Tragedi Uhud Bab 12
Saad t yang sangat membantu tentera Islam itu.
Diantara sahabat Rasulullah r yang syahid di medan Uhud ialah Sayyidina
Hanzalah t. Dia baru sahaja berkahwin sehari sebelum peperangan bermula.
Mendengar seruan jihad dia segera menyertai tentera Islam sedangkan dia
masih berjunub dan belum sempat untuk mandi junub. Sewaktu Rasulullah
r melihat mayatnya selepas peperangan tamat, Baginda bersabda, “Hanzalah
sedang dimandikan oleh para malaikat.” Ketika itu Baginda memalingkan
mukanya dari jenazah Sayyidina Hanzalah t. Para Sahabat y bertanya
kenapa tiba-tiba Baginda berpaling. Rasulullah r menjelaskan, “Sedang
bersama Hanzalah sekarang adalah dua orang isterinya dari bidadari syurga.”
Rasulullah r bergerak dari Madinah pada hari Jumaat dan peperangan
berlaku pada hari Sabtu. Pada hari itu Allah I telah memberi hidayah ke
dalam hati seorang ulama’ Yahudi yang dikenali sebagai Mukhairiq. Apabila
dia beriman dia menyeru kaumnya untuk menyertai Rasulullah r dalam
peperangan mempertahankan Madinah. Orang Yahudi berkata, “Bukankah
hari ini hari Sabtu, kita tidak boleh berperang pada hari Sabtu.” Mukhairiq
berkata, “Larangan Sabtu hanya untuk kamu.” Sayyidina Mukhairiq t terus
berkejar ke Uhud dan turut bertempur bersama tentera Islam menentang
tentera Kuffar. Akhirnya dia syahid pada hari itu. Melihat mayatnya
Rasulullah r bersabda:
“Barangsiapa yang nak lihat ahli syurga yang tidak pernah
sembahyang walaupun sekali, lihatlah kepada orang ini.”
Sayyidina Mukhairiq t telah memeluk Islam pada hari Sabtu, dia terus
ikut berjihad pada hari Sabtu dan dia telah syahid pada hari Sabtu lalu dia
telah mendapat syurga pada hari yang sama.
Ada seorang Sahabat Rasulullah r yang cacat kakinya. Anak-anaknya
tidak membenarkan dia ikut ke medan perang kerana Rasulullah r juga tidak
memberatkannya. Dia merayu kepada Rasulullah r untuk bersama tentera
Islam kerana dia mahu mendapatkan syahid. Dalam peperangan ini Allah
I telah mengabulkan hajatnya untuk mati syahid kerana mempertahankan
Allah, Rasul dan agama-Nya.
179
Catatan Sejarah Rasulullah r
Ada seorang pahlawan Islam yang dikenali sebagai Qazman. Dialah
di antara tentera Islam yang paling tangkas merempuh tentera Kuffar dan
menyerang mereka bertubi-tubi sehingga kucar-kacirlah barisan tentera
Kuffar. Semua orang kagum dan memujinya. Apabila Rasulullah r terdengar
pujian itu, Baginda bersabda,“Dia adalah ahli neraka.”
Para Sahabat y sungguh terkejut mendengar kenyataan itu. Mereka
melihat Qazman begitu hebat sekali memerangi tentera kafir. Apabila
Baginda memberitahu bahawa dia ahli neraka, ada seorang sahabat t ingin
mengetahui apakah rahsia yang tersirat dalam ucapan Rasulullah r itu.
Oleh itu Sahabat t ini sentiasa berada dekat dengan Qazman. Suatu ketika
Qazman tercedera. Rupanya dia tidak sabar menahan kecederaannya lalu
dia mengambil senjatanya dan membunuh dirinya sendiri. Kini terbuktilah
kebenaran kata-kata Rasulullah r kerana orang yang membunuh diri
tempatnya adalah neraka.
Apabila Sayyidina Abu Dujanah t menghunus pedang Rasulullah r,
dia berjuang bermati-matian untuk menunaikan hak pedang yang Baginda
amanahkan itu. Dia telah memerangi tentera Kuffar sehingga pedang
Rasulullah r itu telah bengkok. Ketika Sayyidina Abu Dujanah t menerima
pedang Rasulullah r itu, Sayyidina Ka’ab Bin Malik berazam mahu melihat
bagaimana Sayyidina Abu Dujanah t akan memperlakukan pedang
Rasulullah r itu. Dalam pertempuran Uhud dia sentiasa berada berdekatan
dengan Sayyidina Abu Dujanah t. Sehingga satu ketika dia melihat satu
pertarungan hebat di antara Sayyidina Abu Dujanah dan seorang pahlawan
kafir. Apabila tentera kafir itu merasa dia tidak mampu mengalahkan
Sayyidina Abu Dujanah t, dia lari dari Sayyidina Abu Dujanah t dengan
kudanya. Sayyidina Abu Dujanah t mengejar pahlawan itu sehingga dapat
menetak pahlawan yang lengkap berbaju besi dari kepala sampai ke kakinya.
Oleh kerana kuatnya tetakan Sayyidina Abu Dujanah t menyebabkan jasad
pahlawan terbelah dua itu malah pedang Rasulullah r telah mengenai
kudanya. Pahlawan kafir itu jatuh terbelah dua. Ketika itu Sayyidina Abu
Dujanah t mengangkat pedangnya sambil berpaling kepada Sayyidina
Ka’ab t. Dia tersenyum syukur dan mengisyaratkan permintaan doa dari
Sayyidina Ka’ab t agar dia terus dibantu Allah I.
Penyelamat Tentera Islam
Muncul seorang pahlawan kafir berbaju besi lengkap dan berperang
menggunakan pedang yang panjang di atas seekor unta. Tidak ramai pahlawan
mampu menggunakan pedang panjang dalam pertarungan. Ternyata
pahlawan kafir ini seorang yang mahir menggunakan pedang panjang. Sudah
180
Tragedi Uhud Bab 12
sembilan orang tentera Islam syahid ditangannya malah ramai yang lain
cedera. Dia bagaikan tidak dapat dikalahkan kerana pedangnya yang panjang
itu akan membunuh lawan yang menentangnya sebelum pedang lawan
sampai kepadanya. Melihat keadaan itu, tentera Islam terpaksa menjauhkan
diri darinya. Akhirnya mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah r.
Baginda telah menawarkan kepada pahlawan Islam untuk berhadapan dengan
si pedang panjang itu. Walaupun sudah dua kali Rasulullah r mengulangi
tawaran itu, tiada siapa yang menyahutnya. Apabila Baginda bertanya untuk
kali yang ketiga, Sayyidina Zubair t telah menawarkan dirinya untuk
menghadapi si pedang panjang demi menyelamatkan tentera Islam yang
lain darinya. Ketika itu Rasulullah r bersabda, “Wahai Zubair, sekiranya
kamu tidak menyahutnya, aku sendiri akan keluar menghadapi pahlawan
itu.” Sayyidina Zubair t berkata, “Aku datang kepada pahlawan itu dan aku
mencari-cari dimanakah ruang untuk aku boleh membunuhnya. Ternyata
seluruh tubuhnya dilindungi oleh baju besi. Aku berpusing mengelilinginya
dari jarak yang selamat sehingga aku berada di belakang untanya. Aku tikam
untanya lalu aku melompat ke atas unta dan menolaknya ke bawah. Apabila
dia jatuh, aku terjun dan menikamnya dengan kerambit. Ketika itu aku
berjaya membunuhnya.” Begitulah kegagahan dan kehandalan Sayyidina
Zubair bin Awwam t.
Bendera Kuffar Tumbang Lagi
Pertempuran semakin sengit di sekitar bendera Kuffar. Tentera Islam telah
berjaya membunuh pemegang bendera yang kelapan. Bendera Quraisy jatuh
lagi buat kali yang kelapan. Seorang lelaki dari Bani Abdul Dar segera
mengangkat bendera mereka kembali tetapi semangat tentera kafir sudah
semakin lemah kerana bendera mereka sudah berkali-kali jatuh. Tidak lama
selepas itu tentera Islam berjaya lagi membunuh pemegang bendera yang
kesembilan. Bendera Kuffar jatuh lagi buat kali yang kesembilan. Setelah itu
tiada lagi tentera Kuffar yang berani mengangkat bendera mereka. Mereka
melihat setiap orang yang mengangkat bendera akan berjaya dibunuh oleh
tentera Islam. Tentera Kuffar yang sedar bendera mereka jatuh lagi buat kali
yang kesembilan menunggu-nunggu bendera mereka naik semula. Namun
bendera mereka sudah tidak naik lagi. Setiap orang merasa tentera mereka
sudah tewas, mereka berundur ke belakang dari semua bahagian demi
menyelamatkan nyawa sendiri. Tentera Islam terus mengejar tentera Kuffar
yang sedang lari menyelamatkan diri meninggalkan harta dan bekalan yang
mereka bawa. Akhirnya medan Uhud telah dapat dikuasai oleh tentera
Islam. Ketika itu tentera Islam mula mengutip dan mengumpul apa yang
ditinggalkan. Mereka tidak menyedari bahawa ada satu lagi pasukan tentera
Kuffar yang masih tersusun. Ia adalah pasukan berkuda yang dipimpin oleh
181
Catatan Sejarah Rasulullah r
Khalid al Walid. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa sejak awal pertempuran.
Beberapa kali mereka menyerbu ke medan untuk membantu pemegang
bendera tapi pasukan pemanah tentera Islam dari atas bukit telah menghujani
mereka dengan anak panah. Mereka terpaksa berundur ke belakang dan
hanya dapat memerhati pertempuran dari jauh.
Akibat Mengingkari Arahan
Apabila medan Uhud telah dikuasai oleh tentera Islam dan mereka telah
mula mengutip ghanimah, pasukan pemanah menyangka peperangan sudah
berakhir dan tentera Islam sudah menang. Lalu mereka mahu ikut turun
mengutip ghanimah. Sayyidina Abdullah bin Jubair t menahan mereka.
Dia berkata kepada pasukan pemanah, “Rasulullah r telah mengarahkan
kita supaya jangan meninggalkan bukit!” Mereka berkata, “Arahan itu
ketika perang berlangsung tetapi sekarang perang sudah selesai. Tentera
Kuffar sudah lari dan semua orang sedang mengutip ghanimah.” Pasukan
pemanah pun turun dari bukit meninggalkan Sayyidina Abdullah t dan dua
orang yang lain. Khalid al Walid dapat melihat dari jauh pasukan pemanah
sudah tiada lagi di atas bukit. Pasukan yang telah menghalang pasukannya
menyertai peperangan kini sudah tiada lagi. Khalid segera menggerakkan
pasukannya berpusing dari belakang Bukit Uhud. Dia membawa pasukannya
mendaki bukit pemanah dari belakang. Sayyidina Abdullah t dan dua orang
pemanah yang setia dengannya cuba menghalang mereka tetapi mereka
tidak mampu lagi kerana mereka hanya tinggal tiga orang sahaja. Akhirnya
pasukan Khalid berjaya menguasai bukit pemanah. Sayyidina Abdullah t
dan dua orang lagi anggota pasukannya gugur syahid di tangan pasukan
Khalid. Pasukan Khalid yang sudah berjaya menguasai bukit pemanah itu
kini sudah berada di belakang tentera Islam. Ketika tentera Islam sedang
sibuk mengutip ghanimah dan mengejar tentera kafir yang lari tiba-tiba
pasukan Khalid menyerang mereka dari belakang.
Tentera Islam yang tadinya sudah menguasai medan Uhud itu pula
menjadi kucar kacir. Sekarang pasukan Khalid yang menguasai medan
Uhud. Mereka menyerang tentera Islam bertubi-tubi. Apabila Rasulullah
r melihat keadaan itu, Baginda menyeru tentera Islam supaya berkumpul
dekat Baginda untuk menyusun kekuatan semula. Rasulullah r berseru:
“Ke sini semua wahai hamba-hamba Allah! Ke sini semua wahai
hamba-hamba Allah! Sesungguhnya aku Rasulullah r!!”
182
Tragedi Uhud Bab 12
Rasulullah r telah mempertaruhkan keselamatan dirinya di saat genting
ini demi menyelamatkan tentera Islam. Seruan itu telah menyebabkan tentera
Kuffar mengetahui kedudukan Rasulullah r Ketika itu satu kumpulan tentera
Kuffar menyerang Baginda. Rasulullah sa.w. berundur lagi ke belakang dan
akhirnya Baginda terjatuh ke dalam lubang perangkap yang dibuat oleh
Amru ar-Rahib.
Sementara itu Sayyidina Hamzah t yang sedang mematahkan serangan
pasukan berkuda kafir hanya tinggal seorang diri. Sudah tiada lagi pasukan
yang membantunya. Wahsyi yang sejak awal peperangan mengawasi
pergerakan Sayyidina Hamzah t, segera mendekatinya. Dia mengekori
Sayyidina Hamzah t dari jarak yang selamat sehinggalah dia berada di
belakangnya. Lantas dia melontar tombaknya tepat menikam belakang
Sayyidina Hamzah dan menembusi ke perutnya. Walaupun tombak Wahsyi
sudah menembusi perutnya, Sayyidina Hamzah t masih tegak. Dia
memusingkan kudanya ke arah Wahsyi. Wahsyi berkata, “Ketika itu aku
merasakan bahawa aku tidak akan terlepas lagi dari Sayyidina Hamzah
t. Aku hanya boleh berdiri tegak kerana terlalu takut. Apabila Sayyidina
Hamzah t sampai kepadaku barulah dia jatuh dari kudanya dan syahid di
situ. Aku pun mengambil semula tombakku lalu berundur dari medan perang.
Hanya itu sahaja yang aku mahu dari medan Uhud.” Demikianlah ‘Pedang
Allah’ Sayyidina Hamzah bin Abdul Mutalib t kembali kepada Tuhannya.
Sayyidina Mus’ab t, pemegang bendera juga sudah jauh daripada kawalan
pasukannya. Ketika itu satu pasukan tentera Kuffar telah menyerangnya.
Sebelah tangannya memegang bendera dan sebelah lagi menghayun pedang
menyekat kemaraan tentera Kuffar. Akhirnya mereka berjaya memotong
sebelah tangannya. Lantas dipegang bendera dengan tangan yang satu lagi.
Tentera Kuffra berjaya memenggal sebelah tangannya lagi. Setelah itu
Sayyidina Mus’ab t juga syahid demi mempertahankan bendera Islam.
Ketika itu jatuhlah bendera Islam. Sekarang kedua pasukan tentera tidak
mempunyai bendera. Bendera Islam baru jatuh dengan syahidnya Sayyidina
Mus’ab t, sementara bendera Kuffar sudah lama tumbang.
Ketika itu Sayyidina Anas bin Nadr t merempuh barisan tentera
Kuffar sambil dia memberitahu sahabatnya, Sayyidina Saad bin Muaz t
bahawa dia telah mencium bau syurga. Dia telah bersumpah mahu menebus
kesilapannya kerana tidak menyertai peperangan Badar. Akhirnya dia syahid
dalam keadaan tubuhnya penuh dengan tikaman senjata. Sayyidina Saad
bin Muaz t memberitahu Rasulullah r, “Wahai Rasulullah, aku telah
menyaksikan bagaimana Anas menyekat tentera Kuffar. Aku sendiri tidak
mampu melakukan seperti yang dia lakukan.”
183
Catatan Sejarah Rasulullah r
Selepas itu Sayyidina Ali berjaya mengangkat kembali bendera Islam.
Bendera Kuffar juga telah diangkat kembali oleh seorang perempuan dari
Bani Abdul Dar yang dikenali sebagai Amrah binti Alqamah. Apabila kedua-
dua bendera tegak kembali, tentera berkumpul semula ke arah bendera
masing-masing. Tentera Islam ketika itu berada di tengah-tengah. Mereka
di serang dari depan dan belakang. Rasulullah r yang terjatuh ke dalam
lubang itu menyeru lagi tentera Islam:
“Ke sini semua wahai hamba-hamba Allah! Ke sini semua wahai
hamba-hamba Allah! Sesungguhnya aku Rasulullah!!”
Beberapa orang Sahabat y telah berkumpul di sekeliling Rasulullah r.
Sayyidina Abu Bakar t, Sayyidina Abdul Rahman bin Auf t, Sayyidina Abu
Dujanah t, Sayyidina Talhah bin Ubaidillah t, pasukan 7 orang pahlawan
Ansar dan pasukan wanita Islam. Pasukan wanita ini menyertai Perang Uhud
sebagai pasukan pembantu di barisan belakang terutama untuk menyediakan
makanan dan merawat tentera yang cedera. Sementara itu Rasulullah r
memerintahkan Sayyidina Umar t dan pasukannya menghalau pasukan
Khalid dari Jabal Rumah.
Sayyidatina Nusaibah Mempertahankan Rasulullah r
Dalam keadan kucar kacir itu hanya tinggal beberapa orang sahaja di
sekeliling Rasulullah r. Baginda telah berjaya keluar dari lubang. Ketika
itu satu pasukan tentera Kuffar datang menyerbu ke arah Rasulullah r. lagi.
Tujuan mereka adalah mahu membunuh Baginda. Kerana ramainya bilangan
mereka, ada yang berjaya sampai kepada Rasulullah r. Salah seorang dari
mereka berjaya menetak bahu Baginda. Walaupun Rasulullah r memakai
baju besi, tetapi tetakan itu telah menyebabkan kesakitan yang ditanggung
oleh Baginda berlarutan lebih dari sebulan. Tetakan itu menyebabkan
Rasulullah r terjatuh semula ke dalam lubang. Mereka menetak kepala
Baginda pula. Kerana kuatnya tetakan itu, sebahagian topi besi Rasulullah
r tertusuk ke isi kepala Baginda. Rasulullah r masih boleh bertahan. Para
Sahabat y yang berada di sekeliling Baginda terus menyekat dan mengusir
tentera kafir yang sampai ke situ. Namun dengan jumlah mereka yang sedikit
dan serbuan bertubi-tubi dari berbagai penjuru menyebabkan sebahagian
tentera kafir tetap berjaya sampai kepada Rasulullah r. Kali ini mereka
berjaya menetak muka Baginda. Tetakan itu menyebabkan beberapa gigi
Rasulullah r patah, kepala serta muka Baginda luka.
184
Tragedi Uhud Bab 12
Apabila Sayyidatina Nusaibah melihat keadaan itu dia mengambil
pedang dan ikut menyekat serbuan tentera kafir ke arah Rasulullah r. Salah
seorang dari tentera kafir berjaya menetak bahu Sayyidatina Nusaibah yang
sedang menghalang kemaraan tentera kafir dengan pedangnya. Walaupun
tercedera Sayyidatina Nusaibah terus mempertahankan Rasulullah
r. Menurut Sayyidatina Nusaibah , luka di bahunya itu ditanggungnya
sepanjang hayat.
Apabila tentera kafir berjaya disekat oleh sebilangan kecil pahlawan Islam
yang bersama Rasulullah r, mereka tak boleh lagi mendekati Baginda. Oleh
kerana Rasulullah r masih berada di dalam lubang, mereka memanah ke
arah Baginda pula. Melihat hal itu Sayyidina Abu Dujanah t melompat ke
dalam lubang untuk melindungi Rasulullah r dengan belakangnya. Semua
anak panah yang menghujani lubang Rasulullah r telah mengenai belakang
Sayyidina Abu Dujanah t. Diceritakan, belakang Sayyidina Abu Dujanah
t kelihatan bagaikan belakang seekor landak kerana banyaknya anak panah
yang melekat dibelakangnya.
Akhirnya Rasulullah r berjaya keluar dari lubang itu dengan kawalan
para sahabat y. Sambil menahan serangan bertubi-tubi daripada tentera
Kuffar, mereka berundur ke Bukit Uhud. Sayyidina Abdul Rahman bin
Auf t cuba mengeluarkan besi di kepala Rasulullah r tetapi ia melekat
kuat. Akhirnya dia menggunakan giginya sehingga beberapa batang
giginya patah. Darah mengalir dari kepala Rasulullah r. Sayyidina Ali
dan Sayyidatina Fatimah merawat luka kepala Baginda. Apabila
tentera Kuffar merasakan Rasulullah r masih hidup, mereka berpusu-pusu
menyerang lagi ke arah Baginda. Serbuan kali ini oleh pasukan Ubay bin
Khalaf. Ketika itu Rasulullah r menyeru siapa yang mahu menahan mereka.
Tujuh orang pahlawan Ansar segera menyahut seruan Rasulullah r menahan
kemaraan pasukan Ubay bin Khalaf. Rasulullah r memerintahkan sahabat
lain naik ke atas bukit. Rasulullah r dengan kecederaannya tidak mampu
untuk memanjat bukit. Sayyidina Abu Talhah t telah memikul Baginda
dibelakangnya. Ketika itu Ubay bin Khalaf berjaya menembusi pertahanan
Islam. Sayyidina Abu Talhah t berhenti untuk menghadapi Ubay. Rasulullah
r menghalangnya kerana Baginda sendiri ingin menghadapi Ubay. Ubay
ketika itu berbaju besi lengkap dari kepala sampai ke kakinya, tak ada ruang
yang terbuka melainkan di tepi tengkoknya. Dia menunggang seekor kuda
yang telah dipersiapkannya sejak sebelum Rasulullah r berhijrah lagi.
Setiap kali Rasulullah r lalu di tepi rumahnya dia akan berkata kepada
Baginda, “Tunggulah wahai Muhammad, nanti aku akan bunuh kamu dari
atas kuda ini.” Rasulullah r menjawab, “Daku yang akan menewaskan
kamu dari atas kuda ini dengan izin Allah I” Baginda mengambil panah
185
Catatan Sejarah Rasulullah r
sambil para sahabat y mengawal Baginda dari belakang. Panahan pertama
oleh Rasulullah r terus mengenai bahagian leher Ubay yang terbuka. Kerana
kuatnya panahan Rasulullah r itu, Ubay terjatuh dari kudanya lalu bergolek
ke bawah bukit. Dia bangun dan berlari ketakutan ke tempat tentera Kuffar
sambil menjerit, “Muhammad telah memanah aku, matilah aku!!” Apabila
dia membuka topi besinya didapati lukanya hanya sedikit. Kawan-kawannya
telah memperlecehkannya. Mereka berkata: “Wahai Ubay, luka ini tidak akan
membunuh kamu.” Ubay berkata, “Demi Allah, kalau Muhammad ludah aku
pun, aku boleh mati!” Sayyidina Abu Talhah t memikul Rasulullah r naik
ke atas bukit.
Tentera Islam Berkumpul Di Atas Bukit Uhud
Apabila melihat Sayyidina Ali menjulang bendera Islam di atas Bukit
Uhud, tentera Islam yang lain segera menuju ke situ. Melihat tentera
Islam berkumpul semula di atas bukit dan bendera Islam masih tegak,
Khalid al Walid menyerbu dengan pasukannya ke arah bukit. Mereka
mahu menjatuhkan bendera Islam untuk memperkukuhkan kemenangan
mereka. Rasulullah r memanggil Sayyidina Saad bin Abi Waqqas t lalu
mengarahkannya memanah pasukan Khalid. Sayyidina Saad t mengadu
kepada Baginda, “Wahai Rasulullah r, bagaimana aku seorang mampu
memanah satu pasukan.” Rasulullah r pun mendoakan Sayyidina Saad
t. Setiap panahannya tepat mengenai seorang anggota pasukan Khalid.
Melihat keadaan itu, pasukan Khalid tidak berani mara lagi. Demikianlah
apabila Sayyidina Saad t memanah dengan keberkatan mukjizat Rasulullah
r. Inilah rahsia kenapa pasukan Khalid yang masih mantap itu terpaksa
berundur. Sementara itu Ibnu Qaniah, seorang tentera kafir yang berjaya
menetak Rasulullah r tiga kali telah mengisytiharkan kepada tentera Kuffar
bahawa dia telah berjaya membunuh Baginda. Ketika itu semua tentera
Islam sudah berada di atas bukit.
Abu Sufyan datang dekat bukit Uhud sambil menjerit, “Apakah
Muhammad masih hidup?” Rasulullah r tidak membenarkan sesiapa pun
menjawab pertanyaan itu. Abu Sufyan bertanya lagi, “Apakah Abu Bakar
masih hidup?” Rasulullah r tidak membenarkan pertanyaan itu dijawab.
Abu Sufyan bertanya lagi, “Apakah Umar masih hidup?” Rasulullah r
tidak membenarkan pertanyaan itu dijawab. Setelah tiada jawapan kepada
tiga soalannya, Abu Sufyan berseru, “Kalau tiga orang ini sudah mati maka
tamatlah riwayat Islam. Kita telah berjaya menghapuskan Islam!” Ketika
itu Sayyidina Umar t dengan izin Rasulullah r menjawab, “Wahai Abu
Sufyan! Wahai musuh Allah! Semua yang kamu sebut masih hidup dan
ada disini!” Abu Sufyan kenal itu suara Sayyidina Umar t. Tahulah dia
186
Tragedi Uhud Bab 12
bahawa dia belum berjaya tetapi untuk menutup perasan kecewanya dia
menjerit, “Wa Hubal!” Melaungkan nama berhala Hubal adalah satu laungan
kemenangan bagi orang Kuffar Mekah.
Rasulullah r memerintahkan Sayyidina Umar t sebagai jurucakap
tentera Islam menjawab jeritan ini. Sayyidina Umar t bertanya, “Apa
yang patut kami jawab, wahai Rasulullah r?” Rasulullah r bersabda,
“Jawablah, “Allahu A’la wa Ajal!” iaitu ‘Allahlah yang Maha Tinggi dan
Maha Mulia.’ Maka Sayyidina Umar t menjawab jeritan Abu Sufyan itu,
“Allah yang Maha Tinggi dan Maha Mulia!” Mendengar jawapan itu, Abu
Sufyan menjerit lagi, “Kami ada Uzza sedangkan kamu tidak mempunyai
Uzza!” Sayyidina Umar t menjawab, “Allah I pembela kami dan kamu
tidak ada pembela!” Abu Sufyan berkata, “Kemenangan kami hari ini seperti
kemenangan kamu di Badar!” Abu Sufyan mahu mengatakan bahawa kita
seri sekarang. Di Badar kamu menang dan hari ini kami yang menang.
Lantas Sayyidina Umar t menjawab, “Tidak ada persamaan antara kita.
Para korban kami masuk syurga sedangkan korban kamu masuk neraka!”
Abu Sufyan tidak mampu membalas kata-kata itu. Mereka berundur sambil
mencacatkan mayat para syuhada’ tentera Islam.
Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan, anak Utbah dan saudara kandung
Walid bin Utbah dan anak saudara Syaibah, tiga orang panglima kafir
yang terbunuh dalam Medan Badar telah bersumpah sebelum perang akan
memakan hati Sayyidina Hamzah t. Beliaulah yang menyebabkan kematian
ayahnya, bapa saudaranya dan abang kandungnya. Hindunlah yang mengupah
Wahsyi untuk membunuh Sayyidina Hamzah t. Apabila dia menjumpai
mayat Sayyidina Hamzah t, dia telah membelah perut Sayyidina Hamzah
t dan mengeluarkan hatinya lalu dikunyah hati itu. Namun dia tidak mampu
mengunyahnya kerana kepanasan dan kepahitannya. Diletakkan kembali
hati itu di dada Sayyidina Hamzah t. Tidak cukup dengan itu, dia juga
memotong telinga dan hidung Sayyidina Hamzah t.
Selepas itu tentera Kuffar pulang ke Mekah. Dalam Perang Uhud ini 70
orang tentera Islam telah syahid sementara di pihak tentera Kuffar sebanyak
22 orang terbunuh. Selepas tentera Kuffar berundur, Rasulullah r dan
tentera Islam turun mengumpulkan mayat tentera Islam yang syahid. Ketika
itu Rasulullah r belum menyedari bahawa Sayyidina Hamzah t telah
syahid sehinggalah Baginda sampai ke tempat mayat Sayyidina Hamzah t
yang berada dalam keadaan yang begitu rupa. Perutnya dibelah, hatinya di
atas dadanya, hidung dan telinganya telah dipotong. Dia terkorban kerana
mempertahankan Rasulullah r dan memperjuangan agama Allah I agar
tertegak di muka bumi ini. Sebuah perjuangan agar semua manusia dapat
187
Catatan Sejarah Rasulullah r
mengenali Tuhan mereka yang sebenar dan kembali menyembah-Nya dan
mentaati-Nya, mensyukuri dan membesarkan-Nya. Moga mereka selamat
dari azab Tuhan di akhirat nanti dan agar mereka dapat hidup dalam
keredhaan Tuhan di dunia.
Rasulullah r menangis melihat mayat Sayyidina Hamzah t, Sahabat t
berkata, “Rasulullah r menangis teresak-esak, sehingga semua sahabat y
turut menangis di atas kesedihan Rasulullah r itu.” Kesedihan Rasulullah
r itulah kesedihan mereka, kegembiraan Rasulullah r itulah kegembiraan
mereka. Hati mereka terlalu dekat dengan hati Baginda. Selepas itu
Rasulullah r bersabda:
“Demi Allah, belum pernah aku lalui dalam hidupku sesedih
suasana ini.”
Begitulah hati Rasulullah r terhadap umatnya. Apatah lagi terhadap
Sahabatnya yang bersamanya memperjuangkan agama Allah ini. Lebih-
lebih lagi terhadap Sayyidina Hamzah t, bapa saudaranya yang telah
mendokong perjuangannya. Rasulullah r memerintahkan semua Syuhada’
Uhud y dikebumikan di dalam satu kubur yang sama.
188
Bab 13
Pengkhianatan Bani Nadhir
Ghazwah Hamra al-Asad
Selepas itu Rasulullah r dan tentera Islam pulang ke Madinah. Sebaik
sahaja memasuki Madinah, Rasulullah r mendengar tangisan dari semua
rumah. Baginda bersabda, ‘Semua syuhada’ Uhud ada yang menangisinya
kecuali Sayyidina Hamzah t kerana dia tidak mempunyai ahli keluarga di
Madinah.” Apabila kata-kata Rasulullah r itu sampai kepada kaum wanita
Ansar, mereka datang beramai-ramai ke rumah Sayyidina Hamzah t. Ketika
itu Allah I belum melarang lagi ratapan terhadap kematian.
Apabila tentera Kuffar sampai di Abwa’, mereka berhenti rehat di situ.
Ketika itu baru mereka terfikir, mereka tidak mendapat apa-apa dalam Perang
Uhud. Mereka tidak berjaya membunuh Rasulullah r. Mereka tidak berjaya
membunuh Sayyidina Abu Bakar t. Mereka tidak berjaya membunuh
Sayyidina Umar t. Malah mereka tidak mendapat harta rampasan perang.
Mereka juga tidak dapat menawan seorang pun tentera Islam. Bahkan
mereka tidak berjaya masuk ke Madinah. Ketika itu mereka berazam untuk
berpatah balik untuk menawan Madinah.
Sementara itu di Madinah, Rasulullah r memerintahkan tentera Islam
bersiap semula untuk mengejar tentera Kuffar. Baginda hanya membenarkan
tentera yang menyertai Perang Uhud sahaja yang pergi. Pasukan yang balik ke
Madinah sebelum peperangan bermula tidak dibenarkan mengikuti operasi
189
Catatan Sejarah Rasulullah r
ini. Abdullah bin Ubay mahu ikut tetapi Rasulullah r tidak membenarkannya.
Apabila mendapat arahan Rasulullah r, serta-merta tentera Islam berkumpul
kembali dan bergerak mengejar tentera Kuffar.
Demikianlah ketaatan dan semangat jihad para sahabat y. Mereka baru
3 hari pulang dari medan perang Uhud. Keletihan belum hilang malah
ramai yang masih menanggung kecederaan tetapi mereka terus bergerak
menyambut seruan Rasulullah r. Apabila sampai berita kepada tentera
Kuffar bahwa Rasulullah r dan tentera Islam sedang mara menuju ke tempat
mereka, mereka mula merasa takut. Baru tiga hari mereka mengalahkan
tentera Islam di Uhud, sekarang tentera Islam telah bergerak mengejar
mereka semula. Abu Sufyan menghantar wakilnya cuba menakut-nakutkan
tentera Islam. Sebenarnya tentera Kuffar sudah takut untuk bertempur lagi.
Abu Sufyan juga takut nanti kabilah Arab yang lain akan menyangka tentera
Quraisy terpaksa pulang ke Mekah kerana dikejar oleh tentera Islam.
Apabila wakil Kuffar Quraisy sampai, Rasulullah r bertanya, “Apa
berita tentera Quraisy?” Wakil Abu Sufyan menjawab, “Mereka sedang
berkumpul. Tentera tambahan dari Mekah juga sudah tiba untuk menyerang
tentera Islam.” Allah I telah menceritakan peristiwa ini di dalam al-Quran:
Wakil Kuffar Qurais berkata, “Orang Kafir Quraisy telah berkumpul
untuk menyerang kamu, hendaklah kamu takut kepada mereka.” Tetapi
Iman orang Islam makin bertambah dan mereka berkata, “Cukuplah
Allah I sebagai pembela kami dan Allahlah sebaik-baik pembela.”
(Surah al-Imran: 173)
Rasulullah r memerintahkan tentera Islam terus mara ke Humrul Asad.
Rasulullah r berkhemah di sana menunggu tentera Kuffar seperti mana yang
telah diberitahu oleh wakil mereka bahawa mereka sedang bergerak ke situ.
Apabila tentera Kuffar mendengar Rasulullah r telah sampai ke Humrul
Asad, mereka tidak berani untuk meneruskan perjalanan ke Madinah.
Sebaliknya mereka segera berundur ke Mekah. Demikianlah kekalahan
tentera Islam bertukar menjadi kemenangan. Rasulullah r berada di Humrul
Asad selama tiga hari. Tersebarlah kepada semua kabilah Arab bahawa
Rasulullah r dan tentera Islam telah mengejar tentera Quraisy dan mereka
190
Pengkhianatan Bani Nadhir Bab 13
telah lari berundur ke Mekah. Setelah berita itu tersebar kepada seluruh
masyarakat Arab, barulah Rasulullah r dan tentera Islam pulang ke Madinah.
Sariyah Sayyidina Abu Salamah t
Sebulan selepas Perang Uhud, Bani Asad telah membuat persiapan untuk
menyerang Madinah. Mereka menyangka tentera Islam masih lemah setelah
menghadapi Perang Uhud. Mereka merasa inilah peluang terbaik untuk
mereka menguasai Madinah yang subur dengan hasil pertanian itu. Thulaihah
bin Khuwailid al Usdi dan Bani Asad telah melengkapkan persiapan mereka
untuk bergerak ke Madinah. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah
r, Baginda mengirim satu Sariyah seramai 150 orang tentera berkuda di
bawah pimpinan Sayyidina Abu Salamah t. Rasulullah r mahu mereka
bergerak segera dan menyerang Bani Asad. Apabila Sariyah Abu Salamah
t tiba di Bani Asad, mereka mendapati tentera Bani Asad telah bersedia
untuk bertempur. Abu Salamah dan pasukannya terus menyerang Bani Asad.
Apabila diserang, Bani Asad lari lintang pukang meninggalkan kabilah
mereka. Dengan itu Sayyidina Abu Salmah t dan pasukannya berjaya
membawa balik kambing dan unta ternakan Bani Asad ke Madinah. Dengan
peristiwa itu mereka membatalkan niat mereka untuk menyerang Madinah.
Mereka kini sedar bahawa menghadapi 150 orang tentera Islam pun mereka
lari lintang pukang, bagaimana mereka mahu mengalahkan tentera Islam
semuanya.
Misi Sayyidina Abdullah bin Unais t
Bani Huzail yang tinggal tidak jauh dari Mekah juga sedang bersiap sedia
untuk menyerang Madinah. Mereka diketuai oleh Khalid bin Sufyan al-
Huzli. Dia telah membuat satu persiapan yang besar. Apabila Rasulullah
r mengetahui perancangan Bani Huzail, Baginda mahu menangani
mereka sebelum mereka bergerak ke Madinah. Untuk misi itu, Rasulullah
r memilih seorang pahlawan Islam yang cerdik. Dia adalah Sayyidina
Abdullah bin Unais t. Rasulullah r memerintahkan dia segera bergerak
ke Bani Huzail. Baginda mahu dia membunuh Khalid bin Sufyan al-Huzli.
Sayyidina Abdullah t berkata, “Wahai Rasulullah, aku tidak mengenali
Khalid.” Rasulullah r bersabda, “Apabila kamu melihatnya hati kamu
akan dipenuhi dengan rasa takut.” Sayyidina Abdullah bin Unais t adalah
seorang yang tidak pernah merasa takut kepada sesiapa pun tetapi Baginda
memberitahunya bahawa dia akan merasa takut apabila melihat Khalid.
Sayyidina Abdullah bin Unais t hanya dibenarkan pergi seorang diri
untuk menjayakan misinya. Malah dia tidak dibenarkan menunggang
191
Catatan Sejarah Rasulullah r
kenderaan dan membawa peralatan perang. Dia hanya dibenarkan membawa
sebilah kerambit. Sayyidina Abdullah t berjalan kaki dari Madinah ke Bani
Huzail. Demikianlah kepercayaan Rasulullah r kepada Sayyidina Abdullah
bin Unais t. Baginda telah menghantarnya seorang diri untuk mengalahkan
satu kabilah yang besar.
Apabila Sayyidina Abdullah t sampai ke sebuah bukit di perbatasan
Kabilah Bani Huzail, dia dapat melihat seorang lelaki yang dikelilingi
oleh para wanitanya. Ketika itu hati Sayyidina Abdullah t berasa takut,
maka tahulah dia bahawa lelaki itu adalah Khalid bin Sufyan al-Huzli.
Dengan keberkatan Rasulullah r, Sayyidina Abdullah bin Unais t berjaya
menyelinap masuk ke perkhemahan Bani Huzail. Dengan kebijaksanaannya,
dia berjaya mendekati Khalid dan berbual dengannya. Tiada siapa pun
mencurigainya kerana dia tidak membawa senjata. Apabila mereka tinggal
berdua sahaja, Sayyidina Abdullah t mengeluarkan kerambitnya dan
menikam Khalid bin Sufyan sehingga dia pasti Khalid telah mati. Selepas
itu dia segera melarikan diri.
Apabila Bani Huzail mendapati ketua mereka telah dibunuh, mereka
tidak berani meneruskan perancangan mereka untuk menyerang Madinah.
Allah I telah menurunkan rasa takut ke dalam hati mereka. Selang beberapa
hari Sayyidina Abdullah t telah sampai ke Madinah. Apabila Rasulullah r
ternampaknya, Baginda berkata:
"A fJ§ BÍ ¹ÈUË \¼¯C
“Tahniah! engkau telah berjaya, wahai Abdullah!.”
Sayyidina Abdullah t menjawab:
"A ¾Ìmi BÍ ¹ÈUË \¼¯C ½I
“Bahkan, engkaulah yang berjaya, wahai Rasulullah r”
Demikianlah Sayyidina Abdullah bin Unais t seorang diri telah berjaya
menyelamatkan Madinah dan umat Islam daripada serangan Bani Huzail.
Demikianlah bantuan Allah I kepadanya dengan keberkatan dan kebesaran
Rasulullah r.
192
Pengkhianatan Bani Nadhir Bab 13
Islamnya Sayyidina Amru bin al-Ash t
Ketika itu, Amru al-Ash pergi ke Habsyah untuk berniaga sambil membawa
hadiah kepada Najasyi. Dalam masa yang sama Rasulullah r menghantar
Sayyidina Amru bin Umayyah ad Dhomri t ke Habsyah untuk meminang
Ummu Habibah, puteri Abu Sufyan. Ummu Habibah telah masuk Islam dan
berhijrah bersama suaminya ke Habsyah. Setelah suaminya meninggal dunia
di Habsyah, Rasulullah r berhasrat membela dan memuliakannya dengan
mengambilnya sebagai isteri Baginda.
ApabilaAmru bin al-Ash melihat SayyidinaAmru bin Umayyah ad Dhomri
berada di Habsyah, dia meminta Najasyi menghadiahkan Sayyidina Amru bin
Umayyah t kepadanya. Ternyata permintaan itu telah menyebabkan Najasyi
marah. Najasyi berkata, “Apakah kamu mahu meminta aku menyerahkan
utusan seorang Pesuruh Allah yang mendapat wahyu dari Allah I seperti
Nabi Musa?!” Pendirian Najasyi itu telah menyebabkan Amru bin al Ash
tertarik kepada Islam. Dia meminta Najasyi mengajarkannya lagi tentang
wahyu. Najasyi telah menjelaskan Islam kepadanya sehinggalah Allah I
memberi hidayah ke dalam hati Amru. Akhirnya dia masuk Islam di tangan
Najasyi. Setelah hatinya disimbahi Nur Iman, Sayyidina Amru bin Al-Ash
t tidak pulang ke Mekah lagi sebaliknya mahu pergi ke Madinah. Dia mahu
berhijrah dan berbai’ah dengan Rasulullah r.
Apabila Ummu Habibah dipinang oleh wakil Rasulullah r, dia telah
mewakilkan urusan pernikahannya kepada seorang kerabatnya yang Islam di
Habsyah. Najasyi telah berkenan melakukan akad nikah dan menyampaikan
khutbah nikah. Setelah itu dia mengadakan majlis kenduri sempena
perkahwinan itu.
Selepas peperangan Uhud, Rasulullah r juga mengahwini Sayyidah
Zainab binti Jahasy . Sayyidah Zainab adalah bekas isteri Sayyidina
Zaid bin Harithah t, anak angkat Rasulullah r yang pernah satu ketika
dinamakan Zaid bin Muhammad. Allah I memerintahkan Rasulullah r
untuk mengahwini bekas isteri anak angkatnya untuk membatalkan adat
masyarakat Arab ketika itu yang mengharamkan perkahwinan dengan bekas
isteri anak angkat. Al-Quran juga menjelaskan bahawa anak angkat tidak
boleh dibinkan kepada ayah angkatnya. Seterusnya anak angkat tetap tidak
dikira muhrim kepada keluarga angkatnya.
Peristiwa Syuhada’ Perigi Maunah
Safar tahun keempat Hijriah telah menyaksikan peristiwa Syuhada’ Perigi
193
Catatan Sejarah Rasulullah r
Maunah. Amir bin Malik, Ketua Kabilah Bani Amir, salah sebuah kabilah
Arab terbesar telah datang mengadap Rasulullah r untuk mempelajari
agama Islam. Setelah mendampingi Rasulullah r dan melihat masyarakat
Islam Madinah, dia tertarik dan jatuh hati kepada Islam. Dia menawarkan
supaya Rasulullah r menghantar pendakwah dan guru untuk berdakwah
dan mengajar agama Islam kepada kabilahnya. Amir bin Malik berjanji,
“Kalau kabilah aku masuk Islam, aku akan masuk Islam bersama mereka.”
Rasulullah r bersabda, “Di antara Madinah dan kabilah kamu ada kabilah
lain yang memusuhi Islam. Aku takut mereka akan membunuh para
utusanku.” Amir menegaskan, “Aku penjamin mereka, wahai Rasulullah.”
Dengan jaminan itu, Rasulullah r telah menghantar empat puluh orang
ulama’ dan pendakwah di kalangan sahabat y yang semua mereka itu hafal
al-Quran. Setelah itu Amir pulang ke kabilahnya untuk mempersiapkan
mereka menerima para utusan Rasulullah r.
Selepas itu barulah rombongan para utusan Rasulullah r yang dipimpin
oleh Sayyidina Munzir bin Amir t bergerak ke Bani Amir. Dalam perjalanan
itu, mereka juga mengambil peluang berdakwah kepada kabilah yang mereka
lalui sehinggalah mereka sampai ke Kabilah Amru bin Tufail. Rupanya
Amru bin Tufail sangat memusuhi Islam. Sayyidina Munzir t menghantar
wakilnya menyampaikan surat kepada Amru bin Tufail, menyerunya kepada
Islam. Amru telah mengoyak surat itu tanpa membacanya. Malah dia
mengarahkan orangnya supaya membunuh si pembawa surat. Mereka telah
menikamnya dengan tombak dari belakang. Namun sungguh mengejutkan
mereka, apabila pembawa surat itu rebah sambil menjerit, “Aku telah
berjaya! Aku telah berjaya demi Tuhan Ka’bah!” Sahabat Rasulullah r ini
mengatakan dirinya berjaya kerana dia telah dikurniakan syahid. Peristiwa
itu adalah satu pengajaran kepada kabilah Amru bin Tufail yang tidak
percaya kepada Hari Pembalasan.
SetelahAmru bin Tufail membunuh utusan Sayyidina Munzir t, dia mahu
membunuh semua anggota rombongan pula. Dia berpakat dengan kabilah
yang berjiran dengannya sehingga mereka berjaya mengumpul tentera yang
ramai untuk menyerang rombongan perwakilan Rasulullah r. itu. Sayyidina
Munzir t dan pasukannya tidak menyangka mereka akan diserang kerana
mereka telah mendapat jaminan keselamatan dari ketua kabilah Bani Amir.
Dalam serangan hendap itu semua sahabat Rasulullah r telah syahid kecuali
dua orang. Mereka sedang ditugaskan membawa kuda dan unta rombongan
ke padang rumput. Salah seorang darinya ialah Sayyidina Amru bin Umayyah
ad Dhomri t. Walaupun dia baru sahaja pulang dari Habsyah, Rasulullah
r mengutusnya kepada Bani Amir pula. Begitulah kegigihan para Sahabat
Rasulullah r berjuang menegakkan agama Allah I. Tiada rehat bagi mereka
194
Pengkhianatan Bani Nadhir Bab 13
di dunia, kerehatan hanya di Syurga. Hari-hari mereka di dunia penuh dengan
perjuangan tapi mereka sangat bahagia dengan kehidupan dalam perjuangan
ini. Merekalah sebaik-baik umat manusia yang Allah I lahirkan di muka
bumi ini. Hidup mereka hanya untuk Tuhan.
Apabila mereka pulang ke perkhemahan, mereka mendapati kawan
mereka semuanya telah syahid. Mereka juga diserang oleh pengikut Amru bin
Tufail. Akhirnya Sayyidina Amru bin Umayyah t ditawan tetapi rakannya
mati syahid. Sayyidina Amru t ini dibawa kepada Amru bin Tufail tetapi
dia telah dibebaskan selepas itu apabila diketahui dia dari Bani Dhamrah.
Rupanya ibu Amru bin Tufail pernah bernazar untuk membebaskan seorang
hamba dari Bani Dhamrah sedangkan tidak ada anggota Bani Dhamrah
menjadi hamba. Amru bin Tufail merasa ini peluang untuk menunaikan nazar
ibunya. Dengan itu Amru bin Tufail membotakkan kepala Sayyidina Amru
bin Umayyah t sebagai tanda kehambaan kemudian membebaskannya.
Sayyidina Amru bin Umayyah t pulang ke Madinah lantas memberitahu
Rasulullah r apa yang telah berlaku. Alangkah marahnya Amru bin Malik
apabila mengetahui perlakuan anak saudaranya sendiri terhadap para Sahabat
Rasulullah r sedangkan mereka berada dalam jaminan keselamatan darinya.
Dia berjumpa dengan Amru bin Tufail lalu ditombaknya anak saudaranya
itu. Walaupun ditombak Amru bin Tufail tidak mati, cuma cedera. Oleh
kerana terlalu sedih dan terlalu malu terhadap peristiwa itu, Amru bin Malik
telah meninggal dunia. Begitulah kedudukan maruah dalam kehidupan
masyarakat Arab ketika itu. Kerana menanggung sedih dan malu yang amat
sangat sampai membawa mati.
Bagi Rasulullah r dan umat Islam juga, peristiwa ini merupakan suatu
tragedi kerana kehilangan ramai sahabat y yang semuanya ulama’ dan
hafiz al-Quran terbunuh sekaligus. Apatah lagi ia berlaku kerana perbuatan
khianat. Sedangkan umat Islam baru saja kehilangan 70 orang pahlawannya
di medan Uhud. Peristiwa ini telah membuatkan Rasulullah r membaca doa
Qunut Nazilah di dalam sembahyang lima waktu selama sebulan. Rasulullah
r berdoa terhadap kabilah yang mengkhianati 40 orang Sahabat Baginda ini.
Dalam perjalanan pulang ke Madinah, Sayyidina Amru bin Umayyah t
bertemu dengan dua orang lelaki dari Bani Amir yang telah mengkhianatinya
dan sahabatnya. Sayyidina Amru bin Umayyah t membunuh mereka
sedangkan kedua-dua mereka telah mendapat jaminan keselamatan dari
Rasulullah r Memang Sayyidina Amru t tidak mengetahui tentang jaminan
itu. Apabila peristiwa ini dilaporkan kepada Rasulullah r, Baginda telah
memaafkan Sayyidina Amru t kerana dia tidak tahu. Bahkan Rasulullah r
195
Catatan Sejarah Rasulullah r
menghantar utusan meminta maaf kepada Bani Amir yang telah mengkhianati
para sahabat Baginda. Rasulullah r juga berjanji akan membayar diat dua
orang yang terbunuh itu. Begitulah akhlak Rasulullah r, sangat jujur dengan
janjinya walaupun terhadap orang yang menyakitinya. Rasulullah r tidak
membalas perbuatan khianat dengan khianat. Tapi Rasulullah r berbuat
baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya. Begitulah pendidikan dari
Baginda untuk para Sahabat y dan umatnya. Sungguh Rasulullah r datang
membawa keselamatan dan kasih sayang serta kemuliaan akhlak.
Peristiwa Maur Raji’
Selepas itu berlaku satu lagi peristiwa yang menyedihkan buat umat Islam.
Itulah dia peristiwa Maur Raji’. Bani Adhol dan Bani Qarah adalah dua
kabilah yang memusuhi Islam dan bercita cita untuk menyerang Madinah.
Oleh kerana mereka bukan kabilah yang besar mereka telah meminta
bantuan dari Bani Huzail. Selepas kematian ketua mereka Khalid bin
Sufyan Bani Huzail tidak berani lagi menyerang Madinah. Tetapi mereka
memberi jaminan kepada Bani Adhol dan Bani Qarah, sekiranya orang Islam
menyerang mereka, Bani Huzail akan membantu mereka. Oleh itu Bani
Adhol dan Bani Qarah mahu mencari jalan mencetuskan kemarahan orang
Islam supaya orang Islam menyerang mereka.
Mereka menghantar orang mereka ke Madinah berpura- pura masuk
Islam. Akhirnya mereka berjaya memohon daripada Rasulullah r supaya
menghantar utusan mengajar Islam kepada kabilah mereka. Baginda meminta
jaminan keselamatan dari mereka. Mereka bersetuju dengan permintaan
Baginda itu. Dengan itu Rasulullah r telah menghantar 6 orang utusan yang
diketuai oleh Sayyidina Asim bin Tsabit t. Dalam Perang Uhud, Sayyidina
Asim telah membunuh dua orang pemegang bendera Kuffar. Kepalanya
telah ditawarkan bernilai timbangan emas seberat kepalanya.
Apabila mereka sampai di Kabilah Adhol dan Qarah, mereka disambut
oleh 200 orang tentera berkuda yang mengepung dan mahu membunuh
mereka. Berlakulah pertempuran yang berakhir dengan tiga orang sahabat
y ditawan dan tiga orang lagi syahid termasuk Sayyidina Asim t. Dalam
pertempuran itu tiada seorang pun mampu menandingi Sayyidina Asim
t di kalangan 200 orang itu. Sesiapa sahaja yang mendekatinya pasti
tercedera. Sedangkan mereka sangat mahu membunuh Sayyidina Asim t
untuk mendapatkan kepalanya untuk ditebus dengan emas daripada Sulafah.
Oleh kerana mahu mendapat ganjaran lumayan Sulafah, mereka telah
memanahnya dari jauh.
196
Pengkhianatan Bani Nadhir Bab 13
Sayyidina Asim t ini telah bersumpah semasa hidupnya untuk tidak
menyentuh kulit orang kafir dan tidak akan membenarkan orang kafir
menyentuh kulitnya. Apabila Sayyidina Asim t syahid, Allah I telah
menunaikan sumpahnya. Sekumpulan lebah datang mengerumuni mayatnya
sehingga orang Adhol dan Qarah tidak dapat mengambil mayatnya. Mereka
berkata, “Nanti malam kita akan mengambilnya kerana lebah tidak akan
menunggu sampai malam.” Namun pada malam itu hujan lebat telah turun
sehingga air hujan telah menghanyutkan mayat Sayyidina Asim t. Mayat
Sayyidina Asim t hilang dari permukaan bumi. Dengan itu Sayyidina Asim
t digelar Dafinullah wa Dafimul Malaikah. Dia telah dikebumikan oleh
Allah I dan Malaikat.
Tiga orang sahabat yang ditawan dibawa ke Mekah untuk ditukar dengan
orang Adhol dan Qarah yang ditawan oleh Kuffar Quraisy. Dalam perjalanan
ke Mekah, Sayyidina Abdullah bin Thariq t berjaya melepaskan diri dari
ikatan dan mengambil pedang untuk menentang orang kafir tetapi mereka
berjaya membunuhnya. Tinggallah Sayyidina Zaid bin Dasinnah t dan
Sayyidina Khubaib bin A’di t. Mereka berdua diserahkan kepada Kuffar
Quraisy dan mereka dibunuh oleh kuffar Quraisy. Sayyidina Zaid t dibunuh
oleh Abu Sufyan. Sebelum beliau dibunuh, Abu Sufyan bertanya kepadanya,
“Wahai Zaid, apakah kamu mahu kalau Muhammad yang menggantikan
tempat kamu sekarang dan kamu dilepaskan?” Dengan tegasnya Sayyidina
Zaid t menjawab, “Demi Allah, aku tidak rela walaupun Rasulullah r
tercucuk duri di tempat Rasulullah r sekarang, ketika aku dibunuh di sini!”
Ketika itu Abu Sufyan berkata :
“Aku tak pernah lihat seorang manusia mencintai manusia lain
seperti para sahabat Muhammad mencintai Muhammad.”
Pengkhianatan Bani Nadhir
Di Madinah, Rasulullah r mengumpul dana untuk membayar diat dua
lelaki Bani Amir yang telah dibunuh oleh Sayyidina Amru bin Umayyah
t. Oleh kerana membayar diat adalah tanggungjawab bersama semua
penduduk Madinah, Rasulullah r mahu masyarakat Yahudi juga terlibat
kerana mereka mempunyai perjanjian kerjasama dengan Rasulullah r
dan orang Islam. Baginda berjumpa dengan Bani Nadhir. Bani Nadhir dan
Bani Quraizah adalah dua kabilah Yahudi yang masih tinggal di Madinah.
Bani Qainuqa’ telah berpindah ke Khaybar meninggalkan Madinah setelah
197
Catatan Sejarah Rasulullah r
mereka mengkhianati perjanjian mereka dengan Rasulullah r. Rasulullah
r ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar t, Sayyidina Umar t dan beberapa
Sahabat y yang lain. Bani Nadhir bersetuju untuk membayar bahagian
mereka dalam tanggungan diat itu apatah lagi Bani Amir adalah sekutu
mereka. Mereka meminta Rasulullah r dan para sahabat y menunggu
sehingga mereka mengumpulkan kutipan di kalangan mereka.
Rasulullah r menunggu mereka di tepi benteng kubu Bani Nadhir. Ketika
mereka berbincang di dalam kubu mereka, muncul niat yang buruk. Mereka
berkata, “Demi Allah, kita tidak akan berjumpa Muhammad dalam keadaan
seperti ini lagi. Dia hanya ditemani oleh beberapa orang sahabatnya tanpa
pengawal malah tanpa senjata. Inilah peluang keemasan untuk membunuh
Muhammad!” Begitulah sifat khianat Yahudi dan permusuhan mereka
terhadap Rasulullah r dan Islam. Sepatutnya mereka berbincang untuk
membuat serahan bahagian diat mereka tapi rupanya tajuk perbincangan
bertukar untuk membunuh Rasulullah r. Seorang lelaki dari kalangan
mereka yang di kenali sebagai Amru bin Jahasy menawarkan dirinya untuk
membaling batu besar dari atas kubu mereka ke atas kepala Rasulullah r.
Malaikat Jibril telah datang memberitahu Rasulullah r perancangan
jahat Bani Nadhir untuk membunuh Baginda. Rasulullah r dengan tenang
bangun dari tempat Baginda dan terus pulang ke Madinah. Sahabat y yang
lain terus menunggu kerana Rasulullah r tidak memberitahu mereka apa
yang berlaku. Mereka menyangka Rasulullah r mahu menuaikan hajat
Baginda. Yahudi Bani Nadhir juga menyangka begitu. Kedua kumpulan
terus menunggu kepulangan Rasulullah r. Baginda terus pulang ke
Madinah dan mengisytiharkan perang terhadap Bani Nadhir. Tentera Islam
segera bersiap. Para sahabat y yang masih menunggu di Bani Nadhir takut
sesuatu berlaku pada Rasulullah r apabila Baginda tidak muncul-muncul
lagi. Setelah mereka gagal menjumpai Rasulullah r di kawasan berdekatan
Bani Nadhir, mereka pulang ke Madinah. Apabila mereka masuk ke kota
Madinah, mereka dapati semua orang sudah bersiap untuk berperang.
Sungguh memeranjatkan mereka apabila diberitahu bahawa Rasulullah
r mahu memerangi Bani Nadhir. Mereka baru sahaja berada di Bani Nadhir
bersama Baginda. Apa yang sudah berlaku? Walau apapun yang diarahkan
oleh Rasulullah r, mereka cukup yakin bahawa Rasulullah r lebih tahu apa
yang Baginda lakukan. Baginda tidak melakukan sesuatu melainkan ianya
adalah perintah dari Allah I. Mereka juga ikut bersiap. Selepas itu barulah
Rasulullah r menceritakan kepada mereka bahawa Malaikat Jibril datang
memberitahu bahawa Bani Nadhir mahu membunuh Baginda.
198
Pengkhianatan Bani Nadhir Bab 13
Tidak lama selepas itu tentera Islam sudah sampai ke Bani Nadhir. Bani
Nadhir pula terkejut, mereka segera menutup pintu kubu mereka dan bersiap
untuk menghadapi tentera Islam. Mereka menghantar wakil mereka bertanya
kepada Rasulullah r, “Apa yang telah kami lakukan sehingga Rasulullah r
membawa tentera untuk memerangi kami?” Rasulullah r bersabda, “Kamu
semua lebih tahu apa yang kamu lakukan.” Rasulullah r tidak mahu melayan
pertanyaan mereka. Ketika itu juga Abdullah bin Ubay menghantar wakilnya
ke dalam kubu Yahudi memberitahu mereka, “Jangan kamu menyerah, kalau
Muhammad memerangi kamu, kami akan menyebelahi kamu. Kalau kamu
semua diusir dari Madinah, kami semua juga akan keluar bersama-sama
dengan kamu.” Dengan itu Yahudi Bani Nadhir merasa mendapat kekuatan
dan mereka nekad untuk memerangi Rasulullah r dan orang Islam. Mereka
telah memanah tentera Islam dari kubu mereka. Tentera Islam y terpaksa
berundur sedikit sekira-kira panah tidak sampai kepada mereka.
Oleh kerana kebanyakan kawasan ladang tamar Bani Nadhir berada di luar
kubu mereka, Rasulullah r mengarahkan tentera Islam menebang pokok-
pokok tamar mereka. Bani Nadhir terkejut melihat pokok tamar mereka mula
tumbang satu-persatu. Hati mereka yang sangat cinta dunia itu menjadi kecut.
Harta bagi mereka adalah segala-galanya. Mereka menghantar wakil minta
untuk berunding dengan Rasulullah r. Baginda berkata kepada mereka,
“Kami akan menebang semuanya sehingga kamu menyerah diri.” Akhirnya
mereka terpaksa menerima syarat Rasulullah r. Mereka mahu menyerah diri
kepada Rasulullah r tetapi mereka merayu supaya mereka jangan dibunuh.
Mereka merayu agar mereka dibenarkan keluar dari Madinah. Apabila
dibenarkan mereka meninggalkan Madinah, mereka merayu pula untuk
membawa bersama harta benda mereka. Rasulullah r bersetuju dengan
permintaan mereka dengan syarat mereka tidak dibenarkan membawa
sebarang senjata. Semua senjata mesti diserahkan kepada Rasulullah r.
Mereka hanya dibenarkan membawa barang kepunyaan mereka sekadar
yang mampu dipikul oleh unta-unta mereka. Yang selebihnya hendaklah
ditinggalkan.
Demikianlah Yahudi Bani Nadhir terpaksa keluar dari Madinah
meninggalkan rumah, ladang dan semua senjata mereka tanpa berlaku
peperangan. Allahlah yang menurunkan ke dalam hati mereka perasaan
takut. Oleh kerana cinta dunia mereka yang terlalu besar, mereka telah
membawa apa sahaja yang boleh dipikul oleh unta mereka. Bahkan mereka
juga merobohkan rumah mereka sendiri untuk mengambil pintu dan
kayu-kayu yang berharga untuk dibawa bersama. Kalaulah unta mereka
mampu mengangkat rumah mereka nescaya mereka akan mengangkatnya.
Oleh kerana unta tidak mampu memikul sebuah rumah mereka terpaksa
199
Catatan Sejarah Rasulullah r
berpuas hati sekadar mengambil pintunya. Yahudi Bani Nadhir terpaksa
meninggalkan Madinah di atas perbuatan mereka sendiri. Begitulah jadual
yang Allah I persiapkan untuk membersihkan Madinah dari Yahudi. Dua
kabilah Yahudi telah keluar dari Madinah. Hanya Bani Quraizah yang masih
kekal di Madinah.
Apabila Sallam bin Abi Huqaiq, Sallam bin Musykin dan Huyay bin
Akhtab tiba di Khaybar, penduduk Khaybar mengangkat mereka menjadi
pemimpin. Selepas itu mereka bertiga telah menggerakkan kabilah-kabilah
Arab dan Kuffar Quraisy supaya menyerang Madinah dalam satu pakatan
tentera yang disebut ‘Tentera Ahzab.’ Ia menggabungkan tentera dari
kabilah-kabilah Arab, Kuffar Quraisy dan Yahudi Khaybar.
Apabila Yahudi Bani Nadhir meninggalkan Madinah, semua harta-benda
yang mereka tinggalkan telah menjadi milik Islam. Harta ini dipanggil al-
Fai’ iaitu harta orang kafir yang diperolehi bukan dengan peperangan. Harta
yang diperolehi melalui peperangan dinamakan Ghanimah. Inilah harta
Fai’ pertama dalam Islam. Harta Ghanimah sudah jelas pembahagiannya.
4/5 untuk tentera dan 1/5 lagi untuk Rasulullah r dan asnaf yang lain.
Dengan peristiwa ini Allah menurunkan wahyu menerangkan hukum harta
al-Fai’ dimana harta al-Fai’ semuanya diserahkan kepada Rasulullah r
dan Bagindalah yang menentukannya. Rasulullah r telah membahagikan
semua harta al-Fai’ Bani Nadhir kepada orang Muhajirin. Mereka yang
telah meninggalkan semua harta benda mereka di Mekah dan telah dirampas
oleh Kuffar Quraisy. Wahyu telah merakamkan peristiwa Bani Nadhir dalam
surah al- Hasyr.
Ghazwah Zatil Riqa’
Setelah Ghazwah Bani Nadhir berlaku satu lagi Ghazwah iaitu Ghazwah
Zatil Riqa’. Ghazwah ini terjadi pada bulan Jamadil Awwal tahun keempat
Hijriah. Ia adalah kerana kabilah Ghatafan bersiap sekali lagi untuk
menyerang Madinah. Ghatafan adalah sebuah kabilah besar di Najd.
Rasulullah r sendiri bersiap memimpin tentera Islam menuju ke kabilah
Ghatafan sebelum mereka bergerak ke Madinah.
Apabila tentera Islam sampai di Ghatafan, mereka dapati Bani Ghatafan
sudah bersiap dengan bilangan tentera yang berkali ganda dari jumlah
tentera Islam. Apabila kedua-dua pasukan tentera bertemu masing-masing
menunggu siapa yang akan memulakan peperangan. Bani Ghatafan tidak
berani memulakan serangan. Walaupun bilangan mereka besar tetapi mereka
gerun kepada keberanian dan kehandalan tentera Islam. Demikianlah
200
Pengkhianatan Bani Nadhir Bab 13
Allah I telah menurunkan rasa gerun ke dalam hati mereka walaupun
pada awalnya merekalah yang mahu menyerang Madinah. Beberapa hari
berlalu. Bani Ghatafan masih tidak berani memulakan peperangan. Akhirnya
mereka membuat keputusan untuk menyerang pasukan Islam ketika mereka
sedang bersembahyang. Persiapan segera dibuat untuk menyerang pada
waktu sembahyang yang berikutnya. Maha Besar Tuhan, ketika itu Allah
I turunkan perintah sembahyang Khauf iaitu sembahyang ketika perang.
Lalu tentera Islam terus memperaktikkan hukum ini. Sebahagian tentera
bersembahyang dengan Rasulullah r dan sebahagian lagi berkawal. Apabila
kumpulan pertama selesai sembahyang, mereka pula mengawal kumpulan
kedua yang bersembahyang dengan Rasulullah r.
Melihat keadaan itu Bani Ghatafan terpaksa membatalkan perancangan
mereka untuk menyerang tentera Islam ketika waktu bersembahyang. Mereka
melihat tentera Islam bersembahyang dengan senjata dan dikawal. Begitulah
cantiknya ajaran Islam, syariat yang Allah I turunkan merangkumi semua
perkara dan sesuai untuk semua zaman.Apabila dipraktikkan, pasti umat Islam
akan mendapat keberkatan dan kebaikan dalam kehidupan mereka. Apakah
yang terjadi kepada Bani Ghatafan apabila mereka menyaksikan tentera
Islam melaksanakan sembahyang Khauf? Allah I telah menambahkan lagi
kegerunan di hati mereka sehingga akhirnya mereka berundur meninggalkan
tempat kediaman mereka lari bersembunyi ke bukit.
Rasulullah r terus berada di situ selama beberapa hari sebelum bergerak
pulang ke Madinah. Keberadaan Baginda dan tentera Islam di situ adalah
satu proses dakwah secara lisanul hal yang Rasulullah r dan tentera
Islam tunjukkan kepada Bani Ghatafan. Mereka dapat melihat kehidupan
Rasulullah r dan tentera Islam yang sangat indah dan tersusun. Di samping
itu, dalam tempoh ini juga Rasulullah r terus mendidik para sahabat y kerana
bagi Baginda, yang lebih penting ialah pembinaan Insan. Membina Iman
dan taqwa dalam peribadi setiap sahabat y. Peluang bersama Rasulullah
r dalam safar yang panjang merupakan madrasah kepada para sahabat y.
Mereka dapat belajar dan mendapat pendidikan secara life dari Rasulullah r.
Dengan proses membaiki diri dan membina taqwa ini, Allah I membantu
umat Islam ketika itu. Allah mencampakkan rasa gerun ke dalam hati musuh.
Semasa tentera Islam bergerak pulang ke Madinah, ada seorang tentera
Ghatafan mengekori tentera Islam dari belakang. Dia telah bersumpah
tidak akan pulang kecuali setelah membunuh atau menumpahkan darah
salah seorang tentera Islam. Apabila matahari mula terbenam, tentera
Islam berhenti rehat dan berkhemah di suatu tempat. Pada malam itu
giliran Sayyidina Ammar bin Yasir t dan Sayyidina Abad bin Bisyr t
201
Catatan Sejarah Rasulullah r
untuk berjaga malam dan mengawal tentera Islam. Suatu ketika Sayyidina
Ammar t tertidur dan Sayyidina Abad t sedang bersembahyang.
Sayyidina Abad t berada di kawasan yang paling tinggi di situ supaya dia
dapat melihat sebarang pergerakan ke arah tentera Islam. Dalam senyap-
senyap dan dilindungi oleh kegelapan malam, lelaki Ghatafan itu kini
berada berhampiran Sayyidina Abad t. Dia memanah Sayyidina Abad
t yang sedang khusyuk bersembahyang. Anak panahnya tertancap di
bahu Sayyidina Abad t. Sayyidina Abad t yang sedang khusyuk dengan
Tuhannya tidak mahu memberhentikan sembahyangnya. Dia mencabut anak
panah dan meneruskan sembahyang. Begitulah sembahyang para Sahabat
y, mereka berasa lazat dengan sembahyang. Anak panah yang menikam
sudah tidak terasa sakit lagi. Lelaki Ghatafan tadi merasa hairan kerana
Sayyidina Abad t masih tidak bergerak. Tidak mungkin panahannya tidak
mengenai sasaran. Tidak pernah lagi panahannya dalam jarak itu meleset.
Dia memanah sekali lagi dan tepat mengenai Sayyidina Abad t. Namun dia
segera mencabut anak panah itu dan meneruskan sembahyang. Dia masih
berdiri tegak di situ. Lelaki Ghatafan ini semakin hairan, apa sudah jadi pada
panahannya? Dia panah lagi sekali. Ketika itu Sayyidina Abad t takut dia
dibunuh dan mengundang bahaya kepada tentera Islam. Dia turun sujud
sambil mengejutkan Sayyidina Ammar t.
Sayyidina Ammar t terkejut melihat Sayyidina Abad cedera. Sayyidina
Ammar t berkata, “Kenapa tidak kejutkan aku dari awal?” Sambil menahan
kesakitan, Sayyidina Abad r.a menjelaskan, “Aku sedang membaca satu surah
yang aku tidak mahu berhenti dari surah itu. Kalaulah bukan kerana takutkan
keselamatan Rasulullah r dan tentera Islam, nescaya aku tidak berhenti dari
sembahyangku.” Maha Besar Tuhan, begitulah hati para sahabat y yang
telah dididik oleh Rasulullah r. Hati mereka benar-benar bersama dengan
Allah I bila membaca ayat-ayat Allah I. Sungguh hati mereka tenggelam
dengan Tuhan. Maka sepatutnyalah Allah I membantu mereka.
Adapun Si Ghatafan tadi berasa takjub dan gerun. Sudah tiga kali dia
memanah Sayyidina Abad t. tetapi dia melihat panahannya tidak memberi
kesan sedangkan dia pakar pemanah. Tidak pernah panahannya meleset.
Allah I telah mencampakkan rasa gerun ke dalam hatinya. Dia berundur dan
pulang ke kabilahnya semula. Inilah dia Ghazwah Zatil Riqa’. dinamakan
Zatil Riqa’ kerana tentera Islam berjalan kaki merentas jarak yang sangat
jauh sehingga kasut mereka koyak dan tapak kaki mereka luka. Akhirnya
mereka terpaksa membalut kaki mereka dengan kain sebagai ganti kasut.
Dari situlah dinamakan Ghazwah Zatil Riqa’.
202
Pengkhianatan Bani Nadhir Bab 13
Ghazwah Daumatul Jandal
Pada bulan Rabiul Awwal, sebulan selepas Ghazwah Zatil Riqa’ berlaku
pula Ghazwah Daumatul Jandal. Daumatul Jandal adalah sebuah kabilah
yang jauh dari Madinah. Mereka mendiami sempadan Iraq. Rasulullah r
membawa seramai 1000 orang tentera Islam. Apabila berita kemaraan tentera
Islam sampai kepada mereka, mereka lari meninggalkan tempat mereka.
Demikianlah Rasulullah r dan para sahabat y terlalu kurang membunuh
orang walaupun menempuh peperangan dan operasi yang banyak. Allah I
telah mencampakkan rasa takut ke dalam hati musuh sehingga mereka lari
atau menyerah diri. Inilah mukjizat Rasulullah r yang dapat ditumpang oleh
semua sahabat y kerana kecintaan mereka kepada Rasulullah r. Ketika
itu Rasulullah r dan tentera Islam hanya akan sampai ke Daumatul Jandal
selepas sebulan perjalanan, namun mereka sudah melarikan diri. Rasulullah
r bersabda:
“Allah menangkan daku dengan Allah mencampakkan rasa gerun
ke dalam hati musuh yang berada jauh dariku sebulan perjalanan.”
Kali ini tentera Islam dapat membawa balik binatang ternakan yang
ditinggalkan oleh penduduk Daumatul Jandal.
Ghazwah Badar al-Akhirah
Pada bulan Sya’ban dalam tahun keempat Hijriah, Rasulullah r dan tentera
Islam bergerak ke Badar pula. Selepas Perang Uhud, Kuffar Quraisy
merasakan tidak berlaku kemenangan yang jelas kepada mereka terhadap
tentera Islam. Abu Sufyan telah menghantar surat kepada Rasulullah r
memberitahu bahawa pertempuran penentuan adalah pada tahun hadapan
iaitu di Badar. Abu Sufyanlah yang menetapkan tarikh dan lokasinya. Kali
ini juga seramai seribu orang tentera Islam keluar bersama Rasulullah r.
Ghazwah ini dinamakan Ghazwatul Badar al-Akhirah iaitu Perang Badar
Kedua.
Abu Sufyan dan tentera Kuffar juga bergerak dari Mekah tetapi dengan
hati yang berat dan takut. Tidak lama selepas memulakan perjalanan, Abu
Sufyan mengajak tentera Mekah berpatah balik. Dia memberi alasan bahawa
cuaca panas dan kemarau pada tahun itu tidak sesuai untuk berperang. Dia
berjanji kepada mereka bahawa mereka akan datang semula pada tahun
203
Catatan Sejarah Rasulullah r
hadapan. Ketika itu, Rasulullah r dan tentera Islam sudah pun sampai di
Badar. Baginda berada di situ selama tiga hari. Para sahabat y mengambil
peluang itu untuk berniaga dengan kabilah-kabilah yang datang ke situ
setiap tahun untuk berniaga. Abu Sufyan menghantar orangnya lagi untuk
menggertak tentera Islam supaya tentera Islam berpatah balik. Abu Sufyan
takut masyarakat Arab akan mengatakan Abu Sufyan takut dan mungkir
janji. Rasulullah r bertanya kepada utusan itu, “Mana Abu Sufyan? Kami
sudah bersedia!” Ternyata perancangan Abu Sufyan tidak berjaya. Sejak itu,
kewibawaan umat Islam di mata masyarakat Arab semakin tinggi.
204
Bab 14
Perang Ahzab
Yahudi Khaybar Menggerakkan Ahzab
Demikianlah kemenangan demi kemenangan dari Allah I kepada Rasulullah
r dan umat Islam. Islam kini semakin tinggi dan gagah, sementelahan Kuffar
Quraisy berasa maruah mereka semakin tercalar di mata masyarakat Arab.
Demikian juga Bani Ghatafan dan kabilah Arab lain yang memusuhi Islam.
Tiga orang pemimpin Yahudi Bani Nadhir yang kini sudah menjadi pemimpin
Khaybar iaitu Huyay bin Akhtab, Sallam bin Musykin dan Sallam bin Abi
Huqaiq mula menghasut kabilah yang telah dikalahkan oleh Rasulullah r.
Yahudi Khaybar menyeru supaya bergabung dengan mereka dan Quraisy
Mekah membentuk satu pakatan tentera yang besar untuk menyerang
Rasulullah r dan umat Islam di Madinah. Mereka telah menghantar orang
mereka menemui kabilah-kabilah Arab untuk melaksanakan perancangan
ini.
Apabila mereka datang kepada Abu Sufyan, Abu Sufyan sangat bersetuju
dengan cadangan mereka bahkan Abu Sufyan sendiri mahu memimpin
pakatan ini. Abu Sufyan bertanya kepada pendeta Yahudi, “Apakah agama
kami yang lebih baik atau agama Muhammad?” Mereka menjawab,
“Bahkan agama kamu lebih baik dari agama Muhammad.” Mereka sanggup
mengatakan agama syirik yang menyembah berhala lebih baik dari agama
Islam sedangkan mereka sangat mengetahui perihal kebenaran Rasulullah
r. Namun sifat ego luar biasa mereka telah menghalang mereka untuk
205
Catatan Sejarah Rasulullah r
mengakui dan tunduk kepada kebenaran. Inilah permusuhan Yahudi kepada
Islam. Ia adalah permusuhan yang abadi maka tidak hairanlah ia diabadikan
oleh al-Quran :
“Kamu pasti akan mendapati orang yang paling memusuhi Islam
ialah orang Yahudi dan orang Musyrikin. (Surah al-Maidah: 82)
Seterusnya mereka pergi pula kepada Bani Ghatafan, Bani Sulaim, Bani
Ahabish. Kesemua mereka bersetuju dengan pakatan yang dianjurkan oleh
Yahudi Khaybar ini. Akhirnya mereka berjaya mengumpulkan sepuluh ribu
orang tentera di bawah pakatan Tentera Ahzab untuk menyerang Madinah.
Inilah kali pertama Semenanjung Arab menyaksikan tentera sebesar ini.
Rasulullah r mengetahui semua pergerakan itu. Selain dari sumber
wahyu, Rasulullah s.aw. juga mempunyai para perisiknya yang sentiasa
mengikuti perkembangan ini. Oleh itu Rasulullah r berbincang dengan
para Sahabat y bagaimana untuk menghadapi Tentera Bersekutu Yahudi
dan Musyrikin. Sayyidina Salman al Farisi t memberi cadangan kepada
Rasulullah r :
“Wahai Rasulullah, kami di Farsi ada suatu strategi bilamana
tentera yang besar menyerang kami. Rasulullah r bertanya, “Apakah
strategi itu?” Sayyidina Salman menjawab, kami menggali parit.”
Rasulullah r telah menerima pandangan itu lalu Baginda memerintahkan
para Sahabat y menggali parit di sepanjang perbatasan Utara Madinah
kerana Madinah dari arah lain sudah terlindung. Ada arah yang dilindungi
oleh bukit-bukau dan ada arah yang yang kawasannya banyak batu besar
yang tidak boleh dilalui oleh tentera. Ada arah yang dilindungi dengan
kawasan ladang yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang susah untuk
dilalui oleh tentera. Cuma ada dua kawasan terbuka iaitu dari arah Utara
dan dari belakang iaitu dari kawasan Yahudi Bani Quraizah. Satu-satunya
kabilah Yahudi yang masih bertahan di Madinah. Mereka masih berada
dalam perjanjian keamanan dengan orang Islam. Mereka memberi jaminan
206
Perang Ahzab Bab 14
akan mempertahankan Madinah dari sebelah mereka. Dengan itu tentera
Islam hanya perlu menggali parit di sepanjang kawasan Utara yang terbuka
dan sedikit dari arah Barat.
Untuk menggali parit sepanjang itu, Rasulullah r telah membahagikan
para Sahabat y kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan seramai 10
orang dan bertanggung-jawab untuk menggali parit sepanjang 40 kaki. Parit
hendaklah mempunyai kedalaman sekira-kira tentera musuh yang jatuh
tidak dapat naik semula dan kelebaran sekira-kira tidak dapat dilepasi oleh
lompatan kuda. Para Sahabat y menggali parit sambil bernasyid :
Ya Allah! tiada kehidupan melainkan kehidupan di akhirat
Maka ampunkanlah para Ansar dan Muhajirin
Demi Allah! Kalau bukan keranamu
Tidaklah kami mendapat hidayah
Tidaklah kami dapat berkorban
Tidaklah dapat kami bersembahyang
Turunkanlah ketenangan kepada kami
Tetapkanlah kaki-kaki kami dalam perjuangan
Rasulullah r juga ikut bernasyid dengan para Sahabat y. Setiap kali
ada batu keras yang mereka tidak mampu pecahkan, Rasulullah r akan
menyembur batu itu dengan air dan Baginda akan dapat memecahkannya.
Dengan mukjizat Rasulullah r, batu itu akan berkecai macam tanah.
Banyak mukjizat Rasulullah r yang berlaku sepanjang tempoh penggalian
parit ini. Apatah lagi waktu itu tentera Islam berada dalam suasana yang
sangat cemas. Mereka hanya mempunyai masa yang sangat pendek untuk
menyiapkan parit sebelum ketibaan Tentera Ahzab. Tentera Islam ketika itu
pula kekurangan bekalan makanan. Rasulullah r dan para Sahabat y sampai
terpaksa mengikat perut mereka dengan batu kerana menahan kelaparan.
Jamuan Sayyidina Jabir bin Abdullah t
Para Sahabat y terpaksa bekerja kuat dalam keadaan sangat lapar sehingga
mereka mengadu kepada Rasulullah r. Apabila Rasulullah r membuka
207
Catatan Sejarah Rasulullah r
baju Baginda, para Sahabat y dapat melihat Baginda mengikat batu di
perutnya. Tahulah mereka bahawa Rasulullah r lebih lapar daripada mereka.
Menyaksikan kejadian itu, Sayyidina Jabir bin Abdullah t pulang ke rumah
bertanya kepada isterinya, “Apakah di rumah kita ada makanan untuk
diberikan kepada Rasulullah ?” Isterinya menjawab, “Ada seekor ayam kecil
dan sedikit roti gandum.” Sayyidina Jabir t datang kepada Rasulullah r
memberitahu bahawa dia mempunyai makanan yang cukup untuk tiga atau
empat orang. Dia mahu menjemput Rasulullah r dan sesiapa yang Baginda
pilih untuk makan di rumahnya.
Rasulullah r terus membuat pengumuman kepada semua tentera Islam
yang ada pada waktu itu, “Wahai tentera Islam, Jabir mahu menjamu kita
makan hari ini!” Rasulullah r telah mengajak semua tentera Islam makan
di rumah Sayyidina Jabir t. Sayyidina Jabir t berlari balik ke rumah
memberitahu isterinya bahawa Rasulullah r telah menjemput semua tentera
Islam untuk makan di rumah mereka. Isteri Sayyidina Jabir t yang sangat
terdidik dengan iman dan sangat yakin dengan Rasulullah r dengan tenang
bertanya kembali kepada suaminya, “Apakah sudah diberitahu kepada
Rasulullah tentang makanan yang ada di rumah kita?” Sayyidina Jabir
t menjawab dengan cemas, “Ya, Rasulullah. sudah tahu makanan yang
ada.” Isterinya segera menenangkan suaminya yang dalam kecemasan. Dia
berkata, “Jangan takut, wahai suamiku, Rasulullah r lebih tahu apa yang
Baginda lakukan.” Begitulah keyakinan dan kecintaan para Sahabat dan
Sohabiyat y kepada Rasulullah r.
Apabila Rasulullah r dan tentera Islam y sampai, Baginda meminta
Sayyidina Jabir t menyusun para Sahabat y masuk ke rumahnya untuk
makan dan Baginda sendiri yang akan menghidangkan makanan. Rasulullah
r meminta digilirkan sepuluh orang sekali makan. Akhirnya semua tentera
Islam menikmati hidangan sehingga kenyang dalam suasana yang penuh
beradab dan tersusun. Selepas itu Sayyidina Jabir t dapati makanan masih
ada dan tidak luak sikit pun. Ketika itu barulah Rasulullah r dan Sayyidina
Jabir t serta ahli keluarganya makan.
Lihatlah bagaimana kecintaan, sangka baik dan keyakinan Sayyidina
Jabir t dan isterinya g kepada Rasulullah r. Allah I telah memperlakukan
mukjizat Rasulullah r pada makanan mereka. Mereka telah dapat menjamu
semua tentera Islam yang dalam keadaan sangat memerlukan makanan.
Keyakinan bertahap tinggi kepada kuasa Allah I dan kecintaan kepada
Rasulullah r oleh Sayyidina Jabir t dan isterinya telah menurunkan bantuan
kepada tentera Islam. Demikianlah Allah I memberi rezeki dari sumber
yang tidak diduga yang dijanjikan kepada orang yang bertaqwa kepada-
208
Perang Ahzab Bab 14
Nya. Selepas itu Sayyidatina Amrah binti Rawahah pula menghantar buah
tamar kepada suami dan saudaranya Sayyidina Abdullah bin Rawahah t.
Dengan mukjizat Rasulullah r, tamar itu mencukupi untuk semua tentera
Islam makan. Inilah skim istimewa untuk orang yang bertaqwa.
Jadual Allah
Sementara itu Tentera Ahzab semakin mendekati Madinah. Para Sahabat y
tidak berehat. Mereka bekerja siang dan malam untuk mengejar masa yang
sangat genting itu. Suatu ketika, kumpulan Sayyidina Salman t menemui
seketul batu yang sangat keras. Walaupun berbagai usaha mereka lakukan
untuk memecahkannya namun gagal. Mereka mengadu kepada Rasulullah
r. Baginda datang dan semua Sahabat y yang ada di situ berkumpul kerana
mahu menyaksikan apa yang akan berlaku. Rasulullah r memukul batu itu.
Pukulan pertama mengeluarkan cahaya yang menerangi tempat itu. Melihat
cahaya itu, Rasulullah r bertakbir. Kemudian Baginda memukul lagi.
Pukulan yang kedua juga mengeluarkan cahaya. Rasulullah r bertakbir lagi.
Kemudian Baginda memukul lagi. Pukulan kali ketiga juga mengeluarkan
cahaya juga. Rasulullah r bertakbir sekali lagi. Setelah itu batu itu pun
pecah.
Para Sahabat y bertanya kepada Rasulullah r, “Cahaya apakah yang
keluar tadi dan kenapa Rasulullah bertakbir?” Rasulullah r menjawab,
“Pada pukulan pertama, Allah I telah memperlihatkan kepadaku kerajaan
Rom dikalahkan oleh tentera Islam. Pada pukulan kedua, Allah I
memperlihatkan kepadaku kerajaan Farsi pula jatuh ke tangan umat Islam.
Pada pukulan ketiga Allah I memperlihatkan kepada daku kerajaan Yaman
jatuh ke tangan Islam.” Pada saat yang sangat mencemaskan itu, Rasulullah
r memberi khabar gembira kepada umat Islam. Umat Islam dijanjikan
bahawa Rom dan Farsi, dua kuasa besar dunia pada waktu itu akan jatuh
ke tangan mereka. Pada tahun keempat belas Hijriah iaitu sembilan tahun
selepas itu, umat Islam berjaya mengalahkan Rom di Syam dalam Perang
Yarmuk. Syam jatuh ke tangan Islam selepas Perang Yarmuk. Pada tahun
kelima belas Hijriah iaitu sepuluh tahun dari ucapan Rasulullah r ini, tentera
Farsi kalah di tangan umat Islam dalam Perang Qadisiyah.
Siapakah yang dapat menyangka umat Islam akan mengalahkan kuasa
besar dunia sedangkan mereka sedang dalam ketakutan dan sangat cemas.
Mereka sedang terpaksa bekerja keras dan berlapar untuk menggali parit
demi mempertahankan Madinah. Sepuluh ribu orang Tentera Ahzab
yang lengkap dengan senjata mahu menakluki Madinah, malah mahu
menghapuskan Rasulullah r serta umat Islam daripada muka bumi. Umat
209
Catatan Sejarah Rasulullah r
Islam sedang dilanda kelaparan, kemiskinan dan ketakutan. Namun, hanya
sepuluh tahun selepas itu mereka berjaya menundukkan dua kuasa besar
dunia pada waktu itu. Demikianlah kemenangan yang Allah I berikan
kepada umat Islam. Sesungguhnya ia adalah mukjizat Rasulullah r dan
ketaqwaan umat Islam. Kecintaan mereka sangat mendalam kepada Allah
I dan Rasul-Nya. Hati mereka sangat yakin terhadap khabar gembira dari
Rasulullah r lalu mereka berjuang berhabis-habisan dan bermati-matian
untuk membuktikan kebenaran ucapan Rasulullah r itu. Mereka sangat
beriman bahawa Rasulullah r tidak bercakap dari akalnya tetapi Baginda
bercakap berdasarkan wahyu dari Allah I. Mereka tidak langsung merasa
ragu terhadap janji Rasulullah r walaupun ketika Baginda bercakap, perkara
itu adalah sangat tidak logik kalau mahu diukur dengan ukuran akal manusia.
Disinilah nilai Iman dan keyakinan para sahabat y. Kalaulah umat
Islam di akhir zaman juga mempunyai keyakinan yang begini terhadap janji
Rasulullah r kepada umat Islam akhir zaman dan sanggup mengusahakan
semua syarat untuk mendapat bantuan Tuhan, pasti Allah I akan
menunjukkan kebesaran Rasulullah r dan kekuasaan-Nya kepada dunia ini.
Walaupun orang-orang Islam sangat yakin terhadap janji Rasulullah r
itu tetapi golongan munafik sangat tidak yakin. Golongan munafik hanya
berpura-pura melahirkan keislaman mereka, tetapi hati mereka tidak pernah
beriman kepada Allah I dan Rasulullah r. Mereka tidak percaya kepada
bantuan ghaib lalu mereka mentertawakan Rasulullah r. Mereka berkata :
“Apakah ketika seorang daripada kita sedang merasa tidak selamat
walaupun untuk buang air, dia (Rasulullah r) menjanjikan pembukaan
Rom dan Farsi? Tidaklah apa yang dijanjikan Allah I dan Rasul-Nya
itu melainkan perbuatan ghurur (tidak sedar diri).”
Demikianlah para munafik menganggap Allah I dan Rasulullah r
tidak sedar diri. Dalam suasana penuh cemas dan takut akan dilanggar oleh
Tentera Ahzab, Rasulullah r merasa dia akan menguasai dunia. Namun
selepas hanya sepuluh tahun, Allah I telah menjawab sindiran mereka.
210
Perang Ahzab Bab 14
Ketibaan Tentera Ahzab
Dengan izin Allah I dan mukjizat Rasulullah r, tentera Islam berjaya
menyiapkan parit sebelum ketibaan Tentera Ahzab. Apabila tentera
mendekati Madinah, mereka menghantar perisik untuk meninjau kedudukan
tentera Islam. Para perisik terkejut besar apabila mendapati ada sebuah parit
besar menghalang mereka memasuki Madinah. Tentera Ahzab terpaksa
berkhemah berhampiran dengan Jabal Uhud. Selepas itu Abu Sufyan
datang melihat sendiri parit yang telah mengejutkan mereka itu. Apabila
menyaksikannya, Abu Sufyan berkata, “Demi Allah, strategi ini tidak pernah
diketahui oleh orang Arab.”
Sesungguhnya Tentera Ahzab terkejut besar malah merasa buntu apabila
kemaraan mereka untuk memasuki Madinah dihalang oleh sebuah parit
yang luas dan dalam di hadapan mereka. Untuk meneruskan perancangan
mereka menyerang Madinah, mereka hanya ada dua pilihan. Mereka mesti
mempengaruhi Yahudi Bani Quraizah untuk menyebelahi mereka dan
membenarkan mereka memasuki Madinah dari kawasan Bani Quraizah.
Pilihan kedua ialah mereka terpaksa merancang sesuatu untuk menyeberangi
parit. Rasulullah r memerintahkan tentera Islam mengawal sepanjang
parit supaya Tentera Ahzab tiada peluang sama sekali untuk menyeberangi
parit. Melihat suasana itu, Abu Sufyan merasa jalan paling mudah ialah
mempengaruhi Bani Quraizah untuk menyebelahi mereka.
Rasulullah r pula sentiasa menghantar wakil Baginda untuk memastikan
Yahudi Bani Quraizah terus kekal dalam perjanjian keselamatan dengan
umat Islam. Walaupun Yahudi Bani Quraizah terus memberi jaminan
mereka bersama Rasulullah r, Baginda sentiasa menghantar perisik
mengawasi pergerakan Yahudi Bani Quraizah. Ketika 3000 tentera Islam
dikerah berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan, Rasulullah r
mengumpulkan wanita dan kanak-kanak di dalam sebuah kubu di tengah
kota Madinah. Mereka dikawal oleh orang lelaki yang telah tua dan tidak
mampu berperang lagi. Salah seorang dari mereka ialah Sayyidina Hasan bin
Tsabit t, penyair Rasulullah r.
Untuk berunding dengan Yahudi Bani Quraizah, Abu Sufyan menghantar
Huyay bin Akhtab yang merupakan ketua Yahudi Bani Nadhir dan sekarang
menjadi pemimpin Khaybar. Huyay datang ke kubu Bani Quraizah menyeru
ketuanya Kaab bin As’ad supaya berunding dengannya. Kaab tidak mahu
bertemu dengan Huyay kerana dia tidak berani mengkhianati perjanjiannya
dengan Rasulullah r. Akhirnya Huyay menjerit, “Wahai Kaab, engkau
bukan tidak mahu bercakap dengan aku tetapi engkau sebenarnya tidak
211
Catatan Sejarah Rasulullah r
ada makanan untuk menjamu aku, engkau sebenarnya bakhil!” Kata-kata
itu telah mempengaruhi Kaab. Adalah aib besar seorang pemimpin dan
bangsawan sepertinya disebut bakhil. Akhirnya dia membenarkan Huyay
masuk ke dalam kubu. Huyay telah berjaya mempengaruhi Bani Quraizah.
Dia memberitahu mereka bahawa dia datang membawa 10,000 orang tentera
yang akan membebaskan Bani Quraizah dari Rasulullah r dan orang Islam.
Termakan dengan janji manis Huyay, Bani Quraizah mengoyak perjanjian di
antara mereka dan Rasulullah r.
Pengkhianatan Bani Quraizah
Ketika itu Rasulullah r dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena
berlaku kepada Bani Quraizah. Baginda menghantar dua orang pemimpin
Ansar, Sayyidina Saad bin Muaz t dan Sayyidina Saad bin Ubadah t
pergi bertemu dengan Bani Quraizah. Rasulullah r berpesan, “Sekiranya
mereka masih berpegang dengan janji mereka maka hebahkanlah berita
itu kepada orang ramai. Sekiranya mereka telah mungkir janji, jangan
dihebohkan kepada sesiapa tetapi berilah isyarat yang aku boleh memahami
bahawa mereka telah khianat.” Apabila mereka berdua pulang, Rasulullah
r. bertanya, “Apakah beritanya?” Mereka menjawab, “Al Adhol wal
Qaraah, wahai Rasulullah r” (dua kabilah yang telah mengkhianati janji
dengan Rasulullah r.) Demikianlah isyarat mereka kepada Baginda bahawa
Bani Quraizah telah khianat terhadap perjanjian mereka. Suasana menjadi
semakin cemas dan genting kerana pertahanan dari belakang sudah terbuka.
Namun Rasulullah r menyahut jawapan dua orang wakil Baginda tadi
dengan bertakbir:
“Maha Besar Tuhan, bergembiralah dengan kemenangan.”
Orang ramai masih tidak mengetahui apa yang berlaku. Mereka
menyangka Yahudi Bani Quraizah masih setia dengan janji mereka, apatah
lagi apabila mereka melihat Rasulullah r bertakbir. Tetapi berita itu terbuka
juga selepas itu di kalangan tentera Islam. Pertahanan belakang sudah
terbuka dengan pengkhianatan Bani Quraizah. Ini bermakna, bila-bila masa
sahaja Tentera Ahzab dan Bani Quraizah boleh menyerang orang Islam dari
belakang. golongan Munafik mula mengundurkan diri ke rumah masing-
masing. Rasulullah r hanya tinggal bersama dengan tentera Islam yang setia
sahaja.
212
Perang Ahzab Bab 14
Manakala Bani Quraizah, setelah mengungkai perjanjian mereka, kini
mereka mahu menawan kubu wanita dan kanak-kanak orang Islam. Itupun
mereka mahu memastikan bahawa tiada orang lelaki yang mengawal
kubu itu. Mereka menghantar seorang perisik mereka menghampiri kubu
wanita Islam. Sayyidatina Sofiyyah , ibu saudara Rasulullah r dapat
memerhati pergerakan itu. Dia tahu kalau dibiarkan lelaki Yahudi itu, dia
akan tahu bahawa kubu itu tidak ada pengawal. Kaum lelaki semua sedang
sibuk mengawal parit dan mematahkan percubaan Tentera Ahzab untuk
menyeberangi parit. Perisik Yahudi ini mesti dibunuh. Sayyidatina Sofiyyah
melapurkan hal ini kepada Sayyidina Hasan bin Tsabit t. Sayyidina Hasan
t berkata, “Aku sudah tua dan tidak mampu bertarung lagi.” Akhirnya
Sayyidatina Sofiyyah nekad, dia memakai pakaian perang dan perlahan-
lahan dia mendatangi perisik yahudi dari belakang. Dia memukul kepala
Yahudi itu dengan sebatang kayu. Apabila Yahudi itu jatuh, dia menikamnya
dengan kerambit lalu memenggal kepalanya. Seterusnya, Sayyidatina
Sofiyyah membawa kepala itu naik ke atas kubu lantas mencampakkan
kepala itu kepada pasukan tentera Yahudi di bawah kubu. Mereka sedang
menunggu isyarat untuk menyerang kubu itu.
Apabila dilontarkan dengan kepala perisik mereka itu, mereka pulang
semula ke tempat mereka dengan ketakutan. Dengan yakin, mereka
melaporkan kepada ketua mereka bahawa kubu Islam penuh dengan
pengawal. Maka Yahudi Khaybar pun membatalkan niat mereka untuk
menyerang kubu itu. Dengan berkat keberanian Sayyidatina Sofiyyah itu,
kubu Islam terselamat dari serangan Yahudi Bani Quraizah. Demikianlah
keberanian seorang wanita solehah dan pejuang yang dilahirkan oleh
pendidikan Rasulullah r. Sayyidatina Sofiyyah telah melahirkan seorang
panglima besar Islam iaitu Sayyidina Zubair bin Awwam t. Sejak dari kecil
lagi Sayyidina Zubair t dididik dengan keberanian oleh ibunya yang berani
ini.
Apabila kaum Munafik menarik diri, keadaan semakin genting dan
cemas kerana jumlah tentera Islam yang mengawal parit telah berkurangan.
Sedangkan Tentera Ahzab setiap hari cuba menimbus parit atau cuba
melintasinya. Dari belakang pula, Bani Quraizah bila-bila masa boleh
menyerang umat Islam dan membuka laluan kepada Tentera Ahzab. Allah I
telah menggambarkan keadaan ini dalam Al-Quran:
213
Catatan Sejarah Rasulullah r
“Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari
sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan
masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah
(kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana
cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap
Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.” (Surah al-Ahzab: 10)
Kehebatan Sayyidina Ali
Dalam suasana cemas dan gawat itu, lima orang pahlawan kafir telah berjaya
menyeberangi parit dari satu sudut parit yang paling sempit. Mereka berjaya
melompat dengan menggunakan kuda Arab asli. Mereka diketuai oleh
seorang pahlawan Arab yang paling digeruni ketika itu iaitu Amru bin Wud.
Amru bin Wud mencabar tentera Islam siapa yang berani menentangnya.
Rasulullah r bertanya kepada tentera Islam siapakah yang berani menentang
Amru bin Wud. Tiada siapa yang berani menyahutnya. Akhirnya Sayyidina
Ali t menawarkan dirinya tetapi Baginda keberatan melepaskannya kerana
dia masih terlalu muda. Rasulullah r khawatir Sayyidina Ali akan
dibunuh oleh Amru bin Wud. Sayyidina Ali berkata, “Aku yang akan
membunuh dia dengan izin Allah, wahai Rasulullah r”
Sayyidina Ali tampil hanya dengan berjalan kaki. Amru bin Wud tidak
mengenalinya lalu dia bertanya, “Siapa kamu?” “Aku Ali bin Abu Talib!”
Amru bin Wud berkata, “Lebih baik kamu berundur wahai Ali, datangkan
kepada aku orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman dari kamu!”
Sayyidina Ali menjawab dengan tegas,“Wahai Amru, aku mendengar
bahawa kamu adalah seorang yang tidak akan menolak dua pilihan yang
diberikan pada kamu. Kamu pasti memilih salah satu darinya.” Amru
mengiyakannya, “Benar!” Sayyidina Ali menyambung lagi, “Kalau
begitu aku menyeru kamu kepada salah satu dari dua perkara ini. Yang
pertama, aku menyeru kamu supaya beriman dengan Allah I dan Rasul-Nya
iaitu kamu mengucap dua kalimah syahadah.” Begitulah roh dakwah yang
dijiwai oleh Sayyidina Ali . Dalam keadaan yang sangat mencemaskan itu,
ketika semua orang termasuk Rasulullah r berasa cemas, dia masih sempat
berdakwah. Dia telah berdakwah kepada musuhnya seorang pahlawan yang
paling gagah ketika itu, yang tiada tandingannya, mendengar namanya saja
orang sudah takut. Amru menjawab, “Yang pertama ini aku tidak perlu
kepadanya. Apakah yang kedua?” Sayyidina Ali terus berkata, “Yang
214
Perang Ahzab Bab 14
kedua aku menyeru kamu untuk bertarung dengan aku!” Amru sungguh
tersentak mendengar seruan yang kedua ini. Seumur hidupnya tidak pernah
ada sesiapa yang berani mencabarnya. Inilah kali pertama dia dicabar.
Dia melompat turun dari kudanya lalu menikamnya sampai mati. Amru
disaluti baju besi lengkap, tiada ruang terbuka melainkan dua biji matanya
sahaja yang kelihatan. Bermulalah pertarungan. Akhirnya Amru berjaya
menetak Sayyidina Ali yang menahan tetakan itu dengan perisainya.
Namun kerana kuatnya tetakan itu, perisai Sayyidina Ali pecah dan baju
besinya koyak. Namun tetakan itu tidak berjaya mencederakan beliau. Kini
Sayyidina Ali berjuang tanpa perisai dan berbaju besi yang koyak. Tentera
Islam bertambah cemas tetapi mereka semua terus mendoakan Sayyidina Ali
. Pertarungan semakin dahsyat sehingga debu naik berkepul-kepul dan
akhirnya menutupi pandangan. Hanya kedengaran suara gemerincing pedang
berlaga dari dalam debu. Pertarungan dalam debu itu berlangsung sampai
satu jam. Orang yang menyaksikan pertarungan ini berkata, “Belum pernah
aku melihat dalam hidupku pertarungan sehebat ini!” Semua orang berasa
cemas dan tidak tahu apa yang berlaku dalam kepulan debu itu sehinggalah
terdengar suara takbir. SayyidinaAli bertakbir, “AllahuAkbar!!” disambut
pula oleh takbir Rasulullah r, “Allahu Akbar!!” Ketika itu Sayyidina Ali
keluar dari kepulan debu itu setelah dia berjaya membunuh Amru bin Wud.
Melihat Amru bin Wud tewas ditangan pahlawan remaja Sayyidina Ali
, empat orang lagi pahlawan yang mengiringnya segera memusingkan kuda
mereka untuk melompat ke sebelah semula. Tiga orang sempat melompat
tetapi Naufal bin Muawiyah terkandas. Sayyidina Zubair bin Awwam t
sempat mengejarnya dan dengan sekali tetakan sahaja, Naufal jatuh dari
kudanya terbelah dua dari kepalanya dan kudanya juga tercedera. Imam
Bukhari meriwayatkan, Sayyidina Abdullah bin Zubair t yang ketika itu
baru berumur lima tahun melihat sendiri bagaimana ayahnya membunuh
Naufal. Sayyidina Abdullah t berkata :
“Aku melihat bagaimana ayahku menetak Naufal bin Muawiyah
sehingga terbelah dua.”
Selepas peristiwa itu, tiada lagi Tentera Ahzab yang berani melompat
parit itu. Tentera kafir menghantar wakil mereka kepada Rasulullah r
untuk menuntut mayat Amru bin Wud dan Naufal bin Muawiyah. Mereka
menawarkan bayaran sepuluh ribu dirham perak. Begitulah kedudukan
215
Catatan Sejarah Rasulullah r
dua pahlawan ini di sisi mereka sehingga mayat mereka pun perlu ditebus.
Rasulullah r bersabda:
“Kami tak makan harga mayat.”
Lalu Baginda mengizinkan dua mayat ini dilepaskan ke dalam parit dan
dibiarkan Tentera Ahzab mengambilnya.
Kini Rasulullah r mula bertindak. Baginda merancang untuk
memecahkan pakatan Tentera Ahzab. Secara senyap-senyap Rasulullah r
memanggil ketua Bani Ghatafan untuk berbincang. Bani Ghatafan mewakili
4000 dari 10,000 Tentera Ahzab. Kalau mereka menarik diri, Tentera Ahzab
akan berkurang hampir separuh. Rasulullah r menawarkan kepada mereka
¼ daripada hasil buah-buahan Madinah selama setahun sekiranya mereka
menarik diri dari pakatan Tentera Ahzab. Sebenarnya, itulah tujuan mereka
menyertai Tentera Ahzab. Kalau mereka boleh mendapatkannya tanpa
berperang, apalah gunanya mereka tunggu lagi. Namun mereka meminta
separuh dari hasil pertanian Madinah. Rasulullah r tidak menolaknya cuma
Baginda menyerahkannya kepada persetujuan kaum Ansar sebab ladang
Madinah kepunyaan mereka.
Namun kaum Ansar tidak bersetuju kerana selama ini sebelum mereka
Islam pun Bani Ghatafan tidak pernah mendapat tawaran begitu. Mereka
hanya dapat makan hasil Madinah sama ada ketika menjadi tetamu orang
Madinah atau terpaksa membelinya. Kaum Ansar berkata, “Apakah setelah
Islam kami mahu menyerahkannya kepada mereka. Bahkan, tidak ada
perbincangan antara kami dengan mereka melainkan dengan pedang-pedang
kami!” Dengan itu perwakilan Bani Ghatafan pulang semula ke barisan
Tentera Ahzab tetapi mereka sudah dapat merasakan bagaimana tentera
Islam tidak merasa goncang sedikitpun dengan kehadiran mereka. Walaupun
sudah begitu lama dikepung namun tidak ada tanda-tanda tentera Islam akan
menyerah.
Bantuan Allah dan Kisah Nuaim bin Mas’ud
Setelah 44 hari mengepung Madinah, tentera Ahzab merasakan bahawa
esok mereka mesti melepasi parit dengan apa cara sekalipun. Bekalan
mereka semakin berkurang, mereka tidak boleh menunggu lebih lama lagi.
Maka pada hari berikutnya mereka melancarkan percubaan demi percubaan
216
Perang Ahzab Bab 14
untuk melintasi parit. Mereka melakukannya sepanjang hari dan di sepanjang
parit. Tentera Ahzab berusaha untuk menimbus parit dan membuat jambatan
tetapi tentera Islam terus menggagalkan mereka. Namun tentera Islam yang
sudah tidak ramai itu terpaksa berlari ke sana kemari, dipimpin sendiri oleh
Rasulullah r untuk menyekat percubaan ini. Pergelutan itu berterusan dari
matahari terbit sehinggalah waktu Maghrib. Hari itu Rasulullah r dan tentera
Islam hanya sempat melakukan sembahyang Asar apabila waktu Maghrib
menjelang. Mereka tidak ada peluang untuk berhenti sebelumnya. Percubaan
tentera Ahzab terus-menerus di sepanjang parit sampailah waktu Maghrib.
Malam itu Rasulullah r dan semua tentera Islam bermunajat kepada Tuhan.
Rasulullah r berdoa:
“Ya Allah tutuplah aurat kami. Ya Allah amankanlah ketakutan
kami. Ya Allah Tuhan yang menurunkan Kitab, Tuhan yang Maha
Menghisab, Tewaskanlah Tentera Ahzab. Ya Allah tewaskanlah mereka
dan goncangkanlah mereka.”
Allah telah menjawab rintihan Rasulullah r dan tentera Islam. Pada
malam itu Allah telah menurunkan hidayah Islam ke dalam hati seorang
pembesar Kuffar Quraisy iaitu Nuaim bin Mas’ud. Nuaim bin Mas’ud adalah
orang yang telah memecahkan rahsia kafilah Abi Sufyan yang membawa
sejuta dirham wang perak sebelum peperangan Uhud. Dia datang senyap-
senyap bertemu dengan Rasulullah r dan mengucap dua kalimah syahadah.
Dia meminta kepada Rasulullah r supaya keislamannya dirahsiakan. Demi
membuktikan imannya, dia menawarkan diri untuk dipertanggungjawabkan
dengan tugasan membantu tentera Islam. Rasulullah r meminta supaya
dia mengkucar-kacirkan Tentera Ahzab dari dalam. Sayyidina Nuaim bin
Mas’ud t ini adalah seorang pembesar Quraisy yang mempunyai hubungan
baik dengan semua golongan dalam Tentera Ahzab termasuk dengan Yahudi
Bani Quraizah.
Dia memulakan operasinya dengan Yahudi Bani Quraizah. Dia datang
kepada Yahudi Bani Quraizah dan berkata, “Kamu semua kenal siapa aku
dan kamu semua juga tahu bagaimana kebencian aku kepada Muhammad.
Malah kamu juga tahu bagaimana hubungan aku dengan kamu.” Mereka
berkata, “Benar, tetapi apa yang kamu mahu sampaikan?” Sayyidina Nuaim
t menjawab, “Tentera Ahzab sudah tidak larat mengepung Madinah lagi.
217
Catatan Sejarah Rasulullah r
Sudah 45 hari mereka mengepungnya tetapi orang Islam masih tidak terkesan
apa-apa. Mereka merancang untuk berundur. Kalau mereka berundur kamu
tinggal sendirian berhadapan dengan Muhammad dan tentera Islam dan
pasti kamu tak mampu!” Yahudi Bani Quraizah yang sudah mula risau itu
bertanya, “Apa yang kami patut lakukan sekarang?” Sayyidina Nuaim t
segera mencadangkan, “Apa kata kalau kamu segera dapatkan jaminan
dari Quraisy?” Mereka bertanya lagi, “Bagaimana?” Sayyidina Nuaim t
menjawab, “Kamu minta Quraisy meletakkan sepuluh orang pemimpin
mereka bersama kamu di dalam kubu. Kalau apa-apa berlaku, sudah tentu
Quraisy tidak akan membiarkan 10 orang pemimpin mereka yang ada
bersama kamu.”
Selepas itu Sayyidina Nuaim t pergi kepada pemimpin Kuffar Quraisy
pula. Dia memberitahu mereka bahawa Yahudi Bani Quraizah sudah
menyesal mengungkai perjanjian mereka dengan Muhammad. Sebab itulah
mereka belum berbuat apa-apa untuk membantu tentera Ahzab. Mereka
sudah meminta maaf kepada Muhammad. Malah mereka akan membunuh
sepuluh orang pembesar Quraisy sebagai tanda keikhlasan mereka meminta
maaf kepada Muhammad. Sungguh berita itu telah menggoyangkan Kuffar
Quraisy. Abu Sufyan merasakan kalaulah berita ini benar maka mereka dalam
bahaya. Abu Sufyan pergi ke Bani Quraizah untuk memastikan sendiri berita
yang dibawa oleh Sayyidina Nuaim t.
Dengan pentadbiran Allah I, peristiwa itu berlaku pada hari Jumaat
malam Sabtu. Abu Sufyan telah bersemuka dengan semua kepimpinan Bani
Quraizah. Abu Sufyan berkata, “Besok kami akan melancarkan serangan
berhabis-habisan dari arah Utara, jadi kamu semua sila bergerak dari Selatan,
dari belakang tentera Islam.” Bani Quraizah berkata, “Esok hari Sabtu, kami
tidak boleh berperang pada hari Sabtu. Begitulah ajaran agama kami, oleh
itu kami cadangkan serangan pada hari Ahad.” Mendengar alasan itu, Abu
Sufyan sudah mula ragu dengan Bani Quraizah tetapi dia tetap bersetuju
dengan cadangan mereka. Selepas itu Bani Quraizah pula bertanya kepada
Abu Sufyan, “Bagaimana kalau serangan itu tidak berjaya? Kamu boleh
berundur ke Mekah tetapi kami yang akan dikeronyok oleh Muhammad dan
tentera Islam. Sebagai jaminan, kami mahu kamu meletakkan bersama kami
sepuluh orang pembesar Mekah.” Ketika itu Abu Sufyan bercakap dalam di
hatinya, “Betullah apa yang Nuaim beritahu.” Abu Sufyan meminta tempoh
untuk berbincang dengan kaumnya. Ketika itu Bani Quraizah juga semakin
ragu dengan Quraisy. Demikianlah Allah I telah menggagalkan perancangan
itu. Kalaulah serangan itu berlaku, tentu ia akan sangat menyusahkan tentera
Islam. Ketika tentera Islam semakin cemas, Rasulullah r semakin tenang
kerana Baginda mengetahui apa yang sedang berlaku.
218
Perang Ahzab Bab 14
Perisik Rasulullah r
Ketika itu musim sejuk. Cuaca semakin sejuk. Angin yang bertiup pula
semakin kuat menambahkan lagi kesejukan. Pada malam itu udara sangat
sejuk dan kegelapan malam sangat pekat. Tentera Islam sedang merasa
benar-benar digoncang, pergantungan mereka hanya kepada Allah I.
Sayyidina Abu Huzaifah t menceritakan, “Ia satu malam yang sangat
gelap, anginnya sangat kencang, udaranya sangat sejuk dan ia malam
yang sangat menakutkan.Belum pernah kami melalui malam yang seperti
itu. Dalam keadaan kami tidak nampak apa-apa itu, serangan dari Tentera
Ahzab dan dari Bani Quraizah boleh berlaku bila-bila masa. Ketika kami
dalam keadan begitu, Rasulullah r berasa ada sesuatu yang akan berlaku
dan Baginda mahu memastikan apa yang sedang berlaku. Dalam suasana
gelap itu, Rasulullah r menyeru kepada kami yang berada di sekelilingnya:
“Siapakah yang bersedia meninjau keadaan Tentera Ahzab dan
baginya balasan Syurga! Siapakah yang bersedia meninjau keadaan
Tentera Ahzab dan baginya balasan Syurga!”
Tiada seorang pun yang menyahut. Begitulah suasana cemas dan
ketakutan yang amat sangat. Walaupun sudah tiga kali Rasulullah r
mengulangi tawaran itu, tetapi belum ada seorang pun yang berani bangun.
Kemudian Rasulullah r bergerak dalam suasana gelap itu. Tiba-tiba kaki
Baginda tersentuh kakiku. Aku mengerekotkan badanku kerana takut disuruh
bangun. Rasulullah bertanya, “Siapa ini?” Aku menjawab, “Huzaifah,
wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Bangun, wahai Huzaifah.” Ketika
itu aku hanya ada sehelai kain untuk dipakai. Itupun hanya sekadar menutup
sampai ke lututku, sedangkan ketika itu cuaca terlalu sejuk. Rasulullah r
menyebut lagi kepada aku:
“Wahai Huzaifah, pastikan untuk daku apa yang sedang berlaku
kepada Tentera Ahzab dan jangan kamu bertindak sesuatu sehingga
kamu pulang ke sini.”
Maka aku pun bangun dan mula bergerak. Maha Besar Tuhan, ketika itu
aku merasakan seolah-olah aku sedang berada di dalam bilik mandi yang
219
Catatan Sejarah Rasulullah r
suam. Aku menyeberangi parit dan aku memanjat naik ke kawasan Tentera
Ahzab. Rupanya di sebelah mereka, anginnya lebih kencang, malah terlalu
kencang. Angin kencang yang kami rasai ibarat angin sepoi-sepoi bahasa
jika dibandingkan angin kencang yang bertiup di kawasan mereka. Aku
melihat orang semua kelam kabut dan sibuk memegang khemah mereka.
Aku melihat ada khemah yang telah diterbangkan oleh angin. Periuk
makanan mereka yang besar itu semuanya terbalik. Suasana sangat kelam-
kabut. Ketika itu aku ternampak unggun api yang besar di tengah-tengah
kawasan perkhemahan. Kelihatan seorang lelaki yang berbadan sasa
sedang memanaskan dirinya di situ. Rupanya dia adalah Abu Sufyan yang
sedang menjerit memanggil kaumnya agar berkumpul kepadanya. Ketika
itu aku mengambil panahku. Aku terus menarik anak panah, hanya tinggal
melepaskannya sahaja ke arah Abu Sufyan. Ketika itu, aku teringat arahan
Rasulullah r agar aku tidak bertindak apa-apa sehingga kembali kepada
Baginda.”
Begitulah ketaatan Sayyidina Abu Huzaifah t terhadap Rasulullah r.
Dia berpeluang untuk membunuh Abu Sufyan. Dia sudah berada tidak jauh
dari Abu Sufyan. Kalau dia memanahnya pasti Abu Sufyan terbunuh. Tetapi
kerana mentaati arahan Rasulullah r, dia tidak melakukannya. Dia yakin
Baginda lebih mengetahui apa yang terbaik menurut pandangan Allah I.
Abu Huzaifah berkata lagi: “Apabila orang berkumpul di sekeliling Abu
Sufyan, aku pun duduk sekali dengan mereka. Abu Sufyan mengarahkan
setiap orang memastikan siapakah yang duduk disebelahnya. Ketika itu
cepat-cepat aku bertanya kepada orang disebelah kanan aku, “ Siapa
kamu?” Kemudian aku bertanya pula orang yang disebelah kiriku, “ Siapa
kamu?” Oleh itu aku terlepas dari ditanya. Selepas itu barulah Abu Sufyan
meneruskan ucapannya. Dia menyeru kepada seluruh tenteranya supaya
berundur kerana angin terlalu kuat dan sudah berlalu 45 hari mereka
mengepung tentera Islam tetapi tiada hasilnya. Apatah lagi Bani Quraizah
juga sudah belot. Aku melihat sebelum sempat Abu Sufyan menutup kata-
katanya, semua orang sudah bangun sambil menjerit, “Balik! Balik!
Balik!” Rupanya semua orang sudah tidak tahan lagi. Semua orang terus
bergegas menyiapkan barangan mereka dan mula bergerak pulang. Selepas
itu aku pulang semula ke perkhemahan tentera Islam. Sepanjang berada di
perkemahan musuh dan ketika aku berjalan melintasi parit aku merasakan
udara sejuk malam itu bertukar menjadi suam dan sangat selesa. Apabila
aku sampai ke khemah Rasulullah s.a.w, Baginda sedang bersembahyang.
Apabila aku masuk saja ke dalam khemah, udara suam tadi hilang serta-
merta. Barulah aku terasa kesejukan yang amat sangat. Hanya untuk
menunggu Rasulullah r menyelesaikan sembahyangnya badan aku sudah
220
Perang Ahzab Bab 14
mengeletar malah gigi aku sudah berketap-ketap kesejukan. Rasulullah
r yang perasan kehadiran aku membuka selendangnya untuk aku masuk
ke dalam selendangnya. Apabila Rasulullah r selesai sembahyang, aku
melaporkan kepada Baginda keadaan Tentera Ahzab yang sudah mula
berangkat pulang. Rasulullah r berterima kasih dan mendoakan aku.
Selepas itu Rasulullah r menyuruh aku tidur. Aku tidur dalam selimut kain
Baginda sampai Subuh. Apabila matahari terbit keesokan paginya, semua
Tentera Ahzab sudah berundur. Suasana kembali aman dan tenang.”
221
Bab 15
Ghazwah Bani Quraizah
Ghazwah Bani Quraizah
Setelah Tentera Ahzab berundur, menjelang waktu Asar Rasulullah r
pulang ke rumah. Baginda mahu membersihkan diri dan berehat. Ketika
itu, tiba-tiba Sayyidina Dehya’ al-Qalbi t muncul di tepi rumah Rasulullah
r. Sayyidina Dehya’ t adalah di antara sahabat yang paling kacak. Dia
meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah r. Sayyidatina Aisyah
memberitahunya bahawa Baginda sedang mandi. Sayyidina Dehya’ berkata,
“Panggil Rasulullah!” Mendengar kata-kata itu, Rasulullah r sudah tahu
siapa sebenarnya yang memanggil Baginda. Tidak syak lagi bahawa jelmaan
Sayyidina Dehya, itu adalah Malaikat Jibril . Malaikat Jibril boleh
datang kepada Rasulullah r dalam berbagai rupa. Kali ini dia datang berupa
Sayyidina Dehya’ al-Qalbi. Malaikat Jibril bertanya, “Wahai Rasulullah
r, apakah kamu sudah meletakkan senjata kamu sedangkan kami para
malaikat belum meletakkan lagi senjata kami? Sesungguhnya Allah I telah
memerintahkan kamu supaya memerangi Bani Quraizah!”
Rasulullah r terus bersiap semula dengan pakaian perang. Apabila
Rasulullah r keluar dari rumah, Baginda bertanya kepada para Sahabat
y adakah mereka ternampak sesiapa lalu di situ. Mereka menjawab,
“Kami nampak Dehya’ al-Qalbi berjalan menuju ke arah Bani Quraizah.”
Rasulullah r berkata, “Itu adalah Sayyidina Jibril .” Lantas Rasulullah
r memerintahkan, “Barang siapa yang beriman kepada Allah I dan Hari
222
Catatan Sejarah Rasulullah r
Akhirat, janganlah bersembahyang Asar melainkan di Bani Quraizah!”
Mendengar arahan itu, para Sahabat y segera bersiap semula dan terus
bergerak menuju ke Bani Quraizah. Sebahagian mereka sampai di Bani
Quraizah sebelum Maghrib dan sempat menunaikan sembahyang Asar
di sana. Sebahagian yang lain terlambat. Ada yang sembahyang di dalam
perjalanan dan ada yang sembahyang Asar di Bani Quraizah setelah masuk
waktu Maghrib kerana ingin mentaati arahan Rasulullah r. Baginda telah
memperakui kedua-dua ijtihad yang dilakukan oleh para Sahabat y dalam
memahami arahan Baginda itu.
Oleh kerana Bani Quraizah tidak mahu menyerah diri, tentera Islam
mengepung kubu mereka. Bani Quraizah terdiri dari tujuh ratus orang lelaki
dewasa. Allah I telah mencampakkan rasa takut ke dalam hati mereka
sehingga akhirnya mereka meminta untuk berunding dengan Rasulullah
r. Baginda telah menghantar Sayyidina Abu Lubab t sebagai wakil untuk
mendengar permintaan Bani Quraizah. Mereka bertanya kepada Sayyidina
Abu Lubab t, “Apa yang mesti kami lakukan sekarang?” Beliau menjawab,
“Kamu tiada pilihan melainkan menyerah diri kepada Rasulullah r.” Mereka
bertanya lagi, “Wahai Abu Lubab, kalau kami menyerah diri apa yang
Rasulullah r akan putuskan kepada kami?” Secara tidak sengaja Sayyidina
Abu Lubab t mengisyaratkan jari ke lehernya memberi maksud bahawa
Bani Quraizah akan dihukum mati.
Ketika itu baru Sayyidina Abu Lubab t teringat yang dia telah membuka
rahsia Rasulullah r. Dia segera meninggalkan Bani Quraizah dan pergi
ke Masjid Nabawi. Sebagai hukuman ke atas kesalahannya, dia minta
isterinya mengikatnya di tiang masjid dan berkata, “Aku telah khianat
kepada Allah I dan Rasul-Nya. Jangan ada sesiapa membuka ikatan aku
sehinggalah Rasulullah r mengampunkan aku.” Apabila berita ini sampai
kepada Rasulullah r, Baginda bersabda, “Aku tidak memaafkan Abu Lubab
sehinggalah Allah I mengampunkan dia.” Sayyidina Abu Lubab t terus
diikat di tiang masjid selama enam hari. Rupanya sepanjang diikat itu, dia
telah merintih dan bertaubat kepada Allah I dan meminta maaf kepada
Rasulullah r. Di atas taubatnya itu, Allah I telah menurunkan wahyu
mengampunkan Sayyidina Abu Lubab t. Setelah itu, barulah Rasulullah r
membuka ikatannya.
Apabila Bani Quraizah tahu bahawa Rasulullah r akan menjatuhkan
hukuman mati, mereka berazam tidak akan menyerah diri. Mereka akan
bertahan di dalam kubu mereka. Menurut pandangan mereka, semua keperluan
mereka cukup di dalam kubu itu. Kaab bin As’ad, ketua Bani Quraizah telah
223
Ghazwah Bani Quraizah Bab 15
mengumpulkan semua pemimpin Bani Quraizah. Mereka mesti melakukan
sesuatu untuk menyelamatkan diri mereka. Mereka sedang menghadapi
saat-saat yang sangat genting. Para pemimpin Bani Quraizah bertanya Kaab,
“Apakah yang kamu rancang, wahai Kaab?” Kaab menjelaskan, “Masalah
kita ini tidak ada jalan penyelesaian melainkan satu dari tiga jalan ini. Yang
pertama, demi Allah kita semua telah mengetahui bahawa Muhammad
adalah seorang Nabi. Bukankah kamu semua mengetahui bahawa dialah
Nabi yang disebut dalam Taurat. Kalau begitu mari kita semua masuk ke
dalam agama Muhammad. Bukankah Muhammad tidak membunuh sahabat-
sahabatnya?” Para pemimpin Bani Quraizah berkata, “Kami sekali-kali
tidak akan masuk agama Muhammad!” Begitulah keengkaran dan keegoan
Yahudi Bani Quraizah walaupun mereka semua sudah mengakui kebenaran
Rasulullah r sebagai utusan Allah.
Seterusnya mereka bertanya Kaab, “Apakah jalan keluar yang kedua?”
Kaab menjawab, “Pilihan kedua ialah kita bunuh semua wanita dan anak-
anak kita. Kalau kita kalah, mereka tidak jatuh ke tangan orang Islam. Kalau
kita menang, kita memperolehi wanita, anak-anak dan harta mereka. Dengan
itu kita boleh mulakan kehidupan yang baru.” Para pemimpin Bani Quraizah
menolaknya, “Apa dosa isteri-isteri dan anak-anak kita untuk kita bunuh
mereka?” Mereka bertanya jalan keluar yang ketiga pula. Ka’ab berkata,
“Pilihan ketiga ialah, malam ini kita serang mereka. Bukankah malam ini
malam Sabtu? Biasanya malam Sabtu tentera Islam akan berehat kerana
mereka tahu kita tidak akan menyerang mereka pada hari Sabtu.” Para
pemimpin Bani Quraizah berkata, “Wahai Kaab, engkau pun tahu bagaimana
Allah I telah perlakukan kepada orang yang berperang pada hari Sabtu.
Bukankah Allah I telah menyumpah mereka menjadi beruk dan babi? Kami
tidak berani!”
Mereka telah menolak ketiga-tiga cadangan Kaab. Akhirnya mereka
tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka benar-benar dalam kebuntuan. Ada
seorang lelaki bernama Amru Ibnu Sa’di dari Bani Quraizah telah lari
keluar dari kubu Yahudi. Dia telah ditangkap oleh pasukan pengawal yang
ditugaskan oleh Rasulullah r yang diketuai oleh Sayyidina Muhamad Bin
Maslamah t. Mereka mahu membunuhnya. Amru bin Sa’di merayu agar
dia tidak dibunuh. Dia merayu, “Jangan bunuh aku tetapi bawalah aku
bertemu dengan Nabi kamu.” Apabila dibawa kepada Rasulullah r, Amru
berkata, “Wahai Rasulullah, demi Allah, ketika Yahudi telah mengkhianati
perjanjian mereka aku tidak bersetuju dengan pengkhianatan itu.” Rasulullah
r bersabda, “Kamu telah bercakap benar.” lalu Baginda memerintahkan
agar dia dibebaskan. Rasulullah r hanya mahu menghukum orang yang
bersalah. Rasulullah r menerangkan, “Allah I telah menyelamatkan lelaki
224
Catatan Sejarah Rasulullah r
ini kerana kejujurannya.” Hakikat sebenarnya, Rasulullah r bukan mahu
membalas dendam kepada Yahudi tetapi mereka mesti dihukum kerana telah
mengkhianati perjanjian mereka.
Walaupun tentera Islam menyerang Bani Quraizah beberapa kali,
mereka terus dapat bertahan di dalam kubu. Setelah Bani Quraizah dikepung
selama 19 hari, sekumpulan tentera Islam diketuai oleh Sayyidina Ali
dan Sayyidina Zubair bin Awwam t telah berbai’ah untuk syahid. Mereka
berikrar, “Kita serang berhabis-habisan dan kita tidak akan berundur
sehingga kita berjaya membuka kubu mereka atau kita syahid!” Apabila
pasukan ini mula menyerang, Yahudi Bani Quraizah sudah dapat merasakan
bahawa tiada peluang lagi bagi mereka. Mereka pasti akan dibunuh. Mereka
menjerit ketakutan untuk menyerah diri, “Wahai Muhammad! Kami bersedia
menerima hukuman kamu! Wahai Muhammad! Kami bersedia menerima
hukuman kamu!” Allah I telah mencampakkan ke dalam hati mereka
rasa takut yang amat sangat sehingga mereka semua mahu menyerah diri.
Demikianlah kehebatan pasukan ini. Kerana ketaqwaan mereka Allah I
telah mencampakkan rasa takut ke dalam hati musuh.
Oleh kerana terlalu takut, Bani Quraizah membuka pintu kubu mereka
dan mereka menyerah diri kepada Rasulullah r. Baginda memerintahkan
kesemua tujuh ratus orang lelaki dewasa Bani Quraizah diikat. Ketika
itu pemimpin Aus datang memujuk Rasulullah r, “Wahai Rasulullah,
kasihanilah sekutu kami sepertimana kamu telah mengasihani sekutu
Khazraj iaitu Yahudi Bani Nadhir.” Sejak sebelum kedatangan Rasulullah
r ke Madinah, Bani Nadhir adalah sekutu kepada Bani Khazraj dan Bani
Quraizah sekutu kepada Bani Aus. Namun kesalahan yang dilakukan oleh
Bani Quraizah jauh berbeza dengan kesalahan yang dilakukan oleh Bani
Nadhir. Bani Nadhir hanya membunuh seorang lelaki Islam tetapi Bani
Quraizah telah meletakkan seluruh umat Islam dalam bahaya pada saat yang
sangat genting.
Oleh kerana ianya adalah permintaan para sahabat y dari kalangan Bani
Aus, Rasulullah r merasa serba salah. Baginda telah membebaskan Bani
Nadhir sekutu Bani Khazraj, bagaimana pula dengan Bani Quraizah yang
merupakan sekutu Aus? Baginda berkata kepada Bani Aus, “Apakah kamu
setuju kalau aku serahkan hukuman Bani Quraizah ini kepada seorang lelaki
di kalangan kamu?” Mereka bertanya, “Siapakah yang engkau maksudkan
wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Aku akan serahkan hukuman
Bani Quraizah kepada Saad bin Muaz.” Bani Aus berkata, “Sayyidina Saad
adalah pemimpin kami. Kami setuju, wahai Rasulullah.” Apabila berita ini
sampai kepada Bani Quraizah, mereka juga bersetuju kerana Sayyidina Saad
225
Ghazwah Bani Quraizah Bab 15
t adalah pemimpin Bani Aus sekutu mereka.
Ketika itu Sayyidina Saad t sedang berada di khemah rawatan kerana
sedang dirawat akibat luka panahan Tentera Ahzab. Rupa-rupanya ketika
dia dirawat, dia telah berdoa kepada Allah I, “Wahai Tuhan, kalaulah ada
lagi peperangan Rasulullah r dengan Kafir Quraisy selepas ini, aku mohon
dipanjangkan umurku. Sehingga mata aku menjadi sejuk melihat kekalahan
Kafir Quraisy. Mereka adalah orang yang paling aku benci kerana perlakuan
mereka terhadap Rasulullah r. Kalau sudah tidak ada lagi peperangan
di antara Rasulullah r dengan Kafir Quraisy, maka ambillah nyawaku,
wahai Tuhan. Tetapi janganlah engkau ambil nyawaku selagi Engkau
belum sejukkan mataku terhadap Bani Quraizah!” Maha Suci Tuhan yang
telah mengabulkan doa Sayyidina Saad t bilamana Rasulullah r telah
menyerahkan hukuman Bani Quraizah kepadanya.
Rasulullah r menghantar orang untuk membawa Sayyidina Saad t
ke Bani Quraizah. Ketika itu Sayyidina Saad t sudah tidak mampu untuk
berjalan bahkan tidak mampu lagi untuk menunggang kenderaan. Para
Sahabat y membuat pengangkat untuk membawa Sayyidina Saad t di
atas seekor himar. Dalam keadaan terbaring, mereka membawanya ke
Bani Quraizah. Di dalam perjalanan, ada di kalangan pemimpin Aus yang
datang kepadanya untuk meminta belas kasihan Sayyidina Saad t agar
tidak menjatuhkan hukuman berat terhadap Bani Quraizah. Sayyidina Saad
t berkata kepada mereka, “Telah sampai masanya kepada Saad untuk
tidak tunduk kepada cercaan orang yang mencerca dalam urusan Allah.”
Mendengarkan kata-kata itu, sebahagian pemimpin Aus yang cerdik telah
mengucap takziah kepada Bani Quraizah. Mereka sudah faham bahawa
Sayyidina Saad t tidak akan menjatuhkan hukuman melainkan hukuman
mati kepada Bani Quraizah.
Sesampainya Sayyidina Saad t di kubu Bani Quraizah, semua orang
sedang berkumpul berdekatan dengan Rasulullah r. Bani Quraizah dapat
melihat dari jauh kedatangan Sayyidina Saad t. Rasulullah r bangun
menyambut Sayyidina Saad t dan berkata, “Bangunlah menghormati
pemimpin kamu.” Lalu semua orang bangun berdiri menyambut kedatangan
Sayyidina Saad t. Rasulullah r mahu mengajar umat Islam bagaimana
mereka sepatutnya memuliakan pemimpin dan orang soleh di kalangan
mereka. Bani Quraizah juga dapat melihat sambutan dan penghormatan
yang diberikan kepada Sayyidina Saad t. Rasulullah r berkata kepada
Sayyidina Saad t, “Wahai Saad, aku telah menyerahkan hukuman Bani
Quraizah kepada kamu. Hukumlah mereka dengan hukuman kamu.”
226
Catatan Sejarah Rasulullah r
Ketika itu Sayyidina Saad t memandang ke arah pemimpin Bani Aus
yang sedang duduk di situ lalu bertanya, “Apakah hukuman aku akan
diterima oleh Bani Aus?” Para pemimpin Aus berkata, “Kami bersetuju
dengan hukuman kamu, wahai Saad.” Kemudian dia berpaling kepada para
pemimpin Bani Khazraj pula lalu bertanya,“Apakah hukuman aku diterima
oleh Bani Khazraj?” Mereka menjawab, “Kami bersetuju dengan hukuman
kamu, wahai Saad.” Kemudian Sayyidina Saad t menoleh kepada pemimpin
umat Islam yang ada dan bertanya, “Apakah hukuman aku diterima oleh
semua pemimpin Islam dari kaum Muhajirin?” Mereka menjawab, “Kami
bersetuju dengan hukuman kamu, wahai Saad.” Akhirnya dia menoleh ke
arah Rasulullah r sambil bertanya, “Apakah hukuman aku dipersetujui oleh
orang yang berada di sini?” Sebagai adab kepada Rasulullah r, Sayyidina
Saad t tidak menyebut nama Baginda. Rasulullah r menjawab, “Rasulullah
bersetuju, wahai Saad.” Maka Sayyidina Saad t berseru, “Sesungguhnya
aku menjatuhkan hukuman terhadap Bani Quraizah bahawa semua wanita
dan anak-anak dijadikan hamba dan semua lelaki mereka dibunuh!”
Mendengarkan kata-katanya itu, Rasulullah r terus bertakbir, “Allahu
Akbar! Allahu Akbar! Wahai Saad, kamu telah menghukum mereka dengan
hukuman Allah I dari langit!”
Orang Yahudi juga dapat menyaksikan majlis itu tetapi mereka tidak dapat
mendengar apa yang berlaku di dalam majlis itu. Selepas itu Rasulullah r
memerintahkan tentera Islam menggali lubang. Kemudian dibawa sepuluh
orang lelaki Bani Quraizah lalu dipancung. Setelah beberapa puluh orang
dibawa dan dipancung, orang Yahudi belum mengetahui lagi apa yang
akan dilakukan kepada mereka. Ada yang bertanya sesama mereka apakah
yang akan dilakukan terhadap mereka. Ketika itu ketua mereka Kaab bin
As’ad berkata kepada mereka, “Apakah kamu tidak nampak setiap sepuluh
orang yang dibawa tidak kembali lagi kepada kita? Inilah kesudahan
kita semua!” Pada hari itu, kesemua tujuh ratus orang lelaki Yahudi Bani
Quraizah dipancung. Inilah hukuman ke atas pengkhianatan mereka.
Ada seorang pemimpin Yahudi Bani Quraizah bernama Zubair bin Thaba.
Dia juga merupakan salah seorang ulama’ di kalangan mereka. Apabila
dia dibawa untuk dipancung, ada seorang sahabat dari kalangan Ansar
meminta kepada Rasulullah r, “Wahai Rasulullah, serahkanlah Zubair
bin Thaba kepada aku kerana dia pernah membebaskan aku dari tawanan
semasa sebelum Islam. Sepertimana dia telah membebaskan aku, biarlah
aku membebaskannya pada hari ini.” Rasulullah r memperkenankannya,
lalu Zubair bin Thaba diserahkan kepada sahabat ini. Zubair berkata kepada
sahabat itu, “Kamu membebaskan aku sedangkan harta dan anak isteri aku
semuanya diambil.” Rasulullah r mengarahkan agar diserahkan kembali
227
Ghazwah Bani Quraizah Bab 15
kepadanya harta dan anak isterinya. Alangkah gembiranya Zubair dengan
pelepasan itu. Namun selepas itu dia bertanya apa yang akan dilakukan
kepada Ka’ab bin As’ad dan Huyyay bin Akhtab. Orang Islam menjawab,
“Mereka semua akan dihukum mati.” Zubair berkata, “Aku tidak akan
tinggalkan mereka, biarlah aku mati bersama mereka. Biar aku masuk
syurga bersama mereka.” Dia berpatah balik dan dipancung seperti Ka’ab
bin As’ad dan Huyyay bin Akhtab. Sayyidina Abu Bakar t berkata, “Dia
akan menemani mereka ke neraka!”
Ada seorang remaja lelaki Bani Quraizah yang baru beberapa hari saja
baligh, dikenali sebagai Rifaat al Qurazi. Ketika itu ada seorang perempuan
Islam melihatnya dan merasa kasihan kepadanya. Apalagi dia telah berjanji
kalau dia selamat dia akan masuk Islam dan bersembahyang. Rasulullah
r menyerahkan dia kepada perempuan itu. Selepas itu Rifaat al Qurazi t
masuk Islam dan menjadi seorang Islam yang taat, bahkan dia menjadi salah
seorang Hafiz al-Quran dan pendakwah Islam. Selepas itu, apabila Sayyidina
Rifaat al Qurazi t mahu bersumpah, dia akan berkata, “Demi Tuhan yang
menyelamatkan aku pada hari Bani Quraizah disembelih!”
Setelah itu Rasulullah r membahagikan perempuan dan anak-anak
Yahudi Bani Quraizah kepada semua tentera Islam. Ketika itu yang menjadi
bahagian Rasulullah r adalah seorang perempuan yang bernama Raihanah
al Quraziah. Baginda berdakwah kepadanya agar menerima Islam. Bahkan
Rasulullah r menawarkan akan membebaskan dan mengahwininya
sekiranya dia masuk Islam. Ketika itu dia menolak tawaran Baginda itu
tetapi tidak lama kemudian dia masuk Islam.
Demikianlah berakhirnya Yahudi Bani Quraizah dan berakhirnya Perang
Ahzab. Dalam Perang Ahzab yang begitu besar itu hanya lima orang saja
dari tentera Islam yang syahid. Salah seorangnya ialah Sayyidina Saad bin
Muaz t yang syahid kerana kesan luka terkena panahan. Dari pihak Kuffar
pula hanya tiga orang yang terbunuh. Sebenarnya yang besar adalah kesan
dan hasil dari peperangan ini. Selepas tentera Ahzab berundur, Rasulullah
r membuat satu ulasan kepada peperangan ini dan masa depan umat Islam.
Rasulullah r berkata: “Selepas ini, kita yang akan menyerang Kuffar
Quraisy dan mereka tidak akan menyerang kita lagi.” Selepas kegagalan
Tentera Ahzab yang begitu besar itu maka berakhirlah era mereka. Sekarang
tiba masanya untuk Islam semakin berkembang dan membesar ke seluruh
Tanah Arab.
228