The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2021-01-06 01:58:10

KONVENSYEN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KALI KE-10 (2019) BAHAGIAN 2

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

kelas tutoran. Semasa pengajaran dalam jam pertama, pensyarah sebagai
penyampai maklumat manakala pelajar akan melengkapkan nota yang diberikan
sambil mendengar penjelasan daripada pensyarah. Ketika jam kedua dan ketiga,
pensyarah membuat perbincangan dua hala (pensyarah dengan pelajar dan
pelajar dengan pelajar). Pelajar akan menjawab soalan di dalam buku tutoran
sambal dibantu oleh pensyarah. Namun begitu, pelajar masih lagi belum dapat
menguasai topik “Cell Division”.

3.0 FOKUS KAJIAN

Dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi, pelajar perlu melukis serta
melabel gambar rajah fasa-fasa dan menjawab soalan dalam proses mitosis dan
meiosis dengan tepat dan betul. Jika pelajar gagal melukis dan melabel dengan
betul maka soalan yang dikemukakan juga akan tidak dapat dijawab dengan betul.
Seterusnya bagi soalan untuk topik “genetic inheritance”, pelajar akan mengalami
masalah dalam mengenalpasti gamet yang terhasil. Bagi soalan “Mutation” pula
pelajar akan bermasalah dalam memahami proses “Non-Disjunction” bagi mutasi
kromosom.

Fokus kajian ini adalah untuk membantu pelajar untuk melukis serta
melabel gambarajah fasa-fasa dan menjawab soalan dalam proses mitosis dan
meiosis. Jika dilihat daripada hasil pengajaran dan pembelajaran yang lepas,
pelajar lebih cenderung untuk menghafal lukisan dan fakta yang terdapat dalam
topik tersebut. Maka itu, saya telah memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam
Pembelajaran Abad ke -21 iaitu aktiviti “Three Stray, One Stay”. Aktiviti ini lebih
sesuai bagi topik “Cell Division” dan tahap pelajar matrikulasi. Aktiviti ini
memerlukan pelajar terlibat secara aktif dalam sesi pembelajaran dan sesi ini
didominasikan oleh pelajar secara kesuluruhan. Saya yakin pelajar akan boleh
melukis serta melabel gambar rajah fasa-fasa dan seterusnya menjawab soalan
berkaitan proses mitosis dan meiosis dengan tepat dan betul. Melalui aktiviti ini
diharap pelajar akan lebih melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
dan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar serta minat pelajar terhadap subjek
Biologi.

FOKUS KAJIAN
3.1 Objektif Umum

Melaksanakan pentaksiran tahap pencapaian pelajar dalam pencapaian
dalam topik “Cell Division melalui penggunaan aktiviti Pembelajaran Abad
Ke-21 iaitu “Three Stray,One Stay”.

3.2 Objektif Khusus

4

a) Menilai keupayaan pelajar melukis dan melabel gambarajah fasa-fasa
dalam proses mitosis dan meiosis dengan betul dan tepat.

b) Mengukur keupayaan pelajar untuk menjawab soalan-soalan dalam
proses mitosis dan meiosis dengan betul.

c) Menilai peningkatan minat pelajar dalam mempelajari subjek Biologi.

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar Modul 1 Program Dua Tahun dari
praktikum D1H1P3. Pemilihan kumpulan sasaran adalah berdasarkan kepada
keputusan ujian Pra yang dijalankan ke atas 79 orang pelajar daripada empat
kumpulan praktikum.Ujian Pra yang dijalankan hanya melibatkan topik “Cell
Division”. Jadual Penentu Ujian rujuk jadual 3.

PELAKSANAAN KAJIAN
Carta alir berikut (Rajah 1) menunjukkan prosedur pelaksanaan kajian tindakan ini
terhadap kumpulan sasaran .

Pengajaran dan Pembelajaran dengan kaedah tradisional

Tinjauan Awal:
 Semakan Buku Tutoran Pelajar
 Ujian Pra
 Soal Selidik

Intervensi Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 “Three Stray , One Stay”

Ujian Pos dan Soal Selidik

5

Analisa Data
Rajah 1 : Prosedur Kajian

Kenal pasti masalah

#pelajar tidak dapat melukis fasa-
fasa dalam proses mitosis dan

meiosis dengan betul.

#Ramai pelajar tidak menjawab
soalan dengan betul

Refleksi dan Penilaian Kumpul Data
Gelung Pertama
# Punca pelajar lemah
Cadangan -cadangan dalam topik "Cell Division"
penambahbaikan

Intervensi Analisis
Perlaksanaan Ujian Pasca
Perlaksanaan Soal Selidik # Pelajar tidak ingat

Analisis Data #maklumat dalam jawapan tidak
lengkap

Penyelesaian

#Menggunakan aktiviti
Pembelajaran Abad ke -21

Tinjauan Awal

Jadual 1 menunjukkan kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat bagi

mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari topik
“Cell Division.

Jadual 1: Kaedah Mengumpul Data

Kaedah Penilaian Tujuan

6

Ujian Pra Dua kemahiran yang ingin diuji dalam Ujian Pra adalah
a) Kemahiran “melukis fasa-fasa dalam proses mitosis
Soal Selidik dan meiosis” (aras aplikasi)
Pemerhatian b) Kemahiran “menjawab soalan-soalan dalam topik
Cell Division”(aras pengetahuan dan aras
kefahaman)

(Lampiran 1)

Soal selidik dijalankan untuk mengetahui masalah sebenar
dan keadaan sebenar tentang proses pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan .
(Lampiran 2)

Untuk mengenal pasti cara pelajar belajar di dalam kelas dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar.
Kemahiran pelajar dalam melukis dan menjawab soalan
dalam topik ‘Cell Division”.

Untuk membuat penilaian dan perbincangan terhadap dapatan kajian, pengkaji
mengkategorikan penilaian markah min ujian pra dan ujian pos kepada empat kategori
pencapaian seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Penilaian Ujian Pra Dan Ujian Pos

Julat Markah (%) Kategori Pencapaian
75-100 Cemerlang
60-74 Baik
50-54 Sederhana
0-49 Lemah

Analisis Tinjauan Awal

Topik Sub Topik Jam Aras taksonomi Bloom Ite

Cell m
Division
123

The concept Of Cell 1/2

Division

The Cell Cycle 1/2

7

Mitosis 1 20
Meiosis 1
Jumlah 3

Jadual 4 menunjukkan analisis tinjauan awal untuk mengetahui masalah yang
dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari topik “Cell Division” dan punca masalah itu

timbul.

Jadual 3:Analisis Tinjauan Awal

Cara Penilaian Dapatan kajian
Ujian Pra Selepas membuat ujian pra,didapati
bahawa

a) Dalam praktikum D1H1P3, hanya
3 orang pelajar (17.65%)
mendapat markah lebih daripada
75% iaitu pencapaian mereka
dalam kategori cemerlang.
Manakala terdapat 14 orang
pelajar (82.35%) mendapat
markah kurang daripada 50%, iaitu
berada pada kategori lemah.

Berdasarkan kepada pencapaian pelajar
dalam ujian pra, 14 orang pelajar
mempunyai masalah dalam melukis fasa-
fasa dan menjawab soalan bagi topik
“Cell Division” dan mereka telah dipilih
sebagai kumpulan sasaran dalam kajian
ini.

b) Markah min pelajar dalam
kumpulan sasaran yang dapat
melukis fasa-fasa dalam proses
mitosis dan meiosis ialah 6.41
daripada markah penuh 16.
Manakala markah min pelajar yang
dapat menjawab soalan bagi
proses mitosis dan meiosis ialah
8.82 daripada markah penuh 20.

Soal-Selidik Soal selidik telah dijalankan ke atas
kumpulan sasaran . Dapatan daripada
soal selidik adalah:

8

Pemerhatian a) Semua pelajar dalam kumpulan
sasaran menyatakan bahawa cara
mempelajari topik “Cell Division”
adalah dengan menghafal.

b) Antara masalah yang pelajar
hadapi adalah “tidak dapat
mengingati fakta serta keliru”
kerana terlalu banyak gambarajah
dan fakta yang perlu dihafal.

c) Selain itu, didapati pelajar berasa
kurang keyakinan dalam
menjawab Ujian Pra kerana tidak
dapat mengingati gambarajah
fasa-fasa dalam proses mitosis
dan meiosis.

Berdasarkan kepada pemerhatian
semasa proses pengajaran dan
pembelajaran saya mendapati bahawa:

a) Pelajar menjadi sangat pasif dan
kurangnya interaksi antara mereka
semasa perbincangan . Semasa
sesi perbincangan jawapan
tutoran, pelajar hanya memandang
kepada pensyarah dan membuat
catatan dan pembetulan pada
tutoran yang telah disiapkan. Tiada
pelajar yang bertanyakan soalan
ketika sesi perbincangan.

b) Pelajar tidak yakin dalam melukis
fasa-fasa dalam proses mitosis
dan meiosis.

c) Pelajar mengambil masa yang
lama untuk melukis serta
menjawab soalan-soalan dalam
topik “Cell Division”. Terdapat juga
pelajar yang langsung tidak
melukis dan memberi jawapan
kerana gagal memahami topik
berkenaan.

d) Pelajar juga didapati menunjukkan
perasaan yang bosan semasa
proses pengajaran dan
pembelajaran.

9

Keputusan Ujian Pra adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 4: Analisis Keputusan Ujian Pra

Bil Kemahiran yang diuji Markah Markah Peratus Kategori
Min Penuh (%) Pencapaian
1 Kemahiran melukis fasa-fasa 6.41
dalam proses mitosis dan meiosis 16 40.1% Lemah
8.82
2 Kemahiran menjawab soalan- 20 44.1% Lemah
soalan dalam topik Cell Division.

6.3 Pelaksanaan Tindakan

Berdasarkan semua maklumat yang didapati dalam analisis tinjauan awal,
pelajar memang lemah dalam memahami topik “Cell Division” . Analisis Ujian Pra
menunjukkan bahawa kemahiran melukis fasa-fasa dalam proses mitosis dan meiosis
serta kemahiran menjawab soalan-soalan dalam topik Cell Division adalah pada tahap
lemah. Hal ini adalah kerana pelajar lebih cenderung kepada menghafal dan tidak dapat
memahami konsep bagi topik “Cell Division”.

Bagi mengatasi masalah ini, aktiviti abad ke-21 iaitu “Three stray, One stay” telah
digunakan untuk membantu pelajar belajar secara kolaboratif . Aktiviti ini memusatkan
pelajar dan pelajar perlu membantu sasama pelajar untuk memahami konsep topik “Cell
Division”. Ini menggalakkkan pelajar terlibat dalam sesi pembelajaran dengan lebih aktif
dan menyediakan satu suasana pembelajaran yang seronok dan tidak membosankan.
Kajian ini diharapkan dapat mengubah persepsi pelajar terhadap subjek Biologi yang
menganggap bahawa subjek ini adalah subjek yang membosankan. Dengan
penggunaan aktiviti ini, diharap dapat menarik minat pelajar dalam subjek Biologi.

6.3.1 Pelaksanaan Aktiviti “Three stray, One stay” di dalam kelas dan
Pemerhatian

Dalam aktiviti ini, pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri
daripada lebih kurang 4 orang pelajar dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan diberikan
subtopik bagi topik “Cell Division”. Kumpulan pertama yang terdiri daripada 4 orang
pelajar mendapat subtopik Mitosis, Kumpulan kedua dengan 5 orang pelajar yang
mendapat subtopik Meoisis I. Bagi Kumpulan ketiga yang terdiri daripada 4 orang
pelajar mendapat subtopik Meiosis II dan kumpulan keempat dengan 4 orang pelajar
diberikan subtopik perbezaan antara Mitosis dan Meiosis serta kepentingan Mitosis dan
Meiosis.

10

Setiap kumpulan dibekalkan komputer riba untuk membuat “powerpoint
presentation” serta mencari maklumat mengenai subtopik yang telah diberikan. Setiap
ahli dalam kumpulan akan berbincang mengenai subtopik yang diberikan dan setiap
ahli perlu memahami dan menguasai subtopik yang diberikan. Pelajar diberikan masa
selama 45 minit untuk membuat perbincangan dan menyiapkan “powerpoint
presentation”.Setelah tamat masa, 3 orang pelajar dari setiap kumpulan akan bergerak
ke kumpulan yang lain untuk mendengar penerangan kumpulan yang mendapat
subtopik yang berlainan. Seorang pelajar setiap kumpulan akan tinggal di tempat untuk
menerangkan mengenai subtopik yang telah dibincangkan sesama ahli kumpulan.
Setiap pergerakan 3 ahli kumpulan ke kumpulan yang lain , 15 minit diberikan kepada
pelajar yang tinggal untuk menerangkan subtopik mereka.

Setelah selesai kesemua kumpulan telah mendapat penerangan dari setiap
kumpulan bagi empat subtopik yang berbeza, pelajar akan kembali ke kumpulan
masing-masing. Semasa sesi perbincangan dalam kumpulan setiap pelajar digalakkan
untuk melibatkan diri secara aktif dan pensyarah akan bertindak sebagai fasilitator dan
pemerhati kepada setiap pelajar. Ketika sesi penerangan , pensyarah akan membantu
pelajar untuk memberi penerangan dengan lebih tepat.

6.4 Pelaksanaan Penilaian

Untuk mengesan kebolehan pelajar dalam melukis fasa-fasa dalam proses
mitosis dan meiosis serta dapat menjawab soalan-soalan dalam topik “Cell Division”
melalui aktiviti “Three stray, One stay”, Ujian Pos 1 telah dijalankan selepas selesai
aktiviti tersebut. Semasa Ujian Pos 1, pensyarah juga memerhati perasaan dan cara
pelajar menjawab soalan. Soal selidik te;lah dijalankan untuk menguji keberkesanan
aktiviti “Three stray, One stay” dalam membantu pelajar menguasai topik “Cell Division”.
Soal selidik ini dijalankan pada waktu lapang pelajar supaya pelajar mempunyai masa
yang lebih panjang untuk memberikan pendapat masing-masing dengan lebih
terperinci.

Hasil tinjauan masalah menunjukkan bahawa pelajar cepat lupa sekiranya
menggunakan cara menghafal dan membaca nota kuliah sahaja. Oleh yang demikian,
satu Ujian Pos 2 telah dijalankan dua minggu selepas intervensi aktiviti “Three stray,
One stay” di dalam kelas dijalankan. Tujuan Ujian Pos 2 adalah untuk mengesan
kebolehan pelajar untuk mengingati dan memahami konsep dalam topik “Cell Division”
yang telah dipelajari.

6.4.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Pos 1 telah dijalankan saya sendiri. Soalan Ujian Pos 1 dan Ujian Pra
adalah sama. Keputusan Ujian Pos 1 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.

11

Jadual 5 : Analisis Keputusan Ujian Pos 1

Bil Kemahiran yang diuji Markah Markah Peratus Kategori

Min Penuh (%) Pencapaian

1 Kemahiran melukis fasa-fasa 14.88 16 87.53 Cemerlang

dalam proses mitosis dan meiosis

2 Kemahiran menjawab soalan- 18.94 20 94.7 Cemerlang

soalan dalam topik Cell Division.

Analisis keputusan Ujian Pos 1 menunjukkan bahawa pelajar dapat menguasai
kedua-dua kemahiran yang diuji dengan cemerlang selepas intervensi aktiviti “Three
stray, One stay”. Jadual 6 menunjukkan perbandingan pencapaian pelajar bagi

kemahiran melukis fasa-fasa dalam proses mitosis dan meiosis serta kemahiran
menjawab soalan-soalan dalam topik “Cell Division” dalam Ujian Pra dan Ujian Pos 1.

Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Pelajar Bagi kemahiran melukis fasa-fasa

dalam proses mitosis dan meiosis serta kemahiran menjawab soalan-soalan
dalam topik “Cell Division”.

Melukis fasa-fasa dalam Menjawab soalan-soalan

Bil proses mitosis dan meiosis dalam topik “Cell Division”.

Kemahiran UJian UJian Perubahan UJian UJian Perubahan

Pra Pos Pencapaian Pra Pos Pencapaian

Nama

1 Anis Maisarah 6 13 +7 8 18 +10

2 Azatil Afiqah 6 15 +9 8 19 +11

3 Husna Izyan 7 14 +7 8 18 +10

4 Muhammad Adib 5 15 +10 9 18 +9

5 Muhammad Rifqi 4 15 +11 8 19 +11

6 Muhammad 5 15 +10 7 19 +12

Syafiq

7 Muhammad Zul 13 16 +3 15 20 +5

Faris

8 Muhammad Hafiz 12 16 +4 16 20 +4

9 Che Nurul 4 14 +10 7 20 +13

Amirah

10 Nur Adlin Aisyah 4 15 +11 8 20 +12

11 Nur Atikah 4 14 +10 8 18 +10

12 Nur Illiyyin 12 16 +4 16 20 +4

Farhana

13 Nur Syifaa 6 14 +8 8 18 +10

Syazana

14 Nurul Afiqah 6 16 +10 7 19 +12

15 Nur Elia Eliyana 7 15 +8 7 19 +12

16 Nurin Jazlina 4 15 +11 6 19 +13

17 Nur Alea Ezetty 7 14 +7 5 18 +13

Markah min 6.41 14.88 +8.23 8.82 18.94 +10.05

12

Jadual 6: Analisis Pencapaian Pelajar Bagi kemahiran melukis fasa-fasa dalam

proses mitosis dan meiosis serta kemahiran menjawab soalan-soalan dalam topik
“Cell Division”.

Julat Kemahiran melukis fasa-fasa Kemahiran menjawab soalan-
Markah dalam proses mitosis dan meiosis soalan dalam topik “Cell Division”.
(Kategori
Pencapaian) Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pra Ujian Pos 1
Bil % Bil % Bil % Bil %
75-100 Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar
(Cemerlang) 3 17.65% 17 100% 3 17.65% 17 100%

60-74 0 0 00 0 0 00
(Baik)
50-59 0 0 00 0 0 00
(Sederhana)
0-49 14 82.35% 0 0 14 82.35% 0 0
(Lemah)

Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos 1 menunjukkan terdapat peningkatan
pencapaian yang ketara iaitu 100% pelajar menunjukkan peningkatan dalam
pencapaian bagi kedua-dua kemahiran yang diuji . Pencapaian pelajar dalam ujian pra
bagi kedua-dua kemahiran yang diuji adalah pada tahap lemah. Selepas intervensi
dengan menggunakan aktiviti “Three stray, One stay”, semua pelajar dapat menguasai
kedua-dua kemahiran , iaitu 100% pelajar pada tahap cemerlang.

Ujian Pos 2 telah dijalankan dua minggu selepas intervensi dengan

menggunakan aktiviti “Three stray, One stay”. Dalam Ujian Pos 2, pelajar

dikehendaki melukis gambarajah fasa-fasa dalam proses mitosis.

Dalam Ujian Pos 2 terdapat 16 orang pelajar iaitu 94.11% dapat melukis serta
melabel gambarajah fasa-fasa yang terdapat dalam proses mitosis dengan betul seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 8.

Jadual 8: Keputusan Pelajar Dalam Ujian Pos 2

Bil Nama Markah yang perlu Pencapaian Pelajar
diperolehi oleh pelajar
1 Anis Maisarah 8
2 Azatil Afiqah 8 8
3 Husna Izyan 8 8
4 Muhammad Adib 8 8
5 Muhammad Rifqi 8 8
8

13

6 Muhammad Syafiq 8 8
7 Muhammad Zul Faris 8 8
8 Muhammad Hafiz 8 8
9 Che Nurul Amirah 8 7
10 Nur Adlin Aisyah 8 8
11 Nur Atikah 8 8
12 Nur Illiyyin Farhana 8 8
13 Nur Syifaa Syazana 8 8
14 Nurul Afiqah 8 8
15 Nur Elia Eliyana 8 8
16 Nurin Jazlina 8 8
17 Nur Alea Ezetty 8 8

6.4.2 Analisis Soal Selidik

Borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar terdiri daripada 2 bahagian
iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada maklumat diri pelajar
manakala Bahagian B menggunakan skala Likert dengan pilihan lima jawapan bagi
mengumpul maklumat tentang tahap persetujuan pelajar dari segi

a) Kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran
b) Minat dan sikap pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran

Jadual 9 adalah analisis soal selidik yang dijawab oleh pelajar. Ia menunjukkan
peratus dan min bagi setiap item yang digunakan. Didapati bahawa semua pilihan
pelajar adalah setuju dan sangat setuju untuk setiap item. Skor min bagi setiap item
adalah di antara 4.12 dan 5.00. Ini menunjukkan pelajar setuju bahawa aktiviti “Three
stray, One stay” ini boleh membantu mereka memahami topik “Cell Division” dan juga
dapat menarik minat dalam me mpelajari Biologi. Item yang digunakan untuk
mengkaji tahap kerjasama pelajar dalam pembelajaran secara berkumpulan dan
penglibatan pelajar secara aktif ini mempunyai min yang tertinggi iaitu 5.00. Selain
pelajar juga sangat setuju jika kaedah ini diteruskan dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran akan dating dengan nilai min 5.00. Pelajar juga didapati sangat bersetuju
dengan mereka dapat melukis gambarajah fasa dengan betul melalui aktiviti yang telah
dijalankan dengan nilai min 4.88. Pada masa yang sama pelajar juga sangat bersetuju
dengan aktiviti ini, pelajar dapat memahami isi pengajaran yang disampaikan .

Skala Likert: 1= Sangat Tidak Setuju
2=Tidak Setuju
3=Kurang Setuju
4=Setuju

14

5=Sangat Setuju
Jadual 9: Analisis Soal Selidik
Bahagian I : Kefahaman Terhadap Isi pelajaran

BIL Item Persoalan Penilaian

a. Saya dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan Setuju 41.18%
selepas melalui aktiviti “Three stray ,One Stay”.
Sangat Setuju
58.82%

b. Saya melukis dan melabel gambarajah fasa-fasa dalam Setuju 52.94%
proses mitosis dan meiosis
Sangat Setuju
c. Saya dapat menjawab soalan ujian dengan lebih yakin Setu4j7u.0161%.76%
selepas melalui aktiviti “Three stray ,One Stay”. SSaannggaatt SSeettuujjuu
Setu85j88u..288428%%.24%
d. Aktiviti “Three stray ,One Stay” mempunyai kaitan yang
rapat dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan Sangat Setuju
11.76%

Bahagian II: Minat dan sikap Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

BIL ASPEK KEMAHIRAN PENILAIAN

Saya dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya Setuju 41.18%
a. semasa pembelajaran dalam aktiviti “Three stray ,One
Sangat Setuju
Stay”. 58.82%

Aktiviti “Three stray ,One Stay” dapat menarik minat Setuju 5.88%
b. saya dalam mempelajari Biologi.
Sangat Setuju
Aktiviti “Three stray ,One Stay” dapat membuatkan Setu9j4u.1325%.29%
c. saya berasa seronok dalam mempelajari topik “Cell
Sangat Setuju
Division”. 64.71%

d. Saya melibatkan diri secara aktif sepanjang aktiviti Setuju 0%
dijalankan.
Sangat Setuju

e. Saya dapat bekerjasama dengan rakan lain dan saling 100%Setuju 0%
berkongsi ilmu dalam aktiviti “Three stray ,One Stay”.
Sangat Setuju

Sesi pembelajaran dan pengajaran yang akan datang 100%
f. patut dijalankan dengan menggunakan kaedah yang Setuju 0%

sama. Sangat Setuju
100% Setuju

15 88.24%

Sangat Setuju
11.76%

6.5 Refleksi dan Kesimpulan Kajian

Semasa aktiviti berlangsung,perubahan ketara yang dapat saya perhatikan
adalah penglibatan pelajar dalam pembelajaran menjadi lebih aktif berbanding dengan
pengajaran dengan kaedah tradisional. Pelajar lebih seronok semasa pembelajaran dan
tiada pelajar yang menunjukkan perasaan bosan atau mengantuk. Disamping itu,
pelajar lebih berinteraksidengan rakan lain dengan sentiasa berbincang dan bertanya
soalan semasa aktiviti dijalankan. Selain daripada itu, Keputusan yang dicapai oleh
pelajar dalam Ujian Pos 1 dan 2 amat memberangsangkan.

Pelajar bahawa aktiviti yang dijalankan adalah lebih baik daripada menghafal dan
hanya mendengar pengajaran pensyarah di dalam kelas. Aktiviti itu telah membantu
mereka untuk lebih memahami dan dapat melukis gambarajah fasa serta menjawab
soalan bagi topik “Cell Division”. Di samping itu, pelajar berasa lebih puas hati dan lebih
berkeyakinan dalam menjawab soalan. Aktiviti itu juga dapat memupuk semangat
bekerjasama dan saling membantu dalam pelajaran.

Menurut kajian Davis et al. (1997), menunjukkan pembelajaran berkualiti belaku
dengan penuh bermakna apabila mengintegrasikan ICT dengan pengajaran
kolaboratif.Aktiviti “Three stray,One stay” adalah merupakan suatu pembelajaran
kolaboratif dan penggunaan computer riba dalam sesi penerangan pelajar serta
pencarian maklumat menyediakan satu persekitaran yang menyokong kerjasama
antara pelajar dalam meningkatkan proses pembelajaran mereka(Kreijns,Kirscner,
Jochems,2003). Ini dapat memudahkan pembelajaran kolaboratif (Pea, 1994), atau
kerjasama kumpulan (Stahl,2006) bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif
pengajaran dan pemudahcaraan. Ianya merupakan satu pendekatan yang baik dan
perlu digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang sihat dan bersemangat di kalangan pelajar di samping dapat
mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajar .

Kesimpulannya intervensi pembelajaran melalui aktiviti ini telah menunjukkan
keberkesanannya dalam membantu pelajar melukis serta melabel dengan betul fasa-
fasa yang terdapat dalam proses mitosis dan meiosis dan menjawab soalan-soalan
dalam topik “Cell Division”.Selain itu , aktiviti ini juga dapat menarik minat pelajar dalam
mempelajari subjek Biologi.

7.0 KESAN PENYELIDIKAN DAN CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSYA
Dalam pengajaran dan pembelajarn tugas pendidik bukan sahaja

menyampaikan ilmu kepada pelajar tetapi juga bertanggungjawab untuk melahirkan
pelajar yang bersifat holistic dan berdaya saing. Dengan itu, pendidik harus sentiasa
menerapkan budaya berfikir secara kreatif dan budaya menyelesaikan masalah
dalam proses pengajaran masing-masing. Kajian tindakan yang dijalankan terhadap

16

aktiviti “Three stray,One stay” dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
memperbaiki amalan biasa pendidik yang menggunakan pembelajaran sehala
kaedah kuliah dan demonstrasi. Penggunaan Pembelajaran Kolaboratif berbantu
computer telah mengubah amalan pengkaji kea rah pengajaran berpusatkan pelajar.

Dapatan kajian ini memberikan implikasi yang positif kepada pendidik,
khususnya pensyarah kole matrikulasi untuk mengubah amalan pengajaran
tradisional ke arah pengajaran yang bercorak aktif. Terdapat banyak aktiviti yang
dicadangkan dalam Pembelajaran Abad ke 21. Aktiviti-aktiviti ini boleh diubah suai
supaya ia boleh digunakan untuk topik-topik yang lain yang terdapat dalam subjek
Biologi. Di samping itu, ativiti ini seharusnya digunakan oleh pensyarah-pensyarah
Biologi bagi meningkatkan semangat dan minat pelajar dalam mempelajari subjek
Biologi.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa pelajar perlu dibimbing dengan
cara yang berkesan. Pembelajaran melalui aktiviti ini dapat meningkatkan interaksi
dengan pelajar dan interaksi dengan pensyarah. Pelajar juga diberikan kesedaran
bahawa pembelajarn secara berkumpulan atau perbincangan adalah lebih berkesan
berbanding dengan amalan pembelajaran yang diamalkan oleh mereka sebelum ini.
Di samping itu, aktiviti ini juga memberikan kesan motivasi kepada pelajar semasa
sesi pembelajaran.

Kesimpulannya, kajian penggunaan ativiti “Three stray, One Stay” dalam
pengajaran topik “Cell Division” menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam
pencapaian pelajar dan dapat meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari
subjek Biologi. Terdapat cadangan penambahbaikan yang difikirkan perlu untuk
kajian yang akan datang iaitu aktiviti ini boleh digunakan untuk topik Koordinasi
pada semester 2. Penyarah boleh menggunakan aplikasi yang lebih menyeronokkan
pelajar dalam sesi pembelajaran.

17

8.0 Rujukan
Broadfoot, P. M. (1996) Education, assessment and society: a sociological analysis

(Buckingham,Open University Press).
Fautley and Savage (2008), Assessment For Learning And Teaching.

British Journal Of Education Technology, 39(4):752-753 · July 2008

Kreijns, K.,Kirscner,P.A.,& Joechems, W. (2003). Identifying the pitfalls for social
interacteraction in computersupported collaborative learning environments;
Areview of the research.Computers in Human Behaviour, 19(3),335-353

Pea, R.D. (1994) Seeing What we Build Together:Distributed Multimedia Learning
Environments For TransformativeCommunications ;The journal of The Learning
Sciences, 3(3),219-225

Stahl (2006).Group cognition :Computer support for building collaborative knowledge.
Cambridge, MA:MIT Press.

18

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

MENINGKATKAN KEMAHIRAN GEOMETRICAL OPTICS

MENGGUNAKAN KAEDAH IC-TABLE DALAM

KALANGAN PELAJAR TUTORIAL J1P16

1Mohd Ariff Ab Ghani, 2Mohd Afendi Zulkifeli, 3Elmy Abdul Malek, 4Oswadi Othman

1,2,3,4Unit Fizik, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
[email protected], [email protected], [email protected],

[email protected]

ABSTRAK

Salah satu objektif pembelajaran yang harus di kuasai pelajar matrikulasi kejuruteraan
dalam topik Geometrical Optics ialah melakar gambar rajah sinar. Lakaran yang betul
akan menggambarkan ciri imej yang terbentuk bagi fenomena pantulan cermin sfera dan
pembiasan kanta nipis. Antara masalah yang dihadapi pelajar di dalam melakar gambar
rajah sinar adalah tidak dapat melakar dengan tepat imej yang tebentuk mengikut
kedudukan tertentu objek. Melalui penggunaan IC-Table pelajar dapat mengenal pasti
dahulu ciri imej yang terbentuk sebelum proses lakaran dilakukan. Bagi menentukan
keberkesanan kaedah ini kumpulan tutorial J1P16 KMKPh telah dipilih untuk dijadikan
sampel kajian tindakan. Berpandukan model kajian tindakan Kurt Lewin satu pelan
tindakan dilaksanakan melalui kajian ini. Keputusan ujian pra dan pasca yang
dijalankan ke atas sampel kajian didapati kaedah yang diperkenalkan dapat membantu
meningkatkan penguasaan pelajar dalam topik Geometrical Optics. Di dalam proses
untuk mendapatkan gambaran prestasi pelajar secara keseluruhan aktiviti pentaksiran
berbantukan aplikasi Plickers diguna pakai.
Kata kunci: gambar rajah sinar, pencirian imej, pantulan cermin sfera, pembiasan kanta
nipis, Plickers App

1.0 Pendahuluan
Topik Geometrical Optics merupakan topik yang ke enam dipelajari pelajar matrikulasi
kejuruteraan semester dua. Berdasarkan pengalaman kami sebagai tenaga pengajar dan
penanda kertas peperiksaan peringkat program matrikulasi, kesilapan pelajar untuk
mengenal pasti ciri-ciri imej yang terbentuk akan menghalang pelajar untuk mendapatkan
markah yang lebih baik dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan topik. Selaras
dengan itu pengenalan kepada kaedah yang lebih mudah untuk mengenal pasti ciri imej
yang terbentuk daripada fenomena pantulan dan pembiasan akan membantu pelajar
supaya lebih yakin untuk melakar rajah sinar dan seterusnya menentukan ciri-ciri imej
yang terbentuk dengan betul. Amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pensyarah juga
boleh dipertingkatkan melalui penggunaan kaedah yang diperkenalkan melalui kajian
tindakan ini kerana ia boleh diaplikasikan untuk dua sub topik secara serentak.

1

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

2.0 Refleksi P&P Lalu
Pertama sekali kami ingin meluahkan rasa kesal dan kecewa dan sangat tidak berpuas
hati terhadap diri sendiri kerana prestasi serta pencapaian pelajar berkaitan topik
Geometrical Optics adalah masih kurang memberangsangkan dan tidak seperti yang
diharapkan. Pencapaian pelajar kelas J1P16 semester satu satu kurang
memberangsangkan. Keputusan ini akan memberikan impak yang lebih teruk sekiranya
tiada peningkatan pencapaian di semester kedua kerana keputusan peperiksaan akhir
adalah berdasarkan sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK). Keputusan peperiksaan
akhir ini akan menentukan hala tuju pelajar itu sendiri samada mereka bakal mendapat
tempat dalam jurusan pengajian mengikut keutamaan pilihan di pusat pengajian tinggi
atau pun tidak. Kami sebagai pensyarah sudah semestinya ingin melihat pelajar-pelajar
kami berjaya dalam bidang pengajian masing-masing yang menjadi cita-cita mereka sejak
dari awal lagi. Justeru itu, kami tidak sanggup melihat pelajar-pelajar kami gagal
disebabkan oleh kelemahan kami dari segi kaedah PdP yang kurang berkesan sehingga
menyebabkan pelajar kami gagal dalam peperiksaan. Dengan itu, sesuatu harus dilakukan
bagi memastikan perkara ini tidak berlaku.

Semasa ingin memulakan pengajaran topik Geometrical Optics kami
mengemukakan soalan secara lisan kepada pelajar kumpulan tutoran J1P16 berkaitan ciri
imej yang dihasilkan akibat fenomena pantulan ke atas cermin satah. Sejumlah 15 orang
pelajar gagal menjawab soalan yang ditanya kerana kebanyakan jawapan yang diberikan
tidak menggunakan istilah yang sesuai menepati pembentukan ciri imej tersebut. Terdapat
seorang pelajar memberikan jawapan yang hampir betul namun penggunaan istilah
pembentukan ciri imej yang diberikan adalah kurang tepat. Sedikit perasaan risau dan
kecewa bermain di fikiran kerana berdasarkan soalan yang ditanyakan adalah aras soalan
yang mudah dan pelajar sepatutnya tahu jawapan yang sebenar kerana hampir setiap hari
pelajar mengalami fenomena ini dalam kehidupan seharian.

Berdasarkan jawapan yang diberikan, kami yakin pelajar menghadapi masalah
untuk membezakan ciri imej terbentuk akibat daripada fenomena pantulan dan pembiasan.
Pelajar juga kurang memberikan perhatian terhadap ciri imej yang terbentuk menerusi
fenomena pantulan dan pembiasan yang berlaku dalam kehidupan seharian. Bagi
menguasai topik ini, pelajar perlu mengenal pasti ciri imej yang terbentuk akibat pantulan
cermin cekung dan cembung serta ciri imej yang terbentuk akibat pembiasan kanta
cekung dan kanta cembung. Kekeliruan pelajar untuk menyatakan ciri imej yang betul
kerana terdapat sedikit perbezaan ciri imej sahaja bagi setiap kes yang dinyatakan.
Kesilapan penyenaraian ciri imej yang terbentuk akan menjejaskan lakaran gambar rajah
sinar dan jawapan untuk soalan yang melibatkan pengiraan.

Menerusi pemerhatian yang dijalankan, kami merasakan tanpa membuat sesuatu
tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedia ada pelajar pasti akan
menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan dalam Peperiksaan Semester Program
Matrikulasi (PSPM) yang akan datang. Jika hal ini berlaku, kami rasa amat bersalah
kerana tidak dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan. Berdasarkan situasi yang
berlaku kami bersepakat untuk melaksanakan satu kajian tindakan untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran topik Geometrical Optics dalam kalangan pelajar.
Penggunaan teknik Ic-Table akan memudahkan proses penyampaian tajuk ini kepada

2

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

pelajar kerana pelajar akan mudah untuk menentukan ciri imej terbentuk dan dalam masa
yang sama pelajar dapat melakar gambar rajah sinar berdasarkan ciri-ciri imej yang telah
di kenal pasti. Proses pembelajaran yang berlaku juga akan lebih menyeronokan dan
bermakna.

3.0 Fokus Kajian / Isu Keprihatinan
Merujuk kepada Spesifikasi Kurikulum Fizik Kejuruteraan topik Geometrical Optics
merupakan di antara tajuk yang menyumbangkan paling banyak markah di dalam
peperiksaan akhir semester program matrikulasi (PSPM). Merujuk kepada spesifikasi
kurikulum fizik semester dua tajuk ini memberi sumbangan dua markah untuk
peperiksaan kertas satu dan 13 markah untuk peperiksaan kertas dua. Jumlah pemarkahan
ini merupakan antara yang tertinggi berbanding soalan daripada tajuk yang lain.
Pemahaman yang baik di dalam tajuk ini boleh membantu pelajar meningkatkan
pencapaian masing-masing di dalam peperiksaan yang akan dihadapi. Kegagalan untuk
pelajar menentukan pembentukan ciri imej yang tepat boleh menjejaskan pemarkahan
pelajar di dalam menjawab soalan yang berkaitan penggunaan rumus. Dalam menjawab
soalan ini tata tanda positif dan negatif di dalam pencirian imej adalah perlu
dipertimbangkan semasa pengiraan.

Di atas keperihatinan ini kajian yang dijalankan lebih berfokus kepada
peningkatan kemahiran pelajar di dalam melakar gambar rajah sinar. Untuk membuat
lakaran yang betul pelajar seharusnya tahu ciri imej yang sepatutnya terbentuk terlebih
dahulu berdasarkan kedudukan objek. Penggunaan Image Characteristic-TableI
(IC-Table) dapat membantu pelajar untuk menentukan ciri imej yang terbentuk hasil
fenomena pantulan cermin cekung dan cembung serta ciri imej yang terbentuk akibat
pembiasan kanta nipis jenis cekung dan cembung secara sekaligus. Penggunaan IC-Table
dijadikan sebagai platform untuk kajian tindakan ini. Sebagai nilai tambah IC-Table telah
dihasilkan dalam bentuk model dan dijadikan kit inovasi pembelajaran.

4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif Umum
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menigkatkan kemahiran Geometrical Optics
menggunakan kaedah IC-Table

4.2 Objektif Khusus
4.2.1 Mengenal pasti tahap pencapaian pelajar J1P16 di dalam topik Geometrical
Optics
4.2.2 Menentukan tahap kefahaman kumpulan pelajar yang diberi rawatan
menggunakan kaedah IC-Table
4.2.3 Mengenal pasti penguasaan pelajar di dalam topik Geometrical Optics
menggunakan Aplikasi Plickers.

3

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

5.0 Kumpulan Sasaran
Kajian tindakan ini melibatkan seramai 5 orang pelajar dari kelas praktikum J1P16.
Mereka adalah terdiri daripada 2 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan
terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan Siam. Kumpulan sasaran kajian ini di peringkat
awalnya adalah terdiri daripada keseluruhan pelajar kelas J1P16 iaitu seramai 16 orang
pelajar sebagai kumpulan pra ujian. Walau bagaimanapun hanya 5 orang pelajar sahaja
dipilih untuk diberikan rawatan bagi melihat keberkesanan penggunaan IC-Table.

6.0 Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
Jadual 1 adalah menunjukkan perancangan dan perlaksanaan tindakan bermula dari
Langkah 1 hingga 5 yang merujuk kepada proses pengumpulan data awal sehinggalah
kepada proses pengujian dalam bentuk ujian penilaian dan pentaksiran dalam kajian
tindakan ini.

Jadual 1: Perancangan dan perlaksanaan tindakan

Langkah Cara Penilaian Kumpulan Tujuan
dan Tarikh Sasaran
Langkah 1
23.1.2019 6.1 Pengumpulan Data Awal
Langkah 2
31.1.2019 Menyoal soalan 16 orang pelajar Mengenal pasti tahap kefahaman

Langkah 3 kepada pelajar tutorial J1P16 awal pelajar menggunakan
31.1.2019
secara lisan kaedah pertanyaan.
Langkah 4
31.1.2019 Ujian pra 16 orang pelajar Ujian dijalankan ke atas semua

Langkah 5 tutorial J1P16 pelajar menggunakan modul ciri
11.2.2019
imej untuk menilai sejauh mana

kefahaman pelajar setelah

melalui proses pembelajaran

berkaitan topik Geometrical

Optics

6.2 Tindakan/ Aktiviti PdP

Sesi rawatan 5 orang pelajar Memperkenalkan teknik

kumpulan penggunaan IC-Table kepada

tutorial J1P16 pelajar sasaran.

6.3 Pegumpulan Data Akhir

Ujian pasca 5 orang pelajar Ujian dijalankan ke atas 5 orang

tutorial J1P16 pelajar kumpulan sasaran untuk

menilai sejauh mana kefahaman

pelajar setelah melalui sesi

rawatan menggunakan kaedah

IC-Table.

Ujian penilaian 16 orang pelajar Ujian dijalankan ke atas semua

dan pentaksiran tutorial J1P16 pelajar kumpulan tutorial J1P16

untuk menilai pengukuhan

kefahaman pelajar secara umum

menggunakan aplikasi Plickers.

4

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

6.1 Pengumpulan Data Sebelum / Awal
Jadual 2 menunjukkan langkah-langkah pengumpulan data awal yang dijalankan melalui
kaedah pertanyaan (penyoalan) dan ujian pra kepada responden kajian yang terlibat.

Jadual 2: Langkah pengumpulan data awal

Langkah Cara Penilaian Kumpulan Tujuan
dan Tarikh Sasaran
Langkah 1 Menyoal soalan 16 orang pelajar Mengenal pasti tahap kefahaman
23.1.2019 kepada pelajar tutorial J1P16 awal pelajar menggunakan
secara lisan kaedah pertanyaan.
Langkah 2 Ujian pra 16 orang pelajar Ujian dijalankan ke atas semua
31.1.2019 tutorial J1P16 pelajar menggunakan modul ciri
imej untuk menilai sejauh mana
kefahaman pelajar setelah
melalui proses pembelajaran
berkaitan topik Geometrical
Optics

6.1.1 Tinjauan Masalah
Sebelum memulakan sesi pengajaran topik Geometrical Optics beberapa soalan
dikemukakan kepada pelajar. Di antara soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut.
1. Sebelum datang ke kelas anda memerhatikan wajah anda di cermin pada waktu

pagi. Apakah ciri-ciri imej yang anda perhatikan?
2. Apakah ciri imej yang diperhatikan oleh doktor gigi apabila menggunakan

bantuan cermin untuk merawat pesakit?
3. Apakah ciri imej yang dapat dilihat oleh pemandu kereta apabila melihat

kenderaan belakang menggunakan bantuan cermin sisi?
Soalan yang ditanyakan kepada pelajar adalah berkaitan fenomena yang berlaku dalam
kehidupan seharian. Berdasarkan jawapan awal yang diberikan pelajar ia adalah secara
umum dan tidak menepati istilah yang sesuai. Pelajar juga tidak tahu membezakan jenis
cermin yang digunakan dan tidak jelas mengenai ciri imej yang terbentuk. Melalui soalan
yang dikemukakan ini saya dapati pelajar tidak menguasai pengetahuan awal mengenai
topik Geometrical Optics yang dipelajari semasa peringkat sekolah menengah.

6.1.2 Analisis Tinjauan Masalah
Pelajar diberikan modul yang mengandungi 18 item. Modul ini menguji pelajar mengenai
lakaran ciri imej dan pengisian jadual ciri imej untuk cermin cembung dan cekung serta
kanta cembung dan cekung. Pelajar diberikan masa 40 minit untuk melengkapkan modul
ini. Ujian pra ini dijalankan ke atas keseluruhan pelajar kumpulan tutoran J1P16 untuk
melihat tahap kefahaman secara keseluruhan. Ujian pra dijalankan setelah pelajar melalui
proses PdP topik Geometrical Optics. Keputusan ujian pra ini adalah seperti ditunjukkan
dalam Jadual 3.

5

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Jadual 3: Markah ujian pra keseluruhan pelajar tutoran J1P16

No. Pelajar Markah Ujian Pra
19
2 16
3 12
41
5 11
6 16
71
8 13
9 15
10 6
11 14
12 2
13 15
14 3
15 4
16 3

6.2 Tindakan / Aktiviti P&P

Jadual 4: Langkah tindakan/ aktiviti PdP

Langkah Cara Kumpulan Tujuan
dan Tarikh Penilaian Sasaran
Langkah 3 Sesi rawatan Memperkenalkan teknik
31.1.2019 5 orang pelajar penggunaan IC-Table
kumpulan tutorial kepada pelajar sasaran.
J1P16

6

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Rajah 1: IC-Table
Bahan kajian yang digunakan sebagai kaedah rawatan kepada pelajar-pelajar yang
bermasalah Fizik dalam subtopik Geometrical Optics adalah dikenali sebagai IC-Table.
IC-Table merupakan suatu pendekatan pengajaran di mana ciri-ciri imej diterjemahkan
kepada simbol-simbol mudah mengunakan kaedah mnemonik dan seterusnya
diklasifikasikan kepada tiga kategori ciri imej yang utama. Kaedah ini adalah terpakai
hanya kepada permasalahan yang melibatkan kes cermin cekung dan kanta cembung
sahaja.

Dalam hal ini, IC-Table akan digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri imej yang
terbentuk di mana pelajar cuma perlu melukiskan dua garisan panjang melalui titik C dan
F yang berserenjang dengan paksi utama gambarajah sinar cahaya. Seterusnya, pelajar
akan melabelkan “SBIURV” secara berpasangan untuk membentuk tiga pasangan ciri
imej iaitu SB, IU dan RV pada bahagian kiri dan kanan garisan tersebut. Langkah terakhir
setelah pelajar mengetahui di mana kedudukan sebenar objek pada cermin dan kanta
adalah pelajar cuma perlu memilih salah satu simbol huruf daripada tiga pasangan ciri
imej yang ada yang mewakili ciri imej yang terbentuk. Simbol huruf atau ciri imej yang
akan dipilih adalah berdasarkan simbol huruf yang terdekat dengan kedudukan objek
tersebut. Dengan cara ini maka lengkaplah senarai tiga ciri imej untuk sesuatu kedudukan
objek di hadapan suatu cermin cekung dan kanta cembung.

Inovasi PdP IC-Table ini telah diaplikasikan sebagai suatu teknik pengajaran
alternatif kepada pensyarah Fizik di kolej matrikulasi mahupun guru Fizik dan Sains di
sekolah di mana pengkaji telah memperkenalkan suatu alat bantu mengajar (ABM) yang
baru dalam bentuk persembahan Microsoft Power Point yang interaktif. Pelajar diajar
bagaimana menggunakan kaedah mnemonik dalam membantu pelajar mengingat,
mengenal pasti dan menentukan dengan betul ciri-ciri imej yang terbentuk oleh objek
pada mana-mana kedudukan objek pada suatu cermin cekung dan kanta cembung dalam
masa yang amat singkat.

7

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Dalam hal ini, pelajar terlebih dahulu akan diberikan pengetahuan dan
pemahaman tentang tiga peraturan wajib yang harus diketahui pelajar apabila melukis
gambar rajah sinar cahaya bagi suatu cermin cekung dan kanta cembung masing-masing.
7.0 Pemerhatian (Pengumpulan Data Selepas / Data Akhir & Analisis Data)
7.1 Tahap pencapaian pelajar J1P16 di dalam topik Geometrical Optics
Menerusi perlaksanaan ujian pra yang dijalankan ke atas 16 orang pelajar didapati 11
orang pelajar mencapai tahap kefahaman yang baik manakala 5 orang pelajar sahaja
tahap kefahaman di dalam topik Geometrical Optics adalah di tahap yang lemah.

Graf 1 : Markah ujian pra keseluruhan pelajar tutoran J1P16
Berdasarkn Graf 1 pelajar yng mendapat markah lima dan kebawah diplih untuk
dijadikan sampel kajian. Mengikut standard pemarkahan markah yang diperolehi pelajar
yang dipilih sebagai sampel adalah di bawah 30% dan ianya berstatus gagal. Proses
rawatan menggunakan kaedah IC-Table dijalankan ke atas kumpulan pelajar ini.
7.2 Tahap kefahaman kumpulan pelajar yang diberi rawatan menggunakan kaedah
IC-Table
Tahap kefahaman pelajar yang dirawat ditentukan melalui ujian pasca menggunakan
modul yang sama dan dilaksanakan selepas pendedahan IC-Table kepada pelajar. Jadual 5
menunujukkan perbandingan markah kumpulan pelajar yang melalui sesi rawatan
menggunakan kaedah IC-Table. Perbezaan markah ujian pra dan pasca yang diperoleh
kumpulan pelajar yang dirawat menunjukkan perbezaan yang amat ketara.
Peningkatan tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepas sesi rawatan
menunjukkan kaedah IC-Table lebih memudahkan pelajar untuk mengenal pasti ciri-ciri
imej terbentuk terhadap pantulan cermin sfera dan pembiasan kanta nipis cembung dan
cekung. Graf 2 menunjukkan perbandingan peningkatan kefahaman pelajar secara grafik.

8

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Jadual 5 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca bagi 5 orang pelajar

tutoran J1P16

No. Markah Ujian Pra Markah Ujian Beza
Pelajar Pasca Markah

41 12 +11

71 11 +10

12 2 17 +15

14 3 18 +15

16 3 15 +12

Graf 2 Perbandingan markah ujian pra dan pasca serta beza markah
bagi 5 orang pelajar tutoran J1P16 yang melalui sesi rawatan.

7.3 Penguasaan pelajar di dalam topik Geometrical Optics menggunakan Aplikasi
Plickers.

Dalam memberikan nilai tambah kajian yang dijalankan terhadap penilaian dan
pentaksiran, sekali lagi keseluruhan pelajar kumpulan kelas tutoran JP16 dinilai bagi
menentukan tahap kefahaman pelajar dalam topik Geometrical Optics. Rajah 5
menunjukkan markah pelajar menjawab salah satu soalan yang dinilai menggunakan
Plickers Application. Soalan berbentuk objektif dibina berdasarkan Jadual Penentu Ujian
(JPU) dan dimasukkan ke dalam aplkasi ini. Kad Plickers dicetak untuk digunakan
pelajar bagi menjawab soalan. Kesemua jawapan keseluruhan pelajar yang ditunjukkan
menerusi posisi kad diimbas menggunakan telefon pintar dan berbantukan komputer
paparan markah pelajar akan dipaparkan pada skrin. Rajah 6 menunjukkan salah satu
contoh kad imbas Plickers yang digunakan pelajar untuk menjawab soalan objektif.

9

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Rajah 5 Paparan analisis markah Rajah 6 Kad imbas Plickers
Plickers App

Merujuk kepada keputusan markah keseluruhan pelajar yang dipaparkan menerusi
analisis markah Plickers App didapati 75% pelajar (12 orang) menjawab semua soalan
berkaitan topik Geometrical Optics dengan betul. Analisis pecahan markah dan bilangan
pelajar secara keseluruhan ditunjukkan Graf 3 menunjukkan majoriti pelajar menguasai
topik berkaitan Geometrical Optics. Namun demikian masih terdapat segelintir pelajar
berada di aras penguasaan yang sederhana dan ianya perlu diberi untuk proses
pengukuhan seterusnya. Seorang pelajar tidak dapat menjawab kesemua soalan dengan
betul kerana berlaku kesilapan teknikal keatas penggunaan kad imbas.

Graf 3 Analisis markah keseluruhan pelajar menggunakan Plickers App

10

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

8.0 Refleksi dan Kesimpulan
Pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung untuk tajuk Geometrical Optics sebelum dan
selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar kurang memberi respons kepada soalan
yang diajukan. Sebagaimana kebiasaannya, pelajar perempuan didapati lebih menonjol
dan lebih bersedia dan menunjukkan kesungguhan berbanding pelajar lelaki yang kurang
mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P yang dijalankan.
8.1 Kekuatan dan Kelemahan Kajian/ Inovasi
Teknik IC-Table diyakini mempunyai nilai komersial dan berpotensi besar untuk
dipasarkan serta disebarluaskan kerana ianya boleh digunapakai sebagai alat bantu
mengajar (ABM) tambahan yang baru bagi pelajar dan guru/ pensyarah di peringkat
sekolah mahupun program matrikulasi. Teknik ini dilihat sebagai suatu pendekatan baru
yang memudahkan pelajar belajar selain mampu menyingkatkan masa pembelajaran
pelajar untuk topik yang berkenaan. Melalui penggunaan teknik IC Table pelajar mampu
menyatakan 3 ciri imej yang terbentuk dalam masa yang singkat iaitu kurang dari 1 minit
untuk setiap kedudukan objek dalam soalan. Di samping itu, melalui penggunaan teknik
IC Table ini juga pelajar akan lebih mudah dan cepat melakarkan gambar rajah sinar
cahaya dengan betul bagi cermin dan kanta.

Walau bagaimanapun teknik ini tidak akan berkesan sekiranya pelajar langsung
tidak mempelajari dan memahami tentang 3 peraturan melukis gambar rajah sinar selain
mengenali simbol-simbol utama pada suatu gambar rajah sinar.

11

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Rujukan
Aminudin Ab. Rahman. (2014). Kesan Interaksi Media Pengajaran, Kaedah Belajar dan

Tahap Pencapaian Pelajar Terhadap Tahap Kefahaman Konsep Gerakan Melalui
Tugasan POE. Tesis PhD, Universiti Utara Malaysia (tidak diterbitkan)
Ghazali Darusalam, & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam
Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian (Ketiga). Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:
Spesifikasi kurikulum fizik. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Yahya, N., & Lee, K.H. (2010). Kajian Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar 4SPP Dan 4SPF Dalam Subjek Fizik Di Universiti Teknologi
Malaysia .UTM (tidak diterbitkan)
Zurida, I., Mohd Ali, S., & Ahmad Nurulazam, M. Z. (2005). Kesan Pengajaran
Kontekstual Ke Atas Pencapaian Pelajar Dalam Fizik. Jurnal Pendidik Dan
Pendidikan, 20(1995), 43–52.

12

PENTAKSIRAN TERHADAP UJIAN EKSPERIMEN FIZIK TAHAP
PENINGKATAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DAN PENULISAN
LAPORAN AMALI BAGI PELAJAR SISTEM DUA SEMESTER SESI

2018/2019.

Zainah Bt Hamid

Unit Fizik

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

ABSTRAK:

Tujuan kajian tindakan telah dijalankan bagi memastikan keberkesanan ujian eksperimen
Fizik dalam meningkatan kemahiran manipulatif mengunakan alat radas dengan betul
dan teliti dan penulisan laporan amali. Ujian Eksperimen Fizik ini, telah diperkenalkan
pada sesi 2018/2019 bagi memenuhi audit MQA. Pelajar-pelajar perlu mencapai dua
domain hasil pembelajaran iaitu kemahiran psikomotor/amali/teknik dan pemikiran kritikal
dan pendekatan saintifik. Pelajar perlu mencapai hasil pembelajaran kursus dan hasil
pembelajaran program (CLO dan PLO). Pentaksiran perlu dilakukan untuk menilai tahap
kemahiran manipulatif pelajar dalam mengendalikan alat radas semasa menjalankan
eksperimen Fizik dengan baik dan dapat menyediakan laporan amali yang lengkap dan
betul. Pelajar perlu melukis dan plot graf dengan betul dan tepat bagi mendapatkan nilai
kecerunan daripada graf. Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini adalah terdiri
daripada 3 kumpulan praktikum dan 35 orang pelajar telah dipilih secara rawak. 3
Praktikum daripada modul I Sistem Dua Semester H3T1, H3T2 dan H3T3 sesi 2018/2019
berjumlah daripada 59 orang pelajar.Pentaksiran dijalankan berdasarkan markah yang
diperolehi pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut.Hasil dapatan kajian, didapati markah
yang diperolehi oleh 35 orang pelajar bagi Ujian Eksperimen adalah 100%.Bagi Ujian
Penulisan laporan amali, seramai 33 orang pelajar mendapat markah 95 hingga 100 iaitu
94.28% dan 2 orang pelajar mendapat markah 90 hingga 95 iaitu 5.71%. Perbandingan
markah pelajar sesi 2018/2019 dengan pelajar sesi 2017/2018 adalah signifikan, iaitu
terdapat peningkatan yang agak ketara dari segi julat markah yang diperolehi.Bagi pelajar
sesi 2017/2018, julat markah bagi penulisan laporan amali adalah 90 hingga 95 iaitu
57.14% dan julat markah 95 hingga 100 hanya 42.85%.Ujian eksperimen bagi pelajar
sesi 2017/2018 tidak dijalankan dan markah hanya diambil melalui penulisan laporan
amali .Kajian ini dikukuhkan lagi dengan memberikan soal-selidik kepada 35 orang
pelajar bagi mendapatkan pandangan pelajar mengenai Ujian Eksperimen dan penulisan
Laporan amali yang mereka lalui.

1

Kata Kunci :Pentaksiran,Eksperimen Fizik, Kemahiran manipulatif,Penulisan laporan
amali

1.0 PENDAHULUAN

Penilaian bukan sahaja menentukan potensi dan pencapaian individu malah ia juga
menentukan kualiti sesebuah institusi (Broadfoot, 1996). Sistem pendidikan yang
mempunyai penilaian dianggap sebagai system yang mempunyai akauntabiliti yang
tinggi dan menyakinkan pelanggannya. Oleh itu, system pendidikan negara telah
menjadikan penilaian sebahagian daripada sistem pendidikan untuk memastikan kualiti
pendidikan terpelihara.

Penilaian berterusan adalah penilaian yang bersifat formatif iaitu mengutamakan
kemajuan setiap pelajar dari satu peringkat ke satu peringkat dengan memberi peluang
kepada pensyarah mengenal pasti kelemahan dan kekuatan serta potensi pelajar (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001:3)

Huraian sukatan pelajaran mata pelajaran Fizik yang berteraskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah mengalami pelbagai inovasi yang merupakan usaha
berterusan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membentuk
dan menyediakan system pendidikan yang dapat menggilap potensi setiap individu.

Pendidikan Berasaskan Hasil Pembelajaran (OBE) memberi fokus bukan sahaja kepada
keputusan peperiksaan akhir pelajar dalam domain kognitif, tetapi juga terhadap hasil
pembelajaran lain iaitu domain psikomotor dan afektif sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung (MQA, 2008). Kajian tindakan ini mengkhususkan kepada
pencapaian hasil pembelajaran kursus 2 dan 3 (CLO 2 dan CLO 3). CLO 2: Demonstrate
manipulative skills during experiments in laboratory. (P3, PLO2, MQF LOD 2) dan CLO
3: Sketching graph analyzing and understanding. Able to write and produce a good a
scientific report. Bagi PLO2: Demonstrate manipulative skills in laboratory work. (CLO 4,
PLO4, CTPS 2,MQF LOD 6).dan PLO 4:Apply logical, analytical and critical thinking in
scientific studies and problem solving.

CLO 2 dan PLO 2 adalah khusus kepada pencapaian hasil pembelajaran ujian
eksperimen yang membawa markah 15 daripada keseluruhan 30 markah untuk penilaian
berterusan. CLO 4 dan PLO 4 pula adalah khusus kepada pencapaian hasil
pembelajaran penulisan laporan amali yang membawa markah 15 daripada 30 markah
keseluruhan untuk penilaian berterusan.

Kedua-dua hasil pembelajaran kursus ini perlu dicapai oleh pelajar bagi memenuhi
audit MQA. Maka daripada rentetan ini maka kajian telah dijalankan bagi melihat
keberkesanan kedua-dua ujian ini ke atas peningkatan tahap kemahiran manipulatif
pelajar.

Pentaksiran adalah proses mendapatkan maklumat untuk mengetahui
perkembangan dan pencapaian pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah dan
pendekatan. Melalui maklumat pentaksiran guru boleh menilai keberkesana PdP,

2

menambah baik PdP dan merancang aktiviti tindakan susulan (BPK KPM, 2014).
Pelaksanaan pentaksiran yang dijalankan oleh kami adalah pentaksiran tentang
pembelajaran. Ini berlaku apabila pensyarah menggunakan bukti pembelajaran pelajar
untuk kegunaan pencapaian standard pelajar. Pentaksiran ini dibuat sebagai memenuhi
pensijilan audit MQA yang bakal dijalankan pada tahun depan.

Model Kajian tindakan yang dijalankan adalah Model Kemmis dan McTaggart
(1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan,
mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model
Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan
memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance)
terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sebelum Sesi Pengajian 2018/2019 tidak dijalankan Ujian Eksperimen Fizik terhadap
pelajar Sistem Dua Semester. Ini menyukarkan pensyarah untuk menguji tahap
kemahiran manipulatif pelajar Sistem Dua Semester kerana pelajar tidak menjalankan
eksperimen secara individu tetapi secara berkumpulan.

Pensyarah tidak dapat menilai keupayaan setiap pelajar dalam menjalankan
eksperimen. Kebanyakkan pelajar hanya akan bergantung kepada ahli kumpulan yang
lain untuk menjalankan eksperimen dan mereka hanya menjadi pemerhati. Selain
daripada itu, laporan amali akan hanya dihantar oleh pelajar selepas seminggu
menjalankan eksperimen. Pelajar cenderung untuk meniru dalam menyiapkan laporan
amali dan ini akan menyukarkan pensyarah dalam menilai penulisan laporan amali
pelajar. Pelajar kena menyiapkan Sembilan penulisan laporan amali yang lengkap.
Markah Penulisan Laporan Amali berdasarkan skema ditetapkan dan markah
keseluruhan penulisan Laporan Amali dikira purata daripada Sembilan penulisan
Laporan Amali.Bagi menilai kemahiran pelajar melukis dan plot graf hanya diuji dalam
peperiksaan Semester Program Matrikulasi dengan diberi data.

3.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian pentaksiran terhadap ujian Eksperimen Fizik tahap peningkatan kemahiran
manupulatif dan penulisan laporan amali berdasarkan rubrik yang telah diberikan kepada
pelajar Sistem Dua Semester sesi 2018/2019 bagi penilaian berterusan merupakan
menilaian bersifat formatif yang efektif.Pelajar diberi latihan dan bimbingan sebelum Ujian
Eksperimen Fizik dijalankan seawal minggu kedua pengajian Sistem Dua Semester
semester satu sesi 2018/2019.

3

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Umum

Mentaksir keberkesanan Ujian Eksperimen Fizik tahap peningkatan kemahiran
manipulatif dan Penulisan Laporan Amali bagi pelajar Sistem Dua Semester 2 sesi
2018/2019 mengikut rubrik yang telah ditetapkan.

4.2 Objektif Khusus:

1) Menilai kebolehan pelajar dalam mengendalikan alat radas semasa Ujian
Eksperimen dijalankan.

2) Menilai kebolehan pelajar menyiapkan penulisan laporan amali dalam masa yang
ditetapkan.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini adalah terdiri daripada 3 kumpulan praktikum
35 orang pelajar telah dipilih secara rawak. 3 Praktikum daripada modul I Sistem Dua
Semester H3T1, H3T2 dan H3T3 sesi 2018/2019 daripada 59 orang pelajar.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian dimulakan dengan intervensi iaitu dengan memberi pelajar penerangan tentang
Ujian eksperimen yang akan dijalankan. Pelajar diminta untuk menjalankan eksperimen
di dalam makmal dengan menggunakan alat radas dengan betul dan teliti mengikut
langkah-langkah yang ditetapkan dalam eksperimen tersebut dibantu oleh pensyarah.
Rubrik serta Jadual Spesifikasi bagi ujian eksperimen dan penulisan amali diberikan
kepada pelajar. Rujuk lampiran(Rubrik). Pensyarah memberikan format dan tatacara
serta penerangan kepada pelajar tentang penulisan laporan amali kepada pelajar.

Pelajar diberi panduan Eksperimen yang akan dijalankan. Pelajar diberi masa selama 2
jam semasa Ujian Eksperimen dan menyiapkan penulisan Laporan Amali.Pelajar tidak
dibenarkan membawa sebarang nota dan catatan hanya dibenarkan bawa alat tulis
sahaja. Pelajar akan dipantau mengikut akta peperiksaan. Pelajar tidak dibenarkan
berbincang dan bising semasa Ujian Eksperimen. Semasa Ujian Eksperimen dan
penulisan Laporan Amali pelajar diberi masa selama 2 jam yang telah ditetapkan. Pelajar
diberi kertas graf dan helaian kertas untuk menyiapkan laporan amali.

Penilaian Ujian Eksperimen Fizik dilaksanakan berpandukan empat tahap pelajar
iaitu paling cemerlang, cemerlang, sederhana, baik dan lemah. Rujuk lampiran rubrik
yang telah ditetapkan skor 5 untuk paling cemerlang, skor 4 untuk cemerlang, skor 3
untuk sederhana, skor 2 untuk baik dan skor 1 untuk lemah.

Ujian Eksperimen dijalankan pada minggu ke 14. Semasa Ujian dijalankan, pelajar
diberi masa selama 1 jam untuk menjalankan eksperimen. Selepas itu pelajar perlu
menyiapkan laporan amali dalam masa 1 jam. Bagi Ujian eksperimen Fizik pelajar perlu

4

berkeupayaan untuk mengendalikan alat radas dengan betul dan teliti supaya dapat
bacaan yang tepat. Kemahiran manipulatif ini sangat penting bagi pelajar untuk mendapat
menganalisis data dapatan daripada hasil eksperimen yang telah dilakukan dalam masa
yang diperuntukkan. Hasil analisis dapatan hasil eksperimen untuk pelajar plot graf dan
mencari hasil kecerunan daripada graf yang betul dan tepat.
Carta alir berikut (Rajah 1) menunjukkan prosedur pelaksanaan kajian tindakan ini
terhadap kumpulan sasaran.

Sebelum Ujian Eksperimen
 Memberi pelajar penerangan tentang Ujian eksperimen yang akan dijalankan
 Rubrik ujian eksperimen diberikan kepada pelajar
 Rubrik penulisan laporan amali diberikan kepada pelajar

Semasa Ujian Eksperimen
 Pemerhatian dijalankan oleh pensyarah ketika pelajar menjalankan eksperimen
 Memantau pelajar menyiapkan laporan amali.

Selepas Ujian
 Laporan amali pelajar disemak oleh pensyarah dan diberi markah berdasarkan

rubrik yang telah ditetapkan.
 Markah Ujian Eksperimen dan Laporan amali diberikan kepada pelajar. Pelajar

boleh menilai kembali kesalahan yang menyebabkan kehilangan markah dalam
Ujian Eksperimen dan penulisan Laporan Amali mereka.

Analisa Data
Dan

Soal Selidik (Untuk mengukuhkan keberkesanan)

5

Model Kajian Tindakan yang dipilih adalah Model kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart
(1988)

Rajah 1 : Prosedur Kajian

Kenal pasti masalah

#Ketiadaan Ujian Eksperimen pada
sesi 2017/2018 menyukarkan
pensyarah untuk menguji tahap
kemahiran manipulatif pelajar.

Refleksi dan Penilaian Gelung Pertama Intervensi
Cadangan -cadangan penambahbaikan
#Pensyarah memberikan penerangan
kepada pelajar dengan jelas mengenai

ujian Eksperimen dan Penulisan
laporan amali .

Pengumpulan Data melalui Perlaksanaan Ujian
markah yang diperolehi pelajar Esperimen Dan Penulisan

bagi kedua-dua ujian Laporan Amali

Analisis Data Perlaksanaan Soal selidik

6

7.0 DAPATAN KAJIAN

Jadual dibawah menunjukkan perbandingan Ujian Eksperimen sesi 2017/2018 dengan
Ujian Eksperimen sesi 2018/2019.

Sesi pengajian Perkara Maklumat
2017/2018 Tiada Ujian Ekperimen Tiada markah.
2018/2019 Markah diberi berdasarkan rubrik:
Ujian eksperimen
Selama 1 jam. 1. Set-up and equipment care
2. Following procedure
3. Data collection
4. Safety- general
5. Safety- apparatus usage
6. Clean –up

Markah setiap rubrik mengikut tahap

Score 5/4/3/2/1 diberikan berdasarkan
tahap kemahiran manipulatif yang diuji
semasa Ujian Eksperimen dijalankan.

Pengiraan markah = jumlah markahx 15%
30

Jadual dibawah menunjukkan markah perbandingan penulisan Laporan Amali sesi
2017/2018 dengan Penulisan Laporan Amali sesi 2018/2019.

Sesi Pengaji Perkara Maklumat
2017/2018 9 eksperimen 1. Pelajar menjalankan eksperimen secara
berkumpulan.
dijalankan.

2. Pelajar menghantar laporan amali setelah
seminggu selepas eksperimen dijalankan.

3.Sembilan laporan amali akan dinilai,
markah diberi berdasarkan skema jawapan.

2018/2019 Menyiapkan laporan Markah diberi berdasarkan rubrik:
amali selepas Ujian
Eksperimen dengan 1. Report format
lengkap dan betul 2. Data tabulation
dalam 1 jam. 3. Data Analysis
4. Discussion
5. Conclusion.

7

Setiap item ada markah berbeza jumlahnya.
(Rujuk lampiran rubrik)

Pengiraan markah = jumlah markahx 15%
30

Hasil daripada Ujian Eksperimen Fizik pelajar Sistem Dua Semester sesi 2018/2019 ,
pelajar telah memperolehi markah yang tinggi berdasarkan rubrik yang tetal ditetapkan
dengan pencapaian hasil pembelajaran (CLO 2 dan PLO 2).

Bil. Pelajar Markah Ujian Pencapaian CLO2 dan PLO2(%)
35 Eksperimen(%) 100%

100%

Hasil daripada Penulisan laporan amali pelajar Sistem Dua Semester sesi 2018/2019
telah memperolehi markah yang tinggi berbanding pelajar sesi 2017/2018.

Sesi pengajian % Pelajar Julat Markah Maklumat
2017/2018 57.14 90-95 Markah diambil purata daripada
42.86 95-100
9 laporan amali.

Sesi pengajian % Pelajar Julat Markah Maklumat
2018/2019 5.71 90-95 Markah hanya dikira
94.29 95-100 berdasarkan laporan amali
daripada Ujian Eksperimen
mengikut rubrik yang telah

ditetapkan.

8

Jadual Perbandingan Markah Penulisan Laporan Amali dengan pencapaian hasil
pembelajaran (CLO4 dan PLO4)

Bil. Pelajar Markah Penulisan Laporan Pencapaian CLO 4 dan PLO 4(%)
Amali (%)
1 90 100%
6 93.3 100%
9 96.7 100%
19 100 100%

Jadual Perbandingan markah Penulisan
Laporan Amali dan hasil Pembelajaran

3% 1
17% 2
3
54% 4
26%

9

Hasil daripada respon soal selidik pelajar untuk mengukuhkan keberkesanan
pentaksiran dan penilaian Ujian Eksperimen Fizik dan penulisan Laporan Amali mengikut
rubrik yang telah ditetapkan dibahagikan mengikut tema atau objektif khusus

Bil TEMA RESPONPELAJAR(%)

1. Mengendalikan alat radas eksperimen dengan betul 74.30

dan teratur.

2. Menganalisis data hasil daripada eksperimen. 14.30

3. Melukis dan plot graf dengan betul. 14.30

4. Menyiapkan laporan amali dengan betul dalam masa 25.70

yang diperuntukan.

5. Hasil daripada eksperimen member kesan terhadap 37.14

pembelajaran dan pengajaran dalam subjek Fizik.

RESPONPELAJAR(%)

80 74.3
70

60

50
40 37.14

30 25.7
20 14.3 14.3
10

0

Mengendalikan Menganalisis data Melukis dan plot Menyiapkan Hasil daripada

alat radas hasil daripada graf dengan betul. laporan amali eksperimen

eksperimen eksperimen. dengan betul member kesan

dengan betul dan dalam masa yang terhadap

teratur. diperuntukan. pembelajaran dan

pengajaran dalam

subjek Fizik.

12345

10

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN KAJIAN

Hasil pencapaian markah yang diperolehi daripada penulisan laporan amali pelajar sesi
20118/2019 adalah sangat memuaskan, jika dibandingkan daripada pelajar sesi
2017/2018. Terdapat peningkatan yang amat ketara daripda bilangan pelajar mendapat
julat markah 95 hingga 100 telah meningkat 51.43% pada sesi 2018/2019. Ini juga dapat
dikukuhkan dengan pernyataan pelajar dari soal selidik yang diberikan selepas menjalani
Ujian Eksperimen iaitu 25.70% dapat menyiapkan penulisan Laporan Amali dengan betul
dalam masa yang diperuntukkan.

Daripada pemerhatian yang dibuat oleh pensyarah ketika menjalankan Ujian EKsperimen
Fizik didapati pelajar lebih bersedia dan memberi fokus kepada eksperimen yang mereka
jalani.Tahap keyakinan pelajar juga meningkat semasa mereka menjalani Ujian
Eksperimen tersebut.Ini dibuktikan dengan respon 74.30% pelajar menyatakan dapat
mengendalikan alat radas eksperimen dengan betul dan teratur.Ini membuktikan
penulisan Laporan Amali benar-benar dapat mengukur keupayaan pelajar serta dapat
meningkatkan tahap kemahiran manipulatif pelajar.Dengan perlaksanaan Ujian
Eksperimen dan penulisan Laporan Amali ini dapat membuat pelajar lebih bersedia dan
bermotivasi untuk menguasai kemahiran tersebut.

Secara keseluruhannya, perlaksanaan pentaksiran telah dijalankan dapat membuktikan
bahawa keberkesanan Ujian Eksperimen Fizik dapat meningkat tahap kemahiran
manipulatif pelajar dan seterusnya mencapai hasil pembelajaran (CLO 2 dan CLO 4).
Ujian ini mampu meningkatkan juga tahap kebersediaan pelajar dan seterusnya dapat
juga memotivasikan pelajar. Ini dapat memenuhi kehendak audit MQA yang bakal
dijalankan tahun depan.

Namun begitu kajian ini masih terdapat kelemahan dari segi soalan yang dikemukakan
dalam soal selidik terlalu terbuka dan agak sukar untuk dibuat analisis. Kekangan bagi
menjalankan kajian ini adalah kekurangan respon kerana pelajar yang diuji hanyalah
pelajar kelas pengkaji. Kajian ini hanyalah tertumpu kepada pelajar kelas pengkaji dan
segala keputusan dapatan kajian hanya untuk pelajar didalam kelas pengkaji dan sebagai
rujukan kepada pensyarah kelas terbabit dan ini tidak dapat digeneralisasikan kepada
kelas yang lain.

Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan kemahiran manipulatif pelajar semasa
mengendalikan Eksperimen Fizik dalam Ujian Amali apabila pentaksiran dilaksanakan.
Namun dapatan ini tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan pelajar matrikulasi
memandangkan kajian ini dijalankan terhadap tiga kelas praktikum sahaja.Lantaran itu,
kajian-kajian lanjutan dicadangkan untuk melihat keberkesanan pentakasiran dan
penilaian berterusan yang bersifat formatif terhadap pembelajaran pelajar dengan
melibatkan lebih ramai sampel kajian serta menjuruskan kepada aspek selain dari
kemahiran manipulatif seperti aras kognitif, motivasi dan sikap pelajar.

Rubrik yang disediakan oleh jawatankuasa Ujian Eksperimen Fizik Kolej Matrikulasi
Pulau Pinang boleh ditambahbaik dengan memfokuskan lebih banyak elemen kemahiran
manipulatif dan mengurangkan elemen sikap pelajar(attidute) .

11

Selain itu penyelidik boleh menyediakan borang soal selidik berdasarkan tema yang lebih
khusus dan terarah supaya pelajar lebih fokus dan faham untuk memberi pendapat
berkenaan pelaksanaan Ujian Eksperimen Fizik disamping menjalankan kajian
keberkesanan tugas yang diberikan kepada pelajar dapat meningkatkan kefahaman
pelajar dalam subjek Fizik.
Penambahbaikan terhadap arahan dalam kertas soalan dalam laporan amali boleh
dilakukan dengan meminta pelajar membuat peta minda terhadap langkah-langkah untuk
melaksanakan eksperimen. Ini bertujuan untuk menguji tahap pemahaman pelajar
terhadap eksperimen yang akan dijalankan dan kaedah pengumpulan data atau
pemerhatian yang dipilih bagi menyiapkan penulisan laporan amali.

RUJUKAN
Biggs,J.(1996), Enhancing teaching through constructive alignment .Higher Education,

32,347-364

Broadfoot, P. M. (1996) Education, assessment and society: a sociological analysis
(Buckingham,Open University Press).

Fautley and Savage (2008), Assessment For Learning And Teaching.
British Journal Of Education Technology, 39(4):752-753 · July 2008

Malaysian Qualifications Agency (MQA).(2008),Code of Practice For Programme
Accreditation.Selangor, Malaysia: Malaysian Qualifications Agency, (MQA).

Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001).Penilaian Kendalian Sekolah.
Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia

10.0 LAMPIRAN

12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

MENINGKATKANKEMAHIRAN LUKISAN ISOMETRI MENGGUNAKAN

KAEDAH ‘3D COLOUREAL’DALAMKALANGANPELAJAR

YANGTIADAASAS LUKISANKEJURUTERAAN

1 AznanbinSani, 2 RusairebinFakhruddin,3 IshakbinOsman,4 NurAshikinbintiAhmad

1,2Unit Asas Kejuruteraan, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
[email protected],[email protected],
[email protected],[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar agar dapat melukis lukisan isometri
dengan baik seterusnya mendapat markah yang tinggi dalam Penilaian Berterusan.
Dari maklumat kajian ini, tenaga pengajar mampu menangani masalah pelajar yang
sukar membuat imaginasi lakaran objek tiga dimensi dengan gambar rajah soalan yang
dibekalkan dalam bentuk ortografik.Seramai 15 pelajar J1P10 terlibat dalam kajian ini
dalam sub topik lukisan geometri. Tinjauan awal mendapati 2 orang pelajar dari 15
pelajar tersebut tidak mengambil subjek lukisan kejuruteraan di peringkat SPM
menghadapi masalah untuk membayangkan objek yang hendak dilukis dan tidak dapat
menyiapkan tugasan lukisan isometri yang diberi. Dapatan dari temubual yang
dijalankan, pelajar menyatakan mereka tidak dapat membaca lukisan ortografik untuk
diterjemahkan kepada lukisan isometri dan kurang daya imaginasi untuk membayangkan
objek tiga dimensi objek tersebut.Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk
meningkatkan tahap imaginasi pelajar dengan menggunakan kaedah ‘3D Coloureal’.
Pelajar didedahkan kepada Teknik ‘3D Coloureal’ selama 100 minit dan kajian ini telah
diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan
peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Dapatan hasil kajian juga mendapati
pelajar lebih berkeyakinan untuk melukis lukisan isometri yang diberikan oleh pensyarah
dan dapat menyiapkan latihan lukisan isometri dengan baik dalam masa yang lebih
singkat.
Kata Kunci: Pengajian Kejuruteraan Asas, Lukisan Kejuruteraan, Teknik `3D
Coloureal’, Lukisan Isometri, Daya Imaginasi.

1. Pendahuluan

Kajian tindakan ini dibuat berfokus kepada lukisan kejuruteraan secara umum. Lukisan
kejuruteraan adalah salah satu markah pentaksiran bagi Penilaian Berterusan mata
pelajaran Kejuruteraan Asas EB025. Kepentingan tugasan ini membawa nilai sebanyak
10% kepada markah keseluruhan Penilaian Berterusan pelajar. Majoriti pelajar yang
mempunyai asas kejuruteraan daripada sekolah menengah mampu skor sehingga 90%

1

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

daripada markah penuh. Kesukaran pelajar yang tidak mempunyai asas lukisan
kejuruteraan hanya mampu skor bawah 50% berbanding pelajar lain menjadi
kebimbangan pengkaji. Dengan harapan, latihan dan tunjuk ajar yang betul mampu
memberi keputusan sama seperti pelajar majoriti yang lain.

Pengkaji terdiri daripada dua kategori. Kategori pertama adalah pengkaji yang masih
baru dan mempunyai pengalaman kurang daripada 3 tahun. Pengkaji kategori pertama
mempunyai perspektif baru dan mampu menilai dengan pengalaman pembelajaran sendiri
yang masih baru. Kategori kedua adalah pengkaji yang mempunyai pengalaman lebih
daripada sepuluh tahun. Pengkaji ini terdiri daripada barisan pensyarah yang mempunyai
pengalaman dalam pengajaran dan tingkah laku pelajar. Mereka mampu membuat
penilaian yang lebih khusus berdasarkan pengalaman pengajaran sendiri.

2. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Setelah berakhirnya kelas pembelajaran topik Lukisan Isometri pada hari itu, kami duduk
memikirkan refleksi untuk ditulis dalam RIH (Rekod Instruksional Harian) seperti biasa.
Kami mendapati dua orang pelajar yang tidak mempunyai asas lukisan kejuruteraan
semasa di peringkat sekolah mengalami kesukaran untuk memahami konsep isometri dan
membayangkan bentuk bongkah yang perlu dilukis. Seringkali terdengar luahan
mereka… “Kami tak boleh imagine la miss, macam mana bentuknya?” “Kami dah cuba
lukis…tapi macam tak jadi je miss.” Walaupun kami sudah menjelaskan konsep lukisan
isometri dan menggunakan kertas grid untuk melatih pelajar melukis, namun dua orang
pelajar tersebut kelihatan masih terkial-kial untuk menguasai konsep tersebut. Kami
mendapati punca utama mereka adalah kurangnya kemahiran untuk membayangkan
bentuk bongkah melalui lukisan ortografik. Tambahan pula, tekanan daripada rakan lain
yang lebih mahir dan cepat dalam menyiapkan tugasan ini menyebabkan dua orang
pelajar ini terasa dipinggirkan. Dari hasil semakan latihan pelajar didapati 2 pelajar
tersebut memperoleh markah kurang 10 dari 20 jumlah markah dan tidak dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan. Perkara ini amat merisaukan kami dan terfikir
bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini.

Sebelum ini, pelajar yang memasuki matrikulasi kejuruteraan diwajibkan untuk
mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan semasa di peringkat sekolah. Hal ini
memudahkan para pensyarah kerana mereka sudah mempunyai asas terhadap subjek ini.
Tetapi, mulai tahun ini, matrikulasi kejuruteraan juga mengambil pelajar jurusan Sains
Tulen dimana mereka tidak mempunyai asas Lukisan Kejuruteraan. Hal ini membuatkan
kami terpanggil untuk melaksanakan kajian bagi memperbaiki dan menambahbaik kaedah
pengajaran supaya mereka dapat meningkatkan tahap imaginasi dalam memahami konsep
lukisan isometri.

2

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Kami telah memulakan kajian dengan beberapa langkah iaitu memeriksa soalan latih
tubi, ujian dan temubual. Kemudian kami merancang untuk menggunakan kaedah 3D
Coloureal. Penerangan lebih lanjut mengenai kaedah ini akan diterangkan di bahagian
yang seterusnya. Maklum balas sama yang diberikan oleh pensyarah membuatkan kami
berazam untuk bersungguh-sungguh menjalankan kajian tindakan ini supaya pensyarah
dapat mempelbagaikan kaedah pembelajaran di dalam kelas.

3. Fokus Kajian/Isu Keperihatinan
Kajian ini berfokus kepada pelajar yang tidak menguasai lukisan isometri dalam kalangan
pelajar yang tiada asas lukisan kejuruteraan dan seterusnya tidak dapat markah yang baik
untuk markah Penilaian Berterusan.

Dari pemerhatian, pelajar ini tidak dapat membayangkan objek yang hendak dilukis
berbanding pelajar yang ada asas lukisan. Ini menyebabkan mereka ketinggalan
berbanding pelajar lain. Pelajar yang tiada asas ini terdiri dari pelajar yang tidak
mengambil subjek lukisan kejuruteraan di peringkat SPM.

4. Objektif Kajian

4.1 Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran lukisan isometri menggunakan kaedah “3D Coloureal”
dalam kalangan pelajar yang tiada asas lukisan kejuruteraan.

4.2 Objektif Khusus
4.2.1 Pelajar dapat melakar lukisan 3D objek berdasar soalan yang diberi.

4.2.2 Pelajar dapat melukis lukisan isometri dengan baik iaitu mendapat markah melebihi
16/20.

4.2.3 Pelajar memperolehi markah PB melebihi 8/10 dari wajaran markah Penilaian
Berterusan.

5. Kumpulan Sasaran
2 orang pelajar J1P10 yang tidak mengambil subjek lukisan kejuruteraan di peringkat SPM.
Pelajar ini terdiri dari Seorang Pelajar Lelaki Dan Seorang Pelajar Perempuan.

3

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

6. Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
6.1 Tinjauan Masalah

Langkah Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan
Dan
Memeriksa 15 orang pelajar Mengenal pasti masalah
Tarikh Soalan Latih Tubi J1P10 sebenar yang dihadapi oleh
Langkah 1 pelajar.
28.11.2018

Langkah 2 Ujian Pra 2 orang pelajar J1P10 Kami menjalankan ujian ke
12.12.2018 atas 2 orang pelajar J1P10
yang tidak mempunyai asas
Lukisan Kejuruteraan. Tujuan
adalah untuk mengenal pasti
masalah yang mereka hadapi
ketika ingin melukis lukisan
isometri.

Langkah 3 Temubual 2 orang pelajar J1P10 Temubual berfokus dijalankan
19.12.2018 terhadap 2 orang pelajar J1P10
untuk menyelidik latar
belakang pengetahuan mereka
dan mengenal pasti masalah
yang dihadapi.

Jadual 1: Kaedah Mengutip Data

6.2 Analisis Tinjauan Masalah

Langkah Cara Penilaian Kumpulan Masalah telah dikenalpasti
Dan Sasaran
Memeriksa 2 orang pelajar tidak dapat
Tarikh Soalan Latih Tubi 15 orang pelajar melengkapkan soalan yang
Langkah 1 J1P10 diberi dan terdapat kesalahan
28.11.2018 pada lukisan isometri.

Langkah 2 Ujian 2 orang pelajar Kami mendapati pelajar
12.12.2018 J1P10 memerlukan masa yang lama
sebelum mula melukis lukisan

4

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

tersebut kerana menghadapi
masalah untuk membayangkan
bongkah isometri yang perlu
dilukis. Terdapat beberapa
kesalahan pada lukisan isometri
yang dihasilkan.

Langkah 3 Temubual 2 orang pelajar Dua orang pelajar tersebut telah
19.12.2018 J1P10 dipanggil untuk di temubual
secara berasingan dan kami
mendapati masalah yang mereka
hadapi adalah sama iaitu:

i. Tidak dapat membaca
lukisan ortografik untuk
diterjemahkan kepada
lukisan isometri

ii. Kurang daya imaginasi
iii. Hanya dapat menyiapkan

separuh daripada
keseluruhan bongkah
iv.Tekanan daripada rakan
sekeliling yang sudah
mahir terhadap topik ini
v. Tidak mengetahui kaedah
yang harus digunapakai
untuk memudahkan
lukisan isometri dilukis

Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah

6.3 Tindakan yang dijalankan

Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, dua orang pelajar memang lemah dalam
melukis lukisan isometri disebabkan pelajar ini tiada asas lukisan kejuruteraan dan tidak
dapat membayangkan objek yang hendak dilukis. Oleh itu, kami dan ahli kumpulan
berbincang untuk mencipta satu kaedah dalam membantu pelajar ini menguasai lukisan
isometri dengan menambahbaik kaedah pengajaran supaya mereka dapat meningkatkan
tahap imaginasi dalam memahami konsep lukisan isometri.

Untuk membantu pelajar ini, kaedah 3D Coloureal diperkenalkan. Melalui kaedah ini,
model 3D objek dibina menggunakan kotak. Inovasi telah dibuat pada kotak tersebut
dengan menggabungkan beberapa kotak untuk membentuk objek yang dikehendaki. Sisi
setiap permukaan objek diwarnakan dengan warna yang berbeza untuk pandangan atas,

5

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

hadapan dan sisi. Dengan bantuan model 3D ini diharap dapat membantu pelajar tersebut
membayangkan lukisan isometri yang perlu dilukis.

Daripada kajian, penggunaan warna boleh menarik perhatian pelajar dan dapat
menguatkan ingatan pelajar. Dengan warna sisi yang berbeza dapat membantu pelajar
membezakan sisi lukisan isometri yang perlu dilukis dengan lebih jelas.

6.4 Pelaksanaan Tindakan

6.4.1 Selepas pelajar menjalani Ujian Pra, kami telah meminta murid J1P10 membawa
alatan melukis semasa kelas lukisan kejuruteraan kerana kami ingin
memperkenalkan satu teknik PDPC yang dapat membantu mereka melukis lukisan
isometri dengan lebih baik.

6.4.2 Seterusnya kami membimbing pelajar melakar lukisan 3D objek mengunakan
kaedah 3D Coloureal.

6.4.3 Murid diingatkan bahawa warna pada model 3D adalah untuk sisi yang berbeza
iaitu pandangan atas, hadapan dan sisi.

6.4.4 Murid diminta untuk melakar lukisan 3D objek berdasar model 3D.

6.4.5 Setelah siap melakar lukisan 3D, pelajar diminta untuk melukis lukisan isometri
berdasarkan lukisan lakaran 3D objek tersebut.

6.4.6 Kami mengingatkan pelajar untuk membayangkan lukisan 3D objek terlebih
dahulu sebelum melukis lukisan isometri pada setiap kali mereka melukis lukisan
isometri menggunakan kaedah 3D Coloureal supaya pelajar tersebut dapat
membayangkan lukisan isometri yang hendak dilukis.

6.4.7 Ujian pos dilakukan kepada dua pelajar tersebut untuk menilai kemahiran melukis
lukisan isometri. Hasil lukisan isometri untuk ujian pos akan dinilai dan diberikan
markah. Analisa akan dilakukan terhadap markah mereka dan dibuat
perbvandingan dengan uian pra.

7. Pemerhatian (Pengumpulan Data Selepas / Akhir dan Analisis Data)

7.1 Analisis Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati:
7.1.1 Pelajar lebih berkeyakinan untuk melukis lukisan isometri yang diberikan oleh

pensyarah.

6

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

7.1.2 Pelajar dapat menyiapkan latihan lukisan isometri dengan baik dalam masa yang
lebih singkat.

7.1.3 Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.

7.2 Analisis Ujian

Nama murid Markah Catatan

Muhammad Aziq Bin Baharuddin 10/20 Lukisan tidak lengkap

Sarah Qasrina Hoo Binti Ridzuan Hoo 6/20 Lukisan tidak lengkap

Jadual 3 : Keputusan Ujian Pra

Nama murid Markah Catatan

Muhammad Aziq Bin Baharuddin 18/20 Lukisan lengkap

Sarah Qasrina Hoo Binti Ridzuan Hoo 16/20 Lukisan lengkap

Jadual 4: Keputusan Ujian Pos

Ujian Pra dan Ujian Pos telah dilaksanakan dan kami mendapati perubahan begitu ketara
sekali dimana pada Ujian Pos didapati kedua-dua pelajar mendapat markah yang tinggi
berbanding Ujian Pra mereka mendapat markah yang amat rendah.

Pelajar juga tidak dapat menyiapkan lukisan isometri pada masa yang ditetapkan pada
ujian Pra meyebabkan mereka mendapat markah yang rendah. Markah Ujian Pos telah
menunjukkan peningkatan kerana mereka telah dapat membayangkan objek
menggunakan kaedah 3D Coloureal.

Nama murid Markah Catatan

Muhammad Aziq Bin Baharuddin 19.5/20 Lukisan lengkap

Sarah Qasrina Hoo Binti Ridzuan Hoo 19.5/20 Lukisan lengkap

Jadual 5 : Keputusan Ujian Penilaian Berterusan

Ujian Penilaian Berterusan juga menunjukkan peningkatan dimana Muhammad Aziq Bin
Baharuddin mendapat 19.5/20 markah manakala Sarah Qasrina Hoo Binti Ridzuan Hoo
juga mendapat 19.5/20 markah.

7

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Perubahan ini berlaku adalah kerana dengan menggunakan kaedah 3D Coloureal, mereka
dapat membayangkan objek yang perlu dilukis dengan mudah. Pelajar juga menunjukkan
minat serta kesungguhan untuk menyiapkan tugasan lukisan isometri yang diberikan.
Keputusan Ujian Penilaian Berterusan pelajar tersebut juga amat memberangsangkan. Ini
sekaligus dapat membantu pelajar tersebut untuk mendapatkan markah PB yang tinggi
iaitu 9.3/10.

8. Refleksi Dan Kesimpulan

8.1 Refleksi

Sepanjang kajian ini dijalankan, kami memperoleh banyak pengalaman baru dalam proses
PdP. Kami menyedari bahawa tidak semua pelajar mempunyai daya imaginasi yang tinggi
untuk membayangkan bentuk lukisan isometrik yang terhasil dari lukisan ortografik. Oleh
itu, alat bantuan mengajar yang bersesuaian amat diperlukan untuk membantu dan
memudahkan proses pembelajaran mereka.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah 3D Coloureal banyak membantu
pelajar meningkatkan daya imaginasi mereka disamping menjadikan proses PdP menjadi
lebih menarik dan interaktif. Apabila model 3D Coloureal digunakan, pelajar mula
mengambil inisiatif melakar sendiri dan membandingkan lukisan mereka dengan model
tersebut. Selain itu, model 3D Coloureal boleh disentuh dan dipusing kepada pelbagai
sudut pandangan membuatkan pelajar berasa teruja dan dapat mengaitkan gambaran
bongkah dengan lukisan isometrik. Kaedah ini juga dapat membantu pensyarah
menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik minat pelajar.

8.2 Kekuatan

Terdapat beberapa kekuatan tentang kajian yang kami lakukan. Yang pertama pelajar
lebih mudah memahami isi pembelajaran dengan membayangkan bentuk objek
berdasarkan model yang berbeza warna mengikut sisi pandangan. Selain itu suasana
pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih menarik minat pelajar.

8.3 Kelemahan

Antara kelemahan kajian ini ialah kaedah ini memerlukan usaha dan masa pensyarah
untuk membina model tersebut terlebih dahulu serta melibatkan perbelanjaan kos.
Seterusnya sampel pelajar untuk kajian ini juga sedikit, oleh itu keputusan kajian ini tidak
dapat menggambarkan keberkesanan kaedah ini secara keseluruhan. Hasil kaedah ini
akan lebih dapat dibuktikan keberkesanannya apabila melibatkan sampel yang lebih
banyak kepada pelajar yang akan datang.

8

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
8.4 Kesimpulan

Peningkatan markah yang diperoleh oleh dua orang pelajar di dalam kajian ini
membuktikan bahawa kaedah 3D Coloureal amat sesuai diaplikasikan untuk lukisan
isometrik. Melalui kajian ini pensyarah dapat mengenalpasti masalah pembelajaran
pelajar dan pelajar lebih mudah memahami isi pelajaran yang disampaikan pensyarah
serta menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. Secara keseluruhan semua objektif
kajian ini tercapai menggunakan kaedah 3D Coloureal.

9

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
Rujukan
Mills, G.E. (2000). Action research: A guide for the teacher researcher. Upper Saddle

River, NJ: Merrill/Prentice Hall.
Miles, M.B, & Huberman, A.M. (1994). Qualitative data analysis: An expanded

sourcebook. 2nd Ed., Thousand Oaks, CA: Sage.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti

Teknologi Malaysia.
Mohd Noh Sarip & Md Nasir Abd. Manan. (2005). Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

10

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Lampiran

Catatan Temubual
Tarikh:
Masa:
Tempat:
Nama pelajar:
Beberapa soalan diajukan kepada pelajar yang tidak mempunyai asas lukisan
kejuruteraan untuk mengenalpasti masalah mereka. Antara soalan yang diajukan
adalah:

1. Adakah awak mengetahui kaitan antara lukisan ortografik dan lukisan
isometri?

2. Apakah yang menyebabkan awak tidak dapat melukis atau menyiapkan
lukisan isometri?

3. Bagaimanakah kaedah yang awak sendiri gunakan apabila diminta untuk
melukis lukisan isometrik?

4. Adakah kawan-kawan membantu awak semasa di dalam kelas?

11


Click to View FlipBook Version