The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Rasulullah saw

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IKHWAN INDUSTRIES SDN BHD, 2020-06-01 04:25:15

SEJARAH RSAW

Sejarah Rasulullah saw

Keywords: sejarah rasullullah

Ghazwah Hunain Bab 25

berkhemah kerana berita pergerakan tentera Islam sudah sampai kepadanya.
Malik bin Auf mahu dia yang menentukan lokasi medan pertempuran dalam
peperangan ini. Setelah tentera Islam bergerak, Rasulullah r menghantar
perisik lagi. Dengan itu Rasulullah r juga mendapat maklumat bahawa
tentera Hawazin sudah sampai di Wadi Hunain dan mereka telah memilih
lokasi medan pertempuran. Lalu Rasulullah r juga membuat keputusan
untuk menghadapi Hawazin di Wadi Hunain.

Malik bin Auf memerintahkan tentera bersekutu Hawazin membawa
bersama mereka semua ahli keluarga dan harta benda mereka supaya mereka
tidak akan lari dari pertempuran. Turut menyertai tentera bersekutu Hawazin
ialah seorang panglima Arab yang gagah dan terkenal. Dia dikenali sebagi
Duraid bin Summah. Ketika itu dia sudah berumur seratus enam puluh tahun.
Duraid sudah terlalu tua, tidak dapat melihat dan tidak mampu menunggang
kuda lagi. Mereka meletakkannya di dalam kerudup di atas unta. Dialah
tempat rujuk mereka sebagi salah seorang pembesar mereka dan pahlawan
Arab yang terbilang. Duraid adalah seorang yang sangat ditaati oleh Bani
Hawazin. Apabila tentera Hawazin berhenti, Duraid dapat mendengar suara
kanak-kanak dan wanita malah suara binatang ternakan. Dia bertanya kenapa
mereka membawa semua ini. Mereka memberitahunya bahawa ini arahan
Malik bin Auf. Duraid memanggil Malik bin Auf dan berkata, “Wahai Malik,
aku dapat mendengar suara kanak-kanak dan wanita juga suara binatang
ternakan. Kenapa kita bawa semua ini?” Malik menjawab, “Supaya tentera
kita tidak lari dari pertempuran.” Duraid berkata, “Seorang yang kalah
tidak akan berfikir panjang. Yang penting mereka mahu menyelamatkan
diri mereka. Dengarlah nasihat daripada kami, ahli peperangan.” Kemudian
Duraid mengarahkan supaya kanak-kanak, wanita dan binatang ternakan
dihantar pulang. Bani Hawazin mula bersiap-siap untuk melaksanakan
pandangan Duraid.

Ketika itu Malik bin Auf merasakan pandangannya sudah tidak dihargai
lagi. Kepimpinan tentera sekarang sudah berpindah dari tangannya kepada
Duraid. Dia mengumpulkan semua pemimpin Bani Hawazin dan memberi
kata dua kepada mereka sama ada mentaatinya atau dia akan bunuh diri.
Pemimpin Hawazin terpaksa membuat pilihan. Mereka berkata, “Duraid
sudah tidak boleh melihat dan sudah terlalu tua. Dia tidak mampu lagi
untuk memimpin pertempuran.” Sedangkan kalau mereka membelakangkan
Malik akan berlaku perpecahan dalam Bani Hawazin. Mereka merasakan
adalah lebih baik mereka memilih Malik walaupun dia masih muda.
Dengan itu mereka telah mengenepikan saranan Duraid. Duraid berkata,
“Peperangan ini aku tidak ketinggalan menyertainya tetapi aku seolah-olah
tidak menyertainya.” Duraid pula tersinggung kerana pandangannya telah

379

Catatan Sejarah Rasulullah r

ditolak. Kemudian Duraid bertanya kepada mereka, “Dimanakah kita berada
sekarang?” Mereka menjawab, “ Wadi Hunain.” Duraid berkata, “Ini tempat
yang strategik.” Duraid menasihatkan Malik supaya menyusun pasukan
khas untuk melancarkan serangan hendap terhadap tentera Islam. Di situ
banyak tempat yang sangat sesuai untuk tentera bersembunyi dan kemudian
melancarkan serangan hendap. Malik bin Auf menerima pandangan itu lalu
dia menyiapkan strategi untuk serangan hendap itu.

Tentera Islam ketika itu berjumlah dua belas ribu orang. Sepuluh ribu
adalah tentera yang bersama Rasulullah r dari Madinah dan dua ribu lagi
adalah tentera Mekah yang baru berbai’ah kepada Rasulullah r. Sebahagian
dari mereka sudah Islam dan sebahagian lagi belum Islam. Mereka ikut
menyertai Rasulullah r dalam peperangan ini kerana asobiyah mereka.
Apatah lagi mereka memang memusuhi Hawazin sejak Jahiliyah lagi. Di
antara mereka ialah Sofwan bin Umayyah yang telah mendapat jaminan
keselamatan daripada Rasulullah r. Apabila Rasulullah r melihat ramai di
kalangan tentera Islam tidak mempunyai kelengkapan senjata yang cukup,
Baginda meminta meminjam senjata daripada Sofwan bin Umayyah. Sofwan
adalah seorang peniaga senjata. Rasulullah r berkata, “Wahai Sofwan,
berikan kepada aku senjata.” Sofwan bertanya, “Wahai Muhammad,
apakah secara paksa?”. Rasulullah r menjawab, “Tidak, tetapi aku mahu
meminjam dan aku jamin ia akan dipulangkan kepada kamu.” Demi
asobiyah Sofwan terhadap bangsa Quraisy, dia telah memberikan senjatanya
untuk dipinjam oleh Rasulullah r. Diceritakan Sofwan telah meminjamkan
kepada Rasulullah r peralatan perang lengkap untuk tiga ribu orang tentera.
Demikianlah kasih sayang yang telah berlaku ketika Pembukaan Mekah.
Rasulullah r telah mengekalkan kepada orang Mekah semua harta-benda
bahkan senjata mereka. Apabila Rasulullah r memerlukannya, Baginda
meminjam dari mereka.

Rasulullah r meninggalkan Mekah kepada Sayyidina Utab bin Usaid
t, salah seorang pemimpin muda Mekah. Ketika itu umurnya baru dua
puluhan. Rasulullah r telah memberi kepercayaan kepadanya walaupun
dia baru sahaja masuk Islam. Rasulullah r telah dapat membaca keikhlasan
imannya. Ini terbukti ketika fitnah murtad, Mekah juga hampir murtad tetapi
Utablah yang mengukuhkan orang Mekah kembali kepada Islam. Dia juga
seorang pahlawan yang gagah. Hanya beberapa hari selepas dia masuk
Islam, Rasulullah r telah melantiknya sebagai Wali Mekah. Dia dikekalkan
menjadi Wali Mekah oleh Sayyidina Abu Bakar t dan Sayyidina t Umar
pada waktu pemerintahan mereka. Sayyidina Utab bin Usaid t telah
meninggal dunia pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar t.

380

Ghazwah Hunain Bab 25

Dalam Perang Hunain, buat kali pertamanya tentera Islam berjumlah dua
belas ribu orang. Maka timbullah dalam hati tentera Islam perasaan bahawa
mereka tidak akan dapat dikalahkan kerana jumlah mereka yang ramai. Malah
Sayyidina Abu Bakar t berkata kepada Rasulullah r, “Wahai Rasulullah
r, kita tidak akan dikalahkan kerana kekurangan bilangan tentera. Kalaulah
kita dikalahkan ia adalah oleh sebab-sebab yang lain bukan kerana kekurang
bilangan kita.” Kata-kata itu telah menjadi perbualan tentera Islam ketika
itu. Orang yang baru Islam ramai yang tersalah faham sehingga mereka
merasa kuat dengan jumlah yang besar. Mereka terlalai bahawa tentera Islam
menang selama ini bukan kerana jumlah yang ramai tetapi kerana bantuan
Allah I kepada mereka. Firman Allah I:

“Sesungguhnya Allah telah memenangkan kamu di dalam
pertempuran yang banyak. Pada hari Hunain, ketika mana kamu
merasa seronok dengan jumlah kamu yang banyak, maka jumlah itu
telah tidak dapat menolong kamu sedikit pun.” (Surah at Taubah: 25)

Apabila sampai di Hunain, Rasulullah r dan tentera Islam berkhemah di
luar Wadi Hunain. Sedangkan Hawazin berada di dalam Wadi Hunain. Wadi
Hunain dikelilingi oleh bukit-bukau. Rasulullah r menugaskan seorang
sahabat t untuk mengawasi pergerakan tentera Hawazin dari suatu kawasan
tinggi. Baginda berpesan supaya dia jangan turun dari kudanya melainkan
untuk bersembahyang dan buang air. Sahabat t itu telah melaksanakan
arahan Rasulullah r kepadanya. Setelah malam berlabuh, barulah dia
pulang memberitahu Baginda bahawa dia tidak nampak apa-apa pergerakan
meragukan dari pihak tentera Hawazin.

Pada waktu itu Duraid menyarankan kepada Malik bin Auf supaya
mereka meletakkan kanak-kanak dan kaum wanita di atas unta-unta ternakan
dan menempatkan mereka di belakang tentera bersekutu Hawazin. Sekiranya
kalah, mereka boleh melarikan diri kerana mereka sudah ada persediaan.
Sekiranya mereka kalah, orang yang memandang dari jauh akan menyangka
tentera Hawazin lebih besar dari jumlah tentera yang sebenarnya. Dengan
strategi itu tentera Hawazin dilihat begitu besar malah sebahagian tentera

381

Catatan Sejarah Rasulullah r

Islam menyangka tentera Hawazin mencecah lapan puluh ribu orang.
Sedangkan jumlah tentera Hawazin yang sebenar hanyalah dua puluh ribu
orang. Namun ia tetap satu jumlah yang besar. Malik bin Auf juga telah
meletakkan satu pasukan tentera bersembunyi di belakang bukit untuk
menyerang hendap tentera Islam ketika mereka turun ke Wadi Hunain.

Pertempuran di Wadi Hunain

Di perkhemahan tentera Islam, Rasulullah r melantik Sayyidina Ali
memegang bendera pasukan Muhajirin, Sayyidina Hubbab bin Munzir t
memegang bendera Khazraj, Sayyidina Usaid bin Khudair t memegang
bendera Aus, Sayyidina Khalid al Walid t memimpin pasukan berkuda
Bani Sulaim. Rasulullah r meletak pasukan Sayyidina Khalid al Walid
t sebagai pasukan hadapan. Masalah tentera Islam ketika itu ialah
perkhemahan mereka berada di kawasan yang tinggi dan mereka terpaksa
turun ke Wadi Hunain melalui jalan yang curam. Oleh kerana itu mereka
terpaksa turun satu pasukan demi satu pasukan. Pasukan pertama turun ialah
tentera berkuda Bani Sulaim dipimpin oleh Sayyidina Khalid t. Sejak dari
tengah malam itu tentera Islam bersiap-sedia untuk turun ke Wadi Hunain.
Selepas solat Subuh, tentera Islam mula bergerak turun. Ketika itu Malik
bin Auf telah mempersiapkan tenteranya untuk menghadapi tentera Islam.
Dia mengarahkan mereka menghunus pedang mereka dan memecahkan
sarung pedang. Mereka mahu menyerang tentera Islam sekaligus dan
menyelesaikan peperangan dalam masa satu hari saja. Kedudukan pasukan
utama Hawazin itu dapat dikesan oleh perisik tentera Islam tetapi mereka
tidak dapat mengesan pasukan yang bersembunyi di sebalik bukit.

Sayyidina Khalid t turun mendahului pasukan berkuda Bani Sulaim.
Kemudian pasukan kedua mula turun. Ketika itu Hawazin memulakan
serangan hendap mereka terhadap pasukan Sayyidina Khalid t. Serangan
itu telah menyebabkan pasukan Bani Sulaim kucar-kacir apatah lagi mereka
terpaksa menuruni juram yang curang. Mereka tidak dapat mengawal kuda-
kuda mereka sehingga orang di belakang terpaksa menolak orang yang di
hadapan. Tentera Hawazin menyerang tentera Islam dari kiri dan kanan.
Seterusnya mereka menumpukan serangan terhadap Sayyidina Khalid t.
Sayyidina Khalid t yang diserang bertubi-tubi tercedera dan jatuh dari
kudanya. Bani Sulaim yang baru Islam itu, apabila diserang bertubi-tubi dari
kanan dan kiri mula melarikan diri. Oleh kerana pasukan utama Hawazin
menunggu mereka di hadapan, mereka lari ke belakang. Ketika itu tentera
Islam yang baru menuruni Wadi Hunain telah tersekat. Pasukan Bani Sulaim
yang melarikan diri juga tidak boleh naik ke atas. Ketika itu tentera Hawazin
mengambil peluang untuk membunuh tentera Islam. Tentera Islam yang di

382

Ghazwah Hunain Bab 25

belakang tidak mengetahui apa yang terjadi dalam Wadi. Mereka tidak dapat
melihat pertempuran yang sedang berlaku. Apabila tentera dari wadi mula
memanjat semula ke atas dan lari, tentera yang di belakang juga turut lari.

Ketika tentera Islam telah kucar-kacir, Malik bin Auf memerintahkan
seluruh kekuatan tenteranya menyerang tentera Islam. Tentera Islam Islam
terus berundur malah sebahagian mereka ada yang sudah sampai ke Mekah.
Rasulullah r menjerit memanggil tentera Islam supaya bertahan. Akhirnya
Rasulullah r tinggal seorang diri. Para sahabat y yang bertahan juga masing-
masing seorang diri. Antara yang bertahan ketika itu Sayyidina Abu Bakar
t, Sayyidina Umar t, Sayyidina Ali , Sayyidina Rabiah bin Harist bin
Abdul Mutalib t, Sayyidina Fadl bin Abbas t, Sayyidina Qusam bin Abbas
t, Sayyidina Usamah bin Zaid t dan Sayyidina Aiman bin Ummu Aiman
t. Demikianlah satu ujian besar di Wadi Hunain kepada tentera Islam.
Ketika itu juga ada seorang lelaki yang berpura-pura Islam dan menyertai
tentera Islam ingin mengambil peluang ini untuk membunuh Rasulullah r.
Dia dikenali sebagai Syaibah bin Uthman bin Abi Talhah. Ayahnya Uthman
bin Abi Talhah adalah pemegang bendera Quraisy dalam peperangan Uhud.
Dia telah dibunuh oleh tentera Islam. Maka Syaibah mahu membalas dendam
terhadap kematian ayahnya dengan membunuh Rasulullah r. Inilah niatnya
sejak dari awal dia keluar bersama dengan tentera Islam.

Apabila dia melihat Rasulullah r seorang diri menghadapi Hawazin
sambil menjerit memanggil tentera Islam, dia datang mendekati Baginda
dengan khanjarnya. Apabila Rasulullah r melihatnya, Baginda bertanya,
“Apa yang kamu bawa, wahai Syaibah?” Dia menjawab, “Aku tidak
membawa apa-apa, wahai Rasulullah r. Aku datang untuk mempertahan
kamu!” Rasulullah r memanggilnya lalu meletakkan tangan Baginda di
dada Syaibah dan menyuruh dia beristighfar. Dia pun beristighfar. Apabila
Rasulullah r mengangkat tangannya dari dada Syaibah, kata Syaibah,
“Ketika itu aku rasa Rasulullahlah orang yang paling aku sayang.” Akhirnya
Sayyidina Syaibah t mengawal dan mempertahankan Rasulullah r ketika
itu. Demikianlah seorang Rasul telah mengubah seorang musuh menjadi
kawan setia. Syaibah datang untuk membunuh Rasulullah r tetapi akhirnya
dia menjadi pengawal Baginda. Rasulullah r terus menyeru tentera Islam.
Para sahabat y yang mendengar suara Rasulullah r itu, mula berkumpul
di sekeliling Baginda. Sayyidina Abu Bakar t, Sayyidina Umar t dan
sebahagian yang lain telah berada bersama Rasulullah r. Namun, jumlah
mereka terlalu sedikit untuk menghadapi tentera Hawazin seramai dua puluh
ribu orang itu.

383

Catatan Sejarah Rasulullah r

Seratus Pahlawan Pilihan

Apabila Sayyidina Abbas t sampai kepada Rasulullah r, Baginda sangat
gembira. Sayyidina Abbas t terkenal mempunyai suara yang lantang dan
tiada tandingannya di kalangan bangsa Arab. Rasulullah r pernah menyebut
bahawa suara Sayyidina Abbas t dalam pertempuran sama dengan
kekuatan seribu orang tentera. Rasululah r mengarahkan, “Wahai Abbas,
serulah sahabat-sahabatku!” Sayyidina Abbas t pun menyeru: “Wahai
orang-orang Islam! Ini Rasulullah r!” Tiada sesiapa menyahut. Rasulullah
r memerintahkan, “Serulah kepada Ashabul Samurah!” Samurah ialah
sepohon pokok di mana para sahabat y telah berbai’ah di bawahnya di
Hudaibiyah. Sayyidina Abbas t menjerit lagi, “Wahai Ashabul Samurah,
mana bai’ah kamu?! Wahai Ansar! Wahai Muhajirin! Mana bai’ah kamu?!”
Para Sahabat y yang mendengar jeritan Sayyidina Abbas t berpatah balik
kepada Rasulullah r. Ada di kalangan mereka yang tidak mampu lagi
untuk memberhentikan kenderaan yang sedang berlari laju. Mereka terjun
dari kenderaan dan kembali ke medan perang tanpa kenderaan. Akhirnya
terkumpul di sekeliling Rasulullah r seramai seratus orang pahlawan Islam.

Merekalah yang mempertahan Rasulullah r dari serangan dua puluh ribu
orang tentera Hawazin. Orang yang melihat dari jauh mengatakan mereka
melihat seratus orang yang bersama Rasulullah r itu bagaikan sebuah
taufan sedang menyerang tentera Hawazin. Mereka berjaya membunuh
ramai tentera Hawazin. Tentera Hawazin tidak mampu menyekat kemaraan
seratus pahlawan pilihan ini. Masakan tidak kerana Rasulullah r sendiri
yang memimpin mereka. Begitulah keberanian Rasulullah r, hanya bersama
seratus orang dia mampu mengalahkan pasukan tentera seramai dua puluh
ribu orang. Sayyidina Ali berkata, “Apabila peperangan berkecamuk,
kami akan lari kepada Rasulullah r kerana hanya Rasulullah r yang paling
berani. Dia tidak akan berundur dan tidak akan takut.” Bersama seratus orang
ini ada dua orang serikandi Islam iaitu Ummu Ammarah dan Ummu Hakim

. Mereka berdua bertahan bersama Rasulullah r. Apabila Rasulullah r
melihat Ummu Hakim memegang khanjar, Baginda bertanya apakah yang
dia mahu lakukan dengan khanjar itu. Ummu Hakim menjawab, “Kalau
orang kafir datang, aku buraikan perut mereka!” Ummu Ammarah pula
datang bertanya Rasulullah r, “Wahai Rasulullah r,, apakah kamu izinkan
aku membunuh tentera Islam yang lari?” Rasulullah r tidak mengizinkannya.

Di Wadi Hunain, Rasulullah r bersama seratus orang ini terus menyerang
tentera Hawazin dan membunuh mereka. Malik bin Auf terpinga pinga-
pinga melihat keadaan itu. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya seratus
orang mampu menyerang dan membunuh tentera mereka. Namun apa yang

384

Ghazwah Hunain Bab 25

Malik bin Auf tidak mengetahuinya ialah bantuan ghaib telah turun dari
langit. Para malaikat telah turun membantu Rasulullah r dan para sahabat y.
Selain Perang Badar, ketika Perang Hunain ini para malaikat juga turun dan
dapat dilihat. Orang mukmin melihat satu objek hitam besar turun dari langit
ke Wadi Hunain. Apabila kehitaman itu makin mendekati mereka, mereka
melihat semut-semut hitam yang besar memenuhi Wadi Hunain. Tentera
Hawazin pula melihat begitu ramai tentera berpakaian putih menaiki kuda
putih menyerbu ke arah mereka. Mereka berkata, “Kalau seratus orang pun
kita tidak mampu mengalahkan mereka, bagaimana setelah datang jumlah
sebesar ini.” Melihat pemandangan itu, tentera Hawazin mula melarikan diri
dari medan pertempuran. Allah I telah menurunkan rasa takut dalam hati
seluruh tentera Hawazin walaupun para malaikat tidak ikut bertempur dalam
peperangan ini.

Rasulullah r bersama seratus orang sahabat y yang sangat kental
keyakinan mereka kepada Allah I dan Rasul-Nya telah berjaya menewaskan
tentera bersekutu Hawazin. Ketika itu sebahagian tentera Islam sudah
sampai semula ke Mekah. Mereka hanya kembali semula ke Hunain ketika
pasukan seratus orang ini sedang mengumpulkan ghanimah. Allah telah
menunjukkan kekuasaannya pada hari Hunain. Seratus orang telah dapat
mengalahkan dua puluh ribu orang. Rasulullah r memerintahkan pasukan
seratus orang ini mengejar tentera Hawazin dan meninggalkan ghanimah di
medan Hunain. Ketika itu tentera Islam yang lain mula kembali ke medan
Hunain dan mengejar tentera Hawazin. Malik bin Auf juga lari bersama
tenteranya ke satu kawasan tidak jauh dari Hunain. Di situ Malik bin Auf
mengumpulkan semula tenteranya. Tentera Islam terus mengejar mereka.
Pasukan tentera Islam yang pertama sampai ke tempat Malik ialah beberapa
orang tentera berkuda Bani Sulaim. Malik bin Auf bertanya kepada
kaumnya, “Siapakah yang datang itu?” Mereka berkata, “Itu Bani Sulaim.”
Malik berkata, “Jangan takut, mereka tidak akan boleh berbuat apa-apa.”
Dia terus mengumpulkan tenteranya. Tentera Islam juga berkumpul semula.
Selepas itu pasukan Ansar pula sampai. Malik bertanya kepada orangnya,
“Siapa yang sampai ini?” Mereka memberitahu, “Para sahabat Muhammad
dari Madinah.” Malik menjawab, “Kita tidak perlu takut kepada mereka.”
Selepas itu itu sampai pula pasukan Muhajirin yang dipimpin oleh Sayyidina
Zubair bin Awwam t. Malik bertanya, “Siapa mereka itu?” Pengikutnya
menjawab, “Mereka para sahabat Muhammad dari kalangan orang Mekah.”
Malik melihat pasukan ini cukup berwibawa dan sangat berbeza dari
pasukan lain. Dia bertanya lagi, “Siapa pahlawan berkuda yang berserban
kuning itu?” Mereka memberitahunya, “Itulah Zubair bin Awwam!” Malik
memberi arahan kepada tenteranya, “Sekarang kita lari. Kalau Zubair sudah
datang, kita jangan tunggu lagi!”

385

Catatan Sejarah Rasulullah r

Mereka berundur ke dalam kota Taif. Malik bin Auf melarikan diri ke
Layyah kerana dia mempunyai kubunya sendiri di situ. Dalam keadaan
kucar-kacir yang berlaku kepada tentera Hawazin, hanya tentera sahaja
yang sempat melarikan diri. Wanita dan kanak-kanak serta harta benda
semuanya ditinggalkan di medan Hunain. Di Wadi Hunain, Rasulullah r.
mencari Sayyidina Khalid al Walid t. Akhirnya para Sahabat y menjumpai
Sayyidina Khalid sedang bersandar di belakang seekor unta yang duduk.
Seluruh badannya penuh dengan luka. Darah mengalir daripada seluruh
tubuhnya, dia sudah tidak mampu bergerak lagi. Rasulullah r datang
kepadanya dan Baginda sendiri merawatnya. Setelah dibuka bajunya,
Rasulullah r menyapu badannya dengan air liur Baginda. Rasulullah r
menyapu air liur Baginda pada semua tempat luka Sayyidina Khalid t
sehingga beliau sembuh daripada kecederaannya. Kemudian Rasulullah r
perintahkan Sayyidina Khalid t bangun dan mengejar tentera Hawazin.
Sayyidina Khalid t terus bangun dan menunggang kudanya mengejar
Hawazin. Demikianlah mukjizat Rasulullah r, luka parah Sayyidina Khalid
t pulih serta-merta hanya apabila disapu dengan air liur Rasulullah r.

Duraid bin Summah dikejar oleh Rubai’ah al Aslami. Ketika itu dia baru
berumur enam belas tahun. Inilah kali pertama dia menyertai peperangan.
Apabila Rubai’ah dapat mengejar Duraid, dia menetak Duraid dibahunya.
Tetakan itu tidak memberi kesan apa-apa kepada Duraid kerana kuatnya
tulang Duraid walaupun sudah berumur seratus enam puluh tahun. Sepanjang
hidupnya dia adalah panglima perang. Duraid hanya ketawa dengan tetakan
itu. Duraid bertanya, “Wahai anak saudaraku, siapa nama kamu?” Pemuda
itu menjawab, “Aku Rubai’ah bin Rufai’ al Aslami.” Duraid pun berkata,
“Oleh kerana aku pernah menyelamatkan kaum wanita dari keluarga kamu,
mari sini aku ajarkan kamu bagaimana mahu membunuh aku. Kalau kamu
mahu membunuh pahlawan, jangan tetak pada tulang mereka tetapi tetak
leher mereka.” Duraid seterusnya menunjukkan bahagian mana yang harus
ditetak. Kemudian Duraid merasai pedang Rubai’ah. Duraid berkata,
“Pedang ini tidak tajam, pedang aku ada di belakang unta. Ambil pedang aku
dan tetak aku di sini,” sambil menunjukkan lehernya. Duraid menyambung
lagi, “Apabila kamu pulang nanti, beritahu ibu kamu apa yang telah kamu
lakukan.” Rubai’ah melakukan sepertimana yang diajarkan oleh Duraid.
Barulah dia berjaya membunuh Duraid.

Apabila pulang, dia memberitahu ibunya apa yang berlaku. Ibunya
menangis apabila mendengar cerita itu. Ibunya berkata, “Kenapa kamu tidak
biarkan sahaja dia setelah dia memberitahu kamu dia pernah menyelamatkan
wanita-wanita daripada keluarga kita.” Kemudian ibunya bercerita, bahawa

386

Ghazwah Hunain Bab 25

mereka pernah ditawan semasa Jahiliyah. Ibu dan neneknya, adik-adik dan
kakak-kakak perempuannya semua ditawan. Duraidlah yang melepaskan
mereka. Rubai’ah berkata, “Aku tidak tahu, wahai ibu. Sekiranya aku tahu,
aku tidak akan membunuhnya. Namun itulah ketentuan Allah I terhadap
Duraid. Dia telah mendapat pembalasan-Nya kerana turut memerangi
Rasulullah r.

Di Wadi Hunain, semakin ramai tentera Islam yang telah kembali
kepada Rasulullah r. Mereka mula mengumpulkan ghanimah Hawazin
yang ditinggalkan di Hunain. Terkumpul ketika itu lapan ribu orang wanita,
empat puluh ribu ekor kambing dan dua puluh empat ribu ekor unta. Ini
tidak termasuk kanak-kanak dan emas perak yang terlalu banyak. Benarlah
seperti apa yang telah dikatakan oleh Duraid bahawa tentera yang kalah tidak
akan berfikir apa-apa lagi melainkan menyelamatkan nyawanya dahulu.
Semuanya telah jatuh ke tangan Islam. Rasulullah r memerintahkan supaya
semua tawanan dan harta itu dibawa ke Ja’ranah. Baginda membina satu
pusat tahanan untuk menempatkan mereka semua. Rasulullah r melantik
Sayyidina Budail bin Warqa’ t, ketua Bani Khuza’ah untuk menjaga pusat
tahanan itu.

Demikianlah pertempuran di Medan Hunain telah memberi pengajaran
yang besar kepada para sahabat y dan kepada umat Islam sepanjang zaman.
Kemenangan itu bukan kerana bilangan yang ramai atau kelengkapan
senjata yang hebat tetapi kemenangan itu adalah daripada Allah I. Apabila
umat Islam bertaqwa, Allah I yang akan membela mereka. Bukankah Allah
I itu pembela kepada orang yang bertaqwa? Kerana ketaqwaan Rasulullah
r dan para sahabat y, Allah I telah menurunkan bantuan ghaib kepada
mereka. Inilah yang sudah hilang dari umat Islam kini. Apabila umat Islam
mengusahakan taqwa dan berjuang bersungguh-sungguh, pasti Allah I
tidak akan mungkir janji. Bantuan ghaib adalah janji Allah I kepada umat
Islam. Benarlah firman Allah I:

“Tiadalah kemenangan itu melainkan dari Allah. Sesungguhnya
Allahlah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Surah al Anfal: 10)

387

Catatan Sejarah Rasulullah r

Rasulullah r Mengepung Taif

Pasukan tentera Islam yang mengejar Hawazin pun sudah kembali
berkumpul kepada Rasulullah r. Baginda menyusun mereka semula untuk
mengejar Hawazin ke Taif. Barisan depan tentera Islam sekali lagi dipimpin
oleh Sayyidina Khalid al Walid t. Turut serta bersama Rasulullah r ke
Taif adalah dua orang Ummul Mukminin iaitu Sayyidatina Ummu Salamah

dan Sayyidah Zainab binti Jahasy . Apabila tentera Islam sampai ke
Taif, tentera Hawazin telah masuk ke dalam kubu mereka. Mereka telah
menyusun kekuatan untuk menghadapi serangan tentera Islam dari dalam
kubu mereka. Tentera Islam mengepung kota Taif. Apabila Rasulullah r
sampai di Taif, Baginda menghantar Sayyidina Zaid bin Zum’ah t untuk
menawarkan tiga pilihan kepada Hawazin. Mereka diseru menerima Islam
atau membayar jizyah atau mereka akan diperangi. Sebelum memasuki
kubu Taif, Sayyidina Zaid bin Zum’ah t meminta jaminan keamanan
sebagai seorang utusan. Mereka mengaku akan memberi keamanan kepada
Sayyidina Zaid t. Namun apabila dia menghampiri kubu mereka, mereka
memanahnya. Sayyidina Zaid syahid di pinggir kota Taif. Begitulah kerasnya
hati orang Taif. Mereka sanggup membunuh utusan Rasulullah r setelah
mereka memberi keamanan kepadanya. Sedangkan sudah menjadi peraturan
yang diterima pakai oleh semua kaum bahawa seorang utusan tidak boleh
dibunuh.

Dengan itu Rasulullah r tahu bahawa Taif berkeras untuk berperang.
Baginda perintahkan tentera Islam bersiap untuk melancarkan serangan
ke kubu Taif. Ketika itu Huzail bin Abi Salt keluar dari kubu Taif untuk
meninjau kedudukan tentera Islam. Dialah yang telah membunuh Sayyidina
Zaid t. Apabila dia merasa terancam dia akan memecut kudanya berlari ke
dalam kubu. Ketika itu seorang tentera Islam iaitu Sayyidina Yaakub bin
Zum’ah, saudara kandung Sayyidina Zaid bin Zum’ah mahu memerangkap
Huzail. Dia perlahan-lahan menggerakkan kudanya mengepung Huzail dari
belakang. Apabila Huzail mahu lari ke kubu, dia dihalang oleh Sayyidina
Ya’kub. Melihat Sayyidina Ya’kub t, Huzail berlari ke arah tentera Islam
lalu dia di tangkap oleh tentera Islam. Sayyidina Ya’kub bin Zum’ah t
datang menuntut Huzail dari Rasulullah r untuk dibunuhnya kerana dia telah
membunuh saudaranya, utusan Rasulullah r. Baginda telah menyerahkan
Huzail kepada Sayyidina Ya’kub t. Selepas itu Huzail dibunuh oleh
Sayyidina Ya’kub t kerana dia telah mengkhianati perjanjian keamanan
yang telah diberikannya.

Selepas itu tentera Islam cuba menyerang kubu Taif tetapi Hawazin
memaksa mereka berundur semula. Tentera Hawazin menghujani tentera

388

Ghazwah Hunain Bab 25

Islam dengan panahan mereka. Ramai tentera Islam tercedera oleh panahan
Hawazin. Selepas itu Rasulullah r mengarahkan tentera Islam menanam
besi-besi tajam di sekeliling kubu Hawazin kecuali dari arah hadapan supaya
mereka tidak dapat melarikan diri apabila mereka keluar. Selepas itu tentera
Islam melancarkan serangan kali kedua. Serangan ini juga dapat dipatahkan
oleh tentera Hawazin. Ketika itu Rasulullah r mengarahkan tentera Islam
supaya menebang ladang tamar orang Taif. Kubu Taif ketika itu dipimpin
oleh Abdu Yalil. Dialah pemimpin Taif pertama yang menyambut Rasulullah
r ketika Baginda datang berdakwah di Taif. Pemimpin utama Taif, Urwah
bin Mas’ud ketika itu tidak ada di Taif. Urwah sedang berada di Jerash,
Urdun (Jordan) kerana sedang belajar membina manjanik dari tentera Rom.
Ia adalah sebahagian dari persiapan Taif untuk menyerang Madinah. Oleh
kerana Malik bin Auf sedang berada di Kubu Layyah, maka Abdu Yalil yang
memimpin tentera Hawazin. Abdul Yalil segera menghantar wakil meminta
Rasulullah r supaya jangan menebang ladang mereka. Menurut mereka,
kalau tentera Islam menang ia akan jatuh ke tangan tentera Islam. Ketika
tentera Islam belum menang, mereka merayu demi hubungan persaudaraan
dan belas kasihan daripada Rasulullah r. Mereka tidak akan menyerah
walaupun ladang mereka ditebang seperti orang Yahudi. Rasulullah r
meminta tentera Islam berhenti dari menebang ladang Hawazin.

Ketika itu Uyaynah bin Husn, Ketua Bani Ghatafan datang menawarkan
dirinya kepada Rasulullah r untuk berunding dengan Hawazin. Hawazin
tidak akan berani membunuhnya kerana kalau Hawazin membunuhnya
mereka menyalakan permusuhan mereka dengan Bani Ghatafan. Rasulullah
r menerima tawarannya. Setelah dia diberi keamanan oleh Hawazin dia
masuk bertemu dengan mereka. Para pemimpin Taif bertanya kepadanya,
“Apa berita yang kamu bawa?” Uyaynah berkata, “Tentera yang datang
kali ini adalah pasukan yang lemah. Apakah kamu tidak melihat bagaimana
mereka kalah dalam serangan pertama kamu di Wadi Hunain. Kamu mesti
bertahan dan bersabar, bukankah kamu mahir berperang dari dalam kubu.
Demi Allah, Muhammad tidak pernah bertemu kesukaran dalam peperangan
seperti kesukarannya memerangi kamu, maka kamu jangan menyerah!”
Uyaynah telah melakukan pengkhianatan. Selepas itu Hawazin kembali
yakin dengan kekuatan mereka. Ketakutan mereka telah reda dan mereka
berazam untuk bertahan. Sebelum ini mereka sedang sebenarnya dalam
keraguan apakah mahu terus bertahan atau mahu menyerah kalah. Apabila
Uyaynah datang, mereka telah bertekad untuk bertahan.

Apabila Uyaynah pulang, Rasulullah r memanggilnya. Baginda
bertanya, “Apa yang telah kamu sampaikan kepada Hawazin?” Uyaynah
menjawab, “Aku telah mengugut mereka dan aku telah memberitahu kepada

389

Catatan Sejarah Rasulullah r

mereka kekuatan tentera Islam. Aku telah berkata kepada mereka, “Siapa
kamu semua untuk memerangi Muhammad? Yahudi Khaybar dengan kubu-
kubu kukuh dan kelengkapan senjata mereka pun tidak mampu bertahan
menghadapi tentera Islam. Bagaimana kamu mahu bertahan menghadapi
mereka. Lebih baik kamu menyerah diri.” Dia telah berbohong kepada
Rasulullah r. Baginda bertanya lagi, “Apakah benar kamu berkata seperti
itu?” Uyaynah mengaku, “Benar ya Rasulullah.” Kemudian Rasulullah r
memberitahu apa yang sebenarnya dia telah katakan kepada Hawazin. Ketika
itu Sayyidina Umar t bangun menghunus pedangnya dan meminta izin dari
Rasulullah r, “Wahai Rasulullah r, izinkan aku memenggal kepalanya
kerana dia telah menjadi munafik!” Rasulullah r tidak membenarkan
Sayyidina Umar t membunuhnya supaya orang tidak mengatakan nanti,
Muhammad membunuh sahabatnya. Sayyidina Abu Bakar t juga bangun
memarahi Uyaynah. Sayyidina Abu Bakar berkata, “Wahai Uyaynah, apakah
kamu sanggup melakukan semua ini? Bukankah kamu sudah mengucap dua
kalimah syahadah? Apakah ini perbuatan seorang Islam?” Uyaynah merayu,
“Mohonkanlah keampunan untuk aku, aku lemah dan aku bersalah.” Dia
mengaku salah dan merayu kepada Sayyidina Abu Bakar t

Selepas itu, Sayyidina Khalid al Walid t mencabar panglima Hawazin
untuk bertarung satu sama satu. Puas dia berpusing keliling kubu mencabar
panglima Taif namun tiada sesiapa yang berani menyahut cabarannya.
Akhirnya Abdu Yalil menyeru kepada Sayyidina Khalid t, “Wahai Khalid,
demi Allah! Kalau kamu berdiri di tempat kamu itu setahun pun tidak
akan ada sesiapa yang akan menyahut seruan kamu!” Sayyidina Khalid al
Walid t kembali ke perkhemahan tentera Islam. Seterusnya, tentera Islam
mempersiapkan kereta kebal yang berupa tangga besar yang dibawa di atas
roda kayu yang dilindungi oleh kulit binatang. Dengan tangga itu tentera
Islam akan masuk ke dalam kubu Hawazin. Tentera Islam mendapat ilmu
membuat kereta kebal ini setelah mengalahkan Yahudi di Khaybar. Seramai
seratus pahlawan Islam bergerak di belakang kereta kebal ini untuk merempuh
masuk ke dalam kubu Hawazin. Apabila Hawazin melihat tentera Islam
mengunakan kereta kebal dan semakin menghampiri kubu mereka, Hawazin
segera mengeluarkan manjanik buatan mereka. Mereka melontar kereta
kebal tentera Islam ini dengan batu. Kalau mereka sekadar menggunakan
panah, mereka tidak akan dapat menghalang kereta kebal. Apabila dilontar
dengan batu, mereka berjaya memecahkan kereta kebal. Apabila kereta kebal
itu pecah, mereka memanah tentera Islam. Tentera Islam terpaksa berundur
semula. Demikianlah Hawazin berjaya mematahkan serangan tentera Islam
sekali lagi.

Kini Rasulullah r memerintahkan tentera Islam menyeru kepada

390

Ghazwah Hunain Bab 25
golongan hamba yang berada di dalam Kubu Taif supaya keluar daripada
kubu. Sesiapa yang keluar akan dibebaskan dari perhambaan. Seramai dua
puluh tiga orang hamba berjaya melepaskan diri mereka dari Kubu Taif.
Mereka semua masuk Islam dan Rasulullah r telah merdekakan mereka.
Mereka diagih-agihkan kepada para sahabat y yang mampu untuk menyara
kehidupan mereka. Selepas itu, apabila orang Taif datang meminta tawanan
mereka dipulangkan, mereka juga meminta dipulangkan hamba mereka.
Rasulullah r menolak permintaan itu. Rasulullah r bersabda, “Mereka
adalah orang yang Allah I telah merdekakan mereka.”

391

Bab 26

Ghanimah Hunain

Belum Masanya
Selama dua puluh hari tentera Islam melakukan percubaan demi percubaan
untuk membuka kubu Taif tetapi tidak berjaya. Sehinggalah pada hari yang
terakhir, serangan umat Islam telah gagal lagi. Sayyidina Abu Bakar t ketika
itu sedang bersama Rasulullah r. Dia mahu berbincang dengan Baginda
bagaimana lagi mahu menembusi kubu Taif. Rasulullah r bersabda, “Wahai
Abu Bakar,

“Sesungguhnya Allah tidak mengizinkan daku untuk membukanya.”
Hal ini juga Allah I sebut dalam ayat:

“Satu kubu lagi kamu tidak akan berjaya membukanya.”
(Surah al-Fath: 21)

392

Ghanimah Hunain Bab 26

Inilah dia kubu Taif dan Bani Tsaqif. Allah I telah mentakdirkan bahawa
tentera Islam tidak akan berjaya membukanya. Apabila Sayyidina Abu Bakar
t mendengar kata-kata Rasulullah r itu, dia bertanya, “Wahai Rasulullah
r, apakah perlu aku beritahu kepada tentera supaya berundur?” Baginda
menjawab, “Benar, wahai Abu Bakar. Telah turun wahyu bahawa tentera
Islam tidak akan dapat membuka Taif.” Apabila Sayyidina Abu Bakar t
keluar untuk memberitahu tentera Islam supaya berundur, dia melihat
Sayyidina Umar t sedang mencabar Abu Muhjan as Saqofi, salah seorang
panglima Hawazin. Selepas itu Abu Muhjan pula mencabar Sayyidina Umar
t. Abu Muhjan berkata, “Siapa kamu? Kamu semua tidak tahu berperang.
Sudah dua puluh hari kamu tidak dapat berbuat apa-apa!” Sayyidina Umar
t menjawab, “Hawazin tidak akan boleh lari lagi. Tentera Islam bersedia
untuk mengepung kamu walaupun setahun!” Apabila Sayyidina Abu Bakar
t mendengar kata-kata Sayyidina Umar t itu, dia melarangnya, “Wahai
Umar, jangan bercakap begitu kerana Allah I tidak mengizinkan kita untuk
membuka Taif!” Sayyidina Umar t bertanya, “Apakah kamu mendengarnya
daripada Rasulullah r?” Sayyidina Abu Bakar t mengiyakannya, “Benar,
wahai Umar.” Maka dengan itu semua tentera Islam diarahkan bersiap-sedia
untuk meninggalkan Taif.

Ketika itu sekumpulan pemuda yang lari ketika pertempuran di Wadi
Hunain merasa sedih kerana mereka mahu menebus kesalahan itu di Taif.
Mereka tidak mahu berundur sehingga mereka dapat membuka Taif. Mereka
meminta Rasulullah r menyerahkan kepada mereka urusan membuka Taif
ini. Rasulullah r menegaskan, “Allah tidak mengizinkan aku membuka
Taif.” Mereka tetap merayu supaya Rasulullah r memberikan peluang
ini kepada mereka. Seterusnya mereka menyerang kubu Taif dengan satu
serangan yang sangat dahsyat tetapi tentera Hawazin memanah mereka.
Hujan panah tentera Hawazin telah menyebabkan mereka semua cedera.
Akhirnya mereka terpaksa berundur juga. Ketika itu Rasulullah r menyeru
lagi kepada tentera Islam supaya berundur. Waktu itu barulah semua orang
setuju untuk berundur.

Tentera Islam bergerak meninggalkan Taif. Ketika itu para pemuda tadi
datang lagi kepada Rasulullah r. Mereka meminta supaya Baginda berdoa
terhadap Hawazin. Rasulullah r pun terus berdoa, Ya Allah, berilah hidayah
kepada Tsaqif dan datangkanlah mereka.” Mereka meminta Rasulullah r
berdoa supaya Allah I menghukum Taif tetapi Baginda telah berdoa supaya
Allah I memberikan pertunjuk kepada mereka. Rasulullah r dan tentera
Islam kembali ke Ja’ranah. Tentera Islam berkhemah di kawasan pusat
tahanan ghanimah Hunain. Rasulullah r menunggu di situ selama sepuluh
hari dengan harapan Bani Tsaqif dan bani Hawazin datang masuk Islam atau

393

Catatan Sejarah Rasulullah r

datang menuntut anak isteri mereka. Setelah sepuluh hari menunggu belum
ada tanda-tanda mereka mahu datang. Ketika itu sudah hampir dua bulan
Rasulullah r meninggalkan Mekah. Maka Baginda memerintahkan supaya
diagihkan ghanimah.

Pembahagian Ghanimah Hunain

Rasulullah r mendahulukan pemberian ghanimah kepada golongan muallaf
yang sedang diikat hati mereka kepada Islam. Mereka adalah golongan
yang baru masuk Islam dan iman belum kukuh di hati mereka. Kebanyakan
mereka adalah pemimpin Arab yang baru masuk Islam. Rasulullah r mahu
menguatkan Islam mereka. Termasuk dalam golongan muallaf juga ialah
orang yang belum Islam tetapi Rasulullah r berharap mereka akan Islam.

Orang pertama yang diberikan oleh Rasulullah r ialah Abu Sufyan.
Baginda memberikan kepadanya seratus ekor unta dan seratus uqiah emas
dan perak. Satu pemberian yang sangat banyak malah sehingga kini seratus
ekor unta merupakan harta yang besar. Abu Sufyan sangat gembira dengan
pemberian itu. Dia membentangkan selendangnya untuk diletakkan seratus
uqiah emas dan perak. Setelah itu Abu Sufyan meminta untuk anaknya,
Muawiyah. Maka Rasulullah r telah memberikan kepada Muawiyah juga
seratus ekor unta dan seratus uqiah emas dan perak. Setelah itu Abu Sufyan
meminta untuk anaknya Yazid pula. Rasulullah r telah memberikan kepada
Yazid seperti yang diberikan kepada Abu Sufyan dan Muawiyah. Semua emas
dan perak untuk mereka bertiga diletakkan dalam selendang Abu Sufyan.
Apabila Abu Sufyan mahu mengangkatnya dia tidak mampu mengangkatnya
seorang diri. Dia mahu meminta tolong orang lain membantunya. Rasulullah
r berkata, “Kamu mesti mengangkatnya sendiri.” Akhirnya dengan susah
payah dia berjaya memikul emas dan perak itu. Demikianlah banyaknya
pemberian Rasulullah r kepadanya. Apabila Rasulullah r melihat keadaan
Abu Sufyan, Baginda menggeleng-gelengkan kepalanya. Demikianlah
apabila dunia telah menguasai manusia.

Seterusnya Rasulullah r memberikan kepada Uyaynah bin Husn pula
walaupun dia telah mengkhianati Rasulullah r di Taif. Baginda memberikan
kepadanya juga seratus ekor unta dan seratus uqiah emas dan perak. Kemudian
Rasulullah r memberikan kepada al Aqra’ bin Habis, ketua Bani Tamim.
Dia juga mendapat seratus ekor unta dan seratus uqiah emas dan perak.
Begitu juga kepada Sofwan bin Umayyah dan Suhail bin Amru al Hakim bin
Huzam. Mereka dinamakan Ahlul Mien iaitu orang yang mendapat seratus.
Setelah selesai para pemimpin, barulah Rasulullah r berikan kepada orang
yang lain. Tentera yang berjalan kaki mendapat empat ekor unta dan empat

394

Ghanimah Hunain Bab 26

puluh ekor kambing. Tentera yang menggunakan tunggangan mendapat
tiga kali ganda dari itu. Adapun bahagian Rasulullah r iaitu satu perlima
dari semua ghanimah. Itulah yang Rasulullah r telah agihkan kepada para
pemimpin yang sedang diikat hati mereka. Selain para pemimpin, Rasulullah
r telah mengagihkan bahagiannya kepada orang yang memerlukan.

Ketika itu datang seorang badwi yang tak ikut berjihad. Rasulullah r
telah memberikan kepadanya sekumpulan kambing yang banyak. Badwi itu
terperanjat, “Apakah kamu mempermain-mainkan aku, wahai Muhammad.”
Rasulullah r menjawab, “Daku tidak bergurau. Ini untuk kamu, kamu
boleh mengambilnya.” Lelaki itu datang untuk mengambil kambing yang
telah diserahkan kepadanya. Dia membawa kambing sambil menunggu
kalau-kalau ada orang datang melarangnya. Namun tiada siapa yang datang
menghalangnya. Setiap langkah dia berjalan, dia menunggu-nunggu sehingga
akhirnya dia sampai kepada kaumnya lalu dia terus menjerit, “Mari sini, kita
masuk Islam semua! Muhammad memberikan pemberian yang kamu tidak
akan takut miskin lagi!” Melihat lelaki itu dengan kawanan kambingnya,
semua kaumnya telah datang kepada Rasulullah r dan masuk Islam.

Selepas itu orang badawi berdatangan mengerumuni Rasulullah r
berebut-rebut meminta pemberian dari Baginda. Rasulullah r berkata
kepada mereka, “Ini semua untuk kamu! Untuk aku hanya satu perlima
malah satu perlima itu juga kembali kepada kamu!”

Ada seorang lelaki badwi datang kepada Rasulullah r memegang
baju Baginda sehingga berbekas pada tubuh Baginda. Dia berkata, “Wahai
Muhammad, berikan kepada aku! Berikan kepada aku! Wahai Muhamad,
berlaku adillah! Sesungguhnya Quraisy itu bangsa yang zalim!” Sayyidina
Umar t tidak dapat menahan dirinya melihat kebiadaban lelaki itu kepada
Rasulullah r. Dia mahu membunuh badwi itu tetapi Baginda menahannya.
Rasulullah r telah memberikan kepada lelaki itu apa yang dia mahu sehingga
dia berpuas hati. Semua orang telah mendapat bahagiannya. Semua kabilah
telah mendapat bahagian mereka. Rasulullah juga memberikan ghanimah
Hunain kepada kaum Muhajirin kerana kebanyakan mereka miskin. Hanya
kaum Ansar sahaja yang tidak mendapat apa-apa bahagian. Rasulullah r
tidak memberikan kepada mereka apa-apa pun daripada ghanimah Hunain.

Ketika para petugas Rasulullah r mengagih-agihkan ghanimah Hunain,
terdengar seorang wanita tua menjerit, “Lepaskan aku! Lepaskan aku! Aku
adalah kakak Nabi kamu! Aku kakak sahabat kamu! Para sahabat y merasa
hairan kerana setahu mereka Rasulullah r tidak mempunyai kakak. Wanita
itu meminta supaya dia dibawa kepada Baginda. Akhirnya dia dibawa

395

Catatan Sejarah Rasulullah r

mengadap Rasulullah r. Para sahabat y memberitahu Rasulullah r bahawa
wanita itu mendakwa bahawa dia adalah kakak kepada Baginda. Rasulullah
r bertanya kepadanya, “Siapakah kamu?” Wanita tua itu menjawab, “Aku
adalah Syaima’ binti Harist. Anak perempuan Halimatus Sa’diah. Aku
adalah saudara susu kamu.” Dia menceritakan bahawa ketika Rasulullah r
menyusu dengan Halimatus Sa’diah, umurnya sudah tujuh tahun. Dialah yang
membantu ibunya menjaga Rasulullah r dan selalu mendukung Baginda.
Rasulullah bertanya wanita itu apakah dia boleh membuktikan bahawa dia
adalah anak Halimatus Sa’diah. Wanita tua itu menceritakan, “Di belakang
aku, di antara dua bahu aku ada kesan gigitan, engkau yang menggigitnya
ketika aku memikul kamu di belakang aku.” Rasulullah r bersabda, “Kamu
telah berkata benar.” Rasulullah r memuliakan dan membebaskannya.
Apabila Rasulullah r membebaskan Syaima’ as Sa’diah, semua para sahabat
y membebaskan semua tawanan mereka dari Bani Saad kerana memuliakan
Rasulullah r dan saudara susu Baginda. Rasulullah r mempelawa Syaima’
tinggal dengan Baginda tetapi dia memilih untuk bersama kaumnya setelah
dia memeluk Islam.

Di antara yang menjadi tawanan di Hunain ialah Suraqah bin Malik. Dia
salah seorang pemimpin Taif. Apabila dia ditangkap, dia menjerit minta
dilepaskan kerana dia mendakwa bahawa dia mempunyai surat keamanan
daripada Rasulullah r. Para sahabat y berasa hairan bagaimana dan bila
dia memperolehi surat keamanan itu. Lalu Suraqah mengeluarkan sekeping
tulang unta yang tertulis di situ jaminan keselamatan untuknya. Surat itu telah
ditulis oleh Sayyidina Abu Bakar t ketika Suraqah mengejar Rasulullah r
dan Sayyidina Abu Bakar t ketika berhijrah ke Madinah. Mereka membawa
surat itu kepada Rasulullah r lalu Baginda melepaskan Suraqah. Rasulullah
r bersabda, “Hari ini adalah hari menunaikan janji, hari ini hari menunaikan
janji, lepaskan dia.” Demikianlah Suraqah telah mendapat keamanan dari
surat yang diberikan kepadanya lapan tahun yang lalu. Demikianlah benarnya
janji Rasulullah r kepadanya.

Ansar Mendapat Rasulullah r

Kaum Ansar yang tidak mendapat sebarang habuan dari ghanimah Hunain
merasa diketepikan. Ada yang berkata Rasulullah r telah melupakan
mereka apabila Baginda telah diterima kembali oleh Quraisy. Sayyidina
Saad bin Ubadah t datang bertemu dengan Rasulullah r. Sayyidina Saad
t memberitahu, “Wahai Rasulullah r, para Ansar berkecil hati dengan
Rasulullah.” Baginda bertanya, “Kenapa wahai Saad?” Sayyidina Saad t
menjelaskan, “Rasulullah telah memberikan kepada semua orang kecuali
Ansar.” Rasulullah r bertanya kepada Sayyidina Saad t, “Kamu sendiri

396

Ghanimah Hunain Bab 26

wahai Saad, apakah yang kamu rasakan?” Sayyidina Saad t mengaku,
“Wahai Rasulullah, aku juga salah seorang daripada kaumku.” Apabila
Rasulullah r melihat Sayyidina Saad t juga terkesan, Baginda meminta dia
mengumpulkan semua orang Ansar. Rasulullah r mahu berdialog dengan
kaum Ansar.

Apabila seluruh kaum Ansar yang menyertai Hunain berkumpul,
Rasulullah r berucap kepada mereka. Rasulullah r bertanya, “Wahai Ansar,
bukankah aku datang kepada kamu ketika kamu dalam kesesatan dan Allah
telah memberi pertunjuk kepada kamu? Bukankah aku datang kepada kamu
ketika kamu miskin kemudian Allah telah mengkayakan kamu? Bukankah
aku datang kepada kamu dalam keadaan kamu berpecah belah sehingga Allah
satukan kamu? Bukankah aku datang kepada kamu ketika kamu dikalahkan
sehingga Allah menangkan kamu?”’

Setiap pertanyaan Rasulullah r itu dijawab oleh para Ansar, “Dari
Allah dan Rasul-Nyalah segala jasa dan pemberian! Dari Allah dan Rasul-
Nyalah segala jasa dan pemberian!” Setelah itu Rasulullah r berkata kepada
mereka, “Bercakaplah, wahai para Ansar!” Mereka menyahut, “Dari Allah
dan Rasul-Nyalah segala jasa dan pemberian!” Kemudian Rasulullah r
berkata, “Kalau kamu mahu berkata, kamu juga boleh berkata kepadaku
dan kamu benar dalam perkataan kamu itu. Kamu telah datang kepada kami
keseorangan, kamilah yang membela kamu! Kamu datang kepada kami
miskin, kamilah yang mengkayakan kamu! Kamu datang kepada kami
diburu, kamilah yang mempertahankan kamu!” Setiap ucapan Rasulullah
s.a.w ungkapkan itu mereka hanya mampu mengulang-ulang, “Dari Allah
dan Rasul-Nyalah segala jasa dan pemberian!”

Rasulullah r telah mengingatkan kepada mereka apa yang telah mereka
perolehi dari Baginda. Begitu juga, Rasulullah r sebut kepada mereka apa
yang telah Baginda perolehi daripada mereka. Seterusnya, Rasulullah r
bersabda kepada mereka:

“Apakah kamu mahu berkecil hati kepadaku terhadap sedikit dunia
yang aku berikan kepada orang lain untuk mengikat hati mereka
kepada Islam, sedangkan aku telah mempercayai kamu kerana iman
kamu?”

397

Catatan Sejarah Rasulullah r

“Apakah kamu tidak redha, orang lain pulang membawa kambing
dan unta tapi kamu pulang membawa Rasulullah r bersama kamu?”

Mereka menyahut, “Kami telah redha, kami telah redha, wahai
Rasulullah r!” sambil mereka menangis hiba dan terharu.
Apakah ada perbandingan? Orang lain pulang membawa kambing dan
unta, emas dan perak tetapi mereka kembali membawa Rasulullah r bersama
mereka. Kemudiannya Rasulullah s.a.w.berdoa kepada mereka:

“Ya Allah, rahmatilah kaum Ansar dan anak-anak kaum Ansar dan
cucu-cucu kaum Ansar! Ya Allah, musuhilah mereka yang memusuhi
kaum Ansar dan sokonglah mereka yang menyokong kaum Ansar!”
Alangkah gembiranya para Ansar y Mereka bersyukur dan terharu
dengan kata-kata Rasulullah r. Demikianlah kebijaksanaan Rasulullah r
telah memadamkan bara-bara api fitnah yang boleh memecah-belahkan
umat Islam. Demikianlah kecintaan Rasulullah r kepada kaum Ansar y.
Rasulullah r Pulangkan Semula Tawanan Hawazin
Setelah selesai pembahagian ghanimah Hunain, Rasulullah r dan tentera
Islam membuat persiapan untuk kembali ke Mekah. Sebelum Rasulullah
r bergerak dari Ja’ranah, satu perwakilan dari Hawazin dan Tsaqif telah
tiba di Ja’ranah. Orang-orang Taif merasakan mereka tidak mampu untuk
meneruskan kehidupan mereka sedangkan anak-isteri dan harta benda mereka
telah tiada. Mereka datang untuk merayu kepada Rasulullah r. Mereka
merayu, “Wahai Muhammad, kasihanilah kami. Kami tidak mempunyai
apa-apa lagi. Anak isteri kami telah diambil, harta benda kami juga telah
diambil.” Rasulullah r bersabda, “Demi Allah, aku tidak menunggu
sepanjang tempoh ini melainkan kerana aku menunggu kedatangan kamu.

398

Ghanimah Hunain Bab 26

Aku bersimpati kepada kamu. Sudah lebih dari sebulan aku menunggu
kedatangan kamu. Dua puluh hari aku mengepung kubu kamu, kamu masih
belum mahu menyerah. Kemudian aku pulang dan menunggu kamu selama
sepuluh hari di sini. Kamu tetap tidak datang juga. Sekarang setelah aku
mengagih-agihkan semuanya, barulah kamu mahu datang. Semuanya telah
dibahagikan dan telah menjadi milik orang lain.” Mereka merayu kepada
Rasulullah r supaya dikembalikan anak-isteri dan harta-benda mereka.
Akhirnya Baginda meminta mereka membuat pilihan antara anak-isteri atau
harta-benda. Mereka hanya boleh memilih salah satu sahaja. Rasulullah r
tidak boleh mengembalikan semuanya. Mereka memilih anak-isteri mereka.
Tidak mengapa mereka kehilangan harta-benda asalkan mereka dapat
kembali anak isteri mereka.

Rasulullah r meminta mereka menyampaikan sendiri hasrat mereka
itu kepada semua tentera Islam. Setelah Baginda mengumpulkan semua
tentera Islam, perwakilan Hawazin diminta berucap kepada mereka dan
menyampaikan permintaan mereka. Setelah mereka berucap, Rasulullah
r bangun dan berkata, “Adapun harta benda, ia tidak mungkin dapat
dikembalikan tetapi semua wanita dan kanak-kanak yang ada pada daku,
daku kembalikan semuanya kepada kamu.” Melihat Rasulullah r berbuat
begitu, Muhajirin pula bangun. Mereka dapat memahami bahawa Rasulullah
r mahu mereka juga membebaskan tawanan mereka. Muhajirin berkata,
“Wanita dan kanak-kanak yang ada pada kami juga dikembalikan kepada
kamu kerana memuliakan Rasulullah r.”

Selepas itu Uyaynah bin Husn pula bangun dan berkata, “Apa yang ada
pada aku tidak akan dikembalikan kepada kamu!” Selepas itu bangun pula
Abbas bin Mirdas, ketua Bani Sulaim dan berkata, “Apa yang ada pada aku
dan pada Bani Sulaim tidak akan dipulangkan kepada kamu!” Nampaknya
dia mendapat kekuatan dari pendirian Uyaynah. Selepas itu Bani Sulaim
bangun dan berkata, “Apa yang ada pada kami dikembalikan kepada kamu!”
Mereka tidak mengikut jejak langkah ketua mereka tetapi mereka mahu
memuliakan Rasulullah r. Akhirnya semua orang membebaskan wanita dan
kanak-kanak yang telah diagihkan-agihkan kepada mereka. Hanya Uyaynah
bin Husn dan Aqra’ bin Habis tidak mahu memulangkan apa yang ada pada
mereka. Rasulullah r memanggil mereka berdua dan meminta mereka
membebaskan wanita dan kanak-kanak Hawazin. Mereka tetap tidak mahu
melepaskan apa yang sudah menjadi milik mereka. Akhirnya Rasulullah
r berjanji akan menggantikan setiap apa yang mereka lepaskan. Uyaynah
bertanya apa yang Rasulullah r akan gantikan kepada mereka. Rasulullah r
menawarkan, “Setiap orang yang dibebaskan akan digantikan dengan empat
ekor unta.” Uyaynah menjawab, “Kalau begitu, aku setuju wahai Rasulullah

399

Catatan Sejarah Rasulullah r

r.” Dengan itu, semua wanita dan kanak-kanak Hawazin dibebaskan.
Walaupun begitu mereka belum mahu masuk Islam. Demikianlah hidayah
itu milik Allah I. Dialah yang memberi pertunjuk kepada siapa yang Dia
kehendaki. Peristiwa ini telah memperlihatkan betapa para sahabat y tidak
meletakkan dunia di hati mereka. Demikianlah apabila kecintaan kepada
Allah I dan takut kepada Allah I telah meresap ke dalam jiwa mereka.
Adapun Rasulullah r, jelas dunia yang melimpah-ruah itu tidak pernah
masuk langsung ke dalam hatinya. Malah Baginda dari awal lagi berniat
mahu mengembalikannya kepada Hawazin demi membeli iman mereka.
Rasulullah r bukan mahu memerangi mereka, bukan mahu merampas anak
isteri dan harta benda mereka tetapi Baginda mahu menyampaikan kebenaran
kepada mereka. Begitu jugalah para Muhajirin dan Ansar. Mereka serta-
merta menyahut seruan Rasulullah r dengan hati yang lapang. Demikianlah
keagungan Islam apabila hati-hati Muhajirin dan Ansar telah dibersihkan
dari hawa nafsu dan cinta dunia. Layaklah mereka mendapat pujian dari
Allah I sebagai sebaik-baik umat yang pernah dilahirkan ke dunia ini.

Hawazin menerima Islam

Peristiwa Rasulullah r memulangkan kembali seluruh wanita dan kanak-
kanak Hawazin yang ditawan oleh tentera Islam telah melembutkan hati
Malik bin Auf. Ketika itu Malik masih bersembunyi di kubu Layyah. Dia
takut untuk keluar daripada kubunya walaupun hanya untuk ke Taif. Dia
merasa bagaikan berada di sebuah pulau di tengah lautan. Semua kabilah di
sekelilingnya sudah menerima Islam. Akhirnya dia meminta keamanan dari
Rasulullah r untuk datang mengadap Baginda dan masuk Islam. Setelah
dia masuk Islam, Rasulullah r melantiknya memimpin sekumpulan tentera
untuk menyerang Taif. Rasulullah r mahu menguji keikhlasan iman Malik
bin Auf. Malik bin Auf telah membawa tentera itu dan menyerang Taif
sehinggalah Rasulullah r mengarahkan supaya dia berhenti. Hati-hati orang
Taif sudah digegarkan oleh kebenaran. Mereka telah menyaksikan kebaikan
Rasulullah r kepada mereka. Kini mereka melihat ketua mereka pula telah
menerima Islam. Namun kecintaan mereka kepada agama nenek moyang
mereka belum dapat dicabut dari hati mereka. Mereka sangat membesarkan
berhala Latta yang mereka anggap sebagai rabbah. ‘Rabbah’ bermaksud
tuhan wanita.

Selepas itu Rasulullah pulang semula ke Mekah. Rasulullah r berihram
di Ja’ranah dan melakukan umrah. Inilah yng dinamakan Umrah Ja’ranah.
Pada awal bulan Zulhijjah, Rasulullah r pulang semula ke Madinah. Baginda
tidak melakukan ibadah haji pada tahun itu. Mekah ditinggalkan kepada
Sayyidina Utab bin Usaid t sebagai Gabenor Mekah. Rasulullah r juga

400

Ghanimah Hunain Bab 26

meninggalkan Sayyidina Muaz bin Jabal t di Mekah untuk mengajarkan
syariat Islam kepada orang Mekah. Baginda juga melantik Sayyidina Utab
t memimpin ibadah haji pada tahun itu. Pada tahun hadapannya iaitu tahun
ke sembilan Hijriah, Baginda melantik Sayyidina Abu Bakar t memimpin
ibadah haji. Adapun pada tahun kesepuluh Hijriah Rasulullah r sendiri
memimpin ibadah haji. Ia merupakan haji yang mengiringi kewafatan
Baginda dan terkenal dengan panggilan Haji Wada’.

Apabila Urwah bin Mas’ud mengetahui apa yang telah berlaku kepada
Bani Hawazin dan kebaikan Rasulullah r, hatinya telah tertarik kepada
Islam. Dari Jerash dia terus datang ke Madinah dan masuk Islam. Memang
Rasulullah r sangat gembira dengan keislamannya. Seorang pemimpin
besar Arab telah masuk Islam. Selepas itu Urwah minta izin dari Rasulullah
r untuk berdakwah kepada kaumnya. Rasulullah r mengetahui kekerasan
Tsaqif. Baginda berkata, “Nanti mereka akan membunuh kamu.” Urwah tetap
mahu membawa kaumnya kepada kebenaran. Dia sanggup mempertaruhkan
nyawanya demi Allah I dan Rasul-Nya. Setelah berkali-kali Urwah meminta
kepada Rasulullah r, akhirnya Baginda mengizinkannya.

Orang Taif belum tahu bahawa Urwah sudah masuk Islam. Mereka
menyambut kepulangan pemimpin mereka dengan sambutan yang begitu
meriah. Sudah menjadi kebiasan orang Taif yang pulang dari musafir akan
datang mengadap Latta untuk sujud dan mengambil berkat sebelum pulang
ke rumah. Urwah bin Mas’ud tidak menziarahi Latta pada hari pertama
ketibaannya. Penduduk Taif mulai hairan melihat sikap Urwah tetapi
mereka menganggap kemungkinan Urwah terlalu letih. Selepas itu mereka
mengadakan kenduri meraikan kepulangannya. Dalam kenduri itu Urwah
telah berdakwah kepada pemimpin Tsaqif. Mereka mencaci dan mencelanya
tetapi mereka tidak berani menyakitinya kerana kedudukannya yg tinggi di
kalangan mereka. Urwah terus bersemangat untuk menyebarkan syiar Islam.
Setiap kali masuk waktu sembahyang, dia naik ke atas bumbung rumahnya
dan melaungkan azan Islam. Perbuatan Urwah itu telah menyebabkan para
pemimpin Bani Tsaqif hilang kesabaran. Mereka takut seluruh Bani Tsaqif
akan beralih kepada Islam. Akhirnya mereka memanah Urwah ketika dia
sedang azan. Demikianlah Urwah telah syahid dalam menyampaikan
dakwah Islam.

Namun selepas itu Bani Tsaqif merasa semakin tertekan. Mereka merasa
sukar untuk keluar dari Taif. Semua kawasan di sekeliling mereka telah
dikuasai oleh Islam. Akhirnya mereka sepakat untuk masuk Islam tetapi
mereka mempunyai syarat-syarat mereka yang tersendiri. Mereka menghantar
wakil mereka untuk bertemu Rasulullah r. Baginda menyambut kedatangan

401

Catatan Sejarah Rasulullah r

mereka dengan gembira. Mereka memberitahu Rasulullah r bahawa mereka
mahu memeluk Islam tetapi dengan syarat Baginda mengizinkan mereka
berzina. Rasulullah r menolaknya, “Agama yang membenarkan zina bukan
agama.” Baginda tidak boleh menerima keislaman mereka dengan syarat itu.
Mereka berbincang lagi, akhirnya mereka terima larangan berzina. Mereka
bertemu Rasulullah r lagi dan berkata, “Wahai Rasulullah r, kami akan
masuk Islam tetapi kamu mesti benarkan kami minum arak.” Rasulullah
r menjawab, “Arak telah diharamkan oleh Allah I, aku tidak akan
mengizinkannya kepada sesiapa.” Mereka berbincang lagi. Mereka datang
lagi kepada Rasulullah r. Kini mereka boleh menerima larangan minum
arak. Mereka berkata, “Wahai Rasulullah, kami akan masuk Islam tetapi
izinkan kami melakukan riba.” Rasulullah r tetap menolak syarat itu. Tiada
tolak ansur dalam perkara yang Allah I telah tetapkan. Semuanya demi
keselamatan dan kebaikan manusia sendiri. Tidak bertambah kemuliaan
Allah I kerana makhluk mentaati-Nya. Tidak berkurang kemuliaan Allah
I walaupun sedikit apabila makhluk menderhakai-Nya. Demikianlah
kesempurnaan Allah I. Kesempurnaan-Nya adalah mutlak.

Mereka datang kali keempat kepada Rasulullah r. Mereka telah dapat
menerima semua syariat Islam. Hanya satu permintaan mereka kali ini.
Mereka minta supaya Rasulullah r tidak memusnahkan Latta. Rasulullah
r tetap menolak syarat itu. Mereka berbincang lagi tetapi mereka merasa
bahawa mereka tiada pilihan lagi melainkan menerima Islam. Kedudukan
mereka dekat dengan Mekah dan Madinah malah semua kawasan sekitar
mereka sudah dikuasai oleh Islam. Akhirnya mereka datang dengan syarat
terakhir. Mereka berkata, “Kami masuk Islam, wahai Rasulullah tetapi kami
tidak mahu memusnahkan Latta. Biarlah orang lain yang memusnahkannya.
Kami tidak berani untuk memecahkan Latta.” Rasulullah r menerima
permintaan mereka. Baginda menghantar Sayyidina Amru bin al-’As t
untuk memecahkan Latta.

Setelah mereka pulang ke Taif bersama Sayyidina Amru, mereka belum
mahu mengisytiharkan keislaman mereka. Mereka berkata, “ Kalau Amru
berjaya meruntuhkan Latta, kita masuk Islam tetapi kalau Latta dapat
membunuhnya kita tidak perlu masuk Islam.” Seluruh Bani Tsaqif hadir
untuk menyaksikan bagaimana Sayyidina Amru t akan meruntuhkan tuhan
mereka. Sayyidina Amru t telah berjaya meruntuhkan Latta di hadapan
mata mereka. Runtuh dan musnahlah tuhan yang telah mereka sembah sejak
ratusan tahun. Apabila Latta telah runtuh dan musnah, semua penduduk Taif
masuk Islam. Demikianlah Allah I telah mengabulkan doa Rasulullah r.
Ketika kanak-kanak Taif melontar Baginda dengan batu ketika berdakwah
di sana, Baginda telah berdoa, “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku
kerana mereka tidak mengetahui.” Apabila Jibril a menawarkan untuk

402

Ghanimah Hunain Bab 26
memusnahkan Taif kerana keengkaran mereka, Rasulullah r berdoa agar
Allah I melahirkan dari keturunan mereka generasi yang akan menerima
Islam. Dengan keislaman Bani Tsaqif, semua kabilah besar di Tanah Arab
telah menerima Islam.

403

Bab 27

Tahun Perwakilan

Tahun Perwakilan

Menjelang tahun kesembilan Hijriah, kesemua kabilah besar di Jazirah Arab
telah menerima Islam. Malah semua berhala yang besar telah dimusnahkan.
Kepercayaan kepada berhala terlebih dahulu telah dimusnahkan oleh
Rasulullah r dari hati mereka. Sebab itulah apabila fizikal berhala
dimusnahkan, Islam terus jatuh ke dalam hati mereka. Pada tahun ini tidak
putus-putus perwakilan demi perwakilan daripada pelbagai kabilah Arab
datang menyatakan keislaman mereka kepada Rasulullah r. Demikianlah
tahun kesembilan Hijriah dinamakan ‘A’mul Wufud’ iaitu Tahun
Perwakilan.

Di antara perwakilan yang telah datang ke Madinah ialah perwakilan
Bani Tamim. Bani Tamim adalah kabilah Arab yang terkenal gagah dan
mahir dalam berperang. Mereka sampai di Madinah ketika waktu tengah
hari. Mereka terus menuju ke rumah Rasulullah r dan menjerit, “Wahai
Muhammad, keluar kepada kami! Wahai Muhammad, keluar kepada kami!”
Seperti lazimnya kaum badwi, mereka menjerit dengan suara yang kuat.
Jeritan mereka telah mengejutkan Rasulullah r. Jarang-jarang orang menjerit
pada waktu qailulah. Baginda keluar melihat mereka. Mereka berkata, “Kami
mahu bertanding khutbah dan syair dengan kamu!” Begitulah kebiasaan Arab
Jahiliyah. Mereka suka bertanding syair dan khutbah terutama dalam memuji
kaum masing-masing. Rasulullah r melayani mereka dengan baik. Baginda

404

Tahun Perwakilan Bab 27
kumpulkan orang ramai di masjid. Mereka membawa khatib dan penyair
mereka. Rasulullah r juga memanggil khatib dan penyair Rasulullah r.
Khatib mereka bangun dan berkhutbah memuji-muji Bani Tamim. Selepas itu
Rasulullah r minta Sayyidina Tsabit bin Qais t membalas khutbah mereka.
Dia pun bangun dan berkhutbah. Di dalam khutbahnya, dia menerangkan
Islam dan berdakwah kepada Islam. Kemudian dia berkata, “Apakah ada
kemuliaan dan kemegahan yang lebih besar daripada Rasulullah r berada
bersama-sama dengan kami. Apakah ada kemuliaan dan kemegahan yang
lebih besar daripada orang yang mati dari kalangan kami masuk syurga?”
Bani Tamim telah bermegah-megah dengan nasab mereka. Sayyidina Tsabit
bermegah-megah dengan Rasulullah r, dengan akhirat, dengan syurga dan
dengan Islam. Bani Tamim akhirnya mengakui, “Khatib kamu lebih baik
dari khatib kami.”

Selepas itu bangun pula penyair mereka yang bersyair sambil memuji-
muji Bani Tamim. Rasulullah r memerintahkan Sayyidina Hasan bin
Tsabit t menjawab syair mereka. Sayyidina Hasan t bangun dan bersyair
seperti syair Bani Tamim tetapi dia memuji-muji Rasulullah r, Muhajirin
dan Ansar serta menerangkan tentang Islam, syurga dan akhirat. Mereka
mengakui, “Penyair kamu lebih baik daripada penyair kami.” Ketika itu
semua anggota perwakilan Bani Tamim memeluk Islam. Kepada merekalah,
telah turun wahyu.

405

Catatan Sejarah Rasulullah r

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-
mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau
kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara
kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara
(dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah
kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya
yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak
hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. Sesungguhnya
orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di
sisi Rasulullah, merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah
hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala
yang besar. Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar
bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka
tidak mengerti (adab dan tata tertib). Dan kalaulah mereka bersabar
menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara
yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Hujurat: 1-5)

Selepas itu datang perwakilan dari Bani Amir yang dipimpin oleh Amir
bin Tufail dan Arbid bin Qais. Mereka inilah yang telah membunuh empat
puluh orang sahabat y yang dihantar oleh Rasulullah r kepada mereka.
Sekarang mereka datang untuk masuk Islam. Sebenarnya Amir bin Tufail
dan Arbid bin Qais tidak mahu menerima Islam tetapi kaum mereka
mendesak mereka supaya menerima Islam kerana semua orang sudah masuk
Islam. Mereka sebenarnya terpaksa oleh desakan kaum mereka. Sebelum
memasuki Madinah, Amru telah berbincang dengan Arbid. Amru berkata,
“Demi Allah, aku tidak mahu masuk Islam!” Arbid juga begitu, “Aku juga
tidak mahu masuk Islam!” Amru mencadangkan, “Kalau begitu, aku akan
menyibukkan Muhammad. Ketika itu, engkau tikam dia dengan pedang!”
Mereka merancang untuk membunuh Rasulullah r. Oleh kerana perwakilan
yang datang dari kalangan pemimpin, para pengawal tidak mengambil
senjata dari mereka. Mereka boleh masuk bertemu Rasulullah r dengan
bersenjata. Ketika itu Rasulullah r sudah tidak menggunakan pengawal
khas lagi. Namun ada sahabat t yang bersama dengan Baginda dalam
majlis itu.

Apabila perwakilan Bani Amir berada bersama Rasulullah r, Amir telah
meminta untuk bercakap empat mata dengan Baginda. Dia mahu mencari
peluang untuk membunuh Rasulullah r. Baginda menolaknya, “Tidak boleh,
kecuali setelah kamu beriman dengan Allah I yang tiada sekutu itu.” Berkali-

406

Tahun Perwakilan Bab 27

kali Amir mengulangi permintaanya kepada Rasulullah r tetapi Baginda
tidak melayan permintaannya. Dia melakukan semua itu agar Arbid dapat
menikam Rasulullah r. Telah terbuka kepada Arbid beberapa kali peluang
untuk dia menikam Rasulullah r tetapi dia tidak berjaya melakukannya.
Sehinggalah Rasulullah r menoleh kepada Amir sedangkan Arbid sudah
berada di belakang Baginda. Amir terus cuba menyibukkan Rasulullah r
dengan permintaannya yang tidak beradab. Dia menunggu bilakah Arbid
akan menikam Rasulullah r tetapi Arbid seperti tidak dapat bergerak.
Selepas itu, Amir mengugut mahu memerangi Rasulullah r. Baginda sedikit
pun tidak mengendahkan kata-katanya. Akhirnya Amir berkata, “Demi
Allah, aku tidak akan masuk Islam!” lalu dia keluar dari majlis Rasulullah r.
Semuanya perwakilan Bani Amir keluar bersama-sama dengannya. Mereka
terus meninggalkan Madinah. Dalam perjalanan itu, Amir memegang Arbid
dan berkata, “Demi Allah, tiada siapa pun di kalangan Arab seluruhnya yang
aku takuti melainkan kamu. Kenapa kamu tidak menikamnya ketika aku telah
menyibukkannya? Apakah kamu sudah menjadi seorang yang penakut?”
Arbid menjawab, “Wahai Amir, setiap kali aku mahu menikamnya, kamu
datang duduk di antara aku dan dia. Bagaimana aku mahu menikamnya?”
Amir terkejut lalu berkata, “Bukankah aku berada jauh dari kamu?” Arbid
menafikannya, “Demi Allah, setiap kali aku mahu menikamnya, aku melihat
kamu ada di hadapan aku. Apakah kamu mahu kalau aku tikam kamu?”
Demikianlah Allah I memelihara Rasul-Nya. Firman Allah I:

“Dan Allahlah yang memelihara kamu daripada manusia.”
(Surah al-Maidah: 67)

Rasulullah r pernah mengadakan pengawal khas mengawal Baginda.
Namun selepas Allah I memberi jaminan bahawa Allahlah yang akan
memelihara Baginda, Rasulullah r tidak lagi menggunakan pengawal khas.

Hukuman Tuhan Terhadap Pengkhianat

Dalam perjalanan pulang perwakilan Bani Amir singgah di penempatan
Bani Salul. Bani Salul adalah kabilah yang terkenal suka melakukan
pengkhianatan. Semua kabilah Arab menghina mereka tetapi Bani Salul
bersahabat dengan Bani Amir. Amir bin Tufail menjadi tetamu di salah
sebuah rumah Bani Salul. Apabila dia bangun pagi, dia mendapati lehernya
mengalami bengkak teruk. Ketika itu dia merasa ajalnya sudah tiba. Dia
berkata kepada dirinya, “Alangkah malang nasib aku, aku mati kerana
penyakit bukan mati di medan perang malah aku akan mati di rumah salah

407

Catatan Sejarah Rasulullah r

seorang dari Bani Salul. Nanti semua bangsa Arab akan mengaibkan aku.”
Selepas itu dia memanggil pengikutnya supaya mereka mempersiapkan
kudanya dengan senjata. Dia minta mereka mengangkatnya ke atas kuda.
Selepas itu dia bermain senjata seorang diri di atas kudanya sehinggalah
dia jatuh dari kuda dan mati. Begitulah yang Allah I perlakukan kepada
seorang yang telah mengkhianati empat puluh orang sahabat Rasulullah r.

Apabila perwakilan Bani Amir sampai kepada kaum mereka, orang
ramai yang mahukan Islam menyambut mereka dengan berbagai pertanyaan
tentang apa yang berlaku sepanjang mereka bersama Rasulullah r. Mereka
mahu mengetahui apakah pesanan Rasulullah r kepada mereka. Ketika itu
Arbid bin Qais yang menggantikan Amir menjadi ketua mereka berkata,
“Katanya Muhammad ada Tuhan, kalaulah Tuhan Muhammad itu ada di
sini nescaya aku akan memanahnya dan aku akan bunuh dia dengan panah
aku!” Sungguh kurang ajar Arbid kepada Allah I. Selepas itu dia memacu
untanya ke atas satu kawasan tinggi untuk mencabar Allah I. Tiba-tiba langit
memanahkan petir membakar Arbid dan untanya. Demikianlah balasan
terhadap orang yang sombong dan takabbur kepada Allah I. Terhadap
Arbid turun ayat al-Quran:

“Allahlah yang menghantar petir yang mengenai siapa yang Dia
kehendaki dalam keadaan mereka itu berjidal tentang Allah.”
(Surah ar-Ra’du: 13)

Menyaksikan kejadian yang menimpa Amir dan Arbid, seluruh Bani
Amir beriman kepada Allah I dan Rasul-Nya.


Tidak lama selepas itu, tiba di Madinah satu perwakilan besar dari Bani
Abdu Qais. Mereka semua bersemangat untuk masuk Islam. Apabila mereka
sampai di Madinah, semua orang berebut-rebut untuk sampai dahulu kepada
Rasulullah r. Mereka meninggalkan semua kenderaan dan barang-barang
mereka. Bahkan mereka tidak sempat mengikat tunggangan mereka. Ada
seorang di kalangan mereka yang bijaksana. Dia dikenali sebagai Ahnaf. Dia
berhenti dengan tenang, setelah dia menambat tunggangannya dan setelah
dia menyusun barang-barangnya, barulah dia datang mengadap Rasulullah
r. Ketika itu kaumnya semuanya telah masuk Islam. Dia pun masuk Islam di
tangan Rasulullah r. Baginda gembira melihatnya. Rasulullah r bersabda:

408

Tahun Perwakilan Bab 27

“Wahai Ahnaf, pada diri kamu ada dua sifat yang disukai oleh Allah
I dan Rasul-Nya.” Ahnaf bertanya, “Apakah dia, wahai Rasulullah?”
Rasulullah r menjawab, “Lemah lembut dan bertenang.”

Sayyidina Ahnaf t dikatakan mempunyai seorang jariah. Pada satu
hari jariahnya membawa air panas dan tertumpah di atas anak kecilnya.
Air panas itu telah menyebabkan kematian anak kecilnya tetapi Sayyidina
Ahnaf t tidak sedikitpun memarahi jariahnya. Sayyidina Ahnaf t bertanya
Rasulullah r, “Apakah dua sifat ini aku yang usahakan?” Rasulullah r
memberitahunya, “Allah I telah memfitrahkannnya pada diri kamu.”
Sayyidina Ahnaf t berkata, “Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah
yang telah memfitrahkan aku diatas dua sifat yang disukai oleh Allah dan
Rasulnya.” Selepas itu seluruh Bani Abdu Qais masuk Islam.

Musailamah Sang Pendusta

Seterusnya, perwakilan dari Yamamah pula sampai ke Madinah. Mereka
adalah Bani Hanifah yang mempunyai kekuatan seratus ribu orang tentera.
Perwakilan ini diketuai oleh Musailamah. Mereka berhenti dan berkhemah
di luar Madinah. Setelah itu semua perwakilan Bani Hanifah masuk bertemu
dengan Rasulullah r kecuali Musailamah. Dia terpaksa datang sekali demi
menjaga hati pengikutnya sedangkan dia tidak mahu masuk Islam. Setelah
bertemu dengan Rasulullah r, semua perwakilan Bani Hanifah masuk
Islam. Rasulullah r memuliakan mereka dan memberikan hadiah kepada
setiap orang. Mereka memberitahu, “Ada salah seorang dari kami tidak hadir
ke sini dengan kami.” Rasulullah r bersabda, “Kalau dia menjaga barangan
kamu, tentu dia bukan orang yang jahat di kalangan kamu. Maka ambil
hadiah ini untuknya.” Mereka pulang membawa hadiah dari Rasulullah
r kepada Musailamah. Mereka juga memberitahu Musailamah apa yang
Rasulullah r katakan tentang dirinya. Musailamah menjawab, “Lihatlah,
Muhammad memuji aku!” Selepas itu dia mengikuti kaumnya masuk
ke Madinah dan duduk-duduk di Masjid Nabawi. Mereka berbual di situ
sambil Musailamah bersandar ke dinding rumah Baginda. Memang rumah
Rasulullah r bersambung dengan masjid.

Bani Hanifah bertanya pada Musailamah, “Bilakah kamu akan
masuk Islam?” Musailamah berhujah, “Sekiranya Muhammad mahu

409

Catatan Sejarah Rasulullah r

menyerahkan kepimpinan kepadaku selepasnya, aku akan masuk Islam.”
Ketika itu Rasulullah r keluar dari rumah Baginda dan mendengar kata-
kata Musailamah itu. Lalu Rasulullah r mengambil seekor semut kecil
dari lantai dan berkata, “Demi Allah, kalau kamu minta semut ini daripada
daku nescaya daku tidak akan memberikannya kepada kamu. Demi Allah,
daku tidak melihat kamu melainkan seorang pendusta. Kamulah yang telah
diperlihatkan kepada aku dalam tidurku. Kalau kamu berpaling, pasti Allah
I akan mengazab kamu!” Selepas itu perwakilan Bani Hanifah pulang ke
Yamamah. Semua mereka telah masuk Islam kecuali Musailamah.

Selepas kejadian itu para sahabat y bertanya kepada Rasulullah r, apa
yang Baginda lihat dalam mimpi itu. Rasulullah r menceritakan, “Daku
melihat dalam mimpiku seluruh harta-benda dunia diserahkan kepada aku.
Kemudian aku mendapati di tanganku ada dua gelang emas. Daku merasa benci
kepada dua gelang itu lalu daku hembuskan dua gelang itu sehingga kedua
gelang itu terbang.” Para sahabat y bertanya, “Apakah tafsiran Rasulullah r
kepada dua gelang itu?” Rasulullah r bersabda, “Aku tafsirkan dua gelang
emas itu adalah dua orang pendusta yang akan keluar di Semenanjung Arab
mengaku menjadi Nabi dan Allah I akan mengazab mereka.” Memang
benar, selepas itu telah muncul dua orang pendusta mengaku menjadi Nabi
sebelum kewafatan Rasulullah r lagi. Mereka berdua ialah Musailamah di
Yamamah dan Aswad bin Unsi di Yaman. Kedua-duanya telah dihancurkan
oleh Allah I selepas kewafatan Rasulullah r dalam peperangan tentera
Islam menghadapi orang yang murtad.

Setelah pulang ke Yamamah, Musailamah menghantar surat kepada
Rasulullah r, “Daripada Musailamah Rasulullah kepada Muhammad
Rasulullah. Sesungguhnya aku dilantik menjadi Rasul bersama kamu. Untuk
kamu separuh daripada bumi dan untuk aku pun separuh daripada bumi
tetapi Quraisy adalah satu kaum yang zalim.”

Rasulullah r telah menjawab suratnya:

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Dari Muhammad Rasulullah r kepada Musailamah al Kazzab
(Musailamah Sang Pendusta.) Kesejahteraan kepada mereka yang
mengikut petunjuk. Seterusnya bumi ini adalah kepunyaan Allah I.
Allah I akan mewariskannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dari
kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahan itu adalah untuk orang yang
bertaqwa.”

Musailamah menjadi semakin mendapat tempat selepas seorang sahabat

410

Tahun Perwakilan Bab 27

Rasulullah r murtad. Lelaki dari Bani Hanifah itu dikenali sebagai Nahar.
Setelah dia masuk Islam, dia terus menetap di Madinah untuk mempelajari
Islam dan menghafal al Quran dari Sayyidina Ubai bin Ka’ab t. Akhirnya
dia menjadi seorang yang mahir dalam agama Islam dan menghafal al-
Quran. Pernah Sayyidina Abu Hurairah t bercerita, “Satu ketika aku duduk
dengan Nahar dan seorang lagi sahabat Ansar. Rasulullah r lalu berhampiran
kami sambil berkata, “Bahawa salah seorang daripada kamu adalah ahli
neraka. Gigi kapaknya sebesar Jabal Uhud.” Abu Hurairah menyambung
lagi, “Aku sangat cemas terhadap kata-kata Rasulullah r itu. Selepas itu
sahabat Ansar t itu mati dan dia mati di dalam Iman. Aku semakin cemas
kerana hanya tinggal aku dan Nahar sedangkan Nahar adalah seorang ahli
ibadah, mendalami Islam dan menghafal al-Quran. Aku takut akulah yang
Rasulullah r maksudkan.”

Selepas itu Rasulullah r telah menghantar Nahar pulang kepada Bani
Hanifah untuk mengajarkan Islam kepada mereka. Apabila dia sampai di
Bani Hanifah, Musailamah terus memanggilnya. Musailamah memujuknya,
“Kalau kamu memberitahu orang ramai bahawa aku adalah Nabi, aku
akan melantik kamu menjadi pembantu aku.” Nahar seorang yang miskin
telah mendapat tawaran menjadi Timbalan Ketua Kabilah. Pada waktu
itu Ketua Kabilah bagaikan Ketua Negara. Nahar telah tertarik dengan
tawaran lumayan daripada Musailamah. Dia telah bersetuju menerima
tawaran Musailamah. Dunia telah menipu dan memperdayanya. Apabila
dia bertemu dengan orang ramai sama ada yang Islam ataupun yang bukan
Islam, dia memberitahu mereka, “Rasulullah r memberitahu kami bahawa
Musailamah ini juga Nabi sepertinya.” Ketika itu orang yang telah Islam
murtad kembali di tangan Nahar. Bermulalah Bani Hanifah beriman dengan
Musailamah sebagai seorang Nabi dengan perbuatan Nahar.

Adi Bin Hatim at Taiy

Selepas itu Madinah didatangi oleh Adi bin Hatim at Taiy. Dia adalah anak
kepada Hatim at Taiy, seorang tokoh Arab yang terkenal paling pemurah
di zamannya. Sebelum itu Rasulullah r telah menghantar tentera Islam
membawa mesej kebenaran kepada Bani at Taiy. Apabila melihat Islam
semakin tersebar, Adi at-Taiy merasa takut. Dia berpesan kepada rahib di
rumah ibadah Nasrani yang terletak dalam perjalanan dari Madinah ke Bani
Taiy supaya memberitahunya segera apabila mereka melihat kedatangan
tentera Islam. Dia telah mempersiapkan kenderaan dan semua keperluannya
untuk melarikn diri ke Syam. Apabila dia mendapat berita kedatangan tentera
Islam, dia terus lari membawa harta dan anak isterinya. Tentera Islam telah
berjaya menundukkan Bani at Taiy. Sebahagian dari mereka dapat melarikan

411

Catatan Sejarah Rasulullah r

diri dan sebahagian lagi ditawan oleh tentera Islam. Antara yang ditawan
ialah adik perempuan Adi. Tawanan Bani at Taiy dibawa ke Madinah dan
dikurung ditempat khas di hadapan masjid. Setiap kali Rasulullah r lalu di
situ, perempuan itu akan bercakap kepada Rasulullah r, “Wahai Muhammad,
aku adalah puteri Hatim at Taiy. Ayah aku telah mati dan warisku telah lari.
Kasihanilah aku dan muliakanlah aku.” Rasulullah r bertanya, “Siapakah
waris kamu?” Perempuan itu menjawab, “Saudaraku Adi at Taiy.” Rasulullah
r bertanya lagi, “Adi yang telah lari dari Allah dan Rasul-Nya?” Keesokan
paginya, apabila Rasulullah r lalu di hadapan mereka, puteri Hatim at Taiy
itu bercakap lagi kepada Baginda. Pada hari yang ketiga, apabila Rasulullah
r lalu di hadapan mereka, puteri Hatim at Taiy sudah tidak mahu bercakap
lagi. Ketika itu Sayyidina Ali ada bersama dengan Rasulullah r. Puteri
Hatim at Taiy menceritakan kemudiannya, “SayyidinaAli memberi isyarat
kepada aku supaya aku bangun bercakap. Aku pun bercakap lagi seperti
semalam.” Rasulullah r juga menjawab dengan jawapan yang sama tetapi
kali ini Baginda menyambung lagi, “Adapun kamu, kami bebaskan, begitu
juga Adi kalau dia datang kepada kami nescaya kami akan memuliakannya.”

Puteri at Taiy masuk Islam dan berkata, “Wahai Rasulullah r, kalau
ada kafilah yang pergi ke Syam aku mahu pergi mencari saudaraku di
sana.” Selepas itu, apabila ada kafilah menuju ke Syam, Rasulullah r
telah mengirimkan perempuan itu bersama kafilah Syam. Apabila dia
melihat Adi bin Hatim, dari jauh lagi dia terus menjerit, “Wahai orang
yang zalim, apakah kamu lari dengan anak isteri kamu meninggalkan kami
semua?” Dia melepaskan kemarahannya terhadap sikap penakut dan tidak
bertanggungjawab Adi sebagai seorang Ketua Kabilah. Adi memang merasa
bersalah di atas perbuatannya meninggalkan saudara-mara dan pengikutnya.
Lalu dia meminta maaf kepada adiknya. Perempuan itu telah mengambil
peluang itu untuk berdakwah kepada abangnya. Dia berkata kepada Adi,
“Wahai Adi, aku datang kepada kamu dari sisi semulia-mulia manusia.” Adi
mengetahui bahawa adiknya adalah seorang yang cerdik, dia merasa apa
salahnya dia meminta pandangan adiknya dalam hal ini. Adi bertanya kepada
adiknya apa yang harus dia buat. Adiknya menjelaskan, “Muhammad itu
tidak lain dari dua orang, sama ada dia seorang Nabi atau dia seorang Raja.
Seluruh Semenanjung Arab telah tunduk kepadanya. Kalau dia seorang
Nabi, bersahabat dengannya adalah kemuliaan yang paling besar. Kalau
dia seorang raja, demi Allah, aku datang dari seorang manusia yang paling
pemurah. Kamu tidak akan miskin daripada pemberiannya.”

Adi berkata, “Ini satu pandangan yang baik!” Adi bersetuju untuk
pergi mengadap Rasulullah r di Madinah. Baginda telah menyambut
kedatangannya dengan sambutan istimewa malah Baginda cukup gembira.

412

Tahun Perwakilan Bab 27

Adi berkata, “Aku mahu melihat, apakah dia seorang Nabi atau seorang
Raja.” Seterusnya Adi bercerita: “Rasulullah r menjemput aku ke
rumahnya. Dalam perjalanan ke rumahnya kami diiringi oleh salah seorang
pemimpin Arab yang dihormati. Di pertengahan jalan, seorang wanita
tua datang memegang tangan Rasulullah r dan meminta sesuatu. Wanita
tua itu berkata, “Aku mahu memberitahu kamu sesuatu.” Rasulullah r
meninggalkan aku dan melayani wanita tua itu selama satu jam. Aku berdiri
menunggu Rasulullah r. Aku berkata kepada diriku, seorang raja tidak akan
berbuat begini. Ini bukan akhlak para raja tapi ini akhlak para Nabi. Dia
melayan pembesar dan melayan orang ramai dengan layanan yang sama.
Kemudian kami terus berjalan sehingga kami sampai ke rumah Rasulullah
r. Apabila aku masuk ke dalam rumah Baginda, aku mendapati rumahnya
kosong. Yang ada hanya sehelai tikar dan sebiji bantal. Aku berkata ini bukan
rumah seorang raja tetapi ini rumah seorang Nabi. Apabila aku mahu duduk,
Rasulullah r menghulurkan bantal kepada aku supaya aku duduk di atas
bantal. Aku hulurkan semula kepada Baginda supaya Baginda yang duduk di
atas bantal. Baginda memulangkan bantal kepada aku semula. Akhirnya aku
yang duduk di atas bantal sedangkan Rasulullah r duduk di atas lantai. Aku
berkata, seorang raja tidak akan berbuat begitu. Ini adalah akhlak seorang
Nabi. Kemudian Rasulullah r bertanya kepada aku soalan yang tidak
pernah aku jangka. Rasulullah r bertanya, “ Wahai Adi, bukankah kamu
menganut Rakusiah?” Aku semakin hairan kerana Rakusiah adalah satu
agama yang sudah pupus. Rakusiah ialah agama yang menggabungkan di
antara ajaran Yahudi dan ajaran Nasrani. Aku telah menganut agama ini dari
hasil pembacaanku. Tiada sesiapa pun mengetahui bahawa aku menganut
Rakusiah, malah anak isteri aku juga tidak mengetahuinya. Semua orang tahu
bahawa aku menganut agama Nasrani. Aku menjawab, “Benar.” Seterusnya
Baginda bertanya lagi, “Wahai Adi, bukankah kamu memungut cukai dari
kaum kamu?” Aku mengaku, “Benar.” Kemudian Rasulullah r bertanya
lagi, “Bukankah cukai itu haram menurut agama Rakusiah?” Aku semakin
hairan, bagaimana Baginda mengetahui hukum-hakam ajaran Rakusiah yang
sudah pupus. Malah Baginda mengetahui aku telah melakukan sesuatu yang
haram di sisi agamaku. Ketika itu juga, aku mengucapkan, “ Aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkaulah Rasulullah r.”

Adi menyambung lagi ceritanya, “Selepas itu kami pergi ke masjid
dan bersembahyang. Dalam sembahyang itu Rasulullah r membaca ayat
yang menceritakan perihal orang Nasrani mengambil para rahib mereka
sebagai tuhan mereka. Selepas sembahyang, aku datang berdialog dengan
Baginda. Aku bertanya, “Wahai Rasulullah r, kenapa kamu mengatakan
kami mengambil rahib sebagai tuhan kami sedangkan kami menyembah
Isa, bukan rahib!” Rasulullah r bersabda, “Wahai Adi, bukankah mereka

413

Catatan Sejarah Rasulullah r

itu boleh mengharamkan perkara yang halal kepada kamu dan boleh
menghalalkan perkara yang haram kepada kamu?” Rasulullah r menjelaskan
lagi, “Itulah ibadah kamu kepada mereka. Bukankah ibadah itu tidak hanya
pada sujud tetapi termasuk di dalam ibadah ialah mentaati hukum. Mereka
telah membuat hukum yang bertentangan dengan hukum Allah I dan orang
Nasrani mentaatinya. Barangsiapa yang membuat hukum selain dari hukum
Allah I artinya dia telah menyekutukan Allah I dengan selain-Nya dalam
hal membuat hukum. Sedangkan membuat hukum itu hanya hak mutlak
Allah I. Barangsiapa mentaati hukum yang dicipta oleh selain Allah I, dia
seolah-olah menjadikan pembuat hukum itu seperti Allah I. Mereka telah
jatuh syirik!”

Adi menceritakan lagi, “Kemudiannya Rasulullah r berkata lagi
kepadaku, “Wahai Adi, mungkin yang menghalang kamu dari Islam ialah
kamu melihat orang Islam miskin dan orang kafir kaya. Demi Allah, Demi
Allah, pasti akan berlaku kekuatan Islam nanti, sehingga harta melimpah-
ruah. Ketika itu orang yang membawa zakatnya dari emas dan perak dengan
kenderaan akan mencari orang yang mahu menerimanya tetapi tidak ada
orang yang mahu menerimanya. Mungkin juga yang menghalang kamu dari
Islam wahai Adi, apabila kamu melihat orang Islam sentiasa menghadapi
peperangan dan ketakutan. Demi Allah, akan berlaku nanti, perempuan
boleh bermusafir sendirian dari Qadisiyah, Iraq ke Ka’bah dengan selamat.
Mungkin juga yang menghalang kamu, wahai Adi apabila kamu melihat
orang Islam tinggal di khemah dan rumah yang daif. Demi Allah, Allah I
akan memenangkan agama ini sehingga kamu akan melihat seluruh istana
Babil jatuh ke tangan mereka.” Adi mengucapkan, “ Demi Allah, aku telah
diberi umur panjang sehingga aku dapat melihat istana-istana Babil jatuh ke
tangan Islam dan aku dapat melihat perempuan bermusafir sendirian dari
Qadisiyah ke Baitullah dengan selamat. Walaupun aku belum melihat perkara
yang ketiga tetapi aku yakin bahawa perkara yang ketiga juga pasti berlaku.”
Demikianlah Rasulullah r memperlakukan kepada Adi demi membawanya
kepada kebenaran. Dengan Islamnya Adi, seluruh Bani at Taiy telah masuk
Islam. Selepas itu Bani Uzdi dari Yaman juga masuk Islam.

Sayyidina Abu Bakar t Mengetuai Ibadah Haji

Pada tahun kesembilan Hijriah ini juga, Rasulullah r melantik Sayyidina
Abu Bakar t untuk mengetuai umat Islam melaksanakan ibadah Haji.
Sebahagian daripada sahabat y menyertai kafilah haji Sayyidina Abu
Bakar t. Semasa Saiyyidina Abu Bakar t dalam perjalanan dari Madinah
untuk ke Mekah telah turun wahyu mengandungi beberapa hukum baru
yang mesti disampaikan segera kepada semua umat Islam khususnya yang

414

Tahun Perwakilan Bab 27
mahu mengerjakan haji. Rasulullah r merasakan panduan wahyu itu mesti
disampaikan oleh ahli keluarga Baginda sendiri. Oleh itu Baginda telah
menghantar Sayyidina Ali untuk menyampaikannya kepada kafilah haji
Sayyidina Abu Bakar t dan kepada umat Islam di Mekah.

SayyidinaAli segera mengejar kafilah SayyidinaAbu Bakar t.Apabila
tiba, Sayyidina Abu Bakar t bertanya apakah Rasulullah r menghantar
Sayyidina Ali untuk mengambil alih tugasnya atau sebagai pembantu.
Sayyidina Ali menerangkan bahawa Rasulullah r menghantarnya untuk
membantu Sayyidina Abu Bakar t terutama untuk menyampaikan ayat-
ayat al-Quran yang baru turun dan mengandungi hukum-hakam yang baru.
Selepas itu, Sayyidina Abu Bakar t akan memanggil Sayyidina Ali untuk
menyampaikan pesanan Baginda setiap kali dia mengadakan majlis dengan
umat Islam. Begitu juga selepas Sayyidina Abu Bakar t menyampaikan
Khutbah Haji di Padang Arafah, dia memanggil Sayyidina Ali untuk
menyampaikan pesanan Rasulullah r. Sayyidina Ali menyatakan, “Aku
mendapati ada orang yang tidak hadir dalam khutbah, maka aku pergi
mendapatkan mereka dan aku sampaikan pesanan Rasulullah r.” Ayat-ayat
tersebut adalah muqaddimah daripada surah at- Taubah:

415

Catatan Sejarah Rasulullah r

(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian)
dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu
mengikat perjanjian setia (dengan mereka). Oleh itu hendaklah kamu
(hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama
empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab
seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina
orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab
seksa di akhirat). Dan inilah perisytiharan dari Allah dan Rasul-Nya
kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang
terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan
tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu
(wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian
adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka
ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari
(azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada
orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang
tidak terperi sakitnya. Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian
setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak
mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong
seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada
mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya
Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. Kemudian apabila
habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah
orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan
tawanlah mereka, dan juga kepunglah mereka, serta tunggulah mereka
di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat
(dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat,
maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah at-Taubah: 1-5)

Dalam wahyu ini Allah I mengisytiharkan dua pilihan kepada orang
kafir yang berada di bawah pemerintahan Islam di Semenanjung Arab, sama
ada mereka masuk Islam atau mereka terpaksa meninggalkan Semenanjung
Arab. Kabilah Arab yang mempunyai perjanjian dengan Rasulullah r,
diberikan masa sehingga tamat tempoh perjanjian. Adapun kepada orang-
orang yang tidak termasuk di dalam perjanjian keamanan dengan Rasulullah

416

Tahun Perwakilan Bab 27
r, mereka diberi tempoh selama empat bulan untuk membuat pilihan samada
memeluk Islam atau meninggalkan Semenanjung Arab. Selepas tempoh itu,
orang bukan Islam yang masih berada di dalam kawasan pemerintahan Islam
akan menghadapi hukuman mati. Namun bukan Islam dari luar Semenanjung
Arab yang datang untuk mengetahui tentang Islam diberi jaminan keamanan
untuk mereka mempelajari Islam. Selepas tempoh itu, tiada lagi jaminan
kepada mereka. Sudah sampai masanya Allah I mahu membersihkan
Semenanjung Arab dari kekufuran dan syirik.

Tugas Sayyidina Ali ialah mengisytiharkan dan memberi penerangan
tentang hukum-hakam baru yang terkandung dan terbit dari wahyu yang
baru itu. Selain itu Sayyidina Ali juga ditugaskan untuk menyampaikan
beberapa panduan dan peraturan Islam yang lain. Sayyidina Ali pun
menyampaikan bahawa:

Tidak akan masuk syurga kecuali hati yang beriman

Tidak dibenarkan lagi orang yang tidak berpakaian tawaf di Ka’bah

Sesiapa yang mempunyai perjanjian dengan Rasulullah r,
perjanjiannya akan disempurnakan sehingga tamat tempohnya

Kaum Musyrikin tidak dibenarkan lagi mengerjakan haji selepas
tahun ini

Sesiapa yang tidak mempunyai perjanjian dengan Rasulullah r dia
diberi tempoh empat bulan

417

Catatan Sejarah Rasulullah r

Demikianlah, setelah lebih dua puluh tahun Rasulullah r berjuang untuk
menyampaikan kebenaran kepada bangsa Arab dengan penuh kasih sayang
dan bijaksana, Allah I telah memberikan kemenangan kepada Islam. Telah
terang dan nyata kebenaran, keadilan dan keselamatan yang dibawa oleh
Islam, maka sampailah masanya untuk bangsa Arab untuk tunduk kepada
Allah I dan Rasul-Nya. Sekiranya mereka masih berdegil maka Allah I
akan bertindak terhadap mereka.

Perwakilan Bani Saad

Selepas itu datang seorang lelaki mewakili Bani Saad bin Bakar. Dia
dikenali sebagai Dhumam bin Sa’labah dan terkenal sebagai seorang ahli
firasat. Dia mempunyai kemampuan untuk membaca wajah manusia. Dari
wajah seseorang dia sudah dapat mengetahui samada orang itu benar atau
berbohong. Kaumnya sangat meyakininya kerana sepanjang pengalaman
mereka firasat Dhumam tidak pernah tersasar. Sebab itulah mereka
menghantar Dhumam untuk bertemu dengan Rasulullah r. Penilaian
Dhumamlah akan menentukan samada Bani Saad akan menerima Islam
atau tidak. Ketika Dhumam sampai di Madinah, Rasulullah r dan para
sahabat y sedang berada di dalam masjid. Oleh kerana Dhumam tidak
dapat mengenali Rasulullah r, dia bertanya,“Siapakah di kalangan kamu
cucu Abdul Mutalib?” Rasulullah r menjawab, “Dakulah cucu Abdul
Mutalib.” Dhuman berkata, “Wahai Muhammad, sesungguhnya aku mahu
bertanya kepada kamu dan aku akan berkeras dengan kamu, maka kamu
sabarlah dengan aku.” Rasulullah r menjawab, “Silakan, wahai Dhumam.”
Dhumam bertanya, “Wahai Muhammad, siapakah yang menciptakan langit
dan bumi?” Rasulullah r menjawab, “Allah.” Semasa Dhumam bertanya,
dia merenung wajah Baginda. Dia bertanya lagi, “Wahai Muhammad,
siapakah yang menciptakan bumi?” Rasulullah r menjawab lagi, “Allah.”
Dhumam bertanya lagi, “Wahai Muhammad, siapakah yang memasakkan
bukit-bukit?” Rasulullah r menjawab tenang, “Allah.” Dhumam terus
bertanya, “Wahai Muhammad, aku bertanya kepada kamu dengan nama
Allah yang menjadikan langit dan bumi dan yang memasakkan bukit-bukau,
apakah Allah yang mengutuskan kamu?” Dengan tegas Baginda menjawab,
“Benar!” Dhumam terus mengucap. “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan engkaulah pesuruh Allah!” Dia melihat Rasulullah r
menjawab semua soalannya dengan dengan penuh keyakinan. Jelas baginya
Rasulullah r mengatakan sesuatu yang benar. Kemudian dia bertanya, “Wahai
Rasulullah, apakah Allah I yang memerintahkan sembahyang lima waktu
sehari semalam?” Rasulullah r menjawab, “Benar.” Kemudian dia bertanya
tentang Rukun Islam dan dosa-dosa besar. Rasulullah r telah menjelaskan
syariat Islam kepadanya. Seterusnya dia bertanya lagi, “Wahai Rasulullah r,

418

Tahun Perwakilan Bab 27

apakah kalau aku melakukan semua ini aku akan masuk syurga?” Rasulullah
r memberi jaminan, “Benar dan kalau kamu menunaikan semua ibadah
yang fardhu dan meninggalkan dosa besar sedangkan kamu telah beriman,
kamu akan masuk syurga.” Dhumam menjawab, “Demi Allah, aku tidak
akan menambahnya dengan yang lain.” Rasulullah r bersabda, “Kalau dia
benar-benar melaksanakannya, dia akan masuk syurga.”

Demikianlah Rasulullah r memperlihatkan kepadanya agama Islam
adalah agama yang sangat mudah. Apabila seseorang telah beriman dia
wajib melaksanakan Rukun Islam dan ibadah-ibadah yang fardhu serta
meninggalkan dosa. Selain itu hanyalah perkara-perkara sunat. Sekiranya
seseorang Islam hanya melakukan setakat itu sahaja pun dia akan mendapat
balasan syurga. Demikianlah keindahan Iman dan Islam. Setelah Sayyidina
Dhumam bin Sa’labah t memeluk Islam, seluruh Bani Saad bin Bakar
masuk Islam.

Selepas itu perwakilan Najran pula tiba di Madinah. Rasulullah r
telah menghantar surat memberi pilihan kepada mereka sama ada masuk
Islam atau membayar jizyah atau diperangi oleh tentera Islam. Oleh kerana
seluruh penduduk Najran beragama Nasrani maka semua keputusan yang
mereka mahu ambil ditentukan oleh Ketua Rahib mereka. Perutusan
Rasulullah r telah sampai kepada Ketua Rahib Najran. Dia adalah seorang
yang mendalami Kitab Injil dan Kitab Taurat. Dia memang mengetahui
bahawa ada lagi Nabi yang akan diutuskan dan dia juga melihat bahawa
semua ciri-ciri Nabi itu ada pada Rasulullah r. Seluruh ulama’ Nasrani
yang lain juga sependapat dengannya. Setelah itu mereka mengajukan
pandangan itu kepada Raja mereka. Dia dikenali sebagai Syurahbil bin
Wudaah. Syurahbil adalah seorang pemimpin Arab yang terkenal paling
cerdik. Ketua Rahib mengajukan soalan kepada Syurahbil, “Kita telah
mendapat satu surat dari Muhammad, menyeru kita kepada agama Islam.
Memang semua ciri-ciri yang termaktub di dalam kitab kita membenarkan
lelaki ini. Memang akan ada Nabi di utuskan dari Bani Ismail. Belum ada
lagi sesiapa dari Bani Ismail mengaku menjadi Nabi melainkan lelaki ini.
Apakah yang patut kita buat?” Syurahbil menjawab, “Kalaulah ini urusan
keduniaan tentu aku akan memberi pandangan aku kepada kamu tetapi ini
urusan agama, kamulah yang lebih mengetahui. Apakah pandangan kamu
sendiri?” Akhirnya Ketua Rahib mengumpulkan semua seratus ribu orang
rakyat Najran. Dia memberitahu mereka perihal surat dari Rasulullah r. Dia
juga menerangkan kepada mereka bahawa semua tanda-tanda membenarkan
dakwaan Nabi itu. Setelah itu dia bertanya, “Apa pandangan kamu semua?”
Rakyat Najran berkata, “Keputusan di tangan kamu, kamu pemimpin dan
ulama’ kami. Kamulah yang membuat keputusan, kami semua akan bersama

419

Catatan Sejarah Rasulullah r

kamu”. Akhirnya mereka sepakat untuk menghantar perwakilan mereka ke
Madinah. Perwakilan ini terdiri dari kalangan pemimpin dan ulama’ Najran.

Semua perwakilan Najran memakai pakaian sutera dan perhiasan emas
untuk memperlihatkan kegagahan kerajaan Najran. Apabila mereka mahu
masuk menemui Rasulullah r di Masjid Nabawi, mereka memberi salam
kepada Baginda. Rasulullah r tidak menjawab salam mereka malah Baginda
tidak memperdulikan mereka. Mereka keluar dari masjid tetapi mereka risau
kenapa Rasulullah r tidak melayan mereka. Selepas itu mereka masuk
sekali lagi tetapi Baginda tetap tidak melayani mereka. Mereka terpaksa
keluar sekali lagi dan mereka mengadu kepada Sayyidina Ali , “Kenapa
Rasulullah r tidak mahu melayan kami sedangkan Baginda melayan semua
perwakilan lain?” Sayyidina Ali menjawab, “Kamu tukarlah pakaian
kamu. Rasulullah r tidak suka pakaian yang kamu pakai ini.” Apabila
mereka menukar pakaian mereka, barulah Rasulullah r melayan mereka.
Rasulullah r bersabda, “Sewaktu mereka masuk dengan pakaian sutera dan
emas, Iblis datang bersama mereka. Apabila mereka tukar pakaian, Iblis
tidak datang lagi.” Ketika mereka berdialog dengan Rasulullah r, Baginda
menjawab semua persoalan mereka. Akhir sekali mereka bertanya tentang
Nabi Isa maka turunlah ayat al-Quran menjawab persoalan mereka.
Demikianlah ayat-ayat awal surah ali-Imran diturunkan menjawab persoalan
perwakilan Najran. Apabila mereka bertanya tentang Nabi Isa , Rasulullah
r menjawab,

“Sesungguhnya perumpamaan Nabi Isa di sisi Allah I sepertilah
Nabi Adam ” (Surah Ali Imran: 59)
Rasulullah r menerangkan, “Sekiranya kamu mengatakan Nabi Isa
anak Tuhan kerana dia dilahirkan tanpa ayah maka kejadian Nabi Adam
lebih besar lagi kerana Nabi Adam dilahirkan tanpa ayah dan ibu. Kejadian
dan kelahiran Nabi Adam adalah lebih hebat dari kelahiran Nabi Isa .”

420

Tahun Perwakilan Bab 27

“Sesungguhnya perumpamaan Nabi Isa di sisi Allah I sepertilah
Nabi Adam , Allah I menjadikannya dari tanah kemudian Allah I
memerintahkan kepadanya, ‘jadi’ maka jadilah dia. Kebenaran itu
daripada Tuhan kamu, janganlah kamu menjadi orang yang ragu.”
(Surah Ali Imran: 59-60)

Rasulullah r telah menjawab semua persoalan mereka dengan jawapan
daripda Allah I melalui surah ali-Imran. Sungguh mereka berada dalam
kebingungan berhadapan dengan kebenaran yang telah terbentang di hadapan
mata mereka. Mereka sebenarnya masih berat untuk meninggalkan agama
mereka. Apabila Rasulullah r melihat mereka masih teragak-agak Baginda
mengajak mereka melakukan mubahalah. Mubahalah di antara Rasulullah
r dengan perwakilan Najran dan ahli keluarga mereka. Baginda mengajak
mereka supaya berdoa kepada Allah I supaya menurunkan laknat-Nya
kepada pihak yang berada dalam kebatilan sepertimana yang diperintahkan
oleh Allah I. Firman Allah I:

“Barang siapa berhujjah lagi dengan kamu wahai Muhammad,
setelah datang keterangan kepada kamu, katakan kepada mereka, mari
kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami
dan isteri-isteri kamu, diri-diri kami dan diri- diri kamu kemudian kita
melakukan Mubahalah dengan kita menjadikan laknat Allah I kepada
golongan yang berbohong.”(Surah Ali Imran: 61)

Apabila turun ayat ini, Rasulullah r memanggil Siti Fatimah ,
Sayyidina Hassan t dan Sayyidina Hussin t dan Rasulullah r mengajak
perwakilan Najran melakukan Mubahalah. Mereka tidak berani untuk
melakukan mubahalah dengan Rasulullah r. Mereka benar-benar dalam
kebingungan. Kebenaran sudah jelas malah mereka sendiri tidak berani
melakukan mubahalah dengan Rasulullah r tetapi mereka masih berat untuk
meninggalkan agama mereka. Apa yang harus mereka lakukan? Akhirnya
Syurahbil berkata, “Kita semua tidak mahu Islam kerana kita mahu kekal
dengan agama kita. Kita telah melihat bagaimana akhlak Muhammad.
Kita telah melihat keadilannya, kasih sayangnya, kecerdikannya, ilmunya.
Jadi menurut pandangan aku, kita beritahu dia bahawa kita tidak bersedia

421

Catatan Sejarah Rasulullah r

menerima Islam tetapi kita serahkan urusan kita kepadanya.” Rasulullah
r menjawab, “Aku takut nanti kaum kamu tidak menerima ketentuan ini.”
Syurahbil menegaskan, “Aku ketua mereka dan pemimpin mereka. Apa
yang aku putuskan mereka akan terima!” Semua perwakilan juga menjamin
bahawa kaum mereka akan menerima keputusan itu. Maka Rasulullah r pun
memutuskan, “Oleh kerana kamu menolak Islam, aku menghukum kamu
dengan jizyah.” Dengan itu Najran telah tunduk kepada pemerintahan Islam
melalui sistem Jizyah. Selepas itu Islam telah tersebar di Najran melalui
dakwah dan keindahan kehidupan Islam yang yang dapat mereka lihat dalam
kehidupan masyarakat dan peribadi para sahabat y ketika itu.

Kepada perwakilan daripada Himyar, Rasulullah r telah menulis satu
perutusan kepada mereka. Para sahabat y menghafal perutusan Rasulullah
r itu. Perutusan kepada penduduk Himyar mengandungi perincian hukum
zakat. Perutusan Rasulullah r kepada Himyar itu telah menjadi dasar rujukan
para ulama’ Islam mengenai hukum-hakam zakat.

Selepas itu datang perwakilan dari Bani Bujailah yang diketuai oleh
Abdullah bin Jarir al Bujli. Dia kemudiannya telah menjadi salah seorang
sahabat Rasulullah r yang ternama. Perwakilan Bani Bujailah sampai di
Madinah pada penghujung tahun sembilan Hijriah. Kata Sayyidina Abdullah
bin Jarir al Bujli, “Kami sampai di Madinah pada hari Jumaat. Kami semua
sudah bertekad untuk masuk Islam. Setelah mandi dan membersihkan diri,
kami pergi ke Masjid Nabawi. Ketika itu Rasulullah r sedang menyampaikan
khutbah. Ketika kami masuk, Baginda berhenti seketika. Aku melihat semua
orang memandang aku. Kemana saja aku bergerak pandangan orang ramai
tertumpu kepada aku. Aku merasa hairan kenapa semua orang memandang
aku. Sepanjang aku berjalan mencari tempat duduk, semua orang memerhati
pergerakan aku. Malah setelah aku duduk pun orang masih memerhati aku.
Akhirnya aku bertanya orang yang di sebelah aku, “Apakah Rasulullah r
ada menyebut sesuatu tentang aku?” Dia menjawab, “Sebelum kamu masuk,
Rasulullah r berkata kepada kami:

“Akan masuk kepada kamu dari pintu ini orang yang paling baik di
Yaman. Dia mempunyai gaya seorang raja tetapi dialah sebaik-baik
manusia pada taqwanya.”

422

Tahun Perwakilan Bab 27
Semua perwakilan Bani Bujailah masuk Islam di tangan Rasulullah r.
Setelah itu seluruh ahli keluarga Bani Bujailah masuk Islam.
Setelah masuk Islam, Sayyidina Abdullah bin Jarir t merupakan menjadi
salah seorang sahabat kesayangan Rasulullah r. Setiap kali dia minta
izin untuk bertemu Rasulullah r, tidak pernah Baginda menangguhkan
permintaannya. Setiap kali Rasulullah r melihatnya, pasti Baginda akan
senyum. Begitulah kedudukan Sayyidina Abdullah t ini di sisi Rasulullah
r. Pernah Sayyidina Abdullah bin Jarir t mengadu kepada Rasulullah r
bahawa dia tak pandai menunggang kuda dan selalu jatuh dari kuda kerana
tubuh badannya yang tinggi. Baginda telah mendoakannya, “Ya Allah,
tetapkanlah dia dan jadikanlah dia orang yang memberi petunjuk dan orang
terpimpin.”
Dengan kedudukan ini, Sayyidina Abdullah t telah merawikan banyak
Hadis daripada Rasulullah r. Sayyidina Abdullah t masuk Islam pada
penghujung umur Rasulullah r iaitu pada akhir tahun kesembilan Hijriah.
Sebab itulah riwayat hadis yang bertentangan dengan riwayat hadis Sayyidina
Abdullah bin Jarir t maka riwayat Sayyidina Abdullah t membatalkan
hadis itu. Ini adalah kerana hadis riwayat Sayyidina Abdullah t dikira yang
paling terkini dari Rasulullah r.
Seterusnya Bani Dar menghantar perwakilan mereka diketuai oleh Tamim
ad Dari. Mereka telah menyatakan keislaman mereka kepada Rasulullah r.
Selepas itu seluruh ahli keluarga Bani Dar masuk Islam.

423

Bab 28

Ghazwah Tabuk

Persiapan Menuju ke Tabuk
Setelah Rasulullah I menguasai Semenanjung Arab, Rasulullah I mahu
membuktikan bahawa agama Islam bukan hanya untuk umat Arab tetapi
untuk manusia sejagat. Baginda mahu mempersiapkan tentera Islam untuk
menyerang Rom. Untuk itu, Rasulullah I membuka peluang kepada
semua kabilah yang telah memeluk Islam untuk menyertai jihad. Biasanya
Rasulullah I tidak mengisytiharkan kepada tentera Islam siapakah musuh
yang akan mereka hadapi kecuali ketika mahu membuka Khaybar. Ia
adalah kerana sebelum bermula peperangan Khaybar lagi, Allah I telah
menjanjikan kemenangan kepada Islam. Begitulah pada kali ini, Rasulullah
I dari awal telah menjelaskan bahawa jihad kali ini adalah untuk menghadapi
kerajaan Rom. Ini adalah kerana jihad ini akan menempuh perjalanan yang
jauh dan akan menghadapi musuh yang besar. Jihad untuk menghadapi
salah satu kuasa besar dunia ketika itu tentulah memerlukan persiapan
yang rapi. Peperangan kali ini mungkin mengambil masa yang panjang dan
menghadapi berbagai kesukaran. Sebab itu tentera Islam perlu mempunyai
persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan itu.

Pada bulan Rejab tahun kesembilan Hijriah itu Madinah sedang
menghadapi musim kemarau dan cuaca yang sangat panas. Ladang-ladang
tamar Madinah juga sedang menunggu masa untuk dituai. Semua orang
sedang menanti-nanti untuk menuai hasil tamar mereka pada tahun itu.

424

Ghazwah Tabuk Bab 28

Mereka berharap apa pun yang mereka akan diperintahkan masanya biarlah
selepas mereka menuai hasil pertanian mereka. Namun arahan Rasulullah
I cukup jelas bahawa setiap lelaki Islam yang mampu mengangkat senjata
diwajibkan menyertai operasi ini. Rasulullah I mengumpulkan seluruh
umat Islam dari Madinah, Mekah dan juga dari seluruh kabilah Arab yang
telah memeluk Islam di Madinah. Mereka mesti bersedia untuk digerakkan
bila-bila masa. Ini adalah satu operasi besar untuk membawa Islam keluar
dari Semenanjung Arab. Rasulullah I tidak memberi pilihan, semua orang
mesti mengambil bahagian. Seruan jihad kali ini akan menjelaskan siapa
yang beriman dan siapa yang munafik, siapa yang ikhlas dan siapa yang ada
kepentingan. Demikianlah operasi ini juga dinamakan Ghazwatil ‘Usr iaitu
operasi yang sukar. Sungguh ia satu ghazwah yang sukar kerana ia berlaku
pada musim kemarau dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Bahkan
menghadapi perjalanan yang sangat jauh dan musuh yang sangat besar.
Tidak hairanlah ghazwah ini telah menjadi ujian besar kepada umat Islam
pada waktu itu.

Allah I ceritakan dalam al-Quran tentang peperangan ini:

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun
dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab);
dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah
(untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika
kamu mengetahui. Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka
(wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan
satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka
(yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju
itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama
Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi

425

Catatan Sejarah Rasulullah I

bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan
diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya
mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya
mengikutmu). (Surah at-Taubah 41-42)

Walaupun musuh yang akan dihadapi oleh Rasulullah I dalam peperangan
Tabuk adalah kerajaan Nasrani Rom tetapi ia juga telah membongkar
golongan Munafik yang menjadi duri dalam daging kepada umat Islam.
Apabila Rasulullah I mengisytiharkan jihad ini, orang badwi dan orang
munafik telah meminta pengecualian dari Rasulullah I dengan berbagai
alasan untuk tidak menyertai jihad. Jihad ini tidak seperti Rasulullah I
keluar ke Khaybar yang telah Allah I jamin bahawa Islam akan menang dan
Allah I akan serahkan Khaybar kepada umat Islam. Ketika itu semua orang
merayu untuk menyertainya kerana terbayang harta rampasan yang sungguh
lumayan di Khaybar. Jihad kali ini adalah untuk menghadapi kuasa besar
dunia ketika itu. Orang munafik menyangka tentera Islam akan kalah malah
akan ditimpa kerugian yang besar. Apatah lagi mereka akan menempuh
perjalanan yang terlalu jauh dalam cuaca panas musim kemarau. Mereka
merasa takut dan mencari-cari alasan untuk tidak menyertai ghazwah ini.

Al-Jad bin Qais datang menemui Rasulullah I dan berkata, “Wahai
Rasulullah I, semua orang mengetahui aku diuji dengan keinginan syahwat
yang luar biasa. Sudah diketahui umum bahawa wanita-wanita Rom cantik.
Aku takut kalau aku melihat mereka aku tidak mampu mengawal nafsuku.
Wahai Rasulullah I, janganlah kamu menguji agamaku. Izinkanlah aku
tinggal di Madinah.” Baginda telah mengecualikannya dari jihad. Firman
Allah I tentang lelaki ini:

Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata:
“Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau
menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah “. Ketahuilah, mereka telah
pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan
sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang kafir.
(Surah at-Taubah: 49)

Allah I menjanjikan neraka kepada orang ini. Allah I juga menegur

426

Ghazwah Tabuk Bab 28
Rasulullah I kerana Baginda memberi izin kepada mereka. Allah I
berfirman:

“Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau
izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-
orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang
yang berdusta?” (Surah at-Taubah: 43)
Ada juga di kalangan mereka yang berkata, “Kita tunggu dulu petik buah
dan panas reda sedikit.” Allah I memberi jawaban kepada mereka dengan
firman-Nya:

Katakanlah wahai Muhammad, Neraka Jahannam itu lebih panas
kalau mereka mengetahui.
Ada di kalangan umat Islam seperti Sayyidina Salim bin Umair t dan
Sayyidina Amru bin Hamam t mahu menyertai jihad tetapi tetapi mereka
miskin. Mereka tidak mempunyai bekalan makanan, tidak mempunyai
kenderaan malah tidak mempunyai senjata. Mereka mengadu nasib kepada
Baginda. Rasulullah I cuba mengusahakan untuk mereka keperluan
mereka untuk berjihad tetapi keperluan persiapan tentera Islam sangat besar.
Akhirnya Baginda terpaksa menolak mereka. Apabila Rasulullah I menolak
mereka dari menyertai jihad, mereka semua menangis. Mereka ikhlas mahu
berjuang tetapi kemampuan membatasi mereka. Allah I telah menceritakan
tentang mereka dalam al-Quran:

427

Catatan Sejarah Rasulullah I

Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang
kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada
mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak
kuberikan untuk membawa kamu”, mereka kembali sedang mata
mereka mengalirkan air mata yang bercucuran, kerana sedih bahawa
mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan
(untuk pergi berjihad pada jalan Allah). (Surah at-Taubah: 92)

Pengorbanan Para Sahabat y

Apabila Rasulullah I melihat ramai di kalangan umat Islam mahu
menyertai jihad tetapi mereka tiada kemampuan, Baginda telah melancarkan
kempen mengumpulkan dana mempersiapkan tentera Islam. Rasulullah I
telah menawarkan kepada siapa sahaja yang mampu untuk mempersiapkan
tentera Islam dengan harta mereka. Mendengar seruan Baginda, semua
Sahabat y pulang ke rumah masing-masing membawa apa sahaja yang
mereka miliki untuk keperluan jihad Rasulullah I. Ada seorang Sahabat t
datang membawa harta yang banyak lalu diletakkan di hadapan Rasulullah
I. Sungguh dia telah menggembirakan Baginda. Namun golongan
Munafik semuanya tidak berani bergerak, mereka hanya diam di dalam
masjid. Apabila mereka melihat Sahabat t tadi, mereka berkata, “Orang
ini hanya mahu menunjuk-nunjuk.” Selepas itu ada seorang sahabat t lain
yang miskin pula membawa secupak makanan untuk dikorbankan. Mereka
memperlecehkan dia pula. Munafik berkata, “Satu cupak tidak akan boleh
buat apa-apa. Lebih baik tak payah bagi.” Allah I ceritakan juga tentang
mereka dalam al-Quran:

“Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-
orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan
dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat
(mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar
kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, Allah akan membalas
ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang
tidak terperi sakitnya.” (Surah at-Taubah: 79)

428


Click to View FlipBook Version