=10). Lain-lain tema adalah
berkaitan badan kebajikan dan undang-undang syarikat untuk pekerja OKU (n=6) berkaitan
insentif majikan (n=4), cabaran OKU tertentu (n=3) dan cabaran berkomunikasi (n=3).
Jadual 7.6: Tema dan Kekerapan untuk Cabaran Membantu Kebolehpasaran Pekerja OKU
yang Berkaitan dengan Majikan
Tema Kekerapan
21
a) Berkaitan persepsi majikan terhadap pekerja OKU 14
b) Berkaitan persediaan majikan untuk menerima pekerja OKU 10
c) Berkaitan infrastruktur, fasiliti dan insurans 6
d) Berkaitan badan kebajikan OKU dan undang-undang (peraturan khusus)
4
syarikat untuk pekerja OKU 3
e) Berkaitan Insentif Majikan 3
f) Cabaran dihadapi oleh OKU Tertentu
g) Cabaran berkaitan komunikasi antara pekerja OKU dan majikan/rakan
sekerja
a) Berkaitan Persepsi Majikan Terhadap Pekerja OKU
Persepsi majikan merupakan cabaran yang paling kerap dibincangkan oleh peserta FGD.
Antara cabaran bagi kebolehpasaran pekerja OKU adalah pandangan negatif majikan
terhadap pekerja OKU yang memberi masalah kepada majikan (masalah disiplin, kerap
bertukar kerja, ibu bapa yang masuk campur). Ini menyebabkan majikan mempunyai
persepsi yang sama terhadap semua pekerja OKU dan menyukarkan Job Coach mencari
pekerjaan untuk OKU. Selain itu, majikan juga mempunyai persepsi negatif dalam diri
mereka mengenai pekerja OKU walaupun tidak berpengalaman menggaji pekerja OKU.
Peserta juga menyatakan tentang sikap majikan yang memandang rendah terhadap OKU,
menyoal perkara yang tidak berkaitan semasa proses temu duga dan tidak menjaga
perasaan OKU tersebut. Terdapat juga majikan yang tidak mahu mengambil OKU bekerja
walaupun OKU terbabit mempunyai tahap pendidikan yang sama dengan orang normal.
Cabaran lain berkaitan persepsi majikan adalah mereka tidak yakin dengan kemampuan
dan kemahiran pekerja OKU walaupun belum pernah melihat cara OKU bekerja. Majikan
turut melihat ketidakupayaan fizikal OKU sebagai penghalang untuk mengambil mereka
bekerja. Mereka bimbang tentang keadaan OKU semasa bekerja, termasuk risiko-risiko lain
seperti masalah keselamatan, dan tekanan bebanan kerja. Selain itu, majikan bertindak
tidak mahu menggaji OKU kerana bimbang akan menjejaskan reputasi syarikat (perhotelan)
sekiranya OKU membuat sebarang masalah.
Persepsi majikan yang lain adalah terdapat majikan yang memang tidak mahu mengambil
pekerja yang sakit berpanjangan (kencing manis, darah tinggi) termasuk bukan pekerja
159
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
OKU. Majikan juga mempunyai persepsi terhadap OKU tertentu seperti OKU mental yang
dianggap boleh bertindak ganas semasa bekerja.
Cabaran persepsi majikan yang lain adalah majikan tidak memahami kemampuan dan cara
OKU bekerja. Majikan berpendapat OKU boleh melakukan semua kerja yang diberikan.
Sebagai contoh pekerja OKU yang baru bekerja dianggap boleh membuat semua kerja
mengikut tempoh yang diberikan tanpa masalah. Selain itu, majikan menganggap OKU
program RTW boleh bekerja seperti biasa (seperti sebelum sakit atau kemalangan).
b) Berkaitan Kesediaan Majikan untuk Menerima Pekerja OKU
Peserta menyatakan majikan kekurangan maklumat komprehensif (berkaitan fasiliti,
modifikasi tempat kerja, isu keselamatan, liabiliti, kos pengurusan, sokongan daripada Job
Coach, potongan cukai, insentif lain dan cara memohonnya). Segala maklumat ini akan
mengurangkan beban majikan dalam proses pengambilan OKU. Peserta juga menyatakan
tentang masalah majikan tidak terdedah kepada cara pengurusan pekerja OKU yang
berbeza dengan bukan OKU. Majikan perlu mengetahui kemampuan OKU sebelum
mengambil mereka bekerja untuk mengelakkan sebarang masalah atau kemalangan
berlaku.
Selain tiada pendedahan, peserta menyatakan majikan sendiri tidak bersedia dan berusaha
untuk menerima dan mengajar pekerja OKU dalam syarikat mereka. Selain itu, faktor
ketiadaan pekerjaan yang sesuai untuk diberikan kepada OKU merupakan cabaran
kebolehpasaran pekerja OKU. Kebanyakan majikan tidak mempunyai pekerjaan yang
sesuai untuk pekerja OKU (terutamanya OKU baru program RTW). Kebanyakan majikan
OKU program RTW menganggap OKU boleh kembali bekerja seperti jawatan sebelum ini.
c) Berkaitan Infrastruktur, Fasiliti, Aksesibiliti dan Insurans Syarikat
Peserta menyatakan terdapat pihak pengurusan tertinggi yang sukar untuk menyediakan
infrastruktur, fasiliti (tandas OKU), mobiliti (pengangkutan) dan kemudahan (pertukaran shif
bekerja) kepada OKU. Faktor kos menyediakan fasiliti OKU, kos modifikasi dan fleksibiliti
yang perlu dilakukan juga merupakan cabaran kepada majikan untuk mengambil OKU
bekerja. Terdapat peserta yang menyatakan faktor fasiliti yang terhad di tempat kerja
menghalang mereka mengambil OKU fizikal (berkerusi roda) untuk bekerja. Antara masalah
fasiliti yang dilaporkan di tempat kerja adalah seperti reka bentuk pejabat tidak mesra OKU
(iaitu laluan yang tidak bersesuaian dan rak fail terlalu tinggi), peralatan pejabat yang tidak
mesra OKU dan tiada tempat untuk OKU berehat di tempat kerja. Berkaitan dengan
insurans, peserta melaporkan ramai majikan yang tidak mahu mengambil risiko menggaji
OKU kerana tidak mahu sebarang masalah dengan perlindungan insurans syarikat. Majikan
risau jika berlaku sebarang kemalangan, insurans tidak akan menanggung kos terbabit.
d) Berkaitan Badan Kebajikan OKU dan Undang-Undang Syarikat (Peraturan
Khusus) untuk Pekerja OKU
Antara cabaran yang timbul apabila menggajikan OKU adalah tiada badan kebajikan khusus
yang boleh dirujuk untuk membantu menyelesaikan isu antara majikan dan pekerja OKU
atau membantu OKU sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan masalah lain. Cabaran
160
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
seterusnya adalah tiada peraturan khusus dalam syarikat atau agensi kerajaan bagi
menjaga kebajikan pekerja OKU seperti had tempoh masa bekerja dan cara memberi
arahan kepada OKU. Sesetengah OKU mempunyai tempoh masa untuk mereka bekerja
dan kemudian memerlukan masa untuk berehat. Tetapi terdapat majikan yang tidak
memahami keperluan OKU kerana tiada Prosedur Kendalian Standard (SOP) atau undang-
undang khusus bagi pekerja OKU di syarikat.
e) Berkaitan Insentif Majikan
Insentif kepada majikan dianggap tidak menarik bagi sesetengah majikan. Syarikat-syarikat
kecil tidak berminat untuk mengambil pekerja OKU berbanding syarikat besar seperti 7-
Eleven. Majikan daripada syarikat kecil tidak peduli dengan insentif yang diberikan kerana
lebih memikirkan pencapaian syarikat dan majikan lebih melihat kepada keperluan
mengambil pekerja OKU berbanding melihat insentif yang diberikan oleh kerajaan.
f) Berkaitan Cabaran Dihadapi oleh OKU Tertentu
Isu produktiviti pekerja OKU dipengaruhi oleh ketidakupayaan mereka. Peserta menyatakan
majikan jarang ingin menggaji OKU fizikal kerana bimbang ketidakupayaan OKU fizikal akan
menjejaskan produktiviti mereka dan syarikat. Majikan banyak memberi peluang kepada
OKU pendengaran dan pertuturan berbanding OKU fizikal (berkerusi roda). Namun terdapat
peserta yang menyatakan OKU pembelajaran kurang berpeluang berbanding OKU fizikal,
pendengaran dan pertuturan.
g) Cabaran Berkaitan Komunikasi antara Pekerja OKU dan Majikan/Rakan Sekerja
Peserta FGD yang juga majikan menyatakan komunikasi antara pekerja OKU dengan
majikan dan rakan sekerja mereka merupakan satu cabaran menggaji OKU. Faktor OKU
mengambil masa untuk belajar berkomunikasi dengan orang sekeliling menjadi cabaran
kepada kebolehpasaran mereka. Majikan bimbang mengambil OKU bekerja kerana
ketidakupayaan mereka dan kesukaran berkomunikasi dengan pekerja OKU. Oleh itu,
peserta menyatakan majikan dan rakan sekerja perlu cuba berkomunikasi dengan pekerja
OKU untuk memaklumkan sebarang perubahan atau masalah. Sebagai contoh sekiranya
majikan bimbang dengan masalah pergerakan OKU penglihatan apabila berlaku perubahan
meja atau barangan di pejabat, mereka perlu memaklumkan perubahan tersebut kepada
OKU. OKU penglihatan tiada masalah untuk mengingati perubahan yang berlaku. Mengajar
subjek komunikasi OKU (braille dan bahasa isyarat) di sekolah boleh membantu masyarakat
menyesuaikan diri dengan pekerja OKU dan juga memudahkan komunikasi antara OKU dan
orang sekeliling mereka (majikan, rakan sekerja, pelanggan).
7.2.2.3 Sikap, Prestasi dan Kualiti Kerja OKU yang Berkaitan dengan Majikan
Tema ini menerangkan sikap, pencapaian dan kualiti kerja pekerja OKU daripada
pandangan majikan. Tema paling kerap yang dinyatakan adalah sikap pekerja OKU (n=14)
dan diikuti oleh prestasi pekerja OKU (n=3).
161
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Jadual 7.7: Tema dan Kekerapan bagi Sikap, Prestasi dan Kualiti Kerja OKU yang Berkaitan
dengan Majikan
Tema Kekerapan
a) Berkaitan dengan sikap pekerja OKU 14
b) Berkaitan prestasi pekerja OKU 3
a) Berkaitan dengan Sikap Pekerja OKU
Peserta menyatakan sikap OKU seperti tidak tahan dengan kerja yang susah dan berasa
malas menyebabkan kerja atau program yang dirancang berhenti separuh jalan. Selain itu
terdapat peserta yang menyatakan sikap OKU seperti meminta kerja yang kurang, tidak
tahan terhadap keadaan tertentu (sensitif, mengasingkan diri), masalah berkomunikasi, tidak
gembira dengan kerja sedia ada dan ingin mengikut kawan merupakan cabaran bagi
majikan untuk membantu OKU bekerja.
Seterusnya adalah sikap OKU yang bekerja mengikut emosi mereka. Hal ini menjejaskan
produktiviti yang ingin dicapai oleh majikan. Selain itu, berkaitan OKU bekerja di luar
keselesaan mereka (bengkel terlindung), peserta menyatakan faktor keyakinan diri yang
rendah dan kemahiran bersosial yang lemah menyebabkan pekerja OKU sukar
menempatkan diri dalam masyarakat. OKU baru juga dilaporkan mempunyai keyakinan diri
yang rendah kerana faktor ketidakupayaan mereka. Ini menyebabkan OKU baru tidak dapat
fokus dan tertekan apabila kembali bekerja di tempat kerja mereka. Peserta juga
menyatakan OKU mempunyai potensi untuk maju sekiranya mereka mahu berusaha ke arah
itu. Seperti OKU penglihatan, ramai di antara mereka yang memegang jawatan tinggi di
sektor awam seperti pegawai atasan dan pensyarah IPT.
b) Berkaitan Prestasi Pekerja OKU
Peserta menyatakan pekerja OKU yang bekerja di syarikat mereka tiada sebarang masalah
dari segi prestasi kerja. Namun begitu terdapat juga peserta yang melaporkan sesetengah
OKU bekerja di bengkel terlindung tidak dibayar jumlah gaji minimum kerana prestasi
mereka yang tidak mencapai sasaran pengurusan bengkel terlindung.
7.2.2.4 Prosedur Penggajian Pekerja OKU oleh Majikan
Tema ini menerangkan isu dan prosedur dalam pengambilan pekerja OKU dalam
organisasi, NGO dan syarikat. Jadual 7.8 menunjukkan kekerapan yang muncul berkaitan
prosedur pengambilan OKU (n=10).
Jadual 7.8: Tema dan Kekerapan Prosedur Penggajian Pekerja OKU oleh Majikan
Tema Kekerapan
a) Prosedur Pengambilan OKU 10
Secara umum, majikan akan mengiklankan tawaran kerja secara terbuka kepada semua
individu termasuk OKU. Seterusnya, bagi calon OKU, majikan akan menjalankan temu duga
untuk menilai kemampuan bekerja dan juga melakukan penilaian kesihatan untuk
162
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
mengetahui sejarah kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat peserta yang
menyatakan apabila iklan panggilan temu duga pekerja dibuka kepada semua individu
termasuk OKU, OKU tetap berasa ragu-ragu untuk memohon kerana bimbang mengenai
persepsi sedia ada majikan terhadap OKU. Selain itu, terdapat majikan yang menggaji
pekerja OKU melalui program latihan industri. Bagi majikan seperti di bengkel terlindung,
tiada peraturan khas dikenakan untuk mengambil OKU sebagai pekerja di pusat latihan.
7.2.2.5 Sistem Aplikasi Dalam Talian untuk Kebolehpasaran OKU yang Berkaitan
dengan Majikan
Tema ini menerangkan isu-isu berkaitan sistem aplikasi dalam talian untuk membantu
kebolehpasaran pekerja OKU yang berkait rapat dengan majikan. Jadual 7.9 menunjukkan
kekerapan bagi isu berkaitan aplikasi dalam talian berkaitan kebolehpasaran OKU (n=6)
dibincangkan.
Jadual 7.9: Tema dan Kekerapan bagi Sistem Aplikasi Dalam Talian untuk Kebolehpasaran
OKU yang Berkaitan dengan Majikan
Tema Kekerapan
a) Isu-isu berkaitan aplikasi dalam talian 6
Peserta menyatakan tiada program latihan khusus bagi golongan OKU di Malaysia untuk
menyesuaikan diri dengan kaedah penggunaan sistem aplikasi pekerjaan dalam talian.
Peserta berpendapat sistem aplikasi dalam talian bagi OKU adalah efektif kerana OKU
boleh mengenal pasti pekerjaan yang diperlukan oleh majikan dan mengambil latihan yang
bersesuaian dengan prospek pekerjaan. Walau bagaimanapun, terdapat peserta yang
menyatakan tentang kelemahan sistem aplikasi dalam talian, di mana ia boleh
menyebabkan majikan tidak mahu mempertimbangkan OKU sekiranya mengetahui
pemohon adalah OKU walaupun belum melihat kemampuan bekerja OKU tersebut. Peserta
juga menyatakan sistem pencarian kerja dalam talian tidak berkesan dan tidak efektif. Ianya
dikatakan tidak berkesan kerana terdapat OKU yang mengisi permohonan kerja secara
dalam talian dan tidak pernah mendapat maklum balas atau tawaran kerja. Selain itu, sistem
dalam talian dilihat tidak efektif kerana tidak sesuai terutamanya untuk OKU yang tidak
mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Sistem dalam talian mempunyai risiko
permohonan OKU ditolak oleh majikan tanpa mempertimbangkan kemampuan dan
keupayaan bekerja OKU. Peserta menyatakan bahawa, permohonan secara bersemuka
(OKU berjumpa terus dengan bakal majikan) lebih meningkatkan peluang OKU diterima
bekerja berbanding menggunakan sistem dalam talian.
7.2.2.6 Kesedaran Majikan Mengenai Pekerjaan Berkaitan OKU
Tema kesedaran majikan mengenai pekerjaan OKU menerangkan apa yang majikan tahu
mengenai dasar dan isu-isu berkaitan pekerjaan OKU sekiranya menggaji pekerja OKU.
Jadual 7.10 menunjukkan kekerapan bagi kesedaran majikan berkaitan isu-isu OKU (n=8)
dibincangkan.
163
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Jadual 7.10: Tema dan Kekerapan untuk Kesedaran Majikan Mengenai Pekerjaan Berkaitan
OKU
Tema Kekerapan
a) Kesedaran majikan berkaitan isu-isu OKU 8
Peserta menyatakan pengurusan tertinggi perlu didedahkan mengenai hal-hal berkaitan
pekerja OKU (seperti kemampuan pekerja OKU, kategori OKU, kemahiran OKU dan cara
mengendalikan OKU dan lain-lain). Selain itu majikan terutamanya pengurusan tertinggi
didapati tidak memahami dasar berkaitan OKU (dasar 1% pekerja OKU).
Seterusnya berkaitan dengan maklumat insentif kepada majikan, majikan didapati tidak
mengetahui bahawa mereka boleh membuat tuntutan bagi kos pengubahsuaian tempat
kerja bagi pekerja OKU. Majikan tidak tahu kos bayaran balik ubah suai infrastruktur untuk
pekerja OKU boleh dituntut di LHDN dan HRDF. Begitu juga dengan maklumat berkenaan
pengecualian cukai, di mana majikan tidak tahu bahawa mereka boleh mendapat
pengecualian cukai sekiranya mereka mengambil OKU bekerja di syarikat mereka.
7.2.3 Berkaitan Individu OKU
7.2.3.1 Faktor yang Membantu Kebolehpasaran OKU dan OKU di Tempat Kerja
Jadual 7.11 menunjukkan tema dan kekerapan bagi faktor yang membantu kebolehpasaran
OKU dan faktor membantu OKU di tempat kerja yang berkaitan dengan perspektif OKU.
Tema paling kerap dinyatakan adalah berkaitan bantuan dan maklumat bagi OKU berdikari
(n=3), diikuti dengan keperluan dan sokongan untuk OKU di tempat kerja (n=2) dan badan
yang boleh membantu OKU (n=1).
Jadual 7.11: Tema dan Kekerapan untuk Faktor yang Membantu Kebolehpasaran OKU dan
Faktor Membantu Pekerja OKU di Tempat Kerja
Tema Kekerapan
a) Berkaitan bantuan dan maklumat untuk OKU berdikari 3
b) Berkaitan keperluan dan sokongan untuk OKU di tempat kerja 2
c) Berkaitan badan yang boleh membantu OKU 1
a) Berkaitan Bantuan dan Maklumat untuk OKU Berdikari
Peserta OKU dalam FGD menyatakan OKU lebih suka berdikari dan berpendapat memberi
bantuan kepada OKU untuk mendapatkan pendapatan akan membantu OKU menambah
pendapatan. Memberi peluang untuk OKU berniaga boleh membantu OKU menambah
pendapatan. Peserta OKU memberi contoh perniagaan ternakan kupang sebagai cara untuk
membantu OKU fizikal (berkerusi roda) mendapat pendapatan tanpa perlu bekerja dengan
orang lain. Peserta OKU berkata beliau mendapatkan maklumat mengenai bantuan
daripada rakan-rakan OKU lain ketika berada di hospital. Peserta lain juga menyebut
kepentingan sistem maklumat yang baik untuk membantu OKU berdikari, bekerja dan
meneruskan hidup.
164
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
b) Berkaitan Keperluan dan Sokongan untuk OKU di Tempat Kerja
Peserta menyatakan tentang perkara seperti majikan perlu memenuhi keperluan OKU di
tempat kerja dan sokongan berterusan perlu diberikan kepada pekerja OKU. Majikan perlu
memenuhi keperluan OKU di tempat kerja seperti memasang papan tanda untuk pekerja
OKU. Di samping itu, individu OKU memerlukan sokongan berterusan daripada orang
sekeliling (seperti Job Coach, majikan, rakan sekerja) apabila keluar daripada dunia mereka
iaitu bengkel terlatih, sekolah khas, dan pusat latihan.
c) Berkaitan Badan yang boleh Membantu OKU
Individu OKU dalam FGD menyatakan adalah bagus untuk organisasi korporat dan bukan
korporat mempunyai badan yang menjaga pekerja OKU mereka sekiranya terdapat
sebarang masalah.
7.2.3.2 Cabaran-Cabaran OKU Semasa Proses Permohonan Kerja dan Semasa
Bekerja
Tema ini menjelaskan sebab pengangguran OKU, faktor OKU melepaskan pekerjaan sedia
ada, dan cabaran dalam proses permohonan kerja. Selain itu, tema ini juga
menggambarkan diskriminasi yang dihadapi oleh OKU semasa permohonan kerja dan
bekerja. Tema yang paling kerap dinyatakan adalah cabaran berkaitan dengan keluarga
OKU (n=24), diikuti dengan cabaran diskriminasi dihadapi oleh pekerja OKU (n=5), cabaran
berkaitan peluang dan jenis pekerjaan (n=5), cabaran kesedaran tentang kemahiran OKU
(n=4), cabaran menyesuaikan diri dengan dunia pekerjaan (n=3) dan cabaran berkaitan
infrastruktur dan kemudahan OKU (n=3).
Jadual 7.12: Tema dan Kekerapan untuk Cabaran-Cabaran yang Dihadapi oleh OKU
Semasa Proses Permohonan Kerja dan Tempoh Kerja
Tema Kekerapan
a) Berkaitan keluarga OKU 24
b) Berkaitan diskriminasi yang dihadapi oleh pekerja OKU 5
c) Berkaitan peluang dan jenis pekerjaan 5
d) Berkaitan kesedaran tentang kemahiran OKU 4
e) Berkaitan kesukaran adaptasi dunia pekerjaan 3
f) Berkaitan infrastruktur dan kemudahan 3
a) Berkaitan Keluarga
Faktor keluarga merupakan cabaran paling besar kepada individu OKU dalam proses
permohonan kerja dan semasa tempoh bekerja. Peserta menyatakan terdapat ibu bapa
yang menghalang anak OKU mereka bekerja atas faktor ingin melindungi anak OKU
mereka. Ibu bapa mempunyai kebimbangan dari segi keselamatan anak OKU ketika
bekerja, bimbang anak mereka dibuli dan risau anak mereka tidak mampu untuk melakukan
pekerjaan yang diberikan. Sebagai contoh, peserta menyatakan ibu bapa kepada OKU
pembelajaran bimbang sekiranya anak OKU mereka diberikan pekerjaan yang berat. Selain
itu, terdapat ibu bapa yang terlalu sayangkan anak OKU mereka sehingga tidak mahu anak
165
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
mereka bekerja, kerana ingin menyediakan semua perkara untuk anak mereka. Seterusnya
potensi anak-anak OKU terjejas kerana ibu bapa mereka tidak menggalakkan mereka
bekerja dan bimbang apabila anak mereka perlu bekerja jauh. Terdapat juga kes di mana
ibu bapa tidak membenarkan anak OKU mereka bekerja walaupun telah berjaya mendapat
tempat kerja selepas tamat latihan industri.
Selain itu, sikap ibu bapa yang mencampuri urusan anak OKU mereka di tempat kerja juga
merupakan cabaran kepada OKU yang bekerja. Antara sebab ibu bapa mencampuri urusan
dengan majikan adalah kerana bimbang anak mereka dibuli di tempat kerja. Sebagai
contoh, terdapat ibu bapa yang bersemuka dengan majikan atau terus memberhentikan
anak mereka daripada latihan atau pekerjaan apabila anak OKU mereka mengadu
mengenai masalah yang berlaku di tempat kerja.
Terdapat OKU yang tidak boleh meningkatkan peluang dan potensi diri kerana ibu bapa
yang tidak memberi sokongan dan tidak mempedulikan tentang mereka. Sebagai contoh,
tiada bantuan diberikan daripada keluarga kepada OKU yang menghadapi masalah
pengangkutan ke tempat kerja. Selain itu, terdapat ibu bapa yang menggunakan anak OKU
untuk bekerja bagi menyara keluarga. Peserta berbendapat bahawa kejayaan anak-anak
OKU bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh ibu bapa untuk masa depan anak
OKU. Sekiranya ibu bapa membuat keputusan yang salah dan tidak menyokong anak
mereka, peluang anak-anak OKU akan tertutup. Contohnya terdapat anak OKU yang
terpaksa menolak tawaran belajar di IPT kerana faktor kemiskinan dan ahli keluarga yang
tidak menyokong. Oleh itu ibu bapa kepada OKU perlu diberikan kaunseling berkaitan masa
depan anak mereka.
b) Berkaitan Diskriminasi yang Dihadapi oleh Pekerja OKU
Masalah diskriminasi adalah cabaran yang dihadapi oleh OKU ketika memohon pekerjaan
dan semasa bekerja. Peserta menyatakan OKU mengalami masalah seperti dibuli oleh
rakan sekerja, tidak dibayar gaji oleh majikan, dibuli dan dianaktirikan oleh majikan. Peserta
juga menyatakan terdapat majikan yang mengambil kesempatan terhadap pekerja OKU
dengan mengarahkan mereka supaya bekerja lebih masa terutamanya OKU pembelajaran
kerana mereka bersifat lurus bendul. Sebagai contoh, individu OKU dalam FGD menyatakan
beliau diberikan tempoh waktu bekerja lebih panjang di mana tidak sesuai dengan
kemampuan beliau sebagai OKU penglihatan. Ini adalah kerana, OKU penglihatan
memerlukan masa untuk merehatkan mata mereka.
c) Berkaitan Peluang dan Jenis Pekerjaan
Peserta menyatakan terdapat OKU yang masih belum mendapat pekerjaan kerana tahap
pendidikan yang tidak sesuai, sama ada terlalu tinggi ataupun tiada pendidikan
asas/pendidikan formal. Contohnya, OKU penglihatan kurang berpeluang berbanding OKU
pendengaran dan OKU pertuturan, manakala peluang untuk OKU pembelajaran adalah
kurang berbanding OKU yang boleh belajar sehingga ke peringkat lebih tinggi.
Peserta juga menyatakan tentang jenis pekerjaan yang diberikan atau diterima oleh OKU
tidak bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Sebagai contoh, terdapat OKU yang
tidak mampu bertahan lama bekerja di pasaran luar seperti McDonald atau KFC kerana
ketidakupayaan mereka, di mana mereka tidak boleh berdiri lama di kaunter. Majikan
166
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
didapati tidak memberi tempoh waktu bekerja yang bersesuaian dengan kemampuan
mereka.
d) Berkaitan Kesedaran Tentang Kemahiran OKU
Peserta FGD menyatakan majikan perlu diberikan kesedaran dan pendedahan berkaitan
kemahiran dan kebolehan OKU. Ini adalah kerana kebanyakan majikan tidak sedar tentang
kelebihan yang ada pada OKU. Sebagai contoh, OKU penglihatan mempunyai kemahiran
mendengar yang cukup baik di mana sesuai dengan pekerjaan yang memerlukan kemahiran
mendengar (contohnya, telefonis).
Seterusnya, majikan berasa takut untuk mengambil OKU seperti OKU penglihatan kerana
bimbang berlaku kemalangan di tempat kerja. Peserta menyatakan OKU penglihatan
sebenarnya tidak mempunyai masalah berkaitan orientasi dan mobiliti di tempat kerja. Ini
adalah kerana OKU penglihatan boleh membiasakan diri dengan susun atur di tempat kerja
sekiranya diberikan latihan.
e) Berkaitan Kesukaran Menyesuaikan Diri dalam Dunia Pekerjaan
OKU menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri mereka dengan dunia pekerjaan
sebenar kerana masalah seperti buli dan kekurangan sistem sokongan dalam masyarakat.
Ini menyebabkan OKU berpatah balik ke pusat latihan atau bengkel terlindung. Terdapat
OKU yang tidak boleh menghadapi tekanan semasa bekerja sehingga menyebabkan
mereka berhenti bekerja. OKU didapati tidak boleh mengejar cara kerja dalam industri yang
bergerak pantas sehingga menyebabkan mereka mengalami kejutan budaya kerja.
f) Berkaitan Infrastruktur dan Kemudahan di Tempat Kerja
Peserta OKU menyatakan masalah infrastruktur dan kemudahan seperti kurang tempat letak
kereta OKU, ruang pejabat yang tidak sesuai untuk OKU, ketiadaan tandas OKU dan papan
tanda kecemasan kepada OKU penglihatan adalah antara faktor yang menjadi cabaran
kepada OKU semasa bekerja. Mempunyai kemudahan seperti itu akan memudahkan OKU
bekerja dengan selesa. Seterusnya peserta menyatakan faktor tempat kerja yang jauh dari
rumah menyebabkan OKU terpaksa menolak tawaran pekerjaan yang lumayan.
7.2.3.3 Pendapat OKU Berkenaan Sistem Pendidikan untuk OKU
Tema ini menerangkan bagaimana sistem pendidikan dapat membantu kebolehpasaran
OKU daripada perspektif OKU. Jadual 7.13 menunjukkan kekerapan bagi pendapat OKU
berkaitan dengan sistem pendidikan.
Jadual 7.13: Tema dan Kekerapan Berkaitan dengan Perspektif OKU Mengenai Sistem
Pendidikan untuk OKU
Tema Kekerapan
a) Pendapat OKU berkaitan sistem pendidikan 2
167
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Peserta berpendapat bahawa kekurangan dana untuk membeli peralatan pembelajaran bagi
OKU merupakan salah satu cabaran dalam sistem pendidikan OKU. Seterusnya, peserta
OKU dalam FGD menyatakan tentang kepentingan mengadakan kelas sivik di sekolah bagi
mendidik masyarakat berkaitan OKU.
7.2.3.4 Pendapat OKU Berkenaan Sistem Aplikasi Dalam Talian untuk
Kebolehpasaran OKU
Tema ini menerangkan sistem aplikasi dalam talian untuk kebolehpasaran OKU daripada
perspektif individu OKU. Jadual 7.14 menunjukkan kekerapan berkaitan pendapat OKU
dalam proses membina sistem aplikasi dalam talian untuk kebolehpasaran pekerja OKU
(n=1).
Jadual 7.14: Tema dan Kekerapan Berkaitan Perspektif OKU Mengenai Sistem Aplikasi
Dalam Talian untuk Kebolehpasaran OKU
Tema Kekerapan
1. Pendapat OKU terhadap pembangunan sistem aplikasi dalam talian 1
Perkara yang dibincangkan berkaitan perspektif OKU berkenaan sistem dalam talian untuk
kebolehpasaran OKU adalah berkenann kepentingan mendengar dan mengambil kira
pendapat OKU semasa proses membangunkan sistem tersebut.
7.3 Dapatan Kajian Tema 2: Potensi, Cadangan dan Harapan
Sesi kedua FGD adalah membincangkan tentang cadangan, harapan dan pencapaian untuk
memastikan kebolehpasaran OKU di Malaysia. Seksyen ini dikategorikan dalam tiga sub
bahagian iaitu; i) Cadangan, ii) Pencapaian dan iii) Harapan. Dalam bahagian cadangan,
keputusan dikategorikan kepada tiga lagi subtema iaitu:
1) Berkaitan dasar atau polisi
2) Berkaitan majikan
3) Berkaitan OKU sendiri.
Rajah 7.2 menunjukkan gambaran keseluruhan struktur dapatan untuk Tema 2.
168
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Rajah 7.2: Gambaran Keseluruhan Struktur Dapatan untuk Tema 2
TEMA 2: CADANGAN, PENCAPAIAN & HARAPAN
BERKAITAN DASAR SUB-TEMA 1 BERKAITAN OKU SUB-TEMA 2 SUB-TEMA 3
CADANGAN PENCAPAIAN HARAPAN
1. Dasar berkaitan dalam 1. OKU bekerja sendiri
kebolehpasaran BERKAITAN MAJIKAN 1. Agensi-agensi 1. Peluang dan peranan
pekerja OKU (agensi 2. Pembinaan jati diri kerajaan OKU
kerajaan) 1. Cadangan OKU
penambahbaikan untuk 2. Organisasi bukan 2. Sokongan
2. Dasar berkaitan akses pekerja OKU 3. Teknologi dan kerajaan (NGO) persekitaran
dan perlindungan peralatan OKU
dalam membantu 2. Cadangan berkaitan 3. Pemantapan latihan
kebolehpasaran faktor pengambilan dan pelatih
pekerja OKU pekerja OKU
4. Diskriminasi sifar
3. Dasar berkaitan
pendidikan OKU
4. Dasar dan polisi
berkaitan pendaftaran
OKU
Seksyen seterusnya membincangkan setiap perkara dalam Rajah 7.2 dengan lebih
terperinci.
7.3.1 Cadangan
7.3.1.1 Cadangan Berkaitan Dasar
i. Dasar berkaitan kebolehpasaran pekerja OKU (agensi-agensi kerajaan)
Jadual 7.15 menunjukkan tema dan kekerapan untuk cadangan berkaitan dasar dan polisi
melibatkan agensi-agensi dan organisasi OKU untuk membantu pekerja OKU. Antara
perkara yang paling kerap dinyatakan adalah berkaitan penambahbaikan latihan bagi OKU
(n=22), diikuti dengan perkara berkaitan akta OKU dan dasar 1% pekerja OKU (n=20) dan
interaksi antara agensi-agensi berkaitan OKU (n=15). Perkara-perkara ini dibincangkan
secara lebih terperinci dalam subbahagian seterusnya.
Jadual 7.15: Tema dan Kekerapan untuk Pencapaian, Kekuatan dan Pembaharuan oleh
Agensi-Agensi dan Organisasi OKU
Tema Kekerapan
a) Penambahbaikan latihan OKU 22
b) Berkaitan Akta OKU 2008 dan dasar 1% Pekerja OKU 20
c) Interaksi dan koordinasi agensi-agensi berkaitan OKU 15
d) Berkaitan PDK 12
169
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
e) Pegawai OKU (Pekerja Sosial, Job Coach, Pengurus Kes, 12
Kaunselor/Pegawai Terapi)
10
f) Pusat Sehenti (Bagi OKU dan Job Coach) 8
g) Pendidikan berkaitan OKU kepada pekerja dan majikan 6
h) DAT, DET dan audit tentang kesedaran 6
i) PERKESO 5
j) Aksesibiliti OKU (Kemudahan OKU) 5
k) Berkaitan EPC 3
l) Dana bagi NGO OKU 3
m) MKBOKU 1
n) Berkaitan JPOKU
a) Penambahbaikan Latihan OKU
Antara cadangan yang dikemukakan adalah keperluan untuk menambah baik kualiti latihan
sedia ada bagi mempertingkatkan kemahiran untuk menceburi bidang kerja. Ini adalah
kerana peserta menyatakan latihan sedia ada tidak melahirkan pelatih OKU yang berkualiti
tinggi dan tidak mempunyai kemahiran yang sesuai untuk bekerja. Seterusnya, peserta turut
mencadangkan agar jenis latihan dan keperluan pendidikan bagi OKU perlu dikenal pasti
pada peringkat sekolah rendah lagi. Corak latihan berperingkat perlu diubah berdasarkan
kemampuan dan kemajuan OKU dan komposisi kemahiran perlu ditingkatkan dari masa ke
masa selain daripada komponen yang melibatkan pemulihan. Sebagai contoh, peserta
mencadangkan:
(1) peringkat awal melibatkan 70% pemulihan, 30% kemahiran;
(2) peringkat kedua melibatkan 50% kemahiran, 50% pemulihan; dan
(3) peringkat ketiga melibatkan 70% kemahiran, 30% pemulihan.
Antara perkara lain yang dicadangkan adalah program transisi bagi OKU, di mana sekolah,
agensi dan NGO OKU membuat memorandum perjanjian (MOU) bersama majikan untuk
menempatkan OKU menjalani latihan industri di syarikat tertentu. Program transisi
melibatkan pelajar OKU membolehkan mereka meluangkan waktu di sekolah untuk latihan
teori, seterusnya pembelajaran diteruskan dalam latihan industri. Peserta mencadangkan
70% latihan dikendalikan di syarikat-syarikat OKU bakal bekerja, bagi membolehkan majikan
lebih yakin dan dapat melihat pencapaian pekerja OKU. Selain itu, ini juga dapat memberi
persediaan kepada majikan dan OKU untuk menyesuaikan diri. Di samping itu, peserta juga
mencadangkan agar elaun diberikan kepada OKU yang terlibat dalam program transisi dari
sekolah sehingga ke dunia pekerjaan.
Bagi OKU pembelajaran, peserta mencadangkan NGO bekerjasama dengan industri yang
terlibat untuk melatih OKU dalam persekitaran yang lebih kurang sama dengan bakal tempat
kerja OKU. Peserta turut mencadangkan agar NGO dan agensi-agensi OKU bekerjasama
mencari syarikat atau industri yang bersedia memberi latihan pekerjaan kepada OKU yang
tamat belajar. Selain itu, peserta memberi cadangan agar insentif seperti pengecualian cukai
diberikan kepada majikan yang memberi kerjasama dalam menyediakan peluang latihan
industri bagi OKU. Pemantauan berterusan dan kad laporan bagi pekerja OKU yang sedang
menjalani latihan industri juga perlu dilaksanakan. Ini bertujuan untuk memantau prestasi
dan membantu OKU menjalani latihan susulan.
170
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Peserta memberi cadangan agar kemahiran pelatih OKU di PDK dipertingkatkan untuk
memastikan mereka mendapat pekerjaan yang sesuai sekali gus meringankan beban
pengurusan PDK. Selain latihan pemulihan, latihan di PDK juga perlu fokus kepada
peningkatan kemahiran pelatih. NGO dan agensi kerajaan perlu menyediakan latihan
kemahiran seperti soft skills untuk meningkatkan kualiti kerja dan kebolehpasaran OKU.
Bagi OKU di negeri Sabah, peserta menekankan keperluan untuk menambah sukatan
pelajaran khusus dan kemahiran bagi OKU. Seterusnya, peserta juga mencadangkan agar
sijil SKM tahap 1 diberi kepada pekerja OKU yang sedang bekerja. Sijil SKM ini boleh
membuka peluang kerja lebih banyak kepada OKU dan juga penting untuk pembangunan
kemahiran OKU.
Di samping itu, peserta-peserta dalam FGD memberi cadangan agar sekolah atau pusat
latihan OKU membina hubungan dengan syarikat-syarikat daripada sektor awam dan
swasta bagi memudahkan OKU mendapat pekerjaan. Membina hubungan antara
sekolah/pusat latihan OKU dengan syarikat dan firma adalah penting bagi meningkatkan
sokongan kebolehpasaran OKU untuk bekerja dan memberi kesedaran kepada majikan
berkaitan kemahiran pekerja OKU.
b) Berkaitan Akta OKU 2008 dan Dasar 1% Pekerja OKU
Peserta mencadangkan agar dasar 1% pekerja OKU merangkumi kesemua jenis kategori
OKU. Peserta juga mencadangkan agar sektor awam iaitu pihak kerajaan memenuhi dan
melaksanakan terlebih dahulu dasar 1% pekerja OKU. Ini adalah untuk dijadikan contoh
(role model) kepada syarikat-syarikat di sektor swasta untuk menggaji OKU.
Dari segi penambahbaikan dasar 1% di sektor awam, peserta mencadangkan agar JPA
memainkan peranan dalam proses audit dasar 1% pekerja OKU di sektor awam. Selain itu,
SPA perlu mengutamakan pekerja OKU ketika proses pengambilan pekerja, bagi memenuhi
hasrat dasar 1%. Peserta mencadangkan sekiranya terdapat limitasi dalam penggajian tetap
pekerja OKU di sektor awam, peluang perlu diberikan dalam bentuk kontrak atau sementara.
Peserta turut mencadangkan agar perkhidmatan Job Coach diperkasakan bagi membantu
OKU mendapat pekerjaan di sektor awam. Bagi OKU yang sukar berkomunikasi dan
mempunyai pelbagai ketidakupayaan, peserta mencadangkan agar social guide dilantik
daripada kalangan OKU bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan.
Di samping itu, peserta juga menyuarakan keperluan penguatkuasaan dan pemantauan
dasar 1% pekerja OKU. Bagi penguatkuasaan dasar 1% pekerja OKU, peserta
mencadangkan agar undang-undang diperkenalkan untuk mengetatkan akta tersebut. Di
samping itu, pihak majikan perlu diwajibkan dan diberi kesedaran untuk menempatkan
pekerja OKU. Terdapat cadangan agar penalti (denda) dikenakan kepada mereka yang tidak
memenuhi dasar yang telah ditetapkan. Menurut peserta lagi, hasil penalti yang dikutip
boleh digunakan kembali untuk memberi perkhidmatan kepada OKU, seperti dalam melatih
OKU untuk mendapatkan pekerjaan. Tindakan juga perlu dikenakan kepada majikan yang
mengambil pekerja OKU untuk diekploitasi atau sekadar mengambil tanpa tujuan
membangunkan potensi OKU. Penguatkuasaan dan pemantauan juga perlu dilaksanakan
ke atas akta reka bentuk sejagat dan aksesibiliti.
Terdapat juga cadangan pelaksanaan dasar 1% pekerja OKU di sektor swasta. Peserta
mencadangkan agar kuota minimum pekerja OKU diwujudkan bagi sektor swasta.
171
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Cadangan juga disuarakan agar denda (contohnya dari segi cukai) dikenakan ke atas
syarikat swasta yang tidak memenuhi syarat yang ditentukan dan tidak menggaji pekerja
OKU. Peserta berharap agar sebarang cadangan, polisi atau akta yang dibincangkan dapat
dilaksanakan dan dipermudahkan oleh pihak-pihak yang terlibat.
c) Interaksi dan Koordinasi Agensi-Agensi Berkaitan OKU
Perbincangan juga turut mengambil kira pendapat individu OKU berkenaan koordinasi dan
interaksi agensi-agensi kerajaan untuk membantu kebolehpasaran pekerja OKU. Secara
amnya, peserta berpendapat bahawa agensi-agensi kerajaan dan NGO perlu bersama-
sama mengerahkan tenaga memberi kesedaran berkaitan OKU kepada majikan dan rakan
sekerja OKU. Koordinasi antara agensi-agensi kerajaan juga diperlukan bagi membantu
OKU dari segi sosioekonomi.
Selain itu, peserta mencadangkan pembinaan portal atau pangkalan data untuk
mengkoordinasi kesemua agensi yang terlibat dengan OKU. Portal tersebut boleh
berperanan menyediakan maklumat berkaitan bantuan atau sokongan untuk OKU yang
diberikan oleh semua agensi terlibat. Interaksi dan koordinasi antara JKM dan NGO turut
dilaporkan penting untuk mengelakkan pertindihan peranan dan juga untuk penyampaian
maklumat yang lebih baik. Peserta mencadangkan agar KKMM memainkan peranan penting
dalam memberi informasi dan kesedaran kepada masyarakat tentang OKU. Peserta juga
menyatakan keperluan kerjasama di antara agensi-agensi OKU dengan sekolah aliran
Pendidikan Khas untuk menyebarkan maklumat untuk membantu OKU mendapatkan SKM.
Terdapat cadangan yang meminta agar hal kebajikan OKU diambil alih oleh kementerian
tertinggi iaitu Jabatan Perdana Menteri. Ini adalah kerana kebanyakan kelulusan datang
daripada peringkat tertinggi dan meletakkan OKU di bawah kementerian tertinggi akan
memudahkan kolaborasi dan kerjasama antara agensi melaksanakan program untuk OKU
termasuk program kebolehpasaran pekerja OKU. Terdapat juga peserta yang
mencadangkan agar pengurusan OKU dikeluarkan daripada JKM dan diletakkan di bawah
jabatan negeri.
Bagi membantu OKU mendapatkan pekerjaan, peserta mencadangkan kolaborasi antara
sekolah, JTK dan JKM untuk membantu OKU mendapatkan pekerjaan. Pihak sekolah dan
agensi yang terlibat boleh menyediakan maklumat terperinci OKU kepada majikan untuk
memudahkan proses merekrut pekerja OKU.
Peserta mencadangkan kerjasama antara agensi Job Coach dan Penang Regional
Development Authority (PERDA) untuk membantu kemahiran komunikasi pekerja OKU.
Pekerja OKU boleh dilatih berkomunikasi apabila menjalani latihan di PERDA. Ini sekali gus
menyediakan OKU kemahiran berkomunikasi apabila bekerja di dunia pekerjaan sebenar.
Selain itu, peserta juga mencadangkan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan OKU
membuat kerjasama dengan PERKESO. Ini adalah untuk membolehkan agensi ini
mempelajari sistem dan kemahiran yang ada pada PERKESO dalam menguruskan pekerja
yang memerlukan sokongan seperti OKU.
172
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
d) Berkaitan PDK
Terdapat peserta yang mencadangkan PDK beroperasi seperti ‘project-based funding’ dan
juga agar PDK mendapat dana daripada pihak kerajaan dan swasta. Pihak NGO turut
mencadangkan agar proposal projek OKU dibentangkan bagi mendapat kelulusan dana
daripada kerajaan. Selain itu peserta turut mencadangkan NGO membuat laporan lengkap
berserta KPI bagi membolehkan NGO terus mendapat dana pada tahun seterusnya.
Peserta juga mencadangkan agar PDK dapat bekerjasama dengan pihak korporat/industri di
samping berharap agar pihak industri dapat datang ke PDK dan membuka peluang
pekerjaan kepada OKU yang tidak dapat masuk ke industri kerana ketidakupayaan mereka.
Turut dicadangkan adalah, lebih banyak PDK dibuka untuk memenuhi keperluan OKU
mental dan OKU pelbagai.
Terdapat peserta yang mencadangkan agar fungsi sesetengah PDK ditukar kepada pusat
transisi OKU (transition centre). Cadangan diberi berdasarkan contoh kerajaan di negara
Taiwan yang dapat membantu kebolehpasaran kerja OKU. Syarikat korporat dicadangkan
agar menaja pusat transisi untuk kos operasi.
e) Berkaitan Pegawai OKU (Pekerja Sosial, Job Coach, Case Manager, Kaunselor)
Terdapat juga cadangan berkaitan dengan pegawai tadbir OKU. Peserta memberi cadangan
agar pekerja sosial mempunyai lesen untuk menjadi case manager/case worker. Selain
daripada itu, peranan Job Coach juga diharap dapat dikembangkan di bawah jabatan-
jabatan lain selain JKM. Sebagai contoh Job Coach untuk Jabatan Tenaga Buruh.
Peserta turut mencadangkan agar ibu bapa kepada OKU memainkan peranan sebagai
pekerja sosial di Independent Living Centre (ILC). Agensi-agensi kerajaan diminta untuk
memainkan peranan melatih lebih ramai tenaga mahir sebagai professional caregiver.
Sebagai contoh melatih ibu bapa tersebut sebagai professional caregiver dan memberi
elaun kepada mereka.
Seterusnya peserta mencadangkan nisbah antara case manager/pegawai JKM dengan
OKU dinilai kembali. Jumlah nisbah yang betul boleh membantu merangsangkan sistem di
bawah JKM. Cadangan yang lain adalah menisbahkan seorang case manager kepada 20
OKU bagi memastikan keberkesanan kerja case manager dalam membantu OKU. Selain itu,
terdapat keperluan untuk Job Coach membantu menghilangkan stigma majikan terhadap
OKU yang bekerja di sektor awam dan sektor swasta (terutamanya OKU mental).
Seterusnya adalah keperluan kaunselor atau occupational therapist diwujudkan di sekolah
untuk membantu menyelesaikan masalah berkaitan OKU. Secara lebih khusus, peserta
menyatakan tentang keperluan peranan kaunselor atau occupational therapist diwujudkan di
sekolah untuk membantu guru menghadapi isu berkaitan ibu bapa yang mempunyai anak
OKU (contoh: ibu bapa yang tidak yakin tentang anak OKU mereka). Kewujudan kaunselor
juga dapat membantu membentuk OKU agar mereka lebih berkeyakinan untuk mendapat
peluang pekerjaan yang lebih baik. Di samping itu, pegawai terapi juga boleh membantu
OKU untuk mengatasi masalah kurang yakin dalam diri mereka. Pegawai terapi juga boleh
membantu ibu bapa kepada OKU yang mempunyai perasaan rendah diri kerana mempunyai
anak OKU.
173
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
f) Pusat Sehenti (Bagi OKU dan Job Coach)
Terdapat juga peserta mencadangkan pusat sehenti OKU dijadikan tempat untuk
mendapatkan maklumat, bantuan kepakaran kepada OKU, NGO dan agensi kerajaan yang
berkaitan OKU. Pusat sehenti OKU boleh dijadikan tempat untuk mengumpul semua data
dan latihan untuk OKU. Bantuan, elaun dan geran bagi OKU juga boleh ditempatkan di
pusat sehenti OKU. Sebagai contoh, OKU yang ingin membaiki komputer boleh mencari
juruteknik yang ada di pusat sehenti OKU.
Di samping itu, peserta mencadangkan agar Pusat Khidmat Setempat (PKS) untuk OKU
dijadikan sebagai pusat Job Coach di mana segala aktiviti berkaitan Job Coach boleh
dijalankan di pusat tersebut. Ini termasuk aktiviti seperti latihan persediaan kepada OKU
bagi mendapatkan pekerjaan. Majikan, keluarga dan OKU sendiri boleh menjadikan pusat ini
sebagai tempat mendapatkan maklumat. Sebagai contoh, majikan boleh mendapatkan
maklumat berkaitan potongan cukai tahunan dan maklumat penting apabila menggaji OKU.
Selain PKS ditukar kepada pusat Job Coach, peserta mencadangkan pembinaan pusat bagi
Job Coach. Pusat Job Coach boleh membantu OKU daripada pelbagai kategori dan boleh
membantu meringankan kerja guru sekolah. Guru sekolah pendidikan khas perlu
berperanan sebagai Job Coach untuk membantu pelajar OKU. Selain itu, peserta turut
mencadangkan agar pusat/pertubuhan Job Coach berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Selain dari pusat OKU dan Job Coach, peserta mencadangkan pusat rujukan kerjaya ILC
diwujudkan untuk membantu OKU berdikari. Pusat rujukan kerjaya boleh membantu pelajar
OKU yang telah tamat sekolah mencari pekerjaan. Selain itu, pusat rujukan kerjaya juga
boleh membantu untuk menyampaikan maklumat tentang kemudahan, program dan lain-lain
kepada OKU.
g) Pendidikan Berkaitan OKU kepada Pekerja dan Majikan
Terdapat cadangan bagi meningkatkan pendidikan atau kesedaran mengenai OKU kepada
pekerja dan majikan. Peserta turut mencadangkan pegawai atasan dan pekerja sektor
awam belajar tentang cara mengendalikan OKU, keperluan pekerja OKU, dan cara bekerja
dengan pekerja OKU. Terdapat cadangan agar pegawai atasan di agensi berkaitan dapat
memberi lebih perhatian kepada OKU dan mendengar masalah pegawai bawahan yang
membantu OKU. Sebagai contoh mendengar masalah guru sekolah pendidikan khas.
Peserta menyatakan bahawa majikan perlu yakin dalam memberi peluang kepada OKU
untuk bekerja. Keyakinan dan kesedaran majikan akan hadir melalui pendidikan tentang
OKU kepada majikan. Kursus boleh diberikan kepada majikan yang ingin mengambil pekerja
OKU. Selain itu, pendidikan berkaitan OKU boleh dilaksanakan di peringkat ijazah, seperti
penerapan dalam kursus sumber manusia. Kesedaran tentang OKU di peringkat sekolah
dan IPT boleh membantu graduan untuk lebih memahami dan mudah bekerjasama dengan
pekerja OKU.
Di samping itu, peserta mencadangkan penambahbaikan untuk OKU yang sukar
berkomunikasi dan OKU pelbagai. Antara cadangan yang diberikan adalah keperluan
mengajar bahasa isyarat di kalangan penjawat awam di jabatan-jabatan kerajaan. Ini
bertujuan memudahkan komunikasi antara pekerja OKU dan pekerja normal. Selain itu,
174
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
peserta juga menyatakan keperluan untuk mengajar braille dan bahasa isyarat kepada
pelajar sekolah daripada peringkat sekolah rendah lagi sebagai satu sukatan pelajaran. Bagi
pelajar yang telah meningkat dewasa, pembelajaran braille dan bahasa isyarat boleh
dilakukan di perpustakaan pada hujung tahun.
h) Disability Awareness Training (DAT), Disability Equality Training (DET) dan Audit
Tentang Kesedaran OKU
Peserta menyatakan tentang keperluan meluaskan program DAT kepada bukan OKU.
Peserta mencadangkan agar DAT dibuka kepada orang awam atau organisasi yang
berminat untuk menjadi juruaudit bertauliah. Ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada
orang ramai tentang OKU.
Selain itu, terdapat keperluan meluaskan program DAT dan DET kepada sekolah, majikan
dan media massa. Untuk peringkat sekolah, peserta mencadangkan program DAT
diperkenalkan kepada murid sekolah bermula dari peringkat awal, bertujuan untuk
mendedahkan kanak-kanak terhadap isu OKU dan mendidik agar mereka mempunyai tahap
penerimaan yang tinggi terhadap OKU.
Di samping itu, terdapat peserta mencadangkan agar audit berkaitan kesedaran tentang
OKU dilaksanakan di samping audit akses di agensi dan jabatan kerajaan. Ini bertujuan
memberi lebih kesedaran kepada agensi dan jabatan kerajaan tentang keperluan asas,
kemudahan yang diperlukan serta peluang pekerjaan yang ada untuk OKU.
i) PERKESO
Peserta memberi maklumat tentang program yang terdapat di PERKESO. Pertama adalah
program RTW coordinator iaitu latihan yang diberikan kepada majikan dari segi pengurusan
pekerja hilang upaya. Apabila majikan mencarum dalam PERKESO, majikan boleh
mendapat latihan RTW coordinator secara percuma kerana PERKESO mengambil caruman
majikan daripada HRDF bagi membayar yuran latihan kepada peserta. Seterusnya adalah
berkaitan pusat rehabilitasi yang disediakan PERKESO bagi pekerja yang terlibat dalam
program RTW. Di samping itu, PERKESO turut membuka peluang kepada bukan pencarum
PERKESO (non-contributor) untuk menyertai program yang dijalankan oleh PERKESO.
Selain itu, PERKESO turut mempunyai program persijilan seperti Certified Evaluating
Management Professional (CEMP) dan Certified Return to Work Coordinator (CRTW) untuk
melatih case manager PERKESO. PERKESO juga mengendalikan portal mengumpul
maklumat OKU (servis, fasiliti, geran) di kalangan pencarum aktif.
j) Aksesibiliti OKU
Peserta menyatakan pengangkutan awam di Malaysia perlu diperkasakan. Ini bertujuan
memudahkan OKU bergerak ke tempat kerja. Peserta turut menekankan keperluan untuk
menambah aksesibiliti OKU di bandar dan kawasan luar bandar. Selain itu, peserta turut
menyatakan keperluan untuk memasang lampu kecemasan kebakaran di dalam bangunan
bagi keselamatan OKU pendengaran. Pertambahan tempat letak kereta OKU di bangunan-
bangunan komersil dan bangunan kerajaan juga antara perkara lain yang dicadangkan.
175