Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
k) Berkaitan EPC
Peserta mencadangkan jumlah bantuan EPC dinaikkan kepada RM1,500. Selain itu peserta
juga mencadangkan pelepasan cukai diberi kepada golongan OKU yang berpendapatan
RM3,000 ke atas (yang tidak mendapat bantuan EPC), bagi membantu meringankan beban
mereka. Peserta turut mencadangkan agar kenaikan bantuan EPC wajar diberikan mengikut
jumlah tanggungan bagi OKU yang berkeluarga.
l) Dana bagi NGO OKU
Peserta mencadangkan agar pihak kerajaan menyediakan dana dan geran kepada NGO
untuk menjalankan program berkaitan OKU. Selain itu, terdapat cadangan untuk
memperkasakan NGO dengan memberi latihan Job Coach. Peserta juga mencadangkan
agar NGO berdaftar diberikan geran tahunan bagi melancarkan program yang ingin
dilaksanakan berdasarkan output yang dicapai.
m) MKBOKU
Peserta mencadangkan agar menyemak semula peranan dan susun atur MKBOKU supaya
dapat memberi lebih impak dalam menjaga kebajikan OKU. Ini bertujuan untuk
membolehkan perhatian lebih khusus dapat diberikan kepada OKU dan pada masa yang
sama dapat merealiasasikan harapan golongan OKU.
n) Berkaitan JPOKU
Peserta turut memberi cadangan agar JPOKU diperkemaskan dan diperkuatkan dengan
menambah jabatan atau unit seperti unit Job Coach dan unit latihan. Ini bertujuan untuk
mengatasi masalah beban kerja JPOKU yang banyak dan bercampur-aduk.
ii. Dasar Berkaitan Akses dan Perlindungan dalam Membantu Kebolehpasaran
Pekerja OKU
Bahagian ini membincangkan tentang cadangan akses dan perlindungan bagi OKU yang
berkaitan dengan dasar dan polisi untuk membantu pekerja OKU mendapat peluang
pekerjaan. Jadual 7.16 menunjukkan tema dan kekerapan berkaitan dengan cadangan
akses dan perlindungan untuk OKU yang berkaitan dengan dasar dan polisi. Perkara yang
kerap dinyatakan oleh peserta dalam FGD adalah berkaitan dengan fasiliti, kemudahan,
geran dan program untuk OKU (n=32). Seterusnya, perkara paling kerap dibincang adalah
berkaitan pembangunan portal utama untuk OKU (n=8). Selain daripada itu, antara tema-
tema yang lain yang dibincangkan adalah tentang pemadanan kerja (n=6), kesedaran
berkaitan OKU (n=6) dan penempatan berpusat (n=5).
176
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Jadual 7.16: Tema Dan Kekerapan Untuk Akses Dan Perlindungan Kepada OKU Untuk
Mendapat Pekerjaan Dan Kekal Dalam Pekerjaan
Tema Kekerapan
a) Berkaitan fasiliti, kemudahan, geran dan program OKU 32
b) Portal utama OKU 8
c) Sistem sokongan OKU 7
d) Pemadanan kerja (Job Matching OKU) 6
e) Kesedaran berkaitan OKU 6
f) Penempatan berpusat (Group Home) 5
g) Unit Psikologi dan Ujian Klinikal Psikologi 5
h) Insuran dan lesen bagi OKU 4
i) Perniagaan OKU 2
j) OKU pembelajaran 2
k) OKU pelbagai ketidakupayaan 1
a) Berkaitan Kemudahan, Geran dan Program OKU
Topik berkaitan fasiliti, kemudahan, program dan geran OKU merupakan topik yang paling
banyak dinyatakan oleh peserta FGD. Pertama adalah topik berkaitan geran untuk OKU.
Peserta mencadangkan agar geran pelancaran (geran bantuan perniagaan) yang lebih
berkesan ditawarkan untuk membantu OKU bagi jangka masa yang panjang. Memberi
bantuan bulanan akan menyebabkan OKU terlalu bergantung kepada pihak kerajaan dan
hanya berkesan untuk jangka masa pendek. Seterusnya, terdapat cadangan agar OKU
menerima geran berbentuk latihan dan kursus yang berkaitan pengurusan perniagaan.
Mewujudkan kepelbagaian geran kepada OKU turut dicadangkan dalam FGD.
Seterusnya berkaitan penyampaian maklumat tentang fasiliti, kemudahan dan geran yang
disediakan untuk OKU. Peserta menyatakan tentang keperluan menggunakan media massa
dan media sosial untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap OKU dan pada
masa yang sama dapat menyampaikan maklumat kepada OKU. Peserta menyatakan
keperluan komunikasi yang efektif dan mesra OKU menerusi jaringan internet dan laman
sesawang untuk menyalurkan segala maklumat kepada OKU. Ini penting kerana pelbagai
geran seperti geran TEKUN dan JTK yang ditawarkan kepada OKU dapat disampaikan
kepada mereka secara efektif dan komprehensif. Peserta mencadangkan dana
diperuntukkan untuk menyebarkan informasi kepada golongan OKU dengan lebih telus dan
efektif.
Cadangan yang lain adalah penyampaian maklumat kepada OKU yang berada di hospital.
Peserta menyatakan doktor bertugas yang membabitkan OKU (terutama OKU baru) perlu
menyampaikan maklumat tentang kesihatan OKU dengan lebih baik dan lebih mesra.
Terdapat cadangan untuk menyediakan Job Coach dan pegawai sosial khas kepada OKU
supaya mereka dapat memberi penerangan penting seperti cara-cara pengurusan diri
khususnya kepada OKU baru.
Perkara seterusnya adalah berkaitan fasiliti dan bangunan untuk OKU. Peserta
mencadangkan untuk menambah baik infrastruktur kepada OKU seperti menyediakan lampu
isyarat khas dan ramp. Peserta memberi cadangan agar sebarang dasar, akta, undang-
177
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
undang dan fasiliti OKU yang ingin dibangunkan perlu mendapat pandangan dan kerjasama
daripada OKU sendiri.
Dari segi audit akses, peserta memberi cadangan agar agensi kerajaan menambah baik
sistem audit akses, di mana PBT harus memainkan peranan dan lebih serius memastikan
audit akses berjalan dengan betul. Peserta mencadangkan penguatkuasaan dan
pemantauan dilaksanakan bagi memastikan bangunan yang dibina mengikut standard dan
memenuhi kriteria reka bentuk sejagat. PBT juga harus bekerjasama untuk menyelaraskan
definisi reka bentuk sejagat agar tidak berlaku salah faham antara agensi yang terlibat
semasa proses pembinaan. Peserta juga menyatakan tentang keperluan penglibatan OKU
semasa audit akses.
Bengkel terlindung OKU juga memerlukan penambahbaikan dari segi keselamatan
bangunan dan prasarana. Ini kerana kebanyakan bengkel terlindung adalah bangunan lama.
Peserta juga mencadangkan agar bengkel terlindung dikecualikan daripada akta gaji
minima. Ini kerana pelatih OKU yang berada di bengkel terlindung tidak dapat melakukan
kerja seperti pekerja biasa (tidak begitu produktif).
Berkaitan dengan kemudahan pengangkutan OKU, peserta mencadangkan agar
perkhidmatan e-hailing seperti GRAB dapat memberi kadar istimewa untuk OKU. Selain itu,
sistem pengangkutan awam di luar bandar perlu ditambah baik bagi memudahkan OKU
yang tidak mempunyai lesen atau kurang berkemampuan untuk bergerak sendiri.
Seterusnya, peserta mencadangkan kompleks latihan OKU di Sabah diperluaskan fungsi
dan peranannya. Kompleks latihan OKU perlu dibuka lebih banyak untuk membantu
pembelajaran OKU pembelajaran dan penglihatan. Begitu juga dengan sekolah vokasional
di Sabah. Peserta mencadangkan sekolah vokasional khas dibuka kepada OKU (OKU
penglihatan dan pelbagai). Ini kerana di Sabah hanya terdapat program integrasi sahaja di
kolej vokasional.
Selain itu, terdapat cadangan untuk mewujudkan saluran aduan untuk OKU. Agensi
kerajaan perlu memantau OKU bekerja bagi mengelakkan sebarang kes buli. Saluran aduan
OKU juga diharapkan dapat membantu OKU untuk membuat sebarang aduan berkaitan
masalah di tempat kerja.
b) Portal Utama OKU
Peserta mencadangkan portal untuk mengkoordinasikan semua agensi dan meletakkan
maklumat setiap agensi yang berkaitan dalam portal tersebut. Terdapat juga cadangan
mewujudkan portal yang mempunyai sistem maklumat kesihatan OKU (maklumat diagnosis
seperti peringkat OKU penglihatan). Seterusnya ada cadangan untuk membuat profiling
OKU dan memberi akses data tersebut kepada pihak IPT bagi memudahkan IPT membuat
penempatan program dan majikan yang bersesuaian. Peserta juga menyatakan mengenai
keperluan Personal Data Protection Act (PDPA) (kebenaran membenarkan data di
keluarkan daripada portal agensi yang didaftar) untuk memudahkan pertukaran maklumat
antara agensi. Ini akan memudahkan agensi untuk bertindak membantu OKU dalam urusan
pemadanan kerja.
178
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
c) Sistem Sokongan OKU
Peserta menyatakan mengenai pencapaian dan cadangan dalam membina sistem
sokongan untuk OKU. Pertama adalah pusat rehabilitasi Tun Abdul Razak di Melaka yang
menyediakan perkhidmatan kepada OKU. Seterusnya PDK perlu menjalankan kajian
melibatkan sokongan ibu bapa untuk mencari penyelesaian untuk meningkatkan keyakinan
ibu bapa supaya anak-anak OKU mereka dibenarkan berpeluang untuk bekerja.
Seterusnya, peserta memberi cadangan berkaitan sistem sokongan untuk OKU. Koordinasi
untuk sistem sokongan kepada OKU harus bermula dari peringkat permulaan, sebagai
contoh maklumat berkaitan OKU perlu diperoleh dari sejak lahir atau selepas lahir. Bagi
OKU selepas lahir, peserta memberi cadangan agar sistem sokongan disediakan oleh
komuniti OKU sendiri.
Seterusnya adalah cadangan supaya sistem sokongan OKU perlu bersifat personal dan
setempat kerana OKU mempunyai keperluan yang unik dan berbeza. Selain itu, fasiliti sedia
ada perlu diperkasakan. Peserta turut memberi cadangan agar sistem sokongan turut hadir
dalam kalangan keluarga dan komuniti.
d) Pemadanan Kerja
Antara cadangan yang diutarakan berkaitan job matching adalah dengan mewujudkan portal
untuk pemadanan kerja khusus bagi OKU yang bertujuan untuk mengatasi masalah
pekerjaan yang tidak bersesuaian di kalangan OKU. Peranan menyelia portal job matching
boleh dikendalikan oleh SPA. Peserta turut mencadangkan pemadanan kerja berdasarkan
latar belakang pendidikan, minat OKU, kategori dan tahap ketidakupayaan OKU. Peserta
turut memberi cadangan portal pemadanan kerja dapat menerangkan jenis pekerjaan
mengikut kategori OKU, juga sektor dan skim yang diberikan berdasarkan kategori OKU.
Peserta bependapat JPA dan SPA sepatutnya memainkan peranan bagi mengendalikan
perkara berkaitan portal job matching. Selain itu, panel FGD berpendapat kategori kerja
dalam job matching perlu dibuka kepada semua kategori OKU untuk mengelakkan
diskriminasi. Peserta berpendapat job matching boleh digunakan oleh OKU yang telah
selesai latihan dan seorang pembantu peribadi diperlukan agar dapat membantu semasa
proses pemohonan.
e) Kesedaran Berkaitan OKU
Semasa FGD, antara cadangan untuk meningkatkan kesedaran majikan, agensi,
masyarakat berkaitan OKU adalah dengan menggunakan media sosial untuk membuat
kempen berkaitan OKU. Selain itu, cadangan lain ialah dengan mengadakan seminar
pendedahan untuk majikan yang berpotensi untuk mengambil pekerja OKU. Seminar
kesedaran ini boleh dijadikan salah satu syarat untuk mendapat lesen perniagaan. Seminar
juga boleh mendedahkan faedah-faedah lain yang bakal diperoleh oleh majikan dan salah
satu daripadanya ialah pengecualian cukai.
Bagi sektor awam, menteri perlu memberi peraturan dan arahan jelas berkaitan kesedaran
OKU. Sebagai contoh KPM boleh mengarahkan bahagian institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) untuk menjalankan program tentang OKU sebagai kesedaran kepada warga di IPT.
Setiap jabatan kerajaan juga perlu mengadakan program kesedaran OKU (Hari OKU) dan
179
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
melibatkan OKU dalam setiap program yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan. Sebagai
contoh program keselamatan untuk OKU. Seterusnya jabatan kerajaan juga perlu
mengadakan audit kesedaran OKU untuk melihat kemudahan asas dan peluang kerja yang
wujud di setiap jabatan kerajaan.
Program kesedaran tentang OKU memerlukan kerjasama antara semua pihak yang terlibat
seperti majikan, NGO, agensi kerajaan dan lain-lain. Peranan pihak sekolah turut diperlukan
seperti memasukkan maklumat tentang kemampuan OKU dan kejayaan OKU semasa
pendidikan subjek-subjek moral.
f) Group Homes
Peserta menyatakan tentang keperluan menyediakan penjaga atau penyelia asrama OKU di
group homes seperti yang dilakukan di Jepun. Peserta mencadangkan supaya penyelia di
group home boleh menjadi tempat OKU mengadu sebarang masalah di tempat kerja. Selain
itu, peserta turut mencadangkan komunikasi dan perkongsian informasi antara majikan dan
NGO (group home) yang menjaga OKU untuk mengatasi masalah OKU di tempat kerja
(seperti masalah buli).
Peserta turut mencadangkan agar Malaysia mengikut langkah Jepun berkenaan group
home. Group home di Jepun menyediakan tukang masak dan membuat pelbagai program
untuk OKU yang tinggal di sana. Selain itu, group home di Jepun turut diletakkan di setiap
30 KM (1 rumah 10-15 OKU). Terdapat peserta mencadangkan group home dibuat untuk
setiap daerah bagi memudahkan OKU bergerak ke tempat kerja dan kekal bekerja.
g) Unit Psikologi dan Ujian Psikologi Klinikal
Peserta mencadangkan unit psikologi di setiap jabatan kerajaan diperkasakan dengan
memasukkan skop berkaitan OKU. Ini bertujuan untuk membantu pekerja OKU yang berada
di sektor awam. Selain itu, ada juga cadangan untuk menjalankan ujian psikometrik ke atas
OKU yang ingin berniaga dan juga ke atas pekerja OKU sebelum mereka masuk ke dunia
pekerjaan. Ini penting bagi mengenal pasti kemahiran yang ada pada setiap pekerja OKU.
Seterusnya, peserta turut menekankan ujian psikologi klinikal untuk dilakukan kepada
kanak-kanak ketika mereka masih kecil (terutamanya kanak-kanak OKU pembelajaran).
Sehingga kini doktor diperlukan untuk mengakses kanak-kanak OKU dengan cara yang
betul. Terdapat juga kekurangan doktor. Justeru, penambahan doktor dalam bidang tersebut
adalah diperlukan.
h) Insurans dan Lesen bagi OKU
Terdapat juga cadangan berkaitan dengan kemudahan dalam insurans, peserta
menyatakan tentang keperluan membaiki sistem insurans yang menyukarkan OKU membeli
insurans. Peserta mencadangkan agar permohonan insurans bagi OKU dipermudahkan.
Seterusnya sistem insurans bagi syarikat yang menggaji OKU perlu dinilai semula kerana
majikan dikenakan insurans premium apabila menggaji OKU (faktor risiko keselamatan dan
lain-lain).
180
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Berkaitan lesen kereta, peserta meminta agar permohonan lesen memandu bagi OKU
(terutamanya OKU fizikal) dipermudahkan kerana berpendapat OKU sendiri boleh memandu
dan berdikari untuk bergerak. Seterusnya, bagi lesen busking peserta secara spesifik
mencadangkan agar OKU penglihatan tidak perlu memohon lesen untuk melakukan busking
di Sarawak. Ini adalah kerana aktiviti busking boleh menjana sumber pendapatan kepada
OKU.
i) Perniagaan OKU
Antara cadangan berkaitan perniagaan bagi OKU adalah dengan membantu OKU
menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan memberi bimbingan dan menjalankan
program seperti mentor dan mentee. Peserta juga memberi cadangan agar ujian psikometrik
dijalankan untuk OKU yang berniaga dan ingin berniaga. Ini adalah kerana ujian psikometrik
akan membantu OKU mengenal pasti perniagaan dan pekerjaan yang sesuai.
j) OKU Pembelajaran
Peserta memberi cadangan berkaitan akses dan perlindungan untuk OKU pembelajaran
antaranya adalah kemahiran OKU pembelajaran perlu dipertingkatkan terutamanya
kemahiran menguruskan diri dan kebolehan berdikari. Selain itu, PDK perlu melatih tenaga
pengajar mereka supaya mempunyai asas melatih pekerja OKU terutamanya OKU
pembelajaran. Sistem pembelajaran secara berperingkat juga boleh digunakan untuk OKU
pembelajaran bagi memastikan ada kelangsungan penambahbaikan daripada sudut
pengurusan diri dan seterusnya ke arah latihan bersifat kemahiran kerjaya dan teknikal.
k) OKU Pelbagai
Peserta memberi cadangan yang spesifik untuk OKU pembelajaran di Sabah iaitu keperluan
mempunyai kemudahan pusat latihan (fasiliti dan latihan) untuk membantu OKU pelbagai.
iii. Dasar Berkaitan Pendidikan OKU
Jadual 7.17 menunjukkan tema dan kekerapan bagi dasar pendidikan OKU. Peserta
menyatakan berkenaan sukatan pelajaran pembelajaran bagi OKU (n=9) serta
penambahbaikan prasarana di sekolah (n=3). Kesemua isu ini penting bagi menjamin
kebolehpasaran OKU setelah mereka tamat belajar di sekolah.
Jadual 7.17: Tema dan Kekerapan bagi Dasar Pendidikan OKU
Tema Kekerapan
a) Sukatan pelajaran pembelajaran bagi OKU 9
b) Prasarana 3
181
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
a) Sukatan Pelajaran bagi OKU
Peserta berbincang berkenaan dengan sukatan pelajaran yang tidak sesuai dengan
keperluan OKU. Peserta berpendapat OKU hanya perlu belajar subjek yang membolehkan
mereka hidup di dunia luar. Oleh itu terdapat keperluan untuk menyusun subjek atau
sukatan pelajaran OKU bersesuaian dengan kemampuan pelajar OKU. Peserta turut
memberi cadangan supaya sukatan pelajaran self-advocacy diajar di sekolah. Seterusnya
pelajar yang telah matang (14 tahun ke atas) perlu didedahkan dengan subjek elektif yang
menuju ke arah pekerjaan (tidak fokus kepada akademik semata-mata). Perkara yang sama
diperkatakan oleh peserta daripada JTK dan JobsMalaysia, di mana sukatan pelajaran
pendidikan perlu selari dengan keperluan kerja untuk OKU dan orang biasa. Sistem
pendidikan untuk golongan istimewa perlu lebih kepada latihan kemahiran untuk OKU bagi
menguruskan hidup dan dapat melakukan pekerjaan ringkas apabila masuk ke dunia
pekerjaan. Terdapat peserta mencadangkan kewajiban mewujudkan sukatan pelajaran self-
advocacy di sekolah. Seterusnya, sukatan pelajaran latihan TVET juga perlu diserap dalam
sistem pendidikan khas dari peringkat awal lagi. Pihak sekolah (sekolah pendidikan khas)
perlu mengenal pasti kemahiran OKU supaya memudahkan agensi seperti JobsMalaysia
dan festival kerjaya khusus untuk mengenal pasti OKU berpotensi. Sekolah juga perlu
mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh majikan dan memasukkan
sukatan pelajaran berkenaan dalam sukatan pelajaran pelajar OKU (terutamanya untuk
OKU pembelajaran).
Terdapat juga usul berkaitan sijil SPM bagi OKU. Peserta memberi cadangan supaya pihak
sekolah memastikan pelajar OKU yang mampu untuk belajar perlu menghabiskan
pembelajaran mereka sehingga SPM. Guru perlu mengenal pasti pelajar-pelajar OKU yang
mampu mengambil SPM. Ini bagi membuka peluang yang lebih banyak kepada pelajar OKU
untuk mendapat pekerjaan. Di samping itu, PPKI turut memainkan peranan mengenal pasti
kemampuan dan kecenderungan pelajar OKU. Sekiranya mereka mampu, pelajar OKU
perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran arus perdana (kelas inklusif).
Berbeza dengan PDK, di mana kebanyakan pelatih adalah lemah pembelajaran dan
mempunyai masalah mental. Oleh itu, PDK hanya mengajar OKU subjek yang OKU mampu
belajar (menggunakan konsep homeschool). Selain itu, OKU juga lebih mudah untuk belajar
menerusi visual dan audio. Sukatan pelajaran di PDK tidak perlu terikat dengan KPM,
sebaliknya terdapat sukatan pelajaran yang mengajar komputer kepada OKU dengan
menggunakan PDKNet.
b) Infrastruktur
Berkaitan dengan sistem dan prasarana di sekolah, peserta menyatakan keperluan untuk
menambah baik sistem dan prasarana di sekolah supaya OKU boleh diterima masuk ke
sekolah. Sebagai contoh, pelajar OKU fizikal yang berkerusi roda yang tiada masalah
pembelajaran tidak dapat masuk kelas arus perdana kerana telah ditempatkan di kelas
pendidikan khas. Prasarana dan kemudahan OKU di sekolah perlu diperbaiki dan diubah
suai sebelum menerima pelajar OKU di sekolah dan sebarang program. Sebagai contoh
membina ramp dan fasiliti yang lain. Ini bertujuan untuk memudahkan pembelajaran OKU.
Selain itu juga terdapat cadangan spesifik tentang keperluan memperluaskan sekolah
182
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
vokasional di Sabah. Ini adalah kerana Sabah kekurangan sekolah khas vokasional untuk
OKU.
iv. Dasar dan Polisi Berkaitan Pendaftaran OKU
Jadual 7.18 menunjukkan tema dan kekerapan berkaitan dengan pendaftaran OKU.
Seksyen ini membincangkan tentang cara yang boleh dilakukan untuk memastikan OKU
membuat pendaftaran di samping menyebarkan kepentingan mempunyai kad OKU bagi
pekerja OKU. Antara perkara yang kerap dinyatakan oleh peserta dalam perbincangan yang
berkaitan dengan pendaftaran OKU adalah peranan yang boleh dimainkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (n=4), memberi kesedaran tentang pendaftaran
OKU (n=3) dan memaksimumkan penggunaan kad OKU (n=3). Perkara lain yang
dinyatakan adalah melakukan hebahan berkaitan faedah pendaftaran OKU (n=2).
Jadual 7.18: Tema dan Kekerapan Berkaitan dengan Pendaftaran OKU
Tema Kekerapan
a) Peranan KKM dan Sekolah 4
b) Kesedaran tentang pendaftaran OKU 3
c) Penggunaan kad OKU 3
d) Hebahan faedah Kad OKU 2
a) Peranan KKM dan Sekolah
Peserta turut membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh KKM dan sekolah untuk
membantu pendaftaran OKU. KKM memainkan peranan yang besar untuk memastikan OKU
mendaftar apabila lahir di hospital atau mendapat perkhidmatan di hospital. KKM perlu
membuat pendaftaran secara automatik untuk OKU yang lahir di hospital. Selain itu,
pendaftaran OKU boleh dilakukan melalui sekolah. Pihak sekolah perlu mewajibkan ibu
bapa mendaftar anak-anak OKU mereka tanpa menjatuhkan maruah atau memalukan ibu
bapa. Pihak sekolah perlu mewajibkan pendaftaran OKU supaya data anak-anak OKU boleh
disimpan untuk tujuan penambahbaikan. Di samping bakat dan keistimewaan anak-anak
OKU tidak diabaikan.
b) Kesedaran Mendaftar OKU
Peserta berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk memberi kesedaran kepada ibu
bapa tentang kepentingan mendaftar OKU demi masa depan anak-anak OKU. Antara
langkah yang dicadangkan adalah melalui pendidikan. Kesedaran melalui pendidikan boleh
dilakukan di saluran TV dan media. Peserta turut mencadangkan pendedahan tentang
pelbagai faedah kad OKU untuk masa depan OKU, kemudahan elaun, dan lain-lain.
c) Penggunaan Kad OKU
Peserta memberi cadangan memaksimumkan penggunaan kad OKU dengan memastikan
OKU menggunakan kad OKU sepenuhnya. Selain itu, sektor swasta perlu menawarkan
perkhidmatan kepada OKU melalui penggunaan kad OKU. Sebagai contoh, syarikat
183
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
penerbangan seperti AirAsia perlu menawarkan servis kepada OKU. Peserta juga
mencadangkan kad OKU diselaraskan di setiap premis kerajaan dan premis swasta.
Seterusnya, peserta mencadangkan faedah kad OKU ditambah baik. Sebagai contoh
sesetengah kad OKU tidak memberi faedah yang sebenarnya, sesetengah pihak hanya
membuat promosi dengan memberi diskaun atau keistimewaan kepada pemegang kad
OKU. Selain itu, perkhidmatan tempahan secara dalam talian perlu dibuat khas supaya OKU
boleh mendapat kemudahan yang diberikan. Kemudahan yang diberikan memberi manfaat
sepenuhnya kepada OKU. Kad OKU juga perlu memberi tawaran dan faedah yang berguna
kepada OKU supaya boleh menarik minat OKU lain untuk mendaftar kad OKU.
d) Hebahan Faedah Kad OKU
Berkaitan dengan faedah kad OKU, peserta mencadangkan keperluan untuk
menghebahkan kelebihan kad OKU kepada ibu bapa demi masa depan anak-anak OKU.
Antara keistimewaan kad OKU ialah OKU tidak perlu membayar bayaran untuk pasport,
laluan khas kemasukan OKU ke IPT dan elaun bulanan.
7.3.1.2 Berkaitan Majikan
i. Cadangan Penambahbaikan untuk Pekerja OKU
Jadual 7.19 menunjukkan tema dan kekerapan untuk penambahbaikan pengambilan dan
pengekalan pekerja OKU daripada pandangan majikan. Seksyen ini berfokus kepada pihak
majikan, iaitu perbincangan tentang penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk
meningkatkan pengambilan pekerja OKU dan kesinambungan pekerjaan OKU. Pendedahan
berkaitan OKU kepada masyarakat dan majikan adalah perkara paling kerap dinyatakan
oleh peserta (n=16), selain daripada peranan yang perlu dimainkan oleh Job Coach untuk
membantu pengambilan pekerja OKU oleh pihak majikan (n=5). Seterusnya perkara yang
dinyatakan adalah keperluan mewujudkan sistem sokongan OKU di tempat kerja (n=4),
mewujudkan pangkalan data majikan (n=2) dan potensi program OKU bekerja dari rumah
(n=2).
Jadual 7.19: Tema dan Kekerapan untuk Penambahbaikan untuk Pekerja OKU daripada
Pandangan Majikan
Tema Kekerapan
a) Pendedahan berkaitan OKU (Masyarakat dan Majikan) 16
b) Peranan Job Coach 5
c) Sistem Sokongan OKU di tempat kerja 4
d) Pangkalan Data Majikan 2
e) OKU bekerja dari rumah 2
f) SOP 2
g) Interaksi antara majikan dan organisasi (NGO/agensi) 1
h) Onboarding Proses 1
i) Penilaian lengkap pekerja OKU (Berdasarkan PERKESO) 1
j) Pick and Drop Service 1
184
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
a) Pendedahan Berkaitan OKU (Masyarakat dan Majikan)
Antara cadangan yang diberi oleh peserta adalah media memainkan peranan memberi
kesedaran tentang OKU kepada masyarakat dan majikan secara khusus. Peserta
mencadangkan kesedaran diberikan kepada masyarakat berkaitan OKU, bertujuan
membina ekosistem atau persekitaran yang lebih baik untuk OKU.
Majikan memerlukan kesedaran tentang kelebihan, keupayaan serta jenis ketidakupayaan
OKU bagi menambah keyakinan untuk menggaji OKU. Oleh itu peserta mencadangkan
keperluan menghubungkan antara majikan dan pekerja OKU melalui latihan, supaya
majikan dapat melihat kemahiran dan kebolehan OKU bekerja. Dalam masa yang sama
majikan perlu bersedia menerima dan membantu OKU bekerja.
Peserta mencadangkan agar pihak berwajib melakukan promosi dan hebahan tentang
faedah dan insentif yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada majikan seperti faedah
potongan cukai. Dengan ini, majikan akan mendapat lebih pendedahan tentang OKU.
Mengenai insentif kepada majikan yang menggaji OKU, peserta memberi cadangan agar
insentif diberikan untuk mengatasi masalah majikan yang bimbang tentang kos dan risiko
tinggi bakal dihadapi sekiranya mengambil pekerja OKU. Selain itu, cara lain untuk
menggalakkan majikan untuk menggaji OKU adalah dengan berkongsi kejayaan syarikat
yang menggaji OKU.
b) Peranan Job Coach
Bagi meningkatkan peluang majikan mengambil pekerja OKU, peserta memberi cadangan
supaya Job Coach memainkan peranan memberi kesedaran kepada majikan tentang
pekerja OKU. Job Coach juga perlu memberi keyakinan kepada majikan untuk mengambil
pekerja OKU dengan memberi sokongan dan bantuan dalam pengendalian pekerja OKU
yang diterima bekerja. Job Coach perlu memainkan peranan dalam menghubungkan
majikan, OKU dan keluarga OKU. Mereka perlu bertindak sebagai penasihat pekerjaan
kepada OKU dan membantu OKU dit empat kerja. Mereka juga perlu melawat rakan sekerja
dan majikan OKU secara kerap dan ketika waktu lawatan, Job Coach boleh mengumpul
maklumat dan isu yang dihadapi oleh OKU sekali gus memudahkan urusan membantu
OKU.
Peserta turut mencadangkan agar majikan memberi sokongan lanjut, memantau, menilai
keberkesanan dan kompetensi Job Coach dalam usaha membantu OKU bekerja.
Seterusnya peserta memberi cadangan supaya setiap majikan menyediakan Job Coach
sendiri (gaji dibayar oleh syarikat tersebut untuk membantu OKU kekal lama bekerja). JKM
juga boleh membantu majikan dengan mengadakan bengkel berkaitan Job Coach kepada
syarikat swasta.
Berkaitan untuk memperkasakan Job Coach, peserta memberi cadangan penambahbaikkan
kursus Job Coach (di bawah JKM). Seterusnya adalah memberi elaun kepada Job Coach
untuk memperkasakan perkhidmatan Job Coach di Malaysia. Cadangan lain adalah
menambah bilangan Job Coach di Malaysia untuk mengendalikan masalah berkaitan OKU
di JKM.
185
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
c) Sistem Sokongan OKU di Tempat Kerja
Peserta mencadangkan keperluan syarikat swasta menyediakan sistem sokongan kepada
OKU. Sebagai contoh dengan mewujudkan portfolio untuk menjaga dan memberi perhatian
kepada ahli kurang upaya dalam syarikat. Seterusnya melantik wakil daripada syarikat yang
menggaji OKU sebagai ahi jawatankuasa di NGO/Organisasi OKU bekerja. Seterusnya
adalah keperluan untuk rakan sekerja OKU memberi sokongan kepada pekerja OKU bekerja
dengan sentiasa berkomunikasi, bekerjasama dan membantu OKU sekiranya terdapat
masalah di tempat kerja. Majikan berpendapat bahawa program RTW di bawah PERKESO
boleh diperluaskan kepada OKU.
d) Pangkalan Data Majikan
Peserta memberi cadangan supaya mewujudkan pangkalan data majikan yang ingin
mengajikan OKU. Informasi berkaitan pekerjaan yang ingin ditawarkan oleh majikan boleh
dimasukkan dalam pangkalan data tersebut.
e) OKU Bekerja dari Rumah
Antara cadangan untuk memastikan OKU mendapat pekerjaan adalah melihat kepada
peluang OKU bekerja dari rumah. Terdapat syarikat mempunyai polisi yang membenarkan
OKU bekerja dari rumah seperti industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Selain
itu, terdapat juga OKU yang bekerja dari rumah dengan menghasilkan kraftangan di rumah
untuk dijual.
f) Standard Operating Procedure (SOP)
Peserta mencadangkan agar majikan mempunyai SOP mengendalikan pekerja OKU. SOP
penting untuk menjamin kebajikan OKU. Ini termasuk SOP mengendalikan OKU mengikut
kategori tertentu. Dalam sektor awam, SOP ini penting bagi menjamin kebajikan OKU
walaupun pihak pentadbiran kerajaan bertukar.
g) Interaksi Antara Majikan dan Organisasi (NGO/Agensi Kerajaan)
Peserta FGD menyatakan keperluan membina kolaborasi antara majikan dan NGO OKU
bagi mencari dan mencipta peluang pekerjaan bagi OKU. Sebagai contoh, pekerja OKU
dikatakan sesuai untuk bekerja di sektor pelancongan dan sektor makanan. Kolaborasi
boleh dijalankan dengan persatuan peniaga daripada sektor berpotensi untuk menggaji
OKU. Seterusnya terdapat cadangan agar satu kajian atau pembangunan holistik dilakukan
oleh majikan bersama-sama dengan NGO dan agensi berkaitan untuk membantu
kebolehpasaran pekerja OKU.
h) Proses Onboarding
Antara cadangan membantu proses pengambilan pekerja OKU oleh majikan adalah
melakukan proses onboarding dengan pekerja OKU. Proses onboarding melibatkan proses
berkenalan dengan rakan-rakan sekerja. Diikuti dengan pengenalan polisi syarikat dan lain-
186
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
lain pada minggu seterusnya. Tujuan proses onboarding adalah untuk membuatkan OKU
berasa inklusif di tempat kerja. Proses ini perlu dilakukan oleh mereka yang berada dalam
syarikat bukan melalui Job Coach.
i) Penilaian Lengkap Pekerja OKU (Berdasarkan PERKESO)
Peserta memberi cadangan membuat penilaian lengkap terhadap pekerja OKU dari segi
kemahiran, sikap dan skop pekerjaan yang bersesuaian untuk mengetahui kesediaan OKU
bekerja. Penilaian terhadap kesediaan pekerja OKU boleh dilakukan berdasarkan program
penilaian PERKESO.
j) Menyediakan Perkhidmatan Pick and Drop
Peserta mencadangkan juga supaya majikan menyediakan perkhidmatan pick and drop
untuk pengangkutan pekerja OKU supaya mereka kekal dalam pekerjaan.
ii. Cadangan Berkaitan Faktor Pengambilan Pekerja OKU oleh Majikan
Jadual 7.20 menunjukkan tema dan kekerapan untuk faktor pengambilan pekerja OKU oleh
majikan. Bahagian ini membincangkan tentang faktor yang boleh membantu pengambilan
OKU di organisasi/pusat latihan/tempat kerja. Kesediaan OKU untuk masuk ke dunia
pekerjaan adalah faktor yang paling kerap diperkatakan oleh peserta FGD (n=7).
Seterusnya adalah penghargaan kepada majikan (n=6), menambah baik kemahiran OKU,
pelatih OKU atau guru pendidikan khas (n=4). Peserta juga menyebut peranan yang perlu
dimainkan oleh KSM dalam membantu OKU mendapat pekerjaan (n=1).
Jadual 7.20: Tema dan Kekerapan untuk Faktor Pengambilan Pekerja OKU Berkaitan
Majikan
Tema Kekerapan
a) Kesediaan OKU untuk bekerja 7
b) Penghargaan kepada majikan 6
c) Menambah baik kemahiran OKU/Pelatih OKU/Guru Pendidikan Khas 4
a) Kesediaan OKU untuk Bekerja
Antara cadangan peserta untuk membantu persediaan OKU untuk masuk ke dunia
pekerjaan adalah membuat modul kesedaran sivik (mengubah sikap OKU terutamanya bagi
OKU yang berpotensi seperti high functioning OKU) yang mempunyai masalah dari segi
sikap dan perasaan rendah diri. Seterusnya adalah membuat program seperti 'Employability
Program PERKESO’, tetapi khusus untuk persediaan pekerja OKU. OKU boleh dilatih dari
segi penampilan, komunikasi, kemahiran, penyediaan resume, belajar cara temu duga dan
lain-lain. Peserta mencadangkan supaya OKU membuat persediaan untuk ditemu duga
seperti hadir dengan penampilan yang baik, berpakaian kemas dan mempunyai pengurusan
masa yang betul. OKU juga perlu hadir bersama ibu bapa/Job Coach. Bagi memberi ruang
untuk OKU menyesuaikan diri di tempat kerja, waktu pekerjaan fleksibel adalah langkah
awal yang baik selain daripada memantau tahap keupayaan kerja dari masa ke masa
187
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
mengikut jenis kategori OKU. Dalam masa yang sama, pihak majikan perlu juga memainkan
peranan memantau kemudahan yang disediakan mengikut kesesuaian OKU.
b) Penghargaan kepada Majikan
Antara cara lain untuk membantu pengambilan OKU bekerja oleh majikan adalah dengan
memberi penghargaan kepada majikan dan syarikat yang mengambil OKU bekerja seperti
anugerah bintang yang boleh meningkatkan jenama syarikat. Selain itu, anugerah perlu
diberikan kepada majikan seperti anugerah majikan terbaik bagi OKU bekerja. Anugerah
boleh diberi mengikut kategori berbeza seperti kategori pengambilan OKU, kategori peluang
pekerjaan dan kategori fasiliti terbaik. Adalah perlu untuk memberi pengiktirafan kepada
majikan yang menggaji OKU dan menjadikan mereka sebagai role model kepada syarikat-
syarikat yang lain. Selain itu, NGO dan agensi kerajaan yang terlibat perlu diberi
penghargaan bagi memotivasi majikan mengambil pekerja OKU. Seterusnya, peserta
mencadangkan pengiktirafan boleh diberikan melalui pemberian dana (insentif tambahan)
untuk meningkatkan kesediaan majikan mengambil pekerja OKU.
c) Menambah baik kemahiran OKU, pelatih OKU dan Guru Pendidikan Khas
Antara cadangan yang diberikan oleh peserta tentang faktor yang boleh membantu OKU
mendapat pekerjaan adalah memberi latihan atau kursus yang lebih mendalam kepada guru
pendidikan khas di sekolah agar mendapat kefahaman yang lebih tentang OKU. Jabatan
sumber manusia di setiap syarikat perlu mempunyai Job Coach dan mereka perlu dilatih
mengendalikan OKU. Job Coach di agensi kerajaan juga perlu dikoordinasikan, ditambah
bilangan dan kemahiran pelatih, pegawai kes dan Job Coach.
7.3.1.3 Berkaitan OKU
Jadual 7.21 menunjukkan tema dan kekerapan melibatkan OKU berkaitan penambahbaikan
peluang pekerjaan untuk OKU dan OKU yang bekerja sendiri. Perkara ini dibincangkan
daripada pandangan OKU dan orang yang berkaitan dengan OKU. Cadangan supaya OKU
menjalankan perniagaan (n=3) adalah paling kerap dinyatakan oleh peserta FGD. Antara
perkara lain yang dibincangkan adalah berkaitan pembinaan jati diri OKU (n=1) dan ‘self-
assistant’ bagi OKU (n=1).
Jadual 7.21: Tema dan Kekerapan Melibatkan OKU Berkaitan Penambahbaikan Peluang
Pekerjaan untuk OKU dan OKU yang Bekerja Sendiri
Tema Kekerapan
a) OKU yang bekerja sendiri 3
b) Pembinaan jati diri OKU 1
c) Meningkatkan self-assistant OKU 1
188
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
a) OKU Bekerja Sendiri
Peserta berpendapat bahawa kesedaran perlu diberikan kepada OKU dan keluarga OKU
tentang peluang untuk OKU berniaga dan bekerja sendiri. OKU perlu sedar yang mereka
boleh berdikari dan bekerja sendiri dan tidak sentiasa berharap digajikan oleh majikan.
Peserta menyatakan bahawa MARA ada menyediakan banyak program yang boleh diikuti
oleh OKU untuk belajar tentang perniagaan. Seterusnya agensi atau jabatan kerajaan yang
memberi geran perniagaan kepada OKU perlu membantu OKU mendapat pendedahan
berkenaan bidang perniagaan yang boleh diceburi dan sesuai untuk OKU.
Peserta turut mencadangkan supaya OKU bergerak secara berkumpulan dalam perniagaan.
Terdapat OKU yang berjaya dalam perniagaan kerana bergerak dalam satu kumpulan
(sebagai contoh OKU DOBI Sdn. Bhd., Koperasi OKU dan bengkel terlindung). Perniagaan
OKU boleh menjadi bengkel terlindung bagi OKU yang tidak boleh keluar ke dunia kerjaya
dan perniagaan. Contohnya perkhidmatan dobi di Kota Kinabalu, Sabah di bawah Cheshire
Home.
b) Pembinaan Jati Diri OKU
Peserta menyuarakan tentang keperluan untuk membina jati diri OKU supaya mereka lebih
berkeyakinan dan merasakan diri seperti pekerja normal. Peserta mencadangkan supaya
mencontohi cara pengurusan syarikat Flex di Pulau Pinang dalam menguruskan OKU, iaitu
dengan mewujudkan komuniti OKU agar mereka dapat bekerja dengan lebih baik.
c) Meningkatkan Self-assistant OKU
Antara perkara yang boleh membantu OKU bekerja sendiri dan berasimilasi di tempat kerja
adalah dengan meningkatkan tahap berdikari OKU (self-assistance) melalui peralatan dan
teknologi lebih baik. Sebagai contoh peralatan OKU seperti kerusi roda yang lebih kecil dan
ringan untuk OKU bergerak sendiri.
7.3.2 Berkaitan Pencapaian
7.3.2.1 Agensi-agensi Kerajaan
a) Berkaitan Geran Perniagaan OKU
Antara pencapaian agensi kerajaan berkaitan dengan geran perniagaan OKU adalah JKM
menyediakan modal permulaan untuk OKU yang ingin membuka perniagaan sendiri. Selain
JKM, JTK juga ada menyediakan geran perniagaan kepada OKU - Skim Bantuan Galakan
Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU). JTK turut menyediakan geran perniagaan
untuk OKU mengembangkan perniagaan dengan syarat perlu memiliki SKM dan menggaji
pekerja OKU. Seterusnya 30 penerima geran perniagaan OKU turut dikecualikan daripada
membayar yuran SKM. Pemantauan setiap 3 dan 6 bulan untuk melihat perkembangan
perniagaan OKU yang menerima geran turut dijalankan oleh pihak JTK. Di samping itu,
mereka turut memberi khidmat nasihat kepada perniagaan OKU.
189
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
b) Berkaitan JPOKU
Peserta FGD turut menyatakan pencapaian JPOKU dalam membantu OKU mendapat kerja.
Sebagai contoh JPOKU telah melaksanakan pelbagai program seperti Job Coach, audit
akses dan program DET. Walau bagaimanapun JPOKU menghadapi cabaran untuk
melaksanakan program yang dirancang ke seluruh Malaysia.
c) Program Rehabilitasi Berorientasikan Pekerjaan di MENTARI
Antara pencapaian lain agensi kerajaan yang dinyatakan oleh peserta adalah program
rehabilitasi di MENTARI. MENTARI adalah salah satu perkhidmatan psikiatri di bawah KKM
yang memberi fokus kepada OKU mental. MENTARI menyediakan fasiliti untuk rehabilitasi
dan perawatan kesihatan mental di mana program rehabilitasi utama adalah untuk
membolehkan pesakit-pesakit mental mempunyai pekerjaan.
d) Pencapaian Pegawai Kebajikan Sosial
Peserta menyatakan kewujudan pegawai kerja sosial perubatan di hospital sebagai pegawai
penghubungan dalam urusan berkaitan OKU dengan sumber-sumber bantuan luar. Pegawai
kerja sosial perubatan berada di bawah KKM bergerak menggunakan peruntukan daripada
KKM dan tabung kebajikan perubatan. Peserta mencadangkan keperluan untuk
memperkasakan pegawai kerja sosial perubatan dengan menambahkan jumlah yang
membantu OKU di hospital.
e) Berkaitan Pendidikan bagi OKU
Berkaitan dengan pencapaian polisi latihan dan pendidikan OKU, peserta menyatakan
terdapat kelas akademi untuk pelajar OKU yang boleh belajar, dan juga sekolah vokasional
dan kelas kemahiran diberikan daripada peringkat sekolah rendah untuk pelajar OKU yang
mempunyai masalah pembelajaran.
f) Berkaitan JTK
Antara pencapaian JTK adalah membangunkan program Pembimbing Rakan Pengurusan
Kerjaya. JTK telah berjaya menghasilkan 50 orang Job Coach untuk membantu OKU
mendapatkan pekerjaan melalui program tersebut.
g) Program DET, JKM bagi Majikan
Berkaitan pencapaian program DET di sektor awam dan swasta. Program DET membantu
majikan memahami cara membantu OKU apabila mengambil OKU bekerja (berkaitan isu-isu
tidak keupayaan agar majikan lebih memahami dan tiada diskriminasi). Hasilnya majikan
lebih faham tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu pekerja OKU ataupun
pelanggan OKU. Dalam masa yang sama agar dan pekerja OKU di tempat kerja berpuas
hati tidak rasa tersisih.
190
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
h) Program Penanda Aras bagi OKU
Peserta menyuarakan tentang kewujudan program penanda aras bagi OKU. Program ini
dilaksanakan untuk mencari jenis-jenis pekerjaan yang bersesuaian untuk dilakukan oleh
OKU (terutamanya bagi OKU penglihatan). Program dilaksanakan dengan menghantar
beberapa OKU penglihatan menghadiri latihan pekerjaan selama beberapa bulan atau
minggu untuk melihat tahap kesesuaian pekerjaan tersebut bagi OKU penglihatan.
i) Program JobsMalaysia
Peserta menyuarakan tentang pencapaian JobsMalaysia menganjurkan festival kerjaya
selama dua kali setahun untuk OKU. Festival kerjaya turut dianjurkan oleh JTK bagi OKU.
j) Program Jejak OKU
Antara pencapaian kerajaan berkaitan pendaftaran OKU adalah program jejak OKU.
Program jejak OKU fokus untuk mendaftar OKU yang berada di kampung atau kawasan
pedalaman. Program jejak OKU melibatkan ketua daerah dan ketua kampung. Peserta
memberi cadangan agar pegawai JKM turut hadir ketika Program Jejak OKU. Kerjasama
antara NGO, JKM, ADUN kawasan, pejabat daerah dan ketua kampung penting untuk
memastikan kejayaan Program Jejak OKU.
7.3.2.2 Organisasi Bukan Kerajaan (NGO)
a) SKM (Tahap 2) dan PPT (Program Gamuda)
Peserta menyuarakan tentang pencapaian program Gamuda iaitu memberi sijil SKM tahap 2
dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada OKU yang telah lama bekerja (OKU
mempunyai pengalaman dalam bidang industri) bertujuan meningkatkan prospek kerjaya
OKU.
7.3.3 Harapan Berkaitan Kebolehpasaran Pekerja OKU
Terdapat empat perkara yang dinyatakan oleh peserta FGD berkaitan harapan mereka
terhadap kebolehpasaran pekerja OKU.
Pertama adalah tentang peluang dan peranan OKU dalam masyarakat. OKU berharap agar
dapat menjalani hidup lebih bermaruah dengan diberikan peluang pekerjaan atau peluang
menjalankan perniagaan. Peserta turut menyatakan yang OKU mempunyai perasaan ingin
berdikari dan mempunyai sumber pendapatan sendiri. Di samping itu mereka juga ingin
memberi sumbangan dan manfaat kepada masyarakat. Peserta turut berharap agar segala
program berkaitan OKU dapat dilaksanakan dan mendapat peluang untuk berinteraksi
(engagement) bersama majikan. Ini juga bertujuan pekerja OKU berpeluang diserap kembali
bekerja.
Kedua, masyarakat perlu membantu mewujudkan persekitaran yang memberi sokongan
sosial kepada OKU. Mereka juga berharap dasar 1% peluang pekerjaan dalam
191
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
perkhidmatan awam kepada OKU dapat dilaksanakan di sektor awam dan swasta. Denda
atau penalti perlu dikenakan ke atas majikan sekiranya tidak memenuhi dasar tersebut. Ini
bagi menjamin agar pekerja OKU diambil bekerja secara berterusan. Bahasa isyarat juga
diharap dapat dijadikan bahasa universal agar semua (OKU dan normal) dapat
berkomunikasi.
Ketiga, peserta berharap agar pusat Job Coach dapat dibangunkan dan peranan Job Coach
diperkasakan.
Keempat, peserta juga berharap agar tiada lagi diskriminasi kepada OKU yang sedang
bekerja dan OKU yang dalam proses mencari pekerjaan.
192
BAB 8
PENANDAARASAN
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
BAB 8: PENANDAARASAN
8.1 Pengenalan
Bab ini melaporkan analisis penandaarasan dasar dan amalan terbaik yang dilaksanakan di
negara-negara yang dilawati untuk diadaptasi dalam mewujudkan ekosistem yang kondusif
bagi penggalakan pekerjaan di kalangan OKU di Malaysia. Kajian penandaarasan dirangka
setelah mengambil kira ketetapan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa
Pemandu hasil daripada pembentangan laporan insepsi di peringkat awal kajian ini.
Berikutan itu, negara Australia dan Thailand telah dipersetujui sebagai negara yang terlibat
dalam lawatan penandaarasan.
Sebelum lawatan dilakukan, beberapa penelitian dan sorotan kajian mengenai institusi,
agensi dan pihak-pihak yang berkaitan dalam membuat dasar dan memberi perkhidmatan
sokongan kepada OKU bagi mendapatkan pekerjaan telah dilakukan. Hasil daripada
maklumat tersebut, beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan berkaitan OKU telah dikenal
pasti di Australia dan Thailand. Komunikasi awal telah dilakukan dengan pihak agensi-
agensi berkaitan dengan menetapkan tarikh dan masa lawatan bagi setiap agensi yang
ingin dilawati.
Lawatan penanda aras ke Australia telah dibuat pada 30 September sehingga 4 Oktober
2019. Antara jabatan, agensi, dan pertubuhan yang telah dilawati adalah seperti berikut:
1. Department of Social Services di Canberra.
2. National Disability Services, Australia di Canberra
3. Advocacy for Inclusion of Australia di Canberra
4. Canberra Blind Society
5. Community Mental Health Coalition Canberra
6. Centre for Disability Research and Policy, University of Sydney
7. Nova Employment Sydney
8. Technical and Further Education Australia- TAFE di Sydney
9. National Disability Services di Sydney
10. Disability Employment Australia, Melbourne
11. National Disability Insurance Agency, Geelong, Victoria
12. Melbourne Disability Institute, University of Melbourne, Melbourne
13. Children, Families, Disability and Operations Division, Department of Health and
Human Services, Victoria State Government, Australia, Melbourne
Sementara itu, lawatan penanda aras ke Thailand telah dibuat pada 8 Oktober sehingga 11
Oktober 2019. Lawatan melibatkan bukan sahaja agensi dan pertubuhan tetapi juga lawatan
ke lapangan (site visits). Ini termasuklah:
1. Asia-Pacific Development Center on Disability (APCD)
2. Rajanukul Institute
3. Social Innovation Foundation
4. Universal Foundation for Person With Disabilities
5. Nonthaburi Centre for Independent Living
6. National Association of the Deaf in Thailand
193
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
7. 60+ Chocolate factory and café (On-job training facility)
8. Bakery factory and café (On-job training facility)
9. Ladang tanaman/penternakan (On-job training facility)
10. Pameran pekerjaan OKU dan ‘fund-raising’, Central World Bangkok
Laporan penanda aras disediakan berasaskan kepada maklumat daripada lawatan ke
agensi-agensi di atas dan maklumat sekunder daripada sumber-sumber yang lain, seperti
artikel jurnal, laporan dan dokumen rasmi, laman sesawang agensi-agensi berkaitan dan
sebagainya. Ia juga difokuskan kepada empat tonggak utama ekosistem penggalakan
pekerjaan OKU seperti yang telah dikenal pasti iaitu; kesediaan perundangan dan dasar,
kesediaan majikan, kesediaan OKU, dan kesediaan sistem sokongan dan persekitaran.
8.2 Penandaarasan Australia
8.2.1 Latar Belakang
Australia merupakan antara negara yang begitu serius dalam memperkasa dan menjaga
kebajikan komuniti OKU. Pembelaan kepada warga emas dan OKU di Australia bermula
seawal 1908 dengan pengenalan ‘Old-age and Invalid Pension’. Keprihatinan terhadap
komuniti OKU semakin meningkat disebabkan bilangan askar-askar yang pulang dengan
kecederaan serius dan hilang upaya kekal selepas perang dunia pertama. Impak yang sama
juga diperhatikan selepas perang dunia kedua yang membawa kepada penubuhan
Commonwealth Rehabilitation Services (CRS) dengan falsafah bahawa OKU mempunyai
hak untuk menjalani kehidupan yang baik sama seperti warga yang lain.
Pada 1986, Disability Services Act telah diluluskan. Akta ini bukan sekadar meletakkan
peruntukan perundangan yang jelas terhadap kewajipan pihak kerajaan untuk memberikan
perkhidmatan kepada komuniti OKU, malah akta ini meliputi peruntukan untuk menyokong
usaha ke arah memperkasa OKU sebagai satu isu hak asasi. Ini boleh ditakrifkan sebagai
pengiktirafan kepada konsep hak asasi komuniti OKU berbanding konsep berasaskan
perubatan yang hanya memfokuskan kepada isu pemulihan. Sejak itu, gerakan
memperkasa komuniti OKU meningkat dengan pesat di Australia dengan beberapa tonggak
utama termasuk Disability Discrimination Act (DDA) yang diperkenalkan pada tahun 1992
dan rektifikasi konvensyen Vocational Rehabilitation and Employment (Disabled Persons)
1983 (No. 159) yang diperkenalkan oleh International Labour Organisation (ILO) pada 1990.
Komitmen terhadap pemerkasaan hak OKU di Australia diperkukuhkan lagi apabila negara
tersebut merektifikasi Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) pada
tahun 2008 dan seterusnya CRPD Optional Protocol pada tahun 2009.
Menurut Kaji Selidik OKU, Warga Emas dan Penjaga (Survey of Disability, Aging and
Carers) yang dijalankan secara berkala di Australia, ‘OKU dianggap mempunyai
ketidakupayaan jika mereka mempunyai keterbatasan, limitasi, atau kemorosotan fungsi,
yang telah berlangsung, atau kemungkinan akan bertahan, sekurang-kurangnya enam bulan
yang menyekat aktiviti seharian’. Secara umum, Australia mengenal pasti OKU dalam enam
kategori ketidakupayaan berikut:
(i) sensori (penglihatan, pendengaran dan pertuturan);
(ii) intelektual (pembelajaran atau pemahaman);
(iii) kecacatan fizikal;
194
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
(iv) Psikologi (penyakit mental, ketidakseimbangan emosi, kehilangan ingatan,
perilaku sosial);
(v) kecederaan kepala, strok atau kecederaan otak; dan
(vi) Lain-lain (apa-apa keadaan jangka panjang yang mengakibatkan limitasi dalam
kegiatan seharian).
Selain itu, data berkaitan OKU tidak dilaporkan mengikut kategori ketidakupayaan semata-
mata, tahap ketidakupayaan mereka juga dikenal pasti dan mereka dikategorikan kepada
empat tahap iaitu:
a. mild (ringan),
b. moderate (sederhana),
c. severe (teruk), dan
d. profound (serius).
Jadual 8.1 menunjukkan ringkasan statistik berkaitan OKU di Australia pada 2019.
Jadual 8.1: Statistik OKU di Australia
Perkara Statistik
▪ Jumlah OKU – 4.4 juta; hampir 1 daripada 5 orang
▪ OKU berumur 65 tahun ke atas – 1.9 juta atau 44.5% daripada
keseluruhan OKU
▪ Terkesan dengan kehilangan – 1 daripada 6 warga Australia
pendengaran (pelbagai tahap)
▪ Jumlah OKU mengalami kehilangan – 30,000
penuh pendengaran
▪ Buta atau mempunyai penglihatan yang – 357,000
rendah
▪ Pernah mengalami keadaan kesihatan – 45% warga Australia berumur 16–85
mental dalam kehidupan mereka tahun
▪ OKU yang melaporkan maslah fizikal – 76.8%
sebagai limitasi utama mereka
▪ Peratusan OKU menggunakan alat – 17.1%
bantuan pergerakan
▪ Pengguna kerusi roda – 4.4% daripada keseluruhan OKU
▪ Kadar penyertaan buruh OKU berumur – 53.4%
15 hingga 64 tahun
▪ Pekerja berumur (15-64 tahun) yang – 2.1 juta
mempunyai kecacatan
▪ Peratusan orang yang mempunyai – 11.4%
kecacatan yang serius atau teruk bekerja
sepenuh masa pada 2018
Sumber: Statistik OKU di Australia;
Diperoleh pada 14 Disember 2019 daripada https://www.and.org.au/pages/disability-statistics.html
195
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
8.2.2 Dasar, Strategi dan Sokongan Persekitaran bagi OKU
Selain merektifikasi konvension antarabangsa seperti CRPD dan ILO, Australia juga telah
menggubal perundangan dan dasar dalaman yang khusus untuk OKU dan diterima pakai
oleh agensi yang berbeza di seluruh Australia. Ini termasuklah Disability Services Act
(1986), Disability Discrimination Act (1992), National Disability Insurance Act (2013), dan
dasar-dasar seperti National Disability Strategy 2010-2020.
Pada masa ini, National Disability Strategy 2010-2020 merupakan mekanisme utama bagi
pelaksanaan CRPD di Australia. Strategi ini memberi panduan kepada dasar awam di
semua peringkat kerajaan dan bertujuan untuk membawa perubahan positif dalam
merangka dan menyampaikan perkhidmatan dan menyediakan infrastruktur bagi komuniti
OKU. Strategi ini menetapkan enam bidang utama bagi langkah-langkah menambah baik
kehidupan OKU:
1. Komuniti yang Inklusif dan Boleh Diakses - ini meliputi persekitaran fizikal termasuk
pengangkutan awam; taman, bangunan dan perumahan; serta teknologi maklumat
dan komunikasi digital.
2. Perlindungan Hak, Keadilan dan Undang-Undang - ini berkaitan perlindungan
undang-undang seperti Akta Diskriminasi OKU, mekanisme aduan seperti
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Australia, sokongan advokasi, sistem pemilihan dan
keadilan.
3. Keselamatan Ekonomi - ini berkaitan dengan pekerjaan, peluang perniagaan,
kemampanan kewangan, sokongan pendapatan bagi mereka yang tidak dapat
bekerja, dan perumahan.
4. Sokongan Peribadi dan Komuniti - memberi tumpuan kepada keterlibatan dan
penyertaan dalam masyarakat, penjagaan dan sokongan yang disediakan oleh pakar
perkhidmatan; serta penjagaan dan sokongan informal
5. Pembelajaran dan Kemahiran – penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di
sekolah, pendidikan lanjutan, pendidikan vokasional; peralihan daripada pendidikan
ke pekerjaan dan pembelajaran sepanjang hayat.
6. Kesihatan dan Kesejahteraan - Perkhidmatan kesihatan, interaksi antara sistem
perkhidmatan kesihatan dan sistem perkhidmatan bagi OKU; usaha ke arah
kesejahteraan kehidupan OKU.
Komponen-komponen di atas merupakan elemen penting dalam mewujudkan ekosistem
yang berkesan ke arah memperkasa komuniti OKU termasuklah bagi meningkatkan
penyertaan mereka dalam pasaran kerja. Walaupun Australia tidak mempunyai
perundangan khusus mengenai sistem kuota bagi penggajian OKU di sektor awam
mahupun swasta, cadangan menetapkan sasaran pekerjaan bagi OKU telah dibuat dalam
National Disability Strategy diperingkat nasional dan pelan tindakan yang diguna pakai di
peringkat organisasi, negeri dan wilayah di Australia. Sebagai contoh, Australia mempunyai
Public Service Disability Employment Strategy (2016-2019). Walaupun laporan penilaian
yang dibuat ke atas pelan strategi ini merumuskan bahawa banyak lagi usaha yang perlu
dilaksanakan untuk menambah baik situasi penggajian OKU di jabatan dan agensi kerajaan,
statistik yang diperoleh melalui lawatan penanda aras yang dibuat menunjukkan peratusan
penggajian OKU yang tinggi di agensi terlibat.
- Kerajaan Pusat Australia (Commonwealth) secara keseluruhannya mengekalkan
peratusan penggajian OKU di atas 3% dan telah menetapkan sasaran sebanyak 6% untuk
dicapai pada tahun 2025
196
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
- Kerajaan negeri Victoria mencatatkan peratusan penggajian OKU pada tahap 3.6% pada
pertengahan 2018 dan telah menetapkan sasaran 6% untuk dicapai pada tahun 2020 dan
seterusnya sehingga 12% pada tahun 2025
- Sebanyak 7.2% daripada kakitangan Department of Social Services (DSS) dikenal pasti
sebagai OKU
Di sektor swasta pula, terdapat sistem sokongan pekerjaan yang profesional dan
komprehensif memberikan perkhidmatan kepada pencari kerja, termasuk individu OKU. Ini
disokong dengan sistem pendidikan inklusif sama ada di peringkat sekolah rendah,
menengah dan pengajian tinggi termasuk latihan teknikal dan vokasional, serta program
Transition To Work (TTW) bagi individu OKU lepasan sekolah yang ingin menyertai pasaran
pekerjaan. Di samping itu, program Return To Work (RTW) juga tersedia untuk membantu
pekerja yang mengalami kemalangan dan ketidakupayaan menjalani program rehabilitasi
untuk kembali semula bekerja yang dilaksanakan melalui perlindungan insurans pekerjaan
dan kemalangan.
Persekitaran yang kondusif kepada OKU merupakan salah satu faktor kritikal bagi
memastikan OKU dapat memaksimakan potensi diri dan meningkatkan penyertaan dalam
masyarakat termasuk dalam bidang pekerjaan. Tidak dapat dinafikan bahawa tahap
eksesibiliti kemudahan awam dan persekitaran binaan sangat mesra OKU di Australia.
Semua pelan binaan perlu mendapat pengesahan perunding ekses di peringkat lukisan
pelan lagi bagi memastikan bangunan mematuhi standard eksesibiliti seperti termaktub
dalam AS1428. Kesedaran terhadap hak dan potensi OKU juga tinggi di kalangan
masyarakat dan majikan. Sebagai contoh, Australia Network on Disability (AND) merupakan
inisiatif yang diambil sendiri oleh majikan dalam membentuk satu jaringan di kalangan
organisasi yang menggaji OKU sebagai satu platform berkongsi pengalaman dan amalan
terbaik sesama mereka bagi meningkatkan lagi keyakinan mereka mengambil dan
mengekalkan pekerja OKU. Jaringan pertubuhan OKU juga sangat meluas dengan kira-kira
1,500 pertubuhan berkaitan OKU bernaung di bawah National Disability Services (NDS),
iaitu organisasi naungan di peringkat kebangsaan menghimpunkan ribuan pertubuhan dan
perkhidmatan berkaitan OKU merangkumi semua jenis ketidakupayaan.
8.2.3 Program Sokongan dan Insentif
Terdapat pelbagai program sokongan dan insentif yang bersifat arus perdana (untuk semua
warga Australia) dan khusus (untuk OKU) diwujudkan bagi menyokong dan meningkatkan
penyertaan OKU dalam pasaran kerja. Kebanyakan daripada program-program ini
dilaksanakan oleh DSS yang merupakan agensi utama dalam sektor ini. DSS juga
menyelaras program-program tertentu dengan agensi lain yang berkaitan seperti National
Disability Insurance Agency (NDIA) yang ditubuhkan bagi melaksanakan NDIS di Australia.
Berikut merupakan insentif dan program yang dilaksanakan di Australia.
8.2.3.1 Jobactive
Program perkhidmatan pekerjaan arus perdana di Australia yang dikenali sebagai Jobactive
ini menghubungkan pencari kerja dengan majikan melalui rangkaian penyedia di lebih
daripada 1,700 lokasi di seluruh Australia. Perkhidmatan sokongan pekerjaan yang dibiayai
197
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
oleh kerajaan Australia ini disediakan untuk semua pencari kerja yang berhak bekerja di
Australia, termasuk OKU. Majikan boleh menggunakan penyedia Jobactive tempatan untuk
perkhidmatan pengambilan pekerja yang bersesuaian, sementara pencari kerja menerima
perkhidmatan pencarian pekerjaan yang disesuaikan dengan kemahiran dan keperluan
mereka berasaskan kepada proses penilaian yang dibuat. Berdasarkan kepada data (30 Jun
2019), seramai kira-kira 171,400 pencari kerja OKU (bersamaan dengan sekitar 28%
daripada jumlah kes) sedang menerima perkhidmatan pekerjaan daripada Jobactive.
Sekiranya OKU dikenal pasti memerlukan sokongan perkhidmatan pekerjaan yang lebih
khusus berdasarkan kepada tahap ketidakupayaan mereka, OKU berkenaan akan dirujuk
kepada JobAccess.
8.2.3.2 JobAccess
JobAccess adalah pusat kebangsaan bagi pekerjaan untuk OKU di Australia yang
merupakan agensi tumpuan bagi penyediaan sistem sokongan pekerjaan bagi OKU. Ia
meliputi pelbagai perkhidmatan yang tidak hanya melibatkan pekerja OKU, tetapi juga
majikan, masyarakat dan penyedia perkhidmatan pekerjaan bagi OKU. Antara lain,
perkhidmatan yang diberikan adalah seperti berikut:
i. Memberi khidmat nasihat pakar mengenai pekerjaan bagi OKU melalui telefon
(1800 464 800) dan laman sesawang yang komprehensif (www.jobaccess.gov.au)
ii. Menyelaraskan penyesuaian dan pengubahsuaian tempat kerja untuk OKU
menerusi skim Employment Assistance Fund (EAF)
iii. Perkhidmatan National Disability Recruitment Coordinator (NDRC), yang
menjalankan pelbagai usaha untuk meningkatkan keyakinan majikan menggaji
OKU.
iv. Perkhidmatan Complaints Resolution and Referral Service (CRRS), yang
bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan sokongan
pekerjaan bagi OKU yang dibiayai pihak kerajaan melalui proses penyelesaian
aduan yang adil dan saksama.
v. Talian Kecemasan dan Talian OKU Kebangsaan (Hotline), yang merupakan
perkhidmatan pelaporan penting yang disediakan kepada sesiapa yang
mengesyaki eksploitasi atau pengabaian OKU.
Perkhidmatan utama yang disediakan oleh JobAccess adalah perkhidmatan yang
melibatkan penyampaian maklumat kepada OKU dan majikan bertujuan untuk
menghubungkan mereka dengan skim, program, insentif dan sokongan perkhidmatan
pekerjaan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan. Penasihat JobAccess perlu mahir
dalam pelbagai bidang termasuk pelarasan tempat kerja, terapi pekerjaan, latihan
vokasional, strategi pengambilan untuk pekerjaan berkekalan, latihan tempat kerja, penilaian
tempat kerja dan kesihatan dan keselamatan kerja.
8.2.3.3 Disability Employment Services (DES)
DES adalah perkhidmatan sokongan pekerjaan khusus bagi OKU yang dibiayai oleh
kerajaan Australia bertujuan untuk membantu OKU mencari dan mengekalkan pekerjaan di
pasaran buruh terbuka. DES mempunyai dua bahagian perkhidmatan iaitu:
198
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
i. Disability Management Services (DES - DMS) untuk pencari kerja yang mempunyai
ketidakupayaan, kecederaan atau keadaan kesihatan yang memerlukan bantuan
untuk mencari pekerjaan dan kemudiannya perkhidmatan sokongan sekali-sekala bagi
mengekalkan pekerjaan mereka
ii. Employment Support Service (DES-ESS) membantu OKU yang memerlukan
sokongan pekerjaan secara berterusan untuk mengekalkan pekerjaan
Secara amnya, penyedia DES bertindak sebagai perunding kepada OKU dari segi
membantu OKU dalam menentukan hala tuju pekerjaan, penulisan resume, latihan sebelum
bekerja, pencarian pekerjaan termasuk menghadiri temu duga bersama OKU dan latihan
dalam bekerja serta sokongan lain. Latihan secara terperinci seperti kemahiran asas dan
kemahiran bersosial amat dititikberatkan untuk meningkatkan peluang pekerjaan OKU.
Selain daripada itu, penyedia DES juga menyediakan program khusus iaitu Transition To
Work (TTW). Program ini merupakan program yang direka untuk memberi sokongan kepada
OKU yang baru sahaja berhenti sekolah yang ingin mendapatkan peluang pekerjaan di
pasaran terbuka. Secara khususnya, program ini membantu OKU dalam aspek-aspek
berikut;
i. membuat pelan tindakan untuk mencapai objektif dalam pekerjaan masing-masing;
ii. belajar cara berkomunikasi di tempat kerja; menerima pendedahan mengenai jenis-
jenis pekerjaan dan industri;
iii. latihan ditempat bekerja (on-job training) di komuniti setempat;
iv. kemahiran penampilan diri untuk pekerjaan dan kehidupan seharian;
v. pendedahan berkaitan isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;
vi. kemahiran praktikal seperti pengurusan masa dan kewangan serta mobility; dan
vii. kemahiran bersosial dan perhubungan dalam komuniti.
Sistem persaingan yang diamalkan di kalangan penyedia DES di Australia beserta sistem
Star Rating membolehkan individu OKU yang ingin mendapatkan perkhidmatan sokongan
pekerjaan memilih penyedia perkhidmatan sokongan dan latihan yang berkualiti dan sesuai
dengan keperluan mereka. Tambahan lagi, sistem pembayaran kepada penyedia DES
daripada pihak kerajaan yang berasaskan prestasi perkhidmatan juga memberikan insentif
kepada penyedia DES untuk memastikan keberkesanan program mereka dalam
menempatkan dan mengekalkan OKU dalam pekerjaan mereka.
Kerajaan Australia melabur lebih daripada $3 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang
untuk skim DES ini bagi membantu OKU mencari dan mengekalkan kerja di pasaran buruh
terbuka. Sejak Mac 2010 sehingga 30 Jun 2019, sejumlah 869,000 pencari kerja di
kalangan OKU telah diberikan perkhidmatan sokongan pekerjaan oleh DES. Daripada
jumlah tersebut, sekitar 289,000 daripada pencari kerja ini (33 peratus) telah mendapat
pekerjaan yang berkekalan sekurang-kurangnya enam bulan. Pada masa ini (30 Jun 2019),
terdapat 238,000 peserta yang mendapat perkhidmatan sokongan oleh DES.
8.2.3.4 National Disability Recruitment Coordinator (NDRC)
NDRC menjalin hubungan dengan majikan yang lebih besar untuk meningkatkan
pengetahuan mereka mengenai sokongan sedia ada melalui DES dan perkhidmatan
pekerjaan kerajaan yang lain. Perkhidmatan ini juga bekerjasama dengan majikan untuk
199
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
melaksanakan amalan pekerjaan kurang upaya dan memberikan latihan kesedaran
mengenai ketidakupayaan untuk kakitangan. Secara khusus, NDRC dipertanggungjawabkan
menjalankan peranan-peranan berikut;
i. Menyebarkan maklumat berkaitan kekosongan jawatan, bekerjasama dengan
majikan untuk mencipta peluang pekerjaan bagi OKU, dan menggalakkan OKU
memohon pekerjaan.
ii. Bekerjasama dengan majikan dan penyedia DES bagi membantu penempatan
OKU bekerja di tempat majikan yang terlibat
iii. Membantu majikan menilai amalan pengambilan pekerja sedia ada untuk melihat
sama ada terdapat halangan yang tidak sengaja yang menghalang OKU
daripada memohon pekerjaan.
iv. Membantu majikan merangka dasar pelarasan dan penyesuaian munasabah di
tempat kerja dan menyediakan program kesedaran dan latihan berkaitan OKU
untuk kakitangan di tempat kerja.
v. Berkongsi idea tentang bagaimana untuk meningkatkan kesedaran tentang
manfaat menggaji OKU di pihak majikan.
Secara ringkas, objektif utama NDRC ialah untuk mewujudkan sebanyak mungkin majikan
yang berkeyakinan untuk menggaji OKU (PWD confident employer). Sejak 2010, NDRC
telah bekerjasama dengan lebih daripada 270 organisasi besar untuk tujuan ini. Pada 2018-
19, NDRC menjalankan sebanyak 663 aktiviti penglibatan majikan. Sebagai contoh, NDRC
menganjurkan seminar kesedaran bagi majikan di seluruh Australia setiap tahun untuk
membantu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran majikan tentang pekerjaan untuk
OKU dan sokongan kerajaan yang tersedia termasuk DES, EAF, dan subsidi gaji bagi
pekerja OKU.
8.2.3.5 Employment Assistance Fund (EAF)
EAF merupakan skim bantuan kewangan yang diberikan kepada OKU yang layak dan juga
majikan mereka untuk membiayai pengubahsuaian yang berkait dengan pekerjaan seperti
peralatan, kenderaan, ruang tempat kerja, dan sokongan lain yang diperlukan oleh OKU di
tempat kerja. Ia meliputi individu OKU yang layak yang baru ingin memulakan pekerjaan,
bekerja sendiri atau yang sedang bekerja. Antara lain, EAF boleh membiayai
pengubahsuaian dan perkhidmatan berkaitan kerja seperti berikut:
i. kos membuat pengubahsuaian fizikal di tempat kerja.
ii. pengubahsuaian kepada kenderaan yang digunakan ke tempat kerja.
iii. peralatan khas untuk menjalankan tugas di tempat kerja.
iv. Perkhidmatan penterjemahan.
v. perkhidmatan sokongan daripada pakar untuk pekerja OKU yang
menghadapi masalah pembelajaran dan keadaan kesihatan mental.
vi. latihan kesedaran OKU (DET atau DAT)di tempat kerja.
vii. kesedaran terhadap kesihatan mental dan latihan pertolongan cemas.
Pada 2018-19, sejumlah $10.8 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Australia untuk
pengubahsuaian dan perkhidmatan di tempat kerja di bawah EAF. Ini telah memberi
manfaat kepada 2,451 pekerja OKU yang diluluskan untuk bantuan. Lebih kurang 90% kos
pengubahsuaian yang diluluskan di bawah EAF kurang daripada $10,000 manakala lebih
200
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
kurang 50% kelulusan melibatkan kos kurang daripada $1,000. Sebahagian daripada
pelarasan munasabah bagi pekerja OKU tidak melibatkan kos seperti waktu kerja yang
fleksibel dan kebenaran bekerja dari rumah.
8.2.3.6 Skim Sokongan dan Subsidi Pendapatan
Australia mempunyai beberapa skim sokongan pendapatan kepada pencari kerja (yang
sedang menganggur), mereka yang tidak berupaya bekerja sepenuh masa atau yang tidak
mampu bekerja di atas sebab ketidakupayaan. Disamping itu, kerajaan Australia juga
menyediakan subsidi gaji yang dibayar bagi pihak majikan kepada pekerja OKU untuk
menggalakkan majikan menggaji OKU.
i. Newstart Allowance
Newstart Allowance adalah pembayaran sokongan pendapatan utama untuk orang yang
menganggur sementara mereka mencari pekerjaan. Ia direka bentuk untuk menyediakan
jaringan keselamatan bagi individu dalam umur bekerja yang memerlukan bantuan
kewangan, sambil mengekalkan insentif bagi mereka untuk menyertai atau kembali ke
dalam pasaran tenaga kerja jika mereka mampu. Elaun ini diberikan kepada individu yang
berumur 22 tahun atau lebih tetapi kurang daripada umur pencen (kini 65). Bagi golongan
muda yang menganggur yang berusia di bawah 22 tahun layak menerima Youth Allowance.
Newstart Allowance dan Youth Allowance memberi sokongan pendapatan kepada pelbagai
golongan termasuk mereka yang mampu mencari dan menjalankan kerja sepenuh masa,
serta kumpulan yang mungkin mempunyai kurang keupayaan atau kesediaan untuk
berkerja, termasuk OKU yang hanya mempunyai keupayaan untuk bekerja separuh masa
dan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.
Pemohon yang mempunyai ketidakupayaan dinilai sebelum memasuki skim sistem
sokongan pendapatan untuk mengukur kesulitan relatif mereka dalam mendapatkan dan
mengekalkan pekerjaan, keupayaan kerja dan halangan lain untuk pekerjaan. Ini membantu
untuk menentukan program perkhidmatan pekerjaan yang bersesuaian. Individu dinilai
sebagai mempunyai 'keupayaan separa untuk bekerja' jika mereka mengalami kemerosotan
fizikal, intelektual atau mental yang berterusan yang menghalang mereka daripada bekerja
sekurang-kurangnya 30 jam seminggu (pada atau di atas aras gaji minimum) dalam tempoh
dua tahun akan datang. Penerima mesti memenuhi ujian aktiviti dengan mencari pekerjaan
atau menyertai aktiviti yang dirancang untuk meningkatkan prospek pekerjaan mereka.
Kerajaan Australia menganggarkan kos bagi skim ini ialah $9,741,663,000 untuk 2019-2020.
Pada bulan Mac 2019, terdapat 198,367 OKU di Newstart dengan kapasiti separa untuk
bekerja (sekitar 29% daripada jumlah penerima).
ii. Disability Support Pension (DSP)
DSP adalah bayaran yang dibuat kepada OKU yang tidak dapat bekerja selama sekurang-
kurangnya 15 jam seminggu (pada atau di atas aras gaji minimum), disebabkan oleh
ketidakupayaan yang dialami. Untuk memenuhi syarat DSP, individu OKU mestilah berumur
16 tahun atau lebih dan di bawah umur pencen pada masa permohonan dibuat; dan
mempunyai ketidakupayaan yang disahkan. Peruntukan untuk skim ini pada 2018-19 adalah
sebanyak $16.541 bilion.
201
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Pembayaran skim sokongan pendapatan seperti di atas tidak terhad kepada tempoh masa
tertentu, dengan syarat individu yang memohon memenuhi syarat kelayakan yang relevan
bagi memastikan bantuan disasarkan kepada mereka yang paling memerlukan.
iii. Subsidi Gaji
Kerajaan Australia secara umumnya tidak menyediakan insentif khusus kepada majikan
yang manggaji OKU. Seperti yang telah dinyatakan dalam perenggan-perenggan di atas,
program sokongan dan dana pebiayaan terfokus kepada sistem sokongan dan insentif
kepada OKU. Walau bagaimanapun, terdapat skim subsidi gaji yang disediakan bagi
meningkatkan kesediaan majikan menggaji OKU. Kerajaan Australia akan membiayai 30%
daripada gaji bulanan yang dibayar kepada pekerja OKU untuk enam bulan pertama. Ini
secara tidak langsung mengurangkan kos penggajian OKU bagi majikan.
8.2.3.7 Australia Disability Enterprises (ADE)
Selain daripada program sokongan yang diberikan untuk meningkatkan penggajian OKU di
pasaran kerja terbuka, program khusus juga disediakan dalam sektor pekerjaan terlindung.
ADE merupakan sekumpulan organisasi di Australia yang menjalankan bengkel terlindung
bagi pekerja OKU dalam pelbagai industri yang menyediakan tahap penyesuaian pekerjaan
yang tinggi bagi OKU. Terdapat sekitar 170 organisasi ADE yang majoritinya tidak
bermotifkan keuntungan (non-profit organisations) beroperasi di seluruh Australia melibatkan
kira-kira 20,000 pekerja OKU. Organisasi ADE menerima geran daripada pihak kerajaan
untuk memberi pekerjaan kepada OKU dan menyediakan sokongan secara langsung di
tempat kerja. Pekerjaan dirangka dan disesuaikan dengan kemampuan individu OKU.
Antara lain, pekerjaan di ADE meliputi tugasan pembungkusan, pemasangan, pengeluaran,
percetakan, kitar semula, tapak semaian tumbuhan, penyelenggaraan taman dan landskap,
perkhidmatan pembersihan, perkhidmatan dobi dan perkhidmatan makanan.
ADE merupakan salah satu komponen penting dalam landskap pekerjaan bagi OKU di
Australia kerana mereka menawarkan peluang pekerjaan kepada OKU yang menghadapi
ketidakupayaan yang teruk dan serius (severe and profound disability) untuk menyumbang
secara bermakna kepada komuniti tempatan, sambil membangunkan kemahiran dan jatidiri
individu OKU. Sesetengah ADE juga adalah penyedia DES yang dapat membantu pekerja
OKU di ADE untuk beralih kepada jenis pekerjaan lain di pasaran terbuka jika itu adalah
pilihan mereka. Kerajaan Australia menyediakan lebih daripada $220 juta setiap tahun
dalam membiayai operasi ADE untuk membantu mereka menyediakan sokongan pekerjaan.
Geran bagi membiayai perkhidmatan sokongan kepada OKU di ADE yang sebelum ini
diterima daripada pihak DSS akan secara beransur-ansur beralih kepada skim NDIS.
8.2.3.8 National Disability Insurance Scheme (NDIS)
NDIS ialah skim terbaru diperkenalkan oleh kerajaan Australia yang mengubah pendekatan
pembiayaan kepada organisasi dan program berkaitan OKU kepada pembiayaan terus
kepada individu OKU berasaskan kepada keperluan mereka. Skim ini ditadbir oleh NDIA
bermula pada bulan Julai 2013 dan operasinya akan meliputi ke seluruh Australia menjelang
1 Julai 2020. NDIS menyediakan sokongan yang diperlukan kepada peserta yang
memenuhi syarat-syarat kelayakan dan disasarkan kepada golongan OKU yang
menghadapi ketidakupayaan pada tahap yang teruk dan serius. Sebagai peserta skim NDIS,
202
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
individu OKU akan berbincang dengan kakitangan NDIA bagi merangka sistem sokongan,
latihan dan alat bantu yang diperlukan untuk mencapai objektif pelan berkenaan. Akses
kepada skim ini ditentukan oleh penilaian fungsi kepada kesan ketidakupayaan seseorang
ke atas kemampuan mereka untuk menjalankan aktiviti harian dan berkaitan pekerjaan.
Pendekatan ini bertujuan untuk memberikan kuasa pilihan kepada individu OKU itu sendiri
dalam memilih dan mengakses sokongan yang sesuai untuk mereka dengan bantuan pakar
perancang NDIS. Lebih 298,000 OKU telah menjadi peserta skim ini pada Jun 2019 dan
apabila beroperasi sepenuhnya, NDIS akan menyediakan pembiayaan bagi sokongan dan
perkhidmatan kepada sekitar 460,000 OKU di seluruh Australia di bawah umur 65 tahun.
NDIS juga ditadbir dan dibiayai bersama oleh kerajaan pusat Australia, negeri-negeri dan
wilayah. Pada 2018-19, komitmen perbelanjaan kerajaan Australia untuk NDIS ialah
sebanyak $14.5 bilion
8.2.4 Rumusan Ekosistem Penggalakan Pekerjaan OKU di Australia
Berasaskan kepada maklumat yang dikumpul daripada lawatan penanda aras dan sumber-
sumber lain, laporan penandaarasan Australia ini dapat dirumuskan berlandaskan kepada
empat tonggak utama iaitu kesediaan dasar dan perundangan, kesediaan majikan,
kesediaan OKU, dan kesediaan sistem sokongan dan persekitaran seperti yang diperincikan
dalam Jadual 8.2 di bawah.
Jadual 8.2: Ringkasan Ekosistem Penggalakan Pekerjaan OKU di Australia
I. KESEDIAAN PERUNDANGAN DAN DASAR
Konvensyen antarabangsa - CRPD beserta Optional Protocol & ILO
Perundangan/dasar dalaman Konvensyen No. 159
- Disability Services Act 1986
- Disability Discrimination Act (DDA) 1992
- NDIS Act 2013
- National Disability Strategy 2010-2020
Kuota penggajian OKU - Ditetapkan dalam National Disability Strategy dan
Pelan Tindakan di peringkat organisasi, Negeri
Sistem sokongan pendapatan dan Wilayah
Kajian dan Data Berkaitan OKU - Secara purata melebihi 3%; disasarkan kepada
II. KESEDIAAN MAJIKAN 6% pada 2025
Insentif penggajian OKU
- Newstart Allowance bagi OKU berketidakupayaan
ringan ke sederhana (skim arus perdana)
- Disability Support Pension bagi OKU
berketidakupayaan teruk dan serius (kurang 15
jam waktu bekerja seminggu)
- Walaupun pendaftaran OKU tidak wajib, tetapi
terdapat kaji selidik berkala yang komprehensif,
termasuk tahap ketidakupayaan, halangan yang
dihadapi dan pengalaman diskriminasi
- Tiada insentif khusus untuk majikan tetapi pelbagai
dana dan sistem sokongan daripada pihak
kerajaan untuk menggaji OKU termasuk subsidi
gaji bagi OKU.
203
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Program latihan/kesedaran - NDRC melaksanakan pelbagai program kesedaran
penggajian OKU dan latihan kepada majikan untuk menjadikan
mereka yakin dan bersedia untuk menggaji OKU
Forum/Jaringan Majikan menggaji - Australia Network for Disability merupakan satu
OKU forum dan jaringan sesama majikan untuk
berkongsi pengalaman dan meningkatkan
kesediaan dan keyakinan menggaji OKU
III. KESEDIAAN OKU
Pendidikan dan latihan - Pendidikan inklusif diperingkat sekolah rendah,
menengah, dan pengajian tinggi termasuk
vokasional
- Pelbagai latihan yang wujud disediakan oleh
penyedia perkhidmatan pekerjaan dibawa DES
Rehabilitasi dan kembali bekerja - Program pemulihan dan Return To Work melalui
insurans pekerjaan dan kemalangan
IV. KESEDIAAN SISTEM SOKONGAN DAN PERSEKITARAN
Perkhidmatan sokongan pekerjaan - Perkhidmatan latihan dan Job Coach profesional
daripada lebih 130 penyedia perkhidmatan DES
Jaringan pertubuhan dan - Anggaran 1500 pertubuhan OKU di bawah
perkhidmatan OKU naungan organisasi National Disability Services
Sokongan alat bantu dan - Dana alat bantu dan pengubahsuaian daripada
pengubahsuaian EAF dan NDIS
Aksesibiliti bangunan dan sistem - Sangat mesra OKU; pengesahan perunding
pengangkutan aksesibiliti mesti diperolehi di peringkat lukisan
Program kesedaran umum pelan bangunan/binaan
berkaitan isu OKU
- program kesedaraan yang komprehensif meliputi
keluarga, masyarakat, dan majikan
8.3 Penandaarasan Thailand
8.3.1 Latar Belakang
Gerakan memperkasa komuniti OKU di Thailand bermula secara aktif dalam tahun 1980-an,
seiring dengan peningkatan kesedaran terhadap hak-hak asasi OKU di peringkat
antarabangsa dan pengisytiharan Hari OKU Antarabangsa. Pandangan dan sikap
masyarakat terhadap komuniti OKU di Thailand sebelum daripada itu cenderung kepada
melihat OKU sebagai objek simpati mengikut kehidupan masa lalu mereka berasaskan
konsep karma. Pandangan dan sikap yang negatif ini telah memangkin pertubuhan
kebajikan dan bukan kerajaan untuk muncul dan bertindak balas terhadap keperluan OKU
dengan tujuan utama untuk menyediakan bantuan sosial, kesihatan dan pendidikan yang
asas, dan meningkatkan penglibatan mereka dalam masyarakat. Persatuan Orang Buta
Bangkok, Disabled People's Organisation (DPO) yang pertama di Thailand, ditubuhkan pada
tahun 1967, dengan sokongan daripada sukarelawan antarabangsa dan keluarga diraja
Thai. Selepas itu, banyak organisasi bagi OKU diwujudkan secara beransur-ansur dalam
tempoh 20 tahun yang berikutnya. Dengan penggerak yang kuat daripada pemimpin
persatuan OKU dan pembuat polisi di peringkat kerajaan, People with Disability
Rehabilitation Act, telah digubal pada tahun 1991. Bersama dengan undang-undang ini,
pusat pemulihan perubatan pertama di Thailand ditubuhkan di bawah Kementerian
204
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Kesihatan Thailand. OKU ditentukan secara sah mengikut jenis ketidakupayaan yang
mereka alami untuk pendaftaran dan diberikan peruntukan hak bagi mendapat perkhidmatan
pemulihan kesihatan, pendidikan termasuk pendidikan vokasional dan perkhidmatan sosial
yang penting. Sejak tahun 1996, wakil daripada komuniti OKU telah dilantik sebagai senator
untuk menyuarakan pandangan dan isu-isu berkaitan komuniti OKU di parlimen. Dengan
tekanan yang kuat dari pertubuhan-pertubuhan OKU Thailand, dan disokong oleh
pergerakan OKU antarabangsa, People with Disability Empowerment Act, (PDEA) telah
diperkenalkan pada 2007, menggantikan Rehabilitation of Disabled Persons Act 1991.
Undang-undang baru ini memperbaharui definisi kecacatan sebagai: ‘Orang yang
mempunyai keterbatasan dalam melakukan aktiviti kehidupan harian atau sekatan dalam
penyertaan sosial kesan daripada kecacatan peribadi bersama halangan persekitaran’. Ini
menunjukkan satu anjakan kepada pendekatan terhadap isu berkaitan OKU kea rah model
sosial dan hak asasi selaras dengan falsafah CRPD yang pada masa itu baru sahaja
diperaku di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada akhir 2006. Akta
baru ini juga memperuntukkan penubuhan Majlis Kebangsaan untuk Memperkasakan OKU
yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk
memantau dan menguatkuasakan pelaksanaan pelan tindakan dan strategi negara untuk
memperkasakan OKU. Perundangan dalaman berkaitan isu OKU diperkemaskan lagi
dengan rektifikasi konvensyen antarabangsa yang berkaitan seperti Vocational
Rehabilitation and Employment (Disabled Persons) 1983 (No. 159) oleh ILO pada 11
Oktober 2007, CRPD pada 29 Julai 2008, dan CRPD Optional Protocol pada 2016.
Mengikut statistik terkini (April 2019) daripada Department for the Empowerment of PWD
(DEP), OKU yang berdaftar dan diberi kad OKU adalah seramai 1,995,767 orang atau
3.01% daripada jumlah penduduk Thailand. Jumlah OKU lelaki ialah seramai 1,043,308
orang (52.28%) manakala jumlah OKU perempuan adalah seramai 952,459 orang (47.72%).
Seperti amalan di Malaysia, statistik OKU di Thailand dilapor berdasarkan jenis
ketidakupayaan yang dialami. Jadual 8.3 menunjukkan hampir separuh daripada jumlah
OKU di Thailand mengalami ketidakupayaan fizikal dan pergerakan (49.43%). Ini diikuti
dengan ketidakupayaan pendengaran dan pertuturan (18.65%), penglihatan (9.82%), mental
dan perilaku sosial (7.59%), dan OKU dengan lebih daripada satu jenis ketidakupayaan
(6.21%). Walaupun secara keseluruhannya peratusan OKU intelektual adalah 6.77%,
kategori ini merupakan kelompok yang terbesar di kalangan OKU yang berumur di bawah 21
tahun iaitu sebanyak 29.96%. Jenis ketidakupayaan lain pula direkodkan hanya kurang
daripada 1% daripada jumlah OKU berdaftar di Thailand.
Jadual 8.3: Statistik OKU di Thailand
Jenis Ketidakupayaan Jumlah (Orang) Peratusan
1. Fizikal dan pergerakan 986,583 49.43
2. Pendengaran dan pertuturan 372,189 18.65
3. Penglihatan 196,081 9.82
4. Mental dan perilaku sosial 151,495 7.59
5. Intelektual 135,085 6.77
6. Autistik 12,892 0.65
7. Pembelajaran 10,533 0.53
8. Ketidakupayaan melebihi satu jenis 123,936 6.21
9. Masih dalam proses kemaskini 0.35
6,973
205
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Sumber: Department for the Empowerment of PWD (DEP), 2019
Selain daripada statistik jenis ketidakupayaan, DEP juga melaporkan fakta berkaitan guna
tenaga dan pekerjaan di kalangan OKU seperti berikut:
• OKU dalam kategori usia bekerja (berumur 15-59 tahun) jumlahnya 841,408 orang
• OKU dalam kategori usia bekerja yang bekerja jumlahnya 217,480 orang (25.85%);
jumlah OKU perempuan seramai 82,019 orang manakala jumlah OKU lelaki seramai
135,461 orang.
• OKU dalam kategori usia bekerja yang mampu untuk bekerja tetapi belum bekerja
jumlahnya 151,150 orang (17.96%).
• OKU dalam kategori usia bekerja tetapi tidak mampu untuk bekerja (disebabkan
ketidakupayaan dan tidak mampu bantu diri sendiri) jumlahnya 57,687 orang (6.86%).
• OKU yang tidak ingin mendedahkan maklumat tentang pekerjaan jumlahnya 415,091
orang (49.33%).
• Sektor pekerjaan OKU: pertanian (25.79%), bekerja biasa (24.66%), bekerja
sendiri/bebas (6.67%), pekerja swasta (4.69%), pekerja kerajaan (0.36%), dan lain-
lain/tidak dinyatakan pekerjaan (37.83%).
8.3.2 Dasar, Strategi dan Sokongan Persekitaran Bagi OKU di Thailand
People with Disability Empowerment Act 2007 dan pindaannya pada 2013 adalah dasar
terkini yang merangkumi pelbagai aspek hak-hak berkaitan OKU yang tercatat dalam ‘Royal
Thai Government Gazette’ jilid 130/30A pada 29 Mac 2013. Akta ini adalah pengganti
kepada Akta Rehabilitation of Disabled Persons Act 1991 yang telah dimansuhkan. Akta
baru ini mempunyai peruntukan khas berkaitan penggajian OKU di sektor awam dan swasta.
• Seksyen 33 iaitu kewajipan semua majikan awam dan swasta menggaji OKU pada
nisbah 100:1 (100 orang pekerja biasa: 1 orang pekerja OKU.
• Seksyen 34 iaitu jika majikan tidak mengambil pekerja OKU mengikut peruntukan di
Seksyen 33 maka majikan diwajibkan untuk membayar wang pampasan kepada Dana
Pemerkasaan OKU yang diurus oleh pihak kerajaan berdasarkan gaji minima sebagai
penggantian penggajian OKU.
• Seksyen 35 iaitu jika majikan tidak mengambil pekerja OKU mengikut Seksyen 33 dan
tidak berkehendak untuk membayar pampasan penggantian gaji minima kepada Dana
Pemerkasaan OKU mengikut Seksyen 34, maka majikan boleh memberi perkhidmatan
dan bantuan lain yang memberi manfaat kepada OKU sebagai penggantian kepada nilai
pampasan tersebut seperti memberi tempat untuk OKU berniaga, membayar mereka
untuk bekerja atau memberikan perkhidmatan di organisasi lain secara kontrak, memberi
latihan dan kemahiran, memberi perkhidmatan juru bahasa isyarat dan lain-lain
sokongan yang dibenarkan.
Menurut maklumat diperolehi daripada lawatan penandaarasan dan laporan-laporan akhbar
tempatan, Seksyen 33 akta ini telah mewujudkan kira-kira 50 ribu peluang pekerjaan
mandatori kepada OKU melibatkan majikan swasta yang mempunyai tenaga kerja seramai
100 orang atau lebih. Walau bagaimanapun, pada 2014 dianggarkan kira-kira 22 ribu
daripada peluang pekerjaan ini tidak dapat diisi dan seterusnya penggantian gaji minima
206
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
sebanyak THB2.4 bilion pada tahun tersebut telah dibayar oleh majikan-majikan berkenaan
kepada dana pemerkassan OKU. Sehingga 2018, jumlah terkumpul dana ini dilaporkan
mencecah lebih daripada THB11 bilion. Dana ini digunakan oleh kerajaan untuk disalurkan
kepada pelbagai skim dan program sokongan kepada OKU terutamanya dalam
meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam bidang pekerjaan di pasaran terbuka. Walau
bagaimanapun, pelbagai pertubuhan berkaitan OKU berusaha untuk meningkatkan lagi
penggajian OKU dengan pelbagai inisiatif, yang merupakan matlamat asal akta ini
diperkenalkan. Sebagai contoh, Social Innovation Foundation (SIF) mengambil peluang
daripada Seksyen 35 di atas dalam mendekati majikan-majikan yang tidak dapat menggaji
OKU secara terus di firma-firma mereka untuk membayar gaji kepada OKU secara kontrak
tahunan dalam memberikan perkhidmatan sosial di organisasi lain seperti pembantu di balai
polis, sekolah dan klinik kesihatan. Sejak dilaksanakan pada 2014, SIF telah berjaya
menempatkan lebih 10 ribu peluang pekerjaan dengan skim perkhidmatan sosial secara
kontrak tahunan ini yang telah memberikan pendapatan kumulatif sebanyak THB1.1 bilion
kepada OKU terlibat sehingga 2018.
Department for the Empowerment of Persons with Disabilities (DEP) di bawah Ministry of
Social Development and Human Security diberikan mandat oleh PDEA 2007 dalam menjaga
kebajikan dan hak-hak OKU di Thailand dan menjadi sumber rujukan bagi agensi-agensi lain
yang beroperasi berkaitan dengan OKU. Pada masa ini, strategi memperkasa OKU dipandu
oleh Pelan Strategik DEP (2017-2021) yang bermatlamatkan misi bertemakan “Empowering
Independent Living for Persons with Disabilities towards Inclusive Society”. Pelan Strategik
ini dilandaskan kepada lima (5) tunggak seperti berikut:
1. Eksesibiliti – memastikan OKU mendapat hak ekses kepada sokongan kebajikan
asas dan kemudahan awam secara saksama.
2. Kerjasama – menguatkan kerjasama antara jabatan awam dan pihak swasta (dalam
dan luar negara) terhadap isu berkaitan OKU.
3. Perlaksanaan Polisi – beriltizam untuk merealisasikan polisi berkaitan OKU ke arah
perlaksanaan yang lebih konkrit.
4. Keupayaan OKU – meningkatkan potensi diri OKU dan membentuk persepsi positif
terhadap keupayaan OKU.
5. Kekuatan Organisasi – memantapkan DEP supaya menjadi organisasi yang berjaya.
Kepentingan aspek persekitaran yang kondusif bagi memaksimakan penyertaan OKU dalam
masyarakat diberikan keutamaan dalam Pelan Strategik DEP (2017-2021). Ini adalah
kerana aspek eksesibiliti bangunan dan kemudahan awam masih menjadi isu di kalangan
OKU seperti dihadapi oleh negara-negara membangun yang lain. Aspek pendidikan sebagai
medium meningkatkan keupayaan, potensi diri dan peluang pekerjaan di kalangan OKU
juga diberi perhatian. Pendidikan khas bagi OKU tercatat dalam Akta Pendidikan
Kebangsaan 1999 (pindaan 2002) serta Akta Pengurusan Pendidikan OKU 2008. Pusat
pendidikan khas disediakan di setiap wilayah (77 wilayah) dan juga terdapat 48 buah
Sekolah khas bagi OKU di seluruh negara. Di samping itu, terdapat pusat pemulihan di
semua wilayah di Thailand menyediakan latihan kerja yang sesuai untuk OKU. Bagi mereka
yang mengalami ketidakupayaan sementara atau kekal yang diakibatkan oleh kecederaan
atau kemalangan, terdapat program Return To Work yang dikelola oleh Pejabat
Keselamatan Sosial.
207
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Terdapat kira-kira 520 pertubuhan berkaitan OKU di seluruh Thailand memberikan pelbagai
perkhidmatan dan sokongan kepada OKU. Hasil pemerhatian daripada lawatan penanda
aras mendapati bahawa pendekatan peer-to-peer (rakan OKU kepada rakan OKU yang lain)
amat popular di kalangan pertubuhan berkaitan OKU di Thailand dalam memberikan
sokongan emosi, nasihat dan panduan kepada OKU, manakala latihan kemahiran bersifat
on-job training pula menjadi ciri utama organisasi yang dilawati. Organisasi-organisasi yang
berdaftar dengan DEP diberikan geran yang disalur daripada Dana Pemerkasaan OKU hasil
daripada pampasan yang dibayar oleh majikan yang tidak dapat mematuhi Seksyen 33
PDEA 2007. Secara umum, PDEA 2007 yang mewajibkan penggajian OKU pada nisbah
seorang pekerja OKU bagi setiap 100 pekerja di sektor awam dan swasta dan pelbagai
peruntukan perundangan lain berkaitan hak-hak OKU dalam pelbagai aspek kehidupan
diakui sebagai peneraju utama dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu
berkaitan OKU di Thailand. Ini terhasil daripada kesungguhan politik dengan desakan
daripada pergerakan hak OKU yang kuat serta sokongan moral daripada Institusi Diraja
Thailand.
8.3.3 Program Sokongan dan Insentif
Selain daripada peruntukan perundangan berkaitan kuota penggajian OKU, PDEA juga
memberikan mandat kepada DEP untuk melaksanakan pelbagai program bagi memperkasa
OKU di Thailand. Antara program Sokongan dan insentif terhadap OKU oleh DEP di
Thailand adalah seperti berikut:
• Pemberian dana bagi pelbagai skim- Dana diberikan kepada skim yang bertujuan
untuk meningkatkan taraf hidup termasuk latihan pekerjaan bagi OKU.
• Elaun Bulanan- Elaun bulanan akan diberikan kepada setiap OKU yang berdaftar
sebanyak THB800 setiap bulan.
• Pinjaman- Skim Pinjaman ini diadakan bertujuan untuk membantu OKU dalam sudut
pembelajaran, pekerjaan serta membantu organisasi yang mengurus OKU. Pinjaman ini
diberikan kepada OKU dan penjaganya sebagai dana untuk memulakan atau mengurus
pekerjaan mereka dengan kadar faedah sifar. Jumlah pinjaman terbahagi kepada dua
iaitu (i) bagi individu, jumlahnya tidak melebihi THB60,000 setiap individu; manakala (ii)
bagi kumpulan, jumlahnya tidak melebihi THB1 juta setiap kumpulan. Pemulangan
pinjaman ini boleh di selesaikan secara beransur-ansur dalam masa tidak melebihi 5
tahun. Bagi peminjam yang mahu meminjam dalam jumlah yang melebihi jumlah yang
ditetapkan maka ia akan tertakluk kepada pertimbangan selanjutnya bagi setiap individu
dan jumlahnya tidak melebihi THB120,000.
• Pelepasan Cukai Pendapatan- Potongan cukai bagi penjaga OKU diberikan dengan
syarat nama penjaga ditulis sebagai penjaga atas kad OKU. Jika OKU mempunyai ramai
penjaga, maka nama penjaga yang ditulis atas kad OKU sahaja akan diberi potongan
cukai.
• Pelepasan Cukai Perniagaan- Pelepasan cukai terhadap jumlah penggajian bagi
majikan yang menggaji OKU atau menyumbang ke Dana Pemerkasaan OKU. Bagi
majikan atau pengusaha yang mempunyai jumlah pekerja OKU seramai 60% atau lebih
selama lebih daripada 180 hari pada satu-satu tahun akan diberikan pengecualian penuh
cukai pada tahun tersebut.
• Pelepasan Cukai Pengubahsuaian- Pemilik premis, kenderaan pengangkutan dan
perkhidmatan dan kemudahan lain yang menyediakan kemudahan, perkakasan, atau
208
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
perkhidmatan yang boleh diekses boleh mendapat pelepasan cukai berasaskan kepada
pengubahsuaian yang dibuat.
• Penjagaan OKU- Jika OKU tiada penjaga maka OKU berhak untuk menerima
perkhidmatan penjagaan daripada pihak kerajaan. Jika terdapat pusat perlindungan OKU
swasta yang telah ditubuhkan maka pihak kerajaan akan memberi dana bantuan Penjaga
OKU; mereka juga berhak untuk menerima nasihat, latihan pengurusan OKU dan
bantuan lain supaya mereka boleh memberikan perkhidmatan yang baik kepada OKU.
• Penyediaan Pelan dan Panduan- Perkhidmatan ini diberikan untuk penyediaan tandas,
bangunan, tempat letak kenderaan mesra OKU dan kemudahan lain. Pelan dan Panduan
juga diberikan untuk penyelarasan tempat perlindungan OKU di seluruh negara.
• E-service platform- DEP juga berperanan sebagai penyedia e-service platform supaya
majikan dapat melaporkan pengambilan pekerja di kalangan OKU untuk mematuhi
Seksyen 33, 34 atau 35 PDEA (2007) dan pindaan (2013), di mana 3 seksyen tersebut
berkaitan dengan pengambilan OKU sebagai pekerja, pembayaran pampasan
penggantian gaji minima atau memberi manfaat dalam bentuk lain.
• Juru Bahasa Isyarat- OKU boleh menerima perkhidmatan juru bahasa isyarat bagi
urusan kesihatan, pekerjaan, berurusan dengan pihak polis, mahkamah dan lain-lain.
Juru bahasa akan diberikan gaji mengikut masa berkhidmat iaitu antara THB300-600
sejam. Manakala juru bahasa isyarat bagi program latihan, forum atau seminar akan
diberi elaun sebanyak THB600 sejam, dan elaun ini boleh diminta hanya untuk dua orang
juru bahasa sahaja pada satu jam, dan jumlah jam tidak melebihi 6 jam sehari.
8.3.4 Rumusan Ekosistem Penggalakan Pekerjaan OKU di Thailand
Berasaskan kepada maklumat yang dikumpul daripada lawatan penandaarasan dan
sumber-sumber lain, laporan penandaarasan Thailand ini dapat dirumuskan berlandaskan
kepada empat tonggak utama iaitu kesediaan dasar dan perundangan, kesediaan majikan,
kesediaan OKU, dan kesediaan sistem sokongan dan persekitaran seperti yang diperincikan
dalam Jadual 8.4.
Jadual 8.4: Ringkasan Ekosistem Penggalakan Pekerjaan OKU di Thailand
I. KESEDIAAN PERUNDANGAN DAN DASAR
Konvensyen antarabangsa - CRPD; termasuk Optional Protocol Konvensyen
ILO (No. 159)
Perundangan/dasar dalaman - Rehabilitation of Disabled Persons Act;
- Akta Pemerkasaan OKU 2007, 2013
Kuota penggajian OKU - Kuota-Nisbah 1 pekerja OKU kepada 100 pekerja
menurut Akta Pemerkasaan OKU 2007 dan
pindaan 2013, Seksyen 33.
Sistem sokongan pendapatan - Sokongan pendapatan sebanyak THB800 sebulan
Kajian dan Data Berkaitan OKU kepada semua golongan OKU.
II. KESEDIAAN MAJIKAN - Data yang agak komprehensif (sejumlah 3%
Insentif penggajian penduduk Thailand dikenal pasti dan didaftarkan
sebagai OKU
- Majikan diberikan potongan cukai jika
menyumbang terhadap pekerjaan dan kemudahan
OKU.
209
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
- Sokongan terhadap OKU mengikut Seksyen 35,
Akta Pemerkasaan OKU seperti menyediakan
tempat untuk OKU berniaga, menyediakan latihan
kerja, menyediakan jurubahasa isyarat, dan
menggaji OKU untuk bekerja secara kontrak di
tempat atau organisasi lain.
Program latihan/kesedaran - Program yang dilaksanakan oleh pertubuhan OKU
penggajian OKU bagi mendekati dan mendapatkan sokongan
majikan untuk menggaji OKU
Forum/Jaringan Majikan - Rangkaian di kalangan NGO dalam meningkatkan
menggaji OKU kebolehpasaran OKU, terutamanya melalui
sumbangan diberikan oleh majikan yang memilih
seksyen 35 akta OKU.
Penyesuaian tempat kerja - Kemudahan awam, perkhidmatan bas dan van,
bangunan kerajaan seperti hospital dan pusat
pentadbiran wilayah perlu mesra OKU.
- Majikan yang mengubahsuai tempat kerja akan
mendapat potongan cukai.
III. KESEDIAAN OKU
Pendidikan dan latihan - Biro Pendidikan Khas di bawah Kementerian
Pendidikan bertanggungjawab dalam menjaga
hak-hak pendidikan di kalangan OKU.
- Pendidikan khas OKU tercatat dalam akta
Pendidikan Kebangsaan Thai 1999 dan Pindaan
2002 serta akta Pengurusan Pendidikan OKU
(2008).
- Pusat Pendidikan khas terletak di setiap wilayah
(77 wilayah) di seluruh negara.
- Terdapat sebanyak 48 Sekolah khas OKU di
seluruh negara.
Rehabilitasi dan kembali bekerja - Pejabat Keselamatan sosial di bawah Kementerian
Buruh bertanggungjawab dalam hal-ehwal
pemulihan/return to work.
- Memberi perkhidmatan perubatan serta
menyediakan alat bantu kepada OKU
- Pusat Pemulihan terletak di semua rantau seluruh
negara Thai.
- Pusat Pemulihan menyediakan latihan kerja yang
sesuai untuk OKU.
IV. KESEDIAAN SISTEM SOKONGAN DAN PERSEKITARAN
Perkhidmatan sokongan - Perkhidmatan sokongan daripada pertubuhan
pekerjaan OKU
- perkhidmatan nasihat sokongan emosi berasaskan
‘peer to peer’
Pertubuhan dan perkhidmatan - Dianggarkan 520 organisasi OKU di seluruh
OKU negara
- Pusat perkhidmatan OKU kerajaan di setiap
wilayah (77 wilayah)
Sokongan alat bantu dan - Peruntukan kerajaan daripada DEP
pengubahsuaian
Aksesibiliti bangunan dan - Kemudahan awam, perkhidmatan bas dan van,
sistem pengangkutan bangunan kerajaan seperti hospital dan pusat
pentadbiran wilayah perlu mesra OKU.
210
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Program kesedaran umum - Pelbagai persidangan antarabangsa dianjurkan
berkaitan isu OKU bagi meningkatkan kesedaran umum terhadap isu-
isu OKU.
- Sokongan kuat daripada institusi raja
8.4 Adaptasi Amalan Terbaik bagi Ekosistem Penggalakan Pekerjaan OKU di
Malaysia
Berdasarkan kepada laporan penanda aras yang dilaksanakan di Australia dan Thailand,
banyak contoh amalan terbaik boleh diadaptasi bagi meningkatkan keberkesanan ekosistem
penggalakan pekerjaan dalam kalangan OKU di Malaysia. Salah satu daripada peneraju
utama ekosistem penggajian OKU yang efektif adalah hasil daripada penggubalan undang-
undang dan dasar yang komprehensif, dan seterusnya dilaksanakan secara efektif. Akta
Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 di Malaysia telah diperkenalkan dan diluluskan di
Parlimen pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan
dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta ini memberi pengiktirafan hak OKU dan seterusnya
menukar pendekatan dasar dan program yang berasaskan model kebajikan kepada model
hak asasi. Akta ini membolehkan OKU mempunyai peluang sama rata dan penyertaan
penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain serta memperuntukkan
perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan
OKU. MKBOKU turut diperkenalkan dalam akta ini. Majlis ini ditubuhkan bagi menyelia
pelaksanaan dasar dan pelan tindakan negara berkaitan OKU dan membuat cadangan
kepada kerajaan dalam memastikan penglibatan dan penyertaan penuh OKU dalam semua
aspek kehidupan.
Namun begitu, di sebalik penggubalan akta ini, masih terdapat beberapa kekurangan yang
dikenal pasti. Antara kelemahan yang perlu diperbaiki ialah ketiadaan peruntukan
penguatkuasaan. Peruntukan penguatkuasaan yang dimaksudkan boleh berupa elemen
punitif terhadap perlanggaran hak OKU yang diperuntukkan dalam akta. Ia juga boleh
berupa denda atau pampasan yang perlu diberikan kepada mana-mana OKU yang mana
haknya telah dinafikan. Dalam hal ini, perundangan di Thailand yang mewajibkan
penggajian OKU di sektor awam dan swasta bersama elemen punitif adalah satu
pendekatan yang perlu diberikan pertimbangan serius. Ini bukan sekadar dapat membuka
peluang pekerjaan yang luas kepada komuniti OKU, malah pampasan yang perlu dibayar
oleh majikan yang tidak mematuhi dasar ini akan dapat membiayai inisiatif bagi
meningkatkan kebolehpasaran OKU dalam bidang pekerjaan secara khususnya dan aspek-
aspek ekosistem lain seperti sistem sokongan dan persekitaran bagi OKU secara amnya.
Selain dari aspek perundangan dan dasar, amalan terbaik dalam meningkatkan kesediaan
majikan untuk menggaji OKU, seperti dilaksanakan di Australia boleh diadaptasi di Malaysia.
Perkara yang paling penting ialah untuk mendekati majikan, memberikan kesedaran tentang
keupayaan OKU untuk bekerja dan insentif yang disediakan bagi menggaji OKU oleh pihak
kerajaan. Ini bermatlamat untuk meningkatkan kesediaan dan keyakinan majikan untuk
menggaji OKU. Selain itu, OKU sendiri perlu disediakan untuk meningkatkan
kebolehpasaran mereka. Selain daripada sistem pendidikan dan latihan yang bersesuaian,
sistem sokongan perkhidmatan pekerjaan yang profesional dan komprehensif seperti yang
dilaksanakan di Australia amat perlu dalam meningkatkan penyertaan OKU dalam pasaran
kerja.
211
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Kombinasi kekuatan dasar dan amalan di Australia dan Thailand seperti yang dikenal pasti
di atas berpotensi tinggi diadaptasi di Malaysia seperti ditunjukkan dalam Rajah 8.1.
Perkhidmatan sokongan pekerjaan OKU yang profesional dan komprehensif memerlukan
dana yang besar untuk dibiayai oleh pihak kerajaan. Menyedari keadaan fiskal kerajaan
yang sangat terbatas, peruntukan perundangan bagi penggajian mandatori OKU dalam
nisbah 1 pekerja OKU bagi setiap 100 orang pekerja di sektor swasta yang digandingkan
dengan elemen punitif berupa pampasan yang perlu dibayar oleh majikan swasta kepada
satu dana pemerkasaan OKU boleh digunakan untuk membiayai sistem sokongan
pekerjaan ini.
Rajah 8.1: Adaptasi Kekuatan Dasar dan Amalan di Australia dan Thailand bagi
Penggalakan Penggajian OKU di Malaysia
Australia Thailand
Sistem sokongan perkhidmatan pekerjaan + Peruntukan perundangan PDEA 2007 yang
yang komprehensif dan profesional dikuatkuasakan dan mempunyai
elemen punitif
* JobAccess
* Disability Employment Services (DES) • Seksyen 33: semua majikan wajib menggaji OKU
* National Disability Recruitment Coordinator pada ratio 100: 1
(NDRC) • Seksyen 34: Pampasan kepada Dana
* Employment Assistance Fund (EAF) Pemerkasaan OKU jika gagal mematuhi
Disokong oleh dana yang besar oleh kerajaan Seksyen 33
• Seksyen 35: Pilihan untuk membayar pampasan
dengan cara lain
Dana Pemerkasaan OKU disalurkan untuk
meningkatkan kebolehpasaran OKU bekerja
Untuk tujuan ini juga, sebuah agensi yang menjadi hub nasional bagi isu berkaitan
pekerjaan OKU boleh diadaptasi daripada amalan di Australia (JobAccess). Agensi ini dapat
memberikan perkhidmatan bukan hanya kepada golongan OKU yang inginkan pekerjaan,
malah kepada majikan di sektor swasta dan awam serta agensi-agensi sokongan yang
memberikan perkhidmatan sokongan seperti pemadanan dan latihan pekerjaan. Antara lain,
fungsi agensi ini boleh meliputi komponen-komponen berikut:
1. Memberi khidmat nasihat pakar tentang penggajian OKU dan maklumat berkaitan kepada
OKU, majikan yang berminat menggaji OKU serta agensi-agensi lain yang terlibat dalam
perkhidmatan berkaitan pekerjaan kepada OKU melalui medium yang mudah seperti
talian bebas tol dan laman sesawang yang mesra pengguna dan komprehensif.
2. Mengkoordinasi sistem dan mekanisme permohonan, pemadanan, penyesuaian kerja dan
memberi nasihat dan maklumat berkaitan pengubahsuaian tempat kerja atau kenderaan
dan insentif-insentif lain yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada pekerja OKU dan
majikan.
3. Memberikan perkhidmatan Job-Coach termasuk memberikan latihan dan pentauliahan
kepada mereka.
212
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
4. Mempromosikan konsep PWDs Confident Employer kepada majikan iaitu mendekati
majikan bagi meningkatkan keyakinan mereka untuk menggaji OKU.
5. Melaksanakan program kesedaran kepada keluarga, masyarakat dan majikan berkaitan
hak OKU untuk bekerja.
6. Menjadi pusat aduan bagi OKU dalam isu berkaitan pekerjaan sama ada dalam bentuk
diskriminasi, eksploitasi, pengabaian tanggungjawab oleh majikan dan lain-lain.
8.5 Kesimpulan
Lawatan penanda aras yang telah dilaksanakan dan pemerhatian yang dibuat berasaskan
kepada empat tonggak ekosistem penggalakan pekerjaan OKU seperti yang dilaporkan
dalam bab ini telah berjaya mengenal pasti dasar dan amalan terbaik yang berpotensi
diadaptasi di Malaysia. Ciri-ciri utama di Australia yang meliputi sistem sokongan
perkhidmatan pekerjaan yang profesional dan komprehensif didukung dengan dana
pembiayaan yang besar boleh digandingkan dengan ciri-ciri utama di Thailand yang
mengambil pendekatan perundangan bersama dengan elemen punitif berupa bayaran
pampasan kepada Dana Pemerkasaan OKU bagi ketidakpatuhan terhadap kewajipan
menggaji OKU. Selain itu, agensi peneraju yang dapat mengkoordinasi segala bentuk
program sokongan, insentif, maklumat dan panduan penggajian OKU seperti di Australia
juga dilihat sebagai komponen kritikal kepada keberkesanan penggalakan pekerjaan OKU
yang boleh diadaptasi di Malaysia. Pembentukan ekosistem yang efektif juga memerlukan
kepada persekitaran yang kondusif bagi membolehkan penyertaan penuh OKU dalam
masyarakat termasuk di sektor pekerjaan. Sehubungan itu, sebarang bentuk pelan tindakan
atau strategi untuk meningkatkan kebolehpasaran OKU perlu merangkumi isu berkaitan
eksesibiliti, sistem pendidikan dan latihan, serta kesedaran masyarakat dan majikan
terhadap hak OKU untuk mendapat peluang penyertaan penuh dalam masyarakat.
213
BAB 9
PEMBANGUNAN
SISTEM PANGKALAN
DATA
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
BAB 9: PEMBANGUNAN SISTEM PANGKALAN DATA
9.1 Pengenalan
Dokumen ini mentakrifkan spesifikasi keperluan bagi membangunkan aplikasi perisian untuk
kemudahan golongan OKU di Malaysia mendapatkan peluang pekerjaan. Melalui
pengumpulan dan analisis kesemua keperluan ‘Sistem Padanan Peluang Pekerjaan Kurang
Upaya (S3PKP)’, ciri-ciri sistem ditakrifkan secara terperinci dalam dokumen ini. Prototaip
digunakan dalam proses analisis dengan menterjemahkan keperluan sistem kepada model
kerja sistem yang dikehendaki. Bahagian yang seterusnya menerangkan spesifikasi
keperluan perisian, analisis dan reka bentuk logik perisian, ujian prototaip, manual pengguna
untuk prototaip, dan ringkasan serta cadangan.
9.2 Spesifikasi Keperluan Perisian (SKP)
Seksyen ini menyediakan butiran terperinci untuk cadangan sistem S3PKP. Prototaip
S3PKP dibangunkan bagi memberi gambaran keperluan sistem yang digariskan dalam
seksyen ini. S3PKP bertujuan menyediakan platform bagi golongan OKU mendapatkan
pekerjaan serta mewujudkan kesedaran di kalangan pemegang taruh (majikan, calon
pekerja dan agensi) mengenai aspek kebolehpasaran golongan OKU.
Dokumen SKP ini ditujukan terutamanya kepada pemaju sistem, pengurus projek, penguji
sistem, dan pengguna akhir. Dokumen ini disusun mengikut kandungan berikut: Seksyen
9.2.1 menerangkan skop keseluruhan sistem, Seksyen 9.2.2 memberikan rujukan yang
digunakan dalam menyediakan SKP ini, Seksyen 9.2.3 menyediakan penerangan
keseluruhan mengenai sistem iaitu perspektif projek, fungsi-fungsi projek, ciri-ciri dan
kategori pengguna sistem, persekitaran operasi sistem, dan kekangan reka bentuk dan
pelaksanaan, Seksyen 9.2.4 menerangkan ciri-ciri sistem secara terperinci merangkumi
keperluan-keperluan fungsian sistem untuk semua modul (modul induk, modul pekerja,
modul majikan, modul agensi dan modul pentadbir sistem), dan akhir sekali ialah Seksyen
9.2.5 yang menerangkan aspek keperluan kualiti, keperluan keselamatan dan prestasi
sistem.
9.2.1 Skop Projek
S3PKP merupakan sistem yang meningkatkan kesedaran mengenai OKU dan
membolehkan:
● OKU mendapatkan maklumat mengenai pekerjaan, program, sokongan dan lain-lain,
● OKU mendapatkan pekerjaan,
● Majikan mengiklankan jawatan kosong,
● Majikan merekrut calon pekerja yang sesuai,
● Majikan mendapatkan bimbingan dan informasi daripada agensi-agensi yang
berkenaan,
● Agensi menyebarkan maklumat mengenai pekerjaan, program, sokongan dan lain-
lain (pelepasan cukai berganda, Elaun Pekerja Cacat (EPC) dll.), dan
● Agensi membuat pendekatan yang sesuai kepada OKU dan sebaliknya.
214
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Dengan ini, skop projek merangkumi pembangunan prototaip SPPPKP, yang meliputi lima
(5) modul utama:
I. Modul Induk,
II. Modul OKU,
III. Modul Majikan,
IV. Modul Agensi, dan
V. Modul Pentadbir Sistem.
Prototaip yang dibangunkan dijangka akan memberi faedah kepada golongan OKU yang
sedang mencari peluang pekerjaan. Pada masa yang sama, ia menjadi platform kepada
para majikan untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk golongan kurang upaya. Agensi
kerajaan, terutamanya, boleh mendaftar sebagai pengguna sistem untuk berkongsi
menyebarkan maklumat yang relevan kepada golongan OKU dan majikan mengenai
kemudahan-kemudahan, geran, dan insentif-insentif yang disediakan oleh pihak kerajaan
serta pelbagai garis panduan yang berguna.
9.2.2 Rujukan
Dokumen ini merujuk kepada piawaian IEEE Std 830-1984 (IEEE Guide for Software
Requirements Specification) yang diketahui umum adalah piawaian dokumen spesifikasi
keperluan. Dokumen piawaian tersebut mentakrifkan amalan yang disyorkan khusus untuk
menentukan keperluan-keperluan perisian.
9.2.3 Penerangan Keseluruhan Sistem
Bahagian ini menerangkan perspektif projek dari segi konteks dan asal-usul projek. Ia juga
meringkaskan fungsi utama projek dan menggambarkan pihak berkepentingan yang terlibat
dalam menggunakan sistem. Selain daripada itu, kelas-kelas pengguna yang terlibat dalam
sistem akan diterangkan juga, di samping persekitaran operasi dan kekangan atau limitasi
dalam reka bentuk dan pelaksanaan sistem.
a) Perspektif Projek
Projek yang dinyatakan dalam dokumen SRS ini telah dimulakan berdasarkan inisiatif oleh
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) di bawah Institut
Sosial Malaysia (ISM) yang bertujuan untuk membantu menangani isu peluang pekerjaan di
kalangan golongan OKU. Walaupun terdapat pekeliling kerajaan yang menyatakan dasar
bahawa sekurang-kurangnya 1% daripada peluang pekerjaan yang wujud perlu diberi
kepada golongan OKU, namun pelaksanaannnya masih jauh daripada realiti. Oleh itu, satu
sistem platform atau portal perlu diwujudkan di mana ia boleh dicapai dan diguna pakai oleh
pihak-pihak berkepentingan terutamanya golongan OKU, majikan industri swasta dan awam,
agensi-agensi kerajaan dan organisasi-organisasi bukan kerajaan.
Keperluan-keperluan cadangan pembangunan prototaip sistem telah diperoleh melalui:
I. sesi perbincangan, brainstorming dan mesyuarat dengan pelbagai pihak antaranya
Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) dan pegawai-pegawai dari
syarikat JobsMalaysia, iaitu portal utama pasaran pekerjaan di Malaysia,
II. kajian soal selidik dengan golongan OKU dan organisasi, dan
215
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
III. sesi FGD dengan wakil beberapa organisasi bukan kerajaan, industri dan agensi-
agensi kerajaan.
Portal JobsMalaysia yang diwujudkan di bawah Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian
Sumber Manusia bertujuan memberi perkhidmatan mencari kerja dan padanan pekerjaan
secara percuma kepada semua majikan dan pencari kerja di seluruh Malaysia. Sementara
itu, terdapat sistem yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang
Upaya (SMOKU) yang diwujudkan untuk membantu proses pendaftaran dan pengurusan
OKU di Malaysia. Di samping menguruskan pendaftaran dan mengeluarkan kad OKU,
sistem ini juga merangkumi modul latihan dan padanan pekerjaan untuk golongan OKU.
Walaupun demikian, modul padanan pekerjaan tersebut masih lagi belum diguna pakai.
Sistem yang dicadangkan dalam dokumen SRS mempunyai tujuan-tujuan berikut:
I. Menyediakan sistem padanan dan permohonan pekerjaan khusus untuk OKU,
dengan reka bentuk yang mudah dan senang digunakan oleh pengguna sama ada
mereka adalah golongan OKU, majikan atau agensi. Sistem tidak seharusnya tidak
menimbulkan bebanan kepada pengguna terutamanya kepada OKU untuk
memahami dan mengisi butiran maklumat yang perlu,
II. Mewujudkan mekanisme untuk memantau keseluruhan proses pengambilan
pekerjaan daripada mula majikan mengiklankan pekerjaan sehingga hasil proses
pengambilan di mana majikan boleh merekodkan sama ada pekerja melapor diri
untuk bertugas atau gagal melapor diri. Mekanisme kawalan ke atas majikan boleh
dilaksanakan bagi memastikan proses pengambilan pekerjaan dapat disimpulkan
seperti memberi notifikasi kepada majikan dan mengehadkan akses sistem kepada
majikan yang gagal mengikuti proses, dan
III. Menggabungkan keperluan yang tidak kompleks tetapi berguna (terutamanya
keperluan fungsian) bagi mewujudkan sistem satu-platform yang berfaedah kepada
pengguna dan semua pihak yang berkepentingan – OKU, majikan, agensi (kerajaan
dan bukan kerajaan), dan pemilik sistem atau data. Sebagai contoh, sistem
menggunakan kriteria padanan kerja yang mudah berdasarkan kelayakan,
pengalaman tahun bekerja dan kemahiran dan tidak membezakan pekerja mengikut
jenis ketidakupayaan, dan sistem memberi pelbagai notifikasi kepada pengguna
mengenai informasi yang dihebahkan oleh agensi-agensi.
b) Fungsi-Fungsi Projek
Sistem yang dicadangkan dijangka berupaya untuk menjalankan fungsi-fungsi utama seperti
berikut:
● Pemohon atau pencari kerja OKU boleh mendaftar untuk menggunakan sistem,
● Pemohon OKU boleh mengemas kini butiran profil pada setiap masa,
● Pemohon OKU boleh melihat senarai iklan jawatan kosong,
● Pemohon OKU boleh memohon jawatan kosong yang diiklankan dan kemudiannya
menerima notifikasi status permohonan tersebut,
● Majikan boleh membuat pendaftaran (pertama kali) untuk menggunakan sistem,
● Majikan boleh mengemas kini profil syarikat dalam sistem,
● Majikan boleh membuat pengiklanan jawatan kosong dalam syarikat,
216
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
● Majikan boleh menghubungi pemohon OKU untuk sesi temu duga dan kemudiannya
memaklumkan kepada pemohon mengenai status permohonan sama ada berjaya
atau tidak,
● Agensi-agensi berkenaan boleh membuat pendaftaran (pertama kali) untuk
menggunakan sistem,
● Agensi-agensi berkenaan boleh mengemas kini profil agensi mereka dalam sistem
tersebut,
● Agensi-agensi berkenaan boleh membuat sebarang hebahan mengenai acara,
pengumuman dan maklumat lain yang memberi manfaat kepada golongan OKU,
● Pengguna pentadbir sistem boleh mengurus tadbir atau mengemas kini pengguna-
pengguna sistem
Senarai di atas hanya menunjukkan ringkasan fungsi-fungsi utama sistem. Senarai fungsi
secara lengkap dan terperinci diterangkan dalam Seksyen 9.2.4 dokumen ini. Rajah 9.1
menunjukkan use-cases yang terlibat mengikut pengguna (aktor) tertentu dan hubungan
antara pengguna dan kes penggunaan yang berbeza.
c) Kelas Pengguna dan Ciri (User Classes and Characteristics)
Dokumen SRS ini melibatkan kelas pengguna seperti berikut:
I. Pentadbir sistem (bahagian pentadbiran)
II. Pemohon OKU (Pekerja)
III. Majikan
IV. Agensi
Pengguna di bahagian pentadbiran bertanggungjawab menguruskan semua pengguna
akaun yang terdiri daripada pengguna pemohon OKU, majikan, dan agensi. Peranan
pentadbir sistem ialah menguruskan akaun pengguna termasuk mewujudkan akaun
pengguna baru, mengemas kini dan menyahaktifkan pengguna sistem.
Pengguna akaun yang terdiri daripada pemohon OKU boleh membuat profil baru semasa
mewujudkan akaun. Mereka juga boleh menguruskan profil atau mengemas kini butiran
akaun. Pemohon OKU boleh membuat carian pekerjaan dan memohon pekerjaan secara
dalam talian setelah membuat pendaftaran dalam sistem.
Pengguna majikan boleh mewujudkan profil syarikat. Mereka juga boleh mengurus dan
mengemas kini butiran profil syarikat, dan memasukkan maklumat peluang pekerjaan yang
wujud di syarikat mereka. Pengguna majikan boleh menggunakan sistem untuk melihat
calon-calon pemohon yang telah memohon jawatan yang diiklankan serta menghubungi
mereka untuk sesi temu duga.
Pengguna agensi terdiri daripada agensi-agensi atau jabatan kerajaan yang berkenaan.
Mereka boleh mewujudkan akaun dan mendaftarkan agensi mereka semasa proses
pendaftaran. Seperti pengguna-pengguna lain, pengguna agensi juga boleh mengurus dan
mengemas kini butiran profil agensi mereka dalam sistem. Mereka kemudiannya boleh
memasukkan maklumat hebahan untuk masyarakat umum berkenaan dengan peluang
pekerjaan untuk golongan OKU dan hebahan aktiviti.
217
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Rajah 9.1: Use-Case Diagram
d) Persekitaran Operasi (Operating Environment)
Sistem yang dicadangkan boleh dilaksanakan sama ada menggunakan sistem operasi
Windows atau Linux. Keperluan perkakasan komputer meliputi yang berikut:
I. CPU Intel Core i5 2.9 GHz
II. 8GB RAM (memori sistem)
Sistem dibangunkan menggunakan open-source framework web applikasi PHP yang
dikenali sebagai Laravel dan MySQL sebagai pangkalan data. Manakala antara muka
pengguna sistem hendaklah bersesuaian dengan pelbagai laman sesawang seperti Chrome
dan Internet Explorer.
218
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Proses pembangunan sistem dilaksanakan menggunakan kaedah Responsive Web Design
(RWD) di mana ia membolehkan laman sesawang berfungsi sepenuhnya tanpa mengira
saiz skrin. Sistem yang dibangunkan ini juga mendapat manfaat daripada penggunaan
teknologi Progressive Web App (PWA) yang mana ia membenarkan pengguna mencapai
sistem menggunakan laman sesawang dan juga memasang aplikasi laman sesawang ke
skrin utama pada peranti mudah alih mereka.
e) Kekangan Reka bentuk dan Pelaksanaan (Design and Implementation
Constraints)
Terdapat kekangan yang wujud berkaitan dengan antara muka dengan sistem-sistem lain.
Sistem prototaip yang dibangunkan tidak ada integrasi dengan sistem sedia ada seperti
JobsMalaysia, SMOKU atau myIDENTITY. ISM/KWPKM sebagai penaja projek
bertanggungjawab ke atas sistem prototaip; oleh yang demikian piawaian reka bentuk dan
pengaturcaraan perlu diikuti.
Prototaip sistem didaftarkan atas nama https://spppkp.com sebagai nama domain laman
sesawang. Prototaip sistem boleh dicapai selama satu tahun dari Januari 2020 hingga
Disember 2020.
9.2.4 Ciri-ciri Sistem
Bahagian ini menerangkan keperluan fungsian SPPPKP melalui ciri-ciri sistem. Bahagian ini
dibahagikan kepada lima (5) modul iaitu Modul Induk, Modul OKU, Modul Majikan, Modul
Agensi dan Modul Pentadbir Sistem.
a) Modul Induk
Modul ini menyediakan halaman induk yang memaparkan kandungan dan pautan yang
berkaitan bagi memudahkan pengguna.
REQ-M.1: Sistem membolehkan pelawat sistem melihat tawaran kerja terbaru yang
diiklankan oleh majikan dan melakukan pencarian tawaran kerja dengan
segera.
Keperluan Data:
Tawaran kerja terbaru yang belum melepasi tarikh tutup dipaparkan mengikut kategori
jawatan tetapi pelawat mempunyai pilihan membuat carian asas melalui kata kunci atau
negeri, atau carian terperinci melalui bandar, status jawatan (sepenuh masa, separuh masa
dan latihan praktikal), atau gaji.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan pelawat melihat tawaran kerja yang terbaru berdasarkan pilihan: 1)
kategori jawatan (pengurus, profesional, juruteknik/profesional bersekutu, kerani,
perkhidmatan/penjualan, pertanian/perhutanan/ penternakan/perikanan, pengendali
loji/mesin dan pekerjaan asas), 2) kata kunci, 3) negeri, 4) bandar, 5) status jawatan
(sepenuh masa, separuh masa dan latihan praktikal), dan 6) gaji.
219
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Pelawat perlu mendaftar sebagai pekerja untuk log masuk ke dalam sistem sekiranya mahu
memohon pekerjaan.
REQ-M.2: Sistem menyediakan pautan untuk pendaftaran pengguna pekerja OKU,
majikan dan agensi.
Keperluan Data:
Tiada.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan pengguna memilih jenis pendaftaran yang berkenaan dan
memasukkan butiran sama ada seperti di REQ-EE.1 (Modul OKU), REQ-ER.1 (Modul
Majikan) atau REQ3-A.1 (Modul Agensi).
REQ-M.3: Sistem menyediakan pautan untuk log masuk ke sistem.
Keperluan Data:
Nama pengguna sistem dan kata laluan.
Keperluan Transaksi:
Sistem mengesahkan sama ada pengguna adalah pekerja, majikan dan agensi, dan
mempunyai kebenaran untuk mengakses dan menggunakan sistem.
REQ-M.4: Sistem membolehkan pelawat mengetahui acara, pengumuman dan
informasi daripada agensi-agensi.
Keperluan Data:
Butiran maklumat berkenaan perkhidmatan, kemudahan, geran, program, acara, bantuan,
insentif, garis panduan, bimbingan, dan pegawai sokongan yang boleh dihubungi mengenai
OKU secara umum, atau pengambilan dan penggajian OKU yang dimasukkan oleh agensi
kementerian berkenaan melalui REQ-A.3 (Modul Agensi) untuk paparan umum.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan pelawat mengetahui acara, pengumuman dan informasi.
b) Modul OKU
REQ-EE.1: Sistem membolehkan pengguna mendaftar untuk mengguna sistem.
Keperluan Data:
Butiran yang diperlukan adalah nama pengguna, e-mel pengguna sebagai nama pengguna
sistem dan kata laluan.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan pengguna:
• memasukkan nama, e-mel pengguna sebagai nama pengguna dan kata laluan, dan
• mengemas kini kata laluan.
220
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
REQ-EE.2: Sistem membolehkan pengguna OKU mendaftar butiran diri.
Keperluan Data:
Butiran diri pengguna OKU ialah: 1) nama , 2) nama bapa, 3) tarikh lahir, 4) jantina, 5)
telefon, 6) alamat e-mel, 7) alamat surat menyurat (baris 1, baris 2, poskod, bandar dan
negeri), 8) nombor pendaftaran OKU, 9) jenis ketidakupayaan (pendengaran, penglihatan,
pertuturan, mental, fizikal, pembelajaran dan pelbagai), 10) kelayakan, 11) kemahiran, 12)
pengalaman bekerja, 13) jangkaan gaji, dan 14) gambar yang dimuat naik.
Seorang pengguna OKU boleh membuat satu pendaftaran sahaja.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan OKU:
• memasukkan butiran diri, dan
• mengemas kini butiran diri.
Butiran diri OKU boleh dicetak dalam format CV yang sedia ada.
REQ-EE.3: Sistem membolehkan OKU memuat naik CV dan dokumen sokongan lain
(PDF).
Keperluan Data:
Format dokumen yang diterima adalah dalam bentuk PDF. Seorang pengguna OKU boleh
memuat naik kosong atau lebih dokumen.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan OKU memuat naik dokumen baru dan memadam dokumen tersebut.
REQ-EE.4: Sistem membuat padanan pemohon OKU dengan tawaran kerja yang
sesuai.
Keperluan Data:
Butiran diri OKU yang dimasukkan oleh pemohon OKU seperti di REQ-EE.2. Butiran
tawaran kerja yang dimasukkan oleh majikan melalui REQ-ER.3 (Modul Majikan).
Seorang pemohon boleh mempunyai kosong atau lebih daripada satu tawaran kerja yang
sesuai.
Keperluan Transaksi:
Sistem membuat padanan kesesuaian tawaran kerja dengan pemohon. Sistem
mengesyorkan sepuluh (10) pekerjaan kepada pemohon OKU dan memaparkan pekerjaan
tersebut terus kepada pemohon apabila log masuk ke dalam sistem.
Sistem menggunakan 1) kelayakan, 2) kemahiran dan 3) pengalaman kerja sebagai kriteria
untuk membuat padanan tawaran kerja dengan calon secara automatik.
221
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
REQ-EE.5: Sistem membolehkan OKU membuat carian tawaran kerja.
Keperluan Data:
Semua tawaran kerja yang belum melepasi tarikh tutup dipaparkan mengikut kategori
jawatan tetapi OKU mempunyai pilihan bagi membuat carian asas melalui kata kunci, negeri
atau bandar, atau carian terperinci melalui status jawatan (sepenuh masa, separuh masa
dan latihan praktikal), atau gaji.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan OKU membuat carian tawaran kerja berdasarkan pilihan: 1) kategori
jawatan (pengurus, profesional, juruteknik/profesional bersekutu, kerani,
perkhidmatan/penjualan, pertanian/perhutanan/ penternakan/perikanan, pengendali
loji/mesin dan pekerjaan asas), 2) kata kunci, 3) negeri, 4) bandar, 5) status jawatan
(sepenuh masa, separuh masa dan latihan praktikal), dan 6) gaji.
REQ-EE.6: Sistem membolehkan pemohon OKU memohon pekerjaan yang ditawarkan
dalam talian.
Keperluan Data:
Butiran diri OKU yang dimasukkan oleh pemohon OKU seperti di REQ-EE.2 dalam format
CV yang sedia ada bersama dokumen sokongan yang lain.
Seorang pemohon boleh memohon kosong atau lebih tawaran kerja.
Keperluan Transaksi:
Sistem menghantar e-mel permohonan kerja yang baru kepada majikan prospektif bersama
dengan CV dan dokumen sokongan yang lain, dan e-mel notifikasi permohonan yang telah
berjaya dihantar kepada pemohon. Sistem mengemas kini status permohonan kerja dengan
merekodkan permohonan baru dihantar oleh pemohon.
REQ-EE.7: Sistem membolehkan pemohon OKU menerima notifikasi jemputan untuk
temu duga.
Keperluan Data:
Butiran temu duga yang dimasukkan oleh majikan seperti di REQ-ER.5 (modul majikan)
apabila majikan menerima permohonan calon pekerja.
Keperluan Transaksi:
Sistem memaklumkan kepada pemohon jemputan untuk temu duga melalui e-mel. Sistem
mengemas kini status permohonan kerja mengenai jemputan untuk temu duga.
REQ-EE.8: Sistem membolehkan OKU menerima notifikasi sama ada permohonan
kerja berjaya atau tidak.
222
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Keperluan Data:
Keputusan sama ada permohonan kerja berjaya atau tidak berjaya daripada REQ-ER.6
(modul majikan). Permohonan kerja yang berjaya diterima atau tidak diterima oleh
pemohon.
Keperluan Transaksi:
Sistem memaklumkan kepada pemohon sama ada permohonan kerja berjaya atau tidak
berjaya melalui e-mel.
Sistem mengemas kini status permohonan kerja sama ada permohonan berjaya atau tidak,
dan pemohon menerima atau menolak permohonan yang berjaya.
REQ-EE.9: Sistem membolehkan OKU mengetahui semua permohonan kerja yang
telah dibuat dan status permohonan.
Keperluan Data:
Semua permohonan kerja yang telah dihantar oleh calon pekerja, dan status setiap
permohonan dan tarikh status.
Status setiap permohonan merangkumi:
• Permohonan dihantar – calon telah menghantar permohonan kepada majikan
prospektif,
• Calon dijemput untuk temu duga – calon dijemput oleh majikan prospektif untuk temu
duga berdasarkan permohonan,
• Permohonan berjaya/tidak berjaya – calon dimaklumkan oleh majikan prospektif
sama ada permohonan berjaya atau tidak berjaya,
• Tawaran kerja diterima/tidak diterima – calon memaklumkan kepada majikan
keputusan untuk menerima atau tidak menerima tawaran kerja setelah permohonan
berjaya, dan
• Calon melapor diri/gagal melapor diri – pemohon dimaklumkan oleh majikan tarikh
pemohon melaporkan diri di tempat kerja majikan atau gagal melaporkan diri.
Satu permohonan kerja boleh mempunyai kosong atau lebih jenis status yang berbeza.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan calon pekerja:
• membuat carian permohonan kerja dan status permohonan, dan
• memadam permohonan kerja.
REQ-EE.10: Sistem membolehkan OKU mengetahui acara, pengumuman dan
informasi daripada agensi-agensi.
Keperluan Data:
Butiran berkenaan perkhidmatan, kemudahan, geran, program, acara, bantuan, insentif,
garis panduan, bimbingan, dan pegawai sokongan yang boleh dihubungi mengenai OKU
secara umum, atau pengambilan dan penggajian OKU yang dimasukkan oleh agensi
berkenaan melalui REQ-A.3 (Modul Agensi) untuk paparan OKU.
223