KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 1/9 MUKA: 13 DRP: 19
RAJAH 2: Pengasing dan pelindung lebihan arus bekalan 3 dawai
P1 F1
240 + + 230 v
F2
N N
F3
- -
Bekalan 3 dawai neutral tidak berbumi
P1 F1
240 + + 230 v
N N
F2
- -
Bekalan 3 dawai neutral berbumi
PENGGUNA BESAR ARUS TERUS
Pengguna besar Arus Terus memerlukan voltan yang besar untuk
kegunaannya. Sistem pembekalan ini dibuat dengan menggunakan 3 dawai
sebagai penghantar arus kepada pengguna. Sistem ini memberikan dua jenis
julatan voltan iaitu 230 V dan 460 V. Terdapat dua sistem bekalan arus terus untuk
pengguna besar iaitu:
a) Bekalan 3 dawai neutral berbumi
b) Bekalan 3 dawai neutral tidak berbumi
Rajah di atas menunjukkan kedua-dua cara kawalan pengasing dan
pelindung lebihan arus yang mesti dibuat oleh pengguna berdasarkan Peraturan
I.E.E.Sistem ini mempunyai keburukan iaitu voltannya tidak seimbang dan sentiasa
berubah dengan perubahan beban pengguna. Dawai neutral sistem ini tidak
difiuskan kerana bahaya voltan tidak seimbang bila fius itu putus. Saiz dawai neutral
ini lebih kecil daripada dawai di luar,biasanya diameter pengalir di luar. Rujuk
Peraturan I.E.E.
PENGGUNA KECIL ARUS ULANG ALIK
Kawalan litar bagi pengguna arus ulang alik adalah seperti pengguna kecil arus
terus iaitu terdiri daripada dua jenis bekalan :
a) Bekalan 2 dawai negatif berbumi dan
b) Bekalan 2 dawai negatif tidak berbumi.
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 1/9 MUKA: 14 DRP: 19
Kedua-dua jenis ini memberikan satu julatan voltan sahaja iaitu 240 V,50 Hz. Kawalan
pengasing dan perlindung arusnya serupa dengan kawalan bagi pengguna kecil arus
terus. Sistem ini digunakan di rumah-rumah kediaman dan biasanya diambil daripada
sistem 4 dawai arus ulang alik. Dengan cara pendawaian talian rentang atas, bekalan ini
diagihkan ke rumah-rumah berkenaan (Rajah di bawah menunjukkan bagaimana ia
dibuat).
RAJAH 1 : Pengguna Kecil Arus Ulang Alik
PENGGUNA BESAR ARUS ULANG ALIK
Sistem bekalan arus ulang alik kepada pengguna besar dibahagikan kepada dua jenis
iaitu:
a) Bekalan 4 dawai
b) Bekalan 3 dawai
Pada sistem bekalan 4 dawai terdapat dua jenis voltan iaitu 240 V voltan talian
dan 415 V voltan fasa, sementara sistem bekalan 3 dawai hanya membekalkan satu jenis
voltan iaitu 415 V. Kedua-dua sistem ini mempunyai Peraturan I.E.E yang tersendiri tetapi
pada amnya ketiga-tiga fasa dalam setiap sistem itu mempunyai suis yang disambungkan
sekali begitu juga dengan fiusnya.
Sistem bekalan arus ulang alik ini biasanya digunakan di kilang - kilang atau
perusahaan – perusahaan besar di mana voltan sederhana digunakan (415 V). Di
samping itu ia juga digunakan untuk pembekalan ke sesuatu kawasan perkampungan,
bandar atau tempat - tempat lain dengan cara talian rentang atas atau dalam tanah.
Pada sistem bekalan 4 dawai, voltan talian dan voltan fasanya berbeza tetapi arus talian
dan arus fasanya berlainan sebab sambungan bekalan itu dibuat secara Delta.
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 1/9 MUKA: 15 DRP: 19
Rajah 1 : Sistem bekalan 4 dawai bintang A.U untuk arus talian yang sama
Rajah 2: Sistem bekalan 3 dawai delta A.U untuk voltan talian yang sama
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 1/9 MUKA: 16 DRP: 19
Rajah 3 : Sistem Bekalan 4 dawai
Peraturan I.E.E yang perlu dipatuhi
Oleh kerana pihak pembekal memberikan voltan-voltan yang melebihi
daripada 250 V, perkara - perkara berikut hendaklah dipatuhi:
A16: Jika voltan sederhana untuk satu peralatan dekat dengan dua atau
lebih litar voltan rendah, penghujung atau punca yang tidak tertutup
hendaklah diletakkan di tempat yang sukar dicapai oleh orang
awam atau diletakkan didalam kotak besi yang dibumikan dan
ditebatkan dengan bahan cegah kebakaran
A17 : Di tempat-tempat yang peralatannya menggunakan voltan yang
lebih daripada 250 V hendaklah ditulis amaran bahaya kecuali jika
tidak tercapai oleh orang awam.
A18 : Bekalan yang lebih daripada satu fasa tidak digalakkan
menggunakan suis-suis kotak berkongsi. Jika tidak boleh dielakkan
Peraturan I.E.E A 17 digunakan dengan pengadang tetap antara suis
suis atau alat-alat itu.Contoh pengadang seperti asbestos, mika atau
sebagainya yang dapat merencat nyalaan.
A19 : Bila terdapat punca atau bahagian hidup yang hampir dengan
voltan yang melebihi 250 V dan mudah disentuh hendaklah
diletakkan amaran bahaya dalam jarak minimum 2 meter
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 1/9 MUKA: 17 DRP: 19
LITAR JUJUKAN UTAMA / TURUTAN KAWALAN
Litar jujukan utama ialah cara penyusunan pemasangan alat-alat kawalan dan
perlindungan. Ia bermula dari fius perkhidmatan, ke jangka kilowatt jam (KWJ), ke
suis utama, ke suis utama,ke alat perlindungan arus lebihan, pemutus litar arus baki
(RCCB) dan berkahir pada kotak agihan. Mengikut keperluan peraturan I.E.E, setiap
litar jujukan utama mestilah mengandungi ciri-ciri berikut:
a) Pengasing dan perlindungan arus lebihan
b) Perlindungan arus lebihan
c) Perlindungan arus bocor ke bumi
Nama Alat Fungsi Simbol Skematik
Kotak Simpang Menyambungkan bekalan elektrik
dan talian pengagihan ke fius
perkhidmatan
Fius Perkhidmatan dan Mengawal dan memutuskan
Perangkai Neutral keseluruhan litar dan menghadkan
arus maksima
Menyukat jumlah tenaga elektrik
yang digunakan oleh pengguna
Meter KWJ M
i) Memutuskan litar pengguna
bila perlu
Suis dan Fius Utama ii) Memutus litar apabila berlakunya
litar pintas dan lebihan arus
Memutuskan litar apbila berlakunya
Pemutus Litar Arus Baki kebocoran arus ke bumi
Menempatkan MCB atau Fius serta
Kotak Agihan / MCB mengawal litar kecil akhir
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 1/9 MUKA : 18 DRP : 19
LITAR PENGGUNA
Litar penguna adalah merupakan litar-litar pemasangan disambungan
daripada kotak agihan kebeban pengguna bagi sesuatu premis. Litar-litar
pemasangan ini juga dikenal sebagai litar kecil akhir agihan yang mana pengguna
tenaga bekalan elektrik akan mendapatkan bekalan di hujung pemasangan litar
kecil akhir ini melalui soket keluaran atau disambung terus kepada perkakas atau
pun peralatan elektrik.
Bagi sesuatu premis mungkin terdapat pelbagai jenis litar kecil akhir yang
diperlukan, umpamanya untuk kegunaan lampu dan kipas, ini memerlukan satu
pemasangan litar. Manakala keperluan lain untuk kuasa diperlukan melalui soket
keluaran dan ini pula memerlukan satu litar pemasangan lain.
Setiap jenis litar kecil akhir mempunyai bilangan had beban pengguna yang
telah ditetapkan oleh peraturan. Oleh yang demikian litar kecil akhir bagi sesuatu
pemasangan itu mengikut keperluan dan bergantung kepada keperluan
permintaan beban pengguna yang akan digunakan.
LITAR KECIL AKHIR
Litar kecil akhir ditakrifkan sebagai litar yang disambungkan keluar dari kotak
agihan pengguna mengikut penghalaan pendawaian dan berakhir dibeban
pengguna melalui soket keluaran atau kelengkapan perkakas elektrik disesuatu
pemasangan. Ini bermakna bermula pepasangan pengguna dari pemutus litar
(MCB) di kotak agihan pengguna dan berakhir pada beban. Terdapat dua jenis litar
kecil akhir dalam pemasangan iaitu, jenis litar pencahayaan dan litar kuasa.
Dalam rajah di bawah diberikan litar skema yang menunjukkan bahagian
litar pengguna termasuk bahagian litar kecil akhir. Rajah 1 terdapat susunan
peralatan kawalan dan perlindungan untuk litar kecil akhir. Rajah 2 pula
menunjukkan litar kaedah pengasingan untuk litar pencahayaan dengan litar kuasa.
Manakala Rajah 3 adalah menunjukkan pembahagian litar kecil akhir untuk
bangunan bertingkat.
Rajah 1 : Litar kecil Akhir Pengguna
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 1/9 MUKA: 19 DRP: 19
Rajah 2 : Litar Kecil akhir pengguna untuk litar pencahayaan dan litar kuasa
Rajah 3 :Litar kecil akhir pengguna bangunan bertingkat
Dengan adanya litar kecil akhir dapat mengelakkan bahaya atau dapat
mengasingkan litar apabila berlaku sesuatu kerosakan supaya tidak akan
menggangu pada litar yang lain. Untuk kerja-kerja penyenggaraan, pembaikan,
baikpulih atau pengujian samada pada peralatan atau sistem pendawaian boleh
diputuskan bekalan pada litar tersebut sahaja tanpa menggangu kendalian litar
yang lain.
RUJUKAN :
ABD. SAMAD HANIF ( PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK )
MOHD. ISA IDRIS RAMLI HARUN ( ASAS PENDAWAIAN )
H HELAIAN PENERANGAN
ELAIAN PENERANGAN
( (I In nf fo or rm ma at ti io on n S Sh he ee et t) )
NAMA KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK
TAJUK MODUL MEMASANG PAPAN AGIHAN DAN SISTEM PEMBUMIAN
TAJUK SUB MODUL Mendawai Turutan Kawalan Litar Pengguna
Membuat piawaian turutan kawalan litar pengguna dengan
menggunakan pelbagai jenis peralatan dan bahan yang sesuai
OBJEKTIF PRESTASI /
Performance Objective (PO) seperti Kotak Fius Agihan (KFA), Jangk KwJ, Cut Out, Neutral link
dan lain-lain kelengkapan pemasangan supaya pendawaian
tersebut berfungsi dan mengikut standart st, IEE dan MS IEC 60364.
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 2/9 MUKA: 1 DRP: 3
NAMA NO. K/P
TAJUK : Alat Kelengkapan Litar Turutan Kawalan Pengguna
TUJUAN :
Selepas tajuk ini, peserta boleh mengenal pasti dan membezakan meter kilowatt
jam satu fasa dan tiga fasa serta kompenan – kompenennya. Mengenal pasti dan
dapat menerangkan definasi papan agihan serta jenis – jenisnya.
PENERANGAN :
Berbagai – bagai jenis papan agihan yang terdapat dalam sistem pendawaian
mengikut keperluan dan tempat pepasangan. Banyak faktor yang perlu dilihat
bagi menentukan pepasangan papan agihan tersebut. Jenis papan agihan boleh
ditentukan dengan melihat jenis pendawaian pada sesuatu tempat tersebut
samaada di rumah kediaman, pejabat dan sebagainya.
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 2/9 MUKA: 2 DRP: 3
JANGKA KILOWATT JAM (KWJ)
Semua pemasangan tenaga elektrik akan dilengkapkan dengan alat
menyukat tenaga. Alat ini dikenal sebagai KWH digunakan untuk menyukat jumlah
tenaga yang digunakan oleh pengguna dalam suatu tempoh masa yang tertentu.
Bacaan akan direkodkan dan jumlah penggunaan akan dikiara untuk bayaran bagi
setaip unit tariff. Tenaga disukat dalam joules ( watt sesaat ), tetapi bagi tujuan taarif
penggunaan unit lebih besar iaitu kilowatt jam ( KWJ ). Meter KWH dipasang
bersama dengan unit pemotong pada satu papan utama pemasangan. Binaannya
dibuat berasaskan meter watt jenis kearuhan yang berkeupayaan memutar piring
aluminium yang terganding secara mekanikal dengan penunjuk angka. Bacaan
angka adalah bacaan bagi meter untuk menunjukkan tenaga yang telah
digunakan. Terdapat satu magnet kekal bersaiz kecil yang dipasang di tepi piring
aluminium yang gunanya untuk membrek pring supaya tidak berputar apabila
tenaga tidak digunakan.
Meter KWJ boleh didapati dalam dua jenis iaitu jenis satu fasa seperti rajah di
atas yang boleh dilihat pemasangannya di rumah kediaman. Manakala satu lagi
jenis sepadu 3 fasa empat wayar seperti yang ditunjukkan pada Rajah dibawah
yang boleh didapati di permis industri dan perniagaan.
MUKA: 3 DRP:
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 2/9 3
KOTAK FIUS AGIHAN (DB-DISTRIBUTION BOARD)
Kotak ini adalah tempat untuk pengagihan tenaga elektrik utama kepada litar-
litar kecil akhir atai pun ke kotak fius agihan sub. Dalam kotak ini terdapat punca utama
untuk bekalan hidup, neutral dan bumi. Daripada punca utama inilah pengagihan
dibuat dengan menyambungkan litar-litar kecil akhir mengikut bilangannya.
Pengagihan punca bekalan dilakukan dengan menyambungkan kabel litar ke
punca tamatan menggunakan skru. Setiap sambungan mempunyai fius atau pemutus
litar secara berasingan oleh itu segala fius / pemutus litar perlu dilindungi kerana
bahaya kepada pengguna dan di dalam kotak inilah dihimpun segala aksesori
tersebut.
Kotak Agihan ada dibuat dari bahan PVK / Plastik dan juga logam besi.
Pemasangan masa kini kebanyakannya menggunakan kotak fius agihan jenis miniatur
yang diperbuat dari bahan plastik atau PVK tahan lasak dan mempunyai penutup lut
sinar yang boleh menampakkan susunan fius / pemutus litar. Seperti mana pada Rajah
di bawah adalah kotak fius agihan jenis miniatur.
KOTAK FIUS AGIHAN JENIS MINIATUR
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 1/9 MUKA: 08 DRP: 19
RAJAH 2 Transmission (Penghantaran)
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 1/9 MUKA: 17 DRP: 19
LITAR JUJUKAN UTAMA / TURUTAN KAWALAN
Litar jujukan utama ialah cara penyusunan pemasangan alat-alat kawalan dan
perlindungan. Ia bermula dari fius perkhidmatan, ke jangka kilowatt jam (KWJ), ke
suis utama, ke suis utama,ke alat perlindungan arus lebihan, pemutus litar arus baki
(RCCB) dan berkahir pada kotak agihan. Mengikut keperluan peraturan I.E.E, setiap
litar jujukan utama mestilah mengandungi ciri-ciri berikut:
a) Pengasing dan perlindungan arus lebihan
b) Perlindungan arus lebihan
c) Perlindungan arus bocor ke bumi
Nama Alat Fungsi Simbol Skematik
Kotak Simpang Menyambungkan bekalan elektrik
dan talian pengagihan ke fius
perkhidmatan
Fius Perkhidmatan dan Mengawal dan memutuskan
Perangkai Neutral keseluruhan litar dan menghadkan
arus maksima
Menyukat jumlah tenaga elektrik
yang digunakan oleh pengguna
Meter KWJ M
i) Memutuskan litar pengguna
bila perlu
Suis dan Fius Utama ii) Memutus litar apabila berlakunya
litar pintas dan lebihan arus
Memutuskan litar apbila berlakunya
Pemutus Litar Arus Baki kebocoran arus ke bumi
Menempatkan MCB atau Fius serta
Kotak Agihan / MCB mengawal litar kecil akhir
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 1/9 MUKA : 18 DRP : 19
LITAR PENGGUNA
Litar penguna adalah merupakan litar-litar pemasangan disambungan
daripada kotak agihan kebeban pengguna bagi sesuatu premis. Litar-litar
pemasangan ini juga dikenal sebagai litar kecil akhir agihan yang mana pengguna
tenaga bekalan elektrik akan mendapatkan bekalan di hujung pemasangan litar
kecil akhir ini melalui soket keluaran atau disambung terus kepada perkakas atau
pun peralatan elektrik.
Bagi sesuatu premis mungkin terdapat pelbagai jenis litar kecil akhir yang
diperlukan, umpamanya untuk kegunaan lampu dan kipas, ini memerlukan satu
pemasangan litar. Manakala keperluan lain untuk kuasa diperlukan melalui soket
keluaran dan ini pula memerlukan satu litar pemasangan lain.
Setiap jenis litar kecil akhir mempunyai bilangan had beban pengguna yang
telah ditetapkan oleh peraturan. Oleh yang demikian litar kecil akhir bagi sesuatu
pemasangan itu mengikut keperluan dan bergantung kepada keperluan
permintaan beban pengguna yang akan digunakan.
LITAR KECIL AKHIR
Litar kecil akhir ditakrifkan sebagai litar yang disambungkan keluar dari kotak
agihan pengguna mengikut penghalaan pendawaian dan berakhir dibeban
pengguna melalui soket keluaran atau kelengkapan perkakas elektrik disesuatu
pemasangan. Ini bermakna bermula pepasangan pengguna dari pemutus litar
(MCB) di kotak agihan pengguna dan berakhir pada beban. Terdapat dua jenis litar
kecil akhir dalam pemasangan iaitu, jenis litar pencahayaan dan litar kuasa.
Dalam rajah di bawah diberikan litar skema yang menunjukkan bahagian
litar pengguna termasuk bahagian litar kecil akhir. Rajah 1 terdapat susunan
peralatan kawalan dan perlindungan untuk litar kecil akhir. Rajah 2 pula
menunjukkan litar kaedah pengasingan untuk litar pencahayaan dengan litar kuasa.
Manakala Rajah 3 adalah menunjukkan pembahagian litar kecil akhir untuk
bangunan bertingkat.
Rajah 1 : Litar kecil Akhir Pengguna
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 1/9 MUKA: 19 DRP: 19
Rajah 2 : Litar Kecil akhir pengguna untuk litar pencahayaan dan litar kuasa
Rajah 3 :Litar kecil akhir pengguna bangunan bertingkat
Dengan adanya litar kecil akhir dapat mengelakkan bahaya atau dapat
mengasingkan litar apabila berlaku sesuatu kerosakan supaya tidak akan
menggangu pada litar yang lain. Untuk kerja-kerja penyenggaraan, pembaikan,
baikpulih atau pengujian samada pada peralatan atau sistem pendawaian boleh
diputuskan bekalan pada litar tersebut sahaja tanpa menggangu kendalian litar
yang lain.
RUJUKAN :
ABD. SAMAD HANIF ( PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK )
MOHD. ISA IDRIS RAMLI HARUN ( ASAS PENDAWAIAN )
H HELAIAN PENERANGAN
ELAIAN PENERANGAN
( (I In nf fo or rm ma at ti io on n S Sh he ee et t) )
NAMA KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK
TAJUK MODUL MEMASANG PAPAN AGIHAN DAN SISTEM PEMBUMIAN
TAJUK SUB MODUL Memasang Sistem Pembumian – Elektrod Bumi
Memasang system pembumian dengan menggunakan pelbagai
OBJEKTIF PRESTASI / jenis peralatan dan bahan yang sesuai seperti elektrod bumi dan
Performance Objective (PO) lain – lain supaya pemasangan tersebut mengikut standart ST, IEE
dan MS IEC 60364
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 MUKA: 1 DRP: 15
NAMA NO. K/P
TAJUK : Pembumian
TUJUAN :
Selepas mempelajari tajuk ini, peserta boleh menerangkan definisi sistem
pembumian dan menerangkan istilah-istilah yang terdapat dalam sistem itu serta
peserta akan dapat menyenaraikan jenis-jenis sistem pembumian.
PENERANGAN :
Terdapat berbagai – bagai cara pembumian yang dilakukan dalam sesuatu
pepasangan di sesebuah primis. Pembumian ini penting bagi menjaga
keselamatan pengguna dari pekara yang tidak diingini samaada disebabkan oleh
kerosakan perkakas elektrik dtau pendawaian itu sendiri. Pembumian yang
dilakukan haruslah diambil perhatian yang serius oleh orang yang
dipertanggungjawabkan terhadap primis tersebut. Jenis pembumian boleh dilihat
dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah pembumian yang betul.
M
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 KA: 2 DRP: 15
U
PEMBUMIAN
Pembumian merupakan pasangan yang perlu ada bersama dalam sistem
pendawaian elektrik, terutamanya dalam pemasangan di premis pengguna.
Pembumian ini diwakili oleh kabel bumi (earth). Kabel bumi ini dihubungkan kepada
punca yang tertanam di bumi. Matlamat utama pembumian adalah untuk memberi
perlindungan keselamatan kepada pengguna daripada sebarang bahaya renjatan
elektrik dan kerosakkan arus.
Akibat kerosakkan tersebut akan memberi ruang yang membolehkan arus
mengalir kebahagian-bahagian yang berkaitan dengan sistem elektrik. Apabila ini
berlaku maka segala logam tersebut amat bahaya dan jika disentuh akan
mengakibatkan kemalangan renjatan yang boleh menyebabkan kematian atau
berlakunya kepanasan pada kabel disebabkan arus berlebihan yang memboleh
kan kebakaran pada kabel.
Dalam persediaan pencegahan daripada berlakunya renjatan serta
kebakaran kabel disamping memberi perlindungan kepada pengguna, oleh itu
segala bahagian logam pada akseskori pendawaian dan sistem pendawaian perlu
dibumikan. Ini bermaksud bahawa kabel bumi hendaklah melalui tamatan di
bahagian - bahagian yang dinyatakan. Kerana bumi dianggap keupayaannya
sifar (0).
Bahagian-bahagian pembumian.
Bahagian-bahagian logam yang dibumikan akan disambung kepada
kabel pelindung melalui punca tamatan bumi pengguna. Kabel bumi seterusnya
disambung kepada elektrod bumi yang tertanam di dalam tanah. Gambarajah
dibawah menunjukkan bahagian pembumian litar pengguna yang bermula
dibahagian kotak agihan. Punca tamatan bumi dikotak agihan pengguna
disambungkan ke elektrod bumi melalui kabel pelindung berwarna hijau. Manakala
kabel-kabel pelindung yang seiring dengan penghalaan pendawaian juga
ditamatkan diterminal bumi.
M
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 KA: 3 DRP: 15
U
Terminal bumi
Soket Alir Keluar
Pengalir
Perlindungan
Elektrod Bumi
Rajah 1 : Elektrod
ELCB Kendalian Voltan
N L
L F
N E
N E
Kotak Agihan Kabel
Pengguna Elektrod Bumi Bumi
Rajah 2 : Tamatan Bumi Pengguna
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 KA: 4 DRP: 15
M
U
i. Pembumian adalah penyambungan satu poin di pengubah bekalan dan
bahagian logam satu pemasangan yang terdedah untuk disentuh kepada
bumi.
ii. Sambungan ini bagi menghalang pada kabel hidup daripada meningkat
nilainya melebihi satu nilai yang dimaktubkan dan untuk memotong bekalan
secara automatik apabila terdapat arus bocor mengalir disebabkan oleh
penebat yang rosak.
iii. Menghalang bahaya daripada renjatan elektrik kerana mungkin logam
menjadi punca hidup dan terdedah kepada awam. Juga bahaya
kebakaran oleh arus melebihi kapasiti kabel hasil kerosakan arus seperti arus
bocor.
iv. Semua bekalan elektrik awam melebihi 30 V a.u atau 50 V a.t hendaklah
terdapat pembumian bagi pematuhan peraturan sistem bekalan dan
peraturan I.E.E
v. Sistem pembumian bermula pada pengubah bekalan pengguna dengan
menyambungkan poin bintang belitan sekunder tiga fasa ke bumi dan
sambungan ini juga membentuk pengalir neutral pada bekalan pengguna.
Apabila kesemua bentuk logam yang terdedah pada alat pemasangan
disambung balik ke poin bumi utama,satu litar elektrik telah terbentuk.
vi. Jika terdapat keupayaan atau voltan disebabkan oleh kerosakan arus, maka
kabel bumi harus boleh menampung aliran arus ini bagi membolehkan
peranti perlindungan arus lebihan berkendali atau memotong bekalan
tenaga.
Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan pembumian, di antaranya
adalah seperti berikut:
i. Bumi. Jisim berpengalir bumi yang
keupayaannya dianggap sifar
ii. Elektrod Bumi. Bahan pengalir seperti paip
kuprum,tembaga atau paip logam yang
ditanam dalam bumi untuk memberi
sambungan yang berkesan dengan bumi
dan ianya boleh bersentuh dengan jisim
tanah.Paip logam kegunaan bekalan air
tidak boleh digunakan sebagai elektrod
bumi tunggal
iii. Rintangan Rintangan elektrod bumi kepada jisim
Elektrod Bumi. bumi
iv. Tamatan Bumi Adalah punca tamatan yang lazimnya
Utama. terdapat dimasukan bekalan pengguna
vi. Plumbum Bumi Pengalir yang menghubungkan tamatan
bumi utama dengan elektrod bumi
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 KA : 5 DRP : 15
M
U
Pengalir Pelindung Litar (c.p.c). Ini menyambungkan semua bahagian logam
yang terdedah seperti peralatan elektrik serta bahagian logam di pepasangan
dengan kabel bumi balik semula ke punca bumi utama.
Jenis Pengalir Pelindung Litar (c.p.c)
Mengikut peraturan 543-02 para 543-02-02 menyatakan pengalir pelindung
mungkin terdiri daripada satu atau lebih dalam sesuatu pemasangan menggunakan
bahan sepertti yang disenaraikan.
1. Kabel teras tunggal bersalut pvk berwarna hijau.
2. Kabel teras tunggal bersalut pvk berwarna hijau kuning.
3. Kabel bersarung pvk membawa pengalir terdedah hendaklah disarung
dengan penutup hijau kuning.
4. Kondiut logam.
5. Sesalur dan salur logam.
6. Kabel berperisai dawai dan bertutup plumbum.
7. Pengalir berpenebat atau terdedah secara pemasangan tetap.
8. Pengalir berpenebat atau tidak di dalam satu bekas pemasangan bersama
dengan kabel hidup berpenebat.
9. Pelindung logam pada kabel seperti sarung,screen dan berperisian
(armouring).
Kebaikan sistem pemasangan disambung kebumi
i) Keseluruhan sistem terikat dengan daya jisim umum bumi.
ii) Semua logam yang telah dimasukkan, satu laluan yang disediakan bagi arus
bocor ke bumi dan memutus litar.
Kekurangannya
i) Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu system pembumian yang lengkap
adalah mahal.
ii) Bagi sistem TT di mana punca bumi tidak disediakan oleh pembekal,
sekiranya salah satu sambungan pengalir bumi putus atau tercabut maka
tidak ada lagi laluan arus bocor ke jisim bumi, ini akan membahayakan
pengguna.
Istilah-istilah pembumian.
i. Pengalir perlindungan (pengalir keterusan bumi).
ii. Pengalir bumi.
iii. Terminal pembumian utama pengguna.
iv. Elektrod bumi.
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 KA : 6 DRP : 15
U
M
Bahagian bahagian didalam Pembumian
Kondiut
Logam
Lampu
Pengalir
Perlindungan
Papan Agihan
Suis
Pengalir
Bumi
Paip Air
Terminal
Pembumian
Utama Soket Alir Pengalir
Keluar Ikatan
Elektrod Paip Gas
Bumi Motor
Elektrik
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 UKA : 7 DRP : 15
M
Pengalir Perlindungan
i. Pengalir perlindungan yang dahulunya dikenali sebagai pengalir keterusan
bumi. Ia adalah suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian
pengalir (logam) dalam pemasangan ke terminal utama pembumian. Dan
ini termasuklah pengalir pembumian dan pengalir ikatan.
ii. Terdapat dua cara menentukan saiz luas keratin rentas pengalir perlindungan
litar dalam sesuatu pemasangan pengguna.
Cara pertama : dengan menggunakan jadual dibawah.
Jadual 54G Peraturan IEE
Luas keratan rentas minimum konduktor pelindung (Sp)
Luas Keratan rentas Jika pengalir Jika pengalir
konduktor fasa ( S ) pelindung bahan yang pelindung bahan yang
sama dengan pengalir tidak sama dengan
fasa pengalir fasa
mm mm mm
2
2
2
k1S
S ≤ 16 S k2
k116
16 ≤ S ≤ 35 16 k2
k1S
S > 35 S / 2 k22
Cara kedua : Dengan membuat penkiraan bagi menentukan luas keratin rentas
pengalir pelindungan litar.
Formula : S = √ I t
2
K
Dimana : S = luas keratan rentas pengalir (mm )
2
I = arus kendalian (amp)
t = masa kendalian alat perlindungan (saat)
k = factor bergantung kepada ketinggiansuhu yang selamat
Jadual 54B, 54C, 54D, 54E dan 54F IEE
Nilai k untuk konduktor perlindung yang bertebat yang tidak digabungkan
dalam kabel dan tidak digemalkan bersama kabel atau bagi konduktor perlindung
terdedah yang berasingan dalam kontak dengan kabel yang menutupi tetapi tidak
digemalkan dengan kabel, dimana suhu yang diandaikan adalah 30 C.
0
M
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 UKA : 8 DRP : 15
Terminal pembumian utama.
1. Terminal utama pembumian ialah tempat dimana punca pengalir
perlindungan disambungkan. Biasanya ia terdapat didalam papan agihan.
2. Dalam setiap pemasangan terminal utama pembumian atau bar mestilah
mampu menyambung pengalir-pengalir berikut:
a. Pengalir perlindungan litar
b. Pengalir ikatan utama
c. Pengalir pembumian berkendali (functional) – jika perlu.
3. Sambungan yang dibuat diterminal utama pembumian adalah kemas, kuat dan
sentiasa mempunyai keterusan.
Elektrod Bumi
Elektrod bumi merupakan sambungan terakhir untuk sistem pemasangan
kepada jisim bumi. Elektrod dipilih dari jenis bahan logam tembaga yang pada
bahagian hujungnya mempunyai bebenang skru yang boleh dicantumkan
bersama dua atau tiga elektrod bagi mendapatkan galangan bumi yang paling
rendah. Batang elektrod ini hendaklah ditanam dalam keadaan lurus ke bawah
tanah seberapa dalam yang boleh. Kabel pelindung (kabel bumi) akan disambung
terus kepada elektrod bumi dengan menggunakan logam pengapit bumi atau
secara skru.
Bagi tanah yang lembab dan basah, kedalaman elektrod bumi yang perlu
ditanam mungkin sehingga dua atau tiga meter sahaja. Setiap batang elektrod
panjangnya satu meter lebih dan boleh disambung melalui bahagian bebenang
skru di kedua hujungnya dengan menggunakan nat. Jenis elektrod bumi yang biasa
digunakan adalah seperti berikut:
a. Paip galvani. - 2” x 8’.
b. Batang (rod) kuprum. - 5/8” x 6’.
c. Tiub tembaga.
d. Pelit besi tuangan.
e. Jalur kuprum (strip).
f. Struktur keluli bangunan.
g. Pelapik plumbum dan bahan logam yang menutupi kabel.
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 UKA : 9 DRP : 15
M
Keberkesanan bagi sesuatu elektrod bumi membuat sambungan dengan
jisim bumi boleh berubah, tetapi bergantung pada jenis tanah dan kandungan
kelembapan. Sekiranya keadaan tanah basah, ia akan memberi satu keberkesanan
yang baik ke atas sambungan di antara elektrod bumi dan jisim tanah. Rintangan
elektrod bumi mestilah tidak terlalu tinggi kerana ia boleh mempengaruhi
keberkesanan pemutusan pada pemutus litar bocor kebumi kendalian voltan.
Pengalir ikatan.
1. Pengalir ikatan ialah pengalir yang menghubungkan terminal punca bumi
alat-alat elektrik kepada bahagian-bahagian logam seperti paip air, paip
gas dan sebagainya.
2. Terdapat dua jenis pengalir ikatan iaitu pengalir ikatan utama dan pengalir
ikatan tambahan.
3. Pengalir aluminium atau aluminium pelapik kuprum tidak boleh digunakan
sebagai ikatan ke paip air.
4. Pengalir ikatan utama mestilah mempunyai luas keratan rentas tidak kurang
daripada separuh luas keratan rentas pengalir bumi dalam pemasangan.
Saiz minimumnya ialah 6mm .
2
5. Pengalir ikatan utama mestilah dibuat seberapa dekat dengan terminal
pembumian utama.
Pengalir ikatan tambahan yang disambung ke bahagian pengalir logam yang
terdedah mestilah mempunyai luas keratin rentas tidak kurang daripada 2.5 mm
2
sekiranya mempunyai perlindungan mekanikal atau 4.0 mm2 bagi pengalir yang
tidak mempunyai perlindungan mekanikal.
Bahagian bahagian sistem Pembumian
Earth Clamp
Copper Rod
Running Coupler
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 KA : 10 DRP : 15
M
U
JENIS-JENIS SISTEM PEMBUMIAN
Jenis - jenis sistem pembumian ada kaitan dengan punca bekalan
pengguna yang dibekalkan oleh pihak berkuasa bekalan. Diantaranya yang
diluluskan oleh IEE ialah seperti berikut :-
i) Sistem TT.
ii) Sistem TN – S.
iii) Sistem TN – C – S.
iv) Sistem TN – C.
v) Sistem IT.
Pembentukkan huruf-huruf bagi menunjukkan jenis sistem pembumian yang
dijalankan.
Pembentukan HURUF PERTAMA menunjukkan susunan pembumian dipunca bekalan
pengguna (pihak berkuasa bekalan).
T - menunjukkan bahawa satu atau lebih punca dibumikan. Ini disusun
oleh pihak berkuasa bekalan.
I - menunjukkan tiada punca bekalan pengguna dibumikan.
Pembentukkan HURUF KEDUA menunjukkan susunan pembumian dipemasangan
pengguna.
T - menunjukkan semua pengalir logam yang terdedah disambung terus
ke jisim bumi.
N - menunjukkan semua punca pengalir logam yang terdedah
disambung terus ke pengalir bumi iaitu punca bekalan pengguna.
Pembentukkan HURUF KETIGA dan HURUF KEEMPAT menunjukkan susunan pengalir
bumi punca pembekal.
S - menunjukkan pengasingan pengalir neutral dan bumi.
C - menunjukkan pengalir neutral dan bumi bercantum dalam satu
pengalir.
Sistem TN
Sistem ini mempunyai satu atau lebih punca bekalan kuasa yang disambung
kebumi. Bahagian pengalir yang terdedah dalam sistem pemasangan akan
disambung ke punca bumi menerusi pengalir perlindungan yang disediakan oleh
pembekal.
Terdapat tiga jenis sistem TN iaitu :-
i) Sistem TN – C
ii) Sistem TN – S
iii) Sistem TN – C – S
U
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 KA : 11 DRP : 15
M
Sistem TN – C
Sistem ini fungsi pengalir nuteral dan pengalir pelindung dicantum dalam satu
pengalir bagi keseluruhan sistem punca bekalan kuasa dan sistem pemasangan
pengguna.
Punca Bekalan
Kuasa
L1
L2
L3
Cantuman
Neutral dan
Pemasangan pengalir
Pengguna perlindungan
Alat Perkakas
Punca Bumi
Tambahan
Punca
Bumi
Bahagian pengalir
terdedah
M
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 KA : 12 DRP : 15
U
Sistem TN – S
Sistem ini pengalir neutral dan perlindungan mempunyai pengalir yang berasingan
bagi keseluruhan sistem punca bekalan kuasa dan sistem pemasangan pengguna.
Punca Bekalan
Kuasa
L1
L2
L3
N
pengalir
Pemasangan perlindungan
Pengguna
Alat Perkakas
Punca
Bumi
Bahagian pengalir
terdedah
U
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 KA : 13 DRP : 15
M
Sistem TN – C – S.
Sistem ini fungsi pengalir neutral dan pengalir perlindungan dicantum dalam
satu pengalir bagi sebahagian daripada sistem. Bagi sistem punca bekalan kuasa
dibuat secara TN – c manakala sistem pemasangan pengguna dibuat secara TN – S.
Punca Bekalan
Kuasa
L1
L2
L3
Cantuman Neutral
dan pengalir
perlindungan
Pemasangan
Pengguna
Alat Perkakas
Punca
Bumi
Bahagian pengalir
terdedah
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 MUKA : 14 DRP :15
Sistem TT.
Sistem ini mempunyai satu atau lebih punca bekalan kuasa yang disambung
ke bumi. Bahagian pengalir yang terdedah dalam pemasangan akan disambung ke
elektrod bumi pemasangan dan tidak bergantung kepada elektrod bumi punca
bekalan. Buat masa ini dinegara kita sistem jenis ini dijalankan dikebanyakkan tempat
dan kawasan oleh pihak pembekal berkuasa (TNB).
Punca Bekalan
Kuasa
L1
L2
L3
N
Pemasangan
Pengguna
Alat Perkakas
Punca
Bumi
Pemasangan Pemasangan
elektrod bumi Bahagian pengalir elektrod bumi
terdedah
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL/PEL04/M09/HP 5/9 MUKA : 15 DRP : 15
Sistem IT
Sistem ini tidak mempunyai sambungan terus di antara bahagian hidup (live)
dan bumi. Bahagian pengalir yang terdedah di dalam pemasangan akan dibumikan.
Bagi punca bekalan disambung kebumi menerusi galangan bumi atau diasingkan
terus dari bumi. Sistem ini tidak sesuai dibekalkan kepada umum.
Punca Bekalan
Kuasa
L1
L2
L3
Pemasangan
Pengguna
Alat Perkakas
Punca
Bumi
Pemasangan Bahagian pengalir Pemasangan
elektrod bumi terdedah elektrod bumi
RUJUKAN :
ABD. SAMAD HANIF ( PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK )
MOHD. ISA IDRIS RAMLI HARUN ( ASAS PENDAWAIAN )
H HELAIAN PENERANGAN
ELAIAN PENERANGAN
( (I In nf fo or rm ma at ti io on n S Sh he ee et t) )
NAMA KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK
TAJUK MODUL MEMBUAT PENDAWAIAN KONDUIT DAN TRUNKING PVC
TAJUK SUB MODUL Membentuk Bengkokan Konduit PVC
Membentuk pelbagai bengkokan dengan menggunakan
OBJEKTIF PRESTASI / pelbagai jenis peralatan dan bahan yang sesuai seperti konduit
Performance Objective (PO) PVC supaya konduit yang dibengkokan mengikut sudut dan
ukuran yang dikehendaki.
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M10/HP(1/8) MUKA: 1 DRP: 5
NAMA NO. K/P
TAJUK : Sistem Pendawaian Konduit
TUJUAN :
Selepas mempelajari tajuk ini, peserta boleh menerangkan definasi sistem
pendawaian konduit PVC. Helaian ini juga menerangkan Peraturan IEE yang
berkaitan dengan sistem pendawaian konduit PVC serta kaedah pemasangan
konduit PVC.
PENERANGAN :
Kertas penerangan ini memberi pengetahuan bagaimana untuk memilih jenis-jenis
konduit mengikut piawaian yang ditetapkan.
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M10/HP(1/8) MUKA: 2 DRP: 5
Sistem Pendawaian Domestik
Di antara pendawaian domestik ialah:
1. Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)
2. Pendawaian Tersembunyi (Concealed Wiring)
3. Pendawaian Selongsong PVC (PVC Casing Wiring)
4. Pendawaian Pembuluh PVC (PVC Conduit Wiring)
Sistem Pendawaian Industri
Sistem pendawaian industri biasanya melibatkan pemasangan yang perlu
dilindungi daripada kerosakan mekanikal.Pendawaian ini dilakuka di dalam dan
juga di luar bangunan.Di antara sistem pendawaian industri yang sering digunakan
di negara kita ialah:
1. Pembuluh Logam(Konduit G.I_
2. Sesalur (Trunking)
3. Kabel Berperisai
Di dalam Modul ini anda akan mempelajari teknik-teknik asas bagaimana
melakukan pendawaian industri dengan menggunakan Konduit G.I.
ELEMEN 12.1 : SISTEM PENDAWAIAN KONDUIT
Kaedah pemasangan ini menggunakan paip conduit sebagai penghalaan
pendawaiannya. Jika sistem ini dipilih sebagai pemasangannya maka keseluruhan
kerja pemasangan bagi sesebuah premis/bangunan mestilah menggunakan
konduit PVC atau GI. Kabel-kabel akan disalurkan ke dalam konduit dari punca
kotak fius agihan ke punca- punca tamatannya. Kesesuaian pemilihan sistem ini :
• Bangunan kilang, bangunan komersil dan juga gerai-gerai
• Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya punca-punca kerosakan
mekanikal.
• Memerlukan voltan fasa tungal (single phase) dan tiga fasa (tree phase)
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M10/HP(1/8) MUKA: 3 DRP: 5
Pemilihan kabel dan konduit
Kabel yang digunakan untuk pemasangan secara konduit adalah dari jenis kabel
bertebat satu lapis sahaja, kerana kabel telah pun dilindungi konduit. Bilangan
kabel yang hendak dipasang dalam konduit perlu dipastikan kapasitinya atau
bilangan kabel itu adalah untuk mengelakkan daripada kabel terlampau panas di
dalam konduit. Pengiraan boleh dilakukan melalui faktor ruang kabel.
Faktor = Ruang yang ditempatkan untuk kabel
Keluasan ruang di dalam konduit
Faktor ruang merupakan satu nisbah daripada jumlah keseluruhan luas keratan
rentas kabel dengan luas keratan rentas dalam konduit atau sesalur yang tidak
lebih daripada 40%.
Terdapat dua jenis konduit yang biasa digunakan dalam pendawaian iaitu :
Konduit PVC
Konduit G.I
Sistem Pendawaian Konduit PVC.
Konduit PVC adalah merupakan pilihan selain daripada konduit GI. Bentuk dan
saiznya sama kecuali bahan buatannya daripada PVC. Konduit PVC ini tidak
mempunyai bebenang skru di kedua-dua hujungnya. Ada dua jenis konduit PVC
iaitu pvc tahan lasak (high impact) dan pvc biasa. Kebanyakan konduit masa kini
dibuat untuk tahan lasak serta tahan kepada hentaman dan tidak mudah pecah
serta kos yang rendah.
Saiz konduit boleh didapati seperti 20,25,32,40 dan 50 mm.Konduit tahan
hentaman dibuat daripada bahan polyvinyl chloride untuk mengikut keperluan
piawaian BS EN 500862-1 1996,Saiz standard bagi konduit jenis ini adalah 20,25 dan
32 mm.
Proses Pendawaian Konduit PVC
1. Sistem ini biasanya digunakan pada tempat yang terdedah pada bahaya
kerosakan mekanikal yang minimum
2. Pada masa ini,ia banyak digunakan bagi menggantikan sistem pendawaian
selongsong.
3. Selain daripada memberi perlindungan mekanikal pada kabel,sifatnya yang
tahan lasak,mudah dipasang,kalis air,tidak mudah berkarat dan tahan panas
menjadikan ia sebagai pilihan utama dalampendawaian domestik
4. Satu kelebihan utama sistem ini ialah ia dapat menghalang aliran arus elektrik
ke bahagian-bahagian lain pemasangan jika berlaku kebocoran arus.
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M10/HP(1/8) MUKA: 4 DRP: 5
5. Sistem ini mempunyai alat tambahnya sendiri bagi tujuan penyambungan,
pemeriksaan dan tamatan
6. Bagi membentuk pembuluh PVC,pembengkok pegas akan dimasukan ke
dalamnya dan kemudian barulah pembuluh tersebut dibentuk mengikut
keadaan yang diperlukan
7. Selekoh yang kecil/selisih (offset) dan selekoh L konduit PVC boleh dibuat
dengan menggunakan pegas pembengkok dengan membengkokkan konduit
mengikut keperluanya, caranya masukkan pegas pembengkok ke dalam
konduit, kemudian bengkokkan bahagian konduit tersebut mengikut
keperluan.
Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Pembuluh PVC
Amalan kerja yang baik semasa melakukan pendawaian adalah seperti berikut:
1. Rancang laluan pendawaian Pembuluh PVC
2. Rancang pembuluh dan aksesori mengikut laluan
3. Pastikan semua pemasangan pembuluh dan alat tambah siap dipasang
terlebih dahulu sebelum kerja- kerja memasukkan kabel boleh dilakukan
4. Masukkan kabel dengan cara menarik ke dalam pembuluh PVC
5. Pastikan semua pemasangan dilakukan dengan kemas dan teguh
6. Kotak pemeriksaan digunakan bagi memudahkan kerja penarikan kabel bagi
pendawaian yang panjang
7. Muatan kabel dalam pembuluh mengikut peraturan I.E.E dan Suruhanjaya
Tenaga & Gas.
Kaedah Pemasangan Pendawaian Konduit
1. Konduit hendaklah dipasang terlebih dahulu sepenuhnya, kemudian barulah
dimasukkan kabel ke dalamnya. Ini termasuk pemasangan segala keperluan
pemasangan (fittings) dan aksesori konduit seperti kotak tee box, sesiku L,
penganding, penyuai, pengecil, dan segala kotak pemasangan aksesori.
2. Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu konduit hendaklah mengikut
faktor ruang iaitu tidak melebihi 40%.
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M10/HP(1/8) MUKA: 5 DRP: 5
Gambarajah Pendawaian Konduit PVC
RUJUKAN :
ABD SAMAD HANIF 1994 – PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK (EDISI KEDUA)
MOHD ISA IDRIS & RAMLI HARUN – ASAS PENDAWAIAN
HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN – PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK IEE EDISI 16
BS7671:1992 PINDAAN2, 1997
HELAIAN PENERANGAN
(Information Sheet)
NAMA KURSUS PENDAWAI ELEKTRIK
TAJUK MODUL MEMBUAT PENDAWAIAN KONDUIT DAN TRUNKING PVC
TAJUK SUB MODUL Membentuk PVC Trunking
OBJEKTIF PRESTASI / Mengetahui cara cara melarikan kabel pendawaian didalam
Performance Objective (PO) pemasangan PVC Casing supaya kabel tidak terluka
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M10/HP(6/8) MUKA: 1 DRP: 4
NAMA NO. K/P
TAJUK : Sistem Pendawaian Trunking
TUJUAN :
Selepas mempelajari tajuk ini, pelatih boleh menerangkan definasi sistem
pendawaian Trunking. Helaian penerangan ini juga menerangkan peraturan
peraturan yang berkaitan dengan sistem pendawaian Trunking serta kaedah
pemasangan kabel dan faktor pemilihannya.
PENERANGAN :
Trunking atau Sesalur ialah salah satu sistem penatapan untuk melindungi
kabel,biasanya dalam bentuk muka keratan rentas bersegi empat,di mana satu
bahagiannya boleh dikeluarkan dan dipasangkan secara
menegak atau mendatar dipermukaan dinding atau besi rangka bangunan
Penggunaan:
Trunking (sesalur) biasanya digunakan untuk menempatkan bilangan kabel
yang banyak tidak kira sama ada kabel itu sama saiznya ataupun berlainan
saiznya.Ia juga digunakan apabila bilangan kabel tadi adalah terlalu besar untuk
dimasukkan ke dalam
U
M
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M10/HP(6/8) 2 DRP: 4
KA
:
Saiz Ukuran:
Trunking(sesalur) dibuat dalam berbagai saiz dan ukuran iaitu dari 38 mm x
38 mm ke 300 mmx150mm dan ukuran panjang biasanya dibuat dalam ukuran
2 hingga 5 meter dengan dilengkapi oleh alat lengkap seperti T Junction,Long
Bend,3 way junction 4 way junction dan sebagainya
Dibawah ini merupakan berbagai-bagai saiz dan ukuran trunking yang
terdapat dalam pasaran mengikut Piwaian BS
1. 38mm x 38mm 10. 100mm x 38 mm
2. 38mm x 50m 11. 100mm x 50 mm
3. 50mm x 50 mm 12. 100mm x 75 mm
4. 25mm x 50 mm 13. 100mm x 100mm
5. 25mm x 75 mm 14. 150mm x 38 mm
6. 38mm x 75 mm 15. 150mm x 50 mm
7. 50mm x 75 mm 16. 150 mm x 75 mm
8. 75mm x 75 mm 17. 300mm x 150 mm
9. 100mm x 25 mm
Catatan: Ukuran panjang Trunking (sesalur) ialah 2.4 meter untuk setiap
trungking yang disebutkan di atas
Contoh Pendawaian yang menggunakan PVC Trunking
U
M
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M10/HP(6/8) 3 DRP: 4
KA
:
PVC TRUNKING (SESALUR BERMODUL )
PVC Trunking atau Sesalur bermodul biasanya diperbuat daripada bahan pvk
jenis tahan hentakkan. Ada juga sesalur bermodul diperbuat daripada GI (
galvani iron). Sesalur ini biasanya digunakan untuk pemasangan domestik dan
industri.
• Sesalur jenis PVK ini lebih ringan jika dibandingkan dengan sesalur jenis
Metal
• Kosnya lebih murah, tidak berkarat, tahan lama dan tidak mudah
pecah.
• Diperbuat mengikut piawaian BS 4678.
• Pemilihan saiz sesalur yang sesuai mengikut bilangan kabel dan
pastikan faktor ruang yang mencukupi dan tidak melebihi 45%.
Contoh gambarajah PVC Trunking
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M10/HP(6/8) MUKA: 4 DRP: 4
FAKTOR RUANG TRUNKING
1. Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12 E
(dihalaman sebelah)
2. Jumlah kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor
trunking daripada Jadual 12 F
3. Saiz nominal trunking yang sesuai sekiranya faktor trunking sama atau lebih
daripada jumlah faktor kabel
Bagi saiz kabel dan jenis kabel atau saiz kabel trunking selain yang diberi
di Jadual 12 E dan 12 F,jumlah kabel yang perlu dipasang faktor ruangannya
haruslah tidak melebihi 45 % iaitu 45% berisi kabel dan 55% untuk ruang udara
Faktor Ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel
Jumlah luas keratan rentas dalam trungking
JADUAL 12 E
FAKTOR KABEL BAGI TRUNKING
JENIS PENGALIR LUAS KERATAN RENTAS PENGALIR(MM ²) FAKTOR
1.5 7.4
2.5 10.2
PEJAL
1.5 8.1
2.5 11.4
4 15.2
LEMBAR 6 22.9
10 36.3
RUJUKAN
Haji Md Nasir haji Abd. Manan ( PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK )
( I.E.E Edisi 16 BS7671: 1992 Pindaan 2, 1997 ) IBS BUKU SDN BHD.Petaling Jaya
ISBN 967-950-181-7
Abd Samad Hanif . 2004 ( PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK )
DAWANA SDN BHD. Ampang Selangor
ISBN 983-62-4063-2
H HELAIAN PENERANGAN
ELAIAN PENERANGAN
( (I In nf fo or rm ma at ti io on n S Sh he ee et t) )
NAMA KURSUS PENDAWAI ELEKTRIK
TAJUK MODUL MEREKABENTUK LUKISAN ELEKTRIK TIGA FASA
TAJUK SUB MODUL Melukis Rajah Pendawaian Tiga Fasa
OBJEKTIF PRESTASI / Melukis pendawaian tiga fasa dengan menggunakan pelbagai
Performance Objective (PO) jenis alat lukisan teknik dan bahan yang sesuai supaya lukisan
yang dihasilkan menepati standard lukisan elektrik.
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M21/HP(3/4) MUKA: 1 DRP: 4
NAMA NO. K/P
TAJUK : Kabel dan Faktor Kepelbagaian.
TUJUAN : Menerangkan Kabel Dan Faktor Kepelbagaian Pepasangan Tiga Fasa.
PENERANGAN :
Rujuk Modul 3 (Merekabentuk Lukisan Elektrik Satu Fasa) Helaian Penerangan T8
berkenaan kabel.
Pada kertas penerangan ini akan diterangkan pengiraan faktor kepelbagaian bagi
pepasangan Tiga fasa.
Bagi pemasangan 3 fasa, Pengiraannya adalah sama dengan pengiraan satu fasa, iaitu
jumlah beban di bahagi dengan voltan nominal terbaru. Dan di akhir pengiraan jumlah
keseluruhan perlu dibahagi 3.
Bagi beban seperti 3 fasa jumlah beban terus dibahagi 3 x 400 x 0.85 untuk mencari
jumlah arus.
Rujuk Modul 3 (Merekabentuk Lukisan Elektrik Satu Fasa) Helaian Penerangan T9
berkenaan faktor kepelbagaian.
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M21/HP(3/4) MUKA: 2 DRP: 4
Cara-cara pengiraan faktor kepelbagaian tiga fasa.
Rujuk Jadual B pada buku Akta dan Peraturan Elektrik dan jadual kebenaran faktor
Kepelbagaian Peraturan IEE .
Contoh.
Sebuah rumah kediaman memerlukan pendawaian berikut dengan bekalan 3 Fasa faktor kuasa
menyusul 0.85 dengan bekalan 400 volt.
1. 8 nos Lampu Pendaflour 1 X 40 Watt
2. 9 nos Lampu Filamen 60 watt
3. 1 nos Alat Perkakas Pemasak 1.5 kw
4. 1 nos Pemanas Air Jenis Segera 1.5 kW
5. 2 nos Penyaman Udara 2 HP (kuasa kuda) Penyaman Udara
6. 1 nos Alat Perkakas Pemasak 6 kW
7. 12 nos Suis Soket Alir Keluar 13 Amp. (Jejari)
Kirakan Arus Maksima dan Arus Anggaran yang digunakan dalam pemasangan elektrik di atas.
Faktor
Bil. Beban / Litar Arus Maksima Arus Anggaran
Kepelbagaian
1. 8 nos Lampu Pendaflour 1 X
40 Watt 2.946 Amp 2.946x 66 % 1.944 Amp
8X 40 X 1.8
230 x 0.85
2. 9 nos Lampu Filamen 60 watt
9 X 60 2.347 Amp. 2.347 x 66 % 1.549 Aamp
230
3. 1 nos Alat Perkakas Pemasak
2 kw
8.695 Amp 8.965 x 100% 8.695 Amp
1 x 2000
230
4. 1 nos Pemanas Air Jenis
Segera 1.5 kW 6.521 Amp 100 % 6.521 Amp
1.5 X 1000
230
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M21/HP(3/4) MUKA: 3 DRP: 4
Faktor
Bil. Beban / Litar Arus Maksima Arus Anggaran
Kepelbagaian
5. 2 nos Penyaman Udara 2 22.89 Amp Alat pegun 22.89 Amp
HP (kuasa kuda) arus terkadar .
standard
3 X 2 x 746
230 x 0.85
6 Alat Perkakas Pemasak 6 kw
10 A +30% baki
+ 5 Amp jika
(Alat Perkakas Pemasak ada S/S/O
yang melebihi 3 kw 26.08 Amp 14.82 amp
haruslah mengikut perkiraan (26.08 – 10 ) x
seperti dibawah) 30 % +10)
6x1000watt
230
7 12 nos Suis Soket Alir Keluar
13 Amp. (Jejari) 100%
permintaan 20 Amp
litar 1 = 20A 120 Amp arus titik
litar 2 = 20A penggunaan
litar 3 = 20A 20 x yang terbesar
litar 4 = 20A 6 tambah
litar 5 = 20A 120 (20x100%)
litar 6 = 20A 40 Amp
40% bagi
setiap titik
penggunaan
yang lain
(120-20) x 40%
ARUS MAKSIMA ARUS ANGGARAN
JUMLAH ARUS SEFASA 189.443Amp = 63.14 Amp 116.429 Amp = 38.80 Amp
KESELURUHAN 3 3
KOD RUJUKAN GM/SW/KEL/PEL04/M21/HP(3/4) MUKA: 4 DRP: 4
Suis Utama yang di pilih = 60 Amp 3 Fasa
Saiz RCD Utama yang dipilih = 63 Amp / 300 mA(0.3 Amp)
Saiz RCD Litar Kuasa yang dipilih = 40 Amp / 30 mA(0.03 Amp)
Saiz kabel utama yang digunakan = 16 mm² pvc
RUJUKAN;
PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK – DBP(ABD. SAMAD HANIF)
BUKU AKTA & PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK- MDC
H HELAIAN PENERANGAN
ELAIAN PENERANGAN
( (I In nf fo or rm ma at ti io on n S Sh he ee et t) )
NAMA KURSUS PENDAWAI ELEKTRIK
TAJUK MODUL MENGUJI PEPASANGAN ELEKTRIK TIGA(3) FASA
TAJUK SUB MODUL Menjalankan Ujian Turutan Fasa
OBJEKTIF PRESTASI / Menjalankan kerja-kerja menguji turutan fasa dengan
Performance Objective (PO) menggunakan berbagai jenis alat pengujian supaya turutan fasa
dikenalpasti dan alat pengujian dikendalikan dengan selamat
KOD RUJUKAN GW/SW/KEL/PEL04/M12/HP(4/6) MUKA: 1 DRP: 7
NAMA NO. K/P
TAJUK : Ujian Turutan Fasa
TUJUAN : Supaya pelatih boleh menerangkan tentang kerja pengujian turutan tiga
fasa meluputi kerja yang berkaitan dengan pengujian tiga fasa seperti
alat pengujian ,pemeriksaan alat pengujian,langkah keselamatan
pengunaan alat ujian dan cara-cara melakukan pengujian
PENERANGAN :
Ujian ini boleh dianggapkan sebagai ujian kekutuban 3 fasa. Tujuan ujian ini ialah
untuk mengetahui urutan bekalan tiga fasa itu adalah seperti yang telah
ditetapkan (merah=R, kuning=Y, biru=B). Turutan atau urutan tiga fasa ini juga
penting untuk pepasangan pendawaian tiga fasa di mana akan terdapatnya
radas-radas yang memerlukan bekalan tiga fasa seperti motor tiga fasa dan lain-
lain radas lagi. Apabila turutan fasa ini salah maka akan mendatangkan bahaya
apabila motor salah pusingannya.
Terdapat dua kaedah untuk menjalankan pengujian turutan fasa ini;
Kaedah pertama:-
alat yang digunakan untuk menjalankan ujian turutan fasa ini adalah dengan
menggunakan 4 x 15W,240V lampu filamen dan 1 x (0.5-1.0)µF pemuat kertas
dengan keupayaan 400 V a.c atau 600V a.t.
Kaedah kedua:-
Dengan menggunakan alatan yang lebih canggih iaitu dikenali sebagai Phase
Sequence Tester
KOD RUJUKAN GW/SW/KEL/PEL04/M12/HP(4/6) MUKA: 2 DRP: 7
CARA UJIAN URUTAN FASA DILAKUKAN
Kaedah 1:-
Tandakan ketiga-tiga punca bekalan dengan a,b dan c, serta pasangkan lampu
seperti dalam rajah 1. Kita akan dapati perbezaan cahaya pada lampu-lampu
itu,katakan seperti berikut:
Ujikaji I Ujikaji II Ujikaji III
(1) Lampu a (2) Lampu a (3) Lampu c
terang, ini terang, ini terang, ini
berertia berertia berertic
mendahului b mendahului c mendahului b
a (M) b (B ) c (K) a (M) b (B ) c (K) a (M) b (B ) c (K)
L L C L C L C L L
L L L L L L
1 2 3
Rajah 1 : Ujian turutan fasa
Daripada hasil catatan ini kita dapat membuat satu keputusan iaitu a mendahului
kedua-dua b dan c dengan c mendahului b. Oleh sebab itu urutannya ialah a,c,b.
Berdasarkan rajah vector M, K, B, dalam rajah 2 a ialah fasa merah, c fasa kuning
dan b fasa biru.
KOD RUJUKAN GW/SW/KEL/PEL04/M12/HP(4/6) MUKA: 3 DRP: 7
Fasa Merah
Mendahului kuning dan biru
Fasa Kuning Fasa Biru
Mendahului biru dan merah Mendahului kuning dan merah
Rajah 2 : Vektor bekalan 3 fasa
Keselamatan:-
Pengujian ini dilakukan pada litar hidup, pastikan penujian yang dilakukan
mendapat kebenaran dan tunjuk ajar dari tenaga pengajar supaya tidak berlaku
sebarang kejadian yang tidak di ingini
Kaedah 2:-
Ujian ini mestilah dilakukan setelah bekalan diperolehi atau dalam erti kata lain litar
hidup.Alat uji yang digunakan ialah phase sequence tester. Bahagian penunjuk alat
ini akan berputar mengikut pusingan jam jika turutan fasa betul dan melawan
pusing jam jika turutan fasa salah.
Rajah 3 : contoh Phase Sequence Tester yang terdapat dipasaran
KOD RUJUKAN GW/SW/KEL/PEL04/M12/HP(4/6) MUKA: 4 DRP: 7
KEGUNAAN
Phase sequence tester digunakan untuk menguji fasa untuk bekalan 3 fasa. Alat ini
seolah-olah mewakili satu motor 3 fasa.
Penyambungan pada motor
Sambungan pada motor 3 fasa. Sambungan star
Sambungan delta
KOD RUJUKAN GW/SW/KEL/PEL04/M12/HP(4/6) MUKA: 5 DRP: 7
Rajah 4 : Nama bahagian-bahagian pada Phase Sequence Tester
Cara Ujian Dijalankan.
1. Sambungkan ‘alligator clip’ pada litar tiga fasa yang hendak diuji.
2. Alat ini akan menunjukan ‘open phase’ dan ‘phase sequence’ dengan LED dan
bunyi buzzer.
Petunjuk
KOD RUJUKAN GW/SW/KEL/PEL04/M12/HP(4/6) MUKA: 6 DRP: 7
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1. Jangan biarkan bahagian dalam peralatan ini terbuka semasa pengujian dijalankan.
2. Berikan sepenuhnya perhatian semasa menjalan ujian kerana bekalan 3 fasa
mempunyai voltan yang tinggi dan boleh menyebabkan renjatan.
3. Bila semua LED tidak menyala, satu fasa mungkin masih mempunyai bekalan, Jadi
beri perhatian agar tidak terkena renjatan.
Arah pusingan motor Bekalan masukan
R Y B
1 CW R Y B
2 CW B R Y
3 CW Y B R
4 CCW R B Y
5 CCW B Y R
6 CCW Y R B
Jadual 1: Ujian yang dilakukan guna Phase Sequence Tester
KOD RUJUKAN GW/SW/KEL/PEL04/M12/HP(4/6) MUKA: 7 DRP: 7
Kesimpulan yang boleh di buat daripada jadual di atas ialah :-
1) Jika bekalan masukan yang disambungkan sama fasa dengan masukan pada
motor, maka motor tersebut akan berpusing ikut arah pusingan jam (baris no. 1
pada jadual)
2) Jika bekalan masukan yang disambungkan berlainan fasa dengan masukan
pada motor, maka motor tersebut akan berpusing ikut arah pusingan jam (baris
no. 2 dan no. 3 pada jadual)
3) Jika bekalan masukan disambungkan dengan 2 fasa yang berbeza dengan
masukan pada motor , maka motor tersebut akan berpusing lawan arah pusingan
jam (baris no. 4, no. 5 dan no.6 pada jadual)
Perkara perkara yang berlaku di atas adalah sama jika motor digantikan dengan
phase sequence tester.
RUJUKAN :
ABDUL SAMAD HANIF, 2004. PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK,DEWAN
BAHASA DAN PUSTAKA,KUALA LUMPUR.
HAJI MD.NASIR HAJI ABD.MANAN,2004,2005,PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK
DOMESTIK,EDISI KEDUA,IBS BUKU SDN.BHD,SELANGOR.
PERATURAN PENDAWAIAN IEE,1992.PERATURAN-PERATURAN BAGI PEMASANGAN ELEKTRIK
EDISI KE 16.GOLDEN BOOK CENTRE SDN.BHD.SELANGOR.
H HELAIAN PENERANGAN
ELAIAN PENERANGAN
( (I In nf fo or rm ma at ti io on n S Sh he ee et t) )
NAMA KURSUS PENDAWAI ELEKTRIK
TAJUK MODUL MENGUJI PEPASANGAN ELEKTRIK TIGA(3) FASA
TAJUK SUB MODUL Mencari Kerosakan Pepasangan Elektrik Tiga (3) Fasa
Menjalankan kerja-kerja mencari kerosakan elektrik pepasangan
OBJEKTIF PRESTASI / tiga fasa dengan menggunakan berbagai jenis alat pengujian
Performance Objective (PO) supaya kerosakan dikenalpasti dan alat uji dikendalikan dengan
selamat
KOD RUJUKAN GW/SW/KEL/PEL04/M12/HP(6/6) MUKA: 1 DRP: 21
NAMA NO. K/P
TAJUK : Mencari Kerosakan Elektrik Tiga Fasa
TUJUAN :
Pelatih boleh menerangkan tentang kerja-kerja mencari kerosakan elektrik tiga
fasa meluputi kerja yang berkaitan dengan penggunaan alat pengujian
,pemilihan alat pengujian yang betul,mengenal pasti jenis-jenis kerosakan,langkah
pembaikan kerosakan dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan
terhadap diri, alat dan perkakas.
PENERANGAN :
PENYENGGARAAN ELEKTRIK
Penyenggaraan elektrik bertujuan untuk mencegah berlakunya sebarang kerosakan yang
lebih teruk terhadap system pemasangan elektrik. Terdapat berbagai-bagai jenis
penyenggaraan, antaranya ialah membersihkan kekotoran, memeriksa alat dan
pemasangan, menggantikan bahagian yang haus atau rosak atau membetulkan sesuatu
keadaan yang membahayakan pengguna. Sebagai rumusan,kerja penyenggaraan perlu
dijalankan pada setiap pemasangan elektrik
Alat,peranti,mesin dan pemasangan elektrik berbeza, kerja-kerja penyenggaraan juga
berbeza-beza. Oleh sebab itu mereka yang terlibat dalam kerja penyenggaran seperti
penyelia,guru,juruteknik atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam kerja penyenggaraan perlu
menyediakan satu senarai semak pemeriksaan,pengawasan,pembaikkan agar satu
pembahagian kerja penyenggaraan yang sistematik dapat di lakukan.