The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Rasulullah saw

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IKHWAN INDUSTRIES SDN BHD, 2020-06-01 04:25:15

SEJARAH RSAW

Sejarah Rasulullah saw

Keywords: sejarah rasullullah

Kelahiran Manusia Agung Bab 2

binatang ternakannya. Namun ternakan mereka tidak juga menjadi seperti
ternakan Halimah.

Begitulah kehidupan Halimah menjadi semakin baik. Apabila Rasulullah
r berumur dua tahun, Halimah menyedari proses pembesaran Baginda
berbeza dari kanak-kanak lain. Sewaktu berumur dua tahun kematangannya
seperti kanak-kanak yang berumur enam tahun. Ketika itu Rasulullah
r sudah fasih bercakap. Selepas dua tahun, sampailah masanya untuk
Halimah menyerahkan kembali Rasulullah r kepada ibu kandungnya, Siti
Aminah. Begitulah adat yang biasa berlaku dalam masyarakat ketika itu.
Namun selepas itu, Halimah pula yang meminta kepada Siti Aminah untuk
membawa pulang semula Rasulullah r ke kampungnya. Di atas persetujuan
Siti Aminah, maka kembalilah semula Rasulullah r ke perkampungan Bani
Saad.

Beberapa bulan selepas itu, ketika Rasulullah r sedang bermain dengan
anak-anak yang lain, Baginda mengalami suatu peristiwa pelik. Imam
Muslim menceritakan dalam hadisnya bahawa datang dua orang malaikat
mengambil Rasulullah r, dibaringkan dan dibelah dada Baginda. Kemudian
dikeluarkan hatinya dan dibasuh dengan air Zam-zam serta dibuang tempat
syaitan dari hati Baginda. Kemudian hati Rasulullah r dipenuhkan dengan
hikmah. Saudara susunya, Damrah yang ketakutan melihat kejadian itu
segera melaporkannya kepada Halimah bahawa ada dua orang berpakaian
putih sedang menyakiti Baginda. Halimah berkejar ke tempat Rasulullah
r bermain dan didapatinya Baginda ketika itu di dalam keadaan ketakutan
manakala kesan pembedahan masih ada di dada Baginda. Sayyidina Anas
bin Malik t yang merawikan Hadis ini menyatakan, “Aku pernah melihat
kesan jahitan di dada Rasulullah r.” Inilah salah satu mukjizat Rasulullah
r. Halimah ketakutan dengan kejadian yang menimpa Baginda. Dia takut
berlaku sesuatu yang tidak baik kepada Rasulullah r. Justeru itu dia mahu
memulangkan semula Baginda kepada Siti Aminah.

Siti Aminah merasa pelik, baru saja Halimah beria-ria memujuknya untuk
membawa Rasulullah r pulang ke Bani Saad tetapi tiba-tiba sahaja Halimah
datang menyerahkan Rasululah r semula. Dia merasakan ada sesuatu
yang telah berlaku. Setelah didesak oleh Siti Aminah barulah Halimah
menceritakan apa yang telah berlaku kepada Rasulullah. Siti Aminah
bertanya, “Apakah kamu takut Muhammad diganggu oleh jin?” Selepas itu
Siti Aminah memberitahu mereka, “Jangan takut, tidak akan berlaku sesuatu
yang tak baik pada diri Muhammad.” Siti Aminah menceritakan kepada
Halimatus Sa’diah, “Sebelum aku melahirkan Muhammad aku bermimpi
ada seseorang datang menyuruh aku berdoa, “Aku berlindung dengan Allah

29

Catatan Sejarah Rasulullah r
Yang Esa ke atas anak ini dari kejahatan semua orang yang hasad dengki.”

Siti Aminah menyambung lagi, “Aku yakin tidak akan berlaku perkara
buruk kepadanya.” Setelah menenangkan Halimah, Siti Aminah meminta
Halimah membawa semula Rasulullah r pulang bersamanya.

30

Bab 3

Turunnya Wahyu

Zaman Remaja Rasulullah r
Ketika Rasulullah r berumur enam tahun, ibunya Siti Aminah telah kembali
ke rahmatullah. Begitulah percaturan Allah I kepada kekasihnya, Rasulullah
r. Allah I telah mentakdirkan Baginda hidup sebagai yatim piatu. Sudah
tentu ada hikmah besar yang Allah I mahukan pada diri Rasulullah
r. Selepas itu, Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib yang
merupakan Ketua Mekah. Walaupun Abdul Mutalib Ketua Mekah tetapi dia
hidup dalam kemiskinan kerana hartanya dihabiskan untuk menyediakan
perkhidmatan dan layanan kepada tetamu Baitullah. Begitulah secara umum
kehidupan orang bangsawan Arab yang pemurah. Harta mereka dihabiskan
untuk masyarakat dan mereka hidup dalam kemiskinan. Begitulah keadaan
Bani Abdul Mutalib kerana mereka bertanggung jawab melayan tetamu
Ka’bah. Besar hikmahnya, Allah I mentakdirkan sejak kecil lagi Rasulullah
r menjadi yatim piatu dan hidup di dalam kemiskinan. Oleh kerana itulah
Baginda membesar sebagai seorang anak muda yang tahan lasak. Bahkan
Rasulullah r tahu benar bagaimana kehidupan fakir miskin. Begitulah Allah
mempersiapkan Baginda untuk memimpin ummah. Kehidupan Rasulullah
r bersama datuknya Abdul Mutalib juga mempunyai hikmah besar. Melalui
Abdul Mutalib, Allah I mahu mendidik Rasulullah r berhadapan dengan
pembesar dan pemimpin masyarakat pula. Abdul Mutalib sentiasa membawa
Baginda menemaninya dalam setiap majlis. Selama dua tahun Rasulullah
r ikut menghadiri semua majlis Abdul Mutalib yang sentiasa menerima

31

Catatan Sejarah Rasulullah r

kunjungan dari para pembesar Arab. Begitulah Allah I mempersiapkan
orang-Nya untuk memimpin ummah.

Ketika Rasulullah r berumur lapan tahun, Abdul Mutalib meninggal
dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib yang juga
Ketua Mekah, menggantikan ayahnya Abdul Mutalib. Kehidupan Abu
Talib lebih miskin dari Abdul Mutalib. Disebabkan itulah kesemua anaknya
terpaksa bekerja keras untuk menampung keperluan keluarga Abu Talib
sebagai Ketua Mekah. Rasulullah r juga turut bekerja dengan sepupunya
membantu meringankan tanggungan Abu Talib. Rasulullah r ditugaskan
memelihara kambing. Justeru itu Baginda selalu berada di padang pasir,
jauh dari kesibukan Mekah. Kadangkala berhari-hari Baginda tidak balik
ke Mekah. Kehidupan di padang pasir yang jauh dari kesibukan orang
ramai sambil menternak kambing juga merupakan satu proses yang Allah
I lakukan kepada Rasulullah r. Dengannya, Baginda belajar mengasihi
binatang ternakannya. Akhirnya terbentuklah peribadi Rasulullah r yang
sangat mengasihi umatnya. Malah kasih sayang Baginda berlaku kepada
seluruh alam. Rasulullah r mula hidup berdikari di atas hasil usahanya
sendiri. Rupanya tempoh Rasulullah r mengembala kambing berterusan
dalam waktu yang panjang iaitu dari umur 8 tahun sehinggalah Baginda
berusia 21 tahun. Seluruh usia remajanya dihabiskan dengan mengembala
kambing. Dalam Hadis ada disebutkan :

“Tidak ada nabi, melainkan semuanya pernah mengembala
kambing.”

Rupanya mengembala kambing adalah satu proses penting yang mesti
dilalui oleh para nabi. Apa hikmahnya? Bukankah orang yang mengembala
kambing selalu berada di padang pasir? Selalu bersendirian dan selalu
berkhalwah. Orang yang selalu bersendirian banyak berfikir, meneliti dan
melihat kebesaran Tuhan pada langit, matahari, bulan, bintang, awan dan
alam sekelilingnya. Begitu juga dia dapat memahami dan menghayati
hakikat kejadian diri dan bermuhasabah. Ini akan menjadikan jiwanya
bersih dan jernih.

Pada masa yang sama, Abu Talib pula sibuk berniaga. Ketika Rasulullah
r berumur 12 tahun, Abu Talib hendak keluar berniaga ke Syam. Rasulullah
r menyatakan keinginannya untuk mengikuti Abu Talib. Pada awalnya, Abu
Talib agak keberatan tetapi akhirnya Abu Talib bersetuju membawa Baginda.

32

Turunnya Wahyu Bab 3

Inilah kali pertama Rasulullah r bermusafir panjang keluar dari Mekah.
Dalam perjalanan ke Syam, kafilah perniagan ini berhenti rehat berhampiran
dengan sebuah rumah ibadat Nasrani. Buhaira, Ketua Rahib di rumah
ibadat itu memerhati dari jauh kafilah yang baru sahaja berhenti di situ. Dia
terpegun melihat awan mengiringi perjalanan kafilah ini. Tentu ada sesuatu
yang luar biasa pada kafilah ini. Buhaira mengarahkan orangnya supaya
mengadakan kenduri dan menjemput semua anggota kafilah ini datang ke
tempatnya. Dia juga berpesan agar semua anggota rombongan dapat hadir.
Seluruh anggota kafilah telah menghadiri jemputan ini kecuali Rasulullah
r. Oleh kerana Rasulullah r satu-satunya remaja dalam rombongan itu,
Baginda ditinggalkan untuk menjaga barangan mereka.

Buhaira meneliti satu persatu tetamunya yang hadir. Baginya tiada
seorang pun yang istimewa. Buhaira segera membuat kesimpulan bahawa
masih ada orang yang tidak hadir tetapi kafilah ini menyatakan bahawa
semuanya telah hadir. Setelah beberapa kali bertanya, barulah mereka
teringat ada seorang anak muda ditinggalkan untuk menjaga barang. Buhaira
menyuruh mereka memanggil anak muda yang ditinggalkan itu. Memang
benar, bila Buhaira terpandang sahaja Rasulullah r, dia dapat merasakan ada
sesuatu yang luar biasa pada diri Baginda. Lalu dia mencari peluang untuk
berbual dengan Rasulullah r. Buhaira sengaja bertanya kepada Baginda
sambil bersumpah dengan Latta dan Uzza kerana begitulah kebiasaan orang
Arab ketika itu. Tetapi Buhaira sendiri tidak beriman dengan Latta dan Uzza.
Buhaira berkata, “Demi Latta dan Uzza, aku ingin bertanya kepada kamu.”
Rasulullah r membantah, “Maafkan aku pendeta, jangan bertanya kepada
aku dengan nama Latta dan Uzza. Demi Allah, tiada sesuatu yang lebih aku
benci daripada Latta dan Uzza.”

Begitulah peribadi bakal Rasul, malah sejak kecil Rasulullah r tidak
pernah menyembah atau sujud kepada berhala walaupun itulah suasana
kehidupan keluarga dan kaumnya. Buhaira mengubah pertanyaannya,
“Kalau begitu aku bertanya kepada kamu dengan nama Allah.” Rasulullah
r menjawab, “Ya, tanyalah aku dengan nama Allah.” Buhaira bertanya
soalan demi soalan. Hasil daripada perbualan itu, maka terjawablah segala
persoalan yang bersarang di benak Buhaira. Akhirnya Buhaira meminta izin
untuk melihat belakang badan Rasulullah r. Sangkaannya tidak meleset
sama sekali. Buhaira dapat melihat Khatamun Nubuwwah yang ada di
belikat Rasulullah. Selepas itu, Buhaira bertanya kepada Abu Talib, “Apa
ikatan kamu dengan anak ini?” Abu Talib menjawab, “Ini anak saya.”
Buhaira berkata, “Tidak mungkin ayahnya masih hidup.” Abu Talib berkata,
“Benar, ayahnya sudah tiada lagi, sebenarnya dia anak saudaraku.” Buhaira
menasihatkan Abu Talib agar membawa Rasulullah r pulang semula ke

33

Catatan Sejarah Rasulullah r

Mekah. Dia bimbang, apabila orang Yahudi di Syam melihat Baginda,
mereka akan mengenalinya. Sudah pastilah mereka akan membunuhnya.
Mendengar nasihat Buhaira, Abu Thalib telah mengupah seorang lelaki
untuk menghantar Rasulullah r pulang ke Mekah sementara dia meneruskan
perjalanannya ke Syam untuk menguruskan perniagaannya.

Pemeliharaan Allah Terhadap Rasulullah r

Begitulah pemeliharaan Allah terhadap Nabi-Nya. Allah memelihara
Rasulullah r daripada menyembah berhala dan dari angkara orang Yahudi.
Bahkan Baginda juga terpelihara dari terlibat dengan kebiasaan masyarakat
Quraisy yang boleh mencacatkan maqam seorang Nabi dan Rasul penutup
segala Rasul. Pernah juga Rasulullah r teringin mengikuti majlis nyanyian
dan tarian yang diadakan tetapi Allah I telah menidurkan Rasulullah r
sebaik saja Baginda duduk dalam majlis itu. Pernah satu ketika, semasa
Rasulullah r mengembala kambing di luar Mekah, Baginda terdengar suara
majlis keramaian Quraisy. Oleh kerana ingin menghadiri majlis tersebut,
Rasulullah meminta bantuan kawannya melihat kambingnya sebentar.
Pada malam itu, apabila Rasulullah r sampai sahaja ke majlis itu, Allah
I datangkan perasaan mengantuk yang amat sangat. Akhirnya Baginda
tertidur dalam majlis itu. Rasulullah r menceritakan, “Aku hanya sedar
esoknya ketika panahan matahari panas mengenaiku.” Demikianlah Allah I
telah memelihara Rasulullah r daripada terlibat dengan majlis keramaian
jahiliyah yang dipenuhi maksiat di dalamnya.

Ketika Rasulullah r tinggal di rumah Abu Talib, kadang-kadang makanan
tidak mencukupi. Maklumlah Abu Talib mempunyai anak yang ramai. Tetapi
pelik, Baginda tidak pernah sama sekali berebut makanan. Malah kerana
tidak mahu berebut, kadang-kadang Rasulullah r tidak dapat makan dan
tidur dalam keadaan lapar. Akhirnya Abu Talib perasan akan hal ini lalu Abu
Talib mengkhususkan bahagian untuk Rasulullah r. Begitu juga, Rasulullah
sedari kecil tidak pernah bercakap bohong. Bahkan Rasulullah terkenal
dengan panggilan ÅοÞA ¶eBv»A “Yang jujur lagi benar”.

Di zaman remajanya Rasulullah r pernah menyertai keluarga dan kaumnya
dalam peperangan untuk mempertahankan Mekah. Pernah satu ketika,
Qabilah Hawazin menyerang Mekah. Rasulullah r menyertai penduduk
Mekah mempertahankan Mekah. Baginda membantu bapa saudaranya
menyiapkan anak panah. Dengannya, Rasulullah r dapat belajar strategi
peperangan dari dekat. Baginda juga merupakan salah seorang anggota
pakatan yang disebut Hilful Fudhul iaitu pakatan untuk membela orang yang
dizalimi di Mekah. Sesiapa saja yang dizalimi di Mekah akan dibela oleh

34

Turunnya Wahyu Bab 3

pakatan ini. Begitulah keterlibatan Rasulullah r dengan masyarakat ketika
itu. Sememangnya Rasulullah r cukup terkenal di kalangan seluruh lapisan
masyarakat Mekah sebagai seorang yang sangat benar, berperibadi mulia
dan sangat dihormati.

Lamaran Siti Khadijah

Di Mekah pada waktu itu terdapat seorang wanita Quraisy yang kaya,
berpengaruh dan terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa dan berakhlak
mulia. Dialah Siti Khadijah binti Khuwailid. Perniagaan yang dimiliki
Siti Khadijah menyamai keseluruhan perniagaan semua peniaga Quraisy
yang lain. Apabila Siti Khadijah mendengar tentang kejujuran Rasulullah
r dan keperibadiannya yang sangat mulia, beliau menawarkan kepada
Baginda untuk menguruskan kafilah perniagaannya ke Syam. Rasulullah r
telah menerima tawaran itu. Berangkatlah Rasulullah r ke Syam membawa
barang dagangan Siti Khadijah . Baginda dibantu oleh Maisarah, salah
seorang khadam Siti Khadijah .

Sepanjang perjalanan bersama Rasulullah r, Maisarah merasa hairan,
kagum dan sangat tertarik dengan peribadi Baginda. Walaupun dia hanya
seorang hamba tetapi Rasulullah r melayaninya dengan penuh mesra, kasih
sayang dan lemah lembut. Bukan itu sahaja, Maisarah juga dapat melihat
perkara yang lebih ajaib lagi. Sepanjang perjalanan, awan menaungi mereka
dari panas matahari. Kafilah ini singgah juga di tempat rehat berdekatan
dengan rumah ibadat Nasrani yang pernah didatangi oleh Rasulullah r
semasa Baginda mengikut bapa saudaranya Abu Talib. Ketika itu Buhaira
sudah tiada lagi kerana sudah meninggal dunia. Rahib yang menjadi
pengganti Buhaira juga dapat melihat awan yang mengiringi perjalanan
Rasulullah r dan Maisarah. Kali ini Rasulullah r tidak berhenti di tempat
biasa kafilah berhenti. Sebaliknya Baginda memilih satu kawasan tidak jauh
dari situ di bawah sebatang pokok. Tidak pernah ada sesiapa pun berehat
di situ sebelumnya. Rahib itu terpegun melihat dahan dan ranting pokok
itu bergerak menaungi Rasulullah r dari terik matahari. Rahib ini akhirnya
datang bertemu dengan Maisarah dan bertanya kepadanya berbagai soalan.
Setelah itu Rahib ini menuding kepada pokok yang menjadi tempat berteduh
Rasulullah r sambil berkata, “Hanya seorang Nabi sahaja akan berteduh di
bawah pokok itu.” Kata-kata Rahib itu benar-benar membuatkan Maisarah
terkejut.

Kemuliaan akhlak Rasulullah r, kasih sayangnya, kemampuannya
menghadapi semua golongan manusia, belas kasihannya kepada orang
miskin dan kejujurannya menyebabkan semua manusia jatuh hati padanya.

35

Catatan Sejarah Rasulullah r

Perniagaan Siti Khadijah kali ini mendapat untung berlipat kali ganda
bahkan keuntungan yang diperolehi oleh Rasulullah r adalah yang paling
besar mengatasi semua peniaga Quraisy lain dalam kafilah itu. Bahkan
ini kali pertama Siti Khadijah mendapat keuntungan sebesar itu dalam
perniagaannya.

Rasulullah r telah dibentuk untuk berhadapan dengan 1001 suasana.
Bermula dengan kehidupan yatim piatu dan penuh kemiskinan, seterusnya
mengembala kambing, bergaul dengan pembesar, dalam peperangan,
dengan hamba dan sekarang pula bagaimana Rasulullah r berhadapan
dengan perniagaan, wang dan harta-benda dunia. Hasil dari perniagaan kali
ini, Siti Khadijah sangat berpuas hati dengan Rasulullah r. Apatah lagi
mendengar cerita Maisarah yang bersama dengan Rasulullah r sepanjang
perjalanan membuatkan dia benar-benar mengagumi Baginda.

Oleh kerana terlalu tertarik dengan keperibadian Rasulullah r, Siti
Khadijah ingin menjadi isteri kepada Baginda. Ketika itu umur Baginda
25 tahun dan masih bujang sementara umur Siti Khadijah sudah
menjangkau 40 tahun. Sebagai seorang janda kaya lagi bangsawan yang
telah kematian dua orang suami sebelumnya, sudah ramai lelaki yang datang
melamarnya termasuk dari kalangan pembesar Quraisy. Masakan tidak, Siti
Khadijah terkenal sebagai seorang wanita yang berakhlak, cantik, kaya
dan berketurunan mulia. Dia memiliki segala-galanya. Namun Siti Khadijah

belum terbuka hati untuk berkahwin semula. Namun kali ini Siti Khadijah
yang tertarik bahkan dia yang menghantar wakilnya untuk melamar

Rasulullah r. Akhirnya berkahwinlah Siti Khadijah dengan Baginda. Abu
Taliblah yang menguruskan pernikahan itu bagi pihak Rasulullah r, dialah
yang mengetuai majlis akad dan menyampaikan khutbah nikah. Perkahwinan
ini telah berlangsung selama 25 tahun sehinggalah Siti Khadijah kembali
kepada Tuhan-Nya sebagai Ummul Mukminin, pejuang agama, isteri dan
seorang wanita yang telah mendapat keredhaan dan kecintaan Allah I,
Rasul dan suaminya.

Dalam tempoh 25 tahun ini, Rasulullah r hanya mempunyai seorang isteri
iaitu Siti Khadijah . Ketika beliau meninggal dunia, umur Rasulullah r
sudah menjangkau 50 tahun. Selepas itu barulah Baginda berkahwin dengan
Ummahatul Mukminin yang lain. Semua perkahwinan itu kerana hikmah
yang sangat besar, antaranya kerana ingin mengangkat darjat para sahabat y
Baginda sepertimana Rasulullah r mengahwini Sayyidatina Aisyah puteri
Sayyidina Abu Bakar t. Begitu juga Sayyidatina Hafsah , puteri Sayyidina
Umar t. Selain itu, Rasulullah r mengahwini wanita kerana pembelaan
seperti Baginda mengahwini Ummu Salamah , janda Abu Salamah t atau

36

Turunnya Wahyu Bab 3

kerana dakwah seperti Rasulullah mengahwini Juwairiyah , puteri seorang
pembesar Yahudi. Dari Siti Khadijah , Rasulullah r telah dikurniakan dua
orang anak lelaki iaitu Qasim dan Abdullah. Manakala Ibrahim adalah dari
isterinya yang bernama Mariah al-Qibtiah . Kesemua mereka meninggal
dunia sejak kecil lagi. Adapun anak perempuan Baginda iaitu Ruqayyah

, Zainab , Ummu Kalthum dan Fatimah , kesemua mereka dari
Siti Khadijah . Kesemua mereka sempat bersama dengan Rasulullah r
sehinggalah era perjuangan Baginda di Madinah.

Siti Khadijah adalah seorang isteri yang terlalu banyak berkorban
untuk Rasulullah r dan perjuangan Baginda. Dia telah berhabis-habisan
membantu suaminya dengan harta, kedudukan dan segala yang dimilikinya.
Selepas mengahwini Siti Khadijah , Rasulullah r terus menjalankan
perniagaan beliau tetapi Baginda tidak keluar bermusafir lagi sebaliknya
hanya menguruskan dari Mekah. Begitulah ketentuan Allah kepada
Rasulullah r. Pernah hidup miskin dan sekarang hidup dalam kekayaan
pula. Namun miskin dan kaya tidak sedikit pun mengubah hati Rasulullah
r terhadap Tuhannya.

Peristiwa Hajarul Aswad

Dalam tempoh ini juga, banjir besar telah melanda Mekah sehingga Ka’bah
hampir runtuh. Kaum Quraisy telah berpakat membina semula Ka’bah.
Setiap seorang daripada mereka mengeluarkan perbelanjaaan untuk itu. Demi
menjaga kesucian Ka’bah, Allah I telah memimpin hati mereka sehingga
wang yang mereka sediakan untuk membina Ka’bah semula hanya dari wang
yang bersih sahaja. Bukan wang hasil penipuan, riba dan pelacuran. Setelah
wang terkumpul, mereka menghadapi masalah untuk mencari jurubina yang
mampu membina binaan daripada batu-bata. Orang Mekah tidak pandai
membuat binaan daripada batu. Oleh kerana itulah rumah mereka dibina
dari tanah. Allah I telah menghantar orang yang boleh membantu mereka
dalam hal ini. Namun selepas itu mereka menghadapi satu masalah besar
iaitu bagaimana hendak meruntuhkan binaan yang hampir roboh itu untuk
dibina semula dengan binaan baru.

Tiada seorang pun di kalangan pembesar Quraisy yang berani
meruntuhkannya. Mereka telah menyaksikan balasan Allah I terhadap
Tentera Bergajah Abrahah yang cuba meruntuhkan Ka’bah. Akhirnya al
Walid bin Mughirah, ayahanda Sayyidina Khalid t memberanikan diri
untuk merobohkan binaan lama Ka’bah itu. Setelah melihat tiada perkara
buruk yang menimpa Al Walid barulah mereka semua berani menolongnya.
Namun perasaan takut dan cemas sentiasa datang silih berganti. Apabila

37

Catatan Sejarah Rasulullah r

Ka’bah telah siap dibina, mereka ingin meletakkan Hajarul Aswad kembali
ke tempatnya. Maka berlakulah perebutan di antara mereka kerana
meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya adalah satu kemuliaan besar. Sudah
tentulah setiap pemuka Quraish mahu mendapatkan kemuliaan ini. Hampir
berlaku peperangan antara kabilah di kalangan kaum Quraisy kerananya.
Akhirnya mereka mendapatkan seorang hakim. Hakim memutuskan bahawa
orang yang pertama masuk ke Masjidil Haram pada hari itu, dialah yang
akan memutuskan siapa yang paling layak meletakkan kembali Hajarul
Aswad ke tempatnya. Ketika mereka sedang menunggu dengan perasaan
cemas siapakah yang akan membuat perhitungan ini, tiba-tiba orang yang
masuk adalah Muhammad Bin Abdullah iaitu Rasulullah r. Semua mereka
menjerit: ÅοÞA ¶eBv»A ÅοÞA ¶eBv»A malah mereka begitu senang hati dan bersetuju
terhadap keputusan yang akan diputuskan oleh Rasulullah r.

Rasulullah r telah menyelesaikan masalah itu dengan penuh bijaksana
dan aman damai serta memuaskan hati semua pihak. Baginda membuka
serbannya dan meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengah serban. Semua
Ketua Kabilah mengangkat serban ini bersama-sama dari penjuru masing-
masing. Apabila sampai di tepi Ka’bah, Rasulullahlah yang meletakkan
Hajarul Aswad ke tempat asalnya dengan tangannya yang mulia itu.
Bukankah pada hakikatnya Rasululah r yang meletakkan kembali Hajarul
Aswad ke tempatnya? Begitulah orang yang Allah I pilih. Pada saat-saat
akhir, Allah I datangkannya walaupun dia tidak berada di situ. Maha Besar
Tuhan yang memuliakan siapa yang dia kehendaki. Dengan itu Rasulullah
r telah menyelamatkan kaum Quraisy daripada berlakunya perang saudara
di antara mereka.

Berkhalwah Dan Beribadah Di Gua Hira’

Sejak zaman mudanya, Rasulullah r selalu bersendirian, mengasingkan
dirinya untuk beribadah dan bertafakur di Gua Hira.’ Setiap tahun Rasulullah
r mengkhususkan beberapa hari di bulan Ramadan untuk beribadah di Gua
Hira.’Bagi orang yang pernah pergi ke Mekah dan menziarahi gua ini tentulah
dapat melihat bahawa gua ini berada di puncak bukit dan saiznya tidaklah
besar. Ruangnya hanya muat untuk satu atau dua orang sahaja. Gua Hira’
mempunyai dua lubang, satu pintu masuk dan satu lagi menjadi tingkap di
mana Ka’bah dapat dilihat dari situ. Pada tahun terakhir sebelum Rasulullah
r ditabalkan, Baginda berkhalwah di situ selama sebulan Ramadan.

Kadang-kadang Rasulullah r turun juga ke rumah mengambil bekalan
sambil menziarahi keluarganya. Pada satu hari dalam bulan Ramadhan pada
tahun itu, ketika Baginda sedang menuju ke Gua Hira’, terdengar suatu suara

38

Turunnya Wahyu Bab 3

memberi salam kepadanya, “Assalamualaikum wahai Rasulullah”, tetapi
bila Baginda menoleh ke belakang didapatinya tiada sesiapa di situ. Setelah
menjadi Rasul, Rasulullah r bertanya kepada Sayyidina Jibril , “Suara
siapakah yang memanggilku ketika ke Gua Hira’ dulu?” Sayyidina Jibril
memberitahu, “Sebenarnya itu suara daripada batu-batu dan pokok-pokok
memberi salam kepadamu, wahai Rasulullah.” Kerana hatinya yang sangat
bersih, sejak sebelum kenabian lagi Baginda Rasulullah r telah mengalami
mimpi yang benar. Apa yang Baginda lihat dalam mimpinya benar-benar
berlaku. Mimpi yang benar juga berlaku kepada orang bertaqwa dan orang
soleh sehingga dunia ini dikiamatkan. Rasulullah r telah bersabda:

“Mimpi yang benar itu satu bahagian dari 36 bahagian kenabian.”

Pertabalan Kerasulan Rasulullah r

Sampailah suatu hari yang bersejarah, berlakunya satu peristiwa yang telah
membawa perubahan besar kepada dunia dan sejarah manusia. Mengikut
pandangan yang dipilih oleh para ulama’, tarikh itu ialah pada malam 27
Ramadan. Ketika Rasulullah r sedang beribadah di Gua Hira,’ tiba-tiba
muncul seorang lelaki berpakaian putih membawa satu bekas Dibaj dan
sejenis kain sutera. Di dalamnya mengandungi Kitab. Begitulah Rasulullah
r menceritakan tentang peristiwa itu. Rasulullah r berkata, “Daku menjadi
takut bila lelaki itu tiba-tiba muncul dan berjalan ke arah daku sambil
menyuruh daku membaca dan ditunjukkan Kitab kepadaku. Daku menjawab
dalam ketakutan, “Daku tidak tahu membaca.” Lelaki itu terus memeluk aku
dengan kuat. Hampir-hampir nyawaku terkeluar dari jasad namun ketika
itu hilang perasaan takutku. Lelaki itu menyuruh aku membaca lagi. Daku
menjawab, “Daku tidak boleh membaca.” Dia memeluk daku lagi seperti
pelukan yang pertama tadi. Dia menyuruh daku membaca lagi. “Wahai
Muhammad, bacalah!” Sekali lagi aku menjawab, “Daku tidak boleh
membaca.” Lelaki itu memeluk aku lagi kali ketiga, daku rasa hampir-hampir
daku akan mati. “Wahai Muhammad, bacalah!” Daku menjawab lagi, “Daku
tidak boleh membaca.” Lantas lelaki itu berkata :

39

Catatan Sejarah Rasulullah r

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku
darah beku. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah.
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya.” ( Surah al-Alaq:1-5)

Inilah ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah r. Ia diturunkan
pada malam Lailatul Qadar, pada bulan Ramadan. Tentangnya Allah I
berfirman:

“Sesungguhnya kami ( Allah ) telah menurunkannya pada malam
Lailatul Qadar.” ( Surah al-Qadr :1)

Rasulullah r berkata, “Selepas daku membaca ayat ini, lelaki tadi pun
hilang dari pandanganku.” Ketika itu Rasulullah r semakin ketakutan
dengan apa yang sedang berlaku kepada dirinya. Pada masa yang sama
di rumah Baginda, Siti Khadijah dapat merasakan ada sesuatu yang
sedang berlaku kepada suaminya. Maha Suci Tuhan, begitulah isteri yang
telah menjiwai suaminya. Berlaku hubungan hati di antara mereka kerana
keduanya memiliki hati yang bersih. Siti Khadijah segera menghantar
khadamnya untuk melihat Rasulullah r di Gua Hira.’ Ketika itu Baginda
sudah mula bergerak turun dari gua sambil berlari menuju ke Mekah. Apabila
khadam sampai di Gua Hira’, dia mendapati Rasulullah r tiada di situ. Lalu
dia bergegas mencari di sekitar kawasan itu namun tidak ditemuinya. Ketika
Rasulullah r berlari itu, tiba-tiba Baginda terdengar satu suara dari langit
memanggil, “Wahai Muhammad!” Ketika Rasulullah r mendongak ke
langit, Baginda terpandang satu pemandangan yang paling pelik bagi seorang
manusia. Baginda melihat Sayyidina Jibril sedang berada di atas Arasy,
terawang-awang di udara dengan 600 sayapnya memenuhi langit dari Timur
ke Barat sehingga langit kelihatan penuh. Sehingga ke mana saja Rasulullah
r pandang, Baginda tetap melihat Sayyidina Jibril . Lalu Sayyidina Jibril

menyeru:

40

Turunnya Wahyu Bab 3
“Wahai Muhammad, engkaulah Pesuruh Allah!”

“Wahai Muhammad, engkau Pesuruh Allah, akulah Jibril!”
Menyaksikan kehebatanya peristiwa itu, Rasulullah r berdiri terpaku di
tempatnya. Allah I telah menggambarkan peristiwa itu di dalam al-Quran:

“Demi bintang bila ia terbenam. Tidaklah sesat temanmu
Muhammad dan tidak pula dia tersalah kepercayaannya. Dan tidaklah
juga dia berbicara menurut hawa-nafsunya. Ia (al-Quran) tidaklah
selain wahyu yang diwahyukan kepadanya. Sementara yang telah
mengajarnya ialah yang tersangat perkasa (Jibril) yang mempunyai
akal yang benar lalu dia berdiri dengan rupa asalnya sedangkan dia
berada di ufuk tertinggi. Lalu ia hampir dan semakin hampir kepada
Rasulullah. Sehingga jaraknya dari Rasulullah hanyalah sejarak dua
buah panah atau lebih dekat lagi. Kemudian Dia mewahyukan kepada
hamba-Nya Muhammad apa yang diwahyukan-Nya. Tiadalah hati
Rasulullah mendustakan apa yang dilihat oleh matanya.”
(Surah an-Najm: 1-11)
Begitulah gagahnya Malaikat Jibril . Kalaulah hendak dibayangkan
kekuatan Sayyidina Jibril , lihatlah bagaimana dengan hujung satu
sayapnya sahaja, dia boleh mengangkat sebuah negeri dan dibenamkannya
kembali ke bumi sehingga menjadi sebuah laut. Itulah dia Laut Mati yang
terletak di sempadan Jordan dan Palestin sekarang. Demikian Rasulullah r
melihat Sayyidina Jibril dalam bentuk asalnya yang Allah I ciptakan.
Sepanjang hayatnya Baginda melihat Sayyidina Jibril dalam bentuk ini

41

Catatan Sejarah Rasulullah r

hanya dua kali. Ini kali pertama, dan kali kedua semasa Isra’ Mikraj. Ia
benar-benar satu pemandangan yang hebat dan dahsyat. Pada waktu lain,
Sayyidina Jibril datang kepada Rasulullah r dalam berbagai bentuk. Ada
kalanya dalam jelmaan seorang lelaki, ada kalanya seperti deringan bunyi
loceng. Bahkan pernah juga Sayyidina Jibril datang dalam rupa Sayyidina
Dehya’ al-Qalbi iaitu salah seorang sahabat Rasulullah r yang kacak.

Rasulullah r terpaku di situ beberapa ketika. Bahkan Baginda tidak
boleh bergerak kerana ketakutan yang amat sangat melihatkan pemandangan
yang luar biasa itu. Setelah Sayyidina Jibril hilang, segera Rasulullah r
berjalan menuju ke rumahnya. Apabila sampai saja di rumah, Siti Khadijah

sudah bersedia menyambut suaminya. Dari raut wajah suaminya dia
sudah tahu suaminya sedang berada dalam ketakutan yang amat sangat.
Bahkan Siti Khadijah dapat melihat Rasulullah r menggigil dan minta
diselimutkan. Siti Khadijah tanpa banyak tanya terus menyelimutkan
Rasulullah r sehinggalah Rasulullah r kembali tenang. Ketika itu barulah
dia bertanya. Begitulah beradabnya Siti Khadijah kepada suaminya. Dia
bertanya dengan penuh hikmah, apakah yang telah berlaku? Rasulullah r
pun menceritakan apa yang berlaku. Siti Khadijah berkata, “Mungkin
kamu takut kerana diganggu oleh jin?” “Benar,” jawab Rasulullah r.
Lihatlah bagaimana Siti Khadijah berhadapan dengan suaminya ketika
itu. Tentang Siti Khadijah , pernah Rasulullah r bersabda:

“Siti Maryam wanita paling baik di zamannya dan Siti Khadijah
pula wanita paling baik di zamannya.”

Siti Khadijah berkata dengan penuh yakin, “Demi Allah, tidak sekali-
kali kamu akan ditimpakan dengan perkara yang tidak baik. Sedangkan
kamu adalah orang yang menyambungkan silaturrahim, kamu membantu
orang di dalam kesusahan dan orang yang lemah, kamulah yang berkorban
ketika berlaku bala-bencana, kamu orang yang menunaikan hajat orang
lain. Dengan segala amalan kamu yang baik ini, tidak mungkin kamu akan
ditimpakan sesuatu yang tidak baik.”

Setelah suasana tenang, Siti Khadijah membawa Rasulullah r bertemu
dengan anak saudaranya, Waraqah bin Naufal. Waraqah telah memeluk
agama Nasrani dan telah mempelajari kitab Nasrani. Daripadanya dia
mengetahui bahawa kini tiba masanya akan diutuskan seorang Nabi. Bila
diceritakan kepadanya apa yang berlaku kepada Rasulullah r, Waraqah

42

Turunnya Wahyu Bab 3
mendengar dengan penuh prihatin. Memang dia sangat terkejut kerana
semua ciri seorang Nabi yang diketahuinya ada pada Rasulullah r. Tidak
hairanlah terluncur dari mulutnya, “Maha Besar Tuhan, Maha Besar Tuhan.
Demi Allah, telah datang kepadanya Namus al-Akbar iaitu Malaikat Jibril
yang telah datang kepada Nabi Musa sebelum ini.” Waraqah menyambung
lagi :

“Alangkah baiknya kalau waktu itu aku masih muda agar aku
dapat membantu Rasulullah berhabis-habisan ketika mana kaumnya
mengeluarkannya dari negerinya.”
Mendengarkan kenyataan itu, Rasulullah r terkejut. “Apakah kaumku
akan mengeluarkan aku dari Mekah?” tanya Baginda. Baginda tidak pernah
menyakiti kaumnya malah Baginda juga dari kalangan bangsawan mereka.
Waraqah berkata :

“Demi Allah, tidak ada seorang pun yang membawa perjuangan
seperti yang kamu bawa melainkan pasti dia disakiti.”
Selepas enam bulan dari tarikh itu barulah Sayyidina Jibril datang lagi
kepada Rasulullah r. Ketika itu Waraqah telah meninggal dunia. Tentang
Waraqah, Rasulullah r pernah bersabda :

“Aku telah melihat Waraqah bin Naufal di dalam Syurga.”
Demikianlah Allah I telah mengambil kira keazaman hatinya untuk
masuk Islam dan berjuang bersama Rasulullah r.
Peristiwa pertama kali bertemu Sayyidina Jibril memang menakutkan
bagi Rasulullah r. Tetapi lama-kelamaan Baginda merasa rindu untuk
bertemu dengan Sayyidina Jibril dan menerima wahyu. Rasulullah r
sering keluar ke padang pasir menunggu-nunggu kedatangan Sayyidina
Jibril . Begitulah hikmah terputusnya wahyu beberapa ketika sehingga

43

Catatan Sejarah Rasulullah r
Rasulullah r dapat menyesuaikan diri dengan wahyu. Baginda tidak lagi
takut bahkan menjadi begitu bersedia untuk menerimanya.

44

Bab 4

Penyelamat Telah Tiba

Perintah Berdakwah
Satu hari ketika Rasulullah r di tempat tidurnya dalam keadaan berselimut,
datang Sayyidina Jibril menyerunya, “Wahai orang yang berselimut,
bangunlah dan berilah peringatan!” Kali ini Rasulullah r sudah diperintahkan
untuk menyampaikan kepada orang lain. Firman Allah I:

“Wahai orang yang berselimut! (Muhammad) Bangunlah memberi
peringatan. Tuhanmu besarkanlah. Dan pakaianmu bersihkanlah. Dan
berhala (kejahatan) tinggalkanlah. Janganlah engkau memberikan
untuk mendapat pulangan yang lebih banyak. Dan untuk menurut
perintah Tuhanmu bersabarlah.” (al-Muddathir : 1-7)
Selepas itu wahyu datang berterusan. Kemudian Sayyidina Jibril

45

Catatan Sejarah Rasulullah r
datang pula dengan perintah membangunkan ibadah. Firman Allah I:

“Wahai orang yang berselimut! (Muhammad) bangunlah pada
waktu malam melainkan sedikit di waktu malam saja. Iaitu separuh
malam atau kurangkanlah sedikit dari itu. Atau tambahkan dari itu
dan bacalah al-Quran dengan bacaan yang teliti. Sesungguhnya
Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat ( al-Quran).
Sesungguhnya beribadah di malam hari lebih menusuk ke dalam hati
dan lebih lurus bacaannya. Sesungguhnya engkau mempunyai tugas
dan urusan yang banyak di siang hari.” (al-Muzammil : 1-7)
Selepas itu Sayyidina Jibril datang membawa Surah ad-Dhuha:

“Demi waktu Dhuha. Demi malam apabila ia berlabuh. Tuhanmu
tidak meninggalkan engkau, wahai Muhammad dan tidak pula
membencimu. Sesungguhnya akhirat lebih baik bagimu dari dunia.
Nanti Tuhanmu akan mengurniakan kepadamu sehingga engkau redha.
Bukankah Dia mendapatimu seorang anak yatim lalu dilindungi-Nya.
Dan dia telah mendapati kamu dalam keadaan sesat (belum mendapat

46

Penyelamat Telah Tiba Bab 4

petunjuk) lalu ditunjuki-Nya. Dan Dia telah mendapati kamu miskin
lalu dikayakan-Nya. Maka, anak yatim janganlah kamu paksa. Dan
orang yang meminta janganlah kamu herdik. Adapun dengan nikmat
Tuhanmu hendaklah kamu beritakan. (Surah ad-Dhuha : 1-11)”

Terputusnya wahyu dalam tempoh enam bulan itu bukan bermaksud
Allah I membiarkan Rasulullah r tetapi sebagai tempoh persediaan. Maka
selepas itu ayat demi ayat telah diwahyukan kepada Rasulullah r.

Apabila Rasulullah r diperintahkan menyampaikan dakwah, orang
pertama yang menerima dakwah itu ialah isterinya, Sayyidatina Siti
Khadijah . Beliau tidak teragak-agak sedikit pun untuk menerima Islam.
Siti Khadijahlah orang pertama beriman kepada Rasulullah r. Selepas itu
Zaid bin Harithah t, anak angkat baginda menerima Islam. Zaid t memang
tinggal bersama keluarga Rasulullah r Malah dia dikenali di Mekah sebagai
Zaid bin Muhammad. Sebenarnya Zaid t bukanlah dari keturunan hamba.
Sewaktu kecil, kabilahnya diserang dan dia ditawan. Kemudian dia dijual
sebagai hamba lalu berpindahlah dari satu tangan ke satu tangan sehinggalah
dia dibeli oleh Siti Khadijah . Apabila Siti Khadijah berkahwin dengan
Rasulullah r, dia telah menyerahkan Zaid kepada Baginda.

Setelah peperangan berakhir, ayah Zaid t telah berusaha menjejakinya
dari satu tempat ke satu tempat. Apabila dia mengetahui anaknya berada
di Mekah, dia telah datang berjumpa Baginda untuk menebus kembali
anaknya. Rasulullah r tidak mahu menerima sebarang bayaran tebusan
sebaliknya Baginda menyerahkan kepada Zaid t untuk membuat pilihan.
Apakah dia mahu kembali bersama ayahnya atau ingin terus bersama
Rasulullah r. Sekiranya Zaid t mahu pulang bersama ayahnya, Baginda
akan melepaskannya tanpa sebarang tebusan. Zaid t berkata, “Demi Allah,
aku tidak akan bertemu orang yang memberi kasih sayang kepadaku lebih
dari Rasulullah walaupun dari ibu dan ayah kandungku sendiri.” Semua
orang sangat terkejut dengan pendirian Zaid t. Malah Rasulullah r juga
terkejut, apatah lagi ayahnya. Demi memuliakan Zaid t dan ayahnya,
Baginda mengisytiharkan bahawa Zaid t telah dimerdekakan. Seterusnya
Rasulullah r mengambilnya sebagai anak angkat lalu dia dinamakan Zaid
bin Muhammad. Apabila turun wahyu melarang anak angkat dibinkan kepada
ayah angkatnya, Rasulullah r menukar kembali nama Zaid t kepada nama
asalnya iaitu Zaid bin Harithah.

Apabila Rasululah r mengajukan Islam kepada Sayyidina Zaid t, dia
terus menerimanya. Allah I telah memilihnya untuk bersama Baginda.
Orang ketiga menerima Islam daripada ahli rumah Rasulullah r ialah

47

Catatan Sejarah Rasulullah r

Sayyidina Ali . Sayyidina Ali juga tinggal di rumah Rasulullah
r. Pernah suatu ketika Abu Talib menghadapi kesempitan hidup. Oleh
kerana kasih sayang Rasulullah r yang sangat mendalam terhadap bapa
saudaranya, baginda telah berbincang dengan Sayyidina Hamzah t dan
beberapa orang ahli keluarga terdekat yang lain. Mereka memutuskan agar
setiap seorang daripada mereka mengambil seorang anak Abu Talib untuk
dipelihara. Abu Talib bersetuju dengan cadangan Rasulullah r itu. Kesemua
anaknya telah diserahkan kepada saudara-maranya yang ingin memelihara
mereka. Abu Talib hanya mempertahankan anak sulungnya, Uqail untuk
tinggal bersamanya. Rasulullah r telah mengambil Sayyidina Ali untuk
dipelihara. Demikianlah Allah I mahu memuliakan Sayyidina Ali agar
dapat bersama baginda sejak dari kecilnya lagi.. Kerana itulah Sayyidina Ali

tidak pernah sujud kepada berhala. Oleh itu, Sayyidina Ali ini dipanggil
Karramallahu Wajhah. Allah I telah memuliakan wajahnya daripada sujud
kepada selain Allah I. Ketika Sayyidina Ali menerima Islam, umurnya
baru sepuluh tahun. Begitu juga anak-anak perempuan Rasulullah r iaitu
Sayyidatina Ruqayyah, Umuu Kalthum, Zainab dan Fatimah y. Kesemuanya
telah menerima Islam. Rasulullah r memulakan dakwah bermula daripada
dirinya dahulu kemudian isteri baginda dan ahli rumahnya.

Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq t Menerima Islam

Orang pertama selain dari anggota rumah Rasulullah r yang beriman ialah
Sayyidina Abu Bakar t. Sabda Rasulullah r :

“Tidak seorang pun yang aku ajukan Islam kepadanya melainkan
dia bertanya kepada aku melainkan Abu Bakar.”

Kerana sangat mengenali keperibadian Rasulullah r, SayyidinaAbu Bakar
t tidak bertanya apa-apa pun. Dia terus mempercayai apa yang disampaikan
oleh Rasulullah r. Berimanlah Sayyidina Abu Bakar t kepada sahabat
baiknya sebagai seorang utusan Allah I. Hatinya yang sangat mencintai
Rasulullah r sejak sebelum Islam lagi telah dapat melihat kebenaran.
Kecerdikan akalnya dan kepetahan lidahnya tidak perlu dipersoalkan lagi.
Dia sangat kenal siapakah Muhammad Bin Abdullah. Seorang yang sangat
benar dan tidak pernah malah tidak akan bercakap melainkan yang benar.

Setelah hatinya menerima kebenaran dari Tuhan dan Rasul-Nya, Sayyidina
Abu Bakar merasa sangat bertanggungjawab untuk menyampaikannya

48

Penyelamat Telah Tiba Bab 4

kepada seluruh manusia. Dia mempergunakan sepenuhnya pengaruh,
kedudukan dan kepercayaan masyarakat kepadanya untuk membawa
manusia kepada Allah I dan Rasul-Nya. Hasil kebijaksanaanya dalam
berdakwah, ramai pemuda bangsawan Quraisy telah memeluk Islam. Di
antaranya Sayyidina Uthman t dan Sayyidina Zubair Bin Awwam t.
Ketika itu Sayyidina Zubair bin Awwam t baru berusia 16 tahun. Seterusnya
Sayyidina Saad bin Abi Waqqas t. Apabila Sayyidina Saad t Islam, ibunya
telah bersumpah untuk tidak mahu bercakap bahkan tidak mahu makan dan
minum. Dia bersikap begitu supaya Sayyidina Saad t keluar semula dari
agama Islam. Tetapi Sayyidina Saad t tetap dengan imannya. Akhirnya
ibunya kembali makan dan minum. Kemudian Sayyidina Abdul Rahman
bin Auf t pula memeluk Islam di tangan Sayyidina Abu Bakar t, diikuti
oleh Sayyidina Talhah bin Ubaidillah t. Merekalah yang disebut golongan
As Sabiqunal Awwalun yang telah menjadi Sahabat Utama Rasulullah r
. Kesemua mereka masuk Islam di tangan Sayyidina Abu Bakar t Tidak
hairanlah iman Sayyidina Abu Bakar t di sisi Allah I dan Rasul r adalah
lebih berat dari iman seluruh manusia. Sabda Rasulullah r:

“Kalaulah ditimbang iman umat ini dengan iman Abu Bakar,
nescaya iman Abu Bakar lebih berat.”

Begitulah kedudukan Sayyidina Abu Bakar t dalam Islam. Dengan
kekuatan iman yang dimilikinya dia mampu menarik orang lain kepada
Islam. Malah semua sahabat yang Islam di tangannya adalah pemuda
bangsawan yang mewakili kabilah masing-masing.

Mengisytiharkan Diri Sebagai Penyelamat

Selepas itu Rasulullah r diperintahkan untuk menyebarkan dakwahnya
kepada semua manusia. Pada satu pagi, Rasulullah r naik ke atas Jabal
Qubais yang terletak bersebelahan dengan Ka’bah. Ketika ini sebuah istana
telah dibina oleh kerajaan Arab Saudi di situ. Orang yang berada di Ka’bah
dan sekitarnya tidak dapat melihat apa yang ada dibelakang bukit ini. Dari
atas Jabal Qubais Rasulullah r menyeru penduduk Mekah dengan berkata,
Wasabahah! Satu seruan amaran dalam masyarakat Arab menandakan
ada perkara besar berlaku. Apabila penduduk Mekah mendengar laungan
ini apatah lagi ia adalah suara Muhammad Sodiqul Amin (Yang benar lagi
dibenarkan) mereka sangat yakin ada perkara yang sangat penting ingin
disampaikan oleh Muhammad. Semua penduduk Mekah bergegas ke kaki

49

Catatan Sejarah Rasulullah r

bukit untuk mendengar berita itu. Benar, ia adalah berita dari langit. Ia adalah
kebenaran, keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dari atas bukit Rasulullah r terus berdakwah kepada mereka dengan
bijaksana. Baginda berseru, “Wahai Quraisy, kalau aku beritahu di belakang
bukit ini ada tentera ingin menyerang kamu, apakah kamu membenarkan
aku?” Kaum Quraisy berkata, “Kami percaya kerana kami sangat percaya
kepada kamu. Kamu yang kami kenali adalah seorang yang tidak pernah
berbohong.” Lalu Rasulullah I berseru kepada mereka:

“Sesungguhnya aku adalah orang yang memberi peringatan kepada
kamu dari azab Allah yang Maha Pedih”.

Rasulullah r mengisytiharkan kepada mereka bahawa dialah Rasul
yang Allah I utuskan untuk menyeru manusia kepada Tuhan yang Esa,
Yang Maha Agung, Maha Baik, Yang Menghidupkan dan Mematikan, Yang
Berkuasa di atas Segala Sesuatu bahkan Tuhan yang Maha Segala-galanya.
Bahkan dialah penyelamat yang Allah I utuskan untuk menyelamatkan
manusia dari kesesatan dan neraka. Senangkah kepada seorang Rasul
untuk mengisytiharkan dirinya, seterusnya menghadapi reaksi manusia
terhadap pengisytiharan itu? Namun itulah tanggungjawab seorang
penyelamat. Lalu tidak hairanlah, sebaik selesai pengisytiharan itu, seorang
pemuka Quraisy bingkas bangun sambil menjerit, “Celaka kamu, wahai
Muhammad!! Apakah kerana ini kamu kumpulkan kami?! Apakah kerana
ini kami terpaksa meninggalkan semua kerja kami dan datang ke sini!!”
Dia terus mengarah orang lain supaya bersurai. Orang ramai pun beredar
meninggalkan Rasulullah r. Mereka tidak berani membantah pemuka
Mekah ini. Sementelahan dia adalah bapa saudara Rasulullah r sendiri.
Dialah Abdul Uzza yang kemudiannya diperkenalkan oleh al-Quran sebagai
Abu Lahab. Dia berhak mendapat kutukan Tuhan kerana telah menentang
dan mendustakan berita yang dibawa oleh seorang Utusan Allah. Sedangkan
ia adalah berita dari langit, daripada Tuhan Yang Maha Benar. Ia adalah
kebenaran. Perbuatan menolak Wakil Tuhan dan kebenaran yang dibawanya
telah mengabadikan nama Abu Lahab di dalam al-Quran. Firman Allah I:

50

Penyelamat Telah Tiba Bab 4

“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan binasalah. Hartanya
dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Dia akan
menderita dengan api neraka yang marak menjulang. Dan isterinya
seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali dari
tali yang dipintal.” (Surah al-Masad : 1-5)

Bukan Abu Lahab sahaja, malah isterinya Ummu Jamil juga terlaknat
kerana sangat menentang dan memusuhi kebenaran. Kesukaannya ialah
mengumpulkan kayu api yang berduri dan meletakkannya di mana sahaja
jalan yang menjadi laluan Rasulullah r Semua itu adalah hanya semata-
mata untuk menyusahkan baginda. Dengan perbuatan itu, Ummu Jamil telah
menempah tali gantung dari api neraka.

Berdakwah Kepada Keluarga Terdekat

Sebelum seluruh umat dapat diselamatkan, Rasulullah r diperintahkan
untuk menyelamatkan saudara-maranya terlebih dahulu. Baginda telah
mengumpulkan seluruh kaum kerabat dari Bani Abdul Mutalib di rumahnya.
Tanpa memberi peluang kepada tuan rumah bercakap dalam majlis itu, Abu
Lahab terlebih dahulu bangun bercakap. Dia berkata, “Wahai Muhammad,
kalau engkau kumpulkan kami untuk memperkatakan tentang agama
kamu, tak payahlah kamu bercakap. Sesungguhnya kami tiada masa untuk
mendengarnya!” Suasana menjadi tegang dengan kata-kata Abu Lahab.
Melihatkan itu, Rasulullah r menangguhkan dahulu apa yang ingin baginda
sampaikan. Selepas itu Rasulullah r memanggil semula kaum kerabatnya
kecuali Abu Lahab. Kali ini Rasulullah r mengadakan kenduri di rumahnya.
Setelah menjamu mereka makan, barulah baginda bercakap kepada mereka.
Rasulullah r menyebut nama mereka seorang demi seorang termasuklah
kaum wanita dari kalangan ibu saudaranya dan anak perempuannya.
Rasulullah r berkata, “Wahai Sofiyyah, wahai Fatimah, aku tidak akan dapat
membela kamu di hadapan Allah I melainkan kamu menerima agama Allah
ini.” Hasil dari dakwah Rasulullah r ini, sebahagian dari kerabat baginda
telah menerima Islam. Di antara yang menerima Islam waktu itu ialah ibu
saudaranya, Sayyidatina Sofiyyah binti Abdul Mutalib .

Rasulullah r meneruskan dakwahnya mengajak masyarakat mengenali
Allah I, Tuhan yang sebenarnya. Tuhan yang telah menciptakan manusia,

51

Catatan Sejarah Rasulullah r

langit dan bumi. Tuhan yang telah menciptakan kehidupan dan kematian
untuk menguji hambanya, siapakah yang baik amalannya. Sebahagian kecil
dari masyarakat Mekah telah beriman dengan agama Islam terutamanya
daripada golongan miskin dan golongan yang lemah. Kebanyakan mereka
adalah orang yang tidak ada kuasa, golongan masyarakat jelata, kurang
sekali dari orang kaya dan penguasa. Di antara mereka ialah Sayyidina Yasir
t, isterinya Sayyidatina Sumayyah dan anaknya Sayyidina Ammar t.
Begitu juga Sayyidina Khabab bin Arat t, Sayyidina Bilal t, Sayyidina
Suhaib ar Rumi t, Sayyidina ‘Amir bin Fuhairah t, Sayyidina Abdullah
bin Mas’ud t. Kesemua mereka dari golongan yang lemah. Ada yang dari
golongan hamba abdi, ada yang merdeka tapi tidak ada harta dan tidak ada
kuasa.

Melihat perkembangan itu, pembesar Quraisy mula menghalang
masyarakat daripada beriman kepada Rasulullah r. Sayyidina Abu Bakar
t yang sudah tekad untuk memperjuangkan Tuhan dan Rasulnya telah
menyampaikan mesej al-Quran di perkarangan Ka’bah. Oleh kerana merasa
terlalu tercabar terhadap al-Quran dan kebenaran, pembesar kafir Quraisy
menyerbu dan memukul Sayyidina Abu Bakar t sehingga berdarah
mukanya. Namun, ia sama sekali tidak membuatkan Sayyidina Abu Bakar
t berundur dari perjuangannya memperkenalkan Tuhan Rafiqul A’la dan
memperkenalkan Rasulullah r kepada penduduk Mekah.

Seorang sahabat lagi yang mengisytiharkan imannya ialah Sayyidina
Abdullah bin Mas’ud t. Ketika itu dia hanyalah pengembala kambing
Uqbah bin Muayyith, salah seorang pembesar Quraisy. Penduduk Mekah
selalu mentertawakannya kerana badannya yang sangat kurus itu. Pernah
sekali ketika dia mahu menaiki himarnya, terbuka betisnya lalu tertawalah
para sahabat y. Sabda Rasulullah r kepada para sahabat y:

“Apakah kamu mentertawakan kurusnya betis Ibnu Mas’ud? Demi
Allah, kaki Ibnu Mas’ud ini dalam timbangan Allah I lebih berat
daripada Bukit Uhud.”

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud t telah pergi ke Ka’bah dan membaca
surah ar-Rahman dengan suara yang lantang. Orang kafir Quraisy menyerbu
dan memukulnya. Abdullah meneruskan bacaannya. Walaupun dipukul

52

Penyelamat Telah Tiba Bab 4

bertubi-tubi, dia tidak berganjak sedikit pun sebaliknya terus menghabiskan
dakwahnya memperkenalkan Tuhan melalui Surah ar-Rahman. Berita
tentangnya telah sampai kepada Rasulullah r. Baginda bertanya kepadanya,
“Wahai Ibnu Mas’ud, apa yang kamu telah lakukan?” Ibnu Mas’ud berkata,
“Kalau Rasulullah r mahu saya ulangi lagi perbuatan itu, nescaya aku akan
melakukannya.” Rasulullah r memintanya supaya tidak meneruskannya
sehinggalah tiba waktu yang lebih sesuai. Begitulah kegigihan dan jiwa
perjuangan yang dimiliki oleh para sahabat y setelah hati mereka mengenali
Allah I dan Rasul-Nya. Mereka sanggup dipukul dan dihina demi
memperkenalkan Tuhan dan Wakil Tuhan kepada masyarakat.

Kafir Quraisy Minta Abu Talib Berhentikan Dakwah Rasulullah r

Apabila kebenaran semakin mendapat tempat, pembesar Mekah merasa
tercabar. Mereka merasakan tuhan mereka telah diperbodohkan. Mereka
datang mengadu kepada Abu Talib sebagai Ketua Mekah kerana Rasulullah
r berada dalam jaminan keselamatan Abu Talib. Mereka menghasut Abu
Talib supaya berlepas tangan dari Rasulullah r supaya mereka dapat
menghadapi Rasulullah r dengan cara mereka. Kalau tidak, Abu Talib
sendiri mesti menghalang Rasulullah r daripada perjuangannya. Namun
Abu Talib bertegas bahawa Muhammad adalah anak saudaranya. Selagi dia
hidup dia tetap akan mempertahankan Muhammad. Dengan sokongan Abu
Talib, Rasulullah r dapat meneruskan menyampaikan dakwahnya.

Pembesar Quraisy makin tidak senang kepada Rasulullah r. Mereka
datang semula berunding dengan Abu Talib dengan alasan yang baru. Mereka
berkata: “Anak saudara kamu telah menghina kami! Menghina ayah kami!
Malah menghina datuk-datuk kami! Bahkan dia telah menghina tuhan-
tuhan kami! Kami tidak boleh sabar lagi!! Kalau dibiarkan keadaan ini,
sudah tentu akan berlaku fitnah di antara kami keseluruhan Quraisy dengan
Bani Abdul Mutalib. Oleh itu engkau mesti menghentikan Muhammad
dari menyampaikan dakwahnya!” Suasana Mekah sudah membayangkan
akan berlaku satu pertembungan yang membawa kepada peperangan di
antara Quraisy dan Bani Abdul Mutalib. Abu Talib mengumpulkan Bani
Abdul Mutalib untuk mendengar pendirian mereka. Kemudian Abu Talib
menyampaikannya kepada Rasulullah r: “Wahai Muhammad, kaum kamu
mengadu tentang kamu. Kemarahan mereka boleh membawa peperangan
antara Bani Abdul Mutalib dengan Quraisy yang lain.” Rasulullah r
menegaskan kepada Abu Talib, “Wahai bapa saudaraku, demi Allah kalau
mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah
kiriku supaya aku meninggalkan perjuangan ini, nescaya aku tidak akan
meninggalkannya sehinggalah Allah I memenangkan agama ini.”

53

Catatan Sejarah Rasulullah r

Melihat begitu sekali pendirian Rasulullah r, Asobiyyah (semangat
perkauman) Kabilah Bani Abdul Mutalib dan sayangnya Abu Talib kepada
Rasulullah r telah membuatkan Abu Talib tidak berlepas tangan dari anak
saudaranya. Abu Talib berkata, “Kalau begitu, buatlah apa yang kamu
mahu, wahai Muhammad. Walau apa pun yang berlaku, engkau tetap dalam
pembelaan Bani Abdul Mutalib.” Rasulullah r mengambil peluang ini
sepenuhnya untuk menyampaikan dakwahnya ke semua tempat termasuk
kepada kabilah Arab lain yang datang menunaikan haji di Mekah.

Kebencian kafir Quraish semakin meluap-luap. Mereka mula
menyusahkan peribadi Rasulullah r. Namun segala usaha mereka tetap
tidak berjaya menghalang dakwah baginda. Akhirnya mereka datang lagi
menemui Abu Talib. Kali ini mereka membawa satu tawaran. Mereka
membawa bersama mereka seorang pemuda Quraisy yang terkenal dari
keturunan mulia, mempunyai akhlak terpuji, kaya, tampan dan gagah. Pihak
Quraisy berkata, “Wahai Abu Talib, kami serahkan kepada kamu Imarah
bin Walid ini, jadikanlah dia anak kamu dan binkanlah dia kepada kamu
tetapi kami minta kamu menyerahkan Muhammad kepada kami.” Tawaran
itu benar-benar mencetuskan kemarahan Abu Talib. Lalu dia menjawab,
“Apakah kamu menyerahkan anak kamu untuk aku jaga dan kamu minta aku
serahkan anak aku untuk kamu sembelih?! Aku tidak boleh menerimanya
sama sekali!” Begitulah Allah I membela Rasul-Nya melalui tangan bapa
saudaranya Abu Talib. Bukankah Allah I telah berjanji dalam al-Quran
bahawa Dia pasti membela agama dan Rasul-Nya.

Perbincangan al Walid bin Mughirah dengan Rasulullah r

Walaupun begitu, Kafir Quraisy tidak putus asa, mereka bersidang lagi di
Darul Nadwah. Kali ini mereka mengambil keputusan untuk bersemuka terus
dengan Rasulullah r. Mereka berharap dengan perbincangan begini boleh
menyelesaikan masalah. Sekiranya kali ini Rasulullah r tidak menerima
tawaran mereka dan masih ingin meneruskan dakwahnya, mereka akan
bertindak lebih keras lagi. Mereka menghantar al Walid bin Mughirah, orang
yang paling berpengaruh dan paling petah berbahasa di kalangan Quraisy.
Malah al Walid adalah tokoh yang disegani oleh seluruh bangsa Arab. Al
Walid mencari waktu yang sesuai untuk bersemuka dengan Rasulullah r.
Akhirnya ketika Rasulullah r sedang duduk seorang diri di tepi Ka’bah,
dia datang lantas duduk di sebelah baginda. Beliau mengajak Rasulullah r
berbincang. Dengan penuh bijaksana al Walid melontarkan pertanyaannya
kepada baginda, “Wahai Muhammad, apakah sebenarnya yang telah terjadi?
Apa yang kamu perjuangkan ini? Perjuangan kamu telah memecah-belahkan

54

Penyelamat Telah Tiba Bab 4

kami. Di antara ibu ayah dan anak-anak, antara suami dan isteri dan sesama
kabilah. Mungkin engkau sakit, kalau begitu kami sedia mengumpul wang
untuk mengubati kamu. Kami boleh mengupah tabib yang paling hebat.
Kalau kamu mengharapkan harta dan wang daripada perjuangan kamu ini,
Quraisy bersedia mengumpulkan harta dan wang untuk kamu sehingga kamu
jadi orang yang paling kaya di kalangan kami.”

Rasulullah r hanya mendengar dengan baik walaupun kata-kata yang
disampaikan oleh al Walid itu telah menyebabkan Baginda terasa kecil
hati. Tetapi begitulah adab berbincang bagi seorang Rasul dan pendakwah
terulung. Al Walid menyambung lagi, “Kalau kamu mahukan kemuliaan,
kami jadikan kamu ketua kami. Kalau kamu mahukan kekuasaan, kami
angkat kamu jadi raja kami di Mekah. Kalau kamu mahukan isteri, kami
kahwinkan kamu dengan siapa saja yang kamu mahu dari kalangan gadis
Quraisy. Apa saja yang kamu mahukan wahai Muhammad kami akan
tunaikan. Hanya satu permintaan kami iaitu hentikanlah perjuangan kamu
ini!”

Apabila al Walid selesai bercakap, Rasulullah r dengan penuh bijaksana
bertanya pula kepadanya, “Apakah engkau sudah selesai wahai al Walid?”
“Benar!” jawab al Walid. Maka Rasulullah r bersabda, “Kalau begitu izinkan
daku bercakap pula. Daku telah mendengar apa yang kamu sampaikan
dan sekarang giliran engkau mendengar daripadaku pula.” Dengan sikap
Rasulullah r itu, al Walid bersedia untuk mendengar ucapan baginda.
Apakah baginda bersetuju dengan cadangan al Walid itu? Bagi Rasulullah
r, kedatangan al Walid ini ibarat menyerah diri kepada Baginda.

Rasulullah r membacakan beberapa ayat dari Surah al Fussilat kepada al
Walid, orang yang paling fasih di kalangan bangsa Arab.

55

Catatan Sejarah Rasulullah r

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Haa Mim. Turunnya kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani. Sebuah kitab yang diperjelaskan ayat-ayatnya
satu persatu, iaitu al- Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab untuk
faedah orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
Ia membawa berita yang mengembirakan bagi orang yang beriman
dan membawa amaran kepada orang yang ingkar. Namun kebanyakan
mereka berpaling ingkar maka dengan sebab itu mereka tidak
menerima dan tidak mematuhinya. Bahkan mereka berkata, “Hati kami
dalam tutupan yang berlapis-lapis menghalang kami dari memahami
apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami
penyumbat menjadikan kami tidak mendengarnya, serta di antara
kami denganmu ada sekatan yang memisahkan kefahaman kita. Oleh
itu bekerjalah engkau untuk agamamu. Sesungguhnya kami juga terus
bekerja untuk mempertahankan kepercayaan kami.” Katakanlah wahai
Muhammad, “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti
kamu, diwahyukan kepada aku bahawasanya Tuhan kamu adalah
hanyalah Tuhan yang Satu. Maka hendaklah kamu berpegang teguh di
atas jalan yang betul lagi lurus dan mohonlah kepadanya keampunan
dan kecelakaanlah kepada orang-orang yang menyekutukan-Nya.”
(Surah al Fussilat : 1-6 )

Setiap ayat yang dibaca oleh Rasulullah r telah menguasai seluruh
perasaan, fikiran dan pancaindera al Walid. Dia telah mendengar mukjizat al-
Quran daripada mulut Rasulullah r sendiri. Sedangkan al-Quran diturunkan
dalam Bahasa Arab yang sangat luar biasa itu. Sampai pada ayat berikutnya,
al Walid tidak boleh tahan lagi. Al Walid merasa terlalu takut. Dia sedar
manusia yang sedang bercakap dihadapannya itu adalah Sodiqul Amin.
Malah dia yakin kata-kata itu bukan daripada Rasulullah r tapi daripada
Allah I. Bila sampai ke ayat ini:

“Oleh itu, jika mereka berpaling daripada meng-Esakan Allah
maka aku (Allah I) memberi peringatan kepada kamu semua dengan

56

Penyelamat Telah Tiba Bab 4

panahan seperti yang berlaku kepada Kaum ‘Aad dan Tsamud.”
(Surah al Fussilat: 13)

Al Walid bangun menerpa ke arah Rasulullah r sambil meletakkan
tangannya di mulut baginda. Dia merayu kepada Rasulullah r agar jangan
menyambung lagi. Al Walid merasakan seolah-olah kilat petir akan memanah
kaum Quraisy pula. Setelah itu al Walid duduk kembali ke tempatnya.
Rasulullah r menyambung lagi bacaan ayat-ayat tadi sehingga sampai ke
ayat sujud, maka Rasulullah r pun sujud. Apabila Rasulullah r bangun dari
sujud, baginda menoleh kepada al Walid sambil berkata, “Inilah jawapan
daku.” Rasulullah r hanya membacakan beberapa ayat dari Surah Fussilat
kepada al Walid sebagai jawapan kepada satu pakej tawaran Quraisy. Maha
Besar Tuhan. Allah I telah memperlihatkan kebesaran al-Quran sebagai
mukjizat Rasulullah r. Al Walid bangun dari pertemuan itu dalam keadaan
lemah longlai malah tak mampu bercakap apa-apa lagi. Dia benar-benar
terkejut, terpegun malah tersentuh. Inilah kali pertama dia mendengar al-
Quran secara langsung dari mulut Rasulullah r. Dia segera kembali kepada
pembesar Quraish yang sedang menunggunya di Darul Nadwah. Bila al
Walid masuk saja, dari air mukanya sahaja kaum Quraisy sudah dapat melihat
perubahan yang jelas pada al Walid. Memang dia sangat terkesan dengan
ayat-ayat yang baru saja didengarnya tadi. Benarlah sabda Rasulullah r:

“Sesungguhnya pada kata-kata yang indah tersusun itu ada sihir.”

Kalaulah kata-kata manusia biasa sahaja boleh mempunyai kekuatan
seperti sihir apatah lagi al-Quran. Bukankah al-Quran Kalamullah dan
mukjizat terbesar Rasulullah r. Ketika al walid memasuki Darul Nadwah,
para pembesar Quraisy telah berbisik sesama mereka, “Demi Allah, al
Walid tidak pulang dengan wajahnya sewaktu dia pergi.” Mereka bertanya,
“Apa yang telah berlaku, wahai al Walid?” Al Walid menjawab, “Aku
telah mendengar kata-kata yang belum pernah aku dengar dalam hidupku.”
Terluncur satu pengiktirafan dari al Walid, orang yang paling fasih di
kalangan bangsa Arab bahkan tempat rujuk kepada ahli syair Arab.

Bukankah kemahiran al Walid dan bangsa Arab ialah bersastera? Sebab
itu setiap Nabi datang membawa mukjizat dari jenis kemahiran kaumnya.
Nabi Musa datang membawa tongkat sakti berhadapan dengan Firaun
yang terkenal dengan sihir. Nabi Isa datang dengan mukjizat boleh
mengubat penyakit malah boleh menghidupkan orang mati kepada kaumnya
yang pakar dalam ilmu perubatan. Maka Rasulullah r dibekalkan dengan
mukjizat al-Quran dalam Bahasa Arab yang sangat indah dan tiada taranya
kepada bangsa Arab yang sangat mahir bersastera. Kebolehan bersastera

57

Catatan Sejarah Rasulullah r

menjadi suatu yang sangat dibanggakan dan dipertandingkan di antara
mereka. Mendengar kenyataan al Walid, pembesar Quraisy bertanya,
“Apakah kamu telah meninggalkan agama kamu? “Tidak…tidak…,”
jawab al Walid. “Tetapi aku tak pernah mendengar kata-kata seperti itu.”
Kaum Quraisy berhujah lagi, “Itu Syair!” “Bukan Syair!”, bentak al Walid.
“Bukankah aku orang yang paling mahir tentang syair di kalangan kamu!”
“Kalau begitu, Muhammad adalah seorang Pendeta,” ujar mereka. Al Walid
menafikan, “ Tidak! Aku cukup kenal penampilan seorang pendeta.” “Kalau
begitu, Muhammad seorang yang gila!” “Tidak! Aku cukup mengenali
perwatakan orang gila,” bantah al Walid. “Kalau begitu, Muhammad adalah
seorang ahli sihir!” tuduh kaum Quraisy. “Bukan! Aku juga cukup kenal
tipu-daya seorang ahli sihir. Muhammad sama sekali bukan seperti yang
kamu sebutkan. Aku dapat merasakan dia lain dari yang lain!” ujar al Walid.

Pembesar Quraisy diserang kebuntuan, apakah yang hendak kita
labelkan kepada Muhammad? Al Walid bertanya kepada kaumnya,
“Berterus-teranglah, apakah kamu mahu mendengar pandangan aku?”
“Silakan!” jawab mereka. Al Walid pun berucap, “ Wahai kaum Quraisy,
aku beri dua pilihan kepada kamu semua dalam masalah ini. Pertama, kita
ikut Muhammad kerana dia sebenarnya memperkatakan kebenaran. Kata-
katanya benar!” “Tidak mungkin!” bentak Quraisy. Al Walid menyambung
lagi, “Kalau begitu, biarkan dia, jangan ganggu dia, beri laluan kepadanya.
Sekiranya dia menang dan berjaya menguasai seluruh Arab, bukankah itu
juga kemenangan dan kemuliaan kamu. Bukankah dia juga dari bangsawan
Quraisy. Sekiranya dia ditentang dan dibunuh, bukankah itu yang kamu
mahukan selama ini?” Al Walid memang seorang yang bijak. Namun kaum
Quraisy tetap tidak menerima kedua-dua cadangan yang diajukan olehnya.
Demi memenangi hati kaumnya dan tidak sanggup kehilangan pengaruhnya,
al Walid berkata kepada mereka, “Kalau begitu, kita anggap dia ahli sihir!”
Tuduhan yang agak sesuai ialah ahli sihir. Rasulullah r memang memiliki
kata-kata yang boleh menyihir masyarakat. Malah boleh memecah-belahkan
di antara ibu ayah dan anak-anak dan di antara suami dan isteri. Ini tuduhan
paling logik kepada baginda. Al Walid sudah melihat kebenaran Rasulullah r
malah telah cuba mempengaruhi kaumnya kepada kebenaran. Namun kerana
takut kehilangan kedudukan dan pengaruhnya, dia telah menolak malah
menghina kebenaran dan Rasulullah r. Rupanya Allah I sangat murka
kepada manusia yang bersikap begitu. Lalu wahyu telah mengabadikan sikap
al Walid terhadap kebenaran sebagai pengajaran kepada umat Rasulullah r
sepanjang zaman.

58

Penyelamat Telah Tiba Bab 4

Firman Allah I di dalam Al-Quran:

“(Janganlah engkau bimbang, wahai Muhammad!) Biarkanlah
Aku sahaja membalas (orang yang menentangmu) yang Aku telah
ciptakan dia seorang diri {tidak berharta dan beranak-pinak.) Lalu
Aku jadikan baginya harta yang banyak serta anak-pinak yang ramai
yang sentiasa disisinya. Dan Aku mudahkan kepadanya mendapat
kekayaan dan kekuasaan dengan semudah-mudahnya. Kemudian dia
ingin sangat untuk Aku tambahi lagi. Tidak sekali-kali akan ditambahi.
Sesungguhnya dia telah menentang dengan degilnya ayat-ayat Kami
(al-Quran yang disampaikan oleh Rasul Kami.) Aku akan menyiksanya
dengan azab yang memuncak beratnya. Kerana sesungguhnya dia
telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap al-
Quran. Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani
mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu.) Kemudian dia telah merenung dan
memikirkan (berkali-kali usaha mencaci al-Quran, tetapi dia gagal.)
Kemudian dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam dan
berkerut. Lantas dia berpaling dari kebenaran dan berlaku sombong
angkuh. Lalu dia berkata, “Al-Quran ini tidak lain hanyalah sihir yang
dipelajari dari pada ahlinya. Ini tidak lain hanyalah kata-kata rekaan
manusia.” (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke
dalam Neraka Saqar.” (Surah al Muddatthir : 11-26)

59

Bab 5

Tindakan Kaum Quraisy

Oleh kerana kaum Quraisy melihat semua usaha yang mereka cuba
laksanakan itu tidak berjaya, mereka mula bertindak di luar batasan
ketulenan budi pekerti bangsa Arab malah di luar perikemanusiaan. Mereka
mula mengejek dan menghina Rasulullah r bila saja mereka terserempak
dengan Baginda khususnya ketika Rasulullah r tawaf di Ka’bah. Pada
suatu hari, para pembesar Mekah berpakat untuk memukul Rasulullah r.
Pada hari yang mereka tetapkan itu, ketika Rasulullah r datang ke Ka’bah
kesemua mereka menyerbu dan memukul Baginda dari semua penjuru. Siti
Fatimah puteri Rasulullah r yang lalu di situ melihat peristiwa tersebut
tetapi dia tiada upaya untuk menolong ayahnya. Dia segera mengadu kepada
Sayyidina Abu Bakar t. Sayyidina Abu Bakar t berlari ke Ka’bah dan terus
meredah ke dalam kumpulan pembesar Kafir Quraisy yang sedang memukul
Rasulullah r. Sejurus kemudian dia telah berjaya mengeluarkan Baginda.
Sayyidina Abu Bakar t tidak dapat menahan tangisannya melihat peristiwa
itu. Beliau menempelak kaum Quraisy, “Apakah kamu hendak membunuh
seorang manusia hanya kerana dia menyebut Tuhannya Allah?!”

Di satu hari yang lain pula, Abu Jahal dan pembesar Quraisy sedang
seperti biasa duduk berbual di perkarangan Ka’bah. Pada waktu yang sama
Rasulullah r sedang melakukan tawaf. Setiap kali Rasulullah r melewati
tempat mereka, Abu Jahal memaki hamun Baginda dengan kata-kata yang
sangat kesat. Rasulullah r tetap sabar dan tenang malah tidak menghiraukan
mereka. Seorang wanita Mekah menyaksikan kejadian itu benar-benar

60

Tindakan Kaum Quraisy Bab 5

tersentuh dan tidak sanggup melihat Baginda dihina begitu sekali. Oleh
kerana dia sendiri tidak mampu berbuat apa-apa, dia mengambil keputusan
beredar dari situ. Selepas meninggalkan Ka’bah, dia terserempak dengan
Sayyidina Hamzah Bin Abdul Mutalib t. Sayyidina Hamzah t adalah bapa
saudara Rasulullah r dan seorang pahlawan Quraisy yang sangat digeruni.
Rupanya dia baru saja pulang dari memburu. Hobinya ialah memburu singa
di padang pasir. Begitulah kegagahan dan ketangkasan Sayyidina Hamzah t
Wanita ini segera mengadukan kepada Sayyidina Hamzah t kelakuan Abu
Jahal dan pembesar Quraisy kepada Rasulullah r. Entah kenapa, kali ini
Sayyidina Hamzah t sangat tersinggung. Dia bertanya, “Apakah tiada siapa
pun bangun menghalang Abu Jahal dan membela Muhammad?” Wanita itu
menjawab, “Tiada siapa yang berani, wahai Hamzah.” Ketika itu Sayyidina
Hamzah t belum Islam lagi tetapi dia cukup marah mendengar penghinaan
itu. Dia bergegas ke Darul Nadwah. Abu Jahal masih berada di situ, di
tengah-tengah pembesar Quraisy yang lain. Sayyidina Hamzah t menuju
kepada Abu Jahal dan terus memukulnya sehingga berdarah kepala Abu
Jahal. Terluncur dari mulut Sayyidina Hamzah t dengan suara yang cukup
tegas, “Apakah kamu menghina Muhammad sedangkan aku telah beriman
kepadanya?” Selepas itu dia pukul lagi Abu Jahal sambil bertanya kepada
Abu Jahal dan semua pembesar Quraisy, “Siapa yang berani membalasnya?”
Sebenarnya tiada siapa pun berani menandingi Hamzah. Tetapi demi
menjaga maruah kabilah, beberapa orang lelaki dari Bani Makhzum bangun
untuk membela Abu Jahal. Dia segera menghalang mereka sambil mengakui
bahawa dia yang bersalah kerana menghina anak saudaranya.

Pada awalnya Sayyidina Hamzah t datang untuk menuntut bela ke
atas anak saudaranya. Tetapi dia sudah mengeluarkan satu kenyataan yang
dia sendiri tidak tahu bagaimana ucapan itu boleh terluncur dari mulutnya.
Sebenarnya Sayyidina Hamzah t belum Islam lagi. Setelah kembali ke
rumahnya, Hamzah masih hairankan dirinya sendiri. Kaum Quraisy telah
mengetahui bahawa dia telah memeluk Islam. Apakah mungkin besok
dia menarik balik kata-katanya itu. Sayyidina Hamzah t tidak dapat
melelapkan matanya pada malam itu. Akhirnya dia bermunajat kepada
Allah I, “Seandainya ini adalah satu kebenaran dan kebaikan, datangkanlah
keyakinan ke dalam hatiku tetapi kalau sebaliknya berilah jalan keluar
kepadaku.” Selepas itu Allah I telah mencampakkan keyakinan ke dalam
hatinya. Dia tidak ragu-ragu lagi. Pagi besoknya dia terus mencari Rasulullah
r dan mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Baginda. Alangkah
gembira dan alangkah terhibur Rasulullah r. Islamnya Sayyidina Hamzah
t adalah suatu kemenangan untuk Islam.

61

Catatan Sejarah Rasulullah r

Sayyidina Abu Zar t Masuk Islam

Orang pertama dari luar Mekah yang menerima Islam ialah SayyidinaAbu Zar
al-Ghifari t dari Kabilah Ghifar. Kabilah Ghifar terkenal sebagai perompak
dan penyamun padang pasir. Allah I telah memilih Sayyidina Abu Zar t
dari kelompok ini untuk mendapat kebenaran. Sedangkan dia memang sudah
lama mencari kebenaran. Apabila dia mendengar tentang Rasulullah r, dia
dan saudaranya serta ibunya telah pergi Mekah. Setelah sampai di perbatasan
Mekah, Sayyidina Abu Zar t terlebih dahulu menghantar adiknya mencari
maklumat tentang Rasulullah r dan Islam. Apabila adiknya bertanya kepada
penduduk Mekah tentang Islam, mereka telah memukulnya. Apabila dia
kembali, dia memberitahu Sayyidina Abu Zar t bahawa dia tidak mendapat
sebarang berita. Sayyidina Abu Zar t akhirnya pergi sendiri meninjau
suasana yang sedang berlaku di Mekah. Sebenarnya Sayyidina Abu Zar t
tidak mempunyai wang dan tidak pula membawa bekalan makan-minum.
Sepanjang berada di Mekah dia hanya berbekalkan air Zam-zam. Dengan
kuasa Allah I, dia sentiasa berasa kenyang. Begitulah keberkatan Zam-
zam. Selama tiga hari tiga malam dia mencari maklumat tentang Islam tetapi
dia belum mendapat apa-apa. Memang sudah ada arahan kepada seluruh
penduduk Mekah agar memukul orang dari luar Mekah yang bertanya
tentang Islam. Sedangkan orang Islam di Mekah dihalang sama sekali dari
menyampaikan dakwah. Begitulah tekanan yang dibuat oleh kaum Quraisy
kepada dakwah dan perjuangan Rasulullah r ketika itu.

Pada malam keempat, Sayyidina Abu Zar t berada di Ka’bah, satu
peristiwa ajaib telah berlaku. Mekah dilanda angin mengantuk. Pada malam
itu, tiada siapa pun datang ke Ka’bah. Hanya Sayyidina Abu Zar t seorang
diri di situ. Biasanya Ka’bah akan sentiasa dipenuhi oleh manusia siang
dan malam. Sedang Sayyidina Abu Zar t termenung, ada dua orang jariah
datang ke Ka’bah. Mereka melakukan ibadah mereka kepada berhala Isaf
dan Nailah. Sayyidina Abu Zar t mengambil peluang bertanya mereka,
“Apakah kamu tahu tentang agama Muhammad?” Mereka menjawab, “Kami
tidak mengambil tahu tentang agama baru itu.” Mereka bertanya kembali
kepada Sayyidina Abu Zar t, “Apakah kamu juga mahu meninggalkan Isaf
dan Nailah dan mahu mencari Tuhan yang baru?” Sayyidina Abu Zar t
menjawab, “Bukankah Isaf dan Nailah ini asalnya dua orang yang berzina?”
Mendengar Sayyidina Abu Zar t menghina Tuhan mereka, mereka menjerit
dan bangun berlari untuk mengadukannya kepada salah seorang pembesar
Quraisy. Semasa mereka meninggalkan Ka’bah, mereka terserempak dengan
Rasulullah r dan Sayyidina Abu Bakar t yang baru sampai ke Ka’bah.
Melihat keadaan itu Baginda r bertanya kepada dua orang jariah itu, apakah
yang berlaku kepada mereka. Mereka berkata, “Ada seorang lelaki di Ka’bah

62

Tindakan Kaum Quraisy Bab 5

menghina Tuhan!” Rasulullah r tersenyum sambil bertanya dimanakah
orang itu. Akhirnya bertemulah Sayyidina Abu Zar t dengan Rasulullah
r. Mendengar daripada Rasulullah r, Sayyidina Abu Zar t tidak ragu-ragu
lagi mengucapkan dua kalimah syahadah. Malah dia meminta izin untuk
belajar Islam daripada Baginda r sendiri.

Walaupun Rasulullah r berpesan kepadanya bahawa kaum Quraisy
akan menyakitinya, namun Sayyidina Abu Zar t tetap merayu lagi. Apabila
Rasululah r melihat kesungguhan yang luar biasa dari Sayyidina Abu
Zar t, Baginda r telah mengizinkannya. Rasulullah r memberitahunya
besok Baginda r akan keluar dari rumahnya dan menuju ke rumah
Arqam bin Abil Arqam. Disitulah tempat Rasulullah r dan para Sahabat
y berkumpul. Darul Arqam adalah pusat pendidikan Rasulullah r yang
pertama. Rasulullah r meminta Sayyidina Abu Zar t memerhati dari jauh
dan seterusnya mengikuti Baginda dari jauh. Selepas itu Sayyidina Abu Zar
t telah datang ke Darul Arqam dan berulang alik selama 15 hari ke situ.
Dia telah belajar dari Rasulullah r dan para Sahabat y yang lain tentang
Iman dan Islam. Berlakulah satu proses pemindahan rasa dan pemindahan
ilmu dari Rasulullah r dan para Sahabat y kepada Sayyidina Abu Zar t.
Ilmu yang tersurat hanya sedikit pada waktu itu. Syariat belum sempurna
diturunkan. Yang besar adalah proses pemindahan rasa. Rasa bertuhan dan
rasa kehambaan yang mesti ada dalam hati setiap orang yang beriman.
Sepanjang lima belas hari itu Sayyidina Abu Zar t hanya berbekalkan air
Zam-zam. Tetapi Sayyidina Abu Zar t tetap merasa kenyang.

Selepas itu Sayyidina Abu Zar t minta izin dari Rasulullah r untuk
pulang kepada kaumnya. Dia pulang membawa bekalan lima belas hari
bersama Rasulullah r dan para Sahabat y di Darul Arqam. Selepas itu, dia
tidak bertemu lagi dengan Rasulullah r. Maklumlah Sayyidina Abu Zar t ini
bukan orang kaya, Manalah mampu nak bermusafir selalu. Namun lima belas
tahun selepas itu, Sayyidina Abu Zar t telah datang mengadap Rasulullah
r di Madinah dengan membawa bersamanya separuh dari kaumnya. Semua
mereka sudah Islam di tangan Sayyidina Abu Zar t. Inilah hasil dakwah
Sayyidina Abu Zar y yang mendapat kursus Iman dan Islam dari Rasulullah
r selama lima belas hari di Darul Arqam. Bukankah Sayyidina Abu Zar t
adalah seorang pendakwah yang cemerlang. Kenapa kita tidak belajar rahsia
keberkesanan dakwah darinya? Sayyidina Abu Zar t jauh dari Rasulullah
r tetapi terpimpin untuk berkerja dan berjuang. Walaupun tidak bertemu
tetapi rohnya terhubung dengan roh Rasulullah r. Akhirnya semua kerja
dan usahanya Allah I berkati dan bantu. Inilah yang sudah tiada pada umat
Islam hari ini. Semakin banyak mereka bersidang, mereka semakin terhina di
hadapan musuh Islam. Sebab itu dalam Islam, proses membaiki hati dan roh

63

Catatan Sejarah Rasulullah r

sangat penting. Membersihkan hati dari sifat keji kepada sifat yang terpuji.
Bila hati bersih, Allah I pimpin dalam segala hal.

Strategi Penglipurlara

Melihat tekanan demi tekanan yang dilakukan tidak berjaya membendung
perkembangan Islam, kaum Quraisy telah mengusahakan satu lagi strategi
serangan balas untuk menyekat kebenaran. Mereka memanggil Nadr bin
Harist. Dia berketurunan Quraisy tetapi menetap di Thaif. Nadr adalah
seorang penglipurlara yang banyak bermusafir. Oleh kerana itu, dia
mengetahui berbagai cerita dongeng dan khurafat dari kabilah Arab malah
dari bangsa Rom dan Farsi. Mereka telah menjemput Nadr ke Mekah.
Seterusnya mengupahnya mengekori ke mana saja Rasulullah r berdakwah.
Setiap kali Baginda berdakwah, Nadr ditugaskan untuk menyampaikan
cerita dongeng dan khurafat yang dimilikinya.

Pada peringkat awal, perancangan jahat ini dilihat berjaya. Dimana saja
Rasulullah r berdakwah, Nadr akan datang ke tempat itu untuk bercerita.
Ramai juga manusia datang ke majlis Nadr meninggalkan majlis Rasulullah
r. Memang masyarakat yang tidak berilmu meminati penglipurlara kerana
itulah salah satu hiburan mereka. Nadr akan berkata kepada orang ramai
bahawa Muhammad tidak lebih dari aku. “Bukankah dia membawa cerita
dongeng dan khurafat. Aku pun mempunyai banyak cerita dongeng dan
khurafat,” dakwanya. Hari demi hari Nadr telah berjaya menarik orang
ramai dari mendengar dakwah Rasulullah r. Tetapi akhirnya masyarakat
jemu mendengar cerita yang sama berulang kali. Orang kembali mendengar
al-Quran dari Rasulullah r. Nadr bin Harist juga telah mengundang wahyu
untuknya. Semua ayat al-Quran yang menyebut tentang cerita dongeng,
semuanya adalah jawapan kepada perbuatan Nadr.

Sampai tahap ini Abu Jahal sudah hilang pertimbangannya dan
kewarasannya. Dia telah mengumpulkan para pemimpin Quraisy yang
sepakat memusuhi kebenaran dan Rasulullah r. Abu Jahal berkata, “Oleh
kerana segala usaha untuk menghalang Muhammad tidak berhasil, aku sudah
tekad untuk membunuh Muhammad. Apabila Bani Abdul Mutalib akan
menuntut bela ke atas Muhammad, aku tak hirau lagi samada kamu mahu
mempertahankan aku atau tidak. Kalau kamu tidak mahu mempertahankan
aku, aku bersedia untuk dibunuh oleh Bani Abdul Mutalib. Yang penting
aku mesti menghapuskan Muhammad!” Akhirnya kaum Quraisy bersetuju
untuk melindungi Abu Jahal dari Bani Abdul Mutalib. Lalu mereka
sepakat untuk membunuh Rasulullah r. Mereka menunggu Rasulullah r
bersembahyang di Ka’bah. Biasanya Baginda bersujud panjang dalam setiap

64

Tindakan Kaum Quraisy Bab 5

sembahyangnya. Mereka menunggu saat Rasulullah r sujud. Ketika itu Abu
Jahal akan mengangkat seketul batu besar dan menghempapkannya ke atas
kepala Rasulullah r. Begitulah perancangan mereka.

Rasulullah r seperti kebiasaannya bersembahyang di Ka’bah dan sujud
panjang. Abu Jahal sudah bersedia dengan seketul batu besar. Dia sendiri
termengah-mengah mengangkatnya. Demi mahu membunuh Rasulullah
r, Abu Jahal menggagahkan dirinya mengangkat batu besar itu. Apabila
dia mendekati Baginda yang sedang tenggelam dalam sujudnya itu, tidak
semena-mena Abu Jahal melepaskan batu itu dan lari ketakutan. Semua
pembesar Quraisy yang sedang memerhati dari jauh kehairanan. Bukankah
tadi kemarahan Abu Jahal meluap-luap untuk membunuh Muhammad.
Kenapa pula tiba-tiba melepaskan batu malah lari ketakutan bagaikan dikejar
Jin Ifrit. Mereka bertanya kepada Abu Jahal, “Kenapa kamu lari macam
orang ketakutan?” Abu Jahal memarahi mereka, “Apakah kamu semua tidak
melihat?” Mereka bertanya, “Kami tidak nampak apa-apa pun!” Abu Jahal
terus mempertahankan dirinya, “Kamu semua tidak nampak apa yang aku
nampak!Aku nampak seekor unta jantan yang sangat besar datang menyerang
aku malah mahu membunuhku!” Sebahagian pemuka Quraisy menuduh
Abu Jahal mereka cerita dongeng kerana mereka tidak nampak apa-apa pun.
Demikianlah balasan Tuhan kepada perbuatan Abu Jahal mengupah Nadr
supaya menyamakan wahyu dengan khurafat dan cerita dongeng. Sekarang,
dia dituduh membawa cerita dongeng. Benarlah janji Tuhan Rasulullah r
bahawa Allah I akan membelanya dari semua musuhnya.

Penyiksaan Terhadap Orang Islam

Setelah strategi membunuh Rasulullah r ini gagal, para pemuka Quraisy
telah memutuskan satu dasar baru untuk menghadapi Rasulullah r dan
seluruh orang Islam ketika itu. Mereka sudah menyekat orang luar Mekah
daripada mendengar dakwah Rasulullah r. Sekarang mereka mahu menyekat
orang Mekah pula. Mereka tidak akan membenarkan sesiapa pun mendengar
dakwah Rasulullah r lagi. Malah mereka mahu memaksa anggota kabilah
masing-masing yang telah Islam supaya kembali murtad. Sesiapa yang degil
akan disiksa. Hamba abdi diserahkan kepada pemilik mereka sendiri untuk
menyiksanya. Sementara yang merdeka akan ditangani oleh kabilah mereka.

Bermulalah era para Sahabat Rasulullah r diazab oleh kaum Quraisy.
Di antara yang teruk disiksa ialah Sayyidina Bilal bin Rabah t. Pemiliknya
Umayyah Bin Khalaf telah menyiksanya. Oleh kerana Sayyidina Bilal t
enggan meninggalkan Islam, dia dibawa pada waktu terik matahari ke padang
pasir sedang membakar. Dalam cuaca yang sangat panas, angin padang

65

Catatan Sejarah Rasulullah r

pasir yang panas, cahaya mataharinya yang membakar bahkan pasirnya
pun panas, lalu Sayyidina Bilal t dibaringkan di atas pasir panas tanpa
berbaju dan dadanya ditindih dengan seketul batu besar yang juga panas.
Bayangkanlah sendiri bagaimana para Sahabat y terpaksa berkorban demi
mempertahankan iman. Demi iman, mereka rela mengorbankan segala yang
mereka miliki termasuk nyawa mereka. Kemudian Sayyidina Bilal t disebat
dan dipaksa keluar daripada Islam. Bahkan dipaksa mencaci Rasulullah
r apa pun, jawapan Sayyidina Bilal t hanyalah kalimah Ahad, Ahad
bermaksud Yang Maha Esa, Yang Maha Esa. Walaupun Sayyidina Bilal t
hanya seorang hamba tetapi keyakinannya kepada Allah I dan kecintaannya
kepada Rasulullah r sangat luar biasa. Sehingga dia mampu menanggung
ujian yang seberat ini demi mempertahankan keimanannya. Apakah umat
Islam hari ini tahan diuji demi Tuhan, Rasul dan demi kebenaran?

Seterusnya keluarga Sayyidina Yasir y. Dia, isterinya Sayyidatina
Sumaiyah dan anak mereka Sayyidina Ammar t. Mereka sekeluarga
diseksa oleh Abu Jahal. Akhirnya Sayyidina Yasir t dan isterinya syahid
mempertahankan keimanan. Setelah puas diseksa, mereka berdua dibunuh di
hadapan anak mereka Sayyidina Ammar t. Kematian kedua orang tuanya di
hadapan matanya ternyata tidak menggugat keimanan Sayyidina Ammar t.
Setiap kali Rasulullah r melalui kawasan itu, Baginda tidak lekang daripada
mendoakan mereka. Baginda bersabda:

“Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya syurga adalah
janji untuk kamu.”

Beruntung keluarga ini, di dunia lagi Rasulullah r telah menjanjikan
syurga kepada mereka. Selepas kedua ibu dan ayah Sayyidina Ammar t
syahid, Abu Jahal memperhebatkan lagi penyiksaannya kepada Sayyidina
Ammar t. Abu Jahal berkata, “Demi Allah wahai Ammar, aku tidak akan
melepaskan kamu sehingga kamu menghina Muhammad!” Suatu ketika,
seekor kumbang terbang berhampiran mereka. Abu Jahal telah memaksa
Sayyidina Ammar t mengaku bahawa kumbang itu adalah Tuhannya.
Oleh kerana terlalu berat penyeksaan yang dibuat oleh Abu Jahal, akhirnya
Sayyidina Ammar t terpaksa berpura-pura menghina Rasulullah r dan
mengaku bahawa kumbang itu Tuhannya. Sementara hatinya tidak sedikit
pun berubah dari keyakinannya dan kecintaanya kepada Allah I dan Rasul-
Nya. Malah hatinya semakin sedih dan pilu kerana malu kepada Allah I
dan malu kepada Rasulullah r. Memang azab yang ditimpakan kepadanya

66

Tindakan Kaum Quraisy Bab 5

terlalu berat kerana Abu Jahal benar-benar melepaskan geram kegagalan
segala usahanya menghalang kebangkitan Islam terhadap keluarga Sayyidina
Ammar bin Yasir y.

Selepas peristiwa itu, Sayyidina Ammar t menemui Rasulullah r
dengan hati yang pedih, luka dan malu di atas apa yang berlaku pada dirinya.
Dia mengaku kepada Baginda bahawa dia terpaksa menurut kata Abu Jahal
kerana tidak mampu lagi menanggung seksaan yang ditimpakan kepadanya.
Rasulullah r dapat membaca apa yang ada di dalam hati Sayyidina Ammar
t. Baginda berpesan, “Kalau mereka kembali menyeksa kamu, tidak
mengapa kamu ulangi lagi pengakuan kamu.” Benar, hati Sayyidina Ammar
t tidak berubah sehingga Allah I menurunkan wahyu tentang hatinya.
Firman Allah I:

“Kecuali orang orang yang dipaksa sedangkan hati mereka tetap
dengan Iman. Tetapi barangsiapa yang hatinya merasa senang dengan
kekufuran, ke atas mereka kemurkaan Allah dan bagi mereka azab
yang pedih.”

Di antara yang menerima penyiksaan lagi ialah seorang wanita Islam
bernama Zinnirah . Dia telah diseksa sehingga buta kedua-dua matanya.
Kuffar Quraisy telah mengejeknya dengan berkata, “Latta dan Uzza telah
membutakan mata kamu kerana kamu telah kufur kepada Latta dan Uzza.”
Selepas itu Allah I telah mengembalikan penglihatan Sayyidatina Zinnirah

untuk menghina orang kafir yang menyeksanya. Selain mereka, ramai
lagi yang diazab dan disiksa. Sayyidina Abu Bakarlah yang telah mengambil
tanggungjawab membela mereka. Dia datang menebus mereka seorang demi
seorang dari pemilik mereka malah memerdekakan mereka. Untuk menebus
Sayyidina Bilal t, Sayyidina Abu Bakar t terpaksa menyerahkan kepada
Umayyah seorang hambanya dan membayar sejumlah wang kepadanya.
Seorang lagi sahabat yang teruk diazab ialah Sayyidina Khabbab Bin Arat t.
Pernah dalam satu majlis di zaman pemerintahan Sayyidina Umar al Khattab
t, beliau telah bertanya kepada Sayyidina Khabbab t, “Apakah azab yang
paling dahsyat pernah kamu lalui?” Sayyidina Khabbab t berkata, “Wahai
Amirul Mukminin, aku tidak pernah alami azab yang seteruk ini,” sambil
dia membuka belakangnya. Rupanya belakang badan Sayyidina Khabbab t

67

Catatan Sejarah Rasulullah r

dari atas sampai ke bawah dipenuhi oleh lubang parut hitam kesan terbakar.
Sayyidina Khabbab t menceritakan, “Wahai Amirul Mukminin, kuffar
Quraisy telah membakar batu-batu kecil sehingga merah menyala. Kemudian
mereka menanggalkan pakaian aku. Kemudian mereka telah menyeret aku
di atas batu-batu panas yang menyala itu”

Selepas diseksa begitu, Sayyidina Khabbab t datang mengadu kepada
Rasulullah r yang sedang duduk di Ka’bah, “Wahai Rasulullah, Quraisy
telah mengazab kami,” sambil ditunjukkan kepada Rasulullah r kesan
perbuatan kuffar Quraisy kepadanya. Sayyidina Khabbab t berkata, “Wahai
Rasulullah, berdoalah untuk kami dan mohonlah bantuan dan kemenangan
untuk kita.” Baginda bersabda kepada Sayyidina Khabbab t, “Wahai
Khabbab, pejuang sebelum kita, di kalangan para Nabi, ada yang ditanam
di dalam lubang lalu digergaji dari atas kepalanya sehingga terbelah dua
badannya. Ada yang disikat dagingnya dengan penyikat besi. Namun semua
itu tidak menyebabkan mereka berganjak sedikit pun dari agama-Nya.
Wahai Khabbab, demi Allah, Allah akan memenangkan agama ini. Nanti
orang boleh menunggang kenderaan seorang diri dari San’a ke Hadramaut.
Tidak ada yang dia takut melainkan Allah I. Perjalanannya aman. Tetapi
kamu semua mahukan kemenangan yang segera.”

Kemenangan pasti datang, bukankah kemenangan itu janji Allah I?
Allah I tidak pernah mungkir janji. Sebelum kemenangan diberikan para
pejuang akan menempuh ujian. Ujian akan menapis para pejuang sehingga
yang kekal hanyalah mereka yang sangat ikhlas. Sehingga terpisahlah di
antara orang beriman dan orang munafik. Setelah itu barulah kemenangan
diberikan. Oleh kerana Sayyidina Khabbab t sangat yakin kepada
Rasulullah r, dia telah bersabar dan yakin bahawa kemenangan pasti
tiba suatu hari nanti. Bayangkan sendiri kalau dalam mempertahankan
kebenaran kita dihadapkan ujian seberat yang menimpa Sayyidina Khabbab
t. Sanggupkah kita bersabar dan tetap meyakini bahawa Allah I akan
menangkan agama ini? Demikianlah pengorbanan generasi Islam pertama.
Di atas pengorbanan merekalah Islam terbangun dan akhirnya sebahagian
besar manusia telah mendapat kebenaran dari Tuhan. Layaklah mereka
mendapat gelaran ‘Radhiallahu Anhum’. Allah I telah meredhai mereka.

Hijrah ke Habsyah

Peringkat seterusnya kuffar Quraisy berazam mengazab semua orang Islam
termasuk yang bukan hamba seperti Sayyidina Zubair bin Awwam t,
Sayyidina Uthman bin Affan t bahkan Sayydina Abu Bakar t. Apabila
Rasulullah r melihat begitu sekali ancaman kuffar Quraisy kepada orang

68

Tindakan Kaum Quraisy Bab 5

Islam, Baginda telah memberi keizinan kepada mereka untuk berhijrah ke
Habsyah. Rasulullah r bersabda:

“Sesungguhnya di bumi Habsyah ada seorang Raja, tidak ada orang
yang terzalim di negaranya, berhijrahlah ke sana sehingga Allah I
mendatangkan jalan keluar terhadap apa yang kamu hadapi.”

Kumpulan pertama berhijrah ke Habsyah seramai dua belas orang. Di
antara mereka ialah Sayyidina Uthman bin Affan t dan isterinya Sayyidatina
Ruqayyah , puteri Rasulullah r, Sayyidina Abu Huzaifah t, Sayyidina
Zubair t, Sayyidina Mus’ab bin Umair t, Sayyidina Abu Salamah t dan
isterinya Ummu Salamah dan Sayyidina Uthman bin Maz’un t. Selepas
itu Sayyidina Abu Bakar t juga ingin berhijrah ke Habsyah. Namun selepas
dua hari Sayyidina Abu Bakar t bertolak dari Mekah, dia melalui di kawasan
‘Ahabish’ iaitu orang yang berasal dari Habsyah yang telah berpindah ke
kawasan itu. Mereka diketuai oleh seorang lelaki bernama Dughnah. Apabila
Dughnah melihat Sayyidina Abu Bakar t, dia menahannya. Dia memang
mengenali dan mengetahui Sayyidina Abu Bakar t adalah seorang pemuka
Quraisy yang terkenal dengan akhlak mulia dan baik hati. Apabila Dughnah
memahami apa yang sedang berlaku di Mekah, dia menawarkan jaminannya
dan kabilah ‘Ahabish’ kepada Sayyidina Abu Bakar t. Dengan jaminan itu,
Sayyidina Abu Bakar t berpatah balik ke Mekah diiringi oleh Dughnah.
Apabila mereka berdua sampai di Ka’bah, Dughnah telah mengisytiharkan
kepada kaum Quraisy bahawa Sayyidina Abu Bakar t dalam jaminannya
dan kabilah ‘Ahabish’. Sesiapa yang mengganggu Sayyidina Abu Bakar t
akan mengundang peperangan dengan ‘Ahabish’.

Setelah berada dalam jaminan ‘Ahabish,’ Sayyidina Abu Bakar t datang
ke Ka’bah dan menyampaikan al-Quran di situ. Sayyidina Abu Bakar t
benar-benar menggunakan peluang berada dengan perlindungan ‘Ahabish’
untuk menyampaikan kebenaran kepada masyarakat Mekah. Kafir Quraisy
akhirnya mengadu kepada Dughnah. Mereka berkata, “Abu Bakar telah
menghina tuhan-tuhan kami di Ka’bah. Kami tidak boleh terima keadaan ini
sama sekali.” Mendengar aduan itu, Dughnah bersemuka dengan Sayyidina
Abu Bakar t. Dia berkata, “Wahai Abu Bakar, aku telah menjamin kamu
tetapi bukan untuk kamu menghina tuhan-tuhan Quraisy di Ka’bah.”
Sayyidina Abu Bakar t menjawab, “Aku hanya membaca al-Quran.”

69

Catatan Sejarah Rasulullah r

Dughnah meminta Sayyidina Abu Bakar t menghentikannya. Sayyidina
Abu Bakar t menjawab, “Aku tidak perlukan lagi jaminan kamu, biarlah
aku tiada jaminan tapi aku boleh membaca al-Quran.” Begitulah tegasnya
Sayyidina Abu Bakar t, yang sangat berpegang dengan prinsip. Tidak
mungkin dia mengorbankan agamanya kerana kepentingan peribadinya.
Akhirnya Sayyidina Abu Bakar t terus tinggal di Mekah tanpa jaminan
sesiapa. Beliau terus dapat menemani dan mendampingi Rasulullah r.

Tekanan dan kezaliman kuffar Quraisy berterusan sehinggalah Sayyidina
Umar al-Khattab t memeluk agama Islam. Sebelumnya, beliau adalah
salah seorang pemimpin Quraisy yang sangat memusuhi Islam. Peristiwa
yang sangat menggembirakan Rasulullah r ini berlaku pada tahun ketiga
setelah kenabian. Sayyidina Umar bukan sahaja terkenal seorang yang keras
dan gagah perkasa tetapi dia juga terkenal seorang pemidato yang bijaksana.
Kalau dia menginginkan sesuatu perkara pasti dia akan mengusahakannya
sampai berhasil. Ciri-ciri ini juga ada pada Amru bin Hisyam yang terkenal
sebagai Abu Jahal. Tidak hairanlah Rasulullah r pernah berdoa:

“Ya Allah, perkuatkanlah Islam dengan salah seorang daripada dua
Umar (Umar al- Khattab atau Amru bin Hisyam)”

Bukankah orang yang berwatak begini sangat diperlukan dalam
membangunkan Islam? Maka Allah telah mengabulkan doa Rasulullah r
kepada Umar al-Khattab.

Ketika para sahabat y ingin berhijrah ke Habsyah, seorang wanita Islam
bernama Ummu Abdullah berpakat dengan anaknya untuk berhijrah
bersama ke Habsyah. Mereka berjanji akan bertemu di belakang bukit
Mekah pada waktu tengah malam. Di tengah malam itu Ummu Abdullah

keluar dari rumahnya menuju ke belakang bukit. Anaknya sudah pun
berada di sana. Tiba-tiba Ummu Abdullah terserempak dengan Umar
al Khattab. Beliau bertanya, “Kemana kamu mahu pergi, wahai Ummu
Abdullah?” Kuffar Quraisy sudah sepakat tidak membenarkan orang-orang
Islam keluar dari Mekah. Ummu Abdullah menjawab, “Bukankah kamu
telah menyeksa dan menghalang kami? Bukankah kamu tidak perlukan kami
lagi? Oleh itu biarkanlah kami meninggalkan Mekah. Kamu tidak akan rugi
apa-apa kalau kamu biarkan kami pergi.” Hati Umar al Khattab tersentuh
mendengar kata-kata Ummu Abdullah . Beliau pun berkata, “Kalau begitu,
anggaplah ini ucapan perpisahan di antara kita, wahai Ummu Abdullah.”

70

Tindakan Kaum Quraisy Bab 5

Rupa-rupanya Umar al Khattab mempunyai hubungan darah dengan Ummu
Abdullah . Umar berkata lagi, “Moga keselamatan menyertai perjalanan
kamu.” Ummu Abdullah sangat terkejut mendengar pertuturan Umar
yang lunak itu kerana beliau terkenal dengan permusuhan yang paling keras
terhadap Islam. Dialah yang telah menawarkan diri mengazab seorang jariah
daripada Bani Muammilah. Sedangkan Umar bukan dari Bani Muammilah.
Dia telah memukul jariah itu semahu-mahunya sehingga dia jemu untuk
memukul lagi. Maha Besar Tuhan, pada malam itu buat kali pertamanya
Umar al Khattab bercakap kepada seorang Islam dengan lunak. Seolah-olah
hatinya sedang dirubah oleh Tuhan. Allahlah yang Maha Mengetahui.

Apabila Ummu Abdullah sampai, anaknya bertanya, “Wahai ibu,
apakah ada sesiapa melihat kamu?” Ummu Abdullah menjawab, “Umar al
Khattab telah melihat aku.” Mendengar nama Umar sahaja cukup membuatkan
Abdullah merasa darahnya berderau. Dia bertanya lagi, “Tetapi bagaimana
ibu boleh lepas?” Ummu Abdullah menjawab, “Maha Besar Tuhan, bukan
saja Umar melepaskan aku bahkan Umar telah mendoakan perjalananku
selamat!” Mendengar ibunya memuji Umar, Sayyidina Abdullah t berkata,
“Mungkin kerana ibu terlalu menaruh harapan agar Umar al Khattab masuk
Islam.” Ibunya menjawab, “Benar, demi Allah, aku memang selalu berharap
agar Umar masuk Islam.” Sayyidina Abdullah t sama sekali tidak percaya
Umar akan menerima Islam. Sayyidina Abdullah t berkata, “Wahai ibu,
demi Allah, Umar al Khattab tidak akan mengucap dua kalimah syahadah
sehinggalah himarnya terlebih dahulu mengucapkannya.” Baginya, mustahil
orang seperti Umar al Khattab akan masuk Islam. Namun Allah I berhak
memilih sesiapa sahaja yang Dia kehendaki untuk agama-Nya.

Memang benar waktu itu Umar al Khattab belum lunak dengan Islam.
Dia hanya berlembut dengan Ummu Abdullah t kerana hubungan darah
di antara mereka. Apabila Umar al Khattab pulang ke rumahnya malam itu,
fikirannya bercelaru. Dia bertanya dirinya sendiri, “Kenapa semua musibah
ini telah menimpa Quraisy? Kenapa Quraisy telah berpecah-belah? Kenapa
penduduk Mekah sudah mula meninggalkan Mekah? Siapakah punca segala
musibah ini? Bukankah semua ini angkara Muhammad?” Kebenciannya
kepada Rasulullah r semakin membuak-buak. Ketika itu dia berjanji kepada
dirinya bahawa dia akan membunuh Nabi Muhammad r agar Quraisy dapat
keluar dari musibah ini. Keesokan paginya, sebaik saja Umar bangun dari
tidurnya, dia terus mempersiapkan dirinya dengan pakaian dan kelengkapan
perang. Dia keluar dari rumahnya dengan hati yang bulat untuk membunuh
Rasulullah r.

Rupanya ada seorang lelaki Islam melihat Umar berjalan tergesa-gesa.

71

Catatan Sejarah Rasulullah r

Walaupun dia sudah masuk Islam tetapi orang Mekah tidak mengetahui
keislamannya. Kerana tekanan yang terlalu hebat ketika itu lelaki ini telah
merahsiakan keislamannya. Beliau ialah Sayyidina Nu’aim bin Abdullah
t. Dia melihat Umar al Khattab dengan pakaian perangnya dan lengkap
bersenjata. Malah dari air mukanya jelas dia sedang marah. Sayyidina
Nu’aim t memberanikan dirinya menegurnya, “Kamu hendak pergi ke
mana, wahai Umar?” Umar al Khattab menjawab dengan bersemangat,
“Aku mahu pergi membunuh orang yang telah memecah-belahkan kaumku
dan menghina datuk-nenekku!”

Sayyidina Nu’aim t berasa cemas. Dia bimbang berlaku sesuatu yang
tidak diingini kepada Rasulullah r. Hatinya tak putus-putus berdoa kepada
Tuhan. Terlintas di hatinya untuk cuba mengajak Umar berfikir. Dia pun
bertanya, “Wahai Umar, apakah kamu rasa kamu akan terlepas dari Bani
Abdul Mutalib sekiranya kamu membunuh Muhammad?” Umar menjawab
dengan tegas, “Aku tidak peduli, walaupun aku akan dibunuh oleh Bani
Abdul Mutalib!” Sayyidina Nu’aim t semakin cemas melihat Umar
sudah tidak bimbang terhadap nyawanya sendiri. Apapun dia mesti cuba
melambatkannya agar dia sempat memberitahu Rasulullah r dan para
Sahabat y. Dia cuba mengalihkan perhatian Umar. Dia berkata, “Mengapa
kamu tidak mulakannya terhadap keluarga kamu sendiri?” Umar al Khattab
segera bertanya, “Siapa ahli keluargaku yang kamu maksudkan?” Sayydina
Nu’aim t segera menjawab, “Fatimah al Khattab, adik perempuan kamu.”
“Apakah Fatimah telah meninggalkan agama nenek moyangnya?” Bentak
Umar dengan marahnya.

Sayyidina Umar segera menuju ke rumah adiknya. Ketika itu Sayyidatina
Fatimah al Khattab dan suaminya Sayyidina Said bin Zaid t baru
masuk Islam. Apabila Sayyidina Umar sampai ke rumah mereka, dia dapat
mendengar suara orang membaca al-Quran. Rupanya Sayyidatina Fatimah
dan suaminya sedang belajar al-Quran daripada Sayyidina Khabbab bin Arat
t. Rasulullah r menghantar Sayyidina Khabbab bin Arat t untuk mengajar
mereka. Umar mengetuk kuat pintu rumah. Sayyidina Umar al Khattab
adalah seorang lelaki bertubuh besar, sasa, gagah dan menggerunkan. Di
kalangan sahabat Rasulullah r, yang bertubuh sasa seperti Sayyidina
Umar al Khattab ialah Sayyidina Khalid al Walid. Sayyidatina Fatimah
dan suaminya segera menyembunyikan Sayyidina Khabbab t. Apabila
pintu dibuka Umar terus menengking adiknya, “Apa yang aku dengar tadi?
Sayyidatina Fatimah ketakutan. Umar menengking lagi, “Ya, aku telah
mendengarnya!! Apakah itu daripada Muhammad?!” Sayyidatina Fatimah
al Khattab dan suaminya hanya diam. Umar berpaling kepada Sayyidina
Said t, sambil bertanya, “Apakah kamu telah murtad?!” Sayyidina Said

72

Tindakan Kaum Quraisy Bab 5
t dengan tenang menjawab, “Aku tidak murtad wahai Umar, tetapi aku
telah masuk Islam.” Tangan Umar pantas menempeleng Sayyidina Said
t. Tempeleng pertama menyebabkan berdarah hidung Sayyidina Said t.
Sayyidatina Fatimah cuba menghadang Umar daripada terus memukul
suaminya. Beliau pula ditempeleng sehingga berdarah hidungnya.

Sayyidatina Fatimah tidak dapat menahan tangisannya. Hatinya
berdoa agar Umar diberi petunjuk kepada kebenaran. Apabila Umar melihat
darah mengalir dari muka Sayyidatina Fatimah dan suaminya, menyelinap
ke dalam hatinya perasaan belas kasihan. Hatinya tiba-tiba menjadi lembut
melihat adiknya menangis. Umar berkata, “Tunjukkan pada aku apa yang
kamu baca tadi.” Sayyidatina Fatimah tidak mahu memberikannya.
Akhirnya Umar bersumpah, “Demi Latta dan Uzza, aku tidak akan
melakukan sesuatu yang tidak baik.” Apabila Sayyidatina Fatimah melihat
Umar mula lembut, dia segera berterus-terang kepadanya, “Wahai Umar,
ini Kalamullah, sedangkan kamu belum Islam. Sedangkan syirik itu najis.
Kalau kamu mahu juga membacanya, masuklah ke dalam dan mandi dulu.”
Oleh kerana hati Umar ketika itu sedang dicampakkan perasaan ingin sangat
mendengar al-Quran, dia setuju untuk masuk ke dalam rumah adiknya lalu
mandi. Selepas itu barulah Sayyidatina Fatimah memberikan sohifah itu
kepada Umar. Umar terus membacanya. Rupanya sohifah itu mengandungi
ayat-ayat dari surah Thoha.

73

Catatan Sejarah Rasulullah r

“Taa Haa. Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu wahai
Muhammad, supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk
menjadi peringatan bagi orang yang takut melanggar perintah Allah.
Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit
yang tinggi. Iaitu Allah ar-Rahman yang bersemayam di atas ‘Arasy.
Dialah juga yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di
bumi serta yang ada di antara keduanya, dan juga yang ada di bawah
tanah basah di perut bumi. Dan jika engkau menyaringkan suara
dengan doa dan permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu)
kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang
tersembunyi. Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Dia, baginyalah segala nama yang baik. Dan sudahkah sampai wahai
Muhammad, kepadamu perihal Nabi Musa. Ketika dia melihat api,
lalu dia berkata kepada isterinya, “Berhentilah! Sesungguhnya aku
melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan
daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu penunjuk jalan. Maka
apabila dia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) dia diseru, “Wahai
Musa! Sesungguhnya aku Tuhanmu! Bukalah kasutmu, kerana engkau
sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci. Dan aku telah memilihmu
menjadi Rasul, maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.”
(Surah Thohaa: 1-13)

Selesai membaca ayat-ayat tersebut, hati Umar semakin tersentuh.
Rohnya terus diproses oleh wahyu Tuhan. Akhirnya Allah I telah
menurunkan hidayah-Nya ke dalam hati Sayyidina Umar al Khattab t. Bila
dia membaca ayat seterusnya:

“Sesungguhnya Akulah Allah! Tiada Tuhan melainkan Aku! Oleh itu
sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati
Daku!” (Surah Thohaa: 14 )

Terluncur dari mulut Sayyidina Umar t, “Tidak sepatutnya yang

74

Tindakan Kaum Quraisy Bab 5

empunya kata-kata ini dipersekutukan oleh penyembah-Nya. Alangkah
indah dan mulianya kata-kata ini.”

Seterusnya Sayyidina Umar t meminta agar dipertemukan dengan
Rasulullah r. Selesai beliau mengucapkan perkataan itu, Sayyidina
Khabbab t keluar dari tempat persembunyiannya sambil berkata, “Aku
akan membawa kamu kepada Rasulullah r.”
Islamnya Sayyidina Umar t
Sayyidina Umar al Khattab t dibawa ke rumah Sayyidina Arqam bin Abil
Arqam t, sedangkan dia masih lagi dalam pakaian perangnya dan lengkap
dengan senjata. Sayyidina Nu’aim t telah memberitahu para sahabat y
bahawa Sayyidina Umar al Khattab t mahu membunuh Rasulullah r. Semua
sahabat y telah bersedia untuk menghadapi Sayyidina Umar al Khattab t.
Mereka semua belum tahu apa yang telah berlaku di rumah Sayyidatina
Fatimah . Apabila Sayyidina Umar t mengetuk pintu, Sayyidina Hamzah
t minta izin Rasulullah r, “Wahai Rasulullah, biar aku yang membunuh
dia dengan pedangku ini.” Walaupun Sayyidina Umar al Khattab t seorang
yang bertubuh sasa dan gagah tapi dia tidak mampu menandingi Sayyidina
Hamzah t. Beliau seorang pahlawan Quraisy yang tiada tandingannya.
Sayyidina Hamzah t berkata, “Kalau dia mahu masuk, biarkan dia masuk.
Dengan pedang ini aku akan bunuh dia.” Rasulullah r mengarahkan
Sayyidina Hamzah t agar masuk ke dalam. Mentaati arahan seorang Rasul,
Sayyidina Hamzah t pun masuk ke dalam. Rasulullah r mengarahkan
agar pintu dibuka. Para Sahabat y yang berada di dalam berasa pelik dan
semakin cemas. Umar al Khattab datang hendak membunuh Rasulullah
r, tiba-tiba Baginda arahkan pintu dibuka sedangkan Rasulullah r tiada
pengawal. Walau apapun, ianya perintah Rasulullah r. Para Sahabat y
tetap taat walaupun hati masing-masing sangat cemas. Apabila pintu dibuka,
Sayyidina Umar al Khattab t pun masuk lalu terus mendekati Rasulullah
r. Baginda yang sedang duduk, memegang hujung baju Sayyidina Umar t
dan menyentapnya sehingga bergegar seluruh tubuhnya. Sayyidina Umar t
terduduk di hadapan Baginda. Kejadian ini membuktikan bahawa Rasulullah
r, bukan hanya hati, roh dan akal Baginda gagah, malah jasad lahir Baginda
juga gagah dan kuat. Terjelapaklah Sayyidina Umar t di hadapan Baginda.
Rasulullah r lantas bertanya kepadanya, “Bila lagi kamu mahu menerima
kebenaran, wahai Ibnul Khattab?! Apakah kamu mahu menunggu sehingga
kamu ditimpa musibah?!” Ketika itu Sayyidina Umar t pun melafazkan:

75

Catatan Sejarah Rasulullah r

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
bersaksi bahawa engkaulah Pesuruh Allah.”

Mendengar kata-kata itu, Rasulullah r terus bertakbir: Allahuakbar!
Allahuakbar! Spontan, seluruh para sahabat y yang hadir juga ikut bertakbir.
Gema takbir Rasulullah r dan para sahabat y telah menggemparkan Mekah.
Semua penduduk Mekah dapat merasakan suatu peristiwa besar telah
berlaku. Demi meredakan suasana, Rasulullah r memerintahkan semua para
sahabat y beredar segera ke tempat masing-masing.

Selepas Sayyidina Umar t masuk Islam, dia bertanya kepada para
sahabat y, siapakah di kalangan Kafir Quraisy yang paling memusuhi Islam.
Mereka berkata, “Abu Jahal!” Sayyidina Umar t terus pergi ke rumah Abu
Jahal memberitahunya bahawa dia telah memeluk Islam. Alangkah sakitnya
hati Abu Jahal. Seorang lagi pahlawan Mekah masuk Islam. Kemudian
Sayyidina Umar t mencari seorang yang paling tidak boleh menjaga rahsia
di kalangan kuffar Quraisy. Apabila beliau mengetahui orang yang dicarinya
adalah Jamil bin Mu’ammir, dia segera pergi mencarinya. Akhirnya
Sayyidina Umar t telah menjumpai Jamil di Ka’bah. Beliau mendekati
Jamil sambil berkata, “Wahai Jamil, apakah kamu tahu?” Jamil bertanya,
“Apa?” Sayyidina Umar t pun menjelaskan, “Tahukah kamu bahawa aku
sudah mengucapkan syahadah Islam. Aku sudah beriman dengan agama
Muhammad.” Tanpa bertanya apa-apa lagi, Jamil terus bangun dan menjerit
di Ka’bah, “Wahai pembesar Quraisy, wahai pembesar Quraisy, Umar al
Khattab sudah murtad dari agama kita!” Berpusu-pusulah pembesar kuffar
Quraisy datang kepada Sayyidina Umar t. Mereka bertanya, “Apakah
engkau sudah murtad wahai Umar?!” Beliau menjawab, “Tidak, tetapi aku
sudah Islam, aku telah mengucapkan:

Mendengar pengakuan itu mereka semua terus menyerang Sayyidina
Umar t. Dia pula membalas pukulan mereka. Perlawanan itu berlaku sampai
menjelang Maghrib. Oleh kerana terpaksa berlawan dengan pembesar kuffar
Quraisy yang ramai itu, Sayyidina Umar t mulai keletihan. Ketika itu
beliau mencari siapa di kalangan mereka yang paling mulia dan paling besar
kedudukannya di kalangan Kuffar Quraisy. Sayyidina Umar t ternampak
Utbah bin Rabiah. Cepat-cepat dia menumbangkan Utbah dan terus dia naik
ke atas Utbah lantas diletakkan jarinya ke mata Utbah. Sayyidina Umar t
mengancamnya, “Wahai Utbah jauhkan mereka semua daripada aku, kalau
tidak aku butakan mata engkau!” Utbah yang tidak dapat berbuat apa-apa

76

Tindakan Kaum Quraisy Bab 5

lagi terpaksa meminta kepada semua pembesar kuffar Quraisy yang lain
beredar dari situ. Dengan itu terlepaslah Sayyidina Umar t dari Kuffar
Quraisy. Begitulah yang beliau lakukan selepas itu. Setiap kali Kuffar
mereka mengganggunya, dia akan pegang Utbah. Akhirnya tiada siapa
lagi yang berani mengganggu Sayyidina Umar t. Selepas itu, Sayyidina
Umar t sering datang ke Ka’bah dan membaca al-Quran dengan lantang di
Ka’bah. Tiada seorang pun berani mengganggunya. Kalau mereka ganggu,
Sayyidina Umar t akan tumbangkan salah seorang pemuka Kuffar Quraisy
dan melakukan seperti yang dia perlakukan kepada Utbah.

Seterusnya Sayyidina Umar t telah bertanya kepada Rasulullah r,
“Wahai Rasulullah, bukankah kita orang Islam dan bukankah mereka orang
Kafir? Bukankah kita dalam kebenaran dan mereka dalam kebatilan? Kalau
begitu wahai Rasulullah, kenapa kita sembunyikan Islam kita?” Dengan
usulan dari Sayyidina Umar t itu, Rasulullah r telah mengumpulkan para
sahabat y daripada kalangan bangsawan Quraisy dan yang merdeka di
Darul Arqam. Baginda tidak memanggil sahabat daripada kalangan hamba.
Apabila dikumpulkan, jumlah mereka semua seramai 40 orang. Rasulullah
r membariskan mereka dua barisan. Masing-masing dengan senjata masing-
masing. Barisan pertama diketuai oleh Sayyidina Hamzah t. Barisan kedua
diketuai oleh Sayyidina Umar t. Rasulullah r berada di antara dua barisan.
Mereka telah keluar dari Darul Arqam dalam satu perarakan yang sangat
luar biasa menuju ke Ka’bah sambil bertakbir :

“Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammadlah Pesuruh Allah
dan Allah lah yang Maha Besar!”

Penduduk Mekah hanya mampu melihat, mereka tidak boleh berbuat
apa-apa. Kesemua 40 orang itu adalah dari kalangan Quraisy malah daripada
keluarga bangsawan mereka. Demikianlah Allah I telah mengangkat izzah
Islam. Bermula dengan peristiwa itu dakwah Islam telah beralih kepada ‘Era
Berterus Terang.’ Benarlah, dengan Islamnya Sayyidina Umar t, dakwah
Islam semakin besar dan semakin terang-terangan. Demikianlah Allah I
mengazab hati Kuffar Quraisy dan mengangkat agama-Nya.

77

Bab 6

Ujian Perjuangan

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud t berkata:

“Kami tidak boleh sembahyang di Ka’bah sehinggalah Sayyidina
Umar t masuk Islam. Bilamana dia masuk Islam, dia memerangi
mereka sehingga Kafir Quraisy membiarkan kami sembahyang.
Sesungguhnya Islamnya Sayyidina Umar al-Khattab t adalah satu
kemenangan.”
Oleh kerana terlalu sakit hati dengan perkembangan Islam dan kejayaan
Rasulullah r, Abu Jahal telah memberi amaran kepada Rasulullah r. Abu
Jahal berkata, “Wahai Muhammad, kalau kamu menghina lagi tuhan kami
selepas hari ini, kami akan mencerca Allah!” Begitulah Abu Jahal, apabila
syaitan yang memimpinnya. Sebenarnya kaum Quraisy meyakini bahawa
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi adalah Allah I. Berhala hanya
sebagai wasilah mereka kepada Allah. Namun, kerana terlalu sakit hati
kepada Rasulullah r dan kebenaran, Abu Jahal sanggup mencerca Allah I.
Terhadap peristiwa ini, telah turun wahyu memberi panduan kepada umat
Islam untuk berhadapan dengan sikap Abu Jahal.

78


Click to View FlipBook Version