The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafinaz Ishak, 2020-11-24 16:55:14

Prosiding SEDAR'18

Prosiding SEDAR'18

Keywords: PERANAN SISC+,SISC+,COACH,PLC,PEMBUDAYAAN PLC

PANEL PENYUNTING:

Dr. Mashira Yahaya
Dr. Hjh. Azizah Sarkowi
Dr. Mahaya Salleh
Dr. Siri Sena Baba Hamid
Dr. Hj. Zakaria Mohd Arif
Dr. Nooraini Abdullah Sani

Hakcipta © Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman 2018
Semua hakcipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
ada kepentingan komersil. Mana-mana bahagian dari buku ini tidak
boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperbaiki,
atau disiarkan dalam mana-mana bentuk atau dengan mana-mana alat,
elektronik, mekanikal, fotokopi, perakam atau sebaliknya tanpa keizinan
daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

ISBN 978-967-14326-4-8
Diterbitkan Oleh:

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
06000 Jitra Kedah

No. Telefon: 04-9148310
Faksimili: 04-9175492

i

Prakata

Prosiding ini merupakan koleksi kertas kajian yang dibentang pada Seminar
Darulaman 2018 (SEDAR 2018), anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman. SEDAR 2018 berlangsung pada 04 dan 05 September 2018 bertujuan
untuk memaparkan isu-isu pedagogi dan mengemukakan cadangan
penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia sejajar dengan
pendidikan abad ke-21. Tema seminar ini adalah ―Pembudayaan Pendidikan Abad
Ke-21 Melalui Penyelidikan” dan kertas kajian disumbangkan oleh pelbagai ahli
akademik daripada pelbagai institusi pendidikan berdasarkan sub-tema yang
meliputi bidang-bidang berikut:

BIDANG KHUSUS

 Pendidikan Guru
 Pendidikan khas dan pemulihan
 Pendidikan Islam dan Moral
 Pendidikan Bahasa (BM, BI,BA)
 Pendidikan prasekolah
 Pendidikan TVET

BIDANG UMUM

 Pengajaran dan pembelajaran Abad ke-21
 Inovasi dan Teknologi dalam Pendidikan
 Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan
 Pengurusan Kokurikulum dan Sukan
 Penilaian dan Pentaksiran Abad ke 21
 Professional Learning Community (PLC)
 Coaching & Mentoring
 Peranan PK&PEM dalam merealisasikan Transformasi Nasional 50 (TN50)
 Kajian Tindakan
 Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling
 STEM
 Literasi Maklumat

Adalah diharapkan pandangan serta pendapat daripada kertas-kertas kajian yang
dibentangkan dalam SEDAR 2018 dapat memberi pendedahan dan penyelesaian
terhadap isu-isu dalam pendidikan. Semoga prosiding ini bermanfaat dan menjadi
rujukan yang tidak ternilai kepada semua warga pendidik.

Isi Kandungan ii

Prakata i
Isi Kandungan ii
1-12
Tahap Bahasa Antara Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Kedua 13-18
Noor Zila Md. Yusuf, Ph.D 19-22
Amir Juhari, Ph.D 23-29
Shafiee Hassan
Mohd. Yazi Kerya 30-37
38-43
Perbandingan Kesan Memori Jangka Pendek Dengan Memori Jangka Panjang 44-50
Melalui Koswer Penceritaan Digital Bagi Mata Pelajaran Sejarah
Noor Fatasya Idla Abdullah 51-54
Maizatul Hayati Mohamad Yatim, Ph.D

Pdpc Pembiasan Gelombang Bunyi Dengan Menggunakan Live Data Logging
Dalam Eksperimen Fizik Tingkatan 5
Chow Sed Lie

Kajian Tahap Kesedaran Terhadap Keberkesanan Penggunaan E-Pemasaran
Dalam Kalangan Pelajar Keusahawanan Di Politeknik Sultan Abdul Halim
Muad‟zam Shah (POLIMAS)
Suriani Md Saleh
Balkhais Jamaluddin
Muhammad Nazran Hamzah

Faktor Tekanan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Jabatan Perdagangan
(POLIMAS)
Marsunita Md Saad
Aida Yusnizan Mohd Yusof

Tahap Kesediaan Guru Prasekolah Terhadap Pengetahuan Perkembangan Motor
Halus Kanak-Kanak
Siti Nurulain Zakaria
Suziyani Mohamed, Ph.D

Vektor Dan Roti Nan
Oh Siew Choo
Sharimah Ibrahim
Noor Aziah Abdul Ghani
Lim Meei Meei

Pendekatan Outcome Based Education (OBE) Terhadap Pengetahuan Dan
Pembelajaran Pelajar Bagi Kursus DPM5033 Advertising Di Politeknik Sultan
Abdul Halim Muadzam Shah
Mastura Mohamad Noor
Norsalbiah Saad

Amalan Pensyarah Terhadap Pelaksanaan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) iii
Dalam Kalangan Pensyarah Jabatan Perdagangan Di Politeknik Sultan Abdul 55-58
Halim Muadzam Shah 59-65
Norsalbiah Saad 66-71
Mastura Mohamad Noor 72-78
79-85
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Keusahawanan Di Kalangan 86-89
Pelajar Semester 5 Diploma Pemasaran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‟adzam 90-96
Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah 97-101
Aida Yusnizan Mohd Yusof 102-105
Marsunita Md Saad 106-112

Tahap Keprihatinan Guru Terhadap Inovasi Pembelajaran Abad Ke-21
Rasidah Ramdan
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Ph.D

Kesedaran Guru Aliran Perdana Terhadap Murid Autisme Di Sekolah Rendah
Daerah Kuala Muda / Yan
Nor Rawaida Azizan
Lee Lay Wah, Ph.D
Eni Eliza Ghazali

Penerimaan Guru Aliran Perdana Yang Mengajar Program Pendidikan Inklusif
Terhadap Pelaksanaannya Di Sekolah Daerah Baling
Nur Bahirah Mohd Rushdi
Aznan Che Ahmad
Eni Eliza Ghazali

Achieving Course Objectives And Course Learning Outcomes Of DPA 1013
Fundamentals Of Accounting Course
Nurul Huda Yahya
Nor Syuhani Shaari
Norazlizah Saad

Misconceptions Of Sinking And Floating Among Malaysian Form One Students. A
Case Study
Amani Abdullah Mubarak, Ph.D
Siri Sena Baba Hamid, Ph.D

Cultural Barrier In English Language Among Students From Diploma Of
Mechanical Engineering
Hasnizam Hasan
Suzilawati Iberahim

Students‟ Achievement In Learning Outcomes On The DPA3043 Auditing Course
Nurul Huda Yahya
Norazlizah Saad
Nor Syuhani Shaari

Amalan Scaffolding Dalam Pelaksanaan Kurikulum MPEI

Kalai Selvan Arumugham iv
113-123
Perkongsian Hasil Kerja Pelajar: OVIK 124-130
Noor Aziah Abdul Ghani 131-139
Sharimah Ibrahim 140-148
Nuraiza Matsah 149-157
158-165
Kecenderungan Pelajar PISMP Sejarah Terhadap Pemilihan Sekolah Kebangsaan 166-172
Dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Bagi Pelaksanaan Pengurusan Praktikum
Di Kota Setar 173-179
Zaimah Abdullah 180-187
Zarina Abu Bakar

Pengaruh Kecerdasan Emosi (EQ) Dan Kecerdasan Spiritual (SQ)
Ke Atas Tingkah Laku Agresif Pelajar
Norrosni Shaari, Ph.D

Kesedaran, Kesediaan Dan Penerimaan Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu‟adzam Shah Terhadap M-Learning
Musliza Mohamad
Malike Brahim

Keberkesanan Penilaian Kemahiran Dan Penguasaan Bahasa Pada Peringkat
Pengajian Tinggi
Didi Ng Guat Ding
Siti Noraini Jupri

Penglibatan SISC+ Menerusi Sesi „Coaching & Mentoring‟ Sebagai Pemacu
Pembudayaan Pendidikan Abad Ke - 21 Di SMK Kampung Bahagia
Putri Faridah Hanizah Dahalan
Umi Samra Md Saidan

Hubungan Antara Stail Kepemimpinan Pengetua Dengan Iklim Organisasi
Pendidikan Di Daerah Samarahan
Mohd Yusri Mohamad Noor
Noorazura Mohd Makhtar
Mohamad Roslan Aroff
Tengku Norhani Tengku Besar
Kamalawati Dolhan

Kajian Keberkesanan Aplikasi Whatsapp Sebagai Medium Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‟adzam
Shah
Balkhais Jamaluddin
Norhafizawati Bakar

Aplikasi Literasi Maklumat Dalam Proses Pembelajaran Menerusi Aktiviti Let‟s
Read Wonderland
Zuridah Hanim Md. Akhir

Smart Presenter v
Abdul Halim Konting 188-190
Aminudin Abdul Rahman, Ph.D
Ros Ayu Abdullah, Ph.D 191-196
Meriam Ismail, Ph.D
197-202
Pengaruh Program Intervensi Dalam Bimbingan Dan Pementoran Berfokus Oleh 203-212
SISC+ Impak Terhadap Kredibiliti Pengajaran Guru Di Sekolah–Sekolah Daerah 213-230
Kinta Utara, Perak.
Leila Nasser 231-239
Nor Zaitul Shahira Zakaria 240-248
Siti Nuraini Mukhtar 249-260

Cabaran Pengurusan Kokurikulum Dan Komitmen Guru 261-268
Fatimatuzzahrah Roslan 269-278

Aplikasi Teori Malakat Dan Tadrij Ibnu Khaldun Dalam Modul Pengajaran
Pemulihan Intensif Bahasa Arab Komunikasi
Naziroh Ibrahim, Ph.D
Amani Dahaman @ Dahalan, Ph.D

Model Rekabentuk Instruksi Model Penerapan Nilai Islam Bersepadu Dalam
Pembangunan Perisian Multimedia Pendidikan
Kamarudin Abu Hassan, Ph.D
Nor Azman Wahab
Hamzah Dollah
Ismail Hashim

Pengetahuan Teknologikal Pedagogi Isi Kandungan (TPACK) Guru-Guru Pra-
Perkhidmatan Institut Pendidikan Guru
Shukri Ismail, Ph.D
Mohd Din Haron

Aplikasi Bacaan Pantas Di Sekolah Menengah: Kajian Terhadap Pencapaian
Peserta
Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman
Rozana Kamdani

Kajian Pembelajaran Animasi 3D Interaktif Untuk Kanak-Kanak Disleksia Dengan
Kaedah Gabungan
Nor Bibi Maslina Jusoh
Hannyzzura Affal
Norliza Kushairi

Karya Sastera Sebagai Perakam Implikasi Perubahan Pendidikan Terhadap
Keluarga Melayu
Mohd Zain Kosnon

Malayan Forum: Perjuangan Awal Menuju Demokrasi, Sosialis Atau Komunis?
Ahamad Jama’ Amin Yang

Niat Ponteng Sekolah vi
Abdul Ghani Jalil, Ph.D 279-284
Yahya Don, Ph.D 285-292
293-301
Kaedah „LTD‟ Membantu Meningkatkan Kemahiran Berkarya Pelajar Dari Zero Ke 302-306
Hero
Khalijah Ahmad, Ph.D 307-310
Abd. Manaf Ishak 311-319

Kit “Emotion Body Response” (EBR) Meningkatkan Penguasaan Dan Pemahaman 320-325
Kosa Kata Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid-Murid Prasekolah 326-329
Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz 330-339
340-347
Keberkesanan Penggunaan Petak Gega Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Di
Sekolah Murid Orang Asli
Khairulamri Sulaiman
Yusnita Muniar
Ma Noralasikin Abdul Manaf

Mybiorobotics Kit : Introducing A Low-Cost, Early Engineering Concept Among
Malaysian Native Pupils Using Robotics
Mohamad Termizi Borhan
Azneezal Ar-Rashid

Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru Pelatih Pendidikan Islam Institut
Pendidikan Guru Terhadap Pendekatan Berpusatkan Pelajar
Fatahiyah Elias
Mohd Isa Hamzah, Ph.D
Norarbainah Shafie
Zainab Ismail
Sri Andayani Mahdi Yusof

Amalan Pengurusan Dan Penyelenggaraan Bengkel Di Kalangan Guru Kemahiran
Hidup Sekolah Menengah-SABK Negeri Kedah
Tajul Ashikin Hashim
Aizul Fared Mansor

Hubungan Antara Penglibatan Murid Dalam Kokurikulum Dengan Tahap
Keyakinan Murid Berkomunikasi
Nor Azmah Johari

Perlaksanaan Kit Latih Tubi Literasi Di Kalangan Murid-Murid Tidak Melepasi
Konstruk 2 Dalam Linus Dan Murid Bermasalah Pembelajaran
Syariman Jahari
Zalifah Reduan

Boja Meningkatkan Kemahiran Mengecam Nama Jari Tangan Kanak-Kanak
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Afid Ainzat Suhaimi
Mohamad Suhaimi Md Dan

Zubaidah Mat Nor vii
348-353
Tahap Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Guru-Guru Sekolah 354-365
Menengah Daerah Sik 366-376
Mahaya Salleh, Ph.D 377-382
Zakaria Mohd Arif, Ph.D 383-391
392-405
Penggunaan Kaedah Perisian “D-Minus” Berbantukan Aplikasi Visual Basics 406-417
Dalam Menyelesaikan Masalah Operasi Pembahagian Dalam Kalangan Murid 418-433
Tahap Dua 434-442
Goh Kok Ming 443-451

Pembinaan Dan Penilaian Modul Aktiviti Fizikal Harian (AFH) Serta
Keberkesanannya Terhadap Aspek Kognitif, Sosial Dan Komunikasi Murid
Autistik Di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Chandramogan Ramaiah
Zainuddin Mohd. Isa, Ph.D

Kesan Pendekatan Pengajaran Kolaboratif Guru Pemulihan Khas Dan Guru Aliran
Perdana Terhadap Penguasaan Standard Asas Literasi Menulis Bahasa Melayu
Murid Tahap Satu
Mohd Asnorhisham Adam
Abdul Rahim Hamdan, Ph.D

Meningkatkan Kemahiran Mengenal Huruf Dan Membina Perkataan Dalam
Kalangan Murid-Murid Berkeperluan Khas Menggunakan SALEKSIA
Rajmah Othman
Rozana Abdul Rahim, Ph.D
Faridah Abdul Rahman

Peranan Media Sosial Dalam Pendidikan Abad Ke - 21
Azizi Jaafar, Ph.D
Tuan Majdiah Tuan Ismail
Mohd. Zaki Ab Rahim

Amalan Penggunaan Kaedah Nahu Terjemahan Dalam Pengajaran Bahasa Arab
Guru Pelatih Lelaki Dan Guru Pelatih Wanita di Institut Pendidikan Guru Kampus
Perlis – Satu Kajian Kes
Mohd Najib Sulaiman

“Graf Kit” Meningkatkan Penguasaan Menulis Tajuk, Label Dan Mengenal Pasti
Kata Kunci Graf Bar Bagi Subjek Pengajian Am Di Kelas U PP 1, Kolej Tingkatan
Enam Shah Alam
Saranjit Kaur Jaswant Singh

Pelaksanaan Inovasi Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Bahasa Cina Dari
Perspektif Pelajar PISMP Elektif Teras Bahasa Cina, IPGK Darulaman 2018
Khor Cheng Hoon

Ekspresi Ragam Hias Wau Jala Budi Di Negeri Kedah, Malaysia

Mohd Fauzi Fadzil, Ph.D viii
Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani, Ph.D
Jalilah Jamil 452-459
460-480
Peranan SISC+ Dalam Pembudayaan Professional Learning Community (PLC) Di 481-487
Sekolah. 488-493
Nurul Syafinaz Ishak 494-500
Noraini Ibrahim 501-509
510-518
Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Flipped Dalam Pengajaran Dan 519-523
Pembelajaran Sejarah Tingkatan 1 524-533
Juliana Ali
534-540
Hubungan Antara Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Dalam Penggunaan
Sumber-Sumber Sejarah Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah
M.Kaviza

Keberkesanan Kaedah Pementoran Teradun Untuk Meningkatkan Pencapaian
Murid Sekolah Dalam Bidang Stem Melalui Subjek Sains Tingkatan Dua
Nur Athirah Nor Azam
Tuan Mastura Tuan Soh

Meningkatkan Perilaku Asertif Dalam Kalangan Murid Melalui Teknik Main
Peranan
Shathiswary Mahendran

Know Your Emotions With “Thinking Hats”
Suzana Sanusi
Rosli Abdul Wahab
Shuib Hamid

Aplikasi Teknik Kamishibai Kerjaya dalam Sesi Bimbingan Kelompok Murid
Tahap Dua Sekolah Rendah Di Johor Bahru
Raudhah Ali, Ph.D

Meneroka Pemikiran Animisme Kanak-Kanak Pra Sekolah: Satu Kajian Kes
Ooi Siew Tin
Asbullah Basri

Komponen Model TS25: Satu Penilaian Rintis
Azman Kanil @ Konil
Kamarudin Abu Hassan, Ph.D
Makrof Daud
Ramle Taib
Mohd Ibrohim Md Taha

Peranan Penerimaan Sosial Sebagai Perantara Bagi Hubungan Antara Sosialisasi
Organisasi Dan Tingkah Laku Proaktif Dengan Keterlibatan Kerja Guru Baharu
Rozita Abdullah

1

Tahap Bahasa Antara Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Kedua

1Noor Zila Md. Yusuf, Ph.D, 2Amir Juhari, Ph.D, 3Shafiee Hassan, 4Mohd. Yazi Kerya
1,2,3,4IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah

[email protected]; [email protected];
[email protected]; [email protected]

Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis tahap Bahasa
Antara (BA) dalam pembelajaran bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa
kedua (B2). Pengkaji menggunakan teori BA yang diperkenalkan oleh
Selinker (1972) sebagai landasan dalam menganalisis tahap BA dalam
kalangan subjek kajian. Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan dan
kaedah kajian lapangan. Sebanyak 28 orang pelajar Iban tahun empat di
salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Meradong, Sarawak
dijadikan sampel kajian melaui satu ujian karangan yang dikendalikan
oleh pengkaji. Mereka terdiri daripada pelajar yang mempelajari bahasa
Melayu sebagai B2 dan bahasa pertama (B1) mereka ialah bahasa Iban.
Hasil dapatan kajian dihurai secara kualitatif. Peratusan dan angka hanya
digunakan untuk menyatakan jumlah markah ujian karangan dan jumlah
subjek kajian mengikut tahap BA. Tahap BA subjek kajian dapat
ditentukan oleh pengkaji berdasarkan kesilapan dan markah ujian
karangan yang diberikan hasil semakan oleh pengkaji. Dapatan kajian
mendapati kebanyakan subjek kajian berada pada tahap mesolek iaitu
sebanyak 18 orang. Pengkaji merumuskan bahawa perlunya usaha yang
lebih keras dalam kalangan semua pihak untuk memastikan pelajar B2
menguasai BM dengan baik sebelum melangkah ke peringkat yang lebih
tinggi. Kajian ini penting dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak sama
ada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Pendidikan Guru,
Bahagian Perkembangan Kurikulum, guru-guru sekolah dan ibu bapa
dalam melihat kepentingan mengetahui tahap BA pelajar terhadap
kecenderungan mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan
baik.

Kata kunci: Bahasa Antara, Pembelajaran Bahasa Kedua, Akrolek,
Mesolek, Basilek

PENGENALAN
Matlamat kerajaan Malaysia menjadikan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa pengantar
sepenuhnya daripada peringkat pengajian dasar hingga ke peringkat pengajian tinggi, jelas
terlaksana secara menyeluruh mulai tahun 1983. Walaupun penggunaan BM sudah begitu
meluas di dalam dan di luar sekolah, namun tanda-tanda menunjukkan bahawa sebahagian
murid-murid di negara ini masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka khususnya masyarakat
bukan Melayu. Dalam masyarakat yang berbilang kaum, didapati pelbagai bentuk kemahiran
berbahasa muncul dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang lahir dari pelbagai latar
belakang. Sebagai contoh, kepelbagaian etnik kaum di Sarawak, menyebabkan terhasillah BM
yang berbeza dengan BM standard (BMS) yang dipanggil sebagai BM dialek. Di Sarawak, BM
dialek ini disebut sebagai BM Dialek Sarawak (BMDS). Didapati bahawa, penggunaan bahasa
pertama (B1) di rumah dan pembelajaran bahasa kedua (B2) di sekolah ternyata membawa
kesan yang menampakkan terbentuknya gangguan terhadap penghasilan bahasa dalam aspek
tatabahasa dan sistem B2 yang dipelajari. Selain itu, fenomena pemindahan bahasa ini juga
dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan ditangani.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

2

Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua
Lado (1957) & Fries (1945) mengemukakan bahawa dalam proses pembelajaran (B2), seseorang
pelajar kerap melakukan kesilapan akibat daripada pengaruh bahasa ibundanya. Lado (1957)
mengatakan bahawa seseorang pelajar sememangnya cenderung untuk memindahkan aspek
B1 dalam B2 semasa mempelajari B2. Beliau juga mengatakan bahawa apabila satu pola
struktural mempunyai fungsi, bentuk dan penyebaran yang sama dalam B1 dan B2,
pembelajaran bahasa akan berlaku dengan senang kerana dapat memindahkan bahasa dengan
mudah. Namun, keadaan yang sebaliknya akan berlaku apabila B1 dan B2 mempunyai fungsi,
bentuk dan penyebaran yang berbeza. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar menghadapi
kesukaran dan akhirnya kesilapan akan berlaku.

Md Khambari Manot (1991) mengatakan bahawa dalam pembelajaran B2, pelajar harus
didedahkan kepada sejumlah latihan pemahaman yang banyak sebelum bersedia untuk bertutur.
Beliau yang memetik Teori Pendekatan Respon Fizikal Total oleh Asher 1965, mengatakan
bahawa kebanyakan orang, guru dan pelajar dewasa sesuatu bahasa asing percaya bahawa
pengajaran bertutur dan prinsip tatabahasa harus memainkan peranan yang penting dalam
pembelajaran untuk menguasai sesuatu bahasa baharu. Pemahaman hanya memainkan
peranan sampingan. Dalam pembelajaran bahasa secara implisit, peranannya adalah sebaliknya,
latihan pemahaman dianggap penting sementara latihan bertutur dan prinsip tatabahasa ialah
sampingan sahaja.

Didapati bahawa, penggunaan B1 di rumah dan pembelajaran B2 di sekolah ternyata
membawa kesan yang menampakkan terbentuknya gangguan terhadap penghasilan bahasa
dalam aspek tatabahasa dan sistem B2 yang dipelajari. Selain itu, fenomena pemindahan
bahasa ini juga dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan ditangani. Hal ini
kerana, gangguan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan oleh pelajar
sekolah rendah, malahan juga dilakukan oleh pelajar pada peringkat yang lebih tinggi lagi.
Galakan ibu bapa atau penjaga turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
penguasaan BM yang baik oleh pelajar. Hal ini kerana, ibu bapa atau penjaga merupakan teras
utama kecemerlangan seseorang pelajar itu untuk berjaya. Ibu bapa memainkan peranan yang
sangat penting dalam memberikan pengajaran dan nasihat kepada pelajar, terutama sekali untuk
memupuk minat pelajar tersebut. Penggunaan bahan pengajaran yang berkesan boleh
membantu pelajar mempelajari BM dengan mudah terutama dalam kalangan pelajar B2.
Penggunaan strategi pengajaran yang sesuai akan dapat membantu guru yang mengajarkan BM
sebagai B2 memupuk minat pelajar mempelajari BM. Justeru, pembelajaran B2 perlu difikirkan
terlebih dahulu dan dirancang sepenuhnya oleh guru berbanding dengan B1 yang diperoleh
secara tidak formal. Pembelajaran harus berlaku dalam lingkungan sosial yang membolehkan B2
sering didengar dan dituturkan. Hal ini memerlukan latihan dan pengulangan sehingga menjadi
tabiat atau kebiasaan. Guru juga perlu merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan
dalam membimbing pelajar mempelajari BM sebagai B2.

Latar Belakang Kewujudan Bahasa Antara
Pengkaji yang bertanggungjawab memperkenalkan istilah BA (Interlanguage) ialah Selinker
(1992, 1975). Pada ketika itu, istilah BA digunakan untuk merujuk jenis tatabahasa yang
sementara, yang terbentuk semasa individu sedang berusaha untuk menguasai B2. Fenomena
BA yang dimaksudkan ialah peringkat peralihan daripada B1 kepada B2. BA bersifat sementara,
sentiasa berubah-ubah, dan dibentuk oleh pelajar B2 semasa menuju penguasaan bahasa
sasaran. Perkara ini berlaku apabila pembelajaran B2 berlaku tanpa kehadiran rakan sebaya
yang merupakan penutur asli sesuatu B2 yang dipelajari itu. Selinker (1975) mencipta istilah ini
dengan merujuk kepada bahasa transisi yang biasa lahir daripada pemerolehan bahasa kanak-
kanak secara urutan dengan variable sosiolinguistik utamanya ialah ketidakhadiran rakan sebaya
yang merupakan penutur asli bahasa sasar. Sekiranya pemerolehan tersebut tidak dikawal selia,
sistem bahasa tersebut akan menjadi dialek dalam bentuknya tersendiri ( Puteri Roslina, 2004).

Ellis (1987) pula mengatakan bahawa BA ialah satu pengetahuan B2 yang sistematik yang
bebas daripada B1 dan bahasa sasaran. Beliau menyatakan bahawa BA digunakan secara
berbeza tetapi mempunyai pertalian dan perkaitan makna yang berbeza-beza. Antaranya ialah
BA sebagai satu ciri sistem yang mencirikan pemerolehan bahasa, BA sebagai satu sistem yang
memperlihatkan tahap perkembangan bahasa dan juga BA sebagai satu bentuk bahasa yang

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

3

bergabung dengan satu bahasa yang lain. Bagi Corder (1973), beliau menggunakan istilah
kecekapan transional untuk merujuk kepada BA dengan menyatakan bahawa BA ialah satu
ujaran yang tidak tepat yang terhasil apabila seseorang mempelajari B2. Dalam proses
memperoleh B2, pelbagai kesilapan boleh berlaku oleh semua penutur. Oleh itu, kesilapan ini
dinyatakan oleh Corder sebagai satu bukti yang dapat menunjukkan bahawa proses
pembelajaran sedang berlaku. Selain itu, Corder turut menyatakan bahawa BA ialah satu sistem
bahasa yang bersifat sistematik yang terhasil daripada kesilapan yang dilakukan dalam proses
pemerolehan bahasa.

Terdapat beberapa lagi istilah lain yang menghuraikan tentang BA yang dikemukakan oleh
beberapa orang pengkaji yang mengkaji bidang ini. Antaranya ialah Tarone (1988) yang
mengatakan bahawa BA merupakan satu kontinum yang berlangsung secara berterusan. Beliau
berpendapat bahawa, semakin banyak tumpuan diberikan dan penutur lebih berhati-hati dan
mengelakkan kesilapan berlaku, keadaan ini akan menyebabkan penutur melakukan lebih
banyak kesilapan. Namun begitu, keadaan sebaliknya berlaku sekiranya pelajar B2 tidak terlalu
menumpukan perhatian, iaitu tidak terlalu berhati-hati. Penutur tersebut akan semakin kurang
melakukan kesilapan. Noor Aina Dani (1999) mendefinisikan BA sebagai tatabahasa sementara,
yang terbentuk semasa pelajar kaum Dusun sedang berusaha mempelajari BM baku. Pengkaji
lain pula merujuk bahasa antara sebagai ‗devian bahasa kedua atau kecekapan transisional atau
sistem aproksimatif (Nemser, 1971) Puteri Roslina (2004) mendefinisikan BA sebagai bahasa
yang tidak tergolong dalam bahasa pertama dan tidak juga tergolong dalam B2, dan bahasa ini
berada di antara kedua-dua bahasa tersebut.

Faerch (1983) pula merujuk BA sebagai satu sistem yang menerangkan tentang
kepelbagaian penggunaan bahasa pada tahap tertentu yang berlainan dalam proses
pemerolehan bahasa. Beliau mengatakan bahawa, kajian BA yang dibuat adalah untuk mengkaji
dan melihat hasil pembelajaran B2, iaitu kajian untuk mentakrif, menjelaskan serta
mengkategorikan bahasa yang akan melibatkan analisis kesilapan.

SOROTAN KAJIAN

Kajian tentang Pembelajaran Bahasa Kedua
Arulnathan (2013) telah menjalankan kajian berkaitan pembelajaran B2 dalam kalangan pelajar
India. Kajian beliau bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis strategi pembelajaran
serta strategi pemindahan bahasa dalam proses pembelajaran BM sebagai B2 dalam kalangan
pelajar India di sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) yang berada di kawasan estet.
Berdasarkan kajiannya, orang India telah menerima BM sebagai bahasa kebangsaan negara ini
dan mempelajarinya secara formal atau tidak formal. Namun, penguasaan BM dalam kalangan
pelajar India masih kurang memberangsangkan. Analisis strategi pembelajaran dan strategi
pemindahan bahasa yang merupakan dua strategi utama yang digunakan oleh pelajar India
semasa mempelajari BM dalam situasi formal telah mendasari kajian beliau.

Pengkaji menggunakan teori monitor yang diperkenalkan oleh Krashen (1982). Data yang
diperoleh daripada proses pencungkilan menggunakan ujian diagnosis pula dianalisis
menggunakan prosedur analisis kesilapan yang dipelopori S.Pit Corder. Analisis kajian
menunjukkan bahawa kesilapan pelajar India yang berpunca daripada strategi pembelajaran
ialah sebanyak 76.5 peratus dibandingkan 23.5 peratus kesilapan menonjolkan strategi
pemindahan. Walaupun pemindahan bahasa merupakan strategi yang tidak dapat diabaikan
langsung dalam proses pembelajaran BM dalam kalangan pelajar India, namun analisis kajian
menunjukkan bahawa strategi pembelajaran menjadi punca utama kesilapan pelajar India
semasa mempelajari BM. Oleh itu, segala langkah pemulihan untuk mengatasi kesilapan dalam
kalangan pelajar India di SJKT haruslah menitikberatkan kesilapan yang berpunca daripada
strategi pembelajaran. Kelemahan dari segi penguasaan kosa kata merupakan punca utama
pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang menyebabkan berlakunya pelbagai kesilapan
seperti kesilapan penggantian dan kesilapan struktur alternatif. Kesilapan yang berpunca
daripada strategi pemindahan juga menonjolkan kelemahan penguasaan kosa kata, iaitu
kesilapan subsitusi, kesilapan terjemahan dan kesilapan penterjemahan literal. Pengkaji
berpendapat bahawa pelajar India di SJKT haruslah didedahkan kepada input bahasa melalui

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

4

program immersion yang mendedahkan pelajar dengan input yang komprehensif serta
mempelajari BM secara tidak memberi fokus pada tatabahasa sahaja.

Ashnida Aladin (2012), menjalankan kajian berkaitan Analisis Penggunaan Strategi
Komunikasi dalam Komunikasi Lisan Bahasa Arab, dalam kalangan 6 orang responden yang
sedang belajar di tingkatan 6 Atas dari salah sebuah sekolah menengah agama di Selangor.
Dalam kajian tersebut, beliau telah menggunakan taksonomi strategi komunikasi yang
dibangunkan oleh Tarone (1983) dan telah disusun semula secara konsepsual oleh Faerch dan
Kasper (1983, 1984) dan Bialystok (1990) untuk mengenal pasti strategi komunikasi yang
digunakan ketika berhadapan dengan kekurangan leksikal semasa bertutur. Pengkaji
menggunakan data lisan daripada rakaman temu bual yang ditranskripsi. Dapatan kajian beliau
menunjukkan bahawa responden menggunakan strategi pencapaian secara ekstensif iaitu
sebanyak 98. 04% berbanding dengan strategi pengelakan, iaitu sebanyak 1.06%. Beliau
berpendapat bahawa penggunaan strategi komunikasi merupakan satu teknik yang sistematik
untuk menyampaikan mesej, serta dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian
komunikatif mereka dalam bahasa sasaran, iaitu bahasa Arab walaupun mereka mempunyai
pengetahuan linguistik yang terhad dalam bahasa tersebut.

Ting dan Phan (2008) telah menjalankan kajian berkaitan strategi komunikasi dalam
kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris sebagai B2. Pengkaji telah menganalisis
data interaksi lisan daripada 20 orang responden yang mempelajari kemahiran bahasa Inggeris
di Malaysia untuk mengenal pasti apakah pilihan strategi komunikasi dan kategori strategi
komunikasi yang digunakan oleh responden. Responden kajian telah dibahagikan kepada dua
kumpulan yang mempunyai tahap penguasaan B2 yang baik dan tahap penguasaan B2 yang
rendah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan kemahiran tidak mempunyai
perbezaan daripada jumlah strategi komunikasi yang digunakan. Penggunaan strategi
komunikasi berdasarkan B2 paling kerap digunakan oleh kumpulan penguasaan B2 yang baik,
manakala penutur kurang mahir cenderung menggunakan strategi berdasarkan B1 untuk
mengatasi kesukaran komunikasi. Penutur lebih mahir mengatasi kekurangan keupayaan
linguistik dengan menggunakan pengulangan leksikal yang pelbagai untuk mengekalkan
komunikasi lisan mereka.

Kajian tentang Bahasa Antara
Selinker (1975) menggunakan teori BA dalam kajian pemerolehan B2 orang dewasa. Namun
begitu, beliau meluaskan teori dalam kajian terhadap kanak-kanak melibatkan 10 orang kanak-
kanak lelaki dan 10 orang kanak-kanak perempuan yang berusia sekitar 7 setengah tahun di
sebuah sekolah di Toronto, Kanada. Semua kanak-kanak tersebut merupakan penutur jati BI.
Beliau mengatakan bahawa tanpa kehadiran penutur jati dalam pemerolehan B2, BA akan
berkembang dalam pertuturan dan kenyataan ini terbukti dalam kajian beliau. Didapati bahawa
kanak-kanak tersebut telah diajar bertutur dalam bahasa Perancis sejak gred satu oleh penutur
jati bahasa tersebut. Apabila berada dalam kelas, kanak-kanak tersebut akan menggunakan
bahasa Perancis apabila berkomunikasi dengan guru sesama mereka. Walau bagaimanapun,
apabila berada di luar kelas, mereka tidak menggunakan bahasa Perancis. Walaupun mereka
tidak mempunyai masalah untuk memahami bahasa Perancis, namun mereka tidak
menggunakan bahasa tersebut. Berdasarkan kajian tersebut, keadaan ini menyebabkan BA
terhasil dan berkembang dalam pertuturan kanak-kanak yang dikaji. Kesimpulannya, Selinker
mengatakan bahawa analisis peraturan yang telah dijalankan ke atas kanak-kanak, jelas
mendedahkan tatacara BA. Tatacara tersebut menurut beliau tidak dapat diramalkan melalui
peraturan tatabahasa, tetapi sedar dalam proses pembelajaran B2.

Tarone et al. (1983) melakukan penyelidikan tentang terminologi BA dengan menyediakan
kerangka kerja untuk strategi komunikasi. Penyelidikan ini menyenaraikan jenis fenomena BA
yang bertujuan untuk menyediakan data BA. Mereka memetik pendapat Tarone, Frauenfelder
dan Selinker sebagai usaha bersistematik oleh individu untuk menyampaikan makna dalam
bahasa sasaran yang belum dibentuk. Strategi BA berkait rapat dengan penghasilan pemahaman
sesuatu bahasa. Contohnya, secara sistematik pelajar dapat membuat penyeluruhan makna
perkataan yang didengar dalam konteks berdasarkan satu perkataan yang sama. Dalam konteks
yang lain, hal ini dilakukan untuk menjadikannya selari dengan bahasa natifnya. Perbuatan ini
akan mengakibatkan pemindahan negatif dalam bahasa sasaran. Tarone mengemukakan

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

5

kriteria untuk menilai sesuatu teori tentang variasi BA. Kriteria teori variasi BA yang pertama
mementingkan variasi yang bersistematik. Kriteria yang kedua memberi usul tentang variasi BA.
Teori yang termasuk dalam kumpulan ini ialah Teori Monitor, Model Chomsky, Model Proses
Psikologi dan Model Mirip Labov. Semua teori ini mempunyai pandangan bersistematik yang
dapat diperoleh daripada fikiran dan keupayaan pelajar melihat BA sebagai refleksi penggunaan
bahasa yang tidak sempurna. Penyebab utama variasi BA adalah berdasarkan pemerhatian
faktor sosial, seperti identiti, peranan dan fungsi komunikatif.

Diemroh Ihsan (1988) daripada Universitas Sriwijaya telah menjalankan kajian bertajuk
‗Bahasa Antara Kedudukannya dalam Rentangan Linguistik: Implikasi dalam Pengajaran Bahasa
Asing. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa implikasi utama analisis BA terhadap
pengajaran B2 atau bahasa asing dibandingkan melalui Analisis Perbandingan dan Analisis
Kesilapan, terletak pada perubahan sikap guru yang drastik terhadap penampilan siswa. Dengan
mengetahui konsep BA dan prinsip analisis BA, sikap para guru termasuk pensyarah English as
a Foreign Language (EFL) di Indonesia akan lebih baik dalam menghadapi mahasiswa yang
menggunakan BA Indonesia- B. Inggeris. Dengan kata lain pensyarah atau guru, tidak akan
menganggap kesalahan bahasa dalam kalangan siswa sebagai satu kelemahan dalam sistem
bahasa siswa tersebut sebaliknya menghargai kewujudan dan penggunaan BA dalam kalangan
siswa tersebut.

Susan Juhin (1999) telah mengkaji fenomena BA dalam BM lisan kanak-kanak Bidayuh di
daerah Bau, Sarawak. Dalam kajiannya pengkaji telah membezakan tahap BA dalam pertuturan
kanak-kanak bangsa Bidayuh berdasarkan faktor umur. Selain itu, pengkaji juga menganalisis
hubungan BA dengan penguasaan jenis kata berdasarkan kumpulan umur. Pengkaji juga
menghuraikan jenis fosilisasi yang terdapat dalam pertuturan BM kanak-kanak bangsa Bidayuh.
Di samping itu, pengkaji telah mengkaji hubungan persekitaran bahasa dengan perlakuan lisan
kanak-kanak bangsa Bidayuh. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan 10 jenis kata
kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 7 tahun pada tahap basilek dengan min markat
48%. Kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 9 tahun pula mendapat min markat sebanyak
52% dan berada di tahap mesolek. Kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 12 tahun berada
pada tahap mesolek kerana memperoleh 66% min markat. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa kanak-kanak bangsa Bidayuh berumur 7 tahun kerap menggunakan nafian dan
pemudahan seperti tidak ada, ada, ya, tidak tahu, dan suka. Kanak-kanak bangsa Bidayuh yang
berumur 9 tahun pula sudah mula mempunyai keyakinan diri semasa bertutur dalam BM.
Manakala, kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 12 tahun tidak menghadapi sebarang masalah
untuk bertutur dalam BM. Namun, pengkaji mendapati bahawa kanak-kanak bangsa Bidayuh
yang berumur 12 tahun ini kerap menggunakan penyeluruhan. Hal ini telah menyebabkan
pertuturan yang kurang gramatis dan tidak mapan. Satu aspek yang dianggap penting oleh
pengkaji ialah kajian ini diharap dapat memperkenalkan konsep BA yang terdapat dalam
pertuturan BM kanak-kanak bangsa Bidayuh.

Kajian BA juga telah dijalankan oleh Noor Aina Dani (1996, 1999) ke atas pelajar- kaum
Dusun di negeri Sabah. Beliau telah membuat perbandingan penggunaan BA dalam bacaan
untuk dua kumpulan pelajar, iaitu Kumpulan Pencapaian Tinggi (KPT) dan kumpulan Pencapaian
Rendah (KPR). Penentuan kumpulan dibuat berdasarkan pencapaian dalam mata pelajaran BM
PMR. Hasil kajian menunjukkan bahawa BA KPR berada pada tahap akrolek dengan min markat
90.7, demikian juga untuk KPT (min markat 95.6). Para pelajar telah dapat menghasilkan struktur
bahasa yang betul tetapi kurang mapan. Mereka juga telah menghayati peraturan tatabahasa
Melayu tetapi kadang kala melakukan kesalahan kerana kurang prihatin. Selain itu, dapatan
kajian beliau juga mendapati, KPT sering menukar kod perbualan daripada KPR disebabkan
faktor penguasaan bahasa. Melalui kajian dalam penulisan, dapatan kajian pengkaji
menunjukkan bahawa terdapat 6 jenis BA yang kerap mempengaruhi karangan bahasa Melayu
pelajar. BA itu berlaku ke atas ayat bentuk susunan songsang, ayat dengan kata hubung ‗tetapi‘,
ayat dengan kata hubung ‗dan‘, ayat dengan kata nafi, ayat dengan kata keterangan sebab atau
kerana. Noor Aina Dani (1999) mengatakan bahawa BA ialah sistem bahasa yang ada dalam
minda pelajar bahasa kedua yang belum menguasai bahasa kedua. Beliau yang memetik
pendapat Selinker, menerangkan bahawa BA mempunyai dua makna. Beliau turut
menyenaraikan lima proses kognitif yang terlibat, iaitu pemindahan bahasa, pemindahan latihan,
strategi pembelajaran bahasa kedua, strategi komunikasi B2 dan penyeluruhan bahan linguistik

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

6

bahasa sasaran. Dalam rumusan dapatan kajiannya beliau membandingkan model BA oleh
Selinker (1972), Adjemien (1975) dan Tarone (1976). Kesimpulannya, beliau mengatakan
bahawa Slinker mengaitkan pengaruh bahasa pertama dengan kemunculan BA. Adjemien pula
beranggapan bahawa BA beroperasi ke atas prinsip yang sama dengan yang ada pada bahasa
semula jadi. Manakala Tarone menitikberatkan perubahan bahasa dan desakan pragmatik yang
menentukan penggunaan sesuatu bahasa dalam konteks yang berlainan.

Puteri Roslina (1999, 2004) telah menulis buku Bahasa Antara hasil kajiannya dalam
penulisan tesis untuk ijazah Doktor Falsafah Bahasa dan Linguistik yang berjudul Pemerolehan
Bahasa Inggeris Sebagai bahasa Kedua oleh Kanak-kanak Pra sekolah: Satu kajian Bahasa
Antara. Beliau telah mengkaji proses BA menggunakan kerangka teori Selinker dengan
menganalisis ujaran 47 orang kanak-kanak prasekolah. Hasil dapatan kajian beliau mendapati
bahawa kelima-lima proses berlaku dalam pemerolehan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
kanak-kanak prasekolah. Jumlah data terbesar ialah strategi komunikasi (36%), diikuti oleh
strategi pembelajaran (35%), generalisasi terlampau (13%), pemindahan bahasa (12%) dan
pemindahan latihan (4%). Beliau juga telah mengkaji persekitaran linguistik yang mempengaruhi
proses pemerolehan B2 kanak-kanak prasekolah. Dalam kajian tersebut, pengkaji telah melihat
perkaitan antara persekitaran linguistik dengan proses pemerolehan B2 yang menghasilkan BA.
Daripada analisis yang dilakukan, beberapa dapatan telah diperoleh melalui soal selidik yang
telah dikemukakan kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut. Setelah membuat perbandingan
antara persekitaran linguistik dengan BA, beberapa perkara telah dirumuskan oleh pengkaji, iaitu
pertama faktor persekitaran linguistik mempengaruhi penghasilan proses pemerolehan B2 kanak-
kanak prasekolah. Kedua, strategi pembelajaran merupakan proses yang dominan antara kelima-
lima proses. Ketiga, kerjaya ibu bapa juga mempengaruhi pemerolehan bahasa Inggeris sebagai
B2. Keempat, kekerapan mengalih kod di rumah memperlihatkan strategi komunikasi penting
dalam pemerolehan B2 yang dipelajari untuk membolehkan mereka membentuk satu sistem
bahasa tersendiri iaitu, BA.

Alice Alim (2010, 2011) telah mengkaji BA dalam pembelajaran B2 dalam kalangan pelajar
di empat buah sekolah di Sabah yang menggunakan dialek Melayu Sabah sebagai bahasa
pertuturan. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, penulis mendapati bahawa pemerolehan
dan penguasaan bahasa seseorang pelajar sangat berkait rapat dengan latar belakang ibu bapa
pelajar tersebut. Dalam kajiannya beliau mendapati bahawa sebahagian besar ibu bapa atau
penjaga kanak-kanak mendapat pendidikan formal sama ada pada peringkat sekolah rendah
dan menengah dalam aliran BM, malahan mencapai tahap pendidikan pada peringkat diploma.
Oleh itu, keadaan ini mempengaruhi pelajar tersebut untuk mempelajari BM. Selain faktor
pendidikan dan aliran pendidikan ibu bapa atau penjaga, faktor pendapatan dan penggunaan
bahasa turut mempengaruhi pelajar untuk terus menggunakan BM sebagai bahasa utama. Oleh
itu, keadaan ini menyebabkan pelajar lebih bersemangat untuk menguasai BM dengan baik
walaupun menggunakan BM sebagai B2. Pengaruh faktor-faktor persekitaran linguistik seperti
pengaruh rakan sebaya, jantina, tingkat ekonomi dan kedwibahasaan turut menyumbang kepada
penguasaan BM oleh pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji juga mendapati minat pelajar ini untuk
mempelajari BM adalah senang kerana bentuk dan sistem tatabahasa BM adalah mudah
dipelajari dan penuturnya berasal daripada bangsa Melayu itu sendiri. Galakan ibu bapa atau
penjaga turut memainkan peranan penting yang dapat mempengaruhi penguasaan BM yang baik
oleh pelajar. Hal ini kerana, ibu bapa atau penjaga merupakan teras utama kecemerlangan
seseorang pelajar itu untuk berjaya. Ibu memainkan peranan yang sangat besar dan berat dalam
memberi pengajaran dan nasihat kepada pelajar terutama sekali untuk memupuk minat pelajar
tersebut.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Teori Bahasa Antara
Selinker (1972) melalui bukunya ‗Interlanguage‘ telah mengemukakan lima proses BA, iaitu
pemindahan bahasa, pemindahan latihan, strategi pembelajaran, strategi komunikasi dan
generalisasi terlampau. Dalam kajian yang dilakukan oleh Selinker di Perancis, beliau tidak
menggunakan kelima-lima proses dalam penganalisisan data. Memandangkan tiadanya penutur
asli untuk berinteraksi dengannya, maka, beliau telah menggugurkan strategi komunikasi dalam

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

7

penyelidikannya. Selinker hanya membuat pemerhatian ke atas strategi pembelajaran,
pemindahan bahasa dan pemindahan latihan. Selinker telah mengemukakan lima proses BA,
iaitu:

Pemindahan Bahasa
Pemindahan bahasa merupakan pemindahan ujaran yang bukan sahaja tidak tepat tetapi juga
tidak betul dari segi bahasa standard. Kesan pemindahan bahasa ini didapati dalam semua
keadaan apabila wujud BA. Kesilapan yang dilakukan selanjutnya dipengaruhi oleh bahasa
ibunda. Dua bentuk yang dikaji oleh pengkaji dalam analisis data ialah terjemahan literal dan
urutan kata. Terjemahan literal berlaku apabila pelajar menggunakan terjemahan kata daripada
B1 kepada B2 semasa berkomunikasi. Bentuk pemindahan yang kedua ialah urutan kata. Faktor
yang penting dalam pemindahan bahasa ialah ayat dalam bahasa sasaran memperlihatkan
gangguan daripada B1. Fenomena pemindahan bahasa membenarkan pelajar membuat
kesimpulan bagaimana pengetahuan dalam bahasa ibunda membentuk konstruksi tatabahasa
BA.

Pemindahan Latihan
Bagi Selinker, pemindahan latihan merupakan satu proses yang agak berbeza daripada
pemindahan bahasa dan generalisasi terlampau. Selinker memberikan contoh kajian yang
dilakukan dalam kalangan penutur Serbo-Croatia yang menghasilkan bentuk „he/she‟ dalam
ujaran B2 mereka. Mereka memperlihatkan kecenderungan untuk menggunakan „he‟ sebagai
kata ganti untuk sebarang rujukan. Menurut Selinker, hal ini tidak mungkin tergolong dalam
pemindahan bahasa kerana terdapat persamaan dalam membezakan „he/she‟ dalam bahasa
Inggeris daripada bahasa Serbo-Croatia. Beliau mengaitkan hal ini dengan pendekatan latihan
iaitu penggunaan buku teks oleh guru dan latih tubi menggunakan he menyebabkan fosilisasi
berlaku. Dalam kes tersebut, Selinker menggolongkan sebagai pemindahan latihan yang
kemudian bergerak ke arah strategi komunikasi.

Pemindahan
Bahasa

Generalisasi Pemindahan
Terlampau Latihan

Bahasa
Antara
(BA)

Strategi Strategi
Komunikasi Pembelajaran

Rajah 1. Proses Bahasa Antara Selinker (1972)

Strategi Pembelajaran
Selinker mendefinisikan strategi pembelajaran sebagai satu proses pembentukan peraturan,
yakni satu hipotesis percubaan yang dibuat oleh pelajar B2 tentang keadaan bahasa yang selalu

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

8

diuji dan berubah. Oleh itu, strategi pembelajaran mempunyai ciri ketidakstabilan dan berubah
mengikut perubahan masa. Dalam kajian ini, pengkaji membahagikan strategi pembelajaran
kepada dua proses utama, iaitu pemudahan dan (simplification) penghilangan (deletion). Penutur
B2 menggunakan strategi pemudahan dan penghilangan supaya data B2 mudah disimpan dapat
diingat kembali agar maksud dapat disampaikan kepada pembaca dan pendengar dengan
jayanya. Pemudahan membawa maksud kecenderungan pelajar B2 untuk memudahkan bahasa
sasar kepada sistem yang lebih mudah difahami. Dalam pemudahan, pelajar B2 mengandaikan
struktur yang lebih mudah dalam BA dibandingkan dengan bahasa sasar (Puteri Roslina: 2004)
Lightbown dan Spada (2006) mengatakan bahawa pemudahan merupakan tindakan pelajar B2
meninggalkan elemen sesuatu ayat seperti menggunakan unsur tatabahasa yang sama tidak
kira penanda kala, bilangan atau kata ganti nama diri. Penghilangan berlaku apabila satu
konstituen dalam bahasa dihilangkan dalam struktur ayat yang sama dihasilkan oleh kanak-
kanak. Penghilangan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu penghilangan kata dan
penghilangan imbuhan. Menurut Ellis (1987) penghilangan kata berlaku apabila pelajar
memudahkan ayat dengan cara mengurangkan sesuatu konstituen. Pelajar memilih sesuatu
konstituen untuk dikod dan meninggalkan konstituen yang lain dengan andaian pembaca atau
pendengar akan membuat inferens menggunakan penanda ekstralinguistik. Konstituen yang
dihilangkan bukanlah sintaksis tetapi kata seperti benda, datif dan agen. Penghilangan kedua
ialah penghilangan imbuhan yang tidak mempunyai maksud semantik.

Strategi Komunikasi
Istilah strategi komunikasi mula diperkenalkan oleh Selinker dalam kertas kerjanya
„Interlanguage‘ untuk menjelaskan klasifikasi kesilapan yang dilakukan oleh pelajar B2. Kesilapan
ini dianggap sebagai ‗by product‟ bahasa pelajar ketika melahirkan makna dalam ujaran spontan
apabila bertutur dalam B2. Terdapat dua pendekatan yang digunakan dalam strategi komunikasi,
iaitu pendekatan saling tindak (Tarone, 1979, 1980 dan 1983) dan pendekatan psikolinguistik.
Dalam saling tindak, terdapat perundingan maksud sebagai usaha bersama penutur dan
pendengar untuk berkomunikasi dan melakukan seberapa banyak strategi untuk menyampaikan
mesej. Pendekatan psikolinguistik pula tidak menitikberatkan kerjasama dalam penggunaan
strategi komunikasi tetapi menekankan masalah yang dihadapi oleh penutur secara individu bagi
aspek penerimaan mesej, perancangan ujaran dan pelaksanaan pertuturan. Selinker mengaitkan
strategi komunikasi dengan BA dengan memperlihatkan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar
B2. Menurut beliau strategi komunikasi seorang pelajar B2 menunjukkan bahawa pelajar tersebut
hanya sekadar tahu menggunakan B2 tersebut dan penggunaan terhad untuk berkomunikasi.

Generalisasi Terlampau
Generalisasi terlampau merupakan satu fenomena yang biasa ditemukan oleh guru biasa.
Generalisasi terlampau memperlihatkan kesimpulan yang dibuat oleh pelajar tentang sistem
bahasa kedua kurang tepat atau terlampau luas. Contoh penggunaan kata drive dalam ayat
berikut telah dilakukan oleh penutur bahasa Tamil, Puteri Roslina (2004 : 76).

“After thinking a little I decided to start on the bicycle so slowly as I could as it was not possible to
drive fast”

Generalisasi terlampau kata drive yang dibuat oleh penutur menunjukkan bahawa mereka
menganggap semua kenderaan menggunakan kata drive sebagai tanda untuk menggerakkan
kenderaan. Pada peringkat awal, pelajar B2 cenderung untuk membuat generalisasi berdasarkan
darjah penggunaan dalam bahasa sasaran, akhirnya diubah suai dan dihadkan kepada bentuk
tertentu sahaja. Generalisasi ini jika digunakan secara kreatif akan dianggap sebagai satu
kesilapan jika ditemukan dalam bahasa Inggeris standard tetapi gejala ini merupakan perkara
biasa bagi bahasa Inggeris di Malaysia.

Tahap Bahasa Antara
BA yang dikaitkan dengan jenis tatabahasa sementara terdiri daripada tahap basilek, mesolek
dan akrolek. Corder dan Allen (1979) menyebutnya prasistematik, sistematik dan pasca
sistematik. Pada tahap basilek (prasistematik), individu belum menghayati sistem bahasa kedua.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

9

Kesalahan bahasa dilakukan secara rambang. Kadang kala individu menghasilkan struktur
bahasa yang betul tetapi dia tidak dapat menerangkan sebab dia menggunakan sesuatu struktur
bahasa atau membetulkan kesalahannya. Pada tahap mesolek (sistematik) , kesalahan bahasa
yang dilakukan oleh individu adalah tetap. Individu telah belajar peraturan B2 tetapi belum
menguasainya. Apabila disuruh membetulkan kesalahan bahasanya, dia tidak dapat
melakukannya tetapi sedikit sebanyak dapat menerangkan sebab dia menggunakan peraturan
bahasa tertentu. Pada tahap akrolek (pasca sistematik), individu telah menghasilkan struktur
bahasa yang betul tetapi masih tidak mapan. Individu telah dapat menghayati peraturan
tatabahasa B2 tetapi kadang kala melakukan kesalahan kerana kurang prihatin atau terlupa.
Apabila disuruh membetulkan kesalahan bahasanya, dia sedikit sebanyak dapat melakukannya
dan dapat pula menerangkan peraturan tatabahasa yang digunakan.

Bahasa Antara

Akrolek pascasistematik

Mesolek Sistematik

Basilek Prasistematik

Selinker (1972) Corder dan Allen (1979)

Rajah 2. Tahap Bahasa Antara

Penganalisisan Data Tahap Bahasa Antara
Untuk melihat tahap BA dalam kalangan pelajar, pengkaji telah memilih 28 orang pelajar Iban
dari salah sebuah sekolah kebangsaan di Daerah Bintangor, Sarawak sebagai sampel kajian.
Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar tahun empat yang mempelajari BM sebagai B2,
manakala B1 mereka ialah bahasa Iban. Sampel kajian telah menduduki satu ujian karangan
yang dikendalikan sendiri oleh pengkaji. Berikut merupakan analisis data berkaitan tahap BA
dalam kalangan pelajar yang mempelajari BM sebagai B2. Kriteria pengukuran tahap BA telah
diubah suai daripada Selinker (1972) dan dinyatakan seperti berikut.

Jadual 1
Kriteria Penentuan Tahap BA

Tahap BA Skor Kesalahan Kriteria (Selinker, 1972)
Bahasa

Akrolek 21 - 30 01- 10 - Menghasilkan struktur bahasa yang betul
- Dapat menghayati peraturan tatabahasa tetapi kadang
Mesolek 11 - 20 11 - 20 kala melakukan kesalahan kerana kurang prihatin
21 ke - Faham tentang rumus tatabahasa
Basilek 0 -10 atas - Dapat membetulkan kesalahan berdasarkan rumus

tatabahasa
- Kesalahan bahasa tetap
- Belum menguasai sepenuhnya peraturan B2
-Tahu rumus tatabahasa tetapi tidak dapat
membetulkan kesalahan bahasa yang dilakukan
- Belum menghayati sistem B2
- Kesalahan bahasa secara rambang
- Tidak tahu rumus tatabahasa

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

10

Jadual 2
Markah ujian karangan dan tahap BA subjek kajian

Bil Subjek kajian Markah Tahap BA

1 SK 1 10 Basilek

2 SK 2 8 Basilek

3 SK 3 15 Mesolek

4 SK 4 12 Mesolek

5 SK 5 10 Basilek

6 SK 6 15 Mesolek

7 SK 7 9 Basilek

8 SK 8 10 Basilek

9 SK 9 16 Mesolek

10 SK 10 10 Basilek

11 SK 11 18 Mesolek

12 SK 12 8 Basilek

13 SK 13 15 Mesolek

14 SK 14 12 Mesolek

15 SK 15 22 Akrolek

16 SK 16 14 Mesolek

17 SK 17 15 Mesolek

18 SK 18 12 Mesolek

19 SK 19 18 Mesolek

20 SK 20 12 Mesolek

21 SK 21 13 Mesolek

22 SK 22 15 Mesolek

23 SK 23 12 Mesolek

24 SK 24 18 Mesolek

25 SK 25 12 Mesolek

26 SK 26 22 Akrolek

27 SK 27 23 Akrolek

28 SK 28 15 Mesolek

Skema pemarkahan ujian karangan diubah suai daripada tahap BA yang diperkenalkan oleh
Selinker (1972). Selinker mengatakan bahawa BA yang dikaitkan dengan tatabahasa sementara
terdiri daripada tahap basilek, mesolek dan akrolek. Pengkaji meletakkan skor maksimum yang
ditetapkan sebanyak 30 markah berpandukan markah maksimum yang ditetapkan oleh KPM
dalam peperiksaan BM Penulisan UPSR bahagian B, bermula tahun 2005. Jumlah kesalahan
bahasa ditetapkan oleh pengkaji dengan mengubah suai ketetapan kriteria penilaian bahasa oleh
guru BM di sekolah kajian. Kriteria tahap BA merujuk kriteria yang ditetapkan oleh Selinker 1972 .
Selinker menjelaskan bahawa pada tahap basilek, individu belum menghayati sistem B2.
Kesalahan bahasa dilakukan secara rambang. Kadang-kadang individu menggunakan struktur
yang betul tetapi tidak dapat menerangkan sebab dia menggunakan struktur bahasa atau
membetulkan kesalahan. Pada tahap mesolek, kesalahan bahasa yang dilakukan oleh individu
tetap. Walaupun telah mempelajari peraturan B2 tetapi belum menguasainya. Apabila disuruh
membetulkan kesalahan bahasa, dia tidak dapat melakukan tetapi sedikit sebanyak boleh
menerangkan sebab menggunakan peraturan bahasa tersebut. Pada tahap akrolek, individu
telah dapat menghasilkan struktur bahasa yang betul tetapi masih tidak mapan. Individu telah
dapat menghayati peraturan B2 tetapi kadang kala melakukan kesalahan kerana kurang prihatin
atau terlupa. Berikut merupakan markah hasil pemeriksaan karangan dan tahap BA subjek
kajian.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

11

Jadual 3
Peratusan tahap BA subjek kajian

Tahap BA Jumlah Peratusan

Basilek 7 25%
Mesolek 18 64%
Akrolek
Jumlah 3 11%
28 100%

KESIMPULAN
omena BA sangat kurang diberi perhatian oleh pengkaji bahasa. Fenomena ini mempunyai
kepentingan kepada guru dan pelajar dalam memastikan pembelajaran bahasa kedua dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh kanak-kanak. Pembelajaran B2 perlu difikirkan terlebih dahulu
dan dirancang sepenuhnya oleh guru berbanding bahasa pertama yang diperoleh secara tidak
formal. Pembelajaran harus berlaku dalam lingkungan sosial yang membolehkan B2 sering
didengar dan dituturkan. Hal ini perlu dilakukan secara formal, banyak memerlukan latihan dan
pengulangan sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan. Oleh itu, kajian tentang BA merupakan
perkara yang penting untuk melihat sejauh mana penggunaan BA ini merupakan faktor utama
yang memberi gangguan kepada pelajar dalam mempelajari bahasa kedua.

Pengkaji berharap dengan adanya kajian seperti ini, akan dapat membantu guru
merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam membimbing pelajar mempelajari B2.
Di samping itu, pelajar juga perlu diberi peluang untuk melalui satu rancangan pembelajaran
yang teratur demi menjamin pemerolehan B2 pelajar berada pada tempat yang sepatutnya.
Kajian berkaitan BA juga mampu membekalkan maklumat kepada pensyarah dan guru BM
tentang kesilapan yang kerap dilakukan oleh pelajar-pelajar B2 ketika mempelajari BM. Hasil
penyelidikan boleh digunakan untuk rujukan ilmu bagi pelajar, guru, pensyarah dan masyarakat
umum.

RUJUKAN
Adjemain, C. (1976). “On The Nature of Interlanguage Systems” dlm Jurnal Language Learning

26, hlm. 297-320 1976.
Alice Alim. (2011). Bahasa Antara dalam Pemelajaran Bahasa Kedua. Kertas Kerja dalam

Persidangan Linguistik ASEAN V, Warna-warni Lingustik ASEAN: Penyelidikan dan
Pemantapan Korpus Ilmu, Anjuran PLM dan UKM. 21-22 Disember 2011.
Alice Alim. (2010). Bahasa Antara dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua.
Disertasi Ijazah Sarjana. Akademi Pengajian Melayu . Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Arulnathan A/L Visurasam. (2013). Analisis Kesilapan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa Kedua oleh Pelajar India: Strategi Pemelajaran dan Pemindahan
Bahasa. Tesis Ijazah Dr. Falsafah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Ashinida Aladin. (2012). Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi dalam Komunikasi Lisan
Bahasa Arab. GEMA Online Journal of Language Studies Volume 12(2) May 2012.
Bialystok, E (1990). Communication Strategies : A Psychological analysis of second language
use. London: Blackwell
Corder, S. Pit. (1973). Introducing applied linguistics. Penguin Books Ltd.
Corder, S. Pit. dan Allen, J.P.B (1979). Techniques in Applied Linguistics, Vol 3: Oxford: Universiti
Press.
Diemroh Ihsan. (1998). ‗Bahasa Antara Kedudukannya dalam Rentangan Linguistik: Implikasi
dalam Pengajaran Bahada Asing.. Kertas Kerja dalam Seminar Masyarakat Linguistik
Indonesia (MLI) Komisariat Universitas Sriwijaya, Palembang 26 Disember 1988
Ellis, Rod ( ed ). (1987). Second language acquisition in context. Hertfordshire: Prentice Hall
International ( UK ) Ltd.
Faerch, C (ed). (1983). Strategies in Interlanguage Communication. New Yord: London Limited.
Fries, C.c (1945). Teaching and Learning English as a Foreign Language. Chicago : Ann Arbor :
University of Chicago Press.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

12

Lado, R, (1957). Linguistics Across Cultures : Applied Linguistics for Language Teachers. Ann
Arbor : Chicago of Michigan Press.

Lightbown, P. M., & Spada, N. (2006). How language are Learned (3rd Edition). Oxford: Oxford
Univrsity Press.

Md. Khambari Manot (1991). Bahasa Inggeris–Pemelajaran dan Pembelajaran. Jurnal Dewan
Bahasa, 35(2):966-974

Nemser, William. (1971). Approximate systems of foreign language learners. IRAL 9:2, hlm. 115-
123.

Noor Aina Dani. (1999). Bahasa Antara di kalangan Pelajar B2: Tahap dan Fosilisasi. Monogaf
Bahasa Sastera dan Budaya Melayu Jld 1 1999. Jabatan Bahasa Melayu FBMK, UPM.

Noor Aina Dani. (1996). Pemindahan Bahasa dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu
Pelajar-pelajar Dusun. Tesis Dr. Falsafah Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Puteri Roslina Abdul Wahid. (2004). Bahasa Antara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Puteri Roslina Abdul Wahid. (1999). Pemerolehan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua oleh

kanak-kanak Prasekolah : Satu Kajian Bahasa Antara. Tesis Dr. Falsafah Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Selinker, Larry (1972). “Interlanguage” IRAL 10.3 hlm 219-231
Selinker, Larry. (1975). The interlanguage hypothesis extended to children. dlm. Language
Learning 25: 1, hlm. 139-161.
Selinker, Larry. (1992). Rediscovering interlanguage. London And New York: Longman Group
United Kingdom Limited.
Susan Juhin. (1999). Bahasa Antara dalam Bahasa Melayu Lisan Kanak-kanak bangsa Bidayuh
di Daerah Bau, Sarawak. dlm Jurnal Dewan Bahasa 43:5 hlm.455-463
Tarone, et al. (1983). ‗On The Variability of Interlanguage System”dlm. Applied Linguistics 4:2,
hlm 143-163..
Tarone, E. (1988). Variation of Interlanguage. London : Edward Arnold
Ting, S. H. & Phan, G. Y. L. (2008). Adjusting communication strategies to language proficiency.
Prospect: An Australian Journal of TESOL, 23 (1), 28-36.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

13

Perbandingan Kesan Memori Jangka Pendek Dengan Memori Jangka
Panjang Melalui Koswer Penceritaan Digital Mata Pelajaran Sejarah

1Noor Fatasya Idla Abdullah, 2Maizatul Hayati Mohamad Yatim, Ph.D
1,2Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

[email protected]; [email protected]

Abstrak
Kajian ini bertujuan mengkaji perbezaan memori jangka panjang dan
jangka pendek dalam kalangan pelajar yang mempelajari mata pelajaran
sejarah Tingkatan Dua dengan menggunakan teknik penceritaan digital,
di samping untuk melihat sejauh mana kebolehan mengingat seseorang
pelajar itu menggunakan memori jangka pendek dan juga jangka masa
panjang. Metodologi kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif.
Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah di
sekitar daerah Kinta Utara, Perak. Di setiap sekolah kaedah persampelan
rawak mudah digunakan untuk memilih sampel kajian bagi dua buah
kelas tingkatan dua yang berasingan. Kajian yang dijalankan ini
melibatkan dua jenis pembolehubah iaitu kaedah pembelajaran sebagai
pembolehubah bebas yang digunakan untuk matapelajaran sejarah
seperti penceritaan digital (DST). Pembolehubah bersandar ialah set
ujian yang terdiri daripada ujia pra dan ujian pos bagi penceritaan digital
(DST). Instrumen atau pun kaedah kajian yang akan digunakan ialah
borang soal selidik dan juga set ujian . Kajian rintis telah dilakukan oleh
penyelidik di sekolah selain sekolah kajian. Sebanyak 30 orang
respondan telah dipilh sebagai sampel. Di antara semua sekolah di
daerah Kinta Utara Perak, penyelidik telah memilih dua sekolah iaitu
Sekolah Menengah Jati dan Sekolah Menengah Jelapang Jaya. Melalui
tinjauan awal penyelidik mendapati kaedah P&P yang masih digunakan
adalah buku teks dan buku rujukan terutamanya di dalam mata pelajaran
Sejarah. Berdasarkan analisis awal, menunjukkan bahawa pelajar
sekolah masih memerlukan koswer penceritaan digital sebagai bahan
bantu mengajar. Justeru itu, penggunaan koswer penceritaan digital amat
digalakkan bagi membantu pelajar memahami dan mengingati fakta.

Kata kunci : penceritaan digital, memori jangka panjang, memori jangka
pendek

PENDAHULUAN
Teknologi Maklumat merupakan satu medium komunikasi dalam kehidupan masa kini.
Penggunaan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Begitu juga dengan
sistem pendidikan negara yang tidak terkecuali dari menerima arus perubahan serta
membolehkan negara untuk bersaing dalam era teknologi maklumat ini. Perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi yang berlaku dengan sangat pantas dan meluas, turut memberi kesan
terhadap kehidupan semua aspek kehidupan, tidak terkecuali juga di dalam bidang pendidikan.
Bagi mencapai matlamat ini pelbagai usaha, perancangan serta strategi perlu dilakukan Selari
dengan perkembangan ini, ia turut megubah cara manusia belajar (Kolb, 2014; Naismith et al.,
2004). Proses pembelajaran kini berlangsung kini berlangsung ruang fizikal bilik kuliah (Enyedy,
Danish & DeLiema, 2015), bersifat globalisasi dan sepanjang hayat (Cheng & Towsend, 2000;
Sharples, 2000; Zeldis & Willis, 2014). Ini menunjukkan suatu perkembangan yang sangat
memberangsangkan terutama di dalam bidang pendidikan kerana banyak medium yang boleh
diguna pakai dalam penyampaian ilmu secara kritis dan kreatif kepada pelajar. Guru-guru di
Malaysia turut disaran menggunakan teknologi pendidikan, dalam P&P kerana berdasarkan
kajian terdahulu ianya memberi kesan yang positif (Noor Azean & Andrew, 2010; Aminuddin et
al., 2014). Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran yang digabungkan dengan pengunaan

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

14

teknologi pada masa kini. Pembelajaran Berbantukan Komputer yang diaplikasikan dalam
pengajaran atau kursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina
oleh pembangun perisian dengan menggunakan komputer. Pengajaran Pembelajaran
Berbantukan Komputer telah lama diperkenalkan iaitu kira-kira pada sekitar tahun 50-an. Di
Malaysia, Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai perisian pengajaran pembelajaran
berbantukan komputer ke sekolah-sekolah bagi memudahkan lagi P&P. Penceritaan digital
adalah salah satu kaedah yang semakin mendapat tempat dikalangan pendidik pada masa kini.
Jika segala kemudahan teknologi terkini diguna pakai secara optimum, ianya mampu
meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P) sesuai dengan keperluan abad ke
-21.

Kebelakangan ini, kamera digital, menyunting perisian, peralatan pembangunan dan
elektronik media telah mendorong para guru untuk menggunakan pendekatan alat multimedia
sebagai satu alat bantu mengajar untuk membantu pelajar supaya mereka membina
pengetahuan mereka sendiri dan mencipta idea-idea yang bernas untuk memberi output yang
lebih berkesan (Standley, 2003 ; Ya-Ting C. Yang, Wan-Chi I. Wu, 2012) . Ini juga bagi menyahut
cabaran Negara Malaysia yang inginkan pelajar-pelajar mengetahui asal usul Negara dengan
mendalam. Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar supaya lulus
di dalam matapelajaran Sejarah di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai
tahun 2013. Keputusan ini menjadikan mata pelajaran sejarah sama wajib dengan mata
pelajaran bahasa Melayu yang di syaratkan untuk lulus bagi mendapatkan Sijil Pelajaran
Malaysia (Muhyiddin, 2011).

LATAR BELAKANG
Bagi memenuhi gaya pembelajaran pada abad ke-21, kaedah pembelajaran menggunakan
penceritaan digital merupakan penyelesaian yang paling efisyen bagi menyokong pelajar
menjalani pembelajaran berpusatkan pelajar (PBP). Perlaksanaan kaedah PBP, merupakan
salah satu pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 di mana KPM berhasrat
untuk memanfaatkan penggunaan ICT untuk pembelajaran. Penyelidikan di seluruh dunia
menunjukkan penggunaan ICT dapat menolong proses P&P. Menurut kajian daripada Institut
Multimedia Pendidikan di Jepun, membuktikan bahawa pendedahan integrasi ICT mempunyai
kesan yang signifikan dan positif terhadap prestasi pelajar. Ianya melibatkan hal berkaiatan
dengan pemahaman dan pengetahuan. Mata pelajaran sejarah melibatkan amalan penceritaan di
dalam setiap situasi sejarah lampau.

Bagi meningkatkan kefahaman belajar pelajar, pemilihan penceritaan digital (DST)
adalah sangat membantu berlandaskan prinsip teori bebanan kognitif mayer. Kerangka teori
mayer ini sangat penting dalam membantu untuk mengekalkan maklumat yang dipelajari di
samping berperanan dalam mengurangkan beban kognitif yang ditanggung oleh pelajar semasa
proses P&P sedang berlangsung (Mayer, 2014). Maklumat lebih lanjut berkaiatan denga teori ini
akan dijelaskan denga lebih lanjut pada bahagian kerangka teori. Walau bagaimanapun,
pendidik juga memainkan peranan penting bagi membantu kefahaman pelajar. Pendidik yang
kreatif dan inovatif sentiasa mencari pendekatan baharu bagi mengajar subjek supaya ia dapat
memotivasi dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

PENYATAAN MASALAH
Kajian yang dilakukan oleh Purcell-Gates (2012) menunjukkan kanak-kanak daripada keluarga
yang mengamalkan aktiviti literasi sebagai amalan di rumah selalunya cepat memahami
berkaitan penceritaan. Walau bagaimanapun membaca bukanlah merupakan budaya keluarga di
Malaysia. Johan Jaafar (2011) menyatakan kita menuju ke arah masyarakat yang kurang
membaca. Dengan itu pembinaan kemahiran literasi perlulah bermula di rumah untuk dapat
dicontohi oleh anak-anak kita. Teknik penceritaan juga memerlukan pembacaan adalah bentuk
asli di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Pedersen 2012). Penggunaannya adalah
sederhana tetapi ia merupakan satu kaedah untuk membantu pelajar untuk memahami dunia
yang kompleks dan memerlukan pengalaman dengan menyusun alur cerita (Bruner, 2000; Gils
2015). Walaupun bercerita bukanlah hal yang baru, idea penceritaan digital baru dketengahkan
(Meadows 2013).

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

15

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mencapai objektif berikut:

1. Mengenalpasti faktor memori jangka panjang & jangka pendek terhadap DST;
2. Menganalisa prinsip HCI bersesuaian dengan memori pengguna melalui DST;
3. Membandingkan pengunaan DST terhadap memori jangka pendek & jangka panjang

pengguna; dan
4. Mengenalpasti perhubungan memori jangka pendek & jangka panjang melalui DST.

PERSOALAN KAJIAN
Terdapat empat persoalan kajian yang dibangkitkan dalam kajian ini.

1. Apakah perbezaan penggunaan DST terhadap memori jangka pendek dan jangka panjang
melalui DST?

2. Adakah prinsip HCI bersesuaian dengan memori pengguna melalui DST?
3. Apakah faktor yang dapat mengenalpasti memori jangka pendek dan jangka panjang

terhadap
DST?
4. Adakah wujud perhubungan di antara memori jangka pendek dan jangka panjang melalui

DST?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian merupakan gambaran berkaitan kerangka, perancangan atau strategi yang
menentukan prosedur kajian (Sekaran, 2009). Reka bentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik
dan kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan
masalah. Khususnya, reka bentuk sesuatu penyelidikan membincangkan bagaimana untuk
mencapai sesuatu objektif penyelidikan. Reka bentuk merupakan keseluruhan rangka projek
penyelidikan yang menyatakan apakah corak jenis kajian yang hendak dilaksanakan, jenis
maklumat yang perlu dikumpul, daripada mana sumber maklumat boleh didapati dan dengan
kaedah apa maklumat boleh diperolehi. Sekiranya penyelidikan direka bentuk dengan berhati-
hati, reka bentuk akan memastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah sesuai dengan
persoalan masalah yang ingin diselesaikan.

Metodologi kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif. Kajian kuantitatif memerlukan
data numerikal yang akan melibatkan proses analisis statistik ke atas data yang diperoleh bagi
tujuan pemahaman dan penjelasan fenomena yang dikaji. Data berkaitan kriteria-kriteria penting
yang dikumpul berdasarkan bacaan dari jurnal-jurnal dan ulasan produk akan dikumpulkan dan
dimasukkan ke dalam soalan yang akan diberikan semasa proses pengujian.

Reka bentuk kajian yang akan digunakan ialah reka bentuk deskriptif dengan
menggunakan borang kajian ke atas responden yang terlibat. Setiap responden akan diberikan
ujian bertulis sebelum dan selepas mereka melihat antaramuka koswer penceritaan digital (DST).
Kajian yang akan dijalankan adalah menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif. Kajian ini
juga menjurus kepada bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian yang telah
dikemukakan. Ia juga merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan objektif kajian
yang cuba dicapai oleh penyelidik. Kaedah kuantitatif dengan pendekatan reka bentuk kuasi
eksperimen kumpulan tidak setara dengan kumpulan kawalan ujian pra dan pasca (Pre Test And
Post Test). Di dalam koswer penceritaan digital tersebut mengandungi beberapa topik-topik kecil
mata pelajaran sejarah yang menerangkan maklumat secara ringkas. Kebanyakan maklumat
yang diterjemahkan berbentuk imej yang akan membantu pelajar mudah mengingati sejarah-
sejarah yang berkaitan seperti topik monumen, candi dan sebagainya. Kaedah tinjauan pula akan
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang antaramuka koswer dengan mengadakan sesi
temubual berstruktur

Secara umumnya, kajian ini mengkaji penggunaan koswer penceritaan digital dalam mata
pelajaran Sejarah. Kajian ini membangunkan koswer DST dan mengukur tahap daya ingatan
seseorang pelajar dengan melihat memori jangka masa panjang dan pendek. Model ADDIE
adalah model reka bentuk berarahan bagi sesebuah pembangunan perisian atau koswer.
Berdasarkan model ini, kajian ini mengadaptasikan fasa-fasa di dalam model ADDIE sebagai

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

16

fasa-fasa dalam menjalankan kajian ini. Berikut merupakan keterngan berkaitan fasa-fasa dalam
melengkapkan kajian ini.

Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah di sekitar daerah Kinta
Utara, Perak. Di setiap sekolah kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih
sampel kajian bagi dua buah kelas tingkatan dua yang berasingan. Tugas pertama dalam
persampelan ialah mengenal pasti dan mendefinisikan populasi yang disampel secara spesifik
(Azizi et. al., 2007 ; Gasile, 2014). Sekolah-sekolah tersebut yang terletak lebih kurang 20
kilometer dari bandar Ipoh dan berada di zon Kinta Uatara, Perak menyebabkan ianya
dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Pemilihan sekolah juga akan ditentukan berdasarkan
sekolah yang pernah menggunakan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dibuat serta berada di kawasan pendalaman.

HASIL DAN PEMBAHASAN
Instrumen ataupuan kaedah kajian yang akan digunakan ialah borang soal selidik dan juga set
ujian. Set ujian akan diberikan kepada semua kumpulan responden dari kumpulan rawatan 1 dan
semua reponden dari kumpulan rawatan 2 yang terdiri dari kelas yang berasingan bagi
mengetahui tahap penerimaan maklumat yang disampaikan dengan menggunakan teknik
penceritaan digital. Kajian rintis telah dilakukan oleh penyelidik di sekolah selain sekolah kajian.
Sebanyak 30 orang respondan telah dipilh sebagai sampel. Jadual 3.1 menunjukkan nilai kajian
rintis yang telah dilakukan.

Jadual 3.1
Nilai kajian rintis

Pembolehubah Index alpha
Motivasi (s2, s6, s14, s16) 0.583
Rekabentuk Antaramuka (s7, s8, s9, s10) 0.561
Membantu mempelajari sejarah (s3, s4, s5, s13) 0.774
Keselesaan dan kesenangan kepenggunaan (s1, s11, s12) 0.450

Jumlah 0.848

Mengikut Hair (2003; Ros Ayu, 2013), tahap penerimaan kebolehpercayaan sesuatu
instrumen kajian menunjukkan responden telah menjawab soalan atau pernyataan dalam
keadaan konsisten. Beliau telah memberi garis panduan mengenai nilai Cronbach Alpha yang
menerangkan kekuatan hubungan seperti di dalam Jadual 3.2 di bawah:

Jadual 3.2
Pekali saiz Cronbach‟s Alpha (Peraturan Umum)

Alpha Coefficient Range Kekuatan hubungan
< 0.6 Lemah
0.6 < 0.7 Sederhana
0.7 < 0.8 Baik
0.8 < 0.9 Sangat Baik
Terbaik
0.9

Terdapat empat pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini iaitu motivasi,
rekabentuk antaramuka, membantu mempelajari sejarah dan keselesaan dan kesenangan
kepenggunaan. Daripada keputusan Jadual 3.2 menunjukkan setelah ujian kebolehpercayaan ke
atas data dibuat motivasi, rekabentuk antaramuka dan keselesaan dan kesenangan
kepenggunaan berada pada tahap lemah namun ini tidak menjejaskan keboleh percayaan data
kerana jumlah keseluruhan berada pada tahap sangat baik. Manakala pembolehubah bagi aspek
membantu mempelajari sejarah melepasi tahap kebolehpercayaan yang baik.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

17

Jadual 3.3 menunjukkan skala bagi setiap item soalan soal selidik. Pada setiap item
diletakkan nilai skala yang bermula dari amat tidak setuju, tidak setuju, sangat setuju, setuju dan
juga amat setuju. Data diambil daripada kajian rintis yang dilakukan terhadap 30 orang
respondan dari sekolah selain sekolah kajian.

KESIMPULAN
Di dalam koswer teknik penceritaan digital tersebut mengandungi beberapa pilihan topik di dalam
buku teks mata pelajaran Sejarah yang membolehkan pelajar memilih topik yang mereka ingin
belajar serta ketahui dengan lebih mendalam. Kajian ini berkepentingan untuk menguji tahap
pemikiran kreatif dan kritis bagi setiap responden yang terlibat secara keseluruhannya.
Seterusnya ujian akan diberikan bagi melihat memori jangka masa pendek pelajar. Setelah dua
minggu ujian yang sama akan diberikan secara ulangan bagi melihat memori jangka masa
panjang pelajar.

RUJUKAN
Abdullah, R. O. S. A. Y. U., Abdullah, M. L., Salihin, W. A. N., Abdullah, W., Rashid, M., &

Hamid, A. B. (2013). Pengesahan Instrumen Penerimaan Pembelajaran-E, 9(2), 1–10.
Adu, E.O & Olatundun, S.A. (2013). The Use and Management of Ict In Schools: Strategies for

School Leaders.
Agree, E.M., King, A. C., Castro, C.M., Wiley, A., & Borzekowski, D. L. (2015). ―It‘s Got to Be on

This Page‖: Age and Cognitive Style in a study of Online Health Information Seeking.
Journal of medical Internet research, 17(3).
Akiyama, Y., & Oore, S. (2014). Designing Tools to Support Multimedia Authoring by
Incorporating Problem-Solving Strategies. Journal ISSN, 2368,5956
Aloraini, S. I (2005). Distance learning. Alretha Press, Dammam, Kingdom of Saudi Arabia.
Aloraini, S. I (2005). The impact of using multimedia on students‘ academics achievement in the
College of Education at King Saud University. Journal of King Saud University-
Languages and Translation, 24(24), 75-82
Ambigapathy Pandian. (2004). Penggunaan ICT dalam pengajaran/pembelajaran Bahasa
Melayu: Hala tuju guru pelatih Bahasa Melayu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 19,1-18.
Beatty, B. (2000). Pursuing the paradox: Emotion and educational leadership. Paper presented to
the New Zealand Educational Administration Society on the occasion of the First
Inaugural NZEAS Visiting Scholar Programme, November, New Zealand.
Borich, G. D. & Tombari, M. L. (1997). 2nd Edition. Educational Psychology: A Comtemporary
Approach. New York / London : Merrill Publisher.
Cairncross, S., Mannion, M., & Cairncross, S. (2017). Interactive Multimedia and Learning :
Realizing the Benefits Interactive Multimedia and Learning : Realizing the Bene ts, 3297.
Coppi, A. E. (2015). Fostering Creativity through Games and Digital Story Telling. 2015
International Conference on Interactive Technologies and Games, (October), 17–21.
Dewey, J. (1966) Selected Educational Writings. Edited by Garforth, F.A. London. Heinemann
Educational Books Ltd.
Digital Storytelling : A Method for Engaging Students and Increasing Cultural Competency.
(2017), (November 2016).
Dix, A., Finlay, J., Abowd, G. D., & Beale, R. (n.d.). Interaction
Dorner, R., Grimm, P., & Abawi, D. (2002). Synergies between interactive training simulations and
digital storytelling: a component-based framework. Computers & Graphics, 26, 45–55.
D Laurillard (2013). Rethinking University Teaching: A Conversational Framework For The
Effective Use Of Learning Technology.
Fleming, M. & Leive, H.W. 1993. Instructional Message Design. (2nd Ed.). New Jersey :
Educational Technology Publication.
Frost, J., Isbel, S., Kellett, J., & Lawlis, T. (2017). Using digital story telling to assess health
students‘ knowledge of interprofessional roles in the care of the older adult. BMJ
Simulation and Technology Enhanced Learning, 3(1), 5–8.
Gallo-fox, J. (2016). Collective knowing in practice Sound Instruction Series Volume 3
Collaboration in Education, (March).

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

18
G. A. King, L. Zwaigenbaum, S. King, D. Baxter, P. Rosenbaum and A. Bates (2015). A qualitative

investigation of changes in the belief systems of families of children with autism or Down
syndrome.
Gils, F. (2005). Potential applications of digital storytelling in education. In 3rd Twente Student
Conference on IT, University of Twente, Faculty of Electrical Engineering, Mathematics
and Computer Science, Enschede, February 17–18.
Gbomita, V. K. A. (1997). The adoption of microcomputer for instruction: Implications for emerging
instructional media implementation. British Journal of Educational Technology, 28(2), 87-
101.
Gisele Ferreira Dutraa, Nitza Souto França Pintoc, Luciana Farias da Costa De Avilad, Paula
Cardoso Dutraa, Paula De Lima Telmoe, Lourdes Helena Rodriguesa, Ana Maria
Wolkmer Azambuja Silvaa, Carlos James Scainia (2014). Risk of Infection by The
Consumption of Liver of Chickens Inoculated with Low Doses of Toxocara Canis Eggs
Gustafson, K. 1991. Survey of Instuctional Design Model. AECT, Washington D.C.
Gurevich, O., Johnson, M. A., & Goldberg, A. E. (2010). Incidental verbatim memory for language,
1, 45–78.
Hatice Ç.ral. Sar.ca , Yasemin Koçak Usluel (2015). The effect of digital storytelling on visual
memory and writing skills

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

19

PdPc Pembiasan Gelombang Bunyi Dengan Menggunakan Live Data
Logging Dalam Eksperimen Fizik Tingkatan 5

Chow Sed Lie
SMK Convent, Taiping
[email protected]

Abstrak
Pembiasan gelombang bunyi merupakan fenomena gelombang bunyi
yang dipelajari dalam bab pertama bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan 5.
Pelajar-pelajar tidak dapat menggambarkan fenomena pembiasan
gelombang bunyi kerana bagi mereka fenomena ini sesuatu yang abstrak
dan sukar difahami. Selain itu, pelajar-pelajar bukan sahaja tidak dapat
menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan malah mereka
tidak mampu menjawab soalan latih tubi dengan betul dan tepat. Justeru,
kaedah eksperimental digunakan untuk membantu pelajar bagi
memahami fenomena ini. Sampel kajian ialah 16 orang pelajar dari kelas
5 Sains 3. Pelajar menjawab 7 soalan dalam ujian pra. Selepas itu, satu
eksperimen dijalankan dengan menggunakan live data logging.
Pengubahsuaian telah dijalankan dalam eksperimen iaitu menggantikan
osiloskop sinar katod dengan pengesan bunyi NXT. Pengesan bunyi itu
dapat mengesan gelombang bunyi dan memaparkan amplitud bunyi
secara langsung dalam bentuk digital dan graf. Selepas eksperimen,
pelajar perlu menjawab 7 soalan dalam ujian pos. Keputusan ujian pos
menunjukkan bahawa 12 daripada 16 orang pelajar mendapat
peningkatan markah. Implikasi eksperimen ini bukan sahaja membantu
pelajar memahami fenomena pembiasan gelombang bunyi, tetapi juga
dapat memperkenalkan STEM terutamanya elemen teknologi yang terkini
kepada pelajar.

Kata kunci: Gelombang bunyi , live data logging

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU
Semasa saya mengajar kesan pembiasan gelombang bunyi pada waktu malam dan waktu siang,
saya dapati pelajar tidak memahami kesan pembiasan gelombang bunyi dalam persekitaran
mereka. Seterusnya, contoh lain diberikan iaitu kesan pembiasan gelombang bunyi melalui
belon. Saya minta pelajar untuk meramalkan amplitud bunyi selepas berlakunya pembiasan.

Dalam sesi soal jawab secara lisan, terdapat pelajar yang tidak dapat menerangkan
fenomena pembiasan gelombang bunyi pada waktu malam dan waktu siang. Terdapat juga
pelajar yang tidak dapat meramalkan amplitud bunyi selepas berlakunya pembiasan. Selain itu,
soalan yang terdapat dalam latih tubi juga tidak dapat dijawab dengan betul. Kegagalan pelajar
untuk menjawab soalan secara lisan dan secara bertulis membimbangkan saya.

Saya mencari sumber pembelajaran dan kaedah lain agar dapat membantu pelajar untuk
memahami teori tentang pembiasan gelombang bunyi. Penerangan dalam buku teks dan buku
rujukan adalah tidak jauh beza, sehingga saya terjumpa satu eksperimen pembiasan gelombang
bunyi dalam buku rujukan. Akan tetapi, eksperimen itu perlu menggunakan satu alat radas iaitu
osiloskop sinar katod. Alat radas osiloskop sinar katod di makmal sekolah saya tidak dapat
berfungsi dengan elok.

Terlintas satu idea untuk melakukan satu pengubahsuaian terhadap eksperimen tersebut
dengan menggantikan osiloskop sinar katod dengan EV3 brick. Keputusan eksperimen pula
boleh dipaparkan secara langsung dan dalam bentuk digital agar senang difahami oleh murid.
Idea ini telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan menggunakan live data
logging.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

20

2.0 FOKUS KAJIAN
Masalah utama pelajar 5 Sains 3 dalam topik pembiasan gelombang bunyi adalah tidak dapat
menggambarkan fenomena yang abstrak ini. Hal ini telah menyumbang kepada kegagalan
mereka untuk memberi penerangan secara lisan dan menjawab soalan latih tubi. Sekiranya
masalah ini tidak diselesaikan, isu ini akan menjadi satu beban apabila pelajar membuat ulang
kaji untuk setiap peperiksaan yang bakal diduduki oleh mereka. Pada masa yang sama, masalah
ini akan melemahkan semangat mereka untuk mempelajari topik-topik yang seterusnya iaitu
pembelauan gelombang bunyi dan interferens gelombang bunyi.

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar, saya telah mengubah suai
eksperimen pembiasan bunyi. Osiloskop sinar katod diganti dengan EV3 brick manakala
mikrofon diganti dengan pengesan bunyi NXT. Kedua-dua komponen EV3 brick dan pengesan
bunyi NXT boleh diperoleh daripada kit robotik LEGO.

Pengesan bunyi NXT akan mengesan bunyi yang dikeluarkan oleh pembesar suara.
Gelombang bunyi tersebut akan dianalisis oleh EV3 brick dalam bentuk digital dan graf. Amplitud
bunyi dalam bentuk digital dan graf dapat dipaparkan pada skrin secara langsung. Semua pelajar
dapat melihat keputusan eksperimen apabila rakan-rakan mereka sedang menjalankan
eksperimen. Keputusan eksperimen itu juga dapat disimpan dalam komputer dan dicetak. Cara
untuk memperoleh data eksperimen adalah mudah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap fenomena pembiasan gelombang
bunyi.

3.2 Objektif Khusus
1. Meningkatkan kemahiran pelajar untuk menerangkan pembiasan gelombang bunyi
selepas menjalani eksperimen berdasarkan pemerhatian dan data yang diperolehi.
2. Membantu pelajar untuk menjawab soalan latih tubi bagi topik pembiasan gelombang
bunyi.

4.0 KUMPULAN SASARAN
12 daripada 16 pelajar Tingkatan 5 Sains 3 yang menghadapi masalah untuk menerangkan
fenomena pembiasan gelombang bunyi. 12 orang pelajar itu terdiri daripada semua pelajar
perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian serta ujian pra
dan pos.
5.1.1 Pemerhatian
Satu pemerhatian telah dibuat ke atas tingkah laku pelajar semasa proses PdPc berlangsung
sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan, pelajar kurang memberi respon kepada
soalan yang diajukan. Terdapat juga pelajar yang memberi jawapan yang salah.
5.1.2 Ujian Pra dan Pos
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman
mereka mengenai topik pembiasan gelombang bunyi. Item Ujian Pra merupakan soalan objektif
dan soalan struktur. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya telah memilih 12 orang
pelajar untuk kajian tindakan ini. Pelajar-pelajar yang terpilih ini menjalankan satu eksperimen di
makmal Fizik selepas 5 hari ujian pra diadakan. Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan. Pelajar
mencatat keputusan eksperimen dalam edaran yang diberikan. Satu sesi perbincangan diadakan
untuk menganalisis data eksperimen yang diperoleh. Pada hari yang sama, saya telah
memberikan Ujian Pos menggunakan set soalan yang sama dengan Ujian Pra.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

21

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian tindakan dijalankan terhadap kumpulan sasaran,
didapati bahawa pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru
secara lisan. Pelajar juga dapat menjawab soalan dengan betul apabila guru menyoal.
5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos
Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti Jadual 1:

Jadual 1
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

NO. NAMA MARKAH UJIAN MARKAH UJIAN
PRA PASCA
1 KAISAH BINTI MIOR FARIDALATHRASH
2 NOOR ZAHIRRAH BINTI HANIFFAH (10 MARKAH) (10 MARKAH)
3 NUR ANIS FATINI BINTI AHMAD NIRMAN FARIZ
4 NUR FARISYAH ALIAH BINTI MUHAMAT FAIZUL 4 10
5 NUR FATHIHAH NABILA BINTI AHMAD ROSTAM 3 9
6 NUR ZAHIRAH SYAQILAH BT RAMAN 4 10
7 NURUL AUNI BINTI NOORSHAM 5 10
8 NURUL AYUNI SOLEHAH BINTI KHUSSHAIRY 5 10
9 RIDIANA BATRISYA BINTI ROSLI 4 10
10 SHANKARI A/P DEVINDRAN 5 9
11 SITI AISHAH SHAHIRAH BINTI MUHAMMAD GHAZALI 3 9
12 WAN ANATI NABILAH BINTI WAN TAJUDIN SHAH 4 9
6 10
5 10
5 10

Dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi markah pelajar.
Ini juga menunjukkan pelajar lebih memahami fenomena pembiasan gelombang bunyi selepas
menjalani eksperimen.

5.3 Tindakan yang Dijalankan
Setelah pelajar menjalani Ujian Pra, saya telah mengenal pasti pelajar yang tidak memahami
fenomena pembiasan gelombang bunyi. 12 orang pelajar ini diminta untuk menjalankan satu
eksperimen di makmal Fizik.
1. Sebelum eksperimen dijalankan, pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap pelajar
dibekalkan dengan manual eksperimen.
2. Saya memperkenalkan alat radas yang akan digunakan iaitu pengesan bunyi NXT, EV3
brick, perisian LEGO MINDSTORMS Education EV3, pembesar suara, komputer riba dan belon.
3. Saya melakukan satu demonstrasi eksperimen sambil menerangkan fungsi dan cara
penggunaan pengesan bunyi NXT, EV3 brick dan perisian LEGO MINDSTORMS Education EV3.
4. Selepas itu, pelajar menjalani eksperimen dalam kumpulan secara bergilir-gilir. Data
eksperimen dicatat dalam manual eksperimen. Semasa eksperimen dijalankan, kumpulan lain
juga dapat tengok keputusan eksperimen sebab ia dipaparkan secara langsung di skrin depan
makmal Fizik.
5. Bimbingan guru diberikan sekiranya pelajar menghadapi masalah.
6. Selepas keempat-empat kumpulan menjalani eksperimen, mereka berkongsi data
eksperimen masing-masing dalam sesi perbincangan dengan guru. Perbandingan data
eksperimen dilakukan.
7. Daripada dapatan eksperimen, pelajar menghubungkaitkannya dengan teori pembiasan
gelombang bunyi yang dipelajari.
8. Seterusnya, pelajar menjawab soalan Ujian Pos dalam tempoh masa yang
diperuntukkan. Saya dan pelajar membincangkan jawapan Ujian Pos sebagai langkah
pengukuhan.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

22

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
Kajian tindakan ini dilaksanakan selepas saya telah habis mengajar topik pembiasan gelombang
bunyi. Selepas mendapati pelajar tidak memahami topik tersebut, saya berasa adalah penting
untuk menggunakan pendekatan yang lain untuk menerangkan topik itu. Pembelajaran melalui
eksperimen adalah menarik dan memudahkan pelajar untuk mengingati dan menghubungkaitkan
keputusan ekperimen dengan teori pembiasan gelombang bunyi.

Berdasarkan keputusan Ujian Pos, didapati bahawa eksperimen yang dijalankan berjaya
membantu pelajar untuk memahami fenomena pembiasan gelombang bunyi. Pelajar pun menjadi
lebih yakin untuk menjawab soalan dalam Ujian Pos berbanding Ujian Pra. Jawapan yang
diberikan dalam Ujian Pos juga lebih tepat dan betul.
5.5 Refleksi Kajian
Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara
dari segi bilangan soalan yang dapat dijawab dengan betul. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa eksperimen ringkas yang dijalankan dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman
terhadap apa-apa yang dipelajari. Di samping itu, mereka dapat menggunakan teknologi yang
baharu untuk membuat eksperimen. Pelajar juga berasa gembira dan seronok untuk
menggunakan alat radas serta perisian yang baharu dan canggih itu. Mereka menunjukkan minat
untuk meneroka perisian itu dengan lebih lanjut.

Selain itu, pelajar menjadi lebih yakin untuk menjawab soalan Ujian Pos, mereka juga
dapat menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang betul dan tepat. Saya berasa gembira
sebab terdapat peningkatan penguasaan ilmu pelajar dalam topik pembiasan gelombang bunyi.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Alat radas eksperimen ini boleh digunakan untuk mengkaji eksperimen-eksperimen lain yang
berkaitan dengan fenomena gelombang bunyi seperti pantulan, pembelauan dan interferens.
Hasil daripada kajian tindakan yang dijalankan, terdapat perubahan yang positif dari segi
penguasaan teori pembiasan gelombang bunyi. Semoga lebih banyak eksperimen dapat
diubahsuai dan diterapkan dengan teknologi yang terkini kerana adalah penting untuk
mendedahkan pelajar dengan unsur pembelajaran abad ke-21.
RUJUKAN
Yew Kok Leh, Koay Kheng Chuan, Chang See Leong (2015). “Focus SPM Physics”. Penerbitan

Pelangi Sdn. Bhd.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

23

Kajian Tahap Kesedaran Terhadap Keberkesanan Penggunaan E-
Pemasaran Dalam Kalangan Pelajar Keusahawanan Di Politeknik Sultan

Abdul Halim Muad‟zam Shah (POLIMAS)

1Suriani Md Saleh, 2Balkhais Jamaluddin, 3Muhammad Nazran Hamzah
1,2,3POLIMAS

[email protected]; [email protected]; [email protected]

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kesedaran terhadap
keberkesanan penggunaan e-pemasaran dalam kalangan pelajar
keusahawanan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah
(POLIMAS). Terdapat tiga faktor utama yang menjadi objektif kajian iaitu
meninjau persepsi dan mengenalpasti tahap kesedaran serta tahap
penggunaan pelajar keusahawanan terhadap e-pemasaran. Kajian ini
adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan borang soal selidik untuk
mendapatkan data kajian. Seramai 200 orang responden dari pelbagai
jabatan pengajian di POLIMAS telah dipilih secara rawak sebagai sampel
kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan
perisian Statiscal Package for Social Sciences(SPSS) versi 22. Dapatan
daripada kajian menunjukkan responden mempunyai pengetahuan dan
maklumat tentang e-pemasaran. Kajian juga menunjukkan kebanyakan
responden mempunyai tahap kesedaran terhadap keberkesanan e-
pemasaran kerana kebanyakan responden memberi pandangan yang
positif melalui soal selidik. Penyelidik mendapati tahap penggunaan e-
pemasaran amat tinggi di kalangan responden. Penyelidik juga
mendapati rata-rata responden mempunyai media social seperti
„facebook‟, „whatapps‟ dan laman web untuk melakukan urusan
perniagaan mereka.

Kata kunci: e-pemasaran, tahap kesedaran, penggunaan

PENDAHULUAN
E-pemasaran didefinisikan sebagai hubungan antara pelanggan dengan organisasi yang mana
hubungan tersebut bukan hanya berlaku sekadar untuk berkomunikasi menerusi laman
sesawang semata-mata, malah ia juga mampu untuk melakukan proses pembelian barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah perniagaan (Ahmad Syahrul,2012) Menurut
(Ibrahim Ali,2015), e-pemasaran adalah merupakan satu proses pembelian barangan dan juga
penjualan yang dibuat melalui elektronik. Proses yang terlibat seperti pengiklanan, pesanan,
penghantaran, pembayaran dan juga khidmat selepas jualan bagi perkhidmatan dan juga
barangan. Penggunaan medium e-pemasaran di Malaysia masih lagi berada tahap yang rendah
dan diperingkat awal perkembangan sedangkan kebanyakkan negara lain telah mula
menggunakan dan mengamalkan strategi e-pemasaran dalam pernigaan (SKMM, 2013).
Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kesedaran terhadap keberkesanan
penggunaan e-pemasaran dalam kalangan pelajar keusahawanan di Politeknik Sultan Abdul
Halim Muad‘zam Shah (POLIMAS).

Perniagaan atas talian menjadi alternatif yang sangat penting dan pelengkap kepada
perniagaan tradisional yang mana ianya tidak memerlukan kos sewaan tempat untuk memulakan
perniagaan. (Coker et al., 2011; Celik, 2011). Menurut Bobbitt dan Dabholkar (2001), kelakuan
pembelian pengguna secara atas talian terbahagi kepada dua iaitu pengguna yang
menggunakan atau melayari internet untuk melakukan pembelian dan pengguna yang melayari
internet hanya untuk mendapat maklumat mengenai sesuatu perkara yang ingin dibeli. Mazlina
dan Nek Kamal (2014) pula mengatakan bahawa majoriti pengguna menggunakan internet untuk
mencari maklumat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembelian.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

24

PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar Keusahawanan POLIMAS terhadap e-
pemasaran. Selain itu ia juga mengkaji tahap kesedaran terhadap keberkesanan penggunaan e-
pemasaran dalam kalangan pelajar keusahawanan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muad‘zam
Shah (POLIMAS). Kajian ini juga mengkaji keberkesanan penggunaan e-pemasaran oleh pelajar
keusahawanan POLIMAS dalam aspek media social seperti facebook, Instagram, telegram,
whatapp dan sebagainya.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah :
i.Mengkaji persepsi pelajar keusahawanan POLIMAS terhadap e-pemasaran.
ii.Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar POLIMAS terhadap keberkesanan e-pemasaran.
iii.Mengenalpasti tahap penggunaan e-pemasaran di kalangan pelajar keusahawanan POLIMAS.

PERSOALAN KAJIAN
Secara khususnya, persoalan-persoalan kajian adalah:
i. Apakah persepsi pelajar keusahawanan POLIMAS terhadap e-pemasaran?
ii. Apakah tahap kesedaran pelajar keusahawanan POLIMAS terhadap keberkesanan e-

pemasaran?
iii. Apakah tahap penggunaan e-pemasaran di kalangan pelajar keusahawanan POLIMAS?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan (survey) yang bertujuan untuk mendapatkan dan
mengumpul maklumat dengan mengemukakan satu set soalan kepada sampel individu yang
dipilih dari satu populasi yang hendak dikaji. Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada
pelajar keusahawanan Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Abdul Halim Muad‘zam Shah.
Seramai 200 responden telah di pilih secara rawak yang terdiri daripada pelajar keusahawanan
POLIMAS). Menurut Burns dan Grove (2005: 201), kajian deskriptif direka untuk menyediakan
satu gambaran terhadap sesuatu fenomena yang berlaku. Babbie (2007) menyatakan bahawa
kajian kuantitatif akan memudahkan analisis data dilaksanakan, menyemak validiti data yang
dikutip serta menguatkan lagi pemahaman tentang sesuatu fenomena yang dikaji. Data dan
maklumat dikumpul melalui soal selidik untuk menjawab soalan-soalan kajian yang berkaitan
dengan persepsi,tahap kesedaran dan tahap penggunaan terhadap keberkesanan penggunaan
e-pemasaran dalam kalangan pelajar keusahawanan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‘adzam
Shah (POLIMAS).

Persampelan
Teknik persampelan yang akan digunakan dalam kajian ini ialah teknik pemilihan secara rawak.
Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif. Oleh itu, penyelidik telah memilih teknik
pensampelan rawak mudah untuk digunakan di dalam kajian ini. Dalam pensampelan rawak
mudah, setiap ahli populasi mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel. Cara
ini adalah yang terbaik untuk mendapatkan sampel daripada saiz populasi yang besar. Dalam
kajian ini, penyelidik ingin melihat tahap kesedaran terhadap keberkesanan penggunaan e-
pemasaran dengan mengambil para pelajar keusahawanan di Politeknik Sultan Abdul Halim
Muad‘zam Shah sebagai populasi kajian. Oleh itu, dengan menggunakan pensampelan rawak
mudah, setiap pelajar POLIMAS mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai
responden kajian. Bilangan sampel kajian yang disyorkan oleh Krejcie dan Morgan (1970)
adalah seramai 200 orang iaitu sebanyak 66% daripada jumlah populasi sebanyak 420 orang.

Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan berbentuk soal selidik yang diubahsuai daripada Yahaya dan
Ning (2011) dan terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian A merupakan demografi pelajar yang
bertujuan untuk mendapatkan maklumat latarbelakang responden. Bahagian B terdiri soal selidik
yang menggunakan kaedah Skala Likert berkenaan soalan tahap kesedaran terhadap

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

25

keberkesanan penggunaan e-pemasaran dalam kalangan pelajar keusahawanan di Politeknik
Sultan Abdul Halim Muad‘zam Shah (POLIMAS).

Data yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisiskan secara kuantitatif. Data yang
dikumpulkan akan dianalisis dengan ujian SPSS (Statistical Package for Social Sciences). Jenis
analisis yang digunakan ialah analisis kekerapan (frekuensi) dan analisis peratusan.

Prosedur Kajian
Pelaksanaan kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti masalah kajian, membina objektif
kajian dan soalan-soalan kajian serta mengenal pasti serta membentuk instrumen kajian bagi
tujuan mengutip data. Untuk menjayakan kajian ini, pengkaji akan mengikut prosedur-prosedur
seperti berikut:

i Mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian daripada Unit Keusahawanan POLIMAS
untuk menjalankan kajian.
ii.Mendapatkan kebenaran daripada pensyarah kelas keusahawanan POLIMAS untuk
menjalankan kajian.
iii.Berjumpa sendiri dengan pelajar-pelajar keusahawanan POLIMAS.
iv.Memberikan taklimat ringkas kepada pelajar yang terlibat sebagai responden supaya mereka
jelas tentang tujuan kajian dijalankan dan cara menjawab soal selidik kajian.

DAPATAN KAJIAN

Faktor-Faktor Yang Mendorong Kepada Tahap Kesedaran :
Faktor Persepsi

Jadual 1 menunjukkan beberapa item bagi persepsi terhadap e-pemasaran. Item 1 menunjukkan
seramai 198 orang responden (99%) bersetuju bahawa mereka tahu e-pemasaran dan 2 orang
responden (1%) tidak bersetuju tentang tahu e-pemasaran .

Item 2 menunjukkan seramai 160 orang responden (80.0%) bersetuju bahawa persepsi e-
pemasaran sesuai untuk semua jenis golongan masyarakat dan 40 orang responden (20%) tidak
bersetuju tentang persepsi e-pemasaran sesuai untuk semua jenis golongan masyarakat.

Item 3 menunjukkan seramai 176 orang responden (88.0%) bersetuju bahawa persepsi e-
pemasaran menjimatkan masa usahawan dan mudah digunakan dan 24 orang responden (12%)
tidak bersetuju tentang persepsi e-pemasaran menjimatkan masa usahawan dan mudah
digunakan.

Item 4 menunjukkan seramai 176 orang responden (88.0%) bersetuju bahawa persepsi e-
pemasaran memberikan maklumat yang menyeluruh kepada pelanggan dan 24 orang responden
(12%) tidak bersetuju tentang persepsi e-pemasaran memberikan maklumat yang menyeluruh
kepada pelanggan.

Item 5 menunjukkan seramai 145 orang responden (73.0%) bersetuju bahawa persepsi e-
pemasaran tidak memerlukan modal yang banyak dan 55 orang responden (27.0%) tidak
bersetuju tentang persepsi e-pemasaran tidak memerlukan modal yang banyak.

Item 6 menunjukkan seramai 134 orang responden (67.0%) bersetuju bahawa persepsi e-
pemasaran mempunyai persaingan yang sengit dan 66 orang responden 33%) tidak bersetuju
tentang persepsi e-pemasaran mempunyai persaingan yang sengit.

Item 7 menunjukkan seramai 177 orang responden (89.0%) bersetuju bahawa persepsi e-
pemasaran dapat menarik perhatian pelanggan dengan lebih cepat dan 23 orang responden
(11.0%) tidak bersetuju tentang persepsi e-pemasaran dapat menarik perhatian pelanggan
dengan lebih cepat.

Item 8 menunjukkan seramai 177 orang responden (89.0%) bersetuju bahawa persepsi e-
pemasaran adalah suatu keperluan kepada usahawan pada masa kini dan 23 orang responden
(11.0%) tidak bersetuju tentang persepsi e-pemasaran adalah suatu keperluan kepada
usahawan pada masa kini.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

26

Jadual 1
Faktor Mengenalpasti Tahap Persepsi

Bil. Item Frekuensi Peratus

1. Tahu e-pemasaran 198 99

2. E-pemasaran sesuai untuk semua jenis golongan 160 80
masyarakat 88
73
3. E-pemasaran menjimatkan masa usahawan dan 176 73
mudah untuk digunakan 67
89
4. E-pemasaran memberikan maklumat yang menyeluruh 145 89
kepada pelanggan

5. Kaedah jual beli e-pemasaran tidak memerlukan 145
modal yang banyak

6. Persaingan adalah lebih sengit apabila melakukan e- 134
pemasaran

7. E-pemasaran dapat menarik perhatian pelanggan 177
dengan lebih cepat

8. E-pemasaran adalah suatu keperluan kepada 177
usahawan pada masa kini

Faktor Mengenalpasti Tahap Kesedaran
Jadual 2 menunjukkan beberapa item bagi tahap kesedaran terhadap e-pemasaran. Item 1
menunjukkan seramai 183 orang responden (91.5%) bersetuju bahawa kesedaran e-pemasaran
dapat membantu mempromosikan produk dan 17 orang responden (8.5%) tidak bersetuju
tentang kesedaran e-pemasaran dapat membantu mempromosikan produk.

Jadual 2
Tahap kesedaran terhadap keberkesanan e-pemasaran

Bil. Item Frekuensi Peratus

1. Membantu mempromosikan produk 183 91.5
89.0
2. Membantu meningkatkan jualan produk 178 95.0
75.5
3. Membantu menambahkan bilangan pelanggan 190 90.0
93.0
4. Lebih mudah berbanding menggunakan jualan langsung 151 86.5
80.0
5. Membantu meluaskan kawasan jualan 180 77.0

6. Membantu menyebarkan maklumat produk kepada pelanggan 186

7. Memudahkan urusan penempahan 173

8. Membantu untuk mengetahui citarasa pelanggan 160

9. Membantu mendapatkan maklum balas dari pelanggan 145

dengan mudah

Item 2 menunjukkan seramai 178 orang responden (89.0%) bersetuju bahawa kesedaran
e-pemasaran dapat membantu meningkatkan produk dan 22 orang responden (11%) tidak
bersetuju tentang kesedaran e-pemasaran dapat membantu meningkatkan produk.

Item 3 menunjukkan seramai 190 orang responden (95.0%) bersetuju bahawa kesedaran
e-pemasaran dapat membantu menambahkan bilangan pelangan dan 10 orang responden (5%)
tidak bersetuju tentang kesedaran e-pemasaran dapat membantu menambahkan bilangan
pelangan.

Item 4 menunjukkan seramai 151 orang responden (75.5%) bersetuju bahawa kesedaran
e-pemasaran lebih mudah berbanding menggunakan jualan langsung dan 49 orang responden
(24.5%) tidak bersetuju tentang kesedaran e-pemasaran lebih mudah berbanding menggunakan
jualan langsung.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

27

Item 5 menunjukkan seramai 180 orang responden (90.0%) bersetuju bahawa kesedaran
e-pemasaran dapat membantu meluaskan kawasan jualan dan 20 orang responden (10.0%)
tidak bersetuju tentang kesedaran e-pemasaran dapat membantu meluaskan kawasan jualan.

Item 6 menunjukkan seramai 186 orang responden (93.0%) bersetuju bahawa kesedaran
e-pemasaran dapat membantu menyebarkan maklumat produk kepada pelanggan dan 14 orang
responden (7%) tidak bersetuju tentang kesedaran e-pemasaran dapat membantu menyebarkan
maklumat produk kepada pelanggan.

Item 7 menunjukkan seramai 172 orang responden (86.0%) bersetuju bahawa kesedaran
e-pemasaran dapat memudahkan urusan penempahan dan 28 orang responden (14.0%) tidak
bersetuju tentang kesedaran e-pemasaran dapat memudahkan urusan penempahan.

Item 8 menunjukkan seramai 180 orang responden (90.0%) bersetuju bahawa kesedaran
e-pemasaran dapat membantu untuk mengetahui citarasa pelanggan dan 20 orang responden
(10.0%) tidak bersetuju tentang kesedaran e-pemasaran dapat membantu untuk mengetahui
citarasa pelanggan.

Item 9 menunjukkan seramai 145 orang responden (72.5%) bersetuju bahawa kesedaran
e-pemasaran dapat membantu mendapatkan maklum balas dari pelanggan dengan mudah dan
55 orang responden (27.5%) tidak bersetuju tentang kesedaran e-pemasaran dapat membantu
mendapatkan maklum balas dari pelanggan dengan mudah.

Faktor Tahap Penggunaan
Jadual 3 menunjukkan beberapa item bagi tahap penggunaan e-pemasaran untuk memasarkan
perniagaan. Item 1 menunjukkan seramai 114 orang responden (57%) bersetuju bahawa
penggunaan e-pemasaran untuk memasarkan perniagaan dan 86 orang responden (53%) tidak
bersetuju tentang penggunaan e-pemasaran untuk memasarkan perniagaan.

Item 2 menunjukkan seramai 122 orang responden (61.0%) bersetuju bahawa mereka
berpuashati terhadap penggunaan e-pemasaran masyarakat dan 78 orang responden (39%)
tidak bersetuju mereka berpuashati terhadap penggunaan e-pemasaran.

Item 3 menunjukkan seramai 125 orang responden (63.0%) bersetuju bahawa
penggunaan e-pemasaran berdasarkan trend semasa dan 75 orang responden (37%) tidak
bersetuju tentang penggunaan e-pemasaran berdasarkan trend semasa.

Item 4 menunjukkan kekerapan penggunaan e-pemasaran dalam sehari.Sebanyak 24
orang responden (12.0%) menggunakan 1-2 kali sehari manakala 30 orang responden (15%)
menggunakan e-pemasaran 3-4 kali sehari. Seramai 146 orang responden (73%) menggunakan
e-pemasaran lebih daripada 5 kali sehari.

Jadual 3
Faktor Tahap Penggunaan

Bil. Item Frekuensi Peratus
1. Penggunaan e-pemasaran untuk memasarkan perniagaan 114 57
2. Berpuas hati terhadap penggunaan e-pemasaran 122 61
3. Menggunakan e-pemasaran berdasarkan trend semasa 125 63
4. Kekerapan penggunaan e-pemasaran dalam sehari
24 12
1-2 kali sehari 30 15
3-4 kali sehari 146 73
Lebih drp 5 kali
5. Bentuk e-pemasaran yang digunakan 120 60
Facebook 30 30
Instragram 39 20
Whatsapp 2 1
Blog 9 5
Website

Item 5 menunjukkan bentuk e-pemasaran yang digunakan. Seramai 120 orang responden
(60.0%) menggunakan Facebook manakala seramai 30 orang responden (30%) menggunakan
Instragram. Seramai 39 orang responden (20%) menggunakan Whastapp manakala seramai 2

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

28

orang responden (1%) menggunakan Blog diikuti oleh penggunaan Website seramai 9 orang
responden (5%).

PERBINCANGAN
Kajian ini menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa faktor meninjau persepsi dan
mengenalpasti tahap kesedaran serta tahap penggunaan pelajar keusahawanan terhadap e-
pemasaran amat memainkan peranan yang penting terhadap keberkesanan e-pemasaran.
Jadual 1 menunjukkan kebanyakan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap tahap
e-pemasaran. Persepsi yang positif adalah pelajar lebih cenderung untuk melayari internet untuk
sebarang urusan pembelian barangan atau apa-apa urusan.

Selain daripada itu, jadual 2 menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai
tahap kesedaran yang tinggi terhadap e-pemasaran. Analisis kajian menunjukkan 92.5%
responden mengetahui akan e-pemasaran ini. Kesedaran ini mungkin kerana, terdapat ramai
pelajar yang mengguanakan gadget yang berbentuk android yang mempunyai pelbagai fungsi
dan capaian internet yang pantas.

Jadual 3 menerangkan tahap penggunaan e-pemasaran dalam kalangan pelajar
Keusahawanan POLIMAS. Tahap penggunaan diuji mengikut peratus bilangan pelajar
Keusahawanan yang kerap menggunakan pemasaran atas talian. Tahap penggunaan e-
pemasaran (Jadual 3) secara amnya adalah tinggi (73 peratus). Manakala selebihnya 25% tidak
kerap menggunakan e-pemasaran. Ini kemungkinan terdapat segelintir pelajar Keusahawanan
yang tidak berminat menggunakan sebarang e-pemasaran.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kajian ini menunjukkan kebanyakan responden mempunyai tahap
kesedaran terhadap keberkesanan e-pemasaran kerana kebanyakan responden memberi
pandangan yang positif melalui soal selidik. Penyelidik mendapati tahap penggunaan e-
pemasaran amat tinggi di kalangan responden. Penyelidik juga mendapati rata-rata responden
mempunyai media social seperti ‗facebook‘, ‗whatapps‘ dan laman web untuk melakukan urusan
perniagaan mereka.

RUJUKAN
Ab Hamid, N. R., & Khatibi, A. (2006). How Effective are Firms‟ E-Marketing Tools?. In Proc. the

5th WSEAS International Conference on E-ACTIVITI, Venice, Italy (pp. 183-188).
Azizi, A. A. (2008). Profil Keusahawanan di Kalangan Pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana Muda.
Bhattacherjee, A. (2000) Acceptance of e-commerce services: The case of electronic brokerages.
IEEE Transaction on Systems, Man, and Cybernetics-Part A: Systems and Humans,
30(4), 411-420
Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Choudrie, J. & Dwivedi, Y. (2005). A Survey of Citizens‟ Awareness and Adoption of E-
Governemnt Initiatives, The „Government Gateway‟: A United Kingdom Perspective,
eGovernment Workshop ‟05 (eGOV05), September 13 2005, Brunel University, West
London UB8 3PH, UK
Coker, B. L. (2011). Freedom to Surf: The Positive Effects of Workplace Internet Leisure
Browsing. New Technology, Work and Employment 26(3): 238-247.
Dahalan, A. F. (2006). Penggunaan Teknologi Dalam Pembelajaran Kejuruteraan Elektrik di
Politeknik Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Davis, F.D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use and user acceptance of
information technology. MIS Quarterly, 13(3), 319-340.
Gefen, D., Karahanna, E., & Straub, D. W. (2003). Trust and TAM in Online Shopping: An
Integrated Model. MIS quarterly 27(1): 51-90.
Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi
Malaysia.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

29
Hsin Chang, H., & Wen Chen, S. (2008). The Impact of Online Store Environment Cues on

Purchase Intention: Trust and Perceived Risk as a Mediator. Online information Review
32(6): 818-841.
Mazlina, J. , Nek Kamal Y.Y. (2014). Tinjauan: Pola Gelagat Pengguna Keatas Keputusan
Pembelian Secara Atas Talian. Unpublished Article.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM). (2010a). Household use of the
Internet Survey 2005.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM). (2010b). Household use of the
Internet Survey 2006.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM). (2010c). Household use of the
Internet Survey 2008.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

30

Faktor Tekanan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Jabatan Perdagangan
(POLIMAS)

1Marsunita Md Saad, 2Aida Yusnizan Mohd Yusof
1,2Jabatan Perdagangan

Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
[email protected]; [email protected]

Abstrak
Tekanan kerja adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti.
Namun, jika tekanan itu berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif
kepada individu. Tekanan merupakan penyakit kritikal yang disebabkan
oleh situasi di tempat kerja yang memberi kesan prestasi individu dan
kesejahteraan organisasi secara keseluruhan. Penyelidikan ini bertujuan
untuk mengenalpasti tahap tekanan kerja serta faktor-faktor yang
mendorong tekanan kerja dalam kalangan pensyarah Jabatan
Perdagangan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah (POLIMAS),
Kedah. Seramai 59 orang pensyarah dari politeknik ini telah dijadikan
responden kajian. Borang soal selidik merupakan instrumen yang telah
digunakan dalam proses pengumpulan data dan hasilnya dianalisis
dengan menggunakan perisian “Statistical Package for the Social
Sciences” (SPSSv25). Analisis dibuat dengan menggunakan kaedah
statistik deskriptif iaitu dalam konteks frekuensi, peratus dan min. Hasil
penyelidikan ini menunjukkan bahawa secara umumnya pensyarah
Jabatan Perdagangan politeknik ini mengalami tekanan kerja pada tahap
sederhana. Dari segi faktor-faktor tekanan yang dikaji pula didapati
bahawa faktor beban tugas menyumbang kepada tekanan yang tinggi
pada mereka, berbanding faktor karenah pelajar yang menyumbang
kepada tekanan kerja yang sederhana. Penemuan telah dibincangkan
dan cadangan telah ditawarkan.

Kata kunci: Faktor tekanan kerja, Pensyarah POLIMAS

PENDAHULUAN
Kebelakangan ini, isu tekanan kerja (job stress) serta kepuasan kerja sering menjadi topik
perbincangan di dalam mana-mana organisasi. Keadaan ini ditambah pula dengan kegawatan
ekonomi negara yang masih belum berkesudahan. Secara tidak langsung, ianya memberi impak
yang mendalam terhadap pembangunan organisasi awam dan swasta. Tekanan merupakan
penyakit yang merbahaya kepada berjuta-juta orang pekerja kerana ia menyerang secara senyap
dan kadang kala sukar dikesan (Sharifah Sofiah, 2002). Tekanan juga merupakan penyakit
fisiologi dan psikologi yang tidak hanya memberi kesan kepada kemampuan untuk menjalankan
tugas seharian, malahan memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan. Di Malaysia,
fenomena tekanan dalam kalangan pensyarah dan guru kini sedang hebat diperbincangkan dan
dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, Cooper & Hart et al di dalam Mokhtar (1998)
mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi tekanan kerja
yang tinggi. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan untuk
bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Tekanan
kerja merujuk kepada tindak balas emosi seseorang terhadap persekitaran kerja yang
mengancam pensyarah tersebut (Tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan
membawa kepada ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja.
Selain itu, suasana kerja yang teruk juga menyumbang kepada faktor tekanan dan seterusnya
membawa kepada ketidakpuasan kerja dan seterusnya wujud keinginan untuk meninggalkan
profesion perguruan (Kyriacou & Sutcliffe, 1978). Menurut kajian didapati bahawa terdapat
hubungan yang signifikan di antara bebanan kerja dan tekanan kerja. Hal ini disebabkan oleh
pertambahan tugas yang banyak mungkin dapat menghilangkan tumpuan individu terhadap

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

31

tugasnya dan secara tidak langsung akan mengakibatkan pensyarah tersebut mengalami
tekanan kerja. (Jamaluddin, B, Md Salleh, S., Ahmad Anuar, A., 2018)

PERNYATAAN MASALAH
Tugas seorang pensyarah bukan hanya sekadar berdasarkan kepada tugas hakikinya seperti
pengajaran dan perkhidmatan profesional. Tugas mereka termasuk menjalankan penyelidikan,
pentadbiran, penglibatan dalam jawatankuasa di peringkat jabatan dan pelbagai tugas yang
diberikan dari masa ke semasa (Masturah et al, 2011). Selain pengajaran, penyelidikan, khidmat
perundingan dan penglibatan masyarakat juga merupakan kegiatan-kegiatan teras akademik
yang saling berhubungan. Namun demikian, kadar penglibatan dalam kegiatan-kegiatan ini
adalah berbeza di antara staf akademik. Kombinasi tugas dan kerja di atas didapati memberi
bebanan yang tinggi dan tekanan kerja kepada golongan pensyarah yang pada masa kini juga
dikehendaki menjalankan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan penerbitan. Oleh itu, bagi
mencapai hasrat meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikian, maka perkara-perkara
berkaitan tekanan kerja dalam kalangan pensyarah perlu disingkap. Ini kerana prestasi kerja dan
beban kerja saling berhubung rapat antara satu sama lain. Bukti-bukti awal diperlukan untuk
mengetahui apa sebenarnya yang menyebabkan terdapat segolongan pensyarah dan guru yang
meninggalkan profesion mereka dan menceburkan diri dalam profesion lain.

Di sini, pengkaji ingin menjalankan kajian ke atas tahap tekanan kerja (stress) dalam
kalangan pensyarah-pensyarah di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu‘adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah. Kajian ini melibatkan tahap umum tekanan kerja
pensyarah serta faktor-faktor tekanan tersebut dari sudut karenah pelajar dan beban tugas. Ini
kerana tahap tekanan dan faktor-faktor yang mempengaruhinya sangat penting untuk dikaji bagi
mengelak lebih banyak implikasi negatif yang melanda pensyarah-pensyarah politeknik ini
khususnya dan institusi pengajian tinggi di negara ini amnya.

OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat tiga objektif kajian yang dijalankan ini, iaitu;

i. Mengenalpasti tahap umum tekanan kerja (stress) dalam kalangan pensyarah di Jabatan
Perdagangan POLIMAS.
ii. Mengenalpasti tahap tekanan kerja (stress) bagi faktor karenah pelajar dalam kalangan
pensyarah di Jabatan Perdagangan POLIMAS.
iii. Mengenalpasti tahap tekanan kerja (stress) bagi faktor beban tugas dalam kalangan
pensyarah di Jabatan Perdagangan POLIMAS.

KAJIAN LITERATUR
Beberapa kajian mendapati bahawa tekanan kerja dalam kalangan pekerja boleh mempengaruhi
kepuasan kerja dan prestasi mereka. Ini kerana kebanyakan organisasi pada masa kini menuntut
hasil kerja yang lebih baik. Beehr & Newman (1978) mentakrifkan tekanan sebagai keadaan yang
memaksa seseorang untuk menyimpang dari fungsi normalnya disebabkan oleh perubahan (iaitu
gangguan atau meningkatkan) dalam keadaan psikologi dan/atau fisiologinya, supaya orang itu
dipaksa menyimpang dari fungsi normal. Dari definisi yang telah dikenalpasti oleh penyelidik,
dapat disimpulkan bahawa adalah sangat penting bagi seseorang untuk mengenali tekanan yang
dihadapi oleh mereka dalam kerjayanya. Menurut Alexandros-Stamatios et al (2003), peranan
pengurusan sesebuah organisasi merupakan salah satu aspek yang mempengaruhi tekanan
kerja di kalangan pekerja. Pekerja dalam organisasi boleh menghadapi stress pekerjaan melalui
stress peranan yang diberikan oleh pihak pengurusan. Stress peranan bermaksud sebarang
peranan organisasi yang mengakibatkan kesan buruk ke atas individu (Kahn & Quinn, 1970).

Di samping itu, terdapat kajian yang telah menonjolkan akibat yang merugikan daripada
beban kerja yang tinggi atau beban kerja berlebihan. Kajian Wilkes et al (1998) mendapati beban
kerja dan kekangan masa merupakan penyumbang utama terhadap tekanan kerja dalam
kalangan jururawat komuniti. Manakala Al-Aameri (2003) di dalam kajiannya mendapati bahawa
salah satu daripada enam faktor tekanan pekerjaan adalah tekanan yang berasal dari beban
kerja. Dalam hubungan ini, Alexandros-Stamatios et al (2003) mendakwa bahawa penerokaan
beban tugas, kepelbagaian tugas dan kadar gaji dihasilkan oleh "faktor intrinsik kepada

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

32

pekerjaan". Perubahan dunia yang kian pantas dilihat telah menambahkan tekanan kerja untuk
menghasilkan output maksimum dan meningkatkan daya saing. Oleh itu, untuk melaksanakan
tugas mereka dengan lebih baik, maka terdapat keperluan untuk para pekerja mengikuti
perkembangan teknologi dalam melaksanakan tugas di tempat kerja (Quick, 1999). Selain
daripada itu, kajian oleh Chan et al (2000) mendapati bahawa tekanan kerja juga wujud akibat
daripada bekerja lebih masa, beban kerja yang besar dan pada masa yang sama ingin
memenuhi sasaran pengeluaran dan tarikh akhir.

Selain itu, kajian emperikal di dalam dan luar negara menunjukkan bahawa faktor karenah
pelajar juga telah memberi tekanan kepada para pensyarah dan guru. Karenah pelajar merujuk
kepada segala perlakuan atau tingkahlaku pelajar yang merangkumi sikap, tabiat, kelakuan,
minat, personaliti dan disiplin pelajar. Kajian oleh Mohamed Khairi (2008) dan Benmansour
(1998) telah mendapati bahawa punca utama tekanan kerja guru adalah mengajar pelajar yang
kurang bermotivasi dan menjaga disiplin pelajar. Kurangnya penghayatan akhlak Islam
dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya faktor kefahaman pelajar serta sikap pelajar. (Shafie,
K., Haji Othman, K. (2017). Selain itu, kajian Hart, et al. dalam Abel, et al. (1999) yang juga
mengesahkan bahawa bahawa masalah salahlaku pelajar menjadi faktor yang berterusan
terhadap tekanan kerja seseorang guru.

KERANGKA KERJA KAJIAN

PEMBOLEHUBAH PEMBOLEHUBAH BERSANDAR (DV)
BEBAS (IV)
TEKANAN
Tahap umum KERJA

tekanan kerja

Karenah Pelajar

Bebanan Tugas

Ciri Demografi
1. Jantina
2. Umur
3. Status Perkahwinan
4. Kelulusan Akademik
5. Pengalaman Mengajar

Rajah 1. Kerangka kerja kajian

METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan melibatkan pengedaran borang soal selidik kepada populasi kajian yang
terdiri daripada 59 orang pensyarah di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu‘adzam Shah (POLIMAS). Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data kajian ialah
borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian yang mesti dijawab oleh responden, iaitu
Bahagian A (Latar belakang responden), B (Tahap tekanan kerja) dan C (Faktor-faktor tekanan
kerja). Bahagian A merupakan soalan aneka pilihan manakala Bahagian B dan C pula
menggunakan Skala Likert memandangkan kedua-duanya merupakan pembolehubah yang
dikaji. Bahagian B merupakan item-item pembolehubah bebas dari sudut tahap umum tekanan
kerja (10 item), manakala Bahagian C pula merupakan item-item pembolehubah bebas berkaitan
faktor karenah pelajar (Lima item) dan beban tugas (Lima item). Item-item soal selidik adalah
sebagaimana di Jadual 1.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

33

Jadual 1 BILANGAN ITEM
Bilangan Item Soal Selidik Setiap Bahagian 5
10
BAHAGIAN
A - Demografi 5
B - Tahap tekanan kerja 5

C - Faktor-faktor tekanan kerja
- Karenah pelajar
- Beban tugas

Soal selidik telah diedarkan secara atas talian kepada semua pensyarah di Jabatan
Perdagangan POLIMAS seramai 59 orang, namun hanya 54 orang pensyarah yang memberi
maklum balas. Data daripada Bahagian A yang melibatkan demografi responden dianalisis
dengan menggunakan frekuensi dan peratusan. Manakala analisis skor min digunakan bagi
menjawab objektif pertama, kedua dan ketiga kajian, iaitu mengenal pasti tahap umum tekanan
kerja, tahap tekanan disebabkan oleh faktor karenah pelajar dan tahap tekanan disebabkan oleh
faktor beban tugas.

Pengukuran tahap tekanan pensyarah dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah,
sederhana dan tinggi. Penggunaan formula kaedah pembahagian julat min bagi mengukur
persepsi responden adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 berikut.

Jadual 2
Skala penentuan tahap tekanan kerja guru

PENGKELASAN SKOR TAHAP PENILAIAN

MIN

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

Sumber: Jawatankuasa Pembangunan Diri Pelajar, UTM (1999/2000)

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
Analisis dibuat terhadap data mentah yang diperoleh bagi mengkaji tahap umum tekanan kerja
serta faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja dalam kalangan pensyarah di Jabatan
Perdagangan POLIMAS.

UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN

Dalam usaha mempastikan soalan-soalan yang dibina adalah tepat dan bersesuaian, maka
kajian rintis terlebih dahulu dijalankan ke atas 13 orang responden dalam kalangan pensyarah
Jabatan Perdagangan POLIMAS. Soal selidik kajian rintis diproses dengan menggunakan
perisian komputer ―Statistical Package for the Social Sciences‖ (SPSSv25), bagi mengira
kebolehpercayaannya. Hasilnya indeks Alpha Cronbach bagi item soal selidik Bahagian B adalah

0.916. Manakala di bahagian C pula, pecahan mengikut taburan item telah dianalisis. Hasilnya
didapati bahawa indeks alpha bagi pecahan item tersebut ialah, Karenah Pelajar 0.775 dan

Beban Tugas 0.895 (Rujuk Jadual 3).

Jadual 3
Nilai Alpha Cronbach

BAHAGIAN NILAI ALPHA CRONBACH
0.916
B - Tahap tekanan kerja
C - Faktor-faktor tekanan kerja 0.775
0.895
- Karenah pelajar
- Beban tugas

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

34

Dapatan ini bersesuaian dengan pendapat Mohd Najib (1999) yang menyatakan bahawa soal
selidik yang mempunyai indeks kebolehpercayaan dan kesahan lebih 0.7 boleh digunakan
sebagai alat ukur sesuatu kajian.

Data demografi

Jadual 4 menunjukkan data frekuensi responden yang terlibat. Ia menggambarkan taburan profil

pensyarah yang kini sedang berkhidmat di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu‘adzam Shah (POLIMAS), Kedah.

Jadual 4
Frekuensi Responden

ITEM BIL PERATUS ITEM BIL PERATUS
Jantina
Lelaki Kelulusan Ikhtisas
Perempuan
Umur 11 20.4 Diploma 00
26-30 tahun
43 79.6 Ijazah Sarjana Muda 23 42.6
31-35 tahun
36-40 tahun Sarjana 28 51.8

41-45 tahun 0 0 Ijazah Kedoktoran 3 5.6
Lebih 46 tahun
Status (Ph.D)
Perkahwinan
Bujang 6 11.1
Berkahwin
Janda/Duda 18 33.3 Pengalaman

Mengajar

16 29.7 1-5 tahun 1 1.9

14 25.9 6-10 tahun 16 29.5

11-15 tahun 15 27.8

0 0 16-20 tahun 15 27.8

64 100 Lebih 20 tahun 7 13.0

00

Berdasarkan Jadual 4, di dapati bahawa daripada 54 orang responden tersebut, seramai
11 orang (20.4 peratus) adalah lelaki manakala 44 orang (79.6 peratus) adalah pensyarah
perempuan. Dari sudut usia pula, tiada responden yang berusia di bawah 30 tahun, manakala
seramai 6 orang (11.1 peratus) berusia antara 31 hingga 35 tahun, 18 orang (33.3 peratus)
berusia antara 36 hingga 40 tahun, 16 orang (29.7 peratus) berusia antara 41 hingga 45 tahun
dan baki 14 orang (25.9 peratus) berusia lebih 46 tahun. Data yang diperoleh juga menunjukkan
bahawa semua pensyarah (100 peratus) telah berkahwin. Selain daripada itu, dari sudut
kelulusan ikhtisad pula seramai 23 orang (42.6 peratus) merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda,
28 orang (51.8 peratus) berkelulusan Ijazah Sarjana, tiga orang (5.6 peratus) memiliki Ijazah
Kedoktoran (Ph.D) dan tiada pensyarah yang berkelulusan Diploma. Akhir sekali bagi kategori
pengalaman bekerja pula, di dapati bahawa hanya seorang (1.9 peratus) baru berkhidmat antara
1 hingga 5 tahun, 16 orang (29.5 peratus) berkhidmat antara enam hingga 10 tahun, 15 orang
(27.8 peratus) berkhidmat antara 11 hingga 15 tahun, 15 orang (27.8 peratus) telah berkhidmat
antara 16 hingga 20 tahun dan baki tujuh orang (13.0 peratus) telah berkhidmat melebihi 20
tahun.

DAPATAN KAJIAN
Setelah analisis data dijalankan ke atas semua borang soal selidik, nilai purata min untuk
Bahagian B (Tahap Umum Tekanan Kerja) dan Bahagian C (Faktor Tekanan Kerja) telah
diperoleh bagi menjawab ketiga-tiga persoalan kajian.

TAHAP UMUM TEKANAN KERJA

Analisis data yang dijalankan ke atas 10 item (Jadual 5) berkaitan dengan tahap umum tekanan
kerja dalam kalangan pensyarah Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‘adzam

Shah (POLIMAS) mendapati bahawa secara umumnya mereka berada di tahap tekanan yang

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

35

sederhana kerana purata nilai min bagi semua 10 item tersebut adalah 2.65 (berdasarkan Jadual
2). Selain itu, secara terperincinya didapati bahawa nilai min bagi setiap satu item tersebut
berada di dalam kategori tekanan kerja sederhana (Julat Min antara 2.34 dan 3.68), kecuali bagi
item B10 yang menunjukkan nilai min pada tahap tekanan rendah (2.26).

Jadual 5
Dapatan ujian min tahap umum tekanan kerja

BIL BAHAGIAN B (ITEM) NILAI
MIN
1 Saya selalu berasa kecewa mengajar di Jabatan Perdagangan Polimas 3.22
2 Saya sudah tidak berminat mengajar di Jabatan Perdagangan Polimas 2.41
3 Saya rasa tercabar jika saya dapati pelajar saya seorang yang pintar 2.74
4 Hidup saya amat stress kerana mengajar di Jabatan Perdagangan Polimas 2.67
5 Saya tidak dapat tangani tekanan emosi mengajar di Jabatan Perdagangan 2.43

Polimas 2.72
6 Saya merasa kekosongan emosi selepas mengajar di Jabatan
2.74
Perdagangan Polimas
7 Ingat tentang mengajar di Jabatan Perdagangan Polimas, saya merasa 2.74
2.59
letih
8 Saya sukar menerima teguran kerana saya seorang yang sensitif 2.26
9 Saya tidak kisah lagi tentang kualiti kerja mengajar di Jabatan 2.65

Perdagangan Polimas
10 Secara umum saya rasa penat mengajar di Jabatan Perdagangan Polimas

Purata Nilai Min

TEKANAN KERJA MENGIKUT FAKTOR KARENAH PELAJAR
Analisis data yang dijalankan ke atas lima item berkaitan faktor karenah pelajar (Jadual 6)
menunjukkan bahawa tahap tekanan yang di alami oleh pensyarah Jabatan Perdagangan
POLIMAS adalah sederhana dengan nilai purata min adalah 3.53. Namun begitu, secara
terperincinya didapati bahawa mereka berada pada tahap tekanan tinggi pada item C1 (3.83) dan
item C2 (3.87).

Jadual 6
Dapatan ujian min faktor karenah pelajar

BIL BAHAGIAN C (ITEM) NILAI MIN

1 Mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin 3.83

2 Tingkah laku pelajar yang kurang sopan dan biadab 3.87

3 Saya berasa seolah-olah saya akan diancam setelah saya menghukum 3.26

pelajar-pelajar yang melanggar disiplin

4 Saya berasa bersalah apabila ramai pelajar-pelajar saya 3.54

tidak lulus ujian yang saya beri

5 Saya tidak dapat tidur apabila ramai pelajar-pelajar saya tidak 3.19

memahami pengajaran saya

Purata Nilai Min 3.53

TEKANAN KERJA MENGIKUT FAKTOR BEBAN TUGAS
Analisis data yang dijalankan ke atas lima item berkaitan faktor beban tugas pula (Jadual 7)
menunjukkan bahawa tahap tekanan yang di alami oleh pensyarah Jabatan Perdagangan
POLIMAS adalah tinggi dengan nilai purata min adalah 3.72. Purata nilai min yang tinggi ini
disumbangkan oleh dua item yang mencatat nilai min tertinggi iaitu item C9 (4.15) dan item C10
(4.13).

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

36

Jadual 7
Dapatan ujian min faktor beban tugas

BIL BAHAGIAN C (ITEM) NILAI MIN

6 Saya pening semasa menyiapkan rancangan mengajar 3.25

7 Saya berasa bahawa tugas-tugas di Polimas menyebabkan saya sentiasa 3.80

sibuk.

8 Saya terpaksa menyiapkan kerja-kerja berkaitan pengajaran di rumah. 3.26

9 Melakukan kerja-kerja pentadbiran yang bukan di dalam bidang tugas. 4.15

10 Perasaan saya ketika dilawati oleh pihak pentadbir Kementerian 4.13

Pendidikan

Purata Nilai Min 3.72

PERBINCANGAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap umum tekanan kerja serta faktor-faktor yang
mendorong tekanan kerja dalam kalangan pensyarah Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan
Abdul Halim Mu‘adzam Shah (POLIMAS), Kedah. Hasil kajian mendapati bahawa secara
umumnya mereka mengalami tekanan pada tahap yang sederhana. Kajian ini juga menunjukkan
bahawa faktor beban tugas merupakan faktor yang lebih dominan dalam menyumbang kepada
tahap tekanan tersebut, berbanding faktor karenah pelajar. Dapatan ini adalah sejajar dengan
penemuan kajian Ahsan et al (2009) dan Egu et al (2014) yang mendapati bahawa hampir semua
pendidik menggambarkan bahawa beban kerja mereka berat dan kadangkala beban kerja
tersebut melebihi kemampuan mereka untuk mengurus dan keberkesanan serta kecekapan
pengajaran mereka terjejas teruk akibat tekanan yang berkaitan dengan beban kerja.

Hasil kajian ini juga disokong oleh dapatan kajian Egu (2013) yang mendapati bahawa
punca utama tekanan adalah beban kerja tenaga pengajar dan guru. Beliau menambah bahawa
apabila pendidik dibebankan dengan tugas mengajar terlalu ramai pelajar serta tugas-tugas
sampingan lain, maka keberkesanan pengajaran mereka akan sering dipersoalkan. Selain itu,
dapatan kajian ini juga adalah konsisten dengan penyelidikan terdahulu yang membuktikan
bahawa beban kerja merupakan faktor inklusif dan penting yang menyumbang kepada tekanan
dalam kalangan pekerja tanpa mengira jenis pekerjaan mereka (Rossi et al, 2010).

KESIMPULAN
Kesimpulannya, pihak pengurusan politeknik khususnya Ketua Jabatan Perdagangan
memainkan peranan penting dalam membantu pensyarah menangani tekanan yang disebabkan
oleh beban tugas. Ia boleh dimulakan melalui penyediaan pelan pembangunan dan pelaksanaan
dasar pengurusan tekanan di tempat kerja. Dasar pengurusan tekanan ini menunjukkan
komitmen yang dibuat oleh pihak pengurusan dalam melindungi daripada bahaya tekanan di
kalangan pensyarah. Agihan tugas sampingan juga perlu diagihkan secara adil supaya setiap
pensyarah mampu melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan efisyen dan
tanpa tekanan. Pelan pembangunan ini penting untuk melihat tanggungjawab pengurusan dan
pekerja dalam mengurangkan bahaya. Kebebasan bekerja serta pengurangan kawalan oleh
pihak pengurusan juga menyumbang ke arah mengurangkan tekanan kerja di tempat kerja.
Latihan pengurusan tekanan juga merupakan cara terbaik dalam membantu pekerja mengenal
pasti dan mengatasi tekanan. Selain itu komunikasi dua hala yang berkesan dan maklum balas
yang tepat merupakan kaedah lain dalam membantu majikan mengenal pasti masalah khusus
dan isu tekanan dalam kalangan pensyarah.

RUJUKAN
Abel, M.G. et al. (1999). Stress and burnout in rural and urban secondary school teachers.

Journal of Educational Research. Vol.92.No.1.
Ahsan, N. A. et al. (2009). Study of job stress on satisfaction among university staff in Malaysia:

Empirical study. European Journal of Social Science, 8(1), 121-132.
Al-Aameri, A. S. (2003). Source of job stress for nurses in public hospitals. Saudi Medical

Journal, 24(11),1183-1187.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

37

Alexandros-Stamatios, G. A., Matilyn, J.D., & Cary, L.C. (2003). Occupational stress, job

satisfaction, and Health state in male and female junior hospital doctors in Greece.
Journal of Managerial Psychology, 18(6), 592-621.

Beehr, T. A. & Newman, J. E. (1978). Job stress, employee health and organizational

effectiveness: A
Facet analysis, model and literature review. Personnel Psychology, 31, 665-669.

Benmansour, N. (1998). Job satisfaction, stress and coping strategies among Moroccan high
school teachers. Journal of Education Studies.3.13-33.

Chan, K. B. et al. (2000). Work stress among six professional groups: the Singapore experience.
Social Science Medicine, 50(10), 1415-1432.

Egu, R. H. N. et al (2014). Managing Stress among Lecturers in Polytechnics of South Eastern

Nigeria. Mediterranean Journal of Social Sciences 5(6), 333-338.

Egu, R. H. N. (2013). Stress management and teacher effectiveness in Nigerian Schools in
Asodike, J. D. et al (eds) Contemporary Administrative & Teaching Issues in Nigeria

Schools, 156-164.

Kahn, R.L., & Quinn, R.P. (1970). Role stress: A framework for analysis, In A. McLean (Ed.).

Occupational mental health. Chicago: Rand McNally.

Kyriacou, C. & Sutcliffe, J. (1978). Teacher stress: Prevalence, sources and symptoms. British
Journal of Education Psychology, 48, 159-167.

Masturah Markom et al. (2011). Pengukuran Jam Notional Pensyarah Dalam Meningkatkan

Prestasi Ahli Akademik Universiti Penyelidikan. Seminar Education Engineering & Built

Environment (PeKA 2011), Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Najib Abd. Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia Publications.

Mohamed Khairi Termizi. (2010). Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja (stress) di

kalangan guru-guru sekolah menengah: Kajian di SMK Convent, Ipoh, Perak. Tesis

Sarjana Pengurusan Awam (tidak diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Mokhtar Ahmad. (1998). Tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian di

Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Tesis Sarjana Sains (tidak

diterbitkan). Universiti Malaysia Sarawak, Bintulu, Sarawak.

Quick, J.C. (1999). Occupational health psychology: The convergence of health and clinical

psychology With public health preventive medicine in an organizational context,
Professional Psychology: Research and Practice, 30(2), 123-128.

Rossi, A. M. et al. (2010). Stress and quality of working life: the positive and the negative.

London: IAP.
Sharifah Sofiah. (2002). Hubungan manusia dalam pentadbiran. Sintok: Universiti Utara

Malaysia.
Wilkes, L. et al. (1998). Community nurses‟ descriptions of stress when caring in the home‖.

International Journal of Palliative Nursing, 4 (1).

Khairi Shafie, Mohd & Mohamad Khairi, Haji Othman. (2017). Kefahaman Dan Pengamalan
Akhlak Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah.

Proceedings of The Icecrs. 1. 10.21070/Picecrs.V1i1.540. Article Doi:

Http://Dx.Doi.Org/10.21070/Picecrs.V1i1.540
Jamaluddin, B., Ahmad Anuar, A., Md Salleh, S. (2018) Mengkaji Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Tekanan Di Kalangan Pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim

Mu‟adzam Shah (Polimas)

https://upikpolimas.edu.my/conference/index.php/icompex/icompex_2018

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

38

Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Perkembangan Motor Halus
Kanak-Kanak

1Siti NurulAin Zakaria, 2Suziyani Mohamed, Ph.D
1,2Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Abstrak
Perkembangan motor halus kanak-kanak merupakan elemen yang
sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana melibatkan
pengawalan otot-otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari
tangan dengan koordinasi mata. Namun begitu, terdapat kanak-kanak
yang tidak menguasai kemahiran motor halus disebabkan oleh kurangnya
kefahaman dan kesedaran mengenai perkembangan motor halus kanak-
kanak. Kelemahan kemahiran motor halus akan memberi masalah
kepada pencapaian akademik, kurang keyakinan diri dan meningkatkan
kebimbangan kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap
kesediaan guru prasekolah terhadap pengetahuan mengenai
perkembangan motor halus kanak-kanak. Aspek kesediaan yang dikaji
adalah pengetahuan, pengajaran dan sikap guru terhadap perkembangan
motor halus kanak-kanak. Metodologi kajian yang digunakan adalah
berbentuk kajian kepustakaan serta analisis dokumen dari jurnal, buku,
artikel, kertas kerja, prosiding seminar dan laman sesawang. Dapatan
kajian mendapati pentingnya penguasaan guru dalam bidang
perkembangan motor halus melalui kesediaan mereka dalam pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak mendapat peluang untuk
menjalankan aktiviti yang telah disediakan oleh guru dan dapat
meningkatkan kemahiran motor halus sewajar dengan umur mereka.

Kata Kunci : Perkembangan Motor Halus, Kesediaan Guru

PENGENALAN
Perkembangan motor halus merujuk kepada penggunaan otot-otot kecil bagi memanipulasikan
atau menggerakkan sesuatu objek. Kemahiran motor halus kana-kanak mula berkembang sejak
mereka dilahirkan lagi. Permulaan perkembangan ini dapat dilihat apabila bayi yang berumur 2
hingga 3 bulan mula memegang mainan, menggengam atau mengalihkan objek dari satu tangan
ke satu tangan. Kemajuan perkembangan ini boleh dilihat apabila mereka mula menggunakan
jari untuk manipulasikan sesuatu objek atau menyuap makanan ke mulut. Apabila memasuki
alam prasekolah pula, kanak-kanak akan mula memegang pensel untuk menulis, menggunting
kertas, dan mewarna.

Kemahiran motor halus berkembang melalui pengalaman berterusan yang dilalui oleh
kanak-kanak dan ianya berlaku mengikut tahap tumbesaran yang yang sepatutnya. Kanak-kanak
yang mempunyai penguasaan kemahiran motor halus yang lemah akan berhadapan dengan
kesukaran untuk menguasai kemahiran-kemahiran lain. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
masuk sekolah tetapi masih belum boleh menggunakan pensel, dia akan lambat belajar menulis
berbanding rakan-rakannya. Menurut Saunders (2009), kanak-kanak memerlukan menggunakan
otot-otot kecil seperti jari dan koordinasi mata bagi membolehkan mereka menggunakan pensel
untuk menulis. Kelemahan ini juga boleh menyebabkan Kanak-kanak akan bergantung dengan
orang lain untuk mendapatkan bantuan untuk menulis menggunakan pensel.

Seorang guru perlu mengetahui dalam bagaimana untuk merancang dan menyediakan
aktiviti yang dapat merangsang perkembangan kanak-kanak ke tahap yang lebih baik. Menurut
Copple dan Bredekamp (2009), aktiviti berbentuk manipulatif dapat meningkatkan kemahiran
motor halus kanak-kanak kerana ianya melibatkan penggunaan jari dan mata untuk mengawal
dan manipulasi sesuatu objek. Aktiviti manipulatif juga dapat menggalakkan kanak-kanak untuk
berdikari dalam menyelesaikan sesuatu masalah aktiviti sehingga berjaya. Sebagai contoh aktiviti

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

39

puzzle yang memerlukan kanak-kanak menggunakan jari dan mata untuk meletakkan kepingan
puzzle pada tempat yang betul. Aktiviti yang disediakan perlu sesuai mengikut umur kanak-
kanak. Kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah, guru perlu menyediakan 3 hingga 6 keping
puzzle sahaja kerana penyediaan kepingan perlu mengikut keupayaan kognitif kanak-kanak.
Oleh itu guru perlu sentiasa bersiap sedia untuk menjalankan tugas sebagai pengajar dalam
penyediaan aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak.

KEPENTINGAN PERKEMBANGAN MOTOR HALUS
Perkembangan motor halus memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan seharian
(Marr, Cermak, Cohn, & Henderson, 2003; Van der Linde et al., 2013). Penguasaan kemahiran
motor halus yang lemah akan mengganggu keupayaan kanak-kanak untuk berdikari dalam
melakukan aktiviti pengurusan diri seperti membutang baju, mengenakan zip, memakai stokin
dan memakai kasut. Kanak-kanak yang tidak menguasai kemahiran motor halus dengan baik
akan sentiasa mengharapkan bantuan daripada individu lain untuk membantu mereka dalam
aspek pengurusan diri. Situasi ini yang berlaku secara berterusan akan menyebabkan kanak-
kanak merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan.

Selain pengurusan diri, penguasaan kemahiran motor halus yang lemah turut memberi
impak negatif terhadap pencapaian akademik kanak-kanak (Mercer & Mercer, 1989; Wehrmann,
Chiu, Reid, Sinclair, 2006; Jackman & Stagnitti, 2007; Luo, Jose, Huntsinger, & Pigott, 2007;
Cameron et al., 2012). Kanak-kanak yang mempunyai penguasaan motor halus yang lemah akan
menunjukkan penguasaan kemahiran menulis yang sangat lemah (Cheatum & Hammond, 2000;
Wehrmann et al 2006; Jackman & Stagnitti, 2007; Missiuna et al 2008; Westendorp, 2011). Ini
adalah kerana, kanak-kanak tidak mampu untuk memegang pensel dengan baik serta tidak
mampu untuk mengawal pergerakan mata dan jari mereka

Kajian yang dijalankan di Jerman mendapati, 12.2% kanak-kanak prasekolah mempunyai
tahap penguasaan motor halus yang lemah berbanding 6.1% kemahiran motor kasar. Hal ini
disebabkan oleh kurangnya pendedahan dan rangsangan terhadap aktiviti yang dapat
menyokong perkembangan motor halus (Stich et al. 2012). Selain itu juga kajian di China
menyatakan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun mempunyai masalah dalam motor
halus kerana mereka kurang diberikan peluang dalam menjalankan aktiviti seperti aktiviti
manipulatif di prasekolah dan di rumah (Hua Jin, 2016). Kanak-kanak kurang menerima
pendedahan aktiviti yang boleh merangsang perkembangan motor halus kerana mereka lebih
banyak menghabiskan masa dengan gajet. Menurut Chris Brown (2013), penggunaan gajet yang
banyak akan menghadkan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.

Secara keseluruhannya, pendedahan awal berkenaan kemahiran motor halus kepada
kanak-kanak dapat membantu mereka untuk menjalani aktiviti seharian yang lebih baik. Ini
kerana, tahap penguasaan kemahiran motor halus akan memberi kesan yang besar kepada
kanak-kanak dalam menyiapkan aktiviti sewaktu berada di rumah ataupun di prasekolah. Oleh itu
adalah penting untuk guru perlu mengambil tahu tentang perkembangan motor halus kanak-
kanak supaya mereka tidak berhadapan dengan masalah penguasaan motor halus dan masalah
perkembangan yang lain.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dengan menganalisis dokumen daripada buku, jurnal,
kertas kerja prosiding dan seminar. Terdapat dua kata kunci yang telah digunakan dalam
pencarian artikel iaitu pengetahuan guru dan perkembangan motor halus. Pengkaji telah
mendapat 83 artikel namun sebanyak 45 artikel yang dibaca dan berdasarkan kriteria yang dipilih
hanya 20 artikel dipilih untuk dianalisis. Terdapat 4 kriteria yang ditetapkan dalam pemilihan
artikel iaitu, diterbitkan pada tahun 2000 hingga 2017, ditulis dalam bahasa melayu atau bahasa
inggeris, target umur 0 hingga 6 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak dan artikel yang
memberi tumpuan kepada kemahiran motor halus.. Proses pemlihan artikel dilakukan
berdasarkan tajuk dan abstrak artikel yang memberi gambaran awal mengenai kajian yang
dilakukan. Hasil penyelidikan daripada beberapa artikel dilihat bagi mengkaji hubungkait idea dan
ulasan penulis Hasil kajian menjelaskan dapatan kajian untuk merungkai persoalan yang
dibincangkan. Sumber maklumat yang didapati menjadi panduan penulisan selanjutnya.Melalui

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

40

kajian ini, penulis dapat memperolehi gambaran jelas dan dapat membuat kesimpulan bagi kajian
ini.

PENGETAHUAN GURU
Terdapat tiga jenis pengetahuan yang dianalisis dalam penulisan ini iaitu, pengetahuan guru dan
perkembangan motor halus, pengetahuan pengurusan aktiviti dan pengetahuan penyediaan
bahan bantu mengajar. Pemilihan konstruk ini berdasarkan kajian Amalan Pedagogi Guru
Prasekolah Permulaan oleh A.Halim (2014). Menurut beliau pengetahuan guru melibatkan
kefahaman guru terhadap aktiviti pengajaran di dalam kelas dan menjalankan aktiviti
berdasarkan tahap perkembangan diri kanak-kanak.

Pengetahuan Guru dan Perkembangan Motor Halus
Pengetahuan dan kecekapan guru adalah saling berkait kerana melalui pengetahuan yang baik
mengenai perkembangan kanak-kanak, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan. Menurut A.Halim (2014), guru prasekolah perlu peka
terhadap keperluan pedagogi mereka dengan mempersiapkan diri dengan bekalan pengetahuan
dan kemahiran terkini dan bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Dengan adanya
pengetahuan, guru dapat merangsang perkembangan kanak-kanak melalui penyediaan aktiviti
dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak serta menjalankan
penaksiran perkembangan kanak-kanak. Kajian yang dijalankan oleh Mirzeoglu et.al (2017)
mendapati guru prasekolah merasa lebih yakin untuk merancang aktiviti kemahiran motor halus
dalam pengajaran dan pembelajaran selepas mereka menghadiri kursus. Guru didapati lebih
mahir dalam merancang dan mempelbagaikan aktiviti bersama kanak-kanak sewaktu berada di
bilik darjah.

Majoriti guru prasekolah bersetuju bahawa aktiviti fizikal penting di prasekolah namun
mereka mengakui mempunyai pengetahuan yang terhad dan kurang cekap dalam pengajaran
(Sevimli-Çelik & Johnson, 2013; Sert, 2016). Dalam kajian ini, 61% guru mengakui bahawa
pengetahuan mereka terhad dan ingin diberi peluang untuk menambah ilmu yang berkaitan
dengan perkembangan fizikal seperti kemahiran motor halus. Kenyataan ini disokong oleh Sert
(2016). Menurut Sert (2016), guru prasekolah tidak yakin untuk menjalankan aktiviti fizikal
bersama kanak-kanak kerana mereka memerlukan latihan tambahan dalam pengajaran
kemahiran tersebut.

Oleh yang demikian, guru prasekolah perlu mempunyai ilmu dan kefahaman yang tinggi
terhadap perkembangan motor halus kanak-kanak. Menurut teori perkembangan oleh Froebel,
peringkat awal kanak-kanak merupakan tahap yang kritikal dan menjadi asas bagi
perkembangan yang seterusnya.

Pengetahuan Pengurusan Aktiviti
Pengurusan aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya setiap aktiviti yang dijalankan berjalan
dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditentukan oleh guru. Sebagai guru prasekolah
pengurusan aktiviti yang baik bermula daripada penguasaan pengetahuan guru mengenai
perkembangan kanak-kanak. Dalam mengurus aktiviti didalam kelas guru perlu memastikan
kurikulum yang yang digunakan mempunyai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran motor
halus.

Cadangan Xia Wei (2016) dalam kajian beliau menyatakan bahawa guru perlu tingkatkan
kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan perkembangan motor
halus kanak-kanak. Perkara pertama yang perlu guru lakukan ialah guru perlu menyediakan
beberapa objektif dalam pembelajaran sebelum memulakan aktiviti bersama kanak-kanak. Setiap
kandungan pengajaran mempunyai susunan untuk diberi penekanan oleh guru terutama kepada
keupayaan kanak-kanak ketika menjalankan aktiviti motor halus. Kaedah pengajaran yang
digunakan perlu diteruskan dengan kepelbagaian untuk menarik minat kanak-kanak menjalankan
aktiviti. Sebagai contoh, guru mengadakan aktiviti melukis, memotong dan melipat bentuk haiwan
menggunakan kertas sambil menyanyi lagu haiwan tersebut. Menurut Xiong dan Lu (2015) aktiviti
yang berkaitan dengan melipat, menggunting dan menekan di atas kertas dapat meningkatkan
motor halus kanak-kanak kerana berkaitan dengan koordinasi mata tangan, pergerakan jari dan
perengangan jari.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018


Click to View FlipBook Version