The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2021-01-06 01:58:10

KONVENSYEN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KALI KE-10 (2019) BAHAGIAN 2

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Pusingan Kedua 100% 100%
Skor 2 minit 4 saat 5 minit 0 saat
Masa yang diperlukan

Bagi membendung masalah ‘ingat dan teka’ yang terjadi kepada kumpulan pertama,
kami bercadang untuk menyelesaikan masalah ini dengan menukar “setting” soalan supaya

memberikan pilihan jawapan secara rawak kepada pelajar.

7.2 Kumpulan Kedua

Kumpulan kedua melalui proses yang sama dengan kumpulan pertama. Hanya satu perbezaan
sahaja yang kami lakukan iaitu menjadikan pilihan jawapan secara rawak. Ini dapat
mengelakkan faktor ingat dan teka yang kami nyatakan dalam refleksi kumpulan pertama.
Rajah di bawah menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabil pelajar mengulang ujian
pra-amali “online” sebanyak 3 kali sebelum mereka berjaya mencapai markah penuh.

Perkara yang mengujakan ialah masa yang diambil oleh pelajar C dalam pusingan
kedua adalah lebih lama daripada masa yang digunakan ketika pusingan pertama. Ini
memberikan gambaran bahawa pelajar sedar pilihan jawapan yang diberikan adalah tidak tetap
dan mengelirukan. Maka pelajar C mengambil masa yang lebih sedikit untuk menjawab soalan.
Sementara itu, pelajar D memperoleh skor yang hampir sama dalam pusingan pertama dan
kedua menggunakan jumlah masa yang sama. Berlainan dengan pusingan ketiga, dimana
pelajar memberikan lebih fokus terhadap pilihan jawapan yang diberikan dan ternyata mereka
mampu mencapai skor penuh dalam masa yang singkat. Ini juga membuktikan bahawa pelajar
daripada kumpulan kedua ini lebih faham dan yakin dengan eksperimen yang mereka akan
lakukan ketika ujian amali nanti.

Jadual 2: Penjadualan keputusan pra-amali “online” pelajar kumpulan dua

Pelajar C Pelajar D

Pusingan Pertama

Skor 70% 70%

Masa yang diperlukan 6 minit 0 saat 7 minit 0 saat

Pusingan Kedua

Skor 80% 80%

Masa yang diperlukan 10 minit 0 saat 7 minit 0 saat

Pusingan Ketiga

Skor 100% 100%

Masa yang diperlukan 3 minit 0 saat 3 minit 0 saat

7.3 Kumpulan Ketiga

Bagi kumpulan ketiga pula, kami menambah dan meningkatkan aras kesukaran soalan sambil
mengekalkan pilihan jawapan secara rawak. Ini bertujuan untuk menguji sejauh mana
gabungan konsultasi, video dan pra-amali “online” dapat membantu persediaan pelajar untuk
ujian amali. Keputusan mereka ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Jadual 3: Penjadualan keputusan pra-amali “online” pelajar kumpulan tiga

11

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Pusingan Pertama Pelajar E Pelajar F
Skor
Masa yang diperlukan 70% 65%
Pusingan Kedua 11 minit 22 saat 10 minit 0 saat
Skor
Masa yang diperlukan 100% 85%
7 minit 38 saat 6 minit 0 saat

Pelajar E berjaya mencapai skor penuh selepas dua pusingan dengan masa yang lebih
pantas. Sementara itu, seorang lagi pelajar F berjaya mencapai skor yang lebih tinggi
berbanding percubaan pertama setelah dua pusingan. Walaubagaimanapun, pelajar F
mengalami kekangan masa untuk mencuba buat kali ketiga. Namun, ketika ujian amali, kedua-
dua pelajar ini menunjukkan keyakinan yang tinggi dalam melaksanakan eksperimen dan
berjaya memperoleh markah yang tinggi seperti rakan mereka yang lain.

8.0 Refleksi dan Kesimpulan

8.1 Refleksi

Kami berpendapat bahawa kajian ini berjaya membantu keenam-enam pelajar dalam ujian
amali. 5 daripada 6 pelajar berjaya mencapai skor 100% dalam kuiz pra-amali “online” dan

keenam-enam mereka berjaya memperoleh markah yang tinggi dalam ujian amali yang telah

diadakan. Keputusan ujian amali mereka ada dilampirkan seperti berikut:

Jadual 4: Penjadualan keputusan ujian amali keenam-enam pelajar

Keputusan Amali (10%) Laporan Amali Markah Penuh

(15%) (25%)

Pelajar A 9.5 13.2 22.7

Pelajar B 10.0 12.6 22.6

Pelajar C 10.0 12.0 22.0

Pelajar D 9.0 13.2 22.2

Pelajar E 9.5 13.8 23.5

Pelajar F 8.9 13.2 22.1

Banyak perubahan yang kami perhatikan ketika pelajar – pelajar ini melakukan ujian
amali. Kami dapat melihat keenam – enam pelajar ini mempunyai keyakinan yang tinggi untuk
melaksanakan eksperimen ketika ujian amali. Pelajar dilihat sangat bersemangat untuk
menyelesaikan ujian amali. Ini terbukti apabila markah ujian amali yang diperoleh oleh mereka
adalah tinggi berbanding markah amali yang mereka perolehi ketika semester 1. Pelajar A dan
Pelajar F menunjukkan peningkatan yang drastik. Meskipun terdapat sedikit penurunan pada
markah pelajar D, ianya tidak menjadi masalah kerana markahnya masih berada di dalam julat
yang tinggi. Perbandingan markah mereka dapat dilihat seperti berikut.

12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

25

20

15
Markah Amali Semester 1

10 Markah Amali Semester 2

5

0

Pela1jar Pel2ajar P3elajar P4elajar P5elajar 6Pelajar

AB CD E F

Graf 1: Perbandingan markah ujian amali semester 1 dan semester 2

Kami juga berasa gembira dengan perubahan dan peningkatan yang ditunjukkan oleh setiap
pelajar yang terlibat. Kami tidak lagi berasa risau tentang prestasi mereka di dalam makmal
terutamanya ketika melakukan eksperimen. Mereka berenam boleh dijadikan contoh kepada
pelajar lain yang mungkin merasa tidak yakin untuk melakukan eksperimen kerana kurang
mahir dengan radas yang ada. Akhir sekali, kami berasa bangga dengan komitmen yang
diberikan oleh keenam – enam pelajar ini untuk menjayakan kajian tindakan ini.

8.2 Kekuatan

Terdapat beberapa kekuatan tentang kajian yang kami lakukan ini iaitu pelajar dapat melihat
alatan dan bahan yang diperlukan dalam ujian amali dalam video. Pelajar berasa yakin untuk
melakukan ujian amali berseorangan setelah pensyarah memberikan konsultasi “one-to-one”
dengan mereka. Seterusnya, pelajar menjadi semakin faham apabila mereka berpeluang
mencuba berulang kali sehingga mencapai skor penuh dan pra-amali “online” ini boleh diakses
di mana-mana sahaja.

8.3 Kelemahan

Walaubagaimanapun, kami mengakui terdapat beberapa kelemahan dalam kajian tindakan
kami iaitu video yang kurang kemas, soalan – soalan yang kurang menepati Bloom’s taxonomy
dan sampel pelajar yang sedikit. Kami juga mengalami masalah kekangan masa untuk
menjalankan eksperimen ini berulang kali kerana aktiviti pelajar yang sudah sedia padat.

8.4 Kesimpulan
Secara umumnya, kami merasakan kajian ini telah pun mencapai objektif umum dan objektif
khusus yang digariskan. Kami percaya kajian tindakan ini adalah kukuh dan boleh dijadikan
rujukan di masa akan datang. Hasil memberangsangkan yang ditunjukkan oleh pelajar -pelajar
ini menguatkan lagi keyakinan kami untuk perancangan di masa akan datang di mana ia
mungkin melibatkan skala pelajar yang lebih besar dan aras soalan yang bersesuaian dengan
Bloom’s taxonomy. Selain daripada itu, soalan berbentuk pengiraan juga boleh diambil kira
untuk dimasukkan ke dalam kuiz pra-amali “online” ini.

13

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
Perancangan jangka panjang pula melibatkan pembinaan aplikasi pra-amali sendiri
yang bukan sahaja dapat memaparkan maklumbalas serta merta kepada setiap soalah bahkan
kami berharap untuk membina aplikasi yang dapat memuat naik video eksperimen juga.

Rujukan
Almy, J. (1982) Slide-Audiotape Pre-Lab Programs for Organic Chemistry. Journal of

Chemical Education, 59:5, 384 – 385.
Alkhalili, S.M. & Coppoc, G.L (2014) 2D and 3D Streoscopic Videos Used as Pre-anatomy

Lab Tools Improve Students’s Examination Performance in a Veterinary Gross Anatomy
Course. Journal of Veterinary Medical Education, 41, 68 – 76.
Basey et al (2014) Impact of Pre-Lab Learning Activities, A Post-Lab Written Report, and
Content Reduction on Evolution-Based Learning in an Undergraduate Plant Biodiversity
Lab.
Cann, A. J. (2014) Increasing Student Engagement with Practical Classes Through Onine Pre-
Lab Quizzes. Journal of Biological Education, 50:1, 101 – 112.
Kolodny, N. H. & Bayly, R. (1983) Using the Computer for Pre-Laboratory Quizzes. Journal
of Chemical Education, 60:10, 896 – 897.
Starkey, R. & Kieper, D. (1983) A Computer-based Pre-Laboratory Quiz for Organic
Chemistry. Journal of Chemical Education, 60:10, 897.
Suchman, E. (2015) The Use of Online Pre-Lab Assessments Compared with Written Pre-Lab
Assignments Requiring Experimental Result Prediction Shows no difference in Student
Performances. Journal of Microbiology & Biology Education, 16:2, 266 – 268.

14

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Lampiran

Sampel soalan kuiz pra-amali “online” 1

1. All experiment should be conducted with a noble manner. Which of the following is not a good noble value

while conducting an experiment to determine Faraday's Law?

A. Clean up workplace after the experiment is done

B. If a hair dryer is used, make sure it was used at appropriate distance to the electrode

C. Put all used sand papers left in the dustbin

D. Pour back the electrolyte used in their original flask to avoid wasting

2. Which electrode are connected at anode? (Refer to diagram in lab manual)
A. copper
B. carbon
C. oxygen
D. sulphur

3. What is the use of the sand paper?
A. to clean the beaker
B. to clean up spilled electrolyte
C. to remove oxide layer on the electrode
D. to remove dust on the electrode

4. Arrange the most applicable steps when weighing the copper.
A) Close the door of analytical balance
B) Record the weight to four decimal places
C) Use TARE button
D) Clean the copper before weighing

A. D, C, A, B
B. C, A, B, D
C. C, A, D, B
D. D, B, C, A

5. Arrange the following steps in conducting the experiment (Faraday's Law)
A) Set up the electrolytic cell
B) Remove oxide layer on electrode
C) Dry the copper after electrolysis and record the final mass.
D) Start the stopwatch and disconnect the circuit immediately

A. D, C, B, A
B. D, C, A, B
C. B, A, C, D
D. B, A, D, C

6. If the electrolyte used is CuSO4, carbon is the anode and copper is the electrode, which of the following
would be the expected observation?
A. bubble gas evolved at the cathode
B. bubble gas evolved at the anode
C. carbon electrode becomes thicker

15

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

D. brown solid deposited at anode

7. If an ammeter in an electrolytic cell does not shows any reading, what could be wrong?
A. The wires is not connected properly
B. The power button is switched on
C. The analytical balance is not functioning properly
D. The stopwatch stops ticking

8. In the experiment to determine Faraday's Law, electrolytic cell is used. Which of the following is not a
relevant precaution steps in this experiment?
A. The cathode electrode need to dry properly before the final mass is weighed
B. When running the electrolysis, both electrodes should not be in contact with each other.
C. The electrodes used should be cleaned with sand paper properly.
D. The electrodes need to immerse in the electrolyte fully.

9. The following statement is true about the experiment to determine Faraday's Law except:
A. The electrolytic cell is set up using ammeter and power supply.
B. The electrolyte must be filled to 3/4 volume of the beaker.
C. The time taken for the electrolysis should be recorded using a stopwatch.
D. The electrode used at the cathode should be weighed immediately after the electrolysis is stopped.

10. The theoretical value of Faraday's Law is 96500 C. Choose the correct source of errors at which the
experimental value is far from the theoretical value.

I. Inaccuracy in weighing
II. Size of the electrodes
III. Fluctuations in electric current
IV. Colour of the electrolyte

A. II & IV
B. I, II & III
C. I & III
D. All of the above

11. Why does the ammeter reading fluctuate during electrolysis?
A. The wires are not connected properly.
B. Both electrodes touch each other.
C. Both electrodes are not immerse in the electrolyte.
D. The negative terminal is connected to anode and the positive terminal is connected to cathode.
12. Why does ammeter shows negative reading?
A. Both electrodes touch each other.
B. The wires are not connected properly.
C. The negative terminal is connected to carbon and the positive terminal is connected to copper.
D. The electrodes are not fully immerse in the electrolytes.

13. What is the function of TARE button on the analytical balance?
A. To stabilize the reading.
B. To hold the mass of the substances displayed.
C. To reset the reading to zero display.
D. To remove the weight of the door of the analytical balance.

14. The following cause could affect the mass of electrode after electrolysis except?
A. The solid deposited at the bottom of the beaker is not collected
B. The analytical balance are closed while weighing.
C. The TARE button is not used.
D. The electrodes are weighed immediately after electrolysis stopped.

15. The following statement is correct for electrolysis involving copper electrode at cathode and carbon
electrode at anode in CuSO4 solution

16

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

A. carbon electrode is connected to the positive terminal of the power supply.
B. carbon electrode is connected to the negative terminal of the power supply.
C. carbon electrode is connected to the ammeter
D. copper electrode is connected to the positive terminal of the power supply.

16. What should we do if a small amount of copper deposited fell to the bottom of the beaker?
A. If it is a small amount, we can ignore as the small amount will not affect the final mass.
B. Try to collect the solid using filter paper, dry and add the mass with the mass of the electrode.
C. Try to collect the solid using filter paper, if the mass does not exceed 0.5 g, we should ignore the mass.
D. Try to collect the solid using filter paper, dry and add the mass with mass of the electrode only if it weighs
more than 0.5 g.

17. The appropriate ways to set up an electrolytic cell are as below except
A. the ammeter reading deflected when power supply is on.
B. crocodile wires are used to hold the electrodes.
C. The ammeter is connected to the positive terminal of the power supply.
D. the voltmeter is not connected to the positive terminal of the power supply.

18. During the experiment using CuSO4 solution, copper cathode and carbon anode, the equation at anode is not
required in the calculation of the Faraday's constant. Why?
A. The constant can only be calculated using equation at cathode.
B. Anode becomes thinner.
C. The mass recorded is not the mass of electrode at anode.
D. The volume of the gas evolved at anode are not measured.

19. Arrange the following step in correct order in setting up an electrolytic cell
i. Set up the voltage required
ii. Connect the wires at the correct terminal

iii. Immerse the electrode in the electrolyte
iv. Switch on the circuit.

A. iv, ii, iii, i
B. ii, i, iii, iv
C. ii, i, iv, iii
D. iv, i, iii, ii

20. Which of the following is the source of errors that could happen in the experiment of electrolytic cell?
i. The volume of the electrolyte are not at appropriate meniscus level.
ii. The volume of the electrolytes is not the same as instructed in the procedure.

iii. The electrodes are not cleaned properly
iv. The electrodes are left in contact with each other

A. ii. iii and iv
B. i, iii and iv
C. iii and iv
D. All of the above

17

PENTAKSIRAN UJIAN EKSPERIMEN BIOLOGI DAN
PENULISAN LAPORAN AMALI DALAM MENINGKATKAN

TAHAP KEMAHIRAN MANIPULATIF PELAJAR

Hanna Bt Mohd Hussaini

Unit Biologi

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

ABSTRAK:

Masyarakat abad ke-21 menyaksikan anjakan dari industri berasaskan bahan kepada industri
berasaskan pengetahuan. Berikutan itu, pendidikan berubah kepada satu sistem
pemerolehan ilmu yang kompleks dan lebih kompeten. Maka satu kajian tindakan telah
dijalankan bagi memastikan keberkesanan ujian eksperimen dan penulisan laporan amali.
Ujian Eksperimen ini telah diperkenalkan pada sesi 2018/2019 bagi memenuhi audit MQA.
Pelajar-pelajar perlu mencapai dua domain hasil pembelajaran iaitu kemahiran
psikomotor/amali/teknik dan pemikiran kritikal dan pendekatan saintifik. Pelajar perlu
mencapai hasil pembelajaran kursus dan hasil pembelajaran program (CLO dan PLO).
Pentaksiran perlu dilakukan untuk menilai tahap kemahiran manipulatif pelajar dalam
mengendalikan alat radas dan mikroskop dengan baik dan dapat menyediakan laporan amali
yang lengkap dan betul.Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini adalah terdiri daripada 4
kumpulan praktikum dan setiap praktikum, 9 orang pelajar telah dipilih secara rawak. 4
Praktikum daripada dua modul iaitu modul I dan III sistem empat semester
DH4P5,DH1P2,DK1P2 dan DK2P1 sesi 2018/2019 berjumlah 36 orang pelajar. Pelaksanaan
kajian adalah dengan menjalankan ujian eksperimen Biologi dan penulisan laporan amali.
Hasil dapatan kajian, didapati markah yang diperolehi oleh 36 orang pelajar bagi Ujian
Eksperimen adalah dalam julat markah 95 hingga 100. Hanya seorang pelajar yang
mendapat markah 96 iaitu 2.78%.Manakala 97.22% mendapat markah 100.Bagi Ujian
Penulisan laporan amali, seramai 30 orang pelajar mendapat markah 95 hingga 100 iaitu
83.33% dan 6 orang pelajar mendapat markah 90 hingga 95 iaitu 16.7%. Perbandingan
markah pelajar sesi 2018/2019 dengan pelajar sesi 2017/2018 adalah signifikan,.Bagi pelajar
sesi 2017/2018, julat markah bagi penulisan laporan amali adalah 90 hingga 95 iaitu 92.6%
dan julat markah 95 hingga 100 hanya 7.4%. Pemerhatian oleh pensyarah dilakukan ketika
pelajar menjalankan eksperimen.Kajian ini dikukuhkan lagi dengan memberikan soal-selidik
kepada 36 orang pelajar bagi mendapatkan pandangan pelajar mengenai Ujian Eksperimen
dan penulisan Laporan amali yang mereka lalui. Kajian ini dikukuhkan lagi dengan
memberikan soal selidik kepada 36 orang pelajar bagi mendapatkan pandangan pelajar
mengenai Ujian Eksperimen dan Penulisan Laporan Amali Biologi.

Kata Kunci :Pentaksiran,Eksperimen Biologi, Kemahiran manipulatif, laporan amali

1

1.0 PENDAHULUAN

Penilaian bukan sahaja menentukan potensi dan pencapaian individu malah ia juga
menentukan kualiti sesebuah institusi (Broadfoot, 1996). Sistem pendidikan yang
mempunyai penilaian dianggap sebagai sistem yang mempunyai akauntabiliti yang tinggi
dan menyakinkan pelanggannya. Oleh itu, sistem pendidikan untuk memastikan kualiti
pendidikan terpelihara.

Penilaian berterusan adalah penilaian yang bersifat formatif iatu mengutamakan
kemajuan setiap pelajar dari satu peringkat ke satu peringkat dengan memberi peluang
kepada pensyarah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan serta potensi pelajar (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001:3).

Kurikulum spesifikasi subjek Biologi yang berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan telah mengalami pelbagai inovasi yang merupakan usaha berterusan
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membentuk dan
menyediakan sistem pendidikan yang dapat menggilap potensi dalam kemahiran saintifik
setiap pelajar.

Pentaksiran dilihat sebagai sebahagian daripada elemen utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (Fautley & Savage, 2008), bukannya dua elemen yang
terpisah. Pentaksiran adalah proses mendapatkan maklumat untuk mengetahui
perkembangan dan pencapaian pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah dan
pendekatan. Melalui maklumat pentaksiran guru boleh menilai keberkesana PdPc,
menambah baik PdP dan merancang aktiviti tindakan susulan(BPK KPM, 2014).
Pelaksanaan pentaksiran yang dijalankan oleh kami adalah pentaksiran tentang
pembelajaran . Ini berlaku apabila pensyarah menggunakan bukti pembelajaran pelajar
untuk kegunaan pencapaian standard pelajar.Pentaksiran ini dibuat sebagai memenuhi
pensijilan audit MQA yang bakal dijalankan pada tahun depan.

Pendidikan Berasaskan Hasil Pembelajaran (OBE) memberi fokus bukan sahaja
kepada keputusan peperiksaan akhir pelajar dalam domain kognitif, tetapi juga terhadap
hasil pembelajaran lain iaitu domain psikomotor dan afektif sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung (MQA, 2008; KPTM). Kajian tindakan ini mengkhususkan
kepada pencapaian hasil pembelajaran kursus 2 dan 3 (CLO 2 dan CLO 3). CLO 2:
Conduct biology laboratory work on microscopy, biological molecules, histology and
genetics information by applying manipulative skills.(P3, PLO2, MQF LOD 2) dan CLO 4:
Solve basic problems related to transport system processes,mechanism for adaptations
in living things, ecological and environment issues in biology.(C3, PLO4, CTPS2,MQF
LOD 6).

CLO 2 adalah khusus kepada pencapaian hasil pembelajaran ujian eksperimen
yang membawa markah 10 daripada keseluruhan 60 markah untuk penilaian berterusan.
CLO 4 pula adalah khusus kepada pencapaian hasil pembelajaran penulisan laporan
amali yang membawa markah 15 daripada 60 markah keseluruhan untuk penilaian
berterusan.

Kedua-dua hasil pembelajaran kursus ini perlu dicapai oleh pelajar bagi memenuhi
audit MQA. Maka daripada rentetan ini maka kajian telah dijalankan bagi melihat

2

keberkesanan kedua-dua ujian ini ke atas peningkatan tahap kemahiran manipulatif
pelajar.

Model Kajian tindakan yang dijalankan adalah Model Kemmis dan McTaggart
(1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan,
mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model
Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan
memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance)
terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sesi Pengajian 2017/2018 tidak dijalankan Ujian Eksperimen Biologi terhadap pelajar
Sistem Empat Semester. Ini menyukarkan pensyarah untuk menguji tahap kemahiran
manipulatif pelajar Sistem Empat Semester kerana pelajar tidak menjalankan eksperimen
secara individu tetapi secara berkumpulan.

Pensyarah tidak dapat menilai keupayaan setiap pelajar dalam menjalankan
eksperimen. Kebanyakkan pelajar hanya akan bergantung kepada ahli kumpulan yang
lain untuk menjalankan eksperimen dan mereka hanya menjadi pemerhati. Selain
daripada itu,laporan amali akan hanya dihantar oleh pelajar selepas seminggu
menjalankan eksperimen. Pelajar cenderung untuk meniru dalam menyiapkan laporan
amali dan ini akan menyukarkan pensyarah dalam menilai penulisan laporan amali
pelajar.

3.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian pentaksiran terhadap Ujian Eksperimen Biologi tahap peningkatan
kemahiran manipulatif dan penulisan laporan amali berdasarkan rubrik yang telah
diberikan kepada pelajar Sistem Empat Semester sesi 2018/2019 bagi penilaian
berterusan merupakan penilaian bersifat formatif yang efektif. Pelajar diberikan latihan
dan bimbingan sebelum Ujian Eksperimen Biologi dijalankan seawall minggu kedua
pengajian Sistem Empat Semester sesi 2018/2019.

3.1Objektif Umum

Keberkesanan Ujian Eksperimen Biologi dan Penulisan Laporan Amali Semester 2
terhadap peningkatan tahap kemahiran manipulatif pelajar Sistem Empat Semester sesi
2018/2019.

3.2Objektif Khusus:

1) Mentaksir kebolehan pelajar dalam mengendalikan mikroskop melalui Ujian
Eksperimen yang dijalankan.

2) Menilai dalam kebolehan pelajar menyiapkan penulisan laporan amali dalam masa
yang ditetapkan dengan betul melalui Ujian penulisan laporan amali.

3

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini adalah terdiri daripada 4 kumpulan praktikum
dan setiap praktikum, 9 orang pelajar telah dipilih secara rawak. 4 Praktikum daripada
dua modul iaitu modul I dan III Sistem Empat Semester DH4P5,DH1P2,DK1P2 dan
DK2P1 sesi 2018/2019 berjumlah 36 orang pelajar.

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN
Kajian dimulakan dengan intervensi iaitu dengan memberi pelajar penerangan tentang Ujian
eksperimen yang akan dijalankan . Pelajar diminta untuk menjalankan latihan eksperimen di
dalam makmal dengan menggunakan miroskop dengan dibantu oleh pensyarah. Rubrik serta
Jadual Spesifikasi bagi ujian eksperimen dan penulisan amali diberikan kepada pelajar.
Pensyarah memberikan format dan tatacara serta penerangan kepada pelajar tentang
penulisan laporan amali kepada pelajar.

Penilaian Ujian Eksperimen dilaksanakan berpandukan empat tahap pelajar iaitu
cemerlang, sederhana, baik dan lemah.

Ujian Eksperimen dijalankan pada minggu ke 14. Semasa Ujian dijalankan, pelajar
diberi masa selama 30 minit untuk menjalankan eksperimen. Selepas itu pelajar perlu
menyiapkan laporan amali dalam masa 1 jam. Bagi eksperimen Biologi pelajar perlu
berkeupayaan untuk mengendalikan mikroskop. Kemahiran manipulatif ini sangat penting
bagi pelajar untuk mendapat markah yang baik dalam ujian eksperimen Biologi.

Carta alir berikut (Rajah 1) menunjukkan prosedur pelaksanaan kajian tindakan ini
terhadap kumpulan sasaran .

Sebelum Ujian Eksperimen

 Memberi pelajar penerangan tentang Ujian eksperimen
yang akan dijalankan

 Rubrik ujian eksperimen diberikan kepada pelajar
 Rubrik penulisan laporan amali diberikan kepada pelajar

Semasa Ujian Eksperimen
 Pemerhatian dijalankan oleh pensyarah ketika pelajar

menjalankan eksperimen
 Memantau pelajar menyiapkan laporan amali.

4

Selepas Ujian
 Laporan amali pelajar disemak oleh pensyarah dan diberi

markah
Analisa Data
Dan
Soal Selidik

5

Rajah 1: Gelung

Kenal pasti masalah

#Ketiadaan Ujian Eksperimen pada
sesi 2017/2018 menyukarkan
pensyarah untuk menguji tahap
kemahiran manipulatif pelajar.

Refleksi dan Penilaian Gelung Pertama Intervensi
Cadangan -cadangan penambahbaikan
#Pensyarah memberikan penerangan
kepada pelajar dengan jelas mengenai

ujian Eksperimen dan Penulisan
laporan amali .

Pengumpulan Data melalui Perlaksanaan Ujian
markah yang diperolehi pelajar Esperimen Dan Penulisan

bagi kedua-dua ujian Laporan Amali

Analisis Data Perlaksanaan Soal selidik

6

Jadual 1 dibawah menunjukkan perlaksanaan kajian dan maklumat yang dikumpul.

Sesi pengajian Perkara Maklumat
2017/2018 Tiada Ujian Ekperimen Tiada markah.
2018/2019 Markah diberi berdasarkan rubrik:
Ujian eksperimen
Selama 1 jam. 1. Procedural Knowledge And Science
Process Skills

2. Work And Safety
3. Usage Of Microscope

Markah setiap rubrik mengikut tahap

Score 5/4/3/2/1 diberikan berdasarkan
tahap kemahiran manipulatif yang diuji
semasa Ujian Eksperimen dijalankan.

Pengiraan markah = jumlah markah x 10%
32

Jadual 2 dibawah menunjukkan perlaksanaan kajian dan maklumat yang dikumpul.

Sesi Perkara Maklumat
Pengajian
2017/2018 9 eksperimen 1. Pelajar menjalankan eksperimen secara
dijalankan semester 1 berkumpulan.
dan semester 2.
2. Pelajar menghantar laporan amali setelah
seminggu selepas eksperimen dijalankan.

3.Sembilan laporan amali akan dinilai,
markah diberi berdasarkan skema jawapan.

2018/2019 Menyiapkan laporan Markah diberi berdasarkan rubrik:
amali selepas Ujian
Eksperimen dengan 1. Title
lengkap dan betul 2. Objectives
dalam 1 jam. 3. Procedures
4. Result/Observation
5. Discussion
6. Conclusion
7. References
8. Questions

7

Setiap item ada markah berbeza jumlahnya.
(Rujuk lampiran rubrik)

Pengiraan markah = jumlah markah x 15%
100

6.0 DAPATAN KAJIAN

Hasil daripada Ujian Eksperimen Biologi pelajar Sistem Empat Semester sesi 2018/2019
pelajar telah memperolehi markah yang tinggi berdasarkan rubrik yang tetal ditetapkan.

Bil. Pelajar Markah Ujian Pencapaian CLO2 dan PLO2(%)
Eksperimen(%)
35 100%
1 100% 100%
96%

Hasil daripada Penulisan laporan amali pelajar Sistem Empat Semester sesi 2018/2019
telah memperolehi markah yang tinggi berbanding pelajar sesi 2017/2018.

Sesi % Pelajar Julat Markah Maklumat
pengajian
2017/2018 92.6 90-95 Markah diambil purata daripada
7.4 95-100 9 Laporan Amali yang dihantar
oleh pelajar.

Sesi pengajian % Pelajar Julat Markah Maklumat
2018/2019 16.7 90-95 Markah hanya dikira
83.3 95-100 berdasarkan laporan amali
daripada Ujian Eksperimen
mengikut rubrik yang telah
ditetapkan.

8

Hasil daripada respon pelajar telah dibahagikan mengikut tema atau objektif khusus

BIL TEMA PERATUS RESPON
PELAJAR(%)
1 Dapat mengendalikan mikroskop dengan baik 86.1
2 Dapat menghasilkan laporan amali dalam masa yang 100

ditetapkan dengan betul

Rajah 2: Peratus respons pelajar mengikut tema

9

Jadual Perbandingan Markah Ujian Eksperimen dengan pencapaian hasil pembelajaran

Markah Ujian Peratus Pelajar(%) Peratus Pencapaian CLO2
Eksperimen 100
95 hingga 100 97.22
90 hingga 94 2.78

Rajah 3

10

Jadual Perbandingan Markah Penulisan Laporan Amali dengan pencapaian hasil
pembelajaran

Markah Ujian Peratus Pelajar(%) Peratus Pencapaian CLO4
Eksperimen 100
95 hingga 100 83.3
90 hingga 94 16.7

Rajah 4

Jadual Perbandingan Markah Penulisan Laporan
Amali dengan pencapaian hasil pembelajaran

100 90 hingga 94
80
60
40
20
0
95 hingga 100

REFLEKSI DAN KESIMPULAN KAJIAN

Hasil daripada markah yang diperolehi daripada laporan amali pelajar sesi 2018/2019
adalah sangat memuaskan jika dibandingkan daripada pelajar sesi 2017/2018. Terdapat
peningkatan yang amat ketara daripada bilangan pelajar yang mendapat julat markah 95-
100 telah meningkat sebanyak 75.93%pada sesi 2018/2019.Ini juga dapat dikukuhkan
dengan pernyataan pelajar dari soal selidik yang diberikan selepas mejalani Ujian
Eksperimen iaitu 100% pelajar dapat menghasilkan laporan amali dengan betul dalam
masa yang ditetapkan.

Daripada pemerhatian yang dibuat oleh pensyarah ketika menjalankan ujian amali
didapati pelajar lebih bersedia dan memberi fokus kepada eksperimen yang mereka
jalani. Tahap keyakinan pelajar juga telah meningkat semasa mereka menjalani ujian
ekperimen tersebut. Ini dibuktikan dengan 86.1% daripadan respon pelajar yang
mengatakan mereka dapat menggunakan mikroskop dengan baik ketika ujian.

Hasil soal selidik yang diperolehi daripada pelajar, dapat disimpulkan bahawa
semua pelajar dapat menguasai dan mencapai kedua-dua objektif yang dikemukakan.
Kebanyakkan respon pelajar adalah terdiri daripada 2 tema tersebut dan ini dikukuhkan
lagi dengan markah yang diperolehi setiap pelajar yang memberikan respon. Semua

11

pelajar dapat mengendalikan mikroskop dan menyiapkan laporan amali dengan baik. Ini
membuktikan Ujian Eksperimen dan penulisan laporan amali benar-benar dapat
mengukur keupayaan pelajar serta dapat meningkatkan tahap kemahiran manipulatif
pelajar. Dengan perlaksanaan Ujian Eksperimen dan penulisan laporan amali ini dapat
membuatkan pelajar lebih bersedia dan bermotivasi untuk menguasai kemahiran
tersebut.

Dapatan kajian bagi hubungan respons pelajar dan markah ujian eksperimen dan
penulisan laporan amali menunjukkan hubungan yang signifikan.Pencapaian hasil
pembelajaran (CLO2 dan CLO4 juga adalah 100%). Ini kerana julat markah pelajar
adalah dalam lingkungan tahap yang baik dan memenuhi keperluan (CLO2 dan CLO4).

Ini sejajar dengan kehendak spesifikasi kurikulum yang telah dikeluarkan dan
perubahan ini amat positif dalam meningkatkan tahap kemahiran manipulatif pelajar.
Menurut Biggs’ (1996), perubahan pada kurikulum akan turut sama merubah sistem
pentaksiran dalam pendidikan sistem tersebut. Beliau menambah, penjajaran konstruktif
perlu dibuat antara pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran. Konsep ini turut
terkandung dalam pendidikan berasaskan hasil atau lebih dikenali “outcome based
education” (MQA,2008).

Secara kesuluruhannya, perlaksanaan pentaksiran telah dijalankan dapat
membuktikan bahawa keberkesanan Ujian Eksperimen Biologi dapat meningkatkan
tahap kemahiran manipulatif pelajar dan seterusnya mencapai hasil pembelajaran (CLO2
dan CLO4).Ujian ini mampu meningkatkan juga tahap kebersediaan pelajar dan
seterusya dapat juga memotivasikan pelajar.Ini dapat memenuhi kehendak audit MQA
yang bakal dijalankan tahun depan.Namun begitu kajian terdapat kelemahan dari segi
soalan yang dikemukakan dalam soal selidik terlalu terbuka dan agak sukar untuk dibuat
analisis.

Kekangan bagi menjalankan kajian ini adalah kekurangan respon kerana pelajar
yang diuji hanyalah pelajar kelas pengkaji. Kajian ini hanyalah tertumpu kepada pelajar
kelas pengkaji dan segala keputusan dapatan kajian hanya untuk pelajar di dalam kelas
pengkaji dan sebagai rujukan kepada pensyarah kelas terbabit dan ini tidak dapat
digeneralisasikan kepada kelas yang lain. khusus dan berarah. Selain itu di masa
hadapan kajian tentang keberkesanan tugas

Menjalankan kajian yang lebih mendalam iaitu berfokus dan bersasar kepada
rubrik yang digunaka untuk menbuat penilaian dengan menggunakan sampel pelajar
yang lebih besar akan dapat memperolehi dapatan kajian yang lebih menyeluruh dan dan
dapat digunakan oleh pengkaji lain.

12

RUJUKAN
Biggs,J.(1996), Enhancing teaching through constructive alignment .Higher Education,

32,347-364
Broadfoot, P. M. (1996) Education, assessment and society: a sociological analysis

(Buckingham,Open University Press).
Fautley and Savage (2008), Assessment For Learning And Teaching.

British Journal Of Education Technology, 39(4):752-753 · July 2008
Malaysian Qualifications Agency (MQA).(2008),Code of Practice For Programme

Accreditation.Selangor, Malaysia: Malaysian Qualifications Agency, (MQA).
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001).Penilaian Kendalian Sekolah.

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
LAMPIRAN

13

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

MENINGKATKAN PENGUASAAN MELERAIKAN DAYA 3 DIMENSI
MENGGUNAKAN KAEDAH ONLINE LEARNING DALAM
KALANGAN PELAJAR J1P4

1Mohd Nadzri Mohd Nor Rizan, 2Najian Lokman, 3Nor Syamina Assan Kuthus

1,2,3Unit Asas Kejuruteraan, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
[email protected] , [email protected] , [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar J1P4 di dalam subtopik peleraian daya 3-dimensi dengan menggunakan kaedah online
learning. Seramai 3 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan dari praktikum J1P4
dan 4 orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui soalan
tutorial. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa pelajar tidak memahami kehendak soalan.
Pelajar menghadapi kesukaran untuk mentafsir soalan daya 3-dimensi. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik online learning dengan menggunakan laman sesawang Quizziz.
Murid telah didedahkan untuk menjawab soalan melalui Quizziz selama sejam dan kajian ini
telah diselesaikan dalam tempoh masa 3 minggu. Data yang diperolehi melalui Quizziz telah
menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pelajar lebih
berminat, memahami dan seronok menjawab soalan melalui laman sesawang Quizziz
berbanding cara tradisional.

Kata Kunci: Pelajar J1P4, peleraian daya 3-dimensi, kaedah online learning, laman sesawang
Quizziz, kaedah tradisional

1.0 Pendahuluan
Asas Kejuruteraan secara umumnya merangkumi pengetahuan dan kemahiran tiga bidang
kejuruteraan iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal.
Matapelajaran Asas Kejuruteraan merupakan subjek yang wajib diambil oleh para pelajar yang
memasuki Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Proses pembelajaran subjek ini
memerlukan penguasan kemahiran dalam ketiga-tiga bidang ini. Topik leraian daya 3-dimensi
adalah kemahiran asas bagi pembelajaran subjek asas kejuruteraan yang merangkumi teknik
asas trigonometri. Teknik ini digunakan bagi meleraikan daya 3 dimensi kepada komponen x,
y dan z. Ini bermakna pelajar perlu menguasai tajuk ini sebelum mempelajari tajuk yang
berkaitan supaya dapat menyelesaikan masalah konsep daya. Oleh itu, pemahaman konsep
leraian daya adalah satu kemahiran yang penting dalam pembelajaran Asas Kejuruteraan.

Sepanjang tempoh kami mengajar, kami mendapati para pelajar selalu melakukan
kesalahan yang berkaitan dengan kemahiran ini. Pelajar lemah dalam penguasaan konsep
leraian daya dalam 3 dimensi menyebabkan seterusnya mereka menghadapi masalah berkaitan
dengan pembelajaran secara keseluruhan bagi kursus asas kejuruteraan. Oleh itu, penyelidik
berpendapat kajian ini dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut dengan harapan dapat
meningkatkan lagi keberhasilan pelajar dalam subjek ini.

2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu
Setiap kali menanda jawapan tutorial pelajar, saya agak kecewa apabila pelajar gagal menjawab
soalan dengan betul walaupun soalan yang diberikan adalah agak senang. Mereka bagaikan
acuh tak acuh dalam menjawab soalan. Apabila ditanya mereka sering memberitahu bahawa
soalan yang diberikan adalah sukar walaupun mereka pernah menjawab soalan yang seakan
sama sebelumnya. Kadang-kadang saya terfikir adakah cara pengajaran saya tidak berkesan
sehingga pelajar tidak boleh menjawab soalan yang diberikan.

Selain itu, latar belakang akademik pelajar juga memainkan peranan penting dalam
tahap kefahaman pelajar. Bekas pelajar aliran teknik lebih mudah memahami topik yang diajar

1

berbanding pelajar dari sekolah aliran kebangsaan. Melalui pemerhatian saya juga, saya dapati
bahawa pelajar lelaki lebih mudah memahami topik yang diajar berbanding pelajar perempuan.
Saya tidak pasti jika aspek jantina memainkan peranan dalam menentukan tahap kefahaman
pelajar.

Disamping itu saya juga agak kecewa apabila pelajar tidak mampu menyiapkan soalan-
soalan latihan dalam masa yang ditetapkan. Jadual 1 dibawah menunjukkan analisis jawapan
yang diberikan kepada pelajar untuk menyelesaikan latihan bagi topik leraian 3 dimensi.
Sekiranya diberikan 3 soalan untuk diselesaikan dalam masa satu jam, mereka hanya berjaya
menjawab satu ataupun dua soalan sahaja walaupun masa yang diberikan adalah mencukupi.
Mereka mengambil masa yang lama untuk menyiapkan soalan pertama sehingga tidak
mempunyai masa untuk menjawab soalan yang selebihnya. Saya perlu berulang kali
memberitahu pelajar supaya mereka bijak membahagikan masa dalam menjawab soalan namun
mereka mendengar nasihat saya bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Selain itu, sikap pelajar yang tidak dapat berpisah daripada telefon bimbit mereka agak
membimbangkan saya. Saya pernah mengarahkan pelajar supaya tidak membawa telefon
bimbit semasa PDPC tetapi mereka tidak berpuas hati dan menunjukkan mimik muka yang
mencuka dan seolah-olah memprotes dalam diam. Ada juga pelajar yang bertanya “kenapa?”
dan memberi pelbagai alasan untuk diberikan kepercayaan kepada mereka untuk membawa
telefon bimbit semasa PDPC berlangsung. Melalui pemerhatian kami, apabila pelajar dilarang
membawa telefon bimbit semasa PDPC mereka tidak dapat fokus kepada sesi pembelajaran
dan gelisah kerana tidak dapat menatap telefon bimbit mereka. Bagi mereka telefon bimbit
adalah sebahagian daripada diri mereka dan tidak dapat berpisah dengannya. Apabila diminta
untuk menjawab soalan di hadapan, mereka teragak-agak kerana tiada bahan rujukan. Ini
kerana semua nota rujukan dan bahan tutorial hanya ada di dalam telefon bimbit mereka.
Mereka memberi alasan bahawa nota rujukan dan bahan tutorial terlampau banyak dan lebih
senang diakses melalui telefon bimbit.

Pengunaan telefon bimbit amat di dalam PDPC amat merisaukan saya, justeru saya
telah selidik latar belakang peribadi pelajar bagi pemahaman saya terhadap pelajar saya. Saya
dapati pelajar-pelajar ini datang dari pelbagai aspek persekitaran yang berbeza serta status
sosio-ekonomi pelajar menunjukkan sikap mereka secara individu amat berbeza satu dari yang
lain.

Jadual 1: Analisis jawapan latihan topik leraian 3 dimensi.

Soalan Analisis

Q1 FIGURE 1 Figure 1 shows a system of  Pelajar dapat

two forces. Determine meleraikan daya F2

a) The resultant force, FR, kepada komponan x
of the two forces. dan y.

b) The angle θ, between  pelajar hadapi
F1 and F2. kesukaran meleraikan
daya kepada komponen

z.

 pelajar tidak dapat
mencari sudut γ.

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Q2 Two forces, |F1| = 100 N  Pelajar tidak

FIGURE 2 and |F3|= 150 N, act at a memahami kehendak

Q3 point as shown in Figure 2. soalan.

FIGURE 3  Pelajar tidak dapat

Q4 a) The resultant force, FR. membezakan
kepentingan resultant
FIGURE 4
b) The angle θ, between dan resolving.

F1 and F3.

Two forces, |F1|=80N and  Pelajar tidak dapat

|F2|=60N, act at a point as menjawab soalan ini

shown in Figure 3. kerana gagal memhami

Determine the projection of kehendak soalan.

F1 onto the line of action of Pelajar belum

F2. Express the projection menguasai penggunaan

as cartesian vector. cartesian vector.

Three forces, |F1|= 100 N,  Pelajar menghadapi

|F2| = 200 N, and |F3|= 300N kesukaran dalam
act at a point as shown in membezakan
Figure 4. Find: penggunaan setiap

a) The angle, θ, between F1 sudut yang diberikan.

and F2.

b) The coordinate direction

angles for force F3. (hint:
α, β, ɤ)

Q5 Express the force F as  Pelajar tidak menguasai

Cartesian vector. konsep cartesian
vector.

 Pelajar tidak
meleraikan daya
walaupun sudut gamma
dan beta telah
diberikan.

Daripada Jadual 1, dapat ditafsirkan bahawa pelajar menghadapi kesukaran meleraikan
daya kepada 3 dimensi dan juga gagal memahami kehendak soalan. Mereka juga tidak dapat
membezakan penggunaan setiap sudut yang diberikan. Oleh itu, penggunaan kaedah online
learning dapat membantu pelajar lebih memahami kehendak soalan dan membiasakan pelajar
untuk menjawab soalan yang mempunyai pelbagai sudut.

3.0 Isu keperihatinan / Fokus kajian

Melalui hasil semakan jawapan tutorial kami dapati bahawa pelajar mampu untuk menjawab
soalan tutorial jika mereka memahami kehendak soalan. Namun begitu melalui pemerhatian
kami, kami melihat pelajar meghadapi kesukaran untuk mentafsir soalan. Kesukaran mentafsir

3

soalan membuatkan pelajar mudah berputus asa dan membuat kesimpulan bahawa topik yang
dipelajari adalah sukar dan tidak akan mampu difahami oleh mereka walaupun sebenarnya
topik itu adalah mudah. Oleh itu kami merasakan bahawa kami perlu mengubah kaedah
rangsangan lain yang mampu menarik minat mereka mempelajari topik tersebut.

Semasa pelajar menjawab soalan tutorial, kami melihat pelajar mengambil masa yang
lama untuk menjawab satu soalan. Mereka tidak tahu berapa lama masa yang perlu
diperuntukkan untuk menyelesaikan soalan tutorial. Hal ini agak membimbangkan kerana kami
takut pelajar tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjawab soalan PSPM nanti. Mereka
bukannya tidak boleh menjawab soalan itu, tetapi mereka mengambil masa yang lama untuk
menyelesaikan soalan. Tambahan lagi, suasana pembelajaran dalam bilik darjah yang sama
untuk semua mata pelajaran membosankan dan berulang-ulang menyebabkan pelajar mudah
hilang fokus dan minat.

Di samping itu, kami dapati pelajar-pelajar pada zaman sekarang terlampau bergantung
kepada teknologi. Mereka cenderung untuk menggunakan gadget dalam kehidupan seharian
mereka untuk bersosial, berhubung ataupun untuk membuat rujukan. Bagi mereka belajar
menggunakan gadget seperti telefon bimbit, komputer dan tablet adalah lebih mudah dan cepat
berbanding menggunakan cara tradisional seperti buku dan nota. Sesetengah pelajar juga telah
memuat naik nota-nota pelajaran ke dalam gadjet mereka. Nota-nota ini boleh diakses dengan
mudah oleh mereka pada bila-bila masa dan dimana jua.

Oleh yang demikian, kami membuat keputusan untuk melaksanakan kajian dengan
bersungguh-sungguh bagi membaiki kaedah P&P serta mempertingkatkan minat pelajar
terhadap topik ini. Kami merasakan kami perlu menarik minat pelajar untuk menguasai teknik
menjawab soalan daya 3 dimensi dengan melibatkan penggunaan teknologi dalam sesi tutorial.
Dengan pengunaan teknologi juga kami berharap bahawa suasana pembelajaran akan lebih
menarik.

Oleh itu, kajian yang dijalankan oleh kami ini akan berfokuskan kepada pembelajaran
kaedah online dengan harapan bahawa kaedah ini akan dapat menarik perhatian pelajar
bersesuaian dengan minat dan keseronokan pelajar alaf baru berbanding dengan menggunaan
kaedah manual atau tradisional. Dengan penggunaan kaedah pembelajaran ini, kami merasakan
bahawa pelajar akan lebih proaktif dalam menjawab soalan dan melibatkan diri dalam
perbincangan di dalam kelas.

4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif Umum
Meningkatkan penguasaan Daya 3 Dimensi menggunakan kaedah Pembelajaran Online.

4.2 Objektif Khusus
4.2.1 Meningkatkan 50% prestasi dalam kuiz online learning.

4.2.2 Meningkatkan 50% pencapaian soalan tepat yang diselesaikan oleh pelajar dalam
tutorial.

4.2.3 Meningkatkan 50% pencapaian pelajar dalam Kursus Asas Kejuruteraan dalam ujian
Pengesanan 4P.

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

5.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran terdiri daripada 6 orang pelajar dari J1P4 yang terdiri daripada seorang
pelajar lelaki berbangsa India, 2 orang pelajar lelaki berbangsa melayu, seorang pelajar
perempuan berbangsa cina dan 2 orang pelajar perempuan berbangsa melayu. Pelajar-pelajar
ini dipilih berdasarkan pencapaian dalam subjek Asas Kejuruteraan pada PSPM 1 yang lalu.
Kesemua pelajar ini menghadapi kesukaran dalam meleraikan daya 3 Dimensi kepada
komponen x, y dan z berdasarkan analisis latihan seperti di Jadual 2.1.

6.0 Perancangan dan Perlaksanaan Tindakan

6.1 Pengumpulan Data Awal
6.11 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, ujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
sejauh mana kefahaman mereka mengenai subtopik daya 3 dimensi. Kami menyemak jawapan
soalan tutorial pelajar bagi mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar dalam
topik daya 3 dimensi.

Kami menjalankan kuiz ke atas kumpulan sasaran dengan melibatkan soalan-soalan
yang menjurus kepada leraian daya 3 dimensi kepada komponen x. y dan z. Kuiz ini
mengandungi 6 soalan subjektif. Soalan-soalan yang diuji adalah berdasarkan kepada subtopik
Daya 3 Dimensi iaitu meleraikan daya dalam 3 dimensi kepada paksi x, y dan z serta
menyelesaikan pengiraan mencari magnitud serta menentukan arah setiap daya tersebut.
Berikut merupakan contoh soalan kuiz yang diuji.

Jadual 1: Kuiz topik 2.3 (Forces in 3-D)

Q1 Figure 1 shows a system of two forces.
Determine

FIGURE 1 c) The resultant force, FR, of the two
forces.
Q2
d) The angle θ, between F1 and F2.

Two forces, |F1| = 100 N and |F3|= 150 N,
act at a point as shown in Figure 2.

FIGURE 2 c) The resultant force, FR.
d) The angle θ, between F1 and F3.

5

Q3 Two forces, |F1|=80N and |F2|=60N, act at
a point as shown in Figure 3. Determine
FIGURE 3 the projection of F1 onto the line of action
of F2. Express the projection as cartesian
Q4 vector.

Q5 FIGURE 4 Three forces, |F1|= 100 N, |F2| = 200 N,
and |F3|= 300N act at a point as shown in
Figure 4. Find:
c) The angle, θ, between F1 and F2.
d) The coordinate direction angles for

force F3. (hint: α, β, ɤ)

Express the force F as Cartesian vector.

Q6 An elastic rubber band is attached to
points A and B.

Determine its length and its direction
measure from A towards B.

Seterusnya, kumpulan sasaran ini ditemu bual bagi mengenal pasti secara spesifik masalah
yang dihadapi pelajar dalam daya 3 dimensi. Berikut merupakan soalan-soalan yang
dikemukakan pada pelajar sewaktu sesi temu bual.

Jadual 2: Transkripsi Temu Bual

Soalan Respons Pelajar Kod

1) Adakah anda berminat mempelajari topik Forces In
3D?

2) Mengapa anda tidak berminat untuk mempelajari
topik ini?

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

3) Nyatakan satu kaedah yang anda rasa akan membantu
anda meningkatkan minat pada topik ini?

Penentuan Kod
1) Faktor Guru
2) Faktor Rakan Sebaya
3) Tiada sokongan / bantuan pelajaran di kolej.
4) Menganggap topik ini tidak relevan.
5) Tajuk ini susah untuk difahami
6) Tidak berminat
Dalam kajian ini, satu set soal selidik telah digunakan bagi mengenal pasti kesukaran yang
dihadapi pelajar dalam mempelajari topik ini dari segi pembelajaran, situasi dan kaedah
pengajaran di kelas. Berikut merupakan borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini.

Jadual 3: Borang Soal Selidik Pelajar
Sila bulatkan satu jawapan bagi setiap soalan di bawah.
1) Adakah anda meminati kursus Asas Kejuruteraan?

a) Ya
b) Tidak
2) Adakah anda bertanya pada guru sekiranya tidak faham?
a) Ya
b) Tidak
3) Berapakah soalan berkenaan topik Forces in 3D yang anda dapat jawab dalam masa 1jam?
a) 3
b) 4
c) 5
d) 1
4) Adakah soalan-soalan tutorial membantu kefahaman anda pada topik ini?
a) Ya
b) Tidak

6.1.2 Analisis Tinjauan Masalah
Setelah memeriksa jawapan ujian, kami mendapati pelajar tidak dapat menyelesaikan soalan
leraian daya 3 dimensi dengan lengkap. Penyemakan jawapan pelajar membawa kepada

7

konklusi bahawa kumpulan sasaran ini tidak memahami kehendak soalan, justeru setiap soalan
tidak diselesaikan. Pelajar tidak dapat menyelesaikan soalan secara lengkap kerana
menghadapi kesukaran dalam meleraikan daya kepada paksi x, y dan z. Oleh yang demikian,
penyelesaian magnitud dan arah bagi setiap daya yang terlibat tidak dikerjakan.

Hasil temu bual bersama kumpulan sasaran didapati bahawa setiap pelajar menyatakan
topik ini adalah silibus baru bagi mereka dan mereka menghadapi kesukaran membayangkan
daya dalam 3 dimensi. Mereka selesa dengan kaedah peleraian daya dalam 2 dimensi yang
telah dipelajari sebelum ini dan merasakan susah untuk mentafsirkan sudut-sudut yang
diberikan dalam 3 dimensi.

Pelajar juga mengatakan mereka kurang minta tunjuk ajar dari pensyarah kerana
sentiasa sibuk dengan pembelajaran subjek-subjek yang lain. Masa lapang mereka juga tidak
digunakan dengan sebaiknya serta mereka berasa susah unutk belajar tanpa panduan.

Selain itu, pemerhatian oleh guru tutorial waktu PdP mendapati pelajar tidak
menumpukan perhatian dan senang hilang fokus. Perhatian pelajar dalam kelas tutorial adalah
kurang sebelum kajian dilakukan. Pelajar sering tidak menyiapkan soalan tutorial dan
mengharapkan pensyarah memberikan jawapan serta merta. Pelajar kurang berusaha untuk
mendapatkan kefahaman.

6.2 Tindakan / Aktiviti PdP

Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan pelajar memang lemah dalam topik meleraikan daya
3 dimensi dan mereka juga begitu bergantung kepada pengunaan telefon bimbit dalam
pelajaran mereka. Oleh itu, kami telah melibatkan penggunaan teknologi dalam membantu
pelajar memahami topik ini dengan mengunakan aplikasi Quizziz.

a. Pertama, kami telah merangka soalan bagi topic dalam bentuk kuiz dalam aplikasi
Quizziz. Kami telah menetapkan jangka masa yang diperlukan oleh pelajar untuk
menyelesaikan soalan yang diberikan

b. Kemudian kami meminta pelajar melayari web Quizziz dan memasukkan kod soalan
dan menjawab soalan yang diberikan. Pelajar perlu memasukkan alamat emel dan nama
mereka sebelum menjawab soalan. Ini telah memudahkan kami untuk mengumpul
maklumat tentang kefahaman setiap pelajar dalam menjawab soalan topik ini.

c. Semasa menjawab soalan pelajar perlu menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Mereka juga boleh melihat tahap pencapaian mereka menjawab soalan berbanding
dengan rakan mereka sejurus selepas menjawab setiap soalan.

d. Kemudian kami mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dan soalan yang sukar dijawab
oleh mereka melalui data yang dikumpulkan melalui Quizziz. Melalui Quizziz kami
dapat mengumpul data tentang soalan yang ramai pelajar tidak menjawab dengan betul
dan juga data tahap pencapaian pelajar berbanding rakan mereka.

e. Setelah mengumpul data dan mengenal pasti soalan yang sukar dijawab oleh pelajar
dan konsep yang mereka gagal fahami bagi meleraikan daya 3 dimensi, kami telah
menyediakan satu set soalan yang dapat membantu pelajar mengatasi kelemahan
mereka. Soalan ini juga telah dirangka dalam aplikasi Quizziz.

f. Setelah itu kami meminta pelajar untuk menyelesaikan soalan itu agar mereka dapat
memahami konsep meleraikan daya dalam 3 dimensi.

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selama 3 minggu. Kami telah memperuntukkan
2 waktu P&P untuk pelajar membuat latihan melalui lawan web Quizziz. Selepas itu, kami telah
mengumpulkan data mengenai kemampuan pelajar menjawab latihan topik meleraikan daya 3
dimensi yang telah dijana oleh Quizziz. Kami juga telah mendapatkan maklum balas dari

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

pelajar mengenai keberkesanan penggunaan Quizziz dalam menjawab soalan dan memahami
topik ini.

Penggunaan online learning dalam sesi P&P dapat membantu pelajar berinteraksi
dengan kawan-kawan mereka dan bersaing secara sihat dalam menjawab soalan latihan. Pelajar
juga lebih berminat untuk mengunakan telefon bimbit dalam menjawab soalan latihan
berbanding mengunakan kaedah tradisional. Mereka menyatakan bahawa kaedah online
learning adalah lebih interaktif dan bersesuaian dengan zaman teknologi sekarang yang
semakin canggih.

Menurut kajian Zwelijongile Gaylard Baleni (2015) kebaikan pengggunaan penilaian
formatif atas talian adalah pelajar akan mendapat maklum balas tentang jawapan mereka
dengan cepat dan makum balas juga senang difahami. Pelajar akan terus mendapat jawapan
dan maklum balas akan soalan yang telah dijawab oleh mereka dengan segera selepas mereka
selesai menjawab soalan tersebut. Ini akan lebih membantu pelajar memahami kesilapan
mereka dan memperbaiki kelemahan mereka.

7.0 Pemerhatian (Pengumpulan Data Selepas / Data Akhir & Analisis Data)

Hasil daripada tindakan di atas, kami telah memutuskan untuk memperkenalkan kaedah Online
learning dalam pengajaran dalam kelas sebagai satu medium untuk menarik minat pelajar
kepada topik ini serta memberi ruang kepada pelajar untuk menjawab soalan-soalan yang
diberikan pada waktu senggang.

Proses PdP di kelas tutorial dijalankan seperti biasa. Setelah siap menjelaskan topik
peleraian daya 3 dimensi, pelajar diberi masa untuk menjawab satu soalan contoh yang
dibincangkan bersama dalam kelas tersebut. Setelah perbincangan dilaksanakan, pelajar
diminta menjawab soalan kuiz melalui laman sesawang Quizziz.com.

Pelaksanaan tindakan seperti 6.3 dilaksanakan sebanyak dua kali bagi topik ini setelah
topik peleraian daya 3 dimensi di ajar di dalam sesi PdP. Merujuk kepada jadual di bawah,
perbandingan pencapaian kumpulan sasaran pada kuiz set pertama dan set kedua dibuat dan
direkodkan.

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan pencapaian pelajar terhadap kaedah online
learning yang digunakan. Secara keseluruhannya, kumpulan sasaran menunjukkan keputusan
yang tidak memberangsangkan daripada hasil kutipan data kuiz set pertama. Setelah keputusan
pencapaian kuiz set pertama diterima, kami teruskan dengan lebihkan tunjuk ajar kepada
pelajar supaya dapat meningkatkan penguasaan meleraikan daya dalam 3 dimensi. Seterusnya,
pelajar diberi lebih masa untuk menjawab kuiz set kedua berbanding kuiz set pertama. Hal ini
demikian untuk menguji tahap penguasaan pelajar terhadap topik daya 3 dimensi.

Pencapaian kumpulan sasaran bagi kuiz set kedua pula menunjukkan bahawa pelajar
dapat kuasai sedikit konsep peleraian daya 3 dimensi tetapi secara keseluruhannya peratus
peningkatan dibandingkan dengan kuiz set pertama masih tidak begitu memberangsangkan.

Jadual 4: Perbandingan pencapaian kumpulan sasaran untuk kuiz pembelajaran
secara atas talian menggunakan laman quizziz.

Item Kuiz Set Pertama Kuiz Set Kedua (%) Peningkatan /
(%) Penurunan (%)
Pelajar A 30 55 +25
Pelajar B 25 35.5 +10.5
Pelajar C 38 55 +17

9

Pelajar D 22 40 +18

Pelajar E 25 44 +19

Pelajar F 33 44 +11

Selepas kuiz atas talian diperkenalkan dan dilaksanakan, pemerhatian pada pencapaian

pelajar dalam ujian pengesanan 4P (Rujuk Jadual 2) digunakan sebagai medium untuk

mentaksir implikasi penggunaan kuiz atas talian.

Secara keseluruhan hasil pencapaian kumpulan sasaran ujian pengesanan yang
dilakukan menunjukkan separuh daripada 6 orang pelajar sasaran mampu meleraikan daya 3
dimensi kepada komponen x, y dan z. Manakala, separuh lagi kumpulan sasaran masih
menghadapi masalah dalam mentafsirkan daya 3 dimensi kepada komponen x, y dan z.

8.0 Refleksi dan Kesimpulan

Pencapaian pelajar-pelajar sasaran dalam kuiz set pertama, kuiz set kedua dan ujian pengesanan
4p menunjukkan peningkatan yang ketara walaupun tidak begitu cemerlang. Kebolehan
meleraikan daya 3 dimensi kepada komponen x, y dan z merupakan salah satu kriteria penting
dalam pembelajaran asas kejuruteraan. Kemahiran meleraikan daya perlu dikuasai oleh pelajar
sebelum dapat menguasai topik-topik yang lebih kompleks dalam kursus ini. Penggunaan
kaedah online learning adalah untuk mempelbagaikan pedagogi pembelajaran dan pengajaran
justeru meningkatkan minat pelajar dalam kelas. Pelajar sentiasa menunjukkan tindak balas
positif apabila alat bantu mengajar dipelbagaikan dalam sesi PdP. Penggunaan kaedah atas
talian ini ada kebaikan dan kekangannya seperti capaian talian internet yang perlahan di
kawasan kolej menyebabkan pelajar hilang minat untuk meneruskan menjawab kuiz atas talian.

Selain itu, berdasarkan analisis serta pemerhatian pencapaian pelajar jelas
menunjukkan peningkatan peratus pelajar menjawab dengan betul meningkat berbanding
keputusan awal, namun, keputusan peningkatan ini tidaklah begitu memberangsangkan.
Walaupun keputusan itu tidak cemerlang, pencapaian kumpulan sasaran tetap menunjukkan
peningkatan dan ini dapat disimpulkan bahawa penggunaan kaedah online learning ini dapat
membantu pembelajaran pelajar namun proses penggunaan kuiz ini perlu diperkemaskan lagi.

Selain itu, kaedah ini sangat digalakkan untuk dilaksanakan sebagai kaedah yang
menyokong konsep pembelajaran OBE dalam kalangan pensyarah. Adalah diharapkan melalui
kajian ini, kualiti dan keberkesanan kaedah online learning dapat digunapakai sesuai dengan
sesi pembelajaran setiap subjek untuk meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah dan
menghasilkan pelajar yang cemerlang serta memacu matrikulasi ke arah kualiti pendidikan
yang bertaraf global.

Rujukan

Baleni, Z.G. (2015). Online formative assessment in higher education: Its pros and cons.
Electronic Journal of e-Learning Volume 13 Issue 4 2015

Manual Tindakan Edisi Ketiga (2008). Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Taradi, S.K., Taradi, M., Radic, K., & Pokrajac, N. (2004). Blending problem-based learning
with Web technology positively impacts student learning outcomes in acid-base
physiology. The American Physiological Society

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Wang, K.H., Wang, T.H., Wang, W.L., & Huang, S.C. (2006). Learning Styles and formative
assessment strategy: enhancing student achievement in Web-based learning. Blackwell
Publishing Ltd.

11

JADUAL 7.2 MARKAH PROGRAM 4P2 SUBJEK : ASAS KEJURUTERAAN (EB025)

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

ANALISIS FINAL ACCELERATION PROGRAME 4P2 2018/2019

PAPER 1 KEKUATAN KELEMAHAN
NO. SOALAN pelajar masih perlu menyesuaikan
diri menjawab menggunakan
1.a. (SUBTOPIC Pelajar dapat menyatakan fungsi Bahasa Inggeris dengan grammar
1.3 GANTT penggunaan Gannt Chart dengan baik. yang betul supaya tidak salah
CHART) 89% pelajar dapat menguasai teori topik maksud.
ini. pelajar masih perlu menyesuaikan
diri menjawab menggunakan
1.b (SUBTOPIC Semua pelajar dapat menjawab soalan ini Bahasa Inggeris dengan grammar
1.3 GANTT dengan baik dan mendapat markah penuh. yang betul supaya tidak salah
CHART) maksud.
30% pelajar tidak menjawab
1.c (SUBTOPIC Pelajar dapat mengenal pasti carta yang kerana tidak mengulangkaji cara
1.3 GANTT perlu digunakan. Gantt Chart di bentuk.
CHART) Students are not able to write the
theory of vector in scalar and
2.a.i & 2.a.ii Students are able to resolve vectors into vector form. 50% managed to
(SUBTOPIC 2.1 each x and y components successfully. score atleast one mark for each
theory question.
VECTOR) students could not relate the
theory of friction to equilibrium.
2.b.i & 2.b.ii Misconception : frictional force is
(SUBTOPIC 2.8 understood the equilibrium conditions. always opposite to force. Correct
theory : Frictional force is
FRICTION) opposite the motion of the object.
wrong interpretation on question,
2.b.iii Able to resolve each forces into x and y students always find the resultant
(SUBTOPIC 2.3 components. even if the questions are only
about resolving vectors.
FORCE understood the concept of traditional and wrong interpretation of questions
SYSTEM) modern concept. and short answers. Students
3.a & 3.b should explain more on these
(SUBTOPIC 3.1 types of questions.
DESIGN
CONCEPT)

PAPER 2 KEKUATAN KELEMAHAN
NO. SOALAN wrong interpretation of question.
Does not understand the
1.a (SUBTOPIC difference between resultant and
2.3 FORCE Resolving forces into each axis. resolving.
SYSTEM) have difficulty in resolving into
3d axes and difficulty in
1.b (SUBTOPIC interpreting the 3d diagram.
2.3 FORCE
SYSTEM) 13

1.c (SUBTOPIC understand the usage of equilibrium wrong interpretation of the
2.6 equations. diagram given. Students need to
pay attention to each forces in the
EQUILIBRIUM correct method used throughout the rigid body.
RIGID BODY questio.
worng interpretation of the
IN 2D) most could identify the correct rotation of question. Many careless mistake
2.a (SUBTOPIC the forces. on the calculation part.

2.7 correct method used throughout the indication of positive and negative
STRUCTURE questio. of each rotation.
EQUILIBRIUM)
2.b (SUBTOPIC careless mistake while
2.5 MOMENT) substituting the answers.
2.c (SUBTOPIC
did not understood the question.
2.7
STRUCTURE wrong Free-Body Diagram lead to
EQUILIBRIUM) wrong calculation. And wrong
3.a (SUBTOPIC interpretation of questions.
2.8 FRICTION) few could not identify centroid
locations, most did careless
3.b (SUBTOPIC correct usage of equilibrium equations mistake while calculating.
2.8 FRICTION)
could not explain well.
3.c (SUBTOPIC all used the correct method.
2.9 CENTROID understand what is alternative solution. could not explain well.
understand what is alternative solution.
4.a (SUBTOPIC
3.2

4.b (SUBTOPIC
3.2

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

MENINGKATKAN PENCAPAIAN AMALI LUKISAN BERBANTU
KOMPUTER (CAD) MENGGUNAKAN KAEDAH
‘4S’ DALAM KALANGAN PELAJAR J1P13

1Dahari Surid, 2Nurul Heja Mustaffa, 3Mohamad Talhah Al Hafiz Khata, 4Ahmad Nizar
Ahmad Najib

1,2,3,4 Unit Asasa Kejururteraan, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
[email protected], [email protected], [email protected],

[email protected],

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan pencapaian markah amali lukisan berbantu
komputer (CAD) menggunakan kaedah 4S dalam kalangan pelajar J1P13. Kumpulan
sasaran terdiri daripada lima orang pelajar J1P13 yang dikesan tidak mempunyai asas
kejuruteraan. Para pelajar ini telah dipilih atas faktor kekurangan atau tiada langsung
kefahaman tentang konsep asas dalam lukisan 3 dimensi. Kaedah 4S merangkumi; S1:
Simplify the shape (Permudahkan bentuk), S2: Strengthen the basic of UCS concept
(Menguatkan konsep asas UCS), S3: Sense the geometry (Merasai bentuk geometri) dan
S4: Seize the whole concept (Mendakap keseluruhan konsep). Kajian ini dijalankan
dengan mengenal pasti masalah pelajar melalui pemerhatian dan refleksi pensyarah di
dalam kelas. Seterusnya, kaedah dan tindakan yang bersesuaian telah dirancang sebagai
penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Dapatan kajian ini
mendapati pelajar berjaya menyiapkan tugasan secara individu, mampu menguasai
konsep dengan lebih cepat, dan memperoleh markah yang cemerlang semasa proses
penilaian berterusan.

Kata kunci: Lukisan berbantu komputer (CAD), pencapaian amali CAD,
pemudahcaraan, model 3D, UCS,

1.0 Pendahuluan
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian markah amali lukisan
berbantu komputer (CAD) menggunakan kaedah 4S dalam kalangan pelajar J1P13.
Lukisan berbantu komputer merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran Asas
Kejuruteraan bagi semester II. Penilaian topik ini adalah melalui kerja amali yang
dilakukan oleh pelajar dalam penilaian berterusan. Pengalaman mengajar kelas amali ini
selama hampir 10 tahun dimanfaatkan untuk sentiasa melakukan penambahbaikan di
dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdP). Di dalam kelas amali, pensyarah
seharusnya mampu mengaitkan pengetahuan teori pelajar dengan amali yang dilakukan.
Oleh hal yang demikian, kaedah dan pendekatan khas perlu dilaksanakan bagi membantu
para pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan asas atau teori untuk melakukan amali.
Isu pentaksiran yang dikenal pasti adalah, penilaian berterusan yang dilakukan tidak
mengambil kira latar belakang para pelajar sama ada pernah mengambil matapelajaran
Lukisan Kejuruteraan ataupun tidak. Tiadanya analisis khusus dilakukan bagi mengenal
pasti tahap kefahaman pelajar dan tahap keyakinan pelajar dalam menjawab soalan amali
penilaian berterusan serta pengetahuan asas pelajar. Kaedah 4S yang digunakan dalam
kajian ini adalah khas untuk pelajar yang tidak mempunyai asas dalam mata pelajaran
kejuruteraan diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh kerana kajian ini berfokus
terhadap perkembangan pensyarah dan pembelajaran pelajar, model kajian tindakan
amalan (practical action research) telah digunakan. Proses gelungan juga telah digunakan
semasa menjalankan kajian tindakan ini yang merangkumi 4 peringkat utama; merancang,
bertindak, memerhati dan merefleks.

2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Lalu

1

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Semasa mengajar amali lukisan berbantu komputer, lazimnya kaedah tunjuk
cara/demonstrasi digunakan untuk menerangkan konsep dan teknik melukis
menggunakan komputer. Berdasarkan pemerhatian, pelajar didapati menghadapi
kesukaran untuk menggambarkan (imaginasi), memahami konsep berkaitan dan sukar
melukis untuk tajuk permodelan pepejal 3 dimensi (3D solid modelling). Masalah yang
sama juga dihadapi oleh rakan pensyarah yang lain.

Saya merasa sangat kecewa kerana telah berusaha menerangkan kepada pelajar
konsep dalam lukisan permodelan 3 dimensi tetapi tetap tidak dapat difahami dengan
mudah oleh pelajar. Setelah diteliti, didapati bahawa hal ini menjadi masalah yang besar
kepada pelajar yang tiada asas lukisan kejuruteraan iaitu pelajar yang tidak mengambil
mata pelajaran lukisan kejuruteraan diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kesukaran mengintrepretasi soalan dengan tepat dan jelas akan menyebabkan pelajar
gagal menjawab dengan betul.

Yasin et al. (2012) dalam kajian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran lukisan
kejuruteraan (LK) di sekolah menengah melaporkan bahawa pelajar sering menghadapi
kesukaran dalam penyelesaian masalah LK akibat lemah dalam visualisasi. Saud dan
Foong (2007) berpendapat bahawa untuk menguasai konsep LK dengan berkesan,
seseorang pelajar harus menguasai kemahiran visualisasi dengan baik. Kajian Sorby dan
Wysocki (2003) menunjukkan bahawa kejayaan seseorang individu dalam LK bergantung
kepada kebolehan visualisasi individu tersebut, malah individu tersebut akan menghadapi
kesukaran untuk menyelesaikan masalah LK sekiranya kebolehan visualisasi mereka
lemah.

Implikasinya ialah pelajar tidak mampu menyiapkan tugasan sendiri mengikut
masa yang ditetapkan ataupun pelajar kerap bertanya kepada rakan sekeliling mereka
untuk menyelesaikan tugasan berkaitan. Pemerhatian mendapati hal ini menganggu
tumpuan masa pelajar lain untuk menyiapkan tugasan mereka.

Para pensyarah yang mengajar mendapati pelajar sangat berminat dengan subjek
lukisan berbantu komputer ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor luar yang
dipercayai memberi impak negatif kepada pembelajaran pelajar. Antaranya, pelajar tiada
kemudahan komputer peribadi untuk mereka melakukan latihan tambahan di luar kelas.
Oleh itu, pelajar mempunyai masa yang sangat terhad untuk menguasai kemahiran yang
diperlukan. Hal ini dipercayai berkaitan juga dengan status sosio ekonomi pelajar di mana
data daripada MIS menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar adalah daripada
kelompok B40.

Jam pembelajaran serta tempoh masa ujian amali yang singkat turut menjadi
kekangan untuk pelajar menguasai topik ini dengan cemerlang. Hal ini menyebabkan
masalah pembelajaran yang berkaitan tidak dapat diatasi dengan cepat dan pantas. Kami
percaya bahawa pelajar yang tidak mempunyai asas memerlukan masa yang lebih untuk
menguasai konsep dan kemahiran menggunakan perisian AutoCAD.

Kajian Yasin et al. (2012) turut mendapati pelajar dan guru menghadapi masalah
waktu pengajaran dan pembelajaran yang terhad. Waktu pengajaran dan pembelajaran
yang sedia ada sekarang ini tidak mencukupi untuk pelajar membina kemahiran melukis
LK di dalam kelas. Lazimnya, banyak masa diperuntukkan untuk menerangkan kepada
kumpulan pelajar secara individu semasa amali. Pendekatan ini menyebabkan kurangnya
perhatian ditumpukan kepada pelajar-pelajar yang lain, terutamana pelajar yang lemah.
Hal ini mendorong saya untuk memikirkan pendekatan terbaik untuk memudahkan pelajar
saya ini menguasai topik berkaitan dengan cepat.

Dapatan kajian Sabri, Afidah dan Ismail (2011) terhadap kekangan dalam
pencapaian mata pelajaran lukisan kejuruteraan di sekolah menengah harian pula

2

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

menunjukkan mata pelajaran LK tidak mendapat pencapaian yang baik disebabkan oleh
pendekatan pengajaran guru bagi mata pelajaran ini yang hanya pada tahap sederhana,
kualiti penyampaian pengajaran guru yang rendah, serta sikap atau persepsi pelajar
terhadap mata pelajaran ini.

Oleh hal yang demikian, penambahbaikan adalah mustahak terutamanya dari segi
amalan pengajaran dan pemudahcaraan pelajar menguasai topik ini dengan baik. Dalam
kajian tindakan ini, kami menggunakan kaedah 4S yang menekankan pemahaman konsep
3 dimensi serta meningkatkan daya imaginasi pelajar.

3.0 Isu Keprihatinan / Fokus
Fokus kajian adalah untuk meningkatkan pencapaian markah amali lukisan berbantu
komputer (CAD) menggunakan kaedah 4S dalam kalangan pelajar J1P13 dengan cara
memudahkan pemahaman konsep 3 dimensi melalui S1 Permudahkan bentuk (simplify
the shape) dan S2 Menguatkan konsep asas UCS (Strengthen the basic of UCS Concept).
Meningkatkan daya imiginasi pelajar dengan menggunakan model sebenar diterapkan
dalam 2 S berikutnya iaitu S3 Merasai bentuk geometri (Sense the geometry) dan S4
Mendakap keseluruhan konsep (Seize the whole concept).

Isu keprihatinan kami berfokus kepada kesukaran pelajar yang tidak mempunyai
asas dalam lukisan kejuruteraan untuk membentuk kefahaman konsep dengan cepat
kerana kekangan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta masa penilaian
yang juga sangat singkat iaitu 30 minit. Tindakan penambahbaikan dilihat sangat penting
untuk memastikan pelajar mampu menyiapkan tugasan dengan sendiri mengikut masa
yang ditetapkan serta membantu mendapatkan markah yang cemerlang untuk penilaian
berterusan.

4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian amali lukisan berbantu
komputer (CAD) menggunakah kaedah 4S dalam kalangan pelajar J1P13.

4.2 Objektif Khusus
1) 80% pelajar mendapat markah amali melebihi 8/10.
2) Pelajar dapat menyiapkan satu soalan penilaian berterusan amali lukisan permodelan

pepejal 3 dimensi dalam masa kurang daripada 30 minit
3) Pelajar dapat menghasilkan 3 lukisan permodelan pepejal 3 dimensi asas semasa

latihan

5.0 Kumpulan Sasaran
Berdasarkan pemerhatian dan refleksi dari minggu pertama kelas amali J1P13, didapati
bahawa terdapat beberapa pelajar yang menghadapi masalah serta gagal untuk
menyiapkan tugasan amali yang diberikan dalam tempoh masa yang diperuntukkan.
Setelah diteliti latar belakang pelajar yang bermasalah tersebut, lima orang pelajar dikesan
tidak mempunyai asas kejuruteraan. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilakukan
bersasarkan lima orang ini yang telah dipilih berdasarkan keutamaan dan latar belakang
pendidikan mereka. Demografi pelajar sebagaimana jadual di bawah.

3

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Jadual 1: Demografi kumpulan sasaran

Pelajar Gred LK dalam Sekolah asal Jantina

Pelajar A SPM L
Pelajar B L
Pelajar C Tidak ambil LK SM Harian P
Pelajar D P
Pelajar E Tidak ambil LK SM Sains P

Tidak ambil LK SM Sains

Tidak ambil LK SM Harian

Tidak ambil LK SM Harian

6.0 Perancangan & Pelaksanaan Kajian

6.1 Pengumpulan Data Sebelum/Awal

Jadual 2: Jadual perancangan tindakan

Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1. Mengenal pasti masalah dan mengumpul data Minggu 3 September 2018

2. Ujian Pra 1 Minggu 4 September 2018

3. Menulis Kertas Cadangan Minggu 1 & Minggu 2

4. Merancang Aktiviti : Oktober 2018
Oktober – Disember 2018

5. Aktiviti 1 Minggu 2 November 2018

(perlaksanaan , pemerhatian & refleksi)

6. Aktiviti 2 Minggu 3 November 2018

(perlaksanaan , pemerhatian & refleksi)

7. Aktiviti 3 Minggu 4 November 2018

(perlaksanaan , pemerhatian & refleksi)

8. Aktiviti 4 Minggu 1 November 2018

(perlaksanaan , pemerhatian & refleksi)

9. Ujian Post Minggu 1 Disember 2018

Refleksi Kajian Keseluruhan

10. Menulis Laporan Minggu 3 Disember 2018

11. Pembentangan Minggu 3 Januari 2019

Data awal dan masalah telah dikenal pasti bermula minggu pertama amali lukisan

berbantu computer (CAD) dilaksanakan. Ujian Pra 1 dilaksanakan melalui kebolehan

pelajar menjawab soalan dan modul pra-praktikal. Ujian ini juga bertujuan untuk

mengenal pasti masalah pelajar dengan lebih spesifik. Seterusnya, pelbagai kaedah dan

pendekatan telah difikirkan dan dirancang untuk mengatasi masalah pelajar ini. Setelah

diteliti, kaedah 4S telah dipilih untuk dilaksanakan berdasarkan kesesuaian untuk

mencapai objektif kajian.

a. Pemerhatian dan analisis dokumen MIS
Melalui pemerhatian saya semasa sesi kelas pertama, saya mendapati terdapat pelajar
yang menoleh ke kiri dan kanan, kerap bertanya dan minta bantuan rakan-rakan yang
berada di sebelah mereka. Pelajar ini juga menyatakan mereka tertinggal dan tidak dapat
mengikuti kelas selari dengan apa yang pensyarah terangkan di hadapan. Hal ini
mendorong saya menyelidik latar belakang pelajar menggunakan program sistem
maklumat pelajar matrikulasi (MIS) untuk mengetahui asas pengetahuan berkaitan lukisan
kejuruteraan dan sekolah asal mereka.

4

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

b. Temubual bersama pelajar
Menemubual pelajar diakhir sesi kelas pertama amali lukisan CAD untuk mendalami
permasalahan semasa pelajar secara tidak formal menggunakan soalan tertutup.
Soalan 1: Adakah tajuk lukisan pepejal 3D susah?
Soalan 2: Bolehkah ingat kedudukan ikon untuk lukisan 3D dan cara menggunakannya?
Soalan 3: Bolehkah siapkan latihan dalam kelas dan hantar sebelum kelas berakhir?
Soalan 4: Bolehkah menyiapkan soalan latihan amali dalam masa 30 minit?
c. Pelaksanaan Ujian Pra 1
Dilaksanakan semasa sesi runding cara bersama pelajar terlibat untuk mengetahui sejauh
mana kebolehan pelajar mengenali dan menggunakan ikon untuk melukis lukisan 3
dimensi.

6.2 Analisis kenalpasti masalah
Dapatan latar belakang pelajar melalui analisis dokumen sistem MIS untuk mengetahui
faktor penyumbang kepada permasalahan yang dikaji:

Jadual 3: Latar belakang asas lukisan kejuruteraan, sekolah asal dan jantina pelajar

Pelajar Asas LK dalam SPM Sekolah Jantina Catatan

Pelajar A Tidak ambil LK SM Harian L

Pelajar B Tidak ambil LK SM Sains L

Pelajar C Tidak ambil LK SM Sains P

Pelajar D Tidak ambil LK SM Harian P

Pelajar E Tidak ambil LK SM Harian P

Dapatan temubual berkaitan ikon, konsep UCS dan keperluan masa untuk melukis:

Jadual 4: Pengetahuan pelajar terhadap ikon, konsep UCS dan keperluan masa

untuk melukis

Pelajar Ikon & konsep UCS Masa melukis Catatan

Pelajar A Susah nak ingat Tak cukup

Pelajar B Tak tahu Tak cukup

Pelajar C Tak berapa ingat Tak cukup

Pelajar D Tak tahu Tak cukup

Pelajar E Tak jelas Tak cukup

Dapatan temubual berkaitan peratus keyakinan pelajar menjawab soalan amali penilaian
berterusan dalam masa 30 minit:

Jadual 5: Peratus keyakinan dan kebolehan pelajar menjawab soalan amali penilaian

berterusan

Pelajar Keyakinan Kebolehan Catatan

Pelajar A 20 15

Pelajar B 30 20

Pelajar C 30 25

Pelajar D 35 30

Pelajar E 30 25

Dapatan Ujian Pra 1 berkaitan pengetahuan asas pelajar berkaitan ikon lukisan CAD:

5

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Jadual 6: Ujian Pra 1; pengetahuan asas pelajar berkaitan ikon lukisan CAD

Pelajar Ikon Biasa, Kenal Catatan

Pelajar A Union, substrac, x

intersect

Pelajar B Union, substrac, x

intersect

Pelajar C Union, substrac, x

intersect

Pelajar D Union, substrac, x

intersect

Pelajar E Union, substrac, x

intersect

Berdasarkan analisis tinjauan masalah ini, dapat disimpulkan bahawa lima pelajar ini tidak

mempunyai asas pengetahuan yang diperlukan untuk melakukan amali lukisan CAD. Oleh

hal yang demikian, sangat mustahak untuk pensyarah melaksanakan pendekatan khas

untuk mengatasi masalah ini.

6.3 Tindakan / Aktiviti PdP

6.3.1 Aktiviti 1 – S1: Simplify the shape (Permudahkan bentuk)
Kaedah dimulakan dengan langkah pertama dalam kaedah 4S ini, iaitu “Simplify the
shape” atau dalam terjemahannya, permudahkan bentuk. Langkah ini bertujuan untuk
membantu pelajar memahami serta menerapkan kaedah yang betul dalam pemilihan
bentuk asas yang digunakan dan fungsi boolean algebra manakah yang harus digunakan.

Langkah ini dilakukan dengan memberi penerangan konsep yang betul kepada
pelajar. Seterusnya latihan secara individu juga diberikan. Pelajar menyiapkan latihan
tersebut menggunakan pen/pensel dan melukis di atas kertas latihan tersebut. Latihan
terbahagi kepada dua bahagian iaitu latihan dalam bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.
Hal ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dalam bentuk dua dimensi dahulu sebelum
melakukan latihan tiga dimensi yang lebih rumit.

Langkah Jadual 7: Langkah dalam Aktiviti 1
Penerangan konsep Tindakan Yang Diajalankan

Paparan di atas Pensyarah menerangkan konsep pandangan 3 dimensi serta konsep
“flash card” cantum (union), temu/tindih (intersect) dan tolak/buang (subtract).
Pensyarah memaparkan contoh bergambar objek mudah 3 dimensi di
Latihan dalam lukisan 2 dimensi untuk membantu imaginasi pelajar. Kad
pengukuhan di atas tersebut juga menerangkan operasi boolean algebra yang dijalankan
kertas untuk menghasilkan sesuatu bentuk geometri yang dikehendaki.
Pelajar melengkapkan kertas latihan dengan mengisi pandangan
pelan, hadapan dan sisi bagi setiap bentuk asas yang diberikan.
Pelajar juga diuji dengan fungsi boolean algebra yang harus
digunakan.

6.3.2 Aktiviti 2 – S2: Strengthen the basic of UCS concept (Menguatkan konsep
asas UCS)

Langkah ini mengambil pendekatan mengukuhkan pemahaman pelajar kepada konsep
UCS (Universal Coordinate System). Pelajar selalunya mempunyai masalah untuk
mengenalpasti arah UCS yang betul untuk digunakan bersama geometri. Langkah kedua
4S ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep UCS. Pelajar

6

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

diberi latihan di atas kertas, untuk menentukan arah UCS bagi melukis sesuatu keadaan

geometri itu.

Jadual 8: Langkah Aktiviti 2

Langkah Tindakan Yang Dijalankan

Penerangan konsep Pensyarah menerangkan konsep UCS dan teori berkaitan

penggunaan model dan kertas.

Memaparkan Satu model UCS dihasilkan menggunakan 3D printer. Model ini

model UCS yang dipaparkan kepada pelajar. Melalui model ini pelajar dapat melihat

telah dibuat dengan jelas apakah kesan secara langsung perubahan bentuk,

menggunakan 3D dimensi dan arah lukisan jika arah UCS diubah.

printer

Latihan Pelajar diuji untuk mengenal pasti arah UCS dan kedudukan satah

pengukuhan di atas yang betul bagi sesuatu keadaan geometri yang telah diberikan.

kertas Pelajar juga diuji untuk menentukan sudut putaran, koordinat, arah

pertukaran dan arah putaran UCS.

6.3.3 Aktiviti 3 – S3: Sense the geometry (Mengenal pasti/ merasa geometri)
Dengan menggunakan teknologi 3D printer, model yang lengkap sesuatu geometri yang
menjadi tugasan para pelajar telah dihasilkan. Model yang dihasilkan adalah berdasarkan
ukuran dan saiz dalam skala yang sebenar. Model ini dipaparkan semasa kelas amali
sebelum para pelajar mula melukis. Seterusnya para pelajar diarahkan untuk memegang,
memerhati atau mengambil gambar model tersebut.

Pendekatan ini bertujuan untuk membantu menguatkan imaginasi pelajar tentang
gambaran sebenar geometri yang harus dilukis. Adakalanya, gambar yang ditunjukkan di
dalam buku atau kertas soalan kurang jelas bagi sesetengah pelajar. Pendekatan ini akan
memberi peluang kepada pelajar untuk memahami bentuk geometri dengan lebih jelas.

Langkah Jadual 9: Langkah Aktiviti 3
Pengenalan Tindakan Yang Dijalankan

Memaparkan model Pensyarah memaparkan bentuk latihan amali yang pelajar perlu
3D tugasan hasilkan. Minta pelajar bayangkan bentuk asas dan fungsi boolean
algebra yang harus digunakan.
Pelajar membuat Pensyarah memaparkan bentuk model 3D yang sebenar dan pelajar
pemerhatian dan diberi peluang untuk lihat/sentuh model tersebut. Model tersebut
perbandingan dihasilkan dengan saiz dan ukuran yang sebenar.
Pelajar diminta membuat perbandingan antara model tersebut dengan
model dalam tugasan mereka.

6.3.4 Aktiviti 4 – S4: Seize the whole concept (Mendakap/menangkap keseluruhan
konsep)
Peringkat akhir pelaksanaan langkah 4S ialah seize the whole concept. Sebelum
menggunakan perisian CAD, pelajar diarahkan untuk melukis dan menulis langkah-
langkah yang perlu dilakukan di atas kertas latihan yang diberi.

Langkah yang dinyatakan haruslah jelas memaparkan elemen yang telah
ditekankan sebelum ini iaitu simplify the shape dan strengthen the UCS concept. Pelajar
seharusnya dapat menyatakan dengan tepat bentuk asas dan fungsi algebra boolean yang
harus digunakan serta mengenal pasti kedudukan UCS. Seterusnya, pensyarah menilai dan
memberi maklum balas terhadap tugasan pelajar.

7

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Langkah Jadual 10: Langkah Aktiviti 4
Menulis dan Tindakan Yang Dijalankan
melukis langkah
awal Pelajar diarahkan untuk melukis dan menulis langkah-langkah
yang perlu dilakukan di atas kertas latihan yang diberi sebelum
Membuat model menggunakan perisian CAD. Pensyarah menilai dan memberi
3D menggunakan maklum balas terhadap tugasan pelajar.
perisian CAD Pelajar menghasilkan model pepejal 3D yang sebenar
menggunakan perisian CAD

7.0 Pemerhatian (Pengumpulan Data Selepas / Akhir & Analisis Data)

Analisis dan penilaian bagi menentukan tercapainya objektif kajian adalah berdasarkan

kepada markah dan prestasi pelajar semasa melaksanakan ujian amali untuk penilaian

berterusan.

Jadual 11: Analisis dan penilaian bagi objektif pertama kajian

Objektif Kaedah Penilaian Analisis

1) 80% pelajar mendapat Dinilai berdasarkan soalan Markah Ujian Amali:

markah amali melebihi ujian amali mengikut rubrik Pelajar A: 9/10

8/10. yang disediakan. Pelajar B: 10/10

Pelajar C: 10/10

Pelajar D: 10/10

Pelajar E: 10/10

Kelima-lima pelajar berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa ujian amali

dilaksanakan. Markah minimum 8/10 dan seterusnya objektif kajian berjaya dicapai.

Jadual 12: Analisis dan penilaian bagi objektif kedua kajian

Objektif Kaedah Penilaian Analisis

2) Pelajar dapat Dinilai berdasarkan soalan Masa:

menyiapkan satu soalan ujian amali mengikut rubrik Pelajar A: kurang 30 minit

penilaian berterusan amali yang disediakan. Pelajar B: kurang 30 minit

lukisan permodelan Masa yang diperuntukkan Pelajar C: kurang 30 minit

pepejal 3 dimensi dalam adalah sama bagi semua Pelajar D: kurang 30 minit

masa kurang daripada 30 pelajar. Pelajar E: kurang 30 minit

minit

Prestasi pelajar seterusnya diukur berdasarkan tempoh masa yang digunakan untuk menyiapkan

ujian amali. Kelima-lima pelajar berjaya menyiapkan ujian amali dalam tempoh yang

diperuntukkan.

Jadual 13: Analisis dan penilaian bagi objektif ketiga kajian

Objektif Kaedah Penilaian Analisis

3) Pelajar dapat Dinilai berdasarkan soalan Bentuk asas:

menghasilkan 3 bentuk ujian amali mengikut rubrik Pelajar A: 3/3

asas permodelan pepejal 3 yang disediakan. Pelajar B: 3/3

dimensi Bentuk asas yang dihasilkan Pelajar C: 3/3

haruslah tepat dari segi Pelajar D: 3/3

dimensi dan orientasi Pelajar E: 3/3

Berdasarkan dapatan dan analisis yang diperoleh, dapat disimpulkan bahawa kaedah 4S
yang digunakan telah berjaya meningkatkan pencapaian amali lukisan berbantu komputer
(CAD) dalam kalangan pelajar J1P13.

8

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Jadual 14: Analisis dan penilaian Aktiviti 1-4

Aktiviti 1 Analisis / Penilaian
Paparan di atas “flash card” Berdasarkan pemerhatian, pelajar mampu

memahami konsep boolean algebra dengan lebih

mudah dan cepat.

Latihan pengukuhan di atas kertas Markah Latihan Tugasan:

Pelajar A: Markah 5/10

Pelajar B: Markah 6/10

Pelajar C: Markah 8/10

Pelajar D: Markah 7/10

Pelajar E: Markah 7/10

Aktiviti 2 Analisis / Penilaian

Memaparkan model UCS yang telah Berdasarkan pemerhatian, pelajar mampu

dibuat menggunakan 3D printer memahami konsep UCS dengan lebih mudah dan

cepat.

Latihan pengukuhan di atas kertas Markah Latihan Tugasan:

Pelajar A: Markah 7/10

Pelajar B: Markah 6/10

Pelajar C: Markah 7/10

Pelajar D: Markah 8/10

Pelajar E: Markah 8/10

Aktiviti 3 Analisis / Penilaian

Menghasilkan model 3D tugasan Berdasarkan pemerhatian, model 3D yang

dengan menggunakan 3D printer digunakan membantu pelajar untuk berimaginasi

Pelajar membuat pemerhatian dan bentuk geometri sebenar daripada soalan yang

perbandingan diberikan.

Aktiviti 4 Analisis / Penilaian
Menulis dan melukis
langkah awal Kebolehan: Bentuk asas Boolean UCS

Membuat model 3D algebra /
menggunakan perisian /
CAD Pelajar A / / /

Pelajar B / /

Pelajar C / /

Pelajar D / /

Pelajar E /

Markah Latihan Tugasan:

Pelajar A: 7/10

Pelajar B: 8/10

Pelajar C: 9/10

Pelajar D: 9/10

Pelajar E: 8/10

Sepanjang pelaksanaan kajian ini, pelajar telah menunjukkan kerjasama dan prestasi yang
cemerlang bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan dapatan dan analisis yang
diperoleh, prestasi pelajar didapati semakin meningkat selepas selesainya satu-satu
aktiviti. Hal ini dapat dilihat apabila markah latihan bagi setiap pelajar meningkat secara
berterusan daripada Aktiviti 1 ke Aktiviti 4.

9

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

8.0 Refleksi & Kesimpulan
Respon dan kerjasama yang diberikan oleh pelajar semasa pelaksaanaan kajian adalah
sangat baik. Selepas dan sepanjang kajian ini dijalankan, pelajar didapati berjaya
menyiapkan tugasan secara individu, mampu menguasai konsep dengan lebih cepat, dan
memperoleh markah yang cemerlang semasa proses penilaian berterusan. Hal ini
memberikan kesan positif kepada pensyarah untuk terus menerus melakukan kajian dan
penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran yang digunakan.

Kesimpulannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan
pencapaian cemerlang pelajar dalam penilaian berterusan mereka melalui markah ujian
amali yang dilaksanakan. Selain itu, dalam peperiksaan PSPM II bagi mata pelajaran Asas
Kejuruteraan, tiga pelajar berjaya mencapai gred A manakala dua lagi pelajar
memperolehi gred A-. Hal ini menunjukkan bahawa pendekatan yang telah digunakan
juga berupaya untuk memberikan manfaat dan impak positif kepada pembelajaran
akademik pelajar secara tidak langsung. Berdasarkan dapatan daripada kajian ini,
pensyarah boleh mengaplikasikan pendekatan yang digunakan mengikut kesesuaian
kumpulan sasaran dan masalah yang telah dikenal pasti. Kekuatan kajian ini adalah lebih
kepada saiz kumpulan sasaran yang kecil yang membolehkan pensyarah memberikan
lebih tumpuan kepada kumpulan ini. Selain itu, demografi dan latar belakang pelajar yang
lebih kurang sama memudahkan pensyarah untuk menggunakan pendekatan yang sama
bagi kajian ini. Kelemahan kajian ini pula adalah lebih kepada pelaksanaan tindakan di
mana kaedah 4S ini memakan masa dan usaha yang lebih untuk dilaksanakan dalam waktu
amali yang terhad. Oleh itu, kaedah ini haruslah dilaksanakan mengikut kesesuaian.

Rujukan

Sabri, M., Afidah, N., & Ismail, S. (2011). Kekangan Dalam Pencapaian Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan Sekolah Menengah Harian Di Johor Bahru. Doctoral
dissertation, Universiti Teknologi Malaysia. [Diperolehi pada 10 April 2019
daripada
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2011_10107_e6d7b532
aa6d4a15bc41a64589ef7775.pdf]

Saud, M. S., & Foong, M. (2007). Hubungan antara kognitif visual dengan pencapaian
Lukisan Kejuruteraan di kalangan pelajar sekolah menengah teknik. 1st
International Malaysian Educational Technology Convention, Sofitel Palm Resort
Senai, Johor Bahru (pp. 2-5). [Diperolehi pada 10 April 2019 daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/6016/1/154-sukri.pdf]

Sorby, S. A., & Wysocki, A. F. (2003). Introduction to 3D Spatial Visualization: an
active approach. Cengage Learning.

Yasin, R. M., Mustapha, R., Minghat, A. D., Jusoff, K., Ishar, A., & Shamsudin, S.
(2012). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Lukisan
Kejuruteraan Di Sekolah Menengah. Journal of Educators & Education/Jurnal
Pendidik dan Pendidikan, 27. [Diperolehi pada 10 April 2019 daripada
http://eprints.usm.my/34600/1/apjee27_2012_ART_2_(23-36).pdf]

10

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Lampiran
Rubrik ujian amali penilaian berterusan
Task 6
Title : 3D Solid Modelling

Fill in the appropriate score in the column given

NO. TASK INSTRUCTION MARKS SCORE

1 Open a new file 1
2 Setup drawing limits according to the profile 1
3 Setup drawing layers according to the profile 1
4 Draw title block 1
5 Setup drawing origin for 3D solid modelling drawing 1
6 Use coordinates system: UCS, WCS 1
7 Draw solid box with 114mm x 19mmx 64mm 1
8 Draw circle and extrude with R11 and R32 in both side. 1
9 Subtract the extruded circle in both side 1
10 Union the subtracted circles with solid box to create the base 1
11 Draw solid box with 64 mm x 64 mm x 45 mm 1
12 Draw solid edge with 64 mm x 38 mm x 51 mm 1
13 Substract the solid box with regards to the wedge 1
14 Union the subtracted box with the base 1
15 Save file and plot 1

10.2 Soalan ujian amali penilaian berterusan

Task 6: 3D Solid Modelling

i. Open a new file
ii. Setup drawing limits according to the profile
iii. Setup drawing layers according to the profile
iv. Draw title block
v. Setup drawing origin for 3D solid modeling drawing
vi. Use commands 3D solid modeling (to construct, control and edit solid

models: box, sphere, cylinder, pyramid, dome, edge, torus, add , subtract, 3d
mirror, 3d array include rendering commands)
vii. Use coordinates system : UCS, WCS
viii. Construct a 3D solid modeling drawing according to the profile
ix. Complete the drawing task

11

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

x. Name and save the drawing
xi. Submit drawing

10.3 Teori lukisan berbantu computer (CAD)
Dalam lukisan 3 dimensi CAD, asas kepada pembentukan bentuk geometri bermula
dengan penggunaan operasi “boolean algebra”. Konsep algebra boolean, menekankan 3
fungsi asas iaitu Union (cantum), Intersect (temu/tindih), dan Subtract (tolak/buang).
Dalam melukis bentuk yang dikehendaki dalam CAD, pelajar harus mahir dalam ketiga-
tiga fungsi asas ini dan digunakan bersama-sama dengan bentuk asas dalam CAD iaitu
box, cylinder, spehere, wedge, cone dan pyramid. Contoh dapat dilihat seperti di bawah:

Rajah 1: Konsep boolean algebra dan bentuk asas geometri CAD
12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Rajah 2: Penerangan konsep boolean algebra
UCS adalah titik permulaan, atau koordinat 0,0,0 dalam lukisan. Titik ini selalunya
dijadikan rujukan dalam memasukkan nilai dan input lukisan. Selain maklumat koordinat,
UCS menyimpan maklumat paksi/satah x, y dan z di dalam lukisan tiga dimensi.
Maklumat satah ini amatlah penting untuk diketahui kerana maklumat paksi ini yang akan
menentukan lokasi beradanya lebar, panjang dan tinggi sesuatu geometri itu. Di dalam
CAD, para pelajar mempunyai kebebasan untuk mengubah arah dan kedudukan UCS. Hal
ini penting untuk memudahkan melukis beberapa bentuk geometri yang berlainan dalam
satu lukisan.

Rajah 3: Contoh aplikasi UCS

13

PENTAKSIRAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21, “THREE STRAY, ONE STAY”

UNTUK MENINGKATKAN TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM
TOPIK “CELL DIVISION”

Oleh
HANNA BT MOHD HUSSAINI
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia

ABSTRAK

Topik “Cell Division” adalah asas dalam pemahaman untuk dua topik tersebut. Oleh yang
demikian, pensyarah telah menjalankan pentaksiran aktiviti dalam Pembelajaran abad ke-
21 iaitu “Three Stray ,One Stay” untuk membantu pelajar dalam mempelajari topik “Cell
Division”. Seramai 17 orang pelajar dan seorang pensyarah terlibat dalam kajian tindakan
ini.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan buku tutorial pelajar , pemerhatian ,
pengendalian soal selidik dan ujian Pra. Hasil tinjauan awal menunjukkan semua pelajar
hanya membaca dan menghafal fasa-fasa yang terdapat dalam proses mitosis dan meiosis
tanpa memahami sepenuhnya. Dalam ujian Pra, peratus min markah pelajar dapat melukis
fasa-fasa dengan betul dan tepat adalah 29% dan hanya 20% yang dapat menjawab
soalan-soalan berkaitan topik “Cell Division” dengan betul dan tepat . Selepas Intervensi
aktiviti “Three Stray, One stay”, peratus min markah pelajar bagi kedua-dua kemahiran
yang diuji meningkat kepada 92.6% dan 95.2% masing – masing. Pelajar juga didapati
melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran dan interaksi antara pelajar juga
telah meningkat. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa “Three Stray ,One Stay” dapat
membantu pelajar dalam kemahiran melukis fasa-fasa dalam topik “Cell Division” serta
menjawab soalan-soalan berkaitan topik “Cell Division”. Model Kajian Tindakan yang
digunakan ialah Model Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah
kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama
seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka
berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi
membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas
untuk merancang dan bertindak. Kitaran bagi model ini hanya melibatkan satu kitaran.

Kata Kunci: Pentaksiran,Three Stay ,One Stay, Model Kajian Tindakan

1

1.0 PENDAHULUAN

. Penilaian bukan sahaja menentukan potensi dan pencapaian individu
malah ia juga menentukan kualiti sesebuah institusi (Broadfoot, 1996). Sistem
pendidikan yang mempunyai penilaian dianggap sebagai sistem yang mempunyai
akauntabiliti yang tinggi dan menyakinkan pelanggannya. Oleh itu, sistem
pendidikan untuk memastikan kualiti pendidikan terpelihara.

Penilaian berterusan adalah penilaian yang bersifat formatif iatu
mengutamakan kemajuan setiap pelajar dari satu peringkat ke satu peringkat
dengan memberi peluang kepada pensyarah mengenalpasti kelemahan dan
kekuatan serta potensi pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001:3).

Kurikulum spesifikasi subjek Biologi yang berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan telah mengalami pelbagai inovasi yang merupakan usaha berterusan
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membentuk dan
menyediakan sistem pendidikan yang dapat menggilap potensi dalam kemahiran
saintifik setiap pelajar.

Pentaksiran dilihat sebagai sebahagian daripada elemen utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (Fautley & Savage, 2008), bukannya dua
elemen yang terpisah. Pentaksiran adalah proses mendapatkan maklumat untuk
mengetahui perkembangan dan pencapaian pelajar dengan menggunakan
pelbagai kaedah dan pendekatan. Melalui maklumat pentaksiran guru boleh
menilai keberkesana PdPc, menambah baik PdP dan merancang aktiviti tindakan
susulan(BPK KPM, 2014). Pelaksanaan pentaksiran yang dijalankan oleh kami
adalah pentaksiran tentang pembelajaran . Ini berlaku apabila pensyarah
menggunakan bukti pembelajaran pelajar untuk kegunaan pencapaian standard
pelajar.Pentaksiran ini dibuat sebagai memenuhi pensijilan audit MQA yang bakal
dijalankan pada tahun depan.

Pentaksiran adalah proses mendapatkan maklumat untuk mengetahui
perkembangan dan pencapaian pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah
dan pendekatan. Melalui maklumat pentaksiran guru boleh menilai keberkesanan
PdPc, menambah baik PdP dan merancang aktiviti tindakan susulan(BPK KPM,
2014). Pelaksanaan pentaksiran yang dijalankan oleh kami adalah pentaksiran
tentang pembelajaran . Ini berlaku apabila pensyarah menggunakan bukti
pembelajaran pelajar untuk kegunaan pencapaian standard pelajar.

Pentaksiran telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan
aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Pentaksiran dijalankan sebanyak empat
kali bagi mengumpulkan data terhadap tahap pencapaian pelajar.

Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM telah
melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014.
Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana
ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping
membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai

2

proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa
elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti
serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai
standard asas dalam PAK21.Maka kaedah pembelajaran abad ke-21 telah
digunakan dalam PdPc subjek Biologi bagi topik “Cell Division”.Pentaksiran telah
dilakukan untuk mengetahui keberkesanan kaedah yang dipilih bagi menentukan
kesesuaian dengan topik “Cell Division”.

Model Kajian Tindakan yang digunakan ialah Model Kemmis dan
McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah
merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana
yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat
bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi
membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai
asas untuk merancang dan bertindak. Kitaran bagi model ini hanya melibatkan
satu kitaran.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Semasa saya mengajar topik “Cell Division”, saya mendapati pelajar tidak dapat
melukis fasa-fasa dalam proses mitosis dan meiosis dengan betul. Untuk menguji
kemamapuan pelajar dalam kemahiran melukis dan menjawab soalan bagi topik
ini, saya telah memberikan pelajar soalan kuiz dan menyemak buku tutoran
pelajar.Hasil daripada penilaian ini, ia telah memberi gambaran yang jelas tentang
kelemahan pelajar dalam dua kemahiran tersebut. Dapatan daripada pemerhatian
saya di dalam kelas semasa pelajar membuat tutoran , pelajar-pelajar sentiasa
merujuk nota pensyarah yang diberikan. Mereka tidak berkeupayaan untuk
mengingat konsep bagi topik berkenaan.

Oleh itu, saya telah membuat beberapa siri konsultasi dengan pelajar-
pelajar tersebut dalam kumpulan yang lebih kecil. Dalam sesi konsultasi, pelajar
telah diajar untuk melukis dan melabel fasa-fasa bagi proses mitosis dan meiosis.
Pada ketika itu pelajar dapat melukis dan melabel dengan betul. Namun demikian
, selepas beberapa hari, apabila disoal kembali di dalam kelas , pelajar – pelajar
tidak dapat mengingati dan melukis fasa-fasa tersebut. Pelajar-pelajar memberi
alasan yang mereka mengalami masalah dalam mengingati kembali fakta-fakta
yang telah diajar. Pekara ini amat membimbangkan saya kerana pelajar – pelajar
akan mempelajari dua topik seterusnya yang memerlukan pemahaman yang
kukuh bagi topik “Cell Division” jika ingin menguasai dua topik iaitu “Genetic
Inheritance” dan “Mutation”.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya menggunakan teknik
pengajaran tradisional, iaitu “chalk and talk” semasa di kelas pada jam pertama

3


Click to View FlipBook Version