The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2020-12-31 00:17:08

PROSIDING KAK2020 JILID 2

Prosiding kak2020 Jilid 2

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

sangat berguna untuk pensyarah berdepan dengan tugas pembelajaran secara maya yang semakin
mencabar.
RUJUKAN
Bouckenooghe, D. (2015). How Ethical Leadership Shapes Employees' Job Performance: The

Mediating Roles of Goal Congruence and Psychological Capital. Journal Of Business
Ethics, 129(2), 251-264.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2020). Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut
Pendidikan Guru dan Kolej matrikulasi dalam Norma Baharu.
https://www.moe.gov.my/pekeliling di akses pada 14 Ogos 2020
Halim & Ahmad (2015). Kepimpinan distributif, faktor kontekstual dan efikasi kendiri guru di
Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(4), 57-61.
Annita Muslimah (2018). A Survey on the use of Google Classroom in English Language Education
Department of Islamis University of Indonesia. Tesis Sarjana. Universiti Islam Indonesia.
Azidah Abu Ziden, dan Adi Syahid. (2012). e-forum: Platform Perbvincangan Ilmiah.
https://www.researchgate.net/publication/232722952 diakses pada 14 Ogos 2020.
Ernawati. (2018). Pengaruh penggunaan aplikasi Google Classroom terhadap Kualitas pembelajaran
dan hasil belajar siswa pada mata pelajaran ekonimi kelas XI di Man 1 Kita Tangerang
Selatan. Tesis Sarjana. Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta.
Hapini Awang, Zahurin Mat Aji, wan Rozaini Sheik Osman, Erwani Kamarudin, Abdul Razak F.
Shahantha Al-Mashhadani, dan Shakiroh Khamis. (2020). Cabaran dalam melaksanakan
teknologi maklumat dan komunikasi: Analisis kes persekitaran pembelajaran maya-Frog
serta strategi untuk melestarikan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru.
Journal of educational research and Indigenous Studies. Volume: 1(1), 2020.
Noriyani binti Doman. (2017). Implikasi Google.Apps dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar
pesisir UTHM. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn.
Mazalah Ahmad, Jamaludin Badusah, Ahmad Zamri Mansor, Aidah Abdul Karim, Fariza Khalid,
Mohd. Yusof Daud, dan Rosseni Din. (2015). Aplikasi Model Literasi ICT Abad ke 21
dalam kalangan guru pelatih. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara kali ke 5,
AKEPT Negeri Sembilan, 312-328

140

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

AMALAN TERBAIK KmR : KAJIAN KES DI SK LOSONG

Hjh Haslina bt Hj Hanapi, Ph.D ([email protected])
Salime b Ab Rahman ([email protected])
Azmi b Ibrahim ([email protected])

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan terbaik KmR di Sekolah Kebangsaan Losong. PBD
merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif
(emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru-guru Tahap Satu melaksanakan PBD
melalui pelaksanaan Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) yang diharapkan dapat membantu
guru-guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran dengan lebih berkesan. Seramai 24 orang
guru di Sekolah kebangsaan losong dijadikan responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan
ialah borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For
Social Science (SPSS) versi 22. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa Amalan pelaksanaan KmR di SK Losong pada tahap tinggi kerana
kefahaman guru-guru terhadap proses merungkai, merancang dan melaksana PdPc KmR adalah
tinggi. Kefahaman yang tinggi dalam kalangan guru-guru SK Losong terhadap PdPc KmR ini
secara tindak langsung mempercepatkan proses kemenjadian murid di sekolah berkenaan.
Kenyataan ini disokong oleh dapatan pada impak 6C ke atas murid-murid hasil daripada
pelaksanaan PdPc KmR. Dapatan yang menunjukkan tahap tinggi adalah satu kejayaan besar guru-
guru SK Losong terhadap kemenjadian murid di sekolah berkenaan. Dapatan ini juga disokong oleh
dapatan soalan kajian 2, 3 dan 4.

Kata kunci: Pengetahuan, kemahiran, sikap, dan pentaksiran bilik darjah

PENGENALAN

Pada penghujung tahun 2016, Pentaksiran Sekolah (PS) telah ditambahbaik kepada Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Semua konsep PS dikekalkan dalam PBD
yang melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Guru-guru Tahap
Satu melaksanakan PBD melalui pelaksanaan Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) yang
diharapkan dapat membantu guru-guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran dengan lebih
berkesan. Guru-guru di sekolah TS25 melaksanakan KmR pada semua bilik darjah bagi
meningkatkan pencapaian pelajar dan mengamalkan konsep Pembelajaran Bermakna.

KEFAHAMAN MELALUI REKABENTUK

Kerangka Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) mengemukakan proses merancang dan struktur
bimbingan terhadap kurikulum, pentaksiran dan pengajaran.

Merangkumi dua idea utama iaitu:
1. memberi fokus kepada pengajaran dan pentaksiran terhadap kefahaman dan pembelajaran
bermakna, dan
2. mereka bentuk pelaksanaan kurikulum secara terbalik (backward).

141

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Melalui kerangka KmR, pembelajaran dapat dibugarkan apabila guru mempunyai matlamat atau hala
tuju yang jelas tentang proses perancangan kurikulum atau standard. Proses yang dikemukakan tidak
rigid tetapi fleksibel.

Fokus pengajaran adalah membangunkan kefahaman mendalam dan pembelajaran bermakna secara
autentik apabila murid dapat mengguna dan menghubungkait pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan sebenar (Grant, 2009; John, 2000; Kaldi, Filippatou dan Govaris, 2011). Kefahaman
murid dipamerkan melalui pencapaian autentik dan kebolehan melaksanakan ‘six facets of
understanding’ iaitu memberi penerangan, menginterpretasi, mengaplikasi, memindah perspektif,
empati dan taksiran kendiri.

Keberkesanan pelaksanaan kurikulum atau standard dirancang secara terbalik (backward) melalui
proses reka bentuk tiga peringkat iaitu hasil pembelajaran, evidens dan pelan pembelajaran. Proses
ini sangat membantu guru melaksanakan P&P yang berasaskan hasil (outcome-based) kerana terbina
hubungkait antara guru dan standard (connected), wujud rasa kepunyaan (ownership) dan
meningkatkan keyakinan diri (in-control) (Norliza, Shaffe dan Rosnaini, 2010;Nitce dan Mai Shihah,
2013).

KAJIAN LITERATUR

Kajian ini menunjukkan kemenjadian 6C murid dapat dilonjakkan dalam proses mereka
melaksanakan projek secara bersepadu. Pembelajaran mereka menjadi lebih bermakna jika hasil
projek adalah lebih konstektual dan bermakna dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti PBD juga
dapat meningkatkan inisiatif pembelajaran secara kendiri dengan penghasilan projek yang inovatif.
Kajian maklum balas murid terhadap pelaksanaan aktiviti PBD ini menunjukkan mereka bersetuju
jika corak pembelajaran mereka lebih aktif dan bermakna dengan pendekatan ini. Implikasi dari
kajian ini terhadap pelaksanaan PBD di sekolah ialah supaya ia dapat diperluaskan ke sekolah-
sekolah yang lain. Kaedah pelaksanaan kurikulum secara modular melalui aktiviti PBD sangat
sesuai dilaksanakan kerana ia selari dengan keperluan PAK21 dan perubahan peranan guru sebagai
pemudah cara dalam pembelajaran murid (McGrath, 2005).

PENYATAAN MASALAH
Kajian awal menunjukkan terdapat kekurangan maklumat tentang pelaksanaan KmR di sekolah.
Oleh itu pelbagai masalah timbul apabila guru ingin merancang dan melaksanakan KmR. Selain dari
masalah ini belum dipastikan dengan mana-mana kajian menunjukkan KmR memberikan hasil
pembelajaran yang lebih baik pada bandingannya dengan kaedah tradisional. Walau bagaimanapun
SK Losong terbukti berupaya melaksanakannya di semua tahap pentaksiran. Justeru, kajian ini
dilaksanakan untuk merungkai amalan kejayaan dan keberkesanaan melaksanakan KmR di SK
Losong.

SOALAN KAJIAN
1. Bagaimanakah amalan KmR SK Losong?
2. Apakah yang dihadapi semasa melaksanakan KmR di sekolah?
3. Bagaimanakah kemenjadian pelajar SK Losong selepas KmR dilaksanakan?
4. Adakah terdapat perbezaan pencapaian akademik pelajar SK Losong sebelum dan selepas

amalan terbaik KmR?

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti amalan KmR di SK Losong
2. Mengenalpasti masalah pelaksanaan KmR
3. Mengenalpasti kemenjadian pelajar SK Losong selepas KmR dilaksanakan
4. Menganalisis perbezaan pencapaian akademik pelajar SK Losong sebelum dan selepas amalan

terbaik KmR

142

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan
menggunakan sampel secara rawak. Kajian ini menggunakan temubual berstruktur dan soal selidik
yang ditadbirkan terhadap guru dan juga murid yang melaksanakan KmR. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 22 dengan
menggunakan statistik deskriptif. Data dipersembahkan dalam nilai min dan peratus.

JANGKAAN HASIL PENYELIDIKAN

Satu dapatan baru tentang amalan terbaik KmR di sekolah akan dibincangkan. Impak kepada
pendidikan, masyarakat, negara ialah dapat memberikan panduan pada pentadbir sekolah untuk
menggalakkan pelaksanaan KmR di sekolah masing-masing.

INSTRUMEN
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Soal selidik dan protokol temubual seperti tertera
dalam jadual di bawah.

Jadual 1: Instrumen yang dipilih mengikut Soalan Kajian INSTRUMEN DAN
BIL SOALAN KAJIAN
DATA
1 Bagaimanakah amalan KmR SK Losong? KAJIAN KUANTITATIF –
- Bagaimanakah amalan KmR di SK Losong?
- Adakah proses merungkai DSKP dilaksanakan untuk PdPc KMR di SOAL SELIDIK
SK Losong?
- Bagaimanakah proses guru-guru merancang PdPc KmR di SK GURU SK LOSONG
Losong?
- Apakah bentuk PdPc KMR yang dilaksanakan oleh guru-guru SK KAJIAN QUANTITATIF–
- Losong? SOAL SELIDIK
- Apakah berlaku impak (6C) ke atas murid hasil pelaksanaan PdPc GURU SK LOSONG
KMR? MIN/ MOD

2 Sejauhmanakah kekuatan amalan KmR di SK Losong? KAJIAN KUALITATIF-
- Kerjasama/berpasukan TEMU BUAL
- Minat GURU SK LOSONG
- Kefahaman
- Kepuasan KAJIAN KUALITATIF –
- Kebolehgunaan(kesesuaian)
TEBU BUAL
3 Apakah masalah yang dihadapi ketika melaksanakan KmR di
sekolah GURU SK LOSONG

- Perancangan DATA PENCAPAIAN
- Pelaksanaan
- Penilaian SEBELUM DAN
- Pemantauan
4 Bagaimanakah kemenjadian pelajar SK Losong sebelum dan

selepas amalan KmR dilaksanakan?

5 Adakah terdapat perbezaan pencapaian akademik pelajar SK
Losong sebelum dan selepas amalan terbaik KmR?

SELEPAS

DATA PEPERIKSAAN

MIN/MOD

143

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1
Bagaimanakah amalan KmR SK Losong?

Bahagian yang terkandung dalam soal selidik yang ditadbir adalah seperti di bawah;
1. Adakah proses merungkai DSKP dilaksanakan untuk PdPc KmR di SK Losong?
2. Bagaimanakah proses guru-guru merancang PdPc KmR di SK Losong?
3. Apakah bentuk PdPc KmR yang dilaksanakan oleh guru-guru SK Losong?
4. Apakah berlaku impak (6C) ke atas murid hasil pelaksanaan PdPc KmR?

Bagi menjawab soalan kajian, pengkaji menganalisis menggunakan statistik deskriptif yang
melibatkan jadual yang memaparkan skor min. Interpretasi tahap skor min adalah seperti jadual 2
di bawah

Jadual 2 : Tahap mengikut Skala Tahap
Skala Ukuran

4.21 – 5.00 Sangat Tinggi
3.41 – 4.20 Tinggi
2.61 – 3.40 Sederhana
1.81 – 2.60 Rendah
1.00 – 1.80 Sangat Rendah

Jadual 3 : Dapatan Soalan Kajian 1 Mean Tahap Amalan
Amalan Pelaksanaan KmR SK Losong 3.99 Tinggi
3.87 Tinggi
Merungkai DSKP 4.00 Tinggi
Merancang PdPc KmR 4.24 Sangat Tinggi
Melaksana PdPc KmR
Impak PdPc KmR

Amalan KmR yang dilaksanakan di SK Losong dari empat aspek yang dikenalpasti menunjukkan
tinggi dan satu aspek sangat tinggi, iaitu “impak PdPc KmR”. Ini menggambarkan guru sangat

berpuashati atas aspek yang diutarakan.

144

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 4 : Merungkai DSKP Mean Std. Deviation Tahap Amalan
Amalan Guru (N = 24)

Merungkai DSKP secara mendalam menggunakan 4.08 .744 Tinggi
The Big Idea (TBI) 3.85 .732 Tinggi
4.08 .688 Tinggi
Merungkai DSKP secara mendalam menggunakan .628 Tinggi
Essential Question (EQ) .613 Tinggi
.749 Tinggi
Keperluan murid dikenalpasti .774 Tinggi

Pengetahuan murid dikenalpasti 4.08

Kemahiran murid dikenalpasti 4.15

Realiti semasa (The Big Four) dikenalpasti guru 3.81

Penetapan matlamat PdPc berdasarkan PEERS 3.96

Aspek yang pertama iaitu merungkai DSKP pula SK Losong menunjukkan tinggi dalam semua item.
Ini menggambarkan guru sangat berpuashati atas semua item yang diutarakan.

Jadual 5 : Merancang PdPc KmR

Amalan Guru Mean Std. Deviation Tahap Amalan
(N = 24) .710 Tinggi
.724 Sangat Tinggi
Backward design digunakan dalam merancang 3.77 .628 Tinggi
PdPc KmR. .936 Tinggi

Penggabungjalinan mata pelajaran digunakan 4.27
dalam merancang PdPc KmR

Bimbingan instruktional guru menggunakan 3.92
Pelbagai Teknik Modelling.

Merancang PdPc KmR bersama murid-murid 3.65

Merancang PdPc KmR bersama Guru Co- 3.92 .744 Tinggi
Teacher. .908 Tinggi
.863 Tinggi
Merancang PdPc KmR setelah tunjuk cara oleh 3.77 .628 Tinggi
Guru Pakar

Merancang PdPc KmR setelah menonton video 3.77
pengajaran.

Senarai semak pentaksiran disediakan 4.08

Aspek yang kedua iaitu merancang PdPc KmR pula SK Losong menunjukkan tinggi dalam semua
item dan sangat tinggi dalam item penggabungjalinan mata pelajaran digunakan dalam merancang
PdPc KmR. Ini menggambarkan guru sangat berpuashati atas semua item yang diutarakan.

145

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 6 : Melaksanakan PdPc KmR Mean Std. Tahap
Amalan Guru (N = 24) Deviation Amalan

Projek Kecil Dengan Impak Besar (Small Project Big Impact) 4.04 .720 Tinggi
dilaksanakan dalam KmR

Bercerita (Story Telling) dilaksanakan dalam KmR 3.92 .688 Tinggi
Main Peranan (Role Play) dilaksanakan dalam KmR 4.04 .662 Tinggi
Permainan (Game) dilaksanakan dalam KmR 4.00 .693 Tinggi
Bimbingan instruktional guru semasa melaksanakan KmR 4.00 .693 Tinggi

Aspek yang ketiga iaitu melaksanakan PdPc KmR pula SK Losong menunjukkan tinggi dalam
semua item. Ini menggambarkan guru sangat berpuashati atas semua item yang diutarakan.

Jadual 7 : Impak PdPc KmR

Amalan Guru Mean Std. Tahap Amalan
Murid dapat berkongsi pengalaman pembelajaran mereka
(N = 24) Deviation

4.08 .560 Tinggi

Murid bebas mengeluarkan idea mereka. 4.23 .652 Sangat Tinggi

Murid bebas membentang hasil kerja mereka 4.23 .652 Sangat Tinggi

Murid berkolaboratif dalam menyelesaikan masalah pembelajaran 4.31 .628 Sangat Tinggi

Murid seronok dengan aktiviti KmR 4.38 .637 Sangat Tinggi

Impak positif ke atas tingkah laku murid hasil PdPc KmR 4.35 .629 Sangat Tinggi

Penerapan nilai patriotism dapat diterap dalam PdPc KmR 3.88 .679 Tinggi

Aspek yang keempat dan terakhir iaitu impak PdPc KmR pula SK Losong menunjukkan sangat
tinggi dalam semua item kecuali item Murid dapat berkongsi pengalaman pembelajaran mereka dan
item Penerapan nilai patriotism dapat diterap dalam PdPc KmR menunjukkan tinggi. Ini
menggambarkan guru sangat berpuashati atas semua item yang diutarakan.
Amalan pelaksanaan KmR di SK Losong pada tahap tinggi kerana kefahaman guru-guru terhadap
proses merungkai, merancang dan melaksana PdPc KmR adalah tinggi. Kefahaman yang tinggi
dalam kalangan guru-guru SK Losong terhadap PdPc KmR ini secara tindak langsung
mempercepatkan proses kemenjadian murid di sekolah berkenaan. Kenyataan ini disokong oleh
dapatan pada impak 6C ke atas murid-murid hasil daripada pelaksanaan PdPc KmR. Dapatan yang

146

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

menunjukkan tahap tinggi adalah satu kejayaan besar guru-guru SK Losong terhadap kemenjadian
murid di sekolah berkenaan.

Soalan Kajian 2

Apakah yang dihadapi semasa melaksanakan KmR di sekolah?

Soalan kajian ketiga ini akan dijawab dengan meneliti 4 aspek berikut, iaitu Perancangan,
Pelaksanaan, Penilaian dan Pemantauan.

Perancangan KmR dimulakan pada tahun 2016. Pada peringkat awal bengkel dilaksanakan kepada
guru-guru untuk memberi kefahaman tentang KmR.Tahun berikutnya iaitu pada tahun 2017 terus
dilaksanakan. Pelaksanaan KmR berterusan sehingga sekarang. Tahun 2019 dan seterusnya,
penekanan lebih diberikan kepada STEM.

Pada peringkat pelaksanaan KmR, ia dimulakan dengan dengan subjek utama, dan diikuti oleh
subjek sokongan. KmR dirancang mengikut kebolehan murid. Walaupun aktiviti yang dilaksanakan
berbeza, pelajar bekerja bersama-sama untuk mencapai objektif pengajaran yang sama pada akhir
sesi pengajaran. SK Losong juga melaksanakan kolaboratif dengan sekolah lain setahun sekali
melalui SMART TEAM JUNIOR dalam PILOT PROJECT TS25. SMART TEAM JUNIOR
melibatkan beberapa sekolah sekitar yang dijemput untuk merasai projek KmR yang dilaksanakan
dengan menggunakan fasilitator pelajar dari SK Losong.

Penilaian pula dilaksanakan oleh guru, pegawai PPD, SISC+, SIP+, dan ibu bapa murid dengan
bimbingan yang telah diberikan oleh guru. Akhir sekali pemantauan, dilaksanakan oleh Guru Besar,
KPM, IPG, JPNT dan IAB.

Soalan Kajian 3

Bagaimanakah kemenjadian pelajar SK Losong sebelum dan selepas amalan KmR dilaksanakan?

Dapatan menunjukkan bahawa aspek kemenjadian murid merupakan faktor utama selepas
melaksanakan KmR. Keputusan ini tidak dapat dilihat pada keputusan peperiksaan, tetapi
berdasarkan pemerhatian guru terhadap murid dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah.
Beberapa tahun kebelakangan ini jelas menunjukkan aspek ini terserlah dalam kalangan murid
terutamanya apabila melaksanakan program. Semua program diuruskan oleh murid daripada
pengacara majlis, pembaca doa, pembaca ikrar, dan persembahan. Guru hanya berperanan sebagai
penasihat sahaja. Begitu juga halnya sekiranya sesuatu perkongsian elemen TS25 dengan sekolah
sekitar, semua diambilalih oleh murid dengan nasihat guru. Semasa dalam kelas pula murid lebih
berani untuk melaksanakan aktiviti dan memberikan pendapat, kadang kala murid mencadangkan
kaedah pembelajaran yang mereka suka.

Soalan Kajian 4

Bagaimanakah pencapaian akademik pelajar SK Losong sebelum dan selepas amalan KmR
dilaksanakan?

Jadual 8 : Pencapaian Akademik Pelajar SK Losong Tahun 2015-2019

BIL TAHUN GPS GPS DALAM BIL 5A/6A BIL LULUS
SEMUA MATA
PERATUS PELAJARAN
81.40
1. 2015 2.06 73.60 6 78.26
2. 2016 2.90 61.96 0
147

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

3. 2017 2.79 64.11 1 79.07
4. 2018 2.91 61.86 1 67.44
5. 2019 2.83 63.48 0 80.00

#GPS – Gred Purasa Sekolah
#GPMP – Gred Purata Mata Pelajaran

Jadual di atas menunjukkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2015
hingga tahun 2019. Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi tahun 2015 pada bandingannya dengan
2016-2019 adalah kerana perbezaan format lama UPSR kepada format terbaharu. Walau
bagaimanapun, GPMP kelihatan tidak banyak berubah dari tahun 2016 hingga tahun 2019 dengan
julat 62 % - 64 %. Namun, pada tahun 2019 dua mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains mendapat
100% lulus.

RUMUSAN

Amalan pelaksanaan KmR di SK Losong pada tahap tinggi kerana kefahaman guru-guru terhadap
proses merungkai, merancang dan melaksana PdPc KmR adalah tinggi. Kefahaman yang tinggi
dalam kalangan guru-guru SK Losong terhadap PdPc KmR ini secara tindak langsung
mempercepatkan proses kemenjadian murid di sekolah berkenaan. Kenyataan ini disokong oleh
dapatan pada impak 6C ke atas murid-murid hasil daripada pelaksanaan PdPc KmR. Dapatan yang
menunjukkan tahap tinggi adalah satu kejayaan besar guru-guru SK Losong terhadap kemenjadian
murid di sekolah berkenaan. Dapatan ini juga disokong oleh dapatan soalan kajian 2, 3 dan 4.

RUJUKAN

Grant, M. 2009. Understanding Projects in Project-Based Learning: A Student's Perspective.
Pembentangan Kertas Kerja di Annual Meetings of the American Educational Research
Association. San Diego, CA. April, 2009.

John, W. Thomas (2000). A Review of Research On Project Based-Learning. The Autodesk
Foundation 111 McInnis Parkway San Rafael, California 94903.

Kaldi, S. Filippatou, D. & Govaris, C. (2011). Project-based Learning in Primary Schools: Effects
on Pupils' Learning and Studies. Education, 39(1), 35-47.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Pendekatan Modular Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Bahagian Pendidikan Guru. April 2010.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

McGrath, D. (2005). Technology-supported PBL: Developing 21st century skills for all students.
Diperoleh Februari 2, 2010 daripada http://coe.ksu.edu/McGrath/
Edunova/Edunova_paper.htm.

Nitce Isa Medina Machmudi Isa & Mai Shihah Hj Abdullah. (2013). Pembelajaran Berasaskan
Projek: Takrifan, Teori dan Perbandingannya dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah.
CREAM-Current Reasearch in Malaysia, Vol.2, No.1, January 2013:181-194.

Norliza Brahim, Shaffe Mohd Daud & Rosnaini Mahmud. (2010). PBL sebagai Kaedah Pengajaran

dan Pembelajaran Kontemporari Abad Ke-21 Di Malaysia. Himpunan Kertas Kerja 2nd
International Malaysia Educational Technology Convention. 461–471.

148

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

TAHAP STRES DALAM KALANGAN GURU PELATIH IPGM DI ZON UTARA

Mohamad Faizel Bin Ali ([email protected])
Nor Shafrin Ahmad ([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Universiti Sains Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap stres dalam kalangan guru-guru pelatih IPGM di
Zon Utara serta mengenal pasti perbezaan tahap stres berdasarkan program pengajian, jantina
guru pelatih, kampus-kampus di Zon Utara serta peringkat pengajian. Seramai 297 orang responden
yang terdiri dari 63 orang guru pelatih lelaki dan 232 orang guru pelatih perempuan dari enam
kampus IPGM yang terdapat di Zon Utara. Responden dalam kajian ini dipilih menggunakan
kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mengumpul
jawapan berdasarkan soal selidik yang digunakan iaitu Depressive Anxiety and Stress Scales 42-
item (DASS-42) Versi Bahasa Melayu domain stres sahaja. Hasil dapatan kajian menunjukkan
responden kajian berada berada pada tahap stres normal dan ringan. Dalam masa yang sama, hasil
dapatan kajian ini turut menunjukkan tiada perbezaan yang ketara tahap stres antara peserta lelaki
dan perempuan dalam kajian (p = .021). Hasil dapatan kajian turut mendapati terdapat perbezaan
yang ketara antara faktor stres berdasarkan program pengajian guru pelatih di kampus meliputi
dua program pengajian iaitu PPISMP dan PISMP (p = 0.048). Dapatan kajian ini turut mendapati
terdapat perbezaan yang signifikan antara peringkat pengajian (p = .000) dan perbezaan yang
signifikan tahap stres guru pelatih berdasarkan kampus-kampus di Zon Utara (p = .002).

Kata Kunci : Stres, Guru Pelatih IPGM & Pengurusan Stres.

PENGENALAN

Stres merupakan fenomena biasa yang dihadapi oleh semua manusia yang menjalani kehidupan di
dunia ini, tidak terkecuali dalam kalangan pelajar di pusat pengajian tinggi seperti di universiti atau
Institut Pendidikan Guru (IPG). Menurut Lessard (1998) stres bukan sahaja dialami oleh orang
dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar pusat pengajian tinggi kerana persekitaran unik di
kampus menuntut pelajar menyeimbangkan pelbagai peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan.
Stres adalah pengalaman atau kejadian yang sering dialami oleh seseorang individu (Mastura
Mahfar, Fadilah Zaini & Nor Akmar Nordin, 2007). Menurut Greenberg dan Baron, 2000 stres akan
menyebabkan berlaku reaksi personal, psikologi dan emosi hasil daripada reaksi terhadap
rangsangan yang diterima. Oleh itu, stres akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan
mental, prestasi akademik termasuk semua aspek kehidupan keseluruhannya jika tidak dapat
diuruskan dengan baik (Kashif Ud Din Khan, Shazia Gulzar & Farzan Yahya, 2013).

Secara umumnya, stres adalah sebahagian daripada kehidupan manusia dan ia boleh
mendatangkan kesan yang negatif dan kesan positif . Setiap indivdiu mempunyai cara atau kaedah
tersendiri dalam mengatasi masalah sress yang dihadapi. Menurut Shamsaadal Sholeh Saad et. al.
(2018), stress sepatutnya dapat membangkitkan semangat juang yang tinggi dalam diri pelajar bagi
mencapai matlamat yang telah ditetapkan jika ia diuruskan dengan baik. Golongan pelajar
seharusnya bijak dalam mengatur dan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang
dihadapi.

149

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk:

1. Mengenal pasti tahap stres pelajar IPGM di Zon Utara, Malaysia.
2. Mengenal pasti perbezaan tahap pelajar IPGM di Zon Utara, berdasarkan jantina.
3. Mengenal pasti perbezaan tahap pelajar IPGM di Zon Utara, berdasarkan program.
4. Mengenal pasti perbezaan tahap pelajar IPGM di Zon Utara, Malaysia berdasarkan kampus
5. Mengenal pasti perbezaan tahap pelajar IPGM di Zon Utara, Malaysia berdasarkan peringkat

pengajian.

Hipotesis Kajian

Berikut adalah 5 hipotesis alternatif (Ha) yang digunakan untuk menjawab objektif kajian :

Ha1- Terdapat perbezaan signifikan pada tahap stres pelajar IPGM di Zon Utara, Malaysia.
Ha2- Terdapat perbezaan signifikan pada tahap pelajar IPGM di Zon Utara, berdasarkan jantina.
Ha3- Terdapat perbezaan signifikan pada tahap pelajar IPGM di Zon Utara, berdasarkan program.
Ha4- Terdapat perbezaan signifikan pada tahap pelajar IPGM di Zon Utara, Malaysia berdasarkan

kampus
Ha5- Terdapat perbezaan signifikan pada tahap pelajar IPGM di Zon Utara, Malaysia berdasarkan

peringkat pengajian.

TINJAUAN LITERATUR

IPGM memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan-latihan berkualiti berkaitan bidang
perguruan kepada guru-guru pelatih untuk menjadi guru yang kompenten serta bertaraf global.
Dalam menyediakan program latihan keguruan ini, IPGM telah melaksanaan pelbagai tranformasi
dan perubahan dalam sistem pendidikan, selaras dengan peranan dan tanggungjawab para guru
yang bertambah besar, mencabar dan kompleks (Syed Sofian & Rohany 2010). Perubahan-
perubahan ini turut mempengaruhi harapan dan ekspektasi masyarakat terhadap peranan guru dalam
membangunkan potensi generasi muda negara. Perubahan-perubahan yang dilakukan memberi
impak kerja yang tinggi kepada guru sehingga ada dalam kalangan guru pelatih berada dalam
keadaan stres (Fazura Mohd Noor, 2011).

Perubahan-perubahan yang dijalankan bagi mencapai hasrat yang telah ditetapkan turut memberi
tekanan terhadap kehidupan guru pelatih. Menurut Asmawati dan Mohd Shahril (2012), tidak dapat
dinafikan bahawa pelajar IPGM turut mengalami tekanan yang akan mengakibatkan pelajar
mengalami stres. Lazimnya stres yang dihadapi oleh pelajar meliputi masalah dalam proses
pembelajaran, kewangan, akademik, emosi dan keluarga. Hal ini demikian kerana, walaupun pelajar
yang dipilih oleh IPGM merupakan pelajar yang cemerlang akademik, namun tidak semestinya
mereka dapat mengharungi perubahan dengan baik. Sesetengah perubahan dalam kehidupan dapat
diramal, manakala sesetengah perubahan berlaku secara mendadak, dan menimbulkan pergolakan
dalam hidup. Stres akan terjadi apabila kehendak seseorang individu tidak selaras dengan
kemampuan individu berkenaan (Prabhat, 2014).

Kajian-kajian berkaitan masalah stres dalam kalangan pelajar IPGM telah dijalankan oleh
beberapa pengkaji lain bagi membuktikan kewujudkan masalah stres dalam kalangan Guru Pelatih
ini. Dalam kajian yang dijalankan Mubin (2012) mendapati tekanan yang tinggi dalam kalangan guru
pelatih berpunca dari aspek peperiksaan, tarikh akhir menghantar tugasan dan terlalu banyak kerja
kursus. Dalam masa yang sama, satu kajian telah dijalankan oleh Mazlan et al. (2012) turut

150

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

mendapati guru pelatih mengalami tekanan berkaitan dengan akademik, persekitaran, rakan-rakan,
pemikiran dan Guru pelatih berasa tertekan apabila berhadapan dengan murid yang mempunyai
masalah tingkah laku dan masalah pembelajaran, semasa menulis rancangan pengajaran mengajar,
penyeliaan dan penilaian dari pihak sekolah (Phaik, 2011). Aspek akademik, persekitaran,
interpersonal serta masalah peribadi menjadi faktor utama stres dalam kalangan Guru Pelatih
berdasarkan kajian-kajian lepas.

Program latihan perguruan ini tercabar apabila dipertikai oleh sesetengah pihak apabila
berlaku kejadian bunuh diri seorang guru pelatih di salah sebuah institut pendidikan guru di negara
kita akibat mengalami stres yang kritikal pada 4 April 2018. Begitu juga terdapat peningkatan kes
masalah stres dan kemurungan dalam kalangan pelajar IPGM di 27 kampus sekitar Malaysia.
Contohnya, terdapat dua kes guru pelatih terpaksa menangguh pengajian kerana mengalami stres
yang kritikal pada tahun 2017 di salah sebuah kampus di Utara Malaysia. Selain itu, terdapat banyak
kes yang dilaporkan berkaitan pelajar ingin berhenti dari pengajian kerana mengalami stres yang
tinggi (Abdul Latib, 2018).

Justeru, kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tahap stres dalam
kalangan guru pelatih IPGM agar suatu langkah intervensi awal dapat dijalankan untuk membantu
guru pelatih yang menghadapi masalah stres.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Pendekatan kajian yang digunakan ialah secara kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Bagi
memperoleh dapatan, soal selidik DASS-42 versi bahasa melayu ditadbir kepada 297 pelajar guru
yang menjadi sampel kajian. Kaedah soal selidik ini mengumpulkan jawapan terus dari subjek kajian
digunakan kerana data dapat dikutip dengan cepat dan keupayaan keputusan kajian untuk
digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan (Chua Yan Piaw, 2014). Data
kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 25 untuk mendapatkan min, sisihan piawai,
peratusan dan kekerapan.

Tempat Dan Populasi Kajian

Bagi menjalankan kajian penyelidikan secara berkesan, populasi kajian perlu dikenal pasti dengan
tepat dan jelas (Mastura Mahfar, 2012). Justeru, populasi kajian terdiri daripada guru-guru pelatih
IPGM di Zon Utara, Malaysia iaitu seramai 4018 orang. Sejumlah 6 kampus terdapat di Zon Utara,
Malaysia meliputi IPGK Pulau Pinang, IPGK Tuanku Bainun, IPGK Sultan Abdul Halim, IPGK
Darul Aman dan IPGK Perlis. Kaedah persampel rawak mudah digunakan bagi menunjukkan sampel
kajian dari keseluruhan populasi kajian. Seramai 50 orang guru pelatih dari setiap kampus dijadikan
sampel kajian menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Jumlah keseluruhan sampel kajian
ini adalah 297 orang. Justeru, dapatan kajian hanya boleh digeneralisasikan kepada guru-guru pelatih
IPGM di Zon Utara, Malaysia sahaja yang mempunyai persamaan dari segi ciri demografi populasi
iaitu guru pelatih sepenuh masa, mengikuti program PPISMP dan PISMP serta berumur antara 18
hingga 24 tahun

Pengumpulan Data

Depressive Anxiety and Stress Scales 42-item (DASS-42) Versi Bahasa Malaysia
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah DASS-42 versi bahasa melayu yang telah
diterjemah oleh Ramli, Nora dan Aidil (2012). Soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan
0.94 dan nilai kesahan 0.95 soal selidik DASS-42 mengandungi 3 konstruk utama iaitu Kemurungan,
Kebimbangan dan stres. Oleh kerana kajian ini hanya untuk melihat tahap stres dalam kalangan

151

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

sampel, hanya item-item dalam konstruk stres sahaja digunakan dengan membuat semula ujian

reliability test. Hasil realiability test untuk 14 item stres dalam soal selidik ini menunjukkan nilai
Cronbach’s Alpha 0.818 iaitu melebihi 0.5. Jadual 3.1 menunjukkan tahap stres berdasarkan jumlah

skor yang diperoleh.

Aspek pengiraan skor dalam soal selidik ini adalah seperti berikut :

Skala Skor
Tidak langsung menggambarkan keadaan saya 0
Sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan saya. 1
Banyak atau kerapkali menggambarkan keadaan saya. 2
Sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya 3

Jadual 1 : Tahap stres berdasarkan jumlah skor

Tahap Normal Ringan Sederhana Teruk Sangat
14 – 17 Teruk
Jumlah 0–7 8–9 10 – 13 18 +
skor

DAPATAN KAJIAN

Mengenal pasti tahap stres pelajar IPGM di Zon Utara, Malaysia

Tahap tekanan sampel kajian ditunjukkan dalam Jadual 2

Jadual 2 : Kekerapan Dan Peratus Profil Tekanan Sampel Kajian

Pembolehubah Tahap Kekerapan Peratusan
Tekanan Normal 125 42.0%
Ringan 79 26.6%
Sederhana 58 19.6%
Teruk 27 9.1%
Sangat Teruk 8 2.7%

Jumlah 297 100%

Berdasarkan Jadual 2,analisis deskriptif menunjukkan sampel memiliki tahap tekanan normal.
ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa majoriti
sampel kajian memiliki tahap tekanan yang normal iaitu seramai 125 orang (42.0%). Ini dikuti
dengan tahap stres ringan seramai 79 orang (26.6%), tahap stres sederhana seramai 58 orang
(19.6%), tahap stres teruk seramai 27 orang (9.1%) dan tahap stres sangat teruk seramai 8 orang
(2.7%).
Mengenal pasti perbezaan tahap pelajar IPGM di Zon Utara, Malaysia berdasarkan jantina.

Hasil dapatan analisis data kajian perbezaan mengikut jantina terhadap tekanan seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3

Jadual 3 :Dapatan Data Analisis T-Test Mengukur Perbezaan Tekanan Mengikut Jantina

Jantina N Min F T df Sig.(p)

Lelaki 64 -12.605 6.347 -1.258 202 0.210

Perempuan 232 -12.605

Signifikan pada aras p<.05

152

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 3 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tekanan yang signifikan mengikut jantina
(p>0.05). Ini bermakna tidak terdapat perbezaan tahap tekanan yang signifikan antara lelaki dan
perempuan dalam kajian ini.

Mengenal pasti perbezaan tahap pelajar IPGM di Zon Utara, Malaysia berdasarkan program.

Hasil dapatan analisis data kajian perbezaan terhadap tekanan berdasar program pengajian seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 4

Jadual 4 :Dapatan Data Analisis T-Test Mengukur Perbezaan Tekanan Mengikut Program
Pengajian

Jantina N Min F T df Sig.(p)
PPISMP 73 .175 26.931 2.818 202 0.048

PISMP 224 .175

Signifikan pada aras p<.05

Jadual 4 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tekanan yang signifikan berdasarkan program
pengajian (p<0.05). Ini bermakna terdapat perbezaan tahap tekanan yang signifikan antara program
pengajian PPISMP dan PISMP dalam kajian ini.

Mengenal pasti perbezaan tahap pelajar IPGM di Zon Utara, Malaysia berdasarkan kampus.

Hasil dapatan analisis data kajian perbezaan terhadap tekanan berdasar kampus-kampus di zon utara
Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5
Jadual 5 : Perbezaan Terhadap Tekanan Berdasar Kampus-Kampus Di ZonUtara Malaysia

Sumber SS df MS F Sig.(p)
Antara Kumpulan 85.524 4 21.381 8.103 .000

Dalam Kumpulan 770.536 292 2.639

Signifikan pada aras p<.05

Berdasarkan Jadual 5, keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan p <.05 bagi tahap
tekanan dalam kalangan sampel kajian berdasarkan kampus-kampus yang terdapat dalam zon utara,
Malaysia
Mengenal pasti perbezaan tahap pelajar IPGM di Zon Utara, Malaysia berdasarkan peringkat
pengajian.

Hasil dapatan analisis data kajian perbezaan terhadap tekanan berdasarkan peringkat pengajian
IPGM di IPGK zon utara, Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 6 : Kajian Perbezaan Terhadap Tekanan Berdasarkan Peringkat Pengajian

Sumber SS df MS F Sig.(p)

Antara Kumpulan 11.551 4 2.888 4.322 .002

Dalam Kumpulan 195.122 292 .668

Signifikan pada aras p<.05

153

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Berdasarkan Jadual 6, keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p <.05) bagi
tahap tekanan dalam kalangan sampel kajian berdasarkan peringkat pengajian IPGM di IPGK zon
utara, Malaysia

PERBINCANGAN

Berdasarkan daripada hasil kajian yang diperoleh menunjukkan tahap stres guru pelatih IPGM di
Zon Utara Malaysia berada pada tahap stres normal dan ringan. Hasil dapatan ini selaras dengan
kajian yang telah dijalankan oleh kajian Asmawati dan Mohd Shahril (2012) yang menyatakan
pelajar IPG turut menghadapi stres. Namun, satu dapatan yang menarik dibincangkan adalah
berkaitan jumlah pelajar yang berada di tahap stres yang sederhana, teruk serta sangat teruk. Dapatan
kajian menunjukkan seramai 93 orang guru pelatih mewakili 31.1 peratus sampel kajian berada di
tahap stres sederhana, teruk dan sangat teruk. Ini bermaksud hampir satu pertiga dari sampel kajian
berada di tahap stres sederhana ke atas. Dapatan ini menunjukkan data yang konsisten dengan
dapatan kajian-kajian lepas seperti Gopal et al. (2010), Mubin (2012), Mazlan et al. (2012) dan
Hasnah Awang (2016) yang mendapati guru pelatih IPGM berhadapan dengan masalah stres tinggi.
Pelajar di IPGM sering menghadapi stres kerana perubahan gaya hidup, peningkatan bebanan
pelajaran, tugasan akademik, hubungan interpersonal dan pelbagai faktor lain (Zaid et. al, 2014)

Dalam masa yang sama, hasil dapatan kajian ini turut menunjukkan tiada perbezaan yang
ketara tahap stres antara peserta lelaki dan perempuan dalam kajian ini. Dapatan ini selaras dengan
kajian yang telah dijalankan Faizel dan Shafrin (2019) yang menyatakan tiada perbezaan tahap stres
berdasarkan jantina dalam kalangan guru pelatih di dalam Program Tranformasi Diri (PTD)
IPGKPP. Hal ini kerana, guru pelatih yang dipilih mengikuti pengajian di IPGM adalah pelajar-
pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM serta telah melalui Ujian Kelayakan
Calon Guru (UKCG) IPGM. Keadaan ini memberi suatu gambaran bahawa semua guru pelatih yang
dipilih mengikuti pengajian di IPGM telah melalui peringkat saringan yang sama serta tahap
kelayakan yang sama tanpa sebarang perbezaan tertentu berdasarkan jantina.

Hasil dapatan kajian turut mendapati terdapat perbezaan yang ketara antara faktor stres
berdasarkan program pengajian guru pelatih di kampus meliputi dua program pengajian iaitu
PPISMP dan PISMP. Dapatan kajian ini turut mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara
peringkat pengajian dan perbezaan yang signifikan tahap stres guru pelatih berdasarkan kampus-
kampus di Zon Utara, Malaysia. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian dijalankan oleh
Schlossberg (2011) dan Hafiz (2017) yang mendapati terdapat perbezaan tahap stres berdasarkan
peringkat-peringkat pengajian meliputi 3 peringkat utama iaitu pengajian iaitu peringkat 1 : Moving
in (permulaan), peringkat 2 : Moving Through (pengantara) dan peringkat 3 : Moving Out (keluar).
Hal ini kerana terdapat perbezaan tahap stres berdasarkan program dan peringkat pengajian kerana
perlu melalui tanggungjawab dan tugasan yang berbeza berdasarkan opsyen dan tahap pengajian
masing-masing Hanina et. al. 2010; Sharer Hamaideh 2011; & Shamsaadal et. al 2018).

RUMUSAN

Hasil dari dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan perlu ada satu strategi atau tindakan
penyelesaian dalam membantu guru pelatih yang mengalami masalah stres terutamanya kepada
pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di Zon Utara, Malaysia. Kajian ini memberi
maklumat awal kepada pihak pentadbiran IPGM untuk merangka suatu program pengurusan stres
yang memberi perhatian khusus berkaitan kemahiran strategik daya tindak seperti yang di sarankan
oleh Prabhat (2014). Program yang dirangka perlu mengambil kira faktor kepadatan kuliah serta
jadual pengajian pelajar tanpa mengganggu perjalanan kuliah seharian. Hal ini bertepatan dengan
padangan Gopal et al. (2010) yang menyatakan perlu ada suatu intervensi pengurusan stres jangka
pendek kepada guru pelatih IPGM dalam membantu mereka menguruskan stres yang dihadapi
memandangkan jadual kuliah yang padat serta tugasan yang banyak. Sehubungan dengan itu,
cadangan kajian lanjutan yang boleh dijalankan adalah dengan membina dan mengkaji modul-modul

154

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

berkaitan pengurusan stres yang memberi fokus terhadap aspek pengurangan stres serta peningkatan
strategi daya tindak dalam kalangan guru pelatih IPGM. Oleh yang demikian, program pengurusan
stres yang dirangka perlu mengunakan pendekatan yang sesuai dengan persekitaran pengajian IPGM
serta dapat menangani masalah stres secara berkesan.

RUJUKAN
Chua, Y. P. (2014). Kaedah Penyelidikan. Edisi ketiga. McGrew-Hill Education (Malaysia) Sdn.

Bhd.
Gopal, V., Donatus, J., & Francis, A. C. (2010). Tahap dan Punca Stres Dalam Kalangan Pelajar IPG

Kampus Keningau. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau (pp. 1–12)
Hanina H. H., Tan, P. M., & Jumali, S. (2010). Stres dan Pencapaian Akademik Mahasiswa

Pembangunan Manusia Di Universiti Putra Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13
Jun/June 2010 (57 - 72)
IPGM. 2017. Buku Panduan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
2017/2018. Cyberjaya: Pusat Pembangunan Akademik IPGM.
Kashif, D. K., Shazia, G. & Farzan Y. (2013). Crucial Factors Affecting Stress: A Study Among
Undergraduates In Pakistan. International Journal of Asian Social Science,
2013, 3(2):428-442
Mastura, M., Fadilah, Z., dan Nor Akmar, N. 2007. Analisis Faktor Penyebab Stres Di Kalangan
Pelajar. Jurnal Kemanusiaan, bil 9, (62-72)
Mastura Mahfar. (2011). Kesan Modul pendidikan dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah
berasrama penuh di Johor, Malaysia. Tesis Doktor falsafah yang tidak diterbitkan.
Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
Mazlan, A., Suhannah, H., & Tauhit, S. (2012). Profil Stress Pelajar opsyen Matematik dan Sains
dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Penyelidikan Pendidikan IPG Kampus
Temenggong Ibrahim, 5, 88–97
Prabhat, K. M. (2014). Stress and coping: some critical issue. Indian Journal of Positive Psychology
2014, 5 (3), 341-343
Shamsaadal S., W. Zaimah, W.A., Zahrul, A., Harliana, H., Hussain, O., Khairul A. (2017).
Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti. Batu Pahat, Johor: Penerbit
UTHM.

155

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

GAYA PENGURUSAN KONFLIK DALAM KALANGAN PENSYARAH DAN
PEGAWAI PENGURUSAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Ruziaton binti Jamros ([email protected])
Nurulhana binti Hussain ([email protected])
Sharizan binti Abdul Hamid ([email protected])
Raymond Mohanaraj Paul ([email protected])
Norhafizah binti Sapuan ([email protected])
Faridah binti Darus, PhD. ([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau gaya pengurusan konflik dalam kalangan pensyarah dan pegawai
pengurusan Institut Pendidikan Guru. Penggunaan kaedah tinjauan dalam rekabentuk kuantitatif
melibatkan 215 orang responden dari enam zon IPGK. Kajian ini menggunakan soal selidik aplikasi
Google Forms dengan 50 item soalan berkaitan gaya pengurusan konflik yang diubah suai daripada
Thomas-Kilmann Conflict Mode Instrument (TKI). Nilai Cronbachs Alfa 0.918 hasil kajian rintis
terhadap 34 orang responden. Penganalisisan data secara statistik deskriptif dan inferensi
menggunakan aplikasi Statistic Package for Social Sciences (SPSS) versi 22. Data demografi
menggunakan kekerapan dan peratus, data pengurusan konflik menggunakan min dan sisihan
piawai. Perbezaan antara gaya pengurusan konflik dengan faktor demografi dianalisis
menggunakan ujian-t dan ANOVA sehala. Dapatan kajian gaya pengurusan konflik dalam kalangan
responden menunjukkan gaya memenuhi adalah paling tinggi diikuti, gaya kompromi, gaya
bermuafakat, gaya bersaing dan gaya mengelak. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
gaya pengurusan konflik dengan faktor jantina, jawatan dan tempoh perkhidmatan responden dan
ini menunjukkan gaya pengurusan konflik tidak dipengaruhi oleh jantina, jawatan, dan tempoh
perkhidmatan di IPGK. Selain daripada itu, responden juga mengamalkan kaedah lain dalam
menyelesaikan konflik antaranya pertemuan bersemuka, membimbing dan memberi kaunseling,
melaksanakan kajian, menggunakan orang tengah, menjadikan Quran dan hadis sebagai panduan
dan pembuktian atas kejayaan. Implikasi kajian, fokus kepada latihan dan strategi menangani
konflik, ketika merancang kursus pembangunan staf untuk mengesan dan memantau tahap konflik
dari awal. Kajian lanjutan yang dicadangkan melibatkan kesan gaya pengurusan konflik oleh ketua
jabatan terhadap kadar stress pensyarah.

Kata kunci: gaya pengurusan konflik, gaya berkompromi, IPGK

PENGENALAN

Konflik tetap terjadi selagi ada interaksi sesama manusia. Ianya terjadi disebabkan seseorang itu
mempunyai kemahuan dan pengharapan yang sering bercanggah dengan kemahuan dan pengharapan
orang lain sama ada majikan, rakan sekerja, ahli keluarga dan individu lain yang perlu berurusan
dengannya. Menurut Webb & Norton (2003), konflik atau pertentangan personaliti mungkin timbul
akibat tugas yang dipertanggungjawabkan tidak jelas atau bercanggah dari sudut nilai, sikap,
keperluan staf dengan hasrat pemimpin. Dalam komunikasi, konflik boleh menyebabkan jurang
interaksi menjadi lebih besar dan akhirnya menyebabkan kegagalan komunikasi. Keadaan ini
menyebabkan suasana kerja menjadi tidak harmoni dan boleh menurunkan prestasi kerja. Walau
bagaimanapun, tidak semua konflik yang wujud mempunyai kesan yang negatif. Konflik jika

156

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

diuruskan dengan cara yang baik memberi manfaat kepada organisasi kerana ia merangsang
pemikiran yang baharu, mendorong pemikiran terbuka, merapatkan ukhuwah dan membantu
melonjakkan pencapaian organisasi (Richards, 2019).

LATAR BELAKANG KAJIAN

Institut Pendidikan Guru merupakan institusi yang penting dalam melahirkan guru-guru yang terlatih
dan berkualiti. Kewujudan konflik dalam kalangan warga institusi boleh memberi kesan terhadap
pencapaian visi dan misi setiap IPGK serta menjejaskan keharmonian persekitaran kerja. Menurut
Wobodo (2019), krisis konflik yang berlarutan di dalam sesuatu organisasi akan mengakibatkan
kecacatan dalam kefungsian sesebuah organisasi dan tidak sihat untuk kemajuan sesuatu organsasi.

Pengurusan konflik adalah tindakan atau intervensi yang digunakan oleh pihak pentadbir dalam
menyelaras, memberi arahan dan mengawal isu atau masalah yang timbul antara individu, kumpulan
atau organisasi. Wobodo (2019) juga menyatakan untuk pengurusan konflik yang berkesan, ketua
organisasi perlu memahami punca utama konflik tersebut agar dapat mengaplikasi pendekatan yang
paling sesuai. Menurut Zaleha (2015), pemilihan kaedah pengurusan konflik yang berkesan adalah
penting kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi malahan
menjamin kesejahteraan persekitaran kerja dalam sesebuah organisasi. Pengurusan konflik yang
berkesan turut membantu menyediakan iklim pendidikan yang kondusif kearah pencapaian visi dan
misi pendidikan yang cemerlang. Ini kerana matlamat bagi melahirkan guru yang berkualiti
bersesuaian dengan kehendak pendidikan negara serta dunia menjadi tanggungjawab besar yang
diamanahkan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Justeru, kajian ini cuba melihat bagaimana pensyarah dan pengawai pengurusan yang berbeza
jantina, jawatan dan tempoh perkhidmatan menguruskan konflik ketika bertugas di IPGK.

PENYATAAN MASALAH

Kepentingan kemahiran pengurusan konflik dalam oraginisasi telah diterima secara sejagat dan
diakui sebagai faktor penting dalam kejayaan organisasi. Bagi memastikan komitmen dalam kerjaya
dapat ditingkatkan ke tahap optimum dan maksimum, serta pekerja dapat melaksanan sesuatu tugas
dengan terbaik, maka kemahiran utama yang diperlukan oleh ahli organisasi ialah bagaimana konflik
diri di tempat kerja dapat diuruskan dengan baik. Kajian yang dijalankan terhadap guru besar di
sekolah terhadap tahap pengurusan konflik mereka mendapati konflik yang kerap berlaku di antara
guru besar dan guru dan dalam kalangan guru berpunca daripada percanggahan nilai-nilai peribadi
dan tingkah laku serta emosi. Faktor peribadi menyumbang 42.1% manakala 43.3 % adalah faktor
komunikasi (Mohammed Sani, Mohd Izham & Jainabee Md Kassim, 2007). Kajian yang lain,
Mandalina (2016) menyatakan bahawa kebanyakan konflik ini berpunca akibat komunikasi yang
tidak berkesan antara pekerja dengan majikan. Manakala kajian yang dijalankan oleh Lokman Mohd
Tahir, Mohd Anuar Abdul Rahman dan Normah Abdul Kadir (2008) mendapati konflik konstruktif
adalah sesuatu yang membina manakala konfliks distruktif yang membawa kepada kemusnahan
sering dialami dalam organisasi. Penulisan Salleh Mohd Johdi (2018) dalam sebuah buku yang
bertajuk Amalan Terbaik Pengurusan Konflik Interpersonal dalam kalangan guru sekolah menengah
Malaysia dari aspek persepsi guru mendapati bebanan tugas di sekolah menunjukkan skor tertinggi
(min 4.18) bagi punca konflik.

Kajian mengenai pengurusan konflik selain daripada mengkaji punca-punca konflik,
terdapat juga yang meletakkan gaya kepimpinan dan memberi tumpuan kepada pengurusan sesuatu
konflik. Walau bagaimanapun, kajian pengurusan konflik banyak difokuskan kepada bidang-bidang
lain dan bukan bidang Pendidikan. Konflik interpersonal merupakan fenomena semulajadi yang
tidak dapat dielakkan apabila individu dalam sesebuah organisasi berhubung dengan individu yang

157

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

lain untuk matlamat yang dirancang. Konflik perlu ditangani dengan pelbagai pengetahuan dan
kemahiran. Kegagalan dalam menguruskan konflik membawa kepada punca seorang pekerja tidak
mempunyai komitmen yang baik dalam tugas yang dilaksanakan. Manakala bagi seorang pelajar
pula tidak dapat menyempurnakan pengajiannya malahan sukar untuk mencapai kejayan dalam
bidang pengajiannya. Tuntutan yang tinggi dari tempat kerja dan tanggungjawab yang besar
terhadap keluarga serta kurang kemahiran dalam mengendalikan tekanan menjadi punca konflik
(Newbold, Mehta & Fobus, 2010). Pensyarah dan pegawai pengurusan memerlukan kemahiran
dalam pengurusan konflik untuk memastikan tanggungjawab dan peranan dalam organisasi dapat
dilaksanakan secara efektif.

Walaupun terdapat banyak kajian yang berkaitan dengan pengurusan konflik seperti yang
dibincangkan sebelum ini, namun kebanyakan kajian tersebut memberikan fokus kepada peringkat
sekolah menengah, pelajar universiti dan pekerja dalan organisasi, namun sangat terhad kajian
konflik dalam kalangan pensyarah dan pegawai pengurusan Institut Pendidikan Guru. Sedangkan
pengurusan konflik yang baik penting dalam kalangan pensyarah dan pegawai pengurusan Institut
Pendidikan Guru demi kelangsungan kemenjadian bakal-bakal guru yang dilatih di dalam institusi
pengajian tersebut.

Oleh kerana kurangnya kajian ini di Malaysia, maka isu ini boleh dijadikan bidang kajian yang
signifikan di Malaysia. Maka kajian ini dijalankan secara kuantitatif untuk mengenalpasti gaya
pengurusan konflik dalam kalangan pensyarah dan pegawai pengurusan Institut Pendidikan Guru di
Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti gaya pengurusan konflik yang diamalkan dalam kalangan pensyarah dan
pegawai pengurusan IPGK.

ii. Mengenal pasti perbezaan antara gaya pengurusan konflik dengan faktor demografi (jantina,
jawatan dan tempoh perkhidmatan) dalam kalangan pensyarah dan pegawai pengurusan
IPGK.

iii. Mengenal pasti kaedah pengurusan konflik lain yang diamalkan oleh pensyarah dan pegawai
pengurusan IPGK dalam menyelesaikan konflik.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif utama, kajian ini secara lebih khusus bertujuan untuk menjawab soalan-
soalan berikut:

i. Apakah gaya pengurusan konflik yang diamalkan dalam kalangan pensyarah dan pegawai
pengurusan IPGK?

ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik dengan faktor
demografi (jantina, jawatan dan tempoh perkhidmatan) dalam kalangan pensyarah dan
pegawai pengurusan IPGK?

iii. Apakah amalan pengurusan konflik lain yang diamalkan oleh pensyarah dan pegawai
pengurusan IPGK dalam menyelesaikan konflik?

158

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan soalan kajian yang disenaraikan di atas, terdapat tiga hipotesis nul telah dibina untuk
menjawab persoalan kajian iaitu;

Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik berdasarkan
jantina pensyarah dan pegawai pengurusan IPGK.

Ho 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik berdasarkan
jawatan pensyarah dan pegawai pengurusan IPGK.

Ho 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik berdasarkan
tempoh perkhidmatan pensyarah dan pegawai pengurusan di IPGK.

KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian ini akan dapat membantu pihak pentadbir, pensyarah dan pegawai pengurusan
memilih gaya pengurusan konflik yang berkesan bagi menyelesaikan konflik yang dihadapi ketika
bekerja. Kajian ini juga akan membantu memberi input kepada IPGK dalam melaksanakan Kursus
Pembangunan Profesionalisme Berterusan dalam aspek kemahiran pengurusan konflik. Adalah
diharapkan hasil kajian ini juga dijadikan sumber rujukan bagi meningkatkan kecemerlangan
pentadbiran dan kualiti pendidikan di Institut Pendidikan Guru.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas kepada amalan gaya pengurusan konflik dalam kalangan pensyarah dan pegawai
pengurusan IPGK. Kajian ini juga hanya melibatkan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada
IPGK seluruh Malaysia dalam tempoh dua minggu

TINJAUAN LITERATUR

Konflik wujud di mana-mana dan dalam pelbagai situasi tanpa mengira masa. Konflik boleh
mendatangkan masalah sekiranya tidak diurus dengan baik. Menurut Nor Rashidah (2003), gaya
pengurusan konflik pensyarah di IPG Teknik yang paling digemari ialah gaya akomodasi dan
terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik yang tertentu dengan jenis
personaliti dan stail komunikasi yang tertentu. Justeru, gaya pengurusan konflik yang sesuai perlu
diusahakan bagi mengekalkan perhubungan yang harmoni dalam sesebuah organisasi.

Mohammed Sani, Mohd Izham dan Jainabee (2007), pula mengatakan gaya pengurusan konflik yang
selalu diamalkan oleh pentadbir sekolah dan guru ialah bersepadu dan bertolak ansur. Antara
pendekatan pengurusan konflik yang didapati berjaya ialah pertemuan secara bersemuka, matlamat
kongsi bersama, memperbanyakkan sumber, mengenal pasti perbezaan staf dan mengubah tingkah
laku. Oleh itu, pihak pentadbiran sekolah perlu memahami punca-punca konflik dan mengambil kira
amalan dan pendekatan pengurusan yang dapat menangani konflik secara lebih berkesan.

Lokman, Mohd Anuar dan Normah (2008) pula mendapati, gaya kolaborasi merupakan gaya
pengurusan konflik yang paling digemari manakala gaya persaingan adalah yang paling kurang
digemari. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian oleh Muz-Zammil dan Muli (2011) yang
menyatakan bahawa pengurusan konflik cara kolaborasi sering digunakan oleh pentadbir sekolah
dan cara mengelak merupakan kaedah yang paling jarang diamalkan oleh pentadbir sekolah dalam
pengurusan konflik. Oleh hal yang demikian, jelas bahawa strategi pengurusan konflik perlu

159

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

dipelbagaikan mengikut pelbagai situasi agar konflik dapat diatasi dengan berkesan. Menurut Lee
(2013) dalam kajiannya tentang Pengurusan Konflik Dalam Kalangan Guru Di Empat Buah Sekolah
Rendah Daerah Segamat, Johor mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
tahap pengetahuan guru dengan strategi-strategi pengurusan konflik yang dipilih iaitu strategi
mengelak, kolaborasi, akomodasi, kompromi dan bersaing. Kajiannya juga membuktikan bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara strategi pengurusan konflik dengan faktor demografi
iaitu jantina, bangsa dan tempoh perkhidmatan sebagai guru. Walaubagaimanapun, terdapat
perbezaan yang signifikan antara strategi pengurusan konflik dengan jenis sekolah di mana Sekolah
Kebangsaan banyak menggunakan strategi kompromi manakala Sekolah Jenis Kebangsaan banyak
menggunakan strategi kolaborasi dalam menyelesaikan masalah di sekolah. Hasil dapatan bagi
Sekolah Kebangsaan di atas sepadan dengan dapatan kajian oleh Akhry (2017) iaitu gaya kerjasama
dan pendekatan meleraikan adalah strategi utama diguna pakai dalam kalangan pentadbir Sekolah
Menengah Atas (SMA) Kebangsaan di Bone, Indonesia.

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk tinjauan. Reka
bentuk kajian ini menggunakan soal selidik bagi meninjau gaya pengurusan konflik yang
diamalkan oleh pensyarah dan pegawai pengurusan IPGK. Soal selidik dalam bentuk
Google Forms telah digunakan bagi mengutip data kajian. Data kuantitatif yang diperoleh
dianalisis secara deskriptif (kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai) dan inferensi
(Ujian-t dan ANOVA satu hala) yang diuruskan menggunakan aplikasi Statistic Package
for Social Sciences (SPSS) Versi 22.

Persampelan

Seramai 215 orang daripada pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai pengurusan daripada enam
buah zon telah menjadi responden kajian ini. Enam zon tersebut ialah zon Tengah, zon Selatan, zon
Utara, zon Timur, zon Sabah dan zon Sarawak. Di setiap zon dipilih dua hingga lima IPGK dan
daripada IPGK tersebut dipilih responden kajian. Pensyarah dalam kajian ini adalah terdiri daripada
Ketua Jabatan, Ketua Unit dan Pensyarah Akademik/Jurulatih Kokurikulum. Persampelan kajian
adalah secara rawak kelompok.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A (Demografi), Bahagian B (Gaya
Pengurusan Konflik) dan Bahagian C. Bahagian Demografi terdiri daripada dua dimensi iaitu latar
belakang responden dan pandangan responden tentang konflik. Latar belakang responden ialah
jantina, jawatan dan tempoh perkhidmatan di IPGK. Dimensi pandangan responden terhadap konflik
dijawab dalam bentuk dikotomi (Ya atau Tidak).

Bahagian B soal selidik terdiri daripada 50 item merangkumi lima konstruk Gaya Pengurusan
Konflik yang diubahsuai berdasarkan Thomas-Kilmann Conflict Mode Instrument (TKI). Lima
konstruk gaya pengurusan konflik tersebut ialah (i) Bersaing (ii) Bermuafakat (iii) Berkompromi
(iv) Mengelak dan (v) Memenuhi. Jadual 1 menunjukkan taburan item soal selidik gaya pengurusan
konflik.

160

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 1: Taburan item soal selidik gaya pengurusan konflik

Bil. Gaya pengurusan konflik No. item Bil. Item

1 Bersaing 5, 11, 14, 17, 18, 23, 25, 28, 42, 47 10
2 Bermuafakat 4, 8, 15, 24, 33, 36, 38, 45, 48, 50 10
3 Berkompromi 3, 6, 13, 19, 21, 22, 31, 34, 37, 41, 44 11
4 Mengelak 1, 9, 10, 12, 16, 20, 26, 29, 32, 39 10
5 Memenuhi 2, 7, 27, 30, 35, 40, 43, 46, 49 9
50
Jumlah

Maklum balas responden untuk bahagian B diperoleh menggunakan Skala Lima Mata Likert seperti
yang berikut:

Jadual 2: Pengelasan skala lima mata Likert Skor
Skala lima mata 1
Tidak Pernah 2
Jarang 3
Kadang-kadang 4
Kerap 5
Sangat Kerap

Bahagian C soal selidik merupakan soalan terbuka tentang amalan pengurusan konflik lain yang
turut diamalkan oleh responden dalam menyelesaikan konflik.

Kajian rintis

Kajian rintis telah dilaksanakan terhadap 34 orang pensyarah dan pegawai pengurusan IPG Kampus

Bahasa Melayu bagi melihat kebolehpercayaan item instrumen. Hasil kajian rintis mendapati bahawa
nilai Cronbach’s Alpha ialah 0.918. Menurut Bond dan Fox (2007), nilai pekali kebolehpercayaan

0.918 adalah pada tahap sangat baik. Ini bermakna, item soal selidik boleh digunakan untuk tujuan

mengukur setiap konstruk dalam kajian ini.

Penganalisisan data

Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan soalan kajian pertama dijawab secara
deskriptif (skor min dan sisihan piawai). Soalan kedua kajian dijawab secara inferensi iaitu melalui
ujian-t dan ANOVA satu hala untuk melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor
demografi pensyarah dan pegawai pengurusan IPGK berdasarkan gaya pengurusan konflik. Dapatan
soalan ketiga merupakan senarai amalan pengurusan konflik yang diamalkan oleh pensyarah dan
pegawai pengurusan selain daripada lima gaya pengurusan konflik yang dikaji.

Bagi memastikan taburan data adalah normal, ujian normaliti telah dilaksanakan. Ujian normaliti
yang digunakan ialah Skewness dan Kurtosis.

161

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 3: Analisis Ujian Normaliti Nilai Minima Nilai Maksima
Ujian Normaliti -1.213 0.109
Skewness
-0.624 1.848
Kurtosis

Menurut Chua (2013), dalam bidang sains sosial dan pendidikan, data kajian dengan nilai Skewness
antara + 1.96 dan nilai Kurtosis antara + 1.96 adalah dianggap sebagai bertaburan normal. Justeru,
nilai Skewness dan Kurtosis dalam kajian ini (Jadual 3) menunjukkan data adalah bertaburan normal
kerana berada dalam julat yang ditetapkan. Hair et al. (2010) pula mengatakan bahawa saiz sampel
200 dan ke atas akan menghasilkan sebaran data yang normal dalam kajian.

Pengumpulan data

Soal selidik dalam bentuk Google Form telah diedarkan kepada semua pensyarah dan pegawai
pengurusan di IPGK seluruh Malaysia. Pensyarah dan pegawai pengurusan diberi tempoh dua
minggu untuk menjawab soal selidik.

DAPATAN KAJIAN

Demografi : Latar belakang responden

Seramai 215 orang pensyarah dan pegawai pengurusan di IPGK seluruh negara terlibat sebagai
sampel kajian ini. Berikut merupakan data demografi bagi kajian ini.

Jadual 4 menunjukkan bahawa responden kajian adalah terdiri daripada 100 orang pensyarah lelaki
(46.5%) dan 115 orang pensyarah wanita (53.5%). Keseluruhannya, bilangan pensyarah perempuan
melebihi pensyarah lelaki sebanyak 15 orang (7%) daripada jumlah keseluruhan responden kajian.

Jadual 4: Taburan responden mengikut jantina

Jantina Kekerapan Peratus
46.5
Lelaki 100 53.5
100.0
Perempuan 115

Jumlah 215

Jadual 5 menunjukkan taburan jawatan responden yang terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan jadual
ini responden yang paling ramai adalah terdiri daripada Pensyarah Akademik dan Jurulatih
Kokurikulum iaitu seramai 147 orang ( 68.4%), 35 orang (16.3%) adalah Ketua-ketua Jabatan, 20
orang (9.3%) terdiri daripada Ketua-ketua Unit manakala 13 orang (6.0%) terdiri daripada Pegawai
Pengurusan.

Jadual 5: Taburan responden mengikut jawatan Kekerapan Peratus
Jawatan 35 16.3
20 9.3
Ketua Jabatan 147 68.4
Ketua Unit 13 6.0
Pensyarah Akademik/Jurulatih Kokurikulum 215 100.0
Pegawai Pengurusan

Jumlah

Jadual 6 menunjukkan tempoh perkhidmatan responden kajian. Kajian menunjukkan majoriti
responden telah berkhidmat antara 11-15 tahun ( 68.4 % ), diikuti 6- 10 tahun tempoh perkhidmatan
(9.3%), seterusnya 1- 5 tahun (6.3%) manakala 16 tahun dan ke atas (6.00%) sahaja. Melalui jumlah

162

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

peratus yang ditunjukkan, responden kajian yang paling ramai adalah terdiri daripada pensyarah
yang telah berkhidmat antara 11-15 tahun dan mempunyai pengalaman yang luas dalam
melaksanakan pengurusan konflik dalam organisasi.

Jadual 6: Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan di IPGK

Tempoh Perkhidmatan (Tahun) Kekerapan Peratus
16.3
1 - 5 27 9.3
68.4
6 - 10 53 6.0
100.0
11- 15 73

16 tahun dan ke atas 62

Jumlah 215

Demografi : Pandangan responden tentang konflik

Jadual 7 menunjukkan dapatan kepada item mengenai pandangan responden terhadap konflik.
Analisis peratusan pandangan responden menunjukkan bahawa pengurusan konflik perlu dipelajari
adalah yang paling tinggi iaitu 100%, seterusnya konflik dalam organisasi wujud secara semulajadi
sebanyak 69.4%, konflik membawa kemudaratan kepada organisasi 65.5%, konflik menjadikan
individu atau kumpulan menjadi lebih keatif, inovatif dan imiginatif 63.6%, dan yang terakhir adalah
konflik membawa kebaikan kepada organisasi 53.9%. Kesimpulannya, dapatan ini menggambarkan
bahawa kesemua responden bersetuju menyatakan pengurusan konflik perlu dipelajari. Dapatan ini
disokong oleh pernyataan berikut:

“Pada umumnya, pengetahuan teoritikal berfungsi sebagai kerangka, tetapi
aplikasi teori-teori berkenaan memerlukan pengetahuan yang khusus, pengalaman
yang berkait dengan pengetahuan tersebut, dan alat yang bersesuaian untuk
menyelesaikan masalah tertentu.”
(Madalina, 2016, p. 809)

Selain itu, adalah penting juga untuk diambil perhatian bahawa pengurusan konflik yang efektif
dianggap suatu keperluan pada hari ini disebabkan oleh kepelbagaian ciri organisasi moden yang
membimbangkan (Wobodo, Orianzi, dan Oko-Jaja, 2020).

Jadual 7: Pandangan responden terhadap konflik

Bil Item Ya Tidak
Kekerapan
Kekerapan Peratus Peratus
(%) (%)

1 Konflik dalam organisasi wujud secara 143 69.4 63 30.6
semulajadi

2 Konflik membawa kebaikan kepada 111 53.9 95 46.1
organisasi

3 Konflik membawa kemudaratan kepada 135 65.5 71 34.5
organisasi

4 Konflik menjadikan individu atau kumpulan 131 63.6 75 36.4
menjadi lebih kreatif, inovatif dan imiginatif

5 Pengurusan konflik perlu dipelajari 206 100 00

163

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Persoalan kajian 1

“Apakah gaya pengurusan konflik yang diamalkan dalam kalangan pensyarah dan pegawai
pengurusan IPGK?"

Berdasarkan Jadual 8 berikut, secara keseluruhan bagi konstruk gaya pengurusan konflik yang
diamalkan oleh responden menunjukkan nilai min 3.52 dan sisihan piawai 0.09. Dapatan
menunjukkan nilai min gaya pengurusan konflik yang paling tinggi ialah gaya memenuhi
(min=3.64, sp=0.64), diikuti gaya berkompromi (min=3.58, sp=0.64), gaya bermuafakat (min=3.51,
sp=0.63) dan akhir sekali ialah gaya bersaing (min=3.44, sp=0.71) dan gaya mengelak (min=3.44,
sp=0.63). Dapatan ini seterusnya telah menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu, “Apakah
gaya pengurusan konflik yang diamalkan dalam kalangan pensyarah dan pegawai pengurusan
IPGK?”. Skor min dalam jadual di atas menunjukkan bahawa gaya pengurusan konflik yang sangat
popular diamalkan dalam kalangan pensyarah dan pegawai pengurusan ialah gaya memenuhi diikuti
dengan gaya berkompromi dan bermuafakat. Gaya pengurusan konflik yang paling tidak popular
dalam kalangan pensyarah dan pegawai pengurusan ketika menguruskan konflik ialah gaya bersaing
dan gaya mengelak. Kajian oleh Chong Sui Lee dan Hussien Ahmad ((2015) juga mendapati gaya
yang paling tidak digemari oleh pengetua ialah gaya mengelak. Ini menunjukkan pensyarah dan
pegawai pengurusan IPGK menganggap konflik perlu diberi perhatian dan diselesaikan dan
bukannya mengelak diri daripada menghadapinya.

Jadual 8: Gaya pengurusan konflik yang diamalkan oleh responden

Gaya pengurusan konflik Min Sisihan piawai
0.71
Gaya bersaing 3.44 0.63
Gaya bermuafakat 3.51 0.64
Gaya berkompromi 3.58 0.63
Gaya mengelak 3.44 0.64
Gaya memenuhi 3.64 0.09

Keseluruhan 3.52

Persoalan kajian 2

“Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik dengan faktor
demografi (Jantina, jawatan dan tempoh perkhidmatan) dalam kalangan pensyarah dan
pegawai pengurusan IPGK?"

Ujian-t dan ujian ANOVA sehala digunakan untuk melihat perbezaan antara gaya pengurusan
konflik dengan faktor demografi dalam kalangan pensyarah dan pegawai pengurusan IPGK.

Ujian-t digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya
pengurusan konflik dalam kalangan responden terhadap faktor jantina pensyarah dan pegawai
pengurusan IPGK. Jadual 9 menunjukkan dapatan ujian-t di mana p=0.68>0.05, t=-0.42, d.k=213.
Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik berdasarkan
jantina. Dapatan ini telah menjawab soalan kajian yang kedua iaitu, “Adakah terdapat perbezaan
yang sifnifikan dengan faktor demografi dalam kalangan pensyarah dan pegawai pengurusan
IPGK?”. Ini bermakna gaya pengurusan konflik dalam kalangan pensyarah dan pegawai pengurusan
di IPGK adalah tidak dipengaruhi oleh faktor jantina. Oleh itu, hipotesis nul diterima.

164

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 9: Analisis Ujian- t bagi faktor jantina responden

Jantina N Min Sisihan Nilai-t Darjah Sig. (2-tailed)
-0.42 kebebasan 0.68
Piawai 213

Lelaki 100 3.50 0.65

Perempuan 115 3.54 0.52

Ujian ANOVA sehala dalam Jadual 10, digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan antara gaya pengurusan konflik dengan jawatan yang disandang. Dapatan analisis
menunjukkan nilai p=0.487>0.05, F=0.815, dan d.k=214. Keputusan analisis ini menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik dengan jawatan (Ketua Jabatan,
Ketua Unit, Pensyarah dan Pegawai Pengurusan). Oleh itu, gaya pengurusan konflik yang diamalkan
oleh responden di IPGK tidak dipengaruhi oleh jawatan yang disandang. Oleh itu hipotesis nul
adalah diterima.

Jadual 10: Analisis ujian ANOVA sehala bagi faktor jawatan responden

Punca varian Jumlah kuasa Darjah Min kuasa F Sig.
0.815 0.487
dua kebebasan dua

Antara Kumpulan 0.837 3 0.279

Dalam Kumpulan 72.233 211 0.342

Jumlah 73.070 214

Ujian ANOVA sehala dalam Jadual 11 digunakan juga untuk melihat sama ada terdapat perbezaan
yang signifikan antara gaya pengurusan konflik berdasarkan tempoh perkhidmatan Pensyarah Dan
Pegawai Pengurusan. Dapatan analisis menunjukkan nilai p=0.493>0.05, F=0.804, dan d.k=214.
Keputusan analisis ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya
pengurusan konflik berdasarkan tempoh perkhidmatan di IPGK. Gaya pengurusan konflik tidak
dipengaruhi oleh tempoh perkhidmatan pensyarah dan pegawai pengurusan IPGK. Oleh itu,
hipotesis nul adalah diterima.

Jadual 11: Analisis ujian ANOVA sehala bagi faktor tempoh perkhidmatan responden di IPGK

Punca varian Jumlah kuasa Darjah Min kuasa F Sig.
0.493
dua kebebasan dua

Antara Kumpulan 0.826 3 0.275 0.804

Dalam Kumpulan 72.244 211 0.342

Jumlah 73.070 214

Persoalan kajian 3

“Apakah amalan pengurusan konflik lain yang diamalkan oleh pensyarah dan pegawai
pengurusan IPGK dalam menyelesaikan konflik?”

Berdasarkan soalan terbuka dalam Bahagian C, menunjukkan terdapat kaedah-kaedah pengurusan
konflik yang lain yag diamalkan oleh responden dalam menyelesaikan konflik. Antaranya ialah 1)
mengadakan pertemuan bersemuka, 2) meminta pandangan pihak yang berkecuali atau orang yang
lebih pakar, 3) membimbing dan memberi kaunseling kepada pihak yang berkonflik, 4)
melaksanakan kajian, 5) menggunakan orang tengah, 6) mengikut pedoman Al-Quran dan hadis dan
7) membuktikan sesuatu tindakan dengan kejayaan. Dapatan ini menggambarkan bahawa Pensyarah
dan Pegawai Pengurusan IPGK sentiasa rasional dan kreatif dalam menguruskan konflik di tempat
kerja.

165

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

RUMUSAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, dirumuskan bahawa pensyarah dan pegawai pengurusan IPGK
mengamalkan kesemua gaya pengurusan konflik dalam menangani konflik yang berlaku iaitu gaya
memenuhi, berkompromi, bermuafakat, bersaing dan mengelak. Kajian oleh Ini menunjukkan
penggunaan gaya pengurusan konflik adalah berdasarkan kesesuaian situasi konflik. Hakikatnya
tiada satu jalan yang terbaik dalam menyelesaikan konflik kerana konflik boleh berlaku dalam situasi
dan suasana yang berlainan. Walau bagaimanapun, gaya pengurusan konflik yang paling popular
digunakan oleh pensyarah dan pegawai pengurusan IPGK ialah gaya memenuhi. Ini membuktikan
bahawa pensyarah dan pegawai pengurusan IPGK lebih mengutamakan kepentingan atau kehendak
individu lain serta sangat menjaga perhubungan yang harmoni dalam menyelesaikan sesuatu konflik.
Di samping itu, dapatan kajian juga membuktikan bahawa pensyarah dan pegawai pengurusan lelaki
dan wanita samada yang telah lama berkhidmat atau baharu berkhidmat telah memilih gaya
pengurusan konflik yang sama. Ini selari dengan dapatan kajian lain yang menyatakan tidak terdapat
perbezaan yang sifnifikan di antara faktor jantina dan tempoh perkhidmatan sebagai guru besar
dengan gaya pengurusan konflik guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru kecuali kepada gaya
akomodasi di mana terdapat perbezaan dalam amalan pengurusan konflik antara guru besar yang
baru mentadbir sekolah dengan guru besar yang telah berpengalaman melebihi 5 tahun (Lokman,
Mohd Anuar dan Normah, 2008). Kajian oleh Mohd Izham, Nurul Sahadila dan Aida (2017) juga
mendapati tidak terdapat perberbezaan yang signifikan di antara gaya pengurusan konflik
berdasarkan pengalaman bekerja.

Kesimpulannya, dalam kajian ini telah membuktikan bahawa gaya pengurusan konflik yang dipilih
tiada kaitan dengan jantina, kategori jawatan dan tempoh perkhidmatan seseorang pensyarah dan
pegawai pengurusan IPGK. Kajian juga mendapati kesemua responden sepakat mengatakan
pengurusan konflik perlu dipelajari. Ini selari dengan kajian oleh Chong Sui Lee dan Hussien Ahmad
(2015) yang menyarankan agar pengetua sekolah perlu mengetahui cara mengurus konflik dengan
berkesan. Implikasinya, latihan dan strategi menangani konflik adalah penting dan wajar diberi
perhatian dalam merancang kursus pembangunan staf agar setiap warga IPGK dapat mengesan dan
memantau jenis dan tahap konflik sedari awal dan menggunakan pendekatan yang disarankan bagi
mengatasinya dan seterusnya menyekat konflik yang tidak produktif. Bagi meluaskan skop kajian,
pengkaji mengemukakan beberapa cadangan penyelidikan yang boleh dilaksanakan pada masa akan
datang. Cadangan kajian tersebut ialah kesan gaya pengurusan konflik oleh pengurusan tertinggi
IPGK terhadap prestasi akademik pelajar, kesan gaya pengurusan konflik oleh ketua jabatan terhadap
kadar stress dalam kalangan pensyarah dan pengurusan konflik pengurusan tertinggi dalam
mewujudkan kepuasan kerja pensyarah IPGK.

166

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

RUJUKAN

Webb, L. D., & Norton, M. S. (2009). Human resources administration: Personnel issues and needs
in education. Prentice Hall. Dlm. Lokman Mohd Tahir, Mohd Anuar Abd Rahman &
Normah Abd Kadir (2008). Gaya pengurusan konflik guru besar. Jurnal Teknologi, 48 (E):
115-127.

Richards, L. (2019, March 06). How can conflict be good for an organization? Retrieved October
19, 2020, from https://rb.gy/tyotmb

Wobodo, C.C. (2019). Conflict management strategies and industrial harmony: A theoretical review
of Rivers State University, Port Harcourt. The Strategic Journal of Business & Change
Management, 6(2), 981-994.

Zaleha Yazid. (2015, 24 Ogos). Pengurusan konflik jamin kecemerlangan organisasi. Harian Metro.
Diakses daripada hmetro.com.my/node/72699.

Mohammed Sani Ibrahim, Mohd Izham Mohd Hamzah & Jainabee Md Kassim. (2007). Tahap
pengurusan konflik dalam kalangan guru besar– guru besar dan guru-guru di sekolah rendah.
Dibentangkan dalam The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and
Leadership (ASEMAL 5).

Madalina, O. (2016). Conflict management, a new challenge. Procedia Economics and Finance, 39,
807-814. https://doi.org/10.1016/s2212-5671(16)30255-6

Lokman Mohd Tahir, Mohd Anuar Abd Rahman & Normah Abd Kadir (2008). Gaya pengurusan
konflik guru besar. Jurnal Teknologi, 48 (E): 115-127.

Salleh Mohd Johdi (2018). Amalan terbaik pengurusan konflik interpersonal dalam kalangan guru
sekolah menengah Malaysia. Pembangunan Modal Insan. UUM Sintok. Ms 57 – 80.

Newbold, J.J., Mehta, S.S. & Forbus, P. (2010). A study of non-traditional and traditional students
interms of their time management behaviors, stress factors and coping strategies.
Proceedings of the Academy of Educational Leardership, 15(2):67.

Nor Rashidah Ahmad. (2003). Gaya pengurusan konflik di kalangan pensyarah Maktab Perguruan
Teknik. (Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Serdang). Diakses
daripada http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9376/1/FPP_2003_18_A.pdf

M. Al-Muz-Zammil bin Yasin & Muli binti Mispar (2011). Cara pengurusan konflik peserta
Program Khas Pensiswazahan Guru Besar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Diakses daripada:

prints.utm.my/id/eprint/11926/1/Cara_Pengurusan_Konflik_Peserta_Program_Khas_Pensi
swazahan_Guru_Besar_Di_Fakulti_Pendidikan.pdf

Lee Li Ju. (2013). Pengurusan konflik dalam kalangan guru di empat buah sekolah rendah zon
Tenang di daerah Segamat, Johor [Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan, Universiti Teknologi
Malaysia, Johor]. Di akses daripada
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/Lee%20Li%20Ju.TP.pdf

Akhry Nuddin. (2017). Strategi pengurusan konflik pentadbir terhadap iklim sekolah menengah di
daerah Bone, Indonesia [Tesis Ijazah Doktor Falsafah Tidak Diterbitkan, Universiti
Teknologi Malaysia, Johor].

167

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Kilmann, Ralph H. (1974). Assessment tools conflict and change management. Di akses daripada
https://kilmanndiagnostics.com/assessments/.

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the
human sciences (2nd ed.). London: Lawrence Rlbaum Associates, Publishers.

Chua, Y. P. (2013). Asas statistik penyelidikan: Analisis data skala likert (2nd ed.). Kuala Lumpur:
McGraw-Hill Education.

Hair, J. F. Jr., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate data analysis: A
global perspective (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson.

Wobodo, C. C., Orianzi, R., & Oko-Jaja, B. (2020). Conflict and crisis management: A theoretical
comparison. European Journal of Business and Management, 12(2), 16-22.
https://doi.org/10.7176/ejbm/12-2-03

Mohd Izham Mohd Hamzah, Nurul Sahadila Abd Rani dan Aida Hanim A. Hamid (2017).
Headteachers conflict management styles and teachers job satisfaction in Malaysian Primary
Schools. International Journal of Educational Best Practices (IJEBP), Vol.1, 38-49.

Chong Sui Lee dan Hussien Ahmad. (2015). Gaya Pengurusan Konflik Pengetua dan Kewujudan
Konflik Terpendam Di Sekolah Menengah, Perak. Educational Leader (Pemimpin
Pendidikan) 2015, 3, 1-15.

168

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

KEBERKESANAN KAEDAH ARITMETIK: MENINGKATKAN KECEKAPAN
DALAM PROSES PENANDAAN KERJA KURSUS PELAJAR PENDIDIKAN

ISLAM

Amiyamin Hj Mohamad Yusop, Ph.D. ([email protected])
Mohd Yusri Yusoff ([email protected])
Abu Hisham bin Yusof ([email protected])
Mohamed Nazri bin Mohamed Nor ([email protected] )

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kaedah penandaan aritmetik adalah satu kaedah yang menggabungkan kaedah penandaan analitik
dan holistik. Ia adalah sebagai satu alternatif gaya penandaan yang bertujuan bagi meningkatkan
kecekapan dalam proses penandaan kerja kursus pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk
menentukan keberkesanan kaedah penandaan gaya aritmetik dalam meningkatkan kecekapan dalam
proses penandaan kerja kursus pelajar Pendidikan Islam di sebuah pusat pengajian tinggi.
Permasalahan kajian adalah dari data pemerhatian, pengalaman serta temu bual ringkas yang tidak
berstruktur. Hasilnya satu gaya penandaan aritmetik telah dihasilkan untuk meningkatkan
kecekapan proses penandaan tersebut. Ujian ini telah melalui proses kesahan isi kandungan dan
kebolehpercayaan dengan melaksanakan ujian serentak. Kajian ini adalah berskala kecil yang
hanya melibatkan empat tenaga pengajar yang mengajar subjek Pendidikan Islam. Ia ini
menggunakan kaedah kuasi-eksperimen yang ringkas dengan reka bentuk ujian pra-pasca satu
kumpulan (ujian pra dan pos). Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah aritmetik
berupaya meningkatkan kecekapan dalam proses penghasilan kerja kursus pelajar dari sudut
ketepatan, penggunaan masa, penjimatan tenaga dan sumber.

Kata kunci: Penandaan aritmetik, penandaan analitik, penandaan holistik

PENGENALAN

Tuntutan perubahan dalam bidang Pendidikan amat diperlukan untuk disesuaikan dengan peredaran
zaman serta tuntutan perkembangan dalam teknologi. Tambahan pula, pemerkasaan teknologi itu
perlu dilaksanakan dan dibudayakan dalam setiap lipatan proses Pendidikan terutama di Institut
Pendidikan Guru kerana sesuai dengan misi dan visinya iaitu menerajui kecemerlangan pendidikan
guru. Justeru hal ini haruslah dipraktikkan dan dibudayakan secara meluas di IPG. Ia akan membuka
kepada peningkatan penghasilan inovasi dalam pendidikan yang memudahkan dan para pendidik
dengan bantuan teknologi. Perubahan yang drastik harus berlaku dari semua aspek pendidikan demi
mengorak langkah dan meraikan agenda pendidikan kebangsaan iaitu Transformasi Sekolah 2025
yang hanya berbaki 5 tahun sahaja lagi. Oleh itu, antara bidang yang terlibat termasuklah berkenaan
kaedah pentaksiran dalam pendidikan. Secara umumnya pendekatan analitik dan holistik
diperkenalkan dalam kaedah penandaan di IPG. Pendekatan kaedah penandaan baru yang sesuai
perlu diterokai serta di cuba bagi melicinkan lagi pengurusan penandaan kerja kursus dengan bantuan
teknologi. Justeru, kajian dan pelaporan ini adalah perkongsian berkenaan keberkesanan penggunaan
kaedah dan pendekatan aritmetik dalam penilaian kerja kursus pelajar.

169

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

MASALAH KAJIAN

Perbincangan berkenaan pentaksiran adalah satu isu yang dibincangkan sekian lama di dalam bidang
pendidikan (Brookhart et al., 2016). Pendekatan penandaan holistik dan analitik bukanlah satu
perkara yang baru dalam budaya pentaksiran di IPG. Kedua – dua pendekatan ini ada kelebihan dan
kekurangannya. Memandangkan penandaan kerja kursus ini sangat dititik beratkan oleh IPG untuk
jaminan kualiti pentaksiran, beberapa masalah yang timbul seperti faktor masa untuk menyiapkan
skrip penandaan, ketepatan penandaan mengikut rubrik jawapan dan penulisan maklum balas kerja
kursus kepada pelajar dalam proses menyiapkan satu – satu skrip. Tambahan pula laporan dari
juruaudit kualiti berkenaan proses penandaan ini mendapati bahawa maklum balas dalam kerja
kursus ini tidak selari dengan rubrik jawapan asal. Pengalaman pensyarah menunjukkan bahawa
penulisan maklum balas mengikut rubrik mengambil masa yang agak panjang dalam
menyempurnakan penandaan kerja kursus pelajar. Oleh itu atas dapatan yang dihadapi ini maka
pendekatan aritmetik difikirkan perlu diterokai dan perkenalkan untuk alternatif penandaan
berasaskan teknologi.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Keberkesanan penandaan aritmetik dalam proses menanda kerja kursus pelajar pendidikan
Islam dari sudut masa

2. Keberkesanan penandaan aritmetik dalam proses menanda kerja kursus pelajar pendidikan
Islam dari sudut ketepatan

3. Keberkesanan penandaan aritmetik dalam proses menanda kerja kursus pelajar pendidikan
Islam dari sudut penyediaan maklum balas

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

1. Adakah penandaan aritmetik dalam proses menanda kerja kursus pelajar pendidikan Islam
berkesan dari sudut masa?

2. Adakah penandaan aritmetik dalam proses menanda kerja kursus pelajar pendidikan Islam
berkesan dari sudut ketepatan?

3. Adakah penandaan aritmetik dalam proses menanda kerja kursus pelajar pendidikan Islam
berkesan dari sudut penyediaan maklum balas pelajar?

TINJAUAN LITERATUR

Panduan serta latihan penandaan yang lengkap dan mantap diberikan kepada para pensyarah bagi
memudahkan proses pentaksiran di IPG. Pendidik biasanya mempunyai pelbagai pendekatan dan
cara dalam proses pentaksiran yang dijalankan (Brookhart et al., 2016). Menurut Korb (2006)
pentaksiran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu pentaksiran secara holistik, pentaksiran secara
analitik dan pentaksiran secara aritmetik. Pensyarah di IPGM boleh memilih antara penggunaan
panandaan gaya holistik atau gaya analitik bergantung kepada keadaan dan kesesuaian
(IPGM,2019). Tatacara dan proses penandaan skrip secara budayanya akan dilaksanakan dengan
mengikut prosedur standard yang ditetapkan. Rubrik pemarkahan dibekalkan untuk panduan

170

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

pensyarah pemeriksa samada secara analitik atau holistik. Walaubagaimanapun ada satu lagi kaedah
baru yang boleh diperkenalkan dalam proses ini iaitu kaedah penandaan analitik (Jönsson & Balan,
2018). Perbincangan ini akan menfokuskan kepada gaya penandaan, holistik, analitik dan aritmetik
secara ringkas.

Pendekatan Holistik

Penandaan secara holistik merupakan antara pendekatan yang digunakan bagi menaksir hasil kerja
kursus penulisan murid. Ia merupakan pendekatan yang menggunakan tanggapan secara keseluruhan
dan bukan bergantung pada bahagian-bahagian atau isi – isi yang dirangka untuk melengkapkan
sesebuah hasil penulisan (Hashim, 2003). Di akhir pemarkahan, gred, peratusan atau nombor akan
diberikan mengikut rubrik pemarkahan (Abdullah, Saadiyah & Norhayati, 2003). Pendekatan ini
sangat relevan digunakan sekiranya jumlah skrip yang dinilai itu melibatkan ramai calon. Ini adalah
kerana ia amat menjimatkan masa dan dilaporkan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
rendah berbanding penandaan gaya analitik (Cho, 2003).
Kebiasaannya pensyarah akan membaca skrip contoh untuk penyelarasan markah dalam penilaian.
Pensyarah akan membaca dengan cepat dan memberi pandangan dan penilaian secara umum tentang
tahap dan kualiti penulisan sebagai satu tanggapan yang menyeluruh. Kemudiannya barulah
pensyarah akan membacanya kali yang kedua untuk memastikan dan memberi gred berdasarkan
tanggapan tersebut berdasarkan tahap yang ditetapkan seperti amat cemerlang, cemerlang, baik dan
sebagainya. Skrip ini kemudiannya dijadikan panduan untuk penandaan kualiti seterusnya.
Pensyarah akan menjadikan skrip ini sebagai perbandingan tahap kualiti dengan skrip-skrip yang
lain.

Pendekatan Analitik

Pendekatan analitik adalah berbeza degan pendekatan holistik. Pendekatan ini memerlukan
pensyarah menilai secara analitik berkenaan isi dan penulisan kerja kursus secara teliti. Markah atau
gred akan diberikan mengikut poin dan isi yang dipersembahkan dengan berpandukan kepada rubrik
jawapan. (Bacha, 2001). Menurut Normah, (2006), Pendekatan ini akan mendorong pensyarah
memberikan markah hanya pada isi dan penekanan kepada aspek yang ditetapkan mengikut rubrik
jawapan Kelebihan pentaksiran analitik ini adalah ianya mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
dari pendekatan holistik tetapi ianya mengambil masa yang agak panjang (Hashim, 2003).

Pendekatan Aritmetik

Pendekatan aritmetik seperti yang dilaporkan oleh Korp (2006) adalah guru hanya memberikan gred
kepada kerja pelajar. Ini adalah berbeza dengan pendekatan holistik dan analitik. Pendekatan
aritmetik dalam konteks kajian ini adalah satu pendekatan hibrid yang menggabungkan antara
pendekatan holistik dan analitik. Pendekatan aritmetik dalam kajian ini mengetengahkan pengiraan
secara matematik pada masa yang sama ianya terbuka kepada penilaian holistik. Justeru pendekatan
analitik ini diperkenalkan dalam percubaan penandaan bagi subjek Pendidikan Islam.

171

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

METODOLOGI

Kajian ini adalah kajian yang sangat ringkas yang dilaksanakan dengan sumber yang seminimum
mungkin sambil menjalakan tugasan harian pensyarah dalam masa perintah kawalan pergerakan
(PKP) yang lalu. Skop bagi mata pelajaran adalah hanya dalam penandaan kerja kursus bertulis
Pendidikan Islam semester dua Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Keguruan (PPISMP).
Lokasi kajian adalah di institusi tempat bertugas pengkaji di sebuah Institusi Perguruan di Kuala
Lumpur. Peserta kajian adalah seramai 4 orang pensyarah yang mengajar subjek Pendidikan Islam
pada semester tersebut. Peserta-peserta kajian ini telah dilabel sebagai P1, P2, P3, dan P4. Secara
umumnya kriteria-kriteria peserta kajian bagi kajian ini ialah:

1. Penglibatan dalam kajian ini adalah secara sukarela dan tidak melibatkan sebarang paksaan
2. Peserta kajian merupakan individu pensyarah yang mengajar subjek Pendidikan Islam.
3. Peserta kajian memiliki pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun
4. Kesediaan peserta kajian untuk berkongsi pengalaman peribadi mereka bersama pengkaji.

Instrumen kajian dibina menggunakan pendekatan aritmetik yang diubahsuai dari laporan
pendekatan aritmetik yang dilaporkan oleh Jönsson & Balan (2018). Instrumen ini cuba
menggabungkan kaedah holistik dan analitik dalam bentuk kiraan matematik yang dikodkan dalam
perisian komputer. Instrumen ini dibina dengan menggunakan Microsoft Excel dengan koding yang
mudah. Pemberatan markah di kodkan secara analitik dalam formula Excel berdasarkan kepada
rubrik pemarkahan. Kajian rintis telah dilaksanakan dengan menggunakan ujian ringkas di mana satu
skrip kerja kursus diberikan dan ditanda oleh empat orang pemeriksa. Tiga orang pemeriksa akan
menggunakan kaedah dan pendekatan yang biasa dilakukan manakala, seorang pemeriksa akan
menggunakan pendekatan aritmetik dalam penandaan. Kebolehpercayaan instrumen kajian
diperoleh dari proses ini juga iaitu ujian serentak. Skor hasil penandaan kemudiannya dibezakan
untuk mendapatkan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Kesahan serentak sesuai
dilaksanakan kerana penggunaan dua instrumen yang berbeza dilaksanakan pada masa yang sama
(Fraenkel, Wallen & Hyun, 2012)

Penyempurnaan kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kerangka metodologi kaedah kuasi-
eksperimen yang ringkas dengan reka bentuk ujian pra-pasca satu kumpulan kerana mudah tadbir
dan sesuai untuk ujian keberkesanan sesuatu instrumen (Privitera & Ahlgrim-Delzell, 2018). Ujian
Pra dilaksanakan dengan memberikan tiga skrip untuk proses penandaan mengikut cara kebiasaan
pensyarah. Ujian pra yang kedua dilaksanakan juga dengan menggunakan tiga skrip penandaan
tetapi ditanda mengikut prosedur sepatutnya dengan menulis maklum balas penandaan yang lengkap
untuk rujukan pelajar. Seterusnya setelah latihan penandaan gaya aritmetik akan diberikan kepada
pemeriksa dan sejumlah tiga skrip diberikan untuk melaksanakan ujian pos. Soal selidik yang sangat
ringkas diberikan untuk melengkapkan kajian ini. Instrumen soal selidik ini mengandungi tiga soalan
tertutup berkenaan pandangan pemeriksa berkenaan penandaan gaya aritmetik dari sudut
keberkesanan masa, ketepatan penandaan dan keberkesanan dalam menyediakan maklum balas dan
satu soalan terbuka tentang pandangan mereka peserta secara umum berkenaan gaya penandaan
tersebut. Data kemudiannya diproses dengan menggunakan kiraan Excel yang mudah kerana kajian
yang sangat ringkas.

172

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Dapatan serta perbincangan kajian adalah seperti laporan di bawah:

i. Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan isi kandungan instrumen kajian telah dilakukan melalui pengesahan pakar dan instrumen
ini mengukur apa yang sepatutnya diukur dan dibina dengan berdasarkan kepada rubrik pemarkahan
yang disediakan.

Hasil kajian kebolehpercayaan ujian yang dijalankan menunjukkan dapatan seperti jadual 1 berikut:

Jadual 1: Kebolehpercayaan instrumen

Pemeriksa P1 P2 P3 P4 (arithmetic)

Markah (Skrip 1) 90 89 87 87

Pemeriksa 1 hingga pemeriksa 4 memberikan skor markah perolehan dari 87 ke 90. Perbezaan antara
keempat pemeriksa ini adalah dalam lingkungan di bawah nilai 5.

ii. Dapatan Objektif 1 - Keberkesanan Penandaan Aritmetik dalam proses menanda
kerja kursus Pelajar Pendidikan Islam dari sudut masa

Ujian pra pusingan pertama menunjukkan purata masa menanda dengan menggunakan kaedah biasa
tanpa maklum balas yang lengkap mengikut rubrik seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 di
bawah. Dapatan masa yang ditunjukkan adalah, P1 dengan tempoh masa 7 minit 8 saat, P2 dengan
8 minit 48 saat, P3 7 minit 48 saat dan P4 adalah selama 7 minit 38 saat.

Jadual 1: Masa Penandaan Skrip Pusingan 1

Pemeriksa P1 P2 P3 P4
64 63
Markah Skrip 2 65 7m15s 63 8m20s 72 7m25s 72 7m20s
8m50s 77 8m30s 78 8m15s
Markah Skrip 3 76 8m05s 75 8m35s 7m30s 7m20s
1545s 1405s 1375s
Markah Skrip 4 80 7m40s 81 8m34s 7m48s 7m38s

Jumlah masa 1380s

Purata masa 7m40s

Keputusan bagi pra ujian pusingan kedua yang mengehendaki pemeriksa menilai dengan menulis
maklum balas kepada pelajar secara lengkap dengan menepati rubrik yang dibekalkan. Dapatan ujian
ditunjukkan seperti jadual 2 di bawah. Hasil ujian menunjukkan purata masa yang diperoleh oleh P1
adalah 14 minit 8 saat, P2 dengan 15 minit, P3 pada 14 minit 36 saat dan P$ adalah dengan tempoh
13 minit 59 saat.

173

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 2: Masa Penandaan Skrip Pusingan 2

Pemeriksa P1 P2 P3 P4
67 69
Markah Skrip 5 70 13m50s 68 14m40s 64 14m35s 66 13m12s
14m55s 63 14m45s 58 14m17s
Markah Skrip 6 66 14m45s 67 15m25s 14m30s 14m30s
2700s 2630s 2519s
Markah Skrip 7 60 13m50s 60 15m00s 14m36s 13m59s

Jumlah masa 2545s

Purata masa 14m8s

Keputusan tempoh masa bagi ujian pos yang dilaksanakan selepas Latihan penandaan diberikan
menunjukkan dapatan seperti jadual 3 di bawah. Hasil menunjukkan purata masa yang digunakan
oleh P1 adalah selama 5 minit 34 saat, P2 dan P3 dengan purata masa selama 6 minit 40 saat dan P4
selama 5 minit 24 saat.

Jadual 3: Masa Penandaan Skrip Pusingan 3

Pemeriksa P1 P2 P3 P4
88 89
Markah Skrip 8 91 5m03s 89 6m20s 79 6m03s 81 5m10s
6m50s 64 6m15s 65 5m12s
Markah Skrip 9 83 5m01s 80 6m35s 6m20s 5m50s
1200s 1118s 972s
Markah Skrip 10 67 6m40s 65 6m40s 6m40s 5m24s

Jumlah masa 1004s

Purata masa 5m34s

Purata dapatan tempoh masa menanda setiap proses dapat ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah.
Dapatan menunjukkan ujian pos pertama yang dijalankan mengambil masa yang singkat berbanding
ujian yang kedua. Ini mungkin disebabkan pada ujian pertama pemeriksa hanya memberi maklum
balas yang ringkas. Manakala pada pusingan yang kedua, pemeriksa menulis maklum balas yang
lengkap dengan berpandukan kepada rubrik. Dapatan pada ujian yang ketiga selepas menggunakan
gaya penandaan aritmetik menunjukkan penurunan penggunaan masa yang lebih singkat. Ini
mungkin kerana pemeriksa hanya perlu membaca dan menggunakan kaedah klik dalam perisian
yang diberikan. Tambahan pula maklum balas pelajar dihasilkan secara automatik dari perisian.
Justeru dapatan menunjukkan penggunaan kaedah aritmetik ini mengurangkan tempoh masa
menanda kerja kursus.

3000
2500
2000
1500
1000

500
0

P1 P2 P3 P4
Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3

Rajah 1: Rajah purata masa menanda kerja kursus

174

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

iii. Dapatan Objektif 2 - Keberkesanan Penandaan Aritmetik dalam proses menanda
kerja kursus Pelajar Pendidikan Islam dari sudut ketepatan

Berdasarkan keputusan soal selidik ringkas menunjukkan semua empat pemeriksa bersetuju bahawa
penandaan aritmetik meningkatkan ketepatan dalam penandaan berbanding dengan kaedah yang
digunakan sebelum ini. Melalui maklum balas temu bual secara tidak, formal pendekatan ini
menyebabkan pemeriksa merasa selesa dan lebih bersetuju dengan markah yang diberikan kepada
pelajar.

iv. Dapatan Objektif 3 - Keberkesanan Penandaan Aritmetik dalam proses menanda
kerja kursus Pelajar Pendidikan Islam dari sudut penyediaan maklum balas

Berdasarkan dapatan soal selidik ringkas berkenaan hal ini, semua empat pemeriksa bersetuju
bahawa penandaan aritmetik meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam penyediaan maklum
balas kepada pelajar. Maklum balas yang dikeluarkan adalah secara automatik dalam kaedah ini.
Pada masa yang sama ianya terbuka kepada penambahan maklum balas yang boleh di isi secara
manual atas penilaian profesional pemeriksa. Kaedah ini sangat berbeza dengan kaedah yang biasa
digunakan sebelum ini.

RUMUSAN

Hasil kajian ringkas yang dijalankan ini menunjukkan bahawa pendekatan aritmetik dalam
penandaan kerja kursus pelajar memberi kesan dalam penjimatan masa. Ketepatan penandaan
mengikut rubrik yang diberikan cara holistik atau analitik juga dapat dipertingkatkan. Seterusnya
penyediaan maklum balas yang diberikan kepada pelajar juga sangat tepat serta menepati rubrik
penandaan yang sepatutnya. Tambahan pula ianya disediakan secara automatik dari Excel.
Seterusnya boleh dihantar kepada pelajar melalui auto email dengan mudah dan cekap. Nilai tambah
yang diperoleh selanjutnya adalah berkenaan kesesuaian kegunaannya yang selari dengan peredaran
masa dan teknologi. Gaya penandaan ini memberi kemudahan serta pilihan kepada pensyarah dalam
melaksanakan kerja buat mereka. Tambahan pula, pada masa ini proses pengajaran dan pembelajaran
serta pentaksiran berlaku dan di laksana secara atas talian. Harapan agar pendekatan ini boleh
diperluaskan kepada yang berminat dan boleh cuba dipraktikkan dalam proses pentaksiran. Juga,
harapan agar ianya dapat diperluaskan dengan penambahbaikan dalam penggunaan perisian yang
lebih canggih dan lebih memudahkan lagi penyediaan dan proses pentaksiran pada masa hadapan.
Akhirnya, harapan agar kita dapat bersama dalam membantu untuk memperkasakan teknologi dalam
pengurusan pendidikan agar selari dengan peredaran masa dan keadaan serta menepati permintaan
dan cita rasa generasi zaman sekarang.

RUJUKAN

Abdullah Mohd Zin, Saadiyah Darus & Norhayati Mat Kassim. (2003). Satu pendekatan bagi
membangunkan peralatan permarkahan esei berkomputer. Jurnal Teknologi, 39 (D): 3-26.

Bacha, N. (2001). Writing evaluation: What can analytic versus holistic essay scoring tell us?
System, 29: 371-383.

Brookhart, S. M., Guskey, T. R., Bowers, A. J., McMillan, J.H., Smith, J. K., Smith, L. F., Stevens,
M. T., & Welsh, M. E. (2016). A century of grading research: Meaning and value in the most
common educational measure. Review of Educational Research, 86, 803-848.

175

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Cho, Y. (2003). Assessing writing: Are we bound bye only one method? Assessing Writing, 8: 165-
191.

Fraenkel, J. R., Wallen, N. E., & Hyun, H. H. (2012). How to design and evaluate research in
education(8thed.). New York: Mc Graw Hill.

Hashim Othman (2003). Kemahiran menulis: Perspektif komunikatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.

IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia). (2019). Buku Panduan Pentaksiran Peperiksaan.
Cyberjaya. Jabatan Pengurusan Peperiksaan Dan Senat, Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Jönsson, Anders, & Balan, Andreia. (2018). Analytic or Holistic: A Study of Agreement Between
DifferentGrading Models. Practical Assessment, Research & Evaluation, 23(12).

Korp, H. (2006). Equal opportunities in upper-secondary school? A study about grades, national
tests, and social reproduction. Doctoral dissertation, Malmo: Malmo Universit. Online

Normah Othman. (2006). Assessment of direct writing in ESL classroom in selected Malaysian
secondary schools. Disertasi Doktor Falsafah. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Privitera, G. J., & Ahlgrim-Delzell, L. (2018). Research Methods for Education. SAGE Publications

176

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

KEBERKESANAN e-TH BAGI MENGATASI MASALAH PENGURUSAN BUKTI
KETIDAKHADIRAN PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN

JOHOR

Nor hayati Binti Ibrahim ([email protected])
Azman Bin Abdul Aziz ([email protected])
Norhayatunnisha’ Binti Nordin ([email protected])

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor

ABSTRAK

Sistem pengurusan dokumen yang sistematik diperlukan oleh setiap organisasi dalam pengurusan
dokumen. Antara organisasi yang terlibat adalah institusi pendidikan yang berdepan dengan
lambakan dokumen rasmi seperti surat, rekod pelajar dan dokumen sokongan lain. Rekod kehadiran
merupakan salah satu dokumen yang perlu disimpan sebagai bukti ketidakhadiran pelajar oleh
pensyarah. Kegagalan mengemukakan bukti ketidakhadiran menyebabkan pelajar dikenakan
tindakan di bawah Akta 174. Justeru, satu kajian berkenaan pengurusan rekod bukti ketidakhadiran
pelajar menggunakan sistem e-TH telah dijalankan. Objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti
keberkesan pengurusan bukti ketidakhadiran pelajar melalui penggunaan sistem e-TH. Seramai tiga
puluh orang pensyarah yang dipilih secara rawak telah terlibat sebagai responden. Pada minggu
pertama pengajaran dan pembelajaran, pelajar dan pensyarah telah diberikan pendedahan
mengenai sistem e-TH ini. Sistem ini menggunakan ‘platform google’, dimana pelajar akan
mengakses pautan e-TH, mengisi maklumat yang terdapat dalam sistem, mengambil gambar bukti
ketidakhadiran, mengepilkan bukti tersebut dan menghantar ke pautan. Pensyarah boleh terus
mengakses bukti ketidakhadiran pelajar melalui pangkalan data unit masing-masing. Selepas enam
minggu pengajaran dan pembelajaran berlangsung, satu soal selidik telah diberi kepada semua
responden. Hasil dapatan menunjukkan sistem e-TH berkesan dalam pengurusan bukti
ketidakhadiran pelajar, menjimatkan masa dan kos, senang dicapai, sangat sistematik dan diakui
dapat membantu pengurusan dokumen pensyarah.

Kata kunci: sistem e-TH, rekod ketidakhadiran, pengurusan dokumen

PENGENALAN

Pendekatan teknologi yang diaplikasikan dalam sebahagian besar pengurusan organisasi sudah
cukup memberi gambaran kemajuan organisasi tersebut. Penggunaan sistem pengurusan
berkomputer mampu menggantikan peranan manusia bagi mengekstrak maklumat dan membuat
keputusan (Rizal, Jusoff & Christon, 2011), menyelesaikan masalah dalam tempoh yang singkat
sekaligus meningkatkan prestasi dan produktiviti sesebuah organisasi (Ding, Levin, Stephan &
Winkler, 2010; Ismail, 2007). Kepentingan sistem pengurusan rekod dokumen juga tidak boleh
diabaikan oleh institusi pendidikan. Ciri-ciri fail yang baik adalah bersistematik, mudah dirujuk,
mudah diperoleh dan selamat. Namun lambakan rekod dokumen yang bertambah dari sehari ke
sehari boleh memberikan kesulitan. Tanpa penggunaan sistem yang efektif, adalah tidak mustahiI
berlakunya risiko kecuaian manusia seperti kesilapan menyimpan dokumen dan kehilangan
dokumen (Heckman, 2008). Berdasarkan peraturan Program Matrikulasi Kementeriaan Pendidikan
Malaysia, pelajar wajib menghadiri kuliah, tutoran, amali, bengkel, aktiviti kokurikulum dan semua
aktiviti rasmi kolej. Hanya pelajar yang sakit dan dapat mengemukakan sijil cuti sakit yang sah atau
mendapat kebenaran khas atau cuti khas bertulis daripada Pengarah kolej atau pegawai lain yang
diberikan kuasa oleh Pengarah kolej dibenarkan meninggalkan kuliah, tutoran, amali, bengkel,
aktiviti kokurikulum dan semua aktiviti rasmi kolej. Kehadiran pelajar bagi setiap subjek yang tidak
mencapai 90% boleh diambil tindakan termasuk dihalang dari menduduki peperiksaan akhir

177

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

semester Program Matrikulasi di bawah Akta 174 : Kaedah 4 (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2019). Selepas mendapat bukti ketidakhadiran, pensyarah akan mengemaskini ketidakhadiran
pelajar di dalam Matrix Information System (MIS). Ketiadaan bukti ketidakhadiran akan dikira
ponteng. Oleh yang demikian, pengurusan bukti ketidakhadiran adalah penting bagi memastikan
pelajar dapat menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi.

Objektif Kajian

Objektif Umum
Mengenalpasti keberkesan pengurusan bukti ketidakhadiran pelajar melalui penggunaan sistem e-
TH.

Objektif Khusus
i. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan sistem e-TH untuk menyelesaikan masalah
pengurusan bukti ketidakhadiran pelajar dalam kalangan pensyarah.
ii. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sistem e-TH.

Soalan Kajian

i. Adakah penggunaan sistem e-TH berkesan untuk menyelesaikan masalah pengurusan bukti
ketidakhadiran dalam kalangan pensyarah?

ii. Apakah kekuatan dan kelemahan sistem e-TH?

REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan tinjauan awal dalam kalangan pensyarah matrikulasi Kolej Matrikulasi Kejuruteraan
Johor, 87% daripada 30 orang pensyarah berpendapat kaedah pengurusan bukti ketidakhadiran bagi
sesi pelajar sebelum ini adalah menyukarkan pensyarah. Antara kaedah yang telah dijalankan
sebelum ini adalah pelajar yang tidak hadir mesti mendapatkan pengesahan bukti ketidakhadiran
daripada pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), membuat salinan bukti tersebut dan menyerahkan kepada
semua pensyarah yang terlibat. Pelajar terpaksa menampung kos untuk membuat salinan bukti
ketidakhadiran serta membazirkan masa dan tenaga pelajar kerana terpaksa mencari semua
pensyarah yang terlibat. Situasi ini lebih berisiko terutama di musim pandemik COVID-19 kerana
pelajar perlu berurusan dan berjumpa dengan ramai orang. Dari sudut pensyarah pula, kemungkinan
berlaku kehilangan bahan bukti tersebut jika kaedah pengurusan fail pensyarah yang kurang
berkesan. Antara kaedah lain yang telah digunakan sebelum ini adalah pelajar menghantar bukti
ketidakhadiran kepada pejabat HEP, pembantu operasi akan mengimbas bukti tersebut dan
mengemelkan kepada semua pensyarah. Walaubagaimanapun kaedah ini juga kurang berkesan
kerana kekangan masa pembantu operasi yang sibuk dengan tugas hakiki masing-masing
menyebabkan bukti lambat diemelkan kepada pensyarah. Oleh kerana emel ini akan diterima oleh
semua pensyarah, ini menjadikan peti masuk emel pensyarah semakin bertambah. Pensyarah juga
terpaksa mencari pelajar masing-masing dan proses ini akan membazirkan masa pensyarah. Kedua-
dua kaedah pengurusan bukti ketidakhadiran ini kurang sesuai kerana berlaku pembaziran dari segi
kos, masa dan tenaga pelajar dan pensyarah. Daripada permasalahan ini, kami memikirkan kaedah
untuk memudahkan kedua-dua pihak iaitu pelajar dan pensyarah supaya dapat menguruskan bukti
ketidakhadiran dengan berkesan iaitu dengan menggunakan kaedah pengurusan ketidakhadiran
secara atas talian (online) iaitu menggunakan sistem e-TH.

178

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

METODOLOGI
Peserta Kajian
Peserta kajian terdiri daripada 30 daripada 46 orang orang pensyarah iaitu 65% daripada bilangan
keseluruhan pensyarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ). Pemilihan pseserta kajian
adalah berdasarkan persampelan rawak mudah dan melibatkan tujuh unit akademik di KMKJ.
Peserta kajian adalah para pensyarah yang terlibat sepenuhnya dengan pengurusan bukti
ketidakhadiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data untuk kajian ini adalah soal selidik dan meliputi
dua bentuk pengumpulan data iaitu data kuantitif dan data kualitatif. Data kuantitatif diperoleh
melalui soal selidik yang menggunakan 4 skala likert dan dapatan kajian ini dianalisis dengan
menggunakan perisian statistik Statistic Package for the Social Science (SPSS) bagi huraian dalam
bentuk frekuensi, peratus serta min. Analisis kebolehpercayaan bagi instrumen ini telah dijalankan
dan nilai Alpha Cronbach ialah 0.85. Ini menunjukkan bahawa instrumen ini berada dalam keadaan
sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi (Bond & Fox, 2015). Instrumen ini juga
diedarkan kepada responden sebagai ‘google form’.
Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
Daripada analisis tinjauan awal, didapati kaedah pengurusan bukti ketidakhadiran sebelum ini
kurang berkesan dan menyukarkan pensyarah. Oleh itu, kami telah berbincang untuk mewujudkan
satu sistem pengurusan bukti ketidakhadiran ini menggunakan platform Google dan diberi nama
sebagai e-TH. Pelajar akan mengakses sistem ini melalui pautan atau QR code yang telah dikongsi
melalui pelbagai medium, antaranya Whatsapp, Telegram, Google Classroom dan juga secara
manual yang ditampal di kelas tutoran pelajar. Proses yang dilaksanakan adalah seperti yang tertera
dalam Rajah 1.

179

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rajah 1: Carta Alir Proses Sistem e-TH

Seterusnya adalah penerangan yang lebih terperinci mengenai pelaksanaan e-TH di KMKJ sepanjang
tempoh tiga minggu. Contoh penggunaannya disertakan di setiap langkah yang dijalankan.

Langkah 1 : Imbasan QR code atau isi pautan oleh pelajar.
Kod ini telah dicetak dan dibuat sebanyak beberapa salinan. Kemudian, cetakan QR code ini telah di
tampal di setiap bilik tutoran, kuliah, makmal, bengkel dan tempat-tempat tumpuan pelajar. Rajah 2
ialah QR code pautan e-TH.

Rajah 2 : QR code atau pautan e-TH

180

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Langkah 2 : Pengisian maklumat dalam sistem e-TH.
Setelah pelajar berjaya mengakses pautan, pelajar mengisi maklumat berkaitan ketidakhadiran di
dalam pautan ini. Rajah 3 menunjukkan muka depan borang e-TH ini.

Rajah 3 : Sistem e-TH
Sistem e-TH adalah satu aplikasi secara online, yang mana pelajar yang tidak hadir akan mengisi
sistem
e-TH dengan memasukkan maklumat seperti nama ,nombor matrik, kelas, tarikh ketidakhadiran,
sebab tidak hadir, klik semua pensyarah terlibat, ambil gambar bukti ketidakhadiran dan akhir sekali
klik hantar.

181

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Langkah 3: Pensyarah menyemak bukti ketidakhadiran melalui pangkalan data e-TH
Selepas pelajar mengisi sistem ini, para pensyarah boleh terus mengakses bukti ketidakhadiran
pelajar melalui pangkalan data unit masing-masing. Senarai pautan pengkalan data bagi lapan unit
di KMKJ adalah seperti berikut:
• Unit Matematik : http://gg.gg/ethkmkjmatematik
• Unit Kimia : http://gg.gg/ethkmkjkimia
• Unit Fizik : http://gg.gg/ethkmkjfizik
• Unit Asas Kejuruteraan :http://gg.gg/ethkmkjeb
• Unit Pendidikan Islam dan Moral : http://gg.gg/ethupim
• Unit Pengajian Am Matrikulasi : http://gg.gg/ethkmkjupam
• Unit Bahasa Inggeris : http://gg.gg/ethkmkjenglish
• Unit Kokurikulum: http://gg.gg/ethkmkjkoko
Rajah 4 di bawah menunjukkan salah satu pangkalan data iaitu bagi Unit Matematik yang
mempunyai semua maklumat mengenai pelajar yang tidak hadir. Nama pelajar dan pensyarah
dikaburkan bagi memelihara kerahsiaan serta mengikut etika penyelidikan.

Rajah 4 : Pangkalan data unit Matematik
Langkah 4: Pensyarah mengemaskini laporan kedatangan pelajar di dalam Matrix Information
System (MIS) seperti dalam Rajah 5. Pelajar yang mempunyai bukti ketidakhadiran akan ditanda
sebagai ponteng bersebab. Manakala, jika tiada bukti ketidakhadiran, pelajar akan dikira sebagai
ponteng.

182

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rajah 5 : Laporan Kedatangan pelajar dalam MIS

Kaedah Pengumpulan Data

Pengumpulan data dibuat dengan mengedarkan borang soal selidik (seperti di Lampiran A) melalui
platform google kepada responden berdasarkan rekabentuk persampelan rawak mudah. Bilangan
responden yang diambilkira dalam menjalankan kajian ini adalah seramai 30 orang iaitu 65%
daripada keseluruhan pensyarah akademik. Kajian melibatkan tujuh unit iaitu pensyarah di Unit Asas
Kejuruteraan , Unit Bahasa Inggeris, Unit Fizik, Unit Kimia, Unit Kokurikulum, Unit Matematik
serta Unit Pendidikan Islam dan Moral. Bilangan pensyarah mengikut unit adalah seperti dalam
Jadual 1.

Jadual 1 : Bilangan Responden

Unit Bilangan responden
Asas Kejuruteraan 5
Bahasa Inggeris 3
Fizik 4
Kimia 8
Kokurikulum 1
Matematik 6
Pendidikan Islam dan Moral 3
JUMLAH 30

Jadual 2 menunjukkan pengukuran skala yang digunakan dalam soal selidik dan responden hanya
memilih jawapan yang paling sesuai bagi dirinya berdasarkan lima pernyataan yang diberikan.

Jadual 2: Skala instrumen soal selidik kajian berdasarkan aras keamatan
Skala Tafsiran
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Setuju
4 Sangat Setuju

183

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Kaedah Analisis data
Data yang diperolehi daripada borang soal selidik dikumpulkan bagi mengetahui maklumbalas
responden dan dianalisis menggunakan skor min. Dapatan yang dihasilkan dipersembahkan dalam
bentuk jadual dan kemudiannya ditafsir dengan merujuk Jadual Tahap Interpretasi Skor Min dalam
Jadual 3 (Zainudin, Meor Ibrahim, Megat Aman Zahiri & Mohd Ali, 2007).

Jadual 3: Tahap Interprestasi Skor Min

Skor Min Interpretasi

1.00 - 2.00 Rendah
2.01 - 3.00 Sederhana
3.01 - 4.00 Tinggi

Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Jadual 4: Pelaksanaan Kajian Tindakan Tarikh Pelaksanaan
Bil Aktiviti 15 Julai 2020
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 16 Julai 2020
2 Menulis kertas cadangan 16 Julai 2020
3 Merancang tindakan 20 Julai 2020
4 Pemilihan peserta kajian 22 Julai 2020
5 Membina sistem e-TH 9 Ogos 2020
6 Menggunakan aplikasi e-TH di kalangan pelajar dan pensyarah.

7 Menjalankan soal selidik di kalangan pensyarah. 27 September 2020
8 Menganalisis data 28 September 2020
9 Refleksi kajian 1 Oktober 2020
10 Menulis laporan kajian 1-12 Oktober 2020
11 Pembentangan kajian tindakan 27 Oktober 2020

Bahan Dan Anggaran Perbelanjaan Kajian
Bahan dan anggaran bagi perbelanjaan kajian adalah pada tahap minimum kerana bahan cetak dan
dakwat percetakan menggunakan peruntukan peralatan dan sewaan kolej. Kos ini hanya melibatkan
cetakan QR code di peringkat awal kajian sahaja dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kolej.

DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, terdapat sembilan (9) item yang dinilai oleh responden yang terdiri daripada
dua item di Bahagian A (Maklumat Responden ), lima item di Bahagian B (Analisis Skor Item
Keberkesanan Sistem e-TH) dan dua item di Bahagian C (Kekuatan dan Kelemahan Sistem e-TH)
. Dapatan kajian ini dianalisis dan dirumus merujuk kepada objektif dan persoalan kajian yang telah
ditetapkan oleh penyelidik.

184

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Bahagian A: Maklumat Responden
Responden mengikut jantina adalah seperti dalam Rajah 6.

Rajah 6 : Bilangan responden mengikut jantina

Daripada dapatan soal selidik, 23% responden terdiri daripada pensyarah lelaki dan 77% terdiri
daripada pensyarah perempuan.

Responden terdiri daripada 16.7% Pensyarah Unit Asas Kejuruteraan , 10% Pensyarah Unit Bahasa
Inggeris, 13.3% Penyarah Unit Fizik, 26.7% Pensyarah Unit Kimia, 3.3% Pensyarah Unit
Kokurikulum, 20% Pensyarah Unit Matematik serta 10% Pensyarah Unit Pendidikan Islam dan
Moral seperti yang terpapar di Rajah 7.

Rajah 7 : Bilangan responden mengikut unit

185

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Bahagian B: Analisis Skor Item Keberkesanan Sistem e-TH

Dapatan daripada analisis soal selidik yang dilaksanakan adalah seperti dalam Jadual 5.

Jadual 5: Analisis Skor Min Item Soal Selidik Skor Interpretasi
Item Min Tinggi
3.4
1. Pelajar saya telah didedahkan dengan sistem e-TH bagi menghantar
bukti ketidakhadiran pelajar bagi semester ini.

2. Sistem e-TH menyukarkan saya untuk mendapatkan bukti 1.4 Rendah
ketidakhadiran pelajar. Tinggi
Tinggi
3. Bukti ketidakhadiran pelajar menggunakan 3.5
pangkalan data e-TH bagi semester ini senang untuk dicapai. Tinggi

4. Semua pelajar saya menghantar bukti ketidakhadiran menggunakan 4.0
sistem e-TH

5. Penggunaan e-TH sangat membantu pengurusan bukti ketidakhadiran

pelajar saya. 4.0

Terdapat 5 item yang dikemukakan dan setelah analisis dibuat, didapati skor min bagi pendedahan
sistem e-TH kepada pelajar adalah tinggi iaitu 3.4. Skor min bagi menunjukkan kesukaran untuk
mendapatkan bukti ketidakhadiran menggunakan sistem e-TH adalah rendah iaitu 1.4. Manakala,
skor min bagi mendapatkan bukti ketidakhadiran pelajar menggunakan pangkalan data e-TH senang
untuk dicapai adalah tinggi iaitu 3.5. Dapatan kajian juga menunjukkan semua pelajar telah
menghantar bukti ketidakhadiran menggunakan e-TH merupakan tahap yang tertinggi iaitu skor min
4.0. Item terakhir juga menunjukkan penggunaan e-TH sangat membantu pensyarah dari segi
pengurusan bukti ketidakhadiran pelajar yang mana mencapai skor tertinggi iaitu 4.0.

Bahagian C : Kekuatan dan Kelemahan Sistem e-TH

Dapatan soal selidik boleh dirumuskan seperti dalam Jadual 5.

Jadual 5 : Kekuatan dan kelemahan sistem e-TH

Kekuatan Kelemahan
Masalah capaian internet bagi pelajar
• Penjimatan kertas dan kos • yang tiada data internet.

• Masa yang digunakan lebih pantas

• Maklumat diterima dengan lebih cepat

• Sesuai dengan musim pandemik bagi meminimumkan

perjumpaan dengan pelajar.

• Bahan bukti tersimpan rapi dan mudah untuk dicapai.

PERBINCANGAN

Hasil daripada dapatan soal selidik di kalangan pensyarah kolej, didapati semua pensyarah memberi
interpretasi yang tinggi terhadap penggunaan sistem e-TH bagi mendapatkan bukti ketidakhadiran
pelajar. Dapatan ini selari dengan pemerhatian Ding et. al. (2010) dan Ismail (2007) bahawa
penggunaan sistem atas talian (online) mampu menyelesaikan masalah dalam tempoh yang singkat
sekaligus meningkatkan prestasi dan produktiviti sesebuah organisasi. Antara implikasi terhadap
pelajar adalah dari segi penjimatan masa dan kos, yang mana pelajar tidak perlu membuat
salinan bukti dan menyerahkan bukti tersebut untuk semua pensyarah secara manual seperti sesi
terdahulu, sekaligus merealisasikan kempen penjimatan kertas yang juga merupakan hasrat
Kementeriaan Pendidikan Malaysia.

186

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Selain dari itu, sistem ini juga memberi impak yang besar kepada pengurusan rekod ketidakhadiran
pelajar terhadap pensyarah, yang mana maklumat dapat diterima dengan cepat tanpa perlu berjumpa
secara bersemuka dengan pelajar sesuai dengan musim pandemik Covid-19. Dalam pada itu, bahan
bukti tersimpan rapi dan mudah untuk dicapai. Oleh itu, tiada masalah bagi pensyarah untuk
mengemaskini rekod ketidakhadiran pelajar dalam Matrix Information System (MIS).
Oleh yang demikian, pengkaji berharap agar sistem ini terus digunapakai oleh kolej dan
disebarluaskan kepada semua pensyarah di semua Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan
Malaysia.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi telah menunjukkan keberkesanan sistem e-
TH yang sangat tinggi dalam pengurusan bukti ketidakhadiran pelajar dalam kalangan pensyarah
kolej. Melalui sistem e-TH ini, pihak pengurusan bersetuju untuk mengekalkan dan
menambahbaik pelaksanaan sistem e-TH bagi memastikan pengurusan bukti ketidakhadiran pelajar
lebih mudah dan berjalan lancar.

RUJUKAN

Rizal, P. E. A. R. S., Jusoff, K., & Christon, E. (2011). Electronic Document Management
System.World Applied Sciences Journal 12 (Special Issue on Computer Applications &
Knowledge Management): 55-58

Ding, W. W., Levin, S. G., Stephan, P. E., & Winkler, A. E. (2010). The impact of information
technology on academic scientists' productivity and collaboration patterns. Management
Science, 56(9), 1439-1461.

Ismail, N. A. (2007). The Impact of Information Technology on Performance: The Mediating Role
of Management Accounting Systems. Jurnal Teknologi, 27-44.

Heckman, J. (2008). Why Document Management: A White Paper. Retrieved from
http://www.worldox.com/files/whitepaper/DMWhitePaper.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Sesi
2019/2020. Putrajaya: Bahagian Matrikulasi

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying The Rasch Model Fundamental Measurement in the
Human Sciences. (Routledge & T. & F. Group, Eds.) (Third Edit). New York & London

Zainudin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria dan Mohd Ali
Ibrahim (2007). Kemahiran ICT guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia. Prosiding
Seminar Kebangsaan JPPG 2007. 18 – 20 November 2007. Royal Adelphi, Seremban

187

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

INCREASE THE ABILITY TO DRAW, NAME AND PREDICT THE BOND
ANGLE OF A MOLECULAR GEOMETRY AMONG SELECTED 6AS3
STUDENTSUSING Lewi “STAR” DIAGRAM

Vijayalaksmi Nadarajah ([email protected])

Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota

ABSTRACT

The purpose of this study is to increase the ability of selected 6AS3 students to draw, name and
predict the bond angle a molecular geometry based on a given Lewis structure. Total of 15 students
from 6AS3 who will be retaking their Term 1 Chemistry took part in this study. The quantitative
methodology was used to carry out the study. Worksheets and Lewi “STAR” diagram was used as
instruments to carry out the study. Pre-Test and Post Test results were compared and analysed.
Data were illustrated using bar chart. It is found that average percentage of mark increased by
36.9% for drawing the correct molecular shape. Average percentage of mark increased by 36.8%
for naming the molecular shape while average percentage of mark increased by 33.9% for predicting
the bond angle of the molecular shape.

Key word: Chemistry, Lewis structure, Molecular shape, Bond angle, Lewi “STAR” diagram

BACKGROUND OF STUDY

Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota is one of the Form 6 College in Kuala Lumpur. There are total
of six upper classes and six lower six classes for Science stream students. STPM science stream
students need to register a minimum of five compulsory subjects, including MUET. The other four
subjects are the General Paper, Mathematics T, Chemistry and Physics or Biology or ICT. Hence a
STPM science stream candidate will have the choice to choose either Physics or Biology or ICT but
Chemistry is compulsory.

The high number of Chemistry students contributes to a higher number of students who retake their
Term 1 Chemistry at end of the year. A faster and effective way of revising Term 1 topics for the
students who are retaking will be extremely useful.

FOCUS OF STUDY

This study is aimed to increase the ability of the students in drawing a molecular geometry, naming
the shape, and predicting the bond angle based on a Lewis structure. In the process of identifying the
correct molecular shape, students also will be able to enhance their knowledge on other subtopics as
well such as identifying the type of electron pairs, determining the type of hybridisation, determining
the electron pair geometry and finally determining the bond angle(Atkins,P.W).

As the learning process progresses in the students, they will not have to depend on memorising
technique in determining the molecular shape. Students will tend to polish their thinking skills. It
will help them indirectly to think more critically and creatively to understand a concept. These
improvements will lead to the betterment of their learning skills (Beal,H., Trimbur,J., &
Weineinge,S.).

188

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020

Jilid2

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

PURPOSE OF STUDY

a. General purpose

The purpose of this study is to increase the ability of selected 6AS3 students to draw, name and
predict the bond angle of a molecular geometry (molecular shape) based on a given Lewis structure.

b. Specific objectives

The increase in ability of selected 6AS3 students to draw, name and predict the bond angle a
molecular geometry (molecular shape) based on a given Lewis structure can be determined through
the increase in the percentage of mark obtained for the respective part. Hence the specific objectives
are

i. To increase the percentage of mark obtained by each student in drawing the molecular
geometry (molecular shape) based on the Lewis structure given.

ii. To increase the percentage of mark obtained by each student in naming the molecular
geometry (molecular shape)

iii. To increase the percentage of mark obtained by each student in predicting the bond angle of
a molecular geometry (molecular shape)

TARGETED GROUP

15 students from 6AS3 took part in this study. This group of students will be repeating their Semester
1 Chemistry paper at beginning of year 2021. 4 out of 15 students obtained grade lower than C where
3 of them partially passed and 1 of them failed. The remainder 11 students passed (1 A-, 1 B+, 3 B,
3 B-, 4 C+, 1 C) but they decided to repeat to improve their results. Hence by taking part in this study
it will help them to improve their Semester 1 result. In addition, it will also help them to understand
certain topics in Semester 2 and Semester 3 well.

METHODOLOGY

a. Problem Statement

Lewis structure and molecular geometry are one of the important lesson contents in subtopic 3.2
Covalent Bonding. This subtopic comes under the topic 3.0 Chemical Bonding of semester 1 STPM
Chemistry subject. Although the topic Chemical Bonding is taught in Semester 1, the knowledge is
applied in most of the topics in Semester 2 and some topics in Semester 3. Hence mastering the
Chemical Bonding topic will enable the students to understand other related topics easily.

There are total of 10 lesson outcomes under the subtopic of Covalent Bonding and 4 of it involves
Lewis structure and Molecular Geometry (STPM Chemistry Syllabus, MPM). Lewis structure and
molecular geometry are important contents in Covalent Bonding. However, based on previous
experience in teaching this subtopic, it is found that students who fail to master this part, fails to
understand the subsequent contents in Covalent Bonding. This is identified from the topical test
carried out at end of the topic.

Determining a molecular geometry (molecular shape) comes under subtopic Valence Shell Electron
Pair Repulsion (VSEPR) theory. Determining molecular geometry (molecular shape) are very much
dependant on type of hybridisation and type of electron pair surrounding the central atom of a
molecule or a polyatomic ion. The hybridisation topic is taught just before VSEPR topic. However
after discussing with six other Chemistry teachers from my college, it is found that five of them

189


Click to View FlipBook Version