The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Rasulullah saw

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IKHWAN INDUSTRIES SDN BHD, 2020-06-01 04:25:15

SEJARAH RSAW

Sejarah Rasulullah saw

Keywords: sejarah rasullullah

Catatan Sejarah Rasulullah r

Hamlatul Kharta’

Selepas Perang Ahzab, keadaan umat Islam semakin kukuh dan stabil.
Rasulullah r mula mengutuskan Sariyah (pasukan tentera Islam yang bukan
dipimpin sendiri oleh Baginda) untuk menghukum kabilah-kabilah yang
menyertai pakatan Ahzab. Salah satu operasi ini dikenali sebagai Hamlatul
Kharta.’ Rasulullah r menyerahkan tugas ini kepada Sayyidina Muhammad
bin Maslamah t. Beliau adalah di antara sahabat pilihan. Menurut Sayyidina
Umar t, Sayyidina Muhammad bin Maslamah t nilainya sama dengan
seribu orang tentera. Ini bermaksud bantuan Allah I kepadanya bernilai
seribu orang tentera. Dia bersama tiga puluh orang tentera berkuda bergerak
ke Kharta’ yang mengambil masa tujuh hari tujuh malam perjalanan dari
Madinah. Mereka berjalan di malam hari dan bersembunyi di siang hari.
Apabila sampai di Kharta’ mereka menyerang Bani Bakar bin Kilab.
Dalam pertempuran itu mereka berjaya membunuh sepuluh orang dari Bani
Bakar. Yang lain berjaya melarikan diri. Dari Bani Bakar bin Kilab, tentera
Islam berjaya membawa balik harta ghanimah yang banyak. Mereka tidak
mengganggu perempuan dan kanak-kanak sebagaimana arahan Rasulullah
r.

Sumamah bin Asal

Dalam perjalanan pulang ke Madinah, pasukan Sayyidina Muhammad bin
Maslamah t menjumpai seorang lelaki yang sedang tidur. Mereka menangkap
lelaki yang tidak dikenali itu. Rupanya dia adalah Sumamah bin Asal, salah
seorang pemimpin Bani Hanifah. Dia dalam perjalanan untuk menunaikan
Umrah. Selepas menunaikan umrah dia berazam untuk pergi ke Madinah
dan membunuh Rasulullah r. Kembalinya Sariyah Sayyidina Muhammad
bin Maslamah t ke Madinah membawa harta ghanimah dan membawa
berita kemenangan Islam sangat menggembirakan Rasulullah r. Dilaporkan
juga kepada Baginda tentang seorang tawanan mereka. Apabila Rasulullah r
melihat tawanan itu, Baginda mengenalinya. Rasulullah r bertanya kepada
tentera Islam, “Apakah kamu kenal orang yang kamu tawan ini? Dia adalah
Sumamah bin Asal, salah seorang pemimpin Bani Hanifah” Selepas itu
Rasulullah r memerintahkan agar Sumamah ini dikurung di hadapan pintu
masjid. Rasulullah r juga perintahkan orang Islam agar melayan Sumamah
dengan baik. Maka para Sahabat y telah memberikan layanan yang baik
kepadanya. Baginda sendiri menziarahi Sumamah di tempat kurungannya
malah Baginda berbual dengannya. Setiap hari Rasulullah r akan melalui
kurungannya dan menegur serta bertanya khabar kepadanya.

Apabila Rasulullah r bertanya, “Apa yang berlaku kepada kamu hari

229

Ghazwah Bani Quraizah Bab 15

ini, wahai Sumamah?” Sumamah menjawab, “Semuanya kebaikan, wahai
Muhammad. Kalau kamu bunuh aku, kamu membunuh orang yang akan
dituntut bela. Seluruh Bani Hanifah akan menuntut bela di atas kematian
aku. Sedangkan Bani Hanifah berjumlah 100 ribu orang lelaki. Tetapi kalau
kamu maafkan aku, kamu memaafkan orang yang bersyukur dan berterima
kasih. Kalau kamu mahukan tebusan dan harta, mintalah apa saja yang
kamu mahu.” Rasulullah r tidak membuat sebarang keputusan terhadap tiga
pilihan yang diberikan oleh Sumamah. Setiap hari Rasulullah r akan lalu
ditempatnya dan akan melayaninya. Setiap hari Baginda bertanya soalan
yang sama kepada Sumamah. Sumamah juga memberikan jawapan yang
sama. Memang sengaja Rasulullah r minta dia dikurung di hadapan pintu
masjid supaya setiap hari Baginda boleh lalu ditempatnya dan supaya dia
dapat melihat para Sahabat y yang keluar masuk masjid. Dia juga dapat
mendengar bacaan al-Quran dari masjid dan dapat melihat suasana kehidupan
para Sahabat y yang sangat indah dengan kasih sayang, perpaduan dan
akhlak mulia.

Benar, sepanjang tiga hari Sumamah berada di situ, suasana yang
dilihatnya telah memberi kesan kepadanya. Pada hari ketiga Rasulullah
r bertanya lagi soalan yang sama kepadanya dan dia juga menjawabnva
dangan jawapan yang sama. Tetapi pada hari itu, Baginda memberitahunya
bahawa Baginda telah memberi maaf kepadanya. Sikap Rasulullah r
itu menyebabkan Sumamah jatuh cinta kepada Islam dan masuk Islam.
Sumamah berkata kepada Rasulullah r, “Demi Allah, wahai Rasulullah,
ketika aku sampai ke sini, tiada wajah di atas muka bumi ini yang lebih
aku benci dari wajah kamu, dan tidak ada agama yang paling aku benci
melainkan agama kamu, dan tidak ada tempat yang paling aku benci
melainkan tempat kamu. Demi Allah, wahai Rasulullah, sekarang tidak ada
wajah yang paling aku cintai melainkan wajah Rasulullah dan tidak ada
agama yang aku cintai melainkan agama Islam dan tidak ada tempat yang
paling aku cintai melainkan Madinah. Perintahkanlah aku wahai Rasulullah.
Sebelum kedatanganku ke sini aku berniat untuk melakukan umrah.” Maka
Rasulullah r pun meminta dia menyempurnakan umrahnya.

Sumamah meneruskan perjalanannya ke Mekah. Setibanya dia di
Mekah, dia disambut oleh pemimpin Mekah yang ikut sama-sama bertawaf
dengannya di Kaabah. Ketika tawaf, Sumamah tidak membaca talbiah
syirik seperti orang ramai membacanya tetapi dia membaca talbiah Islam.
Kuffar Quraisy merasa hairan lalu mereka bertanya kepadanya, “Wahai
Sumamah, apakah engkau telah murtad?” Sumamah menjawab, “Aku tidak
murtad tetapi aku telah memeluk Islam!” Mendengar pengakuan Sumamah
itu, mereka menangkapnya dan mengurungnya sebagai seorang tawanan.

230

Catatan Sejarah Rasulullah r

Islamnya seorang pemimpin Bani Hanifah adalah satu ancaman dan bahaya
yang sangat besar kepada Quraisy Mekah. Mereka takut kalau seluruh Bani
Hanifah akan memeluk Islam.

Sumamah menghantar orang memberitahu kabilahnya supaya menyekat
bekalan makanan kepada Quraisy. Selama ini Quraisy bergantung bekalan
makanan dari Kabilah Bani Hanifah. Bani Hanifah adalah penduduk
Yamamah, sebuah kawasan yang sangat subur dan merupakan sumber
gandum dan bijiran bagi orang Mekah. Dengan sekatan itu, Mekah mula
menghadapi kekurangan makanan dan kelaparan. Mereka cuba mendapatkan
bekalan dari tempat lain tetapi tidak berhasil. Akhirnya Mekah betul-betul
menghadapi kelaparan sehingga mereka terpaksa melepaskan Sumamah dan
meminta Sumamah menghantar kembali bekalan makanan kepada mereka.
Setelah dibebaskan, Sumamah berkata kepada mereka, “Demi Allah, aku
tidak akan menarik balik sekatan makanan ini sehingga Rasulullah r
membenarkannya!”

Kuffar Quraisy terpaksa menghantar satu rombongan mengadap Rasulullah
r di Madinah meminta belas kasihan Baginda supaya memerintahkan
orang Yamamah menghantar semula bekalan makanan kepada mereka. Di
atas sifat kasih sayang Rasulullah r, Baginda memerintahkan Sumamah
agar menarik balik sekatan makanan ke atas orang Mekah. Peristiwa ini
menyebabkan semua orang kini dapat merasakan kekuatan Islam. Islam
yang sebelum ini ditekan, dihina, diusir dan diperangi. Tentera Ahzab baru
saja mengepung Madinah dan orang Islam berada dalam suasana yang sangat
tertekan. Sekarang, sumber bekalan makanan orang Mekah berada di tangan
Rasulullah r. Tetapi lihatlah akhlak Baginda. Bukankah orang Mekah yang
memboikot Rasulullah r dan para Sahabat y selama tiga tahun sampai
mereka terpaksa makan rumput? Bukankah merekalah yang memerangi
Rasulullah r? Bukankah sebelum itu merekalah yang menghina Rasulullah
r dan menyakiti Baginda? Bukankah mereka juga mengazab para Sahabat
y dan berusaha untuk membunuh Rasulullah r? Namun, Rasulullah r telah
membalas kejahatan mereka dengan kebaikan. Demikianlah kasih sayang
dan akhlak seorang Rasul.

Sariyah Bani Asad

Pada bulan Rabiul Awwal tahun kelima Hijriah, Rasulullah r telah
menghantar pasukan Sariyah menuju ke Bani Asad. Bani Asad dipimpin oleh
Tulaihah Ibnu Khuwailid al Usdi, salah seorang pembesar kabilah yang ikut
serta dalam Tentera Ahzab. Dia bersama kaumnya, Bani Asad telah menyertai
Tentera Ahzab. Rasulullah r telah menghantar kepada mereka empat puluh

231

Ghazwah Bani Quraizah Bab 15

orang tentera di bawah pimpinan Sayyidina Ukasyah Ibnu Muhsin al Usdi
t yang berasal dari Bani Asad juga. Apabila diserang, Bani Asad melarikan
diri ke bukit. Sayyidina Ukasyah t kehairanan ialah tiada langsung binatang
ternakan Bani Asad. Rupa-rupanyanya mereka sudah membuat persiapan
sekiranya Rasulullah r menghantar tentera untuk menghukum mereka
kerana turut serta dalam pakatan Tentera Ahzab. Mereka sembunyikan lebih
awal semua binatang ternakan mereka. Dalam serangan itu tentera Islam
berjaya menawan seorang lelaki.

Dari lelaki ini mereka mendapat maklumat dimana Bani Asad
menyembunyikan binatang ternakan mereka. Lelaki itu membawa
Sariyah Sayyidina Ukasyah t berjalan agak jauh untuk menunjukkan
tempat binatang ternakan Bani Asad disembunyikan. Para sahabat y mula
menyangka kemungkinan lelaki itu mahu memerangkap mereka. Lelaki
itu memberitahu mereka bahawa binatang ternakan ada di belakang bukit.
Tentera Islam menghantar wakil memeriksa kawasan di belakang bukit.
Memang benar, di belakang bukit itu ada satu wadi yang dipenuhi dengan
binatang ternakan. Tentera Islam telah membawa balik semua binatang
ternakan itu ke Madinah.

Ghazwah Bani Lahyan

Pada tahun ini juga berlaku Ghazwah Bani Lahyan. Bani Lahyan tidak
menyertai Tentera Ahzab dalam peperangan Khandak tetapi merekalah yang
membunuh para utusan Rasulullah r dalam peristiwa Maur Raji’.Merekalah
yang telah membunuh para utusan Rasulullah r yang diketuai oleh Sayyidina
Asim bin Tsabit t. Rasulullah r tidak melupakan pengkhianatan ini. Mereka
telah memberi jaminan keamanan kepada wakil Rasulullah r tetapi selepas
itu mereka telah melakukan pengkhianatan. Dalam operasi ini Rasulullah
r sendiri keluar memimpin tentera Islam seramai dua ratus orang. Mereka
terpaksa mengharungi perjalanan hampir 300 km untuk sampai ke Bani
Lahyan. Bani Lahyan tinggal di selatan Madinah iaitu berhampiran dengan
Mekah. Selepas pengkhianatan mereka, Bani Lahyan diserang perasaan
sangat takut kalau-kalau tentera Islam datang menyerang mereka. Oleh itu
mereka sentiasa saja mengintip pergerakan tentera Islam kerana mereka
yakin Rasulullah r akan menghukum di atas pengkhianatan mereka. Oleh
kerana Rasulullah r juga mengetahui pergerakan mereka, Baginda tidak
membawa tentera ke arah Selatan tetapi Baginda membawa tentera Islam
berjalan ke arah Utara sehingga orang menyangka dia akan menyerang
kawasan Utara. Selepas itu barulah Rasulullah r membawa tentera Islam
berpatah balik ke arah Selatan menuju ke kawasan Bani Lahyan. Walaupun
begitu, Bani Lahyan berjaya mengesan pergerakan tentera Islam. Apabila

232

Catatan Sejarah Rasulullah r
Rasulullah r sampai ke tempat mereka, semuanya telah melarikan diri.
Rasulullah r berkhemah di tempat mereka selama dua hari.

Selepas itu Rasulullah r bergerak ke Wadi Usafan. Wadi Usafan adalah
satu tempat yang sangat berdekatan dengan Mekah. Dari Bani Usafan,
Rasulullah r menghantar sepuluh orang pahlawan Islam di bawah pimpinan
Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq t menuju ke Mekah. Sayyidina Abu
Bakar t dan pasukannya telah memasuki ke kawasan Mekah. Tersebarlah
berita bahawa Rasulullah r telah menyerang Mekah. Baginda hanya mahu
melakukan sekadar itu dahulu. Selepas itu Rasulullah r mengundurkan
semula pasukan Sayyidina Abu Bakar t. Ketika itu para Sahabat y
telah dapat merasakan dalam diri mereka bahawa sekarang mereka yang
mendatangi Kuffar Quraisy bukan lagi Kuffar Quraisy yang mendatangi
mereka sepertimana yang telah di sabdakan oleh Rasulullah r.
Menziarahi Kubur Bonda
Dalam perjalanan pulang dari Mekah, Rasulullah r berhenti di perkuburan
syuhada’Maur Raji’dan Baginda berdoa untuk mereka. Seterusnya Rasulullah
r membawa tentera Islam masuk ke jalan utama antara Mekah dan Madinah.
Rasulullah r berhenti di suatu tempat dan Baginda mengarahkan semua
tentera Islam berhenti di situ. Rasulullah r pergi ke sebuah kubur lama
dan Baginda menangis di situ. Para sahabat y yang melihat Rasulullah r
berkata, “Kami belum pernah melihat Rasulullah menangis begini.” Selepas
itu Sayyidina Umar t bertanya kepada Rasulullah r, “Kami melihat kamu
berhenti di sebuah kubur lama dan kamu menangis. Kami belum pernah
melihat Rasulullah berbuat begini sebelum ini. Apakah rahsia kubur ini,
wahai Rasulullah?” Rasulullah r menerangkan, “Inilah kubur ibuku yang
telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah.”
Rasulullah r bersabda lagi, “Ini kubur ibuku. Daku telah meminta izin
daripada Allah I untuk menziarahi kubur ibuku dan Allah I telah
mengizinkan daku. Daku meminta izin daripada Allah I untuk memohon
keampunan buat ibuku, Allah I tidak mengizinkannya padaku. Ketika itu
perasaan belas kasihan seorang anak kepada ibunya telah mendatangiku.”

233

Bab 16

Fitnah Munafik

Ghazwatul Ghabah

Dalam tahun kelima Hijriah ini juga berlaku Ghazwatul Ghabah. Ia juga
dikenali sebagai Ghazwah Zu Qird. Selepas Perang Khandak, masih ada lagi
sebahagian kabilah Arab yang cuba menyerang umat Islam walaupun ketika
itu kewibawaan dan kekuatan Umat Islam sudah semakin terserlah. Bani
Ghatafan telah menyerang Madinah. Pasukan ini dipimpin oleh Huzarah bin
Uyaynah bin Muhsin iaitu anak ketua Bani Ghatafan. Oleh kerana Bani
Ghatafan begitu ingin menguasai hasil pertanian Madinah, Uyaynah telah
menghantar anaknya menyerang satu kawasan di hujung Madinah yang
dikenali dengan nama Ghabah. Ia adalah sebuah kawasan pertanian. Oleh
kerana kawasan ini dipenuhi dengan pokok, maka ia dinamakan Ghabah
yang bermaksud ‘hutan’.

Tentera Ghatafan telah membunuh seorang petani di situ. Petani itu
adalah anak kepada Sayyidina Abu Zar t. Mereka juga menawan anak dan
isteri Sayyidina Abu Zar t dan merampas harta yang mampu mereka bawa
sebelum melarikan diri. Para petani berlari ke Madinah untuk melaporkan
hal itu. Pahlawan pertama yang mereka temui ialah Sayyidina Salamah bin
Akwa t. Rasulullah r pernah bersabda, “Sebaik-baik lelaki kami ialah
Salamah bin Akwa.” Beliau adalah seorang Sahabat t yang paling handal
bertempur tanpa tunggangan. Kekuatan dan kepantasannya berlari mampu
mengalahkan kelajuan kuda berlari.

234

Catatan Sejarah Rasulullah r

Mendengar berita itu, Sayyidina Salamah binAkwa’menjerit memberitahu
orang Madinah. Kemudian dia turun dari untanya lalu diberikannya kepada
para petani itu supaya mereka segera pergi melaporkan hal itu kepada
Rasulullah r. Sayyidina Salamah t berlari mengejar Huzarah. Dia berjaya
mengejar tentera berkuda hanya dengan berlari. Apabila dia mendekati
mereka, dia terus memanah mereka. Ketika itu juga para petani telah
menemui Rasulullah r. Baginda terus mempersiapkan satu pasukan berkuda
diketuai oleh Sayyidina Said bin Zaid t. Rasulullah r memerintahkan agar
dia segera bergerak sementara Baginda mempersiapkan tentera Islam yang
akan menyusul. Untuk menghadapi Kabilah Bani Ghatafan, iaitu salah
sebuah kabilah Arab yang paling besar sememangnya memerlukan persiapan
yang kemas dan rapi. Ini bermaksud, serangan balas ke atas Bani Ghatafan
berlaku dalam tiga peringkat.

Apabila dipanah, tentera Huzarah berhenti dan membalas serangan
Sayyidina Salamah Bin Akwa’ t. Apabila mereka menyerangnya, dia
melarikan diri dan akhirnya mereka tidak berjaya mengejarnya kerana
kepantasannya berlari. Apabila tentera Huzarah bergerak, dia memanah
mereka lagi. Apabila mereka berpatah balik kepadanya, dia berlari lagi.
Tujuan Sayyidina Salamah t berbuat begitu adalah kerana mahu melambat-
lambatkan mereka sehingga tentera Islam sampai. Akhirnya barulah Huzarah
terfikir bahawa seorang tentera tidak akan berani mengganggu mereka seperti
itu. Dia pasti itu hanyalah helah semata-mata dan sudah tentu di belakangnya
sudah ada tentera. Huzarah meninggalkan empat orang pahlawannya untuk
berhadapan dengan Sayyidina Salamah bin Akwa’ t. Mereka meneruskan
perjalanan ke kabilah mereka. Sayyidina Salamah mengacah-acah mereka
sehingga pasukan yang dihantar oleh Rasulullah r tiba. Salah seorang
daripada mereka yang tiba awal, terus menyerang keempat-empat orang
pahlawan Bani Ghatafan itu tanpa menunggu kawan-kawannya yang lain.
Oleh kerana dia seorang diri berhadapan dengan empat orang lawan, dia
akhirnya mati syahid.

Selepas itu pasukan Sayyidina Ukasyah t menyerang mereka. Sayyidina
Abu Qatadah t berjaya membunuh Habib bin Uyaynah iaitu saudara kepada
Huzarah. Apabila Habib terbunuh, tiga orang lagi segera melarikan diri.
Pasukan Sayyidina Ukasyah t mengejar mereka sehingga bertemu dengan
dua orang tentera Huzarah yang terlambat kerana mereka berkongsi satu
tunggangan. Dengan satu panahan sahaja, Sayyidina Ukasyah t berjaya
membunuh mereka berdua. Panahan masuk dari belakang orang yang pertama
dan tembus ke perut orang yang kedua. Dalam masa pasukan Sayyidina
Ukasyah mengejar tentera Huzarah, Rasulullah r dan tentera Islam pun tiba
ke tempat mayat Habib. Mereka mendapati sekujur mayat yang ditutupi oleh

235

Fitnah Munafik Bab 16

baju Sayyidina Abu Qatadah t. Sebahagian sahabat y berkata, “Sayyidina
Abu Qatadah telah syahid!” Apabila Rasulullah r mendengarnya, Baginda
bersabda, “Itu sama sekali bukan Abu Qatadah tetapi adalah orang yang
dibunuh oleh Abu Qatadah.” Walaupun belum melihat mayat itu Rasulullah
r, sudah mengetahui bahawa itu bukan mayat Sayyidina Abu Qatadah t.
Apabila mereka membuka mayat itu, sahlah ia bukan mayat Sayyidina Abu
Qatadah t tetapi mayat Habib bin Uyaynah yang telah dibunuh oleh beliau.

Sayyidina Salamah bin Akwa’ t datang mengadap Rasulullah r dan
meminta Baginda menghantar bersamanya seratus orang lelaki. Dia mahu
mengejar tentera Huzarah. Rasulullah r bersabda, “Wahai Salamah, mereka
sudah sampai ke tempat mereka. Tidak mungkin kita dapat mengejar mereka.”
Rasulullah r menyedari bahawa persiapan tentera Islam belum cukup untuk
memerangi tentera Ghatafan yang berjumlah sepuluh ribu orang dan sentiasa
bersiap sedia untuk berperang. Sedangkan tentera Islam ketika itu hanyalah
seramai tujuh ratus orang sahaja. Apatah lagi mereka keluar tergesa-gesa
tanpa persediaan yang cukup untuk menghadapi peperangan. Rasulullah
r meminta mereka semua pulang semula ke Madinah. Perempuan Islam
yang ditawan oleh Bani Ghatafan tadi berjaya melepaskan diri dan berjaya
menyelinap masuk ke kandang unta mereka. Salah seekor unta yang mereka
curi ialah unta Rasulullah r. Akhirnya dia berjaya melarikan unta itu tetapi
dia tidak tahu jalan pulang ke Madinah. Sedangkan jarak dari Ghatafan ke
Madinah jauh. Sohabiyah ini berdoa kepada Allah I dan bernazar, kalau
Allah I selamatkan dirinya,unta itu akan dikorbankan. Akhirnya unta itu
telah membawa Sohabiyah ini kembali ke Madinah.

Dengan mukjizat Rasulullah r, walaupun tanpa dipandu, unta Rasulullah
r telah membawa pulang Sohabiyah itu ke Madinah. Alangkah
bersyukurnya dia kepada Allah I kerana telah menyelamatkannya. Dia
datang bertemu Rasulullah r dan menceritakan kisahnya kepada Baginda.
Dia memberitahu Rasulullah r, “Wahai Rasulullah, aku telah bernazar kalau
aku selamat aku akan korbankan unta ini.” Baginda menjawab, “Alangkah
buruknya balasan kamu kepadanya. Bukankah dia telah menyelamatkan
kamu? Mengapa kamu mahu menyembelihnya? Sedangkan unta ini bukan
milikmu. Bagaimana kamu boleh bernazar terhadap sesuatu yang bukan
milikmu?” Begitulah Rasulullah r memberikan panduan kepada umat
Islam. Baginda bersabda, “Tidak sah nazar seseorang terhadap sesuatu yang
bukan miliknya.”

Sariyah Zil Hissoh

Di antara peristiwa yang berlaku pada tahun kelima Hijriah ialah

236

Catatan Sejarah Rasulullah r

penghantaran Sariyah Zil Hissoh yang dipimpin oleh Sayyidina Muhammad
bin Maslamah t kepada Bani Tsa’labah. Bani Tsa’labah juga salah satu
kabilah yang menyertai Tentera Ahzab dalam peperangan Khandak. Sebelum
menyerang mereka, Rasulullah r terlebih dahulu menghantar pasukan
perisik yang diketuai oleh Sayyidina Muhammad bin Maslamah t untuk
meninjau keadaan Bani Tsa’labah. Sayyidina Muhammad bin Maslamah t
menghantar sepuluh orang yang dipilihnya untuk memerhatikan keadaan
Bani Tsa’labah. Rupa-rupanya Bani Tsa’labah telah meletakkan perisik
mereka untuk memerhatikan pergerakan tentera Islam kerana mereka yakin
Rasulullah r akan menghantar tentera untuk menghukum mereka. Sejak
dari awal lagi, mereka sudah mempersiapkan seratus orang tentera untuk
menyerang pasukan Sayyidina Muhammad bin Maslamah t. Apabila
diserang hendap kesemua mereka syahid kecuali Sayyidina Muhammad bin
Maslamah t. Walaupun tidak terbunuh, dia cedera parah ditikam sehingga
tidak mampu bergerak. Tentera Bani Tsa’labah menyangka dia juga telah
terbunuh. Selama beberapa ketika, Sayyidina Muhammad bin Maslamah
t tidak berani membuka matanya kerana bimbang tentera kafir masih ada
di situ. Akhirnya ada seorang Islam lalu di situ. Apabila dia melihat mayat
yang bergelimpangan itu, dia dapat mengenali bahawa semuanya adalah
orang Islam. Terluncur dari mulutnya ucapan “Lahaulawala Quwwata
Illa Billah!” Mendengar kata-kata itu barulah Sayyidina Muhammad bin
Maslamah t membuka matanya untuk memberitahu orang itu bahawa dia
masih hidup. Lelaki Islam itu merawat Sayyidina Muhammad bin Maslamah
t dan menghantarnya pulang ke Madinah. Di Madinah, dia dirawat lagi
sehinggalah dia sembuh dari lukanya.

Sariyah Sayyidina Abu Ubaidah t

Selepas itu Rasulullah r menghantar Sariyah Sayyidina Abu Ubaidah al
Jarrah t kepada Bani Tsa’labah. Walaupun mereka sangat berjaga-jaga,
Sariyah Sayyidina Abu Ubaidah t berjaya membuat serangan hendap
terhadap mereka. Oleh kerana mereka telah membuat pelbagai persiapan,
mereka sempat melarikan diri. Pasukan Sayyidina Abu Ubaidah t hanya
dapat menawan seorang daripada mereka. Sayyidina Abu Ubaidah t pulang
ke Madinah bersama semua harta Bani Tsa’labah berserta seorang tawanan.
Tawanan ini akhirnya masuk Islam dan dia dibebaskan oleh Rasulullah r.
Akhirnya dia telah menjadi seorang Islam yang taat.

Sariyah Jamum dan Sariyah ‘Is

Pada tahun ini juga Rasulullah r mengutuskan Sariyah Jamum diketuai
oleh Sayyidina Zaid bin Haritsah t. Mereka diutuskan kepada Bani

237

Fitnah Munafik Bab 16

Sulaim yang juga turut terlibat dalam pakatan Tentera Ahzab. Bani Sulaim
telah menghantar tujuh ratus pahlawan mereka menyertai Tentera Ahzab.
Sayyidina Zaid t berjaya menawan beberapa orang lelaki Bani Sulaim.
Selebihnya sempat melarikan diri. Sayyidina Zaid t berjaya membawa
balik semua harta mereka.

Rasulullah r juga menghantar Sariyah ke sebuah kawasan yang bernama
‘Is. Jarak ‘Is dari Madinah ialah empat hari perjalanan. Ia satu kawasan bukit
yang penuh dengan pokok-pokok dan gua. Oleh itu ia merupakan tempat
yang sangat strategik untuk bersembunyi. Rasulullah r telah menghantar
170 orang tentera berkuda diketuai oleh Sayyidina Zaid bin Haritsah t
dengan tujuan untuk menyekat kafilah Quraisy. Pasukan Sayyidina Zaid
t bersembunyi di kawasan ini. Apabila kafilah Quraisy melalui kawasan
ini, mereka menahannya. Sayyidina Zaid t dan pasukannya telah berjaya
menawan semua anggota kafilah dan membawa mereka ke Madinah bersama
semua barang dagangan dan unta-unta yang menjadi kenderaan kafilah ini.
Operasi ini telah memberi kesan buruk kepada ekonomi Quraisy.

Salah seorang tawanan ini ialah Abul ‘Asi, suami kepada puteri
Rasulullah r, Sayyidah Zainab . Ketika itu Sayyidah Zainab sudah
berada di Madinah. Seperti biasa tawanan akan dikurung di hadapan pintu
Masjid Nabawi. Ketika waktu sembahyang esoknya, semasa Rasulullah r
sedang mengangkat takbir, Baginda terdengar suara seorang perempuan
berkata, ‘Aku telah memberi jaminan keamanan kepada Abul ‘Asi.”
Setelah selesai sembahyang, Rasulullah r bertanya kepada para sahabat
y apakah mereka telah mendengar suara perempuan tadi. Rasulullah r
bersabda, “Apa yang kamu dengar tadi bukan keputusan daku dan daku
tidak ditanya tentang perkara ini.” Rasulullah r menyerahkan hal itu kepada
para sahabat y khususnya Pasukan Sayyidina Zaid y yang telah menawan
Abul ‘Asi. Mereka berkata kepada Rasulullah r, “Wahai Rasulullah,
kami akan memuliakannya dan kami akan membebaskannya serta kami
akan mengembalikan kepadanya semua hartanya.” Selepas itu Abul ‘Asi
dibebaskan dan dipulangkan kepadanya semula hartanya demi memuliakan
Sayyidah Zainab , puteri Rasulullah r. Para sahabat y juga menyerahkan
kembali kepada Abul ‘Asi semua barang kiriman orang yang dibawa oleh
Abul ‘Asi demi memuliakan Rasulullah r. Malah selepas itu para sahabat y
membebaskan semua tawanan itu tetapi harta mereka diambil. Pelepasan itu
sebagai memuliakan Sayyidah Zainab dan Abul ‘Asi.

Apabila Abul ‘Asi melihat kemuliaan akhlak para sahabat y terhadapnya
serta kawan-kawannya dan suasana kehidupan umat Islam yang sangat
indah, dia telah jatuh hati kepada Islam. Namun dia tidak mengisytiharkan

238

Catatan Sejarah Rasulullah r

keislamannya di Madinah. Dia mengambil barang dagangannya dan barang
kiriman yang dihantar oleh penduduk Mekah melaluinya. Lalu dia membawa
semua kawannya pulang semula ke Mekah. Apabila sampai di Mekah, Abul
‘Asi mengumpulkan penduduk Mekah yang menghantar kiriman melaluinya
untuk diserahkan kepada mereka yang sepatutnya. Selepas itu dia bertanya
kepada mereka, ‘Adakah aku telah menunaikan amanah kamu semua?”
Penduduk Mekah berkata, “Kamu telah menunaikan semua amanah kami
kepada kamu dan kamu di sisi kami adalah seorang yang jujur dan mulia.”
Ketika itu dia mengisytiharkan kepada mereka bahawa dia telah beriman
dengan agama Islam dan beriman dengan Rasulullah r. Abul ‘Asi berkata,
“Aku tidak mahu mengisytiharkan perkara ini di Madinah. Nanti kamu akan
menganggap aku masuk Islam kerana harta dan kerana aku mahu orang
Islam memulangkan semula harta aku dan kiriman yang dihantar melalui
aku. Aku mahu menyerahkan kepada kamu semua kiriman kamu selepas itu
baru aku akan mengisytiharkan keislamanku.” Selepas itu Abul ‘Asi pulang
semula ke Madinah. Rasulullah r menyerahkan semula isterinya Sayyidah
Zainab kepadanya. Inilah di antara peristiwa yang berlaku pada tahun
kelima Hijriah.

Ghazwah Bani Mustaliq

Pada tahun keenam Hijriah, Rasulullah r masih meneruskan proses
menghukum kabilah-kabilah yang menyertai pakatan Ahzab. Pada bulan
Sya’ban berlaku satu peperangan yang besar iaitu Ghazwah Bani Mustaliq.
Peperangan ini juga dinamakan Ghazwatul ‘Ajaaib kerana banyak perkara
yang ajaib berlaku dalam peperangan ini. Pada tahun itu sampai berita kepada
Rasulullah r bahawa al-Harist bin Abi Dhirar dari Bani Mustaliq sedang
mengumpulkan orang-orang Bani Mustaliq untuk menyerang Madinah.
Rasulullah r bersabda, “Kita yang akan menyerang mereka sebelum mereka
menyerang kita.” Rasulullah r mempersiapkan tentera Islam dan Baginda
sendiri memimpin tentera ini. Rasulullah r menyerahkan bendera Muhajirin
kepada Sayyidina Abu Bakar t dan bendera Ansar kepada Sayyidina Saad
bin Ubadah t. Bani Mustaliq yang sudah bersedia untuk berperang juga
telah mendapat maklumat tentang kedatangan tentera Islam melalui perisik
mereka. Maka bertemulah tentera Islam dan tentera Bani Mustaliq di satu
kawasan.

Sebelum peperangan bermula Rasulullah r meminta Sayyidina Umar t
berdakwah kepada Bani Mustaliq. Sayyidina Umar t berseru, “Wahai Bani
Mustaliq, ucapkanlah “Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah!” Kamu
akan selamat. Begitu juga harta kamu, anak isteri kamu dan zuriat kamu!”
Mereka menolak seruan itu. Setelah itu barulah Rasulullah r memerintahkan

239

Fitnah Munafik Bab 16

tentera Islam menyerang mereka. Dalam serangan yang pertama, sepuluh
orang pemimpin Bani Mustaliq terbunuh. Bendera mereka juga tumbang.
Melihat sepuluh orang pemimpin mereka tewas serentak hanya di awal
serangan yang pertama, mereka semua menyerah kalah. Peperangan hanya
berlaku beberapa minit, Bani Mustaliq telah tunduk kepada tentera Islam.
Sekelip mata seluruh tentera Bani Mustaliq, wanita dan anak-anak mereka
berserta segala milik mereka jatuh ke tangan Islam. Demikian sekali ajaib
bantuan Allah I kepada tentera Islam dengan mukzijat dan keberkatan
Rasulullah r dan para sahabat y yang sangat bertaqwa. Benarlah taqwa
adalah aset besar umat Islam. Hanya dengan taqwa, Allah I akan membela
dan memberi kemenangan kepada umat Islam terhadap musuh mereka.

Kisah Sayyidatina Juwairiah Binti al-Harist

Apabila dibahagikan harta rampasan dan tawanan perang, bahagian
Rasulullah r ialah puteri ketua Bani Mustaliq iaitu Juwairiah binti al-Harist.
Baginda melayan Juwairiah sebagai seorang perempuan yang mulia, dari
keturunan yang bangsawan. Rasulullah r menawarkan Islam kepadanya
dan dia menerima Islam. Dengan itu Rasulullah r memerdekakannya dan
Baginda mengambilnya sebagai isteri kerana mahu memuliakannya. Apabila
Rasulullah r mengahwini Juwairiah, para sahabat y menganggap seluruh
anggota Bani Mustaliq adalah kerabat Rasulullah r. Demi memuliakan
kerabat Rasulullah r, semua para sahabat y memerdekakan tawanan
mereka. Akhirnya seluruh Bani Mustaliq dimerdekakan. Sayyidatina
Aisyah pernah berkata, “Tidak ada wanita yang dapat memuliakan
kaumnya lebih dari Juwairiah binti al Harist.” Islamnya Juwairiah dan
perkahwinannya dengan Rasulullah r telah menyebabkan seluruh Bani
Mustaliq dimerdekakan oleh orang Islam. Selepas itu ada orang bertanya
kepada Sayyidatina Juwairiah Ummul Mukminin, “Kenapa kamu begitu
cepat menerima Islam sedangkan kaum kamu sangat memusuhi Rasulullah
r dan Islam?” Sayyidatina Juwairiah menceritakan, “Tiga hari sebelum
peperangan berlaku, aku telah bermimpi melihat bulan purnama terbit dari
Madinah dan datang kepada Bani Mustaliq kemudian jatuh ke pangkuanku.
Aku mentafsirkan bulan purnama dalam mimpi itu adalah Rasulullah r yang
membawa hidayah kepadaku.” Demikian kebesaran mukjizat Rasulullah
r, dengan keberkatan Baginda, Allah I jatuhkan Islam ke dalam hati
Sayyidatina Juwairiah sebelum berlaku peperangan lagi.

Sebab Turun Surah al-Munafiqun

Setelah Bani Mustaliq di bebaskan, Rasulullah r dan tentera Islam bergerak
pulang ke Madinah. Dalam perjalanan pulang tentera Islam berhenti rehat

240

Catatan Sejarah Rasulullah r

di suatu tempat. Seorang tentera Islam yang dikenali sebagai Jahjah pergi
mengambil air dan ketika itu ada seorang lelaki dari kaum Ansar iaitu
Sanan al-Ansari juga datang mengambil air. Telah berlaku pergaduhan di
antara mereka berdua. Jahjah meminta pertolongan kaum Muhajirin dan
Sanan telah meminta pertolongan dari kaum Ansar. Peristiwa itu hampir-
hampir mencetuskan fitnah di antara dua kumpulan ini. Apabila Rasulullah
r mendengar berita itu, Baginda cepat-cepat datang ke situ. Lalu Baginda
bersabda, “Apakah ini seruan Jahiliyah sedangkan aku masih berada bersama-
sama kamu?! Tinggalkanlah seruan jahiliyah ini, seruan kebangsaan,
sesungguhnya ia adalah satu seruan yang sangat buruk baunya!” Bersama
dalam tentera Islam ialah Abdullah bin Ubay bin Salul, ketua golongan
Munafik. Dia sentiasa saja mencari peluang untuk membangkitkan fitnah
dalam masyarakat Islam. Abdullah bin Ubay tidak menyaksikan kejadian
itu. Apabila dia mengetahui kejadian itu dia pun berkata kepada kaumnya,
“Demi Allah, pada kita ‘Jubah-jubah Quraisy ini’ tidaklah mereka melainkan
seperti orang-orang dahulu menyebut, “Gemukkan anjing kamu nanti dia
akan makan kamu.” Seterusnya Abdullah bin Ubay berkata, “Demi Allah,
bila kita sampai di Madinah nanti pasti ‘orang yang paling mulia’ akan
mengeluarkan ‘orang yang paling hina’ dari Madinah.” Kemudian Abdullah
bin Ubay menoleh kepada orang sekelilingnya dan berkata, “Sebenarnya
kamulah yang menyebabkan dia tamak terhadap kamu. Kalau kamu sekat
daripadanya harta-harta kamu nescaya dia akan berpindah kepada orang lain
selain kamu!”

Ucapan itu turut didengari oleh Zaid bin Arqam t, seorang pemuda
yang telah beriman. Dia benar-benar tersinggung dengan kata-kata Abdullah
bin Ubay itu. Dia datang kepada Rasulullah r dan mengadukan perbuatan
Abdullah bin Ubay kepada Baginda. Ketika itu Sayyidina Umar t berada
dalam majlis Rasulullah r. Dia meminta izin dari Rasulullah r untuk
memenggal kepala Abdullah bin Ubay kerana dia telah menjadi munafik.
Rasulullah r bersabda, “Biarkan dia wahai Umar, apakah kamu mahu nanti
orang akan berkata Muhammad membunuh para Sahabatnya?” Berita itu
sampai kepada Rasulullah r setelah lewat malam. Agar berita itu tidak
menjadi satu isu dalam tentera Islam, Rasulullah r memerintahkan tentera
Islam bergerak pada malam itu juga. Walaupun waktu sudah lewat malam
dan bukan kebiasaan Rasulullah r bergerak di waktu itu. Sayyidina Usaid
bin Khidir t salah seorang pemimpin kaum Ansar dapat merasakan ada
sesuatu yang berlaku kerana belum pernah Rasulullah r mengarahkan tentera
Islam bergerak pada waktu sebegitu. Dia datang bertanya kepada Rasulullah
r, “Apakah berlaku sesuatu, wahai Rasulullah?” Baginda menceritakan
kepada Sayyidina Usaid t apa yang telah berlaku. Apabila mendengarnya,
Sayyidina Usaid t juga tidak dapat menahan kemarahannya. Dia meminta

241

Fitnah Munafik Bab 16

izin Rasulullah r untuk membunuh Abdullah bin Ubay. Rasulullah r tidak
membenarkannya. Sayyidina Usaid t berkata, “Kalau begitu, izinkan aku
halau dia dari Madinah.” Rasulullah r menjawab, “Jangan! kita bersimpatilah
kepadanya.”

Berita itu mula tersebar di kalangan tentera Islam. Mengharapkan agar
ia tidak menjadi besar, Rasulullah r tidak memberhentikan tentera pada
malam itu kecuali untuk sembahyang. Besoknya juga sepanjang siang dan
malam tentera Islam berjalan. Mereka hanya berhenti untuk sembahyang
sahaja. Besoknya barulah Rasulullah r memberhentikan tentera untuk
berehat. Ketika itu semua orang telah keletihan. Apabila dapat berhenti
sahaja, semua orang mengambil peluang untuk tidur. Kerana terlalu letih
mereka tidak sempat lagi untuk berbual. Itulah yang sedang diusahakan oleh
Rasulullah r. Namun berita itu tetap juga tersebar di kalangan tentera Islam.
Apabila tentera Islam berhenti rehat di tempat terakhir sebelum mereka
sampai ke Madinah, berita itu telah sampai kepada Sayyidina Abdullah bin
Abdullah bin Ubay t iaitu anak kandung Abdullah bin Ubay. Dia segera
menemui Rasulullah r dan berkata, “Wahai Rasulullah, telah sampai kepada
aku apa yang ayahku ucapkan. Demi Allah, Rasulullahlah yang paling mulia
dan dialah yang paling hina. Wahai Rasulullah, kalau Rasulullah mahu
membunuhnya, arahkanlah aku untuk membunuhnya. Seluruh Bani Aus dan
Bani Khazraj mengetahui bahawa tidak ada orang lain yang memuliakan
ayahnya di kalangan kami lebih daripada aku. Aku takut kalau orang lain
yang membunuh ayahku, aku tidak sabar dan aku membunuhnya, dengan itu
aku masuk neraka.”

Di tempat rehat ini juga berlaku suatu lagi peristiwa besar. Ketika tentera
Islam mula bergerak, Sayyidatina Aisyah kehilangan barangnya dan pergi
mencarinya. Apabila tentera Islam bergerak, mereka mengangkat kerudup
Sayyidatina Aisyah sedangkan beliau tidak ada di dalamnya. Kerana
badannya yang kurus, menyebabkan tiada perbezaan kepada orang yang
mengangkat kerudup, apakah ada orang atau tiada orang dalam kerudup itu.
Ketika itu umur Sayyidatina Aisyah baru 15 tahun. Apabila dia pulang ke
tempat kerudupnya, tentera Islam semuanya telah meninggalkan tempat itu.
Sayyidatina Aisyah menyangka nanti tentera Islam akan berpatah balik
mendapatkannya. Lalu dia menyelimutkan badannya dan tidur di situ.

Tentera Islam sudah sampai ke Madinah. Apabila mereka mahu
memasuki gerbang Madinah, salah seorang tentera Islam bergerak ke depan
dan menghunus pedangnya. Dia menunggu di pintu gerbang Madinah.
Siapa pun tidak mengetahui kenapa dia berbuat begitu. Setelah Rasulullah
r dan para sahabat y melalui gerbang, dia masih menghunus pedangnya

242

Catatan Sejarah Rasulullah r

sehinggalah tiba Abdullah bin Ubay, Ketua Munafiqin. Apabila Abdullah
bin Ubay sampai, lelaki ini menghunus pedang ke arahnya. Rupanya dia
adalah Sayyidina Abdullah t anak kepada Abdullah bin Ubay. Dia berkata
kepada ayahnya, “Demi Allah, aku tidak akan membenarkan kamu masuk ke
Madinah sehingga Rasulullah r membenarkannya. Rasulullah r orang yang
paling mulia dan kamulah orang yang paling hina!”

Demikianlah seorang anak yang telah beriman kepada Allah I dan
Rasul-Nya. Allah I dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari ibu dan ayahnya.
Demikianlah Sayyidina Abdullah t menghadapi ayahnya sedangkan dia
seorang anak yang diketahui oleh semua orang sangat memuliakan ayahnya.
Tetapi apabila ayahnya menentang Allah I dan Rasul-Nya, Allah I dan
Rasulullah r lebih besar baginya dari ayahnya. Abdullah bin Ubay terkejut
melihat anaknya yang selama ini sangat memuliakannya memperlakukannya
begitu. Dia cuba meredakan suasana. Tidak sepatutnya hal itu berlaku
kepadanya apalagi di hadapan orang ramai. Dia meletakkan pedang anaknya
ke dadanya. Sayyidina Abdullah t berkata, “Aku akan bunuh kamu
dan aku tidak akan benarkan kamu masuk kecuali setelah Rasulullah r
membenarkannya!” Apabila Abdullah bin Ubay melihat anaknya memang
serius dalam hal itu dia tidak berani bergerak lagi. Berita itu sampai kepada
Rasulullah r lalu Baginda menghantar wakil memberitahu Sayyidina
Abdullah bin Abdullah bin Ubay bahawa Rasulullah r telah membenarkan
ayahnya masuk ke Madinah. Barulah Sayyidina Abdullah t membenarkan
ayahnya masuk.

Kejadian itu telah tersebar ke seluruh Madinah. Ia telah menambah lagi
kebencian dalam hati Abdullah bin Ubay kepada Rasulullah r. Ketika itulah
turun beberapa ayat dalam surah al-Munafiqun menceritakan perbuatan
Abdullah bin Ubay. Rasulullah r memegang telinga Sayyidina Zaid bin
Arqam t dan berkata, “Inilah dia orang yang Allah I membenarkan
telinganya.” Ketika itu sudah ada sebahagian orang mula menuduh Sayyidina
Zaid t menipu kerana Abdullah bin Ubay telah menyatakan kepada orang
ramai bahawa dia tak pernah berkata-kata begitu terhadap Rasulullah r.
Namun pembohongannya itu telah dibongkar oleh wahyu.

Fitnah dan Ujian Untuk Umat Islam

Pada satu hari Abdullah bin Ubay sedang duduk-duduk bersama kaumnya
di luar gerbang Madinah. Menjadi kebiasaan Rasulullah r menugaskan
seorang sahabat t berjalan di belakang tentera Islam untuk mengutip apa-
apa yang tercicir. Dalam perjalanan pulang dari Bani Mustaliq, Rasulullah
r telah menugaskan Sayyidina Sofwan Ibnu Mu’abdah t. Apabila dia

243

Fitnah Munafik Bab 16

melalui perhentian terakhir tentera Islam, dia melihat Sayyidatina Aisyah
di situ. Dia dapat mengenalinya kerana pernah melihatnya sebelum perintah
hijab. Sofwan membawa untanya mendekati Sayyidatina Aisyah dan
memintanya menaiki unta. Dia segera berdiri jauh dari situ supaya dia tidak
melihat Sayyidatina Aisyah naik ke atas unta. Selepas itu ditarik untanya.
Apabila sampai di gerbang Madinah, dia melintasi Abdullah bin Ubay dan
pengikutnya. Melihat Sayyidina Sofwan t menarik unta dan di atasnya
ada Sayyidatina Aisyah , Abdullah bin Ubay berkata kepada kaumnya,
“Apakah isteri sahabat kamu itu bersama Sofwan? Demi Allah, Sofwan tidak
akan selamat daripadanya dan dia juga tidak selamat daripada Sofwan!”
Begitulah celuparnya lidah munafik. Akhirnya kata-kata itu tersebar kepada
orang ramai. Walaupun Abdullah bin Ubay tidak melemparkan tuduhan zina
dengan lafaz yang jelas, namun kata-kata itu telah menjadi tuduhan berzina
apabila ia sampai kepada orang yang lemah iman dan kaum munafik.

Menurut Sayyidatina Aisyah , dia sama sekali tidak mendengar apa
yang diperkatakan oleh Abdullah bin Ubay ketika melintasinya. Sejak
kembali ke Madinah dia ditimpa sakit kuat yang berpanjangan sehingga
20 hari. Sayyidatina Aisyah berkata, “Aku memang tidak menyedari
sebarang perubahan yang berlaku melainkan pada sikap Rasulullah r.
Bagindalah yang biasanya akan menghiburkan aku terutama bila aku sakit.
Tetapi kali ini Rasulullah r kerana menahan perasaannya tetap melayanku
dengan mesra tetapi Baginda tidak lagi seperti selalu menghiburkan aku.
Apabila aku melihat perubahan itu pada Rasulullah r, aku telah meminta
keizinan Baginda untuk dirawat di rumah keluargaku. Rasulullah r memberi
keizinan kepada aku untuk berpindah ke rumah keluargaku.” Fitnah yang
sudah tersebar di waktu wahyu pula terhenti adalah satu tarbiah kepada
masyarakat Islam bahawa mereka mesti bersangka baik dalam menghadapi
suasana seperti ini.

Rasulullah r menghadapi tuduhan berat terhadap maruah isterinya. Ia
menjadi lebih berat apabila wahyu juga terhenti ketika itu. Ini menjadikan
Rasulullah r sendiri tidak ada jawapan kepada isu ini. Pernah pada suatu
hari Baginda mengumpulkan para sahabat y dan bercakap kepada mereka.
Di antara yang Rasulullah r sebutkan, “Bagaimana ada satu kaum yang
memperkatakan dan menyakiti isteriku? Apa yang aku tahu tentang mereka
semuanya kebaikan. Begitu juga lelaki yang mereka perkatakan itu, yang
aku ketahui daripadanya hanyalah kebaikan. Dia tidak pernah masuk
ke rumahku melainkan bersamaku.” Pertanyaan Rasulullah r itu telah
mencetuskan perselisihan ketua Bani Aus dan ketua Bani Khazraj kerana
Abdullah bin Ubay dari Bani Khazraj. Rasulullah r memberhentikan majlis
supaya perselisihan itu tidak berpanjangan.

244

Catatan Sejarah Rasulullah r

Demikianlah satu ujian yang sedang Allah I lakukan kepada Rasulullah
r, keluarganya serta para sahabat y. Ini adalah supaya Allah I mengangkat
lagi darjat mereka yang bertaqwa dan Allah I menghapuskan dosa-dosa
mereka. Seterusnya supaya ia menjadi panduan dan tarbiyah kepada
umat Rasulullah r sepanjang zaman. Peristiwa ini akan memberi contoh
bagaimana Rasulullah r, keluarganya serta para sahabat y menghadapi
ujian dalam kehidupan. Apa yang berlaku dalam peristiwa ini semuanya
menjadi pelajaran untuk umat Islam. Bukankah mereka adalah sebaik-
baik umat? Yang terbaik di zaman kemudian tidak akan dapat menyamai
yang paling lemah di kalangan mereka. Oleh itu, sayugialah dalam kita
memperkatakan sejarah yang berkaitan dengan beberapa ujian yang berlaku
kepada masyarakat sahabat y hendaklah kita menjaga adab terhadap mereka.
Semoga Allah I memelihara hati dan lidah kita sehingga kita dapat beradab
terhadap masyarakat yang Allah I telah redha kepada mereka dan mereka
juga telah meredhai Allah I.

Seterusnya Rasulullah r meminta pandangan orang yang terdekat
dengan Baginda. Rasulullah r bertanya Sayyidina Usamah bin Zaid t dan
Sayyidina Ali . Sayyidina Usamah t memberitahu Rasulullah r bahawa
apa yang dia tahu tentang keluarga Rasulullah r semuanya kebaikan.
Manakala apa yang orang perkatakan itu semuanya tidak benar. Rasulullah
r janganlah ambil pusing terhadap kata-kata mereka. Sayyidina Ali pula
berpandangan bahawa kalaulah ada masalah pada diri Sayyidatina Aisyah

, Rasulullah r boleh mencari isteri yang lain. Tetapi sebagai menginsafi
Sayyidatina Aisyah , Sayyidina Ali t mencadangkan agar Rasulullah
r bertanya kepada jariah yang berkhidmat dengan Sayyidatina Aisyah
. Kalau ada sesuatu yang berlaku tentu dia mengetahuinya. Selepas itu
Rasulullah r bersama Sayyidina Ali telah memanggil jariah Sayyidatina
Aisyah iaitu Barirah. Barirah berkata, “Demi Allah, aku tidak pernah melihat
sesuatu yang buruk pada diri Sayyidatina Aisyah . Semua yang aku lihat
adalah kebaikan.” Akhirnya dia teringat pernah satu hari semasa dia sedang
membuat roti dia terpaksa keluar. Dia telah meminta Sayyidatina Aisyah

menjaga roti itu. Kemungkinan Sayyidatina Aisyah terleka daripada
roti sehingga kambing telah memakan roti itu. Barirah berkata, “Inilah satu-
satunya kesalahan Sayyidatina Aisyah ”

Sebenarnya Rasulullah r lebih mengenali puteri Sayyidina Abu Bakar
t itu. Namun fitnah yang telah tersebar itu sangat mengganggu Rasulullah
r. Sayyidatina Aisyah yang sedang sakit itu tidak tahu menahu apa yang
sedang berlaku di Madinah. Dia tidak tahu langsung tentang apa yang orang
sedang perkatakan terhadap dirinya. Setelah sakitnya semakin berkurang,
dia ingin keluar untuk menyelesaikan keperluannya di luar Madinah.

245

Fitnah Munafik Bab 16

Dia ditemani oleh Ummu Mustah sedangkan anak Ummu Mustah ,
Sayyidina Mustah t adalah salah seorang yang terpengaruh dengan fitnah.
Dalam perjalanan itu Ummu Mustah terjatuh. Apabila dia jatuh, dia telah
menyebut perkataan yang tidak baik kepada Sayyidina Mustah t. Sayyidina
Aisyah telah mendengar kata-kata Ummu Mustah itu dan merasa tidak
senang terhadap sikap Ummu Mustah itu. Sayyidatina Aisyah berkata,
“Wahai Ummu Mustah, janganlah bercakap begitu. Bagaimana kamu boleh
mencerca seorang sahabat Rasulullah r dari kalangan Ahli Badar (yang
bersama Rasulullah r dalam Perang Badar)?” Ummu Mustah kehairanan
melihat Sayyidatina Aisyah mempertahankan Mustah t sedangkan
Mustahlah salah seorang yang terlibat dengan tuduhan zina terhadap
Sayyidatina Aisyah .

Maka Ummu Mustah pun menceritakan kepada Sayyidatina Aisyah
semua yang sedang berlaku di Madinah. Sayyidatina Aisyah berkata, “Aku
tak tahu sedikitpun tentang semua ini. Apabila aku telah mendengar hal ini,
aku terus pulang dan menangis. Aku rasakan hati aku bagai dihiris-hiris.”
Selepas itu Rasulullah r datang kepada Sayyidatina Aisyah . Baginda
telah menasihatinya agar bertaqwa dan bertaubat kepada Allah I. Perasaan
Sayyidatina Aisyah semakin berat apabila dia merasakan Rasulullah r
juga seolah-olah ragu terhadap dirinya. Namun dia serahkan semuanya
kepada Allah I. Dia cukup yakin Allah I akan memberi jawapan. Namun
untuk turunnya wahyu kerananya, dia merasakan itu terlalu jauh. Dia merasa
tidak layak untuk mendapat jawapan dari wahyu. Cukuplah kalau Allah
datangkan mimpi yang benar kepada Rasulullah r. Sayyidatina Aisyah
merayu kepada ibu dan ayahnya, “Jawablah kepada Rasulullah r” Ternyata,
ujian ini juga berat bagi keluarga Sayyidina Abu Bakar t. Sayyidina Abu
Bakar t dan isterinya berkata, “Demi Allah, kami pun tidak tahu apa yang
kami mahu cakapkan.” Ujian menjadi bertambah besar buat Sayyidatina
Aisyah . Setelah Rasulullah r tidak menyebelahinya, ibu dan ayahnya
juga tak berani menyebelahinya kerana mereka sangat beradab dengan
Rasulullah r. Ketika itu Sayyidatina Aisyah berkata, “Kalau aku mengaku
apa yang orang perkatakan tentang aku, aku mengaku terhadap sesuatu yang
tidak pernah berlaku. Allah I mengetahui aku tidak melakukannya. Kalau
aku menafikannya semua orang tidak akan mempercayainya. Kalaulah
Rasulullah r dan ibu ayahku sendiri tidak menyebelahiku, bagaimana orang
lain akan mempercayaiku? Yang terbaik adalah aku berkata seperti kata-
kata ........ .” Sayyidatina Aisyah cuba menyebut nama Nabi Yaakub
tapi kerana beratnya perasaan yang di tanggungnya, menyebabkan dia tidak
mampu mengingat nama Nabi Yaakub . Sebaliknya dia berkata: “Seperti
apa yang Abu Yusuf (Nabi Yaakub) katakan, “Kesabaran itu sesuatu yang
sangat indah dan Allahlah sebagai pembantu di atas apa yang kamu sifatkan

246

Catatan Sejarah Rasulullah r

itu.” Aku tidak layak untuk diturunkan al-Quran tentang aku tetapi aku
berharap akan didatangkan mimpi yang benar kepada Rasulullah r.”

Tidak berapa lama selepas itu, Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah
r. Baginda terbaring dan peluh memercik keluar dari Badan Baginda.
Sayyidina Abu Bakar t dan semua Sahabat y mengetahui bahawa itu
adalah tanda wahyu sedang turun kepada Rasulullah r. Sayyidina Abu
Bakar t menyelimutkan Rasulullah r dan mereka semua menunggu.
Sayyidina Abu Bakar t menceritakan, “Saat-saat itu sangat mendebarkan.
Aku belum pernah melalui saat-saat yang sangat mendebarkan seperti itu.
Aku takut wahyu datang membenarkan tuduhan yang berlaku.’ Sebaliknya
Sayyidatina Aisyah berkata, “Pada waktu itu aku sedikit pun tidak merasa
takut kerana aku tahu bahawa aku tidak melakukan apa yang orang tuduh
itu. Aku yakin Allah I tidak akan menzalimi aku.” Apabila Rasulullah
r sedar, Baginda memandang kepada Sayyidatina Aisyah dan berkata,
“Bersyukurlah wahai Aisyah, wahyu telah turun membenarkan kamu.”
Alangkah gembiranya Sayyidina Abu Bakar t mendengar berita itu. Dia
terus meminta Sayyidatina Aisyah mengucapkan terima kasih kepada
Rasulullah r. Sayyidatina Aisyah berkata, “Aku tidak akan berterima
kasih kepadanya tetapi aku berterima kasih kepada Allah I yang telah
menyelesaikan masalah ini.”

Selepas itu Rasulullah r mengumpulkan semua orang Islam dan Baginda
naik ke atas mimbar membacakan ayat-ayat dari surah an-Nur yang telah
menyatakan bahawa segala fitnah yang berlaku itu adalah tidak benar.
Kemudian Rasulullah r memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman
qazaf iaitu membuat tuduhan berzina tanpa saksi kepada tiga orang sahabat
y. Lapan puluh kali sebatan adalah hukuman kepada orang yang beriman
tetapi telah terlajak membuat tuduhan zina terhadap Sayyidatina Aisyah
dan Sayyidina Sofwan t. Mereka yang dihukum adalah dari kalangan orang
yang beriman sahaja. Allah I mahu membersihkan mereka tetapi orang-
orang munafik tidak dihukum. Allah simpan azab mereka di Akhirat kelak.
Mereka yang disebat dengan hukum Qazaf ini ialah Sayyidina Mustah t.,
Sayyidina Hasan bin Tsabit t dan Sayyidatina Hamnah binti Jahasy
. Sayyidatina Hamnah adalah ipar Rasulullah r iaitu saudara kandung
kepada Sayyidatina Zainab binti Jahasy , salah seorang isteri Rasulullah r.

Sahabat yang mendapat pujian dalam ujian ini ialah Sayyidina Abu
Ayyub al- Ansari. Ketika taufan fitnah melanda Madinah, isterinya Ummu
Ayyub t telah bertanya kepadanya, “Wahai Abu Ayub, apakah kamu tidak
mendengar apa yang orang perkatakan tentang Sayyidatina Aisyah ?”
Sayyidina Abu Ayub t menjawab, “Aku dengar.” Isterinya bertanya lagi,

247

Fitnah Munafik Bab 16
“Apa pandangan kamu wahai Abu Ayub?” Sayyidina Abu Ayub t bertanya
kembali, “Wahai Ummu Ayub, apakah kamu tergamak melakukannya?”
Isterinya berkata, “Demi Allah, tidak!” Abu Ayub bertanya lagi, “Apakah
aku akan melakukannya?” Jawab isterinya, “Tidak!” Sayyidina Abu Ayub
t pun menegaskan, “Aisyah lebih baik daripada kamu dan Sofwan lebih
baik daripada aku!” Sayyidina Abu Ayub t telah berjaya menjaga hati dan
lidahnya dan juga berjaya menyampaikan satu didikan kepada isterinya.
Sikap inilah yang patut kita pelajari dari Sayyidina Abu Ayub t.

Sayyidina Abu Bakar t rupanya menanggung nafkah beberapa buah
keluarga sahabat Rasulullah r yang miskin. Salah sebuah keluarga itu ialah
keluarga Sayyidina Mustah t. Sayyidina Mustah t ada hubungan kerabat
dengan Sayyidina Abu Bakar t. Selepas peristiwa itu, Sayyidina Abu Bakar
t bersumpah tidak mahu lagi menanggung nafkah keluarga Sayyidina
Mustah t. Wahyu telah turun menegur sikap Sayyidina Abu Bakar t
itu. Mendapat teguran daripada wahyu, Sayyidina Abu Bakar t segera
membayar kifarah sumpahnya kerana dia mesti melanggar sumpahnya tidak
akan membantu Sayyidina Mustah t lagi. Selepas itu Sayyidina Abu Bakar
menyambung semula bantuannya kepada Sayyidina Mustah t. Demikianlah
indahnya kehidupan sahabat y.

Fitnah yang telah melanda Madinah itu berpanjangan selama satu bulan.
Selama satu bulan itu terhentilah semua operasi Rasulullah r. Demikianlah
bahayanya fitnah terhadap kekuatan umat Islam. Apatah lagi kalau ia
bersangkut-paut dengan maruah diri orang Islam. Lebih berat lagi apabila
ia melibatkan maruah pemimpin umat Islam. Mudah-mudahan banyak
pengajaran yang dapat kita ambil dari sejarah ini. Semuanya merupakan
pelajaran dan panduan kepada umat Rasulullah r sepanjang zaman.

248

Bab 17

Perjanjian Hudaibiyah

Mimpi Rasulullah r
Mengenai Perjanjian Hudaibiyah, Sejarawan Islam Ibnu Hisyam  telah
meriwayatkan kenyataan ini dari Ibnu Ishaq  dari az-Zuhri ,

“Belum pernah berlaku dalam Islam sebelum Hudaibiyah satu
pembukaan yang lebih besar daripadanya.”
Namun di sebalik kemenangan Hudaibiyah, ia telah menjadi sebuah
ujian getir kepada umat Islam. Peristiwa ini berlaku pada akhir tahun
keenam Hijriah. Ujian besar ini rupanya adalah strategi besar oleh Allah
I dan Rasul-nya kepada pembukaan Mekah dan seterusnya kemenangan
Islam di Semenanjung Arab. Rasulullah r telah mengumumkan dalam
bulan Zulkaedah pada tahun itu kepada semua umat Islam bahawa Baginda
mahu menunaikan ibadah umrah. Sesiapa yang mahu menyertai Rasulullah
r dalam umrah ini bolehlah membuat persiapan. Walaupun ia adalah satu
pelawaan besar dari Rasulullah r, namun hanya Muhajirin dan Ansar serta
beberapa orang wakil dari kabilah lain yang bersedia menyahut pelawaan
itu. Ramai yang masih melihat bahawa ketegangan di antara umat Islam
dan kerajaan Mekah berpotensi untuk mencetuskan peperangan lagi. Tidak

249

Catatan Sejarah Rasulullah r

hairanlah hanya seribu empat ratus orang lelaki mahu mengiringi Rasulullah
r ke Mekah untuk menunaikan umrah. Mereka juga membawa bersama
mereka binatang ternakan yang akan disembelih sebagai ibadah korban.
Rasulullah secara peribadi membawa bersamanya tujuh puluh ekor unta.

Tidak hairanlah hanya seorang sahaja dari kaum Munafik Madinah yang
menyertai rombongan ini. Sejarah menamakan lelaki ini sebagai al Jad bin
Qais. Golongan Munafiqun tentu tidak sanggup mengambil risiko ini. Pada
mereka, adalah tidak munasabah Rasulullah r mahu memasuki Mekah yang
memusuhinya tanpa persiapan perang. Orang Mekah pasti akan membunuh
Rasulullah r dan sesiapa saja yang bersamanya. Sebenarnya Rasulullah r
bukan tidak mempunyai persiapan senjata langsung tetapi ia hanya dibawa
di atas kenderaan. Senjata tidak berada di badan Baginda dan mereka yang
bersamanya.

Kini Rasulullah r dan rombongan kaum Muslimin sampai di Zulhulaifah
yang lebih terkenal sekarang dengan nama Bir Ali. Zulhulaifah berada tujuh
batu lebih dari kota Mekah. Baginda mengarahkan semua anggota rombongan
memakai pakaian ihram di sini. Ketika itu berita pergerakan Rasulullah r
telah sampai kepada para pemimpin Mekah. Mereka berazam menghalang
rombongan Baginda memasuki Mekah walaupun hanya untuk melakukan
umrah. Rasulullah r dan rombongan terpaksa menempuh perjalanan 450
km dalam keadaan berihram untuk sampai ke Mekah. Sedangkan tentera
kuffar Quraisy sudah menunggu mereka di luar Tanah Haram lagi. Kalau
Rasulullah r dan orang Islam berjaya memasuki kawasan Tanah Haram,
mereka tidak boleh lagi memerangi Rasulullah r dan mengeluarkan Baginda
daripadanya. Demikianlah masyarakat Arab Jahiliyah pun menghormati
Tanah Haram. Kawasan di sekitar Ka’bah ini memang dimuliakan Allah I.
Sesiapapun tidak dibenarkan mencabut atau mematahkan pokok-pokoknya
atau memburu binatang-binatangnya. Tentulah berperang lebih terlarang.
Tentera Kuffar Quraisy sudah bersedia dan mereka telah berikrar tidak
akan membenarkan sama sekali Rasulullah r memasuki Mekah. Namun
tidak semua pemimpin Kuffar Quraisy menyertai pasukan ini termasuk Abu
Sufyan. Pasukan berkuda Mekah dipimpin oleh Khalid al Walid.

Apabila Rasulullah r dan rombongannya sampai di Rauha’ iaitu 73 batu
daripada Madinah, Baginda telah menghantar Sayyidina Abu Qatadah al
Ansari t mengetuai sekumpulan sahabat ke Ghaikhah di tepi pantai Laut
Merah. Ada berita mengatakan Kuffar Quraisy telah menghantar pasukan
untuk membuat serangan hendap terhadap Rasulullah dan rombongannya.
Pasukan Sayyidina Abu Qatadah t bertemu semula dengan Rasulullah r
di as Suqya iaitu 180 batu dari Madinah. Sebenarnya ketika di Zulhulaifah

250

Perjanjian Hudaibiyah Bab 17

lagi Rasulullah r telah menghantar seorang perisik dari Bani Khuza’ah yang
dikenali sebagai Bisyr bin Sufyan untuk meninjau persiapan Mekah. Ketika
Rasulullah r sampai di Gahdir al Asytat, Bisyr bin Sufyan telah kembali
bersama berita dari Mekah. Menurutnya tentera Kuffar Quraisy telah
keluar menunggu Rasulullah r di luar Mekah. Mereka memakai baju kulit
harimau yang menandakan bahawa mereka bersiap untuk berperang. Mereka
memang berazam menghalang Rasulullah r menjejakkan kakinya di tanah
Mekah. Di atas sikap Kuffar Mekah itu terluncur dari mulut Rasulullah
r, “Alangkah kerasnya Kuffar Quraisy ini! Mereka tidak akan rugi kalau
mereka membiarkan aku!”

Ketika itulah Rasulullah r bertanya adakah sesiapa yang boleh
menunjukkan jalan pintas sehingga Baginda dan rombongan dapat melepasi
kedudukan tentera Kuffar Quraisy. Memang ada salah seorang daripada
mereka mengetahui jalan itu. Akhirnya Rasulullah r dan para sahabat y
dapat melepasi kedudukan tentera Kuffar Quraisy. Ketika Rasulullah r
dan rombongan hanya beberapa langkah lagi untuk memasuki kawasan
Tanah Haram, tiba-tiba unta Rasulullah r berhenti dan duduk. Rasulullah
r cuba membuatkan untanya berjalan semula tetapi percubaan Baginda
tidak berjaya. Di kalangan sahabat y ada yang berkata, “Apakah telah
berlaku sesuatu yang buruk pada unta ini?” Rasulullah r memberitahu
mereka bahawa yang menghalangnya ialah yang telah menghalang Tentera
Bergajah merempuh Ka’bah. Lalu Rasulullah r memerintahkan rombongan
berkhemah di situ sedangkan kawasan itu adalah tidak selamat kerana belum
memasuki kawasan Tanah Haram. Demikianlah Allah I dan Rasul-Nya
merencanakan untuk Hudaibiyah menyaksikan satu peristiwa besar dalam
sejarah Islam.

Para sahabat y mendapati kawasan itu tidak mempunyai sumber air
sedangkan mereka telah kehabisan bekalan air. Hanya Rasulullah r yang
mempunyai sedikit air itupun hanya cukup untuk wuduk Baginda sahaja.
Rupanya ada sebuah perigi di situ tetapi ia hanya sebuah perigi kering.
Rasulullah r berwuduk di situ. Perigi kering yang ditimpa titisan air wuduk
Rasulullah r itu telah mengeluarkan air semula. Demikianlah Allah I telah
menjamin keperluan Rasul-Nya dan orang yang beriman dan bertaqwa
kepada-Nya dari sumber yang ajaib. Di Hudaibiyah, Rasulullah r bersabda,
“Demi Allah, sekiranya Quraisy mengajak aku kepada satu langkah yang
dapat menyambungkan semula silaturrahim, aku akan mempersetujuinya.”

Rasulullah r berhenti di Hudaibiyah dengan keazaman silaturrahim.
Baginda yakin bahawa Allah I belum mengizinkannya memasuki Mekah.
Ketika itu barulah Kuffar Quraisy menyedari bahawa bahawa Rasululllah

251

Catatan Sejarah Rasulullah r

r telah melepasi mereka malah Baginda boleh memasuki kawasan Haram
bila-bila masa sahaja. Mereka benar-benar terkejut dan takut. Sekiranya
Rasulullah r telah memasuki tanah Haram, mereka akan menghadapi
satu masalah besar. Kuffar Quraisy segera bergerak ke arah Tanah Haram.
Mereka sekali lagi terkejut besar kerana mendapati Rasulullah r dan
rombongannya berkhemah hanya beberapa langkah di luar Tanah Haram.
Kalau Baginda mahu memasuki Tanah Haram nescaya Rasulullah r sudah
boleh melakukannya. Lalu apakah maksud perbuatan Rasulullah r itu?
Tentera Quraisy juga berkhemah tidak jauh dari kedudukan Rasulullah r
dan rombongannya. Sekiranya Rasulullah r mahu melakukan umrah tentu
Baginda sudah memasuki Tanah Haram. Sekiranya Rasulullah r mahu
memerangi mereka, mengapa Rasulullah r dan orang Islam berpakaian
ihram dan tidak membawa senjata di badan mereka?

Quraisy Menghantar Wakil

Demi mengetahui tujuan sebenar Rasulullah r, mereka telah menghantar
seorang pemimpin Bani Khuza’ah yang dikenali sebagai Budail bin Warqa’.
Beliau dapat bertemu dengan Rasulullah r lalu bertanya terus apakah tujuan
Baginda. Rasulullah r memberitahunya bahawa Baginda dan rombongannya
mahu menunaikan ibadah umrah. Malah Rasulullah r menunjukkan
kepadanya binatang korban yang dibawa bersama. Budail berkata, “Kamu
juga membawa senjata.” Rasulullah r menjawab, “Wahai Budail, kami juga
takut akan dikhianati. Bagaimana kalau kami diserang?” Budail berpuas
hati dengan jawapan Baginda. Namun apabila Budail memberitahu Kuffar
Quraisy apa yang dia dengar sendiri dari Rasulullah r, mereka masih belum
mempercayainya. Quraisy menghantar pula seorang wakil dari suku Quraisy
sendiri yang dikenali sebagai Makraz bin Hafs. Makraz hanya berjalan kaki
ke arah perkhemahan Islam. Dia hanya meninjau dari jauh sahaja. Apabila
Rasulullah r ternampak kelibat Makraz, Baginda bersabda, “Dia adalah
seorang pengkhianat!” Menurut Makraz, Rasulullah r dan rombongannya
mungkin mahu menunaikan umrah tetapi mungkin juga mahu berperang
kerana Baginda dan orang Islam juga membawa senjata.

Namun Quraisy belum berpuas hati dengan laporan Makraz kerana
dia hanya meninjau dari jauh dan tidak berjumpa terus dengan orang
Islam. Mereka menghantar wakil yang ketiga. Dia adalah pemimpin suku
Ahabish yang dikenali sebagai Hulais bin ‘Alqamah. Apabila Rasulullah
r melihatnya, Baginda mengenalinya. Dia adalah seorang yang sangat
membesarkan binatang yang akan dikorbankan di Ka’bah. Rasulullah r
memerintahkan orang Islam menghimpunkan semua binatang ternakan
yang akan dikorbankan di hadapannya. Apabila Hulais melihat binatang

252

Perjanjian Hudaibiyah Bab 17

itu mempunyai tanda khas untuk dikorbankan, dia berpatah balik kepada
Quraisy kerana dia sudah mendapat jawapannya. Dia yakin bahawa
Rasulullah r dan orang Islam benar-benar datang untuk melakukan umrah.
Apabila dia melaporkan penilaiannya itu kepada Kuffar Quraisy, mereka
memperlekehkannya. Kuffar Quraisy berkata, “Engkau hanya seorang
badwi yang tidak faham.” Hulais benar-benar berang dan berkata, “Demi
Allah, ini bukan yang kita sepakati bersama! Apakah orang yang yang
datang untuk membesarkan rumah Allah disekat? Demi Allah, sekiranya
kamu menghalangnya dari Ka’bah, aku akan seret seluruh kabilah Ahabish
untuk memerangi kamu!” Kuffar Quraisy segera memujuk Hulais dengan
berjanji akan menangani Rasulullah r dengan baik.

Mereka menghantar pula ‘Urwah bin Mas’ud as-Tsaqofi, pemimpin
Thaif yang disegani oleh seluruh bangsa Arab. Sebelum bersetuju mewakili
Quraisy, dia mensyaratkan bahawa Quraisy mesti menerima berita yang dia
akan bawa nanti. ‘Urwah bin Mas’ud adalah seorang pemimpin Arab yang
sangat dihormati. Ketika Kuffar Mekah menolak Rasulullah r dan bertanya
Allah I kenapa tidak diangkat salah seorang dari dua pemimpin Arab yang
sangat disegani menjadi Nabi, dua orang yang mereka maksudkan itu ialah
al-Walid bin Mughirah dari Mekah dan ‘Urwah bin Mas’ud ini dari Thaif.
Kuffar Quraisy memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menolak berita
yang akan dibawa oleh ‘Urwah nanti.

‘Urwah telah mengatur strategi untuk mengetahui rahsia sebenar
kedatangan Rasulullah r dan orang Islam. Dia berazam akan membentak
orang Islam. Sekiranya mereka melayannya dengan kasar, itu tanda
mereka mahu beperang. Tetapi sekiranya mereka tetap melayannya dengan
baik, itu tanda mereka hanya mahu melaksanakan ibadah umrah. ‘Urwah
datang ke perkhemahan Islam dan masuk bertemu dengan Rasulullah r
dengan pakaian perang dan bersenjata lengkap. Melihat gelagat ‘Urwah,
Rasulullah r meminta pengawal khas Baginda iaitu Sayyidina al-Mughirah
bin Syu’bah t berada di belakang Baginda. Sayyidina al-Mughirah juga
berpakaian perang dan bersenjata lengkap. Sayyidina Mughirah juga berasal
dari Thaif dan daripada suku as-Tsaqofi. Malah dia adalah anak saudara
‘Urwah sendiri. Namun ‘Urwah tidak dapat mengenalinya kerana hanya
matanya yang dapat dilihat bila dia berbaju besi lengkap. ‘Urwah bertanya
Rasulullah r, “Wahai Muhammad, apakah kamu datang untuk memasuki
Mekah dengan kekerasan?” Rasulullah r menjawab, “Aku datang untuk
melakukan umrah.” ‘Urwah berkata lagi, “Wahai Muhammad, kalau kamu
datang untuk berperang, jangan kamu tertipu dengan orang kamu! Kalau
berlaku peperangan mereka semua akan meninggalkan kamu!” Mendengar
kata-kata itu, Sayyidina Abu Bakar t bangun menjawab dengan keras,

253

Catatan Sejarah Rasulullah r

“Apakah kamu fikir kami akan meninggalkan Rasulullah ? Demi Allah, kami
sama sekali tidak akan meninggalkan Rasulullah r!” Rasulullah r segera
menenangkan Sayyidina Abu Bakar t kerana Baginda tahu Urwah sengaja
mahu memprovokasi orang Islam. Kerana kerasnya jawapan Sayyidina Abu
Bakar t, ‘Urwah berpaling kepadanya dan berkata, “Kalau bukanlah kerana
kamu pernah berjasa kepadaku nescaya aku akan membidas kamu dengan
lebih keras lagi!” Namun Rasulullah r berjaya meredakan suasana itu.

Kecintaan Kepada Rasulullah r

Seterusnya Urwah meneruskan lagi strateginya. Dia menghulurkan
tangannya untuk memegang janggut Rasulullah r. Sayyidina Mughirah t
segera menepis tangan ‘Urwah dengan pedangnya. ‘Urwah sangat terkejut
malah takut, siapakah yang begitu berani menepis tangannya dengan pedang
ini? ‘Urwah memberitahu, “Aku hanya mahu berunding dengan kamu,
wahai Muhammad.” Sayyidina Mughirah t menegaskan, “Jauhkan tangan
kamu daripada Rasulullah r, kalau tidak tangan kamu tidak akan kembali
semula kepada kamu!” ‘Urwah bertanya, “Siapakah orang ini, wahai
Muhammad?” Rasulullah r tersenyum dan bertanya Urwah, “Apakah kamu
tidak mengenalinya? Inilah Al-Mughirah Bin Syu’bah, anak saudara kamu
sendiri.” Dengan marahnya Urwah berseru, “Wahai pengkhianat! Bukankah
kamu baru semalam saja membersihkan kemaluan kamu?” Al-Mughirah
pernah menyertai perwakilan Bani Malik menziarahi Muqauqis, raja Mesir.
Oleh kerana dia seorang yang keras dan tidak beradab, dia tidak mendapat
hadiah dari Muqauqis sedangkan orang lain semuanya mendapat hadiah.
Dalam perjalanan pulang, Al-Mughirah telah membunuh semua perwakilan
Bani Malik seramai tiga belas orang ketika mereka sedang tidur. Selepas
itu dia mengambil semua harta mereka. Bani Malik telah menuntut dari
Bani Thaqif supaya menyerahkan Mughirah kepada mereka. Oleh kerana
Al-Mughirah adalah salah seorang pemimpin dari Bani Thaqif, mereka
tidak mahu menyerahkannya. Kedua-dua kabilah sanggup untuk berperang
demi mempertahankan maruah masing-masing. Ketika itu ada seorang
pendeta Arab datang menasihati ‘Urwah selaku ketua Bani Thaqif supaya
membayar diat kepada Bani Malik demi menyelamatkan Bani Thaqif dan
Bani Malik dari peperangan. ‘Urwah telah bersetuju, lalu dua kabilah
Arab ini dapat didamaikan semula. Al-Mughirah telah melarikan diri ke
Madinah membawa harta yang dirampasnya. Apabila sampai di Madinah,
dia telah jatuh hati kepada Islam dan memeluk Islam. Rasulullah r telah
menerima Islamnya tetapi Rasulullah r mengarahkan supaya Al-Mughirah
memulangkan semula harta yang dirampasnya itu kepada Bani Malik.
Peristiwa itulah yang dimaksudkan oleh ‘Urwah bahawa al-Mughirah baru
sahaja membersihkan kemaluannya. Sayyidina A-Mughirah t menjawab,

254

Perjanjian Hudaibiyah Bab 17

“Ini Rasulullah r. Walaupun kamu telah melakukan semua itu untuk aku,
aku tidak membenarkan kamu mempermainkan Rasulullah r.” Begitulah
kecintaan Sayyidina Al- Mughirah t kepada Rasulullah r.

Ketika itu telah masuk waktu sembahyang. Sayyidina Bilal t bangun dan
mengumandangkan azan. Rasulullah r bangun berwuduk, ‘Urwah masih
duduk dan memerhatikan Rasulullah r dan orang Islam. Apabila Rasulullah
r berwuduk, para sahabat y berkumpul mengelilingi Baginda. Setiap titis air
wuduk Rasulullah r ditadah oleh sahabat y lalu mereka menyapukannya ke
badan mereka. Malah apabila Rasulullah r meludah ada yang menyambutnya
lalu menyapukannya ke badannya. ‘Urwah juga menyaksikan Rasulullah
r dan para Sahabat y bersembahyang dalam barisan rapi dan lurus malah
dalam pergerakan yang selaras dan menggerunkan. Menyaksikan semua itu,
dia merasa tidak perlu lagi bertanya apa-apa. Dia sudah mempunyai jawapan
yang cukup jelas kepada kepimpinan Kuffar Quraisy.

Demikianlah gambaran kecintaan Sahabat y kepada Rasulullah r.
Mereka sangat membesarkan dan memuliakan Baginda. Seseorang tidak
akan dapat mencintai Allah I kalau dia tidak mencintai Rasulullah r,
Peristiwa ini jelas mengajar kita bahawa mengambil keberkatan dari anggota
badan Rasulullah r malah daripada lelehan air Rasulullah r adalah sesuatu
yang dianjurkan. Ia merupakan akhlak para sahabat y terhadap Rasulullah
r. Bahkan banyak riwayat yang sahih memberitahu kita bahawa sahabat
y telah mengambil keberkatan dari rambut Rasulullah r, peluhnya, kesan
jarinya pada makanan yang dimakannya, air wuduknya bahkan ludahan
Baginda. Mengambil berkat inilah yang dinamakan tawassul. Oleh itu
tabarruk dan tawassul itu bukan bermaksud menyandarkan kuasa memberi
bekas itu kepada selain Allah I kerana segalanya dengan kuasa dan izin
Allah I jua. Ia bermaksud meminta kepada Allah I melalui pandangan
Allah I kepada Rasulullah r sebagai kekasih-Nya supaya dengan itu Allah
I memperkenankan permintaan kita.

Sekembalinya Urwah, Kuffar Quraisy segera bertanya apakah
penilaiannya terhadap kedatangan Rasulullah r dan orang Islam. ‘Urwah
menegaskan, “Demi Allah, aku telah menziarahi Kisra di kerajaannya
dan aku telah menziarahi Qaisar di kerajaannya dan aku telah menziarahi
Najasyi di kerajaannya. Demi Allah, aku tidak pernah melihat seorang yang
lebih besar dari Muhammad dalam kerajaannya. Demi Allah, kalau kamu
memeranginya, para Sahabatnya tidak akan menyerahkannya kepada kamu
sehinggalah mereka membunuh dari kamu sebanyak jumlah mereka (1,400
orang.) Kalau mereka telah membunuh daripada kamu sebanyak bilangan
itu, apalah kebaikan hidup lagi selepas itu.” Kuffar Quraisy berasa bimbang

255

Catatan Sejarah Rasulullah r

lalu bertanya kembali, “Kalau begitu, apa pandangan kamu?” ‘Urwah
menjawab, “Aku menyarankan agar kamu memeterai suatu perjanjian damai
dengan Muhammad dan memintanya supaya tidak melakukan umrah pada
tahun ini.”

Quraisy telah menerima pandangan ini tetapi mereka masih mahu
mendapat pengakuan itu dari orang Islam sendiri. Mereka merancang untuk
menangkap seseorang dari perkhemahan Rasulullah r untuk disoal siasat.
Malam itu mereka menghantar empat puluh orang tentera mereka menyusup
masuk ke tempat orang Islam untuk menangkap salah seorang daripada
ahli rombongan Baginda. Rasulullah r sudah mengetahui pergerakan itu.
Baginda memerintahkan orang Islam mengepung dan menangkap mereka.
Akhirnya empat puluh orang tentera Quraisy itu berjaya ditawan oleh orang
Islam. Apabila Kuffar Quraisy mengetahui semua pengintip mereka telah
tertangkap, mereka bersiap untuk berperang. Sementara itu, di perkhemahan
Islam, Rasulullah r mengarahkan supaya empat puluh orang pengintip
Kuffar Quraisy dilepaskan setelah Baginda memberitahu mereka bahawa
Baginda dan orang Islam datang untuk melakukan umrah bukan sama sekali
untuk berperang.

Menyaksikan kepulangan empat puluh orang tawanan ini, barulah
Kuffar Quraisy yakin Rasulullah r datang hanya untuk melakukan umrah
bukan untuk berperang. Kalaulah Rasulullah r mahu memerangi mereka
tentu Rasulullah r sudah membunuh semua pengintip mereka itu. Melihat
kesangsian di pihak tentera Mekah, Rasulullah r merasakan, adalah lebih
baik Baginda berunding terus dengan Ketua Mekah iaitu Abu Sufyan yang
sedang berada di Mekah. Rasulullah r mahu menghantar Sayyidina Umar t
pergi berbincang dengan Abu Sufyan. Sayyidina Umar t menjawab, “Wahai
Rasulullah, kamu amat mengetahui betapa aku adalah orang yang paling
keras terhadap Kuffar Quraisy. Apatah lagi aku sudah tidak mempunyai
sanak saudara di Mekah yang boleh melindungiku. Kalau Rasulullah r mahu
menghantar wakil memasuki Mekah, hantarlah orang yang ada kedudukan
dan ada pembela di Mekah.” Rasulullah r bertanya, siapakah yang
Sayyidina Umar t maksudkan. “Uthman Ibnu ‘Affan wahai Rasulullah,
kerana dia dari Bani Umayyah dan Abu Sufyan dari Bani Umayyah,” jawab
Sayyidina Umar t. Lantas Rasulullah r menyerahkan tugasan berunding
dengan Abu Sufyan kepada Sayyidina Uthman t. Apabila Sayyidina
Uthman t tiba di Mekah, dia telah disambut dengan baik malah Abu Sufyan
membenarkannya melakukan tawaf di Ka’bah. Sayyidina Uthman menolak
tawaran itu sambil menegaskan, “Aku tidak akan tawaf sebelum Rasulullah
r tawaf!” Sayyidina Uthman t terus melaksanakan tugasannya. Sayyidina
Uthman tinggal bersama Abu Sufyan. Dia tidak dibenarkan keluar sehingga

256

Perjanjian Hudaibiyah Bab 17

Abu Sufyan dan pemimpin Quraisy membuat keputusan.
Bai’atur Ridhwan

Kelewatan Sayyidina Uthman t pulang ke perkhemahan Islam telah
mencetuskan suasana baru. Apatah lagi bila ada berita yang disampaikan
kepada Rasulullah r bahawa Sayyidina Uthman t telah dibunuh. Membunuh
utusan adalah petanda bahawa pihak musuh mahu berperang. Dalam suasana
tegang seperti itu Rasulullah r meminta para Sahabat y menyatakan
pendirian mereka sekiranya berlaku peperangan. Seorang demi seorang
anggota rombongan umrah seramai seribu empat ratus itu telah berbai’ah
akan tetap setia bersama Rasulullah r menghadapi sebarang kemungkinan.
Bai’ah itu berlaku di bawah sepohon pokok tempat Rasulullah r berteduh.
Sayyidina Salamah bin Akwa’ seorang Sahabat yang yang terkenal sangat
tangkas dalam pertempuran. Setelah selesai berbai’ah dengan Rasulullah r,
dia duduk tidak jauh daripada Baginda. Apabila Rasulullah r melihatnya,
Baginda memintanya berbai’ah lagi. Sayyidina Salamah t berkata, “Aku
sudah berbai’ah, wahai Rasulullah r.” Baginda bersabda, “Berbai’ah sekali
lagi, wahai Salamah.’’ Rasulullah r mahu Sayyidina Salamah t mengulangi
bai’ahnya kerana kemampuannya dalam peperangan melebihi orang lain.
Seluruh anggota rombongan dari kalangan Muhajirin, Ansar dan perwakilan
kabilah telah berbai’ah kepada Rasulullah r kecuali Al Jad bin Qais. Dia
bersembunyi di belakang untanya yang berwarna merah supaya terlepas
daripada berbai’ah. Ketika itu Rasulullah r meletakkan tangan kirinya ke
atas tangan kanannya dan menyebut, “Ini tangan aku sebagai ganti kepada
tangan Uthman.” Rasulullah r berbai’ah bagi pihak Sayyidina Uthman
t. Para Sahabat y mengucapkan, “Demi Allah, tangan kiri Rasulullah r
lebih baik dari tangan kanan kita semua.” Seterusnya Rasulullah bersabda,
“Semua orang yang berbai’ah di bawah pokok akan masuk syurga kecuali
tuan punya unta merah.” Dari peristiwa ini turunlah ayat Al-Quran ini:

“Sesungguhnya orang-orang yang memberikan bai’ah kepadamu
(wahai Muhammad), mereka sebenarnya memberikan bai’ah kepada
Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan bai’ah itu. Oleh
itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya

257

Catatan Sejarah Rasulullah r

tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang
menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka
Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.”
(Surah al-Fath: 10)

Demikian pula Allah I telah merakamkan sebuah penghargaan yang
tidak ternilai dengan dunia dan seluruh isinya kepada golongan seribu empat
ratus orang ini dalam sepotong ayat al-Quran:

“Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang beriman,
ketika mereka memberikan bai’ah kepadamu (wahai Muhammad) di
bawah naungan pohon, maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia
diketahuiNya tentang (kebenaran iman) yang ada dalam hati mereka,
lalu Dia menurunkan ketenangan kepada mereka, dan membalas
mereka dengan kemenangan yang dekat.” (Surah al-Fath: 18)

Dengan itu bai’ah ini dinamakan Bai’atul Ridwan. Ini adalah kerana
semua yang berbai’ah di sini telah mendapat keredhaan Allah I.

Berita bai’ah para Sahabat y kepada Rasulullah r telah menggemparkan
kem tentera Kuffar Quraisy. Ketakutan mereka telah memaksa mereka
memutuskan untuk berdamai dengan Rasulullah r. Mereka menghantar
Suhail bin ‘Amr kepada Rasulullah r. Melihat kedatangan Suhail, Baginda
bersabda, “Semoga Allah I permudahkan kepada kamu. Sekarang mereka
mahukan perdamaian.” Suhail adalah tokoh perunding dan pendamai di
kalangan Kuffar Quraisy. Dia hanya akan dihantar ketika Quraisy mahu
berunding dan berdamai. Suhail akhirnya telah berjaya mendapat persetujuan
dari Rasulullah r untuk memeterai suatu perjanjian damai. Untuk menulis
butir perjanjian itu, Rasulullah r memanggil Sayyidina Ali untuk
melakukannya. Perjanjian itu disaksikan oleh perwakilan dari pihak Kuffar
Quraisy dan perwakilan dari pihak Rasulullah r. Rasulullah r bersabda,
“Wahai Ali, mulakan tulisan dengan Bismillah hir Rahmanir Rahim. Suhail
membantah,“Kami tidak tahu tentang ar-Rahman, mulakan saja dengan
Bismikallahumma.” Sayyidina Ali berkata, “Aku sudah pun menulisnya.”

258

Perjanjian Hudaibiyah Bab 17

“Padamkan ia,” tegas Suhail. Dari awal proses menulis perjanjian ini telah
berlaku pertembungan antara Suhail dan Sayyidina Ali . Rasulullah r
berkata kepada Sayyidina Ali “Padamkannya wahai Ali.” Sayyidina Ali

berkata, “Wahai Rasulullah r, bagaimana aku mahu memadamkan nama
Allah?” Lalu Rasulullah r memadamkannya dengan tangan Baginda sendiri.

Kemudian Rasulullah r bersabda, “Tuliskan, inilah yang dipersetujui
oleh Rasulullah dan Suhail.” Suhail membantah, “Kalau aku percaya engkau
Rasulullah, tentu aku tidak akan memerangi engkau. Tulis saja Muhammad
bin Abdullah!” Orang Islam mula merasa tidak senang dengan sikap Suhail
yang keras ini. Rasulullah r meminta Sayyidina Ali memadam kalimah
Rasulullah. Sayyidina Ali berkata, “Bagaimana aku mahu padamkan
kalimah Rasulullah?” Lalu Rasulullah r memadamkannya dengan tangan
Baginda sendiri. Demikianlah bahawa Rasulullah r memang benar-benar
mahukan perdamaian itu kerana ia mengandungi hikmah tersirat yang sangat
besar untuk kemenangan Islam walaupun para Sahabat y belum dapat
memahaminya.

Di antara butiran perjanjian damai ini :

1. Orang Islam mesti pulang pada tahun ini. Mereka tidak akan
memasuki Mekah tetapi mereka berhak untuk datang menunaikan
umrah pada tahun hadapan. Pada tahun hadapan, Quraisy tidak akan
menghalang mereka dari memasuki Mekah dengan syarat orang
Islam memasuki Mekah tanpa membawa senjata melainkan pedang
yang berada di sarungnya. Mereka hendaklah memasuki Mekah
dalam keadaan tenang dan tidak mencabar perasaan orang Mekah.
Mereka hanya dibenarkan berada di Mekah selama tiga hari sahaja.
Selepas itu mereka mesti meninggalkan Mekah.

2. Tidak boleh berlaku peperangan di antara orang Islam dan Quraisy
Mekah dalam tempoh sepuluh tahun akan datang sehingga semua
orang mendapat keamanan. Tiada peperangan dan tiada serangan ke
atas kafilah dagang Quraisy.

3. Rasulullah r mesti memulangkan semula orang yang lari dari
Mekah ke Madinah. Sebaliknya orang Islam yang murtad dan lari
ke Mekah tidak akan dipulangkan ke Madinah. Syarat ini dirasakan
berat oleh para Sahabat t. Mereka merasa Kuffar Quraisy mendapat
keistimewaan melalui syarat ini malah ia dilihat satu kemenangan bagi
pihak Kuffar Quraisy. Namun Rasululah r tetap mempersetujuinya.

4. Kabilah Arab lain berhak untuk masuk menjadi sekutu Rasulullah
r atau sekutu Quraisy. Di antara perwakilan yang menjadi saksi

259

Catatan Sejarah Rasulullah r

perjanjian damai ini ialah pemimpin Bani Khuza’ah dan Bani Bakar.
Bani Khuza’ah berkata, “Kami masuk menjadi sekutu Muhammad.”
Bani Bakar pula berkata, “Kami masuk menjadi sekutu Quraisy.”
Melalui syarat inilah perjanjian ini terbatal dan menjadi sebab
kepada berlakunya Pembukaan Mekah oleh Rasulullah r dan
kaum Muslimin. Kemudiannya, Bani Bakar telah menyerang Bani
Khuza’ah dan Kuffar Quraisy telah menyebelahi Bani Bakar.

Ujian Pertama: Abu Jandal t

Semasa perjanjian ini sedang ditulis terdengar satu jeritan dari luar
khemah. Rupanya ada seorang Islam dari Mekah dalam keadaan dirantai
pada tangannya meminta perlindungan dari Rasulullah r dan orang Islam.
Dia adalah Abu Jandal bin Suhail t, anak Suhail yang sedang mengetuai
perwakilan Quraisy. Abu Jandal t memberitahu Rasulullah r, “Aku
datang kepada kamu untuk berhijrah. Aku mahu pulang bersama kamu ke
Madinah.” Suhail membantah, “Wahai Muhammad, sudah ada perjanjian
di antara kita. Anak aku dikembalikan ke Mekah!” Sayyidina Umar t
menegaskan, “Wahai Rasulullah, kita belum tulis perjanjian lagi.” Suhail
bertanya, “Apakah persetujuan lisan tidak cukup bagi kamu?” Rasulullah r
menjawab, “Ya, perjanjian lisan sudah cukup bagi kami. Ambillah anak kamu
semula.” Suhail menyeret anaknya untuk dikembalikan kepada Quraisy.
Sayyidina Abu Jandal t yang tidak mengetahui apa yang sedang berlaku
menjerit sekuat hatinya, “Wahai Rasulullah! Apakah kamu mengembalikan
aku kepada orang kafir yang menyeksa aku kerana agamaku?!” Rasulullah r
bersabda, “Wahai Abu Jandal, bersabarlah dan ambillah ganjaran dari Allah.
Semoga Allah memberi jalan keluar kepada kamu dan kawan-kawan kamu.”

Sayyidina Abu Jandal t terus menjerit meminta pertolongan Rasulullah
r. Semua Sahabat y yang menyaksikan peristiwa itu menitiskan air mata
simpati. Hati mereka sangat terhiris melihat di depan mata mereka seorang
saudara mereka diseret dalam keadaan begitu untuk diserahkan kembali
kepada Kuffar Quraisy. Perasaan mereka benar-benar tercabar menyaksikan
Sayyidina Abu Jandal t setelah perasaan mereka terhimpit oleh sebahagian
butiran perjanjian yang sedang dimeterai. Ketika itu Sayyidina Umar t
datang berjalan di tepi Abu Jandal dan mendekatkan pedangnya kepada
Sayyidina Abu Jandal t sambil membisikkan kepada Abu Jandal t
bahawa orang kafir adalah najis dan darah mereka seperti darah anjing. Dia
bermaksud supaya Abu Jandal mengambil pedangnya itu dan membunuh
ayahnya. Sayyidina Abu Jandal t tidak termasuk dalam perjanjian bagi
pihak Islam kerana dia masih bersama Quraisy. Namun Sayyidina Abu Jandal
belum sanggup membunuh ayahnya sendiri. Setelah menghantar Sayyidina

260

Perjanjian Hudaibiyah Bab 17

Abu Jandal t, Suhail datang semula untuk menyempurnakan perjanjian itu.
Setelah perjanjian dimeterai, Kuffar Quraisy tidak sabar menanti Rasulullah
r dan orang Islam bergerak pulang ke Madinah.

Kekecewaan Para Sahabat y

Rasulullah r bangun dan berucap kepada seluruh para Sahabat y.
Baginda bersabda, “Wahai para Sahabatku sekelian, silalah bertahallul dari
Ihram dan kita pulang ke Madinah.” Sayyidina Umar t bangun dan bertanya
Rasulullah r, “Wahai Rasulullah, bukankah kamu telah memberitahu kami
bahawa kita akan memasuki Mekah dan melakukan tawaf?” Rasulullah
r sebelum itu bermimpi melihat orang Islam mendatangi Ka’bah dan
melakukan tawaf serta menggunting dan mencukur rambut mereka. Lalu
Rasulullah r telah menceritakan kepada para Sahabat y mimpi itu semasa
dalam perjalanan mereka menuju ke Mekah. Sayyidina Umar t mahu
mengingatkan Rasulullah r terhadap mimpi itu. Rasulullah r menjawab,
“Benar wahai Umar, tetapi apakah aku memberitahu kamu kita akan masuk
pada tahun ini?” Sayyidina Umar t menjawab, “Tidak, wahai Rasulullah r.”
Sayyidina Umar t bertanya, “Bukankah kita di pihak kebenaran dan mereka
di pihak kebatilan? Bukankah perjanjian damai ini telah menguntungkan
pihak mereka?” Rasulullah r bersabda, “Sesungguhnya Tuhanku bersamaku
dan pasti dia tidak akan mensia-siakan daku.”

Setelah itu Sayyidina Umar t menemui Sayyidina Abu Bakar t dan
bertanya kepadanya, “Bukankah kita orang Islam?” Sayyidina Abu Bakar
t menjawab, “Benar.” Sayyidina Umar t bertanya lagi “Bukankah mereka
orang kafir?” Abu Bakar menjawab, “Benar.” Sayyidina Umar t bertanya
lagi, “Kalau begitu, kenapa kita mengalah di pihak agama kita?” Sayyidina
Abu Bakar t mengingatkan Sayyidina Umar t bahawa mereka berhadapan
dengan keputusan Rasulullah r yang tidak berkata dari nafsunya tetapi
semuanya adalah wahyu daripada Tuhan. Sayyidina Abu Bakar t, “Wahai
Umar, bukankah ini keputusan Rasulullah r! Taatilah ketetapannya!”
Sayyidina Umar t terdiam mendengar ucapannya itu.

Perjanjian telah sempurna dimeterai. Sayyidina Uthman t pun
dibenarkan kembali ke perkhemahan Islam. Rasulullah r pun sudah
mengarahkan para Sahabat y supaya keluar dari keadaan ihram dengan
bertahallul untuk memulakan perjalanan pulang ke Madinah. Yang
menghairankan ialah tidak seorang pun dari para Sahabat t bangun
bertahallul. Rasulullah r juga merasa hairan. Tidak pernah para Sahabatnya
melengah-lengahkan permintaannya apa lagi arahannya. Namun Rasulullah
r tidak mahu mengulangi arahannya kerana bimbang kemurkaan Allah

261

Catatan Sejarah Rasulullah r
I akan berlaku. Lalu Rasulullah r beredar meninggalkan mereka. Para
sahabat y masih terfana dengan peristiwa besar yang sedang mereka lalui
itu. Perasaan mereka berat malah gawat. Rasulullah r masuk ke khemahnya
dalam keadaan sedih melihat para Sahabat y bagaikan tidak mengendahkan
arahan Baginda. Sayyidatina Ummu Salamah yang menemani Rasulullah
r dalam permusafiran itu bertanya kenapa dilihatnya Baginda berada dalam
kesedihan. Rasulullah r menceritakan kepada Sayyidatina Ummu Salamah

bahawa kaum Muslimin tidak mendengar arahan Baginda supaya
bertahallul. Sedangkan Rasulullah r khuatir untuk mengulangi arahannya.
Nanti kemurkaan Allah I akan berlaku. Sayyidatina Ummu Salamah
memberi pandangan, “Wahai Rasulullah, sekiranya Rasulullah bertahallul
nescaya semua orang akan ikut bertahallul.” Lalu Baginda keluar semula
dan memanggil tukang cukur mencukur kepala Baginda. Melihat Rasulullah
r bertahallul, semua Sahabat y bergegas bangun bertahallul. Rasulullah r
melihat ada di kalangan mereka tidak bercukur tetapi hanya menggunting
rambutnya. Maka sabda Rasulullah r, “Allah I telah merahmati mereka
yang bercukur!” Para Sahabat y menyahut, “Dan orang yang bergunting,
wahai Rasulullah!” Baginda mengulangi, “Allah I telah merahmati
mereka yang bercukur!” Para Sahabat y juga mengulangi, “ Dan mereka
yang bergunting, wahai Rasulullah!” Rasulullah r ulangi buat kali ketiga,
“Allah I telah merahmati mereka yang bercukur!” Sekali lagi para Sahabat
y menyahut, “Dan mereka yang bergunting, wahai Rasulullah r!” Ketika
itu barulah Rasulullah r berkata, “Allah I telah merahmati mereka yang
bergunting!” Demikian kelebihan orang yang bercukur ke atas orang yang
hanya bergunting. Selepas itu turunlah surah al Fath kepada Rasulullah r,

“Sesungguhnya kami telah membuka kepadamu pembukaan yang
nyata” (Surah al-Fath: 1)

Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar Rasul-Nya

262

Perjanjian Hudaibiyah Bab 17

dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu
sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid al-Haram - insya
Allah (pada masa yang ditentukan-Nya) - dalam keadaan aman
(menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu,
dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak
merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik
dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia
mengetahui (adanya faedah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak
mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi)
itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya).
(Surah al-Fath: 27)

Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq t berkata :

“Tidak ada Futuh dalam Islam lebih besar dari Fathul Hudaibiyah
tetapi manusia tidak dapat menjangkau apakah yang berlaku di antara
Muhammad dan Tuhannya. Sedangkan para hamba selalu gopoh
sedangkan Allah I itu tidak gopoh kerana gopohnya hamba-Nya
sehinggalah segala sesuatu itu tercapai seperti yang Allah I mahu”.

Demikian Peristiwa Hudaibiyah ini menjelaskan kepada kita pentadbiran
Allah I melalui tindakan Rasulullah r. Sesuatu yang tidak dapat dijangkau
oleh kemampuan manusia biasa. Tidak hairanlah Sahabat y pun tidak dapat
memahami maksud tersirat peristiwa Hudaibiyah malah Sayyidina Umar t
sendiri tidak dapat menerima keputusan ini. Hanya pemimpin yang Allah I
pilih sahaja yang mampu memahami maksud Allah I ini. Bagi Rasulullah
r hal ini jelas. Baginda yakin Allah I tidak akan mempersiakannya bahkan
ini adalah satu kemenangan. Begitu juga Sayyidina Abu Bakar t, dengan
keberkatan Rasulullah r, dia diberi Allah I kefahaman yang luar biasa.
Dunia Islam kini memerlukan pemimpin seperti ini untuk membawa
umat Islam keluar dari kemelut yang sedang menimpanya. Dunia Islam
memerlukan pemimpin yang dapat memimpin mereka untuk membuktikan
janji Rasulullah r bahawa Islam akan kembali gemilang di akhir zaman.
Tanpa pemimpin bertaraf begini, umat Islam pasti akan tersalah dalam

263

Catatan Sejarah Rasulullah r

memahami perkara yang seni dan tersirat seperti Perjanjian Hudaibiyah.

Kemenangan Yang Dijanjikan

Di antara kemenangan umat Islam dalam perjanjian ini:

1. Quraisy telah mengiktiraf umat Islam sebagai satu kekuatan yang
setaraf dengan mereka. Pengiktirafan itu adalah satu kemenangan.
Apabila Quraisy mengiktiraf umat Islam, umat Islam akan
dipandang besar di mata kabilah Arab yang lain. Hal ini telah
menjana perkembangan Islam yang lebih besar selepas itu.

2. Perjanjian ini telah memberi kebebasan dan ruang kepada umat
Islam untuk menumpukan usaha dakwah ke seluruh Semenanjung
Arab dan kawasan sekitarnya. Dalam tempoh ini Rasulullah r telah
mengutus perutusan kepada pemerintah di zaman itu.

3. Quraisy telah mengiktiraf kedatangan umat Islam pada tahun
hadapan untuk menunaikan umrah tanpa sebarang gangguan dan
ancaman.

Maha Benarlah Allah yang menamakan perjanjian Hudaibiyah sebagai
satu pembukaan (al-Fath.) Kenapa dinamakan al-Fath?

Dari permulaan dakwah Islam sehinggalah peristiwa Hudaibiyah
perjuangan Rasulullah r telah berlangsung selama sembilan belas tahun.
Tiga belas tahun di Mekah dan enam tahun di Madinah. Hasilnya Rasulullah
r berjaya membina seribu empat ratus orang pejuang yang ikut bersama
Baginda dalam misi Hudaibiyah. Demikianlah perjuangan Rasulullah r
sepanjang sembilan belas tahun telah menghasilkan seribu empat ratus orang
pejuang yang telah mendapat keredaan Allah I. Mereka dijamin syurga
oleh Rasulullah r. Selepas dua tahun dari Perjanjian Hudaibiyah, berlaku
Pembukaan Mekah. Semasa Pembukaan Mekah, Rasulullah r diiringi oleh
sepuluh ribu pejuang. Demikianlah hasil dua tahun Perjanjian Hudaibiyah.
Bukankah hasil dakwah dua tahun dalam Perjanjian Hudaibiyah telah
membuahkan hasil yang begitu besar?

Dengan berlakunya Perjanjian Hudaibiyah ini, pintu dakwah terbuka luas
tanpa sebarang halangan. Apabila pintu dakwah dan perbincangan dibuka,
Islam dapat disampaikan dalam keadaan tidak ada gangguan dan tekanan.
Kebenaran dan keindahan Islam tersebar dengan cepat dan diterima oleh
masyarakat Arab. Inilah yang diperlukan selama ini oleh dakwah Islam.
Tempoh dua tahun ini telah menjana hasil yang luar biasa tanpa sebarang
peperangan. Hasilnya ternyata mengatasi tempoh sembilan belas tahun di

264

Perjanjian Hudaibiyah Bab 17
sudut ramainya orang yang menerima Islam.

Bahkan selepas perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah r telah berjaya
mengislamkan Khaybar yang merupakan kubu terakhir Yahudi. Memerangi
orang Yahudi pasti sangat sukar tanpa perjanjian Hudaibiyah kerana Kuffar
Quraisy sudah tentu akan membantu Yahudi. Apabila Rasulullah r telah
mengikat Kuffar Quraisy, maka Baginda berpeluang menghadapi musuh
Islam selain Quraisy. Rangkuman proses inilah yang membawa kepada
berlakunya Pembukaan Mekah.

265

Bab 18

Pembersihan Yahudi

Kisah Abu Basir
Rasulullah r serta para sahabat y kembali ke Madinah selepas selesai
Perjanjian Hudaibiyah. Sementara itu, Abu Basir berjaya melarikan diri
dari kurungan ayahnya. Beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke
Madinah. Abu Basir hanya berjalan kaki merentas jarak yang begitu jauh.
Dua lelaki utusan Kuffar Quraisy mengejarnya. Apabila sampai di Madinah,
Abu Basir terus masuk ke dalam Masjid Nabawi mencari Rasulullah r.
Abu Basir berkata, “Wahai Rasulullah r, aku telah berhijrah kepada kamu.”
Ketika itu masuk pula dua orang utusan Kuffar Quraisy sambil berkata,
“Wahai Muhammad, ada perjanjian di antara kita! Kembalikan Abu Basir
kepada kami!” Rasulullah r menjawab, “Benar, silalah ambil semula Abu
Basir.” Lalu Abu Basir diseret oleh dua orang Kuffar Quraisy sambil dia
menjerit, “Apakah aku dikembalikan lagi kepada orang kafir sedangkan aku
telah datang ke sini merentas jarak sejauh ini!” Sabda Rasulullah r, “Wahai
Abu Basir, semoga Allah I memberikan kepada kamu dan kawan-kawan
kamu jalan keluar.”

Ketika sampai di Zul Hulaifah, mereka berhenti rehat. Abu Basir berjaya
melepaskan diri dari ikatan. Dia merampas pedang salah seorang dari mereka
dan membunuhnya. Setelah itu dia mengejar yang seorang lagi. Kerana takut
dibunuh oleh Abu Basir, lelaki Quraisy ini berlari menuju ke Madinah sambil
dikejar oleh Abu Basir. Kejar-mengejar itu telah menyebabkan kepulan debu

266

Catatan Sejarah Rasulullah r

yang besar malah seluruh badan mereka dipenuhi dengan debu. Apabila
sampai sahaja di Madinah, lelaki Quraisy ini berlari ke dalam masjid. Dia
memberitahu Rasulullah r bahawa kawannya telah dibunuh oleh Abu Basir
malah Abu Basir mahu membunuhnya pula. Ketika itu Abu Basir telah
sampai ke dalam masjid. Abu Basir berkata, “Wahai Rasulullah, kamu telah
memulangkan aku kepada mereka. Kamu telah melaksanakan tanggung
jawab kamu. Sekarang Allah I telah menyelamatkan aku dari mereka
dan Rasulullah tidak bertanggung jawab lagi terhadap aku dan aku bukan
lagi di bawah perintah Rasulullah!” Baginda bersabda, “Benar, daku telah
menyerahkan Abu Basir kepada kamu dan kamulah yang mencuaikannya!”
Lelaki Quraisy itu berkata, “Serahkan Abu Basir kepada aku!” Rasulullah r
menjawab, “Daku telah menyerahkannya kepada kamu tetapi kamulah yang
melepaskannya!”

Abu Basir merayu kepada Rasulullah r untuk tinggal di Madinah.
Rasulullah r menjelaskan kepadanya, “Kalau kamu tinggal disini, ertinya
aku telah melanggar perjanjian dengan Quraisy.” Abu Basir memohon,
“Kalau begitu, lepaskan aku pergi ke mana yang aku mahu.” Baginda
menjawab, “Itu urusan kamu, wahai Abu Basir. Kamu bukan dibawah
pemerintahan aku.” Maka Abu Basir pun keluar membawa pedang tadi.
Ketika itu Rasulullah r berseru yang Abu Basir sempat mendengar kata-
kata Baginda itu, “Alangkah hebat ibunya, orang ini boleh melancarkan
peperangan kalau dia ada penyokongnya!” Rupanya ucapan Rasulullah r itu
difahami oleh Abu Basir sebagai isyarat kepadanya supaya dia meneruskan
operasinya untuk membuat tekanan kepada Kuffar Quraisy. Oleh itu, Abu
Basir tidak pulang ke Mekah tetapi dia menuju ke sebuah kawasan gua dan
bukit berhutan yang dikenali sebagai ‘Is. Rupanya ‘Is adalah laluan kafilah
Mekah ke Syam. Berita Abu Basir ini sampai kepada orang Islam yang masih
berada di Mekah. Mereka tidak dibenarkan berhijrah ke Madinah tetapi
mereka tentu boleh berhijrah ke ‘Is. Maka orang pertama yang mengikut
jejak langkah Abu Basir ialah Abu Jandal. Dia tidak pergi ke Madinah tapi
dia pergi ke ‘Is. Mereka berdua bergabung membentuk satu kekuatan yang
telah mengancam seluruh kafilah dagang Kuffar Quraisy. Seorang demi
seorang lelaki Islam dari Mekah berhijrah ke ‘Is sehinggalah terkumpul di
sana tujuh puluh orang lelaki di kalangan Muhajirin yang baru. Mereka
mula menyerang kafilah Kuffar Quraisy yang melalui kawasan itu.

Kuffar Quraisy menghantar wakil mereka menemui Rasulullah r.
Mereka bertanya kepada Rasulullah r, “Mana perjanjian di antara kita?
Kafilah kami masih diserang!” Baginda menjawab, “Daku masih teguh
dengan perjanjian.” Kuffar Quraisy membantah, “Tetapi Abu Basir dan
gerombolannya?” Rasulullah r menjelaskan, “Daku telah menyerahkannya

267

Pembersihan Yahudi Bab 18

kepada kamu! Dia bukan di bawah tanggungjawabku lagi.” Kuffar Quraisy
meminta kepastian, “Apakah kalau kami menyerang mereka, kamu tidak
akan masuk campur?” Rasulullah r memberi jaminan, “Daku tidak akan
masuk campur, bukankah daku ada perjanjian damai dengan kamu?” Selepas
itu Kuffar Quraisy menghantar tentera ke ‘Is untuk memerangi Abu Basir
dan kumpulannya. Namun Abu Basir tidak mahu keluar berperang secara
terbuka dengan tentera Kuffar Quraisy. Sebaliknya dia menghadapi Kuffar
Quraisy dengan melakukan serangan hendap. Tentera Kuffar Quraisy
akhirnya terpaksa pulang ke Mekah dengan tangan kosong. Malangnya,
setiap kali kafilah mereka melalui ‘Is, mereka diserang oleh Abu Basir dan
kumpulannya. Kegiatan Abu Basir akhirnya telah menghentikan perjalanan
kafilah dagang Kuffar Quraisy.

Selepas itu, lebih ramai orang Islam dari luar Madinah menyertai Abu
Basir. Kini mereka tidak perlu berhijrah ke Madinah kerana mereka akan
tertakluk dengan Perjanjian Hudaibiyah. Adalah lebih baik mereka menyertai
Abu Basir. Akhirnya terkumpul bersama Abu Basir tiga ratus orang pejuang
kebanyakannya dari kalangan mereka yang baru menerima Islam. Mereka
membentuk satu kekuatan tentera. Walaupun berbagai usaha dilakukan
oleh Kuffar Quraisy untuk menghapuskan mereka, mereka bukan sahaja
tidak berjaya dihapuskan malah mereka bertambah kuat. Akhirnya kekuatan
Abu Basir dan orang-orangnya telah benar-benar memberhentikan kegiatan
kafilah dagang Kuffar Quraisy. Sedangkan itulah tujuan utama Quraisy
mengadakan perjanjian damai dengan Rasulullah r. Kini Rasulullah r
berjaya mendapat perdamaian dari Kuffar Qurais dan dalam masa yang
sama berjaya menyekat kafilah dagang Kuffar Quraisy untuk melumpuhkan
kekuatan ekonomi Mekah.

Abu Basir dan kumpulannya terus meningkatkan lagi operasi mereka.
Mereka bukan sahaja menghalang kafilah dagang Kuffar Quraisy, bahkan
mereka juga berjaya menyekat kafilah bekalan makanan kepada Quraisy.
Akhirnya Mekah keputusan bekalan makanan sehingga berlaku kebuluran di
Mekah. Kuffar Quraisy buntu mencari jalan keluar dari bencana yang telah
menimpa mereka. Akhirnya mereka menghantar perwakilan mereka diketuai
oleh Abu Sufyan menemui Rasulullah r di Madinah. Mereka merayu,
“Wahai Muhammad, kami merayu kepada kamu dengan nama Allah dan atas
nama hubungan persaudaraan di antara kita untuk membatalkan syarat kami
dalam Perjanjian Hudaibiyah bahawa orang Mekah yang keluar dari Mekah
ke Madinah dipulangkan semula ke Mekah. Kami tidak mahu lagi syarat ini.
Kami mahu kafilah kami boleh berjalan semula.” Demi belas kasihannya
Rasulullah r kepada umatnya, permintaan Quraisy itu telah diterima.
Demikianlah syarat yang dirasakan oleh semua orang Islam termasuk

268

Catatan Sejarah Rasulullah r

Sayyidina Umar t menguntungkan Kuffar Quraisy telah menjadi satu syarat
yang sangat menguntungkan Islam. Ketika itu Rasulullah r memanggil
Sayyidina Umar t dan memberitahunya, “Lihat wahai Umar, syarat yang
kamu anggap satu kekalahan daripada umat Islam dan menguntungkan pihak
Kuffar Quraisy. Sayyidina Umar t mengakuinya:

“Wahai Rasulullah, aku telah tahu bahawa pandangan kamu adalah
lebih berkat dari pandanganku.”

Demikianlah perjanjian Hudaibiyah hanya bertahan selama dua tahun
sahaja walaupun tempohnya sepuluh tahun. Ini adalah kerana Bani Bakar
sekutu Kuffar Quraisy telah melanggar perjanjian dengan bantuan dari
Kuffar Quraisy sendiri. Demikianlah mereka telah membuat tipu-daya tetapi
tipu-daya oleh Allah I dan Rasul-Nya telah mengalahkan tipu-daya mereka.

Peperangan Khaybar
Selepas perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah r memerintahkan para Sahabat
y membuat persediaan untuk membuka Khaybar. Baginda juga telah
memberitahu bahawa Islam akan menang di Khaybar. Sabda Rasulullah r:

“Bahawa Allah I telah berjanji kepada daku, Allah I akan
membuka kepada aku Khaybar.”

Khaybar merupakan sebuah kawasan yang kaya. Oleh itu Rasulullah
r telah mensyaratkan hanya anggota Hudaibiyah sahaja dibenarkan untuk
menyertai Pembukaan Khaybar. Ketika itu, Arab Badwi dan para Munafiqun
datang kepada Rasulullah r menawarkan diri untuk menyertai tentera Islam
dalam peperangan Khaybar. Mereka tertarik dengan janji Rasulullah r dan
mereka sangat tahu bahawa Baginda tidak pernah berjanji melainkan ia satu
kebenaran. Mereka tidak mahu ketinggalan untuk merebut habuan ghanimah
daripada peperangan ini. Mereka sanggup merayu kepada Rasulullah
r supaya dibenarkan ikut berjihad fi sabilillah. Rasulullah r menolak
permintaan mereka. Hanya Ahli Hudaibiyah sahaja yang akan menyertai
Operasi Khaybar. Kerana tamakkan habuan dunia, tanpa segan silu mereka
terus merayu kepada Rasulullah r. Mereka mengatakan:

269

Pembersihan Yahudi Bab 18
“Kami mahu berjihad! Janganlah kamu halang kami daripada
mati syahid dan mendapat pahala dari Allah!” Di atas desakan itu,
Rasulullah r bersabda :

“Barangsiapa yang mahu menyertai Peperangan Khaybar
sedangkan dia bukan Ahli Hudaibiyah, mereka dibenarkan menyertai
tentera Khaybar tetapi mereka tidak ada bahagian dalam Ghanimah
(Harta rampasan perang. )”
Mendengar keyataan itu, tiada seorang pun dari kalangan mereka yang
merayu-rayu tadi menyertai tentera Islam ke Khaybar. Allah I dan Rasul-
Nya telah mengetahui tujuan sebenar mereka. Lalu al-Quran diturunkan
untuk mengesahkan lagi tujuan sebenar yang mereka sembunyikan itu.
Demikianlah Allah I sentiasa ikut campur dalam urusan perjuangan
Rasulullah r. Firman Allah I :

Orang-orang (munafik) yang tidak turut berjuang (bersama-sama
kamu) akan berkata semasa kamu pergi (mengepung musuh serta)
mendapat harta rampasan perang: “Biarkanlah kami turut serta
dengan kamu!” Mereka (dengan itu) hendak mengubah janji Allah
(yang menentukan hanya orang-orang yang turut hadir di Hudaibiyah
sahaja yang berhak mendapat harta rampasan perang itu). Katakanlah
(wahai Muhammad): “Kamu tidak dibenarkan sama sekali turut
serta dengan kami; demikianlah Allah menegaskan (larangan itu)
semenjak dahulu lagi”. Mereka akan berkata pula: “(Bukan Tuhan
yang melarang) bahkan kamu dengki kepada kami”, (apa yang mereka
katakan itu tidaklah benar), bahkan mereka tidak faham kecuali sedikit

270

Catatan Sejarah Rasulullah r

sahaja; (mereka hanya faham tentang kehidupan dan kesenangan
dunia semata-mata). (Surah al-Fath: 15)

Ketika Sayyidina Umar t bertanya kepada Rasulullah r, “Wahai
Rasulullah r, bukankah kamu telah memberitahu kami bahawa kita akan
mendatangi Ka’bah dan melakukan tawaf?” Rasulullah r sebelum itu
bermimpi melihat orang Islam masuk ke Ka’bah dan melakukan tawaf serta
menggunting dan mencukur rambut mereka. Rasulullah r telah memberitahu
kepada kaum Muslimin mimpi ini semasa dalam perjalanan mereka menuju
ke Mekah. Sayyidina Umar t mahu mengingatkan Rasulullah r tentang
mimpi itu. Kata Rasulullah r, “Benar wahai Umar, tetapi apakah daku
memberitahu kamu kita akan memasukinya pada tahun ini?” Sayyidina
Umar menjawab, “Tidak, wahai Rasulullah r.” Janji Baginda itu telah
berlaku pada tahun berikutnya sepertimana yang telah dipersetujui dalam
Perjanjian Hudaibiyah. Lalu umrah itu dinamakan Umratul Qodho’.

Kaum Muslimin telah memasuki Mekah pada tahun itu dalam keadaan
aman dan tenteram. Sedangkan semasa peristiwa Hudaibiyah itu, umat Islam
masih berada dalam ketakutan. Namun Allah telah menjadualkan hanya
dua tahun daripada peristiwa Hudaibiyah, Islam telah menguasai Mekah
sepenuhnya. Meneliti sejarah Perjanjian Hudaibiyah, Umratul Qodho’,
Ghazwatul Khaybar, Pembukaan Mekah dan peperangan Hunain dan Thaif,
barulah kita akan dapat memahami Suratul Fath. Surah ini merakamkan
semua peristiwa ini menurut pandangan Allah I. Sebahagian peristiwanya
belum pun terjadi ketika itu, tetapi al-Quran telah memberi perkhabaran
tentangnya. Demikianlah Jadual Allah kepada umat Islam di akhir zaman
telah diberi perkhabarannya melalui Rasulullah r. Beruntunglah orang yang
berjuang untuk membuktikannya.

Rasulullah r sudah menyatakan kepada umum bahawa dia mahu
menakluki Khaybar. Pembukaan Khaybar adalah kesinambungan kepada
operasi Rasulullah r terhadap pihak yang menyertai pakatan tentera Kuffar
Quraisy yang menyerang Madinah dalam Perang Khandak. Rasulullah r
telah menghantar tentera Islam kepada semua kabilah Arab yang menyertai
pakatan Tentera Ahzab. Sudah tentu Yahudi Khaybar lebih utama kerana
merekalah penggeraknya. Pakatan tentera Ahzab ini bermula dari Khaybar.
Ketika itu Khaybar diperintah oleh Kinanah bin Abil Huqaiq dan saudaranya
Rubayyi’ serta Sallam bin Musykin. Mereka adalah Yahudi yang diusir
dari Madinah tetapi apabila sampai di Khaybar mereka diangkat menjadi
pemerintah Khaybar kerana mereka dari keturunan Yahudi yang paling
mulia.

271

Pembersihan Yahudi Bab 18

Khaybar terletak tujuh puluh batu di Utara Madinah. Rasulullah r dan
pejuang Islam bergerak ke Khaybar pada bulan Muharram tahun ketujuh
Hijriah. Peperangan dengan Yahudi Khaybar berlaku pada bulan Safar iaitu
setelah selesai bulan Haram. Kesemua Ahli Hudaibiyah menyertai Ghazwah
ini kecuali lima orang yang sedang sakit teruk. Allah telah memberi keuzuran
kepada mereka. Firman Allah I:

“Tidak menjadi kesalahan bagi orang yang buta dan orang yang
cacat dan orang yang sakit.” (Surah al-Fath: 17)

Yahudi Madinah Cuba Menghalang Tentera Islam

Apabila Yahudi Madinah mengetahui pergerakan ini, mereka berusaha
untuk menghalang Pembukaan Khaybar. Mereka telah melancarkan
propaganda bahawa Khaybar tidak akan dapat dikalahkan. Pertahanan
Khaybar sangat kuat, malah Yahudi Khaybar akan memusnahkan seluruh
kekuatan tentera Islam. Orang Islam yang berhutang dengan mereka dipaksa
melunaskan hutangnya sebelum bertolak ke Khaybar. Salah seorang tentera
Islam bernama Abdullah t ada berhutang sebanyak lima dirham dengan
seorang Yahudi yang dikenali sebagai Abu Syaham. Abu Syaham meminta
Sayyidina Abdullah t membayar hutangnya sebelum bertolak ke Khaybar.
Kata Sayyidina Abdullah t: “Berikan aku sedikit tempoh, sekembali
aku dari Khaybar, aku akan membayarnya.” Kata Abu Syaham, “Kamu
tidak akan dapat mengalahkan Khaybar! Kamu pasti akan disembelih
di Khaybar! Hutang aku akan lesap! Kamu mesti membayarnya sebelum
kamu keluar ke Khaybar!” Sayyidina Abdullah t cuba mendapatkan
pertolongan namun semua orang sedang berada dalam kesempitan.
Semuanya sudah dikorbankan untuk mempersiapkan tentera ke Khaybar.
Akhirnya dia terpaksa mengadukan halnya kepada Rasulullah r. Baginda
telah memerintahkan dia membayar hutangnya dengan menjual harta yang
masih dimilikinya. Demi mentaati Rasulullah r dan melepaskan dirinya
dari hutang, Sayyidina Abdullah t telah menjual semua pakaiannya dan
membayar hutangnya. Selepas pulang dari Khaybar, Sayyidina Abdullah t
telah memperolehi seorang perempuan dari saudara-mara Abu Syaham. Dia
menawarkan kepada Abu Syaham untuk menebus perempuan itu. Hasilnya
Sayyidina Abdullah t memperolehi wang yang banyak. Demikianlah Allah
I telah membayar kepada Sayyidina Abdullah t.

272

Catatan Sejarah Rasulullah r

Yahudi Madinah dan golongan Munafik berusaha untuk memberitahu
Yahudi Khaybar bahawa Rasulullah r dan tentera Islam akan menyerang
Khaybar. Orang Yahudi telah mengutuskan seorang badwi dari Bani
Asyja’ dan ketua Munafiqun menghantar seorang lagi utusan kepada
Yahudi Khaybar. Utusan yang dihantar oleh Yahudi berjaya ditangkap oleh
tentera Islam tetapi utusan yang dihantar oleh Abdullah bin Ubay berjaya
melepaskan diri ke Khaybar. Gemparlah Khaybar dengan berita kemaraan
Rasulullah r dan tentera Islam ke tempat mereka. Dalam misi kali ini,
Rasulullah r tidak merahsiakan arah perjalanannya. Kali ini dari awal lagi
Baginda telah berterus terang bahawa Baginda mahu menyerang Khaybar.
Malah Rasulullah r juga telah memberitahu para sahabat y bahawa Allah I
telah menjanjikan kepada Rasulullah r kemenangan di Khaybar.

Yahudi Khaybar berhempas pulas membuat persiapan untuk menghadapi
tentera Islam. Mereka telah menyusun kekuatan tentera mereka. Kubu
perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak dibina rapi. Apa pun yang
dipersiapkan oleh Yahudi Khaybar, Allah I telah menjanjikan bahawa
Khaybar akan dapat ditewaskan. Pemimpin Yahudi merancang cara terbaik
untuk menghadapi tentera Islam. Ada yang mencadangkan supaya mereka
bertahan di dalam kubu dan ada yang berpendapat mereka mesti bertempur
dengan tentera Islam di luar kubu. Kata Sallam bin Musykin,“Tidak ada kaum
yang diserang di tempat mereka melainkan mereka dihina. Sepatutnya kita
yang menyerang mereka. Kita gerakkan tentera kita ke Madinah. Kalau kita
terbunuh Khaybar masih selamat. Kalau kita menang kita akan membawa
balik ghanimah. Kalau kita tunggu kedatangan mereka nescaya kita akan
menghadapi masalah!” Namun pandangan ini ditolak oleh Yahudi Khaybar.

Yahudi Khaybar Meminta Bantuan Bani Ghatafan

Pergerakan tentera Islam seramai seribu empat ratus orang itu telah
menggerunkan Khaybar. Kesemua tentera Islam mempunyai tunggangan.
Mereka mempunyai dua ratus orang tentera berkuda. Buat kali pertama
tentera Islam mempunyai kelengkapan sebegini. Ketakutan telah merobek
hati-hati Yahudi Khaybar walaupun mereka mempunyai kekuatan sepuluh
ribu lelaki. Mereka berusaha untuk mendapatkan bantuan dari kabilah-
kabilah Arab Badwi. Mereka telah menghantar Kinanah Bin Abi Huqaiq
memimpin sendiri operasi mengumpul bantuan dari luar. Mereka pergi
menemui Bani Murrah yang diketuai oleh Harist bin Auf Al Murri. Bani
Murrah juga telah menyertai Tentera Ahzab. Harist menolak permintaan
mereka, “Aku melihat Muhammad sudah semakin kuat. Dia mendapat
kemenangan demi kemenangan. Aku tidak mahu memeranginya lagi.”

273

Pembersihan Yahudi Bab 18

Kecewa dengan Bani Murrah, mereka meminta pertolongan Bani Ghatafan
pula. Bani Ghatafan dipimpin oleh Uyaynah bin Husn, seorang yang tidak
cerdik tapi sangat ditaati oleh pengikutnya. Mereka juga telah menyertai
Tentera Ahzab dalam Perang Khandak. Uyaynah bersetuju untuk membantu
Yahudi Khaybar malah dia terus menghantar bersama Kinanah seribu orang
tenteranya. Dia juga berjanji akan menghantar empat ribu tentera lagi. Orang
Yahudi cukup gembira dengan bantuan ini. Apabila Harist mengetahui berita
ini dia datang menasihati Uyaynah kerana Uyaynah adalah kawan baiknya.
Harist berkata, “Wahai Uyaynah, jangan menyebelahi Yahudi Khaybar
kerana Muhammad bukan selemah dulu lagi. Mereka telah kuat!” Uyaynah
menyanggahnya, “Muhammad tidak akan mampu mengalahkan gabungan
kami dan Yahudi Khaybar.” Harist memberitahunya, “Percayalah, aku telah
mendengar sendiri Sallam bin Musykin berkata, Yahudi akan disembelih
dua kali! Pertama di Madinah dan ia sudah berlaku kepada Bani Quraizah
dan kali kedua akan berlaku di Khaybar!” Uyaynah bertanya, “Kenapa
Sallam sendiri akan menyertai peperangan ini?” Harist menjawab, “Dia
berperang hanya kerana kaumnya.” Uyaynah bertegas, “Kalau begitu, aku
akan bersama dengannya!” Begitulah kebodohan Uyaynah. Walaupun dia
sudah dinasihati tetapi dia tetap mahu membantu Yahudi Khaybar. Dia tetap
menghantar empat ribu orang tenteranya untuk mempertahankan Khaybar.

Dalam perjalanan ke Khaybar, Rasulullah r telah mengirim satu pasukan
risikan diketuai oleh Sayyidina Abbad bin Bisyr t. Selepas itu Rasulullah r
bertanya kepada tentera Islam, siapa yang boleh menunjukkan jalan supaya
tentera Islam akan mendatangi Khaybar dari arah Utara iaitu dari arah
Syam. Rasulullah r mahu menyerang Khaybar dari arah Syam. Rasulullah
r sudah mengetahui, apabila Khaybar dapat ditumpaskan, orang Yahudi
akan melarikan diri ke Syam. Oleh itu, Rasulullah r mahu menutup lebih
awal kemungkinan untuk mereka melarikan diri ke Syam. Demikianlah
Rasulullah r. Rupanya memang ada seorang sahabat t yang mengetahui
jalan yang Baginda maksudkan itu. Lalu Rasulullah r mengarahkan supaya
tiada seorang pun memdahului barisan hadapan tentera. Barisan hadapan
ini berjalan serentak dan tersusun. Namun ada seorang tentera Islam telah
terkehadapan kerana untanya laju. Rasulullah r telah memanggil dan
mengurungnya. Rasulullah r mahu peperangan ini berlaku dalam keadaan
korban yang paling sedikit. Kalau tentera berjalan dalam keadaan tidak
tersusun mereka boleh diserang dari mana-mana penjuru.

Seterusnya, tentera Islam sudah dapat melihat bahawa mereka sedang
diikuti oleh tentera Uyaynah seramai empat ribu orang. Tentera Islam bagai
terkepung oleh Yahudi dengan kekuatan sebelas ribu tentera di hadapan dan
Ghatafan dengan kekuatan empat ribu orang tentera dari belakang. Rasulullah

274

Catatan Sejarah Rasulullah r

r mengutuskan seorang utusan untuk berunding dengan Uyaynah. Uyaynah
diberi tawaran malah diberi peringatan. Namun dia tetap tidak mahu
berganjak dari membantu sekutunya Yahudi Khaybar. Apabila mendekati
Khaybar, Uyaynah telah mendahului tenteranya menuju ke gerbang Khaybar.
Rasulullah sa.w. sekali lagi menghantar seorang utusan menemuinya.
Kali ini Rasulullah r telah memilih Sayyidina Saad bin Ubadah t untuk
berunding dengan Uyaynah. Sayyidina Saad t berkata, “Wahai Uyaynah,
bawa balik Ghatafan! Khaybar telah dijanjikan Allah kepada kami! Kalau
kamu balik, untuk kamu hasil buah-buahan Khaybar selama setahun.”
Uyaynah tetap menolaknya. Kata Sayyidina Saad t lagi, “Ini peluang untuk
kamu menerima tawaran ini sekarang. Apabila Khaybar sudah dibuka nanti
kamu tidak akan dapat merasainya melainkan dengan pedang.” Uyaynah
membalas, “Silakan perangi kami, kamu tidak akan mampu menghadapi
gabungan kami dan Yahudi Khaybar! Tiada lagi perbincangan antara kita
melainkan dengan pedang!” Apabila Sayyidina Saad t menyampaikannya
kepada Rasulullah r, Baginda berkata, “Kita bertawakkal kepada Allah,
Allahlah sebaik-baik Pembela.”

Bantuan Datang

Tentera Islam terus bergerak ke arah Khaybar. Empat ribu orang tentera
Ghatafan sedang mengikuti dari belakang sementara sebelas ribu orang
tentera sedang menanti di Khaybar. Keadaan cukup mencemaskan, namun
seluruh tentera Islam terus berdoa mengharapkan bantuan Allah I. Mereka
tetap yakin dengan janji Allah I bahawa Khaybar akan dapat ditewaskan.
Tiba-tiba tentera Ghatafan melihat sekumpulan lelaki berlari ke arah mereka
menjerit meminta pertolongan dengan berkata, “Cepat! selamatkan isteri-
isteri kamu dan anak-anak kamu! Cepat selamatkan isteri-isteri kamu dan
anak-anak kamu!” Seluruh tentera Ghatafan seramai empat ribu itu segera
berpatah balik ke Ghatafan. Mereka menyampaikan berita itu kepada
Uyaynah sehingga dia juga bergegas meninggalkan Khaybar dan pulang ke
Ghatafan. Apabila mereka sampai di Ghatafan, mereka sekali lagi terkejut
kerana tiada apa yang berlaku di Ghatafan. Mereka bertanya kaum mereka,
“Apakah kamu telah menghantar utusan meminta pertolongan dari kami?
Kaum mereka menjawab, “Kami tidak menghantar sesiapa.” Siapakah
lelaki-lelaki yang telah menipu daya Ghatafan? Sejarah tidak mencatat
nama mereka. Tidak mustahil, mereka sebenarnya dari kalangan malaikat
yang dihantar untuk membantu tentera Islam. Uyaynah mengarahkan
tenteranya berpatah balik ke Khaybar. Kedatangan mereka sudah terlewat.
Ketika mereka sampai, tentera Islam sudah menguasai sebahagian besar dari
Khaybar.

275

Pembersihan Yahudi Bab 18

Penghibur Tentera Islam

Semasa dalam perjalanan, Rasulullah r meminta para sahabat y bernasyid
untuk memberi semangat dan menghiburkan tentera Islam. Malah unta-unta
juga suka kepada alunan suara merdu sambil berjalan. Sayyidina Amir bin
Maslamah mengambil tugas itu. Seluruh tentera Islam telah terhibur oleh
alunan suaranya, malah unta-unta pun ikut berlengguk sambil berjalan.
Memang tabiat unta apabila dialun oleh suara merdu ia akan ikut berlengguk-
lengguk. Bersama tentera Islam ketika itu dua puluh orang serikandi Islam
yang ikut serta dalam peperangan ini. Mereka hampir-hampir terjatuh
dari tunggangan mereka kerana kerudup mereka ikut berlengguk dengan
lenggukan unta. Ketika itu Rasulullah r meminta Sayyidina Amir t
memberhentikan nasyidnya. Kerana terlalu gembira dengan Sayyidina Amir
t sehingga terluncur dari mulut Rasulullah r kepada Sayyidina Amir t,
Yarhamukallah! Sayyidina Amir t menjawab, “Itu kewajipan saya.” Ucapan
Yarhamukallah oleh Rasulullah r kepada seseorang menandakan ajalnya
hambir tiba. Demikianlah isyarat daripada Baginda bahawa Sayyidina Amir
t akan gugur sebagai syahid dalam peperangan itu.

Apabila kehijauan ladang-ladang Khaybar mula kelihatan, tentera Islam
bertakbir dan bertahlil. Suara mereka kedengaran begitu kuat sekali. Lalu
Rasulullah r menegur mereka, “Perlahankan suara kamu, perlahankan suara
kamu kerana kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang pekak.” Seterusnya
Rasulullah r dan para sahabat y berdoa :

“Wahai Allah, Tuhan segala langit dan segala yang dinaungi langit,
dan Tuhan segala bumi dan apa yang ada dibumi, Tuhan semua syaitan
dan apa yang mereka sesatkan dan Tuhan segala angin dan apa saja
yang ditiupkan. Sesungguhnya kami bermohon kebaikan negeri ini dan
kebaikan penduduknya dan kebaikan apa yang ada padanya. Kami
berlindung dengan-Mu dari kejahatannya dan kejahatan penduduknya
dan kejahatan apa yang ada didalamnya. Majulah dengan nama
Allah!”

Tentera Islam tiba di Khaybar pada waktu malam. Pada malam itu Allah
I telah lenakan semua penduduk Khaybar. Kota Khaybar dipagari oleh
kubu yang kuat tetapi semua ladang mereka yang sangat luas itu berada
di luar kubu. Setiap pagi sebelum petani keluar ke ladang mereka, tentera
akan keluar dahulu untuk memastikan apakah tentera Islam sudah sampai.
Tentera mereka akan membuat rondaan sebelum Subuh lagi. Namun pada
hari itu seluruh Khaybar terjaga lewat. Para petani terus keluar ke ladang-
ladang mereka. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati tentera

276

Catatan Sejarah Rasulullah r

Islam berada di belakang kawasan ladang mereka. Bertempiaranlah para
petani lari ke dalam kota Khaybar. Segelintir tentera Islam mahu menyerang
mereka tetapi Rasulullah r melarang mereka kerana ia bukan srategi yang
tepat menghadapi Khaybar. Rasulullah r bersabda, “Jangan kamu bercita-
cita untuk bertempur dengan musuh tetapi apabila kamu sudah berada dalam
pertempuran hendaklah kamu bersabar.” Seterusnya Baginda mengajak
semua tentera Islam berdoa, “Wahai Allah, engkaulah Tuhan kami dan
Tuhan mereka, nasib kami dan nasib mereka di tangan Engkau. Engkaulah
yang akan mengalahkan mereka!”

Rasulullah r mengingatkan tentera Islam supaya membetulkan niat
mereka dan membulatkan pergantungan mereka kepada Allah I. Mereka
hanya melahirkan sebab tetapi yang akan memenangkan ialah Allah I.
Allahlah yang akan mengalahkan kaum Yahudi. Selepas itu Rasulullah
r mempertanggungjawabkan Sayyidina Umar t mengetuai kawalan
sementara Sayyidina Uthman t mengetuai pentadbiran dan bekalan tentera
Islam.

Rasulullah r Berdakwah Kepada Yahudi Sebelum Perang

Seterusnya Rasulullah r menghantar utusannya kepada kepimpinan Yahudi
Khaybar menawarkan kepada mereka salah satu dari tiga pilihan dari Allah
I dan Rasul-Nya. Mereka diseru untuk menerima Islam sehingga mereka
tergolong sebahagian daripada masyarakat Islam. Kalau mereka menolak
Islam, mereka ditawarkan untuk membayar jizyah. Dengan itu mereka
bernaung dibawah pemerintahan Islam. Negeri mereka, harta dan anak isteri
mereka akan mendapat jaminan keselamatan oleh Islam. Malah mereka boleh
kekal dalam agama Yahudi. Sekiranya dua tawaran itu mereka tolak maka
barulah mereka akan diperangi. Mendengar tiga tawaran itu, kepimpinan
Khaybar meminta sedikit masa untuk memberikan jawapan mereka. Lalu
utusan Rasulullah r kembali melaporkannya kepada Baginda.

Namun, tiba-tiba pintu kubu pertama di kota Khaybar yang dikenali
sebagai Kubu Naim dibuka dan melurulah kumpulan tentera mereka
menyerang tentera Islam. Demikianlah bermulalah peperangan. Inilah
jawapan mereka kepada tawaran Rasulullah r. Menyaksikan kehebatan
tentera Islam, mereka terpaksa berundur dan menutup semula pintu kubu
mereka. Maka jelaslah kepada Rasulullah r bahawa Yahudi Khaybar mahu
berperang. Ketika itu Rasulullah r mengarahkan tentera Islam menebang
sebahagian ladang tamar mereka. Tentera Islam segera menebang 400 pokok
tamar mereka. Melihat ladang mereka ditebang, hati-hati Yahudi yang sangat
cintakan dunia itu bagaikan dihiris-hiris. Mereka berkata, “Apalah ertinya

277

Pembersihan Yahudi Bab 18

kalau kita menang sekalipun. Sedangkan harta kita habis dimusnahkan.
Biarlah kita bayar jizyah atau kita meminta perdamaian dari Muhammad.”
Kepimpinan Yahudi tidak bersetuju dengan pandangan ini. Mereka berkata,
“Itu hanya tipu helah Muhammad! Khaybar tidak akan tertipu!” Mereka
tekad untuk terus berperang malah mereka mahu mereka yang memulakan
serangan. Lalu pintu kota mereka dibuka dan keluarlah Marhab salah
seorang panglima mereka yang terbilang. Tentera Islam menyangka Marhab
mahu memulakan pertarungan satu lawan satu. Tiba-tiba keluar di belakang
Marhab tentera Khaybar. Bermulalah pertempuran yang sengit sehingga
tentera Islam terpaksa berundur sedikit. Serangan tentera Khaybar sampai
mengenai Rasulullah r sehingga Baginda sendiri terpaksa mempertahankan
dirinya. Namun akhirnya tentera Islam berjaya memaksa tentera Khaybar
masuk ke dalam kubu mereka semula.

Dengan itu masa pertempuran ditentukan oleh tentera Yahudi,
apabila mereka bersedia mereka akan keluar dari kubu. Ketika tentera
Islam berehat selepas serangan tadi, Sayyidina Mahmud bin Maslamah
t pergi ke salah satu tempat pertahanan yang ditinggalkan oleh
Yahudi. Rupanya dari atas benteng kota, Marhab sedang memerhati
Sayyidina Mahmud t. Lalu Marhab melontarkan seketul batu besar ke
atas kepalanya. Sayyidina Mahmud t cedera parah tetapi dia sempat
berundur ke tempat tentera Islam. Selepas itu dia menghembuskan nafas
terakhirnya. Dialah tentera Islam yang pertama syahid dalam peperangan ini.

Selepas itu, tentera Yahudi mula memanah tentera Islam dari atas benteng
kota. Selama satu hari tentera Islam dihujani oleh panahan Yahudi dan
sepanjang itu tentera Islam terpaksa bekerja keras menepis panahan mereka.
Oleh kerana banyaknya panah yang dilepaskan kepada tentera Islam, sebilah
anak panah telah mencederakan jari Rasulullah r. Menyaksikan suasana itu,
Sayyidina Hubab bin Munzir t seorang pakar strategi perang di kalangan
sahabat y mencadangkan kepada Rasulullah r supaya tentera Islam
berundur sedikit ke belakang. Lokasi tentera Islam ketika itu adalah satu
kawasan terbuka dan masih dalam jarak panahan tentera Yahudi. Rasulullah
r berkata, “Benar tetapi bukan sekarang kita berundur, nanti Yahudi akan
berkata kita telah merasa takut.” Setelah cuaca gelap barulah Yahudi
berhenti memanah. Ketika itu Rasulullah r arahkan tentera Islam berpindah
ke tempat yang lebih selamat.

Besoknya, Rasulullah r telah mengarahkan agar jangan ada sesiapa yang
bergerak melainkan setelah mendapat keizinan Baginda sendiri. Rupanya,
apabila kota dibuka tentera Khaybar mahu memulakan pertarungan satu
lawan satu. Seorang tentera Islam dari Badwi Bani Asyja’, telah menyahut

278


Click to View FlipBook Version