The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Rasulullah saw

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IKHWAN INDUSTRIES SDN BHD, 2020-06-01 04:25:15

SEJARAH RSAW

Sejarah Rasulullah saw

Keywords: sejarah rasullullah

Ujian Perjuangan Bab 6

Firman Allah I:

“Dan janganlah kamu mencerca sembahan mereka yang sembah
selain dari Allah, kerana kelak mereka akan mencerca Allah secara
melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.”
(Surah al-An’aam : 108)

Tekanan Terhadap Peribadi Rasulullah r

Uqbah bin Abi Mu’ayyith, salah seorang pemuka Kuffar Quraisy telah
menjemput Rasulullah r makan di rumahnya. Apabila hidangan telah
terhidang di hadapannya, Baginda tidak mahu makan. Puaslah Uqbah
menjemput Rasulullah r makan namun Baginda tetap belum mahu makan.
Rasulullah r bersabda, “Daku tidak akan makan kecuali setelah kamu
mengucap dua kalimah syahadah.” Uqbah sangat terkejut mendengar
permintaan Baginda itu. Rasulullah r berharap Uqbah akan mengucap
sepertimana Sayyidina Hamzah t telah mengucap. Walaupun pada mulanya
hanya kerana semangat mahu membela anak saudaranya, akhirnya Allah I
campakkan Iman ke dalam hatinya. Dengan syarat itu, Uqbah tidak mampu
berdalih lagi. Sebagai seorang bangsawan Quraisy, dia sepatutnya sangat
memuliakan tetamu. Tidak menunaikan hajat tetamu adalah satu sikap yang
sangat mengaibkan. Akhirnya dia mengucapkan dua kalimah syahadah demi
mahu Rasulullah r menjamah hidangannya. Selepas itu, tersebarlah berita
bahawa Uqbah telah mengucap dua kalimah syahadah.

Kemarahan Quraisy semakin membuak-buak. Malah yang paling marah
ialah Ubay bin Khalaf kerana Uqbah adalah kawan baiknya. Dia segera
datang berjumpa Uqbah dan berkata, “Wahai Uqbah, jangan pandang muka
aku lagi selepas ini! Kamu bukan kawan aku lagi sehingga kamu meludah
muka Muhammad!” Uqbah benar-benar di persimpangan, di antara dua
pilihan. Apakah dia mahu memilih Rasulullah r iaitu memilih kebenaran
atau mahu memilih pembesar Quraisy yang merupakan kawannya. Malang
bagi Uqbah, akhirnya dia memilih kawan. Kerana kawan, dia telah
mengorbankan kebenaran. Bahkan dia telah menunaikan permintaan mereka
dengan meludah muka Rasulullah r. Namun Baginda tetap bersabar.
Begitulah kesabaran Rasulullah r demi menyelamatkan umatnya. Perbuatan
Uqbah dan Ubay bin Khalaf telah mengundang wahyu lagi.

79

Catatan Sejarah Rasulullah r
Firman Allah I:

“Dan (ingatkanlah) perihal hari orang yang zalim menggigit
kedua-dua tangannya (marahkan diri sendiri) sambil berkata,
“Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang
benar bersama dengan Rasul! Alangkah celakanya aku, alangkah
baiknya kalau aku tidak mengambil si fulan itu menjadi kawan karib!
Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari jalan zikir (al-Quran)
setelah ia disampaikan kepada aku. Dan adalah syaitan itu sentiasa
mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya.)”
(Surah al-Furqan: 27-29)
Uqbah telah mengucapkan dua kalimah syahadah. Namun Ubay bin
Khalaf telah berjaya merosakkannya. Di akhirat nanti dia akan menyesal
sedangkan sesalan pada waktu itu tidak berguna lagi walaupun sesalan air
mata darah.
Ubay bin Khalaf t juga di antara pemuka Kuffar Quraisy yang sangat
memusuhi Islam. Pernah satu hari dia datang kepada Rasulullah r membawa
tulang-tulang yang sudah reput dan telah dihancurkannya hingga menjadi
debu. Dia menyimbahkan debu itu ke muka Rasulullah r sambil berkata,
“Wahai Muhammad yang mengatakan Allah akan menghidupkan kami dari
debu tulang ini?! Siapa yang boleh menghidupkan kita daripada debu tulang
ini?!” Maka turunlah wahyu menjawab sendaan Ubay itu:

Dia telah berkata, “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-

80

Ujian Perjuangan Bab 6

tulang yang telah hancur seperti debu?” Katakanlah, “Tulang-
tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah
menciptakannya pertama kali. Dan dialah Yang Maha Mengetahui
akan segala makhluk-makhluk ( yang diciptakannya. )”
( Surah Yaa Siin: 78-79)

Bukankah Allah yang telah menghidupkan tulang ini kali pertama?!
Dialah yang akan menghidupkannya semula. Inilah jawapan Allah I kepada
Ubayy yang mencabar Rasulullah r.

Tawaran Baru Kepada Rasululah r

Islam terus berkembang, semakin ramai orang masuk Islam dan semakin
ramai orang mengetahui tentang Islam. Ketika ini Kuffar Quraisy bersidang
lagi di Darul Nadwah bagaimana mahu menyekat Islam dan dakwah
Rasulullah r. Mereka memanggil Rasulullah r kerana ada tawaran baru
akan diajukan kepada Baginda. Mereka berkata, “Wahai Muhammad, sudah
berbagai tawaran kami kepada kamu tapi tiada satu pun yang kamu terima.
Sekarang kami akan membuat tawaran lagi. Walaupun tawaran ini berat bagi
kami tetapi mudah-mudahan kita akan dapat mencapai persepakatan. Kami
telah melihat kamu bermati-matian dengan agama kamu. Oleh itu kami ingin
berseru kepada kamu agar kita selesaikan saja masalah antara kita. Kamu
sembah Tuhan kami sehari dan kami sembah Tuhan kamu sehari.” Dengan
tegasnya Rasulullah r menjawab, “Tidak!” Mereka pulang dan berbincang
lagi dan kemudian datang lagi kepada Baginda. Kali ini mereka berkata,
“Kalau begitu kami sembah Tuhan kamu seminggu dan kamu sembah Tuhan
kami sehari sahaja.” Rasulullah r menjawab, “Tidak!” Mereka pulang dan
berbincang lagi. Selepas itu mereka datang lagi dan berkata, “Kami sembah
Tuhan kamu setahun kamu sembah Tuhan kami sehari saja.” Rasulullah
r tetap menolaknya. Terhadap perbincangan dan tawaran ini telah turun
sebuah wahyu:

Katakanlah (wahai Muhammad), “Wahai orang-orang kafir,
aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu juga tidak

81

Catatan Sejarah Rasulullah r

menyembah apa yang aku sembah. Aku tidak akan menyembah apa
yang kamu sembah dan kamu pun tidak akan menyembah apa yang aku
sembah. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”
(Surah al-Kafirun)

Demikianlah bahawa tiada sebarang tukaran kepada kebenaran. Tiada
Tuhan yang layak disembah melainkan Allah I. Tiada Tuhan lain yang layak
disembah walaupun satu saat. Oleh kerana Rasulullah r menolak tawaran ini,
kuffar Quraisy telah memperhebatkan lagi tekanan mereka terhadap peribadi
Baginda dan semua orang Islam. Orang yang paling menyakiti Rasulullah
r adalah jiran Baginda. Rasulullah r berjiran dengan bapa saudaranya Abu
Lahab, Hakam Ibnu Abil Asei, Uqbah bin Abi Muayyith dan Udai bin Hamra
as Saqafi. Mereka semua memang sepakat untuk menyakiti Rasulullah r.
Semua sampah dan kotoran dari rumah mereka akan longgokkan di depan
rumah Baginda. Apabila mereka menyembelih lembu, unta atau kambing,
mereka akan meletakkan segala tali perut dan kotorannya di depan rumah
Rasulullah r. Walaupun begitu, Rasulullah r tetap bersabar bahkan
Bagindalah yang membersihkan dan membuang semua sampah dan kotoran
itu.

Penghinaan Uqbah bin Muayyith terhadap Rasulullah r

Pada suatu hari, ketika Rasulullah r sedang bersembahyang di Ka’bah.
Pembesar kuffar Quraisy memerhati sambil mengejek Rasulullah r. Ketika
itu ada orang datang menyembelih seekor unta berdekatan dengan Ka’bah.
Maka pembesar kuffar Quraisy ini cabar-mencabar antara mereka. Siapakah
yang berani mengambil tali perut unta yang berdarah dan bernajis itu dan
meletakkannya di atas kepala Rasulullah r yang sedang sujud di Ka’bah.
Ketika itu bangunlah Uqbah bin Muayyith sambil berkata, “Aku yang akan
melakukannya!” Dia mahu membuktikan lagi kepada kawan bahawa dia
memang memusuhi Islam seperti mereka juga. Lalu dia mengangkat tali
perut itu dan diletakkannya di atas kepala Rasulullah r yang sedang sujud
itu. Melihatkan pemandangan itu, Uqbah dan pembesar Kuffar Quraisy yang
berada di situ ketawa berdekah-dekah sehingga bergoyang badan mereka.
Namun Rasulullah r terus sujud tidak bergerak sedikit pun. Begitulah
Baginda yang sedang tenggelam dengan Tuhannya. Najis perut unta itu
terus berada di atas kepala Rasulullah r sehinggalah Sayyidatina Fatimah

puteri kesayangan Rasulullah r lalu di situ. Dialah yang membuang
segala kekotoran itu sambil menangis melihat penghinaan dan ujian yang
ditanggung oleh ayahandanya, Rasulullah r.

Apabila Rasulullah r bangun dari sujudnya, Baginda memandang

82

Ujian Perjuangan Bab 6

kumpulan pemuka kuffar Quraisy itu dan berdoa. Baginda menyebut dalam
doanya nama mereka seorang demi seorang. Setiap nama yang Rasulullah r
sebut itu telah terbunuh dalam Perang Badar. Rasulullah r berdoa terhadap
mereka bukan kerana mereka menyakiti Baginda tetapi kerana penentangan
dan permusuhan mereka terhadap Allah I dan Rasul-Nya serta kebenaran
dari Allah I.

Dalam tempoh ini juga, semakin ramai sahabat y yang berhijrah ke
Habsyah. Ketika itu seramai 83 orang lelaki dan perempuan Islam telah
mendapat perlindungan Najasyi di Habsyah. Apabila diturunkan ayat terakhir
dari surah an-Najm, Rasulullah r telah membacakannya di Ka’bah yang
sedang dipenuhi dengan manusia termasuklah pembesar kuffar Quraisy.
Malah Baginda telah membacakan ayat-ayat itu dengan suara yang lantang :

Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan
(seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang
itu berdukacita) menangis. Dan bahawa sesungguhnya Dialah yang
mematikan dan menghidupkan. Dan bahawa sesungguhnya Dialah
yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan. Dari setitis air
mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim.) Dan bahawa sesungguhnya,
Dialah yang tetap menghidupkan semula (makhluk yang mati.) Dan
bahawa sesungguhnya, Dialah yang memberikan (sesiapa yang
dikehendaki-Nya) apa yang diperlukannya dan memberikannya
tambahan yang boleh disimpan. Dan bahawa sesungguhnya, Dialah
Tuhan (Pencipta) “Bintang Syi’ra.” Dan bahawa sesungguhnya,
Dialah yang membinasakan kaum “‘Aad” yang pertama (kaum Nabi
Hud ) dan kaum “Thamud” (kaum Nabi Saleh ) Maka tiada seorang
pun (dari kedua kaum itu) yang dibiarkan hidup. Dan kaum Nabi Nuh

sebelum itu (telah juga dibinasakan.) Sesungguhnya mereka adalah
orang yang sangat zalim dan sangat melampau batas. Dan bandar yang
ditunggang terbalikkan itu, Dialah yang (mengangkatnya ke angkasa
dan) menghempaskannya ke bumi. Lalu (penduduk) bandar itu diliputi
azab siksa yang meliputinya. Maka yang mana satu di antara nikmat
Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragukan (wahai manusia?)
(Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran
yang telah lalu! Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu
(Hari Qiamat.) Tiada sesiapa pun selain Allah I yang dapat menahan
atau menghapuskan huru-hara “Hari Qiamat” itu. Maka patutkah
kamu merasa hairan terhadap keterangan al-Quran ini (sehingga
kamu mengingkarinya?) Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan
kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan
balasan buruk yang akan menimpa kamu?) Sedangkan kamu adalah

83

Catatan Sejarah Rasulullah r

orang yang sombong angkuh, lagi melalaikan kewajipan? Oleh yang
demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan
al-Quran itu,) dan beribadahlah kamu kepada-Nya (dengan sepenuh
tauhid.)” (Surah an- Najm: 43-62)

Selesai sahaja membaca ayat-ayat ini, Rasulullah r pun sujud. Begitu
juga semua orang Islam. Rupa-rupanya semua penduduk Mekah yang
terdengar bacaan itu turut bersujud kerana terkesan mendengar ayat-ayat itu.
Malah seorang lelaki tua yang tidak mampu untuk sujud telah mengambil
pasir dan meletakkannya di atas kepalanya. Pembesar-pembesar Kuffar
Quraisy juga sujud semuanya. Begitulah Allah I memperlihatkan kebesaran
al-Quran. Selepas itu tersebarlah berita di kalangan kabilah Arab bahawa
kaum Quraisy telah sujud oleh kata-kata Muhammad. Apabila berita itu
sampai ke Habsyah, para sahabat y di sana menyangka kaum Quraisy telah
menerima Islam. Ada sebahagian sahabat y pun pulang semula ke Mekah.

Pemboikotan Bani Abdul Mutalib

Peristiwa itu telah membuatkan pembesar Kuffar Quraisy menyedari betapa
al-Quran sangat dapat menguasai pemikiran dan perasaan masyarakat. Malah
mereka sendiri tidak mampu menolak kekuatan al-Quran. Mereka melarang
masyarakat dari terpengaruh dengan al-Quran. Namun realitinya mereka
sendiri tidak dapat menepis pengaruh al-Quran bila mendengarnya. Mereka
tidak dapat menyangkal lagi bahawa al-Quran sangat merbahaya terhadap
pengaruh mereka. Satu jalan penyelesaian berkesan mesti diusahakan segera.
Akhirnya mereka sepakat untuk memulaukan Rasulullah r dan orang Islam.
Orang yang datang dari luar Mekah pun tidak akan dibenarkan berhubung
dengan orang Islam. Apabila Abu Talib melihat anak saudaranya dipulaukan,
dia telah mengumpulkan Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani
Hasyim. Abu Talib bertanya kepada mereka, “Apakah kamu bersetuju dengan
apa yang telah dilakukan oleh orang Mekah kepada Muhammad?” Ternyata
mereka semua tidak bersetuju terhadap tindakan itu. Mereka semua sepakat
untuk melanggar sekatan ini. Abu Talib memberitahu Rasulullah r, “Jangan
takut wahai Muhammad, kalau mereka semua memulaukan kamu, kami
tidak akan memulaukan kamu bahkan kami akan terus membantu kamu.”

Apabila Abu Jahal melihat Abu Talib telah membela Rasulullah r, dia
kumpulkan semua kabilah Quraisy yang lain. Dia menggesa mereka supaya
memulaukan juga Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim
dan siapa saja yang membantu Rasulullah r. Akhirnya Abu Jahal telah
berjaya mempengaruhi kaum Quraisy yang lain untuk mengenakan sekatan
kepada seluruh Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim.

84

Ujian Perjuangan Bab 6

Perjanjian sekatan ini telah ditulis dan digantungkan di dalam Ka’bah.

Antara isi watikah ini :

Bismikallahumma,
• Tidak dibenarkan sesiapa pun berjual beli dengan Bani Abdul
Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim serta dengan sesiapa
juga yang beriman dengan Muhammad
• Tidak dibenarkan sesiapa pun menjamu mereka.
• Tidak dibenarkan sesiapa pun melakukan perkahwinan dengan
mereka.
• Tidak dibenarkan mereka membeli makanan dari luar Mekah.

Apabila Abu Talib melihat suasana yang meruncing ini, dia telah
mengajak semua anggota Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani
Hasyim berpindah ke suatu tempat di hujung kota Mekah supaya mereka
dapat hidup bersama dan bantu-membantu untuk menghadapi sekatan ini.
Akhirnya tempat itu dikenali dengan nama Syiab Abu Talib atau Kampung
Abu Talib. Mereka telah berada dalam sekatan ini selama tiga tahun. Mereka
mempunyai harta dan wang tetapi mereka tidak dibenarkan membeli
makanan dari penduduk Mekah dan juga dari orang di luar Mekah. Kalau
ada pedagang dari luar Mekah mahu menjual kepada Bani Abdul Mutalib,
Quraisy akan membayar harga berkali ganda supaya mereka menjual
kepada Quraisy. Sekatan itu telah menyebabkan mereka semua menghadapi
kebuluran. Demikianlah pengorbanan ahli keluarga Rasulullah r terhadap
perjuangannya.

Walaupun begitu ada juga pembesar Quraisy secara peribadi bersimpati
kepadaAbu Talib dan pengikutnya. Masakan tidak, mereka juga ada hubungan
darah dengan Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim.
Salah seorang pemimpin Mekah yang simpati dan cuba untuk membantu
ialah Hakim bin Khuzam. Hakim mempunyai hubungan kerabat dari sebelah
ibunya dengan Bani Abdul Mutalib. Pada satu hari dia telah menyiapkan
makanan di atas unta untuk dihantar ke Syiab Abu Talib. Ketika dia mahu
menghantar makanan itu dia terserempak dengan Abu Jahal. Abu Jahal
bertanya, “Kemana kamu mahu pergi, wahai Hakim?” Hakim menjawab,
“Ini urusan aku.” Abu Jahal bertanya lagi, “Apakah kamu mahu menghantar
makanan kepada Muhammad dan sahabatnya?” “Ini urusan aku,” tegas
Hakim lagi. Abu Jahal berkeras, “Tidak! ini bukan urusan kamu, kamu
tidak boleh menghantarnya!” Abu Jahal menghadang perjalanan Hakim.
Sedang mereka bergelut itu, datang Abul Buhturi bin Hisyam. Dia juga salah
seorang pemimpin Mekah yang bersimpati kepada Rasulullah r. Simpatinya

85

Catatan Sejarah Rasulullah r

itu atas dasar hubungan nasab bukan atas dasar agama. Abul Buhturi, “Ini
urusan Hakim, dia berhak buat apa yang dia mahu, dia juga salah seorang
pemimpin Mekah!” Abul Buhturi berkata kepada Abu Jahal, “Engkau tiada
hak menghalangnya!” Abu Jahal mula berkasar, ditolaknya Abul Buhturi,
Abul Buhturi membalas dengan menampar Abu Jahal. Bergaduhlah mereka
berdua di situ sehingga Abul Buhturi memenangi pergaduhan itu. Jadi
lepaslah Hakim menghantar makanan ke Syiab Abu Talib. Selain Hakim, ada
juga orang lain yang turut membantu. Tetapi makanan yang dihantar itu tidak
mencukupi untuk semua. Sekatan ini berterusan sehingga menyebabkan
orang Islam dan keluarga Rasulullah r terpaksa makan rumput kering demi
menyelamatkan nyawa.

Sehingga satu ketika, salah seorang pimpinan muda Mekah yang bernama
Hisyam bin Amr yang juga bersimpati dengan Bani Hasyim merasakan
bahawa sekatan itu adalah sesuatu yang zalim dan memalukan kaum Quraisy.
Dia mula berfikir bagaimana mahu membatalkan sekatan itu. Akhirnya dia
berjaya mengumpulkan empat orang lagi pemimpin muda Mekah yang
bersependapat dengannya. Mereka ialah Hisyam bin Amr, Zuhair bin Abi
Umayyah, Mut’im Ibnul Adi, Zuma’ah bin Aswad dan Abul Buhturi. Pada
satu hari yang telah disepakati, mereka berlima telah pergi ke Ka’bah
dengan azam membatalkan perjanjian sekatan itu. Hisyam telah bertindak
menjadi jurucakap. Dia menyeru kepada Quraisy, “Wahai Quraisy! Kita
sudah bersalah terhadap kaum kita sendiri. Sudah tiga tahun kita pulaukan
mereka. Sudah tiga tahun mereka kelaparan. Demi Allah, ini adalah satu
keaiban. Orang lain akan mengaibkan kita selama-lamanya selepas ini. Kita
mesti membatalkan perjanjian ini!” Abu Jahal terus bangun membantah
kerana hal ini telah disepakati bersama oleh penduduk Mekah. Sekatan
mesti diteruskan sampai mereka kembali kepada agama asal mereka. Ketika
itu Zuhair bin Abu Umayyah pula bangun dan menyeru supaya sekatan itu
dibatalkan. Abu Jahal bangun membantah lagi. Tetapi selepas itu Mut’im bin
Adi pula bangun menyeru agar sekatan mesti dibatalkan. Abu Jahal menjerit
membantah lagi. Belum sempat Abu Jahal duduk, bangun pula Abul Buhturi
menyeru agar sekatan mesti dibatalkan. Abu Jahal bangun membantah lagi.
Ketika itu, bangun pula Zuma’ah dari tengah orang ramai menyeru agar
Quraisy membatalkan sekatan ini.

Demikianlah Abu Jahal seorang diri berkeras mempertahankan sekatan
tetapi dia ditentang oleh lima orang pemuka Mekah yang lain. Mereka semua
menggesa agar sekatan itu dibatalkan. Oleh kerana pergerakan lima orang ini
tersusun, orang ramai menyangka bahawa inilah pandangan semua pemimpin
Mekah kecuali Abu Jahal. Yang sebenarnya hanya mereka berlima sahaja
yang berpandangan begitu. Perbincangan itu berakhir bila salah seorang dari

86

Ujian Perjuangan Bab 6

yang lima tadi masuk ke dalam Ka’bah untuk mengoyakkan perjanjian itu.
Mereka semua terkejut kerana watikah perjanjian itu sudah dimakan anai-
anai. Kertas itu hanya mengandungi kalimah “Bismikallahumma.” Dengan
itu diangkatlah sekatan dari Rasulullah r, orang Islam, Abu Talib dan
pengikutnya. Mereka semua kembali ke Mekah.

Tahun Kesedihan

Pada tahun ke sepuluh selepas Kerasulan, Abu Talib telah meninggal dunia.
Peristiwa ini adalah sangat menyedihkan Rasulullah r. Masakan tidak!
Bukankah Abu Talib adalah bapa saudara Baginda yang telah menggantikan
ayahanda Baginda membesarkannya? Seterusnya Abu Taliblah yang sentiasa
berdiri di belakang perjuangannya dan membelanya dari kejahatan kuffar
Quraisy. Ketika Abu Talib nazak, Rasulullah r berada di sisinya. Berita
nazaknya Abu Talib diketahui oleh Abu Jahal. Lantas Abu Jahal bergegas
mendatangi Abu Talib. Ketika itu Abu Talib masih nazak dan Rasulullah
r sedang memujuk Abu Talib agar beriman. Baginda berkata, “Wahai bapa
saudaraku, ucaplah "A ¾Ìmi fÀZ¿ "A ÜG É»G Ü , perkataan yang menyebabkan aku
boleh membela kamu di Hari Akhirat nanti.” Abu Jahal segera menghalang
Abu Talib dari mengucap. Abu Jahal berkata, “Demi Allah! Wahai Abu Talib,
kalau kamu melafazkannya kami akan mengaibkan kamu selama-lamanya.”

Ketika Abu Talib sedang menghadapi saat terakhir umurnya itupun, Abu
Jahal masih mahu menghalangnya daripada Islam. Memang dia bergegas
datang hanya semata-mata untuk memastikan Abu Talib tidak terpengaruh
dengan pujukan Rasulullah r. Walaupun Rasulullah r memujuk tetapi Abu
Jahal menghalang. Abu Talib serba salah, apakah dia mahu mengucap dua
kalimah syahadah atau tidak. Akhirnya Abu Talib berkata, “Aku takut nanti
bangsa Arab akan mengaibkan aku dengan hal ini.”

Abu Talib telah menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan tidak
sempat mengucapkan syahadah. Inilah yang menyebabkan Rasulullah r
sangat bersedih. Baginda tidak berjaya membawa bapa saudaranya yang
dikasihi masuk Islam. Sebulan selepas pemergian Abu Talib, Sayyidatina
Siti Khadijah pula kembali ke rahmatullah. Siti Khadijah adalah orang
yang paling dekat dengan Rasulullah r, isteri Baginda yang sangat setia,
ibu kepada anak Baginda, orang yang pertama menerima Islam dan orang
yang paling banyak membahu perjuangan Rasulullah r sejak dari detik awal
perjuangan Baginda lagi.

Selepas Rasulullah r menerima wahyu, Baginda telah full time
dengan perjuangan. Perjuangan menyeru manusia kepada Tuhan dan

87

Catatan Sejarah Rasulullah r

memperkenalkan Tuhan kepada manusia demi menyelamatkan manusia di
dunia dan di akhirat. Sayyidatina Siti Khadijah telah merestui Rasulullah
r fulltime dengan dakwah. Sebagai salah seorang hartawan Quraisy, dia
telah menyerahkan seluruh hartanya kepada Rasulullah r untuk membiayai
perjuangan Baginda. Demikianlah seorang isteri solehah yang dapat
mengukuhkan lagi perjuangan suaminya. Di atas pengorbanan ini, tidak
hairanlah ketika Siti Khadijah masih hidup lagi pernah Malaikat Jibril
datang kepada Rasulullah r dan berkata:

“Wahai Muhammad, Allah Taala mengirim salam kepada kamu
dan memerintahkan kamu memberi berita gembira kepada Khadijah
bahawa Allah sediakan rumah daripada permata untuknya di syurga.
Tidak ada gangguan dan keletihan di dalamnya.”

Imam Bukhari  dan Imam Muslim  ada meriwayatkan sebuah hadis
dari Sayyidina Ali , bahawa Rasulullah r pernah bersabda:

“Sebaik-baik perempuan pada zamannya ialah Siti Maryam binti
Imran dan sebaik-baik perempuan pada zamannya ialah Siti Khadijah
binti Khuwailid.”

Berdasarkan dua hadis ini, Sayyidatina Siti khadijah adalah salah
seorang yang telah dijanjikan syurga oleh Allah I di masa hidupnya lagi.
Demikianlah kedudukan wanita ini di sisi Allah I dan Rasul-Nya.

Tahun itu telah menyaksikan pemergian Abu Talib dan setelah itu
pemergian Sayyidatina Siti Khadijah pula. Sewajarnyalah tahun itu
dikenali sebagai ‘Tahun Kesedihan’. Kesedihan ini bertambah lagi bila
Rasulullah r mengenangkan sepanjang sepuluh tahun Baginda mengharungi
perjuangan mengajak penduduk Mekah kepada Islam. Hanya sedikit sahaja
di kalangan mereka yang beriman. Di Mekah hanya terkumpul 70 orang
lelaki bersama Baginda. Ini tidak termasuk mereka yang telah berhijrah
ke Habsyah. Namun jumlah mereka tetap masih sedikit jika dibandingkan
dengan tempoh sepuluh tahun perjuangan Baginda.

Oleh itu Rasulullah r mula berfikir untuk menyampaikan dakwah
kepada orang luar Mekah pula terutama kepada kabilah yang tidak putus-
putus datang ke Mekah. Sementelahan pula di Mekah, penentangan Kuffar
Quraisy terhadap Islam dan Rasulullah r semakin hebat selepas kematian
Abu Talib dan Sayyidatina Siti Khadijah . Sabda Rasulullah r:

“Penentangan yang dahsyat dari Quraisy ini terhadap peribadiku

88

Ujian Perjuangan Bab 6
tidak berlaku sebelum Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia.”
Kalau sebelum ini hanya pembesar Quraisy saja yang berani mengganggu
Rasulullah r tetapi setelah kematian Abu Talib dan Sayyidatina Siti
Khadijah , budak-budak di jalanan pun berani menyakiti Baginda. Bila
Rasulullah r berjalan mereka membaling pasir kepada Baginda. Kemana
sahaja Rasulullah r pergi, semua orang mencaci dan mengejek Baginda.

89

Bab 7

Isra’ Mikraj

Rasulullah r Berdakwah ke Taif
Setelah penduduk Mekah menolak dakwah Islam, Rasulullah r kini
mengalihkan tumpuan dakwah kepada kabilah lain dari luar Mekah. Baginda
berharap akan memperolehi penyokong perjuangan dari luar Mekah.
Rasulullah r memulakannya dengan Taif, bandar yang paling dekat dengan
Mekah. Pada bulan Syawal tahun kesepuluh selepas kerasulan, Rasulullah
r bergerak ke Taif. Baginda ditemani oleh Sayyidina Zaid bin Harithah
t. Mereka berjalan kaki dari Mekah ke Taif. Sebaik sahaja mereka tiba di
Taif, mereka telah bertemu dengan tiga orang pemimpin Taif di gerbang
masuk ke Kota Taif. Mereka ialah anak ‘Amru Bin ‘Umair iaitu Abdul
Yalil, Masud dan Habib. Pada awalnya mereka menyambut baik kedatangan
Rasulullah r atas dasar Baginda adalah salah seorang pemuka Mekah dari
Bani Abdul Mutalib. Rasulullah r terus menyampaikan al-Quran dan Islam
kepada mereka bertiga. Sebaik sahaja Rasulullah r selesai bercakap, salah
seorang daripada mereka telah bangun dan berkata, “Demi Allah, aku tidak
akan beriman kepada kamu sehingga terkoyak kelambu Ka’bah! Seterusnya
saudaranya yang kedua pula bangun dan berkata, “Apakah Allah tidak ada
pilihan lain dari kamu untuk dilantik menjadi Rasul?” Sementara saudara
yang ketiga pula berkata, “Demi Allah, aku tidak akan bercakap lagi dengan
kamu. Kalau kamu adalah seorang Nabi, amat merbahaya bagiku sekiranya
aku tidak beriman tetapi sekiranya kamu menipu terhadap Allah sepatutnya
aku tidak bercakap dengan kamu!”

90

Isra’ Mikraj Bab 7

Demikianlah sambutan awal dari penduduk Taif. Para pemimpinnya
dengan terus-terang menolak dakwah Rasulullah r bahkan mereka telah
menghina Baginda. Namun Rasulullah r tetap sabar. Baginda tidak
berputus asa sebaliknya Baginda berkata kepada mereka, “Tidak mengapa
kalau kamu semua tidak mahu mempercayai aku, tetapi biarkanlah aku
menyampaikannya kepada orang lain.” Dengan penuh sombong mereka
berkata, “Kami tidak akan membenarkan kamu berdakwah kepada kami
dan juga kepada orang lain.” Mereka terus meninggalkan Rasulullah r
dan masuk ke dalam kota Taif. Rupa-rupanya mereka terus mengumpulkan
budak-budak nakal yang ada di dalam kota. Mereka membariskan budak-
budak nakal dua barisan. Seterusnya mereka mengarahkan budak-budak
nakal ini membaling Rasulullah r dengan batu apabila Baginda memasuki
kota Taif. Benar, sebaik saja Rasulullah r memasuki Kota Taif dan belum
pun sempat Baginda bercakap dengan siapa, Baginda telah dihujani dengan
lontaran batu sehingga berdarah kaki Baginda. Sayyidina Zaid t cuba
melindungi Rasulullah r dengan jasadnya. Badannya luka-luka kerana
menahan batu-batu yang dilemparkan kepada Rasulullah r.

Rasulullah r memutuskan untuk pulang semula ke Mekah setelah
disambut begitu rupa oleh penduduk Taif. Dalam perjalanan pulang
Rasulullah r berhenti rehat di tepi sebuah ladang tamar kepunyaan Utbah dan
Syaibah bin Rabi’ah. Dua beradik ini adalah antara pembesar Quraisy yang
memusuhi Rasulullah r. Ketika itu mereka sedang berada di ladang itu dan
dapat melihat Baginda dari jauh. Mereka agak terkejut melihat Rasulullah r
yang kelihatan begitu letih malah kakinya berlumuran berdarah. Melihatkan
keadaan Rasulullah r begitu, datang pula rasa kasihan dalam hati mereka.
Lalu mereka telah mengarahkan khadam mereka Adas an-Nasrani supaya
menghantar makanan kepada Rasulullah r. Semasa Rasululah r mahu
makan, Adas telah mendengar Baginda membaca Bismillah. Adas cukup
tahu bahawa bukan tradisi orang Arab membaca Bismillah sewaktu mahu
makan. Akhirnya Adas bertanya kepada Rasulullah r, “Apakah yang tuan
baca tadi?” Rasulullah r pula melalui soalan itu dapat mengesan bahawa
Adas berbeza dari orang lain. Baginda bertanya siapa namanya dan dia
berasal dari mana. Adas menjawab, “Nama saya Adas, saya berasal dari
Ninawa, dari utara Iraq.” Rasulullah r berkata, “Itu negeri seorang soleh
yang bernama Yunus bin Matta. Adas semakin hairan kerana tidak ada orang
Arab yang mengetahui tentang Ninawa. Apatah lagi untuk mengetahui
bahwa Ninawa adalah negeri Nabi Yunus Bin Matta . Lantas Adas bertanya
kepada Rasulullah r, “Siapakah kamu yang sebenarnya dan dari mana kamu
mengetahui tentang Yunus bin Matta?” Lantas Baginda menjawab, “Yunus
Bin Matta adalah saudaraku, dia seorang Nabi dan aku juga seorang Nabi.”
Ketika itu sedarlah Adas ini bahawa dia sedang berhadapan dengan seorang

91

Catatan Sejarah Rasulullah r

yang luar biasa. Dia berdiri dan mencium kepala Rasulullah r. Dari jauh
Utbah dan Syaibah dapat melihat peristiwa itu. Sekembalinya Adas, mereka
bertanya padanya kenapa mencium kepala Rasulullah r? Adas menjawab,
“Dia telah berkata dengan kata-kata yang hanya akan diperkatakan oleh
seorang Nabi.” Utbah dan Syaibah berkata kepada Adas, “Mengapalah kamu
sibuk dengan agamanya, agama kamu lebih baik dari agamanya.”

Di situ Rasulullah r berdoa dan mengadu kepada Tuhannya:

“Wahai Allah, kepada-Mu aku mengadu kelemahan, kekurangan dan
kehinaanku daripada manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang. Engkaulah Tuhan orang yang lemah dan Engkaulah
Tuhanku. Kepada siapa engkau serahkan aku, wahai Tuhan? Apakah
kepada orang yang jauh yang mengeronyokku atau kepada musuh
yang berkuasa terhadap urusanku. Kalau tidak ada kemurkaan-Mu
padaku, aku tidak peduli semua itu. Namun kesejahteraan-Mu lebih
luas buatku. Aku berlindung dengan cahaya-Mu yang menerangi
kegelapan dan cahaya-Mu yang membaiki urusan dunia dan akhirat,
dari Engkau turunkan kemarahan-Mu kepadaku atau kemurkaan-Mu,
kepada Engkaulah segala rayuan sehingga Engkau redha, tiada daya
dan kuasa melainkan dengan Allah.”

Mendengar rintihan Rasulullah r itu, Allah I telah menghantar Malaikat
Jibril dan malaikat penjaga bukit-bukau dan gunung-ganang. Malaikat Jibril

berkata, “Wahai Rasulullah, Allah I telah mengutuskan kami kepadamu.
Kalau kamu mahu, perintahkan malaikat ini untuk menelangkupkan Taif di
antara dua bukit dan mereka akan musnah.” Baginda menolaknya, “Wahai
Jibril, janganlah lakukannya. Biarlah aku bersabar terhadap kaumku.
Semoga Allah I akan melahirkan dari zuriat mereka orang yang beriman
kepada Allah I.”

Oleh itu, Rasulullah r terpaksa pulang semula ke Mekah. Baginda
mencari jalan bagaimana mahu menghadapi Kuffar Quraisy yang akan
mengganggu dan menyakitinya. Tiada lagi orang yang akan membelanya.
Oleh itu, sebelum memasuki Mekah, Rasulullah r telah menghantar
wakilnya meminta jaminan keselamatan dari Akhnas bin Syuraiq. Akhnas
telah menolak permintaan Baginda. Rasulullah r meminta pula dari Suhail
bin Amr. Suhail juga menolak permintaan Baginda. Akhirnya Rasulullah
r meminta jaminan dari Mut’im bin Adi. Walaupun Mut’im belum Islam
tetapi kemuliaan dan maruahnya selaku seorang pemimpin Quraisy,
menghalangnya dari menolak permintaan orang yang memerlukan. Dia
telah bersetuju menjadi penjamin kepada Rasulullah r. Maka Baginda pun

92

Isra’ Mikraj Bab 7

masuk ke Mekah dengan jaminan keamanan dari Mut’im. Pada malam itu,
Rasulullah r bermalam di rumahnya. Keesokan paginya, sewaktu Rasulullah
r mahu bertawaf di Ka’bah, Mut’im bersama enam orang anak lelakinya
yang lengkap berpakaian perang dan bersenjata turut bertawaf di belakang
Rasulullah r.Apabila Kuffar Quraisy melihat hal itu, mereka telah menghantar
Abu Sufyan bertemu dengan Mut’im. Abu Sufyan berkata, “Wahai Mut’im,
apakah kamu penjamin Muhammad atau pengikut Muhammad? Kalau kamu
penjaminnya, itu urusan kamu tetapi kalau kamu telah menjadi pengikut
Muhammad, kami semua akan memerangi kamu.” Sejak itu, Rasulullah r
berada di Mekah di bawah jaminan Mut’im bin Adi. Dalam keadaan begitu
semakin kuatlah keinginan Rasulullah r untuk mencari kabilah dari luar
Mekah yang boleh menyokong perjuangan Baginda. Rasulullah r bersedia
untuk meninggalkan Mekah demi menjayakan agama Allah I ini.

Jin Menerima Dakwah Rasulullah r.

Pada suatu hari Rasulullah r keluar dari kawasan Mekah ditemani oleh
Sayyidina Abdullah bin Mas’ud t untuk beribadah. Apabila sampai di
suatu tempat Rasulullah r meminta Sayyidina Abdullah t menunggu di
situ sehinggalah Baginda memanggilnya. Rasulullah r berseorangan pergi
jauh dari situ tetapi Sayyidina Abdullah t masih dapat melihat Rasulullah
r. Baginda bersembahyang dan membaca al-Quran dengan suara yang kuat.
Ketika itu lalu satu kumpulan jin dari satu tempat yang bernama Nusayyibin.
Apabila mereka mendengar Rasulullah r membaca al-Quran, mereka
datang mengerumuni Baginda. Sayyidina Abdullah t memerhatikan dari
jauh, lalu Allah I perlihatkan kepadanya para jin itu. Sayyidina Abdullah
t menceritakan, “Oleh kerana banyaknya kumpulan jin itu, akhirnya aku
tidak dapat melihat Rasulullah r lagi. Aku mahu pergi kepada Rasulullah r
kerana cemaskan keselamatan Baginda, tetapi Rasulullah r memberi isyarat
supaya aku tidak datang kepadanya. Maka aku duduk semula di tempat aku
dan hanya memerhatikannya dari jauh.”

Rombongan Jin itu telah masuk Islam di tangan Rasulullah r. Inilah
berita gembira dan hiburan pertama buat Baginda setelah menghadapi
penentangan daripada kaumnya dan penduduk Taif. Ketika manusia tidak
menerima Islam, Allah I utuskan para jin untuk menerima Islam. Mereka
yang telah Islam pulang berdakwah pula kepada kaum mereka yang lain
hingga tersebarlah Islam di kalangan jin. Allah I mahu menghiburkan
Rasulullah r setelah sepuluh tahun berjuang hanya mendapat 70 orang yang
beriman di Mekah. Allah I telah merakamkan cerita ini di dalam al-Quran:

93

Catatan Sejarah Rasulullah r

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa kami menghalakan satu
rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar
al-Quran. Setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah
(setengahnya kepada yang lain) “Diamlah kamu dengan sebulat-bulat
ingatan untuk mendengarnya!” Kemudian setelah selesai bacaan itu,
kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al-Quran
itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Mereka berkata, “Wahai
kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab yang diturunkan
sesudah Nabi Musa yang menegaskan kebenaran kitab-kitab suci
yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran dan
ke jalan yang lurus (agama Islam).” “Wahai kaum kami! Sahutlah
(seruan) Rasul yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu
kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa
kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi
sakitnya. Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajak
ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan
azab, walau kemana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak
akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung yang
membelanya, mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan
yang nyata.”(Surah al-Ahqaaf :29-32)

94

Isra’ Mikraj Bab 7

Kuffar Quraisy Menghantar Wakil Bertemu Najasyi

Selepas itu Quraisy berusaha pula untuk membawa balik para Sahabat
Rasulullah r yang berhijrah ke Habsyah. Mereka menghantar Abdullah bin
Abi Rabi’ah dan Amru bin Ash untuk berunding dengan Najasyi. Mereka
membawa barangan yang diperbuat dari kulit kerana itulah hadiah yang
paling disukai oleh Najasyi. Mereka juga telah menyiapkan hadiah untuk
penasihat Najasyi. Sebelum mereka mengadap Najasyi mereka terlebih
dahulu memberi sogokan kepada penasihat Najasyi. Mereka membisikkan
tujuan kedatangan mereka iaitu untuk membawa balik kaum mereka yang
melarikan diri ke Habsyah. Mereka berkata, “Mereka yang melarikan diri
ini telah menolak agama kami dan juga menolak agama kamu. Oleh itu kami
ingin meminta Najasyi menyerahkan kembali mereka semua kepada kami
untuk dibawa pulang ke Mekah.”

Selepas itu barulah Abdullah dan Amru mengadap Najasyi lalu
mempersembahkan hadiah yang dibawa kepadanya. Ini membuatkan
Najasyi gembira menerima kunjungan mereka. Setelah itu barulah mereka
menerangkan tujuan kedatangan mereka kepada Najasyi. Najasyi berkata,
“Setelah aku mendengar dari pihak kamu, aku mesti juga mendengar daripada
pihak mereka iaitu orang Islam.” Najasyi memanggil semua orang Islam
yang berada di Habsyah ke istananya. Mereka pun hadir dengan diketuai
oleh Sayyidina Jaafar bin Abu Talib t. Najasyi bertanya kepada mereka,
“Apakah cerita yang sebenarnya? Apa agama baru yang kamu bawa itu?”
Sayyidina Jaafar berkata, “Dulu kami menyembah berhala, kami makan
binatang yang tidak disembelih, kami melakukan maksiat, kami bersengketa
sesama sendiri, kami memutuskan silaturrahim dan kami menyakiti orang
lain. Selepas itu datang kepada kami seorang lelaki dari kaum kami. Dia
orang yang paling mulia di kalangan kami membawa agama daripada Allah,
Tuhan sekalian alam. Dia mengajak kami menyembah Allah yang Maha
Esa dan mengajak kami meninggalkan berhala dari batu yang tidak boleh
memberi manfaat dan mudarat itu. Dia mengajak kami supaya berkasih
sayang dan berakhlak mulia. Dia mengajak kami meninggalkan maksiat dan
dosa.”

Sayyidina Jaafar t telah berjaya menerangkan Islam secara ringkas
dan terang kepada Najasyi. Jelaslah padanya amalan Islam itu semuanya
amalan yang mulia dan terpuji. Najasyi senang hati dan gembira mendengar
penerangan dari sepupu Rasulullah r ini. Najasyi bertanya lagi, “Apakah
ada pada kamu apa yang dibawa oleh lelaki itu?” Sayyidina Jaafar t
membacakan al-Quran kepada Najasyi yang menceritakan tentang Nabi
Yahya dan Nabi Zakaria dari Surah Maryam. Selesai sahaja Sayyidina

95

Catatan Sejarah Rasulullah r
Jaafar t membacanya, Najasyi berkata, “Demi Allah, risalah ini dan apa
yang dibawa oleh Nabi Isa adalah dari sumber yang satu.” Najasyi sangat
terkesan dengan ayat-ayat ini. Dia menyedari apa yang dibawa oleh al-
Quran sama dengan apa yang ada padanya. Najasyi juga seorang ulama’
dalam agama Nasrani. Najasyi membenarkan orang Islam terus tinggal di
bawah pemerintahannya di Habsyah. Najasyi memberi jaminan keselamatan
kepada orang Islam, “Aku sekali-kali tidak akan menyerahkan kamu kepada
musuh kamu.”

Maka Abdullah dan Amru bin Ash terpaksalah meninggalkan istana
Najasyi dengan tangan yang kosong dan perasan kecewa. Namun Amru
bin Ash yang terkenal dengan kecerdikan dan kelicikannya telah berpatah
balik meminta izin untuk mengadap Najasyi semula. Amru berkata kepada
Najasyi, “Wahai Najasyi, orang yang kamu lindungi ini menghina Nabi Isa
dan mereka mengatakan terhadapnya perkataan yang kamu pasti tidak boleh
menerimanya.” Amru cuba memberitahu Najasyi bahawa orang Islam tidak
mengakui bahawa Nabi Isa itu anak Tuhan. Najasyi bertanya, “Apakah yang
mereka katakan?” “Tuanku tanyalah mereka sendiri,” balas Amru. Najasyi
mengarahkan supaya orang Islam dipanggil semula. Najasyi bertanya
mereka, “Apa yang kamu katakan tentang Isa bin Maryam?” Sayyidina
Jaafar t menjawab soalan Najasyi ini dengan membaca ayat al-Quran
berikut:

96

Isra’ Mikraj Bab 7

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab al-Quran ini
perihal Maryam, tatkala ia memencilkan diri daripada keluarganya di
sebuah tempat di sebelah Timur. Kemudian Maryam membuat dinding
untuk melindungi dirinya dari mereka, maka Kami hantarkan kepadanya
Ruh dari Kami, lalu ia menjelma kepadanya sebagai seorang lelaki
yang sempurna bentuk kejadiannya. Maryam berkata, “Sesungguhnya
aku berlindung kepada (Allah) ar-Rahman daripada (gangguan)mu
kalau kamu seorang yang bertaqwa. Dia berkata, “Sesungguhnya

97

Catatan Sejarah Rasulullah r

aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkan kamu dikurniakan
seorang anak yang suci. Maryam bertanya, “Bagaimanakah aku akan
beroleh seorang anak lelaki padahal aku tidak pernah disentuh oleh
seorang lelakipun dan aku bukan perempuan jahat. Dia menjawab,
“Demikianlah keadaannya, tak usahlah dihairankan. Tuhanmu
berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku dan Kami hendak menjadikan
pemberian anak itu sebagai suatu tanda (yang membuktikan kekuasaan
Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami, dan
hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.” Yang
demikian sifat-sifatnya itulah Isa bin Maryam. Keterangan yang
tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu
dan berselisih padanya. Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak.
Maha Sucilah Dia. Apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara,
maka hanya Dia berfirman kepadanya: “Jadilah engkau,” lalu jadilah
ia. (Surah al-Maryam: 16-35)

Najasyi Memeluk Islam

Apabila Sayyidina Jaafar t selesai membaca ayat-ayat itu, Najasyi terus
bertakbir. Najasyi telah membenarkan apa yang diperkatakan oleh al-Quran
tentang Nabi Isa . Terkejutlah para penasihat Najasyi dari kalangan
ulama’ Nasrani kerana mereka meyakini bahawa Nabi Isa adalah anak
Tuhan. Najasyi melepaskan semula orang Islam. Selepas peristiwa itu,
Najasyi selalu memanggil Sayyidina Jaafar t mengajarnya tentang Islam.
Akhirnya Najasyi beriman kepada Rasulullah r tetapi dia telah merahsiakan
keislamannya. Para penasihatnya yang merupakan ulama’ Nasrani yang
tidak senang dengan pendirian Najaysi terhadap Nabi Isa telah berjaya
mengumpulkan kekuatan untuk menggulingkan Najasyi. Berlakulah
peperangan di antara tentera Najasyi dan pemberontak ini.

Peperangan itu berlaku berdekatan dengan sebuah sungai. Ada riwayat
mengatakan sungai itu adalah Sungai Nil. Orang Islam tinggal di seberang
sungai. Dari jauh mereka dapat melihat peperangan itu tetapi mereka tidak
mengetahui siapakah yang menang. Mereka telah menghantar Sayyidina
Zubair bin Awwam t menyeberang sungai untuk memerhati peperangan
itu. Sekiranya Najasyi menang, selamatlah orang Islam di Habsyah tetapi
sekiranya Najasyi kalah, orang Islam di Habsyah akan menghadapi masalah.
Alhamdulillah, Najasyi telah menang dalam peperangan itu. Para sahabat
y turut bergembira dan bersyukur di atas kemenangan ini. Najasyi telah
kekal di atas agama Islam sehinggalah dia meninggal dunia. Ketika Najasyi
meninggal dunia, Malaikat Jibril telah datang memberitahu Rasulullah
r di Madinah. Baginda dan para sahabat y melakukan sembahyang ghaib

98

Isra’ Mikraj Bab 7
untuk Najasyi.

Imam Bukhari  ada meriwayatkan satu hadis dari Sayyidina Jabir t.
Sabda Rasulullah r pada hari kematian Najasyi:

“Telah meninggal dunia pada hari ini seorang lelaki yang soleh
maka bangunlah dan sembahyanglah ke atas saudara kamu, Ashamah
(nama sebenar Najasyi).”
Isra’ Mikraj
Setelah itu, Allah I mahu memuliakan dan menghiburkan Rasul dan kekasih-
Nya. Lalu Allah I telah memperjalankan Rasulullah r dalam permusafiran
Isra’dan Mikraj. Ia adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasulullah
r dan dalam sejarah umat Islam. Menurut Imam Nawawi , peristiwa itu
berlaku pada bulan Rejab tahun kedua belas selepas kerasulan. Peristiwa ini
telah menjadikan Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis semakin mulia. Allah I
yang memberkati tempatnya dan kawasan sekelilingnya. Firman Allah I:

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Mekah) ke
Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran)
Kami.” (Surah al-Israa’ :1)
Pada malam yang mulia itu Malaikat Jibril telah datang kepada
Rasulullah r yang sedang tidur di Ka’bah. Malaikat Jibril telah membawa
Baginda menaiki Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Di Masjidil
Aqsa sedang berlaku satu perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah I telah
menghidupkan para Rasul dan para Nabi untuk bertemu dengan Rasulullah
r. Ulama’ menyebut jumlah para Rasul adalah 300 orang dan jumlah

99

Catatan Sejarah Rasulullah r

para Nabi adalah seratus dua puluh empat ribu orang. Allah I kumpulkan
mereka semua untuk bertemu dengan Rasulullah r. Tidak ada tempat di
dunia ini yang semua para Rasul dan Nabi telah berkumpul padanya
melainkan di Ka’bah dan Baitul Maqdis. Rasulullah r pernah menyatakan
bahawa semua Rasul dan Nabi menunaikan haji di Mekah. Baginda telah
mengimamkan sembahyang seluruh para Rasul dan Nabi . Demikianlah
kemuliaan Rasulullah r. Ia adalah sebuah persidangan para Rasul dan Nabi

. Sebuah peristiwa yang mungkin tidak berulang kali kedua di muka bumi
ini.

Selepas sembahyang, Malaikat Jibril telah membawa membawa satu
bekas susu dan satu bekas arak kepada Rasululah r. Baginda telah memilih
susu. Malaikat Jibril kepada Rasulullah r: “Kamu telah terpimpin kerana
memilih susu wahai Rasulullah, begitulah juga umat kamu.” Ini adalah
isyarat pertama bahwa arak itu sesuatu yang tidak baik. Selepas Rasulullah
r berhijrah ke Madinah barulah arak diharamkan. Allah I telah memelihara
Rasulullah r. Baginda tidak pernah minum arak dari kecil lagi.

Setelah itu Rasulullah r dibawa naik ke langit beserta jasad dan rohnya.
Inilah kuasa Allah I yang tiada batasannya. Baginda telah dibawa dalam
perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang terlalu singkat. Allah I mahu
mengajar kepada hambanya bahawa kalau Dia mahu, Allah I boleh berbuat
sesuatu yang diluar jangkauan akal dan kekuatan manusia. Bila dibuka pintu
langit pertama kepada Rasulullah r, Baginda dapat melihat berbagai perkara
yang ajaib. Antaranya Rasulullah r melihat seorang lelaki yang tinggi,
apabila lelaki itu berpaling ke kanan dia tersenyum dan apabila dia berpaling
ke kiri dia menangis. Baginda bertanya kepada Malaikat Jibril, “Siapa
itu?” Malaikat Jibril menjawab, “Itulah Adam . Apabila dia melihat
ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga, tersenyumlah
dia. Apabila dia memandang ke kiri dia melihat umatnya yang masuk ke
neraka, menangislah dia.” Selepas itu Rasulullah r melihat, ada orang
yang berenang dalam lautan darah. Apabila mereka sampai ke tepi, mereka
mengangakan mulut mereka lalu Malaikat melontarkan api neraka ke dalam
mulut mereka. Rasulullah r bertanya Malaikat Jibril , “Siapa mereka
ini?” Malaikat Jibril menjawab, “Merekalah orang yang makan harta
anak yatim. Mereka disiksa di sini dulu sebelum disiksa di akhirat nanti.”

Selepas itu Rasulullah r melihat orang lelaki yang perut mereka besar.
Mereka semua terlentang, kemudian datang kaum Firaun melalui mereka
sambil memijak-mijak perut mereka. Kaum Firaun akan dibawa melihat
neraka dua kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti.
Dalam perjalanan mereka pergi ke neraka mereka memijak-mijak perut

100

Isra’ Mikraj Bab 7

lelaki yang sedang terlentang itu. Rasulullah r bertanya, “Siapakah mereka
itu?” Malaikat Jibril menjawab, “Mereka adalah orang yang makan riba.
Mereka diazab di alam barzakh sebelum diazab di neraka nanti.”

Selepas itu Rasulullah r melintasi sekumpulan lelaki yang di hadapan
mereka dua jenis makanan. Satu yang lazat dan bersih satu lagi yang buruk
dan busuk. Mereka makan makanan yang buruk dan busuk itu. Baginda
bertanya, “Siapa mereka wahai Jibril? Malaikat Jibril menjawab,
“Merekalah orang yang berzina. Mereka mempunyai isteri yang halal tetapi
mereka tetap mencari perempuan yang haram.”

Kemudian di langit yang kedua, Rasulullah r telah bertemu dengan
Nabi Isa dan Nabi Yahya . Di langit yang ketiga, Baginda telah bertemu
dengan Nabi Yusuf . Di langit yang kelima Rasulullah r telah bertemu
dengan Nabi Harun . Di langit yang keenam Rasulullah r telah bertemu
dengan Nabi Musa . Kemudian di langit yang ketujuh Rasulullah r telah
melihat Baitul Makmur. Ia adalah ka’bah kepada penduduk langit. Di situlah
para malaikat bertawaf dan beribadah. Di situ Rasulullah r telah melihat
seorang lelaki yang sedang bersandar ke Baitul Ma’mur. Rupanya mirip rupa
Rasulullah r. Baginda bertanya, “Wahai Jibril, siapa orang ini?” “Itulah bapa
kamu, Ibrahim ,” jawab Jibril . Di setiap langit Baginda telah disambut
dan diraikan oleh para Nabi dan para malaikat . Apabila sampai di
penghujung langit yang ketujuh, Rasulullah r melihat Malaikat Jibril
sudah berubah kepada kejadian asalnya. Itulah Malaikat Jibril yang telah
Rasulullah r lihat ketika Baginda berlari pulang ke rumah dari gua Hira.’ Ini
adalah kali kedua Rasulullah r melihat Jibril dalam rupa sebenarnya itu.

Akhirnya Rasulullah r sampai di satu tempat yang tidak pernah seorang
pun manusia sampai walaupun dia seorang Rasul dan Nabi. Kemudian
Baginda melalui satu kawasan yang Malaikat pun tidak pernah sampai ke
situ kecuali Malaikat Jibril . Sampai di satu tempat Malaikat Jibril
meminta Rasulullah r bergerak ke hadapan dan dia berkata, “Kalau aku ke
hadapan walaupun selangkah, aku akan terbakar”. Begitulah Allah I telah
memuliakan Rasulullah r. Akhirnya Baginda sampai di Sidratul Muntaha.
Di sebuah tempat yang sangat luar biasa dan pertemuan yang sangat luar
biasa. Di situlah Allah I telah menyampaikan perintah sembahyang
kepada Rasulullah r dan umat Baginda. Rasulullah r telah menerima
perintah sembahyang terus dari Allah I. Sementara seluruh syariat yang
lain disampaikan melalui Malaikat Jibril . Demikianlah, betapa agung dan
betapa besarnya sembahyang di sisi Allah I.

Selepas pertemuan itu Rasulullah r turun dan bertemu dengan Nabi

101

Catatan Sejarah Rasulullah r

Musa . Nabi Musa bertanya, “Apa yang Allah perintahkan kepada
umatmu?” Rasululah r menjawab, “Allah perintahkan lima puluh fardu
sembahyang sehari semalam.” Nabi Musa berkata, “Bani Israel telah
diperintahkan kurang dari itu tetapi mereka tidak mampu melaksanakannya.
Mintalah keringanan dari Allah I.” Rasulullah r kerana belas kasihan
kepada umatnya telah meminta keringanan dari Allah I sehinggalah Allah
I telah meringankannya menjadi lima waktu sehari semalam. Walaupun
hanya lima kali perlaksanaannya tetapi Allah tetap akan memberi pahala
lima puluh kali. Demikianlah Maha Pemurahnya dan Maha Mulianya Allah
I. Selepas itu Rasulullah r turun ke Baitul Maqdis semula. Dari Baitul
Maqdis, Baginda kembali semula ke Mekah. Dalam perjalanan ini Rasulullah
r telah menyaksikan berbagai pemandangan. Rasulullah r telah melintasi
satu kafilah yang menunggang unta. Apabila unta-unta itu melihat Buraq,
ada yang lari ketakutan. Puaslah tuannya mencari tetapi unta itu sudah
hilang dari pandangannya. Rasulullah r telah memberitahu mereka tempat
unta itu bersembunyi. Mereka semua merasa terperanjat apabila mendengar
suara dari langit telah memberitahu mereka di mana unta mereka. Anehnya,
apabila mereka pergi ke mereka telah menjumpai unta mereka.Sebelum terbit
fajar pada malam yang sama, Rasulullah r telah berada di Mekah semula.
Perjalanan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan naik ke langit, kemudian turun
semula ke Baitul Maqdis dan kembali ke Mekah hanya berlaku dalam masa
separuh malam sahaja. Demikianlah, Allah I telah memperlihatkan kuasa-
Nya. Selepas menunaikan sembahyang Subuh, Rasulullah r duduk di depan
Ka’bah. Baginda cuba mengingati seluruh peristiwa ajaib yang dilaluinya
semalam. Apabila Abu Jahal melihat Rasululah r, dia dapat meneka bahawa
ada sesuatu yang berlaku kepada Baginda. Dia datang kepada Rasulullah
r dan bertanya, “Wahai Muhammad, adakah sesuatu telah berlaku kepada
kamu?” Rasulullah r menjawab, “Ada.” Abu Jahal bertanya lagi, “Apa yang
telah berlaku, wahai Muhammad?” Rasulullah r pun berkata, “Malam tadi
aku telah pergi ke Baitul Maqdis kemudian aku pulang semula ke sini.”
Alangkah gembiranyaAbu Jahal mendengar berita ini. Dia merasakan bahawa
dia telah mendapat sesuatu yang baru untuk memburukkan Rasulullah r.

Sikap Orang Islam dan Kafir Quraisy Terhadap Isra’ Mikraj

Pada pagi itu Abu Jahal mengumpulkan orang ramai. Dia cukup gembira
kerana sudah mempunyai bukti bahawa Rasulullah r memang adalah
seorang penipu. Dia telah mengisytiharkan kepada orang ramai peristiwa
Isra’ Mi’raj itu. Anehnya orang ramai tidak percaya kepada cerita Abu
Jahal itu. Mereka bertanya sendiri kepada Rasulullah r dan Baginda
membenarkannya. Peristiwa ini telah menguji iman orang Islam. Ada
di kalangan mereka yang lemah iman telah kembali kepada kekufuran.

102

Isra’ Mikraj Bab 7

Penduduk Mekah memang sama sekali tidak dapat mempercayai hal ini.
Mustahil bagi mereka Muhammad boleh pergi ke Baitul Maqdis dan pulang
semula ke Mekah dalam masa satu malam. Perjalanan mengenderai unta
ke Baitul Maqdis mengambil masa sebulan. Ada di kalangan umat Islam
mengadukan hal ini kepada Sayyidina Abu Bakar t. Beliau berkata, “Kalau
itu dari Rasulullah r, Baginda adalah benar!” Sayyidina Abu Bakar t
segera mendapatkan Rasulullah r di Ka’bah. Dia melihat Kuffar Quraisy
sedang mengerumuni Rasulullah r. Abu Jahal yang panggil mereka semua
supaya mereka datang mendengar cerita Rasulullah r. Selama ini dia dan
pembesar Quraisy melarang orang datang kepada Rasulullah r. Pada hari
itu, merekalah yang memanggil orang datang kepada Baginda. Mereka rasa
ini satu kemenangan untuk mereka.

Sayyidina Abu Bakar t terus mendapatkan Rasulullah r dan bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah Rasulullah telah pergi ke Baitul Maqdis semalam?”
Rasulullah membenarkannya. Sayyidina Abu Bakar t pun mengakui,
“Kamu telah bercakap benar, wahai Rasulullah.” Demikianlah kata-kata
yang terbit dari imannya yang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah r. Hati
yang sangat mengenali dan yakin terhadap Baginda. Ketika itu Rasulullah
r pun bersabda, “Kamu telah berkata benar, wahai Abu Bakar yang benar.”
Demikianlah peristiwa ini telah mengangkat maqam Sayyidina Abu Bakar
t kepada maqam ‘as-Siddiq’. Inilah kali pertama Sayyidina Abu Bakar t
dipanggil as-Siddiq. Begitulah iman Sayyidina Abu Bakar t. Dia tidak ragu
langsung terhadap kebenaran Rasulullah r. Sayyidina Abu Bakar t tidak
mempersoalkan Baginda sedikit pun. Dia terus membenarkan Rasulullah
r. Kuffar Quraisy telah menyangkal keyakinan Sayyidina Abu Bakar t
itu. Mereka berkata, “Bagaimana kamu boleh mempercayainya?! Orang
lain mengambil masa sebulan untuk sampai ke Palestin dan mengambil
masa sebulan pula untuk pulang ke Mekah! Bagaimana Muhammad boleh
melakukannya dalam satu malam?!” Sayyidina Abu Bakar t menegaskan,
“Aku telah membenarkan Rasulullah r dalam perkara yang jauh lebih besar
dari itu! Aku telah beriman dengan Rasulullah r tentang wahyu yang turun
dari langit dalam masa sekelip mata. Kalau itupun aku telah mempercayainya,
kenapa pula aku tidak mempercayai Rasulullah r telah pergi ke Baitul
Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam sahaja?”

Selepas itu Sayyidina Abu Bakar t telah membuktikan kepada Kuffar
Quraisy bahwa Rasulullah r adalah benar dalam semua yang diperkatakannya
itu. Demikianlah Sayyidina Abu Bakar t mengenali dan memahami
Rasulullah r. Seterusnya, beliau bertanya kepada Rasulullah r, “Wahai
Rasulullah, kami semua tahu bahawa kamu tidak pernah pergi ke Baitul
Maqdis. Namun di kalangan kami ada yang pernah pergi ke sana. Bolehkah

103

Catatan Sejarah Rasulullah r

Rasulullah ceritakan kepada kami bagaimanakah bentuk Baitul Maqdis itu?”
Rasulullah r pun menyifatkan keadaan Baitul Maqdis seperti yang Baginda
lihat. Quraisy pula bertanya kepada Rasulullah r, berapa jumlah tiang,
pintu dan tingkap Baitul Maqdis. Mereka berusaha untuk membuktikan
Rasulullah r tidak benar walaupun sudah jelas pada mereka Baginda telah
menceritakan tentang Masjidil Aqsa tepat seperti yang mereka tahu. Allah
I telah menjelmakan Baitul Maqdis dalam penglihatan Rasulullah r. Apa
sahaja yang Kuffar Quraisy pertanyakan, Rasulullah r dapat menjawabnya.
Kuffar Quraisy cukup terperanjat dengan jawapan Baginda. Namun,
hati mereka belum terbuka untuk beriman. Mereka tetap tidak menerima
kebenaran Rasulullah r. Lantas Rasulullah r mencabar mereka, “Di antara
kita ada bukti yang dapat disaksikan. Ada satu kafilah yang aku pintas
mereka semasa perjalanan pulang” Rasulullah r memberitahu Quraisy ciri-
ciri kafilah itu bahkan ciri unta yang mengetuai kafilah itu. Rasulullah r
memberitahu mereka, “Ada unta mereka yang hilang semasa perjalanan.
Daku telah menunjukkan kepada mereka tempat unta mereka bersembunyi.”
Kuffar Quraisy bertanya lagi, “Bilakah kafilah itu akan sampai ke Mekah?”
Dengan pasti Rasulullah r menjawab, “Tiga hari dari sekarang.” Selepas itu
semua penduduk Mekah menunggu ketibaan kafilah itu.

Pada hari ketiga, sejak dari awal pagi penduduk Mekah sudah menunggu
kafilah itu. Memang benar, kafilah itu sampai setelah tiga hari seperti yang
Rasulullah r sebutkan. Kafilah itu didahului oleh seekor unta tepat seperti
yang disebut oleh Baginda. Quraisy bertanya mereka tentang unta yang hilang.
Mereka mengaku, “Benar, seekor unta telah hilang tetapi kami mendengar
suara dari langit memberitahu kami tempat unta itu bersembunyi.” Kafilah
itu terkejut, dari mana Quraisy mengetahui tentang unta mereka yang hilang
itu. Demikianlah Allah I telah membuktikan kebenaran Rasul-Nya kepada
penduduk Mekah. Namun Kuffar Quraisy tetap tidak mahu beriman.

Pernah di satu ketika yang lain, Quraisy telah meminta Rasulullah r
menunjukkan kepada mereka satu perkara luar biasa yang dapat membuktikan
bahawa Baginda adalah Rasul daripada Tuhan. Rasulullah r bertanya kepada
mereka, “Apakah kalau aku boleh membelah bulan, kamu semua akan
beriman?” Mereka menjawab, “Kalau kamu mampu melakukannya, kami
semua akan beriman.” Pada satu malam sewaktu bulan mengambang penuh,
Kuffar Quraisy telah berkumpul untuk menyaksikan mukjizat itu. Rasulullah
r telah memerintahkan bulan supaya terbelah dua, lalu bulan purnama itu
terbelah menjadi dua. Sebelah berada di atas bukit yang berada di kanan
Ka’bah dan sebelah lagi berada di atas bukit yang berada di kiri Ka’bah.
Kuffar Quraisy telah menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepala mereka
tetapi mereka tidak juga mahu beriman. Sebaliknya mereka berkata kepada

104

Isra’ Mikraj Bab 7

Rasulullah r, “Demi Allah, benarlah engkau adalah seorang ahli sihir!”
Menurut Imam Ibnu Kathir  dan sebahagian ulama’ , peristiwa bulan

terbelah ini telah dapat dilihat oleh semua manusia di zaman itu. Ada bangsa
yang mengambil peristiwa besar ini asas kepada takwim mereka seperti orang
Mekah telah mengambil peristiwa Tentera Bergajah Abrahah dimusnahkan
oleh Allah I sebagai asas kepada takwim mereka. Diceritakan ada kaum di
India ketika itu, telah mengambil peristiwa bulan terbelah sebagai permulaan
takwim mereka. Allah I telah mencerita peristiwa bulan terbelah ini dalam
al-Quran:

“Telah hampir saat (kedatangan Hari Qiamat) dan terbelahlah
bulan. Dan kalau mereka (kaum Musyrikin Mekah) melihat sesuatu
mukjizat mereka berpaling engkar sambil berkata, “(Ini ialah) sihir
yang terus menerus berlaku. (Surah al-Qamar : 1-2)

Bahkan pernah seorang ahli gusti yang tidak pernah ada orang boleh
mengalahkannya telah mencabar Rasulullah r. Sekiranya Baginda dapat
mengalahkannya, dia akan beriman kepada Rasulullah r. Demi mahu
membawa manusia kepada iman, Rasulullah r telah bersetuju untuk
menyahut cabaran itu. Apabila dia bertarung dengan Baginda, Rasulullah
r telah dapat mengalahkannya. Kerana malu dan tidak berpuas hati, ahli
gusti ini telah meminta agar di adakan pertandingan ulangan. Akhirnya
pertandingan itu berlanjutan sampai tiga kali dan Rasulullah r memenangi
ketiga pertandingan itu. Walaupun begitu, ahli gusti ini dan Kuffar Quraisy
tetap tidak mahu beriman. Malah dia telah berkata, “Aku tidak akan beriman
kepada kamu wahai Muhammad, sehingga pokok yang ada di situ bercakap!”
Ketika itu juga, pokok yang dimaksudkan itu telah bercakap bahkan pokok itu
mengucapkan dua kalimah syahadah. Namun Allah I telah menutup pintu
hatinya daripada kebenaran. Dia tetap tidak mahu beriman malah menuduh
Rasulullah r sebagai ahli sihir. Demikianlah kaum yang telah ditutup hati
mereka daripada kebenaran.

105

Bab 8

Hijrah Ke Madinah

Rasulullah r Berdakwah Kepada Kabilah Dari Luar Mekah
Apabila Rasulullah r melihat betapa kaum Quraisy tetap keras hati terhadap
kebenaran, Baginda mula mengalih sasaran kepada kabilah Arab yang
lain. Apabila mereka datang ke Mekah di musim haji, Rasulullah r telah
mendatangi mereka satu demi satu. Rasulullah r berharap akan adalah salah
satu kabilah yang mahu beriman kepada Allah I dan Rasul-Nya. Merekalah
nanti akan menjadi tapak kekuatan perjuangan Baginda. Rasulullah r telah
menemui kabilah demi kabilah. Baginda berdakwah mereka agar beriman
kepada Allah I dan Rasul-Nya. Kemana sahaja Rasulullah r pergi, ada
seorang lelaki sentiasa mengekori Baginda. Selepas Rasulullah r berdakwah
dia pula akan berdakyah. Dia akan mengatakan, “Muhammad berbohong
dan dia adalah seorang penipu besar malah seorang ahli sihir. Kami sudah
lama menghadapinya dan kami tentu lebih mengenalinya.” Rasulullah r
tidak memperdulikan segala tuduhan orang itu. Baginda terus melaksanakan
tanggungjawabnya memperkenalkan Tuhan dan kebenaran kepada manusia.
Rupa-rupanya orang itu adalah Abu Lahab, salah seorang bapa saudara
Baginda dan pemimpin Quraisy yang paling berpengaruh.

Berkat kesabaran dan kegigihan Rasululah r, Bani So’soah telah menerima
Islam. Mereka yakin Rasulullah r pasti akan dapat mengalahkan seluruh
kabilah Arab. Mereka sepakat untuk masuk Islam dan mempertahankan
Rasulullah r dengan pedang-pedang mereka. Memang mereka sebuah

106

Hijrah Ke Madinah Bab 8

kabilah yang terkenal kuat dan digeruni. Ketua mereka telah datang bertemu
dengan Rasulullah dan memberitahu bahawa mereka semua akan masuk
Islam dan akan membela perjuangan Rasulullah r tetapi dengan satu syarat.
Baginda bertanya, “Apakah syarat itu?” Ketua Bani So’soah menjawab,
“Selepas ketiadaan Rasulullah r nanti, kepimpinan diserahkan kepada
saya.” Rasulullah r bersabda:

“Ini urusan Allah, Allah memilih siapa yang Dia mahu dan
kesudahan itu hanya untuk orang yang bertaqwa.”

Oleh kerana Rasulullah r tidak dapat terima syarat itu, Ketua Bani
So’soah dan kaumnya telah membatalkan niat mereka untuk masuk Islam.
Dia melihat melalui Rasulullah r dan agama Islam ada peluang untuk dia
menguasai bangsa Arab. Demikianlah Rasulullah r telah mengajarkan
kepada umatnya bahawa Kebenaran dan Iman bukan barang perniagaan
yang boleh dijual beli. Prinsip tidak boleh dikorbankan demi mendapatkan
sokongan orang ramai. Apabila Bani So’soah pulang, mereka menceritakan
hal itu kepada seorang tua yang merupakan penasihat dalam kabilah mereka.
Lelaki tua itu berkata, “Kamu telah terlepas satu perkara yang sangat besar
yang tiada gantinya! Apakah kamu tidak tahu bahawa ini adalah zaman
kedatangan seorang Nabi daripada Bani Ismail! Setakat ini belum ada lagi
orang lain dari Bani Ismail yang mengaku sebagai Nabi! Kenapa kamu
semua tidak menerima dakwahnya?” Demikianlah kehendak Allah I. Dia
memberi pertunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Bukan rezeki Bani
So’soah untuk menjadi tapak perjuangan Rasulullah r. Kalau mereka
menerima Islam, tentulah mereka yang akan menjadi Ansar.

Aus Dan Khazraj Menerima Islam

Seterusnya Rasulullah r memperkenalkan dirinya kepada beberapa orang
lelaki Bani Khazraj dari Madinah. Mereka berada di satu tempat yang
bernama Aqabah. Rasulullah r telah membacakan al-Quran kepada mereka.
Selepas mereka mendengar bacaan al-Quran daripada Baginda, mereka telah
berbincang sesama mereka. Mereka berkata, “Inilah Rasul yang Yahudi
Madinah selama ini telah mengancam kita dengan kedatangannya.” Satu
pertiga daripada penduduk Madinah adalah kaum Yahudi. Dua pertiga lagi
ialah Bani Aus dan Bani Khazraj. Madinah menjadi perebutan di antara
tiga golongan ini. Namun tidak ada satu golongan mampu menundukkan
yang lain. Mereka sama banyak dan sama kuat. Orang-orang Yahudi

107

Catatan Sejarah Rasulullah r

selalu mengancam Bani Aus dan Bani Khazraj bahawa seorang Nabi akan
diutuskan kepada mereka. Mereka akan menjadi pengikut Nabi itu. Ketika
itu mereka akan menguasai Madinah dan akan menyembelih Bani Aus dan
Bani Khazraj.

Lelaki dari Bani Khazraj itu berkata, “Inilah Nabi yang disebut-sebut
oleh orang Yahudi. Kalau begitu, jangan sampai Yahudi mendahului kita
sehingga terlaksanalah nanti ancaman mereka itu.” Selepas itu mereka
semua masuk Islam. Rasulullah r telah mengajarkan al-Quran kepada
mereka. Mereka ialah Sayyidina As’ad bin Zurarah t, Sayyidina Rafi’ bin
Malik t, Sayyidina Muaz bin Afra’ t, Sayyidina Zaid bin Tsa’labah t.
Apabila mereka pulang ke Madinah, mereka telah menyebarkan Islam di
Madinah. Pada tahun berikutnya, mereka telah menghantar dua belas orang
wakil mereka bertemu dengan Rasulullah r pada musim haji. Mereka telah
mengisytiharkan keislaman mereka dan sebahagian penduduk Madinah
yang tidak dapat datang ke Mekah. Mereka semua telah berbai’ah kepada
Rasulullah r. Bai’ah itu dikenali dengan Bai’ah ‘Aqabah al-Uula atau
Bai’atun Nisa’. Ia dinamakan Bai’atun Nisa’ kerana ini ia adalah bai’ah
(taat setia) kepada Rasulullah r dalam hal Iman dan Akhlak. Bai’ah ini tidak
merangkumi Bai’ah Jihad seperti bai’ah kaum wanita kepada Rasulullah r.

Duta Islam Yang Pertama

Selepas itu Rasulullah r menghantar Sayyidina Mus’ab bin Umair t ke
Madinah. Dia ditugaskan untuk mengajarkan Islam kepada orang Islam
dan memperkenalkan Islam kepada seluruh penduduk Madinah. Dengan itu
Sayyidina Mus’ab t adalah duta pertama dalam Islam. Islam berkembang
dengan cepat malah luar biasa di Madinah. Beliau bekerja siang dan malam
untuk Allah I dan Rasul-Nya. Usahanya yang sangat gigih itu telah
menyebabkan Islam telah sampai ke seluruh pelusuk Madinah. Tiada rumah
di Madinah melainkan Islam telah memasukinya.

Penyebaran Islam secara pesat dan penerimaan luar biasa penduduk
Madinah telah berlaku dalam masa tiga tahun sahaja. Bermula selepas
tahun kesepuluh Hijrah sehinggalah Rasulullah r berhijrah ke Madinah
dan tertegaknya sebuah Negara Islam. Setiap orang yang telah masuk Islam
di Madinah berusaha pula untuk membawa keluarganya masuk Islam.
Contohnya, seperti yang berlaku dalam keluarga Amru bin Jamuh. Semua
anaknya telah masuk Islam tetapi Amru belum mahu menerima Islam.
Anak-anaknya mahu menyedarkan ayah mereka dari kebatilan agamanya.
Pada satu malam ketika Amru sedang tidur mereka menyelinap masuk
ke biliknya. Mereka telah melumurkan kotoran di berhala Amru. Apabila

108

Hijrah Ke Madinah Bab 8

Amru bangun pagi, dia melihat Tuhannya berlumuran dengan kotoran. Dia
pun bercakap-cakap dengan Tuhannya, “Siapakah yang memperlakukan
begini kepada kamu. Kenapa kamu tidak mempertahankan diri kamu?”
Selepas itu dia membersihkan dan mewangikan semula berhalanya.
Selepas itu dia pun menyembahnya. Di waktu malam anaknya lakukan
lagi seperti malam sebelumnya. Pagi esoknya Amru mendapati berhalanya
berlumuran dengan kotoran lagi. Dia pun berkata, “Wahai Tuhan, kenapa
kamu tidak mempertahankan diri kamu?” Selepas itu dia membersihkannya
dan mewangikanya dan menyembahnya lagi. Selepas itu, Amru telah
menggantungkan sebilah pedang di leher berhalanya sambil berkata, “Kalau
ada sesiapa datang mahu mengotorkan kamu lagi, kamu bunuh dia!”

Pada malam ketiga itu, anaknya datang lagi. Mereka telah menyembelih
seekor anjing. Pada waktu itu, anjing belum diharamkan lagi. Seterusnya
mereka menggantung anjing itu di leher berhala bapa mereka. Mereka
melumurkan berhala itu dengan darah anjing. Selepas itu mereka mengangkat
berhala dan bangkai anjing itu dan mencampakkannya di tempat sampah.
Apabila Amru bangun dari tidurnya dia mendapati berhalanya sudah tiada
lagi. Dia pun mencarinya di merata tempat. Akhirnya dia menemuinya di
tempat sampah-sarap. Seekor anjing yang telah mati tergantung dileher
berhalanya dan seluruh badannya berlumuran dengan darah anjing. Ketika
itu Amru berkata, “Demi Allah, engkau memang tidak layak disembah!”
Peristiwa itu telah menyebabkan dia menyedari bahawa agama menyembah
berhala adalah agama yang karut. Ketika itu barulah dia dapat melihat
kebenaran Islam dan beriman kepada Allah I dan Rasul-Nya. Demikianlah
setiap orang berusaha untuk menyelamatkan keluarga mereka sehingga
Islam tersebar ke seluruh Madinah dengan cepat.

Ketua Kabilah ad-Dausi Masuk Islam

Dalam masa yang sama Rasulullah terus berdakwah di Mekah kepada siapa
sahaja yang mahu mendengarnya. Ada seorang ketua kabilah arab yang besar
iaitu ketua kabilah ad-Dausi telah menziarahi Mekah. Dia adalah Thufail bin
Amru, salah seorang pembesar Arab yang terkemuka. Apabila dia sampai ke
Mekah, dia disambut oleh para pembesar Mekah. Mereka memberitahunya
bahawa telah muncul seorang lelaki dari kalangan mereka, siapa sahaja yang
mendengar cakapnya pasti akan terkena sihirnya. Mereka memberi amaran
kepada Thufail agar jangan cuba mendekati Rasulullah r. Kalau tidak pasti
Thufail akan terkena sihirnya dan dia pasti akan membawa perpecahan
kepada Bani Daus. Oleh kerana mempercayai hujah kawannya di kalangan
pembesar Quraisy, Thufail telah menyumbatkan telinganya dengan kapas
ketika tawaf. Dia takut kalau semasa tawaf dia akan terdengar kata-kata

109

Catatan Sejarah Rasulullah r

Rasulullah r yang mengandungi sihir.

Namun Thufail akhirnya telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Menceritakan kisahnya, dia berkata, “Ketika aku tawaf, aku ternampak
Rasulullah r. Aku memerhati gerak-gerinya tetapi aku tidak mendengar apa
yang Rasulullah r perkatakan. Namun penampilan dan perawakannya sangat
menyentuh dan menarik hati aku. Akhirnya hati aku telah membisikkan
kepada diri aku, “Wahai Thufail, bukankah kamu seorang pemimpin! Kamu
kan seorang yang cerdik dan seorang penyair! Kamu tentu tahu menilai mana
yang baik dan mana yang buruk! Kenapa kamu takut hendak mendengar
kata-kata orang itu?! Tidak sepatutnya kamu sampai jadi begini!” Akhirnya
aku telah membuka kapas dari telingaku dan aku datang kepada Rasulullah
r. Aku meminta Baginda bercakap kepadaku dan aku mendengarnya.
Akhirnya aku mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah
r.”

Tersebarlah berita di Mekah bahawa ketua kabilah Daus telah masuk
Islam. Ia satu kemenangan bagi Islam. Rasulullah r sangat gembira dengan
Islamnya Thufail. Berita ini telah mengejutkan Kuffar Quraisy. Kabilah
Daus adalah sebuah kabilah yang kuat. Mereka datang kepada Thufail dan
mengugutnya. Tufail berkata kepada mereka, “Kalau kamu sentuh aku, kamu
pasti tidak akan selamat dari kabilah Daus!”. Mendengar ketegasan Thufail,
Kuffar Quraisy tidak berani mengganggunya. Selepas itu Thufail bertanya
kepada Rasululah r, “Wahai Rasulullah, apakah arahan kamu kepadaku?
Apakah kamu mahu aku terus bersama kamu atau aku pulang kepada
kaumku? Apa saja yang kamu arahkan kepadaku wahai Rasulullah r, aku
telah bersedia.” Demikianlah, apabila kemanisan Iman telah menghiasi hati
seorang hamba. Apa yang Rasulullah r mahu, Thufail telah bersedia untuk
melaksanakannya. Baginda berkata, “Wahai Thufail, pulanglah kepada
kaummu dan berdakwahlah pada mereka.” Rasulullah r mahu Thufail
membawa kaumnya kepada kebenaran dan menyelamatkan mereka dari
kekufuran.

Dalam perjalanan pulang kepada kaumnya, Sayyidina Thufail t telah
mengalami pengalaman ajaib. Dahinya telah mengeluarkan cahaya sehinga
dapat menyuluh perjalanannya. Allah I telah mengurniakan karomah
kepadanya. Dia memohon kepada Allah I agar jangan mengekalkan cahaya
itu pada mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah. Lalu Allah I telah
memindahkan cahaya itu ke hujung rotan untanya. Ia telah bercahaya dan
dapat menerangi perjalanannya di waktu gelap malam. Apabila dia sampai
di kabilahnya, dia telah disambut oleh kaumnya seperti biasa. Perkara
pertama yang dilakukannya ialah mengumpulkan isteri, ibunya dan seluruh

110

Hijrah Ke Madinah Bab 8

keluarganya yang terdekat. Dia berdakwah kepada mereka sehingga semua
mereka telah menerima Islam. Selepas itu dia berdakwah kepada kaumnya
pula. Setelah beberapa tahun berdakwah kepada mereka, akhirnya seluruh
kaumnya telah masuk Islam. Dia telah membawa kaumnya bertemu dengan
Rasululah r di Madinah. Demikianlah keberkatan Sayyidina Thufail t. Dia
telah berjaya membawa kaumnya kepada kebenaran.

Bai’atul Aqabah Saniah

Perkembangan Islam di Madinah terus rancak dan meriah. Setahun sebelum
Rasulullah r berhijrah ke Madinah, masyarakat Islam Madinah telah
menghantar 73 orang wakil mereka bertemu Baginda di Mekah. Ada dua
orang perempuan dalam rombongan itu. Mereka datang bersama dengan
rombongan haji dari Madinah. Sebahagian dari anggota rombongan itu belum
Islam lagi. Dalam musim haji itu, mereka telah mengadakan pertemuan
dengan Rasulullah r. Mereka terlebih dahulu menghantar beberapa orang
wakil menemui Baginda untuk mengatur pertemuan itu. Salah seorang wakil
itu ialah Sayyidina Saad bin Malik t seorang penyair terkenal dari Madinah.
Rasulullah r sangat gembira dengan keislamannya. Di waktu itu penyair
merupakan alat media yang penting dalam masyarakat Arab. Rasulullah r
telah bersetuju untuk menemui rombongan dari Madinah itu di Jabal Aqabah
sebuah bukit di Mekah.

Pada malam yang telah disepakati itu, seramai tujuh puluh tiga orang
dari Madinah termasuk dua darinya wanita iaitu Nusaibah Ummu Amarah
binti Kaab dan Asma’ binti Amru telah bertemu dengan Rasulullah r.
Rasulullah r ditemani oleh bapa saudaranya Sayyidina Abbas t. Mereka
semua telah mengisytiharkan Islam mereka di hadapan Baginda. Seterusnya
mereka bertanya Rasulullah r, apakah kewajipan mereka. Baginda
menjelaskan, “Mengucap dua kalimah syahadah.” Mereka berkata, “Kami
semua telah mengucap dua kalimah syahadah.” Rasululah r telah mewajibkan
kepada mereka supaya berakhlak mulia dan menjauhi kemungkaran. Mereka
berkata, “Wahai Rasulullah, semua itu kewajipan terhadap Allah I, kami
bertanya apakah kewajipan kami terhadap Rasulullah r?” Maka Rasulullah
r pun berkata, “Sekiranya aku datang ke ke tempat kamu (Madinah),
hendaklah kamu mempertahankan aku sepertimana kamu mempertahankan
isteri dan anak-anak kamu.” Sayyidina Saad bin Ubadah t bertanya kepada
Rasulullah r, “Apa ganjaran kami sekiranya kami melakukannya?” Dengan
pasti Rasulullah r, “Untuk kamu syurga Allah I!” Sayyidina Saad t
berikrar, “Kami tidak akan mengungkai dan tidak akan membatalkan lagi
perjanjian ini, wahai Rasulullah. Kami juga minta kamu jangan menarik
diri dari perjanjian ini!”

111

Catatan Sejarah Rasulullah r

Demikianlah bai’ah Sayyidina Saad t kepada Rasulullah r. Rasulullah
r berkata, “Wahai Saad, kamu telah mewakili diri kamu. Bagaimana
dengan kaum kamu?” Ketika itu kesemua mereka bangun berdiri dan
berkata,“Wahai Rasulullah r, kami juga begitu!” Kemudian salah seorang
dari mereka bertanya kepada Rasulullah r, “Kami mempunyai perjanjian
dengan Yahudi Madinah tetapi kami akan membatalkannya. Apakah bila
kami berbuat begitu dan ketika Allah I telah memenangkan kamu, kamu
akan pulang kepada kaum kamu dan meninggalkan kami?” Rasulullah r
tersenyum mendengar kata-kata itu. Lantas Baginda bersabda:

“Bahkan darah dengan darah, kemusnahan dengan kemusnahan,
daku sebahagian dari kamu dan kamu sebahagian daripadaku.. Daku
perangi siapa yang kamu perangi dan daku berdamai dengan siapa
yang kamu berdamai.”

“Oleh kerana bai’ah ini adalah Bai’ah Jihad dan Bai’ah Nyawa,
berundinglah sesama kamu dan pilihlah dua belas orang Naqib yang
dipersetujui bersama mewakili kamu semua”, sambung Baginda lagi.

Bangunlah dua belas orang yang mewakili kaum masing-masing. Mereka
telah berbaiah untuk mempertahankan Rasulullah r sehingga titisan darah
mereka yang terakhir. Inilah Bai’ah Jihad yang pertama dalam Islam yang
dikenali juga dengan Bai’atul Aqabah Yang Kedua.

Sebaik sahaja mereka selesai berbai’ah kepada Rasulullah r, terdengar
satu jeritan yang kuat dari atas sebuah bukit yang paling tinggi disitu, “Wahai
orang yang nyenyak tidur! Apakah kamu masih tidur? Muhammad dan
orang-orangnya yang telah murtad dari agama nenek moyang mereka telah
sepakat untuk memerangi kamu!” Rupa-rupanya suara itu adalah suara jin
kafir yang mahu memberitahu Kuffar Quraisy tentang bai’ah itu. Mendengar
suara itu, Sayyidina Saad t menghunus pedangnya dan berkata, “Wahai
Rasulullah r, kalau kamu izinkan sekarang juga kami akan memerangi
mereka.” Demikianlah kesetiaan mereka terhadap bai’ah mereka. Walaupun
jumlah mereka hanya tujuh puluh tiga orang, tetapi mereka bersedia untuk
menghadapi Quraisy dan kabilah Arab yang sedang berada di Mekah
menunaikan haji. Rasulullah r tidak mengizinkan mereka berbuat begitu

112

Hijrah Ke Madinah Bab 8

sebaliknya Baginda telah mengarahkan mereka semua bersurai.

Seluruh penduduk Mekah dan orang yang berada di Mekah dapat
mendengar jeritan jin kafir tadi. Mereka menyiasat siapakah yang terlibat
dalam bai’ah itu. Hasil siasatan, mereka telah mengesyaki orang Madinah
telah berbai’ah dengan Rasulullah r. Lalu mereka memanggil semua orang
dari Madinah dan bertanya kepada mereka. Orang yang tidak Islam di
kalangan mereka memang tak tahu langsung tentang perkara ini. Mereka
bersumpah dengan tegas di depan Kuffar Quraisy bahawa orang Madinah
tidak terlibat. Para sahabat yang tujuh puluh tiga orang itu hanya berdiam
sahaja. Akhirnya mereka semua dilepaskan pulang ke Madinah. Namun
Quraisy tetap mengesyaki bahawa orang Madinahlah yang terlibat dalam
hal itu.

Oleh itu mereka mengambil keputusan mengejar orang Madinah. Mereka
hanya menjumpai Sayyidina Saad bin Ubadah t dan seorang lelaki lagi yang
telah Islam. Lelaki itu sempat melarikan diri. Sayyidina Saad t ditangkap
dan dipukul oleh Kuffar Quraisy. Mereka memaksanya membuat pengakuan
bahawa orang Madinah telah berbai’ah dengan Rasulullah r. Beliau terus
menafikannya. Selepas itu datang seorang yang kelihatan berwibawa
dan mempunyai air muka yang jernih. Sayyidina Saad t menyangka dia
adalah seorang yang mulia dan baik hati. Hatinya berharap orang itu akan
menolongnya. Rupa-rupanyanya orang itu adalah Abu Jahal. Beliau terus
dipukul sehingalah ada seorang yang mengenalinya memberitahu mereka
bahawa dia adalah salah seorang pembesar Madinah. Orang itu telah
menjamin Sayyidina Saad t dan beliau dapat pulang ke Madinah.

Islam sudah makin tersebar luas di Madinah. Sayyidina Mus’ab Bin Umair
t telah menghantar surat kepada Rasulullah r, menjemput Baginda datang
ke Madinah. Madinah sudah dipersiapkan untuk menerima kedatangan
Rasulullah r dan para sahabat y dari Mekah.

Hijrah ke Madinah

Rasulullah r mengarahkan para sahabat y berhijrah ke Madinah. Hijrah
ke Madinah adalah satu arahan daripada Baginda. Ianya berbeza dengan
hijrah ke Habsyah yang merupakan keizinan daripada Rasulullah r kepada
sesiapa yang tidak tahan menghadapi tekanan di Mekah. Orang pertama
yang menyahut seruan hijrah ke Madinah ialah Sayyidina Abu Salamah
t dan isterinya Sayyidatina Ummu Salamah serta anaknya Sayyidina
Salamah t. Bani Makhzum telah menahan Sayyidatina Ummu Salamah

sementara Bani Abdul Asad telah menahan Sayyidina Salamah t anak

113

Catatan Sejarah Rasulullah r

mereka. Walaupun terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya yang disayangi,
Sayyidina Abu Salamah t meneruskan perjalanannya ke Madinah. Setahun
selepas itu barulah Sayyidatina Ummu Salamah dan Sayyidina Salamah
t dilepaskan oleh kaumnya ke Madinah. Selepas Sayyidina Abu Salamah t
berhijrah, para sahabat Rasulullah r berhijrah seorang demi seorang secara
senyap-senyap.

Apabila Sayyidina Umar t mahu berhijrah, dia mempersiapkan
kenderaan, bekalan, pakaian dan senjatanya. Sebelum meninggalkan Mekah
dia mahu menunaikan tawaf dan mengisytiharkan hijrahnya kepada Kuffar
Quraisy. Setelah selesai bertawaf selamat tinggal kepada Ka’bah, Sayyidina
Umar t pun mengisytiharkan, “Siapa yang mahu ibunya kehilangan anaknya,
isterinya menjadi janda dan anak-anaknya menjadi yatim...tunggulah aku di
belakang bukit ini! Aku mahu berhijrah ke Madinah!” Tiada seorang pun
yang berani menghalangnya. Dialah satu-satunya sahabat Rasulullah r yang
berhijrah ke Madinah secara terbuka.

Seorang demi seorang sahabat t telah meninggalkan Mekah. Yang kekal
di Mekah hanya mereka yang ditahan oleh kaum masing-masing. Sayyidina
Abu Bakar t datang meminta izin dari Rasulullah r untuk berhijrah. Baginda
berkata, “Wahai Abu Bakar, tangguhkan dulu hijrah kamu, semoga Allah
I mendatangkan seorang teman bersama kamu dalam hijrah.” Sayyidina
Abu Bakar t akur kepada saranan Rasulullah r itu. Sejak itulah hatinya
berdoa dan berharap bahawa teman yang Rasulullah r maksudkan itu adalah
Baginda sendiri. Demikianlah ketajaman hati Sayyidina Abu Bakar t.
Walaupun belum ada kepastian, sejak hari itu dia telah mempersiapkan dua
kenderaan yang lengkap dengan keperluan perjalanan untuknya dan untuk
Baginda. Dia sangat berharap moga-moga temannya itu adalah Rasulullah
r sendiri.

Namun selepas ramai sahabat telah berhijrah ke Madinah, kerinduan
Sayyidina Abu Bakar t kepada Madinah makin meluap-luap. Dia datang
lagi meminta izin dari Rasulullah r untuk berhijrah. Jawapan Baginda
kepadanya sama seperti jawapan yang pertama dahulu. Selepas itu Sayyidina
Abu Bakar t datang lagi meminta izin untuk berhijrah. Begitulah jawapan
Rasulullah r kepadanya. Pada waktu itu semua sahabat Baginda sudah
meninggalkan Mekah. Yang tinggal hanya Sayyidina Abu Bakar t dengan
Rasulullah r dan keluarga mereka. Setelah Rasulullah r memastikan semua
sahabat sudah berjaya berhijrah ke Madinah, turunlah perintah Allah I
kepada Baginda pula untuk berhijrah. Imam Bukhari  meriwayatkan sabda
Rasulullah r :

114

Hijrah Ke Madinah Bab 8

“Aku telah melihat dalam tidurku bahawa aku berhijrah dari Mekah
ke satu tanah (tempat) yang banyak pokok tamar. Pada mulanya aku
sangka Yamamah atau Hajar rupanya dia adalah Madinah, iaitu
Yathrib.”

Perancangan Membunuh Rasulullah r

Firman Allah I :

“Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik
(Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau
membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan
Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik
yang menggagalkan tipu daya.” ( Surah al-Anfal: 30)

Apabila Kuffar Quraisy mendapati semua sahabat Rasulullah t telah
berkumpul di Madinah, mereka merasakan satu bahaya besar akan menimpa
mereka. Orang Islam yang sudah berkumpul di Madinah akan dapat membina
kekuatan mereka di sana. Mekah mesti berbuat sesuatu sebelum terlambat.
Abu Jahal segera menghimpunkan pembesar Mekah di Darun-Nadwah. Abu
Jahal mengarahkan mereka supaya jangan menjemput seorang pun dari Bani
Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim serta siapa juga yang
ada hubungan rapat dengan mereka dan dengan orang Madinah.

Ketika mereka berkumpul, datang seorang tua yang berpakaian seperti
pakaian orang Najd. Orang tua itu adalah iblis yang menjelma dalam
rupa manusia untuk membantu orang kafir mencari penyelesaian terhadap
Rasulullah r dan orang Islam. Dalam perbincangan itu, Abul Buhturi
berkata, “Kita penjarakan Muhammad.” Abu Jahal dan orang tua itu
berkata, “Kalau kita penjarakan Muhammad, para sahabatnya akan terus
berkumpul di Madinah. Lambat laun mereka akan datang juga membebaskan
Muhammad dan memerangi kita.” Ada pula yang mengatakan, “Kita usir

115

Catatan Sejarah Rasulullah r

Muhammad keluar dari Tanah Arab.” Abu Jahal dan orang tua itu berkata,
“Itupun tidak boleh, nanti Muhammad akan pergi ke Madinah.” Majlis sunyi
seketika, mereka buntu mencari jalan penyelesaian sehinggalah Abu Jahal
memberikan cadangannya. Abu Jahal berkata, “Kita bunuh Muhammad!
Kita pilih dari setiap kabilah seorang pemuda yang gagah. Mereka akan
membunuh Muhammad secara bersama. Sekiranya Bani Abdul Mutalib,
Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim mahu menuntut bela, mereka tidak
akan mampu memerangi kita semua.” Lelaki tua itu berkata, “Benar sekali!
Inilah pandangan yang paling tepat!” Kuffar Quraisy telah sepakat dengan
penyelesaian itu.

Pada masa itu, Rasulullah r sudah bersiap untuk berhijrah ke Madinah.
Di rumah Baginda banyak harta dan barangan berharga yang disimpan oleh
orang ramai kepada Baginda. Kalau mereka mahu bermusafir, barangan
berharga mereka akan disimpan di rumah Rasulullah r. Mereka sangat
mempercayai kejujuran Muhammad. Begitulah agungnya akhlak Rasulullah
r, musuh pun menaruh kepercayaan kepadanya. Untuk menangani hal itu,
Rasulullah r telah menugaskan Sayyidina Ali untuk memulangkan semua
barangan itu kepada pemiliknya. Pada malam itu Rasulullah r meminta
Sayyidina Ali supaya tidur di tempat tidur Baginda.

Pada malam itulah, para pemuda yang telah dipilih dari setiap kaum
telah siap mengepung rumah Rasulullah r. Baginda masih berada di dalam
rumah. Mereka menunggu di luar, mereka tidak merempuh masuk di dalam
rumah Rasulullah r kerana ada kaum wanita. Merempuh masuk ke dalam
rumah yang ada wanita adalah satu kesalahan besar. Setelah Rasulullah r
meninggalkan Sayyidina Ali di tempat tidurnya, Baginda pun keluar dari
rumahnya. Baginda berjalan di hadapan para pemuda itu tetapi mereka tidak
dapat melihat Rasulullah r. Baginda keluar sambil membaca surah Yasin
dan apabila sampai pada ayat :

“Dan kami adakan dihadapan mereka dinding dan dibelakang
mereka dinding (pula), maka kami kaburkan mereka sehingga mereka
tidak melihat.” (Surah Yaasin: 9)

Rasulullah r mengambil segenggam pasir dan menaburkannya ke atas
kepala mereka semua. Selepas itu Baginda menuju ke rumah Sayyidina

116

Hijrah Ke Madinah Bab 8

Abu Bakar t. Beliau belum mengetahui lagi bahawa Rasulullah r mahu
berhijrah pada malam itu. Demikianlah Baginda merahsiakan perjalanan ini.

Rasulullah r dan Sayyidina Abu Bakar t

Menurut Sayyidatina Aisyah Ummul Mukminin, Rasulullah r datang
mengetuk rumah Sayyidina Abu Bakar t di waktu yang Baginda tidak
pernah melakukannya sebelum ini. Apabila Baginda masuk ke dalam
rumah, Baginda berkata kepada Sayyidina Abu Bakar t, “Wahai Abu
Bakar, keluarkan orang yang ada bersama kamu.” Ketika itu di rumah
Saidina Abu Bakar t hanya ada dua orang anak perempuannya, Sayyidatina
Aisyah dan Sayyidatina Asma’ . Demikianlah Baginda mahu menjaga
rahsia perjalanan itu. Sayyidina Abu Bakar t berkata, “Wahai Rasulullah,
tiada orang di dalam melainkan dua orang puteriku Aisyah dan Asma.’”
Rasulullah r memberitahunya, “Wahai Abu Bakar, Allah I telah
mengizinkan aku berhijrah.” Sayyidina Abu Bakar t bertanya, “Apakah
aku akan menemanimu, ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Benar wahai
Abu Bakar.” Ketika itu Sayyidina Abu Bakar t menangis terharu kerana
terlalu gembira dapat menemani Rasulullah r berhijrah. Sayyidatina Aisyah

berkata, “Itulah kali pertama aku melihat orang menangis kerana gembira.
Selama ini aku hanya melihat orang menangis kerana sedih.” Rasulullah r
dan Sayyidina Abu Bakar t keluar dari pintu belakang rumah Sayyidina
Abu Bakar t. Di situ, Sayyidina Abu Bakar t sudah lama menyiapkan dua
ekor unta yang dilengkapi dengan peralatan dan keperluan untuk berhijrah
ke Madinah.

Rasulullah r telah membawa Sayyidina Abu Bakar t berjalan ke arah
selatan sedangkan Madinah berada di sebelah utara. Begitulah Rasulullah
r mahu mendidik umat bahawa usaha lahir juga mesti ditempuh bukan
hanya bertawakal kepada Allah I tanpa berusaha. Sayyidina Abu Bakar t
yang sudah lama bersedia untuk berhijrah juga sudah mengatur strateginya
sekiranya dia akan berhijrah dengan Rasulullah r demi menjamin keselamatan
Baginda. Sayyidina Abu Bakar t mengarahkan khadamnya membawa
kambing ternakannya berjalan di belakang mereka untuk menghilangkan
kesan-kesan tapak kaki mereka. Apabila mereka sampai di gua Thur di selatan
Mekah, Sayyidina Abu Bakar t meminta khadamnya Amru bin Fuhair t
menyembunyikan unta mereka dan membawanya semula ke Gua Thur bila
di beritahu kelak. Sayyidina Abu Bakar t juga meminta Amru memberitahu
tempat persembunyian mereka kepada dua orang anaknya iaitu Abdullah dan
Asma’. Apabila Sayyidina Abu Bakar t melihat Rasulullah r mahu masuk
ke dalam gua, dia cepat-cepat masuk dahulu sebelum Baginda masuk. Dia
mahu memastikan bahawa tidak ada sesuatu yang membahayakan Baginda

117

Catatan Sejarah Rasulullah r

di dalam. Bahkan Sayyidina Abu Bakar t menutup setiap lubang dengan
kainnya untuk memastikan tidak ada binatang berbisa yang boleh menyakiti
Rasulullah r. Kalaulah ada binatang berbisa, biarlah dia terkena dahulu.
Setelah dipastikan keadaan selamat, barulah Baginda masuk.

Pagi besoknya, para pemuda yang mengepung rumah Rasulullah r
mula merasa ada sesuatu yang tidak kena. Biasanya Baginda akan keluar
bersembahyang di Ka’bah. Kenapa sampai saat itu Rasulullah r belum
keluar lagi. Selepas itu baru mereka sedar ada pasir di atas kepala mereka.
Mereka mengintip ke dalam rumah Rasulullah r tetapi mereka melihat
Baginda masih tidur. Akhirnya mereka terpaksa merempuh masuk. Apabila
mereka menarik selimut, mereka dapati orang yang di dalam selimut itu
adalah Sayyidina Ali bukan Rasulullah r. Begitulah kecintaan Sayyidina
Ali kepada Baginda. Dia sanggup mengorbankan dirinya untuk dibunuh
menggantikan Rasulullah r. Mereka memeriksa seluruh rumah itu tetapi
mereka tidak menemui Baginda. Ketika itu juga tersebarlah di Mekah bahawa
Rasulullah r telah berhijrah ke Madinah. Mereka cuba mencari Baginda di
merata tempat tetapi mereka tidak menemuinya. Pembesar Kuffar Quraisy
telah membuat tawaran seratus ekor unta betina kepada sesiapa yang dapat
menangkap Rasulullah r. Seratus ekor unta adalah ganjaran yang sangat
besar pada waktu itu.

Semua orang keluar mencari Rasulullah r kerana mahu mendapatkan
ganjaran lumayan itu. Mereka memeriksa semua tempat yang disyaki
Rasulullah r bersembunyi disitu. Akhirnya mereka sampai di Gua Thur,
tiada tempat lain yang tidak diperiksa melainkan di situ. Imam Bukhari
menceritakan dalam kitab Sahihnya bahawa apabila orang kafir Quraisy
sampai di depan pintu gua Thur tiada seorang pun di kalangan mereka
terfikir untuk menjengok ke dalam. Kalaulah ada seorang yang menjengok
ke dalam dia pasti akan dapat melihat Rasulullah r dan Sayyidina Abu Bakar
t. Sayyidina Abu Bakar t berkata kepada Baginda, “Wahai Rasulullah r,
kalaulah salah seorang daripada mereka melihat ke bawah, nescaya mereka
nampak kita.” Maha Besar Tuhan, sampai di situ mereka semua sibuk
berbual sehingga tidak teringat untuk menjengok ke bawah. Allahlah yang
memelihara dan menjaga Rasulullah r dan Sayyidina Abu Bakar t.

Ada riwayat yang menceritakan, dengan izin Allah I, datanglah labah-
labah menjalin sarangnya menutupi pintu gua. Seterusnya sepasang merpati
membuat sarang di tepi pintu gua itu. Melihat semua itu, orang kafir
mengatakan tidak mungkin ada orang di dalam gua itu. Allah I boleh sahaja
mengerahkan selemah-lemah tenteranya untuk membantu Rasul-Nya dan
orang yang berjuang di jalan-Nya. Rasulullah r dengan penuh yakin telah

118

Hijrah Ke Madinah Bab 8

menenangkan Sayyidina Abu Bakar t. Baginda berkata, “Wahai Abu Bakar,
jangan kamu sangka kita berdua sahaja. Allah ada bersama dengan kita.”
Allah I telah menceritakan perkara ini di dalam al-Quran:

“Ketika mana Rasulullah r berkata kepada sahabatnya, ketika
mereka berdua di dalam gua, “Jangan kamu risau, sesungguhnya
Allah ada bersama kita.”(Surah at-Taubah: 40)

Demikianlah kedudukan Sayyidina Abu Bakar t. Para ulama’
bersepakat bahawa orang yang bersama dengan Rasulullah r di dalam gua
ialah Sayyidina Abu Bakar t. Allah I telah menamakannya Sahabat dan
Pendamping Rasulullah r dan Allah I menyatakan bahawa Allah bersama
mereka berdua (Rasulullah r dan Sayyidina Abu Bakar t.)

Sayyidah Asma’ Binti Abu Bakar Menghadapi Abu Jahal

Setelah itu barulah Kuffar Quraisy sedar bahawa Sayyidina Abu Bakar
t juga tiada. Barulah mereka tahu bahawa Rasulullah r ditemani oleh
Sayyidina Abu Bakar t. Abu Jahal pergi ke rumah Sayyidina Abu Bakar t.
Sayyidatina Asma’ yang membuka pintu. Abu Jahal bertanya kepadanya,
“Mana ayah kamu?!” Sayyidatina Asma’ menjawab dengan tegas, “Aku
tidak tahu.” Lalu Abu Jahal menampar Sayyidatina Asma’ sehingga dia
terjatuh. Ketika itu Abu Jahal merasa malu, dia telah menampar seorang
anak perempuan yang lemah. Lalu dia cepat-cepat beredar dari situ.

Selepas itu Abu Quhafah, ayandanda Sayyidina Abu Bakar t pula datang.
Ketika itu dia sudah tua dan matanya telah buta. Abu Quhafah juga bertanya
tentang Sayyidina Abu Bakar t. Sayyidatina Asma’ mengatakan bahawa
dia pun tidak tahu di mana ayahnya. Abu Quhafah bertanya Sayyidatina
Asma’ , “Apa yang Abu Bakar tinggalkan kepada kamu?” Sayyidina Abu
Bakar t memang tidak meninggalkan apa-apa. Semua wangnya dibawa
untuk menampung perjalanan dan perbelanjaan dia dan Rasulullah r di
Madinah nanti. Sayyidina Abdullah bin Zubair t menceritakan bahawa
jumlah yang Sayyidina Abu Bakar t bawa ialah lima atau enam ribu dirham.
Semuanya diserahkan kepada Rasulullah r. Sayyidatina Asma’ adalah
seorang anak yang sudah terdidik dalam perjuangan. Dia sangat memahami
apa yang sedang dilalui oleh ayahnya dan Rasulullah r. Dia mengambil
karung simpanan wang Sayyidina Abu Bakar t dan dipenuhkannya dengan
batu lalu dibawa kepada datuknya. Dia berkata, “Wahai datuk, inilah yang

119

Catatan Sejarah Rasulullah r

ayah tinggalkan.” Abu Quhafah meraba-raba karung wang Sayyidina Abu
Bakar t yang penuh itu. Dia merasa lega terhadap nasib anak-anak dan
keluarga Sayyidina Abu Bakar t yang ditinggalkan di Mekah. Puteri
Sayyidina Abu Bakar t telah dapat menghayati perjuangan Rasulullah r
dan ayahnya. Hatinya tidak risau lagi tentang hal dunia kerana dia sangat
yakin terhadap bantuan Allah I.

Selama tiga hari tiga malam Kuffar Quraisy melancarkan operasi besar-
besaran mencari Rasulullah r dan Sayyidina Abu Bakar t. Sayyidina
Abdullah t, putera Sayyidina Abu Bakar t akan bersama dengan Kuffar
Quraisy di Mekah di sebelah siang. Dia mendengar semua berita dan
perancangan Kuffar Quraisy. Pada waktu malam, dia akan datang membawa
berita kepada Rasulullah r. Sayyidatina Asma’ pula datang membawa
makanan untuk Baginda dan ayahnya. Untuk membawa karung makanan
Sayyidatina Asma’ memerlukan tali untuk mengikatnya. Oleh kerana
tiada tali, Sayyidatina Asma’ telah mengoyakkan selendangnya untuk
mengikat makanan Rasulullah r. Dari situlah dia digelar Zatun-Nithoqain
(Yang Memakai Dua Selendang). Begitulah kemuliaan Sayyidina Abu Bakar
t dan keluarganya dalam membela perjuangan Rasulullah r.

Sayyidina Amru bin Fuhair t pula datang membawa ternakan untuk
digembalakan di situ dan untuk menutup tapak kaki Sayyidina Abdullah
t dan Sayyidah Asma’ . Disamping itu dia membekalkan susu untuk
minuman Rasulullah r dan Sayyidina Abu Bakar t. Sayyidina Abu Bakar
t telah menyusun persiapan untuk hijrah ini. Usaha lahir diusahakan secara
berhabis-habisan kerana ia adalah kewajipan seorang hamba. Walaupun ia
tidak memberi bekas tetapi ia wajib diusahakan. Inilah yang ditunjukkan
kepada kita oleh Rasulullah r dan Sayyidina Abu Bakar t dalam peristiwa
Hijrah. Sayyidina Abu Bakar t mempunyai pasukan kerjanya yang lengkap.
Ada yang bertugas mengambil berita. Ada yang bertugas menyiapkan
makanan dan minuman. Ada juga yang bertugas menghapuskan kesan
perjalanan mereka. Semuanya lengkap dan tersusun. Demikianlah sifat
seorang hamba kepada Tuhannya.

Sayyidina Abu Bakar t telah menunggu Rasulullah r sehingga dia dapat
menemani Baginda berhijrah. Sayyidina Abu Bakar t telah mempersiapkan
segala keperluan perjalanan mereka. Sayyidina Abu Bakar t telah
memastikan keselamatan Rasulullah r di gua. Sayyidina Abu Bakar t telah
membawa semua wangnya untuk kegunaan Rasulullah r. Sayyidina Abu
Bakar t telah menggunakan keluarganya dan khadamnya demi menjayakan
hijrah ini. Sayyidina Abu Bakar t telah memberikan satu contoh kepada
kita terhadap sebuah sabda Rasulullah r, “Tidak sempurna Iman seseorang

120

Hijrah Ke Madinah Bab 8
kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihinya lebih dari anak-
anak, ibu ayahnya dan semua manusia lainnya.”

Peta Perjalanan Hijrah Rasulullah r ke Madinah

121

Bab 9

Negara Islam Madinah

Menuju ke Madinah
Selepas tiga hari berlalu, suasana pun semakin reda. Kuffar Quraisy berkata,
“Kalau Muhammad dan Abu Bakar melarikan diri, mereka sudah terlepas
dari kita. Kita tidak akan sempat lagi mengejar mereka!” Berdasarkan
perkembangan itu, Sayyidina Abu Bakar t meminta ‘Amru bin Fuhair t
menghantar semula unta-unta yang dia sembunyikan sebelum ini. Rasulullah
r dan Sayyidina Abu Bakar t keluar dari Gua Thur menuju ke Madinah.
Oleh kerana Sayyidina Abu Bakar t bimbangkan keselamatan Rasulullah
r, kadang-kadang dia berjalan di depan Baginda, kadang-kadang dia
berjalan di belakang. Kadang-kadang dia berada di kiri Rasulullah r dan
kadang-kadang dia berada di sebelah kanan Baginda. Rasulullah r terus
khusyuk membaca al-Quran. Akhirnya Rasulullah r bertanya kepadanya,
“Wahai Abu Bakar, kenapa kamu sampai begini?” Sayyidina Abu Bakar t
menjawab, “Kadang-kadang aku takut mereka datang dari depan lalu aku
ke depan. Kadang-kadang aku terasa mereka datang dari belakang lalu aku
ke belakang. Kadang-kadang aku rasa mereka datang dari kanan aku pun ke
kanan dan kadang-kadang aku rasa mereka datang dari kiri lalu aku pun ke
kiri pula”. Rasulullah r bersabda., “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya Allah
I bersama kita.” Ketika itu barulah Sayyidina Abu Bakar t berasa tenang.

Satu ketika Sayyidina Abu Bakar t dapat merasakan ada penunggang
kuda mengejar mereka dari belakang. Semakin lama bunyi itu semakin dekat.

122

Negara Islam Madinah Bab 9

Dia merasa cemas semula. Rupa-rupanya Suraqah bin Malik dapat melihat
kelibat mereka di awal perjalanan tadi dan dia mahu mendapatkan ganjaran
yang ditawarkan oleh Kuffar Quraisy. Sayyidina Abu Bakar t memberitahu
kepada Rasulullah r bahawa ada orang mengejar mereka tetapi Baginda
seakan-akan tidak mendengarnya. Sebaliknya Rasululah r terus khusyuk
membaca al-Quran. Akhirnya penunggang kuda itu semakin mendekati
mereka berdua. Pada jarak itu, panahannya boleh mengenai Rasulullah
r. Sayyidina Abu Bakar t sekali lagi memberitahu Baginda, “Wahai
Rasulullah r, orang itu sudah menghampiri kita. Kalau dia memanah kita,
panahannya akan mengenai kita.” Ketika itu Rasulullah r pun berdoa, “Ya
Allah, selamatkan kami daripadanya dengan cara yang kamu mahu!”

Belum pun sempat Rasulullah r habis berdoa, kaki kuda Suraqah telah
terbenam ke dalam tanah menyebabkan Suraqah terjatuh dari kudanya. Itulah
kali pertama Suraqah jatuh dari kuda. Dia adalah seorang penunggang kuda
yang sangat mahir. Setelah itu Suraqah bangun menunggang kudanya dan
mengejar mereka lagi. Apabila sudah dekat, dia mahu memanah Rasulullah
r. Ketika itu, kaki kudanya terbenam lagi dan Suraqah terjatuh lagi. Suraqah
hairan terhadap dirinya sendiri, kenapa dia boleh jatuh. Dia belum sedar
lagi bahawa itu teguran Tuhan kepadanya. Suraqah bangun dan mengejar
Rasulullah r lagi. Apabila sudah dekat dan dia mahu memanah Rasulullah
r, kaki kudanya terbenam lagi dan Suraqah tersungkur lagi. Ketika itulah
barulah dia sedar bahawa dia tidak akan berjaya mengejar Rasulullah r. Dia
kini dapat merasakan bahawa Nabi Muhammad r bukan orang biasa tetapi
dia adalah orang yang dipelihara oleh Tuhan. Timbul rasa takut dalam dirinya
sehingga dia pula yang menjerit meminta keamanan daripada Rasulullah r,
“Beri keamanan kepadaku! Beri keamanan kepadaku! Wahai Muhammad!”

Ketika itu barulah Rasululah r berpaling ke belakang dan bertanya,
“Siapa kamu?” Dia menjawab. “Aku Suraqah bin Malik.” Baginda bertanya
lagi, “Wahai Suraqah, bagaimana kalau sepasang gelang Kisra diserahkan
kepada kamu?” Tercengang Suraqah mendengar tawaran Rasulullah r
itu. Dengan penuh kehairanan, dia bertanya, “Apakah dia Kisra Anu
Syirwan pemerintah kerajaan Farsi sekarang atau ada Kisra lain yang kamu
maksudkan?” Rasulullah r menegaskan, “Ya, Kisra Anu Syirwan.” Baginda
mengulangi sekali lagi soalan tadi kepadanya, “Bagaimana kalau sepasang
gelang Kisra Anu Syirwan diserahkan kepada kamu?” Suraqah makin takjub
terhadap Baginda. Bagaimana Rasulullah r dengan penuh yakin telah
memberi isyarat kepadanya bahawa Islam akan mengalahkan Farsi. Farsi
adalah sebuah kuasa besar dunia ketika itu. Bukan dalam masa yang lama
tetapi dalam masa Suraqah masih hidup. Bukankah waktu itu Rasulullah
r sedang diburu. Kepala Baginda ditawarkan oleh Kuffar Quraisy Mekah

123

Catatan Sejarah Rasulullah r

dengan ganjaran 100 ekor unta betina. Suraqah berkata, “Aku mohon jaminan
bertulis dari kamu bahwa aku diberi keamanan oleh kamu dan orang-orang
Islam. Aku berjanji tidak akan memberitahu Quraisy perjalanan kamu ini.”
Rasulullah r meminta Sayyidina Abu Bakar t menuliskan surat jaminan itu
kepada Suraqah.

Demikianlah kebesaran Rasulullah r. Demikianlah pembelaan yang
Allah telah datangkan kepada Baginda setelah putus sebab lahiriah daripada
Baginda. Namun Rasulullah r telah mengajarkan kepada umatnya bahawa
dalam berjuang mereka mesti menempuh usaha lahir yang diperintahkan
oleh Allah Setelah itu berserahlah kepada-Nya. Apabila segala usaha lahir
telah putus daripada seorang pejuang, ketika itulah datang bantuan Allah.
Seorang mukmin bukan hanya sekadar berserah dan berdoa kepada Allah
tanpa berusaha. Allah memerintahkan umat Islam berusaha bersungguh-
sungguh sambil berserah kepada-Nya. Walaupun begitu, usaha seorang
hamba itu tidak memberi bekas tetapi Allahlah yang memberi bekas.

Setelah tentera Taif dikalahkan dalam Perang Hunain, Suraqah bin
Malik ditawan oleh tentera Islam. Apabila ditawan, dia mengeluarkan surat
jaminan keamanan yang telah diberikan oleh Rasulullah r kepadanya.
Lalu Baginda membebaskannya. Selepas itu dia beriman kepada Allah I
dan Rasul-Nya dan dia memeluk agama Islam. Di zaman pemerintahan
Sayyidina Umar t, kerajaan Farsi telah jatuh ke tangan umat Islam. Tentera
Islam yang mengalahkan tentera Farsi telah mengirim harta ghanimah
kepada Khalifah Sayyidina Umar t di Madinah. Di antara ghanimah itu
ialah sepasang gelang tangan Kisra. Sewaktu ghanimah itu sampai ke
Madinah, Suraqah sedang berada di dalam majlis Khalifah Sayyidina Umar
t. Ketika itu Sayyidina Umar t telah mengumpulkan orang ramai dan
kemudian beliau memakaikan dua gelang tangan Kisra itu di tangan Suraqah
bin Malik. Seterusnya Sayyidina Umar t meminta Suraqah menceritakan
kepada semua orang janji Rasulullah r kepadanya dalam peristiwa Hijrah
Rasulullah r dari Mekah ke Madinah. Benarlah wahai Rasulullah r, bahawa
engkau adalah Sodiqul Masduq.

Rasulullah r Singgah Di Tempat Ummu Ma’bad

Selepas itu Rasulullah r dan Sayyidina Abu Bakar t meneruskan perjalanan
dengan tenang. Mereka melalui satu jalan yang bukan jalan biasa dilalui oleh
kafilah ke Madinah. Dalam perjalanan itu, Rasulullah r dan Sayyidina Abu
Bakar t singgah di tempat Ummu Ma’bad. Ummu Ma’bad adalah seorang
perempuan badwi yang berpindah-randah di padang pasir. Sayyidina Abu
Bakar t bertanya kepada Ummu Ma’bad, apakah dia ada bekalan susu

124

Negara Islam Madinah Bab 9

kerana bekalan Rasulullah r sudah habis. Oleh kerana mereka tidak melalui
jalan biasa, tiada tempat persinggahan untuk mendapatkan bekalan makanan.
Ummu Ma’bad menjawab, “Kalau aku memilikinya, kamu tidak perlu
memintanya. Aku akan memberikannya kerana ia adalah kewajipan aku
terhadap tetamu.” Ummu Ma’bad memang mempunyai ternakan kambing
tetapi semuanya sudah tua dan tidak mengeluarkan susu lagi. Rasulullah
r meminta izinnya untuk memerah susu kambingnya itu. Apabila Baginda
memerah susunya, kambingnya itu telah mengeluarkan susu yang banyak.
Banyaknya susu kambing itu sampai memenuhi semua bekas yang ada pada
Ummu Ma’bad. Setelah Rasulullah r, Sayyidina Abu Bakar t dan Ummu
Ma’bad minum sepuasnya, semua bekas simpanan Ummu Ma’bad masih
penuh. Setelah itu Rasulullah r dan Sayyidina Abu Bakar t meneruskan
lagi perjalanan. Apabila Abu Ma’bad pulang, dia terperanjat melihat semua
bekas penuh dengan susu. Dia bertanya isterinya, “Wahai Ummu Ma’bad,
dari mana datangnya semua susu ini?” Ummu Ma’bad pun menceritakan
tentang dua orang tetamu yang ajaib tadi. Dengan keberkatan mereka
kambing yang sudah tua menghasilkan susu semula.

Dalam perjalanan, Rasulullah r bertemu dengan seorang hamba Bani
Aslam sedang menternak kambing. Rasulullah r mendoakannya, “Semoga
kamu sentiasa selamat.” Apabila Rasulullah r mengetahui namanya
Mas’ud, Baginda memberitahunya bahawa Insya Allah dia akan bahagia.
Demikianlah Rasulullah r berakhlak dengan manusia. Baginda sentiasa
suka kepada harapan yang baik dan berpandangan positif. Dalam perjalanan
itu juga Rasulullah r bertemu dengan Sayyidina Zubair bin Awwam t
dan Sayyidina Talhah t yang pulang berdagang dari Syam. Mereka telah
menghadiahkan pakaian kepada Rasulullah r.

Persiapan Madinah Menyambut Ketibaan Rasulullah r

Berita kedatangan Rasulullah r sudah sampai ke Madinah. Oleh kerana
Baginda berhenti selama tiga hari di Gua Thur dan tidak melalui jalan biasa,
penduduk Madinah tidak tahu bila Rasulullah r akan sampai. Setiap hari
penduduk Madinah bersama Sayyidina Mus’ab bin Umair t menunggu
ketibaan Baginda. Sayyidina Mus’ab t sudah mempersiapkan Madinah
untuk menyambut ketibaan Rasulullah r. Setiap kali selepas sembahyang
Subuh mereka akan keluar beramai-ramai menunggu di pintu masuk
Madinah. Menjelang waktu Zohor, setelah cuaca semakin panas barulah
mereka pulang. Begitulah setiap hari mereka menunggu ketibaan Rasulullah
r. Penduduk Madinah yang belum Islam juga ikut menunggu sama bahkan
orang Yahudi pun keluar menunggu ketibaan Baginda.

125

Catatan Sejarah Rasulullah r

Sayyidina Mus’ab t telah mempersiapkan Madinah untuk kedatangan
Rasulullah r. Kedatangan Baginda bukan saja sebagai seorang Nabi tetapi
sebagai pemimpin Madinah. Persiapan menyambut ketibaan Rasulullah r
telah menjadi sambutan besar-besaran bagi penduduk Madinah. Baginda
sampai di Madinah pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal. Pada hari itu, penduduk
Madinah seperti biasa telah keluar menunggu sejak lepas sembahyang Subuh
hingga waktu tengahari. Apabila matahari sudah terik, mereka beransur
pulang. Selepas sahaja mereka beredar, Rasulullah r pun tiba. Pada ketika
itu, masih ada seorang lelaki Yahudi yang sedang menunggu. Dia berada di
atas sebatang pokok kurma untuk dapat melihat dengan lebih jauh. Lelaki
Yahudi ini menjerit memberitahu penduduk Madinah bahawa Rasulullah
r telah tiba. Semua orang berpatah balik untuk menyambut ketibaan
Rasulullah r. Ketibaan orang yang mereka nantikan itu di sambut dengan
penuh kesyukuran dan kegembiraan. Mereka bernasyid beramai-ramai:

Telah terbit bulan purnama kepada kami dari Tsaniyyati Wada’,
Maka wajiblah kami bersyukur,
Baginda tidak menyeru melainkan kepada Allah,
Telah terbit bulan purnama kepada kami dari Tsaniyyati Wada’,
Kamu telah datang memuliakan Madinah,
Selamat datang wahai sebaik-baik Penyeru.
Kebanyakan orang Islam Madinah belum pernah bertemu Rasulullah r.
Mereka tidak dapat meneka yang mana satu Rasulullah r dan yang mana
satu Sayyidina Abu Bakar t. Apatah lagi umur Baginda dan Sayyidina Abu
Bakar t tidak jauh berbeza. Sayyidina Abu Bakar t hanya muda dua tahun
dari Rasulullah r. Walaupun belum pernah bertemu tetapi mereka telah
memberi keyakinan dan keimanan yang tidak berbelah bagi kepada Baginda.
Mereka semua sudah berbai’ah akan mempertahan Rasulullah r seperti
mereka mempertahankan anak isteri mereka. Apabila matahari mengenai
Rasulullah r, Sayyidina Abu Bakar t memayungkan Baginda. Ketika itu
barulah mereka dapat meneka yang mana satu Rasulullah r.

126

Negara Islam Madinah Bab 9

Setiap orang berharap Rasulullah r akan berhenti di tempatnya.
Semua orang mahu mendapat keberkatan Baginda. Apabila sampai di
Quba’, Rasulullah r turun dari kenderaan Baginda. Rasulullah r terus
memerintahkan para sahabat y membina sebuah masjid di situ. Demikianlah
kepentingan sebuah masjid dalam Islam. Rasulullah r berada di Quba’
selama empat hari. Ketika itu Sayyidina Ali telah sampai dari Mekah.
Dalam tempoh itu juga para sahabat y telah berjaya menyiapkan sebuah
masjid di Quba’. Di situlah Rasulullah r menerima kunjungan penduduk
Madinah. Baginda juga mula menyusun masyarakat Islam khususnya kaum
Muhajirin. Demikianlah Rasulullah r telah berada di Quba’ dari hari Isnin
sehinggalah hari Khamis. Pada hari Jumaat, Rasulullah r bergerak dari
Quba’ memasuki Kota Madinah. Dalam perjalanan itu, Baginda berhenti
menunaikan sembahyang Jumaat di Diar Bani Salim bin Auf yang terletak di
antara Quba’ dan kota Madinah. Rasulullah r sendiri telah menyampaikan
khutbah Jumaat pada hari itu. Ia adalah khutbah Jumaat yang pertama
disampaikan oleh Baginda. Sembahyang Jumaat telah pun didirikan
sebelumnya di Madinah. Sahabat pertama memimpin sembahyang Jumaat
ialah Sayyidina Saad bin Zurarah t. Dia bersama 40 orang Islam yang lain
telah mendirikan sembahyang Jumaat di rumahnya. Dari sinilah Imam Syafie
mensyaratkan sembahyang Jumaat mesti didirikan oleh sekurang-kurangnya
40 orang lelaki.

Pembinaan Masjid Nabawi

Selepas itu barulah Rasulullah r memasuki kota Madinah. Setiap kampung
yang dilalui oleh Rasulullah r meminta Baginda berhenti dan tinggal di
tempat mereka. Rasulullah r telah menyerahkan kepada unta Baginda untuk
memilih tempat berhenti. Baginda bersabda, “Biarkan unta ini berhenti
sendiri kerana ia mengikut perintah Allah I.” Apabila Rasulullah r sampai
di Bani Najjar di satu kawasan kosong yang dipunyai oleh dua orang anak
yatim, unta Baginda telah berhenti di situ. Itulah tempat yang Allah I
pilih untuk Baginda. Rasulullah r telah membeli tanah itu lalu Baginda
memerintahkan dibina sebuah masjid di situ. Ia digelar Masjid Nabawi,
masjid yang paling mulia selepas Masjidil Haram. Bermulalah pembinaan
Masjid Nabawi. Semua sahabat y di kalangan Ansar menawarkan kepada
Rasulullah r agar Baginda tinggal di rumah mereka. Baginda telah memilih
untuk tinggal di rumah Sayyidina Abu Ayub al Ansari t. Beliau mempunyai
sebuah rumah dua tingkat yang agak besar. Sayyidina Abu Ayub t meminta
Rasulullah r tinggal di tingkat atas. Dia berkata, “Tidak sepatutnya kami
duduk di atas rumah Rasulullah r.” Rasulullah r memilih untuk tinggal di
tingkat bawah supaya Baginda tidak mengganggu Sayyidina Abu Ayub t
dan keluarganya kerana Baginda akan didatangi oleh ramai tetamu.

127

Catatan Sejarah Rasulullah r

Para sahabat y tidak berhenti bekerja untuk menyiapkan Masjid Nabawi.
Rasulullah r turut bekerja bersama para sahabat y. Sambil bekerja, mereka
bernasyid. Malah Rasulullah r pun ikut sama bernasyid:

“Ya Allah, tiadalah kehidupan melainkan kehidupan di Akhirat,
ampunkanlah para Ansar dan Muhajirin.”

Begitulah peranan nasyid dalam membina jiwa dan menghidupkan
semangat perjuangan di samping ia dapat menghiburkan hati. Para sahabat
y telah menyambut ketibaan Rasulullah r dengan bernasyid. Mereka
bekerja membina Masjid Quba’ sambil bernasyid. Begitu juga ketika mereka
bekerja keras untuk menyiapkan masjid Nabawi. Tidak salahlah para ulama’
sufi menyebut:

“Nasyid itu dapat melembutkan dan menyegarkan hati.”

Untuk membina masjid setiap orang mengangkut seketul batu tetapi
Sayyidina Ammar bin Yasir t memikul dua ketul batu sekaligus. Rasulullah
r tersentuh dan terharu melihat kegigihan Sayyidina Ammar t, lantas
Baginda mendoakannya. Rasulullah r memberitahu bahawa Sayyidina
Ammar t akan mati dibunuh oleh satu golongan yang melanggar batasan
agama. Peristiwa pembunuhan itu telah berlaku selepas 35 tahun diberitakan
oleh Rasulullah r. Demikianlah Allah I telah memberitahu Rasulullah r
tentang Jadual Umat ini sehingga Hari Qiamat. Siapa yang mengikut Jadual
Tuhan pasti berjaya dan selamat.

Pada malam pertama Rasulullah r bermalam di rumah Sayyidina Abu
Ayub al Ansari t, dia dan keluarganya tidur di penjuru rumah. Mereka tidak
banyak bergerak kerana tidak mahu mengganggu Baginda. Begitulah adab
dan kecintaan mereka kepada Baginda. Entah macam mana bekas air mereka
pecah. Sayyidina Abu Ayub t takut air menitis ke bawah membasahi
Rasulullah r. Dia telah mengelap air itu dengan selimutnya sedangkan itulah
satu-satunya selimut yang mereka miliki. Sedangkan Madinah pula memang
sejuk apatah lagi di waktu musim sejuk. Sayyidina Abu Ayub t dan isterinya
tidak tidur sepanjang malam itu kerana kesejukan. Apabila diceritakan
kepada Rasulullah r apa yang berlaku, Baginda mengambil keputusan

128


Click to View FlipBook Version