The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Rasulullah saw

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IKHWAN INDUSTRIES SDN BHD, 2020-06-01 04:25:15

SEJARAH RSAW

Sejarah Rasulullah saw

Keywords: sejarah rasullullah

Ghazwah Tabuk Bab 28

Sayyidina Umar t berazam untuk mengatasi Sayyidina Abu Bakar
t berkorban untuk jihad. Sementelahan ketika itu dia baru memperolehi
hasil perniagaannya. Memang dia selalu berlumba-lumba dengan Sayyidina
Abu Bakar t tetapi selalunya Sayyidina Abu Bakarlah yang mengatasinya.
Sayyidina Umar t telah membawa separuh dari perniagaannya. Separuh
lagi adalah modal pusingan perniagaannya. Sayyidina Umar t telah
menggembirakan Rasulullah I dengan pengorbanannya itu sehingga
Baginda mendoakannya.

Tidak lama kemudian, Sayyidina Abu Bakar t pula datang kepada
Rasulullah I. Dia membawa 4,000 dirham untuk diserahkan kepada
Rasulullah I. Melihat Sayyidina Abu Bakar t, Rasulullah I tahu bahawa
apa yang Sayyidina Abu Bakar t bawa itu adalah seluruh yang dia miliki.
Lalu Baginda bertanya, “Wahai Abu Bakar, apakah yang kamu tinggalkan
untuk keluarga kamu?” Sayyidina Sayyidina Abu Bakar t menjawab, “Aku
tinggalkan kepada mereka Allah dan Rasul-Nya.” Begitulah pengorbanan
Sayyidina Abu Bakar t, membayangi pengorbanan Rasulullah I yang Allah
I sifatkan seperti ‘angin yang deras.’ Demikianlah keyakinan Sayyidina
Abu Bakar kepada Allah I dan Rasul-Nya. Ia adalah sebuah keyakinan
yang tiada tandingannya. Sayyidina Abu Bakar t bukan sahaja telah berjaya
membuang dunia dari hatinya malah dari hati anak isterinya juga. Mereka
juga rela dengan pengorbanan Sayyidina Abu Bakar t. Rasulullah I
mendoakan Sayyidina Abu Bakar t. Sayyidina Umar t mengakui, “Demi
Allah, aku tidak akan dapat mengatasi Sayyidina Abu Bakar t.”

Sayyidina Talhah t dan Sayyidina Abbas t juga mengorbankan harta
yang banyak. Para sohabiyat y pula menyerahkan perhiasan yang mereka
miliki kepada Rasulullah I. Namun semua pengorbanan yang terkumpul itu
belum cukup untuk mempersiapkan tentera yang besar. Untuk menghadapi
Rom, Rasulullah I perlukan tentera yang besar dan persiapan yang cukup.
Baginda menghimpunkan sekali lagi para sahabat y di masjid dan Rasulullah
I berseru lagi kepada mereka. Rasulullah I tujukan seruan jihad ini kepada
ahli perniagaan, orang kaya dan yang mempunyai harta yang banyak.
Apabila mereka mahu berkorban berhabis-habisan, Islam akan menjadi kaya
dan kuat. Rasulullah I berseru kepada mereka:

“Barangsiapa yang menyiapkan tentera Tabuk ini, baginya syurga!”

Mendengar itu, Sayyidina Uthman t bangun dan berjanji kepada

429

Catatan Sejarah Rasulullah I

Rasulullah I, “Wahai Rasulullah I, aku akan persiapkan seratus ekor unta
dengan segala keperluannya untuk tentera Islam. Baginda mendoakannya
dan terus lagi menyeru:

“Barangsiapa yang menyiapkan tentera Tabuk ini, baginya syurga!”

Belum ada sesiapa yang bangun menyahut seruan itu. Sayyidina Uthman
t bangun lagi dan berkata, “Wahai Rasulullah I, aku akan persiapkan
seratus ekor unta lagi dengan segala keperluan perangnya.” Baginda
mendoakannya lagi. Rasulullah I terus menyeru lagi. Setiap kali Baginda
menyeru, Sayyidina Uthman t bangun. Ia berulang sehingga sepuluh kali.
Demikianlah Sayyidina Uthman t telah menyerahkan kepada Rasulullah
I tiga ratus ekor unta yang dilengkapi dengan bekalan makanan dan
senjata berserta wang tunai sebanyak seribu dinar. Sungguh pengorbanan
yang sangat besar daripada Sayyidina Uthman t itu telah menghiburkan
Rasulullah I apalagi ketika tentera Islam sangat memerlukan kekuatan
untuk operasi besar menghadapi Rom. Rasulullah I bersabda:

“Tidak akan memudharatkan lagi apa yang Uthman lakukan selepas
ini.”

Rasulullah I telah memberi jaminan segala dosanya diampunkan.
Demikianlah Allah I dan Rasul-Nya sangat membalasi kebaikan seorang
hamba. Di waktu yang sama, ramai orang yang cinta dunia datang memberi
alasan kepada Baginda. Rasulullah I telah memberi pelepasan kepada
mereka kerana Baginda tahu, kalaupun mereka dibawa juga mereka tidak
akan dapat membantu tentera Islam.

Selepas itu Rasulullah I terus bergerak bersama tentera Islam dan mereka
berkhemah di luar Madinah. Baginda mahu menunggu sesiapa yang mahu
menyertai tentera Islam lagi. Ketika itu seramai tiga puluh ribu orang tentera
Islam telah bersiap untuk berjuang bersama Rasulullah I menghadapi Rom.
Inilah kali pertama tentera Islam berkumpul dengan jumlah sebesar ini.
Setahun yang lalu, pada bulan Ramadhan tahun kelapan Hijriah, Rasulullah
I telah membuka Mekah. Jumlah tentera Islam yang bersama Baginda
ketika itu hanya sepuluh ribu orang. Dalam masa setahun sahaja jumlah

430

Ghazwah Tabuk Bab 28

itu sudah bertambah menjadi tiga puluh ribu orang. Tentera berkuda kini
berjumlah sepuluh ribu orang. Rasulullah I menyerahkan bendera utama
tentera Islam kepada Sayyidina Abu Bakar t. Demikianlah Rasulullah I
mahu memberi isyarat kepada umat Islam bahawa pengganti Baginda adalah
Sayyidina Abu Bakar t. Baginda menyerahkan bendera Muhajirin kepada
Sayyidina Zubair bin Awwam t, bendera Khazraj kepada Sayyidina Hubab
bin Munzir t dan bendera Aus kepada Sayyidina Usaid bin Khudair t.

Abdullah bin Ubay dan pengikutnya juga keluar berkhemah di luar
Madinah berdekatan dengan perkhemahan tentera Islam. Dia berbuat
begitu kerana mahu menarik orang lain ke khemahnya. Menyaksikan
keberangkatan Rasulullah I dan tentera Islam ke Tabuk, Abdullah berkata
kepada pengikutnya, “Sekarang cuaca terlalu panas dan musim memetik
buah sudah hampir. Kita petik buah dahulu dan apabila cuaca panas reda,
baru kita bergerak ke Tabuk.” Selepas itu dia dan pengikutnya pulang semula
ke Madinah. Ada di kalangan mereka menyindir Rasulullah I. Mereka
berkata, “Muhammad mahu menyerang Rom dalam keadaan panas dan
menempuh perjalanan yang jauh, apa Muhammad ingat memerangi Rom
satu permainan?” Begitulah hati mereka yang tidak yakin kepada Allah I
dan Rasul-Nya walaupun lidah mereka mengaku Islam. Mereka memang
tidak yakin terhadap bantuan Tuhan. Mereka tidak yakin dengan wakil Tuhan
dan bantuan Allah I kepada wakil Tuhan walaupun sudah banyak bukti
berlaku kepada mereka. Allah I. telah menutup pintu hati mereka daripada
melihat kebenaran. Golongan ini akan sentiasa ada dalam masyarakat Islam.
Merekalah yang merosakkan Islam dari dalam.

Kisah Sepanjang Perjalanan ke Tabuk

Rasulullah I meninggalkan Madinah kepada Sayyidina Ali . Sepanjang
ketiadaan Rasulullah I pusat pemerintahah Islam mesti ditinggalkan kepada
seorang yang gagah dan berwibawa. Namun kaum Munafik mengatakan
Rasulullah I meninggalkan Sayyidina Ali kerana Baginda tidak senang
kepadanya. Fitnah itu akhirnya sampai kepada Sayyidina Ali Dia
bersiap dengan kelengkapan perangnya dan segera mengejar tentera Islam.
Akhirnya dia berjaya mengejar tentera Islam dan bertemu dengan Rasulullah
I. Sayyidina Ali bertanya sendiri kepada Baginda, “Wahai Rasulullah I,
apakah kamu tinggalkan aku kerana kamu tidak senang terhadap aku?”
Rasulullah I,

431

Catatan Sejarah Rasulullah I

“Apakah kamu tak rela menggantikan daku pada keluargaku dan
keluarga kamu? Apakah kamu tidak rela berada di maqam Nabi Harun

mengantikan Nabi Musa memimpin Bani Israel, cuma tiada Nabi
selepas daku.”

Jawapan Rasulullah I itu telah menawar duka Sayyidina Ali kerana
tidak dapat bersama dengan Baginda dalam peperangan ini. Selain dari
Sayyidina Ali , ada sebelas orang sahabat y yang terkenal dengan Iman
dan kesetiaan mereka tidak menyertai tentera Rasulullah I. Salah seorang
daripada mereka ialah Sayyidina Abu Khaisamah t. Ada masalah yang
menyebabkan dia terlewat tetapi dia yakin dia akan dapat mengejar tentera
Islam. Rupanya tentera Islam sudah jauh dan dia tidak dapat mengejar mereka.
Apabila di pulang semula ke Madinah, dia mendapati semua isterinya
memasang khemah di depan rumah mereka. Mereka telah menyembur
khemah dengan air dan membasahkan tanahnya supaya khemah menjadi
sejuk. Mereka telah memetik buah pertama dari ladang milik mereka. Malah
Sayyidina Abu Khaisamah t mendapati isteri-isterinya telah berhias untuk
melayaninya. Abu Khaisamah berkata kepada dirinya, “Apakah aku mahu
duduk di khemah yang nyaman ini dengan buah-buahan dan layanan isteri-
isteriku sedangkan Rasulullah I dalam kepanasan. Ini adalah sesuatu yang
tidak adil. Tidak mungkin seorang yang beriman melakukannya!”

Lantas Sayyidina Abu Khaisamah t berkata kepada isteri-isterinya,
“Demi Allah, aku tidak akan masuk ke dalam khemah, aku mahu kamu
persiapkan kelengkapan perang aku dan kenderaan aku untuk aku kejar
Rasulullah I sekarang!” Mereka semua menyiapkan permintaan Abu
Khaisamah t lalu dia terus bergerak mengejar Baginda. Rasulullah I dan
tentera Islam berjalan dan berhenti rehat tetapi Abu Khaisamah t tidak
berhenti rehat. Dia memecut kenderaannya untuk mengejar tentera Islam.
Akhirnya dia berjaya mendekati tentera Islam. Rasulullah I sentiasa
membuat pemeriksaan kepada tentera Islam. Baginda tahu siapa yang tidak
bersama dengan pasukan tentera ini. Rasulullah I tahu bahawa Sayyidina
Abu Khaisamah t , Sayyidina Kaab t dan Sayyidina Abu Lubabah t dan
beberapa orang lagi tidak ada. Ada di kalangan tentera Islam mula membuat
andaian terhadap ketiadaan mereka bersama tentera Islam. Rasulullah I
berkata, “Kalaulah ada kebaikan kepada mereka, Allah I akan datangkan
mereka tetapi kalaulah tiada kebaikan kepada mereka, Allah I telah rehatkan
kita daripada mereka.”

432

Ghazwah Tabuk Bab 28

Tiba- tiba mereka melihat ada seseorang sedang mengejar mereka dengan
untanya. Setiap orang cuba meneka siapakah yang sedang mengejar mereka
itu. Rasulullah I bersabda, “Insya Allah, itu Abu Khaisamah!” Apabila
dia semakin dekat mereka dapat mengenalinya dan mereka memberitahu
Baginda. Demikian rintihan hati Sayyidina Abu Khaisamah t telah sampai
kepada Rasulullah I sebelum jasadnya sampai. Dia meminta maaf kepada
Baginda kerana kelewatannya. Rasulullah I telah memarahinya tetapi
akhirnya Baginda telah memaafkan dan mendoakannya.

Di dalam perjalanan tentera Islam melalui kawasan Hijr yang merupakan
kota peninggalan kaum Nabi Soleh . Rasulullah I dan tentera Islam
berkhemah di luar kota Nabi Soleh . Oleh kerana di situ tiada air, tentera
Islam mengambil air dari perigi yang berada di dalam kota kaum Nabi
Soleh . Mereka juga menggunakan air itu untuk membuat roti makanan
mereka. Apabila Rasulullah I mengetahuinya, Baginda memarahi mereka.
Rasulullah I mengarahkan supaya semua air itu dibuang dan roti yang
mereka buat menggunakan air itu diberi makan kepada unta-unta. Malah
Rasulullah I memerintahkan mereka segera meninggalkan tempat itu kerana
ia adalah penempatan kaum yang telah dimurkai oleh Allah I. Rasulullah
I bersabda:

“Apabila kamu melalui tempat tinggal kaum yang zalim maka
percepatkan langkah kamu dan palingkanlah wajah kamu dan
menangislah supaya kamu tidak ditimpakan azab seperti mereka telah
ditimpakan azab.”
Demikianlah Rasulullah I telah mengajarkan kepada umat Islam apabila
mereka melalui tempat kaum yang telah dimusnahkan dan dimurkai Allah I
hendaklah mereka mempercepatkan perjalanan mereka sambil bermuhasabah
serta merasa insaf dan berdoa:

“Ya Allah, jangan jadikan kami kaum yang zalim.”
Tentera Islam telah meninggalkan tempat itu dalam keadaan mereka

433

Catatan Sejarah Rasulullah I

tiada bekalan air. Mereka mengadu kepada Rasulullah I, “Wahai Rasulullah
I, kita telah kehabisan air.” Rasulullah I berdoa memohon air daripada
Allah I ketika tiada lagi sumber air melainkan daripada Allah I. Para
sahabat y menceritakan, “Ketika itu langit kosong dari awan tetapi sebaik
sahaja Rasulullah I berdoa, awan muncul dan berkumpul dan kemudian
hujan turun.” Dengan itu tentera Islam dapat mandi, minum dan menyimpan
air untuk bekalan mereka. Setelah mereka meneruskan perjalanan barulah
mereka sedar bahawa hujan hanya turun di kawasan mereka sahaja. Mereka
mendapati kawasan lain semuanya kering. Demikianlah mukjizat Rasulullah
I yang Allah I perlihatkan kepada tentera Islam bahawa Allahlah pembela
orang yang bertaqwa.

Selepas itu unta Sayyidina Abu Zar t diserang penyakit. Untanya
semakin perlahan dan dia tidak dapat mengejar pergerakan tentera Islam.
Rasulullah bertanya siapakah yang tertinggal dari kafilah tentera. Mereka
memberitahu Rasulullah I bahawa Sayyidina Abu Zar t telah tertinggal
dari kafilah. Unta Sayyidina Abu Zar t yang semakin perlahan akhirnya
tidak mampu berjalan lagi. Sayyidina Abu Zar t berhadapan dengan dua
pilihan sama ada pulang ke Madinah berjalan kaki dan itulah yang lebih
dekat atau dia terpaksa mengejar tentera Islam berjalan kaki. Kalau dia
pulang ke Madinah bermakna dia telah lari dari berjihad. Kalau dia mahu
meneruskan perjalanan dia mesti berjalan kaki dalam cuaca yang terlalu
panas dan menempuh perjalanan yang terlalu jauh. Semua tentera Islam
menaiki kenderaan walaupun mereka berkongsi sampai tiga orang di atas
seekor unta. Sayyidina Abu Zar t berazam untuk mengejar tentera Islam
walaupun terpaksa berjalan kaki. Dia ambil kelengkapan yang mampu
dipikulnya dan berlari mengejar tentera Islam. Ketika tentera berhenti rehat,
dia tidak berhenti. Dia bergerak siang dan malam sehinggalah dia berjaya
mengejar kafilah tentera Islam.

Ketika itu tentera Islam dapat melihat ada seorang lelaki berjalan kaki
mengejar mereka. Sungguh mengejutkan semua orang, siapakah yang
sanggup berjalan kaki di padang pasir dalam cuaca yang sangat panas dan
jarak perjalanan yang sangat jauh itu. Mereka cuba meneka-neka tetapi
Rasulullah I berkata, “Insya Allah, itu Abu Zar.” Apabila lelaki itu semakin
mendekati tentera Islam ternyata dia adalah Sayyidina Abu Zar t. Sayyidina
Abu Zar t menceritakan kepada Rasulullah I apa yang telah berlaku.
Rasulullah I mendoakannya dan bersabda:

434

Ghazwah Tabuk Bab 28

“Allah I telah merahmati Abu Zar. Dia berjalan seorang diri, mati
seorang diri dan akan dibangkitkan di akhirat seorang diri.”

Rasulullah I telah memberitahu jadual yang akan ditempuh oleh
Sayyidina Abu Zar t. Demikianlah Baginda tidak berkata sesuatu melainkan
ianya adalah wahyu. Ia pasti benar. Telahan Rasulullah I kepada perjalanan
hidup Sayyidina Abu Zar t telah berlaku ketika pemerintahan Sayyidina
Uthman t. Sayyidina Abu Zar t meninggal dunia seorang diri setelah
beruzlah ke Rabzah. Dia meninggal dunia di situ. Sebelum meninggal dunia
dia berpesan kepada isteri dan khadamnya supaya meletakkan jenazahnya di
jalan laluan kafilah Madinah ke Iraq. Ketika itu Kafilah Sayyidina Abdullah
bin Mas’ud t lalu di situ. Mereka menjumpai jenazah Sayyidina Abu Zar
t. Menangislah Sayyidina Abdullah bin Mas’ud melihatnya. Sayyidina
Abdullah berkata, “Benarlah apa yang Rasulullah I sebut semoga Allah I
merahmati Sayyidina Abu Zar.” Lalu dialah yang mengebumikan jenazah
Sayyidina Abu Zar t.

Operasi Sepanjang Perjalanan

Di sepanjang perjalanan, Rasulullah I menyampaikan Islam kepada
kabilah-kabilah yang dilalui oleh tentera Islam. Rasulullah I menghantar
Sayyidina Khalid al Walid t berdakwah kepada penduduk Ailah. Selepas
itu pemimpin Ailah datang bertemu Rasulullah I dan menyerahkan Ailah
kepada Baginda dengan sistem jizyah malah mereka terus membayar jizyah.
Rasulullah I juga menghantar tentera Islam kepada kabilah Jarba.’ Mereka
juga tunduk kepada Islam dengan jizyah. Selepas itu kabilah Azruh pula
tunduk kepada Islam dengan jizyah. Semua tempat yang dilalui oleh tentera
Islam tunduk kepada Islam melalui jizyah sehinggalah Rasulullah I sampai
di Tabuk. Tabuk ketika itu hanyalah sebuah kampung kecil. Rasulullah I
telah dapat mengusai Tabuk dan tentera Islam berkhemah di Tabuk. Dari
Tabuk, Rasulullah I telah menghantar sariyah ke kawasan yang berdekatan.
Dari Tabuk juga Baginda menghantar wakil bertemu dengan Hiraklius.
Kali ini Hiraklius diberikan tiga pilihan sama ada masuk Islam, membayar
jizyah atau berperang dengan tentera Islam. Tentera Islam sedang menunggu
mereka di Tabuk.

Rasulullah I juga menghantar Sayyidina Khalid al Walid t untuk
membuka Daumatul Jandal. Sebelum ini tentera Islam sudah pernah
sampai ke Daumatul Jandal tetapi penduduknya telah melarikan diri. Kali
ini Rasulullah I mahu Sayyidina Khalid t berusaha sehingga dapat
menemui Ukaidar, Raja Daumatul Jandal. Baginda memberitahunya bahawa
dia akan bertemu dengan Ukaidar ketika dia bersama saudaranya, Hassan

435

Catatan Sejarah Rasulullah I

memburu lembu liar. Sayyidina Khalid t merasa hairan bagaimana Ukaidar
akan keluar memburu ketika tentera Islam sedang berada di kawasan itu.
Sementelahan pula lembu liar adalah binatang yang jarang ditemui di padang
pasir. Namun dia tetap yakin dengan kata-kata Rasulullah I. Sayyidina
Khalid t bersama lima ratus orang tentera Islam sampai di Daumatul Jandal
pada waktu malam. Mereka bersembunyi sambil mengawasi kubu Daumatul
Jandal. Ketika itu suasana sunyi tetapi kubu Daumatul Jandal dikawal rapi
oleh para pengawal. Sayyidina Khalid t meninjau kalau-kalau ada kelibat
lembu liar di situ. Tiba-tiba muncul sekumpulan lembu liar berjalan menuju
kawasan kubu Daumatul Jandal. Ketika itu Ukaidar sedang mengintai kalau-
kalau ada tentera Islam datang. Mereka yakin tentera Islam boleh sampai ke
tempat mereka bila-bila masa sahaja.

Tiba-tiba Ukaidar nampak kawanan lembu liar berjalan ke arah kubu.
Perasaan geram untuk menangkap lembu-lembu itu membuak-buak namun
dia tidak berani keluar dari kubu. Kemungkinan tentera Islam sedang berada
tidak jauh dari mereka. Akhirnya kawanan lembu itu makin mendekati
kubu malah sudah berada betul-betul di tepi kubu. Isterinya yang sedang
menemaninya mahukan dia menangkap lembu-lembu itu. Si isteri berkata,
Ukaidar tidak perlu keluar jauh kerana lembu-lembu itu sudah berada di
tepi kubu mereka. Akhirnya Ukaidar mempersiapkan peralatannya untuk
memburu. Hassan, saudaranya juga mahu menyertainya. Sementara mereka
bersiap lembu sudah bergerak jauh sedikit dari kubu. Ketika mereka keluar
lembu sudah semakin jauh dan bergerak ke arah tentera Sayyidina Khalid t.
Mereka terus mengejar kawanan lembu itu. Ketika itu Hassan keluar dengan
pakaiannya yang paling baik. Dia memakai sutera yang disulam dengan
emas. Mereka hanya mahu keluar menangkap lembu dan masuk semula
ke dalam kubu. Namun sebelum mereka dapat mengejar lembu, mereka
telah diserang oleh pasukan Sayyidina Khalid t. Dalam pertempuran itu
Hassan telah terbunuh. Ukaidar dan pengiringnya ditawan oleh pasukan
Sayyidina Khalid t. Hanya menempuh pertempuran yang kecil Sayyidina
Khalid t telah berjaya membawa Raja Daumatul Jandal kepada Rasulullah
I Sayyidina Khalid t juga membawa balik bersamanya pakaian Hassan.
Tentera Islam kehairanan melihat pakaian Hassan yang begitu cantik.
Mereka belum pernah melihat pakaian secantik itu. Ketika itu Rasulullah
I bersabda:

“Apakah kamu kagum dengan kecantikan pakaian ini. Demi Allah,
sapu tangan Saad bin Muaz di syurga lebih cantik dari ini”

436

Ghazwah Tabuk Bab 28

Rasulullah I mengambil peluang ini untuk mengingatkan kebesaran
dan kehebatan akhirat kepada para Sahabat y. Dunia ini tiada nilai
dibandingkan dengan Akhirat. Apabila Ukaidar melihat tentera Islam yang
bersama dengan Rasulullah I, dia meminta perdamaian daripada Baginda.
Dia berikrar Daumatul Jandal akan bernaung di bawah pemerintahan Islam
dan mereka akan membayar Jizyah. Dengan itu Rasulullah I telah berjaya
membuka Daumatul Jandal. Mereka tunduk kepada pemerintahan Islam dan
melaksanakan sistem Islam di negara mereka.

Kisah Hiraklius

Ketika itu wakil yang Rasulullah I utuskan kepada Hiraklius telah pulang
ke perkhemahan tentera Islam. Hiraklius memang sudah mengetahui perihal
Islam dan perihal Rasulullah I. Dia masih belum mahu masuk Islam. Dia
mahu memastikan lagi tanda-tanda kenabian yang ada pada Baginda. Oleh
itu, dia telah mencari daripada kalangan rakyatnya seorang pemuda Arab
yang cerdik dan beragama Nasrani. Pemuda itu dikenali sebagai Tannukhi.
Dia mahu menghantar Tannukhi membawa surat balasan daripadanya kepada
Rasulullah I. Selain itu, Tannukhi diberi tugas untuk melihat sendiri tanda-
tanda kenabian yang ada pada Baginda. Adapun surat Rasulullah I kepada
Hiraklius kali ini berbunyi:

“Kesejahteraan kepada mereka yang mengikut petunjuk.
Sesungguhnya aku mengajak kamu kepada syurga yang seluas langit
dan bumi. Kalau kamu menolak Islam kamu akan menanggung dosa
para petani rakyat kamu.”

Apabila Hiraklius menghantar Tannukhi membawa jawapan kepada
surat Rasulullah I, dia berpesan, “Aku mahu kamu pastikan tiga perkara
dari Muhammad. Pertama kamu lihat apakah dia ingat suratnya kepada
aku. Yang kedua, adakah dia ada menyebut tentang waktu malam. Yang
ketiga, lihat alamat di antara dua bahunya.” Apabila Tannukhi sampai ke
Tabuk membawa surat Hiraklius, Rasulullah I menyambutnya dengan baik.
Hiraklius menulis kepada Rasulullah I:

“Daripada Hiraklius, Pemerintah Rom kepada Muhammad bin
Abdullah. Kamu telah mengajak aku kepada syurga yang seluas langit
dan bumi, maka di mana letaknya neraka?”

Apabila Rasulullah I membaca surat itu, Baginda bertanya kepada
Tannukhi, “Apakah yang Hiraklius lakukan kepada surat daku?” Telah
berlaku alamat pertama iaitu Rasulullah I bertanya tentang surat yang

437

Catatan Sejarah Rasulullah I

Baginda utuskan. Tannukhi berkata, “Dia menyimpannya.” Rasulullah I,
“Adapun Kisra, dia telah mengoyakkannya maka Allah I akan mengoyak-
ngoyakkan kerajaannya. Adapun Hiraklius, dia menyimpannya maka Allah
I akan simpan kerajaannya.”

Apabila Rasulullah I membaca pertanyaan Hiraklius, Baginda
menjawab, “Subhanallah, di mana malam apabila datang siang?” Berlakulah
alamat kedua yang dinantikan oleh Tannukhi. Namun untuk memastikan
alamat yang ketiga, Tannukhi merasa sukar kerana tentulah dia hanya boleh
melihatnya ketika Rasulullah I membuka belakangnya atau ketika Baginda
tidak memakai baju. Untuk tujuan itu, Tannukhi meminta izin dari Rasulullah
I untuk tinggal lebih lama bersama Baginda. Rasulullah I mengizinkannya
bahkan ketika Tannukhi bersama Rasulullah I, Baginda berdakwah
kepadanya. Memang Rasulullah I dapat melihat tanda-tanda kecerdikan
pada dirinya. Baginda telah memberikan perhatian istimewa kepada
Tannukhi demi dia dapat melihat kebenaran Islam. Selepas itu Rasulullah
I telah menyerunya lagi kepada Islam. Tannukhi menjawab, “Aku tetap
bersama dengan kaumku, kalau mereka Islam aku akan Islam.” Rasulullah I
bersabda, “Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi hidayah kepada orang
yang kamu sukai.” Walaupun Rasulullah I telah memberi perhatian khusus
kepada Tannukhi tetapi dia belum mahu masuk Islam. Demikianlah hidayah
itu sesungguhnya daripada Allah I. Dia akan mengurniakannya kepada
siapa yang Dia kehendaki. Sepanjang tempoh bersama dengan Rasulullah
I, Tannukhi berusaha untuk melihat alamat yang ketiga tetapi dia tidak
berjaya. Sabda Rasulullah I, “Wahai Tannukhi, mari sini dan lihatlah apa
yang kamu mahu melihatnya.” Dengan itu Tannukhi telah berjaya melihat
ketiga-tiga tanda yang diminta oleh Hiraklius.

Selepas itu dia pulang memberitahu Hiraklius apa yang telah dia lihat.
Sekarang telah nyatalah kepada Hiraklius kenabian Rasulullah I. Ketika itu
dia mengumpulkan rakyatnya dan berkata, “Apakah kamu sudah tahu tentang
kedatangan tentera Muhammad?” Mereka menjawab, “Kami sudah bersedia
untuk menghadapi tentera Muhammad!” Selepas itu Hiraklius mengumpulkan
pula para pemimpin Rom dan berucap, “Kamu tahu bagaimana ilmu aku
tentang Injil dan Taurat. Kamu juga tahu masih ada seorang Nabi yang belum
keluar. Demi Allah, semua tanda-tandanya ada pada Muhammad. Maka aku
menyeru kamu semua supaya beriman dengannya!” Mereka menolak Islam.
Hiraklius berkata, “Kalau kamu menolak Islam sedangkan dia seorang Nabi,
kita tidak akan mampu menentangnya. Kalau begitu aku berseru kamu semua
kepada tawaran yang kedua iaitu kita membayar jizyah kepadanya.” Mereka
membantah, “Ini adalah sesuatu yang memalukan. Apakah kita kuasa besar
dunia membayar jizyah kepadanya. Apa orang lain akan kata, sedangkan

438

Ghazwah Tabuk Bab 28
orang lain membayar jizyah kepada kita.” Hiraklius menambah lagi, “Kalau
begitu, aku menyeru kamu semua kepada tawaran yang ketiga dan aku tiada
pilihan lain lagi.” Mereka bertanya, “Apakah itu?” Hiraklius menjelaskan,
“Jangan kamu peranginya, demi Allah dia akan mengalahkan kamu.”
Mereka menerimanya, “Yang ini, kami terima.” Dengan itu dikeluarkan
arahan kepada tentera supaya jangan keluar. Rasulullah I dan tentera Islam
menunggu mereka, tetapi mereka tidak keluar. Akhirnya mereka menghantar
wakil memberitahu Baginda, “Demi Allah, kalau kamu tunggu kami sampai
setahun pun kami tidak akan keluar.”

Rasulullah I telah berada di Tabuk beberapa belas hari untuk menunggu
tentera Rom. Dalam tempoh itu, Yuhnah bin Ru’bah, Raja Ailah telah datang
mengadap Rasulullah I dan memeterai perjanjian damai dengan Rasulullah
I untuk tunduk kepada pemerintahan Islam dan membayar Jizyah kepada
Rasulullah I. Begitu juga perwakilan dari Qabilah Jarba’ dan Qabilah Azruh
telah datang menyerahkan Jizyah mereka dan berikrar untuk tunduk kepada
pemerintahan Islam. Dengan itu Rasulullah I telah berjaya mengawal
sempadan Utara wilayah Islam melalui semua perjanjian ini. Selepas itu,
tersebarlah berita bahawa Tabuk dan kawasan sekitarnya yang merupakan
kawasan jajahan Rom telah tunduk kepada Rasulullah I. Bahkan tentera
Rom tidak berani keluar untuk menghadapi tentera Islam. Dengan itu telah
terlaksanalah tujuan yang Baginda inginkan dalam operasi Tabuk. Selepas
itu Rasulullah I memerintahkan tentera Islam pulang semula ke Madinah.
Rasulullah I telah berjaya menyampaikan risalah Islam kepada bangsa
Rom. Islam telah digeruni bukan sahaja oleh kabilah-kabilah Arab malah
oleh kerajaan Rom. Kejayaan itu telah menyebabkan banyak lagi kabilah
Arab yang masuk Islam. Demikianlah Allah I telah mengangkat wibawa
agama Islam dan kebesaran Rasulullah I di mata dunia.

439

Bab 29

Operasi Kaum Munafik

Kembali ke Madinah
Tentera Islam bergerak meninggalkan Tabuk pulang ke Madinah membawa
kemenangan gemilang. Rasulullah r mahu menjadikan perjalanan pulang
juga penuh dengan tarbiah dan ilmu demi memberi nilai tambah kepada
para Sahabat y. Peluang bermusafir panjang bersama Rasulullah r seperti
ini amatlah mahal bagi para Sahabat y. Tidak hairanlah perjalanan pulang
ini juga sarat dengan panduan dan didikan. Di awal-awal perjalanan lagi
Rasulullah r telah memberitahu kepada semua tentera bahawa mereka akan
melalui sebuah batu yang ada air turun daripadanya tetapi air yang turun itu
hanyalah sedikit. Oleh itu Rasulullah r berpesan kepada sesiapa yang sampai
dahulu supaya jangan berbuat apa-apa terhadap sumber air itu sehinggalah
Baginda sampai. Sekumpulan kaum Munafik telah mendahului pergerakan
kafilah tentera Islam. Mereka telah sampai dahulu lalu mereka mengambil
air itu sehingga kering. Apabila Rasulullah r sampai, Baginda mendapati
air telah diambil. Rasulullah r menegur, “Bukankah aku sudah berpesan
supaya jangan ada sesiapa pun mengambil airnya sebelum aku sampai?”
Namun begitulah sikap para Munafiqin, mereka sentiasa sahaja mencari
jalan untuk menyusahkan Baginda. Rasulullah r meminta para sahabat y
mengumpulkan air yang sedikit itu untuk Baginda berwuduk. Selepas itu
Baginda menyimbahkan air wuduknya di atas batu itu. Para Sahabat y yang
menyaksikan kejadian itu menceritakan, “Ketika itu kami mendengar satu
suara seperti bunyi guruh lalu batu itu pecah dan mengeluarkan air yang

440

Operasi Kaum Munafiq Bab 29

deras. Rasulullah r bersabda:

“Laknat Allahlah ke atas mereka, Demi Allah, kalaulah mereka
membiarkannya nescaya dia akan menjadi sungai yang mengalir di
Semenanjung Arab tetapi mereka tidak membiarkannya. Demi Allah,
kalau kamu dipanjangkan umur kamu pasti melihat wadi ini akan
menjadi kawasan paling subur.”

Telah benarlah sabda Rasulullah r itu. Kawasan Tabuk yang subur
sehingga hari ini mendapat bekalan air dari mata air itu. Adapun Sayyidina
Abu Raham t dia mempunyai pengalaman istimewa bersama Rasulullah
r. Sayyidina Abu Raham t menceritakan, “Ketika kami dalam perjalanan
pulang itu aku mengantuk lalu unta aku melanggar unta Rasulullah r,
sehingga luka kaki Baginda. Unta aku telah melanggar kaki Rasulullah r
dua kali. Baginda memukul aku dengan rotannya supaya aku tersedar dari
tidurku. Aku merasa takut. Apabila tentera Islam berhenti rehat aku cepat-
cepat mengambil tugas mengembala kambing yang dibawa. Aku takut akan
turun wahyu terhadap perbuatan aku yang telah menyakiti Rasulullah r.
Apabila aku pulang dari mengembala, aku bertanya orang, adakah sesiapa
mencari aku. Mereka memberitahuku, “Rasulullah r mencari kamu.” Aku
semakin takut, sedangkan itulah yang aku takut dari tadi. Akhirnya aku
dibawa kepada Baginda. Rasulullah r berkata, “Wahai Abu Raham, kamu
telah menyakiti daku. Kamu telah melukakan kaki daku.” Aku meminta
maaf kepada Rasulullah r Rasulullah berkata kepada aku: “Daku telah
memukul kamu dengan rotan, sekarang ambillah rotan itu dan pukullah
daku semula. Kamu melanggar daku secara tidak sengaja tetapi daku telah
memukul kamu.” Aku berkata: “Tidak sekali-kali, wahai Rasulullah, rotan
itu untuk kamu.”

Rasulullah r telah memaafkan Sayyidina Abu Raham t malah Baginda
telah menghadiahkan kepada Sayyidina Abu Raham t wang dan beberapa
ekor kambing. Sayyidina Abu Raham menceritakan, “Inilah harta pertama
yang aku perolehi, selama ini aku tidak mempunyai harta. Sejak dari itu
aku melihat keberkatan berlaku kepada hartaku dari pemberian Rasulullah
r itu.” Kemudian Rasulullah r bertanya kepada aku, “Siapakah yang tidak
menyertai jihad ini?” Aku menyebutkan nama mereka satu-persatu kepada

441

Catatan Sejarah Rasulullah r

Baginda. Seterusnya Rasulullah r memberitahu aku bahawa Baginda sangat
sedih terhadap beberapa orang Sahabat y di kalangan Muhajirin dan Ansar
serta Bani Ghaffar dan Bani Aslam yang tidak menyertai kafilah tentera
Tabuk. Demikianlah Rasulullah r telah meluahkan kesedihan Baginda
terhadap sebahagian Sahabat y yang terlepas dari menyertai jihad kepada
orang-orang kepercayaan Baginda seperti Sayyidina Abu Raham t.

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud t berkata, “Pada suatu malam, aku
mendengar bunyi orang menggali tanah. Aku bangun tetapi aku hairan
siapakah yang menggali tanah di waktu tengah malam. Rupa-rupanya ada
orang menggali kubur kerana Sayyidina Abdullah Zulbujadain t telah
meninggal dunia. Aku mendapati Rasulullah r, Sayyidina Abu Bakar t
dan Sayyidina Umar t sendiri mengebumikannya. Rasulullah r berdiri
dalam lahad sementara Sayyidina Abu Bakar t dan Sayyidina Umar t yang
menurunkan mayatnya. Aku mendengar Rasulullah r berdoa: “Ya Allah,
aku telah redha dengannya maka engkau redhakanlah dia.” Ketika itu aku
bercita-cita alangkah beruntungnya kalaulah aku yang menjadi mayat itu.”
Ketika Sayyidina Abdullah Zulbujadain t berhijrah ke Madinah dia telah
meninggalkan semua hartanya di Mekah. Dia hanya membawa bersamanya
sehelai bujad iaitu kain selimut yang kasar. Dia terpaksa mengerat selimut
itu kepada dua bahagian. Satu dijadikan baju dan satu lagi dijadikan kain
untuk menjadi pakaiannya. Selepas itu dia digelar Zulbujadain.

Cubaan Membunuh Rasulullah r

Selepas itu kafilah tentera mendekati satu kawasan tinggi, Rasulullah r
segera mendahului tentera mendaki naik ke atas. Baginda tidak membenarkan
tentera mengikutnya. Sebaliknya Rasulullah r hanya membawa Sayyidina
Abu Zar t dan Sayyidina Huzaifah t menemani Baginda. Mereka bertiga
mendaki dengan unta. Dari atas tanah tinggi itu Rasulullah r memerhati
tentera yang lalu dibawahnya. Baginda mahu memeriksa barisan tentera
untuk memastikan semuanya berada dalam disiplin yang rapi. Ketika itu ada
empat belas orang Munafik ingin mengambil peluang itu untuk membunuh
Rasulullah r. Mereka mahu menolak Rasulullah r supaya jatuh dari tempat
tinggi itu. Mereka memanjat perlahan-lahan ke tempat itu tetapi Rasulullah r
dapat melihat pergerakan mereka. Perbuatan itu ternyata telah menyebabkan
Baginda sangat marah. Sayyidina Huzaifah t dapat melihat kemarahan
jelas pada muka Rasulullah r. Apabila dia berpaling kebelakang, dia melihat
ada empat belas orang tentera Islam sedang mendaki ke tempat mereka.
Sayyidina Huzaifah menceritakan, “Aku sangka Rasulullah r marah kerana
mereka telah melanggar perintah Baginda. Jadi aku segera bergerak ke arah
mereka untuk memberitahu mereka supaya jangan datang. Ketika itu aku

442

Operasi Kaum Munafiq Bab 29

hanya memegang satu tombak kecil. Aku terkejut kerana mereka semua lari
apabila melihat aku. Selepas aku kembali kepada Rasulullah r.”

Rasulullah r bertanya kepadaku, “Apakah engkau tahu apa yang
mereka mahu lakukan?” Rasulullah r memberitahu aku bahawa mereka
mahu menolak Baginda supaya jatuh dari tempat tinggi itu kerana mereka
mahu membunuh Baginda. Rasulullah r bertanya lagi, “Apakah aku dapat
mengenali mereka?” Aku memberitahu Rasulullah r bahawa mereka semua
menutup muka mereka, tetapi aku dapat mengenali mereka dari kabilah
mana berdasarkan kuda-kuda mereka. Rasulullah r memberitahu kepada
aku mereka itu pulan dan pulan dan pulan. Baginda telah menamakan mereka
seorang demi seorang. Aku bertanya Rasulullah r,: “Apakah kita beritahu
kepada kabilah mereka supaya setiap kabilah membunuh setiap orang yang
terlibat dari kalangan mereka?” Rasulullah r tidak membenarkan cadangan
itu. Baginda tidak mahu nanti orang akan menyebut bahawa Muhammad
menbunuh para Sahabatnya. Selepas Rasulullah r wafat, setiap kali berlaku
kematian, para Sahabat y menunggu reaksi Sayyidina Huzaifah t. Kalau
dia tidak hadir menyembahyangkan mayat itu tahulah mereka bahawa
mayat tersebut ada di dalam senarai nama golongan Munafik yang telah
disebutkan oleh Rasulullah r kepadanya. Sayyidina Abu Huzaifah t adalah
pemegang rahsia Rasulullah r terutama dalam mengenali golongan Munafik
di kalangan umat Islam. Begitulah berhikmahnya Rasulullah r, Baginda
tidak memberitahu hal ini kepada Sayyidina Abu Bakar t atau Sayyidina
Umar t kerana mereka adalah pemimpin. Kalaulah Amirul Mukminin tidak
datang menyembahyangkan mayat seseorang tentulah suasana akan menjadi
kelam kabut. Kalau Sayyidina Abu Huzaifah t yang bukan pemimpin tidak
hadir sembahyang mayat, tentulah masyarakat umum tidaklah mengambil
kira sangat.

Masjid Kaum Munafik

Apabila tentera Islam sampai di tempat persinggahan terakhir sebelum
sampai ke Madinah, Rasulullah r telah menghantar dua orang Sahabat
mendahului mereka. Kedua-dua Sahabat itu dari kaum Ansar, mereka
ialah Sayyidina Malik bin Dukhsyum dan Sayyidina Main bin Adi .
Mereka membawa arahan yang sangat pelik kerana ia tidak pernah berlaku
sebelum itu. Rasulullah r mengarahkan mereka masuk ke Madinah sebelum
ketibaan Baginda dan membakar sebuah masjid yang ada di Madinah.
Masjid yang Rasulullah r maksudkan itu telah dibina oleh orang-orang
Munafik. Sebelum berlaku Ghazwah Tabuk, orang-orang Munafik berusaha
mencari jalan untuk berbuat sesuatu di Madinah. Mereka mendapatkan
nasihat dari Abu Amir ar Rahib. Abu Amir adalah pahlawan kafir yang

443

Catatan Sejarah Rasulullah r
menggali lubang dalam peperangan Uhud untuk memerangkap Rasulullah
r. Dia telah menasihatkan mereka supaya mereka membina sebuah masjid.
Abu ‘Amir berjanji akan datang ke Madinah dan berpura-pura masuk
Islam. Selepas itu mereka akan menjadikan masjid itu pusat pergerakan
untuk menyebarkan pengaruh mereka. Masjid itu telah siap dibina sebelum
Rasulullah r berangkat ke Tabuk. Mereka telah menjemput Rasulullah
s.a.w sembahyang di situ kononnya untuk mengambil keberkatan Baginda.
Rasulullah r beritahu mereka bahawa Baginda sedang sibuk menyiapkan
tentera untuk operasi Tabuk. Setelah itu turun wahyu kepada Rasulullah
r bahawa masjid itu dibina untuk menghancurkan Islam. Sebab itulah
Rasulullah r menghantar dua orang Sahabat ini untuk membakarnya.
Mereka berdua telah membakar masjid itu walaupun ada percubaan daripada
orang-orang Munafik untuk menghalang mereka. Dalam al-Quran Allah I
ada menceritakan perihal masjid ini:

Dan (di antara orang-orang Munafik juga ialah) orang-orang yang
membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-
orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta
memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga
untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi

444

Operasi Kaum Munafiq Bab 29

Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang
buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah
yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan
untuk kebaikan semata-mata.” Padahal Allah menyaksikan, bahawa
sesungguhnya mereka adalah berdusta. Jangan engkau sembahyang di
masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba’ yang
engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar
taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang
padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka
(mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah
mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir
dan batin). Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang
didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari)
keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan
masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu
runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka?
Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada
orang-orang yang zalim. (Keruntuhan masjid) yang dibina oleh
mereka yang Munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-
kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak
akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah).
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Surah at-Taubah: 107-110)

Demikianlah pembongkaran yang Allah I lakukan untuk menggagalkan
perancangan jahat golongan Munafik. Di perhentian itu juga Rasulullah r
keluar menunaikan hajat Baginda sebelum waktu Subuh tetapi Baginda tidak
pulang sehinggalah matahari hampir terbit. Para Sahabat y merasa serba-salah
apakah mereka mahu menunggu Rasulullah r atau menunaikan sembahyang
dahulu. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk sembahyang sebelum
luput waktu Subuh. Mereka menolak Sayyidina Abdul Rahman bin Auf t
mengimami mereka. Pada rakaat kedua mereka bersembahyang, Rasulullah
r sampai dan ikut bersembahyang di belakang Sayyidina Abdul Rahman bin
Auf t. Setelah selesai sembahyang para Sahabat y mendapati Rasulullah
r berada di belakang mereka sedang menyempurnakan satu rakaat lagi.
Ketika itu mereka semua ketakutan. Mereka merasa bersalah kerana tidak
menunggu Rasulullah r dan salah seorang dari mereka telah tergamak
menjadi Imam kepada Baginda. Apabila Rasulullah r selesai sembahyang
terus Baginda berkata, “Kamu telah melakukan sesuatu yang baik dan
sesuatu yang betul. Menunaikan sembahyang di dalam waktunya lebih
baik dari kamu menunggu Nabi kamu.” Demikianlah kedudukan disiplin
menunaikan sembahyang pada waktunya.

445

Catatan Sejarah Rasulullah r

Selepas itu Rasulullah r memberitahu para Sahabat y bahawa di
Madinah ada golongan yang tidak keluar berjihad ke Tabuk tetapi mereka
mendapat ganjaran seperti mereka yang menyertai operasi Tabuk. Para
Sahabat y terkejut, bagaimanakah mereka yang tak keluar dari Madinah itu
mendapat ganjaran seperti mereka dapat juga. Rasulullah r memberitahu
mereka bahawa golongan itu ialah mereka yang benar-benar dihalang oleh
keuzuran yang tidak dapat dielak. Demikianlah Rasulullah r memberitahu
para Sahabat y bahawa orang yang dihalang oleh keuzuran yang hakiki dari
berjihad tetap mendapat ganjaran dari Allah I seperti mereka yang keluar
berjihad.

Kisah Sayyidina Kaab bin Malik t

Ketibaan Rasulullah r disambut meriah oleh penduduk Madinah. Kaum
wanita dan kanak-kanak menyambut kepulangan tentera Islam dengan paluan
kompang dan alunan nasyid. Mereka juga mahu meraikan kemenangan
Rasulullah r dan kemenangan Islam. Dalam kegembiraan dan kemeriahan
itu Rasulullah r sedang memerhati gelagat beberapa orang Sahabat y yang
tidak menyertai operasi Tabuk. Mereka yang tidak menyertai operasi Tabuk
adalah seperti berikut:

1. Yang ditugaskan menjaga Madinah seperti Sayyidina Ali dan
Sayyidina Muhammad bin Maslamah . Mereka ini mendapat pahala
seperti mereka yang keluar berjihad bersama Rasulullah r.

2. Golongan yang dimaafkan, mereka ialah orang cacat, orang yang sakit
dan orang yang sangat miskin sehingga tidak mampu menyediakan
keperluan untuk keluar berjihad bersama Rasulullah r.

3. Para Sahabat yang engkar terhadap arahan Rasulullah r seperti
Sayyidina Abu Lubabah t, Sayyidina Kaab bin Malik t dan kawan-
kawannya y.

4. Golongan Munafiqun yang memberi berbagai alasan kepada Rasulullah
r. Golongan ini Allah I telah membongkar alasan mereka dan Allah
I telah mengeji mereka.

Golongan Munafik yang tidak menyertai operasi Tabuk datang
memberikan pelbagai alasan mereka kepada Rasulullah r. Malah mereka
tidak malu sedikitpun untuk meminta Baginda memohon keampunan dari
Allah I kepada mereka. Rasulullah r telah menerima semua alasan yang
mereka kemukakan. Rasululah r telah memaafkan mereka justeru itu mereka
terselamat daripada hukuman. Dikatakan jumlah mereka lebih daripada
lapan puluh orang. Apabila Rasulullah r sampai ke Masjid Nabawi, Baginda
mendapati ada tujuh orang Sahabat y sedang mengikat diri mereka di tiang-

446

Operasi Kaum Munafiq Bab 29
tiang masjid. Mereka berkata, “Wahai Rasulullah r, kami ketinggalan
dari menyertai peperangan. Biarlah kami begini sehingga Rasulullah r
membebaskan kami.” Rasulullah r berkata, “Demi Allah, daku tidak akan
membebaskan mereka sehingga Allah I mengampunkan mereka.” Allah
I melihat keikhlasan taubat mereka lalu Allah I mengampunkan mereka.
Mereka ini adalah Sayyidina Abu Lubabah t dan kawan-kawannya y.
Firman Allah I:

Dan orang yang telah mengaku terhadap dosa-dosa mereka. Mereka
itu mencampurkan amalan kebaikan dengan amalan kejahatan.
Semoga Allah mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha
Pengampun dan Maha Mengasihani. (Surah at-Taubah: 106)
Walaupun mereka telah mendapat keampunan dari Allah I di atas taubat
mereka, mereka sangat rasa bersalah kepada Allah I dan Rasulullah r.
Justeru itu mereka telah membawa semua harta mereka dan menyerahkannya
kepada Rasulullah r. Mereka berkata, “Wahai Rasulullah r, inilah harta
kami yang menyebabkan kami tertinggal dari berjihad. Sebagai taubat
daripada kami, kami mahu korbankan semua harta kami ini.” Rasulullah
r berkata, “Aku tidak diperintah untuk mengambil harta kamu.” Mereka
merayu juga agar Rasulullah r menerima harta mereka kerana harta itulah
yang melalaikan mereka. Akhirnya turun wahyu terhadap rintihan mereka:

“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan
mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana
sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan
(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah at-Taubah: 103)
Rasulullah r mengambil sebahagian dari harta mereka kerana Allah

447

Catatan Sejarah Rasulullah r

I memerintah supaya Baginda mengambil sebahagian dari harta mereka.
Rasulullah r memulangkan sebahagian lagi kepada mereka. Itulah taubat
daripada Allah I kepada mereka setelah mereka mengaku dan menyesal
sungguh-sungguh di atas kesalahan, mereka bertaubat dan menebus
kesalahan mereka.

Pemboikotan
Selepas itu datang Sayyidina Kaab bin Malik t menyerah diri kepada
Rasulullah r kerana tidak menyertai operasi Tabuk. Sayyidina Kaab t
menceritakan, “Aku datang kepada Rasulullah r sedangkan aku berbisik
di dalam hati aku, demi Allah aku tidak akan selamat melainkan kalau aku
jujur. Ketika aku sampai kepada Rasulullah r, Baginda tersenyum kepadaku
tetapi dengan senyuman seorang yang marah. Rasulullah r bertanya kepada
aku, “Kenapa kamu ketinggalan, wahai Kaab?” Aku menjawab, “Wahai
Rasulullah r, demi Allah, aku tidak pernah mempunyai harta sebanyak
yang aku punyai pada hari ini. Demi Allah, aku tidak mempunyai sebarang
alasan untuk ketinggalan. Semuanya adalah kerana kelalaian, kecuaian
dan kelemahan aku.” Rasulullah r bersabda, “Adapun orang ini, dia telah
bercakap benar.” Kata-kata Rasulullah r ini memberi isyarat bahawa orang
lain yang datang dengan berbagai alasan kepada Rasulullah r semuanya
berbohong. Rasulullah r tidak bertindak apa-apa kepadaku. Baginda
berkata, “Tunggulah sehingga Allah I yang menentukannya.” Setelah itu
turun wahyu kepada Rasulullah r:

“Dan satu golongan lagi yang urusan mereka dipulangkan kepada
Allah sama ada Allah mahu mengazab mereka atau mengampunkan
mereka. Dan Allah itu Maha Mengetahui dan Maha bijaksana.”
(Surah at-Taubah: 106)
Mereka ini ialah Sayyidina Kaab bin Malik t, Sayyidina Hilal bin
Umayyah t dan Sayyidina Mararah bin Rabi’ t. Hukuman mereka
ditangguhkan sehingga ada ketentuan dari Allah I. Sayyidina Kaab t
menceritakan, “Setelah aku membuat pengakuan dan penyerahan kepada
Rasulullah r, aku pun pulang ke rumah. Ketika itu kaumku datang kepadaku
memberitahu aku bahawa mereka yang memberikan alasan semuanya

448

Operasi Kaum Munafiq Bab 29

dimaafkan oleh Rasulullah r. “Kenapa kamu tidak memberi satu alasan
kepada Rasulullah r? Rasulullah r akan meminta ampun untuk kamu.”
Mereka menyuruh aku memberi alasan kepada Baginda. Kerana desakan
mereka, hampir-hampir aku kembali kepada Rasulullah r memberikan
alasan sedangkan memang kelebihan aku pandai berhujah. Kemudian aku
bertanya kepada mereka, “Apakah ada orang lain yang berkata seperti aku?”
Mereka berkata, “Ada dua orang lagi iaitu Sayyidina Hilal dan Sayyidina
Mararah ” Apabila aku mengetahui dua orang Ahli Badar ini juga memberi
jawapan seperti jawapan aku, aku tekad biarlah apa pun yang akan berlaku,
aku tetap akan bersama mereka. Aku tidak jadi kembali kepada Rasulullah r
untuk memberi alasan.” Golongan ini Allah I telah lambatkan pengampunan
kepada mereka kerana taubat mereka tidak sampai peringkat kesungguhan
taubat Sayyidina Abu Lubabah t dan kawan-kawannya y yang mengikat
diri sendiri dalam masjid dan mengorbankan semua harta mereka untuk
menebus dosa.

Sayyidina Kaab t menceritakan lagi, “Selepas itu datang arahan kepada
semua penduduk Madinah supaya jangan bercakap dengan kami. Semua
orang Madinah memboikot kami sehingga apabila aku memberi salam
kepada mereka pun, mereka tidak menjawabnya. Kedua-dua orang kawanku
sudah tua, mereka hanya duduk di rumah, merintih, menangis dan bertaubat
kepada Allah I. Sedangkan aku masih muda, aku tetap keluar ke pasar dan
ke masjid. Semua orang tidak melayan aku. Aku tetap sabar. Apabila aku
datang ke masjid, aku memberi salam kepada Rasulullah r dan para Sahabat
y. Tidak ada seorang pun menjawab salam aku. Aku melihat bibir Rasulullah
r bergerak-gerak tetapi aku tidak mendengar Baginda menjawab salam
aku. Ketika bersembahyang aku curi-curi memandang Rasulullah r, aku
lihat Rasulullah r memandang aku tetapi apabila aku pandang Rasulullah
r, Baginda berpaling dari aku. Begitulah yang aku hadapi selama empat
puluh hari. Dalam masa itu Raja Ghasasinah telah menghantar surat kepada
aku. Dia berkata, “Telah sampai kepada kami apa yang Muhammad lakukan
kepada kamu sedangkan kedudukan kamu dalam kaum kamu lebih mulia
daripada diperlakukan begitu. Kalau kamu datang kepada kami nescaya kami
akan muliakan kamu.” Berlakulah ujian dalam diri aku di antara dua pilihan
Madinah Rasulullah r yang memboikot aku ataupun kerajaan Ghasasinah
yang memberi tawaran kepada aku. Aku tahu ini ujian untuk aku. Supaya
hati aku selamat, aku lemparkan surat ini ke dalam api.”

“Setelah empat puluh hari berlalu, Rasulullah r menghantar wakilnya
kepada aku memerintahkan aku supaya tidak menggauli isteriku.Aku bertanya
kepadanya apakah Rasulullah r mengarahkan aku menceraikan isteri aku.
Wakil itu memberitahu bahawa aku tidak perlu menceraikan isteriku tetapi

449

Catatan Sejarah Rasulullah r

Rasulullah r hanya mengarahkan aku supaya tidak menggaulinya sahaja.”
Ketika itu Sayyidina Kaab telah bersedia untuk melakukan apa sahaja demi
menebus kesalahannya. Sayyidina Kaab berkata, “Ketika aku menyuruh
isteri aku pulang ke rumah keluarganya, isteriku berkata kepadaku, “Hilal
dan Mararah mengekalkan isteri mereka di rumah, tetapi mereka tidak
menggauli isteri mereka.” Aku berkata kepada isteriku, “Mereka sudah
tua tetapi aku masih muda, nanti apa kata Rasulullah r kepada aku. Lebih
baik kamu pulang ke rumah keluarga kamu.” Sepanjang empat puluh hari
yang lepas Sayyidina Kaab t hanya dapat bercakap dengan isterinya
sahaja. Setelah dia menghantar isterinya pulang ke rumah keluarganya, dia
tidak mempunyai sesiapa lagi untuk bercakap dengannya. Dia hanya boleh
bercakap dengan Allah I dan Rasulullah r dalam munajat dan taubatnya.

Taubat Diterima

Sayyidina Kaab t menceritakan, “Akhirnya aku terasa dunia ini terlalu
sempit. Aku rasa sangat tertekan dan tidak mampu lagi untuk membawa diri.
Setelah berlalu lima puluh hari kami diboikot, aku sedang bersembahyang di
atas bumbung rumah aku. Keadaan aku sepertilah yang Allah sifatkan dalam
al-Quran. Hanya Allahlah tempat mengadu. Ketika itu aku mendengar satu
jeritan, “Wahai Kaab, bergembiralah! Wahai Kaab, bergembiralah!” Setelah
turun wahyu memberi pengampunan kepada kami, dua orang kawanku
berkejar untuk memberitahuku. Seorang menunggang kuda dan seorang
lagi berjalan kaki. Oleh kerana kawanku yang berjalan kaki merasa dia akan
terlambat, maka dia telah memanjat ke tempat tinggi dan menjerit supaya
suaranya sampai dahulu kepada aku. Aku telah menghadiahkan baju yang
aku pakai kepadanya kerana terlalu gembira dan bersyukur terhadap berita
itu. Sebenarnya itu sahaja baju yang aku miliki. Selepas itu aku terpaksa
meminjam pakaian isteriku.”

“Apabila aku pergi ke Masjid Nabawi, semua orang datang memberi
tahniah kepada aku. Oleh kerana ramainya orang, aku menghadapi kesulitan
untuk masuk ke dalam masjid. Akhirnya aku berjaya masuk ke dalam
masjid. Ketika itu Rasulullah r sedang duduk bersama para Sahabat utama
y. Aku memberi salam lalu mereka semua menjawab salamku. Ketika
itu Sayyidina Talhah bin Ubaidillah t bangun dan memelukku sambil
memberikan tahniah di atas pengampunan dari Allah I. Demi Allah, aku tak
akan lupakan perbuatannya itu. Selepas itu Rasulullah r berkata kepadaku,
“Bergembiralah wahai Kaab bin Malik.” Sabda Rasulullah r:

450

Operasi Kaum Munafiq Bab 29
“Bergembiralah, wahai Kaab bin Malik, bergembiralah dengan
hari yang paling baik kamu lalui sejak kamu dilahirkan oleh ibumu.”
Demikianlah sebuah taubat dan sebuah pengampunan daripada Tuhan.
Semua itu hanyalah kerana mereka ketinggalan daripada Jihad. Begitulah
kewajipan Jihad dalam Islam. Di atas taubat dan penebusan dosa yang
mereka lakukan, Allah I telah mengampunkan mereka bertiga. Firman
Allah I:

Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-
orang Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam
masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan
daripada mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian
Allah menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Amat Belas, lagi
Maha Mengasihani terhadap mereka. (Surah at-Taubah: 116)
Operasi Tabuk telah menyempurnakan proses dakwah di Semenanjung
Arab. Rasulullah r telah berjaya mengamankan sempadan pemerintahan
Islam di sebelah Utara sedangkan ia adalah sempadan kepada kerajaan Rom.
Selepas itu satu-persatu kabilah Arab datang menyatakan keislaman mereka
kepada Rasulullah r. Ghazwah Tabuk adalah ghazwah Rasulullah r yang
terakhir. Melalui Ghazwah Tabuk inilah Allah I telah menunaikan janjinya:

“Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan hidayah dan agama
yang benar untuk Dia menangkan agama-Nya ke atas segala agama
walaupun kaum Musyrikin tidak menyukainya.”
(Surah at Taubah : 33)

451

Catatan Sejarah Rasulullah r

Operasi Kaum Munafik

Selepas Rasulullah r pulang dari Tabuk, Baginda mahu menangani kaum
Munafik. Pada satu hari Rasulullah r telah mengumpulkan orang ramai di
masjid. Hampir semua orang datang termasuk kaum Munafik. Rasulullah r
menyampaikan satu khutbah yang sangat berbeza dari khutbah lain dalam
hidup Baginda. Dalam khutbah itu Rasulullah r menyebut:

“Wahai manusia, sesungguhnya di kalangan kamu sekarang, ada
golongan Munafik, siapa yang aku sebut namanya, sila bangun dan
tinggalkan masjid ini!”

Sesungguhnya kata-kata Rasulullah r itu menyebabkan semua para
Sahabat y cemas dan takut. Mereka merasakan diri mereka tiada jaminan
terselamat dari sifat nifaq. Kaum Munafik juga cemas kerana mereka sangat
tahu apa yang mereka lakukan selama ini. Rasulullah r telah menyebut nama
demi nama dalam senarai yang panjang sehingga Baginda menyenaraikan
tidak kurang dari tiga puluh enam nama. Kesemua mereka adalah Ketua-
ketua Munafiqin. Rasulullah r mahu memberi peringatan kepada mereka
kerana mereka telah semakin berani menentang Rasulullah r. Mereka tidak
mahu ikut serta dalam perang Tabuk. Mereka keluar berkhemah berdekatan
dengan perkhemahan tentera Islam dengan tujuan melemahkam semangat
tentera Islam dan kemudian pulang semula ke Mekah. Mereka juga telah
cuba membunuh Rasulullah r dan mereka sudah berani membina sebuah
masjid untuk merosakkan umat Islam.

Di dalam khutbah itu, Rasulullah r tidak menyebut nama Abdullah bin
Ubay kerana keMunafikan Abdullah bin Ubay ini sudah diketahui umum.
Khutbah Rasulullah r itu telah memberi satu tamparan yang hebat kepada
kaum Munafik. Selepas itu, mereka tidak berani lagi menonjolkan diri
mereka. Segala pergerakan mereka dilakukan dengan penuh rahsia. Mereka
tidak lagi berani melakukan perbuatan yang nyata dan jelas seperti sebelum
ini.

Di dalam khutbah itu juga, Rasulullah r memberi khabar gembira kepada
orang yang beriman bahawa mereka akan berjaya membuka Hirah. Hirah
adalah sebuah kerajaan Arab yang besar di Iraq. Rasulullah r menceritakan,
“Seolah-olah aku dapat melihat istana-istananya dan pintu kubunya dibuka
oleh umat Islam. Orang pertama yang keluar dari kubu ialah Syaima’

452

Operasi Kaum Munafiq Bab 29

binti Nufailah al-Uzdiyyah menunggang seekor baghal memakai purdah
berwarna hitam.” Demikianlah Rasulullah r telah menceritakan pelbagai
peristiwa yang akan berlaku kepada umat Islam ini. Para Sahabat y cukup
yakin bahawa apa sahaja yang Rasulullah r sebut pasti akan terjadi. Ketika
itu bangun seorang Sahabat t yang dikenali sebagai Sayyidina Yahya bin
Zakariya t. Dia terus meminta kepada Rasulullah r, “Wahai Rasulullah
r, berikan Syaima’ kepadaku.” Rasulullah r berkata, “Dia untuk kamu.”
Selepas Rasulullah r wafat, Sayyidina Yahya bin Zakaria t ikut menyertai
Pembukaan Hirah. Tentera Islam yang dihantar ke Hirah dipimpin oleh
Sayyidina Khalid bin al-Walid t. Maha Suci Allah, apabila Hirah telah
menyerah kepada Islam, orang pertama yang keluar dari kubu mereka ialah
Syaima’ di atas seekor baghal dan dia memakai purdah hitam. Apabila
Syaima’ keluar, Sayyidina Yahya bin Zakaria t terus memegang tali
baghal Syaima’ sambil menyebut, “Ini untuk aku.” Orang lain memarahinya
kerana ghanimah belum dibahagikan lagi. Sayyidina Yahya t bertegas,
“Rasulullah r yang memberikannya kepadaku.” Mereka lebih terkejut lagi
dengan kenyataan Sayyidina Yahya t kerana Rasulullah r sudah wafat
ketika itu. Sayyidina Yahya t memberitahu mereka, “Rasulullah r telah
memberikannya kepada aku sebelum Baginda wafat lagi.” Akhirnya mereka
mengadu kepada Sayyidina Khalid al Walid t. Sayyidina Khalid al Walid t
memanggil Sayyidina Yahya t lalu bertanya, “Wahai Yahya, semua orang
boleh mendakwa tetapi mana bukti kamu?” Ketika itu ada dua orang Sahabat

yang menyertai tentera itu turut berada di dalam majlis Rasulullah r
ketika Baginda menceritakan perihal Pembukaan Hirah kepada umat Islam.
Sayyidina Muhammad bin Maslamah dan Sayyidina Muhammad bin Bisyr

telah menjadi saksi kepada Sayyidina Yahya t bahawa Rasulullah r telah
menyerahkan Syaima’ kepada Sayyidina Yahya t. Setelah Hirah diserahkan
kepada Sayyidina Khalid al Walid t, Abdul Masih bin Nufailah pemerintah
Hirah yang juga saudara lelaki Syaima’ datang mencari Syaima’. Dia telah
menyerahkan Hirah kepada orang Islam dengan suluh jizyah sedangkan adik
perempuannya telah diambil oleh Sayyidina Yahya t sebagai jariah. Dia
meminta Sayyidina Yahya t mengembalikan adiknya. Sayyidina Yahya
t tidak mahu menyerahkannya. Kata Abdul Masih, “Aku akan membayar
kepada kamu berapa yang kamu mahu sebagai tebusannya.” Sayyidina
Yahya t berkata, “Demi Allah, aku tidak akan menyerahkannya sehinga
kamu membayarkan kepada aku seribu dirham.” Abdul Masih terkejut,
dia menyangka Sayyidina Yahya t akan meminta satu jumlah yang besar
sedangkan seribu dirham baginya kecil sangat. Dia terus membayarnya dan
mendapatkan adiknya semula.

Selepas itu semua orang menegur Sayyidina Yahya t, “Kenapa kamu
hanya minta seribu dirham? Demi Allah, kalau kamu minta seratus ribu

453

Catatan Sejarah Rasulullah r

dirham pun dia akan bayar.” Sayyidina Yahya t terkejut, “Subhanallah,
apakah ada jumlah yang lebih besar dari seribu dirham?” Demikianlah
keagungan hati Sahabat y apabila dunia tidak lagi berada di hati mereka.
Kemuliaan mereka bukan kerana ilmu pengetahuan mereka yang tinggi
tetapi kerana kekuatan iman yang bertapak di dalam hati mereka. Layaklah
mereka mendapat pandangan Allah I dan keberkatan Rasulullah r.
Ketinggian rohaniah itulah yang dipandang oleh Allah I bukan lahiriah
mereka. Kekuatan rohaniah itu telah mendorong mereka berjuang dan
berkorban berhabis-habisan lalu Allah I tundukkan dunia kepada mereka.
Benarlah janji Allah I, apabila mereka membantu Allah I, pasti Allah I
membantu mereka.

“Wahai orang-orang yang beriman! Kalau kamu tolong Allah,
nescaya Allah akan tolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.”
(Surah Muhammad: 7)

Kematian Ketua Munafik

Apabila Rasulullah r bertegas terhadap kaum Munafik sehingga masjid
mereka dibakar, Abdullah bin Ubay diserang tekanan perasan yang amat
sangat dan akhirnya dia mati kerana terlalu tertekan. Sebelum dia meninggal
dunia, dia telah menjemput Rasulullah r datang ke rumahnya. Ketika
Rasulullah r datang, Abdullah bin Ubay sedang menghadapi sakaratul maut.
Walaupun sedang nazak, Abdullah bin Ubay masih menyebut-nyebut nama
para pemimpin Yahudi yang merupakan sekutunya. Dia kesal kenapa mereka
tidak datang menziarahi kematiannya. Rasulullah r berkata, “Bukankah aku
telah melarang kamu berkasih sayang dengan orang-orang Yahudi?”Abdullah
bin Ubay menjawab, “Asad bin Zurarah telah membenci mereka tetapi dia
tidak mendapat apa-apa dari kebencian itu.” Dia masih mahu menyakiti
hati Rasulullah r. Ternyata kata-katanya telah menyebabkan kemarahan
Baginda r. Katanya lagi, “Wahai Muhammad, janganlah marahkan aku,
ini bukan waktunya, aku sedang di saat-saat terakhir sebelum kematianku.”
Ketika itu Abdullah bin Ubay membuat permintaan kepada Rasulullah r,
“Wahai Muhammad, jadikanlah pakaian yang kamu pakai sekarang ini
kafan mayatku nanti dan engkaulah yang mengimami sembahyang mayatku,
jangan biarkan ia kepada orang lain.” Rasulullah r tidak menolak permintaan
itu. Abdullah bin Ubay menyangka apabila dia dikafankan dengan pakaian

454

Operasi Kaum Munafiq Bab 29

Rasulullah r, dia boleh selamat dari azab neraka.
Setelah dia meninggal dunia, maka Rasulullah r pun datang untuk

sembahyangkannya tetapi dihalang oleh Sayyidina Umar al-Khattab t.
Sayyidina Umar t berkata, “Wahai Rasulullah r, jangan sembahyangkannya!
Dia ini jelas Munafik!” Rasulullah r tetap mahu menyembahyangkannya.
Sayyidina Umar t merasa cemas melihat peristiwa itu sehingga apabila
Rasulullah r mahu mengangkat takbir, Sayyidina Umar t datang dan
menarik tangan Baginda r. Sayyidina Umar t berkata, “Wahai Rasulullah r,
ini Munafik! jangan sembahyangkan dia sedangkan Allah I melarang kamu
meminta ampun terhadap orang Munafik! Allah I sebut kalau kamu minta
ampun terhadap mereka 70 kali pun, Allah tidak akan mengampunkannya!”
Rasulullah r menjelaskan, “Wahai Umar, daku akan memohon ampun untuk
mereka lebih dari 70 kali, semoga Allah mengampunkannya.” Demikianlah
hati seorang Rasulullah r. Kasih sayangnya kepada umatnya sangat agung.
Abdullah bin Ubay telah sangat menyakiti Rasulullah r semasa hidupnya.
Dialah yang mencetuskan fitnah terhadap Ummul Mukminin Sayyidatina
Aisyah dan dialah yang mengetuai semua perancangan jahat Munafik.
Namun semua itu tidak menimbulkan dendam dalam hati Baginda r.
Akhirnya Rasulullah r menyembahyangkannya. Setelah itu turun ayat
wahyu menyokong pandangan Sayyidina Umar t. Firman Allah I:

(Orang-orang manufik itu) sama sahaja engkau meminta ampun
untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika
engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh
kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka;
yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan Rasul-
Nya; dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum
yang fasik. (Surah at-Taubah: 80)
Apabila disampaikan ayat-ayat ini kepada Sayyidina Umar t, beliau
berkata, “Aku tidak hairan dengan semua ini tetapi aku hairan bagaimana
aku begitu berani sehingga aku menarik tangan Rasulullah r.” Begitulah
hati Sayyidina Umar t, dia menderita kerana dia telah merasakan dia telah

455

Catatan Sejarah Rasulullah r
berlaku biadap terhadap Rasulullah r. Hatinya lebih nampak kesalahan dan
kelemahan dirinya. Demikianlah hati yang telah didik oleh Rasulullah r.

456

Bab 30

Haji Dan Khutbah Wada’

Sariyah Sayyidina Khalid t kepada Bani Harist bin Kaab
Pada akhir tahun kesembilan Hijriah juga, Rasulullah r telah menghantar
Sayyidina Khalid t memimpin sariyah kepada Bani Harist bin Ka’ab.
Apabila mereka melihat tentera Islam tiba, mereka menyerah diri dan
masuk Islam. Selepas itu mereka menghantar perwakilan mereka mengadap
Baginda. Rasulullah r telah bercakap kepada mereka dalam satu ucapan
yang tegas. Ucapan itu dibuat di hadapan orang ramai kerana Rasulullah
r mahukan ia tersebar kepada semua kabilah Arab yang lain. Baginda
berkata, “Apakah kamu tidak mahu menerima Islam sehingga tentera datang
kepada kamu?” Rasulullah r mengulang-ulangkan pertanyaan itu sampai
empat kali kepada mereka. Tiada sesiapa berani menjawab pertanyaan itu.
Rasulullah r berkata, “Demi Allah, kalaulah Khalid tidak membawa kamu
ke sini untuk Islam, daku akan jadikan kepala-kepala kamu berada dibawah
tapak kakinya!” Ketika itu bangun salah seorang yang bijaksana di kalangan
mereka dan berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih berjasa. Demi Allah,
yang membawa kami ke sini bukan kamu, wahai Rasulullah juga bukan
Khalid tetapi yang membawa kami ke sini adalah Allah I.” Rasulullah r
bersabda, “Kamu berkata benar.”

Selepas peristiwa itu, ucapan Rasulullah r kepada Bani Harist telah
tersebar kepada seluruh kabilah lain. Barulah mereka merasa gerun dan
cemas terhadap keadaan mereka yang belum mahu tunduk kepada Islam.

457

Catatan Sejarah Rasulullah r

Apakah mereka juga mahu menunggu tentera datang barulah mereka mahu
masuk Islam sedangkan kebenaran Islam sudah jelas dan terang malah
kekuasaannya telah besar dan luas. Selepas itu kabilah demi kabilah telah
menghantar perwakilan mereka kepada Rasulullah r untuk menyatakan
keislaman mereka. Islamnya Bani Harist dan ucapan Rasulullah r kepada
mereka menyebabkan semua kabilah yang belum Islam segera menghantar
wakil mereka untuk menyatakan keislaman mereka.

Apabila kabilah Bujailah dan kabilah Uzdi di Yaman memeluk Islam,
Rasulullah r menghantar dua orang sahabat Baginda untuk mengajarkan
agama Islam dan mendidik mereka. Rasulullah r telah memilih Sayyidina
Muaz bin Jabal dan Sayyidina Abu Musa al-Asyaari t untuk tugasan itu.
Ketika melepaskan mereka bertolak ke Yaman, Rasulullah r telah memeluk
Sayyidina Muaz t dan berkata, “Kemungkinan aku tidak akan bertemu
lagi dengan kamu selepas ini.” Mendengar kata-kata itu, Sayyidina Muaz
t menangis kerana dia tahu, Rasulullah r sedang menyampaikan takziah
daripada Baginda kepadanya.

Selepas itu Rasulullah r menghantar Sayyidina Ali pula ke Yaman.
SayyidinaAli ditugaskanuntukmengambilsatuperlimadaripadaghanimah
yang diperolehi oleh pasukan Sayyidina Khalid t bagi pihak Rasulullah r.
Sayyidina Ali juga dilantik sebagai Kadhi di Yaman. Sayyidina Ali
menceritakan, “Rasulullah r telah menghantar aku ke Yaman. Aku bertanya
kepada Baginda, “Wahai Rasulullah r, kamu menghantar aku kepada kaum
yang lebih tua daripada aku. Aku masih muda dan tidak mahir dalam urusan
perundangan Islam.” Rasulullah r meletakkan tangannya ke dadaku dan
Baginda berdoa, “Ya Allah, tetapkanlah lidahnya dan pimpinlah hatinya.”
Kemudian Rasulullah r berpesan, “Wahai Ali, apabila kamu menghakimi
di antara dua orang yang bertelingkah, janganlah kamu membuat keputusan
sehingga kamu mendengar setiap pihak dari mereka. Sekiranya kamu
melakukan disiplin ini penyelesaiannya akan menjadi jelas kepada kamu.”
Selepas itu Sayyidina Ali telah kembali daripada Yaman ke Mekah dan
menunaikan haji bersama Rasulullah r dalam Haji Wada’.

Seterusnya Rasulullah r menghantar para wakil Baginda kepada
semua negara dan kabilah yang telah menerima Islam untuk mendidik dan
memimpin mereka. Para wakil juga berperanan untuk mengutip zakat di
tempat yang mereka wakili. Rasulullah r menghantar Sayyidina Muhajir
bin Abi Umayyah t ke San’a, Sayyidina Ziyad bin Lubaid al Ansari t ke
Hadhramaut, Sayyidina ‘Udai bin Hatim t kepada Bani Taiy dan Bani Saad,
Sayyidina Malik bin Nuwairah t kepada Bani Hanzalah dan Sayyidina A’la
bin al Hadhrami t ke Bahrain.

458

Haji Dan Khutbah Wada’ Bab 30

Turunnya Surah an-Nasr

Tidak beberapa lama, turunlah Surah an-Nasr :

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau
melihat manusia masuk dalam Agama Allah beramai-ramai, Maka
ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun
kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Apabila ayat-ayat ini diturunkan, Sayyidina Abu Bakar t telah
menangis. Para Sahabat y bertanya, “Kenapa kamu menangis, wahai Abu
Bakar? Bukankah ini berita gembira dari Allah?” Sayyidina Abu Bakar t
menjawab, “Dalam ayat-ayat ini, Allah I telah memberi takziah kepada kita
terhadap Rasulullah r. Ayat-ayat ini adalah tanda kewafatan Rasulullah r.
Apabila manusia telah masuk ke dalam agama Allah berbondong-bondong
maka telah selesailah tugas Rasulullah r.” Rasulullah r telah menunaikan
tanggungjawabnya. Islam telah tersebar ke seluruh Semenanjung Arab.
Semua kabilah di Semenanjung Arab telah memeluk Islam bahkan Islam
telah sampai ke Rom dan Parsi. Perjuangan selepas ini akan wariskan kepada
generasi Sahabat y dan Tabi’in. Merekalah yang akan bertanggungjawab
menyambung perjuangan Rasulullah r bahkan mengutip hasil daripada
perjuangan Baginda r. Allah I telah membenarkan janjinya kepada Rasul-
Nya. Di tangan Sahabat y dan Tabi’in telah berlaku pembukaan demi
pembukaan sehingga tiga suku dunia tunduk kepada kekuasaan Islam.

Selepas Perjanjian Hudaibiyah, Islam telah berkembang dengan begitu
pesat sehingga menguasai seluruh Semenanjung Arab. Pada tahun keenam
Hijriah kekuatan umat Islam hanyalah seribu empat ratus orang. Merekalah
yang telah bersama Rasulullah r menyaksikan perjanjian Hudaibiyah.
Mereka terdiri dari Muhajirin dan Ansar serta beberapa wakil dari kabilah
Arab yang lain. Pada tahun ke lapan Hijriah iaitu dua tahun selepas itu
tentera Islam yang menyertai Rasulullah r dalam Pembukaan Mekah adalah
sepuluh ribu orang lelaki. Pada awal tahun kesembilan Hijriah tentera Islam
yang bersama dengan Rasulullah r dalam Perang Tabuk adalah tiga puluh
ribu orang. Manakala pada tahun kesepuluh Hijriah, selepas kedatangan
perwakilan demi perwakilan menyatakan keislaman mereka, seramai seratus

459

Catatan Sejarah Rasulullah r

ribu orang lelaki telah menyertai Rasulullah r dalam haji Wada’. Dalam
masa empat tahun sahaja kekuatan umat Islam bertambah dari seribu empat
ratus orang lelaki kepada seratus ribu orang lelaki. Seratus ribu orang lelaki
adalah mereka yang menyertai Haji Wada’. Ini tidak termasuk dengan umat
Islam yang tidak dapat menyertai haji ini. Maha benarlah Allah I ketika
memberitahu Rasulullah r bahawa Perjanjian Hudaibiyah adalah satu
pembukaan.

Demikianlah Islam itu telah berkembang. Manusia berbondong-bondong
masuk Islam. Mereka telah menerima Islam bukan kerana diperangi tetapi
kerana mereka telah melihat model Islam yang cantik, indah dan gagah.
Demikianlah yang Allah I perlakukan kepada agamanya apabila para
pejuangnya bertaqwa. Islam telah menang bukan kerana senjata tetapi
kerana akhlak dan taqwa. Bukankah jumlah sahabat y yang terkorban dalam
peperangan Islam terhadap kekafiran bermula dari Rasulullah r memulakan
dakwahnya sehingga seluruh Semenanjung Arab menerima Islam hanyalah
berapa korban sahaja. Malah bilangan korban orang kafir dalam peperangan
menentang Islam juga terlalu sedikit. Bukankah model masyarakat Islam
yang sangat bertaqwa oleh Rasulullah r dan para sahabat y di Madinah
telah menyebabkan manusia dapat melihat kebenaran dan keindahan Islam
lalu mereka berdatangan menerima Islam.

Ayat-ayat surah an-Nasr adalah isyarat bahawa agama Islam telah
sempurna dan telah kukuh. Wahyu yang turun untuk membina keperibadian
seorang muslim yang bertaqwa dan untuk membina sebuah model
masyarakat Islam telah sempurna. Umat Islam kini digeruni bukan saja oleh
bangsa Arab tetapi oleh Rom dan Parsi. Rasulullah r telah menyampaikan
risalah Islam kepada semua pembesar dunia ketika itu. Perutusan Rasulullah
r telah sampai kepada Kisra; Raja Parsi, Qaisar; Raja Rom, Najasyi; Raja
Habsyah, Muqauqis; Raja Mesir dan kepada para pemimpin dunia yang lain.
Mesej Islam telah disampaikan. Daulah Islam juga telah kukuh. Seluruh
Semenanjung Arab kini berada di bawah pemerintahan Islam. Demikianlah
Allah I telah mengangkat agama dan Rasul-Nya.

Haji Wada’

Pada tahun kesepuluh Hijriah, perwakilan terus berdatangan ke Madinah.
Selepas Ghazwah Tabuk, tiada lagi peperangan yang disertai oleh Rasulullah
r. Pada bulan Zulkaedah, tahun kesepuluh Hijriah, Rasulullah r telah
mengumumkan kepada semua umat Islam bahawa Baginda mahu menunaikan
haji. Itulah satu-satunya haji yang dilakukan oleh Rasulullah r selepas
berhijrah ke Madinah. Rasulullah r telah menunaikan empat kali umrah

460

Haji Dan Khutbah Wada’ Bab 30

sepanjang hidup Baginda. Ini termasuk sekali umrah semasa menunaikan
haji Wada’. Oleh kerana inilah satu-satunya haji yang Rasulullah r lakukan,
ia adalah satu peristiwa penting dan besar kepada umat Islam. Baginda
mahu membuka peluang kepada semua umat Islam untuk menunaikan haji
bersama Rasulullah r. Setiap kabilah telah menghantar perwakilan mereka
untuk menunaikan haji dengan Baginda. Maka terkumpullah hampir seratus
ribu orang lelaki untuk menyertai kafilah haji Rasulullah r.

Kafilah Rasulullah r bergerak dari Madinah pada bulan Zulkaedah
tahun kesepuluh Hijriah. Rasulullah r melantik Sayyidina Abu Dujanah
t sebagai Wali di Madinah. Apabila sampai di Zulhulaifah, Rasulullah
r bermalam di situ. Pada hari berikutnya barulah Rasulullah r memakai
Ihram. Baginda membawa seratus ekor binatang korban untuk Baginda
korbankan dalam ibadah haji kali ini. Sepanjang perjalanan ke Mekah,
Rasulullah r bersama kafilah haji Islam seramai seratus ribu orang lelaki
itu melaungkan talbiah, takbir dan tahmid memuji dan membesarkan Allah
I. Bergemalah Semenanjung Arab oleh talbiah, takbir dan tahmid mereka.
Dalam perjalanan, Rasulullah r mendapati ada seorang lelaki yang sudah
tua berjalan kaki menuju ke Mekah. Apabila Baginda bertanya tentang lelaki
itu, para Sahabat y memberitahu bahawa lelaki itu telah bernazar untuk
mengerjakan haji dengan berjalan kaki. Rasulullah r bersabda, “Allah I
bukan mahu menyeksa hamba-Nya dengan ibadah haji,” lalu Rasulullah r
memerintahkan dia supaya menunggang kenderaan. Lelaki ini pun mentaati
perintah Rasulullah r. Baginda ingin mengajar umat Islam bahawa agama
Islam ini adalah agama yang mudah. Malah Rasulullah r sendiri apabila
diberi pilihan antara dua perkara, Baginda akan memilih yang paling mudah
demi kemudahan kepada semua umat Baginda.

Selepas itu ada seorang perempuan datang kepada Rasulullah r dan
mengangkat anak kecilnya sambil bertanya kepada Baginda, “Wahai
Rasulullah r, apakah anak ini juga mendapat pahala haji?” Rasulullah r
menjawab, “Ya dan kamu juga mendapat pahalanya.” Demikianlah ibunya
juga diberi pahala kerana dia akan terpaksa berletih mengawalnya dan
menjaganya sepanjang ibadah haji. Namun haji itu tidak dikira sebagai
menunaikan haji yang rukun. Apabila kanak-kanak itu sudah baligh dia
masih wajib menunaikan haji yang fardhu.

Rasulullah r menunaikan Haji Qiran iaitu Baginda menunaikan umrah
dan haji dengan ihram yang sama. Sebelum sampai ke Mekah, Rasulullah
r bermalam di Zi Thuwa. Apabila sampai di Mekah, Baginda mengerjakan
umrah. Selepas itu Baginda tidak bertahallul tetapi Baginda meneruskan
ihramnya. Rasulullah r bersabda, “Kalaulah aku tidak membawa binatang

461

Catatan Sejarah Rasulullah r

korban, nescaya aku melakukan haji Tamattu’”, lalu Rasulullah r
menganjurkan kepada para sahabat y yang tidak membawa binatang korban
supaya melakukan Haji Tamattu’. Dengan itu, Imam Syafie berpendapat
bahawa haji yang paling baik ialah Haji Tamattu’. Selepas menunaikan
umrah, Rasulullah r dan para sahabat y berkhemah di Abtoh. Semasa
Baginda berada di Abtoh, Sayyidina Ali tiba dari Yaman. Sayyidina
Ali melihat isterinya Sayyidah Fatimah sudah bertahallul sedangkan
Rasulullah r masih berihram. Sayyidah Fatimah memberitahu Sayyidina
Ali bahawa Rasulullah I yang memerintahkan mereka bertahallul.
Selepas itu Rasulullah r bertanya kepada Sayyidina Ali , “Bagaimanakah
dia berniat haji?” Sayyidina Ali , “Aku berniat seperti niat Rasulullah r.”
Sayyidina Ali juga membawa bersamanya binatang korban dari Yaman.
Rasulullah r bersabda, “Kalau begitu, teruskan ihram kamu.” Ketika itu
Sayyidina Abu Musa al Asyari t juga sampai dari Yaman tetapi dia tidak
membawa binatang korban. Rasulullah r menganjurkan dia melakukan Haji
Tamattu’.

Pada hari kelapan Zulhijjah, Rasulullah r bergerak ke Mina. Hari ke
lapan Zulhijjah dinamakan Hari Tarwiyah kerana pada hari itu para jemaah
haji mengambil air sebagai bekalan ke Mina. Mina pada waktu itu tidak
mempunyai sumber air. Pada hari kesembilan Zulhijjah, Rasulullah r
meneruskan perjalanan ke Muzdalifah dan dan kemudian Baginda terus ke
Arafah. Kaum Quraisy sebelum Islam akan berhenti di Muzdalifah, mereka
tidak pergi ke Arafah. Semua kabilah lain akan pergi ke Arafah tetapi Quraisy
berhenti di Muzdalifah. Mereka berpendapat sebagai penduduk Mekah
mereka tidak perlu pergi ke Arafah. Sebenarnya semua orang menanti-nanti
apakah Rasulullah r akan berhenti di Muzdalifah sahaja seperti Quraisy atau
Baginda juga pergi ke Arafah. Ternyata Rasulullah r berhenti di Muzdalifah
tetapi selepas itu Baginda meneruskan perjalanan ke Arafah. Rasulullah
r telah membatalkan keistimewaan yang dicipta oleh Quraisy untuk diri
mereka. Bahkan Rasulullah r bersabda:

“Haji itu adalah Arafah.”

462

Haji Dan Khutbah Wada’ Bab 30
Khutbah Haji Wada’
Apabila sampai di Arafah, Rasulullah r berkhemah di Namirah. Di situlah
Baginda menyampaikan khutbahnya yang masyhur yang disebut Khutbatul
Wada’. Rasulullah r telah menyampaikan rangkuman agama Islam dalam
Khutbah Haji itu. Sabda Rasulullah r:

“Sesungguhnya puji-puja itu hanya untuk Allah I, kepada-Nyalah
kita memohon ampun dan bertaubat.”

“Kepadanya kita memohon perlindungan Allah I dari kejahatan
diri kita dan kejahatan perbuatan kita.”

“Barangsiapa yang telah diberi petunjuk oleh Allah, tidak ada
orang lain boleh menyesatkannya. Barang siapa yang disesatkan oleh
Allah, tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya.”

“Daku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa,
tiada sekutu bagi-Nya dan daku naik saksi bahawa Muhammad adalah
hamba-Nya dan Rasul-Nya.”

“Daku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah, supaya
bertaqwa kepada Allah dan daku menyeru kamu agar mentaati-Nya

463

Catatan Sejarah Rasulullah r
dan daku mohon pembukaan yang baik.”

“Seterusnya, wahai manusia, dengarlah daripada daku kerana daku
mahu menerangkan kepada kamu.”

“Kerana daku tidak tahu, mungkin daku tidak dapat lagi bertemu
dengan kamu selepas tahun ini di tempatku ini.”
Kemudian Rasulullah r berhenti seketika. Baginda bertanya kepada
semua yang hadir:

“Wahai manusia, hari apakah hari ini?”

Mereka menjawab, “Hari ini adalah hari Haji Akbar.”

Rasulullah r bertanya lagi, “Bulan apakah bulan ini?”

Mereka menjawab, “Ini bulan Haram, wahai Rasulullah r.”

Rasulullah r bertanya lagi, “Tanah apakah tanah ini?”

464

Haji Dan Khutbah Wada’ Bab 30

Mereka menjawab, “Ini Tanah Haram, wahai Rasulullah r.”
Kemudian Rasulullah r menyambung kembali khutbahnya. Baginda
menyampaikan beberapa pesanan penting untuk umat Islam. Rasulullah r
mahu mengambil peluang ini untuk mengukuhkan lagi perundangan penting
dalam kehidupan umat Islam. Rasulullah r bersabda:

“Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram ke
atas kamu, sehinggalah kamu bertemu dengan Tuhan kamu sepertilah
Haramnya hari ini dalam bulan ini dan di tempat ini.”

Maksudnya darah seorang Islam, nyawa seorang Islam dan hartanya
adalah haram diambil oleh orang lain. Besarnya keharaman nyawa dan harta
seorang Islam ini sepertilah besarnya keharaman yang ada pada hari Haji
Akbar, pada bulan Haram dan pada Tanah Haram. Kemudian Rasulullah r
menyambung lagi:

“Apakah daku telah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah!”
Rasulullah r bertanya kepada umat Islam yang hadir ketika itu,
apakah Baginda telah menyampaikan mesej Allah I yang Allah I
pertanggungjawabkan kepada Baginda sebagai seorang Rasul. Allahlah
yang menjadi saksi. Begitu juga orang-orang Mukmin.

“Maka barangsiapa yang memegang amanah maka tunaikanlah
amanahnya kepada orang yang berhak.”

Kemudian Rasulullah r mahu membatalkan ciri Jahiliyah. Hal ini

465

Catatan Sejarah Rasulullah r
semuanya telah Allah I nyatakan dalam al-Quran. Tapi kerana pentingnya
Rasulullah r mahu supaya sejumlah umat Islam yang begitu ramai ketika itu
mendengar sendiri dari mulut Baginda.

“Dan sesungguhnya riba jahiliyah telah dibatalkan. Riba pertama
yang daku mulakan ialah riba Abbas bin Abdul Mutalib.”
Rasulullah r mulakan hukum Allah I ini dengan ahli keluarganya
dahulu. Rasulullah r dan keluarga Baginda terlebih dahulu menjadi contoh
kepada umat. Mesej Rasulullah r kepada para pejuang Islam dan pendakwah
yang mahu menegakkan hukum-hakam Allah I di muka bumi ini hendaklah
mereka mulakan dengan diri dan keluarga mereka dahulu.

“Dan sesungguhnya menuntut bela ke atas darah yang ada dalam
masyarakat Jahiliyah telah dibatalkan. Darah pertama yang daku
batalkan ialah darah Amir bin Rabiah bin Harist bin Abdul Mutalib”
Rasulullah r mulakan dengan keluarga terdekatnya juga.

“Dan sesungguhnya kebanggaan Jahiliyah juga dibatalkan
melainkan dua perkara iaitu ‘Sidanah’, menjaga dan memelihara
Ka’bah dan juga ‘Siqayah’, memberi minum kepada jemaah haji.”
Dua perkara ini tidak dibatalkan oleh Islam kerana dia bersangkut paut
dengan penjagaan Baitullah dan memberi khidmat kepada jemaah haji.
Kebanggaan jahiliyah yang lain semuanya dibatalkan oleh Islam. Kemudian
Rasulullah r menerangkan hukum Islam dalam kes bunuh:

466

Haji Dan Khutbah Wada’ Bab 30

“Pembunuhan yang sengaja itu mengikut hukum Islam dipanggil
‘Qawad’.”
Iaitu di antara tiga hukuman sama ada Qisas, dibunuh si pembunuh atau
membayar diat kepada keluarga si mati. Ini terpulang kepada kehendak
keluarga si mati.

“Adapun bunuh yang ‘Syibhul Amdi’ iaitu si pembunuh memang
bertujuan untuk membunuh tapi dia menggunakan alat yang pada
adatnya tak boleh membunuh seperti membunuh dengan batu atau
tongkat. Maka hukumannya telah tetap iaitu membayar diat seratus
ekor unta.”

“Siapa yang menambah lebih dari seratus ekor unta dengan
alasan si mati orang yang ada kedudukan maka dia dikira melakukan
perbuatan Jahiliyah.”

“Wahai manusia, sesungguhnya syaitan telah kecewa untuk
disembah di tempat kamu ini iaitu di Tanah Arab.”

“Tetapi dia cukup setakat dapat ditaati dalam perkara selain
menyembahnya, iaitu dari perbuatan yang keji daripada amalan kamu.
Syaitan sudah tidak akan disembah lagi tapi dia tetap akan berjaya
menghasut manusia melakukan kejahatan dan dosa.”

467

Catatan Sejarah Rasulullah r

“Wahai manusia, sesunguhnya perbuatan mempermainkan bulan
Haram adalah satu penambahan yang kufur.”

“Orang kafir telah menyelewengkan perkara ini. Mereka
mengharamkannya pada satu tahun dan menghalalkannya pada tahun
yang lain untuk mereka melakukan perkara yang Allah I haramkan.”
Orang orang kafir sebelum ini selalu mengubah-ubah bulan haram supaya
mereka boleh berperang kerana kehidupan mereka bergantung dengan
peperangan. Jadi perjalanan masa itu sudah berubah. Dengan itu mereka
mengerjakan haji bukan pada bulan haji lagi.

“Dan sesungguhnya waktu itu telah berputar semula seperti
keadaannya semasa Allah I menciptakan langit dan bumi.”
Rasulullah r memberitahu, pada waktu ini perjalanan waktu telah
kembali kepada perjalanannya yang betul kembali.
Kemudian Rasulullah r menyampaikan wasiat-wasiat Rasulullah r
Sabda Rasulullah r:

“Wahai manusia, sesungguhnya isteri-isteri kamu mempunyai
hak ke atas diri kamu, begitu juga kamu mempunyai hak ke atas diri
mereka.”

468

Haji Dan Khutbah Wada’ Bab 30
“Hak kamu ke atas mereka, bahawa mereka tidak membawa selain
kamu ke tempat tidur mereka, mereka juga tidak boleh membawa siapa
yang kamu tak suka ke dalam rumah kamu melainkan dengan izin
kamu dan mereka tidak boleh melaksanakan kemungkaran.”

“Kalau mereka melakukan kemungkaran sesungguhnya Allah
I telah mengizinkan kamu untuk bertegas dengan mereka dan
meninggalkan tempat tidur mereka dan memukul mereka dengan
pukulan yang tidak menyakitkan dan mencacatkan.”
Menurut ulama, pukulan ini hanya sebagai tanda bahawa mereka telah
sampai ke satu tahap yang kritikal. Selepas itu hanya tinggal masing masing
menghantar wakil sama ada para wakil dapat memulihkan keadaan atau
berlaku perceraian.

“Kalau mereka berhenti dari kederhakaan dan mentaati kamu, maka
menjadi kewajipan kamu memberi nafkah yang baik kepada mereka.”

“Sesungguhnya para isteri ibarat orang tawanan di rumah kamu,
mereka tidak berkuasa ke atas diri mereka.”

“Kamu telah mengambil mereka dengan amanah dari Allah I, dan
kamu telah menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah I
(akad nikah.)”

469

Catatan Sejarah Rasulullah r

“Wahai manusia, sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.
Tidak halal bagi kamu harta benda saudara kamu melainkan dengan
keredhaan darinya.”

“Apakah daku telah menyampaikan kepada kamu? Ya Allah,
saksikanlah! Janganlah kamu berpatah balik kepada kufur selepas
daku, kamu berbunuhan di antara kamu.”

“Sesungguhnya daku telah tinggalkan kepada kamu, kalau
kamu berpegang dengan peninggalan ini kamu tak akan sesat iaitu
Kitabullah. Apakah daku telah sampaikan? Ya Allah, saksikanlah!”

“Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu, dan ayah kamu
satu, semua kamu daripada Adam sedangkan Adam daripada tanah!”

“Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah I
ialah yang paling bertaqwa. Tidak ada kemuliaan bagi bangsa Arab ke
atas bangsa Ajam kecuali dengan Taqwa.”

470

Haji Dan Khutbah Wada’ Bab 30

“Apakahd aku telah sampaikan?” tanya Baginda lagi. Para Sahabat
y menyahut, “Ya! Kamu telah sampaikan, wahai Rasulullah!”
Rasulullah r menyambung lagi, “Kalau begitu, setiap yang hadir
di kalangan kamu hendaklah dia menyampaikan kepada yang tidak
hadir!”
Kemudian Rasulullah r menyampaikan pesanan tentang harta pusaka
supaya tak ada ruang lagi untuk orang berselisih tentang hal ini.

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah I telah membahagikan
kepada setiap waris bahagiannya dari harta pusaka.”

“Tidak boleh berwasiat lebih dari satu pertiga harta pusaka. Anak
itu dinisbahkan kepada ayahnya daripada perkahwinan yang sah.
Orang yang berzina direjam dengan batu.”

“Barangsiapa yang menasabkan kepada bukan ayahnya atau
mengambil wali bukan orang yang memerdekakannya, maka ke
atasnya laknat Allah I dan para malaikat dan manusia seluruhnya.”

“Tidak diterima daripadanya ”

471

Catatan Sejarah Rasulullah r

“Apakah daku telah menyampaikannya?” tanya Rasulullah r
Para sahabat y menyahut, “Ya! Engkau telah menyampaikan, wahai
Rasulullah r.” Rasulullah r berkata, “Wahai Allah, saksikanlah!”
Kemudian Rasulullah r memberi salam penutup.
Inilah dia Khutbah Wada’ yang mana Rasulullah r telah meringkaskan
di dalamnya sebahagian dari hukum-hakam Islam yang berkaitan dengan
Hablum Minannas. Hubungan manusia sesama manusia yang merupakan
punca persengketaan di antara manusia. Maka Rasulullah r telah
mengulangkannya dan menegaskannya lagi kepada umat Islam.
Kemudian turunlah ayat:

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan kepada kamu agama kamu
dan Aku telah sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah
redha kepada kamu Islam sebagai Agama.” (Surah al-Maidah: 3)

Dengan selesainya Haji Wada’ ini telah sempurnalah al-Quran. Tiada
lagi al-Quran yang turun selepas itu. Dengan Haji Wada’ telah sempurnalah
kitab al-Quran, perundangan dan peraturan kehidupan manusia dari langit.
Selepas menunaikan Haji, Rasulullah r pulang semula ke Madinah.
Sariyah Usamah bin Zaid t ke Balqa’
Rasulullah r pulang dari Mekah pada bulan Muharram tahun kesebelas
Hijriah. Pada bulan Safar, Rasulullah r memerintahkan supaya tentera Islam
bergerak menuju ke Balqa’. Setelah seluruh Semenanjung Arab tunduk
kepada Allah I dan Rasul-Nya, Rasulullah r mahu membuat susulan
kepada operasi membawa Islam keluar dari Semenanjung Arab. Baginda
mahu memulakannya dengan kerajaan Rom. Untuk itu Rasulullah r telah
melantik Sayyidina Usamah bin Zaid t sebagai panglima yang mengetuai
tentera ini. Umurnya ketika itu belum mencecah dua puluh tahun. Seorang
panglima yang masih muda belia telah mendapat kepercayaan Allah I dan
Rasul-Nya. Rasulullah r mengarahkan semua Sahabat Utama Baginda

472

Haji Dan Khutbah Wada’ Bab 30
supaya menyertai tentera Sayyidina Usamah t termasuk Sayyidina Abu
Bakar t dan Sayyidina Umar t. Demikianlah tentera Islam membuat
persiapan untuk membawa Islam ke Balqa’. Semasa tentera Islam membuat
persiapan, pada satu malam Rasulullah r memanggil Muwaihibah salah
seorang dari mawali Baginda. Mawali atau maula ialah hamba yang
telah dibebaskan. Rasulullah r memberitahunya, “Wahai Muwaihibah,
daku mahu menziarahi perkuburan Madinah di Baqi’.” Rasulullah r
mahu meminta keampunan daripada Allah I untuk ahli kubur Baqi’ dari
kalangan orang Islam. Abu Muwaihibah telah menemani Baginda. Di Baqi’,
Rasulullah r telah memohon keampunan Allah I dan berdoa kepada arwah
umat Islam yang bersemadi di situ. Selepas itu Rasulullah r berkata, “Wahai
Abu Muwaihibah, fitnah telah mula datang.” Selepas itu Baginda bercakap
kepada ahli kubur:

“Bergembiralah dengan keadaan kamu sekarang. Bergembiralah
dengan keadaan kamu sekarang. Fitnah telah mula berdatangan,
fitnah akan silih berganti.” Kemudian Rasulullah r berpaling kepada
Abu Muwaihibah t dan berkata: “Wahai Abu Muwaihibah, aku telah
diberi pilihan di antara diserahkan kepada aku segala kekayaan dunia
semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga ataupun
aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga.”

Sayyidina Abu Muwaihibah t berkata, “Wahai Rasulullah r, pilihlah
kami.” Rasulullah r bersabda, “Tidak, wahai Abu Muwaihibah, aku memilih
untuk bertemu dengan Tuhanku dan syurga.” Kecintaan kepada Allah I
telah memenuhi seluruh jiwa raga Rasulullah r. Kalaulah kita diberi pilihan
ini pasti kita akan memilih yang pertama. Namun Rasulullah r terlalu cinta
dan rindu kepada Allah I sehingga tiada dalam hatinya sedikit pun dunia
ini. Demikianlah kecintaan dan kerinduan seorang Rasul untuk bertemu
dengan Cinta Agungnya.

473

Catatan Sejarah Rasulullah r

Rasulullah r Pilih Untuk Bertemu Rafiqul A’la

Setelah Rasulullah r membuat pilihan untuk bertemu Allah I maka
bermulalah sakit Baginda. Sekembalinya Rasulullah r dari perkuburan
Baqi’, Baginda telah jatuh sakit. Sakit pertama yang menimpa Rasulullah r
ialah sakit kepala yang sangat kuat. Apabila Rasulullah r masuk ke rumah
Siti Aisyah , Baginda dapati dia juga sedang ditimpa sakit kepala yang kuat
sehingga Siti Aisyah mengadu kesakitannya kepada Baginda. Rasulullah
r bersabda, “Yang sebenarnya akulah yang lebih sakit, wahai Aisyah.” Siti
Aisyah bertanya kepada Baginda, “Wahai Rasulullah r, apakah kamu
sakit seperti kami sakit?” Rasulullah r menjawab, “Kami para Nabi sakit
seperti kesakitan dua orang biasa.” Demikianlah kesakitan yang ditanggung
oleh para Nabi adalah dua kali ganda dari kesakitan yang ditanggung oleh
orang biasa.

Selepas itu Rasulullah r ingin menziarahi semua isteri Baginda. Apabila
Rasulullah r sampai di rumah Ummul Mukminin Maimunah , Baginda
tidak mampu untuk meneruskan lagi kerana sakit Baginda semakin kuat.
Rasulullah r memanggil semua isteri Baginda berkumpul. Lalu Baginda
meminta persetujuan mereka semua untuk dirawat di rumah Siti Aisyah

. Begitulah halusnya akhlak Rasulullah r dengan para isterinya. Dalam
keadaan Baginda sakit boleh saja Baginda membuat keputusan untuk tinggal
di mana-mana dan semua Ummahatul Mukminin meredhakannya. Namun
Rasulullah r sangat menjaga perasaan dan hati Ummahatul Mukminin.
Kesemua mereka meredhakan Rasulullah r dirawat di rumah Siti Aisyah

. Rasulullah r dibawa ke rumah Siti Aisyah dipapah oleh Sayyidina
Ali dan Sayyidina al Fadl bin Abbas t. Sayyidina Fadl t menceritakan,
“Rasulullah r hampir-hampir tidak boleh mengangkat kakinya.”

Setelah Rasulullah r dirawat beberapa hari di rumah Siti Aisyah
, Baginda ditimpa demam panas yang sangat kuat. Sayyidina Abu Said
al Khudry t yang meletakkan tangannya ke atas dahi Rasulullah r
menceritakan, “Aku tidak tahan meletakkan tangan aku di atas dahi
Rasulullah r kerana terlalu panas. Belum pernah aku melihat orang demam
panas sampai begitu.” Kerana terlalu kuat demam panas, Baginda pengsan.
Apabila Rasulullah r sedar dari pengsannya, Baginda meminta tujuh bekas
air dari perigi-perigi Madinah. Rasulullah r meminta Baginda dimandikan
dengan air itu untuk meringankan demam panasnya. Namun Rasulullah
r tidak mampu menghabiskan semua air itu kerana kuatnya demam yang
Baginda tanggung. Selepas itu panas Baginda semakin berkurangan.
Walaupun sedang sakit kuat, Rasulullah r masih mengimami sembahyang
jemaah setiap waktu. Pada hari Jumaat 9 Rabiul Awal tahun 11 Hijriah

474

Haji Dan Khutbah Wada’ Bab 30
selepas sembahyang Asar, Baginda Rasulullah r berucap kepada para
Sahabat y dalam keadaan Baginda tak mampu lagi berdiri.
Khutbah Rasulullah r ketika sakit
Rasulullah r bersabda:

“Sesungguhnya telah dekat pemergianku dari kamu semua.”

“Barangsiapa yang daku telah merotan belakangnya maka ini
belakangku. Sila qisaskan daku.”

“Barangsiapa yang daku telah menghinanya, maka ini diriku.
Silalah dia membalasnya.”

“Barangsiapa yang daku ada mengambil hartanya, ini harta daku.
Silalah dia ambil kembali dan janganlah dia takut kemarahan dariku.”

“Kerana itu bukan akhlak daku. Sesungguhnya orang yang paling
daku sukai di kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya
dariku sekiranya dia mempunyai hak itu.”

Rasulullah r mahu membersihkan dirinya dari segala hak-hak manusia
terhadap diri Baginda. Begitulah halus hati Rasulullah r. Ketika itu bangun
seorang Sahabat t menyebutkan bahawa dia mempunyai 3 dinar dari harta
Rasulullah r. Baginda meminta Sayyidina Qusam t memberikan 3 dinar

475

Catatan Sejarah Rasulullah r

kepada Sahabat t ini. Selepas itu para Sahabat y lain bertanya kepadanya,
“Kenapa kamu minta sedangkan ini Rasulullah r?” Balas Sahabat itu, “Aku
mahu menjadi orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah r.” Baginda masih
mengulang lagi pertanyaannya. Tiada seorang pun yang bangun. Selepas itu
Rasulullah r berkata:

“Kalau begitu halalkan kepadaku supaya daku berjumpa dengan
Tuhanku dalam keadaan hatiku tenang. Dengan kamu menghalalkan
kepadaku pun daku rasa belum selamat.”
Kemudian Rasulullah r berkata:



“Sesungguhnya seorang hamba telah diberi pilihan antara
diserahkan kepadanya segala kekayaan dunia semuanya dan dia kekal
di dunia kemudian dia masuk syurga ataupun dia bertemu dengan
Tuhannya dan kemudian dia masuk syurga. Maka dia telah memilih
untuk bertemu dengan Tuhannya dan masuk syurga.”
Apabila Sayyidina Abu Bakar t mendengar ucapan Baginda itu, dia
menangis teresak-esak dan berkata, “Bahkan, kamilah yang menebus kamu
dengan diri kami dan anak-anak kami, wahai Rasulullah r.” Sayyidina Abu
Bakar t sudah dapat memahami bahawa hamba yang Rasulullah r sebutkan
itu adalah diri Baginda sendiri. Begitulah kuatnya perasaan dan hati Sayyidina
Abu Bakar t terhadap Rasulullah r. Rasulullah r bersabda, “Bertenanglah,
wahai Abu Bakar.” Selepas itu Rasulullah r meminta Sayyidina Abu Bakar
t supaya menutup pintu-pintu rumah para Sahabat y yang mengadap ke
Masjid Nabawi. Ketika itu para Sahabat y membina rumah di sekeliling
masjid dan mereka mempunyai pintu belakang yang boleh sampai terus
ke masjid. Rasulullah r mahu pintu-pintu itu ditutup kecuali pintu rumah
Sayyidina Abu Bakar t. Rasulullah r bersabda, “Sesungguhnya aku
tidak mengetahui ada orang yang lebih baik persahabatannya dengan
aku dari Abu Bakar. Kalau daku ini boleh mengambil seseorang sebagai
kekasih, nescaya daku ambil Abu Bakar sebagai kekasih tapi daku adalah

476

Haji Dan Khutbah Wada’ Bab 30
kekasih Allah Taala. Hati daku telah dipenuhi dengan cinta Allah.”

Kemudian Rasulullah r berkata, “Telah sampai kepada daku bahawa
sebahagian orang mempersoalkan kepimpinan Usamah. Mereka berkata dia
masih muda dan bagaimana dia boleh memimpin orang tua. Sesungguhnya
dia layak untuk memimpin sepertimana ayahnya layak memimpin.”

Seterusnya Rasulullah r berwasiat tentang Ansar. Sabda Baginda r,
“Berbuat baiklah kepada Ansar kerana semua orang telah bertambah
harta mereka tapi harta Ansar tak bertambah.” Kemudian Rasulullah r
berwasiat lagi tentang wanita supaya kaum wanita dijaga baik-baik.

477

Bab 31

Kewafatan Rasulullah r

Sayyidina Abu Bakar t Sebagai Imam
Selesai Rasulullah r menyampaikan wasiat Baginda itu, semua orang
bersiap-sedia untuk menyertai pasukan Sayyidina Usamah t. Tentera telah
berkhemah di luar Madinah untuk persiapan terakhir sebelum bertolak.
Sayyidina Usamah t belum mahu mengerakkan tenteranya kerana menunggu
perkembangan kesihatan Rasulullah r. Selepas Rasulullah r pulang dari
khutbah terakhirnya, sakit Baginda semakin kuat sehingga Baginda pengsan
semula. Apabila Sayyidina Usamah t mendengar Rasulullah r semakin
tenat, dia datang menziarahi Baginda. Ketika itu Rasulullah r tidak mampu
untuk bercakap kepadanya. Rasulullah r hanya menunjukkan tangan
Baginda ke langit dan kemudiannya kepada Sayyidina Usamah t. Maka
Sayyidina Usamah dapat memahami bahawa Rasulullah r mendoakannya
dan memohon keampunan Allah I untuknya. Beratnya kesakitan yang
Rasulullah r tanggung sehingga Baginda tidak mampu untuk bercakap lagi.
Rasulullah r berada dalam keadaan begitu selama tiga hari. Sepanjang tiga
hari itu, Baginda tidak mampu untuk keluar dari rumah.

Rasulullah r meminta Sayyidina Abu Bakar menggantikan Baginda
mengimami sembahyang. Ketika masuk waktu Maghrib hari itu, Baginda
masih sedar tetapi tidak boleh bangun lagi. Rasulullah r berkata, “Panggil
Abu Bakar supaya dia mengimami sembahyang.” Mendengar permintaan
Baginda itu, Siti Aisyah berasa risau. Dia khuwatir orang tidak selesa

478


Click to View FlipBook Version