The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2020-12-31 00:17:08

PROSIDING KAK2020 JILID 2

Prosiding kak2020 Jilid 2

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rajah 5: STEM sebagai sebahagian kehidupan.

Tema: Pembelajaran

Di bawah sub tema kemahiran belajar, kesemua rajah yang dilukis adalah berkisarkan
pembelajaran yang dikaitkan dengan STEM. Rajah 6 merupakan salah satu contoh bagi
menunjukkan perkaitan berkenaan. Hasil perbualan bersama PK31 tentang tema pembelajaran
adalah seperti berikut:

Pengkaji :Mengapakah anda kata STEM ada perkaitan dengan pembelajaran?

PK31 :Pada pendapat saya, STEM ialah menjurus kepada inovasi.

Pengkaji :Adakah inovasi berkaitan dengan pembelajaran?

PK31 :Ya.. um.. boleh meningkatkan pemikiran pelajar..

Pengkaji :Cuba bagi contoh pembelajaran lagi.

PK31 :Ada amali sains, penghasilan data, guna laptop, mengira.. STEM membantu
membuka pemikiran kepada skop lebih luas. Kursus kemahiran belajar yang dikuti
mampu meningkat dalam soalan KBAT.

Respons temu bual bersama PK31 menunjukan bahawa beliau akui STEM merupakan salah
satu bidang pembelajaran yang boleh menjurus pelajar kepada penghasilan inovasi. Beliau
menjelaskan bahawa menerusi STEM, murid berpeluang berfikir semasa melakukan amali sains
kerana terdapat data yang boleh diproses dengan komputer untuk melakukan pengiraan.

340

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rajah 6: STEM merupakan pembelajaran.

Tema: Orientasi Teknologi

Gambaran yang ditunjukkan di bawah tema teknologi termasuklah berpengetahuan
teknologi, negara maju, pembelajaran abad ke-21 (PAK21), dan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT). Rajah 7 merupakan ilustrasi yang dihasilkan oleh PK38 dan temu bual bersamanya adalah
seperti berikut:

Penyelidik :Apakah makna integrasi pendidikan STEM?
PK38 :Um..melibatkan ciptaan robot dan kemahiran teknologi.
Penyelidik :Mengapakah ciptaan robot dan kemahiran teknologi berkaitan STEM?
PK38 :Um..dapat melahirkan masyarakat yang berinovasi, kreatif, dan kritis.
Penyelidik :Bagaimanakah anda menjelaskan perkaitan antara komponen dalam STEM?
PK38 :Subjek diajar secara memudahkan kita memahami pelajaran, meningkatkan
prestasi, dan membuka fikiran lebih luas.

Berdasarkan perbualan di atas menunjukkan bahawa PK38 melihat pendidikan STEM
sebagai kemahiran teknologi yang digunakan untuk mencipta robot. Menurut PK38 lagi, teknologi
yang terdapat dalam STEM dapat melahirkan masyarakat yang berinovasi, kreatif, dan kritis. Ini
adalah kerana komponen-komponen yang terdapat dalam STEM dapat membantu mereka
memahami pelajaran, meningkatkan prestasi dan membuka fikiran lebih luas.

341

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rajah 7: STEM merupakan orientasi teknologi.

Perbincangan
Hasil kajian menunjukkan ramai daripada guru pelatih menyedari tentang STEM dan memahami
makna STEM. Dalam penerokaan pemahaman guru pelatih tentang STEM mendapati mereka tidak
menjelaskan dengan mendalam berkaitan sifat semula jadi integrasi STEM. Kebanyakan daripada
guru pelatih memberikan fokus terhadap hasil pelaksanaan STEM, bukannya cara komponen-
komponen STEM diintegrasikan bersama. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebilangan kecil
guru pelatih daripada aliran STEM dan kemanusiaan kelihatan tidak mengetahui pendidikan STEM,
kepentingan STEM dan bagaimana pendidikan STEM dipelajari di dalam kelas. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2012-2025) menggariskan dalam era gelombang ketiga, pendidikan STEM
sepatutnya berada pada tahap pemacuan pelaksanaan di sekolah. Guru-guru yang mengajar mata
pelajaran STEM di peringkat rendah dan menengah perlu mengintegrasikan pelajaran bagi
membolehkan murid-murid berbincang bersama-sama untuk melakukan tugasan atau projek dengan
mengaplikasi konsep STEM dan kemahiran dalam situasi multi disiplin yang dikaitkan dengan
kehidupan harian manusia (Bybee, 2010; Stohlmann et al., 2011).

Kesimpulan dan Cadangan
Hasil kajian mencadangkan guru pelatih di institut pendidikan guru perlu diberikan pendedahan agar
memahami sifat semula jadi integrasi STEM dan perhubungannya antara disiplin ilmu. Dalam
menyediakan guru masa depan, panduan dan aktiviti perlu diberikan bagi menyediakan peluang
kepada mereka memahami STEM pada keseluruhannya. Beberapa perkara berikut adalah perlu
diambil perhatian supaya pemahaman guru pelatih terhadap STEM lebih menyeluruh. Pertama, guru
pelatih perlu memahami konsep integrasi dalam komponen-komponen STEM dan cara mengajar
STEM, bukannya mengajar S-T-E-M secara berpisah-pisah. Lebih-lebih lagi, guru pelatih perlu
memiliki pengetahuan dalam keempat-empat disiplin ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan
Matematik dari aspek kandungan dan proses. Keduanya, guru pelatih perlu diberikan pemahaman
tentang tujuan STEM berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012-2025). Ketiga,
program STEM perlu diadakan secara khusus, bukannya memisahkan disiplin ilmu secara bidang
demi bidang yang akhirnya sukar difahami dan dilaksanakan oleh mereka di dalam kelas.

342

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rujukan

Bodycombe, D. (2017). STEM EDUCATION. Scientific American.
https://doi.org/10.1038/scientificamerican0217-5

Bybee, R. W. (2010). What is STEM education? Science. https://doi.org/10.1126/science.1194998

Corlu, M. S., Capraro, R. M., & Çorlu, M. A. (2015). Investigating the Mental Readiness of Pre-
Service Teachers for Integrated Teaching. International Online Journal of Educational
Sciences. https://doi.org/10.15345/iojes.2015.01.002

Han, S., Yalvac, B., Capraro, M. M., & Capraro, R. M. (2015). In-service teachers’ implementation
and understanding of STEM project based learning. Eurasia Journal of Mathematics, Science
and Technology Education. https://doi.org/10.12973/eurasia.2015.1306a

Jayarajah, K., Saat, R. M., & Rauf, R. A. A. (2014). A review of science, technology, engineering
& mathematics (STEM) education research from 1999-2013: A Malaysian perspective.
Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education.
https://doi.org/10.12973/eurasia.2014.1072a

Kearney, C. (2016). Efforts to Increase Students’ Interest in Pursuing Science, Technology,
Engineering and Mathematics Studies and Careers. National Measures taken by 30 Countries
– 2015 Report. Insight.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Khairani, A. Z. (2016). Assessing Urban and Rural Teachers’ Competencies in STEM Integrated
Education in Malaysia. In MATEC Web of Conferences.
https://doi.org/10.1051/matecconf/20178704004

Kim, B. H., & Kim, J. (2016). Development and validation of evaluation indicators for teaching
competency in STEAM education in Korea. Eurasia Journal of Mathematics, Science and
Technology Education. https://doi.org/10.12973/eurasia.2016.1537a

Nur Farhana Ramli, Othman Talib, Umi Kalthom Abdul Manaf, & Siti Aishah Hassan. (2017).
Instructional Approaches and Challenges of STEM Instructional Implementation: A
Systematic Review. In Graduate Research in Education Seminar (GREduc 17).

Öner, A. T., & Capraro, R. M. (2016). Is STEM academy designation synonymous with higher
student achievement? Egitim ve Bilim. https://doi.org/10.15390/EB.2016.3397

Peri, G., Shih, K. Y., & Sparber, C. (2014). Foreign STEM Workers and Native Wages and
Employment in U.S. Cities. NBER Working Paper. https://doi.org/10.3386/w20093

Pimthong, P., & Williams, J. (2018). Preservice Teachers’Kasetsart Journal of Social
Science (Artikel dalam penerbitan). https://doi.org/10.1016/j.kjss.2018.07.017

Scott, C. (2012). An Investigation of Science , Technology , Engineering and Mathematics (STEM)
Focused High Schools in the U . S . Journal of STEM Education.

343

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

KAJIAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DAN SIKAP TERHADAP APLIKASI
TEKNOLOGI ROBOTIK DALAM KALANGAN SISWA PENDIDIK BAHARU
IPGKSM

Roshidah binti Mat ([email protected])
Hazlina binti Awang Lah, Ph.D. (ahazlina @ ipgmksm.edu.my)
Mahadi bin Hussin, Ph.D. (mahadihussin@ ipgmksm.edu.my)
Anis Salwani binti Mahmood ([email protected])
Amni Safiah bintu Ab Halim (amnisafiah@ ipgmksm.edu.my)
Mohd Syukri Alif bin Mohd Aziz (mohdsyukri@ ipgmksm.edu.my)

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,22200 Besut, Terengganu

ABSTRAK

Pemikiran Komputasional (PK) adalah salah satu kemahiran utama yang perlu dalam pembelajaran
abad ke-21 untuk semua pelajar dan ini telah membawa kepada beberapa inisiatif kurikulum dimana
komponen PK ini telah diintegrasikan ke dalam kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) agar diajar merentasi semua subjek di sekolah rendah secara berperingkat-peringkat
bermula dari tahun satu hingga tahun enam. Justeru itu adalah menjadi satu keperluan mendesak
kepada bakal-bakal guru seperti siswa pendidik Institut Pendidikan Guru (IPG) juga untuk
mempunyai kemahiran PK yang mantap. Pembelajaran menerusi teknologi robotik dilihat sebagai
salah satu platform untuk menjanakan PK selain daripada menarik minat bagi pelajar yang bergelut
melalui pembelajaran secara konvensional di sekolah.Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mengenalpasti tahap Pemikiran Komputasional dan hubungannya dengan sikap (keyakinan diri)
siswa pendidik PPISMP IPGKSM yang baharu terhadap aplikasi teknologi robotik. Instrumen
kajian secara dalam talian telah digunakan yang terdiri daripada satu set ujian Tahap Pemikiran
Komputasional dan satu set soal selidik mengenai sikap keyakinan diri terhadap teknologi robotik.
Seramai 169 orang siswa pendidik baharu Ambilan Jun 2020 IPGKSM telah mengambil bahagian
dalam kajian ini. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa kemahiran Pemikiran Komputasional
pelajar PPISMP secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana sahaja (min = 44.08%).
Manakala, hasil Ujian Statistik Korelasi Pearson telah menunjukkan bahawa hubungan antara
tahap Pemikiran Komputasional keseluruhan dengan sikap keyakinan diri terhadap teknologi digital
pula adalah pada tahap yang lemah (pekali korelasi = 0.10) pada aras signifikan 0.05. Dapatan
kajian ini memberikan implikasi bahawa pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPG
terutama IPGKSM perlu mereka bentuk satu kursus atau bengkel Pemikiran Komputasional khas
untuk diajar di IPG pada masa akan datang supaya produk IPG lebih yakin diri dan kompeten
apabila mengajar komponen Pemikiran Komputasional merentasi kurikulum KSSR yang baharu.

Kata kunci: Pemikiran komputasional, Teknologi robotik, Siswa pendidik, Sikap, Keyakinan diri

PENGENALAN

Pemikiran Komputasional (PK) merupakan suatu proses pemikiran yang terlibat dalam pembentukan
satu masalah dan menyatakan penyelesaiannya sebagai satu cara di mana satu komputer manusia
atau mesin dapat dilaksanakan secara berkesan. Banyak kajian luar negara yang melihat kepada

344

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

pembangunan pemikiran komputasional sejak di sekolah rendah dan penerapan dalam pelbagai mata
pelajaran. Saez-Lopez et al. (2016) menyatakan aplikasi teknologi robotik terutama penggunaan
pengaturcaraan yang berbentuk visual seperti Scratch memberi manfaat dalam meningkatkan
motivasi, keseronokan belajar, komitmen dan semangat pelajar di samping mengasah pemikiran
komputasional. Kajian oleh Olmo et al. (2020) melaporkan penggabungan aktiviti unplugged dan
plugged-in memberi kesan positif kepada pembangunan kemahiran pemikiran komputasional dan
motivasi pelajar sekolah rendah. Ini kerana semasa pelajar melakukan aktiviti unplugged tersebut,
terdapat hubungan antara sensorimotor dan proses kognitif yang memberi kelebihan dalam mengasah
pemikiran komputasional. Rekabentuk aktiviti penyelesaian masalah yang memerlukan kolaborasi
antara pelajar mampu meningkatkan efikasi kendiri kreativiti pelajar namun tidak menyumbang
dalam efikasi kendiri pengaturcaraan dan pemikiran komputasional pelajar (Kong et al. 2018).
Chiazzese et al. (2018) menghuraikan pengaplikasian Kit Robotik dengan menggunakan Robot
WeDo memberi impak positif dalam meningkatkan penaakulan logik dan penyelesaian masalah
pelajar sekolah rendah melalui aktiviti pendidikan robotik. Pelajar yang melalui pengalaman Kit
Robotik berjaya mendapat markah yang lebih tinggi dalam ujian kemahiran pemikiran
komputasional yang diduduki. Dapatan ini disokong oleh Sullivan dan Bers (2016) yang menyatakan
pengintegrasian aktiviti pengaturcaraan melalui pendidikan robotik berupaya meningkatkan
pemikiran komputasional pelajar seawal peringkat prasekolah dan rendah. Walaubagaimanapun,
Gibson (2012) di dalam Asarani dan Yassin (2020) mencadangkan aspek bahan bantu mengajar dan
strategi pendekatan harus ditambah baik dalam mengintegrasikan kemahiran pemikiran
komputasional ini kepada kanak-kanak.

Dalam struktur kurikulum PISMP semasa, pelbagai kemahiran pembelajaran abad ke-21 seperti
kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), kemahiran kritis dan kreatif, kemahiran
penyelesaian masalah, kemahiran i-think dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah diajar
merentasi kurikulum. Akan tetapi, kursus kemahiran Pemikiran Komputasional ini belum lagi
ditawarkan kepada pelajar-pelajar PISMP setakat ini. Sebagai pembekal utama guru-guru permulaan
ke sekolah-sekolah rendah, IPG seharusnya terlibat secara langsung dengan kursus tersebut. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa kajian daripada sorotan literatur telah menunjukkan bahawa
wujudnya (walaupun bukan semua) perkaitan atau hubungan antara kemahiran Pemikiran
Komputasional dengan pemikiran penyelesaian masalah (Yadaz, Zhou, & Mayfield, 2011),
pemikiran kritikal (Kules, 2016), kemahiran Matematikal (Sneider, Stephenson, Schafer, & Flick,
2014; Sanford & Naidu, 2016), kemahiran Teknologi Maklumat dan Tahap Pemikiran
Komputasional dan Hubungannya dengan Prestasi Akademik Komunikasi (TMK) atau prestasi
akademik pelajar (Basawapatna, Repenning, & Lewis, 2013; Gouws, Bradshaw & Wentworth, 2013;
Calao, Moreno-Le`on, Correa, & Robles, 2015 dalam Yadaz, Hai Hong, & Stephenson, 2016). Ini
bermaksud pihak IPGM mungkin berpendapat bahawa pelajar-pelajar PISMP, IPG telah
mempelajari kemahiran-kemahiran tersebut di atas atau berprestasi akademik tinggi mungkin sudah
mencapai tahap Pemikiran Komputasional yang memuaskan. Justeru, tahap Pemikiran
Komputasional pelajar PPISMP perlu dikenal pasti dahulu sebelum pihak IPGM mengorak langkah
menstruktur semula sukatan program PISMP untuk memperkenalkan kursus baharu Pemikiran
Komputasional. Tanpa kajian ini, tahap Pemikiran Komputasional serta hubungannya dengan
prestasi akademik mereka tidak dapat ditentukan. Maka, pihak IPGM pun meragu-ragu mengambil
tindakan yang sewajarnya tanpa bukti kajian yang kukuh.

Menurut Chalmers (2018), lebih banyak penyelidikan masih perlu dilakukan agar guru dapat
memperkenalkan konsep pemikiran komputasional secara berkesan untuk diaplikasikan oleh pelajar
di dalam bilik darjah. Justeru, rekabentuk aktiviti oleh guru adalah penting dalam usaha
membangunkan pemikiran komputasional dalam diri pelajar agar pelajar mempunyai efikasi kendiri
dan motivasi untuk menguasai kemahiran ini. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa aktiviti
robotik dan pengaturcaraan merupakan antara strategi pelaksanaan pemikiran komputasional yang
lebih berkesan berbanding dengan kaedah tradisional dalam aspek meningkatkan motivasi
pelajar. Selain itu, pelajar lebih bergerak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
meningkatkan minat dan keseronokan belajar di dalam bilik darjah. Namun demikian, kajian

345

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

empirikal tentang pengintegrasian pemikiran komputasional dalam bilik darjah masih lagi kurang
di praktikkan bagi memupuk kemahiran abad ke-21 di kalangan pelajar mahupun pendidik.
Sehubungan dengan itu, penglibatan pelajar sebagai pengaturcara adalah penting bagi persediaan
ke alam pekerjaan pada suatu masa nanti. Di samping itu, secara tidak langsung dapat membimbing
pelajar untuk menguasai kemahiran kolaborasi, komunikasi berkesan, kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif serta menggunakan teknik pemikiran komputasional.

Justeru, kajian lanjut diperlukan untuk mengetahui tahap pemikiran komputasional di kalangan siswa
pendidik yang baharu dengan hubungannya terhadap persepsi sikap dan keyakinan diri sebelum
melaksanakan aktiviti robotik dan pengaturcaraan.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian
daripada sorotan literatur telah menunjukkan bahawa wujudnya (walaupun bukan semua) perkaitan
atau hubungan antara kemahiran Pemikiran Komputasional dengan pemikiran penyelesaian masalah
(Yadaz, Zhou, & Mayfield, 2011), pemikiran kritikal (Kules, 2016), kemahiran Matematikal
(Sneider, Stephenson, Schafer, & Flick, 2014; Sanford & Naidu, 2016), kemahiran Teknologi
Maklumat dan Tahap Pemikiran Komputasional dan Hubungannya dengan Prestasi Akademik
Komunikasi (TMK) atau prestasi akademik pelajar (Basawapatna, Repenning, & Lewis, 2013;
Gouws, Bradshaw & Wentworth, 2013; Calao, Moreno-Le`on, Correa, & Robles, 2015 dalam Yadaz,
Hai Hong, & Stephenson, 2016). Ini bermaksud pihak IPGM mungkin berpendapat bahawa pelajar-
pelajar PISMP, IPG telah mempelajari kemahiran-kemahiran tersebut di atas atau berprestasi
akademik tinggi mungkin sudah mencapai tahap Pemikiran Komputasional yang memuaskan.
Justeru, tahap Pemikiran Komputasional pelajar PPISMP perlu dikenal pasti dahulu sebelum pihak
IPGM mengorak langkah menstruktur semula sukatan program PISMP untuk memperkenalkan
kursus baharu Pemikiran Komputasional. Tanpa kajian ini, tahap Pemikiran Komputasional serta
hubungannya dengan prestasi akademik mereka tidak dapat ditentukan. Maka, pihak IPGM pun
meragu-ragu mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa bukti kajian yang kukuh.

Permasalahan Kajian

Bidang Komputasional dan teknologi robotik menjadi semakin penting dan telah diterokai oleh
banyak negara termasuk Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dalam bidang ini. Sehubungan
dengan itu Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah utntuk menjadikan bidang Pemikiran
Komputasional ini sebagai kemahiran merentas kurikulum. Pemikiran Komputasioanal dan Sains
Komputer telah diinterigasikan dalam kurikulum rasmi sekolah sekolah di Malaysia secara
berperingkat– peringkat. Justeru itu adalah menjadi satu keperluan mendesak kepada bakal-bakal
guru seperti siswa pendidik Institut Pendidikan Guru (IPG) juga untuk mempunyai kemahiran PK
yang mantap bagi menerapkannya ke dalam pdpc mereka di sekolah kelak. Mengikut beberapa
kajian lepas, tahap Pemikiran Komputasional guru-guru pelatih di IPTA atau IPG adalah pada tahap
lemah dan sederhana sahaja, ini bermaksud mereka masih belum mencapai suatu tahap yang
memuaskan (Lu Cheng, 2019). Senario yang sama juga berlaku kepada pelajar-pelajar baharu
PPISMP di IPGKSM. Pembelajaran menerusi teknologi robotik dilihat sebagai salah satu cara untuk
menjanakan PK selain daripada menarik minat bagi pelajar yang bergelut melalui pembelajaran
secara konvensional di sekolah. Sullivan dan Bers (2016) yang menyatakan pengintegrasian aktiviti
pengaturcaraan melalui pendidikan robotik berupaya meningkatkan pemikiran komputasional
pelajar seawal peringkat prasekolah dan rendah. Walaubagaimanapun, Gibson (2012) di dalam
Asarani dan Yassin (2020) mencadangkan aspek bahan bantu mengajar dan strategi pendekatan
harus ditambah baik dalam mengintegrasikan kemahiran pemikiran komputasional ini kepada kanak-
kanak. Menurut Chalmers (2018), lebih banyak penyelidikan masih perlu dilakukan agar guru
dapat memperkenalkan konsep pemikiran komputasional secara berkesan untuk diaplikasikan oleh
pelajar di dalam bilik darjah. Justeru itu, bagi menjanakan PK dalam kalangan siswa pendidik baharu
IPGKSM ini satu kajian telah dijalankan untuk melihat Tahap Pemikiran Komputasional di kalangan
siswa pendidik baharu.

346

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap Pemikiran Komputasional dan
hubungannya dengan sikap (keyakinan diri) siswa pendidik PPISMP yang baharu terhadap aplikasi
teknologi robotik.

Objektif Kajian

Secara khususnya, objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap pemikiran komputasional dalam kalangan siswa pendidik baharu
IPGKSM.
2. Mengkaji tahap sikap keyakinan diri siswa pendidik baharu IPGKSM terhadap aplikasi
teknologi
robotik.
3. Mengkaji hubungan tahap pemikiran komputasional dengan sikap terhadap teknologi
robotik dalam kalangan siswa pendidik baharu IPGKSM.

Persoalan Kajian

Sebanyak tiga persoalan kajian yang telah dibina berdasarkan objektif kajian seperti berikut:

1. Apakah tahap pemikiran komputasional dalam kalangan siswa pendidik baharu IPGKSM?

2. Apakah tahap sikap keyakinan diri siswa pendidik baharu IPGKSM terhadap aplikasi
teknologi robotik?

3. Apakah hubungan tahap pemikiran komputasional dengan sikap terhadap teknologi Robotik
dalam kalangan siswa pendidik baharu IPGKSM?

Hipotesis Kajian

H1 : Terdapat hubungan positif antara tahap pemikiran komputasional dengan sikap keyakinan diri
terhadap teknologi robotik dalam kalangan siswa pendidik baharu.

TINJAUAN LITERATUR

Pemikiran Komputasional

Pemikiran komputasional merupakan sejenis pemikiran analitikal yang menggunakan pemikiran
matematik untuk menyelesaikan masalah serta pemikiran kejuruteraan untuk mereka bentuk dan
menilai sistem yang lebih besar dan kompleks (Wing 2008). Pengkaji menggunakan teori asas
pemikiran komputasional yang dicadangkan oleh Wing (2006), kerana menurut beliau pemikiran
komputasional akan menjadi kemahiran asas yang akan digunakan di seluruh dunia pada abad ke-21
selain kemahiran membaca, menulis, dan aritmetik. Melalui pemikiran komputasional, konsep
penyelesaian masalah dapat diterjemahkan dalam bentuk yang boleh dilaksanakan dengan berkesan.
Menurut Wing (2006), initipati kepada pemikiran komputasional ialah kemahiran peniskalaan
(abstraction). Proses peniskalaan yang memerlukan seseorang menentukan apakah huraian yang
perlu ditonjolkan dan diberikan penekanan dan apakah huraian yang boleh diabaikan merupakan
kemahiran penting yang mendasari pemikiran komputasional. Leraian (decomposition) merupakan
satu teknik pemecahan suatu masalah kompleks kepada bahagian lebih kecil agar mudah
diselesaikan. Pengecaman corak (pattern recognition) membolehkan corak yang sama dalam

347

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

masalah kecil tadi dikenalpasti untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah yang sepadan atau
lebih rumit. Pengitlakan (generalization) melibatkan pembinaan model melalui kesimpulan umum
yang dibuat. Algoritma (algorithm) merupakan prosedur langkah demi langkah untuk menghasilkan
penyelesaian. Selain itu, menurut Barr et al. (2011), pemikiran komputasional turut melibatkan
pemikiran selari (parallelization) iaitu membahagikan data atau tugas yang sepadan untuk diproses
secara serentak atau selari. Penaakulan logik (logical reasoning) iaitu proses menggunakan
penaakulan secara konsisten untuk membuat kesimpulan dengan membuat hubungan antara fakta
dan rantai pemikiran. Penilaian penyelesaian (evaluating solution) adalah proses untuk
memastikan penyelesaian yang dirancang berkesan dan membuat penambahbaikan dan penilaian
semula sekiranya tidak berkesan.

Robotik Dalam Pendidikan

Pada tahun 2006, Jeannette Wing, Profesor Sains Komputer Presiden di Universiti Carnegie Mellon,
menyampaikan satu hasil kajian kepada The Association of Computer Machinery (Wing, 2006).
Wing menyatakan bahawa proses berfikir dan disiplin yang digunakan oleh saintis komputer akan
memberi manfaat kepada pelajar semua mata pelajaran. Kajian ini memberi inspirasi kepada para
saintis dan pendidik komputer dan telah menyebabkan minat yang semakin meningkat di seluruh
dunia untuk mempromosikan idea itu ke sekolah. Penyokong ini menyebutkan kerja dengan robot
pendidikan sebagai kaedah untuk melibatkan pelajar dalam apa yang disebut Pemikiran Komputasi
(PK) (Barr,2011). Kajian ini melihat perspektif pendidikan robotik. Kajian ini mengupas sejarah
perkembangan PK banyak merujuk kepada hasil kajian Seymour Papert - bapa pengasas pendidikan
robotik. Analisis kritis kajian ini mencadangkan beberapa cadangan kemudian mengkaji sinergi
antara idea PK dan idea Prinsip Aplikasi Robotik Pendidikan (Catlin et. Al, 2011) yang
menggambarkan aktiviti dan cadangan dapat membantu pengembangan strategi PK yang dapat
memajukan objektif pendidikan robotik dan pendidikan sains komputer. Seymour Papert dari
Massachusetts Institute of Technologies mengembangkan teori pembelajaran berdasarkan
konstruktivisme Piaget. Perhatikan bahawa Papert bekerja dengan Piaget di Geneva pada akhir 1950-
an dan awal 1960-an. Pendekatan Papert membantu kita memahami bagaimana idea terbentuk dan
berubah apabila dinyatakan melalui media yang berbeza, ketika diaktualisasikan dalam konteks
tertentu, apabila dikendalikan oleh fikiran individu. Ackerman (2001) membandingkan
konstruktivisme Piaget (Piaget & Duckworth, 1970) dan perkembangan Papert ini dengan
pembelajaran secara konstruksionis. Gabungan dua pandangan itu sebagai pembelajaran secara
konstruksionisme seperti yang dilakukan oleh Piaget dan Papert, pengetahuan itu dibina secara aktif
oleh seorang kanak-kanak dalam interaksi dengan dunianya dan mendorong untuk menawarkan
peluang kepada anak-anak untuk terlibat dalam penerokaan secara langsung yang menggalakkan
proses konstruktif. Pappert amat memberi perhatian kepada cara pembelajaran. Ini juga dirujuk
sebagai seni pembelajaran. Beliau percaya bahawa ini mempengaruhi proses belajar kendiri yang
diajar oleh pelajar. Beliau seterusnya menyatakan bahawa ilmu itu didasarkan pada konteksnya.
Papert menegaskan bahawa konstruktinisme adalah problem based learning, self- learning,
discovery learning, dan menekankan bahawa kanak-kanak tidak mendapat idea tetapi mereka
membuat idea (Ackerman, 2001).

METODOLOGI

Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konseptual kajian ini diadaptasi dari Lu Cheng Soon (2019) telah diilustrasikan dalam
Rajah 1. Pemikiran Komputasional(PK) terdiri daripada enam konstruk iaitu Leraian, Pola,
Peniskalaan, Algorithma, Penaakulan, Logik dan Penilaian. Dalam kajian ini akan dilihat hubugan
antara tahap PK ini dengan sikap iaitu keyakinan diri terhadap teknologi robotik.

348

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian

Instrumen dan Responden

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif jenis tinjauan. Dua jenis instrumen yang
digunakan untuk pengumpulan data iaitu satu set Ujian Kecerdasan Pemikiran Komputasional secara
atas talian yang diterjemahkan oleh kumpulan penyelidik sendiri dan juga satu set soal selidik yang
mengandungi 10 item yang menggambarkan tentang persepsi sikap keyakinan diri terhadap
teknologi robotik. Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar PPISMP IPGKSM yang baharu
Ambilan Jun 2020 iaitu seramai 300 orang. Manakala, sampel kajian adalah 169 iaitu berdasarkan
Jadual Penentuan Krejcie & Morgan (1970) adalah terdiri daripada mereka yang sudi menjawab
soalan secara sukarela. Set ujian Kecerdasan Pemikiran Komputasional terdiri daripada 10 soalan
objektif merangkumi enam konstruk (Leraian, Pola, Peniskalaan, Algorithma, Penaakulan, Logik
dan Penilaian) yang dimuat turun daripada laman web rasmi pertandingan kecerdasan Pemikiran
Komputasional antarabangsa, iaitu www.bebras.uk. Soalan yang dipilih adalah berdasarkan (i)umur
responden, (ii) kata kunci kategori, (iii) tahap kesukaran, dan (iv) taburan kesukaran soalan.
Seterusnya, soalan-soalan ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Untuk menentukan indeks
kebolehpercayaan kedua-dua instrumen kajian, maka satu kajian rintis telah dilaksanakan ke atas 30
pelajar PPISMP dan hasil analisis kajian rintis telah menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha yang
tinggi, iaitu 0.960 (Ujian PK) dan 0.935(Soal selidik Sikap terhadap robotik) (Jadual 1). Instrumen
soal selidik dan ujian tahap PK ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi mengikut
klasifikasi Babbie (1992) kerana pekali (α) melebihi 0.6. Sehubungan ini, kesemua 10 item
dikekalkan dan sangat konsisten digunakan untuk proses memungut data. Dari segi kesahan
kandungan dan bahasa pula, instrumen kajian ini telah disemak oleh pakar-pakar bidang masing-
masing.

Jadual 1: Instrumen dan Cronbach’s Alpha

Instrumen Adaptasi/ Sumber Cronbach’s Alpha

Tahap Pemikiran Komputasional https://www.bebraschallenge.org/ 0.960
(PK) Siswa Pendidik Baharu

Tahap Keyakinan Diri terhadap Modified Fennema-Sherman 0.935

teknologi Robotik (10 item) Mathematics Attitude Scale” (Aziz ,2011)

349

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Bagi set soal selidik persepsi keyakinan diri siswa pendidik baharu terhadap teknologi robotik pula
diadaptasi dari “Modified Fennema-Sherman Mathematics Attitude Scale”, kajian yang dijalankan
oleh Aziz pada tahun 2011. Berpandukan kepada soal selidik tersebut, penyelidik telah mengubah
suai dan menterjemahkan mengikut persoalan kajian penyelidik. Soal selidik ini terdiri daripada 10
item yang menggambarkan mengenai tahap keyakinan diri terhadap teknologi robotik. Kesemua
maklum balas tiap-tiap item menggambarkan tahap keyakinan diri pelajar baharu mengikut skala
Likert lima mata dengan skor 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi sikap yang positif. Data yang dikumpul itu
dianalisis secara deskriptif dengan melihat taburan kekerapan, min dan sisihan piawai serta analisis
inferensi iaitu korelasi untuk melihat hubungan dua pemboleh ubah tersebut menggunakan program
SPSS Version 24.

DAPATAN KAJIAN
.
a. Min, SP, Tahap dan Pekali Korelasi

Seramai 169 orang siswa pendidik baharu Ambilan Jun 2020 IPGKSM yang terdiri daripada 123
pelajar perempuan dan 46 orang pelajar lelaki telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan
kajian telah menunjukkan bahawa kemahiran Pemikiran Komputasional pelajar PPISMP secara
keseluruhannya adalah pada tahap sederhana sahaja (min = 44.08%). Nilai kurtosis dan skewness
masing-masing bagi tahap PK (0.098, -0.339) dan sikap keyakinan diri terhadap teknologi robotik (-
0.254, 0.132) telah menunjukkan data normal kerana berada dalam julat +-1.7. Manakala, hasil Ujian
Statistik Korelasi Pearson telah menunjukkan bahawa hubungan antara tahap Pemikiran
Komputasional keseluruhan dengan sikap keyakinan diri terhadap teknologi digital adalah pada
tahap yang lemah (pekali korelasi = 0.10) pada aras signifikan 0.05 (Jadual 2).

Jadual 2 : Min, SP, Tahap dan Pekali Korelasi

Konstruk/ min SP Min Max Tahap Pekali
Pembolehubah 0.00 90.0 Korelasi
15
Tahap Pemikiran 44.08 17.70 Sederhana
2.74 0.78 Sederhana
Komputasional Siswa 169

Pendidik Baharu 0.10

Sikap Keyakinan Diri

Siswa Pendidik Baharu

terhadap Teknologi

Robotik

N

Skor-skor antara 1.00 – 2.33 dikategorikan sebagai tahap rendah/negatif, min 2.34 – 3.66 sebagai
tahap neutral/sederhana dan min antara 3.67 – 5.00 dikategorikan sebagai tahap tinggi/positifl
Pengelasan ini telah digunakan oleh Rosli (2005), DieEnno dan Hilton (2005), Smith dan Semrau
(2004), Makki (2003), Tay (2003) serta Yusri (2000)

Jadual 3: Peratus Pelajar Menjawab Betul dan Salah mengikut Item dan Elemen Pemikiran
Komputasional

Item Peratus Pelajar Peratus Pelajar Elemen Pemikiran
350
Menjawab Betul menjawab salah Komputational

Item 1 82.1 Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Item 2 74.4 Jilid2
Item 3 15.4
Item 4 51.3 ISBN:978-967-2432-02-9
Item 5 53.8
Item 6 35.9 © 2020 #112 Dana Penyelidikan
Item 7 10.8
Item 8 48.7 17.9 Abstraction, logical reasoning,
Item 9 43.6 abstraction

Item 10 48.7 25,6 Logical reasoning, evaluation
84.6 Algorithm
48.7 Logical reasoning
46.2 Logical reasoning, evaluation
64.1 Logical reasoning, Algorithm
89.2 Algorithm
51.3 Algorithm
56.4 Pattern Recognition

51.3 Logical reasoning

Jadual 3 menunjukkan Peratus Pelajar Menjawab Betul dan Salah mengikut Item dan Elemen
Pemikiran Komputasional. Hasil Kajian juga mendapati elemen Pemikiran Komputasional yang
paling lemah adalah algorithm iaitu sebanyak 89.2% dan 84.6% masing-masing pelajar menjawab
salah untuk item 7 dan item 3 adalah elemen algorithm,

PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
terutama IPGKSM perlu merekabentuk satu kursus atau bengkel Pemikiran Komputasional khas
untuk diajar di IPG pada masa akan datang supaya produk IPG lebih yakin diri dan kompeten apabila
mengajar komponen Pemikiran Komputasional merentasi kurikulum KSSR yang baharu. Aplikasi
teknologi robotik dalam PdPc juga dilihat boleh membantu penjanaan pemikiran komputasional
dalam kalangan siswa pendidik baharu dan boleh memberi impak dalam dunia pendidikan kerana
robotik bukan sahaja digunakan dalam sektor perindustrian malah ianya wajar digunakan dalam
PdPc.

RUMUSAN

Rumusan kajian adalah seperti berikut:.

1. Tahap Pemikiran Komputasional Siswa Pendidik Baharu adalah sederhana (min = 44.08,
sp = 17.70). Elemen Pemikiran Komputasional yang paling lemah adalah algorithm (Rujuk
Jadual 3).

2. Keyakinan Diri Siswa Pendidik Baharu terhadap Teknologi Robotik sederhana (min = 2.74,
sp = 0.78)

3. Terdapat hubungan positif yang sangat lemah antara tahap Pemikiran Komputasional dan
Keyakinan diri siswa terhadap robotik iaitu dengan pekali korelasi 0.10.

351

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

RUJUKAN
Catlin, D. and Blamires, M. The Principles of Educational Robotics Applications (ERA): A

framework for understanding and developing educational robots and their activities.
Paris : Proceedings of Constructionism Accessed: 11th April 2014 http://goo.gl/HocRPH
(2010).
Educational Robots and Computational Thinking. Available from:
https://www.researchgate.net/publication/264043999_Educational_Robots_and_Computati
onal_Thinking [accessed Jul 22 2020].
Wing, J.M., Computational thinking, in Magazine Communications of the ACM – Self managed
systems CACM March, 2006, ACM: New York, NY, USA. p. 33–35
Wing, J. M. (2006). Computational thinking. Communications of the ACM, 49(3), 33-35.
Wing, J. M. (2008). Computational thinking and thinking about computing. Philosophical
Transactions of the Royal Society A: Mathematical, Physical and Engineering Sciences,
366(1881), 3717-3725.
Barr, Valerie & Stephenson, Chris. (2011). Bringing computational thinking to K-12: what is
Involved and what is the role of the computer science education community?. ACM Inroads.
2. 10.1145/1929887.1929905
Wing, J. M. Computational Thinking. Communications of the ACM 49(3), pp. 33-35. 2006. 2.
Barr, V and Stephenson, C. Bringing Computational Thinking to K-12: What is Involved and What
is the Role of the Computer Science Education Community? Inroads. No 1, Vol 2, pp.
48-54. March (2011)
Yadav, A., Ninger Zhou, N., & Mayfield, C. (2011). Introducing Computational Thinking in
Education Courses. Purdue University.
Yadav, A., Hai, H., & Stephenson, C. (2016). Computational thinking for all: pedagogical
approaches to embedding 21st century problem solving in K-12 classrooms. TechTrends,
60, 565-568.

352

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

CAKNA INFO UNTUK MENINGKATKAN DAYA TINDAK PENSYARAH
TERHADAP ARAHAN PELAKSANAAN TUGASAN
SECARA ATAS TALIAN

Norhisham Abdul Razak ([email protected])
Rosaniza Zainal ([email protected])
Latiza A.Latif ([email protected])

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan daya tindak pensyarah terhadap arahan pelaksanaan
tugasan secara atas talian. Kumpulan sasaran terdiri daripada lima orang pensyarah yang dikesan
mempunyai kemahiran yang rendah dalam penggunaan teknologi maklumat. Kaedah Cakna Info
telah digunakan bagi meningkatkan daya tindak pensyarah terhadap arahan pelaksanaan tugasan
secara atas talian. Tindakan terhadap arahan yang diterima perlu disegerakan bagi menangani
permasalahan kelewatan menghantar tugasan secara atas talian ini dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Kajian ini dijalankan dengan mengenal pasti masalah melalui pemerhatian dan refleksi
pensyarah semasa melaksanakan tugasan. Intervensi yang dilaksanakan dalam kaedah Cakna Info
adalah peringatan melalui personal Whatsapp dan panggilan telefon. Bimbingan secara individu
dan bengkel bimbingan pelaksanaan tugasan secara atas talian turut dilaksanakan agar pensyarah
dapat melaksanakan tugas dengan lebih sistematik dan berkesan. Pensyarah yang menunjukkan
prestasi yang baik dan berjaya menyempurnakan tugasan secara atas talian dalam tempoh masa
yang ditetapkan diberi penghargaan melalui sokongan dan motivasi. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pensyarah dapat meningkatkan daya tindak melalui kaedah dan intervensi yang
dilaksanakan untuk melaksanakan tugasan secara atas talian dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kata kunci: Cakna Info, daya tindak, teknologi maklumat, arahan, tugasan

PENGENALAN

Dalam era revolusi industri 4.0, teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan penting
sebagai pemangkin kepada kemajuan dan inovasi sesebuah organisasi dalam aspek pembangunan
negara, menjadikan aktiviti pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi berjalan dengan lebih
sistematik dan teratur. Antaranya proses pengumpulan, pemprosesan, penyebaran maklumat dan
pengurusan dokumen akan menjadi lebih cepat, cekap dan efisien. Proses transformasi sistem
penyampaian maklumat secara elektronik menggunakan teknologi maklumat telah diadaptasi oleh
hampir semua organisasi kerajaan dan swasta. Perkembangan ini bukan sahaja dapat menjimatkan
masa malah menjimatkan tenaga dan perbelanjaan sesebuah organisasi. Pengaplikasian teknologi
maklumat telah memberikan anjakan baru dalam penyampaian maklumat khususnya dalam bidang
pendidikan. Para pensyarah dan guru-guru perlu berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam
pengaplikasian teknologi maklumat dalam melaksanakan tugas dan pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih efisien.

Adalah menjadi harapan pihak pengurusan untuk memastikan semua pensyarah dapat berfungsi
dengan baik bersesuaian dengan kehendak semasa yang melaksanakan penyampaian maklumat
melalui platform digital. Semasa proses pembelajaran, jika tidak mahir, tidak tahu atau pane
merupakan perkara biasa pada awalnya. Tetapi, apabila telah diajar dan diberi kefahaman maka tidak

353

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

mustahil daripada pane bertukar menjadi cakna. Pensyarah perlu mempunyai sikap sentiasa peka dan
cakna terhadap semua maklumat yang disampaikan dalam organisasi dan perlu bertindak seperti
yang diharapkan. Seorang pensyarah dianggap cemerlang apabila semua tugasan yang perlu dibuat
dapat diselesaikan pada atau sebelum tempoh masa yang diberikan. Namun, tidak semua pensyarah
dianggap tidak cemerlang jika tidak dapat menyelesaikan tugas dalam tempoh masa yang diberikan.
Berkemungkinan mereka ini tidak memahami dan tidak mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan
tugasan.

REFLEKSI YANG LALU

Sepanjang kami menguruskan beberapa jawatankuasa khas kolej, terdapat beberapa masalah yang
dihadapi dalam mendapatkan tindakan para pensyarah terhadap arahan yang disampaikan oleh pihak
pengurusan terutama melalui aplikasi Whatsapp berkaitan pelaksanaan tugasan secara atas talian yang
perlu dibuat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Namun apa yang berlaku, segelintir
pensyarah tidak cakna kepada arahan yang disampaikan dan lewat memberi maklum balas
penerimaan arahan yang disampaikan walaupun mereka mahir dan tiada masalah menggunakan
aplikasi Whatsapp tersebut. Sekiranya pensyarah tidak mengendahkan arahan tersebut maka tugasan
yang perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan tidak dapat dilaksanakan.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada isu kelewatan daya tindak pensyarah terhadap arahan melaksanakan
tugasan secara atas talian. Tambahan pula, kursus secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan
sepenuhnya disebabkan berlakunya pandemik Covid-19. Walaubagaimana pun tuntutan ke atas
arahan melaksanakan tugasan secara atas talian mengikut tatacara dan tempoh yang ditetapkan perlu
dilaksanakan bagi memenuhi arahan yang diterima dari Bahagian Matrikulasi disamping bagi
mencapai Indeks Prestasi Utama pihak kolej. Pensyarah lambat mengambil tindakan terhadap arahan
melaksanakan tugasan secara atas talian terutama arahan yang disalurkan melalui aplikasi Whatsapp.

Arahan pelaksanaan tugasan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya dapat disalurkan
melalui aplikasi Whataspp dan disokong dengan panggilan telefon berikutan kekangan yang
dihadapi sewaktu tempoh dimana penjawat awam perlu Bekerja Dari Rumah (BDR). Arahan
langkah-langkah pelaksanaan kursus atas talian tersebut telah diperincikan dan disampaikan melalui
aplikasi Whatsapp secara langkah demi langkah atau tangkapan skrin sebagai panduan kepada para
pensyarah. Para pensyarah mengakui bahawa mereka jelas dengan penerangan dan panduan yang
diberi. Namun, bagi mereka yang kurang kemahiran teknologi maklumat, panduan dan penerangan
tersebut tidak dapat membantu mereka secukupnya.

Pensyarah perlu peka dan cakna terhadap sesuatu arahan daripada pengurusan pada setiap masa bagi
memastikan kelancaran tugasan yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pensyarah juga harus memastikan tugasan dilaksanakan sebaik sahaja arahan diterima. Kelewatan
pensyarah mengambil tindakan terhadap pelaksanaan tugasan akan menjejaskan proses kerja atau
penghantaran laporan yang diperlukan dengan kadar segera oleh pihak yang berkepentingan. Secara
tidak langsung, keadaan ini akan mempengaruhi kredibiliti pensyarah sekaligus menjatuhkan imej
dan nama baik organisasi.

354

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan daya tindak pensyarah terhadap arahan pelaksanaan
tugasan secara atas talian melalui Cakna Info.

Objektif Khusus

Kajian ini juga bertujuan untuk memastikan pensyarah mengambil tindakan terhadap arahan yang
disampaikan. Selain itu, pensyarah juga perlu melaksanakan tugasan secara atas talian dalam tempoh
yang ditetapkan.

KUMPULAN SASARAN

Jadual 1, menunjukkan demografi responden dalam kajian. Kajian ini melibatkan lima orang
pensyarah yang mempunyai tahap kemahiran yang rendah dalam teknologi maklumat. Kesemua
pensyarah ini telah lewat melaksanakan tugasan terdahulu iaitu kursus atas talian Agensi Kaunseling dan
Pengurusan Kredit (AKPK) yang diberikan dalam tempoh masa yang diperuntukkan. Teknologi
maklumat yang dimaksudkan adalah penggunaan aplikasi ‘Web Based’ secara atas talian yang
memerlukan langkah-langkah pelaksanaan mengikut turutan dalam melengkapkan tugasan secara
atas talian. Pensyarah ini dikenalpasti mempunyai tahap kemahiran dalam teknologi maklumat yang
rendah melalui pengakuan secara verbal seperti pernyataan di bawah :

Pensyarah A : “Saya tak biasa la guna online ni.”
Pensyarah B : “Lepas klik ni nak buat apa pula ye?”
Pensyarah C : “Eh susahnya… Saya tak pernah buat kursus online macam ni...”
Pensyarah D : “Macamana nak buat kursus online ni? Saya tak tahu nak mula dari mana”.
Pensyarah E : “Macamana nak sign in EPSA ni? Username dengan password ni nak

tulis apa?”

Jadual 1: Demografi Kumpulan Sasaran

Pensyarah Jantina Kemahiran dalam
Pensyarah A P
Pensyarah B P Teknologi Maklumat
Pensyarah C L
Pensyarah D P Rendah
Pensyarah E L
Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

PELAKSANAAN KAJIAN

Jadual 2, menunjukkan perancangan yang dibuat dalam melaksanakan kajian bermula dengan
penulisan kertas cadangan berdasarkan isu kelewatan melaksanakan tugasan berkaitan Agensi
Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) secara atas talian. Kajian ini dilaksanakan agar tugasan
seterusnya iaitu pelaksanaan kursus atas talian e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) tidak

355

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

menghadapi kelewatan dan dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan. Tiga intervensi telah
dikenalpasti dengan pemilihan kaedah Cakna Info iaitu Peringatan, Bengkel Peningkatan Teknologi
Maklumat dan Bimbingan Individu. Pendekatan kajian adalah secara kualitatif dengan kaedah
pengumpulan data melalui temubual dan penilaian sebelum dan selepas bengkel. Bengkel
pelaksanaan kajian dilaksanakan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
(BMKPM) kepada pengkaji bagi memberi pendedahan tentang penulisan kajian tindakan yang
berkualiti. Seterusnya data yang dikumpul dianalisis dan penulisan laporan kajian dibuat berdasarkan
format penulisan yang betul.

Jadual 2 : Jadual Pelaksanaan Kajian

Bulan Julai Ogos September Oktober

34123412341234

Aktiviti / Minggu

Menulis Cadangan Kajian

Merancang Kajian Tindakan

Intervensi

Pengumpulan Data

Bengkel Pelaksanaan Kajian
Fasa 2

Analisis Data

Penulisan Kertas Kajian

Tinjauan Awal Masalah

Jadual 3, menunjukkan bahawa lima orang responden lewat melaksanakan tugasan AKPK mengikut
tempoh yang ditetapkan. Tempoh lewat menghantar adalah antara dua hingga tujuh hari selepas
tarikh penghantaran. Tugasan ini adalah secara atas talian dan memerlukan kemahiran dalam
teknologi maklumat untuk melaksanakannya. Justeru, tugasan tersebut sukar diselesaikan tanpa
bimbingan dan tunjuk ajar darpada individu yang berkemahiran.

Jadual 3: Data Pelaksanaan Tugasan Secara Atas Talian

Bil. Pensyarah Pelaksanaan Tugasan Pelaksanaan Tugasan
AKPK EPSA

1 Pensyarah A Hantar 2 hari Masih tidak hantar
selepas tarikh akhir seminggu sebelum tarikh akhir
Masih tidak hantar
2 Pensyarah B Hantar 2 hari seminggu sebelum tarikh akhir
selepas tarikh akhir Masih tidak hantar
seminggu sebelum tarikh akhir
3 Pensyarah C Hantar 7 hari Masih tidak hantar
selepas tarikh akhir seminggu sebelum tarikh akhir

4 Pensyarah D Hantar 3 hari
selepas tarikh akhir

356

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

5 Pensyarah E Hantar 7 hari Masih tidak hantar seminggu sebelum
selepas tarikh akhir tarikh akhir

Analisis Tinjauan Awal Masalah Status
Penerimaan Arahan
a. Pemerhatian Dan Senarai Semak
Jelas dengan arahan yang diberi tetapi
Jadual 4: Status Penerimaan Arahan menghadapi masalah terhadap
langkah yang perlu dibuat dalam
Tugasan / Status melaksanakan tugasan
Pensyarah Penghantaran Tugasan
Jelas dengan arahan yang diberi tetapi
Pensyarah A menghadapi masalah terhadap
langkah yang perlu dibuat dalam
AKPK 2 hari selepas tarikh akhir melaksanakan tugasan

EPSA Masih tidak hantar seminggu Faham arahan yang diberi tetapi tidak
sebelum tarikh akhir mahir untuk melaksanakan tugasan
secara atas talian
Pensyarah B
Jelas dengan arahan yang diberi tetapi
AKPK 2 hari selepas tarikh akhir menghadapi masalah terhadap
langkah yang perlu dibuat dalam
EPSA Masih tidak hantar seminggu melaksanakan tugasan
sebelum tarikh akhir
Faham arahan yang diberi tetapi
Pensyarah C tidak mahir untuk melaksanakan
tugasan secara atas talian
AKPK 7 hari selepas tarikh akhir

EPSA Masih tidak hantar seminggu
sebelum tarikh akhir

Pensyarah D

AKPK 3 hari selepas tarikh akhir

EPSA Masih tidak hantar seminggu
sebelum tarikh akhir

Pensyarah E

AKPK 7 hari selepas tarikh akhir

EPSA Masih tidak hantar seminggu
sebelum tarikh akhir

Jadual 4, menunjukkan bahawa semua pensyarah menerima dan memahami arahan dengan jelas
dalam melaksanakan tugasan secara atas talian tetapi masih gagal menghantar tugasan AKPK dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Pensyarah terlibat didapati masih belum melaksanakan tugasan EPSA
walaupun tempoh pelaksanaan hanya tinggal lagi seminggu. Masalah yang dikenalpasti adalah
disebabkan pensyarah yang terlibat tidak mahir dalam penguasaan teknologi maklumat terutama
melibatkan beberapa langkah yang perlu dilaksanakan dalam melengkapkan tugasan tersebut.

357

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

b. Temubual

Hasil temu bual bersama kumpulan sasaran didapati bahawa setiap pensyarah menyatakan tugasan
secara atas talian ini memerlukan kemahiran dan pemahaman dalam teknologi maklumat. Mereka
memerlukan bimbingan daripada fasilitator yang mahir dan memerlukan bengkel tertentu berkaitan
teknologi maklumat bagi meningkatkan penguasaan kemahiran dalam teknologi maklumat semasa
melaksanakan tugasan secara atas talian. Transkrip temu bual bersama pensyarah yang masih tidak
dapat menyelesaikan tugasan EPSA secara atas talian adalah seperti jadual 5.

Jadual 5: Transkrip Temubual Respons Pensyarah Kod

Soalan Tidak mahir dalam aplikasi teknologi 1
maklumat.
Apakah punca tugasan tidak dapat
dihantar?

Adakah arahan yang diberi tidak jelas? Arahan yang diterima jelas tetapi tidak 1
mahir untuk selesaikan tugasan yang 2
diberi.

Adakah bantuan diperlukan? Perlu bantuan fasilitator dan bengkel 1
penguasaan teknologi maklumat.

Bilakah tugasan EPSA boleh dihantar? Selepas mahir menguasai teknologi 1
maklumat terutama bagi langkah yang
perlu diselesaikan dalam tugasan
tersebut.

Penentuan Kod

Kod 1: Faktor Penguasaan Teknologi Maklumat
Kod 2: Faktor Penerimaan Arahan
Kod 3: Tugasan Secara Atas Talian Adalah Sukar
Kod 4: Masa Yang Tidak Mencukupi

Berdasarkan analisis tinjauan masalah, kesemua pensyarah ini mempunyai kemahiran pada tahap
rendah dalam penggunaan teknologi maklumat berdasarkan kepada respon pensyarah “tidak
mahir……..aplikasi teknologi maklumat”. Penerimaan arahan yang disampaikan adalah jelas dan
difahami tetapi pensyarah tidak mahir melaksanakan tugasan yang melibatkan turutan langkah-
langkah yang perlu dibuat dalam menyelesaikan tugasan tersebut. Hasil temu bual mendapati
pensyarah memerlukan kursus untuk penguasaan dalam teknologi maklumat bagi meningkatkan
daya tindak melaksanakan tugasan EPSA secara atas talian dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Oleh demikian, beberapa intervensi telah dirancang untuk menangani permasalahan yang dihadapi.

Tindakan Yang Dijalankan

Jadual 6, menunjukkan beberapa tindakan dan intervensi yang telah dilaksanakan dalam kaedah
Cakna Info berdasarkan kesesuaian kajian ke arah mencapai objektif kajian. Kaedah Cakna Info ini
melibatkan beberapa intervensi iaitu peringatan melalui personal Whatsapp dan panggilan telefon.
Selain itu, bimbingan secara individu oleh fasilitator dan bengkel bagi meningkatkan penguasaan
dalam teknologi maklumat. Bengkel ini sangat diperlukan oleh pensyarah dalam melaksanakan
tugasan secara atas talian dengan berkesan. Penghargaan secara motivasi, pujian dan sokongan

358

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

semangat turut diberikan setelah tugasan dapat diselesaikan bagi meningkatkan daya tindak
pensyarah terhadap pelaksanaan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Jadual 6 : Tindakan Yang Telah Dilaksanakan

Intervensi Peringatan Bengkel Bimbingan Penghargaan

/ Pensyarah Peningkatan Individu

Teknologi Maklumat

Pensyarah A Personal Peserta Tiada Pujian diberikan sebagai

Whatsapp penyataan penghargaan

setelah EPSA dapat

dilaksanakan.

Pensyarah B Personal Peserta Tiada Pujian diberikan sebagai
Whatsapp penyataan penghargaan
setelah EPSA dapat
dilaksanakan.

Pensyarah C Personal Peserta Ada Motivasi dan sokongan
Pensyarah D Whatsapp Tiada
dan panggilan Ada semangat. Pujian diberikan
telefon
sebagai penyataan

penghargaan setelah EPSA

dapat dilaksanakan

Personal Peserta Pujian diberikan sebagai
Whatsapp penyataan penghargaan
setelah EPSA dapat
dilaksanakan.

Pensyarah E Personal Peserta Motivasi dan sokongan
Whatsapp
dan panggilan semangat. Pujian diberikan
telefon
sebagai penyataan

penghargaan setelah EPSA

dapat dilaksanakan.

Pelaksanaan Kajian

Kaedah Cakna Info dilaksanakan bagi meningkatkan daya tindak pensyarah terhadap arahan yang
diberi dalam melaksanakan tugasan. Pensyarah perlu cakna terhadap sesuatu arahan dan info yang
disampaikan agar daya tindak pensyarah dapat ditingkatkan ke arah pelaksanaan tugasan secara atas
talian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Beberapa intervensi telah dilaksanakan dalam kaedah
Cakna Info iaitu peringatan, bimbingan dan bengkel dalam meningkatkan penguasaan teknologi
maklumat.

a. Peringatan

Pensyarah diberi peringatan menerusi personal Whatsapp bagi memastikan pensyarah melaksanakan
tugasan sebelum tempoh masa yang ditetapkan. Peringatan melalui panggilan telefon akan disusuli
sekiranya masih tiada tindakan yang dilakukan.

b. Bengkel Peningkatan Teknologi Maklumat

359

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Bengkel Peningkatan Teknologi Maklumat telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran
pensyarah dalam penggunaan teknologi maklumat sekaligus meningkatkan daya tindak pensyarah
dalam melaksanakan tugasan secara atas talian. Penilaian sebelum dan selepas kursus telah dibuat
bagi memastikan pensyarah telah dapat meningkatkan kemahiran dalam penguasaan teknologi
maklumat bagi membantu pensyarah melaksanakan tugasan secara atas talian dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan.

c. Bimbingan Individu

Bimbingan secara individu kepada pensyarah yang masih menghadapi masalah dalam melaksanakan
tugasan secara atas talian walaupun telah menghadiri bengkel. Mereka ini masih memerlukan
bimbingan secara individu oleh rakan sejawat yang lebih mahir atau fasilitator yang telah
dikenalpasti bagi memastikan tugasan secara atas talian dapat dihantar dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan.

Refleksi Akhir

Interpretasi tahap kemahiran penguasaan teknologi maklumat pensyarah diukur melalui interpretasi
yang dibina oleh Jurulatih Utama Google Classroom seperti di Jadual 7.

Jadual 7: Interpretasi Tahap Penguasaan Kemahiran Penggunaan Teknologi Maklumat

Tahap Penguasaan Interpretasi Kategori

4 Sangat Mahir
Tinggi

3 Mahir

2 Kurang Mahir
Rendah

1 Tidak Mahir

Intervensi telah dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran pensyarah dalam teknologi
maklumat iaitu Bengkel Peningkatan Teknologi Maklumat dan Bimbingan Individu.

a. Bengkel Peningkatan Teknologi Maklumat

Berdasarkan analisis item penilaian kursus, menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam
kemahiran penguasaan teknologi maklumat yang dikenalpasti menjadi punca utama kelewatan
pensyarah melaksanakan tugasan. Keadaan ini, menyebabkan pensyarah lewat bertindak dalam
melaksanakan tugasan secara atas dalam tempoh masa yang ditetapkan

Rajah 1 menunjukkan peningkatan kemahiran dalam penguasaan teknologi maklumat bagi
meningkatkan daya tindak pensyarah bagi memastikan pensyarah melaksanakan tugasan secara atas
talian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pensyarah terlibat mempunyai tahap kemahiran yang
rendah dalam penguasaan teknologi maklumat sebelum kursus diadakan iaitu Fasa 1. Kesemua
pensyarah ini telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran melaksanakan tugasan secara atas
talian selepas menghadiri bengkel peningkatan teknologi maklumat yang dilaksanakan pada Fasa 2.
Pensyarah A, B dan D telah menunjukkan peningkatan yang baik dan dapat menyelesaikan tugasan
dalam dalam tempoh yang ditetapkan tanpa memerlukan bimbingan. Manakala Pensyarah C dan E,
masih perlu dibimbing secara individu oleh rakan sejawat atau fasilitator yang dilantik bagi
memastikan tugasan dapat dihantar dalam tempoh yang ditetapkan.

360

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

3.5 Pensyarah B Pensyarah C Pensyarah D Pensyarah E
3 Fasa 1 Fasa 2

2.5
2

1.5
1

0.5
0
Pensyarah A

Rajah 1: Tahap Kemahiran dalam Pelaksanaan Tugasan Secara Atas Talian.

b. Bimbingan Individu

Setelah bengkel dilaksanakan, tiga pensyarah telah menyelesaikan tugasan tanpa bimbingan.
Namun masih ada dua pensyarah yang masih belum menyelesaikan tugasan pada hari kedua
sebelum tarikh akhir tugasan. Oleh yang demikian, bimbingan perlu dilaksanakan secara individu
oleh rakan sejawat atau fasilitator yang dikenalpasti.

3.5

3

2.5

2

1.5

1

0.5

0 Pensyarah E
Pensyarah C

Fasa 1 Fasa 2 Bimbingan individu

Rajah 2 : Tahap Peningkatan Kemahiran Selepas Bimbingan Individu.

361

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rajah 2 menunjukkan tahap peningkatan kemahiran selepas bimbingan individu. Hasil dapatan
mendapati bimbingan secara individu ini dapat membantu kedua-dua pensyarah ini meningkatkan
kemahiran dalam melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah yang diperlukan seperti Rajah
2.

RUMUSAN

Pada akhir kajian, didapati kesemua pensyarah telah dapat menyempurnakan tugasan EPSA sebelum
tarikh yang telah ditetapkan setelah menjalani intervensi yang dilaksanakan seperti dalam Jadual 8.
Kesimpulannya, peningkatan kemahiran dalam menguasai teknologi maklumat telah membantu
pensyarah terlibat untuk melaksanakan tugasan EPSA secara atas talian dengan lancar dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan. Hasil daripada kajian ini, pensyarah dapat melaksanakan tugasan EPSA
dengan baik sebelum tempoh yang telah ditetapkan.

Jadual 8 : Tempoh Masa Penyempurnaan Tugasan Tempoh Masa
Menyelesaikan Kursus EPSA
Intervensi
/ Pensyarah 3 hari sebelum tarikh akhir.

Pensyarah A

Pensyarah B 2 hari sebelum tarikh akhir.

Pensyarah C 1 hari sebelum tarikh akhir.

Pensyarah D 4 hari sebelum tarikh akhir .

Pensyarah E 1 hari sebelum tarikh akhir.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian ini boleh diperluaskan lagi dengan melibatkan Anggota Khidmat Pelaksana (AKP)
memandangkan penguasaan dalam teknologi maklumat adalah sangat penting dalam melaksanakan
kursus secara atas talian. Selain itu, kursus-kursus berkaitan pengendalian kursus secara atas talian
juga boleh diperbanyakkan lagi dengan melibatkan semua pensyarah dan AKP. Ini bersesuaian
dengan keadaan semasa ketika negara berdepan dengan pandemik Covid 19 yang menuntut semua
staf melaksanakan kerja dan kursus secara atas talian dan mengehadkan aktiviti bersemuka serta
pengajaran dan pembelajaran norma baharu yang lebih menumpukan kepada kaedah secara atas
talian.

362

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

RUJUKAN
Agarwal, N. & Yiliyasi, Y. (2010). Information Quality Challenges in Social Media. Proceedings of

the 15th International Conference on Information Quality (ICIQ- 2010), hlm. 234–248.
Azmi Hj. Maad dan Norhayati Isa (2000). Peranan Guru Dalam Era IT. Arussains, Kuala Lumpur

: Arus Intelek Sdn Bhd. .m.s. 2-
Dupange, M. & Krendl, K.A. (1992). Teachers’Attitudes Towards Computers. A review of the

literature. Computer Education.
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in Kursus

Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized
by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah,
80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.
Fatimah binti Jafri, (2017). Penggunaan Instruksional Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Terhadap Mata Pelajaran Teras.
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9887/1/Fatimah_Jafri.pdf

363

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

MENILAI TAHAP KECERGASAN FIZIKAL ATLET MEMANAH SUKMA 2020
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID19.

Zul Aizam Bin Yassin PhD¹ ([email protected])
Ahmad Jalani Bin Halus¹([email protected])
Wan Azlan Bin Wan Ismail PhD¹ ([email protected])
Tengku Noor Kasmelia Binti Tengku Ibrahim¹ ([email protected])
Rosli Bin Abdullah¹ ([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuasi-eksperimental bagi menguji tahap kecergasan
fizikal atlet memanah SUKMA Terengganu semasa menjalani sekatan perintah kawalan pergerakan
akibat pendemik COVID19. Ianya bertujuan sebagai langkah persediaan untuk menghadapi
kejohanan SUKMA 2021 di Johor Kajian ini melibatkan ujian pre dan ujian post untuk mengukur
dan mengumpul data berkaitan dengan Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet memanah
SUKMA Negeri Terengganu yang mengandungi lima komponen asas iaitu Daya Tahan
Kardiovaskular, Daya Tahan Otot, Kekuatan Otot, Komposisi Badan dan Kelembutan.. Kajian ini
dilakukan kepada 12 atlet recvue (6 lelaki dan 6 wanita) serta 8 atlet compaund (3 lelaki dan 5
wanita) sukan memanah SUKMA Negeri Terengganu telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini.
Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan
merangkumi Ujian Multi-Stage Shuttle Run, Ujian Push-Up, Ujian Sit & Reach, Ujian Endurance
Crunch dan Body Mass Index (BMI). Data-data yang telah dikumpulkan daripada ujian pre dan
ujian post dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS)
22 bagi mendapatkan keputusan ujian secara signifikan.

Kata kunci: Kecergasan fizikal, atlet memanah, SUKMA, perintah kawalan pergerakan, COVID19

PENGENALAN

Sejak tercetusnya COVID-19 di negara China pada awal Disember 2019 (Lee, 2020), virus ini terus
merebak dan menjangkau hampir ke setiap pelusuk negara di dunia. Kawalan terhadap penyakit
global ini merupakan cabaran utama kepada negara-negara terlibat. Pemerintah dan pihak berkuasa
tempatan terpaksa mengambil keputusan politik secara seimbang dengan mengetepikan kepentingan
tertentu serta memberi pertimbangan terhadap kos dan faedah yang terkesan. Faedah dari kawalan
pergerakan yang diambil seharusnya berupaya mengurangkan kadar jangkitan, mengurangkan
sistem rawatan kesihatan dan seterusnya dapat menyelamatkan nyawa manusia. Di segi kos,
langkah-langkah kuarantin dan pengasingan boleh menyebabkan masalah mental dan sosial kepada
rakyat serta memberi kesan besar kepada ekonomi global (Fernandes, 2020).

Hubungan antara COVID-19 dengan aktiviti sukan dan senaman telah banyak dibahaskan dan
kepentingan bersukan dalam tempoh COVID-19 juga telah banyak didedahkan (Frühauf, 2020).
Walau bagaimanapun, amat kurang kajian yang mempertimbangkan perubahan fizikal dan
kecergasan atlet dalam penyertaan sukan semasa kawalan pergerakan pergerakan bagi mencegah
penyebaran virus dengan lebih meluas (Goethals, 2020). Sejauh mana perubahan penglibatan
masyarakat mahupun atlet dalam sukan dengan membandingkan tempoh sebelum, semasa, dan
selepas sekatan pergerakan masih belum dikaji.

364

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

PERNYATAAN MASALAH

Memanah merupakan sukan yang melibatkan anak panah yang ditujukan kepada sasaran semasa
dilepaskan. Sukan ini memerlukan ketenangan yang tinggi di samping kekuatan dan daya tahan otot
atas badan terutamanya bahagian lengan, bahu dan pinggang. Pada satu-satu kejohanan memanah,
para atlet bertanding bagi mendapatkan mata tertinggi dengan membidik kawasan yang ditetapkan
dalam jangka masa yang ditetapkan.

Sejak arahan perintah kawalan pergerakan akibat pendemik COVID19 dilaksanakan
bermula Mac hingga Jun 2020 atlet memanah SUKMA Terengganu tidak dapat menjalani latihan
fizikal mereka secara rutin bersama dengan pemantauan jurulatih. Para atlet terpaksa berada di
tempat tinggal mereka dengan menjalani latihan fizikal dalam kemampuan dan peralatan yang
terbatas. Pandemik ini juga merupakan pengalaman yang julung-julung kali dihadapi oleh mana-
mana negara dan atlet di seluruh dunia. Tiada kajian yang terperinci yang sedia ada membincangkan
tentang peningkatan atau penurunan tahap prestasi dan kecergasan kepada seseorang atlet akibat dari
latihan kendiri tanpa jurulatih kesan dari perintah kawalan pergerakan pernah dilakukan di Malaysia
atau di seluruh dunia.

Keadaan ini menyebabkan timbulnya persoalan adakah tahap kecergasan fizikal berasaskan
kesihatan atlet memanah SUKMA Terengganu mencapai tahap yang ditetapkan oleh Majlis Sukan
Negeri Terengganu untuk mewakili Negeri Terengganu dalam kejohanan SUKMA 2020 di Johor.
Sejauh manakah tahap prestasi atlet memanah Negeri Terengganu yang menyertai kejohanan
SUKMA 2020 untuk berhadapan dengan atlet memanah dari negeri-negeri lain. Kajian yang
dijalankan ini boleh mengukur sejauh mana tahap prestasi kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
atlet memanah SUKMA Johor 2020 melalui ujian-ujian kecergasan fizikal yang telah ditetapkan.

Masih menjadi tanda tanya tentang tahap kesedaran kepada atlet dalam meningkatkan tahap
kecergasan mereka dari masa ke semasa demi meningkatkan mutu pemainan walaupun semasa
melaui sekatan perintah pergerakan akibat pendemik COVID19 yang sedang melanda dunia ketika
ini. Semasa kajian ini dijalankan juga tarikh Kejohanan SUKMA 2020 di Johor masih menjadi tanda
tanya adakah ianya akan berlangsung dalam tempoh ancaman COVID19 ini atau akan dikaji dan
dijadualkan semula kepada suatu tarikh yang dipersetujui kemudian.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam membantu pihak tertentu
dalam meningkatkan prestasi atlet sukan memanah dalam aspek kecergasan fizikal berasaskan
kesihatan. Di antara sumbangannya ialah :

1. Dapat membantu atlet memanah mengetahui tahap sebenar kecergasan fizikal berasaskan
kesihatan.

2. Dapat mengumpul data dan maklumat atlet memanah Terengganu berkaitan dengan
kecergasan fizikal berasaskan kesihatan bagi tujuan pemantauan oleh pihak Majlis Sukan
Negeri Terengganu.

3. Dapat membantu jurulatih dari aspek penilaian prestasi berasaskan kepada komponen
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan.

4. Boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pengkaji akan datang untuk membuat kajian
berkaitan dengan kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlet memanah.

365

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

OBJEKTIF KAJIAN

Diantara objektif kajian ini ialah :

1. Mengenalpasti tahap kecergasan fizikal atlet memanah SUKMA 2020 sepanjang tempoh
perintah kawalan pergerakan.

2. Menilai sama ada terdapat perbezaan tahap kecergasan fizikal dalam kalangan atlet
memanah SUKMA 2020.

3. Menilai keberkesanan program latihan individu dalam mengekalkan tahap kecergasan fizikal
atlet memanah.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan bagi menjawab persoalan kajian berikut:

1. Apakah tahap kecergasan fizikal atlet memanah SUKMA Terengganu sepanjang tempoh
perintah kawalan pergerakan?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap kecergasan fizikal dalam kalangan atlet memanah
SUKMA Terengganu?

3. Adakah program latihan individu dapat mengekalkan tahap kecergasan fizikal atlet
memanah SUKMA Terengganu?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kuasi-esperimental (nonequivalent groups pre-post test
design) menggunakan ujian pra pasca pengukuran yang sama (Chua, 2012) untuk melihat dan
menganalisis kesan latihan yang dijalani oleh atlet memanah semasa perintah kawalan pergerakan
(PKP) akibat dari pandemik COVID19 yang melanda seluruh negara pada masa tersebut.
Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan kerana responden kajian merupakan atlet yang telah
dikenalpasti mewakili negeri Terengganu dalam SUKMA 2021 di Johor. Kajian ini dijalankan bagi
mendapatkan maklumat kesan latihan kendiri atlet terhadap tahap kecergasan mereka sepanjang
tempoh PKP.

Kajian mengenai kecergasan fizikal ini adalah bertujuan untuk menganalisis tahap
kecergasan fizikal atlet sama ada terdapat peningkatan atau tidak melalui latihan secara kendiri.
Kajian ini juga untuk melihat sama ada program latihan yang telah dibuat selama ini mencapai tahap
yang diingini oleh pihak majlis sukan negeri atau sebaliknya. Dua ujian dijalankan iaitu ujian pre
dan ujian post dalam jangkamasa antara ujian pre dan post adalah 3 bulan. Segala data dan juga
maklumat yang diperoleh oleh penyelidik diproses, dianalisa dan dihuraikan dalam bentuk min,
sisihan piawai, dan juga melalui ujian-t.

Subjek Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-esperimental di mana pengkaji memilih sampel dari populasi
sebagai subjek kajian dan seterusnya menganalisis semua maklumat tersebut bagi menjawab
persoalan kajian. Dalam konteks ini secara amnya penyelidik telah memilih subjek kajian yang
terdiri daripada atlet memanah SUKMA Negeri Terengganu. Seramai 12 atlet recvue (6 lelaki dan 6
wanita) serta 8 atlet compound (3 lelaki dan 5 wanita) sukan memanah SUKMA Negeri Terengganu
telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Subjek sedang menjalani latihan yang terancang dan
sistematik sebelum perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

366

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Instrumen Kajian

Penyelidik telah pun mengenalpasti satu bentuk instrumen kajian yang sesuai dan ianya mempunyai
kaitan dengan kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik iaitu ujian Kecergasan Fizikal Berasaskan
Kesihatan. Instrumen kajian ini adalah untuk mengukur Tahap Kekuatan Otot, Daya Tahan Otot,
Kelembutan, Komposisi Badan dan Daya Tahan Kardiovaskular atlet memanah SUKMA Negeri
Terengganu. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen tersebut adalah merangkumi
Ujian PACER Multi-Stage Shuttle Run, Ujian Push-Up, Ujian Sit & Reach, Ujian Endurance Crunch
dan Ujian BMI. Data-data yang telah dikumpulkan daripada ujian pre dan ujian post dianalisis
dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) 22.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Sampel kajian adalah terdiri daripada n=20 orang atlet sukan memanah SUKMA Terengganu iaitu
12 atlet recvue (6 lelaki dan 6 wanita) serta 8 atlet compaund (3 lelaki dan 5 wanita). Subjek kajian
sedang menjalani latihan yang terancang dan sistematik sebelum perintah kawalan pergerakan
dilaksanakan. Kesemua responden yang terlibat dipilih berdasarkan kaedah kuasi-esperimental di
mana pengkaji memilih sekumpulan subjek dari populasi sebagai responden dan seterusnya
menganalisis semua maklumat tersebut bagi menjawab persoalan kajian.

Berdasarkan analisis jantina responden yang direkodkan dalam kajian ini menunjukkan
bahawa jantina perempuan mendominasi hampir keseluruhan atlet memanah yang mewakili
SUKMA negeri Terengganu 2020 iaitu seramai n=11 (55%) orang. Manakala hanya n=9 (45%)
responden direkodkan mewakili jantina lelaki bagi keseluruhan atlet memanah SUKMA
Terengganu.. Jadual 1 bawah menunjukkan pecahan jantina responden bagi kajian ini.

Jadual 1 : Pecahan jantina sampel bagi kajian ini.

JANTINA KEKERAPAN PERATUS
Lelaki 9 45.0
Perempuan 11 55.0
JUMLAH 20 100.0

Analisis bagi atlet yang mewakili tangan yang paling dominan yang direkodkan dalam kajian ini
adalah sebagaimana dalam jadual 2 di bawah. Taburan pecahan tangan dominan menunjukkan
subjek kajian yang memiliki tangan kanan dominan adalah tertinggi bilangan secara keseluruhan
iaitu n=19 (95%) manakala bagi responden yang dominan tangan kiri hanya mewakili n=1 (5%)
daripada keseluruhan sampel yang terlibat dalam kajian ini.

Jadual 2 : Pecahan tangan dominan bagi sampel kajian ini.

TANGAN DOMINAN KEKERAPAN PERATUS
95.0
Kanan 19 5.0
100.0
Kiri 1

JUMLAH 20

367

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Berdasarkan analisis acara yang disertai oleh sampel kajian yang direkodkan dalam kajian ini
menunjukkan bahawa atlet yang menyertai acara recurve mendominasi hampir keseluruhan atlet
memanah yang mewakili SUKMA negeri Terengganu 2020 iaitu seramai n=12 (60%) orang.
Manakala n=8 (40%) responden direkodkan mewakili acara compound bagi keseluruhan atlet
memanah SUKMA Terengganu.. Jadual 3 bawah menunjukkan pecahan jantina responden bagi
kajian ini.

Jadual 3 : Pecahan acara yang disertai bagi sampel kajian ini.

ACARA KEKERAPAN PERATUS
40.0
Compound 8 60.0
100.0
Recurve 12

JUMLAH 20

Analisis tahap kelayakan pencapaian tertinggi responden yang direkodkan dalam kajian ini adalah
sebanyak 4 kategori kelayakan sebagaimana dalam jadual 4 di bawah. Taburan pencapaian juga
menunjukkan bahawa peringkat kebangsaan merupakan pencapaian yang paling ramai yang pernah
dicapai oleh subjek kajian n=8 (40%) diikuti pencapaian peringkat SUKMA n=3 ( 15%) dan
peringkat MSSM n=1 ( 5%). Manakala bagi responden yang tidak memiliki kelayakan tertinggi
dalam mana-mana kejohanan merekodkan responden seramai n=8 (40%) daripada keseluruhan
sampel yang terlibat dalam kajian ini.

Jadual 4 : Pecahan pencapaian tertinggi sampel bagi kajian ini

PENCAPAIAN TERTINGGI KEKERAPAN PERATUS
40.0
Kebangsaan 8 15.0
5.0
SUKMA 3 40.0
100.0
MSSM 1

Tiada 8

JUMLAH 20

Berdasarkan daripada dapatan kajian yang telah diperolehi beberapa persoalan kajian dapat dijawab
di antaranya apakah tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan fizikal atlet memanah SUKMA
2020 sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

368

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 5 : Perbezaan min tahap kecergasan atlet SUKMA Terengganu.

Tahap Kecergasan Pre Test Post Test

N Valid 20 20

Missing 0 0

Min 48.5670 49.3695

Sisihan Piawai 6.52957 10.28993

Peratus 25 44.9550 41.1275

50 49.5000 51.2400

75 54.1250 57.9475

Hasil kajian mendapati bahawa tahap kecergasan fizikal atlet masih belum mencapai sasaran yang
telah ditetapkan oleh majlis sukan negeri walaupun terdapat sedikit peningkatan menerusi data ujian
pre dan post yang diperolehi. Secara keseluruhannya tahap kecergasan atlet memanah SUKMA
Terengganu berada Skor min keseluruhan bagi ujian pre test adalah (48.57) berbanding ujian post
test (49.37). Terdapat hanya sedikit perbezaan min peningkatan tahap kecergasan (0.8) bagi atlet
memanah SUKMA Terengganu selepas menjalani latihan secara individu di rumah tanpa
pemantauan secara bersemuka dengan jurulatih. Analisis mendapati bahawa atlet memanah SUKMA
Terengganu berada pada norma skor standard yang sederhana – lemah. Keperluan terhadap
kecergasan fizikal yang tinggi ini dikukuhkan dengan kajian yang dilakukan oleh Amri Hammami
(2019) menyatakan bahawa seseorang atlet yang mempunyai tahap kesesuaian fizikal yang tinggi
akan mengurangkan kemungkinan mendapat kecerderaan semasa dalam pertandingan. Atlet yang
mempunyai keadaan fizikal yang lebih cergas akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam
sukan yang diceburinya.

Persoalan kajian kedua adakah terdapat perbezaan tahap kecergasan dalam kalangan atlet
terhadap tahap sebenar kecergasan fizikal mereka. Hasil analisis sebenar tahap kecergasan atlet
tersebut adalah berdasarkan Jadual 6 di bawah.

Jadual 6 : Perbezaan min tahap kecergasan berdasarkan Ujian Pre dan Ujian Post.

Tahap Kecergasan Pre Test Post Test

Jantina N Min Min

Skor Lelaki 9 49.5011 52.0167

Perempuan 11 47.8027 47.2036

Analisis mendapati bahawa atlet memanah berada pada norma skor standard yang sederhana - lemah
secara keseluruhan serta perlu meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka pada pasca PKP. Hasil
analisis terhadap ujian kecergasan fizikal yang dilakukan mendapati hanya terdapat sedikit
perbezaan peningkatan tahap kecergasan atlet lelaki bagi ujian pre (min=49.50) dan ujian post
(min=52.01) dengan peningkatan (min=2.51). Manakala atlet perempuan mencatatkan min ujian pra
(min=47.80) berbanding ujian post (min=47.20) dengan penurunan min sebanyak (min=0.6). Data
yang didapati tersebut merupakan data perbandingan dengan norma yang sedia ada. Pihak
pengurusan persatuan serta jurulatih perlu memandang serius pekara ini kerana ianya merupakan
aspek yang sangat penting sebagai persediaan atlet untuk menghadapi kejohanan SUKMA di Johor

369

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

2021 kelak. Melalui pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan juga menunjukkan kebanyakkan
atlet memanah tidak mengetahui tahap sebenar kecergasan fizikal mereka. Keadaan ini berlaku
disebabkan kurang pemantauan secara terus terhadap latihan kecergasan fizikal yang mereka lakukan
sepanjang tempoh PKP COVID19. Adalah menjadi sesuatu yang amat penting bagi atlet untuk
sentiasa diberi peringatan agar menjaga dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka sebagai
persediaan untuk menghadapi kejohanan SUKMA di Johor yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Memiliki tahap kecergasan yang tinggi membolehkan mereka bersaingan dan menunjukkan
kemampuan sebenar apabila berhadapan dengan pihak lawan (Rice, 2020)

Persoalan yang ketiga ialah adakah latihan individu yang dilakukan oleh atlet memanah dapat
meningkatkan tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan. Menerusi data yang telah diperolehi
didapati bahawa latihan yang diberikan oleh jurulatih kepada atlet tidak memberi kesan dalam
meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh majlis
sukan negeri. Secara keseluruhannya tahap kecergasan atlet memanah SUKMA Terengganu berada
skor min keseluruhan bagi ujian pre test adalah (min=48.57) berbanding ujian post test (min=49.37).
Analisis mendapati bahawa atlet memanah SUKMA Terengganu berada pada norma skor standard
yang sederhana – lemah. Secara keseluruhan didapati bahawa latihan secara individu sepanjang
tempoh PKP dilihat gagal meningkatkan tahap kecergasan atlet SUKMA Terengganu. Namun begitu
masalah ini perlu diperhalusi dengan mengambil kira faktor-faktor tertentu yang menghalang atlet
untuk terlibat secara lebih aktif. Pihak pengurusan dan jurulatih juga perlu memandang serius serta
mengambil langkah-langkah yang perlu dan bijaksana bagi memastikan tahap kecergasan atlet dapat
ditingkatkan untuk menghadapi kejohanan SUKMA di Johor pada 2020. Beberapa faktor yang telah
dikenal pasti perlu diberi penekanan oleh jurulatih dalam usaha meningkatan tahap Kecergasan
Fizikal Berasaskan Kesihatan menerusi latihan yang bersesuaian di antaranya ialah latihan yang
berterusan, intensiti latihan dan program latihan yang sistematik.

RUMUSAN

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa aktiviti fizikal yang dilakukan secara kerap
memberikan banyak manfaat terhadap kesihatan. Berdasarkan bukti sedia ada adalah perlu bagi
seseorang atlet itu khususnya untuk mengenal pasti jenis, jumlah, dan intensiti aktiviti fizikal yang
dilakukan yang boleh memberikan faedah kepada tahap kecergasan fizikal seseorang (Powel, 2011).

Aktiviti dan latihan dari rumah akibat pandemik COVID19 menghadkan pergerakan para atlet untuk
kekal cergas dan sihat dengan melakukan latihan dan pergerakan yang sederhana. Negara-negara di
seluruh dunia kini melaksanakan kawalan pergerakan dan memerintahkan semua rakyat untuk
berada di rumah dan hanya keluar sekiranya berlaku kecemasan. Keputusan ini secara umumnya
akan mempengaruhi mental dan kesihatan fizikal terutamanya mereka yang sentiasa melakukan
aktiviti fizikal. Berada di rumah dalam jangka masa yang agak lama akan menyebabkan banyak
tekanan, kegelisahan dan masalah jiwa. Kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan
mengantikan dengan aktiviti luar rumah seperti latihan bebanan dan senaman aerobik berasaskan
tarian. Aktiviti aerobik dengan intensiti tinggi menggunakan basikal pegun atau ergometer seperti
mendayung, juga boleh dilakukan dengan syarat ianya memenuhi Standard Operational Prosedure
(SOP) yang ditetapkan kerajaan (Amri Hamami, 2020).

Bagi seseoarng atlet kemahiran dan latihan yang dilakukan di rumah haruslah menegaskan kepada
perkembangan fizikal yang khusus mengikut kehendak sukan yang mereka wakili. Ini adalah untuk
menentukan tahap kecergasan sentiasa dapat ditingkatkan dengan lebih cepat dan berkesan. Keadaan
ini perlu dipandang serius dan perlu diberi penekanan kerana dengan tahap kecergasan fizikal yang
tinggi dapat membantu atlet menunjukkan kemampuan sebenar serta dapat menandingi atlet dari
negeri lain dalam mana-mana kejohanan sukan yang disertai. Melalui ujian Multi-Stage Test, Push-
Up Test, Sit & Reach Test, Endurance Crunch Test dan BMI, kita dapat menilai dan memantau

370

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

sejauh mana tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet dan mengenal pasti sebarang
masalah yang berkaitan dengan kecergasan fizikal. Ujian kecergasan yang dilakukan kepada atlet
bertujuan bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan serta mencadangkan bahagian tertentu yang
memerlukan perhatian dan intervensi Manakala perbandingan ujian sebelum dan selepas sesuatu fasa
adalah bertjuan untuk melihat perubahan prestasi atlet dari masa ke semasa.

RUJUKAN

Amri Hammami, Basma Harrabi, Magni Mohr & Peter Krustrup (2020): Physical activity and
coronavirus disease 2019 (COVID-19): specific recommendations for home-based physical
training, Managing Sport and Leisure, DOI: 10.1080/23750472.2020.1757494

Ansari M, Ahmadi Yousefabad S.(2020) Potential threats of COVID-19 on quarantined families.
Public health 2020; 183:1. https://doi.org/10.1016/j.puhe.2020.04.014.

Byrne, Jeannette M.; Bishop, Nicole S.; Caines, Andrew M.; Crane, Kalynn A.; Feaver, Ashley M.;
Pearcey, Gregory E.P (2014) Effect of Using a Suspension Training System on Muscle
Activation During the Performance of a Front Plank Exercise, Journal of Strength and
Conditioning Research:November 2014 - Volume 28 - Issue 11 - p 3049-3055 doi:
10.1519/JSC.0000000000000510

Chua Yan Piaw, 2012, Asas Statistik Penyelidikan, McGraw Hill Education

Lee A.(2020) Wuhan novel coronavirus (COVID-19): why global control is challenging? Public
health 2020; 179:A1-A2. https://doi.org/10.1016/j.puhe.2020.02.001.

Lee A, Morling J.(2020). COVID19: The need for public health in a time of emergency. Public
health 2020; 182:188–9. https://doi.org/10.1016/j.puhe.2020.03.027.

Fernandes N.(2020). Economic Effects of Coronavirus Outbreak (COVID-19) on the World
Economy. SSRN Journal 2020. http://dx.doi.org/10.2139/ssrn.3557504.

Frühauf A, Schnitzer M, Schobersberger W, Weiss G, Kopp M.(2020) Jogging, nordic walking and

going for a walk - inter-disciplinary recommendations to keep people physically active in

times of the covid-19 lockdown in Tyrol, Austria. CISS 2020.

https://doi.org/10.15203/CISS_2020.100.

Goethals L, Barth N, Guyot J, Hupin D, Celarier T, Bongue B (2020). Impact of Home Quarantine

on Physical Activity Among Older Adults Living at Home During the COVID-19 Pandemic:

Qualitative Interview Study. JMIR aging 2020; 3(1):e19007.

http://aging.jmir.org/2020/1/e19007/.

Powell, K. E., Paluch, A. E., & Blair, S. N. (2011). Physical activity for health: What kind? How
much? How intense? On top of what? Annual Review of Public Health, 32(1), 349–365.

https://doi.org/10.1146/ annurev-publhealth-031210-101151

Rice WL, Meyer C, Lawhon B, Taff BD, Mateer T, Reigner N, (2020). The COVID-19 pandemic is
changing the way people recreate outdoors: Preliminary report on a national survey of outdoor
enthusiasts amid the COVID-19 pandemic; 2020. https://doi.org/10.31235/osf.io/prnz9.

371

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

MODEL INTERAKSI INSTRUKSIONAL DIGITAL, POLA KOMUNIKASI DAN
KOMPETENSI PENGAJARAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Mas Norbany binti Abu Samah, Ph.D. ([email protected])
Yuslaini binti Yunus, Ph.D.
Fouziah binti Mohd, Ph.D.
Badruddin bin Hassan
Marzuki bin Ngah
Nur Ruzaini binti Che Mansor

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Komunikasi digital yang efektif dalam kalangan pensyarah sangat penting bagi menentukan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian kuantitatif ini dilaksanakan bagi
mengenalpasti tahap pengetahuan, penggunaan dan kemahiran teknologi peranti mudah alih.
Tahap amalan terhadap kepimpinan instruksional dan pola komunikasi digital semasa proses PdP.
Responden terdiri daripada 129 orang pensyarah dari Zon Timur yang dipilih secara pensampelan
rawak mudah. Data dianalisis secara statistik deskriptif, statistik inferensi dan Model Persamaan
Struktur (SEM) berbantukan perisian SPSS Versi 22 dan AMOS. Dapatan kajian menunjukkan tahap
amalan kepimpinan instruksional digital dan pola komunikasi berada pada tahap tinggi dan
responden memperuntukkan 4 jam hingga 6 jam melayari internet untuk PdP. Namun, bilangan
responden yang menggunakan akaun penyimpanan data dalam talian masih rendah iaitu 46 (35.7%)
orang pensyarah. Dapatan kajian berhasil membangunkan Model Interaksi Kepimpinan
Instruksional pensyarah IPG mempunyai hubungan yang positif dan meramal secara signifikan
terhadap kompetensi pengajaran pensyarah (CR=0.873, P=0.00) dan pola komunikasi (CR=0.810,
P=0.00). Dapatan juga menunjukkan pola komunikasi mempengaruhi secara berkesan interaksi
antara kepimpinan instruksional digital dengan kompetensi pengajaran pensyarah. Model yang
dibangunkan memberi alternatif kepada pensyarah untuk menjalankan fungsi kepimpinan secara
digital dan meningkatkan kompetensi pengajaran pensyarah.

Kata kunci: model interaksi instruksional digital, pola komunikasi, kompetensi pengajaran
pensyarah

PENGENALAN

Proses komunikasi adalah bertujuan untuk mewujudkan interaksi atau hubungan melalui medium
perantara atau sebaliknya dengan orang lain. Kemahiran komunikasi ini meliputi kemahiran menulis,
membaca, berhujah, mendengar, etika dalam berkomunikasi, dan juga mempunyai kaitan dengan
penggunaan teknologi (Nussabaum, 2007). Berdasarkan kepada arus globalisasi kini, kemahiran
komunikasi telah menjadi suatu aspek penting yang amat dititikberatkan supaya dikuasai oleh setiap
individu. Menurut Sulaiman (2010), proses komunikasi merupakan tunjang utama dan tidak dapat
dielakkan bagi seseorang itu dalam menjalankan aktiviti harian mereka. Ini kerana, proses ini akan
terjadi dengan sendirinya apabila wujudnya interaksi antara dua individu tanpa dapat dielakkan.

372

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Komunikasi memainkan peranan penting dalam organisasi pendidikan kerana dapat
menyampaikan maklumat yang benar dan tepat pada waktu. Proses komunikasi berupaya
meningkatkan prestasi organisasi. Menurut Pincus (1986, 2002), komunikasi ke atas, komunikasi
mendatar dan komunikasi ke bawah mempunyai hubungan positif yang kuat dengan kepuasan kerja
dan prestasi kerja. Dalam sesebuah organisasi, komunikasi ke atas diperlukan pihak atasan supaya
cadangan daripada pekerja bawahan dapat membantu mereka membuat keputusan dan perancangan
organisasi. Maklumat yang benar dan tepat pada waktu daripada pekerja bawahan ini juga dapat
membantu pihak atasan menyelesaikan konflik organisasi dan membuat keputusan yang tepat dalam
menjalankan tugas organisasi. Komunikasi ke bawah pula diperlukan oleh pekerja bawahan supaya
mendapat maklumat yang tepat dan jelas tentang tugas untuk melaksanakan tugas organisasi dengan
berjaya. Komunikasi merupakan aspek dan elemen yang penting dalam kefungsian sesebuah
organisasi. Keberkesanan komunikasi dan keberkesanan organisasi mempunyai hubungan yang
rapat dan saling mempengaruhi. Menurut Harcourt, Krizan dan Merrier (2001), para pengurus
menghabiskan 95 peratus daripada masa bekerja mereka untuk berkomunikasi, manakala pekerja
bawahan menggunakan 60 peratus daripada masa bekerja mereka dalam pelbagai bentuk
komunikasi. Ini menunjukkan proses komunikasi dalam organisasi boleh melibatkan setiap anggota
organisasi.

PERNYATAAN MASALAH

Isu komunikasi dalam organisasi telah menarik minat ramai pengkaji seperti Graham (2005), Heinze
dan Procter (2006), Kahan (2004) dan Oliver dan Trigwell’s (2005) menjalankan kajian yang
berkaitan dengan komunikasi, lebih-lebih lagi tentang komunikasi ke atas berbanding dengan
komunikasi ke bawah dan komunikasi mendatar bagi memberi maklum balas kepada pihak
pengurusan untuk menjayakan organisasi. Maka dengan itu pengkaji berminat mengkaji proses
komunikasi yang melibatkan komunikasi ke atas, komunikasi mendatar dan komunikasi ke bawah
dengan lebih mendalam. Lies (2012), Whelan-Berry dan Somerville (2010) dan Barett (2002)
menyatakan bahawa komunikasi dua hala jenis terbuka, jelas dan saling mempercayai akan dapat
mempengaruhi darjah komitmen seseorang pekerja terhadap organisasinya. Ini adalah kerana apabila
seseorang pekerja menerima maklum balas yang positif tentang sifat pekerjaan di organisasi dan
prestasinya dengan persetujuan pihak atasan, seseorang pekerja itu akan mempunyai darjah
komitmen yang lebih tinggi terhadap pekerjaannya dan organisasinya. Peningkatan darjah komitmen
terhadap organisasi ini melibatkan proses komunikasi ke bawah dari pihak atasan kepada pekerja
bawahan. Selain itu, pekerja bawahan juga akan meningkatkan darjah komitmen terhadap organisasi
sekiranya maklumat yang jelas berkaitan tentang tugas mereka.

Menurut pendapat pengkaji-pengkaji di atas, hubungan komunikasi, kepuasan kerja, prestasi
kerja dan komitmen organisasi merupakan pemboleh ubah yang penting dalam kejayaan sesebuah
organisasi. Maka pengkaji membina model komunikasi dalam organisasi dengan kompetensi
pengajaran dalam kalangan pensyarah di Institut Pendidikan Guru.

Perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) turut
mengubah corak pendidikan masa kini dengan penggunaan Teknologi Maklumat sebagai satu alat
bantuan dalam PdP. Teknologi dalam pendidikan tidak lagi dianggap sebagai satu bidang
pengkhususan yang dipelajari dan diamalkan oleh segelintir golongan pendidik sahaja. Dalam
konteks pendidikan masa kini, proses PdP tidak akan berlaku tanpa penglibatan teknologi
pendidikan. Oleh yang demikian bolehlah dikatakan bahawa setiap pensyarah adalah guru teknologi
pendidikan, kerana hanya melalui pendirian dan sikap inilah dapat kita mewujudkan sistem PdP yang
bersistematik, berkesan dan berkualiti.

373

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Menurut Ahmad Fuad (2003), dalam konteks pendidikan, komunikasi digital merupakan
satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan
menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses PdP. Manakala
Halimahtun Saadiah dan Nor Azilah Ngah (2003) pula mendapati kejayaan digital dalam pendidikan
bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang
diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, pensyarah dan persekitaran bilik
darjah. Dalam hal ini Irfan Naufal Umar (2004) pula mendapati penggunaan TMK dalam proses PdP
membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri
mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan
membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.

Selain daripada itu, Harris (2000) pula mengkategorikan penggunaan TMK dalam PdP
kepada tiga, iaitu:- (i) pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan
eletronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu topik
dan hubungan elektronik dengan pakar. (ii) koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan
pensyarah berkongsi atrikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk
dianalisis. (iii) projek yang melibatkan penyelesaian masalah selari yang melibatkan pelajar daripada
pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannnya berkongsi kaedah dan dapatan kajian. Di
samping itu pautan hiperteks dan hypermedia pula membolehkan pelajar menentukan sendiri arah
tuju pembelajaran, kelajuan pembelajaran dan urutan pembelajaran. Tina & Lim Swee Kim (2004)
pula mendapati penggunaan TMK dalam PdP membolehkan pelajar bersifat aktif dalam pencarian
maklumat dan membina pengetahuan daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluang
menghubungkait pengetahuan merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak.

Menurut pendapat Ahmad Fuad (2003) hasrat untuk mencapai penggunaan TMK secara
menyeluruh dalam proses PdP memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan pensyarah.
Pertama, pensyarah harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan
penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Kedua, pensyarah perlu diberikan kemahiran
yang mencukupi untuk menggunakan peralatan TMK secara cekap dan efektif. Komunikasi
memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi pendidikan (Sarah et al.,2014). Proses
komunikasi yang efektif berupaya meningkatkan prestasi dan kepuasan kerja. Pengaruh kepimpinan
adalah amat penting dalam menentukan kejayaan dalam sesebuah institusi. Ketua Jabatan di Institut
Pendidikan Guru (IPG) adalah personel yang paling penting dalam proses ini selain pensyarah dan
pelajar.

Era teknologi yang sentiasa berkembang pesat, menuntut perubahan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Penggunaan Teknologi Maklumat adalah penting bagi para pelajar dan
pendidik sendiri untuk membimbing, mempelbagai dan menggarap generasi baru untuk menghadapi
era pendidikan pada masa kini. Dunia pendidikan sangat mengharap kehadiran para pendidik yang
celik ilmu teknologi terkini untuk diaplikasikan dalam proses PdP bagi meningkatkan mutu
pendidikan negara. Penggunaan teknologi semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan
idea dan kreativiti para pensyarah dalam proses PdP. Kemahiran pensyarah dalam mengadaptasikan
TMK sebagai alat bantu mengajar bagi mempertingkatkan kefahaman pelajar. Dalam menghadapi
fenomena Covid-19, proses komunikasi digital memainkan peranan penting bagi memastikan proses
kerja, proses pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran berjalan dengan lancar. Justeru, kajian
ini bertujuan mencadangkan Model Interaksi Instruksional Digital, Pola Komunikasi Dan
Kompetensi Pengajaran dalam kalangan pensyarah IPG.

374

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

TINJAUAN LITERATUR

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Kepimpinan adalah aspek penting kepada organisasi yang melibatkan pengurusan organisasi secara
keseluruhan termasuklah merancang, menganjurkan, memimpin dan mengawal. Prestasi
keseluruhan organisasi dapat ditingkatkan dengan melaksanakan peranan tersebut dengan berkesan.
Kepimpinan penting dalam membentuk iklim dan budaya sesebuah organisasi. Kepimpinan adalah
proses pelbagai dimensi yang merangkumi motivasi dan pengaruh pekerja (Howell & Costley,
2006). Pemimpin yang berupaya membuat perubahan positif pada iklim organisasi akan
memotivasikan ahli untuk memperbaiki, membuat penambahbaikan dalam jangka masa panjang.
Kepimpinan juga perlu menyediakan peluang-peluang pembangunan profesional yang dapat
mengukuhkan organisasi.

Keberkesanan sesebuah organisasi pendidikan bergantung kepada keupayaan pemimpin
dalam menjamin kualiti dan motivasi ahli organisasi. Pemimpin memastikan hak ahli organisasi
terjaga kerana akan mempengaruhi mutu dan kualiti kerja. Suasana dan persekitaran yang baik dan
harmoni juga dapat memberi kesan kepada motivasi kerja dan melahirkan produk berkualiti serta
bersedia untuk bersaing dalam pasaran global. Kepercayaan ahli organisasi terhadap kepimpinan
menjadikan ahli lebih berpuas hati dengan kerjaya mereka serta hubungan sesama ahli dalam
organisasi. Kepercayaan sesama individu termasuklah kepercayaan ahli terhadap pemimpin dalam
Integriti, kelakuan baik, dan keupayaan pemimpin adalah antara faktor yang berkaitan dengan
amanah ahli penting untuk kejayaan organisasi. Khan (2015) mendapati selain daripada sumber
manusia dan fizikal, kefahaman tentang tugas, peluang pengembangan yang terhad dan
tanggungjawab menghalang dalam kepimpinan.

Pemimpin perlu peka dalam penggunaan media sosial agar kepimpinan menjadi efektif.
Penggunaan media sosial pula sering dikaitkan dengan pengalaman kerja. Menurut Fatinah (2019)
komponen asas yang mesti dipenuhi untuk menghasilkan pembelajaran ialah pelajar, perkara yang
dipelajari (bersifat kandungan atau pengalaman pembelajaran), kaedah dan hasil (perubahan yang
kekal secara relatif). Pemimpin perlu peka dalam menyediakan kemudahan selaras dengan
perkembangan yang berlaku. Menurut Yusof (2020), pengetua selaku pemimpin instruksional di
sekolah perlu menggerakkan semua warga sekolah secara lebih proaktif bagi mencapai matlamat
dan meningkatkan pencapaian murid. Dalam erti kata lain fungsi kepimpinan instruksional perlu
diaplikasikan sepenuhnya oleh pengetua dalam urusan kepimpinan seharian mereka di sekolah.

Kepimpinan efektif mewujudkan hubungan positif antara pemimpin dan ahli organisasi.
Kepimpinan berperanan sebagai pemangkin untuk mempengaruhi persepsi, falsafah dan pendekatan
individu terhadap pengurusan. Kepimpinan yang baik peka dengan kehendak semasa yang
memerlukan kemahiran yang pelbagai seperti berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kerja
berpasukan. Peningkatan penggunaan teknologi dalam tugas seharian memerlukan pekerja
meningkatkan kemahiran mereka agar dapat melaksanakan tugas dengan berkesan dan mencapai
matlamat organisasi. Kepercayaan ahli organisasi kepada pemimpin dinilai melalui perlakuan dan
nilai kepimpinan yang diamalkan. Menurut Yusof (2020), kepimpinan instruksional adalah salah
satu praktik kepimpinan yang perlu dipatuhi oleh semua pemimpin institusi pendidikan. Kepimpinan
memotivasikan dan memperkasakan organisasi melalui kepimpinan yang membawa perubahan
positif yang menyenangkan ahli organisasi. Mohd Yusri dan Aziz (2013) menekankan bahawa
teknologi telah merubah pendekatan kepimpinan tradisional kepada konsep kepimpinan digital.
Kepimpinan digital atau disebut e-kepimpinan adalah suatu konsep yang mengintegrasikan
penggunaan teknologi mudah alih (mobile technology) dalam gaya kepimpinan.

375

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Kepimpinan instruksional digital didefinisikan sebagai perlakuan, sifat dan sikap pemimpin
dalam memimpin organisasi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang selari dengan
perkembangan terkini yang diamalkan dalam masyarakat. Kepimpinan instruksional digital berlaku
dalam media sosial. Menurut Tanpya dan Kanwa (2012) media sosial meliputi rangkaian laman
sesawang samada facebook, twitter, forum internet, kumpulan, blog, mikroblog, networking sites,
social bookmarking sites, wikis, podcast, content communities for articles, video/photo sharing sites,
Q & A sites dan review sites. Media sosial sesuai untuk semua kegunaan termasuklah, perniagaan,
pekerjaan lain, pengajaran dan pembelajaran, politik dan pihak media.

Menurut Ibrahim et al (2019) dan Yusof (2012), aplikasi-aplikasi baharu komunikasi digital
seperti whatsApp dan telegram telah mula menular dalam praktik kepimpinan instruksional di
sekolah. Kini berbantukan teknologi peranti mudah alih, pengetua dapat mengaplikasikan fungsi
kepimpinan instruksional digital walaupun di mana mereka berada terutamanya ketika menjalankan
tugas rasmi di luar sekolah. Kajian yang dilakukan oleh Omar et al.(2015) menunjukkan 50%
daripada responden juga setuju bahawa kebanyakan dokumen yang dipaparkan di media sosial
adalah menarik dan mudah digunakan. Menurut Purvanova dan Bono (2009) kepimpinan tidak
hanya secara terus tetapi boleh berlaku secara digital. Pemimpin instruksional perlu memotivasikan
ahli organisasi agar lebih proaktif dalam mencapai matlamat organisasi. Dalam konteks pendidikan
di sekolah, menurut Yusof (2020) fungsi kepimpinan instruksional perlu diaplikasikan sepenuhnya
oleh pengetua dalam urusan kepimpinan seharian mereka di sekolah. Menurut Yusof dan Ibrahim
(2015), kepimpinan instruksional digital menyumbang secara signifikan terhadap kompetensi
pengajaran guru. Fungsi kepimpinan instruksional yang dicadangkan oleh Hallinger dan Murphy
(1987) dalam Yusof (2020) ialah menjelaskan matlamat sekolah, menyelia dan menilai pengajaran,
memantau kemajuan murid, memberi insentif kepada guru dan memberi insentif kepada murid.
Manakala Ibrahim (2012) mengesahkan dua fungsi baru iaitu mengintegrasi teknologi maklumat
dalam PdP dan melibatkan sokongan komuniti serta mengesahkan tiga dimensi kompetensi
pengajaran guru yang dicadangkan iaitu nilai profesionalisme guru, kemahiran PdP dan komunikasi
guru dan murid. Nasreen dan Shah (2019) mendapati terdapat hubungan yang positif diantara
kepimpinan instruksional dan motivasi guru dalam melaksanakan tugas di sekolah.

KOMUNIKASI

Komunikasi merupakan aspek penting dalam menjayakan matlamat sesebuah organisasi.
Komunikasi yang berkesan memudahkan cara dan membuka jalan dalam merungkaikan konflik
yang berlaku. Pemimpin yang berinteraksi dengan ahli organisasi dalam situasi baharu kepesatan
teknologi maklumat memerlukan kemahiran komunikasi khusus. Kemahiran komunikasi dalam
kepimpinan instruksional digital memberi cabaran pemimpin untuk mewujudkan kewibawaan
kepimpinan dalam dunia digital. Menurut Yusof (2020) pemimpin institusi pendidikan
mengintegrasikan teknologi peranti mudah alih dan medium baharu komunikasi digital dalam
praktik kepimpinan instruksional atau disebut sebagai kepimpinan instruksional digital.

Pemimpin menggunakan saluran komunikasi digital sebagai tapak perbincangan samada
secara segerak ataupun tidak. Perkongsian komunikasi berlaku dalam bentuk pendapat perkongsian
bahan dan maklumat. Komunikasi pemimpin dan ahli organisasi akan lebih bersifat terbuka dalam
menyuarakan pendapat serta perbincangan. Komunikasi atas talian menyediakan sistem komunikasi
yang pantas dan menarik. Menurut Omar et al. (2015) sistem komunikasi atas talian yang
menyediakan komunikasi maklumbalas yang pantas. Kemahiran berkomunikasi sangat penting
dalam kepimpinan kerana ianya dapat meningkatkan kepercayaan dan dihormati oleh ahli organisasi.
Pemimpin yang peka mengelakkan komunikasi tidak berkesan yang menyebabkan kekurangan

376

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

kepercayaan dalam kepimpinan (Spangenburg, 2012). Menurut Omar et al.(2015), komunikasi alam
digital menjadi bentuk komunikasi dan interaksi yang popular dalam kalangan pengguna media
sosial membentuk corak komunikasi yang lebih interaktif di mana 52% responden bersetuju bahawa
media sosial ini sememangnya menyediakan aplikasi yang fleksibel dan pelbagai mengikut
kehendak pengguna serta mampu membentuk corak komunikasi yang lebih interaktif.

Komunikasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi memberi kesan yang positif kepada
seluruh ahli organisasi jika dilaksanakan dengan terancang. Komunikasi digital yang berlaku melalui
media sosial menjadi wadah pertukaran maklumat dan sumber secara berkesan dalam organisasi.
Menurut Mohd Yusri, Ibrahim dan Aziz, dan Amin (2013) komunikasi digital yang diamalkan
membawa kesan kepada organisasi. Menurut Yusof (2020), medium baharu komunikasi digital
membuka ruang yang luas kepada pengetua untuk berinteraksi dengan komuniti, ibu bapa, alumni,
pihak swasta dan pihak-pihak yang berkepentingan. Manakala Fatin dan Aidah (2017) menyatakan
media sosial juga telah membuka dunia komunikasi dengan lebih luas tanpa sempadan dan kaedah
ini menjimatkan waktu dan masa.

Kompetensi

Pengetahuan, penggunaan dan kemahiran menggunakan media sosial sangat penting dalam
kepimpinan digital. Pengetahuan pemimpin perlu selari dengan pengetahuan ahli organisasi dalam
menggunakan media sosial. Penggunaan yang berkesan serta mengikut keperluan akan
mempercepatkan sesebuah organisasi mencapai matlamat. Pemimpin menggunakan media sosial
serta pengetahuan dan kemahiran penggunaannya sebagai perantara melaksanakan arahan,
mengurus, mengawal dan menilai aktiviti dalam organisasi yang memerlukan kemahiran yang
tinggi. Mohd Yusri, Ibrahim dan Aziz, dan Amin (2013) teknologi telah merubah pendekatan
kepimpinan tradisional kepada konsep kepimpinan digital.

Perkembangan teknologi menwujudkan aplikasi seperti whatsApp, facebook, twitter dan
telegram dalam media sosial. Media sosial digunakan sebagai medium berkomunikasi, berkongsi
maklumat dan berinteraksi dalam organisasi. Kepimpinan dalam organisasi mengalami perubahan
selari dengan perkembangan teknologi semasa. Pemimpin organisasi tidak dapat mengelakkan diri
daripada menggunakan media soaial dalam memimpin organisasi. Pengetahuan pemimpin dan ahli
perlu selari dengan kehendak organisasi. Pengetahuan tentang media sosial membantu pemimpin
mencapai maklumat bagi berinteraksi dengan ahli organisasi. Penglibatan aktif pemimpin
memerlukan pengtahuan yang mencukupi agar ahli organisasi terlibat secara menyeluruh. Pemimpin
yang mempunyai pengetahuan akan melibatkan ahli secara aktif dalam kepimpinan digital. Menurut
Omar et al. (2015) sebanyak 82.8% responden kajiannya berpengalaman menggunakan internet
adalah melebihi dari 3 tahun.

International Board of Standards for Training, Performance and Instruction merupakan
sebuah badan yang telah membangun dan mengesahkan standard/piawai untuk profesional dalam
bidang latihan dan prestasi. Terdapat lima set kompetensi yang digunakan sebagai asas untuk menilai
tahap kompetensi iaitu Kompetensi Rekabentuk Pengajaran, Kompetensi Penilai, Kompetensi
Pengajar, Kompetensi Pengurus Latihan dan yang terkini Kompetensi Pelajar Atas Talian.
Kompetensi Pengajar dikelompokkan kepada lima domain utama yang mengandungi 18 set
kompetensi. Lima domain tersebut ialah domain asas professional, perancangan dan persediaan,
kaedah dan strategi pengajaran, pentaksiran dan penilaian dan domain pengurusan (Klein, 2004).

377

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengetahui tahap pengetahuan, tahap penggunaan, tahap amalan kepimpinan instruksional,
pola komunikasi dan kompetensi pengajaran digital dalam kalangan pensyarah Institut
Pendidikan Guru.

2. Membina Model Interaksi Kepimpinan Instruksional pensyarah Institut Pendidikan Guru.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap pengetahuan, tahap penggunaan, tahap amalan kepimpinan instruksional,
pola komunikasi dan kompetensi pengajaran digital dalam kalangan pensyarah Institut
Pendidikan Guru ?.

2. Adakah Model Interaksi Kepimpinan Instruksional pensyarah Institut Pendidikan
Guru sepadan dengan konstruk komunikasi dan penggunaan komunikasi digital?

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan penyelidikan
tinjauan. Populasi kajian adalah terdiri daripada pensyarah di IPG dan sampel kajian ialah pensyarah
dari Zon Timur dan dipilih menggunakan pensampelan rawak mudah setelah pengkaji mengkategori
mengikut lima zon iaitu Zon Timur, Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon
Sarawak. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dalam talian bagi tujuan pengumpulan
data. Soal selidik yang digunakan melibatkan ketiga-tiga pemboleh ubah yang mana kesemuanya
adalah hasil adaptasi daripada pengkaji terdahulu. Soal selidik yang akan digunakan mengandung
tiga bahagian.

Bahagian A merupakan soalan berkaitan demografi responden yang melibatkan tujuh item
terdiri daripada nama IPG, jantina, tempoh menjadi pensyarah, kelulusan akademik tertinggi, gred
jawatan dan jantina Ketua Jabatan. Maklumat bahagian A ini adalah untuk membuat analisis
deskriptif berhubung taburan responden. Bahagian B adalah berkaitan Pengetahuan, Penggunaan &
Kemahiran Teknologi Peranti Mudah Alih (iPhone, smart phone, tablet, laptop) Jaringan internet
dan media sosial yang mengandungi 8 item. Instrumen ini telah diadaptasi daripada soal selidik yang
dibina oleh Mohd Salleh (2008). Instrumen ini memerlukan para responden menyatakan sejauhmana
responden bersetuju dengan pernyataan yang diberi berdasarkan skala 1 hingga 5. Bahagian C pula
melibatkan soal selidik berkaitan Kepimpinan Instruksional Digital. Instrumen ini diadaptasi
daripada Normazidah (2012) dan mengandungi 6 item. Seterusnya, bahagian D mengandungi 8 item.
Instrumen soal selidik akan ditadbir secara atas talian untuk mendapatkan responden yang terdiri
daripada pensyarah IPG di seluruh Malaysia.

Data kajian telah dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi serta
menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM) berbantukan program AMOS versi 22. Pengujian
hipotesis digunakan untuk menguji sumbangan secara terus pemboleh ubah bebas kepada pemboleh
ubah bersandar ditentukan menggunakan pekali regresi dan nilai nisbah kritikal (CR). Kesepadanan
model hipotesis yang diuji ditentusahkan menggunakan fit index 2 (CMIN), GFI, CFI, RMSEA,
PCFI dan PNFI. Bagi mengesahkan model, nilai bootstrap melebihi 0.05 dianggap memenuhi
kriteria pembinaan model.

378

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Dapatan Kajian

Dapatan kajian telah dianalisis secara kuantitatif daripada soal selidik yang telah diperoleh. Sebelum
analisis dilakukan, data kajian mesti bertaburan normal agar analisis parametrik dapat dilakukan
(Gravetter & Wallnau, 2011, Chua, 2008). Berdasarkan Jadual 1.1, item-item dalam instrumen soal
selidik yang digunakan dalam kajian ini menunjukkan nilai tahap kebolehpercayaan yang boleh
diterima. Berdasarkan pengukuran Alpha Cronbach, pemboleh ubah Pengetahuan (B1 hingga B7)
mencatatkan nilai kebolehpercayaan 0.892 hingga 0.909 dan merupakan nilai tertinggi bagi semua
pemboleh ubah yang diukur. Pemboleh ubah Kepimpinan (C1 hingga C8) didapati berada antara
0.885 hingga 0.896. Manakala pemboleh ubah Komunikasi (D1 hingga D6) dan Kompetensi (Ki
hingga K8) mencatatkan nilai kebolehpercayaan antara 0.887 hingga 0.889. Nilai normaliti
digunakan bagi menentukan tahap kebolehpercayaan sesuatu item. Item dikatakan berada pada tahap
normal apabila memperoleh ukuran dalam lingkungan nilai -1.00 hingga 1.00. Melalui dapatan ujian
normaliti item dan pemboleh ubah dalam kajian ini, nilai normaliti skewness diperoleh -0.239 hingga
0.392. Nilai kurtosis pula mencatatkan nilai antara -0.730 hingga -0.357. Berdasarkan nilai yang
diperoleh ini menunjukkan item-item yang mewakili setiap pemboleh ubah berada pada kedudukan
normal. Keseluruhan dapatan ini dtunjukkan pada Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Nilai Kebolehpercayaan Item Mewakili Pemboleh Ubah

Konstruk Item Cronbach's Alpha if Kurtosis
Skewness
-.357
Item Deleted -.514
-.730
Pengetahuan B1 – B7 0.892 – 0.909 -.083 -.768

Kepimpinan C1 – C8 0.885 – 0.896 -.170

Komunikasi D1 – D6 0.887 – 0.889 -.239

Kompetensi K1 – K8 0.887 – 0.889 .392

Pensampelan kajian telah dikumpul dalam kalangan pensyarah IPG Zon Timur iaitu terdiri daripada
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku
Ampuan Afzan. Jadual 1.2 menunjukkan seramai 129 orang responden terdiri 61 (47.3%) orang
lelaki dan 68 (52.7%) perempuan. Seramai 58 (45%) orang mewakili pensyarah yang bertugas di
IPG kampus Dato’ Razali Ismail, 19 (14.7%) orang pensyarah dari IPG Kampus Kota Bharu, 20
(15.5%) orang pensyarah dari IPG Kampus Sultan Mizan Zainal Abidin dan 32 (24.8%) orang
pensyarah dari IPG Kampus Tuanku Ampuan Afzan.

Berdasarkan dapatan ini menunjukkan seramai 38 (29.5%) orang pensyarah telah berkhidmat antara
enam hingga 10 tahun dan merupakan kumpulan tertinggi dalam kajian ini. Ini diikuti dengan tempoh
perkhidmatan 11 tahun hingga 15 tahun seramai 37 (28.7%) orang pensyarah. Terdapat seramai 16
(12.4%) orang pensyarah berkhidmat lebih dari 26 tahun. Manakala bagi tempoh pengalaman antara
21 hingga 25 tahun seramai 11 (8.5%) orang sebagai kumpulan paling rendah menyertai kajian ini.
Bilangan respoden yang berkhidmat dalam tempoh perkhimatan satu hingga lima tahun seramai 13
(10.1%) orang pensyarah dan 14 (10.9%) orang pensyarah berkhidmat dalam tempoh 16 hingga 20
tahun.

379

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Analisis tahap akademik pula menunjukkan seramai 79 (61.2%) orang pensyarah memiliki ijazah
sarjana diikuti dengan Ijazah kedoktoran seramai 46 (35.7%) orang pensyarah. Terdapat juga
seramai empat (3.1%) orang pensyarah memiliki ijazah sarjana muda dalam kalangan responden
kajian ini. Berdasarkan gred jawatan, kumpulan gred DG48 merupakan kumpulan paling ramai
menyertai kajian ini dengan 42 (32.6%) orang pensyarah manakala gred jawatan DG54 seramai 38
(29.5%) orang pensyarah merupakan kedua banyak dan gred DG41/42 hanya seramai seorang
(0.8%) dan ini merupakan kumpulan terendah. Seramai 20 (15.5%) orang pensyarah berada dalam
gred DG52.

Analisis jabatan yang diwakili oleh responden kajian pula adalah terdiri daripada 13 jabatan. Jabatan
Bahasa Bahasa mewakili bilangan responden teramai dengan 32 (24.8%) orang pensyarah. Manakala
Jabatan Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pembangunan Latihan dan Hal Ehwal Pelajar
merupakan jabatan paling rendah dalam kalangan responden kajian iaitu hanya seorang (0.8%)
pensyarah. Bilangan responden yang mewakili Jabatan Ilmu Pendidikan ialah seramai 18 (14.0%)
orang pensyarah dan 19 (14.7%) orang pensyarah mewakili Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kokurikulum. Seramai 17 (13.2%) orang pensyarah mewakili Jabatan Sains Sosial, 12 (9.3%) orang
pensyarah mewakili Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi dan 10 (7.8%) orang pensyarah
mewakili Jabatan Sains dan Matematik. Seramai 8 (6.3%) orang pensyarah mewakili Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan bahawa seramai 80 (62.0%)
orang pensyarah terdiri daripada jantina lelaki sebagai Ketua Jabatan. Manakala 49 (38.0%) orang
pensyarah adalah daripada jantina perempuan. Huraian perincian dapatan seperti ynag ditunjukkan
pada Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Responden Kajian

Faktor Item Frekuensi Peratus

Jantina Lelaki 61 47.3
Perempuan
Jumlah 68 52.7
129 100.0
IPG DRI
KB 58 45.0
SMB 19 14.7
TAA 20 15.5
Jumlah 32 24.8
129 100.0
Tempoh perkhidmatan 1 hingga 5 tahun
6 hingga 10 tahun 13 10.1
11 hingga 15 tahun 38 29.5
16 hingga 20 tahun 37 28.7
21 hingga 25 tahun 14 10.9
Lebih 26 tahun 11 8.5
Jumlah 16 12.4
129 100.0
Tahap Akademik Ijazah sarjana muda
Ijazah Sarjana 4 3.1
PhD 61.2
Jumlah 79 35.7
46 100.0
Gred Jawatan DG41/42 129
DG44 0.8
DG48 1 21.7
28 32.6
42

380

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

DG52 20 15.5
DG54 38 29.5
Jumlah 129 100.0

Jabatan Bahasa-Bahasa 32 24.8
Jantina KJ Ilmu Pendidikan 18 14.0
Pendidikan Jasmani 19 14.7
dan Kokurikulum
Kecemerlangan 1 0.8
Akademik 3 2.3
Pendidikan Khas 17 13.2
Sains Sosial 4 3.1
Pengajian Melayu
Perancangan 12 9.3
Penyelidikan dan
Inovasi 3 2.3
Teknologi Pendidikan 8 6.2
Pengajian Islam & 1 0.8
Moral 1 0.8
Hal Ehwal Pelajar 10 7.8
JPL 129 100.0
Sains, Matematik dan
STEM 62.0
Jumlah 38.0
100.0
Lelaki 80
Perempuan 49
Jumlah 129

PENGETAHUAN PENSYARAH TERHADAP PENGGUNAAN PERANTI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Jadual 1.3 menunjukkan tahap penggunaan peranti yang digunakan oleh pensyarah IPG Zon Timur
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Berdasarkan Jadual 1.3, seramai 64 (49.6%) orang
pensyarah menggunakan alat komunikasi smartphone dalam menyampaikan maklumat berkaitan
PdP kepada pelajar. Manakala 33 (25.6%) orang menggunakan iphone bagi berinteraksi bersama
pelajar. Selebihnya seramai 32 (24.8%) orang pensyarah memilih untuk menggunakan komputer
riba sebagai medium menyampaikan PdP. Bagi tempoh penggunaan alat komunikasi, 108 (83.7%)
orang pensyarah telah menggunakan alat komunikasi melebihi lima tahun dan 21 (16.3%) pensyarah
orang mempunyai pengalaman kurang lima tahun penggunaan alat komunikasi.

Perkhidmatan WhatsApp menunjukkan paling tinggi bagi responden dalam proses
komunikasi antara pensyarah dengan pelajar dengan 85 (65.9%) orang pensyarah. Diikuti
penggunaan khidmat instagram seramai 27 (20.9%) orang pensyarah. Hanya seorang (0.8%) sahaja
yang memilih menggunakan laman Youtube sebagai kemudahan perkhidmatan dalam talian ketika
berinteraksi dengan pelajar. Laman facebook turut dipilih oleh responden sebagai medan untuk
berinteraksi bersama pelajar dengan mencatatkan seramai 10 (7.8%) orang pensyarah. Lain-lain
pilihan laman berinteraksi terdiri daripada tiga (2.3%) orang pensyarah memilih Telegram dan lain-
lain laman juga seramai 3 (2.3%) orang pensyarah. Dalam aspek penyimpanan data, seramai 46
(35.7%) orang pensyarah sahaja mempunyai storan penyimpanan secara dalam talian seperti
dropbox dan google drive. Selebihnya seramai 83 (64.3%) orang pensyarah tidak mempunyai storan
penyimpanan data secara dalam talian. Responden juga memilih penggunaan laman interaktif seperti
schoology, edmodo, linkedin dan squido sebagai platfom untuk menyampaikan PdP dengan pelajar.

381

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Dapatan menunjukkan seramai 114 (88.4%) orang pensyarah menggunakan laman interaktif
tersebut.

Seterusnya dapatan menunjukkan seramai 81 (62.8%) orang pensyarah menunjukkan
bahawa mereka mahir mengakses internet, 26 (20.2%) orang pensyarah berada pada tahap sangat
mahir dan 22 (17.1%) orang pensyarah menunjukkan tahap tidak mahir. Dalam aspek kekerapan
mengakses internet pula, didapati seramai 92 (71.3%) orang pensyarah menggunakan masa selama
empat hingga enam jam sehari bagi mendapatkan maklumat daripada internet untuk digunakan
dalam proses PdP mereka setiap hari. Seramai 35 (27.1%) orang pensyarah menggunakan internet
selama lebih enam jam sehari dan dua (1.6%) orang pensyarah sahaja menggunakan internet kurang
daripada enam jam sehari. Huraian perincian dapatan tersebut seperti ditunjukkan pada Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Tahap Penggunaan Peranti Dalam PdP

Faktor Item Frekuensi Peratus
Jenis alat komunikasi iphone 33 25.6
smartphone 64 49.6
Laptop 32 24.8
Jumlah 129 100

Tempoh penggunaan alat komunikasi Kurang 5 tahun 21 16.3
Lebih 5 tahun 108 83.7
Jumlah 129 100

Kecenderungan anda menggunakan media Facebook 10 7.8
sosial: Instagram 27 20.9
Telegram 3 2.3
Whatsapp 85 65.9
Youtube 1 0.8
Lain-lain 3 2.3
Jumlah 129 100

Adakah anda mempunyai akaun Ada 46 35.7
penyimpanan data atas talian (online Tiada 83 64.3
storage) seperti Dropbox atau Google 129 100
Drive? Jumlah

Adakah anda menggunakan laman Ada 114 88.4
15 11.6
interaktif seperti Schoology, Edmodo, Tiada 129 100

linkedin, Squido untuk tujuan PdPc Jumlah

Kemahiran anda mengakses internet Tidak mahir 22 17.1
Mahir 81 62.8
Sangat mahir 26 20.2
Jumlah 129 100

Kekerapan anda mengakses internet dalam 1 hingga 3 jam 2 1.6
sehari 4 hingga 6 jam 92 71.3
Lebih 6 jam 35 27.1
Jumlah 129 100

382

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 1.4: Min dan Sisihan Piawai Mewakili Pemboleh Ubah

Konstruk Item Min, Sisihan Piawai
0.250
Pengetahuan B1 – B7 2.036 0.468
Kepimpinan C1 – C8 4.319 0.423
Komunikasi D1 – D6 4.479 0.411
Kompetensi K1 – K8 4.261

Berdasarkan Jadual 1.4, konstruk kepimpinan, komunikasi dan kompetensi pensyarah berada pada
tahap sangat tinggi. Konstruk komunikasi mencatatkan nilai min yang tertinggi iaitu 4.479 dan
sisihan piawai 0.423, diikuti dengan tahap kepimpinan responden dalam menggunakan peralatan
digital iaitu min ialah 4.319 dan sisihan piawai ialah 0.411. Konstruk kompetensi mencatatkan nilai
min 4.261 dan sisihan piawai 0,468. Konstruk pengetahuan menunjukkan nilai min ialah 2.036 dan
sisihan piawai 0.250. Hanya konstruk kepimpinan berada pada tahap tinggi. Perincian dapatan
adalah seperti Jadual 1.4.

TAHAP AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL, POLA KOMUNIKASI DAN
KOMPETENSI PENGAJARAN

Bagi menjawab persoalan kajian mengenal tahap amalan semua pemboleh ubah yang dibina terdiri
daripada Kepimpinan Instruksional, Pola Komunikasi dan Kompetensi Pengajaran dalam kalangan
pensyarah di IPG Zon Timur. Berdasarkan analisis ini dapat dikenalpasti kedudukan tahap amalan
tersebut berdasarkan nilai min dan sisihan piawai. Interpretasi nilai skor min dan sisihan piawai
adalah berdasarkan interpretasi skor min yang dikemukakan oleh Nugent, Sieppert dan Hudson
(2001) yang menyatakan jika min skor 1.000 hingga 2.333 dikategori sebagai rendah, min skor 2.334
hingga 3.667 sebagai tinggi dan min skor 3.668 hingga 5.000 sebagai sangat tinggi.

Jadual 1.5 menunjukkan tahap amalan Kepimpinan Instruksional yang terdiri daripada tujuh item,
pola komunikasi terdiri daripada lima item dan kompetensi pengajaran terdiri daripada dua item.
Kesemua item dalam konstruk kepimpinan instruksional berada pada sangat tinggi dengan nilai min
4.21 hingga 4.41. Nilai sisihan piawai pula berada antara 0.60 hingga 0.72. Item menggalakkan
pensyarah mengakses bahan pengajaran dan pembelajaran mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.52
dan nilai sisihan piawai 0.60. Manakala item berkongsi matlamat jabatan dengan warga IPG
mencatatkan nilai min terendah iaitu 4.21 dan sisihan piawai 0.60.

383

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Tahap pola komunikasi juga menunjukkan berada pada tahap tinggi iaitu nilai min berada antara 4.38
hingga 4.53 dan nilai sisihan piawai berada antara 0.52 hingga 0.69. Min tertinggi diperoleh
menerusi dua item iaitu komunikasi dua hala secara tidak formal antara pensyarah dengan Ketua
Jabatan dan menyampaikan arahan atau maklumat menerusi aplikasi media sosial iaitu nilai min 4.53
dan sisihan piawai 0.55 dan 0.53. Item memberi maklum balas positif terhadap pendapat pensyarah
memperoleh nilai min terendah iaitu nilai min ialah 4.38 dan sisihan piawai 0.69. Kompetensi
pengajaran juga menunjukkan kedua-dua item juga berada pada tahap sangat tinggi dengan nilai
keseluruhan min ialah 4.35 dan sisihan piawai 0.52. Keseluruhan dapatan dalam menghuraikan tahap
amalan kepimpinan instruksional, pola komunikasi dan kompetensi pengajaran adalah seperti Jadual
1.5.

Jadual 1.5: Tahap Amalan Kepimpinan Instruksional, Pola Komunikasi dan Kompetensi Pengajaran

Pemboleh ubah Item N Min SP Tahap
4.23 0.63 Sangat Tinggi
Menjelaskan matlamat akademik Jabatan 129
dengan pensyarah.

Berkongsi matlamat jabatan dengan warga 129 4.21 0.60 Sangat Tinggi
IPG.

Menggalakkan pensyarah menggunakan 129 4.29 0.72 Sangat Tinggi
pendekatan pengajaran berbeza berbantukan
teknologi peranti mudah alih dan media
sosial.

Kepimpinan Berbincang dengan pensyarah bagi mengenal 129 4.33 0.62 Sangat Tinggi
Instruksional pasti kekuatan dan kelemahan kurikulum.

Menggalakkan pensyarah berkongsi 129 4.24 0.63 Sangat Tinggi
maklumat.

Menggalakkan pensyarah mengakses bahan 129 4.52 0.60 Sangat Tinggi
pengajaran dan pembelajaran.

Kerjasama pintar dengan agensi luar untuk 129 4.41 0.61 Sangat Tinggi
meningkatkan kecemerlangan.

Keseluruhan 129 4.32 0.47 Sangat Tinggi

384

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Memberi maklum balas positif terhadap 129 4.38 0.69 Sangat Tinggi
pendapat pensyarah. 4.49 0.55 Sangat Tinggi
4.53 0.52 Sangat Tinggi
Memberi ruang kepada pensyarah 129 4.53 0.55 Sangat Tinggi
mengemukakan pendapat atau idea. 4.46 0.53 Sangat Tinggi

Komunikasi dua hala secara tidak formal 129
antara pensyarah dengan Ketua Jabatan.

Pola Komunikasi Menyampaikan arahan atau maklumat 129
melalui aplikasi media sosial.

Memaklumkan kepada Pensyarah bagaimana 129
proses penilaian prestasi dilaksanakan.

Keseluruhan 129 4.48 0.42 Sangat Tinggi

Kompetensi Saya sentiasa memberi maklum balas yang 129 4.22 0.54 Sangat Tinggi
Pengajaran tepat berkaitan pengajaran dan pembelajaran 4.25 0.51 Sangat Tinggi
menggunakan TMK.

Teknologi internet membantu saya membuat 129
perancangan berkaitan kandungan pengajaran
yang akan disampaikan.

Keseluruhan 129 4.35 0.52 Sangat Tinggi

ANALISIS PENGESAHAN FAKTOR

Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah dilakukan modifikasi daripada kajian-kajian oleh
penyelidik terdahulu. Oleh itu, analisis terhadap item-item yang digunakan perlu melalui proses
analisis pengesahan faktor (CFA) bagi menentukan kesahan dimensi dan fungsi yang dicadangkan
dalam kajian ini. Melalui pembinaan kajian yang menjurus kepada kepimpinan instruksional digital,
pola komunikasi dan kompetensi pengajaran pensyarah di IPG, perbincangan terhadap pemboleh
ubah yang dipilih dibincangkan satu persatu. Bagi mendapatkan kesahan dimensi dan fungsi bagi
setiap item dan pemboleh ubah tersebut, analisis pengesahan faktor (CFA) peringkat kedua (Second
Order CFA) dilakukan dengan memerhatikan faktor muatan (Factor Loading), kesahan konvergen
Cconvergent Validity), kesahan komposit (Composite Reliability) dan kesahan diskriminasi
(Discrimant Validity). Seterusnya nilai-nilai FL, Average Variance Extracted (AVE), CR dan punca
kuasa dua AVE (bagi setiap dimensi dan fungsi pemboleh ubah diperhatikan. Melalui model ini,
semua dapatan daripada model ini dibincangkan berdasarkan model awal yang dicadangkan seperti
Rajah 1.1.

385

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

.
Rajah 1.1: Model awal kepimpinan instruksional, pola komunikasi dan kompetensi pensyarah IPG
zon timur
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
Berdasarkan Rajah 1.1, pada pusingan 1, nilai yang diperoleh bagi setiap fungsi menunjukkan
dapatan seperti Jadual 1.5. Jadual 1.5 menerangkan kedudukan atau dapatan nilai FL, CR, AVE dan
punca kuasa dua AVE. Daripada lapan item yang diuji, dua item menunjukkan nilai FL kurang
daripada 0.5 (<0.5). Menurut Hair (2010) dan Mohd Yusri dan Mat Rahimi (2017), sesuatu nilai FL
lebih atau sama 0.5 (≥0.5) adalah diterima. Manakala nilai FL kurang atau sama 0.4 (≤0.4) perlu
ditolak. Namun jika nilai tersebut berada pada nilai ≥0.4 tetapi ≤0.7, boleh dipertimbangkan untuk
dikekalkan jika nilai tersebut boleh menyumbang kepada nilai CR dan AVE ≥0.5. Manakala nilai
AVE 0.474 (≥0.5) dan CR 0.875 (≥0.7). Bagi pemboleh ubah Kepimpinan Instruksional, item
KI1yang memperoleh nilai FL 0.17 (<0.4), maka item ini perlu digugurkan.

386

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 1.6: Nilai Faktor Muatan Kebolehpercayaan Komposit, Average Variance Extracted
dan Square Root Average Variance Extracted Konstruk Kepimpinan Instruksional

Dimensi Item FL CR AVE √AVE

Kepimpinan KI1 0.17
Instruksional KI2
KI3 0.51
KI4
KI5 0.42
KI6
KI7 0.63 0.875 0.415 0.842
KI8 0.76

0.63

0.87

0.85

POLA KOMUNIKASI

Pemboleh ubah Pola Komunikasi terdiri daripada enam item (PK1 hingga PK6). Kesemua item ini
mencatatkan nilai FL daripada 0.47 hingga 0.79 (≤0.4 hingga ≥0.7). Manakala nilai CR 0.852 (≥0.7)
dan nilai AVE pula 0.42 (<0.5). Berdasarkan kepada dapatan FL bagi item PK1, pengkaji boleh
mempertimbangkan sama ada item ini perlu digugur atau dikekalkan berdasarkan kepada nilai AVE
yang diperoleh sama dengan mengekalkan dapat meningkatkan nilai AVE atau nilai AVE boleh
meningkat jika item PK1 digugurkan.

Jadual 1.7: Nilai Faktor Muatan Kebolehpercayaan Komposit, Average Variance Extracted

dan Square Root Average Variance Extracted Konstruk Fungsi Komunikasi

Dimensi Item FL CR AVE √AVE

PK1 0.470

PK2 0.610

PK3 0.790

Pola Komunikasi PK4 0.770 0.852 0.420 0.808

PK5 0.680

PK6 0.500

KOMPETENSI PENGAJARAN

Jadual 1.8 menunjukkan dapatan nilai FL, CR, AVE dan √AVE bagi item-item yang mewakili
pemboleh ubah Kompetensi Pengajaran. Berdasarkan Jadual ini nilai FL yang diperloleh
menunjukkan hanya KP1 yang memperoleh nilai kurang daripada 0.5 (<0.28). Ini menunjukkan item
KP1 dicadangkan ditolak. Manakala item-item lain menunjukkan nilai FL yang boleh diterima
kerana FL melebihi nilai 0.5. Nilai CR pula dicatatkan 0.882 (≥0.70) dan AVE diperoleh 0.482
(≥0.5). Ini menunjukkan item-item KP2 hingga KP8 boleh digunakan untuk analisis selanjutnya.

387

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 1.8: Nilai Faktor Muatan Kebolehpercayaan Komposit, Average Variance Extracted dan
Square Root Average Variance Extracted Fungsi Kepimpinan Instruksional

Dimensi Item FL CR AVE √AVE

KP1 0.28

KP2 0.81

KP3 0.87

Kepimpinan KP4 0.59
Instruksional KP5
0.882 0.482 0.891

0.70

KP6 0.77

KP7 0.74

KP8 0.62

Secara rumusannya, berdasarkan dapatan daripada Jadual 1.6 hingga 1.8, item-item yang dipilih
sebagai mewakili dimensi dan fungsi dalam pengukuran ini boleh diterima berpandukan nilai yang
diperhatikan seperti FL, CR, AVR dan √AVE. Beberapa item dibuang selepas pemerhatian terhadap
nilai FL, CR, AVE dan √AVE, dapatan menunjukkan ada peningkatan terhadap nilai CR, AVE dan
√AVE. Jadual 1.8 menunjukkan dapatan terhadap item-item tersebut. Bagi pemboleh ubah
Kepimpinan Instruksional, selepas item KI1 digugurkan, nilai AVE meningkat kepada 0.50. Ini
membolehkan item-item yang lain dikekalkan untuk analisis data berikutnya. Bagi pemboleh ubah
Pola Komunikasi, apabila item PK1 digugurkan, nilai AVE juga meningkat kepada 0.501 daripada
0.542. Seterusnya apabila item KP1 digugurkan, nilai AVE turut meningkat kepada 0.540. Dapatan
FL, CR, AVE dan √ ditunjukkan pada Jadual 1.9.

Jadual 1.9: Nilai Faktor Muatan Kebolehpercayaan Komposit, Average Variance Extracted
dan Square Root Average Variance Extracted Fungsi Kepimpinan Instruksional, Pola
Komunikasi dan Kompetensi Pengajaran

Dimensi Item FL CR AVE √AVE

Kepimpinan Instruksional KI2 0.51
0.42
Digital KI3
0.63
Pola Komunikasi KI4 0.76 0.869 0.500 0.855
Kompetensi Pengajaran KI5 0.63
KI6 0.87
KI7 0.85
KI8 0.61
PK2 0.79
PK3 0.77 0.810 0.501 0.810
PK4 0.68
PK5 0.5
PK6 0.82
KP2 0.88 0.873 0.540 0.890
KP3 0.58
KP4
388

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

KP5 0.70
KP6 0.76
KP7 0.74
KP8 0.62

SALING HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL, POLA
KOMUNIKASI DAN KOMPETENSI PENGAJARAN PENSYARAH

Keputusan terhadap tahap hubungan antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain
diukur dengan merujuk kepada nilai korelasi Pearson. Skala tahap hubungan bermula dengan 0.00
hingga 2.00 (sangat lemah), 0.21 hingga 0.40 (lemah), 0.41 hingga 0.60 (sederhana), 0.61 hingga
0.80 (kuat) dan 0.81 hingga 1.00 (sangat kuat) (Hair, 2010). Berdasarkan Jadual 1.10, didapati nilai
tahap hubungan antara Kepimpinan Instruksional dengan Pola Komunikasi adalah signifikan pada
tahap lemah (r=0.473). Bagi tahap hubungan antara Kepimpinan Instruksional dengan Kompetensi
Pengajaran pula adalah signifikan pada tahap sederhana (r=0.523). Manakala tahap hubungan antara
Pola Komunikasi dengan Kompetensi Pengajaran adalah signifikan pada tahap sederhana (r=0.634).

Jadual 1.10: Nilai Kekuatan Hubungan antara Kepimpinan Instruksional, Pola Komunikasi dan
Kompetensi Pengajaran Pensyarah

Pemboleh ubah Kepimpinan Pola Kompetensi
Instruksional Komunikasi Pengajaran

Kepimpinan 1.00 1.00 1.00
Instruksional .634**
.473**
Pola Komunikasi .523**

Kompetensi Pengajaran

**. Korelasi signifikan pada nilai 0.01 (2-hujung).

Kekuatan hubungan:(0.00 – 0.20: sangat lemah), (0.21 – 0.40: lemah), (0.41-0.60: sederhana), (0.61-0.80:
kuat), (0.81-1.00: sangat kuat)

MEMBINA MODEL KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL, POLA KOMUNIKASI DAN
KOMPETENSI PENGAJARAN PENSYARAH

Bagi menjawab dan menjelaskan objektif kajian berkaitan model, Model Persamaan Struktural
(SEM) digunakan untuk menganalisis hasil ujian model tersebut. Ujian SEM ini adalah untuk
mengesahkan sama ada model ini sepadan atau tidak sepadan dengan data yang dikumpul daripada
responden kajian. Setelah analisis pengesahan faktor (CFA) dilakukan, terdapat tiga item digugurkan
kerana mempunyai nilai FL yang rendah. Item-item yang digugurkan ialah KI1 bagi kepimpinan
instrusional, PK1 bagi Pola komunikasi dan KP1 bagi kompetensi pengajaran.

389


Click to View FlipBook Version