The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Rasulullah saw

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IKHWAN INDUSTRIES SDN BHD, 2020-06-01 04:25:15

SEJARAH RSAW

Sejarah Rasulullah saw

Keywords: sejarah rasullullah

Perutusan Rasulullah r Bab 21

bahawa Islam disebarkan dengan pedang. Abid dan Jaifar telah dikekalkan
oleh Rasulullah r sebagai raja yang memerintah Oman sehinggalah
mereka mati. Selepas itu barulah Rasulullah r melantik Gabenor Baginda
memerintah Oman.

Begitulah Islam berkembang dengan pesat dan begitu cepat. Inilah hasil
dari Perjanjian Hudaibiyah. Apabila Sayyidina Umar t melihat manusia
berbondong-bondong masuk Islam dan kawasan yang begitu luas telah
tunduk kepada Islam tanpa peperangan maka terkenanglah Sayyidina
Umar t alangkah tersasar pandangannya terhadap Perjanjian Hudaibiah.
Ternyata pandangannya tidak menerima Perjanjian Hudaibiyah tidak tepat.
Demikianlah bukti bahawa Rasulullah r sentiasa dipimpin oleh Allah I
dalam seluruh keputusan dan kata-katanya. Lalu Sayyidina Umar al Khattab
t berkata :

“Aku telah yakin bahawa pandangan Rasulullah r itu lebih berkat
daripada pandangan aku.”

Sariyah Sayyidina Shuja’ t kepada Bani Hawazin

Di samping menghantar utusan kepada raja-raja dan para pemerintah,
Rasulullah r terus mengutuskan juga sariyah demi sariyah kepada beberapa
kabilah Arab yang telah menyertai Pakatan Ahzab. Pada bulan Rabiul Awwal
tahun kelapan Hijriah, Rasulullah r menghantar Sayyidina Shuja’ bin Wahab
t kepada Bani Hawazin. Mereka berjaya menyerang hendap Bani Hawazin
yang ramai itu dan berjaya merampas harta mereka.

Sariyah Sayyidina Ghalib t kepada Bani Munawwih

Sariyah Sayyidina Ghalib bin Abdullah bin Qudaid t pula dihantar kepada
Bani Munawwih. Dia juga berjaya menyerang Bani Munawwih dan
mengambil harta mereka lalu melarikan diri. Pasukan Sayyidina Ghalib
t hanya beberapa belas orang sahaja sedangkan Bani Munawwih sebuah
kabilah yang besar. Ketika itu tentera utama Bani Munawwih tiada di
kabilah mereka. Apabila mereka pulang, mereka terkejut melihat kabilah
mereka telah diserang dan harta-benda mereka telah diambil oleh tentera
Islam. Mereka terus mengejar tentera Islam dan akhirnya mereka semakin
hampir dengan tentera Islam. Ketika itu Sayyidina Ghalib t menceritakan,
“Kami hanya bergantung kepada Allah I, logiknya pasti mereka akan dapat
menangkap kami. Ketika itu langit cerah tetapi tiba-tiba datang kumpulan

329

Catatan Sejarah Rasulullah r
awan hitam dan hujan mula turun. Tentera Bani Munawwih semakin
menghampiri kami tetapi hujan telah menyebabkan berlaku banjir di antara
pasukan Islam dan Bani Munawweh. Mereka terhalang dengan banjir untuk
mendapatkan kami. Demikianlah Allah I telah menyelamatkan kami.”
Sariyah Sayyidina Kaab bin Umair t ke Zatil Atlah
Sariyah terakhir sebelum Perang Mu’tah ialah Sariyah Sayyidina Kaab bin
Umair t ke Zatil Atlah. Ia berlaku pada bulan Rabiul Awwal tahun kelapan
Hijriah. Sariyah ini adalah sariyah dakwah. Mereka berjalan kaki sejauh
enam ratus batu sehingga mereka sampai ke sempadan Syam. Kerajaan
Ghasasinah telah dapat mengesan pergerakan sariyah ini. Mereka menghantar
tentera dan membunuh seluruh anggota pasukan Sayyidina Kaab t. Hanya
seorang Sahabat t yang cedera dapat menyelamatkan dirinya. Dia pulang
ke Madinah dan melaporkan kepada Rasulullah r kejadian yang menimpa
mereka. Rasulullah r melihat bahawa kerajaan Ghasasinah telah semakin
melampau. Sudah sampai masanya untuk Rasulullah r menghukum
mereka. Rasulullah r menyeru kepada semua orang Islam untuk berjihad
menentang Ghasasinah. Ghasasinah ketika itu adalah sebuah kerajaan
yang kuat dan mereka adalah sekutu kepada Rom. Mereka ada perjanjian
pertahanan dengan Rom. Seramai tiga ribu orang Sahabat y telah bersiap
menyahut seruan Rasulullah r untuk menghadapi Ghasasinah. Ini adalah
jumlah tentera Islam yang paling besar pada masa itu. Rasulullah r melantik
panglima-panglima untuk memimpin pasukan tentera ini. Rasulullah r
telah menyerahkan kepimpinan tentera Islam kepada Sayyidina Zaid bin
Haritsah t. Sekiranya Sayyidina Zaid t syahid, kepimpinan beralih kepada
Sayyidina Jaafar bin Abu Talib t. Sekiranya Sayyidina Jaafar t syahid,
maka kepimpinan diserahkan kepada Sayyidina Abdullah bin Abu Rawahah
t. Inilah kali pertama Rasulullah r melantik tiga orang panglima untuk
mengetuai tentera Islam. Allah I dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui
apakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah r dengan perlantikan itu.

330

Bab 22

Perang Mu’tah

Mara ke Ghasasinah
Rasulullah r memerintahkan tentera Islam bergerak dari Madinah pada
hari Jumaat dalam bulan Jamadil Awwal tahun kelapan Hijriah. Pada pagi
Jumaat itu, tentera Islam telah bergerak meninggalkan Madinah. Mereka
menuju ke arah kerajaan Ghasasinah. Sayyidina Abdullah bin Abu Rawahah
t sudah dapat merasakan bahawa dia akan syahid dalam peperangan itu.
Dia teringin sangat untuk bersembahyang Jumaat dengan Rasulullah r
kerana dia menganggap itulah sembahyang Jumaatnya yang terakhir dengan
Rasulullah r. Dia menunggu sehingga selepas solat Jumaat, selepas itu dia
akan mengejar tentera Islam. Selepas sembahyang Jumaat, Rasulullah r
ternampak Sayyidina Abdullah t. Baginda bersabda :

“Demi Allah, kalau kamu menafkahkan semua yang di atas muka
bumi ini, kamu tidak akan mendapat ganjaran mereka yang bergerak
dari pagi tadi.”
Sayyidina Abdullah t menangis mendengar kata-kata Rasulullah r
ini. Para Sahabat y bertanya, “Kenapa kamu menangis wahai Abdullah?”
Sayyidina Abdullah t menjawab, “Aku menangis kerana takutkan neraka.

331

Catatan Sejarah Rasulullah r

Aku menunggu kerana ingin mendapat ganjaran tetapi rupanya ganjaran itu
bersama dengan para pejuang yang bergerak sejak pagi tadi.” Kemudian
dia berdoa, “Wahai Allah, kurniakanlah kepada aku syahid fi sabilillah.”
Begitulah hati para Sahabat y, hati mereka sangat sensitif dengan Tuhan,
terlalu cintakan Allah dan terlalu takut dengan neraka Allah.

Ketika itu telah datang seorang Yahudi Madinah kepada Rasulullah r. Dia
berkata, “Wahai Muhammad, kami membaca di dalam Taurat bahawa tiada
seorang Nabi yang menamakan seorang demi seorang dalam peperangan
melainkan mereka semua akan syahid walaupun dia menamakan sampai
seratus nama.” Rasulullah r menjawab, “Itu adalah satu perkara yang Allah
I mahu.” Sayyidina Khalid al Walid t menyertai pasukan ini sebagai
tentera biasa. Namun kali ini dia berjuang bagi pihak Allah I dan Rasul-
Nya. Inilah peperangan pertama yang dia sertai selepas dia masuk Islam.

Apabila berita pergerakan tentera Islam sampai kepada al Harist, dia
segera meminta pertolongan daripada Hiraklius. Katanya, “Wahai Hiraklius,
tentera Muhammad sedang menuju ke arah kami. Kami memerlukan
bantuan kamu sepertimana yang telah termaktub di dalam perjanjian di
antara kita.” Ketika ini telah jelaslah kekufuran Hiraklius sepertimana yang
telah Rasulullah r sabdakan dalam hadisnya. Apakah dia akan membantu
Ghasasinah menghadapi tentera Rasulullah r? Benarlah sabda Rasulullah
r bahawa dunia telah menguasainya. Dia telah bersetuju membantu
Ghasasinah dan dia telah menghantar seramai seratus ribu orang tentera
kepada al Harist. Dengan bantuan itu kekuatan tentera kafir berjumlah
dua ratus ribu orang. Ghasasinah memang mempunyai seratus ribu tentera
manakala Hiraklius telah mengirimkan bantuan seratus ribu tentera lagi dari
Rom. Mereka mempunyai lima puluh ribu tentera berkuda. Satu kekuatan
tentera yang belum pernah dihadapi oleh tentera Islam sebelum ini. Tentera
kafir menghantar perisik mereka yang dikenali sebagai Sadus. Sadus adalah
adik kepada Amru, salah seorang raja Ghasasinah yang telah membunuh
wakil Rasulullah r sebelum ini. Sayyidina Zaid t juga menghantar para
perisik dari pihak tentera Islam. Mereka telah berjaya menangkap Sadus dan
kumpulannya. Sadus telah dibunuh sebelum berlaku pertempuran di medan
Mu’tah. Apabila Sadus terbunuh, kemarahan Ghasasinah dan Rom semakin
menyala untuk memerangi tentera Islam.

Ketika tentera Islam sampai di Ma’an, mereka mendapat berita bahawa
tentera Ghasasinah dan Rom berjumlah dua ratus ribu orang sedang menuju
ke arah mereka. Sayyidina Zaid t mengumpulkan ahli syuro di kalangan
tentera Islam untuk berbincang bagaimana untuk menghadapi jumlah tentera
yang sangat besar itu. Syuro berlangsung selama dua hari kerana mereka

332

Perang Mu’tah Bab 22

berada di antara dua pandangan. Pandangan pertama mengatakan bahawa
mereka akan tetap terus memerangi tentera kafir walaupun jumlah mereka
sebesar itu. Pandangan kedua pula mengatakan mereka harus menunggu dulu
bantuan dari Madinah. Namun tiada pandangan yang mengatakan supaya
mereka berundur. Tiada seorang pun merasakan mereka patut berundur.
Begitulah keberanian dan keyakinan para Sahabat y kepada bantuan Tuhan.
Mereka yakin pasti ada bantuan ghaib untuk mereka menghadapi tentera
musuh yang sangat besar itu. Allah pasti tidak akan mensia-siakan mereka.

Selepas itu Sayyidina Abdullah bin Rawahah t berucap kepada tentera
Islam. Dia berkata:

“Wahai tentera Islam, kenapakah kamu semua memilih Islam?
Bukankah kamu semua inginkan syurga? Ini dia syurga terbentang
di hadapan kamu. Bukankah kamu mahukan syahid? Ini dia syahid
berada di hadapan mata kamu. Kalau begitu, kenapa mahu lari? Kalau
begitu, kenapa tunggu lagi?”

Mendengar ucapan Sayyidina Abdullah t, semua tentera Islam berazam
untuk menghadapi tentera Ghasasinah dan tentera Rom sehingga titisan
darah mereka yang terakhir. Selepas itu tentera Islam meneruskan kemaraan
ke arah Mu’tah. Apabila tentera Islam sampai di Mu’tah mereka berkhemah
di situ. Mu’tah hanya sebuah kampung kecil namun ia bakal menyaksikan
sejarah besar. Di situ tentera Islam menunggu kedatangan gabungan tentera
Ghasasinah dan Rom.

Apabila tentera Ghasasinah dan tentera Rom sampai ke Mu’tah, tentera
Islam dapat melihat pasukan demi pasukan tentera musuh mengambil
tempat mereka. Lautan tentera musuh yang membanjiri Mu’tah seakan-akan
tiada penghujungnya. Ini kali pertama tentera Islam menyaksikan pasukan
tentera yang sebesar itu. Ada di kalangan tentera Islam yang mula rasa gerun
melihat kehadiran tentera yang sangat besar itu. Menyedari hal itu Sayyidina
Tsabit bin Arqam t bangun berucap kepada tentera Islam. Dia berkata, “Aku
adalah di antara tentera Islam yang menyertai Perang Badar. Allah I telah

333

Catatan Sejarah Rasulullah r

memenangkan kami walaupun jumlah kami sedikit. Kemenangan tentera
Islam bukan kerana bilangan tapi kerana bantuan Allah I!” Ucapannya itu
telah berjaya menghilangkan perasaan takut dari hati tentera Islam.

Sayyidina Zaid t menyusun tentera Islam kepada lima pasukan.
Pasukan hadapan, pasukan tengah, pasukan belakang, pasukan kiri dan
pasukan kanan. Sebaik sahaja tentera kafir berkhemah di Mu’tah, Sayyidina
Zaid t mahu melancarkan serangan terhadap mereka. Apabila fajar mula
menyingsing keesokan harinya, setelah mengimami sembahyang Subuh,
Sayyidina Zaid t memerintahkan tentera Islam menyerang tentera Kuffar.
Sungguh tentera Rom dan tentera Ghasasinah tidak menyangka bahawa
tentera Islam yang hanya seramai tiga ribu orang berani memulakan
peperangan. Mereka memang belum bersedia menghadapi serangan apalagi
pada awal pagi seperti itu. Tentera Islam telah berjaya membunuh ramai
tentera Rom dan Ghasasinah. Pertempuran berpanjangan sehingga matahari
tenggelam. Beratus-ratus tentera Rom dan tentera Ghsasinah terbunuh dalam
pertempuran hari pertama itu. Apabila tentera Islam pulang ke khemah, tiada
seorang pun di kalangan mereka yang terbunuh. Sungguh tentera Rom dan
tentera Ghasasinah merasa hairan melihat tentera Islam. Malah mereka
tertanya-tanya apakah benar mereka ini manusia atau mereka adalah jelmaan
jin. Mereka telah memulakan serangan dan membunuh beratus-ratus tentera
Rom dan tentera Ghasasinah. Ketika itu barulah mereka sedar bahawa
mereka sedang menghadapi tentera yang luar biasa. Mereka mesti membuat
persiapan yang lebih rapi.

Pada hari kedua juga, tentera Islam memulakan serangan sebaik sahaja
mereka selesai sembahyang Subuh. Berpuluh-puluh orang tentera Rom dan
tentera Ghasasinah terkorban. Pertempuran seperti hari pertama berterusan
sampai waktu maghrib. Tentera Rom semakin hairan bagaimana tentera
Islam berjaya menewaskan mereka lagi dalam pertempuran hari kedua.
Malah begitulah yang berlaku selama lima hari mereka bertempur. Tentera
Islam menewaskan gabungan tentera Rom dan Ghasasinah dalam setiap
pertempuran harian. Oleh kerana jumlah mereka terlalu ramai mereka masih
dapat bertahan. Tercabar dengan kekalahan itu mereka pula memulakan
serangan pada hari keenam.

Pertempuran hari keenam adalah pertempuran yang paling sengit dalam
peperangan Mu’tah. Di Madinah, Rasulullah r memanggil semua Sahabat
y bersembahyang, berdoa dan bermunajat memohon bantuan Allah I
kepada tentera Islam. Mereka menghantar bantuan rohani kepada tentera
Islam yang sedang bertempur di medan Mu’tah. Setelah itu Rasulullah r
duduk dan menceritakan kepada mereka apa yang sedang berlaku di medan

334

Perang Mu’tah Bab 22

Mu’tah. Walaupun Rasulullah r berada di Madinah tetapi Baginda dapat
menceritakan satu persatu peristiwa yang sedang berlaku di medan perang
Mu’tah. Rasulullah r menceritakan, “Zaid membawa bendera dan memimpin
tentera Islam menyerang tentera kafir. Zaid menyerang tentera kafir bertubi-
tubi tetapi akhirnya mereka berjaya mengepung Zaid dan menyerang Zaid.
Tentera Islam mempertahankan Zaid tetapi tentera kafir memanah Zaid dari
jauh. Akhirnya badan Zaid hancur dengan panahan tentera kafir.” Rasulullah
r menyambung lagi, “Zaid telah syahid tetapi Jaafar menyambar bendera
tentera Islam dan terus menyerang tentera Rom sehinggalah dia dikerumuni
oleh tentera Rom. Jaafar tidak mampu untuk bergerak walaupun setapak ke
depan kerana dia dihimpit oleh tentera Rom yang ramai. Ketika itu Jaafar
turun dari kudanya dan bertempur di bawah sehinggalah tentera Rom
menyerbu dan menyerangnya. Akhirnya mereka berjaya memenggal tangan
kanan Jaafar. Dia segera memegang bendera Islam dengan tangan kirinya.
Mereka dapat memenggal tangan kirinya pula, dia segera memegang bendera
dengan kedua-dua tangannya yang sudah terpotong itu. Ketika itu mereka
berjaya membunuhnya. Jasad Jaafar terbelah dua dari bahunya kerana
tetakan dari tentera Rom.” Selepas peperangan, tentera Islam mengambil
mayat panglima mereka yang syahid. Mereka dapati di sebelah jasad
Sayyidina Jaafar t saja ada lebih dari tiga puluh kecederaan. Di Madinah,
Rasulullah r memberitahu para Sahabat y, “Jaafar telah syahid selepas
kedua tangannya terpotong kerana mempertahankan bendera Islam. Allah
telah menggantikan kedua tangannya itu dengan dua sayap daripada permata
Yaqut. Dia boleh terbang dengan sayapnya ini dalam syurga ke mana saja
yang dia mahu sehingalah Hari Qiamat nanti.” Demikianlah ganjaran yang
Allah I sediakan kepadanya di akhirat adalah lebih besar.

Setelah Sayyidina Jaafar t syahid, Sayyidina Abdullah bin Rawahah
t pula memegang bendera. Di Madinah, Rasulullah r memberitahu para
Sahabat y, “Sekarang Abdullah bin Rawahah pula memegang bendera
Islam.” Selepas itu Rasulullah r terdiam seketika. Sebelum itu, ketika
Rasulullah r menceritakan perihal Sayyidina Jaafar t dan Sayyidina Zaid
t yang kedua-duanya adalah Muhajirin, Baginda terus menyebut mereka
maju dan memerangi Rom. Kaum Ansar berasa sedih kerana Rasulullah
r terdiam seketika apabila bercakap tentang Sayyidina Abdullah bin
Abu Rawahah t, salah seorang panglima Ansar. Apa yang telah berlaku
kepada Sayyidina Abdullah bin Rawahah al Ansari t? Rupanya ketika
Rasulullah terdiam itu, Sayyidina Abdullah bin Rawahah t sedang teragak-
agak beberapa saat. Perasaannya sedikit terganggu kerana melihat sudah
dua panglima sebelumnya telah dibunuh oleh musuh. Namun dia segera
bercakap kepada dirinya, “Wahai nafsuku, aku telah bersumpah, sama ada
kamu suka atau tidak! Orang lain telah mendahului kamu. Kenapa aku lihat

335

Catatan Sejarah Rasulullah r

kamu membenci syurga?!” Kemudian dia terus menyerang Rom, ketika
itu datang pasukan yang membekalkan makanan mengedarkan makanan.
Apabila dilontarkan kepadanya makanan, Sayyidina Abdullah t berkata,
“Sekiranya aku menunggu lagi untuk makan, demi Allah ia adalah satu
tempoh yang panjang.” Dia melontarkan semula daging yang diberikan
kepadanya dan terus mara menyerang Malik bin Ghafilah. Dia berjaya
membunuh Malik. Malik adalah ketua tentera Ghasasinah. Selepas itu
tentera Rom mengepungnya dan membunuhnya. Di Madinah Rasulullah r
memberitahu para Sahabat y, “Abdullah telah syahid, aku dapat melihat
mereka semua telah berada di syurga. Tempat Abdullah agak terkebelakang
sedikit dari tempat Zaid dan Jaafar.” Para Sahabat y bertanya, “Kenapa
wahai Rasulullah?” Baginda menjelaskan, “Apabila Abdullah mengambil
bendera, dia teragak-agak seketika.”

Selepas itu Rasulullah r pergi ke rumah Sayyidina Jaafar t. Baginda
memanggil semua anak-anak Sayyidina Jaafar t dan Baginda memeluk
mereka sambil menangis. Apabila isteri Sayyidina Jaafar t melihat
Rasulullah r, dia bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ada berita tentang
Jaafar telah sampai kepada Rasulullah?” Sabda Rasulullah r, “Jaafar telah
syahid fisabilillah.” Menangislah isteri Sayyidina Jaafar t. Melihat tangisan
itu Rasulullah r bersabda, “Janganlah kamu mengoyak-ngoyakkan baju dan
memukul-mukul dada.” Baginda memberi panduan kepada isteri Sayyidina
Jaafar t dan kepada semua kaum Muslimin. Rasulullah r bersabda, “Tidak
mengapa kamu menangis tetapi jangan sampai mengoyak-ngoyakkan baju,
memukul-mukul dada dan meratap seperti kebiasaan kelakuan orang Arab
Jahiliyah. Rasulullah r juga menangis di atas kematian Sayyidina Jaafar
t. Begitulah sayangnya Rasulullah r kepada Sayyidina Jaafar t. Sabda
Rasulullah r lagi : “Orang seperti Sayyidina Jaafar ini, tidak mengapa
kalau orang mahu menangisinya.” Masakan tidak. Dia adalah salah seorang
Sahabat t yang dicintai oleh Rasulullah r. Dia adalah di antara orang
yang paling awal berhijrah ke Habsyah. Orang yang telah sangat banyak
berkorban kepada Islam sepanjang hidupnya. Diceritakan dalam Hadis, di
antara Sahabat yang paling mirip kepada Rasulullah r dari sudut akhlaknya
malah tubuh badan dan rupanya ialah Sayyidina Jaafar bin Abu Talib t.
Dia adalah sepupu Baginda. Rasulullah r berpesan kepada kaum Ansar
supaya jangan lupa menghantar makanan kepada keluarga Sayyidina
Jaafar t kerana mereka sedang dalam ujian. Demikianlah yang sepatutnya
diperlakukan oleh masyarakat Islam terhadap keluarga si mati. Mereka perlu
dibela dan ditolong.

336

Perang Mu’tah Bab 22

Sayyidina Khalid al Walid t Memimpin Tentera Islam

Bendera tentera Islam telah tumbang tetapi tiada siapa yang mengambilnya.
Rasulullah r tidak menentukan siapakah yang akan menggantikan Sayyidina
Abdullah t. Tentera Islam mula kucar-kacir malah ada yang mahu melarikan
diri dari medan peperangan. Ketika itu Sayyidina Tsabit bin Arqam t,
satu-satunya ahli Badar yang menyertai tentera Islam ke Mu’tah maju dan
mengambil bendera Islam. Siapakah yang berani mengambil bendera pada
waktu seperti itu. Tiga orang panglima Islam yang menjulang bendera Islam
sebelumnya dikawal oleh pasukan khas. Sayyidina Tsabit t mengambilnya
seorang diri tanpa dikawal oleh sesiapa. Namun dia cukup yakin terhadap
bantuan Allah I. Apabila tentera Islam melihat bendera Islam naik semula,
mereka segera berkumpul dekat bendera. Orang pertama yang sampai
kepada bendera Islam ialah Sayyidina Khalid bin al Walid t. Sayyidina
Tsabit t terus menyerahkan bendera kepada Sayyidina Khalid t. Sayyidina
Khalid t menolaknya, “Wahai Tsabit, kamu lebih tua dari aku dan kamu
ahli Badar.” Sayyidina Tsabit t menyatakan, “Ambil wahai Khalid, aku
tidak mengambil bendera ini melainkan untuk aku serahkan kepada kamu.
Sekarang bukan masanya untuk bertolak-tolak. Pertempuran ini memerlukan
seorang pakar perang dan kamu adalah orangnya!” Mendengar kata-kata itu,
Sayyidina Khalid t terus mengambil bendera dan menggerakkannya untuk
memanggil semula tentera Islam. Tentera Islam segera berkumpul semula
kepada Sayyidina Khalid t. Beliau terus menyusun semula tentera Islam.
Dalam masa yang singkat tentera Islam telah tersusun semula. Ini sekali
lagi sangat memeranjatkan Rom. Apakah yang membuatkan tentera yang
sudah kucar kacir dan tewas malah sebahagiannya sudah lari berkumpul dan
tersusun semula dalam masa yang begitu singkat. Siapakah yang mampu
melakukan keajaiban ini?

Tanpa berlengah, Sayyidina Khalid t memerintahkan tentera Islam
menyerang semula gabungan tentera Rom dan Ghasasinah. Mereka terus
menerima kejutan. Tentera yang telah tewas kembali menyerang mereka
semula. Serangan tentera Islam telah berjaya membunuh ramai lagi tentera
musuh. Di Madinah, Rasulullah r masih lagi menyampaikan apa yang sedang
berlaku di medan perang Mu’tah kepada para Sahabat y. Selepas Sayyidina
Abdullah t syahid, Rasulullah r terdiam seketika. Apabila Sayyidina
Khalid t mengambil bendera, Rasulullah r bersabda, “Bendera Islam telah
diambil oleh salah satu pedang daripada pedang-pedang Allah sehinggalah
Allah I memberi kemenangan kepadanya!” Di medan Mu’tah peperangan
diteruskan semula. Pertempuran berlaku penuh sengit sehinggalah waktu
Maghrib. Kedua-dua pasukan tentera berhenti dan korban di kalangan Rom
telah bertambah.

337

Catatan Sejarah Rasulullah r

Tentera musuh masih kehairanan. Mereka sama sekali tidak percaya
menyaksikan apa yang sedang berlaku. Mereka telah menang dalam
pertempuran tetapi sekelip mata kemenangan mereka berubah kepada
kekalahan semula. Pada malam itu iaitu malam ketujuh pertempuran
berlangsung, Sayyidina Khalid t telah menyiapkan satu strategi baru.
Sayyidina Khalid t telah merencana satu tipu helah untuk menyerang
Rom dan dalam masa yang sama dia mahu menyelamatkan tentera Islam.
Pada malam itu Sayyidina Khalid t mengarahkan pasukan kiri dan kanan
bertukar tempat. Sayap kanan menjadi sayap kiri dan sayap kiri menjadi
sayap kanan. Kemudian dia merubah kedudukan pasukan depan, tengah
dan belakang. Semuanya bertukar tempat. Kemudian Sayyidina Khalid t
menukar bendera setiap pasukan. Kemudian dia mengarahkan beberapa
kumpulan kecil tentera berkuda Islam supaya berundur ke arah Madinah.
Dia telah memberikan mereka beberapa arahan untuk mereka laksanakan
pada besok hari. Demikianlah persiapan tentera Islam di bawah pimpinan
Sayyidina Khalid t untuk menghadapi pertempuran hari ketujuh.

Pagi hari ketujuh pertempuran Mu’tah, tentera Rom dan tentera Ghasasinah
sekali lagi terperanjat besar. Mereka mendapati wajah-wajah baru dalam
barisan tentera Islam membawa bendera-bendera baru. Nampaknya mereka
harus menghadapi pasukan yang baru. Ketika itu mereka berkata, “Semasa
jumlah mereka hanya tiga ribu orang pun kita tidak mampu menewaskan
mereka. Sekarang bilangan mereka telah bertambah. Bagaimana kita mahu
menewaskan mereka?” Ketika mereka masih sedang sangat terkejut itu,
pasukan berkuda pertama yang telah diperintahkan oleh Sayyidina Khalid
t berundur semalam tiba. Sayyidina Khalid t memerintahkan mereka lalu
di tempat yang berdebu dan membuat debu-debu besar. Daripada debu yang
besar itu Rom menyangka satu pasukan lagi baru tiba. Sebenarnya bilangan
mereka hanya beberapa orang. Apabila semakin menghampiri medan Mu’tah,
Sayyidina Khalid t memerintahkan mereka supaya bertakbir,: “Allahu
Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!” Gema takbir ini telah merentap
semangat tentera Rom dan tentera Ghasasinah. Malah telah merobek-robek
hati mereka dengan ketakutan yang amat sangat. Selepas itu satu pasukan lain
pula sampai dengan kepulan debu yang besar dan suara takbir yang bergema
di seluruh medan Mu’tah. Selepas itu satu pasukan lagi tiba. Setiap satu
pasukan ini hanyalah beberapa orang tentera berkuda yang telah di arahkan
oleh Sayyidina Khalid t berundur ke arah Madinah. Pagi itu satu pasukan
demi satu pasukan sampai ke medan Mu’tah membawa debu yang besar dan
takbir yang bergema. Setiap kali itulah hati-hati tentera musuh makin kecut
dan takut. Mereka benar-benar melihat tentera Islam menerima bantuan yang
besar dari Madinah. Ketika itu Sayyidina Khalid t mengarahkan tentera
Islam menyerang tentara Rom dan tentera Ghasasinah. Menurut Sayyidina

338

Perang Mu’tah Bab 22

Rafi’ t yang meriwayatkan hadis tentang Perang Mu’tah ini, “Demi Allah,
aku tidak pernah melihat pertempuran yang sehebat pertempuran hari itu.”
Bahkan Sayyidina Khalid al Walid t sendiri menceritakan dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari :

“Dalam pertempuran Mu’tah, sembilan bilah pedang pecah
ditangan aku.”

Demikianlah dahsyatnya Sayyidina Khalid t menggempur tentera Rom
pada hari itu. Sayyidina Khalid t adalah seorang panglima berkuda yang
bertubuh sasa dan tinggi. Apabila dia menunggang kuda, kakinya mencecah
ke tanah. Di kalangan tentera Islam hanya dia dan Sayyidina Zubair bin Al-
Awwam t yang mahir mengunakan dua bilah pedang sekaligus. Kedua-
dua tangan kiri dan kanannya mahir menghayunkan pedang. Dia hanya
menggunakan kakinya untuk mengawal kudanya. Begitulah kehebatan
fizikal Sayyidina Khalid t. Namun yang lebih dahsyat dari itu ialah
kecintaannya kepada Allah I dan Rasul-Nya setelah dia mendapat cahaya
kebenaran. Apabila kekuatan dan ketangkasan fizikalnya itu disokong pula
dengan bantuan ghaib dari Allah I, memang benar dia adalah ‘Pedang
Allah’ yang tidak dapat ditewaskan. Sayyidina Khalid t dengan mudah
dapat mengalahkan tentera Rom seorang demi seorang. Pada hari itu Mu’tah
menyaksikan tentera Rom dan tentera Ghasasinah lari bertempiaran dari
medan perang. Tentera Islam mara sehingga mereka sampai ke tempat ketua
tentera Rom. Tentera Rom ketika itu diketuai oleh Tudor, saudara kandung
Hiraklius. Tentera Rom sedang sangat kucar-kacir dan ramai di kalangan
mereka mula melarikan diri dari medan perang. Ketika itu Sayyidina Khalid
t mengarahkan tentera Islam berundur dalam satu pergerakan yang sangat
tersusun ke arah Madinah. Panglima tentera Rom dan tentera Ghasasinah
sekali lagi terperanjat besar apabila melihat tentera Islam berundur. Ketika
itu tentera Islam sedang menguasai pertempuran. Tentera Rom dan tentera
Ghasasinah kalah teruk malah ramai yang melarikan diri dari pertempuran.
Mereka mengarahkan tentera mereka supaya tidak mengejar tentera Islam.
Mereka takut itu juga adalah satu strategi baru dari tentera Islam untuk
memerangkap mereka. Sayyidina Khalid t terus membawa tentera Islam
berundur ke Madinah. Membawa tentera berundur adalah satu perkara yang
sangat merbahaya. Musuh boleh menyerang mereka dari belakang dan akan
mengorbankan banyak tentera Islam. Begitulah yang sering berlaku dalam
mana-mana pertempuran apabila satu pihak berundur. Setelah Sayyidina
Khalid memperlihatkan kekuatan Islam kepada tentera lawan, dia mahu

339

Catatan Sejarah Rasulullah r

mengundurkan tentera Islam tanpa sebarang korban.

Tentera Islam berundur dalam keadaan seolah-olah mereka menanti
tentera Rom mengejar mereka. Tudor mengarahkan supaya tentera Rom
jangan mengejar tentera Islam kerana dia takut mereka akan diperangkap
oleh tentera Islam. Dia sudah melihat bahawa tentera Islam telah menghadapi
mereka dengan berbagai strategi yang tidak terduga oleh mereka. Sayyidina
Khalid t berjaya membawa tentera Islam berundur sampai ke Madinah tanpa
sebarang korban. Demikianlah sentuhan pertama Sayyidina Khalid t dalam
perjuangan Islam. Memang dia terkenal seorang panglima yang sangat licik
apalagi setelah dia Islam dan mendapat sentuhan keberkatan dari Rasulullah
r. Tentera Rom terus menunggu tetapi tentera Islam tidak muncul-muncul
lagi. Setelah itu mereka menghantar perisik mereka meninjau kedudukan
tentera Islam. Rupanya tentera Islam telah selamat sampai ke Madinah.
Dengan itu tentera Rom dan Ghasasinah pun berundur dari Mu’tah.

Berita tentera Islam berundur telah sampai ke Madinah sebelum ketibaan
mereka. Apabila mereka sampai di Madinah, mereka telah disambut dengan
lontaran batu-batu oleh para isteri dan anak-anak mereka sendiri. Inilah kali
pertama tentera Islam lari dari medan perang. Menurut salah seorang Sahabat
t yang menyertai tentera Mu’tah, “Apabila aku pulang dari Mu’tah, isteri
aku tidak membenarkan aku masuk ke rumah kerana dia menganggap aku
telah lari dari medan jihad.” Begitulah tingginya semangat juang para isteri
ketika itu. Mereka malu kalau suaminya lari dari medan perang. Apabila
berita ini sampai kepada Rasulullah r, Baginda mengumpulkan semua
orang lalu bersabda:

“Bukanlah mereka orang yang lari dari medan perang tapi mereka
berundur untuk menyusun kekuatan, Insya Allah. Daku sebagai
pembantu kepada setiap orang yang beriman.”
Rasulullah r mengisyaratkan kepada firman Allah I :

340

Perang Mu’tah Bab 22

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan
orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah
kamu berpaling undur dari menentang mereka. Dan sesiapa berpaling
undur dari menentang mereka pada ketika itu - kecuali ia bergerak ke
arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak
menyatukan diri dengan pasukan yang lain - maka sesungguhnya
ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah
neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat
kembali.” (Surah al-Anfal: 15-16)

Rasulullah r telah mempertahankan strategi Sayyidina Khalid t
membawa tentera Islam berundur ke Madinah. Baginda menyatakan,
“Dakulah pembantu kepada setiap orang yang beriman.” Rasulullah r tidak
mengira perbuatan Sayyidina Khalid t sebagai lari dari medan perang.
Tentera Islam terpaksa menghadapi dua ratus ribu tentera kafir. Sayyidina
Khalid t telah mengundurkan tentera Islam ketika mereka sedang dalam
kemenangan. Di dalam Perang Mu’tah, tentera Islam berjaya membunuh
beratus-ratus orang tentera kafir. Sedangkan hanya dua belas orang dari
pasukan tentera Islam yang gugur syahid.

Sayyidina Amru bin al-As t Memimpin Sariyah Zati Salasil

Selepas Perang Mu’tah, Rasulullah r telah menghantar tentera Islam
menyerang Bani Qudho’ah. Peperangan ini dikenali sebagai Sariyah Zatis
Salasil. Perang Mu’tah berlaku pada bulan Jamadil Awwal. Pada bulan
Jamadil Thani, Bani Qudho’ah mahu menyerang Madinah. Bani Qudho’ah
berjiran dengan Ghasasinah. Mereka menyangka tentera Islam telah tewas di
Mu’tah. Mereka mahu menghasut Rom dan Ghasasinah supaya menyerang
Madinah. Bani Qhudho’ah akan memulakan dahulu kempen menyerang
Madinah kali ini. Rasulullah r melihat perkembangan ini merbahaya
kepada umat Islam. Kekuatan dua ratus ribu tentera yang gagal menewaskan
tentera Islam di Mu’tah boleh digerakkan ke Madinah. Rasulullah r mahu
menutup kemungkinan ini. Sebab itulah Baginda menghantar Sariyah untuk
menyerang Bani Qudho’ah. Rasulullah r menyerahkan kepimpinan tentera
Islam kali ini kepada Sayyidina Amru bin As. Sayyidina Khalid t telah
memimpin tentera Islam dalam Perang Mu’tah hanya selepas empat bulan

341

Catatan Sejarah Rasulullah r
dia masuk Islam. Kali ini Sayyidina ‘Amru t pula mendapat kepercayaan
Rasulullah r. Dia diberi kepercayaan untuk memimpin tentera Islam selepas
lima bulan dia masuk Islam. Rasulullah r mahu mengajar umat Islam,
kepimpinan dalam Islam bukan kerana senioriti. Malah siapa yang mendapat
kepercayaan Rasulullah r dan siapa yang mempunyai kemampuan dan
kepakarannya yang diperlukan, dialah yang layak menjadi pemimpin.
Rasulullah r memanggil Sayyidina Amru t dan bersabda kepada beliau:

“Wahai Amru, sesungguhnya aku mahu melantik kamu memimpin
sariyah, kamu akan dapat ghanimah dan kamu akan diberi pahala.
Berkata Sayyidina ‘Amru, “Wahai Rasulullah r, demi Allah, aku Islam
bukan kerana mahu harta.” Berkata Rasulullah r, “Sebaik-baik harta
itu ialah harta orang soleh.”
Seterusnya, Rasulullah r membariskan tiga ratus Sahabat y dalam
pasukan Sayyidina Amru. Turut berada dalam pasukan ini ialah Sayyidina
Abu Bakar as-Siddiq t, Sayyidina Saad bin Abi Waqqas t, Sayyidina Usaid
bin Khudair t, Sayyidina Saad bin Ubadah t dan beberapa orang Sahabat y
besar yang lain. Sayyidina ‘Amru t mengarahkan sariyah ini bergerak pada
waktu malam dan bersembunyi pada waktu siang. Mereka berjaya sampai
di kawasan Bani Qudho’ah tanpa ada sesiapa pun dapat mengesan ketibaan
mereka. Setelah membuat risikan, Sayyidina Amru dapati bahawa Bani
Qudhoah membuat persiapan yang sangat besar. Dengan itu dia menghantar
utusan kepada Rasulullah r memohon bantuan untuk menghadapi kekuatan
Qudho’ah ini. Rasulullah r menghantar Sayyidina Abu Ubaidah al-Jarrah
t memimpin satu pasukan lagi untuk membantu Sayyidina ‘Amru t. Turut
serta dalam pasukan Sayyidina Abu Ubaidah t ini ialah Sayyidina Umar
al-Khattab t.
Sebelum melepaskan pasukan ini Rasulullah r berpesan kepada
Sayyidina Abu Ubaidah t supaya tidak menyanggah pandangan Sayyidina
‘Amru. Pasukan bantuan ini telah sampai dan bergabung dengan pasukan
utama sebelum Sayyidina ‘Amru t menyerang Qudho’ah. Apabila masuk
waktu sembahyang, Sayyidina Abu Ubaidah t mahu maju ke hadapan untuk

342

Perang Mu’tah Bab 22

mengimami sembahyang. Mengimami sembahyang adalah tanggungjawab
panglima yang mengetuai pasukan. Sayyidina ‘Amru t berkata, “Wahai
Abu Ubaidah, kamu mengetuai pasukan bantuan kepada aku. Maka akulah
yang akan mengimami tentera.” Sayyidina Abu Ubaidah t menghormati
pandangan Sayyidina ‘Amru t apatah lagi Rasulullah r telah berpesan
jangan menyanggah pandangan Sayyidina Amru t. Ketika itu semua
Sahabat Utama y dalam pasukan ini berada di bawah pimpinan Sayyidina
Amru. Dia baru sahaja lima bulan memeluk Islam malah ini adalah kali
pertama dia memimpin tentera Islam. Lima bulan yang lalu dia adalah salah
seorang pemimpin Kuffar Quraisy yang memerangi Allah I dan Rasul-Nya.

Semasa dalam perjalanan, SayyidinaAmru t hanya membenarkan tentera
Islam bergerak pada waktu malam. Apabila hari siang, mereka berhenti dan
bersembunyi. Tentera Islam sampai berdekatan dengan Bani Qudho’ah
tanpa dapat dikesan. Pada malam terakhir sebelum serangan dilancarkan,
Sayyidina Amru t melarang tentera Islam menyalakan api. Pada malam itu
udara sangat sejuk dan para Sahabat y semua kesejukan. Sayyidina Umar
t berkata kepada Sayyidina Amru t, “Wahai ‘Amru semua orang dalam
kesejukan, benarkanlah mereka menyalakan api.” Sayyidina Amru t tetap
dengan pandangannya. Sebagai panglima dia tidak membenarkan sesiapa
pun menyalakan api. Ketika mereka mahu bersembahyang Subuh pagi
esoknya, Sayyidina Amru t bertayammum. Rupanya dia telah berhadas
besar kerana bermimpi pada malam itu. Sayyidina Umar t ternampak
Sayyidina Amru t bertayammum. Dia bertanya, “Wahai Amru, kenapakah
kamu bertayammum?” Sayyidina Amru t menjawab, “Aku berhadas
besar.” Sayyidina Umar t dan para Sahabat y bertanya, “Wahai Amru, kita
mempunyai air yang cukup. Kenapa kamu bertayammum?” Sayyidina Amru
t mempertahankan pandangannya, “Cuaca terlalu sejuk, aku tidak boleh
mandi dengan air.” Sayyidina Amru t telah mengimamkan para Sahabat
y bersembahyang Subuh hari itu dengan hanya bertayammum selepas dia
berjunub. Para Sahabat y semakin tertanya-tanya dalam menghadapi sikap
Sayyidina Amru t. Namun mereka mesti mentaati pemimpin yang telah
Rasulullah r lantik dan mereka mesti bersangka baik terhadap Sayyidina
Amru t.

Sayyidina Umar al-Khattab t telah mengadu kepada Sayyidina Abu
Bakar as-Siddiq t tentang keputusan Sayyidina Amru bin al As t. Sayyidina
Abu Bakar as-Siddiq t menjawab:

343

Catatan Sejarah Rasulullah r

“Wahai Umar, kalaulah Amru bukan lebih baik dari kamu dalam
menjalankan misi ini nescaya Rasulullah r tidak melantik dia
memimpin kamu.”

Demikianlah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq t memberi sepenuh
kepercayaannya kepada apa jua yang Rasulullah r putuskan. Mendengar
kata-kata Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq t itu, Sayyidina Umar t akur
dengan keputusan Rasulullah r itu. Selepas sembahyang Subuh, tentera
Islam menyerang Qudho’ah. Memang ia satu serangan yang dahsyat dan
sangat mengejutkan. Bani Qudho’ah sama sekali tidak menjangka mereka
akan diserang. Perisik mereka tidak berjaya mengesan pergerakan tentera ini.
Bani Qudho’ah hanya mampu melarikan diri meninggalkan perkampungan
dan harta-benda mereka. Tentera Islam mengejar mereka dan ramai tentera
Qudho’ah terbunuh. Ketika itu, Sayyidina Amru t mengeluarkan satu
lagi arahan yang mengejutkan semua orang. Dia memerintahkan tentera
Islam membiarkan Qudho’ah lari. Tentera Islam diarahkan berundur
semula. Setelah mengambil harta benda Bani Qudho’ah yang ditinggalkan
mereka diarahkan segera berundur ke Madinah. Sekali lagi para Sahabat y
dikejutkan oleh keputusan Sayyidina ‘Amru t tetapi mereka semua tetap
taat kepada pemimpin yang telah Rasulullah r lantik.

Apabila tiba di Madinah, mereka mengadu kepada Rasulullah r apa yang
Sayyidina ‘Amru t lakukan kepada mereka. Baginda memanggil Sayyidina
Amru t dan bertanya kepadanya, “Wahai ‘Amru, kenapa kamu biarkan
tentera kesejukan? Kenapa kamu melarang mereka menyalakan api?”
Sayyidina Amru t menjelaskan, “Wahai Rasulullah, bilangan kami sedikit
sedangkan bilangan tentera Qudhoah beribu-ribu. Demi Allah, kalaulah
mereka menyedari kedatangan kami, pasti mereka akan bunuh kami semua.
Kalau kami nyalakan api, pasti mereka akan menyedari keberadaan kami.
Demi Allah, kami tidak akan selamat, wahai Rasulullah r!” Rasulullah r
mengiyakan “Kamu telah benar.” Kemudian Rasulullah r bertanya lagi
dengan sabdanya, “Kenapa pula kamu mengimami sembahyang hanya
dengan bertayamum setelah kamu berjunub, sedangkan air ada?” Sayyidina
Amru t menjawab, “Wahai Rasulullah, kalau aku mandi dengan air, aku akan
binasa kerana cuaca terlalu sejuk. Sedangkan Allah melarang membiarkan
diri binasa.” Sabda Rasulullah r, “Kamu telah berkata benar.” Baginda
bertanya lagi dengan sabdanya, “Kenapa pula kamu melarang tentera Islam
daripada menawan pihak musuh?” Sayyidina Amru t menjelaskan, “Kalau
tentera Islam mengejar mereka, tentera Islam akan berpecah. Apabila kami

344

Perang Mu’tah Bab 22

berpecah, mereka akan dapat mengalahkan kami. Tidak boleh tentera Islam
yang sedikit bilangannya terpisah apalagi dalam keadaan genting itu. Aku
mahu supaya tentera Islam tidak terpisah-pisah.” Baginda bersabda lagi,
“Kamu telah benar.” Demikianlah Rasulullah r telah membenarkan semua
keputusan yang telah diambil oleh Sayyidina ‘Amru al-Ash t.

Dalam serangan itu ramai tentera Qudho’ah yang terbunuh. Mereka lari
menyelamatkan diri meninggalkan harta benda mereka. Tentera Islam telah
mengambil seluruh harta-benda yang mereka tinggalkan. Kejayaan besar
Sayyidina Amru t dalam misi ialah berjaya mengalahkan Bani Qudho’ah
sekaligus menggagalkan perancangan mereka untuk menyerang Madinah.
Malah tentera Islam berjaya merampas harta-benda Qudho’ah yang banyak.
Lebih membanggakan lagi, tiada seorang pun tentera Islam terkorban. Hanya
seorang sahaja anggota pasukan Sayyidina Amru t mengalami kecederaan
ringan. Beberapa hari sahaja selepas pulang ke Madinah, dia sembuh.
Sariyah Zatis Salasil telah menyerlahkan kepakaran Sayyidina ‘Amru t
dalam selok-belok strategi peperangan buat kali pertama setelah dia bersama
Islam. Kehebatan ini lebih menyerlah ketika Sayyidina Amru t memimpin
tentera Islam membuka negara Mesir di zaman Khalifah Sayyidina Umar al
Khattab t.

Sayyidina Abu Ubaidah t dan Sariyah al-Khadr

Rasulullah r tidak berhenti-henti menghantar sariyah demi sariyah.
Ada sariyah yang objektifnya ialah dakwah. Pasukan ini ditugaskan
menyampaikan dakwah Islam ke seluruh pelusok Semenanjung Arab. Ada
sariyah untuk menghukum kabilah-kabilah telah yang menyerang Madinah.
Ada sariyah untuk menyekat kabilah yang telah bersiap untuk menyerang
Madinah. Demikianlah para Sahabat y berjuang tanpa rehat. Rehat bagi
mereka hanya di syurga. Kali ini Rasulullah r menghantar tiga ratus orang
tentera di bawah pimpinan Sayyidina Abu Ubaidah al-Jarrah t. Ikut bersama
dalam tentera ini ialah Sayyidina Umar al-Khattab t. Sariyah ini bertujuan
untuk menghukum kabilah Juhainah. Mereka bergerak dalam bulan Rejab
sekira-kira mereka akan melakukan serangan pada bulan Sya’ban. Bulan
Rejab adalah di antara bulan Haram yang diharamkan berperang di dalamnya.

Dalam perjalanan, pasukan ini kehabisan bekalan makanan. Demi
mengalas perut, mereka terpaksa makan daun-daun pokok. Sempena
peristiwa ini, sariyah ini dikenali dengan Sariyah al-Khadr yang bermaksud
daun-daun hijau. Tentera Islam telah mendapat kemenangan demi
kemenangan malah mereka berjaya mendapat ghanimah yang banyak
daripada setiap peperangan. Namun perbelanjaan untuk membiayai sariyah-

345

Catatan Sejarah Rasulullah r

Sariyah Jihad dan Dakwah dan juga untuk pembangunan masyarakat Islam
lebih besar. Pendakwah-pendakwah dan tentera Islam tidak pernah berhenti.
Pergerakan mereka tiada rehat demi memperkenalkan Tuhan kepada
manusia. Memperjuangkan Allah dan Rasul-Nya demi menyelamatkan
semua manusia daripada azab api neraka. Pasukan Sayyidina Abu Ubaidah
t ini hanya berjalan kaki. Mereka hanya mempunyai dua ekor unta untuk
membawa barang-barang.

Pasukan ini juga disertai oleh Sayyidina Qais bin Saad t. Dia terkenal
di antara bangsawan Arab yang pemurah. Melihat apa yang ditanggung oleh
tentera Islam dia ingin berbuat sesuatu.Apabila mereka melalui kawasanArab
Badwi yang menternak unta, dia mahu membeli unta untuk makanan tentera
Islam. Setelah persetujuan jual beli dicapai, Sayyidina Qais t meminta untuk
membayarnya di Madinah nanti. Dia tidak membawa wang ketika itu. Arab
Badwi itu menolak penangguhan tersebut kerana khuwatir Sayyidina Qais t
tidak akan membayarnya. Lalu Sayyidina Qais t memperkenalkan dirinya
bahawa dia adalah Qais bin Saad bin Ubadah bin Samit. Mendengar nama
sahaja, Badwi itu terus bersetuju. Seluruh Semenanjung Arab mengenali
Sayyidina Saad bin Ubadah bin Samit t. Sayyidina Qais t membeli
lima ekor unta. Perjanjian jual beli hutang itu ditulis dan kedua-dua pihak
membawa saksi masing-masing. Sayyidina Umar t menjadi saksi bagi
pihak Sayyidina Qais t. Sayyidina Umar t sempat bercakap kepada Arab
Badwi itu, “Jangan jual unta-unta kamu kepada Qais. Dia miskin dan tidak
mempunyai harta. Semua yang ada padanya adalah kepunyaan ayahnya.”
Badwi itu berkata, “Tidak mungkin ayahnya bakhil terhadap anaknya. Dia
pasti akan membayar untuk anaknya.” Walaupun Sayyidina Umar t cuba
meragukannya Arab Badwi itu tetapi mereka tetap mahu menjual untanya
kepada Sayyidina Qais t. Hari itu Sayydina Qais t menyembelih seekor
unta untuk menjamu tentera Islam. Setelah Sayyidina Qais t menyembelih
tiga ekor unta yang dibelinya itu, Sayyidina Abu Ubaidah t melarangnya
menyembelih yang lain. Ini adalah kerana Sayyidina Umar t tidak senang
melihat Sayyidina Qais t membelanjakan harta ayahnya tanpa izin ayahnya.
Dia mengadu kepada Sayyidina Abu Ubaidah t lalu Sayyidina Abu Ubaidah
t melarang Qais dari menyembelih yang bakinya.

Maka pasukan ini terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan
kelaparan. Mereka pasrah urusan rezeki mereka kepada Allah I. Mereka
cukup yakin apabila mereka bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan
mencukupkan keperluan mereka. Apabila mereka mendekati pantai Laut
Merah, mereka melihat ada sebuah pulau berwarna hitam di tepi laut.
Rupanya seekor paus besar mati dan terdampar disitu. Demikianlah Allah
I telah mendatangkan seekor ikan paus sebagai rezeki kepada mereka.

346

Perang Mu’tah Bab 22
Sungguh ia rezeki yang tidak diduga. Begitulah Allah I membantu para
Sahabat y yang bertaqwa. Memang janji Allah I kepada orang bertakwa
akan diberikan rezeki dari sumber yang tidak diduga. Pasukan Sayyidina
Abu Ubaidah t berkhemah di situ selama sebulan. Mereka berdakwah
kepada kabilah-kabilah Arab yang berdekatan. Sepanjang berkhemah di situ
mereka makan daging ikan paus. Apabila mereka mahu pulang ke Madinah
mereka masih dapat membawa daging ikan paus itu sebagai bekalan. Malah
mereka juga membawa balik lemak ikan paus itu.

Apabila sampai di Madinah mereka melaporkan operasi mereka kepada
Rasulullah r. Mereka juga menceritakan perihal ikan paus yang mereka
temui. Rasulullah r bertanya apakah mereka ada membawa sesuatu dari
ikan paus itu. Lalu mereka memberikan lemak ikan paus yang mereka
bawa kepada Rasulullah r. Inilah diantara peristiwa yang berlaku di antara
Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Mekah.

347

Bab 23

Islamlah Abu Sufyan

Mara ke Mekah
Pada suatu hari, Rasulullah r meminta Sayyidatina Aisyah menyiapkan
kelengkapan perang Baginda. Ketika itu Sayyidina Abu Bakar t datang
melawat puterinya. Dia melihat SayyidatinaAisyah sedang mempersiapkan
kelengkapan perang untuk Baginda. Sayyidina Abu Bakar t bertanya,
“Wahai Aisyah, apakah Rasulullah r yang meminta kamu mempersiapkan
kelengkapan ini? Sayyidatina Aisyah menjawab, “Benar wahai ayahku.”
Sayyidina Abu Bakar t bertanya, “Ke manakah tujuan Rasulullah r?”
Memang Rasulullah r telah memberitahu Sayyidatina Aisyah bahawa
dia mahu membuka Mekah tetapi ia adalah rahsia. Sayyidatina Aisyah
sedang menghadapi ayahnya sendiri malah Sahabat Utama Rasulullah r.
Sayyidatina Aisyah tidak menjawab soalan itu. Begitulah Rasulullah r
mendidik para Ummahatul Mukminin memelihara amanah. Mereka sangat
mentaati Rasulullah r dan menjaga rahsia Baginda. Sayyidatina Aisyah
tidak berani membocorkan rahsia Rasulullah r walaupun kepada ayahnya
sendiri sedangkan ayahnya adalah Sahabat Utama Baginda. Sayyidina
Abu Bakar t menduga, “Apakah Rasulullah r mahu menuju ke Rom?”
Sayyidatina Aisyah hanya diam. Sayyidina Abu Bakar bertanya lagi,
“Apakah Rasulullah r mahu menghadapi Bani Hawazin?”, namun
Sayyidatina Aisyah masih mendiamkan diri. Sayyidina Abu Bakar t
masih tidak berpuas hati, “Apakah Rasulullah r maksudkan Quraisy?”
Sayyidatina Aisyah tetap berdiam diri, dia tidak menafikan dan tidak pula

348

Islamlah Abu Sufyan Bab 23

mengiyakan. Begitulah kesetiaan Sayyidatina Aisyah kepada Rasulullah
r. Begitulah dia menjaga rahsia Baginda.

Ketika itu Rasulullah r masuk ke dalam rumah. Sayyidina Abu Bakar
t bertanya terus kepada Baginda, “Wahai Rasulullah, apakah kamu sedang
bersiap-sedia untuk berperang?” Rasulullah r menjawab, “Benar, wahai
Abu Bakar.” Sayyidina Abu Bakar t bertanya lagi, “Apakah aku juga
boleh bersiap bersama dengan Rasulullah r?” Baginda menjawab, “Benar,
bersiaplah wahai Abu Bakar.” Sayyidina Abu Bakar t bertanya lagi,
“Apakah Rasulullah r mahu menuju ke Rom?” Rasulullah r menafikannya,
“Tidak.” Beliau terus bertanya, “Apakah mungkin Rasulullah r mahu
menuju Bani Hawazin?” Rasulullah r menjawab, “Tidak.” Sayyidina
Abu Bakar t mencuba lagi, “Apakah Rasulullah r mahu menuju kepada
Quraisy?” Rasulullah r mengiyakannya, “Benar, wahai Abu Bakar.”
Begitulah Sayyidina Abu Bakar t beradab dengan Rasulullah r. Dia tidak
mahu bertanya terus ke mana tujuan Rasulullah r sebaliknya dialah yang
cuba meneka ke mana tujuan Rasulullah r. Sayyidina Abu Bakar t meminta
penjelasan daripada Baginda, “Wahai Rasulullah, kita ada perjanjian dengan
mereka.” Rasulullah r menjelaskan, “Mereka telah melanggar perjanjian
itu.”

Rasulullah r meminta Sayyidina Abu Bakar t menyampaikan kepada
para Sahabat Utama y supaya bersiap untuk ke Mekah. Baginda juga meminta
mereka merahsiakan ke manakah destinasi mereka kali ini. Seterusnya
Rasulullah r mengarahkan semua tentera Islam bersiap tanpa diberitahu
kepada mereka ke mana destinasi mereka. Selepas itu Baginda, menghantar
para wakil memberitahu kabilah-kabilah yang telah Islam supaya bersiap-
sedia untuk berjuang bersama Rasulullah r. Namun, mereka semua tidak
diberitahu ke mana tujuan Baginda. Semua orang mula membuat persiapan
untuk keluar ke medan jihad. Rombongan daripada kabilah-kabilah mula
berdatangan ke Madinah sehingga sesaklah kota Madinah. Rasulullah r
meminta mereka berkhemah di luar kota Madinah.

Rasulullah r juga meletakkan pengawal di semua jalan masuk ke
Madinah. Baginda mengarahkan mereka membenarkan orang yang datang
memasuki Madinah tetapi jangan membenarkan sesiapa pun keluar dari
Madinah. Rasulullah r mahu menyekat berita persiapan tentera Islam dari
sampai kepada Kuffar Quraisy. Para sahabat y semuanya tidak mengetahui
ke mana tujuan Rasulullah r. Mereka meminta Sayyidina Saad bin Malik t,
penyair Madinah bertanya kepada Rasulullah r. Sayyidina Saad t pernah
menjadi wakil Ansar bertemu Baginda di Mekah sebelum Bai’atul Aqabah
dan sebelum Hijrah. Dia datang kepada Rasulullah r dan menyampaikan

349

Catatan Sejarah Rasulullah r

sebuah syair. Di dalam syair itu dia cuba bertanya ke manakah tujuan
Rasulullah r dalam persiapan kali ini. Begitulah para sahabat y berhalus
dengan Baginda. Rasulullah r hanya tersenyum melihat telatah Sayyidina
Saad bin Malik al Ansari t.

Ketika itu telah berkumpul di Madinah dan kawasan sekitarnya seramai
7500 orang lelaki. Inilah perhimpunan paling besar bagi umat Islam. Apabila
melihat Islam makin berkembang dan makin kuat, Uyaynah bin Husn, ketua
Bani Ghatafan merasa dia tidak boleh bertangguh lagi untuk masuk Islam.
Kalau tidak dia pasti akan terus ketinggalan daripada mendapat ghanimah.
Dia terus pergi ke Madinah untuk masuk Islam. Ketika dia sampai di sana,
Madinah sedang dipenuhi oleh lebih tujuh ribu orang tentera. Dia masuk
Islam dan berjanji kepada Rasulullah r bahawa seluruh Bani Ghatafan juga
akan masuk Islam bersamanya. Ketika itu juga sampai perwakilan dari Bani
Tamim dibawah pimpinan Aqra’ bin Haabis yang merupakan salah seorang
tokoh Arab yang disegani ketika itu. Dia juga datang untuk masuk Islam. Dia
memberitahu Rasulullah r bahawa Bani Tamim telah masuk Islam. Baginda
sangat gembira dan terhibur dengan perkembangan ini. Demikianlah Allah
I menghiburkan Rasulullah r setelah keperitan perjuangan yang Baginda
lalui.

Peristiwa Sayyidina Hatib bin Balta’ah t

Ketika ini juga, berlaku satu peristiwa yang mengejutkan Rasulullah r dan
para Sahabat y. Sayyidina Hatib bin Abi Balta’ah t, salah seorang Ahli
Badar dan Duta Rasulullah r kepada Muqauqis telah mengupah seorang
perempuan membawa surat kepada Kuffar Quraisy. Dia memberitahu
mereka bahawa Rasulullah r akan menyerang Mekah. Sayyidina Hatib t
mengarahkan perempuan itu mengikuti satu jalan rahsia yang tidak pernah
dilalui oleh orang lain. Utusan Sayyidina Hatib itu telah berjaya melepasi
semua kawalan yang ada di semua jalan keluar dari Madinah. Rasulullah r
memanggil Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Sayyidina Zubair bin Awwam
t. Baginda memerintahkan mereka mengejar perempuan itu. Rasulullah r
memberitahu mereka lokasi utusan Sayyidina Hatib bin Abi Balta’ah t itu.
Rasulullah r meminta mereka membawa balik perempuan itu dan surat
yang ada padanya. Demikianlah seorang Rasul mendapat perkhabaran ghaib
dalam perjuangannya.

Sayyidina Ali dan Sayyidina Zubair t berjaya mengejar dan dapat
menangkap perempuan itu. Mereka bertanya, “Apakah kamu ada membawa
surat kepada Quraisy? Keluarkan surat itu!” Perempuan itu menjawab,
“Tiada sebarang surat bersama aku.” Mereka tetap bertegas, “Kami pasti

350

Islamlah Abu Sufyan Bab 23

ada surat bersama kamu. Keluarkan surat itu!” Perempuan itu tetap tidak
mahu mengakui dia membawa surat. Sayyidina Ali berkata, “Rasulullah
r tidak menipu! Sayyidina Jibril tidak berbohong kepada Rasulullah r!
Kami juga tidak menipu! Rasulullah r tidak menipu kami! Keluarkan surat
kalau tidak kami gelidah kamu!” Apabila perempuan itu melihat bahawa dia
tidak akan dapat melepaskan diri daripada Sayyidina Ali dan Sayyidina
Zubair t barulah dia mahu menyerahkan surat itu. Dia meminta mereka
berdua mengalihkan pandangan mereka. Lalu dia membuka hijabnya dan
mengeluarkan surat daripada dalam simpulan rambutnya. Sayyidina Ali
dan Sayyidina Zubair t membawa balik perempuan dan surat itu kepada
Rasulullah r. Baginda memanggil Sayyidina Hatib t. Lalu Rasulullah r
menunjukkan surat kepadanya sambil bertanya, “Apa ini, wahai Hatib?”
Sayyidina Hatib t menjawab, “Wahai Rasulullah, demi Allah, aku tidak
pernah ragu bahawa kamu adalah Pesuruh Allah. Demi Allah, aku bukan
munafik tetapi semua orang ada keluarga di Mekah dan ada orang yang
melindungi mereka. Aku ada keluarga di Mekah tetapi aku tidak mempunyai
sesiapa yang boleh melindungi mereka. Aku hanya mahu Quraisy melindungi
keluarga aku.”

Ketika itu Sayyidina Umar t menghunus pedangnya dan meminta izin
kepada Rasulullah r untuk memancung leher Sayyidina Hatib t kerana dia
telah melakukan perbuatan munafik. Kerana kepentingan keluarganya, dia
mahu membocorkan rahsia Rasulullah r. Baginda bersabda:

“Lepaskan dia wahai Umar, semoga Allah I memandangnya
sebagai Ahli Badar dan Allah I mengampunkan semua dosa Ahli
Badar.”

Oleh kerana jasanya dan kedudukannya sebagai salah seorang Ahli Badar,
Rasulullah r telah memaafkannya. Kesalahannya tidak dilayan seperti
kesalahan orang lain. Kalaulah dia bukan Ahli Badar, pasti hukumannya
mati. Tapi Rasulullah r mahu mengajar umat Islam bahawa orang yang ada
jasa yang besar terutama bertaraf Ahli Badar seperti Sayyidina Hatib t ini
mempunyai kedudukan yang istimewa. Kesalahan mereka juga mendapat
layanan istimewa.

351

Catatan Sejarah Rasulullah r

Bani Sulaim Menyertai Tentera Islam

Ketika Rasulullah r dan tentera Islam mula bergerak meninggalkan
Madinah, mereka dikejar oleh satu pasukan tentera berkuda. Rupanya
Bani Sulaim datang untuk masuk Islam. Seribu orang tentera berkuda yang
lengkap dengan senjata perang telah menyertai Rasulullah r. Peristiwa ini
cukup mengembirakan Baginda. Bani Sulaim telah membawa satu kekuatan
besar kepada Rasulullah r dan Islam. Daripada tujuh ribu lima ratus orang
tentera Islam, tentera berkuda tidak sampai seribu orang. Uyaynah merasa
tercabar terhadap Bani Sulaim. Uyaynah berkata kepada Bani Sulaim,
“Kamu Bani Sulaim tidak mahir dalam berperang, tetapi kami Ghatafan
adalah ahli perang. Seribu orang tentera berkuda dari Bani Sulaim tidak
membawa erti apa-apa!” Ketua Bani Sulaim membalas kata-kata Uyaynah,
“Kalau kamu mahu, sekarang juga kami akan memerangi kamu!” Berlakulah
pertelingkahan di antara mereka berdua yang baru saja masuk Islam. Bila
sampai berita pada Rasulullah r, Baginda datang meleraikan mereka dan
melarang mereka bertelingkah sesama sendiri. Selepas ada lagi kabilah-
kabilah Arab yang telah menerima dakwah Islam menyertai Rasulullah r.
Tentera Islam akhirnya bertambah menjadi sepuluh ribu orang. Uyaynah
bertambah sedih. Bani Ghatafan tidak dapat menyertai tentera Islam. Dia
datang mengadap Rasulullah r dan meminta maaf bagi pihak kaumnya,
“Wahai Rasulullah r, maafkan kami. Kami tidak tahu bahawa Rasulullah
r sedang bersiap-sedia untuk berjihad.”

Rasulullah r menyusun tentera Islam kepada lima pasukan. Pasukan
hadapan seramai dua ratus orang tentera berkuda dipimpin oleh Sayyidina
Khalid al Walid t. Ketika itu semua tentera Islam belum mengetahui ke
manakah arah tujuan Rasulullah r. Hanya para Sahabat Utama y sahaja
yang mengetahui namun mereka semua taat dan patuh kepada Rasulullah
r. Baginda memerintahkan tentera Islam bergerak menuju ke arah Bani
Hawazin. Di sempadan Thaif, Rasulullah r menghantar perisik meninjau
Bani Hawazin. Rupanya memang Bani Hawazin sedang membuat persiapan
untuk menyerang Madinah. Mereka juga menghantar orang untuk mengawasi
pergerakan tentera Islam. Sayyidina Khalid t berjaya menangkap perisik
Bani Hawazin. Beliau sendiri menyoal siasat lelaki Hawazin itu. Sayyidina
Khalid t bertanya kepadanya, “Kamu dari mana? Lelaki itu berbohong,
“Aku daripada Bani Ghaffar.” Sayyidina Khalid t bertanya lagi, “Kamu
dari keluarga mana, dalam Bani Ghaffar?” Sayyidina Khalid t memang
mengetahui semua salasilah Bani Ghaffar. Lelaki itu tidak dapat menjawab
soalan ini. Sayyidina Khalid t bertanya lagi, “Di kawasan mana kamu
tinggal di Bani Ghafar?” Dia sekali lagi tidak dapat menjawab. Sayyidina
Khalid t menghunus pedangnya lalu berkata, “Sekarang bercakap benar!

352

Islamlah Abu Sufyan Bab 23

Aku tahu kamu bukan dari Ghaffar! Kalau tidak, kamu dibunuh!” Akhirnya
dia mengaku bahawa dia dari Kabilah Hawazin. Sayyidina Khalid t
bertanya lagi, “Apa tujuan kamu datang ke sini?” Kerana takut kepada
Sayyidina Khalid t, dia mengaku bahawa dia adalah perisik Bani Hawazin.

Sayyidina Khalid t membawanya kepada Rasulullah r. Baginda
bertanya kepada lelaki itu, “Apakah yang sedang dilakukan oleh Hawazin
sekarang?” Lelaki itu menjawab, “Mereka sedang bersedia untuk
memerangi kamu.” Rasulullah r bertanya lagi, “Siapakah yang menghasut
mereka?” Lelaki itu menjawab, “Malik bin Auf.” Rasulullah r bertanya
lagi:, “Bagaimana keadaan Saad bin Hilal?” Lelaki itu menjawab, “Dia tidak
menyokong Malik.” Setelah Rasulullah r mendapatkan maklumat yang
Baginda mahukan, Baginda memerintahkan tentera Islam mengurung lelaki
itu. Ketika itu semua orang menyangka Rasulullah r akan membawa tentera
Islam menyerang Bani Hawazin. Setelah berjalan beberapa lama ke arah
Hawazin, Rasulullah r memerintahkan mereka membelok ke arah Mekah.
Para Sahabat y terus tertanya-tanya ke manakah tujuan sebenar BBaginda.
Demikianlah berhati-hatinya Rasulullah r dalam pergerakan kali ini.

Kini Rasulullah r merubah penyusunan tentera Islam berdasarkan
kabilah-kabilah utama yang menyertai tentera Islam. Setiap kabilah akan
mempertahankan pos masing-masing untuk memelihara wibawa kabilah
mereka. Apabila tentera Islam mendekati Mekah, Rasulullah r mengubah
lagi kedudukan tentera Islam. Baginda meletakkan seribu orang tentera
berkuda Bani Sulaim sebagai pasukan hadapan. Mereka di pimpin oleh
Sayyidina Khalid al Walid t. Tiga pasukan lain dipimpin oleh Sayyidina
Abu Ubaidah t, Sayyidina Zubair t dan Sayyidina Saad bin Ubadah t.
Sayyidina Saad bin Ubadah t memimpin pasukan Muhajirin dan Ansar.
Sayyidina Zubair t dan Sayyidina Abu Ubaidah t memimpin kabilah-
kabilah lain. Ketika itu tentera Islam hanya empat batu lagi untuk sampai ke
Mekah. Mekah tidak menyedari langsung apa yang sedang berlaku. Mereka
tiada maklumat langsung mengenai pergerakan tentera Islam. Demikianlah
keberkesanan strategi Rasulullah r.

Ketika itu kelihatan seorang lelaki keluar dari Mekah untuk berhijrah
ke Madinah. Dia juga tidak mengetahui apa yang sedang berlaku. Lelaki
itu adalah Sayyidina Abbas bin Abdul Mutalib t. Apabila terjumpa dengan
tentera Islam, dia terus mendapatkan Rasulullah r. Baginda menyambutnya
dengan penuh syukur dan gembira. Sayyidina Abbas t adalah orang terakhir
berhijrah kerana selepas Pembukaan Mekah, tiada lagi Hijrah. Ketika itu
Sayyidina Abbas t berasa kalau tentera Islam memasuki Mekah secara
kekerasan, Mekah pasti akan musnah dan Qurasiy akan terhina. Walaupun

353

Catatan Sejarah Rasulullah r

Quraisy adalah pemimpin di kalangan bangsa Arab, tetapi bilangan mereka
tidak ramai. Sayyidina Abbas t mahu menggesa Quraisy menyerahkan
Mekah kepada Rasulullah r secara aman. Sayyidina Abbas t tidak mahu
berlaku peperangan ketika tentera Islam masuk ke Mekah.

Abu Sufyan Masuk Islam

Pada malam itu Sayyidina Abbas t keluar untuk mencari-cari orang yang
boleh membawa berita kepada Quraisy. Pada malam itu juga Abu Sufyan dan
pemimpin Mekah yang lain berbincang. Mereka semua risau kerana berita
dari Madinah sudah terputus. Tiada lagi orang datang dari Madinah. Mungkin
Rasulullah r sedang membuat persiapan untuk menyerang Mekah. Mereka
meminta Abu Sufyan pergi ke Madinah dan berbincang dengan Rasulullah r
Hujah mereka kepada Abu Sufyan, “Sekiranya Madinah mempunyai tentera
yang ramai, kita serahkan Mekah kepada Muhammad tanpa peperangan.
Namun sekiranya Madinah hanya mempunyai tentera yang sedikit, kita
perangi mereka.” Abu Sufyan tidak mahu menyusahkan dirinya. Dia keluar
pada malam itu, menunggu kalau-kalau ada orang datang membawa berita
dari Madinah. Dia tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke Madinah.
Dia menuju ke jalan arah ke Madinah. Tiba-tiba dia terlihat unggun api yang
begitu banyak memenuhi suatu kawasan. Suatu gerombolan tentera yang
sangat besar sedang berkhemah. Abu Sufyan bercakap kepada kawan yang
menemaninya, “Siapa mereka? Tentera dari mana? Demi Allah, tiada siapa
mampu menghadapi mereka!” Abu Sufyan ditemani oleh Hakim bin Huzam.
Mereka berbincang apakah yang patut mereka lakukan.

Ketika itu juga, seorang lagi lelaki dari Mekah sedang meninjau jalan
memasuki Mekah dari arah Madinah. Dia adalah Budail bin Warqa,’ ketua
Bani Bakar. Dia tahu Rasulullah r dan tentera Islam pasti akan sampai.
Setiap malam dia keluar menanti ketibaan Baginda. Abu Sufyan dan Hakim
keluar untuk menunggu berita dari Madinah. Budail keluar untuk menunggu
kedatangan tentera Islam. Sementara Sayyidina Abbas t pula keluar dari
perkhemahan tentera Islam untuk mencari orang untuk membawa berita
kepada Abu Sufyan. Budail terjumpa dengan Abu Sufyan. Abu Sufyan
bertanya kepadanya, “Siapakah mereka itu?” Budail menjawab, “Aku tidak
tahu, tetapi mungkin Khuza’ah datang untuk membalas dendam.” Abu
Sufyan seorang yang cerdik, dia tahu Bani Khuza’ah tidak seramai dan tidak
segagah itu. Abu Sufyan menafikannya, “Khuza’ah tidak seramai dan tidak
segagah itu.” Budail pula menduga, “Mungkin mereka Bani Hawazin.” Abu
Sufyan menafikannya juga, “Hawazin juga tidak seramai dan segagah itu.”

Ketika itu Sayyidina Abbas t pun sampai. Apabila dia mendengar suara

354

Islamlah Abu Sufyan Bab 23

orang berbual, dia sudah dapat mengenali bahawa itu suara Abu Sufyan.
Dia memanggil Abu Sufyan. Abu Sufyan terkejut dan bertanya, “Siapa?”
Sayyidina Abbas t menjawab, “Aku, Abbas bin Abdul Mutalib!” Abu
Sufyan bertanya, “Apakah berita yang kamu bawa, wahai Abbas?” Sayyidina
Abbas t menjawab, “Aku membawa berita Muhammad. Muhammad
datang membawa kabilah Arab untuk memerangi kamu. Demi Allah! Kalau
dia memasuki Mekah dengan kekerasan, Quraisy akan musnah!” Abu
Sufyan bertanya, “Apa pandangan kamu, wahai Abbas? Apa yang patut
kita lakukan?” Sayyidina Abbas t berkata, “Mari ikut aku! Aku mahu
membawa kamu kepada Muhammad. Serahkan Mekah kepadanya supaya
dia memasuki Mekah tanpa peperangan dan tiada sesiapa dibunuh.” Abu
Sufyan menyatakan kebimbangannya, “Kalau mereka tangkap aku, mereka
akan membunuh aku kerana perjanjian damai sudah tamat!” Abu Sufyan
takut ditangkap dan dibunuh. Sayyidina Abbas t menyatakan, “Aku yang
akan memberi keamanan kepada kamu.” Pada malam itu Sayyidina Abbas t
menunggang baghal Rasulullah r. Dia membawa Abu Sufyan dibelakangnya
menuju ke perkhemahan Islam. Dia mahu membawa Abu Sufyan bertemu
Rasulullah r. Pada malam itu, ketua pengawal ialah Sayyidina Umar t.
Apabila para pengawal melihat Saiyyidina Abbas t menunggang kenderaan
Rasulullah r, mereka melepaskan Sayyidina Abbas t dan orang yang
dibawanya masuk ke perkhemahan tentera Islam.

Namun, ketika Sayyidina Abbas t memasuki perkhemahan Islam,
dia terserempak dengan Sayyidina Umar t. Sayyidina Umar menjerit,
“Abu Sufyan, ketua kafir Mekah! Tiada keamanan bagi kamu! Tiada lagi
perjanjian!” Sayyidina Umar t menghunus pedangnya mahu membunuh
Abu Sufyan. Sayyidina Abbas t menghalangnya, “Wahai Umar, Abu
Sufyan dalam jaminan aku!” Sayyidina Umar t menegaskan, “Ini ketua
kafir, tiada jaminan kepadanya!” Sayyidina Abbas t menegaskan sekali
lagi, “Dia dalam jaminan aku!” Sayyidina Umar t tetap mahu membunuh
Abu Sufyan tetapi Sayyidina Abbas t berusaha menghalangnya. Ketika
itu, Sayyidina Umar t berlari ke khemah Rasulullah r. Sayyidina Abbas
t khuwatir Sayyidina Umar t mahu meminta izin daripada Rasulullah r
untuk membunuh Abu Sufyan. Dia mempercepatkan pergerakan baghal
sementara Sayyidina Umar t berlari. Mereka berlumba untuk sampai ke
khemah Rasulullah r. Sayyidina Umar t sampai lebih dahulu dan terus
masuk ke dalam khemah, memberitahu Baginda, “Wahai Rasulullah r,
Allah I telah menghantar Abu Sufyan kepada kita. Sedangkan kita sudah
tiada perjanjian lagi dengannnya!” Ketika itu Sayyidina Abbas t pun masuk
dan memberitahu Rasulullah r., “Wahai Rasulullah r, aku telah memberi
jaminan keselamatan kepadanya!”

355

Catatan Sejarah Rasulullah r

Rasulullah r tidak membenarkan Sayyidina Umar t membunuh
Abu Sufyan. Sebaliknya Baginda mahu berdialog dengan Abu Sufyan.
Ada sesuatu yang Rasulullah r mahukan dari Abu Sufyan. Rasulullah r
bertanya kepadanya, “Wahai Abu Sufyan, apakah belum tiba masanya lagi
untuk kamu mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah?” Abu Sufyan
menjawab, “Demi Allah,! Alangkah baiknya kamu, alangkah pengasihnya
kamu. Demi Allah! Kalaulah ada Tuhan selain Allah, nescaya dia akan
menolong kami pada hari ini.” Rasulullah r bertanya lagi, “Apakah belum
tiba masanya lagi untuk kamu mengakui bahawa aku adalah Pesuruh Allah?”
Abu Sufyan menerangkan, “Sesungguhnya perkara ini masih ada keraguan
di dalam hati aku.” Ketika itu, Sayyidina Abbas t mencelah, “ Wahai
Abu Sufyan, masuklah Islam! Demi Allah! Kalau Rasulullah r memasuki
Mekah secara kekerasan, pasti ia akan menjadi satu kehinaan kepada
Quraisy sepanjang zaman. Islam telah membesar dan telah menang. Apakah
sampai sekarang kamu masih ragu?” Mendengar kata-kata Sayyidina Abbas
t, Abu Sufyan mengucapkan dua kalimah syahadah. Namun pengakuan
itu baru di mulutnya sedangkan hatinya masih ada keraguan. Rasulullah r
dapat menyelami perasaan hati Abu Sufyan itu. Baginda meminta Sayyidina
Abbas t membawa Abu Sufyan bermalam bersamanya dan membawa Abu
Sufyan semula kepada Baginda keesokan paginya.

Abu Sufyan menyerahkan Mekah kepada Rasulullah r.

Dalam pertemuan esoknya. Abu Sufyan bertanya Rasulullah r, “Wahai
Rasulullah, apakah kamu akan memberikan keamanan kepada Mekah?”
Sayyidina Abbas mencelah, “Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah seorang
yang suka dihormati. Berikanlah dia sesuatu penghormatan.” Rasulullah
r mengisytiharkan, “Sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu Sufyan,
dia akan selamat.” Ternyata Abu Sufyan gembira dengan penghormatan
itu tetapi dia mengadu kepada Rasulullah r, “Wahai Rasulullah, rumah
aku tidak dapat memuatkan semua penduduk Mekah.” Rasulullah r
menyambung lagi, “Sesiapa yang masuk ke dalam masjid dia juga selamat.”
Abu Sufyan mengadu lagi, “Masjid juga tidak dapat menampung penduduk
Mekah wahai Rasulullah.” Rasulullah r menyatakan, “Sesiapa yang masuk
ke dalam rumahnya dan mengunci pintunya, dia juga selamat.” Abu Sufyan
berseru, “Kalau yang ini, memang cukup!” Demikianlah penyerahan Mekah
oleh Abu Sufyan kepada Rasulullah r. Baginda akan kembali ke Mekah,
tanah air tercinta yang telah pernah memusuhi dan mengusirnya. Maha Benar
Allah terhadap Rasul-Nya dan orang yang beriman dan memperjuangkan-
Nya.

Setelah Mekah diserahkan kepada Rasulullah r, Baginda mengisytiharkan

356

Islamlah Abu Sufyan Bab 23

perintah berkurung di Mekah. Sesiapa yang berada di luar rumah terkeluar
dari jaminan keselamatan. SungguhAbu Sufyan gembira mendengar berita itu
malah dia ingin segera memberitahu Quraisy. Abu Sufyan dibenarkan pulang
ke Mekah bersama Sayyidina Abbas t. Sebaik sahaja mereka bergerak,
Rasulullah r memanggil Sayyidina Abbas t kerana ada sesuatu yang ingin
disampaikan. Setelah bertemu Baginda, Sayyidina Abbas t segera mengejar
semula Abu Sufyan t. Ketika itu Abu Sufyan t sudah sampai pintu gerbang
memasuki kota Mekah di antara dua bukit yang melindungi Mekah. Apabila
Sayyidina Abbas t melihat Abu Sufyan dia menjerit, “Berhenti, wahai
Abu Sufyan!” Jeritannya itu sangat memeranjatkan Abu Sufyan. Berbagai
andaian buruk menjelma dalam benak fikirannya. Dia bertanya kepada
Sayyidina Abbas t, “Apakah Bani Hasyim telah mengkhianati kami?”
Sayyidina Abbas menjawab, “Aku hanya minta kamu berhenti di situ.” Abu
Sufyan memarahinya, “Kamu telah menyebabkan aku ketakutan. Kenapa
kamu menjerit meminta aku berhenti sehingga aku ketakutan?” Sayyidina
Abbas t tersenyum lantas menjawab,“Aku tidak sangka ketakutan sudah
menguasai kamu begitu sekali.” Demikianlah betapa hati Abu Sufyan penuh
dengan kebimbangan dan ketakutan. Mendengar jeritan Sayyidina Abbas
sahaja sudah cukup membuatkan dia sangat cemas. Dia segera bertanya,
“Apa yang kamu bawa, wahai Abbas?” Sayyidina Abbas menjawab, “Aku
pun tidak tahu, tetapi Rasulullah r mahu aku berhentikan kamu di pintu
masuk kota Mekah.”

Ketika itu Rasulullah r mengarahkan tentera Islam bergerak dalam
perbarisan memasuki kota Mekah. Baginda mahu Abu Sufyan melihat
kekuatan dan kewibawaan tentera Islam. Pasukan pertama melintasi Abu
Sufyan dan Sayyidina Abbas t ialah pasukan berkuda yang lengkap dengan
kelengkapan perang. Mereka dipimpin oleh Sayyidina Khalid bin al Walid
t. Abu Sufyan tidak dapat mengenali mereka. Lantas dia bertanya kepada
Sayyidina Abbas t, “Siapa mereka, wahai Abbas?” Sayyidina Abbas
menerangkan, “Mereka adalah Bani Sulaim.” Abu Sufyan mengomel, “Apa
salah aku dengan Bani Sulaim? Kenapa mereka datang?” Selepas itu, satu
kabilah demi satu kabilah melintasi gerbang kota Mekah dalam perbarisan
tentera yang sangat rapi. Rasulullah r memerintahkan mereka bertakbir tiga
kali apabila melintasi Abu Sufyan. “Allahu Akbar!Allahu Akbar! Allahu
Akbar!” Sungguh gema takbir itu telah membuatkan hati Abu Sufyan makin
luluh. Dia bertanya kepada Sayyidina Abbas t, “Siapa mereka? Siapa
mereka?” Sayyidina Abbas t pun memperkenalkan kepadanya, “Mereka
itu Bani Khuza’ah. Mereka polan dan mereka polan.” Sayyidina Abbas t
memperkenalkan kepada Abu Sufyan satu persatu barisan tentera Islam
yang diwakili oleh kabilah-kabilah Arab yang telah masuk Islam. Pasukan
terakhir yang melintasi Abu Sufyan adalah pasukan yang paling gagah dan

357

Catatan Sejarah Rasulullah r

berwibawa. Mereka lengkap dengan senjata dan memakai penutup kepala
dan muka. Abu Sufyan hanya dapat melihat mata mereka sahaja. Pasukan
berwarna hijau itu adalah Muhajirin dan Ansar yang diketuai oleh Rasulullah
r sendiri. Abu Sufyan bertanya kehairanan, “Wahai Abbas, siapakah
mereka?” Sayyidina Abbas t bertanya Abu Sufyan kembali, “Apakah
kamu tidak mengenali mereka?” Abu Sufyan menggelengkan kepalanya,
“Sungguh, aku tidak kenal mereka!” Abu Sufyan melihat pasukan ini sangat
gagah, sangat tersusun, malah sangat menggerunkan. Ia pasukan yang
cukup berbeza daripada pasukan lain sebelumnya. Abu Sufyan bertanya lagi,
“Siapakah mereka, wahai Abbas? Demi Allah, tiada siapa mampu menentang
mereka! Tiada siapa yang mampu menandingi mereka!” Sayyidina Abbas t
pun mengisytiharkan, “Inilah Rasulullah r bersama Muhajirin dan Ansar!”

Hanya setelah selesai menyaksikan perbarisan itu, barulah Rasulullah
r membenarkan Sayyidina Abbas melepaskan Abu Sufyan. Rasulullah r
mahu supaya Abu Sufyan melihat kekuatan dan kegagahan tentera Islam
supaya imannya tidak berubah-rubah lagi. Rasulullah r tidak mahu dia
sedikit pun terfikir untuk berperang kerana Baginda tidak mahu berlaku
peperangan dalam Pembukaan Mekah ini. Rasulullah r mahu Mekah dibuka
dengan kasih sayang dan keselamatan. Apabila Abu Sufyan menyaksikan
sendiri perbarisan tentera Islam, dia cukup yakin Mekah tidak akan mampu
menghadapi tentera Islam.

Apabila Abu Sufyan tiba di Ka’bah, para pemimpin Mekah berkumpul
kepadanya mahu mendengar apa yang dibawanya. Abu Sufyan
mengisytiharkan, “Aku membawa berita kedatangan tentera, malah tentera
yang sangat besar dan tiada tandingan! Rasulullah r dan tentera Islam datang
untuk mengambil alih Mekah!” Isteri Abu Sufyan, Hindun binti Utbah
mengamuk apabila mendengar Mekah akan diserahkan kepada Rasulullah r
dan tentera Islam. Mereka yang telah membunuh ayahnya, bapa saudaranya,
abangnya dan anaknya. Dia sekali-kali tidak rela Mekah menyerah
begitu saja. Dia menggesa pemimpin Mekah supaya jangan menyerahkan
Mekah. Abu Sufyan berkeras supaya Mekah diserahkan secara aman demi
keselamatan semua penduduknya. Akhirnya Hindun menjerit meminta
Quraisy membunuh Abu Sufyan. Hindun menjerit, “Bunuh si gemuk yang
banyak lemak ini! Apakah dia yang mengajak kamu supaya menyerahkan
Mekah?. Dia adalah seburuk-buruk ketua. Bukankah sepatutnya dia memberi
semangat kepada kamu supaya mempertahankan Mekah? Tetapi sungguh
malang, rupanya dia yang menggesa kamu supaya menyerahkan Mekah!”

Abu Sufyan berseru, “Wahai Quraisy, janganlah kamu tertipu dengan
perasaan Hindun. Aku tahu, aku telah melihat sendiri kabilah-kabilah

358

Islamlah Abu Sufyan Bab 23

Arab yang datang. Aku telah melihat pasukan Muhajirin dan Ansar!”
Quraisy bertanya, “Apakah semua mereka datang?” Abu Sufyan menjawab,
“Cukuplah Rasulullah r dan para sahabatnya sahaja, kamu tidak akan
mampu manghadapi mereka!” Quraisy bertanya kepada Abu Sufyan, “Kalau
begitu, apa yang harus kita lakukan sekarang?” Mendengar penerangan
Abu Sufyan, sudah cukup membuatkan mereka juga cemas dan takut. Abu
Sufyan mengisytiharkan, “Sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu Sufyan,
dia selamat!” Quraisy menempelak Abu Sufyan, “Apakah kami semua boleh
masuk ke dalam rumah kamu?” Abu Sufyan berseru lagi, “Sesiapa yang
masuk ke dalam masjid, dia juga selamat!” Quraisy menjerit cemas, “Masjid
pun tidak dapat memuatkan kami, wahai Abu Sufyan!” Abu Sufyan berseru
lagi, “Sesiapa yang menutup pintu rumahnya, dia juga selamat!” Quraisy
berkata, “Kalau yang ini, barulah luas untuk semua!” Masing-masing
bergegas pulang ke rumah membawa masuk anak isteri ke dalam rumah dan
mengunci pintu rumah mereka.

Demikianlah Allah I telah mencatur untuk menyerahkan Mekah kepada
Rasulullah r dengan penuh kasih sayang. Allah I telah mempersiapkan
Abu Sufyan untuk menerima Islam sebelum Futuh Makkah. Sedangkan Abu
Sufyanlah jaguh kuffar Quraisy dalam memusuhi Islam sebelum itu. Dialah
yang memimpin tentera Quraisy untuk memerangi Islam. Bahkan dialah
perancang dan tokoh Arab yang sangat memusuhi Islam.

Futuh Makkah (Pembukaan Kota Mekah)

Mekah telah bersedia untuk menyerah diri kepada Rasulullah r. Ketika itu,
Rasulullah r sekali lagi merombak barisan tentera Islam. Pada mulanya
Baginda telah menyusun pasukan yang bersedia untuk menghadapi
kemungkinan berperang. Sekarang Baginda akan memasuki Mekah secara
aman. Oleh itu, Rasulullah r membahagikan tentera Islam kepada empat
pasukan yang akan memasuki kota Mekah dari empat penjuru. Pasukan
pertama dipimpin oleh Sayyidina Khalid al Walid t. Pasukan kedua dipimpin
oleh Sayyidina Abu Ubaidah t. Pasukan ketiga dipimpin oleh Sayyidina
Zubair bin Awwam t dan pasukan keempat dipimpin oleh Sayyidina Saad
bin Ubadah al Ansari t.

Ketika pasukan Sayyidina Saad bin Ubadah t memasuki Mekah, dia
menjerit kepada penduduk Mekah:

359

Catatan Sejarah Rasulullah r
“Hari ini hari peperangan, hari ini Allah I akan menghina
Quraisy!”
Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah r, Baginda bersabda:

“Hari ini hari memuliakan, hari ini Allah I memuliakan Quraisy!”
Kemuliaan Quraisy apabila mereka menerima Islam. Rasulullah r
mengambil bendera dari Sayyidina Saad t. Baginda mahu Pembukaan
Mekah benar-benar berlaku secara aman damai. Rasulullah r menyerahkan
bendera ini kepada anaknya, Sayyidina Qais bin Saad bin Ubadah t.
Begitulah berhalusnya Rasulullah r dalam menjaga perasaan para sahabat
y dan kaum Ansar. Rasulullah r tetap mengekalkan bendera di tangan
keluarga Sayyidina Saad t dan kaum Ansar.
Empat pasukan tentera Islam memasuki Mekah dari empat penjuru dan
mereka semua akan berkumpul semula di Khif. Khif adalah satu kawasan
berdekatan Jabal Hind yang berada di tengah-tengah kawasan Mekah.
Kenapakah Rasulullah r memilih Khif untuk tentera Islam berkumpul? Para
pemimpin Quraisy pernah berkumpul di situ dan menyatakan sumpah janji
mereka untuk memusuhi Rasulullah r selama-lamanya. Mereka tidak akan
sekali-kali berdamai atau menyerah kalah. Malah mereka berazam untuk
menghapuskan Rasulullah r dan umat Islam. Mereka telah memateri satu
perjanjian dan bersumpah untuk menjayakannya di Khif. Rasulullah r mahu
membatalkan perjanjian mereka di tempat yang pernah mereka berjanji juga.
Rasulullah s.a.w juga memerintahkan tentera Islam agar jangan membunuh
sesiapa dan jangan memerangi sesiapa pun melainkan sepuluh orang.
Terhadap sepuluh orang itu, Rasulullah r berpesan kepada tentera Islam:

“Jangan kami membunuh dan memerangi sesiapa kecuali sepuluh
orang. Bunuh mereka di mana sahaja kamu menemui mereka walaupun
jika kamu menemui mereka sedang bergantung di kelambu Ka’bah.”
Termasuk dalam senarai sepuluh ini ialah Ikrimah bin Abu Jahal. Ini

360

Islamlah Abu Sufyan Bab 23

adalah kerana dia dan ayahnya sangat memusuhi Rasulullah r dan Islam.
Seterusnya Hindun binti Utbah kerana dia sangat memusuhi Islam dan kerana
perbuatanya terhadap Sayyidina Hamzah t. Seterusnya Abdullah bin Saad
binAbi Sarah yang pernah masuk Islam dan menjadi penulis wahyu kemudian
murtad. Seterusnya Sufyan bin Umayyah bin Khalaf kerana dia dan ayahnya
sangat memusuhi Islam. Seterusnya Muqais bin Sobabah, saudara kandung
Sayyidina Qais bin Sobabah. Sayyidina Qais terkorban di tangan seorang
tentera Islam dalam peperangan Uhud secara tidak sengaja setelah kucar-
kacir yang berlaku. Selepas itu Muqais datang ke Madinah dan berpura-pura
masuk Islam. Dia telah menuntut diat saudaranya kerana terbunuh secara
tak sengaja. Maka Rasulullah r telah memberikan diat kepadanya kerana
dia telah masuk Islam. Setelah dia mengambil mendapatkan diat saudaranya
dia telah membunuh sahabat t yang tersilap membunuh saudaranya itu.
Selepas itu Muqais pulang ke Mekah bersama harta diat yang diperolehinya
dan murtad dari agama Islam. Inilah sebahagian dari senarai sepuluh yang
telah dihalalkan darah mereka oleh Rasulullah r.

Ketika tentera Islam memasuki Mekah, Abu Quhafah at Tamimi dan
seorang anak perempuannya sedang berada di satu tempat tinggi di pinggir
Mekah. Dia sudah tidak boleh melihat lagi. Dia bertanya kepada anaknya,
“Apa yang kamu nampak?” Anaknya menceritakan, “Ada objek hitam yang
besar.” Abu Quhafah mengulas, “Itu tentera.” Abu Quhafah mengulangi
soalannya lagi. Anaknya berkata, “Aku nampak objek hitam tadi sudah
berpecah dan bergerak.” Ketika itu Abu Quhafah mengajak anaknya pulang
untuk berlindung di rumah mereka. Oleh kerana dia sudah terlalu tua dan
pergerakannya sangat lambat maka dia tidak sempat sampai ke rumahnya
sebelum tentera Islam sampai. Lalu dia dan anaknya ditangkap oleh tentera
Islam kerana mereka berada di luar rumah.

Mereka bawa Abu Quhafah kepada Sayyidina Abu Bakar t. Sayyidina
Abu Bakar t membawanya kepada Rasulullah r lalu berkata, “Wahai
Rasulullah r, ini ayahku. Dia ditawan oleh tentera Islam dan dia nak masuk
Islam sekarang.” Sayyidina Abu Bakar t telah memujuk ayahnya supaya
masuk Islam ketika mereka menuju ke tempat Baginda. Sambil tersenyum,
Rasulullah r bersabda, “Wahai Abu Bakar, kamu telah menyusahkan orang
tua kamu. Kalau kamu beritahu daku, sudah tentu daku yang akan datang
kepadanya.” Demikianlah kehalusan akhlak Rasulullah r. Demikianlah
kasih sayangnya kepada orang tua dan demikian penghormatan Baginda
kepada Sayyidina Abu Bakar t dan ayahnya. Sayyidina Abu Bakar t
menjawab, “Wahai Rasulullah r, tentulah lebih utama Rasulullah r
didatangi.” Abu Quhafah memeluk Islam di tangan Rasulullah r. Dengan
Islamnya Sayyidina Abu Quhafah t, maka keluarga Sayyidina Abu Bakar

361

Catatan Sejarah Rasulullah r
t menjadi satu-satunya keluarga yang mendapat kemuliaan empat generasi
mereka menjadi Sahabat y. Sayyidina Abu Bakar, ayahnya, anak-anaknya
dan cucu-cucunya, semua mereka bergelar Sahabat y kerana masuk Islam
dan bertemu dengan Rasulullah r semasa hayat Baginda. Tidak ada orang
lain yang mendapat kemuliaan ini melainkan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq
t.

362

Bab 24

Futuh Makkah

Rasulullah r Masuk Mekah
Apabila Rasulullah r memerintahkan tentera Islam memasuki Mekah dari
empat penjurunya menyebabkan Quraisy Mekah tidak mampu memecahkan
tentera mereka untuk menyekat tentera Islam. Demikianlah kebijaksanaan
Rasulullah r yang mahu memastikan Mekah dibuka tanpa sebarang
pertumpahan darah dan demi memelihara kehormatan Tanah Haram.

Rasulullah r berada dalam salah satu pasukan. Baginda menunggang
kenderaannya sambil menundukkan kepalanya sehingga janggut mengenai
badannya. Rasulullah r memasuki Mekah dengan kemenangan dan maruah
yang tinggi. Namun Baginda berjalan penuh tawaduk dan penuh rasa
kehambaan. Para Sahabat y dapat mendengar suara Rasulullah r membaca
surah al-Fath. Maha Benar Tuhan terhadap firman-Nya: “Sesungguhnya
kami telah membuka kepada kamu satu pembukaan yang nyata.”

Pasukan pertama sampai ke Khif ialah pasukan Sayyidina Zubair bin
Awwam t. Mereka mempersiapkan perkhemahan tentera Islam dan khemah
Rasulullah r. Selepas itu pasukan yang bersama Rasulullah r tiba. Pasukan
yang paling akhir sampai ialah pasukan Sayyidina Khalid t. Pasukan ini
terlewat kerana sekumpulan pemuda Mekah cuba menyekat mereka. Mereka
dipimpin oleh Ikrimah bin Abu Jahal dan Sofwan bin Umayyah. Ketika
mereka menyekat pasukan Sayyidina Khalid, Sayyidina Khalid t menyeru

363

Catatan Sejarah Rasulullah r

kepada Ikrimah, “Wahai Ikrimah, ini Rasulullah r! Allah I telah membuka
Mekah kepadanya, adalah lebih baik kamu menyerah kepada Islam!”
Seterusnya Sayyidina Khalid t menyeru agar Ikrimah mahu menerima
kebenaran Islam. Ternyata Ikrimah belum dapat melihat cahaya kebenaran
Islam. Sayyidina Khalid t berseru lagi, “Kalau begitu, kamu pulanglah
ke rumah kamu, kamu berada dalam jaminan keselamatan!” Ikrimah tetap
berkeras mahu menghalang pasukan Sayyidina Khalid t. Sayyidina Khalid
t memujuknya lagi, “Rasullulah r telah memerintahkan kami supaya
jangan memerangi kamu. Berilah laluan kepada kami.” Ini juga ditolak oleh
Ikrimah. Ikrimah berkata, “Demi Allah, kamu tidak akan dapat memasuki
Mekah kecuali dengan pedang kamu!” Apabila Sayyidina Khalid t melihat
Ikrimah masih berkeras, dia mengarahkan pasukannya maju. Mereka
terpaksa mematahkan penentangan Ikrimah dan orang-orangnya. Dalam
pertempuran itu, dua puluh tiga orang pahlawan Mekah terbunuh sementara
tidak ada seorang pun dari pasukan Sayyidina Khalid t tewas.

Ketika itu barulah mereka berundur. Ikrimah dan Sofwan melarikan diri
keluar dari Mekah. Tentera Islam mengejar mereka. Sayyidina Ali mengejar
al Harits bin Hisyam dan Abdullah bin Abi Rabi’ah. Rumah yang paling
hampir dengan lokasi pertempuran itu ialah rumah Ummu Hani binti Abu
Talib. Dua orang pahlawan Quraisy itu meminta perlindungan Ummu Hani.
Ummu Hani telah memberi perlindungan kepada mereka. Selepas itu Ummu
Hani membuka pintu rumahnya, dia mendapati ada seorang tentera lengkap
berbaju besi. Dia tidak dapat mengenali bahawa itu adalah Sayyidina Ali
, saudara kandungnya sendiri. Dia berkata kepada Sayyidina Ali , “Aku
telah memberi perlindungan kepada mereka berdua.”

Ketika itu Sayyidina Ali membuka penutup mukanya. Ummu Hani
terkejut tapi tetap menegaskan, “Wahai Ali, mereka berada dalam jaminan
aku.” Sayyidina Ali memberitahu, “Wahai Ummu Hani, mereka telah
memerangi kami.” Ummu Hani tetap bertegas, “Mereka dalam perlindungan
aku, wahai Ali!” Sayyidina Ali berkata, “Mereka tidak boleh keluar dari
rumah ini sehingga ada keputusan dari Rasulullah r.” Selepas itu Ummu
Hani sendiri pergi ke perkhemahan tentera Islam untuk menemui Rasulullah
r. Ketika Ummu Hani sampai di khemah Rasulullah r di Khif, Rasulullah
r sedang mandi untuk menunaikan sembahyang sunat Futuh. Siti Fatimah

sedang melindungi Baginda mandi.

Umu Hani minta izin masuk dan Rasulullah r bercakap dengannya
dari sebalik tabir. Ummu Hani yang telah Islam ketika itu berkata, “Wahai
Rasulullah r, aku telah memberi perlindungan kepada al Harist bin Hisyam
dan Abdullah bin Abi Rabi’ah. Rasulullah r menjawab, “Kami memberi

364

Futuh Makkah Bab 24

perlindungan kepada siapa yang kamu lindungi, wahai Ummu Hani.”
Kedua-dua pahlawan Mekah itu telah dimaafkan oleh Rasulullah r dengan
perlindungan dari Ummu Hani. Demikianlah Islam menghormati dan
memperakui seorang wanita. Rasulullah r telah mengiktiraf perlindungan
Ummu Hani terhadap dua orang pemimpin Mekah yang telah memerangi
pasukan Sayyidina Khalid t. Apabila pasukan Sayyidina Khalid t tiba di
Khif, Rasulullah r memanggil Sayyidina Khalid t dan berkata, “Wahai
Khalid, bukankah daku telah berpesan supaya jangan berlaku pertempuran?”
Sayyidina Khalid menjelaskan, “Wahai Rasulullah r, mereka telah berkeras
dan menghalang kami memasuki Mekah. Kami terpaksa menghadapi
mereka.” Setelah mendapat penjelasan Sayyidina Khalid t, Baginda pun
melepaskan Sayyidina Khalid t.

Salah seorang dari ‘Senarai Sepuluh’ yang dikenali sebagai Habbar
bin Aswad diburu oleh Sayyidina Zubair t. Dia akhirnya melarikan diri
ke Ka’bah dan bergantung di kelambu Ka’bah dengan harapan dapat
menyelamatkan nyawanya. Sayyidina Zubair t telah menangkapnya dan
membunuhnya di situ. Sementara Abdullah bin Saad bin Abi Sarah telah
bersembunyi tetapi masih berada di Mekah. Hindun juga bersembunyi di
Mekah. Demikianlah nasib ‘Senarai Sepuluh’ yang sangat memusuhi Islam
itu. Sebahagian dari mereka telah dibunuh, sebahagian lagi menyembunyikan
diri dan sebahagian lagi telah meninggalkan Mekah.

Setelah seluruh tentera Islam berada di Khif, Rasulullah r memimpin
seluruh tentera Islam bergerak menuju ke Ka’bah. Rasulullah r bersama
sepuluh ribu orang tentera Islam dalam satu perbarisan tentera yang
sangat gagah sedang bergerak menuju ke Ka’bah. Rasulullah r dan para
Sahabat y bertakbir sepanjang perjalanan. Mekah bergema dengan suara
takbir. Penduduk Mekah mengintai dari celahan tingkap rumah mereka.
Mereka memerhati pergerakan Rasulullah r dan tentera Islam. Ada yang
berani keluar terutama para pemimpin Mekah. Al Harist bin Hisyam
yang telah mendapat perlindungan dari Ummu Hani dan Abu Sufyan
keluar menyaksikan Rasulullah r dan tentera Islam mengunjungi Ka’bah.
Sungguh ia satu pemandangan yang telah membuktikan kebesaran Tuhan
dan keizzahan Islam. Rasulullah r melakukan tawaf di atas kenderaannya
sambil membaca surah al- Fath. Penduduk Mekah dapat mendengar bacaan
Rasulullah r. Namun Rasulullah r terus tenggelam dalam kebesaran Tuhan
dan rasa kehambaannya kepada Allah. Setiap kali Baginda melalui Hajarul
Aswad, Baginda menyentuh Hajarul Aswad dengan tongkatnya dan Baginda
mengucup hujung tongkatnya itu.

Selepas melakukan tawaf, Rasulullah r menuju ke telaga Zam-zam.

365

Catatan Sejarah Rasulullah r

Baginda memanggil Sayyidina Abbas t sebagai pemimpin dari Bani Hasyim
yang mewarisi telaga Zam-zam dari Abdul Mutalib agar memberi minuman
Zam-zam kepada Baginda. Rasulullah r tidak mahu mengambilnya sendiri
supaya tidak menjadi sunnah kepada umat Islam. Baginda khuwatir nanti
semua orang mahu mengambil sendiri sedangkan hak memberi minuman
Zam-zam ini adalah hak istimewa Bani Hasyim. Inilah yang disebut
Siqayah, yang bermaksud memberi minum kepada orang-orang yang datang
ke Ka’bah. Selepas itu Sayyidina Abbas t bertanya kepada Rasulullah r,
apakah Baginda mahu pulang ke rumah Siti Khadijah . Rasulullah r
menolak kerana rumah itu telah dijual oleh Sayyidina Aqil bin Abi Talib
t selepas Baginda berhijrah ke Madinah. Selama sembilan belas hari
keberadaan Rasulullah r di Mekah dalam proses Pembukaan Mekah,
Baginda hanya tinggal di khemah. Baginda sudah tidak mempunyai rumah
di Mekah.

Selepas itu Rasulullah r mengumpulkan kaum Quraisy dan semua
penduduk Mekah. Baginda naik ke atas bukit Safa dan berucap kepada
semua penduduk Mekah. Rasulullah r menerangkan kepada mereka
ringkasan penting tentang agama Islam. Rasulullah r telah membatalkan
syirik dan semua adat Jahiliyah. Baginda melarang pembunuhan dan
mengharamkan riba. Baginda menegaskan bahawa semua perkara dirujuk
kepada perundangan Islam. Rasulullah r seterusnya membatalkan semua
perundangan Jahiliyah melainkan Siqayah dan Rifadah. Dua perkara
ini adalah demi membesarkan dan memuliakan Ka’bah, justeru itu Islam
mengekalkannya. Demikianlah Islam telah menguasai Mekah. Rasulullah r
telah kembali ke Mekah sebagai seorang penguasa. Nasib penduduk Mekah
kini semuanya di tangan Baginda.

Selepas itu Rasulullah r bertanya kepada mereka semua:

“Apakah yang kamu rasa aku akan perlakukan kepada kamu
semua?” Quraisy menjawab, “Kamu adalah saudara kami yang mulia
dan anak kepada saudara kami yang mulia.” Rasulullah r bersabda,
“Pergilah, kamu semua adalah merdeka.”

Rasulullah r telah memaafkan mereka semua walaupun mereka telah
pernah telah menyakiti, memusuhi dan memerangi Baginda selama dua
puluh tiga tahun yang lalu. Apabila Rasulullah r memaafkan mereka semua,
Allah I telah mencampakkan Islam ke dalam hati mereka. Apatah lagi

366

Futuh Makkah Bab 24

setelah mereka menyaksikan kemuliaan akhlak Rasulullah r. Selepas itu,
seorang demi seorang daripada mereka datang mengisytiharkan keislaman
mereka kepada Rasulullah r.

Peristiwa di Mekah

Pada suatu hari ketika Rasulullah r sedang bertawaf, seorang lelaki yang
dikenali sebagai Fudhalah mendekati Baginda. Dia membawa sebilah
khanjar dan mahu membunuh Rasulullah r. Apabila dia benar-benar sampai
dekat Rasulullah r, Baginda bertanya kepadanya, “Apakah yang sedang hati
kamu perkatakan kepada diri kamu, wahai Fudhalah?” Fudhalah berbohong,
“Wahai Rasulullah, aku sedang beristighfar dan berzikir kepada Allah.”
Rasulullah r mengetahui apa yang sedang ada di dalam hatinya. Rasulullah
r berkata, “Minta ampunlah kepada Allah, wahai Fudhalah, minta ampunlah
kepada Allah, wahai Fudhalah!” Fudhalah pun beristighfar dan Rasulullah r
meletakkan tangannya ke dada Fudhalah sambil menyuruhnya beristighfar
lagi. Fudhalah pun beristighfar. Kemudian Baginda mengangkat tangannya.
Fudhalah menceritakan, “Demi Allah, sebelum Rasulullah r meletakkan
tangannya ke dada aku, tiada orang yang paling aku benci lebih daripada
Rasulullah r, tapi selepas itu Bagindalah orang yang paling aku sayang.”

Sementara itu penduduk Mekah mengambil peluang bertemu dengan
Rasulullah r sepanjang keberadaan Baginda di Mekah. Ketika itu Abu
Sufyan hanya tinggal seorang diri. Dia sedih dan sedang berfikir bagaimana
untuk mengumpulkan semula orang Mekah kepadanya. Malah dia mahu
mengumpulkan kabilah-kabilah Arab untuk memerangi Rasulullah r
semula. Sedang dia sibuk memikirkan hal itu, tiba-tiba dia rasa ada tangan
menyentuh belakangnya. Rupanya Rasulullah r datang, Baginda merenung
Abu Sufyan. Selepas itu Rasulullah r berkata, “Kalau begitu, Allah akan
hina kamu, wahai Abu Sufyan.” Abu Sufyan berkata, “Ketika itu Allah
campakkan keyakinan kepada Rasulullah r dan Islam ke dalam hatiku.”
Bagaimanakah Rasulullah r boleh mengetahui apa yang sedang berada
dalam hati dan fikiran Abu Sufyan? Demikianlah ketajaman roh seorang
Rasul.

Pada satu hari yang lain, tiga orang pemimpin Mekah iaitu Attab bin Usaid,
Abu Sufyan dan Harist bin Hisyam duduk berbual sambil melihat keadaan
Mekah yang telah jatuh ke tangan Islam. Apabila masuk waktu sembahyang,
Sayyidina Bilal naik ke atas Ka’bah dan mengumandangkan azan. Ketika itu
Attab berkata, “Allah telah memuliakan Usaid (ayahnya) kerana dia tidak
melihat hamba ini melaungkan azan dari atas Ka’bah. Harist pun berkata,
“Allah telah muliakan Hisyam (ayahnya) kerana dia tidak melihat hamba ini

367

Catatan Sejarah Rasulullah r

bertakbir dari atas Ka’bah.” Abu Sufyan diam sahaja mendengar kata-kata
dua orang kawannya. Dia sudah tidak berani bercakap lagi hal-hal seperti itu.
Abu Sufyan berkata kepada dirinya, “Demi Allah, kalau aku bercakap pasti
batu-batu kecil di sini akan memberitahu Rasulullah r.” Sejurus kemudian
Rasulullah r melintasi mereka. Baginda mengulangkan kepada Attab dan
Harist apa yang baru sahaja mereka perkatakan. Kemudian Rasulullah r
berkata kepada Abu Sufyan, “Wahai Abu Sufyan, kalaulah kamu ada berkata
sesuatu, pasti batu-batu ini menceritakannya kepada daku.” Ketika itu
barulah keyakinan Abu Sufyan benar-benar bulat kepada agama Islam. Dia
kini sangat yakin bahawa Muhammad bin Abdullah adalah Utusan Allah.
Baginda diutuskan kepada manusia untuk membawa mereka kepada Allah
I. Dialah Tuhan yang selayaknya disembah dan diagungkan.

Selepas itu Rasulullah r menaiki untanya dan Baginda meminta semua
orang berada jauh dari Ka’abah. Lalu Rasulullah r seorang diri melakukan
tawaf di Ka’bah. Baginda bertawaf sambil memegang tongkatnya. Sampai
ke saat itu Ka’bah masih dipenuhi dengan tiga ratus enam puluh berhala
yang telah dipertuhan oleh bangsa Arab selama ini. Rasulullah r melakukan
tawaf sambil berulangkali membaca:

“Dan katakanlah bahawa telah datanglah kebenaran maka
hancurlah kebatilan.” (Surah al-Isra’:81)

Rasulullah r membaca ayat ini sambil mengarahkan tongkatnya kepada
berhala. Sebelum sempat tongkat Baginda menyentuh berhala itu, berhala
itu sudah jatuh. Apabila Rasulullah r mengarahkan tongkatnya ke muka
berhala, berhala itu jatuh ke belakang. Apabila Baginda menghalakan
tongkatnya ke belakang berhala, berhala itu jatuh tersembam ke mukanya.
Seluruh penduduk Mekah menyaksikan ‘tuhan-tuhan’ mereka satu persatu
jatuh dan pecah berderai. Rasulullah r terus mengulang-ulangkan:

Demikianlah berhala demi berhala yang telah disembah beratus-ratus
tahun oleh bangsa Arab jatuh dan pecah. Apabila berhala itu jatuh, ia terus
berderai menjadi batu-batu kecil. Akhirnya semua berhala jatuh dan pecah
menjadi batu-batu kecil. Ketika itu yang tinggal hanya Hubal, berhala
yang paling besar dan merupakan ‘ketua tuhan’ Arab Jahiliyah ketika itu.

368

Futuh Makkah Bab 24

Berhala ini diikat kukuh dengan rantai besi ke tanah. Rasulullah r memukul
dengan tongkatnya ke mata Hubal sambil Rasulullah r membaca ayat tadi.
Dengan pukulan Rasulullah r, Hubal bergegar. Akhirnya Hubal tumbang
dengan tongkat Rasulullah r. Oleh kerana Hubal ini terlalu besar, dia tidak
pecah kepada batu-batu kecil. Hubal pecah kepada pecahan yang masih
besar. Rasulullah r memerintahkan para Sahabat y memecahkannya.
Mereka memecahkannya dengan tangan mereka. Demikianlah Hubal telah
dipecahkan oleh tangan-tangan yang pernah menyembahnya sebelum ini.
Quraisy memerhatikan peristiwa itu. Mereka terpegun malah terfana. Allah
I telah mencabut berhala-berhala itu daripada hati mereka. Tiada lagi
selain Allah I yang patut mereka sembah. ‘Tuhan-tuhan’ mereka selama ini
semuanya telah musnah. Demikianlah berakhirnya berhala-berhala Jahiliyah
dan terhakislah kepercayaan Arab Jahiliyah terhadap ‘tuhan-tuhan’palsu
itu. Bersama itu juga tumbuh dan menyuburlah benih-benih tauhid kepada
Tuhan yang Maha Esa. Apatah lagi apabila Quraisy telah dapat menyaksikan
dengan mata kepala mereka kebesaran dan keagungan agama Islam dan
peribadi Nabinya yang agung itu.

Selepas itu Rasulullah r mahu masuk ke dalam Ka’bah. Rasulullah
r memanggil Sayyidina Uthman bin Talhah t, seorang pemimpin muda
Bani Abdul Dar yang telah masuk Islam bersama Sayyidina Khalid t dan
Sayyidina Amru bin A’s t. Rasulullah r memerintahkan Sayyidina Uthman
t mengambil kunci Ka’bah dari Bani Abdul Dar. Mereka yang memegang
kunci pintu Ka’bah dan tiada siapa pun boleh masuk ke dalam Ka’bah
melainkan dengan izin dari mereka. Ketika itu kunci Ka’bah ini dipegang oleh
ibu Sayyidina Uthman bin Talhah t. Sayyidina segera pergi meminta kunci
itu dari ibunya. Ibunya mengingatkannya, “Wahai Uthman, apakah kamu lupa
peristiwa kamu dengan Muhammad sebelum kamu Islam?” Rasulullah r
pernah meminta daripada Sayyidina Uthman t sebelum Hijrah untuk masuk
ke Ka’bah. Ketika itu Sayyidina Uthman t belum Islam. Sayyidina Uthman
t berkata kepada Baginda, “Demi Allah, kamu tidak dibenarkan masuk ke
dalam Ka’bah.” Rasululah r meminta lagi. Namun Sayyidina Uthman t
menjawab, “Kamu tidak akan boleh masuk ke dalamnya selama-lamanya.”
Rasulullah r merayu lagi, “Wahai Uthman, izinkan daku masuk ke dalam
Ka’bah sebelum kunci Ka’bah ini berada di tanganku. Ketika itu daku akan
berikan kunci itu kepada siapa yang daku mahu.” Sayyidina Uthman t
menjawab, “Demi Allah, kalau terjadilah kunci Ka’bah ini berada di tangan
kamu, nescaya perut bumi itu adalah lebih baik kepadaku. Lebih baik aku
mati dari aku melihat peristiwa itu.” Maha Besar Tuhan, kini Sayyidina
Uthman t telah Islam dan sedang berusaha untuk mendapatkan kunci itu
untuk diserahkan kepada Rasulullah r. Ibunya sedang mengingatkannya
kepada sumpah silamnya. Ibunya takut nanti Rasulullah r mengambil

369

Catatan Sejarah Rasulullah r

kunci itu dan menyerahkannya kepada orang lain. Bagi Sayyidina Uthman
t, sumpahnya itu telah berkubur bersama terkuburnya jahiliyah daripada
hatinya. Walaupun Rasulullah r akan menyerahkan kunci Ka’bah kepada
orang lain sekalipun dia mesti mentaati Baginda. Ibunya menyembunyikan
kunci dalam pakaiannya. Dia berkeras tidak mahu menyerahkan kunci
kepada Rasulullah r. Ibunya berkata, “Ini kemuliaan kamu, kemuliaan ayah
dan datuk kamu, Bani Abdul Dar. Aku tidak akan menyerahkannya kepada
Rasulullah r.” Sayyidina Uthman t terus merayu kepada ibunya kerana
Rasulullah r sudah lama menunggunya. Apabila Sayyidina Uthman bin
Talhah t lambat pulang, Rasulullah r menghantar Sayyidina Abu Bakar
t dan Sayyidina Umar t untuk mengambil kunci itu. Apabila Sayyidina
Umar t tiba, dia mengetuk pintu rumah Ummu Uthman sambil memanggil
Sayyidina Uthman t. Sayyidina Umar t bertanya, “Wahai Uthman, mana
kunci? Rasulullah r telah lama menunggu.” Mendengar suara Sayyidina
Umar t itu, Ummu Uthman menggeletar dan terus menyerahkan kunci
kepada Sayyidina Uthman t. Ummu Uthman berasa adalah lebih baik
dia menyerahkan kunci Ka’bah kepada anaknya daripada dia terpaksa
menyerahkan kunci itu kepada Sayyidina Umar t. Begitulah Allah I
campakkan rasa takut dan gementar dalam hati ibu ini terhadap Sayyidina
Umar t kerana hati Sayyidina Umar t yang sangat takut dengan Tuhannya.

Sayyidina Uthman t datang menyerahkan kunci Ka’bah yang merupakan
keistimewaan Bani Abdul Dar kepada Rasulullah r. Baginda tahu bahawa
Sayyidina Uthman t masih mengingati peristiwa antara mereka sebelum
Hijrah. Semua orang ketika itu cemas menanti apa yang akan berlaku
kepada kunci Ka’bah. Rasulullah r akan serahkan kepada siapa kemuliaan
memegang kunci Ka’bah. Sayyidina Abbas t datang kepada Rasulullah r
meminta kunci Ka’bah diserahkan kepada Bani Hasyim. Sayyidina Abbas
t mahu semua kemuliaan Ka’bah dari Siqayah, Rifadah dan kunci Ka’bah
berada di tangan Bani Hasyim. Sebagai ketua Bani Hasyim, Sayyidina
Abbaslah yang bertanggungjawab terhadap Siqayah dan Rifadah. Namun
kata Rasulullah r, “Hari ini adalah hari kebaikan dan kesetiaan.” Sambil
Rasulullah r terus mengulang-ulang kata-kata:

“Hari kebaikan dan hari kesetiaan, hari kebaikan dan hari kesetiaan.
Ambillah kunci ini, wahai Bani Abdul Dar. Ia akan kekal di tangan
kamu sehingga Hari Qiamat. Tidak ada orang yang merampasnya

370

Futuh Makkah Bab 24

daripada tangan kamu melainkan orang yang zalim.”

Maha Besar Tuhan, sehingga hari ini kunci Ka’bah dipegang oleh Bani
Abdul Dar. Bani Syaibah yang merupakan ahli keluarga Bani Abdul Dar
adalah pemegang kunci pintu Ka’bah sehingga hari ini.

Selepas itu Rasululah r masuk ke dalam Ka’bah dan melakukan dua
rakaat Solat Syukur. Demikianlah seorang Rasul bersyukur kepada Tuhannya
yang telah mengizinkan semua ini berlaku. Ketika itu Rasulullah r hanya
ditemani oleh Sayyidina Bilal t. Selepas Rasulullah keluar, orang pertama
masuk ke dalam Ka’bah ialah Sayyidina Abdullah bin Umar t. Memang
dia adalah seorang Sahabat t yang sangat fanatik dengan Rasulullah r.
Dia mesti meniru apa sahaja yang Baginda lakukan. Sayyidina Abdullah bin
Umar t terus bertanya kepada Sayyidina Bilal, dimanakah Rasulullah r
bersembahyang sedangkan dalam Ka’bah itu ada enam tiang. Rasulullah r
bersembahyang membelakangkan tiga tiang dibelakangnya, dua tiang berada
di kanannya dan satu tiang di kirinya. Sayyidina Abdullah t sembahyang
di tempat Rasulullah r bersembahyang tetapi dia terlupa bertanya berapa
rakaat Rasulullah r sembahyang.

Quraisy Berbaiah Kepada Rasulullah r

Selepas itu Rasulullah r menerima bai’ah daripada penduduk Mekah
yang telah masuk Islam. Baginda menerima bai’ah dari kaum wanita dahulu.
Rasulullah r tidak bersalam dengan mereka tetapi Baginda menerima bai’ah
mereka secara lisan. Di antara wanita Mekah yang datang untuk berbai’ah
kepada Rasulullah r ialah Hindun binti Utbah. Dia menutup mukanya supaya
orang tidak mengenalinya. Dia mahu masuk Islam supaya dia dapat jaminan
keamanan sedangkan dia sedar bahawa dia termasuk dalam senarai orang
yang Baginda telah menghalalkan darah mereka. Rasulullah r berdakwah
kepada mereka sebelum mereka berbai’ah. Sabda Rasulullah r, “Kamu
hendaklah berjanji dengan daku bahawa kamu tidak akan mensyirikkan
Allah.” Hindun mencelah, “Wahai Rasulullah, kalaulah berhala-berhala itu
Tuhan, pasti dia akan menolong kami.” Mendengar suara itu, Rasulullah
r telah mengenalinya. Baginda bertanya, “Apakah ini Hindun?” Sebelum
mengaku, Hindun terlebih dahulu mengucap dua kalimah syahadah. Hindun
mengucapkan,“Akubersaksi bahawatiadaTuhanmelainkanAllahdanengkau
adalah Pesuruh Allah.” Melihat pengakuan Hindun dan kebijaksanaannya
itu, Rasulullah r telah memaafkannya. Baginda menyambung lagi, “Kamu
hendaklah berjanji kepadaku bahawa kamu tidak akan berzina dan kamu
tidak akan melakukan maksiat dengan tangan dan kaki kamu.” Hindun
bertanya, “ Wahai Rasulullah, apakah perempuan yang merdeka berzina?”

371

Catatan Sejarah Rasulullah r

Memang wanita Arab Jahiliyah yang merdeka tidak melakukan zina. Yang
berzina hanyalah golongan hamba. Hampir tidak ada kes zina di kalangan
perempuan yang merdeka. Hindun merasa hairan kenapa Rasulullah r
meminta mereka berbai’ah terhadap perkara yang mereka tidak lakukan.
Baginda hanya tersenyum dengan telatah Hindun itu. Apakah masyarakat
kita hari ini lebih Jahiliyah dari Arab Jahiliyah? Kemudian Rasulullah r
berpesan supaya jangan membunuh anak-anak kamu kerana takut miskin.
Hindun mencelah lagi, “Wahai Rasulullah, kami telah membesarkan mereka
dari kecil dan kamu telah membunuh mereka bila mereka dewasa di Badar!”
Rasulullah r tersenyum lagi. Setiap perkara yang Rasulullah r sampaikan
pasti Hindun akan mengulasnya. Demikianlah Rasulullah r menerima
bai’ah dari kaum wanita Quraisy yang telah membuka hati mereka kepada
Allah dan Rasul-Nya.

Selepas itu dibawa kepada Rasulullah r Abdullah bin Saad bin Abi
Sarah. Sayyidina Uthman bin Affan t yang membawanya kepada Baginda.
Abdullah adalah anak saudara Sayyidina Uthman t. Dia meminta pertolongan
Sayyidina Uthman namun Sayyidina Uthman t memberitahunya bahawa
darahnya telah dihalalkan oleh Rasulullah r. Abdullah merayu-rayu lagi, dia
bertanya Sayyidina Uthman apa yang patut dia lakukan sekarang. Sayyidina
Uthman t berkata, “Kamu kembali kepada Islam semula.” Abdullah
berkata, “Aku masuk Islam tetapi apakah aku akan selamat?” Sayyidina
Uthman t menyuruh dia menutup mukanya lalu Sayyidina Uthman t
membawanya, tidak ada orang berani bertanya siapakah dia. Sayyidina
Uthman t membawanya ke khemah Baginda. Rasulullah r sedang bersama
dengan para Sahabat y. Di kalangan Sahabat y yang duduk itu, ada seorang
Ansar yang telah bernazar untuk membunuh ‘Senarai Sepuluh’ ini walaupun
mereka bergantung di kelambu Ka’bah. Sahabat itu adalah ahli keluarga
kepada seorang Sahabat t yang telah dibunuh oleh Muqais bin Sobabah.
Sayyidina Uthman t meminta izin Rasulullah r lalu berkata, “Wahai
Rasulullah r, bersama aku adalah Abdullah bin Saad bin Abi Sarah. Dia
datang untuk masuk Islam dan berbai’ah kepada Rasulullah r.” Abdullah
tahu darahnya telah dihalalkan dan sekarang dia datang untuk masuk Islam
demi menyelamatkan nyawanya.

Abdullah menghulurkan tangannya untuk berbai’ah kepada Rasulullah
r. Namun Rasulullah r tidak menghulurkan tangan Baginda. Sebaliknya
Baginda hanya berdiam diri. Semua Sahabat y cemas menunggu apakah
yang akan terjadi. Keadaan menjadi senyap kerana Rasulullah r tidak
berkata apa-apa dan tidak menghulurkan tangan Baginda untuk menerima
bai’ah Abdullah. Dialah lelaki yang telah pernah menerima kebenaran dan
Rasulullah telah mempercayainya menjadi penulis wahyu. Malangnya dia

372

Futuh Makkah Bab 24
kemudian murtad bahkan telah membuat pembohongan terhadap Allah I
dan Rasul-Nya serta terhadap al-Quran. Dia telah mendakwa bahawa dia
telah merubah al-Quran. Kerana dosa-dosa besar ini Rasulullah r tidak
mahu menerima bai’ahnya. Namun Sayyidina Uthman t merayu kepada
Rasulullah r lagi, “Wahai Rasulullah r, terimalah bai’ah Islamnya.”
Abdullah menghulurkan tangannya sekali lagi namun Rasulullah r tetap
tidak menghulurkan tangan Baginda.Tiada siapa pun berani bersuara,
semuanya terdiam. Inilah kali pertama mereka melihat Rasulullah r tidak
mahu menerima bai’ah seseorang. Sayyidina Uthman t merayu kepada
Rasulullah r buat kali ketiga, “Wahai Rasulullah r, terimalah bai’ah
Islamnya. Dia mahu masuk Islam.” Abdullah menghulurkan tangannya
buat kali ketiga. Rasulullah r masih diam seketika. Setelah itu barulah
Rasulullah r menghulurkan tangan Baginda dan Abdullah berbai’ah sebagai
seorang Islam kepada Rasulullah r. Dengan itu dia diberi keamanan dan
diampunkan dari hukuman mati. Setelah dia keluar dari khemah Rasulullah
r, Baginda menoleh kepada semua yang ada dalam khemah dan berkata:

“Apakah tidak ada di kalangan kamu seorang yang peka bila dia
melihat aku tidak mahu memberikan tangan aku untuk menerima
bai’ahnya lalu dia bangun dan membunuhnya?”
Kemudian Rasulullah r berpaling kepada Sahabat Ansar t yang
telah bernazar itu. Rasulullah r, “Demi Allah, aku tidak mahu menerima
bai’ahnya supaya kamu dapat menunaikan nazar kamu.” Rasululullah r
mempersoalkan kenapa Sahabat t itu tidak bangun membunuh Abdullah.
Bukankah Abdullah telah berada di hadapan matanya dan Rasulullah r
enggan menerima bai’ahnya. Sahabat t itu berkata, “Wahai Rasulullah
r, aku tidak faham. Demi Allah, wahai Rasulullah r, kalau Rasulullah
r memberi isyarat kepada aku dengan mata sekalipun pasti aku akan
membunuhnya.” Sabda Rasulullah r:

“Tidak, tidak sepatutnya seorang Nabi itu membunuh sekalipun
dengan isyarat matanya.”

Para Nabi tidak akan memberi arahan bunuh dengan matanya. Hukuman
mati adalah hukuman yang besar dan memerlukan arahan yang jelas dan

373

Catatan Sejarah Rasulullah r

nyata. Demikianlah Abdullah bin Saad telah terselamat dari hukuman mati.

Selepas Ikrimah binAbu Jahal melarikan diri dari Mekah, dia bersembunyi
di Jeddah. Dia mahu mencari peluang untuk belayar dengan kapal dari
Jeddah demi menyelamatkan diri ke tempat yang lebih jauh. Sementara
isterinya yang ditinggalkan di Mekah telah pun masuk Islam. Dia datang
bertemu Rasulullah r dan bertanya kepada Baginda, “Wahai Rasulullah r,
kalau aku bawa kepada kamu Ikrimah yang telah menerima Islam, apakah
kamu memberi keamanan kepadanya?” Rasulullah r menjawab, “Kalau
Ikrimah datang dan masuk Islam, aku berikan keamanan kepadanya.” Isteri
Ikrimah berkata, “Kalau begitu, wahai Rasulullah r, aku akan bawa dia
ke sini.” Kasih sayang dan kemaafan Rasulullah r telah mendorongnya
untuk memperjuangkan keislaman suaminya. Lalu dia segera mencari
Ikrimah. Apabila dia sampai di Jeddah, Ikrimah sudah menaiki kapal. Malah
kapal telah bertolak meninggalkan pelabuhan. Ketika itu Allah I telah
memperlihatkan kuasa-Nya yang tidak bertepi itu. Demi rintihan hati seorang
isteri yang terlalu menginginkan hidayah dan keselamatan kepada suaminya.
Allah I telah menghantar taufan melanda kapal itu. Semua penumpang
merasa mereka tidak akan selamat lagi. Masing-masing berdoa menyeru
nama Allah I dalam doa mereka sedangkan mereka adalah orang yang kafir.
Ikrimah sangat dapat memerhati hal itu. Tiada seorang pun dari kalangan
mereka berdoa kepada berhala pada saat-saat yang sangat mencemaskan
itu. Begitulah fitrah murni manusia. Apabila sudah putus segala harapan,
mereka kembali kepada Allah I. Kejadian itu telah meninggalkan kesan
yang mendalam kepada hati Ikrimah. Ikrimah berkata kepada dirinya,
“Kalau begitu, Tuhan yang menyelamatkan manusia di lautan, Dia jugalah
Tuhan yang menyelamatkan manusia di daratan.” Dengan peristiwa itu,
Allah I telah mencampakkan Islam ke dalam hatinya. Apabila taufan reda,
Ikrimah meminta dia dihantar ke Jeddah kembali. Apabila sampai di Jeddah,
dia mendapati isterinya sedang menunggunya. Isterinya membawa berita
gembira kepadanya bahawa Rasulullah r akan memaafkannya kalau dia
masuk Islam. Ikrimah menjawab, “Islam telah pun masuk ke dalam hatiku
apatah lagi bila mendengar berita semua berhala telah musnah.” Akhirnya
Ikrimah datang kepada Rasulullah r dan masuk Islam. Sungguh Rasulullah
r sangat gembira dengan keislaman Ikrimah. Demikianlah seorang anak
lelaki tokoh Quraisy yang disifatkan sebagai ‘Firaun umat Muhammad’
telah menerima kebenaran Islam.

Melihat Rasulullah r telah memaafkan Ikrimah, isteri Sofwan bin
Umayyah pula datang berjumpa Baginda. Dia juga mahu meminta Rasulullah
r memberi keamanan kepada Sofwan. Rasulullah r bersetuju sekiranya dia
datang berbai’ah dan masuk Islam. Isteria Sofwan bertanya, “Sofwan adalah

374

Futuh Makkah Bab 24
seorang yang keras. Kalau dia tidak menerima Islam, apakah kamu memberi
keamanan kepadanya?” Rasulullah r berkata, “Daku memberi keamanan
kepadanya selama empat bulan.” Rasulullah r memberi tempoh empat bulan
untuk Sofwan membuat pilihan. Rasululah memberikan serban Baginda
kepada isteri Sofwan sebagai bukti jaminan itu. Baginda meminta isteri
Sofwan segera mencari Sofwan dan memberitahunya bahawa Rasulullah
r telah memaafkannya kalau dia masuk Islam. Kalau dia tidak masuk Islam
sekarang Rasulullah r memberi keamanan selama empat bulan. Sofwan
menjawab, “Aku tidak menerima Islam tetapi aku terima keamanan.”
Sofwan pulang ke Mekah dengan jaminan keamanan yang telah Rasulullah
r berikan padanya. Dia ikut menyertai tentera Islam dalam Perang Hunain
menentang Bani Hawazin walaupun dia belum masuk Islam. Namun sebelum
tamat tempoh empat bulan yang Rasulullah r berikan padanya dia juga telah
beriman kepada Allah I dan Rasul-Nya. Maka dengan itu semua pemimpin
Quraisy telah menerima Islam.

Selepas 19 hari berada di Mekah, Rasulullah r dan tentera Islam bergerak
menuju ke Bani Hawazin yang telah bersiap-sedia untuk menyerang
Rasulullah r dan kaum Muslimin. Tentera Islam bertempur dengan Bani
Hawazin dalam Perang Hunain. Perang Hunain telah dirakamkan oleh Allah
I dalam al-Quran untuk iktibar dan panduan umat Islam sepanjang zaman.

375

Bab 25

Ghazwah Hunain

Mara ke Hunain

376

Ghazwah Hunain Bab 25

“Sesungguhnya Allah I telah memenangkan kamu dalam
peperangan yang banyak. Dan pada Hari Hunain ketika kamu merasa
hairan dengan ramainya bilangan kamu, maka ia tidak dapat memberi
manfaat sedikitpun kepada kamu. Bumi yang luas telah menjadi sempit
kepada kamu. Kemudian kamu telah berpaling tadah. Kemudian
Allah I telah menurunkan ketenangan dari-Nya kepada Rasul-Nya
dan kepada orang-orang mukmin. Dan Dia telah menurunkan bala-
tentera yang kamu tidak melihatnya, dan dia telah mengazab orang-
orang yang kafir. Demikianlah balasan kepada orang-orang yang kafir.
Kemudian Allah I mengampunkan kepada siapa yang Dia kehendaki
selepas itu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah at- Taubah: 25-28)

Sariyah Selepas Futuh Makkah

Setelah Mekah dan Quraisy menerima Islam, bermakna Pusat Qabilah Arab
yang menentang Islam telah jatuh ke tangan Islam. Allah I telah tundukkan
kaum yang selama ini sangat memusuhi Rasulullah r dan Islam sejak
bermulanya dakwah Islam. Mereka juga adalah penghalang utama kepada
kabilah lain untuk menerima Islam. Dengan kasih sayang Allah I, Allah
lakukan Pembukaan Mekah dengan aman dan damai. Kalaulah Mekah
dibuka dengan kekerasan ada kemungkinan berlaku peperangan saudara
yang dahsyat di antara Muhajirin Quraisy dan Kuffar Quraisy Mekah.
Namun Rasulullah r telah berjaya membuka Mekah dengan rahmat dan
kasih sayang. Demikianlah, pada tanggal tiga belas Ramadhan tahun lapan
Hijriah, dunia telah menyaksikan Mekah dilimpahi cahaya kebenaran.

Sepanjang keberadaan Rasulullah r di Mekah, Baginda juga telah
menghantar beberapa sariyah ke kawasan berhampiran untuk meratakan
dakwah Islam dan memusnahkan semua berhala sembahan kaum jahiliyah.
Rasulullah r telah menghantar tiga puluh orang tentera berkuda di bawah
pimpinan Sayyidina Khalid bin al Walid t kepada Bani Musyallil untuk
memusnahkan berhala Uzza. Sayyidina Khalid t telah berjaya memusnahkan
Uzza tanpa sebarang penentangan. Rasulullah r juga telah menghantar
Sayyidina Hisyam bin Ala’si t untuk memberi peringatan kepada Bani
Hawazin. Dia mendapati mereka telah membuat persedian yang lengkap
untuk memerangi Rasulullah r. Pada akhir bulan Ramadhan, Baginda
juga mengirim Sayyidina Khalid bin Said bin al ‘As t untuk berdakwah
kepada saki-baki kaum musyrikin yang tinggal di pinggiran Mekah dan
memusnahkan berhala mereka. Selepas itu Rasulullah r telah menghantar
Sayyidina Khalid al Walid t memimpin sariyah kepada Kabilah Juzaimah.
Mereka diberi pilihan untuk menerima dakwah Islam atau diperangi. Oleh

377

Catatan Sejarah Rasulullah r

kerana mereka menolak dakwah, Sayyidina Khalid t telah memerangi dan
mengalahkan mereka. Rasulullah r juga menghantar Sayyidina Amru al ‘As
t untuk meruntuhkan berhala Suwa’ iaitu berhala yang paling besar menjadi
sembahan Bani Huzail. Begitu juga Rasulullah r menghantar Sayyidina Saad
bin Zaib al Asyhali t untuk meruntuhkan Manata berhala Bani Kalab dan
Bani Khuza’ah. Demikianlah Pembukaan Mekah dan keruntuhan kerajaan
berhala telah membuatkan iman telah meresap ke hati seluruh masyarakat
Arab. Sudah lama Rasulullah r berdakwah mereka kepada kebenaran.
Hanya kedegilan para pemimpin mereka terutama kedegilan Quraisy yang
menghalang mereka dari menerima cahaya Iman. Apabila Quraisy tunduk
kepada Islam, semua kabilah lain turut tunduk. Mekah dan Ka’bah kembali
menjadi pusat Tauhid di bumi Allah I dan kembali kepada suasana dan
peranannya pada zaman Nabi Ibrahim .

Hawazin Bersiap Untuk Menyerang Mekah

Bani Hawazin telah bersiap-sedia dengan sepuluh ribu tentera mereka untuk
menyerang Rasulullah r di Mekah. Mereka juga ingin menguasai Mekah.
Mereka mendapat sokongan dari Bani Tsaqif, Bani Bakar, Bani Nasr dan
Bani Jusyum. Dengan itu mereka berjaya mengumpulkan seramai dua puluh
ribu orang tentera. Ada dua kabilah Bani Hawazin menolak untuk menyertai
peperangan ini iatu kabilah Ka’ab dan kabilah Kilab. Pakatan Bani Hawazin
dan kabilah yang menyokongnya telah melantik Malik bin Auf mengepalai
tentera mereka. Malik bin Auf adalah seorang panglima muda yang baru
berumur dua puluh empat tahun. Rasulullah r telah menghantar perisik
meninjau keadaan musuh. Seorang perisik Islam telah berjaya masuk ke kota
Taif dan berada di tengah-tengah tentera Bani Hawazin. Dia telah berjaya
mendapat maklumat lengkap persiapan Bani Hawazin. Apabila maklumat
itu sampai kepada Rasulullah r, Baginda mengarahkan tentera Islam segera
bergerak keluar dari Mekah. Baginda tidak mahu bertempur di Mekah
kerana orang Mekah baru saja memeluk Islam. Kalau berlaku pertempuran
di Mekah dan orang Mekah berpaling tadah, tentera Islam akan terpaksa
menghadapi tentera Hawazin dari luar dan tentera Mekah dari dalam.

Sebaik sahaja perisik Rasulullah r meninggalkan Taif, tentera Hawazin
terus bergerak ke Mekah. Maka perisik Rasulullah r tidak mengetahui
tentera Hawazin telah bergerak ke arah Mekah. Rasulullah r menyusun
tentera Islam atas dasar pertempuran akan berlaku di Taif. Pada tanggal dua
Syawal, mereka bergerak ke arah Taif sementara tentera Hawazin sedang
bergerak menuju ke Mekah. Mekah dan Taif dipisahkan oleh sebuah Wadi
yang besar yang dikenali sebagai Wadi Hunain. Tentera Hawazin sampai
dahulu di Wadi Hunain. Malik bin Auf memilih lokasi strategik untuk mereka

378


Click to View FlipBook Version