The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) Di Malaysia (2020)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-21 23:32:35

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) Di Malaysia (2020)

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) Di Malaysia (2020)

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

oleh OKU, dan berusaha mencari penyelesaian dan program yang membina, untuk
meningkatkan penyertaan mereka (EFDNI, 2016).

ii. Strategi Keusahawanan

Banyak kajian mendapati keusahawanan merupakan antara pendekatan yang
menunjukkan prestasi penglibatan OKU yang cemerlang (Rozali et al., 2017). Peratusan
penglibatan OKU dalam keusahawanan juga amat memberangsangkan di kalangan
negara-negara maju. Inisiatif strategi keusahawanan dalam menyediakan khidmat
nasihat pakar dan bantuan dana menerusi ‘Geran Keusahawanan’ adalah bersifat
pemangkin bagi golongan OKU.

Sebagai contoh, Organisasi Pengurusan Dana untuk Integrasi Profesional bagi Golongan
OKU (AGEFIPH), sebuah institusi dari Perancis amat aktif dalam mempromosikan
strategi keusahawanan sejak 1987 (Lifelong Learning Programme, 2013).

iii. Kesediaan kebolehan penyesuaian tempat kerja untuk OKU

Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan tempat kerja yang mesra OKU yang mana polisi
dan prosedur tempat kerja dipantau bagi membolehkan penyesuaian golongan OKU
dalam menjalankan pekerjaan dengan lebih sempurna dan produktif. Sebagai contoh,
Job Access, inisiatif negara Australia mendokong pelan tindakan bagi mencapai
matlamat ini (Australian Government: Job Access).

iv. Insentif untuk majikan/Peluang Pekerjaan

Salah satu cara menggalakkan penglibatan OKU dalam pekerjaan terbuka ialah dengan
memberi insentif kepada majikan. Sesetengah negara memberi faedah pelepasan cukai
bagi syarikat yang menggunakan pekerja OKU dalam peratusan tertentu. Sesetengah
negara memberikan subsidi dalam bentuk peralatan yang membantu dalam pekerjaan
atau meliputi kos menyediakan persekitaran kerja yang mesra OKU (European
Commission, 2000).

2.5.3 Tonggak 3: Kesediaan OKU

Walaupun asas-asas dan tonggak-tonggak lain adalah mencukupi, namun selagi kesediaan
OKU tidak dipantau, penglibatan OKU secara besar-besaran di alam kerjaya tidak akan
tercapai. Berikut adalah sub komponen yang dikenal pasti bagi menjadi pemangkin dalam
menyediakan golongan OKU dengan kerjaya yang bersesuaian dengan jati diri, kebolehan
dan kebolehupayaan mereka.

i. Kaji selidik berkenaan golongan OKU

Inisiatif pengumpulan data amat penting untuk membolehkan sesebuah negara meninjau
serta mendedahkan punca ketidakterlibatan OKU dalam bidang pekerjaan. Negara-
negara maju mengamalkan kaedah pengumpulan data yang mantap, seterusnya
membolehkan pengenalpastian punca-punca kepada isu-isu berbangkit berkenaan
golongan OKU. Justeru penemuan ini dapat membentuk dasar yang komprehensif bagi
meningkatkan penglibatan OKU dalam bidang pekerjaan.

32

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Sebagai contoh, metodologi yang digunakan oleh Statistics Canada adalah lebih bersifat
deskriptif dengan majoriti soalan kaji selidik yang berstruktur penuh. Puncak pencapaian
mereka adalah pasca 2010 di mana pelbagai jenis pembolehubah digunakan menerusi
evolusi soalan kaji selidik berstruktur mereka. Hasilnya, set data Canada Survey
Disability (CSD) 2011 hingga 2017 cukup menyeluruh bagi mereka untuk melaksanakan
pemodelan ekonometrik siri masa ke atas isu-isu yang berkaitan dengan golongan OKU.

ii. Pendidikan, latihan dan Program Motivasi

Inisiatif ini adalah antara yang terpenting dalam mencorak OKU yang mampan dalam
pekerjaan melalui pendidikan yang lebih bersifat praktikal berserta latihan profesional
yang bertaraf antarabangsa dalam menjadikan golongan OKU lebih berdaya saing
apabila menyertai alam pekerjaan kelak. Negara-negara maju mengambil kesempatan
dengan revolusi perindustrian 4.0 dengan mengasimilasikan penggunaan teknologi
sebagai inisiatif dalam melatih dan menyampaikan pendidikan bertaraf profesional (World
Economic Forum, 2016).

iii. Pemulihan dan pengurusan golongan OKU

Pengurusan golongan OKU telah terbukti mendapat respon yang menggalakkan
terutamanya bagi OKU dengan ketidakupayaan fizikal. Di Malaysia, program Return To
Work di bawah PERKESO yang meliputi program kaunseling, pemulihan dan mencari
pekerjaan adalah salah satu inisiatif yang berkesan terutamanya untuk OKU fizikal.

2.5.4 Tonggak 4: Kesediaan persekitaran

Kebanyakan organisasi pada umumnya tidak mempunyai persekitaran yang mesra OKU. Ini
disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya, kos pemasangan dan penyelenggaraan yang
tinggi. Peruntukan yang kurang serta koordinasi antara agensi berkaitan yang lemah juga
merupakan kayu pengukur. Perancangan yang kurang dan perlaksanaan yang lemah juga
menjadi punca kepada permasalahan. Akibatnya, lebih ramai OKU yang tawar hati dan
mengundur diri daripada pasaran buruh dan majikan tidak berminat untuk menggaji OKU
(Turcotte M., 2014). Namun begitu, negara-negara pengamal yang baik, bijak merancang
inisiatif yang bersesuaian dalam usaha mewujudkan persekitaran mesra OKU.

i. Pekerjaan Terlindung (Sheltered Employment)

Pekerjaan terlindung adalah model yang banyak diperkatakan. Pekerjaan terlindung yang
diguna pakai di Switzerland dapat dilihat sebagai pendekatan inovatif dalam
menggalakkan penglibatan OKU dalam tenaga kerja (OECD, 2003). Pendekatan ini
adalah untuk menyediakan pekerjaan berasaskan perlindungan dengan membahagikan
OKU kepada segmen-segmen perniagaan yang akan mendorong penglibatan OKU
dalam pekerjaan (Mont, 2004).

ii. Sokongan Pekerjaan (Supported Employment)

Inisiatif ini menjadi jambatan yang menghubungkan OKU daripada pekerjaan terlindung
kepada pekerjaan terbuka. Pekerjaan pada tahap ini lebih terbuka demi menyediakan
golongan OKU untuk mengharungi cabaran pekerjaan terbuka dengan lebih mampan.
Kebanyakan negara-negara maju sudah mempraktikkan inisiatif ini dan mengakui akan
keberkesanannya.

33

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Contohnya di Australia, Department of Social Services (DSS) bertanggungjawab bagi
menyelia program Employment Support Services. Program ini menyediakan sokongan
pekerjaan melalui Australian Disability Enterprises (ADEs), bagi mereka yang mempunyai
ketidakupayaan yang memerlukan sokongan berterusan untuk mencari dan mengekalkan
pekerjaan mereka.

iii. Persidangan kebangsaan

Kebanyakan negara-negara maju mengamalkan persidangan tahunan berskala besar
dan konsisten bagi membincangkan isu-isu dan juga mengkaji sejauh mana
keberkesanan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan.

Disability Employment Australia (DEA) contohnya, akan mengadakan sidang kemuncak
tahunan ini pada Ogos 2019 dalam membincangkan isu-isu semasa berkenaan golongan
OKU (Disability Employment Australia’s Conference, 2019). Banyak isu-isu,
permasalahan serta cadangan yang terkini dan kreatif serta inovatif terhasil yang
dijadikan model-model ujian yang kemudiannya berjaya menggalakkan OKU mendapat
pekerjaan. Nova Employment and JobSupport di Australia adalah antara agensi-agensi
yang melalui proses ini yang perlu diketengahkan.

iv. Kumpulan sokongan bagi OKU

Kumpulan sokongan bagi OKU terdiri daripada persatuan OKU, NGO, dan organisasi
antarabangsa bertujuan membantu kerajaan sebagai pemangkin untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti berbentuk sokongan kepada golongan OKU. Kumpulan ini juga akan
membentuk satu rangkaian dalam mengadakan persidangan untuk membincangkan isu-
isu berkaitan dengan OKU.

Contohnya, Global Disability Summit, 2018 yang julung kali diadakan pada Julai 2018,
yang dianjurkan bersama oleh Department for International Development (DFID) UK,
bersama-sama dengan International Disability Alliance (IDA) dan kerajaan Kenya.

2.6 Sorotan Sistem Pangkalan Data Sedia Ada

Sorotan ini merangkumi sistem sedia ada di beberapa buah negara termasuk Malaysia,
Kanada, USA, dan Australia untuk melihat fungsi-fungsi sistem sedia ada. Tiga buah negara
iaitu USA, Kanada, dan Malaysia menyediakan laman portal khas untuk golongan OKU
memohon pekerjaan secara dalam talian dan majikan juga boleh mendaftarkan syarikat
mereka dan membuat pengambilan pekerja secara sistematik. Tiga negara ini (USA,
Kanada, dan Malaysia) menggunakan kaedah yang lebih kurang sama dari aspek
pengambilan pekerja daripada golongan OKU, di mana portal diwujudkan oleh agensi
kerajaan atau badan berkenaan untuk menguruskan pengambilan secara dalam talian.

Di Australia, portal yang diwujudkan bergantung kepada pembekal pekerjaan yang berdaftar
dengan kerajaan (Disability Employment Service (DES) - Employment Support Service
Provider). Golongan OKU akan memilih pembekal yang dikehendaki dan akan
menghubungi pembekal sama ada melalui portal atau secara persendirian. Kebanyakan
laman portal hanya memberi maklumat terperinci tetapi tidak menyediakan platform
permohonan kerja secara dalam talian khas untuk golongan OKU. Portal-portal yang
berkenaan ialah:

34

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

i) https://disabilityemployment.org.au/ ,
ii) https://www.jobaccess.gov.au/people-with-disability dan
iii) https://jobsearch.gov.au/service-providers/

Di Malaysia, laman portal https://specialjobs.com.my dibiayai sepenuhnya oleh Agensi
Pekerjaan Jobsbac (wholly owned subsidiary of Brickfields Asia College (BAC) Education
Group) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Laman portal ini
bertujuan menghubungkan majikan dengan golongan OKU yang sedang mencari pekerjaan.
Portal ini dilancarkan pada 23 Oktober 2018 oleh Menteri Kementerian Sumber Manusia.
Portal ini turut mengenal pasti peluang pekerjaan mengikut tujuh (7) kategori golongan OKU
iaitu fizikal, pendengaran, pertuturan, penglihatan, pembelajaran, mental dan pelbagai.
Portal ini masih lagi dalam peringkat permulaan pembangunan dan masih ada kandungan
portal yang tiada maklumat. Selain daripada laman portal ini, pada tahun 2005 terdapat
inisiatif daripada pihak kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan
OKU melalui sistem yang dinamakan Skim Penggajian OKU (SPOKU). Sistem ini walau
bagaimanapun telah dihentikan dan tidak lagi diguna pakai. Sebagai alternatif, Kementerian
Sumber Manusia Malaysia menyediakan laman sesawang JobsMalaysia sebagai akses
peluang pekerjaan untuk golongan OKU. Selain daripada sistem ini, terdapat sistem yang
digunakan untuk membuat permohonan bagi pendaftaran OKU. Sistem ini yang dinamakan
Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) merupakan salah satu
inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan proses pendaftaran dan
pengurusan aktiviti golongan OKU. Jadual 2.5 menunjukkan perbandingan fungsi-fungsi
dalam sistem sedia ada yang terdapat di empat buah negara.

Jadual 2.5: Perbandingan Fungsi Dalam Sistem Sedia Ada

Fungsi sistem/ Negara Kanada [1] USA [2] Malaysia [3] Australia [4]
Log masuk ✓ ✓ ✓ ✓

Mendaftar ✓✓✓ ✓

Pencarian kerja (Majikan dan (Majikan dan (Majikan dan (Majikan dan OKU)
OKU) OKU) OKU) ✓

✓ ✓ ✓

Notifikasi kerja Melalui pembekal
sokongan
perkhidmatan
pekerja

✓✓✓

Majikan boleh mengiklankan ✓ ✓ ✓

jawatan kosong

Majikan boleh melihat profil ✓ ✓
atau menjemput pencari kerja

Menyediakan/memuat naik ✓ ✓ ✓

resume

Pengumuman ✓✓

(pameran

kerjaya)

Sumber rujukan:

[1] https://www.jobbank.gc.ca/report_note.do?cid=12207 [4] https://jobsearch.gov.au

[2] https://abilityjobs.com/ [5] https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home

[3] https://specialjobs.com.my/

35

BAB 3

METODOLOGI
KAJIAN

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan metodologi yang telah dijalankan dalam memenuhi objektif dan
skop kajian. Diantaranya ialah peringkat dan aliran pengumpulan data dan maklumat,
sumber data yang digunakan, penyediaan borang soal selidik, pelaksanaan FGD serta
lawatan penanda aras. Selain itu, bahagian ini juga membincangkan kaedah yang dipilih
dalam pembangunan sistem pangkalan data bagi pekerjaan OKU.
3.2 Peringkat dan Aliran Pengumpulan Data dan Maklumat
Seksyen ini merangkumi prosedur kajian yang telah dilaksanakan. Kaedah kuantitatif dan
kualitatif adalah pilihan utama kajian. Penggunaan kaedah tersebut dapat memberikan
gambaran yang komprehensif dan mendalam untuk kajian yang melibatkan golongan yang
memerlukan perhatian yang sewajarnya. Dalam usaha untuk memastikan objektif-objektif
penyelidikan dan pengumpulan data berkaitan dapat dicapai, beberapa kaedah utama telah
digunakan. Secara umumnya, terdapat empat sumber utama digunakan dalam kajian ini.
Pertama, pengumpulan sumber data kedua atau secondary data sources. Ini melibatkan
pelbagai sumber rujukan, penerbitan, data daripada pelbagai pihak termasuk jabatan
kerajaan, bukan kerajaan, penulisan ilmiah, laporan berskala dan tidak berskala. Kedua,
mendapatkan data melalui sumber primary melalui borang soal selidik yang disediakan
khusus untuk beberapa kategori responden termasuklah OKU, keluarga mereka,
masyarakat dan juga majikan. Ketiga, FGD di beberapa lokasi terpilih dengan wakil-wakil
daripada pihak kerajaan, NGO, wakil majikan dan wakil OKU. Keempat, lawatan penanda
aras dalam usaha mendapatkan maklumat terpilih dengan agensi-agensi kerajaan, bukan
kerajaan dan majikan di dua negara iaitu Australia dan Thailand.
Rajah 3.1 menunjukkan proses dan aliran peringkat pengumpulan data dan maklumat yang
telah dilakukan oleh pasukan penyelidik mengikut skop kajian yang ditetapkan.

36

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 3.1: Proses Kaedah Kajian

Tujuan & Objektif Metodologi Pengumpulan
Kajian Kajian Data

Temu bual Data Primer Data Sekunder Perbandingan
individu dan antara negara
berkumpulan • Borang Soal Selidik • Kajian Kes
• Perbincangan Kumpulan • Penerbitan terpilih:
Thailand &
Berfokus (FGD) Luar/Tempatan Australia

• Study Visit (Penanda Aras) • Laman Sesawang
• Pangkalan Data

• SPSS & E-Views Analisis Laporan Interim
• Analisis Kebolehpekerjaan dan Draf
• Analisis Penawaran
Laporan Akhir
Pekerjaan

• Analisis Persepsi
• Analisis FGD

Laporan Akhir

• Penemuan Penawaran Pekerjaan OKU
• Penemuan Persepsi Majikan
• Cadangan Hasil Penemuan Kajian
• Pangkalan Data OKU

3.3 Sumber Data

Beberapa sumber telah dikenal pasti dan dihubungi. Selain daripada sumber data daripada
penulisan-penulisan ilmiah sarjana yang telah dibincangkan dalam Bab 2, maklumat terkini
mengenai OKU dan majikan secara khususnya di Malaysia telah diperoleh daripada
pelbagai sumber. Antara sumber utama yang dijadikan asas kepada maklumat kajian adalah
seperti berikut:

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat
2. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri-negeri
3. Jabatan Tenaga Kerja
4. Penganjur pameran kerja dan kerjaya – JobStreet.com, JobsMalaysia,

specialjob.com
5. Pusat Latihan/Vokasional OKU
6. Kajian Pengesanan Graduan – Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
8. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
9. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
10. Pejabat Kerajaan Negeri

37

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

11. Sekolah-sekolah Teknikal dan Vokasional
12. Sekolah-sekolah Amanah
13. Kolej Komuniti
14. Organisasi-organisasi peringkat kebangsaan untuk OKU

a. Kiwanis Disability Information and Support Centre (KDSC)
b. Malaysia Information Network for the Disabled (MIND)
c. Gabungan Persatuan Orang-orang Cacat Malaysia
d. Malaysian Association for the Blind (MAB)
e. Persekutuan Orang Pekak Malaysia
f. Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta
g. Malaysian Federation of the Deaf (MFD)
h. Beautiful Gate Foundation for the Disabled
i. Cheshire Home Malaysia & Setiap Negeri

Organisasi-organisasi ini telah dihubungi untuk berkongsi maklumat OKU yang ada dalam
pendaftaran mereka. Maklumat OKU (seperti yang dinyatakan di bawah) telah dikumpulkan
ke dalam satu pangkalan data. Untuk maklumat yang tidak lengkap, percubaan akan dibuat
untuk menghubungi OKU untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Maklumat yang diperlukan adalah:

1. Nama
2. Keturunan/bangsa
3. Umur
4. Alamat
5. Jantina
6. No. KP
7. Email/No telefon
8. Kategori OKU
9. Kelayakan Akademik
10. Status kerja/tenaga buruh

a. bekerja – sepenuh masa/separuh masa
i. taraf pekerjaan – kerajaan/swasta/majikan/bekerja sendiri/bekerja
dengan keluarga
ii. taraf jawatan – tetap/kontrak/sementara
iii. sektor pekerjaan – kerajaan/badan berkanun/syarikat
tempatan/syarikat multinasional/GLC/NGO
iv. Kumpulan pekerjaan/occupational group
v. Alamat syarikat
vi. Sektor ekonomi/Klasifikasi industri

vii. Gaji yang diperoleh
viii. Tarikh mula bekerja
b. tidak bekerja dan mencari kerja
c. tidak tergolong dalam tenaga buruh
11. Pengalaman pekerjaan-pekerjaan yang lepas
12. Kemahiran/Skil yang ada
13. Kebolehan bahasa
14. Tahap kesihatan

38

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Pangkalan data ini telah digunakan sebagai sampling frame untuk memilih sampel rawak
OKU untuk memenuhi skop kajian serta digunakan untuk pembangunan pangkalan data
sistem bersepadu.

3.4 Penyediaan Borang Soal Selidik

Penyediaan borang soal selidik melibatkan beberapa target responden sebagaimana yang
ditetapkan dalam skop kajian. Sebanyak 7 set borang soal selidik telah disediakan untuk
responden bagi kategori-kategori berikut:

3.4.1 Penyediaan Borang Soal Selidik Kategori Majikan

Tinjauan telah dijalankan kepada majikan-majikan daripada sektor formal dan juga tidak
formal untuk mendapatkan maklumat daripada sudut permintaan mengenai pekerjaaan dan
OKU. Majikan yang telah dipilih dalam sampel adalah majikan daripada sektor awam dan
sektor swasta. Majikan swasta daripada sektor formal ialah syarikat yang berdaftar,
manakala majikan swasta tidak formal ialah syarikat yang tidak berdaftar.

Majikan telah dipilih daripada semua negeri di Malaysia. Bagi sektor awam, majikan terdiri
daripada peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Majikan swasta pula merangkumi
empat sektor perindustrian utama, iaitu sektor pertanian, pembuatan, pembinaan dan
perkhidmatan yang terletak di kawasan bandar dan juga luar bandar. Pemilihan sampel dan
senarai majikan swasta adalah disediakan secara rawak dengan kerjasama Jabatan
Perangkaan Malaysia mengikut kriteria yang telah ditetapkan mengikut kluster (negeri -
bandar dan luar bandar), stratifikasi (sektor dan saiz) dan secara ‘proportional’ mengikut
taburan populasi syarikat di Malaysia. Senarai majikan tambahan juga diperoleh daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia bagi memenuhi keperluan senarai penggantian untuk
memastikan jumlah target sampel responden dicapai.

Bagi mendapat maklumat daripada sudut permintaan mengenai penglibatan, persiapan dan
persepsi majikan dalam proses yang membabitkan penggajian OKU, kajian lapangan telah
dijalankan kepada majikan-majikan daripada sektor formal dan juga tidak formal. Majikan
yang dipilih sebagai sampel adalah sejumlah 601 yang melibatkan majikan daripada semua
negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Daripada jumlah sampel di atas,
pengumpulan dan penerimaan data awal setakat 31 Ogos 2019 daripada pihak responden
majikan adalah sejumlah 203.

Bagi memudahkan urusan kajian lapangan, syarikat yang dipilih telah dihubungi secara
rawak terlebih dahulu bagi tujuan pemberitahuan awal berkaitan kajian dan memperolehi
kerjasama di pihak firma. Melalui proses ini, status semasa firma dapat dikenal pasti sama
ada masih beroperasi dan masih menggunakan alamat yang sama seperti dalam senarai
untuk tujuan lawatan oleh enumerator. Bagi syarikat dan firma yang sudah tidak beroperasi,
senarai gantian digunakan untuk melengkapkan jumlah keseluruhan responden yang
dikehendaki. Pada masa yang sama, syarikat yang telah disenarai sebagai penggaji OKU
juga telah diambil kira dalam pemilihan sampel mengikut senarai yang diperoleh dengan
bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

39

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Bagi memperoleh maklumat daripada majikan, 3 versi borang soal-selidik telah diedarkan
secara bersemuka iaitu – (i) untuk majikan yang kini menggaji OKU; (ii) untuk majikan yang
pernah, tetapi tidak lagi menggaji OKU; dan (iii) untuk majikan yang tidak pernah menggaji
OKU. Untuk setiap majikan yang dipilih, pengurus sumber manusia di syarikat/institusi itu
telah ditemu bual atau diminta untuk mengisi borang soal-selidik. Melalui kaedah ini,
maklumat yang diterima dapat direkodkan secara langsung dan sebarang informasi dapat
divalidasi secara terus berdasarkan interaksi penemubual dan responden. (Rujuk lampiran
1A, 1B dan 1C untuk borang soal selidik kategori majikan).

Ketiga-tiga versi borang kaji selidik yang telah diedarkan merangkumi pelbagai aspek
pembolehubah bagi tujuan analisis kajian. Ini melibatkan informasi berkenaan:

(i) latar belakang syarikat/institusi;
(ii) maklumat tentang pekerja OKU (jika ada)
(iii) sebab-sebab menggaji/tidak menggaji OKU;
(iv) sama ada syarikat/institusi mempunyai dasar/polisi rasmi dalam menggaji OKU;
(v) pekerjaan/tugas yang sesuai untuk pekerja OKU;
(vi) kaedah yang diguna pakai untuk merekrut pekerja OKU;
(vii) prestasi pekerja OKU berbanding pekerja lain;
(viii) kemudahan yang disediakan untuk pekerja OKU;
(ix) cabaran yang dihadapi dalam pengambilan dan pengekalan pekerja OKU;
(x) persepsi mengenai pekerjaan dan OKU;
(xi) sama ada sedia maklum tentang insentif yang diberikan oleh kerajaan dalam

penggajian OKU;
(xii) sistem talian padanan pekerjaan untuk OKU;
(xiii) maklumat yang boleh diberikan untuk menarik minat untuk menggaji OKU.

Dalam menjalankan proses kajian lapangan, enumerator diberikan senarai majikan utama
yang telah disenaraikan oleh pihak perunding dan juga senarai gantian sebagai senarai
tambahan dan sandaran. Keutamaan untuk tujuan pengumpulan data adalah tertumpu
kepada senarai utama dan disokong oleh senarai tambahan bagi memudahkan kajian
lapangan. Disebabkan kekangan dan kurang kerjasama daripada beberapa pihak majikan
dan juga melibatkan firma yang sudah tidak aktif beroperasi atau telah berpindah, kaedah
alternatif telah digunakan sebagai gantian kepada responden asal. Bagi tujuan ini, kaedah
pengumpulan data alternatif yang digunakan adalah bersifat ‘convenience sampling’.

Pensampelan untuk majikan adalah ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Sebanyak 601 majikan
telah ditetapkan untuk kajian ini. Jumlah ini adalah melebihi bilangan n=450 majikan yang
mengambil kira kadar respon 30% daripada n=1,500 senarai pensampelan majikan yang
dibekalkan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia. Jumlah 601 sampel majikan
ditetapkan setelah mengambil kira beberapa pertimbangan penting seperti beikut:

i. Bilangan 450 didapati tidak merangkumi atau meliputi semua pecahan keperluan
jenis kategori respoden yang diperlukan. Kategori-kategori tersebut termasuklah;
- Pecahan sampel mengikut distribusi negeri.
- Pecahan majikan mengikut sektor kerajaan dan sektor swasta.

40

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

- Bagi sektor kerajaan, taburan sampel terbahagi kepada tiga bahagian lain yang
tergolong pula kepada 3 peringkat iaitu di peringkat persekutuan, negeri dan
daerah.

- Distribusi sektor swasta terbahagi kepada majikan formal dan tidak formal.
- Majikan formal pula perlu dipecahkan kepada dua kategori iaitu majikan yang

menggaji OKU dan tidak menggaji OKU.
- Majikan tidak formal pula adalah majikan yang tidak berdaftar yang perlu juga

diambil kira dalam pensampelan.
- Pensampelan juga mengambil kira empat sektor ekonomi iaitu, perkilangan,

perkhidmatan, pembinaan dan pertanian.
- Pensampelan yang besar juga dibuat setelah mengambil kira tujuh kategori OKU

yang digaji dalam pekerjaan.
ii. Memandangkan kepelbagaian pecahan berkenaan, sampel 450 tidak dapat

merangkumi kesemua keperluan berkenaan. Justeru, jumlah bilangan 601 dikira
sebagai lebih wajar untuk mewakili kesemua keperluan keseluruhan ciri-ciri
responden dalam kajian. Daripada pensampelan tersebut, sejumlah 426 majikan
telah disoal selidik.
iii. Terdapat beberapa halangan awal dalam mendapatkan responden melalui satu
senarai firma yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia. Ada
antara responden yang dihubungi didapati telah menutup operasi beberapa tahun
yang lalu. Kedua, majikan sudah tidak beroperasi dalam sektor berkenaan, dan;
ketiga, ada juga yang telah berpindah ke lokasi lain. Keempat, terdapat juga
majikan yang telah berpindah ke negeri lain. Kelima, terdapat majikan yang pada
mulanya setuju untuk ditemu bual semasa panggilan telefon dibuat, tetapi tidak
setuju apabila enumerator sampai di premis mereka. Keenam, jarak antara
responden yang dibekalkan senarai juga mempunyai jarak yang begitu jauh antara
satu sama lain terutamanya bagi negeri Sabah dan Sarawak. Ketujuh, responden
juga tidak dapat dihubungi melalui telefon. Akhir sekali, ada juga email yang
dihantar bagi segelintir responden yang dibekalkan tidak sampai (bounced back).

Jadual 3.1: Pensampelan Majikan (Sasaran dan Capaian)

Negeri Kerajaan Daerah Majikan Formal Majikan Jumlah Jumlah
Persekutuan Negeri Tidak Menggaji Tidak sasaran Capaian
1 Menggaji OKU Formal
Perlis 5 1 1 OKU 9 29
Kedah 5 1 1 3 24 51
Pulau Pinang 1 1 4 4 42 38
Perak 1 1 18 3 33 18
3 37 4 153 59
Selangor 1 1 26 1 7 111 53
1 3 22 21
W.Persekutuan KL 0 1 119 25 3 21 21
1 3 58 23
Negeri Sembilan 1 1 74 26 5 14 16
Melaka 1 1 3 17 15
Johor 1 1 16 1 3 20 24
Kelantan 1 1 15 1 3 37 18
Terengganu 1 16 50 1 3 40 40
Pahang 1 9 3 601 426
Sabah 1 12 50
Sarawak 1 15
13 27 5
Jumlah 28 7
450 67

41

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

3.4.2 Penyediaan Borang Soal Selidik Kategori OKU

Pangkalan data yang diperoleh daripada Skop Kajian 1 digunakan sebagai sampling frame
bagi membuat pensampelan berstrata. Golongan OKU yang tersenarai dalam pangkalan data
ini dipilih secara rawak mengikut stratifikasi kategori mengikut kategori OKU, umur, negeri dan
kawasan (bandar/luar bandar). Sejumlah OKU telah dipilih. Angka ini dipilih berdasarkan
penentuan saiz sampel oleh Roscoe (1975) iaitu saiz sampel antara 30 dan 500 adalah sesuai
untuk kebanyakan penyelidikan.

Dua versi borang soal selidik telah disediakan untuk OKU yang terpilih, iaitu OKU yang bekerja
dan juga OKU yang tidak bekerja (rujuk lampiran 1D dan 1E untuk borang soal selidik kategori
OKU). Jadual 3.2 menunjukkan pensampelan pekerja OKU mengikut kategori ketidakupayaan.
Sejumlah 500 OKU menjadi sasaran responden, namun kajian ini berjaya mendapatkan
sejumlah 750 responden OKU.

Jadual 3.2: Pensampelan OKU (Sasaran dan Capaian)

Pendengaran Jumlah Jumlah
Penglihatan Sasaran Capaian
Pertuturan
Fizikal
Pembelajaran
Mental
Pelbagai

Utara 7 8 0 35 18 9 3 80 195

Tengah 13 17 1 68 35 17 6 157 150

Selatan 9 11 1 46 23 12 4 106 125

Timur 8 9 0 39 20 10 4 90 161

Malaysia Timur 6 9 0 29 15 7 1 67 126

43 54 2 217 111 55 18 500 756

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jadual 3.3 menunjukkan kaedah yang telah diguna pakai dalam kajian ini. Ia meliputi populasi,
sampel, kaedah, dan pembolehubah-pembolehubah. Seterusnya, Jadual 3.4 menunjukkan
pensampelan yang dijalankan mengikut strata secara terperinci.

Jadual 3.3: Kaedah yang telah Dilakukan

Populasi Sampel Kaedah Pembolehubah

Seluruh golongan i) 500 golongan OKU i) Pensampelan a) Umur
OKU di Malaysia yang dipilih rawak secara b) Jantina
yang berumur 15- daripada berstrata c) Kategori OKU
64 tahun pangkalan data d) Kelayakan akademik
(kumpulan umur (rujuk kepada ii) Temu bual e) Status bekerja (sepenuh/separuh
bekerja) Skop Kajian 1) secara
bersemuka masa/tidak bekerja)
Seluruh rakyat ii) Ahli keluarga
Malaysia terdekat golongan - Temu bual f) Sektor (formal/informal)
OKU yang terpilih secara g) Pendapatan
bersemuka h) Bantuan kebajikan
300 orang rakyat i) Dan lain-lain berkaitan
Malaysia daripada a) Umur
pelbagai lapisan
masyarakat b) Jantina

c) Kelayakan akademik

42

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Jadual 3.4: Pensampelan Berstrata yang telah Dijalankan

Strata Kumpulan Tahap Pendidikan Status Kerja
Umur
Jantina <18 PT3, GCSE dan seumpamanya Bekerja sepenuh masa
18 – 25 SPM Bekerja separuh masa
Lelaki 26 – 30 STPM, A Level, Sijil Vokasional, Tidak bekerja dan
Perempuan Lain-lain mencari bekerja
31 Diploma Tidak tergolong dalam
tenaga buruh
Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana,
atau Doktor Falsafah

Selain borang soal selidik, kaedah lain yang telah digunakan untuk mengumpul data adalah
dengan menemu bual secara bersemuka dengan golongan OKU yang terpilih. Kaedah temu
bual boleh memberi gambaran yang lebih jelas mengenai situasi-situasi yang berbeza
daripada responden.

3.4.3 Kategori Keluarga dan Masyarakat

Borang soal selidik juga telah disediakan untuk 300 ahli keluarga OKU yang terdekat.
Seterusnya, pemilihan responden seramai 300 orang telah dilakukan bagi mendapatkan
maklumat daripada orang ramai. (rujuk lampiran 1F & 1G borang soal selidik kategori keluarga
dan juga masyarakat). Sejumlah 289 dan 386 ahli keluarga dan ahli masyarakat masing-
masing telah berjaya ditemu bual. (Sila rujuk Jadual 3.5)

Jadual 3.5: Pensampelan Keluarga dan Masyarakat (Sasaran dan Capaian)

Negeri Keluarga Masyarakat

Perlis Sasaran Capaian Sasaran Capaian
Kedah 4 16
Pulau Pinang 4 10
Perak
Selangor 27 51 27 51
W.Persekutuan KL
Negeri Sembilan 18 16 18 18
Melaka
Johor 26 16 26 16
Kelantan
Terengganu 48 24 48 82
Pahang 20 27 20 39
Sabah
Sarawak 14 14 14 16

Jumlah 14 14 14 16

35 18 35 31

22 27 22 31

15 17 15 33

17 22 17 25

19 16 19 12

21 17 21 17

300 289 300 386

43

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

3.5 Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD)

Bagi memastikan proses pelaksanaan berjalan lancar dan memenuhi sasaran objektif, sesi
perbincangan dengan wakil kementerian dan agensi berkaitan OKU telah diadakan pada 26
Julai 2019 bagi meneliti rangka akhir pelaksanaan logistik sesi. Beberapa cadangan baru
dan tambahan senarai pemegang taruh juga telah diperhalusi dengan tujuan untuk
mengoptimalkan dapatan input daripada sesi FGD yang dirancang.

FGD telah dijalankan di empat zon iaitu Zon Tengah, Utara, Selatan dan Wilayah Timur
yang diadakan pada bulan Ogos 2019. Senarai penuh sesi FGD yang telah dilaksanakan
adalah seperti berikut:

Zon Jadual 3.6: Senarai Sesi FGD bagi Setiap Zon Tarikh
7 Ogos 2019
Zon Tengah Tempat 20 Ogos 2019
22 Ogos 2019
Zon Utara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga 27 Ogos 2019
dan Masyarakat, Presint 4, Putrajaya
Zon Selatan Pusat Khidmat Setempat Orang Kurang
Zon Wilayah Timur Upaya, Bedong, Kedah
(Sabah) Taman Sinar Harapan Jubli
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Johor Bahru

Hotel LeMeridian, Kota Kinabalu

Secara keseluruhan, sesi FGD yang telah diadakan melibatkan ahli pemegang taruh yang
terdiri daripada 3 kumpulan komposisi utama iaitu:

1. Pembuat dan pelaksana dasar
2. Majikan dan organisasi bengkel terlindung
3. Individu OKU, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Sokongan

Diskusi perbincangan adalah berdasarkan tema yang tertumpu kepada 2 sudut dan fokus
utama iaitu:

TEMA 1: Isu, Permasalahan Semasa dan Cabaran
TEMA 2: Potensi, Harapan dan Cadangan

Persoalan di atas dikupas berdasarkan perspektif daripada lensa 1) pembuat dan
pelaksana dasar; 2) majikan dan organisasi bengkel terlindung (Sheltered Employment) dan;
3) individu OKU, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan sokongan. Sesi FGD
merangkumi perbincangan dan interaksi antara kumpulan sasar dan rumusan perbincangan
dibentangkan pada akhir sesi bagi mendapat input susulan.

3.5.1 Kerangka Pensampelan

3.5.1.1 Sampel

Kajian ini menggunakan strategi pensampelan ‘purposive’ dalam pemilihan sampel
kumpulan fokus. Responden dipilih daripada empat zon di Malaysia - Zon Tengah
(Putrajaya), Utara (Kedah), Selatan (Johor) dan Malaysia Timur (Sabah). Strategi

44

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

pensampelan ini merujuk kepada jenis pensampelan dengan tujuan khusus dalam mewakili
lokasi tertentu atau kriteria utama (Ritchie & Lewis, 2003). Strategi pensampelan jenis ini
sering digunakan dalam kajian kualitatif untuk mendapatkan kes yang ‘kaya’ dengan
maklumat; di mana peserta yang dipilih berkemungkinan mempunyai pengalaman atau
pengetahuan yang diperlukan untuk memberikan maklumat yang diperlukan dalam kajian
(Patton, 2002; Teddlie & Yu, 2007; Palinkas et al., 2015).

3.5.1.2 Panduan Soalan untuk FGD

Panduan soalan (Question Guide) dibangunkan dan digunakan semasa perbincangan FGD.
Topik yang diteroka adalah luas dan bertujuan untuk membantu para peserta menerangkan
dan membincangkan pengalaman mereka dengan sedikit atau lebih terperinci seperti yang
mereka inginkan. Panduan dibahagikan kepada dua tema utama. Tema 1 membincangkan
isu, masalah dan cabaran OKU yang berkaitan dengan dasar, majikan dan OKU. Panduan
pada Tema 2 mengandungi soalan tentang potensi, harapan dan saranan mengenai
pekerjaan OKU yang berkaitan dengan dasar, majikan dan OKU. Contoh soalan dalam
Tema 1 adalah: ‘Kekurangan dasar sedia ada?’ dan ‘Batasan untuk menggerakkan dan
mengawasi dasar sedia ada yang berkaitan dengan JKR?’, ‘Limitasi dalam menggerakkan
dan pemantauan dasar sedia ada?’ dan ‘Kekangan interaksi dan koordinasi antara agensi?’.
Panduan soalan lengkap untuk kajian ini disediakan di Lampiran 3.

3.5.1.3 Pengumpulan Data FGD

FGD dijalankan dalam bahasa Melayu, dan perbincangan dibantu dengan menggunakan
panduan soalan (Question Guide). Sebanyak lapan siri FGD dengan seorang moderator dan
seorang penolong moderator pada setiap sesi. Audio FGD dirakam menggunakan perakam
suara digital. Pada permulaan setiap FGD, ketua penyelidik menjelaskan tujuan kajian.
Setiap kumpulan dibahagikan kepada dua sesi (untuk dua tema berbeza). Setiap sesi
berlangsung antara 80 dan 140 minit. Perbincangan dimulakan dengan pengenalan
daripada moderator. Sesi itu kemudian diikuti dengan pengenalan diri di kalangan para
peserta untuk memastikan semua peserta berasa selesa. Setiap kumpulan tumpuan terdiri
daripada 5 hingga 10 peserta. Pada akhir setiap sesi FGD, para moderator menyampaikan
ringkasan perbincangan untuk setiap kumpulan. Jadual 3.7 menunjukkan bilangan peserta
bagi setiap zon.

Jadual 3.7: Bilangan Peserta bagi Setiap Zon

Zon Lokasi Moderator Bilangan
Peserta
Tengah 1 Putrajaya Prof. Moha Asri Abdullah
Tengah 2 Putrajaya Prof. Ruzita Mohd Amin 6
Tengah 3 Putrajaya Prof. Madya Dr. Noorihsan 6
Mohamad 7
Selatan 1 Johor Bahru Prof. Ruzita Mohd Amin
Selatan 2 Johor Bahru Dr. Izyani Zulkifli 6
Utara 1 Sg. Petani Kedah Prof. Moha Asri Abdullah 5
Wilayah Kota Kinabalu, Sabah Prof. Moha Asri Abdullah 12
Timur 1 9
Wilayah Kota Kinabalu, Sabah Dr. Mohd Nizam Barom
Timur 2 8

45

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

3.5.2 Pengekodan dan Analisis Data

Hasil yang diperoleh daripada FGD dianalisis menggunakan analisis tematik. Analisis
dilakukan menggunakan perisian Atlas.ti 8. Pada mulanya, FGD disalin secara verbatim dan
kemudian disahkan oleh penyelidik. Di samping itu, nota tangan mengenai maklumat
penting juga diambil semasa perbincangan. Analisis tematik dilakukan untuk mengenal pasti
apa-apa tema yang muncul dalam data (Braun & Clarke, 2006). Jadual 3.8 menerangkan
garis panduan untuk analisis tematik.

Jadual 3.8: Fasa Analisis Tematik

Fasa Penerangan

1 Membiasakan dengan Menyalin data (jika perlu); baca transkrip (baca semula, jika

data perlu); ambil perhatian sebarang idea awal

2 Menjana kod Kod secara sistematik sebarang ciri menarik data di seluruh

permulaan secara dataset; menyusun data yang berkaitan dengan setiap kod

sistematik

3 Mencari tema Mengukuhkan kod menjadi tema yang berpotensi;

mengumpulkan semua data yang berkaitan dengan setiap

tema yang berpotensi

4 Kajian tema Meneliti tema berkaitan dengan ekstrak berkod (Tahap 1)

dan keseluruhan dataset (Tahap 2); menghasilkan peta

tematik analisis

5 Menentukan dan Analisis berterusan untuk memperbaiki setiap tema spesifik

menamakan tema dan keseluruhan cerita; menjana definisi dan nama yang

jelas bagi setiap tema

6 Menghasilkan laporan Peluang akhir untuk analisis; pemilihan contoh yang jelas
dan menarik yang diambil; analisis akhir ekstrak terpilih;
menghubungkan analisis kepada soalan penyelidikan dan
literatur; menghasilkan laporan ilmiah analisis

Nota: Adaptasi daripada Braun & Clarke (2006)

Proses pengekodan (coding) dalam kajian ini melibatkan analisis tematik induktif (tema yang
diambil daripada data semata-mata). Melalui proses ini, tema dan sub-tema dikodkan
mengikut soalan khusus berdasarkan soalan panduan. Selepas itu, semua tema yang
muncul daripada transkrip akan dimasukkan. Penyelidik/pengkoder 1 menyediakan senarai
kod buku untuk semua topik yang berkaitan dengan soalan penyelidikan yang melibatkan
tema 1 (isu, masalah dan cabaran OKU yang berkaitan dengan dasar, majikan dan OKU)
dan tema 2 (potensi, harapan dan cadangan mengenai pekerjaan OKU yang berkaitan
dengan dasar, perspektif majikan dan perspektif OKU). Kemudian kod buku ini dikaji semula
dan disahkan oleh penyelidik lain (penyelidik/pengkoder 2). Ini dapat memastikan
kebolehpercayaan antara pengkoder.

3.6 Penanda Aras

Kajian perbandingan amalan terbaik dengan negara lain berkaitan ekosistem guna tenaga
OKU adalah satu pendekatan terbaik dalam menentukan sejauh mana pencapaian negara
dalam usaha memperkasa penglibatan OKU dalam pasaran pekerjaan.

46

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Instrumen terpenting dalam kajian ini adalah pembangunan satu kerangka penanda aras
prestasi yang mencakupi pelbagai dimensi dan komponen dalam merealisasikan satu
ekosistem yang komprehensif ke arah meningkatkan penglibatan golongan OKU dalam
tenaga kerja. Kerangka ini membolehkan penanda aras dilaksanakan secara objektif,
berteraskan kepada amalan terbaik (best practice) di negara-negara yang dikenal pasti
mempunyai ekosistem terbaik dalam menyokong guna tenaga OKU. Perbandingan prestasi
sebenar atau prestasi setanding seperti diamalkan di negara-negara yang dikenal pasti ini
diperlukan bagi menyediakan konteks kepada ‘prestasi terbaik’ sebagai penanda aras.
Untuk tujuan ini, beberapa buah negara telah dikenal pasti berdasarkan kepada kriteria
tertentu; i. Thailand - berasaskan model ekonomi negara KDNK per kapita yang setanding;
ii. Australia- berasaskan kepada model sistem institusi negara yang setanding.

Pemilihan penanda aras yang relevan perlulah melibatkan komponen-komponen penting
dalam membantu kebolehpasaran dan penggajian OKU dalam sektor tenaga kerja. Antara
komponen-komponen yang telah dikenal pasti sebagai asas perbandingan polisi dan
intervensi adalah:

i. Institusi, Perundangan dan Dasar Awam

Analisis di bawah kerangka ini melibatkan tanda aras dasar dan polisi kerajaan termasuk
daripada sudut perundangan, yang melibatkan akta, pelan tindakan dan garis panduan
berkenaan dengan sumber tenaga kerja dan OKU. Polisi inovasi bagi tujuan peningkatan
peluang dan kebolehpasaran guna tenaga golongan kurang upaya juga akan dikaji
termasuk insentif, intervensi awal dalam pendidikan dan latihan, sistem padanan pekerjaan
(job-matching) dan latihan pekerjaan (job-coaching), serta modul integrasi dan pengekalan
golongan kurang upaya dalam sektor guna tenaga.

ii. Majikan

Analisis di bawah kerangka ini melibatkan kajian penglibatan pihak majikan secara langsung
dan tidak langsung dalam memenuhi inspirasi dasar kerajaan dari aspek peluang dan
kebolehpasaran tenaga kerja golongan kurang upaya. Ini termasuk sikap dan penerimaan
majikan terhadap pekerja OKU, kesedaran berkaitan dengan insentif penggajian OKU, serta
usaha ke arah peningkatan kebolehcapaian persekitaran tempat bekerja seperti reka bentuk
bangunan dan aksesibiliti, skop kerja, dan aturan lain yang membolehkan penyertaan setara
pihak golongan OKU dalam pekerjaan.

iii. Kumpulan Dorongan

Analisis di bawah kerangka ini akan mengkaji inovasi dan amalan terbaik kumpulan
dorongan bagi membantu penyertaan golongan kurang upaya dalam sektor guna tenaga. Ini
termasuk pelbagai organisasi advokasi OKU dan pertubuhan-pertubuhan mewakili golongan
OKU yang terlibat dalam usaha ke arah memperkasa OKU dalam bidang pekerjaan seperti
memberikan latihan kemahiran, pemadanan pekerjaan, dan usaha memberi kesedaran dan
pendedahan kepada majikan terhadap potensi OKU dalam bidang pekerjaan.

Kerangka penanda aras prestasi dan laporan penanda aras yang dilaksanakan boleh
digunakan sebagai asas meningkatkan keberkesanan polisi dan ekosistem sedia ada dalam
negara ini dalam menyokong peningkatan penggajian di kalangan golongan OKU. Laporan
teknikal penanda aras yang disediakan berfungsi sebagai ukuran prestasi bagi mengenal
pasti aspek titik permulaan prestasi dan bidang penambahbaikan yang diperlukan sebagai

47

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

memenuhi potensi sebenar untuk menghasilkan peningkatan prestasi jangka panjang
keperluan golongan kurang upaya daripada sudut peluang pekerjaan dan kebolehpasaran.

3.6.1 Pemilihan Negara Model

Pemilihan negara yang mempunyai peratusan pekerjaan OKU yang tertinggi telah dianalisis.
Jadual 3.9 di bawah mengandungi 10 negara maju yang terpilih berserta peratusan
penglibatan OKU dalam bidang pekerjaan yang berkenaan.

Jadual 3.9: Peratusan Penyertaan OKU Dalam Bidang Pekerjaan di Negara-Negara Maju
yang Terpilih

Negara Tahun Kadar penyertaan OKU dalam bidang
pekerjaan (%)
Amerika Syarikat1 2016 35.9
53.4
Australia2 2015 43.0
40.3
Belanda3 2009 59.4
2.48
Jepun4 2006 22.3
60.0
Kanada5 2016 69.6
51.7
Korea6 2013
6. Ministry of Employment and Labor, Korea, 2014
New Zealand7 2018 7. Stats NZ, 2018
8. Seak H.L. & Ville I., 2013
Perancis8 2008 9. Champion C., Pisoni D. & Bonoli G., 2014
10. Powell A., 2019
Switzerland9 2011

United Kingdom10 2019

Sumber:

1. Kraus L., Lauer E., Coleman R., and Houtenville A.,

2018

2. Australian Bureau of Statistics, 2016

3. Central Bureau of Statistics Netherlands, 2010

4. Kudo T., 2010

5. Statistics Canada, 2018

3.6.2 Amalan-Amalan Baik Dalam Ekosistem yang Kondusif

Dengan menggunakan inisiatif-inisiatif terpilih dalam setiap komponen-komponen utama,
(Laporan Pemangkin Ekosistem Pekerjaan OKU yang Kondusif) amalan-amalan baik bagi
setiap negara dikenal pasti. Rajah 3.2 memberi gambaran ringkas komponen berserta
inisiatif sepadan tersebut.

48

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 3.2: Ekosistem Pekerjaan OKU yang Kondusif

Ekosistem Pekerjaan OKU
Yang Kondusif

Tonggak 1 Tonggak 2 Tonggak 3 Tonggak 4

Kesediaan Kesediaan Kesediaan OKU Kesediaan
dasar/polisi majikan/peluang persekitaran
i. Kaji selidik
i. Langkah-langkah perniagaan berkenaan OKU i. Pekerjaan
perundangan terlindung
i. Forum majikan ii. Pendidikan dan
ii. Sistem kuota berkenaan golongan latihan ii. Pekerjaan
OKU tersokong
iii. Pencen iii. Pemulihan dan
sokongan ii. Strategi keusahawanan pengurusan iii. Persidangan
golongan OKU golongan OKU kebangsaan
(DSP) iii. Kesediaan keboleh
penyesuaian tempat iv. Kumpulan
kerja pemberi sokongan
golongan OKU
iv. Pekerjaan
terbuka/insentif untuk
majikan

3.7 Pembangunan Pangkalan Data

Cadangan pembangunan pangkalan data ini dikemukakan dalam bentuk pembangunan
prototaip sistem aplikasi laman sesawang yang boleh beroperasi melalui desktop atau
peranti mudah alih untuk kegunaan golongan OKU, majikan, dan agensi-agensi di peringkat
kerajaan persekutuan, negeri dan PBT.

Prototaip meliputi dua (2) aspek utama iaitu:
a. Pangkalan data bersepadu dan berpusat yang meliputi:

● Golongan OKU termasuk kategori ketidakupayaan, tahap kebolehkerjaan
(work ability), kelayakan pendidikan dan pengalaman;

● Majikan (pekhidmatan awam dan swasta) termasuk indikator persepsi
Majikan terhadap kebolehkerjaan OKU, peluang pekerjaan dan kemudahan-
kemudahan yang disediakan.

● Agensi-agensi di peringkat kerajaan persekutuan, negeri dan PBT termasuk
program, bantuan dan infrastruktur yang disediakan.

b. Modul-modul bagi proses-proses transaksi yang dilakukan oleh setiap golongan
pengguna sistem aplikasi beserta interaksi proses-proses tersebut dengan
pangkalan data.

Metodologi yang dipilih untuk pembangunan prototaip sistem adalah berpandukan Dynamic
System Development. Metodologi ini menitikberatkan penglibatan pengguna dan

49

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

bersesuaian bagi tempoh pembangunan yang pendek. Ia membolehkan pengulangan fasa-
fasa yang terlibat dalam memenuhi kepelbagaian keperluan dan kehendak pengguna bagi
menghasilkan modul-modul prototaip sistem dengan lebih pantas. Metodologi meliputi tiga
(3) fasa seperti di bawah dan Rajah 3.3:

a. Fasa Kajian
b. Fasa Pemodelan Fungsi
c. Fasa Reka bentuk dan Pembangunan

Rajah 3.3: Metodologi Dynamic System Development

50

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Jadual 3.10: Aktiviti Mengikut Fasa

Fasa Aktiviti Output/Deliverable
(Jangka masa: 9
• Mengenal pasti objektif dan skop Laporan Cadangan Protaip Sistem
Bulan) prototaip sistem pangkalan data. Pangkalan Data (Feasibility Report)

Kajian • Merangka soal selidik bagi kajian
melibatkan OKU, Keluarga dan
Masyarakat, dan Majikan.

• Mengenal pasti rujukan yang ada
termasuk sistem-sistem sedia ada
yang berkaitan.

• Merangka pelan jadual aktiviti dan
output/deliverables.

Pemodelan Fungsi • Memperincikan skop prototaip • Mockups bagi setiap Modul yang
dengan penyediaan mockups dirancang
Reka bentuk dan mewakili modul-modul yang
Pembangunan dirancang. Ini bertujuan untuk • Spesifikasi Keperluan Sistem
mengenal pasti keperluan pengguna Pangkalan Data (Requirement
secara lebih terperinci. Specification)

• Melakukan pemodelan data dan • Dokumen Reka bentuk Sistem
fungsi transaksi-transaksi setiap Pangkalan Data (Application
modul mengikut keperluan terperinci Design Document)
pengguna.

• Membangun dan mengintegrasi • Prototaip Interim Sistem

modul-modul, serta menyediakan Pangkalan Data (Interim

prototaip interim. Prototype)

• Melakukan ujian prototaip bersama • Prototaip Penuh Sistem

pasukan dan pengguna. Pangkalan Data (Full Prototype)

• Menambah baik prototaip menurut • Dokumen Pengujian (Testing

maklum balas daripada pasukan dan Document)

pengguna, serta menyediakan • Dokumen Manual Pengguna (User

prototaip penuh Manual)

3.7.1 Skop Prototaip Sistem Pangkalan Data

1. PengantaraMuka yang diperlukan (Interfaces)
a. Orang Kurang Upaya (OKU)
b. Majikan
c. Agensi (Service Providers)

2. Modul
a. Modul Induk
i. Paparan laman depan yang merangkumi pencarian peluang pekerjaan
ii. Pendaftaran pengguna OKU, majikan dan agensi
iii. Paparan peluang pekerjaan terkini
iv. Pautan ke laman sesawang agensi-agensi penting
v. Pautan ke media sosial

51

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

b. Modul OKU
i. Pendaftaran dan pengurusan data peribadi (profil) termasuk data kurang
upaya, dan data mengenai kebolehkerjaan OKU seperti komunikasi,
perhubungan awam, penulisan, pengaturcaraan, reka bentuk grafik,
pengurusan dan pengendalian kenderaan
ii. Muat naik CV dan dokumen sokongan lain
iii. Pencarian peluang pekerjaan mengikut: - 1) majikan, 2) lokasi, 3) kata kunci, 4)
kategori pekerjaan, dan penghalusan pencarian (search refinement), sebagai
contoh: - berdasarkan kategori ketidakupayaan dan tangga gaji
iv. Padanan peluang pekerjaan dengan kebolehkerjaan OKU bagi pengguna
berdaftar
v. Permohonan pekerjaan dalam talian
vi. Paparan semua permohonan yang telah dibuat dan status permohonan

vii. Pengurusan akaun (profile settings)
viii. Notifikasi peluang pekerjaan (job alert)

c. Modul Majikan
i. Pendaftaran dan pengurusan data organisasi (profil)
ii. Penawaran peluang pekerjaan beserta spesifikasi pekerjaan untuk padanan
dengan kebolehkerjaan OKU
iii. Pengurusan penawaran peluang pekerjaan seperti mengemas kini status
pekerjaan
iv. Pencarian OKU mengikut padanan peluang pekerjaan dengan OKU menurut: -
1) lokasi, 2) kelayakan, 3) kebolehkerjaan
v. Jemputan kepada calon OKU untuk membuat permohonan
vi. Muat turun CV dan dokumen sokongan pemohon

vii. Pengurusan akaun (profile settings)

d. Modul Agensi
i. Pendaftaran dan pengurusan data agensi (profil)
ii. Pengurusan data berhubung program, acara dan perkhidmatan yang diberikan
iii. Paparan kempen program dan acara yang dianjurkan oleh agensi
iv. Paparan perkhidmatan sokongan, infrastruktur dan insentif atau bantuan yang
sedia ada
v. Pengurusan akaun (profile settings)

3.8 Triangulasi Analisis daripada Pelbagai Kaedah yang Digunakan

Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah pelbagai. Sumber maklumat yang diperoleh
daripada pelbagai pendekatan tersebut memerlukan analisis yang menyeluruh. Ini perlu
dilakukan bagi menggabungkan kesemua penemuan supaya cadangan bagi program
sokongan untuk kebolehpasaran OKU menjadi lebih mantap. Justeru, analisis triangulasi
telah dilakukan dengan menggabungkan semua kaedah kajian bagi mendapatkan
keselarasan penemuan. Ini dibuat dengan mengambil kira penemuan utama daripada
responden kajian lapangan, penemuan daripada FGD dan penemuan daripada penanda
aras. Penemuan-penemuan ini telah diselaraskan untuk membuat pengesahan yang bernas
antara satu sama lain. Ini membolehkan sebarang cadangan dan kesimpulan menjadi lebih
kukuh dan bermakna.

52

BAB 4

PENEMUAN
HASIL KAJIAN
OKU

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

BAB 4: PENEMUAN HASIL KAJIAN OKU

4.1 Pengenalan

Kajian pada pihak OKU ini menggunakan maklum balas daripada dua set borang soal
selidik, iaitu daripada OKU bekerja dan OKU tidak bekerja. Pengiraan saiz sampel sasaran
OKU (n=500) adalah berdasarkan statistik pendaftaran OKU mengikut negeri sehingga 31
Oktober 2018 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagi memastikan perwakilan
data yang lebih baik, saiz sampel telah dikira berdasarkan strata mengikut kategori OKU,
umur serta lokasi (bandar/luar bandar).

Data diperoleh daripada senarai nama dalam Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU).
Kaedah yang digunakan adalah persampelan rawak secara sistematik berdasarkan strata
yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, data turut dikumpul menggunakan langkah
alternatif seperti ‘convenience sampling’ di sesetengah negeri apabila jumlah capaian
sampel agak rendah di atas sebab-sebab tertentu, seperti yang dinyatakan dalam Bab 3.
Analisis kajian OKU ini mengambil kira responden yang berjaya disoal selidik sehingga 31
Oktober 2019.

4.2 Demografi Responden

Taburan demografi berikut adalah berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada 756
responden OKU yang terdiri daripada 390 OKU yang bekerja dan 366 OKU yang tidak
bekerja daripada kesemua negeri di seluruh Malaysia. Data menunjukkan 62% daripada
mereka berasal dari kawasan bandar. Majoriti responden adalah lelaki (64%), berbangsa
Melayu (75%), beragama Islam (80%) dan belum berkahwin (57%). Purata umur responden
adalah 38 tahun. Tahap pendidikan tertinggi yang diperoleh oleh kebanyakan responden
adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu seramai 30% manakala hampir 21% responden
tiada sebarang kelayakan akademik. Hampir separuh daripada responden (49%) telah
melalui program inklusif atau aliran biasa di mana pelajar OKU dan bukan OKU belajar
dalam kelas yang sama. Manakala sebahagian lagi menjalani Program Pendidikan Khas
(34%) iaitu sekolah khas untuk OKU dan Program Pendidikan Khas Integrasi (17%) iaitu
kelas khas untuk pelajar OKU di sekolah-sekolah biasa. Hanya 30% daripada responden
merupakan ketua dalam rumah masing-masing dan kebanyakan responden (84%,) tinggal
bersama keluarga mereka. Jumlah pendapatan kasar bagi seluruh penghuni rumah, secara
purata, adalah sebanyak RM2,840 sebulan. Purata bilangan isi rumah pula adalah seramai
5 orang manakala purata bilangan tanggungan di setiap rumah adalah seramai 3 orang. Sila
rujuk Jadual 4.1 dan 4.2.

53

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Jadual 4.1: Taburan Responden OKU

Sampel OKU Bilangan Peratus
OKU Bekerja 756 100
OKU Tidak Bekerja 390 51.6
366 48.4
Lokasi 743 100
Bandar 457 61.5
Luar bandar 286 38.5
754 100
Jantina 480 63.7
Lelaki 274 36.3
Perempuan 756 100
567 75
Bangsa 71 9.4
Melayu 43 5.7
Cina 75 9.9
India 756 100
Lain-lain 606 80.2
56 7.4
Agama 36 4.8
Islam 55 7.3
Buddha 3 0.4
Hindu 756 100
Kristian 429 56.7
Lain-lain 286 37.8
14 1.9
Taraf Perkahwinan 16 2.1
Belum Berkahwin 11 1.5
Berkahwin 584 100
Bercerai 198 33.9
Janda/Balu 99 17
Berpisah 287 49.1
722 100
Jenis Pendidikan 151 20.9
Program Pendidikan Khas 80 11.1
Program Pendidikan Khas Integrasi 103 14.3
Program Inklusif 215 29.8
27 3.7
Kelayakan Akademik 41 5.7
Tiada 48 6.6
UPSR 46 6.4
PMR/SRP/LCE 5 0.7
SPM/MCE/O-Level 6 0.8
STPM/STAM/A-Level
SKM
Diploma/Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana
PhD

54

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Jadual 4.2: Deskripsi Responden OKU

Pembolehubah N Minimum Maximum Purata
Umur
Bilangan isi rumah 713 16 90 37.65
Bilangan tanggungan
Pendapatan kasar isi rumah 752 1 15 4.72
Pendapatan kasar bulanan
Umur menjadi OKU 574 0 11 2.82

718 100 20000 2837.66

485 40 10000 1559.55

340 1 70 23.96

4.3 Maklumat Ketidakupayaan

Pecahan responden mengikut kategori ketidakupayaan menunjukkan 33% daripada
responden mempunyai ketidakupayaan fizikal; 23% merupakan OKU pembelajaran; 20%
merupakan OKU penglihatan; 10% merupakan OKU pendengaran; 7% mempunyai
ketidakupayaan pelbagai; 5% mempunyai masalah mental dan hampir 3% merupakan OKU
pertuturan. Sebab utama bilangan OKU pertuturan amat rendah adalah kerana jenis
ketidakupayaan ini tidak mempunyai pecahan subkategori yang banyak berbanding dengan
ketidakupayaan yang lain. Sebagai contoh, ketidakupayaan penglihatan boleh dibahagikan
selanjutnya kepada penglihatan yang rendah, buta kedua belah mata atau buta sebelah
mata; manakala ketidakupayaan pertuturan sangat spesifik dan tidak mempunyai pecahan
subkategori yang lain. Rajah 4.1 menunjukkan pecahan OKU responden mengikut jenis
ketidakupayaan.

Terdapat pelbagai punca ketidakupayaan. Lebih separuh daripada responden (391) telah
hilang keupayaan sejak lahir, manakala 28% (209) hilang keupayaan kerana penyakit atau
masalah kesihatan dan 16% (117) menjadi OKU akibat kemalangan. Dalam kalangan
mereka yang bukan OKU sejak lahir, ada yang hilang keupayaan seawal usia setahun dan
selewat usia 70 tahun.

Rajah 4.1: Jenis Ketidakupayaan

6.8% 19.7% Penglihatan
22.8% Pendengaran
9.9% Pertuturan
4.5% 2.9% Fizikal
Mental
Pembelajaran
Pelbagai

33.4%

55

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

4.4 Persepsi OKU Terhadap Tahap Ketidakupayaan Dan Kesihatan Mereka

Walaupun kurang upaya dalam aspek-aspek tertentu, majoriti responden berpendapat
mereka boleh melakukan kefungsian lain dengan baik dan dapat menjalani rutin kehidupan
seharian. Responden diminta untuk memilih tahap ketidakupayaan mereka untuk empat
jenis kefungsian iaitu keupayaan mengurus diri, keupayaan pergerakan, keupayaan
kemahiran domestik dan keupayaan motor halus. Daripada maklum balas responden,
didapati OKU pembelajaran boleh mengurus diri dan membuat pergerakan menggunakan
otot-otot kecil di tangan dan pergelangan tangan (motor halus) dengan lebih baik
berbanding OKU yang lain. Sementara itu, OKU pendengaran pula boleh bergerak dan
membuat kemahiran domestik dengan lebih baik berbanding OKU yang lain. Rajah 4.2
menunjukkan tahap ketidakupayaan bagi setiap kefungsian mengikut kategori OKU yang
berbeza.
Dari segi kesihatan pula, secara umum, kebanyakan responden berpendapat mereka
mempunyai tahap kesihatan yang baik atau sangat baik (80%). Hanya sebilangan kecil
responden (3%) merasakan mereka tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik langsung.
Persepsi positif yang diberikan para responden OKU dalam dua aspek ini menunjukkan
kesungguhan dan kebolehan mereka untuk bekerja dengan baik jika diberi peluang dan
mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

Rajah 4.2: Tahap Ketidakupayaan bagi Setiap Kefungsian Mengikut Kategori OKU

Penglihatan Pendengaran Pertuturan Fizikal Mental Pembelajaran Pelbagai

Purata
2.1

1.7
1.7

2.0
2.2

1.6
2.2

2.1
1.4

1.7
2.2

1.8
1.5

2.1
2.0
1.5
1.7
2.0
2.0
1.8

2.5
1.7
1.4
1.4

1.9
1.8
1.4

2.0

Mengurus diri Bergerak Kemahiran domestik Motor halus

Kefungsian

*Untuk setiap kefungsian, responden diberi lima pilihan jawapan: 1- tiada kehilangan fungsi, 2-
kesukaran untuk melakukan fungsi, 3- boleh melakukan fungsi dengan alat bantu, 4- memerlukan
bantuan separa penjagaan, dan 5- memerlukan penjagaan sepenuh masa. Purata bagi setiap
kefungsian dikira bagi setiap kategori OKU dan angka yang kecil menunjukkan kebolehan mereka
menjalankan sesuatu kefungsian dengan baik.

56

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

4.5 Maklumat Pekerjaan

Bahagian ini menyingkap maklumat pekerjaan bagi OKU yang sedang bekerja dan yang
pernah bekerja (tetapi kini menganggur). Daripada maklum balas responden, didapati
kebanyakan OKU yang bekerja adalah daripada kalangan OKU fizikal, penglihatan dan
pembelajaran berbanding kategori OKU yang lain (Rajah 4.3). Kebanyakan OKU fizikal dan
penglihatan ini bekerja di sektor kerajaan sementara OKU pembelajaran lebih ramai bekerja
di sektor swasta. OKU pendengaran dan penglihatan pula lebih cenderung bekerja di
bengkel terlindung atau NGO. Selain itu, OKU mental pula paling rendah bilangan yang
diambil bekerja di mana-mana sektor pekerjaan. Trend maklumat pekerjaan ini boleh dilihat
di Rajah 4.4.

Rajah 4.3: Maklumat Pekerjaan Mengikut Kategori OKU

40 38.0

35 28.5 29.6
Fizikal
Peratus 30 16.5
25 23.1
7.5 8.6
20 16.0 1.8 5.1
15 13.1 Mental
Pembelajaran Pelbagai
10 6.4
5 2.3 3.6

0
Penglihatan Pendengaran Pertuturan

OKU Bekerja OKU Tidak Bekerja

Rajah 4.4: OKU Bekerja Mengikut Kategori OKU dan Sektor Pekerjaan

60

50.7
50

40 39.4

Peratus 31.3 27.7
30 25.5

19.7 14.9 21.2 14.9
20 12.8

11.5 1.5 1.9 2.1 1.5 4.5 3.7
9.0
10 Fizikal Mental Pembelajaran Pelbagai

1.5 2.6 2.1

0
Penglihatan Pendengaran Pertuturan

Kerajaan Swasta Bengkel terlindung/NGO

57

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Responden turut ditanya sama ada sedang bekerja atau pernah bekerja secara tetap,
kontrak, sementara atau bekerja sendiri. Didapati lebih ramai OKU bekerja sepenuh masa
tanpa mengira jenis pekerjaan. Rajah 4.5 menunjukkan sebahagian besar OKU yang
bekerja tetap (98%) bekerja sepenuh masa, manakala lebih 80% daripada mereka yang
bekerja secara kontrak turut bekerja sepenuh masa. Bahkan responden yang bekerja sendiri
juga lebih cenderung untuk bekerja sepenuh masa (72%). Walau bagaimanapun,
kecenderungan untuk bekerja sepenuh masa agak rendah berbanding bekerja separuh
masa jika mereka ditawarkan pekerjaan sementara.

Status pekerjaan ini penting kerana ia membezakan amaun gaji serta manfaat pekerja
seperti insurans kesihatan kepada OKU. Selain itu, pekerja separuh masa sering
dikecualikan daripada penyertaan dalam rancangan persaraan majikan. Oleh yang
demikian, lebih ramai pekerja sepenuh masa di kalangan OKU adalah sesuatu yang baik
untuk masa depan mereka.

Rajah 4.5: Status Pekerjaan Mengikut Jenis Pekerjaan

Peratus 100 98.3 80.6 48.6 51.4 72.4
90 19.4 27.6
80
70 Kontrak Sementara Bekerja Sendiri
60 Sepenuh Masa Separuh Masa
50
40
30
20
10 1.7
0
Tetap

Bagi sektor pekerjaan pula, kebanyakan responden OKU bekerja di sektor swasta (46%). Ini
diikuti dengan bekerja sendiri sebanyak 21% dan bekerja di sektor awam sebanyak 16%.
Selain itu, hampir 9% daripada responden OKU bekerja dengan keluarga dan 8% bekerja
dengan NGO. Daripada jumlah yang bekerja swasta, bekerja sendiri dan bekerja dengan
keluarga ini, lebih separuh terlibat dalam sektor perkhidmatan (51%) dan 16% terlibat dalam
sektor pembuatan . Sebanyak 77% daripada mereka yang bekerja di sektor swasta juga
menyatakan bahawa majikan mereka merupakan syarikat yang berdaftar. Di kalangan OKU
yang bekerja di sektor awam, kebanyakan mereka terlibat di agensi persekutuan (65%).
Rajah 4.6 menunjukkan pecahan responden mengikut sektor pekerjaan.

Dari segi kategori pekerjaan pula, kebanyakan responden OKU sedang bekerja atau pernah
bekerja dalam kategori perkhidmatan dan jualan iaitu sebanyak 34%. Kategori kedua
tertinggi pula adalah pekerjaan asas, iaitu menjalankan tugas yang mudah dan rutin dengan
menggunakan perkakas tangan atau mesin yang mudah, sebanyak 21%.

58

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 4.6: Sektor Pekerjaan

8.3%

8.5% 15.7%
45.6%
20.5% Kerajaan
Swasta
Bengkel terlindung
Bekerja sendiri
Bekerja dengan keluarga
NGO

1.3%

4.6 Persepsi OKU Tidak Bekerja Terhadap Kemampuan Bekerja

Golongan OKU tidak bekerja turut ditanya persepsi mereka terhadap kemampuan mereka
untuk bekerja. Jika mereka merasakan yang mereka boleh bekerja, soalan susulan adalah
sama ada mereka sedang mencari pekerjaan atau tidak. Analisis menunjukkan 44%
daripada OKU tidak bekerja berpendapat mereka boleh bekerja. Daripada jumlah itu,
separuh daripada mereka sedang mencari pekerjaan. Separuh lagi berpendapat mereka
boleh bekerja tetapi tidak mahu mencari pekerjaan. Antara alasan yang sering diberikan
oleh OKU berkenaan adalah mereka ‘kurang yakin’ dengan kebolehan diri sendiri (28%),
dan ‘ada komitmen lain’ (22%).

Rajah 4.7: OKU Tidak Bekerja yang Merasakan Mereka Boleh Bekerja

Peratus 100 50.3
Sedang mencari pekerjaan
80

60 49.7
40

20

0
Tidak mahu mencari pekerjaan

Responden OKU tidak bekerja yang pernah bekerja sebelum ini juga ditanya apakah sebab
mereka berhenti kerja. Tiga alasan utama yang kerap diberikan ialah ‘masalah kesihatan’
(52%), diikuti dengan ‘berhenti secara sukarela’ (35%) dan ‘sukar melakukan tugas kerana
tempat kerja sukar diakses’(11%).

59

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 4.8: Sebab Berhenti Kerja

Masalah pengangkutan 6.3
Sukar melakukan tugas kerana tiada bantuan sokongan 8.8
Sukar melakukan tugas kerana tempat kerja sukar diakses 11.4

Masalah kesihatan 8.8 35 51.7
Masalah peribadi 10.5 50 60
Kontrak 30 40
Berhenti 6.4 Peratus
Dibuang kerja 10 20
0

4.7 Maklumat Penggajian

Purata pendapatan kasar bagi OKU yang bekerja adalah rendah iaitu sebanyak RM1,560
sebulan. Kebanyakan responden (95%) berada dalam kategori B40 iaitu bergaji kurang
daripada RM4,360 sebulan.1 Daripada jumlah itu, lebih separuh (52%) menerima gaji kurang
daripada gaji minima iaitu RM1,100 dan 40% merupakan golongan miskin yang bergaji
kurang RM950 sebulan. Daripada sampel responden, kebanyakan OKU yang berada dalam
kategori miskin adalah di kalangan OKU fizikal (36%), pembelajaran (26%) dan penglihatan
(14%). Mereka juga kebanyakannya bekerja di bidang perkhidmatan (sebanyak 45%) dan
sebagai pekerja asas (24%). Dari segi sektor pekerjaan pula, 41% daripada responden yang
menerima kurang daripada gaji minima bekerja di sektor swasta.

Kajian turut mendapati status pekerjaan OKU tidak membezakan di antara penerima gaji
minima atau tidak di kalangan mereka. Menurut sampel responden, 42% daripada OKU
yang bekerja sepenuh masa menerima kurang daripada gaji minima.

Rajah 4.9: Peratus OKU yang Menerima Gaji Minima Mengikut Status Pekerjaan

Peratus 100 82.9
17.1
80
58.4

60
41.6

40

20

0 Separuh masa
Sepenuh masa

Bawah gaji minima Gaji minima

1 Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016
60

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

4.8 Maklumat Bantuan Sara Hidup

Gaji yang rendah di samping kos sara hidup yang tinggi menjadi punca hampir 70%
responden OKU menerima bantuan sara hidup daripada pelbagai pihak. Rajah 4.10
menunjukkan sebahagian besar responden (87%) menerima bantuan kewangan daripada
pihak JKM selain daripada EPC. Manakala sumber bantuan sara hidup kedua tertinggi
adalah Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak 21% dan sumber bantuan sara hidup ketiga
tertinggi adalah daripada pihak zakat sebanyak 7%.

Rajah 4.10: Bantuan Sara Hidup Secara Keseluruhan

Peratus 100
90 86.6
80 0.9 4.4 0.3 6.3
70 NGO Keluarga Orang awam Lain-lain
60
50
40
30 20.8
20
10 6.6
0
JKM JKM (EPC) Zakat

Sumber Bantuan

Analisis seterusnya dibuat ke atas tiga bantuan sara hidup yang utama (Rajah 4.11). Dalam
kalangan penerima bantuan sara hidup daripada JKM, lebih 60% terdiri daripada OKU tidak
bekerja. Mereka juga merupakan penerima bantuan sara hidup tertinggi daripada pihak
zakat iaitu hampir 70%. Manakala OKU yang bekerja pula merupakan penerima bantuan
terbanyak di kalangan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) iaitu sebanyak 78%.

Rajah 4.11: Bantuan Sara Hidup di Kalangan OKU Bekerja dan Tidak Bekerja

Peratus 100 78.2 69.6
21.8 30.4
80
61.8 Zakat

60
38.2

40

20

0 JKM (EPC)
JKM

OKU Bekerja OKU Tidak Bekerja

61

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

4.9 Pengalaman Memohon Pekerjaan

Responden turut berkongsi pengalaman mereka semasa memohon pekerjaan. Bagi OKU
yang bekerja, mereka berkongsi pengalaman memohon pekerjaan sekarang manakala OKU
yang tidak bekerja pula berkongsi pengalaman mereka semasa memohon pekerjaan di
masa lepas. Sebanyak 39% daripada OKU yang tidak bekerja sekarang mempunyai
pengalaman sedemikian.

4.9.1 Cara Memohon dan Mendapat Maklumat Tentang Pekerjaan Sekarang (persepsi
OKU)

Bagi kumpulan OKU bekerja, cara memohon pekerjaan yang paling kerap digunakan ialah
secara terus, termasuklah ‘walk-in’ di karnival kerjaya dan penghantaran e-mel, iaitu
sebanyak 53%. Ini diikuti secara dalam talian dan melalui rakan atau keluarga, masing-
masing sebanyak 17% dan 15% daripada semua responden.

Rajah 4.12: Cara Memohon Pekerjaan Sekarang

Lain-lain cara 8.0% 53.4%
Melalui rakan dan keluarga 15.4%
Melalui unit kerjaya universiti
3.9%
Melalui sekolah 2.7%
Secara terus
16.6%
Secara atas talian

Hampir 40% OKU yang bekerja mendapat tahu mengenai pekerjaan mereka sekarang
melalui maklumat yang dikongsi oleh rakan-rakan dan ahli keluarga. Ada juga yang
mendapat tahu mengenai pekerjaan sekarang melalui media massa (19%) dan laman
sesawang (12%).

Rajah 4.13: Cara Mendapat Tahu Tentang Pekerjaan Sekarang

12.9% 19.0% Media massa
39.8% Laman sesawang
11.7% Media sosial
Melalui karnival kerjaya
7.6% Melalui sekolah
1.8% Melalui unit perkhidmatan OKU universiti
3.5% Melalui rakan dan keluarga
Lain-lain

3.8%

62

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

4.9.2 Cabaran Semasa Memohon Pekerjaan (Persepsi OKU)

Kedua-dua kumpulan OKU bekerja dan OKU tidak bekerja turut berkongsi cabaran,
halangan dan masalah-masalah yang dihadapi semasa memohon pekerjaan. Tiga cabaran
utama bagi kedua-dua kumpulan tersebut adalah sama iaitu ‘kurang keyakinan diri’,
‘ketidakupayaan diri’ dan ‘kemudahan yang kurang mesra OKU’.

Menurut OKU bekerja, ‘kurang keyakinan diri’ adalah cabaran utama bagi 52% responden,
manakala ‘ketidakupayaan diri’ dan ‘kemudahan kurang mesra OKU’, masing-masing diakui
oleh 46% dan 44% responden. Halangan daripada ibu bapa juga antara cabaran besar buat
OKU yang bekerja, menurut 31% responden. Manakala OKU tidak bekerja pula mendapati
‘ketidakupayaan diri’ sebagai cabaran utama (36%) diikuti dengan ‘kemudahan kurang
mesra OKU’ (34%) dan ‘kurang keyakinan diri’ (30%).

Rajah 4.14: Cabaran Semasa Memohon Pekerjaan

Tiada motivasi diri 9.6%
Masalah kesihatan
Kurang "soft skills" 21.6%
Kurang pencapaian akademik
Ketidakupayaan diri 18.1%
Kurang keyakinan diri 24.0%

Pengangkutan 17.6%
Kemudahan kurang mesra OKU
25.7%
Majikan/Pekerja lain
Masyarakat/Rakan-rakan 13.7%

Adik-beradik/Keluarga 25.7%
Ibubapa
35.5%

29.7% 46.3%
52.2%
18.9%
44.0%
33.5%
33.8%

12.3%

11.1% 30.1%
31.3%
21.7%

14.9%
19.4%

13.7%

OKU Tidak Bekerja OKU Bekerja

Responden yang pernah menghadapi halangan daripada ibu bapa dan keluarga turut
ditanya dengan lebih lanjut, sebab-sebab mereka dihalang untuk memohon kerja. Menurut
sebahagian besar OKU, sebab utama mengapa keluarga menghalang anak-anak OKU
daripada memohon pekerjaan adalah ‘faktor keselamatan’, di mana ibu bapa atau ahli
keluarga risaukan keselamatan mereka ketika dalam perjalanan pergi dan kembali dari
tempat kerja serta sepanjang hari di tempat kerja. Sebanyak 71% OKU yang bekerja dan

63

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

64% OKU tidak bekerja menghadapi cabaran ini. Faktor kedua mengapa OKU dihalang
oleh keluarga daripada mencari pekerjaan ialah ‘kesihatan’, iaitu menurut 61% OKU yang
bekerja dan 48% OKU tidak bekerja. Keluarga juga risaukan layanan buruk yang mungkin
diterima oleh anak-anak mereka sekiranya berjauhan di tempat kerja, iaitu sebanyak 46%
dan 30%, masing-masing untuk OKU bekerja dan tidak bekerja.

Rajah 4.15: Faktor yang Membimbangkan Keluarga Apabila OKU Bekerja

Peratus 100 60.9 45.9
90 48.2 29.5
80 71.1
70 63.8 39.2 18.2
60 16.4 7.5
50
40 Kesihatan Layanan buruk Anggap tidak Pendapatan
30 berupaya mencukupi
20
10
0
Keselamatan

OKU Bekerja OKU Tidak Bekerja

4.9.3 Cabaran Semasa Temu Duga Pekerjaan (Persepsi OKU)

Menurut persepsi kesemua responden OKU, cabaran utama yang dihadapi kebanyakan
mereka semasa menghadiri temu duga kerja adalah ‘sikap prejudis’ atau persepsi negatif
daripada penemu duga terhadap ketidakupayaan mereka (50%). Selain itu, ‘rasa rendah diri’
dengan kebolehan masing-masing dan ‘rasa kurang yakin’ turut memberi kesan kepada

golongan OKU semasa menghadiri temu duga kerja. Kedua-dua cabaran ini diakui oleh 46%

responden. Sila lihat Jadual 4.3.

Jadual 4.3: Masalah Semasa Menghadiri Temu Duga

Masalah semasa menghadiri temu duga n Peratus
Masalah pengangkutan 84 42.6
Masalah komunikasi 81 42.9
Sikap prejudis 98 50.3
Kurang pengetahuan mengenai OKU 79 42.5
Rasa rendah diri 88 46.3
Rasa kurang yakin 87 45.8

Walau bagaimanapun, analisis selanjutnya menunjukkan setiap cabaran mempunyai tahap
kritikal yang berbeza bagi setiap jenis ketidakupayaan. Sebagai contoh, OKU pertuturan dan
OKU pendengaran menghadapi masalah komunikasi yang tertinggi di kalangan OKU
semasa menghadiri temu duga kerja. Di samping itu, OKU pertuturan juga menghadapi

64

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

sikap prejudis yang tertinggi serta kurang pengetahuan mengenai mereka di kalangan para
penemuduga. OKU penglihatan dan OKU fizikal pula berhadapan dengan masalah
pengangkutan yang lebih tinggi berbanding dengan OKU lain. Bagi OKU pembelajaran pula,
rata-rata di antara mereka mengalami rasa kurang yakin, rasa rendah diri dan juga
mendapati penemuduga kurang pengetahuan mengenai ketidakupayaan mereka. Sila lihat
Rajah 4.16 untuk maklumat yang lebih lanjut.

Rajah 4.16: Cabaran Semasa Temu Duga Mengikut Jenis Ketidakupayaan

14.3%

55.9%

33.3%

Rasa kurang yakin 45.5%
Rasa rendah diri
66.7%
Kurang pengetahuan mengenai OKU
Sikap prejudis 23.5%

Masalah komunikasi 57.9%
Masalah pengangkutan
28.6%

54.3%
40.0%

48.7%
50.0%

15.8%

58.3%

28.6% 58.1%

40.0% 83.3%
37.3%

42.1%
40.0%

53.8%
43.8%

25.0%

44.6%

80.0%

47.4%

63.8%

42.9%
52.8%

40.0%

28.8%

100.0%

73.3%

20.0%

21.4% 36.7%
20.0%
43.6%
50.0%

35.0%
57.4%

Pelbagai Pembelajaran Mental Fizikal Pertuturan Pendengaran Penglihatan

65

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

4.9.4 Tahap Kesedaran OKU Terhadap Aplikasi Dalam Talian

Beberapa soalan turut ditanya bagi mengenal pasti tahap kesedaran OKU dalam teknologi
maklumat sewaktu memohon pekerjaan. OKU yang bekerja ditanya ‘Adakah anda pernah
menggunakan aplikasi dalam talian untuk memohon pekerjaan di masa lepas?’, sementara
OKU yang tidak bekerja pula ditanya ‘Adakah anda akan menggunakan kemudahan itu
sekiranya ada?’. Rajah 4.17 jelas menunjukkan bahawa majoriti responden tidak sama
sekali pernah menggunakan atau akan menggunakan aplikasi tersebut dalam permohonan
pekerjaan. Penemuan ini adalah sejajar dengan analisis sebelum ini yang mendapati hanya
16% daripada kalangan responden yang pernah memohon pekerjaan secara dalam talian.

Rajah 4.17: Penggunaan Aplikasi Dalam Talian untuk Memohon Pekerjaan

Peratus 70 19.8 20.4
60 58 59.6 14.7 5.2
15.4
50 6.8 Sudah pasti

40 Kemungkinan tidak Kemungkinan ya

30

20

10

0
Tidak sama sekali

OKU Bekerja OKU Tidak Bekerja

Sebab utama golongan OKU tidak menggunakan aplikasi dalam talian dalam permohonan
pekerjaan adalah kerana mereka ‘tiada kemudahan komputer’ dan ‘sukar untuk mengakses
laman sesawang’. Ini boleh dilihat pada rajah 4.18. Boleh dikatakan ramai OKU masih
mengamalkan cara tradisional dalam mendapatkan pekerjaan, iaitu secara terus atau
melalui pesta kerjaya, dan juga semasa mendapatkan maklumat mengenai kerja kosong,
iaitu melalui rakan dan ahli keluarga. Penemuan ini adalah selari dengan maklum balas

responden bagi soalan-soalan berkenaan pengalaman mereka memohon pekerjaan.

66

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 4.18: Sebab Tidak Menggunakan Aplikasi Dalam Talian

Lain-lain sebab 8
Sudah tua/pencen 6.1
5.3

Aplikasi belum wujud 2.6 9.5
Sudah bekerja 0.4
8.3
Lebih suka 'walk in' 4.8 10.7
Masalah ketidakupayaan/kesihatan 0.8

Tiada keperluan/tiada minat 1.7
Tiada pengetahuan
1.7
Sukar mengakses laman web 4.6
Tiada kemudahan internet
16.1
Tiada kemudahan komputer 18.3

15.7

8.8
9.1

0 10 20 33.6
Peratus 33.5
30 40
OKU Tidak Bekerja OKU Bekerja

4.10 Statistik Permohonan Pekerjaan

Secara purata, golongan OKU yang sudah bekerja membuat lebih banyak permohonan
pekerjaan (hampir 7 kali) berbanding rakan-rakan OKU mereka yang tidak bekerja (2 kali).
Mereka juga dipanggil temu duga lebih kerap (2.37 kali) berbanding rakan-rakan OKU yang
tidak bekerja (0.74 kali). Tawaran pekerjaan yang datang kepada golongan OKU yang
bekerja juga lebih banyak iaitu lebih kurang 1.2 kali berbanding hampir tiada bagi OKU yang
tidak bekerja.

Jadual 4.4: Statistik Permohonan Pekerjaan

Tawaran pekerjaan

Permohonan Dipanggil OKU OKU Tidak

pekerjaan temu duga Bekerja Bekerja

OKU Purata 6.52 2.37 1.2

Bekerja Bilangan (N) 288 279 275

OKU Tidak Purata 1.94 0.74 0.49*

Bekerja Bilangan (N) 78 70 89

*Responden diberi pilihan jawapan dalam bentuk kategori (0-Tiada langsung, 1-Sekali, 2-Dua kali, 3-Lebih
daripada dua kali)

67

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

4.11 Maklumat Keusahawanan

Daripada dapatan hanya 27% daripada kesemua responden sedang bekerja sendiri atau
pernah bekerja sendiri pada masa lalu. Daripada jumlah itu, hanya 40% telah mendaftarkan
perniagaan mereka. Bilangan ini menunjukkan bahawa penglibatan OKU dalam bidang
keusahawanan masih di tahap yang rendah untuk sampel ini.

4.11.1 Tahap Kesedaran OKU Terhadap Program Keusahawanan

Maklum balas daripada OKU yang sedang bekerja dan pernah bekerja menunjukkan tahap
kesedaran yang rendah terhadap kemudahan dan peluang keusahawanan yang disediakan
oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh, hanya 9% daripada responden pernah memohon
Geran Pelancaran. Selebihnya tidak memohon Geran Pelancaran kerana tidak tahu
mengenai geran tersebut, seperti yang dinyatakan oleh 78% daripada responden. Selain itu,
hanya 32% daripada responden sedia maklum mengenai program e-usahawan dan hanya
6% daripada mereka pernah memohon Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang
Upaya (SBGP-OKU). 75% daripada responden yang tidak memohon skim ini juga bertindak
sedemikian kerana tidak tahu mengenai skim bantuan tersebut. Rajah 4.19 dan 4.20
menunjukkan sebab-sebab lain mengapa OKU tidak memohon geran dan skim yang
disediakan.

Rajah 4.19: Sebab Tidak Memohon Geran Pelancaran

4.3% 4.0%
1.0%
4.0% Tidak tahu mengenai geran
1.0% TIdak tahu cara memohon geran
2.3% Tiada siapa boleh bantu memohon geran
Tidak berdaftar dengan JKM
5.6% Tidak memenuhi syarat kelayakan geran
Sudah bekerja
77.9% Tidak berminat
Lain-lain sebab

68

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 4.20: Sebab Tidak Memohon SBGP-OKU

2.8% 6.4%

3.4% Tidak tahu mengenai skim
1.5% Tidak tahu cara memohon skim
2.8% Tiada siapa boleh bantu memohon skim
Tidak berdafter dengan JKM
8.3% Tidak memenuhi syarat kelayakan skim
Tidak berminat
74.8% Lain-lain sebab

Kajian turut menunjukkan bahawa tahap kesedaran yang amat rendah terhadap Geran
Pelancaran dan SBGP-OKU ini tiada beza di antara kaum yang pelbagai di Malaysia, iaitu di
bawah 10%. Walau bagaimanapun untuk program e-usahawan, sebanyak 33% OKU
berbangsa Melayu dan 47% lain-lain bangsa sedia maklum terhadap program ini. Bangsa-
bangsa lain ini terdiri daripada kelompok etnik di Sabah dan Sarawak serta sekumpulan
kecil warganegara asing.

Rajah 4.21: Tahap Kesedaran Mengikut Bangsa

Peratus 50 47.2
32.7
45 5.9 6.7 5.0
2.9 19.0
40 10.0
SBGPOKU e-usahawan
35 Program keusahawanan

30

25

20

15
10.2

10 8.0
5 2.8

0
Geran Pelancaran

Melayu Cina India Lain-lain

69

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

4.12 Pengalaman Pekerjaan OKU

Sokongan majikan di tempat kerja adalah amat penting untuk kesejahteraan para pekerja
OKU. Oleh yang demikian, pengalaman OKU di tempat kerja perlu dikongsi bagi memberi
gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan pekerjaan dan persekitaran mereka. Bagi
OKU yang bekerja, mereka berkongsi pengalaman pekerjaan sekarang manakala OKU yang
tidak bekerja pula berkongsi pengalaman pekerjaan lepas (bagi yang pernah bekerja).

4.12.1 Keadaan Umum Tempat Kerja OKU

Daripada responden OKU yang bekerja, hanya 22% mempunyai majikan yang prihatin di
mana ada pegawai khusus untuk memberi bantuan sokongan kepada pekerja OKU. Antara
khidmat yang disediakan oleh pegawai khusus ini ialah kemudahan terjemahan bahasa
isyarat, pengangkutan serta bimbingan dan kaunseling.
Selain daripada pegawai khusus dalam syarikat, majikan juga perlu menyediakan
kemudahan-kemudahan lain untuk pekerja OKU mereka. Daripada kesemua responden,
hanya 33% sedang bekerja atau pernah bekerja di organisasi yang sangat mesra OKU.
Manakala hampir 40% daripada mereka sedang bekerja atau pernah bekerja di syarikat atau
organisasi yang tidak menyediakan kemudahan untuk pekerja OKU langsung. Rajah 4.22
menunjukkan pecahan keadaan umum tempat kerja OKU.

Rajah 4.22: Keadaan Tempat Kerja OKU

32.5%

38.7% Sangat mesra OKU
Separa mesra OKU
Tiada kemudahan untuk OKU

28.8%

Analisis lanjut ke atas kemudahan-kemudahan yang disediakan di tempat kerja OKU
mendapati hanya 68% tempat kerja menyediakan tandas mesra OKU, 58% menyediakan
jadual waktu bekerja yang fleksibel dan hanya separuh daripada jumlah tempat kerja
menyediakan laluan khas dan/atau tempat meletakkan kenderaan untuk OKU. Lif mesra
OKU pula paling kurang disediakan oleh majikan untuk kemudahan pekerja OKU. Sila rujuk
Rajah 4.23.

70

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 4.23: Kemudahan yang Disediakan Untuk Pekerja OKU

80 57.5
70 67.9
60 50.6
50
Peratus 40 35.7 39.6

30

20

10

0

Tandas mesra Laluan khas dan Lif mesra OKU Alat bantuan bagi Jadual waktu

OKU tempat parkir OKU fleksibel

untuk OKU

4.12.2 Keadaan Tempat Kerja Mengikut Sektor Pekerjaan

Analisis turut dibuat ke atas kemudahan OKU di tempat kerja mengikut sektor pekerjaan.
Didapati bahawa keadaan tempat kerja yang paling baik untuk OKU adalah di NGO, di mana
88% daripada responden menyatakan majikan mereka menyediakan kemudahan yang
sangat mesra OKU. Tempat kedua ialah bengkel terlindung seperti yang dinyatakan oleh
43% daripada responden OKU. Manakala majikan di sektor awam adalah majikan yang
ketiga terbaik (39%) dalam menyediakan kemudahan yang mesra OKU.

Persekitaran tempat kerja yang paling tidak mesra OKU adalah di sektor swasta,
terutamanya di premis perniagaan keluarga dan perniagaan sendiri. Sebanyak 64%
perniagaan keluarga tidak menyediakan langsung kemudahan kepada pekerja OKU. Ini
mungkin disebabkan kekurangan dana atau juga kurang pendedahan terhadap kesusahan
pekerja OKU.

Ini diikuti dengan perniagaan sendiri sebanyak 55% dan sektor swasta dan bengkel
terlindung, masing-masing 43%. Perkara ini perlu ditangani secepat mungkin dengan
menyediakan kemudahan-kemudahan yang sewajarnya kepada pekerja OKU, walaupun
mereka daripada kalangan ahli keluarga sendiri.

71

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 4.24: Keadaan Tempat Kerja Mengikut Sektor Pekerjaan

NGO 2.3%
9.3%

88.4%

64.3%

Bekerja dengan keluarga 14.3%
Bekerja sendiri 21.4%

Bengkel terlindung 54.5%
Swasta
20.5%
Kerajaan 25.0%

14.3% 42.9%
42.9%

42.9%
32.5%
24.7%

15.7%

45.8%
38.6%

Tiada kemudahan untuk OKU Separa mesra OKU Sangat mesra OKU

Melihat kepada jenis-jenis kemudahan yang disediakan pula, kesemua responden OKU
yang bekerja di bengkel terlindung menyatakan bahawa majikan mereka menyediakan
tandas mesra OKU, dan 67% daripada mereka juga menyatakan majikan di bengkel
terlindung menyediakan laluan khas dan tempat parkir kepada pekerja OKU. Responden
OKU yang bekerja di sektor NGO pula menyatakan majikan mereka menyediakan jadual
waktu fleksibel kepada pekerja OKU (sebanyak 74%) di samping tandas mesra OKU (81%)
dan laluan khas dan tempat parkir untuk pekerja OKU (69%). Majikan di sektor awam pula
didapati mendahului dengan penyediaan lif mesra OKU dan alat bantuan OKU, seperti yang
dinyatakan oleh responden, masing-masing 61% dan 58%. Secara amnya, perniagaan
sendiri dan perniagaan keluarga kurang menyediakan kemudahan mesra OKU kepada
pekerja kecuali jadual waktu yang fleksibel.

72

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 4.25: Kemudahan untuk Pekerja OKU Mengikut Sektor Pekerjaan

60% 74%
60%
Jadual waktu fleksibel 50%
Alat bantuan bagi OKU 51%
59%
Lif mesra OKU
Laluan khas dan tempat parkir untuk OKU 33% 58%
14%
Tandas mesra OKU
38%
25%

37%

24% 61%
31%
33%

15% 39% 69%
43%
67%
71%

40% 81%
47%
100%
64% 88%

NGO Bekerja dengan keluarga Bekerja sendiri Bengkel terlindung Swasta Kerajaan

4.12.4 Saluran Aduan di Tempat Kerja

Walaupun kemudahan untuk pekerja OKU masih di tahap yang kurang memberangsangkan,
lebih daripada separuh majikan responden (56%) menyediakan saluran aduan untuk
melaporkan masalah di tempat kerja. Dan daripada jumlah itu, 92% menyatakan bahawa
majikan mengambil tindakan ke atas aduan yang dibuat.

4.12.5 Masalah di Tempat Kerja (Persepsi OKU)

Responden turut ditanya persepsi mereka tentang masalah yang dihadapi di tempat kerja.
Empat masalah utama yang dihadapi oleh pekerja OKU dalam pekerjaan sekarang dan
pekerjaan lepas adalah ‘rasa kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri’ (diakui oleh 44%
responden), ‘rasa rendah diri’ yang dialami oleh 38% pekerja OKU, ‘masalah pengangkutan
ke tempat kerja’ (31%) dan ‘kurang latihan kemahiran yang diterima’ (29%). Kesemua
masalah ini boleh dibahagikan kepada masalah dalaman atau masalah luaran.

Masalah dalaman merupakan masalah yang lahir daripada dalam diri OKU itu sendiri
seperti ‘rasa kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri’ dan ‘rasa rendah diri’. Masalah
ini mungkin boleh diselesaikan melalui pendidikan, bimbingan serta latihan yang boleh
dijalani oleh OKU itu sendiri. Manakala masalah luaran pula adalah masalah yang berada
di luar kawalan OKU tetapi mungkin boleh ditangani oleh pihak yang berkuasa, seperti
contoh, masalah pengangkutan ke tempat kerja. Satu lagi masalah luaran yang dihadapi
responden dalam pekerjaan ialah ‘kurang latihan kemahiran yang diberi’ (29%). Perkara ini

73

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

boleh diatasi jika pihak majikan boleh menawarkan lebih banyak peluang latihan kepada
pekerja OKU mereka. Sila lihat Rajah 4.26 untuk senarai penuh masalah-masalah yang
dihadapi OKU semasa bekerja.

Rajah 4.26: Masalah yang Dihadapi oleh OKU dalam Pekerjaan

Masalah buli 7.9%
Alat bantuan tidak disediakan 14.5%
Tiada sokongan perkhidmatan pekerjaan 17.7%
25.0%
Tiada fleksibiliti dalam tugas 25.3%
Kemudahan tidak mesra OKU 44.0%
Rasa kurang yakin dengan kemampuan diri 38.3%
17.6%
Rasa rendah diri 27.7%
Sikap prejudis majikan dan pekerja lain 30.9%
22.2%
Masalah komunikasi di tempat kerja 29.3%
Masalah pengangkutan ke tempat kerja
11.7%
Kurang sokongan emosi
Kurang latihan kemahiran yang diterima
Kurang sokongan keluarga dan rakan-rakan

4.12.6 Tahap Kesedaran OKU Terhadap Insentif yang Disediakan

OKU yang bekerja juga ditanya mengenai insentif-insentif tertentu yang ditawarkan oleh
pihak kerajaan kepada diri mereka dan juga kepada majikan. Adalah penting untuk OKU
sedar akan kesemua insentif ini agar mereka tahu hak mereka di tempat kerja. Hasil kajian
menunjukkan tahap kesedaran yang agak memberangsangkan di kalangan OKU yang
bekerja. Boleh dilihat ramai responden OKU mengetahui tentang Elaun Pekerja Cacat (EPC)
iaitu sebanyak 81%. Begitu juga alat atau peranti bantuan sokongan diketahui oleh 64%.
Hanya pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM6,000 sahaja yang kurang mendapat
perhatian kerana hanya 48% daripada jumlah responden yang sedia maklum akan insentif
ini. Sila rujuk Rajah 4.27.

Rajah 4.27: Insentif Kepada Pekerja OKU

Peratus 90 80.7
80
70 63.7 19.3
60 52.3 Elaun Pekerja Cacat EPC)
50 47.7
40 36.3
30
20
10

0
Alat/peranti bantuan sokongan Pelepasan cukai pendapatan

Sedia Maklum Tidak maklum

74

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Begitu juga dengan insentif kepada majikan. Lebih separuh daripada jumlah responden
OKU yang sedia maklum mengenai pengecualian cukai sebanyak dua kali ganda gaji bagi
majikan (58%) dan 47% daripada responden tahu akan pengecualian cukai bagi usaha
membuat penyesuaian yang munasabah seperti infrastruktur, pengubahsuaian dan latihan

Rajah 4.28: Insentif Kepada Majikan

Peratus 70 52.9
58.3 47.1

60 Pengecualian cukai bagi usaha membuat
penyesuaian
50
41.7

40

30

20

10

0
Pengecualian cukai sebanyak dua kali

Sedia Maklum Tidak maklum

4.13 Kebolehpasaran OKU dan Peluang Pekerjaan

4.13.1 Motivasi OKU Untuk Bekerja

Antara motivasi utama OKU untuk bekerja adalah kerana mahu ‘berdikari’ seperti yang
dinyatakan lebih separuh (66.3%) daripada responden. Motivasi kedua adalah untuk
‘membantu keluarga’ (57%) dan motivasi ketiga adalah untuk ‘menyara keluarga’ (52%).

Rajah 4.29: Motivasi OKU untuk Bekerja

80 66.3
70
60 52.1 56.6
50 41.9
40 45.4
30
Peratus 20
10
Berdikari Memperkasakan Menyara keluarga Membantu
0 ekonomi sendiri keluarga
Menabung

75

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

4.13.2 Cadangan untuk Meningkatkan Produktiviti Pekerja OKU

Dengan adanya motivasi untuk bekerja seperti yang dikongsi oleh para responden,
seharusnya pihak yang terbabit turut memberi sokongan kepada pekerja OKU supaya dapat
melakukan kerja mereka dengan baik. Responden OKU yang bekerja turut berkongsi
harapan mereka dengan memberi cadangan bagaimana hendak mengekalkan atau
meningkatkan produktiviti pekerja OKU di tempat kerja. Cadangan utama yang diberikan
oleh 72% responden adalah supaya pihak-pihak yang berkenaan ‘menyediakan
persekitaran fizikal yang sesuai untuk golongan OKU’ seperti tangga, meja, laluan untuk
kerusi roda dan sebagainya. Cadangan-cadangan lain termasuklah ‘penyesuaian khusus di
tempat kerja’ seperti menyediakan bilik air khusus atau tempat letak kereta yang sesuai
untuk OKU (63%), ‘menyediakan insentif latihan kemahiran dan lain-lain’ (63%, n=346) dan
‘fleksibiliti dalam jadual waktu bekerja’ (61%). Sila rujuk Rajah 4.30 untuk senarai yang lebih
komprehensif.

Rajah 4.30: Cadangan untuk Meningkatkan Produktiviti Pekerja OKU

Menyediakan saluran aduan di tempat kerja 46.4%
Menyediakan rawatan pemulihan 51.4%
Menyediakan latihan insentif 62.9%
Menyediakan pengangkutan 54.5%
Menyediakan penginapan
36.9%
Fleksibiliti untuk bekerja dari rumah 51.3%
Fleksibiliti dalam jadual waktu bekerja 60.6%

Penyesuaian teknologi 47.9%
Penyesuaian khusus di tempat kerja 63.2%
Menyediakan persekitaran fizikal yang sesuai 72.0%

4.13.3 Cadangan Sistem Permohonan Pekerjaan Dalam Talian

Hanya 39% daripada kesemua responden mengetahui tentang JobsMalaysia dan daripada
jumlah itu, hanya 16% pernah menggunakannya untuk membuat permohonan pekerjaan.
Menurut majoriti responden yang pernah menggunakan JobsMalaysia (59%), ianya mudah
digunakan untuk masyarakat awam dan juga mesra OKU. Namun demikian, waktu memuat
naik halaman sangat lama seperti yang diakui oleh 50% responden dan penggunaan sistem
JobsMalaysia juga mengambil masa yang lama (dipersetujui oleh 47% responden).

76

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 4.31: Tahap Keberkesanan JobsMalaysia

Fungsi aplikasi tidak memuaskan 6.9 38.2
Penggunaan sistem mengambil masa lama 43.5
Waktu memuat naik halaman sangat lama 11.5
Maklumat JobsMalaysia tidak memuaskan 11 46.5
36.2
Sistem mesra OKU 6.3
Sistem mudah digunakan 7.6 49.6
38.2
4.6
7.6 45
39.7
7.6
15 53.4
23.3
59.1
8.3
18.2
20.5

2.3

0 20 40 60 80

Peratus

Sangat setuju Setuju Kurang setuju Sangat tidak setuju

Usaha untuk memperbaiki sistem yang sedia ada atau mewujudkan satu alternatif bagi
JobsMalaysia sedang dijalankan. Sehubungan dengan itu, responden juga ditanya apakah
ciri-ciri yang mereka mahukan dalam sesuatu sistem permohonan pekerjaan dalam talian.
Kebanyakan responden mengharapkan agar sistem yang bakal dilaksanakan kelak boleh
membenarkan pencarian pekerjaan yang lebih komprehensif seperti mengikut majikan,
lokasi, kata kunci, kategori pekerjaan dan lain-lain (76% daripada responden). Selain itu,
responden mengharapkan agar sistem yang baru nanti dapat membuat padanan
kebolehkerjaan seseorang OKU itu dengan peluang pekerjaan yang diiklankan (65%).
Responden OKU turut mencadangkan agar sistem tersebut boleh memberikan mereka
maklumat penting seperti program, pameran kerjaya, perkhidmatan dan sokongan yang
disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO seperti One Stop Centre. Sila rujuk Rajah
4.32 untuk cadangan-cadangan selanjutnya.

77

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 4.32: Cadangan Ciri-Ciri Sistem Permohonan Pekerjaan Dalam Talian

Boleh diguna dengan telefon bimbit 55.8%
Mendapat maklumat dari agensi berkaitan 60.0%

Menerima notifikasi 54.5%
Memaparkan semua permohonan yan telah dibuat 49.5%
47.1%
Memuat-naik CV dan dokumen sokongan
Menghantar permohonan atas talian 52.4%
Membuat padanan kebolehkerjaan 64.5%
Pencarian yang komprehensif 75.8%

4.13.4 Pendapat Tentang Peluang Pekerjaan OKU di Malaysia

Maklum balas daripada responden agak menarik kerana memaparkan dua pandangan yang
berbeza mengenai peluang pekerjaan OKU di Malaysia. Kebanyakan responden (58%)
berpendapat bahawa peluang pekerjaan untuk OKU begitu terhad, dan amat susah bagi
seseorang OKU untuk mendapatkan pekerjaan (10%). Namun terdapat segelintir kecil
responden (19%) yang berpendapat peluang pekerjaan untuk OKU di Malaysia ‘agak baik’.
Menurut golongan tersebut, peluang pekerjaan untuk OKU ada di lokasi-lokasi tertentu dan
terpulang kepada OKU sendiri bagaimana mahu memohon pekerjaan yang diiklankan.

Rajah 4.33: Pendapat Mengenai Peluang Pekerjaan OKU

Kurang maklumat tentang peluang pekerjaan 2.2

Agak baik 18.5

Peluang berbeza ikut kategori OKU 5.8

Susah untuk dapat kerja 9.6

Tidak tahu kemampuan OKU 6.4

Peluang pekerjaan terhad 57.5
0
10 20 30 40 50 60 70
Peratus

78

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Analisis lanjut telah dibuat ke atas 19% OKU tersebut untuk melihat jika ada sebarang
korelasi di antara kelayakan akademik OKU dan persepsi mereka terhadap peluang
pekerjaan yang ditawarkan.2 Dapatan menunjukkan semakin tinggi kelayakan akademik
seseorang OKU, semakin sukar dia merasakan untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang
sejajar dengan kelulusannya. Sebagai contoh, hanya 9% daripada OKU yang berpendidikan
IPT berpendapat peluang pekerjaan adalah baik berbanding 45% atau 33% OKU yang
berpendidikan sekolah rendah atau tiada pendidikan formal. Hal ini mungkin disebabkan
oleh dua faktor, iaitu jenis pekerjaan yang ditawarkan dan persepsi majikan dan masyarakat.
Jika ramai majikan masih menganggap OKU tidak boleh menjalankan tugas dengan baik,
maka peluang pekerjaan mereka akan dibataskan dengan pekerjaan asas sahaja. Oleh
yang demikian, jika OKU mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, mereka akan melihat
peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka seperti tiada atau kurang
ditawarkan. Sebaliknya, kerja-kerja asas yang tidak memerlukan kelayakan akademik yang
tinggi akan nampak seperti banyak ditawarkan kepada OKU. Hakikatnya, kerja-kerja asas ini
dibayar gaji yang amat rendah dan golongan OKU tidak akan dapat keluar daripada kategori
B40 dan miskin selama mereka bekerja.

Rajah 4.34: Kelayakan Akademik dan Peluang Pekerjaan

Peratus 100 55 72.8 90.7
90 45 27.2
80 9.3
70 66.7 Sekolah Rendah Sekolah Menengah IPT
60
50
40 33.3
30
20
10
0
Tiada

Peluang pekerjaan terhad Peluang pekerjaan agak baik

4.13.5 Cadangan untuk Meningkatkan Lagi Peluang Pekerjaan untuk OKU

Responden juga diberi ruang untuk memberi cadangan bagi meningkatkan lagi peluang
pekerjaan untuk OKU di Malaysia. Seperti yang dijangka, para responden OKU
mencadangkan agar lebih banyak peluang pekerjaan dibuka untuk golongan OKU. Ini
dipersetujui oleh 24% responden. Tetapi peluang pekerjaan yang ditawarkan hendaklah
bersesuaian dengan keupayaan seseorang OKU agar lebih adil untuk mereka memohon
(15%). Cadangan kedua terbanyak ialah supaya lebih banyak kemudahan atau insentif
diberi kepada golongan OKU (16%). Sebagai contoh, menyediakan kemudahan semasa
proses pencarian kerja dan menyediakan lebih banyak platform bantuan keusahawanan
atau penyelidikan bagi OKU yang berminat. Bagi mengatasi masalah majikan kurang yakin

2 Ujian chi-square menunjukkan ada hubungan (korelasi) yang signifikan di antara kelayakan akademik OKU dan
persepsi mereka terhadap peluang pekerjaan yang ditawarkan (p < 0.05).

79


Click to View FlipBook Version