The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Rasulullah saw

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IKHWAN INDUSTRIES SDN BHD, 2020-06-01 04:25:15

SEJARAH RSAW

Sejarah Rasulullah saw

Keywords: sejarah rasullullah

Catatan Sejarah Rasulullah r
cabaran tentera Yahudi sebelum diizinkan oleh Rasulullah r. Dia telah
terbunuh dalam pertarungan itu. Dialah korban kedua tetapi malangnya
dia terbunuh kerana melanggar arahan Baginda. Ketika itu Rasulullah r
bersabda, “Tidak dihalalkan syurga kepada orang yang engkar dengan
perintah.”

Suatu ketika, keluar seorang hamba kulit hitam dari kubu Yahudi. Dia
mengembala kambing seorang Yahudi Khaybar. Dia membawa kambingnya
datang ke tempat tentera Islam. Melihat keperibadian Rasulullah r, hatinya
jatuh hati kepada Islam dan dia memeluk Islam di tangan Baginda sendiri.
Keislamannya telah menjadi hiburan kepada Rasulullah r dan tentera Islam
dalam peperangan itu. Sebaik sahaja Islam, dia bertanya Rasulullah r, “Apa
yang harus aku lakukan kepada ternakan majikanku?” Ia amanah di tanganku.
Apakah Rasulullah r mahu mengambilnya?” Rasulullah menjelaskan,
“Amanah kamu mesti dipulangkan. Kami tidak akan mengambilnya
walaupun pemiliknya musuh kami.” Hamba kulit hitam itu mengadu, “Kalau
mereka tahu aku telah Islam, mereka akan membunuh aku.” Rasulullah r
bersabda, “Lepaskan kambing-kambing itu ke arah kubu mereka.” Apabila
dilepaskan, semua kambing itu kembali ke kubu Yahudi bagaikan dipimpin
oleh pengembalanya.

Selepas itu berlaku pertempuran dan lelaki berkulit hitam yang baru
saja Islam itu ikut bertempur menentang tentera Yahudi dan dia telah gugur
sebagai syahid dalam pertempuran itu. Dia baru sahaja memeluk Islam
selepas Subuh tadi dan sebelum Zohor hari itu dia telah syahid. Rasulullah
r bersabda, “Siapa yang ingin melihat ahli syurga yang tidak pernah
sembahyang untuk Allah I walaupun satu rakaat, lihatlah kepada lelaki ini.
Sekarang dua orang bidadari syurga sedang bersamanya.”

279

Bab 19

Pembukaan Khaybar

Pertempuran di Kubu Naim

Pertempuran masih berterusan di Kubu Naim. Pasukan tentera Islam
dan pasukan tentera Yahudi saling berbalas serangan. Tentera Islam
memperketatkan kepungan. Setelah sepuluh hari pertempuran, belum ada
kemenangan kepada mana-mana pihak. Pada hari berikutnya, Marhab keluar
dari kubu Yahudi dan mencabar pertarungan satu lawan satu. Dia berjalan
megah sambil membacakan syair memuji-muji dirinya bahawa dialah
Panglima Khaybar yang paling gagah di hadapan tentera Islam dan tentera
Yahudi. Sayyidina Ali keluar menyahut cabarannya. Turut tampil dari
pihak Islam ialah Sayyidina Muhammad bin Maslamah t. Dia meminta
Sayyidina Ali memberi laluan kepadanya untuk menghadapi Marhab
kerana Marhab telah membunuh adiknya.

Berlakulah pertempuran yang sangat sengit antara kedua panglima ini.
Belum pernah lagi tentera Islam menyaksikan pertempuran sehebat itu.
Pertarungan berlangsung selama beberapa jam. Dari kawasan lapang mereka
bertempur hingga ke kawasan pokok-pokok. Satu demi satu dahan dan
ranting pokok ini terpotong kerana pertarungan mereka berdua. Sehinggalah
pokok itu gondol namun belum ada lagi yang dapat mencederakan lawannya.
Hinggalah akhirnya Sayyidina Muhammad t berjaya memenggal sebelah
kaki Marhab. “Bunuh aku!,” rayu Marhab. Sayyidina Muhammmad t
memenggal kakinya yang sebelah lagi. Marhab merayu lagi, “Bunuh aku!”

280

Pembukaan Khaibar Bab 19

Sayyidina Muhammad t menjawab, “Ya, engkau rasakan bagaimanakah
kematian itu!” Marhab merayu lagi supaya dia dibunuh terus. Sayyidina
Muhammad t membiarkannya begitu. Sehinggalah Sayyidina Ali
datang membunuh Marhab dan mengambil peralatan perangnya. Berita
segera disampaikan kepada Rasulullah r. Sayyidina Muhammad t
berkata, “Wahai Rasulullah r, akulah yang membunuh Marhab. Ketika
aku meninggalkan dia, dia dalam nazaknya.” Bagi Sayyidina Muhammad
t, kejayaan menumbangkan Marhab, panglima terbilang Khaybar adalah
satu kemuliaan demi Allah I dan Rasul-Nya. Rasulullah r mengakuinya,
“Benar wahai Muhammad, kamulah yang membunuh Marhab. Wahai Ali,
berikan kepada Muhammad salab Marhab. Siapa yang membunuh lawannya
dialah yang berhak mendapat salabnya.” ‘Salab’ ialah semua peralatan
perang tentera kafir yang telah dibunuh dalam peperangan.

Melihat Marhab gugur, Harist adik kepada Marhab keluar dari pihak
Yahudi untuk bertarung demi menebus maruah dan nyawa abangnya dan
panglima Khaybar. Kesemua adik-beradik Marhab adalah panglima terbilang
Khaybar. Sayyidina Abu Dujanah t segera tampil untuk bertarung dan dia
berjaya menewaskan Harist. Melihat kecundangnya dua orang abangnya,
Yasir adik yang ketiga pula tampil mencabar tentera Islam. Sayyidina
Zubair bin Awwam t segera tampil dari pihak Islam. Yasir seorang
panglima berbadan tinggi lampai. Malah Rasulullah r pun terkejut melihat
ketinggiannya. Diriwayatkan ketinggian Yasir lebih dari dua meter setengah.
Kelibat Yasir amat menggusarkan Sayyidatina Sofiyyah binti Abdul Mutalib

, ibu Sayyidina Zubair t dan ibu saudara Rasulullah r juga. Sayyidatina
Sofiyyah terkenal sebagai seorang wanita yang sangat berani. Namun kali
ini dia mengadu kepada Rasulullah r, “Wahai Rasulullah r,bagaimanakah
Zubair dapat menghadapi gergasi ini? Aku takut dia akan membunuh anak
aku.” Baginda menenangkannya, “Anak kamu yang akan membunuhnya.”
Sayyidina Zubair t keluar membalas syair yang telah dilontarkan oleh
Yasir. Mereka bertempur selama satu jam dan akhirnya Sayyidina Zubair
t berjaya membunuh Yasir. Melihat Yasir tumbang, Rasulullah r terus
bertakbir. “Siapakah yang berani membunuh gergasi ini kalau bukan Zubair,”
puji Baginda. Ketika itu Rasulullah r bersabda :

“Setiap Nabi ada Hawari, Hawari aku adalah Zubair.”

Setelah Marhab, Harist dan Yasir tumpas di tangan panglima Islam,
Amir adik bongsu dari empat beradik Yahudi ini pula mahu bertarung demi

281

Catatan Sejarah Rasulullah r

mengembalikan air muka bangsa dan keluarga mereka. Sayyidina Ali
segera menyahut cabarannya dan akhirnya kemenangan berpihak kepada
Sayyidina Ali . Selepas itu barulah Usaid, salah seorang pemimpin
Khaybar keluar untuk bertarung tapi dia telah ditumpaskan oleh Sayyidina
Muhammad bin Maslamah t. Melihat semua panglima Khaybar yang
tampil dalam pertarungan satu lawan satu tewas, tentera Yahudi tidak
berani meneruskan peperangan. Ternyata mereka tidak mampu menandingi
kehebatan panglima Islam yang bertarung dengan keberkatan Rasulullah
r. Allah I dan tentera-Nya telah membantu untuk mengalahkan musuh
mereka. Itulah rahsia mengapa tidak ada seorang pun panglima Khaybar
yang berjaya mengalahkan panglima Islam.

Sayyidina Ali Menawan Kubu Na’im

Walaupun peperangan telah masuk hari keempat belas, namun tentera Islam
belum berjaya menembusi kubu Khaybar lagi. Pada malam kelima belas,
seorang lelaki Yahudi keluar dari kubu mereka dan datang ke tempat orang
Islam. Sayyidina Umar t telah menangkapnya dan mahu membunuhnya
tetapi dia merayu untuk bertemu dengan Rasulullah r sebelum dia diapa-
apakan. Sayyidina Umar t membawanya bertemu dengan Rasulullah r.
Baginda bertanya kepada lelaki itu, “Apa yang kamu bawa?” Lelaki itu
menjawab, “Kubu Khaybar penuh dengan tentera dan kelengkapan senjata.
Malah bekalan makanan mereka cukup untuk bertahan bertahun-tahun
lagi. Demi Allah, kamu tidak akan dapat menawan Khaybar.” Rasulullah
r bertanya, “Apakah kamu datang untuk menakut-nakutkan kami?” Lelaki
itu menjawab, “Tidak, tetapi aku datang untuk meminta keamanan dari
kamu kerana aku tahu kamu pasti akan menawan Khaybar. Bahkan semua
orang Yahudi tahu kamu pasti akan dapat menawan Khaybar kerana telah
tertulis dalam Taurat bahawa kamu akan membuka Khaybar. Aku datang
untuk meminta keamanan ke atas diriku, isteriku dan hartaku. Aku tidak
mahu memerangi kamu lagi.” Rasulullah r telah memberikan jaminan
keamanan kepadanya. Demikianlah Yahudi sebenarnya di dalam ketakutan.
Berita daripada lelaki ini telah mengisyaratkan kepada Rasulullah r bahawa
kemenangan sudah hampir tiba.

Sepanjang 14 hari peperangan di Khaybar itu, Rasulullah r telah
mempergilirkan kepimpinan tentera Islam kepada para sahabat y. Namun
belum ada yang berjaya menembusi kubu Yahudi. Pada malam itu Rasulullah
r mengumpulkan tentera Islam seraya berkata:

282

Pembukaan Khaibar Bab 19

“Demi Allah, esok aku akan menyerahkan bendera kepada seorang
lelaki yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya dan dia juga mencintai
Allah dan Rasul-Nya.”

Seluruh tentera Islam tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan oleh
Rasulullah r itu. Sudah pasti dia akan memastikan kemenangan untuk Allah
I dan Rasul-Nya. Sayyidina Umar t berkata, “Tidak pernah aku bercita-
cita untuk menjadi pemimpin melainkan pada hari itu kerana Rasulullah r
menyebut orang itu dicintai Allah I dan Rasul-Nya.” Sebelum terbit fajar
lagi para sahabat y sudah tidak sabar menunggu kepada siapakah Rasulullah
r akan menyerahkan bendera. Sebelum mengumumkan siapakah yang akan
menjulang panji Islam pada hari itu, Rasulullah r bertanya dimanakah
Sayyidina Ali . Ketika itu Sayyidina Ali t berada di barisan belakang
tentera kerana dia sedang sakit mata. Dia sama sekali tidak menyangka
Rasulullah r akan menyerahkan bendera kepadanya. Apabila Sayyidina Ali

berada di hadapan Rasulullah r, Baginda bertanya kepadanya, “Kenapa
dengan kamu wahai Ali?” Sayyidina Ali menjawab, “Wahai Rasulullah,
mata aku tidak dapat melihat.” Rasulullah r pun menyapu mata Sayyidina
Ali dengan tangan Baginda. Setelah itu mata Sayyidina Ali serta-
merta sembuh, tiada lagi kesakitan. Lalu Rasulullah r menyerahkan bendera
kepadanya.

Pada kebiasaannya, tentera Yahudi akan keluar dari kubu dan menyerang
tentera Islam. Apabila mereka letih mereka akan berundur semula ke
dalam kubu. Demikianlah strategi Yahudi mempertahankan Khaybar dalam
peperangan ini. Pada hari itu, apabila tentera Yahudi keluar dari kubu
mereka, Sayyidina Ali yang memegang bendera berundur perlahan-lahan
ke belakang. Tentera Yahudi menyangka tentera Islam sudah mula lemah
lalu mereka semakin maju ke depan. Sayyidina Ali pula terus berundur
lagi. Yahudi terus maju ke depan menggasak tentera Islam. Para sahabat
y merasa hairan dengan tindakan Sayyidina Ali yang mengundur ke
belakang kerana mereka merasakan mereka sudah bersedia untuk menyerang
musuh. Tetapi oleh kerana bendera ada di tangan Sayyidina Ali , mereka
mengikut sahaja. Sayyidina Ali terus berundur. Ketika Yahudi makin
galak maju ke depan, rupa-rupanya Sayyidina Ali telah menyiapkan dua
pasukan di sebelah kiri dan kanan yang bersembunyi untuk menggempur
mereka. Apabila tentera Yahudi digempur dari kiri dan kanan barulah
mereka perasan bahawa tentera Islam akan dapat menguasai pintu kubu
mereka. Lalu berlakulah perlumbaan antara tentera Islam dan tentera Yahudi
ke pintu kubu. Mereka cuba menutup pintu kubu tetapi tentera Islam sudah
semakin ramai di situ. Berlaku pertempuran sengit di depan pintu kubu.
Akhirnya tentera Islam berjaya masuk ke dalam kubu mereka. Dalam masa

283

Catatan Sejarah Rasulullah r

yang singkat tentera Islam telah berjaya menguasai kubu itu. Tentera Yahudi
segera melarikan diri meninggalkan kubu Naim dan semua kelengkapan
yang ada dalam kubu itu. Tentera Yahudi berundur ke kubu Saab bin Muaz.
Akhirnya kubu Naim berjaya ditawan oleh orang Islam di bawah pimpinan
Sayyidina Ali .

Kubu Saab bin Muaz Jatuh Ke Tangan Islam

Setelah berjaya menawan Kubu Naim, tentera Islam mengepung kubu
Saab bin Muaz pula. Kubu Naim yang telah ditawan oleh orang Islam
tidak menyimpan makanan yang banyak kerana tentera Yahudi di Kubu
Naim mendapat bekalan makanan dari Kubu Saab. Oleh kerana makanan
yang ditinggalkan di kubu Naim tidak mencukupi, sebahagian tentera Islam
terpaksa berlapar. Pasukan Bani Aslam dari kalangan tentera Islam mengadu
kepada Rasulullah r tentang keadaan mereka yang kelaparan. Rupanya
Baginda juga terputus bekalan makanan. Oleh kerana belas kasihan terhadap
tentera Islam yang kelaparan itu, Rasulullah r pun mengangkat tangannya
lantas berdoa, “Ya Allah, bukakanlah kepada tentera Islam kubu yang
paling banyak makanan!” Kubu yang paling banyak menyimpan bekalan
makanan ialah Kubu as-Saab yang sedang dikepung oleh tentera Islam
sekarang. Pasukan tentera Islam kali ini diketuai oleh Sayyidina Habbab Bin
Munzir t. Pada satu hari seorang panglima Yahudi yang dikenali sebagai
Yusya’ mencabar tentera Islam dalam pertarungan satu lawan satu. Tanpa
berlengah lagi Sayyidina Habbab t tampil menghadapinya. Sayyidina
Habbab t berjaya membunuhnya. Selepas itu ada seorang lagi panglima
Yahudi mencabar tentera Islam. Seorang sahabat t daripada kalangan Ansar
telah menghadapinya dan berjaya membunuhnya. Selepas itu berlangsung
beberapa sesi pertarungan satu lawan satu namun tidak berlaku pertempuran
besar.

Ketika itu sekumpulan himar (keldai) lalu di Khaybar. Tentera Islam segera
menangkap dan menyembelih kumpulan himar untuk dijadikan makanan.
Sebenarnya, mereka tidak makan daging himar tetapi kerana kelaparan yang
telah merobek usus mereka, mereka tiada pilihan lain. Apabila Rasulullah
r mengetahuinya, Baginda melarang para sahabat y memakan daging
himar. Dalam peperangan inilah Rasulullah r telah mengharamkan daging
himar dan Nikah Mut’ah kepada orang Islam. Rasulullah r juga melarang
orang Islam memakan daging binatang buas yang bertaring dan burung-
burung yang membunuh mangsa menggunakan kukunya. Pengharaman ini
berlaku di Kubu as Saab bin Muaz di Khaybar. Walaupun dalam keadaan
yang sangat lapar dan menghadapi peperangan, semua para Sahabat y tetap
mentaati arahan Rasulullah r. Demikianlah apabila iman telah meresap ke

284

Pembukaan Khaibar Bab 19

dalam jiwa dan telah mendarah daging dalam diri mereka, segala ketaatan
diserahkan sepenuhnya kepada pemimpin walau dalam keadaan apa jua
sekalipun.

Walaupun dalam suasana peperangan, orang Yahudi yang bertahan dalam
kubu as Saab terpaksa mengeluarkan binatang ternakan mereka keluar kubu
pada waktu tertentu untuk mendapat bekalan rumput. Satu ketika Rasulullah
r bertanya kepada para Sahabat y siapakah yang berani menangkap kambing
ternakanYahudi itu untuk tentera Islam. Seorang Sahabat t telah menawarkan
dirinya untuk melakukan misi itu. Dia akhirnya berjaya mendekati kawasan
kambing yang sedang dilepaskan itu. Sahabat t ini berjaya menangkap dua
ekor kambing. Dia segera berlari memikul seekor kambing dengan tangan
kanan dan seekor lagi dengan tangan kirinya. Lajunya dia berlari membawa
dua ekor kambing seolah-olah dia tidak mengangkat apa-apa. Dia membawa
dua ekor kambing itu kepada Rasulullah r.

Melihat binatang ternakan mereka telah ditangkap oleh tentera Islam,
tentera Yahudi telah memanah tentera Islam. Mereka berupaya memanah dari
jarak yang jauh. Tentera Islam terpaksa berlari mencari perlindungan dari
serangan ini. Melihat keadaan tentera Islam yang kucar kacir, tentera Yahudi
membuka pintu kubu mereka dan menyerbu tentera Islam. Menghadapi
serangan kilat itu, tentera Islam bertempiaran seketika sehingga tentera
Yahudi berjaya mendekati Rasulullah r. Ketika itu Rasulullah r hanya
tinggal dengan beberapa orang sahabat y sahaja yang terus bertahan. Baginda
telah menyeru, “Wahai anggota Bai’ah Ridhwan! Wahai Ahli Syajarah!”
Apabila tentera Islam mendengar seruan Rasulullah r itu, mereka semua
segera berpatah balik untuk mempertahankan Baginda. Berkat kesabaran
dan kesetiaan mereka, mereka berjaya memaksa tentera Yahudi berundur.
Namun tiga orang Sahabat y telah syahid dalam pertempuran ini. Tentera
Yahudi benar-benar terkejut dengn kemaraan semula tentera Islam dengan
cepat. Mereka pula jadi kucar- kacir. Mereka cuba menutup pintu kubu tetapi
tentera Islam lebih pantas. Pintu kubu tidak dapat ditutup lagi, tentera Islam
segera menguasai kubu as Sa’ab bin Muaz. Demikianlah kemenangan telah
berlaku dengan berkat kesabaran Rasulullah r dan para sahabat y dalam
pertempuran.

Tentera Islam berjaya menawan beberapa orang tentera Yahudi tetapi
kebanyakan mereka sempat melarikan diri ke kubu mereka yang ketiga,
iaitu Kubu az Zubair. Dari Kubu as Saab tentera Islam telah memperolehi
rampasan yang banyak. Mereka dapat bekalan makanan yang banyak dan
mencukupi untuk keperluan semua tentera Islam. Allah telah kabulkan
doa Rasulullah r. Tentera Islam juga memperolehi banyak senjata berat

285

Catatan Sejarah Rasulullah r

yang ditinggalkan oleh tentera Yahudi. Di Kubu as Saab, tentera Yahudi
menyimpan manjanik dan kereta perisai mereka. Rasulullah r bertanya
kepada lelaki Yahudi yang telah mendapat jaminan keselamatan daripada
Baginda, “Untuk siapakah Yahudi mempersiapkan senjata itu sedangkan
mereka tidak berperang dengan sesiapa?” Lelaki itu menjawab, “Mereka
menciptakan dan mempersiapkan senjata ini khas untuk kamu, wahai
Rasulullah.” Rupanya Yahudi telah membuat persiapan jangka panjang
untuk menyerang Madinah dengan senjata berat.

Mereka juga mempunyai simpanan arak yang begitu banyak dalam kubu
Naim. Rasulullah r memerintahkan tentera Islam memecahkan semua tong
arak itu. Di kalangan Sahabat y ada yang pernah ketagih arak tetapi mereka
telah meninggalkannya sebaik saja arak diharamkan. Arak telah diharamkan
sebelum Khaybar. Namun hari itu bila melihat limpahan arak mengalir di
hadapan mata, seorang Sahabat t tidak dapat menahan dirinya dan akhirnya
dia terminum arak. Dia dibawa menghadap Rasulullah r. Walaupun dia
telah bertaubat di atas kesalahan itu, dia bersedia menerima hukuman dari
Baginda demi mendapat pengampunan dari Allah I di atas keterlanjurannya
itu. Sebagai hukumannya, Rasulullah r telah membuka kasut Baginda dan
memukul Sahabat t itu. Baginda juga mengarahkan para Sahabat y yang
ada di situ untuk memukulnya dengan kasut mereka. Hukuman ini disebut
Ta’zir sebagai mengecam kesalahannya kerana ketika itu hukuman Had
terhadap peminum arak belum diturunkan lagi. Adapun hukuman Had
peminum arak ialah 40 kali sebatan.

Sayyidina Umar t adalah Sahabat yang paling keras terhadap kesalahan
Sahabat t yang minum arak tadi. Dia berkata, “Laknat Allah ke atas
kamu! Apakah kamu masih minum arak lagi? Mendengar kemarahan
Sayyidina Umar t itu, Rasulullah r segera memperbetulkan keadaan.
Baginda bersabda, “Wahai Umar, janganlah kamu melaknat dia kerana dia
mencintai Allah I dan Rasul-Nya.” Namun ketika itu syaitan telah berjaya
memperdayakannya. Demikian Rasulullah r menegaskan bahawa hukuman
itu adalah satu pendidikan namun melaknat orang mukmin adalah dilarang.

Salah seorang tentera Yahudi yang berjaya ditawan di kubu ini rupanya
Sallam bin Musykin. Dia adalah salah seorang pembesar Yahudi yang
sangat memusuhi Allah I dan Rasul-Nya. Dia tidak dapat melarikan diri
kerana sedang ditimpa sakit. Rasulullah r perintahkan agar dia dibunuh.
Demikianlah hukuman terhadap musuh Allah I dan Rasul-Nya. Setelah
Sallam bin Musykin dibunuh, Rasulullah r memerintahkan tentera Islam
berdiri di atas tembok kubu as Saab dan Rasulullah r perintahkan agar
semua bertakbir. Bergemalah nama Allah I dan Rasul-Nya di seluruh ruang

286

Pembukaan Khaibar Bab 19

angkasa Khaybar. Seluruh Khaybar dapat mendengar takbir itu. Hati-hati
tentera Islam semakin bertambah keimanan dan kesyukuran kepada Allah.
Terima kasih wahai Tuhan, Dikau telah menunaikan janji-Mu. Namun hati-
hati Yahudi tersentak dan bergegar dengan ketakutan. Itulah isyarat bahawa
kubu kedua mereka telah ditawan. Mereka sebenarnya tahu bahawa mereka
akan dikalahkan. Namun kebencian mereka terhadap Allah I dan Rasul-
Nya menyebabkan mereka terus berdegil.

Pembukaan Kubu az Zubair

Rasulullah r telah meletakkan satu pasukan untuk mengawal kubu Na’im
dan kubu as Saab bin Muaz. Lalu Rasulullah r memimpin tentera Islam
bergerak ke kubu az Zubair iaitu kubu Khaybar yang ketiga. Kubu az Zubair
di bina di atas bukit. Kedudukannya yang sangat strategik itu menjadikan
ia kubu Khaybar yang mempunyai pertahanan yang sangat kukuh. Tentera
Islam cuba menyerang kubu ini tapi ternyata ia sukar dikalahkan apatah
lagi tentera Yahudi tidak mahu keluar dari kubu mereka. Mereka sedar
apabila mereka keluar dari kubu Naim dan kubu Saab, tentera Islam berjaya
menawan kubu mereka. Kali ini mereka berazam tidak mahu keluar lagi.
Mereka akan terus bertahan dan menyerang dari dalam kubu.

Tentera Islam juga hampir putus asa untuk menawan kubu ini.
Apabila mereka mendekati kubu az Zubair, mereka pasti dipanah. Setelah
pertempuran menjangkau beberapa hari, belum ada tanda-tanda lagi kubu
itu boleh ditawan. Tentera Islam sama sekali tidak dapat mendekati kubu
sedangkan tentera Yahudi pula tidak mahu keluar dari kubu mereka.
Keadaan itu berlarutan sehinggalah ada seorang lelaki Yahudi dari dalam
kubu ini yang dikenali sebagai Ghazzal telah menyusup ke tempat tentera
Islam kerana dia mahu bertemu dengan Rasulullah r. Baginda bertanya
kepadanya, “Apa tujuan kedatangan kamu? Lelaki itu menjawab, “Aku
ingin memberitahu kamu bahawa kubu ini bukan saja penuh dengan tentera
dan kelengkapan senjata. Malah penuh dengan bekalan makanan dan harta-
benda orang Yahudi.” Rasulullah r bertanya lagi, “Apakah kamu datang
untuk mengancam kami sedangkan Allah I telah menjanjikan kepada aku
untuk menawan Khaybar?” Lelaki itu menjawab, “Aku tahu, memang ada
perkhabaran dalam kitab kami bahawa kamu akan membuka Khaibar.”
Rasulullah r bertanya lagi, “Kalau begitu, apa tujuan kamu bertemu aku?
Lelaki itu menyatakan hasrat kedatangannya, “Sebenarnya aku mahu
memberitahu kepada kamu rahsia untuk mengalahkan kubu ini dengan
syarat kamu memberi jaminan keamanan kepada aku, isteri, anak-anak aku
dan seluruh ahli keluargaku juga harta kami. Rasulullah r bersetuju dengan
permintaan itu. Ghazzal membuka rahsia, “Wahai Muhammad, kubu ini

287

Catatan Sejarah Rasulullah r

sebenarnya tidak mempunyai bekalan air. Walaupun mereka mempunyai
segala kelengkapan dan keperluan tetapi mereka tiada sumber air kerana
kedudukan kubu ini tinggi di atas bukit. Rasulullah r terus bertanya, “Kalau
begitu dari mana mereka minum? Ghazzal memberitahu, “Mereka ada laluan
rahsia dari dalam kubu yang menembusi ke mata air di luar bukit.”

Ghazzal seterusnya menunjukkan kepada Rasulullah r pintu terowong
rahsia tempat Yahudi keluar dekat dengan mata air untuk mengambil
air. Tentera Islam segera menutup pintu terowong itu dan satu pasukan
ditempatkan mengawal tempat itu. Tentera Yahudi sekali lagi tersentak,
mereka mendapati pintu laluan rahsia mereka untuk mendapatkan air telah
ditutup. Mereka sedar tentera Islam telah dapat mengesannya. Mereka masih
mahu bertahan lagi. Namun tanpa air, bagaimana dan berapa lama mereka
boleh bertahan. Ketika itu mereka tiada pilihan melainkan membuka pintu
kubu dan melakukan serangan nekad terhadap tentera Islam. Menghadapi
serangan itu tentera Islam di peringkat awal hanya bertahan dengan penuh
kesabaran. Setelah seluruh tentera Yahudi keluar dari kubu mereka barulah
tentera Islam menggasak mereka ke pintu kubu malah tentera Islam berjaya
masuk ke dalam kubu. Akhirnya tunduklah kubu az Zubair kepada tentera
Islam. Demikianlah Allah I telah merealisasikan kemenangan kepada
Rasulullah r dan orang beriman. Allah I datangkan Ghazzal untuk
membongkar rahsia kelemahan tentera Yahudi di kubu ini. Demikianlah
apabila orang mukmin meletakkan seluruh kepercayaan dan pergantungan
mereka kepada Allah I. Mereka bertaqwa, hanya mencintai dan takutkan
Allah I. Maka Allah I telah menunaikan janjinya bahawa mereka akan
diberikan jalan keluar dari kebuntuan dan diberi pertolongan yang tidak
disangka-sangka.

Kejatuhan Kubu Ubay

Dengan jatuhnya Kubu az Zubair ke tangan tentera Islam, maka bahagian
pertama Khaybar yang dikenali sebagai Naqat telah jatuh semuanya ke
tangan tentera Islam. Seterusnya Rasulullah r memasuki bahagian kedua
Khaybar yang dikenali sebagai as Syaq. Rasulullah r dan tentera Islam mula
mengepung Kubu Ubay yang juga terletak di atas kawasan tanah tinggi.
Untuk menundukkan kubu Ubay, Rasulullah r memerintahkan Sayyidina
Abu Dujanah t untuk memimpin tentera Islam. Pertempuran di kubu Ubay
dimulakan dengan pertarungan satu lawan satu tetapi hampir kesemuanya
dimenangi oleh tentera Islam. Kepungan kubu ini juga berlanjutan untuk
beberapa hari sehinggalah Sayyidina Abu Dujanah t mempersiapkan tentera
Islam untuk membuat serangan berhabis-habisan pada hari seterusnya.
Sayyidina Abu Dujanah mengarahkan pasukannya menyerbu sebaik saja

288

Pembukaan Khaibar Bab 19

tentera Yahudi membuka pintu kubu mereka. Dengan strategi itu pasukan
Sayyidina Abu Dujanah t berjaya masuk ke dalam kubu. Tentera Yahudi
cuba menyekat kemaraan tentera Islam dan mengusir mereka keluar dari
kubu. Namun usaha itu sudah terlambat kerana tentera Islam telah dapat
menguasai kubu Ubay. Apabila tentera Yahudi merasa tidak berdaya lagi
mempertahankan kubu mereka, mereka segera melarikan diri ke kubu yang
lain demi menyelamatkan nyawa mereka. Maka tunduklah kubu Ubay
kepada Islam di tangan Sayyidina Abu Dujanah t dan pasukannya.

Kubu Yang Terkuat

Tentera Yahudi melarikan diri ke Kubu Nazar. Kubu Nazar adalah kubu
Khaybar yang terkuat. Ia berada di atas bukit. Oleh kerana kubu ini adalah
kubu yang paling kuat, Yahudi Khaybar meletakkan seluruh kaum wanita
dan kanak-kanak di sini. Mereka percaya kubu ini paling selamat untuk
melindungi kaum wanita dan anak-anak. Walaupun sudah beberapa hari
Rasulullah r dan tentera Islam mengepung kubu ini namun ia belum berjaya
ditembusi. Masakan tidak, kali ini tentera Yahudi nekad tidak mahu keluar
malah tidak mahu lagi mengadakan pertarungan satu lawan satu. Apabila
tentera Islam mendekati saja kubu, mereka akan menghujani tentera Islam
dengan panah dan lontaran batu. Tiada siapa berani dan dapat mendekati
kubu Nazar. Malah tiada sebarang pentanda kubu ini akan dapat ditawan.
Menghadapi situasi ini, Rasulullah r telah memerintahkan tentera Islam
membawa manjanik dan kereta perisai Yahudi yang mereka temui dalam
kubu as Saab. Manjanik berupaya melontar batu besar dari jarak jauh ke
dalam kubu. Sementara kereta perisai yang diperbuat daripada kayu yang
keras dan mempunyai tangga besar yang boleh dilekatkan ke dinding kubu.
Bahagian hadapannya dilengkapi dengan pertahanan daripada kulit binatang
tebal untuk melindungi serangan anak panah dan lontaran batu tetapi ia tidak
kalis lontaran bebola api. Bebola api mampu membakar kulit ini. Maka
Rasulullah r memerintahkan supaya kulit itu dibasahkan sebelum digunakan
untuk menyerang kubu Nazar. Nampaknya dalam masa yang singkat
Rasulullah r dan para sahabat y telah dapat menguasai teknologi senjata
ini meskipun tentera Islam tidak pernah memilikinya sebelum ini. Ternyata
dengan bertaqwa kepada Allah I, seluruh rahsia dan ilmu dibukakan oleh
Allah I.

Selepas itu barulah tentera Islam menyerang kubu Yahudi ini dengan
senjata yang mereka cipta sendiri. Rasulullah r mengarahkan supaya
manjanik mensasarkan lontaran ke satu bahagian dinding kubu sahaja
supaya ia cepat dapat diruntuhkan. Dari arah yang lain pula Rasulullah r
mengarahkan satu pasukan mendekati kubu dengan kereta perisai. Tentera

289

Catatan Sejarah Rasulullah r

Yahudi segera memanah tetapi panahan mereka tidak dapat menembusi
ketebalan pertahanan kulit yang ada pada kereta perisai. Seterusnya tentera
Yahudi melontar bebola api pula. Mereka pasti kali ini kereta perisai akan
dapat disekat malah dimusnahkan. Namun mereka berhadapan dengan satu
kejutan lagi kerana bebola api tidak dapat membakar pertahanan kulit.
Mereka makin cemas dan kucar-kacir tetapi kubu Nazar mesti dipertahankan
kerana semua anak isteri mereka berada di sini. Serangan tentera Islam dari
dua arah yang berbeza sangat menyulitkan mereka. Tembok kubu mereka
yang dibina padu itu sudah mula pecah dan tentera Islam sudah mula
menyerbu masuk melalui tembok yang pecah itu. Pasukan kereta perisai
pula semakin mendekati dari arah yang lain untuk memasuki kubu. Ketika
itu tentera Yahudi sedar tiada harapan lagi untuk mereka mempertahankan
kubu Nazar. Mereka terpaksa melarikan diri menyelamatkan nyawa masing-
masing walaupun terpaksa meninggalkan anak isteri mereka. Beberapa
minit saja tentera Islam sudah menguasai kubu Nazar. Seluruh wanita, anak-
anak dan harta benda kubu Nazar tidak dapat diselamatkan. Semuanya kini
ditangan Rasulullah r dan tentera Islam. Alangkah hancur dan luluhnya
hati seluruh tentera Yahudi. Walaupun mereka masih dapat menyelamatkan
diri mereka namun seluruh harapan dalam kehidupan mereka telah jatuh ke
tangan tentera Islam. Dengan tunduknya kubu Nazar maka bahagian kedua
Khaybar telah dapat dikuasai oleh tentera Islam.

Tentera Yahudi telah berundur ke kubu Katibah. Kubu Katibah berada di
bahagian ketiga kubu Khaybar. Katibah adalah kubu terakhir mereka. Ketika
itu Rasulullah r bersabda :

“Inilah Kubu Khaybar yang terakhir akan berlaku pertempuran
untuk menawannya.”

Sofiyyah Binti Huyay Bin Akhtab masuk Islam dan berkahwin dengan
Rasulullah r

Sebelum melancarkan misi menundukkan kubu Katibah, seluruh rampasan
perang di kubu Nazar dibahagikan kepada para pejuang yang terlibat. Dalam
pembahagian itu, diserahkan kepada Rasulullah r seorang wanita yang
dikenali sebagai Sofiyyah binti Huyay al Akhtab. Sofiyyah adalah puteri
ketua Bani Nadhir yang telah dibunuh bersama-sama seluruh lelaki Yahudi
Bani Quraizah yang telah belot terhadap Allah I dan Rasul-Nya dalam
Perang Khandak. Setelah itu Sofiyyah telah berpindah ke Khaybar berkahwin

290

Pembukaan Khaibar Bab 19

dengan Kinanah bin Abi Huqaiq, Raja Yahudi Khaybar. Pada mulanya
Sofiyyah diserahkan kepada Sayyidina Dehya’ al Qalbi tetapi Sayyidina Ali

tidak menyetujuinya. Sayyidina Ali berkata, “Wahai Rasulullah, wanita
ini adalah puteri raja Yahudi dan isteri raja Yahudi, dia hanya layak untuk
Rasulullah r.”

Mendengar pandangan Sayyidina Ali , Sayyidina Dehyah segera
menyerahkan Sofiyyah kepada Rasulullah r. Sebaik dia diserahkan kepada
Rasulullah r, Baginda terus mengisytiharkan bahawa Sofiyyah dibebaskan.
Mengetahui bahawa dia dibebaskan oleh Rasulullah r, Sofiyyah terus
mengucap dua kalimah syahadah. Dia tanpa ragu mengisytiharkan
keislamannya. Memang ia satu lagi kejutan besar di Khaybar malah
Rasulullah r pun terkejut. Wanita utama Yahudi Khaybar telah masuk Islam.
Peristiwa itu terjadi begitu pantas. Baginda bertanya Sofiyyah, “Kenapa
kamu masuk Islam? Sofiyyah menceritakan, “Sewaktu Rasulullah r sampai
ke Madinah dari Mekah di awal Hijrah, ayah aku Huyay bin Akhtab dan bapa
saudara aku Yasir bin Akhtab ikut menyambut Rasulullah r kerana mahu
melihat Baginda dari dekat. Apabila mereka pulang, aku telah mendengar
perbualan mereka. Ayah aku telah bertanya bapa saudaraku, “Apakah dia ini
Nabi yang disebut dalam Taurat?” Bapa saudaraku menjawab, “Tidak syak,
inilah orangnya, demi Tuhan Yahudi, inilah orangnya. Semua ciri-ciri yang
disebutkan dalam Taurat ada padanya!” “Kalau begitu, apa yang akan kamu
lakukan?” Bapa saudaraku menyatakan, “Aku berazam untuk memusuhinya
selama-lamanya!” Sofiyyah menyambung lagi, “Sejak itulah Islam telah
masuk ke dalam hati aku. Mulai saat itu aku yakin bahawa kamu adalah
Pesuruh Allah. Ayahku dan bapa saudaraku pemimpin Yahudi yang paling
mulia dan paling alim mengakui bahawa kamu adalah Nabi. Apabila terbuka
saja peluang untuk aku, maka aku masuk Islam.” Mendengar pengakuan
Sofiyyah, Rasulullah r telah melamar Sofiyyah sebagai isteri Baginda.
Setelah bergelar Ummul Mukminin pernah satu ketika Sayyidatina Sofiyyah

menangis kerana ada orang memanggilnya “Wahai Puteri Yahudi!”
Apabila Rasulullah r mengetahuinya, Baginda berkata kepada Sayyidatina
Sofiyyah , “Sekiranya ada lagi orang memanggil kamu Puteri Yahudi,
katakanlah kepada mereka bahawa ayah aku adalah Nabi Harun dan bapa
saudaraku Nabi Musa.” Memang ayahnya dari keturunan Nabi Harun
dan bapa saudaranya dari keturunan Nabi Musa Siapakah yang memiliki
kemuliaan seperti ini. Dengan jawapan Rasulullah r itu, tiada sesiapa lagi
berani memanggilnya ‘Puteri Yahudi.’

Pembukaan Kubu Katibah

Seterusnya, Rasulullah r dan tentera Islam menuju ke bahagian Khaybar

291

Catatan Sejarah Rasulullah r

Ketiga yang dilindungi oleh kubu Katibah. Rasulullah r memerintahkan
tentera Islam membawa bersama mereka manjanik dan kereta perisai. Inilah
di antara keajaiban di Khaybar. Dalam masa yang singkat, tentera Islam telah
dapat menguasai teknologi senjata canggih yang baru mereka perolehi itu.
Senjata yang hanya dimiliki oleh Kerajaan Rom dan Parsi. Orang lain tidak
mampu untuk memilikinya malah orang Arab ketika itu tiada pengetahuan
langsung tentangnya. Kejadian ini membuktikan bahawa kemajuan Tamadun
Rohani oleh Iman dan Taqwa yang dibangunkan dalam diri para sahabat y
telah membolehkan mereka menguasai tamadun lahir ini dengan bantuan
karamah dan mukjizat Rasulullah r. Demikianlah apabila Tamadun Rohani
telah terbina sebagai asas yang kukuh, maka tamadun lahir ini mudah saja
Allah I ajarkan dan Allah I fahamkan kepada mereka walaupun mereka
tidak pernah mempelajarinya sebelum itu. Tentera Islam mengepung kubu
Katibah namun tentera Yahudi tidak mahu keluar dari kubu. Mereka hanya
memanah tentera Islam dari dalam kubu sahaja.

Ketika itu seorang badwi telah datang kepada Rasulullah r kerana ingin
memeluk Islam. Ketika dia masuk Islam, Baginda sedang membahagikan
harta ghanimah dari kubu Nazar kepada para Sahabat y dan lelaki badwi ini
juga mendapat bahagiannya. Lelaki ini terkejut, “Apa ini wahai Rasulullah?
Aku beriman kepada kamu bukan kerana mahukan harta tetapi aku mahu
berjuang bersama kamu sehingga leher aku dipanah supaya aku dapat
memasuki syurga Allah I.” Rasulullah r bersabda :

“Kalau kamu jujur dengan Allah, Allah akan jujur dengan kamu.”

Selepas itu dia menyertai tentera Islam melancarkan serangan ke arah
kubu Katibah. Tentera Yahudi memanahnya dan dia terkena panahan Yahudi
di tempat yang dia tunjukkan kepada Rasulullah r. Maha Besar Tuhan, hanya
selepas dia masuk Islam beberapa minit dia telah syahid di jalan Allah I.
Jenazahnya t dibawa kepada Rasulullah r. Baginda bertanya, “Apakah ini
orangnya?” Kemudian Rasulullah r melihat anak panah tertusuk di bahagian
leher yang dia tunjukkan kepada Baginda. Rasulullah r lalu bersabda:

292

Pembukaan Khaibar Bab 19

Dia telah membenarkan Allah maka Allah telah Benar kepadanya.
Rasulullah r. berdoa untuknya, “Ya Allah, ini hamba kamu yang
keluar berhijrah pada jalan-Mu dan mati syahid. Aku menjadi saksi
kepadanya."

Sahabat utama y yang mendengar ucapan Rasulullah r itu semuanya
bercita-cita kalaulah mereka yang berada di tempat lelaki badwi ini. Maha
Baiknya Tuhan, hanya beberapa minit lelaki ini masuk Islam, dia telah
mendapat kemuliaan mati syahid. Bahkan mendapat doa Rasulullah r dan
Baginda menjadi saksi kepadanya. Benarlah syurga itu mudah untuk orang
yang Allah I mudahkan kepadanya.

Rasulullah r masih lagi membahagikan harta Ghanimah. Baginda tidak
lupa mengkhususkan bahagian untuk lima orang anggota Bai’ah Hudaibiyah
yang tidak dapat menyertai peperangan ini. Malah Rasulullah r juga
mengkhususkan bahagian untuk ahli keluarga anggota Hudaibiyah yang
telah meninggal dunia dan yang telah syahid di Khaybar.

Ketika itu tentera Ghatafan di bawah pimpinan Uyaynah bin Husn tiba
di Khaybar. Ketika Uyaynah membuat kunjungan ke majlis Rasulullah
r, dia mendapati Baginda sedang membahagikan ghanimah. Ini berarti
Khaybar telah jatuh ke tangan Rasulullah r. Uyaynah berkata, “Wahai
Muhammad, berikan kepadaku bahagianku. Bukankah aku telah membuka
laluan kamu terhadap Yahudi!” Rasulullah r menjawab, “Wahai Uyaynah,
engkau terpaksa meninggalkan Yahudi kerana ada orang menjerit meminta
tolong selamatkan kaum kamu!” Sedarlah Uyaynah bahawa Rasulullah r
mengetahui apakah yang berlaku kepada tenteranya. Walaupun begitu dia
tidak segan silu untuk merayu lagi, “Wahai Muhammad, jangan hampakan
aku. Bukankah kamu orang yang pemurah?” Rasulullah r menegaskan,
“Untuk kamu ‘Zu Raqabah’. ‘Zu Raqabah’.” Rasulullah r memberitahunya,
“Zu Raqabah itu sebuah bukit yang kosong di Khaybar, kalau kamu mahu
ambillah.” Ternyata Uyaynah tidak mendapat apa-apa. Dia telah terlepas
peluang mendapat Ghanimah dan juga tawaran yang diberikan oleh
Rasulullah r kepadanya sebelum perang.

Kecewa tidak mendapat sebarang habuan dari Rasulullah r, Uyaynah
masuk bertemu dengan orang Yahudi di kubu Katibah. Dia cuba mengapi-
apikan mereka. Katanya, “Bertahanlah dan janganlah takut kerana Ghatafan
tetap bersama dengan kamu.” Kaum Yahudi membidasnya, “Kamulah punca
bencana ini! Kamulah yang menipu kami! Dahulu kamu telah mengkhianati
Bani Quraizah! Kamu biarkan mereka dibunuh oleh Muhammad selepas
Perang Khandak! Semua malapetaka yang menimpa kami berpunca daripada

293

Catatan Sejarah Rasulullah r

kamu!” Menyaksikan nasib malang Uyaynah, al Harist bin Auf, ketua Bani
Murrah yang menemani Uyaynah berkata kepada Uyaynah, “Alangkah
baiknya kalau kamu terima tawaran Rasulullah sebelum perang, pasti kamu
akan dapat hasil pertanian Khaybar selama setahun!”

Pengepungan kubu Katibah ini berterusan sampai 14 hari. Pada hari
ke 15, Raja Khaybar, Kinanah bin Abi Huqaiq benar-benar diserang oleh
perasan takut. Sebenarnya semua orang Yahudi di kubu Katibah juga
diserang perasaan yang sama. Maha Suci Allah, Yahudi sebenarnya bangsa
yang sangat penakut. Walaupun mereka sedang berada di dalam satu kubu
yang kuat tetapi mereka merasa amat takut. Allahlah yang telah campakkan
rasa takut ke dalam hati mereka. Pada hari itu Kinanah mahu memasang
anak panah di busurnya. Rasa ketakutan yang amat sangat sedang menguasai
dirinya menyebabkan tangannya menggeletar sampai dia tidak mampu
memasang anak panah pada busurnya. Apabila dia melihat dirinya sudah
selemah itu sedangkan dia Raja Yahudi, dia merasakan bahawa dia tiada
pilihan melainkan menyerah kalah kepada Rasulullah r. Tidak mungkin
dia dapat menghadapi tentera Islam sedangkan perasaannya sudah mati,
semangatnya sudah luntur malah fizikalnya longlai. Dia menyeru semua
pemimpin Yahudi supaya meminta perjanjian damai dengan Rasulullah r.
Selepas itu mereka menghantar wakil bertemu Baginda. Walaupun mereka
datang untuk meminta perdamaian tetapi mereka masih mahu menekan
Rasulullah r. Mereka membuat syarat-syarat yang ketat tetapi Rasulullah
r menolak semua syarat mereka. Setelah syarat mereka ditolak sampailah
Rasulullah r diminta untuk membayar Jizyah. Rasulullah r menjawab,
“Jizyah adalah tawaran sebelum perang, sekarang tiada tawaran jizyah lagi.”
Mereka minta Suluh iaitu perjanjian damai pula. Rasulullah r menegaskan,
“Aku bersetuju dengan Suluh tetapi serahkan semua keputusan kepada aku.”
Mereka akhirnya terpaksa bersetuju menyerahkan diri kepada Rasulullah r
dan berlakulah perjanjian berikut :

1. Yahudi mesti meninggalkan kubu-kubu mereka. Mereka mesti
keluar dari Khaybar.

2. Mereka tidak boleh membawa bersama mereka sebarang senjata.
Senjata semuanya hendaklah ditinggalkan kepada orang Islam.

3. Emas dan perak semunya mesti ditinggalkan. Inilah syarat yang
paling berat kepada Yahudi kerana mereka sangat cinta dunia.

4. Selain dari senjata, emas dan perak mereka boleh mengambil apa
sahaja yang mampu mereka pikul.

5. Rasulullah r telah membebaskan semua tawanan mereka.
6. Semua emas dan perak yang mereka miliki diserahkan kepada

Rasulullah r. Jangan ada yang disembunyikan. Kalau dijumpai
sebarang emas dan perak yang disembunyikan, kesemua Yahudi

294

Pembukaan Khaibar Bab 19

akan dibunuh.

Berdasarkan perjanjian ini orang Yahudi bersiap untuk meninggalkan
Khaibar. Mereka membuka kubu Katibah dan menyerahkan semua senjata,
emas dan perak yang mereka miliki kepada tentera Islam. Di kubu Katibah
ini tentera Islam mendapat 1000 batang tombak, 400 bilah pedang dan 500
set panah. Di dalam kubu Katibah sahaja umat Islam mengambil-alih 40 ribu
pohon tamar. Selain dari itu, tentera Islam telah menguasai seluruh ladang-
ladang tamar dan seluruh harta benda orang Yahudi di bahagian Nitaq dan
as Syaq. Demikianlah limpahan harta benda yang Allah I bukakan kepada
orang Islam ketika itu. Tentera Islam juga memperolehi sebuah naskah
kitab Taurat lama tetapi Yahudi datang merayu kepada Rasulullah r supaya
dikembalikan kitab suci mereka. Baginda bersetuju menyerahkan semula
kitab itu kepada mereka. Demikianlah tolak ansur yang ditunjukkan oleh
Rasulullah r sedangkan kitab itu diperolehi dari kubu Naim. Ia tidak termasuk
dalam perjanjian kerana Kubu Naim ditawan melalui peperangan. Boleh saja
Rasulullah r membakarnya atau mengoyaknya apatah lagi naskhah Taurat
itu bukan yang asli lagi. Demikianlah pertimbangan Rasulullah r kepada
golongan minoriti apabila Islam memerintah.

Melihat pertimbangan Rasulullah r itu, Yahudi merayu lagi. Mereka
berkata, ‘Wahai Muhammad, tiada orang yang lebih faham ladang-ladang
Khaybar dari kami. Izinkanlah kami tinggal di sini dan mengusahakannya
sebagai pekerja.” Semua ladang-ladang itu sudah menjadi milik orang Islam.
Yahudi minta izin Rasulullah r diterima sebagai pekerja di situ. Baginda
bersetuju dengan permintaan mereka. Mereka boleh tinggal di Khaybar
sebagai pekerja. Sebagai upahnya, Rasulullah r memberikan kepada mereka
separuh dari hasil ladang yang mereka usahakan.

Kananah dan Rubayya’ Menempah Maut

Beberapa hari selepas itu, tentera Islam menjumpai emas dan perak yang
disembunyikan dalam rumah Kinanah bin Abi Huqaiq, Raja Yahudi
Khaybar. Dialah yang menandatangani perjanjian dengan Rasulullah r.
Baginda memanggil dia dan adiknya Rubayyi’ kerana mereka berdua
berkongsi semua harta mereka. Mereka berdua dibawa ke rumah Kinanah
kemudian ditunjukkan kepada mereka emas dan perak yang tersembunyi di
situ. Kedua-duanyanya menggeletar ketakutan kerana menurut perjanjian,
sebarang emas dan perak yang disembunyikan akan menyebabkan seluruh
Yahudi dihukum mati. Rupanya orang pertama yang menyembunyikan emas
dan perak adalah orang yang menandatangani perjanjian. Mereka takut
Rasulullah r akan membunuh semua Yahudi. Mereka minta maaf kepada

295

Catatan Sejarah Rasulullah r

Baginda dan mengakui kesalahan mereka. Rasulullah r memutuskan
supaya Kiananah dan adiknya Rubayyi’ sahaja dibunuh kerana mereka yang
melanggar perjanjian. Walaupun begitu sebenarnya ramai lagi Yahudi lain
yang menyembunyikan harta mereka. Begitulah kecintaan mereka kepada
emas dan perak. Dengan harta itulah mereka memulakan semula perniagaan
mereka selepas itu.

Selepas selesai peperangan, ketika Rasulullah r masih berkhemah
di Khaybar, seorang perempuan Yahudi telah datang kepada Baginda.
Dia adalah Zainab binti Harist, isteri Sallam bin Musykin dan juga anak
saudara Marhab. Suami, ayah dan bapa saudaranya telah terbunuh di
tangan tentera Islam. Zainab berkata, “Wahai Muhammad, kalau kamu
mahu membunuh kami semua pun kamu berhak melakukannya. Ternyata
kami telah melanggar perjanjian tetapi kamu memilih untuk memaafkan
kami. Kami ingin menjamu kamu di atas kebaikan ini.” Dia membawa
bersamanya kambing panggang, hidangan makanan kepada Rasulullah r.
Sebelum dia menyediakan hidangan itu, dia telah bertanya kepada orang,
daging kambing bahagian mana yang Rasulullah r paling suka. Apabila
dia mengetahui Baginda paling menyukai paha kaki depan kambing,
maka dia memperbanyakkan racun di situ sedangkan seluruh kambing itu
beracun. Bila dihidangkan, Rasulullah r dan para Sahabat y pun makan.
Orang pertama yang memakan kambing itu ialah Sahabat Rasulullah r yang
bernama Bisyr Ibnul Bara’ t. Baginda juga telah memakan daging kambing
itu. Apabila sahabat t lain mahu makan, Rasulullah r melarang mereka.
Baginda menyuruh mereka semua meludahkan semula daging kambing itu.
Para Sahabat y merasa hairan lantas bertanya, “ Kenapa, wahai Rasulullah
r?” Rasulullah r bersabda :

“Bahawa kambing ini telah bercakap kepadaku bahawa dagingnya
telah diracun”.

Maha Suci Allah! Kambing yang telah disembelih dan dibakar ini boleh
bercakap dengan Rasulullah r. Racun dalam makanan itu menyebabkan
Sayyidina Bisyr t lumpuh dan setahun lepas itu dia meninggal dunia.
Apabila Sayyidina Bisyr t meninggal, Baginda memerintahkan supaya
Zainab dibunuh kerana dia telah membunuh Sayyidina Bisyr t. Malah
Rasululah r sepanjang hayatnya menanggung kesan racun itu. Rasulullah r
pernah bercerita tentang dirinya :

296

Pembukaan Khaibar Bab 19

“Aku masih merasai kesan dari makanan yang aku makan semasa
di Khaybar”

Sebenarnya kesan dari racun ini telah merosakkan salah satu urat hati
Baginda yang membawa kepada kewafatan Rasulullah r. Sebab itulah ada
ulama’ menyebutkan bahawa Rasulullah r dimuliakan juga dengan mati
syahid. Baginda mati syahid setelah menanggung sakit kesan dari percubaan
membunuh Baginda oleh perempuan Yahudi tadi. Rasulullah r memang
layak mendapat kemuliaan semuanya.

Ketibaan Muhajirin Habsyah

Dalam peperangan yang panjang dan sengit ini hanya 16 orang daripada
tentera Islam syahid sementara dari pihak Yahudi 93 orang terbunuh.
Sebelum Rasulullah r berangkat pulang dari Khaybar, tentera Islam
dikejutkan dengan ketibaan suatu rombongan. Rupanya mereka adalah para
Muhajirin dari Habsyah yang diketuai oleh Sayyidina Jaafar t. Sebelum
Khaybar Rasulullah r sudah menghantar Sayyidina Amru bin Umayyah ad
Dhomri t untuk menjemput mereka datang ke Madinah. Apabila mereka
sampai di Madinah, Baginda sudah berada di Khaybar. Mereka datang pula
ke Khaybar untuk menyertai Rasulullah r dalam Perang Khaybar. Bila
mereka sampai, rupanya Khaybar sudah jatuh ke tangan umat Islam.

Sabda Rasulullah r:

“Demi Allah aku tidak tahu dengan yang mana satu aku lebih
gembira, pembukaan Khaybar atau kepulangan Jaafar.”

Rasulullah r perintahkan dibahagikan juga bahagian ghanimah kepada
Muhajirin Habsyah kerana mereka datang dengan niat untuk menyertai
peperangan ini. Ada juga tentera Yahudi yang lari dari kubu mereka sebelum
Suluh ke kubu Fadak. Selepas itu Rasulullah r telah berjaya menguasai
kubu Fadak dengan Suluh seperti yang Baginda lakukan dengan kubu
Katibah. Tentera Islam juga berjaya menundukkan Yahudi di Wadi Qura
iaitu suatu kawasan Yahudi yang berdekatan dengan Khaybar dengan
peperangan. Dengan itu tentera Islam memperolehi semua yang ada di Wadi

297

Catatan Sejarah Rasulullah r
Qura ini. Adapun Yahudi Taima', mereka mengambil keputusan menghantar
wakil bertemu Rasulullah r untuk membayar Jizyah. Rasululah menerima
Jizyah dari mereka. Dengan itu semua kawasan Yahudi telah dibuka oleh
tentera Islam. Yahudi terus berada di Jazirah Arab dibawah pemerintahan
Islam sehinggalah zaman Sayyidina Umar t. Ketika itu berlaku peristiwa
seorang Islam terbunuh di Khaybar. Orang Yahudi tidak mahu menyerahkan
pembunuhnya kepada Sayyidina Umar t. Beliau telah mengusir mereka
semua dari Jazirah Arab. Sayyidina Umar t mengeluarkan semua Yahudi
Khaybar, Yahudi Fadak dan Yahudi Wadi Qura dari Jazirah Arab. Hanya
Yahudi Taima’ yang tidak diusir kerana mereka membayar Jizyah. Mereka
tidak boleh diusir kerana mereka tunduk kepada pemerintahan Islam melalui
Jizyah bukan melalui Suluh.

Dalam perjalanan pulang dari Khaybar, Khazarah dan tenteranya mahu
menyerang tentera Islam kerana mereka tamak dengan harta yang diperolehi
oleh umat Islam. Rasulullah r perintahkan tentera Islam menuju ke tempat
ketua Ghatafan iaitu Uyaynah bin Husn. Apabila Uyaynah melihat tentera
Islam menghala ke tempatnya, dia segera melarikan diri. Dia cukup sedar
bahawa dia tidak akan mampu menghadapi tentera yang telah mengalahkan
tentera Khaybar yang mempunyai kekuatan 10 ribu pejuang dengan kubu-
kubu pertahanan yang kukuh itu.

298

Bab 20

Umratul Qodho’

Berita Pembukaan Khaybar

Selepas Khaybar jatuh ke tangan Islam, orang pertama yang keluar dari
Khaybar menuju ke Mekah adalah Hajjaj. Dia mahu mendapatkan semula
wang dan hartanya yang belum dibayar oleh Quraisy Mekah. Sebagai seorang
Islam dia meminta keizinan Rasulullah r terlebih dahulu. Hajjaj mengadu
kepada Rasulullah r bahawa Quraisy tidak akan membayar hutang mereka
kalau dia tidak berbohong. Rasulullah r mengizinkan dia pergi ke Mekah
dan tidak menghalangnya melakukan tipu helah terhadap Quraisy Mekah
demi mendapatkan wang dan hartanya semula. Mereka sedang menunggu-
tunggu berita dari Khaybar. Quraisy Mekah berharap Yahudi akan menang
kerana mereka memiliki sepuluh ribu orang tentera dan kubu yang kuat.
Quraisy belum mengetahui Hajjaj telah Islam. Ketibaannya disambut meriah
di Mekah. Mereka tidak sabar-sabar ingin mengetahui apakah kesudahan
peperangan di antara orang Islam dan Yahudi Khaybar. Hajjaj memberitahu
mereka bahawa Rasulullah r telah dikalahkan di Khaybar. Malah Yahudi
telah menawan Rasulullah r dan mereka akan menyerahkannya kepada
Quraisy Mekah. Sungguh ia adalah berita yang sangat mengembirakan para
pemimpin Mekah. Mekah berpesta meriah merayakan kejayaan Yahudi
mengalahkan umat Islam. Selepas itu Hajjaj berkata kepada mereka,
“Wahai Quraisy, aku telah membawa berita gembira kepada kamu. Oleh itu
kembalikanlah kesemua hartaku yang ada pada kamu. Aku mahu membeli
orang Islam yang ditawan oleh Yahudi untuk aku jual kepada kamu.” Hajjaj

299

Catatan Sejarah Rasulullah r

sebenarnya sangsi para peniaga Mekah akan segera membayar hutang
mereka. Namun oleh kerana terlalu gembira dengan berita Hajjaj, dalam
masa tiga hari sahaja semua hutang Hajjaj telah dibayar oleh Quraisy.

Apabila Sayyidina Abbas t mendengar berita kekalahan Islam
di Khaibar, dia sangat terkejut dan terus jatuh terjelapak sehingga
terpaksa dipapah untuk pulang ke rumahnya. Sepanjang tiga hari Hajjaj
mengumpulkan hutangnya Sayyidina Abbas t jatuh sakit. Selepas itu dia
memanggil Hajjaj ke rumahnya. Dia merayu Hajjaj menceritakan apakah
sebenarnya yang berlaku kepada Rasulullah r. Hajjaj berkata, “Keluarkan
semua orang yang ada dengan kamu.” Setelah Sayyidina Abbas t meminta
mereka semua keluar, Hajjaj berkata, “Wahai Abbas, demi Allah, Rasullulah
r telah mengalahkan Yahudi. Baginda telah menawan semua kubu Yahudi.
Bahkan Baginda telah mengahwini puteri raja mereka.” Mendengar berita
itu, Sayyidina Abbas t merasa sakitnya hilang serta merta. Demikianlah
perasaan dan kecintaan yang sangat mendalam Sayyidina Abbas t terhadap
Rasulullah r. Sebenarnya Sayyidina Abbas t telah pun Islam sebelum
Rasulullah r berhijrah lagi. Rasulullah r meninggalkannya di Mekah untuk
menjaga orang Islam yang masih tertinggal di Mekah. Bukankah Rasulullah
r telah membawanya dalam majlis Baia’tul Aqabah yang kedua? Ketika
itu Ansar berbaiah kepada Rasulullah r untuk mempertahankan Baginda
sepertimana mereka mempertahankan anak isteri mereka.

Sayyidina Abbas t mahu ke Ka’bah kerana merasa sudah sihat. Hajjaj
berkata, “Wahai Abbas, jangan keluar sebelum Quraisy membayar semua
hutang mereka kepadaku.” Setelah Hajjaj mendapatkan semua hartanya, dia
pulang bertemu Rasulullah r. Selepas itu barulah Sayyidina Abbas t keluar
bertawaf di Ka’bah. Dia memakai pakaian yang paling cantik dan memakai
wangian yang terbaik. Quraisy masih lagi berpesta kerana berita yang
dibawa oleh Hajjaj. Apabila Qurasiy melihat Sayyidina Abbas t, mereka
menganggap beliau cuba menyembunyikan masalahnya. Mereka bertanya,
“Kemana kamu menghilangkan diri sejak tiga hari ini?” Sayyidina Abbas t
menyatakan, “Hajjaj telah menipu kamu.” Sayyidina Abbas t memberitahu
mereka bahawa Hajjaj sebenarnya telah menipu mereka demi mendapatkan
semula hartanya. Qurasiy tidak percaya namun lima hari selepas itu barulah
mereka mendapat berita sebenar dari kafilah yang melalui Khaibar. Yahudi
telah kalah dan Khaybar telah jatuh ketangan Rasulullah r. Benarlah kata-
kata Sayyidina Abbas t bahawa mereka telah ditipu oleh Hajjaj.

Menangani Kabilah Ahzab

Sekembalinya dari Khaybar, Rasulullah r mahu menghadapi kabilah-kabilah

300

Umratul Qodho’ Bab 20

Arab yang menyertai Pakatan Ahzab. Baginda juga mahu menyampaikan
dakwah Islam kepada semua kabilah Arab. Baginda mahu memastikan
seluruh Semenanjung Arab menerima kebenaran Islam. Untuk itu Rasulullah
r menghantar ‘Sariyah Turabah’ yang dipimpin oleh Sayyidina Umar al
Khattab t kepada kabilah Hawazin. Hawazin telah menyertai Pakatan Ahzab
menyerang Madinah. Mengetahui kehadiran pasukan Sayyidina Umar t,
Hawazin melarikan diri daripada kabilah mereka. Dalam perjalanan menuju
Hawazin, pasukan Sayyidina Umar t lalu di kabilah Khusy’um yang juga
menyertai Ahzab. Ada seorang anggota pasukan mencadangkan agar mereka
menyerang Khusy’um. Sayyidina Umar t menjawab, “Rasulullah r hanya
mengarahkan aku menyerang Hawazin.” Demikianlah ketaatan Sayyidina
Umar t dan tentera Islam kepada Rasulullah r. Mereka mendatangi kabilah
Arab sama sekali bukan kerana suka berperang atau tamak kepada harta.
Apa yang mereka lakukan semata-mata melaksanakan perintah Rasulullah
r demi membawa manusia kepada kebenaran.

Selepas itu Rasulullah r telah menghantar sariyah yang dipimpin oleh
Sayyidina Abu Bakar t kepada Bani Khuzarah dan Bani Kilab. Mereka juga
telah menyertai Tentera Ahzab. Sayyidina Abu Bakar t berjaya menyerang
Bani Kilab. Sebahagian dari mereka terbunuh dalam pertempuran dengan
tentera Islam. Sebahagian lain ditawan oleh Sayyidina Abu Bakar t.
Tawanan dan ghanimah Bani Kilab dibawa pulang ke Madinah. Dalam
tempoh yang sama Rasulullah r juga telah menghantar satu lagi sariyah
kepada Bani Murrah. Mereka adalah salah satu kabilah dari Bani Ghatafan.
Murrah dipimpin oleh al Harist bin Auf yang telah cuba menghalang
Uyaynah dari menyertai Yahudi Khaybar. Sariyah seramai 30 orang ini
dipimpin oleh Sayyidina Basyir bin Saad t. Pasukan Sayyidina Basyir
t telah diserang hendap oleh Bani Murrah. Hanya Sayyidina Basyir dan
seorang Sahabat t lagi sempat menyelamatkan diri. Sayyidina Basyir t
lari mencari perlindungan di tempat Yahudi Fadak yang telah tunduk kepada
pemerintahan Islam. Sementara seorang lagi Sahabat t berjaya pulang ke
Madinah. Nampaknya kejadian ini telah menyebabkan kabilah Arab merasa
berani semula untuk menyerang Madinah. Sebelum itu, mereka melihat
tentera Islam telah menang dalam semua pertempuran. Mereka merasakan
tentera Islam tidak akan dapat dikalahkan.

Selepas itu Rasulullah r menghantar sariyah yang dipimpin oleh
Sayyidina Ghalib al Laisi t kepada Bani A’walik dan Bani Tsa’labah.
Pasukan Sayyidina Ghalib t berjaya mengalahkan mereka dan membawa
balik binatang ternakan mereka. Semasa melakukan operasi itu, Sayyidina
Ghalib sangat berhati-hati. Tragedi yang menimpa pasukan Sayyidina Basyir
bin Saad t sebulan sebelumnya telah menjadi iktibar. Sebelum pasukannya

301

Catatan Sejarah Rasulullah r

bergerak, Sayyidina Ghalib akan menghantar perisik memastikan
keselamatan pasukan. Malah Sayyidina Ghalib t sendiri keluar mengintip
pergerakan Bani A’walik. Bani A’walik juga sangat berjaga-jaga. Mereka juga
meletakkan pengawal di semua jalan masuk ke tempat mereka. Sayyidina
Ghalib t menceritakan kepada Rasulullah r bagaimana dia mengintip Bani
A’walik. Katanya, “Aku sampai di Bani A’walik ketika waktu maghrib,
matahari sudah tenggelam. Aku naik ke satu kawasan yang tinggi. Aku
melihat mereka sedang bersiap-siap untuk menyerang Madinah. Ketika itu
ada pengawal mereka dapat melihat kelibat aku. Aku dapat mendengar dia
memberitahu isterinya, objek hitam itu tiada dibukit itu semalam. Ketika itu
aku tidak berani bergerak kerana takut mereka akan menyedari kedatangan
kami. Aku terus berdiri disitu. Pengawal itu meminta dari isterinya busur
panahnya dan dua bilah anak panah. Aku hanya mampu berkata tiada daya
dan upaya melainkan dengan Allah I. Aku tidak berani bergerak walau
sedikit pun. Pengawal itu memanahku dan anak panahnya terkena pada
bahuku. Aku terpaksa menahan kesakitan itu dan tidak bergerak sedikit
pun. Lelaki itu berkata kepada isterinya, “Demi Allah panahan aku tidak
tersasar tapi biar aku panah sekali lagi”. Panahan keduanya juga mengenai
bahuku. Aku tetap tidak bergerak. Kata lelaki itu: “Demi Allah, kalau objek
itu manusia sudah tentu dia akan bergerak”. Aku terus berdiri di itu sehingga
malam benar-benar gelap. Ketika itu barulah aku pulang kepada pasukanku
dan kami terus menyerang mereka.” Dengan izin Allah I, kecederaan
Sayyidina Ghalib t tidak teruk walaupun ditusuk dua bilah anak panah. Dia
masih mampu memimpin pasukannya dalam serangan itu. Dia mengarahkan
agar anggota pasukannya bergerak berpasangan. Mereka akan menyerang
kabilah yang dilengkapi persiapan perang dalam suasana gelap malam.
Dia takut ada anggota pasukannya akan hilang. Pasukan Sayyidina Ghalib
t berjaya menundukkan Bani A’walik. Mereka membawa balik binatang
ternakan Bani A’walik.

Dalam pertempuran itu, seorang lelaki Bani A’walik telah memaki
Sayyidina Usamah bin Zaid t. Dia juga mencaci Islam dan mencaci
Rasulullah r. Dia adalah Mirdas bin Nuhaik. Sayyidina Usamah t
mengejarnya tapi dia lari. Selepas itu dia muncul lagi sambil menghina
Sayyidina Usamah t dan Sayyidina Usamah t mengejarnya lagi. Regu
Sayyidina Usamah t ketika itu ialah seorang Sahabat t dari Ansar. Dia
mengajak Sayyidina Usamah t meninggalkan lelaki itu. Katanya, “Wahai
Usamah, tinggalkan dia.” Sayyidina Usamah t menjawab, “Aku tidak akan
melepaskannya kerana dia telah mencaci Islam dan mencaci Rasulullah r.”
Lalu dia terpaksa menunggu Sayyidina Usamah t kerana mereka mesti
bergerak bersama. Akhirnya mereka berjaya mengejar Mirdas. Ketika mereka
mahu membunuhnya, dia mengucap dua kalimah syahadah. Sahabat Ansar

302

Umratul Qodho’ Bab 20

tidak jadi membunuhnya tetapi Sayyidina Usamah t terus membunuhnya.
Sahabat Ansar itu menegur Sayyidina Usamah t, “Wahai Usamah, kenapa
kamu membunuh orang yang sudah mengucap dua kalimah syahadah?”
Sayyidina Usamah t menjawab, “Dia hanya mengucap kalimah syahadah
kerana takut dibunuh. Bukankah dia telah mencaci Islam dan mencaci
Rasulullah r?” Apabila berita itu disampaikan kepada Sayyidina Ghalib t,
beliau juga mempersoalkan Sayyidina Usamah t mengapa dia membunuh
lelaki itu. Sayyidina Usamah t tetap mempertahankan pandangannya
bahawa lelaki itu hanya mengucap kerana takutkan pedang semata-mata.
Apabila pasukan Sayyidina Ghalib t telah kembali ke Madinah, berita itu
disampaikan kepada Rasulullah r.

Rasulullah r memanggil Sayyidina Usamah t. Baginda bertanya,
“Wahai Usamah, kenapa kamu membunuh orang yang telah mengucap dua
kalimah syahadah?” Sayyidina Usamah t menjawab, “Wahai Rasulullah r,
dia mengucap kerana takut dibunuh.” Rasulullah r bertanya, “Apakah kamu
telah membelah dadanya dan kamu mengetahui isi hatinya? Apa yang kamu
akan jawab kepada Allah di akhirat nanti terhadap syahadah orang itu?”
Rasulullah r mengulang-ulangkan kata-kata itu kepada Sayyidina Usamah
t. Ketika itu Sayyidina Usamah t berasa alangkah baiknya kalaulah dia
baru mengucap kalimah syahadah ketika itu. Sudah tentu perbuatannya itu
akan diampunkanAllah I.Allah menghapuskan seluruh dosa sebelum Islam.
Selepas itu Sayyidina Usamah t tidak pernah terlibat lagi dalam sebarang
peperangan sesama orang Islam. Ketika fitnah besar yang berlaku di zaman
Sayyidina Ali , Sayyidina Usamah t berkata, “Aku tahu Sayyidina Ali
di dalam kebenaran tetapi selepas apa yang aku lakukan kepada Mirdas, aku
tidak berani lagi mengangkat pedang aku terhadap orang Islam.”

Pada bulan berikutnya Rasulullah menghantar sekali lagi sariyah
seramai 300 orang untuk menghukum Bani Murrah. Rasulullah r sekali lagi
melantik Sayyidina Basyir t memimpin sariyah ini. Ketika itu dia sudah
sembuh dari kecederaannya. Kali ini Sayyidina Basyir t lebih berhati-hati
dan dia berjaya menyerang Bani Murrah. Kali ini tentera Islam telah dapat
membunuh sebahagian tentera Bani Murrah. Sariyah Sayyidina Basyir t
berjaya membawa balik ke Madinah ghanimah Bani Murrah.

Namun al Harist bin Auf dapat melarikan dirinya. Dia mendapatkan
perlindungan di tempat Uyaynah. Ketika itu dia tahu bahawa dia tidak akan
dapat lari dari Rasulullah r. Dia mengajak Uyaynah bin Husn memeluk
Islam. Hujahnya kepada Uyaynah, “Muhammad telah mengalahkan semua
Arab. Satu demi satu kabilah telah dikalahkannya. Sekarang lebih baik kita
masuk Islam. Daripada kita menjadi ghanimah kepada Muhammad biarlah

303

Catatan Sejarah Rasulullah r

kita mendapat ghanimah pula bersama dengannya.” Mereka berdua akhirnya
bersetuju untuk masuk Islam dan mereka mahu mendapatkan Rasulullah r di
Madinah. Demikianlah dua orang pemimpin kabilah Arab yang paling kuat
sudah mahu masuk Islam. Dalam perjalanan ke Madinah mereka bertemu
dengan Farwah bin Hubairah seorang ketua kabilah Arab yang besar.
Dia mahu ke Mekah. Farwah meminta al Harist dan Uyaynah menunggu
sehingga dia pulang dari Mekah. Farwah berkata, “Apapun kita lihat reaksi
Quraisy Mekah dulu. Kalau mereka mahu menyerang orang Islam, kita
tunggu sehingga selepas mereka serang orang Islam. Kalau mereka pun
sudah tidak berani memerangi Muhammad maka terpulanglah kalau kamu
mahu masuk Islam.”

Selepas Farwah menunaikan Umrah dia berbincang dengan pemimpin
Mekah. Dia bertanya mereka, “Apa maksud kamu terhadap perjanjian damai
yang kamu meterai dengan Muhammad?” Para pemimpin Mekah menjawab,
“Kami sebenarnya bukanlah mahu berdamai dengan Muhammad tetapi kami
perlukan masa membina kekuatan untuk mengalahkan Muhammad.” Ketika
itu juga ketua Bani Bakar Naufal bin Muawiyah sedang berada Mekah. Dia
mahu meminta pertolongan Quraisy untuk menyerang Bani Khuza’ah. Bani
Khuza’ah telah menjadi sekutu Rasulullah r selepas perjanjian Hudaibiyah.
Bani Bakar pula adalah sekutu Quraisy. Bani Khuza’ah dan Bani Bakar
memang telah lama bermusuhan. Farwah melihat Quraisy tidak menolak
permintaan Naufal bin Muawiyah. Oleh itu dia tahu akan berlaku peperangan
antara Quraisy dengan orang Islam. Mendengar perkembangan itu al Harist
dan Uyaynah telah menangguhkan dulu niat mereka untuk masuk Islam.

Umratul Qodho’

Pada bulan Syawal tahun ketujuh hijrah itu juga Rasulullah r telah
mengumumkan bahawa Baginda akan ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Baginda mempelawa siapa sahaja di kalangan umat Islam untuk menyertai
Baginda. Perjanjian Hudaibiyah telah genap setahun maka Rasulullah r
sudah boleh memasuki Mekah. Seluruh anggota Hudaibiyah mahu bersama
dengan Rasulullah r kali ini. Selain itu ada 600 orang Sahabat y yang
lain ikut sekali pada tahun ini. Jumlah rombongan Rasulullah r kali ini
ialah 2000 orang. Rasululah r memerintahkan mereka membawa bersama
mereka senjata tetapi ia hendaklah diletakkan di atas kenderaan. Sayyidina
Abu Bakar t bertanya kepada Rasulullah r, “Ya Rasulullah, bagaimana
perjanjian kita dengan Quraisy?” Rasulullah r menjawab, “Kita tidak akan
memasuki Mekah dengan senjata, tetapi kita mesti ada persiapan senjata
apabila kita memerlukan senjata.”

304

Umratul Qodho’ Bab 20

Apabila Rasulullah r dan kaum Muslimin tiba berhampiran Mekah,
Quraisy Mekah menghantar wakil mereka bertemu Baginda. Mereka
mempersoalkan kenapa Rasulullah r membawa senjata. Rasulullah r
menjawab, “Kami tetap dengan perjanjian kita, semua senjata akan kami
tingalkan di luar Mekah.” Apabila Rasulullah r masuk ke Mekah, Baginda
meninggalkan dua ratus orang menjaga senjata. Mereka juga mesti sentiasa
siap-siaga untuk membawa senjata masuk ke Mekah sekiranya keadaan
memerlukan. Demikianlah Rasulullah r sangat berhati-hati apabila
berhadapan dengan musuh. Agar penduduk Mekah tidak terpengaruh dengan
kekuatan Islam, para pemuka Quraisy mengarahkan semua penduduk
Mekah keluar dari Mekah. Mereka berpindah ke bukit yang berhampiran
sepanjang keberadaan Rasulullah r di Mekah. Bahkan pemuka Quraisy juga
menyebarkan kepada orang Mekah bahawa umat Islam mengidap demam
panas padang pasir yang merbahaya dan berjangkit. Dengan itu mereka
berjaya mengeluarkan semua penduduk Mekah. Hanya beberapa orang
pemimpin Quraisy dibenarkan tinggal.

Rasulullah r dan rombongan kaum Muslimin masuk ke Mekah sambil
bertakbir, bertahmid dan membaca talbiah. Inilah kali pertama Rasulullah r
memasuki Mekah selepas tujuh tahun Baginda berhijrah ke Madinah. Kaum
Muslimin sangat gembira dapat memasuki Mekah dan dapat melakukan
umrah. Rasulullah r mengetahui berita yang disebarkan oleh para pemuka
Quraisy. Baginda mahu membuktikan kepada penduduk Mekah bahawa
orang Islam semuanya sihat dan kuat. Ketika ingin melakukan tawaf
Rasulullah r bersabda:

“Semoga Allah merahmati orang yang aku dapat melihat kekuatan
pada dirinya hari ini.”

Oleh itu, Rasulullah r membuka bahu kanannya semasa tawaf. Inilah
yang dipanggil Intiba.’ Dalam tiga pusingan tawaf yang awal, Rasulullah r
berjalan cepat sambil menggerakkan bahunya. Orang yang tidak sihat tentulah
tidak mampu berjalan begitu. Para Sahabat y juga berbuat seperti yang
Baginda lakukan. Ketika itu seluruh penduduk Mekah sedang memerhatikan
umat Islam dari atas bukit. Mereka berkata, “Demi Allah, mereka semua
sihat dan kuat!” Dari sinilah perbuatan intiba’ memjadi sunnah dalam tawaf
Qudum. Umat Islam disunatkan melakukan tawaf dengan membuka bahu
kanan dan berjalan laju di tiga pusingan yang pertama. Ketika tawaf itu
Sayyidina Abdullah bin Rawahah t bersyair dengan suara yang lantang.

305

Catatan Sejarah Rasulullah r

Bait-bait syairnya sengaja disusun untuk mencabar orang kafir. Sayyidina
Umar t merasa tidak senang dengan perbuatan Sayyidina Abdullah t ini.
Mereka dalam tawaf sedangkan tawaf adalah ibadah apatah lagi mereka
sedang tidak bersenjata. Kalaulah Kuffar Quraisy marah dan menyerang
umat Islam tentulah akan berlaku sesuatu yang tak diingini.

Apabila Rasulullah r mendengar hal itu, Baginda telah mengajarkan
kepada Sayyidina Abdullah bait-bait syair yang lebih sesuai. Bait-bait itu
ialah takbir raya yang dibaca oleh umat Islam sehingga hari ini. Oleh itu
disunatkan kepada orang yang mengerjakan umrah membacanya khususnya
ketika berada di Safa dan Marwah. Selesai umrah, Rasulullah r dan para
Sahabat y melakukan ibadah korban. Selepas itu Rasulullah r minta
izin daripada pemimpin Mekah untuk masuk ke dalam Ka’bah. Mereka
menolak permintaan itu dengan alasan ia tidak termasuk dalam perjanjian.
Sebenarnya setiap pemimpin Arab akan dibenarkan memasuki Ka’bah ketika
umrah. Malah ia dikira sebahagian dari umrah. Apabila Quraisy berkeras,
Rasulullah r memerintahkan Sayyidina Bilal t naik ke atas Ka’bah dan
melaungkan azan. Seluruh penduduk Mekah memerhati kejadian itu dari
atas bukit malah mereka dapat mendengar azan Islam itu. Ikrimah bin
Abu Jahal berkata, “Allah telah memuliakan Abul Hakam (Abu Jahal)
kerana tidak diperlihatkan kepadanya hamba ini melaungkan azan dari atas
Ka’bah.” Mereka merasakan laungan azan oleh Sayyidina Bilal t di atas
Ka’bah adalah lebih berat bagi mereka daripada membenarkan Rasulullah r
masuk ke dalam Ka’bah.

Setelah berlalu tiga hari, pihak Quraisy menghantar Ikrimah untuk
memberitahu Rasulullah r dan orang Islam bahawa masa sudah tamat.
Rasulullah r sebenarnya mahu menambah lagi hari Baginda berada di
Mekah. Baginda berkata kepada Ikrimah, “Wahai Ikrimah, duduklah dulu
makan dengan aku, kamu adalah tetamu aku hari ini.” Ikrimah menjawab,
“Aku tidak berhajat kepada makanan kamu, sila keluar segera dari tanah
kami!” Ketika itu Sayyidina Saad bin Ubadah t tidak dapat menahan
dirinya lantas dia menyanggah Ikrimah, “Ini bukan negeri kamu tetapi ini
negeri Rasulullah r!” Malah dia mula memarahi Ikrimah. Rasulullah r
segera menghentikannya. Rasulullah r bersabda:

“Tidak ada siapa yang dicerca dalam masa kita berangkat dari
Mekah.”

306

Umratul Qodho’ Bab 20

Rasulullah memerintahkan kaum Muslimin bersiap untuk pulang.
Ketika itu ada segolongan Kuffar Quraisy yang bukan dari pemimpin dan
bangsawan mereka bersiap untuk menyerang Rasulullah r dan orang Islam.
Apabila umrah sudah selesai, mereka menganggap tamatlah perjanjian
damai. Mereka lupa bahawa perjanjian damai adalah sepuluh tahun.
Rasulullah r menghantar wakil Baginda bertemu dengan mereka. Wakil
Rasulullah r membacakan perutusan Baginda, “Kalau kamu benar-benar
mahu berperang, datangi kami di luar Tanah Haram. Kami akan menunggu
di sana dengan senjata kami!” Mereka menyangka umat Islam memang tidak
membawa senjata. Apabila dicabar begitu, rupanya mereka tidak berani.

Demikianlah umrah menjadi pembuktian kepada jadual yang telah
disampaikan oleh Rasulullah r kepada para Sahabat y sebelum perjanjian
Hudaibiyah. Firman Allah I:

Sesungguhnya Allah telah membenarkan mimpi Rasul-Nya bahawa
kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram dengan kehendak Allah
dalam keadaan aman tenteram. (Surah al Fath: 27)

Islamnya Sayyidina Khalid t

Seterusnya itu Rasulullah r keluar dari Mekah dan berkhemah di luar
Mekah. Apabila Baginda melihat Sayyidina Abban bin Walid bin Mughirah
t, Baginda bertanya kepadanya, “Di manakah Khalid?” Baginda maksudkan
Khalid al Walid. Baginda menyambung lagi, “Khalid adalah seorang yang
cerdik. Kenapa kecerdikannya belum membawa dia kepada kebenaran
Islam? Kekuatan dan kebenaran Islam sudah jelas apatah lagi kepada orang
yang cerdik seperti Khalid. Kalaulah Khalid bersama kita, nescaya kita akan
muliakannya dan kita akan kedepankan dia.” Sayyidina Abban t sangat
gembira mendengar ucapan Rasulullah r itu. Dia segera menulis surat
kepada Khalid yang sedang berada di Mekah. Dia memberitahu Khalid :

“Wahai Khalid, kamu mempunyai akal yang dapat memimpin kamu.
Islam sudah tidak kabur lagi bagi orang yang berakal. Datang segera
masuk Islam. Rasulullah r telah menyebut sesuatu yang baik tentang
kamu. Rasulullah r berkata, kalau dia datang kepada kita, nescaya kita
akan muliakan dia dan kita kedepankan dia.”

307

Catatan Sejarah Rasulullah r

Apabila Khalid membaca surat ini, Islam sudah masuk ke dalam hatinya
tetapi dia masih mahu berfikir lagi. Rasulullah r pun pulang ke Madinah.
Ketika itu Amru bin As sampai ke Mekah dari Habsyah, dia sudah masuk
Islam di tangan Najasyi. Dia balik membuat persiapan untuk berhijrah ke
Madinah. Apabila Khalid melihat Sayyidina Amru t, dia bertanya, “Kamu
mahu ke mana, wahai Amru?” Sayyidina Amru menjawab, “Aku mahu
berhijrah ke Madinah.” Khalid bertanya lagi, “Apakah kamu sudah murtad?”
Sayyidina Amru t menjawab, “Tidak, tetapi aku sudah memeluk Islam!”
Sayyidina Amru t menceritakan kepadanya bahawa Najasyi telah masuk
Islam. Khalid makin terkejut, lalu dia bertanya kepada Sayyidina Amru t
semua yang dia ingin ketahui tentang Islam. Akhirnya hatinya tekad dengan
Islam. Ketika itu ada seorang lagi pemimpin muda Quraisy mahu masuk
Islam. Dia ialah Osman bin Talhah. Mereka bertiga berazam untuk berhijrah
bersama-sama ke Madinah.

Pada awal tahun kelapan Hijriah, mereka bertiga berangkat ke Madinah.
Apabila Rasulullah r melihat kedatangan mereka bertiga, Baginda bertakbir.
Tiga orang pemimpin muda Quraisy yang terbaik telah datang untuk masuk
Islam. Apabila mereka masuk mengadap Rasulullah r, Baginda menunggu
dengan tersenyum. Setelah Sayyidina Khalid mengucap dua kalimah
syahadah, Rasulullah r bersabda, “Segala puji bagi Allah yang telah
memberi hidayah kepada kamu. Daku telah lama melihat kamu mempunyai
kepintaran yang daku harap ia akan membawa kamu kepada kebaikan.”
Sayyidina Khalid t memohon, “Wahai Rasulullah r, aku telah menyertai
banyak peperangan memerangi kebenaran, doakanlah aku semoga Allah
mengampunkan aku.”

Sabda Rasulullah r :

“Islam itu menghapuskan segala dosa sebelum Islam.”

Rasulullah r mendoakan mereka bertiga. Keislaman mereka adalah
suatu kemenangan kepada umat Islam.

Selepas itu datang pula perwakilan dari Bani Khuza’ah mengisytiharkan
kepada Rasulullah r bahawa majoriti Bani Khuza’ah telah memeluk Islam.
Bani Khuza’ah telah menjadi sekutu Rasulullah r selepas Perjanjian
Hudaibiyah. Demikianlah satu kabilah lagi menyertai umat Islam. Islam
semakin kuat.

308

Umratul Qodho’ Bab 20

Quraisy Melanggar Perjanjian

Bani Khuza’ah dan Bani Bakar telah bersengketa sejak sebelum Rasulullah
r berhijrah ke Madinah lagi. Persengketaan ini berterusan sehinggalah Bani
Khuza’ah menjadi sekutu kaum Muslimin dalam Perjanjian Hudaibiyah.
Selepas itu kebanyakan mereka masuk Islam. Sebelum Perjanjian Hudaibiyah,
telah berlaku banyak peperangan antara Bani Khuza’ah dan Bani Bakar.
Bani Bakar kalah dalam setiap peperangan dan ramai orang mereka yang
terbunuh. Berkali-kali mereka cuba membuat serangan balas tetapi mereka
tidak pernah berjaya. Malah makin ramai orang mereka terbunuh. Sebab
itulah mereka sangat berdendam dengan Bani Khuza’ah. Mereka sentiasa
mencari-cari peluang untuk membalas dendam terhadap Bani Khuza’ah.
Apabila berlaku Perjanjian Hudaibiyah, Bani Khuza’ah telah menjadi sekutu
kaum Muslimin dan Bani Bakar menjadi sekutu Quraisy.

Desakan dendam dan perasaan ingin menuntut bela telah mendorong Bani
Bakar bersiap-sedia untuk menyerang hendap Bani Khuza’ah. Pada suatu
malam, satu rombongan Bani Khuza’ah datang untuk beribadah di Ka’bah.
Mereka berkemah di luar Mekah berdekatan sempadan kawasan Haram.
Orang Islam di kalangan mereka bangun sembahyang malam dan yang
tidak Islam semuanya tidur. Pada tengah malam itu, Bani Bakar menyerang
rombongan ini. Bani Khuza’ah yang terkejut dari tidur mendapati ada orang
menyerang mereka dan mahu membunuh mereka. Dalam serangan pertama
itu Bani Bakar berjaya membunuh tiga orang dari mereka. Yang lain sempat
melarikan diri masuk ke Tanah Haram yang dilarang berperang di dalamnya.
Ketika itu salah seorang tentera Bani Bakar menjerit kepada ketua mereka,
“Wahai Naufal, ini Tanah Haram, takutlah kamu kepada Tuhan!” Naufal
membalas, “Tidak ada Tuhan bagi kamu hari ini, bukankah kamu pernah
mencuri dalam kawasan Haram? Apakah kamu tidak boleh menuntut bela
di tanah Haram?” Bani Bakar terus mengejar Khuza’ah walaupun mereka
telah masuk ke dalam kawasan Tanah Haram. Mereka lari ke rumah Budail
bin Warqa,’ salah seorang pemimpin Khuza’ah yang mempunyai rumah di
Mekah. Malangnya pintu rumah Budail tertutup sedangkan tentera Bani
Bakar sudah dekat dengan mereka. Di situ mereka dibunuh oleh Bani
Bakar. Bahkan ada di kalangan pemimpin Quraisy menyertai Bani Bakar
menyerang Bani Khuza’ah di situ. Mereka telah membunuh dua puluh orang
dari Bani Khuza’ah. Apabila masuk waktu fajar, pemimpin Quraisy segera
berundur takut rahsia pengkhianatan mereka terbongkar. Dalam serangan
hendap malam itu, 23 orang dari Bani Khuza’ah terbunuh di kawasan Tanah
Hharam di tangan Bani Bakar dengan bantuan pemimpin Quraisy.

Keesokan paginya, pemimpin Bani Khuza’ah berbincang apa yang harus

309

Catatan Sejarah Rasulullah r

mereka lakukan. Tidak syak lagi, pertama sekali mereka mesti menghantar
wakil memberitahu Rasulullah r pengkhianatan ini. Mereka menghantar
Amru bin Salim, penyair mereka bergerak segera ke Madinah. Sementara satu
rombongan lagi akan menyusul kemudian. Amru terus memecut kudanya, dia
bergerak siang malam tanpa berhenti rehat agar segera sampai ke Madinah.
Sebaik sampai ke Madinah, dia terus masuk mengadap Rasulullah r di
masjid lalu terus menyampaikan laporan itu melalui syairnya. Semua yang
berlaku itu dia sampaikan melalui syairnya. Daripada syair itu Rasulullah r
sudah memahami apa yang berlaku. Sabda Rasulullah r :

“Kamu pasti dibantu wahai, Amru bin Salim. Kamu pasti dibantu,
wahai Amru bin Salim.”

Mendengar berita itu, Rasulullah r bangun berdiri sambil menepuk
pehanya kerana kemarahan Baginda terhadap pengkhianatan yang dilakukan
oleh Kuffar Mekah dan Bani Bakar. Dalam masa itu Khuza’ah telah
menyiapkan rombongan mereka untuk bertemu Rasulullah r yang diketuai
oleh ketua mereka, Budail bin Warqa.’ Rombongan ini juga terus bergerak ke
Madinah dan mereka sampai selepas tiga hari ketibaan Amru. Mereka sekali
lagi melaporkan kepada Rasulullah r semua yang telah berlaku.

Pada masa yang sama, para pemimpin Quraisy juga berkumpul di Darul
Nadwah. Mereka berbincang apa yang mereka patut lakukan. Pertemuan
itu turut dihadiri oleh Abdullah bin Saad bin Abi Sarah. Dia telah masuk
Islam dan termasuk di kalangan penulis al-Quran tetapi dia telah murtad dan
kembali ke Mekah. Di Mekah dia mendakwa bahawa dialah yang menulis
al-Quran dan telah banyak kandungan al-Quran di ubahnya. Demikianlah
dia berbohong terhadap Allah dan Rasul-Nya. Memang benar dia menulis
al-Quran tetapi dia tidak boleh merubahnya. Abdullah berkata, “Di kalangan
kamu, aku yang paling tahu tentang Muhammad, aku pernah hidup
bersamanya di Madinah. Demi Allah, dia tidak akan memerangi kamu selagi
dia tidak menawarkan kepada kamu tiga pilihan.” Mereka bertanya, “Apakah
tiga pilihan itu?” Abdullah menerangkan, “Yang pertama kamu hendaklah
membayar diat kepada korban Khuza’ah. Kalau Khuza’ah bersetuju dengan
diat, maka selesailah masalah kamu.” Namun mereka yakin Khuza’ah tidak
akan bersetuju sehinggalah mereka boleh menguasai semua harta Quraisy.
Ini tidak mungkin kerana mereka tidak sanggup kehilangan semua harta
mereka. Mereka bertanya, “Apakah pilihan yang kedua?” Abdullah berkata,
“Kamu berlepas tangan dari Bani Bakar untuk Muhammad menghukum

310

Umratul Qodho’ Bab 20

Bani Bakar.” Quraisy menjawab, “Kalau kita berlepas tangan daripada
sekutu kita, tidak akan ada lagi orang yang mahu menjadi sekutu kita selepas
ini.” Kuffar Quraisy bertanya lagi, “Apa yang ketiga?” Abdullah menjawab,
“Yang ketiga ialah perang. Kalau kamu tidak mahu membayar diat dan kamu
tidak mahu menyerahkan pembunuh, ertinya kamu melindungi penjenayah.
Ketika itu Muhammad akan memerangi kamu!” Ketika itu Quraisy sudah
tidak berani untuk berperang dengan Rasulullah r kerana mereka sangat
tahu bahawa kekuatan Islam sudah besar. Abu Sufyan berkata, “Kita pergi
bertemu dengan Muhammad untuk kita perbaharui perjanjian dan kita
panjangkan lagi tempohnya. Maka dengan itu dia tak boleh menyerang kita.”
Namun, apakah Abu Sufyan sempat sampai ke Madinah sebelum Khuza’ah
melaporkan hal ini kepada Rasulullah r?

Rayuan Abu Sufyan

Abu Sufyan terus bergerak ke Madinah untuk bertemu dengan Rasulullah
r tetapi ’Amru dan rombongan Budail sudah pun mendahuluinya. Ketika
Abu Sufyan sedang dalam perjalanan menuju ke Madinah, Amru dan
rombongan Budail telah meninggalkan Madinah. Budail memerintahkan
kaumnya berpisah supaya orang lain tidak menyangka apa-apa. Hanya
Budail dan beberapa orang sahaja berjalan di jalan utama. Di pertengahan
perjalanan mereka bertembung dengan Abu Sufyan. Abu Sufyan bertanya
kepada mereka, “Apa yang kamu lakukan di Madinah?” Mereka menjawab,
“Kami tidak pergi ke Madinah.” Abu Sufyan bertanya lagi, “Apakah kamu
ada membeli tamar yang datang dari Madinah?” Mereka menjawab, “Tidak
ada.” Setelah meninggalkan mereka, Abu Sufyan meneruskan perjalanan.
Akhirnya dia bertemu dengan najis unta Budail dan pengikutnya. Abu Sufyan
dapati di dalam najis unta itu ada biji tamar. Hanya orang Madinah sahaja
yang memberikan tamar kepada unta mereka kerana mereka kaya dengan
tamar. Ketika itu Abu Sufyan sedar bahawa Khuza’ah telah melaporkan
kepada Rasulullah r apa yang berlaku.

Apabila sampai di Madinah, Abu Sufyan berfikir kepada siapa dia patut
pergi dahulu. Orang yang dirasakan paling dekat dengannya ialah Ummu
Habibah , puterinya yang berkahwin dengan Rasulullah r. Abu Sufyan
merasa mungkin dia akan dapat maklumat daripada Ummu Habibah dan
tentu Ummu Habibah boleh menolongnya. Apabila Abu Sufyan masuk ke
dalam rumah Ummu Habibah , dia mahu duduk di atas hamparan Rasulullah
r. Cepat-cepat Ummu Habibah menarik hamparan itu. Abu Sufyan
bertanya, “Wahai Ummu Habibah, apakah kerana tempat duduk itu lusuh dan
tidak selayaknya untuk aku sebagai pemimpin Mekah atau kerana aku tidak
layak duduk di situ?” Ummu Habibah menjawab, “Wahai ayah, ini tempat

311

Catatan Sejarah Rasulullah r

duduk Rasulullah. Kamu seorang yang mensyirikkan Allah sedangkan
seorang musyrik adalah najis!” Begitulah ketegasan Ummu Habibah
walaupun terhadap ayahnya sendiri. Peristiwa itu telah menyedarkan Abu
Sufyan bahawa Ummu Habibah tidak akan membantunya.

Abu Sufyan terus pergi berjumpa dengan Rasulullah r. Ketika itu Baginda
sedang berada dalam majlis bersama dengan para Sahabat y. Rasulullah
r berkata, “Daku rasa Abu Sufyan mahu memperbaharui perjanjian dan
memperpanjangkan lagi tempohnya.” Rasulullah r tahu bahawa Kuffar
Quraisy sebenarnya tak ada helah lain. Mereka tidak mahu membayar diat
dan tidak mahu menyerahkan penjenayah serta takut untuk berperang.
Belum sempat Rasulullah r menyempurnakan kata-katanya, Abu Sufyan
telah masuk ke majlis mereka.

Rasulullah r bertanya, “Apa tujuan kamu wahai Abu Sufyan?” Abu
Sufyan menjawab, “Wahai Muhammad, kami mendapati bahwa perjanjian
di antara kita ini satu perjanjian yang baik. Keadaan kami semakin stabil,
kafilah kami berjalan dengan baik, semua orang hidup dalam aman damai.
Justeru itu kami minta supaya diperpanjangkan tempohnya dan diperbaharui
perjanjian.” Rasulullah r bertanya, “Apakah kamu ada melakukan sesuatu
sehingga kamu mahu memperbaharui perjanjian dan menambah lagi
tempohnya?” Abu Sufyan menjawab dengan tergagap-gagap, “Kami berada
dalam perjanjian, kami tidak mengkhianati perjanjian.” Ketika itu Abu
Sufyan sudah memahami isyarat daripada Rasulullah r bahawa merekalah
yang mengkhianati perjanjian. Kata-kata Rasulullah itu sudah cukup untuk
Abu Sufyan merasakan dia tidak akan berjaya memujuk Baginda. Namun
dia belum berputus asa. Dia berfikir pula untuk mencari sesiapa yang mahu
mengisytiharkan perdamaian di antara manusia di kalangan Sahabat Utama
Rasulullah r. Kalau mereka mengisytiharkan perdamaian antara manusia
nescaya tidak akan berlaku peperangan.

Dia pergi kepada Sayyidina Abu Bakar t dan berkata, “Wahai Abu Bakar,
kamu adalah Sahabat baik Muhammad, anjurkanlah supaya Muhammad
memperbaharui perjanjian dan menambah lagi tempohnya ataupun kamu
sendiri yang mengisytiharkan perdamaian di antara manusia.” Sayyidina Abu
Bakar t menjawab, “Kami tetap dengan perjanjian kami, demi Allah kami
tidak akan mendahului Rasulullah r dalam mengisytiharkan perdamaian.”
Abu Sufyan belum mahu menyerah. Dia mahu memcari sesiapa lagi yang
mempunyai kedudukan di sisi Rasulullah r dan kaum Muslimin. Beliau pergi
pula kepada Sayyidina Umar t dan berkata, “Wahai Umar, isytiharkanlah
perdamaian di antara manusia, nescaya kamu mendapat kemuliaan sepanjang
zaman.” Sayyidina Umar t menjawab, “Apakah aku orang yang akan

312

Umratul Qodho’ Bab 20

memberi keamanan kepada kamu? Demi Allah, kalau tidak ada orang yang
mahu memerangi kamu melainkan seekor semut kecil nescaya aku akan
memerangi kamu dengan semut kecil itu.” Begitulah ketegasan Sayyidina
Umar t terhadap musuh Allah dan musuh Rasulullah r. Kemudian Abu
Sufyan pergi pula kepada Sayyidina Ali , di mana Siti Fatimah dan
Sayyidina Hasan t pun berada sekali di situ. Abu Sufyan berkata kepada
Sayyidina Ali , “Wahai Ali, kamu orang yang paling dekat hubungan
darah dengan kami, mintalah pada Muhammad dan anjurkanlah perdamaian
di kalangan manusia.” Sayyidina Ali menjawab, “Rasulullah r sekarang
sedang dalam satu keadaan yang tiada siapa yang boleh bercakap dengannya.
Urusan perdamaian dan memberi keamanan adalah hak mutlak Rasulullah.”
Ketika itu berderailah segala harapan Abu Sufyan kepada Sayyidina Ali
. Dia berpaling kepada Siti Fatimah sambil berkata, “Wahai Fatimah,
kamu puteri Muhammad, isytiharkanlah perdamaian di antara manusia.” Siti
Fatimah menjawab, “Aku hanya seorang perempuan.” Abu Sufyan berkata
lagi, “Kalau begitu, suruhlah anak kamu mengisytiharkan perdamaian di
antara manusia.” Siti Fatimah menjawab, “Dia masih terlalu kecil dan
tiada siapa boleh mendahului Rasulullah r mengisytiharkan perdamaian.”
Abu Sufyan semakin buntu tetapi dia mesti berusaha lagi.

Akhirnya dia pergi kepada Sayyidina Uthman pula. Sayyidina Uthman
dari Bani Umayyah dan dia juga dari Bani Umayyah. Abu Sufyan berkata,
“Wahai Uthman, kamu dan kami dari Bani Umayyah, anjurkanlah perdamaian
di kalangan manusia.” Sayyidina Uthman t menjwab, “Perdamaian dari
aku hanyalah bila ada perdamaian daripada Rasulullah r. Tiada siapa yang
akan mendahului Rasulullah r.” Begitulah betapa takut dan cemasnya hati
pemimpin Mekah ini lalu dia mesti berusaha lagi. Dia berpatah balik kepada
Sayyidina Ali . Kali ini dia meminta nasihat Sayyidina Ali apa yang
patut dia lakukan. Sayyidina Ali menasihatinya, “Kamu adalah Ketua
Mekah dan salah seorang pemimpin di kalangan bangsa Arab, kamulah yang
mengisytiharkan perdamaian di antara manusia.” Abu Sufyan bertanya,
“Wahai Ali apakah kamu rasa hal itu akan memberi manfaat kepadaku?”
Sayyidina Ali menjawab, “Sekali-kali tidak, wahai Abu Sufyan tetapi itulah
satu-satunya pilihan yang kamu ada.” Akhirnya Abu Sufyan pergi ke Masjid
Nabawi semula. Rasulullah r dan para Sahabat y berada di situ. Dia pun
berucap, “Aku Abu Sufyan, aku Ketua Mekah, aku telah mengisytiharkan
perdamaian antara manusia, dan aku rasa tidak ada orang yang akan
membatalkan perdamaian ini.” Apabila Rasulullah r mendengar ucapan itu,
Baginda bersabda, “Kamu yang berkata begitu, wahai Abu Sufyan bahawa
tidak ada orang yang membatalkan perdamaian kamu tetapi kami tidak
berkata begitu.” Itulah saja jawapan dari Rasulullah r. Namun Abu Sufyan
cukup faham maksud Rasulullah r bahawa Baginda dan kaum Muslimin

313

Catatan Sejarah Rasulullah r
tidak mengiktiraf perdamaian itu.

Abu Sufyan pulang ke Mekah dan membentangkan kepada pemimpin
Mekah semua percubaan yang dia lakukan di Madinah dan akhirnya dia
mengisytiharkan perdamaian di antara manusia. Para pemimpin Quraisy
berkata, “Demi Allah, Ali telah mempermainkan akal kamu.” Tidak mungkin
Rasulullah r dan orang Islam akan menerima perdamaian yang diisytiharkan
oleh Abu Sufyan. Kini Kuffar Quraisy sedar bahawa tiada jaminan keamanan
lagi kepada mereka. Mereka mula mengintai-ngintai apakah Rasulullah r
berniat untuk menyerang mereka ataupun masalah Bani Bakar tadi sudah
selesai begitu saja.

314

Bab 21

Perutusan Rasulullah r

Seruan Kebenaran
Selepas menunaikan Umrah al Qodho’, Rasulullah r merasakan sudah tiba
masanya untuk memastikan bahawa seruan kebenaran sampai kepada para
pemerintah dan kerajaan pada zaman itu. Baginda juga mahu memastikan
seruan Islam sampai kepada semua kabilah Arab. Oleh itu, Rasulullah r
telah melantik para duta untuk menyampaikan Islam kepada mereka. Ketika
melancarkan era ini, Baginda telah memberikan peringatan kepada semua
para sahabat y. Sabda Rasululah r :

315

Catatan Sejarah Rasulullah r

“Wahai manusia! Sesungguhnya Allah I telah mengutuskan aku
sebagai Rahmat kepada semua, maka janganlah kamu mengingkari
aku sepertimana Hawariyun mengingkari Nabi Isa . Para Sahabat y
bertanya, “Bagaimana dikatakan Hawariyun mengingkari Nabi Isa ,
wahai Rasulullah r? Baginda menjawab, “Nabi Isa telah menyeru
mereka kepada era yang sedang aku seru kepada kamu semua. Adapun
orang yang Nabi Isa hantar ke tempat yang dekat, dia rela dan taat
tapi orang yang dihantar ke tempat yang jauh dia tidak sanggup dan
berasa keberatan.”

Demikianlah hasrat Rasulullah r untuk memastikan seruan Allah I dan
Rasul-Nya sampai kepada semua pemerintah malah kepada semua manusia
di dunia. Para Sahabat y semuanya bersedia untuk dihantar ke mana sahaja
demi tanggungjawab murni ini. Tidak hairanlah sebahagian besar daripada
mereka telah bertebaran ke seluruh dunia selepas kewafatan Baginda.
Malah mereka mati dan dimaqamkan di tempat perjuangan mereka. Demi
memperkemaskan lagi misi ini mereka mencadangkan supaya Rasulullah r
mempunyai cop rasmi. Ini kerana pemerintah dan raja hanya akan melayan
surat yang mempunyai cop. Rasulullah r bersetuju dengan saranan itu. Para
Sahabat y telah mereka satu cop pada cincin Rasulullah r yang tertulis
‘Muhammad Rasulullah’.

Utusan Rasulullah r Kepada Raja Rom

Rasulullah r telah memilih Sayyidina Dehya’ al Qalbi t sebagai utusan
kepada Hiraklius, Kaisar Rom. Pusat pemerintahan kerajaan Rom adalah
di Kostantinopel, Turki. Selain dari Eropah, kerajaan Rom juga menguasai
negara Syam dan Mesir. Rom telah menang terhadap Parsi dalam peperangan
besar terakhir di antara mereka. Dua kerajaan ini adalah dua empayar yang
menguasai dunia ketika itu. Beberapa tahun sebelum itu, Rom telah dikalahkan
oleh Parsi. Selepas kekalahan itu, Hiraklius telah bernazar akan berjalan kaki
untuk melakukan ibadah haji sekiranya Rom dapat mengalahkan Parsi. Dia
berazam akan berjalan kaki dari Kostantinopel ke Baitul Maqdis. Setelah
Rom menang pada kali ini, Hiraklius ingin menunaikan nazarnya.

Ketika dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, dia bermimpi bahawa
kerajaannya akan dijatuhkan oleh satu kaum yang berkhatan. Sebaik sahaja
tiba di Baitul Maqdis, dia bertanya kepada para pendeta Baitul Maqdis
siapakah yang berkhatan di negeri mereka. Para pendeta memberitahu bahawa
hanya orang Yahudi yang berkhatan. Hiraklius berazam akan menghapuskan
seluruh keturunan Yahudi yang berada di Syam. Sebelum sempat bertindak
kepada bangsa Yahudi, Hiraklius mendapat tahu bahawa orang Arab juga

316

Perutusan Rasulullah r Bab 21

ada yang berkhatan. Seorang pencuri daripada bangsa Arab telah ditangkap.
Apabila diperiksa tentera Rom mendapati lelaki Arab ini berkhatan. Mereka
segera memberitahu Hiraklius bahawa orang Arab juga berkhatan. Hiraklius
minta supaya pencuri itu dibawa kepadanya. Dia bertanya kepada pencuri
itu, “Siapa kamu?” Lelaki itu memberitahu namanya dan dia berbangsa Arab
daripada suku Quraisy. Hiraklius bertanya lagi, “Adakah sesuatu yang pelik
berlaku di tempat kamu?”

Lelaki itu memberitahu, “Ada seorang lelaki bernama Muhammad dari
kalangan kami telah mengaku menjadi Nabi.” Hiraklius tidak terkejut kerana
sememangnya dia mengetahui bahawa ada Nabi yang akan diutuskan kerana
dia juga seorang yang alim dengan ilmu Kitab Nasrani. Hiraklius mahu
mengetahui lagi tentang kemunculan Nabi daripada bangsa Arab ini. Dia
telah memerintahkan tenteranya supaya membawa kepadanya orang Arab
Quraisy yang sedang berada di Syam.

Ketika itu Abu Sufyan dan para peniaga Mekah sedang berada di
Syam. Lalu merekalah yang dibawa bertemu Hiraklius. Imam Bukhari 
telah merakamkan di dalam Sohihul Bukhari perbualan berikut di antara
Hiraklius dan Abu Sufyan. Hiraklius bertanya kepada rombongan Abu
Sufyan, “Siapakah di kalangan kamu yang paling dekat nasabnya dengan
Muhammad?” Abu Sufyan menjawab, “Akulah yang paling dekat.”
Nasabnya bertemu dengan Rasulullah r pada datuknya yang kelima. Kaisar
memerintahkan rombongan Quraisy duduk dan Abu Sufyan mengadapnya.
Hiraklius mahu Abu Sufyan menjawab semua soalannya dengan jujur.
SekiranyaAbu Sufyan berbohong Hiraklius mahu semua anggota rombongan
yang lain memberi jawapan yang benar. Abu Sufyan menegaskan, “Demi
Allah, sekalipun aku berbohong tiada siapa yang akan membantah kerana
kedudukan aku di kalangan mereka. Tetapi aku seorang pemimpin Quraisy.
Berbohong adalah aib besar apatah lagi di hadapan orang ramai.”

Seterusnya berlakulah dialog di antara Hiraklius dan Abu Sufyan.

Hiraklius: “Bagaimana nasabnya?”

Abu Sufyan: “Dia daripada keturunan yang mulia”.

Hiraklius: “Apakah ada orang sebelumnya membuat pengakuan yang
serupa?

Abu Sufyan: “Tidak ada.”

Hiraklius: “Apakah ada di kalangan datuk-datuknya raja?”

Abu Sufyan: “Tidak ada.”

317

Catatan Sejarah Rasulullah r

Hiraklius: “ Apakah pengikutnya dari kalangan pembesar atau daripada
kalangan rakyat jelata?”

Abu Sufyan: “Bahkan pengikutnya dari kalangan rakyat jelata.”

Heraklius: “Apakah jumlah mereka bertambah atau berkurang?”

Abu Sufyan: “Jumlah mereka bertambah.”

Hiraklius: “ Apakah ada salah seorang dari mereka murtad dari agamanya
kerana benci kepada agamanya?”

Abu Sufyan: “Tidak ada.”

Hiraklius: “Apakah kamu menuduh dia menipu sebelum dia membawa apa
yang dibawanya sekarang ?”

Abu Sufyan: “Tidak.”

Hiraklius: “Apakah dia mengkhianati perjanjian?”

Abu Sufyan: “Tidak, tetapi sekarang kami sedang dalam tempoh perjanjian
dengannya. Kami tidak tahu kali ini apakah dia akan khianat atau tidak.”
Abu Sufyan memang mencari-cari peluang untuk memburukkan Rasulullah
r di depan Hiraklius namun tiada peluang melainkan dalam jawapan ini.

Hiraklius: “Apakah kamu memeranginya?”

Abu Sufyan: “Ya, kami memeranginya.”

Hiraklius: “Bagaimana kesudahan peperangan kamu dengannya?”

Abu Sufyan: “Peperangan di antara kami dengan mereka silih berganti,
adakala mereka menang, adakalanya kami menang.”

Hiraklius: “Apakah yang dia perintahkan kepada kamu?”

Abu Sufyan: “Dia memerintahkan kami supaya menyembah Allah yang Esa
dan melarang kami dari mensyirikkan Allah I. Dia juga memerintahkan
kami meninggalkan apa yang disebut oleh ayah dan datuk kami. Dia juga
memerintahkan kami mendirikan sembahyang, berkata benar, menjauhi
maksiat dan menyambungkan silaturrahim.”

Semua soalan Hiraklius kepada Abu Sufyan adalah berdasarkan ciri-ciri
Nabi akhir zaman yang diketahuinya dalam kitab Nasrani. Setelah mendengar
keterangan Abu Sufyan, Hiraklius telah membuat kesimpulan berikut:

Hiraklius menitahkan kepada penterjemahnya, “Katakan kepada Abu
Sufyan, aku telah bertanya tentang nasabnya dan kamu memberitahuku
bahawa dia dari keturunan yang mulia. Demikianlah para Rasul diutuskan
dari nasab yang mulia di kalangan kaumnya.”

318

Perutusan Rasulullah r Bab 21

“Aku bertanya kamu, apakah ada orang lain yang mengaku sepertinya,
kamu kata tidak ada, kalau ada orang lain yang mengaku sebelumnya
nescaya aku akan mengatakan bahawa dia meniru seseorang sebelumnya.”

“Aku tanya kamu, adakah dia dari pada keturunan raja, kamu jawab,
tidak. Kalau dia dari keturunan raja nescaya aku akan berkata bahawa dia
mahu mengembalikan pemerintahan ayahnya.”

“Aku juga bertanya kamu, apakah kamu menuduh dia sebagai penipu
sebelum dia membawa dakwahnya. Kamu jawab, tidak. Kalaulah dia
meninggalkan dusta terhadap manusia tentu dia tak akan mendustakan
Allah.”

“Aku bertanya kamu, apakah golongan pembesar yang mengikutinya atau
rakyat jelata. Kamu kata, rakyat jelata yang mengikutinya. Mereka adalah
pengikut para Rasul.”

“Aku bertanya kamu apakah mereka bertambah atau berkurang. Kamu
katakan bahawa mereka bertambah. Maka begitulah keadaan Iman
sehinggalah ia mencapai kemenangan.”

“Aku bertanya kamu, apakah ada salah seorang dari mereka murtad dari
agamanya kerana membenci agama itu setelah dia memeluknya. Kamu
jawab, tiada. Begitulah Iman apabila ia telah bertakhta di hati.”

“Aku bertanya kamu, apakah dia pernah mengkhianati perjanjian. Kamu
kata dia tidak pernah mengkhianati janji. Begitulah akhlak para Rasul,
mereka tidak khianat.”

“Aku bertanya kamu apa yang dia perintahkan pada kamu. Kamu jawab,
dia memerintahkan kamu agar menyembah Allah yang Esa dan tidak
mensyirikkan-Nya. Dia juga memerintahkan kamu mendirikan sembahyang,
berkata benar, menjauhi maksiat dan menyambung silaturrahim.”

Akhirnya Hiraklius menyatakan, “Kalaulah benar apa yang kamu
nyatakan tadi, pasti dia akan menguasai tempat aku berdiri ini. Dia pasti akan
mendapat kuasa pemerintahan dan pemerintahannya akan sampai ke tempat
ini. Telah ada dalam pengetahuanku bahawa seorang Nabi akan diutuskan
tetapi aku sama sekali tidak menyangka bahawa dia daripada kalangan
kamu. Kalaulah aku sudah meyakininya aku akan berjalan kepadanya dan
kalau aku sudah berada di sisinya aku akan membasuh kakinya.”

Selepas sahaja Abu Sufyan keluar dari pertemuan itu dia berkata kepada
rombongnnya, “Demi Allah, isu Muhammad ini sudah menjadi besar malah
Hiraklius pun takut kepadanya!” Setelah memeluk Islam Abu Sufyan
pernah berkata, “Sebenarnya ketika itu Islam telah mula masuk ke dalam
hati aku.” Walaupun Abu Sufyan belum mahu masuk Islam lagi ketika itu

319

Catatan Sejarah Rasulullah r

tetapi rupanya dia sudah terkesan dengan kenyataan Hiraklius itu.

Selepas pertemuan inilah Sayyidina Dehya’ t pun sampai ke Syam untuk
menyampaikan perutusan Rasulullah r kepada Hiraklius. Muhammad yang
sedang dipertanyakan oleh Hiraklius, tiba-tiba muncul dengan mesej ini:

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. “Dari Muhammad Rasulullah kepada Hiraklius,
Pemerintah Rom. Kesejahteraanlah kepada orang yang mengikuti
petunjuk. Seterusnya daku menyeru kepada kamu dengan seruan Islam.
Terimalah Islam nescaya kamu akan selamat. Allah akan memberikan
dua kali pahala kepada kamu. Kalau kamu berpaling maka kamu
akan menanggung dosa para petani ( kebanyakan rakyat Rom sebagai
petani. ) Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama di
antara kita bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak
mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan janganlah sebahagian kita
mengambil sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah. Kalau
mereka berpaling, maka katakanlah, saksikanlah bahawa kami adalah
orang yang tunduk kepada Islam.”

Sebaik sahaja diterjemahkan perutusan ini kepada Hiraklius, dia benar-
benar gementar apatah lagi dia baru saja berdialog dengan Abu Sufyan.
Fikirannya berat dan perasaannya kacau. Ternyata seluruh ciri Kenabian
yang diketahuinya ada pada Rasulullah r. Sekarang dia sedang menghadapi
perutusan Nabi itu. Hiraklius meminta Sayyidina Dehya’ t menyampaikan
surat itu kepada Safatir yang merupakan pendeta yang paling alim tentang
Injil. Dia bersama Ketua Pendeta dan sekumpulan pendeta mengiringi
Hiraklius melaksanakan ibadah haji ke Baitul Maqdis. Apabila Safatir
membaca surat Rasulullah r itu dia juga merasa gementar. Dia terus bertanya
lagi kepada Sayyidina Dehya’ t segala persoalan demi memastikan lagi
bahawa inilah dia Nabi akhir zaman yang telah dikhabarkan dalam Injil.

Setelah itu dia berkata, “Aku tahu ini zaman kedatangan Nabi tetapi
aku tak sangka dia akan diutuskan dari bangsa Arab. Namun aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh
Allah.” Safatir telah masuk Islam di tangan Sayyidina Dehya’ t. Setelah
itu Safatir mengumpulkan semua pendeta yang ikut dalam rombongan
itu. Dia membacakan kepada mereka perutusan dari Rasulullah r dan dia
menerangkan kepada mereka tanda-tanda yang ada pada Rasulullah r.
Safatir juga mengingatkan mereka dengan keterangan daripada Injil yang
membenarkannya bahawa Muhammad adalah Nabi akhir zaman. Setelah itu
dia berkata kepada mereka, “Aku menyeru kamu semua kepada agama Islam
dan aku telah bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad

320

Perutusan Rasulullah r Bab 21

adalah Pesuruh Allah.”

Para pendeta tidak menerima seruan Safatir malah mereka khuatir
apabila berita Safatir masuk Islam diketahui oleh orang ramai, mereka
akan meninggalkan agama Kristian. Maka mereka telah membunuh Safatir.
Gugurlah Safatir sebagai syahid demi kebenaran yang disampaikannya
kepada para pendeta dibawahnya. Melihat Safatir dibunuh oleh para
pendeta, Hiraklius berasa takut. Hiraklius memberitahu Sayyidina Dehya’
t, “Kedudukan Safatir lebih mulia dari kedudukan aku. Kalaulah mereka
tidak mendengar kata-kata Safatir, mereka juga tak akan mendengar kata-
kata aku.”

Namun selepas itu Hiraklius telah mengumpulkan para pendeta, para
penasihat Kaisar dan semua pembesar Kristian di istananya. Setelah mereka
masuk ke dalam istana, Hiraklius memerintahkan tenteranya menutup
dan mengawal ketat semua pintu istana. Setelah itu barulah dia berdiri di
atas anjung istana. Lalu Hiraklius membacakan kepada mereka perutusan
Rasulullah r sambil menyatakan ciri-ciri seorang Nabi dari Injil yang
ternyata semuanya ada pada diri Rasulullah r. Hiraklius juga menegaskan
bukti-bukti yang membuktikan kebenaran Rasulullah r. Seterusnya dia
berkata, “Dengan itu aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
Muhammad adalah Pesuruh Allah. Maka marilah kita semua masuk Islam!”
Keyataan itu telah mengejutkan semua yang hadir. Mereka sama sekali tidak
dapat menerima seruan Hiraklius. Semua mahu lari keluar dari istana tetapi
semua pintu istana sudah dikunci dan dikawal ketat oleh tentera. Hiraklius
hanya memerhatikan mereka dari atas anjung. Oleh kerana tiada peluang
untuk keluar mereka kembali berkumpul dan menyatakan pendirian mereka
kepada Hiraklius. Mereka berseru, “Wahai Kaisar! Demi Allah, kami tidak
akan meninggalkan agama Kristian walaupun kamu membunuh kami
semua!”

Sesungguhnya Hiraklius tersepit di antara dua pilihan. Kalaulah semua
pembesar Kristian menentangnya, dia pasti akan kehilangan takhtanya.
Namun sekiranya dia bersama mereka dia terpaksa menolak kebenaran yang
telah diakuinya. Dia mesti membuat keputusan segera demi menyelamatkan
keadaan. Lalu dia berkata, “Sebenarnya aku tidak masuk Islam tetapi aku
hanya mahu menguji kamu. Apabila aku melihat dakwah Muhammad
semakin membesar aku risau terhadap pendirian kamu. Maka aku mahu
menguji dan melihat keteguhan agama kamu. Apabila aku dapati kamu
semua tetap dengan agama kamu, maka aku juga bersama-sama dengan
kamu.” Alangkah leganya seluruh pembesar Kristian mendengar kenyataan
ini malah mereka merasa gembira. Hiraklius masih tetap bersama mereka.

321

Catatan Sejarah Rasulullah r

Selepas itu Hiraklius datang kepada Sayyidina Dehya’ t. Dia
mengirimkan hadiah dan wang emas kepada Rasulullah r. Dia berpesan,
“Beritahu Rasulullah r bahawa aku telah bersaksi bahawa Tiada Tuhan
melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah. Namun aku terpaksa
mengeluarkan ucapanku tadi demi untuk mempertahankan takhtaku.
Sebenarnya Iman telah masuk ke dalam hati aku.” Apabila Sayyidina Dehya’
t pulang ke Madinah, dia pun menyampaikan kiriman dan pesanan Hiraklius
kepada Rasulullah r. Mendengar semua itu Rasulullah r telah bersabda :

“Musuh Allah ini telah berbohong, dia tidak masuk Islam. Dunia
telah menguasainya.”

Rasulullah r telah membongkar hakikat sebenar Hiraklius. Dia bukan
seperti Najasyi kerana dunia telah menguasainya. Lalu Rasulullah r
memerintahkan supaya semua wang itu diagih-agihkan kepada fakir miskin.
Demikianlah perutusan pertama Rasulullah r telah menggegarkan seorang
pemerintah kuasa besar dunia pada waktu itu.

Utusan Rasulullah r Kepada Amir Damsyik

Adapun utusan Rasulullah r kepada Amir Damsyik, al Harist bin Abi
Syummar al Ghassani dibawa oleh Sayyidina Syuja’ bin Wahab al Usdi t.
Isi perutusan Rasulullah r kali ini adalah seperti berikut :

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. “Dari Muhammad Rasulullah r kepada al Harist bin
Abi Syummar. Keselamatan dan kesejahteraan kepada siapa yang
mengikut petunjuk dan beriman kepada Allah dan membenarkan-Nya.
Sesungguhnya aku menyeru kamu supaya kamu beriman dengan Allah
yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Maka dengan itu pemerintahan kamu
akan kekal.”

Membaca perutusan ini al Harist naik berang malah dia telah melemparkan
surat Rasulullah r ke lantai. Al-Harist berkata, “Apakah dia mahu mengugut
aku tentang pemerintahan aku! Siapa yang boleh menjatuhkan kekuasaanku?
Aku mempunyai 100 ribu tentera!” Al Harist adalah pemerintah kerajaan
Ghasasinah. Dia mula mempersiapkan seratus ribu tenteranya untuk
menyerang Madinah. Demikianlah bermula detik-detik yang membawa
kepada berlakunya Perang Mu’tah.

322

Perutusan Rasulullah r Bab 21

Selain al-Harist, Rasulullah r juga perutusan yang sama melalui
Sayyidina al Harist bin Umair al Usdi t kepada Amir Busra. Rasulullah
r hanya mahu menyerunya kepada Islam. Dalam perjalanan ke Busra,
Sayyidina al Harist t bertemu dengan Syurahbil bin Amir al Ghassani.
Syurahbil telah menangkapnya malah membunuhnya. Syurahbil juga salah
seorang raja dari Bani Ghasasinah. Demikianlah respon dari dua orang raja
Ghasasinah. Melihat perkembangan itu, Rasululah r segera mempersiapkan
tentera Islam untuk bertindak terhadap Ghasasinah. Rasulullah r mahu
menyerang mereka sebelum mereka menyerang Madinah. Apatah lagi
mereka telah membunuh wakil Rasulullah r.

Utusan Rasulullah r kepada Muqauqis Mesir

Adapun kepada Muqauqis pemerintah Rom di Mesir, Rasulullah r telah
menghantar Sayyidina Hathib bin Abi Balta’ah t membawa mesej Islam
kepadanya. Perutusan untuk Muqauqis mirip dengan perutusan yang
dihantar kepada Hiraklius. Apabila Muqauqis membaca perutusan itu, dia
merasa gembira dan mahu mengetahui lebih lanjut tentang Rasulullah r.
Dia bertanya Sayyidina Hatib t, “Apakah yang telah berlaku di antara
Rasulullah r dan Quraisy?” Sayyidina Hatib t menyatakan “Quraisy telah
memeranginya.” Muqauqis bertanya lagi, “Kenapa dia tidak berdoa ke atas
mereka sedangkan dia seorang Nabi dan tentu doanya kabul?” Sayyidina
Hatib t bertanya kembali, “Kenapa Nabi Isa tidak berdoa ke atas
kaumnya?” Muqauqis tidak boleh menjawab pertanyaan ini. Demikianlah
para Rasul tidak berdoa terhadap kaum mereka kerana belas kasihan mereka
terhadap kaum mereka.

Muqauqis Membalas Surat Rasulullah r :

“Kepada Muhammad bin Abdullah, daripada Muqauqis pemerintah
Qibti. Kesejahteraan kepada kamu. Seterusnya aku telah membaca
perutusan kamu. Aku telah faham apa yang kamu sebutkan di dalamnya
dan apa yang kamu serukan itu. Aku juga tahu bahawa seorang Nabi
akan muncul. Aku menyangka dia akan muncul dari Syam. Aku telah
memuliakan wakil kamu dan aku utuskan kepada kamu dua orang
jariah yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sini. Aku juga
hadiahkan kepada kamu seekor baghal untuk tunggangan kamu.”

Rasululah telah menerima semua hadiah daripada Muqauqis malah
Rasulullah r telah mengahwini Mariah al Qibtiah salah seorang jariah yang
dihadiahkan oleh Muqauqis. Sayyidatina Mariah adalah satu-satunya isteri
Baginda dari bangsa Qibti Mesir. Dia seorang wanita mulia berilmu malah
seorang wanita yang cantik. Sayyidatina Mariah telah melahirkan seorang

323

Catatan Sejarah Rasulullah r

anak lelaki kepada Rasulullah r yang diberi nama Ibrahim. Adapun seorang
jariah lagi Rasulullah r telah menghadiahkannya kepada Sayyidina Hasan
bin Tsabit t. Tentang Muqauqis, Rasulullah r bersabda, “Dia tidak berani
masuk Islam. Kalau dia masuk Islam, pasti Rom akan menjatuhkannya
kerana Mesir telah tunduk kepada kerajaan Rom.”

Utusan Rasulullah r Kepada Raja Habsyah

Rasulullah r menghantar Sayyidina Amru bin Umayyah ad Dhomri t
kepada Najasyi. Najasyi yang menerima kedatangan para Sahabat y
berhijrah ke Habsyah telah masuk Islam. Dia telah meninggal dunia dan
Rasulullah r melakukan sembahyang ghaib untuknya. Adapun perutusan
ini dihantar kepada penggantinya. Dia juga menerima baik dan memberikan
jawapan yang baik kepada perutusan Rasulullah r.

Utusan Rasulullah r kepada Kisra Parsi

Seterusnya, Rasulullah r menghantar perutusan kepada Kisra Barwiz,
Raja Parsi. Sayyidina Abdullah bin Huzafah as Sahmi t telah terpilih
untuk membawa surat Rasulullah r kepada Kisra Barwiz. Apabila sampai
di hadapan Barwiz, Sayyidina Abdullah t membacakan sendiri perutusan
Rasulullah r itu. Perutusan itu berbunyi:

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. “Daripada Muhammad Rasulullah r kepada Kisra, Raja
Parsi. Kesejahteraan ke atas orang yang mengikut petunjuk serta
beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dan dia bersaksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah. Dialah Tuhan yang Esa dan tiada sekutu
bagi-Nya dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-
Nya. Daku menyeru kepada kamu dengan seruan Islam. Sesungguhnya
daku adalah Utusan Allah kepada semua manusia untuk memberi
peringatan kepada mereka yang hidup dan memberikan kata-kata
yang benar kepada orang yang kafir. Kalau kamu terima Islam kamu
selamat dan kalau kamu menolaknya sesungguhnya dosa orang Majusi
dipertanggungjawabkan ke atas kamu.”

Mendengar kepala surat sahaja Barwiz sudah mengamuk. Dia benar-benar
tercabar apabila surat itu tidak dimulakan dengan menyebut nama Kisra
terlebih dahulu. Belum sempat Sayyidina Abdullah t menghabiskan surat
itu, Barwiz merampasnya dan terus mengoyak-ngoyakkannya. Terhadap
tindakan itu, Rasulullah r bersabda :

324

Perutusan Rasulullah r Bab 21

“Allah I pasti menghancurkan kerajaannya!”

Tidak berakhir setakat itu, Barwiz telah mengarahkan Bazan,
Gabenor Parsi yang memerintah Yaman supaya menangkap Rasulullah
r dan membawanya kepada Kisra. Bazan segera menghantar dua orang
panglimanya yang gagah ke Madinah untuk memastikan Rasulullah r
menyerah diri kepada Kisra. Apabila kedua orang panglima Bazan sampai
kepada Rasulullah r di Madinah mereka berkata, “Serahkan diri kamu
kepada Bazan untuk dia menyerahkan kamu kepada Kisra.” Rasulullah r
berkata, “Daku akan memberikan jawapanku malam ini.” Pada malam itu,
bila mereka datang bertemu Rasulullah r lagi, Baginda memberitahu mereka,
“Kamu pulang saja dan beritahu Bazan bahawa Tuhan aku telah membunuh
Tuhannya pada malam ini!” Orang Parsi menganggap raja mereka adalah
Tuhan. “Katakan kepada Bazan bahawa Kisra Barwiz telah dibunuh oleh
anaknya Syiraweh pada malam ini.” Mereka bertanya, “Kalaulah Syiraweh
telah membunuh Kisra pada malam ini, siapakah yang memberitahu kamu
sedangkan berita dari Parsi hanya akan sampai ke sini selepas sebulan?”
Rasulullah r menjelaskan, “Allah yang memberitahu aku dan inilah jawapan
aku kepada Bazan.”

Pulanglah kedua orang panglima Bazan ke Yaman membawa jawapan
Rasulullah r kepada Bazan. Apabila jawapan ini disampaikan kepada Bazan,
dia menerimanya walaupun dia sangat pelik. Walau bagaimana pun Bazan
tetap memastikan dari dua orang panglimanya tarikh sebenar yang disebutkan
oleh Rasulullah r itu. Mereka menunggu berita dari Parsi. Memang benar,
selepas itu Bazan mendapat berita dari Parsi bahawa Syiraweh telah
membunuh Kisra. Pembunuhan itu benar-benar berlaku pada malam yang
Rasulullah r sebutkan itu. Menyaksikan bukti kebenaran Rasulullah r ini,
Bazan hanya mampu berkata, “Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah.” Apabila
Bazan masuk Islam seluruh rakyatnya yang beragama Parsi di Yaman juga
memeluk Islam. Maka tunduklah Yaman kepada kerajaan Rasulullah r.

Utusan Rasulullah r Kepada Raja Bahrain

Rasulullah r juga mengutuskan Sayyidina al A’la bin Hadrami kepada al
Munzir bin Sawi, Raja Bahrain. Al Munzir adalah seorang raja yang cerdik.
Sebelum dia merespon dia terlebih dahulu bertanya kepada Sayyidina A’la
t apakah yang sudah berlaku terhadap seruan ini. Sayyidina A’la pun
memberitahunya bahawa Najasyi dan Bazan telah masuk Islam. Kabilah-

325

Catatan Sejarah Rasulullah r

kabilah Arab juga telah banyak yang memeluk Islam. Mendengar kehebatan
Islam pada tahap itu kebenaran telah masuk ke dalam hatinya. Dia telah
memeluk Islam dan mengajak semua rakyatnya masuk Islam. Sebahagian
rakyatnya telah menerima seruannya untuk masuk Islam tetapi sebahagian
lagi tidak menerimanya. Mereka mahu kekal dengan agama Majusi dan
agama Yahudi. Al Munzir tidak memaksa mereka tetapi dia mengenakan
jizyah kepada rakyatnya yang tidak masuk Islam. Dengan itu Bahrain dan
kawasan sekitarnya tunduk kepada kerajaan Rasulullah r.

Utusan Rasulullah r kepada Pemerintah Yaman

Yaman terbahagi kepada dua wilayah dan diperintah oleh dua kerajaan. Satu
wilayah Yaman tunduk kepada kerajaan Parsi diperintah oleh Bazan. Satu
lagi wilayah Yaman diperintah oleh Harist al Humairi. Kepadanya Rasulullah
r telah mengutuskan Sayyidina Muhajir bin Muawiyah al Makhzumi t.
Harist telah menolak seruan Islam malah dia marah dan tidak senang dengan
perutusan Rasulullah r.

Utusan kepada Pemerintah Yamamah

Dalam misi ini juga, Rasulullah r telah menghantar Sayyidina Sulaiq bin
Amr t kepada kabilah Yamamah. Yamamah ketika itu diperintah oleh
Haudah bin Ali al Hanafi. Kabilah Yamamah mempunyai kekuatan seratus
ribu tentera. Apabila Haudah melihat kekuasaan Islam sudah begitu besar,
dia berpura-pura menerima Islam. Dia telah menjawab perutusan Rasulullah
r dan menyatakan bahawa dia mahu memeluk Islam. Dia tahu apabila dia
masuk Islam, seluruh kaumnya akan masuk Islam. Mereka akan membentuk
satu kelompok besar dalam Islam. Maka Haudah memberitahu Rasulullah
bahawa dia dan kaumnya bersedia menerima Islam tetapi dengan syarat dia
dilantik sebagai pengganti memerintah kerajaan Islam selepas ketiadaan
Rasulullah r. Terhadap permintaannya, Rasulullah r telah bersabda :

“Allah melaknatnya! Allah melaknatnya! Sebenarnya dia tamak
kepada dunia.”

Rupanya dia mahu masuk Islam bukan kerana hatinya telah melihat
kebenaran. Sebaliknya hatinya merasa tamak kepada dunia apabila
melihat kekuasaan Islam semakin besar. Dia mahu menumpang kekuasaan
melalui Islam. Selepas itu Rasulullah r berdoa supaya Allah menjauhkan

326

Perutusan Rasulullah r Bab 21

kejahatannya daripada Allah dan Rasul-Nya. Hanya selepas tiga hari dari
doa Rasulullah r itu, Haudah ditemui meninggal dunia. Maka berkuburlah
cita-cita dunianya bersama kematiannya itu.

Utusan Rasulullah r Kepada Raja Oman

Pada masa itu negara Oman diperintah oleh dua orang adik-beradik. Mereka
ialah Jaifar bin Julandi dan Abid bin Julandi. Kepada mereka, Rasulullah
r telah mengutuskan Sayyidina Amru al-Ash t. Sayyidina Amru sejak
sebelum Islam lagi terkenal di kalangan bangsa Arab seorang yang cerdik
dan licik. Dalam perjalanan ke Oman dia singgah di Bahrain dulu. Dia
mahu meninjau keadaan raja dan rakyat Oman dari situ. Malah setelah dia
sampai di Oman dia tidak terus menyampaikan perutusan Rasulullah r
kepada Raja Oman. Sayyidina Amru mengambil masa beberapa hari untuk
memahami keadaan terkini masyarakat Oman dan memahami perwatakan
dua orang raja mereka ini. Dia mengkaji keperibadian dan sikap mereka,
kesukaan dan kebencian mereka, malah apa yang mereka takut. Setelah
dia merasakan bahawa semua maklumat yang diperlukan semuanya telah
diperolehi, barulah dia menyusun strateginya untuk mengislamkan Oman.
Dia berazam untuk membawa seluruh Oman kepada Allah I dan Rasul-
Nya. Untuk berhadapan dengan dua orang raja Oman, dia memilih untuk
bertemu dengan Abid dahulu. Ini adalah kerana Abid terkenal lebih lembut
dan lebih lunak dari Jaifar.

Setelah berada di majlis Abid, Sayyidina Amru membacakan kepadanya
perutusan Rasulullah r dan menyerunya agar menerima Islam. Sayyidina
Amr t memberi jaminan sekiranya Abid menerima Islam, Rasulullah r
akan mengekalkannya sebagai raja Oman. Abid juga seperti kebanyakan
pemimpin Arab lain. Watak keras mereka menyebabkan dia merasa tercabar
dan sangat marah.

Abid berkata, “Apakah Muhammad mahu mengugut aku dan kerajaan
aku? Dia tidak akan berjaya merampas kekuasaanku kerana dia tidak akan
dapat menjatuhkan aku!

Bila Sayyidina Amru melihat Abid melenting, dia tahu bahawa dia mesti
menggunakan kebijaksanaan untuk menghadapi Abid. Sayyidina Amru t
berkata, “Tidak mengapalah kalau Tuanku tidak menerima tetapi janganlah
marah terhadap seruan ini. Ketahuilah bahawa raja-raja telah tunduk kepada
kerajaan Rasulullah r.”

Mendengar hujjah Sayyidina Amru, Abid sudah mula merasakan bahawa

327

Catatan Sejarah Rasulullah r

dia mesti lebih bijak dan lebih rasional terhadap seruan ini. Abid bertanya,
“Siapakah raja yang telah tunduk kepada kerajaan Rasulullah r itu?”
Sayyidina Amru menjawab, “Najasyi telah masuk Islam dan tunduk kepada
kerajaan Rasulullah r.”Abid semakin terkejut kerana dia tahu bahawa
kerajaan Najasyi jauh lebih kuat dari kerajaan Oman. Namun dia masih cuba
menolak kenyataan itu. Katanya, “Kamu berbohong!” Sayyidina Amru t
menegaskan, “Aku telah menziarah Najasyi dan aku menyaksikan sendiri
bahawa dia telah beribadah dengan agama Islam. Bahkan aku pun masuk
Islam di tangan Najasyi. Kalau tuanku tidak percaya, silalah tuanku bertanya
orang lain kesahihan berita ini.”

Abid bertanya lagi, “Siapa lagi selain Najasyi?” Sayyidina Amru t
menjawab, “Bazan.” Abid lebih terkejut lagi. Dia bertanya, “Apakah benar
GabenorYaman telah masuk Islam?Apa sikap Kisra terhadapnya?” Sayyidina
Amru t pun berkata, “Kisra tidak dapat berbuat apa-apa.” Kemudian Abid
bertanya pula tentang Kaisar. Sayyidina Amru t memberitahunya, “Dia
tidak masuk Islam tetapi dia tidak menolak Islam.”

Mendengar jawapan itu, Abid tahu bahawa Sayyidina Amru t tidak
berbohong kepadanya. Dia sangat mengenali keperibadian Hiraklius.
Hiraklius tidak mungkin akan mengorbankan kekuasaannya. Kalaulah
Sayyidina Amr t berkata, Kaisar telah masuk Islam jelaslah dia berbohong.
Abid berkata, “Kalau begitu, berilah aku peluang berfikir.” Demikianlah
kebijaksanaan Sayyidina Amru t yang patut diteladani oleh para pejuang
Islam sepanjang zaman dalam menyampaikan kebenaran kepada manusia.

Setelah beberapa hari Abid berfikir semasak-masaknya dia nekad
mengajukan perkara itu kepada Jaifar. Seperti dijangka Jaifar menolak keras
hal itu. Abid memujuknya, “Wahai Jaifar, mari kita terima Islam dan kita
tidak rugi apa-apa. Pemerintahan akan terus berkekalan di tangan kita. Raja-
raja telah tunduk kepada pemerintahan Muhammad. Siapakah yang mampu
menundukkan Najasyi dan siapakah yang mampu menundukkan Bazan?
Siapakah yang mampu menghadapi semua kabilah Arab kalau mereka
bersatu menyerang kita? Demi Allah, mereka akan merampas kekuasaan
kita. Lebih baik kita terima Islam daripada kerajaan kita akan dijatuhkan
oleh mereka.” Mereka akhirnya akur dan tunduk kepada kebenaran. Kedua-
duannya telah masuk Islam. Apabila mereka masuk Islam, seluruh rakyat
Oman masuk Islam bersama mereka.

Demikianlah ketaqwaan dan kebijaksanaan malah usaha gigih Sayyidina
Amru bin As t telah membawa sebuah negara kepada kebenaran tanpa
pertumpahan darah walaupun setitik. Berbohonglah mereka yang mendakwa

328


Click to View FlipBook Version