The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norsyifa9412, 2021-12-23 21:41:24

Nor Syifa (941223085350)

Nor Syifa (941223085350)

6.0 Kesimpulan

Produk ini dihasilkan adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan
kepada pengguna – pengguna mengenai perniagaan atas talian. Produk ini dihasilkan
adalah untuk memudahkan pengguna – pengguna mempelajari dan mengetahui
tentang kebaikkan dan keburukkan perniagaan atas talian. Oleh sebab itu, produk ini
telah dibangunkan dengan bercirikan mesra pengguna dan mudah untuk dikendalikan
oleh pengguna.

Gantt Chart

AKTIVITI MINGGU
12345

Pembahagian kumpulan dan
pemilihan tajuk

Pembahagian tugasan dan
penghasilan proposal

Pembentangan proposal

Pembinaan kandungan dari segi teks,
gambar, animasi dan video

Pembinaan antaramuka dan latar
belakang

Pembinaan time frame

Pengujian dalaman

Membaiki kesilapan semasa pengujian
dan pengujian semula

Pengujian dan penilaian dari pengguna

Pembentangan projek

5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL

PENGENALAN KEPADA MULTIMEDIA
( BBU10103 )

TUGASAN KUMPULAN
( KOSWAR – PENIPUAN PENIAGAAN ATAS TALIAN )

NAMA PELAJAR : CAROLINA VON AK COLLIN ( CB160047 )
: HAROLD LESTHER ANAK TEDDY ( CB160048 )
: SITI NURUL ASYIKIN BINTI MAZLAN ( DB160172 )
: MOHAMAD ZAKARIA BIN MOHAMAD ( CB160061 )
: YUMNI HIDAYAAH BINTI ZAINAL ( DB160187 )
: AIMA MUNIRAH BINTI HJ ABDUL JALAL ( CB160130 )
: NOR SYIFA BINTI MOHD NASIR ( CB160064 )

NAMA PENSYARAH : DR AZITA BINTI ALI

KANDUNGAN MUKA SURAT
i
BAB TOPIK ii-iii
Penghargaan 1-2
Kandungan 3-4
5
1.0 Pengenalan 6
2.0 Penyata Masalah 6
3.0 Objektif 7
4.0 Skop Kajian 8
8
4.1 Skop Sistem 8
4.2 Skop Pengguna 8
5.0 Kaedah Kajian 9
5.1 Temu Bual 10
5.2 Kajian Soal Selidik 10-11
5.3 Kaji Selidik (Research) 12-22
5.4 Analisis 23-25
6.0 Analisis Kajian 26
6.1 Temu Bual
6.2 Kajian Soal Selidik
6.3 Kaji Selidik (Research)
6.4 Kesimpulan

ii

7.0 Perniagaan Atas Talian 27

7.1 Kategori Perniagaan Atas Talian 28-30

7.2 Jenis Produk Perniagaan Atas Talian 31-35

7.3 Kelebihan Dan Kelemahanan Perniagaan Atas Talian 36-41

7.4 Kesimpulan 42

8.0 Masalah Yang Berlaku Dalam Perniagaan Atas Talian 43

8.1 Kes Penipuan Perniagaan Atas Talian 44-46

8.2 Statistik Penipuan Perniagaan Di Atas Talian 47-49

8.3 Teknik Penipuan Perniagaan Atas Talian 50

9.0 Langkah Keselamatan Untuk Menggunakan Perkhidmatan Perniagaan 51

Atas Talian

9.1 Langkah Mengatasi Kes Penipuan Perniagaan Atas Talian 51-53

9.2 Saranan Kepada Pengguna Perkhidmatan Atas Talian 54-57

9.3 Agensi Terlibat Yang Dapat Membantu 58-59

10.0 Kesimpulan 60

Rujukan
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3

iii

1.0 PENGENALAN

Perniagaan atas talian merupakan satu jenis perniagaan yang dijalankan
melalui rangkaian internet atau lebih dikenali sebagai perniagaan online. Perniagaan
atas talian menggunakan jaringan internet sebagai medium perantaraan antara
pengusaha perniagaan dan pelanggan. Seperti yang telah diketahui masyarakat, pada
dasarnya perniagaan atas talian merupakan salah satu perniagaan yang sama dengan
perniagaan-perniagaan yang lain iaitu perniagaa secara offline. Hal ini demikian
kerana perniagaan atas talian juga dijalankan memerlukan modal sebagai wang
pendahuluan untuk memulakan perniagaan, memerlukan tapak untuk menyimpan stok
jualan, barangan jualan perniagaan dan juga melakukan promosi barangan jualan
seperti yang dilakukan oleh perniagaan-perniagaan lain. Perkara yang membezakan
jenis perniagaan atas talian dengan perniagaan yang lain adalah platform yang
digunakan untuk menjalankan perniagaan sahaja.

Tambahan lagi, para peniaga atau sesiapa sahaja yang mempunyai produk atau
barangan untuk dijual boleh menjualnya secara atas talian. Mereka juga boleh
mempromosikan serta memperkenalkan barangan mereka menggunakan laman
sesawang mahupun media social seperti Instagram, Facebook dan juga Blog.
Perniagaan melaui Internet semakin berkembang seiring perkembangan teknologi
Internet itu sendiri. Kini di seluruh dunia terdapat lebih dari satu billion pengguna
Internet. Ini bermakna bahawa seramai satu billion pengguna Internet bersedia
melihat iklan dan produk perniagaan anda melalui Internet. Keadaan ini menunjukkan
potensi perniagaan yang perlu di rebut.

Dalam era globalisasi dan dunia teknologi sekarang adakah penggunaan
platform perniagaan atas talian itu adalah selamat digunakan oleh peniaga dan
pengguna.? Munculnya persoalan ini kerana pada hari banyak isu-isu yang berkaitan
dengan kes penipuan yang berlaku ke atas perniagaan atas talian ini. Jika di lihat di
dada–dada akhbar banyak menyiarkan pelbagai kes-kes yang melibatkan penipuan
atas talian seperti skim cepat kaya, insuran dan memenangi hadiah lumayan serta

1

beberapa kes lain. Antara kes yang banyak mendapat perhatian adalah penipuan
perniagaan atas talian yang telah menjerat ramai rakyat Malaysia. Kes yang biasa
terjadi apabila penjual meletakkan iklan yang mengelirukan serta menjanjikan harga
tawaran yang rendah dan pembeli mudah terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan.
Para pembeli juga hanya akan menyedari telah ditipu setelah segala transaksi
dilakukan Kes ini akan semakin berleluasa dan sukar untuk dibendung jika tidak
mengambil langkah pencegahan dari awal.

2

2.0 PENYATA MASALAH

2.1 Pengguna Kurang Pendedahan Mengenai Perniagaan Atas Talian

Perniagaan atas talian semakin giat dijalankan oleh perniaga – perniaga
pada masa ini kerana perniagaan ini mudah untuk dikendalikan. Oleh kerana
perniagaan atas talian dijalankan, hal ini menyebabkan ramai pengguna tertipu
oleh peniaga perniagaan atas talian. Hal ini kerana mereka kurang pendedahan
mengenai perniagaan atas talian.

2.2 Pengguna Kurang Mengetahui Kesan Menggunakan Perkhimatan
Perniaaan Atas Talian

Walaupun perniagaan atas talian ini lama sudah diperkenalkan, ramai
di antara golongan masyarakat atau pengguna kurang mengetahui kesan
menggunakan perkhimatan perniaaan atas talian. Hal ini demikian kerana
mereka kurang menyelidik dan kurang mengambil tahu tentang perniagaan
atas talian. Kebanyakkan pengguna hanya menggunakan perkhidmatan ini
tetapi kurang pengetahuan tentang perniagaan ini.

2.3 Pengguna Kurang Mengetahuai Jenis – Jenis Perniagaan Atas Talian

Perniagaan atas talian merupakan perniagaan yang gemar menjadi
pilihan pengguna pada masa ini kerana mudah untuk melakukan urusana jual
beli dan menjimatkan masa kerana urusan perniagaan boleh dijalakan bila-bila
masa dan di mana-mana sahaja. Walau bagaimana pun, ramai dalam kalangan
pengguna kurang mengetahui perniagaan atas talian yang ada.

3

2.4 Pengguna Kurang Pendedahan Mengenai Langkah – Langkah Mengatasi
masalah Penipuan Perniagaan Atas Talian.
Perniagaan atas talian juga banyak menimbulkan masalah penipuan ke
atas pengguna kerana peniaga yang tidak beretika. Oleh kerana kurang
pendedahan dan pengetahuan mengenai perniagaan atas talian, pengguna tidak
tahu langkah – langkah untuk mengatasi masalah penipuan perniagaan atas
talian.

4

3.0 OBJEKTIF
Projek ini dilaksanakan berpandukan objektif – objektif berikut :

3.1 Untuk mengetahui jenis – jenis perniagaan atas talian.
3.2 Untuk mengetahui kesan – kesan penggunaan perniagaan atas talian.
3.3 Untuk mengenalpasti jenis – jenis penipuan perniagaan atas talian.
3.4 Untuk mengenalpasti langkah – langkah untuk menangani masalah penipuan

perniagaan atas talian.

5

4.0 SKOP KAJIAN

4.1 Skop Sistem

4.1.1 Perkakasan

Bil. Perkakasan Huraian

1. Komputer / Komputer Riba Komputer merupakan peralatan elektronik yang

digunakan pengguna untuk memasang software atau

aplikasi untuk membuatkan komputer mempunyai

fungsinya.

Jadual 1: Senarai perkakasan yang digunakan.

4.1.2 Perisian

Bil. Perisisan/ Aplikasi Huraian
1. Adobe Flash CS6 Adobe Flash CS6 merupakan perisian yang akan
2. Adobe Photoshop CS6 digunakan untuk menghasilkan produk ini.
Adobe photoshop CS6 digunakan untuk mengedit
3. Adobe Premier CS6 gambar atau imej yang digunakan untuk membantu
menghasilkan produk ini.
Adobe premier CS6 digunakan untuk mengedit audio
dan video yang akan digunak pakai dalam
menghasilkan produk ini.

Jadual 2: Senarai Perisian yang digunakan.

6

4.2 Skop Pengguna
Produk ini direka untuk kegunaan pengguna yang terdiri daripada

orang awam atau pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Produk ini
akan membantu mereka untuk mengetahui tentang perniagaan atas talian.

7

5.0 KAEDAH KAJIAN

Untuk menghasilkan produk ini, beberapa jenis kaedah kajian telah digunakan
untuk memperolehi maklumat dan data yang diperlukan untuk membantu dalam
menghasilkan produk ini. Antara kaedah kajian adalah seperti berikut :

5.1 Temu Bual

Kaedah kajian temu bual ini dijalankan untuk menemu bual responden-
responden yang terdiri daripada pengguna-pengguna yang sentiasa
menggunakan perkhidmatan perniagaan atas talian. Responden untuk kajian
ini adalah terdiri daripada orang awam dan pelajar-pelajar daripada Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.

5.2 Kajian Soal Selidik

Kajian soal selidik digunakan untuk memperorehi data daripada
responden. Data ini akan digunakan untuk membantu proses menyiapkan
produk nanti. Borang kaji selidik akan diedarkan kepada responden-responden
untuk mengetahuai pengetahuan mereka mengenai perniagaan online dan
pendapat mereka mengenai perniagaan online.

5.3 Kaji Selidik (Research)

Kaji selidik merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
memperolehi maklumat mengenai perniagaan atas talian. Untuk menghasilkan
produk ini maklumat yang betul amat diperlukan untuk menghasilkan produk
yang berkualiti. Kaji selidik dijalankan dengan membuat penyelidikkan
melalui laman sesawang dan pembacaan melalui bahan ilmiah seperti buku,
jurnal dan majalah untuk memperolehi maklumat yang diperlukan.

8

5.4 Analisis
Kaedah analisi merupakan salah satu kaedah kajian yang dijalankan

untuk menganalisis data yang diperolehi. Analisi akan dijalankan selepas
kajian soal selidik di jalankan untuk memperolehi peratusan data daripada
responden-responden.

9

6.0 ANALISIS KAJIAN

6.1 Temu Bual

Kaedah kajian temu bual ini dijalankan untuk menemu bual responden-
responden yang terdiri daripada pengguna-pengguna yang sentiasa
menggunakan perkhidmatan perniagaan atas talian. Responden untuk kajian
ini adalah terdiri daripada orang awam dan pelajar-pelajar daripada Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.

Dalam mendapatkan maklumat mengenai perniagaan atas talian ini dan
membantu dalam penghasilan projek ini kami telah menyediakan beberapa
soalan temu bual yang akan ditanyakan kepada beberapa orang responden
kami yang terdiri daripada pelajar dan orang awam di sekitar Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Sila rujuk lampiran 1 bagi melihat contoh soalan
temu bual yang digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada responden.
Semasa menjalankan temu bual bersama responden, penemubual telah
merakam reaksi responden sebagai bahan untuk mendapatkan maklumat dan
untuk menghasilkan video mengenai respon pengguna peniagaan atas talian.

Secara keseluruhannya, rata-rata responden yang ditemu bual didapati
pernah menggunakan perkhidmatan perniagaan atas talian. Segelintir daripada
mereka pernah menjadi mangsa kespenipuan perniagaan atas talian. Selain itu,
hasil daripada temu bual yang dijalankan menunjukkan responden mempunyai
pengetahuan asas mengenai perniagaan atas talian. Responden juga
menggunakan perniagaan atas talian untuk membeli barangan seperti pakaian,
kosmetik dan barangan elektrik dan elektronik. Kekerapan menggunakan
perkhidmatan atas talian pula kadang-kadang sahaja jika perlu. Ada juga
responden memang sering menggunakan perniagaan atas talian.

10

Pada pendapat responden, mereka bersetuju jika ada produk
pengajaran iaitu course way di bangunkan bagi memberi pendedahan dan
pengajaran kepada pengguna perkhidmatan perniagaan atas talian daripada
susulan yang anda ambil jika anda ditipu oleh peniaga tersebut.

Kesimpulannya, dalam menjalankan temubual ini, responden banyak
memberikan kerjasama yang baik ketika ditemu bual. Setiap sesi temu bual
yang dijalankan, penemu bual telah membuat sesi rakaman video bagi
membantu kami dalam menghasilkan video mengenai reaksi pengguna
pengguna perniagaan atas talian. Video tersebut juga merupakan bukti dimana
sesi temu bual bersama responden telah dijalankan.

11

6.2 Kajian Soal Selidik
Kajian soal selidik digunakan untuk memperorehi data daripada

responden. Data ini akan digunakan untuk membantu proses menyiapkan
produk nanti. Borang kaji selidik akan diedarkan kepada responden-responden
untuk mengetahuai pengetahuan mereka mengenai perniagaan online dan
pendapat mereka mengenai perniagaan online. Bagi kajian soal selidik ini
telah direka menggunakan aplikasi Google Form daripada website
https://docs.google.com/forms/u/0/. Sila rujuk lampiran 2 untuk melihat
contoh soalan soal selidik yang direka. Berikut merupakan data analisis
daripada responden-reponden:
` 6.2.1 Data Analisis Soal Selidik

Rajah 1: Graf bar di atas menunjukkan peratusan jantina lelaki dan
perempuan yang membeli barangan atas talian.

Merujuk kepada graf bar di atas seramai 14 orang responden daripada
32 orang responden merupakan pengguna lelaki yang membeli barangan
secara atas talian. Manakala seramai 18 orang responden daripada jumlah
berikutnya adalah pengguna daripada kalangan perempuan yang membeli

12

barangan secara atas talian. Hal ini menunjukkan bahawa pengguna
perempuan adalah lebih banyak daripada pengguna lelaki iaitu sebanyak
56.3% dan lelaki sebanyak 43.8%.

Rajah 2: Graf bar di atas menunjukkan peratusan kategori responden yang
membeli barangan secara atas talian antara orang awam dan pelajar.

Graf bar di atas menunjukkan jumlah peratusan pengguna
perkhidmatan perniagaan atas talian mengikut kategori iaitu orang awam dan
pelajar. Responden adalah terdiri daripada orang awam di persekitaran UTHM
dan pelajar daripada UTHM. Graf bar di atas menunjukkan pelajar UTHM
antara responden yang terbanyak menggunakan perkhidmatan periagaan atas
talian sebanyak 25 orang daripada 32 orang responden. Manakala orang awam
mencatat 7 orang daripada 32 orang responden. Graf ini menunjukkan pelajar
UTHM antara responden terbanyak membeli barangan secara atas talian.

13

Rajah 3: Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan pengguna
perkhidmatan perniagaan atas talian.

Carta pai menunjukkan jumlah peratusan pengguna perkhidmatan
perniagaan atas talian. Seramai 32 orang responden telah menjalankan kajian
soal selidik yang diedarkan menggunakan media sosial. Seramai 77.4%
responden menunjukkan bahawa mereka adalah pengguna perkhidmatan
perniagaan atas talian. Manakala sebanyak 22.6% menunjukkan mereka tidak
menggunakan perkhidmatan perniagaan atas talian.

14

Rajah 4: Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan pengguna yang
mempunyai pengetahuan asas dalam mengenai perniagaan atas talian.

Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan pengguna yang
mempunyai pengetahuan asas dalam mengenai perniagaan atas talian.
Sebanyak 46.9% daripada responden menunjukkan mereka mempunyai
pengetahuan asas dalam mengenai perniagaan atas talian. Manakala sebanyak
40.6% menunjukkan bahawa mereka kurang memahami mengenai perniagaan
atas talian. Responden yang tidak memahami perniagaan atas talian
menunjukkan peratus sebanyak 12.5%.

15

Rajah 5: Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan kekerapan
pengguna menggunakan perkhidmatan perniagaan atas talian.

Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan kekerapan pengguna
menggunakan perkhidmatan perniagaan atas talian. Peratusan tertinggi
sebanyak 53.1% menunjukkan bahawa responden hanya sekali, jika perlu
untuk menggunakan perkhidmatan perniagaan atas talian. Peratusn yang kedua
tertinggi sebanyak 31.3% responden menunjukkan bahawa sangat jarang
sekali menggunakan perkhidmatan perniagaan atas talian. Seterusnya,
responden menunjukkan bahawa mereka menggunakan perkhidmatan
perniagaan atas talian 1 kali dalam sebulan dan 2 kali dalam tempoh 3 bulan
iaitu masing-masing sebanyak 6.3% . Sebanyak 3.1% responden menunjukkan
mereka menggunakan perkhidmatan perniagaan atas talian 1 kali dalam
tempoh 2 bulan.

16

Rajah 6: Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan jenis barangan atau
produk yang dibeli melalui perkhidmatan perniagaan atas talian.

Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan jenis barangan atau
produk yang dibeli melalui perkhidmatan perniagaan atas talian. Pakaian
menunjukkan barangan tertinggi yang dibeli melalui perkhidmatan perniagaan
atas talian iaitu sebanyak 37.5% manakala barangan keperluan dirumah
menunjukkan peratusan terendah sebanyak 3.1% yang dibeli melalui
perkhidmatan perniagaan atas talian. Barangan elektrik dan elektronik
menunjukkan peratusan kedua tertinggi yang dibeli melalui perkhidmatan
perniagaan atas talian iaitu sebanyak 25% dan barangan eksoseri menunjukkan
peratusan sebanyak 21.9% merupakan barangan yang dibeli melalui
perkhidmatan perniagaan atas talian. Barangan kosmetik pula sebanyak 12.5%
yang dibeli melalui perkhidmatan perniagaan atas talian oleh responden.

17

Rajah 7: Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan jenis perniagaan
atas talian yang menjadi pilihan responden.

Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan jenis perniagaan atas
talian yang menjadi pilihan responden. Lazada menunjukkan jenis perniagaan
atas talian yang tertinggi menjadi pilihan responden iaitu sebanyak 62.5%
manakala lain-lain perniagaan menunjukkan peratusan kedua tertinggi yang
menjadi pilihan responden. Zalora pula mencatatkan sebanyak 3.1% menjadi
pilihan responden. Ebay dan E buy Malaysia tidak mencatat apa-apa peratusan
yang menjadi perniagaan atas talian yang menjadi pilihan responden.

18

Rajah 8: Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan responden yang
pernah menjadi mangsa penipuan perniagaan atas talian.

Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan responden yang
pernah menjadi mangsa penipuan perniagaan atas talian. Sebanyak 77.4%
responden menunjukkan mereka tidak pernah menjadi mangsa penipuan
perniagaan atas talian. Manakala 22.6% responden menunjukkan bahawa
mereka pernah menjadi mangsa penipuan perniagaan atas talian.

19

Rajah 9: Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan adakah responden
pernah mengambil tindakan susulan terhadap perniaga apabila mereka tertipu
dengan perniagaan atas talian.

Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan adakah responden
pernah mengambil tindakan susulan terhadap perniaga apabila mereka tertipu
dengan perniagaan atas talian. Sebanyak 61.3% responden menunjukkan
bahawa mereka tidak pernah mengambil tindakan susulan terhadap perniaga
apabila mereka tertipu dengan perniagaan atas talian. Manakala sebanyak
38.7% responden menunjukkan mereka pernah mengambil tindakan susulan
terhadap perniaga apabila mereka tertipu dengan perniagaan atas talian. Hal
ini menunjukkan responden ramai yang tidak mengambil tindakan susulan
terhadap perniaga apabila mereka tertipu dengan perniagaan atas talian.

20

Rajah 10: Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan apakah tindakan
susulan responden apabila responden menjadi mangsa penipuan perniagaan
atas talian.

Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan apakah tindakan
susulan responden apabila responden menjadi mangsa penipuan perniagaan
atas talian. Tindakan melaporkan kepada pihak berkuasa merupakan tindakan
yang tertinggi dilakukan oleh responden apabila responden menjadi mangsa
penipuan perniagaan atas talian iaitu sebanyak 50%. Manakala sebanyak
33.3% responden mengambil tindakkan untuk menghubungi peniaga dan
meminta ganti rugi apabila responden menjadi mangsa penipuan perniagaan
atas talian. Sebanyak 13.3% responden mengambil tindakkan hanya memberi
tahu rakan baik tentang masalahnya. Berdiam diri kerana tidak tahu berbuat
apa-apa merupakan tindakkan yang mencatatkan tindakan terendah dilakukan
oleh responden iaitu sebanyak 3.3%.

21

Rajah 11: Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan pendapat
responden mengenai adakah perlu dengan cara memberi pendedahan awal
kepada pengguna perkhidmatan perniagaan atas talian ini mengenai
perniagaan atas talian supaya pengguna tidak terjebak dengan masalah
penipuan perniagaan atas talian.

Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan pendapat responden
mengenai adakah perlu dengan cara memberi pendedahan awal kepada
pengguna perkhidmatan perniagaan atas talian ini mengenai perniagaan atas
talian supaya pengguna tidak terjebak dengan masalah penipuan perniagaan
atas talian. Sebanyak 83.9% responden menunjukkan ya bahawa perlu dengan
cara memberi pendedahan awal kepada pengguna perkhidmatan perniagaan
atas talian ini mengenai perniagaan atas talian supaya pengguna tidak terjebak
dengan masalah penipuan perniagaan atas talian. Manakala sebanyak 12.9%
responden menunjukkan bahawa kurang pasti untuk perlu dengan cara
memberi pendedahan awal kepada pengguna perkhidmatan perniagaan atas
talian ini mengenai perniagaan atas talian supaya pengguna tidak terjebak
dengan masalah penipuan perniagaan atas talian. Seterusnya, sebanyak 3.2%
responden menyatakan tidak perlu dengan cara memberi pendedahan awal
kepada pengguna perkhidmatan perniagaan atas talian ini.

22

6.3 Kaji Selidik (Research)

Kaji selidik merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
memperolehi maklumat mengenai perniagaan atas talian. Untuk menghasilkan
produk ini maklumat yang betul amat diperlukan untuk menghasilkan produk
yang berkualiti. Kaji selidik dijalankan dengan membuat penyelidikkan
melalui laman sesawang dan pembacaan melalui bahan ilmiah seperti buku,
jurnal dan majalah untuk memperolehi maklumat yang diperlukan. Berikut
antara maklumat yang diperolehi daripada hasil kaji selidik dan bacaan
melalui laman sesawang:

Maksud Perniagaan Atas Talian

Perniagaan atas talian merupakan perniagaan yang dilakukan secara
online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan
antara penjual dan juga pembeli . Perniagaan internet juga adalah sama dengan
perniagaan offline lain di mana ia tetap memerlukan tapak perniagaan, modal ,
barangan perniagaan, dan juga promosi untuk barang yang di niagakan itu .
Apa yang membezakan cumalah platform sahaja.

Jenis Perniagaan Atas Talian
Contoh perniagaan berasaskan perkhidmatan adalah seperti :

 Perkhidmatan rekabentuk grafik
 Perkhidmatan membina website
 Perkhidmatan memasang perisian
 Perkhidmatan webhosting
 Perkhidmatan menulis dan menterjemah

23

Contoh perniagaan berasaskan produk adalah seperti
 Menjual pakaian
 Menjual alatan sukan
 Menjual telefon bimbit
 Menjual kelengkapan rumah
 Menjual barangan dapur.

Kebaikan dan keburukan
i. Kebaikan perniagaan atas talian

 Boleh mencari dan membeli barangan sama ada dari dalam negara
ataupun luar negara.

 Dapat mengetahui gaya terbaru yang terdapat di pasaran.
 Menjimatkan masa dan kos dari perjalanan seperti tambang teksi,

petrol dan sebagainya
 Boleh membeli pada bila-bila masa dan di mana jua hanya

memerlukan peranti dan internet.
 Mudah untuk membuat pembandingan harga tanpa perlu berjalan

dari satu kedai ke kedai yang lain.

ii. Keburukan perniagaan atas talian

 Adakalanya perlu menunggu jangka masa yang lama untuk
menerima barangan yang dibeli.

 Kadang-kadang kos penghantaran menjadikan harga lebih tinggi.
 Tidak dapat menguji produk sebelum membeli. Unsur penipuan

boleh berlaku.
 Kecurian semasa proses penghantaran

24

Tip membeli-belah secara online

i. Kunjungi laman membeli-belah di internet
ii. Cari dan pilih barangan.
iii. Pilih cara pembayaran dan masukkan data yang diminta.
iv. Jawapan sama ada pembelian anda berjaya atau tidak akan

dimaklumkan di laman yang sama.
v. Jika berjaya, jangan lupa mencetak dan menyimpan setiap

dokumen yang berkaitan dengan pembelian anda. Ia boleh menjadi
rujukan jika berlaku masalah ketika proses penghantaran. Anda
juga memerlukan dokumen ini jika ada kerosakan sebaik barangan
tiba ke tangan anda.
vi. Kad kredit paling mudah dan selamat. Bagaimanapun, jangan
dedahkan nombor keselamatan sosial untuk mengelakkan identiti
anda dicuri.

25

6.5 Kesimpulan
Kesimpulan, melalui kaedah kajian yang dijalankan, setiap data yang

diperolehi amat membantu untuk menghasilkan produk kami. Semua
responden memberi reaksi yang positif dan memberikan kerjasama kepada
kami semasa kami menjalankan kajian soal selidik dan temu bual untuk
mendapatkan maklumat.

26

7.0 PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Perkembangan teknologi maklumat pada hari ini khususnya penggunaan
Internet telah banyak menyumbang kepada kemajuan dalam bidang perniagaan.
Kebanyakkan pengguna Internet menggunakan Internet sebagai sumber maklumat dan
hiburan. Namun tidak bagi para perniaga kerana Internet menawarkan pasaran yang
luas kepada para perniaga atau sesiapa sahaja yang mempunyai produk atau
perkhidmatan. Pada perniaga menganggap Internet mampu memberi pulangan yang
lumayan jika urusan perniagaan berjalan dengan baik. Maka wujudlah perniagaan atas
talian yang merupakan peniagaan menggunakan Internet sebagai medium perantaraan
antara penjual dan juga pembeli.

Konsep perniagaan atas talian tidak jauh berbeza dengan perniagaan
konvensional. Perniaga masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan
pelanggan untuk membeli. Perbezannya hanyalah perniaga tidak memerlukan modal
untuk mencari tempat atau kedai untuk berniaga. Segala transaksi yang berkaitan jual
beli juga boleh dilakukan secara atas talian walaupun jauh beribu batu dan tanpa
berjumpa.

Proses perniagaan ini berlaku, seorang pembeli membuat pesanan untuk
sesuatu barang melalui laman web atau Online Store yang disediakan oleh penjual.
Pembeli juga akan membuat pembayaran secara atas talian melalui kad kredit,
perbankan internet, paypal dan sebagainya. Setelah pembayaran dibuat, penjual akan
menghantar barang tersebut ke alamat pembeli melalui pos atau secara terus. Pembeli
tersebut tidak perlu membazirkan masa untuk pergi ke kedai atau pasaraya. Pembeli
juga dapat menjimatkan duit minyak atau tambang.

27

7.1 Kategori Perniagaan Atas Talian

Perniagaan atas talian merupakan perniagaan yang dijalankan melalui
jaringan rangkaian. Perniagaan atas talian dapat dibahagikan kepada 3 kategori
iaitu:

i. Perniagaan Berasaskan Produk

Dalam kategori perniagaan berasakan produk, perniagaan jenis
ini menjalankan perniagaannya dengan menjual produk seperti
barangan komestik, pakaian, aksesori dan barangan keperluan harian di
rumah. Produk perniagaan dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
produk fizikal dan produk digital.

a. Produk Fizikal

Produk fizikal ialah produk yang di jual di kedai biasa
atau di kilang tetapi di pasarkan secara atas talian. Contoh
bahan perubatan, vitamin, pakaian, alat telekomunikasi,
makanan, barangan wanita, buku, majalah, VCD, DVD, dan
sebagainya.

b. Produk Digital

Produk digital merupakan produk perniagaan yang
dihasil dengan menggunakan perisian komputer. Contohnya,
produk ebook, program komputer, template web dan blog, dan
lain-lain. Produk ini akan di hantar melalui email. Ini adalah
antara perniagaan atas talian yang banyak di buat oleh
usahawan internet.

28

ii. Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan (Services)

Perniagaan berasaskan perkhidmatan (Services) merupakan
perniagaan yang menyediakan khidmat bantuan kepada pengguna yang
memerlukan. Setiap perkhidmatan akan dikenakan caj perkhidmatan
mengikut harga dan kos perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh
setiap perniagaan atau syarikat tertentu. Contoh perniagaan berasaskan
perkhidmatan adalah seperti berikut:

a) Perkhidmatan rekabentuk grafik
b) Perkhidmatan membina website
c) Perkhidmatan memasang perisian
d) Perkhidmatan webhosting
e) Perkhidmatan menulis dan menterjemah

iii. Perniagaan Tanpa Modal

Dalam perniagaan atas talian, peniaga boleh memulakan
perniagaan walaupun peniaga tidak mempunyai produk untuk jual,
tadak mempunyai modal atau tidak mempunyai kepakaran untuk
membuat perkhidmatan perniagaan. Dengan itu, peniaga boleh
memulakan perniagaan melalui internet dengan menjual produk orang
lain. Terdapat 2 cara yang biasa digunakan oleh peniaga atas talian
bagi memulakan perniagaannya apabila tidak mempunyai modal atau
kepakaran iaitu:

29

a) Menjual Produk Fizikal Atau Digital Melalui Program
Agen Affiliate.
Sistem affiliate ialah sistem yang di bina oleh pemilik
web jualan untuk melantik agen secara automatik dan agen
akan mendapat web sendiri sama seperti web pemilik asal
dengan kod link agen yang daftar. Agen affiliate akan dapat
komisen apabila pembeli membeli melalui link ref nya.
Menarik tak. Tugas anda hanya promosi sahaja.

b) Agen Dropship
Agen dropship bermaksud peniaga perlu

mempromosi produk pemiliik asal, peniaga akan
menguruskan promosi, peniaga akan menerima bayaran
atas harga pasaran, kemudian peniaga akan membayar
kepada pembekal utama harga agen. Kemudian pembekal
tersebut akan poskan barang kepada pelanggan peniaga
tersebut. Dengan kaedah dropship peniaga tidak perlu
menyimpan stok. Peniaga hanya perlu mempunyai blog
free atau web sendiri untuk tujuan promosi dan
memaparkan barangan yang hendak jual.

30

7.2 Jenis Produk Perniagaan Atas Talian
i. Barangan Elektrik Dan Elektronik

Gambar 7.2.1: Contoh barangan elektrik perkakasan dirumah yang
dijual atas talian.

Gambar 7.2.2: Contoh barangan elektrik yang ada dijual melalui
perniagaan atas talian.

31

ii. Barangan Kesihatan Dan Kecantikkan

Gambar 7.2.3: Contoh barangan kecantikkan yang dijual melalui atas
talian.

Gambar 7.2.4: Contoh barangan kesihatan yang dijual melalui atas
talian.

32

iii. Fesyen

Gambar 7.2.5: Contoh barangan pakaian dan beg yang menjadi trend
pengguna sekarang yang ada dijual melalui atas talian.

33

iv. Barangan Sukan

Gambar 7.2.6: Contoh barangan sukan yang dijual melalui atas talian.
34

v. Barangan Runcit

Gambar 7.2.7: Contoh barangan runcit yang dijual melalui atas talian.
35

7.3 Kelebihan Dan Kelemahan Perniagaan Atas Talian
Perniagaan atas talian merupakan satu platform perniagaan yang

semakin popular dalam kalangan perniaga pada masa ini. Antara jenis
perniagaan atas talian yang terkenal dalam kalangan pengguna di Malaysia
ialah Lazada, Murah.my, Lelong dan banyak lagi. Namun itu, selain
kebaikkan ada juga kelemahan yang akan diperolehi akibat perniagaan atas
talian pada masa ini.

Faedah perniagaan atas talian kepada peniaga adalah urusan
perniagaan yang mudah dan pantas iaitu dengan hanya perlu menekan papan
kekunci sahaja. Hal ini demikian kerana, urusan jual beli yang dilakukan tidak
melibatkan pertemuan antara penjual dan pembeli secara langsung. Barangan
yang dipesan pula tidak memerlukan tempoh masa yang lama untuk sampai
kepada pembeli. Bahkan, urusan pembelian boleh dilakukan pada bila-bila
masa kerana pada kebiasaannya perniagaan atas talian ini beroperasi tanpa had
masa.

36

7.3.1 Kelebihan Perniagaan Atas Talian
Disebabkan oleh faktor kesibukkan dan masa, ramai pengguna

lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan perniagaan atas
talian. Pada masa kini perniagaan atas talian telah menjadi trend
masyarakat untuk membeli barangan secara atas talian. Berikut
merupakan kelebihan menggunakan perniagaan atas talian:

i. Boleh mencari dan membeli barangan sama ada dari dalam
negara ataupun luar negara.

ii. Dapat mengetahui gaya terbaru yang terdapat di pasaran.
iii. Menjimatkan masa dan kos dari perjalanan seperti tambang

teksi, petrol dan sebagainya
iv. Boleh membeli pada bila-bila masa dan di mana jua hanya

memerlukan peranti dan internet
v. Mudah untuk membuat pembandingan harga tanpa perlu

berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain.

37

7.3.2 Kelemahan Perniagaan Atas Talian

Selain daripada kelebihan dan manfaat yang diperolehi
daripada menggunakan perniagaan atas talian, perniagaan jenis ini juga
mempunyai kelemahannya kerana beberapa faktor yang mungkin
menjadi masalah kepada peniaga dan pengguna. Berikut merupakan
kelemahan perniagaan atas talian yang boleh dibahagikan kepada
peniaga dan pengguna:

i. Kepada Peniaga

a) Kurang Interaksi Sosial

Kebanyakkan perniagaan atas talian dilakukan
daripada rumah sahaja. Walaupun keadaan ini mudah bagi
peniaga tetapi ia tidak memberikan kesan sosial seperti
berlaku di tempat kerja tradisional seperti kedai dan
pejabat. Hampir semua komunikasi perniagaan atas talian
ini dilakukan dengan menggunakan media sosial seperti
email, facebook, whatsapp, wechat dan media sosial yang
lain. Keadaan ini akan menyukarkan interaksi sosial antara
peniaga dan pengguna seperti yang berlaku secara
bersemuka.

b) Memerlukan Kemahiran Menggunakan Komputer dan
Teknologi Maklumat

Perniagaan atas talian sudah pasti memerlukan
kemahiaran menggunakan komputer dan teknologi
maklumat jika mahu menceburi diri dlam perniagaan ini.
Jika anda kurang mahir dalam ilmu perkomputeran,
mintalah khidmat bantuan dari mereka yang mahir.

38

c) Sukar Mendapatkan Kepercayaan Daripada Pembeli

Untuk maju dalam perniagaan atas talian, peniaga
perlu mendapat kepercayaan dari bakal pelanggan terlebih
dahulu. Peniaga perlu menyakinkan pembeli mengenai
produk yang ditawarkan serta meyakinkan pembeli
mengenai keselamatan wang mereka. Memang sudah
menjadi norma bahawa apa-apa yang melibatkan wang
akan membuatkan pembeli berfikir tiga empat kali sama
ada mahu membeli atau tidak. Ramai pengguna yang masih
takut untuk membelanjakan duit mereka secara atas talian.
Hal ini sangat berbeza dengan membelanjakan duit di
kedai-kedai biasa.

d) Kurang Dikenali Pengguna Offline

Walaupun bilangan pengguna internet kian
meningkat saban hari, namun jumlah mereka yang tidak
menggunakan atau kurang menggunakan internet juga
masih sangat ramai. Jadi apabila peniaga mempunyai
peniagaan atas talian yang hanya beroperasi secara online,
ianya sukar mendapat recognition dari pengguna offline.

e) Keselamatan Data

Untuk melakukan transaksi online ketika membuat
pembelian barangan, sesuatu laman web itu akan meminta
alamat email dan maklumat-maklumat peribadi yang lain
untuk disimpan dalam data pelanggan perniagaan yang
beroperasi dalam melalui laman web tersebut. Walaupun
terdapat polisi keselamatan data yang menjamin bahawa
maklumat peribadi peniaga dan pengguna itu tidak akan
dilihat oleh pihak ketiga, namun mudah sebenarnya

39

maklumat itu terbongkar melalui aktiviti 'hacking' yang
dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Aktiviti hacking ini merupakan satu aktiviti pencerobohan
data sesebuah laman web dan para hacker itu akan mencuri
data-data pengguna laman web tersebut. Data yang biasa
mereka curi ialan senarai email dan maklumat akaun bank
atau kad kredit.

ii. Kepada Pengguna

i. Kos penghantaran Barang Yang Tinggi

Pengguna biasanya perlu menunggu jangka masa
yang lama untuk menerima barangan tersebut. Kadang
kala, hal ini juga boleh mengambil masa sehingga sebulan
atau lebih lama jika dihantar dari luar negara. Mungkin
terdapat kelewatan dalam penghantaran, atau salah faham
dan pengguna tidak boleh pergi bersemuka dengan pemilik
kedai untuk penjelasan.

ii. Jangka Masa Penghantaran Yang Lama

Kos penghantaran pada barangan adalah
ditanggung oleh pengguna kecuali melalui pembelian yang
banyak atau tawaran percuma daripada penjual. Kadang
kala kos akan menjadi tinggi yang menjadikan pembelian
di atas talian tidak berbaloi.

40

iii. Produk Barangan Yang Tidak Dapat Diuji

Pengguna atau pembeli tidak dapat menguji produk
sebelum membuat pembelian ke atas produk. Unsur
penipuan mungkin boleh terjadi jika penjual tidak jujur.
Apa yang kelihatan cantik di dalam gambar mungkin tidak
secantik atau sebaik yang kita inginkan.

iv. Keselamatan Data Pengguna

Orang risau tentang penipuan atau kecurian
pembelian dengan kad kredit. Pastikan setiap laman web
pengguna gunakan untuk berurusan, keselamatan disahkan
selamat dan dilindungi dan mempunyai maklumat ini
dipaparkan dengan jelas di laman web mereka. Juga,
membaca dasar privasi pada laman web untuk melihat apa
yang mereka akan lakukan dengan maklumat anda. Sila
berurusan dengan lawan web perniagaan yang telah
terbukti keberkesanannya.

v. Kecurian Semasa Proses Penghantaran

Kejadian berlakunya kes kecurian semasa proses
penghantaran biasanya boleh berlaku semasa proses
penghantaran di kargo tempat pemunggahan barang atau
kes kecurian berlaku semasa proses penghantaran dilakukan
oleh pihak ketiga. Kes kecurian berlaku kerana ada pihak
yang tidak bertanggungjawab mengambil barangan
tersebut. Ada juga terdapat masalah salah alamat
penghantaran dan pihak yang berkenaan tidak
memulangkan barangan tersebut menyebabkan barangan
tersebut tidak sampai kepada pemebeli.

41

7.4 Kesimpulan
Jelaslah bahawa, perniagaan atas talian mempunyai kelebihan dan

kelemahan yang tertentu. Justeru itu, masyarakat perlulah bijak untuk memilih
dan berhati-hati agar kemudahan yang ada tidak memudaratkan diri sendiri.

42

8.0 Masalah Yang Berlaku Dalam Perniagaan Atas Talian

Membeli belah secara atas talian atau melalui alam maya (online shopping)
bukanlah dianggap perkara yang baru kerana dengan adanya penciptaan telefon pintar
dan kemajuan dalam industri teknologi maklumat, segala-galanya hanya di hujung
jari. Pembelian barangan atau produk secara atas talian menjadi trend yang semakin
menular dalam kalangan masyarakat tempatan terutamanya golongan wanita dan
ketika musim perayaan. “Pembelian secara ‘online’ mencatatkan peningkatan
mengejut sebanyak kira-kira empat kali ganda sejak tiga tahun lalu." Zeffri Yusof,
Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Malaysia, Pakistan dan Bangladesh,
Google Malaysia.

Seiringan dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, cara membeli
barangan secara atas talian kini semakin menerima sambutan. Dengan itu, membeli
belah atas talian dipilih sebagai langkah mudah untuk berbelanja mendapatkan barang
keperluan tanpa memerlukan masa yang lama untuk ke pasar raya dan menjimatkan
kos pengankutan untuk ke tempat membeli belah. Pembelian secara atas talian juga
membuka peluang kepada pembeli untuk mendapat barangan edisi terhad atau tidak
dijual di negara ini secara eksklusif, dan sesetengahnya ditawarkan dengan harga
lebih murah.

Namun begitu, di sebalik kebaikannya terselit juga beberapa keburukan
membeli belah secara atas talian. Antara isu yang hangat diperkatakan mengenai
pembelian secara atas talian adalah mengenai kes penipuan yang dilakukan oleh
sesetengah pihak yang mempunyai sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mahu
mengaut keuntungan semata mata. Dengan bertambahnya laman web jual beli secara
atas talian, contohnya melalui Facebook, isu ini menjadi semakin meningkat. Ada
kalanya barang yang dijual tidak seperti yang dipaparkan di dalam gambar, kualiti
yang rendah berbanding harga yang ditawarkan, barang yang dijual tidak asli atau
mudah rosak, barangan yang dibeli tidak sampai tetapi duit yang dibayar lesap begitu
sahaja serta pelbagai lagi penipuan yang sering terjadi. Hal ini menyebabkan pembeli
terpaksa menanggung risiko atau kerugian yang tinggi.

43

8.1 Kes Penipuan Perniagaan Atas Talian

Penipuan dalam perniagaan sering berlaku melalui media sosial seperti
facebook dan laman web yang kurang dipercayai di mana mangsa sasaran
adalah tidak terpikat pada umur, bangsa mahupun jantina. Kes penipuan ini
juga dikenali sebagai scam yang dilaporkan kerap berlaku di Malaysia.
Berikut adalah gambar-gambar yang dipetik daripada laman sesawang seperti
di website dan media sosial yang memperlihatkan teknik penipuan peniaga-
peniaga online ini.

Gambar 8.1.1: Contoh kes penipuan di dalam laman media sosial iaitu facebook.

Melihat gambar di atas, sebelah kanan di atas menunjukkan laman
Facebook yang diwujudkan oleh scammer dan bahagian kiri merupakan
komen mangsa tertipu dalam bahasa Mandarin. Secara umumnya, scammer
gemar membuka halaman muka laman media sosial sendiri di Facebook dan
berkongsi gambar-gambar produk yang akan ditawarkan. Mereka akan
mempromosikan barangan tersebut dengan menokok tambah ciri-ciri barang
jualannya.

44


Click to View FlipBook Version