The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norsyifa9412, 2021-12-23 21:41:24

Nor Syifa (941223085350)

Nor Syifa (941223085350)

a. PENGARAH

Tugas Pengarah ialah:
• Pengarah memilih dan mementaskan bahan yang akan digunakan dalam shot
• Tanggungjawab utama di lokasi menyusun, mengarah aksi, perletakan kamera
dan menentukan shot yang harus digunakan

b. PENOLONG PENGARAH

Tugas Penolong Pengarah ialah:
• Memastikan produksi berjalan lancar dan mengikut jadual
• Menyampaikan segala maklumat dari Pengarah kepada pelakon dan krew
• Merancang pergerakan pelakon ketika raptai bersama pelakon, kamera, dan
cahaya
• Memberi taklimat kepada pelakon dan krew untuk penggambaran pada hari esok.
• Menguruskan pelakon tambahan dan orang ramai serta memastikan orang yang
tidak terlibat tidak berada dalam set pengambaran.

c. PENGARAH FOTOGRAFI / JURUKAMERA

Tugas Pengarah Fotografi / Jurukamera:
• Menyediakan peralatan sebelum pengambaran
• Meletakkan kamera mengikut apa yang dikehendaki oleh Pengarah.
• Menentukan shot, kedudukan, sudut dan pergerakkan kamera namun keputusan
akhir ditentukan oleh Pengarah.
• Bekerjasama dengan Penata Cahaya serta menentukan tiada sebarang benda yang
tidak perlu ada dalam bingkai atau frame shot diambil.

3

d. PENGARAH DIALOG

Tugas Pengarah Dialog ialah:
• Ketika raptai, Pengarah Dialog menyemak skrip dengan pelakon untuk
memastikan mereka tahu dialog masing-masing dan membawa mereka
menyampaikannya.
• Memberitahu Penasihat Skrip jika ada sebarang perubahan dialog ketika sesi
latihan di luar kamera
• Memberitahu Pengarah dan Pembantu Skrip sebarang perbezaan skrip selepas
setiap rakaman diambil.
• Tidak semua produksi mempunyai Pengarah Dialog dan ini akan diambil alih oleh
pembantu skrip.

e. PENASIHAT / PEMBANTU SKRIP

Tugas Penasihat / Pembantu Skrip:
• Mencatat shot-shot yang diambil
• Mencatat perubahan dialog, aksi, lokasi, set, props, hiasan, kostum, pergerakan
kamera dan segala komen yang dibuat oleh Pengarah.

f. JURUSOLEK

Tugas Jurusolek:
• Membantu pelakon merealisasikan perwatakannya mengikut yang dikehendaki
oleh skrip
• Menggunakan tiga kategori solekan iaitu solekan langsung, solekan watak dan
solekan khas

i. Solekan Langsung
o Berkaitan aspek personality khususnya dilakukan di muka.

4

ii. Solekan Watak
o Menukarkan pelakon kepada orang yang berlainan seperti
menambah janggut, menjadi hantu, menjadi tua dan sebagainya.

iii. Solekan Khas
o Merupakan make up yang lebih sukar seperti menjadikan orang
kurus kepada gemuk.

g. PEMEGANG CLAPPERBOARD

Tugas Pemegang Clapperboard:
• Memegang clapperboard di hadapan kamera sebelum aksi sesuatu adegan
dilakonkan.
• Clapperboard ini dirakamkan juga.

h. PELAKON

Tugas Pelakon:
• Pelakon merupakan mereka yang diberi peranan melakonkan watak dan
dirakamkan ke filem atau video
• Pelakon mestilah bersedia menurut arahan Pengarah
• Mampu menghidupkan watak
• Mesti sentiasa bersedia untuk berada dalam wataknya.

5

2.0 PENGENALAN PROJEK

Subjek Penerbitan Audio Video Digital BBU 30103 menugaskan kami untuk menghasilkan satu
filem pendek yang berdurasi kurang dari 10 minit. Tema bagi filem pendek yang dihasilkan
adalah bebas mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Kumpulan kami yang terdiri daripada lima (5) orang ahli sebulat suara telah mengambil
keputusan untuk menghasilkan sebuah cerita pendek yang diberi tajuk “PEPOM”. Filem pendek
“Pepom” mengisahkan kelebihan dan kelemahan minyak petrol yang berwarna hijau dan
kuning.Selain itu, nilai murni yang terdapat dalam filem pendek oleh kami adalah setiap individu
perlu membuat pilihan yang bijak dalam pemilihan minyak petrol serta bijak menjaga keadaan
enjin kenderaan mereka.

“Pepom” mengisahkan tentang dua orang yang menggunakan minyak petrol yang
berlainan. Minyak petrol yang digunakan oleh mereka menggambarkan akan kelebihan dan
kelemahan mengikut warna minyak petrol itu. Jika menggunnakan minyak petrol berwarna hijau,
individu tersebut akan bertenaga dan bersemangat dan jika menggunakan petrol berwarna
kuning, individu tersebut akan lemah.Perwatakan bagi dua orang perlakon ini adalah berbeza
namun mereka saling berkait dari segi cara penggunaan minyak petrol.

6

3.0 PENYATAAN MASALAH

Setiap sesi penggambaran dan pembikinan filem akan mengalami kekangan daripada pelbagai
sudut, perkara tersebut turut tidak terkecuali berlaku kepada kumpulan kami sepanjang proses
pembikinan filem pendek tersebut. Antara beberapa masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan
kami ialah :

3.1 Kesuntukkan masa
Setiap krew dan para pelakon yang berlakon dalam filem pendek ini mengalami masalah
kekangan daripada segi masa yang suntuk memandangkan semua ahli mempunyai kelas
yang padat dan komitmen terhadap tugasan matapelajaran lain. Namun perancangan yang
teliti telah dibuat bagi mengatasi masalah tersebut dan memastikan proses pembikinan
filem pendek berjalan lancar.

3.2 Masalah perubahan cuaca
Perubahan cuaca yang tidak menentu turut menjadi masalah dalam pembikinan filem
tersebut memandangkan tugasan ini dilakukan pada musim tengkujuh , jadi kami selalu
terlibat dengan masalah cuaca , sesuatu penggambaran terpaksa ditangguhkan apabila
cuaca tidak bersesuaian dengan perancangan asal.

3.3 Kekurangan kepakaran dalam bidang
Selain daripada masalah-masalah yang dinyatakan, kami turut mengalami masalah
kepakaran dalam penggunaan kamera yang bersesuaian dengan babak dan video . Hal ini
menyebabkan video yang diambil kelihatan kurang menarik.

7

3.4 Kekurangan peralatan penggambaran
Kami turut mengalami masalah kekurangan peralatan seperti jumlah kamera yang tidak
mencukupi serta tiada peralatan yang bersesuaian seperti cahaya yang kurang semasa
penggambaran.
3.5 Masalah penyuntingan
Kami juga mengalami masalah dalam proses penyuntingan akhir kerana terdapat software
yang tidak dapat menyokong pada komputer.

8

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mencapai dan memenuhi pelaksanaan tugasan penerbitan filem pendek subjek
Penerbitan Audio Video.
Filem pendek yang dihasilkan perlulah memenuhi kriteria-kriteria yang telah
dinyatakan dalam tugasan berkumpulan bagi subjek Penerbitan Audio Video
BBU30103.
4.2 Mengenalpasti teknik untuk menghasilkan video yang berkualiti.
Segala teknik yang telah dipelajari dalam subjek Penerbitan Audio Video perlu
diaplikasikan dalam pelaksanaan filem pendek. Hal ini bagi menghasilkan sebuah video
yang berkualiti setanding dengan filem-filem pendek yang telah menerima
pengiktirafan.
4.3 Menghasilkan video yang dapat ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Filem pendek yang dihasilkan perlu memberi manfaat dan pengajaran kepada para
penonton. Selain itu, filem pendek ini juga bersifat umum dan mudah untuk diterima
serta difahami oleh semua lapisan masyarakat.

9

5.0 SKOP
Penghasilan filem pendek ini sebagai memenuhi kursus projek BBU 30103 iaitu Penerbitan
Audio dan Video Digital. Penggambaran filem pendek ini berdasarkan papan cerita dan skrip
yang telah direka bentuk dan dicipta terlebih awal sebelum memulakan penggambaraan. Kami
telah diberi arahan ataupun tugasan untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang bercirikan
seperti berikut:

1. Durasi filem tidak lebih dari 10 minit
2. File yang dihasilkan mestilah dalam format .mp4
3. Resolusi 1280 x 720
4. Footage di edit menggunakan software Sony Vegas dan Adobe Premiere
5. Jalan cerita hendaklah merupakan konsep asal diri sendiri
6. Penonton di bawah umur 13 tahun memerlukan pengawasan ibu bapa

10

6.0 ANALISA KEPERLUAN

6.1 Kepentingan Projek

Projek ini dijalankan untuk memenuhi syarat bagi kursus Penerbitan Audio Video
Digital bagi Semester 3 sesi 2018/2019. Selain itu, kepentingan utama filem
pendek yang dihasilkan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada
pengguna agar membuat pilihan yang bijak dalam membuat keputusan.

6.2 Kelemahan Projek

Setiap projek tentulah mempunyai kelemahan yang tersendiri, baik dari segi
kepakaran, peralatan atau komitmen setiap individu. Namun, hal itu berjaya diatasi
dengan sempurna .

Antara cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang proses penerbitan audio video
tersebut :

JAWATAN CABARAN

Pengarah ➢ Sukar mencari sudut kamera yang bersesuaian bagi mendapat

rakaman yang cantik
➢ Kekurangan peralatan agak mengganggu fokus pengarah

➢ Bekerjasama dengan pengarah dalam menentukan idea
Penolong Pengarah ➢ Sukar mengaturkan jadual rakaman shooting kerana kekangan lain

Pelakon ➢ Para pelakon mengalami masalah kekangan waktu
➢ Masalah cuaca agak mengganggu jadual pelakon yang telah

ditetapkan
➢ Sukar untuk menghayati sesuatu watak memerlukan latihan yang

secukupnya.

Pengarah Dialog ➢ Sukar untuk mengekal keaslian skrip
➢ Pelakon sukar mengikut skrip asal

11

Penasihat atau ➢ Sukar untuk mengekal keaslian skrip
pembantu skrip ➢ Pelakon sukar mengikut skrip asal
➢ Dialog sering berubah-ubah

Jurusolek ➢ Tidak mempunyai bajet yang cukup untuk membeli peralatan alat

solek yang bersesuaian
➢ Sukar menentukan solekan yang agak bersesuaian dengan

gambaran.

Editor ➢ Mengalami masalah untuk pemasangan(install) perisian editing di

komputer masing-masing.
➢ Cabaran dalam mendapatkan audio video yang baik tanpa gangguan

sekeliling.

Pengarah fotografi ➢ Sukar mendapatkan sudut kamera yang baik
/jurukamera ➢ Masalah kekurangan ahli yang mana jurukamera dan pelakon

membuat dua kerja serentak

12

7.0 METODOLOGI

7.1 Pengenalan Model ADDIE
Terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering diguna pakai bagi
menghasilkan sesebuah filem pendek atau penerbitan video audio yang lain seperti model
ADDIE, model Dick & Carey, model Hanafin & Peck, model Knirk & Gustafson, model
Robert Gagne, model Kemp, model ASSURE dan model pembelajaran. Dalam
methodologi ini, fokus utama lebih kepada model ADDIE kerana akan dikaitkan dengan
kajian-kajian lepas tentang keberkesanan penggunaan model ADDIE. Dalam model
ADDIE, terdapat lima peringkat iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, implimentasi,
dan penilaian.

13

7.1.1 Analisis
Analisis bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu penerbitan yang akan
diperkenalkan. Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-
ilmu yang perlu ada kepada pelajar sebelum filem tersebut ditayangkan? Juga
melihat kesesuaian isi kandungan dalam filem tersebut kepada pelajar dan adakah
ia sesuai untuk tonton umum atau sebaliknya?
7.1.2 Rekabentuk(Design)
Rekabentuk bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan
digunakan. Berbincang dalam menentukan tajuk cerita yang akan dibuat serta
memilih lokasi yang sesuai. Contohnya filem pendek tersebut akan menjalankan
penggambaran di lokasi yang bersesuaian dengan isi cerita. Sudut kamera juga
menjadi aspek penting dalam penggambaran untuk memudahkan sesi
penggambaran. Alatan yang akan digunakan juga perlu ditentukan seperti kamera,
tripod dan sebagainya untuk memudahkan sesi penggambaraan berjalan seperti
yang dirancang.

7.1.3 Pembangunan(Develop)
Pembangunan ialah proses menghasilkan filem tersebut seperti yang dirancang.
Pembinaan papan cerita dan skrip sangat penting untuk memulakan sesebuah
penggambaran. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian berbincang untuk
menjalankan penggambaran mengikut scene yang telah ditetapkan dalam papan
cerita yang telah dibuat. Memastikan semua kelengkapan peralatan mencukupi
sebelum memulakan penggambaran.

7.1.4 Pelaksanaan(Implement)
Pelaksanaan berperanan untuk menjalankan penggambaran seperti yang
dirancang. Segala penambahbaikan semasa fasa ini akan di perbaiki. Terdapat
beberapa kekangan yang akan di tempuhi semasa fasa ini berjalan. Kekangan
tersebut akan diselesaikan dengan sebaik mungkin supaya tidak mengganggu sesi
penggambaran.

14

7.1.5 Penilaian(Evaluate)
Penilaian mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif dan
penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta
memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka.
Contohnya meningkatkan mutu filem tersebut selepas fasa pengeditan dijalankan.
Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional
yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa
peratuskah objektif yang tercapai setelah proses penggambaran filem tersebut
selesai dibuat.

15

8.0 PAPAN CERITA(STORYBOARD)
16

SKRIP

PEPOM
PENULIS SKRIP : Nur Farhanah binti Cikal
PELAKON UTAMA : Ning (Nur Farhanah binti Cikal)

Ja (Siti Noor Adilah binti Noor Ariffin)

SINOPSIS
Filem ini mengisahkan tentang dua orang kawan baik iaitu Ja dan Ning yang mempunyai
perwatakan berbeza. Ja seorang yang sentiasa bersemangat dan cergas dalam kehidupan
sehariannya. Manakala Ning pulak agak lemah dan kurang cergas. Pada suatu hari, selepas
pulang dari perpustakaan, Ja mengajak Ning untuk bersukan. Tanpa rela, Ning mengikut
kehendak Ja. Semasa di padang, Ja dan Ning meminum sesuatu sebelum bersukan tetapi Ja tetap
kekal cergas hingga ke akhirnya berbanding dengan Ning. Bermacam halangan pula yang
menimpa Ning. Adakah Ning terlampau lemah sehingga mengalami kesukaran untuk bersenam?
Apakah kesan sebenar air tu kepada mereka berdua?

17

‘Pepom’

[Babak 1]

[Suara Latar]

Ja: Ning, kau pernah dengar tak pepom?

Ning: Apa dia tu weh?

Ja: Hahaha. Pepom tu perform lah. Biasalah budak hipster macam aku ni rojakkan bahasa.

Ning: Hah, cakap pasal pepom, aku nampak kau makin bersemangat, cergas. Apa rahsia?

Ja: Kalau nak tahu, balik nanti aku tunjuk kat kau caranya. Jom lah balik.

Ning: Jom lah. Aku pon dah tak larat duduk kat library ni. Penat sangat.

[Babak 2]

{Muzik latar}
- Ja dan Ning mengemas barang.

[Babak 3]

{Muzik latar}
- Ja dan Ning berjalan untuk pulang.
- Ja dan Ning tarik menarik di tangga.
- Ja turun meninggalkan Ning.

[Babak 4]

{Muzik latar}
- Ja dan Ning turun daripada bas.

[Babak 5]

{Muzik latar}
- Ja hampir sampai rumah dan Ning tertinggal di belakang.
- Ja memanggil Ning.

Ja: Ning!

{Muzik latar}
-Ning menuju ke Ja dan menyepak daun di depan rumah.

18

- Ja terkejut.

- Ning menghampiri Ja.

Ning: Apa.
Ja: Jom kita pergi bersukan.
Ning: Alahhh....
Ja: Jom , jom.

- {bunyi ‘ding’} Ja menarik Ning, mereka melompat dan hilang.

[Babak 6]

- {bunyi jatuh} Ja jatuh atas trek dan mencari Ning.
- {bunyi jatuh} Ning jatuh di tengah padang.
- Ning berlari ke Ja dan mereka bersembang. {bunyi ‘chipmunk’ bercakap}

[Babak 7]

- {bunyi ‘swoosh’} Botol air terbang masuk.
- Ja dan Ning minum air. {bunyi menelan air}
- Ja dan Ning membuang botol keluar. {bunyi ‘swoosh’}

[Babak 8]

{Muzik latar}
- Ja dan Ning memanaskan badan.

[Babak 9]

{Muzik latar}
- Ja dan Ning memulakan larian.
- Tetapi Ja lari laju berbanding Ning.
- Tiba-tiba kasut Ning tercabut dan Ning memakainya semula dalam keadaan terkocoh-

kocoh.

[Babak 10]

{Muzik latar}
- Ja masih berlari di hadapan dan Ning tertinggal di belakang.
- Tiba-tiba Ning terjatuh tersungkur dan mukanya kotor. {bunyi jatuh}
- Ning berasa sedih tetapi dia bangun juga untuk meneruskan lariannya. {muzik sedih}

19

[Babak 11]
{Muzik latar}
- Mereka diberi air sebelum tiba ke garis penamat. Tetapi hanya Ning yang minum.
- Ja meneruskan lariannya dan berjaya melepasi garisan penamat. {bunyi sorakan}
[Babak 12]
- Ning sampai juga di garisan penamat tetapi dia sangat penat. {muzik kekalahan}
- Tiba-tiba Ning termenung.
[Babak 13]
{Muzik latar}
- Rupa-rupanya Ja dan Ning merupakan minyak petrol ron97 pam berwarna hijau dan ron95

pam berwarna kuning.
- Seorang pelanggan memilih minyak petrol ron97 yang berwarna hijau kerana prestasinya

yang unggul.
TAMAT

20

9.0 GANTT CHART

TAJUK: Filem

AKTIVITI

M1 M2 M3 M4
1. Menerima Tugasan

2. Memilih Tajuk Filem

3. Menganalisis Filem Pendek yang akan
dibangunkan.

4. Mereka bentuk filem pendek sebelum
penggambaran

5. Membangunkan filem pendek

6. Penyuntingan filem pendek

7. Membuat penambahbaikan filem pendek

8. Pembentangan filem pendek

2

m Pendek “PEPOM”
MINGGU

4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14

21

10.0 PENUTUP

Kesimpulan daripada pembikinan filem pendek ini, kami belajar menghasilkan sebuah filem
pendek yang berkualiti melalui setiap peringkat pelaksanaan. Sebagai contoh, sebelum
melaksanakan sesebuah perfileman, terlebih dahulu perlu mematuhi dan menyediakan setiap
fasa dalam proses penerbitan audio video. Hal ini bagi memastikan kelancaran proses
penghasilannya tanpa berhadapan dengan kerugian.

Selain itu, agihan tugasan untuk setiap ahli dalam kumpulan juga memberi peranan dan
impak yang sangat besar dan penting. Melalui peranan tersebut, ahli dapat membantu antara
satu sama lain. Hal ini juga dapat meringankan tugas setiap ahli dalam kumpulan itu.
Kelebihan yang kita boleh lihat untuk jangka masa yang panjang ialah pengalaman. Setiap
jawatan yang diberikan mempunyai tugas-tugas tertentu dan tugas-tugas itu perlu
dilaksanakan oleh setiap ahli dalam kumpulan. Oleh itu, kami belajar bagaimana untuk
melaksanakan peranan sebagai seorang pengarah, penolong pengarah, pengarah dialog,
pengarah fotografi dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, kami juga belajar menggunakan kamera DSLR. Kami mengaplikasikan
shot sudut gambar yang menarik, kedudukan kamera dan sebagainya seperti yang dipelajari
dalam subjek Penerbitan Audio Video ini. Seterusnya dengan kemudahan penggunaan
perisian Sony Vegas, Adobe Premiere dan After Effect telah memudahkan dalam proses
penyuntingan video.

22

11.0 LAMPIRAN
23



































ASSESSMENT LIST
SEMESTER : 1

SESSION : 20182019

Name NOR SYIFA BINTI MOHD NASIR

Matric No CB160064 IC/Passport 941223085350

Programme BBF - BACHELOR OF VOCATIONAL Faculty B - FACULTY OF TECHNICAL
EDUCATION (MULTIMEDIA CREATIVE) WITH AND VOCATIONAL
HONOURS EDUCATION

Course BBU30303 - ANIMATION TECHNOLOGY
Name

ASSESSMENT METHOD MARK FULLMARK PERCENTAGE TOTAL (%)
TUGASAN INDIVIDU ASSIGNMENT * 20 20 *
UJIAN 1 TEST * 40 10 *
UJIAN 2 TEST * 40 20 *
UJIAN 3 (TEORI) TEST * 60 20 *
PROJEK AKHIR PROJECT * 30 30 *
TOTAL 100 *

NOTE
* Assesment marks are not displayed
Total (%) = (Mark/Fullmark)*Percentage
Total coursework marks are excluded final examination
All marks and assessment details are subject to amendments

Printed date: Friday 17th of December 2021 10:30:11 AM











SULIT

UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UJIAN 1

SEMESTERI

SESI 2018/2019

NAMA KURSUS TEKNOLOGI ANIMASI

KOD KURSUS BBU 30303
PROGRAM
BBF
TARIKH UJIAN
JANGKA MASA OKTOBER 2018.

ARAHAN 1 JAM
JAWAB SEMUA SOALAN

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI SEPULUH (10) MUKA SURAT

SULIT

SULIT BBU 30303

Manakah antara berikut menupakan tajuk filem pertama yang dihasilkan sepenuhnva

S1

menggunakan pakej vektor daripada perisian Adobe Flash?

A Abra Cadabra

B Toy Story

Wizards and Giants
D Walt Disney

S2 Pilih padanan yang betul mengikut tahun bagi sejarah animasi dibawah

A Pada tahun 1924, filem technocolor telah dikeluarkan buat pertama kalinya

B Pada tahun 1930. filem synchronized sound telah dihasilkan
Pada tahun 1940, stereophonic sound filem dalam Walt Disney telah digunakan

D Pada tahun 1950, stereoscopic 3D filem iaitu filem Abra Cadabra dihasilkan

Manakah antara berikut merupakan definisi mengenai animasi, kecuali

A melakukan perubahan objek pada setiap frame secara manual, sehingga dihasilkan
perubahan gambar yang teratur

B satu proses merakam dan memainkan kembali serangkaian gambar yang statik untuk
mendapatkan sebuah ilusi atau gambaran sesuatu pergerakan

C menentukan dua point/titik keadaan pada objek awal dan akhir dan dihasilkan
menggunakan metode gerakan yang halus, perubahan letak, ukuran, rotasi, bentuk dan

warma

D suatu visualisasi gambar dimana ianya dipaparkan untuk menerangkan sesuatu
maklumat secara berkesan

S4 adalah pergerakan suatu objek dari keadaan awal hingga ke keadaan akhir.
sering digunakan untuk memberikan animasi bagi mengubah

posisi/kedudukan, mengubah ukuran, dan mengubah visibility, kecerahan (brightmess) dan
kedalaman warna sesuatu objek yang dilukis.

Path animation, Motion ween
B Motion tween, Path animation
C Path animation, Path animation
D Motion tween, Motion ween

$5 Animasi adalah merupakan suatu fenomena secara biologikal (biological phenomenon) dan
ianyajuga dikenali sebagai

A path
B phi

continuous motion

D persistence of vision

1 SULIT

SULIT BBU 30303

S6 Manakah antara berikut merupakan fungsi sesuatu animasi dalam multimedia.

Pemadatan maklumat

II Mendapatkan semula maklumat melalui pergerakan dan yang sel aras
IV
Menarik perhatian penonton dan uatu ilmu pengetahuan a suara aklumat yang

Memuda hkan penggambaran ses tau m

disampaikan

A I dan II

B I dan III
C II dan II
D Il dan IV

S7 Apakah yang dimaksudkan sebagai animasi sel (cel animation)?

A mengambil kira logik dan prosedur konsep yang sama untuk membangunkan animasi

sel sepanjang garis masa (timeline) yang telah ditetapkan pada
menggerakkan
B objek di

C mtsomikbneerjdinnenakggkigrayuanannyabgkainaldanginl ugbtkaeanirnslgaaakbtnuianudgsakdelairawtimaa(rgfpnraeaarrkmiusabenma) hbaaaasnngait(agtsrieaamsmuebblaiiatnnurega)kynaaiimn gua st aibmesrealcaak(rkuaeytdrfaardraimi s iseoasnt)ua ldbdaiannngakdpai laiukkakihes
D

bingkai seterusnya (frame byframe)

S8 Pada tahun bilakah filem animasi dibuat menggunakan widescreenformat?

A 1920

B 1930

1940

D 1950

S9 Pada tahun 1980, filem 3D stereoskopik pertama dibuat iaitu filem

Abra Cadabra

B Toy Story

C Wizards and Giants

D Walt Disney

S10 Frame rate, adalah jumlah frame yang diukur dalam saat (fps). Sekiranya 30fps digunakan
ianya sesuai untuk digunakan dalam sesuatu aplikasi_

A Audio

B Video

C Filem

D Animasi

SULIT

SULIT BBU 30303

S11 Pada tahun 1940, merupakan pertama kali digunakan dalam filem Walt
merupakan salah satu teknik yang mengambil masa yang
Disney

A technocolorformat
B stereophonic sound

C widescreen format

D synchronized sound

S12 Teknik animasi
lama untuk disediakan.

A keyframe

B simulation
hand drawn

D Motion capture

S13 Berikut merupakan teknik-teknik yang digunakan untuk membuat animas1.
I keyframe
II simulation

II Hand drawn

IV Motion capture

A I dan II
B I dan II
C I, II dan III
D I,II,III dan IV

S14 Berikut adalah perbezaan antara kecutan (Squash) dan rengangan (Strech), kecuali

Kecutan (Squash) Rengangan (Strech)
Objek meregang
A Objek mengecut

Objek kelihatan memanjang (horizontal) Objek kelihatan mampat (vertical)

Gambaran objek menumbuk ke lantai Gambaran objek sebelum jatuh ke

lantai

xD

S15 Filem Avatarmenggunakan teknik animasi. SULIT

A Keyframes

B Simulation

C Rotascoping

D Motion Capture

3

SULIT BBU 30303

S16 adalah penempatan waktu pada sesebuah animasi.

A Timing
B Spacing

Keyframe

D Frame per second (fps)

SI7 Sekiranya Farid ingin membuat sesuatu animasi, beliau telah mengubah setting frame per

Second (ps) bagi produk animasinya daripada 30 fps menjadi 20 fps. Maka produk animasi

beliau telah berubah

A tidak berubah kelajuan
B daripada statik kepada laju

daripada perlahan kepada laju
D daripada laju kepada perlahan

S18 adalah prinsip animasi yang efektif untuk menunjukkan kepada penonton apa

yang akan terjadi agar penonton lebih fokus.

Timing
B Spacing

C Keyframe

D Frame per second fps)

S19

Rajah S19

Gambar rajah S19 diatas merupakan prinsip animasi yang digunakan untuk mengambarkan

sesuatu aksi. Apakah prinsip animasi yang digunakan dalam rajah S19?

Timing and Spacing

B Slow In and Slow Out

Straight Ahead and Pose To Pose
D Follow Through and Overlapping Action

melibatkan bagaimana karakter yang dipaparkan, isi adegan, kamera,
S20

pencahayaan dan segala sesuatu yang akan membantu mengkomunikasikan kepada penonton
berkaitan dengan idea-idea yang terkandung dalam sesuatu animasi

Appeal
B Staging

C Anticipation

D Exaggeration SULIT


Click to View FlipBook Version