The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) Di Malaysia (2020)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-21 23:32:35

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) Di Malaysia (2020)

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) Di Malaysia (2020)

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

dengan kebolehan OKU pula, majikan dan juga masyarakat secara umum, harus diberi
pendedahan terhadap keupayaan sebenar OKU melalui kempen pendidikan (14%) dan
saranan daripada pihak kerajaan. Sesetengah responden juga menuntut agar lebih banyak
kuota dipenuhi dengan OKU untuk berkhidmat di mana-mana sektor, terutamanya di sektor
awam.

Rajah 4.35: Cadangan untuk Meningkatkan Lagi Peluang Pekerjaan OKU

Beri lebih insentif/kemudahan kepada OKU 7.0% 15.8%
Wartakan kepada OKU peluang pekerjaan 8.1% 15.1%
14.3%
Lebih peluang kerja dengan kerajaan 7.7%
Memastikan pekerjaan sesuai/khusus untuk OKU 8.5%

Beri latihan kepada OKU 23.5%
Penuhi quota untuk OKU
Beri pendedahan kepada majikan dan masyarakat
Wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada
OKU

4.14 Rumusan Kajian OKU

1. Walaupun kurang upaya dalam aspek-aspek tertentu, majoriti responden
berpendapat mereka boleh melakukan kefungsian lain dengan baik dan dapat
menjalani rutin kehidupan seharian.

2. Kebanyakan OKU yang bekerja adalah daripada kalangan OKU fizikal, penglihatan
dan pembelajaran. Kebanyakan OKU fizikal dan penglihatan bekerja di sektor
kerajaan sementara OKU pembelajaran lebih ramai bekerja di sektor swasta.

3. Secara amnya, kebanyakan OKU bekerja di sektor swasta (46%), bekerja sendiri
(21%) dan penjawat awam (16%).

4. Dalam kalangan OKU tidak bekerja yang berpendapat mereka boleh bekerja, hampir
50% tidak mahu mencari pekerjaan. Antara sebab mereka tidak mahu mencari
pekerjaan: Kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri (28%) dan ada komitmen lain
(22%).

5. Purata pendapatan kasar bulanan bagi OKU adalah rendah. Ini mungkin
menjelaskan mengapa ramai (hampir 70%) OKU terima bantuan sara hidup daripada
pelbagai pihak.

6. Sumber bantuan sara hidup utama ialah JKM (87%), EPC (21%) dan zakat (7%).
7. Penerima bantuan terbanyak JKM adalah OKU tidak bekerja (> 60%) manakala

penerima bantuan terbanyak EPC adalah OKU yang bekerja (78%).
8. OKU yang bekerja membuat lebih banyak permohonan pekerjaan berbanding

OKU yang tidak bekerja.
9. Kebanyakan OKU lebih gemar menggunakan cara konvensional semasa memohon

dan mendapatkan maklumat tentang pekerjaan iaitu secara terus, termasuklah di
karnival kerjaya.

80

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

10. Cabaran utama semasa memohon kerja ialah kurang keyakinan diri,
ketidakupayaan diri dan kemudahan yang kurang mesra OKU.

11. Cabaran utama semasa temu duga kerja ialah sikap prejudis penemuduga, rasa
rendah diri dan rasa kurang yakin. Tetapi setiap cabaran mempunyai tahap kritikal
yang berbeza mengikut jenis ketidakupayaan.

12. Masalah utama semasa bekerja ialah kurang yakin dengan kemampuan diri dan
rasa rendah diri (masalah dalaman) dan masalah pengangkutan ke tempat kerja
(masalah luaran).

13. Tahap kesedaran OKU mengenai peluang keusahawanan masih rendah dan tiada
beza antara kaum.

14. Tahap kesedaran OKU mengenai insentif yang disediakan agak
memberangsangkan tetapi masih boleh ditingkatkan.

15. Tahap kesedaran responden terhadap aplikasi dalam talian agak rendah. Hanya
39% responden mengetahui tentang JobsMalaysia dan daripada jumlah itu, hanya
16% pernah menggunakannya untuk memohon pekerjaan.

16. Banyak tempat kerja (38%) tiada kemudahan asas untuk OKU.
17. Kebanyakan OKU berpendapat peluang pekerjaan untuk mereka amat rendah.
18. Semakin tinggi kelayakan akademik seseorang OKU, semakin sukar dia merasakan

untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang sejajar dengan kelulusannya. Hal ini
mungkin disebabkan oleh dua faktor: (1) jenis pekerjaan yang ditawarkan, dan (2)
persepsi majikan dan masyarakat.
19. Jika majikan masih menganggap OKU tidak boleh bekerja dengan baik, peluang
pekerjaan mereka akan dibataskan dengan pekerjaan asas sahaja.
20. Jika OKU mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, mereka akan lihat peluang
pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka seperti tidak ditawarkan.
Sebaliknya, pekerjaan asas akan nampak seperti banyak ditawarkan kepada OKU.
Hakikatnya, kerja-kerja asas ini dibayar gaji yang amat rendah dan OKU tidak akan
dapat keluar daripada kategori B40 dan miskin selama dia bekerja.
21. Cadangan untuk tingkatkan produktiviti OKU:

• Pihak yang berkenaan perlu ‘menyediakan persekitaran fizikal yang sesuai
untuk golongan OKU’ seperti tangga, meja, laluan untuk kerusi roda dan
sebagainya (72%)

• ‘Penyesuaian khusus di tempat kerja’ seperti menyediakan bilik air khusus
atau tempat letak kereta yang sesuai untuk OKU (63%)

• ‘Menyediakan insentif latihan kemahiran dan lain-lain’ (63%) dan ‘fleksibiliti
dalam jadual waktu bekerja’ (61%)

22. Cadangan untuk tingkatkan peluang pekerjaan untuk OKU:
• Responden OKU mencadangkan agar lebih banyak peluang pekerjaan
dibuka kepada golongan OKU.
• Tetapi peluang pekerjaan yang ditawarkan hendaklah bersesuaian dengan
setiap jenis ketidakupayaan agar lebih adil untuk mereka mohon.
• Lebih banyak kemudahan diberi kepada golongan OKU semasa proses
pencarian kerja mereka dan lebih banyak insentif keusahawanan diberi
kepada OKU yang berminat.
• Majikan dan masyarakat harus diberi pendedahan terhadap keupayaan
sebenar OKU melalui kempen pendidikan dan saranan daripada pihak
kerajaan.

81

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

• Kuota perlu dipenuhi oleh OKU untuk berkhidmat di mana-mana sektor,
terutamanya di sektor awam.

23. Cadangan untuk sistem permohonan pekerjaan dalam talian:
• 76% responden mahu pencarian pekerjaan yang lebih komprehensif
(mengikut majikan, lokasi, kata kunci, kategori pekerjaan dll.).
• 65% responden mahu sistem yang dapat membuat padanan kebolehkerjaan
seseorang OKU itu dengan peluang pekerjaan yang diiklankan.
• 60% responden mahukan sistem yang boleh memberikan maklumat penting
seperti program, pameran kerjaya, perkhidmatan dan sokongan yang
disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO One Stop Centre.

82

BAB 5

PENEMUAN
HASIL KAJIAN
KELUARGA DAN
MASYARAKAT

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

BAB 5: PENEMUAN HASIL KAJIAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

5.1 Keluarga

Selain daripada OKU, kajian juga dijalankan terhadap ahli keluarga mereka mengenai
persepsi mereka terhadap peluang pekerjaan OKU. Borang kaji selidik telah diedarkan
kepada 289 responden di seluruh negara.

5.1.1 Demografi Responden Keluarga

Analisis dilakukan berdasarkan maklum balas daripada 289 responden ahli keluarga OKU.
Kebanyakan ahli keluarga yang menjawab kaji selidik adalah terdiri daripada adik-beradik,
ibu, anak-anak diikuti bapa dan pasangan (masing-masing 29.1%, 23.2%, 15.6%, 14.2%
dan 11.4%). Majoriti ahli keluarga terdiri daripada perempuan iaitu 64.4% manakala bangsa
yang paling ramai adalah Melayu (83.4%). Kebanyakan mereka juga beragama Islam
(89.6%) dan berkahwin (63%). Dari segi tahap pendidikan, pemegang sijil SPM adalah yang
paling ramai (34.3%). Maklumat terperinci tentang ahli keluarga boleh dilihat di Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Latar Belakang Ahli Keluarga OKU

Sampel Bilangan Peratus (%)
Hubungan 289 100

Anak 45 15.6
Bapa 41 14.2
Ibu 67 23.2
Adik-beradik 84 29.1
Pasangan 33 11.4
Lain-lain 7 2.4
Jantina
Lelaki 103 35.6
Perempuan 186 64.4
Bangsa
Melayu 241 83.4
Cina 16 5.5
India 11 3.8
Lain-lain 21 7.3
Agama
Islam 259 89.6
Buddha 12 4.2
Hindu 10 3.5
Kristian 8 2.8
Status perkahwinan
Bujang 76 26.3
Berkahwin 182 63.0
Bercerai 1.7
Balu 5 8.2
Berpisah 24 0.7
Pendidikan 2
UPSR 9.3
PMR 27 10.0
SPM 29 34.3
99

83

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

SPTM Bilangan Peratus (%)
Sarjana muda 54 18.7
Sarjana 44 15.2
PhD 12 4.2
Lain-lain 8 2.8
Status Pekerjaan 16 5.5
Awam
Swasta 52 18.0
Bekerja sendiri 81 28.0
Ketua Isirumah 146 50.5
Ya
Tidak 108 37.4
181 62.6

5.1.2 Tanggapan Ahli Keluarga Terhadap Keupayaan OKU untuk Bekerja

5.1.2.1 Faktor-Faktor yang Diambil Kira OKU Sebelum dan Ketika Memohon Pekerjaan

Kebanyakan ahli keluarga beranggapan yang kemudahan akses ke tempat kerja merupakan
faktor utama seseorang OKU pertimbangkan sebelum memohon pekerjaan (16.1%). Ini
diikuti oleh kesihatan serta kemudahan fizikal dan lokasi tempat kerja. Insentif kewangan
turut juga mempengaruhi OKU apabila memohon pekerjaan (11.4%).

Rajah 5.1: Faktor-Faktor yang Diambil Kira OKU Sebelum Memohon Pekerjaan

Insentif kewangan atau bantuan lain 6.2% 11.4%
Kemudahan fizikal untuk responden OKU 14.0%
15.1%
Kesihatan
Penginapan 16.1%
Kemudahan akses ke tempat kerja 12.7%
Pengangkutan
14.0%
Lokasi 10.5%
Gaji

Sementara itu, ahli keluarga merasakan persepsi negatif iaitu sikap prejudis bakal majikan
atau penemuduga merupakan cabaran yang paling besar terhadap OKU ketika memohon
pekerjaan (20.6%). Masalah komunikasi antara OKU dengan penemuduga ketika ditemu
duga pula memberi cabaran kedua terbesar terhadap OKU iaitu 17.4%. Ahli keluarga juga
percaya yang OKU juga turut merasa kurang yakin dan rendah diri ketika memohon
pekerjaan (masing-masing lebih kurang 16%). Malahan, ada ahli keluarga juga beranggapan
saluran permohonan pekerjaan yang terhad menyukarkan OKU untuk memohon pekerjaan

84

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

(16.3%). Ada juga mengatakan pengangkutan ke tempat temu duga merupakan halangan
untuk OKU memohon pekerjaan (12.7%). (Rujuk Rajah 5.2).

Rajah 5.2: Cabaran Ketika Memohon Pekerjaan

Saluran permohonan kerja yang terhad 16.3%
16.9%
Rasa kurang yakin 16.1%

Rasa rendah diri 20.6%
Persepsi negatif (sikap prejudis) bakal majikan atau 17.4%
12.7%
penemubual
Berkomunikasi ketika temuduga

Pengangkutan ke tempat temuduga

5.1.2.2 Kebimbangan Ahli Keluarga Apabila OKU Bekerja

Merujuk kepada Rajah 5.3, kebanyakan ahli keluarga berasa bimbang tentang keselamatan
OKU apabila pergi bekerja (32.6%). Selain daripada itu, mereka juga risau akan keadaan
emosi OKU ketika bekerja (27.4%) dan ini berkemungkinan berkait rapat dengan anggapan
ahli keluarga tentang perasaan OKU itu sendiri yang kurang yakin dan rendah diri terhadap
orang sekeliling. Selain daripada itu, ahli keluarga juga risau yang OKU akan menghadapi
masalah kesihatan ketika bekerja (24%). Ahli keluarga juga merasakan kesukaran
menghantar OKU ke tempat kerja adalah juga perkara yang merisaukan mereka untuk
membenarkan OKU bekerja (16%).

Rajah 5.3: Kebimbangan dalam Kalangan Ahli Keluarga

Kesukaran menghantar responden OKU ke tempat 16%
kerja
32.6%
Bimbang tentang aspek keselamatan responden 24%
OKU
27.4%
Bimbang tentang tahap kesihatan responden OKU

Bimbang tentang keadaan emosi atau psikologi
responden OKU

85

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

5.1.3 Kesediaan Ahli Keluarga Untuk Membantu OKU Memohon Pekerjaan dan
Kesedaran Mereka Terhadap SPOKU atau JobsMalaysia

Apabila ditanya tentang kesediaan membantu OKU mencari pekerjaan, hanya 38% berkata
mereka pernah membantu OKU dalam pencarian pekerjaan. Selain daripada itu, ahli
keluarga juga tidak mengetahui tentang kewujudan mekanisme atau saluran mencari
pekerjaan secara talian khususnya SPOKU dan juga JobsMalaysia. Majoriti mengatakan
mereka tidak pernah mendengar tentang kedua-dua saluran permohonan pekerjaan
tersebut (71%). Ini menunjukkan kesedaran ahli keluarga tentang peranan mereka untuk
membantu dan mengambil tahu perkara-perkara berkaitan peluang pekerjaan untuk
golongan OKU masih di tahap yang rendah. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam Rajah 5.4
dan 5.5. Ini berkemungkinan berkait rapat dengan keadaan kebanyakan OKU yang tidak
mempunyai akses komputer dan juga internet seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 4.

Rajah 5.4: Kesediaan Ahli Keluarga Membantu OKU Mencari Pekerjaan

38%

62% Pernah membantu
OKU mencari kerja

Tidak pernah
membantu OKU
mencari kerja

Rajah 5.5: Kesedaran Tentang SPOKU atau JobsMalaysia

29%

Ya Tidak

71%

86

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

5.2 Masyarakat

Kajian turut dilakukan untuk mendapat maklum balas daripada masyarakat mengenai
persepsi mereka terhadap kebolehupayaan OKU dalam bekerja. Seperti OKU, borang kaji
selidik juga diedarkan di seluruh negara. Kaedah pengumpulan sampel yang digunakan
adalah convenience sampling.

5.2.1 Demografi Responden Masyarakat

Seramai 386 masyarakat telah memberi respon terhadap kaji selidik yang telah dijalankan.
Perempuan dan Melayu adalah yang paling ramai menyertai kaji selidik ini dengan masing-
masing 63% dan 89.1%. Ini menjadikan responden beragama Islam paling ramai iaitu
93.5%. Jika dilihat dari segi status perkahwinan, kebanyakan mereka adalah golongan
bujang atau masih berkahwin (masing-masing 50.5% dan 45.6%). Ramai antara mereka
adalah golongan yang bekerja sendiri (39.6%) diikuti dengan yang bekerja di sektor swasta
(37.6%) dan kerajaan (22.8%).

Jadual 5.2: Latar Belakang Masyarakat

Sampel Bilangan Peratus %
Jantina 386 100

Lelaki 143 37.0
Perempuan 243 63.0
Bangsa
Melayu 344 89.1
Cina 8 2.1
India 5 1.3
Lain-lain 29 7.5
Islam
Islam 361 93.5
Budda 5 1.3
Hindu 5 1.3
Kristian 15 3.9
Status perkahwinan
Bujang 195 50.5
Berkahwin 176 45.6
Bercerai 1.6
Balu 6 2.3
Pendidikan 9
UPSR 1.3
PMR/SRP/LCE 5 3.1
SPM/MCE/O-level 12 25.6
SPTM/STAM/A-level 99 14.2
Sarjana muda 55 38.6
Sarjana 149 13.0
PhD 50 2.8
Status pekerjaan 11
Awam 22.8
Swasta 88 37.6
Bekerja sendiri 145 39.6
153

87

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

5.2.2 Tanggapan Masyarakat Terhadap Kemampuan OKU untuk Bekerja

5.2.2.1 Pengetahuan Tentang OKU

Rajah 5.6 menunjukkan kebanyakan masyarakat mengenali OKU secara peribadi (66%).
Walau bagaimanapun, majoriti tidak pernah tahu tentang pelbagai kategori OKU (71%). Jika
dilihat tentang tanggapan masyarakat terhadap pekerjaan yang sesuai untuk OKU,
kebanyakan mereka mengatakan OKU lebih sesuai bekerja di bahagian jualan dan juga
perkhidmatan (masing-masing 43% dan 36%). Hanya sebilangan kecil yang percaya OKU
sesuai dalam bidang teknikal dan juga profesional iaitu masing-masing 10% dan 8%. Ini
menunjukkan masyarakat sudah meletakkan satu persepsi yang golongan OKU hanya boleh
melakukan kerja-kerja asas berbanding dengan kerja-kerja yang lebih profesional. Statistik
tentang tanggapan ini boleh dilihat di Rajah 5.7.

Selain daripada itu, mereka juga ditanya sama ada pernah menerima perkhidmatan yang
ditawarkan oleh OKU atau tidak. Hanya sebilangan kecil responden masyarakat
mengatakan mereka pernah menggunakan perkhidmatan OKU iaitu 30% sahaja. Ini boleh
dilihat di Rajah 5.8.

Melihat kepada kurangnya peratusan masyarakat menerima perkhidmatan yang pernah
ditawarkan oleh OKU, ini boleh dikaitkan dengan kurangnya pendedahan masyarakat
terhadap golongan OKU yang bekerja. Ini juga mungkin berhubung kait dengan jumlah OKU
di bidang pekerjaan yang kurang menyebabkan tidak ramai masyarakat yang pernah
menerima perkhidmatan daripada OKU sungguhpun kajian menunjukkan yang majoriti yang
responden masyarakat kenal golongan OKU secara peribadi.

Rajah 5.6: Pengetahuan Tentang OKU dalam Kalangan Masyarakat

71% 66% Kenal OKU secara peribadi
34% 29% Tahu kategori OKU

Tidak Ya

88

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 5.7: Pekerjaan yang Sesuai untuk OKU daripada Persepsi Masyarakat

1%
8%

10% Jualan
Perkhidmatan
36% Teknikal
Profesional
43% Lain-lain

Rajah 5.8: Pengalaman Menerima Perkhidmatan daripada OKU

70%

30% Ya Tidak

5.3 Perbandingan antara Tanggapan Ahli Keluarga dan Masyarakat

5.3.1 Sokongan Terhadap OKU untuk Bekerja

Majoriti ahli keluarga dan masyarakat menyokong OKU untuk bekerja. Akan tetapi peratusan
sokongan adalah lebih banyak daripada kalangan masyarakat berbanding ahli keluarga itu
sendiri. Ini dapat dilihat daripada perbandingan antara peratusan 98% untuk masyarakat
manakala hanya 72% ahli keluarga OKU menyokong mereka bekerja. Ini berkemungkinan
besar disebabkan oleh ahli keluarga merasa amat bimbang untuk membenarkan OKU
bekerja kerana faktor keselamatan dan emosi mereka ketika bekerja boleh memberi kesan
terhadap kehidupan seharian OKU itu sendiri.

89

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 5.9: Sokongan Terhadap OKU Bekerja

100% 2%
80%
60% 28%
40%
20% 98%
0%
72%

Keluarga OrMaansgyaawraakmat

Ya Tidak

Bagi ahli keluarga dan masyarakat yang menggalakkan OKU untuk bekerja, mereka
berpendapat bahawa OKU mesti diberi peluang seperti orang lain untuk bekerja (32%). Ini
diikuti dengan pandangan bahawa dengan bekerja, OKU dapat menaikkan taraf hidup
mereka sendiri. Manakala ahli keluarga (27.3%) mempunyai tanggapan yang lebih kuat
bahawa OKU sememangnya mampu bekerja berbanding dengan masyarakat (22.6%).
Kedua-duanya percaya bahawa OKU mempunyai kelulusan dan tahap pendidikan yang baik
membolehkan mereka pergi bekerja.

Namun begitu, ahli keluarga dan juga masyarakat yang tidak menggalakkan OKU untuk
bekerja merasakan OKU perlu sentiasa dipantau dan dibantu sekiranya mereka dibenarkan
bekerja (44.9% dan 41.9% bagi masyarakat dan ahli keluarga masing-masing). Mereka juga
beranggapan kesihatan OKU itu sendiri boleh menghalang OKU daripada bekerja. Tetapi
peratusan ahli keluarga yang merasakan kesihatan punca utama untuk tidak menggalakkan
OKU bekerja adalah lebih tinggi berbanding dengan masyarakat iaitu 35.7% untuk ahli
keluarga berbanding dengan 20.4% untuk masyarakat. Selain daripada itu, punca mereka
tidak menggalakkan OKU bekerja adalah perasaan tidak selesa dikelilingi OKU dan kurang
yakin tentang kualiti perkhidmatan yang diberi oleh OKU. Maklumat terperinci boleh dilihat di
Rajah 5.10 dan 5.11.

Rajah 5.10: Faktor-Faktor Menggalakkan OKU Bekerja

Dengan bekerja, responden OKU boleh 29.2%
meningkatkan taraf hidup dirinya sendiri 28.2%

Responden OKU mempunyai kelulusan dan tahap 16.0%
pendidikan yang baik 12.4%

Responden OKU perlu diberi peluang seperti orang 32.2%
lain 32.1%

Responden OKU mampu untuk bekerja 22.6%
27.3%

OMraasnygaraawkamt Keluarga

90

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 5.11: Faktor-Faktor yang Tidak Menggalakkan OKU Bekerja

Orang awam/pelanggan mungkin tidak akan berasa 16.3%
yakin dengan kualiti servis yang diberikan oleh 10.9%
responden OKU
18.4%
Orang awam/pelanggan mungkin tidak akan berasa 11.6%
selesa di samping responden OKU
20.4%
Responden OKU mempunyai masalah kesihatan
35.7%
Responden OKU perlu sentiasa dibantu dan dipantau
OMrasnygaarawkaamt Keluarga 44.9%
41.9%

5.3.2 Perbandingan Persepsi Ahli Keluarga dan Masyarakat Mengenai Kemampuan

OKU untuk Bekerja

Rajah 5.12 menunjukkan kebanyakan ahli keluarga dan masyarakat berpandangan bahawa
OKU mempunyai hak untuk bekerja yang sama seperti orang lain. Kedua-duanya juga
bersetuju bahawa OKU juga boleh jadi lebih produktif jika diberi sokongan yang sesuai dan
seterusnya harus diberi peluang yang sama rata seperti orang lain dari segi peluang
pekerjaan. Akan tetapi, kebanyakan ahli keluarga (59%) berpendapat bahawa OKU
memang selalu boleh berdikari manakala kebanyakan masyarakat pula beranggapan
mereka hanya kadang-kadang sahaja boleh berdikari (54%). Selain daripada itu, kedua-dua
ahli keluarga dan masyarakat beranggapan bahawa kadang-kadang OKU perlu diawasi dan
ditemani ketika bekerja.

91

Kajian Peluang Pekerjaan Orang

Rajah 5.12: Persepsi Tentang K

Persepsi keluarga

3% OKU mesti diberi p
4% termasuk

24%

69%

3% OKU boleh menjadi
2% ya

29%

66%

1% OKU mempunyai
1%

22%

75%

14% OKU tida
5%

48%

33%

5% OKU bole
4% Tidak pern

32%
59%

Tidak pernah Jarang-jarang Kadang-Kadang Selalu

9

Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Kemampuan OKU untuk Bekerja

Persepsi masyarakat

peluang dalam semua aspek 1%
k peluang pekerjaan 1%

28%

70%

produktif jika diberi sokongan 1%
ang sesuai 1%

28%

70%

hak yang sama seperti orang 1%
lain 1%

22%

75%

14%

ak perlu diawasi dan ditemani 13% 55%
18%

eh berdikari seperti orang lain 1%
4%

54%

40%

nah Jarang-jarang Kadang-Kadang Selalu

92

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

5.4 Harapan Ahli Keluarga dan Masyarakat Mengenai Kemudahan yang Perlu
Disediakan untuk Membantu OKU Bekerja

Kedua-dua ahli keluarga dan masyarakat berharap agar beberapa kemudahan khusus untuk
OKU dapat disediakan bagi memudahkan golongan tersebut bekerja. Secara umum, kedua-
duanya berharap agar ruang tempat bekerja yang mesra OKU dapat diberi keutamaan dan
disediakan terlebih dahulu supaya mereka dapat bekerja dengan selesa. Ini boleh dilihat
daripada peratusan yang paling tinggi iaitu 19%. Ini diikuti dengan latihan kemahiran
pekerjaan (sekitar 16-17%) serta peralatan sokongan (15-18%) dan pengangkutan yang
dapat diakses untuk berulang alik ke tempat kerja (13-15%). Namun begitu, kemudahan-
kemudahan lain juga tidak kurang pentingnnya. Kedua-dua ahli keluarga dan masyarakat
berharap agar golongan OKU juga harus dibantu dari segi insentif kewangan dan
kemudahan akses ke tempat kerja. Malahan, mereka juga berpendapat penginapan yang
bersesuaian juga perlu disediakan kerana ini boleh mengatasi masalah pengangkutan dan
akses ke tempat kerja itu sendiri. Maklumat terperinci boleh dilihat di Rajah 5.13.

Rajah 5.13: Kemudahan yang Perlu Disediakan untuk OKU

Insentif kewangan atau bantuan lain 12%
Latihan kemahiran kerja 15%
Akses ke tempat kerja
17%
Pengangkutan yang aksesibel untuk berulang alik ke 16%
tempat kerja
Penginapan yang bersesuaian 12%
13%
Ruang tempat bekerja mesra OKU
Peralatan sokongan yang diperlukan 13%
15%
MOraasnygaraawkatm Keluarga
9%
8%

19%
19%

18%
15%

5.5 Faedah Menggaji OKU

Pada pandangan ahli keluarga dan juga masyarakat, faedah paling utama menggaji OKU
adalah agar dapat membantu membina keyakinan diri di kalangan OKU serta membantu
OKU itu sendiri menyertai dan bergaul dengan ahli masyarakat lain. Selain daripada itu,
bekerja juga dapat membantu OKU untuk lebih berdikari (24% dan 26% masing-masing
untuk ahli keluarga dan masyarakat) seterusnya memperkasakan diri mereka (20%).

Rajah 5.14: Faedah Menggaji OKU

93

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Dapat menolong OKU menyertai dan bergaul 26.8%
sesama ahli masyarakat yang lain 26.7%
Dapat memperkasakan diri OKU
20.8%
Dapat membantu OKU berdikari 20.4%

Dapat membina keyakinan diri di kalangan OKU 26.9%
24.6%
Keluarga OMraasnygaraawkamt
25.5%
28.3%

Seperti yang telah dibincangkan di seksyen 5.5, seluruh ahli keluarga dan masyarakat
secara umumnya mempunyai harapan yang besar untuk melihat peluang pekerjaan bagi
golongan OKU semakin cerah. Oleh kerana banyak faedah-faedah menggaji OKU telah
ditekankan oleh kedua-dua responden ahli keluarga dan masyarakat, adalah diharapkan
peluang pekerjaan untuk golongan tersebut semakin dapat dititikberatkan dan diwujudkan
bagi memperkasakan golongan OKU itu sendiri.

5.6 Rumusan Kajian Ahli Keluarga OKU dan Masyarakat

i. Ahli keluarga merasakan yang kemudahan akses ke tempat kerja, keadaan
kesihatan OKU dan keyakinan mereka merupakan perkara paling utama yang
dipertimbangkan ketika OKU memohon pekerjaan.

ii. Ahli keluarga bimbang tentang keselamatan OKU ketika bekerja serta sikap prejudis
majikan merupakan perkara utama yang menghalang OKU untuk bekerja.

iii. Ahli keluarga dan golongan masyarakat rata-rata tidak tahu tentang kewujudan
sistem permohonan kerja dalam talian seperti SPOKU dan JobsMalaysia.

iv. Namun, kedua-dua ahli keluarga dan masyarakat amat menggalakkan OKU bekerja
dan berharap agar mereka diberi peluang yang sama seperti orang lain agar mereka
boleh berdikari dan memperkasakan ekonomi mereka sendiri. Dengan bekerja, OKU
juga dapat membina keyakinan diri di kalangan masyarakat. Tetapi kedua-dua ahli
keluarga dan masyarakat merasakan, untuk memudahkan OKU bekerja, ruang kerja
yang mesra OKU adalah sangat penting.

v. Ada juga di kalangan ahli keluarga dan masyarakat merasakan yang OKU tidak perlu
bekerja kerana golongan ini perlu sentiasa dipantau. Masalah kesihatan OKU itu
sendiri juga merupakan faktor utama menghalang mereka bekerja.

94

BAB 6

PENEMUAN
HASIL KAJIAN
MAJIKAN DAN
DATA BERKAITAN

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

BAB 6: PENEMUAN HASIL KAJIAN MAJIKAN DAN DATA BERKAITAN

6.1 Pengenalan

Bab ini akan membentangkan penemuan berdasarkan data yang diperoleh daripada empat
sumber, iaitu:

i. Kaji selidik majikan yang telah dijalankan oleh pasukan perunding dari Julai
hingga Disember, 2019;

ii. Data pengisian OKU dalam perkhidmatan awam bagi tempoh sehingga Jun 2019
daripada JPA;

iii. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berkaitan OKU yang berdaftar
dengan LHDN dan pecahan mengikut jantina, umur, negeri dan pendapatan, dan
majikan yang membuat tuntutan cukai OKU; dan

iv. JobsMalaysia berkaitan pencari kerja OKU dan majikan yang berminat menggaji
OKU dan kekosongan jawatan yang terbuka kepada OKU.

Bahagian 2 bab ini akan membentangkan penemuan berdasarkan data yang diperoleh
daripada semua responden kaji selidik majikan. Analisis utama memberi tumpuan kepada
tiga kategori utama responden, iaitu, (i) majikan yang menggaji OKU; (ii) majikan yang
pernah tetapi tidak lagi menggaji OKU; dan (iii) majikan yang tidak pernah menggaji OKU.
Bahagian 3 berfokus kepada sektor kerajaan dan analisis adalah berdasarkan dua sumber
data, iaitu, (a) data yang didapati daripada responden kaji selidik daripada sektor kerajaan,
dan (b) data dari JPA. Penemuan daripada kaji selidik majikan adalah merujuk kepada
responden kajian ini sahaja. Ia memberi gambaran secara am untuk majikan yang lain,
tetapi sebarang generalisasi harus ditafsirkan dengan berhati-hati. Bahagian 4 akan
membentangkan penemuan daripada data yang diperoleh dari LHDN dan bahagian
seterusnya adalah analisis data JobsMalaysia. Bahagian 6, yang terakhir, akan memberi
ringkasan hasil berdasarkan penemuan pada empat bahagian sebelum ini.

6.2 Penemuan Daripada Kaji Selidik Majikan: Menggaji, Tidak Menggaji, atau
Pernah Menggaji OKU

6.2.1 Deskripsi Sampel

Analisis yang dibentangkan dalam bahagian ini adalah berdasarkan maklum balas yang
diperoleh daripada 426 responden daripada kaji selidik majikan yang telah dijalankan dari
Julai hingga Disember, 2019 di Malaysia. Kesemua responden ini terdiri daripada majikan
daripada salah satu daripada empat industri utama, iaitu pembuatan (10.8%), pertanian
(3.1%), perkhidmatan (72.3%) dan pembinaan (6.8%) ataupun sektor kerajaan (7.0%).
Majoritinya terletak di kawasan bandar (81.0%) dan bersaiz kecil (68.6%)3. Ini terutama
sekali untuk syarikat daripada industri pembuatan dan perkhidmatan di mana 78.3 dan
76.0% majikan dalam industri masing-masing adalah bersaiz kecil. (Sila lihat Jadual 6.1).

3Untuk industri pertanian, perkhidmatan dan pembinaan, syarikat/institusi saiz kecil ialah yang mempunyai
bilangan pekerja kurang daripada 20, saiz sederhana ialah yang mempunyai bilangan pekerja antara 20 hingga
50, dan saiz besar ialah yang mempunyai bilangan pekerja lebih daripada 50. Manakala untuk industri
pembuatan, bilangan untuk saiz kecil ialah 50 pekerja atau kurang, sederhana ialah antara 51 hingga 150
pekerja, dan besar ialah lebih daripada 150 pekerja.

95

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Jadual 6.1: Deskripsi Sampel

Sektor Saiz Bandar Luar bandar JUMLAH
industri
Bilangan % Bilangan % Bilangan %

Pembuatan Kecil 28 60.9 8 17.4 36 78.3
(46) Sederhana 4 8.7 0 0.0 4 8.7
Besar 5 10.9 1 2.2 6 13.0

Kecil 4 30.8 4 30.8 8 61.5

Pertanian (13) Sederhana 0 0.0 1 7.7 1 7.7

Besar 1 7.7 3 23.1 4 30.8

Perkhidmatan Kecil 179 59.7 49 16.3 228 76.0
(300) Sederhana 26 8.7 3 1.0 29 9.7
Besar 36 12.0 7 2.3 43 14.3

Pembinaan Kecil 8 28.6 3 10.7 11 39.3
(28) Sederhana 9 32.1 0 0.0 9 32.1
Besar 8 28.6 0 0.0 8 28.6

Kerajaan Kecil 1 3.7 1 3.7
(27) Sederhana 2 7.4 2 7.4
Besar 24 88.9 24 88.9

Semua* Kecil 220 53.1 64 15.5 284 68.6
(414)* Sederhana 41 9.9 4 1.0 45 10.9
Besar 74 17.9 85 20.5
11 2.7

JUMLAH 335 80.9 79 19.1 414* 100.0

Nota: *kurang daripada jumlah kerana ada responden tidak memberikan maklumat tentang jumlah pekerja

sepenuh masa mereka.

Daripada jumlah responden dalam sampel ini, 20.2% merupakan majikan yang mempunyai
pekerja OKU, dan 8.9% adalah majikan yang pernah menggaji OKU. Bagi syarikat atau
institusi yang menggaji atau pernah menggaji OKU, pekerja OKU adalah golongan yang
kecil dalam syarikat atau institusi. Mereka mewakili 1.2 dan 3.1% masing-masing daripada
keseluruhan pekerja sepenuh masa secara purata. Dari segi bilangan, ada antara 1 hingga
20 pekerja OKU dalam sesebuah syarikat/institusi yang menggaji OKU. (sila lihat Jadual
6.2). Taburan penggajian OKU secara lebih terperinci mengikut sektor dan lokasi adalah
seperti di Jadual 6.3.

Jadual 6.2: Majikan yang Menggaji atau Pernah Menggaji OKU

Saiz % jumlah pekerja Bilangan pekerja OKU
industri
N sepenuh masa Min/purata Minimum Maksimum

Ada Kecil 40* (14.1%) 30.1 1.8 1 11
OKU Sederhana 9* (20.0%) 4.7 1.9 1 5
(20.2%) Besar 1.0 3.3 1 20
Semua 32* (37.6%) 1.2 2.6 1 20
86

Pernah Kecil 24* (8.5%) 27.3 1.1 1 2
ada OKU Sederhana 4* (8.9%) 8.8 2.5 1 4
(8.9%) Besar 7* (8.2%) 0.9 1.4 1 4

Semua 38 3.1 1.3 1 4

*kurang daripada jumlah kerana ada responden tidak memberikan maklumat tentang jumlah pekerja

sepenuh masa mereka.

96

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Jadual 6.3: Taburan Penggajian OKU Mengikut Industri dan Lokasi

Bandar Luar bandar JUMLAH

Bilangan % Bilangan % Bilangan %

Pembuatan Ada OKU 12 26.1 2 4.3 14 30.4
(46) Tiada OKU 23 50.0 5 10.9 28 60.9
Pernah ada OKU 2 4.3
2 4.3 4 8.7

Pertanian Ada OKU 1 7.7 2 15.4 3 23.1
(13) Tiada OKU 4 30.8 6 46.2 10 76.9
Pernah ada OKU 0 0.0 0 0.0
0 0.0

Perkhidmatan Ada OKU 38 12.3 11 3.6 49 15.9
(309) Tiada OKU 184 59.5 45 14.6 229 74.1

Pernah ada OKU 26 8.4 5 1.6 31 10.0

Pembinaan Ada OKU 4 13.8 0 0.0 4 13.8
(29) Tiada OKU 20 69.0 2 6.9 22 75.9
Pernah ada OKU 1 3.4
2 6.9 3 10.3

Kerajaan Ada OKU 16 55.2 0 0.0 16 55.2
(29) Tiada OKU 13 44.8 0 0.0 13 44.8
Pernah ada OKU 0 0.0
0 0.0 0 0.0

Semua Ada OKU 71 16.7 15 3.5 86 20.2
(426) 58 13.6 302 70.9
Tiada OKU 244 57.3
8 1.9 38 8.9
Pernah ada OKU 30 7.0

JUMLAH 345 81.0 81 19.0 426 100.0

(.) Bilangan responden.

6.2.2 Deskripsi Pekerja OKU

Daripada maklumat yang diberikan oleh majikan yang sedang menggaji OKU semasa kaji
selidik dijalankan, dua kategori pekerja OKU yang terbesar ialah fizikal (37.4%) dan
pembelajaran (22.5%). Kategori yang paling kecil ialah mental yang hanya merangkumi
1.0% daripada kesemua pekerja OKU (Rajah 6.1).

Rajah 6.1: Taburan Pekerja OKU Mengikut Kategori (%)

10.4
16.2

10.4
37.4

22.5
1.0
2.1

P E N D E N G A R APNE N G L I H A T A NP E R T U T U R A N F I Z I K A L P E M B E L A J A R A N M E N T A L P E L B A G A I

97

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Kebanyakan daripada pekerja OKU adalah lelaki, berbangsa Melayu dan berumur dalam
lingkungan 25 hingga 34 tahun (Rajah 6.2). Hampir 31% mempunyai kelulusan SPM, dan
13.2% sekurang-kurangnya mempunyai ijazah sarjana muda. Majoriti daripada mereka
tergolong dalam kumpulan pekerja perkhidmatan dan penjualan, atau pekerja asas (Rajah
6.3) dan mempunyai pekerjaan tetap (70.4%) dan bekerja sepenuh masa (88%). Lebih
daripada sepertiga pekerja OKU memperoleh pendapatan kurang daripada gaji minima
(RM1,100) dan hampir 35% hanya mendapat pendapatan antara RM1,100 hingga RM2,000
sahaja (Rajah 6.4).

Rajah 6.2: Taburan Pekerja OKU Mengikut Jantina, Etnik dan Umur (%)

82.5
68.8

31.0

22.9 18.0

12.4 13.6 14.3 13.0 9.9
8.1
1.9 3.1

Lelaki
Perempuan

Melayu
Cina
India

Lain-lain
<20

20-24
25-29
30-34
35-39
40-44

45+

Jantina Etnik Umur

Rajah 6.3: Taburan Pekerja OKU Mengikut Tahap Pendidikan dan Pekerjaan (%)

30.9 29.8

20.1 22.3

10.6 15.5
7.9
11.2 9.9 11.8

9.3

6.0 6.2 3.1
3.3 1.2

0.6

Tiada
UPSR

PMR
SPM
SKM
STPM/Diploma
Sarjana muda
Sarjana/PhD
Pengurus
Profesional
Juruteknik/Profesional bersekutu
Kerani
Perkhidmatan/penjualan
Pertanian/Perhutanan/
Penternakan/ Perikanan
Pengendali loji/mesin
Pekerjaan asas
Lain-lain

Pendidikan Pekerjaan

98

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.4: Taburan Pekerja OKU Mengikut Jenis dan Status Pekerjaan, dan Pendapatan
(%)

88.0
70.4

34.9

25.4

17.8 12.0 12.0 15.2
12.0 6.3 3.8 1.3 1.3

Tetap
Kontrak
Sementara
Sepenuh masa
Separuh masa
<RM 600
RM 600- < RM 1100
RM 1100 – RM1999
RM 2000 – RM 2999
RM 3000 – RM 3999
RM 4000 – RM 4999
RM 5000 – RM 5999
RM 6000+

Jenis pekerjaan Status pekerjaan Pendapatan kasar bulanan

6.2.3 Majikan dan Dasar Rasmi Menggaji OKU

Lebih daripada 91% yang menggaji OKU sebenarnya tidak mempunyai dasar rasmi untuk
menggaji mereka. Walau bagaimanapun, hampir 43% daripada mereka merancang untuk
membuat dasar rasmi dalam masa terdekat ataupun dalam beberapa tahun lagi.

Bagi yang pernah tetapi tiada lagi menggaji OKU, kesemua mereka tiada dasar rasmi dan
lebih daripada sepertiga tidak merancang untuk berbuat demikian. Perkara yang sama
didapati bagi majikan yang tidak pernah mempunyai pekerja OKU di mana lebih daripada
81% menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan dasar
rasmi menggaji OKU. Tetapi ada juga sebilangan kecil daripada majikan yang tidak
menggaji OKU sebenarnya telah ada dasar rasmi untuk menggaji OKU tapi masih belum
dipraktikkan. (Lihat Rajah 6.5 dan 6.6).

Rajah 6.5: Dasar Rasmi Menggaji OKU (%)

Peratus 100.0 91.2 98.6 100.0
80.0 pernah ada OKU
60.0 8.8 1.4
40.0 ada OKU tiada OKU
20.0 Tidak Ya
0.0

99

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.6: Rancangan untuk Dasar Rasmi Menggaji OKU (%)

100.0 81.9 76.3
80.0
60.0 57.1
40.0
Peratus 20.0 34.9
0.0 7.9
16.4 21.1
1.7 2.6

ada OKU tiada OKU pernah ada OKU
tidak
mungkin beberapa tahun lagi dalam masa terdekat

6.2.4 Sebab-Sebab Menggaji OKU

Terdapat dua sebab utama syarikat/institusi menggaji OKU. Yang pertama, pekerja OKU itu
sendiri mempunyai kelayakan atau kemahiran yang diperlukan oleh syarikat/institusi. Kedua,
majikan melihatnya sebagai sumbangan sosial syarikat/institusi mereka. Sebab-sebab ini
terpakai kepada majikan yang menggaji OKU dan juga yang pernah menggaji OKU. Hanya
sebilangan kecil syarikat yang memilih pilihan mendapatkan faedah atau insentif kewangan
daripada pihak kerajaan sebagai sebab menggaji OKU. (lihat rajah 6.7).

Rajah 6.7: Sebab-Sebab Menggaji OKU (%)

lain-lain 2.6
4.7

memenuhi keperluan undang-undang 0.0 7.1

mendapat faedah/insentif kerajaan 2.6
5.9

mempunyai kelayakan/kemahiran yang diperlukan 65.8
61.2

Menggaji semula pekerja yang telah mengalami 10.5
kecederaan/ketidakupayaan 17.6

sumbangan sosial 47.4
56.5

0.0 10.0 20.0 30.0 40.0 50.0 60.0 70.0
pernah ada OKU (%) ada OKU (%)

100

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

6.2.5 Sebab-Sebab Majikan Tidak menggaji OKU

Bagi majikan yang tidak menggaji OKU, sebab utama mereka tidak menggaji OKU ialah
kerana mereka tidak pernah terfikir untuk menggaji golongan ini. Selanjutnya, sebab kedua
ialah tiada pekerjaan yang sesuai untuk OKU bekerja di syarikat atau institusi mereka.
Mereka juga menyatakan institusi mereka tidak dapat memberi kemudahan yang diperlukan
dan juga kurang maklumat tentang OKU menyebabkan syarikat atau institusi mereka tidak
mengambil OKU sebagai pekerja. Kemungkinan terpaksa menanggung kos yang tinggi
ataupun ketidak-selesaan pekerja lain atau pelanggan bukan merupakan faktor utama
syarikat atau institusi tidak menggaji OKU. Tetapi ada sebilangan daripada mereka (13.3%)
menyatakan tiada insentif daripada pihak kerajaan adalah salah satu sebab organisasi
mereka tidak mengambil OKU sebagai pekerja.

Pekerja OKU tidak dapat menyesuaikan diri di tempat kerja adalah alasan utama bagi
majikan yang pernah menggaji OKU tidak lagi mengambil pekerja OKU bekerja di tempat
mereka. Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak dapat memberi kemudahan yang
diperlukan pekerja dan OKU tidak mempunyai keupayaan fizikal untuk melaksanakan tugas
yang diberikan merupakan sebab yang kedua dan ketiga utama yang menyumbang kepada
syarikat atau institusi tidak lagi menggaji OKU.

Antara sebab-sebab lain yang diberikan adalah tiada permohonan daripada OKU, pekerja
OKU sendiri memilih untuk berhenti kerja dan pekerja OKU mempunyai masalah peribadi.
Kajian mendapati keselesaan pelanggan atau pekerja lain tidak memainkan peranan yang
besar kepada majikan yang tidak menggaji OKU. (Sila lihat rajah 6.8).

Rajah 6.8: Sebab-Sebab Tidak Menggaji OKU (%)

Lain-lain 11.3 23.7
Tiada insentif dari kerajaan 7.9 13.3
45.7.3 31.6
Pekerja lain tidak selesa 2.6 6.3 37.0
Pelanggan tidak selesa
OKU tidak mempunyai keupayaan fizikal utk laksana tugas 14.0 28.9
Tiada pekerjaan yang sesuai untuk OKU 15.8 39.5
OKU tidak dapat memberi tahap produktiviti yang sama
OKU tidak dapat menyesuaikan diri 15.7 26.3
terpaksa memberi latihan yang berterusan 17.7 30.7 36.8
tidak dapat memberi kemudahan yang diperlukan
menanggung risiko kecederaan yang tinggi 10.3
menanggung kos yang tinggi
kurang maklumat tentang oku* 151.87.7
tidak pernah terfikir utk menggaji oku* 9.3 13.2

29.3

46.7

pernah ada OKU tiada OKU

101

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

6.2.6 Pekerjaan/Tugas yang Sesuai yang Boleh Dilakukan oleh OKU

Responden majikan ditanya mengenai pekerjaan atau tugas yang sesuai di syarikat atau
institusi mereka yang boleh dilakukan oleh pekerja OKU. Mereka diminta untuk
menyenaraikan untuk setiap kategori OKU. Jika mereka tidak mengisi apa-apa maklumat
untuk mana-mana kategori, ia dianggap sebagai maklumat yang tidak lengkap. Jika mereka
mengisi untuk sebahagian kategori dan tidak yang lain, bagi kategori yang tidak diberikan
maklumat dianggap sebagai ‘tiada pekerjaan/tugas yang sesuai’.

Bagi kesemua kategori OKU, majoriti majikan menyatakan tiada pekerjaan atau tugas yang
sesuai yang boleh dilakukan oleh OKU. Keadaan ini lebih-lebih lagi bagi organisasi yang
tidak pernah menggaji OKU, dan juga yang pernah tetapi tiada lagi menggaji OKU. OKU
yang mempunyai masalah mental merupakan pekerja yang paling tidak sesuai untuk digaji
daripada pandangan majikan.

Bagi majikan yang menyatakan ada pekerjaan atau tugas yang sesuai, kebanyakannya
adalah khusus untuk pekerjaan di bawah kumpulan (i) perkhidmatan, pekerja kedai atau
jurujual; (ii) pekerjaan asas; atau (iii) perkeranian. Pekerjaan di bawah kumpulan
perkhidmatan adalah seperti bahagian dapur, pengemasan dan pelayan, ataupun mengurut.
Pekerjaan asas termasuk buruh, mengangkat atau menyusun barang, tukang cuci dan jaga
kebun. Bagi kumpulan pekerjaan perkeranian, ia merangkumi bekerja sebagai juruwang,
khidmat pelanggan atau kaunter dan operator, dan sebagainya.

Hanya sebilangan kecil sahaja yang menyatakan golongan OKU boleh bekerja sebagai
pekerja profesional, itu pun terhad kepada guru atau pensyarah. (Lihat Rajah 6.9a-f, 6.10).

Rajah 6.9a: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU - Pendengaran (%)

Pendengaran "admin" 0.4 4.9
semua sesuai
pekerja asas 1.2
Operator loji/mesin/pemasang
Pekerja pertukangan&berkaitan 5.6
Perkhidmatan, pekerja kedai&jurujual 8.5
Pekerja perkeranian
Juruteknik&Profesional bersekutu 0.4 2.9
2.9

0.4
8.6

7.1 13.4
1.9

8.5

1.5

Profesional 2.4 80.0
Tiada 82.8

61.0

pernah ada OKU tiada OKU ada OKU

102

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.9b: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU - Penglihatan (%)

pekerja asas 2.7
1.1

3.7

Perkhidmatan, pekerja kedai&jurujual 1.5
4.9

Penglihatan Pekerja perkeranian 3.0
3.7

Juruteknik&Profesional bersekutu
1.2

Profesional
1.2

Tiada 97.3
94.4
85.2

pernah ada OKU tiada OKU ada OKU

Rajah 6.9c: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU - Pertuturan (%)

"production" 1.2

"admin" 0.4 4.9
pekerja asas
Operator loji/mesin/pemasang 8.3
1.2 3.7

2.8
0.4

8.6

Pertuturan Pekerja pertukangan&berkaitan 0.7

Perkhidmatan, pekerja kedai&jurujual 22.2
7.9

17.3

Pekerja perkeranian 3.4
Juruteknik&Profesional bersekutu 2.5
2.8

Profesional 0.4

Tiada 63.9 81.6
70.4

pernah ada OKU tiada OKU ada OKU

103

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.9d: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU - Fizikal (%)

"admin" 3.0 7.5

Fizikal Hampir semua sesuai 2.5
pekerja asas 5.4 0.8
11.3
Perkhidmatan, pekerja kedai&jurujual
Pekerja perkeranian 10.8
4.9

10.0

8.3
18.8

Juruteknik&Profesional bersekutu
1.3

Profesional 0.4
3.8

Tiada 81.1
82.6

45.0

pernah ada OKU tiada OKU ada OKU

Rajah 6.9e: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU - Mental dan Pembelajaran (%)

Mental pekerja asas 0.7
Perkhidmatan, pekerja kedai&jurujual 2.5

0.4

Pekerja perkeranian 2.5 100.0
Tiada 98.9
95.1

"production" 0.4

Masalah pembelajaran "admin" 0.4 1.9
pekerja asas 2.7

4.9

Pekerja pertukangan&berkaitan 0.4

Perkhidmatan, pekerja kedai&jurujual 5.2 27.0
Pekerja perkeranian 12.2
1.5
70.3
3.7

Tiada 90.3
79.3

pernah ada OKU tiada OKU ada OKU

104

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.9f: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU - Pelbagai (%)

Pelbagai "admin" 1.2
pekerja asas 0.43.7
Pekerja pertukangan&berkaitan 100.0
Perkhidmatan, pekerja kedai&jurujual 1.2 89.0 98.9
Pekerja perkeranian 0.8
Juruteknik&Profesional bersekutu
1.2
Profesional
Tiada 1.2

1.2

1.2

pernah ada OKU tiada OKU ada OKU

Rajah 6.10: Pekerjaan/Tugas yang Sesuai untuk OKU Secara Terperinci

PROFESIONAL JURUTEKNIK & PERKERANIAN
PROFESIONAL BERSEKUTU
• Guru • Juruwang
• Pensyarah • Juruteknik • Jaga/kira stok
• Pereka • Khidmat

pelanggan/kaunter
• Masukkan data
• Operator

PERKHIDMATAN, PEKERJA PERTUKANGAN/BERKAITAN OPERATOR
KEDAI/JURUJUAL LOJI/MESIN/PEMASANG
• Menjahit
• Bahagian dapur • Mengayam • Penyelia
• Baking • Pengendali mesin
• Dobi • Potong cermin/aluminium
• Mengurut • Menjilid buku
• Pelayan
• Promosi barang
• Pengemasan

PEKERJA ASAS • Angkat/susun barang
• Buruh
• Janitor
• Ronda bangunan
• Tukang cuci
• Pembantu peniaga pasar malam
• Jaga kebun

105

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

6.2.7 Kaedah Yang Diguna Pakai Untuk Merekrut Pekerja OKU

Kebanyakan majikan di semua sektor atau industri, sama ada yang sedang atau pernah
menggaji OKU, tiada kaedah tertentu yang digunakan untuk merekrut pekerja OKU. Bagi
sektor swasta, syarikat mereka mendapat kerjasama daripada organisasi yang berkaitan
dengan OKU untuk mendapat pekerja OKU. Ada juga yang berhubung dengan kolej,
institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah atau pusat vokasional dalam urusan merekrut
pekerja OKU. Penyertaan pameran kerjaya bukan merupakan kaedah yang utama bagi
majikan swasta. Untuk majikan daripada pihak kerajaan, mereka mendapat kerjasama
daripada PBM. (Lihat rajah 6.11).

Rajah 6.11: Kaedah Merekrut Pekerja OKU (%)

100.0 85.4 83.9
78.6
75.0

66.7
53.3

35.7 33.3

25.0 20.0

18.8 16.1

0.0

ada OKU (14) pernah ada ada OKU (3) pernah ada ada OKU (48) pernah ada ada OKU (4) pernah ada ada OKU

OKU OKU OKU OKU

Pembuatan (18) Pertanian (3) Perkhidmatan (79) Pembinaan (7) Kerajaan (16)

tiada pameran kerjaya kerjasama organisasi OKU laman sesawang
kolej/universiti sekolah/pusat vokasional lain-lain

Nota: (.) Bilangan responden.

6.2.8 Prestasi Kerja OKU Berbanding dengan Pekerja Lain

Dalam tinjauan yang dilakukan, beberapa soalan telah ditanya mengenai prestasi kerja OKU
berbanding dengan pekerja lain. Bagi yang mempunyai atau pernah mempunyai pekerja
OKU, mereka diminta untuk menilai pekerja mereka sendiri. Bagi responden yang tidak
pernah menggaji OKU, mereka diminta untuk memberikan pendapat mereka yang
mencerminkan persepsi mereka tentang perkara tersebut. ‘t-tests’ telah dijalankan untuk
menentukan sama ada perbezaan skor yang diperoleh adalah signifikan atau tidak pada
tahap 5%.

Majikan yang menggaji OKU menyatakan bahawa tahap produktiviti pekerja OKU adalah
sama dengan yang lain. Majikan yang pernah menggaji OKU dan yang tidak pernah ada
pekerja OKU memberi skor yang lebih rendah menunjukkan mereka menganggap bahawa
tahap produktiviti pekerja OKU di bawah sedikit daripada pekerja lain. Majikan yang
menggaji OKU juga menyatakan kualiti kerja mereka sama dengan yang lain, berbeza

106

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

dengan majikan yang lain yang berpendapat bahawa kualiti kerja OKU adalah rendah sedikit
berbanding pekerja lain.

Tahap dan jangka masa latihan kerja yang diperlukan oleh pekerja OKU adalah lebih
daripada pekerja lain. Majikan yang tidak pernah menggaji OKU memberi skor yang lebih
tinggi berbanding majikan lain bagi perkara ini. Mereka lebih berpendapat bahawa pekerja
OKU memerlukan latihan kerja yang lebih lama dan lebih komprehensif.

Dari segi etika kerja pekerja OKU, semua majikan berpendapat bahawa tidak ada
perbezaan dengan pekerja lain. Semua majikan berpendapat bahawa OKU tidak
mempunyai masalah yang ketara untuk menyesuaikan diri dengan rakan sekerja, terutama
di kalangan majikan yang mempunyai pekerja OKU atau yang pernah menggaji OKU.

Pekerja OKU memberi kesan yang positif terhadap tahap motivasi pekerja lain terutamanya
untuk majikan yang mempunyai pekerja OKU. Majikan yang pernah menggaji OKU
berkongsi pendapat yang sama, walaupun memberi skor yang lebih rendah berbanding
majikan yang ada pekerja OKU. Bagi syarikat/institusi yang tidak pernah ada pekerja OKU,
mereka perpendapat bahawa pekerja OKU tidak memberi kesan negatif kepada pekerja lain.
Secara keseluruhannya, syarikat atau institusi yang telah menggaji OKU berpuas hati
dengan prestasi pekerja OKU mereka lebih-lebih lagi di kalangan majikan yang sedang
menggaji OKU. (Lihat rajah 6.12a-b).

Rajah 6.12a: Prestasi Kerja OKU (%)

2.01 1.99 2.05 2.00 1.97
1.68 1.74
1.74 1.58 1.66
1.61 1.28 1.34 1.35 1.39

tahap produktiviti kualiti kerja pekerja tahap latihan kerja yang jangkamasa latihan etika kerja pekerja OKU
pekerja OKU
OKU diperlukan oleh pekerja kerja yang diperlukan
1: lebih rendah; 2:
sama; 3: lebih tinggi OKU

[A]>[T]=[P] 1: lebih rendah; 2: 1: sama; 2: lebih 1: sama; 2: lebih lama 1: lebih rendah; 2:
sama; 3: lebih tinggi komprehensif sama; 3: lebih tinggi

[A]>[T]=[P] [A]=[P]<[T] [A]=[P]<[T] [A]=[T]=[P]

[A] ada OKU [T] tiada OKU [P] pernah ada OKU

Nota: [A]>[T] – skor A lebih tinggi daripada skor T pada tahap 5% signifikan; [T]=[P] – skor T dan P
tiada beza pada tahap 5% signifikan, dan seterusnya.

107

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.12b: Prestasi Kerja OKU (%)

3.15
2.92

2.59
2.42 2.37

1.98 1.77 1.75 1.68 1.97 1.96 1.87

1.74
1.56

OKU mempunyai tahap penilaian tugasan peluang latihan untuk kesan pekerja OKU berpuashati dengan
masalah untuk
OKU pekerja OKU terhadap tahap motivasi prestasi pekerja OKU?
menyesuaikan diri
pekerja lain

1: tidak sama sekali; 2: 1: lebih longgar; 2: 1: kurang sedikit; 2: 1: negatif; 2: tiada; 3: 1: sangat tidak
tidak berapa; 3: ketara; sama; 3: lebih ketat sama; 3: lebih banyak positif berpuashati; 2: tidak

4: sangat ketara berpuas hati; 3:
berpuashati; 4: sangat

berpuashati

[A]=[P]<[T] [A]=[T]=[P] [A]=[T]=[P] [A]>[T]=[P] [A]>[P]

[A] ada OKU [T] tiada OKU [P] pernah ada OKU

Nota: [A]=[P] – skor A dan P tiada beza pada tahap 5% signifikan; [P]<[T] – skor P lebih rendah
daripada skor T pada tahap 5% signifikan, dan seterusnya.

6.2.9 Penyesuaian dan Kemudahan Tempat Kerja untuk Pekerja OKU

Antara soalan dalam kaji selidik majikan adalah mengenai penyesuaian tempat kerja atau
kemudahan untuk pekerja OKU. Satu senarai telah diberi, dan bagi majikan yang menggaji
atau pernah menggaji OKU, mereka ditanya sama ada organisasi mereka telah melakukan
penyesuaian atau menyediakan kemudahan tersebut. Bagi majikan yang tidak pernah
menggaji OKU, mereka ditanya sama ada organisasi mereka akan membuat peruntukan
tersebut jika mereka merancang untuk menggaji OKU.

Analisis kajian menunjukkan bahawa peratus majikan yang tiada OKU lebih tinggi daripada
majikan yang lain dan dalam perancangan mereka untuk mengadakan peruntukan-
peruntukan tersebut. Walau bagaimanapun, ini hanya perancangan jika mereka berhasrat
untuk menggaji OKU.

Penyesuaian dan kemudahan utama yang telah dilakukan oleh majikan yang pernah atau
sedang menggaji OKU adalah berbentuk fleksibiliti waktu kerja, dan penyesuaian
persekitaran fizikal (seperti tangga, meja, kerusi, ramp, dll.) dan penyesuaian khusus
(kedudukan tempat kerja yang sesuai, bilik air khusus, tempat letak kereta khusus).
Selainnya adalah memberi latihan tambahan dan juga menggunakan kaedah mentor.

108

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia76.878.183.446.5
81.5
Fleksibiliti untuk bekerja dari rumah, menyediakan penginapan atau pengangkutan ke62.872.2
tempat kerja bukan kemudahan yang diberikan oleh kebanyakan majikan. (Lihat rajah 6.13).73.552.6
61.9 51.2
Rajah 6.13: Penyesuaian dan Kemudahan Tempat Kerja untuk OKU (%)53.555.3
47.4 51.2 47.4
Ada OKU Tiada OKU Pernah ada OKU44.737.2
42.1 36.4 37.7
6.2.10 Tahap Cabaran yang Dihadapi dalam Pengambilan dan Mengekalkan Pekerja33.7 24.4
OKU 26.3 20.9 36.1 17.4
15.8 21.1
Majikan yang pernah atau sedang menggaji OKU sebagai pekerja telah ditanya sama ada 21.1
mereka menghadapi cabaran, dan tahap cabaran (rendah, sederhana atau tinggi) semasa
pengambilan OKU dan juga cabaran untuk mengekalkan OKU sebagai pekerja. Mereka jugaPenyesuaian persekitaran fizikal
diminta untuk memberi respon tentang langkah yang telah diambil untuk mengatasi cabaranPenyesuaian khusus-kedudukan tempat
tersebut. kerja, bilik air, tempat letak kereta, etc.
6.2.10.1 Tahap Cabaran dalam Pengambilan OKU
Bagi cabaran pengambilan OKU sebagai pekerja yang telah disenaraikan seperti yangPenyesuaian teknologi
tertera di rajah 6.14, kajian mendapati bahawa tahap cabaran yang dihadapi, jika ada,Fleksibiliti dalam jadual waktu bekerja
adalah rendah. Purata/min skor yang diberikan oleh kedua kumpulan majikan adalah kurang
daripada 1 (iaitu, rendah). Min skor yang paling rendah adalah pandangan negatif penyeliaMemberi latihan tambahan
yang menunjukkan ini adalah merupakan cabaran yang sangat kecil. Perbandingan antaraMenggunakan kaedah mentor
majikan yang sedang dan majikan yang pernah menggaji OKU menunjukkan majikan yang Menggunakan perkhidmatan “job coach
sedang menggaji OKU memberi skor yang jauh (signifikan 5%) lebih rendah. Ini khususnya Fleksibiliti untuk bekerja dari rumah

109 Menyediakan penginapan
Menyediakan pengangkutan ke tempat

kerja

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

untuk (i) ketidakselesaan/ ketidakbiasaan dalam pengambilan OKU sebagai pekerja; (ii)
pandangan negatif pekerja lain; (iii) tidak mengetahui bagaimana untuk menilai prestasi
pekerja OKU; (iv) kebimbangan mengenai kos penjagaan kesihatan untuk pekerja OKU; (v)
kebimbangan mengenai kos pampasan pekerja OKU; dan (vi) kebimbangan tentang soal
litigasi pekerja OKU. Ini bererti kedua golongan majikan yang sedang menggaji OKU dan
yang pernah menggaji OKU tidak menghadapi cabaran dalam pengambilan OKU, lebih-lebih
lagi bagi majikan yang ada pekerja OKU semasa kaji selidik dijalankan.

Rajah 6.14: Tahap Cabaran Pengambilan OKU Sebagai Pekerja

tiada kerja yg sesuai yg boleh dilakukan dgn efektif oleh 0.7 3
OKU 0.6

tiada pekerja OKU yang layak utk bekerja di 0.8
syarikat/institusi 0.7

bimbang soal litigasi pekerja OKU 0.9
0.5
bimbang kos pampasan OKU
1.0
bimbang kos penjagaan kesihatan pekerja OKU 0.5

tidak tahu kos terlibat menampung pekerja OKU 0.9
0.5
pandangan negatif pelanggan
0.8
tidak tahu untuk menilai kerja OKU 0.6
0.4
pandangan negatif penyelia 0.3

pandangan negatif pekerja lain 0.7
0.4
kurang info tentang OKU 0.2
0.1
tak selesa ambil oku
0 0.5
0.2

0.9
0.8
0.7
0.3

12
Purata/Skor Min

Pernah ada OKU Ada OKU

Nota: Skor 0: tiada; 1: rendah; 2: sederhana; 3: tinggi.

Langkah utama yang telah diambil oleh majikan untuk mengatasi cabaran pengambilan
OKU sebagai pekerja ialah memberi latihan dan menyediakan sistem mentor. Ada juga
majikan yang memilih pekerja OKU daripada kategori yang tertentu sahaja atau
menjalankan temu duga/temu bual dengan teliti. Sesetengah majikan yang lain menyatakan
tiada sebarang langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran yang dihadapi. Sebaliknya,
ada majikan yang menyatakan mereka tidak menghadapi apa-apa cabaran.

6.2.10.2 Tahap Cabaran dalam Mengekalkan OKU

Ada sesetengah majikan yang menghadapi cabaran untuk mengekalkan OKU sebagai
pekerja mereka. Namun tahap yang dihadapi adalah rendah. Jika dibandingkan dengan
majikan pernah tetapi tiada lagi menggaji OKU, secara amnya tahap cabaran yang dihadapi
oleh majikan yang kini menggaji OKU adalah ketara lebih rendah atau hampir tiada

110

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

langsung. Cabaran yang agak lebih sedikit yang dihadapi oleh syarikat atau institusi yang
pernah menggaji OKU adalah berkaitan dengan kos pampasan, kos liputan kesihatan dan
peruntukan kos untuk kemudahan pekerja OKU. Namun begitu, cabaran-cabaran ini
bukanlah merupakan isu yang besar atau serius. (lihat rajah 6.15).

Rajah 6.15: Tahap Cabaran Mengekalkan OKU Sebagai Pekerja

kos litigasi pekerja OKU 0.8 2 3
kos pampasan OKU 0.5

kos liputan kesihatan utk OKU 1.1
peruntukan kos utk kemudahan oku 0.5

sikap pelanggan kpd OKU 1.1
sikap penyelia kpd OKU 0.6

sikap pekerja lain kpd OKU 1.1
sikap pekerja OKU 0.6
0.3
kurang peluang utk naik pangkat utk OKU 0.3
0 0.4
0.3

0.7
0.4

0.6
0.7

0.9
0.6

1
Purata/Skor Min

Pernah ada OKU Ada OKU
Nota: Skor 0: tiada; 1: rendah; 2: sederhana; 3: tinggi.

Bagi mengatasi cabaran dalam mengekalkan OKU sebagai pekerja, kebanyakan majikan
memberi latihan atau menyediakan mentor untuk pekerja OKU mereka. Perbincangan atau
komunikasi bersama juga dijalankan, di samping meringankan beban kerja pekerja OKU.
Namun ada juga majikan yang tidak mengambil sebarang langkah untuk mengatasi cabaran
yang dihadapi.

6.2.11 Pandangan Majikan Mengenai Isu Berkaitan dengan OKU dan Pekerjaan

Beberapa kenyataan telah dikemukakan kepada responden untuk mereka menyatakan
sama ada bersetuju atau tidak tentang kenyataan tersebut (lihat rajah 6.16). Min atau purata
skor untuk tiga kumpulan majikan, iaitu (i) yang ada atau sedang menggaji OKU; (ii) yang
pernah tetapi tiada lagi pekerja OKU; dan (iii) yang tiada atau tidak pernah ada OKU, dikira
dan diuji sama ada ada perbezaan yang signifikan (tahap 5%) untuk setiap kenyataan.

Semua majikan bersetuju bahawa setiap organisasi perlu memberi peluang yang sama
antara OKU dan bukan OKU dalam pengambilan kerja. Ini khususnya bagi majikan yang
ada atau yang pernah ada pekerja OKU, berbanding dengan yang tiada pekerja OKU.
Seterusnya, semua majikan dalam kajian ini, khususnya bagi majikan yang pernah ada

111

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

berbanding dengan yang tiada OKU, berpendapat bahawa majikan perlu mempunyai kriteria
dan prosedur yang berbeza dalam pengambilan pekerja OKU.

Golongan majiikan yang pernah menggaji OKU lebih bersetuju bahawa penyediaan tempat
kerja mesra OKU memerlukan pengubahsuaian fizikal yang melibatkan kos yang tinggi.
Golongan ini dan juga majikan yang tidak pernah ada pekerja OKU juga bersetuju bahawa
infrastruktur dan fasiliti sedia ada di tempat kerja mereka masih tidak sesuai untuk menerima
pekerja OKU. Ini berbeza dengan pandangan majikan yang ada pekerja OKU di mana
mereka kurang setuju dengan kenyataan ini.

Majikan yang tidak pernah atau tiada pekerja OKU kurang setuju dengan kenyataan bahawa
pengambilan pekerja OKU akan meningkatkan risiko kecederaan dan keselamatan di
tempat kerja. Sebaliknya, majikan yang ada pekerja OKU tidak setuju dengan kenyataan ini.
Semua majikan setuju bahawa pekerja OKU boleh bekerja dalam apa-apa bidang pekerjaan
sekiranya diberi peluang dan sokongan sewajarnya. Persetujuan ini lebih lagi bagi kumpulan
majikan yang pernah atau sedang menggaji OKU.

Rajah 6.16: Tahap Persetujuan Majikan Berkaitan OKU dan Pekerjaaan

4.0

3.5 3.2 3.3 3.2 3.3 2.9 3.0 3.2 3.2
3.0 3.0 3.0 2.9 2.9 2.6 3.0

3.0 2.5 2.6
2.3
2.5

2.0

1.5

1.0

0.5

0.0

Setiap organisasi Majikan perlu Penyediaan tempat Infrastruktur dan Pengambilan Pekerja OKU boleh

perlu memberikan mempunyai kriteria kerja mesra-OKU fasiliti sedia ada di pekerja OKU akan bekerja dalam apa

peluang yang sama dan prosedur yang memerlukan syarikat/institusi ini meningkatkan risiko apa bidang jika

di antara OKU dan berbeza di dalam pengubahsuaian masih tidak sesuai kecederaan dan diberi

bukan OKU di pengambilan fizikal yang untuk menerima keselamatan di peluang/sokongan

dalam pengambilan pekerja OKU melibatkan kos pekerja OKU tempat kerja

pekerja yang tinggi

A=P>T T<P A=T<P A<T=P A<T=P A=P>T

[A] Ada OKU [T] Tiada OKU [P] Pernah ada OKU

Nota: 1: Sangat tidak setuju; 2: tidak setuju; 3: Setuju; 4: sangat setuju
[A]=[P] – skor A dan P tiada beza pada tahap 5% signifikan; [P]>[T] – skor P lebih rendah daripada skor T pada tahap 5%

signifikan, dan seterusnya.

112

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

6.2.12 Program Bantuan dan Insentif Berkaitan OKU

Pihak kerajaan telah menawarkan pelbagai bantuan untuk menggaji golongan OKU, namun
tidak ramai majikan yang sedia maklum tentang perkara tersebut. Daripada tinjauan ini,
majoriti syarikat dan institusi tidak tahu tentang tawaran-tawaran ini. Khususnya, manfaat
potongan cukai bagi kos pengubahsuaian untuk majikan yang menggaji OKU tidak diketahui
oleh lebih daripada dua pertiga daripada syarikat-syarikat ini, termasuk syarikat yang ada
pekerja OKU. Kebanyakan mereka juga tidak sedia maklum tentang potongan cukai
berganda bayaran gaji OKU.

Situasi yang sama juga didapati bagi program perkhidmatan Job Coach ataupun program
OKU Talent Enhancement. Program-program ini juga tidak diketahui oleh kebanyakan
majikan termasuk dalam kalangan majikan yang menggaji OKU. Bagi yang pernah menggaji
OKU, separuh daripada mereka sedia maklum tentang program perkhidmatan Job Coach.
(lihat rajah 6.17).

Rajah 6.17: Sedia Maklum Mengenai Program Bantuan/Insentif Berkaitan OKU (% Majikan)

21.1%

Manfaat potongan cukai bagi sebarang kos pengubahsuaian 32.1%
Manfaat potongan cukai latihan yang diberikan kepada OKU 32.9%

Manfaat potongan cukai berganda bayaran gaji OKU 28.9%
Program OKU Talent Enhancement 33.8%
Program Perkhidmatan Job Coach 38.8%

31.6%
34.8%
41.2%

15.8%

30.8%
30.6%

50.0%

31.5%
36.5%

Pernah ada OKU Tiada OKU Ada OKU

6.2.13 Sistem Dalam Talian dan JobsMalaysia

Sistem penggajian OKU oleh JobsMalaysia secara amnya tidak diketahui oleh majoriti
responden majikan dalam kajian ini. Ini terutamanya di kalangan majikan yang tiada pekerja
OKU atau yang pernah tapi tidak lagi menggaji OKU. Pada majikan yang sedia maklum
tentang perkara ini, tidak semua menggunakannya. Sebagai contoh, hanya 35.7% majikan
yang ada pekerja OKU dan sedia maklum tentang JobsMalaysia pernah menggunakan
aplikasi ini. Namun demikian, 68.2% daripada golongan ini mendapati ia berkesan untuk
mendapatkan pekerja OKU untuk syarikat atau institusi mereka.

113

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Ramai majikan yang menggaji (58.1%) atau pernah menggaji OKU (52.6%) terbuka untuk
menawarkan peluang pekerjaan kepada OKU secara dalam talian. Sebaliknya, hanya 30.8%
sahaja majikan yang tidak pernah mempunyai pekerja OKU menyatakan kesediaan berbuat
sedemikian. (lihat rajah 6.18).

Rajah 6.18: Sistem JobsMalaysia dan Sistem Dalam Talian

68.2% 58.1%
28.6%
52.6%

47.7% 35.7%
25.5% 23.7%
30.8%

22.2%

jobsmalaysia:tahu tentang Jika ya, pernah Jika ya, berkesan utk dapat sedia tawar pekerjaan secara
sistem? menggunakan?
pekerja OKU? online?

Ada OKU Tiada OKU Pernah ada OKU

Bagi majikan yang sedia menawarkan peluang pekerjaan secara dalam talian, ciri yang
utama yang harus ada dalam sistem dalam talian adalah dapat mencari OKU yang
berpotensi berdasarkan lokasi, kelayakan dan kebolehkerjaan. Seterusnya adalah ciri yang
dapat mengiklankan dan mengemaskini tawaran pekerjaan dan menjemput calon OKU
untuk membuat permohonan kerja.

Sistem yang dapat memberi maklumat mengenai program, bantuan, insentif dan sokongan
yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO adalah satu ciri yang penting
terutama sekali bagi majikan yang tidak pernah menggaji OKU. Selain daripada itu, ciri yang
memberi bimbingan dan garis panduan mengenai pengambilan and penggajian OKU harus
ada dalam sistem sebegini. Sistem yang boleh disesuaikan ke bentuk mudah alih untuk
kegunaan di telefon bimbit tidaklah dianggap ciri yang harus ada dalam sistem talian
padanan kerja bagi majoriti responden majikan kajian ini. (lihat rajah 6.19).

114

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.19: Ciri-Ciri yang Harus Ada dalam Sistem Dalam Talian

sesuaikan ke bentuk mudahalih telefon bimbit 36.8%
37.6%
mendapat bimbingan/garispanduan 29.2%

mendapat maklumat dari NGOs, agensi kerajaan 43.8% 68.4%
63.4%
muat-turun CV dan dokumen lain
50.0% 66.7%
menjemput calon oku memohon kerja 51.0%
mencari oku berdasarkan lokasi, kelayakan;
45.0%
kebolehperkerjaan 47.3%
iklan and mengemaskini tawaran pekerjaan
30.6%

50.0%
55.9%
63.3%

70.0%
78.5%
87.8%

55.0%
66.7%

60.8%

Pernah ada OKU Tiada OKU Ada OKU

6.2.14 Maklumat yang Boleh Menarik Minat untuk Menggaji OKU

Semua maklumat yang telah disenaraikan dalam borang kaji selidik (seperti di rajah 6.20)
diakui oleh syarikat atau institusi dapat menarik minat mereka untuk menggaji OKU. Hanya
sebilangan kecil sahaja, dalam lingkungan 10% atau kurang, yang telah maklum tentang
maklumat sebegini.

Antara maklumat tersebut ialah mengenai kos peruntukan kemudahan OKU. Hampir 75%
dan 70%, masing-masing majikan yang menggaji dan pernah menggaji OKU, mempersetujui
perkara ini. Malah, lebih daripada 88% daripada majikan yang tidak pernah mempunyai
OKU juga akan tertarik menggaji OKU jika diberi maklumat tersebut.

Bagi majikan yang pernah menggaji OKU, ramai daripada mereka (88.9%) merasakan perlu
adanya pusat sehenti atau agensi yang memberi khidmat nasihat atau rujukan tentang
pengambilan OKU sebagai pekerja adalah salah satu perkara yang akan menarik minat
mereka kembali untuk menggaji OKU. Begitu juga dengan majikan yang lain tetapi
peratusnya kurang daripada golongan di atas.

Maklumat yang lain termasuk bagaimana menggaji OKU telah memberi manfaat kepada
syarikat lain, dan bagaimana syarikat mereka sendiri boleh mendapat manfaat daripada
menggaji OKU. Testimoni daripada pengarah syarikat atau institusi lain dan juga maklumat
yang berasaskan kajian saintifik akan meningkatkan daya tarikan dalam pengambilan OKU
bekerja di tempat mereka.

115

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.20: Maklumat yang Dapat Menarik Minat untuk Menggaji OKU (% Majikan)

Pusat sehenti/agensi yang memberi khidmat nasihat/rujukan 0.0 88.9
83.3
Testimoni dari pengarah syarikat/institusi yang menggaji OKU 5.6
86.1
Pernah ada OKU Prestasi dan kehadiran kerja yang baik serta pengekalan 5.6 80.6
pekerja OKU 0.0
83.3
Berasaskan kajian saintifik 86.1

Menggaji OKU boleh meninggikan produktiviti 8.3 83.3
83.3
Memberi manfaat kepada syarikat sendiri 8.3
8.3 88.9
Memberi manfaat kepada syarikat/institusi tempatan yang 2.8 66.9
ternama
68.9
Memberi manfaat kepada syarikat/institusi lain 69.6
62.2
Kos peruntukan kemudahan 0.0 67.9
69.2
Pusat sehenti/agensi yang memberi khidmat nasihat/rujukan 7.4 67.4
70.6
Testimoni dari pengarah syarikat/institusi yang menggaji OKU 6.0 68.6
6.4
Prestasi dan kehadiran kerja yang baik serta pengekalan 5.7 76.7
pekerja OKU 71.8
Tiada OKU
Berasaskan kajian saintifik 74.4
64.7
Menggaji OKU boleh meninggikan produktiviti 4.7
69.8
Memberi manfaat kepada syarikat sendiri 8.0 75.6
6.0 74.4
Memberi manfaat kepada syarikat/institusi tempatan yang 6.7 81.2
ternama 74.1

Memberi manfaat kepada syarikat/institusi lain

Kos peruntukan kemudahan 7.4

Pusat sehenti/agensi yang memberi khidmat nasihat/rujukan 12.8

Testimoni dari pengarah syarikat/institusi yang menggaji OKU 11.8
14.0
Prestasi dan kehadiran kerja yang baik serta pengekalan
pekerja OKU 11.8

Berasaskan kajian saintifik

Ada OKU Menggaji OKU boleh meninggikan produktiviti 17.4

Memberi manfaat kepada syarikat sendiri 16.3
17.4
Memberi manfaat kepada syarikat/institusi tempatan yang 10.6
ternama

Memberi manfaat kepada syarikat/institusi lain

Kos peruntukan kemudahan 11.8

Telah maklum Ya

116

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

6.3 Sektor Kerajaan: Analisis Khusus

Bahagian ini membentangkan analisis khusus bagi sektor kerajaan. Ia berdasarkan maklum
balas responden daripada sektor kerajaan berdasarkan kaji selidik majikan dan data yang
diperoleh daripada JPA. Data daripada JPA adalah berdasarkan maklumat pengisian OKU
di Kementerian/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Data kumulatif sehingga Jun 2019)
yang memberi jumlah bilangan pengisian dan bilangan pengisian OKU untuk 25
kementerian dan 13 setiausaha kerajaan negeri.

6.3.1 Penemuan daripada Kaji Selidik Majikan

6.3.1.1 Deskripsi Sampel Majikan Sektor Kerajaan

Jumlah responden daripada sektor kerajaan adalah 29 yang terdiri daripada agensi
persekutuan, negeri dan badan berkanun. Sebahagian daripada responden merupakan
majikan yang menggaji OKU daripada 1 hingga 20 orang, dan sebahagian lain tidak pernah
menggaji OKU. Bagi agensi persekutuan dalam sampel ini, pekerja OKU adalah kurang
daripada 0.3% daripada jumlah keseluruhan pekerja sepenuh masa, manakala untuk
majikan di peringkat negeri, pekerja OKU adalah sebanyak 4.2% daripada jumlah pekerja
sepenuh masa. (lihat jadual 6.4).

Jadual 6.4: Sampel Majikan Sektor Kerajaan

Pekerja OKU

Jumlah Jumlah yang %OKU/pekerja Min/ Minimum Maksimum
responden ada OKU sepenuhmasa Purata
3
Persekutuan 9 3 0.28 0.56 0 20
Negeri 10 8 2.78 4
Badan berkanun 10 5 0.51 4.20 0

1.10 0

6.3.1.2 Sebab-Sebab Menggaji atau Tidak Menggaji OKU

Sebab utama majikan kerajaan menggaji OKU ialah sebagai sumbangan sosial dan kerana
pekerja OKU mempunyai kelayakan atau kemahiran yang diperlukan (Rajah 6.21). Untuk
majikan yang tidak menggaji OKU, satu pertiga daripada mereka menyatakan bahawa
mereka kurang maklumat tentang OKU. Sebab yang lain adalah kerana mereka tidak dapat
memberi kemudahan yang diperlukan oleh pekerja OKU, atau mereka tertakluk kepada
lantikan daripada PBM, atau tiada keperluan buat masa kini. Isu pekerja lain tidak selesa,
OKU tidak dapat menyesuaikan diri atau majikan terpaksa menanggung risiko kecederaan
yang tinggi langsung bukan alasan mereka tidak menggaji OKU (Rajah 6.22).

117

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.21: Sebab-Sebab Menggaji OKU (%)

lain-lain (kepelbagaian) 7.1 60
14.3 66.7
memenuhi keperluan undang-undang
23.1
mempunyai kelayakan/kemahiran yang diperlukan
Menggaji semula pekerja yang telah mengalami
kecederaan/ketidakupayaan
sumbangan sosial

Rajah 6.22: Sebab-Sebab Tidak Menggaji OKU (%)

Lain-lain (lantikan daripada pihak berkuasa melantik/tiada 25 33.3
keperluan buat masa kini)
Pekerja lain tidak selesa 8.3
Pelanggan tidak selesa 16.7
16.7
OKU tidak mempunyai keupayaan fizikal utk laksana tugas 16.7
Tiada pekerjaan yang sesuai untuk OKU
8.3
OKU tidak dapat memberi tahap produktiviti yang sama 25
OKU tidak dapat menyesuaikan diri
8.3
terpaksa memberi latihan yang berterusan
tidak dapat memberi kemudahan yang diperlukan 16.7

menanggung risiko kecederaan yang tinggi
menanggung kos yang tinggi
kurang maklumat tentang oku

tidak pernah terfikir utk menggaji oku

6.3.1.3 Dasar Rasmi Menggaji OKU

Daripada 3 responden majikan kerajaan persekutuan yang ada pekerja OKU, 2 (66.7%)
daripadanya mempunyai dasar rasmi dalam menggaji OKU. Untuk 6 responden majikan
persekutuan yang tiada pekerja OKU, 3 daripadanya juga mempunyai dasar rasmi OKU.
Manakala majikan negeri yang tidak menggaji OKU memang tidak mempunyai dasar rasmi
OKU tetapi untuk 8 majikan negeri dalam sampel ini yang menggaji OKU, 50% daripada
mereka ada dasar rasmi OKU. Hanya 20% majikan yang tergolong dalam kumpulan badan
berkanun, sama ada yang menggaji OKU atau tidak, mempunyai dasar rasmi OKU (rajah
6.23).

118

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.23: Peratus Majikan yang Mempunyai Dasar Rasmi dalam Menggaji OKU

Peratus 80 50 20 20
70 66.7 Badan berkanun
60 50 0
50 Negeri
40 Ada OKU Tiada OKU
30
20
10

0
Persekutuan

Tahap komitmen untuk memenuhi dasar bagi majikan kerajaan yang menggaji OKU dan
mempunyai dasar rasmi adalah tinggi. Manakala untuk yang masih belum menggaji OKU
tetapi mempunyai dasar rasmi, tahap komitmen mereka adalah rendah sedikit. Untuk
majikan yang tiada dasar rasmi menggaji OKU tetapi ada pekerja OKU, mereka merancang
untuk membuat dasar rasmi dalam beberapa tahun lagi. Sebaliknya, majikan kerajaan yang
tidak menggaji pekerja OKU tidak mempunyai apa-apa perancangan buat masa kini
mengenai dasar rasmi menggaji OKU. (lihat rajah 6.24).

Rajah 6.24: Tahap Komitmen dan Rancangan untuk Mempunyai Dasar Rasmi Menggaji
OKU

44 3.5
3.7 3

22
1.75

1.25
11

Ada OKU Tiada OKU Ada OKU Tiada OKU

Tahap komitmen* Tiada dasar, rancangan utk adakan dasar?**

Persekutuan Negeri Badan berkanun

Nota: *1: tiada langsung; 2: rendah; 3: sederhana; 4: tinggi
**1: tiada buat masa kini; 2: ya, mungkin beberapa tahun lagi; 3: ya, dalam masa terdekat.

6.3.1.4 Cabaran Dalam Pengambilan Dan Mengekalkan OKU Sebagai Pekerja

Cabaran utama yang dihadapi majikan kerajaan dalam pengambilan OKU sebagai pekerja
adalah kurang pengetahuan tentang OKU. Majikan kerajaan yang menggaji OKU juga
merasakan tiada pekerjaan yang sesuai yang boleh dilakukan dengan efektif oleh OKU di
tempat kerja mereka. (lihat rajah 6.25).

Isu tentang peruntukan kos untuk kemudahan pekerja OKU merupakan cabaran utama
dalam mengekalkan OKU sebagai pekerja. Majikan juga menghadapi cabaran berkaitan

119

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

dengan sikap pekerja OKU itu sendiri dan juga kekurangan peluang untuk kenaikan pangkat
dalam pekerjaan untuk pekerja OKU mereka. (Lihat rajah 6.26).

Rajah 6.25: Cabaran Pengambilan OKU Sebagai Pekerja

tiada kerja yang sesuai yang boleh dilakukan dengan efektif 12.5% 37.5%
oleh OKU 12.5% 53.3%
6.7%
tiada pekerja OKU yang layak untuk bekerja di
syarikat/institusi 18.8%
18.8%
bimbang soal litigasi pekerja OKU 12.5%
12.5%
bimbang kos pampasan OKU
12.5%
bimbang kos penjagaan kesihatan pekerja OKU

tidak tahu kos terlibat menampung pekerja OKU

tidak tahu untuk menilai kerja OKU

pandangan negatif pekerja lain

kurang pengetahuan tentang OKU

tidak selesa ambil OKU

Rajah 6.26: Cabaran Mengekalkan OKU Sebagai Pekerja

kurang peluang untuk naik pangkat untuk OKU 12.5% 43.8%
sikap pekerja OKU 12.5% 43.8%
12.5%
sikap pekerja lain kepada OKU 56.3%
sikap penyelia kepada OKU 18.8%
25.0%
sikap pelanggan kepada OKU
peruntukan kos untuk kemudahan OKU 12.5%

kos liputan kesihatan untuk OKU
kos pampasan OKU

kos litigasi pekerja OKU

120

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

6.3.1.5 Sedia Maklum Tentang Program Bantuan/Insentif Kerajaan dan Sistem Dalam
Talian

Tidak semua majikan kerajaan dalam sampel kajian sedia maklum tentang bantuan atau
insentif yang diberikan oleh kerajaan. Secara amnya, kurang separuh daripada mereka
mengetahui tentang manfaat potongan cukai berkaitan pekerja OKU, program perkhidmatan
Job Coach dan program OKU Talent Enhancement.

Lebih daripada 50% responden majikan kerajaan dalam kajian ini juga tidak tahu tentang
sistem dalam talian penggajian OKU oleh JobsMalaysia. Bagi yang mengetahuinya, hanya
10% sahaja yang pernah menggunakannya dan daripadanya, 25% menyatakan ia berkesan
untuk mendapatkan pekerja OKU. Daripada 29 responden kerajaan dalam sampel kajian ini,
tidak semua (51.7% sahaja) bersedia menawarkan peluang pekerjaan kepada OKU secara
dalam talian. (Lihat rajah 6.27).

Rajah 6.27: Sedia Maklum Tentang Bantuan/Insentif Kerajaan dan Sistem Dalam Talian
JobsMalaysia

Sedia tawar pekerjaan secara dalam talian? 51.7%
Jika ya, berkesan untuk dapat pekerja OKU?
JobsMalaysia 25.0%
Jika ya, pernah menggunakan?
Jobmalaysia: tahu tentang sistem? 10.0%
Manfaat potongan cukai bagi sebarang kos pengubahsuaian
Bantuan/Insentif Manfaat potongan cukai latihan yang diberikan kepada OKU 48.3%
Manfaat potongan cukai berganda bayaran gaji OKU 42.9%
Program OKU Talent Enhancement
Program Perkhidmatan Job Coach 46.4%
46.4%
32.1%
39.3%

6.3.2 Penemuan daripada Data Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

6.3.2.1 Penjawat Awam OKU

Jumlah OKU yang berkhidmat dengan kerajaan ialah seramai 3,924 orang, iaitu 0.33%
daripada jumlah pekerja sektor awam. Walaupun semua kementerian dan kerajaan negeri
ada pekerja OKU, tetapi peratusnya adalah sangat kecil, antara 0.13 hingga 2% sahaja. Di
kalangan kementerian, peratus maksimum pekerja OKU daripada keseluruhan penjawat
awam di sesebuah kementerian atau kerajaan negeri ialah 2%, iaitu di Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, manakala yang terendah ialah 0.14%. Ini
adalah di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana hanya 23 daripada
16,300 kakitangan awam mereka adalah OKU. (Lihat rajah 6.28 dan 6.29).

121

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.28: Deskripsi Penjawat Awam OKU

SUMBER DATA: JPA

Bilangan Penjawat Awam di Malaysia Kementerian/SUK

• Jumlah: 1,171,683 • Jumlah kementerian dan SUK yang tersenarai: 38

• OKU: 3,924 (0.33%) • Jumlah yang mempunyai pekerja OKU: 38 (100%)

% pekerja OKU: 0.13– 2.00%

Rajah 6.29: Peratus Pekerja OKU dalam Kementerian

2.50

2.00
2.00

1.50
1.30

1.00

0.58 0.63 0.75
0.50 0.43 0.68

0.38 0.62

0.50 0.46 0.51 0.54 0.40
0.45 0.31 0.300.26

0.27 0.30 0.23 0.34 0.33
0.17 0.15 0.14

0.00

%oku/semua pekerja

Pengambilan OKU untuk berkhidmat di pentadbiran kerajaan negeri lebih tidak
memberangsangkan. Mengikut data yang diperoleh, semua kerajaan negeri tidak mencapai
sasaran kuota 1% OKU sebagai penjawat awam. Catatan peratus yang tertinggi hanya
0.89%, iaitu bagi negeri Perlis dan Terengganu. Data juga menunjukkan di negeri Sabah,
hanya 0.13% pekerja awamnya adalah OKU. Pentadbiran negeri Kelantan mencacatkan
peratus yang kedua terendah, iaitu 0.22%. (Lihat rajah 6.30).

122

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.30: Peratus Pekerja OKU di Pentadbiran Kerajaan Negeri

1.00 0.89 0.89
0.90 0.85

0.80

0.70

Peratus 0.60 0.46 0.50 0.52 0.56
0.50
0.29
0.40 0.37 0.13
0.30
0.20 0.31 0.29

0.22

0.10

0.00

6.4 Data LHDN: Analisis

Bahagian ini akan membentangkan analisis deskriptif berdasarkan data yang disediakan
oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Data tersebut berkaitan dengan
majikan yang membuat tuntutan potongan cukai mengikut negeri, saiz dan industri, dan
OKU yang berdaftar dengan LHDN dan pecahan mengikut jantina, umur, negeri dan
pendapatan.

6.4.1 Majikan Swasta yang Membuat Tuntutan Potongan Cukai OKU

Data pada tahun 20184 menunjukkan sebanyak 51,347 syarikat adalah pembayar cukai.
Daripada jumlah tersebut, 185 (0.36%) telah membuat tuntutan OKU. Syarikat-syarikat ini
terdiri daripada pelbagai industri dan saiz. Secara relatif, industri pembuatan merupakan
sektor yang paling tinggi yang membuat tuntutan OKU, dan majoritinya terdiri daripada
syarikat besar (mempunyai modal berbayar berhubung saham biasa lebih daripada RM2.5
juta). Sebanyak 5.6% daripada syarikat pembuatan besar dan 1.3% daripada syarikat
pembuatan SME5 daripada sektor pembuatan, masing-masing telah membuat tuntutan
OKU. Manakala majikan daripada industri perkhidmatan adalah yang paling kurang
membuat tuntutan OKU, iaitu hanya 4 tuntutan daripada 29,774 syarikat perkhidmatan
pembayar cukai. (Lihat rajah 6.31).

4 Data diperolehi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Malaysia, dan petikan data merujuk kepada
tahun 2018 di mana tempoh perakaunan berakhir 31 November 2018.
5 Syarikat yang mempunyai modal berbayar berhubung saham biasa RM2.5 juta atau kurang.

123

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.31: Peratus Majikan yang Membuat Tuntutan OKU – Mengikut Industri dan Saiz

%

6.0 5.55

5.0

4.0

3.0

2.0 1.39 1.30 1.68

1.0 0.17 0.36
0.13 0.01 0.00

0.0 Besar SME Besar (596) SME Besar (725)
SME (2,300) Besar (287) SME (6,637) (1,081) (10,672) (29,049)

Pertanian Pembuatan Pembinaan Perkhidmatan SEMUA
(51,347)

Nota: (.) jumlah syarikat.

Data LHDN juga mengklasifikasikan syarikat pembayar cukai yang membuat tuntutan OKU
mengikut negeri dan kategori lain-lain yang merangkumi syarikat multinasional, industri khas
iaitu petroleum, dan pembayar cukai besar iaitu syarikat yang mempunyai perolehan jualan
tahunan RM3 juta atau lebih. Jika diandaikan semua syarikat yang menggaji OKU akan
membuat tuntutan potongan cukai, maka secara relatif lebih banyak syarikat multinasional
menjadi majikan OKU, berbanding dengan yang lain. Walau bagaimanapun, perkadaran
yang menggaji OKU adalah kecil, iaitu kurang daripada 4% untuk syarikat-syarikat ini.
Kategori pembayar cukai besar adalah yang kedua terbesar (2.2%) yang membuat tuntutan
potongan cukai.

Selain daripada itu, khususnya mengikut negeri, peratusan syarikat yang membuat tuntutan
OKU adalah kurang daripada 1%. Peratusan yang tertinggi adalah di negeri Melaka, iaitu
0.64%. Di negeri-negeri lain seperti Sabah, Terengganu, Kelantan, Labuan dan Perlis, tiada
sebuah syarikat pun yang telah menuntut potongan cukai OKU. (Lihat rajah 6.32).

124

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.32: Peratus Majikan yang Membuat Tuntutan OKU – Mengikut Negeri dan Kategori
Lain-Lain

SEMUA (51,347) 0.36 2.16
Sarawak (3821) 0.10 2.00 3.00
0.00
Sabah (2610)
Pahang (1027) 0.19
Terengganu (429) 0.00
Kelantan (397) 0.00

Johor (7648) 0.25
Melaka (1573) 0.64
Negeri Sembilan (765)
WP - Labuan (72) 0.13
WP – Putrajaya (6366) 0.00
WP - KL (6446)
Selangor (7967) 0.14
0.06
Perak (2654)
Pulau Pinang (4547) 0.26
0.38
Kedah (1482) 0.42
Perlis (80) 0.40

Pembayar Cukai Besar (3049) 0.00
Industri Khas (51)
0.00
Multinasional (363)
3.86
0.00 1.00 4.00 5.00 %

Nota: (.) jumlah syarikat.

6.4.2 OKU yang Berdaftar dengan LHDN

Data menunjukkan terdapat sejumlah 6,542,607 individu yang berdaftar dengan LHDN6.
Daripada jumlah ini, 6,601 atau 0.1% mendaftarkan diri sebagai OKU. Bilangan lelaki (76%)
adalah lebih ramai daripada perempuan (24%) dan umur mereka adalah antara 20 hingga
lebih daripada 85 tahun. Cawangan-cawangan LHDN di Kuala Lumpur secara keseluruhan
mempunyai pendaftar OKU yang teramai, iaitu 1,773, diikuti dengan yang berdaftar di negeri
Selangor seramai 1,426 orang. Negeri-negeri yang paling sedikit pendaftar OKU adalah di
Sabah dan Sarawak yang masing-masing mempunyai 60 dan 90 pendaftar OKU sahaja.
(Lihat rajah 6.33).

6 Data diperolehi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Malaysia, dan petikan data merujuk kepada tahun 2018 di
mana tempoh perakaunan berakhir 31 November 2018.

125

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Rajah 6.33: Bilangan OKU yang Berdaftar dengan LHDN Mengikut Jantina, Umur dan
Negeri

1,587 4,000 3,354
3,500
5,014 3,000 1,692
Lelaki Perempuan 2,500
2,000 810 491 43
1,500 79 132 86+
1,000

500
0

Umur 20-35 36-45 46-55 56-65 66-75 76-85

1,329
1,067

482 545
361
444
359

68 116 146 98 160 175 191 198 212
22 44 68 82 52 157
19 41 37 46 18
64

Perempuan Lelaki

Walaupun seramai 6,601 OKU telah berdaftar dengan LHDN, tetapi majoriti daripada
mereka bukan pembayar cukai. Hampir 84% OKU berdaftar memperolehi pendapatan
kurang daripada RM36,000 setahun. Mereka ini tidak layak dikenakan cukai pendapatan.
Untuk golongan OKU yang berpendapatan antara RM36,000 hingga RM60,000, ada antara
mereka juga mungkin tidak perlu membayar cukai jika mempunyai potongan yang tertentu.
Oleh itu, hanya sebahagian kecil daripada OKU yang berpendapatan tinggi untuk layak
menjadi pembayar cukai. (lihat rajah 6.34).

126


Click to View FlipBook Version