Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
MEMUDAHKAN PROSES MELENGKAPKAN ITEM REFLEKSI DALAM
RANCANGAN INSTRUKSIONAL HARIAN MENGGUNAKAN REFLEKSI
TOPIKAL
Rozilah binti Mohamed Yatim ([email protected])
Norliza binti Adnan ([email protected])
Nor Azian binti Mohideen Abdul Kadir ([email protected])
Muhamad Fariq bin Che Mee ([email protected])
Nor Mazlan bin Asrar ([email protected])
Mohd Rosdi bin Rawi ([email protected])
Azman bin Abdul Rahman ([email protected])
Kolej Matrikulasi Johor
ABSTRAK
Rancangan Instruksional Harian (RIH) merupakan suatu dokumen rasmi yang perlu disediakan
sebagai salah satu proses jaminan kualiti untuk memastikan objektif Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) tercapai. Walau bagaimanapun, tinjauan awal menunjukkan bahawa pensyarah menghadapi
kesukaran dalam proses melengkapkan item refleksi di dalam RIH sedia ada bagi setiap jam PdP.
Implikasinya besar sehingga mendapat teguran oleh pihak auditor SIRIM apabila terdapat
pensyarah yang tidak melengkapkan bahagian tersebut dengan baik. Melalui kajian ini, format
refleksi ditukarkan daripada setiap jam PdP harian kepada mengikut topik. Untuk tujuan
melaksanakan kajian ini, semua pensyarah diminta untuk mengisi soal selidik yang bertujuan untuk
mendapatkan gambaran awal masalah yang ingin diatasi. Analisis dokumen juga dijalankan untuk
mengenalpasti masalah tersebut. Kemudian, setelah format baharu RIH dengan Refleksi Topikal
dibina, 30 orang pensyarah yang mewakili pelbagai unit mata pelajaran telah dipilih untuk
menggunakannya. Seterusnya, mereka juga perlu mengisi soal selidik maklum balas penggunaan
RIH dengan format baharu Refleksi Topikal. Analisis dokumen ke atas Rekod Semakan RIH bagi
Ketua Unit juga dilaksanakan bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan selepas pelaksanaan
intervensi tersebut. Kaedah analisis data secara deskriptif dan kualitatif bertema digunakan untuk
tujuan menganalisis dapatan kajian dan menunjukkan bahawa masalah kesukaran pensyarah dalam
melengkapkan item refleksi dalam RIH dapat diatasi.
Kata kunci: Rancangan Instruksional Harian, Refleksi, Topikal, Pengajaran dan Pembelajaran
PENGENALAN
Rekod Pengajaran (RP) merupakan suatu dokumen rasmi yang wajib disediakan oleh guru-guru dan
pensyarah-pensyarah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Di kolej-kolej
matrikulasi, rekod ini dinamakan sebagai Rancangan Instruksional Harian (RIH) yang berfungsi
sebagai rangka kerja pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam dewan kuliah, bilik
tutoran atau di makmal-makmal. Ianya didefinasikan sebagai penulisan tentang kaedah pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran bagi satu mata pelajaran pada sesuatu hari tertentu
menggunakan format-format yang telah ditetapkan. Proses penulisan ini penting kerana ianya
membantu pensyarah dalam merancang pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar-pelajar dengan
teliti agar menepati sukatan pengajaran yang ditetapkan. Selain itu, ianya menjadi panduan kepada
pensyarah untuk menyampaikan isi pengajaran secara optimum.
90
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Secara umumnya, setiap guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah tertakluk kepada
perkara 8 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dimana pengajaran dan
pembelajaran hendaklah direkod tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu.
Maklumat komponen-kompenen termasuk sejauh mana pencapaian objektif yang perlu dinyatakan
dalam rekod pengajaran turut dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1999.
REFLEKSI AMALAN PENULISAN REFLEKSI DALAM RIH YANG LALU
Penulisan refleksi dalam Rekod Pengajaran (RP) pensyarah Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) sebelum
sesi 2018/2019 hanya perlu menyatakan analisis pencapaian objektif untuk proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bagi setiap kelas. Contohnya pensyarah menulis dalam ruang refleksi, ‘20
daripada 22 pelajar dapat menggunakan mikroskop dengan teknik yang betul’. Pihak pengurusan
KMJ berharap penulisan refleksi ini dapat membantu pensyarah membuat penilaian kendiri dan
menambahbaik proses PdP mereka. Hasrat ini selari dengan pendapat Then Moli (2013) yang
menyatakan bahawa refleksi memberi peluang kepada tenaga pengajar untuk menjalankan penilaian
kendiri di mana mereka menilai kekuatan dan kelemahan diri serta membuat penambahbaikan proses
PdP mereka untuk menjadi lebih berkesan. Menurut Geng et. Al (2019), refleksi pengajaran guru
membantu guru memikirkan cara, membaiki serta mengubahsuai rancangan, objektif, kaedah,
strategi, teknik dan penggunaan bahan pelajaran pengajarannya mengikut tahap dan minat pelajar.
Fomat penulisan refleksi yang sama digunakan dalam sesi 2017/2018. Walau
bagaimanapun, di awal semester 1 sesi 2018/2019, sejajar dengan perancangan Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) untuk memohon Akreditasi dari MQA, Rekod
Pengajaran di Kolej Matrikulasi Johor mengalami sedikit perubahan berdasarkan Garis Panduan
Rancangan Instruktional Harian Program Matrikulasi KPM (yang dikemaskini pada tarikh
14/3/2018). Pertama, nama Rekod Pengajaran (RP) ditukar kepada Rancangan Instruktional Harian
(RIH). Format refleksi juga lebih terperinci di mana pensyarah perlu menyatakan pencapaian pelajar
secara keseluruhan, langkah penambahbaikan serta langkah pencegahan. Tindakan susulan, seperti
pengayaan atau sesi pemulihan semasa dalam kelas (Face-to-face/F2F)) atau selepas waktu PdP
(non-face-to-face/NF2F) perlu juga dinyatakan. Namun begitu, dalam minggu ke tiga semester yang
sama, item di bahagian refleksi ditambahbaik di mana pensyarah hanya perlu menulis dapatan
daripada penilaian formatif serta maklumat tambahan tentang tindakan susulan. Satu Memo
Dalaman bertarikh 9 Disember 2018 telah menyatakan pertukaran nama rekod tersebut serta
maklumat yang perlu ada dalam ruang refleksi iaitu, penilaian formatif, penggantian kelas (sekiranya
ada) dan lain-lain maklumat yang berkaitan. Satu contoh penulisan refleksi juga diberikan dalam
memo tersebut.
Untuk sesi 2019/2020 pula, item dalam ruang refleksi diubah sekali lagi untuk memastikan
maklumat daripada refleksi tersebut dapat digunakan sebagai bahan bukti dalam proses akreditasi
dan juga untuk analisis salah satu KPI kolej dan BMKPM (75% pencapaian hasil pembelajaran
kursus dan juga program).
Lima (5) item tersebut adalah :
i. Kelas ganti (jika ada)
ii. Penilaian formatif
iii. Pencapaian objektif PdP
iv. Intervensi (jika objektif PdP di bawah 75%)
v. Pengayaan.
Contoh penulisan item refleksi yang tersebut adalah seperti berikut :
91
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
“Class was replaced by the lecturer himself (F2F) on 24/6/2018, 4pm at BT2.17. Based
on the formative assessment, 11/12 students could write and balance redox equation
correctly. One extra enrichment question for the targeted student is included in NF2F
materials that will be checked in the next class.”
Item (i), (iv) dan (v) tidak perlu dilengkapkan sekiranya pensyarah hadir ke kelas dan sekiranya
pencapaian objektif melebihi 75%, intervensi juga tidak wajib dijalankan. Walau bagaimanapun,
pihak pengurusan selalu mendapat rungutan tentang bilangan item yang banyak dalam ruang refleksi
tersebut.
Untuk tujuan menjalankan tinjauan awal bagi mengenalpasti maklumbalas daripada
pensyarah, satu soal selidik telah diedarkan kepada 207 orang pensyarah di Kolej Matrikulasi Johor.
Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran dan maklum balas dalam bentuk data,
berkenaan penerimaan pensyarah dan perakuan kerja buat mereka berkenaan proses mengisi
bahagian Refleksi di dalam Rancangan Instruksional Harian. Sebahagian item soal selidik yang telah
dianalisis, ditunjukkan di dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Analisis maklumbalas pensyarah terhadap bahagian Refleksi mingguan di dalam RIH.
Perkara Bilangan Peratusan
(207 orang)
Terdapat 5 item yang perlu diisi SETIAP MINGGU (jika berkaitan) oleh pensyarah dalam refleksi tersebut
.
Proses melengkapkan bahagian refleksi tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. 125 60%
Item 2 (Penilaian Formatif) dan Item 3 (Pencapaian objektif P&P) adalah item yang wajib dilengkapkan.
Pensyarah pernah tidak melengkapkan item tersebut. 31 15%
12%
Pensyarah pernah ditegur oleh pihak pengurusan (ketua unit/ ketua jabatan) atau 26
auditor dalaman atau SIRIM tentang penulisan refleksi.
Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, 60% pensyarah mengakui bahawa proses melengkapkan
bahagian refleksi tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. 63 orang daripada mereka mengakui
bahawa, mereka berasa sukar untuk melengkapkan ruang refleksi tersebut. 41 orang pula
menyatakan bahawa merela berasa terbeban kerana perlu memperuntukkan masa yang banyak untuk
melengkapkan item-item yang disenaraikan dalam refleksi itu, seterusnya baki 21 orang memberikan
sebab-sebab yang lain.
Item (ii) dan (iii) adalah wajib dilengkapkan oleh setiap pensyarah setelah tamat sesi PdP
bagi setiap kelas. Dapatan daripada soal selidik yang dijalankan, 15% (31 daripada 207 orang)
pensyarah mengakui bahawa mereka pernah tidak melengkapkan item-item tersebut. Melalui soalan
jenis terbuka untuk mengenalpasti alasan mereka, 10 daripada 31 pensyarah memberikan alasan
kekangan masa dan jadual yang padat, sementara 6 daripada 31 pensyarah pula tidak melengkapkan
dua item wajib tersebut kerana rasa terbeban dengan pengumpulan data yang banyak serta berasakan
mereka membuat kerja yang berulang-ulang setiap kali masuk ke kelas. Selain itu, 10 daripada 31
pensyarah memberikan alasan ketidaksesuaian penggunaan penilaian formatif di dalam PdP mereka
menyebabkan tidak melengkapkan item refleksi tersebut. Baki 5 orang pensyarah yang lain
menyatakan bahawa ianya tidak berkaitan selain faktor seperti terlupa dan berasakan ianya tidak
berkaitan dengan mereka.
Melalui pemerhatian menerusi analisis dokumen Rekod Semakan Ketua Unit seperti yang
dilaporkan kepada Ketua-ketua Jabatan, terdapat juga pensyarah yang tidak melengkapkan ruang
refleksi tersebut mengikut format yang betul. Dapatan ini juga di sokong oleh analisis soal selidik
berkenaan maklum balas pensyarah bagi lima item yang terdapat di dalam bahagian Refleksi tersebut
seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.
92
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 2 : Analisis maklumbalas pensyarah terhadap kesukaran mengisi bahagian Refleksi
mingguan di dalam RIH.
Perkara Intervensi
(jika pencapaian
P&P di bawah 75%)
Kelas ganti
Pencapaian objektif
pengajaran dan
pembelajaran
Pengkayaaan
Penilaian Formatif
Item yang paling sukar untuk 86 12 52 12 45
dilengkapkan oleh pensyarah setiap kali 42% 6% 24% 6% 22%
mengisi Bahagian Refleksi pada RIH
setiap minggu
Berdasarkan Laporan Lengkap Audit Dalaman MS ISO 9001: 2015 Kolej Matrikulasi Johor Bil
1/2020, dapatan daripada Audit Dalaman yang dijalankan pada 5 – 8 Januari 2020 mendapati 7 RIH
pensyarah unit Biologi pada Semester 1, 2019/2020 tidak mengikut format yang ditetapkan.
Pihak pengurusan KMJ mengambil berat masalah yang dihadapi oleh pensyarah berkaitan
penulisan refleksi dalam RIH. Pensyarah sepatutnya tidak dibebankan dengan kerja-kerja
perkeranian yang banyak. Mereka perlu lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja hakiki
mereka. Walaupun ada pensyarah yang mencadangkan refleksi digugurkan daripada RIH, pihak
pengurusan memandang berat akan kepentingan amalan refleksi kepada pembangunan diri dan
profesionalisme pensyarah, dan mengekalkan penulisan refleksi di dalam RIH tersebut. Setelah
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia membatalkan cadangan permohonan
akreditasi (Rujukan surat : KPM 6---12/1/8 JLD 3 (20) , bertarikh 19 Jun 2020) dan setelah
mengambil kira data daripada soal selidik yang dijalankan serta pandangan peribadi daripada Ketua
Unit dan juga pensyarah, pihak pengurusan bercadang untuk menambahbaik format penulisan
refleksi RIH. Daripada soal selidik yang kami jalankan, 91 daripada 207 pensyarah mencadangkan
format penulisan refleksi dipermudahkan dengan mengurangkan bilangan item yang perlu ditulis
serta menilai semula keperluan dan kepentingan item yang perlu ditulis dalam ruang refleksi
tersebut.
FOKUS KAJIAN / MATLAMAT KAJIAN
Penyediaan RIH adalah sebagai salah satu proses jaminan kualiti untuk memastikan objektif PdP
tercapai selain dapat meningkatkan keyakinan pensyarah untuk mengajar. Untuk mencapai tujuan
tersebut, pensyarah perlulah melengkapkan dokumen RIH mengikut format yang telah ditetapkan
oleh pihak kolej. Walau bagaimanapun, masalah kesukaran pensyarah untuk melengkapkan
bahagian Refleksi di dalam format RIH sedia ada, perlu diberikan perhatian. Sehubungan itu, fokus
utama kajian tindakan ini adalah untuk memudahkan proses melengkapkan bahagian Refleksi di
dalam RIH tersebut. Matlamatnya adalah untuk mengatasi kesukaran pensyarah untuk mengisi item-
item di bahagian Refleksi dalam RIH sedia ada bagi setiap kelas secara harian, kepada refleksi
berbentuk topikal.
OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif umum dan khusus bagi kajian ini :
93
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Objektif Umum
Secara umumnya, objektif kajian ini adalah bagi mengatasi kesukaran pensyarah untuk
melengkapkan item-item bahagian Refleksi dalam RIH menggunakan Refleksi Topikal. Diharapkan
agar, dengan memudahkan proses mengisi item-item refleksi di dalam RIH daripada setiap jam kelas
kepada refleksi berbentuk topical, maka, masalah-masalah berkaitan proses melengkapkan item-item
refleksi tersebut dapat di atasi.
Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut :
1. Mengenalpasti keberkesanan Refleksi Topikal dalam RIH.
2. Mengetahui bagaimana penerimaan pensyarah terhadap penggunaan Refleksi Topikal dalam
RIH.
3. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Refleksi Topikal dalam RIH.
SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan-soalan berikut :
1. Sejauhmanakah Refleksi Topikal dapat membantu mengatasi kesukaran pensyarah dalam
melengkapkan RIH?
2. Bagaimanakah penerimaan pensyarah terhadap penggunaan Refleksi Topikal dalam RIH?
3. Apakah kekuatan dan kelemahan Refleksi Topikal dalam RIH?
METODOLOGI KAJIAN
Kumpulan Sasaran
Kajian ini akan melibatkan penyertaan seramai 30 orang pensyarah di Kolej Matrikulasi Johor
daripada mata pelajaran yang berbeza. Pemilihan dibuat secara rawak oleh ketua-ketua jabatan
mengikut unit-unit yang berada di dalam jabatan tersebut.
Pelaksanaan Intervensi : Refleksi Topikal
Menerusi tinjauan awal, didapati bahawa kebanyakan pensyarah yang menghadapi masalah dalam
melengkapkan penulisan item refleksi di dalam RIH adalah kerana mereka perlu mengisinya
mengikut jam kelas yang dijalankan. Sehubungan itu, pihak pengkaji bersetuju untuk
memperkenalkan format baharu iaitu, penggunaan Refleksi Topikal. Penukaran format refleksi
daripada mengikut jam PdP kepada topikal (mengikut topik) akan dilaksanakan dengan
mengeluarkan item refleksi setiap jam PdP daripada format RIH sedia ada di dalam format Microsoft
Excel, dan menggantikan dengan fail Excel baharu yang hanya fokus kepada item-item refleksi
mengikut topik. Kemudian, pensyarah hanya perlu melengkapkan bahagian tersebut setiap kali
topik-topik tersebut selesai diajar.
Perincian mengenai format asal RIH dengan item refleksi bagi setiap jam PdP boleh dilihat di dalam
Rajah 1 seperti yang ditunjukkan di bawah. Lajur ‘REFLECTION’ yang mengandungi perincian
lima item refleksi tersebut ditandakan dalam kotak berwarna merah. Sehubungan itu, pensyarah
perlu melengkapkan item-item tersebut bagi setiap kelas yang dilaksanakan seterusnya membawa
kepada pelbagai implikasi seperti yang telah diterangkan di bahagian refleksi sebelum ini. Format
94
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
asal RIH ini juga terdiri daripada satu fail dalam format Excel dengan 18 tab yang mewakili minggu
pelaksanaan PdP.
Rajah 1: Perincian format Rancangan Instructional Harian sebelum intervensi
Seterusnya, Rajah 2 pula menunjukkan perincian intervensi menggunakan Refleksi Topikal yang
menunjukkan perubahan yang telah dilaksanakan untuk tujuan mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi oleh para pensyarah seperti yang telah dikenalpasti di bahagian refleksi kajian ini.
Berdasarkan Rajah 2 juga, dapat diperhatikan bahawa Refleksi Topikal terdiri daripada dua fail
dalam format Excel iaitu, 1) RIH (atau DIP) dan 2) REFLECTION. Bagi fail RIH itu sendiri, terdapat
18 tab yang mewakili minggu pelaksanaan PdP di kolej matrikulasi, dengan lajur baharu, ‘SELF-
REFLECTION’, seperti yang ditandakan dalam kotak merah tersebut, manakala lajur
‘REFLECTION’ yang asal ditukar menjadi Refleksi Topikal. Self Reflection memerlukan pensyarah
membuat penilaian kendiri terhadap pelaksanaan PdP masing-masing secara bebas untuk tujuan
penambahbaikan penyampaian mereka. Ini selaras dengan Perkara 8, Peraturan‐Peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkenaan item yang perlu ada dalam dokumen Rekod
Pengajaran.
Sebaliknya, format Refleksi Topikal di dalam fail ‘REFLECTION’ pula hanya tertumpu kepada
penilaian pensyarah terhadap pencapaian pelajarnya dengan lima item yang terperinci. Walau
bagaimanapun, pensyarah hanya perlu melengkapkannya apabila selesai mengajar sesuatu topik
sahaja berbanding setiap jam PdP sebelum ini. Dengan pelaksanaan Refleksi Topikal yang membuat
penilaian refleksi mengikut topik, pensyarah lebih mudah untuk melaksanakan proses intervensi
yang lebih spesifik bagi mengatasi masalah-masalah yang dikenalpasti mengganggu proses
penyampaian PdP mereka mengikut topik atau kemahiran yang tertentu tersebut.
95
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Rajah 2 : Perincian format Rancangan Instructional Harian dengan Refleksi Topikal
96
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 3 : Jadual pelaksanaan intervensi
BIL PELAKSANAAN TEMPOH
PELAKSANAAN
Peringkat 1 :
2 hari
(Mendapatkan data refleksi kajian) 1 hari
2 hari
1 Edaran soal selidik 1 (maklum balas awal sebelum
intervensi)
2 Analisis dokumen 1 :
Minit Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
3 Analisis dokumen 2 :
Rekod Semakan RIH oleh Ketua Unit
Peringkat 2 :
(Pelaksanaan intervensi)
4 Pelaksanaan Refleksi Topikal (Kitaran 1) 4 minggu
Peringkat 3 :
(Maklum balas intervensi 1)
5 Analisis dokumen 3 : 1 minggu
Rekod Semakan RIH oleh Ketua Unit
2 minggu
Peringkat 4 :
2 hari
(Penambahbaikan intervensi) 2 hari
6 Pelaksanaan intervensi dengan penambahbaikan pada
bahagian Self-Reflection (Kitaran 2)
Peringkat 5 :
(Mendapatkan data kajian)
7 Edaran soal selidik 2 (maklum balas selepas
intervensi)
8 Analisis dokumen 4 :
Rekod Semakan RIH oleh Ketua Unit
Jadual 3 di atas menunjukkan senarai aktiviti yang dilaksanakan dalam kajian ini. Peringkat 1
tertumpu kepada proses mendapatkan data awal yang menyokong refleksi awal kajian. Peringkat 2
pula tertumpu kepada pelaksanaan intervensi dengan Refleksi Topikal sebaik sahaja bermula
semester baru sesi 2020/2021. Tempoh empat minggu diperuntukkan kerana bersesuaian dengan
kebanyakan subjek yang menyelesaikan PdP bagi dua topik yang awal. Seterusnya, berdasarkan
maklum balas yang diperolehi sewaktu pelaksanaan intervensi di Peringkat 3, format Refleksi
Kendiri telah ditambah baik dengan menambah senarai pilihan dalam bentuk ‘drop-down’ supaya
dapat membantu pensyarah membuat penilaian kendiri mereka dengan lebih cepat, terutamanya bagi
penilaian yang sama dan berulang. Penambahbaikan ini dilaksanakan di Peringkat 4. Namun, masih
terdapat pilihan untuk pensyarah yang ingin menyatakan refleksi kendiri yang berbeza daripada apa
yang telah disenaraikan.
Menerusi Peringkat 5, soal selidik yang terdiri daripada soalan terbuka dan tertutup telah diedarkan
untuk mendapatkan maklumbalas dan cadangan-cadangan penambahbaikan daripada pensyarah.
Selain itu, analisis dokumen menerusi rekod semakan RIH oleh Ketua-ketua Unit juga dilaksanakan
untuk menilai keberkesanan pelaksanaan intervensi ini.
Kaedah Pengumpulan Data
97
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Data yang digunakan di dalam kajian ini dikumpulkan melalui dua kaedah, iaitu, analisis dokumen
dan juga soal selidik.
Instrumen Pengumpulan Data
Instrumen pengumpulan data yang akan digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut : Kaedah
analisis dokumen dilakukan terhadap Minit Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan dan Rekod
Semakan RIH oleh Ketua Unit, sementara soal selidik yang digunakan pula adalah soal selidik bagi
mendapatkan data awal yang menyokong refleksi kajian dan juga soal selidik selepas pelaksanaan
Refleksi Topikal untuk tujuan mendapatkan data dan maklum balas hasil pelaksanaan intervensi
tersebut. Kedua-dua soal selidik yang digunakan adalah yang dibina sendiri oleh pengkaji. Walau
bagaimanapun, bagi soal selidik maklum balas intervensi, sebahagian item soalannya adalah
berasaskan konstruk yang merujuk kepada kajian oleh Zaharah & Nurulwahida (2016) dan Masnan
& Radzi (2015) berkenaan pembinaan dan penilaian RPH. Soal selidik ini telah melalui proses
penilaian oleh pakar bahasa serta analisis ujian rintis kebolehpercayaan instrumen dengan nilai alpha
Cronbachnya sebanyak 0.918.
Soal selidik 1 (Lampiran A) yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua bahagian. Pertama,
soalan tentang nama dan unit pensyarah untuk tujuan mengenalpasti latar belakang responden yang
menjawab soal selidik. Kedua, soalan spesifik berkenaan maklumbalas pensyarah berkenaan
bahagian refleksi di dalam RIH. Terdapat lima soalan yang merangkumi maklumbalas berkenaan
proses melengkapkan item refleksi, pilihan item yang paling sukar untuk dilengkapkan,
maklumbalas samada pensyarah tersebut pernah tidak melengkapkan item Penilaian Formatif dan
Pencapaian Objektif PdP, pernah ditegur oleh pihak pengurusan, auditor dalaman atau pihak SIRIM
berkenaan penulisan refleksi dan juga soalan terbuka tentang cadangan penambahbaikan format
refleksi tersebut. Borang soal selidik awal ini diedarkan kepada sebahagian besar pensyarah
menggunakan aplikasi google form.
Borang soal selidik maklumbalas intervensi (Lampiran B) pula diedarkan kepada 30 orang pensyarah
yang terlibat dalam kajian ini melalui google form. Soal selidik ini terdiri daripada lima bahagian
dengan menggunakan Skor 1 hingga 5 bagi menggambarkan Sangat Tidak Setuju kepada Sangat
Setuju. Bahagian 1 adalah berkenaan persepsi pensyarah sebelum pelaksanaan intervensi. Terdapat
tiga konstruk utama yang terdiri daripada faktor penggunaan masa, faktor kefahaman pensyarah
tentang item-item yang terdapat di bahagian refleksi dan faktor kemahiran pensyarah dalam menulis
refleksi. Seterusnya, Bahagian 2 adalah berkenaan amalan penulisan Refleksi Topikal dalam RIH
dalam kalangan pensyarah dengan menyenaraikan empat konstruk utama, iaitu persepsi pensyarah
terhadap proses melengkapkan item dalam Refleksi Topikal, pengetahuan pensyarah dalam proses
melengkapkan item Refleksi Topikal, kemahiran pensyarah dalam melengkapkan item Refleksi
Topikal dan keberkesanan penulisan Refleksi Topikal. Bahagian 3 pula adalah tentang penilaian
kendiri terhadap proses melengkapkan item Refleksi Topikal dalam RIH dengan tiga konstruk utama
iaitu, aspek perancangan, aspek format item yang terlibat dan juga aspek pelaksanaan. Bahagian 4
adalah persepsi pensyarah selepas pelaksanaan intervensi yang juga merupakan maklumbalas timbal
balik di Bahagian 1 tetapi berfokuskan kepada Refleksi Topikal. Tiga konstruk yang sama turut
digunakan tetapi berfokuskan kepada Refleksi Topikal, iaitu, faktor penggunaan masa, faktor
kefahaman pensyarah tentang item-item yang terdapat di bahagian Refleksi Topikal dan faktor
kemahiran pensyarah dalam menulis Refleksi Topikal. Bahagian 5 pula adalah jenis yang terbuka,
berkenaan komen dan cadangan penambahbaikan tentang Refleksi Topikal.
98
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kaedah Analisis Data
Kaedah analisis data yang akan digunakan dalam kajian ini adalah kaedah analisis secara deskriptif
bagi menilai dapatan hasil soal selidik bagi soalan-soalan jenis tertutup dan juga analisis secara
kualitatif dan bertema untuk menilai soalan-soalan jenis terbuka.
Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratus, purata skor dan sisihan piawai digunakan
untuk menilai konstruk dalam soal selidik. Analisis kekerapan dan peratus digunakan untuk
menunjukkan maklumbalas terhadap soal selidik sebelum intervensi, sementara purata skor dan
sisihan piawai pula digunakan untuk membuat analisis selepas proses intervensi dijalankan. Kaedah
peratus juga digunakan untuk membuat analisis dokumen bagi rekod semakan ketua unit.
Analisis kualitatif secara bertema pula digunakan untuk mengenalpasti dapatan bagi soalan jenis
terbuka. Kedua-dua soal selidik bagi soalan terbuka yang diedarkan sebelum dan selepas selesai
intervensi dianalisis menggunakan kaedah ini.
DAPATAN KAJIAN
Jadual 4 menunjukkan Laporan semakan Refleksi Topikal bagi responden yang terlibat dalam kajian
ini. Secara keseluruhannya, kesemua item di dalam Refleksi Topikal telah diisi oleh pensyarah-
pensyarah berkenaan. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian pensyarah yang melengkapkan
item Intervensi dengan kenyataan yang kurang jelas. Antaranya, kenyataan yang berikut,
‘beri penerangan semula sebagai pengukuhan’.
(Responden 1)
Terdapat juga pensyarah yang menulis kenyataan
‘4/15 pelajar ulang Quizziz’
(Responden 2)
walaupun pencapaian melebihi 75% (84%). Kenyataan sebegini agak mengelirukan kerana, apakah
tujuan 4 pelajar tersebut perlu mengulang Quizziz mereka. Justeru, keberkesanan mengulang Quzziz
tersebut boleh dipersoalkan.
Jadual 5 pula menunjukkan dapatan purata skor dan sisihan piawai bagi soalan-soalan yang terdapat
di dalam soal selidik maklum balas responden kajian. Terdapat empat konstruk utama yang menjadi
asas penilaian soal selidik ini, iaitu, persepsi pensyarah sebelum pelaksanaan intervensi (merujuk
kepada templat asal item refleksi dalam RIH sebelum bertukar kepada Refleksi Topikal), amalan
penulisan Refleksi Topikal dalam RIH, penilaian kendiri terhadap proses melengkapkan Refleksi
Topikal dalam RIH dan persepsi pensyarah selepas pelaksanaan intervensi Refleksi Topikal. Dapatan
menunjukkan konstruk penilaian kendiri terhadap proses melengkapkan item Refleksi Topikal dalam
RIH mempunyai nilai purata skor tertinggi (4.29) dengan sisihan piawai yang kecil (0.60) yang
menunjukkan bahawa, responden bersetuju bahawa aspek perancangan, format item dan aspek
pelaksanaan memainkan peranan dalam proses melengkapkan item Refleksi Topikal dengan baik.
Amalan penulisan Refleksi Topikal dalam RIH pula menunjukkan nilai purata skor sebanyak 4.24
dengan sisihan piawai 0.57 yang membawa maksud bahawa kebanyakan responden juga bersetuju
bahawa persepsi, pengetahuan dan kemahiran pensyarah terhadap proses melengkapkan item dalam
Refleksi Topikal dan keberkesanan dalam pelaksanaannya berperanan dalam memastikan objektif
penulisan refleksi dalam RIH menjadi bermakna. Seterusnya, kedua-dua konstruk persepsi
pensyarah bagi sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi menunjukkan trend peningkatan yang
positif bagi ketiga-tiga faktor yang dinilai, iaitu, faktor penggunaan masa, kefahaman pensyarah serta
kemahiran mereka terhadap item refleksi yang perlu dilengkapkan. Purata skor persepsi responden
99
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
selepas pelaksanaan intervensi adalah 3.83 (sisihan piawai 0.94) iaitu, hampir bersetuju dengan
faktor-faktor yang dinilai, berbanding 3.60 (sisihan piawai 1.04) bagi persepsi mereka terhadap
format refleksi RIH yang sebelumnya.
Jadual 4 : Laporan semakan Refleksi Topikal
LAPORAN SEMAKAN REFLEKSI TOPIKAL RESPONDEN KAJIAN TINDAKAN
BIL ITEM STATUS CATATAN
1 Topic / Skill Lengkap
2 Class / Lengkap
Practicum
3 Achievement Of Lengkap - Pensyarah menyatakan dapatan pencapaian PdP
Teaching & - Walau bagaimanapun, terdapat kepelbagaian dalam
Learning penulisan :
Contoh 1 :
19 / 19 students achieved the minumum of 75% marks for
Topic 1
Contoh 2 :
Semua pelajar rmencapai 80% dan ke atas bagi ujian
topikal Bab 1.
Contoh 3 :
9/10 (90%)
4 Intervention Lengkap - Intervensi tidak dijalankan jika semua pelajar telah
mendapat sekurang-kurangnya 75%. Hanya menulis
‘NONE / TIADA’ atau membiarkan sahaja ruang tersebut
kosong.
- Terdapat juga pensyarah yang memberikan soalan
pengkayaan walaupun semua pelajar telah mencapai 75%.
- Sekiranya terdapat pelajar yang tidak mencapai 75%,
intervensi akan dijalankan.
Contoh 1 :
Extra questions are given to the 3 students Ace Ahead
book practice 24, pg 157
Contoh 2 :
8 orang pelajar diberi konsultasi dan sesi soal jawab secara
lisan.
Contoh 3 :
Terdapat pensyarah yang meletakkan gambar sebagai
bukti intervensi yang telah dijalankan.
5 Learning Lengkap
Outcome
Assessment
100
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 5 : Purata skor bagi setiap konstruk dan faktornya
Bil Faktor dalam konstruk Konstruk Purata Intepretasi
Skor Setuju
Setuju
1 Faktor penggunaan masa dalam
melengkapkan item refleksi Setuju
Persepsi Setuju
3.60
2 Faktor kefahaman pensyarah tentang item- pensyarah
(sp :
item dalam bahagian refleksi SEBELUM 1.04)
Faktor kemahiran pensyarah dalam proses intervensi
melengkapkan item refleksi
3
1 Persepsi pensyarah terhadap proses
melengkapkan item dalam Refleksi Topikal
2 Pengetahuan pensyarah dalam proses Amalan 4.24
melengkapkan item dalam Refleksi Topikal penulisan
3 Kemahiran pensyarah dalam Refleksi (sp :
melengkapkan item dalam Refleksi Topikal Topikal dalam 0.57)
RIH
4 Keberkesanan pelaksanaan penulisan
Refleksi Topikal
1 Aspek perancangan Penilaian 4.29
2 Aspek format item kendiri
(refleksi) (sp :
3 Aspek pelaksanaan terhadap 0.60)
proses
melengkapkan
item Refleksi
Topikal dalam
RIH
1 Faktor penggunaan masa dalam
melengkapkan item Refleksi Topikal
Persepsi
3.83
2 Faktor kefahaman pensyarah tentang item- pensyarah
(sp :
item dalam Refleksi Topikal SELEPAS 0.94)
Faktor kemahiran pensyarah dalam proses intervensi
melengkapkan item Refleksi Topikal
3
Berdasarkan Jadual 6, 50% daripada 30 responden yang terlibat dalam kajian ini, mengakui bahawa
item Intervensi di dalam Refleksi Topikal merupakan item yang paling sukar untuk dilengkapkan,
diikuti item dan Penilaian Hasil Pembelajaran sebanyak 27% dan Pencapaian PdP dengan 23%.
Jadual 6 : Maklum balas responden tentang Refleksi Topikal
101
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Terdapat tiga item utama yang perlu dilengkapkan dalam REFLEKSI TOPIKAL tersebut.
Bahagian manakah yang paling sukar untuk dilengkapkan?
Intervensi 15
(50%)
Penilaian Hasil Pembelajaran 8
(27%)
Pencapaian Pengajaran dan Pembelajaran 7
(23%)
Responden yang memilih item Intervensi sebagai item tersukar untuk dilengkapkan menyatakan
bahawa antara sebab utamanya adalah tentang kesesuaian jenis intervensi, kesesuaian soalan,
kesesuaian jenis penilaian dan kesesuaian masa. Mereka seterusnya mencadangkan agar item
Intervensi ini dibuat dalam bentuk drop down list yang mencadangkan beberapa intervensi yang
sesuai, selain memerlukan peruntukan masa yang lebih untuk proses melengkapkan item ini, serta
terdapat juga yang mencadangkan agar item Intervensi ini digugurkan dari senarai item yang dinilai
dalam Refleksi Topikal.
Seramai 27% dalam kalangan responden telah memilih Penilaian Hasil Pembelajaran sebagai item
tersukar untuk dilengkapkan di dalam Refleksi Topikal dengan menyatakan faktor kesesuaian jenis
penilaian samada formatif atau sumatif sukar dilaksanakan kerana pelbagai faktor seperti kesesuaian
penilaian dengan subjek yang diajar, kepelbagaian pencapaian pelajar serta sukar mendapat
kerjasama daripada pelajar. Faktor kesesuaian dan kekangan masa juga dinyatakan sebagai sebab
mengapa responden memilih item ini sebagai item yang paling sukar untuk dilengkapkan di dalam
Refleksi Topikal ini.
Selain itu, seramai 23% responden yang memilih item Pencapaian PdP sebagai item tersukar untuk
dilengkapkan di dalam Refleksi Topikal menyatakan sebabnya adalah tentang kesesuaian penilaian
yang perlu dijalankan dan juga faktor kekurangan masa untuk menilai pencapaian proses PdP
tersebut. Mereka turut mencadangkan agar disertakan drop down list yang sesuai atau
menggugurkan sahaja item tersebut dari senarai item dalam Refleksi Topikal.
PERBINCANGAN
Pematuhan terhadap Peraturan-peraturan Pendidikan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia berkenaan penulisan Rekod Pengajaran perlu diambil perhatian oleh guru-guru dan
pensyarah. Penulisan refleksi yang merupakan sebahagian daripadanya juga penting sebagai asas
kepada penilaian seseorang guru atau pensyarah yang mengajar, bagi mengenalpasti dan
memperbaiki kualiti dalam pengajarannya. Secara umumnya, implikasi sekiranya masalah
kesukaran pensyarah dalam proses melengkapkan item refleksi dalam RIH ini tidak diatasi, ianya
mampu mencalarkan imej organisasi dari segi ketidakpatuhan terhadap garis panduan kualiti yang
melibatkan agensi seperti SIRIM. Penambahbaikan melalui intervensi Refleksi Topikal ini mampu
membantu mengatasi masalah tersebut.
Menerusi analisis dokumen bagi Rekod Semakan RIH oleh Ketua Unit, jelas menunjukkan bahawa
kesemua item yang terdapat dalam Refleksi Topikal telah berjaya dilengkapkan oleh responden.
Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan bahawa item Intervensi merupakan item yang agak
sukar untuk dilengkapkan oleh responden, disebabkan oleh pelbagai faktor. Melalui soal selidik,
faktor-faktor yang mempengaruhinya dapat dikenalpasti, termasuklah kesesuaian jenis intervensi,
kesesuaian soalan, kesesuaian jenis penilaian dan kesesuaian masa. Selain itu, kekurangan yang
dikenalpasti sewaktu pelaksanaan intervensi juga telah diambil perhatian oleh penyelidik, iaitu,
penambahbaikan dengan dropdown list di dalam item Self-Reflection sewaktu pelaksanaan Peringkat
ke 4 intervensi sewaktu kitaran ke-2 kajian ini.
102
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Sehubungan itu, untuk kajian lanjutan, cadangan-cadangan penambahbaikan yang dilontarkan oleh
responden akan diberikan perhatian untuk memantapkan lagi hasil intervensi ini dalam kitaran yang
seterusnya.
RUMUSAN
Kesimpulannya, kajian ini membincangkan tentang keberkesanan intervensi Refleksi Topikal bagi
menggantikan refleksi harian berdasarkan jam mengajar di dalam RIH untuk mengatasi masalah
kesukaran pensyarah-pensyarah di Kolej Matrikulasi Johor sewaktu melengkapkan item tersebut.
Pelaksanaan Refleksi Topikal berkesan dalam memudahkan proses melengkapkan item refleksi
dalam RIH. Penerimaan pensyarah yang menjadi responden kajian juga adalah baik dengan bersetuju
terhadap kesemua konstruk item yang dinilai berkenaan persepsi, amalan dan penilaian kendiri
mereka terhadap proses melengkapkan item refleksi dalam RIH menggunakan Refleksi Topikal.
Selain itu, kekuatan Refleksi Topikal ini dapat membantu menjaga kualiti organisasi Bahagian
Matrikulasi secara amnya, dan Kolej Matrikulasi Johor secara khususnya dengan mengatasi masalah
RIH yang tidak lengkap, yang boleh memberi implikasi terhadap proses penilaian kualiti oleh agensi
jaminan kualiti seperti SIRIM. Beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti menerusi kajian ini
telah di atasi melalui kitaran ke dua kajian. Oleh itu, diharapkan agar kajian ini dapat memberi
manfaat dan membantu pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Johor dalam meningkatkan lagi kualiti
organisasi dan mutu penyampaian pengajaran dalam kalangan pensyarahnya.
RUJUKAN
Then Moli, K. (2013). Kemahiran dan Amalan Penulisan Refleksi dalam Kalangan Guru di Tiga
Buah Sekolah Menengah di Daerah Johor Bahru. Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi
Malaysia.
Geng, G., Smith, P., Black, P., Budd, Y. and Disney, L. (2019). Reflective Practice in Teaching:
Pre-service Teachers and the Lens of Life Experience. 1st Ed, Springer : Singapore.
Zaharah Che Isa & Nurulwahida Hj Azid @ Aziz. (2016). Pembinaan dan Penilaian Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) Berasaskan Lapan Prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu : Kajian di Malaysia. Proceeding of
ICECRS. Vol (1). 1011 – 1022.
Masnan, A. H., & Mohd Radzi, N. M. (2015). Pengetahuan Persediaan Pengajaran Guru Prasekolah
Baru. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 4, 90 - 108.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran.
Peraturan‐Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
103
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KEBERKESANAN PROGRAM “AIM 4 EXCELLENT, STRIVE 4.0” JABATAN
SAINS MENGGUNAKAN TEKNIK “GURU MUDA”
Mohd Zamanuri Bin Mohd Suhaimi ([email protected])
Elmi Sharlina Binti Md Suhaimi ([email protected])
Kolej Matrikulasi Kelantan
ABSTRAK
Program “Aim 4 Excellent, Strive 4.0” adalah program kecemerlangan pelajar yang dianjurkan
oleh Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Kelantan untuk meningkatkan peratus pelajar yang mendapat
PNG 4.0 dengan cara memilih pelajar “Near-Miss” yang juga sebenarnya berpotensi mendapat
PNG 4.0. Pelajar “Near-Miss” ini adalah pelajar yang mendapat gred A- bagi salah satu subjek
sains sama ada kimia, fizik atau biologi. Pelajar yang mendapat gred A dan A- dipilih untuk
menyertai program ini. Pelajar gred A dilantik sebagai fasilitator atau Guru Muda manakala
pelajar gred A- menjadi peserta. Teknik Guru Muda ini adalah teknik gabungan pembentangan dan
pembelajaran koperatif. Setiap kumpulan terdiri daripada seorang Guru Muda dan empat orang
peserta. Pembelajaran berlaku dalam kumpulan kecil supaya ia dapat memberi impak maksimum
terhadap pembelajaran secara berkumpulan. Kajian mendapati program ini berjaya meningkatkan
peratusan pelajar yang mendapat PNG 4.0, dan mengurangkan pelajar Near-Miss. Dapatan ini
didapati daripada analisis data pencapaian penilaian sumatif sebelum dan selepas program. Soal
selidik keberkesanan program yang diberikan dalam bentuk google form juga mendapati skor min
berada pada tahap tinggi iaitu di antara 4.16±0.78 hingga 4.48±0.58. Selain daripada program ini
berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar, program ini juga dapat membina strategi
komunikasi, strategi berfikir dan strategi pembelajaran yang lebih baik.
Kata kunci: Teknik Guru Muda, Kecemerlangan Pelajar
PENGENALAN
Program Matrikulasi adalah satu program lanjutan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum
ke peringkat Ijazah Pertama di universiti atau kolej universiti. Program pra-universiti ini adalah
program persediaan ke universiti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program Matrikulasi
terdiri daripada dua sistem iaitu sistem dua semester (SDS) dan sistem empat semester (SES).
Program yang ditawarkan terdiri daripada tiga jurusan pengajian iaitu jurusan sains, perakaunan, dan
kejuruteraan. Jurusan sains pula terdiri daripada tiga modul iaitu Modul 1, Modul 2 dan Modul 3.
Mata pelajaran yang diambil oleh pelajar bagi setiap modul dan jurusan adalah seperti Jadual 1.
Jadual 1: Mata pelajaran teras bagi setiap jurusan di matrikulasi
Jurusan Jenis Mata pelajaran Teras
Sains Modul 1 Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
Modul 2 Matematik, Kimia, Fizik, Sains Komputer
Modul 3 Matematik, Kimia, Biologi, Sains Komputer
Perakaunan Perakaunan Matematik, Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan
Kejuruteraan Kejuruteraan Matematik, Kimia, Fizik, Asas Kejuruteraan
104
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Gred dikira melalui sistem purata nilai gred kumulatif (PNGK). PNGK tertinggi adalah 4.0 dan
gred ini adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan yang terdiri daripada 0 hingga 100%
bagi setiap mata pelajaran.
Program “Aim 4 Excellent, Strive 4.0” adalah program yang dilaksanakan dalam Jabatan
Sains di Kolej Matrikulasi Kelantan. Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan bilangan pelajar
mendapat PNGK 4.0. Pelajar yang dijangka boleh mencapai PNGK 4.0, dipilih dalam program ini
supaya mereka dapat mencapai sasaran PNG 4.0 dengan menggunakan teknik “Guru Muda”.
Refleksi Lalu
Keputusan peperiksaan yang lalu didapati pelajar yang mendapat gred A untuk mata pelajaran kimia,
fizik dan biologi pada sesi 2018/2019 masing-masing adalah seramai 114, 125 dan 83 orang. Pelajar
yang mendapat gred A untuk mata pelajaran kimia, fizik, dan biologi pada sesi 2019/2020 pula
masing-masing adalah 121, 84, dan 102 orang. Pelajar yang mendapat PNG 4.0 pula adalah sekitar
12 hingga 14% daripada jumlah keseluruhan pelajar. Malangnya, sebahagian pelajar kadang kala
tidak mencapai sasaran PNG 4.0 disebabkan oleh salah satu dari pada subjek sains mereka mendapat
gred A-. Pelajar ini dikenali sebagai pelajar “Near-Miss”. Pelajar yang mendapat gred A- untuk
subjek kimia, fizik dan biologi bagi sesi 2018/2019 masing-masing adalah 116, 91 dan 56 orang
manakala pada sesi 2019/2020 pula ialah 72, 44 dan 71 orang. Perkara ini diambil perhatian dan
dijalankan suatu kajian tindakan untuk mengurangkan pelajar Near-Miss ini supaya mereka lebih
cemerlang. Program yang dilaksanakan ialah program “Aim 4 Excellent, Strive 4.0”. Program ini
menetapkan sasaran PNG 4.0 kepada pelajar yang dijangka (TOV) melalui keputusan terdahulu
supaya mereka mengekalkan kecemerlangan mereka.
Jadual 2: Jadual bilangan pelajar yang mendapat gred A dan A- bagi sesi 2018/2019 dan 2019/2020
Sesi 2018/2019 Kimia Fizik Biologi
Gred Bil. Pelajar Bil.Pelajar Bil.Pelajar
A 114 125 83
A- 116 91 56
Jumlah 943 761 645
Sesi 2019/2020 Kimia Fizik Biologi
Gred Bil.Pelajar Bil.Pelajar Bil.Pelajar
A 121 84 102
A- 72 44 71
Jumlah 754 618 597
Isu Keperihatinan
Fokus kajian kami adalah tertumpu pada beberapa isu terjadi berulang kali tahun demi tahun melalui
data peperiksaan pelajar. Isu-isu tersebut adalah:
105
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
i) Peningkatan bilangan pelajar Near-Miss akan menurunkan bilangan pelajar yang mendapat PNG
4.0.
ii) Pelajar Near-Miss biasanya kurang berkeyakinan kerana tidak mencapai sasaran PNG 4.0.
iii) Pelajar Near-Miss perlu dibantu supaya mereka dapat meningkatkan kecemerlangan mereka.
Program ini difokuskan kepada Jabatan Sains sahaja kerana subjek sains seperti kimia, fizik dan
biologi adalah lebih sukar dan kadang kala pelajar kurang mampu untuk menguasai ketiga-tiga
subjek ini. Pelajar yang mendapat A bagi mata pelajaran sepatutnya dapat mengekalkan atau
meningkatkan kecemerlangan mereka tetapi kadangkala berlaku sebaliknya. Kadangkala pelajar
tidak mendapat 4.0 kerana tidak mendapat gred A bagi salah satu subjek sains mereka sama ada
kimia, fizik atau biologi. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar yang dijangka mendapat PNG 4.0 atau
pelajar Near-Miss ini dipilih untuk menjadi peserta dalam program ini manakala pelajar yang
mendapat PNG 4.0 menjadi fasilitator atau Guru Muda.
Program ini dijangka akan dapat meningkatkan jumlah pelajar yang mendapat gred A bagi subjek
kimia, fizik dan biologi. Jika bilangan pelajar yang mendapat gred A bagi subjek sains meningkat,
pelajar yang mendapat PNG 4.0 juga akan meningkat dan pelajar Near-Miss akan berkurang. Selain
itu, ia juga akan dapat meningkatkan motivasi belajar, keupayaan penyelesaian masalah
pembelajaran, sikap kerjasama dan kolaborasi dalam pembelajaran koperatif.
Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
Objektif Am
Menyelesaikan isu peningkatan pelajar Near-Miss yang menyebabkan pelajar sasaran PNG 4.0 tidak
mencapai PNG 4.0 yang disasarkan kerana mendapat gred A- bagi salah satu subjek sains sama ada
kimia, fizik atau biologi. Oleh itu, bilangan pelajar PNG 4.0 perlu ditingkatkan bagi pelajar Jurusan
Sains. Strategi untuk meningkatkan bilangan pelajar PNG 4.0 bagi pelajar Jurusan Sains adalah
dengan mengurangkan bilangan pelajar “Near-Miss”.
Objektif Khusus
Menentukan keberkesanan program “Aim 4 Excellent, Strive 4.0” Jabatan Sains menggunakan
teknik “Guru Muda”.
TINJAUAN LITERATUR
Teknik Guru Muda (atau dikenali sebagai fasilitator dalam program ini) adalah teknik sukatan
kecenderungan memusat. Kaedah pelaksanaan teknik ini adalah pelajar dibahagi kepada kumpulan
kecil bagi setiap kelas yang terdiri daripada seorang Guru Muda (fasilitator) dan empat pelajar lain
(peserta). Fasilitator diberi soalan dan jawapan untuk persediaan awal iaitu sehari sebelum program
dijalankan. Semasa program dijalankan peserta diberi soalan dan diminta untuk menjawab soalan
tersebut. Fasilitator mengajar pelajar lain (peserta) jika peserta tidak faham. Peserta juga diminta
untuk memberikan kerjasama terhadap pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini diulangi sekali
setiap minggu. Teknik ini sangat bagus kerana para pelajar akan lebih memahami konsep dengan
106
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
lebih mudah, menambah keyakinan serta keberanian pelajar semasa mengajar pelajar lain
(SISC+Perlis 2019).
Teknik Guru Muda ini menggalakkan pelajar berinteraksi dengan rakan lain semasa
perbincangan dalam satu kumpulan kecil di samping fasilitator atau Guru Muda mengajar ahli
kumpulan masing-masing. Ia juga membantu pelajar untuk berinteraksi dan berkerjasama bukan
sahaja dapat belajar bersama malah dapat menerima tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan serta keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mengikut
subjek yang diambil (Gillies, 2016). Kemahiran sosial juga diperoleh daripada interaksi antara
pelajar semasa dalam kumpulan kecil termasuklah mendengar secara aktif antara satu sama lain,
perkongsian idea dan sumber, cuba untuk memberi cadangan yang konstruktif kepada pendapat
rakan pelajar, menerima tanggungjawab terhadap sesuatu, dan membuat keputusan secara
demokratik (Gillies & Ashman, 1998). Selain itu, proses ini akan memupuk rasa hormat-
menghormati antara satu sama lain, menerima norma kumpulan serta menyumbang kepada
meningkatkan komitmen terhadap kumpulan, dan saling mengenali antara satu sama lain (Johnson
& Johnson, 2009).
METODOLOGI
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran dalam program ini adalah terdiri daripada pelajar yang mendapat gred A dan A-
bagi subjek sains iaitu kimia, fizik, dan biologi. Pelajar yang mendapat gred A menjadi “Guru Muda”
atau fasilitator manakala pelajar yang mendapat gred A- menjadi peserta. Setiap kumpulan terdiri
daripada seorang fasilitator dan empat orang peserta. Bilangan responden yang menjawab soal
selidik keberkesanan program adalah seramai 40 orang fasilitator dan 120 orang peserta.
Pelaksanaan Kajian
Kajian tindakan yang dilakukan melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, refleksi dan
tindakan susulan (Stringer, 2008).
a. Perancangan
Pelajar yang baru mendaftar di Kolej Matrikulasi Kelantan akan ditetapkan sasaran (TOV) melalui
keputusan SPM bagi setiap mata pelajaran. Pelajar yang mempunyai potensi untuk mendapat gred
A bagi setiap subjek dikenal pasti melalui penetapan sasaran. Pelajar tersebut dipilih untuk menjadi
fasilitator dan peserta bagi setiap subjek kimia, fizik dan biologi.
b. Pelaksanaan
Program Aim 4 Excellent, Strive 4.0 ini dimulakan dengan majlis perasmian program. Semasa
perasmian program tersebut, pelajar diberi taklimat dan motivasi untuk meningkatkan keyakinan dan
menetapkan matlamat. Program dilaksanakan selama 8 minggu dan 3 hari setiap minggu iaitu hari
isnin (biologi), selasa (fizik) dan rabu (kimia) bermula jam 8 hingga 10 malam. Setiap minggu,
pelajar diberi soalan dan perbincangan jawapan bagi setiap subjek. Program ini dilaksanakan
sepenuhnya oleh fasilitator setiap subjek dan empat orang peserta. Program ini dijalankan di bilik
tutoran. Dua orang pensyarah bertugas untuk menjadi rujukan kepada fasilitator (Guru Muda) jika
terdapat masalah atau perkara berbangkit yang tidak boleh diselesaikan oleh fasilitator. Soalan-
soalan yang dibincangkan disediakan oleh pensyarah setiap subjek.
107
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
c. Refleksi
Pensyarah setiap subjek akan merekod dan menganalisis maklumat tentang penguasaan pelajar
sebelum dan selepas program melalui penilaian sumatif. Selain itu, soal selidik juga diedarkan
kepada pelajar iaitu fasilitator dan peserta untuk mengetahui maklum balas pelajar terhadap program
dan fasilitator yang mengajar mereka. Kekuatan dan kelemahan proses juga dikenal pasti untuk
membuat tindakan susulan.
d. Tindakan
Beberapa penambahbaikan dan tindakan susulan dilakukan bagi memastikan pelajar dapat
menguasai pelajaran dan meningkatkan pencapaian pelajar. Perkongsian amalan baik dengan rakan
pensyarah, penyediaan laporan dan penulisan kertas kajian.
DAPATAN KAJIAN
Keberkesanan Program Melalui Penilaian Sumatif
Program Aim 4 Excellent, Strive 4.0 adalah program yang dilaksanakan untuk meningkat bilangan
pelajar mendapat PNG 4.0 dan mengurangkan bilangan pelajar Near-Miss. Penilaian sumatif
dijalankan sebelum dan selepas program mendapati bilangan pelajar yang dipilih didapati terdapat
peningkatan pencapaian PNG 4.0 dan penurunan peratusan pelajar Near-Miss. Rajah 1 di bawah
menunjukkan peningkatan peratus pelajar sasaran PNG 4.0 yang dipilih dalam program ini bagi
subjek sains ialah dari 59.6% kepada 89.5% (kimia), 36.1% kepada 73.2% (fizik) dan 64.3% kepada
65.6% (biologi). Rajah di bawah juga menunjukkan penurunan peratus pelajar Near-Miss iaitu 40.4%
kepada 10.5% (kimia), 63.9% kepada 26.8% (fizik) dan 35.4% kepada 34.4% (biologi).
Peratus (%) 100 73.2 64.3 65.6 Sebelum Program (PNG 4.0)
89.5 63.9 35.4 34.4 Sebelum Program (Near-Miss)
Selepas Program (PNG 4.0)
90 36.1 Biologi Selepas Program (Near-Miss)
26.8
80
Fizik
70 59.6 Jabatan Sains
60
50 40.4
40
30
20 10.5
10
0
Kimia
Rajah 1: Penilaian sumatif pelajar bagi Program Aim 4 Excellent, Strive 4.0 sebelum dan selepas program
108
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Dapatan yang diperolehi menunjukkan Program Aim 4 Excellent, Strive 4.0 telah berjaya
meningkatkan peratusan pelajar yang mendapat PNG 4.0 dan menurukan peratusan pelajar Near-
Miss.
Keberkesanan Program Melalui Soal Selidik
Soal selidik diedarkan dalam bentuk google form untuk mendapatkan maklum balas pelajar tentang
program yang dilaksanakan. Interpretasi data yang digunakan adalah seperti Jadual 3. Skor Min
ditakrifkan sebagai rendah (1.00 - 2.00), sederhana (2.01 - 3.00) dan tinggi (3.01 – 4.00).
Jadual 3: Interpretasi bagi skor min soal selidik keberkesanan program
Skor Min Interpretasi
1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana
3.01 – 4.00 Tinggi
Program ini meningkatkan pengetahuan (4.39±0.63), teratur dan bermanafaat (4.32±0.70),
mempunyai bahan-bahan edaran yang sesuai (4.48±0.58), masa dan tempoh yang mencukupi
(4.38±0.70). Min penilaian keseluruhan program ialah 4.39±0.63 menunjukkan pelajar memberikan
maklum balas yang sangat baik terhadap program yang dijalankan (Jadual 4).
Bil Item Jadual 4: Maklum Balas Program
Skor Min Sisihan Piawai Tahap
1 Program ini meningkatkan pengetahuan 4.39 0.63 Tinggi
2 Kandungan program ini teratur dan bermanafaat 4.32 0.70 Tinggi
3 Bahan-bahan edaran bersesuaian. 4.48 0.58 Tinggi
4 Masa dan tempoh latihan mencukupi. 4.38 0.70 Tinggi
5 Penilaian Keseluruhan 4.36 0.68 Tinggi
Maklum balas peserta terhadap penyampaian fasilitator (Guru Muda) dan kerjasama peserta terhadap
peserta juga berada di tahap tinggi ditunjukkan dalam Jadual 5. Penilaian fasilitator diberi skor min
(4.33±0.77), isi kandungan yang disampaikan mencapai objektif (4.33±0.63), mempunyai cara
penyampaian yang menarik (4.16±0.78), penyampaian yang jelas dan difahami (4.20±0.80), dan
prestasi keseluruhan fasilitator juga adalah ditahap tinggi (4.38±0.63). Kerjasama peserta terhadap
fasilitator juga berada di tahap tinggi (4.38±0.63).
Jadual 5: Maklum Balas Keberkesanan Penyampaian Fasilitator dan Kerjasama Peserta
Bil Item Skor Min Sisihan Piawai Tahap
1 Penilaian fasilitator 4.33 0.77 Tinggi
2 Isi kandungan mencapai objektif 4.33 0.63 Tinggi
3 Cara penyampaian fasilitator menarik 4.16 0.78 Tinggi
4 Penyampaian fasilitator jelas dan difahami 4.20 0.80 Tinggi
5 Kerjasama peserta amat baik 4.43 0.71 Tinggi
6 Prestasi keseluruhan fasilitator 4.38 0.63 Tinggi
109
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 6 menunjukkan maklum balas pelajar tentang keberkesanan Program Aim 4 Excellent, Strive
4.0 terhadap pelajar sebelum dan selepas program. Pelajar bersetuju program ini telah meningkatkan
pengetahuan dalam pembelajaran, kemahiran dan kecekapan dalam pembelajaran, dan motivasi
dalam pembelajaran. Kemampuan menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan juga
meningkat kerana dalam program ini pelajar saling bekerjasama dan bantu-membantu. Keyakinan
pelajar juga meningkat termasuk kebolehan memberi cadangan atau idea untuk memperbaiki mutu
pembelajaran dan kaedah belajar individu atau kumpulan. Program ini juga memupuk sikap
kolaboratif kerana pelajar-pelajar akan berkongsi maklumat dan idea dengan rakan dalam
menyelesaikan masalah berkaitan tugasan, tutorial dan amali. Sikap positif terhadap pembelajaran
juga meningkat kerana pelajar berusaha untuk mencapai matlamat pembelajaran dan membina
kecemerlangan individu dalam konsep kerjasama atau koperatif. Secara keseluruhan, program ini
memberi impak perubahan pada diri.
Jadual 6: Keberkesanan Program Aim 4 Excellence, Strive 4.0 Terhadap Pelajar
Sebelum Program Selepas Program
Bil Item Skor Sisihan Tahap Skor Sisihan Tahap
Min Piawai Min Piawai
1 Peningkatan pengetahuan dalam pembelajaran 2.84 0.76 Sederhana 4.37 0.59 Tinggi
2 Peningkatan kemahiran dan kecekapan dalam 2.92 0.75 Sederhana 4.35 0.62 Tinggi
pembelajaran
3 Peningkatan motivasi dalam pembelajaran 2.94 0.77 Sederhana 4.41 0.63 Tinggi
4 Kemampuan menyiapkan kerja dalam tempoh 2.88 0.83 Sederhana 4.23 0.74 Tinggi
atau jangka masa yang ditetapkan
5 Kebolehan memberi cadangan atau idea untuk 2.94 0.81 Sederhana 4.28 0.67 Tinggi
memperbaiki mutu pembelajaran dan kaedah
belajar individu atau kumpulan.
6 Berkongsi maklumat atau idea dengan rakan 2.93 0.84 Sederhana 4.38 0.66 Tinggi
dalam menyelesaikan masalah berkaitan tugasan
/tutorial /amali.
7 Sikap positif terhadap pembelajaran. 4.07 0.79 Tinggi 4.43 0.63 Tinggi
8 Impak keseluruhan perubahan pada diri 2.94 0.80 Sederhana 4.38 0.68 Tinggi
PERBINCANGAN
Penambahbaikan dan Tindakan Susulan
Kajian mendapati program Aim 4 Excellent, Strive 4.0 ini berjaya meningkatkan peratusan pelajar
yang disasarkan mendapat PNG 4.0. Selain ia juga berjaya mengurangkan pelajar Near-Miss.
Walaupun begitu, terdapat penambahbaikan yang dibuat untuk tindakan susulan iaitu:
i) Pensyarah tutoran perlu memantau kefahaman fasilitator atau Guru Muda supaya fasilitator lebih
bersedia dan berkeyakinan untuk mengajar rakan pelajar (peserta).
ii) Pensyarah perlu memberi tip dan bertindak sebagai perunding cara apabila fasilitator memerlukan
khidmat nasihat.
110
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
iii) Pensyarah perlu memberikan nasihat kepada pelajar/peserta yang membuat bising semasa
perbincangan atau tidak menghormati antara satu sama lain.
iv) Fasilitator perlu diberi taklimat secara berkala supaya dapat bersedia lebih awal pada setiap
minggu.
v) Pemantauan pensyarah terhadap disiplin pelajar dari segi kehadiran dan disiplin diri.
Program ini perlu diteruskan untuk memupuk kaedah belajar yang lebih berkesan dalam kalangan
pelajar matrikulasi supaya mereka mampu berdikari dalam mencari rakan-rakan yang boleh belajar
bersama-sama dalam meningkatkan kecemerlangan mereka semasa di universiti kelak. Walaupun
program ini hanya untuk pelajar yang berpotensi mendapat gred yang tinggi, pelajar yang lemah juga
perlu diambil perhatian. Program yang lain yang mempunyai kaedah yang berbeza dilaksanakan
untuk pelajar sederhana dan lemah.
Kaedah terbaik untuk memastikan keberkesanan teknik ini adalah dengan cara bercakap, memberi
peluang kepada rakan lain berinteraksi dan memberi pendapat dan idea, mempelajari bagaimana
untuk berinteraksi dengan rakan-rakan, saling bersoal jawab, menerangkan sesuatu yang difikirkan,
menganalisis dan menyelesaikan masalah, meneroka dan menilai idea, dan membuat keputusan
(Gillies, 2016). Secara keseluruhan, teknik ini memupuk kemahiran dalam diri individu pelajar
kerana mereka akan belajar untuk membina strategi komunikasi, strategi berfikir dan strategi
pembelajaran yang lebih baik.
RUMUSAN
Program Aim 4 Excellent, Strive 4.0 diharapkan dapat diteruskan dengan penambahbaikan yang
dibuat untuk menyelesaikan masalah pencapaian pelajar. Setiap sesi, keupayaan pelajar adalah
berbeza dan pembaharuan perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Oleh
sebab itu, teknik yang berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan untuk
mengimbangi kepelbagaian kaedah pembelajaran dan kemampuan pelajar.
RUJUKAN
SISC+Perlis. (2019). Panduan Pelaksanaan PdPc Abad Ke 21. Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
Perlis. Malaysia. ISBN 978-983-3432-03-5.
Gillies, R. M. (2016). Cooperative Learning: Review of Research and Practice. Australian Journal
of Teacher Education, 41(3), 39-54.
Gillies, R., & Ashman, A. (1998). Behavior and interactions of children in cooperative groups in
lower and middle elementary grades. Journal of Educational Psychology, 90, 746-757.
Johnson, D., & Johnson, R., (2009). An educational psychology success story: Sosial
interdependence theory and cooperative learning. Educational Researcher, 38, 365-379.
Stringer, E. (2008). Action research in education. New Jersey: Pearson.
111
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENGGUNAAN APLIKASI MOBILE SPAres DALAM PENYELESAIAN
MASALAH BERKAITAN TOPIK PERINTANG SESIRI DAN SELARI
Padilah Abu Bakar ([email protected])
Mohd Arif Adam([email protected])
Hayati Ibrahim ([email protected])
Wirda Hayati Mohd Sani ([email protected])
Hasmarizyani Mohd Zulkifly ([email protected])
Muhamad Izham Zakaria ([email protected])
Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pahang
ABSTRAK
Aplikasi yang dibangunkan dalam kajian ini adalah sebagai bahan sokongan semasa sesi
pengajaran dan pemudahcara semasa proses pembelajaran dalam sesi tutorial. Pembinaan aplikasi
dalam pengajaran dan pemudahcara adalah pilihan yang bertepatan seiring dengan kemajuan
teknologi yang pesat dengan lambakan data yang boleh diakses dengan mudah. Berdasarkan
Laporan Kerja Calon (LKC), pemerhatian dan dapatan kesilapan yang selalu dibuat oleh pelajar
semasa kuiz dan peperiksaan adalah berkenaan penyelesaian masalah berkaitan topik 3 bertajuk
Electric current and direct current circuits. Ini adalah kerana pelajar menghadapi kesukaran dalam
memahami dan membezakan perintang yang disusun secara sesiri atau selari di dalam litar. Justeru
itu, satu kajian yang menggunakan satu aplikasi mobile yang dinamakan SPAres (Series Parallel
Resistor) telah dibangunkan. Antara tujuan utama inovasi ini adalah untuk memastikan pelajar
dapat mengakses dan menyelesaikan masalah yang berkaitan pengiraan litar sesiri dan selari pada
bila-bila masa. Proses capaian maklumat oleh pelajar juga semakin pantas, mudah dan berfokus
boleh digunakan semasa proses pembelajaran tutorial. Sekumpulan 21 orang pelajar sasaran yang
dipilih dari kalangan pelajar semester dua. Strategi pembelajaran yang digunakan semasa di dalam
kelas adalah kaedah berpasangan dan pelajar boleh berbincang dengan pasangan sambil
mengakses aplikasi SPAres bagi meningkatkan kefahaman semasa sesi latihan. Kaedah analisis
yang digunakan adalah berbentuk deskriptif berdasarkan peningkatan skor pencapaian dan
menggunakan soal selidik berkenaan penggunaan Aplikasi SPAres sebagai instrumen kajian.
Dapatan dari kuiz yang dilaksanakan, seramai 16 orang pelajar mendapat skor yang tinggi, dan
hanya 5 orang pelajar yang memerlukan bimbingan secara intensif dengan guru tutorial.
Berdasarkan soal-selidik yang dilaksanakan, penggunaan SPAres dalam sesi pembelajaran dapat
menjadikan sesi pembelajaran lebih seronok dan berfokus. Aplikasi mobile SPAres ini boleh
dikembangkan lagi dengan menghimpun dan menggabungjalin dengan semua topik yang ada pada
setiap semester supaya pelajar dapat mengakses dan meneroka dengan lebih optimum.
Kata kunci : resistor sesiri, resistor selari, aplikasi telefon, aplikasi mobile, perintang,litar sesiri
PENDAHULUAN DAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG
LALU
Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran di kelas tutorial, pencapaian pelajar di dalam
kuiz dan ujian, didapati sebahagian pelajar Program Sistem Empat Semester (SES) Semester 2, Kolej
Matrikulasi Pahang mempunyai masalah untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan
subtopik Resistors in Series and Parallel. Pelajar SES terdiri daripada pelajar yang kebanyakannya
mempunyai tahap prestasi yang sederhana. Oleh yang demikian para pelajar ini memerlukan
112
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
perhatian serta sokongan yang padu daripada tenaga pengajar untuk meningkatkan kefahaman
mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, proses pengajaran perlu lebih jelas dan
mudah kerana ketidakfahaman konsep asas boleh menyebabkan pelajar ini menjadi kurang motivasi
dan rendah diri. Kesan daripada ketidakfahaman konsep ini juga akan menyebabkan prestasi
keseluruhan pelajar akan menurun.
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) merupakan peperiksaan akhir yang
wajib diambil oleh semua pelajar matrikulasi. Berdasarkan Laporan Kerja Calon (LKC), kebanyakan
pelajar gagal mendapat markah penuh untuk topik 3. Ini adalah kerana pelajar gagal untuk
memahami keadaan litar dan menjawab soalan berkaitan susunan perintang dalam litar dengat tepat.
Ini akan mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam peperiksaan. Melalui pemerhatian pensyarah
juga terhadap hasil kerja pelajar seperti kuiz, tugasan, ujian mendapati kesilapan yang dilakukan
adalah kesilapan pemahaman konsep di dalam topik yang sama iaitu subtopik Resistors in Series
and Parallel. Oleh itu, para pensyarah merasakan masalah ini perlu diatasi bagi tujuan membantu
pelajar SES dalam pengajaran dan pembelajaran topik ini.
Hasil perbincangan antara para pensyarah, satu kaedah pembelajaran yang menarik minat
dan berfokus dipilih bagi membantu pelajar memahami topik tersebut. Berdasarkan matlamat
pembelajaran abad ke 21, kebanyakan pelajar generasi Z masa kini lebih teruja dengan penggunaan
telefon bimbit. Berdasarkan kajian dari Zaki, Thalal, Rahman, Rahman, & Shahriman (2014) yang
memperkenalkan satu aplikasi yang dapat menghubungkan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan aplikasi atas talian untuk subjek Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga mendapati aplikasi
tersebut dapat menarik minat pelajar dan sesuai bagi mamantapkan penguasaan bahasa tersebut
dikalangan pelajar.
Selain dari itu, Penggunaan Aplikasi Kahoot Dalam Pembelajaran Modul Teori yang
dijalankan oleh (Ain et al., 2018) mendapati penggunaan peranti digital mudah alih seperti telefon
pintar, tablet dan komputer mudah alih boleh dimanfaatkan penggunaannya dalam kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sama ada secara jarak jauh ataupun bersemuka pada masa itu.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Rahman, Kasbun, Khalid, Aziz, & Mohamed (2017),
pendekatan kaedah aplikasi visual dapat membantu pelajar meningkatkan inisiatif kendiri yang lebih
positif dan proaktif dalam mempelajari dan menguasai konsep dan asas pengaturcaraan Java.
Sehubungan itu, satu aplikasi mudah alih telah dibina dan dinamakan SPAres iaitu singkatan
dari Series Parallel Resistor di mana bahan-bahan PdP dihubungkan dan disimpan supaya dapat
diakses oleh pelajar pada bila-bila masa agar sesi pembelajaran lebih berfokus. Model Kajian
Tindakan Kemmis & McTaggard (1988) telah digunakan bagi pelaksanaan kajian ini yang
melibatkan fasa mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan bagi mengisi kepelbagaian kaedah pembelajaran masa kini di mana faktor
kecenderungan pelajar dari segi minat dan peningkatan dalam akademik juga diambil kira. Aplikasi
mobile SPAres ini selain menitikberatkan kefahaman melalui pembacaan, ia juga menyediakan
platform audio dan visual bagi membantu proses pembelajaran menjadi lebih efisien dan seronok.
Berdasarkan Teori Pembelajaran Jean Piaget, perkembangan intelek murid bergantung
kepada potensi semulajadi dan alam sekitar yang merangsangnya. Piaget (1964) telah banyak
113
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
membuat kajian dan eksperimen dalam bidang psikologi pembelajaran kanak-kanak. Beliau
berpendapat bahawa pemikiran kanak-kanak berbeza dari satu peringkat ke satu peringkat dan telah
membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada empat peringkat iaitu deria motor, pra-
operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Justeru itu, merujuk kepada teori Piaget,
tercetusnya idea kumpulan ini bagi menghasilkan alat bantu mengajar yang dinamakan
SPAres yang bersesuaian dengan peringkat pelajar Program SES. Berdasarkan kajian yang telah
dilaksanakan oleh Norliza (2013), mendapati tahap kesediaan penggunaan pengajaran dan
pembelajaran secara mobile mendapat skor yang tinggi. Maka satu anjakan kaedah pengajaran
diperlukan bagi memenuhi perkembangan teknologi yang semakin berkembang pada masa kini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan memastikan pelajar Program Sistem Empat Semester (SES) Kolej Matrikulasi
Pahang dapat menyelesaikan masalah pengiraan yang melibatkan jumlah rintangan dalam perintang
yang disambung secara sesiri, selari dan kombinasi kedua-duanya.
Objektif Khusus
i) Meningkatkan kefahaman dikalangan pelajar bagi membezakan perintang yang disambung
secara sesiri dan selari.
ii) Meningkatkan minat pelajar terhadap pemahaman konsep dengan penggunaan aplikasi SPAres.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 21 orang pelajar sasaran yang dipilih dari kalangan pelajar semester
dua daripada Program Sistem Empat Semester (SES) Kolej Matrikulasi Pahang yang telah
dikenalpasti mempunyai masalah untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan subtopik
Resistors in Series and Parallel.
METODOLOGI
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Kajian ini dilaksanakan sebanyak dua kitaran. Sebelum setiap kitaran dilaksanakan, setiap
pensyarah bermesyuarat bersama-sama untuk menetapkan matlamat dan fokus pengajaran yang akan
dijalankan. Menurut Lewis (2012), kaedah arahan dan latih tubi tidak mencukupi dalam
pembelajaran dan perlu disertakan dengan penambahbaikan kaedah pengajaran berdasarkan
penglibatan bersama dengan guru lain bagi perkongsian ilmu pengetahuan yang mencakupi objektif
pengajaran dan matlamat pengajaran.
Kaedah pembelajaran ini dapat meningkatkan kredibiliti guru seiring dengan peningkatan akademik
pelajar. Berdasarkan pemerhatian dan refleksi pengajaran dan pembelajaran serta dapatan dari
Laporan Kerja Calon (LKC) dari PSPM, ahli kumpulan bersepakat untuk memberi penekanan
kepada subtopik Resistors in Series and Parallel dan memfokuskan kepada kesilapan pelajar semasa
mengira jumlah rintangan bagi perintang yang disambung secara sesiri, selari dan kombinasi kedua-
duanya. Setelah menetapkan fokus Kajian Pembelajaran, semua ahli kumpulan bermesyuarat sekali
114
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
lagi dan berkolaborasi untuk membentuk satu rancangan imstruktional harian (RIH) untuk kelas
yang dipilih.
Semua ahli kumpulan memberi idea yang konstruktif dan berbincang bersama-sama untuk
memastikan RIH tersebut adalah sempurna, jelas dan efektif untuk dilaksanakan. Seterusnya seorang
pensyarah dipilih untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ahli kumpulan yang
lain akan hadir bersama-sama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran untuk membuat pemerhatian
terhadap proses pengajaran dan respon pelajar.
Semasa pemerhatian, semua ahli kumpulan mencatat maklumat yang berkaitan didalam borang
pemerhatian yang disediakan. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran semua ahli kumpulan
mengisi borang laporan refleksi sebelum berkumpul semula bersama untuk memberi ulasan refleksi
terhadap pengajaran.
Pada permulaannya, sesi refleksi didahului dengan refleksi kendiri daripada pensyarah yang
mengajar dan seterusnya diikuti oleh semua ahli kumpulan. Setelah mendengar ulasan refleksi
daripada semua ahli kumpulan, perbincangan dan cadangan penambahbaikan dibuat terhadap RIH
yang sedia ada. Selepas selesai sesi refleksi ini, semua ahli kumpulan berkumpul semula untuk
bersama-sama berkolaborasi dan memurnikan RIH sedia ada untuk dilaksanakan pada kitaran yang
seterusnya.
Sesi penilaian dijalankan bagi setiap kitaran dengan memberi lampiran soalan untuk dijawab oleh
pelajar secara individu. Penilaian ini bertujuan memastikan kaedah yang digunakan atau
penambahbaikan yang dibuat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diukur. Data pelajar
yang dikumpul berdasarkan penilaian terhadap helaian kerja yang telah diberikan kepada pelajar
telah dianalisis secara statistik kekerapan. Gerak kerja kajian ini boleh dilihat berdasarkan carta alir
pada rajah 1 di bawah. Kajian ini diteruskan dengan proses pengumpulan data dari kitaran 1 dan
kitaran 2 untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan implikasi kepada pelajar. Bagi mendapatkan
maklumbalas penggunaan Aplikasi Mobile SPAres, satu set soal selidik telah diwujudkan melalui
google form bagi menilai tahap kesediaan aplikasi tersebut semasa proses pembelajaran.
115
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
MULA
TINJAUAN AWAL
PENGUMPULAN DATA
SEBELUM INTERVENSI
PEMILIHAN SAMPEL
KAJIAN
PENYEDIAAN
RANCANGAN MENGAJAR
LAKSANA PROSES PdPc
INTERVENSI
REFLEKSI
ADA PENGUMPULAN DATA
SELEPAS INTERVENSI
TAMAT
Rajah 1: Carta Alir Perancangan dan Pelaksanaan Kajian
INTERVENSI SPAres
Proses Pembinaan Aplikasi SPAres
Pemilihan modul aplikasi untuk pembelajaran dan rekabentuk antaramuka aplikasi di ambil
kira untuk mendapatkan paparan antaramuka yang mudah diakses oleh pelajar. Rajah 2
adalah carta alir proses pembinaan aplikasi SPAres.
116
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Pemilihan perisian 1 minggu Perangkaan dan 3 hari Penyediaan
pembinaan aplikasi perancangan Bahan untuk
APPSHEET dipilih. paparan layar dimuat naik di
antaramuka aplikasi aplikasi
dibentuk dan direka
Aplikasi SPAres Pembinaan Aplikasi 1 minggu Perbincangan bersama
diimplimenkan di SPAres dan memuat pensyarah pakar
3 hari naik bahan PdP dan Perisian Aplikasi
dalam kelas
tutorial. dipandu uji .
Rajah 2 : Carta Alir Proses Pembinaan Aplikasi SPAres
Berdasarkan carta alir di rajah 2, pembinaan perisian SPAres mengambil masa hampir
sebulan sebelum boleh digunakan di dalam sesi tutorial. Proses ini adalah mengambil kira
kesesuaian tajuk pilihan dan juga bahan sokongan yang perlu disediakan untuk dihubungkan
dengan aplikasi SPAres. Aplikasi SPAres masih dalam peringkat percubaan sebelum siap
sepenuhnya.
Walaubagaimanapun, perisian ini masih boleh diakses untuk melihat sejauh mana
penerimaan pelajar menggunakan aplikasi ini dalam pembelajaran. Antara paparan muka
yang terdapat di dalam perisian ini adalah id pelajar, nota, latihan dan laman sesawang yang
berkaitan dengan topik pembelajaran mengikut sukataan pelajaran Fizik Matrikulasi. Id
pelajar dimasukkan adalah untuk melihat kadar kepenggunaan aplikasi dan jumlah
pengunjung dari masa ke semasa. Di dalam aplikasi ini juga disediakan pautan video yang
berkaitan dengan topik kajian. Ini adalah sebagai alat untuk menambahkan lagi kefahaman
pelajar melalui visual dan auditori dan dimantapkan lagi dengan latihan yang dibuat oleh
pelajar sendiri.
Perisian sokongan Appsheet hanya membenarkan 10 orang pengguna sahaja untuk tujuan
memuat turun aplikasi dalam telefon pintar secara percuma dan selebihnya pembina aplikasi
(apps developer) perlu membayar yuran mengikut bulan atau tahun bagi penggunaan yang
meluas. Sungguhpun demikian, aplikasi mobile SPAres ini boleh diakses melalui pautan
(link) yang boleh dikongsi dengan pelajar. Paparan Aplikasi SPAres ini boleh di lihat seperti
di lampiran 3.
117
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
DAPATAN KAJIAN
PELAKSANAAN DAN HASIL PENYELIDIKAN
Pelaksanaan kajian ini adalah berpandukan kepada perancangan yang telah ditetapkan
seperti Jadual 1.
Jadual 1: Perancangan bagi kedua-dua kitaran
Sekolah KOLEJ MATRIKULASI PAHANG (KMPh)
Tingkatan/Kelas 2M1D13 Saiz Kelas 21 orang
Waktu 10.00 – 11.00 a.m Tempoh (minit) 60 minit
Mata Pelajaran Fizik
Topik RESISTOR IN SERIES AND PARALLEL
Objektif Pembelajaran 1. Mengira jumlah rintangan dalam perintang sesiri dan selari
Hasil Pembelajaran Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
1. Menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan jumlah
rintangan bagi perintang yang disambung secara sesiri dan
selari.
2. Mengenalpasti asas penyambungan perintang dalam litar selari
dan selari.
3. Menggunakan rumus bagi jumlah perintang yang disambung
sesiri dan selari.
Pengetahuan Lepas Asas-asas perintang yang disambung secara sesiri dan selari dalam suatu
Murid litar elektrik.
Nilai-nilai murni dan Bekerjasama, berfikir secara kreatif dan kritis, mampu menjana idea,
saintifik boleh menggunakan teknologi terkini
Sumber Pengajaran dan Telefon mudah alih, aplikasi SPAres, Smart TV, LCD
Pembelajaran
Pendekatan Pengajaran Pembelajaran Konstruktivisme
REFLEKSI KITARAN 1
Seramai 21 orang pelajar kelas 2M1D13 telah terlibat untuk melaksanakan aktiviti kajian
ini. Pelajar melaksanakan aktiviti yang menjadikan mereka lebih aktif sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan pelajar berbincang dan
berkongsi idea (Think Pair Share) terutamanya dalam melibatkan soalan penyelesaian
masalah yang lebih sukar.
118
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Pelajar didapati telah dapat menyelesaikan soalan-soalan yang berkaitan dengan
penyelesaian masalah yang melibatkan jumlah rintangan bagi perintang yang disambung
secara sesiri dan selari dengan betul. Mereka juga kelihatan lebih bersemangat, bersungguh-
sungguh dan aktif dalam menjawab soalan yang telah diberikan.
Pensyarah mendapati bahawa untuk mengajar topik Electric Current ini, masa yang
diambil agak lama untuk melukis rajah litar serta menulis formula bagi konsep-konsep yang
diperlukan di papan putih. Jadual 2 di bawah menunjukkan perbandingan markah ujian Pra
dan Ujian Pasca 1 yang telah direkodkan dalam kitaran pertama.
Jadual 2: Keputusan Ujian Kitaran 1 dan Perbezaan dengan Ujian Pra
PELAJAR UJIAN PRA (%) UJIAN KITARAN PENINGKATAN
PERTAMA (%) (%)
1 20 50 +30
2 20 50 +30
3 30 50 +20
4 40 30 +10
5 20 50 +30
6 10 40 +30
7 40 80 +40
8 50 100 +50
9 60 80 +20
10 80 100 +20
11 50 100 +50
12 40 100 +60
13 20 80 +60
14 30 70 +50
15 30 70 +50
16 40 80 +40
17 50 80 +30
18 60 100 +40
19 30 100 +70
20 60 70 +10
119
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Pengajaran secara Think Pair Share membantu pelajar untuk memahami konsep dan cara
pengiraan jumlah rintangan bagi perintang yang disambung secara sesiri, selari dan
kombinasi sesiri dan selari. Ini dapat dilihat melalui peningkatan positif markah Ujian
Kitaran Pertama pelajar berbanding markah Ujian Pra.
Kesimpulan Kitaran 1
Jadual 3 menunjukkan kesimpulan dari pensyarah dan ahli kumpulan bagi kitaran 1.
Pensyarah Ahli kumpulan
1. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan 1. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
lancar seperti yang dirancang. lancar.
2. Segelintir pelajar keliru untuk membezakan
perintang yang disambung secara sesiri 2. Kaedah pengajaran ‘Think Pair Share’
dan selari pada litar elektik. membuatkan pelajar berusaha untuk
3. Peruntukan masa agak lama untuk melukis mendapatkan jawapan yang betul dan dapat
rajah litar di papan putih.
berbincang dengan pasangan mereka.
3. Proses pengajaran agak konvesional, terdapat
pelajar yang kurang focus pada proses
pengajaran.
Penambahbaikan Kitaran 1
Berdasarkan pemerhatian semasa kitaran tersebut, didapati pelajar menghadapi kesukaran
dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengiraan jumlah rintangan dalam
perintang yang disambung secara sesiri dan selari. Pensyarah juga mendapati bahawa
kaedah pengajaran yang digunakan kurang menarik minat pelajar dan banyak masa
dihabiskan untuk melukis rajah bagi litar sesiri dan selari.
Sesi refleksi Kajian Pembelajaran dan penambahbaikan telah diadakan selepas
kitaran pertama. Beberapa perkara telah dibincangkan bagi menarik minat pelajar dan
memudahkan pensyarah untuk mengajar topik tersebut. Hasil daripada perbincangan, satu
kaedah penggunaan aplikasi dalam telefon bimbit telah dikenalpasti sebagai salah satu
alternatif yang terbaik bagi menjimatkan masa pengajaran dan pemudahcaraan serta dapat
menarik minat pelajar untuk mempelajari topik yang berkaitan.
120
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Pelaksanaan Kitaran 2
Penambahbaikan kepada refleksi pada kitaran 1 telah menghasilkan perlaksanaan
pengajaran dan pemudahcaraan yang baharu sebagaimana Jadual 6 berikut.
Class : 2M1D13
Time : 10.00 – 11.00 a.m
Venue : Digital Classroom, Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Pahang.
Title : RESISTORS IN SERIES AND PARALLEL
Objective : To find effective resistance of resistors in series and parallel.
Duration : 60 minutes
Scientific attitudes & noble values : Being cooperative and understand the concept.
Jadual 4: Rancangan Instruktional Harian Kitaran 2
PHASE TEACHING AND LEARNING ACTIVITIES NOTES
TEACHER’S STUDENT’S
ACTIVITIES ACTIVITIES
Introduction Lecturer mentions the Students listen to the Strategy / techniques:
(10 minutes) title and the learning lecturer explanation.
objective of the • Direct
lesson. instructions
Lecturer explain the • Students
teaching and learning experienced
activities. with SPAres
applications.
• Pairing
Teaching
Introduce the SPAres
application.
Activity 1 Give the question for Students sit together with Strategy / techniques:
Generating ideas solving problems their partner.
(15 minutes) related to series and • Think Pair
parallel from SPAres They will write the Share
‘question bank’. solution manually.
(Activity 1) • Problem solving
Ask the students to Resources:
solve the problems
with their friend.
121
Give the students 15 Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
minutes to complete
the task. Jilid2
Guide students to ISBN:978-967-2432-02-9
solve the problems
manually and they © 2020 #112 Dana Penyelidikan
can use SPAres
applications to gain SPAres apps
more information.
Activity 2 Ask the students to Students solve the Strategy / techniques
Application of solve the problems problems given to them
ideas from SPAres apps Think Pair Share
(25 minutes) which is involve the Problem Solving
combination of series
and parallel circuit. Resources:
SPAres apps
(Activity 2)
Conclusion Ask students to A few students will Strategy / techniques:
(10 minutes) answer all the answer the questions Q&A
enrichment questions verbally for the feedback.
from SPARes
applications as their All the student will answer
extra exercises. the questionnaire through
google form link.
Ask students to
answer questionnaire
regarding SPAres
Mobile Apps.
122
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Proses Perlaksanaan Aplikasi Spares Semasa Sesi Pengajaran
Sesi tutorial pada kitaran 2 adalah seperti dinyatakan di dalam Rancangan Instruktional
Harian. Penggunan aplikasi mobil SPAres ini adalah seperti Rajah 3 berikut.
Scan Me
Pelajar diberikan taklimat oleh pensyarah
berkenaan penggunaan Aplikasi mobile SPAres
10 minit
Pelajar diminta untuk mengakses pautan alamat Aplikasi SPAres
yang telah dikongsi oleh pensyarah melalui Whattaps Group kelas.
https://www.appsheet.com/start/8f203886-ab47-4c99-afc8-
8b8b127df776
Bantuan
pensyarah
Tidak
Berjaya
Ya
Melayari dan meneroka
aplikasi SPAres dan mencuba
membuat latihan yang telah
disediakan.
30 minit
Pensyarah memberikan soal selidik berkenaan
Aplikasi Spares
10 minit
Dapatan soal selidik dikumpul
sebagai bahan kajian.
Tamat
Rajah 3 : Carta Alir penggunaan Aplikasi SPAres semasa sesi
tutorial.
Rajah 3 di atas merupakan proses yang dilalui oleh pelajar semasa penggunaan aplikasi
mobile SPAres. Semasa proses pengajaran pada sesi tutorial ini, pelajar diminta untuk
menggunakan sepenuhnya Aplikasi Mobile SPAres. Sekiranya pelajar menghadapi masalah
123
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
semasa melayari aplikasi, pensyarah akan memberi panduan agar pelajar ini dapat
mengakses aplikasi tersebut dengan baik. Peringkat seterusnya adalah semasa pelajar
mengekplorasi aplikasi semasa proses tutorial, di mana pelajar di lihat dapat mengekses
dengan baik dan berfokus bagi menyelesaikan soalan berkaitan dengan perintang sesiri dan
selari. Proses pengajaran ini diakhiri dengan pensyarah meminta pelajar menjawab soal
selidik berkenaan penggunaan Aplikasi mobile SPAres dalam membantu proses
pembelajaran mereka ketika tutorial. Soal selidik ini disediakan secara digital melalui
platform google form dan data akan dikumpul dan dianalisis melalui perisian tersebut.
Refleksi Kitaran 2
Penggunaan aplikasi SPAres telah menarik minat mereka untuk belajar dengan lebih
efisyen. Akses kendiri dapat ditingkatkan melalui peranti mudah alih seperti telefon bimbit.
Oleh itu, pelajar akan lebih mudah mengakses maklumat yang diperlukan pada bila-bila
masa. Aplikasi SPAres ini amat membantu kerana ianya boleh digunakan bagi setiap
langkah dalam proses pdp seperti dalam set induksi, perkembangan idea sehingga proses
penutup, dimana penilaian formatif telah dilaksanakan menggunakan aplikasi ini. Ujian
Kitaran 2 dilaksanakan bagi melihat pengukuhan konsep sedia ada pelajar terhadap topik
ini. Soalan yang diberikan bagi Ujian Kitaran 2 ini adalah merangkumi kemahiran mengira
dan menyelesaikan masalah yang lebih kurang sama dengan Ujian Kitaran 1. Namun,
konsep pengajaran dan pembelajaran adalah lebih kepada penggunaan aplikasi SPAres.
Perbandingan Skor Ujian Kitaran 1 dan Ujian Kitaran 2 adalah seperti dalam Jadual 5
berikut:
Jadual 5 : Keputusan Ujian Kitaran 1 dan Perbezaan dengan Ujian Kitaran 2
PELAJAR UJIAN KITARAN UJIAN KITARAN KEDUA PENINGKATAN (%)
PERTAMA (%) (%)
1 50 80 +30
2 50 80 +30
3 50 80 +30
4 30 80 +30
5 50 80 +30
6 40 80 +40
7 80 100 +20
8 100 100 -
9 100 100 -
10 100 100 -
11 100 100 -
124
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
12 100 100 -
13 80 100 +20
14 70 80 +10
15 70 80 +10
16 80 80 -
17 80 80 -
18 100 100 -
19 100 100 -
20 70 80 +10
21 60 80 +20
Berdasarkan Jadual 5, ianya menunjukkan kaedah yang digunakan dapat meningkatkan
prestasi para pelajar.
Kesimpulan Kitaran 2
Jadual 6 menunjukkan kesimpulan dari pensyarah dan ahli kumpulan bagi Kitaran 2.
Jadual 6 : Kesimpulan pensyarah dan ahli kumpulan dalam Kitaran 2
Pensyarah Ahli kumpulan
1. Pengajaran dan 1. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
pembelajaran berjalan 2. Pelajar teruja untuk meneroka aplikasi SPAres.
lancar seperti yang 3. Bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar Program Sistem
dirancang. Empat Semester (SES).
4. Kaedah ‘Pair Teaching’juga memantapkan lagi proses pengajaran.
2. Aplikasi SPAres 5. Aplikasi SPAres boleh
memudahkan proses
pengajaran. digunakan untuk membantu pelajar
mengakses maklumat melalui laman sesawang dengan lebih
3. Memudahkan pelajar terpimpin
untuk mengakses 6. Kaedah yang digunakan selaras dengan pembelajaran abad ke-21
maklumat dengan lebih yang menerapkan kepentingan praktikal, pembelajaran berpusatkan
cepat dan tepat. pelajar.
125
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
7. Walaupun, membangunkan aplikasi SPAres agak sukar dan baru
diterokai, ianya boleh dikembangkan lagi pada masa akan datang bagi
topik yang lain.
Penambahbaikan Kitaran 2
Refleksi berpandukan kepada respon pelajar melalui soal selidik dan skor ujian yang
diberikan, mendapati bahawa kaedah penggunaan aplikasi SPAres boleh diteruskan pada
proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Aplikasi SPAres ini boleh
dilengkapkan lagi dengan menambahkan bahan ilmiah dan pautan ke laman sesawang yang
berkaitan dengan topik 3. Namun begitu, penggunaan aplikasi SPAres untuk pengajaran
yang akan datang boleh dikembangkan lagi untuk topik-topik lain per semester. Ini adalah
untuk menjadikan aplikasi ini sebagai satu medan yang menyediakan pelbagai informasi
yang menjadi satu aplikasi rujukan pelajar secara optimum dan meluas.
ANALISIS SOAL - SELIDIK PENGGUNAAN SPAres
Graf 1 di bawah menunjukkan hasil dapatan daripada instrumen soal-selidik berkenaan
kepenggunaan Aplikasi SPAres semasa di dalam kelas tutorial.
Kepenggunaan Aplikasi SPAres
Bilangan Pelajar 18 STS 1
16 TS 2
14 TP 3
12 S4
10 SS 5
8 B2 B3 B4 B5
6 Item Soalan
4
2
0
B1
Graf 1 : Kepenggunaan Aplikasi SPAres
Merujuk dapatan bagi item B1 yang merujuk kepada tarikan Aplikasi SPAres dalam menarik
minat pelajar, seramai 4 oang menyatakan setuju (S) dan 17 orang pelajar menyatakan
sangat setuju (SS) dengan penyataan tersebut. Item B2 yang merujuk kepada tahap
kefahaman semasa menentukan kombinasi litar sesiri dan selari menunjukkan seramai 14
pelajar sangat setuju (SS) dengan penyataan tersebut manakala selebihnya menyatakan
setuju (S). Seramai 14 orang pelajar sangat setuju (SS) dengan pernyataan B3 yang merujuk
kepada penyelesaian masalah fizik menjadi lebih mudah dengan menggunakan aplikasi ini.
Manakala semua pelajar bersetuju bahawa aplikasi ini mudah untuk diakses pada bila-bila
masa seperti yang ditunjukkan di dalam item B4. Aplikasi ini dipersetujui oleh semua pelajar
126
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
seperti yang ditunjukkan pada item B5 dapat menyediakan pautan informasi yang tepat.
Masih terdapat lagi ruang penambahbaikkan dari segi bahan dan reka letak paparan muka
supaya aplikasi yang dibina ini dapat memenuhi semua kriteria sebagai alat bantu mengajar
dan juga sebagai satu sumber maklumat yang berfokus dan lengkap serta boleh diakses pada
bila-bila masa.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
REFLEKSI KAJIAN
Berdasarkan data yang telah dikumpulkan di keputusan perbezaan antara ujian kitaran 1 dan
dengan ujian kitaran 2, kami mendapati bahawa kaedah penggunaan aplikasi SPAres dalam
topik perintang sesiri dan selari, memberikan perubahan yang positif dalam kalangan pelajar
berdasarkan skor yang diperolehi dalam ujian yang dilaksanakan terhadap kelas ini. Hasil
skor ujian mendapati terdapat peningkatan pada setiap soalan yang diuji sebelum dan selepas
kaedah penggunaan aplikasi SPAres. Berdasarkan pemahaman bahawa gaya pembelajaran
bagi setiap individu adalah berbeza, Aplikasi SPAres menyediakan ruang pendekatan ilmu
yang menggabungjalinkan platform pembelajaran secara visual dan auditori.
Ini adalah kerana ada dikalangan pelajar yang bijak memperolehi skor ujian yang
tinggi pada Kitaran 1 dan 2 tanpa mengira kaedah pengajaran. Ada juga pelajar yang perlu
rangsangan secara visual untuk membantu pemahaman mereka dan ada pelajar yang
perlukan audio untuk keperluan pembelajaran mereka. Berdasarkan dapatan dari keputusan
skor ujian, peningkatan sebanyak 30% dari pelajar dikategori sederhana lemah dan 10%
hingga 20% peningkatan bagi pelajar sederhana tinggi memberi gambaran bahawa pelajar-
pelajar ini memerlukan pendekatan pengajaran yang berbeza untuk membantu kefahaman
mereka. Oleh yang demikian, penggunaan Aplikasi SPAres boleh dijadikan sebagai medium
pengajaran kepada pensyarah semasa sesi tutorial. Aplikasi SPAres yang merupakan satu
intervensi berupakan perisian aplikasi mudah alih boleh diakses melalui telefon ataupun
tablet. Fungsi kegunaan aplikasi SPAres di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilihat pada Kitaran 2. Peningkatan potensi pelajar dapat dilihat setelah mengunakan
aplikasi SPAres berdasarkan penilaian yang telah dilaksanakan terhadap pelajar di dalam
kelas tersebut.
Selain itu, penggunaan aplikasi mobile SPAres juga dapat membantu pelajar untuk
meneroka laman sesawang yang berkaitan dengan pembelajaran mereka secara terpimpin
dan berfokus. Kaedah yang digunakan ini, selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang
menerapkan kepentingan praktikal dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ianya juga dapat
memudahkan proses pengajaran bagi pensyarah dari aspek masa dan juga bahan pengajaran.
Namun begitu, pelbagai informasi akan dan perlu ditambah bagi pengajaran sebenar dan
akan datang. Penghasilan aplikasi mobile ini yang menghimpunkan semua makluman dan
nota kuliah, latihan dan pautan video dan laman sesawang yang berkaitan sangat berguna
sekiranya kelas tutorial perlu dilaksanakan secara visual atau tanpa bersua muka (non face
to face) disebabkan faktor darurat seperti wabak yang melanda atau pensyarah perlu
menghadiri suatu urusan yang penting di luar kawasan. Ini adalah kerana pelajar masih dapat
mengakses nota kuliah dan tutorial serta bahan-bahan yang diperlukan bila-bila masa tanpa
membawa bahan fizikal balik ke rumah.
127
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
RUJUKAN
Ain, N., Azmi, B., Iza, R., Binti, Z., Aniah, N. B., Komuniti, K., … Kahoot, A. (2018).
Penggunaan Aplikasi Kahoot Dalam Pembelajaran, 1–9.
Aliff Nawi (2017). Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) Dalam Bidang
Pendidikan Islam.
Candice Bocala (2015). From Experience to Expertise: The Development of Teeachers’
Learning in Lesson Study.
Hendro Welas Setiawan, Rafael Sri Wiyardi. (2015).
Penggunaan App Inventor Dalam Pembuatan Game Education Berbasis Android
Sebagai Media Pembelajaran Yang Mandiri dan Interaktif Untuk Meningkatkan
Hasil Belajar Siswa TITL Pada Pembelajaran Listrik Dasar SMK Muhammadiyah
Majenang
Jean Piaget (1964). Part 1: Cognitive Development and Learning. Journal of Research in
Science Teaching, Vol. 2, 176-186.
Lewis, C. C., Perry, R. R., Friedkin, S., & Roth, J. R. (2012). Improving Teaching Does
Improve Teachers: Evidence from Lesson Study. Journal of Teacher Education, 63(5),
368–375.
Norliza, A. R. (2013). Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) Untuk Tujuan
Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Uthm. Fakulti Pendidikan
Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Rahman;, N. F. A., Kasbun;, R., Khalid;, N., Aziz;, S. A., & Mohamed, N. H. (2017).
Penggunaan Aplikasi Visual Dalam Pembelajaran Konsep Dan Asas Pengaturcaraan.
National Pre University Seminar, 2017, 246–251.
Zaki, A., Thalal, A., Rahman, A., Rahman, A., & Shahriman, M. (2014). Penggunaan
Aplikasi Atas Talian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Ketiga :,
2014(April), 9–10.
128
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENGGUNAAN SISTEM iDTG DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN
PENGGUNAAN SISTEM MERAKAM WAKTU BERTUGAS STAF KOLEJ
MATRIKULASI SARAWAK (KMSw)
Roziah binti Derasit
Mohamad Yazid bin Esmail
Mohd Noor Hafizzie bin Zulkaflee
Fauzi bin Zainal Abidin
Kolej Matrikulasi Sarawak
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan Sistem Kad
Perakam Waktu (Punch Card) oleh staf Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw). Bagi mengenal pasti
masalah, kaedah pemerhatian dijalankan selama satu tahun bermula 14 Mac 2019 hingga 14 Mac
2020. Tinjuan ini khusus untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan sistem punch card
Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) yang sedia ada. Memandangkan isu ketidakberkesanan
sistem punch card, maka wajarlah isu ini dikaji dan satu sistem baru perlu dibina bagi
menggantikan sistem lama. Sistem baru iDTG adalah menggunakan teknologi yang terkini iaitu
RFID. Kajian ini berbentuk tinjuan dan menggunakan ujian rintis untuk mengumpul maklumat
kebolehpercayan dan keberkesanan sistem baru yang dibina. Dapatan kajian menunjukkan
dengan penggunaan sistem iDTG yang baru telah memberi keseronokan kepada staf KMSw. Ini
bermakna, penggunaan sistem iDTG telah meningkatkan keberkesanan dan sekaligus dapat
menyelesaikan masalah penggunaan sistem punch card yang kurang efektif. Dapatan kajian ini
juga dijangka dapat dijadikan hasil inovasi dalam bidang teknologi yang mampu memberi impak
yang baik kepada organisasi dalam merakam kehadiran waktu bertugas.
REFLEKSI
Kehadiran bertugas mengikut waktu yang ditetapkan merupakan etika kerja yang wajib dipatuhi
oleh setiap staf KMSw. Sehingga sekarang, Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) masih berkongsi
premis dengan pihak Sekolah Menengah Teknik Sejingkat (SMTS), dan belum mempunyai
prasarana sendiri. Waktu bertugas staf KMSw juga adalah berbeza dengan waktu bertugas staf
SMTS, keadaan ini merumitkan lagi keadaan prasarana berkerja seharian.
Waktu bertugas staf kami di KMSw bermula pada pukul 8.00 pagi, manakala waktu bertugas staf
di SMTS bermula seawal 6.30 pagi. Keadaan ini akan menimbulkan masalah tempat meletak
kenderaan bagi staf KMSw walaupun sudah ditetapkan tempat parkir khas bagi kedua- dua pihak.
Laluan jalan raya yang sempit telah menyukarkan lagi staf KMsw untuk menempatkan kenderaan
masing-masing; dan sitauasi tersebut menyebabkan kami terlambat untuk merakamkan punch
card walaupun kami hadir lebih awal.
Tempat merakam waktu bertugas sedia ada pula hanya ditempatkan di Pejabat Pengarah yang
jaraknya agak jauh dari tempat meletak kenderaan dan kabin (pejabat) pensyarah. Situasi ini
memaksa kami melakukan beberapa pergerakan seperti mencari parkir sementara di laluan utama
SMTS dan bergerak ke aras satu untuk melakukan punch card di Pejabat Pengarah. Kemudian,
kami perlu mengalih kenderaan tadi dan meletakkan semula kenderaan di tempat parkir khas yang
129
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
berhampiran dengan pejabat kami. Lazimnya, keadaan ini akan berulang setiap hari ketika kami
datang dan balik bertugas dan amat menyukarkan kami untuk melakukan punch card. Tambahan
pula, dengan penggunaan sistem punch card yang kurang effektif disebabkan beberapa kali rosak,
tetapan masa yang berubah-ubah, dan beratur untuk melakukan punc card juga menambahkan
kerumitan di pihak kami. Oleh sebab itu, catatan kelewatan kerap kali dialami oleh kebanyakan
staf kami di KMSw dan keadaan ini pastilah akan menjejaskan kualiti kerja, prestasi dan
keseronokan bekerja.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kesukaran merakam waktu hadir bertugas kerana
penggunaan sistem Perakam Waktu Bekerja (punc card) yang sedia ada kurang berkesan
disebabkan oleh beberapa faktor seperti (i) kekangan meletak kenderaan yang terhad dan jauh dari
Pejabat Pengarah (tempat letak sistem punch card) (ii) sistem yang kurang sistematik; hanya ada
satu sistem punch card sahaja yang digunakan dan sekiranya rosak tiada altenatif lain. Sebelum ini
terdapat satu sahaja sistem punc card yang digunakan kerana masalah kekangan dari kos
penyelenggaran dan pemantauan.
MATLAMAT KAJIAN
Membina sistem Perakam Waktu yang baru bagi menggantikan sistem lama (punc card) dengan
menggunakan teknologi FRID, agar lebih berkesan dan mesra pelanggan. Sistem iDTG yang baru
akan ditempatkan di tiga lokasi yang strategik iaitu di Pejabat Pengarah, di perpustakaan dan di
Pejabat Pengurusan Pelajar. Ketiga-tiga tempat tersebut adalah berhampiran dengan pejabat staf
dan tempat parkir kereta. Lokasi penempatan sistem baru tersebut sangat memudahkan staf dan
tidak memerlukan banyak pergerakan.
OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, staf KMSw diharap dapat mencapai objektif berikut:
i. Objektif umum
Mengatasi masalah penggunaan Kad Perakam Waktu Kerja (punch card) yang kurang
efektif di Kolej Matrikulasi Sarawak.
ii. Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah;
a) Staf KMSw dapat merakam alat perakam waktu dengan mudah dan pantas.
b) Meningkatkan keberkesanan penggunaan sistem perakam waktu dengan
meletakkan sistem tersebut di tiga lokasi utama yang berhampiran dengan parkir dan
pejabat staf KMSw.
c) Membina sistem perakam waktu yang baru dengan penggunaan teknologi RFID.
Sistem ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan malah laporan maklumat kehadiran
mudah disimpan.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan sepuluh orang pegawai dan kakitangan KMSw yang terdiri daripada tiga
pensyarah, tiga staf unit pepustakaan, tiga staf unit makmal dan seorang daripada pengurusan
(AKP). Lazimnya, dalam kalangan staf tersebut, kebanyakan mereka akan meletak kenderaan
masing-masing di belakang makmal KMSw, di hadapan dewan sekolah SMTS dan bersebelahan
kabin (pejabat) pensyarah. Ketiga-tiga tempat meletak kenderaan tersebut agak jauh dari Pejabat
Pengarah yang mana sistem punch card ditempatkan.
Keadaan ini menggambarkan kesukaran pergerakan keseluruhan staf KMSw setiap hari yang
130
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
menuntut mereka meletak kenderaan sementara terlebih dahulu untuk melakukan punch card dan
memindahkan semula kenderaan tersebut ke tempat parkir khas yang agak jauh dari pejabat
pengarah. Aktiviti tersebut dilakukan berulang kali sebaik sahaja mereka hendak melakukan punch
card pada waktu pagi dan apabila balik bertugas pada sebelah petang. Oleh itu, kajian tindakan
perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.
PERSOALAN KAJIAN
a) Bagaimanakah sistem perakam waktu bertugas yang lebih efektif dapat disediakan?
b) Bagaimanakah langkah mengurangkan masa merakam waktu bertugas dapat diatasi
dengan lebih berkesan?
c) Adakah sistem yang sedia ada efektif dan mudah untuk diselengarakan.
METODOLOGI KAJIAN
Menurut Creswell (2005), reka bentuk kajian ialah prosedur atau kaedah dalam penyelidikan
kuantitatif dan kualitatif yang mana pengkaji menjalankan satu tinjauan terhadap sampel atau
keseluruhan populaasi. Dalam kajian ini, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kualitatif bagi
memahami tingkah laku, meneroka perasaan dan pengalaman staf terhadap cabaran yang dihadapi
oleh mereka. Instrument kajian bagi memperoleh data melalui kaedah pemerhatian, kaedah temu
bual dan semakan data. Ujian rintis digunakan untuk menguji keesahan dan kebolehpercayaan
maklumat serta keberkesanan penggunaan sistem yang dihasilkan secara keseluruhannya.
Pemerhatian
Kaedah ini digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Kesukaran staf KMSw dilihat
secara langsung, iaitu sebelum, semasa dan selepas merakam waktu (punch card) masuk bertugas
pada waktu pagi dan semasa mereka balik bertugas pada waktu petang. Masalah mereka diperhati
secara menyeluruh bermula kesukaran untuk meletak kenderaan di bahu jalan laluan utama SMTS.
Pergerakan ke Pejabat Pengarah di aras pertama untuk melakukan punch card, kemudian bergerak
semula untuk mengalih kenderaan untuk diletakkan di parkir khas yang berhampiran dengan
pejabat mereka. Pemerhatian ini dibuat selama setahun. Kebiasaanya, staf dan pensyarah yang
datang lewat, keadaan ini agak menyukarkan mereka dan memberi kesan terhadap emosi mereka
kerana tergesa-gesa untuk mengejar masa yang ditetapkan. Pemerhatian juga digunakan untuk
melihat keberkasan penggunaan sistem iDTG yang baru serta keberkesanan lokasi yang
ditempatkan.
Semakan Kehadiran
Kad dan laporan kehadiran staf akan disemak dari semasa ke semasa sebagai tindakan untuk
mendapat info kehadiran bulanan bertugas staf. Kelewatan staf masuk bertugas dapat dikenalpasti
dengan catatan masa menggunakan dakwat merah. Maklumat tersebut penting untuk mengenalpasti
masalah utama staf ketika merakam waktu bertugas.
Temuabual
Temu bual secara lisan dan direkod secara bertulis dijalankan untuk mengumpul maklumat yang
jelas, lengkap dan mendalam tentang maklumat yang diperlukan. Sembilan peserta kajian telah
dipilih untuk ditemu bual sebanyak empat kali sehingga data-data mencapai tahap ketepuan. Temu
bual semi struktur dijalankan untuk mendapat maklumat masalah yang dihadapi semasa melakukan
punch card dan keberkesanan sistem baru.
Ujian rintis
Sebanyak dua kali ujian ini dijalankan sebagai fasa terakhir sebelum pengumpulan data. Ia digunakan
131
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
untuk mengesan masalah dan implikasi sistem baru iDTG. Ujian ini sangat penting untuk
menambah baik sistem yang baru supaya memberi kesan yang maksimum kepada pengguna serta
menguji keberkesanan lokasi ditempatkan bagi sistem iDTG agar lebih efektif.
Analisis data
Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan analisis tematik untuk membentuk kriteria dan
tema bagi menjawab persoalan kajian. Tema yang diteliti adalah untuk melihat sejauh mana
keberkesanan sistem baru, implikasi yang wujud, keberkesanan lokasi ditempatkan sistem baru
serta pelaporan data kehadiran.
PENILAIAN DAN REFLEKSI
Berdasarkan ujian rintis dan analisis yang telah dilaksnakan, kami mendapati bahawa penggunaan
sistem iDTG dibina menggunakan sistem teknologi baru RFID adalah sangat mudah untuk
dikendalikan dan mesra pengguna. Sistem ini menggunakan Microsoft Access, kad staf yang
dilekatkan dengan tag RFID dan RFID reader. Sistem iDTG ditempatkan di tiga lokasi yang
strategik. Pelaporan kehadiran secara individu dan rekod untuk pentadbiran dikeluarkan melalui
access memudahkan lagi pemantauan oleh pihak pengurusan.
Hasil kajian ini juga menunjukkan semua peserta kajian sangat berpuas hati dengan penggunaan
sistem yang baru kerana sistem ini telah ditempatkan di lokasi berhampiran dengan parkir kereta dan
pejabat mereka. Oleh yang demekian, mereka tidak perlu lagi pergi ke Pejabat Pengarah yang
memerlukan pergerakan yang banyak untuk melakukan punch card. Sistem iDTG sangat sesuai dan
terbukti dapat meningkatkan keberkesanaan pengunaan sistem perakam waktu bertugas staf di
KMSw.
Sistem iDTG juga sangat mudah untuk diselengarakan, tanpa memerlukan kos serta membantu
pihak yang bertanggungjawab membuat laporan kehadiran bulanan staf yang bertugas. Anatara
kelemahan sistem IDTG ialah jika masalah internat berlaku maka sistem ini tidak dapat berfungsi.
Oleh demikian, kami bercadang supaya sistem ini akan ditambahbaik dari masa ke semasa dan perlu
dengan diwujudkan secara normal tanpa memerlukan data internat. Atas kejayaan ini, kami sangat
yakin dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan staf KMSw dalam merakam
waktu bertugas. Kami amat berharap agar usaha ini sentiasa mendapat sokongan yang padu
daripada semua pihak terutama bahagian pengurusan bagi membantu menyelesaikan masalah yang
wujud di KMSw.
RUJUKAN
Hussin, F., Ali, J., & Noor, M. S. Z. (2014). Kaedah penyelidikan & analisis data SPSS.
Universiti Utara Malaysia Press.
Hussin, K. A. M. A. R. U. O. I. N., Shukor, N. A., Khamis, N. S., & Yaacob, M. N. (2005). Sistem
K-Kedatangan di Kampus Teragih. Journal of Engineering.
Khor, J. H. K., Shahidan, S., & Yeah, K. H. (2015). Kajian awal terhadap penggunaan sistem
bersepaduan pengurusan dan operasi di Kolej Komuniti Bayan Baru.Mamat, S. (2001).
Sistem perakam waktu secara on-line (SPWO).
Masri, S. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: esei, proposal, tesis. Utusan
Publications
132
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
GOOGLE CLASSROOM: SUATU WAHANA PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM FASA PKPP COVID19
Rozana @ Umi Kalthum binti Sahul Hamid ([email protected])
Sholehah binti Ismail, Ph.D
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti Google Classroom (GC) sebagai wahana dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) terhadap pelajar di IPGK PM dalam fasa PKPP Covid19.
Seramai 172 orang pelajar telah terlibat dalam menjawab soal selidik kajian ini. Kajian ini
dijalankan dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dapatan kajian
menunjukkan pelajar memberikan interpretasi sangat tinggi untuk kemudahan Komunikasi dan
Interaksi Min=4.12 (tinggi) manakala majoriti pelajar berpuas hati dengan PdP menggunakan GC
sepanjang PKPP Covid19 dan ia dikatakan dapat memberi impak yang amat positif terhadap PdP
dengan memberikan nilai 93.6%. Para pelajar juga menyatakan mudah untuk melayari GC, Min =
4.40 (sangat tinggi) dan ia telah memudahkan PdP mereka. Secara amnya, PdP menggunakan
pelantar GC dapat diakses oleh pelajar dengan baik dan pelajar sangat berpuashati iaitu dengan
Min=4.16 (tinggi). Keadaan ini menyebabkan pelajar dapat menggunakan semua aplikasi PdP yang
digunakan oleh pensyarah dan seterusnya memberi impak yang positif dalam PdP dalam fasa
PKPP.
Kata kunci: Google Classroom, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PdP, Impak.
PENGENALAN
Pandemik Covid-19, juga dikenali sebagai pandemik coronavirus mulanya dikesan pada pertengahan
Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Pandemik Covid19 akhirnya telah
menular ke seluruh dunia dengan begitu pantas dan dikesan di Malaysia pada 23 Jan 2020. Sejak
detik tersebut, Covid-19 mula meniti di bibir masyarakat Malaysia. Berdasarkan maklumat saintifik
dan cadangan pengawalan penularan wabak yang merebak daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang melalui empat fasa iaitu bermula dari 18 Mac dan berakhir pada
12 Mei 2020. Berikutan itu, kerajaan juga telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada 9 Jun 2020 dan diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun 2020 dalam usaha memutuskan rantaian Covid19. Musibah dan
perintah kawalan yang julung kali berlaku ini telah memberi impak yang besar terhadap rakyat
Malaysia dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan.
FOKUS KAJIAN
Institut Pendidikan Guru adalah institusi yang terlibat secara langsung dengan pendidikan.
Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedang berlaku secara optimum di bulan
Mac. Perintah Kawalan Pergerakan yang bagaikan tidak tahu bilakah penghujungnya menjadi titik
tolak bahawa pensyarah harus mengambil initiatif untuk memastikan hasil pembelajaran kursus
133
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dapat dicapai bertepatan dengan tempoh yang ditetapkan. Adalah tidak wajar untuk menghentikan
semua aktiviti PdP selari dengan PKP. “Culture Shock” atau kejutan budaya telah melanda semua
pensyarah dan guru pelatih. Semua tertunggu-tunggu arahan bagaimanakah PdP harusnya
dilaksanakan mengikut kehendak Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi fasa Covid19. Surat
makluman Rektor berkaitan tatacara pengoperasian pengurusan akademik berikutan PKP
(KPM.100-1/2/96 (92) akhirnya merungkai persoalan ini. Surat makluman ini jelas memaklumkan
PdP perlu diteruskan secara atas talian dan pelantar e-pembelajaran yang disyorkan adalah Google
Classroom (GC). PdP dalam talian juga mesti berpusatkan pelajar dan mereka perlu lebih aktif dan
berdikari. Pelaksanaan PdP boleh dilaksanakan secara segerak atau tidak segerak bergantung kepada
kesesuaian capaian internet pada ketika itu. Bagi melancarkan PdP pensyarah boleh juga
menggunakan platform yang lebih ringan seperti Whatsapp dan Telegram atau secara offline.
Penggunaan GC dalam PdP adalah menyeluruh meliputi penyampaian kuliah, tugasan dan penilaian.
Namun begitu semua aktiviti PdP yang dijalankan perlu memastikan agar hasil pembelajaran kursus
dapat dicapai seperti yang disenaraikan dalam maklumat kursus bagi tajuk-tajuk yang berkenaan.
GC adalah satu sistem yang membolehkan guru membina, berkongsi maklumat, menyemak dan
menilai tugasan manakala bagi pelajar pula boleh mengakses semua maklumat disamping
melengkapkan tugasan yang diberikan. Pelantar GC ini telah mula diperkenalkan kepada pelajar
pada akhir tahun 2019 namun masih belum digunakan secara meluas dalam PdP di IPGK Perempuan
Melayu Melaka. Pelaksanaan PdP bagi setiap kursus masih tertakluk kepada kaedah bersemuka iaitu
interaksi secara langsung antara pensyarah dan pelajar. Selain itu, capaian internet yang kadangkala
agak lemah menyebabkan PdP secara online tidak dapat dilaksanakan secara optimum. Justeru,
penerimaan bakal guru serta kekangan dalam penggunaan GC perlu diambil maklum selari dengan
pemakluman pelaksanaan PdP secara dalam talian ini.
PERNYATAAN MASALAH
Berikutan pembukaan semula IPG pada September 2020, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob telah menegaskan ia adalah tertakluk kepada garis panduan dan prosedur
operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi tujuan pematuhan SOP, KPM telah mengeluarkan garis panduan
secara rasmi bagi pengurusan dan pengoperasian IPG dalam norma baharu. Garis panduan tersebut
dilengkapi dengan tatacara pengurusan akademik iaitu pelaksanaan PdP. Pelaksanaan PdP yang
disarankan adalah secara bersemuka atau dalam talian atau secara hibrid atau teradun (blended
learning). Secara terperincinya, pelaksanaan PdP secara bersemuka hanya dibenarkan tidak melebihi
40% manakala 60% lagi adalah PdP secara segerak dan tidak segerak. Pelaksanaan PdP secara
segerak dan tidak segerak hendaklah menggunakan GC agar maklumat PdP adalah lebih berstruktur.
Secara jelasnya, norma baharu yang menekankan 3W (wash, wear, warn) dan 3C (crowded area,
confined space, close conversation) ini telah didokong dengan pelaksanaan PdP yang disarankan.
Mahu atau tidak mahu pensyarah dan pelajar perlu lebih bersedia dengan perubahan baharu ini.
Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui penerimaan dalam kalangan pelajar terhadap
pelantar GC ini sebagai wahana dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI
Pelaksanaan PdP secara dalam talian bukanlah sesuatu yang baharu dalam PdP di IPGK Perempuan
Melayu. Dari semasa ke semasa pembelajaran secara dalam talian dilaksanakan namun bukanlah
secara sepenuhnya. Pelaksanaan juga hanya terhad di kampus dan dalam waktu kuliah sahaja. PKP
Covid19 merubah situasi ini secara begitu drastik. PdP terpaksa dijalankan dalam talian sepenuhnya
di mana pensyarah berada di kediaman sendiri dan pelajar pula berada di kampung halaman masing-
masing. Keadaan ini mewujudkan satu situasi pembelajaran baharu dalam kalangan pelajar.
Sehubungan ini Model Penerimaan Teknologi (TAM) digunakan bagi mengetahui reaksi pengguna
terhadap sistem maklumat. Banyak kajian telah menggunakan Model TAM sebagai pengukur
terhadap penerimaan dan penggunaan sesuatu sistem di dalam organisasi. Kajian ini menggunakan
134
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Model TAM untuk mengkaji kemudahgunaan, persepsi kebergunaan dalam PdP serta faktor
tambahan iaitu komunikasi dan interaksi serta kepuasan pelajar. Kajian ini diharapkan mampu
meningkatkan kefahaman tentang perlunya memahami keperluan pengguna kerana strategi yang
berbeza perlu digunakan untuk menjadikan sistem maklumat lebih bermanfaat.
Persepsi Kebolehgunaan Sikap Terhadap Penggunaan
Persepsi Kemudahan Penggunaan Sebenar
Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian
(Adaptasi dari Model Penerimaan Teknologi)
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk meninjau penerimaan dalam kalangan pelajar terhadap pelantar GC ini
sebagai wahana dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Secara terperinci, kajian ini dijalankan
untuk:
i) Mengenalpasti Komunikasi dan interaksi menggunakan GC dalam PdP terhadap pelajar
IPGKPM
ii) Mengetahui Impak menggunakan GC terhadap pelajar IPGK PM dalam fasa PKPP
iii) Mengenalpasti kemudahan dalam melayari pelantar GC dalam kalangan pelajar
iv) Mengetahui kepuasan pelajar dalam menjadikan pelantar GC sebagai wahana PdP
SOALAN KAJIAN
Berpandukan kepada objektif kajian yang dinyatakan, soalan kajian adalah seperti berikut;
i) Adakah GC membantu komunikasi dan interaksi dalam PdP pelajar IPGK PM?
ii) Apakah impak penggunaan GC dalam fasa PKPP terhadap pelajar di IPGKPM?
iii) Adakah pelajar mudah untuk melayari pelantar GC ketika PdP dilaksanakan?
iv) Adakah pelajar berpuashati dalam menjadikan GC sebagai wahana PdP?
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dapat digunakan sebagai asas rujukan untuk meningkatkan kualiti PdP terhadap pelajar
IPGK PM secara maya bagi memastikan kemenjadian pelajar terjamin. Penjagaan mutu PdP
terhadap kemenjadian pelajar IPG yang merupakan nadi utama dalam melahirkan bakal guru yang
kompeten sangat perlu dijaga walaupun dunia pendidikan mengalami arus perubahan yang
“Mengejut” akibat daripada penularan penyakit Covid19.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 365 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
ambilan Jun 2020. Soal selidik telah diedarkan dengan menggunakan aplikasi Google Form. Namun
begitu hanya 172 pelajar sahaja yang mengembalikan soal selidik mengikut masa yang ditetapkan.
135
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada kajian lepas (Anita Muslim,
2018) dan diubahsuai mengikut kesesuaian kajian yang dijalankan. Instrumen soal selidik ini
mempunyai empat konstruk iaitu:
i) Komunikasi dan interaksi
ii) Impak penggunaan GC
iii) Kemudahan untuk mengakses GC
iv) Kepuasan pelajar
Analisis deskriptif untuk menjawab soalan kajian merujuk kepada interpretasi skor min seperti dalam
Jadual 1.
Jadual 1 : Interpretasi skor min Interpretasi
sangat rendah
Julat skor min rendah
1.00 – 1.89 sederhana
1.90 – 2.69 tinggi
2.70 – 3.49 sangat tinggi
3.50 – 4.29
4.30 – 5.00
DAPATAN KAJIAN
Dapatan memfokuskan kepada dua objektif utama kajian iaitu komunikasi dan interaksi dan impak
menggunakan GC dalam fasa PKPP.
Soalan 1: Mengenalpasti komunikasi dan interaksi menggunakan GC dalam PdP pelajar.
Jadual 2 menunjukkan komunikasi dan interaksi menggunakan pelantar Google Classroom
memperoleh skor min keseluruhan 4.12 iaitu tinggi.
Jadual 2: Komunikasi dan Interaksi Min Sisihan Interpretasi
Item Pernyataan
Piawai
1 Saya merasa selesa untuk berbincang PdP 3.83 0.92 tinggi
menggunakan GC. 0.63 sangat tinggi
0.76 tinggi
2 Pensyarah melibatkan pelajar dalam 4.39 0.72 tinggi
perbincangan semasa PdP secara produktif.
3 Saya merasa selesa berinteraksi dengan rakan 4.15
lain dalam aktiviti PdP menggunakan GC.
4 Pendapat saya dipersetujui oleh rakan lain 4.09
dalam aktiviti PdP menggunakan GC.
Min Keseluruhan 4.12 tinggi
Jadual di atas menunjukkan item pensyarah melibatkan pelajar dalam perbincangan secara produktif
(min=4.39) pada interpretasi sangat tinggi manakala item-item lain menunjukkan interpretasi tinggi.
136
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Soalan 2: Mengenalpasti impak penggunaan pelantar Google Classroom sebagai medium
penyampaian PdP.
Jadual 3 menunjukkan secara keseluruhannya item impak menggunakan pelantar Google Classroom
dengan memperoleh skor min keseluruhan 4.16 iaitu tinggi.
Jadual 3 : impak Google Classroom sebagai medium penyampain PdP.
Item Pernyataan Min Sisihan Piawai Interpret
0.91 asi
1 Saya dapat belajar dengan baik melalui medium 3.99
GC yang digunakan. tinggi
Saya akan menyarankan kaedah pembelajaran 0.81 tinggi
2 ini untuk diterapkan pada kursus lain yang 4.07
sesuai.
GC adalah pilihan pertama saya dalam 0.76 tinggi
3 pembelajaran aktif dibandingkan dengan 4.15
kaedah lain.
4 Saya suka GC sebagai inisiatif PdP terutamanya 4.42 0.68 sangat tinggi
sewaktu PKP Covid-19
Min Keseluruhan 4.16 tinggi
Jadual 3 menunjukkan impak penggunaan pelantar Google Classroom sebagai medium penyampaian
PdP. Terdapat empat item yang menunjukkan impak yang tinggi terhadap PdP. Majoriti pelajar
menyatakan suka menggunakan GC sebagai inisiatif PdP terutamanya sewaktu PKPP Covid19
(min=4.42).
Rajah 1 : Impak Penggunaan GC sebagai medium PdP
Rajah 1 menjelaskan majoriti pelajar iaitu sebanyak 93.6% menunjukkan respon yang amat positif
terhadap penggunaan GC dalam PdP sepanjang PKPP Covid19. Peratusan ini menunjukkan
keberkesanan penggunaan GC khasnya dalam penyampaian PdP sepanjang PKPP.
Soalan 3: Untuk mengenalpasti kemudahan pelajar mengakses GC untuk PdP
137
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Berdasarkan Jadual 4, secara umumnya keputusan menunjukkan pelajar mudah mengakses pelantar
Google Classroom dengan memperoleh skor min keseluruhan sangat tinggi iaitu 4.40.
Jadual 4: Kemudahan untuk mengakses GC
Item Pernyataan Min Sisihan Piawai Interpretasi
1 mudah untuk ‘sign in’ ke GC 4.45 0.68 sangat tinggi
0.69
2 mudah untuk mendapat bahan-bahan kursus 4.45 sangat tinggi
yang telah disediakan 0.66 sangat tinggi
3 mudah untuk menerima tugasan 4.50
4 mudah untuk menghantar tugasan 4.33 0.76 sangat tinggi
tinggi
5 mudah untuk melayari sistem GC 4.27 0.70 sangat tinggi
6 mudah untuk memahami sistem GC 4.37 0.71 sangat tinggi
Min Keseluruhan 4.40
Jadual 4 menunjukkan kemudahan untuk mengakses GC. Semua item menunjukkan interpretasi yang
sangat tinggi. Namun begitu item 5 berkaitan mudah untuk melayari sistem GC menunjukkan
interpretasi yang tinggi (min=4.27).
Soalan 5: Mengenalpasti kepuasan pelajar terhadap penggunaan pelantar Google Classroom sebagai
medium penyampaian.
Jadual 5 menunjukkan secara keseluruhannya pelajar berpuas hati menggunakan pelantar Google
Classroom dengan memperoleh skor min keseluruhan lebih dari 4.16 iaitu tinggi.
Jadual 5 : Kepuasan Pelajar terhadap penggunaan Google Classroom
Item Pernyataan Min Sisihan Piawai Interpret
0.91 asi
1 PdP dapat dilaksanakan dengan baik melalui 3.99 0.81 tinggi
medium GC yang digunakan.
tinggi
2 Saya akan menyarankan GC merupakan 4.07
pelantar penyampian dalam PdP.
GC adalah pilihan pertama saya dalam 0.76 tinggi
3 pembelajaran aktif dibandingkan dengan 4.15
0.68 sangat tinggi
kaedah lain. tinggi
Maklumbalas melalui GC yang diberikan oleh
4 pensyarah dalam PdP sepanjang PKP adalah 4.59
sangat berguna.
Min Keseluruhan 4.16
Jadual 5 menunjukkan item Kepuasan Pelajar terhadap penggunaan Google Classroom. Kesemua
empat item menunjukkan kepuasan pelajar adalah tinggi. Majoriti pelajar menyatakan kepuasan
mereka menerima maklumbalas dari pensyarah melalui GC adalah sangat berguna sepanjang PKP
Covid19 (min=4.59).
138
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PERBINCANGAN
Kajian ini meninjau penerimaan guru-guru pelatih dalam mengikuti PdP menggunakan pelantar e-
pembelajaran GC. Hasil kajian menunjukkan penggunaan GC dalam PdP dapat diterima dengan baik
oleh pelajar. Keadaan ini dibuktikan melalui interpretasi min yang tinggi bagi setiap konstruk.
Walaupun GC adalah pelantar yang diperkenalkan secara aktif kepada pelajar sepanjang PKPP
namun pembinaan pelantar ini yang mesra pengguna memberikan kemudahan untuk mengakses dan
mengikuti PdP dengan mudah. GC juga merupakan platform pembelajaran teradun (blanded
learning) yang menarik, ringkas, dan berguna selain mampu meningkatkan pencapaian pelajar (
Anita Muslim, 2018).
Seterusnya, kajian menunjukkan interpretasi pelajar bahawa penggunaan GC dalam PdP adalah
tinggi. PdP secara dalam talian semestinya bergantung kepada capaian dan akses Internet selain
kesediaan perkakasan. Contohnya, jika orientasi utamanya adalah berasaskan video maka kapasiti
data yang selesa diperlukan. Sekiranya video ini dilaksanakan secara dalam talian segerak dengan
pelbagai platform misalnya Zoom dan Google Meet maka gangguan capaian internet mungkin akan
terganggu. Ini merupakan cabaran besar bagi penuntut yang lokasi rumah mereka di luar kawasan
liputan. Situasi ini sesuai dengan dapatan kajian di mana mereka memilih PdP yang dapat memberi
impak yang baik terhadap PdP semasa PKPP Covid19.
Walaupun PdP dalam talian adalah berpusatkan pelajar dan mereka perlu lebih aktif dan
berdikari. Pensyarah juga perlu mempunyai keupayaan dan kemahiran dalam mengintegrasikan PdP
segerak dalam usaha meningkatkan keyakinan pelajar (Mazalah et al., 2015). Keselesaan untuk
berbincang, penglibatan pensyarah, interaksi dengan rakan pelajar serta aktiviti lain dalam PdP dapat
dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Ini kerana perbincangan dan komunikasi dalam talian
mampu menggalakkan pembelajaran kolaboratif. Persoalan yang diketegahkan akan mendapat
maklumbalas daripada rakan dan pensyarah serta menunjukan keselesaan untuk berbincang secara
ilmiah di dalam GC berbanding kaedah belajar secara bersemuka (Azidah dan Adi Syahid, 2012).
Seterusnya interpretasi pelajar yang tinggi terhadap kepuasan penggunaan GC dalam PdP
menunjukkan sikap positif mereka dalam menyesuaikan diri dengan situasi semasa dalam sistem
pendidikan. Pelajar lebih bermotivasi kerana dapat menggunakan aplikasi GC dalam PdP secara
menyeluruh (Noriyani, 2017).
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya pelajar dapat menerima PdP menggunakan pelantar e-pembelajaran GC
dalam PdP sepanjang PKPP Covid19. Seperti mana yang sedia maklum bahawa prinsip utama
pelantar ini adalah untuk membolehkan penggunanya, samada guru, ibu bapa atau pelajar,
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dari segi masa, jarak dan lokasi.
Google Classrom menawarkan pelantar lebih mudah untuk dipelajari dan diakses di samping lebih
efektif dari segi kos. Google Classroom juga adalah menyokong sambungan kepada aplikasi Google
yang lain seperti Gmail, Google Drive, YouTube dan lain-lain. Faktor ini sudah semestinya memberi
banyak manfaat dan keselesaan kepada pelajar. Ini juga menyokong kepada penerimaan PdP
menggunakan GC khasnya semasa PKPP Covid19. Dapatan ini seharusnya dimanfaatkan
sepenuhnya oleh guru atau tenaga pengajar untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang
kaya dengan maklumat, sekali gus dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dinamik serta menarik (Hapini (2020); Ernawati (2019). Hubungan antara perspektif sistem dan
pengguna adalah bersifat selari. Ini bermakna, dalam konteks Google Classroom, aspek kemudahan
adalah sebahagian dari perkara asas yang mendorong penggunaan, kepuasan pensyarah serta faedah
penggunaan dan keberkesanan. Hasilnya, Google Classroom sepatutnya menjadi medium yang
139