Negara Islam Madinah Bab 9
berpindah ke tingkat atas. Sepanjang Rasulullah r tinggal di rumah mereka,
Sayyidina Abu Ayub t dan isterinyalah yang menyediakan makanan untuk
Baginda. Daripada lebihan makanan Rasulullah r itu, barulah mereka
makan. Bahkan yang mereka paling suka ialah makanan yang ada bekas
jari Rasulullah r. Mereka mahu mengambil berkat dari tangan Baginda.
Demikianlah mengambil keberkatan dari lebihan Rasulullah r adalah satu
perkara yang dilakukan oleh para sahabat y.
Setelah suasana di Madinah telah tersusun, Rasulullah r telah menghantar
Sayyidina Zaid bin Harithah t untuk mengambil keluarga Rasulullah r dan
keluarga Sayyidina Abu Bakar t yang masih berada di Mekah. Namun
Puteri Sayyidina Abu Bakar t, Sayyidatina Asma’ tidak dapat datang
bersama rombongan Sayyidina Zaid t. Di Madinah, para sahabat y dan
penduduk Madinah tidak putus-putus menziarahi Rasulullah r. Ada seorang
pendeta Yahudi sangat suka datang bertemu Baginda. Dia adalah Abdullah
bin Salam, salah seorang pendeta Yahudi yang paling alim di kalangan
mereka.
Pendirian Yahudi Madinah Terhadap Rasulullah r
Semasa berita ketibaan Rasulullah r tersebar di Madinah,Abdullah bin Salam
sedang berada di rumah ibu saudaranya. Apabila Abdullah mendengar berita
itu dia bertakbir jJ·C "A jJ·C "A. Ibu saudaranya terkejut mendengar Abdullah
bin Salam bertakbir. Abdullah menjelaskan kepada ibu saudaranya, “Dia
adalah seorang Nabi. Semua tanda kenabian yang diceritakan oleh Taurat
ada pada Muhammad.” Ibu saudaranya berkata, ‘Kenapa kamu tidak pergi
melihatnya dan memastikannya terlebih dahulu?” Abdullah bin Salam pun
pergi bertemu dengan Rasulullah r. Dia dapat menyaksikan sendiri semua
tanda itu memang ada pada Baginda termasuk Khatamun Nubuwwah. Tiada
yang perlu diragukan lagi, Abdullah bin Salam terus masuk Islam dalam
pertemuan itu juga. Dialah orang Yahudi yang pertama masuk Islam. Selepas
itu Sayyidina Abdullah bin Salam t mengatur strategi dengan Rasulullah
r untuk menjadikan pengisytiharan keislamannya sebagai satu hujjah ke
atas kaum Yahudi Madinah. Rasulullah r menjemput semua orang Madinah
termasuk ulama’ dan pemuka Yahudi dalam satu majlis. Rasulullah r
berdakwah kepada mereka, tetapi para ulama’ dan pemimpin Yahudi tetap
tidak mahu menerima Islam. Selepas itu Baginda bertanya kepada mereka,
“Apakah kedudukan Abdullah bin Salam di kalangan kamu?” Mereka
berkata, “Dia pemimpin kami, dia ulama’ kami bahkan paling alim di antara
kami.” Ketika itu Sayyidina Abdullah bin Salam t muncul dan mengucap
dua kalimah syahadah di hadapan pemimpin dan ulama’Yahudi. Demikianlah
Rasulullah r telah membuktikan kebenarannya terhadap Yahudi Madinah.
129
Catatan Sejarah Rasulullah r
Namun ketika itu juga mereka semua berkata, “Abdullah bin Salam adalah
orang yang paling jahat di kalangan kami, paling penipu dan paling jahil
di kalangan kami.” Begitulah perangai kaum Yahudi. Sekelip mata mereka
boleh mengubah pendirian apabila kepentingan mereka dirasakan terancam.
Benarlah bahawa kaum Yahudi sangat memungkiri janji.
Sayyidatina Sofiyyah , Ummul Mukminin adalah puteri Huyayy bin
Akhtab salah seorang pemimpin Yahudi Madinah. Sayyidatina Sofiyyah
adalah anak kesayangan ayahnya dan sangat disayangi oleh bapa
saudaranya, Yasir bin Akhtab. Menurut Sayyidatina Sofiyyah : “Setiap kali
mereka melihat aku, pasti mereka akan memeluk aku.” Kedua mereka hadir
dalam majlis pengisytiharan Sayyidina Abdullah bin Salam t masuk Islam.
Sayyidatina Sofiyyah berkata, “Pada hari itu aku datang kepada mereka
tetapi mereka tidak mengendahkan aku pun. Mereka berdua kelihatan sangat
sedih dan sugul. Aku terdengar perbualan mereka. Ayah aku telah bertanya
kepada bapa saudaraku, “Apakah dia yang disebut di dalam Taurat?” Bapa
saudaraku menjawab, “Semua tanda-tanda tepat seperti di dalam Taurat,
dialah orangnya!” Ayahku bertanya lagi, “Kalau begitu, apa yang kamu akan
lakukan, wahai Yasir?” Bapa saudaraku menegaskan, “Aku berazam akan
memusuhinya selama-lamanya!” Demikianlah keangkuhan kaum Yahudi
terutama ulama’ mereka. Mereka sangat arif tentang kebenaran tetapi mereka
tidak mahu menerima malah mereka telah menentang kebenaran Rasulullah
r dan Islam.
Masyarakat Islam Model
Rasulullah r telah memulakan pembinaan masyarakat Islam di Madinah
dengan membina Masjid. Masjid adalah pusat membina hubungan
hamba dengan Tuhannya dan membina Iman. Seterusnya Rasulullah r
membangunkan perpaduan dan kasih sayang dengan mempersaudarakan
Muhajirin dan Ansar. Rasulullah r telah mempersaudarakan dirinya dengan
Sayyidina Ali , Sayyidina Abu Bakar t dengan Sayyidina Kharjah bin
Zaid al-Ansari t, Sayyidina Umar t dengan Sayyidina Utban al-Ansari
t, Sayyidina Abdullah bin Mas’ud dengan Sayyidina Muaz bin Jabal al-
Ansari t, Sayyidina Mus’ab bin ‘Umair t dengan Sayyidina Abu Ayub al
Ansari, Sayyidina Abu Ubaidah t dengan Sayyidina Abu Talhah al-Ansari
t. Begitulah setiap sahabat dari Muhajirin yang telah berhijrah dari Mekah
telah dipersaudarakan dengan seorang sahabat dari kalangan Ansar yang
merupakan penduduk asal Madinah. Para Ansar telah benar-benar menerima
Muhajirin sebagai saudara mereka. Mereka telah berkongsi segala apa
yang mereka ada kepada saudara mereka. Harta-benda, rumah, pakaian
dan makanan semuanya dibahagi dua. Bahkan ada yang sampai mahu
130
Negara Islam Madinah Bab 9
menceraikan salah seorang dari isteri mereka untuk dikahwinkan kepada
sahabat dari Muhajirin. Tetapi Muhajirin telah menolak tawaran di tahap ini.
Mereka hanya mengambil sekadar keperluan sahaja.
Ansar telah membuka sepenuh hati mereka kepada Muhajirin sebelum
mereka membuka pintu rumah mereka. Mereka telah memberi hati mereka
sebelum mereka memberikan harta mereka. Tercetuslah sebuah model
kasih sayang yang tiada taranya oleh pertautan hati serta pengorbanan yang
sangat luar biasa dalam sejarah kemanusiaan seluruhnya. Rasulullah r telah
mempersaudarakan hati mereka dahulu sebelum Baginda mempersaudarakan
jasad mereka. Hati yang telah sama-sama beriman kepada Allah I dan
telah jatuh cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Sebagai contoh, Rasulullah
r telah mempersaudarakan Sayyidina Abdul Rahman bin Auf t dengan
Sayyidina Saad bin Rubayya’ al Ansari. Imam Bukhari telah meriwayatkan
dari Sayyidina Abdul Rahman bin Auf t:
Rasulullah r telah mempersaudarakannya dengan Saad bin Rabi’al
Ansari. Sayyidina Saad t telah menawarkan kepada Sayyidina Abdul
Rahman t untuk dibahagi dua hartanya. Sayyidina Saad t telah
berkata Sayyidina Abdul Rahman t, “Lihatlah mana satu seorang
dari dua orang isteriku yang lebih kamu suka, aku akan ceraikan dia
untuk kamu. Apabila selesai ‘iddahnya’ kamu boleh mengahwininya.”
Sayyidina Abdul Rahman t menolak dan berkata, “Semoga Allah I
memberkati kamu dan keluarga kamu serta harta kamu, tetapi kenalkan
kepadaku perniagaan.” Sayyidina Abdul Rahman t telah berniaga
sehingga dia memperolehi harta.
Sayyidina Abdul Rahman t memang terkenal bijak dalam perniagaan.
Rasulullah r berkata: “Kalau (Sayyidina Abdul Rahman t) berniaga
pasir sekalipun nescaya dia akan memperolehi keuntungan.” Dia berhijrah
131
Catatan Sejarah Rasulullah r
ke Madinah tanpa membawa sebarang harta, tetapi dengan kepercayaan
Rasulullah r kepadanya, dia telah berjaya membangunkan kekuatan
ekonomi umat Islam dan membebaskan umat Islam dari cengkaman
Yahudi yang menguasai ekonomi Madinah. Sayyidina Abdul Rahman t
telah berjaya membangunkan Suqul Ansar sebagai pusat ekonomi Islam di
Madinah. Demikianlah Rasulullah r telah berjaya membangunkan sistem
ekonomi Islam di Madinah. Ekonomi adalah kekuatan tambahan utama
selepas kekuatan Iman, Perpaduan dan Keselarasan.
Selepas itu Rasulullah r telah menyusun pula sistem pemerintahan dan
pentadbiran di Madinah. Rasulullah r telah menetapkan bahawa Baginda
sahaja yang berhak membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah dari
luar Madinah. Sebarang perselisihan yang berlaku di Madinah hendaklah
diselesaikan mengikut hukum Islam. Tidak di benarkan sesiapapun memberi
jaminan keselamatan kepada orang kafir Quraisy di Madinah. Setelah
insaniah penduduk Madinah dibangunkan oleh Sayyidina Mus’ab bin Umair
t dan Rasulullah r datang menyusunnya, mereka telah menjadi sebuah
model masyarakat Islam yang disegani oleh kawan dan lawan. Malah
mereka mendapat pujian dari Allah I dalam al-Quran sebagai sebuah umat
yang terbaik pernah dilahirkan kerana mereka telah berjaya menegakkan
kebenaran dan mencegah kemungkaran serta mereka telah beriman kepada
Allah I.
Orang Mukmin Tidak Sunyi Daripada Ujian
Dalam tempoh empat bulan pertama Rasulullah r berada di Madinah,
Baginda telah berjaya mencetuskan sebuah masyarakat dan Negara Islam
Model. Namun umat Islam tidak pernah sunyi dari ujian. Dalam tempoh
ini, tidak ada seorang pun anak lelaki dilahirkan di Madinah. Anak
lelaki yang dilahirkan semuanya meninggal dunia. Orang Yahudi segera
mengeksploitasikan perkara ini. Mereka berkata, “Kami telah menyihirkan
orang Islam. Mereka tidak akan boleh melahirkan anak lelaki lagi. Semua
anak lelaki yang dilahirkan akan meninggal dunia. Zuriat mereka akan
pupus.” Memang mencemaskan apabila berlaku dalam sebuah masyarakat
seramai orang Islam di Madinah, tidak ada seorang anak lelaki yang
dilahirkan selamat dalam tempoh empat bulan lamanya. Dengan propaganda
Yahudi itu, orang yang lemah imannya mula tergugat. Keadaan ini berakhir
dengan kedatangan Sayyidatina Asma’ binti Abu Bakar dan suaminya
Sayyidina Zubair bin Awwam t. Dia meninggalkan Mekah dalam keadaan
sarat hamil dan tiba di Madinah pada penghujung tempoh empat bulan
ini. Apabila Sayyidatina Asma’ masuk sahaja ke Madinah, dia telah
melahirkan seorang anak lelaki.
132
Negara Islam Madinah Bab 9
Bayi lelaki itu terus dibawa kepada Rasulullah r. Baginda telah
men’tahnik’kannya iaitu Baginda mengunyah sedikit tamar dan
memasukkannya ke dalam mulut bayi itu. Air liur Rasulullah r dan tamar
adalah makanan pertama masuk ke mulut bayi ini. Dialah Sayyidina Abdullah
bin Zubair t. Kelahirannya telah menjadi kegembiraan umat Islam ketika
itu. Mereka telah membawa Sayyidina Abdullah t dalam satu perarakan di
seluruh Madinah sambil bertakbir. Kelahiran ini telah membunuh propaganda
yang dilancarkan oleh kaum Yahudi. Demikianlah kelahiran Sayyidina
Abdullah bin Zubair t telah disambut dengan takbir. Setelah itu kematiannya
juga disambut dengan takbir oleh para pembunuhnya. Sayyidina Abdullah bin
Umar t telah menyaksikan tentera Hajjaj membunuh Sayyidina Abdullah
bin Zubair t. Selepas membunuhnya, mereka bertakbir. Sayyidina Abdullah
bin Umar t berkata, “Aku telah menyaksikan hari kelahirannya dan hari
kematiannya. Demi Allah, orang yang bertakbir pada hari kelahirannya
adalah lebih baik dari orang yang bertakbir pada hari kematiannya.”
Selepas itu Rasulullah r mengahwini Sayyidatina Aisyah , puteri
Sayyidina Abu Bakar t. Seterusnya Allah I telah menurunkan perintah
agar ditambah rakaat sembahyang. Perintah sembahyang telah diturunkan
dalam tiga peringkat. Peringkat pertama, sembahyang hanya satu perintah
sunat kepada umat Islam tetapi diwajibkan kepada Rasulullah r sembahyang
malam. Setelah itu sembahyang malam juga diwajibkan kepada orang
Islam. Adapun sembahyang selain dari sembahyang malam adalah sunat.
Peringkat kedua, Allah I telah mewajibkan sembahyang lima waktu tetapi
semuanya dua rakaat. Perintah berlaku melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Peringkat ketiga ialah di awal Hijrah Rasulullah r ke Madinah. Allah I
telah menambahkan rakaat sembahyang Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Hanya sembahyang subuh sahaja yang kekal dua rakaat.
Rasulullah r mencari jalan bagaimana memberitahu orang ramai
bahawa waktu sembahyang telah masuk. Pada waktu itu para sahabat
y dapat mengetahui waktu sembahyang melalui rasa hati mereka yang
tajam. Akhirnya Sayyidina Zaid bin Abdullah t telah bermimpi, ada orang
datang mengajarnya azan. Apabila dia memberitahu kepada Rasulullah r
mimpinya, Baginda telah memperakui mimpi itu. Rasulullah r bersabda
kepada Sayyidina Abdullah bin Zaid t,
“Ini mimpi yang baik, ajarkan kepada Bilal kerana suaranya lebih
nyaring dari suara kamu.”
133
Catatan Sejarah Rasulullah r
Bermula saat itu, adalah sunnah orang yang melaungkan azan itu
ialah orang yang paling baik suaranya. Apabila Sayyidina Bilal t
mengumandangkan azan, Sayyidina Umar t terbangun dari tidurnya
kerana mendengar suara azannya. Dia segera datang bertemu Rasulullah r.
Sayyidina Umar t memberitahu Baginda bahawa itulah azan yang dia dapat
dalam mimpinya. Rasulullah r berkata, “Ia adalah satu perkara yang baik.”
Selepas itu wahyu telah turun membenarkannya lagi.
Penubuhan Pasukan ‘Sariyah’
Apabila masyarakat Islam Madinah telah tersusun, Rasulullah r bersedia
untuk menghadapi Kuffar Quraisy. Baginda ingin melemahkan Kuffar
Quraisy dengan menyekat kekuatan ekonomi mereka. Rasulullah r ingin
memberi mesej kepada Kuffar Quraisy bahawa mereka mesti menghentikan
kekerasan mereka terhadap orang Islam. Sudah sampai masanya mereka
memberi laluan kepada umat Islam menyampaikan dakwah tanpa gangguan.
Mereka juga mesti membenarkan orang Islam masuk ke Mekah untuk
beribadah. Kalau tidak, kepentingan perniagaan mereka akan tergugat.
Untuk itu, Rasulullah r telah menghantar pasukan demi pasukan tentera
Islam untuk menyekat kafilah dagang Mekah. Pasukan yang Rasulullah r
utuskan ini juga mengambil peluang menyampaikan Islam kepada setiap
kabilah yang mereka temui. Demikianlah tercetusnya sistem keselamatan
dan pertahanan di Negara Islam Madinah.
Pada bulan Ramadan tahun pertama Hijrah, Rasulullah r mendapat
berita sebuah kafilah perdagangan Kuffar Quraisy sedang dalam perjalanan
pulang dari Syam. Kafilah ini diketuai oleh Abu Jahal, bersama 300 orang
pengawal. Rasulullah r telah mengutuskan pasukan Sariyah (pasukan
tentera yang tidak dipimpin oleh Baginda sendiri) pertama seramai 30 orang,
diketuai oleh Sayyidina Hamzah t. Mereka terus bergerak ke arah laluan
kafilah ini. Ketika itu kafilah Abu Jahal berada di kawasan Bani Dhamrah.
Ketua Bani Dhamrah, Mujdiyy bin Amr telah menyekat pasukan Sayyidina
Hamzah t dari kafilah Abu Jahal. Dengan itu kafilah Abu Jahal berjaya
melepaskan diri. Sayyidina Hamzah t tidak mahu bertempur dengan Bani
Dhamrah kerana pasukannya hanya diperintahkan untuk menyekat kafilah
bukan memerangi Bani Dhamrah.
Pada bulan Syawal, Rasulullah r telah mengutuskan sebuah pasukan
Sariyah lagi. Sariyah ini diketuai oleh Sayyidina Ubaidah bin Harist bin
Abdul Mutalib t bersama 60 orang sahabat y . Kesemua mereka dari
kalangan Muhajirin Quraisy. Ini kerana Rasulullah r mahu memberi mesej
kepada masyarakat Arab ketika itu, bahawa ini bukan pertembungan di
134
Negara Islam Madinah Bab 9
antara Madinah dan Mekah tetapi ini adalah urusan agama. Baginda juga
ingin memelihara bai’ah Ansar. Semua lokasi pergerakan Sariyah ini adalah
di luar Madinah. Ansar telah berbai’ah untuk mempertahankan Rasulullah
r di Madinah. Begitulah kehalusan Baginda dalam memimpin manusia.
Kafilah Kuffar Quraisy kali ini dikawal oleh 200 orang pengawal dan
dipimpin oleh Abu Sufyan. Mereka juga berjaya melepaskan diri dari tentera
Islam. Abu Sufyan telah memerintahkan orangnya memanah tentera Islam,
supaya mereka tidak boleh mara dan kafilahnya dapat melepaskan diri.
Pada penghujung bulan itu juga, Rasulullah r telah mempersiapkan satu
lagi Sariyah seramai 20 orang yang diketuai oleh Sayyidina Saad bin Abi
Waqas t. Umat Islam terus berjuang tanpa rehat. Kali ini mereka berjalan
kaki untuk menyekat sebuah kafilah dagang kuffar Quraisy. Apabila mereka
sampai di kawasan laluan kafilah itu, malangnya kafilah sudah mendahului
mereka. Dalam tempoh ini juga al Walid bin Mughirah, salah seorang
pemimpin Kuffar Quraisy yang sangat memusuhi Rasulullah r dan Islam
telah meninggal dunia.
Selepas itu Rasulullah r sendiri memimpin tentera Islam dalam Ghazwah
Abwa’. Ia adalah ghazwah pertama yang dipimpin oleh Rasulullah r. Ia
berlaku pada bulan Safar tahun kedua Hijrah. Iaitu selepas selesai 4 bulan
Haram iaitu Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Kali ini Rasulullah
r ingin menyekat kafilah Quraisy yang akan melalui perkampungan Bani
Dhamrah. Apabila Rasulullah sampai di Bani Dhamrah, ketua mereka datang
berjumpa dengan Rasulullah r dan meminta agar jangan berlaku peperangan
di kawasan mereka. Mereka juga mahukan satu perjanjian keamanan
daripada Rasulullah r dan orang Islam. Rasulullah r telah mempersetujui
perjanjian keamanan dengan Bani Dhamrah. Inilah perjanjian keamanan
pertama dalam sejarah Islam.
Pada bulan Rabiul Awwal, sekali lagi Rasulullah r sendiri keluar
memimpin tentera Islam dalam Ghazwah Buwwaq bersama 200 orang
tentera Islam. Pasukan ini bertujuan menyekat satu kafilah Kuffar Quraisy
yang besar terdiri dari 2,500 ekor unta yang penuh dengan muatan dan
dikawal oleh 100 orang pahlawan Kuffar Quraisy. Kafilah ini dipimpin
oleh Umayyah bin Khalaf. Kafilah ini juga berjaya melepaskan diri dengan
mengambil jalan lain yang lebih jauh.
Dua bulan selepas itu, iaitu dalam bulan Jamadil Awwal, Rasulullah
r sekali lagi memimpin tentera Islam dalam Ghazwah al ‘Asyirah untuk
menyekat kafilah dagang kuffar Quraisy yang pulang dari Syam. Apabila
tentera Islam sampai di Bani Mudlij, mereka pula menghalang tentera Islam.
135
Catatan Sejarah Rasulullah r
Mereka juga meminta perjanjian keamanan daripada Baginda. Rasulullah
r telah memberikan perjanjian keamanan kepada mereka dan Baginda
tinggal bersama kabilah ini selama sebulan. Kesemua perjanjian ini telah
mengukuhkan lagi kekuatan dan kewibawaan umat Islam ketika itu. Dengan
itu Rasulullah r telah mengepung dan menguasai semua laluan kafilah
perdagangan kuffar Quraisy di antara Mekah dan Syam. Mereka semakin
sulit untuk menggunakan semua laluan itu.
Selepas sepuluh hari Rasulullah r pulang dari Bani Mudlij, kabilah Bani
Fihr telah datang menyerang sebuah kampung di Madinah. Mereka mencuri
buah-buahan Madinah dan membunuh seorang petani dari kaum Ansar yang
sedang bekerja di kebunnya. Rasulullah r telah mendengar jeritan orang
kampung itu. Baginda terus berkejar ke tempat itu. Para sahabat y juga
mendengar dan segera ke kawasan itu. Apabila sampai, mereka mendapati
Baginda telah berada di situ. Bani Fihr terpaksa melepaskan buah-buahan
yang mereka curi malah bekalan yang mereka bawa untuk menyelamatkan
diri dari tentera Islam.
Selepas itu, Rasulullah r telah menghantar satu Sariyah di bawah
pimpinan Sayyidina Abdullah bin Jahasy t . Pasukan ini dianggotai oleh
lapan orang pahlawan Islam. Salah seorangnya ialah Sayyidina Saad bin
Abi Waqqas t. Dalam perjalanan, unta tunggangan Sayyidina Saad t
telah terlepas dan lari. Sayyidina Saad t bersama seorang lagi sahabat
yang berkongsi kenderaan dengannya terpaksa keluar mencari unta mereka.
Ketika itu pasukan Sayyidina Abdullah t bertembung dengan kafilah dagang
Kuffar Quraisy. Hari itu ialah hari terakhir bulan Rejab, salah satu bulan
yang diharamkan berperang di dalamnya. Sayyidina Abdullah t menyangka
mereka sudah memasuki bulan Sya’ban. Mereka telah menyerang kafilah itu
tetapi sebahagian pengawalnya sempat melarikan diri. Tentera Islam telah
membunuh Amru bin Hadrami. Dialah kafir Quraisy pertama yang dibunuh
oleh orang Islam. Pasukan Sayyidina Abdullah t juga telah menawan dua
orang lagi pengawal kafilah. Mereka telah membawa balik ke Madinah
semua barangan dagangan kafilah ini beserta dua orang tawanan. Mereka
ialah al Hakam bin Kaisan dan Othman bin Abdullah. Dua orang tawanan ini
merupakan tawanan pertama dalam Islam. Kafilah ini juga merupakan harta
ghanimah yang pertama dalam Islam. Namun kejayaan ini telah menjadi
masalah kepada umat Islam kerana ia telah berlaku di dalam bulan Haram.
Quraisy telah menyebarkan kepada kabilah Arab lain bahawa orang
Islam telah menghalalkan bulan Haram sedangkan hal itu merupakan dosa
dan kesalahan besar bagi masyarakat Arab ketika itu. Selepas itu mereka
telah menghantar wakil mereka ke Madinah untuk membawa balik dua orang
136
Negara Islam Madinah Bab 9
tawanan mereka. Rasulullah r telah menerangkan kepada mereka bahawa
umat Islam juga mengharamkan peperangan di bulan Haram. Apa yang
berlaku ialah Sayyidina Abdullah t menyangka bahawa mereka berada pada
1 haribulan Sya’ban. Ia sama sekali bukan kerana orang Islam sengaja tidak
menghormati bulan Haram. Rasulullah r tidak melepaskan tawanan Kuffar
Quraisy sehingga Sayyidina Saad bin Abi Waqas t dan Sayyidina Utbah bin
Ghazwa t pulang dari mencari unta mereka. Rasulullah r bimbang mereka
ditawan oleh Kuffar Quraisy. Setelah dibebaskan, al Hakam bin Kaisan telah
masuk Islam dan memilih untuk terus tinggal di Madinah. Manakala Othman
bin Abdullah pulang ke Mekah dan meninggal dunia selepas itu.
Dengan peristiwa itu, turunlah ayat ini:
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai
(hukum) berperang dalam bulan yang dihormati. Katakanlah,
Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan
menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah, adalah perbuatan
kufur kepada-Nya, dan juga perbuatan menyekat (orang Islam)
ke Masjidil Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari
situ, (semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah I.
Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada
pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).”
(Surah al-Baqarah: 217)
Allah I telah menjawab tuduhan Kuffar Quraisy bahawa umat Islam
menghalalkan berperang di bulan Haram. Sebenarnya kafir Quraisylah yang
tidak menghormati bulan haram kerana mereka telah mengusir orang Islam
dari Tanah Haram dan melakukan fitnah kepada mereka di Tanah Haram dan
di bulan Haram. Ia lebih besar dosanya di sisi Allah I.
Perubahan Arah Kiblat
Hati Rasulullah r sudah lama mahu menghadap ke Masjidil Haram ketika
sembahyang. Sewaktu di Mekah, Rasulullah r bersembahyang menghadap
137
Catatan Sejarah Rasulullah r
ke Baitul Maqdis tetapi Baginda menjadikan Ka’bah berada di depannya.
Jadi Rasulullah r dapat menghadap ke Ka’bah dan Baitul Maqdis sekaligus.
Apabila Baginda berhijrah ke Madinah, Ka’bah sudah berada di belakang
Madinah. Rasulullah r tidak dapat lagi menghadap ke Ka’bah. Lalu
Baginda sentiasa menunggu-nunggu, bilakah Allah I akan mengubahkan
kiblat umat Islam daripada Masjidil Aqsa kepada Masjidil Haram. Allah I
telah menunaikan keinginan hati Rasulullah r ini. Firman Allah I:
“Kerapkali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-
ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling
mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke
arah Masjidil Haram (Ka’bah.)” ( Surah al-Baqarah: 144)
Orang Yahudi telah mengambil peluang ini untuk menimbulkan fitnah
lagi. Mereka berkata, “Agama apakah ini? Dulu menghadap ke Baitul
Maqdis, sekarang sudah berubah menghadap ke Ka’bah pula.” Allah I telah
menjawab tuduhan ini:
“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadap muka ke
pihak Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seorang
hamba kepada Allah dan Hari Akhirat.” ( Surah al-Baqarah: 176)
Allah juga menjadikan peristiwa ini sebagai ujian untuk menguji
keyakinan umat Islam. Setiap masa ada saja ujian yang Allah I datangkan
untuk mengukuhkan lagi iman umat Islam.
138
Bab 10
Peperangan Badar
Badar Al-Kubra
Pada bulan Sya’ban tahun kedua Hijriah, Allah I telah menurunkan perintah
berpuasa di bulan Ramadan. Maka puasa Ramadan yang pertama oleh para
Sahabat y adalah di bulan Ramadan tahun kedua selepas Hijrah. Pada bulan
Ramadan itu Rasulullah r berpuasa dan semua umat Islam berpuasa bersama
Baginda. Dalam bulan Ramadan inilah berlakunya peperangan Badar
yang merupakan peperangan paling agung dalam sejarah Islam. Ketika itu
Rasulullah r mendapat berita kepulangan kafilah dagang Kuffar Quraisy
yang besar dari Syam. Barang-barang dagangan kafilah ini dibawa oleh
1000 ekor unta dan hanya dikawal oleh 40 orang lelaki. Kafilah ini diketuai
oleh Abu Sufyan. Kafilah ini istimewa dari kafilah yang lain kerana semua
peniaga Quraisy Mekah mempunyai barang dagangan mereka dalam kafilah
ini. Kafilah ini merupakan dagangan bersama di antara semua pedagang
Quraisy. Tidak hairanlah ia sangat menjadi perhatian dan sangat dinantikan
oleh semua orang. Rasulullah r memberitahu umat Islam bahawa Baginda
akan memimpin sendiri tentera Islam kali ini. Allahlah yang menyusun
segala-galanya.
Firman Allah I :
139
Catatan Sejarah Rasulullah r
“Sepertimana Allah telah mengeluarkan kamu (Rasulullah r) dari
rumah kamu dengan kebenaran.”
Rasulullah r telah membuat tawaran kepada semua orang Islam untuk
menyertai pasukan ini. Pada waktu itu belum ada perintah berjihad. Semua
para sahabat y membuat persiapan untuk menyertai pasukan ini. Seramai
313 orang lelaki keluar bersama Rasulullah r dalam pasukan ini. Setelah
bersedia, mereka pun bergerak menuju ke tempat laluan kafilah ini.
Mimpi Sayyidah Atiqah Binti Abdul Mutalib
Pada masa yang sama telah berlaku satu peristiwa pelik di Mekah. Sayyidah
Atiqah binti Abdul Mutalib , ibu saudara Rasulullah r yang masih berada
di Mekah bermimpi melihat seorang lelaki berdiri di Abtoh menjerit sambil
menyeru, “Wahai orang yang khianat kepada Islam! Bersiap-siaplah untuk
kematian kamu tiga hari dari sekarang!” Lelaki itu kemudian datang ke
Ka’bah pula dan menyeru lagi, “Wahai orang yang khianat dengan Islam,
tunggulah kematian kamu tiga hari lagi!” Selepas itu lelaki itu naik ke atas
Jabal Qubais di tepi Ka’bah dan berseru lagi dengan seruan yang sama.
Selepas itu dia mengambil seketul batu dan melontarkannya ke arah seluruh
rumah penduduk Mekah. Batu itu pecah berkecai dan serpihannya masuk
ke dalam setiap rumah penduduk Mekah. Sayyidah Atiqah menceritakan
mimpi ini kepada saudaranya Sayyidina Abbas bin Abdul Mutalib t.
Dia berpesan agar Sayyidina Abbas t jangan menceritakannya kepada
sesiapa pun. Sayyidina Abbas t yang berkawan rapat dengan Walid bin
Utbah telah menceritakan mimpi itu kepada Walid bin Utbah. Walid pula
menceritakannya kepada ayahnya Utbah. Akhirnya tersebarlah cerita itu di
Mekah. Sayyidina Abbas t tidak mengetahui hal ini. Dia menyangka, selain
Sayyidah Atiqah , hanya dia dan Walid sahaja yang mengetahui mimpi itu.
Keesokannya, selepas Sayyidina Abbas t melakukan tawaf di Ka’bah,
Abu Jahal telah menjemputnya hadir dalam majlis pembesar Quraisy yang
lain. Abu Jahal berkata kepadanya, “Wahai Abbas, aku mendapati bahawa
sudah bertambah Nabi dari kalangan Bani Abdul Mutalib!” Sayyidina Abbas
t bertanya, “Apa maksud kamu, wahai Abu Jahal?” Abu Jahal menegaskan,
“Sebelum ini ada lelaki dari kalangan kamu yang mengaku jadi Nabi.
Sekarang sudah ada perempuan pula yang mahu menjadi Nabi!” Sayyidina
Abbas t tidak tahu bahawa cerita mimpi itu sudah tersebar di Mekah. Dia
merasa hairan terhadap kata-kata Abu Jahal. Dia bertanya lagi kepada Abu
Jahal, “Apa yang sudah berlaku sebenarnya?” Abu Jahal segera berterus-
terang, “Mimpi Atiqah, wahai Abbas!” Sayyidina Abbas t bertanya lagi,
“Mimpi apa yang kamu maksudkan?” Kali ini Sayyidina Abbas t terpaksa
140
Peperangan Badar Bab 10
menafikan mimpi itu. Dia khuatir mimpi Sayyidah Atiqah itu tidak
akan berlaku. Ketika itu Abu Jahal mencabar Bani Abdul Mutalib, “Kalau
tidak berlaku mimpi Atiqah dalam masa tiga hari ini, kami akan membuat
kenyataan bertulis bahawa Bani Abdul Mutalib adalah kaum paling penipu
di kalangan bangsa Arab!” Apabila cerita ini sampai kepada ahli keluarga
Sayyidina Abbas t yang lain, mereka semua marah. Kenapa Sayyidina
Abbas t membiarkan Abu Jahal mempersendakan Bani Abdul Mutalib.
Ketika itu Sayyidina Abbas t berazam, selepas tiga hari ini kalau Abu Jahal
masih memperlecehkan Bani Abdul Mutalib lagi, dia tidak akan teragak-
agak untuk memukul Abu Jahal.
Berhampiran dengan Badar, Abu Sufyan memimpin kafilah dengan
penuh berhati-hati. Dia menghantar beberapa perisik untuk memastikan
jalan yang akan mereka lalui adalah selamat. Rasulullah r juga menghantar
perisik untuk mengintip perjalanan kafilah ini. Baginda telah menghantar
dua orang sahabat untuk meninjau kawasan berdekatan sehinggalah mereka
sampai ke kawasan berhampiran dengan perigi Badar. Dari situ mereka dapat
melihat seorang lelaki berada di situ dan dua orang jariah sedang mengambil
air. Daripada perbualan dua orang jariah ini mereka dapat mengetahui
bahawa kafilah Abu Sufyan sudah mendekati Badar. Mereka segera pulang
memberitahu Rasulullah r. Ketika itu juga Abu Sufyan keluar sendiri untuk
meninjau laluan kafilahnya agar selamat dari sebarang marabahaya. Abu
Sufyan juga meninjau sehingga ke perigi Badar. Dia bertanya kepada lelaki
yang berada di situ, apakah dia ada melihat sesiapa di kawasan itu. Lelaki
itu berkata, “Aku nampak dua orang lelaki berhenti tidak jauh dari sini tetapi
mereka tidak datang ke perigi.”Abu Sufyan pergi ke tempat yang ditunjukkan
itu. Dari tapak kaki unta dan biji tamar dalam najis unta di situ, Abu Sufyan
dapat mengesan bahawa dua lelaki tadi datang dari Madinah. Hanya orang
Madinah sahaja yang memberi unta mereka makan tamar. Madinah memang
kaya dengan hasil tamar. Abu Sufyan kini mendapat kepastian bahawa
kafilahnya dalam bahaya. Dia segera menghantar utusan ke Mekah meminta
orang Mekah segera menghantar tentera untuk menyelamatkan kafilah
mereka. Abu Sufyan sangat yakin dia tidak akan terlepas kali ini daripada
Rasulullah r dan tentera Islam.
Untuk menyampaikan berita itu kepada Quraisy,Abu Sufyan telah memilih
Dham Dham bin ‘Amr. Dham Dham adalah seorang pakar propaganda di
kalangan orang Abu Sufyan. Dham Dham segera memecut untanya menuju
ke Mekah. Apabila dia sampai ke perbatasan Mekah, dia telah mengoyakkan
pakaiannya. Kemudian dia memakainya semula dalam keadaan terbalik
dan terkoyak-koyak. Setelah itu dia mencederakan untanya lalu diambil
darahnya dan disapu ke muka, badan dan pakaiannya. Dia kelihatan begitu
141
Catatan Sejarah Rasulullah r
cemas dan menakutkan seolah-olah dia pulang dari pertempuran. Bila
dia sampai di Abtoh, dia menjerit sekuat-kuatnya: “Tolong! tolong! Telah
berlaku malapetaka!” Orang Mekah berkejaran ke tempatnya. Apabila orang
bertanya apa yang berlaku, Dham Dham tidak menjawabnya. Sebaliknya dia
terus menjerit, “Tolong! tolong! Telah berlaku malapetaka besar!” Penduduk
Mekah terus bertanya. Dham Dham tidak menjawab pertanyaan mereka. Dia
terus bergerak menuju ke Ka’bah. Orang ramai berpusu-pusu mengikut di
belakangnya. Terjadilah satu perarakan tergempar. Di Ka’bah dia menjerit
lagi dengan seruan yang sama. Setelah itu Dham Dham naik ke Jabal
Qubais. Ketika itu semua orang Mekah telah keluar berkumpul di Ka’bah
yang berada di bawah Jabal Qubais. Dari atas bukit Jabal Qubais, Dham
Dham menjerit lagi, “Tolong! Tolong! telah berlaku malapetaka besar!!”
Apabila Dham Dham melihat orang ramai sudah berkumpul barulah dia
menceritakan kepada mereka apa yang telah berlaku kepada kafilah mereka.
Mendengar berita itu penduduk Mekah tanpa berlengah lagi bersiap untuk
keluar mempertahankan kafilah mereka.
Sebelum Dham Dham sampai, Sayyidina Abbas t melakukan tawaf di
Ka’bah. Hari itu adalah hari ketiga selepas Sayyidah Atiqah mendapat
mimpi. Sayyidina Abbas t sudah berazam akan memukul Abu Jahal kalau
dia berani lagi memperlecehkan dirinya atau Bani Abdul Mutalib. Sayyidina
Abbas t menceritakan, “Semasa tawaf aku nampak Abu Jahal datang
bergegas-gegas tetapi dia tidak bercakap apa-apa kepadaku. Aku berbisik
dalam hatiku, “Takkanlah sampai begini sekali Abu Jahal takut kepadaku.”
Ketika itu barulah Sayyidina Abbas t mendengar jeritan Dham Dham.
Quraisy Bersiap Untuk Berperang
Semua orang sibuk bersiap untuk keluar berperang. Semua pembesar Kuffar
Quraisy telah bersiap kecuali dua orang. Abu Lahab tidak mahu ikut keluar
berperang tetapi dia telah mengupah seorang pemuka Quraisy lain yang
berhutang kepadanya untuk menggantikannya. Sebagai balasannya, semua
hutang orang itu padanya dikira langsai. Seorang lagi pemuka Quraisy yang
tidak mahu keluar berperang kali ini ialah Umayyah bin Khalaf. Pernah satu
ketika dia mencaci Sayyidina Saad bin Muaz t, salah seorang ketua Ansar
yang sedang tawaf di Ka’bah. Sayyidina Saad bin Muaz t berkata kepada
Umayyah, “Tidak mengapa kamu mencaci aku sekarang. Aku nak beritahu
kamu bahawa Rasulullah r telah memberitahu kami, kami akan membunuh
kamu!” Umayyah bertanya, “Apakah orang Islam akan membunuh aku di
Mekah atau di luar Mekah?” Sayyidina Saad t menjawab, “Rasulullah
r tidak memberitahu tempatnya.” Rupanya kata-kata Sayyidina Saad bin
Muaz t itu telah menyebabkan Umayyah takut untuk berperang dengan
142
Peperangan Badar Bab 10
orang Islam. Dia takut ucapan Rasulullah r itu akan berlaku kepada dirinya.
Ketika Umayyah sedang duduk di Ka’bah dengan pengikutnya, Uqbah
bin Muayyith datang kepadanya. Uqbah membawa perasap wangi-wangian
lalu diletakkannya di depan Umayyah. Uqbah berkata, “Wahai Umayyah,
berasaplah dan berwangi-wangilah, kamu kan seorang perempuan! Semua
orang sibuk bersiap untuk berperang, kamu masih duduk-duduk di sini?”
Umayyah benar-benar tercabar, dia bingkas bangun dan bersiap untuk
keluar berperang. Ketika Quraisy Mekah sedang sibuk bersiap untuk keluar
berperang, mereka teringat pula akan pergaduhan mereka dengan Bani
Kinanah. Mereka mula teragak-agak untuk meninggalkan Mekah. Mereka
khuatir Bani Kinanah akan mengambil peluang ini untuk menyerang
Mekah. Diriwayatkan, apabila Iblis melihat Quraisy teragak-agak, dia
berusaha merangsang Quraisy agar tetap keluar memerangi Rasulullah r.
Moga habislah Rasulullah r dan para Sahabat kali ini. Iblis telah datang
menyerupai wajah Suraqah bin Malik, salah seorang pembesar Bani Kinanah.
Lantas dia memberi jaminan kepada Quraisy bahawa Bani Kinanah tidak
akan menyerang Mekah.
Berita pergerakan tentera Mekah belum lagi sampai kepada Rasulullah r.
Baginda dan para sahabat y terus memburu kafilah Abu Sufyan. Dalam masa
itu, Quraisy Mekah telah pun menghantar 950 lelaki yang lengkap dengan
persiapan perang. Rasulullah r dan para Sahabat y pula bukan datang untuk
berperang tetapi hanya sekadar mahu menyekat kafilah perdagangan Mekah.
Tidak hairanlah bilangan mereka hanya 313 orang, mengenderai 70 ekor
unta dan hanya 2 ekor kuda. Mereka bersilih-ganti menunggang kenderaan.
Kebanyakannya berjalan kaki.
Para Sahabat y Berbai’ah
Persiapan tentera Islam bukan untuk menghadapi peperangan. Sementara
tentera Musyrikin Mekah terdiri dari 950 orang lelaki, 200 orang tentera
berkuda dan yang selebihnya menggunakan unta. Ini tidak termasuk unta-
unta yang dibawa untuk disembelih sebagai makanan. Perempuan musyrikin
Mekah juga turut menyertai tentera ini. Tugas mereka adalah memberi
semangat dan menghiburkan tentera mereka. Selepas itu Allah I telah
menurunkan wahyu kepada Rasulullah r memberitahu Baginda pergerakan
tentera Musyrikin Mekah. Rasulullah r pun mengumpulkan para Sahabat
y. Baginda telah membawa mereka keluar dengan tujuan untuk menyekat
kafilah Abu Sufyan tetapi telah datang wahyu memberitahu bahawa Kuffar
Quraisy telah menghantar tentera untuk memerangi umat Islam sekaligus
menyelamatkan kafilah mereka. Rasulullah r meminta pandangan para
143
Catatan Sejarah Rasulullah r
Sahabat t dalam hal ini.
Mendengar kata-kata Rasulullah r itu, Sayyidina Abu Bakar t bangun
dan berbai’ah kepada Rasulullah r serta meminta Baginda meneruskan
perjuangan. Setelah Sayyidina Abu Bakar duduk, Rasulullah r bertanyakan
soalan yang sama. Sayyidina Umar t pula bangun dan menyatakan bai’ahnya
kepada Rasulullah r dan meminta Baginda meneruskan perjuangan
untuk menghadapi tentera Kuffar Quraisy. Setelah Sayyidina Umar t
menghabiskan kata-katanya, Rasulullah r bertanya lagi soalan yang sama.
Ketika itu Sayyidina Miqdad bin Amr t bangun dan berucap, “Wahai
Rasulullah! Laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepada
Rasulullah. DemiAllah! Kami tidak akan berkata kepadamu wahai Rasulullah
sepertimana Bani Israil telah berkata kepada Nabi Musa , “Pergilah kamu
dengan Tuhan kamu berperang. Kami hanya duduk di sini.” Tetapi kami akan
berkata, pergilah kamu dan Tuhanmu, kami akan bersama setia bersama
Allah dan Rasul-Nya berjuang. Demi Allah, wahai Rasulullah, kalau kamu
membawa kami sehingga ke Birakil Rimad sekalipun, kami akan terus
bersamamu. Tiada seorang pun dikalangan kami yang akan menarik diri.”
Birakil Rimad terletak di Yaman sedangkan di antara Madinah dan Birakil
Rimad ada 14 buah kabilah yang memusuhi Islam. Sayyidina Miqdad t
telah menyatakan kepada Rasulullah r, mereka bukan saja bersedia bersama
Rasulullah r dalam satu peperangan, malah mereka bersedia menghadapi
14 kali peperangan terhadap 14 buah kabilah. Untuk itu mereka sanggup
merentas perjalanan sejauh itu. Ucapan Sayyidina Miqdad t sangat
menggembirakan Baginda. Malah semua sahabat y turut merasa gembira
dengan ucapan Sayyidina Miqdad t kerana perasaan itulah yang ada di
dalam hati mereka. Namun selepas Sayyidina Miqdad t duduk, Rasulullah
r mengulangi lagi kata-kata, “Berilah kepadaku pandangan kamu, wahai
sekalian sahabatku.”
Ketika itu bangun Sayyidina Saad bin Muaz t, salah seorang pemimpin
Ansar lalu berkata, “Wahai Rasulullah, rasanya soalan kamu ditujukan
kepada kami (penduduk Madinah) dari kalangan Ansar.” Rasulullah r
berkata, “Ya, benar.” Sayyidina Saad t berkata, “Wahai Rasulullah, demi
Allah, kalau Rasulullah r membawa kami mengharungi laut sekalipun
kami akan bersamamu.” Dalam satu ucapan yang agak panjang, Sayyidina
Saad t telah berbai’ah kepada Rasulullah r bagi pihak seluruh Ansar.
Mereka juga seperti Muhajirin, bersedia untuk berjuang bersama Rasulullah
r. Mendengar ucapan itu, berseri-seri wajah Rasulullah r lantas Baginda
bersabda :
144
Peperangan Badar Bab 10
“Bergembiralah, sesungguhnya Allah telah menjanjikan aku antara
dua kemenangan sama ada kita memperolehi kafilah atau dapat
mengalahkan tentera Kuffar Quraisy.”
Medan Perang Badar
Rasulullah r dan tentera Islam y bergerak sehinggalah mereka sampai di
BÎÃf»A ÑËf¨»A. Rasulullah r dan tentera Islam berkhemah di belakangnya. Tentera
kafir pula berkhemah di belakang ÔÌv´»A ÑËf¨»A. Aludwatil Dunya di sebelah
Utara dan Aludwatul Quswa di sebelah Selatan. Pasukan Islam datang
dari Madinah iaitu dari arah Utara manakala Kuffar Quraisy datang dari
Mekah iaitu dari arah Selatan. Abu Sufyan pula telah melarikan kafilahnya
melalui jalan rahsia sehingga dia berjaya keluar dari kawasan Badar. Mereka
berpusing ke belakang bukit-bukau Hijaz. Abu Sufyan telah membawa
kafilahnya melalui laluan di antara kawasan berbukit dan pantai Laut Merah.
Ketiga-tiga kumpulan ini saling tidak tahu di mana kumpulan lain berada.
Benarlah bahawa Allahlah yang merancang dan menyusun peperangan ini,
bukan manusia yang merancang dan menyusunnya.
Rasulullah r telah menghantar perisik meninjau suasana. Mereka
menemui dua orang khadam tentera Kuffar Quraisy yang datang mengambil
air dari perigi Badar. Mereka telah menangkap keduanya lalu membawa
mereka ke perkhemahan tentera Islam. Kedua tawanan ini telah disoal
siasat. Ketika itu Abu Sufyan telah berjaya membawa kafilahnya berada di
belakang kedudukan tentera Kuffar Quraisy. Lalu Abu Sufyan menghantar
utusan memberitahu Quraisy bahawa kafilah mereka telah berada di kawasan
selamat. Berita itu telah menyebabkan sebahagian kecil dari tentera Kuffar
Quraisy mahu menarik diri dari peperangan. Mereka berkata, “Kami datang
untuk menyelamatkan kafilah kerana ada harta kami di situ. Oleh kerana
kafilah sudah selamat, lalu untuk apa lagi kami berperang? Sementelahan
pula, orang yang akan kami perangi itu adalah ahli keluarga kami sendiri.”
Bani Zuhrah mengambil keputusan pulang ke Mekah begitu juga Bani
Hasyim. Hanya beberapa orang dari mereka yang tinggal termasuk Sayyidina
Abbas t supaya mereka tidak diaibkan oleh Quraisy. Mereka sudah tidak
ghairah lagi untuk berperang. Rasulullah r dan sebahagian Sahabat y yang
akan mereka perangi itu adalah dari Bani Hasyim.
Melihatkan suasana begitu, Hakim bin Khuzam telah datang kepada
Utbah meminta dia menggesa tentera Quraisy pulang saja ke Mekah. Dia
145
Catatan Sejarah Rasulullah r
berkata, “Kafilah kita sudah selamat, kalau kita terus berperang kita akan
memerangi sanak saudara kita sendiri. Apabila kita kembali ke Mekah nanti,
setiap orang dari kita akan melihat kepada yang lain sebagai pembunuh
ayahnya atau pembunuh saudaranya atau pembunuh anak saudaranya. Kita
akan saling benci-membenci.” Begitulah nasihat Hakim bin Khuzam kepada
Utbah bin Rabiah. Utbah mula menyeru tentera Quraisy supaya pulang ke
Mekah sehingga sebahagian tentera sudah sibuk bersiap untuk pulang.
Ketika itu Abu Jahal muncul, dia sama sekali tidak bersetuju untuk
pulang. Dia mahu peperangan dilancarkan. Berlakulah perbalahan di antara
para pembesar Kuffar Quraisy. Setiap orang mahu menonjolkan dirinya
sebagai pemimpin Mekah. Abu Jahal memang sudah lama berusaha untuk
menonjolkan dirinya sebagai pemimpin Mekah. Selepas kematian Abdul
Mutalib dan Abu Talib, tiada seorang yang paling menonjol di kalangan
mereka. Abu Jahal merasakan bahawa ini peluang keemasan untuk dia
membuktikan ketokohannya. Abu Jahal memanggil Amir al Hadrami yang
anaknya telah dibunuh oleh tentera Islam dalam bulan Haram sebelum
peperangan ini. Abu Jahal berkata, “Wahai Amir, orang Mekah sudah mula
mahu pulang ke Mekah. Mereka telah berlepas tangan ke atas darah anak
kamu.” Apabila Amir diprovokasi begitu, dia terus merempuh ke tengah-
tengah perkumpulan tentera Quraisy lalu dia menangis sambil menjerit-
jerit, “Alangkah malangnya nasib Amir, orang Mekah telah berlepas tangan
dari anakku! Demi Tuhan, kalau berlaku hal yang sama kepada anak-anak
mereka nescaya aku tidak akan berlepas tangan!” Mendengar kata-katanya
itu, tentera kuffar Quraisy kembali bersemangat untuk memerangi orang
Islam. Mereka merasakan maruah mereka mesti ditebus. Akhirnya Abu Jahal
telah berjaya menghalang tentera Quraisy dari pulang ke Mekah. Pada waktu
itu mereka belum mengetahui lagi di mana kedudukan tentera Islam. Mereka
sebenarnya sudah berdekatan tetapi masing-masing tidak tahu di mana pihak
lawan berada.
Rasulullah r ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar t keluar mencari
maklumat. Akhirnya Rasululah dapat mengetahui bahawa tentera kafir
sudah berada di Aludwatul Quswa, tidak jauh dari kedudukan tentera Islam.
Baginda segera mengerakkan tentera Islam ke arah Badar. Apabila mereka
melepasi sedikit Aludwatil Dunya, Rasulullah r mengarahkan tentera Islam
berhenti di situ. Ketika itu Sayyidina Hubab bin Munzir t datang kepada
Rasulullah r. Dia adalah seorang pakar strategi perang di kalangan kaum
Ansar. Dia bertanya kepada Rasulullah r, “Wahai Rasulullah, apakah
pemilihan lokasi ini satu ketetapan oleh wahyu dari Tuhan atau ia atas dasar
strategi perang?” Rasulullah r menjawab, “Ini hanya satu pandangan dan
strategi.” Sayyidina Hubab t memberi cadangan, “Kalau begitu lebih baik
146
Peperangan Badar Bab 10
kita bergerak ke hadapan lagi sehingga kita menguasai perigi air yang paling
awal dan paling baik. Selepas itu kita kambus perigi yang lain. Dengan itu
orang kafir tidak akan mendapat bekalan air.” Rasulullah r, mempersetujui
pandangan Sayyidina Hubab t. Tentera Islam pun berkhemah bersebelahan
perigi telaga Badar yang paling baik. Manakala semua perigi lain dikambus.
Rasulullah r memerintahkan mereka menggali kolam kecil di tepi perigi itu
untuk memudahkan lagi tentera Islam mengambil air.
Pada malam sebelum pertempuran, Allah I telah menurunkan hujan.
Ini menjadikan bekalan air tentera Islam bertambah dan tanah di kawasan
itu menjadi semakin kejap memudahkan lagi tentera Islam bergerak. Hujan
turun lebih lebat di kawasan perkhemahan tentera Kafir. Ini menyebabkan
tanah di hadapan perkhemahan mereka menuju ke Medan Perang Badar
menjadi berselut dan menyulitkan lagi pergerakan tentera kafir. Setelah hujan
turun Allah I telah mendatangkan rasa mengantuk yang amat sangat kepada
tentera Islam sehingga mereka semua tertidur setelah mereka bermunajat
dan sembahyang malam. Allah I telah memberi kerehatan kepada mereka
sebelum peperangan. Al-Quran telah merakamkan peristiwa ini:
“(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu
(pemberian aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu).
Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari
langit untuk menyucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari
kamu gangguan syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan
menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).”
(Surah al-Anfal: 11)
Demikianlah persiapan yang telah Allah I persiapkan untuk
memenangkan umat Islam dalam peperangan. Selepas itu Rasulullah r telah
menyusun pasukan tentera Islam. Bendera Islam dipegang oleh Sayyidina
Ali bin Abi Talib dan Sayyidina Mus’ab bin Umair t serta para wakil
dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Apabila tentera kafir sampai di medan
Badar, mereka melihat Rasulullah r dan para sahabat y telah bersedia.
Mereka mendapati tiada lagi perigi yang boleh memberi bekalan air
147
Catatan Sejarah Rasulullah r
kepada mereka. Oleh itu mereka terpaksa berhenti tidak jauh dari tentera
Islam. Kedua-dua pasukan tentera ini menyusun barisan mereka. Ketika itu
Rasulullah r ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar t berada di khemah khas
sedang bermunajat dan berdoa kepada Allah I. Rasulullah r mengangkat
tinggi tangannya dan berdoa, “Ya Allah, sekiranya tentera ini tewas, engkau
tidak akan disembah lagi di bumi.” Rasulullah r terus berdoa dan meminta
kepada Allah sehingga Sayyidina Abu Bakar t merasa belas kasihan melihat
keadaan Baginda itu.
Selepas itu Rasululah r membariskan tentera Islam dalam satu barisan
sahaja. Biasanya dalam peperangan tentera akan dibahagikan kepada
beberapa barisan dan pasukan. Ketika Rasulullah r meluruskan barisan
tentera Islam, Baginda telah menolak dengan tongkatnya perut seorang
Sahabat t supaya dia membetukan kedudukannya. Kebetulan Sahabat
t ini berbadan besar dan perutnya tertonjol ke depan. Ketika itu Sahabat
t ini telah memeranjatkan semua orang kerana dia telah berkata kepada
Rasulullah r, “Wahai Rasulullah, kamu telah menyakiti aku. Aku menuntut
qisas terhadap kamu.” Semua Sahabat y terkejut malah ada yang marah.
Bukankah ini Rasulullah?! Apatah lagi tentera Islam sedang berhadapan
dengan musuh menunggu saat-saat bermula peperangan. Namun Sahabat t
ini tetap berkeras menuntut haknya. Rasulullah r menyerahkan tongkatnya
kepada Sahabat t tersebut dan Baginda membuka belakang Baginda untuk
diqisaskan. Tiba-tiba Sahabat t itu melompat dari tempatnya lalu dia
mencium belakang Rasulullah r. Tindakannya itu menyebabkan semua
orang makin terperanjat malah Rasulullah r juga terkejut. Baginda bertanya,
“Apa yang kamu buat ini, wahai Sahabatku.” Sahabat itu menjawab, “Wahai
Rasulullah r, kamu pun mengetahui alangkah cemas suasana ketika ini. Aku
dapat rasakan bahawa aku akan syahid pada hari ini. Sebelum aku syahid
aku ingin mendapat keberkatan daripada jasad Rasulullah r.” Menangislah
semua orang mendengar ucapannya itu. Demikianlah kecintaan para Sahabat
y yang sangat tinggi kepada Rasulullah r.
Perang Tanding
Selepas itu peperangan bermula dengan pertarungan satu lawan satu.
Pahlawan kafir pertama yang keluar ialah al Aswad bin Abdul Asad. Dia
bersumpah tidak akan pulang ke barisannya melainkan setelah dia berjaya
minum air dari kolam tentera Islam. Sayyidina Hamzah t keluar menyekat
Aswad. Dia berjaya memenggal kaki Aswad tapi Aswad terus merangkak
ke kolam untuk menunaikan sumpahnya. Namun di situlah kepalanya
dipenggal oleh Sayyidina Hamzah t. Selepas itu tentera kafir menampilkan
tiga orang pembesar dan panglima mereka iaitu Utbah bin Rabi’ah, anaknya
148
Peperangan Badar Bab 10
Walid bin Utbah serta saudaranya Syaibah bin Rabi’ah. Mereka mencabar
siapakah yang berani menentang mereka dari kalangan tentera Islam. Serta-
merta keluar tiga orang pahlawan Ansar iaitu Sayyidina Muaz bin Afra’ t,
Sayyidina Auf bin Afra’ t dan Sayyidina Abdullah bin Rawahah t. Oleh
kerana mereka bertiga adalah orang Madinah, Utbah menuntut Rasulullah
r menampilkan pahlawan daripada Quraisy yang setaraf dengan mereka.
Rasulullah r telah memilih Sayyidina Ubaidah bin Harist bin Abdul Mutalib
t sepupu Rasulullah r, Sayyidina Hamzah bin Abdul Mutalib t bapa
saudara Rasulullah r dan Sayyidina Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib
juga sepupu Rasulullah r. Bermulalah pertarungan di antara mereka.
Dalam masa yang singkat sahaja Sayyidina Hamzah t dan Sayyidina Ali
telah menewaskan lawan masing-masing. Dua orang panglima dan
pembesar Kuffar Quraisy terbunuh. Sayyidina Ubaidah t dan Utbah bin
Rabiah masing-masing berjaya mencederakan lawannya. Kedua-dua mereka
jatuh lalu Sayyidina Hamzah t dan Sayyidina Ali datang mengangkat
Sayyidina Ubaidah t dan membunuh Utbah. Pertarungan satu lawan satu
telah menumbangkan tiga orang panglima Kuffar Quraisy serentak.
Tentera kafir tidak berani lagi meneruskan pertarungan satu lawan satu.
Mereka mahu menyerbu tentera Islam. Rasulullah r mengarahkan tentera
Islam duduk berlutut dan tunggu kemaraan tentera kafir. Tentara kafir
terperanjat melihat strategi itu. Apabila diserbu, biasanya tentera lawan juga
akan menyerbu ke arah mereka. Rasulullah r mengarahkan kalau tentera
kafir memanah hendaklah kamu bertahan di belakang perisai. Apabila
mereka menyerbu, bangun dan hadapi mereka secara serentak. Tentera
kafir mula menyerbu. Sambil menyerbu Abu Jahal mengarahkan tenteranya
memanah tentera Islam. Tentera Islam bertahan di belakang perisai tetapi ada
dua anak panah yang menghujani tentera Islam itu telah mengenai sasaran.
Sayyidina Harithah bin Suraqah t dan seorang khadam Sayyidina Umar
telah gugur syahid. Selepas peperangan tamat ibu Sayyidina Harithah t
telah datang kepada Rasulullah r sambil menangis. Dia bertanya kepada
Baginda,“Wahai Rasulullah r, apakah nasib Harithah. Dia telah mati
sebelum peperangan berkecamuk. Apakah dia syahid? Kalau dia di syurga
aku akan bersabar tetapi kalau bukan di syurga aku akan meratapinya
dengan ratapan yang paling dahsyat.” Ketika itu ratapan belum diharamkan.
Rasulullah r bersabda, “Wahai ibu Harithah, bukan satu syurga tapi lapan
syurga. Harithah telah mendapat syurga Firdaus.” Alangkah gembiranya ibu
Sayyidina Harithah mendengar berita itu. Dia terus bersyukur kepada Allah
I dan dapat bertenang terhadap kehilangan anaknya.
Apabila tentera Kuffar Quraisy semakin hampir, Rasulullah r
mengarahkan tentera Islam bangun bertempur. Baginda menyerahkan
149
Catatan Sejarah Rasulullah r
pertempuran itu kepada para panglima yang telah dilantik. Rasulullah
r pulang semula ke khemah bersembahyang dan berdoa sambil di kawal
oleh Sayyidina Abu Bakar t. Sebelum Rasulullah r kembali ke khemah,
Baginda telah memberikan busyra kepada tentera Islam. Baginda bersabda,
“Demi Allah, tidak seorang pun di kalangan kamu yang dibunuh melainkan
dia akan masuk syurga yang seluas langit dan bumi.”
Tentera Malaikat
Semasa sedang bermunajat itu, Rasulullah r telah didatangi perasaan
mengantuk sehingga Baginda terlelap seketika. Apabila tersedar, Rasulullah
r kelihatan sangat gembira. Sayyidina Abu Bakar t sendiri merasa hairan
melihat kegembiraan Rasulullah r. Baginda bersabda:
“Bergembiralah wahai Abu Bakar, bergembiralah wahai Abu
Bakar, ini Jibril telah datang di atas seekor kuda putih mengetuai 1000
malaikat yang beriringan.”
Inilah peperangan pertama yang Malaikat turun menyertai peperangan.
Inilah keagungan Perang Badar. Rasulullah r begitu gembira ketika itu lalu
Baginda keluar dari khemah dan mengambil segenggam pasir. Rasulullah r
melontarkannya ke arah tentera Kuffar sambil berdoa. Menurut pengakuan
kaum Quraisy yang beriman selepas itu bahawa mata mereka semua telah
dimasuki habuk dalam Perang Badar itu. Allah I berfirman: “Bukan kamu
yang melontar ketika itu tetapi Allahlah yang melontar”
Rasulullah r juga mengarahkan tentera Islam y supaya jangan membunuh
Abul Buhturi. Beliau telah menampar Abu Jahal kerana menghalang
penghantaran makanan ketika pemulauan Quraisy terhadap Rasulullah r
dan para sahabat y. Dia juga salah seorang yang berusaha untuk mengungkai
sekatan Kuffar Quraisy. Rasulullah r juga berpesan supaya tentera Islam
y jangan membunuh Bani Hasyim kerana mereka datang dalam keadaan
terpaksa, bukan dengan kerelaan sendiri. Rasulullah r juga mengarahkan
tentera Islam y agar jangan membunuh Sayyidina Abbas bin Abdul Mutalib
t.
150
Peperangan Badar Bab 10
Kisah Sahabat y Dalam Perang Badar
Semasa peperangan sedang berkecamuk, Sayyidina Mujzir al-Ansari
t terserempak dengan Abul Buhturi dan seorang tentera kafir yang lain.
Sayyidina Mujzir t berkata, “Wahai Abul Buhturi, beredarlah dari tempat
ini. Rasulullah r telah melarang kami dari membunuh kamu.” Abul Buhturi
tetap mahu mempertahankan kawannya. Sayyidina Mujzir t menyerang
kawan Abul Buhturi itu dan berusaha mengelak dari Abul Buhturi. Abul
Buhturi mahu membunuhnya. Akhirnya dia terpaksa membunuh Abul
Buhturi. Selepas itu Sayyidina Mujzir t datang meminta maaf kepada
Rasulullah r. Baginda meredhai dengan apa yang dilakukan oleh Sayyidina
Mujzir t.
Ada seorang tentera kafir yang memakai baju besi dari kepala sampai ke
kaki. Apa sahaja yang dibuat kepadanya sedikit pun tidak mencederakannya.
Sudah ramai tentera Islam yang dicederakan olehnya. Tentera Islam
mengadukan hal ini kepada Rasulullah r. Baginda mengarahkan Sayyidina
Zubair al-Awwam t menghadapinya. Sayyidina Zubair t adalah di
antara panglima Islam yang paling gagah. Sayyidina Zubair menceritakan
kembali peristiwa itu, “Aku pergi kepada orang itu, aku berpusing di
kelilingnya mencari tempat yang boleh ditembusi. Tidak ada tempat yang
boleh ditembusi melainkan matanya. Orang itu pula terus mengamuk dan
mencederakan tentera Islam. Akhirnya aku berhadapan dengannya lalu aku
ambil panahku dan memanah matanya. Panahanku tepat mengenai matanya
sehingga menembusi ke belakang kepalanya. Barulah orang itu mati.”
Demikianlah bantuan Allah I kepada Sayyidina Zubair t.
Sayyidina Abu Qatadah t cedera di kepalanya dan sebelah biji matanya
terkeluar jatuh ke pipinya. Dia di bawa ke belakang dan para sahabat y
mahu memotong tali matanya. Sayyidina Abu Qatadah t meminta agar
jangan dipotong sehingga dia dibawa kepada Rasulullah r. Maka dalam
keadaan begitu, Sayyidina Abu Qatadah t pun dibawa kepada Rasulullah
r. Berlakulah satu mukjizat Rasulullah r. Baginda memanggil Sayyidina
Abu Qatadah t datang ke hadapan Baginda. Lalu Rasulullah r mengambil
biji mata Sayyidina Qatadah t dengan tangan Baginda dan memasukkan
semula ke dalam kelopak matanya. Selepas itu Rasulullah r menyapu
mata itu dengan tangan Baginda. Sayyidina Abu Qatadah t menceritakan,
“Selepas itu aku tidak mengetahui mata aku yang sebelah mana cedera.”
Mata Sayyidina Abu Qatadah t telah kembali seperti sediakala.
Ada dua orang remaja adik-beradik dari Madinah iaitu Sayyidina Muaz
bin Afra’ al-Ansari t dan Sayyidina Auf bin Afra’ al-Ansari t. Keduanya
151
Catatan Sejarah Rasulullah r
berumur 15 tahun dan 16 tahun. Ketika ‘Utbah dan dua orang lagi panglima
Quraisy mencabar tentera Islam dalam pertarungan satu lawan satu, mereka
berdualah yang tampil bersama Sayyidina Abdullah bin Rawahah t.
Begitulah tinggi sekali kecintaan mereka kepadaAllah I dan Rasulullah r. Di
dalam barisan tentera Islam, mereka berdua berada di sebelah kiri dan kanan
Sayyidina Abdul Rahman bin Auf t. Melihat mereka berdua, Sayyidina
Abdul Rahman t berkata di dalam hatinya, “Alangkah baiknya kalau di
kanan dan di kiriku ada orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman
dalam peperangan.” Salah seorang dari mereka berbisik kepada Sayyidina
Abdul Rahman t, “Apakah pakcik kenal Abu Jahal? Aku dengar dia adalah
orang yang paling banyak menyakiti Rasulullah r. Tunjukkanlah orang itu
kepada aku. Aku mahu membunuhnya!” Begitulah kemarahan anak muda
ini terhadap Abu Jahal. Dia cukup berani untuk membunuh ketua Kuffar
Quraisy dalam peperangan itu. Kata Sayyidina Abdul Rahman t, “Aku
terperanjat dengan soalan itu tetapi aku berjanji akan menunjukkan Abu
Jahal kepadanya. Selepas itu, seorang lagi pula bertanya kepadaku soalan
yang sama. Ketika itu baru aku merasa tenang berada di tengah-tengah dua
orang remaja ini.”
Dalam peperangan itu Abu Jahal dikawal ketat oleh pengikutnya.
Sayyidina Abdul Rahman t telah menunjukkan kepada dua orang remaja
itu yang mana satu Abu Jahal. Belum sempat lagi dia menghabiskan kata-
katanya, kedua-dua mereka sudah melompat menuju ke tempat Abu Jahal.
Mereka merempuh barisan tentera kafir sambil menebaskan pedang ke kiri
dan ke kanan, menyerang kafir Quraisy yang berada di sekeliling Abu Jahal.
Akhirnya kedua-duanya berjaya sampai kepada Abu Jahal. Mereka berdua
menyerang Abu Jahal dengan pedang mereka sehingga Abu Jahal rebah.
Abu Jahal cedera parah dan rebah tetapi dia belum mati. Tiada siapa dapat
menjangka serbuan tangkas dari dua orang remaja Ansar ini. Sayyidina Auf
bin Afra’ t tersepit di tengah tentera kafir. Ikrimah bin Abu Jahal berjaya
membunuhnya. Sayyidina Muaz bin Afra’ t pula sempat berundur sambil
memerangi tentera kafir yang menggasaknya. Akhirnya sebelah tangannya
ditetak tetapi masih tergantung di bahunya. Dalam keadaan begitu, dia
berjaya berundur ke barisan tentera Islam. Setelah dibalut tangannya, dia terus
berperang lagi tetapi tangannya yang hampir putus itu telah mengganggu
pergerakannya. Akhirnya dipijak tangannya itu sehingga putus. Selepas
itu Sayyidina Muaz t terus mara menentang tentera kafir sehinggalah dia
gugur syahid.
Apabila tentera kafir mengetahui bahawa Abu Jahal sudah tewas mereka
mula berundur. Tentera Islam mengejar mereka dari belakang. Umayyah bin
Khalaf pula dikawal oleh anaknya. Apabila tentera kafir berundur, Umayyah
152
Peperangan Badar Bab 10
tidak mampu berlari kerana dia berbadan besar. Kalau dia berundur dia pasti
akan dibunuh. Oleh itu dia mahu menyerah diri. Dia mesti menyerah diri
kepada orang yang boleh memberi jaminan keselamatan kepadanya. Dia
sangat takut akan dibunuh seperti yang pernah diberitahu oleh Sayyidina Saad
bin Muaz t. Ketika itu dia ternampak Sayyidina Abdul Rahman bin Auf t
lalu dia dan anaknya menyerah diri kepadanya. Sayyidina Abdul Rahman t
seorang diri menarik anak-beranak ini tanpa sebarang perlawanan. Apabila
Sayyidina Bilal t melihat Umayyah, dia menjerit, “Umayyah! Kepala kafir,
demi Allah aku tidak akan selamat kalau dia selamat!” Sayyidina Abdul
Rahman t menghalang Sayyidina Bilal t kerana mereka berdua sudah
menjadi tawanannya. Sayyidina Bilal t memberitahu kepada sekumpulan
Ansar, “Apakah kamu mahu membunuh orang yang mengazab aku, Umayyah
bin Khalaf. Itu dia sedang bersama dengan Sayyidina Abdul Rahman bin
Auf!” Sayyidina Abdul Rahman t pula segera menarik Umayyah menuju
ke tempat Rasulullah r. Namun Umayyah tidak mampu berlari. Ketika itu
sekumpulan sahabat Ansar y sudah mengepung Umayyah. Sayyidina Abdul
Rahman t menjerit, “Ini tawanan aku!” Sayyidina Bilal t, pula mengulang
kisah Umayyah mengazabnya. Sahabat Ansar y ini tidak dapat menahan
kemarahan mereka terhadap Umayyah. Dia hanya layak dibunuh. Sayyidina
Abdul Rahman t mahu membawa Umayyah kepada Rasulullah r. Untuk
mengelakkan dia dibunuh, Umayyah disuruh berbaring dan Sayyidina Abdul
Rahman t berbaring di atas badan Umayyah. Walaupun begitu, orang
Ansar tidak peduli. Mereka menikam Umayyah dari bawah Sayyidina Abdul
Rahman t dari setiap penjuru sehinga Umayyah mati di situ. Begitulah Allah
I perlakukan kesudahan musuh Allah ini. Dia pernah menindih Sayyidina
Bilal t dengan batu besar. Rupanya Allah I takdirkan dia dibunuh dalam
keadaan tertindih juga.
Dalam pertempuran ini, semua panglima Quraisy cuba menghindari dari
bertemu dengan SayyidinaAbu Ubaidah t kerana kegagahannya. Namun ada
seorang panglima mereka yang dari awal pertempuran mengekori Sayyidina
Abu Ubaidah t. Sayyidina Abu Ubaidah t pula yang cuba mengelak dari
panglima ini sehinggalah akhirnya bertembung juga dua orang panglima
ini. Dalam pertarungan itu Sayyidina Abu Ubaidah t berjaya membunuh
panglima Quraisy itu. Rupanya panglima Kuffar Quraisy itu ialah Abdullah
bin Jarrah ayahanda Sayyidina Abu Ubaidah t. Kerana iman dan kebenaran,
Sayyidina Abu Ubaidah t terpaksa membunuh ayah sendiri. Sungguh luar
biasa hati mereka. Mereka telah membuktikan bahawa Allah I dan Rasul-
Nya lebih dicintai dari dunia dan isinya. Layaklah mereka mendapat pujian
dari Allah I. Allah redha kepada mereka dan mereka juga redha kepada
Allah.
153
Catatan Sejarah Rasulullah r
Malaikat turut serta bertempur dalam peperangan Badar ini. Rasulullah
r memberitahu para sahabat y, kalau mereka mahu melihat mayat yang
dibunuh oleh malaikat, lihatlah mayat-mayat yang ada kesan terbakar di
leher dan di tangan. Para malaikat menggunakan pedang dari api neraka.
Memang ada sebahagian mayat mempunyai tanda-tanda ini. Ada sahabat t
yang mahu memenggal kepala tentera kafir tiba-tiba ia sudah terpenggal. Ada
juga sahabat t yang mendengar suara malaikat. Peperangan Badar adalah
satu-satunya peperangan yang para malaikat turut serta bertempur. Ia belum
pernah berlaku dalam mana-mana peperangan sebelum peperangan Badar.
Dalam peperangan Hunain, para malaikat turun tetapi tidak ikut bertempur.
Dalam peperangan Badar ini seramai 70 orang tentera kafir terbunuh dan
seramai 70 orang dapat ditawan.
154
Bab 11
Penghijrahan bani Qainuqa’
Pengunduran Quraisy
Pertempuran Perang Badar hanya mengambil masa dua jam. Qabbab bin
Assyam, seorang badawi yang tinggal dekat dengan medan perang Badar
bercerita, ketika Perang Badar berlaku dia dan kawannya memerhati dari atas
bukit. Qabbab merasakan peperangan ini akan berlangsung selama beberapa
hari tetapi tiba-tiba tentera Islam yang hanya 313 orang itu telah dapat
mengalahkan tentera Kuffar Quraisy yang hampir seribu orang dalam masa
hanya dua jam. Tentera Kuffar Quraisy lari lintang-pukang meninggalkan
medan perang Badar malah meninggalkan semua harta yang mereka bawa.
Qabbab berkata di dalam hatinya, “Ini satu pertempuran yang pelik, aku tidak
pernah melihat pertempuran sepelik ini. Dalam masa dua jam sahaja tentera
Quraisy lari lintang pukang macam perempuan.” Demikianlah Perang Badar
tercatat di antara peperangan yang paling pendek dalam sejarah.
Qabbab telah masuk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah. Sebelum masuk
Islam dia datang ke Madinah untuk meninjau suasana umat Islam ketika itu.
Rasulullah r mengenalinya, lalu Baginda bertanya kepadanya, “Bukankah
kamu ada sewaktu peperangan Badar? Bukankah kamu dan kawan-kawan
kamu memerhati dari atas bukit?” Qabbab menjawab, “Benar!” Rasulullah
r bertanya lagi, “Apa yang kamu sebut pada waktu itu? Bukankah kamu
ada berkata:
155
Catatan Sejarah Rasulullah r
“Demi Allah, belum pernah aku lihat hal yang sepelik hari ini
Quraisy lari dari pertempuran macam perempuan.”
Mendengar kata-kata Rasulullah r itu, Sayyidina Qabbab t terus
mengucap dua kalimah syahadah. Dia tidak pernah memberitahu sesiapa
pun perkataan itu. Malah dia hanya berbisik kepada dirinya sendiri tetapi
Rasulullah r telah dapat mengetahuinya. Mukjizat Rasulullah r itu
menyebabkan Sayyidina Qabbab t semakin yakin dengan kebenaran Islam
dan Rasulullah r.
Sayyidina Abbas bin Abdul Mutalib t adalah di antara panglima Quraisy
yang ditawan dalam peperangan Badar. Dia telah ditawan oleh Sayyidina
Abdullah bin Mas’ud t. Sungguh ia satu pemandangan yang pelik, Sayyidina
Abbas t yang tinggi dan bertubuh sasa itu sedang terikat tangannya di
belakang dan sedang berjalan di hadapan Sayyidina Abdullah bin Mas’ud
yang kurus dan berbadan kecil. Semua orang hairan melihat pemandangan
itu. Mereka bertanya Sayyidina Abdullah t bagaimana dia boleh menawan
Sayyidina Abbas t yang gagah itu. Sayyidina Abdullah bin Mas’ud t
berkata, “Aku dapat memegang tangannya tetapi dia terus menyerah diri,
lalu aku ikat tangannya ke belakang dan aku bawa dia ke tempat orang
tawanan.” Mereka bertanya pula kepada Sayyidina Abbas t bagaimana dia
boleh menyerah diri. “Apabila dia memegang tanganku, aku rasa kekuatan
yang ada pada tangannya boleh meramas hancur tangan aku.” Rasulullah r
hanya tersenyum mendengar perbualan itu. Kemudian Baginda bersabda,
“Wahai Abdullah, jangan kamu rasa kamu yang kuat, yang membantu kamu
tadi adalah malaikat.” Malaikatlah yang menawan Sayyidina Abbas t.
Sayyidina Abdullah bin Mas’ud hanya alatnya. Rasulullah r menegaskan
lagi bahawa para malaikat ikut serta berperang dan menawan orang tawanan.
Pertempuran di medan Badar ini berlaku begitu pantas, selepas pertarungan
satu lawan satu, tentera kafir terus menyerbu. Apabila Abu Jahal tewas,
tentera kafir berundur dan lari ketakutan.
Selepas pertempuran selesai, Rasulullah r memerintahkan mayat
orang kafir dibuang ke dalam lubang. Apabila Baginda melihat kepada
tawanan, ada dua orang dari kalangan 70 orang itu adalah orang yang
sangat memusuhi Islam. Yang pertama, Nadr bin Harist kerana dialah yang
membuka majlis cerita dongeng dan khurafat di sebelah majlis Rasulullah r
untuk menghalang orang ramai dari mendengar Baginda membaca al-Quran.
Dialah yang berkata kepada orang ramai, “Apakah kamu melihat Muhammad
156
Penghijrahan Bani Qainuqa’ Bab 11
lebih baik dari aku. Kalau Muhammad pandai membuat cerita dongeng,
aku pun banyak cerita dongeng.” Rasulullah r memerintahkan Sayyidina
Ali membunuhnya. Kemudian Baginda berpaling pula kepada seorang
lagi musuh Islam yang terkemuka, Uqbah bin Abi Muayyith. Rasulullah r
menerangkan kepada umat Islam perbuatan Uqbah pula. Pernah satu hari
ketika Rasulullah r sedang sujud di Ka’bah, dia meletakkan perut unta
yang berdarah dan berbau busuk di atas kepala Baginda. Selepas itu dia dan
para pembesar kafir yang lain mentertawakan Rasulullah r. Rasulullah r
memberitahu lagi, “Pernah satu hari ketika aku sedang sujud di Ka’bah,
Uqbah datang dan memijak leher daku. Dia menekan leher daku dengan
kakinya sehingga hampir-hampir aku mati.” Selepas itu Rasulullah r
memerintahkan Sayyidina ‘Asim bin Tsabit t membunuh Uqbah.
Apabila para sahabat y mahu membawa mayat Umayyah ke lubang,
mereka mendapati mayatnya sudah busuk dan kembung, malah dagingnya
sudah lerai. Oleh itu, mereka menimbus sahaja mayat Umayyah dengan
batu-batu di tempat dia dibunuh.
Selepas itu Rasulullah r pergi ke lubang mayat orang orang kafir. Hampir
semua mayat pembesar Kuffar Quraisy ada di situ. Baginda menyeru nama
mereka seorang demi seorang dengan suara yang kuat. Rasulullah r menyeru,
“Wahai Abu Jahal bin Hisyam! Wahai Utbah bin Rabiah! Wahai Syaibah bin
Rabiah! Wahai Walid bin Utbah! Wahai Abul Buhturi bin Hisyam! Wahai
Uqbah bin Abi Muayyith! Wahai Nadr bin Harist!” Demikianlah Rasulullah
r telah menyeru nama pemimpin Quraisy yang sangat memusuhi Islam
ketika hidup mereka. Selepas itu Baginda bertanya:
“Apakah kamu semua mendapati apa yang Tuhan kamu janjikan
kepada kamu itu benar? Sesungguhnya aku telah mendapati apa yang
Tuhanku janjikan kepadaku adalah benar!”
Melihat peristiwa itu, Sayyidina Umar t bertanya kepada Rasulullah
r, “Kenapa Rasulullah bercakap dengan orang yang sudah mati?” Baginda
bersabda, “Wahai Umar, demi Allah mereka mendengar cakapku lebih jelas
dari apa yang kamu dengar tetapi mereka tidak boleh menjawabnya.” Maha
Besar Tuhan, sekaligus Allah I habiskan kepala kafir yang sangat memusuhi
kebenaran dari Allah I dan Rasul-Nya itu.
157
Catatan Sejarah Rasulullah r
Berita Kemenangan
Di Mekah, orang pertama sampai membawa berita dari Badar ialah Haisuman
al Khuzai’. Orang ramai tidak menjangka bahawa Quraisy akan kalah.
Mereka bertanya kepada Haisuman, “Apakah berita dari medan peperangan?”
Haisuman mengisytiharkan, “Abu Jahal telah tewas! Walid juga telah tewas!
Utbah juga telah tewas! Syaibah juga telah tewas dan fulan dan fulan dan
fulan!” Penduduk Makkah terpinga-pinga mendengar berita yang seolah-
olah tidak masuk akal pada mereka. Apakah kesemua panglima terbilang
mereka gugur? Mereka masih boleh terima kalau seorang atau dua orang
panglima mereka tewas. Apabila Sofwan bin Umayyah mendengar berita
dari Haisuman, dia suruh orang bertanya kepada Haisuman, “Bagaimana
nasib Sofwan bin Umayyah?” Dia mahu memastikan bahawa Haisuman
tidak mereka-reka berita yang dibawanya. Begitulah kuffar Quraisy tidak
percaya tentera mereka telah menerima kekalahan. Apabila mereka bertanya
Haisuman tentang Sofwan bin Umayyah, Haisuman berkata, “Sofwan ada di
sini, Sofwan tidak pergi berperang.”
Apabila tentera Kuffar Quraisy yang melarikan diri dari medan
peperangan tiba di Mekah, barulah penduduk Mekah percaya mereka telah
kalah. Setelah semua pemimpin veteran Mekah terbunuh di Badar maka Abu
Sufyan dan Abu Lahablah yang menguasai Mekah. Pemimpin suku yang
lain semuanya orang muda. Abu Sufyan membuat arahan supaya jangan ada
seorang pun orang Mekah yang menangis meratapi keluarga mereka yang
terbunuh dan jangan ada seorang pun yang menebus ahli keluarga mereka
yang ditawan oleh orang Islam.
Abu Lahab pula pergi menziarahi Ummul Fadl, isteri Sayyidina Abbas
t. Dia mahu meninjau kalau-kalau Ummul Fadl mempunyai berita dari
Madinah. Ketika itu ada seorang yang menyertai peperangan di Badar telah
menceritakan perihal peperangan itu kepada Ummul Fadl dan Abu Lahab.
Abu Lahab bertanya, “Siapakah di kalangan tentera Islam yang paling
mengugat tentera Quraisy?” Orang itu menjawab, “Seorang pahlawan
mereka yang memakai bulu burung kasawari di dadanya. Dialah yang paling
mengkucar-kacirkan kami. Apabila kami bertanya orang siapakah dia,
mereka mengatakan dia adalah Hamzah bin Abdul Mutalib.”
Abu Lahab bertanya lagi, “Bagaimana kamu semua boleh kalah?” Orang
itu menceritakan, “Kami melihat ada orang yang berpakaian putih datang.
Demi Allah tiada siapa pun boleh menghadapi mereka!” Waktu itu ada
seorang hamba yang telah dibebaskan oleh Sayyidina Abbas t yang dikenali
sebagai Abu Rafi’ ikut mendengar sekali. Dia sudah masuk Islam tetapi masih
158
Penghijrahan Bani Qainuqa’ Bab 11
menyembunyikan keislamannya. Terluncur dari mulutnya, “Demi Allah,
mereka itu adalah malaikat!” Apabila Abu Lahab mendengar kata-kata itu,
dia bangun dan terus memukul Abu Rafi’ sehingga berdarah-darah. Ummul
Fadl cuba menghalang tetapi Abu Lahab tidak mempedulikannya. Akhirnya
Ummul Fadl mengambil sebatang kayu lalu memukul kepala Abu Lahab
sehingga luka berdarah. Abu Lahab pun pulang ke rumahnya. Tidak lama
selepas peristiwa itu, dia jatuh sakit. Abu Lahab diserang sejenis penyakit
kulit yang merbahaya dan berjangkit. Sakitnya semakin hari semakin parah
dan merbahaya sehingga semua orang menjauhkan diri daripadanya. Malah
anak isterinya juga lari darinya.
Diceritakan selang beberapa hari sahaja daripada Perang Badar,Abu Lahab
telah mati dalam keadaan yang sangat hina. Mayat Abu Lahab dibiarkan di
dalam rumahnya kerana tiada siapa pun sanggup menguruskannya sekalipun
anaknya sendiri. Apabila mayatnya mulai busuk dan kembung, orang ramai
memaksa anak-anaknya supaya menanam mayat Abu Lahab. Namun tiada
seorang pun sanggup kerana takut penyakitnya itu akan berjangkit kepada
mereka. Akhirnya mereka menyembur air kepada mayat Abu Lahab dari
jauh. Selepas itu mereka melontar batu untuk menimbuskan mayatnya di
dalam rumahnya. Maha Besar Tuhan, begitulah yang Tuhan perlakukan
kepada kematian Abu Lahab yang sangat memusuhi Allah I dan Rasul-Nya.
Di antara pemimpin Mekah yang ditawan di Badar ialah Suhail bin Amr,
dia adalah jurucakap Kuffar Quraisy. Dia selalu menggunakan kepetahannya
berkhutbah untuk memusuhi Islam, Rasulullah r dan para sahabat y.
Sayyidina Umar t meminta izin Rasulullah r untuk memenggal kepalanya
tetapi Baginda tidak membenarkannya. Selepas itu Sayyidina Umar t
meminta izin Rasulullah r untuk mencabut semua gigi Suhail supaya dia
tidak boleh lagi berkhutbah untuk menentang Islam. Namun Baginda tetap
tidak membenarkannya. Rasulullah r berkata, “Mungkin satu hari nanti
dia akan berbuat sesuatu yang baik untuk Islam.” Memang benar telahan
Rasulullah r itu. Bukankah Baginda adalah Sodiqul Masduq. Baginda tidak
bercakap melainkan apa yang telah diwahyukan kepadanya. Selepas Futuh
Mekah, Suhail telah memeluk Islam dan menjadi orang Islam yang baik.
Ketika kebanyakan kabilah Arab murtad selepas kewafatan Rasulullah r,
penduduk Mekah juga hampir murtad. Suhaillah yang mengukuhkan kembali
mereka kepada Islam. Begitulah Iman dan Islam boleh mengubah manusia.
Di Madinah pula, Rasulullah r telah menghantar Sayyidina Abdullah
bin Rawahah t dan seorang sahabat t lagi untuk membawa berita Perang
Badar. Mereka kembali ke Madinah menunggang unta Rasulullah r.
Apabila mereka sampai di Madinah, mereka melaungkan, “Telah terbunuh
159
Catatan Sejarah Rasulullah r
Abu Jahal yang fasiq itu! Telah terbunuh Umayyah! Telah terbunuh Utbah!
Telah terbunuh Syaibah! Telah terbunuh Abul Buhturi!” Mereka menyebut
seorang demi seorang nama pembesar kafir yang terbunuh. Orang Madinah
juga terpinga-pinga mendengar berita ini. Yang mereka tahu Rasulullah r
dan para sahabat y keluar untuk menyekat kafilah Abu Sufyan. Apakah nama
yang disebut itu ada bersama dalam kafilah Abu Sufyan. Orang ramai keluar
berjalan di belakang unta Rasulullah r sehingga terjadilah satu perarakan
di Madinah. Anak-anak kecil mula menasyidkan, “Telah terbunuhlah Abu
Jahal yang fasiq!”
Golongan Yahudi dan Munafik di Madinah tidak percaya sama sekali
dengan berita itu. Bukankah Rasulullah r keluar untuk menyekat kafilah
Abu Sufyan? Bagaimana pula boleh pulang membawa cerita semua panglima
Mekah tewas?! Apalagi lagi 70 orang pahlawan Mekah tewas sekaligus.
Sungguh ia satu berita yang tidak masuk akal bagi mereka. Mereka berkata,
“Ini berita yang tidak benar dan utusan ini telah menipu. Yang sebenarnya
Rasulullah r yang telah terbunuh. Buktinya mereka pulang dengan unta
Rasulullah r.” Maka golongan Yahudi dan Munafik di Madinah mulalah
menyebarkan dakwaan mereka itu.
Tawanan Badar
Selepas itu Rasulullah r pulang ke Madinah membawa tawanan perang dan
harta ghanimah. Baginda mengadakan perbincangan dengan anggota syura
di kalangan Sahabat Utama y bagaimanakah akan diperlakukan kepada
orang tawanan. Sayyidina Umar t berkata: “Kita serahkan setiap orang
dari mereka untuk dibunuh oleh saudara mara mereka sendiri.” Rasulullah
r bertanya pendapat Sayyidina Abu Bakar t pula. Sayyidina Abu Bakar t
berkata, “Kita minta tebusan, wahai Rasulullah.” Para Sahabat y lain juga
bersetuju dengan tebusan. Maka Rasulullah r telah menerima pandangan
ini. Selepas itu Kuffar Quraisy telah menebus saudara-mara mereka yang
tertawan. Hanya Abu Sufyan sahaja tidak menebus ahli keluarganya kerana
dia telah mengarahkan agar jangan ada seorang pun orang Mekah menebus
tawanan mereka. Pada peringkat awal, Kuffar Quraisy masih akur dengan
arahan Abu Sufyan. Namun selepas itu mereka tidak mampu bersabar
lagi. Mereka mahu menebus kembali anak, ayah, suami dan saudara-mara
mereka. Abu Sufyan tetap bertahan dengan pandangannya. Seorang anaknya
telah terbunuh di medan Badar sementara seorang lagi ditawan oleh orang
Islam. Abu Sufyan merasa dia telah kehilangan seorang anaknya yang
dibunuh. Oleh itu dia tidak mahu kerugian harta pula untuk menebus yang
seorang lagi. Dia menunggu sehingga ada seorang Islam yang datang ke
Mekah untuk melakukan umrah. Dia telah menangkap orang Islam itu untuk
160
Penghijrahan Bani Qainuqa’ Bab 11
dijadikan tebusan kepada anaknya. Kuffar Quraisy Mekah semua tidak
setuju dengan perbuatan Abu Sufyan. Mereka takut nanti orang akan takut
untuk datang haji dan umrah di Mekah. Inilah kali pertama seorang yang
datang ke Mekah untuk melakukan umrah ditangkap. Namun Abu Sufyan
tetap berkeras sehingga anaknya dibebaskan oleh orang Islam. Oleh itu,
Rasulullah r memerintahkan supaya dibebaskan anak Abu Sufyan agar
orang Islam yang ditangkap oleh Abu Sufyan itu dibebaskan semula.
Diantara tawanan perang Badar ialah Abul Asi, dia adalah menantu
Rasulullah r sendiri dan suami kepada puteri Baginda, Sayyidah Zainab
. Tiada sesiapa mahu menebus Abul Asi. Sayyidah Zainab sendiri
tidak mempunyai harta untuk menebusnya. Akhirnya Sayyidah Zainab
mengirim kalung kesayangannya, hadiah ibunya Siti Khadijah di hari
perkahwinannya. Sayyidah Zainab terpaksa menggunakan kalung itu untuk
menebus suaminya.Apabila Rasulullah r melihat kalung itu, Baginda teringat
kepada Siti Khadijah dan pengorbanannya kepada Allah I dan Rasul-
Nya. Baginda terkenang kesetiaan dan sokongannya kepada perjuangan
Rasulullah r ketika Baginda keseorangan. Siti Khadijah telah beriman
ketika belum ada orang mahu beriman. Siti Khadijah telah membenarkan
Allah dan Rasul ketika orang lain mendustakannya. Menangislah Rasulullah
r apabila Baginda melihat kalung itu. Demi memuliakan Rasulullah r, para
sahabat y telah membebaskan Abul Asi dan dikembalikan kalung kepada
Sayyidah Zainab . Pulanglah Abul Asi ke Mekah membawa kalung itu.
Apabila sampai di Mekah, Abul Asi telah menghantar Sayyidah Zainab ke
Madinah kerana itulah janjinya kepada Rasulullah r.
Tawanan Mengajar
Ada di kalangan tawanan Badar yang tidak ditebus oleh sesiapa seperti Sofiyy
bin Rifaah. Tiada siapa datang menebusnya. Dia mendakwa mempunyai
harta di Mekah, dia berjanji kepada Rasulullah r akan membayar tebusannya
kalau dia dilepaskan. Baginda telah membebaskannya. Adapun Abu Azza
Amr bin Abdullah adalah seorang yang miskin, tiada harta malah mempunyai
ramai anak perempuan. Rasulullah r telah membebaskannya tanpa sebarang
tebusan setelah dia berjanji tidak akan memerangi Rasulullah r lagi.
Tetapi selepas itu dia ditawan lagi dalam satu peperangan lain. Apabila dia
dibawa kepada Baginda, dia berikrar lagi bahawa dia tidak akan memerangi
Rasulullah r supaya dia dibebaskan. Rasulullah r bersabda:
161
Catatan Sejarah Rasulullah r
“Orang Mukmin itu tidak terlanggar batu yang sama dua kali”
Demikianlah orang yang beriman tidak akan mengulangi kesalahan yang
sama dua kali. Maka Rasulullah r memerintahkan supaya dia dibunuh.
Malaikat Jibril telah bertanya kepada Rasulullah r tentang kedudukan
Ahli Badar (Para Sahabat y yang bersama Rasulullah r dalam Perang
Badar). Diriwayatkan bahawa:
Malaikat Jibril telah bertanya, “Apakah kedudukan Ahli Badar
di kalangan kamu?” Rasulullah r bersabda, “Mereka adalah yang
terbaik di kalangan kami.” Malaikat Jibril berkata, “Begitu juga
para malaikat yang menyertai Badar, mereka adalah yang terbaik di
kalangan para malaikat.”
Demikianlah kedudukan ahli Badar di sisi Allah I dan Rasul-Nya.
Mereka adalah kelompok yang sangat istimewa di kalangan seluruh para
sahabat y. Kerana mereka, Islam telah mendapat kemenangan. Kerana
mereka, kebenaran telah dapat mengalahkan kebatilan sehingga ternyata
dan tertonjollah kebenaran pada hari itu. Maka tidak hairanlah Allah I
menamakan peperangan Badar sebagai Yaumul Furqan. Ia adalah hari
pembedaan kerana pada hari itu telah terpisahlah kebenaran daripada
kebatilan. Pada hari itu Allah I telah memusnahkan tonggak utama kebatilan
di kalangan pemimpin Kuffar Quraisy.
Adapun Abu Jahal, setelah dia luka parah oleh tikaman dua orang remaja
Ansar , dia telah rebah. Walaupun dia belum mati tetapi dia sudah tidak
mampu bangun lagi. Selepas peperangan selesai, Rasulullah r mengarahkan
tentera Islam mencari mayat Abu Jahal. Sayyidina Abdullah bin Mas’ud t
telah menjumpai Abu Jahal. Ketika itu Abu Jahal sedang bertarung dengan
kematian. Namun dia masih dapat menyedari bahawa ada seseorang berada
di hujung kepalanya. Abu Jahal bertanya, “Siapakah yang telah menang?”
Sayyidina Abdullah bin Mas’ud menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang
menang, wahai musuh Allah!” Abu Jahal berkata, “Tidak mengapa, aku
mati dibunuh oleh kaumku sendiri bukan oleh musuhku.” Abu Jahal mahu
menyatakan bahawa kematiannnya masih terhormat. Begitulah ghururnya
Si Abu Jahal sehingga di saat terakhir nyawanya akan berpisah dari jasadnya
162
Penghijrahan Bani Qainuqa’ Bab 11
dia masih mahu membesarkan dirinya. Sayyidina Abdullah bin Mas’ud
t memijak dadanya untuk memenggal kepalanya. Ketika itu Abu Jahal
dapat mengenali siapakah yang sedang memijaknya itu. Abu Jahal berkata,
“Bukankah dulu kamu yang mengambil upah memelihara ternakan kami
di Mekah?” Sayyidina Abdullah t menjawab, “Ya, benar.” Abu Jahal
berkata, “Engkau sedang melakukan sesuatu yang tidak selayaknya untuk
engkau, wahai tukang jaga kambing.” Demikianlah apabila hati telah hitam
oleh kebatilan. Abu Jahal tetap merasa takabur sehingga saat kematiannya.
Ketika itu Sayyidina Abdullah bin Mas’ud t telah memenggal kepala
Abu Jahal. Dia membawa kepala Abu Jahal kepada Rasulullah r. Baginda
bertanya, “Siapa ini?” Sayyidina Abdullah t menjawab, “Ini Abu Jahal,
wahai Rasulullah r.” Rasulullah r bertakbir dan bersujud syukur kepada
Allah I yang telah menunjukkan kekuasaan-Nya. Kemudian Rasulullah r
memberitahu kepada para sahabat y:
“Inilah dia firaun Umat ini!”
Kemenangan di Badar ini telah menaikkan kewibawaan Rasulullah r dan
Islam. Berita kemenangan itu telah tersebar kepada semua kabilah bahkan
telah sampai kepada Najasyi di Habsyah. Apabila Najasyi mengetahui
kemenangan Rasulullah r, dia telah mengumpulkan orang Islam yang
masih berada di Habsyah kerana dia mahu menyampaikan sendiri berita
kemenangan itu kepada mereka. Demikianlah Badar telah membuktikan
bahawa kekuatan rohaniah telah dapat mengalahkan kekuatan lahiriah. Maka
sayugialah manusia mengambil pengajaran dan iktibar darinya. Demikianlah
Allah I telah menyifatkan tentang Perang Badar ini.
Firman Allah I:
Sesungguhnya pada yang demikian itu ada pengajaran kepada
orang yang mempunyai penglihatan. (Surah Ali Imran: 13)
Ghazwatul Suwaiq
Setelah kematian Abu Lahab, Abu Sufyanlah yang menjadi Ketua Mekah.
Oleh kerana mahu menebus air muka dan maruah Quraisy di hadapan kabilah
Arab yang lain, Abu Sufyan telah bersumpah bahawa tidak akan mandi
163
Catatan Sejarah Rasulullah r
junub selagi dia tidak menyerang balas orang Islam. Dia terus berusaha
mengumpulkan orang yang mahu bersamanya untuk memerangi Rasulullah
r. Akhirnya dia telah berjaya mengumpulkan seramai 200 orang. Pada bulan
Syawal tahun kedua Hijriah, Abu Sufyan dan pasukannya telah bergerak
secara rahsia menuju ke Madinah. Manalah kekuatan 200 orang cukup
untuk menyerang Madinah. Apabila mereka sampai di perbatasan Madinah,
Abu Sufyan telah menghantar orangnya meminta bantuan orang Yahudi
Madinah. Huyyai bin Akhtab tidak berani untuk memberi kerjasama kepada
Abu Sufyan. Tetapi Sallam bin Musykin telah bersetuju membantu Abu
Sufyan. Dia telah membekalkan senjata dan memberikan maklumat keadaan
dalaman Madinah. Berdasarkan maklumat oleh Sallam bin Musykin itu, Abu
Sufyan telah menyerang sebuah kampung di perbatasan Madinah. Seorang
petani Islam telah terbunuh. Abu Sufyan merampas harta orang kampung
dan segera berundur dari Madinah.
Apabila berita serangan itu sampai kepada Rasulullah r, Baginda dan
para sahabat y telah keluar mengejar Abu Sufyan dan orangnya. Apabila
dikejar, Abu Sufyan dan pasukannya terpaksa meninggalkan bekalan
tamar yang banyak demi untuk melepaskan diri mereka. Orang Islam telah
mengambil semua tamar itu. Dikatakan ia adalah sejenis tamar yang baik
dikenali sebagai tamar Suwaiq. Mengambil sempena nama tamar ini maka
maka peperangan ini dinamakan Ghazwatul Suwaiq. Dengan serangan itu,
Abu Sufyan merasa dia telah menunaikan sumpahnya.
Dalam tempoh ini, Rasulullah r telah mengahwinkan puterinya Siti
Fatimah , dengan Sayyidina Ali . Demikianlah Siti Fatimah yang
miskin telah dikahwinkan dengan Sayyidina Ali yang juga miskin.
Namun kemiskinan tidak pernah menghalang mereka untuk membina sebuah
rumah tangga contoh. Ternyata mereka telah berjaya membina sebuah
rumah tangga mirip rumah tangga Rasulullah r. Sebuah rumah tangga
yang bahagia dengan iman dan taqwa. Selepas itu Sayyidah Ruqayyah
seorang lagi puteri Rasulullah r telah meninggal dunia. Sayyidah Ruqayyah
adalah isteri Sayyidina Uthman bin Affan t. Selepas itu Rasulullah r
mengahwinkan Sayyidina Uthman t dengan seorang lagi puteri Baginda
iaitu Sayyidah Ummu Kalthum . Dengan itu Sayyidina Uthman digelar
Zun Nuraini kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah r. Inilah
keistimewaan Sayyidina Uthman bin Affan t yang tidak dapat ditandingi
oleh sesiapa pun.
Ghazwah Ghatafan
Pada bulan Safar tahun ketiga Hijriah, iaitu selepas tamat bulan Haram,
164
Penghijrahan Bani Qainuqa’ Bab 11
Rasulullah r telah memimpin tentera Islam menuju ke Bani Ghatafan. Ini
adalah kerana Bani Ghatafan telah bersiap-sedia untuk menyerang Madinah.
Apabila Abu Sufyan berjaya menyerang Madinah, kabilah lain yang
memusuhi Islam pula mahu menyerang Madinah. Mereka merasa tamak
untuk menguasai Madinah yang terkenal dengan ladang tamar yang terbaik.
Namun sebelum Bani Ghatafan bergerak dari Najd ke Madinah, Rasulullah r
dan tentera Islam sudah sampai ke tempat mereka. Bani Ghatafan ketakutan
lalu melarikan diri ke kawasan bukit berhampiran. Rasulullah r dan tentera
Islam berkhemah di kawasan Bani Ghatafan. Demikianlah kewibawaan
Islam semakin terserlah. Rasulullah r dan tentera Islam telah sampai ke
Najd.
Rasulullah r seperti kebiasaannya akan bersendiri diwaktu-waktu tertentu
untuk beribadah dan bermunajat. Rupa-rupanya ada perisik Bani Ghatafan
yang sentiasa memerhati pergerakan Baginda. Apabila mereka melihat
Rasulullah r sedang berseorangan, mereka merasakan ini peluang keemasan
untuk mereka membunuh Baginda. Seorang pahlawan mereka, Datsur bin
Haris telah menawarkan dirinya untuk membunuh Rasulullah r. Datsur
menunggu ketika Baginda tidur. Ketika itu dia berjaya menyelinap masuk
ke tempat Rasulullah r sehingga dia telah berada di hujung kepala Baginda.
Ketika itu Rasulullah r terjaga dari tidur. Dengan pedang yang terhunus,
Datsur bertanya, “Siapakah yang boleh menyelamatkan kamu daripada
aku, wahai Muhammad?” Rasulullah r dengan tenang menjawab, “Allah!”
Apabila Rasulullah r menyebut kalimah Allah, Datsur terjatuh dan terlepas
pedangnya. Rasulullah r mengambil pedang itu dan bertanya pula kepada
Datsur, “Siapa yang boleh menyelamatkan kamu sekarang dari pedang kamu
sendiri?” Datsur tahu bahawa tiada siapa dapat menyelamatkannya melainkan
Rasulullah r. Dia merayu kepada Baginda supaya dia diberi keamanan.
Rasulullah r melepaskan Datsur pulang kepada kaumnya. Mereka memang
memerhati kejadian itu dari tempat mereka. Apabila Datsur pulang, mereka
bertanya apakah yang telah terjadi. Datsur berkata, “Apabila Muhammad
menyebut kalimah ‘Allah’, aku rasa ada seorang lelaki datang menolakku
sehingga aku terjatuh dan terlepas pedangku.” Sebenarnya Malaikat Jibril
telah datang menolak Datsur dan menyelamatkan Rasulullah r.
Pada bulan Rabiul Awwal, Rasulullah r bergerak ke Selatan pula iaitu
ke arah Najran. Baginda telah sampai ke satu tempat yang dinamakan Furu’.
Rasulullah r mahu menyekat kafilah dagang Kuffar Quraisy yang pulang
dari Yaman. Namun ketika Rasulullah r sampai disitu, kafilah sudah pun
mendahului Rasulullah r dan orang Islam.
165
Catatan Sejarah Rasulullah r
Ghazwah Bani Qainuqa’
Tdak lama kemudian, berlaku suatu peristiwa. Yahudi Bani Qainuqa’ telah
melanggar perjanjian mereka. Yahudi Bani Qainuqa’ mendiami kawasan
yang paling berdekatan dengan kawasan orang Islam. Mereka mempunyai
pasar mereka sendiri. Ada juga orang Islam yang datang ke pasar mereka.
Pada satu hari seorang wanita Islam membeli emas di pasar Yahudi. Semasa
dia sedang duduk memilih emas, seorang lelaki Yahudi telah mengikat
ujung baju wanita itu tanpa disedarinya. Apabila wanita itu bangun berdiri,
terbukalah auratnya. Dia menjerit meminta pertolongan. Mendengar jeritan
itu, seorang lelaki Islam yang menyaksikan kejadian itu telah membunuh
lelaki Yahudi yang melakukan perbuatan itu. Melihat kawan mereka dibunuh,
orang Yahudi di pasar beramai-ramai membunuh lelaki Islam itu.
Apabila Rasulullah r mendengar berita itu, Baginda menghantar wakil
meminta Bani Qainuqa’menyerahkan pembunuh lelaki Islam itu untuk diadili.
Bani Qainuqa’ tidak mahu menyerahkan orang mereka yang terlibat dalam
pembunuhan itu. Mereka telah berkeras untuk melindungi para pembunuh
itu. Dengan itu, bererti mereka telah melanggar perjanjian mereka dengan
Rasulullah r. Selepas kemenangan tentera Islam di Badar, orang Yahudi
selalu memperlecehkan kemenangan itu. Mereka berkata, “Quraisy bukan
kaum yang pandai berperang. Kalau Muhammad memerangi kami, barulah
Muhammad akan menghadapi kaum yang mahir dalam peperangan.” Oleh
itu mereka sengaja cuba menimbulkan kemarahan orang Islam sehinggalah
berlaku peristiwa ini.
Rasulullah r memerintahkan tentera Islam mengepung Yahudi Bani
Qainuqa.’ Bani Qainuqa’ ini terdiri dari 700 orang lelaki yang lengkap
senjata. Kawasan mereka dilindungi dengan kubu. Di dalam kubu itulah
mereka mendirikan kediaman mereka. Malah kebun, kawasan ternakan
dan perigi mereka semuanya berada di dalam kubu. Diceritakan, sekiranya
mereka bertahan di dalam kubu, mereka mempunyai bekalan yang cukup
untuk setahun. Walaupun setelah dikepung, Yahudi Bani Qainuqa’ berkeras
tidak mahu menyerah. Rasulullah r menghantar lagi wakil menerangkan
kepada mereka bahawa yang Baginda mahukan hanyalah para pembunuh
yang mereka lindungi itu. Mereka berkata, “Jangan anggap kami seperti
Quraisy. Kami kaum yang mahir berperang. Kalau kamu serang kami, kami
akan perangi kamu!” Maka turunlah ayat al-Quran terhadap Bani Qainuqa’.
166
Penghijrahan Bani Qainuqa’ Bab 11
Firman Allah I:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu:
“Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada
hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk
tempat yang disediakan”. Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti)
bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan
perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan
Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari
golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang
Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding
dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang
dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya
pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi
orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).
(Surah Ali Imran: 12-13)
Walaupun Rasulullah r telah mengingatkan mereka apa yang telah berlaku
di Badar, mereka tetap berdegil dan berkeras. Rasulullah r mengepung
mereka selama lima belas hari. Setelah itu, Allah I telah mencampakkan
ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka. Oleh kerana terlalu takut,
mereka meminta keamanan daripada Rasulullah r. Baginda tidak melayan
permintaan mereka tetapi mereka menghantar wakil mereka merayu lagi
keamanan daripada Rasulullah r. Akhirnya Rasulullah r bersetuju memberi
keamanan kepada mereka dengan syarat mereka akan menerima apa saja
yang Baginda akan putuskan terhadap mereka. Rasa ketakutan yang amat
sangat dalam hati mereka memaksa mereka bersetuju dengan syarat Baginda
itu. Tujuh ratus orang lelaki dari Yahudi Bani Qainuqa’ telah keluar dari
kubu mereka menyerah diri kepada Rasulullah r. Kemudian tentera Islam
mengikat mereka semua.
Semua orang menunggu apa yang akan diputuskan oleh Rasulullah
167
Catatan Sejarah Rasulullah r
r. Baginda telah membisikkan kepada beberapa orang sahabat utama
bahawa tujuh ratus orang lelaki Yahudi Bani Qainuqa’ itu akan dihukum
mati semuanya. Abdullah bin Ubayy, ketua kaum Munafik sudah dapat
merasa bahawa Rasulullah r akan menjatuhkan hukuman mati kepada
mereka semua. Dia mula resah kerana Bani Qainuqa’ adalah sekutunya.
Kalau mereka semua dibunuh pasti pengaruh Abdullah bin Ubayy akan
semakin hilang. Dia masuk mengadap Rasulullah r tetapi Baginda tidak
mahu melayannya. Namun Abdullah bin Ubayy memang seorang yang
tidak tahu malu dan tidak tahu beradab dengan seorang Rasul. Dia terus
mendesak Rasulullah r supaya Baginda menyerahkan urusan Bani Qainuqa’
kepadanya. Akhirnya Rasulullah r telah bersetuju kepada permintaannya.
Abdullah bin Ubayy tidak mahu menunggu lagi. Dia segera mengarahkan
supaya semua 700 orang lelaki Yahudi Bani Qainuqa’ dibebaskan. Walaupun
mereka telah dibebaskan oleh Abdullah bin Ubayy tetapi perasaan takut
yang Allah I campakkan dalam hati mereka tidak mahu hilang. Selepas itu
kebanyakan mereka terpaksa berhijrah ke Khaybar meninggalkan Madinah
demi mencari keamanan.
Sariyah Sayyidina Zaid t
Sebelum berlaku perang Uhud, Rasulullah r menghantar pasukan tentera
Islam yang diketuai oleh Sayyidina Zaid bin Harithah t untuk menyekat
sebuah kafilah dagang Quraisy yang besar. Selepas tewas dalam peperangan
Badar, Kuffar Quraisy memang menghadapi masalah besar kerana laluan
kafilah dagang mereka sudah tidak selamat lagi. Sedangkan sumber
rezeki utama adalah perniagaan. Perniagaan yang paling penting bagi
mereka adalah di antara Mekah dan Syam sedangkan Madinah berada di
pertengahan perjalanan antara Mekah dan Syam. Apabila setiap kali kafilah
dagang mereka ke Syam akan disekat di Madinah, mereka terpaksa mencari
laluan lain yang selamat. Akhirnya mereka terpaksa pergi ke Iraq dahulu
kemudian baru turun pula ke Syam. Perjalanan ini jauh lebih panjang dari
melalui Madinah tapi ini lebih selamat bagi mereka. Kafilah pertama yang
mereka hantar melalui jalan ini dipimpin sendiri oleh Abu Sufyan. Kafilah
ini membawa modal Kuffar Quraisy yang sangat besar. Dikatakan mereka
membawa sejuta dirham wang perak. Wang ini adalah untuk membeli
barangan niaga dari Syam untuk dijual di Yaman. Inilah perniagaan Quraisy
Mekah. Di dalam al-Quran diceritakan:
168
Penghijrahan Bani Qainuqa’ Bab 11
“Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk
Makkah) (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka
(menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman),
dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka
menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang
memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan,
dan mengamankan mereka dari ketakutan.” (Surah Quraisy: 1-4)
Demikianlah perniagaan utama Quraisy Mekah. Mereka akan
mengadakan satu trip perniagaan ke Syam dan satu trip perniagaan ke Yaman.
Pergerakan kafilah kali ini adalah sangat rahsia. Tiada sesiapapun diberi
tahu tentang jadual dan laluan kafilah ini. Mereka merancang dan Allah I
juga merancang sedangkan Allahlah yang Maha Perancang. Salah seorang
Sahabat Rasulullah r dikenali sebagai Sulait t, dia ada seorang kawan baik
dari di Mekah dikenali sebagai Nuaim bin Mas’ud. Mereka memang sudah
lama berkawan baik. Sulait t dan Nuaim duduk bersama dalam satu majlis
minum arak. Ketika itu arak belum diharamkan lagi. Nuaim adalah salah
seorang pemimpin Kuffar Quraisy yang mengetahui perjalanan kafilah ini.
Apabila dia mabuk, dia telah bercerita kepada Sulait t perihal kafilah itu
satu persatu dari awal sampai akhir. Ketika itu Sulait t tidak mabuk. Dia
telah mengambil peluang itu untuk mengorek semua maklumat dari Nuaim.
Selepas dia segera melaporkan kepada Rasulullah r.
Rasulullah r terus mempersiapkan sebuah pasukan diketuai oleh
Sayyidina Zaid bin Harithah t. Mereka terus bergerak untuk menunggu
kafilah Abu Sufyan di sebuah laluan yang akan mereka lalui untuk menuju
ke Iraq. Apabila kafilah Abu Sufyan tiba, pasukan Sayyidina Zaid t telah
menyerang mereka. Menghadapi serangan yang tidak dijangka sama sekali,
semua anggota kafilah lari menyelamatkan diri termasukAbu Sufyan. Mereka
meninggalkan seluruh kafilah mereka termasuk unta dan wangnya. Pasukan
Sayyidina Zaid t telah membawa balik kafilah beserta seluruh muatannya
ke Madinah. Kali ini orang Islam telah mendapat ghanimah besar. Rampasan
itu telah menggegarkan perniagaan dan hati Kuffar Quraisy Mekah. Jalan
Iraq juga sudah tidak selamat malah sudah banyak harta mereka terlepas ke
tangan orang Islam.
169
Bab 12
Tragedi Uhud
Ghazwah Uhud
Kuffar Quraisy tiada pilihan lagi, mereka tidak boleh hidup tanpa perniagaan.
Mereka mesti mencari jalan untuk menyelesaikan bahaya yang mereka
hadapi dari Madinah. Apabila Abu Sufyan pulang ke Mekah setelah tewas
di tangan Sariyah Sayyidina Zaid bin Harithah t, dia meminta agar orang
Mekah semua bersedia untuk berperang. Mereka mesti menghapuskan
orang Islam di Madinah. Abu Sufyan telah melancarkan kutipan wang untuk
membiayai peperangan. Orang kafir Mekah telah mengeluarkan wang yang
mereka simpan untuk perniagaan mereka demi membiayai peperangan demi
menghapuskan orang Islam di Madinah.
Abu Sufyan juga meminta bantuan dari Bani Ghatafan yang diserang oleh
tentera Islam beberapa bulan yang sudah. Bani Ghatafan telah menghantar
bantuan kepada Abu Sufyan. Abu Sufyan juga meminta bantuan dari kabilah
Ahabish, mereka juga bersetuju menghantar bantuan. Sesungguhnya Abu
Sufyan telah bekerja keras sehingga dia berjaya mengumpul 3000 orang
tentera. Dalam peperangan Badar, Kuffar Quraisy hanya mempunyai
kekuatan 1000 orang tentera. Namun tidak sampai setahun dari kekalahan
mereka di Badar, kini Abu Sufyan telah berjaya mengumpul 3000 orang
tentera dengan bantuan Bani Ghatafan dan Kabilah Ahabish.
Abu Sufyan menggerakkan tenteranya ke Madinah. Apabila berita
170
Tragedi Uhud Bab 12
pergerakan tentera ini sampai kepada Rasulullah r, Baginda melakukan
syura dengan anggota syura di kalangan para Sahabat y. Sayyidina Hamzah
t dan Sayyidina Anas bin Nadr t mencadangkan agar tentera Islam keluar
menentang tentera kafir di luar Madinah. Rasulullah r bersabda, “Daku telah
bermimpi.” Para Sahabat y bertanya, “Apakah mimpi Rasulullah r itu?”
Rasulullah r menjawab, “Aku melihat seekor lembu disembelih dan aku
melihat pedangku serpih dan aku melihat aku masuk ke dalam satu perisai
yang kuat.” Para sahabat y bertanya, “Apakah tafsiran mimpi Rasulullah
r ini?” Baginda menjelaskan, “Adapun lembu yang disembelih itu aku
tafsirkan akan berlaku kematian di kalangan Sahabatku, serpihan pada
pedang aku pula petanda sesuatu yang akan menimpa keluargaku, adapun
perisai yang kuat itu ialah Madinah. Jadi aku berpandangan kita tunggu
tentera Abu Sufyan di Madinah.” Namun Rasulullah r melihat kebanyakan
Sahabat y ingin menghadapi tentera Abu Sufyan di luar Madinah termasuk
Sayyidina Hamzah t, maka Baginda telah bersetuju untuk menghadapi
tentera kafir di luar Madinah. Rasulullah r meminta semua orang bersedia
untuk berjihad fisabilillah.
Rasulullah r pulang ke rumah untuk bersiap dengan pakaian perang.
Baginda memakai dua lapis baju besi dan penutup kepala. Rasulullah r
telah dapat merasakan bahawa pertempuran kali ini adalah sengit. Baginda
telah bersedia untuk pertempuran itu. Ketika itu ada di kalangan para sahabat
y yang merasai bahawa Rasulullah r lebih suka berkubu di Madinah.
Mereka ingin serahkan kembali keputusan terakhir kepada Baginda. Apabila
Rasulullah r keluar dari rumahnya, Baginda mendapati para Sahabat y
telah menunggu kerana mahu memberitahu hal itu. Melihat suasana itu,
Rasulullah r selaku seorang pemimpin mahu membuat keputusan yang
jelas. Rasulullah r berkata:
“Tidak sepatutnya bagi seorang Nabi yang telah memakai
pakaian perang menanggalkannya sehinggalah Allah I menentukan
perhitungan antara dia dan musuhnya.”
Baginda mahu mereka menghadapi musuh di luar Madinah seperti
yang telah diputuskan oleh syura dan telah dipersetujui oleh Baginda.
Dalam suasana genting seperti ini umat Islam tidak boleh teragak-agak
171
Catatan Sejarah Rasulullah r
lagi. Maka Rasulullah r segera membuat satu keputusan yang jelas untuk
menyelamatkan suasana teragak-agak yang mula berlaku di kalangan tentera
Islam.
Mara ke Uhud
Rasulullah r terus mempersiapkan barisan tentera Islam untuk berhadapan
dengan tentera Abu Sufyan. Ketua Munafik, Abdullah bin Ubayy juga turut
serta kerana takut akan dituduh oleh orang ramai sebagai penakut. Tentera
Islam yang bergerak dari Madinah ini seramai 1000 orang termasuk kaum
Munafik. Sementara tentera kafir sudah pun berkhemah tidak jauh dari
Uhud. Tentera Islam bergerak ke Bukit Uhud. Apabila sampai di Uhud,
tentera Islam mengambil tempat betul-betul di hadapan Bukit Uhud. Dengan
itu, Bukit Uhud berada di belakang tentera Islam. Kalau tentera kafir sampai
di situ, mereka akan menghadapi tentera Islam di kawasan terbuka. Apabila
tentera kafir sampai di Uhud, mereka melihat tentera Islam sudah berada di
tempat yang lebih strategi. Mereka tiada pilihan, mereka terpaksa berkhemah
di hadapan kedudukan tentera Islam.
Ketika itu Abdullah bin Ubay memulakan operasi jahatnya untuk
melemahkan tentera Islam dari dalam. Dia mempersoalkan kenapa tentera
Islam keluar ke medan yang terbuka ini, sedangkan Rasulullah r dari awal
berpandangan agar tentera Islam bertahan di Madinah. Dia cuba menimbulkan
semula isu itu sedangkan Rasulullah telah membuat keputusan muktamad.
Sebenarnya dia yang tidak bersedia untuk berjihad. Akhirnya dia pulang ke
Madinah membawa bersamanya 300 orang pengikutnya yang lain. Dengan
itu jumlah tentera Islam berkurang menjadi 700 orang sahaja.
Rasulullah r mula menyusun tentera Islam. Baginda menyerahkan
bendera Islam kepada Sayyidina Mus’ab bin Umair t. Rasulullah r juga
memberi busyro kepada tentera Islam kalau mereka sabar, Allah I akan
menghantar bantuan. Malah Allah I menjanjikan 3000 Malaikat akan
datang membantu. Dalam perang Badar 1000 malaikat, tetapi kali ini Allah
menjanjikan 3000 dan lebih lagi kalau orang Islam sabar. Ketika itu turun
ayat ini:
172
Tragedi Uhud Bab 12
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai
kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah
(kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh
itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan
kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata
kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat
mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu
dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?” Bahkan
(mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan
mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya
Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda
masing-masing. Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat
itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan
supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa)
pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali Imran: 123-126)
Ketika Rasulullah r memeriksa barisan tentera, Baginda dapati ada
remaja di bawah umur ikut serta dalam barisan tentera Islam. Di antaranya,
Sayyidina Abdullah bin Umar t yang baru berumur 12 tahun dan seorang
remaja lagi berumur 10 tahun. Baginda tidak membenarkan mereka ikut
berperang. Rasulullah r juga telah mengeluarkan Sayyidina Usamah bin Zaid
t dari barisan tentera kerana dia masih terlalu muda. Baginda mengarahkan
mereka pulang ke Madinah semula. Ada jadual lain yang Allah I dan Rasul-
Nya persiapkan untuk mereka. Namun, seorang remaja berumur 13 tahun
merayu agar dibenarkan berperang. Dia memberitahu Baginda bahawa
dia cekap memanah malah panahannya tepat. Setelah diuji, ternyata dia
berkata benar. Rasulullah r membenarkan dia menyertai peperangan kali
ini. Melihat kejadian itu, ada seorang remaja lagi datang merayu kepada
173
Catatan Sejarah Rasulullah r
Baginda. Dia merayu, “Wahai Rasulullah r, engkau mengizinkan kawan
aku ikut tetapi engkau tidak memberi keizinan kepadaku sedangkan kalau
kami bertarung, pasti akulah yang menang.” Baginda meminta mereka
berdua beradu kekuatan dan ternyata remaja ini yang menang. Dengan itu
Rasulullah r membenarkan dia juga ikut serta dalam peperangan. Begitulah
semangat jihad, jiwa besar dan kecintaan anak muda ini kepada Islam dan
Rasulullah r.
Pemedang Rasulullah r
Rasulullah r terus memberi semangat kepada tentera Islam dengan berbagai
cara. Akhirnya Rasulullah r mengangkat pedang Baginda dan bertanya pada
semua tentera Islam :
“Siapakah yang mahu mengambil pedang ini dan menunaikan
haknya?”
Sayyidina Hamzah t bangun menawarkan dirinya kepada Rasulullah
r, tetapi Baginda tidak memberikannya kepada Sayyidina Hamzah t.
Rasulullah r bertanya lagi. Sayyidina Ali pula bangun menawarkan
dirinya, tetapi Baginda tidak memberikan kepadanya juga. Rasulullah
r bertanya lagi. Sayyidina Zubair bin Awwam t pula bangun, tetapi
Rasulullah r juga tidak menyerahkan pedang kepadanya. Rasulullah r
bertanya lagi, Sayyidina Miqdad t pula bangun, namun Baginda tidak
memberikan kepadanya juga. Empat orang panglima yang paling handal
di kalangan tentera Islam telah menawarkan diri mereka untuk mengambil
pedang Rasulullah r tetapi tiada seorang pun yang menerimanya. Siapakah
yang akan mengambilnya selain dari mereka?
Rasulullah r bertanya lagi untuk kali yang kelima, “Siapakah yang
mahu mengambil pedang ini dan menunaikan haknya?” Ketika itu Sayyidina
Abu Dujanah al-Ansari t bangun dan bertanya kepada Baginda, “Wahai
Rasulullah r, apakah dia hak pedang ini?” Rasulullah r sangat gembira
mendengar soalan itu. Soalan inilah yang ditunggu oleh Baginda. Tiada siapa
menyoalnya sehinggalah Sayyidina Abu Dujanah t menyoalnya. Rasulullah
r berkata, “Hak pedang ini ialah ia mesti digunakan sampai dia bengkok,
kerana terlalu banyak memukul dan mencantas orang kafir.” Sayyidina Abu
Dujanah t berkata, “Aku bersedia, wahai Rasulullah r!” Rasulullah r pun
menyerahkan pedang itu kepada Sayyidina Abu Dujanah t.
174
Tragedi Uhud Bab 12
Alangkah gembira dan bersyukurnya Sayyidina Abu Dujanah t kerana
mendapat kepercayaan Rasulullah r untuk menggunakan pedang Baginda.
Apalagi setelah Baginda tidak menyerahkannya kepada empat orang
panglima Islam yang terbilang yang menawarkan diri mereka sebelumnya.
Lalu Sayyidina Abu Dujanah t mengeluarkan kain merah yang dililit
ke kepalanya sambil menghunus pedang Rasulullah r. Dia berpusing
dengan kudanya di kawasan tentera Islam dengan penuh megah dan gagah.
Rasulullah r yang memerhati gelagat Sayyidina Abu Dujanah t ini
tersenyum. Baginda bersabda:
“Sesungguhnya gaya seperti ini adalah gaya yang dibenci oleh
Allah dan Rasul-Nya melainkan dalam suasana seperti ini.”
Arahan Kepada Pasukan Pemanah
Sejak sebelum bermula pertempuran lagi Rasulullah r risau melihat sebuah
bukit kecil bersebelahan Bukit Uhud yang memanjang ke arah medan perang
kerana tentera musuh boleh berpusing ke belakang bukit ini. Siapa yang
menguasai bukit ini dia boleh menguasai medan peperangan dengan panah.
Rasulullah r memilih 50 orang pemanah yang cekap di ketuai oleh Sayyidina
Abdullah bin Jubair t dan Baginda perintahkan mereka supaya berada di
atas bukit. Mereka menggalas dua peranan penting iaitu menghalang tentera
kafir daripada menyerang tentera Islam dari belakang dan memanah tentera
kafir di medan perang dari atas bukit ini. Rasulullah r memberi satu arahan
yang sangat jelas kepada 50 orang pemanah ini seperti yang diriwayatkan
oleh Imam al-Bukhari:
“Kalau kami menang, jangan tinggalkan tempat kamu. Kalau kami
mengutip ghanimah, jangan kamu menyertai kami. Kalau kami kalah
pun jangan kamu turun menolong kami.”
Demikianlah perintah Rasulullah r kepada mereka. Walaupun apa yang
berlaku kepada tentera Islam, pasukan pemanah ini mesti terus berada di
atas bukit. Baginda mengulangi peringatan ini beberapa kali supaya mereka
175
Catatan Sejarah Rasulullah r
jangan bergerak dari posisi mereka sehingga mendapat arahan daripada
Baginda.
Persiapan Tentera Kuffar Quraisy
Kuffar Quraisy juga sedang membuat persiapan terakhir sebelum memasuki
pertempuran dengan Rasulullah r. Perempuan mereka menyanyi dan bersyair
demi membakar semangat pasukan tentera. Mereka bersyair, “Sekiranya
kamu menang, kepulangan kamu ditunggu dengan layanan istimewa tetapi
kalau kamu lari atau kalah, kami tidak kenal kamu lagi!” Turut menyertai
tentera kafir ini ialah seorang hamba kulit hitam yang bernama Wahsyi. Dia
adalah seorang pelontar lembing yang sangat mahir. Lontarannya jarang
meleset. Dia diberi tawaran oleh pembesar Quraisy, sekiranya dia dapat
membunuh Sayyidina Hamzah t dia akan dibebaskan. Wahsyi menyertai
peperangan ini dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk membunuh Sayyidina
Hamzah t demi melepaskan dirinya dari perhambaan.
Sebelum pertempuran bermula ada seorang bekas pemimpin Madinah
yang terkenal di kalangan orang kafir dengan panggilan Abu Amru ar Rahib.
Dia adalah seorang yang sangat memusuhi Islam. Sebelum kedatangan
Rasulullah r ke Madinah, orang Aus dan Khazraj hampir mengangkatnya
menjadi Raja mereka di Madinah. Setelah Islam datang ke Madinah dan
Rasulullah r berhijrah ke Madinah namanya terus tenggelam. Dia lari
membawa diri ke Syam. Apabila dia mendengar Kuffar Quraisy bersiap
untuk memerangi Rasulullah r, dia kembali untuk menyertai mereka. Dia
telah menggali sebuah lubang besar di medan Uhud untuk memerangkap
tentera Islam. Selepas itu dia menyeru kepada orang Aus dan Khazraj
supaya menyebelahinya dan meninggalkan Rasulullah r. Seruan itu tidak
bermakna apa-apa lagi bagi Aus dan Khazraj yang sudah berbai’ah untuk
sehidup semati dengan Rasulullah r. Mereka melaungkan pendirian tegas
mereka kepada Amru bahawa hidup dan mati mereka adalah untuk Allah I
dan Rasul-Nya.
Perang Uhud tidak dimulakan dengan pertarungan satu lawan satu tetapi
terus berlaku pertempuran antara dua pasukan tentera. Sudah menjadi adat
dalam peperangan waktu itu setiap pasukan ada bendera. Bila bendera jatuh
ertinya pasukan itu sudah kalah. Selagi bendera tegak ertinya tentera masih
bertahan dan masih tersusun. Apabila bendera jatuh dan tidak diangkat lagi,
ia adalah tanda kekalahan. Bendera Islam dipegang oleh Sayyidina Mus’ab
bin Umair t dan bendera Kuffar dipegang oleh anak-anak Abu Talhah dari
Bani Abdul Dar. Sebelum pertempuran bermula Abu Sufyan datang kepada
Bani Abdul Dar. Abu Sufyan berkata, “Wahai Bani Abdul Dar, di medan
176
Tragedi Uhud Bab 12
Badar kamu juga yang memegang bendera Quraisy, ketika itu bendera kita
rebah! Kali ini kalau kamu tidak sanggup untuk mempertahankan bendera
kita, serahkan bendera ini dari sekarang kepada Bani lain.” Bani Abdul Dar
bersumpah tidak akan membenarkan bendera Quraisy tumbang lagi kali
ini. Dengan itu Abu Sufyan selaku Panglima tentera Kuffar mengekalkan
bendera di tangan Bani Abdul Dar.
Tumbangnya Bendera Kafir Quraisy
Sayyidina Hamzah t, Sayyidina Ali dan Sayyidina Zubair t mengepalai
tentera Islam. Sayyidina Hamzah t adalah seorang yang mahir dalam
peperangan. Dia tahu jalan yang paling mudah dan paling cepat untuk
mengalahkan lawan ialah dengan merebahkan bendera mereka. Apabila
pertempuran bermula, Sayyidina Hamzah t dan pasukannya menyerang
bertubi-tubi ke arah bendera Quraisy. Sayyidina Hamzah t dilihat
bagaikan seekor singa yang garang dan gagah menebas ke kiri dan ke kanan
sehinggalah berhadapan dengan pemegang bendera Quraisy. Dia berjaya
membunuh pemegang bendera itu. Demikianlah, di awal pertempuran
lagi bendera Kuffar sudah tumbang. Semangat tentera Kuffar sudah mula
bergegar dan semangat tentera Islam makin tinggi. Namun anak Abu
Talhah yang kedua segera menjulang semula bendera mereka. Sayyidina
Hamzah t terus menggasak lagi ke arah bendera dan dia tumbangkan lagi
bendera kali buat kedua dengan menewaskan anak Abu Talhah yang kedua.
Bergegar lagi tentera Kuffar. Anak Abu Talhah yang ketiga pula mengangkat
bendera. Ketika tentera kafir sibuk menghalang Sayyidina Hamzah t dan
pasukannya, tanpa disedari Sayyidina Ali dan pasukannya pula tembus
sampai kepada pemegang bendera. Sayyidina Ali berjaya membunuhnya
lalu rebah lagi bendera Quraisy. Sudah tiga kali bendera Kuffar tumbang,
semangat dan jiwa mereka bergegar lagi. Anak Abu Talhah yang keempat
pula memegang bendera. Sayyidina Ali t yang masih berada di situ berjaya
membunuh pemegang bendera yang keempat pula. Bendera Kuffar rebah
lagi untuk kali yang keempat menyebabkan hati tentera kafir terus bergegar.
Seterusnya, anak Abu Talhah yang kelima mengangkat semula bendera
Quraisy. Sesungguhnya tentera kafir semakin menggelabah dan semakin
kucar-kacir. Masakan tidak, sudah empat kali bendera mereka rebah
dalam masa yang begitu singkat. Mereka sekarang bertubi-tubi pula
menggasak pasukan Sayyidina Hamzah t dan pasukan Sayyidina Ali
untuk menyelamatkan bendera mereka. Sedang mereka sibuk dengan
Sayyidina Hamzah t dan Sayyidina Ali , Sayyidina Asim bin Tsabit t
dan pasukannya pula berjaya menembusi pertahanan musuh lantas berjaya
membunuh pemegang bendera. Bendera Quraisy tumbang lagi untuk kali
177
Catatan Sejarah Rasulullah r
kelima. Tentera kafir terus kucar-kacir. Apabila mereka bertahan di sebelah
kanan, barisan sebelah kiri mereka tembus. Apabila mereka bertahan dari
kiri dan kanan, barisan hadapan mereka pula tembus. Ketika itu Sulafah,
anak perempuan Abu Talhah sudah sampai ke situ, dia sempat menyaksikan
saudaranya yang kelima dibunuh oleh Sayyidina Asim t. Anak Abu Talhah
yang keenam pula memegang bendera, namun Sayyidina Asim t berjaya
membunuhnya juga. Rebah lagi bendera Quraisy untuk kali yang keenam.
Setelah enam kali bendera Quraisy tumbang di awal pertempuran, semangat
juang tentera Kuffar semakin goyang.
Sulafah yang menyaksikan dua orang saudaranya terbunuh di tangan
Sayyidina Asim t menyangka yang membunuh keenam-enam saudaranya
itu adalah Sayyidina Asim t. Ketika itu dia menjerit, “Siapakah yang
boleh membawa kepala Asim kepada aku untuk aku minum arak dalam
tempurung kepalanya?! Siapa yang boleh membawanya hadiahnya adalah
emas sepenuh tempurung kepala ini!” Mendengar tawaran itu, tentera Kuffar
menyerang Sayyidina Asim t bertubi-tubi demi untuk mempertahankan
bendera mereka dan untuk mendapat hadiah dari Sulafah. Setelah kesemua
anak lelaki Abu Talhah tumbang, pahlawan Bani Abdul Dar yang lain pula
mengangkat bendera kafir. Panglima Kuffar Quraisy merasa susah hati,
mereka mesti mencari jalan untuk menyelamatkan bendera mereka dan
menyekat serbuan tentera Islam ke arah bendera mereka. Sudah enam kali
bendera mereka tumbang. Akhirnya mereka bersepakat, “Kita mesti serang
pula bendera tentera Islam!” Mereka segera mengarahkan pasukan mereka
ke arah Saidina Mus’ab t. Tentera Islam terus menyekat kemaraan tentera
Kuffar yang menyerbu ke arah Sayyidina Mus’ab t.
Demikianlah medan perang Uhud menyaksikan dua lokasi pertempuran
paling sengit. Ia adalah di sekeliling bendera Quraisy dan di sekeliling
bendera Islam. Sayyidina Hamzah t, Sayyidina Ali dan Saidina Asim
t terus berjaya menembusi pertahanan tentera Kuffar. Mereka berjaya
membunuh pemegang bendera yang ketujuh pula. Bendera Kuffar tumbang
lagi buat kali yang ke tujuh. Bendera Islam masih tegak dan gagah. Seorang
lagi pahlawan Bani Abdul Dar menjulang semula bendera Quraisy.
Kisah Perjuangan Sahabat y Di Uhud
Sayyidina Saad bin Abi Waqqas t mengawal Rasulullah r. Dia bertempur
dengan panahnya. Bagindalah yang membantu menghulurkan anak panah
kepadanya sambil Baginda mendoakan Sayyidina Saad t. Setiap kali dia
memanah semuanya tepat mengenai sasaran. Ramai musuh terbunuh dan ada
yang tercedera. Rasulullah r sangat gembira terhadap peranan Sayyidina
178