The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2020-12-31 00:17:08

PROSIDING KAK2020 JILID 2

Prosiding kak2020 Jilid 2

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

ORCHID, ResearchGate, SCOPUS, <3 tahun 4 hingga 6 7 > (9)
WOS dan lain-lain) (13) (14)
Pengalaman terlibat dalam
penerbitan Ya (19) Tidak (35) Total
(makalah/artikel/buku/modul). 54
Aktif (Penerbitan semasa) Tak (100%)
Terindeks Buku
Penerbitan semasa Jurnal 6 Prosiding Modul Lain-
terindeks lain
4 45 6 29

Bilangan responden merangkumi seramai 54 orang yang terdiri daripada 41 lelaki dan 13 perempuan.
Peringkat umur yang aktif dalam penerbitan berada pada peringkat 51 tahun ke atas (32 0rg).
Pelaksanaan peranan pensyarah IPGKSM melalui penulisan dan penerbitan adalah sederhana (44%)
, dan pensyarah terlibat secara aktif dalam penulisan dalam tahun semasa (35 %). Penerbitan jurnal
secara berkala di peringkat IPGKSM sedikit sebanyak mempengaruhi penambahbaikan kualiti
pengajaran IPG dan menjamin kesarjanaan dalam membangunkan IPG ke persada dunia sekaligus
memartabatkan ilmu seseorang pensyarah tersebut. Bilangan pensyarah yang terlibat penulisan
terindeks masih belum memberangsangkan. Hal ini boleh diperhatikan melalui pendaftaran jurnal
terindeks (18%) dan penerbitan semasa menerusi jurnal terindeks (7 %).

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

ATT

SN ++
OCC

+ Penerbitan
Online
PER

-

ATP V -

Point E V
VE
EV

ATT: Attitude, SN: Subjective Norm, OCC: Occupation Self EEfficacy, PER: Personal Innovation

Trait, ATP: Amanah Tugas Pensyarah, WC: Written Contribution

Gambarajah 2: Kerangka Kajian

290

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 2: Hipostesis dan Rumusan Keputusan

Hipostesis Hubungan Std. t-value P-Value Dapatan
Beta

H1 ATT >WC 0.319 2.41 0.020 Disokong

H2 SN > WC - -2.09 0.042 Disokong
0.280

H3 OCC> WC 0.702 4.50 0.001 Disokong

H4 PER> WC 0.026 0.16 0.869 Ditolak

H5 ATP> WC -0.23 -0.16 0.868 Ditolak

ATT: Attitude, SN: Subjective Norm, OCC: Occupation Self Efficacy, PER: Personal Innovation
Trait, ATP: Amanah Tugas Pensyarah, WC: Written Contribution

Pelaksanaan peranan pensyarah IPGKSM melalui penulisan dan penerbitan adalah sederhana
berdasarkan pensyarah terlibat secara aktif dalam penulisan dalam tahun semasa (35 %). Penerbitan
jurnal bercetak secara berkala sebanyak empat jurnal dalam keluaran setahun di peringkat IPGKSM
sedikit sebanyak mempengaruhi kuantiti penerbitan di IPGKSM dan membangunkannya ke persada
antrabangsa sekaligus memartabatkan ilmu seseorang pensyarah tersebut. Dalam merangka
penerbitan dalam talian pada masa hadapan faktor-faktor berikut seperti sikap (attitude) (p<0.020),
norma subjektif (subjective norm), p<0.042) kemampuan menyelesaikan tugasan (occupational self-
efficacy) (p<0.001) mempunyai hubungan yang signifikan dengan sumbangan penulisan dalam
talian.

Pemboleh-pembolehubah ini perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan IPGKSM kerana ia
merupakan peramal terhadap tingkah laku perkongsian penerbitan dalam talian di IPGKSM. Maka
seharusnya faktor-faktor ini seperti sikap (attitude) harus diambil berat dan diperkasakan dalam
konteks IPGKSM. Dapatan ini disokong oleh kajian-kajian terdahulu (Al-Jarrah et al., 2018; Dimyati
et al., 2020; Parmar Thorat G.N. Shakya H.B. and Patel V.B., 2016). Faktor kedua iaitu norma
subjektif (subjective norm) terhadap sumbangan penerbitan yang mempunyai hubungan yang
signifikan. Hal ini selaras dengan kajian (Massoro & Adewale, 2019). Faktor ketiga iaitu
kemampuan menyelesaikan tugasan (occupational self-efficacy) yang mempunyai hubungan yang
signifikan dengan sumbangan penulisan dalam talian. Hal ini disokong menerusi dapatan (Hartman
& Barber, 2020; Hirschi & Jaensch, 2015) yang mengaitkannya dengan pengembangan karier.

Terdapat limitasi dalam kajian ini yang melibatkan sampel kajian yang sedikit. Oleh kerana kajian
ini menggunakan analisis statistic multivariate terdapat keperluan pada masa akan datang kajian
diperluaskan kepada IPG yang berhampiran bagi penggunaan data yang lebih besar. Walaupun
sistem mata ATP dilihat tidak mempunyai hubungan langsung dengan penerbitan dalam talian, ia
tidak bererti sistem tidak berkesan. Hal ini diperhatikan kerana sistem ATP masih lagi di peringkat
pengenalan dan memerlukan beberapa tahun lagi untuk dibuat penilaian. Selain itu penerbitan jurnal
bercetak di IPGKSM sedikit sebanyak dilihat mempengaruhi keadah penerbitan di IPGKSM kerana
kemungkinan para pensyarah sudah terbiasa dengan penerbitan jurnal secara bercetak.

291

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

RUJUKAN

Akar, E., & Dalgic, T. (2018). Understanding online consumers’ purchase intentions: a contribution
from social network theory. Behaviour and Information Technology.
https://doi.org/10.1080/0144929X.2018.1456563

Al-Jarrah, T. M., Mansor, N., Rashid, R. A., Bashir, I., & Al-Jarrah, J. M. (2018). EFL Students’
Attitude Toward Using Metacognitive Strategies in Writing. English Language Teaching.
https://doi.org/10.5539/elt.v11n10p162

Bandura, A. (1977). 7 Bandura. Psychological Review.

Çetin, F., & Aşkun, D. (2018). The effect of occupational self-efficacy on work performance through
intrinsic work motivation. Management Research Review. https://doi.org/10.1108/MRR-03-
2017-0062

Charalambous, K., & Ioannou, I. (2008). The attitudes and opinions of Cypriot primary teachers
about the use of the Internet for their professional development and as an educational tool.
Learning, Media and Technology. https://doi.org/10.1080/17439880701868879

Collinson, V., & Cook, T. F. (2001). “I don’t have enough time”: Teachers’ interpretations of time
as a key to learning and school change. Journal of Educational Administration.
https://doi.org/10.1108/09578230110392884

Curran, P. J., West, S. G., & Finch, J. F. (1996). The Robustness of Test Statistics to Nonnormality
and Specification Error in Confirmatory Factor Analysis. Psychological Methods.
https://doi.org/10.1037/1082-989X.1.1.16

Dimyati, Ashadi, & Hariyanto. (2020). The Impact of Journal Writing Training on Self Efficacy and
Attitude of Postgraduate Program Students in Writing Scientific Publication Articles.
https://doi.org/10.2991/aisteel-19.2019.95

Geijsel, F. P., Sleegers, P. J. C., Stoel, R. D., & Krüger, M. L. (2009). The effect of teacher
psychological and school organizational and leadership factors on teachers’ professional
learning in Dutch schools. Elementary School Journal. https://doi.org/10.1086/593940

Hair, J. F., Ringle, C. M., & Sarstedt, M. (2012). Partial Least Squares: The Better Approach to
Structural Equation Modeling? Long Range Planning, 45(5–6), 312–319.
https://doi.org/10.1016/j.lrp.2012.09.011

Hartman, R. L., & Barber, E. G. (2020). Women in the workforce: The effect of gender on
occupational self-efficacy, work engagement and career aspirations. Gender in
Management. https://doi.org/10.1108/GM-04-2019-0062

Hasan, B. (2014). Knowledge sharing attitude: An empirical test of a multifactor model. Journal of
Information and Knowledge Management. https://doi.org/10.1142/S0219649214500075

Hirschi, A., & Jaensch, V. K. (2015). Narcissism and career success: Occupational self-efficacy and
career engagement as mediators. Personality and Individual Differences.
https://doi.org/10.1016/j.paid.2015.01.002

292

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Hussain, I., Khan, A., Qurashi, A., Qurat-Ul-Ain, & Shabbir, A. (2015). The Impact of Knowledge
Sharing Enablers on Employees’ Performance: An Empirical Study on READ Foundation
in Azad Jammu & Kashmir. Journal of Information and Knowledge Management.
https://doi.org/10.1142/S0219649215500203

Ifinedo, P. (2012). Technology acceptance by health professionals in Canada: An analysis with a
modified UTAUT model. Proceedings of the Annual Hawaii International Conference on
System Sciences. https://doi.org/10.1109/HICSS.2012.556

Jan, P. T., Lu, H. P., & Chou, T. C. (2012). The adoption of e-learning: An institutional theory
perspective. Turkish Online Journal of Educational Technology.

Johnson, G. M., & Howell, A. J. (2005). Attitude Toward Instructional Technology Following
Required versus Optional WebCT Usage. In JI. of Technology and Teacher Education.

Kaser, P. A. W., & Miles, R. E. (2001). KNOWLEDGE ACTIVISTS: THE CULTIVATION OF
MOTIVATION AND TRUST PROPERTIES OF KNOWLEDGE SHARING
RELATIONSHIPS. Academy of Management Proceedings.
https://doi.org/10.5465/apbpp.2001.6133693

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement.
https://doi.org/10.1177/001316447003000308

Lee, Y. K., Park, J. H., Chung, N., & Blakeney, A. (2012). A unified perspective on the factors
influencing usage intention toward mobile financial services. Journal of Business Research.
https://doi.org/10.1016/j.jbusres.2011.02.044

Lu, J., Yao, J. E., & Yu, C. S. (2005). Personal innovativeness, social influences and adoption of
wireless Internet services via mobile technology. Journal of Strategic Information Systems.
https://doi.org/10.1016/j.jsis.2005.07.003

Massoro, Z. Z., & Adewale, N. T. (2019). Influence of attitude, subjective norms and personal
innovativeness on intention to use open access journals: A case of Agricultural Research
Institutes. Library Philosophy and Practice.

Noe, R. A., & Wilk, S. L. (1993). Investigation of the Factors That Influence Employees’
Participation in Development Activities. Journal of Applied Psychology.
https://doi.org/10.1037/0021-9010.78.2.291

Nunnally, J. . (1978). Psychometric Theory(2nd ed). In Journal of Chemical Information and
Modeling. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

Parmar Thorat G.N. Shakya H.B. and Patel V.B., S. D. (2016). Factor affecting the attitude of the
agricultural scientists towards publication. Agriculture Update.

Pavlou, P. A., & Fygenson, M. (2006). Understanding and predicting electronic commerce adoption:
An extension of the theory of planned behavior. MIS Quarterly: Management Information
Systems. https://doi.org/10.2307/25148720

Peechapol, C., Na-Songkhla, J., Sujiva, S., & Luangsodsai, A. (2018). Development of smartphone
application based on the theory of planned behaviour to enhance self-efficacy for online

293

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

learning. International Journal of Interactive Mobile Technologies.
https://doi.org/10.3991/ijim.v12i4.8715

Rigotti, T., Schyns, B., & Mohr, G. (2008). A short version of the occupational self-efficacy scale:
Structural and construct validity across five countries. Journal of Career Assessment.
https://doi.org/10.1177/1069072707305763

Ritala, P., Olander, H., Michailova, S., & Husted, K. (2015). Knowledge sharing, knowledge leaking
and relative innovation performance: An empirical study. Technovation.
https://doi.org/10.1016/j.technovation.2014.07.011

Runhaar, P., & Sanders, K. (2016). Promoting teachers’ knowledge sharing. The fostering roles of
occupational self-efficacy and Human Resources Management. Educational Management
Administration and Leadership. https://doi.org/10.1177/1741143214564773

Salem, S. F., Tarofder, A. K., & Salem, S. O. (2018). Online game playing in Malaysia: The
extension of experience theory and the Theory of Planned Behaviour (TPB). International
Journal of Management and Business Research.

Sanne, P. N. C., & Wiese, M. (2018). The theory of planned behaviour and user engagement applied
to Facebook advertising. SA Journal of Information Management.
https://doi.org/10.4102/sajim.v20i1.915

Sarstedt, M., Ringle, C. M., Smith, D., Reams, R., & Hair, J. F. (2014). Partial least squares structural
equation modeling (PLS-SEM): A useful tool for family business researchers. Journal of
Family Business Strategy. https://doi.org/10.1016/j.jfbs.2014.01.002

Silins, H., & Mulford, B. (2002). Schools as learning organisations: The case for system, teacher and
student learning. Journal of Educational Administration.
https://doi.org/10.1108/09578230210440285

Suki, N. M., & Ramayah, T. (2010). User acceptance of the e-Government services in Malaysia:
Structural Equation Modelling approach. Interdisciplinary Journal of Information,
Knowledge, and Management. https://doi.org/10.28945/1308

Szulanski, G. (1996). Exploring internal stickiness: Impediments to the transfer of best practice
within the firm. Strategic Management Journal. https://doi.org/10.1002/smj.4250171105

van Woerkom, M. (2004). The Concept of Critical Reflection and Its Implications for Human
Resource Development. Advances in Developing Human Resources.
https://doi.org/10.1177/1523422304263328

294

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

MENINGKATKAN PENGETAHUAN TERHADAP BENTUK KOMUNIKASI
BAGI SUBJEK PENGAJIAN PERNIAGAAN DALAM KALANGAN

PELAJAR 6PPS2 MELALUI KAEDAH TARIAN JOM BER “DATING”

Rafidah binti Manap ([email protected])
Norhisam bin Mustaffa ([email protected])

Kolej Tingkatan Enam Pontian, Pontian, Johor.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam membezakan, menghuraikan,
dan menghubungkaitkan bentuk-bentuk komunikasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi.
Kajian ini disasarkan kepada 20 orang pelajar yang terpilih dari kalangan pelajar 6PPS2 Kolej
Tingkatan Enam Pontian yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Pelajar dikesan
tidak boleh memberikan fakta, menghuraikan fakta dan menghubungkaitkan fakta bentuk-bentuk
komunikasi iaitu komunikasi bentuk mendatar, melintang, dan menegak. Melalui tinjauan awal
menggunakan kaedah laporan markah Penilaian Pertengahan Semester 2 bagi soalan nombor 3
iaitu soalan tahap aplikasi bentuk komunikasi dalam sebuah organisasi, didapati pelajar tidak boleh
membezakan bentuk-bentuk komunikasi dengan tepat. Perancangan tindakan difokuskan kepada
pendekatan Tarian Jom Ber “dating” dengan menggunakan pergerakan anggota badan iaitu kaki
dan tangan yang membawa maksud selari dengan bentuk komunikasi. Pendekatan ini dilaksanakan
selama seminggu dalam ulangkaji khas untuk tajuk Kemahiran Komunikasi. Pelbagai bentuk soalan
diberikan kepada pelajar sebagai latihan untuk mempraktikkan Tarian Jom Ber”dating”. Hasil
dapatan menunjukkan pelajar berasa seronok semasa melaksanakan kaedah tersebut dan lebih
yakin dalam menjawab soalan. Akhirnya, markah pelajar meningkat dengan ketara dalam
menjawab soalan bentuk komunikasi berbanding sebelum menggunakan kaedah Tarian Jom
Ber”dating”.

Kata kunci: Pengajian Perniagaan, kemahiran komunikasi, bentuk komunikasi, menghurai,
menghubungkait

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Tajuk Kemahiran Komunikasi merupakan tajuk ke tiga dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan semester 2. Bentuk komunikasi adalah salah satu sub tajuk dalam tajuk Kemahiran
Komunikasi. Bentuk komunikasi terbahagi kepada tiga iaitu komunikasi bentuk mendatar,
melintang, dan menegak. Secara umumnya, kebarangkalian sub tajuk ini disoal dalam peperiksaan
STPM semester 2 adalah antara 4% hingga 26%. Sub tajuk ini telah disoal dalam peperiksaan
pertengahan semester 2 pada pertengahan bulan Februari dengan peruntukan markah sebanyak 4
markah.

Berdasarkan markah peperiksaan yang diperoleh, seramai 20 daripada 42 pelajar iaitu 47%
mendapat markah antara 0 hingga 2. Situasi ini tidak seharusnya berlaku kerana sub tajuk ini
merupakan sub tajuk yang mudah. Semasa proses PdPc dijalankan, pelajar memberikan respon yang
positif dan menunjukkan mereka faham namun semasa peperiksaan pelajar tidak dapat menjawab
dengan tepat. Hal yang demikian membuatkan kami terpanggil untuk menjalankan kajian tindakan
bagi mengatasi masalah ini.

295

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian tertumpu kepada strategi PdPc yang digunakan bagi menangani isu pelajar sukar
membezakan bentuk komunikasi, menghuraikan bentuk komunikasi, dan menghubungkaitkan
bentuk komunikasi dalam organisasi. Kajian ini difokuskan kepada 20 pelajar kelas Pengajian
Perniagaan Kolej Tingkatan Enam Pontian.

Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kaedah pemerhatian,
dokumentasi, dan temu bual. Pemerhatian dilakukan semasa pelajar menjawab soalan sama ada
menjawab secara lisan atau bertulis. Selain itu, pemerhatian juga dilalukan semasa pelajar
melakukan perbincangan secara berkumpulan. Kaedah dokumentasi dilakukan dengan merujuk
markah peperiksaan pertengahan semester dan markah latihan pelajar. Temu bual tidak berstruktur
dilakukan secara tidak formal iaitu guru ke meja pelajar dan bertanya mengapa pelajar tidak dapat
menjawab dengan tepat soalan bentuk komunikasi.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus.

Objektif umum
Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan dari aspek kualiti dan
kuantiti dalam peperiksaan STPM melalui pendekatan PdPc yang menarik dan berkesan.

Objektif khusus
a. Dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dalam membezakan tiga bentuk komunikasi
dalam organisasi.
b. Dapat meningkatkan pengetahuan pelajar untuk menghuraikan tiga bentuk komunikasi
dengan tepat beserta kata kunci.
c. Dapat menghubungkaitkan tiga bentuk komunikasi dengan situasi dalam organisasi.
d. Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam tajuk bentuk komunikasi.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar yang telah dipilih dalam kalangan pelajar Tingkatan 6
Semester 2 yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan dari Kelas Cikgu Norhisam dan
Cikgu Rafidah. Mereka terdiri daripada 10 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan. Kumpulan
sasaran dipilih berdasarkan markah peperiksaan pertengahan semester 2. Pelajar yang mendapat
markah di bawah 50% untuk soalan nombor 3 dipilih untuk menjadi peserta kajian.

PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart. Menurut
model ini proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas pelajaran yang
telah dilaksanakan. Langkah seterusnya adalah merancang tindakan yang perlu dilakukan untuk
mengatasi masalah tersebut. Setelah perancangan dibuat, pelaksanaan atas rancangan akan
dilakukan. Sepanjang pelaksanaan rancangan, pemerhatian akan dibuat untuk menentukan sejauh
mana pelaksanaan dijalankan seiring dengan perancangan. Langkah seterusnya adalah mereflek
tindakan yang telah dijalankan. Jika masalah masih tidak dapat diselesaikan, guru haruslah
memulakan proses semula ke gelung ke 2 sehingga masalah dapat diselesaikan.

296

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rajah 1 : Model Kajian
a. Tinjauan masalah
Praujian dilakukan untuk menguji pemahaman pelajar terhadap bentuk komunikasi dalam sesebuah
organisasi. Praujian dilakukan semasa penilaian pertengahan semester 2.
b. Analisis Tinjauan Masalah
Analisis tinjauan masalah dilaksanakan berdasarkan markah yang diperoleh pelajar dalam penilaian
pertengahan semester 2. Pelajar disoal bentuk komunikasi pada tahap aplikasi. Soalan Bahagian A,
nombor soalan 3:

Situasi A : Aris (Pengurus Kewangan) sedang berkomunikasi dengan Iskandar
(Pengurus Pemasaran)

Situasi B : Nazri (Pengurus Operasi) berkomunikasi dengan Marina (Ketua Eksekutif)
Jelaskan bentuk komunikasi yang terlibat dalam situasi A dan B di atas. [6m]
Markah yang diperoleh oleh 20 pelajar bagi soalan di atas adalah seperti dalam jadual 5.1 di bawah
.

297

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 1 : Markah Penilaian Pertengahan Semester 2 (Markah praujian)

Peserta Kajian Markah ( x /6) Peserta Kajian Markah ( x /6)

Peserta Kajian 1 1 Peserta Kajian 11 1
Peserta Kajian 2 2 Peserta Kajian 12 0
Peserta Kajian 3 2 Peserta Kajian 13 0
Peserta Kajian 4 2 Peserta Kajian 14 1
Peserta Kajian 5 0 Peserta Kajian 15 0
Peserta Kajian 6 1 Peserta Kajian 16 0
Peserta Kajian 7 1 Peserta Kajian 17 1
Peserta Kajian 8 0 Peserta Kajian 18 1
Peserta Kajian 9 1 Peserta Kajian 19 2
Peserta Kajian 10 1 Peserta Kajian 20 2

Melalui penilaian pertengahan semester ini,
didapati peserta kajian tidak dapat mendefinisikan dan menghuraikan bentuk komunikasi dengan
tepat. Selain itu, pelajar juga tidak dapat membezakan bentuk-bentuk komunikasi.

c. Tindakan yang dijalankan dan refleksi

Berdasarkan markah di atas satu kajian tindakan dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut. Kajian
tindakan ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam mengingati fakta, menghuraikan, dan
menghubungkaitkan dengan situasi dalam organisasi. Maka satu tarian telah dicipta khas bagi tujuan
ini. Pergerakan tubuh badan iaitu kaki dan tangan yang menunjukkan perbezaan bentuk-bentuk
komunikasi.

Pelajar dikumpulkan

Tindakan pertama yang dilakukan adalah mengumpulkan pelajar yang mendapat markah 50% dan

ke bawah bagi soalan nombor 3. Jadual 2 di bawah menunjukkan pecahan peserta kajian dalam

kajian ini.

Jadual 2 : Pecahan Peserta Kajian Mengikut Kelas dan Jantina

Kelas Jumlah Mendapat markah 50% dan ke Jumlah

pelajar dalam bawah Peserta

kelas Lelaki Perempuan Kajian

Cikgu Rafidah 23 4 6 10

Cikgu Norhisam 19 6 4 10

JUMLAH 42 10 10 20

Tujuan pelajar dikumpulkan adalah untuk memberikan penerangan tentang tindakan yang akan
dilakukan untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap bentuk-bentuk komunikasi.

298

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Memberi Taklimat
Pelajar diberikan taklimat dan penerangan secara umum tentang Tarian Jom Ber “dating” Langkah

penerangan adalah seperti berikut:

Jadual 3 : Pergerakan kaki dan tangan serta maksudnya

Langkah Gambar Pergerakan Maksud

1 Tangan membawa maksud JABATAN
yang terdapat dalam organisasi iaitu
jabatan kewangan, pemasaran,
pengeluaran, dan sumber manusia.

Kaki membawa maksud JAWATAN
yang terdapat dalam organisasi

TANGAN = JABATAN
KAKI = JAWATAN

2 Tangan kiri diangkat ke atas dan tangan
kanan mendatar. Ini menunjukkan jabatan
yang berbeza.

Kaki tidak digerakkan iaitu kedua-dua
belah kaki di lantai. Ini menunjukkan
jawatan yang sama.

Pergerakan ini mewakili komunikasi
bentuk MENDATAR iaitu komunikasi
antara dua atau lebih pihak dari
JABATAN YANG BERBEZA dan
mempunyai JAWATAN YANG SAMA
dalam organisasi.

3 Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas.
Ini menunjukkan jabatan yang sama.

Kaki kanan di angkat ke atas sementara
kaki kiri di lantai. Ini menunjukkan
jawatan yang berbeza.

Pergerakan ini mewakili komunikasi
bentuk MENEGAK iaitu komunikasi
antara dua atau lebih pihak dari
JABATAN YANG SAMA tetapi
mempunyai JAWATAN YANG
BERBEZA dalam organisasi.

299

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

4
Tangan kiri diangkat ke atas dan tangan
kanan disilangkan ke bahagian perut. Ini
menunjukkan jabatan yang berbeza.

Kaki kanan diangkat dan disilangkan ke
kaki kiri. Sementara kaki kiri pada lantai.
Ini menunjukkan jawatan yang berbeza.
Pergerakan ini mewakili komunikasi
bentuk MELINTANG iaitu komunikasi
antara dua atau lebih pihak dari
JABATAN YANG BERBEZA dan
mempunyai JAWATAN YANG
BERBEZA dalam organisasi.

Pelaksanaan Kaedah Tarian Jom Ber “dating”
Selepas pelajar diberikan penerangan tentang pergerakan Tarian Jom Ber “dating”, pelajar diminta
untuk melakukannya secara individu. Apabila pelajar telah menguasai pergerakan dan maksud
pergerakan, mereka akan melakukan Tarian Jom Ber “dating” secara berpasangan dalam kumpulan
diiringi dengan muzik. Tujuan dilakukan secara berpasangan adalah untuk menunjukkan definisi
komunikasi iaitu dua atau lebih pihak yang bertukar maklumat sementara diiringi dengan muzik
bertujuan untuk lebih menarik dan seronok semasa menjalankan aktiviti.
Tindakan seterusnya adalah menerangkan kepada pelajar bagaimana menggunakan kaedah ini
semasa dalam peperiksaan. Adalah tidak wajar untuk pelajar berdiri dan melakukan pergerakan ini
semasa peperiksaan berlangsung. Pergerakan kaki dan tangan ini diterjemahkan kepada lakaran
orang lidi semasa dalam peperiksaan. Lakaran dan maksud orang lidi adalah seperti dalam jadual 5.4
di bawah.

300

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Fakta Jadual 4 : Lakaran orang lidi dan maksudnya Lakaran orang lidi
Tarian Jom Ber “dating”

Komunikasi bentuk
mendatar

Komunikasi bentuk
Menegak

Komunikasi bentuk
melintang

Menjawab soalan
Pelajar diberikan beberapa soalan bentuk komunikasi sebagai latihan untuk mempraktikkan kaedah
Tarian Jom Ber “dating”. Pelajar dibenarkan berbincang semasa menjawab latihan yang diberikan.
Setelah itu, pelajar diberikan soalan bentuk komunikasi untuk dijawab secara individu. Pelajar telah
menggunakan lakaran orang lidi untuk membantu mereka menjawab soalan. Hal ini menunjukkan

301

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

kaedah Tarian Jom Ber “dating” telah diaplikasikan semasa mereka menjawab soalan. Soalan yang
diberikan kepada pelajar adalah:

Huraikan dua bentuk komunikasi yang berlaku antara Jabatan Pengeluaran dengan
JabatanPemasaran.

Gambar 1 : Pelajar sedang menjawab soalan
Dapatan Kajian
Dapatan kajian adalah hasil daripada kajian yang telah dilakukan. Dapatan kajian dipersembahkan
mengikut susunan objektif kajian yang telah dinyatakan.
Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam membezakan tiga bentuk komunikasi dalam
organisasi
Pengetahuan membezakan tiga bentuk komunikasi dalam organisasi merujuk kepada keupayaan
peserta kajian untuk menyatakan fakta yang tepat. Terdapat tiga bentuk komunikasi iaitu komunikasi
menegak, komunikasi mendatar, dan komunikasi melintang. Berdasarkan soalan yang diberikan,
peserta kajian dikehendaki untuk menyatakan fakta, huraian, dan contoh. Sekiranya fakta yang
diberikan oleh peserta kajian salah, maka markah huraian dan contoh tidak diberikan. Maka, bagi
menjawab objektif pertama, markah diberikan kepada fakta yang ditulis oleh peserta kajian . Dalam
soalan tersebut, terdapat dua fakta yang membawa dua markah sebagai jawapan iaitu komunikasi
mendatar dan komunikasi melintang.

302

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Gambar 2 : Contoh jawapan murid.
303

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 5 di bawah menunjukkan markah fakta yang diperoleh peserta kajian.
Jadual 5 : Markah Fakta Dalam Soalan Pascaujian.

Peserta Kajian Markah ( x /2) Peserta Kajian Markah ( x /2)

Peserta Kajian 1 2 Peserta Kajian 11 2
Peserta Kajian 2 2 Peserta Kajian 12 2
Peserta Kajian 3 2 Peserta Kajian 13 2
Peserta Kajian 4 2 Peserta Kajian 14 2
Peserta Kajian 5 2 Peserta Kajian 15 2
Peserta Kajian 6 2 Peserta Kajian 16 2
Peserta Kajian 7 2 Peserta Kajian 17 2
Peserta Kajian 8 2 Peserta Kajian 18 2
Peserta Kajian 9 2 Peserta Kajian 19 2
Peserta Kajian 10 2 Peserta Kajian 20 2

Berdasarkan jadual di atas, 100% peserta kajian boleh memberi fakta dengan tepat. Peserta kajian
boleh menentukan dua bentuk komunikasi yang sesuai dengan soalan yang diberikan iaitu antara
jabatan pemasaran dan jabatan pengeluaran.

Meningkatkan pengetahuan pelajar untuk menghuraikan tiga bentuk komunikasi dengan
tepat berserta kata kunci.

Pengetahuan menghuraikan tiga bentuk komunikasi dalam organisasi merujuk kepada keupayaan
responden untuk menyatakan hubungan antara jabatan dan jawatan individu yang berkomunikasi.
Komunikasi menegak merujuk kepada komunikasi antara dua atau lebih individu yang mempunyai
jawatan yang berbeza dari jabatan yang sama. Sementara komunikasi mendatar merujuk kepada
komunikasi antara dua atau lebih individu yang mempunyai jawatan yang sama dari jabatan yang
berbeza. Komunikasi melintang pula merujuk kepada komunikasi antara dua atau lebih individu
yang mempunyai jawatan yang berbeza dari jabatan yang berbeza.

Dalam soalan tersebut, terdapat dua huraian fakta iaitu huraian fakta komunikasi mendatar dan
huraian fakta komunikasi melintang yang membawa satu markah setiap jawapan.

304

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Gambar 3 : Contoh jawapan murid.
305

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 6 di bawah menunjukkan markah huraian yang diperoleh peserta kajian.
Jadual 6 : Markah Huraian Dalam Soalan Pascaujian.

Peserta Kajian Markah ( x /2) Peserta Kajian Markah ( x /2)

Peserta Kajian 1 2 Peserta Kajian 11 2
Peserta Kajian 2 2 Peserta Kajian 12 2
Peserta Kajian 3 2 Peserta Kajian 13 2
Peserta Kajian 4 2 Peserta Kajian 14 2
Peserta Kajian 5 2 Peserta Kajian 15 2
Peserta Kajian 6 2 Peserta Kajian 16 2
Peserta Kajian 7 2 Peserta Kajian 17 2
Peserta Kajian 8 2 Peserta Kajian 18 2
Peserta Kajian 9 2 Peserta Kajian 19 2
Peserta Kajian 10 2 Peserta Kajian 20 2

Berdasarkan jadual di atas, 100% pelajar boleh memberikan huraian dengan tepat. Peserta kajian
boleh menentukan jawatan dan jabatan pihak yang berkomunikasi dengan tepat.

Menghubungkaitkan tiga bentuk komunikasi dengan situasi dalam organisasi.
Pengetahuan menghubungkaitkan tiga bentuk komunikasi dalam organisasi merujuk kepada
keupayaan peserta kajian untuk memberikan contoh yang tepat dari aspek jawatan dan jabatan
individu tersebut. Contoh komunikasi menegak ialah pengurus pemasaran berkomunikasi dengan
kerani pemasaran iaitu jawatan yang berbeza dari jabatan yang sama. Sementara komunikasi
mendatar ialah pengurus pemasaran berkomunikasi dengan pengurus pengeluaran iaitu mempunyai
jawatan yang sama dari jabatan yang berbeza. Komunikasi melintang pula ialah pengurus pemasaran
berkomunikasi dengan kerani pengeluaran iaitu yang mempunyai jawatan yang berbeza dari jabatan
yang berbeza.

Dalam soalan tersebut, memerlukan dua contoh yang tepat antara individu yang berada di Jabatan
Pemasaran dengan individu yang berada di Jabatan Pengeluaran. Nama jawatan dan nama jabatan
perlu diberikan perhatian semasa menanda untuk memastikan peserta kajian menguasai dengan
sepenuhnya.

306

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Gambar 4 : Contoh jawapan murid.
307

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 7 di bawah menunjukkan markah bagi contoh yang diperoleh peserta kajian
Jadual 7 : Markah Bagi Contoh Dalam Soalan Pascaujian.

Peserta Kajian Markah ( x /2) Peserta Kajian Markah ( x /2)

Peserta Kajian 1 2 Peserta Kajian 11 2
Peserta Kajian 2 2 Peserta Kajian 12 2
Peserta Kajian 3 2 Peserta Kajian 13 2
Peserta Kajian 4 2 Peserta Kajian 14 2
Peserta Kajian 5 2 Peserta Kajian 15 2
Peserta Kajian 6 2 Peserta Kajian 16 2
Peserta Kajian 7 2 Peserta Kajian 17 2
Peserta Kajian 8 2 Peserta Kajian 18 2
Peserta Kajian 9 2 Peserta Kajian 19 2
Peserta Kajian 10 2 Peserta Kajian 20 2

Berdasarkan jadual di atas, 100% peserta kajian boleh memberikan contoh dengan tepat. Peserta
kajian boleh menyatakan jabatan dan jawatan pihak yang berkomunikasi bagi menentukan bentuk
komunikasi yang tepat.

Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam tajuk bentuk komunikasi.
Peningkatan pencapaian pelajar boleh diukur melalui markah yang diperoleh dalam latihan, ujian,
dan peperiksaan. Melalui analisis keputusan penilaian pertengahan semester dan peperiksaan pra
pentaksiran STPM bagi semester 2 bagi ambilan 2019/2020, peratus kelulusan penilaian pertengahan
ialah 79.4 % berbanding semasa pra pentaksiran iaitu 95.3%. Peningkatan sebanyak 15.9% telah
dicapai dan ini membuktikan kaedah tarian Jom ber “dating” telah menyumbang kepada peningkatan
tersebut. Selain itu, peningkatan pencapaian juga ditunjukkan seperti jadual 5.8 di bawah:

Jadual 8 : Markah pra ujian dan pasca ujian

Peserta kajian Markah Markah %

pra pasca Perbezaan

Peserta Kajian 1 1 6 83.33

Peserta Kajian 2 2 6 66.67

Peserta Kajian 3 2 6 66.67

Peserta Kajian 4 2 6 66.67

Peserta Kajian 5 0 6 100.00

Peserta Kajian 6 1 6 83.33

Peserta Kajian 7 1 6 83.33

Peserta Kajian 8 0 6 100.00

Peserta Kajian 9 1 6 83.33

308

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Peserta kajian Markah Markah %
pra pasca Perbezaan
Peserta Kajian 10 1 6
Peserta Kajian 11 1 6 83.33
Peserta Kajian 12 0 6 83.33
Peserta Kajian 13 0 6 100.00
Peserta Kajian 14 1 6 100.00
Peserta Kajian 15 0 6 83.33
Peserta Kajian 16 0 6 100.00
Peserta Kajian 17 1 6 100.00
Peserta Kajian 18 1 6 83.33
Peserta Kajian 19 2 6 83.33
Peserta Kajian 20 2 6 66.67
66.67

Berdasarkan jadual di atas, perbezaan markah sebelum dan selepas kaedah Tarian Jom Ber “dating”
antara 66.67% hingga 100%. Seramai 5 orang pelajar telah mengalami peningkatan markah
sebanyak 66.67%, 9 orang pelajar mengalami peningkatan markah sebanyak 83.33%, dan 6 orang
pelajar telah mengalami peningkatan markah sebanyak 100%. Hal ini menunjukkan kaedah Tarian
Jom Ber “dating” memberikan impak yang positif terhadap markah pelajar.

e. Refleksi Kajian

Secara keseluruhannya, kaedah tarian Jom Ber“dating” mencapai kesemua objektif kajian iaitu
meningkatkan pengetahuan dalam membezakan, menghuraikan dan menghubungkaitkan bentuk
komunikasi serta meningkatkan pencapaian pelajar dalam tajuk komunikasi. Hal ini dibuktikan
melalui markah yang diperolehi pelajar sebelum dan selepas kaedah tarian Jom Ber“dating”
dilaksanakan. Guru berasa seronok dan berpuas hati kerana dapat membantu pelajar untuk
menguasai bentuk-bentuk komunikasi dengan menggunakan kaedah Tarian Jom Ber “dating”
sementara pelajar dapat menguasai tajuk bentuk komunikasi dengan baik.

CADANGAN DAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan hasil kajian, didapati kaedah ini memberikan kesan yang sangat positif kepada
pencapaian pelajar. Kaedah ini akan disebarkan kepada kelas lain yang mengambil mata pelajaran
Pengajian Perniagaan di Kolej Tingkatan Enam Pontian. Selain itu, kaedah pergerakan tubuh badan
ini dicadangkan untuk diaplikasikan dalam tajuk lain bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan
seperti tajuk gaya kepimpinan. Kaedah ini juga sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran lain seperti
Pendidikan Moral.

Kaedah pergerakan tubuh badan ini menyeronokkan kerana pelajar melakukan pelbagai aktiviti
semasa PdPc serta dapat melakukan senaman ringan. Kaedah ini juga tidak memerlukan kos dan
lebih dekat dengan diri pelajar kerana anggota badan pelajar itu sendiri dijadikan medium.
Diharapkan ada pihak yang akan menggunakan kaedah pergerakan tubuh badan ini dalam PdPc
supaya lebih menarik, berkesan, dan mendapat keputusan yang lebih baik.

309

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

RUJUKAN
Aini Hayati Et al., 2017. STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn Bhd.
M.B. Muda. Et al.,2003. Pengajian Perniagaan 2. Edisi ke-3. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn

Bhd
Mokhtar Pet, 2017. Pengajian Perniagaan : Pengurusan ACE AHEAD Teks STPM. Edisi ke-3. Shah

Alam : Oxford Fajar.
Shanthi Subramaniam & Moh Boon Kiet, 2019. Teks STPM : Pengajian Perniagaan Pengurusan.

Edisi Pertama. Bangi : Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.
Jurnal Penyelidikan Tingkatan Enam, 2017. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian

Pendidikan Malaysia.
Soalan-soalan STPM Penggal 2, 2013 hingga 2018. Majlis Peperiksaan Malaysia.
Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan STPM, 2013. Majlis Peperiksaan Malaysia.
http://nurrul2210-kt.blogspot.com/2009/11/

310

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGURUSAN DAN PERANCANGAN
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU MENGGUNAKAN

APLIKASI TNA4PD

Dr. Salwati Shafee ([email protected])
Ahmad Termizi bin Yusuf ([email protected])

Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek

ABSTRAK

Pembangunan profesional seharusnya direka bentuk bagi meningkatkan potensi individu. Justeru,
analisis Keperluan Latihan (TNA) merupakan langkah yang paling penting dalam usaha untuk
membangunkan program latihan yang efektif. Ini adalah kerana TNA boleh memberikan maklumat
yang berharga kepada organisasi untuk membantu mereka dalam mereka bentuk atau
membangunkan program latihan strategik. Aplikasi TNA4PD telah dibangunkan untuk membantu
pihak pengurusan sekolah membuat TNA dalam merangka dan membangunkan program latihan
kepada guru-guru di sekolah mengikut keperluan kompetensi yang sepatutnya. Ia dibangunkan
berdasarkan ADDIE model di mana ia bermula dengan fasa analisis, reka bentuk, pembangunan,
pelaksanaan dan penilaian. Fasa analisis dijalankan dengan mendapatkan maklumbalas awal dari
63 responden berkaitan dengan proses pengurusan program latihan guru yang dijalankan di
sekolah. Bagi melihat keberkesanan aplikasi tersebut, satu set maklum balas telah diedar kepada
pengguna aplikasi tersebut dalam fasa penilaian. Data yang diperolehi dalam fasa analisis dan fasa
penilaian di analisis menggunakan analisis statistik deskriptif. Selain itu, pemerhatian juga turut
dicatat. Secara keseluruhan, inovasi ini adalah aplikasi yang mudah bagi pihak pengurusan untuk
mendapatkan akses kepada prestasi individu atau kumpulan dalam memberikan bentuk latihan
pembangunan berterusan yang sesuai dengan individu bagi meningkatkan hasil pembelajaran dan
prestasi sekolah secara keseluruhan.

Kata kunci: Analisa Keperluan Latihan, Pentaksiran, Penilaian, Kemahiran Kompetensi,
Pembangunan Profesional

PENGENALAN

Penambahbaikan instruksional guru merupakan satu cara untuk meningkatkan hasil pengajaran dan
pembelajaran (Barber & Mourshed, 2007). Ini bermaksud keberkesanan guru adalah penting untuk
memperbaiki pembelajaran pelajar. Hakikatnya keberkesanan guru adalah kaedah yang signifikan di
dalam meningkatkan pembelajaran pelajar (Darling-Hammond & Rothman, 2011). Di dalam usaha
meningkatkan standard profesionalisme guru, pelbagai latihan telah diberi kepada guru melalui
aktiviti pembangunan profesionalisme guru pada pelbagai peringkat (Balan, Manko & Phillips,
2011). Manakala sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah, guru perlu memperbaiki
amalan instruksional mereka. Ini selaras dengan saranan Sergiovanni dan Starrat (1979) dan Knight
(2007) yang menyatakan untuk meningkatkan prestasi sekolah, ia harus bermula dengan guru.

Di Malaysia, latihan pembangunan profesional lebih dikenali sebagai Latihan di dalam
Perkhidmatan (LADAP). Satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
menyatakan bahawa semua kakitangan awam wajib menghadiri kursus profesional sekurang-
kurangnya 7 hari setahun (Ang & Balasandran, 2013). Walau bagaimanapun, kekangan kewangan
tekah menyebabkan pengurusan sekolah terpaksa menggunakan semua kaedah dan sumber untuk
melaksanakan satu program yang sesuai untuk semua guru, sedangkan pembelajaran bermakna di

311

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

dalam pembangunan profesional hanya berlaku apabila guru diberi peluang belajar dan membangun
secara profesional melalui kursus yang berkaitan dengan bidang kerja mereka (Balan, Manko &
Phillips, 2011). Penawaran pembelajaran profesional untuk guru yang tidak berasaskan kepada
kepada analisis keperluan latihan guru akan menghasilkan latihan yang tidak berkesan derana guru
tidak dapat menghubungkan latihan yang diterima dengan keperluan bidang profesional mereka.
Oleh itu adalah penting untuk sekolah melaksanakan analisis kepeluan latihan (TNA) di dalam usaha
menyediakan latihan pembangunan profesional yang terbaik untuk guru yang membolehkan guru
membangunkan potensi mereka.

TINJAUAN LITERATUR

Standard profesional untuk pengajaran dan pembelajaran dibangunkan berdasarkan ciri-ciri asas
tugas guru yang merangkumi aspek pedagogi, kemahiran penyampaian, penguasaan kandungan
pengajaran. Standard pengajaran dan pembelajaran turut mengambil kira kepimpinan guru, inovasi
pengajaran dan unsur kolaborasi guru yang membentuk komuniti pembelajaran profesional. Guru
perlu sentiasa menunjukkan standard yang tinggi di dalam perlakuan peribadi dan tindakan
profesional bidang perguruan (Stronge, Ward, & Grant, 2011). Standard di dalam bidang Pendidikan
dibangunkan selari dengan keperluan pemerkasaan bidang Pendidikan yang dijadikan amalan oleh
guru untuk kekal relevan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran masa kini secara
menyeluruh. Kualiti di dalam bidang Pendidikan juga mengkehendaki guru menguasai kandungan
pengajaran mata pelajaran yang diajar berdasarkan kurikulum untuk mengekalkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran tersebut (Tosto, Mazzocco, Petrill, & Kovas, 2016).

Guru juga perlu mengatasi kekeliruan pelajar dan mampu untuk memaparkan kefahaman tentang
aspek kurikulum dan kemajuan subjek yang diajar (Clarke & Braun, 2013). Guru juga perlu
menyesuaikan pengajaran dengan keperluan semua murid (Vernier, 2015). Pengajaran yang
berkualiti akan menyumbang kepada perkembangan profesion perguruan negara. Guru yang
berkualiti mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam bidang pengajaran dan mampu meningkatkan
minat dan perubahan perlakuan murid di dalam bilik darjah. Guru juga perlu ada kemahiran kawalan
bilik darjah yang akan mempengaruhi perlakuan pelajar, keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran, melaksanakan tugas yang diberi dan mewujudkan rasa saling menghormati di dalam
bilik darjah (Abd Hamid, Hassan, & Ismail, 2012)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) menggariskan guru akan menerima
lebih banyak sokongan untuk membantu mereka menggunakan potensi penuh mereka di dalam
pengajaran dan pembelajaran (KPM, 2013). Manakala di bawah inisiatif Program Transformasi
Daerah seperti yang dinyatakan di dalam PPPM 2013-2025 komponen pelan pembangunan
profesional guru akan latihan yang berkaitan bidang pengajaran guru itu sendiri dengan berfokus
kepada keperluan latihan individu guru. Program pembangunan profesional guru ini akan turut
melibatkan pihak lain seperti rakan guru dan kepimpinan sekolah (KPM, 2013). Oleh itu, pendekatan
yang bersesuaian perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti kaedah latihan yang sesuai dan
diperlukan untuk membangunkan potensi setiap individu guru secara berkesan.

Analisis Keperluan Latihan

Latihan adalah program yang membantu pekerja belajar atau memperolehi pengetahuan, kemahiran
dan keupayaan yang meningkatkan prestasi kerja semasa mereka. Latihan memberi dimensi baharu
di dalam perspekstif, kemahiran dan maklumat individu kesan penambah baikan perlakuan individu
di dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Untuk memastikan kejayaan sesuatu program
latihan, sesi latihan mesti mengandungi aktiviti yang telah dirancang. Perancangan latihan mesti
dimulakan dengan membuat analisis keperluan latihan pada pelbagai peringkat dan mensasarkan
kepada kompetensi yang diperlukan oleh individu di dalam melaksanakan tugas harian. Latihan
adalah satu kaedah yang memastikan setiap pekerja mempunyai maklumat dan kemahiran yang

312

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

berkaitan untuk bersedia melaksanakan kerja mereka dengan berkesan. Latihan juga diperlukan
apabila terdapat perbezaan di antara prestasi yang diperlukan dengan prestasi semasa seseorang
pekerja. Jurang prestasi semasa dengan prestasi yang diperlukan adalah penyebab kepada kurang
keupayaan atau kurang maklumat untuk melaksanakan tugasan yang diberi (Reid dan Barrington,
1999).

Analisis keperluan menjadi jambatan yang menghubungkan jurang antara prestasi standard tugasan
berbanding prestasi sebenar penjawat pekerjaan. Di dalam organisasi, pekerja menganggap latihan
sebagai satu tindakan penambahbaikan jangka pendek (Boydell dan Leary, 1996). Walau
bagaimanapun, perpekstif ini telah berubah kesan daripada kemajuan di dalam bidang pengurusan
sumber manusia. Penilaian keperluan latihan harus dilakukan pada tahap hierarki yang berbeza, iaitu,
di organisasi, atau pekerjaan atau individu. Pada masa yang sama, penulisan mengenai analisis
keperluan latihan adalah sangat terhad untuk menentukan keseluruhan keperluan bidang latihan
secara khusus organisasi (Boydell dan Leary, 1996).. Maklumat yang tepat mengenai analisis
keperluan latihan adalah penting untuk memastikan pelaksanaan latihan menjadi penyelesaian yang
tepat yang memberi peluang -peluang belajar yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi
(Boydell dan Leary, 1996). Sebilangan besar kandungan dalam buku juga membicarakan kepekaan
yang diperlukan dalam menjalankan analisis keperluan latihan kerana ia menyoroti bidang
kekurangan latihan dalam organisasi (Reid dan Barrington, 1999).

Analisis keperluan latihan adalah satu proses untuk mengenal pasti latihan yang diperlukan oleh
individu yang melaksanakan sesuatu kerja yang telah ditetapkan di dalam diskripsi kerja yang
disediakan oleh majikan. Analisis keperluan latihan dibuat dengan teknik dan alatan yang dapat
mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja yang
telah dikenal pasti (Phillips et al, 2007). Sesuatu proses analisis keperluan latihan bermula bermula
dengan satu sistem yang dapat menganalisis keperluan dan berkembang dengan langkah-langkah
prosedural yang mampu membuat penilaian keperluan. Sistem yang dibangunkan harus berupaya
pegawai di bahagian pembangunan sumber manusia melihat dimensi latihan secara sistematik. Di
antara rintangan dalam mendapatkan kadar pulangan maksima sesuatu latihan adalah kerana banyak
latihan yang dilaksanakan tanpa analisis keperluan latihan yang tepat dilaksanakan terlebih dahulu
(Phillips et al, 2007) program latihan, manakala kebanyakan latihan dilaksanakan dilakukan
mengikut keperluan pihak pengurusan atau menurut arus trend di dalam penganjuran latihan sesuatu
industri (Phillips et al, 2007), Sekiranya kursus yang dilaksanakan sebenarnya bukan keperluan
pembangunan sumber manusia di dalam sesuatu organisasi, keberkesanan kursus akan berkurang,
dan pulangan kepada pelaburan (ROI) kursus yang tidak diperlukan adalah negatif. Halangan
sebenar disebabkan oleh banyak kursus latihan kerana penilaian keperluan tidak dilakukan dengan
betul terlebih dahulu.

Kepentingan menjalankan analisis keperluan latihan adalah untuk mengenal pasti ketidakpuasan
dengan keadaan semasa dan keinginan untuk perubahan di dalam sesuatu organisasi, merupakan asas
yang sama terhadap permintaan untuk latihan dilaksanakan. Setiap permintaan menyiratkan bahawa
terdapat jurang atau perbezaan antara keupayaan yang ada dengan keupayaan yang ada pada
sesorang pekerja (Barbazette, 2006).. Jurang pembelajaran atau prestasi antara keadaan semasa dan
yang diinginkan disebut sebagai keperluan. Analisis keperluan latihan bertujuan untuk
menyelesaikan masalah semasa, menghindari masalah masa lalu atau semasa, mencipta atau
memanfaatkan peluang masa depan, menyediakan pembelajaran, pengembangan atau pertumbuhan
(Barbazette, 2006). Secara keseluruhan, tujuan sesuatu organisasi membuat analisis keperluan
latihan adalah untuk menjawab persoalan seperti mengapa, siapa, bagaimana, apa, dan bila sesuatu
latihan patut dilaksanakan. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan untuk mengenal pasti
keperluan pembelajaran yang merangkumi analisis strategi yang ada dan merancang untuk mengenal
pasti kemahiran apa yang diperlukan untuk penyampaian dalam bentuk soal selidik, temu bual secara
individu atau secara berkumpulan (Barbazette, 2006).

313

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Sorotan kajian lampau menunjukkan bahawa kebanyakan latihan pembangunan profesional yang
diberikan adalah ‘One-size-fits-all’ dan tidak berfokus kepada keperluan individu (Balan, Manko &
Phillips, 2011). Oleh itu, aplikasi TNA4PD telah dibangunkan untuk membantu pihak pengurusan
sekolah membuat analisis keperluan latihan dalam merangka dan membangunkan program latihan
kepada guru-guru di sekolah mengikut keperluan kompetensi yang sepatutnya. TNA4PD telah
dibangunkan berdasarkan ADDIE model di mana ia bermula dengan fasa analisis, reka bentuk,
pembangunan, pelaksanaan dan penilaian (Rossett, 1987).

Aplikasi TNA4PD

Untuk membantu pihak pengurusan sekolah dalam merangka program latihan pembangunan
profesional guru berdasarkan elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran seperti yang terdapat
dalam SKPMg2, aplikasi TNAPD telah dibangunkan. Ia merupakan penambahbaikan yang telah
dibuat kepada aplikasi Stand4Apps pada tahun 2020. Stand4Apps berfokuskan kepada
meningkatkan kompetensi dan kemahiran guru dengan melihat kepada jurang dan juga kelemahan
dan kekuatan pdpc guru. Untuk tujuan merancang dan merangka latihan pembangunan profesional
guru, aplikasi Stand4Apps telah dipertingkatkan dengan mencadangkan latihan yang sesuai
diberikan kepada guru yang dicerap. Modul tambahan ini menjadikan TNA4PD berfungsi sebagai
alat analisis keperluan latihan (TNA) yang membantu pengguna mengenal pasti jenis latihan yang
sesuai diberikan kepada guru yang telah dicerap. Aplikasi ini mencadangkan 4 jenis latihan kepada
guru mengikut prestasi guru berdasarkan cerapan bilik darjah yang telah dibuat. Cadangan kaedah
latihan adalah (i) kursus, (ii) coach, (iii) pementoran, dan (iv) pembangunan kendiri. Cadangan ini
dibuat selari dengan pasangan program pembangunan profesionalisme berdasarkan kompetensi dan
komitmen (Blankchard, 2020).

OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk tujuan kajian ini objektif yang ingin di capai dengan pembangunan Inovasi TNA4PD
adalah seperti berikut: Mengenal pasti masalah yang di hadapi dalam pengurusan dan
perancangan latihan pembanguna profesional guru di sekolah

2. Mengenalpasti peranan aplikasi TNA4PD dalam menyelesaikan masalah berkiatan
perancangan dan pengurusan latihan pembangunan perofesional guru

KERANGKA KAJIAN

Kerangka kajian ini adalah berdasarkan ADDIE MODEL (Rossett, 1987) yang terdiri dari 5
peringkat iaitu, analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.

314

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

•Pemerhatian
Analisa •Soal selidik

Reka •Reka bentuk aplikasi berdasarkan catatan pemerhatian dan soal selidik
bentuk • Reka bentuk proptotaip
• Uji lari

• Aplikasi dibangunkan berdasarkan dapatan/oemerhatian uji lari

Pembangu •Pengunaaan Bahasa Pengaturcaraan
nan •3 bentuk antara muka

•Aplikasii digunakan sebagai alat latihan

Pelaksana •Diedar ke sekolah
an

•Diedar kepada lebih amai pengguna
Penilaian •Penilaian berterusan menggunakan maklum balas

Rajah 1: Kerangka Kajian berdasarkan ADDIE Model

Peringkat analisis adalah satu peringkat yang dijalankan untuk mendapatkan gambaran jelas
berkaitan situasi semasa. Untuk kajian ini, pemerhatian awal telah dibuat dan satu soal selidik telah
diberikan kepada pihak sekolah bagi mengenal pasti amalan pengurusan dan perancangan latihan
dan pembangunan profesional guru.

Reka bentuk kajian dibuat berdasarkan laporan soal selidik yang dilaksanakan pada fasa analisis.
Satu prototaip telah direka bentuk menggunakan perisian Microsoft Excel. Ia adalah berdasarkan
aplikasi Stand4Apps yang telah dibina sebelum ini. Stand4Apps adalah berdasarkan elemen-elemen
pengajaran dan pembelajaran seperti yang terdapat dalam SKPMg2, Prototaip aplikasi TNA4PD
telah dibangunkan bertujuan untuk merangka dan merancang latihan pembangunan profesional yang
bersesuaian dengan laporan PdPc berdasarkan analisis Stand4Apps yang berfokuskan kepada
meningkatkan kompetensi dan kemahiran guru dengan melihat kepada jurang dan juga kelemahan
dan kekuatan pdpc guru. Prototaip ini dikongsi dengan kumpulan guru dan kepimpinan sekolah
untuk persetujuan mereka terhadap fitur dan reka bentuk antara muka peserta

Dalam fasa pembangunan, aplikasi dibangunkan setelah prototaip diterima oleh kumpulan guru dan
kepimpinan sekolah yang menguji prototaip. Modul dibangunkan seperti yang diperlukan oleh
peserta menggunakan Bahasa pengaturcaraan Visual Basic Application yang tersedia bina di dalam
aplikasi Micosoft Excel. Aplikasi inovasi yang dibina melibatkan 3 modul halaman antara muka
iaitu Data, Dashboard dan Reportcard selari dengan spesifikasi yang dipersetujui oleh penilai
prototaip. Aplikasi yang telah dibangunkan diuji lari oleh kumpulan guru dan kepimpinan sekolah
untuk memastikan tiada pepijat atau ralat di dalam aplikasi yang dibangunkan. Uji lari juga bertujuan
untuk memastikan navigasi dan enjin pencari yang dibina berfungsi seperti yang dihasratkan. Uji
lari juga dilaksanakan dengan mengedar salinan beta aplikasi kepada pengurusan sekolah untuk
mendapat maklum balas keboleh gunaan aplikasi.

Bagi fasa pelaksanaan, aplikasi yang telah diuji akhirnya dijadikan bahan latihan di dalam kursus-
kursus pembangunan organisasi Pendidikan. Aplikasi ini juga diedar kepada peserta kursus untuk

315

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

dijadikan sebagai satu kaedah melaksanakan analisis keperluan latihan di sekolah masing-masing
untuk program pembangunan pprofesional guru.
Dalam fasa Penilaian pula, penilaian yang berterusan dilaksanakan berdasarkan maklum balas
pengguna yang menggunakan aplikasi TNA4PD. Maklum balas yang didapati daripada pengguna
aplikasi semasa mengikuti latihan di IAB dan pengguna di sekolah dikumpul dan dianalisis untuk
perancangan penambah baikan. Unsur yang penting di dalm penilaian adalah untuk memastikan
perisaian berfungsi mengikut objektif yang telah dikenal pasti di dalam fasa pertama iaitu fasa
analisis.

METODOLOGI
Secara keseluruhannya, kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)
yang berdasarkan kepada empat peringkat pada setiap kitaran iaitu merancang (plan), bertindak
(Act), Memerhati (observe) dan Reflek (reflect) seperti dalam Rajah 2. Kajian ini telah melalui
beberapa kitaran dan penambah baikan dibuat pada setiap kitaran.

Rajah 2: Model Kajian Tindakan
Kitaran 1
Borang pengiraan manual SKPMg2 merupakan alat yang digunapakai dalam sesi latihan di IAB
semasa latihan dijalankan. Pemerhatian telah dibuat dan dicatat berdasarkan kepada aktiviti peserta
dalam menganalisis data SKPMg2. Selain itu, satu maklum balas berkaitan perancangan dan
pengurusan latihan pembangunan profesional di sekolah telah di kongsikan kepada beberapa peserta
kursus di IAB untuk mengenalpasti bagaimana perancangan latihan pembangunan dibuat dan apakah
jenis data yang digunakan dalam membuat perancangan tersebut. Berdasarkan maklum balas
tersebut, refleksi telah dibuat dan prototaip TNA4PD telah dibina. Prototaip ini dikongsi dengan
kumpulan guru dan kepimpinan sekolah untuk persetujuan mereka terhadap fitur dan reka bentuk
antara muka peserta. Berdasarkan maklum balas yang diterima, sesi refleksi dijalankan dan segala
maklumat dikumpul untuk fasa perancangan seterusnya.

316

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Kitaran 2

Kitaran ini bermula dengan perancangan penambah baikan terhadap prototaip yang diterima oleh
kumpulan guru dan kepimpinan sekolah yang menguji prototaip. Modul TNA4PD dibangunkan
seperti yang diperlukan oleh peserta menggunakan Bahasa pengaturcaraan Visual Basic Application
yang tersedia bina di dalam aplikasi Micosoft Excel. Aplikasi inovasi yang dibina melibatkan 3
modul halaman antara muka iaitu Data, Dashboard dan Reportcard selari dengan spesifikasi yang
dipersetujui oleh penilai prototaip. Aplikasi yang telah dibangunkan diuji lari oleh kumpulan guru
dan kepimpinan sekolah untuk memastikan tiada pepijat atau ralat di dalam aplikasi yang
dibangunkan. Uji lari juga bertujuan untuk memastikan navigasi dan enjin pencari yang dibina
berfungsi seperti yang dihasratkan. Uji lari juga dilaksanakan dengan mengedar salinan beta aplikasi
kepada pengurusan sekolah untuk mendapat maklum balas keboleh gunaan aplikasi. Berdasarkan uji
lari tersebut, segala maklumbalas dan maklumat berkaitan penambah baikan dicatat untuk digunakan
pada kitaran seterusnya.

Kitaran 3

Pada kitaran ini, aplikasi yang telah diuji akhirnya dijadikan bahan latihan di dalam kursus-kursus
pembangunan organisasi pendidikan. Data permerhatian dicatat untuk tujuan penambah baikan.
Melihat kepada maklum balas peserta kursus, aplikasi ini turut diedar kepada peserta kursus untuk
dijadikan sebagai satu kaedah melaksanakan analisis keperluan latihan di sekolah masing-masing
untuk program pembangunan profesional guru. Penilaian berterusan berdasarkan 9 item berkaitan
fungsi TNA4PD turut dilaksanakan melalui maklum balas kepada pengguna yang menggunakan
aplikasi TNA4PD. Maklum balas yang didapati daripada pengguna aplikasi semasa mengikuti
latihan di IAB dan pengguna di sekolah dikumpul dan dianalisis untuk perancangan penambah
baikan.

DAPATAN KAJIAN

Perbincangan berkaitan dapatan kajian ini adalah berdasarkan pemerhatian sebelum aplikasi
TNA4PD dibangunkan beserta dengan maklum balas awal yang diperolehi dari kaji selidik yang
diberikan kepada peserta kursus di IAB. Selain itu pemerhatian selepas aplikasi dibangunkan dan
kaji selidik berkaitan fungsi aplikasi juga turut dijalankan untuk mendapatkan maklum balas
berkaitan dengan peranan TNA4PD dalam membantu pihak sekolah untuk membuat perancangan
berkaitan latihan pembangunan professional guru. Secara keseluruhan, dapatan kajian yang
dibincangkan adalah bertujuan untuk menjawab objektif kajian seperti berikut:

1. Menganalisa pengurusan dan perancangan latihan pembangunan profesional guru di sekolah

2. Menganalisa peranan aplikasi TNA4PD dalam menyelesaikan masalah berkaitan perancangan
dan pengurusan latihan pembangunan perofesional guru

Pengurusan dan Perancangan Latihan Pembangunan Profesional Guru Di Sekolah

Pemerhatian Sebelum TNA4PD dibangunkan

Membuat perancangan pembangunan profesionalisme guru adalah salah satu aktiviti di dalam kursus
SPeeD-uP yang dilaksanakan oleh IAB. Beberapa aktiviti disusun untuk membolehkan peserta yang
terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar serta pemimpin pertengahan sekolah merangka kursus-
kursus pembangunan profesional yang sesuai untuk guru mereka. Antara aktiviti yang dijalankan
adalah menggunakan data cerapan Standard 4 SKPMg2. Peserta akan menggunakan kertaf graf dan
membuat plot skor pencapaian dan skor wajaran cerapan Standard 4 SKPMg2 pada satu graf garis.
Aktiviti ini memakan masa yang agak lama kerana peserta terpaksa mendapatkan data cerapan,

317

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

membuat kiraan dan mencari purata skor, seterusnya memplot pada graf. Terdapat juga peserta yang
membuat kesilapan dalam pengiraan purata skor di dalam membuat analisis jurang. Selain itu,
beberapa peserta didapati kurang mahir memplot graf garis di atas kertas graf.

Manakala borang manual SKPMg2 pula merupakan antara alat yang digunakan dalam kelas latihan
di IAB. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di dalam kelas latihan pengendalian data SKPMg2
juga menunjukkan bahawa para peserta mengambil masa yang lama untuk membuat analisis data
secara manual. Peserta akan mengambil masa yang lama untuk membuat perbincangan atau aktiviti
yang melibatkan analisis data. Disebabkan itu, ia mengganggu perjalanan jadual atau masa yang
diperuntukkan untuk slot latihan. Masalah yang timbul dalam sesi latihan disebabkan oleh analisis
data juga menyebabkan peserta tidak dapat mengikuti kandungan yang disampaikan dengan
sebaiknya. Inisiatif telah dibuat dengan membangunkan aplikasi Stand4App menggunakan perisian
Microsoft Excel dengan untuk membolehkan peserta melakukan aktiviti analisis jurang pencapaian
antara skor sebenar guru dengan skor wajaran.

DAPATAN KAJIAN

Analisis Deskriptif Dapatan Awal (Pre-Inovasi)
Analisa berkaitan dengan pengurusan dan perancangan latihan pembangunan profesional guru di
sekolah adalah berdasarkan kepada maklum balas kaji selidik yang dikongsikan kepada peserta
kursus dia IAB yang terdiri daripada barisan pentadbir sekolah yang terlibat dengan merancang
latihan pembangunan profesional guru. Seramai 65 pengguna memberikan maklumbalas mereka
terhadap soal selidik yang diedarkan. Rajah 3 menunjukkan analisis maklum balas pihak pentadbir
sekolah tersebut dalam merancang program latihan pembangunan profesional guru.

Q1: Bagaimana anda merancang program
latihan/pembangunan profesional di sekolah anda?

60 54.5
50 18.2
40 27.3
30 SOAL SELIDIK MUAFAKAT PENGURUSAN
20
10

0
DATA SKPMG2

KATEGORI

Rajah 3: Analisis Pengurusan dan Perancangan Latihan Pembangunan Profesional Guru

Keputusan analisis data bagi soalan 1 (Bagaimana anda merancang program latihan/pembangunan
profesional disekolah anda) dalam Rajah 3 menunjukkan bahawa 54.5 % perancangan latihan
pembangunan profesional guru dibuat berdasarkan muafakat Pengurusan. Manakala hanya 27.3%
sahaja yang merancang berdasarkan data SKPMg2 diikuti dengan 18.2% yang membuat
perancangan berdasarkan soal selidik. Ini menunjukkan bahawa wujudnya keperluan satu inovasi
dalam memudahkan perancangan program latihan pembangunan disamping menggalakkan pihak
pentadbir mengunakan data SKPMg2 supaya apa yang dirancang adalah bertepatan dengan
keperluan peningkatan profesionalisme guru.

318

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Q2: Nyatakan jenis data yang digunakan?

50 36.4 9.1 9.1
45 45.5 TEMU BUAL
40 PELBAGAI DATA TIDAK
35 SELAIN SKPMG2 MENGGUNAKAN
30
25 DATA
20
15
10

5
0

DATA SKPMG2

JENIS DATA

Rajah 4: Analisis Jenis Data yang Digunakan

Keputusan analisis data bagi soalan 2 (Nyatakan jenis data yang digunakan) dalam Rajah 4 pula
menunjukkan bahawa hanya 45 % pihak pentadbir sekolah menggunakan data SKPMg2 dalam
membuat perancangan latihan pembangunan profesional guru diikuti dengan 36.4 % yang
menggunakan pelbagai data selain SKMPg2. Selain itu, sebanyak 9.1 % yang menggunakan data
dari temu bual dalam membuat perancangan latihan pembangunan profesional guru dan sebanyak
9.1% yang langsung tidak menggunakan data.

Peranan aplikasi TNA4PD dalam menyelesaikan masalah berkaitan perancangan dan
pengurusan latihan pembangunan perofesional guru

Pemerhatian selepas TNA4PD dilaksanakan

Pemerhatian yang dibuat selepas aplikasi TNA4PD digunakan sebagai alat di dalam analisis
keperluan latihan pembangunan profesional guru mendapati peserta dapat melaksanakan tugasan
yang diberi dengan lebih cekap dan cepat. Mereka dapat membuat analisis jurang skor pencerapan
dengan skor wajaran dengan hanya memasukkan data pencerapan. Analisis dilaksanakan oleh
algoritma yang telah diaturcara. Isu kesilapan manusia di dalam pengiraan dapat diselesaikan dan
dilaksanakan dengan segera.

Peserta juga berpuas hati kerana paparan grafik visual di dalam laman Dashboard memberi gambaran
besar terhadap potensi kumpulan guru yang mereka selia. Mereka mampu mengurus keperluan
latihan dengan lebih tepat berdasarkan analisis data yang betul. Manakala antaramuka Reportcard
memberi maklumat yang tepat hasil cerapan setiap individu. Peserta dapat membuat keputusan
segera terhadap penambahbaikan yang diperlukan kerana aplikasi TNA4PD menyediakan maklumat
yang diperlukan secara info grafik yang mudah ditafsir. Maklum balas yang diberikan kepada
peserta kursus menyatakan mereka berkongsi aplikasi TNA4PD dengan pihak pengurusan sekolah
dan rakan sejawat lain di dalam merancang aktiviti pembangunan profesional di sekolah.

Analisis Deskriptif (Post-Inovasi)
Dapatan untuk melihat peranan aplikasi TNA4PD dalam menyelesaikan masalah berkaitan
perancangan dan pengurusan latihan pembangunan perofesional guru adalah berdasarkan kepada
maklum balas kaji selidik yang dikongsikan kepada pengguna TNA4PD yang terdiri daripada
barisan pentadbir sekolah yang terlibat dengan merancang latihan pembangunan profesional guru
termasuk Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan juga

319

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Setiausaha LADAP. Seramai 53 pengguna telah pun memberikan maklumbalas mereka. Jadual 2
menunjukkan analisis deskriptif maklum balas tersebut berdasarkan nilai min dan sisihan piawai.

Jadual 2: Analisis Peranan TNA4PD berdasarkan Min dan Sisihan
Aplikasi TNA4PD membantu guru/pentadbir perkara seperti berikut:

Min SP Interpretasi

1. Merancang dan merangka pelbagai program latihan yang 4.05 .724 Tinggi

dilaksanakan di sekolah

2. Membantu untuk membuat penilaian terhadap guru berdasarkan 4.18 .721 Tinggi

kemahiran/ kompetensi tertentu yang diperlukan/perlu ditambah

baik

3. Membantu menganalisa kualiti pengajaran guru 4.23 .777 Tinggi

4. Menganalisa kelemahan dan kekuatan pengajaran guru 4.33 .701 Tinggi

5. Membantu pihak pentadbir untuk mengutamakan keperluan 4.21 .801 Tinggi

latihan berdasarkan data tertinggi/terendah

6. Membantu menganalisis dan mengenal pasti jurang dalam 4.38 .711 Tinggi

keperluan latihan guru di pelbagai peringkat

7. Membuat analisa dan cadangan pelbagai jenis program latihan 4.36 .778 Tinggi

yang akan dilaksanakan pada masa hadapan

8. Membantu guru untuk memastikan program latihan yang 4.38 .747 Tinggi

dicadangkan selaras dengan matlamat individu dan organisasi

9. membantu tugas pembimbing dalam memberi sokongan 4.33 .806 Tinggi
instruksional kepada guru

KESELURUHAN 4.27 .751 Tinggi

Skor Min:1.00 - 2.33 = Rendah, 2.34 - 3.66 = Sederhana, 3.67 – 5.00 = Tinggi, SP = Sisihan Piawai

Analisis dapatan menunjukkan kesemua item berada tahap tinggi. Secara kesuluruhan aplikasi
TNA4PD sangat membantu pihak pengurusan untuk merancang program latihan dan pembangunan
profesional guru. Analisis dapatan menunjukkan peranan aplikasi TNA4PD dalam membantu
pengurusan dan perancangan latihan dan pembangunan profesional guru berada pada tahap yang
tinggi berdasarkan nilai min keseluruhan (min=4.27, SP= .751). Analisis dapatan juga menunjukkan
item dengan min tertinggi ialah Item 8 (membantu guru untuk memastikan program latihan yang
dicadangkan selaras dengan matlamat individu dan organisasi) dengan nilai min 4.38 (SP=.747) dan
Item 6 (Membantu menganalisis dan mengenal pasti jurang dalam keperluan latihan guru di pelbagai
peringkat) dengan nilai min=4.38 (SP=.711) diikuti dengan Item 7 (Membuat analisa dan cadangan
pelbagai jenis program latihan yang akan dilaksanakan pada masa hadapan) dengan nilain min =
4.36 (SP=.778), Item 9 (membantu tugas pembimbing dalam memberi sokongan instruksional
kepada guru) dengan nilai min = 4.33 (SP=.806), Item 4 (Menganalisa kelemahan dan kekuatan
pengajaran guru) dengan nilai min= 4.33(SP=.701) , Item 3 (Membantu menganalisa kualiti
pengajaran guru) dengan nilai min= 4.23 (SP=.777), Item 5 (Membantu pihak pentadbir untuk
mengutamakan keperluan latihan berdasarkan data tertinggi/terendah) dengan nilai min = 4.21
(SP=.801) , Item 2 (Membantu untuk membuat penilaian terhadap guru berdasarkan kemahiran/
kompetensi tertentu yang diperlukan/perlu ditambah baik) dengan nilai min = 4.18 (SP=.721) dan
Item 1 (Merancang dan merangka pelbagai program latihan yang dilaksanakan di sekolah) dengan
nilai min = 4.05 (SP=.724).

PERBINCANGAN

Analisis awal terhadap maklum balas berkaitan dengan amalan dalam perancangan dan pengurusan
latihan dan pembangunan profesional guru di sekolah menunjukkan bahawa wujudnya keperluan
untuk mereka bentuk satu aplikasi yang memudahkan mereka menganalisis data SKPMg2 bagi

320

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

memudahkan pihak pentadbir mengisi jurang keperluan latihan dan seterusnya meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan mereka. Hal ini adalah kerana maklumat yang tepat mengenai analisis
keperluan latihan adalah penting untuk memastikan pelaksanaan latihan menjadi penyelesaian yang
tepat yang memberi peluang -peluang belajar yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi
(Boydell dan Leary, 1996).

Selain itu, analisis dapatan berkaitan dengan jenis data yang digunakan juga menunjukkan bahawa
pihak sekolah kebanyakan masa menggunakan data SKPMg2 dalam membuat perancangan latihan
pembangunan profesional guru. Justeru, pembangunan aplikasi TNA4PD adalah bersesuaian dan
bertepatan dalam membantu pihak sekolah membuat analisis data bagi membolehkan mereka
merancang latihan yang bertepatan dan bersesuaian dengan jurang yang ditunjukkan dalam data
SKMPg2. Selain itu, ia memudahkan pihak pentadbir untuk mentafsir data kerana aplikasi TNA4PD
akan mengeluarkan laporan secara automatik (auto-generate).

Analisis peranan atau fungsi TNA4PD menunjukkan bahawa aplikasi tersebut dapat membantu
pihak pentadbir untuk memastikan program latihan yang dicadangkan selaras dengan matlamat
individu dan organisasi selain dapat membantu menganalisis dan mengenal pasti jurang dalam
keperluan latihan guru di pelbagai peringkat. Ini adalah selari dengan pendapat Reid dan Barrington
(1999) yang menyatakan bahawa perancangan latihan mesti dimulakan dengan membuat analisis
keperluan latihan pada pelbagai peringkat dan mensasarkan kompetensi yang berkaitan yang
diperlukan oleh individu di dalam melaksanakan tugas harian. Jurang prestasi semasa dengan
prestasi yang diperlukan adalah penyebab kepada kurang keupayaan atau kurang maklumat untuk
melaksanakan tugasan yang diberi (Reid dan Barrington, 1999).

Selain itu, aplikasi tersebut juga dapat membuat analisa dan cadangan pelbagai jenis program latihan
yang akan dilaksanakan pada masa hadapan dan membantu tugas pembimbing dalam memberi
sokongan instruksional kepada guru. Ini adalah selari dengan pendapat Boydell dan Leary, (1996)
maklumat yang tepat mengenai analisis keperluan latihan adalah penting untuk memastikan
pelaksanaan latihan menjadi penyelesaian yang tepat yang memberi peluang belajar sebagai satu
bentuk sokongan yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi

Aplikasi tersebut juga dapat membantu pihak pentadbir untuk menganalisa kelemahan dan kekuatan
pengajaran guru di samping membantu menganalisa kualiti pengajaran guru. Seperti yang
dinyatakan oleh Barbazette (2006), kepentingan menjalankan analisis keperluan latihan adalah untuk
mengenal pasti ketidakpuasan dengan keadaan semasa dan keinginan untuk perubahan di dalam
sesuatu organisasi, merupakan asas yang sama terhadap permintaan untuk latihan dilaksanakan.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, ini boleh dikaitkan dengan meningkatkan kelemahan
dan kualiti pengajaran guru.

Selain itu ia juga dapat membantu pihak pentadbir untuk mengutamakan keperluan latihan
berdasarkan data tertinggi/terendah dan membantu untuk membuat penilaian terhadap guru
berdasarkan kemahiran/ kompetensi tertentu yang diperlukan/perlu ditambah baik. Ia juga turut
membantu pihak sekolah dalam merancang dan merangka pelbagai program latihan yang
dilaksanakan di sekolah. Ini adalah selari dengan pendapat Barbazette, (2006) yang menyatakan
bahawa terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan untuk mengenal pasti keperluan
pembelajaran yang merangkumi analisis strategi yang ada dan merancang untuk mengenal pasti
kemahiran apa yang diperlukan untuk penyampaian dalam bentuk soal selidik, temu bual secara
individu atau secara berkumpulan.

321

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

RUMUSAN

Analisa keperluan latihan merupakan unsur yang penting dalam merancang pembangunan
profesional guru. Secara dasarnya, ia merupakan jambatan yang menghubungkan jurang antara
prestasi standard tugasan berbanding prestasi sebenar penjawat pekerjaan. TNA4PD dibangunkan
untuk membantu pihak pengurusan sekolah dalam merancang dan menguruskan program latihan
pembangunan profesional guru disekolah. Ia membantu pihak sekolah mengenal pasti kompetensi
sebenar guru di dalam bilik darjah berbanding dengan kompetensi yang sepatutnya ada pada guru
untuk melaksanakan tugas sebagai guru di bilik darjah secara berkesan. Aplikasi ini menggunakan
algoritma perbandingan antara skor sebenar guru dengan wajaran skor Standard 4 SKPMg2 sebagai
asas membuat keputusan tentang kompetensi guru dan dipadankan dengan cadangan 4 kuadran
latihan berasaskan perbezaan kompetensi semasa dan kompetensi yang dihasratkan. Amalan
menggunakan data secara analitikal dapat menjamin aktiviti pembangunan profesional guru di
sekolah dilaksanakan secara telus, berasaskan keperluan sebenar guru yang akhirnya meningkatkan
keberkesanan guru di dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid. Secara keseluruhannya,
penggunaan aplikasi telah memudahkan urusan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan
sokongan yang sepatutnya untuk pembangunan profesional guru-guru bagi meningkatkan kapasiti
mereka seterusnya meningkatkan kemenjadian murid.

RUJUKAN

Abd Hamid, S. R., Hassan, S. S., & Ismail, N. A. (2012). Teaching Quality and Performance Among
Experienced Teachers in Malaysia. Australian Journal of Teacher Education.

Ang, Jit Eng; Balasandram, Ramiah. (2013). Kepimpinan instruksional : satu panduan praktikal.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Barbazette, J. (2005). Training Needs Assessment: Methods, Tools, and Techniques. John Wiley &
Sons.

Barber, Michael; Mourshed, Mona. (2007). How the World's Best-Performing School Systems
Come Out on Top.
http://lst-iiep.iiep-unesco.org/cgi-bin/wwwi32.exe/[in=epidoc1.in]/?t2000=025763/(100).

Blankchard, K. (2020). Leading at Higher Level, Third Edition. New Jersey: Pearson.

Boydell, Tom: Leary, Malcolm . (1996). Identifying Training Needs (Training Essentials) By Tom
Boydell, Malcolm Leary. Wimbledon: Chartered Institute of Personnel & Development.

Clarke, V., & Braun, V. (2013). Teaching thematic analysis: Overcoming challenges and developing
strategies for effective learning. American Association of Colloges for Teacher Education,
120-123.

Darling-Hammond, Linda; Ed, Rothman. (2011). Teacher and Leader Effectiveness in High-
Performing Education Systems. Alliance for Excellent Education.

Darling-Hammond, Linda; Hyler, Maria E; Gardner, Madelyn; Espinoza, Danny . (2017). Effective
Teacher Professional Development. Learning Policy Institute.

Knight, J. (2007). Instructional Coaching: A partnership approach to improving instruction.
Thousand Oaks, Ca: Corvin Press.

322

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

MOE. (2013). Malaysia Educational Blueprint (Preschool to Post-Secondary Education). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Phillips, Karen; Balan, Rose; Manko, Tammy. (2011). Instructional Improvement Through
Professional Development. Transformative Dialogues: Teaching and Learning Journal.

Phillips,P. P; Phillips, J. J; Stone, R. D; Burkett, H. (2007). The ROI field Book. Burlington:
Butterworth-Heinemann.

Reid, M.A; Barrignton, H. (2004). Training Interventions: Promoting Learning Opportunities.
London: 1999.

Stronge, J. H., Ward, T., & Grant, L. W. (2011). What Makes Good Teachers Good? A Cross-Case
Analysis of the Connection Between Teacher Effectiveness and Student Achievement.
American Association of Colloges for Teacher Education, 339-355.

Thomas J. Sergiovanni; Robert J. Starratt. (1979). Supervision: Human Perspectives. McGraw-Hill.
Tosto, M. G., Mazzocco, M., Petrill, S., & Kovas, Y. (2016). From classroom environment tox

mathematics achievement: The mediating role of self-perceived ability and subject interest.
American Association of Colloges for Teacher Education.
Vernier, D. (2015). Teaching with technology. Physics World. Institute of Physics.

323

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

KESERLAHAN RUANG HADAPAN PEJABAT MELALUI DEKORASI DI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

Razali Md Amin, Ph.D ([email protected].)
Muhammad Syafiq Sim Abdullah ([email protected]).
Razali Abdul Rahim ([email protected]).
Muhammad Asrul Ahmad ([email protected]).
Rahmat Rahwi ([email protected]).
M.Rajandaran a/l Marimuthu ([email protected]).

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keserlahan ruang hadapan pejabat melalui dekorasi di
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor. Keperluan penyelidikan ini adalah
untuk memenuhi dan menyelesaikan masalah kekurangan ruang hadapan pejabat yang
menimbulkan rasa ketenangan kepada pensyarah dan staf yang bertugas. Maklumat berkaitan
elemen-elemen dan konsep-konsep reka bentuk hiasan dalaman untuk menimbulkan keserlahan
ruang hadapan pejabat adalah kurang dan terbatas penelitiaannya. Objektif pertama kajian ini
adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen reka bentuk dalaman yang diperlukan bagi
menimbulkan keserlahan ruang hadapan pejabat. Manakala objektif kedua pula adalah untuk
memperincikan konsep-konsep reka bentuk dalaman yang menimbulkan keserlahan ruang hadapan
pejabat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada kajian perpustakaan
dan kajian lapangan. Data yang diperoleh daripada kajian perpustakaan dan kajian lapangan perlu
menjalani proses saringan untuk memperoleh data yang diperlukan sahaja. Penyaringan ini
menggunakan teknik interprestasi, teknik kandungan dan bacaan rapi. Hasil kajian dapat
menjelaskan bahawa sebuah pengubahsuaian dekorasi ruang hadapan pejabat yang dapat
menimbulkan keserlahan dan ketenangan perlu mempunyai penerapan elemen-elemen dan konsep-
konsep reka bentuk dalaman yang berpadanan. Implikasinya kajian ini dapat memberi rujukan
kepada semua pensyarah dan staf Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, warga
Kementerian Pendidikan Malaysia dan seluruh masyarakat untuk mendekorasi ruang hadapan
pejabat berdasarkan kepada konsep-konsep reka bentuk dalaman yang telah dikenal pasti.

Kata kunci: Dekorasi, ketenangan, ruang, hadapan, pejabat.

PENGENALAN

Kesenian perlu mengalami perubahan demi perubahan agar dapat berkembang secara aktif. Menjaga
kemurniaan sesuatu kesenian bukan bererti mesti mempertahankan yang lama dalam keadaan sedia
wujud. Ciri-ciri keindahan dalam kesenian menjadi suatu nilai tambah sejagat yang diperlukan untuk
menjadikan kehidupan lebih harmonis (Rais Yatim, 2009; Norliza Rofli & Eddin Khoo, 2009).
Kesenian membawa pengertian yang tersirat. Secara umumnya kesenian membawa maksud ciptaan
dan penghayatan kreatif. Kata kunci keseniaan adalah kreatif. Ciptaan seni ini boleh dikategorikan
kepada dua bentuk iaitu dalam bentuk benda atau bukan benda. Kesenian perlu menitikberatkan
kesan, kehalusan, keseimbangan, keberukiran, keharmonian, keindahan dan ketenangan (Anwar
Din, 2016). Ridzuan et al. (2019) menjelaskan bahawa prinsip rekaan memberi penekanan kepada
harmoni, kontra, imbangan, penegasan, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan. Perkara
ini berkait rapat dengan pandangan Izani (2013) yang menjelaskan bahawa pemahaman seni secara
umum adalah suasana atau mood yang diciptakan oleh sesuatu karya seni.

324

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Dekorasi interior pula adalah cabang seni yang melibatkan ilmu merancang, merencana dan
mencantikkan ruang dalaman bangunan bertujuan untuk memenuhi gaya hidup dan memanafaatkan
fungsi ruang (Wicaksono, 2014; Nyoman, 2017). Salah satu bahagian penting yang memerlukan
dekorasi interior adalah di ruang hadapan pejabat. Dalam menghasilkan dekorasi ruang hadapan
pejabat, prinsip rekaan perlu diambil kira agar kelihatan lebih harmonis dan menimbulkan
keserlahan. Elemen-elemen ini juga merupakan kunci utama bagi menghasilkan dekorasi ruang
hadapan pejabat yang menimbulkan kesan kepada individu yang berada di dalamnya. Hal demikian
perlu diperhalusi dan dirungkaikan agar menepati citarasa, keadaan, motif dan kerelevenannya yang
mampu meletakkan sebahagian daripada elemen dalam kehidupan seharian manusia.

Permasalahan Kajian

Segenap ruang pejabat mempunyai pelbagai fungsi dan semestinya perlu menitik beratkan ruang
hadapan pejabat yang dapat menterjemahkan segala-galanya mengenai pejabat anda. Ruang hadapan
ini sememangnya merupakan antara ruang yang paling penting bagi menonjolkan keserlahan
sesebuah pejabat. Joseph et al. (2001) menjelaskan kebiasaannya pemilihan warna dan tema juga
lazimnya dimulakan dengan mengatur ruang sebaik mungkin agar keadaan kelihatan lebih tenang.
Setiap individu mungkin mempunyai citarasa dan minat yang berbeza-beza dalam sesuatu idea
melibatkan rekaan, konsep atau tema, warna, penyusunan ruang perancangan aktiviti hiasan lampu
dan pelbagai lagi idea kreatif. Namun maklumat tentang elemen-elemen dan konsep-konsep reka
bentuk hiasan dalaman untuk menimbulkan keserlahan ruang hadapan pejabat adalah kurang dan
terbatas penelitiaannya. Oleh itu kajian yang dilakukan ini cuba merungkai idea- idea yang boleh
dijadikan inspirasi dalam menyusun dan menghias ruang hadapan pejabat agar terserlah dan
menimbulkan ketenangan.

Objektif Kajian

Umumnya ojektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut:

a) Mengenal pasti elemen-elemen reka bentuk dalaman yang diperlukan bagi menimbulkan
keserlahan ruang hadapan pejabat.

b) Memperincikan konsep-konsep reka bentuk dalaman yang menimbulkan keserlahan ruang
hadapan pejabat.

Persoalan Kajian

a) Apakah elemen-elemen reka bentuk dalaman yang diperlukan bagi menimbulkan keserlahan
ruang hadapan pejabat?

b) Bagaimanakah bentuk konsep-konsep reka bentuk dalaman yang menimbulkan keserlahan ruang
hadapan pejabat?

TINJAUAN LITERATUR

Joseph et al. (2001) berpendapat bahawa pengubahsuaian reka bentuk dalaman menimbulkan
perasaan yang lebih tenang terhadap individu yang berada di kawasan tersebut. Pada masa yang sama
individu tersebut juga dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih efektif. Selanjutnya beliau
menerangkan bahawa teori interior adalah proses penyusunan dan penciptaan elemen-elemen
interior agar menjadi suatu gabungan yang saling berkaitan untuk mencapai tujuan tertentu pada
aspek estetika dan ketenangan pada sesuatu ruang. Beliau menjelaskan juga untuk menghasilkan
reka bentuk dalaman yang menimbulkan kesan perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

325

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Mohd Johari Ab. Hamid (2004) menjelaskan ulasan dan pandangan ahli falsafah klasik dan moden
berhubung dengan seni, falsafah dan kritikan. Pandangan yang diberikan itu lebih menumpukan
kepada nilai-nilai falsafah, estetika dan kritikan seni. Menghayati karya seni visual akan menjadi
lebih bermakna sekiranya kita dapat memahami akan peranan falsafah. Beliau menjelaskan lagi
bahawa ahli falsafah moden seperti Al-Ghazali, Wolfflin, Winckelmann dan Giorgio Vasari begitu
berjaya mengemukakan pandangan berkaitan dengan falsafah dan kritikan seni. Pandangan yang
diberikan itu amat bermakna kepada peminat seni untuk menghayati karya seni dengan lebih
mendalam lagi.

Wicaksono dan Andie (2006 & 2014) menjelaskan pemilihan konsep dan warna yang bersesuaian
ini adalah bergantung kepada kriteria yang diinginkan oleh seseorang individu. Beliau menjelaskan
warna terang dapat memberi keluasan pada ruang manakala warna gelap menyebabkan ruang
menjadi semakin sempit. Setiap individu itu mempunyai citarasa dan minat yang berbeza
terutamanya melibatkan konsep atau tema. Warna yang dipilih untuk setiap ruang mempengaruhi
keluasan ruang serta keperibadian individu. Pemilihan warna yang tepat memberi kesan kepada
mood dan perasaan kita setiap hari.

Anuar Din (2016) menjelaskan elemen-elemen kesenian pada masa kini lebih menitikberatkan
persoalan kesan dan kurang menitiberatkan keseimbangan, kehalusan, keberukiran, keharmonian
dan keindahan. Kesenian pada hari ini tidak melibatkan cantik atau tidak cantik. Terdapat banyak
karya seni yang kasar, tidak begitu cantik dan harmonis. Beliau menjelaskan lagi bahawa konsep
kesenian yang tersirat dalam estetika perlu melibatkan penghayatan, menenangkan, terharu,
tersentuh, terkesan, terdorong untuk bertakafur dan berfikir dan rasa senang. Dalam memahami
pengertian kesenian terlebih dahulu perlu memahami aspek yang berkaitan dengannya.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Dalam penyelidikan kualitatif ini proses
pengumpulan data telah memberi peluang untuk mendapatkan data (Mack et al., 2005; Creswell,
2014; Merriam, 2009). Metodologi yang digunakan dalam kajian ini menggunakan kaedah
kepustakaan dan kajian lapangan. Reka bentuk perbincangan ini dipilih bagi membolehkan
pemahaman berkaitan dekorasi yang dapat meningkatkan keserlahan ruang hadapan pejabat. Kajian
ini memerlukan penelitian dengan menganalisis data sekunder yang merangkumi bahan-bahan
bacaan di perpustakaan dari pelbagai penulis untuk memudahkan data-data yang diperoleh untuk di
analisis.

Sehubungan dengan itu, antara perpustakaan yang akan dikunjungi bagi mendapatkan bahan dan
data ialah Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor,
Perpustakaan Peringatan Zaaba (Universiti Malaya), Institut Tamadun dan Alam Melayu ATMA
dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (Universiti Kebangsaan Malaysia), Perpustakaan Tun Abdul
Razak 1 (Universiti Teknologi Mara) dan Perpustakaan Tuanku Bainun (Universiti Pendidikan
Sultan Idris) untuk mendapatkan buku, jurnal dan sumber-sumber lain yang lebih tepat.

Kajian lapangan merupakan kaedah yang paling berkesan dalam mengutip data secara mendalam dan
terperinci (Merriam, 2015; Creswell, 1998). Teknik temu bual telah digunakan untuk mendapatkan
data dalam kajian lapangan. Segala data direkodkan dan dianalisis oleh penyelidik. Kaedah temu
bual dilakukan terhadap 3 orang pakar reka bentuk hiasan dalaman menggunakan persempelan
bertujuan. Persempelan bertujuan tidak menetapkan bilangan informan dan ianya berdasarkan
kepada kepakaran (Earl Babbie, 2017). Segala data yang diperoleh direkodkan dan dianalisis oleh
penyelidik.

326

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Mula

Isu & Sorotan Kajian
Lepas

Objektif Kajian

Kajian Kepustakaan Kajian Lapangan

Pengumpulan Data

Analisis Data

Tamat

Rajah 1: Carta Aliran Metodologi Kajian
Sumber: Kajian Lapangan (2020)

Pendekatan Kajian

Pendekatan kajian yang dipilih adalah kajian kualitatif interpretif asas. Merriam (2009) menjelaskan,
melalui pendekatan ini, pengkaji memahami bagaimana peserta kajian memahami satu-satu situasi
atau kejadian. Kefahaman ini datang melalui pengkaji sebagai instrumen kajian. Strategi kajian ini
berbentuk induktif dan hasil adalah deskriptif. Dalam menjalankan kajian kualitatif asas, pengkaji
cuba meneroka dan memahami satu-satu kejadian, proses, perspektif dan juga pendapat informan
yang terlibat atau kombinasi semua ini. Data dikutip melalui temu bual, pemerhatian dan juga
melalui analisis dokumen. Soalan yang ditanya, perkara yang diperhatikan dan apa-apa dokumen
yang dianggap relevan akan bergantung kepada kerangka teoretikal kajian. Analisis data melibatkan
langkah mengenal pasti corak berulang yang mencirikan data. Penemuan adalah corak atau tema
berulang yang disokong oleh data yang diperoleh. Tafsiran keseluruhan akan menjadi pengertian
penyelidik mengenai pemahaman situasi yang dikaji.

Kebolehpercayaan dan Kesahan Data

Penyemakan data bagi memastikan kebolehpercayaan dalam pengumpulan data adalah sangat
penting. Menurut Cohen et al. (2000) persetujuan pakar dalam menentukan tema dalam kajian
kualitatif adalah penting kerana pakar merupakan interater iaitu persetujuan oleh penilai. Penilai

327

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

dalam konteks ini ialah orang luar yang mengesahkan persetujuan tema yang dibina oleh pengkaji
selaku penyelidik (Cohen et. al. 2000). Bagi menentukan kebolehpercayaan data daripada temu bual,
pengkaji merujuk kepada nilai koefisien Cohen. Setelah semua hasil transkrip temu bual disahkan
dan disusun semula, begitu juga dengan catatan pemerhatian, pengkaji menyusun data-data tersebut
untuk mendapatkan tema dan subtema dapatan kajian. Setelah pola dapatan hasil kajian terhasil,
pengkaji menyediakan satu set borang persetujuan pakar terhadap tema-tema yang dibina. Hasil
daripada penilaian dua orang pakar menunjukkan pembinaan tema dan subtema yang dilakukan oleh
pengkaji telah mencapai tahap pengukuran Cohen Kappa (1985) pada tahap sangat tinggil. Tahap
persetujuan yang sangat tinggi merupakan satu bukti yang terbaik bagi menentukan
kebolehpercayaan data kajian. Jadual 1 menunjukkan Interprestasi Skala Kappa bagi menentukan
kebolehpercayaan data.

Jadual 1: Interprestasi Skala Kappa

Interprestasi Nilai Cohen Kappa
Sangat Tinggi >0.90

Tinggi 0.70-0.89
Sederhana 0.30-0.69

Rendah <0.30

Sumber: Wiersma (1991)

Teoretikal Kajian

Kajian ini menggabungkan teori interior dan konsep keindahan sebagai teori kajian. Teori interior
adalah proses penyusunan dan penciptaan elemen-elemen interior agar menjadi suatu gabungan yang
saling berkaitan untuk mencapai tujuan tertentu pada aspek estetika dan ketenangan pada sesuatu
ruang (Wicaksono et al. 2003). Teori keindahan pula mempunyai ciri-ciri kesederhanaan, kesatuan
dan perasaan. Keindahan itu mesti dinikmati oleh deria dengan daya intelelek. Perasaan yang terdiri
daripada luaran dan deria dalaman adalah penting untuk menikmati keindahan. Deria luaran adalah
bergantung kepada pemerhatian bentuk sebenar, warna dan rupa. Deria dalaman pula lebih bersifat
sensitif yang membolehkan penghayatan mesej yang hendak disampaikan. Kebolehan untuk
mengesan keindahan di dalam seni merupakan satu konsep yang menggabungkan pemerhatian dan
objek (Mohd Johari Ab. Hamid, 2004). Mengambil kira dapatan di atas kajian keserlahan ruang
pejabat melalui dekorasi di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
menggabungkan teori interior dan konsep keindahan sebagai teoretikal kajian.

Teori Interior Temu bual, Elemen-Elemen
Konsep Keindahan Pemerhatian, Utama Reka

Analisis Bentuk Dalaman
Dokumen &
Konsep-konsep
Literatur Reka Bentuk
Dalaman
Rajah 2: Kerangka Teoretiknal Kajian
328

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini terbahagi kepada dua bahagian. Dapatan kajian pertama menjelaskan tentang
pengenal pastian elemen-elemen reka bentuk dalaman yang diperlukan bagi menimbulkan
keserlahan ruang hadapan pejabat. Dapatan kajian kedua pula memperincikan konsep-konsep reka
bentuk dalaman yang menimbulkan keserlahan ruang hadapan pejabat.

Elemen-Elemen Utama Reka Bentuk Dalaman.

Ruangan reka bentuk dalaman terbentuk atas lima elemen yang utama iaitu dinding, lantai, bukaan
ruang, platform dan wallpaper. Kelima-lima elemen ini mempunyai perkaitan bagi menimbulkan
keserlahan dan ketenangan pada sesuatu ruang hadapan pejabat (Kajian Lapangan 2020). Joseph et
al. (2001) berpendapat pengubahsuaian reka bentuk dalaman menimbulkan perasaan yang lebih
tenang terhadap individu yang berada di kawasan tersebut. Pada masa yang sama individu tersebut
juga dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih efektif. Berdasarkan temu bual dan pemerhatian
yang dilakukan terhadap informan terpilih menunjukkan terdapat lima elemen utama yang
membentuk keserlahan ruangan hadapan pejabat iaitu dinding, lantai, bukaan ruang, platform dan
wallpaper / cat. Rajah 3 dan jadual 2 menunjukkan elemen-elemen utama reka bentuk dalaman yang
membentuk keserlahan ruang hadapan pejabat.

Dinding Lantai Bukaan Ruang
Platform Wallpaper / Cat

Elemen Rajah 3: Elemen-Elemen Utama Reka Bentuk Dalaman
Dinding Sumber: Kajian Lapangan (2020)

Lantai Jadual 2: .Penjelasan Elemen-Elemen Reka Bentuk Dalaman
Bukaan Ruang
Platform Penjelasan

Wallpaper Dinding merupakan struktur vertikal yang membatasi dan
/ Cat melindungi suatu kawasan. Dinding juga dibina untuk
menyokong struktur dan memisahkan ruang di dalam bangunan.

Lantai merupakan bidang bawah suatu ruang dalam bangunan.

Bukaan ruang mempunyai berbagai bentuk dan ukuran yang
telah dirancang.

Platfom merupakan batas atas sebuah ruangan. Berfungsi untuk
menyembunyikan bahagian bawah struktur lantai atau atap.
Platform berbentuk cekung, melengkung atau bulat bertujuan
untuk menunjukkan nilai visual dan akustik.

Wallpaper / cat merupakan bahan yang berfungsi untuk
menutupi dan menghias dinding dan bahagian dalaman tertentu.
Wallpaper / cat merupakan salah satu unsur dari dekorasi
interior. Biasanya wallpaper dijual dalam bentuk gulungan
manakala cat adalah dalam bentuk tin.

Sumber: Kajian Lapangan (2020)

329

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Konsep-Konsep Reka Bentuk Dalaman

Berdasarkan kepada analisis temu bual dan pemerhatian yang dilakukan terhadap tiga pakar dalam
bidang reka bentuk hiasan dalaman menjelaskan bahawa terdapat lima konsep asas reka bentuk
dalaman iaitu konsep rustik, konsep klasik, konsep moden, konsep masa depan dan konsep retro
yang boleh diaplikasikan pada ruang hadapan pejabat. Pemilihan konsep dan warna yang bersesuaian
ini adalah bergantung kepada kriteria yang diinginkan oleh seseorang individu. Setiap individu
mempunyai citarasa dan minat yang berbeza-beza dalam sesuatu idea melibatkan rekaan, konsep
atau tema, warna, penyusunan ruang perancangan aktiviti, hiasan lampu dan pelbagai lagi idea
kreatif. Konsep-konsep reka bentuk dalaman perlu menitikberatkan kesan, keseimbangan,
keharmonian, ketenangan dan keindahan. Rajah 4 menunjukkan lima konsep reka bentuk dalaman
ruang hadapan pejabat yang dibincangkan.

KONSEP-KONSEP REKA Konsep Rustik
BENTUK DALAMAN Konsep Klasik
RUANG HADAPAN Konsep Moden
PEJABAT Konsep Masa Depan
Konsep Retro

Rajah 4: Konsep Reka Bentuk Dalaman
Sumber: Kajian Lapangan (2020)

a. Konsep Rustik

Konsep rustik menggunakan bahan-bahan material daripada kayu, buluh dan batuan. Material
tersebut biasanya dibiarkan seperti keadaan asal. Warna asal bahan tersebut tidak dicat. Konsep
rustik ini merupakan konsep yang membawa suasana alam semulajadi (dalam ruangan tersebut).
Penggunaan warna-warna alam semulajadi seperti warna krim dan coklat dapat menimbulkan
suasana hutan di dalam ruangan (Kajian Lapangan 2020).

b. Konsep Klasik

Konsep klasik berasal dari Yunani dan Romawi yang bertumpu pada susunan, keseimbangan, dan
harmoni yang sempurna. Konsep klasik mengunakan material seperti api unggun, meja besar, tangga
yang mewah. Konsep ini menampakkan lebih elegan dan mewah. Gaya klasik yang sering menjadi
pilihan masyarakat kita pada hari ini ialah gaya klasik yang dibawa daripada eropah dengan
gabungan warna-warna seperti putih, hitam dan kelabu. Kebiasaannya, perabot bagi gaya ini lebih
mahal supaya memperlihatkan aura kemewahan (Kajian Lapangan 2020).

c. Konsep Moden

Konsep ini mewakili gaya hidup moden. Konsep ini adalah mengikut peredaran zaman dan
perkembangan teknologi. Reka bentuk gaya moden lebih berfokus kepada besarnya dan banyaknya
fungsi sesuatu benda itu serta berdasarkan kepada keperluan dan gaya hidup yang lebih cepat, mudah
dan pelbagai fungsi. Pemilihan dekorasi dan perabot bagi konsep moden hendaklah terlihat mewah
supaya mencerminkan keperibadian pemiliknya (Kajian Lapangan 2020).

330

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

d. Konsep Masa Depan

Konsep ini berdasarkan daripada pemahaman reka bentuk ruangan dan objek-objek masa depan.
Material yang biasa digunakan adalah material logam atau kombinasi dan model yang digunakan
pada bahagian dalam sebuah kapal terbang. Meterial konsep ini memerlukan modal yang agak mahal
bagi merealisasikannya (Kajian Lapangan 2020).

e. Konsep Retro

Perkataan retro digunakan untuk menggambarkan peniruan kepada gaya lama antara tahun 50an
hingga 70an. Konsep ini menggunakan perkakasan lama yang telah digunakan beberapa dekad yang
lalu. Konsep retro pada hari ini menggabungkan teknologi moden dengan ciri-ciri asal yang lalu.
Gabungan ciri-ciri lama ini membentuk konsep retro yang memberi kesan nostalgia (Kajian
Lapangan 2020).

Material, Warna dan Suasana

Material, warna dan suasana merupakan tiga perkara penting bagi merealisasikan konsep-konsep
reka bentuk dalaman yang dikehendaki. Ketiga-tiga perkara ini mempunyai justifikasinya tersendiri.
Material dan warna yang releven serta berpadanan akan mewujudkan suasana yang diingini sesuai
konsep yang cuba diutarakan oleh individu. Penyusunan material dan warna yang bertepatan menjadi
suatu gabungan yang saling berkaitan untuk mewujudkan suasana konsep reka bentuk dalaman.
Proses penyusunannya juga memerlukan daya pemikiran yang kreatif serta menitikberatkan
ketelitian, kehalusan dan keseimbangan (Kajian Lapangan 2020). Jadual 3 menunjukkan
perbandingan setiap konsep reka bentuk dalaman berdasarkan material, warna dan suasana.

Jadual 3: Ciri-Ciri Reka Bentuk Dalaman

Konsep Material Warna Suasana
Rustik Hutan
Klasik Bahan-bahan alam Warna alam semulajadi
Moden semulajadi (kayu, buluh, (krim & coklat) Kemewahan
batuan) Moden dan
Masa Depan Api unggun, meja besar, Gabungan warna (putih, mewah
Retro tangga yang mewah hitam dan kelabu)
Material / perabot moden Masa Depan
Kombinasi cat dua Nostalgia
Logam/kombinasi (seperti warna. Kebiasaannya
dalam kapal terbang) warna hitam, putih serta
kelabu

Gabungan warna putih
dan terang.

Perkakasan / Perabot - Coklat, hitam, putih,

perabot lama (50an-70an) warna terang

Sumber: Kajian Lapangan (2020)

331

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

PERBINCANGAN

Hasil kajian ini dapat menjelaskan bahawa sebuah pengubahsuaian dekorasi ruang hadapan pejabat
yang dapat menimbulkan keserlahan dan ketenangan perlu mempunyai penerapan elemen-elemen
dan konsep-konsep reka bentuk dalaman yang berpadanan. Pemilihan yang releven dapat
menyerlahkan ruang hadapan pejabat, menimbulkan perasaan tenang serta semangat untuk bekerja.
Prinsip rekaan seperti harmoni, kontra, imbangan, penegasan, kepelbagaian dan kesatuan perlu
diberi penekanan. Implikasi kajian ini dapat memberi rujukan kepada semua pensyarah dan staf
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, warga Kementerian Pendidikan Malaysia
dan seluruh masyarakat untuk mendekorasi ruang hadapan pejabat berdasarkan kepada konsep-
konsep reka bentuk dalaman yang telah dikenal pasti. Dicadangkan kepada pengkaji akan datang
agar memberi fokus kepada aspek bunyi dan pencahayaan sebagai penambahbaikan dekorasi ruang
hadapan pejabat.

RUMUSAN

Memahami elemen-elemen dan konsep-konsep reka bentuk dalaman akan membantu individu
membuat perancangan yang lebih teliti untuk memenuhi keserlahan ruang hadapan pejabat. Elemen-
elemen asas kepada reka bentuk dalaman iaitu dinding, lantai, bukaan ruang, platform dan
wallpaper/cat digunakan sebagai landasan untuk mereka bentuk bagi menimbulkan keserlahan serta
ketenangan pada ruang hadapan pejabat. Konsep-konsep utama reka bentuk dalaman ruang hadapan
pejabat pula terdiri daripada lima perkara iaitu konsep rustik, konsep klasik, konsep moden, konsep
masa depan dan konsep retro. Pemilihan konsep yang bersesuaian ini adalah bergantung kepada
kriteria yang diinginkan oleh seseorang individu. Setiap individu itu mempunyai citarasa yang
berbeza. Kesemua elemen dan konsep di atas perlu difikirkan dengan baik untuk mencapai satu
penampilan ruang yang lebih sempurna.

RUJUKAN

Anwar Din. (2016). Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Cohen, L. & Manion, L. (1985). Research Methods in Education. 2th Edition. London: Croom Helm.

Cohen, L., Manion, L. & Morrisson K. (2000). Research Method in Education. 5th Edition. London:
Routledge Falmer.

Creswell, J.W. (1998). Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches. California: Sage
Publication.

Creswell, J. W. (2014). Research Design, Qualitative, Quantitative & Mixed Methods
Approaches. Fourth Edition. United Kingdom: Sage Publication Inc.

Izani Mat Il M. Hum. (2013). Ekspresi Keperibadian Melayu di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional.
Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. Vol. 1(1): 26-32.

Earl Babbie. (2017). The Basics of Social Research. 7 Edition. Boston: Cengage Learning.

Joseph. De Chiara & Julius Panero & Martin Zienik. (2001). Time-Saver Standards for Interior
Design and Space Planning, Second Edition 2nd Edition, Kindle Edition.

332

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Mark, Woodsong, Mack Queen, Guest & Namey, (2005), Qualitative Research Methods, A Data
Collector’s Field Guide. USA: Family Health International.

Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research. A Guide to Design and Implemention. Revised and
Expanded from Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San
Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Merriam, S.B. (2015). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation, 4th Edition.
San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Mohd Johari Ab. Hamid. (2004). Falsafah dan Kritikan Seni. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Norliza Rofli & Eddin Khoo. (2009). Kebudayaan Malaysia Satu Pengenalan. Kuala Lumpur:
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.

Norliza Rofli & Eddin Khoo. (2009). Malaysian Culture An Introduction. Kuala Lumpur: Jabatan
Kebudayaan & Kesenian Negara.

Nyoman Ratih Prajnyani Salain. (2017). Keberadaan wallpaper sebagai unsur hiasan pada elemen
pembentuk ruang dalam. Jurnal Desain Interior. Vol 4(1): 15-35.

Rais Yatim. (2009). Culture and Nation Bulding. Dlm Norliza Rofli & Eddin Khoo (pnyt.)
Kebudayaan Malaysia Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan & Kesenian
Negara

Ridzuan Hussin, Asmahan Mokhtar & Abdul Razak Abdul Jabbar (2019). Seni Kaligrafi (Khat) di
Mihrab Masjid-Masjid Negeri Malaysia dan hubungannya dengan Seni Visual. Jurnal Seni
dan Pendidikan Seni. Vol. 5(1): 1-13.

Wiersma, W. (1991). Research Methods in Education. 5th ed. Boston: Allyn & Bacon.
Wicaksono, Andie & Endah Tisnawati. (2003). Teori Interior. Jakarta: Griya Kresasi.
Wicaksono & Andie. (2006). Menata Interior Sesuai Fengsui. Jakarta: Griya Kresasi.
Wicaksono, Andie & Endah Tisnawati (2014). Teori Interior. Jakarta: Griya Kreasi.

333

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

PEMAHAMAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENTANG
PENDIDIKAN STEM

Fan Siong Peng, Ph.D. ([email protected])
Ahmad Shidki Mat Yusoff, Ph.D. ([email protected])
Hazram Ismail, Ph.D.([email protected])
Mohd Zaki Mohd Amin ([email protected])
Shariha Jusoh ([email protected])

Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, IPGKSM

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau pemahaman guru pelatih Institut Pendidikan Guru tentang
pendidikan STEM. Pendidikan STEM di Malaysia dipromosikan oleh kerajaan kerana bilangan
pelajar yang menyertai program STEM semakin berkurangan pada kebelakangan ini. Bagi
membangunkan masyarakat kreatif, inovatif, dan mengaplikasi teknologi yang selari dengan IR4.0
perlu bermula dari pendidikan. Bagi menghasilkan masyarakat masa depan yang celik STEM, guru
pelatih memainkan peranan utama menerusi pendidikan di sekolah. Guru pelatih sama ada
daripada bidang STEM mahu pun bukan STEM perlu berpengetahuan dan memahami agenda
negara ini supaya visi dan misi pendidikan negara dapat direalisasikan. Seramai enam guru pelatih
dipilih untuk mengumpul data secara temu bual panggilan video berkaitan hubungan antara empat
bidang dalam STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik, Hasil kajian
menunjukkan terdapat lima tema iaitu STEM sebagai kombinasi, orientasi hasil, kehidupan harian,
pembelajaran, dan orientasi teknologi.

Kata kunci: STEM, pemahaman, guru pelatih, IPG, guru pelatih

Pengenalan

STEM merupakan akronim kepada integrasi antara sains (S), teknologi (T), kejuruteraan (E), dan
matematik (M). STEM dipromosikan oleh kebanyakan negara bagi menyediakan rakyat mereka
memahami tentang STEM dan memiliki pelbagai keupayaan dalam menempuh kehidupan seharian
semakin moden. Lebih-lebih lagi penekanan diberikan kepada STEM di sekolah juga bagi
meningkatkan skor pencapaian pentaksiran antarabangsa dalam TIMMS dan PISA, serta penurunan
bilangan murid yang ingin memohon pekerjaan yang berkaitan dengan sains dan teknologi.
Keperluan pekerja dalam bidang STEM adalah mendesak memandangkan negara-negara maju dunia
seperti Amerika, China, Rusia, Britain, dan Perancis memiliki pekerja berkelulusan STEM yang
ramai.

STEM mempunyai perkaitan antara tenaga kerja dan pengalaman kehidupan harian. STEM adalah
perlu seluruh dunia kerana pada masa kini disiplin STEM tidak wujud secara bersendirian, ianya
kompleks dan masalah pelbagai dimensi dihadapi oleh semua manusia.

Tinjauan kajian lepas berkaitan definisi STEM memberikan konotasi berbeza mengikut konteks
kajian. Öner & Capraro, (2016) mengkaji STEM dalam konteks meningkatkan kefahaman murid
tentang bagaimana dunia dan sesuatu perkara berlaku. Menurut Bybee, (2010), pendidikan STEM
harus mengambil kira tiga perkara seperti: a) meningkatkan kefahaman murid tentang bagaimana
sesuatu berlaku, b) meningkatkan penggunaan teknologi, c) pengintegrasian prinsip kejuruteraan

334

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

dalam pelajaran murid. Selain itu, Scott, (2012) pula mengutarakan model empat kategori dalam
menjelaskan definisi STEM iaitu, a) pengintegrasian kandungan sains dan matematik dengan
penggunaan teknologi, b) pengadunan kerja kursus akademik dengan pendidikan kerjaya teknikal,
c) pengaplikasian konsep kursus-kursus STEM ke dalam disiplin lain, d) pendidikan sempurna
adalah mengintegrasikan teknologi dengan sains dan matematik merentasi kurikulum.

Analisis secara keseluruhan kajian lepas dalam dan luar negara mendapati kebanyakannya tertumpu
pada murid (Bodycombe, 2017; Jayarajah, Saat, & Rauf, 2014; Jayarajah et al., 2014). Fokus lebih
tertumpu pada keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan
projek, pembelajaran berasaskan masalah, kemahiran berfikir aras tinggi, penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran , dan pembelajaran abad ke 21 dalam menentukan peningkatan murid
dari aspek kognitif, afektif, kemahiran, dan psikomotor.

Pendidikan STEM telah disebar ke seluruh dunia. Di Turkey misalnya, Corlu, Capraro, dan Çorlu
(2015) mendapati guru pra perkhidmatan masih tidak bersedia melaksanakan STEM dalam
profesion. Di selatan Amerika, Han, Yalvac, Capraro, dan Capraro (2015) mendapati guru-guru
masih memerlukan latihan untuk merancang proses melaksanakan pendidikan STEM, terutama dari
aspek inovasi dalam mengajar kandungan tertentu. Mereka mencadangkan agar aspek kognitif,
dinamik, dan ciri-ciri afektif guru diambil kira dalam melaksanakan latihan. Di Malaysia, Khairani
(2016) menjalankan kajian perbandingan kesediaan guru bandar dan luar bandar dalam dua aspek
iaitu: a) integrasi ICT, b) pengurusan aktiviti ko-kurikulum, hasilnya adalah terdapat perbezaan
secara signifikan. Dapatan kajian menunjukkan guru di kawasan yang berbeza memerlukan latihan
tertentu.

Analisis perbandingan kajian di Malaysia antara 1999-2013 yang dibuat oleh Jayarajah et al., (2014)
mendapati hanya terdapat 5/58 (8.6%) kajian dijalankan terhadap pengamal STEM, selainnya adalah
berkaitan dengan murid 17/58 (29.3%), pelajar universiti 28/58 (48.3%), dan orang dewasa 8/58
(13.8%). Kekurangan kajian terhadap guru sangat kritikal, sedangkan guru sebagai pelaksana dan
pengamal STEM merupakan individu yang sangat penting untuk diketahui sama ada mereka
berpengetahuan tentang STEM. Hanya sebilangan kecil kajian berkaitan pemahaman guru pelatih
tentang STEM mendapati guru-guru pelatih memiliki salah konsep tentang STEM (English, 2017;
Redloff & Guzey, 2016). Mengenal pasti pengetahuan guru pelatih Institut Pendidikan Guru tentang
perkaitan antara bidang-bidang yang terdapat dalam STEM. Justeru, kajian ini wajar dijalankan bagi
mengenal pasti pengetahuan guru pelatih Institut Pendidikan Guru tentang perkaitan antara bidang-
bidang yang terdapat dalam STEM cara guru pelatih mengaitkan bidang-bidang dengan keperluan
polisi IR4.0 negara.

Metodologi

Reka bentuk kajian adalah kajian kes. Peluang diberikan kepada mereka untuk menjelaskan
pengetahuan tentang STEM dan perhubungan antara bidang-bidang yang terdapat dalam pendidikan
STEM.

Peserta. Peserta kajian adalah terdiri daripada 38 orang guru-guru pelatih peringkat Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus.

Instrumen. Instrumen kajian terdiri daripada 10 soalan subjektif berkaitan pengetahuan
pelajar berkaitan STEM. Fokus soalan berkaitan STEM yang ditanya termasuklah aspek apakah,

335

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

bagaimanakah, dan mengapakah supaya ruang dan peluang diberikan kepada pelajar berfikir dan
menjelaskan pemikiran mereka dalam bentuk tulisan.

Pengumpulan Data. Data dikumpulkan secara survey kerana setiap peserta kajian dianggap
sebagai sentiasa membina pengetahuan baharu dalam diri mereka berdasarkan pengalaman yang
mereka hadapi. Oleh itu, survey memberi ruang dan peluang kepada setiap peserta kajian
menjelaskan pemahaman mereka secara bebas dan semulajadi.

Data Analisis. Data dianalisis secara induktif, iaitu perkataan yang dituliskan oleh pelajar
ditafsirkan berdasarkan pemikiran mereka dan diberikan kod supaya tema pemahaman tentang
STEM dapat dibentuk.

Hasil Kajian

Berkaitan soalan pertama, seramai (34) pelajar menjawab pernah dengan istilah pendidikan STEM,
manakala (4) orang pelajar tidak pernah mendengar. Bagi soalan kedua, terdapat (12) pelajar
menjawab STEM sebagai Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering), dan Matematik. Empat (4)
orang pelajar yang mengatakan tidak pernah mendengar menyatakan STEM sebagai mata pelajaran
yang sedang mereka pelajari di IPG, kelas digital, dan tidak tahu. Selebihnya (22), memberikan
jawapan pelbagai termasuklah Elektronik, Biologi, Kimia, Fizik, Seni, Multimedia, dan bidang
penyelidikan. Dalam soalan ketiga, pelajar diminta menyatakan daripada mana mereka mendengar
pendidikan STEM. Seramai (22) orang pelajar menjawab pernah mendengar daripada guru semasa
di sekolah menengah, (7) orang mendengar daripada pensyarah di IPG, selebihnya mendapat tahu
daripada rakan (2), kaunselor sekolah (1), membaca (2), sumber internet dan sosial media (4). Tiga
soalan pertama menggambarkan bahawa majoriti daripada guru pelatih PPSMI semester 1
mengetahui tentang pendidikan STEM.

Soalan empat adalah berkaitan apakah itu pendidikan STEM? Didapati (3) orang pelajar
menjelaskan pendidikan STEM merupakan pendidikan alaf baharu yang bersesuaian dengan
pendidikan abad ke-21. Terdapat (12) daripada pelajar menyatakan STEM sebagai subjek sekolah,
(7) menyatakan sebagai berkaitan inovasi, (6) menyatakan berkaitan PAK 21 dan KBAT, (4)
menyatakan berkaitan robotik, komputer, dan IR4.0, selain menyatakan pendidikan berkaitan
membina masyarakat berkemahiran dan berdaya tahan tinggi. Dalam soalan lima, seramai (22)
pelajar menjelaskan tujuan STEM adalah berkaitan membina generasi masa depan yang
berpengetahuan teknologi, berkemahiran, dan boleh bersaing di peringkat globalisasi, seramai (12)
pelajar menyatakan tujuan STEM sebagai berkaitan dengan meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran, sama ada dari aspek amalan KBAT, amalan kreativiti dan inovatif.

Soalan enam adalah berkaitan kepentingan STEM kepada Malaysia. Majoriti (16) orang
daripada pelajar menyatakan STEM boleh menjadikan Malaysia sebuah negara maju, sebahagian
menyatakan STEM boleh melahirkan generasi berilmu, terdapat (1) menyatakan tidak tahu tentang
kepentingan STEM kepada Malaysia. Soalan ketujuh meminta pandangan peserta kajian tentang
kepentingan STEM kepada diri mereka sendiri. Hanya terdapat (3) orang menyatakan peluang
kerjaya, (7) orang menyatakan berilmu baru dalam Sains dan Teknologi, sementara (5) orang
masing-masing menyatakan penting dalam meningkatkan diri mereka daripada aspek inovatif dan
kreatif, kehidupan, dan kemahiran berfikir. Soalan kelapan adalah mengenai perkaitan STEM
dengan bidang pembelajaran mereka. Majoriti daripada mereka menyatakan penggunaan alat
teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan kefahaman mereka. Soalan
kesembilan adalah berkaitan makna integrasi antara komponen dalam pendidikan STEM. Terdapat
dua tema utama dalam jawapan peserta kajian, iaitu aspek kemanusiaan dan aspek komponen dalam
STEM. Terdapat (8) orang menyatakan integrasi bermaksud melahirkan manusia bijak, berfikiran

336

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

luas, berupaya mencipta, ada daya saing global, ada kemajuan pembangunan, dan perhubungan
antara manusia menerusi pelaksanaan STEM di sekolah. Selebihnya, (30) peserta kajian melihat
integrasi sebagai perhubungan, kerjasama, kolaborasi, tolong menolong, penyatuan antara Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Soalan kesepuluh adalah mengilustrasikan makna integrasi antara komponen-komponen
dalam STEM. Analisis secara induktif tematik mendapati pelajar menghasilkan lima tema bagi
menggambarkan makna integrasi STEM, iaitu kombinasi, orientasi hasil, kehidupan harian,
pembelajaran, dan orientasi teknologi.

Tema: Kombinasi

Gambaran yang dihasilkan oleh pelajar di bawah tema kombinasitermasuklah hubung kait
antara komponen STEM, perhubungan antara manusia, perkaitan antara subjek, dan perpaduan
antara komponen. Contoh sub tema adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Temu bual
bersama PK6 adalah seperti berikut:

Penyelidik :Apakah maksud integrasi pada rajah itu?

PK06 :Um..integrasi bermaksud pencapaian tertinggi yang dibuat berdasarkan komponen
dalam pendidikan STEM.

Penyelidik :Pencapaian tertinggi? Apakah maksudnya?

PK06 :Pelajar tidak perlu belajar secara tertekan kerana mempunyai formula yang lebih
mudah dan sistematik.

Penyelidik :Cuba bagi contoh.

PK06 :Contohnya, idea baharu akan terhasil supaya pelajar lebih faham akan sesuatu
subjek itu.

PK06 menjelaskan integrasi daripada perspektif kombinasi komponen-komponen dalam
STEM bagi membantu pelajar memahami pelajaran mereka dengan lebih berkesan. Beliau
menyatakan pencapaian tertinggi yang bermaksud senang difahami oleh pelajar. Tambah beliau lagi,
STEM menggunakan formula yang senang bagi pelajar mempelajari ilmu tanpa menghadapi tekanan
tinggi.

337

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rajah 1: Gabungan komponen STEM secara berasingan.

Tema: Orientasi Hasil

Di bawah sub tema menghasilkan tenaga kerja mahir, kesemuanya menghuraikan tentang
kesan STEM kepada pembangunan negara Malaysia. Rajah 4 merupakan salah satu contoh illustrasi
berkaitan pandangan berkenaan. Temu bual yang diperolehi bersama PK18 adalah seperti berikut:

Pengkaji :Mengapakah anda kata STEM ada perkaitan dengan tenaga kerja?
PK18
:Saya berpendapat STEM dapat menjadikan pelajar memiliki intelek yang tajam
Pengkaji dalam arus modenisasi kini.
PK18
:Apakah perkaitan intelek dengan tenaga kerja?

:STEM dapat meluaskan pengetahuan pelajar, dapat menguasai kemahiran
teknologi masa kini. Um.. horizon pemikiran pelajar jadi lebih luas dan dapat
berfikir secara kreatif dan kritis. Mereka berani wakil negara dalam bidang
teknologi.

Berdasarkan perbualan di atas, PK18 menyatakan tenaga kerja dapat dihasilkan kerana
STEM melatih mereka memiliki intelek yang tajam dalam arus modenisasi masa kini. PK18 juga
menyatakan bahawa tenaga kerja yang dihasilkan nanti mendapat pengetahuan luas, terutamanya
menguasai kemahiran teknologi terkini. Dalam konteks insaniah pula, tenaga kerja yang dihasilkan
boleh berfikir secara kreatif dan kritis, malah berani mewakili Malaysia dalam bidang teknologi.

338

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rajah 4: STEM sebagai orientasi hasil

Tema: Kehidupan Harian

Di bawah sub tema praktikaliti, PK21 menyatakan pendidikan STEM merupakan
sebahagian daripada kehidupan harian manusia. Sub tema yang lain termasuklah melahirkan
manusia bijak, menjadi manusia rasional, kehidupan menggunakan sains dan teknologi, dan
penyelesaian masalah. Temu bual bersama PK21 digambarkan seperti berikut:

Penyelidik :Apakah makna integrasi STEM?
PK21 :Integrasi STEM bermaksud melahirkan manusia yang bijak.
Penyelidik :Bagaimanakah STEM dapat melahirkan manusia bijak?
PK21 :STEM diajar secara praktikal.
Penyelidik :Apakah makna praktikal?
PK21 :Um..maknanya melakukan aktiviti sambil belajar.

Perbualan bersama PK21 menunjukkan bahawa PK21 menganggap integrasi STEM boleh
melahirkan manusia yang bijak kerana beliau diajar oleh guru-guru secara melakukan praktikal.
Berikutnya, beliau menjelaskan praktikal sebagai melakukan aktiviti sambil belajar.

339


Click to View FlipBook Version