The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2021-01-06 01:58:10

KONVENSYEN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KALI KE-10 (2019) BAHAGIAN 2

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Lampiran E : Temubual tidak berstruktur sebelum intervensi Chemstation

Pensyarah : Apakah pandangan anda terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) topik Kimia
Organik yang digunakan oleh saya pada masa ini?

Dialog Pelajar Rumusan:
Pelajar 1 : Saya susah nak faham Kimia Organik, kena  Kimia sukar
menghafal je la jawabnya. Bosan la sikit bila topik susah,  Komunikasi sehala
lepas tu tak faham. Lama-lama, madam cakap kat depan
tu, saya mengantuk dan berangan pun ada  Kimia sukar
Pelajar 2 : Kimia sukar nak ingat. Bila dah mula banyak  Rasa kecewa sebab pelajar
chapter belajar, terus rasa down sebab tak faham.
tidak faham kandungan
Pelajar 3 : Sebenarnya, dari mula dah tak berapa suka  Komunikasi sehala
Kimia. Bila tak faham, belajar pun komunikasi sehala je,  Pelajar pasif dan bosan
saya jadi pasif, bosan.
Pelajar 4 : Kimia susah. Banyak nak hafal. Saya suka  Kimia sukar dan banyak
aktiviti berkumpulan daripada buat kerja individu ni. penghafalan.

Pelajar 5 : Saya suka aktiviti dalam PdP.Asyik buat  Suka aktiviti berkumpulan.
tutorial dan kuliah sehala, bosan. Saya ni kalau lama-lama  Suka aktiviti berkumpulan
duduk diam, ngantuk.  Pasif akan menyebabkan

bosan dan mengantuk

21

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Lampiran F : Contoh Borang Deskripsi Permainan yang diisi dan ditulis oleh pelajar.
( Menggunakan medium aplikasi whatsapp – Group RnD 4M2D1 )

BORANG DESKRIPSI PERMAINAN

NAMA & DESKRIPSI PERMAINAN
GAMBAR PERMAINAN
PERATURAN / CARA BERMAIN :
PERMAINAN:
CRAZY BLANKS 1.Setiap pemain perlu membaca setiap soalan
dengan teliti di dalam sampul surat.
GAMBAR : 2.Setelah membaca soalan, setiap pemain
perlulah menjawab soalan di atas kertas yang
telah diberikan.
3. Jawapan mestilah mengandungi reagent dan
compound, dan diisi mengikut warna kertas
jawapan yang telah diberikan. Warna kuning
untuk reagent dan ungu untuk compound.
4. Jawapan yang telah ditulis hendaklah diisi di
tempat kosong yang telah disediakan di atas
board.
5. Pemain haruslah meletakkan kertas jawapan
dengan betul atau akan dikenakan denda.

SISTEM REWARD / DENDA ( jika ada,
nyatakan bagaimana pelaksanaan ) :

1. Bagi kumpulan yang gagal menjawab
dalam masa 10 minit, 5 markah akan
ditolak daripada markah asal.

2. Kumpulan yang dapat markah penuh
dan tidak melebihi 10 minit akan
diberikan ganjaran.

22

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Lampiran G : Rekod markah dan masa bagi aktiviti ChemStation selama 4 minggu.

MINGGU 1: AHLI KUMPULAN AROMA ANILINE SEBAGAI PETUGAS STESEN

Kumpulan Masa Menyelesaikan Markah
Tugasan ( Minit ) ( /10 )
1 AROMA ANILINE
2 DIMERS BOND 10 minit 30 saat 10 / 10
3 TOLLEN’S HEROES 11 minit 2 saat 10 / 10
4 SN 2 HOOD 9 minit 45 saat 9 / 10

MINGGU 2: AHLI KUMPULAN DIMERS BOND SEBAGAI PETUGAS STESEN

Kumpulan Masa Menyelesaikan Markah
Tugasan ( Minit ) ( /10 )
1 AROMA ANILINE 10 / 10
2 DIMERS BOND 9 minit 45 saat
3 TOLLEN’S HEROES 10 / 10
4 SN 2 HOOD 11 minit 2 saat 9 / 10
10 minit 45 saat

MINGGU 3: AHLI KUMPULAN TOLLEN’S HEROES SEBAGAI PETUGAS STESEN

Kumpulan Masa Menyelesaikan Markah
Tugasan ( Minit ) ( /10 )
1 AROMA ANILINE 10 / 10
2 DIMERS BOND 8 minit 2 saat 10 / 10
3 TOLLEN’S HEROES 10 minit 30 saat
4 SN 2 HOOD 9 / 10
9 minit 5 saat

MINGGU 4: AHLI KUMPULAN SN 2 HOOD SEBAGAI PETUGAS STESEN

Kumpulan Masa Menyelesaikan Markah
Tugasan ( Minit ) ( /10 )
1 AROMA ANILINE 10 / 10
2 DIMERS BOND 9 minit 55 saat 10 / 10
3 TOLLEN’S HEROES 10 minit 30 saat 10 / 10
4 SN 2 HOOD 11 minit 2 saat

 PEMENANG KESELURUHAN : KUMPULAN AROMA ANILINE

23

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Lampiran H : Pemerhatian selepas intervensi Chemstation

24

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Lampiran I : Temu bual tidak berstruktur selepas intervensi Chemstation

Pensyarah : Apakah pandangan anda terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) topik Kimia
Organik melalui pembelajaran berasaskan permainan ChemStation?

Dialog Pelajar Rumusan:
Pelajar 1 : Seronok guna Chemstation ni madam. Harap  Sangat mudah difahami
ada banyak lagi aktiviti macam ni nanti. Senang nak faham
main Chemstation ni sebab pelajar yang rekacipta sendiri. dan diaplikasi oleh pelajar
Banyak komunikasi dengan kawan-kawan, jadi tak mudah  Aktiviti berbeza selain
bosan. Teknik jawab soalan pun bertambah.
komunikasi sehala
 Menambah kepelbagaian

teknik menjawab soalan

Pelajar 2 : Berkesan untuk saya. Rasanya, rakan-rakan  Efektif untuk PdP /
yang lain pun setuju. Aktiviti beza dengan yang biasa. Saya Alternatif BBM
jadi lebih faham dan suka buat soalan Kimia Organik. Kami
sekumpulan berlumba-lumba nak jawab tugasan, banyak  Menambah kepelbagaian
teknik jawab soalan dapat dalam ativiti ini. teknik menjawab soalan

Pelajar 3 : Dah tak bosan belajar.Suka kerja dalam team,  Memupuk semangat
paling seronok bila dapat reward dan kena denda. berpasukan
Komunikasi lagi berkesan rasanya. Satu team rasa semangat
betul nak habiskan game. Permainan pun ada yang mudah ,  Sangat mudah difahami
ada yang mencabar, kesimpulannya, menarik. dan diaplikasi oleh pelajar

Pelajar 4 : Kreatif juga pelajar ini bila madam bagi peluang  Aktiviti berbeza selain
rekacipta permainan sendiri. Saya tak bosan la komunikasi sehala
macam selalu tu asyik madam je bercakap. Saya jadi lagi
faham jenis-jenis soalan dalam Kimia Organik dan minat  Menambah kepelbagaian
bertambah. Hehe.. teknik menjawab soalan

 Memupuk semangat
berpasukan

 Sistem denda / reward beri
motivasi untuk berjaya
menyelesaikan tugasan

 Sangat mudah difahami
dan diaplikasi oleh pelajar

 Aktiviti berbeza selain
komunikasi sehala

 Meningkatkan kefahaman
terhadap Kimia Organik

 Menambah kepelbagaian
teknik menjawab soalan

 Sistem denda / reward beri
motivasi untuk berjaya
menyelesaikan tugasan

 Menarik minat dan
kreativiti diri pelajar

25

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Lampiran J : Rubrik Pentaksiran Kendiri

RUBRIK KEMAHIRAN MEREKACIPTA PERMAINAN

Elemen yang Indikator Prestasi dan Pemarkahan
diuji
Sangat Lemah Sederhana Baik Cemerlang
Merancang idea Lemah (17-20markah)
permainan (1-4markah) (5-8markah) (9-12markah) (13-16markah)
Menghasilkan
permainan
Menulis
deskripsi
permainan
Melengkapkan
tugasan/aktiviti

Lampiran K: Skala Kadar Pentaksiran Rakan Sebaya

SKALA KADAR

Nama pelajar: _______________________________
Kelas: __________________

Arahan:
Tandakan (√) pada skala yang sesuai dengan anda.

Kemahiran Mencipta Permainan Rendah Tinggi Ulasan
1 2345 (Sumber: PPK, 2001)
Merancang idea atau elemen permainan
berasaskan isi kandungan Kimia Organik
Menghasilkan elemen permainan secara
berstruktur/menepati tema
Menulis dengan jelas deskripsi permainan yang
dicipta
Melengkapkan tugasan/aktiviti berkaitan
permainan yang dicipta

26

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Lampiran: Contoh Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca

27

MENINGKATKAN PELAKSANAAN NON FACE TO FACE PELAJAR
BIOLOGI DB 024 MELALUI GELUNG PENILAIAN FORMATIF
DIGITAL

Norsaliza binti Sabua, Noor Hazwani binti Nazrib, Mohamad Afiq bin Md Aminc
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
aEmail: [email protected]
bEmail: [email protected]
cEmail: [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan atas kesedaran untuk meningkatkan pelaksanaan aktiviti none face to
face (NF2F) di luar kelas dalam kalangan pelajar Biologi DB 024 di Kolej Matrikulasi Pulau
Pinang. Seramai tiga orang pensyarah Biologi dan 48 orang pelajar terlibat dari tiga buah
kelas program Sistem Empat Semester (SES) semester dua sesi 2018/2019. Tinjauan awal
menunjukkan pelajar-pelajar tidak melaksanakan aktiviti NF2F sebelum memasuki kelas.
Mereka mudah hilang fokus dalam kelas. Pencapaian mereka juga rendah dalam kuiz-kuiz,
Bioblast dan Ujian Amali Bertulis. Kaedah gelung penilaian formatif digital yang
menggunakan aplikasi-aplikasi atas talian percuma iaitu quizizz, google classroom dan google
docs diperkenalkan sebagai satu teknik untuk mengesan pelaksanaan NF2F oleh setiap
responden. Quizizz digunakan untuk menilai pencapaian dalam soalan-soalan objektif. Google
classroom dan google docs digunakan untuk menilai pencapaian dalam soalan-soalan esei.
Tiga topik dipilih sebagai bahan kajian iaitu Biodiversity, Coordination dan Immunity. Tempoh
kajian dilaksanakan ialah selama satu semester iaitu 18 minggu. Dapatan kuantitatif
menunjukkan berlaku peningkatan skor responden dari topik Biodiversity ke Immunity.
Dapatan kualitatif menunjukkan berlaku perubahan sikap positif pelajar di mana pelajar
semakin rajin berkonsultansi bersama pensyarah di luar kelas.

Kata kunci: quizizz, google classroom, google docs

1.0 PENDAHULUAN

Mulai sesi pengajian 2018/2019, program matrikulasi di kolej-kolej matrikulasi di seluruh
Malaysia melaksanakan Pendidikan Berasaskan Hasil atau Outcome-Based Education (OBE)
untuk mendapatkan pengakreditan Program Matrikulasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau
Malaysian Qualifications Register (MQA). OBE merupakan suatu proses akademik dan
menggunakan pendekatan membangunkan jangkaan berfokuskan keberhasilan seperti
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dicapai oleh pelajar sebelum mereka dapat
bergraduat. Struktur program matrikulasi bagi jurusan Sains di bawah sistem MQA ini
terbahagi kepada Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES). Kaedah
pengambilan pelajar untuk mengikuti program SDS dan SES adalah berdasarkan pencapaian
pelajar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Secara amnya, pencapaian dalam SPM bagi
pelajar yang terpilih untuk mengikuti program SDS adalah lebih baik daripada yang terpilih
untuk mengikuti program SES.

2.0 REFLEKSI PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN YANG LALU

Dalam sistem yang baru ini, setiap subjek dirombak dan ditambah baik selaras dengan syarat
akreditasi MQA. Subjek Biologi SES yang ditawarkan pada semester satu iaitu DB 014 dan
yang ditawarkan pada semester dua iaitu DB 024 juga mengalami rombakan dan penambah

1

baikan. Antaranya ialah dari segi jumlah jam pertemuan pelajar dengan pensyarah. Jam
pertemuan pelajar dengan pensyarah atau face to face (F2F) dikurangkan daripada 5 jam
seminggu mengikut sistem lama kepada 3 jam seminggu. Ini bermakna tempoh pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPC) menjadi lebih singkat berbanding dengan sistem sebelum ini.
Kekurangan jam pertemuan tersebut digantikan dengan non face to face (NF2F) yang
sepatutnya dilaksanakan oleh pelajar di luar kelas bagi setiap topik. Malangnya, kami dapati
kebanyakan pelajar tidak melaksanakan none face to face (NF2F) sebelum memasuki kelas
atau selepas kelas. Akibatnya prestasi mereka adalah rendah seperti yang ditunjukkan dalam
kuiz-kuiz, latihan Bioblast dan Ujian Amali Bertulis semasa mereka berada di semester satu
dan di awal semester dua. Selain itu, mereka juga didapati cepat hilang fokus semasa PdPC.

Kami telah menyemak satu dokumen yang dinamakan Table 4 MQA untuk mencari
maklumat mengenai student learning time (SLT) bagi DB 014. Didapati bahawa bagi guided
learning (F2F) iaitu pertemuan pelajar dengan pensyarah di dalam kelas bagi topik Biodiversity
ialah 13 jam, Coordination selama 8 jam manakala Immunity selama 4 jam. Independent
learning (NF2F) bagi topik Biodiversity, Coordination dan Immunity didapati sama dengan
F2F iaitu 13 jam, 8 jam dan 4 jam masing-masing. Pemberatan tempoh NF2F yang sama
dengan F2F menunjukkan bahawa betapa pentingnya pelajar-pelajar membuat ulangkaji dan
persediaan sebelum menghadiri kelas. Kaedah pelaksanaan guided learning bagi NF2F yang
disarankan oleh MQA adalah e-learning. Seterusnya kami menyemak Jadual Penentu Ujian
(JPU) PSPM Semakan Kurikulum Program Matrikulasi KPM 2017 untuk mengetahui jumlah
soalan yang akan disoal bagi setiap topik. Didapati bahawa bagi topik Biodiversity, format
soalan yang akan disoal dalam PSPM ialah 7 markah atau 7 soalan objektif dan 6 markah untuk
soalan pendek bertulis. Bagi topik Coordination pula diperuntukkan sebanyak 4 markah atau
4 soalan objektif dan 8 markah untuk soalan pendek bertulis. Bagi topik Immunity, telah
diperuntukkan sebanyak 3 markah atau 3 soalan objektif dan 4 markah untuk soalan pendek
bertulis. Oleh hal yang demikian, penekanan perlu diberikan kepada kemahiran menjawab
soalan objektif dan soalan bertulis iaitu esei-esei pendek sebagai persediaan pelajar
menghadapi peperiksaan PSPM kelak.

Justeru kami merasakan pelajar-pelajar ini perlu lebih bimbingan dan pemantauan
daripada pensyarah walaupun mereka sudah menjadi pelajar kolej dari aspek pelaksanaan
NF2F. Maka semasa pertemuan di dalam kelas, kami dapat menjelaskan bahagian-bahagian
yang sukar sahaja dalam sesuatu topik atau yang disoal oleh pelajar tanpa perlu menjelaskan
satu persatu isi kandungan setiap slaid. Hasil perbincangan, kami bersepakat untuk
melaksanakan satu kaedah yang kami namakan sebagai gelung penilaian formatif digital.
Kaedah ini dilaksanakan secara atas talian semasa berada di dalam kelas atau selepas kelas
memandangkan semua pelajar kami mempunyai telefon pintar dan wifi internet percuma yang
tersedia di dalam kolej. Bahkan ia menepati dengan ciri pembelajaran di abad ini. Aplikasi
quizizz digunakan untuk menilai pencapaian pelajar dalam soalan-soalan objektif. Aplikasi
google classroom bersama dengan google docs digunakan untuk menilai prestasi pelajar dalam
mengarang esei. Antara kebaikan quizizz, google classroom dan google docs ialah percuma di
samping set soalan dan hasil analisis boleh dicapai pada bila-bila masa oleh pensyarah dan
digunakan berulang-ulang kali dengan semua kelas.

2

3.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini difokuskan kepada subjek Biologi DB 024 yang ditawarkan dalam semester dua
program SES. Skop kajian dikecilkan lagi dengan memilih tiga topik sahaja daripada 12 topik
iaitu Biodiversity yang mengandungi paling banyak konsep, Coordination dan topik terakhir
iaitu Immunity yang tidak sempat dilaksanakan penilaian formatif. Hanya dua kemahiran yang
hendak dinilai iaitu menjawab soalan-soalan objektif yang diberi sebelum pengajaran sesuatu
topik dan kemahiran mengarang esei selepas pengajaran sesuatu topik. 10 soalan objektif
disediakan masing-masing bagi topik Biodiversity, Coordination dan Immunity melalui
aplikasi quizizz. Satu soalan esei disediakan masing-masing bagi topik Biodiversity,
Coordination dan Immunity melalui aplikasi google docs dan google classroom.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian terbahagi kepada objektif am dan objektif khusus.

4.1 Objektif am
Meningkatkan pelaksanaan aktiviti none face to face (NF2F) di luar kelas dalam kalangan
pelajar Biologi DB 024 melalui pelaksanaan gelung penilaian formatif digital.

4.2 Objektif khusus

(i) Meningkatkan pencapaian pelajar menjawab soalan objektif bagi topik
Biodiversity, Coordination dan Immunity melalui penggunaan aplikasi quizizz
sebelum pengajaran topik-topik berkenaan.

(ii) Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan-soalan esei bagi topik
Biodiversity, Coordination dan Immunity melalui penggunaan aplikasi google
docs dan google classroom selepas pengajaran topik-topik berkenaan.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 48 orang pelajar program SES yang mengambil Biologi DB
024 pada semester dua sesi 2018/2019. 31 orang daripada mereka adalah dari Modul 1 yang
mengambil ketiga-tiga subjek sains tulen iaitu Biologi, Fizik dan Kimia. 17 orang daripada
mereka adalah dari Modul 3 yang mengambil dua subjek sains tulen iaitu Biologi dan Kimia
di samping subjek komputer. Kesemua pelajar adalah Melayu. 40 orang daripada mereka
adalah perempuan manakala 8 orang adalah lelaki. Mereka berasal sama ada dari Pulau Pinang,
Kedah, Perak atau Kelantan. Majoriti pelajar mendapat gred lulus dalam subjek Matematik
Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi atau Sains Komputer semasa peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala dalam PSPM Semester 1 Sesi 2018/2019, 6 daripada
pelajar ini mendapat gred A, 16 orang gred A-, 13 orang gred B+, 10 orang gred B, 2 orang
gred B- dan seorang mendapat gred C+.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Proses kajian dilaksanakan mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1988) seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1. Model ini melibatkan tiga gelung proses yang mana setiap satu

3

gelung melibatkan empat langkah iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.
Langkah mereflek telah dibincangkan dalam bahagian sebelum ini. Tiga langkah lagi akan
diterangkan dalam bahagian seterusnya.

mereflek tinjauan awal

memerhati GELUNG 1 merancang

memerhati bertindak Ke gelung
mereflek seterusnya
GELUNG 2 jika perlu

merancang

bertindak

Rajah 1 Gelung kajian mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1988)

6.1 Tinjauan masalah

Jadual 1 menunjukkan langkah-langkah tinjauan masalah yang telah kami laksanakan dalam
kajian ini mengikut minggu PdPC pada semester dua. Tinjauan masalah mengambil tempoh
selama dua minggu sahaja.

Jadual 1 : Langkah-langkah dalam tinjauan masalah

Langkah Minggu Cara penilaian Kumpulan sasaran Tujuan
11 48 pelajar DB024
Semakan dokumen: Meninjau isi
spesifikasi yang terpilih sebagai kandungan DB 024
sampel kajian
kurikulum DB 024 dan tahap
kesukarannya

4

Semakan dokumen: Mengenal pasti
headcount prestasi setiap
pelajar pada
2 2 pencapaian setiap semester satu
pelajar mengikut
kelas dalam PSPM Meninjau usaha
semester 1 pelajar

Semakan buku menyelesaikan
3 1 dan 2 tutorial pelajar bagi tutorial sebelum
memasuki kelas
topik 1
Mengenal pasti
Soal jawab lisan tahap persediaan
sebelum memulakan pelajar membaca
4 1 dan 2 pengajaran sesuatu
nota kuliah
topik mengikut sebelum memasuki
kandungan dalam
kelas
nota kuliah

6.2 Analisis tinjauan masalah

Jadual 2 menunjukkan analisis masalah yang telah dikenal pasti dalam setiap langkah tinjauan
masalah yang telah dijelaskan dalam Bahagian 6.1. Semua masalah yang telah dikenal pasti
diletakkan dalam jadual yang sama dengan Bahagian 6.1 untuk memudahkan kefahaman dan
rujukan.

Jadual 2 : Analisis masalah dalam setiap langkah tinjauan masalah

Langkah Minggu Cara penilaian Kumpulan Masalah yang dikenal
1 1 sasaran
2 2 Semakan pasti
dokumen: 48 pelajar
spesifikasi DB024 yang Konsep-konsep Biologi
kurikulum DB terpilih sebagai dalam DB 024 didapati
sampel kajian lebih sukar berbanding
024
dengan DB 014 dan
Semakan mencakupi kira-kira 70%
dokumen: kandungan silibus SB 025
headcount
pencapaian setiap dalam program SDS.
pelajar mengikut
kelas dalam Pencapaian gred A hanya
PSPM semester 1 20%. Pencapaian gred

terendah iaitu C+ sebanyak
4%. Sebanyak 76%

mencapai gred B- hingga
A-.

5

Semakan buku Secara purata hanya 50%
3 1 dan 2 tutorial pelajar pelajar sahaja yang

bagi topik 1 melengkapkan jawapan
tutoran. Kira-kira 5%
Soal jawab lisan pelajar tidak menjawab
soalan tutoran melebihi
sebelum
70%.
memulakan
Kebarangkalian pelajar
4 1 dan 2 pengajaran yang boleh menjawab
soalan lisan dengan betul
sesuatu topik
ialah 1/3.
mengikut

kandungan dalam

nota kuliah

6.3 Kaedah Pelaksanaan

Berdasarkan tinjauan tersebut, didapati bahawa pelajar tidak melaksanakan non face to face
apabila berada di luar kelas. Kemungkinan mereka meluangkan masa yang sangat banyak
untuk menyiapkan tugasan sebanyak lima tugasan hingga tidak memberi ruang bagi persediaan
menghadapi PSPM. Bagimanapun, kami mahukan semua pelajar kami membuat persediaan
rapi untuk menghadapi PSPM semester dua tersebut. Maka, kami hendak melaksanakan gelung
penilaian formatif digital yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Aktiviti-aktiviti dalam gelung penilaian formatif digital

Aktiviti 1 Minggu ketiga: Melaksanakan kuiz 10 soalan subtopik Fungi melalui
Aktiviti 2 quizizz di dalam kelas sebelum subtopik berkenaan diajar.
Aktiviti 3
Minggu ketiga: Melaksanakan kuiz 10 soalan subtopik Plantae melalui
Aktiviti 4 quizizz di dalam kelas sebelum subtopik berkenaan diajar.

Minggu ketiga: Melaksanakan kuiz 10 soalan subtopik Animalia melalui
quizizz di dalam kelas sebelum subtopik berkenaan diajar.

Minggu keempat: Memberikan satu soalan esei mengenai perbandingan
antara Fungi dan Plantae dan satu soalan esei lagi untuk ciri-ciri Chordata
dalam Animalia melalui aplikasi google classroom dan google docs selepas
selesai PdPC topik Biodiversity.

Aktiviti 5 Minggu kelima belas: Melaksanakan kuiz 10 soalan subtopik Coordination
melalui quizizz di dalam kelas sebelum subtopik berkenaan diajar.

Aktiviti 6 Minggu keenam belas: Memberikan satu soalan esei mengenai nervous
system melalui aplikasi google classroom dan google docs selepas selesai
PdPC topik Coordination.

6

Aktiviti 7 Minggu ketujuh belas: Melaksanakan kuiz 10 soalan subtopik Immunity
melalui quizizz di dalam kelas sebelum subtopik berkenaan diajar.

Aktiviti 8 Minggu kelapan belas: Memberikan satu soalan esei mengenai types of
immune response melalui aplikasi google classroom dan google docs
selepas selesai PdPC topik Immunity.

6.4 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian

6.4.1 Pelaksanaan aktiviti 1

Kami telah menyiapkan 10 soalan kuiz subtopik Fungi dari topik Biodiversity dalam satu akaun
quizizz sebelum kelas terlebih dahulu. Pelajar dikehendaki menjawab kuiz tersebut sebelum
PdPC dimulakan. Pelajar mencapai quizizz dengan menggunakan telefon pintar mereka yang
disambungkan kepada wifi kolej atau data internet mereka sendiri. Markah pelajar dipancarkan
ke skrin menggunakan lcd projector sepanjang tempoh permainan. Setelah 15 minit, semua
pelajar selesai menjawab. Data dianalisis secara automatik setelah butang analyse diklik.
Kemudian PdPC subtopik Fungi dimulakan.
Refleksi

Semua pelajar cekap menggunakan quizizz kerana sudah biasa menggunakannya semasa di
semester satu. Cuma kelihatan beberapa orang pelajar seperti sukar memilih jawapan. Mungkin
mereka tidak bersedia sebelum kelas. Rajah 2 menunjukkan hasil analisis kuiz Fungi yang
dikeluarkan oleh quizizz. Berdasarkan dapatan tersebut, didapati pelajar-pelajar lemah dalam
konsep pengkelasan Fungi iaitu sama ada Zygomycota, Ascomycota atau Basidiomycota. Hal
ini kerana dapatan menunjukkan pelajar tidak dapat memilih jawapan yang tepat.

Rajah 2 Analisis quizizz bagi kuiz Fungi
7

6.4.2 Pelaksanaan aktiviti 2
Pada sesi PdPC seterusnya, pelajar dikehendaki menjawab kuiz subtopik Plantae dari topik
Biodiversity sebelum PdPC dimulakan. Setelah 15 minit, semua pelajar selesai menjawab. Data
dianalisis secara automatik. Kemudian PdPC subtopik Plantae dimulakan.

Refleksi
Pada kali ini, ramai wajah pelajar yang kelihatan berkerut. Nampaknya ramai pelajar yang tidak
bersedia. Refleksi kami mendapati 50% pelajar gagal dalam menjawab kuiz Plantae ini. Kami
mengkaji analisis yang dikeluarkan oleh quizizz seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3
berikut. Kami dapati kebanyakan pelajar tidak memahami konsep alternation of generation
iaitu gametophyte dan sporophyte. Semua jawapan yang salah diwarnakan latar belakang
dengan merah oleh quizizz. Nama-nama pelajar yang menjawab dengan salah juga boleh
dilihat.

Rajah 3 Analisis quizizz bagi kuiz Plantae
6.4.3 Pelaksanaan aktiviti 3
Pada sesi PdPC yang sama dengan aktiviti 2, pelajar menjawab kuiz subtopik Animalia dari
topik Biodiversity selepas selesai PdPC Plantae. Setelah 15 minit, semua pelajar selesai
menjawab. Data dianalisis secara automatik. Kemudian PdPC subtopik Animalia dimulakan.
Refleksi
Pada kali ini, lebih ramai wajah pelajar yang kelihatan berkerut. Sebetulnya Animalia
merupakan satu subtopik yang sukar kerana terdapat sembilan phylum yang perlu dihafal. Jika
pelajar hanya dapat menghafal beberapa phylum saja belum membolehkan mereka mendapat
markah yang tinggi dalam subtopik ini. Nampaknya lebih ramai yang tidak bersedia. Hal ini
kerana berdasarkan Rajah 4, didapati kelemahan yang sangat ketara pada memahami dan
mengingati ciri-ciri unik bagi Animalia tertentu seperti Phylum Mollusca dan Chordata.

8

Rajah 4 Analisis quizizz bagi kuiz Animalia

6.4.4 Pelaksanaan aktiviti 4

Selepas selesai PdPC seluruh topik Biodiversity, satu soalan esei mengenai perbandingan
antara Fungi dan Plantae dan satu soalan esei lagi untuk ciri-ciri Chordata dalam Animalia
diberikan melalui aplikasi google classroom yang dihubungkan dengan google docs. Pelajar
menaip jawapan esei mereka masing-masing dalam google docs menggunakan telefon pintar
mereka. Tempoh untuk pelajar menjawab ialah seminggu. Kami memeriksa esei-esei pelajar
secara atas talian bila kelapangan. Tugasan ini dilaksanakan di luar kelas sebagai kerja rumah.

Refleksi

100% pelajar melaksanakan tugasan ini. Terdapat tiga orang pelajar yang tidak pandai
menggunakan google docs. Akibat salah klik, jawapan esei mereka termasuk dalam google
docs orang lain. Hal ini menyebabkan terdapat dua nama dalam satu google docs yang sama.
Kami menghubungi pelajar melalui google classroom untuk membimbing pelajar-pelajar
berkenaan. Didapati juga terdapat banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa dari segi penggunaan
huruf besar dan huruf kecil. Kesalahan ejaan walaupun satu huruf dan kesalahan penggunaan
huruf besar dan kecil walaupun pada satu perkataan akan dikira salah dalam subjek ini.

6.4.5 Pelaksanaan aktiviti 5

Pada sesi PdPC seterusnya, pelajar dikehendaki menjawab kuiz subtopik Coordination. Setelah
15 minit, semua pelajar selesai menjawab. Data dianalisis secara automatik. Kemudian barulah
PdPC subtopik Coordination dimulakan.

Refleksi

Kali ini pelajar kelihatan sangat cekap menggunakan quizizz tetapi pencapaian mereka akan
diteliti kemudian.

9

6.4.6 Pelaksanaan aktiviti 6

Selepas selesai PdPC seluruh topik Coordination, satu soalan esei mengenai nervous system
diberikan melalui aplikasi google classroom yang dihubungkan dengan google docs. Pelajar
menaip jawapan esei mereka masing-masing dalam google docs menggunakan telefon pintar
mereka. Tempoh untuk pelajar menjawab ialah seminggu. Kami memeriksa esei-esei pelajar
secara atas talian bila kelapangan. Tugasan ini dilaksanakan di luar kelas sebagai kerja rumah.

Refleksi

Tiada kesilapan dalam penggunaan google docs. 100% pelajar melaksanakan tugasan ini. Esei-
esei pelajar nampaknya lebih berkualiti jika dibandingkan dengan esei-esei sebelumnya.

6.4.7 Pelaksanaan aktiviti 7

Pada sesi PdPC seterusnya, pelajar dikehendaki menjawab kuiz subtopik Immunity sebelum
PdPC dimulakan. Setelah 15 minit, semua pelajar selesai menjawab. Data dianalisis secara
automatik. Kemudian dimulakan PdPC untuk subtopik Immunity.

Refleksi

Markah pelajar yang dipaparkan pada skrin nampaknya sangat baik hingga ada beberapa
pelajar yang dapat markah penuh. Bagaimanapun analisis data akan diteliti kemudian.

6.4.8 Pelaksanaan aktiviti 8

Selepas selesai PdPC seluruh topik Immunity, satu soalan esei mengenai types of immune
response diberikan melalui aplikasi google classroom yang dihubungkan dengan google docs.
Pelajar menaip jawapan esei mereka masing-masing dalam google docs menggunakan telefon
pintar mereka. Tempoh untuk pelajar menjawab ialah dua hari sahaja kerana aktiviti ini
dilaksanakan pada minggu akhir PdPC. Kami memeriksa esei-esei pelajar secara atas talian
apabila ada kelapangan. Tugasan ini dilaksanakan di luar kelas sebagai kerja rumah.

Refleksi

Tiada kesilapan dalam penggunaan google docs. 100% pelajar melaksanakan tugasan ini. Hasil
semakan mendapati bahawa para pelajar berupaya menghuraikan isi jawapan soalan esei
dengan sangat baik. Hal ini mungkin disebabkan soalan esei yang diberi agak mudah.

6.5 Refleksi kajian

6.5.1 Penilaian pencapaian pelajar

Setelah selesai pelaksanaan semua aktiviti dan merefleksi semua kekuatan dan kelemahan
setiap aktiviti tersebut, analisis data yang terkumpul daripada semua kuiz di quizizz diteliti.
Semua kuiz mengandungi 10 soalan objektif. Maka skor maksimum ialah 10. Oleh kerana
semua kuiz dilaksanakan sebelum sesi PdPC subtopik-subtopik berkenaan, maka kami telah
menetapkan skor minimum sebanyak 4 sebagai penanda aras pelajar-pelajar telah
melaksanakan NF2F. Skor 7 pula diterima sebagai cemerlang dalam pelaksanaan NF2F bagi
subtopik berkenaan. Jadual 4 menunjukkan pencapaian keseluruhan pelajar-pelajar kami dalam

10

kuiz-kuiz quizizz tersebut. Kami menyusun data kuiz itu mengikut urutan setiap subtopik
berkenaan dalam spesifikasi kurikulum DB 024.

Jadual 4 Pencapaian keseluruhan pelajar dalam quizizz

Kuiz skor ≤ 4 Peratus pelajar (%) skor ≥ 7
4 < skor >7 55.56
3.51
Biodiversity Fungi 6.17 38.27 4.67
Plantae 50.00 46.49 55.56
Coordination Animalia 48.60 46.73 93.33
Immunity 22.22 22.22
0.00 6.67

Keputusan menunjukkan bahawa pencapaian pelajar-pelajar kami tidak memuaskan
dalam subtopik Plantae dan Animalia dari topik pertama iaitu Biodiversity berbanding dengan
topik Coordination dan Immunity. Konsep-konsep dalam topik Biodiversity bolehlah dikatakan
sebagai tidak sukar berbanding dengan topik Coordination dan Immunity. Sungguhpun begitu,
jumlah konsep dalam Biodiversity sangatlah banyak berbanding dengan semua topik lain dalam
DB 024. Justeru, teknik menghafal dan mengingat yang sesuai sangat diperlukan dalam
pembelajaran topik Biodiversity. Satu teknik tersebut ialah teknik pemetaan konsep dengan
menggunakan peta konsep. Teknik ini diperkenalkan oleh Joseph Donald Novac pada tahun
1960-an. Malangnya, pelajar-pelajar kami tidak mahu menyiapkan peta konsep mereka
walaupun dibimbing oleh pensyarah. Mereka lebih gemar menggunakan teknik lama mereka
iaitu menghafal secara terus dari nota kuliah. Akibatnya, mereka tidak ingat apa yang dihafal
dan konsep-konsep jadi bercampur-baur antara subtopik.

Pencapaian dalam topik Coordination menunjukkan peningkatan berbanding dengan
topik Biodiversity. Peratus pelajar yang mendapat skor sekurang-kurangnya 7 melebihi peratus
pelajar yang mendapat skor kurang daripada 4 dan skor antara 4 dan 7. Pencapaian pelajar kami
dalam topik Immunity pula adalah yang terbaik kerana tiada pelajar kami yang mendapat skor
kurang daripada 4 dan peratus pelajar yang mendapat skor melebihi 7 adalah sangat tinggi.
Nampaknya pelajar-pelajar kami sudah rajin membuat persediaan rapi sebelum mempelajari
topik baru di dalam kelas. Tiada pelajar yang gagal dalam pelaksanaan NF2F bagi topik
Immunity kerana tiada dalam kalangan mereka yang mendapat skor kurang daripada 4. Bahkan
terdapat empat orang pelajar yang berjaya mendapat skor 10 bagi kuiz Immunity walaupun
mereka belum mempelajarinya lagi secara formal di dalam kelas bersama pensyarah. Keempat-
empat pelajar ini mengatakan mereka membuat latih tubi soalan-soalan tutorial dan koleksi
soalan tahun lepas selepas membaca dan menghafal kandungan topik Immunity dari nota
kuliah. Mereka juga mengkaji gambarajah dari buku teks Biologi Matrikulasi bertajuk Biology:
A Global Approach tulisan Campbell et al yang sebelum ini kebanyakan daripada mereka
enggan melaksanakannya.

Pencapaian pelajar dalam menjawab soalan esei juga meningkat dengan sangat baik.
Rajah 5 menunjukkan contoh sebuah esei pelajar bagi topik Coordination yang telah ditaip dan
dihantar oleh salah seorang pelajar dalam google docs. Esei tersebut disemak oleh pensyarah
mengikut skema yang tersedia menerusi aplikasi berkenaan juga. Pelajar berkenaan menerima
komen-komen pensyarah menerusi e-mel dan boleh membukanya menggunakan komputer riba

11

atau telefon pintar. Komen-komen pensyarah muncul di sebelah kanan esei berkenaan. Setiap
poin yang betul diwarnakan kuning, diberikan satu markah dan ditunjukkan dalam kotak-kotak
komen tersebut. Pelajar ini berjaya menulis lebih daripada 10 poin, maka markah maksimum
iaitu 10 telah diberikan kepadanya. Bagi esei ini, satu kesilapan ejaan istilah Sains dan satu
perkataan yang tertinggal telah ditemui. Pensyarah membetulkan kedua-dua kesalahan tersebut
dengan menggunakan menu suggesting mode yang tersedia pada google docs. Pembetulan oleh
pensyarah diwarnakan hijau secara automatik. Rajah 6 menunjukkan pandangan keseluruhan
esei yang dihantar oleh pelajar dan di sebelah kirinya ialah pencapaian skor mereka. Hampir
semua pelajar mendapat skor 10.

Rajah 5 :Sebuah esei pelajar dalam google docs bagi topik Coordination yang telah
disemak

12

Rajah 6 :Pandangan keseluruhan esei dan skor pelajar

6.5.2 Penilaian sikap pelajar

Kami dapati berlaku perubahan sikap yang positif dari masa ke semasa dalam kalangan pelajar-
pelajar kami terhadap kaedah pembelajaran subjek Biologi. Hal ini dapat dilihat apabila pelajar
sudah pandai mengurus masa belajar di luar kelas dengan membuat persediaan awal sebelum
kelas. Semua sumber yang ada seperti nota kuliah dan buku tulisan Campbell et al. semakin
rajin ditelaah oleh mereka. Ramai juga dalam kalangan mereka yang rajin berkonsultasi dengan
kami di luar kelas. Kehadiran mereka dicatatkan dalam buku log kehadiran konsultasi untuk
rujukan akan datang. Kami gembira dengan perubahan sikap ini tetapi agak sedikit risau kerana
ramai dalam kalangan mereka lambat berubah untuk menerima teknik pembelajaran baru
seperti penggunaan peta konsep. Walau bagaimanapun, kesimpulan yang dapat kami buat
daripada hasil kajian ini adalah kematangan fikiran pelajar boleh dibina melalui nasihat dan
dorongan yang berterusan serta berhikmah. Hal ini dapat dilihat apabila pelajar dengan rela
hati berubah sikap dengan lebih menitikberatkan pelajaran mereka selepas diberi nasihat secara
berterusan dari masa ke semasa.

13

7.0 CADANGAN KAJIAN

Hasil daripada dapatan kajian ini, kami mencadangkan cadangan-cadangan berikut:
(i) Penggunaan peralatan digital atas talian seperti quizizz, google classroom dan
google docs wajar dijadikan sebagai alat PdPC bukan sahaja bagi Biologi bahkan
untuk semua subjek lain.
(ii) Para pensyarah perlu berani mencuba penggunaan aplikasi atas talian sebelum,
semasa dan selepas kelas supaya selaras dengan budaya hidup para pelajar mereka
di abad ke-21 ini.
(iii) Selain pelajar, para pensyarah juga wajar membuat persediaan awal sebelum
memasuki setiap kelas seperti merancang dan menyiapkan aktiviti untuk PdPC akan
datang selepas merefleksi PdPC sebelumnya.
(iv) Nasihat, bimbingan dan pemantauan terhadap pelajar perlu diteruskan secara
berhikmah dari masa ke semasa di sepanjang semester. Penggunaan google
classroom memudahkan pelaksanaan perkara ini.
Diharapkan hasil kajian ini bermanfaat dan memberi inspirasi kepada para pensyarah

Biologi Matrikulasi khususnya untuk menggunakan aplikasi atas talian percuma ini sebagai
bahan bantu mengajar yang baru. Penggunaan gelung penilaian formatif digital iaitu google
classroom dan google docs pula secara tidak langsung dapat menerapkan pelaksanaan flipped
classroom yang giat diperkatakan kini.

BIBLIOGRAFI

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press.
Novak, J. D. & Canas, L. J. (2008). The Theory Underlying Concept Maps and How to
Construct and Use Them. Diperolehi daripada http://cmap.ihmc.us/docs/theory-of-concept-
maps.
Sezer, B. (2017). The effectiveness of a technology enhanced flipped science classroom.
Journal of Educational Computing Research. DOI: 10.1177/0735633116671325.

14

PENGGUNAAN KAEDAH MY LITTLE CAR DIAGRAM
UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH MELAKAR

GRAF GERAKAN LINEAR PELAJAR MATRIKULASI, KMNS

1Sitinorsham Shamsudin2Nurhusna Izzah Ismail

Unit Fizik, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
[email protected],[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan kepada 20 orang pelajar –pelajar Program Satu Tahun Semester 1
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan mengenai penguasaan pelajar dalam menyelesaikan
masalah terhadap topik Kinematics Of Linear Motion bagi subtopik Linear Motion.
Fokus kajian ini adalah mengenai aplikasi kaedah My Little Car Diagram untuk
membantu pelajar memahami bagaimana untuk melakar graf sesaran - masa, halaju -
masa dan pecutan - masa dengan baik dan betul dan mengaplikasikannya dalam
menyelesaikan masalah berkaitan gerakan linear. Kajian ini dijalankan menggunakan
Model Kajian Tindakan (John Elliot). Ujian sebelum intervensi dilakukan dan ujian
selepas intervensi dilakukan telah dijalankan untuk membandingkan jumlah markah yang
telah diperoleh oleh pelajar sebelum dan selepas kaedah ini dijalankan. Setelah kedua-
dua ujian ini dijalankan, dapatan menunjukkan peningkatan pelajar mendapat A
sebanyak 55.0% dalam ujian selepas intervensi dilakukan daripada 0% dalam ujian
sebelum intervensi dilakukan dan peningkatan markah lulus kepada 87.50% dalam ujian
selepas intervensi dilakukan daripada 7.5% dalam ujian sebelum intervensi dilakukan.
Berdasarkan kepada data yang diperolehi, didapati kaedah My Little Car Diagram dapat
membantu pelajar untuk melakar Graf Gerakan Linear yang terdiri daripada graf
sesaran - masa, halaju - masa dan pecutan - masa dengan baik dan betul dan
mengaplikasikanya dalam menyelesaikan masalah berkaitan gerakan linear. Data yang
diperolehi telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah My Little Car Diagram amat
berkesan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Fizik.

Kata kunci: Pengajaran subtopik melakar Graf Gerakan Linear, Kaedah My Little Car
Diagram, Model Kajian Tindakan (John Elliot).

1.0 Pendahuluan

Menurut Lilia et al. (2002), graf merupakan kesimpulan terbaik bagi mengaitkan dua
fungsi hubungan. Ramai guru yang bersetuju dengan penggunaan graf dalam peralatan
makmal kerana ianya penting dalam menggalakkan kemahiran graf dan membina
kefahaman pelajar dalam topik Fizik terutamanya topik gerakan (Lapp, 2000). Dalam
kajian ini, Graf Gerakan Linear merupakan satu tajuk dalam silibus Fizik Matrikulasi
Semester 1 di bawah bab Gerakan Linear bagi mengkaji dan menganalisis gerakan lurus
dengan menggunakan kaedah graf. Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti melalui
refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu ketika mengajar topik Linear Motion
didapati bahawa pelajar menghadapi kesukaran untuk melakar graf sesaran-masa, halaju-
masa dan pecutan-masa dan menyelesaikan masalah berkaitan graf gerakan linear.
Keputusan ujian bulanan mereka menunjukkan keputusan yang sangat teruk. Mereka
tidak dapat melakar graf sesaran-masa, halaju-masa dan pecutan-masa dengan betul.
Telah banyak usaha yang kami lakukan sebelum ini dengan mengadakan kelas tambahan
dan memperbanyakkan latihan, tetapi hasilnya masih sama. Mereka masih gagal untuk
melakar graf sesaran-masa, halaju-masa dan pecutan-masa dengan betul. Ini disebabkan
oleh pelajar tidak dapat mentafsir graf gerakan linear dengan betul, masalah salah konsep
dan masalah menghubungkaitkan antara dua graf.

1

Kajian ini akan dijalankan kepada 20 orang pelajar Program Dua Semester,
Semester 1, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan mengenai penguasaan pelajar dalam
menyelasaikan masalah terhadap topik Linear Kinematics bagi subtopik Linear Motion
menggunakan kaedah My Little Car Diagram. Kaedah My Little Car Diagram adalah satu
kaedah yang digunakan untuk pelajar memahami graf yang dilakar dengan
mengaitkannya dengan situasi sebenar supaya pelajar dapat membina kefahaman mereka
sendiri dan seterusnya dapat diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah berkaitan graf
gerakan linear. Menurut spesifikasi kurikulum Fizik SP015 subtopik gerakan linear yang
dipelajari bagi topik ini terhad kepada tiga subtopik utama iaitu subtopik 2.1 gerakan
linear, subtopik 2.2 gerakan pecutan seragam dan subtopik 2.3 gerakan projektil.
Subtopik gerakan linear yang dipelajari bagi topik ini terhad kepada membincangkan
maksud fizikal graf sesasaran melawan masa, graf halaju melawan masa dan graf pecutan
melawan masa. Pelajar juga perlu menentukan jarak, sesaran, halaju dan pecutan daripada
graf yang diberikan. Kajian ini dijalankan menggunakan Model Kajian Tindakan (John
Elliot).

2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Berdasarkan pengalaman mengajar yang lalu, semasa kelas tutoran bagi subtopik gerakan
linear, didapati hampir 85% pelajar tidak boleh melakar dan mentafsir graf gerakan linear
dengan betul. Laporan kerja calon dalam PSPM SF016 dan DF015, menunjukan antara
kesalahan yang dilakukan oleh pelajar ialah Graf halaju - masa (v - t graph). Majoriti
calon berjaya menjawab soalan ini dengan mengira pecutan, a dari kecerunan graf
manakala sebahagian kecil menggunakan rumus (v = u + at). Namun, penggunaan rumus
gagal memberikan jawapan yang tepat kerana kesilapan calon menentukan masa, t dan
halaju,v dari graf. Hampir kesemua calon gagal mengira sesaran, s dari luas di bawah graf
terutamanya untuk t = 20s dan t = 25s. Hanya 5% calon berjaya melakar graf s - t dengan
tepat. Selebihnya hanya berjaya melukis dan mendapat 1 markah untuk paksi dan label.
Kegagalan kefahaman pelajar untuk melakar graf gerakan linear ini sering terjadi
berdasarkan ujian-ujian yang pernah diberi kepada pelajar-pelajar pada beberapa sesi
sebelum ini. Kegagalan ini disebabkan oleh beberapa faktor diantaranya ialah kaedah
pembelajaran yang kurang menarik dan sukar difahami oleh pelajar.

Menurut Lilia et al. (2002), salah tafsir graf merujuk kepada kesalahan pelajar
membaca, menganalisis dan menterjemahkan graf. Kesalahan tafsir jenis graf pula boleh
diperincikan seperti berikut iaitu menganggap luas di bawah graf sebagai halaju bagi graf
sesaran-masa, menganggap luas di bawah graf sebagai pecutan bagi graf halaju-masa,
menganggap kecerunan graf sebagai sesaran bagi graf halaju masa, menganggap
kecerunan graf sebagai halaju bagi graf pecutan masa dan pelajar salah mengira skala
pada paksi graf. Menurut Lilia et al. (2002), kesalahan konsep ialah kesalahan yang
dilakukan pelajar dalam memahami konsep yang diajarkan disebabkan tanggapan awal
pelajar terhadap sesuatu perkara dan pengetahuan sedia ada yang tidak seiring dengan
konsep sebenar. Contoh kesalahan konsep yang sering berlaku dalam tajuk Graf Gerakan
Linear ialah salah konsep dalam mentafsir kecerunan graf positif di paksi negatif,
mengukur garisan graf sebagai sesaran objek bergerak, gagal menggunakan kuantiti

2

dalam dalam graf bagi menyelesaikan masalah graf dan gagal mengaitkan dunia graf
dengan dunia realiti.

Faktor yang terakhir adalah kesukaran pelajar dalam membuat hubungkait antara
dua atau lebih graf. Dalam membuat hubungkait graf, pelajar sering menghadapi masalah
mengaitkan satu situasi pada dua graf yang berlainan seperti mengaitkan sesaran pada
graf halaju - masa dan graf sesaran - masa. Menurut Hale (2000), pelajar menganggap
mencari kedudukan bagi satu objek dalam graf halaju - masa adalah sama dengan graf
sesaran - masa bagi objek tersebut. Contohnya pelajar bermasalah dalam melukis semula
gerakan objek dalam graf halaju-masa kepada graf pecutan-masa. Maklum balas yang
diberikan oleh pelajar dan pensyarah-pensyarah serta keazaman untuk mengubah keadaan
ini telah mendorong saya untuk menjalankan kajian ini untuk memperbaiki kelemahan
pada diri kami serta mempertingkatkan pembelajaran pelajar – pelajar khususnya. Oleh
itu pendedahan kepada aplikasi kaedah My Little Car Diagram untuk pelajar memahami
graf yang dilakar dengan mengaitkannya dengan situasi sebenar iaitu menghubungkan
dunia graf dan dunia sebenar supaya pelajar dapat membina kefahaman mereka sendiri
dan mengaplikasikanya dalam menyelesaikan masalah berkaitan melakar graf gerakan
linear adalah sangat membantu para pelajar dan pensyarah.

Oleh itu dengan kaedah My Little Car Diagram ini, diharapkan dapat membantu
pelajar untuk memahami dan menyelesaikan masalah melakar graf gerakan linear yang
tediri daripada graf sesaran - masa, hakaju - masa dan pecutan - masa dan seterusnya
menyelesaikan masalah berkaitan graf gerakan linear. Berdasarkan kepada pemerhatian
yang dilakukan, didapati kaedah My Little Car Diagram dapat membantu pelajar dalam
memahami dan menyelesaikan masalah berkaitan graf gerakan linear bagi topik Gerakan
Linear. Disamping itu juga, kaedah My Little Car Diagram ini juga boleh digunakan
sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif yang berkesan.

3.0 Fokus Kajian

Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dinyatakan dalam refleksi pengajaran dan
pembelajaran yang lalu, kajian ini akan memfokuskan kepada sejauh mana penggunaan
kaedah My Little Car Diagram ini dapat membantu pelajar dan pensyarah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Fizik bagi topik Gerakan Linear dan meningkatkan
penguasaan pelajar untuk memahami dan menyelesaikan masalah berkaitan graf gerakan
linear. Topik ini juga adalah salah satu topik yang sangat penting dalam Peperiksaan
Semester Program Matrikulasi (PSPM) mewakili 3 markah bagi kertas satu dan 10
markah bagi kertas 2. Kegagalan pelajar untuk menjawab topik ini dengan baik boleh
menyebabkan mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
seterusnya merendahkan peluang mereka untuk masuk ke universiti dan mengambil
kursus yang mereka minati kelak.

3

4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif Umum

Membantu untuk meningkatkan penguasaan pelajar untuk memahami dan menyelesaikan
masalah berkaitan graf gerakan linear.

4.2 Objektif Khusus

Objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah melakar graf gerakan linear
dengan menggunakan kaedah My Little Car Diagram .
2. Membantu pelajar mentafsir graf gerakan linear dengan menggunakan kaedah
My Little Car Diagram.

5.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran kami terdiri daripada 20 orang pelajar daripada dua kumpulan
praktikum S1CP1 dan S1CP2 yang dikenal pasti mendapat gred gagal berdasarkan ujian
sebelum intervensi yang telah dijalankan pada praktikum berkenaan. Seramai 15 orang
pelajar perempuan dan 5 orang pelajar lelaki yang terdiri dari 15 pelajar berbangsa
Melayu, 3 orang berbangsa cina dan akhir sekali 2 orang berbangsa India. Seorang pelajar
mendapat gred C-, 4 orang pelajar mendapat gred D+, 9 orang pelajar mendapat gred D
dan gred gagal F seramai 6 orang pelajar. Praktikum ini juga merupakan praktikum yang
diajar oleh penyelidik.

6.0 Perancangan Tindakan

6.1 Tinjauan Awal Masalah

6.1.1 Pemerhatian Awal

Dalam perlaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian awal
respon pelajar kepada soalan - soalan yang diajukan secara lisan mengenai subtopik ini.

6.1.2 Ujian Sebelum Intervensi Dijalankan

Ujian sebelum intervensi yang dijalankan ke atas pelajar untuk melihat sejauh mana
kefahaman dan ingatan pelajar bagi subtopik ini.

6.1.3 Soal selidik

Soal selidik mengenai pandangan pelajar mengenai subtopik Linear Motion sebelum
intervensi dijalankan.

6.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah

6.2.1 Pemerhatian Awal

4

Respon kepada soalan - soalan yang diajukan secara lisan kepada pelajar mendapati
hampir kesemua pelajar tidak memahami dan melakar graf gerakan linear ini dengan baik
dan betul sejak mereka belajar topik ini semasa di tingkatan empat dahulu.

6.2.2 Ujian Sebelum Intervensi Dijalankan

Dapatan dari ujian sebelum intervensi dijalankan, kami dapati peratus lulus pelajar adalah
sebanyak 39.39% dan min purata nilai gred adalah 1.22 sahaja. Seramai 20 orang pelajar
mendapat gred gagal iaitu mewakili 60.61% daripada 33 orang pelajar.

Jadual 1: Analisis Ujian Sebelum Intervensi Dijalankan

6.2.3 Soal Selidik Sebelum Intervensi Dijalankan
Dapatan dari soal selidik sebelum intervensi dijalankan mendapati 75.75 % pelajar
menyatakan mereka tidak dapat menjawab soalan ujian sebelum intervensi dijalankan
dengan baik, 54.54 % pelajar tidak dapat memahami dan mengingat konsep dan formula
dalam subtopik ini dengan baik, 69.9 % pelajar tidak dapat melakar graf gerakan linear
dengan baik, 63.63 % pelajar menyatakan mereka sukar memahami pengajaran guru bagi
subtopik ini.

6.3 Merancang Tindakan / Intervensi

Kajian tindakan ini akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu. Kami telah
memperuntukkan 3 sesi tutorial untuk menjalankan kajian ini. Pada sesi tutorial pertama,
pelajar menjalankan ujian sebelum intervensi dijalankan dan soal selidik mengenai
pandangan pelajar terhadap topik Linear Motion. Pada sesi tutorial kedua, pelajar diajar
menggunakan Kaedah My Little Car Diagram selama 60 minit. Pada sesi tutorial yang
ketiga pula, pelajar menjalankan ujian selepas intervensi dilakukan dan seterusnya
menjawab borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai
penggunaan Kaedah My Little Car Diagram ini.

7.0 Pelaksanaan Tindakan

Kajian ini dijalankan menggunakan Model Kajian Tindakan (John Elliot).

Pembinaan Instrumen untuk Tinjauan Awal

Pelaksanaan Tinjauan Awal:
1. Ujian Sebelum Intervensi Dilakukan
2. Soal Selidik

Analisis Data Bagi Tinjauan Awal
5

Perancangan kajian dan pembinaan:
1. Instrumen Untuk Mengumpul Data

- Ujian Selepas Intervensi Dilakukan, Soal Selidik.
2. Kaedah My Little Car Diagram.

Intervensi/Tindakan
Penggunaan Kaedah My Little Car Diagram dalam proses
pengajaran dan pembelajaran semasa sesi tutoran.

Penilaian
1. Ujian Selepas Intervensi dilakukan.
2. Soal Selidik

Analisis Data

Refleksi

Rajah 1: Kerangka Kajian Tindakan

Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh seminggu. Kami telah memperuntukkan
4 sesi tutorial untuk menjalankan kajian ini.

1) Pada sesi tutorial yang pertama, pelajar diajar melakar dan mentafsir graf
gerakan linear menggunakan kaedah konvensional iaitu pensyarah mengajar
menggunakan kaedah kuliah menggunakan power point.

2) Pada sesi tutorial yang kedua, ujian sebelum intervensi dijalankan kepada
kumpulan pelajar yang dipilih sebelum unit pengajaran menggunakan Kaedah
My Little Car Diagram dimulakan. Satu set soalan ujian yang mengandungi 9
soalan tajuk yang dikaji untuk mengukur pengetahuan pelajar bagi topik graf
gerakan linear selepas sesi pengajaran secara konvensional dilakukan. Pelajar
diberi masa 50 minit untuk menjawab kesemua soalan. Pensyarah menyemak
kertas ujian sebelum intervensi dilakukan dan merekodkan markah pelajar.

3) Borang soal selidik mengenai pandangan pelajar mengenai topik ‘Kinematics
Of Linear Motion’ turut diberikan kepada pelajar untuk mengetahui persepsi
pelajar mengenai topik ini. Masa yang diperuntukkan pula ialah 10 minit.

6

4) Pada sesi tutorial yang ketiga, pelajar diberi pengajaran menggunakan Kaedah
My Little Car Diagram. Pengajaran subtopik graf gerakan linear ini
mengambil masa 60 minit.
Penerangan mengenai Kaedah My Little Car Diagram adalah seperti berikut:
a) Aplikasi Kaedah My Little Car Diagram adalah satu kaedah untuk pelajar
memahami graf yang dilakar dengan mengaitkannya dengan situasi
sebenar iaitu menghubungkan dunia graf dan dunia sebenar supaya pelajar
dapat membina kefahaman mereka sendiri dan mengaplikasikanya dalam
menyelesaikan masalah berkaitan melakar “Graf Gerakan Linear” yang
terdiri daripada graf sesaran - masa, halaju - masa dan pecutan - masa.
b) Pelajar dibekalkan lembaran kerja My Little Car Diagram untuk
memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.
c) Pelajar di ajar melukis Graf Gerakan Linear dan mentafsir pergerakannya
menggunakan lembaran kerja Kaedah My Little Car Diagram.

5) Sebaik sahaja topik ini selesai diajar menggunakan Kaedah My Little Car
Diagram, ujian selepas intervensi dilakukan pula diberikan kepada pelajar
pada sesi tutorial keempat. Masa yang diperuntukkan ialah 50 minit.
Pensyarah menyemak kertas ujian selepas intervensi dilakukan dan
merekodkan markah pelajar.

6) Satu set soal selidik yang mengandungi 10 soalan turut diberikan pada pelajar
selepas intervensi dilakukan untuk melihat penerimaan KaedahMy Little Car
Diagram yang mana soalan ini meliputi latarbelakang, minat, motivasi dan
sikap pelajar terhadap pembelajaran berasaskan Kaedah My Little Car
Diagram. Masa yang diperuntukkan pula ialah 10 minit.

7

Rajah 2 : Lembaran kerja My Little Car Diagram.
Rajah 2: Lembaran kerja My Little Car Diagram.

8

Rajah 3 : Jawapan lembaran kerja My Little Car Diagram.
8.0 Pemerhatian
Analisis ujian sebelum intervensi dilakukan dan ujian selepas intervensi dilakukan. Data
ujian sebelum intervensi dilakukan dan ujian selepas intervensi dilakukan bagi kumpulan
pelajar yang dipilih telah dianalisa menggunakan statistik deskriptif min dan peratus.
Analisis menggunakan carta bar ini bertujuan untuk membuat perbandingan terhadap
pencapaian kumpulan pelajar yang dipilih dalam ujian sebelum intervensi dilakukan dan
ujian selepas intervensi dilakukan.

Rajah 4 : Perbandingan skor gred ujian sebelum intervensi dilakukan dan selepas
intervensi dilakukan.
9

Jadual 2: Analisis skor ujian sebelum intervensi dilakukan dan ujian selepas
intervensi dilakukan bagi kumpulan pelajar yang dipilih.

Menerusi Jadual 2 dan Rajah 2, setelah ujian sebelum intervensi dijalankan, kami dapati
peratus lulus pelajar hanyalah sebanyak 0.00% sahaja dan min purata nilai gred adalah
0.80. Kebanyakan pelajar gagal dalam memahami kehendak soalan, pelajar tidak dapat
melakar dan mentafsir graf dengan betul disebabkan pelajar salah dalam mentafsir graf
dan salah konsep mengenai graf gerakan linear yang diberikan. Pelajar juga mengalami
kesukaran dalam membuat hubungkait antara dua atau lebih graf dan keliru dengan istilah
- istilah yang digunakan dalam topik ini. Setelah ujian selepas intervensi dilakukan pula,
didapati bahawa peratus lulus adalah sebanyak 85.0%, mengalami peningkatan sebanyak
85.0% dan min purata nilai gred bagi kumpulan ini adalah 2.77. Dapatan ini jelas
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan prestasi yang sangat ketara bagi kumpulan
pelajar yang dipilih dimana prestasi kumpulan yang menerima pengajaran dan
pembelajaran menggunakan Kaedah My Little Car Diagram adalah lebih baik berbanding
prestasi sebelumnya dengan menggunakan kaedah konvensional sahaja. Namun begitu
masih terdapat 3 orang pelajar yang gagal mewakili 15.00%. Ketika ditanya kepada
pelajar, mereka menyatakan bahawa mereka keliru dengan penggunaan arah rightward
dan leftward sewaktu pengajaran menggunakan kaedah My Little Car Diagram dijalankan.
Oleh yang demikian, pensyarah perlulah lebih menekankan mengenai penggunaan arah
rightward dan leftward sewaktu pengajaran dijalankan supaya pelajar dapat memahami
dengan lebih jelas lagi mengenai perkara ini. Rumusan maklum balas pelajar - pelajar
terhadap soal selidik penggunaan kaedah My Little Car Diagram menunjukkan 95.0%
pelajar suka menggunakan kaedah My Little Car Diagram untuk memahami konsep bagi
subtopik ini. 95.0% pelajar menyatakan dengan menggunakan kaedah My Little Car
Diagram pelajaran Fizik menjadi lebih mudah dan ringkas. 85.0% pelajar bersetuju
Kaedah My Little Car Diagram dapat meningkatkan minat pelajar untuk mendalami sub
topik ini. 95.0% pelajar menyatakan My Little Car Diagram memudahkan mereka untuk
memahami dan mengingati konsep dalam sub topik ini dan 95.0% pelajar bersetuju pada
keseluruhannya, kaedah My Little Car Diagram amat berguna dan berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Fizik. Untuk mendapatkan rumusan lengkap maklum balas
pelajar tentang penggunaan Kaedah My Little Car Diagram sila rujuk Jadual 3.

Berdasarkan pemerhatian kami, Kaedah My Little Car Diagram ini telah berjaya
membantu pelajar meningkatkan pencapaian di dalam topik Kinematics Of Linear
Motion. Pelajar–pelajar lebih berkeyakinan menjawab latihan yang diberikan dan
mendapat markah yang baik semasa ujian Percubaan PSPM. Terdapat juga beberapa
pelajar telah mengucapkan terima kasih kerana mengajar mereka kaedah ini kerana telah

10

memudahkan mereka untuk lebih memahami topik ini. Malah kaedah ini turut di ajar
kepada pensyarah–pensyarah yang lain. Kami juga telah memperkenalkan Kaedah My
Little Car Diagram ini kepada pensyarah - pensyarah Fizik yang lain untuk mereka
gunakan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Puan Nurul Adibah
(pensyarah Dg 41), tiga situasi yang di fokuskan dijelaskan dengan baik dan mudah
difahami, diagram yang di ajar juga mudah difahami dan digunakan dan kaedah ini
menyeluruh merangkumi graf s - t, graf v - t dan graf a - t. Menurut Puan Nor Fatimah Az
- Zahra (pensyarah Dg 41), saya mendapati kaedah ini lebih memudahkan saya untuk
melakarkan graf s - t, graf v - t dan graf a - t. Saya juga lebih memahami pergerakan yang
ditunjukkan dalam suatu graf dan boleh melakarkan graf berdasarkan pergerakan tersebut
dan bukan berdasarkan hafalan semata - mata. Menurut Puan Mazlinda (pensyarah Dg
44), kaedah yang cepat, bagus dan mudah digunakan dan menurut Puan Rusnah pula
(pensyarah Dg 54), jika kaedah ini diterangkan dengan baik dan jelas, ia akan membantu
pelajar untuk memahami konsep ini dengan lebih baik dan mengelakkan berlakunya
miskonsepsi pelajar tentang penggunaan arah rightward dan leftward.

Jadual 3 : Rumusan maklum balas pelajar - pelajar terhadap soal selidik
penggunaan kaedah My Little Car Diagram.

ARAHAN : BULATKAN PILIHAN ANDA BERDASARKAN SKALA BERIKUT:

1 = AMAT TIDAK BERSETUJU 3 = BERSETUJU

2 = TIDAK BERSETUJU 4 = AMAT BERSETUJU

NO ITEM SOAL SELIDIK BILANGAN (%) MIN
SKALA
1234

1. Saya suka menggunakan kaedah 0 1 14 5 3.60

‘My Little Car’ untuk (0.00) (5.00) (70.00) (25.00)

memahami konsep bagi subtopik

ini.

2. Melakar graf gerakan linear 0 14 6 0 2.30

merupakan subtopik yang mudah (0.00) (70.00) (30.00) (0.00)

dikuasai walaupun tanpa kaedah
‘My Little Car’ .

3. Saya mudah keliru sewaktu 2 14 4 0 2.10

belajar menggunakan kaedah (10.00) (70.00) (20.00) (0.00)
‘My Little Car’.

4. Dengan menggunakan kaedah 0 1 14 5 3.20

‘My Little Car’ pelajaran Fizik (0.00) (5.00) (70.00) (25.00)

menjadi lebih mudah dan

ringkas. 0 3 12 5 3.10
5. Kaedah ‘My Little Car’

meningkatkan minat saya untuk (0.00) (15.00) (60.00) (25.00)

mendalami sub topik ini.

6. Saya sukar memahami 3 13 4 0 2.05

pengajaran guru menggunakan (15.00) (65.00) (20.00) (0.00)

kaedah ‘My Little Car’ .

7. Kaedah ‘My Little Car’ 0 1 17 2 3.05

memudahkan saya untuk (0.00) (5.00) (85.00) (10.00)

memahami dan mengingati

11

konsep dalam sub topik ini.

8. Penggunaan kaedah ‘My Little 4 15 1 0 1.85
Car’ tidak sesuai digunakan (20.00) (75.00) (5.00) (0.00)

sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran Fizik.

9. Belajar menggunakan kaedah 0 3 13 4 3.05

‘My Little Car’ amat (0.00) (15.00) (65.00) (20.00)

menyeronokkan, menarik dan

realistik.

10. Pada keseluruhannya, kaedah 0 1 14 5 3.20
‘My Little Car’ amat berguna (0.00) (5.00) (70.00) (25.00)

dan berkesan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

Fizik.

KESELURUHAN 2.75

Contoh Jawapan Pelajar Menjawab Soalan Ujian Sebelum Intervensi dijalankan
Menggunakan Kaedah Konvensional.

12

Contoh Jawapan Pelajar Menjawab Soalan Ujian Selepas Intervensi dijalankan
Menggunakan Kaedah My Little Car Diagram.

13

9.0 Refleksi & Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian dan analisis yang telah dilaksanakan, kami mendapati
pencapaian murid dalam ujian selepas intervensi Kaedah My Little Car Diagram
dijalankan menunjukkan peningkatan yang amat ketara berbanding sebelum intervensi
dijalankan dengan peratus lulus sebanyak 85.0%, mengalami peningkatan sebanyak
85.0% dan min purata nilai gred bagi kumpulan ini adalah 2.77 berbanding 0.80 sebelum
intervensi dijalankan. Ini sekali gus berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu
membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah melakar graf gerakan linear dengan
menggunakan kaedah My Little Car Diagram dan membantu pelajar mentafsir graf
gerakan linear dengan menggunakan kaedah My Little Car Diagram. Berdasarkan aktiviti
yang telah dijalankan terhadap pelajar didapati Kaedah My Little Car Diagram banyak
membantu pelajar memahami dan menyelesaikan masalah berkaitan topik Kinematics Of
Linear Motion. Pelajar lebih mengenal pasti kehendak soalan dan lebih berfokus dalam
menjawab soalan. Selain itu kaedah ini juga dapat membantu meningkatkan motivasi
pelajar dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pelajar lebih
mudah memahami konsep dan lebih berminat mempelajari topik ini setelah menggunakan
Kaedah My Little Car Diagram ini.

Dengan menggunakan Kaedah My Little Car Diagram ini, sesi pengajaran dan
pembelajaran lebih menyeronokkan, mudah dan realistik secara tidak langsung
meningkatkan pencapaian mereka dalam matapelajaran Fizik. Melalui kajian ini, di
harapkan dapat membantu dan menjadi garis panduan kepada pihak guru dalam mencari
pengalaman melaksanakan kajian tindakan. Selain daripada itu juga, kajian ini turut dapat
memberikan guru gambaran mengenai pengetahuan sedia ada pelajar sebelum mereka
memulakan pembelajaran baru. Di antara kelebihan penggunaan kaedah ini ialah pelajar
dapat menjawab dan mengaplikasi konsep yang betul dan sesuai digunakan dalam
menjawab soalan melakar dan mentafsir graf bagi topik Kinematics Of Linear Motion ini.
Pelajar dapat menyemak jawapan yang mereka perolehi sama ada betul atau salah dan
pelajar juga dapat menyemak graf yang telah mereka lukis. Berdasarkan dapatan soal
selidik yang dijalankan, didapati dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat membantu
meningkatkan motivasi pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.

Pelajar lebih mudah memahami konsep dan lebih berminat mempelajari subtopik
ini setelah menggunakan Kaedah My Little Car Diagram. Dengan menggunakan Kaedah
My Little Car Diagram ini juga, sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan,
mudah dan realistik secara tidak langsung meningkatkan pencapaian mereka dalam
matapelajaran Fizik. Hasil dari penyelidikan yang dijalankan ini juga, kami dapati
terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran sebagai pensyarah dimana
dengan perkongsian kaedah ini, pensyarah boleh mempelbagaikan kaedah mengajar
mereka disamping dapat mengajar dengan lebih mudah dan berkesan. Dari aspek amalan
pembelajaran pelajar pula, pelajar dapat melibatkan diri dengan lebih aktif dalam aktiviti
melakar dan mentafsir graf berbanding kaedah konvensional yang digunakan di dalam
kelas. Pelajar juga dapat memahami graf yang dilakar dengan mengaitkannya dengan
situasi sebenar supaya pelajar dapat merasai dan membina kefahaman mereka sendiri dan
seterusnya dapat diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah berkaitan graf gerakan
linear.

14

Kami mengambil masa selama satu jam untuk memperkenalkan dan mengajar
Kaedah My Little Car Diagram ini kepada pelajar yang dipilih. Kekangan masa
pengajaran yang singkat merupakan salah satu faktor mengapa masih ada pelajar yang
tidak dapat memahami dan menguasai kaedah ini dengan baik. Pelajar ini memerlukan
masa yang lebih untuk memahami dan menguasai kaedah ini dengan lebih baik. Namun
begitu, masih terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat memahami dan menguasai
kaedah ini dengan baik disebabkan mereka keliru dengan pengajaran pensyarah mengenai
kaedah ini. Ketika ditanya kepada pelajar berkenaan, mereka menyatakan bahawa
mereka keliru dengan penggunaan arah rightward dan leftward sewaktu pengajaran
menggunakan kaedah My Little Car Diagram dijalankan. Oleh yang demikian, pensyarah
perlulah lebih menekankan mengenai penggunaan arah rightward dan leftward sewaktu
pengajaran dijalankan supaya pelajar dapat memahami dengan lebih jelas lagi mengenai
perkara ini. Pensyarah boleh melakukan penambahbaikkan dengan menambahkan
animasi kepada nota kuliah supaya pelajar boleh melihat pergerakan kereta tersebut
supaya mereka tidak lagi keliru dengan penggunaan arah rightward dan leftward.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah kami perolehi hasil daripada kajian
tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi
masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh
itu, kami bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan dengan topik
Electric Current And Direct Current Circuits subtopik 3.2 Ohm’s Law and resistivity
mengenai topik mencari jumlah rintangan perintang di dalam suatu litar apabila disusun
secara sesiri dan selari. Semasa kelas tutoran bagi topik Electric Current And Direct
Current Circuits, didapati 2/3 pelajar tidak boleh menjawab soalan–soalan berkaitan topik
ini dengan baik. Oleh yang demikian, kami bercadang untuk mencipta satu kaedah yang
mudah dan ringkas supaya pelajar lebih mudah untuk memahami cara untuk
mempermudahkan litar dengan betul dan menyelesaikan soalan–soalan berkaitan mencari
jumlah peringtang dengan mudah dan betul. Semoga hasil kajian kami ini dapat
dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik,
berkesan dan menyeronokkan.

Bibliografi

Haliday D. & Resnick R.(2001).Fundamentals of Physics. 6th Edition, John Wiley & Sons,
Inc. ISBN 0-471-33235-6.

Hugh D. Young & Roger A. Freedman. (2004). University Physics with Modern Physics”.
11th Edition, Pearson Education, Addison Wesley, ISBN 0-8053-8684-X.

Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Selangor Darul Ehsan:
Dewan Bahasa & Pustaka

Othman Talib (2015). Zero Draft Of Thesis. Selangor: MPWS Rich Publication.

Raymond A. Serway & Faughn. (2004). College Physics. 6th Edition,Thomson
Brooks/cole.

Raymond A. Serway & John W. Jewett,Jr. (2004), “Physics for Scientists and Engineers
with Modern Physics”, 6th Edition, Thomson Brooks/cole.

15

Sulaiman Masri. (2003). Kaedah Penyelidikan & Panduan Penulisan (Esei, Proposal
&Tesis). Kuala Lumpur. Utusan Publicators Sdn. Bhd.

Syllabus Specification. Physics DP015 And DP025 (2018). Matriculation Division
Ministry of Education Malaysia.

Lampiran 1 : Rumusan maklum balas pelajar - pelajar terhadap soal selidik
pandangan pelajar terhadap subtopik melakar graf gerakan linear.

Jadual 4 : Rumusan maklum balas pelajar - pelajar terhadap soal selidik pandangan
pelajar terhadap subtopik melakar graf gerakan linear.

ARAHAN : BULATKAN PILIHAN ANDA BERDASARKAN SKALA BERIKUT:

1 = AMAT TIDAK BERSETUJU 3 = BERSETUJU

2 = TIDAK BERSETUJU 4 = AMAT BERSETUJU

NO ITEM SOAL SELIDIK BILANGAN (%) MIN

SKALA 12 34

1. Fizik merupakan satu 0 12 20 1 2.67

matapelajaran yang mudah. (0.00) (36.36) (60.60) (3.00)

2. Saya dapat menjawab soalan 2 25 6 0 2.12

ujian pra yang diberikan dengan (6.06) (75.75) (18.18) (0.00)

baik.

3. Saya amat suka dan meminati 1 6 22 4 2.94

matapelajaran Fizik. (3.00) (18.18) (66.00) (12.12)

4. Saya dapat mengingat semua 0 18 12 3 2.55

formula dalam subtopik ini (0.00) (54.54) (36.36) (9.09)

dengan baik.

5. Saya dapat memahami semua 0 18 15 0 2.45

konsep dalam subtopik ini (0.00) (54.54) (45.45) (0.00)

dengan baik.

6. Saya sukar memahami 2 21 10 0 2.24

pengajaran guru bagi subtopik (6.06) (63.63) (30.30) (0.00)

ini.

7. Saya dapat melakar graf gerakan 0 23 10 0 2.30

linear dalam topik ini dengan (0.00) (69.6) (30.30) (0.00)

baik.

KESELURUHAN 2.47

16

17

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

PENTAKSIRAN MODEL KAD OR-B-LAP
DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM

TOPIK PERTINDIHAN ORBITAL

oleh

1Husnarisyam Abu Hassan, 2Marina Mat Yusof,
3Siti Rohana Serat, 4Mazretha Ahmad

1Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
[email protected]

ABSTRAK

Salah satu sub topik yang penting dalam ikatan kimia adalah penghibridan atom pusat dan
pertindihan orbital. Pentaksiran untuk pembelajaran dilakukan untuk mentaksir kesesuaian
Model Kad OR-B-LAP dalam menilai kemahiran pelajar dalam topik pertindihan orbital.
Kajian ini merupakan kajian tindakan yang melibatkan lima belas orang pelajar dari modul 1.
Tinjauan awal dari semakan solan tutorial dan ujian Pra menunjukkan pelajar tidak boleh
melukis dan melabel pertindihan orbital dengan betul dan lengkap. Oleh itu pentaksiran formatif
dilaksana semasa pelajar menjalankan aktiviti Model Kad OR-B-LAP agar dapat membantu
pelajar untuk menilai kemahiran mereka melukis dan melabel pertindihan orbital. Selepas
intervensi , dapatan kajian menunjukkan ada peningkatan min markah Ujian 1 (12.70 %) kepada
69.30% dari Ujian Pasca. Pembelajaran secara kolaboratif yang diterapkan semasa
menggunakan Model Kad OR-B-LAP juga menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Hasil kajian membuktikan bahawa alat bantu mengajar (Model Kad OR-B-LAP) membantu
pelajar meningkatkan tahap pencapaian dan minat pelajar dalam mempelajari topik pertindihan
orbital.

Kata Kunci: Pertindihan orbital, Pentaksiran formatif, Model Kad OR-B-LAP,
pembelajaran secara kolaboratif, pencapaian dan minat.

1.0 Pendahuluan

Selaras dengan pembelajaran abad 21, pelajar perlu dilatih untuk belajar sesuatu dengan
cepat serta berupaya untuk menganalisis dan berkemahiran untuk berfikir secara kritis dan
kreatif (Abdul Shukor 2000). Pembelajaran abad 21 menerapkan kemahiran komunikasi
dalam kerja berkumpulan dan kerjasama dalam penyelesaian sesuatu masalah. Oleh yang
demikian, pensyarah menggunakan strategi penggunaan ‘Bahan Bantu Mengajar jenis
bukan elektronik (BBM)’ secara kerja berkumpulan dalam pengajaran dan
pembelajaran(PdP) bagi menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar.

Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1998), penggunaan BBM adalah usaha guru untuk
merangsang minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran seterusnya menjamin
pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar. Pensyarah berpendapat penggunaan
BBM dapat meningkatkan pemahaman konsep pertindihan orbital sejajar dengan CLO 1
dan CLO 3 (domain kognitif) iaitu mengingat dan memahami konsep orbital hibrid dan
membantu pelajar meningkatkan kemahiran melukis dan melabel orbital hibrid melalui
aktiviti ‘hands-on’ dalam kumpulan. Dari kajian Haryati (2018) menyatakan menggunakan
belon hibrid sebagai BBM membantu meningkatkan kemahiran dalam menentukan jenis
penghibridan atom pusat dan pertindihan orbital.

1

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Aktiviti di dalam kelas adalah meliputi pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang
dilaksanakan oleh pensyarah bersama pelajar. Pentaksiran formatif yang dilaksanakan
dengan baik akan membantu pelajar untuk memberi maklum balas dan maklumat yang
berguna kepada guru (Guskey, 2007) dan menjelaskan kepada guru berkenaan dengan
kualiti pengajaran serta refleksi tentang tahap kefahaman serta penguasaan pelajar (Hattie
& Timperly,2007). Oleh yang demikian, dalam proses PdP, pentaksiran memainkan
peranan memberi refleksi terhadap kemajuan seseorang pelajar di dalam kelas (Omar
Mohd Hashim, 2003). Secara sedar atau tidak, pentaksiran sentiasa berlaku selagi mana
ada pembelajaran dan ianya melibatkan amalan berterusan yang dilakukan oleh guru dan
pelajar di dalam kelas (Mohamad Sahari Nordin 2002). Oleh itu dalam menentukan sejauh
mana keberkesanan PdP menggunakan BBM, ‘Model Kad OR-B-LAP” tercapai di dalam
kelas maka pensyarah telah melaksanakan pentaksiran formatif iaitu pentaksiran untuk
pembelajaran (Assesment For Learning, AFL) pentaksiran sebagai pembelajaran
(Assesment As Learning, AAL) yang telah dijalankan secara berterusan dalam PdP
bertujuan untuk membantu meningkatkan pembelajaran. Dengan cara ini semua pelajar
akan dapat dibimbing untuk menguasai setiap unit pelajaran yang di ajar di dalam kelas
(Black & William,1998). Manakala pentaksiran sumatif juga diperlukan iaitu pentaksiran
kepada pembelajaran (Assesment Of Learning, AOL), bagi membantu pensyarah
mengukur keberkesanan pengajaran menggunakan Model Kad OR-B-LAP dalam topik
pertindihan orbital dengan mengadakan ujian Pra dan ujian Pasca. Melalui pentaksiran
kepada pembelajaran, ia dapat memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang
pelajar dengan pelajar yang lain.

Penggunaan teknik pentaksiran formatif yang tepat adalah penting kerana ia
membantu pelajar menguasai apa yang di ajar, memberi peluang mereka berkomunikasi,
mempamerkan kefahaman serta memenuhi keperluan pelajar untuk meningkatkan
pencapaian berbanding objektif pembelajaran (Chappuis & Chappuis, 2008). Teknik
pentaksiran formatif yang dijalankan secara tidak formal seperti perbincangan,
pemerhatian, soal jawab lisan, latihan bertulis, kuiz, kerja rumah dan dialog (Black &
William, 1998; Chappuis & Chappuis, 2008). Penggunaan teknik-teknik ini ini juga
berupaya membawa penglibatan pelajar secara aktif dalam proses PdP.

Dari perspektif Ahmad Sukri Sharkawi (2014) pentaksiran formatif dibahagi kepada
pemerhatian, lisan dan penulisan. Oleh yang demikian ketika pensyarah mengajar topik
pertindihan orbital, pentaksiran untuk pembelajaran secara tidak formal melalui
pemerhatian iaitu pensyarah melihat tingkah laku dan tindak balas pelajar tentang apa yang
tahu, faham dan boleh buat semasa pelajar menjawab soalan tutorial di dalam kelas.
Pensyarah mendapati 50 % pelajar menghadapi kesukaran untuk melukis bentuk geometri
hibrid orbital di papan putih dengan tepat. Selain itu, kaedah soalan jawab secara lisan juga
merupakan ciri pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran di
mana pelajar sendiri dan rakan kumpulan semasa sesi perbincangan kumpulan dapat
mengesan serta merta tahap penguasaan konsep orbital hibrid masing-masing. Selain itu
pensyarah juga melakukan pentaksiran untuk pembelajaran dengan menyemak dan
memeriksa hasil latihan tutorial pelajar sejajar dengan CLO 1 dan CLO 3.

Hasil semakan jawapan tutoran pelajar, pensyarah mendapati lebih 80 % pelajar tidak
melukis dengan betul cara pertindihan hujung dan hujung antara hibrid orbital atom pusat
dan atom terminal. Dari pentaksiran untuk pembelajaran iaitu selepas menyemak hasil
jawapan pelajar, pensyarah dapat mengenal pasti keperluan pembelajaran tertentu untuk
pelajar bagi pembelajaran pertindihan orbital. Oleh itu pensyarah perlu memilih dan

2

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

meyesuaikan bahan dan sumber PdP untuk mencipta strategi pengajaran yang baru bagi
membantu pelajar meningkatkan kemahiran melukis pertindihan orbital antara atom pusan
dan atom terminal dengan tepat.

Dalam kajian ini, pensyarah menggunakan Model Kemmis & Taggart (1988) dengan
‘satu kitaran Gelung’ yang menunjukkan empat langkah ujian iaitu tinjauan awal,
merancang tindakan, melaksana tindakan dan memerhati dan mereflek untuk membantu
pensyarah untuk merancang dan mentaksir kesesuaian strategi pengajaran menggunakan
Model Kad OR-B-LAP dalam menilai kemahiran pelajar melukis dan melabel pertindihan
orbital bagi molekul kovalen.

2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu

Bagi semester pertama, pelajar didedahkan kepada pembelajaran kimia fizikal iaitu kimia
SK015 di mana salah satu sub topik dalam topik ikatan kimia yang akan mereka pelajari
adalah topik pertindihan orbital. Dalam proses untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
tentang topik pertindihan orbital, pelajar harus mempunyai ilmu, penguasaan kemahiran
dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan terhadap sub topik yang sebelumnya
iaitu melukis struktur Lewis dan geometri molekul dengan betul.

Pada awalnya, pensyarah mengajar secara tradisional (chalk & talk) dengan
menerangkan konsep pertindihan orbital bagi satu atom pusat melalui contoh struktur
Lewis yang dilukis di atas papan putih. Pensyarah dapat melihat dengan jelas riak muka
pelajar berkerut-kerut kerana cuba membayangkan bagaimana pertindihan orbital itu dapat
membentuk ikatan sigma dan pi. Kelihatan juga 4 orang pelajar berbisik-bisik sesama
mereka ketika pensyarah mengajukan soalan apakah bentuk orbital hibrid atom pusat serta
meminta seorang pelajar untuk melukis hibrid orbital di papan putih.

Secara tidak langsung, pensyarah sedang melakukan pentaksiran formatif tidak formal
iaitu pentaksiran untuk pembelajaran secara pemerhatian dan soalan-soalan lisan yang
diajukan tercetus secara spontan. 70 % pelajar hanya mendiamkan diri tanpa memberi
respon yang positif samada faham atau pun tidak semasa diajukan soalan. Manakala,
lukisan pertindihan orbital yang dilukis oleh pelajar di papan putih menunjukkan pelajar
tidak tahu untuk melukis dan melabel hibrid orbital dengan betul. Kemudian pensyarah
menjelaskan kesalahan yang terdapat pada lukisan pertindihan orbital bagi satu atom pusat
yang dilukis oleh pelajar tadi secara menyeluruh di dalam kelas. Pada ketika ini,
pentaksiran sebagai pembelajaran dijalankan di mana ia memberikan pelajar ruang untuk
memperbaiki diri secara sendiri agar dapat meningkatkan kemahiran melukis pertindihan
orbital yang betul dan tepat. Maka pelajar perlu menggunakan strategi sendiri untuk
menguasai kemahiran melukis hibrid orbital.

Setelah sesi PdP yang berpusatkan pensyarah, pensyarah minta pelajar menjawab
soalan dari nota yang diberikan pada pelajar secara berkumpulan. Kemudian pensyarah
menjalankan pentaksiran formatif (pentaksiran untuk pembelajaran) di mana pensyarah
menyemak hasil kerja dalam kumpulan dengan pelajar dan menerangkan kesalahan yang
dilakukan pelajar dalam melukis dan melabel pertindihan orbital bagi molekul kovalen.
Temu bual antara pensyarah dengan pelajar dalam kumpulan menunjukkan 60 % dari
respon pelajar, mereka tidak tahu bahawa hibrid orbital yang dilukis mesti mengikut rupa
bentuk hibrid orbital sebenar iaitu sp2 - bentuk orbital ‘trigonal planar’. Respon pelajar
juga adalah mereka tak tahu nak mula dari mana jika melukis hibrid orbital yang bertindih

3

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

dengan orbital atom hujung. Pensyarah dapat menyimpulkan bahawa pelajar masih tidak
mencapai CLO 1 iaitu mengingati dan memahami konsep orbital hibrid dengan struktur
Lewis. Pensyarah mendapati 3 kumpulan pelajar menunjukkan kesalahan yang sama iaitu
hibrid orbital atom pusat yang di lukis tidak di labelkan dengan lengkap dan ikatan sigma
dan pi juga tidak di label walaupun pelajar telah merujuk contoh dari buku dan nota kuliah
malah berbincang dalam kumpulan. Maka CLO 3 juga tidak tercapai sepenuhnya dalam
konsep pertindihan orbital.

Oleh itu pentaksiran untuk pembelajaran secara tidak formal yang diperolehi
berbentuk tindak balas perlakuan pelajar, mendengar, melihat dan menulis menunjukkan
PdP dengan kaedah tradisional tidak membantu dalam meningkatkan kemahiran pelajar
dalam topik pertindihan orbital. Tetapi teknik hafalan yang dipraktikkan dalam proses
pembelajaran melukis pertindihan orbital tanpa kefahaman oleh pelajar mengapa
pertindihan orbital perlu di lukis sedemikian bagi molekul kovalen.

Maka penambahbaikkan dalam PdP dapat diperkasakan dari pentaksiran formatif di
mana pensyarah perlu merancang strategi pengajaran yang bersesuaian bagi meningkatkan
keberkesanan PdP yang dapat membantu pencapaian pelajar dalam topik tersebut.

3.0 Fokus Kajian

Oleh itu pendekatan strategi PdP Model Kad OR-B-LAP dicadangkan sebagai pendekatan
pentaksiran formatif untuk pembelajaran (AFL) agar dapat meningkatkan kemahiran
pelajar dalam topik pertindihan orbital. Model Kad OR-B-LAP ini sebagai satu pendekatan
yang membantu pelajar untuk membina sendiri secara ‘hands-on’ pertindihan orbital.
Maka, pelajar dapat menilai dan mentaksir sendiri (pentaksiran sebagai pembelajaran) dari
pemerhatian secara visual dengan membina sendiri hibrid orbital dari Model Kad OR-B-
LAP apakah kelemahan dan kekuatan mereka bagi topik ini.

Melalui pentaksiran formatif dan sumatif yang dijalankan, maka fokus kajian ini
adalah untu mengenal pasti kesesuaian Model Kad OR-B-LAP dapat membantu pelajar
mahir melukis dan melabel pertindihan orbital molekul kovalen. Pelajar juga perlu
memahami konsep pertindihan orbital melalui susunan model Kad OR-B-LAP mengikut
geometri sebenar atom pusat molekul kovalen.

4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif Umum

Mengenalpasti keberkesanan pentaksiran formatif Model Kad OR-B-LAP dalam menilai
kemahiran melukis dan melabel dalam menyelesaikan soalan melibatkan pertindihan
orbital.

4.2 Objektif Khusus

a) Mentaksir keberkesanan Model Kad OR-B-LAP membantu pensyarah
meningkatkan pembelajaran pelajar dalam pengajaran pertindihan orbital.

b) Mentaksir kesesuaian Model Kad OR-B-LAP dalam menilai kemahiran pelajar
melukis dan melabel pertindihan orbital.

c) Meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik pertindihan orbital.

4

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

5.0 Kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kajian ini melibatkan 15 orang pelajar modul 1. Pemilihan pelajar tersebut
adalah berdasarkan kepada tugasan soalan tutorial dan Ujian Pra yang diberikan. Hasil dari
semakan jawapan tutorial ,15 orang pelajar yang dipilih ini menunjukkan mereka tidak
boleh melukis orbital hibrid dengan betul mengikut geometri sebenar. Setelah dijalankan
ujian Pra juga mendapati 14/15 orang pelajar terpilih gagal mencapai markah 30 %.

6.0 Pelaksanaan Kajian

Rajah 1 adalah ringkasan carta alir yang menunjukkan kaedah pelaksanaan kajian tindakan
terhadap kumpulan sasaran dengan menggunakan BBM dalam strategi pengajaran.

Kaedah Tradisional
(refleksi pengajaran & pentaksiran)

Tinjauan Awal Refleksi bersama pelajar dan
Laporan Kerja Calon pentaksiran (AFL,AAL,AOL)
Semakan /perbincangan Soalan Tutorial

Ujian Pra

Model Kad OR-B-LAP Pentaksiran (AFL, AAL) semasa
aktiviti dijalankan

Ujian Pasca Refleksi dan Pentaksiran(AOL)
Soal Selidik

Analisis Data
Rajah 1 : Carta Alir Kaedah Pelaksanaan

6.1 Tinjauan Awal

Jadual 1 menunjukkan kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat bagi

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa pembelajaran topik pertindihan

orbital.

Jadual 1: Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah penilaian Tujuan

Laporan Kerja Calon Dokumen ini diteliti bagi mengenal pasti kelemahan pelajar

dalam menjawab soalan pertindihan orbital

Soalan Data diperolehi dari semakan soalan tutoran menunjukkan

Tutoran/perbincangan pelajar menghadapi masalah untuk melukis pertindihan

orbital dengan tepat.

Ujian Pra Dijalankan untuk mendapat data selepas perbincangan

5

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

semakan tutoran bersama pelajar untuk mengetahui tahap
kefahaman tentang konsep pertindihan orbital

6.2 Analisis Tinjauan Awal

(a) Laporan Kerja Calon
Merujuk kepada dokumen LKC menunjukkan 70 % calon tidak dapat menghubungkait
struktur Lewis molekul dengan penghibridan atom pusat. Ini menyebabkan calon gagal
untuk melukis hibrid orbital mengikut geometri molekul yang sebenar. 80 % calon juga
tidak boleh melukis pertindihan orbital bagi molekul yang mempunyai lebih dari satu atom
pusat. Didapati juga 90 % calon tidak dapat melabel gambarajah pertindihan orbital dengan
lengkap pada ikatan sigma dan pi

Melalui dapatan ini, pensyarah dapat merancang dan mengatur kaedah pengajaran
yang lebih sesuai dalam pembelajaran topik pertindihan orbital. Pensyarah juga akan
memberi penekanan kepada pelajar dalam melukis struktur Lewis yang betul kerana ia
membantu pelajar menentukan orbital hibrid atom pusat serta mengenal pasti lima asas
geometri molekul dengan tepat. Ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam melukis
pertindihan orbital bagi molekul satu dan lebih atom pusat.

(b) Semakan dan perbincangan soalan tutoran.
Jika dilihat dari analisis jawapan pelajar dari soalan 1, 8/20 pelajar dapat mengenal pasti
penghibridan atom pusat dari struktur Lewis yang diberi. 12 orang pelajar melakukan
kesilapan penghibridan pada atom pusat dari struktur Lewis bagi molekul yang mempunyai
ikatan ganda dua.

Manakala 15/20 pelajar boleh melukis struktur Lewis yang betul dan kenal pasti orbital
hibrid dengan tepat bagi molekul satu atom pusat. Pentaksiran yang dilakukan dari
semakan jawapan dari pelajar menunjukkan 17/20 orang pelajar menghadapi masalah
bermula dari melukis struktur Lewis dan salah mengenal pasti penghibridan lebih dari satu
atom pusat. Maka, pelajar akan melukis pertindihan orbital mengikut struktur Lewis yang
salah dan pelajar menghuraikan gambarajah pertindihan orbital juga salah.

Perbincangan jawapan dilakukan dalam kelas (berpusatkan pensyarah) di mana pelajar
akan menyalin semula setelah pensyarah menerangkan kesalahan yang kerap dilakukan
oleh pelajar. Kemudian, pensyarah mengadakan refklesi bersama pelajar melalui soal
jawab lisan untuk mendapatkan respon selepas mereka menjawab soalan.
Refleksi dari pelajar:
 lukis struktur Lewis yang salah
 Salah dalam menentukan orbital hibrid atom pusat seperti sp, sp2, sp3 dari struktur

Lewis yang telah dilukis
 sukar membayangkan bentuk hibrid orbital yang dilukis dengan bentuk geometri

molekul terutamanya molekul yang mempunyai lebih dari satu atom pusat.
 sukar bagi mereka untuk melukis pertindihan orbital yang ada ikatan sigma, dan

ikatan pi,π .

(c) Ujian Pra
Ujian Pra dijalankan ke atas 15 orang pelajar yang dipilih setelah dinilai tahap pemahaman
melalui pentaksiran dari semakan dan perbincangan jawapan soalan tutoran. Melalui ujian

6

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Pra yang di jalankan hanya 2/15 orang pelajar boleh mengenal pasti penghibridan atom
pusat N dari struktur yang di beri. Manakala hanya 1/15 orang boleh melukis dan melabel
pertindihan orbital bagi struktur yang diberi Namun begitu pelajar ini tidak dapat
menghuraikan pertindihan orbital bagi atom pusat N. (Rujuk Jadual 6)

Ujian Pra dan Pasca
Instrumen pengujian yang digunakan ke atas kumpulan sasaran adalah Ujian Pra dan

Ujian Pasca terhadap intervensi menggunakan Model Kad OR-B-LAP untuk mendapatkan
data dalam pentaksiran sumatif bagi mengukur penguasaan pelajar bagi topik pertindihan
orbital. Soalan Ujian Pra dan Pasca digubal dan ditaksir oleh pensyarah yang
berpengalaman berdasarkan objektif pembelajaran dengan merujuk kepada Aras
Taksonomi Bloom (Jadual 3)

Jadual 3: Analisis Aras Pembelajaran Taksonomi Bloom dalam soalan Ujian Pra

dan Ujian Pasca

Soalan Aras Taksonomi Bloom Skor Markah

1(a) Mengingati/memahami 1

mengaplikasi 2

1(b) Mengingati/memahami 4

mengaplikasi

menganalisis 3

Jumlah skor markah 10

Oleh itu pentaksiran dari ujian pra dan pos yang dijalankan lebih telus dan berintegriti bagi
setiap pelajar. Penilaian markah min ujian pra dan ujian pos di bahagikan kepada
6 kategori pencapaian iaitu seperti Jadual 4.

Jadual 4 : Penilaian Ujian Pra dan Ujian Pasca

Julat Markah (%) Pencapaian

80 - 100 Sangat cemerlang

70 - 79 cemerlang

60 - 69 Kepujian baik

50 - 59 baik

40 - 49 Sederhana baik
≤ 40 lemah

6.3 Intervensi penggunaan Model Kad OR-B-LAP secara pembelajaran kolaboratif.
6.3.1 Rekaan model Kad OR-B-LAP

Pengkaji mendapat idea untuk menggunakan BBM iaitu Model Kad OR-B-LAP setelah
melihat pelajar menghadapi kesukaran untuk melukis serta melabel pertindihan orbital
hibrid atom pusat dan atom hujung. Model Kad OR-B-LAP direka dengan menggunakan
plastik lutsinar yang di potong seperti bentuk ‘lobe’ yang memberi gambaran ruang orbital.
Orbital ‘p’ tulen berbentuk ‘dumbell’ manakala orbital ‘s’ tulen berbentuk bulat.

7

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

6.3.2 Pelaksanaan penggunaan BBM secara pembelajaran kolaboratif

Penggunaan model Kad OR-B-LAP dapat membantu pelajar membina sendiri secara
‘hands-on’ geometri orbital hibrid dan pertindihan orbital. Secara tidak langsung ini dapat
membantu pelajar untuk mengingat lima bentuk asas geometri molekul menerusi
pemerhatian secara visual dan melukis dengan tepat.

Aktiviti pembelajaran secara kolaboratif merupakan satu aktiviti pembelajaran ke arah
abad ke 21 yang berpusatkan pelajar. Oleh itu Kumpulan sasaran yang terdiri dari 15 orang
pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan di mana tiga kumpulan terdiri dari empat
orang pelajar manakala satu kumpulan mempunyai tiga orang pelajar sahaja. Sebelum
aktiviti pembelajaran dijalankan pengkaji menerangkan secara lisan dahulu diikuti dengan
demonstrasi cara pembelajaran dengan menggunakan model Kad OR-B-LAP. Pelajar
digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran berlangsung.
Pensyarah memainkan peranan sebagai fasilitator dan pemerhati ketika aktiviti
pembelajaran berlangsung.

Berikut adalah pentaksiran formatif (AFL dan AOL) secara pemerhatian semasa
aktiviti kolaboratif yang dijalankan dengan menggunakan model Kad OR-B-LAP.

Langkah 1 : Lukis struktur Lewis .

Melalui pemerhatian:
1. Pelajar dapat melukis struktur Lewis CH2O dan XeF2.
2. Pelajar dapat tentukan orbital hibrid atom pusat C dan Xe.

Soal jawab lisan:
Pensyarah : Apa yang perlu dilakukan sebelum melukis struktur Lewis?
Pelajar : Jumlahkan valens elektron bagi molekul kovalen

Pensyarah : Bagaimanakah orbital hibrid boleh ditentukan dari struktur Lewis?
Pelajar : Jumlahkan ikatan sigma dan elektron terpencil atom Pusat N.

Langkah 2 : Pelajar diberi potongan model Kad OR-B-LAP seperti cuping (lobe).

Pemerhatian:
1. Pelajar berbincang bagaimana untuk menyusun

kepingan kad Model OR-B-LAP mengikut asas
geometri.
2. Pe8lajar dapat menyusun kepingan kad berbentuk
cuping mengikut hibrid orbital yang sudah dikenal
pasti melalui struktur Lewis

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

4. Pelajar dapat menyusun kad menunjukkan ia
bertindih hujung dengan hujung membentuk ikatan
sigma.

5. Pelajar keliru pada mulanya untuk susun kad bagi
membentuk ikatan pi.

6. Setiap pelajar terlibat secara aktif untuk susun atur kad
yang menunjukkan pertindihan secara sisi untuk
membentuk ikatan pi.

7. Pelajar dapat melabel kesemua cuping kad dengan
hibrid orbital yang betul.

8. Pelajar boleh melabel ikatan sigma dan pi hasil dari
susunan kad model.

Langkah 3: Lukis pertindihan orbital dengan merujuk kepada model Kad OR-B-LAP
yang telah disusun dan dilabelkan.

9

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Pemerhatian:
9. Pelajar dapat melukis mengikut pertindihan orbital berpandukan susunan Model Kad

OR-B-LAP.
10. Pelajar juga melabel pertindihan orbital sebagaimana yang dilabel dari model Kad

yang disusun.

Refleksi dari pelajar:
1. Pembelajaran melalui aktiviti ‘hands-on’ pelajar lebih ingat dan faham bagaimana

untuk melukis pertindihan orbital.
2. Model Kad OR-B-LAP sangat membantu mereka meningkatkan kemahiran melukis

pertindihan orbital kerana sebelum ini pelajar gagal untuk melukis mengikut geometri
orbital hibrid dengan tepat.
3. Sangat seronok kerana ia seperti satu permainan.

6.4 Soal Selidik

Borang soal selidik terbuka telah disediakan dan diedarkan kepada kumpulan sasaran untuk
mendapatkan maklum balas pelajar tentang pembelajaran topik pertindihan orbital selepas
menggunakan model Kad OR-B-LAP semasa sesi pembelajaran.

7.0 Dapatan Kajian

7.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

Instrumen pentaksiran yang digunakan untuk menilai tahap kefahaman konsep dalam topik
pertindihan orbital adalah menerusi Ujian Pra dan Ujian Pasca. Analisis penilaian Ujian
Pra dan Ujian Pasca adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5: Analisis Penilaian Ujian Pra dan Ujian Pasca

Markah Min Markah Penuh Peratus (%) Kategori

Ujian Pra 1.27 10 12.70 Lemah

10

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Ujian Pasca 6.90 10 69.30 Kepujian

Tertinggi

Sebelum intervensi menggunakan model Kad OR-B-LAP jelas menunjukkan 15 orang
pelajar kumpulan sasaran tidak mencapai CLO 1 dan CLO 3 iaitu domain kognitif
(mengingati, memahami, mengaplikasi dan menganalisis) di mana markah min adalah
sangat rendah. Namun begitu, setelah intervensi menggunakan model Kad OR-B-LAP
analisis keputusan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan peratusan markah dari 12.70 %
ke 69.30 %. Daripada min markah ini, dapat dilihat bahawa purata pelajar hampir
menguasai konsep pertindihan orbital atom pusat yang lebih dari satu atom pusat.

Jadual 6 menunjukkan skor markah dari Ujian Pra dan Ujian Pasca sebelum dan
selepas menggunakan Model Kad OR-B-LAP semasa pembelajaran dalam kumpulan.

Jadual 6 : Perbandingan Skor Markah Pelajar di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Pra Ujian Pasca Perubahan

Nama (Skor 10) (Skor 10) Pencapaian

S1 0.0 6.0 +6

S2 0.0 8.0 +8

S3 1.0 7.0 +6

S4 0.0 5.0 +5

S5 8.0 10.0 +2

S6 3.0 7.0 +4

S7 1.0 7.0 +6

S8 0.0 6.0 +6

S9 2.0 7.0 +5

S10 0.0 9.0 +9

S11 0.0 10.0 +10

S12 0.0 5.0 +5

S13 2.0 6.0 +4

S14 0.0 5.0 +5

S15 2.0 6.0 +4

min markah 1.27 6.93 +5.70

sisihan

piawai 21.20 16.68

Jika di lihat dari jadual di atas, menunjukkan ada tiga orang pelajar yang mencapai
skor markah meningkat ketara ke tahap sangat cemerlang di mana skor markah melebihi
skor 8. Maka dapat disimpulkan bahawa tiga orang pelajar mencapai sepenuhnya CLO1
dan CLO 3 di mana pelajar ini menguasai konsep pertindihan orbital. Manakala seramai
12 orang pelajar juga meningkat skor markah yang melebihi 50 %.

Jadual 7 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca mengikut Pencapaian Pelajar

Julat Markah (%) Ujian Pra Ujian Pasca

(Pencapaian) Bil Pelajar % pelajar Bil Pelajar % pelajar

80 - 100 0 0 4 26.67

Sangat cemerlang

11

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

70 - 79 0 0 4 26.67

cemerlang

60 - 69 0 0 4 26.67

Kepujian Tertinggi

50 - 59 0 0 3 20.00

Kepujian

40 - 49 0 0 0 0.0

Sederhana baik 15 100 0 0.0
≤ 40

lemah

Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca juga menunjukkan bahawa 8 orang pelajar,

53.34 % pelajar (rujuk Jadual 7) dapat menguasai kemahiran melukis dan melabel

pertindihan orbital dengan cemerlang (skor markah 7 x ≤ 10) selepas intervensi

menggunakan Model Kad OR-B-LAP berbanding dengan 0 % dalam Ujian Pra. Manakala

7 orang pelajar, 46.67 % pada tahap kepujian.

Oleh kerana pentaksiran yang di lakukan ke atas pelajar dengan menggunakan Ujian

Pra dan Ujian Pasca merupakan alat dalam pengukuran yang mengandungi panduan

pelaksanaan dan kriteria penskoran bagi memberikan nombor yang mewakili prestasi

pelajar. Maka Jadual 8 menunjukkan rubrik bagi skor markah Ujian Pos dan Ujian Pasca

dirangka agar penilaian yang dilakukan setara, telus dan berintegriti di antara pelajar.

Jadual 8: Rubrik bagi Skor Markah Ujian Pos dan Ujian Pasca

Soalan Kriteria Skor Skor 1M Skor

0 M penuh

Kenal pasti hibrid orbital atom Jumlah ikatan Jumlah ikatan

pusat N dari struktur lewis yang sigma dan elektron sigma dan 1

diberi. terpencil salah. elektron terpencil

betul

Mengaplikasi penghibridan Tidak melukis dan Tatarajah orbital

1 a dari tatarajah orbital elektron melabel dengan beserta elektron

valensi N atom pada keadaan lengkap tatarajah dilukis dan

asas dan teruja. orbital mengikut dilabel dengan 1

konfigurasi lengkap.

elektron berserta

elektron yang betul

pada keadaan asas,

dan teruja.

Mengaplikasi penghibridan Tidak melukis dan Tatarajah orbital

dari tatarajah orbital elektron melabel tatarajah beserta elektron

valensi N atom pada keadaan orbital beserta dilukis dan

hibrid dan orbital ‘p’ tulen elektron dilukis dilabel dengan 1

dan dilabel dengan lengkap.

lengkap.

Melukis pertindihan hibrid

orbital bagi tiga atom pusat

iaitu C, N dan O atom mengikut

geometri molekul masing- salah betul 1
masing.

C : trigonal planar

12


Click to View FlipBook Version