The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2021-01-06 01:58:10

KONVENSYEN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KALI KE-10 (2019) BAHAGIAN 2

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

terkandung dalam topik ini. Kitaran perakaunan merupakan urutan tatacara yang bermula daripada
penglibatan urus niaga perniagaan dan berakhir dengan penyediaan penyata kewangan (Takiah
2002; Sulaiman & Abd. Wahid 2017). Urus niaga merupakan peristiwa asas dalam perakaunan
(Takiah 2002). Perekodan urusniaga ke jurnal dan pemindahan data dari jurnal ke lejar merupakan
proses perekodan urusniaga perakaunan (Sulaiman & Abd. Wahid 2017). Semua akaun yang
disediakan disimpan dalam lejar am dapat memudahkan pengumpulan data dalam penyata
kewangan (Sulaiman & Abd. Wahid 2017).

Topik ini dilihat sebagai asas dalam perakaunan dan penting untuk pelajar mempunyai
kemahiran dalam topik ini sebelum meneruskan topik yang seterusnya. Walaubagaimanapun,
ramai pelajar terutamanya pelajar yang tidak mengambil subjek perakaunan di sekolah menengah
didapati lambat menguasai topik ini. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu
pelajar meningkatkan kemahiran dalam penyediaan jurnal, lejar dan penyata kewangan. Pengkaji
menggunakan satu kaedah dalam mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
dalam kajian tindakan ini. Menurut Mohamed Amin (2016) guru perlu memikirkan semula kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tujuan untuk mencipta semula pengalaman
pembelajaran para pelajar. Ini agar pelajar dapat meningkatkan kemahiran diri mereka dan minat
dalam pembelajaran.

Model kajian tindakan yang digunakan adalah model Kemmis dan Mc Taggart (1988)
seperti di Rajah 1. Model ini adalah relevan dalam pengendalian kajian tindakan amalan yang
dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Model ini mempunyai empat
elemen iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Keseluruhan pelaksanaan disifatkan
sebagai kitaran pertama dan jika masalah tidak dapat diselesaikan maka guru boleh memulakan
proses semula kitaran kedua sehingga masalah selesai.

Rajah 1: Model Kemmis dan Mc Taggart (1988)

2.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui soalan Kuiz Topikal di dalam kelas. Soalan Kuiz Topikal
biasa diberikan selepas selesai pembelajaran setiap topik. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa
pelajar gagal mengenalpasti perekodan jurnal dengan tepat, kurang faham dengan cara penyediaan
lejar seterusnya menjejaskan penyediaan penyata kewangan. Selain itu, pelajar mengambil masa
yang lama untuk menyelesaikan masalah iaitu tidak dapat menjawab soalan dalam masa yang
ditetapkan. Masalah ini akan menyebabkan pelajar sukar untuk menjawab soalan topik berikutnya

PAGE \* MERGEFORMAT
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

iaitu topik Pelarasan. Pengkaji telah menyemak jawapan kuiz pelajar tersebut. Jadual 1
menunjukkan permasalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam penyediaan jurnal,
lejar dan penyata kewangan. Pengkaji juga telah membuat beberapa temubual ringkas dengan
pelajar yang bermasalah berkaitan topik ini. Jadual 2 menunjukkan beberapa respon pelajar
terhadap topik ini.

Jadual 1: Permasalahan Pelajar Terhadap Topik Kitaran Perakaunan

Subtopik Permasalahan Pelajar

Penyediaan Jurnal 1. Mengambil masa yang lama dalam penyediaannya.

2. Tarikh urus niaga tidak berturutan.

3. Item debit dan kredit tersalah catat.

4. Tersalah tulis nama akaun.

5. Item lejar khas ditulis sebagai lejar am dan sebaliknya.

6. Item pulangan tidak dimasukkan.

7. Tidak memberi diskaun pada urus niaga yang mendapat

diskaun.

Penyediaan Lejar 1. Mengambil masa yang lama dalam penyediaannya.

2. Tidak mengepos semua akaun yang ada dalam jurnal ke lejar.

3. Tidak menulis tarikh yang sebenar pada lejar subsidiari.

4. Tersalah catat jumlah debit urus niaga ke dalam lajur kredit akaun

lejar dan sebaliknya.

5. Tersalah menulis nama akaun di dalan lejar.

Penyediaan Penyata 1. Mengambil masa yang lama dalam penyediaannya.

Kewangan 2. Tertinggal akaun lejar semasa pemindahan maklumat ke Penyata

Kewangan.

3. Pengiraan untung atau rugi terlebih atau terkurang nyata.

4. Penyata Kedudukan Kewangan tidak imbang akibat daripada

untung atau rugi terlebih atau terkurang nyata.

Jadual 2: Respon Pelajar Terhadap Topik Kitaran Perakaunan

Responden Respon Masalah
Pelajar 1
Saya keliru urus niaga yang perlu di masukkan ke dalam Sukar, kurang
Pelajar 2
jurnal am dan jurnal khas terutamanya yang melibatkan kemahiran
Pelajar 3
Pelajar 4 modal.
Pelajar 5
Pelajar 6 Saya tak ingat format jurnal khas

Saya keliru pengeposan data dari jurnal ke lejar di sebelah Sukar, kurang

debit atau kredit menyebabkan saya lambat untuk kemahiran

menyelesaiakan masalah.

Lejar terlalu banyak untuk dibuat dan kadang kala Kurang

tertinggal lejar untuk dibuat. kemahiran

Keliru antara lejar akaun kawalan dengan lejar subsidiari. Sukar, kurang

kemahiran

Tidak cukup masa untuk membuat penyata kewangan. Sukar, Kurang

Penyata Kedudukan Kewangan selalu tidak imbang. kemahiran

Tidak cukup masa dan keliru dengan transaksi yang perlu Sukar, Kurang

dimasukkan ke jurnal. kemahiran

Pengkaji mendapati bahawa pelajar menganggap topik ini adalah sukar dan pelajar kurang
mahir untuk menyediakan jurnal, lejar dan penyata kewangan dalam masa yang ditetapkan.

PAGE \* MERGEFORMAT
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Pengkaji juga mendapati bahawa pelajar yang bermasalah dalam topik ini adalah pelajar yang tiada
asas perakaunan iaitu pelajar yang tidak mengambil subjek Perakaunan semasa di sekolah
menengah. Impak daripada guruan perakaunan semasa sekolah menengah juga menyebabkan
pelajar tidak dapat menguasai topik ini dengan baik. Justeru itu, pengkaji telah mempelbagaikan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam topik ini.

3.0 Fokus Kajian
Sebagai seorang guru, pengkaji telah cuba sedaya upaya untuk menolong para pelajar agar
memahami isi kandungan topik yang diajar. Sehubungan dengan itu, kajian tindakan ini
diwujudkan kerana mempunyai banyak kebaikan kepada pelajar dan juga kepada guru. Kajian
tindakan boleh meningkatkan profesionalisme seorang guru (Calhoun 2013). Banyak kajian juga
menunjukkan bahawa proses pengumpulan data, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian
melalui kajian tindakan boleh meningkatkan professionalisme dalam menyelesaikan sesuatu
masalah (Corey 2011).

Kajian ini cuba untuk menyelesaikan masalah kemahiran pelajar menjawab soalan dalam
topik Kitaran Perakaunan. Fokus kajian ini adalah penekanan kepada aspek pemahaman dan
konsep asas dalam mengenalpasti jurnal yang tepat untuk perekodan, mengepos data di jurnal ke
dalam lejar dan penyediaan penyata kewangan iaitu Penyata Pendapatan Komprehensif dan
Penyata Kedudukan Kewangan. Justeru dengan membantu pelajar memahami konsep kitaran
perakaunan dengan lebih terperinci, pengkaji yakin pelajar akan dapat menjawab dan mengaplikasi
konsep Kitaran Perakaunan di dalam apa jua situasi atau corak soalan yang bakal dijawab di dalam
tugasan.

Kaedah pembelajaran tradisional seperti hafalan merupakan pembelajaran yang sangat
terbatas dan pasif kerana kurang memberi kesan kepada pemahaman pelajar jika sesuatu topik itu
perlu menggunakan kemahiran teknikal yang banyak (Becker & Watts, 2001). Kaedah pengajaran
secara ‘chalk and talk’ semasa tutorial juga akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dimana
pelajar hanya mendengar penerangan guru dan menyalin nota tanpa memahami isi kandungan
pelajaran yang disampaikan. Masalah pembelajaran ini boleh diatasi melalui pembelajaran kreatif
dengan mewujudkan situasi pembelajaran yang aktif (Alexander & McDougall 2001). Oleh itu,
kaedah pengajaran dan pembelajaran aktif untuk membangunkan pemikiran kritis pelajar yang
melibatkan perbincangan dan interaksi dua hala perlu diaplikasikan supaya pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan.

4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam topik Kitaran
Perakaunan melalui Pentaksiran Untuk Pembelajaran menggunakan Penilaian Berterusan.

4.2 Objektif Khusus
1. Pelajar dapat mengenalpasti urusniaga untuk direkodkan ke dalam jurnal yang
bersesuaian.
2. Pelajar dapat mengepos data dalam jurnal ke lejar am dan lejar subsidiari dengan betul.
3. Pelajar dapat menyediakan Penyata Kewangan dengan betul.
4. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi semasa melaksanakan tugasan.

5.0 Kumpulan Sasaran
Pengkaji memilih kelas praktikum A1T4 Jurusan Perakaunan sesi 2018/2019 sebagai kumpulan
sasaran. Pemilihan kelas adalah secara rawak. Daripada 17 orang dalam kelas tersebut, seramai
enam orang pelajar (responden) sahaja yang terlibat dalam kajian yang dijalankan yang terdiri
daripada dua orang pelajar lelaki dan empat orang pelajar perempuan. Responden yang dipilih

PAGE \* MERGEFORMAT
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

adalah terdiri daripada pelajar yang tiada asas perakaunan iaitu pelajar yang tidak mengambil
subjek Perakaunan semasa di sekolah menengah. Selain itu, pelajar-pelajar tersebut juga
menunjukkan pencapaian yang rendah hasil tinjauan awal daripada semakan soalan tutorial yang
telah diberi kepada mereka.

6.0 Perancangan Tindakan
Tinjauan awal terhadap masalah ini serta analisis secara terperinci iaitu semakan soalan tutorial
pelajar dan temubual ringkas bersama pelajar telah dibuat dan telah dibincangkan di bahagian 2.0
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu. Jadual 3 menunjukkan markah pencapaian pelajar
dalam tinjauan awal tersebut. Berdasarkan pencapaian tersebut, didapati bahawa tiada pelajar yang
mendapat Gred A di mana Gred B adalah 33%, Gred B- adalah 50% masing-masing manakala
Gred C+ adalah sebanyak 17%. Ini menguatkan lagi keyakinan bahawa pelajar tersebut tidak
memahami tajuk Kitaran Perakaunan dengan sepenuhnya.

Jadual 3: Pencapaian Pelajar Dalam Tinjauan Awal

Responden Markah Gred Tahap
Pelajar 1
Pelajar 2 59 C+ Sederhana
Pelajar 3
Pelajar 4 65 B Kepujian
Pelajar 5
Pelajar 6 64 B- Kepujian

63 B- Kepujian

68 B Kepujian

60 B- Kepujian

Bagi meningkatkan kemahiran penyediaan jurnal, lejar, penyata kewangan dan komunikasi
pelajar, perancangan untuk tindakan atau intervensi telah dibuat secara teliti agar ia dapat memberi
manfaat bersama antara pensyarah dan pelajar. Jadual 4 menunjukkan jadual perancangan
tindakan.

Jadual 4: Jadual Perancangan Tindakan

Bil Gelung Tugasan Tarikh Pelaksanaan

1 Mereflek - tinjauan awal terhadap Minggu 3

permasalahan (11/6/18 - 13/6/18)

2 Merancang tindakan Minggu 3

(14/6/18)

3 Gelung Taklimat program Sharing Is Caring (SIC) Minggu 3

Pertama kepada pelajar oleh pensyarah. (15/6/18)

Memberi tugasan kepada pelajar

Menjalankan program SIC (15/6/18 - 19/6/18)

4 Ujian - Enrichment Test 1 (Lampiran 1) Minggu 4

(20/6/18)

5 Mereflek hasil program SIC Minggu 4

(21/6/18)

6 Merancang tindakan dengan membuat Minggu 4

adaptasi (21/6/18)
7 Gelung Kedua Taklimat program SIC yang telah diadaptasi Minggu 4

kepada pelajar oleh guru. (22/6/18)

Memberi tugasan kepada pelajar.

(22/6/18 - 26/6/18)

PAGE \* MERGEFORMAT
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Pelaksanaan program SIC yang telah
diadaptasi.

8 Ujian - Enrichment Test 2 (Lampiran 3) Minggu 5

(27/6/18)

7.0 Pelaksanaan Tindakan

7.1 Pelaksanaan Program Sharing Is Caring (SIC)
Program Sharing Is Caring (SIC) ini mengadaptasi strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar. Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab
dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar (Ravitz 2009). Ia
berbeza daripada pembelajaran tradisional di mana bilik darjah didominasikan oleh guru. Kajian
menunjukkan bahawa stategi ini mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan
pelajar dalam mengaplikasikan konsep, mewujudkan motivasi, memperkembangkan sahsiah
peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan serta menunjukkan perkembangan yang
lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi (Chudhary et al. 2010). Manakala
kaedah yang dilaksanakan adalah kaedah perbincangan yang melibatkan guru dan pelajar di mana
guru membentuk suatu pandangan dan memudah cara pertukaran idea di kalangan pelajar.
Perbincangan sesama pelajar memberi dua kelebihan iaitu boleh meningkatkan kemahiran
pemikiran dan dapat merangsang pemikiran analitik (Orlich et al. 2010) serta membantu pelajar
membina kefahaman kandungan pembelajaran (Arends & Kilcher 2010).

Pengajaran topik Kitaran Perakaunan oleh guru adalah mengikut amalan biasa di bilik
tutorial sebelum program SIC ini dilaksanakan. Program SIC ini hanya boleh dimulakan setelah
selesai pengajaran topik ini di tutoran. Guru memberi taklimat kepada pelajar pada 15hb. Jun 2018
mengenai perjalanan program supaya pelajar faham program yang akan dijalankan. Guru akan
menerangkan objektif dan peranan pelajar serta guru dalam program ini seperti dibawah. Program
SIC ini bermula pada 15hb Jun sehingga 19hb Jun 2018. Tugasan diberikan oleh guru kepada
pelajar dan perlu disiapkan sebelum atau pada 19hb June 2018.

7.1.1 Objektif Program Sharing Is Caring (SIC)
i. Membantu pelajar memahami topik Kitaran Perakaunan.
i. Membantu pelajar meningkatkan kemahiran dalam penyediaan jurnal, lejar dan
penyata kewangan.
ii. Memupuk semangat kerjasama dan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar
untuk sama-sama mendapat pencapaian yang cemerlang dalam topik Kitaran
Perakaunan.

7.1.2 Kaedah Pelaksanaan Program SIC
i. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.
ii. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua.
iii. Pensyarah akan memberi Tugasan 1 kepada pelajar iaitu soalan yang berkaitan
dengan topik Kitaran Perakaunan.
iv. Penyelesaian tugasan tersebut hendaklah dilaksanakan bersama ahli kumpulan
secara perbincangan semasa tutoran.
v. Perbincangan dalam kumpulan tersebut tidak terbatas di bilik tutoran sahaja dan
boleh disambung di luar masa tutoran sehingga tugasan selesai.

PAGE \* MERGEFORMAT
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

vi. Pelajar boleh meminta tunjuk ajar guru semasa perbincangan dijalankan.
vii. Ketua kumpulan akan merekod kehadiran ahli kumpulan semasa perbincangan dan

memberi laporan kepada guru.
viii. Guru akan menyemak tugasan yang telah diberikan.
ix. Program ini akan dipantau oleh guru di mana guru berperanan sebagai pembimbing.

7.2 Ujian Enrichment Test 1
Tahap kefahaman pelajar terhadap topik Kitaran Perakaunan ditentukan melalui ujian Enrichment
Test 1 selepas program SIC dijalankan. Ujian ini telah dijalankan pada 20 Jun 2018 semasa sesi
tutorial. Masa yang diperuntukan ialah 1 jam. Soalan ujian adalah seperti di Lampiran 1.
.
7.3 Mereflek Hasil Program SIC
Pengkaji mereflek program SIC yang telah dijalankan dengan mengambil data markah ujian
Enrichment Test 1 sebagai pengukur pencapaian program ini. Pengkaji mendapati terdapat
kelemahan dalam program ini di mana pelajar ini hanya berbincang dengan kumpulan pelajar yang
tiada asas perakaunan. Oleh itu, pelaksanaan SIC yang seterusnya perlu ada perubahan atau
adaptasi.

7.4 Merancang Tindakan (Adaptasi)
Pengkaji merancang tindakan dalam gelung kedua ini pada 21hb. Jun 2018 dengan membuat
sedikit perubahan atau adaptasi pada program SIC ini. Pengkaji merancang untuk menambah
seorang fasilitator yang dilantik dalam kalangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang
dalam subjek Perakaunan pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu. Fasilitator
tersebut hendaklah dari kelas praktikum yang sama. Fasilitator berperanan untuk membantu guru
dalam membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada ahli kumpulan untuk memahami topik ini
dan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

7.5 Pelaksanaan Program SIC (Adaptasi)
Taklimat program SIC yang telah diadaptasi dijalankan pada 22hb. Jun 2018 kepada pelajar oleh
guru. Terdapat beberapa perubahan pelaksanaan program ini berbanding yang sebelumnya telah
diterangkan oleh guru seperti dibawah. Program SIC ini bermula pada 22hb Jun sehingga 26hb
Jun 2018. Tugasan 2 telah diberikan kepada pelajar dan perlu disiapkan sebelum atau pada 26hb.
Jun 2018.

Pelaksanaan program SIC yang telah diadaptasi adalah seperti berikut:
1. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan mempunyai seorang fasilitator yang juga bertindak sebagai

ketua kumpulan untuk membantu ahli kumpulan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
3. Pensyarah akan memberi Tugasan 2 kepada pelajar iaitu soalan yang berkaitan dengan
topik Kitaran Perakaunan.
4. Penyelesaian tugasan tersebut hendaklah dilaksanakan bersama ahli kumpulan dan
fasilitator secara perbincangan semasa tutoran.
5. Perbincangan dalam kumpulan tersebut tidak terbatas di bilik tutoran sahaja dan boleh
disambung di luar masa tutoran sehingga tugasan selesai.
6. Pelajar boleh meminta tunjuk ajar guru semasa perbincangan dijalankan.
7. Ketua kumpulan (fasilitator) akan merekod kehadiran ahli kumpulan semasa
perbincangan dan memberi laporan kepada guru (Lampiran 2).
8. Guru akan menyemak tugasan yang telah diberikan.
9. Program ini akan dipantau oleh guru di mana guru berperanan sebagai pembimbing.

PAGE \* MERGEFORMAT
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

7.6 Enrichment Test 2
Tahap kefahaman pelajar terhadap topik Kitaran Perakaunan diuji sekali lagi melalui ujian
Enrichment Test 2 selepas program SIC yang telah diadaptasi tersebut dijalankan. Ujian ini telah
dijalankan pada 27hb. Jun 2018 semasa sesi tutorial. Masa yang diperuntukan ialah 1 jam. Soalan
ujian adalah seperti di Lampiran 3.

8.0 Pemerhatian

8.1 Kaedah Pengumpulan Data
Metodologi penyelidikan kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif. Kaedah pengumpulan data
dalam kajian ini adalah dalam bentuk ujian. Ini adalah relevan kerana ujian merupakan kaedah
yang digunakan untuk mengumpul data bagi menilai dan mengesan kefahaman pelajar terhadap
sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi pelajar
sebelum dan selepas sesuatu ujian dilakukan. Keputusan yang diperolehi daripada ujian boleh
menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran
atau pengetahuan yang telah diajar kepada pelajar (Diyana 2015).

Dalam kajian ini, data-data yang digunakan oleh pengkaji diperolehi daripada markah ujian
Enrichment Test 1 dan markah ujian Enrichment Test 2. Pengkaji menggunakan peratusan untuk
menganalisis gred ujian Enrichment Test 1 dan gred ujian Enrichment Test 2. Ujian telah ditanda
mengikut skema yang ditetapkan.

8.2 Skala Penilaian

Julat Jadual 5: Jadual Skala Penilaian 0-
Markah 34
80 - 75 - 70 - 65 - 60 - 55 - 50 - 45 - 40 - 35 -
Gred 100 79 74 69 64 59 54 49 44 39 F
Tahap
A A- B+ B B- C+ C D+ DE
Sederhana Lemah
Cemerlang Kepujian

Jadual 5 menunjukkan jadual skala penilaian untuk ujian Enrichment Test 1 dan ujian Enrichment
Test 2. Penentuan tahap pencapaian pelajar adalah berdasarkan kepada gred. Pengkaji meletakkan
penanda aras pencapaian minimum untuk ujian yang dilakukan adalah Gred A-.

8.3 Analisis Dapatan Kajian
Data-data skor ujian Enrichment Test 1 dan ujian Enrichment Test 2 dianalisis menggunakan
Microsoft Office Excel 2010. Data-data dianalisis untuk melihat peningkatan atau penurunan
peratus gred pelajar. Markah dan gred ujian Enrichment Test 1 dan ujian Enrichment Test 2 telah
direkod dan dianalisis seperti berikut:

Jadual 6: Jadual Markah Pelajar

Tinjauan Awal - Ujian - Ujian -

Bil Kuiz Topikal Enrichment Test 1 Enrichment Test 2

Markah Gred Markah Gred Markah Gred

1 59 C+ 72 B+ 78 A-
2 65 B 84 A 90 A
3 64 B- 78 A- 88 A

PAGE \* MERGEFORMAT
12

4 63 Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
5 68
6 60 B- 75 A- 85 A
B 88 A 95 A
B- 75 A- 83 A

100 90 88 85 95 83
78 84 78 75 88 75

Markah Pelajar 80 Ujian -
72 Enrichment
Test 1
60 Ujian -
Enrichment
40 Test 2

20

0
123456

Pelajar

Graf 1: Graf Perbandingan Markah Pelajar Mengikut Ujian

Jadual 7: Jadual Peratus Pencapaian Pelajar
Peratus Pelajar (%)

Markah Gred Pelajar Tahap Kuiz Ujian Ujian
Pelajar Topikal Enrichment Enrichment
A dan A- Cemerlang
75 - 100 B+, B dan B- Kepujian - Test 1 Test 2
60 - 74 Sederhana 83
50 - 59 C+ dan C 17 83 100
17 -
- -

Peratus 120
100
Ujian - Enrichment Test 2
80
60
40
20

0

Ujian - Enrichment Test 1

Cemerlang (A dan A-) Kepujian (B+, B dan B-)

Graf 2: Graf Perbandingan Gred Mengikut Ujian
Jadual 6 menunjukkan markah dan gred pelajar sebelum dan selepas program SIC
dijalankan. Markah dan gred pada tinjauan awal iaitu soalan kuiz topikal adalah sebelum program
SIC dijalankan. Pada tinjauan awal, tiada pelajar mendapat Gred A tetapi seorang pelajar mendapat
Gred C+ iaitu sebanyak 17% manakala Gred B adalah 33% dan Gred B- adalah 50%. Pada ujian
Enrichment Test 1, program SIC telah dijalankan dan didapati terdapat peningkatan markah dan
gred pelajar pada ujian ini. 33% pelajar telah mendapat Gred A, 50% pelajar mendapat Gred A-
manakala 17% pelajar mendapat Gred B+. Pemerhatian yang dapat dilihat adalah pelajar telah
melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan melalui perbincangan di mana mereka berkongsi ilmu

PAGE \* MERGEFORMAT
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

bersama-sama. Teknik pembelajaran ini didapati dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran
pelajar dalam topik ini. Walaubagaimanapun, penanda aras pencapaian minimum yang diletakkan
oleh pengkaji untuk ujian ini iaitu Gred A- tidak tercapai kerana terdapat seorang pelajar yang
mendapat Gred B+. Ini adalah kerana kekangan ahli kumpulan program SIC ini adalah terdiri
daripada kumpulan pelajar yang tiada asas perakaunan sahaja.

Oleh itu, pengkaji telah membuat gelung kedua dengan mereflek dan merancang semula
intervensi dengan membuat adaptasi pada program SIC ini. Pengkaji telah memasukkan seorang
pelajar yang cemerlang sebagai fasilitator dalam kumpulan tersebut. Peranan fasilitator tersebut
adalah untuk membantu guru dalam memberi tunjuk ajar dalam menyelesaikan masalah dalam
topik tersebut. Fasilitator akan bersama-sama belajar dan berbincang dengan ahli kumpulan sama
ada pada atau di luar waktu tutorial. Ujian Enrichment Test 2 dilakukan setelah program SIC yang
telah diadaptasi dijalankan dan didapati terdapat peningkatan markah dan gred pelajar berbanding
ujian Enrichment Test 1 seperti carta yang ditunjukkan dalam Graf 1. Sebanyak 83% pelajar telah
mendapat Gred A manakala 17% pelajar mendapat Gred A-. Pada peringkat ini, penanda aras
pencapaian minimum ujian telah tercapai. Ini adalah kerana pelajar lebih bermotivasi untuk
belajar kerana terdapat seorang rakan (fasilitator) yang boleh dijadikan rujukan apabila terdapat
sebarang masalah berkaitan topik ini.

Jadual 7 pula menunjukkan tahap pencapaian pelajar. Sebelum progam SIC dijalankan,
83% pelajar berada ditahap kepujian manakala 17% lagi ditahap sederhana. Setelah program SIC
dijalankan, tahap pencapaian pelajar telah meningkat iaitu 83% pelajar berada ditahap cemerlang
manakala 17% lagi ditahap kepujian. Manakala setelah program SIC diadaptasi, tahap pencapaian
pelajar terus meningkat iaitu 100% pelajar berada ditahap cemerlang. Graf 2 menunjukkan bahawa
tahap cemerlang telah meningkat sebanyak 17% dalam ujian Enrichment Test 2 menjadikan tahap
cemerlang adalah 100%. Ini bermakna objektif kajian ini telah tercapai. Hasil pemerhatian
mendapati bahawa selain kefahaman dan kemahiran pelajar dalam topik Kitaran Perakaunan
meningkat, kemahiran komunikasi pelajar juga meningkat. Manakala cabaran yang dihadapi
dalam program SIC ini adalah pelajar perlu mencari masa dan tempat yang sesuai untuk membuat
perbincangan di luar waktu tutorial.

9.0 Refleksi Dan Kesimpulan
Hasil dapatan daripada Ujian Enrichment 1 yang telah dijalankan menunjukkan terdapat
peningkatan pencapaian pelajar dalam topik Kitaran Perakaunan selepas pelajar diperkenalkan
dengan program SIC ini. Manakala setelah pengkaji mengadaptasi program SIC, hasil dapatan
daripada Ujian Enrichment 2 pula menunjukkan pencapaian pelajar yang lebih baik dimana semua
pelajar telah melepasi paras penanda aras iaitu skor A. Ini membuktikan bahawa pembelajaran
aktif yang berpusatkan pelajar secara berkumpulan adalah langkah yang baik untuk meningkatkan
kemahiran dan pemahaman terhadap isi pelajaran.

Rentetan daripada Penilaian Berterusan, terdapat perubahan kepada pelajar dari segi gaya
pembelajaran melalui program SIC. Selain pencapaian pelajar dalam ujian Enrichment Test 1 dan
ujian Enrichment Test 2 yang semakin meningkat dan boleh dibanggakan ini, pembelajaran dengan
program SIC ini juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara pelajar. Program ini
memberi impak yang positif kepada pelajar dimana kesemua pelajar telah dapat menyelesaikan
masalah yang membelenggu mereka selama ini di dalam tajuk Kitaran Perakaunan. Selain itu,
minat terhadap tajuk kitaran perakaunan juga makin bertambah.

Penyelidik berpendapat bahawa kumpulan yang mempunyai ahli kumpulan yang pelbagai
aras iaitu pelajar cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar perlu dibimbing, kerja secara
berkumpulan banyak membantu dalam menyelesaikan masalah dan tugasan yang diberi. Dari
perspektif seorang penyelidik, program SIC ini dapat membantu pensyarah dalam membimbing
pelajar untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengenalpasti urusniaga untuk direkodkan
ke dalam jurnal yang bersesuaian, penyediaan lejar penyata kewangan dengan betul.

PAGE \* MERGEFORMAT
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Jadual 8: Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Berterusan bagi Topik 3

Responden Markah Penuh Pencapaian

Pelajar 1 10% 9%

Pelajar 2 10% 10%

Pelajar 3 10% 10%

Pelajar 4 10% 10%

Pelajar 5 10% 10%

Pelajar 6 10% 9%

Jadual 8 menunjukkan pencapaian pelajar dalam Penilaian Berterusan untuk topik 3 sahaja.
Pemberatan markah untuk tugasan berkumpulan dalam Penilaian Berterusan adalah 30% di mana
untuk topik 3 adalah 10%. Didapati bahawa pencapaian Penilaian Berterusan untuk topik ini
adalah memuaskan di mana 4 daripada 6 pelajar mendapat markah penuh untuk topik ini.

Kesimpulannya, kemahiran pelajar dalam topik Kitaran Perakaunan dapat ditingkatkan
melalui pentaksiran untuk pembelajaran. Di sini Penilaian Berterusan merupakan alat pentaksiran
bagi mencapai matlamat kajian. Selain itu, program SIC dapat mencapai matlamat yang disasarkan
iaitu membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah di dalam tajuk kitaran Perakaunan. Kami
dapati hasilnya amat positif dimana pelajar yang sebelum ini bermasalah kini memahami dengan
jelas konsep kitaran perakaunan, lebih yakin semasa menjawab soalan dan mampu menjawab
sebarang soalan mengenai tajuk kitaran perakaunan. Oleh itu, dengan pentaksiran pembelajaran
ini guru dapat menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran dan membuat perancangan
untuk memperbaiki prestasi pelajar di samping memperkembangkan lagi teknik dan kaedah untuk
mengatasi kelemahan pelajar.

Cadangan bagi kajian seterusnya adalah Program SIC ini dilanjutkan ke topik 4 iaitu topik
Pelarasan Pada akhir Tempoh Perakaunan. Topik 4 juga termasuk dalam Penilaian Berterusan
Semester 1. Untuk kajian tindakan seterusnya ini dicadangkan kajian ini melibatkan semua pelajar
Jurusan Perakaunan sama ada pelajar yang ada asas Pengetahuan Prinsip Perakaunan atau pelajar
yang tidak mempunyai asas Pengetahuan Prinsip Perakaunan.

Rujukan

Alexander, W.R.J. & McDougall, R.S. (2001). Collaborative Problem Solving in Student
Learning. Otago: University of Otago.

Arends, R. & Kilcher, A. (2010). Teaching for Student Learning: Becoming an Accomplished
Teacher. New York: Routledge.

Becker, W.E. & Watts, M. (2001). Teaching Economics at the Start of the 21st Century: Still
Chalk-and-Talk. American Economic Review, 91(2), 446-451.

Calhoun, E. F. (2013). Action Research : Three Approaches. Educational Leadership . Orono,
U.S.A: University of Maine.

PAGE \* MERGEFORMAT
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Chudhary, M. A., Malik, S., Saeed-ul-Hassan & Mahmood, K. (2010). An Experimental Study
to Assess The Motivational Techniques Used by Teachers In The Teaching of Chemistry.
Journal of Education and Sociology, 36-52.

Corey, S.M. (2011). Action Research to improve School Practices. New York: Teacher college
Press.

Earl, L. (2006). Rethinking classroom assessment with purpose in mind. Winnipeg: Manitoba
Education, Citizenship and Youth.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (Eds.) (1988). The Action Research Reader. Victoria: Deakin
University Press.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohamed Amin, E. (2016). Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pengajaran dan Pembelajaran

Abad ke-21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noraini, I. (2008). Pentaksiran Alternatif: Arah dan Peranannya dalam Sistem Pentaksiran

Berasaskan Sekolah. Pendidikan di Sekolah: Isu dan cabaran, 165-181.
Nur Diyana, H. (2015, April 1). Pengumpulan Data dalam Kajian Tindakan. Muat turun dari

http://lieydya22.blogspot.com/2015/04/pengumpulan-data-dalam-kajian-tindakan.html
Orlich, D.C., Harder, R.J., Callahan, R.C., Trevisa, M.S. & Brown, A. (Eds.) (2010). Teaching

Strategies: A Guide to Effective Intruction. Edition. Boston: Mass:Gardners Books.
Ravitz, J. (2009). Introduction: Summarizing Finding & Looking Ahead to a New Generation of

Problem Base Learning. Interdisciplinary journal of Problem base Learning, 1(3), 4-11.
Rosni Zamudin Shah, S & Ahmad Saiful Redza, A.A. (2010). Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran

Teknikal Terhadap Penilaian Berterusan Untuk Matapelajaran Asas Pneumatik Dan
Hidraulik Di Fakulti Pendidikan Di Universiti Teknologi Malaysia Skudai. (pp. 1-7)
(Unpublished)
Sulaiman, T & Abdul Wahid, M.K. (2017). Prinsip Perakaunan. Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah.
Takiah, M.I. & Norida, B. (Eds.) (2002). Perakaunan Kewangan: Prinsip Dan Amalan Di
Malaysia. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

LAMPIRAN 1

Soalan Ujian - Enrichment Test 1

Perniagaan Intan Zulaikha (PIZ) running a grocery wholeseller business. The account balances at
December 31, 2015 are as follows:

Debit (RM) Credit (RM)
24,960
Cash 9,000
Account Receivable 27,000
Notes Receivable

PAGE \* MERGEFORMAT
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Inventory 13,800 900
Equipment 3,810 25,800
Accumulated Depreciation – Equipment 51,870
Account Payable 78,570 78,570
Capital

Total

Additional information:
PIZ using periodical inventory system in recording merchandise inventory. Ledgers subsidiary
lists and balances on January 1, 2016 are listed as follows:

Account Payable: RM6,000
Aiman RM10,800
Evian RM9,000
Badrul
Account Receivable: RM1,500
Zikrie RM4,500
Anis RM3,000
Lin Enterprise

Following business transactions occurred on January 2016:
Jan 2 Sold merchandise to Ezuddin RM2,400. Terms 2/10, n/30.

5 Received cash from Lin Enterprise on account RM2,100.
10 Paid transportation in RM180 for purchased merchandise.
12 Paid rent for January RM600.
14 Received check from Ezuddin.
16 Issued check to Badrul on his account and received discount RM90.
19 Purchased merchandise from Wild Enterprise on account RM960. Terms 2/10,n/30.
25 Sold on cash RM5,160.
29 Returned merchandise RM300 to Wild Enterprise RM300.

Required:
(a Prepare the journalize of the transactions in a Sales Journal, Purchases Journal, Cash
) Receipts Journal, Cash Payments Journal and General Journal. [CLO 3, C4]
(b Post the journal entries to the suitable general ledger. [CLO 3, C4]
)
(c Prepare the Financial Statement as at January 31, 2016. [CLO 3, C4]
)

LAMPIRAN 2

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
LAPORAN PROGRAM SHARING IS CARING (SIC)

AA015 ACCOUNTING 1
SESI 2018/2019

PAGE \* MERGEFORMAT
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Kumpulan Tutorial : _____________________________
Nama Pensyarah : _____________________________
Nama Fasilitator : _____________________________
Kehadiran:

Nombor Tarikh / Tandatangan
Matrik
Bil Nama

Disediakan oleh:

……………………………...
()
Fasilitator

LAMPIRAN 3

Soalan Ujian - Enrichment Test 2

Harun is the owner of Perniagaan Harun Sdn. Bhd, a books store business. The trial balance as at
March 31, 2016 are as follows:

Debit (RM) Credit
(RM)

PAGE \* MERGEFORMAT
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Cash 10,000 25,800
Account Receivable 9,000 63,700
Notes Receivable 32,000 89,500
Inventory 35,000
Equipment 3,500
Account Payable
Capital 89,500
Total

Additional information:
Perniagaan Harun Sdn. Bhd using periodical inventory system in recording merchandise inventory.
Ledgers subsidiary lists and balances on January 1, 2016 are listed as follows:

Account Payable: RM6,000
Siti RM10,800
Saresh RM9,000
Hassan
Account Receivable: RM1,500
Fadzil RM4,500
Mas RM3,000
Boo Enterprise

Following business transactions occurred on January 2016:

Jan 2 Sold merchandise to Perniagaan Alice RM2,400. Terms 2/10, n/30.
5
10 Received cash from Boo Enterprise on account RM2,100.
12 Paid Freight in RM200 for purchased merchandise.
14 Paid rent for January RM400.
16 Received check from Perniagaan Alice.
19 Issued check to Hassan on his account and received discount RM90.
Purchased merchandise from Wilson Enterprise on account RM960. Terms
25 2/10,n/30.
29 Sold on cash RM5,160.
Returned merchandise RM300 to Wilson Enterprise RM300.

Required:
(a) Prepare the journalize of the transactions in a Sales Journal, Purchases Journal, Cash

Receipts Journal, Cash Payments Journal and General Journal. [CLO 3, C4]
(b) Post the journal entries to the suitable general ledger. [CLO 3, C4]
(c) Prepare the Financial Statement as at January 31, 2016. [CLO 3, C4]

PAGE \* MERGEFORMAT
12

“Zero2one [0¼½¾1]” : KAEDAH PENANDAAN DAN PENILAIAN
ALTERNATIF BAGI SUBJEK MATEMATIK

1Nor Rohasikin Binti Mat Jali, 2Roslina Binti Yusoh,
3Wan Nasron Binti Wan Muhamood, 4Nur Hidayah Binti M Razif

1234Unit Matematik , Kolej Matrikulasi Kelantan
[email protected] , [email protected] ,

[email protected] , [email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mendapatkan kaedah penandaan dan penilaian alternatif yang mana
sebagai medium perantaraan pensyarah dan pelajar . Disamping dapat menyemak jawapan pelajar dengan
lebih cepat dan efisien. Kaedah ini juga boleh digunakan oleh pelajar untuk aktiviti penilaian kendiri dan
penilaian rakan sebaya semasa sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) dalam kelas. Kajian ini
melibatkan beberapa orang pensyarah matematik yang mengajar subjek Matematik Sistem Dua Semester,
Sistem Empat Semester dan pelajar – pelajar kelas D1T13/D1T14 semester Dua Sesi 2018/2019 di Kolej
Matrikulasi Kelantan. Bagi pensyarah kaedah penandaan dan penilaian “Zero2one [0¼½¾1]” ini adalah
bertujuan menilai penguasaan pelajar terhadap kemahiran, pengetahuan dan kebolehannya bagi aktiviti
penilaian yang tidak melibatkan markah penilaian berterusan contohnya Pop Quiz, SelfCheck atau Peer
Assessment. Bagi pelajar pula, diharapkan kaedah ini mereka dapat mengetahui kemajuan pembelajaran,
meningkatkan motivasi dan keyakinan diri. Pelaksanaan penilaian alternatif ini semoga dapat
dimanfaatkan oleh pensyarah dan pelajar untuk mengambil tindakan susulan ke arah penambahbaikan.

Keyword : Penandaan , Penilaian, kemajuan pembelajaran, motivasi, penilaian kendiri

1.0 Pendahuluan
Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, penandaan adalah proses, cara, perihal(perbuatan)
menandai atau menandakan. Manakala penilaian adalah perbuatan atau hal hal menilai atau
penaksiran.
Penilaian merupakan perkara yang penting dalam kehidupan. Ia melibatkan pengukuran
sejauhmana mutu dan kualiti dalam sesuatu perkara.

Dalam bidang pendidikan, kualiti sesuatu pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) diukur
melalui objektif pengajaran yang pelajar capai sewaktu sesi pembelajaran dijalankan di dalam
kelas. Penilaian membantu pensyarah untuk mengukur objektif pengajaran sama ada jelas atau
tidak kepada pelajar.

Di Matrikulasi, subjek Matematik merupakan subjek teras bagi semua bidang pengajian.
Bagi subjek matematik perkara-perkara yang dinilai untuk diambil markah dan penentuan gred
akhir adalah merangkumi penilaian berterusan iaitu kerja kursus individu, kerja kursus
berkumpulan, kuiz dan peperiksaan akhir bergantung kepada bidang pengajian yang diambil
oleh pelajar. Namun begitu, terdapat juga para pensyarah mengambil inisiatif menjalankan
ujian ringkas untuk menilai pelajar sebaik sahaja sesuatu sesi pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPC) berakhir atau selepas sesuatu topik dihabiskan. Ujian ringkas atau aktiviti yang
dijalankan oleh pensyarah bukan untuk permarkahan bagi penilaian berterusan tetapi adalah
lebih berfokuskan untuk mengumpul maklumat, memberi nilai, membuat keputusan mengenai
perkembangan dan pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh kebanyakan pensyarah
matematik semasa menanda jawapan pelajar ialah masa yang perlu diperuntukkan, kuantiti
soalan dan kuantiti pelajar yang kadang-kadang melemahkan motivasi para pensyarah untuk
menyiapkan proses penandaan. Oleh yang demikian, para penyelidik cuba untuk mendapatkan
kaedah penandaan dan penilaian alternatif yang memudahkan, menjimatkan masa dan efisien.

1

Kaedah yang sama boleh digunakan oleh pelajar untuk aktiviti yang melibatkan penilaian
kendiri dan penilaian rakan sebaya.

2.0 Refleksi
Pentaksiran untuk pembelajaran bertujuan agar pensyarah dapat menguji pengetahuan,
kefahaman, kemahiran dan kebolehan pelajar sebagai bukti maklum balas keberkesanan
pengajaran pensyarah. Ujian formatif sentiasa dijalankan oleh para pensyarah matematik secara
berterusan sepanjang proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) di Kolej Matrikulasi
Kelantan khususnya, sebagai langkah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Namun
begitu, timbul satu permasalahan bagi para pensyarah untuk memberi maklum balas ke atas
penandaan jawapan pelajar kerana tertakluk kepada integriti sebagai pendidik agar tidak
menggunakan cara permarkahan sebenar ke atas jawapan latihan pelajar. Masa yang perlu
diperuntukkan, bilangan skrip jawapan dan bilangan soalan juga merupakan faktor untuk
melemahkan motivasi pensyarah untuk menyiapkan penandaan jawapan pelajar. Menjadi
kebiasaan bagi pensyarah menanda jawapan pelajar dan setiap pelajar akan dipanggil untuk
konsultasi ke atas kesilapan yang dilakukan. Oleh itu, para penyelidik memikirkan satu kaedah
penandaan dan penilaian alternatif yang sesuai bagi menanda jawapan pelajar dengan mudah,
senang difahami dan efisien yang boleh dijadikan medium antara pensyarah dan pelajar.
Kaedah alternatif tersebut diharapkan dapat menerangkan kepada pelajar berkenaan tahap
penguasaan terhadap kemahiran, pengetahuan dan kebolehannya selepas sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan atau selepas sesuatu aktiviti dijalankan dengan cepat tanpa pelajar menunggu
lama untuk mendapatkan maklum balas. Di samping itu, kaedah tersebut juga diharapkan dapat
digunakan oleh pelajar untuk penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya.

Berdasarkan pencarian berkenaan proses penandaan alternatif, sukar bagi para penyelidik
mendapatkan sumber rujukan kerana tidak banyak organisasi atau institusi yang berkongsi
maklumat berkenaan kaedah penandaan. Akta kerahsiaan dan integriti mungkin merupakan
salah satu sebab kenapa ianya tidak dikongsi pada masyarakat umum . Namun begitu, idea
untuk mendapatkan kaedah penandaan alternatif tercetus juga bersumberkan Scottish
Qualifications Authority 2014.

3.0 Fokus Kajian
Berdasarkan kepada hasil perbincangan dengan para penyelidik untuk mendapatkan cara
penandaan dan penilaian alternatif, para penyelidik memfokuskan kepada beberapa perkara
utama :

(a) mendapatkan kaedah penandaan alternatif yang cepat dan memudahkan pensyarah bagi
subjek matematik yang melibatkan jalan penyelesaian yang agak panjang .

(b) mengukur tahap kefahaman dan penguasaan konsep pelajar dengan cepat selepas sesi
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC).

(c) mendapatkan kaedah penilaian kendiri bagi pelajar untuk mengetahui kemajuan
pembelajaran, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.

4.0 Objektif Kajian
Pada akhir pelaksanaan kajian ini, para penyelidik mengharapkan objektif berikut tercapai :
4.1 Objektif Umum
Meningkatkan motivasi pensyarah dan pelajar.

4.2 Objektif Khusus
Mendapatkan satu kaedah penandaan dan penilaian alternatif sebagai salah satu medium antara
pensyarah dan pelajar, yang memudahkan, menjimatkan masa dan efisien.

2

5.0 Metodologi Kajian
5.1 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 5 orang pensyarah matematik yang mengajar subjek Matematik Sistem
Dua Semester, Sistem Empat Semester dan 27 orang pelajar kelas D1T13/D1T14 semester Dua
Sesi 2018/2019 di Kolej Matrikulasi Kelantan.

5.2 Kaedah Mengutip Data
Penyelidik menggunakan kaedah kutipan data seperti berikut :

i) Temubual Pelajar ke atas tandaan Soalan Pop Kuiz/Selfcheck/Peer Assesment
Temubual secara rawak dan tidak berstruktur ke atas pelajar dijalankan ke atas tandaan
tiga set soalan ujian ringkas diuji kepada pelajar pada setiap hari khamis setiap minggu
secara bergilir-gilir.
Pop Kuiz – Soalan dibina untuk menguji kefahaman dan penguasaan konsep pelajar
yang akan ditanda oleh pensyarah .
Selfcheck - Soalan dibina untuk menguji kefahaman dan penguasaan konsep pelajar
yang akan ditanda oleh pelajar sendiri dan dipantau oleh pensyarah.
Peer Assessment - Soalan dibina untuk menguji kefahaman dan penguasaan konsep
pelajar yang akan ditanda oleh rakan pelajar dan dipantau oleh pensyarah.

ii) Temubual Pensyarah
Temubual secara rawak dan tidak berstuktur kepada lima orang pensyarah bagi
mencungkil masalah yang dihadapi oleh pensyarah dalam proses penandaan kertas
latihan pelajar.

iii) Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan untuk melihatkan penguasaan dan kefahaman pelajar terhadap
kaedah penandaan “Zero2one [0¼½¾1]”.

iv) Soal Selidik
Borang soal selidik ke atas pelajar digunakan untuk mendapatkan maklum balas dalam
skala yang lebih besar. Kelas D1T13/D1T14 semester Dua Sesi 2018/2019 di Kolej
Matrikulasi Kelantan dipilih sebagai responden. Soal selidik digunakan adalah untuk
mendapatkan maklum balas berkenaan dengan kefahaman cara penandaan dan impak
dari penilaian menggunakan kaedah penandaan “Zero2one [0¼½¾1]”.
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif. Kaedah soalan selidik yang
dijalankan,menggunakan empat tahap skor iaitu:
1 : Sangat tidak setuju (STS)
2 : Tidak setuju (TS)
3 : Setuju (S)
4 : Sangat setuju (SS)
Soal selidik yang dibina mengandungi lapan item yang berfokuskan kepada keperluan
objektif kajian.

6.0 Perancangan Dan Perlaksanaan Kajian
Jadual berikut menunjukkan perancangan dan pelaksanaan menjalankan kajian dalam tempoh
masa yang ditetapkan.

Jadual 1 : Perancangan Dan Perlaksanaan Kajian

Bulan Aktiviti Catatan
November 2018 Tinjauan awal : Kumpulan sasaran pelajar
(Minggu 2) Perbincangan awal kumpulan dipilih berdasarkan kepada
penyelidik untuk kekerapan latihan yang selalu
mengenalpasti masalah, diberikan.

3

Disember 2018 intervensi yang boleh Kumpulan sasaran pensyarah
(Minggu 3) dilakukan berdasarkan carian dipilih merangkumi semua
sumber dan penetapan pengajian di Kolej Matrikulasi
Disember 2018 kumpulan sasaran. Kelantan.
(Minggu 4 - 6 ) i) Merekabentuk aktiviti
kutipan data, soalan dan skema Intervensi dijalankan ke atas
Disember 2018 serta borang soal selidik untuk pelajar dan pensyarah.
(Minggu 7 ) pelajar. Sesi temubual dengan
ii) Penerangan kepada beberapa orang pelajar yang
Januari 2019 pensyarah–pensyarah yang dipilih secara rawak. Dapatan
(Minggu 8 - 10 ) dipilih. direkodkan.
Menjalankan aktiviti Intervensi
Januari 2019 Peringkat Fasa 1 Intervensi dijalankan ke atas
(Minggu 11) Pensyarah menerangkan pelajar dan pensyarah.
Januari – Kaedah Penandaan dan Sesi temubual dengan
Februari 2019 Penilaian “Zero2one beberapa orang pelajar yang
[0¼½¾1]” kepada pelajar. dipilih secara rawak. Dapatan
i) Borang Soal Selidik direkodkan.
diberikan kepada pelajar dan
Analisis Dapatan Soal Selidik
Fasa 1 dijalankan .
ii) Temubual tidak berstruktur
dijalankan ke atas pensyarah
yang dipilih.
Menjalankan aktiviti Intervensi
Peringkat Fasa 2.

Borang Soal Selidik diberikan
kepada pelajar dan Analisis
Dapatan Soal Selidik Fasa 2
dijalankan.
Penulisan refleksi kajian dan
penyediaan laporan.

Jadual 2 : Perancangan dan pelaksanaan kajian Fasa Satu (Minggu 4-6) dan Fasa 2

(Minggu 8-10) dalam tempoh masa 6 minggu bagi 27 orang pelajar kelas D1T13/D1T14

semester Dua Sesi 2018/2019 di Kolej Matrikulasi Kelantan.

Minggu Topik Aktiviti Catatan
PdPC
PdPC Pop Quiz
(10 minit)
4 DIFFERENTIATION (3 soalan) Jawapan pelajar Pensyarah
ditanda menemubual
Subtopic: Techniques sepenuhnya oleh beberapa
pensyarah orang pelajar
of differentiation

4

5 APPLICATIONS OF Selfcheck Pensyarah yang dipilih

DIFFERENTIATON (10 minit) memberi secara rawak

Subtopic: (3 soalan) jawapan penuh bagi

Gradient , Tangent manakala pelajar mendapatkan

and Normal menanda sendiri respon hasil

jawapan mereka. tandaan.

Pensyarah

memantau

pelajar.

6 APPLICATIONS OF Peer Pensyarah

DIFFERENTIATON Assesment memberi

Subtopic: (20 minit) jawapan penuh

Optimisation Problems (5 soalan) manakala rakan

pelajar menanda

jawapan pelajar

lain. Pensyarah

memantau

pelajar.

7 Borang soal selidik Fasa 1 diberikan kepada pelajar .

8 APPLICATIONS OF Pop Quiz Jawapan pelajar

DIFFERENTIATON (10 minit) ditanda

Subtopic: (3 soalan) sepenuhnya oleh

Rates of Change pensyarah

9 INTEGRATION Selfcheck Pensyarah

Subtopic : (10 minit) memberi

Integration of function (3 soalan) jawapan penuh Pensyarah

manakala pelajar menemubual

menanda sendiri beberapa

jawapan mereka. orang pelajar

Pensyarah yang dipilih

memantau secara rawak

pelajar. bagi

10 INTEGRATION Peer Pensyarah mendapatkan

Subtopic : Assesment memberi respon hasil

Definite Integrals (20 minit) jawapan penuh tandaan.

(5 soalan) manakala rakan

pelajar menanda

jawapan pelajar

lain. Pensyarah

memantau

pelajar.

11 Borang soal selidik Fasa 2 diberikan kepada pelajar .

12 Analisis Data dan Refleksi

5

Jadual 3 : Perancangan dan pelaksanaan kajian bagi Pensyarah Matematik, Unit

Matematik, Kolej Matrikulasi Kelantan.

Minggu Aktiviti Catatan
PdPC
Penerangan kaedah penandaan “Zero2one Pensyarah
3 [0¼½¾1]” kepada lima orang pensyarah gunakan kaedah
Matematik , Unit Matematik Kolej penandaan
7 Matrikulasi Kelantan iaitu : “Zero2one
Pensyarah (Pengajian Satu Tahun/Sains ) = 3 [0¼½¾1]”
orang selama tiga
Pensyarah (Pengajian Dua Tahun/Sains) = 1 minggu.
orang
Pensyarah (Pengajian Satu Tahun/Akaun)= 1 Refleksi
orang pensyarah
Temu bual tidak berstruktur dijalankan dicatatkan.
kepada lima orang pensyarah yang telah
didedahkan kepada kaedah penandaan
“Zero2one [0¼½¾1]”.

7.0 Kaedah Penandaan dan Penilaian “Zero2one [0¼½¾1]”.
Pada umumnya ,permasalahan longgokan kertas jawapan latihan pelajar yang tidak bertanda
sering menjadi rungutan para pensyarah matematik. Setiap hasil tandaan pula memerlukan
pensyarah memberi penerangan berkenaan pencapaian pada setiap pelajar supaya
penambahbaikan berlaku. Kaedah penandaan dan penilaian “Zero2one [0¼½¾1]” digunakan
sebagai medium oleh pensyarah untuk pelajar. Kaedah ini bukanlah cara penandaan dan
penilaian yang melibatkan markah penilaian berterusan atau penggredan peringkat matrikulasi.

7.1 Catatan Pada Setiap Jawapan Pelajar
Jadual 4 : Catatan Pensyarah Di Akhir Setiap Jawapan Latihan Pelajar Menggunakan

Kaedah Penandaan dan Penilaian “Zero2one [0¼½¾1]”

Catatan Penerangan
0 Salah konsep secara keseluruhan/Teknik salah/Pengiraan
salah/Langsung tidak menjawab

¼ Terdapat teknik atau jawapan yang betul di awal jawapan.

Sebahagian jalan pengiraan betul/Terdapat teknik yang betul di awal
½ jawapan dan menggunakan kaedah yang betul.

¾ Hampir lengkap/Hanya melakukan kesilapan yang kecil
1 Semua betul

Jawapan bahagian ini adalah salah. Perlu diperbetulkan.

6

7.2 Catatan Untuk Keseluruhan Jawapan Latihan Pelajar
Jadual 5 : Skala Catatan Pensyarah Bagi Keseluruhan Jawapan Latihan Pelajar

Menggunakan Kaedah Penandaan dan Penilaian “Zero2one [0¼½¾1]”

0% 25% 50% 75% 100%

Sangat Hanya Sederhana Banyak
banyak sedikit konsep konsep
konsep perlu konsep dikuasai berjaya
diperbetulkan dikuasai dikuasai

7.3 Contoh Catatan Pada Jawapan Latihan Pelajar
Pelajar A menjawab lima soalan latihan yang diberikan oleh pensyarah . Setelah ditandai oleh
pensyarah, catatan yang tertera adalah seperti berikut :

Nombor Soalan Catatan Apa yang sepatutnya pelajar faham
Soalan 1 Pensyarah
Soalan 2 Saya dapat menjawab dengan betul
Soalan 3 1 Saya guna teknik yang salah
0 Saya hanya betul sebahagian sahaja dan bulatan
Soalan 4 ½ dan ini menunjukkan tempat yang saya perlu betulkan
Soalan 5 terdapat
bulatan pada Saya berjaya jawab dengan betul
Skor bagi jalan kerja Alamak , saya hanya salah kat tempat bulatan ini
keseluruhan 1 sahaja.
jawapan pelajar ¾ dan
terdapat 1 + 0 + 0.5 + 1 + 0.75 3.25
bulatan pada × 10 = 5 × 100%
jalan kerja
65%

5
= 65%

65% sahaja jawapan yang saya jawab dengan

betul .Banyak konsep yang perlu saya kuasai dan

membuat pembetulan kesalahan pada tempat yang

dibulatkan.

8.0 Dapatan Kajian
Dapatan kajian adalah merujuk kepada kaedah mengutip data yang telah disenaraikan iaitu:

i. Pelajar - Kaedah soalan Kuiz/Selfcheck/Peer Assesment, temubual, pemerhatian dan
soal selidik

ii. Pensyarah - Kaedah temubual dan soal selidik

8.1 Dapatan Hasil Untuk Responden : Pelajar

8.1.1 Temubual dan Pemerhatian
Fasa satu (minggu ke 4 sehingga 6)

7

i. Respon tandaan pop kuiz
Berikut adalah analisis temubual terhadap pelajar:

Antara maklum balas pelajar melalui proses temubual:

Soalan pensyarah Respon pelajar
“Apa yang awak faham dengan “Saya faham, skor menunjukkan
berapa banyak yang saya boleh jawab
skor yang tertera pada setiap dengan betul”
soalan?” “Saya faham, peratusan menunjukkan
“Apa yang awak faham dengan berapa banyak soalan yang saya jawab
soalan dengan betul “
peratus skor yang tertera pada
“Saya tak jawab dengan betul”
keseluruhan kertas jawapan
awak?”
“Bulatan ini menunjukkan ape?”

ii. Respon tandaan Selfcheck
Antara maklum balas pelajar melalui proses temubual:

Soalan pensyarah Respon pelajar
“Adakah awak faham macamana “Saya faham tapi kurang yakin,”

nak tanda sendiri kertas jawapan “Saya kurang pasti sebenarnya, tapi
awak?” saya cuba buat ikut apa yang saya
“Adakah awak pasti skor yang faham.”

diberi sesuai dengan jawapan
awak?”

Melalui pemerhatian pensyarah, segelintir sahaja pelajar masih ragu-ragu dalam proses
memberi skor tetapi masih ditahap yang memuaskan. Kebanyakan pelajar dapat mengenalpasti
kesalahan pada jawapan mereka (bulatkan pada jawapan yang salah).

iii. Respon Tandaan Peer Assesment
Antara maklum balas pelajar melalui proses temubual:

Soalan pensyarah Respon pelajar
“Adakah awak setuju dengan skor yang “Saya setuju dan saya faham.”
diberi oleh kawan awak?”
“Saya rasa macam dah betul.”
“Adakah awak pasti skor yang diberi
sesuai dengan jawapan awak?”

Melalui pemerhatian pensyarah, segelintir sahaja pelajar masih ragu-ragu dalam proses
memberi skor kepada jawapan kawan tetapi masih ditahap yang baik.

Fasa ke dua (minggu ke 8 sehingga 10)

Temubual bersama beberapa orang pelajar menunjukkan mereka memahami proses penandaan
dan skor yang diberi.

Melalui pemerhatian pensyarah, pelajar faham skor penandaan, yakin memberi skor dalam
penandaan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. Disamping itu pelajar mampu

8

mengambil tindakan susulan untuk memperbetulkan konsep yang salah. Secara keseluruhan
objektif tercapai

8.1.2 Soal Selidik

Jadual 6: Perbandingan min hasil soal selidik penilaian pelajar bagi fasa pertama dan

fasa ke dua

Fasa pertama Fasa kedua

No Perkara Sisihan Sisihan
Piawai Piawai
Min Min

1 Pensyarah menerangkan perlaksanaan 3.8 0.39 3.8 0.39
kaedah ini kepada pelajar

2 Saya faham cara penandaan dengan 3.7 0.45 3.7 0.45
menggunakan kaedah ini dengan baik

3 Saya dapat menanda jawapan kawan 3.6 0.58 3.7 0.49
saya dengan lebih mudah.

Dengan kaedah ini ,saya dapat

4 mengukur tahap penguasaan dan 3.8 0.42 3.8 0.42
kefahaman bagi sesuatu konsep

dengan mudah.

Kaedah ini memberi motivasi kepada

5 saya untuk mengulangkaji 3.8 0.42 3.8 0.42

matapelajaran matematik.

Berdasarkan hasil dapatan melalui

tandaan yang saya perolehi ,saya akan

6 mengambil tindakan dan 3.8 0.39 3.8 0.39
3.7 0.54 3.8 0.42
memperbetulkan bagi konsep dan 3.9 0.29 3.9 0.29

kaedah yang saya salah.

7 Saya seronok membuat aktiviti
penandaan menggunakan kaedah ini.

Saya faham kaedah ini adalah untuk

mengukur tahap kefahaman dan

8 penguasaan saya terhadap konsep

yang saya belajar ,bukan untuk

penentuan markah gred.

Jadual 6 menunjukkan hasil dapatan daripada soal selidik. Berdasarkan dapatan Jadual 6 di
dapati min setiap item bagi ke dua-dua fasa menunjukkan lebih dari 3.5 yang menghampiri skor
4. Soal selidik fasa satu dan fasa dua menunjukkan terdapat peningkatan dalam min bagi item
3 dan item 7. Sisihan piawai adalah kurang daripada satu dan menunjukkan data berpusat pada
min. Secara keseluruhan melalui soal selidik menunjukkan pelajar faham, termotivasi dan
seronok menggunakan kaedah “Zero2one”.

8.2 Dapatan Hasil Untuk Responden: Pensyarah

Berikut adalah analisis temubual dengan pensyarah selepas tiga minggu menggunakan kaedah
penilaian dan penandaan “Zero2one [0¼½¾1]” selama tiga minggu.

Antara maklum balas pensyarah :
(a) “Saya rasa seronok dan lebih termotivasi untuk menanda jawapan pelajar”
(b) “Kaedah ini memudahkan saya untuk konsultasi dengan pelajar terpilih sahaja dan
tumpuan terus kepada kesalahan dan kesilapan konsep yang pelajar lakukan”

9

(c) “Teknik ini mudah, cepat dan pelajar faham apa yang saya catat jawapan mereka”

9.0 Refleksi Kajian
Perlaksanaan kaedah penilaian dan penandaan “Zero2one [0¼½¾1]” ini banyak memberi
impak positif dikalangan responden berdasarkan hasil temubual penyelidik dengan pensyarah
dan pelajar, pemerhatian serta soal selidik yang dijalankan ke atas pelajar. Ini membuktikan
keberkesanan kaedah intervensi yang telah diambil. Bagi pensyarah, kaedah ini merupakan
medium perantaraan bagi mereka dengan pelajar iaitu menjimatkan masa konsultasi. Dapatan
menunjukkan pelajar faham akan catatan yang dibuat oleh pensyarah pada setiap jawapan
mereka dan skor untuk keseluruhan yang diberikan oleh pensyarah. Pelajar dapat mengukur
tahap kefahaman dan penguasaan konsep matematik serta seterusnya mengambil tindakan
susulan atas skor yang diperolehi. Pelajar faham skor tersebut bukannya skor untuk penilaian
berterusan di peringkat pengajian Matrikulasi.

10.0 Kesimpulan Kajian
Penggunaan kaedah penilaian dan penandaan “Zero2one [0¼½¾1]” mencetuskan kaedah
baharu dalam penandaan dan penilaian pada pensyarah dan pelajar. Secara keseluruhannya,
kajian ini menunjukkan impak positif dikalangan pensyarah dan pelajar yang dipilih dan berjaya
mencapai objektif yang ditetapkan dalam kajian ini. Dengan adanya kaedah ini, ianya dapat
membantu meningkatkan motivasi dikalangan pensyarah dalam mempercepatkan proses
penandaan dan penilaian serta konsultasi dengan pelajar, seterusnya meningkatkan
keseronokan bekerja dikalangan pensyarah. Selain itu, impak yang paling utama diharapkan
ialah pencapaian yang cemerlang pelajar bagi subjek matematik di peringkat pengajian
matrikulasi dan peringkat yang lebih tinggi. Diharapkan kajian tindakan ini dapat memberi
sumbangan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan bagi meningkatkan mutu
pendidikan.

Rujukan

Alexandria, & Va. (n.d.). A Practical Guide to Alternative Assessment. Association for
Supervision and Curriculum Development (Reproductions supplied by EDRS are the
best that can be made from the original document.). Retrieved from
https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED352389.pdf

Building, T. O. (2014). Mathematics Marking Guidance, (August), 0–4. Retrieved from
https://www.sqa.org.uk/sqa/files_ccc/MathematicsMarkingGuidance.pdf

Carian Umum. (n.d.). Retrieved May 23, 2019, from
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=penandaan

Dandis, M. A. (n.d.). The assessment methods that are used in a secondary mathematics class.
Journal for Educators, Teachers and Trainers JETT, 4(2). Retrieved from
http://www.ugr.es/~jett/index.php

Garfield, J. B. (1994). Beyond Testing and Grading: Using Assessment To Improve Student
Learning. Retrieved May 20, 2019, from http://jse.amstat.org/v2n1/garfield.html

Oõneil, H. F., & Abedi, J. (1996). Reliability and Validity of a State Metacognitive Inventory:
Potential for Alternative Assessment. Retrieved from http://cresst.sightbox.io/wp-
content/uploads/TECH469.pdf

Watt, H. M. . (n.d.). ATTITUDES TO THE USE OF ALTERNATIVE ASSESSMENT
METHODS IN MATHEMATICS: A STUDY WITH SECONDARY MATHEMATICS
TEACHERS IN SYDNEY, AUSTRALIA. Retrieved from
https://deepblue.lib.umich.edu/bitstream/handle/2027.42/42656/10649_2005_Article_
3228.pdf%3Bjsessionid%3DDAB5316456380A8751F9B9FB83EC191A?sequence%3
D1

10

11

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

PENTAKSIRAN KAEDAH SECARA ‘sMM’ DALAM MENINGKATKAN

KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SUBTOPIK TINDAKBALAS

SEBATIAN ALKENA

OLEH
1 SITI ROHANA BINTI SERAT 2NORIAH BINTI MD ISA
3NURATHIRAH BINTI HUSSIN 4 HUSNARISYAM BINTI ABU HASSAN

Unit kimia Kolej Matrikulasi P.Pinang

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar
Matrikulasi Pulau Pinang dalam Program Dua Tahun (PDT) di dalam subtopik tindakbalas
sebatian Kimia. Seramai 26 orang pelajar dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan empat orang
pensyarah terlibat dalam kajian ini.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui soalan tutorial dan
melalui ujian pra .Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak mengingati nama tindakbalas yang
berlaku dalam sebatian alkena , reagen yang ditambah, hasil yang diperolehi serta pemerhatian
bagi sesuatu tindak balas tertentu. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk
meningkatkan kefahaman dan daya ingatan. Pelajar telah didedahkan kepada kaedah simple Mind
Mapping (sMM) selama 20 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu.
Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan soal selidik pula
menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok belajar tindakbalas sebatian kimia
menggunakan kaedah (sMM) .

1.0 PENDAHULUAN

Proses pendidikan terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu pengajaran, pentaksiran dan
pembelajaran yang bertindak saling membantu membentuk hasil pengajaran dan pembelajaran
yang optimum Kimia organik merupakan salah satu matapelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar
aliran sains padasemester yangkeduadalam program matrikulasi.Kebanyakan pelajarberanggapan bahawasubjek
kimia organik adalah subjek yang sukar untuk dipelajari. Menurut Taber (2000) dan Nieswandt & West
(2007), kimia merupakan subjek yang sukar dipelajari bahkan sehingga ke peringkat yang lebih
tinggi (tertiary level). Kimia juga telah dikenalpasti sebagai satu subjek yang sukar oleh
kebanyakan pelajar dan kemerosotan bilangan pelajar yang mempelajari kimia telah dikenalpasti
di kebanyakan negara (Reid, 2008). Ini kerana penerangan yang melibatkan fenomena kimia tidak
hanya melibatkan konsep dan model sahaja, bahkan ia juga melibatkan cara penyampaian dan
penerimaan daripada perspektif berbeza yang saling berkaitan seperti pengalaman, model dan
visualisasi (Talanquer, 2011).Oleh itu penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan pelajar meminati
subjek kimia organik.

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Faktor utama mengapa kimia organik dilihat sukar daripada sudut pemahaman pelajar
kerana kimia organik tidak ada penyelesaian masalah yang melibatkan pengiraan matematik,
memerlukan pemikiran secara tiga dimensi dan ia mempunyai kosa kata baru yang luas (Ellis,
1994). Amalan pengajaran semasa juga didapati bertumpu pada penggunaan soalan-soalan latihan.
Penggunaan pendekatan sebegini kerap dikaitkan dengan pembelajaran hafalan dan punca
ketekalan miskonsepsi dalam kimia (Gabel, 1999). Malah pengajaran sedemikian cenderung
membawa kepada amalan yang dipanggil sebagai “teaching to the test” (pengajaran untuk
ujian).Sehubungan dengan itu pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam proses PdP .
Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran pelajar dan juga
keberkesanan pengajaran guru.

Tiga tujuan pentaksiran adalah: (1) pentaksiran terhadap pembelajaran; (2) pentaksiran
untuk pembelajaran; dan (3) pentaksiran sebagai pembelajaran. Pentaksiran terhadap pembelajaran
digunakan untuk mentaksir sama ada murid boleh mengaplikasikan konsep, pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan hasil kurikulum (Azizi, 2010). Pentaksiran untuk
pembelajaran merupakan suatu proses mendapatkan dan menginterpretasikan data yang diperoleh
bagi membuat keputusan mengenai kedudukan murid dalam pembelajaran, hala tuju mereka serta
cara terbaik untuk sampai ke tempat itu (Noraini, 2005). Pentaksiran sebagai pembelajaran pula
ditakrifkan sebagai pentaksiran yang dilakukan secara berterusan serta bersifat formatif di mana
guru terlibat sepenuhnya dan murid diberi peluang menunjukkan tahap penguasaan mereka
(Noraini, 2005). Oleh itu, adalah amat penting amalan pentaksiran guru dimantapkan bagi
membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Fokus kajian ini adalah pentaksiran untuk pembelajaran untuk mendapatkan maklumat tentang
kesuaian kaedah sMM dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam menyelesaikan masalah
dalam menulis tindakbalas sebatian alkena. Dalam kajian ini, pensyarah menggunakan Model
Kemmis & McTaggart (1988) yang memperlihatkan satu kitaran yang mempunyai empat (4)
langkah iaitu tinjauan awal (initial reconnaissance), merancang tindakan (planning), melaksana
tindakan dan memerhati (act) dan mereflek (reflecting) untuk mentaksir kesesuaian kaedah sMM
dalam meningkatkan kemahiran pelajar dalam subtopik tindakbalas sebatian alkena.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pemerhatian yang dibuat semasa kelas tutorial dijalankan mendapati ramai pelajar matrikulasi
dari program dua tahun (PDT) tidak dapat menyiapkan soalan tutorial untuk topik tindakbalas
sebatian alkena.Disebabkan masalah tersebut penyelidik telah membina satu set soalan pra untuk
menguji tahap pelajar. Soalan pra yang telah dibuat melibatkan aras Taksanomi Bloom iaitu
mengingat dan memahami iaitu CLO1( aras meningat) dan CLO2 (aras memahami).

Berdasarkan pentaksiran yang dibuat ke atas soalan ujian pra , para pelajar diuji dengan
CLO1 iaitu mengingat. Pelajar mestilah boleh mengingat reagen dan keadaan yang betul untuk
tindakbalas alkena.Selain itu pelajar juga diuji dengan aras CLO2 iaitu pelajar-pelajar mesti
memahami bagaimana tindakbalas itu berlaku dan barulah pelajar boleh menentukan hasil
tindakbalas apabila reagen diberikan .Pelajar-pelajar juga diuji dengan contoh yang melibatkan
sebatian alkena dalam bentuk rantai terbuka dan bergelang.

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Penyelidik yang terlibat dalam kajian ini merasa sangat kecewa dengan perkembangan pelajar
berkaitan dengan topik ini melalui ujian pra yang telah dilaksanakan. Kesemua penyelidik yang
terlibat berasa tidak berpuas hati dan ingin membaiki keadaan ini.Bagi mengenalpasti masalah dari
pihak pelajar para penyelidik telah menemuramah dan membuat konsultasi dengan para pelajar
yang tidak dapat menjawab soalan ujian pra dengan baik .Antara jawapan yang diberikan oleh para
pelajar adalah seperti berikut :

- Tidak dapat menulis tindakbalas kimia bagi sebatian alkena dalam silibus PDT.
- Tidak dapat mengingati konsep
- Tidak dapat memahami soalan

Semasa dalam kelas tutorial kami , para pensyarah mengunakan kaedah pengajaran secara
sehala iaitu pensyarah menerangkan konsep dan pelajar akan mendengar dan melengkapkan nota
.Setelah sesi penerangan selesai maka para pensyarah akan memanggil beberapa orang pelajar
secara rawak untuk menyelesaikan soalan tutorial dihadapan kelas masing-masing.Kaedah ini
adalah berpusatkan pelajar.Malangnya ada juga pelajar yang tidak dapat menulis persamaan
tindakbalas alkena dengan betul.

Bagi mengatasi masalah ini pihak pensyarah telah berbincang dan bersetuju untuk membuat
satu kajian tindakan bagi menyelesaikan masalah pelajar sekaligus boleh meningkatkan prestasi
pelajar dalam peperiksaan.

3.0 FOKUS KAJIAN

Dalam peperiksaan Semester Program Matrikulasi pelajar perlu menulis persamaan tindakbalas
kimia untuk sebatian organik. Pelajar perlu menulis reagen dan hasil tindakbalas dengan betul.
Jika pelajar gagal melengkapkan salah satu langkah tersebut maka jawapan pelajar adalah dikira
salah.

Fokus kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pentaksiran
kaedah sMM dapat membantu pelajar memahami cara menulis persamaan tindak balas sebatian
alkena dengan betul.Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran sesi lepas kebanyakkan
pelajar lebih cenderung untuk menghafal hasil tindakbalas sebatian alkena. Dengan kajian ini
pensyarah berharap pelajar boleh melukis hasil tindakbalas alkena dengan betul.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Umum

Objektif utama adalah mengenalpasti keberkesanan kaedah sMM dalam menilai dan
meningkatkan kefahaman pelajar untuk subtopik tindakbalas alkena.

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

4.2 Objektif Khusus
1. Mentaksir kesesuaian kaedah sMM dalam meningkatkan kefahaman pelajar untuk menulis

hasil tindakbalas sebatian alkena dengan betul.
2. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam menulis reagen dan keadaan yang betul untuk

setiap tindakbalas diatas.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan di kolej matrikulasi Pulau Pinang dan melibatkan pelajar program PDT
seramai 26 orang dari kelas D1H4P4 dan D1H3P4.Kajian ini terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki
dan 21 orang pelajar perempuan.Pemilihan kumpulan sasaran adalah berdasarkan tugasan tutoran.

6.0 PELAKSAAN KAJIAN
Carta aliran berikut (Rajah 1) menunjukkan prosedur pelaksanaan kajian tindakan ini terhadap
kumpulan sasaran.

Pembelajaran dan pemudahcaraan dengan kaedah tradisional

Tinjauan Awal:
 Semakan Kerja Pelajar
 Ujian Pra
 Temuramah dengan pelajar

Rawatan : Penggunaan kaedah (sMM) untuk mejawab soalan

Ujian Pos

Analisis Data

Ujian Pasca

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

6.1 Tinjauan Awal

Jadual 1 menunjukkan kaedah yang digunapakai untuk pengumpulan maklumat bagi
mengenalpasti masalah pelajar dalam menulis hasil tindakbalas sebatian alkena.

Jadual 1 Tujuan
Kaedah Penilaian
Soalan tutoran Daripada semakan terhadap jawapan soalan pelajar ,data yang
diperolehi menunjukkan pelajar bermasalah atau gagal
Soalan ujian Pra menyelesaikan soalan tindakbalas sebatian alkena.

Temuramah Ujian pra dijalankan bagi tujuan membuktikan sebilangan pelajar
bermasalah dalam menulis hasil tindakbalas dan menulis reagen
dengan betul

Temuramah dijalankan untuk mengetahui masalah pelajar dalam
menjawab soalan tindakbalas alkena.

6.2 Tinjauan Awal

Jadual 2 menunjukkan kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenalpasti
masalah pelajar menjawab soalan sebatian alkena.

Teknik penilaian Dapatan kajian
Tutorial
Semasa kelas tutorial hanya 12/26 pelajar cuba menjawab semua soalan dan
Ujian pra 14/26 tidak menjawab soalan.Semasa menjalankan kelas tutorial pensyarah
Temuramah dalah mengenalpasti masalah pelajar dalam topik tindakbalas
alkena.Semakan soalan tutoran menunjukkan bilangan pelajar bermasalah.

Dapatan daripada ujian pra seramai 9/26 orang pelajar mendapat markah
kurang daripada separuh iaitu 6 markah daripada 12 markah.Manakala
seramai 17 orang pelajar mendapat lebih daripada 6 markah.

Temuramah dijalankan terhadap pelajar dan mendapat pelbagai
respon.Daripada temuramah yang dijalankan 14 orang pelajar menyatakan
tidak memahami soalan tetapi tidak mencuba untuk menjawab soalan. 12
orang lagi menyatakan mereka mencuba untuk menjawab tetapi soalan sukar
untuk difahami dan mereka tidak dapat menulis persamaan dengan betul.

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

6.2.Analisis Tinjauan Awal

Refleksi daripada dapatan kajian .Dapatan kajian dibentangkan mengikut penggunaan teknik
pentaksiran oleh penyelidik. Dapatan dibincangkan satu persatu untuk memperkayakan kefahaman
atas tujuan memahami fenomena penggunaan kaedah sMM dalam menulis tindakbalas alkena
dengan lebih mendalam.

Berdasarkan dapatan dari perlaksanaan kelas tutoran pentaksiran yang dibuat adalah
seramai 12 orang pelajar cuba menjawab soalan tutoran dengan menjawab semua soalan manakala
ada 14 orang lagi tidak mencuba untuk menjawab soalan .Jawapan yang diberikan pelajar ada yang
menunjukkan seolah-olah pelajar tidak faham langsung bagaimana untuk menulis tindakbalas
sebatian alkena.

Dapatan ujian pra pula menunjukkan bahawa ada pelajar yang boleh menulis tindakbalas
sebatian alkena tetapi tidak dapat menentukan reagen yang digunakan. Ini menyebabkan markah
yang Berjaya diperolehi oleh pelajar ini kurang dari 6 markah. Namun terdapat 17 orang pelajar
boleh menulis dan menentukan reagen dengan betul tetapi terdapat juga sedikit kesalahan kerana
jawapan tidak betul-betul tepat

Teknik Soal Jawab Lisan digunakan oleh penyelidik dalam mendapatkan respon dari
pelajar tentang masalah yang mereka hadapi dalam menulis tindakbalas sebatian alkena. Ketika
sesi soal jawab ini jenis soalan yang digunakan ialah soalan tertutup jawapan ’Ya’ dan ’Tidak’
serta soalan terbuka jawapan pendek. Kesemua soalan yang dikemukakan adalah aras rendah.
Soalan lisan terbuka walaupun aras rendah, tetapi menuntut murid memberi perhatian sepenuhnya
kepada guru dan memudahkan penyelidik menentukan permasalahan pelajar dan cara yang perlu
dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ini. Setelah selesai sesi soal jawab para penyelidik
telah berbincang dan membuat pentaksiran bahawa perlu memperkenalkan kaedah sMM dalam
memudahkan kefahaman pelajar tentang memahami subtopik tindakbalas sebatian alkena.

6.3 Analisis Ujian Pra

Setelah selesai diberikan ujian pra pelajar akan dipanggil oleh pensyarah untuk membincangkan
permasalahan semasa menjawab soalan dan pensyarah akan membuat pembetulan supaya pelajar
dapat mengetahui tentang kesilapan yang dilakukan.

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

ANSWER ALL QUESTIONS WITHIN 15 MINUTES.(SET SOALAN PRA)

1. Complete the following reaction scheme.

A B
Cl2/CH2Cl2
HCl

H2O/H+

F HBr H3C C C CH3 C
CH3H [6 marks]

H2, Ni KMnO4, OH-
E cold
D

2. Complete the following reaction scheme H3C OH
E
H3C CH3 CH3

Br OH

F

Conc. H2SO4 H3C CH3 Br2 , CH2Cl2

A D

B HCl

H3C CH3 C

[6 marks]

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Jadual 3: Menunjukkan analisis soalan pra berdasarkan Taksanomi Bloom

No Soalan Aras taksanomi Skor1 Skor 0

bloom

1 Lengkapkan skema tindakbalas berikut

A ,B,C,D,E dan Memahami (aras Pelajar boleh menulis hasil Pelajar gagal

F 2 / CLO2) tindakbalas mengikut menentukan hasil dan

aturan Markovnikov tidak fahami konsep

aturan Markovnikov

Bil pelajar 8/26 berjaya menjawab 18/26 gagal menjawab

dengan skor 1

2 Lengkapkan skema tindakbalas berikut

B,E dan F Mengingat (aras 1 Pelajar boleh menulis Pelajar gagal

Bil pelajar / CLO1) reagen dan keadaan dengan menentukan keadaan
A ,D dan C
betul bagi sesuatu dengan betul.
Bil pelajar
tindakbalas

14/26 berjaya menjawab 12/26 gagal menjawab

dengan skor 1 dan mendapat skor 0

Memahami (aras Pelajar boleh menulis hasil Pelajar gagal

2 / CLO2) tindakbalas mengikut menentukan hasil dan

aturan Markovnikov tidak fahami konsep

aturan Markovnikov

10/26 berjaya menjawab 16/26 gagal menjawab

dengan skor 1 dan mendapat skor 0

Berdasarkan ujian Pra bagi soalan satu sebanyak 69 % manakala 31% dapat menulis reagen dan
hasil tindakbalas dengan betul. Bagi soalan dua pula sebanyak 46% berjaya menjawab soalan yang
melibatkan CLO1 manakala 54 % gagal.Bagi soalan 2 untuk CLO2 pula sebanyak 38 % Berjaya
manakala 62% gagal.

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

6.4 Perlaksanaan Tindakan

Berdasarkan semua maklumat yang didapati selepas analisis tinjauan awal dan ujian pra jelas
menunjukkan pelajar lemah untuk menentukan reagen dan keadaan yang betul yang perlu
digunakan dalam tindakbalas sebatian alkane bagi menghasilkan produk yang ditetapkan. Pelajar
juga tidak dapat menulis hasil berdasarkan aturan Markovnikov.Bagi mengatasi masalah ini
penyelidik melaksanakan kaedah (sMM) untuk menyelesaikan masalah ini.

6.4.1 Pembinaan Kaedah sMM

Kaedah ini digunakan untuk membantu pelajar yang lemah bagi menjawab soalan tindakbalas
alkena dengan betul.Perlaksanaan kaedah (sMM) ini adalah seperti berikut:

1. Pelajar akan dibekalkan dengan 5 set soalan tindakbalas alkena.
2. Setiap hari seorang pelajar mestilah menyelesaikan satu set soalan.
3. Perbincangan dijalankan setiap kali selesai menjawab soalan.Bantuan daripada pensyarah

tutoran dan amali diperlukan untuk mengendalikan sesi ini.
4. Masa yang diberikan adalah selama 10 minit untuk setiap set soalan.
5. Selepas pelajar menjalankan rawatan berdasarkan kaedah (sMM) ujian pasca dilaksanakan

untuk menguji kebolehpercayaan kaedah ini.

6.4.2 Perlaksanaan Kaedah sMM

Semasa sesi PdP , pelajar akan diberi satu set soalan berbentuk mind mapping yang mudah yang
melibatkan soalan tindakbalas alkena.Pelajar akan diberi masa 15 minit untuk menyelesaikan
soalan tersebut .Setelah selesai menjawab soalan tersebut pelajar akan dipanggil berjumpa dengan
pensyarah untuk berbincang tentang jawapan soalan tersebut dan pelajar akan bertanya untuk
soalan yang tidak difahami. Pensyarah akan menerangkan jawapan dan bagaimana tindakbalas
tersebut boleh berlaku.

6.4.3 Pentaksiran Kaedah sMM

Kaedah sMM digunakan bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang tindakbalas sebatian
alkena . Keadah ini adalah bersesuaian dalam meningkatkan konsep pelajar dalam sebatian
alkena.Semasa kaedah ini dijalankan didapati pelajar dapat menjawab soalan dan menulis
tindakbalas alkena .Pada peringkat permulaan ada seramai 11 orang pelajar yang tidak dapat
mengait dan mentaksir apakah kaitan antara kaedah simple mind mapping ini dengan tindakbalas
sebatian kimia serta menentukan reagen yang betul .

Untuk peringkat yang seterusnya pensyarah mengunakan soalan yang pelbagai iaitu
melibatkan soalan yang melibatkan sebatian yang berantai terbuka dan yang bergelang.
Pentaksiran awal menunjukkan seramai pelajar iaitu semai 16 orang tidak boleh menjawab soalan
melibatkan rantai bergelang para penyelidik telah memanggil pelajar untuk berbincang tentang
soalan yang melibatkan rantai gelang dan meminta pelajar menerangkan apakah masalah yang

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

mereka hadapi semasa menjawab soalan tersebut. Pelajar menyatakan bahawa mereka tidak tahu
bagaimana hendak menulis hasil tindakbalas dan tidak faham bagaimana mendapatkan jawapan
dengan betul. Para penyelidik menerangkan kaedah yang betul untuk menjawab dan menguji sekali
lagi mengunakan contoh yang berbeza. Kaedah ini dijalankan berulang kali sehingga pelajar dapat
memahami konsep dan dapat menulis tindakbalas sebatian alkena.

6.5 Analisis ujian pasca

Selepas ujian pasca dijalankan analisis terhadap soalan tersebut telah dilaksanakan dan keputusan
adalah seperti dibawah.

ANSWER ALL QUESTIONS WITHIN 15 MINUTES. (SET SOALAN PASCA)
1. Complete the following reaction scheme.

A B

Br2/CH2Cl2 HBr

CH3 H2O/H+

HCl C
F

H2, Pd KMnO4,
cold, OH-
E
2. Complete the following reaction scheme. D

[6 marks]

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

F E
H2 , Pt HCl

A Conc. H2SO4 CH3 D

Br Cl2, CH2Cl2
H2O, H+
HBr

B C
[6 marks]

Jadual 4: Menunjukkan analisis soalan pasca berdasarkan Taksanomi Bloom

No Soalan Aras Taksanomi Skor1 Skor 0

Bloom

1 Lengkapkan skema tindakbalas berikut

A ,B,C,D,E dan Memahami (aras Pelajar boleh menulis Pelajar gagal

F 2 / CLO2) hasil tindakbalas menentukan hasil dan

mengikut aturan tidak fahami konsep

Markonikov aturan Markonikov

Bil pelajar 21/26 berjaya menjawab 5/26 gagal menjawab

dengan skor 1 dan mendapat skor 0

2 Lengkapkan skema tindakbalas berikut

A,B,C,D,E dan F Memahami (aras Pelajar boleh menulis Pelajar gagal

2 / CLO2) hasil tindakbalas menentukan hasil dan

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

mengikut aturan tidak fahami konsep

Markonikov aturan Markonikov

Bil pelajar 23/26 berjaya menjawab 3/26 gagal menjawab

dengan skor 1 dan mendapat skor 0

7.0 Dapatan kajian

Kaedah kutipan data digunakan oleh para pensyarah semasa menjalankan kaedah kajian ini ialah
melalui soalan ujian yang diberikan iaitu soalan pra dan pasca .Ujian pra telah diberikan kepada
pelajar terlebih dahulu sebelum melaksanakan kaedah (sMM) Setelah selesai membuat latihan
mengunakan kaedah ini markah ujian pra dan pasca akan rekodkan dan dibuat perbandingan.

Jadual 5:Markah pencapaian ujian Pra dan Pasca serta perbezaan markah.

Pelajar Ujian Pra Ujian Pasca Perbezaan
1 7 10 +3
2 6 12 +6
3 10 12 +2
4 12 12 0
5 11 12 +1
6 2 6 +4
7 1 9 +8
8 10 11 +1
9 8 10 +2
10 8 12 +4
11 11 12 +1
12 12 12 0
13 10 12 +2
14 11 12 +1
15 8 12 +4

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

16 4 11 +7
17 6 12 +6
18 6 10 +4
19 7 10 +3
20 5 9 +4
21 3 10 +7
22 4 12 +8
23 7 10 +3
24 8 10 +2
25 12 12 0
26 12 12 0
Min 7.73 10.92

Berdasarkan jadual diatas , terdapat peningkatan markah min bagi ujian Pra dan Pasca. Daripada
jumlah markah sebanyak 12 markah , markah min untuk ujian pra adalah sebanyak 7.73 dan
markah min untuk ujian pasca adalah 10.92.Pensyarah menggunakan empat tahap skor iaitu lemah,
sederhana ,baik dan cemerlang.

Jadual 6: Julat Markah pelajar untuk ujian pra dan pasca

Julat markah Ujian pra Ujian pasca Status

0-3 3 0 Lemah

4-6 6 1 Sederhana

7-9 7 2 Baik

10-12 10 23 Cemerlang

Jumlah pelajar 26 26

Berdasarkan ujian yang dilaksanakan , dapat diperhatikan bahawa julat markah pelajar telah
meningkat ke kategori cemerlang selepas ujian pasca. Sebanyak 23 orang pelajar ( 88.46%) berada
dalam tahap cemerlang dan sebanyak 2 orang pelajar ( 7.69 % ) berada dalam tahap baik.Manakala
sebanyak seorang pelajar ( 3.85% ) berada dalam tahap sederhana dan tiada seorang pelajar pun
berada didalam tahap lemah.

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

7.0 Refleksi dan kesimpulan kajian

Hasil dapatan daripada kaedah kajian ini didapati gabungan pembelajaran masteri dan
pembelajaran aktif menyumbang kepada suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan member
kesan positif kepada pelajar.Masa yang diperuntukkan untuk sesi perbincangan antara pelajar dan
pensyarah dapat membantu pelajar memahami dan menyakinkan diri mereka.untuk berkomunikasi
secara dua hala antara pelajar dan pensyarah. Interaksi ini juga penting supaya pelajar dapat
bertanyakan soalan yang bermasalah kepada mereka.Dengan menjalankan kajian ini juga pelajar
akan sentiasa bersedia dan menjadikan mereka pelajar yang suka meneroka soalan yang berkaitan
dengan tindakbalas kimia.Kaedah ini juga adalah bersesuai digunakan untuk sesi pembelajaran
dan pengajaran yang melibatkan sebatian kimia yang lain seperti alkohol, karbonil dan lain-lain
lagi. Kaedah ini juga menjadikan sesi PdP lebih berkesan dan membantu meningkatkan prestasi
pelajar.Secara kesuluruhan ,kaedah (sMM) ini dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar
untuk menjawab soalan yang berkaitan tindakbalas sebatian alkena.

8.0 Rujukan

1. Mohd. Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur

2. Azizi Yahya & Intan Sapinas Bahuri. "Pembelajaran Koperatif." (2010). Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia

3. Che Ghani Che Kob, Mai Shihah Abdulah, Arasinah Kamis, Zaliza Hanapi, Ridzuan Che
(2016). Amalan gaya pembelajaran pelajar cemerlang di Politeknik Seberang Perai: Kajian
pelajar Malaysia berdasarkan model Felder Silvermen. Geografia: Malaysian Journal of Society
and Space, 12(3), 181-191.

4. McClary, L., & Talanquer, V. A. (2011). Heuristic reasoning in chemistry: Making decisions
about acid strength. International Journal of Science Education,

5. Ellis, R. (1994). The study of second language acquisition.

6. Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Noraini Idris. (2005).Pedagogi dalam pendidikan matematik .Kuala Lumpur . Malaysia: Utusan.

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019 Commented [A1]: Senaraikan nama penyelidik, Times New
Roman, 12.
MENINGKATKAN PRESTASI UJIAN AMALI SEL ELEKTROLITIK Commented [b2R1]:
MENGGUNAKAN KOMBINASI KONSULTASI, VIDEO DAN KUIZ Commented [A3]: Alamat email, Times New Roman, 9.

PRA-AMALI DALAM KALANGAN PELAJAR Commented [A4]: Senaraikan lima (5) kata kunci dalam kajian.

1Nur Afiqah Rosali, 2Nur Bazilah Thalib

1,2Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini kami laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri seperti anjakan
paradigma untuk keluar dari pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari jalan penyelesaian
terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika
disebut sel elektrolitik, pelajar seronok kerana dapat melakukan sel elektrolitik secara “hand’s
on” namun apabila melakukan amali, terdapat banyak kesalahan pengendalian radas kerana
tidak memberi tumpuan kepada tujuan eksperimen dan teori kimia disebalik eksperimen sel
elektrolitik. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian semasa aktiviti amali dan
latihan pra-amali. Hasil tinjauan menunjukkan 6 pelajar tidak mahir menggunakan alatan
elektronik makmal seperti penimbang elektronik dan memasang wayar sel elektrolitik secara
terbalik. Kemahiran praktikal adalah penting bagi setiap pelajar untuk mendapat markah yang
tinggi dalam ujian amali. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini,
kami mengaplikasikan kombinasi konsultasi, video dan kuiz pra-amali “online” sebelum proses
amali dilaksanakan. Kami mereka kajian tindakan dengan membahagikan 6 pelajar tadi kepada
tiga kumpulan. Setiap pelajar diuji dengan kuiz pra-amali “online” terlebih dahulu sebelum
konsultasi dan video dijalankan. Kemudian, mereka diuji sekali lagi dengan set soalan yang
sama. Setiap kali tamat sesi untuk setiap kumpulan, kami melakukan refleksi dan membuat
inovasi terhadap set soalan yang disediakan untuk kumpulan seterusnya. Hasil dapatan umum
menunjukkan peningkatan dari segi kefahaman pelajar tentang pengendalian radas dan konsep
sel elektrolitik. Perkara ini terbukti apabila hampir kesemua enam pelajar memperoleh skor
penuh dan mengambil masa yang lebih pantas apabila mereka mengulang semula kuiz pra-
amali “online”.

Kata Kunci: prelab, Faraday’s Law, Sel elektrolitik, Kuiz online, amali.

1.0 Pendahuluan

Matapelajaran kimia merupakan salah satu subjek teras yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar
di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh). Matapelajaran ini perlu dipelajari pelajar
selama dua semester. Terdapat dua komponen penting dalam matapelajaran Kimia yang perlu
dikuasai pelajar iaitu teori dan amali. Penilaian amali pelajar adalah berdasarkan penilaian
berterusan tidak berpusat, iaitu, penilaian amali adalah penilaian dalaman KMKPh. Bagi
memastikan kelancaran amali dan keberkesanan aktiviti amali kepada pembelajaran pelajar,
pelajar perlu menguasai teknik-teknik yang betul semasa aktiviti amali dan pelajar perlu
menguasai teori yang diaplikasi dalam amali sebelum memulakan eksperimen. Pengkaji yang
terlibat dalam kajian ini mempunyai pengalaman mengajar di KMKPh antara dua hingga 5
tahun. Daripada pengalaman ini, kami mendapati kajian ini perlu dilaksanakan supaya pelajar
dapat mengenalpasti kelemahan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan bagi memperoleh
markah kesuluruhan yang tinggi bagi penilaian berterusan (amali). Hal ini secara tidak
langsung, akan membantu pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran
Kimia di akhir pengajian di KMKPh. Pembelajaran melalui teori dan amali merupakan sesuatu

1

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

yang sukar untuk dihubungkaitkan kerana hal ini memerlukan daya fikir yang kritis dalam
menyelesaikan masalah secara “hand’s on”. Aktiviti amali merupakan salah satu cara yang
berkesan untuk membuktikan teori yang dipelajari. Bagi sesetengah pelajar, aktiviti amali
adalah sesuatu yang menyeronokkan tetapi bagi mengingati dan menghubungkait teori yang
dipelajari ke dalam aktiviti amali adalah sesuatu yang membebankan. Kebanyakan aktiviti PdP
semasa amali adalah “hand’s on” dan “chalk and talk”. Pensyarah cuba mengulangi teori yang
telah dipelajari di dalam kelas melalui perbincangan lisan dan menulis kata kunci penting di
papan putih. Pengkaji mendapati aktivti PdP seperti ini telah menyebabkan sebilangan pelajar
yang lemah cepat merasa bosan dan seterusnya akan berputus asa untuk melakukan
eksperimen. Berikutan masalah ini, kami hadir dengan model kajian berasaskan pembelajaran
konsultasi dan kuiz pra-amali interaktif. Model ini berfokuskan pembelajaran secara seronok
dan visual. Pembelajaran ini menyeronokkan kerana pelajar akan menjawab soalan pra-amali
di aplikasi telefon mereka dan persembahan video digunakan untuk membantu pelajar bersedia
dengan apa yang akan dihadapi semasa amali. Pelajar akan diberi konsultasi berkala sebelum
dan selepas mereka selesai menggunakan model pembelajaran ini.

2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pensyarah membuat pemerhatian ketika kelas amali Eksperimen 3: Electrochemical Cells kelas
J1P1, J1P3, J1P7 & J1P8 dan mendapati sebahagian pelajar kurang cekap melakukan
eksperimen. Pensyarah berasa kecewa apabila 30% pelajar tidak menggunakan skil eksperimen
yang asas seperti tidak menekan butang TARE pada penimbang, tidak merekod bacaan dengan
tempat perpuluhan yang sesuai, menggunakan radas yang tidak sesuai untuk eksperimen seperti
menggunakan ‘measuring cylinder’ untuk mengambil bahan kimia daripada ‘reagent bottle’,
melihat ‘meniscus level’ dengan cara yang salah dan tidak menggunakan corong turas di tempat
yang sepatutnya. Pensyarah hairan apabila 6 dari 15 orang pelajar tidak berjaya memasang litar
dengan betul dan menyebabkan sama ada bacaan ammeter negatif ataupun jarum ammeter
tidak bergerak langsung semasa sesi amali. Apabila dipantau, pelajar tersebut didapati tertukar
terminal negatif (katod) dan positif (anod). Ada juga ammeter yang menunjukkan bacaan tidak
stabil. Ini berlaku kerana pelajar membiarkan elektrod di katod dan anod bersentuhan.

Pensyarah berasa marah kerana terdapat 4 pelajar tidak dapat membuat pemerhatian
dengan baik dan gagal menyatakan pemerhatian yang betul dalam eksperimen. Apabila disoal,
jawapan yang diberikan adalah jawapan di dalam buku dan bukannya berdasarkan eksperimen
yang sedang dijalankan.

Contoh jawapan:
“What did you observe?”
Pelajar: “cathode becomes thicker” (Jawapan buku)
“Why?”
Pelajar: ……..

Pensyarah memerhatikan tingkah laku pelajar semasa melaksanakan eksperimen dan
mendapati pelajar tidak meletakkan 100% komitmen semasa sesi eksperimen. Terdapat pelajar
yang tidak ambil kisah semasa pensyarah menerangkan proses eksperimen yang akan
dilaksanakan. Mereka berbual, bermain telefon dan membuat tugasan lain semasa penerangan
pensyarah. Tambahan pula ada juga pelajar yang tidur semasa penerangan pensyarah sebelum

2

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

eksperimen. Mereka tidak bertanya soalan dan seakan-akan menganggap eksperimen tersebut
mudah dan akan berjaya tanpa penerangan pensyarah. Selain itu, semasa pelaksanaan
eksperimen, terdapat sebilangan pelajar yang lepas tangan dan meletakkan harapan kepada
rakan sekumpulan untuk menyelesaikan tugasan eksperimen. Pelajar-pelajar ini hanya melihat
rakan sekumpulan mengendalikan radas dan bahan kimia, tanpa memberi bantuan. Hal ini
menunjukkan pelajar tidak meletakkan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan eksperimen.
Tindakan sebilangan pelajar seperti ini telah mempengaruhi beberapa rakan yang lain. Mereka
mula berbual-bual semasa eksperimen dan tidak mengendahkan rakan yang sedang melakukan
eksperimen.

3.0 Isu Keperihatinan / Fokus Kajian

Pensyarah telah berusaha membetulkan kesalahan – kesalahan pelajar namun masih ada pelajar
yang lemah dan kurang faham dengan teguran – teguran yang diberikan. Mereka banyak
bergantung pada rakan – rakan sekelas untuk menyelesaikan eksperimen. Pensyarah
berpendapat kelemahan ini berpunca daripada kurangnya pemahaman dan penekanan yang
diberikan tentang skil dan prosedur eksperimen ketika sesi “pre-lab”. Pensyarah mengakui sesi
“pre-lab” dilaksanakan secara “chalk and talk” sahaja dan banyak tertumpu pada teori semata-
mata. Sekiranya keadaan ini dibiarkan, pelajar – pelajar terutamanya mereka yang lemah akan
menghadapi masalah dalam ujian amali Sel Elektrolitik dan seterusnya menyumbang markah
yang rendah dalam penilaian berterusan (PB) semester 2.

Berdasarkan refleksi PdP yang lalu, kesalahan – kesalahan yang berlaku semuanya
berkaitan dengan kurangnya pendedahan dan penguasaan tentang prosedur dan skil
eksperimen. Pelajar – pelajar boleh membaca dan menurut arahan yang ditulis di dalam manual
amali tetapi tidak berjaya melakukannya dengan cara yang betul.

Contoh kesalahan yang sering dilakukan:

i) Pelajar tahu mereka perlu menimbang bahan yang diberikan tetapi tidak tahu
menggunakan penimbang dengan betul.

ii) Pelajar tahu mereka perlu membina sel elektrolitik tetapi terkeliru antara
sambungan wayar katod dan anod.

iii) Pelajar tahu mereka perlu mencatat pemerhatian tetapi tidak pasti apa yang
perlu dilihat.

Oleh itu, fokus kajian kami akan tertumpu pada masalah pemahaman dan penguasaan
kemahiran yang berkaitan dengan prosedur eksperimen. Kami berharap dengan membantu
pelajar-pelajar menguasai perkara ini, pelajar akan dapat melaksanakan eksperimen mengikut
tatacara yang betul dan seterusnya memperoleh keputusan eksperimen yang memuaskan.
Eksperimen yang dipilih adalah eksperimen Sel Elektrolitik kerana eksperimen ini melibatkan
beberapa skil eksperimen yang sesuai dengan kajian kami seperti penggunaan penimbang,
melakukan pemerhatian dan pemasangan litar sel elektrokimia. Selain itu, eksperimen ini juga
merupakan eksperimen yang dipilih untuk ujian amali pelajar dalam semester 2. Sekiranya
pelajar berjaya dibantu dalam kajian ini, nescaya ujian amali pelajar akan menunjukkan
keputusan yang memberangsangkan dan seterusnya membantu markah penilaian berterusan
pelajar.

3

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif Umum

Meningkatkan prestasi ujian amali menggunakan kombinasi konsultasi, video dan
kuiz pra-amali “online”.

4.2 Objektif Khusus
4.2.1 Pelajar dapat menyatakan pemerhatian di elektrod katod dan anod.
4.2.2 Pelajar boleh membuat sambungan wayar dari “transformer” ke elektrod katod dan
anod dengan cepat dan tepat.
4.2.3 Pelajar dapat menerangkan proses elektrolis dengan tepat.
4.2.4 Pelajar dapat menggunakan penimbang mengikut tatacara yang betul.

5.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 6 orang pelajar yang lemah dalam menggunakan penimbang elektronik,
merekod bacaan penimbang dengan titik perpuluhan yang tepat, membuat sambungan wayar
pada katod dan anod, dan membuat pemerhatian amali dari Praktikum J1P1, J1P3, J1P7 dan
J1P8.

Pelajar – pelajar ini dipilih hasil daripada dapatan pemerhatian dan tugasan berterusan
yang diberi oleh pensyarah. Berdasarkan pemerhatian pensyarah dan pemeriksaan tugasan
pelajar, pelajar-pelajar ini tidak faham akan prosedur eksperimen dan teori yang dibincangkan
dalam eksperimen tersebut. Selain itu, mereka juga sering melakukan kesilapan berulang
semasa menggunakan alatan makmal.

6.0 Perancangan & Pelaksanaan Tindakan

6.1 Pengumpulan Data Awal
6.1.1 Tinjauan Masalah

Langkah dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan
Langkah 1 Pemerhatian 68 orang pelajar Memerhatikan pelajar
10 April – 14 dari kelas J1P1, mengendalikan amali sel
Disember 2018 Memeriksa hasil J1P3, J1P7 dan elektrolitik untuk
kerja pelajar J1P8 mengenalpasti jika terdapat
Langkah 2 sebarang masalah.
12 Februari 2019 68 orang pelajar Mengenalpasti pelajar yang
dari kelas J1P1, mengalami masalah
J1P3, J1P7 dan dengan cara merekod
J1P8 bacaan penimbang, cara
menyatakan pemerhatian
eksperimen dan cara
pengendalian sel
elektrolitik semasa amali.

4

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Langkah 3 Kuiz 6 orang pelajar dari Memilih 6 orang pelajar
18 Februari – kelas J1P1, J1P3, daripada langkah 2 dan
J1P7 dan J1P8 menjalankan kuiz pra-
22 Februari 2019 amali “online” terhadap
mereka untuk melihat sama
ada mereka berjaya
menjawab semua soalan
berkaitan amali sel
elektrolitik dengan betul.

6.1.2 Analisis Tinjauan Masalah

Langkah dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan
Pemerhatian 68 orang pelajar
Langkah 1 dari kelas J1P1, Kebanyakan pelajar tidak
10 April – 14 J1P3, J1P7 dan menekan butang TARE
J1P8 ketika menimbang, tidak
Disember 2018 merekod bacaan dengan
tempat perpuluhan yang
sesuai, salah membuat
sambungan wayar ketod
dan anod dan tidak mahir
menyatakan pemerhatian
dalam eksperimen. Pelajar
– pelajar ini telah diberikan
teguran dan mereka
berupaya memperbaiki
kesalahan masing – masing
dan memperoleh hasil
eksperimen yang baik.

Langkah 2 Memeriksa hasil 68 orang pelajar Masih terdapat pelajar
12 Februari 2019 kerja pelajar dari kelas J1P1, yang lemah setelah teguran
J1P3, J1P7 dan dibuat. 6 orang pelajar
J1P8 dikenalpasti tidak
mendapat hasil exsperimen
yang baik kerana tidak
menekan butang TARE
ketika menimbang, tidak
merekod bacaan dengan
tempat perpuluhan yang
sesuai, salah membuat
sambungan wayar katod
dan anod dan tidak mahir
menyatakan pemerhatian
dalam eksperimen.

Langkah 3 Kuiz 6 orang pelajar dari 6 pelajar ini diminta
18 Februari – 22
kelas J1P1, J1P3, membaca dahulu prosedur
Februari 2019
J1P7 dan J1P8 eksperimen sebelum

5

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

menjawab kuiz. Hasil kuiz
menunjukkan pelajar-
pelajar tidak menguasai
konsep asas dalam sel
elektrolitik. Pelajar juga
kurang pengetahuan dalam
pengendalian eksprimen.

Memandangkan soalan
yang diberikan adalah
soalan objektif, pelajar
mengalami kekeliruan
untuk memilih jawapan
yang betul tentang
penggunaan penimbang
yang betul, pemasangan
wayar yang betul dan
penyataan pemerhatian
yang betul.

6.2 Tindakan Yang Dijalankan

Berdasarkan tinjauan awal, beberapa pelajar menghadapi kesukaran untuk melaksanakan
eksperimen mengikut prosedur dengan betul. Mereka banyak bergantung kepada rakan
sekumpulan untuk menyelesaikan tugasan. Perkara ini dapat dilihat apabila hanya seorang
sahaja ahli kumpulan yang membuat eksperimen sementara pasangannya hanya membantu
dalam penyediaan bahan atau mencatat keputusan eksperimen. Persekitaran pelaksanaan
eksperimen secara berpasangan ini menunjukkan ahli yang kurang mahir akan kehilangan arah
jika eksperimen ini perlu dilakukan berseorangan. Untuk mengatasi masalah ini, kami
menggunakan kombinasi kaedah konsultasi, video dan kuiz pra-amali “online” seperti berikut.
6 orang pelajar yang kami pilih dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kami bercadang untuk
menambahbaik kaedah yang kami gunakan selepas melaksanakannya kepada kumpulan
pertama dan seterusnya.

6.2.1 Membaca Prosedur Eksperimen dan Kuiz Pre-lab

Perkara pertama yang kami lakukan adalah meminta 2 orang pelajar(kumpulan pertama)
membaca prosedur eksperimen secara kendiri. Kemudian, kami akan memberikan soalan
dalam bentuk kuiz “online” kepada pelajar dan mereka diminta menjawab soalan tersebut.
Soalan yang kami sediakan bukan sahaja berkaitan dengan eksperimen tetapi turut melibatkan
skil eksperimen biasa seperti penggunaan mesin penimbang yang betul (Kolodny & Bayly,
1983). Keputusan mereka direkod dalam rajah 1. Kami mendapati soalan yang diberikan adalah
mudah kerana kedua-dua pelajar berjaya menjawab dengan baik pada sesi pertama.

6.2.2 Konsultasi dan Video
Selepas selesai menjawab kuiz, kami memberikan bimbingan dan konsultasi kepada soalan
yang salah. Konsultasi kami juga menglibatkan video berkaitan eksperimen tersebut dimana
kami meminta pelajar memerhatikan bahagian – bahagian tertentu dalam video tersebut. Kami

6

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
turut bertanya tentang beberapa prosedur di dalam eksperimen dan mendapati terdapat
beberapa bahagian yang masih kurang difahami mereka.

6.2.3 Mengulang Semula Kuiz Pre-Lab
Kami meminta sekali lagi pelajar menjawab soalan kuiz yang sama dan melihat hasil konsultasi
dan video yang kami tunjukkan sebelum ini. Soalan yang diberikan adalah serupa dengan set
soalan sebelum ini. Kami juga telah meminta pelajar melukis gambar rajah sel elektrolitik yang
perlu dibina tanpa merujuk kepada prosedur eksperimen. Antara gambar yang berjaya dilukis
adalah seperti berikut:

Gambar 1: Lukisan sel elektrolitik salah seorang pelajar

Gambar 2: Lukisan sel elektrolitik salah seorang pelajar
6.2.4 Inovasi dan Kreativiti 1
Kami mendapati pelajar dilihat kurang masalah untuk menjawab soalan kuiz pra-amali
“online” yang kami sediakan. Maka, kami telah menambahbaik strategi dengan menukar
“setting” kepada pilihan jawapan rawak. 2 orang pelajar(kumpulan kedua) melalui proses yang
sama seperti 2 pelajar sebelum ini. Jawapan mereka direkodkan dalam rajah 2.
6.2.5 Inovasi dan Kreativiti 2
Untuk 2 orang pelajar terakhir (kumpulan ketiga), kami menambah bilangan soalan dan
mempelbagaikan aras soalan serta mengekalkan pilihan jawapan secara rawak. Keputusan
mereka telah direkodkan dalam rajah 3.

7

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

6.3 Justifikasi Penggunaan Strategi Dan Bahan Kajian

Komponen amali merupakan platform di mana seseorang pelajar dapat membina skil tertentu
yang tidak mungkin dicapai melalui teori semata – mata. Kajian menunjukkan keberhasilan
sesuatu eksperimen bergantung kepada sejauh mana pelajar tersebut telah bersedia namun
malangnya tidak ramai pelajar berbuat demikian (Kolodny & Bayly, 1983). Kami berharap
untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan kaedah pra-amali. Menurut Starkey &
Kieper (1983), kaedah pra-amali dapat mengoptimumkan ilmu yang dimiliki dan
meningkatkan kefahaman tentang isu keselamatan di dalam makmal dengan baik. Kajian
mereka mendapati pra-amali; (1) membantu pelajar faham apa yang perlu dilakukan ketika
amali tanpa kerap merujuk kepada manual amali, (2) membantu pelajar berlatih melakukan
pengiraan dan kaitannya dengan amali, (3) merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan (4)
merupakan aktiviti yang mudah difahami dan senang digunakan. Mereka juga berpendapat pra-
amali dapat mengurangkan keresahan pelajar untuk melakukan eksperimen jika mereka
mendapat gambaran kasar tentang ekxperimen terbabit lebih awal. Walaubagaimanapun, jika
jawapan pra-amali pelajar lewat disemak, pelajar – pelajar berkemungkinan untuk salah faham
ketika melaksanakan eksperimen (Suchman, 2015).

Perkara ini mendorong kami untuk melaksanakan kuiz pra-amali tersebut
menggunakan aplikasi internet seperti yang dilakukan oleh Kolodny & Bayly (1983), Almy
(1982) dan Cann (2014) dimana pelajar akan terus mendapat maklumbalas tentang jawapan
mereka. Maklumbalas tersebut dapat kami gunakan sebagai panduan ketika melakukan
konsultasi dengan pelajar. Kami juga bercadang untuk menggunakan video ketika sesi
konsultasi berdasarkan kajian yng dilakukan oleh Almy pada tahun 1982. Kajian tersebut
mendapati pelajar – pelajar mudah faham dan berasa yakin tentang eksperimen yang akan
dilakukan kerana alatan dan bahan yang digunakan telah pun ditunjukkan di dalam video.
Kenyataan ini selari dengan kajian Al-Khalili & Coppoc (2014) yang mendapati pelajar –
pelajar merasakan video merupakan cara paling informatif untuk menyampaikan maklumat.

Oleh itu, kami berpendapat kaedah menggabungkan konsultasi, video dan pra-amali
“online” adalah sesuai untuk mengatasi masalah yang kami hadapi di dalam kelas kami.

Gambar 3: Konsultasi selepas menjawab pra-amali “online” kali pertama

8

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
Gambar 4: Pelajar mencuba pra-amali “online” di hadapan pensyarah

Gambar 5: Contoh soalan pra-amali “online”

Gambar 6: Contoh “feedback” serta- merta yang diterima selepas selesai menjawab pra-amali
“online”.
9

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Gambar 7: Contoh “feedback” pra-amali “online” untuk setiap soalan yang salah

7.0 Pemerhatian (Pengumpulan Data Selepas / Data Akhir & Analisis Data)

Hasil kajian ini menunjukkan pencapaian pelajar selepas kajian boleh dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu berdasarkan pelbagai kaedah pelaksanaan yang berbeza. Analisis data selepas
pelaksanaan kajian menunjukkan terdapat satu faktor yang mempengaruhi kejayaan pelajar
mencapai skor yang tinggi dalam kedua-dua pusingan menjawab soalan pra-amali “online”.
Faktor tersebut ialah pelajar meneka jawapan berdasarkan pemilihan jawapan yang statik
dalam kedua-dua pusingan. Oleh sebab itu, kami telah mempelbagai kaedah pelaksanaan dan
membahagikan kategori pencapaian pelajar kepada tiga kategori iaitu kategori kumpulan
pertama, kumpulan kedua dan kumpulan ketiga.

7.1 Kumpulan Pertama

Selepas selesai menjalankan kajian terhadap kumpulan pertama, kami mendapati pelajar
kurang bermasalah untuk mencapai skor yang tinggi dalam kedua-dua pusingan. Meskipun
mereka memperoleh markah penuh dan dapat menjawab soalan yang disediakan dalam
pusingan kedua lebih pantas daripada pusingan pertama, kami mendapati ada faktor pelajar
meneka jawapan yang betul kerana mereka mengingati jawapan berdasarkan maklumbalas
yang diterima selepas pusingan pertama. Ini terbukti apabila kami mengemukakan soalan
spontan berdasarkan prosedur eksperimen, ada beberapa bahagian yang mereka masih lagi
kurang faham dan kami masih perlu membantu mereka sehingga mereka faham.

Jadual 1 : Penjadualan keputusan pra-amali “online” pelajar kumpulan satu

Pelajar A Pelajar B

Pusingan Pertama

Skor 90% 80%

Masa yang diperlukan 3 minit 44 saat 11 minit 41 saat

10


Click to View FlipBook Version