Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
memastikan Terdapat lima faktor dalam instrumen YES-S iaitu kemahiran peribadi dan sosial,
inisiatif, penetapan matlamat, kemahiran kognitif dan pengalaman negatif iaitu:
a. Kemahiran Peribadi dan Sosial
Kemahiran peribadi merujuk kepada proses perkembangan yang berlaku dalam diri individu. Remaja
yang terlibat dalam aktiviti menggunakan pengalaman mereka sebagai bahan reflektif dalam proses
pembangunan identiti merangkumi penerokaan peribadi, memperoleh pengetahuan diri dan
mengembangkan rasa yang lebih kuat tentang siapa mereka (Hansen, Larson & Dworkin, 2003).
Sebagai contoh, penyertaan dalam sukan mempunyai kaitan dengan kemahiran kepemimpinan,
pencapaian pendidikan, pembinaan watak, pengembangan identiti, dan hubungan rakan sebaya
(Fraser-Thomas & Côté, 2009).
Kemahiran sosial pula merujuk kepada perkembangan interpersonal seseorang remaja melalui
penglibatan mereka dalam aktiviti. Hal ini berkaitan dengan proses yang melibatkan pengembangan
hubungan sosial dengan orang lain dan kemahiran belajar untuk memupuk hubungan sosial ini.
Antaranya, penglibatan remaja dalam aktiviti akan dapat mengembangkan kerja berpasukan,
kepemimpinan dan hubungan rakan sebaya atau orang yang lebih dewasa (Eccles, Barber & Stone,
2003).
b. Inisiatif
Inisiatif didefinisikan sebagai motivasi intrinsik iaitu keupayaan untuk melaksanakan daya usaha
dari semasa ke semasa untuk mencapai tujuan. Menurut Larson (2000), inisiatif dapat dirujuk sebagai
seseorang individu yang merasa bebas dalam setiap tindakan yang dipilih, bermotivasi serta dapat
mendorong diri secara tekun dalam usaha mencapai tujuan yang mencabar. Inisiatif juga merupakan
unsur utama dalam atribut positif lain seperti kreativiti, kepemimpinan, altruisme, dan keterlibatan
sivik (Larson, 2000). Untuk mengembangkan inisiatif, seseorang individu mesti terlibat dengan
aktiviti yang mereka anggap secara intrinsik memotivasi, mencabar dan penting, antaranya aktiviti
sukan (Petitpas, Cornelius, Van Raalte & Jones, 2005). Sebagai contoh, apabila seseorang remaja
terlibat dalam sukan untuk jangka masa yang panjang (iaitu satu musim), inisiatif kemudian dapat
dikembangkan jika persekitaran memenuhi syarat-syarat motivasi dan tumpuan. Oleh itu, jelas
bahawa program sukan dapat membantu melengkapkan individu dengan ciri-ciri umum inisiatif.
c. Penetapan Matlamat
Sukan melalui beberapa kajian juga mendapati persekitaran yang sesuai adalah penting untuk
pengembangan penetapan matlamat dalam diri remaja. Program sukan yang bersifat kompetitif
memfokus individu kepada matlamat dan menekankan pencapaian diri serta mendorong kepada
perbandingan antara rakan sekelas. Hal ini menyebabkan setiap individu memberi tumpuan untuk
mencapai matlamat secara kolektif, meningkatkan kecergasan fizikal dan kemahiran aerobik.
Matlamat yang spesifik, mencabar secara optimum dan merujuk kepada diri sendiri akan dapat
membimbing remaja ke arah yang betul untuk mengekalkan motivasi dalam aktiviti fizikal (Forneris,
Danish & Scott, 2007).
d. Kemahiran Kognitif
Kemahiran kognitif adalah kemahiran teras yang menggunakan otak untuk berfikir, membaca,
belajar, mengingat, menaakul dan memberi perhatian. Remaja akan bekerjasama dan mengambil
maklumat masuk serta memindahkannya ke dalam bank pengetahuan yang digunakan setiap hari di
sekolah, di tempat kerja dan di dalam kehidupan. Pengalaman dan penglibatan dalam sukan dapat
memperkembangkan kemahiran kognitif (Brustad, Babkes & Smith, 2001).
240
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
e. Pengalaman Negatif
Dalam tinjauan literatur, Fraser-Thomas dan Cote (2009) menunjukkan bahawa pengalaman negatif
dalam sukan boleh berlaku pada tiga tahap. Pertama, kesihatan fizikal dapat dipengaruhi secara
negatif oleh penyertaan sukan. Kedua, perkembangan psikologi dan emosi negatif dapat ditunjukkan
dengan penurunan harga diri atau keyakinan diri, burnout dan berhenti sekolah. Akhirnya, tingkah
laku negatif seperti tingkahlaku sukan yang buruk dan peningkatan keagresifan dalam sukan boleh
memberi kesan negatif terhadap perkembangan sosial remaja. Kajian oleh Faser-Thomas dan Cote
(2009) mendapati terdapat beberapa pengalaman negatif dialami dalam sukan iaitu hubungan yang
buruk dengan jurulatih, pengaruh rakan sebaya yang negatif, tekanan ibu bapa dan persekitaran
psikologi sukan yang mencabar.
METODOLOGI
Bahagian ini menghuraikan proses kajian yang mempunyai tiga fasa iatu; Fasa 1: Kesahan muka dan
kesahan kandungan SPB-S oleh pakar, Fasa 2: Analisis kebolehpercayaan, dan Fasa 3: Tinjauan
terhadap tahap pembangunan positif dan negatif pelajar dalam sukan sekolah.
a. Kajian Fasa 1
Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan mendapatkan kesahan kandungan dan nilai
kebolehpercayaan bagi SPB-S yang diadaptasi daripada YES-S. Oleh itu, YES-S diterjemahkan
secara langsung oleh penyelidik mengikut prosedur yang ditetapkan. SPB-S berasal dalam Bahasa
Inggeris dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu mengikut kaedah back translation. Justeru,
beberapa panel pakar dipilih berdasarkan kepercayaan terhadap kepakaran mereka yang diperlukan
untuk proses penterjemahan ini. Panel yang dipilih terdiri daripada dua orang pakar Bahasa Melayu
dan dua pakar bidang Bahasa Inggeris. Proses penterjemahan bermula apabila dua orang panel pakar
(seorang panel pakar dalam bidang psikologi dan kaunseling; seorang panel pakar dalam sukan dan
rekreasi) menterjemah YES-S ke dalam Bahasa Melayu. Selepas itu, dua orang panel pakar Bahasa
Inggeris akan menterjemahkan semula terjemahan dalam Bahasa Melayu tadi ke dalam Bahasa
Inggeris semula. Bagi memastikan pemantapan proses terjemahan, kedua-dua kelompok
penterjemah berbincang bersama untuk membuat pengubahsuaian dan memastikan ketepatan istilah
yang digunakan selaras dengan konstruks asal item dan tepat. Setelah proses ini selesai, terjemahan
tadi diserahkan kepada dua orang pensyarah dalam bidang Bahasa Melayu untuk membuat cadangan
serta ulasan bagi ketepatan makna, perkataan dan struktur bahasa pada setiap item yang digunakan.
Seterusnya SPB-S yang telah dibaiki struktur bahasa Melayu diaplikasikan ke atas lima orang pelajar
sekolah menengah di sebuah sekolah di negeri Johor, Malaysia. Ini untuk menguji ketepatan bahasa
dan kefahaman dalam setiap pernyataan oleh subjek pelajar. Berdasarkan maklum balas yang
diperoleh, SPB-S sekali lagi dibaiki oleh penyelidik dan dihantar semula kepada dua orang pakar
Bahasa Melayu untuk menyemak, memberi cadangan untuk membaiki bahasa, struktur ayat dan
kefahaman istilah-istilah dalam SPB-S.
b. Kajian Fasa 2
Kajian ini merupakan kajian rintis bagi melaksanakan analisis kebolehpercayaan SPB-S. Bagi
memastikan SPB-S benar-benar boleh digunakan dan mempunyai ketekalan tinggi dalam mengukur
aspek yang sepatutnya diukur maka ujian kebolehpercayaan dilakukan. Soal selidik yang telah
lengkap diisi kod diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
23 bagi tujuan menguji kebolehpercayaan instrumen. Bagi nilai kebolehpercayaan pula, kaedah Alfa
Cronbach telah digunakan dan nilai alfa 0.70 adalah nilai minimum untuk diterima (DeVellis 2012).
Walau bagaimanapun, pada sesetengah kes, item tersebut akan dikatakan sah jika memperolehi data
nilai inter-item korelasi melebihi atau sama dengan 0.20 hingga 0.40 (Briggs & Cheek, 1986). Bagi
241
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
mendapatkan kebolehpercayaan ini, SPB-S telah diberikan kepada 40 orang pelajar tingkatan 4 dari
sebuah sekolah menengah di daerah Pengerang, Johor.
Setiap peserta diminta menyelesaikan SPB-S yang diterjemah dan diadaptasi daripada instrumen
YES-S (MacDonald et al., 2012; lihat Lampiran A). SPB-S mempunyai 37 item yang membentuk
lima subskala; kemahiran peribadi dan sosial, kemahiran kognitif, penetapan matlamat, inisiatif, dan
pengalaman negatif. Item diukur pada skala Likert 4 mata mulai dari 1 (Sangat Tidak Setuju) hingga
4 (Sangat Setuju). Item contoh dari setiap subskala adalah; ‘Saya belajar bersabar dengan ahli
kumpulan yang lain’ (Kemahiran Peribadi dan Sosial); ‘Saya meningkatkan kemahiran kreatif’
(Kemahiran Kognitif); ‘Saya menetapkan matlamat untuk diri sendiri dalam aktiviti ini’ (Penetapan
Matlamat); ‘Saya belajar mendorong diri’ (Inisiatif); dan ‘Aktiviti ini telah memberi tekanan kepada
saya’ (Pengalaman negatif).
Item-item SPB-S disusun menggunakan aplikasi Google Form selepas melalui proses terjemahan
dan kesahan muka daripada panel pakar bahasa dan kandungan. Selepas itu, peserta dihubungi
dengan menggunakan perisian Whatapps untuk mengisi soal selidik secara sukarela dan sebarang
maklumat responden dirahsiakan bagi menjaga etika kajian. Halaman pertama soal selidik
menerangkan kepada responden akan objektif dan tujuan kajian.
c. Kajian Fasa 3
Kajian fasa 3 dilaksanakan dalam kalangan pelajar yang akan mendaftar bagi meneruskan pengajian
peringkat Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi Ambilan Jun 2020, salah sebuah Institut
Pendidikan Guru di Zon Selatan. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat tahap pembangunan positif
dan negatif berasaskan lima faktor dalam SPB-S dalam sukan semasa di sekolah. Soal selidik
diedarkan menggunakan aplikasi Telegram semasa musim PKP. Pada masa ini, pelajar-pelajar telah
menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran tetapi berada di rumah kerana pendaftaran
ditangguhkan.
DAPATAN KAJIAN
a. Dapatan Kajian Fasa 1
Dapatan daripada penilaian dua pakar bidang menunjukkan bahawa tahap persetujuan ialah 100%
terhadap kesemua 37 item. Ini bermakna, kesemua item diterima dan nilai pekali Cohen Kappa ialah
1.0 iaitu sangat baik (Landis & Koch, 1977).
b. Dapatan Kajian Fasa 2
Dapatan daripada analisis kebolehpercayaan bagi lima faktor SPB-S menunjukkan kelima-lima
faktor mempunyai konsistensi dalaman yang baik di mana dapatan menunjukkan nilai Alfa Cronbach
bagi subskala kemahiran peribadi dan sosial (0.780), kemahiran kognitif (0.811), inisiatif (0.784),
penetapan matlamat (0.781) dan pengalaman negatif (0.714). Manakala, analisis kebolehpercayaan
berdasarkan korelasi item menunjukkan kebolehpercayaan tertinggi ialah item 22 bagi sub-skala
penetapan matlamat (0.721) dan yang paling rendah ialah item 9 bagi sub-skala kemahiran peribadi
dan sosial (0.192). Walau bagaimanapun, penyelidik mengambil keputusan untuk mengekalkan item
yang mendapat skor di bawah 0.2 memandangkan item ini masih disokong oleh item-item yang lain.
Instrumen ini juga diadaptasi daripada instrumen YES-S di mana pengekalan item membolehkan
dapatan dijadikan perbandingan bagi dapatan kajian yang menggunakan YES-S di Barat.
Selain itu juga, dapatan ini dapat disokong daripada analisis kebolehpercayaan oleh MacDonald et
al. (2012). Dapatan daripada analisis kebolehpercayaan model lima faktor oleh mereka pula
menunjukkan bahawa lima faktor mempunyai konsistensi dalaman yang baik, di mana kemahiran
242
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
peribadi dan sosial (0.92), kemahiran kognitif (0.94), penetapan matlamat (0.85) dan inisiatif (0.82)
dan pengalaman negatif (0.82).
c. Dapatan Kajian Fasa 3
i. Latar belakang Responden Kajian
Daripada analisis data menunjukkan seramai 134 orang pelajar terlibat sebagai responden.
Responden kajian akan menjurus kepada enam opsyen iaitu Pendidikan Jasmani (n = 22, 16%),
Rekabentuk dan Teknologi (n=30, 22%), Bahasa Melayu (n=26, 19%), Pendidikan Islam (n=25,
19%), Bimbingan dan Kaunseling (n=21, 16%) dan Bahasa Inggeris (n=10, 7%). Jantina responden
iaitu 74 peratus adalah perempuan (n = 99), 26 peratus adalah lelaki (n = 35). Responden kajian
berumur 18 tahun dan merupakan peserta yang telah mencapai kematangan dari segi pengalaman
dan umur dalam penglibatan sukan di sekolah. Tahap pendidikan tertinggi peserta kajian adalah Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini menolak sekatan etika dan kebimbangan mengenai kemungkinan
masalah pemahaman item SPB-S.
Semua responden pernah terlibat dalam sukan semasa di sekolah menengah iaitu olahraga dan
permainan. Responden kajian berpengalaman terlibat dalam aktiviti sukan sekolah dan sekurang-
kurangnya sebagai atlet 'penyertaan', di mana penekanan teori dalam penglibatan sukan sekolah lebih
kepada pembangunan diri. Peserta biasanya terlibat dalam sesi latihan formal selama sekurang-
kurangnya 2 jam setiap minggu dan pernah bertanding sama ada di peringkat sekolah, daerah dan
kebangsaan. Analisis deskriptif menunjukkan tahap pencapaian dalam sukan yang disertai oleh
peserta kajian iaitu di peringkat antarabangsa sebanyak 3.5 peratus (n = 5), peringkat kebangsaan
sebanyak 11.2 peratus (n = 16), peringkat negeri sebanyak 18.9 peratus (n = 18.9), peringkat daerah
sebanyak 25.9 peratus (n = 37) dan peringkat sekolah sebanyak 40.6 peratus (n = 58).
ii. Dapatan Pembangunan Pengalaman Sukan
Bagi menjawab persoalan persoalan tiga hingga lima kajian ini, analisis inferensi dilakukan dengan
melihat skor min dan sisihan piawai tahap pembangunan pengalaman pelajar. Seterusnya,
dilaksanakan analisis untuk melihat perbezaan tahap pembangunan pengalaman terhadap jantina dan
tahap pencapaian sukan.
Jadual 1: Analisis skor min Tahap Pembangunan Pengalaman Positif dan Negatif Pelajar
Faktor Pembangunan Pengalaman N Min SP
kemahiran peribadi dan sosial 134 3.5299 0.28549
kemahiran kognitif 134 3.5522 0.40979
penetapan matlamat 134 3.6866 0.38129
inisiatif 134 3.7146 0.37189
pengalaman negatif 134 1.4507 0.39674
Hasil daripada analisis, Jadual 1 menunjukkan bahawa skor min untuk sub-skala kemahiran peribadi
dan sosial adalah 3.53 (SP=0.285), kemahiran kognitif adalah 3.55 (SP=0.410), penetapan matlamat
adalah 0.38 (SP=0.381), inisiatif adalah 3.71 (SP=0.372) dan pengalaman negatif adalah 1.45
(SP=0.397). Dapatan menunjukkan bahawa tahap pengalaman positif penyertaan dalam pelajar
adalah tinggi, manakala tahap pengalaman negatif adalah rendah.
243
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 2: Analisis Ujian t Sampel Kumpulan Bebas antara Jantina dengan Tahap Pembangunan
Pengalaman Positif dan Negatif Pelajar
Faktor Pembangunan Jantina N Min SP Nilai t Sig.
0.355
Pengalaman 0.404
0.542
Kemahiran Peribadi Dan Lelaki 35 3.5939 0.27652 1.552 0.051
Sosial 3.5072 0.28653 0.499
Perempuan 99 0.735
Kemahiran Kognitif Lelaki 35 3.5486 0.45073 -0.061
3.5535 0.39675
Perempuan 99
Penetapan Matlamat Lelaki 35 3.7071 0.37123 0.370
3.6793 0.38638
Perempuan 99
Inisiatif Lelaki 35 3.7929 0.31788 1.455
3.6869 0.38688
Perempuan 99
Pengalaman Negatif Lelaki 35 1.4686 0.48067 0.308
1.4444 0.36512
Perempuan 99
Tahap pembangunan Lelaki 35 3.0471 0.22261 0.115
Keseluruhan
Perempuan 99 2.9940 0.21730
* signifikan pada p<0.05
Bagi menjawab persoalan seterusnya, analisis ujian t sampel bebas dilaksanakan bagi melihat
perbezaan tahap pengalaman positif dan negatif dalam sukan berdasarkan tahap pencapaian sukan.
Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
di antara jantina terhadap tahap pembangunan pengalaman positif dan negatif pelajar (t=0.155,
df=132, p=0.735) dalam sukan di sekolah. Sehubungan itu, dapatan menunjukkan pelajar lelaki dan
pelajar perempuan mempunyai tahap pembangunan pengalaman positif dan negatif yang hampir
sama dalam aktiviti sukan sekolah.
Jadual 3: Analisis Anova Sehala antara Tahap Pencapaian Sukan dengan
Tahap Pembangunan Pengalaman Positif dan Negatif Pelajar
Faktor Pembangunan Pengalaman Jumlah² DF Min ² Nilai F Sig.
Kemahiran Peribadi dan Antara Kumpulan .289 4 0.072 0.883 0.476
Sosial Dalam Kumpulan 10.551 129 0.082
Kemahiran Kognitif Jumlah 10.840 133 0.096 0.562 0.690
Penetapan Matlamat Antara Kumpulan .383 4 0.170
Inisiatif Dalam Kumpulan
Pengalaman Negatif Jumlah 21.951 129 0.174 1.206 0.312
* signifikan pada p<0.05 Antara Kumpulan 22.334 133 0.144
Dalam Kumpulan
Jumlah .697 4 0.256 1.900 0.114
Antara Kumpulan 18.639 129 0.135
Dalam Kumpulan 19.336 133
Jumlah 1.023 0.078 0.486 0.746
Antara Kumpulan 17.371 4 0.160
Dalam Kumpulan 18.394 129
Jumlah 133
.311
20.624 4
20.935 129
133
Ujian ANOVA sehala dilaksanakan bagi menjawab persoalan terakhir dalam kajian ini. Analisis
ujian ANOVA sehala berdasarkan Jadual 3 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan (p<0.05) di antara tahap pencapaian sukan dengan tahap pembangunan positif pelajar, di
mana kemahiran peribadi dan sosial F (4,129) =0.883, p=0.476; kemahiran kognitif F (4,129)
=0.562, p=0.690; penetapan matlamat F (4,129) =1.206, p=0.312; dan inisiatif F (4,129) =1.900,
p=0.114. Kesan saiz yang dikira menggunakan eta-square juga kecil iaitu di bawah 0.06 (Cohen,
1988) bagi keempat-empat faktor, di mana kemahiran peribadi dan sosial 0.03; kemahiran kognitif
244
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
0.02; penetapan matlamat 0.04; dan inisiatif 0.05. Oleh itu, hasil kajian menunjukkan bahawa
pelajar-pelajar dari tahap pencapaian yang berbeza mempunyai tahap pembangunan positif yang
sama terhadap sukan sekolah.
Analisis ujian ANOVA sehala juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05)
di antara tahap pencapaian sukan dengan tahap pengalaman negatif pelajar, di mana pengalaman
negative pelajar F (4,129) =0.486, p=0.746. Kesan saiz yang dikira menggunakan eta-square juga
kecil iaitu 0.01. Oleh itu, hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar dari tahap pencapaian
yang berbeza mempunyai tahap pembangunan negatif yang sama terhadap sukan sekolah.
PERBINCANGAN
Dalam kajian ini, dengan menggunakan Indeks Kebolehpercayaan Alfa Cronbach, dapatan
menunjukkan SPB-S yang diuji sah dan boleh dipercayai untuk mengukur pembangunan
pengalaman pelajar melalui sukan. Kajian masa depan dicadangkan untuk memperoleh
dapatan yang lebih konsisten dan tekal, di mana kajian yang melibatkan sampel yang lebih
besar dilaksanakan analisis menggunakan kaedah pemodelan persamaan berstruktur atau
lebih dikenali sebagai Structural Equation Modelling (SEM). Kajian akan datang memberi
fokus kepada ujian keunidimensian dan mengujinya untuk setiap lima faktor asal bagi SPB-
S yang boleh disokong dengan plot-silang. SEM adalah kaedah seterusnya yang perlu
digunakan untuk menguji serta mengesahkan kemultidimensian soal selidik ini.
Dapatan kajian dari aspek tahap pembangunan diri yang postif dan negatif yang diukur
menunjukkan penilaian kepada tahap keberkesanan pelaksanaan program sukan sekolah
yang telah dilaksanakan. Dapatan kajian boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru
sukan dalam usaha melaksanakan kaedah kejurulatihan yang sesuai dalam usaha memupuk
pembangunan kemahiran pelajar yang positif pelajar mereka. Gould dan Carson (2008)
menyatakan pembangunan diri remaja dapat dipupuk secara lebih berkesan sekira
disampaikan secara eksplisit dalam aktiviti sukan. Walaupun dapatan ini tidak
menggambarkan dapatan bagi keseluruhan populasi pelajar di negara ini, namun ia boleh
dijadikan sebagai salah satu rujukan dalam usaha merancang aktiviti sukan pada masa
hadapan. Keberkesanan program sukan juga dapat ditingkatkan dengan latihan yang
menumpu kepada penglibatan dan penerapan teknik untuk mengembangkan kemahiran
hayat dalam diri remaja (Hardcastle, Glassey & Hagger, 2015).
RUMUSAN
Kesahan dan kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik adalah penting. Data kajian juga
penting dan perlu dipastikan ketepatan dan kemasukan data adalah seperti yang dimaksudkan kerana
ia menyumbang kepada kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian. Jika nilai kebolehpercayaan atau
kesahan soal selidik adalah tinggi, maka soal selidik tersebut boleh dipercayai dan sah.
Mengenalpasti tahap pembangunan pengalaman diri seseorang pelajar dalam program sukan dapat
membantu pengurus program untuk merancang aktiviti. Guru sukan juga boleh merancang strategi
kejurulatihan yang berkesan dalam usaha pembangunan diri pelajar. Tuntasnya, kemenjadian murid
haruslah berpaksi kepada falsafah yang jelas dan pelaksanaan aktiviti sukan yang berkesan sesuai
dengan cabaran Abad ke-21 ini.
245
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
LAMPIRAN A: Soal Selidik Pengalaman Belia untuk Sukan (SPB-S)
Pengalaman saya dalam aktiviti sukan: ______________________________________________
STS TS S SS
1. Saya menjadi baik dalam menyampaikan maklumbalas 1 234
2. Saya menjadi baik dalam menerima maklumbalas 1 234
3. Saya menjadi baik dalam berkongsi tanggungjawab 1 234
4. Saya dapat mempelajari bahawa bekerja bersama memerlukan beberapa tolak ansur 1 234
5. Belajar bersabar dengan ahli kumpulan lain 1 234
6. Orang lain berharap/bergantung pada saya dalam melaksanakan aktiviti 1 234
7. Belajar berkenaan cabaran menjadi seorang pemimpin 1 234
8. Belajar berkenaan tolong menolong antara satu sama lain 1 234
9. Belajar bagaimana tidak perlu untuk orang lain menyukai saya dalam usaha untuk 1 234
bekerja dengan mereka
10. Dapat menjalin hubungan dengan rakan baru 1 234
11. Perlu lebih mengenal ahli dalam kumpulan 1 234
12. Saya mempunyai banyak persamaan dengan orang lain 1 234
13. Saya mendapat hasil perbincangan yang baik dengan ibu bapa/penjaga disebabkan 1 234
pelaksanaan aktiviti
14. Belajar bagaimana emosi dan sikap memberi kesan kepada orang lain 1 234
15. Kemahiran mencari maklumat meningkat 1 234
16. Kemahiran akademik meningkat (membaca, menulis, mengira, dll.) 1 234
17. Kemahiran komputer/internet telah meningkat 1 234
18. Kemahiran kreatif meningkat 1 234
19. Pelaksanaan aktiviti meningkatkan minat untuk belajar 1 234
20. Mempelajari berbagai kaedah dalam mencapai matlamat 1 234
21. Saya menetapkan matlamat dalam setiap aktiviti 1 234
22. Mempelajari untuk mempertimbangkan cabaran semasa membuat rancangan masa 1 234
depan
23. Belajar melalui pemerhatian kepada orang lain yang menyelesaikan masalah 1 234
24. Belajar untuk memotivasikan diri 1 234
25. Belajar untuk memberi perhatian 1 234
26. Menggunakan semua tenaga/keupayaan dalam aktiviti 1 234
27. Meningkatkan kemahiran atletik atau fizikal 1 234
28. Layanan berbeza disebabkan jantina, etnik, kecacatan dan orientasi seksual 1 234
29. Pemimpin dewasa bersifat mengawal dan memanipulasi 1 234
30. Pemimpin dewasa menakutkan 1 234
31. Komen peribadi orang dewasa membuat saya marah 1 234
32. Saya didorong untuk melakukan sesuatu yang salah dari aspek moral 1 234
33. Pemuda lain membuat komen, lelucon atau gerak laku seksual yang tidak sesuai 1 234
34. Saya didorong untuk minum alkohol atau mengambil dadah 1 234
35. Saya sering buntu melakukan lebih banyak daripada bahagian saya 1 234
36. Wujud kumpulan-kumpulan kecil 1 234
37. Aktiviti ini telah memberi tekanan kepada saya 1 234
* STS – Sangat tidak setuju TS – Tidak setuju S - Setuju SS – Sangat
Setuju
246
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
RUJUKAN
Briggs, S.R. & Cheek, J.M. (1986). The role of factor analysis in the development and evaluation of
personality scales. Journal of Personality, 54, 106–48.
Brustad, R., Babkes, M., & Smith, A. (2001). Youth in sport: Psychological considerations. In R. N.
Singer, H. A. Hausenblas, & C. M. Janelle (Eds.), Handbook of Sport Psychology (2nd ed.,
pp. 604–635) New York: John Wiley.
Camiré, M., & Trudel, P. (2010). High school athletes’ perspectives on character development
through sport participation. Physical Education & Sport Pedagogy, 15(2), 193–207.
Cohen, J.W. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences (2nd edn). Hillsdale, NJ:
Lawrence Erlbaum Associates.
Damon, W. (2004). What is positive youth development? The Annals of the American Academy of
Political and Social Science, 591(1), 13–24.
Danish, s. J., Taylor, T. E. & Fazio, R. J. (2006). Enhancing Adolescent Development through Sports
and Leisure. In Gerald R. Adams and Michael D. Berzonsky (Ed.), Blackwell Handbook of
Adolescence (2nd ed., pp. 91–108). Blackwell Publishing Ltd.
DeVellis, R.F. (2012). Scale development: Theory and applications (3rd edn). Thousand Oaks,
California: Sage.
Dworkin, J., & Larson, R. (2006). Adolescents’ negative experiences in organized youth activities.
Journal of Youth Development, 1(3), 1–9.
Eccles, J. S., Barber, B. L., Stone, M., & Hunt, J. (2003). Extracurricular Activities and Adolescent
Development. Journal of Social Issues, 59(4), 865–889.
Forneris, T., Danish, S. J., & Scott, D. L. (2007). Setting goals, solving problems, and seeking social
support: Developing adolescents’ abilities through A life skills program. Adolescence,
42(165), 103–114.
Fraser-Thomas, J., & Côté, J. (2009). Understanding Adolescents’ Positive and Negative
Developmental Experiences in Sport. The Sport Psychologist, 23, 3–23.
Gould, D., & Carson, S. (2008). Life skills development through sport: current status and future
directions. International Review of Sport and Exercise Psychology, 1(1), 58–78.
Gould, D., & Voelker, D. K. (2010). Youth Sport Leadership Development: Leveraging the Sports
Captaincy Experience. Journal of Sport Psychology in Action, 1(1), 1–14.
Hansen, D. M., & Larson, R. W. (2007). Amplifiers of developmental and negative experiences in
organized activities: Dosage, motivation, lead roles, and adult-youth ratios. Journal of Applied
Developmental Psychology, 28(4), 360–374.
Hansen, D. M., & Larson. R. (2005). The Youth Experience Survey 2.0: Instrument Revisions and
Validity Testing. Open Access http://youthdev.illinois.edu/wp-content/uploads/2013/11/YES-
2.0-Instrument.pdf
247
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Hansen, D. M., Larson, R. W., & Dworkin, J. B. (2003). What adolescents learn in organized youth
activities: A survey of self-reported developmental experiences. Journal of Research on
Adolescence, 13(1), 25–55.
Holt, N. L. (2008). Positive Youth Development Through Sport. In Nicholas L. Holt (Ed.), Positive
Youth Development Through Sport. Taylor & Francis Group.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan
(1M1S). Putrajaya.
Landis, J., & Koch, G. (1977). The Measurement of Observer Agreement for Categorical Data.
Biometrics, 33(1), 159-174. doi:10.2307/2529310
Larson, D. M. & Hansen, R. (2005). The Youth Experience Survey 2.0: Instrument Revisions and
Validity Testing. https://doi.org/10.1037//0003-066X
Larson, R. W. (2006). Positive Youth Development, Willful Adolescents, And Mentoring. Journal
of Community Psychology, 34(6), 67
MacDonald, D. J., Côté, J., Eys, M., & Deakin, J. (2012). Psychometric properties of the youth
experience survey with young athletes. Psychology of Sport and Exercise, 13(3), 332–340.
Nunally, J. C., & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory (3rd ed.). New York, NY: McGraw-
Hill.
Petitpas, A. J., Cornelius, A. E., Van Raalte, J. L., & Jones, T. (2005). A framework for planning
youth sport programs that foster psychosocial development. Sport Psychologist, 19 (1), 63–
80.
Shields, D., & Bredemeier, B. (1995). Character development and physical activity. Champaign:
Human Kinetics.
Siegel, D., & Intrator, S. M. (2008). Projet Coach: youth developent and académic achievement
through sport. Journal of Physical Éducation, Recreation and Dance, 79 (7), 7-23.
Sullivan, P. J., LaForge-MacKenzie, K., & Marini, M. (2015). Confirmatory Factor Analysis of the
Youth Experiences Survey for Sport (YES-S). Open Journal of Statistics, 05(05), 421–429.
Theokas, C. & Lerner, R. M. (2006). Observed Ecological Assets in Families, Schools, and
Neighborhoods: Conceptualization, Measurement, and Relations with Positive and Negative
Developmental Outcomes. Applied Developmental Science, 10(2), 61–74.
Weiss, M. R., Bolter, N. D., & Kipp, L. E. (2014). Assessing Impact of Physical Activity-Based
Youth Development Programs: Validation of the Life Skills Transfer Survey (LSTS).
Research Quarterly for Exercise and Sport, 85(February 2015), 263–278.
Zainudin Sharif & Noraznah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja
Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of
Education Psychology & Counseling, 1, 115-140.
248
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENDEKATAN MODEL INSTRUKSIONAL 5E MELALUI INTERVENSI
PERMAINAN COMATCH DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN
PEMBELAJARAN MENGENAL WARNA DALAM KALANGAN KANAK-
KANAK
Rozana Abdul Rahim (Ph.D)1 ([email protected])
Hamidah Abdul Hamid2 ([email protected])
Rajmah Othman3 ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan aplikasi Model Instruksional 5E dalam pembelajaran
Tunjang Sains dan Teknologi Pendidikan Awal Kanak-kanak melalui aktiviti intervensi permainan
CoMatch dalam membantu murid di peringkat awal kanak-kanak dalam mengenali dan seterusnya
memadankan warna. Model Instruksional 5E yang mempunyai lima fasa diaplikasikan bagi
mendorong murid prasekolah mengakses fakta berkaitan sains, mengembangkan sifat inkuiri dan
meneroka persekitaran serta menjalankan eksperimen. Aktiviti permainan CoMatch tiga peringkat
yang dilaksanakan menggunakan pendekatan 5E membantu meningkatkan kemahiran murid dalam
mengenal dan memadankan warna asas serta warna sekunder. Melalui fasa pertama, iaitu
Engagement, murid dilibatkan dalam dua aktiviti iaitu Putar dan Sebut dan Cari Padanan. Aktiviti
ketiga Jom Campur: Campuran Dua Asas memberi peluang kepada murid membuat penerokaan
(Explore). Pada aktiviti Jom Campur: Campuran Dua Asas juga murid berpeluang membuat
pemerhatian dan memberi penjelasan (Explanation) kepada pemerhatian yang dibuat. Fasa
seterusnya iaitu Pengembangan (Elaboration), murid diberi aktiviti pengukuhan dan pengayaan serta
mengaplikasikan konsep dan kemahiran baharu mereka dalam permainan Jom Campur: Teka Warna
Campuran. Fasa terakhir iaitu Penilaian (Evaluation), murid berpeluang menilai pembelajaran
mereka sendiri seterusnya menggalakkan mereka membuat penyiasatan lanjutan melalui permainan
Masih Ingat Lagi: Akrilik Berwarna dan permainan Papan Heksagon. Kajian yang dijalankan di
sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak dengan bilangan seramai 15 orang menunjukkan
pendekatan Model Instruksional 5E melalui intervensi permainan CoMatch berupaya memberi kesan
positif terhadap pembelajaran mengenal dan memadankan warna.
Kata kunci: Model instruksional 5E, Intervensi CoMatch, Padanan warna
PENGENALAN
Perhatian kepada pendidikan sains sejak peringkat pendidikan awal kanak-kanak adalah suatu usaha
yang penting bagi membolehkan murid mengembangkan keupayaan kemahiran sains pada peringkat
lebih tinggi. Justeru peluang dan pengalaman perlu disediakan kepada murid untuk memupuk
kemahiran-kemahiran sains dan membentuk kefahaman konsep. Kajian-kajian lepas telah
membuktikan kanak-kanak berkemampuan membentuk pembelajaran berasaskan konsep dan
berupaya menggunakan daya fikir dan inkuiri (National Research Council, 2012) apabila mereka
diberi peluang meneroka.
Menurut Suppiah (2018), bagi meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam pemahaman berkaitan
pembelajaran sains atau matematik, tidak semestinya diajarkan terus kepada mereka. Sebaliknya
langkah kepada penerapan Sains Awal atau Matematik Awal boleh dilaksanakan melalui pelbagai
aktiviti yang melibatkan interaksi dan pengalaman dengan persekitaran. Hal ini adalah kerana
249
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
kanak-kanak belajar secara tidak langsung melalui persekitaran mereka. Berikutan itu, kebanyakan
program awal kanak-kanak pada awal tahun pembelajaran adalah berkaitan dengan warna dan
bentuk (Rozana dan Hamidah, 2020). Warna dan bentuk merupakan dua sifat yang sangat ketara di
sekeliling kanak-kanak. Apabila mereka memerhati di sekeliling, semua yang mereka nampak
mempunyai warna dan bentuk – daun segar yang menghijau, daun kering yang kekuningan, langit
yang membiru, awan putih, basikal merah dan sebagainya. Selain itu, proses-proses pembelajaran
tidak formal tentang warna juga berlaku semasa mereka bermain.
Justeru, kajian ini memfokuskan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berkaitan warna yang
seterusnya merangsang pemikiran inkuiri kanak-kanak lantas membolehkan murid membina
pengetahuan dan kefahaman sendiri. Proses inkuiri berlaku apabila murid membuat penyiasatan dan
penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada (Suppiah, 2018) mereka tentang warna. Ia bermula
daripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan persoalan. Sifat
ingin tahu seterusnya merangsang tindakan supaya terus membuat pemerhatian, pertanyaan, ramalan
dan konsep awal. Pelaksanaan pendekatan ini seperti pembelajaran berasaskan projek, penyiasatan
saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif adalah berfokus kepada
learning by doing yang melibatkan murid melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan,
penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baharu (NGSS Lead States, 2013). Proses
ini ditunjukkan dengan lebih jelas melalui Model Instruksional 5E, iaitu Engage, Explore, Explain,
Elaborate dan Evaluate, yang menyediakan strategi bagi keterlibatan murid dalam aktiviti
pembelajaran (Bybee, Taylor, Gardner, Scotter, Powell, Westbrook, Landes, 2006; Tanner, 2010).).
Pembelajaran mereka akan menjadi lebih bermakna apabila mereka dapat mengaitkannya dengan
alam sekeliling mereka. Murid membina pengetahuan dan mengembangkan kemahiran kognitif
mereka melalui pengalaman hands-on dengan real-life (NGSS Lead States, 2013). Apabila mereka
meneroka persekitaran dan membuat perkaitan pembelajaran, mereka dapat menimba pengalaman
dan pengetahuan serta menggunakannya secara aktif untuk membentuk pengetahuan yang baharu.
Oleh itu integrasi pengalaman dalam kehidupan murid adalah penting dalam membentuk pemikiran
peringkat yang lebih tinggi.
PENYATAAN MASALAH
Terdapat beberapa sebab penting bagi memperkenalkan pendidikan sains dari peringkat awal
kanak-kanak lagi. Antaranya adalah kanak-kanak secara semula jadi mempunyai sifat yang
cenderung kepada pemerhatian dan ingin mengetahui berkaitan sesuatu fenomena (Eshach &
Fried, 2005; French, 2004). Seterusnya, membiasakan kanak-kanak dengan bahasa sains mudah
dapat membantu mereka memperkembangkan pemahaman berkaitan konsep sains secara positif
(Andersson & Annica, 2012). Oleh yang demikian, sains dijadikan sebagai sebahagian daripada
kurikulum pendidikan awal kanak-kanak seperti yang terkandung dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Tunjang Sains dan Teknologi yang dinamakan Sains
Awal. Pembelajaran sains tidak hanya berlaku dalam Tunjang Sains malahan boleh disepadukan
dalam tunjang-tunjang lain dalam KSPK. Hal ini kerana persekitaran kehidupan adalah sains,
ia wujud di alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal (Eshach & Fried, 2005).
Namun, keupayaan kanak-kanak mempelajari idea-idea sains di awal usia cenderung dipandang
rendah oleh pelbagai pihak. Selain itu, mereka juga gagal menyediakan peluang dan pengalaman
kepada kanak-kanak untuk memupuk kemahiran-kemahiran sains dan membentuk kefahaman
konsep. Kanak-kanak juga dianggap tidak dapat memberi fokus kepada penerokaan sains dalam
tempoh masa yang lama, sedangkan penyiasatan sains yang berkesan mampu melibatkan kanak-
kanak memberi tumpuan yang mendalam dalam jangka masa yang lama. Kajian yang dijalankan
oleh Norhaliza (2019) menyatakan bahawa guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam
menjalankan aktiviti Sains Awal menyebabkan guru lebih memilih untuk mengajar Sains Awal
secara teori sahaja. Sebagai contoh, semasa pengajaran dan pembelajaran berkaitan warna,
kanak-kanak diajar mengenali warna-warna asas, iaitu merah, biru dan kuning. Selain itu
250
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
mereka juga diajar mengenali warna-warna seperti hijau, oren, ungu dan sebagainya. Namun,
berdasarkan pemerhatian di pusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak (Rozana & Hamidah,
2020), majoriti mereka tidak dapat mengenal pasti warna yang terhasil dari campuran dua warna
asas. Hal ini kerana mereka tidak disediakan peluang dan pengalaman untuk meneroka bahawa
warna-warna tersebut adalah warna sekunder yang terhasil daripada campuran dua warna asas.
Hal ini menyebabkan murid prasekolah didapati kurang memahami konsep, aplikasi dan
kemahiran proses sains yang terdapat dalam sesuatu aktiviti. Merujuk kepada situasi ini, maka
pendekatan lima fasa Model Instruksional 5E diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
mengenal warna melalui intervensi permainan CoMatch dalam kalangan murid prasekolah.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan meninjau kesan pendekatan Model Instruksional 5E
melalui intervensi permainan CoMatch terhadap pencapaian murid prasekolah dalam mengenal
warna.
SOALAN KAJIAN
Apakah kesan pendekatan Model Instruksional 5E melalui intervensi permainan CoMatch terhadap
pencapaian murid prasekolah dalam mengenal warna.
TINJAUAN LITERATUR
Sains dan teknologi merupakan antara tunjang yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019) yang merangkumi Sains Awal dan
Matematik Awal. Sains Awal menekankan pembentukan sikap dan kemahiran proses sains melalui
penyiasatan terhadap alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal. Pembangunan pengetahuan dalam
sains berpunca daripada perasaan ingin tahu, inovasi dan kreatif. Pengalaman awal kanak-kanak
dalam sains lebih kepada penerokaan dan peluang berinteraksi dengan objek-objek yang terdapat di
persekitaran mereka. Peluang pembelajaran diperoleh melalui pemerhatian mereka ke atas objek
dan fenomena yang terdapat di persekitaran (Suppiah, 2018) bukan melalui pengajaran konsep-
konsep sains (Norhaliza, 2019). Pembelajaran sains seharusnya berlaku sejajar dengan
perkembangan kanak-kanak yang lebih suka bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti serta
pergerakan.
Pendidikan sains dari peringkat awal kanak-kanak adalah penting agar kanak-kanak berupaya
mengembangkan keupayaan mereka tentang sains pada peringkat yang lebih tinggi. Pendidikan
sains merupakan proses yang mendorong kanak-kanak mengakses fakta berkaitan sains,
mengembangkan sifat inkuiri dan meneroka persekitaran serta menjalankan eksperimen di dalam
mahupun di luar bilik darjah Nor ‘Aini, Roszikin dan Zainab, (2010). Namun, kajian oleh Evelyn
(2014) menyatakan bahawa pendidikan sains sering dijalankan dengan menggunakan pendekatan
pembelajaran yang berpusatkan guru. Penggunaan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid
seperti eksperimen kurang digunakan. Antara pembelajaran berpusatkan murid yang dicadangkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah konstruktivisme (Jaswardi Anwar Md Yaacob, Nor
Kamilah Makhtar dan Mohammad Shukeri, 2018). Konstruktivisme merupakan satu proses
pembelajaran aktif di mana murid membina pengetahuan mereka sendiri, iaitu pengetahuan harus
dibina, bukannya ‘disuap’ dan pembelajaran harus berfungsi dengan baik bagi memudahkan proses
pembinaan pengetahuan. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri adalah merupakan satu
pendekatan pengajaran yang diaplikasikan dalam proses pembelajaran berpusatkan murid (Nur
Aqilah dan Noor Dayana, 2020). Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah merupakan pendekatan
pengajaran berpusatkan murid yang melibatkan proses pertanyaan dan rasa ingin tahu murid (Mohd
Paris, 2016) serta menggalakkan murid membuat penyiasatan masalah, penerokaan dan penemuan
untuk mendapatkan maklumat serta pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu tugasan yang
diberikan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016).
251
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Antara alternatif pembelajaran yang menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme dan
pendekatan berasaskan inkuiri ialah Model Instruksional 5E.
Beberapa kajian lepas oleh Jaswardi Anwar Md Yaacob, Nor Kamilah Makhtar dan Mohammad
Shukeri, (2018) berkaitan penggunaan pendekatan Model Instruksional 5E telah disorot. Namun
kajian-kajian berkenaan lebih memberi tumpuan kepada pelajar sekolah menengah dan juga sekolah
rendah dalam bidang matematik dan sains sebagai sampel. Kajian-kajian yang menjadikan golongan
awal kanak-kanak sebagai sampel amat kurang dilaksanakan di Malaysia sedangkan model ini juga
sesuai diaplikasikan kepada murid prasekolah atau awal kanak-kanak. Kajian-kajian lepas juga telah
membuktikan kanak-kanak mempunyai kemampuan membentuk pembelajaran berasaskan konsep
dan berupaya menggunakan daya fikir dan inkuiri (National Research Council, 2012) apabila mereka
diberi peluang meneroka. Inkuiri mementingkan ‘mengapa’dan ‘bagaimana’ berbanding dengan
‘apa’ terhadap sesuatu perkara atau kejadian. Peluang meneroka fenomena sains yang terdapat di
pelbagai tempat dan keadaan, seperti di dapur, kawasan sekolah, tepi kolam, tepi laut, muzium, zoo
serta di tempat-tempat permainan menimbulkan rasa ingin tahu dan menggalakkan kanak-kanak
untuk bertanya. Melalui proses inkuiri ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis,
kreatif dan inovatif serta menggalakkan pembelajaran kendiri kanak-kanak dalam Buku Penerangan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016).
Model Instruksional 5E merupakan model yang dibangunkan oleh sekumpulan pengkaji dari
organisasi Biological Science Curriculum Study (BSCS) (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016)
yang digunakan untuk meningkatkan tahap pembelajaran pelajar sains di Colorado, USA. Menurut
salah seorang penyelidik yang membangunkan model ini, Roger Bybee (2006), model 5E berasal
daripada kitaran pembelajaran oleh Atkin & Karplus, Science Curriculum Improvement Study (SCIS)
pada tahun 1987, yang terdiri daripada tiga peringkat, iaitu Explore, Invent, Discover. Berdasarkan
tiga peringkat ini BSCS mengembangkan dan mendalami konsep-konsep ini dan menghasilkan
Model Instruksional 5E.
Model 5E ini terdiri daripada lima fasa proses pengajaran dan pembelajaran (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013), (Rajah 1). Lima fasa tersebut adalah Pelibatan (Engagement),
Penerokaan (Exploration), Penerangan (Explanation), Pengembangan (Elaboration) dan Penilaian
(Evaluation). Setiap langkah yang diwakili membantu proses pembelajaran murid secara tersusun
untuk membolehkan mereka mengalami aktiviti yang biasa menggunakan pengetahuan asas untuk
membentuk makna dan akhirnya meningkatkan kefahaman kepada konsep secara berterusan (Turk
& Calik, 2008). Namun memurut Tanner (2010), penggunaan Model Instruksional 5E ini tidak
semestinya dijalankan serentak dalam satu sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) tetapi boleh
dilakukan secara berasingan mengikut kemampuan murid yang terlibat. Hal ini adalah disebabkan
latar belakang tahap pembelajaran murid-murid yang berbeza.
Rajah 1: Model Instruksional 5E
Fasa pertama iaitu fasa Engagement atau Pelibatan merupakan fasa untuk menarik minat serta
perhatian murid untuk terus memberi tumpuan terhadap pembelajaran. Minat dan perhatian murid
252
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dibina melalui aktiviti menarik dan merangsang minda seperti kuiz, video, gambar, dan sebagainya.
Selain itu, fasa pelibatan juga meningkatkan rasa ingin tahu murid mengenai ‘the big idea’ terhadap
kandungan pembelajaran kerana ia akan membantu mewujudkan perkaitan antara pengetahuan sedia
ada murid dengan pengetahuan baharu yang akan dipelajari (Bybee et al., 2006, Tanner, 2010) serta
mengesan salah konsep mereka. Fasa ini juga membolehkan guru mengetahui kaedah memulakan
pembangunan pemahaman murid.
Fasa Exploration (Penerokaan), iaitu fasa yang paling penting, merupakan fasa yang membenarkan
murid meneroka tentang dapatan pembelajaran mereka, melakukan perbincangan dalam kumpulan
serta menggalakkan pelibatan aktif antara murid dan guru (Bybee et al., 2006; Tanner, 2010) di
mana mereka dibimbing atau diberi maklumat tambahan bagi memudahkan pembelajaran mereka.
Fasa ini membantu murid mencari penyelesaian kepada masalah yang wujud dalam pembelajaran
mereka. Justeru, mereka dapat membina pemahaman konsep mereka, menguasai konsep
pembelajaran, membetulkan konsep pemahaman, menguasai proses pemikiran serta kemahiran yang
diperlukan berasaskan ‘first hand experience’, lantas meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan
merangsang mereka untuk melontarkan pertanyaan (Tanner, 2010; Norhailmi, 2017).
Merujuk kepada Tanner (2010), fasa ketiga iaitu Explanation adalah fasa yang memerlukan murid
menjelaskan kefahaman yang diperoleh melalui fasa pelibatan dan penerokaan yang perlu dibuat
peningkatan. Fasa ini memberi peluang kepada murid untuk menterjemahkan pemahaman
konseptual, kemahiran serta kelakuan yang telah dipelajari (Bybee et al., 2006).
Fasa Elaboration iaitu fasa Pengembangan atau Penghuraian memerlukan murid mengaplikasikan
pemahaman yang dimiliki melalui aktiviti yang dapat membantu mengukuhkan lagi pemahaman dan
penguasaan mereka. Fasa ini merupakan fasa yang membenarkan murid menjelaskan segala
kekeliruan dan kesalahfahaman konsep serta ketidakfahaman pembelajaran supaya dapat difahami
dengan lebih mendalam (Bybee et al., 2006; Tanner, 2010). Oleh itu ia memerlukan tahap pemikiran
kognitif yang tinggi bagi menjana minda murid untuk mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh.
Fasa kelima iaitu fasa terakhir dalam model 5E ini adalah merupakan fasa penilaian guru terhadap
pengetahuan, pemahaman, proses kemahiran serta konsep pembelajaran yang telah dipelajari (Bybee
et al., 2006; Tanner, 2010). Pada fasa ini, murid dan guru sama-sama membuat penilaian dengan
berdialog, bersoal jawab dan membuat refleksi. Murid diberi peluang mengenal pasti
penambahbaikan dan mengeluarkan pendapat melalui percambahan idea. Selain itu, penilaian murid
boleh dilakukan melalui aktiviti soal jawab, kuiz atau latihan yang dibuat oleh murid dalam fasa-
fasa sebelum ini. Walaupun penilaian secara formatif boleh berlaku pada mana-mana fasa dalam
model ini, fasa penilaian khususnya bertujuan memperoleh bukti penguasaan murid terhadap
pembelajaran melalui pencapaian hasil pembelajaran sesuatu topik. Dalam hal ini, guru boleh
menilai pemahaman konsep yang telah dikuasai murid atau yang perlu dibuat penambahbaikan.
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah pemerhatian bertujuan meninjau keberkesanan
pendekatan Model Instruksional 5E melalui intervensi permainan CoMatch dalam membantu
meningkatkan pembelajaran mengenal warna di peringkat awal kanak-kanak. Permainan mengenal
warna ini merangkumi mengenal warna-warna asas, mengenal dan memadankan warna dengan
objek, serta mengenal pasti warna yang terhasil dari campuran warna asas, iaitu warna sekunder.
Keberkesanan pendekatan model ini melalui intervensi permainan CoMatch dinilai melalui
permainan akhir yang merangkumi kesemua peringkat permainan.
Reka Bentuk Kajian
Kajian yang melibatkan 15 orang murid prasekolah di sebuah pusat awal kanak-kanak daerah
Seberang Perai ini telah mengadaptasi Model Instruksional 5E yang diasaskan oleh Bybee et al.,
253
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
(2006). Ia melibatkan tiga peringkat permainan, iaitu peringkat pertama permainan Putar dan Sebut,
peringkat ke dua Cari Padanan, dan peringkat ketiga Jom Campur dan akhir sekali pada fasa
penilaian melalui permainan Masih Ingat Lagi. Jadual 1 berikut menerangkan dengan lebih lanjut
berkenaan intervensi permainan CoMatch yang telah dijalankan berpandukan kepada fasa-fasa
dalam Model Instruksional 5E.
Jadual 1:
Aktiviti intervensi permainan CoMatch berpandukan Model Instruksional 5E
Fasa Permainan Aktiviti Tujuan Penilaian
Engagement / Putar dan1. Sampel diberikan rodai. Menarik minat murid Menggunakan
Pelibatan Sebut warna yang serta menimbulkan Lembaran Senarai
mengandungi warna- perasaan keterujaan Semak Jadual 2
warna asas dan warna- untuk mengikuti Jika sampel menyebut
warna sekunder pembelajaran nama warna dengan
2. Sampel memutarkan seterusnya. betul, lajur ditandakan
roda warna (Rajah 2) ii. Mengenal pasti (/).
3. Setelah roda berhenti pengetahuan sedia ada Jika dijawab dengan
berputar dan jarum murid berkaitan warna salah ditandakan (X)
menunjukkan ke arahiii.Memberi gambaran pada lajur
warna, sampel awal kepada murid
dikehendaki menyebut tentang aktiviti yang *Setiap sampel
nama warna tersebut akan dijalankan diberikan peluang tiga
kali pusingan dan pada
setiap pusingan
jawapan mereka
ditandakan
Cari 1. Sampel memasukkan Menggunakan
Padanan: bebola kapas berwarna Lembaran Senarai
Bebola ke dalam uncang yang Semak Jadual 3.
Uncang berwarna sepadan Pada akhir masa lima
Warna dengan bebola kapas minit, jumlah bebola
yang telah disediakan kapas berwarna yang
(Rajah 3) dimasukkan ke dalam
2. Sampel diberikan uncang berwarna
masa lima minit untuk sepadan dikira.
memasukkan 10 unit
bebola kapas pelbagai *Sampel diberi satu
warna ke dalam kali peluang pada
uncang aktiviti Cari Padanan
Jom 1. Sampel diberikan i. Menjana pemikiran Menggunakan
Campur : enam bekas kosong murid mengenal pasti Lembaran Senarai
Campuran setiap seorang (Rajah dan mengumpul Semak Jadual 4.
Dua Asas 4) maklumat Tekaan campuran
Exploration / 2. Sampel juga diberikan ii.Menggalakkan aplikasi warna asas 1 dan warna
Penerokaan tiub warna air, iaitu Kemahiran Proses asas 2 bagi
warna merah, biru dan Sains: menghasilkan warna
kuning serta tiga Kemahiran Memerhati sekunder dibandingkan
batang pipet Kemahiran dengan hasil campuran
3. Sampel perlu meneka Perbandingan warna-warna
warna yang akan Membuat Pengelasan berkenaan.
dihasilkan (warna Membuat Pengukuran Tekaan warna asas 1
sekunder) apabila satuiii. Memberi peluang dan jumlah tekaan
warna asas murid membuat
254
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dicampurkan dengan penerokaan bagi warna asas 2 yang betul
dan salah dijumlahkan.
satu warna asas yang membina penjelasan Sampel dibenarkan
membuat penerokaan
lain. terhadap sesuatu beberapa kali sehingga
mereka mendapat
4. Menjalankan ujikaji fenomena jawapan yang betul
dengan mengambil *Sampel diberi tiga
warna sekunder untuk
beberapa titis warna dibuat penerokaan
campuran dua warna
asas yang telah asas. Dalam kajian ini,
warna sekunder yang
dibancuh, dimasukkan diberi adalah hijau,
ungu dan oren
Explanation / ke dalam bekas kosong
Penjelasan
dan
Elaboration /
Pengembangan mencampurkannya
dengan beberapa titis
warna asas yang lain.
5. Membuat
perbandingan jawapan
yang diberikan dengan
jawapan yang
diperoleh.
Jom 1. Sampel perlu membuati. Mengukuhkan, Menggunakan
Campur : tekaan jawapan kepada mendalami dan Lembaran Senarai
Teka soalan yang mengembangkan Semak Jadual 5.
Campuran disediakan. pemahaman konsep Hasil ujikaji mereka
2. Sampel diberikan satu melalui mengaplikasi dibandingkan dengan
carta yang konsep jawapan yang
mengandungi ii. Pengayaan terhadap diberikan.
beberapa set soalan. tahap kefahaman murid
3. Kad warna sekunderiii. Penilaian hasil dapatan *Sampel diberi
dilekatkan pada carta murid peluang mengulang
dan sampel dimintaiv. Aplikasi kefahaman ujikaji yang dilakukan
menyebut campuran idea dalam konteks beberapa kali sehingga
dua warna asas yang yang berbeza mendapat jawapan
menghasilkan warnav. Membantu murid yang tepat.
sekunder tersebut memindahkan
4. Dua kad warna asas kefahaman baharu
juga dilekatkan pada terhadap konsep dan
carta dan sampel kemahiran sains
diminta menyebut menggunakan sumber
warna sekunder yang yang pelbagai
dihasilkan
5. Sampel diberikan tiub
warna air dan putik
kapas serta piring
kertas.
6. Sampel diminta
mendapatkan jawapan
sebenar kepada soalan
yang dikemukakan
dengan
mencampurkan warna
air menggunakan putik
kapas.
255
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Evaluation / Masih 1.Sampel diberikani. Membantu Menggunakan
Penilaian
Ingat beberapa batang meningkatkan Lembaran Senarai
Lagi: akrilik pelbagai warna kefahaman murid Semak Jadual 6.
Batang (Rajah 5) terhadap pembelajaran
Akrilik 2.Sampel diminta dan menjana pemikiran
Berwarna memadankan batang aras tinggi murid
akrilik tersebut dengan dengan lebih berkesan
batang akrilik lainii. Menilai kemajuan dan
yang sepadan susunan pengetahuan sendiri
warna iii. Mencari bukti-bukti
3.Sampel juga diberikan yang menunjukkan
batang akrilik murid telah mengubah
berwarna sekunder tingkah laku dan
(Rajah 6) dan diminta pemikiran mereka
mencari batang akrilikiv. Menggalakkan
warna asas yang mengemukakan soalan
membentuk warna berkaitan yang
sekunder tersebut menggalakkan
Masih 1.Sampel membaling penyiasatan lanjutan
dadu dan bergerak seperti “Apakah warna
Ingat
Lagi: mengikut bilangan yang diperoleh jika
Papan nombor pada dadu. mencampurkan tiga
Heksagon 2.Sampel menjawab warna asas atau warna
soalan yang tertera sekunder dengan warna
pada Papan Heksagon sekunder yang lain?”
(Rajah 7)
3.Membaling dadu
sebanyak enam kali
pusingan
Rajah 2: Roda warna
Jadual 2: Penilaian Putar dan Sebut
Pusingan Kanak-kanak / Sampel
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
1
2
3
Jumlah
256
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Rajah 3:Bebola Uncang Warna
Jadual 3: Penilaian Cari Padanan: Bebola Uncang Warna
Uncang Kanak-kanak / Bilangan Bebola Warna
Warna 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Merah
Kuning
Biru
Oren
Ungu
Hijau
Oren
Kemerahan
Oren
Kekuningan
Ungu
Kemerahan
Hijau
Kekuningan
Hijau
Kebiruan
Ungu
Kebiruan
Rajah 4: Campuran Dua Asas
Jadual 4: Penilaian Jom Campur: Campuran Dua Asas
Sekunder 1 Kanak-kanak 4
Warna Tekaan 23 Warna Tekaan
Hijau A1 A2 (/) (x) Warna Tekaan Warna Tekaan A1 A2 (/) (x)
Ungu A1 A2 (/) (x) A1 A2 (/) (x)
Oren
257
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jumlah
Jadual 5: Penilaian Cari Padanan: Bebola Uncang Warna
Kad 1 Kanak-kanak 4
Warna Warna Tekaan 23 Warna Tekaan
A1 A2 (/) (x) Warna Tekaan Warna Tekaan A1 A2 (/) (x)
A1 A2 (/) (x) A1 A2 (/) (x)
Sekunder Sekunder Sekunder Sekunder
+
+
+
Jumlah
betul (/)
Jumlah
salah (x)
DAPATAN KAJIAN
Bahagian berikut menganalisis keseluruhan dapatan intervensi permainan CoMatch dalam
pembelajaran mengenal warna berpandukan Model Instruksional 5E.
Dapatan Intervensi Permainan Putar dan Sebut
Jadual 6: Analisis keseluruhan dapatan permainan Putar dan Sebut
Pusingan Kanak-kanak / Sampel
1/2/3
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Jumlah 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2
Jadual 7: Analisis keseluruhan dapatan permainan Cari Padanan: Uncang Bebola Warna
Uncang 12 3 Kanak-kanak / Bilangan Bebola Warna
Warna 8 10 5 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Merah 69 9 78 84 53 7 9 6 8 3 7
Kuning 6 10 5 6 2 3 9 10 3 10 10 7
258
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Biru 9 8 5 4 10 6 3 3 10 8 9 3 9 7 6
Oren 7 9 10 4 6 4 5 8 9 3 8 3 7 7 9
Ungu 7 7 10 9 9 6 9 3 9 3 7 7 5 4 8
Hijau 5 10 4 5 6 2 10 2 1 7 8 3 9 9 10
Oren 36 6 44 65 47 8 7 9 7 5 8
Kemerahan
Oren 48 5 87 98 68 5 9 5 8 8 8
Kekuningan
Ungu 61 4 62 37 37 2 7 8 9 4 6
Kemerahan
Hijau 54 6 46 47 73 8 9 3 9 7 6
Kekuningan
Hijau 33 5 62 95 97 8 6 5 4 3 8
Kebiruan
Ungu 75 3 59 56 38 7 5 9 6 8 5
Kebiruan
Dapatan Permainan Masih Ingat Lagi: Padanan Batang Akrilik
Rajah 5:Padanan Batang Akrillik
Jadual 8: Analisis keseluruhan dapatan permainan Masih Ingat Lagi: Padanan Batang Akrilik
Batang Kanak-kanak / Sampel
Akrilik
1/2/3/4/5/6
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Jumlah 5 6 6 5 5 6 6 5 6 6 5 5 6 6 5
Rajah 6:Padanan Akrilik Sekunder
Dapatan Permainan Masih Ingat Lagi: Akrilik Sekunder
Jadual 9: Analisis keseluruhan dapatan permainan Masih Ingat Lagi: Akrilik Sekunder
Akrilik Kanak-kanak / Sampel
Sekunder
1/2/3
259
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jumlah 1234567
A1 A2 A1 A2 A1 A2 A1 A2 A1 A2 A1 A2 A1 A2
33333232333333
Akrilik Kanak-kanak / Sampel
Sekund
8 9 10 11 12 13 14 15
er AA AA AA AA AA AA AA AA
1/2/3 12 12 12 12 12 12 12 12
33 32 32 33 23 32 33 33
Jumlah
Dapatan Permainan Masih Ingat Lagi: Papan Heksagon
Rajah 7: Papan Heksagon
Jadual 10: Analisis keseluruhan dapatan permainan Masih Ingat Lagi: Papan Heksagon
Pusingan Kanak-kanak / Sampel
1/2/3/4/5/6
1 2 3 4 5 6 7
Jumlah /x /x /x /x /x /x /x
60 51 51 60 60 51 51
Pusingan Kanak-kanak / Sampel
1/2/3/4/5/6
8 9 10 11 12 13 14 15
Jumlah /x /x /x /x /x /x / x /x
51 60 60 60 51 60 6 0 51
PERBINCANGAN
Daripada dapatan pada fasa penilaian melalui permainan Masih Ingat Lagi yang dijalankan, didapati
terdapat keberkesanan pada pembelajaran mengenal warna dalam kalangan murid. Dapat dilihat di
awal intervensi iaitu pada permainan Putar dan Sebut, kesemua 15 orang kanak-kanak hanya dapat
menyebut dua warna yang betul daripada tiga warna yang mereka peroleh. Warna-warna tersebut
adalah warna-warna asas dan sekunder yang biasa mereka temui.
Aktiviti-aktiviti intervensi yang dijalankan juga membantu mereka dalam mengenal warna dengan
lebih baik. Pada permainan Masih Ingat Lagi: Padanan Batang Akrilik, dapat dilihat lapan sampel
260
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
iaitu 53% dapat memadankan warna pada batang akrilik dengan tepat. Seramai tujuh orang atau
47% pula dapat memadankan lima batang akrilik mengikut susunan warna dengan betul.
Intervensi permainan CoMatch iaitu Jom Campur telah memberi pengalaman baru kepada sampel.
Jika sebelum permainan ini, mereka hanya mengenal warna sekunder tanpa mengetahui bahawa
warna sekunder adalah merupakan campuran dua warna asas. Dapatan permainan Masih Ingat Lagi:
Akrilik Sekunder menunjukkan sembilan daripada 15 peserta, iaitu 60% dapat mengenal pasti
campuran dua warna asas bagi menghasilkan warna sekunder yang dikemukakan. Sebanyak 40%
sampel pula dapat mengenal pasti sekurang-kurangnya dua daripada tiga warna asas bagi
menghasilkan warna sekunder.
Dapatan daripada permainan Papan Heksagon membuktikan intervensi permainan CoMatch amat
membantu dalam pembelajaran mengenal warna. Hal ini dapat dilihat dari dapatan yang
menunjukkan 53% atau lapan daripada 15 sampel dapat menjawab permasalahan yang dikemukakan
pada Papan Heksagon dengan tepat. Seramai tujuh sampel iaitu 47% mendapat lima daripada enam
jawapan yang betul.
RUMUSAN
Dapatan-dapatan ini menunjukkan bahawa pendekatan Model Instruksional 5E memberi kesan
positif yang sangat baik kepada sampel. Hal ini dapat dilihat pada peratusan sampel yang mendapat
jawapan betul yang tinggi pada fasa penilaian. Peluang yang diberikan kepada sampel untuk
meneroka dan membentuk konsep menyumbang kepada dapatan begini. Walaupun dapatan
menunjukkan sampel tidak menunjukkan keputusan yang konsisten dalam kalangan mereka pada
setiap intervensi, namun proses pembelajaran berlaku pada setiap sampel kajian ini. Justeru,
pendekatan Model Instruksional 5E bukan sahaja dapat diterapkan dalam Tunjang Sains dan
Teknologi malahan juga dalam tunjang-tunjang lain dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK).
RUJUKAN
Andersson, K. & Annica G. (2012). What is science in preschool and what do teachers have to know
to empower children? Cultural Studies of Science Education.9.10.1007/s11422-012-9439-6
Bybee, R.W., Taylor, A.J., Gardner, A., Scotter, P.V., Powell, J.C., Westbrook, A. & Landes, N.
(2006). The BSCS 5E instructional model: Origin, effectiveness and applications.
http://www.bscs.org/pdf/bscs5eexecsummary.pdf
Eshach, H., & Fried, M.N. (2005). Should science be taught in early child hood? Journal of
Science Education and Technology, 14(3), 315-336
Evelyn, W.Z.S. (2014). A study on the effectiveness of hands-on experiments in learning science
among year 4 students. International Online Journal of Primary Education, 3(1), 29-40.
https://goo.gl/YAvJRg
French, L. (2004). Science as the center of a coherent, integrated early childhood curriculum.
Early childhood Research Quarterly, 19(1), 138.
Jaswardi Anwar Md Yaacob, Nor Kamilah Makhtar & Mohammad Shukeri. (2018). Model
Pembelajaran 5E: Satu keperluan dalam pembelajaran Biologi.
https://www.academia.edu/27991468
261
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum standard prasekolah kebangsaan : Dokumen
standard kurikulum dan pentaksiran. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Buku penerangan: Kurikulum standard prasekolah
kebangsaan : Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (Semakan 2017). Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Buku penerangan kurikulum standard sekolah menengah
(KSSM). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mohd Paris Saleh (2016). Model pengajaran M-Pembelajaran berasaskan kaedah inkuiri mata
pelajaran sejarah peringkat menengah. Tesis ijazah kedoktoran yang tidak diterbitkan,
Universiti Malaya
National Research Council. (2013). A framework for K-12 science education: Practices, crosscutting
concepts, and core ideas. Washington, DC: National Academies Press.
NGSS Lead States. (2013). Next Generation Science Standards: For states, by states. Washington,
DC: National Academies Press.
Nor ‘Aini Tahir, Rosziki Zakaria & Zainab Zakaria., (2010). Perkembangan kognitif dan
pembelajaran kanak-kanak. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Norhailmi Abdul Mutalib (2017). Model pembelajaran 5E.
https://www.cikguhailmi.com/2017/02/kitar-pembelajaran-5e.html
Norhaliza Abdul Wahab (2019). Tahap Kompetensi Guru Prasekolah Menjalankan Eksperimen
dalam Sains Awal. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Sungai Petani: IPG Kampus
Sultan Abdul Halim.
Nur Aqilah Rozali & Noor Dayana Abd Halim. (2020). Kesan pembelajaran berasaskan inkuiri
dengan integrasi video terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran matematik.
Innovative Teaching and Learning Journal, 3(2), 42-60.
Rozana Abdul Rahim & Hamidah Abdul Hamid. (2020). Intervensi permainan CoMatch dalam
membantu meningkatkan pembelajaran mengenal warna dalam kalangan kanak-kanak.
Kertas kerja Seminar Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan 2020 Peringkat
Kebangsaan. Miri : IPGK Sarawak.
Suppiah Nachiappan. (2018). Panduan pendidikan awal kanak-kanak: Teori, model, kaedah dan
aktiviti ke arah perkembangan kognisi. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Tanner, K.D. (2010). Order matters. Using the 5E model to align teaching with how people learn.
CBE-Life Sciences Education, 9(3), 159-164.
Turk, F. & Calik, M. (2008). Using different conceptual change methods embedded within 5E
model: A sample teaching of endothermic-exothermic reactions. Asia-Pacific Forum on
Science Learning and Teaching, 9(1), Article 5.
262
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENTAKSIRAN ALTERNATIF DALAM TALIAN DI IPGK IPOH: SATU
TINJAUAN
Ahmad Husairi B. Khairuddin ([email protected])
Lena A/P N. Vimalanandan ([email protected])
Yu Chee Han ([email protected])
Mubin B Md Nor ([email protected])
Muhammad Norrudin B Abdul Aziz ([email protected])
Muhamad Firdaus B Mohamad ([email protected])
Khatijah Bt Ahmad Shah ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau pelaksanaan Pentaksiran Alternatif (PA) dalam talian dan
masalah yang timbul dalam pelaksanaan Pentaksiran Alternatif di Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh. Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan IPGM telah memperkenalkan Pentaksiran Alternatif
(PA) dalam talian akibat wabak pendemik Covid-19. Sampel kajian dipilih secara bertujuan
(purposeful) melibatkan 55 orang pensyarah daripada pelbagai jabatan akademik iaitu Jabatan
Bahasa, Jabatan Matematik dan Sains, Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Ilmu Pendidikan, dan
Jabatan Sains Sosial. Data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS. Soalan jenis terbuka dianalisis menggunakan kaedah pengekodan
secara induktif kerana dalam tinjauan ini, pengkaji bekerja atas premis bahawa tidak ada tema
atau istilah tertentu yang ditetapkan terlebih dahulu (predetermined). Hasil daripada analisis data
kajian yang diperoleh, didapati bahawa pelaksanaan Pentaksiran Alternatif dalam talian berada
pada tahap sederhana dengan skor min 3.72. Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat menjadi
panduan kepada pihak pengurusan Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh untuk memperbaiki dan membuat penambahbaikan Pentaksiran Alternatif dalam talian kelak.
Kata kunci: Pentaksiran Alternatif, Dalam Talian
PENGENALAN
Ghafar (2011) mendefinisikan pentaksiran sebagai proses penilaian yang sistematik yang melibatkan
pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar
terhadap objektif pengajaran. Pentaksiran akhir memainkan peranan penting dalam sesuatu kursus
yang diambil dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP), Program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang
bertujuan mengukur kebolehan pelajar semasa mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam bentuk
penguasaan kemahiran. Pentaksiran jenis sumatif menilai sekiranya objektif pembelajaran yang
ditetapkan dalam program pembelajaran atau keperluan yang termaktub dalam akreditasi atau
persijilan dipenuhi (Llamas-Nistal, Fernandez-Iglesias, Gonzalez-Tato, & Mikic-Fonte, 2013).
Pelaksanaan pentaksiran akhir secara bersemuka telah digunakan oleh Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, akibat wabak pandemik Covid-19, Pusat
Peperiksaan dan Penganugerahan IPGM telah memperkenalkan Pentaksiran Alternatif (PA)
sebagaimana surat siaran IPGM semasa Perintah Kawalan Pergerakan Dua (PKP 2), Ruj: KPM. 100-
1/7/96(92) bertarikh 26 Mac 2020 dan Tatacara Pengoperasian Pengurusan Akademik (Kemas Kini
30 Mac 2020). Dalam situasi pandemik Covid-19 ini, setiap pelajar akan menjawab Pentaksiran
Alternatif di kediaman masing-masing. Take Home Examination (THE), soalan aneka pilihan yang
dilaksanakan dalam talian menggunakan google form, soalan esei, penghasilan video demonstrasi,
263
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
tugasan akhir dan lain-lain yang bersesuaian dengan Jumlah Jam Pembelajaran kursus (bersemuka
dan tidak bersemuka) adalah antara pentaksiran alternatif yang boleh dilaksanakan. Wabak
pandemik Covid-19 yang tercetus menyebabkan IPGM memerlukan satu pentaksiran yang fleksibel
dan mempunyai justifikasi yang kukuh serta keperluan mendesak semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), iaitu faktor keselamatan para pelajar dan pensyarah. Cabaran paling utama adalah
untuk memastikan pentaksiran dilaksanakan setelah pelajar memenuhi Jumlah Jam Pembelajaran
yang ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk mengukur pencapaian pelajar secara individu berdasarkan
hasil pembelajaran yang ditetapkan serta memelihara sebaik mungkin berdasarkan situasi semasa
aspek keabsahan dan keadilan dalam pelaksanaan pentaksiran.
Demi memastikan pentaksiran dilaksanakan secara berkesan, maka Pentaksiran Alternatif (PA) telah
diperkenalkan agar pentaksiran ini diyakini, tepat dan mempunyai justifikasi kukuh serta boleh
diverifikasi pada masa akan datang. Pelaksanaan Pentaksiran Alternatif dalam talian di Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh merupakan julung kali diadakan. Tanpa data dan maklumat yang
tepat agak sukar untuk mengenal pasti masalah yang wujud dalam Pentaksiran Alternatif. Kajian
tentang pelaksanaan Pentaksiran Alternatif dalam talian juga belum pernah dijalankan lagi. Oleh itu,
usaha awal ini untuk mengenal pasti masalah pelaksanaan Pentaksiran Alternatif dan cara untuk
meningkatkan keberkesanan Pentaksiran Alternatif dalam talian di Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh.
OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Pentaksiran Alternatif (PA) dalam talian.
ii. Mengenal pasti masalah dalam pelaksanaan Pentaksiran Alternatif (PA) dalam talian.
PERSOALAN PENYELIDIKAN
Kajian ini diadakan untuk menjawab persoalan berikut;
1. Sejauh manakah pengetahuan pentaksiran, kemahiran teknikal dan keutuhan internet
mempengaruh pelaksanaan Pentaksiran Alternatif (PA) dalam talian?
2. Adakah masalah yang dihadapi oleh pensyarah ketika melaksanakan Pentaksiran Alternatif
(PA) dalam talian?
3. Apakah langkah penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap pelaksanaan Pentaksiran
Alternatif (PA)?
TINJAUAN LITERATUR
Pentaksiran Alternatif dalam bidang pendidikan guru mempunyai beberapa ciri yang sama dengan
pentaksiran Autentik iaitu ia terkandung dalam konteks amalan profesional, mencabar,
menggalakkan pemikiran reflektif dan membolehkan penggubalnya membuat pentaksiran yang
menyeluruh (Sobel & Sugimoto, 2012). Penggubalan tugasan kerja kursus oleh Pensyarah IPGK
Ipoh adalah berbentuk Pentaksiran Autentik. Akibat wabak pandemik Covid-19 pensyarah terpaksa
menggabungjalinkan kemahiran dan pengetahuan Pentaksiran Autentik, Pentaksiran Alternatif (PA)
dan kemahiran teknikal untuk mentadbirkan pentaksiran akhir dalam talian. Selain itu, responden
dalam satu tinjauan terhadap pentaksiran summatif dalam talian menunjukkan sikap yang agak
positif (Lee, 2014).
Tinjauan kajian tentang pembelajaran dan pentaksiran Autentik dalam talian (Shi et al., 2006; Erlich
et al., 2005; Summers et al., 2005) mendapati bahawa tahap kepuasan pembelajaran dan pentaksiran
dalam talian dipengaruhi oleh aspek kemahiran teknikal, self-efficacy komputer, isi pelajaran dan
sikap terhadap komputer. Maka dalam pembinaan instrumen soal selidik pelaksanaan Pentaksiran
Alternatif (PA) dalam talian, konstruk-konstruk yang ditekankan berkisar sekitar aspek-aspek ini.
264
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Ciri-ciri yang sama juga ditekankan oleh pengkaji (Pillay, Irving & Tones, 2007) dalam pembinaan
Tool for Assessing Tertiary Students’ Readiness for Online Learning (TSROL).
METODOLOGI
Metodologi kajian meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif
dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan
perjalanan kajian lebih terarah bagi mencapai objektif. Bahagian ini membincangkan secara
terperinci beberapa perkara penting dalam metodologi dan strategi yang digunakan dalam
menyiapkan kajian ini, antaranya termasuklah populasi dan pensampelan, instrumen kajian, prosedur
pengumpulan data dan teknik penganalisis data. Metodologi dalam pelaksanaan kajian ini
memberikan penjelasan bagaimana kajian dijalankan, data diperoleh dan dianalisis bagi mendapat
maklumat yang tepat, reka bentuk kajian, responden kajian, lokasi kajian, pemboleh ubah
operasional, instrumen kajian, serta prosedur pengumpulan dan penganalisaan data.
Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai panduan untuk memastikan objektif
kajian tercapai seterusnya menjawab persoalan kajian. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk
meninjau pelaksanaan Pentaksiran Alternatif (PA) dalam talian dan apakah masalah dalam
pelaksanaan Pentaksiran Alternatif (PA) dalam talian serta langkah penambahbaikan yang perlu
dilakukan terhadap Pentaksiran Alternatif (PA). Oleh itu, reka bentuk yang paling sesuai digunakan
untuk kajian ini ialah kajian berbentuk tinjauan. Sehubungan itu, pengumpulan data dibuat dengan
menggunakan pendekatan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan
kuantitatif diguna pakai oleh pengkaji dalam kajian ini untuk mengumpul data primer melalui
instrumen soal selidik. Selain itu, pendekatan kualitatif juga digunakan dalam kajian ini iaitu
penggunaan soalan terbuka dalam soal selidik.
Kajian ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Institusi ini merupakan salah
sebuah daripada 27 institut pendidikan guru di seluruh Malaysia. Populasi kajian ini merujuk kepada
pensyarah-pensyarah IPG Kampus Ipoh yang terlibat dalam pelaksanaan Pentaksiran Alternatif (PA)
pada Semester 1 Tahun 2020. Persampelan bertujuan (purposeful sampling) digunakan dalam kajian
ini kerana sampel kajian yang mewakili populasi terdiri dari pensyarah akademik IPG Kampus Ipoh
yang menggubal, mentadbir dan memeriksa soalan Pentaksiran Alternatif (PA) bagi peperiksaan
akhir Jun 2020.
Pentaksiran Alternatif mempunyai pentaksiran formatif atau sumatif yang dilaksanakan untuk
menggantikan peperiksaan akhir. Ciri-cirinya adalah seperti pentaksiran autentik yang berasaskan
konteks amalan profesional, mencabar dan mengembangkan pemikiran reflektif dan kebolehan
menilai sesuatu (Ajjawi et al., 2020 dan Villarroel et al., 2018) serta beberapa ciri yang lain. Hasil
tinjauan literatur dan temu bual secara informal terhadap kumpulan fokus (pensyarah-pensyarah
yang menggubal, mentadbir dan memeriksa Pentaksiran Alternatif dalam talian) membolehkan
pengkaji mengenal pasti tiga konstruk dalam pembinaan item-item soal selidik kajian tinjauan ini;
Amalan Pentaksiran (AP), Kemahiran Teknikal dan Fleksibiliti (TS) serta Pencapaian, Kelajuan dan
Stabiliti Internet (PI). Amalan Pentaksiran (AP) merujuk kepada pengetahuan pensyarah tentang
prinsip-prinsip asas pentaksiran formatif dan sumatif. Kemahiran Teknikal dan Fleksibiliti (TS)
merujuk kepada kemahiran dan keyakinan pensyarah dalam teknologi berkait dengan ICT dan
internet. Pencapaian, Kelajuan dan Stabiliti internet (PI) merujuk kepada pencapaian internet dalam
pentadbiran dan pemeriksaan kertas soalan PA dalam talian.
Sebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji terlebih dahulu melaksanakan kajian rintis/pilot study.
Kajian rintis ini dilaksanakan untuk membantu pengkaji mengenal pasti tahap kebolehlaksanaan atau
kemunasabahan kajian sebenar yang akan dijalankan di samping meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen kajian. Pengkaji telah melakukan ujian rintis/pilot study di IPG Kampus
Ipoh. Walaupun kajian rintis/pilot study ini dilaksanakan di tempat yang sama dengan kajian yang
sebenar, namun pengkaji menggunakan subjek kajian yang berlainan dengan populasi subjek untuk
265
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
kajian yang sebenar. Kajian rintis tersebut melibatkan 30 pensyarah IPG Kampus Ipoh. Hasil
daripada kajian rintis tersebut, pengkaji telah melaksanakan penambahbaikan dari segi kesesuaian
istilah, susunan item serta susunan pilihan dalam setiap item dalam soal selidik. Item yang
mempunyai nilai Cronbrach Alpha kurang dari 0.70 disingkirkan daripada soal selidik.
Instrumen kajian soal selidik kemudian ditadbirkan dalam talian kepada responden kajian bagi
mendapatkan data dan pandangan para pensyarah. Satu set soal selidik dalam google form yang
terdiri daripada 33 item telah dikemukakan. Item dalam soal selidik dibahagikan kepada lima
bahagian, iaitu demografi/maklumat latar belakang (6 item), penggubalan soalan Pentaksiran
Alternatif (PA) (8 item), pentadbiran Pentaksiran Alternatif (PA) dalam talian (10 item),
pemeriksaan skrip jawapan Pentaksiran Alternatif (PA) (5 item) dan langkah-langkah
penambahbaikan (4 item). Kajian ini dilaksanakan dengan kebenaran daripada Pengarah IPG
Kampus Ipoh
.
Data yang dikumpulkan daripada soal selidik google form dianalisis menggunakan “Statistical
Package for Social Sciences” (SPSS). Penganalisaan data melibatkan statistik deskriptif (min dan
sisihan piawai untuk item-item dalam skala Likert yang merujuk kepada penggubalan soalan,
pentadbiran dan pemeriksaan skrip jawapan dan peratus bagi item berkaitan demografi responden
kajian). Statistik inferential digunakan untuk mengkaji hubungan antara tiga konstruk utama dalam
tinjauan ini, iaitu Amalan Pentaksira; Kemahiran Teknikal dan Fleksibiliti; dan Pencapaian,
Kelajuan dan Stabiliti Internet.
Pengekodan secara induktif digunakan untuk menganalisis soalan jenis terbuka (open-ended) kerana
dalam tinjauan ini, pengkaji bekerja atas premis bahawa tidak ada tema atau istilah tertentu yang
ditetapkan (predetermined) dalam analisis data kualitatif. Malah tema yang menjelma daripada data
kualitatif secara induktif dibincangkan dalam dapatan kajian dan akan menjadi fokus dalam temu
bual dengan pensyarah bagi satu kajian kualitatif lain yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Kebanyakan responden kajian (39.0%) ialah pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan kerana jabatan
tersebut mempunyai bilangan pensyarah yang ramai. Responden kajian juga paling ramai dalam
lingkungan umur 50 ke atas (87.7%) dan selebihnya dalam lingkungan empat puluhan. Dari segi
jantina bilangan responden lelaki (46.0%) adalah kurang daripada responden perempuan (54.0%).
Walaupun tempoh PKP telah berakhir dan pensyarah sudah kembali bekerja di IPG Kampus Ipoh,
kebanyakan responden telah melaksanakan Pentaksiran Alternatif (PA) di rumah masing-masing
(89.5 %). Dalam kalangan pensyarah yang mentadbirkan Pentaksiran Alternatif (PA) di rumah,
65.2% menyatakan bahawa internet rumah adalah laju dan stabil. Walaupun bilangan pensyarah
yang mentadbir Pentaksiran Alternatif (PA) di IPG Kampus Ipoh sangat kurang (10.5%),
kebanyakan mereka menjawab bahawa kelajuan internet IPG Kampus Ipoh semasa Pentaksiran
Alternatif (PA) ditadbirkan adalah baik. Perkara ini disebabkan bilangan pengguna amat kurang pada
ketika itu.
Dapatan kajian pengintegrasian data kajian kuantitatif dan data kualitatif daripada soal selidik pula
menunjukkan bahawa Amalan Pentaksiran Pensyarah yang merujuk kepada pengetahuan pensyarah
tentang prinsip-prinsip asas pentaksiran kurang mempengaruhi pentadbiran dan pemeriksaan
Pentaksiran Alternatif (PA). Namun begitu, Amalan Pentaksiran (AP) mempunyai kesan positif
terhadap penggubalan JSU, soalan dan skema pemarkahan PA (min=4.22). Kemahiran Teknikal
Pensyarah dan Fleksibiliti (TF) dalam pelaksanaan Pentaksiran Alternatif (PA) hampir tidak
mempunyai pengaruh ke atas penggubalan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Kemahiran
Teknikal dan Fleksibiliti (TF) ialah konstruk yang mencabar ketika melaksanakan pemeriksaan dan
moderasi skrip jawapan dalam talian (min= 3.94). Namun begitu, aspek pentadbiran Pentaksiran
Alternatif (PA) dalam talian kurang dipengaruhi oleh Kemahiran Teknikal dan Fleksibiliti (TF). Hal
ini sedemikian kerana fleksibiliti diberi kepada pensyarah untuk mentadbirkan Pentaksiran Alternatif
266
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
(PA) menggunakan pelbagai platform (google classroom, google form, e-mail, media sosial samada
whatsapp atau telegram dan lain-lain). Pencapaian, Kelajuan dan Stabiliti Internet (PI) yang mantap
didapati melancarkan pentadbiran Pentaksiran Alternatif (PA) dari aspek muat naik soalan oleh
pensyarah (min=4.44), muat turun soalan oleh pelajar (min= 4.20), muat naik skrip jawapan oleh
pelajar (min=4.13), penerimaan skrip jawapan pelajar oleh pensyarah (min= 4.18).
Pensyarah menunjukkan kecenderungan positif ke arah Amalan Pentaksiran yang mantap dalam
penggubalan soalan Pentaksiran Alternatif (PA). Dari aspek penggubalan pensyarah bersetuju
bahawa JSU PA dapat dibina dengan mudah berasaskan HPK, aras taksonomi pembelajaran, tahap
kesukaran dan penerapan KBAT (min=4.15). Mereka juga bersetuju bahawa kertas Pentaksiran
Alternatif (PA) yang digubal dapat mentaksir semua HPK dalam RMK (min=4.40). Persetujuan
mereka menurun untuk kesesuaian jangka masa Pentaksiran Alternatif (PA) mengikut Jumlah Jam
Pembelajaran kursus (min=3.96) dan kebolehan soalan Pentaksiran Alternatif (PA) untuk
menunjukkan penyebaran skor atau varians dalam pencapaian murid dalam kursus yang diajar
(min=3.89). Hal ini menunjukkan bahawa pensyarah yakin dengan amalan pentaksiran yang
dilaksanakan dari aspek penggubalan dan pemeriksaan. Pensyarah bersetuju penyemakan kertas
Pentaksiran Alternatif (PA) oleh SME dapat meningkatkan kualiti soalan yang digubal. Namun
begitu, pensyarah mahu diberi kebebasan memilih jenis dan kaedah Pentaksiran Alternatif (PA) yang
hendak dilaksanakan supaya dapat mendiskriminasi pencapaian pelajar yang berbagai keupayaan
(SP ≥ 5).
Dari aspek pentadbiran Pentaksiran Alternatif (PA), kebanyakan pensyarah (62.7%) menggunakan
google form untuk mencatatkan kehadiran pelajar. Platform yang digunakan untuk memberi taklimat
tentang Pentaksiran Alternatif (PA) adalah google meet (56%) diikuti dengan media sosial whatsapp
(28%). Walaupun pengedaran soalan PA dalam talian lancar (min=4.44), pencapaian internet yang
kurang baik merupakan cabaran utama pelajar dalam muat turun soalan Pentaksiran Alternatif (PA)
(48%). Dalam muat naik skrip jawapan, skor untuk kelancaran adalah 4.20, namun masalah utama
yang dihadapi oleh pelajar adalah pencapaian internet yang kurang baik (68%). Selain dari capaian
internet, kekurangan kemahiran teknikal juga melambatkan proses muat turun soalan Pentaksiran
PA (8%) dan muat naik skrip jawapan (28%). Namun demikian kebanyakan pensyarah bersetuju
bahawa mereka mempunyai kemahiran ICT yang baik (min=4.13) dan mereka selesa menggunakan
ICT dalam pentaksiran (min=4.25).
Proses penyelarasan skema pemarkahan/rubrik (min=4.18), pemeriksaan salinan lembut skrip
jawapan (min=3.36) dan menjalankan moderasi (min=3.67) dalam talian adalah sederhana lancar.
Dalam kajian ini Amalan Pentaksiran pensyarah (AP) dan Pencapaian, Kelajuan dan Stabiliti internet
(PI) tidak menjadi penghalang dalam pelaksanaan fasa pentadbiran PA (min 4.22 dan min 4.25).
Namun, Kemahiran Teknikal dan Fleksibiliti (TF) dapat menghadkan kelancaran Pentaksiran
Alternatif (PA) khususnya dalam pelaksanaan pemeriksaan salinan lembut dan moderasi dalam
talian (min=3.73).
Persetujuan pensyarah untuk meneruskan Pentaksiran Alternatif (PA) dalam talian pada masa
hadapan adalah sederhana (min=3.75). Pensyarah bersetuju bahawa pelaksanaan Pentaksiran
Alternatif (PA) pada masa hadapan akan lebih lancar sekiranya sokongan teknikal dalam bentuk
kepakaran dan infastruktur teknikal disediakan untuk pensyarah (min= 4.22) dan pencapaian,
kelajuan dan stabiliti internet diperbaiki (min=4.31).
Kajian korelasi Amalan Pentaksiran (AP), Kemahiran Teknikal dan Fleksibiliti (TF) dan Pencapaian,
Kelajuan dan Stabiliti (PI) mendapati bahawa terdapat hubungan positif tinggi yang signifikan
antara Kemahiran Teknikal dan Fleksibiliti (TF) dan Pencapaian, Kelajuan danStabiliti Internet (PI).
Data kualitatif mendapati bahawa pensyarah menghadapi cabaran yang besar dari aspek kemahiran
teknikal untuk mengatasi masalah yang timbul dan mencari kaedah alternatif apabila pencapaian
internet terganggu semasa pentadbiran PA.
267
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kebanyakan pensyarah bersetuju bahawa kekuatan utama dalam pelaksanaan Pentaksiran Alternatif
(PA) dalam talian adalah penjimatan kos dan ia memberi fleksibiliti kepada pensyarah untuk
menentukan format pentaksiran yang sesuai. Kelemahan utama yang dikenal pasti adalah pencapaian
internet yang tidak baik dan masalah integriti akademik dari aspek peniruan dan perbincangan di
kalangan pelajar. Hampir 20% pensyarah bersetuju bahawa jawapan pelajar dalam unit mereka
hampir serupa.
Antara cadangan penambahbaikan yang disarankan adalah supaya jenis dan kaedah Pentaksiran
Alternatif (PA) ditentukan oleh IPGM, pelajar diberi taklimat tentang integriti akademik dalam
Pentaksiran Alternatif (PA) serta keperluan pihak pentadbiran IPG Kampus menyediakan sokongan
teknikal dan infrastruktur (capaian internet yang stabil dan laju). Tahap kemahiran ICT pensyarah
dan pelajar-pelajar memang berbeza (Lee, 2014). Pensyarah menyarankan supaya satu sistem
pentaksiran dalam talian yang mesra pengguna diwujudkan dan pensyarah-pensyarah diberi latihan
dan bantuan teknikal yang berterusan supaya pelaksanaan Pentaksiran Alternatif (PA) dalam talian
lancar dan keresahan pensyarah dapat dikurangkan. Mengikut Cornelius dan Glasgow (2007), satu
sistem pembelajaran dan pentaksiran dalam talian yang mantap dapat menggurangkan permasalahan
berkait teknologi dari mengganggu pembelajaran dan pentaksiran.
RUMUSAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa amalan pentaksiran pensyarah IPGK Ipoh adalah
berasaskan pengetahuan dan kemahiran yang mantap. Namun pentadbiran PA atas talian
memerlukan satu sistem yang mesra pengguna dan bantuan teknikal untuk pensyarah dan pelajar
supaya PA dalam talian mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta dapat
menggurangkan tahap keresahan pensyarah dan pelajar. Limitasi kajian ini adalah ia tidak meninjau
dengan mendalam faktor rekabentuk atau jenis PA ke atas keberkesanan pelaksanaan PA dalam
talian (rekabentuk eksperimental). Akhir kata, walaupun pelaksanaan Pentaksiran Alternatif (PA)
semasa PKP terpaksa diteruskan tanpa satu sistem pentaksiran dalam talian yang mantap atau
mempunyai satu model pedagogi yang khusus, kajian ini diharapkan dapat menyumbangkan data
tinjauan empirikal pelaksanaan Pentaksiran Alternatif (PA) dalam talian dan menjadi pemangkin
kepada pembentukan satu model pedagogi dan sistem pentaksiran dalam talian yang
menggabungjalin keperluan pentaksiran alternatif dan pentadbirannya secara lancar dalam talian.
RUJUKAN
Ghafar, M. N. A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2 ed. Vol. 371.26). Skudai:
Penerbit UTM Press.
Llamas-Nistal,M., Fernandez-Iglesias,M.J., Gonzalez-Tato, J., & Mikic-Fonte, F.A. (2013). Blended
Assessment: Migrating classical exams to the digital world. Computers & Education, 62.
72-87
Sobel,K., & Sugimoto, C.R. (2012). Assessment of Learning during Library Instruction: Practices,
Prevalence, and Preparation. The Journal of Academic Librarianship (June 2012), 191-204
Lee, J. (2014). An Exploratory Study of Effective Online Learning: Assessing Satisfaction Levels
of Graduate Students of Mathematics Education Associated with Human and Design Factors
of an Online Course. The International Review of Research in Open and Distance Learning
15 (1), 111-132
Shi, P., Munoz, D., & Sanchez, F. (2006). The Effect of Previous Experiences with Information and
Communication Technologies on Performance in a Web-based Learning Program.
Computers in Human Behaviour, 22 (6), 962-970.
268
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Erlich,Z., Erlich-Philip, I., & Gal-Ezer,J. (2005). Skills Required for Participating in CMC courses:
An Empirical Study. Computers and Education, 44, 477-487.
Summers, J.J., Waigandt, A., & Whittaker, T.A. (2005). A Comparison of Student Achievement and
Satisfaction in Online Versus Traditional Face-to-Face Statistics Class. Innovative Higher
Education, 29(3), 233-250
Pillay, H., Irving, K., & Tones, M. (2007). Validation of the Diagnostic Tool for Assessing Tertiary
Students’ Readiness for Online Learning. Higher Education Research & Development, 26:2,
217-234
Ajjawi, R., Tai, J., Huu Nghia, T. L., Boud, D., Johnson, L., & Patrick, C. J. (2020). Aligning
Assessment with the Needs of Work-integrated Learning: the Challenges of Authentic Assessment
in a Complex Context. Assessment & Evaluation in Higher Education, 45(2), 304-316.
Villarroel, V., Bloxham, S., Bruna, D., Bruna, C., & Herrera-Seda, C. (2018). Authentic Assessment:
Creating a Blueprint for Course Design. Assessment & Evaluation in Higher Education,
43(5), 840-854. doi:10.1080/02602938.2017.1412396
Cornelius, F., & Glasgow, M.E.S. (2007). The Development and Infrastructure Needs required for
Success- One College’s Model: Online Nursing Education at Drexel University.
TechTrends, 51 (6), 32-35
269
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KESEDIAAN PENSYARAH MENGHADAPI PDPC NORMA BAHARU DI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ZON TIMUR
Mahadi bin Hussin, PhD ([email protected])
Azman bin Omar, PhD ([email protected])
Hazlina binti Awang Lah, PhD ([email protected])
Norhasliza binti Abdullah, PhD ([email protected])
Roshidah binti Mat ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kesediaan pensyarah dari aspek pengetahuan,
kemahiran dan kaedah pengajaran dalam menghadapi PdPc norma baharu di Institut Pendidikan
Guru Kampus Zon Timur. Satu set soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian digunakan
sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 145 orang pensyarah. Data yang
diperolehi telah dijalankan penganalisisan dengan bantuan perisian komputer melalui program
SPSS Versi 24.0. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, skor
min dan peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikanan p <
0.05. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kesediaan pensyarah keseluruhannya berada pada
tahap tinggi (M = 4.11, SP = 0.288). Hasil kajian mendapati ketiga-tiga aspek berada pada tahap
tinggi dengan min bagi aspek pengetahuan (M = 4.26), kemahiran (M = 4.09) and kaedah
pengajaran (M = 4.00). Melalui analisis inferensi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dari aspek kemahiran sebaliknya tidak signifikan bagi aspek pengetahuan dan kaedah
pengajaran pensyarah. Oleh itu, para pensyarah sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar
dan mendalami bidang teknologi ini. Sikap pensyarah juga mestilah positif dan menerima teknologi
ini sebagai satu perubahan yang positif untuk kecemerlangan profesion. Pensyarah juga harus
memahirkan diri dengan berbagai kemahiran dan pengetahuan bukan sahaja untuk pengajaran dan
pembelajaran malah sebagai nilai tambah bagi diri sendiri.
Kata kunci: Tahap kesediaan pensyarah, pengetahuan, kemahiran, kaedah pengajaran
PENGENALAN
Keberkesanan sistem pendidikan di Malaysia banyak dipengaruhi oleh perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) yang pesat. Keberkesanan ini membolehkan pengajaran dan
pembelajaran dibuat melalui penggunaan rangkaian yang mampu menghubungkan pensyarah
dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan web dalam talian. Penggunaan TMK
adalah untuk memudah cara proses pengajaran dan pembelajaran secara maya iaitu e-learning yang
membolehkan pelajar lebih aktif dan berdikari terhadap pembelajarannya (Pelan Tindakan Pengajian
Tinggi Negara 2011 – 2015).
Namun dari semasa ke semasa, pendidikan melalui perubahan selaras dengan kemajuan fikiran,
kehendak dan teknologi pengajaran. Teknologi maklumat berasaskan komputer bukan sahaja
merupakan bahan perantara yang berpotensi dalam memudahkan kerja-kerja seharian malah ia juga
dapat menjadi bahan untuk menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran (Faizatul
Hafilah Abdul Halim & Nor Syahilia Aris, 2016). Teknologi maklumat ini juga dapat menentukan
bahawa sumber-sumber maklumat dapat diperolehi oleh semua dengan mudah iaitu dalam keadaan
tersedia dan tanpa mengira tempat dan masanya (Noriyani Doman, 2017). Teknologi maklumat ini
juga dapat memberikan peluang kepada pensyarah dan pelajar untuk meneroka ilmu mengikut
kehendak dan tahap pencapaian masing-masing .
270
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Tahap kesediaan guru dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan e-pembelajaran
merupakan salah satu aspek penting bagi menangani perubahan ke arah pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Kini, situasi negara Malaysia menghadapi krisis pandemik COVID-19 yang telah
banyak merubah keberadaan norma keseluruhan sistem negara. Situasi ini terpalit kepada Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). IPGM telah mewujudkan kaedah norma baharu bagi
meneruskan kelangsungan Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc) bakal guru di 27 buah IPGK.
Kemasukan pelajar baru yang dijangka bermula pada pada 24 Ogos 2020 dimulai dengan pelajar
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan dan diikuti oleh pelajar Program Persediaan Pelajar
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan akan terlibat dengan kaedah normal baru iaitu pendaftaran secara
atas talian dan PdPc secara segerak dan tidak segerak.
Senario Pengajaran dan Pembelajaran
E-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan inovasi baru dalam dunia
pendidikan hari ini. Pembelajaran ini menyebabkan perubahan terhadap paradigma pendidikan.
Pendekatan ini berpotensi digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
mahupun di universiti. Situasi era pandamik Covid 19 di Malaysia sudah dilihat semakin baik,
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 18 Mac lalu,
terbukti berjaya meratakan lengkung kes COVID-19 di negara ini. Menurut Ketua Pengarah
Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia kini berada pada fasa pemulihan dan bukan
fasa kemuncak.
Kemahiran, bagaimana mengendalikan pengajaran dalam talian yang berbeza dengan pengajaran di
bilik darjah dalam situasi yang terpisah di antara pensyarah dan pelajar. Kesediaan dari segi mental
dan fizikal amat penting bagi tenaga pengajar bagi mendapatkan semula momentum dalam aspek
PdPc. Kemahiran, bagaimana mengendalikan pengajaran dalam talian yang berbeza dengan
pengajaran di bilik darjah dalam situasi yang terpisah di antara pensyarah dan pelajar. Sistem
persekolahan sedia ada juga akan mengalami perubahan memandangkan kaedah penjadualan
pengajaran pensyarah juga akan mengambil kira waktu persediaan pensyarah (konvensional dan
dalam talian), pengajaran dalam bilik darjah, termasuk kemahiran, bagaimana mengendalikan
pengajaran dalam talian yang berbeza dengan pengajaran di bilik darjah dalam situasi yang terpisah
di antara pensyarah dan pelajar. Sistem pembelajaran sedia ada juga akan mengalami perubahan
memandangkan kaedah penjadualan pengajaran pensyarah juga akan mengambil kira waktu
persediaan pensyarah (konvensional dan dalam talian), pengajaran dalam bilik darjah, termasuk
amali dan pengajaran dalam talian.
Kesediaan Pensyarah
Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan
pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan pensyarah semakin
mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu
yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dilaksanakan secara dalam talian. Jika
dahulu peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet platform aplikasi dalam talian dilarang
dibawa ke sekolah, namun kini sebaliknya apabila dunia pendidikan berada dalam alam maya dan
dilakukan di rumah.
Pendidikan tinggi pasca-COVID-19 di Malaysia akan menghadapi norma baharu dari beberapa skop
utama. Pertama, tahap pengetahuan pensyarah, pengetahuan merujuk kepada informasi atau
maklumat yang diketahui dan dimiliki oleh seseorang hasil pengalaman, pendidikan dan pengamatan
menggunakan pancaindera. Pengetahuan menjadi domain utama dalam membentuk tindakan
seseorang. Dalam kajian ini, pengetahuan pensyarah terhadap PdPc norma baharu menjadi antara
fokus utama kajian. Menurut Abdul Latir, Hamzah, & Mat Rashid (2011), pengetahuan pengajar
271
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
terhadap teknologi maklumat mesti mencapai tahap yang sama atau melebihi pengetahuan umum
dan mempunyai kemahiran mengaplikasikan teknologi dalam menjalankan tugas harian.
Kesediaan pensyarah menerima atau mengadaptasi perubahan akan menentukan kejayaan atau
kegagalan dalam proses pengajaran. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), guru adalah
penggerak kepada kesinambungan kurikulum. Dalam erti kata lain, keberkesanan pengajaran diukur
berdasarkan sejauh mana tercapainya objektif yang dirancang dan dilaksanakan. Keberkesanan PdPc
memerlukan kesediaan dari semua pihak dalam memastikan visi dan misi pendidikan negara
tercapai. Oleh itu, jelaslah bahawa keberkesanan PdPc amat bergantung kepada pengetahuan dan
kesediaan guru untuk melaksanakan pengajaran menggunakan teknik dan kaedah yang berkesan baik
secara multimedia ataupun tradisional.
Kajian-kajian lepas juga menyokong bahawa e-pembelajaran sesuai dilaksanakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Namun kajian yang dijalankan oleh Hennessy, Harrison & Wamakote (2010),
mendapati bahawa salah satu faktor penghalang yang menyumbang ke arah penggunaan pengajaran
dan pembelajaran dalam talian adalah faktor pendidikan pendidik itu sendiri. Ini termasuklah tahap
pendidikan dan literasi serta pembangunan dalam kerjaya yang memainkan peranan yang sangat
penting. Turut dibincangkan bahawa kemahiran, kepakaran dan pengetahuan dalam membuat
penilaian terhadap peranan TMK dalam pengajaran menjadi faktor yang menghalang terhadap
kesediaan guru menggunakan peralatan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kedua, tahap kemahiran pensyarah terhadap pengintegrasian pembelajaran dalam talian dan
penilaian alternatif juga akan lebih menyeluruh dengan harapan ia tidak mengkompromi kualiti
pelajar yang dihasilkan. Pensyarah juga harus meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat,
pegagogi dan penilaian dalam talian. namun kekangan yang berlaku sekarang, pensyarah kurang
didedahkan dengan kemahiran teknologi secara menyeluruh. Proses kemahiran akan berkesan dan
mencapai matlamat apabila wujudnya integrasi dan kesepaduan antara kurikulum dengan cara
penyampaian ilmu berkenaan menggunakan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran
yang terkini. Kita masih terikat dengan pembelajaran tradisional secara bersemuka, chalk and talk
tanpa adunan teknologi sebagai pemudahcara.
Menurut, United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dengan
kerjasama NOKIA (2011) telah mengadakan minggu e-pembelajaran, hasil daripada perbincangan
yang diadakan, didapati bahawa kekurangan kemahiran TMK menyebabkan pengajar tidak dapat
membantu pelajar untuk mengakses dan memanipulasi maklumat dalam medium elektronik. Justeru,
pengajar perlu diperkenalkan terhadap e-pembelajaran terlebih dahulu sebelum kaedah ini
diperkenalkan kepada pelajar. Ini kerana, kawalan yang lemah akan menyebabkan
ketidakberkesanan e-pembelajaran secara menyeluruh.
Ketiga, kaedah pengajaran juga harus diberikan perhatian lebih khusus. Pada ketika ini proses
pembelajaran dan pengajaran tidak dapat dijana dengan efektif. Perubahan pengajaran tradisional
kepada pengajaran berantukan teknologi mampu menghasilkan kesan positif ke atas diri pelajar.
Namun menurut pandangan pengkaji, kaedah tradisional seperti kuliah dan syarahan masih tetap
relevan dan bersesuaian dengan topik-topik pembelajaran, akan tetapi tidak menjadi kesalahan
sekiranya pensyarah menvariasikan kaedah pengajaran supaya pelajar tidak menjadi bosan antaranya
dengan bantuan teknologi maklumat terkini. Antara lain, wujud beberapa halangan terhadap
kesediaan pensyarah untuk melaksanakan pembelajaran norma baharu ini. Walaupun pensyarah
dianggap sebagai pemacu ke arah kejayaan kaedah pembelajaran ini, namun masih terdapat bilangan
pensyarah yang belum menguasai e-pembelajaran dalam talian ini dan masih lagi tidak bersedia
untuk mengaplikasikannya (Brown, 2012).
Menurut kajian oleh Sabran & Edy Sabara (2018), kesediaan pensyarah merupakan elemen penting
dan memainkan peranan dalam membantu pelajar menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah
pembelajaran baru serta didedahkan dengan penggunaan teknologi baru. Sekiranya pensyarah tidak
272
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
bersedia, maka segala program yang akan dijalankan oleh pihak KPM yang melibatkan teknologi
baru tidak akan dapat dijayakan dengan berkesan. Oleh itu, terdapat keperluan yang mendesak
terhadap peranan pensyarah secara amnya dan keperluan untuk memahami perubahan serta sedar di
mana teknologi boleh disepadukan bagi meningkatkan akses kepada kandungan pembelajaran
melalui persekitaran pembelajaran norma baharu.
Ketiga-ketiga faktor tersebut bakal mencorak hala tuju pendidikan di Malaysia. Fokus-fokus utama
yang telah digariskan dalam pelbagai pelan strategik perlu diteliti kembali agar setiap institusi kekal
relevan dan mampu menghadapi situasi-situasi di luar jangkaan. Cabaran besar kepada pengurusan
IPGK adalalah berkaitan tahap kesiapsagaan dan kesediaan pensyarah malah dalam kalangan
segolongan kakitangan akademik sendiri yang masih bersikap konvensional dan skeptikal terhadap
perubahan yang sedang dilakukan.
Masih kuat kedengaran tuntutan supaya e-pembelajaran dijalankan secara bersemuka mengatasi
kaedah dalam talian kerana ia dianggap lebih berkesan. Rasa tidak puas hati pelajar terhadap
pembelajaran dalam talian seperti yang turut berlaku di negara maju seperti Amerika Syarikat, akan
terus menyulitkan segala usaha yang terpaksa dilakukan ini. Namun, suka atau tidak, apa yang
sedang berlaku pada waktu ini seharusnya dijadikan iktibar oleh semua pihak bahawa setiap kejadian
yang melanda menuntut perubahan dan ia tidak seharusnya lagi bersandarkan kepada kecenderungan
atau keinginan sendiri.
Oleh itu dalam situasi semasa di era yang serba serbi mencabar ini menuntut semua pihak supaya
sentiasa bersikap terbuka, positif dan bersedia mengadaptasikan segala cabaran seiring dengan
situasai semasa yang memerlukan tindakan dan strategi baharu mengatasi pendirian individu.
Biarpun COVID-19 mungkin hilang dari pandangan pada masa akan datang, impaknya ke atas
pendidikan tinggi tetap akan dirasai. Namun, institusi pendidikan tinggi, melalui segala perubahan
yang bakal dilaksanakan tidak harus mengadaikan akar yang ditunjangi visi dan misi institusi kerana
akar tunjang inilah yang bakal melawan badai yang seterusnya. maka adalah satu keperluan kajian
dijalankan bagi meninjau kesediaan guru terhadapat PdPc norma baharu kini.
Berdasarkan kepada permasalahan di atas, adalah perlu satu kajian dilakukan untuk melihat
kesediaan pensyarah pensyarah menghadapi PdPc norma baharu di Institut Pendidikan Guru
Kampus Zon Timur dengan mengambil kira aspek pengetahuan, kemahiran dan kaedah pengajaran
pensyarah.
Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka konseptual kajian dibina diadaptasi dan diubahsuai daripada Model “The Project Learning
Bicycle‟. Kerangka konsep ini penting bagi menggambarkan keseluruhan aspek dalam kajian iaitu
kesediaan pensyarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan kaedah pengajaran norma baharu, iaitu
e-pembelajaran. Rasional penyelidik menggunakan Model “The Project Learning Bicycle‟ sebagai
rujukan kepada kerangka konseptual kajian kerana realitinya model ini menggambarkan kaedah
pembelajaran pada abad ke-21. Kewujudan pelajar generasi Y telah menjadikan persekitaran
pembelajaran yang lebih agresif.
Tambahan pelajar mempunyai ciri-ciri gaya pembelajaran secara kolaboratif iaitu selesa
mengadakan pembelajaran melalui perbincangan menggunakan peranti mudah alih. Selain itu,
pelajar generasi Y juga selesa untuk melaksanakan kerja multi tasking pada masa yang sama. Bahkan
kalangan pelajar dari generasi ini lebih suka menimbulkan persoalan dan pertanyaan berbentuk
masalah untuk dijadikan bahan pembelajaran mereka. Melalui kerangka konsep ini, pelajar-pelajar
didedahkan dan dibimbing dengan situasi kaedah pengajaran dalam talian seperti google classroom,
google meet dan sebagainya sebagai sebahagian daripada projek mereka (Trilling, 2010).
273
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Berdasarkan Rajah 1, pemegang bar digambarkan sebagai memacu PdPc norma baharu manakala
kerangka basikal mewakili kerjasama antara pensyarah dengan pelajar untuk mewujudkan satu PdPc
yang bermakna. Gear pula, mewakili peralatan yang digunakan dalam pembelajaran. Sebagai
contoh, pensyarah telah menggunakan komputer, laman web, media digital atau lain-lain bentuk
teknologi dan diaplikasi dalam pembelajaran secara dalam talian. Manakala, simbol roda yang
terdapat pada model ini, turut menggambarkan bahawa usaha pensyarah haruslah berterusan
mengikut peredaran masa. Kesediaan pensyarah juga penting sebagai langkah awal yang perlu
diambil kira seandainya berlaku perubahan dalam PdPc akan datang.
Rajah 1. Model “The Project Learning Bicycle‟ (Trilling & Fadel, 2009).
Oleh itu, keberkesanan pendekatan e-pembelajaran pada masa hadapan perlu bermula dari peringkat
kesediaan pensyarah untuk menggunakan pendekatan ini. Sekiranya pensyarah bersedia untuk
menggunakan pendekatan e-pembelajaran, maka mereka berupaya untuk memacu e-pembelajaran
(basikal) ke arah persekitaran pembelajaran yang boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila
masa sahaja. Rajah 2 merupakan kerangka konseptual kajian penyelidik yang menghubungkan
kesemua pemboleh ubah, iaitu pengetahuan, kemahiran dan kaedah pengajaran. Oleh yang demikian,
Model “The Project Learning Bicycle‟ yang dipilih sesuai dijadikan asas untuk menggambarkan
keseluruhan situasi pelaksanaan kajian penyelidik. Di samping itu, menjadi asas ke arah mencapai
setiap objektif kajian yang dikemukakan serta menjawab semua persoalan kajian yang ditimbulkan
dalam kajian ini.
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pensyarah
menghadapi PdPc normal baharu di Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Timur.
Secara khususnya, objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:
(i) Mengenal pasti tahap kesediaan pensyarah terhadap aspek pengetahuan, kemahiran
dan kaedah pengajaran dalam PdPc norma baharu di Institut Pendidikan Guru
Kampus Zon Timur.
(ii) Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kesediaan
pensyarah bagi aspek pengetahuan, kemahiran dan kaedah pengajaran mengikut
jantina
274
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Persoalan Kajian
Sebanyak dua persoalan kajian yang telah dibina berdasarkan objektif kajian seperti berikut:
(i) Apakah tahap kesediaan pensyarah terhadap aspek pengetahuan, kemahiran dan
kaedah pengajaran dalam PdPc norma baharu di Institut Pendidikan Guru Kampus
Zon Timur?
(ii) Adakah pengetahuan, kemahiran dan kaedah pengajaran terdapat perbezaan yang
signifikan mengikut jantina terhadap kesediaan pensyarah dalam PdPc norma
baharu di Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Timur?
Sorotan Literatur
Bab ini membincangkan beberapa aspek penting yang terlibat dalam kajian. Seterusnya aspek-
aspek ini berdasarkan kepada pandangan para penyelidik dari segi teori dan amalannya serta
berpandukan kepada dapatan-dapatan hasil kajian yang pernah dijalankan. Bulan Mac 2020 negara
berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19 yang telah menggugat keadaan dalam pelbagai
sektor umumnya dan bidang pendidikan khususnya. Sejurus selepas kerajaan Malaysia
mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah bertindak memperkasakan sistem pembelajaran secara norma bahru
dalam menangani cabaran krisis COVID-19.
Sistem Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) secara norma bahru telah memberi suatu dimensi
baru bagi PdPc dalam talian kepada seluruh warga pendidik dan pelajar seluruh Malaysia. Wabak
pandemik melanda negara sedikit sebanyak memberi impak terhadap penggunaan sistem
pembelajaran dalam talian di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh Malaysia. Penularan COVID-
19 yang melanda seluruh dunia sudah memperlihatkan peningkatan mendadak penggunaan
pembelajaran dalam talian bagi menggantikan pembelajaran dalam bilik kuliah.
IPGK menjalankan pelbagai kursus bagi menyediakan pensyarah dengan kemahiran menggunakan
pelantar pembelajaran digital serta membina bahan pengajaran yang dinamik. Perkembangan yang
positif ini juga dapat dilihat apabila ramai pensyarah mampu menyediakan bahan pembelajaran
digital mereka sendiri untuk digunakan pelajar. Platform utama pembelajaran digital yang digunakan
oleh para pensyarah ialah Google Classroom, Zoom, Telegram dan WhatsApp.
Tahap pengetahuan, kemahiran, kaedah pengajaran dan kesediaan pensyarah ada kaitan dengan
perkembangan teknologi digital yang sewajarnya perlu dititikberat oleh para pensyarah. Pada
hakikatnya, penggunaan ICT dalam P&P sudah lama diperkenalkan, namun setiap kali sesuatu bahan
atau pendekatan itu diperkenalkan dalam pendidikan, maka ia menjadi satu kerisauan dan tidak
selesa sesetengah pendidik (Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, Wan Norma Wan Hamat & Nor
Khayati Basir, 2019). Namun ada juga tahap literasi komputer berada pada tahap sederhana (Tengku
Norhayati 2015). Kajian M. Kaviza (2020) terhadap pembelajaran murid dalam matapelajaran
sejarah melalui aplikasi digital Google Classrom juga menunjukkan pada tahap sederhana.
Oleh itu, penggunaan pelantar pembelajaran dalam talian norma baharu merupakan satu cabaran
kepada pensyarah dalam menghasilkan bahan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
Bagi pelajar yang tidak berkemampuan serta tiada akses internet, pensyarah yang melaksanakan
PdPc dalam talian perlu memikirkan kaedah alternatif bagi meneruskan proses PdPc agar lebih
bermakna.
275
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan bagi mendapatkan maklum balas daripada pensyarah-pensyarah di dua
buah IPGK di Zon Timur. Pensyarah yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada kesemua
pensyarah yang berkhidmat di semua jabatan akademik seperti yang telah dinyatakan oleh
penyelidik. Rasional penyelidik memilih IPGK Zon Timur ini kerana IPGK tersebut mempunyai
persamaan dari segi kemasukan pelajar, yang mana kedua-dua IPGK ini tidak menerima pelajar
dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Selain itu, bermula daripada 1 Sepetember 2020, ketiga-
tiga IPGK tersebut menerima sejumlah pelajar dan program kursus yang lebih kurang sama.
Berdasarkan kepada Jadual 1, menunjukkan secara terperinci senarai IPGK terlibat dan jumlah
pensyarah di setiap IPGK sebagai rujukan rasional penyelidik memilih skop kajian.
Rekabentuk Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan
(Creswell & Plano Clark, 2007). Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak.
Bagi kajian yang melibatkan generalisasi terhadap populasi, sampel perlu dipilih secara rawak
(random) daripada unit populasi. Set soal selidik digunakan dalam kajian ini kerana ia lebih
sistematik dari segi perancangan susunan item yang hendak disoal. Ia juga memudahkan proses
penganalisis data yang diperolehi. Penggunaan soal selidik adalah lebih mudah, jimat masa, jimat
kos dan juga memudahkan pihak responden untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Kajian ini
memfokus kepada Tahap kesediaan pensyarah dilihat pada aspek sejauh mana perlengkapan
pensyarah dari segi pengetahuan, kemahiran dan kaedah pengajaran. Soalan kajian dinyatakan dalam
bentuk hipotesis dan pengukuran data mengutamakan kesahan dan kebolehpercayaan.
Populasi dan Pensampelan Kajian
Populasi dan lokasi kajian adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang mengajar di IPGK di
dua buah IPGK Zon Timur. Berdasarkan Jadual 1, perangkaan menunjukkan populasi pensyarah
yang mengajar di IPGK di dua buah IPGK Zon Timur.
Jadual 1: Bilangan Pensyarah Mengikut Jantina bagi IPGK Zon Timur
IPGK Lelaki Perempuan Jumlah
IPGK1 80 20 100
IPGK2 92 39 131
Jumlah 172 59 231
Seterusnya saiz sampel untuk kajian sebenar telah ditetapkan. Berasaskan Jadual Penentuan Saiz
Sampel (Kerenjie & Morgan, 1970) bagi populasi seramai 231 orang dengan saiz sampel 145 orang.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat pengukur. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua
iaitu Bahagian A yang menerangkan tentang demografi responden iaitu jantina, umur, tempat
bertugas, pengalaman mengajar, jabatan/unit, pengalaman dan kemudahan menggunakan komputer,
pengalaman dan kemudahan menggunakan Internet serta keperluan menggunakan jenis-jenis
teknologi maklumat yang tertentu dalam pengajaran.
Bahagian B pula menjurus kepada set soal selidik The Technology in My Life Survey yang dijalankan
oleh McKenzie pada tahun 1999. Berpandukan kepada soal selidik tersebut, penyelidik telah
mengubah suai dan menterjemahkan mengikut persoalan kajian penyelidik. Soal selidik ini terdiri
276
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
daripada 10 item yang menggambarkan mengenai tahap kesediaan dari aspek pengetahuan, 10 item
yang menggambarkan mengenai tahap kesediaan dari aspek kemahiran dan 8 item yang
menggambarkan mengenai tahap kesediaan dari aspek kaedah pengajaran. Kesemua maklum balas
tiap-tiap item menggambarkan kesediaan guru-guru tersebut mengikut skala Likert lima mata
dengan skor 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi pengetahuan, kemahiran dan kaedah pengajaran yang positif.
Nilai pekali kebolehpercayaan ‘Cronbach Alpha’ bagi sampel kajian ditunjukkan dalam Jadual 2
dan tiga aspek persepsi berada dalam lingkungan 0.73 hingga 0.83. Ini menunjukkan bahawa
instrumen kajian mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi dan melepasi nilai yang disarankan oleh
Nunnally dan Bernstein (1994) dengan julat antara nilai Alpha Cronbach 0.70-0.95.
Jadual 2: Nilai pekali kebolehpercayaan ‘Cronbach Alpha’ bagi instrumen kajian (N=145)
____________________________________________________________________
Pemboleh Ubah Nilai Alfa Cronbach Bil. Item
Pengetahuan 0.80 10
Kemahiran 0.83 10
Kaedah Pengajaran 0.72 10
_____________________________________________________________________
Penganalisisan Data Kajian
Dua kaedah analisis telah digunakan untuk menganalisis data kajian. Kaedah pertama data ditaksir
secara deskriptif dan kaedah kedua menggunakan taksiran secara statistik inferensi.
Prosedur Analisis Data Deskriptif
Statisitk deskriptif digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang taburan demografik Dapatan
data dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Kaedah
ini digunakan untuk menjawab soalan kajian pertama dan kedua,
Jadual 3 merupakan garis panduan menentukan tahap pemboleh ubah kajian. Min dibahagikan
kepada tiga tahap berdasarkan interprestasi skor min yang dicadangkan oleh Noraini (2010).
Jadual 3: Garis Panduan Skor Min
Skor Min Tahap
1.00 hingga 2.40 Rendah
2.41 hingga 3.80 Sederhana
3.81 hingga 5.00 Tinggi
Prosedur Analisis Data Inferensi
Statistik inferensi digunakan untuk membuat generalisasi keputusan kajian yang diperoleh daripada
sampel kajian kepada populasi kajian (Chua, 2006). Analisis inferensi dijalankan secara Ujian -t.
277
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Terdapat dua persoalan kajian yang akan dihuraikan secara terperinci hasil dapatannya seperti
dihuraikan dalam perenggan berikutnya.
Kesediaan Pensyarah
Huraian dapatan adalah menjelaskan kesediaan pensyarah menghadapi PdPc norma baharu dari
aspek pengetahuan, kemahiran dan kaedah pengajaran.
Kesediaan Pensyarah dari Aspek Pengetahuan
Analisis deskriptif berbentuk min dan sisihan piawai untuk menganalisis pemboleh ubah kajian yang
berkaitan dengan tahap kesediaan pensyarah dari aspek pengetahuan. Dapatan yang diperoleh, tahap
kesediaan pensyarah dari aspek pengetahuan secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi dengan
jumlah min 4.26 (sp = 0.330). Item-item menunjukkan skor min yang tinggi iaitu melebihi 4.00.
Namun, hanya satu item berada pada tahap sederhana iaitu item P2 dengan skor min 3.47. Jadual 4
menunjukkan min tertinggi bagi kesediaan pensyarah dari aspek pengetahuan ialah pada item P7
dengan min 4.63 (sp = 0.539). Ini bermakna kesediaan pensyarah dari aspek pengetahuan mendapat
maklum balas sama ada responden sudah bersedia untuk menjalankan PdPDT kebanyakannya tahu
mengendalikan PdPc norma baharu. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden telah
mendapat pendedahan awal tentang PdPc berkonsepkan teknologi serta kepentingannya dalam
pendidikan.
Jadual 4 : Tahap Kesediaan Pensyarah dari Aspek Pengetahuan
Item Pengetahuan Min SP Tahap
P1 Saya mempunyai pengetahuan dalam pelaksanaan 4.52 .520 Tinggi
Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian 3.47 .983 Sederhana
(PdPDT) 4.01 .851 Tinggi
4.60 .492 Tinggi
P2 Saya tahu bagaimana menggunakan Webex sebagai 4.19 .924 Tinggi
aplikasi / platform PdPDT 4.36 .775 Tinggi
4.63 .539 Tinggi
P3 Saya tahu bagaimana menggunakan Microsoft
Teams sebagai aplikasi / platform PdPDT
P4 Saya tahu bagaimana menggunakan Google
Classroom sebagai aplikasi / platform PdPDT
P5 Saya telah mengikuti latihan berkaitan PdPDT yang
diikuti sangat membantu dalam menyediakan
kandungan pengajaran saya.
P6 Saya selesa untuk menggunakan PdPDT dalam
pembelajaran saya.
P7 Saya suka untuk menimba ilmu baru dalam
menguasai PdPDT
278
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
P8 Saya mampu mencari peluang untuk meningkatkan 4.44 .516 Tinggi
pengetahuan dan kemahiran PdPDT
P9 Saya memperolehi pengetahuan mengenai PdPDT
melalui perbincangan dengan rakan. 4.31 .484 Tinggi
P10 Saya mendapat pengetahuan mengenai PdPDT 4.04 .765 Tinggi
melalui bahan bacaan 4.26 .330 Tinggi
Min Keseluruhan
Kesediaan Pensyarah dari Aspek Pengetahuan
Secara amnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan pensyarah dari aspek kemahiran
berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.09 (sp = 0.360) seperti dipaparkan pada Jadual 5. Semua
item seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 mendapati skor min 4.00 ke atas kecuali item K6 dan
K7 dengan skor min 3.46 (sp = 0.983) dan 3.65 (sp = 1.080). Berdasarkan kepada K8, iaitu “Saya
lebih mahir menggunakan pembejaran bersemuka berbanding e-pembelajaran”. Ini bermakna
responden lebih selesa dan mudah untuk menyampaikan kuliah secar bersemuka berbanding
pembelajaran dalam talian. Hakikat ini ternyata benar berdasarkan skor min item K5 iaitu “Saya
memiliki kepakaran dan kemahiran untuk melaksanakan PdPDT” dengan min 3.99 menghampiri
tahap sederhana. Pensyarah tidak begitu mendalami kepakaran dan kemahiran dalam menempuh
PdPc norma baharu ini dan lebih selesa dengan pengajaran biasa.
Jadual 5: Tahap Kesediaan Pensyarah dari Aspek Kemahiran
Item Kebergunaan dan Kesesuaian Min SP Tahap
K1 Saya mempunyai kemahiran di dalam PdPDT (cth: 4.07 .738 Tinggi
kemahiran menggunakan perisian aplikasi komputer
dalam pembelajaran digital, multimedia, video dsb) *
K2 Saya pernah menggunakan PdPDT dalam pengajaran Tinggi
saya 4.06 .849
K3 Saya mempunyai akses kepada komputer/laptop 4.21 .692 Tinggi
yang berfungsi dengan baik.
K4 Saya memerlukan latihan tambahan bagi 4.57 .550 Tinggi
meningkatkan kemahiran untuk melaksanakan
PdPDT.
K5 Saya memiliki kepakaran dan kemahiran untuk 3.99 .953 Tinggi
melaksanakan PdPDT
K6 Saya memiliki kemahiran berkaitan PdPDT dan 3.46 .983 Sederhana
bersedia untuk memberi latihan kepada rakan yang
lain.
K7 Saya mempunyai kemahiran untuk menggunakan 3.65 1.080 Sederhana
kaedah pembelajaran elektronik (e-pembelajaran)
K8 Saya lebih mahir menggunakan pembejaran 4.56 .567 Tinggi
bersemuka berbanding e-pembelajaran. 279
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
K9 Saya telah menguasai pedagogi digital dalam 4.23 .645 Tinggi
meningkatkan kemahiran dalam PdP.
4.09 .808 Tinggi
K10 Saya menggunakan kemahiran sedia ada dalam 4.09 .360 Tinggi
mengaplikasikan e-pembelajaran dalam PdP.
Min Keseluruhan
Kesediaan Pensyarah dari Aspek Kaedah Pengajaran
Dapatan yang diperoleh menunjukkan tahap kesediaan pensyarah dari aspek kaedah pengajaran
berada pada tahap tinggi dengan jumlah min 4.00 dan sisihan piawai 0.360. Analisis dapatan kajian
menunjukkan bahawa skor min bagi item berada pada paras tinggi dengan skor min 3.95 hingga
4.38, sederhana bagi item KP4 (min = 3.78) dan tahap rendah bagi item KP2 (min = 2.44).
Berdasarkan Jadual 6 menunjukkan min tertinggi bagi kesediaan pensyarah dari aspek kaedah
pengajaran ialah pada item KP7, “Saya boleh mempelbagaikan strategi penggunaan teknologi digital
untuk menggalakkan proses PdPc” dengan min 4.38 (sp = 0.635). Ini menunjukkan bahawa
pensyarah mempunyai usaha kearah PdPc norma baharu dan cuba untuk mengaplikasikan teknologi
dalam pengajarannya Namun begitu, item KP2 iaitu “Penyampaian kandungan pengajaran saya
tidak sesuai untuk dilaksanakan secara PdPDT” berada pada min terendah iaitu 2.44 (sp = 1.000).
Responden sedar dan mengakui bahawa tidak semua kursus yang ditawarkan dapat dijalankan secara
dalam talian, terutama bagi kursus yang melibatkan amali di luar kuliah dan amali sains. Oleh itu
dalam merealisasikan PdPc norma baharu, kesedian pensyarah masih berada poada tahap tinggi,
awalau pun ada kekangan dalam situasi tertentu.
Jadual 6: Tahap Kesediaan Pensyarah dari Aspek Kaedah Pengajaran
Item Kandungan Kursus Min SP Tahap
KP1 Kandungan pengajaran saya boleh dilaksanakan 4.28 .651 Tinggi
di dalam bentuk PdPDT
KP2 Penyampaian kandungan pengajaran saya tidak 2.44 1.000 Rendah
sesuai untuk dilaksanakan secara PdPDT.
KP3 Kandungan pengajaran saya boleh didapati 4.28 .744 Tinggi
dalam bentuk digital daripada pelbagai sumber.
(cth:e-book, Digital Library, YouTube dsb) *
KP4 Saya suka merancang dan membina PdPc yang 3.78 .990 Sederhana
mantap dan lebih berkesan dalam bentuk
digital.
KP5 Saya suka merancang kaedah yang sesuai bagi 4.16 .841 Tinggi
menyokong PdPc digital.
KP6 Saya gemar mempelbagaikan kaedah dalam 4.43 .627 Tinggi
pelaksanaan PdPc.
280
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KP7 Saya boleh mempelbagaikan strategi 4.38 .635 Tinggi
penggunaan teknologi digital untuk
menggalakkan proses PdPc.
KP8 Saya merancang kaedah yang berteraskan 4.09 .761 Tinggi
teknologi digital dalam PdPc.
KP9 Saya boleh mempelbagaikan lkaedah PdPc di
dalam kelas dengan penggunaan teknologi
digital. 4.21 .755 Tinggi
KP10 Saya boleh membuat demonstrasi 3.95 .882 Tinggi
menggunakan teknologi digital dalam PdPc 4.00 .360 Tinggi
Min Keseluruhan
Perbezaan Min Tahap Kesediaan Mengikut Jantina
Kajian ini juga ingin melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kesediaan
pensyarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan kaedah pengajaran berdasarkan jantina.
Aspek Pengetahuan
Hasil analisis ujian-t untuk melihat terdapatnya perbezaan min di antara tahap kesediaan pensyarah
dari aspek pengetahuan mengikut jantina ditunjukkan dalam Jadual 7. Berdasarkan Jadual 7, nilai t
bagi jantina ialah t = 1.083 dan kesignifikanan 2-hujung ialah 0.977 adalah tidak signifikan pada
tahap p < 0.05. Ini bermaksud tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap jantina pensyarah
dari segi tahap kesediaan pengetahuan. Oleh itu berdasarkan dapatan yang diperolehi, pensyarah
mempunyai pengetahuan yang berbeza-beza terhadap penggunaan PdPc masa kini. Jadi secara
langsung memberi kesan kepada proses PdPc masing-masing.
Jadual 7: Perbezaan Min Tahap Kesediaan Pengetahuan Berdasarkan Jantina Pensyarah.
Jantina n Min s.p t p
Lelaki 172 4.28 .342 1.083 0.977
Perempuan 59 4.21 .308
Aspek Kemahiran
Hasil analisis ujian-t untuk melihat sama ada terdapat perbezaan min antara tahap kesediaan
pensyarah dari aspek kemahiran responden mengikut jantina seperti pada Jadual 8. Jadual tersebut
di atas menunjukkan bahawa nilai t bagi jantina ialah t = 2.339 dan kesignifikanan 2-hujung ialah
0.082 adalah signifikan pada tahap p < 0.05. Ini bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap jantina guru dari segi tahap kesediaan pensyarah berdasarkan kemahiran. Oleh itu, dapatan
menunjukkan sebelum pensyarah dapat menerapkan penggunaan teknologi dalam PdPc, Pensyarah
tersebut sendiri perlu bersikap positif dengan meningkatkan kemahiran diri yang ada agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar.
281
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 8: Perbezaan Min Tahap Kesediaan Pengetahuan Berdasarkan Jantina Pensyarah.
Jantina n Min s.p t p
Lelaki 172 4.15 .326 2.339 0.082
Perempuan 59 3.99 .395
Aspek Kaedah Pengajaran
Hasil analisis ujian-t untuk melihat sama ada terdapat perbezaan min antara tahap kesediaan
pensyarah dari aspek kaedah pengajaran responden mengikut jantina seperti pada Jadual 9. Jadual
tersebut di atas menunjukkan bahawa nilai t bagi jantina ialah t = 1.055 dan kesignifikanan 2-hujung
ialah 0.420 adalah tidak signifikan pada tahap p < 0.05. Ini bermaksud tidak terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap jantina guru dari segi tahap kesediaan pensyarah berdasarkan kaedah pengajaran.
Oleh itu berdasarkan hasil dapatan menunjukkan tahap kesediaan pensyarah dari aspek kaedah
pengajaran adalah pada peringkat yang baik. Walaupun sebahagian pensyarah tidak
mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam PdPc, tetapi mereka tahu kegunaannya dalam
membantu pengajaran di dalam kuliah. Pensyarah juga mesti diberikan kebebasan untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kuliah masing-masing. Keadaan ini
akan membuatkan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih teratur.
Jadual 9: Perbezaan Min Tahap Kesediaan Kaedah pengajaran Berdasarkan Jantina Pensyarah.
Jantina n Min s.p t p
Lelaki 172 4.03 .365 1.055 0.420
Perempuan 59 3.95 .406
RUMUSAN
Era teknologi masa kini berlaku dengan begitu pantas menyebabkan para pensyarah yang tidak
bersedia akan ketinggalan. Ini tidak seharusnya berlaku kerana pensyarah merupakan elemen
pertama dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar menerusi PdPc. Oleh itu, para pensyarah
sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan mendalami bidang teknologi ini. Pensyarah
mestilah positif dan menerima teknologi ini sebagai satu perubahan yang positif untuk
kecemerlangan pelajar (Agatha F. Umbit & Muhamad Suhaimi Taat, 2016). Pensyarah juga harus
memahirkan diri dengan berbagai kemahiran bukan sahaja untuk pengajaran dan pembelajaran
malah untuk meningkatkan prestasi diri sendiri. Pensyarah harus diberi peluang untuk mendalami
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu kesedian pensyarah
adalah perkara yang penting demi merealisasikan PdPc mengikutblandasan norma baharu.
RUJUKAN
Abdul Latir, S. S. & Hamzah, R. & Mat Rashid, A. (2011). Hubungan pengetahuan dan sikap guru
sains pertanian terhadap pengajaran kontekstual. Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti
Putra Malaysia. 2011.
Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, Wan Norma Wan Hamat & Nor Khayati Basir (2019).
Penggunaan aplikasi web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus mata
pelajaran umum (MPU) di politeknik. E-Bangi, 16(5), 1-13.
282
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Agatha F. Umbit & Muhamad Suhaimi Taat. (2016). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penerimaan
E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar di Institut. Jurnal Penyelidikan IPGK, 13, 1-14.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Brown, M. D. (2012). Technology in the Classroom: Handhelds in the Classroom. Education
World. 2001. Didapatkan May 13, 2012
Creswell, J., & Plano Clark, V. (2007). Designing and Conducting Mixed Methods Research.
Thousand Oaks, CA: Sage
Faizatul Hafilah Abdul Halim & Nor Syahilia Aris. (2016). Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajarn
Teradun (Blended Learning). Journal on Technical and Vocation Education, 1 (2), 53-63.
M.Kaviza. (2020). Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom Sebagai
Platform Pembelajaran Sejarah. Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden,
Universiti Utara Malayasia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities,
5(4).
McKenzie, J. (1999). The technology in my life survey. From Now On The Educational Technology
Journal.
Noriyani Doman (2017). Implikasi Google Apps dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Pesisir
Uthm (Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. (2013). PPPM 2013-2025: Pendidikan Prasekolah
Hingga Lepas Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sabran & Edy Sabara. (2018). Keefektifan Google Classroom Sebagai Media Pembelajaran.
Prosiding Seminar Nasional Lembaga Penelitian Universitas Negeri Makassar
Tengku Norhayati Tengku Othman. (2015). Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam di Negeri Selangor. Tesis
Sarjana: UKM.
283
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
MODEL PERKONGSIAN PENERBITAN DALAM TALIAN: PENGARUH
PEMBERIAN POINT DALAM PENGIRAAN SISTEM AMANAH TUGAS
PENSYARAH (ATP)
Norfarahiah bt. Nodin ([email protected])
Ahmad Shidki b. Mat Yusoff ([email protected])
Mohd Zuraidi bt Mohamed ([email protected])
Wan Kamsiah bt Wan Ahmad ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.
ABSTRAK
Pertambahan organisasi dan institusi pendidikan dalam melaksanakan penerbitan secara dalam
talian telah menggalakkan perkongsian pengetahuan. Walau bagaimanapun, tugas ini tidak dapat
dilaksanakan hanya dengan menyatakan kelebihan berkongsi untuk penyebaran ilmu pengetahuan.
Kajian meneliti insentif sistem mata (ATP) yang diperkenalkan oleh Insitut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) yang mungkin mempengaruhi perkongsian pengetahuan pensyarah IPGKSM dari
sudut perkongsian dalam talian. Beberapa kontruk telah dikenalpasti dan disatukan dengan teori
gelagat terancang. Model penyelidikan semasa merangkumi enam hipotesis untuk meneroka
persoalan sama ada, sikap (Attitude Toward Knowledge Sharing), Norma Subjektif (Subjective
Norm) , Kemampuan menyelesaikan tugasan (Occupational Self-Efficacy, Personal Inovasi
(Personal innovation trait) dan Sistem Mata (ATP Incentive) berkaitan dengan sumbangan
penulisan secara dalam talian. Kajian ini secara empirikal mengesahkan hipotesis hubungan
menggunakan tinjauan lapangan terhadap pensyarah IPGKSM bahawa sikap (Attitude Toward
Knowledge Sharing), Norma Subjektif (Subjective Norm), Kemampuan menyelesaikan tugasan
(Occupational Self-Efficacy) menjadi peramal yang baik terhadap perkongsian penerbitan dalam
talian di Institut Pendidikan Guru.
Kata Kunci: Perkongsian Pengetahuan, Teori Planned Behaviour, Positive ATP, Occupational Self
Efficacy, Penulisan dalam talian
PENGENALAN
Pengetahuan adalah salah satu sumber terpenting bagi pekerja dan majikan (Wang et al., 2009).
Dalam Pemindahan pengetahuan dijangkakan akan menjadi lebih rancak dengan pengenalan sistem
mata dalam Amanah Tugas Pensyarah (ATP) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Bagi seorang
pensyarah yang berkhidmat dan bertugas di IPG, Amanah Tugas Pensyarah (ATP) merupakan salah
satu penanda aras dalam menentukan tugas yang diberikan adalah seimbang mengikut gred jawatan
pensyarah samada DG44, DG48, DG52 dan DG54. Seterusnya, Sistem ATP akan dikategorikan
dengan pilihan berdasarkan trek penekanan tugasan pensyarah yang merangkumi pengajaran dan
pembelajaran, penyelidikan atau pun penglibatan dalam Jawatankuasa Pengurusan. ATP ini perlu
diisi dan dikemas kini setiap masa dan perlu diaudit, bagi menunjukkan penanda aras bagi
pencapaian pensyarah di IPG. Antara data yang perlu diisi dan dikemaskini di dalam ATP adalah
berkaitan dengan: i. Pengajaran & Pembelajaran, ii. Penyeliaan; iii. Penyelidikan dan Penerbitan; iii.
Perundingan dan Kepakaran; iv. Inovasi dan v. Jawatankuasa yang disertai. Dalam konteks
pendidikan, perkongsian pengetahuan memberi manfaat kepada guru dan organisasi. Melalui
perkongsian pengetahuan dengan rakan sekerja, pengetahuan baru dapat dihasilkan, dan andaian dan
284
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pendapat yang mendasari amalan dan kaedah dibuat secara terang-terangan dan dapat dilihat dengan
jelas (van Woerkom, 2004). Namun, pemindahan pengetahuan bukanlah perkara yang mudah untuk
dilaksanakan oleh institusi dan terdapat halangan dalam pelaksanaannya. Oleh itu, pensyarah adalah
digalakkan untuk membina dan berkongsi pengetahuan dengan rakan sekerja dan komuniti luar.
Namun perkongsian dalam penerbitan maya dalam konteks IPGKSM masih lagi berada di peringkat
sederhana (LDP IPGKSM, 2020). Kajian di Norway menunjukkan bahawa perkongsian pengetahuan
di kalangan guru jarang berlaku (Collinson & Cook, 2001). Di sekolah, guru telah lama terbiasa
bekerja secara mandiri dan terasing, yang menghalang interaksi (Silins & Mulford, 2002) dan
akibatnya terdapat kemungkinan ia menjadi faktor untuk mencegah guru saling belajar antara satu
sama lain. Oleh itu, kerana mereka tidak terbiasa, guru mungkin bersikap dingin untuk berkongsi
pengetahuan. Dapatan juga mendapati bahawa semakin tinggi tahap pendidikan guru, semakin
sedikit pengetahuan yang mereka kongsi (Runhaar & Sanders, 2015).
Tingkah laku perkongsian ilmu melibatkan perkongsian pengetahuan dan kepakaran yang
berkaitan dengan kerja dengan anggota lain dalam organisasi, yang dapat menyumbang kepada
keberkesanan organisasi. Pembaharuan dalam pembelajaran new normal jelas menekankan bahawa
amalan berkongsi individu. Usaha ini akan mengembangkan IPG menjadi komuniti pembelajaran
professional, selaras dengan letusan dalam teknologi berasaskan Web yang menyebabkan
peningkatan jumlah dan kerumitan pengetahuan serta merangsang percambahan komuniti
pembelajaran maya (Virtal Learning Environment). Teknologi maklumat berasaskan ruang siber di
mana individu dan kumpulan pelajar yang berjauhan secara geografi mencapai matlamat e-
pembelajaran mereka. Komuniti seperti ini telah menjadi inisiatif yang berkembang selama
bertahun-tahun dalam perniagaan organisasi, institusi pendidikan, dan pada ketika pendemik covid-
19 ini, kerajaan telah menggerakkan pengkongsian pengajaran dan pembelajaran pengetahuan
melalui dalam talian.
Bagi memeriksa fenomena ini, kajian akan menfokuskan kepada objektif berikut:
1. Memeriksa hubungan di antara insentif mata dalam Sistem Amanah Tugas Pensyarah (ATP)
dengan sumbangan perkongsian dalam penerbitan (dalam talian).
2. Mengenalpasti faktor yang mendorong perkongsian pengetahuan dalam kalangan warga IPG
Perkongsian pengetahuan menghubungkan individu dan organisasi dengan memindahkan
pengetahuan dari individu ke tahap organisasi, dan oleh itu ia membawa nilai kompetitif untuk
organisasi (Ipe, 2003). Konsep perkongsian pengetahuan semakin mendapat perhatian dalam
penyelidikan dan amalan pengurusan pengetahuan kerana potensi manfaatnya kepada individu dan
organisasi. Cabaran yang berkaitan dengan menetapkan ganjaran perkongsian pengetahuan seperti
sistem mata ATP adalah sukar dalam mengenal pasti dan menilai perkongsian pengetahuan
(terutamanya perkongsian dalam talian) di peringkat individu.
TINJAUAN LITERATUR
Teori dan Pembangunan Hipotesis
Pemindahan pengetahuan bukanlah perkara yang mudah untuk dilaksanakan oleh institusi dan
terdapat halangan dalam pelaksanaannya dapat dikategorikan kepada empat kumpulan, yang
merupakan faktor yang berkaitan dengan pengirim, penerima, pengetahuan itu sendiri dan konteks
organisasi (Szulanski, 1996). Pengetahuan adalah asas di mana syarikat dapat membina kelebihan
daya saing yang berterusan dan yang merangsang inovasi melalui integrasi pengetahuan.
Pengkongsian pengetahuan secara positif berkaitan dengan inovasi (Ritala et al., 2015), kelebihan
daya saing (Hasan, 2014), dan juga digunakan oleh organisasi untuk meningkatkan pengetahuan
pekerja, sehingga menjadikan mereka pekerja yang lebih efektif dan berkesan (Hussain et al., 2015).
Berikut adalah kerangka kajian berdasarkan sorotan literatur dengan merujuk kepada jadual 1.
285
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Sumbangan Penerbitan dalam Talian (Online Written Contribution)
Dimensi perkongsian pengetahuan ini merangkumi tingkah laku individu dalam menyumbang idea,
maklumat, dan kepakaran mereka melalui dokumentasi bertulis dan bukannya dialog, seperti
menghantar idea ke pangkalan data organisasi dan mengemukakan laporan yang dapat memberi
manfaat kepada staf lain dan organisasi. Pengetahuan dikongsi dan boleh diakses melalui pelbagai
saluran kepada masyarakat. Strategi pengkongsian digital melibatkan pengekodan, pengurusan
pengetahuan dan perkongsian pengetahuan eksplisit ditekankan untuk perkongsian pengetahuan
jenis ini. Perkongsian untuk pengetahuan pangkalan data seperti system pangkalan data dalam talian
mudah dikesan, diakses, dinilai dan direkodkan.
Bartol & Srivastava (2002) berpendapat bahawa sumbangan pengetahuan ke pangkalan data mudah
dikaitkan dengan insentif yang berkaitan yang memberi kesan kepada tingkah laku perkongsian
pengetahuan. Sehubungan itu, pensyarah dapat membuat perkongsian pengetahuan mereka secara
terus, kemungkinan tidak berlaku pengabaian dari sudut penilaian oleh institusi. Oleh itu,
kemungkinan besar bahawa motivasi ekstrinsik untuk perkongsian pengetahuan secara umumnya
adalah tinggi kerana perkongsian pengetahuan dianggap dikawal secara luaran (Kaser & Miles,
2001). Oleh itu, dengan menyatakan faedah penulisan dan penerbitan dalam talian dijangkakan
mempunyai kesan yang positif terhadap perkongsian pengetahuan dalam system talian. Dalam
konteks Insitut Pendidikan Guru (IPG) penerbitan diukur dengan menggunakan pemberian point
melalui sistem Amanah Tugas Pensyarah (ATP). Secara umumnya konsep ATP yang diperkenalkan
bagi mengenal pasti, mendokumen dan mengiktiraf tugas dan tanggungjawab seseorang pensyarah
termasuk aktiviti pengajaran, kesarjanaan akademik dan perkhidmatan/ sumbangan.
Gambarajah 1: Garis Panduan Amanah Tugas Pensyarah. KPM (2019)
Kemampuan menyelesaikan tugasan (Occupational Self-Efficacy)
(Bandura, 1977) mula-mula memperkenalkan konsep efikasi kendiri. Self efficacy didefinisikan
sebagai keyakinan seseorang terhadap dirinya atau kemampuannya untuk menangani tugas atau
masalah yang sukar atau, seperti yang dirumuskan oleh Bandura (1977), adalah kepercayaan
terhadap kemampuan seseorang untuk berjaya menyelesaikan tugas. Minat pengkaji dalam Self
efficacy telah berterusan sejak diperkenalkan pada tahun 1970-an. Dalam kajian berdasarkan TPB,
(Pavlou & Fygenson, 2006)mendapati bahawa Self efficacy adalah peramal yang baik terhadap
tingkah laku pengguna dalam talian. Konsep occupational self-efficacy berkait rapat dalam
menangani self-efficacy sebagai domain penilaian khusus. Ini merujuk pada kompetensi yang
dirasakan seseorang mengenai kemampuan untuk berjaya memenuhi tugas-tugas yang terlibat dalam
pekerjaannya. (Rigotti et al., 2008). Dalam kajian ini, penyelidik akan menambah kajian sebelumnya
mengenai self-efficacy dengan membandingkan hubungan antara self-efficacy dan penebitan dalam
286
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
talian di peringkat IPGKSM. Hubungan antara self-efficacy dan prestasi telah menjadi topik banyak
kajian. Kajian menunjukkan bahawa Occupational Self-Efficacy sememangnya berkaitan positif
dengan prestasi (Çetin & Aşkun, 2018). Hampir tiga dekad pemboleh ubah Occupational self-
efficacy telah terbukti berkaitan secara positif dengan aktiviti pengembangan profesional pekerja
pada amnya (Noe & Wilk, 1993). Pengukuran dalam skala self-efficacy berkaitan pekerjaan pada
umumnya dapat disarankan selepas diuji di beberapa buah negara untuk kegunaan di Jerman,
Sweden, Belgium British dan Sepanyol (Rigotti et al., 2008). Sejajar dengan ini, Occupational self-
efficacy guru merupakan anteseden penting penglibatan guru dalam aktiviti pembelajaran dan
pengembangan (Geijsel et al., 2009). Hubungan positif dijumpai dalam kedua-dua kajian antara
occupational self-efficacy dan perkongsian pengetahuan (Runhaar & Sanders, 2016).
Sejajar dengan teori dan bukti empirikal, kami merumuskan hipotesis sebagai berikut:
H1: Occupational self-efficacy secara positif berkaitan dengan sumbangan penerbitan dalam talian.
Hasil kajian (Pavlou & Fygenson, 2006) mengesahkan kekuatan ramalan Theory Planned Behaviour
(TPB) dalam tingkah laku dalam talian dan menunjukkan hubungan yang kuat antara niat
mendapatkan maklumat dan tingkah laku mendapatkan maklumat, dan antara niat membeli dan
tingkah laku pembelian. Penggunaan teori digunakan secara meluas untuk meramal niat dan tingkah
laku yang dikaitkan dengan penggunaan dalam talian seperti facebook advertising (Sanne & Wiese,
2018), pembelian dalam talian (Akar & Dalgic, 2018), smartphone (Peechapol et al., 2018) dan
online game (Salem et al., 2018). Justeru itu teori TPB digunakan sebagai latar belakang dalam
kajian ini disebabkan pembolehubah-pembolehubahnya yang terbukti konsisten dalam meramal
tingkah laku manusia. Pemboleh ubah yang konsisten digunakan dalam Theory Planned Behaviour
seperti berikut:
Norma subjektif (subjective norm)
Norma subjektif (subjective norm), yang ditakrifkan sebagai tanggapan dorongan orang sekeliling
yang mempunyai pengaruh terhadapnya dalam melakukan sesuatu. Penyelidik seperti (Lu et al.,
2005), menjelaskan bahawa pengaruh sosial, dalam bentuk norma subjektif dan imej boleh
menjejaskan penilaian seseorang individu menerusi tanggapan kebergunaan teknologi. Norma
subjektif (subjective Norm) merujuk kepada tekanan sosial diletakkan di atas individu untuk
menunjukkan kelakuan tertentu. Norma subjektif adalah faktor penting bagi kedua-dua Theory
Reasoned Action (TRA) dan Theory Plan Behaviour (TPB) yang boleh menggambarkan penerimaan
teknologi.
Terdapat hubungan yang positif diantara subjective Norm dan tingkah laku manusia. Maka hiposteis
dijangkakan seperti berikut:
H2: Subjective Norm secara positif berkaitan dengan sumbangan penerbitan dalam talian.
Sikap (attitude)
Penyelidik seperti (Jan et al., 2012) mendakwa sikap dan niat adalah dua pemboleh ubah yang
diperiksa secara meluas dalam literatur penerimaan teknologi. Secara pragmatisnya, pengguna hari
ini telah terdedah kepada beberapa inovasi teknologi. Mereka mungkin telah membentuk sikap yang
baik atau buruk, tanpa mengira sama ada mereka sebenarnya telah menggunakan produk berkenaan.
Manakala (Suki & Ramayah, 2010) menyatakan sikap adalah pemboleh ubah utama yang muncul
untuk mempengaruhi niat individu untuk menggunakan IT dalam organisasi. Oleh kerana sikap
mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku individu, maka memahami sikap individu ke arah sistem
e-pembelajaran adalah penting. Ini disokong (Johnson & Howell, 2005) yang mencadangkan kajian
masa depan mengenai penggunaan sistem e-pembelajaran juga perlu termasuk mengubah sikap
pengajar terhadap sistem e pembelajaran. Dalam konteks ini, pemboleh ubah sikap tidak boleh
287
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
diabaikan. Ini kerana terdapat kesan signifikan terhadap tingkah laku. Hal ini memberi isyarat kepada
penyelidik supaya berhati-hati dalam menghapuskan sikap daripada model mereka dalam
menentukan penerimaan teknologi individu. Penyelidik seperti (Charalambous & Ioannou, 2008)
mendakwa sikap negatif dan persepsi guru terhadap penggunaan teknologi dalam bilik darjah telah
dilaporkan sebagai halangan penting kepada penggunaan teknologi. Berdasarkan sorotan literatur,
wujudnya hubungan sikap dan pengkongsian dalam talian. Maka hipotesis seperti berikut:
H3: Sikap (attitude) secara positif berkaitan dengan sumbangan penerbitan dalam talian.
Personal Innovativeness in Information Technology (PITT)
Inovasi individu dalam teknologi (Personal Innovativeness in Information Technology) boleh
ditakrifkan sebagai kesediaan individu untuk mencuba mana-mana teknologi maklumat yang baru
dan ia dikonsepkan sebagai trait personaliti yang stabil. Hal ini selaras dengan pemboleh ubah yang
ditakrifkan oleh Lu, Yao dan Yu (2005) iaitu inovasi individu dalam teknologi (PIIT) adalah
signifikan dan positif serta berkaitan dengan niat untuk menggunakan teknologi baharu. Secara
keseluruhan, inovasi individu (PIIT) dalam IT memberi kesan yang positif dalam penerimaan
teknologi baharu. (Ifinedo, 2012) menyarankan supaya dimasukkan faktor personal seperti inovasi
individu (PIIT) dalam mana-mana model kajian yang akan memberikan kuasa penjelasan terhadap
model tersebut (model explanatory power). Hal disarankan untuk diuji oleh (Lee et al., 2012) dengan
mengatakan bahawa pemboleh ubah ini penting dalam memahami niat dan penggunaan IT/IS.
Selaras dengan inovasi dan penerbitan dalam talian yang menggunakan platform internet, maka
hipotesis dibangunkan seperti berikut:
H4: Inovasi individu dalam teknologi (PIIT) secara positif berkaitan dengan sumbangan penerbitan
dalam talian..
Sistem Mata ATP
Sistem ATP di IPG diselaraskan dengan penambahbaikkan seperti yang diamalkan di institusi
pengajian tinggi, iaitu tugas seorang pensyarah tidak berfokuskan kepada pengajaran semata-mata
tetapi juga merangkumi aspek lain yang memberi nilai tambah dalam portfolio pensyarah itu sendiri.
Sistem ATP merupakan mekanisma awal yang perlu diguna oleh seseorang pensyarah sebagai asas
perancangan pengisian Borang Keberhasilan, Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PBPPP) untuk prestasi tahunan dan kenaikan pangkat (KPM, 2019).
Sejauh mana peranan pensyarah IPGKSM memberi tindak balas terhadap pengenalan sistem mata
ATP yang dilaksanakan masih berada di peringkat awal. Sistem ini mula digunakan bermula tahun
2019 di kampus IPG seluruh negara. Dalam konteks kajian ini, ia tidak menghalusi keadah
pelaksanaannya secara menyeluruh, kerana tumpuan diberikan kepada aspek penerbitan (rujuk
gambarajah 1, K2: Jadual 8) semata-mata. Aspek kedalaman kajian adalah bagi memanjangkan
pengetahuan pensyarah IPG untuk disalurkan dalam bentuk penerbitan secara dalam talian selaras
dengan kepelbagaian kaedah pengajaran normal baharu dan tanggungjawab yang digalas oleh
pensyarah IPGKSM. Secara tak langsung ia membantu dalam penambahbaikan sistem ATP pada
masa hadapan. Justeru kajian ini membentuk hipotesis berikut:
H4: Insentif sistem mata ATP secara positif berkaitan dengan sumbangan penerbitan dalam talian.
METODOLOGI
Kaedah tinjauan dipilih untuk kajian ini kerana ia bersesuaian dengan objektif kajian iaitu untuk
menjelaskan fenomena yang berlaku di sesuatu tempat. Ia melibatkan perubahan bentuk
288
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid2
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
perkongsian pengetahuan melibatkan pensyarah IPG yang sentiada terdedah kepada kepelbagaian
perkongsian. Sebelum ini komuniti pensyarah di IPG telah menerima perubahan struktur penilaian
keberhasilan yang lebih komprehensif selaras dengan arus perubahan dunia akademik semasa.
Dimensi masa bagi kutipan menerusi kaedah tinjauan secara hirisan rintis (cross sectional) yang
dibuat secara dalam talian. Proses pengukuran menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada
kajian terdahulu. Kajian ini melibatkan pensyarah di IPG Kampus Sultan Mizan yang merupakan
responden kajian. Seramai 80 pensyarah telah di ambil daripada semua pensyarah yang berada di
IPGKSM sebagai sampel kajian dengan merujuk jadual penentuan saiz sampel yang telah
disediakan seperti jadual (Krejcie & Morgan, 1970).
Kesahan instrument dalam kajian ini telah dijalankan dengan memeriksa kesahan kandungan
(content validity) dan ujian kebolehpercayaan seperti berikut: sikap (Attitude Toward Knowledge
Sharing)) (0.92) , Norma Subjektif (Subjective Norm)(0.92) , Kemampuan menyelesaikan tugasan
(Occupational Self-Efficacy (0.95), Personal Inovasi (Personal innovation trait)(0.77) dan Sistem
Mata (ATP Incentive) dan Sumbangan Penerbitan Dalam Talian (0.86). Ukuran kebolehpercayaan
ketekalan dalaman yang biasa diterima dan digunakan adalah pekali Cronbach Alpha. Sarjana
(Nunnally, 1978) mencadangkan bahawa alpha 0.70 menjadi standard minimum yang boleh diterima
untuk menunjukkan konsistensi dalaman.
DAPATAN KAJIAN
Sebelum ujian analisis dijalankan, penyelidik telah menjalankan beberapa ujian tapisan data seperti
straight lining, atau jawapan yang tidak konsisten, missing value dan outliers (Sarstedt et al., 2014).
Hasil ujian skewness dan kurtosis menunjukkan data kajian adalah normal sebagaimana julat yang
disyorkan. Ujian kepada nilai untuk kepencongan (skewness) dan kurtosis item pengukuran adalah
antara -.513 hingga -.483. Kedua-dua indikator ini menunjukkan nilai kurang daripada -1 dan tidak
lebih daripada +1, dan ini membuktikan data kajian ini adalah bertabur secara normal. Dapatan ini
memenuhi seperti yang disyorkan daripada (Curran et al., 1996; Hair et al., 2012).
Statistik Deskriptif
Latar belakang responden yang diambil kira bagi kajian ini ialah jantina dan tahap serta kekerapan
menyertai aktiviti luar sekolah. Taburan data menunjukkan 45% daripada responden dalam kajian
ini adalah lelaki dan 55% adalah perempuan. Data demografik yang diperolehi seperti dalam Jadual
1.
Jadual 1 : Data Demografik pensyarah IPGKSM
Jantina Lelaki Perempuan Total
41 13 54
(100%)
Umur 34-42 43-50 51 >
Pend. Tertinggi 6 16 32 Total
Sarjana Master PhD
Muda 54
2 40 12 (100%)
Adakah anda pernah terlibat dalam Ya (24) Tidak (26)
Ya (10(
penerbitan (contoh:
makalah/artikel/buku/modul)
SECARA DALAM TALIAN
Adakah anda berdaftar sebagai Tidak (44) Total 54
(100%)
penyelidik? (contoh mempunyai
289
akaun ID Researcher seperti