Gambar 8.1.2: Keratan akhbar daripada utusan online mengenai kes penipuan
perniagaan online di Kelantan
Gambar 8.1.3: Keratan akhbar mengenai kes penipuan perniagaan atas talian.
45
Gambar 8.1.4: Keratan akhbar mengenai statistik kes terkumpul tentang kerugian
laman web e-dagang seluruh negara (Jan-Jun 2013).
Selain itu, mereka akan menggunakan pelbagai alternatif untuk
meningkatkan jumlah pengikut laman tersebut untuk mempertingkatkan
kepercayaan pelanggan dan pada masa yang sama menghapuskan keraguan
pembeli yang bimbang ditipu. Pembeli yang membuat pesanan akan diminta
membayar melalui kaedah bank in atau transaksi atas talian dan menangkap
gambar resit sebagai bukti. Teknik ini seumpama penjual yang lain. Selepas
menghantar gambar bukti kepada penjual, pihak mereka akan mengesahkan
bahawa produk tersebut telah dikirim beberapa hari kemudian dan meminta
pembeli bersabar sementara menunggu. Namun, barang dibeli tidak akan tiba.
Apabila membangkitkan persoalan tersebut, pihak pembeli tidak akan
memberi respons dan semua komen akan dihapuskan secepat mungkin.
Pelbagai masalah yang berlaku apabila kejujuran dan amanah dalam
menjalankan perniagaan tidal diamalkan dengan bertanggungjawab oleh pihak
terlibat. Pelbagai masalah akan timbul jika masalah penipuan perniagaan atas
talian tidak dibendung dengan segera.
46
8.2 Statistik Penipuan Perniagaan Di Atas Talian
Laman sesawang kini semakin meluas dan sehingga wujudnya
perniagaan di atas talian, seperti yang kita tahu perniagaan atas talian sangat
memudahkan hanya memilih barangan yang kita suka lalu membuat
pembayaran menerusi perbankan di atas talian. Namun begitu tidak semua
perkara yang mudah memberi kesan yang baik kepada semua orang kerana
terdapat sesetengah pihak yang menggambil kesempatan dengan menipu
pengguna untuk mencari keuntungan sendiri. Kesan ini menyebabkan
pengguna mengalami kerugiaan yang banyak sehingga merugikan sesetengah
individu tersebut. Penipuan ini dilakukan dengan pelbagai cara ada di
antaranya tidak mendapat barangan yang diinginkan dan ada di antaranya
mendapat barangan selain daripada barangan yang dipesan.
Melihat daripada statistik yang dipaparkan di utusan online bertarikh
22/10/2011, kita dapat melihat bahawa saban tahun kes penipuan ini
meningkat, sebanyak 1,241 kertas siasatan yang diterima oleh pihak polis
berhubung dengan pembelian barangan melalui internet. Sepanjang sembilan
bulan pertaman pada tahun tersebut kerugiaan yang dialami oleh semua
individu berkenaan membabitkan hampir RM 3juta.mengikut daripada
siasatan juga penipuan yang membabitkan laman web mudah.my adalah yang
paling tingg dilaporkan sebanyak 872 kes dan kerugiaan mencecah RM
1,354,120.12. Melihat kepada keterangan Penolong Ketua Urus Setia Ketua
Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisien Ramli Mohameed
Yoosuf, modus operandi sendiket penipuan ini ialah suspek mengiklankan
barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik
minat pembeli. Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon dan
emel . Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun
pembayaran telah dibuat.
47
Saban tahun kes penipuan dalam talian ini meningkat melihat kepada
maklumat yang dikeluarkan oleh Berita Harian Online yang bertarikh 7
Februari 2017 statistik pada tahun 2016 kes penipuan ini meningkat kepada
3.921 kes dan ini melibatkan gabungan daripada pencuriaan data, skim
penipuan, pembelian barangan atas talian serta perrbankan internet. Jumlah ini
telah meningkat kira-kira 20.4 peratus berbanding tahun 2015 yang
mencatatkan 3,257 kes penipuan dalam talian bagi kes yang sama. Mentri
Sains , Teknologi dan inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata statistik itu
berdasrkan laporan Pusat Koordinasi Cyber999 dikendalikan CyberSecurity
Malaysia katanya, penipuan dalam talian adalah kes yang banyka dilaporkan
oleh netizen membabitkan insiden keselamtan siber dalam tempoh lima tahun
terakhr, dengan jumlah insiden sentiasa meningkat dalam tempoh itu.
Rajah 8.2.1: Rajah ini menerangkan kes penipuan sepanjang tahun 2015 sehinga 2016.
48
Statistik yang ditunjukan ini adalah secara keseluruhan yang berlaku
dalam negara kita tetapi terdapat juga catatan dan laporan yang diterima dari
sesetengah daerah mengenai kes penipuan di atas talian ini. Di Kuala
Terengganu menurut catatan berita akhbar Kosmo Online yang bertarikh
23/04/2017, lebih 100 kes penipuan jual beli barangan secara atas talian
diterima dalam tempoh seminggu sejak awal tahun ini. Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata sepanjang
tempoh itu, kegiatan jenayah tersebut telah menyebabkan kerugian
dianggarkan puluhan juta. Penipuan siber terutama jual beli barang secara atas
talian merupakan antara jenayah komersial tertinggi yang diterima JSJK.
Di daerah manjung juga tidak lari daripada laporan mengenai kes
penipuan ini, maklumat ini dipetik daripada berita Astro Awani bertarikh 4
Oktober 2016 apabila kes penipuan barangan atas talian di daerah tersebut
meningkat kepada 40 kes membabitkan kerugian sebanyak RM 81,654 bagi
tempoh sembilan bulan tahun tersebut. Ketua polis Daerah Manjung ACP
Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata jumlah itu meingkat
sebanyak 6.4 peratus daripada 14 kes yang melibatkan kerugian berjumlah rm
76,720 bagi tempoh sama tahun lalu. Peningkatan kes itu melibatkan pelbagai
penipuan dalam talian termasuk membabitkan jual beli kereta, peralatan gajet
dan sebaginya manakala mangsa penipuan terdiri daripada pebagai golongan
termasuk ahli korporat, pejawat awam dan kerani, katanya kepada pemberita.
Kesimpulannya, melihat daripada maklumat yang dinyatakan kita
dapat lihat bahawa kes penipuan atas talian ini sudah semakin memudaratkan
setiap tahun kes ini meningkat dan kerugian juga semakin bertambah, oleh
yang demikian sebagai pengguna kita seharusnya sentiasa berwaspada dan
bijak dalam melakukan urusan berkaitan dengan pembelian di atas talian
sentiasa mencari dahulu kesahihan laman perniagaan yang digunakan sebelum
melakukan pembelian supaya tidak berlakunya kes penipuan ini kepada diri
sendiri.
49
8.3 Teknik Penipuan Perniagaan Atas Talian
Berikut merupakan teknik-teknik yang digunakan oleh sindiket
penipuan perniagaan atas talian:
1. Penawaran harga barang yang begitu murah sehingga dapat mempengaruhi
seseorang untuk membelinya.
2. Sesuatu perniagaan itu tidak menyatakan maklumat-maklumat yang sahih
di perniagaan mereka seperti alamat perniagaan, nombor telefon yang
boleh dihubungi dan lain-lain.
3. Peniaga menipu pelanggan dengan menyuruh pelanggan tersebut
melakukan bayaran deposit dalam satu jumlah yang banyak. Selain itu,
apabila pelanggan sudah melakukan pembayaran, barang yang dibeli tidak
sampai kerana perniagaan itu tidak wujud.
4. Penjual ataupun “scammer” akan memberi butiran peribadi mereka seperti
nombor kad pengenalan sebagai jaminan yang mereka tidak menipu
pelanggan untuk mengaburi kepercayaan pelanggan.
5. Seseorang akan menerima mesej yang menyatakan individu tersebut
memenangi hadiah atau pun peraduan. Akan tetapi, sebelum menerima
hadiah, individu tersebut harus melakukan sesuatu bayaran.
6. Penjual itu menggunakan nama seseorang yang sangat berpengaruh dan
terkenal untuk menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk
mereka.
7. Penipuan melalui e-mel dan online classified yang dilakukan oleh
scammers. Contohnya pengguna akan mendapat iklan online yang di
promosikan melalui Google, Yahoo dan sebagainya.
50
9.0 LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN
PERNIAGAAN ATAS TALIAN
9.1 Langkah Menangani Masalah Kes Penipuan Perniagaan Atas Talian
a) Tindakan Individu
i. Mengetahui maklumat peribadi penjual atau syarikat seperti nama,
alamat, e-mail, nombor telefon dan nombor kad pengenalan.
ii. Mengkaji mengenai produk, program atau sistem yang diperkenalkan
seperti kesan sampingannya jika ingin membeli produk kecantikan.
Melihat testimoni di internet yang telah membeli dan menggunakan
produk berkenaan. Pastikan peratusan atau ‘rate’ yang diberikan oleh
pelanggan adalah tinggi. Lihat iklan dan page jualan tersebut untuk
lebih mengetahui sikap penjual dan maklumat lengkap perniagaannya.
iii. Meminta pendapat orang lain sebelum membeli sesuatu produk
terutama barangan bernilai tinggi atau mengikuti sebarang program
yang memerlukan pelaburan wang.
iv. Jika terdapat sebarang kebimbangan atau keraguan, jangan malu untuk
bertanya kepada peniaga tersebut atau orang yang lebih mengetahui
dan jangan takut untuk membuat laporan kepada pihak berwajib jika
terjadi penipuan di internet.
v. Jangan terburu-buru membuat pembelian. Bandingkan harga di
internet, kedai-kedai atau peniaga barangan atas talian yang lain.
vi. Jika ingin membeli kenderaan, atau seumpamanya, mintalah untuk
melihat keadaan barangan tersebut terlebih dahulu supaya ia masih
dalam keadaan baik dan bukan barangan curi.
51
vii. Jika barang yang dijual adalah grey set atau tiada waranti, pastikan
harganya jauh lebih murah. Sekiranya membeli kamera second hand
yang masih dalam waranti, pastikan mendapat sekali kotak dan kad
waranti berserta resit belian.
viii. Jika membeli barangan elektronik, pastikan ada COD atau Cash on
Delivery. Ini adalah untuk mengelakkan pembeli menerima barangan
yang telah rosak. Sebelum melakukan pembayaran, uji dahulu fungsi
barang tersebut agar harga yang ditawarkan seiring dengan
keberkesanan fungsi alat itu. Pastikan juga COD dilakukan di tempat
yang terbuka dan ditemani rakan agar keselamatan terjamin.
ix. Seeloknya, belilah barangan dari peniaga yang menawarkan
pengembalian wang sekiranya barang yang sampai kepada penerima
adalah tidak elok.
x. Lakukan pembayaran dengan betul iaitu tentukan nama peniaga, bank
yang digunakan, nombor akaun peniaga, tarikh dan masa pembayaran,
cara barangan dihantar dan jumlah duit yang dibayar adalah lengkap.
Pastikan pembeli menyimpan slip pembayaran untuk dijadikan sebagai
bukti jika berlaku sebarang penipuan.
b) Tindakan Kerajaan
i. Menubuhkan unit pencegahan jenayah siber
ii. Melatih ramai pakar dalam bidang Information Technology (IT).
iii. Melatih kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) serta beberapa pekerja terpilih di bank-bank dalam
negara ini dengan kemahiran dalam bidang forensik komputer bagi
menyiasat dan menganalisis data untuk mendapatkan bukti kukuh
mengenai sesuatu laporan penipuan.
52
iv. Kerjasama kerajaan dengan syarikat yang ingin memulakan perniagaan
e-dagang. Mereka dinasihatkan untuk mengambil langkah keselamatan
terlebih dahulu.
v. Mengkaji hukuman bagi jenayah tersebut yang sedia ada supaya
hukuman berbentuk pemulihan dijalankan agar kepakaran penjenayah
siber dapat digunakan dengan cara yang baik
vi. Pemantauan pihak berkuasa di alam siber dengan kerjasama SKMM
dan Cyber Security Malaysia.
vii. Menerapkan pengetahuan mengenai jenayah siber kepada pelajar
sekolah dan masyarakat melalui sesi ceramah, kempen, media
elektronik dan media massa bagi melahirkan masyarakat celik
teknologi.
53
9.2 Saranan Kepada Pengguna Perkhidmatan Atas Talian
i. Pembeli harus mencari informasi tentang peniaga yang menjual online di
internet. Contoh informasi yang boleh diperoleh adalah nama peniaga,
alamat, nombor telefon dan sebagainya. Selain itu pasti ada maklumat
berikut:
Mesti Ada Salinan Pendaftaran Perniagaan
Maklumat Individu/Kumpulan/Syarikat Lengkap
Mempunyai Alamat Perniagaan Online Atau Offline
Apa Yang Ditawarkan Tidak Terlalu Murah
Semak Terlebih Dahulu Di Carian Google
Pastikan Mereka Tidak Terbabit Dengan Scam
ii. Jika Anda Tidak Tahu Sama Ada Betul Atau Tidak Bertanyakan Kepada
Yang Lebih Tahu Sebelum Anda Kerugian Dan Menghadapi Kes
Penipuan.
iii. Pembeli harus memeriksa tentang laman sesawang penjual untuk
memastikan perniagaan itu wujud ataupun tidak. Lebih baik jika kita
mencari testimoni – testimoni tentang perniagaan tersebut.
iv. Pembeli harus berhati-hati dengan mesej yang di beri oleh penjual yang
mana penjual meminta butiran peribadi tentang si pembeli.
v. Jangan sesekali memberikan atau masukkan no. Akaun, alamat rumah, no
telefon dan no. kad pengenalan ke dalam borang online yang tidak
diketahui kemana ia pergi kerana majoritinya si penipu akan menyimpan
maklumat kita untuk tujuan jenayah.
54
vi. Pembeli tidak harus sewenang-wenangnya memberi wang pendahuluan
atau down payment dalam jumlah yang besar untuk memastikan si peniaga
tidak melakukan sebarang penipuan.
vii. Pembeli harus melebihkan kaedah COD (cash on delivery) untuk
memastikan kepuasan apabila melihat barang dan keadaan barang yang
ingin dibeli.
viii. Pembeli harus memastikan produk-produk yang dijual mendapat
pengiktirafan dari pihak yang berkaitan.
ix. eBay, lelong.com.my dan juga forum biasanya ada ruangan feedback
mengenai transaksi/sejarah penjual sebelum ini. Namun, di dalam
Facebook dan juga Mudah.my anda tidak dapat membaca sebarang
feedback seperti itu.
x. Jika mereka ada memaparkan nama perniagaan atau nombor pendaftaran
perniagaan/syarikat, anda boleh menyemaknya dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM). Anda boleh membaca cara-cara menyemak
senarai peniaga berdaftar dengan SSM disini; Cara menyemak peniaga
berdaftar SSM. Jangan membuat bayaran kepada akaun bank yang
mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual.
Jika nama syarikat yang dipaparkan sebagai "ABC Enterprise", nama
akaun bank juga perlulah sebagai "ABC Enterprise".
xi. Lihat dengan teliti gambar yang disertakan
Didalam iklan yang dibuat penjual pada kebiasaannya ada disertakan
gambar koleksi numismatik yang ingin dijual. Lihat dengan teliti gambar-
gambar yang dikongsi oleh penjual.
Jika gambar item yang ditunjukkan tidak jelas dan kecil, minta penjual
untuk emailkan gambar item yang lebih jelas dan memuaskan hati anda.
55
Jika gambar yang disertakan mempunyai watermark/kesan watermark
yang telah diblurkan, selidik mengenai gambar tersebut. Ada kemungkinan
penjual menggunakan gambar orang lain dan bukan menunjukkan item
yang sebenar. Sebagai contoh, blog saya ada menggunakan logo
malaysiancoin.com sebagai watermark.
xii. Jika penjual baru, buat COD sahaja
Jika anda terpaksa juga untuk membeli dengan penjual yang tidak dikenali,
pastikan beliau boleh menerima Cash on Delivery (COD) atau dalam erti
kata lain, menerima pembayaran apabila anda bertemu dengannya.
Jika penjual tersebut tidak boleh melakukan COD atas faktor kedudukan
anda dan beliau yang jauh dan anda tidak mempunyai rakan yang tinggal
berdekatan dengan tempatnya untuk membantu anda melakukan COD,
elakkan daripada membuat urusniaga dengan penjual tersebut. Jangan
sekali-kali membayar duit terlebih dahulu, bayar apabila anda telah
melihat/meneliti item yang ditawarkan dan anda berpuashati dengan
keadaan koleksi yang ditawarkan tersebut.
xiii. Jika anda rasa tertipu, bersuaralah
Didalam komuniti numismatik di Facebook yang saya lihat sekarang ini,
urusan jual beli yang berakhir dengan penipuan amat sukar untuk diketahui
kerana pembeli yang ditipu berdiam diri. Mungkin kerana malu dirinya
telah ditipu atau juga tidak sedar yang dia telah ditipu. Berdiam diri akan
hanya membantu scammer ini untuk terus menjalankan aktiviti penipuan
mereka.
56
Kongsi bukti yang anda ada didalam ruang Facebook pages atau groups
tersebut supaya rakan-rakan lain tidak tertipu dimasa hadapan.
Ada juga penipu yang menjual koleksi yang murah (item ada pada tangan
dan pembeli terima item) terlebih dahulu untuk mendapatkan keyakinan
dan kepercayaan dikalangan ahli kumpulan numismatik yang beliau sertai.
Apabila beliau rasakan yang kepercayaan itu telah diperolehi, beliau akan
mula menjual koleksi pada harga yang mahal (koleksi tersebut hanya
gambar, tidak ada item fizikal sebenar pada penjual).
57
9.3 AGENSI TERLIBAT YANG DAPAT MEMBANTU
AGENSI-AGENSI YANG DAPAT MEMBANTU
Dalam menangani masalah ini terdapat agnesi yang dapat membantu dalam
menghadapi masalah penipuan di atas talian ini. Namun begitu terdapat beberapa
langkah yang boleh digunakan sebagi contoh resit atau bukti pembayaran hendaklah
disimpan, sekirannya anda membuat pembayaran online, and boleh printscreen
sebagai bukti dan simpan sebagi format pdf/word. Print bukti untuk simpanan. Sila
hubungi penjual online dan buat aduan jika tiada tindak balas sila buat aduan kepada
pihak berkuasa seperti polis, KPDNKK,TTPM dan NCCC.
Individu boleh membuat laporan dengan cara seperti berikut:
1. Lamgkah pertama pergi ke cawangan Tribunal Pengguna yang berdekatan.
2. Buka fail dengan bayaran Rm 5.00
3. Pastikan anda membawa sekali bukti pembayaran atau penyata bank dan segala
mekalumat mengenai penipu tersebut. yang penting adalah dengan memperolehi
alamat si penipu.
4. Kes akan dibawa ke mahkamah. Sekiranya didapati bersalah, penipu akan
diarahkan oleh mahkamah untuk membuat pembayaran balik kepada anda.
SENARAI AGENSI YANG PERLU DIKETAHUI
1. E-Aduan Kemneterian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK).
Sistem E-Aduan ini berupaya untuk membantu pengguna membuat aduan
kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.
Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanaan dengan satu objektif: untuk
menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang
ramai.
Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : [email protected]
58
2. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tenatang sebarang
isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi
telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier
dan pensijilan digital.
Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : [email protected]
3. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang
ditubuhkan di bawah seksyen 85, Bahagian xii Akta Perlindungan Pengguna
1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian xii Akta
mengandungi 38 seksyen yang mnyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal
seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal,
Award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna
Malaysia menyediakan alternatif kepada pengguna untuk menfailkan sebagai
ganti rugi dan pampasan terhadap perniaga atas talian.
Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822
4. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu
menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan,
pengeluar, pengedar atau penjuak dan mejlankan perundingan antara pihak
pengadu dengan pihak dituntut.
Laman web : http://www.nccc.org.my
Tel : 03 7877 9000
59
10.0 KESIMPULAN
Perniagaa atas talian merupakan sebiah perkhidmatan perniagaan yang
dijalankan menggunakan jaringan rangkaian bagi memberi kemudahan kepada
pengguna untuk membeli belah secara maya. Melihat kepada situasi sekarang,
perniagaan atas talian begitu mendapat sambutan daripada pengguna dan ramai
peniaga dan usahawan menceburi diri dlaam bidang perniagaan atas talian. Walaupun
begitu, dengan keadaan dunia yang semakin pesat membangun, keadaan ekonomi
yang kurang stabil dan untuk mendapat lebihan keuntungan maka terdapat juga
masalah yang timbul daripada perniagaan atas talian. Banyak kes penipuan yang
melibatkan pengguna dan peniaga atas talian menyebabkan perniagaan atas talian
menjadi satu masalah kerana telah menyumbang kepada kes jenayah. Walaupun ianya
Nampak tidak begitu berbahaya tetapi masalah ini amat memberi kesan kepada
pengguna perkhidmatan ini kerana menghadapi masalah kerugian disebabkan
penipuan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh sebab itu,
kajian ini telah dijalankan bagi memdapatkan maklumat mengenai perniagaan atas
talian dan menganal pasti langkah untuk mengatasi masalah ini. Ramai responden
yang terdiri daripada orang awam dan pelajar di UTHM telah memberikan kerjasama
bagi kami mendapatkan maklumat mengenai kes penipuan pernagaan atas talian.
58
ASSESSMENT LIST
SEMESTER : 2
SESSION : 20162017
Name NOR SYIFA BINTI MOHD NASIR
Matric No CB160064 IC/Passport 941223085350
Programme BBF - BACHELOR OF VOCATIONAL Faculty B - FACULTY OF TECHNICAL
EDUCATION (MULTIMEDIA CREATIVE) WITH AND VOCATIONAL
HONOURS EDUCATION
Course BBP15103 - COMPUTER PROGRAMMING
Name
ASSESSMENT METHOD MARK FULLMARK PERCENTAGE TOTAL (%)
KUIZ QUIZ 7.8 10 10 7.8
TUGASAN ASSIGNMENT 6 6 6 6
UJIAN 1 TEST 20 30 15 10
UJIAN 2 TEST 19 30 15 9.5
AMALI LAB 14 14 14 14
TOTAL 60 47.3
NOTE
* Assesment marks are not displayed
Total (%) = (Mark/Fullmark)*Percentage
Total coursework marks are excluded final examination
All marks and assessment details are subject to amendments
Printed date: Monday 29th of November 2021 09:10:53 PM
BBP 15103_Pengaturcaraan Komputer 1
Latihan Amali 3
1. Tuliskan aturcara C++ yang melakukan arahan seperti di bawah:
a. Minta pengguna masukkan 5 nombor decimal
b. Cetak 5 nombor decimal tersebut
c. Tukar setiap nombor decimal tersebut kepada integer
d. Tambah 5 nombor integer tersebut
e. Cetak jumlah hasil tambah dan purata 5 nombor integer tersebut
2. Berdasarkan data di dalam carta IPO di bawah.
a. Tulis satu aturcara C++ untuk masalah tersebut
b. Masukkan komen yang bersesuaian untuk menerangkan aturcara
c. Uji atucara dengan menggunakan input 45.50 dan 57.40 untuk jualan
karipap dan nasi lemak, dan 0.05 untuk kadar komisyen (jawapannya ialah
5.145).
d. Uji atucara dengan menggunakan input 300 dan 500 untuk jualan karipap
dan nasi lemak, dan 0.06 untuk kadar komisyen (jawapannya ialah 48)
Carta Maklumat IPO
Input:
jualan karipap
jualan nasi lemak
kadar komisyen
proses:
jumlah jualan
kira komisyen
output:
komisyen
algoritma:
1. Masukkan jualan karipap, jualan nasi lemak dan kadar
komisyen
2. Kira jumlah jualan dengan menambahkan jualan karipap dan
jualan nasi lemak
3. Kira komisyen dengan mendarabkan jumlah jualan dengan
kadar komisyen
4. Cetak jumlah jualan dan komisyen
Oleh: Marlina Mohamad Sem 2 2016 2017
BBP 15103_Pengaturcaraan Komputer 2
3. Tulis satu aturcara C++ yang meminta pengguna memasukkan maklumat peribadi
dan memaparkan semula seperti contoh output dalam rajah di bawah. Perkataan
yang bergaris adalah contoh input yang dimasukkan oleh pengguna.
Sila masukkan maklumat peribadi seperti di bawah.
Nama : Hamid bin Salim
Tempat pengajian : UTHM
Tahun pengajian : 1
CGPA: 3.98
*******************************************
Sila semak butiran yang telah anda masukkan seperti di bawah.
Nama : Hamid bin Salim
Tempat pengajian : UTHM
Tahun pengajian : 1
CGPA: 3.98
Hamid bin Salim,
Permohonan anda akan diproses, anda akan dimaklumkan status permohonan dalam
masa 1 minggu.
TERIMA KASIH KERANA MEMOHON BIASISWA KPM
*******************************************
4. Tulis satu aturcara C++ yang meminta pengguna memasukkan jumlah gaji kasar
setahun. Kira jumlah gaji bersih dan cetak purata gaji bersih sebulan. Jumlah gaji
bersih dikira dengan gaji kasar tolak cukai pendapatan. Jumlah cukai pendapatan
yang perlu dibayar ialah 12% setahun (8% untuk RM 45,000 yang pertama dan
4% selebihnya).
Oleh: Marlina Mohamad Sem 2 2016 2017
Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Soalan 4
BBP15103-Pengaturcaraan Komputer 1
Latihan Amali 4: Pengoperasi dan Ungkapan
1. Tuliskan satu aturcara C++ untuk menukar jumlah masa dalam saat ke dalam
bentuk jam, minit dan saat. Contohnya, jumlah 9630 saat adalah 2 : 40: 30.
2. Puan Suraya menjalankan perniagaan menjual kuih tradisional seperti karipap,
donut dan kuih keria. Beliau ingin mengira hasil keuntungan yang diperolehi pada
setiap bulan hasil dari perniagaan tersebut. Anda dikehendaki menuliskan satu
aturcara lengkap C++ untuk mengira keuntungan bulanan Puan Suraya. Beliau
perlu memasukkan harga jual dan harga modal setiap kuih serta jumlah jualan
sebulan setiap kuih. Aturcara mestilah mengira jumlah keuntungan bagi setiap
kuih yang dijual. Output perlu dipaparkan dalam bentuk jadual seperti dalam
Rajah 2.
Masukkan harga modal sebiji karipap: 0.07
Masukkan harga jual sebiji karipap:0.25
Berapa biji karipap yang dijual bulan ini?: 600
Masukkan harga modal sebiji donut: 0.05
Masukkan harga jual sebiji donut:0.25
Berapa biji karipap yang dijual bulan ini?: 570
Masukkan harga modal sebiji keria: 0.06
Masukkan harga jual sebiji keria:0.25
Berapa biji karipap yang dijual bulan ini?: 490
JADULA KEUNTUNGAN BULANAN
--------------------------------------------------------
Nama Kuih Harga jual Harga modal Kuantiti Untung
Karipap 0.25 0.07 600 RM108.00
Donut 0.25 0.05 570 RM114.00
Keria 0.25 0.06 490 RM93.10
Rajah 2
Oleh : Marlina Mohamad Sem II/2016 2017
Soalan 1
Soalan 2
BBP15103-Pengaturcaraan Komputer 1
Latihan Amali 5: Struktur Kawalan Pilihan (Selection)
Contoh
Tuliskan satu aturcara C++ yang meminta pengguna memasukkan satu nombor integer.
Aturcara kemudian mestilah mencetak nombor integer yang dimasukkan dan mencetak
sama ada nombor yang dimasukkan, positif, negatif atau kosong.
Oleh : Marlina Mohamad Sem II 2016/2017
BBP15103-Pengaturcaraan Komputer 2
1) Tuliskan satu aturcara C++ yang meminta pengguna memasukkan tiga nombor.
Cetak semula nombor yang dimasukkan tersebut dalam susunan menaik.
2) Tulis sebuah aturcara untuk menentukan status berat badan seseorang berdasarkan
jadual dibawah. Input mestilah diperolehi dari pengguna iaitu berat (kg) dan
tinggi(meter):
Formula BMI= berat .
(tinggi x tinggi)
Indeks berat badan Status berat badan
<18.5 Rendah
Normal/ideal
18.5 – 2.5 Melebihi berat badan
2.5 – 30 Obes
> 30
3) Tuliskan satu aturcara lengkap untuk membangunkan satu program yang
menyerupai mesin kira (calculator). Program tersebut perlu menerima input 2
nombor integer dan operator yang terlibat untuk operasi yang ingin dilaksanakan.
Kemudian program tersebut perlu mengeluarkan output nombor integer, operator
dan hasil operasi tersebut seperti dalam Rajah S3. Jika operasi bahagi dipilih dan
salah satu nombor integer yang dimasukkan ialah 0, keluarkan mesej output yang
sesuai. Gunakan struktur kawalan if…else.
Masukkan 2 nombor integer: 13 5
Masukkan operator: *
13 * 5 = 65
Rajah S3
Oleh : Marlina Mohamad Sem II 2016/2017
BBP15103-Pengaturcaraan Komputer 3
4) Tuliskan satu aturcara C++ yang akan memaparkan mesej ”Tahniah, anda
cemerlang” jika gred yang dimasukkan oleh pengguna ialah a atau A,jika gred
selainnya, mesej ”Usaha lagi” akan dipaparkan. Contoh output adalah seperti
dalam Rajah S4
Masukkan gred anda : A Jika input A atau
Tahniah, anda cemerlang a
Masukkan gred anda : d Jika input d
Usaha lagi
Rajah S4
Oleh : Marlina Mohamad Sem II 2016/2017
Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Soalan 4
BBP15103 1
Tugasan Berkumpulan (4 orang satu kumpulan)
Selesaikan masalah pengaturcaraan di bawah dan bentangkan di dalam kelas kaedah
penyelesaian yang telah dilaksanakan meliputi carta input output, algoritma (bagi soalan
1 dan 2) dan aturcara lengkap.
Penilaian :
2% - untuk kreativiti
4% - penyelesaian masalah
4% - meliputi kemahiran berkomunikasi dalam menjelaskan proses penyelesaian masalah
1. Tuliskan satu aturcara untuk mengeluarkan output seperti di bawah dengan
menggunakan gelung tersarang do..while dan for
Input mestilah
dimasukkan oleh
pengguna
2. Tuliskan satu aturcara C++ dengan menggunakan gelung do while yang meminta
pengguna memasukkan tiga nombor sebanyak 3 kali. Cetak semula nombor yang
dimasukkan tersebut dalam susunan menaik.
3. Tuliskan satu aturcara lengkap C++ menggunakan gelung for berdasarkan
algoritma dalam Rajah 1. Masukkan komen yang bersesuaian dalam atucara.
Aturcara tesebut akan memaparkan output nombor yang berikut; 20 40 60 80 100
120 140 160 180
1. Mula
2. Berikan nilai awal 10 kepada pembolehubah
pembilang berjenis int
3. Jika pembilang <100
a. Paparkan nilai pembilang yang didarabkan
dengan 2
4. Tambah 10 kepada pembilang
5. Tamat
Rajah 1
Oleh : Marlina Mohamad
Soalan 1 (for)
Soalan 1 (do... while)
Soalan 2
Soalan 3
ASSESSMENT LIST
SEMESTER : 2
SESSION : 20162017
Name NOR SYIFA BINTI MOHD NASIR
Matric No CB160064 IC/Passport 941223085350
Programme BBF - BACHELOR OF VOCATIONAL Faculty B - FACULTY OF TECHNICAL
EDUCATION (MULTIMEDIA CREATIVE) WITH AND VOCATIONAL
HONOURS EDUCATION
Course BBP10102 - INFORMATION TECHNOLOGY IN EDUCATION
Name
ASSESSMENT METHOD MARK FULLMARK PERCENTAGE TOTAL (%)
KUIZ QUIZ 10 10
TUGASAN INDIVIDU ASSIGNMENT 8 10 10 8
UJIAN 1 TEST 23 5.75
UJIAN 2 TEST 24 10 10 6
TUGASAN KUMPULAN PROJECT 17
PEMBENTANGAN OTHERS 5 40 10 12.75
5
40 10
47.5
20 15
55
TOTAL 60
NOTE
* Assesment marks are not displayed
Total (%) = (Mark/Fullmark)*Percentage
Total coursework marks are excluded final examination
All marks and assessment details are subject to amendments
Printed date: Monday 29th of November 2021 09:11:38 PM