Kewafatan Rasulullah r Bab 31
berimamkan Sayyidina Abu Bakar, kerana belum pernah orang lain
mengimami sembahyang selain Rasulullah r. Dia tidak mahu memberi
alasan itu kepada Baginda. Siti Aisyah berkata, “Wahai Rasulullah r,
Sayyidina Abu Bakar adalah seorang yang lembut, suaranya perlahan,
setiap kali dia membaca al-Quran dia akan menangis. Apabila dia menangis,
bacaannya tak dapat didengari. Mintalah orang lain menggantikannya
menjadi Imam.” Siti Aisyah cuba mencipta alasan kepada Rasulullah r
supaya Sayyidina Abu Bakar t tidak menjadi imam. Selepas Rasulullah
r mendengar kata-kata Siti Aisyah itu Baginda ulang lagi perintahnya
supaya orang memanggil Sayyidina Abu Bakar t untuk mengimami
sembahyang. Walaupun Rasulullah r sudah mendengar alasan dan hujjah
Siti Aisyah tetapi Rasulullah r menegaskan lagi perintahnya. Siti Aisyah
mengulangkan lagi alasan dan hujjahnya. Namun Baginda tetap mahu
memanggil Sayyidina Abu Bakar supaya dia mengimami sembahyang. Siti
Aisyah memujuk Rasulullah r buat kali ketiga tetapi ia telah menyebabkan
Rasulullah r marah. Rasulullah r memarahinya, “Kamu semua seperti
wanita dalam kisah Nabi Yusuf .” Rasulullah r marah kerana arahan
Baginda sudah jelas tetapi Siti Aisyah masih cuba menghalangnya. Tentu
ada sesuatu di sebalik halangan itu. Rasulullah r ulangkan lagi arahan
Baginda, “Panggil Abu Bakar supaya dia mengimami sembahyang!”
Ketika itu Siti Aisyah tidak berani berkata apa-apa lagi. Dia meminta
Sayyidina Abdullah bin Zum’ah t, adik kepada Ummul Mukminin Saudah
supaya memberitahu Sayyidina Abu Bakar t untuk mengimami
sembahyang. Sayyidina Abdullah t tidak berjaya menemui Sayyidina Abu
Bakar t kerana dia sedang berada di perkampungan salah seorang isterinya
iaitu Asma’ binti Umair . Sayyidina Abdullah bin Zum’ah t melihat
Sayyidina Umar t ada di masjid lantas dia memberitahunya supaya menjadi
Imam. Sayyidina Umar t faham itu arahan dari Rasulullah r kerana ia
disampaikan oleh salah seorang ahli keluarga Rasulullah r yang keluar dari
rumah Rasulullah r. Sayyidina Umar t telah mengimami sembahyang
Maghrib itu. Oleh kerana suara Sayyidina Umar t lantang, Rasulullah r
dapat mendengar suaranya sejak dia mengangkat takbir lagi. Rasulullah
r begitu marah apabila mendengar Sayyidina Umar t mengimami
sembahyang. Rasulullah r bersabda:
“Mana Abu Bakar? Mana Abu Bakar? Allah dan Rasul-Nya dan
479
Catatan Sejarah Rasulullah r
orang Mukmin menolak hal ini. Allah dan Rasul-Nya dan orang
Mukmin menolak hal ini!”
Rasulullah r tetap mahu Sayyidina Abu Bakar t mengimami
sembahyang. Baginda tidak mahu sesiapapun selain Sayyidina Abu Bakar
t. Baginda tetap tidak bersetuju walaupun orang itu adalah Sayyidina
Umar t sekalipun. Oleh kerana Sayyidina Umar t telah memulakan
sembahyangnya pada waktu Maghrib itu, maka Sayyidina Umarlah yang
menjadi Imam. Inilah kali pertama orang lain mengimamkan sembahyang
di Masjid Nabawi. Selepas itu para Sahabat y memanggil Sayyidina Abu
Bakar t, maka Sayyidina Abu Bakarlah yang mengimami sembahyang
selama tiga hari sepanjang Rasulullah r terlantar sakit. Sejak hari Jumaat,
Sabtu, dan Ahad, Rasulullah r tidak boleh bangun dan kadang-kadang
pengsan. Wahyu sudah tidak turun lagi kerana selepas daripada Haji Wada,’
wahyu telah berhenti.
Pada pagi hari Isnin 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah, Rasulullah
r berasa semakin pulih sehingga Baginda gagahkan untuk keluar dari
rumahnya. Memang rumah Siti Aisyah bersambung dengan masjid.
Apabila Rasulullah r membuka pintu rumah, Baginda terus dapat melihat
para Sahabat y yang sedang sembahyang di belakang Sayyidina Abu
Bakar t. Rasulullah r melihat para Sahabat y yang sedang khusyuk
bersembahyang dalam barisan yang sangat rapi itu. Rasulullah r tersenyum
kerana terhibur melihat Sayyidina Abu Bakar t memimpin para Sahabat
y dalam sembahyang. Sungguh ia adalah bayangan kepada kepimpinan
Sayyidina Abu Bakar t dan ketaatan para Sahabat y kepadanya.
Para Sahabat y yang bersembahyang berhampiran pintu rumah
Rasulullah r, dapat merasai tirai diangkat. Mereka memandang kepada
Rasulullah r yang sedang tersenyum itu. Rasulullah r memberi isyarat
supaya mereka meneruskan sembahyang. Mereka hampir memberhentikan
sembahyang kerana gembira melihat Baginda keluar. Rasulullah r mahu
bersembahyang dengan mereka lalu Baginda maju ke hadapan dan para
Sahabat y membuka jalan. Akhirnya Rasulullah r duduk bersembahyang
di sebelah kiri Sayyidina Abu Bakar t. Menyedari kehadiran Rasulullah
r, Sayyidina Abu Bakar bergerak ke belakang menjadi makmum kepada
Baginda. Sayyidina Abu Bakar t dan para Sahabat y sembahyang berdiri
menjadi makmum kepada Baginda yang sembahyang duduk. Begitulah
suasana sembahyang subuh pada pagi itu. Pagi Isnin 12 Rabiul Awal tahun
11 Hijrah.
480
Kewafatan Rasulullah r Bab 31
Khutbatul Wada’
Selepas sembahyang, Rasulullah r merasa badan Baginda semakin kuat lalu
Rasulullah r naik keatas mimbar. Rasulullah r mahu bercakap-cakap lagi
kepada umat Baginda. Rupanya itulah khutbah terakhir sebelum Baginda
pulang bertemu dengan Rafiqul A’la. Rasulullah r hanya mampu duduk
untuk menyampaikan khutbah itu. Di dalam khutbah ini, Rasulullah r
telah berpesan bahawa fitnah telah berdatangan seperti malam yang gelap
sehingga orang yang cerdik pun kebingungan. Seseorang yang duduk
pada waktu itu lebih baik dari seorang yang berdiri. Seterusnya Rasulullah
r berpesan bahawa tidak boleh kekal di Semenanjung Arab dua agama.
Hanya Allah disembah di Semenanjung Arab. Rasulullah r juga berpesan
supaya umat Islam memelihara sembahyang kerana sembahyang adalah
mikraj seorang hamba kepada Tuhannya. Malah sembahyanglah yang
membezakan di antara seorang mukmin dan seorang yang kafir. Siapa yang
meninggalkannya maka dia telah melakukan perbuatan kufur. Rasulullah r
juga berwasiat supaya golongan hamba dilayan dengan adil dan baik, juga
kepada kaum wanita. Kemudian Rasulullah r menegaskan bahawa tiada
kaum yang meninggalkan jihad melainkan akan jatuh terhina. Kemudian
Rasulullah r memberi semangat kepada para Sahabat y agar mereka keluar
berjihad dengan pasukan Sayyidina Usamah t.
Kemudian Rasulullah r turun dari mimbar dan pulang ke rumahnya.
Hari itu Rasulullah r telah berkhutbah dengan suara yang lantang sehingga
orang yang di luar masjid juga dapat mendengar suara Baginda. Selepas
itu Sayyidina Abu Bakar meminta izin menemui Rasulullah r. Dia mahu
menyampaikan tahniah kepada Rasulullah r kerana telah sembuh daripada
sakit. Selepas itu dia meminta izin untuk menziarahi keluarganya. Sayyidina
Ali juga meminta izin dari Rasulullah r untuk melaksanakan tugasannya.
Apabila Sayyidina Ali keluar dari rumah Rasulullah r, semua orang
mengerumuninya. Mereka semua mahu mengetahui perkembangan kesihatan
Baginda. Sayyidina Ali berkata, “Aku melihat Rasulullah r sihat.” Semua
umat Islam di Madinah merasa gembira seolah-olah Rasulullah r telah sihat
seperti biasa. Sebelumnya mereka semuanya sangat risau terhadap keadaan
kesihatan Baginda.
Ketika itu Sayyidina Abbas t datang kepada Sayyidina Ali dan
berkata, “Wahai Ali, aku melihat kamu memberitahu orang bahawa
Rasulullah r sihat.” Sayyidina Ali menjawab, “Itu yang aku lihat pada
Rasulullah r.” Sayyidina Abbas t berkata, “Wahai Abul Hasan, masuklah
kepada Rasulullah r dan mintalah supaya Rasulullah r meninggalkan
wasiat kepada kita.” Sayyidina Abbas t bermaksud supaya Rasulullah r
481
Catatan Sejarah Rasulullah r
melantik pengganti Baginda dari Bani Abdul Mutalib. Sayyidina Abbas t
menjelaskan, “Aku tahu riak-riak kematian pada wajah Bani Abdul Mutalib
dan aku melihat riak kematian itu ada pada wajah Rasulullah r.” Sayyidina
Abbas t adalah orang pertama yang dapat merasakan bahawa Rasulullah r
sedang berada pada saat terakhir umur Baginda. Sayyidina Ali tahu dia
tidak sepatutnya meminta khilafah dari Rasulullah r dan dia juga tidak mahu
mengecilkan hati Sayyidina Abbas t. Sayyidina Ali berhujah, “Wahai
bapa saudaraku, bagaimana kalau aku meminta khilafah dari Rasulullah r
dan Baginda menolak permintaan itu. Demi Allah, kalau ia berlaku tidak
akan diserahkan lagi khilafah kepada Bani Abdul Mutalib selama-lamanya
kerana Rasulullah r telah menghalang khilafah dari mereka.” Sayyidina
Abbas t membenarkan kata-katanya, “Kamu lebih bijaksana, kalau begitu
kita jangan minta. Biarlah Rasulullah r yang menentukannya.”
Rasulullah r Menghadapi Sakaratul maut
Setelah masuk waktu Dhuha pada pagi Isnin itu di rumah Siti Aisyah
, sakit Rasulullah r datang semula. Rasulullah r menyandarkan diri
Baginda kepada Siti Aisyah . Ketika itu Sayyidina Abdul Rahman bin Abu
Bakar t, saudara kandung Siti Aisyah datang menziarahi Rasulullah r.
Kerana terlalu sakit, Rasulullah r kembali sukar untuk bercakap. Sayyidina
Abdul Rahman t sedang bersugi, Rasulullah r hanya memandang kepada
Sayyidina Abdul Rahman t yang sedang bersugi itu. Siti Aisyah dapat
merasakan yang Rasulullah r mahu bersugi. Dia bertanya kepada Rasulullah
r, apakah Baginda mahu bersugi? Rasulullah r menganggukkkan
kepalanya. Siti Aisyah meminta kayu sugi daripada saudaranya lalu dia
menyiapkan sugi itu untuk Rasulullah r pada hujung yang belum digunakan
oleh Sayyidina Abdul Rahman t. Rasulullah s.a..w pun bersugi. Siti Aisyah
menceritakan, “Aku melihat Rasulullah r bersugi dalam keadaan yang
sangat berat. Tidak pernah sepanjang hidup aku melihat keadaan seperti
itu.” Selepas itu Sayyidina Abdul Rahman t meminta izin dan keluar
meninggalkan Rasulullah r dan Siti Aisyah . Sakit Rasulullah r makin
kuat sehingga peluh keluar mencurah-curah dari kepala Baginda. Siti Aisyah
menyapu muka Rasulullah r dengan air untuk meringankan kesakitan
Baginda. Ketika itu Rasulullah r berkata:
“Wahai Aisyah, sesungguhnya mati tu mempunyai sakaratnya.”
Kalaulah mati itu boleh mengasihi seseorang nescaya dia akan mengasihi
482
Kewafatan Rasulullah r Bab 31
Rasulullah r tetapi kematian adalah suatu kebenaran. Tiada siapa yang akan
terlepas darinya. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Demikianlah
manusia yang paling mulia di sisi Tuhan juga merasai sakaratul maut. Selepas
itu Rasulullah r mengulang-ulangkan lagi kata-kata:
“Bahkan teman sejati di syurga, bahkan teman sejati di syurga”
Seolah-olah Rasulullah r sedang diberi pilihan lagi untuk kali yang
terakhir. Siti Aisyah , “Sedang Rasulullah r mengulang-ulang kalimah itu,
kepala Rasulullah r telah lentuk ke bahuku sambil dia memandang ke langit.
Ketika itu roh Rasulullah r telah keluar dari jasadnya untuk bertemu dengan
Rafiqul A’la. Selepas itu aku meletakkan kepala Baginda ke bantal lalu aku
menangis.” Semua ahli keluarga Rasulullah r di kalangan perempuan juga
menangis. Tangisan itu dapat didengari sehingga keluar rumah. Dengan itu
tersebar berita kewafatan Rasulullah r. Ada di kalangan Sahabat y yang tak
percaya dan ada juga yang percaya. Apabila Sayyidina Abbas t mengetahui
hal itu, dia memberitahu para Sahabat y bahawa Rasulullah r telah wafat.
Seluruh penduduk Madinah mula menangis. Mereka dirundung kesedihan
yang amat sangat. Apabila Sayyidina Umar t yang mendengar berita itu, dia
cepat-cepat datang ke rumah Rasulullah r. Dia meminta izin untuk masuk
ke bilik Rasulullah r lalu dia melihat Baginda. Sayyidina Umar t berkata,
“Rasulullah r belum wafat tetapi dia hanya tidak sedarkan diri seperti Nabi
Musa tidak sedar apabila Allah I memperlihatkan dirinya kepada Nabi
Musa . Rasulullah r akan kembali dan aku akan memancung sesiapa yang
mengatakan Baginda telah wafat!”
Selepas itu Sayyidina Umar t masuk ke dalam masjid dan naik ke
atas mimbar. Dia menyeru kepada orang ramai, “Siapa yang mengatakan
Rasulullah r telah mati, aku akan pancung kepalanya kerana dia telah
menjadi Munafik. Sesungguhnya Rasulullah r tidak sedarkan diri kerana
pergi bertemu dengan Tuhannya seperti mana Nabi Musa pergi bertemu
dengan Tuhannya.” Para Sahabat y yang menyokong Sayyidina Umar t
semua berkumpul di sisinya. Para Sahabat y yang lain kebingungan. Mereka
bagaikan tidak percaya apa yang sedang mereka hadapi. Sungguh satu
ujian besar telah menimpa mereka. Mereka mencari Sayyidina Abu Bakar
t untuk mengadukan hal yang menimpa mereka. Sayyidina Abu Bakar t
segera datang ke masjid dengan tunggangannya. Apabila dia masuk ke dalam
masjid, dia melihat sebahagian Sahabat y menangis. Dalam masa yang sama
Sayyidina Umar t sedang melarang orang mengatakan Rasulullah r telah
483
Catatan Sejarah Rasulullah r
wafat. Para Sahabat y dalam keadaan yang cemas dan hilang pertimbangan.
Apakah benar Rasulullah r telah wafat? Apakah benar wahyu sudah
tamat? Apakah mereka tidak akan dapat lagi bersama dengan Rasulullah
r? Apakah sudah sampai saat perpisahan dengan Baginda Rasulullah r,
manusia yang paling mereka cintai? Sayyidina Abu Bakar t sedikitpun
tidak mengendahkan suasana yang sedang berlaku. Dia terus menuju ke
rumah Siti Aisyah . Dia melihat Rasulullah r terbaring di tempat tidurnya
dalam keadaan berselimut. Apabila Sayyidina Abu Bakar t membuka wajah
Rasulullah r maka dia tahu Baginda telah wafat. Sayyidina Abu Bakar t
mengucup dahi Rasulullah r sambil mengucapkan:
“Kesejahteraan untuk kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu
mati, wahai Rasulullah r. Kesejahteraan untuk kamu ketika kamu
hidup dan ketika kamu mati, wahai Rasulullah r. Adapun kematian
yang Allah telah tetapkan kepadamu telah kamu rasai dan kamu tak
akan mati lagi selepas itu.”
Selepas itu Sayyidina Abu Bakar mengucup dahi Rasulullah r sekali lagi
dan dia menutup kembali wajah Rasulullah r.
Seterusnya Sayyidina Abu Bakar t masuk ke dalam masjid dan menuju
ke mimbar. Sayyidina Abu Bakar t berkata, “Bertenanglah, wahai Umar.”
Ketika itu Sayyidina Umar t masih memberikan ucapannya dan dia tidak
mengindahkan kata-kata Sayyidina Abu Bakar t. Sayyidina Abu Bakar
t ulangkan lagi, “Bertenanglah, wahai Umar.” Sayyidina Umar t tidak
mengendahkannya juga. Ketika itu Sayyidina Abu Bakar t naik ke atas
mimbar dan terus memberikan ucapannya. Bila Sayyidina Abu Bakar mula
berucap, barulah Sayyidina Umar t berhenti dan turun dari mimbar. Semua
orang berkumpul kepada Sayyidina Abu Bakar t. Sayyidina Abu Bakar t
berkata:
“Barangsiapa yang menyembah Muhammad maka Tuhannya telah
484
Kewafatan Rasulullah r Bab 31
mati, barangsiapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu hidup
dan tidak mati.”
“Tidaklah Muhammad itu melainkan seorang rasul. Telah datang
sebelumnya para rasul. Apakah kalau dia mati atau terbunuh kamu
berpaling ke belakang? Barangsiapa yang berpaling ke belakang, dia
tidak akan memudharatkan Allah sedikit pun.” (Surah Ali Imran: 144)
Ketika itu, barulah Sayyidina Umar t jatuh terduduk. Sayyidina Umar
t bertanya, “Apakah ayat ini ada dalam al-Quran?” Sayyidina Umar t
memang hafal al-Quran tetapi ujian yang besar ini telah menjadikan Umar
al Khattab t yang begitu gagah itu juga hilang pertimbangan. Kemudian
dia berpaling kepada para Sahabat y dan berkata, “Wahai para Sahabat,
Rasulullah r telah wafat.” Kesedihan makin mencengkam semua orang
Islam. Masing-masing menangis. Ada Sahabat t yang berkata, “Aku mula
mencari tempat untuk aku menangis sekuat hati kerana beratnya menanggung
ujian kematian Rasulullah r.”
Sayyidina Ali , Sayyidina Zubair t, dan Sayyidina Talhah t
berkumpul di rumah Siti Fatimah memberi takziah kepadanya diatas
kewafatan Baginda Rasulullah r. Apabila masuk waktu Zohor pada hari itu,
Sayyidina Bilal t mahu azan tetapi ternyata dia tidak mampu untuk azan
kerana terlalu sedih. Selepas itu Sayyidina Bilal t berkata, “Demi Allah,
aku tidak akan azan lagi selepas kewafatan Rasulullah r.”
Syura Muhajirin dan Ansar
Madinah dalam suasana sedih dan umat Islam dalam kebingungan
menghadapi pemergian Rasulullah r. Golongan pertama yang mula
sedar ialah para Ansar. Mereka berkumpul di Saqifah Bani Saidah untuk
berbincang apa yang mesti dilakukan untuk menangani suasana kewafatan
Rasulullah r ini. Mengetahui perkumpulan kaum Ansar demi memutuskan
perihal kewafatan Rasulullah r itu, dua orang Sahabat dari kalangan
Ansar iaitu Sayyidina ‘Uwain bin Saidah dan Sayyidina Ma’in bin ‘Adi
485
Catatan Sejarah Rasulullah r
segera menuju ke tempat Muhajirin. Mereka cemas kalau-kalau kaum
Ansar akan membuat keputusan tanpa kehadiran kaum Muhajirin. Berita
perkumpulan kaum Ansar di Saqifah Bani Saidah selepas Asar hari itu telah
sampai kepada Sayyidina Abu Bakar t. Ketika itu jenazah Rasulullah r
masih di rumah Siti Aisyah dan belum dikebumikan lagi. Sayyidina Abu
Bakar t mengajak Sayyidina Umar t dan Sayyidina Abu Ubaidah t pergi
ke perhimpunan kaum Ansar. Dalam perjalanan ke sana, mereka bertemu
dengan Sayyidina ‘Uwain t. Sayyidina ‘Uwain al-Ansari t dan Sayyidina
Ma’in al Ansari t adalah di antara Sahabat yang mempunyai keistimewaan
tersendiri. Ketika turun ayat:
Di kalangan mereka ada lelaki lelaki yang suka untuk membersihkan
dirinya. Dan Allah I itu menyukai orang yang membersihkan dirinya.
(Surah at-Taubah: 108)
Rasulullah r berkata, “Yang termasuk dalam golongan ini ialah ‘Uwain
bin Saidah.” Adapun Sayyidina Ma’in bin Adi t pula, ketika orang
menyebut alangkah baiknya kalau kami mati sebelum Rasulullah r wafat,
dia berkata, “Kalau aku, aku lebih suka aku masih hidup ketika Rasulullah
r wafat sehingga aku dapat beriman dengan Rasulullah r sewaktu Baginda
hidup dan selepas Baginda wafat.” Demikianlah kemuliaan dua Sahabat
Rasulullah r ini.
Mereka berdua berkata,“Kamu semua para Muhajirin merupakan
menteri-menteri Rasulullah r, kamulah yang layak membuat keputusan.
Jangan ambil kira apa yang Ansar lakukan.” Mereka meminta Sayyidina
Abu Bakar t dan Sahabat Utama Rasulullah r di kalangan Muhajirin yang
membuat keputusan kerana mereka merasakan itulah yang terbaik. Ternyata
pandangan mereka berbeza dari pandangan kaum mereka. Begitulah
kecintaan mereka kepada kebenaran. Sayyidina Abu Bakar t tidak
bersetuju dengan pandangan itu. Sayyidina Abu Bakar t berkata, “Kita
akan berbincang dengan kaum Ansar sehingga kita sepakat.”
Ketika mereka sampai di Saqifah Bani Saidah, Sayyidina Saad bin
Ubadah t sedang menyampaikan khutbahnya:
“Wahai para Ansar! Kamu adalah orang yang awal yang memeluk
Islam. Kamu mempunyai jasa terhadap Islam yang tidak ada pada
486
Kewafatan Rasulullah r Bab 31
mana-mana kabilah Arab yang lain. Sesungguhnya Rasulullah r
berada beberapa belas tahun bersama kaumnya mengajak mereka
untuk menyembah Allah yang Rahman dan meninggalkan berhala.
Tetapi kaumnya tidak beriman melainkan jumlah yang sedikit. Mereka
tidak mampu untuk mempertahankan Rasulullah r dan meninggikan
agama Islam. Malah mereka tidak mampu untuk melepaskan diri
mereka dari tekanan sehingga Allah I mentakdirkan satu kemuliaan
untuk kamu. Allah I telah membawa kemuliaan dan nikmat kepada
kamu dan Allah I rezekikan kamu beriman dengan Allah I dan Rasul-
Nya. Kamu mempertahan Rasulullah r dan para Sahabatnya. Kamu
menguatkan Rasulullah r dan agama Islam dan berjihad menentang
musuh-musuhnya. Kamulah yang paling keras ke atas musuh-musuhnya
dari selain kamu sehinggalah semua Arab tunduk kepada agama Allah
I secara sukarela mahupun terpaksa. Allah I telah menundukkan
mereka semua dan mereka telah menerima Islam dengan pedang-
pedang kamu. Kemudian Allah I mengambil Rasulullah r semula,
Baginda wafat dalam keadaan Baginda reda dan terhibur kepada
kamu, maka pertahankanlah hak ini untuk kamu daripada orang lain
kerana ini adalah hak kamu daripada sekalian manusia!”
Selepas Sayyidina Saad t menghabiskan kata-katanya, Sayyidina Umar
t bangun untuk bercakap tetapi Sayyidina Abu Bakar t menahannya.
Sayyidina Abu Bakar t tidak mahu suasana menjadi keruh dengan ketegasan
Sayyidina Umar t. Sayyidina Abu Bakar t bangun dan dia sendiri berucap
kepada kaum Ansar.
“Wahai para Sahabat, kami orang-orang Muhajirin, orang pertama
Islam dan orang yang paling mulia nasabnya dan orang yang berada
di tengah-tengah Arab, orang yang paling elok rupa parasnya, orang
yang paling tinggi kedudukannya di sisi Arab dan orang yang paling
dekat darahnya dengan Rasulullah r. Kami telah Islam sebelum
kamu dan kami didahulukan dalam al-Quran daripada kamu. Firman
Allah I: “Dan orang-orang yang terdahulu masuk Islam daripada
gologan Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikut
kebaikan mereka.” Maka kamilah Muhajirin dan kamulah Ansar yang
merupakan saudara-saudara kami dalam agama, sekutu kami dalam
al Fai’ dan pembantu kami terhadap musuh. Kamu telah membela dan
kamu telah mendokong Rasulullah r dan Muhajirin. Maka kamilah
para Umara’ dan kamulah para Wuzara’nya. Bangsa Arab tidak
akan tunduk melainkan kepada suku Quraisy. Maka janganlah kamu
memperkecilkan saudara-saudara kamu terhadap apa yang Allah I
telah berikan kepada mereka daripada pemberiannya.”
487
Catatan Sejarah Rasulullah r
Sayyidina Umar t berkata, “Tiada lagi perkara yang aku mahu
katakannya melain semuanya telah diperkatakan oleh Sayyidina Abu Bakar
t dengan penuh berhikmah.” Begitu jelas kesatuan hati yang ada antara
Sayyidina Abu Bakar t dan Sayyidina Umar t. Kemudian Sayyidina Abu
Bakar t berkata: “Sesungguhnya aku telah rela kepada kamu dua orang
lelaki ini,’ sambil memegang tangan Sayyidina Umar t dan Sayyidina Abu
Ubaidah t, “Maka berbai’ahlah kepada salah seorang yang kamu mahu
daripada mereka.” Sayyidina Umar berkata, “Tiada perkataan Sayyidina
Abu Bakar t yang aku tidak suka melainkan kata-kata ini. Bagaimana aku
nak memimpin satu kaum yang ada Sayyidina Abu Bakar di dalamnya.”
Sayyidina Saad bin Ubadah t sebenarnya sedang sakit ketika itu. Selepas
dia berucap dia menyelimutkan badannya dan baring di situ. Untuk
menjawab Sayyidina Abu Bakar t, Sayyidina Hubab bin al Munzir t bagi
pihak Ansar berkata, “Kalau begitu kita pergilirkan kepimpinan di antara
Muhajirin dan Ansar.” Ketika itu Sayyidina Umar t lantas bangun dan
berkata, “Wahai para Sahabat, ini Sayyidina Abu Bakar, Sahabat Rasulullah
r yang menemani Baginda di Gua Hira. Allah menyebutnya dalam al-Quran
dan Rasulullah r telah meredhainya untuk mengimami sembahyang kamu.
Siapakah di kalangan kamu rela untuk menjadi imam kepada Sayyidina
Abu Bakar? Siapa yang rela bolehlah dia ke hadapan.” Ternyata tiada siapa
yang sanggup untuk mendahului Sayyidina Abu Bakar t. Dengan itu,
Sayyidina Umar t minta Sayyidina Abu Bakar t menghulurkan tangannya
untuk dibai’ah. Sayyidina Umar t mahu menyelesaikan segera perbezaan
pandangan di kalangan Muhajirin dan Ansar. Apabila Sayyidina Abu Bakar
t menghulurkan tangannya, Sayyidina Basyir bin Saad al Ansari melompat
ke depan dan berbai’ah kepada Sayyidina Abu Bakar t. Sahabat t dari
kaum Ansar ini mahu menjadi orang pertama berbai’ah kepada Sayyidina
Abu Bakar t. Selepas itu Sayyidina Umar t pula berbai’ah. Selepas itu
semua orang berebut-rebut untuk berbai’ah kepada Sayyidina Abu Bakar t.
Maka dengan itu telah jelaslah bahawa kepimpinan selepas Rasulullah r
diserahkan kepada Sayyidina Abu Bakar t. Ahli Syura Muhajirin dan Ansar
telah sepakat melantik Sayyidina Abu Bakar t. Demikianlah peristiwa yang
berlaku pada petang Isnin 12 Rabiul Awwal.
Bai’ah Muhajirin dan Ansar terhadap Sayyidina Abu Bakar t
Pada hari Selasa 13 Rabiul Awwal tahun 11 Hijriah menjelang sembahyang
Zohor, Sayyidina Abu Bakar t mahu bercakap kepada para Sahabat y.
Sayyidina Umar t naik terlebih dahulu bercakap. Dia berkata, “Adapun
perkataan yang aku katakan semalam bahawa Rasulullah r tidak mati,
itu adalah dari hasutan syaitan.” Sayyidina Umar t telah menarik balik
kata-katanya kepada umat Islam. Sayyidina Umar t menyambung lagi,
488
Kewafatan Rasulullah r Bab 31
“Sesungguhnya Ahli Syura di kalangan kamu telah sepakat berbai’ah kepada
pendamping Nabi kamu ketika mana mereka di gua, maka berbai’ahlah
kamu semua kepadanya.”
Maka semua orang bangun dan berbai’ah kepada Sayyidina Abu Bakar t.
Setelah semua orang berbaiah kepadanya, Sayyidina Abu Bakar t berkata,
“Wahai manusia, aku telah dipertanggungjawabkan terhadap kamu
semua sedangkan aku bukanlah yang paling baik di kalangan kamu.”
Inilah sifat tawadhu’ dari Sayyidina Abu Bakar t sedangkan dialah
sebaik-baik Sahabat Rasulullah r. Rasulullah r pernah berkata “Tidak ada
orang yang memijak muka bumi ini selepas para Nabi lebih baik daripada
Sayyidina Abu Bakar.”.
“Sekiranya aku benar berada dalam kebenaran maka bantulah aku
dan sekiranya aku berlaku salah maka betulkanlah aku. Kejujuran itu
adalah satu amanah dan penipuan itu adalah satu pengkhianatan.”
Sayyidina Abu Bakar menegaskan kepada umat Islam bahawa dia akan
berlaku jujur kepada mereka. Begitulah Sayyidina Abu Bakar t meletakkan
manhaj kepimpinannya. Dia telah mengajarkan kepada umat Islam
bagaimanakah seorang pemimpin yang adil itu.
“Orang yang dhaif di kalangan kamu adalah kuat di sisi aku
sehingga aku mengembalikan hak kepadanya dan orang yang kuat di
kalangan kamu dhaif di sisi aku sehingga aku dapat mengambil hak
daripadanya, Insya Allah.”
489
Catatan Sejarah Rasulullah r
“Tiada kaum yang meninggalkan Jihad melainkan mereka dihina.”
Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq t menegaskan bahawa dia akan
meneruskan jihad.
“Dan tidak berleluasa kemungkaran dalam satu kaum melainkan
Allah I timpakan bala kepada mereka semua.” Yakni aku akan
memerangi kemungkaran dalam pemerintahanku
“Taatlah kepadaku selagi mana aku taat kepada Allah I dan Rasul-
Nya. Apabila aku ingkar kepada Allah I dan Rasul-Nya, maka tiada
lagi ketaatan kepadaku ke atas kamu lagi.”
“Bangunlah untuk bersolat, semoga Allah merahmati kamu.”
Demikianlah khutbah Sayyidina Abu Bakar t kepada umat Islam. Ia
merupakan ucapan dasar Khalifah Islam yang pertama kepada Ahli Syura
di kalangan Muhajirin dan Ansar. Pada hari Selasa 13 Rabiul Awwal, hari
kedua setelah Rasulullah r wafat, Sayyidina Ali memimpin ahli keluarga
Rasulullah r seperti Sayyidina Abbas t, Sayyidina Fadl bin Abbas t,
Sayyidina Qusam bin Abbas t dan Sayyidina Usamah bin Zaid t dan
Syaqran t, Maula Rasulullah r untuk menguruskan jenazah Rasulullah
r. Ketika mereka mahu memandikan Rasulullah r datanglah Sayyidina
Aus bin Khuli t, seorang Sahabat t dari kaum Ansar dan salah seorang
dari Ahli Badar meminta izin Sayyidina Ali untuk menyertai keluarga
Rasululllah r memandikan jenazah Baginda. Ketika mereka sedang berfikir
bagaimana cara terbaik memandikan Rasulullah r sama ada dengan pakaian
Baginda sewaktu wafat atau digantikan dengan persalinan lain, mereka
490
Kewafatan Rasulullah r Bab 31
semua mendengar satu suara yang memberitahu mereka supaya memandikan
Rasulullah r dengan pakaiannya. Sayyidina Ali mengangkat Rasulullah
r dan menyandarkannya ke dadanya. Sayyidina Fadl t dan Sayyidina
Qusam t, dua orang anak Sayyidina Abbas t ini menggerakkan Rasulullah
r untuk dimandikan. Sayyidina Usamah t dan Syaqran t menjirus
air sementara Sayyidina Abbas t yang meratakan air ke seluruh jasad
Rasulullah r. Demikianlah jasad Baginda yang mulia telah dimandikan dan
dikafankan dengan tiga lapis kain putih.
Selepas itu mereka sekali lagi tertanya-tanya, di manakah mereka mahu
mengebumikan jasad Rasulullah r sama ada di Masjid Nabawi atau rumah
Siti Aisyah atau di perkuburan Baqi’. Akhirnya mereka merujuk kepada
Sayyidina Abu Bakar t, Khalifah Rasulullah r. Sayyidina Abu Bakar t
berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah r berkata, “Kami para Nabi
dikebumikan di tempat nyawa kami diambil.” Selepas itu mereka menyiapkan
persiapan untuk menggali kubur di dalam rumah Siti Aisyah . Mereka
sekali lagi tidak tahu untuk memilih cara yang terbaik untuk menyiapkan
kubur Rasulullah r. Mereka mahu melakukan kepada Rasulullah r cara
yang terbaik. Sedangkan orang Islam ketika itu ada dua cara menggali
kubur. Kaum Muhajirin menggali kubur tanpa liang lahad tetapi kaum Ansar
menggalinya dengan liang lahad. Orang yang mengepalai pengebumian
di kalangan Muhajirin ialah Sayyidina Abu Ubaidah t dan orang yang
mengepalai pengebumian di kalangan Ansar ialah Sayyidina Abu Talhah t.
Sayyidina Abbas memanggil mereka berdua. Setelah itu dia berdoa, “Wahai
Allah, pilihlah cara yang terbaik untuk Nabi-Mu. Siapa yang sampai dahulu
kita akan mengggali kubur mengikut caranya.” Ternyata Sayyidina Abu
Talhah t sampai dahulu. Maka diapun menggali kubur Rasulullah r dan
dia membuat liang lahad.
Selepas Rasulullah r selesai dimandikan, para Sahabat y masuk
menyembahyangkan jenazah Baginda. Mereka masuk bersembahyang
mengikut kumpulan. Orang-orang tua dahulu kemudian kaum wanita dan
kemudian barulah remaja. Jenazah Rasulullah r tidak dibawa ke masjid.
Para Sahabat y kumpulan demi kumpulan menyembahyangkan jenazah
Rasulullah r sehingga waktu tengah malam. Pada tengah malam Rabu itu
barulah bermula pengggalian kubur Rasulullah r. Setelah kubur siap digali,
SayyidinaAli bersamaSayyidinaFadlt,SayyidinaQusamtdanSayyidina
Syaqran t masuk ke dalam kubur Rasulullah r untuk menyambut jenazah
Baginda ke dalam kubur. Yang turut dijemput menyaksikan pengkebumian
Rasulullah r ialah pengawal peribadi Rasulullah r, Sayyidina Mughirah
bin Syukbah t. Setelah jasad Rasulullah r diletakkan di dalam liang lahad
dan semua orang sudah naik ke atas, Sayyidina Mughirah t mencampakkan
491
Catatan Sejarah Rasulullah r
cincinnya ke dalam kubur. Dia memberitahu bahawa cincinnya terjatuh ke
dalam kubur. Ahli keluarga Rasulullah r membenarkan dia turun ke dalam
liang lahad untuk mengambil cincinnya. Dia turun mengambil cincinnya dan
dia mencium jasad Rasulullah r. Selepas itu Sayyidina Mughirah t berkata,
“Sebenarnya aku teringin sangat menjadi orang yang terakhir menyentuh
jasad Rasulullah.” Selepas itu jasad Rasulullah r dikebumikan.
Apabila Sayyidina Ali pulang ke rumah, dia mendapati Siti Fatimah
sedang menangis. Siti Fatimah berkata, “Wahai suamiku, apakah hati
kamu merasa tenang sedangkan kamu telah menimbuskan jasad Rasulullah
r dengan tanah.” Begitulah rasa hati Siti Fatimah kerana dia sangat
mencintai Rasulullah r. Pemergian Rasulullah r adalah ujian paling besar
buat seluruh umat Islam. Tiada musibah yang lebih besar dari pemergian
Rasulullah r. Dengan pemergian Rasulullah r, terputuslah wahyu
sedangkan berita dan panduan dari langit itulah yang telah mengeluarkan
mereka dari kehidupan jahiliyah yang sangat hina kepada kehidupan Islam
yang sangat mulia.
Kesedihan para Sahabat y menghadapi pemergian Rasulullah r
berterusan tetapi ia tidak pula menghalang mereka dari meneruskan
perjuangan Baginda. Selepas itu para Sahabat y telah berjaya menyambung
perjuangan Rasulullah r demi membawa manusia kepada kebenaran.Apabila
manusia telah mendapat Tuhan, mereka telah mendapat kebahagiaan hakiki.
Pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar t, para Sahabat y telah berjaya
membuka Syam dan Baitul Maqdis. Sayyidina Umar t telah menghantar
empat pasukan untuk misi itu. Mereka adalah pasukan Sayyidina Khalid
t, pasukan Sayyidina Abu Ubaidah t, Pasukan Sayyidina Amru bin As
t. Setelah Masjidil Aqsa berjaya dibebaskan dari kerajaan Rom, Sayyidina
Umar t datang sendiri ke Palestin untuk menerima kunci Baitul Maqdis.
Sayyidina Umar t telah memanggil kesemua pasukan tentera Islam
berkumpul di Bukit Golan. Para Sahabat y berkumpul semula dalam sebuah
pertemuan yang besar di Jabiah, Bukit Golan. Mereka bertemu kembali
setelah mereka berjaya menundukkan Rom dan Parsi. Sungguh ia adalah
satu pertemuan yang bersejarah. Para Sahabat y berkumpul kembali setelah
beberapa tahun tidak bertemu kerana berjihad memperjuangkan Rasulullah
r. Pertemuan itu mengingatkan mereka kembali kepada Rasulullah r.
Mereka terlalu merindukan suasana ketika Rasulullah r bersama mereka.
Mereka meminta kepada Sayyidina Umar t supaya memujuk Sayyidina
Bilal t mengumandangkan azan sebelum mereka bersembahyang. Mereka
berkata kepada Sayyidina Umar t:
492
Kewafatan Rasulullah r Bab 31
“Ini satu hari yang agung dari hari-hari Allah I. Maka mintalah
kepada Bilal supaya dia azan.”
Selepas kewafatan Rasulullah r, Sayyidina Bilal t tidak mahu lagi azan.
Dia merasakan setelah kewafatan Rasulullah r tanggungjawab yang harus
dipikulnya adalah lebih besar. Dia mesti meneruskan perjuangan Rasulullah
r dan itulah yang telah dia lakukan. Pada hari itu Sayyidina Umar t di atas
permintaan semua para Sahabat y telah meminta kepada Sayyidina Bilal
t untuk mengumandangkan azan. Di atas permintaan Khalifah dan para
Sahabat y, Sayyidina Bilal t bersetuju. Inilah kali pertama Sayyidina Bilal
t azan selepas kewafatan Baginda. Sayyidina Bilal t bangun dan azan:
Apabila sampai kepada kalimah:
Sayyidina Bilal t menangis dan semua para Sahabat y turut menangis.
Mereka teringat kembali kepada Rasulullah r. Mereka terkenang kepada
pengorbanan Baginda membawa Islam yang suci. Islam, Iman, kasih
sayang, akhlak mulia, kehidupan yang mulia, pengorbanan yang dicurahkan
oleh Rasulullah r, penderitaan yang Rasulullah r tanggung demi membawa
manusia kepada Tuhan. Mereka terkenangkan pembelaan Rasulullah r
kepada mereka. Seluruh perjalanan perjuangan Rasulullah r menjelma
kembali dalam ingatan mereka seolah-olah mereka baru sahaja berpisah
dengan Rasulullah r. Sayyidina Bilal t menangis teresak-esak sehingga
dia tidak mampu lagi menyambung azannya.
Demikianlah perjalanan kehidupan dan perjuangan Rasulullah
r. Sesungguhnya ia adalah Islam. Sesungguhnya ia adalah al-Quran.
Sesungguhnya ia adalah kebenaran. Dialah cahaya bagi segala cahaya, rahsia
493
Catatan Sejarah Rasulullah r
bagi segala rahsia, penawar bagi segala penyakit, anak kunci segala kejayaan.
Dialah pemimpin yang kami rindu. Nabi Muhammad r yang terpilih dan
keluarganya yang suci serta para Sahabat yang menjadi pilihan. Keselamatan
dan kebahagiaan adalah mencontohi dan melaksanakan sunnahnya.
“Sesungguhnya bagi kamu pada peribadi Rasulullah r, satu
contoh yang terbaik.”
“Katakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), kalau kamu
mencintai Allah I maka ikutlah Rasulullah r nescaya Allah I
mencintai kamu”
494