Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan OKU mengetahui acara, pengumuman dan informasi.
C) Modul Majikan
REQ-ER.1: Sistem membolehkan pengguna mendaftar untuk mengguna sistem.
Keperluan Data:
Butiran yang diperlukan adalah nama pengguna, e-mel pengguna sebagai nama pengguna
sistem dan kata laluan.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan pengguna:
• memasukkan nama, e-mel pengguna sebagai nama pengguna dan kata laluan, dan
• mengemas kini kata laluan.
REQ-ER.2: Sistem membolehkan majikan mendaftar syarikat/institusi.
Keperluan Data:
Butiran syarikat/institusi ialah: 1) nama syarikat/institusi, 2) nombor pendaftaran
syarikat/institusi, 3) industri, 4) alamat (alamat 1, alamat 2, poskod, bandar dan negeri), 5)
nama untuk dihubungi (pekerja sumber manusia), 6) telefon, dan 7) alamat e-mel.
Seorang pengguna majikan yang berdaftar boleh mendaftarkan satu syarikat/organisasi
sahaja.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan majikan:
• memasukkan butiran syarikat/institusi yang baru, dan
• mengemas kini butiran syarikat/institusi.
REQ-ER.3: Sistem membolehkan majikan mengiklankan pekerjaan.
Keperluan Data:
Butiran pekerjaan ialah: 1) jawatan, 2) deskripsi jawatan, 3) kategori jawatan (pengurus,
profesional, juruteknik/profesional bersekutu, kerani, perkhidmatan/penjualan,
pertanian/perhutanan/penternakan/perikanan, pengendali loji/mesin dan pekerjaan asas), 4)
status jawatan (sepenuh masa, separuh masa dan latihan praktikal), 5) bilangan
kekosongan, 6) kelayakan akademik, 7) pengalaman bekerja (tahun), 8) gaji, 9) kemahiran,
10) lokasi pekerjaan, dan 11) tarikh tutup.
Setiap tawaran kerja dikenal pasti melalui nombor rujukan. Tarikh pekerjaan mula
ditawarkan direkod oleh sistem. Seorang majikan boleh menawarkan banyak pekerjaan
tetapi satu pekerjaan hanya boleh dibuat oleh seorang majikan sahaja.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan majikan:
• memasukkan butiran tawaran pekerjaan yang baru,
224
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
• mengetahui tawaran pekerjaan,
• mengemas kini butiran tawaran pekerjaan yang masih kosong, dan
• memadam tawaran pekerjaan.
Tawaran pekerjaan selepas tarikh tutup dikeluarkan daripada capaian awam tetapi masih
boleh dicapai oleh majikan dan disimpan sebagai tawaran pekerjaan lepas selagi tidak
dipadam oleh majikan.
REQ-ER.4: Sistem membolehkan majikan menerima notifikasi permohonan kerja
yang baru dihantar oleh pekerja OKU.
Keperluan Data:
Notifikasi permohonan kerja yang baru bersama CV dan dokumen sokongan. Seorang
pemohon boleh memohon kosong atau lebih tawaran kerja. Satu tawaran kerja boleh
mendapat kosong atau lebih permohonan.
Keperluan Transaksi:
Sistem menghantar e-mel notifikasi permohonan kerja yang baru kepada majikan bersama
dengan CV dan dokumen sokongan yang lain, dan e-mel notifikasi permohonan yang telah
berjaya dihantar kepada pemohon. Sistem mengemas kini status permohonan kerja dengan
merekodkan permohonan baru daripada pemohon.
REQ-ER.5: Sistem membolehkan majikan menjemput pemohon kerja OKU untuk
temu duga.
Keperluan Data:
Butiran temu duga – tarikh, masa, tempat, dan kakitangan dan nombor telefon yang boleh
dihubungi – yang dimasukkan oleh majikan.
Keperluan Transaksi:
Apabila majikan menerima permohonan kerja daripada pemohon dan memutuskan untuk
memanggil pemohon untuk temu duga, sistem membolehkan majikan:
• memasukkan butiran temu duga, dan
• mengemas kini butiran temu duga.
Sistem membolehkan majikan memaklumkan kepada pemohon jemputan untuk temu duga
melalui e-mel dan REQ-EE.9 (Modul OKU). Sistem mengemas kini status permohonan
kerja mengenai temu duga.
REQ-ER.6: Sistem membolehkan majikan memaklumkan kepada pemohon kerja OKU
sama ada permohonan kerja berjaya atau tidak.
Keperluan Data:
Notifikasi permohonan kerja berjaya atau tidak berjaya, tawaran kerja diterima atau tidak
diterima, dan tarikh pemohon melaporkan diri untuk bertugas atau gagal untuk lapor diri.
225
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan majikan:
• memasukkan keputusan permohonan sama ada berjaya atau tidak berjaya, dan
• memasukkan tarikh pemohon melaporkan diri.
Sistem membolehkan majikan memaklumkan kepada pemohon sama ada permohonan
kerja berjaya atau tidak berjaya melalui e-mel dan REQ-EE.9 (Modul OKU). Sistem
mengemas kini status tawaran kerja sama ada:
• permohonan berjaya atau tidak,
• pemohon menerima atau menolak tawaran kerja setelah permohonan berjaya, dan
• tarikh pemohon melaporkan diri untuk bertugas atau pemohon gagal untuk
melaporkan diri untuk bertugas.
REQ-ER.7: Sistem membolehkan majikan memuat turun CV dan dokumen sokongan
pemohon (PDF).
Keperluan Data:
CV dan dokumen-dokumen yang dimuat naik oleh pemohon melalui REQ-EE.3 (Modul
OKU). Format dokumen yang diterima adalah dalam bentuk PDF.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan majikan memuat turun CV dan dokumen lain ke folder komputer.
REQ-ER.8: Sistem membolehkan majikan melihat semua permohonan kerja yang
diterima untuk suatu tawaran kerja dan mengemas kini status
permohonan.
Keperluan Data:
Semua permohonan kerja yang telah dihantar oleh calon, dan status setiap permohonan
dan tarikh status.
Status setiap permohonan merangkumi:
• Permohonan diterima – permohonan kerja baru diterima daripada calon,
• Calon dijemput untuk temu duga – majikan menjemput calon untuk temu duga
berdasarkan permohonan,
• Permohonan berjaya/tidak berjaya – majikan memaklumkan kepada calon sama ada
permohonan berjaya atau tidak berjaya,
• Tawaran kerja diterima/tidak diterima – majikan dimaklumkan oleh calon keputusan
untuk menerima atau tidak menerima tawaran kerja setelah permohonan berjaya,
dan
• Calon melapor diri/gagal melapor diri – majikan memaklumkan kepada calon tarikh
pemohon melaporkan diri di tempat kerja majikan atau gagal melaporkan diri.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan majikan:
• mengetahui permohonan kerja yang diterima dan status setiap permohonan, dan
• memadam permohonan kerja.
226
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
REQ-ER.9: Sistem membolehkan majikan mengetahui acara, pengumuman dan
informasi daripada agensi-agensi.
Keperluan Data:
Butiran berkenaan perkhidmatan, kemudahan, geran, program, acara, bantuan, insentif,
garis panduan, bimbingan, dan pegawai sokongan yang boleh dihubungi mengenai OKU
secara umum, atau pengambilan dan penggajian OKU yang dimasukkan oleh agensi
berkenaan melalui REQ-A.3 (Modul Agensi) untuk paparan majikan.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan majikan mengetahui acara, pengumuman dan informasi.
d) Modul Agensi
REQ-A.1: Sistem membolehkan pengguna mendaftar untuk mengguna sistem.
Keperluan Data:
Butiran yang diperlukan adalah nama pengguna, e-mel pengguna sebagai nama pengguna
sistem dan kata laluan.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan pengguna:
• memasukkan nama, e-mel pengguna sebagai nama pengguna dan kata laluan, dan
• mengemas kini kata laluan.
REQ-A.2: Sistem membolehkan agensi kerajaan mendaftar agensi.
Keperluan Data:
Butiran agensi ialah: 1) nama agensi, 2) kategori agensi (contohnya: persekutuan, negeri
atau badan berkanun, 3) alamat (alamat 1, alamat 2, poskod, bandar dan negeri), 4) nama
untuk dihubungi (pekerja sumber manusia), 5) telefon, dan 6) alamat e-mel.
Seorang pengguna agensi yang berdaftar boleh mendaftarkan satu agensi sahaja.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan agensi:
• memasukkan butiran agensi yang baru, dan
• mengemas kini butiran agensi.
REQ-A.3: Sistem membolehkan agensi memaklumkan kepada pekerja OKU, majikan
dan/atau agensi lain sebarang acara, pengumuman dan informasi berkaitan
perkhidmatan, kemudahan, geran, program, acara, bantuan, insentif, garis
panduan, bimbingan, dan pegawai sokongan yang boleh dihubungi
mengenai OKU secara umum, dan pengambilan dan penggajian OKU.
Keperluan Data:
Butiran acara dan pengumuman ialah: 1) tajuk, 2) deskripsi, 3) tarikh acara atau
pengumuman, 4) masa acara atau pengumuman, 5) lokasi, 6) nama untuk dihubungi, 7)
227
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
telefon, 8) alamat e-mel, 9) sasaran paparan (pekerja OKU, majikan atau agensi) 10) pautan
laman sesawang, 11) tarikh mula siar, 12) tarikh luput siar, dan 13) muat naik dokumen atau
imej.
Butiran informasi ialah: 1) tajuk, 2) deskripsi, 3) tarikh, 4) masa, 5) nama untuk dihubungi, 6)
telefon, 7) alamat e-mel, 8) sasaran paparan (pekerja OKU, majikan atau agensi), 9) pautan
laman sesawang, dan 10) muat naik dokumen atau imej.
Agensi boleh membuat kosong atau lebih paparan makluman.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan agensi:
• memasukkan butiran acara, pengumuman dan informasi baru,
• mengetahui acara, pengumuman dan informasi,
• mengemas kini acara, pengumuman dan informasi, dan
• memadam acara, pengumuman dan informasi.
Acara dan pengumuman yang telah luput tarikh dikeluarkan daripada paparan sasaran
tetapi masih boleh dicapai oleh agensi selagi tidak dipadam oleh agensi. Informasi kekal
berada dalam paparan sasaran sehingga dipadam oleh agensi.
e) Modul Pentadbir Sistem
REQ-SA.1:Sistem membolehkan pentadbir sistem mengurus tadbir pekerja OKU,
majikan dan agensi yang berdaftar dalam sistem, dan item-item yang
dipaparkan daripada Modul OKU, Modul Majikan dan Modul Agensi.
Keperluan Data:
Butiran pekerja OKU, majikan dan agensi yang berdaftar dalam sistem, dan item-item yang
dipaparkan yang dimasukkan daripada Modul OKU, Modul Majikan dan Modul Agensi.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan pentadbir sistem:
• Mendaftar dan mengetahui pekerja OKU, majikan dan agensi yang berdaftar dalam
sistem, dan melihat item-item yang dipaparkan, dan
• memadam pekerja OKU, majikan dan agensi yang berdaftar dalam sistem, dan item-
item yang dipaparkan.
REQ-SA.2: Sistem membolehkan pentadbir sistem mengurus tadbir pengguna
sistem.
Keperluan Data:
Butiran akaun pengguna sistem, termasuk peranan pengguna sistem dan butiran log masuk.
Keperluan Transaksi:
Sistem membolehkan pentadbir sistem:
• mengetahui pengguna sistem,
• mengemas kini akaun pengguna sistem, dan
• memadam akaun pengguna sistem.
228
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
9.2.5 Keperluan Kualiti (Bukan Fungsian)
Bahagian ini menerangkan keperluan kualiti sistem atau keperluan bukan fungsian,
antaranya adalah keperluan prestasi, sekuriti, dan ciri-ciri kualiti perisian.
a) Keperluan Prestasi (Performance Requirements)
Sistem ini perlu mendapatkan perjanjian kontrak dengan penyelia perkhidmatan Internet
yang dapat menyediakan sekurang-kurangnya 99% ketersediaan internet melalui
kemudahan rangkaian mereka.
Masa pemuatan (load time) sistem bergantung kepada kekuatan sambungan internet dan
juga peranti yang digunakan oleh sistem.
b) Keperluan Sekuriti (Security Requirements)
Sistem ini menggunakan soket selamat (secure sockets) dalam semua transaksi yang
melibatkan maklumat sulit pelanggan.
Sistem ini secara automatik akan log keluar semua pelanggan selepas tempoh tidak aktif.
Sistem ini tidak meninggalkan mana-mana cookie pada komputer atau peranti pengguna
yang mengandungi kata laluan pengguna atau maklumat sulit pengguna.
Pelayar laman sesawang pelanggan tidak akan memaparkan kata laluan pelanggan. Setiap
aksara yang ditaip akan diwakili oleh aksara khas.
Pelayan back-end sistem server hanya boleh diakses oleh pentadbir yang disahkan sahaja.
Untuk menjamin sekuriti sistem, pangkalan data back-end akan dienkripsi.
c) Attribut Kualiti Perisian (Software Quality Attributes)
Ketidakupayaan mempengaruhi cara seseorang itu berinteraksi secara dalam talian.
Dengan itu, sistem ini perlu menyediakan akses untuk pengguna OKU. Tanpa mengira
keadaan, aksesibiliti adalah amalan yang memberikan setiap pengguna pengalaman yang
sama dalam menggunakan sesuatu sistem.
Sistem perlu mematuhi Web Content Accessibility Guidelines (WCAG 2.0) yang diterbitkan
oleh Web Accessibility Initiative (WAI) daripada World Wide Web Consortium (W3C). Garis
panduan tersebut menggariskan EMPAT (4) prinsip utama: i) Perceivable, ii) Operable, iii)
Understandable, dan iv) Robust.
Perceivable membolehkan pengguna mengakses semua kandungan aplikasi iaitu
menyediakan alternatif teks untuk kandungan bukan teks supaya pengguna OKU
penglihatan dan pendengaran boleh mengakses kandungan.
Operable membolehkan navigasi keseluruhan aplikasi dibuat dengan papan kekunci,
mewujudkan infrastruktur maklumat yang jelas.
Understandable membantu memastikan kandungan dan paparan aplikasi difahami.
229
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Robust membantu memastikan kesesuaian dengan agen pengguna seperti alat bantuan
screen reader.
Bagi memenuhi prinsip-prinsip tersebut, sistem perlu:
1. Menggunakan HTML semantik (atau HTML intrinsik) untuk mengukuhkan maksud
informasi dalam aplikasi laman sesawang. Sebagai contoh, elakkan daripada
mengguna elemen HTML seperti <div></div> untuk semua kandungan. HTML
semantik memberi manfaat dari segi prestasi halaman yang lebih baik, built-in
functionality dan kesesuaian dengan screen reader. Rekaan kawasan (atau
landmarks) struktur laman perlu jelas untuk menunjukkan bahagian laman yang
penting. Bar navigasi diformat menggunakan unordered list.
2. Membolehkan navigasi kandungan dilakukan dengan papan kekunci, sebagai
contoh, pengguna boleh menghantar borang dengan menekan Enter. Menggunakan
atribut tabindex untuk elemen yang tidak ada tab.
3. Format jadual data dengan betul. Markup yang betul perlu untuk mewujudkan
hubungan programatik antara elemen-elemen dalam jadual. Ini membolehkan
pengguna screen reader mencari data di setiap sel jadual.
4. Menyediakan alternatif teks bagi kandungan media (contohnya imej). Ini boleh
dilakukan dengan atribut alt yang memberi penerangan kepada apa yang
dipaparkan dalam kandungan media. Sistem juga perlu menyediakan alternatif teks
bagi carta dan graf.
5. Memastikan kandungan mengikut nisbah warna yang dicadangkan oleh WCAG 2.0.
Teks warna hitam dengan latar belakang putih boleh dibaca oleh kebanyakan
pengguna.
6. Menggunakan fon yang mudah diakses, seperti fon asal sistem operasi iaitu
Tahoma, Times New Roman atau Arial.
7. Menyediakan akses kepada teknologi screen reader bagi pengguna OKU
penglihatan (contohnya, Chromevox untuk Chrome).
8. Menyediakan sokongan pelbagai bahasa sekurang-kurangnya dalam bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris.
9.3 Analisis Dan Reka bentuk Logik
Spesifikasi keperluan setiap modul (Pekerja, Majikan, Agensi dan Pentadbir Sistem) telah
diterjemahkan secara ringkasi dalam reka bentuk logik. Seksyen 9.2.3 telah menunjukkan
gambar rajah kes (use-case diagram) yang menunjukkan interaksi antara empat (4) modul
iaitu Pekerja, Majikan, Agensi dan Pentadbir Sistem. Manakala seksyen ini memberi
perincian spesifikasi melalui rajah seni bina aplikasi, carta alir proses dan rajah
perhubungan entiti.
230
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
9.3.1 Seni Bina Aplikasi (MVC)
Rajah 9.2: Seni Bina Aplikasi S3PKP (Model-View-Controller)
231
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
9.3.2 Carta Alir Proses
a) Panduan Memohon Kerja
Rajah 9.3: Panduan Memohon Kerja
Pekerja membuat carian kerja melalui S3PKP dan melihat kerja. Pekerja kemudiannya
memohon kerja tersebut sekiranya berminat. Sistem akan menghantar notifikasi
permohonan kerja baru kepada majikan melalui e-mel. Majikan mengkaji permohonan dan
memutuskan sama ada mahu menerima permohonan tersebut atau tidak. Sekiranya
permohonan diterima, notifikasi mengenai penerimaan permohonan akan dihantar kepada
pekerja melalui e-mel. Notifikasi melalui e-mel akan dihantar juga kepada pekerja sekiranya
permohonan tidak diterima.
232
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
b) Pemohonan Kerja Berdasarkan Kesesuaian Padanan Kerja
Rajah 9.4: Permohonan Kerja Berdasarkan Kesesuaian Padanan Kerja
Sistem melakukan padanan kerja mengikut kelayakan, pengalaman kerja pekerja, dan
kemahiran. Rajah 9.5 menunjukkan padanan mengikut turutan kriteria berdasarkan profil
diri yang dimasukkan oleh pekerja dan profil kerja yang dimasukkan oleh majikan. Pekerja
akan terus dapat melihat kerja yang bersesuaian selepas log masuk ke dalam sistem dan
melihat kerja. Pekerja kemudiannya memohon kerja tersebut sekiranya berminat. Sistem
akan menghantar notifikasi permohonan kerja baru kepada majikan melalui e-mel. Majikan
mengkaji permohonan dan memutuskan sama ada mahu menerima permohonan tersebut
atau tidak. Sekiranya permohonan diterima, notifikasi mengenai penerimaan permohonan
233
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
akan dihantar kepada pekerja melalui e-mel. Notifikasi melalui e-mel akan dihantar juga
kepada pekerja sekiranya permohonan tidak diterima.
Rajah 9.5: Padanan Pekerjaan
234
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
c) Hebahan Maklumat Pekerjaan
Rajah 9.6: Hebahan Maklumat Pekerjaan
Pekerja akan menerima notifikasi mengenai hebahan maklumat daripada agensi apabila
agensi membuat hebahan melalui sistem. Pekerja dapat mengetahui mengenai maklumat
tersebut yang dikategorikan mengikut informasi, pengumuman dan acara.
235
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
d) Pentadbir Sistem Mengurus Tadbir Sistem
Rajah 9.7: Pentadbir Sistem Mengurus Tadbir Sistem
Pentadbir sistem log masuk ke dalam sistem bagi mengurus tadbir sistem dan aktiviti
sistem.
9.3.3 Rajah Perhubungan Entiti
Rajah perhubungan entiti (Rajah 9.8) di bawah menunjukkan reka bentuk pangkalan data
S3PKP. Pangkalan data mempunyai lapan (8) entiti-entiti utama yang merangkumi
hubungan antara pengguna Pekerja, Majikan dan Agensi. Hanya atribut-atribut utama yang
ditunjukkan di Rajah 9.8.
236
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Rajah 9.8: Rajah Perhubungan Entiti S3PKP
9.4 Ujian Prototaip
Seksyen ini menggariskan ujian prototaip yang dilakukan oleh ahli pasukan dan hasil ujian
tersebut. Tujuan ujian prototaip ini adalah untuk membolehkan pasukan mengkaji sistem
daripada peringkat awal pembangunan dan membuat pembetulan mengikut keperluan yang
telah ditetapkan dalam seksyen Spesifikasi Keperluan Perisian. Ujian prototaip berguna
kerana ia:
● Membantu meningkatkan kebolehgunaan sistem,
● Mengesah dan memperbaiki keputusan yang dibuat mengenai reka bentuk sistem
● Mengenal pasti kelemahan dan isu-isu dari awal, dan
● Mengenal pasti kekurangan dari segi fungsian.
9.4.1 Skop Ujian
Prototaip dibangunkan bagi menggambarkan ciri-ciri yang dicadangkan untuk sistem
padanan dan permohonan kerja OKU. Oleh yang demikian, ujian memberi tumpuan kepada
pematuhan keperluan fungsian bagi lima (5) modul iaitu Modul Induk, Modul Pekerja, Modul
Majikan, Modul Agensi dan Modul Pentadbir Sistem. Keperluan bukan fungsian tidak diuji.
Ujian dilakukan dengan membuat perbandingan antara prestasi sebenar keperluan fungsian
bagi setiap ciri yang digariskan untuk semua modul-modul.
237
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
9.4.2 Hasil Ujian
Ujian dilakukan bersama ahli pasukan dari 16 Disember 2019 sehingga 3 Januari 2020.
Prototaip sistem telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal Projek pada 14 Januari
2020. Ringkasan hasil ujian bersama ahli pasukan adalah seperti di Jadual 9.1 di bawah.
Jadual 9.1: Ringkasan Hasil Ujian Prototaip
Keperluan Hasil
Modul Induk
REQ-M.1: Pelawat boleh mencari kerja mengikut
Sistem membolehkan pelawat sistem melihat kategori pekerjaan, dan melakukan carian
tawaran kerja terbaru yang diiklankan oleh asas melalui kata kunci dan negeri.
majikan dan melakukan pencarian tawaran kerja Pelawat boleh juga membuat carian
dengan segera. terperinci melalui bandar, status kerja
(sepenuh masa, separuh masa dan
latihan industri), dan gaji.
REQ-M.2: Pelawat perlu mendaftar sebagai pekerja
Sistem menyediakan pautan untuk pendaftaran dan log masuk ke dalam sistem untuk
pengguna pekerja OKU, majikan dan agensi. memohon kerja.
REQ-M.3: Pautan ‘Log Masuk’ membolehkan
Sistem menyediakan pautan untuk log masuk ke pelawat memilih untuk mendaftar sebagai
sistem. pekerja, majikan atau agensi.
REQ-M.4: Pautan ‘Log Masuk’ membolehkan
Sistem membolehkan pelawat mengetahui acara, pelawat memilih untuk log masuk atau
pengumuman dan informasi daripada agensi- mendaftar sebagai pekerja, majikan atau
agensi. agensi.
Modul Pekerja Pelawat boleh mengetahui butiran
REQ-EE.1: informasi yang dihebahkan oleh agensi
Sistem membolehkan pengguna mendaftar untuk mengikut kategori ‘Acara’, ‘Pengumuman’
mengguna sistem. dan ‘Informasi’.
Pengguna boleh memasukkan nama
pengguna, e-mel pengguna sebagai
nama pengguna sistem dan kata laluan
untuk mendaftar menggunakan sistem.
REQ-EE.2: Kata laluan boleh dikemas kini dalam
Sistem membolehkan pengguna OKU mendaftar laman akaun pengguna.
butiran diri.
Pengguna boleh memasukkan butiran
profil dan mengemas kini profil.
REQ-EE.3: Butiran profil boleh dicetak ke fail PDF
Sistem membolehkan OKU memuat naik CV dan daripada pautan ‘Resume’.
Pengguna boleh memuat naik satu fail
238
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
dokumen sokongan lain (PDF). OKU PDF di pautan ‘Resume’.
REQ-EE.4:
Sistem membuat padanan pemohon Setelah log masuk ke dalam sistem,
dengan tawaran kerja yang sesuai. pengguna boleh melihat paparan kerja
yang bersesuaian mengikut kelayakan,
REQ-EE.5: kemahiran dan pengalaman kerja
Sistem membolehkan OKU membuat carian pengguna. Pengguna boleh memohon
tawaran kerja. mana-mana kerja tersebut.
REQ-EE.6: Pengguna boleh mencari kerja mengikut
Sistem membolehkan pemohon OKU memohon kategori pekerjaan, dan melakukan carian
pekerjaan yang ditawarkan dalam talian. asas melalui kata kunci, negeri dan
REQ-EE.7: bandar. Pengguna boleh juga membuat
Sistem membolehkan pemohon OKU menerima carian terperinci melalui status kerja
notifikasi jemputan untuk temu duga. (sepenuh masa, separuh masa dan
REQ-EE.8: latihan industri), dan gaji.
Sistem membolehkan OKU menerima notifikasi
sama ada permohonan kerja berjaya atau tidak. Pengguna boleh memohon kerja di
REQ-EE.9: pautan ‘Cari Pekerjaan’.
Sistem membolehkan OKU mengetahui semua
permohonan kerja yang telah dibuat dan status Pengguna boleh menerima notifikasi.
permohonan.
Pengguna boleh menerima notifikasi.
REQ-EE.10:
Sistem membolehkan OKU mengetahui acara, Pengguna boleh mengetahui semua
pengumuman dan informasi daripada agensi- permohonan kerja yang telah dibuat dan
agensi. status permohonan di pautan ‘Senarai
Permohonan’.
Modul Majikan
REQ-ER.1: Pengguna boleh mengetahui butiran
Sistem membolehkan pengguna mendaftar untuk acara, pengumuman dan informasi di
mengguna sistem. pautan-pautan
‘Acara’. ‘Pengumuman’ dan ‘Informasi’.
Pengguna boleh memasukkan nama
pengguna, e-mel pengguna sebagai
nama pengguna sistem dan kata laluan
untuk mendaftar menggunakan sistem.
REQ-ER.2: majikan mendaftar Kata laluan boleh dikemas kini dalam
Sistem membolehkan laman akaun pengguna.
syarikat/institusi.
Pengguna boleh mendaftarkan butiran
REQ-ER.3: profil syarikat/institusi dan mengemas kini
Sistem membolehkan majikan mengiklankan butiran profil.
pekerjaan.
Di pautan ‘Urus Pekerjaan’, pengguna
boleh memasukkan butiran kerja dan
memuat naik fail imej.
Semua iklan kerja disenaraikan dan
239
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
REQ-ER.4: pengguna boleh mengetahui butiran
Sistem membolehkan majikan menerima setiap kerja, mengemas kini dan
notifikasi permohonan kerja yang baru dihantar memadam kerja tersebut.
oleh pekerja OKU.
REQ-ER.5: Pengguna boleh menerima notifikasi.
Sistem membolehkan majikan menjemput
pemohon kerja OKU untuk temu duga. Pengguna boleh menjemput pemohon
REQ-ER.6: kerja OKU untuk temu duga.
Sistem membolehkan majikan memaklumkan
kepada pemohon kerja OKU sama ada Pengguna boleh menghantar notifikasi.
permohonan kerja berjaya atau tidak.
REQ-ER.7: Pengguna boleh memuat-turun satu fail
Sistem membolehkan majikan memuat-turun CV PDF daripada permohonan kerja yang
dan dokumen sokongan pemohon (PDF). dihantar oleh pemohon di pautan ‘Senarai
Pemohon’.
REQ-ER.8:
Sistem membolehkan majikan melihat semua Pengguna boleh mengetahui semua
permohonan kerja yang diterima untuk suatu permohonan kerja yang diterima melalui
tawaran kerja dan mengemas kini status pautan ‘Senarai Pemohon’.
permohonan.
REQ-ER.9: Pengguna boleh mengetahui butiran
Sistem membolehkan majikan mengetahui acara, acara, pengumuman dan informasi di
pengumuman dan informasi daripada agensi- pautan-pautan
agensi. ‘Acara’. ‘Pengumuman’ dan ‘Informasi’.
Modul Agensi Pengguna boleh memasukkan nama
REQ-A.1: pengguna, e-mel pengguna sebagai
Sistem membolehkan pengguna mendaftar untuk nama pengguna sistem dan kata laluan
mengguna sistem. untuk mendaftar menggunakan sistem.
REQ-A.2: Kata laluan boleh dikemas kini dalam
Sistem membolehkan agensi kerajaan mendaftar laman akaun pengguna.
agensi.
Pengguna boleh memasukkan butiran
REQ-A.3: profil agensi dan mengemas kini profil.
Sistem membolehkan agensi memaklumkan
kepada pekerja OKU, majikan dan/atau agensi Pengguna boleh membuat hebahan
lain sebarang acara, pengumuman dan informasi acara, pengumuman dan informasi
berkaitan perkhidmatan, kemudahan, geran, kepada kumpulan sasaran (pekerja,
program, acara, bantuan, insentif, garis panduan, majikan dan/atau agensi yang lain).
bimbingan, dan pegawai sokongan yang boleh Pengguna sasaran boleh menerima
dihubungi mengenai OKU secara umum, dan notifikasi mengenai acara, pengumuman
pengambilan dan penggajian OKU. dan informasi melalui e-mel dan boleh
melihatnya di laman akaun masing-
masing.
Acara, pengumuman dan informasi boleh
juga dilihat oleh pelawat melalui halaman
240
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
induk sistem.
Modul Pentadbir Sistem Pengguna boleh mewujudkan,
REQ-SA.1:
Sistem membolehkan pentadbir sistem mengurus mengetahui dan memadamkan pengguna
tadbir pekerja OKU, majikan dan agensi yang
berdaftar dalam sistem, dan item-item yang pekerja, majikan dan agensi, serta item-
dipaparkan daripada modul OKU, Modul Majikan
dan Modul Agensi. item berkaitan pengguna.
REQ-SA.2:
Sistem membolehkan pentadbir sistem mengurus Pengguna boleh mewujudkan,
tadbir pengguna sistem.
mengetahui, mengemas kini dan
memadamkan akaun sistem pengguna.
9.5 Manual Pengguna Untuk Prototaip
9.5.1 Seksyen 1. Modul Induk
Pengenalan
Manual pengguna ini menyediakan panduan untuk menggunakan sistem S3PKP langkah
demi langkah beserta fungsi-fungsinya. Sistem ini boleh digunakan oleh pencari kerja yang
terdiri daripada kalangan OKU, majikan yang terdiri daripada syarikat atau organisasi yang
mengambil pekerja, dan juga agensi-agensi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan,
negeri, atau badan berkanun. Manual ini terdiri daripada LIMA (5) seksyen: i) Modul Induk,
ii) Modul OKU, iii) Modul Majikan, iv) Modul Agensi, dan v) Modul Pentadbir Sistem. Sistem
prototaip S3PKP boleh dicapai melalui laman sesawang berikut:
https://spppkp.com/
1. Halaman pendaratan utama:
1. Klik Log Masuk untuk
menggunakan sistem
241
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
2. Untuk mencari tawaran pekerjaan (tanpa log masuk), masukkan nama pekerjaan
atau lokasi, dan klik butang Cari.
3. Untuk memohon pekerjaan yang tersedia, klik Mohon Sekarang.
4. Pautan Cari Pekerjaan disediakan untuk OKU mencari tawaran pekerjaan mengikut
pekerjaan, negeri, dan bandar.
5. Pautan Hubungi disediakan untuk pengguna menghubungi pihak yang
mengendalikan sistem jika ada sebarang pertanyaan.
6. Pautan Bantuan OKU disediakan untuk pengguna OKU menukar tetapan mengenai
saiz huruf, warna teks dan capaian alat pembaca skrin.
242
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Untuk menukar saiz huruf, pilih tab Tukar Saiz.
7. Untuk menukar warna, pilih tab Tukar Warna.
8. Untuk mendapatkan alat pembaca skrin, pilih tab Bantuan Pendengaran.
9.5.2 Seksyen 2. Modul OKU
Untuk pengguna yang menggunakan sistem S3PKP untuk pertama kali, mereka perlu
terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna sistem. Setelah pendaftaran dibuat, pengguna
boleh menggunakan sistem ini dengan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan yang
betul, kemudian klik Log Masuk.
243
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Pendaftaran Pengguna (OKU):
1. Klik butang Log Masuk untuk menggunakan sistem, kemudian klik butang Daftar.
2. Klik butang Saya pekerja berpotensi.
3. Masukkan butiran seperti dalam rajah di bawah:
4. Klik butang Daftar, pengguna seterusnya akan melihat paparan skrin utama papan
pemuka pekerja.
Mengemaskini profil:
1. Klik butang Log Masuk untuk menggunakan sistem. Pengguna perlu memasukkan
alamat e-mel dan kata laluan yang betul.
2. Klik butang Profil dan kemudian klik butang Kemaskini Profil untuk mengemaskini
profil pengguna. Pengguna boleh memasukkan butiran profil seperti nama pertama,
nama terakhir, tarikh lahir, jantina, nombor telefon, dan sebagainya.
244
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
3. Klik butang Simpan untuk menyimpan data setelah selesai memasukkan butiran
profil yang diperlukan.
Mendapatkan CV (Resume):
1. Klik butang Resume, dan kemudian klik butang Tukar ke PDF untuk mendapatkan
resume dalam versi PDF.
245
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
2. Klik butang Muat Naik Fail untuk memuat naik CV atau dokumen sokongan yang
lain. Saiz fail mestilah tidak melebihi 3MB dan sistem hanya menerima dokumen
PDF. Pengguna juga boleh memasukkan pautan video resume sekiranya ada.
3. Klik butang Simpan untuk menyimpan fail yang telah dimuat naik.
Mencari Pekerjaan:
1. Pada Papan Pemuka, senarai pekerjaan yang berpadanan atau bersesuaian
dengan kelayakan, kemahiran, dan pengalaman kerja pemohon dipaparkan secara
terus kepada pengguna sistem.
2. Klik butang Cari Pekerjaan untuk mencari tawaran pekerjaan lain yang tersedia:
246
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
3. Untuk mencari pekerjaan selain daripada yang tersenarai, pengguna perlu
memasukkan nama pekerjaan, kategori, negeri atau bandar dan kemudian klik
butang Cari.
4. Klik butang Mohon Sekarang untuk memohon pekerjaan tertentu yang dipaparkan
oleh sistem berdasarkan carian pengguna.
Status Permohonan Kerja:
1. Klik pautan Senarai Permohonan untuk menyemak permohonan kerja yang telah
dipohon oleh pengguna.
2. Klik pekerjaan yang telah dipohon, dan kemudian klik untuk melihat butiran
permohonan kerja.
3. Jika permohonan berjaya diterima, pengguna akan melihat status yang
memaklumkan bahawa permohonan mereka berjaya. Pengguna boleh
memaklumkan kepada majikan jika tawaran kerja tersebut diterima atau tidak,
melalui butang Terima Tawaran atau Tolak Tawaran.
247
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Mengetahui tentang acara, pengumumam, dan informasi umum:
1. Klik pautan Acara untuk melihat acara yang diiklankan oleh pihak agensi kerajaan
dan badan berkaitan.
2. Klik pautan Pengumuman untuk melihat pengumuman terkini yang disiarkan oleh
agensi kerajaan dan badan berkaitan.
3. Klik pautan Informasi untuk melihat informasi terkini yang disiarkan oleh pihak
agensi.
248
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
9.5.3 Seksyen 3. Modul Majikan
Untuk pengguna yang menggunakan sistem S3PKP buat pertama kali, mereka perlu terlebih
dahulu mendaftar sebagai pengguna sistem. Setelah pendaftaran dibuat, pengguna boleh
menggunakan sistem ini dengan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan yang betul,
kemudian klik Log Masuk.
Setelah log masuk, pengguna akan melihat skrin paparan yang menunjukkan bilangan
pekerjaan yang telah diiklankan dan bilangan pekerjaan yang telah diisi:
Pendaftaran Pengguna (majikan):
1. Klik butang Log Masuk untuk menggunakan sistem, kemudian klik butang Daftar.
2. Klik butang Saya seorang majikan.
3. Masukkan butiran seperti dalam rajah di bawah:
249
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
4. Klik butang Daftar, pengguna seterusnya akan melihat paparan skrin utama papan
pemuka majikan. Pengguna boleh memasukkan profil melalui pautan Profil dan
butang Kemas kini Profil.
Mengemaskini profil syarikat:
1. Klik butang Log Masuk untuk menggunakan sistem. Pengguna perlu memasukkan
alamat e-mel dan kata laluan yang betul.
2. Klik butang Profil dan profil majikan akan dipaparkan.
3. Klik butang Sunting Profil untuk mengemas kini profil majikan. Pengguna boleh
mengemas kini butiran profil seperti nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat,
sektor industri dan sebagainya. Klik butang Simpan untuk menyimpan data yang
telah dikemas kini.
Membuat pengiklanan kerja:
1. Klik pautan Urus Pekerjaan, dan kemudian klik butang Iklan Pekerjaan Baharu.
250
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
2. Pengguna perlu memasukkan butiran mengenai kekosongan jawatan baru (seperti
rajah di bawah), dan kemudian klik butang Simpan untuk menyimpan data yang
telah dimasukkan.
Menyemak senarai pemohonan kerja:
1. Klik pautan Senarai Pemohon dan sistem akan menyenaraikan senarai calon yang
memohon pekerjaan yang diiklankan.
2. Klik mana-mana pekerjaan yang telah diiklankan, dan kemudian klik butang
untuk melihat senarai pemohon yang memohon pekerjaan tersebut.
251
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
3. Sistem akan memaparkan nama-nama pemohon sekiranya jawatan tersebut ada
menerima permohonan (contoh seperti rajah berikut). Klik butang Untuk melihat
butiran lanjut pemohon yang memohon pekerjaan tersebut.
4. Sistem akan memaparkan status permohonan kerja pemohon tersebut. Majikan
boleh melihat resume calon pekerja, membuat panggilan temu duga atau menolak
permohonan kerja tersebut.
5. Setelah panggilan temu duga dibuat, majikan boleh menerima atau menolak calon
tersebut melalui butang Permohonan Berjaya atau Permohonan Tidak Berjaya.
252
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Mengetahui tentang acara, pengumumam, dan informasi umum:
1. Klik pautan Acara untuk melihat acara yang diiklankan oleh pihak agensi kerajaan
dan badan berkaitan.
2. Klik pautan Pengumuman untuk melihat pengumuman terkini yang disiarkan
3. Klik pautan Informasi untuk melihat informasi terkini yang disiarkan
9.5.4 Seksyen 4. Modul Agensi
Seperti pengguna lain, pengguna agensi yang menggunakan sistem S3PKP untuk pertama
kali perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna sistem. Setelah pendaftaran dibuat,
pengguna boleh menggunakan sistem ini dengan memasukkan alamat e-mel dan kata
laluan yang betul, kemudian klik Log Masuk.
Setelah log masuk, pengguna akan melihat skrin paparan yang menunjukkan bilangan
acara, pengumumam, dan informasi yang telah diiklankan.
253
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Pendaftaran Pengguna (Agensi):
1. Klik butang Log Masuk untuk menggunakan sistem, kemudian klik butang Daftar.
2. Klik butang Saya dari Agensi.
3. Masukkan butiran seperti dalam rajah di bawah:
4. Klik butang Daftar, pengguna seterusnya akan melihat paparan skrin utama papan
pemuka agensi. Pengguna boleh memasukkan profil melalui pautan Profil dan
butang Kemas kini Profil.
Mengemas kini profil agensi:
1. Klik butang Log Masuk untuk menggunakan sistem. Pengguna perlu memasukkan
alamat e-mel dan kata laluan yang betul.
2. Klik butang Profil dan profil agensi akan dipaparkan.
3. Klik butang Sunting Profil untuk mengemas kini profil agensi. Pengguna boleh
mengemas kini butiran profil seperti nama agensi, kategori agensi, nombor SSM dan
sebagainya. Klik butang Simpan untuk menyimpan data yang telah dikemaskini.
254
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Memasukkan acara, pengumuman, dan maklumat umum:
1. Klik pautan Acara dan kemudian klik pautan Acara untuk Agensi untuk melihat
acara yang berkenaan untuk agensi tersebut.
2. Klik pautan Pengurusan Acara dan kemudian klik butang Tambah Acara untuk
memasukkan acara baru.
3. Pengguna agensi perlu memasukkan data mengenai butiran acara yang ingin
dihebahkan seperti tajuk acara, tarikh acara, masa acara tersebut, lokasi acara
dijalankan dan sebagainya. Kemudian klik butang Simpan untuk menyimpan data
yang dimasukkan.
255
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
4. Klik pautan Pengumuman untuk melihat pengumuman terkini berkenaan agensi
tersebut. Untuk menguruskan pengumuman, klik pautan Pengurusan
Pengumuman, dan klik butang Tambah Pengumuman untuk memasukkan
pengumuman baru.
5. Klik pautan Informasi untuk melihat informasi terkini. Klik pautan Pengurusan
Informasi dan butang Tambah Informasi untuk memasukkan informasi umum untuk
makluman pihak tertentu (OKU, majikan, agensi).
256
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
9.5.5 Seksyen 5. Modul Pentadbir Sistem
Pengguna perlu memasukkan alamat e-mel dan kata laluan yang betul untuk menggunakan
sistem, dan kemudian klik Log Masuk.
Setelah log masuk, pengguna akan melihat skrin paparan seperti berikut:
Mengemas kini senarai majikan:
1. Klik butang Log Masuk untuk menggunakan sistem. Pentadbir sistem perlu
memasukkan alamat e-mel dan kata laluan yang betul.
2. Klik butang Majikan dan senarai majikan yang berdaftar dengan sistem akan
dipaparkan.
3. Pengguna pentadbiran boleh melihat:
Mengemaskini kata laluan:
1. Klik pautan Tetapan untuk menukar kata laluan pengguna.
2. Masukkan kata laluan semasa, kata laluan baru, dan taip semula kata laluan yang
baru.
3. Klik butang Simpan untuk menyimpan kata laluan yang baru.
257
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
9.6 Rumusan dan Cadangan
Secara ringkasnya, prototaip sistem S3PKP ini dibangunkan untuk memenuhi fokus-fokus
utama seperti berikut:
i. Untuk menggalakkan pekerja OKU menggunakan sistem dalam talian dengan
menyediakan fungsian yang dapat menarik minat pekerja OKU terutamanya fungsi
padanan pekerjaan yang memudahkan OKU mencari pekerjaan yang bersesuaian
dengan kelayakan, kemahiran dan pengalaman kerja mereka. Hasil daripada kajian
lapangan kami menunjukkan kebanyakan OKU tidak menggunakan platform dalam
talian untuk membantu mereka mencari pekerjaan.
ii. Untuk membolehkan pelawat dan pengguna S3PKP mengetahui maklumat yang
penting berkaitan dengan OKU melalui hebahan maklumat seperti acara, pengumuman,
dan informasi daripada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun melalui sistem
dalam talian S3PKP dan juga melalui notifikasi e-mel.
iii. Untuk menyediakan platform yang dapat mengumpul data yang diperlukan pada
pelbagai peringkat permohonan pekerjaan bermula daripada permohonan kerja oleh
OKU sehingga mereka melapor diri di tempat kerja atau sekiranya gagal melapor diri.
JobsMalaysia, portal utama pasaran pekerjaan di Malaysia menyediakan statistik yang
diperlukan oleh Kementerian Sumber Manusia berkenaan penggajian pekerja OKU.
Walau bagaimanapun, pihak JobsMalaysia tidak mempunyai maklumat berkenaan
keberkesanan perkhidmatan pengambilan pekerja kerana maklumat tersebut tidak
dapat diperoleh melalui sistem atau pihak JobsMalaysia sendiri.
Berikut adalah cadangan untuk pelaksanaan, penyebaran, dan penggunaan sistem prototaip
S3PKP:
i. Memanfaatkan laman portal JobsMalaysia dan pihak JobsMalaysia dalam menerajui
pelaksanaan, penggunaan dan penerimaan sistem carian kerja dalam talian.
JobsMalaysia, di bawah Kementerian Sumber Manusia, telah berjaya menjalankan pusat-
pusat kerjaya di seluruh Malaysia dan portal pencarian kerja dalam talian. Pihak
JobsMalaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada pencari kerja di semua
peringkat termasuk golongan OKU untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan juga
platform kepada pihak majikan untuk mendapatkan calon yang tepat. Beberapa wakil pusat
JobsMalaysia juga telah menyediakan sumber khusus bertujuan untuk meningkatkan lagi
penglibatan OKU dalam penggunaan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak
JobsMalaysia dalam pengambilan pekerja. Inisiatif sedemikian boleh diformalkan melalui
JobsMalaysia dan disokong sama ada oleh Sistem Aplikasi Padanan Kerja Dalam talian
untuk OKU ataupun mengukuhkan lagi (atau membuat penambahbaikan) kepada sistem
JobsMalaysia yang sedia ada dengan mengambilkira keperluan-keperluan yang
menumpukan kepada golongan OKU seperti yang digariskan dalam bab ini.
ii. Mewujudkan struktur tadbir urus untuk mentadbir, dan mengurus pelaksanaan,
penggunaan dan penerimaan sistem.
Sistem yang dicadangkan bertujuan untuk menyediakan akses kepada peluang pekerjaan
dan berfungsi sebagai pusat sehenti (One Stop Centre) dalam inisiatif pengambilan pekerja
golongan OKU. Mana-mana OKU, majikan dan agensi-agensi (sama ada sektor awam atau
258
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
swasta) juga boleh menggunakan sistem ini. Oleh itu, tadbir urus atau penubuhan pihak
berkuasa terhadap projek ini oleh pihak berkepentingan adalah penting. Struktur tadbir urus
harus terdiri daripada penaja eksekutif yang memiliki dan memacu sistem yang
disampaikan, dan semua pihak berkepentingan yang berkenaan seperti Kementerian
Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, dan
Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian-kementerian ini mempunyai misi-misi untuk
melaksanakan pengurusan projek, sumber teknologi, komunikasi, program penglibatan
pengguna, program latihan, pengurusan risiko, dan membuat keputusan.
259
BAB 10
PERBINCANGAN,
CADANGAN DAN
KESIMPULAN
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
BAB 10: PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
10.1 Pengenalan
Hasil kaji selidik mendapati terdapat beberapa perkara positif tentang penggajian pekerja
OKU. Antara sebab utama majikan menggaji OKU adalah kerana pekerja OKU mempunyai
kelayakan atau kemahiran yang diperlukan di samping ianya sebagai sumbangan sosial
syarikat atau institusi tersebut. Majikan juga berpuas hati dengan prestasi pekerja OKU dan
mendapati prestasi mereka adalah sama dengan pekerja bukan OKU. Pekerja OKU juga
didapati mempunyai kesan positif terhadap tahap motivasi pekerja lain.
Majikan yang menggaji pekerja OKU juga didapati sedia membuat penyesuaian dan
kemudahan tempat kerja untuk OKU, seperti memberi fleksibiliti waktu kerja, penyesuaian
persekitaran fizikal (seperti tangga, meja, kerusi, ramp, dan lain-lain), penyesuaian khusus
(kedudukan tempat kerja yang sesuai, bilik air khusus, tempat letak kereta khusus), memberi
latihan tambahan, serta menggunakan kaedah mentor di tempat kerja. Antara cara majikan
menghadapi cabaran adalah dengan berbincang dan berkomunikasi dan meringankan
beban kerja pekerja OKU. Walau bagaimanapun, majikan tidak merasa cabaran yang besar
ketika menggaji pekerja OKU.
Masyarakat dan keluarga juga berpandangan positif terhadap OKU. Mereka yakin OKU
mampu bekerja, dan perlu diberi peluang pekerjaan seperti orang lain agar dapat
meningkatkan taraf hidup mereka. Mereka berpendapat yang OKU mempunyai hak yang
sama seperti orang lain, boleh berdikari, dan boleh menjadi produktif jika diberi sokongan
sesuai. Walau bagaimanapun secara umumnya masyarakat awam didapati lebih
menyokong OKU keluar bekerja berbanding ahli keluarga mereka sendiri.
Di pihak OKU pula, walaupun mereka mungkin kurang upaya dalam aspek-aspek tertentu,
majoriti responden berpendapat mereka boleh melakukan kefungsian lain dengan baik dan
dapat menjalani rutin kehidupan seharian. Contohnya, OKU pendengaran boleh bergerak
tanpa masalah dan membuat kemahiran domestik, manakala OKU pembelajaran boleh
mengurus diri dan mempunyai keupayaan motor halus. Tahap kesedaran OKU mengenai
insentif yang disediakan juga agak memberangsangkan, tetapi boleh dipertingkatkan lagi.
Dapatan-dapatan positif ini menunjukkan prospek yang amat baik bagi meningkatkan lagi
penggajian OKU di pasaran tenaga kerja. Bahagian seterusnya akan membincangkan isu-
isu dan cabaran yang didapati daripada hasil kajian, diikuti dengan cadangan-cadangan
bagaimana isu dan cabaran ini perlu diatasi bagi meningkatkan lagi penempatan warga
OKU dalam bidang pekerjaan.
260
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
10.2 Isu dan Cabaran
Dalam bahagian ini, isu dan cabaran yang telah dikenal pasti dikumpulkan. Lima sumber
utama telah digunakan bagi mendapatkan isu dan cabaran iaitu analisis soal selidik OKU,
majikan, keluarga, masyarakat dan penemuan daripada FGD. Setiap isu dan cabaran diberi
kategori berdasarkan 9 kategori, iaitu yang berkaitan Majikan, OKU, Sistem Permohonan &
Penempatan Pekerjaan, Kesedaran, Dasar dan Pelaksanaan, Pendidikan, Aksesibiliti,
Keusahawanan, Sistem Sokongan dan lain-lain.
Jadual 10.1: Isu dan Cabaran
Bil. Isu dan Cabaran Kategori Sumber
1 Kaedah merekrut pekerja OKU: Majikan Kaji selidik
majikan
• Majoriti tidak mempunyai kaedah tertentu.
• Selainnya, mendapatkan kerjasama daripada
organisasi OKU.
2 Cabaran majikan kerajaan: Majikan Kaji selidik
majikan
• Peruntukan kos untuk kemudahan pekerja OKU
dalam mengekalkan OKU dalam pekerjaan.
3 Majikan tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya Majikan FGD
dalam membantu pekerja OKU menyesuaikan diri Kaji selidik OKU
Kaji selidik OKU
mereka di tempat kerja. Majikan juga enggan FGD
mengeluarkan perbelanjaan menjemput pakar untuk
memberi motivasi atau kaunseling kepada pekerja OKU
mereka.
4 Pendapatan kasar bulanan bagi OKU adalah sangat Majikan
rendah - bantuan sara hidup diperlukan.
5 Kebanyakan OKU berpendapat peluang pekerjaan Majikan
untuk mereka amat rendah.
6 Sikap pekerja OKU sendiri menyebabkan mereka OKU
kehilangan peluang untuk memohon pekerjaan dan
kehilangan pekerjaan yang telah diperoleh. Antara
alasannya;
• perasaan rendah diri, masalah kewangan, cepat
putus asa apabila menghadapi masalah di
tempat kerja dan sukar berkomunikasi dengan
rakan sekerja mereka
7 Cabaran utama OKU Kaji selidik
• Semasa memohon pekerjaan: OKU,
Kaji selidik
kurang keyakinan diri, ketidakupayaan diri dan masyarakat,
Kaji selidik
kemudahan yang kurang mesra OKU. keluarga
• Semasa temu duga kerja:
sikap prejudis penemu duga, rasa rendah diri
dan rasa kurang yakin. Tetapi setiap cabaran
mempunyai tahap kritikal yang berbeza
mengikut jenis ketidakupayaan, contohnya
komunikasi.
• Semasa bekerja:
kurang yakin dengan kemampuan diri dan rasa
rendah diri (masalah dalaman) dan masalah
pengangkutan ke tempat kerja (masalah luaran)
261
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Bil. Isu dan Cabaran Kategori Sumber
8 Ada daripada kalangan OKU tidak bekerja yang OKU Kaji selidik OKU
berpendapat mereka boleh bekerja tetapi tidak mencari OKU Kaji selidik OKU
pekerjaan. Antara sebab OKU yang tidak bekerja tidak Kaji selidik
mencari pekerjaan: majikan
• Kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri. FGD
• Ada komitmen lain. Kaji selidik OKU
9 OKU yang bekerja membuat lebih banyak Kaji selidik
permohonan pekerjaan berbanding OKU Masyarakat
yang tidak bekerja FGD
10 Pengetahuan mengenai JobsMalaysia. Sistem FGD
• Majoriti, termasuk majikan kerajaan, tidak permohonan &
mengetahui tentangnya. penempatan Kaji selidik OKU
• Hanya separuh sedia menawarkan pekerjaan pekerjaan
kepada OKU secara dalam talian.
• Kebanyakan majikan yang pernah
menggunakan JobsMalaysia menyatakan ia
berkesan untuk mendapat pekerja OKU.
11 Peluang pekerjaan yang ditawarkan tidak bersesuaian Sistem
dengan jenis ketidakupayaan. permohonan &
penempatan
pekerjaan
12 Tahap kesedaran responden terhadap Sistem
aplikasi dalam talian agak rendah. permohonan &
penempatan
pekerjaan
13 Saluran permohonan kerja yang terhad. Sistem
permohonan &
penempatan
pekerjaan
14 Prosedur pengambilan pekerja OKU Sistem
• Prosedur yang kerap dilakukan oleh majikan permohonan &
ialah mengeluarkan borang pengambilan penempatan
secara terbuka dan memberi peluang kepada pekerjaan
semua pihak untuk memohon pekerjaan
tersebut. Tetapi terdapat kemungkinan OKU
tidak memohon kerana berasa ragu-ragu sama
ada ianya juga ditawarkan untuk OKU
15 Sistem dalam talian: Sistem
• Pencarian kerja secara dalam talian bagi OKU permohonan &
masih belum wujud penempatan
• Sistem dalam talian bagi permohonan pekerjaan pekerjaan
OKU juga dianggap tidak berkesan kerana
kekangan tertentu.
• Dikatakan hanya sesuai bagi OKU yang
berpendidikan tinggi dan bukan OKU
pembelajaran.
16 Kebanyakan OKU lebih gemar menggunakan Sistem
cara konvensional semasa memohon dan permohonan &
mendapatkan maklumat tentang pekerjaan. penempatan
pekerjaan
262
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Bil. Isu dan Cabaran Kategori Sumber
FGD
17 Isu program transisi untuk OKU. Sistem
FGD
• Isu ini dianggap penting kerana terdapat OKU permohonan &
Kaji selidik
yang belum bersedia untuk masuk ke dunia penempatan Majikan,
FGD
pekerjaan. pekerjaan
Kaji selidik
• Ini menyebabkan sesetengah OKU kehilangan Majikan
peluang untuk masuk ke dunia pekerjaan atau Kaji selidik
Majikan, Kaji
berhenti setelah mendapat pekerjaan. selidik
Masyarakat
18 Syarat lulus bahasa Malaysia menyukarkan OKU Sistem
Kaji selidik
pendengaran untuk mendapat pekerjaan. permohonan & Masyarakat
penempatan Kaji selidik
Masyarakat
pekerjaan FGD
FGD
19 Program bantuan dan insentif berkaitan OKU: Kesedaran
FGD
• Tidak ramai majikan yang sedia maklum tentang
Kaji selidik
program bantuan dan insentif yang telah Masyarakat,
kaji selidik
disediakan.
• Ini termasuk majikan daripada sektor kerajaan.
20 Sebab utama tidak menggaji OKU Kesedaran
• Tidak pernah terfikir untuk menggaji OKU.
• Tiada pekerjaan sesuai.
• Kurang maklumat tentang OKU.
• Tidak dapat memberi kemudahan yang
diperlukan oleh OKU.
• OKU tidak dapat menyesuaikan diri.
21 Pekerjaaan atau tugas yang sesuai untuk pekerja OKU Kesedaran
berdasarkan persepsi majikan
• Majoriti menyatakan tiada.
• Jika ada, kebanyakan untuk pekerjaan sebagai:
1. Jurujual, perkhidmatan atau pekerja kedai.
2. Pekerjaan asas
3. Perkeranian
22 Masyarakat berpandangan pekerjaan paling sesuai Kesedaran
untuk OKU:
1. Jualan
2. Perkhidmatan
3. Teknikal
4. Profesional
23 Masyarakat beranggapan OKU perlu selalu dipantau Kesedaran
dan dibantu
24 Terdapat ibu bapa yang lebih sanggup menyorok anak Kesedaran
OKU
25 Majikan juga sering meragui kemampuan dan Kesedaran
kemahiran yang ada pada pekerja OKU. Selain itu,
majikan juga bimbang akan risiko apabila mengambil
pekerja OKU serta kekangan kewangan bagi pusat
latihan/bengkel perlindungan/NGO OKU.
26 Majikan hanya mengambil kategori OKU tertentu untuk Kesedaran
bekerja. Sebagai contoh, peluang pekerjaan di hotel
terbuka kepada semua kategori kecuali OKU
penglihatan dan pendengaran kerana masalah
keselamatan dan komunikasi.
27 Keluarga tidak tahu sistem JobsMalaysia. Kesedaran
263
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Bil. Isu dan Cabaran Kategori Sumber
keluarga
28 Tahap kesedaran OKU mengenai peluang Kesedaran Kaji selidik OKU
Kaji selidik OKU
keusahawanan masih rendah
Kaji selidik OKU
29 Semakin tinggi kelayakan akademik seseorang OKU, Kesedaran FGD
semakin sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan FGD
FGD
yang sejajar dengan kelulusannya. Hal ini mungkin
FGD
disebabkan oleh dua faktor: FGD
FGD
1. Jenis pekerjaan yang ditawarkan. Kaji selidik OKU
FGD
2. Persepsi masyarakat.
FGD
30 Peluang pekerjaan OKU dibataskan dengan kerja-kerja Kesedaran Kaji selidik
Keluarga, FGD
asas sahaja. FGD
31 Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan Dasar &
awam kepada OKU sedia ada tidak efektif kerana tidak pelaksanaan
bersifat punitif:
• Kurang komitmen di peringkat agensi terlibat.
• Tidak diuar-uarkan dan tidak ada inisiatif galakan
bersepadu.
• Isu diskriminasi di peringkat pemilihan/temu duga dan
kategori OKU.
• Gagal menjadi model terbaik kepada pihak swasta
dalam menggalakkan penggajian OKU.
32 Masalah kurang koordinasi di antara agensi-agensi dan Dasar &
organisasi yang menguruskan program OKU – berlaku pelaksanaan
pertindihan program OKU dan tiada kerjasama.
33 Pusat Khidmat Setempat OKU sedia ada tidak Dasar &
berfungsi sepenuhnya sebagai hub dan dicadangkan pelaksanaan
One Stop Centre untuk membantu dan memberi
kemudahan kepada OKU. Pegawai agensi lain (JTK,
KKM, Pendidikan Khas) tidak ditempatkan di Pusat
Khidmat Setempat sedia ada.
34 Kekurangan kursus atau pendidikan yang spesifik yang Pendidikan
menyediakan persediaan pekerjaan bagi OKU.
35 Dana peralatan pembelajaran untuk OKU adalah Pendidikan
kurang.
36 Kekurangan dan ketidaksesuaian infrastruktur bagi Aksesibiliti
pembelajaran kemahiran di sekolah-sekolah dan pusat
latihan.
37 Banyak tempat kerja yang tiada kemudahan asas untuk Aksesibiliti
OKU
38 Isu yang timbul apabila OKU menceburkan diri dalam Keusahawanan
bidang keusahawanan:
• Keperluan modal
• Peluang perniagaan dalam talian
39 Keperluan job matching dan Job Coach untuk Sistem
membantu OKU mendapatkan dan mengekalkan sokongan
pekerjaan.
40 Ahli keluarga tidak membantu OKU mohon pekerjaan Sistem
secara amnya. sokongan
41 EPC diambil oleh ahli keluarga Lain-lain
264
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
10.3 Perbincangan dan Cadangan
Cadangan yang dikemukakan adalah berdasarkan hasil analisis kajian. Ianya juga
mengambil kira keadaan ekonomi semasa, kedudukan peruntukan oleh pihak kerajaan dan
akta atau inisiatif sedia ada.
10.3.1 Perundangan dan Pelaksanaan
i. Pindaan Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008, Akta Kerja 1955 dan akta-akta lain
berkaitan pekerjaan, & Penubuhan Tabung/Dana Pemerkasaan OKU
Keterangan: Dalam Akta OKU 2008, Seksyen 29 menyentuh mengenai akses kepada
pekerjaan bagi OKU. Seksyen 29 (Subseksyen 3) ada menyebut ‘Majikan hendaklah dalam
melaksanakan kewajipan sosialnya berusaha untuk menggalakkan pekerjaan yang stabil
bagi OKU dengan menilai keupayaannya dengan sewajarnya, menyediakan tempat
pekerjaan yang sesuai dan menjalankan pengurusan pekerjaan yang sesuai’. Namun,
kegagalan untuk meletakkan sebarang penalti atau denda menyebabkan akta ini dilihat
kurang berkesan dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU. Daripada sudut
peluang pekerjaan bagi OKU, akta ini hanya dinyatakan secara am pada Seksyen 29 di
mana tidak dinyatakan sebarang langkah penguatkuasaan, denda atau hukuman yang
boleh diambil sekiranya ia tidak dipatuhi.
Walaupun Akta OKU 2008 merupakan satu pencapaian yang bagus dan jelas dalam
mengiktiraf hak OKU dan pengenalan akta tersebut menunjukkan komitmen kerajaan
Malaysia untuk membuktikan kepentingan penglibatan OKU dan sumbangan mereka bagi
kelestarian masyarakat di Malaysia, namun ianya ternyata tidak mencukupi.
Jika dilihat daripada situasi dapatan kajian semasa dan dapatan sorotan kajian lepas, tidak
banyak pembaharuan yang boleh dicapai kerana OKU di Malaysia masih terpinggir dari
banyak aspek kerana akta tersebut ‘tidak lebih daripada sekadar bersifat charity act’ dan
tidak mempunyai ‘kuku dan taringnya’.
Terdapat tiga kelemahan utama dalam Akta OKU 2008. Pertama, tiada sebarang elemen
penalti sebagai hukuman diletakkan. Satu kaedah sekatan atau hukuman tertentu perlu
dikenakan kepada majikan yang gagal memenuhi tuntutan akta tersebut. Kaedah yang
sama turut boleh terpakai sekiranya majikan gagal menyediakan kemudahan untuk OKU
atau dalam erti kata lain gagal untuk menjalankan tanggungjawab sosial.
Kedua, ialah kegagalan Akta OKU 2008 untuk menyentuh isu dan masalah OKU dengan
lebih baik. Untuk memastikan keberkesanan suatu undang-undang, perlindungan yang
efektif perlu diberikan kepada mereka yang terkesan dan terancam. Tidak ada frasa
‘melindungi OKU daripada driskiminasi’ tertulis dalam akta tersebut.
Ketiga, ialah perlunya penglibatan secara aktif badan yang mengawasi dan memantau
pelaksanaan undang-undang tersebut.
Cadangan: Pertama, perlu ada political will bagi memastikan akta dikuatkuasakan dengan
baik. Pihak kerajaan perlulah menjalankan segala yang telah dirancang dengan
melaksanakan segala polisi yang telah mereka sendiri hasilkan.
265
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Kedua, perlu ada frasa khusus dalam Akta OKU yang mensyaratkan majikan mengambil
pekerja OKU secara spesifik. Frasa-frasa ini termasuk, i.) mewajibkan menggaji OKU
sekurang-kurangnya 1% daripada jumlah pekerja; ii) frasa bagi majikan menyediakan
kemudahan infrastuktur dan kemudahan program penyesuaian OKU di tempat kerja; iii)
frasa bagi majikan mematuhi dan sekiranya Akta OKU 2008 tidak dipatuhi boleh disabitkan
dengan kesalahan.
Ketiga, perlu ada satu badan atau institusi khusus yang boleh melaksanakan pemantauan
dan penyeliaan terhadap majikan yang ingkar.
Di negara Thailand, misalnya terdapat Akta Empowerment of Persons with Disabilities Act
2007. Terdapat beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan bagi memperkemaskan Akta
OKU 2008 di Malaysia berdasarkan akta yang terdapat di Thailand. Dalam akta tersebut,
secara amnya, peluang pekerjaan bagi OKU diambil perhatian dengan lebih serius di mana
pemantauan dan tindakan dilaksanakan bagi memastikan peluang pekerjaan bagi OKU
disediakan dengan sewajarnya. Misalnya, dalam Sekyen 33 Akta Empowerment of Persons
with Disabilities Act 2007, dinyatakan:
‘Employers or owners of the establishments and State Agencies shall employ
Persons with Disabilities to work in suitable positions in proper proportions to the entire
number of the employees in the establishments or State Agencies’.
Dalam Seksyen 34 pula dinyatakan:
‘Employers or owners of the establishments who do not employ Persons with
Disabilities at the proper proportions as prescribed in section 33 shall send money to the
Fund pursuant to section 24(5). The Minister of Labor shall issue Ministerial Regulations to
specify the amount of money that the employers or owners of the establishments shall send
to the Fund. Employers or owners of the establishment who are obliged to send money to
the Fund as prescribed in paragraph one but failed to do so, or delayed in making payment
or made an insufficient payment, shall pay interests at the rate of seven and a half percent
per annum of the outstanding amount to the Fund’.
Dalam Seksyen 33 dan Seksyen 34 yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan
penguatkuasaan yang dilaksanakan dan penalti yang boleh dikenakan ke atas majikan yang
gagal mengikuti arahan untuk mengambil pekerja OKU. Penguatkuasaan secara bertulis
dalam akta membolehkan perkara tersebut dilaksanakan secara lebih berkesan dalam
undang-undang. Bagi memastikan akta berfungsi dengan lebih baik, Seksyen 35
memberikan kelebihan kepada OKU yang tidak mampu bekerja. Dalam seksyen tersebut
dinyatakan:
‘In the event that any State Agency does not wish to employ Persons with Disabilities
for work under section 33 or any employer or owner of the establishment does not employ
Persons with Disabilities for work under section 33 and does not wish to send money to the
Fund under section 34, the said State Agency, employer or owner of the establishment may
grant concessions, arrange places for distributing products or services, hire subcontract
employees or hire employment services by special means, provide apprenticeship or
equipment or facilities and sign language interpreter or other assistance to Persons with
Disabilities or caregiver of Persons with Disabilities based on the criteria, procedures and
conditions as prescribed by the Committee in the Rules’.
266
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Tidak terhenti setakat itu, pelucutan hak (garnishment) turut boleh dikenakan di bawah
Seksyen 36 sekiranya denda yang dikenakan gagal untuk dilunaskan. Ini memberikan kuasa
yang besar kepada kerajaan untuk melaksanakan akta dengan berkesan dan memberikan
ruang kepada OKU mendapatkan hak mereka untuk bekerja dengan lebih baik.
Model negara Thailand ini boleh dipertimbangkan untuk diguna pakai di Malaysia
memandangkan ianya didapati amat berkesan dalam membolehkan OKU mendapat
peluang pekerjaan yang sewajarnya. Penguatkuasaan undang-undang tersebut nanti,
termasuk penalti dan sebagainya, amat penting bagi menjamin keberkesanannya.
Sehubungan itu, satu Tabung/Dana Pemerkasaan OKU boleh diwujudkan di mana segala
denda dan penalti yang dikenakan terhadap majikan yang ingkar akan disalurkan ke
Tabung/Dana ini. Hasil kutipan dana ini boleh disalurkan untuk pelbagai tujuan untuk
memperkasakan OKU.
ii. Kerajaan perlu menambah baik dasar sedia ada bagi memastikan semua majikan
termasuk sektor awam dan swasta diwajibkan mengambil pekerja OKU
Keterangan: Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU
menetapkan bahawa setiap agensi hendaklah memastikan pengambilan OKU dibuat
sekurang-kurangnya 1% daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut. Justeru, semua
kementerian bertanggungjawab memantau pencapaian pelaksanaan dasar 1% peluang
pekerjaan kepada OKU dalam organisasinya dan agensi di bawah kementerian bagi
memastikan matlamat dasar ini dicapai. Namun begitu, pekeliling ini tidak mewajibkan dan
tidak menggariskan sebarang tindakan yang akan dikenakan sekiranya tidak menggaji OKU.
Malah, kerajaan juga tidak mewajibkan majikan swasta untuk menggaji OKU. Maka peluang
pekerjaan untuk OKU semakin terhad dan semua agensi tidak menganggap mereka tahu
akan arahan yang perlu dicapai, malah hanyalah pilihan semata-mata.
Cadangan: Pantauan yang lebih ketat perlu dilakukan untuk menerangkan kelebihan yang
akan diperoleh oleh majikan swasta jika menggaji OKU. Kerajaan boleh menggunakan
kaedah yang diguna pakai oleh kerajaan Thailand iaitu mewajibkan majikan bersaiz
sederhana dan ke atas mengambil seorang pekerja OKU daripada setiap 100 pekerja yang
ada (1:100) pada kadar gaji minimum ataupun kaedah-kaedah lain yang bersesuaian di
Malaysia, jika majikan gagal melakukan demikian, mereka akan dikenakan denda tidak kira
disektor awam mahupun swasta dan wang denda tersebut akan dimasukkan ke dana
pemerkasaan OKU. Semua agensi sektor awam perlu komited dalam melaksanakan inisiatif
untuk mengenal pasti jawatan kosong yang sesuai diisi dengan OKU bagi pengisian secara
kontrak mahupun pengisian tetap.
iii. Menubuhkan Tabung Dana Pemerkasaan OKU
Keterangan: Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU tidak
dimantapkan dengan penguatkuasaan dan denda bagi majikan yang melanggar dasar
tersebut. Ini berbeza di negara Thailand, di mana Empowerment of Persons with Disabilities
Act 2007 memperuntukkan denda yang dikenakan kepada majikan swasta dan awam yang
didapati ingkar. Denda yang dikenakan akan dimasukkan ke dalam “Fund for Promotion and
Development of Life Quality of Disabled Persons” sepertimana yang diperuntukkan dalam
267
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Seksyen 23 Akta tersebut. Dana yang terkumpul dalam Tabung tersebut boleh digunakan
bagi membayar gaji pekerja OKU bekerja di NGO atau menjalankan perniagaan.
Cadangan: Malaysia dicadangkan mengguna pakai Seksyen 33-36 Empowerment of
Persons with Disabilities Act 2007, dan juga Sekyen 23-32 berkaitan penubuhan Tabung
tersebut yang boleh dipanggil Tabung Dana Pemerkasaan OKU di Malaysia. Semua penalti
berkaitan melanggar hak OKU akan disalurkan ke Tabung ini dan dana yang terkumpul
boleh digunakan dengan penggunaan yang sama sperti di Thailand dan juga boleh
dipanjangkan untuk pengubahsuaian dan aksesibiliti OKU di tempat kerja dan di tempat
awam yang lain.
10.3.2 Sistem Permohonan dan Penempatan Pekerjaan
i. Menubuhkan One Stop Centre sebagai Sistem Portal Penggajian OKU dan bagi
rujukan majikan yang ingin dan sedang menggaji OKU
Keterangan: Terdapat pelbagai masalah di mana maklumat pekerjaan dan bantuan
/sokongan sedia ada tidak sampai kepada OKU dan juga kepada majikan sendiri, terutama
pihak swasta. Pihak kerajaan perlu memainkan peranan menyokong majikan tersebut, ada
kalanya majikan tidak mengetahui tempat atau badan khusus yang harus dirujuk jika berlaku
masalah dan tidak mengetahui sumber untuk mendapatkan pekerja OKU. Majikan juga
ramai yang tidak mengetahui wujudnya sistem sokongan dan kelebihan-kelebihan yang
boleh mereka perolehi jika menggaji OKU seperti pelepasan cukai dua kali dan sebagainya.
OKU juga ramai yang tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang peluang-
peluang pekerjaan seperti job fair dan sebagainya, dan apakah bantuan dan sokongan yang
seharusnya mereka perolehi sebagai pekerja OKU.
NGO OKU menghadapi kekangan bergerak aktif untuk membantu dan menyediakan
program untuk OKU akibat daripada kekurangan dana. Penyaluran dana tahunan daripada
pihak kerajaan membolehkan NGO OKU bergerak aktif menjalankan fungsinya dalam
menambah baik kehidupan OKU.
Portal pencarian pekerjaan juga merupakan salah satu saluran yang diwujudkan di bawah
One Stop Centre yang penting dan mudah bagi OKU mengakses pelbagai maklumat
tentang pencarian pekerjaan di sektor swasta. Portal-portal tersebut juga boleh memainkan
peranan tambahan untuk meningkatkan kesedaran majikan dan seterusnya meningkatkan
kebolehpasaran OKU di pasaran terbuka.
Cadangan: Dalam usaha memudahkan maklumat pekerjaan dan sokongan yang boleh
diperoleh oleh OKU dan majikan, pihak kerajaan harus mewujudkan satu portal One Stop
Centre untuk menjadi rujukan para majikan sebagai sokongan dan membantu majikan yang
ingin dan sedang menggaji OKU. Jika terdapat masalah, pihak kerajaan juga boleh
memantau majikan bagi memastikan mereka memenuhi syarat dan dapat memberi
keselesaan kepada OKU untuk bekerja seperti faktor keselamatan di tempat kerja, kadar
gaji minima, kemudahan infrastuktur yang bersesuaian dan lain-lain. Sistem Disability
Employment Service dan National Disability Recruitment Coordinator Service di Australia
boleh dijadikan model ikutan bagi tujuan ini.
268
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Pihak kerajaan boleh menggunakan dana pemerkasaan OKU bagi memberi lebih banyak
geran tahuan kepada NGO OKU yang aktif dan memberi inisiatif kepada persatuan yang
aktif bergerak untuk membantu OKU. Pantauan perlu dibuat untuk mengekalkan prestasi
persatuan dan memastikan dana tidak disalahgunakan.
Bagi menggalakkan penglibatan yang lebih aktif, portal pencarian pekerjaan di pihak
kerajaan perlu memberi galakan bagi penglibatan yang lebih produktif bagi portal pencari
pekerjaan swasta (selain daripada JobsMalaysia) dalam meningkatkan kesedaran majikan,
masyarakat dan pencari kerja dalam kalangan OKU. Misalnya peranan Jobstreet
sepertimana makluman di (https://www.jobstreet.com.my/career-resources/7-ways-people-
disabilities-overcome-recruitment-prejudices/#.XiAkEMgzZPY) yang memberi tips, panduan,
kata-kata semangat serta kesedaran kepada masyarakat dan golongan OKU yang sedang
mencari kerja. Sistem star-rating oleh pengguna boleh diperkenalkan bagi meningkatkan
persaingan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh portal-portal tersebut, sekali gus
membantu OKU mendapatkan maklumat dan pekerjaan dengan lebih lancar (efficient) dan
berkesan (effective).
ii. Menambah baik sistem pemadanan kerja OKU
Keterangan: Sistem pemadanan kerja sedia ada lebih menumpukan kepada padanan kerja
berdasarkan jenis ketidakupayaan seseorang individu. Belum ada sistem pemadanan kerja
yang telah dikeluarkan sebagai panduan pengisian jawatan oleh OKU dalam sektor awam.
Bagi sektor swasta, KSM juga telah mengeluarkan senarai jenis-jenis pekerjaan yang
dirasakan sesuai bagi OKU, berdasarkan tujuh kategori OKU yang diguna pakai di negara
ini8. Walaupun ini merupakan usaha murni untuk memudahkan pemadanan kerja,
pendekatan begini dirasakan kurang dalam mengenal pasti pekerjaan yang sesuai bagi
OKU yang berbeza bukan sahaja dari segi jenis ketidakupayaan, tetapi juga dari segi tahap
keupayaan dan kefungsian mereka walaupun dalam kategori yang sama.
Cadangan: Oleh yang demikian, kaedah padanan pekerjaan (job matching) tidak
seharusnya dibuat berdasarkan jenis ketidakupayaan, tetapi mengikut tahap kefungsian dan
keupayaan OKU seperti yang digunapakai dalam Program Kembali Bekerja PERKESO.
Model dan formula yang digunakan PERKESO boleh diguna pakai bukan sahaja dalam
Program Kembali Bekerja tetapi juga di peringkat permohonan pekerjaan oleh OKU.
Pendekatan ini dirasakan lebih adil dan berkesan dalam mengenal pasti pekerjaan yang
paling sesuai bagi seseorang pemohon OKU. Peluang pekerjaan bagi mereka juga akan
terbuka lebih luas kerana tidak lagi dihadkan berdasarkan kategori OKU.
Menyediakan sistem padanan dan permohonan pekerjaan khusus untuk OKU bagi memberi
sokongan kepada pusat sehenti OKU. Prototaip sistem boleh dilihat di:
https://spppkp.com. Sistem yang dicadangkan meliputi:
8 Sila rujuk Buku Panduan Maklumat Jawatankuasa Pekerjaan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya
(MKBOKU), m.s. 26-33.
269
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
i. Pendaftaran OKU, majikan dan agensi sebagai pengguna sistem.
ii. OKU mendapatkan CV daripada profil atau memuat naik CV dokumen atau video;
iii. OKU mencari dan memohon pekerjaan hasil daripada pencarian kerja sendiri dalam
sistem atau padanan oleh sistem (padanan kerja secara automatik adalah mengikut
kelayakan, pengalaman bekerja dan kemahiran. Ini adalah selari dengan kaedah
padanan dalam Program Kembali Bekerja PERKESO);
iv. OKU mengetahui status permohonan pekerjaan dan berinteraksi melalui sistem
untuk pemprosesan sehinggalah sama ada OKU melaporkan diri atau gagal
melaporkan diri;
v. Majikan mengiklankan pekerjaan;
vi. Majikan menyemak permohonan kerja berserta CV pemohon dan berinteraksi
melalui sistem untuk pemprosesan permohonan seterusnya sehinggalah sama ada
OKU melaporkan diri atau gagal melaporkan diri;
vii. Agensi memasukkan maklumat acara, pengumuman dan maklumat umum untuk
hebahan kepada sasaran; dan
viii. Keperluan bukan fungsian khusus untuk bantuan penggunaan oleh OKU.
Dengan adanya sistem khusus, data mengenai OKU, majikan dan agensi serta aspek
pekerjaan dapat dikumpul dan dianalisis.
iii. Menambah baik sistem JobsMalaysia
Keterangan: JobsMalaysia terbuka kepada semua majikan sektor awam dan swasta untuk
membuka peluang pekerjaan kepada pencari pekerjaan OKU dan bukan OKU. Tetapi
JobsMalaysia kebanyakannya menawarkan pekerjaan jenis asas kepada OKU dan ini
menyebabkan jawatan itu tidak dapat diisi kerana kelayakan dan kemahiran OKU adalah
lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan.
Cadangan: JobsMalaysia perlu menarik perhatian lebih ramai majikan untuk menggaji OKU
dan menawarkan peluang lebih tinggi berbanding hanya pekerjaan asas. Mereka juga boleh
membuat bengkel mengenai cadangan-cadangan pekerjaan yang boleh ditawarkan kepada
OKU. JobsMalaysia di setiap negeri perlu bergiat aktif membuat aktiviti promosi dan
kesedaran merangkumi kawasan bandar dan luar bandar.
iv. Mengguna pakai Program Kembali Bekerja (Return to Work, RTW) dalam sektor
awam dan dalam sistem pemadanan kerja OKU PERKESO
Keterangan: Di sektor awam tidak ada Program Kembali Bekerja (RTW) seperti yang
disediakan PERKESO di sektor swasta. Program RTW juga mengguna pakai mekasnisma
di mana jika seseorang pekerja hilang upaya kekal, beliau akan melalui program pemulihan
dan rehabilitasi yang intensif sehingga beliau boleh bekerja semula. Tahap ketidakupayaan
pekerja tersebut akan dinilai oleh ahli terapi yang bertauliah bagi menentukan perkerjaan
mana yang sesuai untuk diberi kepadanya mengikut tahap kemampuan beliau dan bukan
berdasarkan tahap ketidakupayaan.
Cadangan: Sektor awam boleh mengguna pakai mekanisme Program Kembali Bekerja
PERKESO bagi mengekalkan pekerja OKU bekerja dan tidak perlu diberhentikan
disebabkan kehilangan upaya kekal kerana kemalangan, penyakit atau sebab-sebab lain.
270
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Model dan formula yang digunakan PERKESO boleh diguna pakai bukan sahaja dalam
Program Kembali Bekerja tetapi juga di peringkat permohonan pekerjaan oleh OKU.
v. Menggalakkan penggunaan video resume/curriculum vitae (CV) oleh pemohon OKU
Keterangan: Tahap kesedaran majikan yang agak rendah tentang keupayaan OKU bekerja
adalah antara sebab OKU menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan. Kebanyakan
majikan yang tiada pendedahan tentang OKU tidak dapat membayangkan bagaimana
seseorang OKU masih boleh melakukan fungsi-fungsi pekerjaan yang biasa walaupun
mereka OKU.
Cadangan: Dengan kemajuan teknologi yang ada pada masa kini, penggunaan video
resume atau CV perlu digalakkan dalam sistem penempatan pekerjaan terutamanya bagi
OKU supaya bakal majikan dapat melihat sendiri bagaimana OKU daripada pelbagai
kategori boleh melakukan pelbagai pekerjaan sepertimana mereka yang bukan OKU.
Misalnya, majikan yang tidak pernah didedahkan dengan OKU penglihatan akan berasa
kagum melihat bagaimana OKU penglihatan yang tidak dapat melihat masih boleh bekerja
dan menggunakan komputer dan peranti teknologi yang lain dengan begitu baik
menggunakan software JAWS, voiceover dan teknologi-teknologi lain yang terkini. Majikan
juga boleh diberikan pendedahan awal tentang apakah penyesuaian munasabah yang
diperlukan di tempat kerja (dengan mendapat rebat cukai LHDN) bagi membolehkan pekerja
OKU tersebut menjalankan tugas dengan baik.
vi. Menerima OKU untuk program latihan industri (praktikal)
Keterangan: Pihak majikan perlu membuka ruang untuk menerima lebih ramai pekerja OKU
dalam sesebuah organisasi. Hasil kajian menunjukkan majikan yang menggaji OKU berpuas
hati dengan hasil kerja dan prestasi pekerja OKU, malah dapat meningkankan produktiviti
rakan sekerja yang lain. Ini menunjukkan pekerja OKU perlu diberi peluang untuk
membolehkan mereka bersaing di pasaran.
Cadangan: Pihak kerajaan memainkan peranan untuk memupuk kesedaran majikan
terutama sektor swasta untuk menerangkan kelebihan yang akan diperoleh jika menggaji
OKU juga dan juga inisiatif yang akan diperoleh oleh majikan. Sekolah-sekolah juga perlu
mempunyai hubungan yang baik bersama majikan bagi memberi peluang kepada pelajar
OKU untuk menjalankan latihan industri/ program transisi bagi menjamin penempatan
pelajar OKU dalam dunia pekerjaan.
vii. Menggalakkan majikan mempunyai Job Coach sendiri
Keterangan: Ramai majikan kini melatih pekerja sedia ada untuk menjadi Job Coach tetap di
syarikat mereka. Ini adalah satu inisiatif yang patut dihargai dan perlu digalakkan bagi
membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada OKU. Majikan tidak perlu lagi
mengharapkan Job Coach daripada pihak kerajaan jika berlaku sebarang masalah pekerja
OKU di syarikat mereka sendiri.
Cadangan: Pihak kerajaan harus memupuk dan memberi sokongan terutama kepada
majikan swasta untuk menggalakkan mereka mempunyai Job Coach tetap dan memberikan
271
Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
kelebihan yang sewajarnya jika majikan mempunyai Job Coach sendiri. Sebagai contoh
Mydin Mohamed Holding mempunyai sistem Job Coach dan telah mengambil lebih kurang
115 orang pekerja OKU pada tahun 2014 dan turut mengambil seramai 5 orang di bawah
program Return to Work (RTW). Sistem ini memudahkan pihak syarikat mengendalikan
pekerja OKU dengan lebih baik. Pihak Mydin juga membuat banyak latihan dan bengkel
untuk pekerja bukan OKU untuk menjadi sebahagian peserta program Job Coach.
viii. Mewujudkan Skim Persaraan Khas OKU
Keterangan: Bagi pekerja sektor swasta yang menjadi OKU semasa perkhidmatan, mereka
layak menerima Pencen Ilat sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
PERKESO. Pencen ini tidak terpakai ke atas pekerja yang sememangnya OKU ketika
diambil bekerja.
Cadangan: Apabila seseorang pekerja OKU di sektor swasta bersara, dicadangkan satu
Skim Persaraan Khas OKU (seakan-akan Pencen Ilat PERKESO) diberikan kepada pekerja
yang sememangnya OKU ketika diambil bekerja. Dengan adanya Skim Persaraan Khas
OKU ini, pekerja yang sememangnya OKU sebelum memulakan perkhidmatan juga akan
mendapat manfaat dan lebih terjamin kehidupan mereka di hari tua, sepertimana OKU yang
mendapat Pencen Ilat. Sekiranya skim persaraan ini diwujudkan, lebih ramai OKU akan
lebih berminat untuk memasuki bidang pekerjaan dan sekali gus meringankan bebanan
kewangan ke atas pihak kerajaan untuk membiayai OKU yang tidak bekerja dan yang tiada
sumber pendapatan di hari tua.
ix. Peruntukan khas bagi pengubahsuaian kemudahan OKU di pejabat kerajaan
Keterangan: Antara kelebihan yang diterima oleh majikan swasta yang menggaji OKU
adalah LHDN memberi rebat cukai ke atas kos pengubahsuaian kemudahan OKU di tempat
kerja. Bagi majikan perkhidmatan awam pula, tidak ada peruntukan khas yang disediakan
bagi tujuan ini. Perkara ini menambahkan lagi kesukaran OKU untuk bekerja di sektor awam
dan sasaran 1% semakin sukar untuk dicapai.
Cadangan: Majikan sektor awam juga perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi
pekerja OKU. Sepertimana LHDN memberi rebat cukai ke atas kos pengubahsuaian
kemudahan OKU bagi majikan swasta, LHDN juga perlu menyediakan peruntukan khas bagi
penyesuaian munasabah tempat kerja di pejabat kerajaan yang menggaji OKU. Ini
dirasakan lebih adil kerana sekiranya peruntukan rebat cukai boleh diberikan kepada pihak
swasta, peruntukan yang sama juga seharusnya diberikan bagi pengubahsuaian pejabat
awam. Selain LHDN, Tabung/Dana Pemerkasaan OKU (seandainya dilaksanakan) juga
boleh digunakan bagi tujuan ini.
x. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada majikan yang menggaji OKU
Keterangan: Dalam usaha menggalakkan majikan terutama pihak swasta dalam menggaji
OKU, pihak kerajaan juga harus membuat satu penghargaan bagi meningkatkan motivasi
majikan swasta dalam menggaji OKU. Hasil borang kaji selidik dan juga sesi FGD juga
mendapati OKU memerlukan sokongan daripada pihak majikan untuk menyediakan
persekitaran fizikal yg mesra OKU.
272